DONATE

Selasa, 7 Julai 2009

Imam al-Busiri : Riwayat Hidup dan Jasanya


ABSTRAK

Kajian ini menelusuri riwayat hidup Imam al-Busiri, pengarang Burdah dan
sumbangannya. Kajian ini mendapati bahawa Imam al-Bu-si-ri- merupakan tokoh
sasterawan yang yang bersifat evergreen kerana Burdahnya telah diterima oleh
sebilangan umat Islam. Kehidupannya yang sederhana melewati beberapa
Dinasti Muslim yang akhirnya beliau berkecimpung dalam arena sufi
menyerlahkan lagi ketokohannya dalam panggung sejarah sastera sufi Islam.

PENGENALAN

Kedatangan Islam ke Nusantara telah membawa perubahan besar dalam
kehidupan masyarakat Melayu. Ajaran Islam yang mewajibkan penganutnya
menuntut ilmu, telah memecahkan tradisi kasta di antara golongan istana dengan
rakyat jelata dan telah merapatkan kembali jurang perbezaan mereka. Di samping
itu, Islam telah mengangkat martabat bangsa Melayu melalui pemberian bukan
sahaja sarwajagat (worldview), lingua franca, kalendar, peraturan kehidupan,
tetapi juga bidang kesenian. Pelbagai kesenian Islam turut diperkenalkan,
antaranya seperti seni kraf tangan, seni bela diri, seni bina, seni khat, seni ukir
dan sebagainya.

Islam telah mengajar umatnya pelbagai bentuk kesenian yang berpaksikan
kepada mengesakan Allah (S.W.T.). Di samping itu, terdapat juga kesenian yang
berbentuk memuji Rasulullah (s.a.w.). Pelbagai jenis puisi puji Nabi turut dibawake alam Melayu bersama dengan ajaran Islam. Pemerhatian lapangan telah
menemukan bahawa di antara jenis-jenis puisi puji Nabi yang berbentuk syair
turut diperkenalkan kepada masyarakat Melayu ialah karya kumpulan puisi
puji Nabi al-Barzanji- yang bernama Mawlid al-Nabi-, karya al-Juzu - li-
(m. 870 H) yang bernama Dala-il al-Khayra-t, karya al-Ghaza - li- (m. 505 H)
yang bernama al-Munfarijah dan karya Imam al-Bu-si-ri- yang bernama al-Burdah.

Al-Burdah merupakan himpunan puisi yang berbentuk shicr memuji
Rasulullah (s.a.w.) yang dinyanyikan secara individu mahupun beramai-ramai.
Pengamalan Burdah (puisi pujian Nabi) berlaku secara meluas di Alam Melayu.
Namun, masyarakat Melayu hanya mengamalkannya tanpa mengetahui siapakah
pengarang Burdah ini. Penulisan berikut ini akan menelusuri latar riwayat hidup
pengarang Burdah, pendidikan, mazhab dan tasawwufnya.

LATAR BELAKANG PENGARANG BURDAH

Nama pengarang Burdah yang sebenarnya ialah Muhammad bin Said bin Hammad bin Muhsin bin cAbdullah bin Hayyani bin Sanhaj. Beliau dipanggil sempena nama anaknya, iaitu Abu- cAbdulla-h (Bapa kepada cAbdullah) yang kemudiannya lebih dikenali sebagai al-Bu-siri-. Ibunya juga berasal dari Busir dan ayahnya berasal dari Dala - s. Ia ialah salah satu daerah yang memiliki banyak wilayah dan kampung yang terletak di pendalaman Mesir. Beliau mengambil gelarannya daripada cantuman tempat asal kedua
orang tuanya, iaitu Dalasiri.(al-S.a - fadi- 1953 jil. III.: 532 &105).

Terdapat perbezaan pendapat di kalangan sarjana tentang nama dan silsilah
keturunannya. Di antaranya menurut nukilan Mukhi-mar Sa - lih (1986: 67) dari
al-Maqri-zi- bahawa nama pengarang Burdah ialah Muh.ammad bin Saci - d bin
Hammad bin cAbdullah bin Hayyani al-Habnuni bin Tahsin bin Sanhaj. Terdapat
penambahan di belakang nama Hayyani-, iaitu al-Habnuni dan perubahan nama
Muhsin kepada Tahsin. Nukilan Mukhimar lagi (1986: 68) dari al-Maqrizi bahawa
Imam al-Busiri- berasal dari daerah Hammad yang berketurunan barbar
dengan suku Habnun.

Disepakati oleh para sejarawan bahawa beliau dilahirkan pada hari Selasa
di awal bulan Syawal pada tahun 608 H. di desa Busiri- atau Abu- Sir, iaitu
desa ibunya. Desa tersebut terletak di daerah Bani Suwif, Mesir (Ya-qu-t al-
Hamawi, 1990: 603). Imam al-Busiri- merupakan seorang yang kurus dan pendek.
Rupanya agak tidak terurus menyebabkan masyarakat kurang senang terhadapnya dan menjauhinya. Sebilangan ahli sejarah berpendapat bahawa Imam al-Busiri dan isteri seringkali mendapat penghinaan daripada masyarakat.

Hal ini berlaku kerana lidah tajamnya yang suka menegur secara terus-terang
sebagaimana halnya sebilangan ahli sufi pada eranya.Imam al-Busiri dibesarkan dalam keluarga yang miskin. Penderitaan kehidupan ini yang mendorongnya berusaha sungguh-sungguh semenjak kecil lagi. Beliau mengambil upah menulis batu nisan sehingga dewasa. Beliau berusaha mendekati para pembesar dan menteri untuk memuji mereka untuk
memperoleh ganjarannya (Ahmad Hasan Basj 1995: 6).

Di kalangan sarjana mempunyai perbezaan pendapat tentang tarikh Imam
al-Busiri- meninggal dunia. Hal ini berlaku kerana menurut FadliLlah bahawa
Imam al-Busiri mengalami sakit yang lama sehingga koma beberapa kali, malah
dianggap sudah meninggal dunia. Ibn Hajar al-Haythami (1307H: 4) berpendapat
bahawa Imam al-Busiri meninggal dunia pada 694 H. Manakala al-Suyuti (1967
jil I: 570) pula berpendapat bahawa beliau meninggal pada 695 H. Al-Maqrizi
(1938:69) berpendapat bahawa beliau meninggal dunia pada 697 H. Al-Safadi
(jil. III. 1903: 113) murid kepada Imam al-Busiri- menyebut bahawa beliau meninggal dunia pada tahun 696 atau 697 H. Imam al-Busiri di maqamkan berdekatan di salah sebuah masjid di Iskandariah.

PENDIDIKAN

Beliau memperolehi pendidikan tidak formal seperti majlis-majlis ilmu di masjid
ketika masih kecil beliau menghafal al-Quran al-Karim. Kemudian beliau
menjadi murid tetap dan istiqamah daripada para guru di masjid yang beliau
menimba ilmu darinya. Kecenderungannya kepada kesusasteraan Arab kelihatan
terserlah sejak dari awal lagi. Kebolehan dan bakatnya dalam puisi berkembang
mekar dalam dirinya, membuatkan dia berkecimpung dalam aktiviti-aktiviti
penulisan puisi Arab. Penggunaan puisi-puisinya sebagai media untuk
menyampaikan mesej kepada sesiapa yang ingin ditujunya. Melalui puisi
ungkapannya dapat dilihat bahawa beliau alim dalam pelbagai disiplin ilmu
pengetahuan.

Beliau menerima pendidikan daripada beberapa orang guru yang terkenal,
antaranya ialah Abu Hayyan dan al-Fath. bin Sayyid al-Annas, al-Izz bin
Jama'ah. Menurut Ibn Hajar al-Asqalani (1350 H. jil II: 378), ini tidak tepat
kerana mereka dikenali sebagai muridnya bukan gurunya kerana mereka lahir
kemudian daripadanya. Mereka telah mempelajari segala puisi dan perkaraperkara
ghaib yang aneh darinya.

Pengetahuan Imam al-Busiri adalah seperti masyarakat awam pada
peringkat awalnya. Pendidikannya tidak formal yang diperoleh dari majlis-majlis
ilmu dan halaqah-halaqah ilmu yang disampaikan di masjid. Susur galur
pengetahuan yang diperoleh ialah corak agama seperti al-Quran, Hadith dan
yang berkaitan dengan kedua-duanya seperti ilmu qiraat, nahu dan saraf. Imam
al-Busiri- jelas terus bergantung kepada sumber yang diperolehnya sehingga
melewati masa yang lama.

Imam al-Busiri keluar daripada arena kehidupan dengan berbekalkan ilmu
tata bahasa Arab seperti puisi Arab, silsilah keturunan Arab dan sejarah. Beliau
juga mempunyai pengetahuan Islam yang mendalam seperti al-Quran dan tafsirnya, qiraat, hadith, mustalah hadith, fikah, usul fikah, tajwid dan tasawwuf. Selain itu, beliau menguasai pengetahuan bidang lain seperti falsafah, mantik dan metodologi membuat kesimpulan (aruhan). Beliau juga memiliki pengetahuan luas dalam agama-agama silam seperti agama samawi (agama Kristian dan Yahudi). Beliau (al-Busiri- 1973:211) pernah mengungkapkan puisi-puisinya dalam berhujah dengan orang-orang Kristian dan Yahudi. Ungkapan puisinya diambil dari surah Armiya dari kitab Tawrat: Sebelum
Aku menciptakan kamu, Aku telah melindungi kamu. Sebelum Aku membentuk kamu dalam perut. Aku sucikan kamu serta jadikan kamu sebagai nabi kepada semua bangsa.”
Menurut Imam al-Busiri- bahawa ini merupakan petanda kelahiran baginda s.a.w.) yang diutuskan kepada semua bangsa. Beliau seterusnya mengungkapkan kata-kata al-Masih dalam kitab Injil: Aku tidak diutuskan kepada semua bangsa tetapi kepada kambing-kambing dari keturunan bani Israil sahaja. Nabi Isa (a.s.) berkata Hawariyyin: Jangan kamu mengikut jalan kesemua bangsa,
tetapi hadirlah kepada kambing dari keturunan Israil.


Manakala pengetahuan beliau tentang agama Yahudi, dapat dilihat melalui
puisinya (1973: 192) yang dinukilkan dari kitab Tawrat: Malaikat berkata kepada Hajar: Aku perbanyakkan anak dengan jumlah yang tidak terhitung. Kamu hamil akan melahirkan seorang anak yang bernama Ismail. Allah telah mendengar dan mengabulkan munajat kamu. Tangannya (Ismail) berada atas
semua dan tangan semua dihulurkan kepadanya dengan khusyu.
Ini juga
merupakan hujah petanda awal kelahiran Muh.ammad (s.a.w).

Pengetahuan Imam al-Busiri mengenai kitab-kitab samawi ini bertambah
mantap kerana hubungan peribadinya dengan Kristian dan Yahudi sebagai
sahabat dan rakan sekerja. Perjalanan hidup dan puisinya mendedahkan bahawa
beliau bersahabat dengan ramai orang Kristian dan Yahudi yang selalu berdebat
dengannya. Dari itu, beliau semakin berpengalaman dengan perdebatan serta
menimba maklumat baru untuk digunakan bagi mencapai matlamatnya. Sebagai
contoh bagi perhubungan peribadi ini, beliau (1973: 186) mengulas puisi di
atas dengan mengemukakan apa yang tercatat dalam kitab Tawrat tentang Nabi
Ha- ru- n telah mengukir anak lembu yang disembah oleh kaumnya dan menyuruh
mereka menyembelih korban untuk berhala itu. Mereka perbuat demikian dan
menjadikannya satu perayaan. Imam al-Busiri pernah berbicara dengan beberapa
orang yang memeluk agama Islam dari kalangan mereka tentang hal ini. Mereka
berpendapat peristiwa ini tidak dipertikaikan memang tercatat di dalam Tawrat
bahawa barang-barang hiasan yang mereka bawa kepada Nabi Harun termasuk
sebentuk cincin emas Nabi Yusuf (a.s.).

Puisi Imam al-Busiri- (1973: 167) memperlihatkan penguasaannya terhadap
pengetahuan umum sangat luas meliputi pelbagai bidang termasuklah pengetahuannya
terhadap para pelopor sains, falsafah, mantik dan perubatan seperti
catatannya ketika memuji al-Sahib Shams al-Din bin al-Sahib Burhan al-Din€;

• Tinta yang tampil ke depan untuk menyumbang, Ia terus * membaca beberapa
pelajaran dari pujian ke atasnya.
• Ibn Si-na- dipanggil ketua, kalaulah dia melihat Isa, * tentulah dia memanggil dirinya orang bawahan.
• Aku mengira dari ketangkasan dan kepintarannya, * Dia seperti Bahram yang
setanding dengan menara di segi ketinggiannya.


Shawqi- Dayf (1990:361-362) dan al-Maqrizi (1938) merakamkan bahawa
Imam al-Busiri pernah dilantik sebagai kakitangan, iaitu jurutulis kira-kira yang
memerlukan kemahiran matematik di pejabat pemerintah Belbi-s salah sebuah
kota yang terletak di bahagian Timur Mesir. Menurut Ibn Sha-kir al-Katbi- (1950),
Imam al-Busiri- juga memiliki pengetahuan dalam pentadbiran dan pengurusan
kerana pengalaman beliau pernah bekerja di jabatan bahagian timur kerajaan
Mesir (1973: 101). Namun, beliau merasa tidak senang dengan sebilangan kakitangan-kakitangan di pejabat bahagian Timur ini yang melakukan penyelewengan. Lalu beliau mengkritik dan mengecam sebagai pengkhianat negara dan pemakan wang rakyat. Keadaan ini menyebabkan beliau tidak berminat untuk terus bekerja dengan mereka dan bergegas pulang ke Kaherah. Di Kaherah pula, beliau menjadi guru al-Qur’a-n kepada golongan kanakkanak dan kaum belia di Masjid al-Shaykh cAbd al-Zahir. Masjid tersebut
merupakan sebuah masjid yang jauh terpencil (kurang terkenal). Pernah berlaku
pada suatu ketika bahawa Raja Salih 1 telah mengeluarkan perintah (ketika
baginda memegang tampuk kuasa di Mesir 637-647 H.) supaya diagihkan seribu
dinar kepada para penuntut ilmu. Malangnya, penuntut-penuntut masjid al-
Shaykh Abd al-Zahir tidak menerima sumbangan bantuan yang diberikan itu.
Sebagai guru al-Quran di masjid tersebut, beliau menulis surat aduan atau
rungutan kepada Raja Salih yang dimulakan dengan puisinya (al-Busiri- 1973: 260-261):


• Bukankah baik aku tahu maksud kenapa aku sahaja yang dinafikan * sedangkan
seribu dinar itu milik Tuhan yang Maha Penyayang.
• Agaknya aku tidak layak * Kerana aku menyatupadukan para qari al-Quran.



PEGANGAN MAZHAB

Imam al-Busiri beraqidah sunni dan tidak berpegang dengan mana-mana mazhab
fikah. Puisinya tidak memperlihatkan kecenderungannya kepada mana-mana
mazhab. Imam al-Busiri dibesarkan dan dididik tanpa taksub kepada mana-mana
mazhab kerana inilah beliau tidak kuat berpegang kepada mazhab. Kehidupannya membuktikan bahawa beliau bersikap flexible dengan mazhab. Ini boleh dilihat melalui rakaman puisinya (al-Busiri- 1973: 272) ketika Sultan melantik empat orang hakim dari pelbagai mahzab.

Beliau menterjemahkan hadith Nabi Muhammad (s.a.w) sebagai Perselisihan
sebagai satu rahmat. Beliau dikatakan sering mengunjungi makam Imam Shafi'i. Dalam puisinya, beliau (al-Busiri- 1973: 279) merakamkan pujian
terhadap Imam Shafi'i:

• Dikubah maqam Imam Shafi'i terdapat sebuah bahtera * Bersauh di atas julmud dari
sebuah bangunan kukuh.
• Dikubah maqam Imam Shafi'i terdapat sebuah bahtera * Bersauh di atas julmud dari
sebuah bangunan kukuh.



Meskipun beliau menyanjungi dan kagum dengan Imam Shafi'i ini tidak
bermakna bahawa beliau berpegang kepada mazhab Imam Shafi'i. Kekaguman
dan sanjungan beliau terhadap Imam Shafi'i jelas terlihat dalam puisi di atas.
Ini memperlihatkan bahawa beliau cukup menghormati para ulama silam.


PANDANGANNYA TERHADAP ISU YANG TIMBUL PADA ERANYA


Imam al-Busiri mempunyai sikap dan pandangan yang jelas dalam puisi terhadap
beberapa isu penting yang timbul pada eranya di mana para penyair daripada
sebilangan kumpulan Islam berpandangan yang berbeza terhadapnya. Antaranya
ialah isu polisi Khulafa al-Rashidin. Sebilangan gerakan Islam telah
menyanggah dan mengritik polisi Khulafa al-Rashidin. Lebih buruk dari itu,
para sahabat dan Khulafa al-Rashidin telah dicerca dan dihina oleh sebilangan
golongan umat Islam. Manakala Imam al-Busiri (1973: 230-231) mempertahankan
Khulafa al-Rashidin. dengan bersikap menyanjung kesemua mereka
secara terus-terang melalui puisinya.

• Para sahabat yang berseri-seri lagi budiman, * seringkali campurtangan di sisi Allah untuk mengubah keadaan.
• Satu kaum yang diuji dengan baik dalam perjuangan, * dan mereka taat beribadah
sepenuhnya kerana takut kepada Tuhan mereka.
• Seolah mereka berada dalam mihrab para malaikat, * dan berada dalam perperangan
yang musuh mereka Rabil.
• Saya merasa kasih terhadap mereka, * Minat dan asyik memuji mereka.
• Jika aku menyangka mereka penipu, * bermakna aku tertipu dengan keangkuhan
diri sendiri.
• Pemimpin-pemimpin agama masing-masing berikhtiar, * untuk menghasilkan ijtihad
yang jitu yang diamanahkan kepada mereka.



Kesan kecaman yang dilakukan oleh sebilangan Khalifah Umayyah pada
eranya terhadap ahli keluarga Rasulullah (s.a.w.) turut memberi impak pada
masyarakat tempat tinggal Imam al-Busiri-. Namun, beliau secara tegas membela
para ahl al-bayt serta memuji kelebihan mereka melalui rakaman puisinya
(al-Busiri- 1973: 129):

• Bukankah lebih baik memuji dinasti Muh.ammad (s.a.w) * daripada memuji kijang
yang lemah gemalai tengkuknya.
• Yang Maha Agung (Tuhan) tidak reda lagi aku memuji * jelita dara semenjak aku
cenderung memuji engkau (Muh.ammad s.a.w).
• Allah menyatupadukan engkau wahai tuan-tuan kami (dinasti Muhammad s.a.w), *
Allah satukan dengan sejahtera dalam nikmat yang abadi.


Di samping itu, beliau turut memperlihatkan tingkahlaku zalim sebilangan
khalifah Umayyah terhadap mereka sepertimana dalam puisinya (al-Busiri- 1973:69):


• Dua gelombang angin yang keharumannya datang * dari engkau (keluarga Nabi)
yang disimpan oleh bunga.
• Engkau menempatkan kedua keharuman itu di sisi engkau, * sebagaimana engkau
tambah daripada khat tulisan dua titiknya, iaitu: ba.
• Dari dua yang terkorban syahid yang bayangnya, * tidak akan dilupakan apa yang
berlaku di sana atau di Karbala.
• Hak penjagaan engkau tidak dipelihara oleh golongan bawahan, * apatah lagi ketuaketua yang telah khianati perjanjian engkau.
• Mereka menukarkan kasihsayang ikatan keluarga, * bauan muski itu lahir daripada
kijang



Imam al-Busiri turut mengemukakan pandangan terhadap umat Islam yang berbangsa Turki sama ada para menterinya mahupun para pegawai serta masyarakatnya. Beliau memuji tingkahlaku mereka yang gigih melindungi dan menentang musuh negara. Keadaan ini boleh dilihat dalam puisinya (al-Busiri 1973: 136) yang memuji salah seorang menteri bangsa Turki yang bernama Aydmur Iz al-Din (m. 655 H):

• Dia disegani rakyatnya setelah takut kepada Tuhannya, * seseorang dibalas terhadap
apa ia lakukan dan apa ia tinggalkan.
• Dia dipilih oleh raja dunia untuk mengujinya, * sebagai raja maka ia terpilih dan
teruji.
• Dia mentadbir kerajaan dengan cara, * yang gagal difahami oleh minda manusia.
• Ketika reputasinya bertebangan ke pihak musuh, * bangsa Perancis dan Tartar mati
akibat ketakutan.



Di samping itu, beliau (al-Busiri- 1973: 137) mengemukakan puisi memuji
bangsa Turki:

• Mereka adalah golongan atasan yang memenuhi janji, * bukanlah dari golongan
yang khianat dan belot.
• Bangsa Turki yang dunia menjadi ceria dengan menyebut mereka, * merekalah hiasan
dunia ketika ada dan tiada.
• Zahir dan batin mereka mengisahkan yang baik, * mereka sama sahaja ketika berahsia
dan beterus-terang.



Imam al-Busiri- turut memuji bangsa Arab. Namun, pujian beliau terhadap bangsa Arab tidak sama dengan pujiannya terhadap bangsa Turki. Beliau hanya memuji sekadar dengan memberi gambaran Islam mereka dan hanya mementingkan hal-ehwal pemerintahan yang adil. Beliau juga mengritik secara terang-terangan sebilangan bangsa Arab yang selalu menimbulkan masalah dalam masyarakat Islam. Melalui puisi pujian terhadap salah seorang menteri Turki yang bernama Aydmur cIz al-Di-n sekaligus beliau (al-Busiri 1973: 138) menyelar bangsa Arab:

• Kerja-kerjanya semua tulus ikhlas kerana Allah, * kejernihan nasihatnya tidak berbaur kekeruhan.
• Kaum yang menderhaka terhadapnya seringkali membahayakan mereka diri sendiri,
* Kaum-kaum yang merancang jahat terhadapnya terjerat diri sendiri akhirnya.
• Dia ditentang oleh mereka yang tidak bernasib, * kesialan, jahat dan malang perangai mereka.
• Mereka biadab kemudian berkata bahawa kami bangsa Arab, * Akupun berkata:
Engkau bukan Arab dan tidak bertamadun.
• Engkau tidak menjaga perjanjian dan perlindungan, * rumah engkau pula tidak
diperbuat dari bulu kambing.
• Yang buruk dari mereka dipandang elok, * mereka tidak peduli sama ada orang
mencemuh atau mereka dimaafkan.
• Di antara kesialan dan keturunan mereka jika mereka bermaki hamun mereka
beruntung, * Di antara kehinaan mereka jika mereka berperang mereka kalah.
• Kerana saya tahu berlembut dengan mereka membuatkan mereka sombong, * Kaki
perosak jika dimuliakan akan menjadi sombong.
• Aku mencegah mereka dengan pelbagai hukuman, * orang yang zalimpun akan serik
dengan hukuman.



PEGANGAN TASAWWUF

Para ahli sejarawan lama seperti al-S. afadi - (1953), Ibn Shakir al-Katbi (1950)
dan al-Maqrizi (1938) tidak pernah merakamkan bahawa Imam al-Busiri telah menjadi murid kepada mana-mana Shaykh atau terlibat dengan halqah tasawwuf yang wujud pada eranya. Namun begitu, mereka mengakui bahawa kesan Burdah membawa keberkatannya secara kesinambungan dan mendalam bagi sesiapa yang mengamalkannya di sepanjang rakaman sejarah. Namun dewasa ini, seorang sejarawan yang bernama Ibn H. ajar al-H. aythami- (954H) (1307H: 3,40) telah menyebut Imam al-Busiri- sebagai seorang ahli tasawwuf yang arif kerana beliau memperkenalkannya sebagai al-Shaykh al-Imam al-'Arif billah al-'Amil, seorang pemurah dan berjiwa seni, fasih dalam tutur kata,
seorang sasterawan dan Imam al-Shu'arac (penyair terkemuka). Ini menunjukkan
bahawa gelaran yang diberinya memperlihatkan Imam al-Busiri ini ialah seorang
yang arif dalam tasawwuf tanpa diberinya maqam yang tertentu. Jalal al-Din
al-Suyuti (1967: 511) pula tidak menyenaraikan Imam al-Busiri- sebagai Imam
tasawwuf dalam senarai ahli tasawwuf yang melebihi jumlah 91 orang pada era
itu. Sebaliknya beliau memasukkan nama Imam al-Busiri ke dalam senarai penyair, memperlihatkan beliau benar-benar mengenalinya.

Kedudukan Imam al-Busiri diiktiraf di kalangan aliran tarekat Shadhiliyyah,
kerana beliau dikatakan terlibat dengan tarekat Sha-dhiliyyah sepertimana yang
terdapat di dalam puisinya. Namun, mereka tidak pernah menyebut Imam al-Busiri sebagai murid atau arif atau pemegang apa-apa jua gelaran dalam aliran tasawwuf itu. Ibn Ataillah al-Sikandari (m. 709H) (1974: 333) telah mengarang sebuah kitab tentang perjalanan aliran Sha- dhiliyyah, silsilah guru, murid, tradisi amalan dan ajarannya. Beliau sering menyebut isu-isu perbincangan dalam majlis perjumpaan Sha - dhiliyyah. Ketika menyebut seorang murid atau ahli tasawwuf, beliau akan menyifatkannya sebagai al-Arif atau Shaykh al-Arif. Namun, nama Imam al-Busiri- tidak pernah disebut sebagai murid atau arif. Sementara itu, beliau dikenali sebagai murid ketiga dari Abu Abbas al Mursi(732H) melalui muridnya yang bernama Yaqut al-'Arshi.

Nama Imam al-Busiri disebut hanya sekali sahaja dalam kitab ini sebagai penyair
yang menyampaikan puisi di hadapan Abu- cAbba-s al Mursi - (m. 686 H). Ibn Ataillah al-Sikandari merupakan pengumpul murid-murid tarekat Shadhiliyyah tidak pernah menyenaraikan nama al-Busiri- dalam senarai tersebut. Begitu juga dalam kitabnya yang diberi nama Lata-if al-Minan dan al-Tanwir tidak pernah mencatatkan nama Imam al-Busiri sedikitpun.

Ibn 'Abbad Muhammad bin Ibrahim al-Nafari (792 H.) (1288H: 5) merupakan salah seorang peminat aliran tarekat Sha-dhiliyyah yang mengarang kitab yang berjudul: al-Adhkar al-'Aliyyah wa al-Asrar al- Shadhiliyyah juga tidak mencatat nama Imam al-Busiri sebagai pengikut aliran tarekat Shadhiliyyah. Manakala sarjana kemudiannya mempunyai persepsi yang berbeza terhadap tasawwuf Imam al-Busiri. Shaykh Kawhan al-Fasi (1347H.: 81) menganggapnya sebagai wakil kepada aliran Shadhiliyyah dengan pelbagai gelarannya seperti al-Imam al-Rabbani, al-Arif al-Samadani-, al-Ustaz al-Fadil, al-Malaz al-Kamil, Shaykh al-Muhaqqiqin, Dhu- al-Ma'arif al-Rabbaniyyah dan sebagainya. Manakala catatan lain beliau merakamkan Sehingga Imam al-Busiri dilihat dengan cahaya dan rahsia. Terdapat tanda-tanda kewalian jelas
terlihat pada dirinya. Bau badannya harum semerbak sehingga apabila beliau
berjalan di lorong-lorong jalan, orang ramai akan datang berbusur-busur untuk
mencium tangannya termasuk kanak-kanak. Shaykh Kawhan al-Fasi dikenali sebagai pengikut tarekat Shadhiliyyah. Inilah sebabnya beliau menggembar-gemburkan sifat Imam al-Busiri secara berlebihan.

Sayyid Ahmad Husayn al-Daswi (1965: 80) menyokong pandangan yang dikemukakan oleh Shaykh Kawhan al-Fa-si-. Beliau menyebut Imam al-Busiri sebagai murid Abu- Abbas al Mursi-:

Cukuplah menjadi kebanggaan kepada Abu Abbas al Mursi - bahawa mengeluarkan tokoh tasawwuf seperti Imam al-Busiri-.


Manakala pandangan yang dikemukakan oleh Muhammad Sayyid al-Kilani (1973: 21) berbeza dengan pandangan Shaykh Kawhan al-Fasi-. Beliau berpendapat bahawa Imam al-Busiri bukan seorang ahli tasawwuf dengan kenyataannya:

Al-Busiri gagal apabila ia cuba menjadi seorang ahli tasawwuf. Beliau seperti orang
yang tidak meresapi ajaran Shadhiliyyah.



Para sarjana silam tidak menonjolkan tasawwuf Imam al-Busiri secara langsung dan pasti. Mereka hanya sekadar memperlihatkan martabat yang tertinggi dan keramat sufi yang dicapai oleh Imam al-Busiri-. Beliau bermimpi melihat Rasulullah datang membelainya dengan tangannya yang mulia. Keramatnya bukan setakat ini sahaja malah berpanjangan melibatkan masyarakat umat Islam seperti penyakit mata yang dihidap oleh Sa'd al-Din al-Faraqi telah sembuh setelah puisi Burdah Imam al-Busiri diletakkan ke atasnya (al-S.afadi- 1903: 113). Hal yang sama berlaku pada seorang kanak-kanak yang mengidap penyakit mata yang hampir meragut matanya, telah sembuh setelah puisi Burdah diletakkan ke atasnya. Para ulama silam hanya bergantung kepada fakta tersebut sebagai hujah menunjukkan Imam al-Busiri- ini sebagai seorang ahli tasawwuf.

Manakala pandangan Muhammad Sayyid al-Kilani (1973: 21) yang memerlukan sedikit perbincangan kerana beliau adalah salah seorang di kalangan pengkajipengkaji
kemudian yang mengemukakan hujah menunjukkan Imam al-Busiri bukan seorang ahli tasawwuf serta gagal dalam bidang tasawwuf. Beliau berhujah dengan alasan:

Kita mendapati bahawa terdapat unsur-unsur akhlak dalam kehidupan rumahtangganya
tidak sesuai dengan akhlak sebagai seorang ahli tasawwuf.



Tetapi hujah ini tidak cukup untuk menentukan persoalan tasawwuf Imam al-Busiri ini dengan hanya semata-mata bergantung pada tingkahlaku di rumahnya. Ini merupakan alasan umum tentang keperbadiannya. Lagipun tingkahlaku ini mungkin ia berlaku pada masa tertentu dalam kehidupannya, khususnya ilmu seperti tasawwuf ini kerana tasawwuf tidak lahir secara sekaligus. Tetapi lahir selepas adanya pelbagai pengalaman kehidupan dan perubahan psikologi dan sosial. Sumber-sumber sejarah sering memaparkan beberapa ahli tasawwuf yang memulakan kehidupan mereka dengan maksiat dan di akhiri dengan kehidupan tasawwuf murni yang mempunyai maqam dan
keramat seperti sahabat Abu Hanifah, pengarang bait yang termashyur ini.

Mereka mensia-siakan aku dan pemuda manakah yang mereka sia-siakan, * Untuk hari
peperangan dan membalas dendam.



Muhammad Sayyid al-Kilani mengemukakan alasan bahawa Imam al-Busiri adalah pemimpin sebuah keluarga yang besar. Beliau terpaksa memuji para umara dan menteri yang mungkin di kalangan mereka itu melakukan kezaliman yang harus dikritik. Ini bukanlah di antara sikap ahli tasawwuf yang suka mengampu pemerintah. Memang benar Imam al-Busiri- itu mempunyai anak yang ramai seperti yang dalam bait:

Aku hanya mengadu kepadamu keadaan kami, sesungguhnya kami, * sebuah keluarga
yang terlalu ramai.


Tetapi Mukhimar Salih (1986: 83) menolak pandangan yang dikemukakan oleh Muhammad Sayyid al-Kilani yang menunjukkan Imam al-Busiri memuji para umara' dan menteri kerana desakan hidupnya. Para umara dan menteri yang dipuji oleh Imam al-Busiri itu didapati terdiri daripada golongan yang bertakwa dan beramal saleh. Beliau tidak pernah memuji orang yang tidak layak dipuji dan tidak pernah mengampu sesiapa dalam puisinya. Umpamanya, Baha al-Di-n bin Hanna seorang menteri yang bersumpah bahawa ia akan hanya mendengar Burdah dalam keadaan berkaki ayam tanpa menutup kepalanya kerana ia terlalu ingin mendengar puisi Burdah bersama ahli keluarganya. Seorang lagi yang dipuji oleh Imam al-Busiri-, ialah Sahib Zayn al-Din Yacqu-b bin Zubayr7 merupakan seorang menteri yang murni dan baik.

Imam al-Busiri mengakui bahawa Zayn al-Din ialah di antara manusia yang mencadangkan kepadanya beberapa puisi untuk memuji Rasulullah (s.a.w). Ini memperlihatkan ketakwaan dan kesalihan Zayn al-Di-n. Bukti lain bahawa pemujian terhadap beberapa umara dan menteri juga tidak bertentangan dengan aliran tasawwuf kerana Imam al-Busiri memperkenalkan mereka dengan bentuk pujian yang sangat warak dan takwa. Ini memperlihatkan nilai-nilai yang dijelmakan oleh Imam al-Busiri- dalam dirinya serta dijadikan sebagai pengukur bagi keperibadian sasaran pujiannya itu. Beliau bermaksud pujian ini supaya masyarakat berbaik sangka terhadap pemimpin setelah mereka mengenali sifat-sifat pemimpin mereka. Dalam hal ini, Imam al-Busiri- menumpu kepada kerja-kerja amal dan kebajikan, menyebarkan ketenteraman dan mencapai keadilan. Pandangan ini diperkukuhkan dengan satu contoh puisi tetapi bukan mengenai Baha al-Din bin Hanna atau Zayn al-Din bin Yacqub yang diketahui ketakwaan mereka. Tetapi contoh ini mengenai Raja Mansur Qalawwun, di mana Imam al-Busiri (1973: 149) memuji keperibadiannya:

• Dia tidak menghukum dengan zalim cumanya dia, * berlaku zalim terhadap golongan
zalim yang kecewa.
• Janganlah engkau melihat perkerja kerana harta, * sesungguhnya baginda amat prihatin
terhadap bait al-Mal.
• Dengan keadilan penjenayah di dera, * begitu lama sementara usia pengkhianat
menjadi pendek.
• Dia mengisahkan ganjaran dalam buku catatan mukmin, * yang besar dan yang kecil
di dalam catatan itu mengembirakan.



Bentuk pujian yang lebih ceria daripada gambaran kenyataan sebenarnya. Imam al-Busiri tidak tersasar dalam pemerihalan ini kerana Raja Mansur ini dikenali suka kepada kerja-kerja kebajikan, amal dan pembangunan. Bagindalah yang membina hospital bahagia untuk merawat pesakit gila dan juga madrasah al-Hadith pada tahun 684 H.

Contoh puisi lain yang memperlihatkan sifat-sifat yang dirakamkan oleh Imam al-Busiri kepada sasaran pujiannya. Ketika memuji Shams al-Din bin al-Sahib Burhan al-Din (682H.). Beliau (1973: 168-169) merakamkan puisinya:

• Kemurahan baginda membuatkan si miskin kaya dan mengenyangkan, * orang yang
berputus asa dari kebaikan zaman.
• Seorang pendita yang tampil menyumbang lalu terus, * membaca pelajaran-pelajaran
dari pujian ke atasnya.
• Dengan engkau menutup aurat, makhluk, * dengan doa yang mustajab telah
melepaskan kepala-kepala.
• Dari tengkok yang diikat kepada malapetaka, * yang tengkoknya dilepaskan
daripadanya.
• Engkau memadam api permusuhan selepas, * engkau memijak mereka yang
membakar api perperangan.



Pada keseluruhannya perbincangan di atas dapat dirumuskan bahawa Imam
al-Busiri- tidak terlibat dengan tasawwuf pada awal era kehidupannya, tidak
sama seperti ahli-ahli tasawwuf lain yang prihatin terhadap halqah-halqah
tasawwuf serta bertemu dengan para mursyidnya. Tetapi Imam al-Busiri memiliki
unsur-unsur kewarakan dan ketaqwaan serta mempunyai psikologi yang berpotensi untuk menjadi seorang sufi. Sebenarnya beliau berpotensi untuk cenderung kepada ajaran tasawwuf. Beliau tidak pernah berdiamkan diri terhadap kezaliman, malah mendedahkan kezaliman dan pelakunya. Beliau tidak pernah mengampu ataupun takut terhadap cemuhan masyarakat terhadap dirinya. Beliau menentang penipuan tanpa mengira sesiapa pelakunya. Semangat menentang kezaliman dan korupsi termasuk antara ciri-ciri ajaran tasawwuf.

Malah beliau memiliki semangat tasawwuf kerana ahli sufi sahaja yang menganggap korupsi dan kezaliman sebagai satu manifestasi sumbang di dalam masyarakat dan satu fenomena penyakit dalam alam yang diciptakan Allah (S.W.T) yang perlu dicegah. Ahli sufi telah memikul tanggungjawab memberi peringatan kepada para umarak serta menasihati mereka. Mereka menganggap diri mereka bertanggungjawab untuk memberi peringatan kepada para pemerintah. Hal ini telah dirakamkan melalui salah sebuah puisi Imam al-Busiri (1973: 262) dengan merujuk kepada korupsi dan sikap acuh tidak
acuh para umara':

• Lihatlah betul-betul tentang hal jabatan-jabatan, * semua mereka telah mengubah
kedudukan undang-undang.
• Tiada lagi yang tinggal seperti yang engkau termaklum, * melainkan perubahan dari
yang tinggi kepada yang rendah.
• Para pegawai bukanlah orang budiman, * tiada seorangpun dari mereka yang boleh
diamanahkan menjaga harta.
• Semua mereka berkhidmat untuk mengumpul kekayaan, * bukan baru sekarang kita
mendengar hal ini.
• Mereka mendapat jawatan di dunia ini, * gila jawatan telah mengeluarkan mereka
dalam hal dunia dan agama.



Imam al-Busiri yang tidak suka fenomena korupsi itu kerana beliau telah merasai kehidupan krisis ekonomi dan sering hidup dalam keadaan kelaparan. Namun beliau tidak melakukan kezaliman (penipuan) untuk kehidupan yang selesa bagi dirinya seperti halnya sebilangan orang lain. Tetapi beliau menanggung kesusahan tersebut untuk menyuburkan benih yang terpendam bagi menghasilkan seorang sufi yang berkualiti. Keprihatinan dan perasaan cemburu beliau ini tidak hanya setakat ruang lingkup kerunsingan dirinya dan tuntutan-tutntutan peribadi sahaja. Malah ruang lingkup itu berleluasa sehingga menjadi ruang lebih luas, iaitu masyarakat umumnya di tanahair sendiri, Mesir.

Beliau (1973: 268) mengritik para hakim dan para fuqaha seperti dalam puisi
berikut:

• Semua mereka penipu harta rakyat, * dan harta para pemerintah mereka.
• Para hakim menipu masing-masing mengkhianati, * setiap amanah yang mereka
panggil pemegang amanah.
• Ahli Fatwa sering menukar keadilan menjadi kezaliman, * dan menukarkan kebatilan
menjadi kebenaran yang nyata.
• Aku tidak bimbang terhadap harta Mesir, * selain dari kumpulan yang memutarbelit.



Manakala pandangan yang mencatatkan bahawa lapisan ahli sufi pada era
tersebut mengenakan pendapat mereka ke atas orang ramai dan hidup dengan
mengemis masyarakat, Imam al-Busiri bercadang mengikut jejak langkah mereka tetapi beliau tidak pandai teknik yang membolehkan ahli sufi meraih keuntungan di atas kesengsaraan orang lain. Pendapat lain mengenai beliau suka hidup selesa tanpa sebarang pekerjaan adalah tidak benar. Ini adalah disebabkan dua faktor:


1. Beliau menegaskan dalam puisi yang beliau terlalu kepingin kehidupan tasawwuf dan zuhud. Hasrat untuk menjadi seorang murid bergelora di dalam sanubari hatinya. Tetapi kerenah anak-anak dan sumber pendapatan yang tidak menentu, menghalangnya daripada mencapai cita-cita melalui rakaman puisinya (1973: 133):

• Jika aku seorang diri tentulah aku menjadi murid, * sebuah sekolah pondok
atau abid dalam gua.


2. Aliran Shadhiliyyah yang disertai oleh Imam al-Busiri yang beliau dikenali sebagai seorang tokohnya tidak menggalakkan berhenti berkerja dan berusaha, malah disebaliknya. Di sini dikemukakan padangan Ibn Ataillah al-Sikandari- (1974: 189) melalui lidah gurunya Abu- Abbas al-Mursi, Shaykh Sha-dhiliyyah selepas meninggalnya Abu al-Hasan Shadhili(m. 656 H):

Sekiranya Kami bersahabat dengan ahli perniagaan kami tidak akan menyatakan
kepadanya untuk tinggalkan perniagaan dan datanglah ataupun kami tidak menyuruh
meninggalkan profesi yang diceburi oleh ahli profesional itu. Kami juga tidak
menyuruh para penuntut ilmu meninggalkan ilmunya. Tetapi kami memperakukan
seseorang itu dalam kerja yang ditentukan oleh Allah kepadanya. Rezeki yang
ditentukan oleh Allah tetap akan sampai.


Ahmad Tawfiq cAbd (1970: 296) berpendapat bahawa pengasas tarekat Shadhiliyyah menggalakkan ahlinya berusaha dan bekerja. Dari bukti yang lalu dapat di perhatikan bahawa pembinaan psikologi Imam al-Busiri telah melayakkan dirinya untuk bertasawwuf. Jika diteliti permulaan sebenar tasawwufnya, dapat dikira dari hari ketika ia menghubungi guru Shadhiliyyah yang berpusat di Iskandariah. Pengasas Sha- dhiliyyah ialah Abu- al-Hasan Shadhili, kemudian Abu- Abbas al Mursi sehinggalah sampai kepada perhubungan yang sebenar. Pada masa yang sama ia membayangkan bahawa Imam al-Busiri mempunyai pengetahuan awal tentang asas tasawwuf. Hal ini jelas
terlihat melalui serangkap puisinya(1973: 278):

• Manakala kasih ia mencurah jiwa, * berhiburlah dengan kesusahan wahai ruhku.
• Pencinta mencurahkan airmatanya kepada yang tersayang, * Ia merahsiakan isi hatinya
kepada kepanasan cinta pertama.
• Ia membenarkan jarang sekali orang yang tidak berdiri sepertinya, * seseorang tidak
memanfaatkannya dengan hanya duduk.
• Semuga Tuhan menerima taqqarubku dengan memuji-Nya, * dan tawajjuhku ke
hadrat-Nya yang yang terkawal.
• Aku bergerak menuju ke arah-Nya aku gagal bergerak, * aku dibolehkan melihat-
Nya tanpa berputus asa.
• Mulianya hari Rabu, hari menziarahi-Mu, * Hari itu bagiku laksana seribu khamis.
• Semua hubungan orang yang bahagia itu bahagia, * Ia menepati mengandakan sesuatu
kepada tiga dan enam.



Sekalipun bait-bait tersebut tidak menampilkan beliau sebagai seorang ahli
tasawwuf yang mendalam tentang tradisi tasawwuf. Namun, puisi dalam memuji
Abu- cAbba-s al Mursi- dan ucapan takziah terhadap pemergian Abu- al-H. asan
Sha-dhili telah memperlihatkan penguasaan Imam al-Busiri- terhadap ajaran dan
disiplin Shadhiliyyah. Mengenai keperibadian Abu al-Hasan Shadhili turut
dirakamkan oleh Imam al-Busiri melalui puisinya(1973: 121):


• Wahai pewaris secara fardhu akan ilmu Nabinya, * sebagai penghormatan dan asobah
tanpa dikurangkan.
• Pada hari ini aku memuji orang yang mewaris aku, * aku memuji tuahku terhadap
orang yang mewarisinya.
• Imam dikaitkan dengan Imam serta dicontohi, * Yang dicontohi petunjuknya memiliki
kelebihan pengikutnya.


Pengetahuan sufi beliau diperkukuhkan lagi dalam kenyataan puisinya
(1973: 124) tentang Abu Abbas al Mursi-:

• Demi bapamu, tiada siapapun yang menyimpan, * sifat-sifat ketinggian seperti
menghimpun ribuan yang tidak terbilang dengan jari.
• Kecualilah Abu- cAbba-s satu-satu manusia zamannya, * mulianya ia pada zamannya
sebagai insan tunggal.
• Dia difanakan dalam tawhid oleh cita-cita yang agung, * yang tujuan-tujuannya lebih
kuat dari yang kuat.
• Ramai orang melancung di padang Sahara tetapi ia, * melancung di malakut Allah
tanpa lena.
• Ia mempunyai rahsia di alam tinggi terdapat kandang unta, * yang kandang unta dan
penunggangnya tidak ditambat.
• Orang yang istiqamah itu saudara keramat kepada beliau, * bukan semua orang yang
menunggangi unta hitam itu hitam.



Puisi ini menunjukkan kematangan tasawwuf Imam al-Busiri-. Beliau berbicara tentang tarekat Shadhiliyyah seolah-olah beliau adalah salah seorang muridnya dengan menyanjung tinggi para gurunya serta mempamerkan ajaranajarannya. Setelah penghayatan tasawwufnya mencapai tahap kemajuan, kematangannya semakin menyerlah, iaitu kesedaran dalam puisi-puisinya yang digunakan untuk memuji orang yang bukan dari golongan ahli tasawwuf turut diwarnai oleh susur galur corak tasawwuf. Dengan itu, Imam al-Busiri- turut memuji golongan bukan tasawwuf dengan sifat-sifat yang dimiliki oleh guru tasawwuf, golongan arif dan murid. Untuk menjelaskan hal ini dikemukakan dua contoh:

1. Ketika sebelum mendalami tasawwuf, Imam al-Busiri memuji salah seorang
yang bukan ahli tasawwuf.

2. Ketika setelah mendalami tasawwuf, beliau memuji seorang yang lain yang
juga bukan ahli tasawwuf.

Contoh pertama ketika beliau(1973: 96); memuji Fakhr al-Din uthman melalui puisinya:

• Keharuman angin Timur bertiup ke atas bunga tanah tinggi, * setiap tempat darinya
bertukar menjadi harum.
• Ataupun hari berangin menghadiahkan tudungnya kepada angin, * pendedahan tudung
membuatkan alam kemabukan dan harum.
• Tidakkah engkau melihatku perangai kebudak-budakan telah mengoncang pakaianku,
* keindahan angin Timur yang menarik kembali semula kepadaku.
• Siapakah yang akan memberitahuku apakah kegembiraan yang menjalar, * ia pasti
mempunyai berita.
• Mereka pun berkata semuga Allah mengembalikan kebanggaan umat manusia, *
sebagai wali yang tersayang kepada setiap hati.
• Aku berkata: Adakah Fakhr al-Di - n cUthma - n? Dia menjawab, * Ya katakanlah kepadanya selamat datang dipersilakan.
• Makhluk berkata: Pemurahnya engkau, * dari rahmat Allah kami disirami dengan
kedatangannya.
• Baginda melimpah kurnia kepada mereka, yang takut diamankan, * yang teraniaya
dibela dan tanah gersang disuburkan.
• Bumi mengambil darinya hiasan, * berkembang biak dari bunga seperti hiasan dan
emas.
• Cerianya dunia dan cerianya penghuninya, * dengan sebab hari dilahirkan wajah
Uthman.


Tidak terdapat sifat-sifat tersebut pada orang yang kedua yang dipujinya
di mana beliau (1973: 128) memuji al-Muqir al-'Ali- al-Sahibi al-Zayni - (704H.).

Adalah penting memerhati tahun kematian mereka berdua. Puisinya:

• Ilmunya mengekalkan namanya yang abadi, * Tiada siapa di dunia ini yang diabadikan
sepertinya.
• Dengan kewujudannya segala harapannya dihabisi, * Ia telah memilih apa yang tidak
kehabisan di sisi Allah.
• Dia diminati dunia tetapi dia memilih akhirat, * kerana kecintaan, dia tinggalkan
dunia kerana ingin berzuhud.
• Dunianya didatangi kesenangan, oleh kerana, * hinaannya dunia itu seseolah ia tidak
wujud dalam dirinya.
• Jika engkau melihat destinasinya, * di dunia ini ia memperlihatkan kepada engkau
hakikat seorang yang membulatkan diri.
• Ia merahsiakan dari taqwa isi hatinya, * ia bermalam tanpa lena di atas ranjang yang kasar.
• Ia memejamkan dengan airmata, * matanya yang berlinang dan bercelak dengan
batu celak kegelapan.
• Dia memohon dicurahkan berkat dari doa-doanya, * di mana awan singgah ke tapak
tangannya yang berembun.
• Dengarlah kepada al-Quran yang diwahyukan yang, * memilukan segala hati
sekalipun ia sekeras batu pejal.



Di sini jelas menunjukkan bahawa Imam al-Busiri memulakan kerjayanya dengan berbekalkan psikologi yang cenderung kepada tasawwuf. Setelah itu, baru beliau menyertai Shadhiliyyah tetapi bukan pada tahap awalnya. Pada waktu yang sama, Muhammad Zaghlul Salim (1971: 273) berpendapat bahawa Imam al-Busiri menerima tasawwuf pada akhir hayatnya. Pertemuannya dengan Abu- al-Hasan Shadhili dan Abu Abbas al Mursi- mesti berlaku sebelum beliau merakam puisi yang lalu mengenai mereka. Jika tidak bagaimanakah beliau dapat menyifatkan kedua-dua mereka dengan sifat-sifat tersebut tanpa ada dasar ajaran tasawwuf? Puisi beliau yang lalu merakamkan takziah kepada Abu Abbas al Mursi atas pemergian Abu- al-Hasan Shadhili. Abu al-Hasan Shadhili meninggal dunia pada tahun 656 H. Imam al-Busiri nampaknya tidak mewarisi aliran tarekat Shadhiliyyah kerana beberapa rakan yang sama-sama menjadi murid telah mencapai lebih kecemerlangan daripadanya. Ini jelas pada diri
Ataillah al-Sikandari - yang terkenal dengan karyanya al-Hikam Zaki-Mubarak
(1967: 175-176) menimbulkan satu persoalan penting jika ia tepat akan meruntuhkan kesemua tasawwuf Imam al-Busiri. Beliau merakamkan bait-bait puisi Imam al-Busiri- yang seolah-olah bergurau senda, iaitu kenyataan bait mengenai hamba perempuan yang digodanya lalu hamba perempuan itu mengutuknya (1973: 276):

• Aku berasmara tetapi uban menghalanginya, * perangai kebudak-budakan selepas
beruban suatu kejanggalan.
• Diri enggan mematuhi dia (perempuan)pun berkata, * cintaku tidak termasuk yang
gila.
• Masakan aku boleh menentang nafsu sedang tanah hatiku, * diadun dengan nafsu
sebelum adam lagi.
• Aku tidak dapat lena disebabkan sebutir telur, * yang comel yang tertutup bak mutiara yang tersimpan.
• Aku merasakannya satu kucupan yang mengembirakan hati, * dia (perempuan) pun
berkata: Begitulah aku merasa sedih.
• Aku berkata engkau mesti ikut ku ke rumah, * Dia (perempuan)pun berkata: Baiklah
aku jadi gila.
• Aku tidak sudi aku disentuh tangan si tua, * Masakan aku merelai sentuhan yang
mengaibkan.
• Aku pun berkata: Aku seorang yang berharta, * Dia berkata: Bersediakah engkau
untuk berlawan dengan Qarun.


Bait-bait puisi tersebut menyebut peristiwa itu berlaku kepada seorang tua
supaya disangka bahawa Imam al-Busiri juga merakamkannya pada tahap awal dari kehidupannya. Apa yang lebih dari itu, bait ini mendedahkan orang tua (Imam al-Busiri-) ini mempunyai banyak harta. Aku telah berkata:

Sesungguhnya Aku mempunyai harta yang banyak. * Maka dia
berkata: Bersediakah engkau berlawan dengan Qarun.


Di manakah harta dan kemewahan dari kesempitan hidup dan kocek yang kosong yang dideritai oleh Imam al-Busiri di sepanjang hayatnya? Ini menegaskan bahawa bait-bait tersebut mengisahkan keadaan orang lain bukan Imam al-Busiri-. Di sini, Ibn Shakir al-Katbi- (1950: 414) mengutarakan satu maklumat yang amat penting yang memutuskan bahawa bait-bait tersebut tidak mengungkapkan diri Imam al-Busiri- malah disebaliknya beliau mengemukakan puisi yang berbunyi:

• Mereka menamakannya cUmar kami tersalah membaca namanya Ghamar, * zaman
menyatakan di mana salahnya.
• Huruf ain menjadi ghain dengan titiknya, * tersalah membaca sekian lama dihilangkan
dengan titik.



Ibn Shakir (ibid.) selanjutnya merakamkan puisi seterusnya:

Aku bercinta tetapi uban telah menghalang * dan cinta setelah beruban adalah jelek.


Hanya Ibn Shakir al-Katbi yang mengemukakan bait-bait puisi tersebut. Seorang pentahkik antologi Imam al-Busiri tidak menurunkan kenyataan Ibn Shakir seperti itu. Ia hanya sekadar mengemukakan puisinya yang mengelirukan. Manakala Mahmud Rizq Salim (1965: 337) tidak menafikan peristiwa tersebut berlaku pada Imam al-Busiri. Beliau mengesahkan bahawa puisi itu milik Imam al-Busiri dengan memberi justifikasi terhadap puisi tersebut, iaitu melatihkan imajinasi dirinya. Tetapi manakah latihan imajinasi dalam puisi begitu remeh yang tidak mencapai tahap kesenian? Lagipun menafikan peristiwa itu dan megesahkan puisi tidak menghilangkan tohmahan terhadap tasawwuf Imam al-Busiri- khususnya dalam usia yang lanjut. Ini diperkirakan pandangan
yang lebih tepat. Manakala mengenai keramat Imam al-Busiri- disebut keramat yang terpenting ketika berbicara tentang puisi Burdah. Beberapa sumber sejarah menyebut keramat dari jenis lain yang diperoleh oleh Imam al-Busiri pada tahap akhir yang lebih tepat pada tahun 689 H.

Ibn Iyas (1311H: 124) dan al-Maqrizi (1938: 1766) dalam peristiwa-peristiwa tahun 690 H mengemukakan satu kisah di mana umat Islam di ketuai oleh Raja Ashraf Khali-l9 telah keluar untuk mengepung cAkka- (sebuah bandar di Palestin hari ini). Imam al-Busiri bermimpi seolah-olah ada orang membisikkan puisi kepadanya tentang panglima itu datang untuk mengepung 'Akka pada tahun 680 H:

• Umat Islam telah mengambil cAkka-, * mereka memukul golongan kafir bertubitubi.
• Sultan kami mengheret kepada mereka, * pasukan kuda yang memecah gunung.
• Bangsa Turki bersumpah semenjak mereka berangkat, * mereka tidak akan
membiarkan Perancis berkuasa.



Beliau pun memaklumkan kepada orang ramai. Kemudian Raja al-Ashraf bergerak bersama dengan sekumpulan tenteranya menuju ke cAkka- dan akhirnya beliau berjaya menaklukinya. Keadaan ini menjadi kenyataan samalah seperti bisikan puisi dalam mimpinya.


ANTOLOGI DIWAN AL-BUSIRI

Imam al-Busiri tidak memiliki sebarang karya. Namun, beliau banyak menggunakan puisinya sebagai media untuk menyampaikan mesej dakwah pada masyarakat Islam pada eranya. Puisi-puisi beliau memperlihatkan bahawa kealiman dirinya dalam pelbagai bidang disiplin ilmu pengetahuan. Puisi-puisi yang diungkapkannya telah di kumpulkan menjadi sebuah antologi yang dikenali sebagai Diwan al-Busiri- yang kemudiannya di tahkik oleh Muh.ammad Sayyid Kilani (1973) yang telah dicetak ulang sebanyak dua kali berturut-turut oleh penerbit Mustafa- Babi al-Halabi, Kaherah, Mesir. Pentahkikan juga dilakukan oleh Ahmad Hassan Basj terhadap Diwan al-Busiri yang telah dicetak Da-r al-Kutub di Beirut pada tahun 1995.


KESIMPULAN


Imam al-Busiri merupakan tokoh sasterawan masyarakat yang menghafal al-Quran ketika masih kecil. Beliau hidup dalam keadaan miskin menyebabkan beliau berusaha sungguh-sungguh apabila melakukan sesuatu pekerjaan.

Walaupun beliau memperoleh pendidikan tidak formal dari masjid, namun beliau
kelihatan cukup alim dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Hal ini jelas
terlihat melalui puisi-puisi yang diungkap olehnya. Kesenian yang ada dalam
dirinya telah dimanfaatkan sebaik-baiknya sebagai senjata dakwah untuk
menyampaikan mesej kepada pelbagai lapisan masyarakat manusia. Beliau
dikatakan hidup di era yang ada banyak dinasti Islam, di antaranya ialah dinasti
Abbasiyyah, dinasti Ayyubiyyah dan dinasti Mamlukiyyah. Pada era tersebut
terdapat ramai ahli sastera yang mengungkapkan puisi-puisi dalam pelbagai
bidang. Namun, beliau lebih terserlah dengan puisi pujian Nabi yang dikenali
sebagai Burdah.


Perjuangan Imam al-Busiri sebagai seorang zahid yang sangat ikhlas dalam kegiatan dakwahnya dianggap berjaya kerana kesemua puisi-puisi beliau telah dikumpulkan dalam antologi yang diberi nama Diwan al-Busiri- Diwan tersebut telah dikaji oleh para sarjana sama ada dari Timur mahupun Barat sepanjang zaman sampai ke hari ini.

Umat Islam di kebanyakan pelusuk dunia telah menjadikannya sebagai wadah dalam amalan yang membawa berkat dan kesenian hiburan. Hal ini berlaku di dalam masyarakat Melayu Islam di Nusantara ini. Mereka akan menyanyikan Burdah secara beramai-ramai ketika berada di majlis-majlis mawlid Nabi, memohon hajat, kesyukuran dan kelahiran. Di samping itu, ada sebilangan mereka menyanyikannya sebagai hiburan bagi mengisi kekosongan di samping memperingati Rasulullah (s.a.w.). Sebilangan yang lain pula
mengamalkannya untuk tujuan pelbagai manfaat dan hajat supaya ia dapat dimakbulkan melalui tawassul pujian terhadap baginda Rasulullah (s.a.w.).


RUJUKAN

Ah.mad Hasan Basj. 1995. Diwan al-Busiri-. Beirut: Da-r al-Kutub.
Al-Busiri-. 1973. Diwan al-Busiri-. Ditahkik oleh Muh.ammad Sayyid Ki-la-ni-. Cet II.Kaherah: Mus.t.afa - Babi- al-H. alabi-.
Al-Suyu - t.i - , Jala - l al-Di - n. 1967. Husn al-Muhadarah fi- Akhbr Mis.
r wa al-Qa - herah.Ditahkik oleh Abu - al-Fad.
l Ibra - hi-m. CetI. al-Qahirah: Dar Ihya-’ al-Kutub alcArabiyyah.
al-H. aki-m, Fa-’iz. t. th. Mawsu-ca - t al-Thaqa - fiyyah. Mis.r: Da-r al-Shacb.
Al-Hasan bin al-Haj Muhammad al-Kawha - n al-Fa - si-. 1347H. al-T.
abaqa - t al-Sha - dhiliyyah:al-Musamma-t ja-mic al-Kara-mah al-‘Aliyyah fi T.aba-qa-t al-Sada-t al-Sha-dhiliyyah Misr: al-Maktabah al-Fa-siyyah al-Mis.riyyah.
Al-Maqri-zi-, Taqi - al-Di - n. 1938. al-Sulu-k li Macrifat Duwal al-Mulu-k. Ditahkik dan disusun oleh Mohd Mustafa - Ziya-d. al-Qa - hirah: Mut.bacat al-Nashr wa al-Tarjamah.
Al-Safadi-, Khalil bin Aybak. 1953. al-Wa-f i- bi al-Wafiyya-t. Damshiq: al-Mat.bcah al-Hashimiyyah.
Ibn cAbba-d Muh.ammad bin Ibra-hi-m al-Nafari-. 1288H. al-Adhka-r al-caliyyah wa al-
Asra-r al-Sha-dhiliyyah. Iskandariyyah: al-Mat.bacah al-Sacidiyyah.
Ibn cAt.a - ’iLla-h al-Sikandari-. 1974. Lat.a - ’if al-Minan. Ditahkik oleh Abd al-H. ali-m Mah.mu-d. al-Qa-hirah: Mat.bacat H. assan
Ibn H. ajar al-Haythami- 1307H. al-Sharh. cala- Matn al-Hamaziyyh. Mis.r: al-Mat.bacah al-Khayriyyah.
Ibn H. ajar al-cAsqala - ni-, Shiha-b al-Di - n Ah.
mad bin cAli - . 1350H. Fath.
al-Ba-ri- Sharh.Sahih al-Bukhari-. Beiru-t: Da-r al-Fikr.
Ibn Iya - s, Muhammad bin Ahmad. 1311H. Ta-ri-kh Misr cet I. Mis.
r: al-Mat.bacah al-Ami-riyyah.
Ibn Kathi-r. 1987. al-Bida-yah wa al-Niha-yah. jil. 13. Beiru - t: Da- r al-Kutub al-cIlmiyyah.
Ibn Sha-kir al-Katbi-. 1950. Fawa-t al-Wafiyya-t. Ditahkik oleh Moh.
d Muh.yi- al-Di-n cAbd. al-H.ami - d. al-Qa-hirah: al-Nahd.ah al-Mis.riyyah.
Ibn Taghri-, Jama- l al-Di-n bin Yu-suf. 1936 al-Nuju-m al-Za-hirah. al-Qa-hirah: Da- r al-Kutub al-Mis.riyyah.
Mah.mu-d Rizq Sa-lim. 1965. cAs.r Sala-ti-n al-Mama-li-k. Kaherah: Mat.bacat al-Adab.
Muhammad Zaghlu-l Sa - lim. 1971. Al-Adab fi - al-cAs.r al-Mamlu - ki-. al-Qa - hirah: Da - r al-Maa rif.
Mukhi-mar S.a - lih. . 1986. al-Mada-’ih. al-Nabawyyah bayn al-S. ars.
ari- wa al-Bu - si-ri-. Beiru-t: Da - r wa maktabat al-Hila - l.
Shawqi- D. ayf. 1990. Ta-ri-kh al-Adab al-cArabi-. cAs.r al-Duwal wa al-Ima-ra-t Misr.al-Qa-hirah: Da - r al-Maca - rif.
Sayyid Ah.mad H. usayn al-Dasa-wi-. 1965. Al-Ima-m Abu - Abba-s al-Mursi - . al-Qa-hirah Da- r al-Maca - rif.
Ya-qu-t al-Hamawi-, Shiha - b al-Di - n. 1990. Mucjam al-Bulda-n. Jil. I. al-Qa - hirah: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.
Zaki Muba - rak. 1967. al-Mada-’ih. al-Nabawiyyah fi al-Adab al-cArabi-. al-Qa-hirah: Dar al-Kita-b al-cArabi- li al-T. iba-cah wa Nashr.

Tiada ulasan: