DONATE

Khamis, 2 Julai 2009

SITI MARYAM BINTI IMRAN MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN DAN GOSPEL: SUATU KAJIAN PERBANDINGAN AGAMA

LATAR BELAKANG KAJIAN

Seperti yang diketahui, Maryam binti Imrān adalah salah seorang wanita yang mempunyai kisahnya di dalam Al-Qur’ān. Beberapa surah telah menceritakan kisahnya yang mempunyai keimanan dan ketaqwaan yang kukuh kepada Allah S.W.T. Keimanannya amat kuat serta sentiasa beribadat kepada Allah tanapa jemu. Sekaligus beliau adalah antara calon-calon yang akan dijanjikan syurga.

dan bacakanlah (Wahai Muhammad) di Dalam Kitab Al-Qur’ān ini perihal Maryam…..
( Surah Maryam: 16 ).

Bapanya adalah seorang pendita Bani Israil yang bernama cImrān bin Matsan. Manakala ibunya bernama Khannah binti Faqudz. Mereka kedua-duanya mempunyai keinginan ataupun harapan yang tinggi untuk mendapatkan seorang cahaya mata setelah lama berkahwin. Tetapi harapan mereka tidak tercapai sehinggalah usia mereka sudah meningkat senja (Jabir Asy- Syal. 1994: 66).

Pada suatu hari sedang Khannah duduk di bawah sebatang pokok pada suatu petang. Sedang asyik dia menyulam, tiba-tiba dia melihat seekor burung berputar-putar di atas sarangnya. Pada paruh burung itu terdapat secubit makanan lalu disuapkan ke dalam mulut anaknya yang berada di dalam sarangnnya. Apabila melihat situasi itu Khannah pun memanjatkan doanya kepada Allah supaya dikurniakan seorang anak lelaki. Dia juga turut berhajat di dalam doanya itu jika dikurniakan anak lelaki akan dihantarnya anak itu ke Baitul Maqdis (Rumah Suci) untuk menjadi penjaga dan pengawal tempat itu diatas rasa syukurnya kepada yang Maha Esa (Jabir Asy- Syal. 1994: 66).

Setelah beberapa lama masa berlalu, dengan kuasa Allah yang Maha Esa Khannah pun mendapati dirinya telah mengandung. Dia pun memceritakan khabar tersebut kepada suaminya serta hajatnya untuk menghantar anak tersebut ke rumah ibadat. Tetapi suaminya tidak begitu bersetuju kerana bimbang anak yang bakal dilahirkan itu adalah perempuan.

Pada suatu hari dengan kuasa Allah jua suaminya cImrān telah meningal dunia sebelum sempat melihat anak mereka yang bakal lahir. Hanya kepada saudara perempuannya sahaja tempat Khannah mengadu kesedihan iaitu Isya’ dan Zakaria bin Bardhiya (Jabir Asy- Syal. 1994: 67).

Kemudian tibalah masa yang ditunggu-tunggu, Khannah telah melahirkan anak dan bayi tersebut adalah perempuan lalu diberikan nama sebagai Maryam. Khannah lalu membungkus anak tersebut dibawanya ke rumah ibadat sepertimana nazarnya. Lalu diserahkan kepada pendita di situ. Masing-masing ingin memelihara bayi itu kerana Maryam adalah anak kepada cImrān merupakan orang yang amat terkenal dan soleh (Jabir Asy- Syal. 1994: 68).

Kemudian Maryam telah dipelihara oleh Zakaria bersama isterinya dengan penuh kasih sayang setelah mereka mengundi dengan pendita-pendita yang lain siapakah yang layak memelihara Maryam. Sehinggalah Maryam dewasa, Zakaria telah membina sebuah kamar khusus untuknya sebagai tempat untuk beribadat kepada Allah S.W.T. (Jabir Asy- Syal. 1994: 68)

Dapat dilihat kekuatan keimanannya dan ibadatnya kepada Allah S.W.T. Sianggnya berpuasa, malamnya beribadat serta bertasbih. Kekuatan imannya terbukti apabila zakaria sendiri menyaksikan apabila dia mahu menghantar makanan kepada Maryam dilihatnya selonggok buah musim panas pada musim dingin dan sebaliknya. Begitulah setiap kali apabila Zakaria pergi ke tempat ibadat Maryam. apabila ditanya dari mana datangnnya buah-buahan tersebut Maryam menyatakan ia datang dari Allah.

Kemudian kisah yang paling besar terjadi kepada Maryam juga adalah apabila beliau telah mengandung walaupun Maryam adalah wanita yang menjaga kesuciannya. Tetapi itu adalah kurniaan Allah yang maha berkuasa.

Seterusnya di dalam Gospel juga turut diceritakan kisah Maryam ataupun lebih dikenali sebagai Mary. Dan di dalam Gospel, dikatakan Maryam amat berhubung rapat dengan isteri Zakaria iaitu Elizabeth. Dan diceritakan juga Maryam tinggal di Nazareth di Galilee kemungkinan bersama ibu bapanya. Kemudian telah betunang dengan Joseph. Sesetengah ahli-ahli ilmuan kristian menyatakan bahawa Maryam menyukai Jospeh yang merupakan keturunan Nabi Daud .

Apabil Maryam mendapat perkhabaran dari malaikat bahawa dia mengandungkan seorang penyelamat ataupun Messiah, lalu Joseph pun diarahkan oleh malaikat untuk mengahwini Maryam.

Terdapat dua asas utama di dalam Kristian di dalam mempercayai tentang Maryam. Iaitu berkaitan dengan ibu kepada tuhan dan juga kesuciannya yang mana amat berhubung rapat dengan Jesus secara jelasnya terdapat di dalam Gospel.

Oleh yang demikian, berdasarkan ringkasan kisah Maryam yang saya ambil dari dua sumber iaitu berdasarkan kisah di dalam Al-Qur’ān dan Gospel itu, maka saya amat beminat untuk melakukan kajian keatas tajuk ini. Kajian ini adalah untuk melihat serba sedikit latar belakang hidup Maryam. Selain itu juga kajian ini juga adalah melihat sejarah hiupnya yang merupakan seorang hamba yang amat taat dan kuat ketaqwaannya kepada Allah S.W.T.

Kajian ini juga, bukan semata melihat kewibawaan Maryam sebagai wanita yang kuat keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah. Malah saya juga amat tertarik untuk meneliti,mengkaji, serta membandingkan apa yang di ceritakan di dalam Al-Qur’ān dan Gospel.

Ini kerana kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian amat mempercayai kisah Maryam ini dan turut dimuatkan di dalam kitab suci yang menjadi panduan. Jadi secara tidak langsung sebagai seorang Islam saya juga amat berminat untuk mendalami lagi tentang Maryam ini. Juga perlu mengkaji dari sudut kepercayaan agama lain yang turut mempercayai kisah ini juga. Ini kerana tidak kesemua kisah yang mereka percaya itu sama dengan apa yang terdapat di dalam kitab suci Al-Qur’ān. Dan kajian terhadap perbezaan tersebut amat perlu dijalankan agar keutuhan Al-Qur’ān tidak akan dirosakkan dengan penceritaan yang telah ditokok tambah di dalam Gospel.


ABSTRAK


Di dalam kajian ini pengkaji telah memfokuskan penceritaan Maryam dari dua perspekif kitab suci iaitu Al-Quran dan juga Gospels. Kajian ini dilakukan adalah bertujuanuntuk menyingkap perbezaan berkaitan penceritaan tentang Maryam atau Mary berdasarkan dua perspektif kitab di atas dan juga analisis berkaitannya. Selain itu pengkaji turut memaparkan persamaan berhubung Maryam yang telah wujud di dalam kedua-dua perspektif tersebut. Bagi mencapai tujuan tersebut, pengkaji telah menggunakan mtodologi kajian ke perpustakaan serta analisis berdasarkan dapatan kajian ke perpustakaan tersebut. Selanjutnya metodologi perbandingan serta sejarah turut dimuatkan di dalam kajian ini berasaskan sumber utama iaitu Al-Quran dan Gospels. Seterusnya dapatan dari kajian ini menunjukkan terdapatnya beberapa aspek ketidaksamaan di antara penceritaan tentang Maryam daripada kedua-dua aspek ini. Malah di dalam Gospels khususnya terdapat percanggahan fakta berkaitan Maryam yang telah dipaparkan. Ini menunjukkan kekeliruan telah berlaku di dalam kitab tersebut. Tetapi walaubagaimanapun terdapat juga persamaan di antara dua perspektif tersebut terutamanya bberkaitan Maryam dan bayi yang telah dilahirkan serta keimanan, kepatuhan, serta ketundukan Maryam kepada Tuhan. Seterusnya apa yang dapat dijelaskan juga berdasarkan kajian ini adalah Maryam merupakan simbol wanita yang dipandang mulia oleh kedua-dua perspektif tersebut. Kajian ini mencadangkan supaya kajian lain dapat dijalankan untuk melihat aspek perbezaan atau persamaan lain di dalam kedua-dua perspektif tersebut berhubung dengan Maryam dengan memggunakan instrument yang lain.

BAB I


KELAHIRAN MARYAM DALAM PERSPEKTIF AL-QUR’ĀN DAN GOSPELS


1.1 PENDAHULUAN


Di dalam bab pertama ini akan diperlihatkan ayat-ayat daripada Al-Qur’ān dan juga Gospels yang menerangkan ataupun menceritakan berkaitan dengan Maryam ataupun Mary. Maryam adalah merupakan wanita Islam yang amat taat kepada suruhan Allah S.W.T. Dan beliau adalah merupakan seorang wanita suci yang diberikan keistimewaan oleh Allah S.W.T mengatasi wanita lain yang sezaman dengannya.

Keistimewaan dan kelebihan Maryam tidak dapat disangkalkan lagi melalui ayat-ayat yang terdapat di dalam Al-Qur’ān Nul Karīm antaranya yang dapat dilihat melalui Firman Allah S.W.T : ”Dan (ingatlah) Maryam binti cImrān yang memelihara kehormatannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebahagian daripada roh (ciptaan) Kami dan dia membenarkan kalimah Rabbnya dan Kitab-Kitab-Nya dan dia adalah termasuk orang-orang yang taat”.
(Surah At-Tahrim:12)

Gospels pula adalah kitab suci yang utama dipercayai oleh penganut-penganut Kristian. Perkataan Gospels pada asalnya adalah berasal dari dua suku kata iaitu ‘god spel’ juga boleh diertikan sebagai ‘good tidings’ kemudiannya difahami sebagai ‘God-story’. Dalam istilah Greek ‘euangelion’. Di dalam istilah Greek klasik perkataan Gospels itu bermaksud anugerah yang diberikan untuk kedudukan kepada perkhabaran yang baik. Di dalam New Testament perkataan Gospels bermaksud ‘good tidings’ iaitu `lebih merujuk kepada konsep dosa warisan dan datangnya penyelamat untuk menghapuskan dosa tersebut iaitu Jesus Christ (Hastings. J. 1963:340).

“All have sinned and fall short of the lovy of God”

Maksudnya:
“Semua orang berdosa dan tidak mendapat rahmat Tuhan”
(Romans 3:23)

Secara keseluruhannya Gospels adalah sebuah kitab yang telah dibahagikan kepada dua bahagian besar iaitu Old Testament dan New Testemant. Masing-masing terdiri daripada 39 buah kitab dan 27 buah kitab. Seperti Al-Qur’ān juga, kitab Gospels ini turut sama menceritakan kisah-kisah berkaitan Maryam atau pun Mary. Apa yang dapat dilihat juga, penceritaan tentang Maryam di dalam Gospels adalah diceritakan di dalam dua kitabnya yang utama iaitu Luke dan Matthew. Contoh ayat yang menceritakan tentang Maryam:

Kelahiran Yesus Kristus adalah seperti berikut:Pada waktu Maria, ibu-Nya, bertunangan dengan Yusuf, ternyata ia mengandung dari Roh Kudus, sebelum mereka hidup sebagai suami isteri”. (Luke 1:18)


1.2 KELAHIRAN MARYAM

Seperti yang telah diketahui Maryam adalah salah seorang wanita yang amat disanjungi di dalam Islam. Penceritaanya amat banyak di dalam surah-surah tertentu di dalam Al-Qur’ān. Selain itu tidak dinafikan juga penceritaannya turut sama diceritakan di dalam Gospels. Dan bagi penganut Kristian mereka turut sama memandang tinggi Maryam atau lebih dikenali sebagai Mary.


1.2.1 MARIAM MENURUT AL-QUR’ĀN

Berdasarkan beberapa surah dari ayat-ayat Al-Qur’ān di atas dapatlah dilihat pelbagai aspek penting serta menarik di dalam penceritaan berkaitan kisah wanita yang bernama Maryam. Kelebihan tersebut adalah amat baik untuk dilihat betapa mulianya Maryam disisi Allah S.W.T apabila beliau dipilih untuk diceritakan kisahnya di dalam mukjizat terbesar Allah S.W.T iaitu Al-Qur’ān Al-Karīm.

Terlebih dahulu secara sepintas lalu penulis ingin membawakan intipati berkaitan biodata bapa dan ibu Maryam seterusnya membawakan tentang kelahiran Maryam. Menurut Muhammad Ibn Ishāq, nama sebenar ‘Imrān adalah ‘Imrān Ibn Bāsham Ibn Amuūn Ibn Mīshā Ibn Huzqiyā Ibn Ahrīd Ibn Yāwash Ibn Ahriūh Ibn Yāzam Ibn Yahfsāhat Ibn Ayshā Ibn Ayynā Ibn Rahba‘ām Ibn Sulaymān Ibn Dāwūd (Abu Al-Fidā’ Al-Hāfiz Ismail Ibn Kathīr 2005:94). ‘Imarān adalah bapa kepada Maryam. Al-Qur’ān sendiri menyebut bahawa ‘Imrān adalah bapa kepada Maryam. Ini berdasarkan Firman Allah :

“Dan juga (satu misal perbandingan lagi, iaitu): Maryam binti ‘Imrān (ibu Nabi Isa seorang perempuan) yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) Kami; dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya; dan ia menjadi dari orang-orang yang tetap taat
(Surah At-Tahriīm 28:12).

Sementara isterinya dan juga merupakan ibu kepada Maryam pula adalah bernama Hanah binti Fāqūd (Jabir Āsysyaāl. 1993: 63). Ada juga pendapat yang mengatakan bahwa ibu Maryam tidak diketahui nama sebenarnya dan tidak ada dinyatakan di dalam Al-Qur’ān mahupun Bible. Nama tersebut adalah rekaan semata-mata ( Parrinder. G. 1997: 60)

Abu al-Qāsim ibn ‘Asākir pula menyatakan nama sebenar Maryam adalah Maryam binti ‘Imrān Ibn Māthān Ibn Al-‘Azir Ibn al-Yawad Ibn Akhnara Ibn Sādūq Ibn Ayāzūz Ibn al-Yāqim Ibn Aybūd Ibn Zaryābil Ibn Shālitāl Ibn Yuhaynā Ibn Barshā Ibn Amūn Ibn Mayshā Ibn Hazqā Ibn Ahāz Ibn Mawthām Ibn ‘Uzriyā Ibn Yūrām Ibn Yūshāfāt Ibn Ayshā Ibn Aybā Ibn Rahba‘ām Ibn Sulaymān Ibn Dāwūd A.S.

Pendapat ini adalah berbeza dengan pendapat Muhammad Ibn Ishāq, tetapi walau bagaimanapun ianya sama dari segi salasilah Dāwūd A.S. Bapanya Īmran ialah imam bagi Bani Israel pada zamannya. Ibunya Hannah binti Fāqūd ibn Qubayl. Sementara itu Zakariyya A.S seorang nabi ketika itu. Isterinya Ashyā ialah saudara perempuan kepada Maryam. Ini adalah merupakan pendapat ulama. Ada pendapat lain turut menyatakan ‘Imrān ialah suami kepada ibu saudara Maryam (Abu Al-Fidā’ Al-Hāfiz Ismail Ibn Kathīr 2005:94).

Selain itu Maryam adalah merupakan satu-satunya anak perempuan di dalam keluarga Imran. Riwayat tentang kelahirannya adalah dapat dilihat di dalam Al-Qur’ān iaitu pada surah Al- ‘Imrān yang membawa erti ‘keluarga ‘Imrān’ (Azyumardi Azra. 2005: 287).

Keturunan Imran iaitu merupakan sebuah keluarga yang suci lagi baik yang mana telah disebut oleh Allah S.W.T sendiri tentang kelebihan keluarga ini yang terdapat di dalam ayat ke 33-34 surah Al-‘Imrān.

Firman Allah S.W.T :

33. Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam, dan Nabi Nuh, dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga ‘Imrān, melebihi Segala umat (yang ada pada zaman mereka masing-masing). (SurahAl- ‘Imrān: 33)


34. (Mereka kembang biak sebagai) satu keturunan (zuriat) Yang setengahnya berasal dari setengahnya Yang lain. dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa mengetahui. ( Surah Al- ‘Imrān 3: 34).

Ibn Ishāq menyatakan bahawa Hanna memohon agar dikurniakan seorang anak lelaki, dan kemudian ketika hamil, ia bernazar bahawa anaknya akan diserahkan untuk mengabdikan diri pada Tuhan di Bait Allah di Bait Al-Māqdis di Jerussalem.

Dapat diperlihatkan juga bahawasanya ibunya telah lama kepinginkan seorang anak lelaki. Ketikamana perkahwinan antara ‘Imrān dan isterinya sudah beberapa tahun namun mereka masih tidak dikurniakan anak. Sehinggalah kedua-duanya telah menjadi tua. Namun mereka tidak pernah berputus asa. Dalam keadaan sedemikian pun isterinya tetap dan terus memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa agar mereka dikurniakan seorang cahaya mata. Doa tersebut telah dimakbulkan dan isterinya telah merasakan tanda kehamilan pada dirinya.

35. (ingatlah) ketika isteri Imran berkata:" Tuhanku! Sesungguhnya Aku nazarkan kepadamu anak Yang ada Dalam kandunganku sebagai seorang Yang bebas (dari Segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadamu semata-mata), maka Terimalah nazarku; Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
( Surah Al- ‘Imrān 3: 35).

Ath-Thabarī menambah bahawa Hanna telah mengalami monopos dan tidak dapat memiliki anak. Maka ketika hamil, dia telah bernazar untuk menghantar anaknya sebagai hamba Allah. Kisah tentang kehamilanya dan juga nazarnya diungkapkan oleh beberapa sejarawan dan mufasir Al-Qur’ān seperti berikut: Diceritakan bahawa Hanna mandul. Suatu ketika ia duduk di bawah sepohon pokok dan melihat seekor burung sedang memberi makan anak-anak di sekelilingnya. Maka timbullah saat itu keinginan Hanna untuk memiliki anak (Scheifer. A. 1998:35).

Ada juga yang menyatakan bahawa Hanna telah berdoa “ Ya Allah, aku bernazar jika Engkau mengurniakan seorang anak, aku akan persembahkan dia sebagai hamba-Mu di Bait Al-Māqdis”. Dan ada juga pendapat yang menyatakan, ‘Imrān telah bertanya kepada Hanna apa yang akan dilakukan jika anak itu perempuan, maka Hanna terus bernazar. Tetapi pendapat ini kurang diterima (Scheifer. A. 1998:35).

Oleh kerana terlalu gembira akan kehamilan tersebut maka bakal ibu tersebut telah bernazar untuk menjadikan anak yang bakal dilahirkan kelak akan berkidmat di Baitul Māqdis dan menjadi hamba yang soleh (Azyumardi Azra. 2005: 287-288). Lantas perkhabaran tersebut telah diceritakan kepada suaminya terhadap apa yang telah dialaminya itu. Maka terpancarlah cahaya kegembiraan di mata suaminya diiringi beberapa titis air mata kegembiraan terhadap berita yang tidak disangka-sangka itu.

Tetapi qāda’ dan qādar adalah ketentuan Allah S.W.T dan setiap yang hidup pasti akan kembali kepadaNya. Di dalam kegembiraan yang penuh nikmat, seakan-akan berada di dalam mimpi, di dalam menunggu-nunggu kehadiran seorang insan yang amat dinanti setelah sekian lama, tiba-tiba segala kegembiraan tersebut bertukar kepada kesedihan. Ini adalah kerana ‘Imrān suami tercinta itu telah kembali kerahmatullah ( Bey Arifin. 1979: 3)

Maka tiggallah isterinya seorang diri yang diselubungi perasaan sedih dan pilu atas kewafatan suami yang tercinta. Di dalam perasaan sedih becampur gembira menanti kelahiran beliau telah merasa saat untuk beliau melahirkan telah hampir tiba. Akhirnya beliau pun melahirkan seorang bayi perempuan bukan bayi lelaki seperti yang diharap-harapkan, untuk dihantar ke tempat suci di Baitul Māqdis sepertimana nazarnya. Walaupun di dalam keadaan yang agak begitu tidak menggembirakan beliau telah memberikan nama kepada anak iaitu Maryam (Maria) yang membawa maksud pengabdi tuhan (Bey Arifin. 1979: 3-4). Hanna berdoa agar anaknya sentiasa dilindungi, dipelihara oleh tuhan zuriat serta keturunananya dari segala godaan syaitan. Perkara ini dapat dirujuk seperti mana ayat berikut:


36. maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang Yang Aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa Yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki Dengan anak perempuan; dan bahawasanya Aku telah menamakannya Maryam, dan Aku melindungi Dia Dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan Syaitan Yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)". (Surah Al-I’mran 3: 36).

Doa tersebut telah di makbulkan oleh Allah S.W.T . Seperti mana riwayat Imam Ahmad dari sebuah Hadith bahawa ‘Abd al- Razzāq telah menceritakan kepada kami, Ma’mar telah menceritakan kepada kami daripada Al-Zuhriy daripada Ibn Al-Musayyab daripada Abū Hurayrah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “setiap anak Adam yang baru lahir, disentuh oleh syaitan ketika lahirnya itu, lalu dia menangis kerananya kecuali Maryam dan anaknya” ( Abu Al-Fidā ’ Al-Hāfiz Ismail Ibn Kathīr 2005: 95).


Seperti yang telah dijelaskan diatas bahawa bahawa ibu Maryam telah menazarkan Maryam untuk di hantar ke tempat suci. Beliau amat khuatir sekiranya nazar itu tidak dapat dilaksanakan. Beliau amat sedih dan berasa amat gelisah. Tetapi apakan daya, selain bermohon ke hadirat Allah, maka belaiu telah diberi petunjuk oleh Allah S.W.T untuk meneruskan nazarnya itu.

Para mufasir mencatatkan bahawa nama Maryam, yang diberikan Hanna kepada bayinya adalah membawa maksud “orang yang menyembah” iaitu maksud di dalam bahasa Aramaic ketika itu. Jadi itu merupakan interpritasi kepada niat Hanna untuk membayar nazarnya dan menunjukkan masa depan kehidupan Maryam (Scheifer. A. 1998:38) .

Hanna telah meneruskan nazarnya itu atas dua alasan. Pertama bagi memenuhi niat nazarnya untuk mengabdikan Maryam di tempat itu. Kedua mendapatkan perwalian yang tepat bagi anaknya yang telah kehilangan ayahnya dan mendapatkan status khusus iaitu menjadikan satu-satunya anak perempuan Bani Israel yang menjadi pelayan di Baitul Māqdis (Scheifer. A. 1998:38-39) .

Dalam diam-diam pada suatu malam, anak itu dibungkus dengan kain lantas dibawanya ke Baitul Māqdis menuju ke tempat suci. Lantas diserahkan bayi itu kepada pendita-pendita yang berada di situ lalu beliau berkata “ anak perempuan ini saya serahkan kepada tuan-tuan kerana saya sudah bernazar untuk menyerahkan anakku ini semata-mata untuk menjadi pengabdi tempat suci”. Anak itu ditinggalkan disitu dan dia kembali pulang ke kampungnya. Masing-masing ingin memelihara bayi itu kerana Maryam adalah anak kepada I’mran yang amat terkenal dan soleh.

Setelah itu Maryam pun berada di tengah orang-orang suci di rumah suci Baitul Māqdis. Mereka semua ingin sekali mengasuh dan ingin menjaga Maryam dengan pelbagai alasan yang diberikan. Sebaliknya yang paling kuat alasannya adalah seorang tua bernama Zakaria (Nabi Zakaria). Ini kerana isteri Zakaria adalah bersaudara dengan ibu Maryam. Sehubungan itu Maryam telah dijaga oleh Zakaria berdasarkan undian.

Setiap orang daripada pendita-pendita tersebut melemparkan qalām (pen) yang mempunyai pengenalan masing-masing. Kemudian mereka membawanya dan meletakkan pada satu tempat. Mereka meminta seorang budak yang masih kecil mencabut salah satu daripada qalām tersebut. Ternyata ia adalah kepunyaan Nabi Zakariya A.S. Meraka tidak berpuas hati dan meminta undian dijalankan sekali lagi. Undian itu dijalankan dengan melemparkan qalām mereka ke dalam sungai pula. Kemudian qalam siapa yang melawan arus air, dialah yang memenangi undian itu. Lalu mereka semua melemparkannya dan dengan kuasa Allah S.W.T qalām Nabi Zakariya A.S kelihatan melawan arus air sedangkan qalam orang lain dibawa arus air. Tetapi mereka tetap tidak berpuas hati lalu meminta undian dijalankan sekali lagi untuk kali yang ketiga seperti tadi. Walau bagaimanapun qalam Nabi Zakariya tetap melawan arus dan beliau telah memenangi undian tersebut (Abu Al-Fidā ’ Al-Hāfiz Ismail Ibn Kathīr 2005: 94).

Sebelum diputuskan Zakaria yang berhak menjaga bayi itu, para rabbi telah bermesyuarat tentang siapakah yang berhak menjaga Maryam. Lantas Zakaria menjawab bahawa dialah orang yang berhak kerana beliau adalah pakciknya. Menurut ‘Ikrīma, as-Suddī, Qatādah dan Ar-Rabī’ bin Anas, keputusan tentang perwalian ini diambil di sebuah sungai yang bernama Yordan. Sebanyak 27 pen (aq-lām) dilemparkan, dan kesemuanya tenggelam atau telah dibawa arus sungai, kecuali pen yang dimiliki oleh Zakariya yang tidak dibawa arus. Ini merupakan tanda yang jelas dari Tuhan bahawa beliaulah yang paling berhak untuk menjadi wali kepada Maryam (Scheifer. A. 1998:39-40).

Maryam telah dipelihara oleh Zakaria bersama isterinya dengan penuh kasih sayang setelah mereka mengundi dengan pendita-pendita yang lain siapakah yang layak memelihara Maryam. Firman Allah S.W.T bermaksud:

44. peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad), sedang Engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. dan Engkau juga (Wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Maryam). (SurahAl-‘Imrān 3:44).

Setelah peristiwa tersebut maka Zakariyalah yang memelihara Maryam Sehinggalah beliau dewasa, Zakaria telah membina sebuah kamar khusus untuknya sebagai tempat untuk beribadat kepada Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T bermaksud:

37. maka ia (Maryam Yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya Dengan penerimaan Yang baik, dan dibesarkannya Dengan didikan Yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan Yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:" Wahai Maryam dari mana Engkau dapati (buah-buahan) ini?" Maryam menjawab; "Ialah dari Allah, Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa Yang dikehendakiNya dengan tidak dikira". (Surah Al-‘Imrān 3:37).

Sepertimana yang pernah dituturkan oleh Wadhdhāh al-Yaman di dalam puisinya:“ Putri mihrab, jika aku mendatanginya aku tidak dapat melihatnya kecuali aku naik tangga”. Manakala menurut pendapat ulama Zakariya akan masuk sendiri ke tempat ibadat Maryam itu dan akan menguncinya dengan tujuh pintu dari dalam (Scheifer. A. 1998: 40-41).

Ayat -ayat tersebut telah memperlihatkan keistimewaan Maryam sejak dari awal pengkisahannya lagi. Ibunya walaupun sudah tua tetapi dengan kekuasaan Allah S.W.T maka beliau tetap mengandungkan Maryam.

Seterusnya dapat diperhatikan juga bahawa Maryam adalah bukan sebarangan wanita dan merupakan keturunan yang mulia. Ini dapat dilihat apabila nama bapanya iaitu ‘Imrān telah disebut di dalam Al-Qur’ān.

Tahun demi tahun berlalu, dan suatu ketika datanglah musim kemarau telah menimpa Bani Israel. Makanan serta minuman amat susah untuk diperolehi. Ramailah penduduk yang kelaparan. Suatu hari, telah keluarlah Zakaria menemui kaumnya dan berseru: “ Hai Bani Israel, ketahuilah, demi Allah, sesungguhnya aku sudah tua dan lemah untuk menanggung anak perempuan Imran. Maka, siapakah di antara kamu yang bersedia memelihara Maryam setelah sepeninggalan ku, mencukupi baginya untuk diberikan makanan dan minuman sehingga dia dapat menyelesaikan ibadatnya kepada Allah sebagaimana nazar ibunya?”. Orang-orang yang hadir di situ bertanya-tanya siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Bagi memutuskan perkara tersebut maka mereka pun akhirnya bersetuju untuk mengadakan undian. Akhirnya berdasarkan pengundian yang mereka jalankan maka ianya telah jatuh atas seorang yang soleh, iaitu sepupu Maryam sendiri iaitu seorang tukang kayu iaitu Yusuf. Maka Yusuf telah menerima keputusan tersebut dengan rela dan hati yang terbuka (Jabir Asy-Syal. 1994:69).




1.2.3 KEMATIAN MARYAM

Sesungguhnya setiap yang hidup pastinya akan mati mengadap yang Maha Esa. Begitulah juga dengan wanita soleh yang bernama Maryam. Walaupun hanya sedikit sahaja maklumat yang diketahui tentang kehidupanya, tetapi Thabarī telah mengumpulkan catatannya juga dari sumber Kristian bahawa Maryam hidup setelah enam tahun Nabi Isa membesar. Dicatatakan juga Maryam telah pulang ke ramatullah pada usia lima puluh tahun atau lebih sedikit. Tetapi walaubagaimana pun pendapat daripada Baidawi menyatakan bahawa Maryam masih hidup dan tekun beribadat sehingga Nabi Isa diangkat ke langit oleh Allah. Rentetan hidupnya ini telah dicatatkan di dalam catatan sejarah berkaitan diangkatnya Nabi Isa ke langit (Scheifer. A. 1998:67).

Menurut Suyūthī , Maryam telah dimakamkan di sebuah gereja terkenal, iaitu di Jasmaniyyah (Gethsemane) di timur Jarussalem berhampiran kaki gunung Az-Zaitūn. Ibn ‘Asākir pula menjelaskan makam Maryam terletak di Damaskus. Ini adalah adalah berdasarkan kata-katanya “ barang siapa ingin melihat makam Maryam binti ‘Imrān dan murid-murid Nabi Isa, datanglah ke makam Al-Farādīs (Al-Dahdāh), dan inilah makam Damaskus” (Scheifer. A. 1998:70).

Sesungguhnya Maryam adalah diantara orang yang akan dijamin masuk ke syurga oleh Allah. Ini dapat dibuktikan juga melalui sabda Nabi S.A.W “ Jika aku harus bersumpah, aku akan bersumpah bahawa tiada seorang pun boleh masuk surga sebelum seluruh umatku yang paling awal kecuali beberapa (bidh ‘at ‘asyar) yakni sebelas sampai sembilan belas orang, diantaranya Ibrahim, Ismail, Ishāq, Ya’qub, Al-Asbāth, Musa, Isa, Maryam putri ‘Imrān ”.

Al-Qur’ān juga turut menceritakan perihal kematian Maryam belalui Firman Allah S.W.T :


Maksudnya: “Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih ‘Isā Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi ‘Isā). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi ‘Isā , sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. Bahkan Allah telah mengangkat Nabi ‘Isā kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.
(Surah An- Nisa’ 4:157-58)

Oleh yang demikian ternyatalah kelahiran Maryam adalah satu rahmat dari Allah S.W.T. Kelahirannya juga menurut Al-Qur’ān memperlihatkan kekuasaan Allah S.W.T yang mampu memberikan apa sahaja yang Dia mahukan. Kelahiran Maryam juga adalah menjadi khabar gembira kepada ibunya yang amat kepinginkan seorang cahaya mata. Kelahirannya juga memperlihatkan betapa kuatnya keimanan ibunya yang sanggup memberikan anaknya itu untuk menjadi ahli ibadat pada ketika itu. Memperlihatkan doa serta harapannya kepada Allah yang tidak pernah kunjung padam untuk memperolehi cahaya mata.


1.3.1 KELAHIRAN MARYAM MENURUT GOSPELS

Merujuk kepada Gospels kelahiran Maryam atau Mary tidakalah diceritakan dengan begitu detail sepertimana Al-Qur’ān. Apa yang ditekankan di dalam Gospels adalah berkaitan Maryam seorang wanita yang suci dan melahirkan Jesus Christ.

Tetapi walaubagaimana pun Maryam bagi Penganut Kristian amat menyebut Mary sebagai “Virgin Mary”. Gelaran tersebut merupakan suatu simbol yang amat dikagumi oleh penganut kristian. berkaitan gelaran tersebut juga, ianya turut disebut atau diterangkan juga di dalam Al-Qur’ān (Parrinder. G. 1997: 60) . Sepertimana Firman Allah S.W.T:


“ dan ingatlah kisah Maryam yang telah memelihara kehormatannya, lalu Kami tiupkan ke dalam tubuhnya ruh dari Kami dan Kami jadikan dia dan anaknya tanda kekuasaan Allah yang besar bagi semesta alam”.
(Surah Al-Anbiya 21:91)

Dapat dilihat di dalam Gospels telah menerangkan mengenai keturunan Jesus. Perkara ini dapat dirujuk melalui ayat Luke :

inilah silsilah Jesus Chrits, anak daud, anak Abraham
(Luke 1)

Abraham memperanakkan Ishak, Ishak memperanakkan Yaakub, Yaakub memperanakkan Yehuda dan saudara-saudaranya
(Luke 1:2)

Yehuda memperanakkan Peres dan Zerah dari Tamar, Peres memperanakkan Hezron, Hezron memperanakkan Ram
(Luke 1:3)

Ram memperanakkan Aminadab, Aminadab memperanakkan Nahason, Nahason memperanakkan Salmon.................... hingga akhir
(Luke 1:4)

Eliud memperanakkan Eleazer, Eleazer memperanakkan Matan, Matan memperanakkan Yakub,
(Luke 1:15)

Yakub memperanakkan Yusuf suami Maria, yang melahirkan Yesus yang disebut Christ
(Luke 1:16)

Dapat dilihat berdasarkan ayat di atas bahawa Jesus adalah berketurunan bermula dari Abraham kemudian empat belas keturunan selepasnya hingga ke David (Daud) kemudian empat belas keturunan selepasnya lagi hingga ke Babel dan empat belas keturunan selepasnya hingga ke Jesus. Matthew telah menerangkan sebanyak empat puluh enam nama keturunan Jesus iaitu bermula dengan Abraham hingga ke Jesus (Connick. C. M. 1974: 109)

Seterusnya perkataan Maryam adalah berasal dari bahasa Hebrew dan Aramaic. Selain itu bagi penganut Kristian mereka juga amat mengenali Maryam dengan panggilan Miriam of Nazareth. Ini kerana menurut kepercayaan mereka Maryam lahir di sebuah kampung di Nazareth yang mana penduduknya adalah terdiri dari Yahudi (Manoney. R. P. 1999:287). Mereka mengenali atau memanggil bapa Maryam sebagai Joachim dan ibunya Anna. Perkara ini disokong oleh Baidawi melalui penceritaan yang dibawa oleh Book of James (Parrinder. G. 1997: 64).

Menurut kepercayaan Kristian Maryam telah berkahwin dengan Joseph ataupun Yusuf. Perkahwinan tersebut adalah perintah daripada Tuhan kepada Joseph yang mana ketika itu mengandung anak Roh Kudus seperti mana terdapat dalam Gospels seperti ayat berikut :

"kerana Joseph suaminya adalah seorang yang tulus hati dan tidak mahu mencemarkan nama isterinya di khalayak umum, ia bermaksud menceraikannya dalam diam-diam”.
(Matthew 1:19 ).

tetapi ketika ia mempertimbangkan maksud itu, malaikat Tuhan telah muncul di dalam mimpinya dan berkata: ‘Joseph anak Daud, janganlah engkau takut untuk mengambil Mary sebagai isterimu, sebab anak di dalam kamdungannya adalah dari Roh Kudus’
(Matthew 1:20)

sesudah bangun dari tidurnya Joseph berbuat seperti yang diperintahkan malaikat itu kepadanya. Dia mengambil Mary sebagai isterinya
(Matthew 1:24).

Joseph adalah seorang tukang kayu. Mereka telah tinggal di kampung tersebut di dalam keadaan yang agak susah. Ini dapat dilihat melalui ayat :

Bukankah dia ini tukang kayu, anak Mariam, saudara Yaakub, Yoses, Yudas dan Simon?...
(Mark 6:3).

Bukankah ini anak tukang kayu? Bukankah ibunya bernama Mariam dan saudara-saudaranya Yaakub, Yusuf, Simon dan Yudas?.
(Matthew 13:55).

Selain itu seperti wanita-wanita lain Maryam juga akan membuat kerja-kerja sebagai sebagai seorang ibu. Antaranya mengasuh anaknya, memasak, melakukan banyak kerja-kerja rumah, mengemas, membasuh, mengangkut air. Maryam juga adalah seperti ibu yang lain juga mengajar anaknya untuk berjalan, bercakap dan bersembahyang (Manoney. R. P. 1999:287).

Walaupun mereka sekeluarga hidup di dalam keadaan agak susah tetapi Joseph turut pergi untuk berdagang. Mereka telah menghabiskan banyak masa di Ghalile. Joseph telah meninggal dunia ketikamana Jesus belum diangkat menjadi pemimpin dan belum dikenali lagi ( Manoney. R. P. 1999: 288).

Joseph adalah anak kepada David (Daud). Sepertimana ayat berikut:

Tetapi ketika dia mempertimbangkan maksud itu, malaikat Tuhan nampak kepadanya dalam mimpi dan berkata: “ Yusuf, anak Daud, janganlah engkau takut mengambil Marya sebagai isterimu......
(Matthew 1:20).

Dikatakan juga Maryam adalah mempunyai saudara iaitu Elizabeth. Merujuk kepada Catholic Encyclopedia, mereka berdua mempunyai hubungan sepupu. Ini kerana ibu kepada Elizabeth iaitu Sobe dan ibu Maryam iaitu Saint Anne adalah adik beradik. Suami kepada Elizabeth adalah Zechariah iaitu seorang ahli agama pada ketika itu. (www.wikipedia.org). Ini dapat dilihat melalui ayat-ayat berikut:

Pada zaman Herodos, raja Yuea, ada seorang imam yang bernama Zechariah dari rombongan Abia. Isterinya juga berasal dari keturunan Harun, namanya Elizabeth
( Luke 1:5).

Dan sesungguhnya, Elizabeth, sanakmu itu, diapun sedang mengandung seorang anak laki-laki pada hari tuanya dan inilah bulan yang keenam bagi dia yang disebut mandul itu
(Luke 1:36).

Jadi berdasarkan tajuk ini penulis akan membawakan beberapa ayat yang akan membuktikan keimanan Maryam kepada Allah S.W.T amatlah tinggi. Ianya akan dilihat juga melalui dua perspektif iaitu Al-Qur’ān dan Gospels.


1.4 KESIMPULAN

Berdasarkan penceritaan sejarah Maryam dari dua perspektif ini dapatlah dilihat bahawa Maryam adalah wanita yang amat istimewa di sisi Allah. Setiap perkara yang ditempuhi adalah kurniaan dari Tuhan. Ini menandakan Maryam bukanlah sebarangan wanita.

Apa yang dapat diperhatikan bahawa, beliau adalah dari keturunan yang diiktiraf di sisi Allah S.W.T. Selain daripada itu, walaupun Gospels tidak begitu banyak menceritakan tentang kelahiran Maryam namun Maryam tetap diberi pengiktirafan di dalam Gospels sebagai seorang wanita yang suci yang melahirkan Jesus.

Seterusnya dapat diperhatikan juga berdasarkan kepada Al-Qur’ān, kelahiran Maryam juga adalah merupakan sesuatu yang istimewa, bukan sahaja menunjukkan kebesaran Tuhan malah menunjukkan satu petanda bahawa Maryam adalah seorang yang mulia di sisi Allah S.W.T. Kemudian keistimewaan tersebut terus dialami sendiri oleh Maryam melalui pelbagai peristiwa yang amat mengagumkan. Seterusnya keistimewaan tersebut diteruskan oleh anaknya iaitu Nabi Isa a.s sebagai pemimpin kaumnya. Sekaligus keturunan yang mulia itu betul-betul dapat dibuktikan berdasarkan peristiwa tersebut.

BAB II


MARYAM DARI PERSPEKTIF AL-QUR’ĀN : ASPEK PERSAMAAN DENGAN GOSPELS


2.1 PENDAHULUAN


Di dalam bab ke dua ini, penulis akan membawakan beberapa aspek yang penting di dalam kedudukan Maryam sebagai seorang wanita yang di pandang tinggi oleh kedua-dua kitab iaitu Al-Qur’ān dan Gospels. Di dalam bab ini penulis akan melihat pula aspek persamaan yang di bawa oleh keduaa kitab tersebut di dalam melihat siapakah sebenarnya Maryam.

Seterusnya penulis turut akan membawa beberapa keratan ayat berdasarkan Al-Qur’ān dan juga Gospels yang menunjukkan persamaan dari sudut penceritaan tentang Maryam ini.


2.2 MARYAM SIMBOL KETUNDUKAN, KETAATAN DAN KEIMANAN DARI PERSPEKTIF AL-QUR’ĀN

Di dalam Al-Qur’ān terdapat beberapa ayat yang menerangkan keadaan ini. Maryam dilihat sebagai seorang wanita yang amat mulia dari segi ibadatnya beliau amat patuh kepada perintah Allah S.W.T sekaligus menjadi simbol seorang wanita yang solehah patuh serta tunduk kepada pesuruhnya yang Maha Esa.

Ini dapat dilihat berdasarkan surah Al-’Imrān (3:43) bahawasanya Allah S.W.T berfirman maksudnya:


43. "Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk ".
(Surah Al-‘Imrān 3:43).

Berdasarkan ayat di atas menurut perkataan Al-Islām dalam bahasa Arab yang membawa erti ’tunduk’ atau ’berserah diri’ iaitu dalam erti kata ketundukan manusia kepada Allah. Ini kerana seorang muslim menyerahkan dirinya kepada Allah bagi seluruh aspek kehidupannya. Dalam pengertian ini Maryam sebagai seorang yang tunduk merupakan simbol agama Islam itu sendiri dan menjadi tauladan bagi semua manusia yang mengikut ajaran Al-Qur’ān.

Maryam dilihat sebagai seorang yang mempunyai ketaatan serta kepatuhan yang tinggi kepada Allah S.W.T. Perkara ini bukan hanya merujuk kepada Maryam sahaja malah ibunya juga. Ini dapat dilihat melalui kekuatan iman ibunya yang sanggup berdoa dengan tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan zuriatnya dan sanggup menazarkan anaknya supaya menjadi ahli agama. Ayahnya juga merupakan di kalangan keturunan orang yang terpilih.

Refleksi dari itu, maka Maryam adalah datangnya dari keturunan yang baik sekaligus menjadi simbol ketaatannya kepada pesuruhnya. Jika dilihat ketundukan Maryam kepada Tuhan adalah ketaatan dan ketabahannya dalam beribadat. Sejak bayi sehinggalah remaja ketika mana Maryam hidup menyendiri di tempat ibadatnya, beliau sentiasa tekun dan tidak mengenal erti penat untuk beribadat. Seperti mana yang dinyatakan oleh Ibn Katsīr berdasarkan kenyataan seorang ulama klasik Mujahīd menyebut bahawa Maryam berdiri dalam sembahyang sampai kedua pergelangan kakinya bengkak (Schleifer. A . 1998: 92).

Al-Qurthubī menyatakan perkataan al-qānitūn merupakan gambaran tentang orang-orang bangun dari sembahyang. Dari pada Mujāhid ianya bermaksud ketaatan. Manakala Al-Auzā’i pula menyatakan ianya membawa maksud kaki akan bengkak dan mengalir darah serta bernanah apabila bangun dari sembahyang (Al-Qurthubī. 1967. 84-85).

Di dalam tafsiran Al-Qurthubī menerangkan ayat 43 surah Al-’Imrān dari perspektif linguistik menunjukkan bahawa perkataan واسجدى واركعى beerti perbuatan sembahyang mereka lakukannya dengan berturut-turut. Sujud di sini mendahului ruku’ kerana ’waw’(dan) tidak tertib. Telah berkata Al-Qurthubī di dalam contoh apabila Zaid dan Umar harus dikehendaki Umar bangun sebelum Zaid. Maka perbuatan tersebut dikehendaki maknanya واسجدى واركعى. Ianya perbuatan sembahyang yang mana mereka memulakan sujud sebelum ruku’. Manakala perkataan مع الراكعين bermaksud mereka menghimpunkan perbuatan tersebut dalam solat mereka. Qurthubī menyatan maksud di sini adalah sembahyang berjamaah. Al-Qurthubī menambah perbuatan sembahyang dengan mendahului sujud adalah perbuatan orang Israel (Al-Qurthubī. 1967. 84-85). Dengan perkataan lain, ianya adalah perintah Tuhan melalui malaikat kepada Maryam iaitu sembahyang bersendirian di tempat ibadatnya sepeti sembahyang orang-orang Israel yang soleh.

Oleh yang demikian, salah satu gambaran terpenting tentang Maryam adalah beliau merupakan hamba yang patuh dan sepenuhnya menerima perintah Tuhan untuk tekun beribadat kepada Allah S.W.T. Beliau telah melaksanakan seluruh gerakan sembahyang seperti yang kebiasaannya dilakukan oleh kaumnya iaitu berdiri, ruku’ dan kadang-kadang sujud. Beliau telah melakukannya dengan bersunguh-sungguh dan sepenuh hatinya. Beliau telah melakukannya sendirian sepanjang hidupnya.

Apabila meneliti aspek ketaatan Maryam kepada yang Maha Esa ianya tidak dapat disangkal lagi. Maryam adalah merupakan wanita yang amat solehah. Sepanjang masa pengasuhan tersebut, pelbagai pengalaman yang dialami oleh Maryam dan Zakaria yang menunjukkan bahawa Maryam diberi Karamāh (pertolongan) oleh Allah S.W.T. Keajaiban-keajaiban tersebut menunjukkan Maryam bukanlah seorang wanita yang sebarangan.

Menurut ahli tafsir Nabi Zakariya A.S telah menyediakan sebuah tempat ataupun sebuah kamar untuk Maryam beribadat yang terletak di dalam masjid. Sesiapapun tidak dibenarkan masuk ke kamar tersebut kecuali dirinya. Disana Maryam akan melakukan ibadat kepada Allah S.W.T. Beliau melakukan apa yang wajib ke atasnya sebagai khadam masjid. Beliau sentiasa beribadat siang dan malam hingga ibadatnya menjadi contoh kepada Bani Israel. Maryam juga terkenal kerana mempunyai perwatakan yang mulia dan sifat-sifat yang terpuji (Abu Al-Fidā ’ Al-Hāfiz Ismail Ibn Kathīr 2005:94). Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T :

Di sana Maryam dibesarkan sebagai wanita yang amat solehah. Beliau sentiasa beribadat kepada Allah S.W.T dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah serta amat kuat beribadat dan mempunyai kekuatan iman serta ketaqwaan yang tidak pernah kunjung padam. Ini dapat dibuktikan apabila suatu hari ketika mana Nabi Zakaria masuk untuk menghantar makanan ke bilik ibadat Maryam tiba-tiba kelihatan makanan terletak di samping pintu masuk bilik itu. Alangkah terkejutnya Zakaria melihat makanan itu. Perkara itu masih berulang pada hari seterusnya lalu diajukan perkara tersebut kepada Maryam oleh Zakaria. Maryam telah menjawab bahawa makanan itu adalah dari Allah, Allah akan memberi rezeki kepada sesiapa pun yang dikehendakinya tanpa hisab (Bey Arifin 1979:5-6). Seperti mana firman Allah S.W.T :


37. maka ia (Maryam Yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan Yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:" Wahai Maryam dari mana Engkau dapati (buah-buahan) ini?" Maryam menjawab; "Ialah dari Allah, Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa Yang dikehendakiNya dengan tidak dikira". (Surah Al-‘Imrān 3:37)

Maryam dibariskan bersama-sama nama-nama wanita Islam yang mempunyai kelebihan di sisi Allah seperti Āsiyah binti Muzahīm, Khadījah binti Khuwaylīd dan Fātimah binti Muhammad S.A.W. Menurut Ibn Hazm, kemungkinan beliau adalah seorang nabi, sepertimana kenabian Sarah iaitu ibu Nabi Ishāq A.S dan kenabian ibu Musa A.S. Ini berpandukan kepada percakapan malaikat dan wahyu yang diturunkan kepada ibu Nabi Musa A.S. Tetapi Jumhur Ulama pula berpendapat sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu al-Hasan al- Āsh’ary dan lain-lain daripada ahli sunnah bahawa taraf kenabian adalah khas untuk lelaki sahaja dan bukan untuk perempuan. Oleh itu, Maryam sekadar mendapat kedudukan yang tinggi . Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W :

قال (ص) : خير النساء أربع: مريم بنت عمران وآسية أمرأة فرعون وخديجة بنت خويلد وفاطمة بنت رسول الله صلى الله عليه وسلم

Maksudnya : “terdapat empat wanita yang terbaik: Maryam binti ‘Imrān, dan Āsiah isteri Firaun dan Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah binti Rasulullah S.A.W”

Selain itu sudah jelas dan terang bahawa Allah telah memelihara Maryam dari sebarang keburukan. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah Al-‘Imrān ayat 42. Yang mana Allah akan memeliharanya dan mensucikannya melebihi perempuan-perempuan seluruh alam. Ini membuktikan Maryam adalah wanita yang diberi keistimewaan di sisi Allah. Firman Allah S.W.T:


42. dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu).
(Surah Al-‘Imrān 3:42)

Di samping itu, menurut Ibn Ishāq, Maryam adalah suci, baik, dan bebas dari sebarang keburukan serta kejahatan. Manakala Rābi’a seorang ahli sufi pula berpendapat bahawa Maryam adalah bersih dan tidak tercemar dengan sebarang keburukan. Seterusnya Islam juga turut mengiktiraf Maryam adalah bebas dari dosa sepertimana ibunya telah berdoa agar anaknya Maryam serta keturunanya selamat dari segala ganggun syaitan. Sepertimana terdapat di dalam Bukhārī dan Muslim Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawasanya tiada satupun anak Adam yang lahir ke dunia ini tanpa disentuh oleh syaitan apabila lahir. Disebabkan sentuhan tersebutlah maka bayi yang baru dilahirkan itu menangis. Tetapi perkara tersebut sama sekali tidak terjadi kepada Maryam serta anaknya. Dipercayai bahawa di saat kelahiran Jesus malaikat Jibril telah melindungi Jesus dengan sayapnya daripada disentuh oleh syaitan ( Parrinder. G. 1997: 62).

Dan seorang pemikir dan sufi ternama, Rūzbuhihān al-Baqlī memahami ayat “ dan adalah ia temasuk orang-orang yang taat” , sebagai petunjuk bahawa Maryam adalah orang yang ‘taat di jalan-Nya dalam ma’rifah tentang Tuhannya dan ma’rifah tentang kelebihan dirinya, kerana dengan tunduk kepada kehendak Tuhan, ia menjadi hamba yang tak berdaya atas cemohan dan caci maki”. Rūzibihān menyebut tiga sifat Maryam, ketundukan, ketaatan dan keimanan untuk menggambarkan keikhlasan dalam ibadahnya, ketabahan dalam ketundukannya,pengabdiannya di Bait al-Māqdis, ketaatannya pada takdir Tuhan, dan kekusyukannya beribadah dengan penuh cinta iaitu terlepas dari sebarang urusan lain (Schleifer. A . 1998: 100).


2.2.1 MARYAM SIMBOL KETUNDUKAN, KETAATAN DAN KEIMANAN DARI PERSAMAAN DARI PERSPEKTIF GOSPELS.

Seperti yang telah disebutkan di dalam tajuk sebelum ini Maryam amat dikenali sebagai wanita yang amat taat dan kuat beribadat kepada yang Esa. Oleh itu di dalam tajuk ini penulis akan melihat pula keterangan-keterangan ayat berhubung ketaatan Maryam menurut perspektif Gospels. Iaitu meninjau adakah Maryam dari perspektif ini turut diceritakan sebagai seorang hamba yang amat taat kepada suruhan Tuhan.

Maryam adalah dilihat sebagai pengikut agama yang baik. Dia mendengar kata-kata Tuhan seterusnya mengikuti serta mentaatinya. Ini dapat diperhatikan dengan jelas di dalam Gospels. Perkara pertama yang dapat dilihat adalah Maryam seorang yang taat apabila dia merenung perkara-perkara yang terjadi kepadanya diambil dan disimpan di dalam hatinya. Semua itu adalah sebagai perkhabaran yang baik dari Tuhan. Perkhabaran tersebut merujuk kepada pemberian Tuhan kepada anak yang dilahirkan. Yang mana perkhabaran tersebut dilihat merupakan seolah-olah satu seruan dakwah untuk mengajak orang untuk mempercayai serta mentaati Tuhan. Ini berdasarkan kepada peristiwa yang mana Gebril telah mengkahabarkan berita kelahiran tersebut kepada sekumpulan pengembala kambing. Lantas apa yang dikhabarkan itu adalah benar (Maloney. R. P.1999:288-289). Ini dapat dilihat melalui ayat:

“ Tetapi Maryam menyimpan segala perkara itu dalam hatinya dan merenungkan. Mereka kembali sambil memuji dan memuliakan Allah kerana segala sesuatu itu mereka dengar dan mereka lihat, semuanya sesuai dengan apa yang telah dikatakan kepada mereka”.

“ Mary remembered all these things and thought deeply about them. The shepherds went back, singing praises to God for all they had heard and seen; it had been just as the angel had told them”.
(Luke 2:19-2000).

Berdasarkan ayat di atas dapatlah dirumuskan bahawa Maryam telah memberikan satu pengajaran iaitu mengajar manusia untuk mendengar perintah Tuhan. Ianya sesuatu perkara yang penting yang telah Mayam ajarkan kepada kita. Itulah yang digambarkan di dalam frasa Luke di atas. Beliau mendengar perintah Tuhan lantas melakukannya (Maloney. R. P.1999:289) .

Beliau juga dapat dilihat sebagai seorang yang amat mendapat tempat di sisi Tuhan dan sentiasa dirahmati dan mentaati perintah Tuhan. Ini dapat dilihat melalui ayat berikut:

“ Kata malaikat itu kepadanya : jangan takut hai Maryam, sebab engkau beroleh kasih kurniaan di hadapan tuhan”.

“ The angel said to her: “Dont be afraid, Mary; God has been gracious to you”.
(Luke 1:30).

“ Kata Maryam: sesungguhnya aku ini adalah hamba Tuhan: jadi padaku menurut perkataanmu itu”.

‘“ I am the Lord’s, said Mary; “may it happen to me as you have said”.
(Luke 1:38).

Dapat juga dilihat bahawasanya Gospels juga menerangkan bahawa Maryam dan sanak saudaranya adalah keturunan yang amat taat kepada Yang Maha Esa. Dan membayangkan mereka adalah dari keturunan yang mulia. Ini dapat dijelaskan melalui ayat :

“ Ibu dan saudara-saudara Jesus datang kepadaNya, tetapi mereka tidak dapat mencapai Dia kerana orang ramai. Orang memberitahukan kepadaNya : IbuMU dan saudara-saudaraMu ada di luar dan ingi bertemu Engkau. Tetapi Dia menjawab mereka IbuKu dan saudara-saudaraKu ialah mereka yang mendengar firman Allah dan melakukannya”.
(Luke 8:19-21).

Seterusnya Maryam juga menjadi simbol seorang manusia yang bebas daripada dosa serta penyelamat yang telah dicipta oleh Tuhan menurut kepercayaan Kristian. Beliau juga adalah diantara orang yang paling suci (saint) (Maloney. R. P.1999:292)

Oleh yang demikian tidak dapat dinafikan lagi Maryam dari perspektif Gospels juga mengambarkan bahawa beliau juga seorang yang mempunyai ketundukan, ketaatan dan keimanan sepertimana yang digambarkan oleh Al-Qur ‘ān.


2.3 KEAJAIBAN YANG DI BAWA MARYAM DARI PERSPEKTIF AL- QURAN.

Seperti yang diketahui bahawa Maryam adalah salah seorang wanita yang amat dihormati. Dan beliau dilambangkan sebagai seorang wanita yang taat kepada Allah dan mempunyai kekuatan keimanan yang amat tinngi. Tidak kira sama ada di dalam Al-Qur’ān mahupun di dalam Gospels.

Diantara kelebihan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepadanya adalah keajaibannya sebagai karamāh. Salah satu keajaiban tersebut adalah dengan kekuatan dan keimananya yang tinggi beliau telah dikurniakan rezeki yang tidak pernah diduga dan amat menghairankan sekali.

Perkara ini adalah berdasarkan surah Al-I’mran ayat ke 37 yang brmaksud :
(ayat al-quran)

”Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakaria pemeliharaannya. Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata: ’Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini? Maryam menjawab : Makanan itu dari sisi Allah’. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada yang dikehendakiNya tanpa hisab”.
(SurahAl-’Imrān 3:37).

Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa ianya adalah satu perkara yang ajaib yang tidak dikurniakan kepada orang biasa. Kelebihan itu menunjukkan Maryam bukanlah wanita yang sebarangan. Tetapi sentiasa diletakkan di tempat yang tinggi di sisi Allah S.W.T.

Perkara itu terjadi ketikamana Maryam berada di bawah jagaan Zakaria A.S. Yang mana ketika itu Maryam disediakan sebuah tempat khas untuknya menyerahkan diri kepada yang Maha Esa. Tiada sesiapa pun yang dibenarkan memasuki tempat Maryam beribadat.

Pada setiap hari Nabi Zakaria akan pergi ketempat Maryam melakukan ibadatnya itu untuk tujuan menghantar makanan kepadanya. Keajaiban telah berlaku ketika mana suatu hari Zakaria A.S telah mendapati bahawa di tempat ibadat Maryam itu terdapat makanan lain yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Zakaria agak hairan darimanakah datangnya makanan tersebut sedangkan tiada siapa yang boleh memasuki tempat ibadat Maryam ini selain daripada dirinya.

Apa yang lebih menghairankan Zakaria A.S adalah setiap kali beliau memasuki tempat ibadat Maryam itu maka terdapatnya buah-buahan disisi Maryam. Lebih menghairankan buah-buahan tersebut adalah tidak mengikut musim pada ketika itu. Di mana terdapat buah-buahan musim panas ketika musim sejuk dan buah-buahan musim sejuk ketikamana musin panas.

Berkaitan kelebihan makanan yang diberikan oleh Allah kepada Maryam Abu Hayyan menyatakan Mujahid, ad Dhahhak, Qaādah dan as-Suda menyatakan bahawa zakaria telah menemui makanan di sisi Maryam berupa buah-buahan musim dingin ketika mana musim panas dan buah-buahan musim panas pada saat musim dingin. Ada juga yang berpendapat bahawa Maryam diberi makanan yang bukan makanan penduduk daerahnya saat itu. Ibn Ābbas berpendapat, makanan itu berupa anggur padahal anggur tidak ada di negeri itu, demikian juga menurut Ibn Jābir dan Mujāhid ( Muhammad Mutawally 2007:61).

Lantas apabila perkara itu diajukan kepada Maryam maka beliau menyatakan itu adalah rezeki datangnya daripada Allah. Sesungguhnya Allah S.W.T memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya tanpa mengira masa. Inilah yang dikatakan rezeki yang tidak diduga ianya boleh terjadi dan merupakan suatu keajaiban yang besar dikurniakan oleh Allah kepada Maryam.

Menurut tafsiran ’Abdullāh Yūsuf ’Ali, berkaitan dengan ayat yang menceritakan rezeki dari Allah S.W.T yang diturunkan kepada Maryam adalah Maryam membesar di bawah jagaan khusus Tuhan. Rezeki yang diturunkan kepada Maryam itu adalah turunnya dari Tuhan untuk keperluan jasmani dan rohaninya.pertumbuhannya adalah pertumbuhan yang baik dan cantik yang diungkapkan oleh ’Abdullāh Yūsuf ’Ali dengan ungkapan ’kemurnian dan keindahan’ (Yūsuf ’Ali. 1973:132)

Tahun demi tahun berlalu, dan suatu ketika datanglah musim kemarau menimpa kaum Bani Israel. Makanan serta minuman amat sukar untuk diperolehi sehingga ramai penduduk yang kelaparan. Suatu hari Zakaria pun berkata kepada kaumnya ”Hai Bani Israel ketahuilah demi Allah sesungguhnya aku sudah tua dan lemah untuk menangggung anak perempuan ’Imrān. Maka siapakah di antara kamu yang bersedia memelihara Maryam sepeninggalanku, mencukupi baginya makanan dan minuman sampai ia dapat menyelesaikan ibadatnya kepada Allah sebagaimana nazar ibunya?”. lantas mereka yang hadir di situ bertanya-tanya siapakah diantara mereka yang akan memelihara Maryam. Bagi memutuskan hal ini mereka telah membuat undian. Berdasarkan undian tersebut akhirnya ia telah dipertanggungjawabkan kepada sepupunya Yusof.

Sepertimana yang dilakukan oleh Zakaria A.S, menghantar makanan kepada Maryam begitulah juga dengan Yusuf. Beliau akan pergi menghantar makanan ke tempat ibadat Maryam. Dengan kuasa Allah S.W.T Yusuf juga dapat menyaksikan keajaiban yang berlaku sepertimana yang telah disaksikan Zakaria A.S, iaitu melihat tersedianya makanan di sisi Maryam yang tidak diketahui datangnnya dari mana.

Begitulah keajaiban yang berlaku kepada Maryam yang dikurniakan rezeki yang amat tidak diduga. Jika difikirkan ianya mungkin sukar untuk dipercayai. Tetapi harus diingat bahawa dengan kekuasaan Allah S.W.T yang Maha berkuasa lagi Maha Bijaksana segalanya tidak mustahi untuk berlaku. Maryam dilihat adalah wanita yang amat mulia disisiNya.


2.3.1 PERSAMAAN KEAJAIBAN YANG DI BAWA MARYAM DARI PERSPEKTIF GOSPELS.

Seterusnya merujuk kepada tajuk di atas maka seterusnya, penulis akan membawakan aspek persamaan kisah diatas dengan Gospels. Ini menjelaskan terdapatnya beberapa aspek persamaan penceritaan Maryam di anrata Al-Qur’ān dan juga gospels.
Di dalam Gospels walaupun tidak dinyatakan secara jelas berkaitan kejaiban Maryam tentang rezeki yang diberikan Tuhan namun keunikanya itu dipandang melalui hubungannya yang begitu kuat dengan Tuhan. Hubungan tersebut bukan dilihat pada fizikal malah kurnian kandungannya memperlihatkan hubungan yang kuat itu. Beliau juga dipilih dari kalangan orang miskin tetapi mempunyai hubungan kuat dengan Tuhan. Perkara tersebut dapat dilihat berdasarkan nyanyian yang menjadi harapan Maryam.

”Lalu kata Maria: Jiwaku memuliakan Tuhan, Dan hatiku begembira kerana Allah, Juruselamatku, sebab Ia telah memperlihatkan kerendahan hamba-Nnya. Sesungguhnya, mulai dari sekarang segala keturunan akan menyebut aku berbahagia, kerana Yang Mahakuasa telah melakukan perbuatan-perbuatan besar kepadaku dan nama-Nya adalah kudus. Dan Rahmat-Nya turun- temurun atas orang yang takut akan dia. Ia memperlihatkan kuasa-Nya dengan perbuatan tangan-Nya dan mencerai- beraikan orang-orang yang congkak hatinya, Ia menurunkan orang-orang yang berkuasa dari takhtanya dan meninggikan orang-orang yang rendah, Ia melimpahkan segala yang baik kepada orang yang lapar, dan menyuruh orang yang kaya pergi dengan tangan hampa, Ia menolong Israel, hamba-Nya, kerana Ia mengingat rahmat-Nya, seperti yang dijanjikan-Nya kepada nenek moyang kita, kepada Abraham dan keturunanya untuk selama-lamanya”.

” Mary said: My heard praises the Lord, my soul is glad because of God my Savior, for he has remembered me, his lowly servant. From now on all people will call me happy, because of the great things the Mighty God has done for me he name is holy, from one generation to another he shows mercy to those who honor him, he has stretched out his mighty arm and scattered the proud with all their plans, he has brought down mighty kings from their thrones and lifted up the lowly, he has filled the hungry with good things, and sent the rich away with empty hands. He has kept the promise he made to our ancestors, and has come to help of his servant Israel. He has remembered to show mercy to Abraham And to all his descendants forever”.
(Luke 1: 46-55).

Maryam berdasarakn ayat di atas adalah mengharapkan sesuatu dari Tuhan. Melalui nyanyian itu juga menunjukkan keyakinanan kepada Maryam yang akan dapat meleraikan kesedihan manusia pada ketika itu, dan memberikan kegembiraan yang akan mereka perolehi sehingga mati (Moloney. R. P. 1999:290).

Walaupun Maryam akan menghilangkan kesedihan dengan membawa kegembiraan kepada manusia ketika itu bermaksud lebih menjurus kepada kehamilannya, namun bagi penulis itu adalah satu keajaiban rezeki yang datangnya dari Tuhan kepada Maryam walaupun ianya bukannya sepertimana rezeki yang diceritakan daripada Al-Qur’ān. Rezeki yang diturunkan kepada Maryam tersebut dapat memberikan kegembiraan dan membela kaum Israel pada ketika itu.

Seterusnya menurut sesetengah penulisan Kristian yang boleh dipercayai, tetapi mungkin boleh disyaki kebenarannya, disebutkan bahawa beliau (Maryam) dibesarkan di dalam rumah ibadat sehingga umurnya dua belas tahun. Beliau dibesarkan umpama burung merpati dan diberi makan oleh Malaikat ( Yūsuf ’Ali. 1973: 132).


2.4 PERKHABARAN GEMBIRA UNTUK MARYAM DAN KESUCIANNYA DARI PERSPEKTIF AL- QUR’ĀN.

Sesungguhnya Allah S.W.T telah memerintahkan supaya Maryam banyak beribadat, sujud dan rukuk kepada yang Esa. Ini adalah bertujuan supaya beliau menjadi seorang manusia yang mulia di sisi Allah S.W.T dan mensyukuri nikmat yang diberikan Allah yang mampu melakukan apa sahaja mengikut (irrādahnya) iaitu kemahuannya. Ada pendapat mengatakan bahawa beliau sentiasa menunaikan sembahyang hingga pecah tapak kakinya.

Jadi dan salah satu peristiwa besar dan merupakan tanda kekuasaan Allah adalah yang mana Maryam telah dikhabarkan perkhabaran gembira iaitu telah dipilih oleh Allah S.W.T untuk dikurniakan seorang anak walaupun tidak pernah disentuh oleh lelaki pun. Allah S.W.T telah memilihnya diantara semua perempuan di dunia pada zamannya bagi melahirkan seorang anak tanpa bapa. Malaikat memberitahu khabar gembira itu bahawa anaknya akan menjadi nabi yang mulia. Firman Allah S.W.T :


45. (ingatlah) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! bahawasanya Allah memberikan khabar Yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak Yang Engkau akan kandungkan semata-mata dengan) kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang Yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).
(Surah Al- ‘Imrān 3:45)


46. "Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil Dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah dari orang-orang Yang soleh." (Surah Al-‘Imrān 3:46)

Dapat dilihat berdasarkan ayat diatas bahawasanya Allah S.W.T telah berfirman bahawa anak yang akan dikurniakan kepada Maryam itu merupakan seorang pesuruh Allah atau dikenali Al-Masīh. Yang mana akan membimbing kaumnya iaitu Bani Israel.ini dapat dilihat ketika usianya masih kecil, Nabi ‘Īsā menyeru kaumnya supaya beribadat kepada Allah S.W.T Yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya. Begitu juga semasa baginda dewasa, Nabi Isa A.S, menyeru mereka supaya beribadat kepada Allah S.W.T. Dan ini membuktikan bahawa Allah mengurniakan seorang manusia yang tinggi darjatnya dan bukan sebarangan manusia untuk dilahirkan oleh Maryam. (Abu Al-Fidā ’ Al-Hāf iz Ismail Ibn Kathīr 2005:99).

Al –Masīh atau di dalam bahasa Yunani digelar Christos adalah bermaksud disapukan dengan minyak. Iaitu disapukan kepada raja-raja dan rahib-rahib dengan minyak tertentu. Ini adalah sebagai lambang perlantikan suci kepada jawatan yang diberikan kepada mereka. Manakala di dalam bahasa Ibrani dan Arab ianya digelar Al-Masīh ( Yūsuf Ali. 1973: 134).

Seterusnya ayat yang menceritakan tentang perkhabaran gembira kepada Maryam adalah melalui Surah Maryam ayat ke 16-17 yang membawa maksud:


“ Dan ceritalah kisah Maryam di dalam Al-Quran iaitu ketika ia menjauhkan diri dari keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur. Maka ia mengadakan tabir yang melindungi dari mereka: lalu Kami mengutuskan roh Kami kepadanya, maka ia men jelma di hadapannya dalam bentuk manusia yang sempurna”.

Menurut tafsiran Syed Qutb berdasarkan ayat diatas, bahawa Maryam sedang bersembunyi (di tempat) kerana suatu urusan peribadinya yang memerlukan beliau menjauhkan diri dari keluarganya dan menghilangkan diri dari pandangan mereka. Ayat tersebut tidak menjelaskan apakah urusan yang dikerjakan oleh Maryam. Mungkin urusan itu suatu urusan yang amat peribadi dari urusan-urusan seorang gadis (Syed Qutb. 2004:417).

Seterunya menurut tafsiran ‘Abdullāh Yūsuf ‘Ali di dalam The Glorious Kur’an berkaitan ayat di atas menyatakan Maryam pergi ke sebuah bilik yang sunyi untuk bersembunyi diri. Mungkin di dalam masjid atau rumah ibadat. Maka Maryam pergi bersembunyi dirinya serta menjauhan diri daripada kaumnya. Pada amnya, untuk melakukan ibadah kepada Tuhan. Sewaktu beliau berada dalam keadaan suci. Kemudian datanglah malaikat yang muncul kepada Maryam dalam rupa seorang lelaki. Beliau telah berfikir itu adalah seorang manusia lelaki. Lantas Maryam merayu kepada lelaki tersebut supaya janganlah lelaki itu menganggunya ketika dia sedang bersembunyi (Yūsuf ‘Ali. 1973:771).

Dikatakan bahawa peristiwa kehamilan itu telah berlaku ketikamana umur Maryam sekitar 10-15 tahun. Beliau telah dua kali didatangi haid ketikamana Allah menciptakan janin dalam kandungannya.

Manakala Mujāhid, adh-Dhahhāk, Qatādah, Ibn Jarīr, Wahd in Munabbih dan al-Sauddi perkataan ‘rūhanā’ berdasarkan ayat di atas iaitu bermaksud ruh kami adalah dikirimkan oleh Allah S.W.T kepada Maryam. Ruh tersebut di sampaikan oleh Malaikat Jibril kepada Maryam ( Schleifer. A. 1998: 47) .

Seterusnya perkataan ‘ruhanā itu juga membawa maksud ‘Jibril ar-Ruhul Amin’ iaitu utusan Allah S.W.T kepada Maryam. Ini dapat dijelaskan lagi bahawa Jibril adalah membawa dan menyampaikan tiupan roh yang luhur itu dari Allah S.W.T. ( Sayyid Qutb. 2000: 420).

Ketikamana Malaikat Jibril menyampaikan berita tersebut, ia muncul dalam bentuk seorang manusia yang sempurna. Ini adalah dengan tujuan untuk tidak mengejutkan Maryam dengan rupa malaikat yang sebenar. Ianya bagi bertujuan agar Maryam dapat mendengar dan menerima apa yang ingin disampaikan itu. Namun Maryam tetap berasa takut akan kehadiran malaikat itu. Maryam berdoa agar dirinya dilindungi Allah S.W.T. Lalu Jibrail menjelaskan tujuannya dan merupakan utusan dari Allah. Setelah mendengar akan penjelasan itu Maryam terus berserah akan kehendak Allah. Jibril lantas meniupkan ‘ruh Tuhan’ ke dalam lubang lengan pakaian Maryam (Schleifer. A. 1998: 49-50).

Manakala Thābari, di dalam kitabnya menyebut bahawa Jibrail telah diutuskan kepada Maryam lantas meniupkan ke dalam lengan bajunya kemudian Maryam pun hamil. Rupanya tiupan tersebut adalah untuk menerima benih. Kemudian Baidawi mengulangi perkara ini bahawa Jibrail telah meniup kepada baju Maryam ( Parrinder. G. 1997: 69). Ini dapat direkuatkan lagi melalui firman Allah :


12. dan juga (satu misal Perbandingan lagi, iaitu): Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) Yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan Dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) kami; dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya; dan ia menjadi dari orang-orang yang tetap taat. (Surah Al-Tahrim : 12).


91. “dan (sebutkanlah peristiwa) perempuan yang telah menjaga kehormatan dan kesuciannya; lalu Kami tiupkan padanya dari roh (ciptaan) Kami, dan Kami jadikan Dia dan anaknya sebagai satu tanda (yang menunjukkan kekuasaan kami) bagi umat”
(Surah Al-Anbiyaa' : 91).

Seterusnya Maryam berasa hairan kerana beliau akan mendapat seorang anak yang tidak mempunyai bapa, sedangkan beliau tidak berkahwin dan tidak akan berkahwin. Lalu malaikat memberitahu Maryam bahawa Allah Maha Berkuasa bagi mengadakan apa yang dikehendakiNya. Ketika Allah S.W.T mahu melaksanakan sesuatu, dia akan bekata : “Jadilah ! lalu sesuatu itu akan terjadi” (Abu Al-Fidā’ Al-Hāfiz Ismail Ibn Kathīr ,2005:108). Ini dapat dilihat berdasarkan firman Allah S.W.T :


20. Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah Aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal Aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan Aku pula bukan perempuan jahat?"
(Surah Maryam 16:20).

21. ia menjawab: "Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.
(Surah Maryam 16:21).

22. “maka Maryam hamilah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh”.
(Surah Maryam 16:22).

Pekara tersebut telah diberi jaminan oleh Allah S.W.T untuk melindunginya. Allah S.W.T juga telah berjanji bahawa walaupun kandungan itu Allah S.W.T anugerahkan tanpa Maryam bersama dengan lelaki namun itu adalah bukti kekuasaan Allah S.W.T terhadap makhluknya dan ianya terjadi bukan melalui daripada perbuatan yang keji. Bahkan kesuciannya tetap terpelihara tanpa sebarang noda.

Lantas Maryam disuruh bersedia menerimanya dan beliau akan sentiasa selamat dengan perlindungan daripada Allah S.W.T. Maryam tahu itu adalah cubaan yang paling besar baginya. Orang ramai akan memperkatakan tentang dirinya kerana mereka tidak mengetahui mengetahui hakikat perintah itu. Mereka hanya memikirkan secara zahir sahaja tanpa meneliti dan berfikir.

Ahli-ahli salaf contohnya Wahd ibn Munabbīh, menyebut ketikamana kelihatan tanda-tanda Maryam hamil, orang pertama yang menyedarinya adalah Yusof ibn Yaqūb al-Nājar yang merupakan anak kepada bapa saudara Maryam. Beliau sangat terkejut kerana selama ini beliau amat mengenali dan begitu arif tentang kekuatan agama, kesucian serta ibadat yang dilakukan Maryam. Yusof begitu hairan melihat keadaan itu sedangkan Maryam tiada suami.

Pada suatu hari Yusof bersemuka dengan Maryam lalu bertanya berkaitan perkara tersebut. Yang mana, bagaimanakah seseorang wanita itu boleh mengandung sedangkan dia tidak bersuami. Maryam lalu menjawab ianya tidak mustahil terjadi dengan keizinan Allah sedangkan Adam diciptakan tanpa lelaki dan wanita. Ketikamana Yusof meminta Maryam memberitahu hal yang sebenar, Maryam menjawab bahawa perkara yang terjadi itu adalah perkhabaran gembira dari Allah S.W.T (Abu Al-Fidā’ Al-Hāfiz Ismail Ibn Kathīr 2005:110-111).

Menurut tafsiran ‘Abdullah Yūsuf ‘Ali, apa sahaja yang Tuhan mahu jadikan, maka Tuhan perintahkan dengan kalam-Nya “Jadi” maka sesuatu itu akan jadi. Tidak ada terdapat masa senggang antara perintah-Nya dan pelaksanaan perintah itu (Yūsuf ‘Ali. 1973: 772).

Seterusnnya Suddi meriwayatkan bahawa adik Maryam iaitu isteri Zakaria, telah datang menemui Maryam pada suatu malam. Ketika dia membuka pintu Maryam berkata “Aku merasakan sedang mengandung seorang anak, kerana aku merasakan apa yang ada di dalam perutku menjalar kepada apa yang ada di dalam perutku”. Isteri Zakaria walau bagaimanapun menerima kehamilan Maryam yang ajaib tanpa bertanya kepadanya, dan bagi isteri Zakaria ianya tidaklah begitu mengejutkannya. Ini kerana kehamilannya sendiri juga ketika itu adalah semasa usianya sudah lanjut dan mandul. Tetapi dengan kekuasaan Tuhan dia telah hamil ( Schleifer. A. 1998: 50-51).

Setelah diberitakan akan perkhabaran tersebut maka Maryam begitu terkejut dengan apa yang berlaku. Berdasarkan ayat di atas Maryam kemudiannya pergi memencilkan dirinya di sebelah timur iaitu di Jerussalam kemungkinan di luar kawasan Bait al-Māqdis. Ath-Thābari mencatatkan bahawa secara traditional timur adalah tempat yang paling sering dijadikan perlambang spritual kerana dari situ cahaya memancar. Seperti mana firman Allah S.W.T berfirman :


16. dan bacakanlah (Wahai Muhammad) di dalam kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika Dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur.


17. kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: roh dari Kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.



18. Maryam berkata: Sesungguhnya Aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah Engkau seorang yang bertaqwa.


19. ia berkata: "Sesungguhnya Aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci". (Surah Maryam 19:16,17,18).


Menurut Muhammad ibn Ishaq berkata, “ tersebar berita di kalangan Bani Israel bahawa Maryam telah hamil. Dengan itu, keluarga Zakariya A.S menerima dugaan yang amat berat. Sesetengah ahli Zindik menuduhnya berbuat jahat dengan Yusof yang beribadat dengannya di Masjid. Lalu Maryam mengasingkan dirinya di tempat yang jauh” ((Abu Al-Fidā’ Al-Hāfiz Ismail Ibn Kathīr 2005: 112).

Ada pendapat menyatakan bahawa tempat yang dituju oleh Maryam adalah ke arah timur rumahnya atau timur Baitul Māqdis. Ini berdasarkan Firman Allah dari surah Maryam ayat ke 16 yang bermaksud “dan bacakanlah (Wahai Muhammad) di Dalam Kitab Al-Qur’ān ini perihal Maryam, ketika Dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur” ( Muhammad Mutawally 2007:103).

Akhirnya sampailah masa dan ketikanya Maryam berasa sakit dan mahu melahirkan kandungannya. Ketika itu Maryam telah pergi bersandar di sebatang pohon tamar. Ini dapat dilihat melalui firman Allah S.W.T :


23. (ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata Alangkah baiknya kalau Aku mati sebelum ini dan menjadilah Aku sesuatu Yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!
(Surah Maryam 16:23).

Al- Bayhaqiy meriwayatkan sebuah hadis marfū daripada Shadād ibn ‘Aws bahawa pokok itu terletak di Bayt al-Lahm yang menjadi tempat berdirinya beberapa orang Raja Rom (Abu Al-Fidā’ Al-Hāfiz Ismail Ibn Kathīr 2005:112).

Melalui ayat diatas juga Maryam menyatakan cita-citanya untuk mati jika menghadapi fitnah dan ujian yang amat besar. Beliau juga mengetahui bahawa orang ramai akan menuduhnya melakukan perbuatan keji serta tidak akan mempercayainya apabila mereka akan melihat beliau mendukung seorang bayi. Semua ini membuatkan Maryam berasa amat sedih. Lantas Maryam pun diseru seperti mana firman Allah seterusnya:

24. lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:" janganlah Engkau berdukacita (Wahai Maryam), Sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.
(Surah Maryam 16:24)

Ada dua pendapat mengenai seruan berdasarkan ayat diatas iaitu ianya adalah seruan dari Jibrail. Kedua dari Mujāhid, al-Hasan, Ibn Zayd dan Sa’īd ibn Jubayr meriwayatkan bahawa yang menyeru itu adalah anak Maryam itu sendiri iaitu Īsā A.S. kemudian ianya diikuti seruan Allah S.W.T :


25. dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar Yang masak.
(Surah Maryam 16:25).

26. "Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari Segala Yang merunsingkan. kemudian kalau Engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya Aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah Aku menyatakan Yang demikian) maka Aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapa pun dari kalangan manusia pada hari ini".
(Surah Maryam 16:26).

Ada pendapat yang menyatakan bahawa batang pokok tamar yang disebut dalam ayat di atas berkeadaan layu (kering). Pendapat yang lain mengatakan bahawa pokok tamar itu berubah. Kemungkinan pokok tamar itu tidak berbuah pada masa itu kerana Maryam bersalin pada musim sejuk dan pohon tidak berbuah pada musim itu. Tetapi ianya tetap berbuah dapat difahami melalui fiman Allah S.W.T pada ayat 25. Ianya adalah buah tamar pemberian Allah S.W.T (Abu Al-Fidā’ Al-Hāfiz Ismail Ibn Kathīr 2005:113).

Di dalam ayat 26 itu adalah merupakan percakapan yang menyeru Maryam ketika beliau di bawah tempat duduknya. Iaitu jika Maryam melihat seseorang daripada orang ramai maka katakan kepada mereka dengan percakapan atau bahasa isyarat. Ayat ini turut menerangkan agar Maryam diam dan membisu. Diam dalam erti kata pada masa tersebut adalah tidak makan dan bercakap (Abu Al-Fidā’ Al-Hāfiz Ismail Ibn Kathīr 2005: 114). Dalam maksud yang lain adalah perintah kepada Maryam apabila beliau berhadapan dengan orang ramai ketikamana membawa bayinya pulang maka perlulah diam dan tidak berkata apa-apa.

Setelah kelahiran bayinya itu, maka Maryam pun membawa pulang bayinya itu. Ini digambarkan melalui ayat yang seterusnya :


27.” kemudian baliklah ia kepada kaumnya Dengan mendokong Anaknya mereka pun menempelaknya Dengan berkata: Wahai Maryam! Sesungguhnya Engkau telah melakukan suatu perkara Yang besar salahnya!”
(Surah Maryam 16:27).


28. " Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!"
(Surah Maryam 16:28).


29. maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. mereka berkata (dengan hairannya): "Bagaimana Kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?"
(Surah Maryam 16:29).

30. ia menjawab:" Sesungguhnya Aku ini hamba Allah; ia telah memberikan kepadaKu Kitab (Injil), dan ia telah menjadikan daku seorang Nabi.
(Surah Maryam 16:30).

Berdasarkan ayat ke 27 menujukkan menunjukkan ahli salaf yang mendapat berita daripada ahli kitab menyebut bahawa mereka mencari-cari Maryam selepas mendapatinya hilang. Mereka lalu pergi ke tempat kediamannya dan mencari di sekelilingnya. Selepas itu mereka mendapati seorang anak lelaki berada bersamanya. Lantas mereka menyatakan Maryam telah melakukan perkara yang sangat dilarang. Tetapi pendapat ini diragui kerana Maryam telah melahirkan anaknya sendirian dan kemudian membawanya kepada kaumnya. Pendapat Ibn ‘Abbas menyatakan Maryam membawa pulang anaknya selepas habis nifas iaitu setelah 40 hari (Abu Al-Fidā’ Al-Hāfiz Ismail Ibn Kathīr 2005:114).

Kaumnya telah melihat Maryam membawa seorang anak lelaki bersamanya. Seterusnya di dalam ayat 28 membawa maksud kaumnya menganggap Maryam seperti salah seorang ahli ibadat pada zaman mereka iaitu Harun. Sa ‘īd ibn Jubayr menyatakan ada pendapat yang menyatakan bahawa yang mereka maksudkan Hārūn adalah saudara Musa. Dan mereka menyamakannya dengan Maryam dari segi ibadat (Abu Al-Fidā’ Al-Hāfiz Ismail Ibn Kathīr 2005:115).

Apa yang dimaksudkan Maryam mempunyai saudara bernama Hārūn adalah menunjukkan Maryam seorang yang solehah seperti Hārūn dan tidak ada seorang pun daripada ahli keluarga Maryam yang melakukan perbuatan keji dan memalukan perbuatan terkutuk dan mereka melemparkan pelbagai tohmahan dan cercaan (Abu Al-Fidā’ Al-Hāfiz Ismail Ibn Kathīr 2005:116).

Pada ketika itu orang munafik telah menuduh Maryam berbuat jahat dengan sepupunya Yusuf ibn Ya’qub al-Najar. Apabila terdesak, usaha serta kata-kata tidak berguna lagi untuk membela diri. Maka apa yang dapat dilakukan hanyalah bertawakkal dan berserah kepada kekuasaan Allah S.W.T sahaja. Maryam tidak dapat berbuat apa-apa kerana keihklasan dan kebenaran semuanya ada pada dirinya (Abu Al-Fidā’ Al-Hāfiz Ismail Ibn Kathīr 2005:116).

Seterusnya dapat dilihat pada firman Allah S.W.T seterunya yang mana membawa maksud supaya mereka bertanya kepada bayi tersebut untuk mengetahui kebenaran. Mereka mempersoalkan bagaimana untuk bertanya bayi tersebut sedangkan bayi itu masih menyusu dan belum dapat bercakap. Mereka menganggap Maryam mahu mempermain-mainkan mereka kerana sengaja tidak mahu menjawab persoalan mereka. Tetapi menyerahkan urusan tersebut kepada bayi yang tidak tahu apa-apa (Abu Al-Fidā’ Al-Hāfiz Ismail Ibn Kathīr 2005:116)

Dapat dilihat keajaiban Allah S.W.T pada ayat seterunya iaitu ‘Īsā Ibn Maryam telah berkata-kata. Yang mana ianya menyeru untuk mengiktiraf Tuhannya. Sekaligus bayi tersebut membersihkan ibunya daripada tuduhan orang-orang jahil.

Sesungguhnya pengalam tersebut adalah merupakan ujian yang berat kepada iman Maryam. Tetapi walau bagaimanapun Maryam tetap ikhlas menerima apa yang Tuhan timpakan kepadanya meskipun itu nampak amat sensara. Di dalam Al-Quran menyebut “dan ibunya adalah seorang yang sangat taat (shiddiqāh)”. Maryam juga telah menunjukkan keimanan serta keikhlasan iman yang luar biasa dan amat tinggi. Maryam juga telah menunjukkan ketabahan serta keredhaannya kepada Allah apabila sanggup mempertahankan keimanannya walaupun difitnah kaumnya.

Seterusnya berikutan dengan peristiwa ini juga, Maryam amat dikenali dengan seorang wanita yang suci. Beliau dikurniakan zuriat daripada Allah. Beliau sendiri tidak pernah disentuh oleh lelaki. Kehormatannya tetap kekal tanpa perbuatan terkutuk.

Di dalam Islam kesucian Maryam tidak diragukan lagi. Ini dapat dilihat berdasarkan ayat di dalam Surah Maryam 19:20 bermaksud:


“ Maryam berkata: “ bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki, sedang tidak pernah seorang manusia pun menyentuhku dan aku bukan pula seorang penzina”
(Surah Maryam 19:20).


“ dan ingatlah kisah Maryam yang telah memelihara kehormatannya, lalu Kami tiupkan ke dalam tubuhnya ruh dari Kami dan Kami jadikan dia dan anaknya tanda kekuasaan Allah yang besar bagi semesta alam”.
( Surah Al-Anbiya 21:91 ).

Ath- Thābari menjelaskan ayat di atas dengan “ ketika tiada manusia yang menyentuhku, baik secara halal mahupun haram”. Maka kerana kesucian tubuh dan jiwa Maryam dia mendapat julukan Al-Batūl. Di dalam bahasa Arab Al-Batūl adalah membawa pengetian lebih daripada kesucian fizikal iaitu memperlihatkan kesucianya spritualnya sekali. Ini berbeza dengan agama Kristian yang mempercayai Maryam adalah seorang yang suci tetapi kesuciannya lebih kepada kesucian fizikal semata (Schleifer. A. 1998: 108-109).

Menurut Lisān al-‘Arabi, al-Batūl bermaksud perempuan-perempuan yang memisahkan dirinya dari kaum lelaki, tidak berhasrat atau menginginkan mereka. , maka Maryam seorang perawan suci disebut sebagai Al-Batūl kerana tidak berkahwin dan meninggalkan seluruh kesibukan duniawi dem mengabdikan diri kepada Allah. Al-Batūl dapat juga menerangkan kepada kecantikan fizikal dan spritual. Al-Khāzin menggambarkan Maryam adalah sebagai perempuan paling cantik dan sempurna (Schleifer. A. 1998: 108-109).

Seterusnya kesucian Maryam secara spritual dan fizikal ini diceritakan di dalam berbagai cerita serta keterangan. Antaranya oleh Wahb bin Munabbih tentang Yusuf yang amat terkejut setelah mengetahui kehamilan Maryam. Dia lantas memikirkan tetang apa kesalahan Maryam yang telah dikakukan dan amal ibadat Maryam. Yusof akhirnya apa yang terjadi adalah itu berada di luar pengetahuannya.

Selain itu Sa’id bin ‘Abdul ‘Azīz berkata: “pada zaman Isrā’īlī, ada sebuah mata air di Jerussalam di sekitar Mata Air Silwān. Jika seorang perempuan dituduh berzina atau melacur, ia disuruh minum air dari mata air itu. Jika tuduhan itu salah, ia tidak akan terluka, tetapi jika tuduhan itu benar, ia akan mati. Maka ketika Maryam hamil, orang-orang Israel membawanya ke sana. Ia minum airnya, dan tidak ada apa pun yang terjadi. Kemudian dia bedoa kepada Tuhan agar dirinya dijauhkan dari celaan kerana dirinya adalah perempuan yang beriman, dan kemudian mata air itu kering (Schleifer. A. 1998:110).

Manakala menurut tradisi Yahudi serta melalui keterangan di dalam Al-Qur’ān, apa yang dilakukan Maryam iaitu tidak berkahwin dan mengabdikan diri kepada Tuhan adalah membezakannya dengan wanita lain. Kebiasaanya apa yang dilakukan oleh Maryam adalah dilakukan oleh kaum lelaki Yahudi tetapi mereka tidak selamanya hidup membujang. Di dalam Islam ianya adalah faktor penting menunjukkan keimanan seseorang samada lelaki mahupun perempuan.


2.4.1 PERKHABARAN GEMBIRA UNTUK MARYAM DAN KESUCIANNYA DARI PERSPEKTIF GOSPELS.

Perkhabaran gembira yang dimaksudkan melalui ayat tersebut adalah berkisarkan kisah dimana Maryam dikhabarkan tentang beliau akan mendapat anak daripada Roh Kudus. Perkhabaran tersebut adalah disampaikan oleh Tuhan melalui perantaraan Gebrail kepadanya. Ini dapat dilihat melaui beberapa ayat di dalam kitab Luke :

“ Dalam bulan yang keenam Allah menyuruh malaikat Gabriel pergi ke sebuah kota di Galilea bernama Nazaret”

“ In the sixth month of Elizabeth’s pregnancy God sent the angel Gebriel to a town in Galilee named Nazareth”.
(Luke 1:26).

“ ketika malaikat itu masuk ke rumah Mary, ia berkata: “salam, engkau yang dikurniai Tuhan menyertai engkau”.

“ The angel came to her and said, “ Peace be with you! The Lord is with you and has greatly blessed you”.
(Luke 1:28).

“ Mary terkejut mendengar perkataan itu, lalu bertanya di dalam hatinya, apakah erti salam itu”.

“ Mary was deeply trouble by the angel’s massage, and she wondered what his words meant”.
(Luke 1:29).

“ Kata malaikat itu kepadanya “ jangan takut, hai Mary, sebab engkau beroleh kasih kurnian di hadapan Allah”.

“ The angel said to her, “Don’t be afraid, Mary God has been gracious to you”.
(Luke 1:30).

“ Sesungguhnya engkau akan mengandung dan akan melahirkan seorang anak laki-laki dan hendaklah namainya dengan Jesus”.

“You will become pregnant and give birth to son, and you will name him Jesus”.
(Luke 1:31).

Apabila mendapat perkhabaran tersebut Maryam begitu terkejut dengan apa yang terjadi. Bagaimana dia boleh mengandung sedangkan beliau masih suci dan tidak pernah disentuh oleh lelaki. Walaubagaimana pun malaikat telah memberitahunya bahawa itu adalah tanda kasih sayang Tuhan kepadanya dan anak itu adalah daripada Roh Kudus. Perkara tersebut adalah menunjukkan kekuasaan Tuhan terhdap makhluknya. Bayi yang bakal dilahirkan itu adalah bukan bayi biasa kerana bayi tersebut adalah akan menjadi pemimpin bagi Bani Israel. Perkara ini dapat dilihat melalui beberapa ayat lagi seperti berikut:

“ Ia akan menjadi besar dan akan disebut Anak Allah Yang Mahatinggi. Dan Tuhan Allah akan mengaruniakan kepadaNya takhta Daud”.

“ He will be great and will be called the Son of the Most High God. The Lord God will make hin a king, as his ancestor David was”.
(Luke 1:32).

“ Dan ia akan menjadi raja atas kaum keturunan Yaakub sampai selama-lamanya dan KerajaanNya tidak akan berkesudahan”

“And he will be King of the descendents of Jacob forever, his kingdom will never end”.
(Luke 1:33).

“ ia memperliatkan kuasa-Nya dengan perbuatan tangan-Nya dan mencerai-beraikan orang- orang yang bongkak hatinya”.

“ He has stretched out his mighty arm and scattered the proud with all their plans”.
(Luke 1:51).

“ ia menurunkan orang-orang yang berkuasa dari takhtanya dan meninggalkan orang-orang yang rendah”.

“ He has brought down mighty kings from their thrones and lifted up the lowly”.
(Luke 1:52).

“ ia melimpahkan segala yang baik kepada orang yang lapar, dan menyuruh orang yang kaya pergi dengan tangan hampa”

“ He has filled the hungry with good things, and sent the rich away with empty hands”.
(Luke 1:53).

“ ia menolong Israel, hamba-Nya kerana ia mengingat rahmat-Nya”

“ He has kept the promise he made to our ancestors, and has come to help of his servant Israel”.
(Luke 1:54).

“ seperti yang dijanjikan-Nya kepada nenek moyang kita, kepada Abraham dan keturunannya untuk selama- lamanya”.

“ He has remembered to show mercy to Abraham and to all his descendants forever”.
(Luke 1:55).


Seterusnya Maryam amat berasa hairan tentang kejadian yang dialaminya itu. Sedangkan beliau tidak pernah disentuh mana-mana lelaki. Ini adalah antara persamaan dengan apa yang terdapa didalam Al-Quran. Ini dapat dilihat melalui ayat berikut:

“ Kata Mary kepada malaikat itu: Bagaimana hal itu mungkin terjadi, kerana aku belum bersuami?”.

“ Mary said to angel, “I am a virgin. How, then can this be?”.
(Luke 1: 34).

“ Jawab malaikat itu kepadanya: “Roh Kudus akan turun atasmu dan kuasa Allah Yang Maha tinggi akan menaungi engkau, sebab itu anak yang akan kaulahirkan itu anak yang akan kau lahirkan itu akan disebut kudus, anak Allah”.

“ The angel answered, “The Holy Spirit will come on you, and God’s power will rest upon you. For this reason the holy child will be called the Son of God”.
(Luke 1: 35).

“ Sebab bagi Allah tidak ada yang mustahil”

“ For there is nothing that God cannot do”.
(Luke 1:37).
“ Kata Mary:” sesungguhnya aku ini adalah hamba Tuhan: jadilah padaku menurut perkataan itu.” Lalu malaikat itu meniggalkan dia”.

“ I am the Lord’s servant, said Mary; “may it happen to me as you have said”.
(Luke 1:38).

“ kerana yang Mahakuasa telah melakukan perbuatan-perbuatan besar kepadaku dan nama-Nya adalah kudus”.

“ Because of the great things the Mighty God has done for me. He name is holy”.
(Luke 1:49).

“ dan rahmar-Nya turun- temurun atas orang yang takut akan Dia”.

“ From one generation to another he showns mercy to those who honor him”.
(Luke 1:50).

Di katakan di dalam Luke ini bahawa Gabreil datang kepada Maryam di Nazareth dengan memberi salam kepadanya sebagai seorang yang sangat baik dan dikasihi oleh Tuhan. Iaitu antara wanita yang dikasihi. Maryam sangat takut dengan situasi tersebut. Tetapi malaikat tersebut menengkannya dengan menyatakan bahawa beliau akan melahirkan anak yang akan diberi nama Jesus. Apabila beliau meluahkan kehairanannya kepada perkhabaran tersebut maka Malaikat menyatakan bahawa itu adalah datang dari Holy Spirit dan kekutaatannya adalah mengatasi segalanya. Ini dapat ditegaskan lagi apabila Elizabeth telah hamil ketika mana umurnya telah meningkat (Parrinder. G: 1977:68).

“ Dan sesungguhnya Elisabet, saudaramu itu, iapun sedang mengandung seorang anak laki-laki pada hari tuanya dan inilah bulan yang keenam bagi dia, yang disebut mandul itu”.


“ Remember your relative Elizabeth. It is said that she cannot have children, but she herself is now six months pregnant, even though she is very old”.
(Luke 1: 36).

Bagi agama Kristian mereka percaya bahawa Maryam telah bertunang dengan Joseph. Iaitu perjanjian yang dibuat antara lelaki dan perempuan. Pertungan adalah berbeza daripada perkahwinan. Setelah perkhabaran tersebut diturunkan kepada Maryam maka Maryam berada di dalam keadaan yang agak tidak menentu. Tetapi walaubagaimana pun Joseph telah menerima arahan untuk berkahwin dengan Maryam (Connick. C. M. 1974: 122).

“ kelahiran Jesus Chirst adalah seperti berikut: pada waktu Mary ibunya bertungan dengan Joseph ternyata ia mengandung dari Roh Kudus ( Holy Spirit), sebelum mereka berkahwin”.

“ This was how the birth of Jesus Chirst took place. His mother Mary was engaged to Joseph , but before they were married, she found out that she was going to have a baby by Holy Spirit”.
(Matthew 1:18).

“ kerana Joseph suaminya adalah seorang yang tulus hati dan tidak mahu mencemarkan nama isterinya di khalayak umum, ia bermaksud menceraikannya dalam diam-diam”.

“ Joseph was a man who always did what was right, but he did not want to disgrace Mary publiciy, so he made plans to break the angagement privately”.
(Matthew 1:19 ).

“ tetapi ketika ia mempertimbangkan maksud itu, malaikat Tuhan telah muncul di dalam mimpinya dan berkata: ‘Joseph anak Daud, janganlah engkau takut untuk mengambil Mary sebagai isterimu, sebab anak di dalam kamdungannya adalah dari Roh Kudus’ ”.
“While he was thinking about this, an angel of Lord appeared to him in a dream and said, “Joseph descendent of David, do not be afraid to take Mary to be Your wife. For it is the Holy Spirit that she has conceived”.
(Matthew 1:20).


“ ia akan melahirkan anak laki-laki dan engkau akan menamakanNya Jesus. Kerana Dialah yang akan menyelamatkan unmat-Nya dari dosa mereka”

“ She will have a son, and you will name him Jesus because he will save his people from their sins”.
(Matthew 1:21).

“ hal itu terjadi seperti perintah Tuhan kepada pesuruhnya”

“ now all this happened in order to make come true what the Lord hassid through the prophet”.
(Matthew 1:22).

“ sesungguhya gadis suci itu akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki dan mereka akan menamakan Dia Immanuel (bermaksud Tuhan bersama kami)”.

“A virgin will become be called Immanuel (which means God is with us)”.
(Matthew 1:23).

Apabila Joseph bangkit dari tidurnya beliaupun mengambil keputusan mengahwini Maryam seperti mana diterangkan ayat berikut:

“ sesudah bangun dari tidurnya Joseph berbuat seperti yang diperintahkan malaikat itu kepadanya. Dia mengambil Mary sebagai isterinya”.

“ so when Joseph woke up, he married Mary, as the angel of the Lord had told him to”.
(Matthew 1:24).

“ tetapi dia tidak bersama dengan isterinya hinggalah anak lelakinya lahir dan Joseph menamakannya Jesus”.

“ But he had no sexual relations with her before she gave birth to her son and Joseph named him Jesus”.
(Matthew 1:25).


Kemudian apabila telah mendapat perkhabaran tersebut maka Maryam pun pergi ke rumah Zakaria dan tinggal di sana selama tiga bulan. Yang mana pada ketika itu Elizabeth sedang mengandungkan anaknya. Ini dapat dilihat berdasarkan ayat berikut:

“ Beberapa waktu kemudian berangkatlah Mary dan berjalan ke pergunungan menuju sebuah kota di Yehuda”.

“ Soon afterward Mary got ready and hurried off to a town in the hill country of Judea”.
(Luke 1:39).

“ Di situ ia masuk ke rumah Zakaria dan memberi salam kepada Elisabet”.

“ She went into Zechariah’s house and greeted Elizabeth”.
(Luke 1:40).

“Dan ketika Elisabet mendengar salam Mary, melonjaklah anak yang di dalam rahimnya dan Elisabet pun penuh dengan Roh Kudus”.

“ When Elizabeth head Mary’s greeting, the baby moved within her. Elizabeth was filled with the Holy Spirit”.
(Luke 1:41).

Dipercayai tempat yang dituju oleh Maryam adalah di sebuah bandar di Judah terletak di sebuah bukit. Kristian traditional telah mengenal pasti tempat tersebut sebagai Ein-Karem, iaitu sebuah tempat berhampiran Jarusalem iaitu lapan puluh kilometer di sebelah selatan Nazareth. Dan apabila sampai di sana beliau terus menemui Elizabeth (Connick. C. M. 1974: 113).

Kemudian tibalah masa kelahiran Jesus. Jesus dikatakan lahir di ‘Bethlehem’ menurut Matthew dan Luke. Iaitu di kampung Judean enam kilometer di Jerusalem. Tetapi walaubagaimanapun terdapat percanggahan fakta antara di mana tempat kelahiran Jesus iaitu antara fakta di dalam Matthew dan Luke (ibid:116). Iaitu ;

“ sesudah Jesus dilahirkan di Bethlehem di tanah Judea pada zaman raja Herodes, datanglah orang-prang majusi dari Timur ke Jerusalem”.

“Jesus was born in the town of Bethlehem in Judea, during the time when Herod was King. Soon afterward, some men who studied the sterscame from the East to Jerusalem”.
(Metthew 2:1).

“ demikian juga Yusuf pergi dari kota Nazaret di Galilea ke Yudea, ke kota Daud yang bernama Betlehem_ kerana ia berasal dari keluarga dan keturunan daud”.

“ Joseph went from the town of Nazareth in Galilee to the town of Bethlehem in Judea, the birthplace of King David”.
(Luke 2:4 ).

Perkara tersebut menjadi persoalan. Sesetengah ahli ilmuan bersetuju bahawa Nazareth adalah tempat kelahiran Jesus. Disamping itu bukti-bukti lain di dalam Mettheiw dan Luke menjadikan Jesus di lahirkan di Bethlehem agak susah diterima. Ini kerana di dalam Gospels terdapat ayat menyebut “Jesus of Nazareth” (Connick. C. M. 1974: 117).

Selain itu dapat dilihat bahawasanya Maryam adalah wanita yang suci. Ini kerana beliau telah mengandung tanpa disentuh oleh Joseph. Ini telah disokong oleh Roman Catholict, orthodox dan sesetengah pengikut Protestant. Ini dapat dibuktikan melalui ayat ini :

Luke 1: 34“ Kata Mary kepada malaikat itu: Bagaimana hal itu mungkin terjadi, kerana aku belum bersuami?”.

Ayat ini menjelaskan berhubung status Maryam yang mana wanita yang suci , tetapi juga menunjukan keazamannya mengekalkan kesucian itu untuk selamanya (Connick. C. M. 1974: 112).

Selanjutnya Maryam juga telah mendapat gelaran sebagai ‘Mother of God’. Ini bukanlah sebarang gelaran yang diberikan kepadanya. Tetapi gelaran itu adalah refleksi kepada sifat ketuhanan yang ada pada anaknya Jesus. Maryam bukan hanya sekadar melahirkan seorang bayi tetapi lebih mendalam lagi memperlihatkan seorang yang mempunyai kekuatan dalaman. Manakala Council of Ephesus menyatakan bahawa Maryam telah melahirkan seorang datangnya dari ahli keluarga Tuhan (Maloney. R. P. 1999:289).

Oleh yang demikian, dapat dilihat di dalam tujuan ini ada persamaan dengan Al-Qur’ān di dalam aspek yang mana perkhabaran gembira telah disampaikan oleh Malaikat kepada Maryam yang menyatakan beliau akan mengandungkan Ruh Kudus. Di dalam Gospels juga turut menerangkan tentang kesucian Maryam yang telah hamil tanpa disentuh oleh lelaki dan kehamilannya itu adalah kurniaan Tuhan.

2.4 KESIMPULAN

Keseluruhannya dapatlah disimpulkan berdasarkan topik ini, Maryam merupakan simbol kepada wanita yang mempunyai ketundukan, ketaatan, keimanan, keajaiban serta kesuciannya berdasarkan kedua-dua perspektif Al-Qur’ān dan Gospels. Kesemua perkara tersebut tidak dapat disangkalkan lagi. Kesemua aspek tersebut juga membuktikan bahawa Maryam menjadi satu simbol seorang wanita yang boleh menjadi model yang baik serta diktiraf dari sudut keagaamaan di dalam kedua-dua agama.

Seterusnya ketinggian mertabat Maryam dipandang lebih tinggi lagi bukan hanya tertakluk kepada sifat ketaatannya kepada Tuhan sahaja, tetapi kelebihannya yang telah melahirkan Nabi Ī’sā atau Jesus merupakan satu-satunya kelebihan yang tidak semua wanita akan memperolehinya.

BAB III


MARYAM DARI PERSPEKTIF GOSPELS : ASPEK PERBEZAAN DENGAN AL-QUR’ĀN

3.1 PENDAHULUAN


Seperti yang telah diketahui, di dalam agama Kristian juga penceritaan tentang Maryam di dalam Gospels juga amat penting. Ini kerana peranannya yang melahirkan Jesus amat dipandang tinggi.

Oleh itu didalam bab III ini penulis seterusnya akan melihat perbezaan yang ada di dalam penceritaan tentang Maryam dari perspektif Gospels. Walaupun penceritaan tentang Maryam diantara Gospels dan Al-Qur’ān terdapat banyak persamaan tetapi ianya tetap terdapat beberapa aspek perbezaan yang akan di jelaskan di dalam bab ini.


3.2 MARYAM BERKAHWIN DENGAN JOSEPH (YUSOF).

Di dalam bab ini penulis akan melihat berkaitan aspek Maryam samada berkahwin ataupun tidak. Ini kerana terdapatnya perbezaan antara Al-Qur’ān dan Gospels berkaitan aspek ini.

Seterusnya, merujuk kepada aspek ini, jelas didalam Gospels menunjukkan bahawa Maryam telah pun berkahwin dengan seorang lelaki. Lelaki tersebut adalah dikenali sebagai Joseph. Siapakah Joseph dan apakah rentetan peristiwa perkahwinan mereka yang diceritakan di dalam Gospels yang menjadi perbezaan dengan apa yang terdapat di dalam Al-Qur’ān.


3.2.1 PERTUNANGAN DENGAN JOSEPH

Dapat dijelaskan di sini bahawa, bagi penganut Kristian mereka percaya bahawa Maryam telah bertungan terlebih dahulu dengan Joseph. Pertunangan dapat dijelaskan untuk membezakan hubunggan atau ikatan yang telah dibuat sebelum ikatan perkahwinan Connick. C. M. 1974: 122). Di dalam Gospels ada dinyatakan seperti berikut:

“ dalam bulan keenam Elizbeth menganung Allah menyuruh malaikat Gebrail pergi ke sebuah kota di Galile bernama Nazareth. Dia menghantar perkhabaran kepada seorang perawan yang bertunangan yang bernama Yusuf dari keluarga Daud”

“ In sixth month of Elizabeth’s pregnacy God sent the angel Gabriel to a town in Galilee named Nazareth. He had a message for a young woman promised in marriage to a man named Joseph, who was a descenent of King David”.
(Luke 1:26-27).

Dapat dijelaskan secara ringkas di sini bahawa Joseph adalah berketurunan Daud. Keturunan tersebut telah diperjelaskan di dalam bab pertama. Tidak dapat dipastikan bilakah mereka bertunang dan tempoh pertunangan tersebut berlangsung. Semuanya kisah pertunangan antara Joseph dan Maryam ini diceritakan hanya secara umum dan tidak terdapat maklumat yang spesifik mengenainya.


3.2.2 PERKAHWINAN MARYAM DAN JOSEPH

Seterusnya, setelah Maryam mendapat perkhabaran dari Jibrail yang menyatakan beliau hamil, berita tersebut pun telah diketahui oleh Joseph. Lantas dia amat terkejut dengan perkhabaran tersebut. Tetapi walaubagaimana pun malaikat Jibrail telah menjelma di dalam mimpinya dan memerintahkan supaya Joseph mengahwini Maryam dan tidak perlu takut dan ragu-ragu untuk berkahwinan dengan Maryam. Kerana bayi yang dikandungkan oleh Maryam itu merupakan datangnya dari Ruh Al-Kudus (www.wikipedia. org/wiki/mary_mother of Jesus).

Perkara ini dapat dilihat berdasarkan beberapa ayat di dalam Metthew iaitu ayat (1:18-20) :

“ kelahiran Yesus Kristus adalah seperti berikut: pada wakru Maria, ibuNya bertungangan dengan Yusof, ternyata ia mengandung dari Roh Kudus, sebelum mereka hidup sebagai suami isteri. Kerana Yusuf suaminya seorang yang tulus hati dan tidak mahu mencemarkan nama isterinya di muka umum, ia bermaksud menceraikannya dengan diam-diam. Tetapi ketika ia mempertimbangkan maksud itu, malaikat Tuhan nampak kepadanya dalam mimpi dan berkata “Yusuf anak Daud jaganlah engkau takut mengambil Maria sebagai isterimu, sebab anak yang di dalam kandungannya adalah dari Ruh Kudus”.

“ This washow the birth of Jesus Christ took place. His mother Mary was engaged to Joseph; but before they were married, she found out that she was going to have a baby by the Holy Spirit. Jpseph was a man who always did what was right, but he did not want to disgrace Mary publicly; so he made plans to break the engagement privately. While he was thinking about this, an angel of the Lord apperared to him in a dream and said : “Joseph, descendant of David, do not be afraid to take Mary to be your wife. For it is by the Holy Spirit that she has conceived”.
(Matthew 1:18-20).

Akhirnya Joseph pun telah mengikut sepertimana yang diarahkan supaya mengahwini Maryam. Sepertimana ayat berikut :

“sesudah bangun dari tidurnya, Yusof seperti yang diperintahkan malaikat Tuhan itu kepadanya. Ia menganmbil Maria sebagai isterinya. Tetapi tidak bersetubuh dengan dia sampai ia melahirkan anaknya laki-laki dan Yusuf menamakannya Jesus”.

“So when Joseph woke up, he married Mary, as the angel of the Lord had told him to. But he had no sexsual relation with her before she gave birth to her son. And Joseph named him Jesus”.
(Metthew 1:24-25).

Seterusnya mereka sekeluarga tinggal di sebuah daerah. Dimana Joseph telah bekerja sebagai tukang kayu. Ini terdapat di dalam ayat berikut :

“bukankah ia ini anak tukang kayu ? bukankah saudaranya Yakobus, Yusuf, Simon dan Yudas?”.

“Isn’t he the carpenter’s son? Isn’t Mary his mother, and aren’t James, Joseph, Simon and Judas his brother?”.
(Metthew 13:55).
Dikatakan juga mereka tinggal di dalam keadaan yang agak susah. Joseph juga telah berniaga. Kemudiannya hidup mereka tidak lagi begitu susah. Mereka telah menghabiskan masa mereka di Ghaleli ( Maloney. R . P. 1999: 288).


3.2.3 DIKURNIAKAN BEBERAPA ANAK LAIN

Seterusnya, setelah Maryam dan Joseph berkahwin, mereka dikatakan mempunyai beberapa orang anak lain. Ini merupakan salah satu lagi aspek yang mempunyai perbezaan dengan keterangan di dalam Al-Qur’ān.

Ramai ahli-ahli ilmuan Nasrani berpendapat bahawa perkahwinan diantara Maryam dan Joseph telah dikurniakan beberapa zuriat lain. Jadi Isa A.S dikatakan mempunyai lima orang saudara lelaki. Tetapi walaubagaimana pun tidak dapat dinyatakan secara keseluruhan nama-nama kesemua anak Maryam dan Joseph itu. Antara sebahagian nama tersebut adalah Yacobus Budiman, Semion, Yehuda. I’sā A.S turut dipercayai mempunyai dua lagi saudara perempuan yang tidak diketahui namanya (Azyumardi Azra. 2005:289).

Di dalam Gospels ada beberapa ayat yang boleh menerangkan berkaitan I’sā A.S mempunyai saudara-saudara lain iaitu di dalam Mark:

“ bukankah Dia ini tukang kayu, anak Maria, saudara Yakobus, Yoses, Yudas dan Simon ? dan bukanlah saudara-saudaranya yang perempuan ada bersama kita? Lalu mereka kecewa dan menolak kita”.

“Isn’t he the carpenter, the son of Mary, and the brother of James, Joseph, Judas, and Simon? Aren’t his sisters living here? And so they rejected him”.
(Mark 6:3).
Seterusnya di dalam Metthew seperti berikut:
“bukankah ia ini anak tukang kayu? Bukankah ibunya bernama Maria dan saudara-saudaranya: Yakobus, Yusuf, Simon dan Yudas?”

“Isn’t he the carpenter’s son? Isn’t Mary his mother, and aren’t James, Joseph, Simon and Judas his brother?”.
( Metthew 13:55).

Oleh yang demikian amat jelaslah bahawa di dalam Gospels telah menerangkan dan mempercayai bahawa Maryam dan Joseph telah mempunyai anak lain selain I’sā A.S di dalam perkahwinan mereka itu. Tetapi walaubagaimana pun terdapat juga pendapat lain yang menyatakan I’sā A.S tidak mempunyai saudara lain yang seibu dan sebapa dengannya.

3.2.4 ASPEK PERBEZAAN YANG TERDAPAT DI DALAM AL-QUR’ĀN.

Jika dilihat dari perspektif Al-Qur’ān, Maryam sememangnnya tidak berkahwin dengan sesiapa pun. Sama sekali tidak dinyatakan langsung di dalam Al-Qur’ān. Juga kisah beliau bertunangan dengan Joseph juga tidak ada diceritakan sama sekali di dalam Al-Qur’ān. Malah kesemua aspek tentang pertunangan, perkahwinan, serta dikurniakan anak lain selain Jesus sepertimana yang ada di dalam Gospels itu amatlah berbeza dengan Al-Qur’ān. Jadi siapakah Yusof menurut Al-Qur’ān?

Sebenarnya Joseph atau Yusof tidak pernah disebutkan di dalam Al-Qur’ān mahupun hadis. Maklumat tentangnnya serta hubungannya dengan Maryam banyak diperdebatkan. Apa-apa sahaja kisah tentangnnya kerapkali di akhiri dengan kalimah ’Wa Allah a’lām’ (Allah lebih mengetahuinya). Ataupun ianya hanya di wakili dengan perkataan ’disebutkan’ atau ’mereka menyatakan’ iaitu tidak dapat di pasti siapakah yang sebenarnya berkata (Schleifer. A 1998:44)

Antara penjelasan tentang Yusof adalah dikatakan beliau adalah sepupu kepada Maryam. Beliau adalah bekerja sebagai tukang kayu dan telah berkhidmat di Bait al-Māqdis. Beliau adalah antara orang yang amat mengetahui dengan jelas tentang Maryam dari segi kesalihannya serta kesempurnaan ibadahnya.

Selain itu untuk menunjukkan bagaimana rapatnya pertalian Yusof dengan Maryam dikatakan selepas Zakariyya A.S dipertanggungjawabkan untuk menjaga Maryam, begitulah dengan Yusof. Beliau adalah orang yang akan menjaga Maryam selepas Zakariya A.S.

Selanjutnya sumber-sumber traditional Muslim seringkali tidak menjelaskan apakah hubungan Maryam dan Yusof. Malah ada juga sumber yang menyebut bahawa Yusof adalah sahabat dan teman Maryam semata-mata tidak lebih dari itu. Tidak pernah sedikit pun diceritakan melalui sumber Islam yang menyatakan mereka berdua ada hubungan perkahwinan.

Dikisahkan juga bahawa setelah tahun demi tahun telah berlalu, suatu ketika datanglah musim kemarau menimpa Bani Israil. Makanan serta bekalan minuman amatlah sukar untuk diperolehi. Satu hari keluarlah Zakaria menemui kaumnya dan berseru: ”hai Bani Israel, ketahuilah demi Allah, sesungguhnya aku sudah tua dan lemah untuk menanggung anak perempuan ’Imrān. Maka, siapakah di antara kamu yang bersedia memelihara Maryam sepeniggalan ku, mencukupi baginya makanan dan minuman sampai ia dapat menyelesaikan ibadatnya kepada Allah sebagaimana nazar ibunya”.

Maka semua yang hadir di situ bertanya-tanya siapakah diantara mereka yang akan memelihara Maryam. Untuk memutuskan hal itu, mereka pun akhirnya setuju untuk mengundi. Pengundian mereka dilakukan. Maka ianya telah kena kepada sepupunya sendiri seorang tukang kayu bernama Yusof. Maka tanggungjawab itu telah diterima oleh Yusof dengan senang hati sekali.

Seterusnya dikisahkan juga, bahawasanya Yusof adalah antara orang yang mengetahui kehamilan Maryam. Tetapi walaubagaimana pun cara Yusof mengetahui Maryam hamil juga mempunyai perbezaan dengan apa yang dikhabarkan melalui Gospels.

Setelah Maryam mendapat perkhabaran gembira yang menyatakan beliau mengandung, Maryam tetap menyembunyikan kehamilannya itu. Tetapi walaubagaimana pun akhirnya Yusof mencurigai terhapat Maryam disebabkan terdapatnya tanda kehamilan terhadapnya (Maryam).

Namun Yusof agak kuatir untuk bertanyakan perkara terebut kepada Maryam. Ini kerana beliau sendiri amat maklum akan kelakuan Maryam yang amat taat kepada suruhan serta perintah Allah S.W.T. Masakan Maryam sanggup melakukan perkara-perkara yang tidak sopan sehinggakan beliau hamil.

Akhirnya jalan yang terbaik telah diambil oleh Yusof agar tidak lagi menaruh syak wasangka terhadap Maryam. Lantas beliau memberanikan diri untuk bertanyakan perkara tentang kehamilan Maryam itu yang telah lama terbuku di dalam hatinya. Lantas Yusuf berkata kepada Maryam: ”Maryam sesungguhnya aku telah berfikir sesuatu yang telah terjadi kepada dirimu. Sebenarnya aku aku ingin menyembunyikannya, tetapi aku tidak dapat berbuat begitu lagi. Dan aku merasa bahawa lebih baik aku bertanya tentang perkara itu untuk menteramkan hatiku. Lantas Maryam memandang Yusof dan berkata: ”Berkatalah dengan perkataan yang baik”. Maka Yusof berkata kepadanya : ”Maryam, beri tahulah kepadaku, adakah tanaman boleh tumbuh tanpa air?” Maryam menjawab: ”Ya”. Tanya Yusof lagi: ”apakah mungkin lahir seorang anak tanpa laki-laki?”. Lantas Maryam pun menjawab : ”Bukanlah kamu tahu bahawa Allah ’Azza Wajallā pada mulannya menciptakan tanaman tanpa benih, dan benih hanya ada pada tanaman yang ditumbuhkanNya tanpa benih? Bukankah kamu tahu bahawa Allah mampu menumbuhkan pepohon tanpa air dengan kekuasaanNya? Dia menjadikan hidupnya pokok-pokok itu menurut aturanNya. Ataukah kamu akan berkata bahawa sesungguhnya Allah tidak kuasa menumbuhkan pohon, sehingga Dia meminta pertolongan kepada air. Kalau demikian halnya, beerti Allah tidak ada kuasa menumbuhkannya”. Sahut Yusuf : Aku tidak berkata seperti itu, tetapi aku berkata bahawa sesungguhnya Allah berkuasa atas apa yang dikehendakiNya. Dia berkata bagi sesuatu yang ingin diciptakanNya: Jadilah! Maka jadilah ia”. Maryam lalu menyambung : ”Bukankah engkau tahu bahawa Allah mencipta Adam dan isteinya tanpa adanya seorang laki-laki ataupun seorang perempuan?”. Yusof akhirnya sedar bahawa Maryam membawa sesuatu mukjizat di atas kekuasaan Allah S.W.T. kandungannya itu adalah atas kebijaksanaan dan kekuasaan Allah S.W.T. Malah tiada yang dapat menghalangnya jika Dia mahu mengurnikan sesuatu walaupun di luar kemampuan manusia sekalipun (Jabir Asy-Syal. 1994: 71-72).

Apa yang ingin diperkatakan oleh penulis adalah perbezaan penceritaan bagaimana Yusof mendapat perkhabaran tentang kehamilan Maryam melalui kisah dari Al-Qur’ān dan Gospels. Yang mana tidak ada sama sekali kisah yang menerangkan Yusof telah bermimpi didatangi malaikat Jibril menberitahu kehamilan Maryam serta mengarahkannya untuk mengahwini Maryam sepertimana dakwaan Gospels. Ini adalah antara aspek yang amat ketara perbezaannya antara kedua-dua kitab tersebut.

Malah tidak ada pun dikatakan di dalam Al-Qur’ān menyatakan mereka telah bertungan kemudiannya berkahwin. Setelah itu dikurniakan beberapa anak lain sepertimana yang diceritakan di dalam Gospels.


3.3 TEMPAT KELAHIRAN JESUS

Seterusnya salah satu lagi aspek yang menjadi perbezaan penting di antara keterangan di dalam Al-Qur’ān dan juga Gospels. Ianya adalah berkaitan perbezaan keterangan berkaitan tempat di mana Jesus telah dilahirkan. Jadi di dalam topik ini penulis akan melihat aspek yang diceritakan di dalam Gospels berkenaan tempat kelahiran Jesus berdasarkan keterangan ayat-ayat yang terdapat di dalam kitab tersebut.

Merujuk di dalam Matthew dan juga keterangan di dalam Luke telah menerangkan bahawa Jesus telah dilahirkan di Bethlehem. Iaitu sebuah kampung di Judean iaitu sekitar enam kilometer di selatan Jarusalem.

Di dalam Matthew menerangkan seperti berikut:

“ sesudah Yesus dilahirkan di Betlehem di tanah Yudea pada zaman raja Herodes, datanglah orang-orang majus dari timur ke Yerusalem”.

“Jesus was born in the town of Bethlehem in Judea, during the time when Herod was king. Soon afterward, some men who studied the stars came from the East to Jerusalem”.
(Matthew 2:1)

“demikian juga yusuf pergi dari kota Nazaret di Galilea ke Yudea, ke kota Daud yang bernama Betlehem, kerana ia berasal dari keluarga dan keturunan Daud. Supaya didaftarkan bersama-sama dengan Maria, tunangannya, yang sedang mengandung”.

“ Joseph went from the town of Nazareth in Galilee to the town of Bethlehem in Judea, the birthplace of King David. Joseph went there because he was a descendent of David. He went to register with Mary, who was promised in marriage to him. She was pregnant”.
(Luke( 2:4-5)

Tetapi walaubagaimana pun keterangan di dalam dua kitab tersebut telah menjadi persoalan kepada sesetengah pihak. Yang mana ada sesetengah para ilmuan yang menyatakan bahawa juga Jesus dilahirkan di Nazareth. Ini berdasarkan beberapa ayat yang juga terdapat di dalam Gospels yang menyebut “Jesus of Nazareth”. Contohnya di dalam ayat serta seperti mana berikut :

“ setibanya di sana iapun tinggal di sebuah kota yang bernama Nazareth. Hal itu terjadi supaya genaplah firman yang disampaikan oleh nabi-nabi, bahwa Ia akan disebut: orang Nazareth”.

“ And made his home in a town named Nazareth. And so what the prophets had came true: “he will be called a Nazarene”.
(Metthew 2:23).

“ hei engkau, Yesus orang Nazareth, apa urusan-Mu dengan kami? Engkau datang hendak membinasakan kami? Aku tahu siapa Engkau: yang kudus dari Allah”.

“ Ah! What do you want with us, Jesus of Nazareth? Are you are God’s holy messenger”.
(Luke 4:34).

Walaubagaimana pun, dalam satu ayat dalam Mark menyebut apabila Jesus di buang ke Nazareth dia menyebut:

“ seseorang nabi dihormati di mana-mana kecuali di tempat asalnya sendiri, di antara kaum keluarganya dan di rumahnya”.

“Jeseu said to them, “Prophets are respected everywhere except in their own hometown and by their relatives and their family”.
(Mark 6:4).

Menurut bahasa Greek perkataan ‘tempat asalnya’ boleh memberi makna samada tempat asal usul nenek moyangnya ataupun tempat di mana dia lahir. Di sini dapat dinyatakan bahawa Joseph adalah berketurunan David iaitu berasal dari Betlehem, sekaligus Jesus adalah berasal dari Betlehem. Tetapi ada kemungkinan sahaja ada pihak yang menggunakan maksud ‘tempat asalanya’ iaitu Nazareth sebagai tempat kelahiran Jesus tetapi ianya agak kabur (Connick . C. M. 1974: 117).

Perbincangan tentang Jesus di lahirkan di Nazareth adalah amat meniggalkan kesan kepada ilmuan-ilmuan untuk membincangkannya. Perbezaan tempat kelahiran ini adalah menjadi kekeliruan yang agak besar diantara Matthew dan juga Luke. Jika benar Jesus lahir di Nazareth tiada bukti sejarah yang membuktikan dia lahir disana. Kelahiran Jesus di Nazareth adalah merupakan sesuatu perkara yang diada-adakan ataupun direka semata-mata. Kesemua penganut Kristian mengakui bahawa Bethlehem merupakan tempat lahirnya Jesus yang sebenar. Tetapi ianya di kawasan mana tempat lahirnya Jesus di Bethlehem tidak dapat dipastikan (Connick . C. M. 1974: 117) .

Selain itu apa yang diceritakan di dalam Gospels mempunyai perkaitannya dengan apa yang terkandung di dalam Al-Qur’ān adalah satu perkara yang direka-reka. Yang mana dimaksudkan dengan tempat yang jauh adalah merujuk perjalan Maryam daripada Nazareth ke Bethlehem. Para Muslim moden menyatakan bahawa “perkhabaran gembira itu berlaku bagi tanggapan kami mungkin menanggap tempat tersebut adalah sebuah tempat di Bethlehem”. Ianya juga adalah sebuah tempat yang terpencil tetapi bukan merujuk tempat tersebut yang jaraknya 71 kilometer dari Nazareth, tetapi kerana di Betlehem itulah kelahiran itu berlaku di sebuah tempat yang agak gelap di bawah pokok palma (Parrinder. G. 1977: 76).

Selain daripada itu, sesetengah penulis melihat, maksud tempat yang jauh itu sebagai satu tempat yang selamat (a hollow). Ini merujuk kepada tempat di dalam perjalanan Maryam dan Joseph bersama-sama Jesus menuju ke Egypt. Ada antara Muslim traditional menyatakan tempat tersebut adalah di bawah sepohon pokok berhampiran sebuah bukit di Damascus (Parrinder. G. 1977: 76).


3.3.1 ASPEK PERBEZAAN YANG TERDAPAT DI DALAM AL-QUR’ĀN.

Seterusnya berkaitan dengan tempat kelahiran Jesus ini ianya adalah berbeza dari sudut pandangan Islam serta dengan apa yang dapat dilihat melalui Al-Qur’ān sendiri. Perbezaan tersebut amat jelas dan ketara sekali.

Di dalam Al-Qur’ān tidak dinyatakan dimanakah tempatnya Maryam melahirkan anaknya itu. Ini dapat dilihat berdasarkan Firman Allah S.W.T di dalam surah Maryam ayat ke 16

Maksudnya : “ Dan ceritalah ( kisah ) Maryam di dalam Al- Qur’ān, iaitu ketika ia menjauhkan diri daripada daripada keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur”.
(Surah Maryam 16:16).

Dapat dilihat berdasarkan ayat tersebut bahawa Maryam telah diperintahkan untuk pergi ke tempat di sebelah timur iaitu “makanan syarqiyya” ketika mana beliau hamilkan anaknya itu. Tempat tersebut dipercayai ke arah Baitul Maqdis. Dapat dilihat hanya itulah petunjuk yang terdapat di dalam Al-Qur’ān. Tetapi walaubagaimana pun ianya tiada pertentangan dengan ayat-ayat lain yang menerangkan berkaitan Maryam seperti mana pertentangan yang berlaku di dalam Gospels.

Ketika di sana iaitu ketikamana bersendirian di sebuah tempat di sebelah timur Baitulmuqaddis, Allah kemudiannya telah menghantar Roh al-Amin iaitu Jibril A.S(Abu Al-Fidā ’ Al-Hāfiz Ismail Ibn Kathīr 2005: 109) .

Tetapi walaubagaimana pun situasi ketiaka mana Maryam di datangi malaikat adalah ketika dia sedang menenun kain untuk tempat ibadatnya. Ketika itu beliau sedang berada di dalam rumahnya. Samada A-Qur’ān mahupun Gospels situasinya adalah sama. Salah seorang pentafsir Moden iaitu Maulana Āzād, menyatakan bahawa tempat sebelah timur “estern place” itu adalah Nazareth sepertimana yang ada di dalam New Testament (Parrinder. G. 1977: 68).

Sebahagian ulama turut berpendapat bahawa ketikamana Maryam mula sakit untuk melahirkan anaknya, beliau telah bersandar pada sebatang pokok kurma di sebuah tempat dekat dengan Yerussalem. Sebahagian ulama berpendapat bahawa kelahiran itu terjadi an-Nashira (Nazareth) .

Apa yang ingin ditekankan oleh penulis di sini adalah perbezaan aspek penceritaan antara Al-Qur’ān dan Gospels. Walaupun ada sesetengah Ulama Islam yang sama pendapat dengan Gospels tentang tempa kelahiran Maryam tetapi ianya adalah setelah mereka melalui pelbagai proses kajian dan pembacaan. Apa yang penting adalah Al-Qur’ān tidak memdedahkan di manakah tempat Maryam melahirkan anaknya secara detail, sebagaimana Gospels. Itulah aspek perbezaan yang ingin ditekankan oleh penulis Wallahu’alām.
.

3.4 KELAHIRAN MARYAM PERBEZAAN DARI PERSPEKTIF GOSPELS.

Seterusnya dapat dilihat di sini salah satu aspek perbezaan yang amat perlu diberi perhatian juga selain aspek-aspek di atas iaitu, perbezaan di antara Gospels dan Al-Qur’ān adalah aspek kelahiran Maryam sendiri. Ini kerana jika dilihat perbandingan di antara dua kitab tersebut amat jelas Gospels tidak ada menceritakan bilakah Maryam dilahirkan.

Dapat dilihat juga segala penceritaan ataupun kisah mengenai kelahiran Maryam memang tidak disebut di dalam Gospels. Apa yang menjadi aspek penting tentang penceritaan Maryam di dalam Gospels adalah kisahnya Maryam yang dikurniakan kandungan dari Roh Al-Kudus , ketaatan Maryam kepada yang Maha Esa serta kelahiran Jesus. Itulah antara aspek yang dapat dilihat melibatkan Maryam di kaca mata Gospels.

Tetapi walaubagaimana pun ianya hanya diceritakan berkaitan nama bapa dan ibu Maryam melalui kitab Old Testament. Di mana menyatakan bahawa bapanya bernama Amran yang merupakan juga bapa kepada Moses dan Aaron. Ada juga pandangan Kristian yang menyebut bapa Maryam bernama Joachim dan ibunya anna.

Oleh yang demikian jelaslah bahawa Gospels tidak begitu memandang aspek kelahiran Maryam sebagai sesuatu yang penting untuk diiktiraf di dalam kitab suci mereka. Kemungkinan apa yang terdapat di dalam Gospels itu telah diringkaskan penceritaanya berdasarkan kitab Old Testament.


3.4.1 KELAHIRAN MARYAM PERBEZAAN DARI PERSPEKTIF AL-QURĀN.

Seterusnya, berhubung aspek seterusnya penulis akan memperlihatkan aspek kelahiran Maryam diiktiraf di dalam Al-Qur’ān berdasarkan beberapa ayat yang menceritakan berkaitannya. Ini jelas membuktikan Al-Qur’ān tidak merubah sebarang aspek di dalam setiap penceritaannya dan semuanya kekal terpelihara.

Ini dapat dijelaskan di dalam surah Al-’Imrān iaitu ayat 35-37

Maksudnya :

(ingatlah) ketika isteri ’Imrān berkata: ”Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang saleh dan berkhidmat di Baitūl Māqdis. Kerana itu terimalah (nazar itu daripada ku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. ” Maka tatkala isteri ’Imrān melahirkan anaknya, diapun berkata: ”Ya Tuhanku, sesungguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan, dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu, dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai di Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau dari pada syaitan yang terkutuk”. ”Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakaria pemeliharaannya. Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata: ’Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini? Maryam menjawab : Makanan itu dari sisi Allah’. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada yang dikehendakiNya tanpa hisab”.

Jelaslah berdasarkan ketiga-tiga ayat di atas menceritkan bagaimana Maryam dilahirkan ibunya yang mempunyai harapan yang tinggi untuk mendapat seorang cahaya mata. Akhirnya permintaan beliau itu didengar oleh Allah S.W.T dan dimakbulkan.

Sangat jelas bahawa di dalam Al-Qur’ān ini juga dijelaskan siapakah ibu dan juga bapa kepada Maryam. Walaupun ibunya tidak disebutkan siapakah namanya yang sebenar. Tetapi secara keseluruhannya ibunya dikenali sebagai Hanna binti Faqūd. Perkara berkaitan kelahiran Maryam ini tidak dapat disansikan lagi penceritaanya di dalam Al-Qur’ān berbanding dengan apa yang terdapat di dalam Gospels.

Dapat dilihat dengan jelas juga Al-Qur’ān bukan hanya memfokuskan aspek kandungannya, kesuciannya serta kelahiran Jesus sahaja tetapi juga menitikberatkan kelahiran Maryam juga. Yang mana kelahirannya juga amat unik dan menunjukkan kekuasaan Allah yang Maha Berkuasa mengurniakan apa sahaja yang dia mahukan tanpa batasan.


3.5 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya dapatlah dilihat bahawa pelbagai aspek yang besar menjadi perbezaan di antara dua kitab iaitu Al-Qur’ān dan juga Gospels. Aspek-aspek perbezaan tersebut iaitu Gospels mununjukkan ianya banyak meceritakan perkara yang telah bercanggah antara satu sama lain di dalam kitab-kitabnya sendiri. Seterusnya ini menunjukkan kelemahan kitab tersebut yang telah ditokok tambah oleh para pengikutnya sendiri.

BAB IV
ANALISIS


Seperti yang telah kita maklum, Maryam adalah seorang wanita yang amat mulia dan solehah. Manakala ketaatan, keikhlasan serta ketundukannya kepada yang Maha kuasa adalah tidak dapat disangkalkan lagi oleh kita.

Kelebihan Maryam telah dapat kita lihat sendiri sejak dari mula kelahirannya lagi. Berdasarkan apa yang dapat dilihat apabila ibunya sendiri telah hamil ketikamana umurnya telah lanjut. Sanggup pula untuk menyerahkan anaknya itu kepada rumah ibadah untuk menjadikannya seorang ahli agama. Manakala ayahnya pula cImrān adalah antra orang-orang yang amat taat kepada suruhan Tuhan.

Berdasarkan perkara tersebut dapatlah dikatakan bahawasanya perkara tersebut adalah menunjukkan Maryam bukanlah dari kalangan orang biasa. Tetapi ibu bapanya sendiri merupakan hamba yang mempunyai ketaatan dan keimanan yang tinggi kepada Allah. Ketaatan serta ketaqwaan tersebut turut diperolehi oleh Maryam malah ketaatan dan ketaqwaanya amat tinggi sehinggakan beliau dipilih oleh Allah S.W.T antara wanita yang dipandang tinggi di sisinya. Ini dapat dibuktikan bukan sahaja terdapat di dalam Al-Qurān malah juga didatangkan di dalam hadis-hadis antaranya :

خير نساء العالمين اربع (مرييم بنت عمران واسية امرأة وخديجة بنت خويلد وفاطمة بنت محمد رسول الله)

Maksudnya: Sebaik-baik perempuan di dunia ada empat orang, iaitu Maryam binti Imrān, Asiyah (isteri Firaun), Khādijah binti Khūwaylid dan Fātimah binti Muhammad Rasulullah s.a.w.

Jelaslah bahawa di dalam Islam Maryam amat diiktiraf sebagai wanita yang begitu tinggi mertabatnya. Dan kelebihan yang ada padanya menunjukkan keistimewaanya yang ditempatkan antara wanita yang mulia di dalam Islam dan di sisi Allah S.W.T.

Begitu juga dengan ketaatannya kepada Allah S.W.T. Di dalam Al-Quran banyak menggambarkan ketaatannya melakukan ibadah kepada Allah S.W.T. Sehinggakan beliau dikurniakan rezeki yang tidak diduga. Iaitu rezeki yang turunnya dari Allah S.W.T hanya kepada Maryam.

Dan antara perkara yang paling besar yang dikurniakan oleh Allah S.W.T adalah belaiau dikurniakan kehamilan iaitu Ruh Al-Kudus. Dan ini adalah menunjukkan betapa mulianya Maryam dan kehidupannya yang begitu hampir dengan Allah S.W.T hinggakan dikurniakan keistimewaan sebegitu oleh Allah S.W.T. Dan kehamilannya itu adalah menifestasi kepada kekuaan Allah S.W.T yang mampu melakukan apa sahaja walaupun perkara tersebut melampaui akal manusia.

Dan kehamilan Maryam itu juga adalah menunjukkan keistimewaan Maryam sebagai wanita pilihan Allah. Ini kerana Maryam telah hamil bukan daripada hasil perkahwinan denga mana-mana lelaki. Dan ini adalah menunjukkan Maryam adalah wanita suci.

Dan bagi penulis kehamilan Maryam itu bukan hanya interpritasi kepada ketaatan, ketaqwaan serta keimanan Maryam sahaja. Tetapi ianya juga menunjukkan keistimewaan bayi yang dikandung oleh Maryam iaitu merupakan seorang pesuruh Allah, iaitu seorang Nabi yang akan membimbing kaumnya Bani Isreal. Sehinggakan kehamilannya itu telah dikhabarkan oleh malaikat. Sesungguhnya ianya sesuatu perkhabaran yang amat besar dan tidak mungkin diterima oleh sebarangan manusia melainkan manusia yang dipilih oleh Allah S.W.T.

Walaupun aspek-aspek di atas adalah mempunyai persamaan dengan apa yang diceritakan di dalam Gospels, tetapi walau bagaimanapun terdapat juga perbezaan di antara kedua-dua persperspektif ini. Antaranya adalah berkaitan dengan perkahwinan Maryam dengan Joseph. Ini adalah merupakan aspek perbezaan yang ketara berdasarkan kedua-dua kitab tersebut.

Selain itu dikatakan juga hasil daripada perkahwinan tersebut Maryam dan Joseph telah dikurniakan beberapa orang anak yang lain. Tetapi walaubagaimana pun bukti ini adalah amat tidak kukuh. Ini kerana di dalam Gospels sendiri tidak dapat menyatakan dengan tepat kebenaran tersebut. ditambah lagi kesemua nama anak Maryam tersebut tidak dapat dinyatakan kesemuanya dengan jelas.

Sementara itu berkaitan dengan perkahwinan Maryam, bagi penulis ianya adalah satu perbezaan yang amat ketara di antara Gospels dan juga Al-Quran. Ini kerana di Al-Quran tidak menyatakan bahawa Maryam pernah berkahwin. Ini kerana jelas bahawa di dalam Al-Quran menyatakan tentang kesucian Maryam sebagai perawan suci tidak pernah disentuh lelaki samada selepas beliau hamil ataupun sebelum. Dan di dalam Islam sendiri kesucian Maryam amat jelas tidak dapat disangkalkan lagi. Selain itu kesucian pada Maryam bukan hanya dipandang pada fizikal semata malah kesucian spritual. Dan ini dikuatkan lagi dengan gelaran Maryam dikenali sebagai Al-Batul iaitu perempuan yang memisahkan dirinya dari kaum lelaki dan tidak berhasrat untuk menginginkanya. Oleh yang demikian jelaslah bahawa Maryam tidak pernah berkahwin dan mempunyai anak lain sepertimana yang terdapat di dalam Gospels.

Dan apa yang diperkatakan oleh Gospels itu sekali lagi dapat disangkal apabila mereka juga tetap menggunakan istilah ’Virgin Mary’. Ini jelas bahawa Maryam tidak berkahwin. Jika benar Maryam berkahwin maka istilah tersebut tidak akan digunakan. Iaitu istilah yang merujuk kepada kesucian Maryam.

Selain itu antara perbezaan lain yang dapat dilihat adalah berkaitan dengan tempat Jesus dilahirkan. Seperti yang dinyatakan di dalam bab yang kedua bahwasanya Al-Quran tidak menyatakan di manakah tempat kelahiran Jesus. Tetapi hanya menyatakan tempat tersebut adalah di sebelah timur. Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas tetapi tiada percanggahan ayat atau fakta tentang tempat dimana Jesus dilahirkan.

Ini amatlah berbeza dengan apa yang dinyatakan di dalam Gospels. Kerana di dalam Gospels percanggahan fakta telah belaku di dalam menerangkan di manakah tempat kelahiran Jesus yang sebenarnya. Ini adalah satu kelemahan dan perbezaan dengan Al-Quran yang sentiasa terpelihara. Dan bagi penulis kelemahan tersebut menujukkan bahawa Gospels iaitu adaptasi daripada kitab Old Tetament telah diubah faktanya oleh pengikut agamanya sendiri. Dan originaliti kesahihan isi kandungan kitab tersebut telah tercemar.

Seterusnya antara perbezaan lain yang dapat dilihat antara Gospels dan Al-Quran adalah berkaitan dengan kelahiran Maryam sendiri. Di dalam Al-Quran jelas menceritakan tentang bagaimana ibu Maryam mengharapkan akan kelahiran cahaya mata yang telah lama diidamkanya bersama suaminya. Akhirnya doa si ibu itu dimakbulkan oleh Allah dengan mengurniakannya seorang zuriat lantas di beri nama Maryam. Serta dijelaskan juga bapanya I’mran merupakan antara antara gologan manusia yang baik. Ini telah dijelaskan di dalam surah Al-I’mran yang bermaksud ”sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam, dan Nabi Nuh, dan juga keluarganya Nabi Ibrahim dan keluarga I’mran, melebihi segala umat (yang ada pada zaman mereka msing-masing)”
Dan berdasarkan ayat tersebut maka jelaslah Al-Quran mengiktiraf keluarga I’mran antara golongan yang baik dan terpilih.

Tetapi malangnya di dalam G ospels tidak diceritakan dengan lanjut berkaitan kelahiran Maryam sepertimana Al-Quran yang menjelaskannya dengan begitu menarik sekali. Apa yang lebih ditekankan di dalam Gospels adalah berkaitan kehamilan Maryam sahaja.

Secara keseluruhanyya apa yang penulis dapat lihat adalah terdapatnya faktor-faktor persamaan di dalam aspek penceritaan Maryam dari kedua-dua perpektif Al-Quran dan Gospels. Dan ini menunjukkan Maryam amat diktiraf oleh kedua-dua agama iaitu Islam dan juga Kristian. Walaubagaimanapun terdapat juga aspek-aspek yang berbeza dari sudut penceritaannya.

Selain itu pengiktirafan kepada Maryam tidak hanya terhenti di dalam kedua-dua kitab itu sahaja terdapat juga pengiktirafan berkaitan Maryam yang ditulis didalam pelbagai bentuk lain contohnya puisi. Apa yang ingin penulis bawakan adalah betapa besarnya peranan Maryam sebagai wanita yang sangat disanjung tinggi. Puey Monzo seorang Marisco menggunakan gelaran Alhihante (gelaran semacam haji), telah menulis puisi berkaitan ibadah hajinya ke Makkah. Semasa menunaikn ibadah tersebut beliau sempat mengunjungi tinggalan Maryam dan Nabi Isa di sekitar Kairo. Antara puisinya yang mengisahkan tentang Maryam :

Kami berkelana dari Kairo suatu hari,
Sepanjang sungai berjalan kaki,
Di jalan-jalan Mathariyyah,
Untuk melihat –lihat sebuah kebun buah tempat tumbuh sebuah pohon ara tua,
Yang berusia lebih daripada seribu tujuh ratus tahun,
Di kebun buah ini pohon yang membuka bagi Maryam,
Niscaya untuk menyelmatkannya,
Ketika orang-orang Yahudi yang jahat
Mengejar untuk membunuhnya:Ia dan putranya,
Pohon itu melindungi mereka di dalam hati-Nya,
Pohon yang tujuh kali dalam setahun
Berbuah sebagai rahmat.


Dan sesungguhnya Maryam adalah wanita yang amat disanjung tinggi. Dan keimanan, ketinggian akhlaknya, ketaqwaannya tetap menjadi tauladan dan sanjungan manusia. Dan pengkisahannya yang amat istimewa tidak akan ditelan zaman.


RUJUKAN


Al- Qur’ān.

Al- Qur’ān dan terjemahan.


Al- Kitab. 1999. Jakarta: Lembaga Al-Kitab Indonesia.


c Abdallah Yousuf cAli. 1973. The glorious kur’an. Libyan Arab: The Call Of Islam
Society.


cAbdullah Muhammad bin Ahmad Al-Ansari Al-Qurthubī. 1967. Al- jami’ al- qur’ ān juzu’ rabi’. cArabiyah : Darul Kitab c Arabi Liltibā’ah Wālnasrīy.


cAbdullah Yusuf cAli. 1992. Al-qur’ ānnu ‘l-karīm terjemahan dan huraian maksud. Jilid 1. Terj. Abu Salah Muhammad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


cAbdullah Yusuf cAli. 1993. Al-qur’ ānnu ‘l-karīm terjemahan dan huraian maksud. Jilid 3. Terj. Abu Salah Muhammad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Abu Al-Fidā’ Al- Hāfiz Ismail Ibn Khathīr. 2005. Sejarah tamadun islam ibn khathīr
Jilid 2. Terj. Zaidah Mohd Nor & Zalinah Mohd Nor & Ahmad Nasir Mohd
Yusoff & Hais Yunnus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.


Abu Al-Fidā Ismail bin Khathīr Al-Damsyiqī. 1999. Tafsir ibni khathir. Qāhirah: Darul
Al- Sābūni.


Asy- Syahid Syayyid Qutbh Rahimahūllah. 2000. Tafsir fi zilalul Al-qura’ān. Terj:
Yusoff Zakry Hj. Yacob. Kuala Lumpur: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.


Azyumardi Azra. 2005. Ensiklopedi islam jilid 4. Jakarta: PT Khtiar Baru Van Hoeve.


Bey Ariffin. 1979. Maryam isa dan muhammad. Singapura: Pustaka Nasional.


Bible today’s english version. 1992. American: American Bible Society.


Connick. C. M. 1974. Jesus the man, the mission, and the message. United State:
Prentice-Hall,Icn, Englewood Cliff.


Jabir Asysyaal. 1993. Al-quran bercerita soal wanita. Jakarta: Gema Insani Press.


Maloney. R . P. 1999. Five face of mary. Journal of Review for Religious. 58 (4): 286-
293.

Parrinder. G. 1977. Jesus in the qur’an. New York: Oxford University Press.


Schleifer. A. 1998. Maryam sang perawan suci. Terj. Agung Prihantoro. Bandung:
Pustaka Hidayah.

Syaid Quth. 1993. Fi zilalil qur’ān. Jilid 4. Qāhirah: Dār Al-Syurūq.


Syeikh Muhammad Mutawally Sya’rawi. 2007. Isa dan maryam. Terj. H. Iman Firdaus
Lcq. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise.


Bey Ariffin. 1979. Maryam isa dan muhammad. Singapura: Pustaka Nasional.


Hastings. J. 1963. Dictionary of the bible. New York: Chales Scribner’s Sons.
Selangor: Thinker’s Library SDN.BHD.


Wikipedia. (Tanpa tarikh). Mary (mother of Jesus). Wikipedia, the free Encylopedia,
(atas talian) http:// en. Wikipedia. Org/ wiki/ mary_ mother of_ jesus.

Tiada ulasan: