DONATE

Ahad, 13 Julai 2008

Seni Muzik... Suatu Kajian dari Perspektif Islam

SENI SUARA

Kesenian mengikut definisi Herberth Read adalah suatu usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan dan seni itu dijalankan pula daripada estetika.
Dalam seni suara kesenian Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :

1.Seni Vokal

Seni Vokal lahir daripada pita suara yang boleh memberi kepuasan kepada pendengar. Setiap seni vokal itu berbeza mengikut masyarakat. Dalam masyarakat Melayu terdapat seni vokal tanpa muzik dan seni vokal yang bergabung dengan muzik.
Seni Vokal tanpa muzik yang sering dinyanyikan dalam masyarakat Melayu ialah :


Endoi atau dendang Siti Fatimah dan ulit anak
Endoi atau dendang Siti Fatimah terkenal di negerii Perak, Selangor dan Negeri Sembilan manakala ulit anak dinegeri Terengganu. Biasanya dilagukan dalam upacara berbentuk keislaman seperti menyambut kelahiran anak atau upacara bercukur kepala.

Nazam atau naban
Berasal daripada Terengganu, Pahang dan Melaka. Dikarang dalam Bahasa Melayu yang mengisahkan riwayat Nabi Muhamad, para Nabi Allah dan para sahabat Rasul. Persembahan yang tidak disertai alat muzik ini memerlukan kemerduan suara.


Marhaban, nasyid dan qasidah
Merupakan nyanyian keagamaan. Marhaban ialah pujian kepada Nabi Muhamad dan dinyanyikan dalam Bahasa Arab. Nasyid ialah nyanyian dan berbentuk dakwah Islam iaitu terdapat dalam senikata Arab dan Melayu. Qasidah biasanya dinyanyikan dalam bahasa Arab yang mengandungi puisi memuji Nabi Muhamad dan para sahabat.
Lagu yang digabungkan dengan muzik

Dikir
Dikir dikenali dengan pelbagai nama seperti dikir maulud, dikir Pahang, dikir Rebana dan dikir berarak. Dikir-dikir ini dilagukan dengan iringan pukulan rebana atau kompang.


Hadrah
Sejenis nyanyian yang berasal daripada dikir. Dinyanyikan dengan iringan sejenis alat bercorak rebana yang hampir sama dengan kompang.

Beduan
Sejenis naynyian rakyat negeri Perlis dan diringi dengan bunyi-bunyian gendang. Beduan mempunyai persamaan dengan bentuk zikir dan burdah yang diringi dengan pukulan rebana.

Dikir barat
Sejenis nyayian yang terkenal dinegeri Kelantan. Nyanyiannya diringan dengan pukulan rebana.

Ghazal
Sejenis puisi Arab yang berbentuk percintaan. Ghazal dinyanyiakan dengan iringan alat seperti syeringgi, sitar, harmonium dan tabla.



2.Seni Muzik

Menurut Kamus Dewan Muzik didefinisikan sebagai gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan, bunyi-bunyian.
Muzik adalah satu daya tarikan kepada manusia. Ahli-ahli falsafah berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai minat terhadap muzik. Keadaan ini jelas dilihat kepada reaksi manusia terhadap bunyi-bunyian yang sudah menjadi kegemaran sejak manusia dilahirkan. Muzik sebenarnya tidak dapat dilihat dan dinikmati dengan pancaindera penglihatan, tetapi dirasai dengan hati atau perasaan.


Alat-Alat Muzik Yang Ditegah


Dalam beberapa buah hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ada menyebutkan jenis-jenis alat muzik yang diharamkan. Adapun alat-alat muzik yang ditegah oleh syara‘ itu ialah:

i. Al-Ma‘azif iaitu sejenis alat muzik yang bersenar (bertali) banyak.
ii. Al-Mazamir iaitu alat muzik yang ditiup seperti seruling.
iii. Al-Awtar atau Al-‘ud iaitu alat muzik yang bertali sejenis kecapi.
iv. Al-Thabl atau Al-Kubah iaitu gendang kecil yang ramping di tengah.
v. Al-Kamanjah iaitu Biola.
vi. Al-Rabab iaitu alat bunyian (seperti biola) yang bertali dua atau tiga.
vii. Al-Shanj iaitu canang, berupa dua piring kekuningan yang diadu.
viii. Al-Junk atau Al-Thunbur iaitu alat muzik yang dipetik yang mempunyai leher panjang dan mempunyai tali daripada tembaga (berasal dari Parsi).

Pengharaman alat-alat muzik yang dinyatakan di atas berdasarkan hadis-hadis berikut;

i. Diriwayatkan daripada Abu Umamah Radhiallahu ‘anhu telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam :

Maksudnya: "Bahawa Allah Azza wa Jalla telah membangkitkan saya menjadi Nabi dengan membawa hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin dan Allah telah memerintahkan saya menghapuskan alat ma‘azif (alat bunyi-bunyian) dan alat-alat mazamir (seperti seruling) dan alat-alat awtar (bunyi-bunyian bertali), salib (cross) dan perkara-perkara jahiliah dan Tuhan saya telah bersumpah dengan kebesaranNya dan kekuasaanNya dan dengan kemuliaanNya: "Tiada minum seorang hamba daripada hamba-hambaKu itu akan seteguk daripada arak dengan sengaja ketika berada di dunia melainkan Aku akan meminumkan dia ganti arak itu daripada darah nanah pada Hari Kiamat, sama ada diampunkan dia atau sama ada diazabkan dia dan tiada siapa hambaKu yang meninggalkan arak di dunia kerana takutkan Aku, melainkan Aku beri dia minum akan arak di syurga. Tiadalah halal dijual benda-benda itu dan tiada halal dibeli akannya dan tiada halal diperniagakan dan harganya adalah haram.
(Hadis riwayat Abu Daud dan At-Thayalisy)

2. Ahmad bin Mani‘ Al-Harits Ibnu Abu Usamah pula meriwayatkan dengan lafaz:
Maksudnya: "Bahawa Allah ‘Azza wa Jalla telah membangkitkan saya (menjadi Nabi) dengan membawa rahmat dan hidayat kepada sekalian alam dan Allah telah memerintahkan saya menghapuskan mazamir, ma‘azif, arak dan berhala-berhala yang disembah pada zaman jahiliah (dan sekarang) dan Tuhan saya telah bersumpah dengan kebesaranNya dan kekuasaanNya. "Tiada seorang hamba yang minum arak di dunia melainkan Aku minumkan dia dari air panas neraka sama ada dia kena azab atau diampunkan dia dan tiada meninggalkan oleh seorang hamba daripada hamba-hambaKu itu akan arak (di dunia kerana takutkan dosanya) melainkan Aku beri dia minum akan arak syurga".

Hadis ini disokong oleh hadis riwayat Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma yang telah berkata:

Maksudnya: "Kubah itu haram, dannu itu haram, ma‘azif (alat muzik bertali) itu haram dan alat muzik jenis bertiup itu haram".
(Hadis riwayat Ahmad)

3. Di riwayatkan oleh Al-Bazzar daripada riwayat Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: "Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengharamkan bangkai, judi dan kubah yakni thanbur (bukan thunbur perang)".

4. Dalam hadis yang lain Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: "Ditukarkan keadaan satu golongan daripada umatku kepada keadaan yang lebih buruk dengan sebab mereka meminum arak dan bermain kubah (sejenis gendang) dan ma‘azif".

5. Daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma bahawa Rasululah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
Maksudnya: "Aku diperintahkan untuk membinasakan alat gendang dan alat hiburan yang ditiup"
(Hadis riwayat Ad-Dailami)

Demikian beberapa hadis yang menjadi dalil tentang haramnya alat-alat hiburan (muzik). Para ulama mazhab Al-Syafi‘e juga telah menghukumkan bahawa alat-alat muzik itu adalah haram, sebagaimana yang disebutkan oleh hadis di atas.
Dalam kitab Al-Muhadzdzab karangan Imam Abu Ishak Al-Syirazi menjelaskan bahawa haram menggunakan alat-alat (muzik) yang dibunyikan (dipanting atau digendang) tanpa ada lagu seperti ‘ud, thaunbur, ma‘azifah, thabl (gendang) dan mizmar. Adapun dalil haramnya bermain muzik itu sekalipun tidak diiringi dengan lagu berdasarkan firman Allah:

Tafsirnya: "Dan ada di antara manusia; orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) daripada agama Allah".
(Surah Luqman: 6)

Menurut Ibnu ‘Abbas maksud tafsir "perkara hiburan yang melalaikan" itu adalah alat-alat hiburan. (Al-Muhadzdzab: 2/457)
Begitu juga dalam kitab Hasyiah Qalyubi wa ‘Umairah, Imam An-Nawawi menyebutkan bahawa makruh menyanyi dengan tidak disertai alat (muzik) dan mendengarnya, dan adalah haram menggunakan alat (muzik) yang menjadi syiar peminum-peminum (arak) seperti thunbur, ‘ud, shanj dan mizmar Iraqi dan (haram) mendengarnya. (Hasyiah Qalyubi wa Umairah: 4/321)

Imam Ibnu Hajar pula menyebutkan dalam kitabnya Al-Zawajir bahawa Abu Al-Abbas Al-Qurtubi telah berkata: "Adapun alat-alat muzik yang ditiup (al-mazamir), alat-alat muzik yang bertali (al-awtar), alat-alat muzik yang digendang (kubah), maka tiada perselisihan ulama pada mengharamkan mendengarnya dan aku tidak mendengar seorang pun daripada ulama yang muktabar sama ada daripada ulama salaf dan juga khalaf yang berpendapat mengharuskannya. Dengan hal yang demikian tidak syak lagi pada mengharamkannya dan tentang fasik dan berdosanya orang yang melakukannya, kerana ia adalah syiar (tanda dan lambang) bagi penggemar-penggemar arak dan penyokong-penyokong perbuatan fasik".

Sesungguhnya ulama-ulama dalam mazhab Syafi‘e bukanlah satu-satunya mazhab yang mengharamkan hampir kesemua alat-alat muzik, bahkan kita dapati juga ulama-ulama mazhab lain seperti ulama mazhab Hanafi dan Hanbali berpendapat demikian.


PANDANGAN ULAMA’ TERHADAP MUZIK


Berbalik kepada soalan asal: apakah alat muzik yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan dalam Islam?

Al Ghazali menjelaskan (Ihya' Ulumiddin, vol2, pg 271-272): tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah yang melarang alat-alat muzik bahkan setengah alat muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, ia tidak lebih daripada seperti kemerduan suara burung. Ianya dilarang jika ada hubungan atau dikaitkan dengan kumpulan peminum arak, homoseks dan lain-lain yang dilarang.

Menurut Prof Louis Lamya' menyentuh perspektif hukum hudud Islam, jika seseorang didapati mencuri alat muzik ini berbedza-bedza mengikut madzhab. Misalnya menurut Syaikh Ibn Abu Zaid al Qairawan, Bakhurah alSa'ad menjelaskan pencuri alat muzik tidak boleh dipotong tangannya. Imam Syafi'iy dalam al Umm menjelaskan seseorang yang didapati bersalah memecahkan peralatan muzik tidak boleh dihukum. Manakala menurut sebahagian ulamak sesiapa yang memecahkan seruling atau sebarang alat muzik, ia layak dkenakan hukuman kerana menjual peralatan muzik itu sah di sisi undang-undang Islam.

Kesimpulan dan tarjih:

1. Menurut Fatwa Syaltut, muzik adalah harus selagi bukan untuk tujuan melalaikan dan maksiat
2. Menurut al Ghazali, tidak ada perincian syara' tentang peralatan muzik yang halal dan haram. Ia bergantung kpd zaman, makan, dan ikhwan; mana-mana alat muzik yang baik dan lunak di dengar adalah harus, dan mana-mana alat muzik yang jelik dan dihubungkan dengan kumpulan manusia yang jahat akhlaknya adalah ditegah.
3. Hukum muzik, pemuzik dan peralatan muzik akan sentiasa berubah mengikut keadaan umat dan ulamak semasa.


Muzik Dan Nyanyian (At-Taghanni Dan Al-Ghina’)


Muzik bererti nada yang disusun sedemikian rupa sehingga mengandungi irama, lagu, dan keharmonian (terutama menggunakan alat-alat yang dapat menghasilkan bunyi). Muzik ialah seni menyusun suara atau bunyi. Dari pengertian ini terlihat bahawa muzik tidak terbatas pada penyusunan suara yang indah saja tetapi juga pada penyusunan bunyi-bunyian.

Adapun nyanyi bererti mengeluarkan suara bernada, berlagu, baik dengan lirik maupun tidak.

Baik muzik mahupun nyanyi, keduanya hanya merupakan salah satu naluri universal kemanusiaan yang wajar. Unsur umum bagi muzik dalam berbagai kebudayaan adalah “irama”.


Hukum Muzik dan Nyanyian
Ulama Fiqh berbeza pendapat mengenai hukum muzik (At-Taghanni - dalam istilah Fiqh) dan nyanyi (Al-Ghina’). Ada yang membolehkannya dan ada pula yang melarangnya.

Beberapa ulama membolehkan penggunaan alat-alat muzik dan nyanyian seperti Daud Az-Zahiri (pendiri Mazhab Az-Zahiri) dan Imam Malik (pendiri Mazhab Maliki). Meskipun begitu, mereka masih mengajukan syarat atau ketentuan-ketentuan agar muzik dan nyanyian tersebut dibolehkan.

Syarat-syarat yang dimaksud adalah sebagai berikut.

• Kandungan dan/atau pesan yang terkandung dalam rangkap-rangkap nyanyian tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam, seperti bisikan ungkapan yang mendorong seseorang berbuat maksiat.

• Perlaksanaannya tidak menyimpang dari ketentuan-ketentuan agama.

Masing-masing kelompok ulama mengajukan hujah yang mendukung pendapat mereka. Muhammad bin Ali Asy-Syaukani (tokoh Fiqh dan hadis dari Yaman) menjelaskan banyak di antara ulama Fiqh berpendapat bahawa hukum menyanyi dan alat muzik adalah haram, sedangkan ulama Madinah dan ulama Mazhab Az-Zahiri membolehkannya.

Imam Abu Ishaq Ibrahim bin Ali bin Yusuf bin Abdullah Al-Fairuzabadi Asy-Syirazi (393 H/1003 M - 476 H/1083M; salah seorang tokoh Fiqh Mazhab Asy-Syafi’i) tidak melarang muzik secara keseluruhan.

Muzik boleh digunakan dalam pesta berkhatan. Sedangkan muzik yang akan membangkitkan nafsu dan digunakan di luar kedua macam pesta tersebut hukumnya haram.

Adapun nyanyi dibolehkan jika dengan tujuan untuk memacu (mempercepat jalannya) unta yang sedang berjalan.

Imam Al-Ghazali (tokoh terkemuka dari Mazhab Asy-Syafi’i) berpendapat bahawa banyak nas syara’ yang menunjukkan kebolehan menyanyi, menari, memukul rebana yang diiringi dengan gerakan-gerakan yang menggunakan alat-alat perang, seperti senjata dan perisai pada hari-hari raya. Hal ini menurut Imam al-Ghazali, dapat dikiaskan dengan hari-hari gembira lainnya seperti dalam acara berkhatan1.

Akan tetapi, muzik dan nyanyian itu banyak macamnya, di antaranya muzik dan nyanyian yang akan menimbulkan fitnah (hal-hal yang tidak baik, seperti dilakukan dengan cara-cara yang merangsangkan, suara yang menggoda dan syair-syair yang porno). Muzik dan nyanyian semacam ini dilarang. Muzik dan nyanyian yang tidak dilarang (dibolehkan) adalah yang tidak mengandung unsur negatif tersebut.

Lebih jauh lagi Imam Al-Ghazali mengutip salah satu pendapat Imam Asy-Syafi’i (pendiri Mazhab Asy-Syafi’i) yang mengatakan bahawa sepanjang pengetahuannya tidak ada di antara ulama Hijaz yang membenci mendengarkan muzik dan nyanyian, kecuali nyanyian yang di dalam syairnya terdapat ungkapan yang tidak baik, seperti ungkapan-ungkapan porno yang dapat membangkitkan nafsu berahi.

Ulama Fiqh dari Mazhab Hanafi hanya melarang (mengharamkan) nyanyian yang di dalamnya terdapat kata-kata (ungkapan-ungkapan) yang tidak sopan yang dilarang oleh agama; misalnya menyebut dan mengungkap sifat-sifat kelelakian seorang pria. Adapun nyanyian yang bebas dari syair-syair tidak sopan tersebut, seperti nyanyian yang memuat pujian terhadap keindahan alam, hukumnya boleh (halal).

Penggunaan Alat Muzik

Ulama Mazhab Maliki berpendapat bahawa alat-alat muzik yang disiapkan untuk perayaan pesta perkahwinan boleh digunakan dalam acara perkahwinan tersebut. Namun demikian, ada di antara ulama Mazhab Maliki berpendapat bahawa muzik boleh digunakan dalam setiap acara gembira. Adapun mengenai nyanyian yang dibolehkan adalah nyanyian yang mengandung syair yang baik, yakni yang bebas dari ungkapan yang dilarang agama2.

Tiada perselisihan antara Ahli Madinah mengenai keharusan Al-‘Ud, sejenis alat muzik bertali seperti gambus dan gitar3.

Ulama Mazhab Hanbali berpendapat bahawa tidak halal menggunakan alat-alat muzik seperti gambus, seruling, gendang, baik dalam acara pesta perkahwinan maupun acara-acara lainnya. Seandainya ada acara walimah yang di dalamnya digunakan alat-alat muzik, maka tidak wajib memenuhi undangan pesta tersebut. Adapun menyanyi dengan memerdukan suara hukumnya boleh4.

Perbahasan Mengenai Dalil-dalil

Dalil-dalil Yang Membolehkan

Ulama yang membolehkan menggunakan alat muzik dan nyanyian mengajukan beberapa dalil untuk memper-kuat pe-ndapat mereka.

Dalil-dalil dimaksud antara lain sebagai be-rikut.

1. Surah Luq-man, ayat 19 yang bermak-sud;

“...dan lunakkanlah suaramu. Sesungguh-nya seburuk-buruk suara ialah suara keledai”

Imam Al-Ghazali memahami ayat ini melalui Mafhum Mukhalafah-nya, sehingga Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa Allah taala memuji suara yang baik. Dengan demikian, tidak terlarang mendengarkan nyanyian yang baik.

2. Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

Aisyah Bte Abu Bakar berkata:

“Pada suatu hari Rasulullah s.a.w masuk ke tempat-ku. Di saat itu ada dua gadis di sampingku yang sedang menyanyi-kan lagu ‘Hari Bu’ats’ (kisah suatu peperangan di benteng Bu’ats). Saya melihat Rasulullah S.A.W berbaring sambil memalingkan mukanya.”Ketika itu Abu Bakar As-Siddiq datang dan marah kepadaku. Kata Abu Bakar “Di rumah Rasulullah s.a.w ada seruling setan?” Mendengar ucapan Abu Bakar tersebut Rasulullah s.a.w bersabda “Ya Abu Bakar! Biarkanlah keduanya menyanyi, sesungguhnya bagi setiap kaum ada ulang tahunnya dan hari ini adalah ulang tahun kita” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

3. Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

Aisyah pernah mengahwinkan seorang wanita dengan seorang laki-laki Ansar. Ketika itu Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya “Wahai Aisyah, tidak adakah kalian mempunyai hiburan (nyanyian) sesungguhnya orang-orang Ansar menyukai hiburan (nyanyian)” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Ahmad bin Hanbal)

4. Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

Hadis yang menceritakan bahawa dua orang wanita mendendangkan lagu yang isinya mengenang para pahlawan yang gugur dalam peristiwa Perang Badr (17 Ramadan 2H) sambil memukul gendang. Di antara syairnya berbunyi,

“Dan kami mempunyai nabi yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari” (Riwayat Ahmad bin Hanbal).

Dalil-dalil Yang Melarang

Ulama yang melarang menggunakan alat muzik dan nyanyian antara lain adalah Ibnu Al-Jauzi (tokoh hadis Mazhab Hanbali), Imam Al-Qurtubi dan Muhammad bin Ali Asy-Syaukani. Mereka mengajukan beberapa dalil sebagai hujah untuk mendukung pendapat mereka. Dalil-dalil yang mereka gunakan antara lain sebagai berikut.

1. Firman Allah taala dalam surah Al-Isra, ayat 64 yang bermaksud;

“Dan hasunglah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu (suaramu - saut)...”

Dalam terjemahan Al-Quran Departemen Agama Indonesia kata Saut bererti ajakan. Menurut Mujahid (w.104 H, salah seorang Tabiin), kata Saut (suara) bererti nyanyian.

Ertinya syaitan menggunakan nyanyian sebagai salah satu jalan untuk menyelewengkan manusia. Maka sebab itu nyanyian dilarang.

2. Firman Allah taala dalam surah An-Najm, ayat 59-61 yang ertinya;

“Maka apakah kamu merasa heran terhadap pemberitaan ini? Dan kamu menertawakan dan tidak menangis? Sedangkan kamu melengahkan(nya).”

Ibnu Abbas mengertikan kata Samidun (dalam terjemahan Al-Quran Departemen Agama Indonesia diartikan melengah-kan[nya]) dengan makna bernyanyi (dalam keadaan bernyanyi-nyanyi). Pendapat ini didukung oleh Mujahid dan Ikrimah bin Abu Jahal (w. 105 H).

3. Firman Allah taala dalam surah Luqman; ayat 6 yang ertinya;

“Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperolehi azab yang menghinakan.”

Beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w, di antaranya Ibnu Abbas dan Ibnu Mas’ud, dan tabiin seperti Mujahid, Qatadah bin Di’amah As-Sadusi Al-Basri (w.118H) dan Ibrahim An-Nakha’i (w.177H) serta sebahagian ahli tafsir seperti Ibnu Katsir (w.774H) menafsirkan kata Lahwa Al-Hadis (perkataan yang tidak berguna) dalam ayat di atas dengan makna nyanyian atau menyewakan jasa biduanita.

4. Sabda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

“...Tetapi saya melarang dua macam suara, yakni suara (tangisan) orang yang ditimpa “musibah yang disertai dengan mancakar muka dan merobek-robek baju, dan suara dari orang-orang yang sedang menyanyi dengan menggunakan seruling syaitan (bunyi seruling yang membisingkan)” (Riwayat At-Tirmizi).

Ungkapan ini dikemukakan Rasulullah s.a.w dengan suara yang tinggi (marah) sehingga seruling yang ditiup itu dikatakan sebagai seruling setan.

5. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

“Pada umat ini akan terjadi bencana tanah longsor, pertukaran rupa, dan kerusuhan.” Mendengar ungkapan Rasulullah s.a.w itu salah seorang dari sahabat bertanya: “Ya bilakah ia akan terjadi.” Rasulullah s.a.w menjawab “Apabila biduanita, alat-alat muzik, dan minuman khabar telah muncul di tengah-tengah masyarakat” (Riwayat At-Tirmizi)

6. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

“Sesungguhnya Allah telah mengharamkan khamar, judi, dan muzik; semua yang memabukkan hukumnya haram.” (Riwayat Al-Bukhari)

7. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

“Sesungguhnya akan terdapat dalam umatku orang-orang yang menghalalkan zina, sutera, khamar, judi, dan muzik; semua yang memabukkan hukumnya haram.” (Riwayat Al-Bukhari)5

Ulama Fiqh yang membolehkan muzik dan nyanyian mengajukan sanggahan terhadap dalil-dalil dan pemahaman yang dikemukakan oleh kelompok ulama yang melarang muzik dan nyanyian.

Pemahaman kelompok yang melarang kedua hiburan tersebut terhadap dalil yang mereka ajukan dibantah oleh ulama yang membolehkan kedua hal tersebut. Terhadap pembatasan makna kata Saut yang terdapat dalam surah Al-Isra’, ayat 64 dengan erti nyanyian, menurut Ibnu Katsir di dalam kitab Tafsir Al-Quran Al-‘Azim bahawa sekalipun secara bahasa kata Saut merupakan kata yang mengandung arti kiasan. Sebab, pada umumnya manusia tidak dapat mendengar suara iblis (Iblis dan Syaitan). Manusia hanya dapat merasakan bisikan-bisikan iblis yang mengajak kepada sikap durhaka kepada Allah taala.

Menurut Muhammad Quraish Shihab (ahli tafsir kontemporeri dari Indonesia) merupakan pembatasan yang tidak mempunyai dasar. Kalaupun pembatasan tersebut diterima dan kata saut diertikan dengan makna nyanyian, maka nyanyian yang dimaksud adalah nyanyian yang didendangkan oleh syaitan sebagaimana yan ditunjuk oleh bunyi ayat tersebut dan di saat ada nyanyian yang didendangkan oleh bukan setan, maka belum tentu termasuk yang dikecam oleh ayat tersebut.

Seperti halnya pemahaman terhadap surah al-Isra’, ayat 64, pemahaman terhadap surah Luqman, ayat 6 dibantah oleh kelompok yang membolehkan muzik dan nyanyian.

Menurut mereka kata-kata Lahwa Al-Hadis tidak dapat diertikan dengan nyanyian. Muhammad Quraish Shihab menjelaskan, seandainya kata tersebut memang diertikan “nyanyian”, maka yang dikecam oleh Allah taala melalui ayat tersebut adalah kata-kata dimaksud digunakan sebagai alat untuk menyesatkan manusia. Jadi, bukan terletak pada nyanyian atau bukan nyanyian. Memang dapat difahami jika nyanyian yang mengandung kata-kata yang tidak sejalan dengan ajaran Islam harus ditolak.

Ibnu Hazm mengatakan:

“Apabila Ibnu Abbas dan Ibnu Mas’ud menafsirkan kata lahwa al-hadis dengan makna nyanyian, maka sesungguhnya teks ayat itu sendiri-dalam hal ini Li Yudill’an Sabil Allah (untuk menyesatkan dari jalan Allah) telah menentang penafsiran tersebut”.

Sebab, demikian Ibnu Hazm, Lahwa Al-Hadis yang dimaksud dalam ayat tersebut adalah lahwa al-hadis yang jika dilakukan akan mengakibatkan kekafiran bagi pelakunya. Misalnya, seorang membeli mushaf dengan tujuan untuk menyesatkan orang lain dan memperolok-olok serta mempermainkannya, maka tentu yang bersangkutan akan tergolong orang-orang yang kafir dan Lahwa Al-Hadis semacam inilah yang dikecam oleh ayat tersebut. Adapun Lahwa Al-Hadis yang tidak bermaksud menyesatkan orang lain dan memperolok-olok, tetapi untuk menghibur diri tentu tidak dikecam oleh ayat tersebut. Artinya, ayat itu tidak ditujukan kepada orang-orang yang menghibur diri tanpa bermaksud menyesatkan manusia lainnya dari ajaran Allah taala. Adapun orang yang tidak melalaikan kewajiban agamanya sekalipun dia sibuk menyanyi, orang dimaksud tetap sebagai orang yang baik (muhsin).

Demikian juga halnya dengan An-Najm, ayat 59-61 yang didalamnya terdapat kata Samidun yang oleh ulama yang melarang muzik dan nyanyian diertikan sebagai “dalam keadaan menyanyi-nyanyi”.

Menurut Quraish Shihab, erti tersebut tidak disepakati oleh ulama tafsir, kerana kata tersebut sekalipun digunakan oleh suku Humyar (suku bangsa Arab) dalam erti menyanyi, tetapi di dalam kamus-kamus bahasa Arab seperti Mu’jam Al-Maqayis Fi Al-Lugah dijelaskan bahawa akar kata Samidun adalah samada yang maknanya berkisar pada “berjalan bersungguh-sungguh tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan, atau secara majaz (kiasan) dapat diertikan “serius” atau “tidak mengindahkan selain apa yang dihadapinya”.

Dengan demikian, lanjut Quraish, kata samidun, sebagai yang dikatakan oleh Ibnu Katsir, dalam ayat tersebut dapat diertikan “orang yang lengah” (Ghafilun).

Terhadap dalil yang berupa hadis Nabi s.a.w juga dikritik oleh ulama yang membolehkan muzik dan nyanyian. Menurut Ibnu Hazm, hadis-hadis yang dikemukakan sebagai dalil untuk mengharamkan muzik dan nyanyian adalah hadis-hadis yang tidak dapat dipertanggungjawabkan, semuanya Maudu’(hadis rekaan) atau Maqtu’ (sanadnya terputus). Hadis Abu Amir atau Abu Malik Al-Asyjari:

“Sesungguhnya akan terdapat dalam jajaran umatku orang-orang yang menghalalkan zina, sutera, khamar, judi, dan muzik; semua yang memabukkan hukumnya haram.” (Riwayat Al-Bukhari)

misalnya, dari segi sanadnya adalah Hadis Munqati’, sebab ada perawi yang tidak disebutkan, yakni antara Imam Al-Bukhari dan Hisyam. Akan tetapi, anggapan atau penilaian ini dibantah oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani. Menurut Ibnu Hajar, hadis tersebut berdasarkan syarat (kategori) Imam Al-Bukhari yang terkenal sebagai hadis yang bersambung (tidak terputus mata rantai) sanadnya.

Matan (teks hadis) tersebut menjelaskan bahawa azab diturunkan kerana mereka menghalalkan zina, minuman keras, menghalalkan sutera dan membolehkan tampilnya biduanita di depan forum yang bercampur laki-laki dan perempuan serta menghalalkan penggunaan alat muzik di luar batas-batas yang dibenarkan agama. Jadi bukan nyanyian yang mengakibatkan turunnya azab tersebut.

Berkata Al-Fakihani:

“Aku tidak ketahui dalam kitab Allah dan tidak pula dalam Sunnah satu hadits sahih yang jelas dalam pengharaman alat hiburan. Sesungguhnya semuanya hanya bersifat umum dan bukan dalil Qat`ii.6”

Dr Wahbah Az-Zuhaili berpendapat:

“Sesungguhnya lagu-lagu patriotik atau yang mendorong pada kebaikan atau jihad (perjuangan), tiada halangan (haram) bagi nya dengan syarat tiada percampuran bebas dan menutup aurat wanita kecuali muka dan tapak tangan. Adapun lagu-lagu yang mendorong pada kejahatan, tidak syak akan pengharamannya, hatta di kalangan mereka yang mengharuskan nyanyian, khususnya kemunkaran di radio dan tv yang banyak terdapat di zaman kita hari ini.

Tidak syak lagi bahawa meninggalkan dari mendengar (muzik & nyanyian) di zaman ini lebih baik kerana terdapat syubhat di dalamnya. Orang-orang beriman sentiasa menjauhi syubhat sebagaimana yang dinyatakan oleh hadits sahih. Sesiapa yang meniggalkan syubhat, ia telah memelihara agama dan maruahnya. Sesiapa yang berjalan-jalan di tepi-tepi kawasan larangan, ditakuti ia akan termasuk di dalamnya........

Tiada mengapa mendengar muzik untuk merawat sakit jiwa.” 7

Tiada ulasan: