DONATE

Isnin, 3 Ogos 2009

Gharar, Riba, dan Maisir di dalam Muamalat


Pendahuluan

Gharar tidak dapat dijelaskan secara terperinci kerana skop dan maksud gharar itu sendiri kerana ia terlalu meluas.Walau bagaimanapun secara yang sederhana, boleh dijelaskan konsep ini seperti berikut iaitu asas hukum kepada kedudukan pengharaman gharar adalah hadis Nabi yang bermaksud:

“sesungguhnya Nabi S.A.W melarang daripada jual beli gharar”. (riwayat Imam Muslim)


Isu hukum yang timbul daripada hadis berkenaan ialah tentang definisi atau maksud gharar yang dilarang dalam hadis berkenaan. Justeru jika dikaji karya-karya fiqh klasik tentang makna gharar, boleh dikatakan terdapat pelbagai definisi daripada para fuqaha‘ tentang konsep gharar. Antaranya ialah gharar yang bermaksud “jahalah” (tidak maklum) tentang barangan yang ditransaksikan. Antara alim ulama yang berpendapat sedemikian ialah al-Sarakhsi di dalam karyanya al-Mabsut dan al-Zaila‘ie di dalam karyanya Tabyiin al-Haqa‘iq. Al-Sarakhsi misalnya telah mendefinisikan gharar sebagai sesuatu yang tidak diketahui akibatnya.

Terdapat juga mereka yang menyatakan bahawa gharar bermaksud syak atau keraguan. Maksud gharar yang sedemikian didukung oleh beberapa fuqaha‘ antaranya ialah al-Kasani di dalam kitabnya Bada‘ie’ al-Sana‘ie’, Ibn ‘Abidin di dalam kitabnya Hasyiah Ibn ‘Abidin dan al-Dusuqi. Al-Kasani misalnya telah menghuraikan makna gharar sebagai suatu keadaan risiko seimbang yang akan ditempuhi oleh seseorang berkenaan dengan sesuatu barangan yang dikehendaki itu akan wujud atau tidak dalam sesuatu transaksi.

Terdapat juga para fuqaha’ yang melakukan sintesis antara kedua-dua makna gharar di atas. Misalnya al-Syarqawi dan al-Qalyubi menyatakan bahawa gharar bermaksud sesuatu yang tidak diketahui akibatnya dan mempunyai dua kemungkinan; sama ada kemungkinan positif ataupun negatif tetapi kemungkinan akibat negatif adalah lebih kuat.
Berdasarkan definisi-definisi klasik di atas, boleh dikatakan bahawa konsep gharar berkisar kepada makna ketidaktentuan dan ketidak jelasan sesuatu transaksi yang dilaksanakan. Ketidaktentuan dan ketidakjelasan berkenaan timbul khususnya daripada aspek-aspek berikut:

* sama ada sesuatu barangan yang ditransaksikan itu wujud atau tidak;
* sama ada sesuatu barangan yang ditransaksikan itu mampu diserahkan ataupun tidak;
* kaedah transaksi itu dilaksanakan secara yang tidak jelas tetapi menarik perhatian sehinggakan mungkin wujud elemen penipuan bagi menarik pihak-pihak untuk bertransaksi;
* akad atau kontrak yang mendasari sesuatu transaksi itu sendiri sifatnya tidak jelas.


Dalam memahami makna gharar dan kaitannya dengan aspek-aspek yang disebutkan di atas, perlu juga dinyatakan bahawa terdapat kategori-kategori gharar yang perlu diketahui iaitu gharar fahish (ketidakjelasan yang keterlaluan); gharar yasir (ketidakjelasan yang minimum) dan gharar mutawassit (ketidakjelasan yang sifatnya sederhana). Dari segi hukum, pemahaman tentang kategori ini sangat penting kerana sekiranya sesuatu transaksi itu mempunyai elemen gharar fahish maka transaksi berkenaan adalah dilarang. Sebaliknya sekiranya sesuatu transaksi itu hanya mengandung elemen gharar yasir, maka transaksi itu dibenarkan kerana elemen gharar yang wujud adalah dimaafkan. Sekiranya elemen gharar mutawassit wujud, maka biasanya wujud khilaf dikalangan fuqaha’ dalam memberi penilaian dan status hukum khususnya jika transaksi berkenaan melibatkan perkara yang sangat diperlukan oleh masyarakat dan gharar tersebut adalah daripada jenis yang tidak mampu dielakkan melainkan dengan cara yang sangat menyusahkan.

Perlu juga dinyatakan di sini bahawa perbincangan tentang gharar sebenarnya bukanlah perbincangan yang bersifat statik serta dogmatik. Kenyataan ini bermaksud sesuatu penghukuman haram atau tidak diharuskan tentang transaksi yang mengandungi gharar khususnya gharar fahish tidak bermakna bahawa akad atau transaksi berkenaan akan selama-lamanya haram atau tidak diharuskan. Hal ini disebabkan oleh, perkaitan gharar dengan arus perkembangan sains dan teknologi adalah sangat rapat dan perlu diambil kira dari semasa ke semasa. Secara yang lebih lanjut hal ini bermaksud elemen gharar dan ketidakjelasan serta ketidaktentuan boleh berubah sehingga menjadi perkara yang tidak lagi mengandungi unsur ketidakpastian akibat daripada wujudnya pelbagai alatan,instrumen dan teknologi canggih yang boleh mengurangkan atau menghapuskan elemen ketidakpastian berkenaan.

Dalam konteks yang tertentu, syarat transparensi dan ketelusan sesuatu kontrak moden dalam transaksi-transaksi yang tertentu umpamanya adalah antara perkara yang mungkin sesuatu dijadikan contoh. Begitu juga dalam menjalankan transaksi e-dagang dan seumpamanya, hal perkaitan gharar dan perkembangan teknologi semasa boleh dijadikan sampel.



Gharar

Maksud al-Gharar ialah "Ketidakpastian".

Maksud ketidakpastian dalam transaksi muamalah ialah:

"Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain".

Menurut Ibn Rush maksud al-Gharar ialah:

"Kurangnya maklumat tentang keadaan barang (objek), wujud keraguan pada kewujudkan barang, kuantiti dan maklumat yang lengkap berhubung dengan harga. Ia turut berkait dengan masa untuk diserahkan barang terutamanya ketika wang sudah dibayar tetapi masa untuk diserahkan barang tidak diketahui".

Ibn Taimiyah menyatakan al-Gharar ialah:

"Apabila satu pihak mengambil haknya dan satu pihak lagi tidak menerima apa yang sepatutnya dia dapat".

Al-Gharar ditakrifkan dalam Kitab Qalyubi wa Umairah menyatakan Mazhab Imam Al-Shafie mendefinasikan gharar sebagai:

"Satu (aqad) yang akibatnya tersembunyi daripada kita atau perkara di antara dua kemungkinan di mana yang paling kerap berlaku ialah yang paling ditakuti".

Prof Madya Dr. Saiful Azhar Rosly menyatakan:

"Gharar yang dimaksudkan dalam perbahasan sah atau tidak sesuatu kontrak itu merujuk kepada risiko dan ketidakpastian yang berpunca daripada perbuatan manipulasi manusia mengakibatkan kemudaratan ke atas pihak yang dizalimi. Umpamanya dalam jual beli kereta terpakai, pembeli tidak diberitahu tentang keadaan sebenar kenderan tersebut. Setelah selesai perjanjian jual beli, gharar dalam objek jual beli itu boleh dijadikan alasan membatalkan kontrak. Ini kerana gharar itu terhasil daripada perbuatan zalim yang disengajakan".

Kontrak Insurans mengandungi unsur gharar kerana:

"Apabila tidak berlaku tuntutan, satu pihak (syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara satu pihak lagi (peserta) tidak mendapat sebarang keuntungan".

Keadaan ini bertepatan dengan definisi gharar oleh Ibn Taimiyah yang menerangkan :

"Gharar dalam kontrak berlaku apabila satu pihak mendapat keuntungan sementara sebelah pihak lagi tidak menerimanya".

Menurut laporan Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans Secara Islam di Malaysia, adalah jelas di dalam kontrak insurans yang diamalkan sekarang mengandungi elemen gharar kerana Ma'kud Alaih (barang) tidak jelas, dan ianya berkait dengan:-

i. Tidak diketahui dengan jelas samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan.
ii. Tidak diketahui kadar bayarannya.
iii. Tidak diketahui bila masanya.

Badan Petugas menyatakan kewujudan gharar dalam kontrak insurans kerana Kontrak Insurans adalah di atas "Dasar Jual Beli". Dalam Islam, jika sesuatu itu terlibat dengan muamalah jual beli maka ia mesti memenuhi rukun dan syarat jual beli. Antara rukunnya ialah:

[a] Penjual dan Pembeli
[b] Aqad (Ijab dan Qabul)
[c] Barang (Ma'kud Alaih/Subject Matter)

Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah kewujudan ketidakpastian 'barang' dalam kontrak insurans kerana syarat barang yang telah ditetapkan oleh Syarak tidak dapat dipenuhi. Bagi Islam, syarat-syarat bagi setiap rukun-rukun tersebut adalah penting dan mesti dipenuhi. Di antara syarat barang yang mesti dipenuhi ialah:

[a] Barang tersebut dapat diserahkan dalam majlis akad.
[b] Masa penyerahannya telah ditetapkan.
[c] Barang tersebut telah ditentukan jenis dan kuantitinya.
[d] Tempat untuk diserahkan barang telah ditentukan.
[e] Bukan barang yang mengandungi unsur-unsur najis dan dilarang Syarak.

Mengenal Jual-Beli Gharar

Menurut bahasa Arab, makna al-gharar adalah, al-khathr (pertaruhan) [1]. Sehingga Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah menyatakan, al-gharar adalah yang tidak jelas hasilnya (majhul al-’aqibah) [2]. Sedangkan menurut Syaikh As-Sa’di, al-gharar adalah al-mukhatharah (pertaruhan) dan al-jahalah (ketidak jelasan). Perihal ini masuk dalam kategori perjudian [3].

Sehingga , dari penjelasan ini, dapat diambil pengertian, yang dimaksud jual beli ghararadalah, semua jual beli yang mengandung ketidakjelasan; pertaruhan, atau perjudian. [4]

HUKUM GHARAR

Dalam syari’at Islam, jual beli gharar ini terlarang. Dengan dasar sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadits Abu Hurairah yang berbunyi.

“Ertinya: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang jual beli al-hashah dan jual beli gharar.” [5]

Dalam sistem jual beli gharar ini terdapat unsur memakan harta orang lain dengan cara batil. Padahal Allah melarang memakan harta orang lain dengan cara batil sebagaimana tersebut dalam firmanNya.

“Ertinya: Dan janganlah sebagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” (Qs. Al-Baqarah: 188)

“Ertinya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu ; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” (Qs. An-Nisaa: 29)

Ibnu Taimiyyah menjelaskan, dasar pelarangan jual beli gharar ini adalah larangan Allah dalam Al-Qur’an, yaitu (larangan) memakan harta orang dengan batil. Begitu pula dengan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau melarang jual beli gharar ini. [6].

Pelarangan ini juga dikuatkan dengan pengharaman judi, sebagaimana ada dalam firman Allah.

“Ertinya: Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamr, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” (Qs. Al-Maidah: 90)

Sedangkan jula-beli gharar, menurut keterangan Syaikh As-Sa’di, termasuk dalam katagori perjudian. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah sendiri menyatakan, semua jual beli gharar, seperti menjual burung di udara, onta dan budak yang kabur, buah-buahan sebelum tampak buahnya, dan jual beli al-hashaah, seluruhnya termasuk perjudian yang diharamkan Allah di dalam Al-Qur’an. [7]

HIKMAH LARANGAN JUAL BELI GHARAR

Diantara hikmah larangan julan beli ini adalah, karena nampak adanya pertaruhan dan menimbulkan sikap permusuhan pada orang yang dirugikan. Yakni bisa menimbulkan kerugian yang besar kepada pihak lain. [8]. Larangan ini juga mengandung maksud untuk menjaga harta agar tidak hilang dan menghilangkan sikap permusuhan yang terjadi pada orang akibat jenis jual beli ini.

PENTINGNYA MENGENAL KAEDAH GHARAR

Dalam masalah jual beli, mengenal kaidah gharar sangatlah penting, karena banyak permasalahan jual-beli yang bersumber dari ketidak jelasan dan adanya unsur taruhan di dalamnya. Imam Nawawi mengatakan: “Larangan jual beli gharar merupakan asas penting dari kitab jual-beli. Oleh karena itu Imam Muslim menempatkannya di depan. Permasalahan yang masuk dalam jual-beli jenis ini sangat banyak, tidak terhitung.” [9]


JENIS GHARAR

Dilihat dari peristiwanya, jual-beli gharar bisa ditinjau dari tiga sisi.

Pertama: Jual-beli barang yang belum ada (ma’dum), seperti jual beli habal al habalah (janin dari hewan ternak).

Kedua: Jual beli barang yang tidak jelas (majhul), baik yang muthlak, seperti pernyataan seseorang: “Saya menjual barang dengan harga seribu ringgit,” tetapi barangnya tidak diketahui secara jelas, atau seperti ucapan seseorang: “Aku jual keretaku ini kepadamu dengan harga sepuluh juta,” namun jenis dan sifat-sifatnya tidak jelas. Atau bisa juga karena ukurannya tidak jelas, seperti ucapan seseorang: “Aku jual tanah kepadamu seharga lima puluh ribu”, namun ukuran tanahnya tidak diketahui.

Ketiga: Jual-beli barang yang tidak mampu diserah terimakan. Seperti jual beli budak yang kabur, atau jual beli kereta yang dicuri.[10]. Ketidak jelasan ini juga terjadi pada harga, barang dan pada akad jual belinya.

Ketidak jelasan pada harga dapat terjadi karena jumlahnya, seperti segenggam Dinar. Sedangkan ketidak jelasan pada barang, yaitu sebagaimana dijelaskan di atas. Adapun ketidak-jelasan pada akad, seperti menjual dengan harga 10 Dinar bila kontan dan 20 Dinar bila diangsur, tanpa menentukan salah satu dari keduanya sebagai pembayarannya.[11]

Syaikh As-Sa’di menyatakan: “Kesimpulan jual-beli gharar kembali kepada jual-beli ma’dum(belum ada wujudnya), seperti habal al habalah dan as-sinin, atau kepada jual-beli yang tidak dapat diserahterimakan, seperti budak yang kabur dan sejenisnya, atau kepada ketidak-jelasan, baik mutlak pada barangnya, jenisnya atau sifatnya.” [12]

GHARAR YANG DIPERBOLEHKAN

Jual-beli yang mengandung gharar, menurut hukumnya ada tiga jenis:

[1]. Yang disepakati larangannya dalam jual-beli, seperti jual-beli yang belum ada wujudnya (ma’dum).

[2]. Disepakati kebolehannya, seperti jual-beli rumah dengan pondasinya, padahal jenis dan ukuran serta hakikat sebenarnya tidak diketahui. Hal ini dibolehkan karena kebutuhan dan karena merupakan satu kesatuan, tidak mungkin lepas darinya.

Imam An-Nawawi menyatakan, pada asalnya jual-beli gharar dilarang dengan dasar hadits ini. Maksudnya adalah, yang secara jelas mengandung unsur gharar, dan mungkin dilepas darinya. Adapun hal-hal yang dibutuhkan dan tidak mungkin dipisahkan darinya, seperti pondasi rumah, membeli hewan yang mengandung dengan adanya kemungkinan yang dikandung hanya seekor atau lebih, jantan atau betina. Juga apakah lahir sempurna atau cacat. Demikian juga membeli kambing yang memiliki air susu dan sejenisnya. Menurut ijma’, semua (yang demikian) ini diperbolehkan. Juga, para ulama menukilkan ijma tentang bolehnya barang-barang yang mengandung gharar yang ringan. Di antaranya, umat ini sepakat mengesahkan jual-beli baju jubah mahsyuwah.” [13]

Ibnul Qayyim juga mengatakan: “Tidak semua gharar menjadi sebab pengharaman. Gharar, apabila ringan (sedikit) atau tidak mungkin dipisah darinya, maka tidak menjadi penghalang keabsahan akad jual beli. Karena, gharar (ketidak jelasan) yang ada pada pondasi rumah, dalam perut hewan yang mengandung, atau buah terakhir yang tampak menjadi bagus sebagiannya saja, tidak mungkin lepas darinya. Demikian juga gharar yang ada dalamhammam (pemandian) dan minuman dari bejana dan sejenisnya, adalah gharar yang ringan. Sehingga keduanya tidak mencegah jual beli. Hal ini tentunya tidak sama dengan ghararyang banyak, yang mungkin dapat dilepas darinya.” [14]

Dalam kitab lainnya, Ibnul Qayyim menyatakan, terkadang, sebagian gharar dapat disahkan, apabila hajat mengharuskannya. Misalnya, seperti ketidaktahuan mutu pondasi rumah dan membeli kambing hamil dan yang masih memiliki air susu. Hal ini disebabkan, karena pondasi rumah ikut dengan rumah, dan karena hajat menuntutnya, lalu tidak mungkin melihatnya. [15]

Dari sini dapat disimpulkan, gharar yang diperbolehkan adalah gharar yang ringan, atau ghararnya tidak ringan namun tidak dapat melepasnya kecuali dengan kesulitan. Oleh karena itu, Imam An-Nawawi menjelaskan bolehnya jual beli yang ada ghararnya apabila ada hajat untuk melanggar gharar ini, dan tidak mungkin melepasnya kecuali dengan susah, atau ghararnya ringan. [16]

[3]. Gharar yang masih diperselisihkan, apakah diikutkan pada bagian yang pertama atau kedua? Misalnya ada keinginan menjual sesuatu yang terpendam di tanah, seperti kacang tanah, bawang dan lain-lainnya.

Para ulama sepakat tentang keberadaan gharar dalam jual-beli tersebut, namun masih berbeda dalam menghukuminya. Adanya perbedaan ini, disebabkan sebagian mereka –diantaranya Imam Malik- memandang ghararnya ringan, atau tidak mungkin dilepas darinya dengan adanya kebutuhan menjual, sehingga memperbolehkannya. Dan sebagian yang lain di antaranya Imam Syafi’i dan Abu Hanifah- memandang ghararnya besar, dan memungkinkan untuk dilepas darinya, shingga mengharamkannya.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan Ibnul Qayyim merajihkan pendapat yang membolehkan, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah menyatakan: “Dalam permasalahan ini, madzhab Imam Malik adalah madzhab terbaik, yaitu diperbolehkan melakukan jual-beli perihal ini dan semua yang dibutuhkan, atau sedikit ghararnya; sehingga memperbolehkan jual-beli yang tidak tampak di permukaan tanah, seperti wortel, lobak dan sebagainya” [17]

Sedangkan Ibnul Qayyim menyatakan, jual-beli yang tidak tampak di permukaan tanah tidak memiliki dua perkara tersebut, karena ghararnya ringan, dan tidak mungkin di lepas. [18]

KESIMPULAN

Berdasarkan uraian tersebut di atas, menjadi jelaslah, bahwa tidak semua jual-beli yang mengandung unsur gharar dilarang. Permasalahan ini, sebagaimana nampak dari pandangan para ulama, karena permasalahan yang menyangkut gharar ini sangat luas dan banyak. Dengan mengetahui pandangan para ulama, mudah-mudahan Allah membimbing kita dalamtafaqquh fiddin, dan lebih dalam mengenai persoalan halal dan haram.





Footnote

[1]. Lihat Al-Mu’jam Al-Wasith, hal. 648
[2]. Majmu Fatawa, 29/22
[3]. Bahjah Qulub Al-Abrar wa Qurratu Uyuuni Al-Akhyaar Fi Syarhi Jawaami Al-Akhbaar, Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di, Tahqiq Asyraf Abdulmaqshud, Cet. II, Th 1992M, Dar Al-Jail. Hal.164
[4]. Al-Waaji Fi Fiqhu Sunnah wa Kitab Al-Aziz, Abdul Azhim Badawi, Cet. I, Th.1416H, Dar Ibnu Rajab, Hal. 332
[5]. HR Muslim, Kitab Al-Buyu, Bab: Buthlaan Bai Al-Hashah wal Bai Alladzi Fihi Gharar, 1513
[6]. Majmu Fatawa, 29/22
[7]. Mukhtashar Al-Fatawa Al-Mishriyyah, Ibnu Taimiyyah, Tahqiq Abdulmajid Sulaim, Dar Al-Kutub Al-Ilmiyah, hal. 342
[8]. Bahjah, Op.Cit, 165
[9]. Syarah Shahih Muslim, 10/156
[10]. Catatan Penulis dari pelajaran Nailul Authar yang disampaikan Syaikh Abdulqayyum bin Muhammad As-Sahibaani di Fakultas Hadits Universitas Islam Madinah, Lihat juga Al-Fiqhu Al-Muyassar, Bagian Fiqih Mu’amalah, karya Prof. Dr. Abdullah bin Muhammad Ath-Thayaar, Prof. Dr Abdullah bin Muhammad Al-Muthliq dan Dr Muhammad bin Ibrahim Alimusaa, Cet. I, Th. 1425H, hal. 34
[11]. Catatan penulis dari pelajaran Bidayatul Mujtahid, oleh Syaikh Hamd Al-Hamaad, di Fakultas Hadits Universitas Islam Madinah, KSA.
[12]. Bahjah, Op.Cit,. 166
[13]. Majmu Syarhu Al-Muhadzab, Imam An-Nawawi, 9/311
[14]. Zaadul Ma’ad, 5/727
[15] Syarh Syahih Muslim, 10/144
[16]. Majmu Syarhu Al-Muhadzab, 9/311
[17]. Majmu Fatawa, 29/33
[18]. Zaadul Ma’ad, 5/728



Maisir suatu perspektif

Pendahuluan

Yang paling jelas bentuk gharar murni adalah judi. Yang mana secara jelasnya terdapat ketidak tentuan pada permainan dengan berganjaran yang risiko. Kebiasaannya perjudian (maisir) menerangkan permainan yang memberi peluang pada nasib daripada permainan yang menunjukkan skill kemahiran. Walaupun perjudian ini biasanya dimotivasikan dengan kegembiraan, pada masa yang sama mendapat ganjaran yang berganda, namun terdapat risiko transaksi yang dimotivasikan oleh insentif sebenar. Kita sudah maklum bahawa maisir telah diamalkan sejak zaman Arab Jahiliyyah untuk membantu kepada orang yang susah dan memberi kepada orang yang memerlukan.

Al-Quran secara terang-terangnya mengutuk perlakuan tersebut. Oleh yang demikian, niat tidak menghalalkan cara yang mana berjudi untuk membantu orang yang memerlukan adalah tidak membawa kepada alasan yang kukuh untuk menerima ganjaran daripada perjudian (maisir). Perbezaan antara perjudian dan gharar di dalam transaksi ialah telah mengurangkan, dan oleh itu ahli ekonomi telah menyedari akan struktur pada kedua-duanya. Menurut pendapat Ahli Ekonomi Goodman (1995): Pertambahan peningkatan bagi bisnes perjudian di dalam beberapa tahun dilihat melebarkan banyak masalah di dalam Ekonomi Amerika terutamanya kecenderungan perkembangan mengendalikan nasib ekonomi yang dilihat bertentangan dengan asas kemahiran dan kerja sebenar.

Maysir atau Qimar secara harfiah bermakna judi. Secara tekniknya adalah setiap permainan yang di dalamnya disyaratkan adanya sesuatu (berupa loteri) yang diambil dari pihak yang kalah untuk pihak yang menang

Agar bisa dikategorikan judi maka harus ada 3 unsur untuk dipenuhi:

1. Adanya taruhan harta/materi yang berasal dari kedua pihak yang berjudi
2. Adanya suatu permainan yang digunakan untuk menentukan pemenang dan yang kalah
3. Pihak yang menang mengambil harta (sebagian/seluruhnya) yang menjadi taruhan, sedangkan pihak yang kalah kehilangan hartanya


Jika 3 syarat diatas terpenuhi maka termasuk kategori judi dan Islam mengharamkannya.

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi (al-maysir), (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan (Al-Maidah 90)

Disebutkan bahawa istilah lain dari judi adalah spekulasi. Hal ini biasa terjadi dalam bursa saham. Setiap menitnya selalu saja terjadi transaksi spekulasi yang sangat merugikan penerbit saham. Setiap perusahaan yang memiliki right issue selalu saja didatangi para spekulasi. Ketika harga saham suatu badan usaha sedang jatuh maka spekulan buru-buru membelinya sedangkan ketika harga naik para spekulan menjualnya kembali atau melepas ke pasar saham. Hal ini sering membuat indeks harga saham gabungan menurun dan mempeburukkan perekonomian bangsa.

Makna Bahasa: Maisir dan Undian

Maisir dan qimar adalah dua kata dalam bahasa Arab yang artinya sama,iaitu menjadi judi. Ibnu Katsir menyatakan bahwa kata maisir dalam Surah Al-Maaidah : 90, ertinya sama dengan qimar (judi) (Tafsir Ibnu Katsir, II/92). Adapun undian, bahasa Arabnya adalah qur`ah. Artinya secara bahasa adalah as-sahm (bahagian) atau an-nashiib (nasib). (Anis, 1972:728; Munawwir, 1984:1194 & 1522)


Makna Istilah: Maisir dan Undian

Berikut beberapa definisi judi (Maisir/Qimar). Menurut Ibrahim Anis dalam Al-Mu’jam Al-Wasith hal. 758 menyatakan bahawa judi adalah setiap permainan (la’b[un]) yang mengandung taruhan dari kedua pihak (muraahanah). Menurut Al-Jurjani dalam kitabnya At-Ta’rifat hal. 179,telah menyatakan judi adalah setiap permainan yang di dalamnya disyaratkan adanya sesuatu (berupa materi) yang diambil dari pihak yang kalah kepada pihak yang menang. Menurut Muhammad Ali Ash-Shabuni dalam kitab tafsirnya Rawa’i’ Al-Bayan fi Tafsir Ayat Al-Ahkam (I/279),menyebut bahawa judi adalah setiap permainan yang menimbulkan keuntungan (rabh) bagi satu pihak dan kerugian (khasarah) bagi pihak lainnya. Berikutan dengan ini, Yusuf Al-Qardhawi (1990:417) dalam Halal dan Haram dalam Islam mengatakan, judi adalah setiap permainan yang mengandung untung atau rugi bagi pelakunya.

Beberapa definisi tersebut sebenarnya saling melengkapi, sehingga darinya dapat disimpulkan sebuah definisi judi yang menyeluruh. Jadi, judi adalah segala permainan yang yang mengandung unsur taruhan (harta/materi) dimana pihak pihak yang menang mengambil harta/materi dari pihak yang kalah. Dengan demikian, dalam judi terdapat tiga unsur : (1) adanya taruhan harta/materi (yang berasal dari kedua pihak yang berjudi), (2) ada suatu permainan, yang digunakan untuk menetukan pihak yang menang dan yang kalah, dan (3) pihak yang menang mengambil harta (sebagian/seluruhnya/kelipatan) yang menjadi taruhan (murahanah), sedang pihak yang kalah akan kehilangan hartanya.



Definisi Undian

Adapun definisi qur’ah (undian) adalah maa tulqiihi li ta’yiini an-nashiib, yaitu apa yang Anda lemparkan untuk menentukan bagian/nasib (Munawwir, 1984:1194). Pada dasarnya (al-ashl), undian hukumnya adalah boleh (mubah) menurut syara’ untuk menentukan satu orang yang akan mendapatkan hak dari sejumlah orang yang juga sama-sama berhak, tetapi tidak mungkin semuanya mendapatkan hak tersebut. Undian ini mubah karena pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya (Tafsir Al-Qurthubi, XV/125) mengutip ucapan Ibn Al-‘Arabi, bahwa undian (qur’ah) terjadi dalam tiga peristiwa pada masa Nabi SAW. Pertama, jika Rasulullah SAW hendak melakukan perjalanan, maka beliau melakukan undian di antara isteri-isteri beliau. Jika keluar satu nama dalam undian, maka Rasulullah SAW akan bepergian dengannya. Kedua, bahwa pernah ada seorang laki-laki yang sakit menjelang matinya, lalu membebaskan enam orang budak yang dimilikinya, padahal dia tak punya harta lain kecuali enam orang budak itu. Maka Rasulullah SAW melakukan undian untuk menentukan siapa yang boleh dibebaskan, yaitu sepertiganya (dua orang). Maka Rasulullah lalu membebaskan dua orang budak (yang namanya keluar dalam undian) sedang empat budak lainnya tetap menjadi budak laki-laki tersebut. Ketiga, bahwa ada dua orang lelaki yang mengadukan perkaranya kepada Nabi SAW, yaitu masalah warisan berupa suatu harta yang sudah tak bisa lagi dibedakan dengan jelas siapa yang berhak. Maka Nabi SAW lalu memerintahkan keduanya untuk melakukan undian, dan yang namanya keluar berarti dialah yang berhak atas barang warisan itu. Selanjutnya, Imam Al-Qurthubi mengatakan, meskipun undian yang dilakukan Rasulullah SAW hanya dalam tiga perkara tersebut, tetapi undian dapat juga dilakukan pada setiap problem (musykilah) yang di dalamnya harus diputuskan hukum bagi satu pihak saja, sementara yang berhak lebih dari satu pihak (Tafsir Al-Qurthubi, XV/126; lihat juga Imam Syafi’i, Ahkamul Qur`an, I/158). Dalam kitab Al-Fathul Qadir (I/220) Imam Asy-Syaukani menegaskan bahwa tujuan undian adalah untuk ifraazul huquuq, yaitu menyaring atau memilih hak-hak. Maksudnya, ada satu hak yang bisa diperoleh secara bersama oleh sejumlah orang, tetapi tidak mungkin semuanya mendapatkan hak tersebut, kecuali satu atau beberapa orang saja. Maka undian dilakukan untuk memutuskan siapa yang bisa mendapatkan hak tersebut di antara sejumlah orang yang berhak.

Contoh undian, misalkan undian untuk mendapatkan door prize dari sponsor dalam sebuah acara, misalkan seminar atau workshop. Semua peserta seminar pada dasarnya berhak memperoleh hadiah (door prize) dari sponsor. Tapi karena tidak mungkin semua mendapat, dilakukanlah undian. Misalnya dengan menuliskan nama peserta dalam secarik kertas yang digulung, lalu ditaruh dalam sebuah wadah. Kemudian diambil satu gulungan kertas secara acak. Nama yang keluar lalu akan mendapatkan door prize.

Undian yang Boleh dan yang Haram


Untuk menentukan undian mana yang boleh dan yang haram, haruslah dilihat fakta undian secara teliti. Kaedahnya : undian yang boleh, adalah undian yang memang murni untuk menentukan satu orang yang akan memperoleh hak dari sejumlah orang juga berhak. Di dalamnya tak ada unsur taruhan materi/harta, juga tak ada pihak yang menang dan yang kalah, di mana yang menang mengambil harta dari yang kalah. Sedang undian yang haram adalah yang menjadi bagian dari aktivitas judi, yaitu berupa permainan untuk menentukan pihak yang menang dan pihak yang kalah. Di dalamnya ada unsur taruhan dan ada pihak yang menang yang mengambil harta/materi dari yang kalah.
Misalkan, mengirim jawaban Teka-Teki Silang ke sebuah surat kabar. Lalu setelah memilih jawaban Teka-Teki Silang yang benar, surat kabar tersebut mengundi beberapa orang (misalkan lima orang) yang berhak mendapat hadiah. Ini undian yang boleh, sebab hanya untuk menentukan siapa yang berhak mendapat hadiah dari sekian banyak penjawab Teka-Teki Silang yang benar, yang tak mungkin semuanya mendapat hadiah. Tak ada taruhan, dan tak ada pihak yang menang atau kalah. Contoh semisal ini misalnya mengirim jawaban sayembara dari produk barang tertentu (misal pasta gigi atau shampo), lalu Anda diminta mengirim jawabannya yang ditulis dalam kemasan produk. Maka undian untuk menentukan peraih hadiah (“pemenang”) sayembara ini adalah mubah. Ini beda dengan kasus andaikan sejumlah orang masing-masing membeli kupon Togel dengan “harga” tertentu dengan menembak empat angka. (Ini sebenarnya tindakan mengumpulkan wang taruhan). Lalu diadakan undian --dengan cara tertentu-- untuk menentukan empat angka yang akan keluar. Maka, ini adalah undian yang haram, sebab undian ini telah menjadi bagian aktivitas judi. Di dalamnya ada unsur taruhan dan ada pihak yang menang dan yang kalah di mana yang menang mengambil materi yang berasal dari pihak yang kalah. Ini tak diragukan lagi adalah karakter-karakter judi yang najis.


KONSEP IKHTIKAR


Ikhtikar secara bahasa bermakna menyembunyikan. Sedangkan menurut istilah merupakan salah satu bentuk perdagangan yang menimbun barang saat harga murah untuk kemudian dijual saat diperlukan dengan harga yang sangat tinggi.

Contoh ketika adanya rencana kenaikan harga bahan bakar minyak, maka para pengguna mahupun supplier terkadang membeli dengan jumlah yang sangat besar saat harga masih rendah dan menimbunnya. Mengatakan persediaan kosong kepada para pembeli padahal gudangnya penuh dengan simpanan minyak. Hal itu dimaksudkan untuk memperolah keuntungan yang berlipat-lipat.

Perdagangan jenis ini sering dilakukan pedagang-pedagang madinah semasa rasulullah saw. dan baginda melarangnya. Ma’mar meriwayatkan bahwa rasulullah SAW bersabda:

Barang siapa menyembunyikan gandum dan atau barang sembako maka ia termasuk orang zalim.

Pada suatu waktu rasulullah pernah menggambarkan keadaan jiwa seorang yang melakukan ikhtikar/penimbunan. Dia termasuk orang yang berkelakuan buruk yang merasa sedih saat harga rendah dan senang dengan harga yang tinggi-tinggi.

Khilafah kedua, umar bin khatab, mengumumkan bahwa menyembunyikan keadaan barang-barang itu tidak sah dan haram serta melarang dengan keras para pedagang yang berbuat seperti itu pada masa kekhalifahannya.

Imam malik meriwayatkan, khalifah berpesan bahwa tidak boleh seorangpun yang boleh menyembunyikan barang seperti itu. Menurut riwayat ibn majah, umar pernah berkata:

Orang yang membawa hasil jualan ke dalam kota, akan dilimpahkan kekayaan yang banyak dan orang yang menyembuyikannya akan dikutuk. Jika ada seseorang yang menyembunyikan hasil jualan sementara manusia memerlukannya maka pemerintah berhak menjual hasil jualannya dengan paksa.



Rujukan


Al-Jurjani, Ali bin Muhammad. Tanpa Tahun. At-Ta’rifat. (Jeddah : Al-Haramayn).

Anis, Ibrahim et.al. 1972. Al-Mu’jam Al-Wasith. (Kairo : Darul Ma’arif).

Ash-Shabuni, M. Ali. 1983. Terjemahan Tafsir Ayat Ahkam Ash-Shabuni (Rawa`i’ Al-Bayan Tafsir Ayat Al-Ahkam min Al-Qur`an). Jilid 1. Cetakan I. Alih bahasa Mu`ammal Hamidy & Imron A. Manan. (Surabaya : PT. Bina Ilmu).

Munawwir, Ahmad Warson. 1984. Kamus Al-Munawwir. Cet. Ke-1. (Yogyakarta : PP. Al-Munawwir Krapyak).

Qardhawi, Yusuf. 1990. Halal dan Haram dalam Islam (Al-Halal wa Al-Haram fi Al-Islam). Alih bahasa Mu`ammal Hamidy. (Surabaya : PT. Bina Ilmu).

Chapra, M. Umer. The Future Of Economic, an islamic perspective. SEBI : Jakarta 2001

Saefuddin, AM. Nilai-nilai sistem ekonomi Islam. Media Dakwah: Jakarta 1984

Antonio, M. Syafei. Riba dalam perspektif agama dan sejarah. Tazkia Online: Jakarta 2000

Majalah as-Sunnah edisi 02/VII/1424/2003 (dengan menyadur) Syarah Riyadhus Shalihin jilid 2.


RIBA

KONSEP RIBA


Riba () secara bahasa bermakna: ziyadah (- tambahan). Dalam pengertian lain, secara linguistik riba juga berarti tumbuh dan membesar . Sedangkan menurut istilah teknis, riba berarti pengambilan tambahan dari harta pokok atau modal secara bathil. Secara juristikal, riba mengandung dua pengertian

1. Tambahan uang yang diberikan ataupun diambil dimana pertukaran uang tersebut dengan uang yang sama, misal dollar for dollar excange.

2. Tambahan nilai uang pada satu sisi yang sedang malkukan kontrak tatkla komoditas yang diperdagangkan secara barter itu pada jenis yang sama.

Ada beberapa pendapat dalam menjelaskan riba, namun secara umum terdapat benang merah yang menegaskan bahwa riba adalah pengambilan tambahan, baik dalam transaksi jual-beli maupun pinjam-meminjam secara bathil atau bertentangan dengan prinsip muamalat dalam Islam.

Mengenai hal ini Allah mengingatkan dalam firman-Nya:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta sesamamu dengan jalan bathil." (Q.S. An Nisa: 29)


"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa-sisa (dari berbagai jenis) riba jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah, bahwa Allah dan rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak pula dianiaya." (Q.S. Al Baqarah: 278-279)


Riba bukan hanya merupakan persoalan masyarakat Islam, tetapi berbagai kalangan di luar Islam pun memandang serius persoalan ini. Karenanya, kajian terhadap masalah riba dapat dirunut mundur hingga lebih dari 2.000 tahun silam. Masalah riba telah menjadi bahan perbahasan kalangan Yahudi, Yunani, demikian juga Romawi. Kalangan Kristian dari masa ke masa juga mempunyai pandangan tersendiri mengenai riba.
Di kalangan yahudi, sudah jelas adanya konsep riba, Orang-orang Yahudi dilarang mempraktikkan pengambilan bunga. Pelarangan ini banyak terdapat dalam kitab suci mereka, baik dalam Old Testament (Perjanjian Lama) maupun undang-undang Talmud.

Kitab Exodus (Keluaran ) pasal 22 ayat 25 menyatakan:

"Jika engkau meminjamkan uang kapada salah seorang ummatku, orang yang miskin di antaramu, maka janganlah engkau berlaku sebagai penagih hutang terhadap dia, janganlah engkau bebankan bunga terhadapnya."

Dalam Agama Kristen terdapat pula konsepsi riba seperti yang tertera dalam Kitab Perjanjian Baru walaupun tidak menyebutkan permasalahan ini secara jelas. Namun, sebagian kalangan Kristiani menganggap bahwa ayat yang terdapat dalam Lukas 6:34-5 sebagai ayat yang mengecam praktek pengambilan bunga. Ayat tersebut menyatakan :

"Dan jikalau kamu meminjamkan sesuatu kepada orang, karena kamu berharap akan menerima sesuatu daripadanya, apakah jasamu? Orang-orang berdosa pun meminjamkan kepada orang berdosa, supaya mereka menerima kembali sama banyak. Tetapi, kasihilah musuhmu dan berbuatlah baik kepada mereka dan pinjamkan dengan tidak mengharapkan balasan, maka upahmu akan besar dan kamu akan menjadi anak-anak Tuhan Yang Mahatinggi, sebab Ia baik terhadap orang-orang yang tidak tahu berterimakasih dan terhadap orang-orang jahat."


LARANGAN RIBA DALAM AL QUR’AN



Larangan riba yang terdapat dalam Al Qur’an tidak ditu-runkan sekaligus, melainkan diturunkan dalam empat tahap:

Tahap pertama, menolak anggapan bahwa pinjaman riba yang pada zhahirnya seolah-olah menolong mereka yang memerlukan sebagai suatu perbuatan mendekati atau taqarrub kepada Allah .

"Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia. Maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keridhaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang-orang yang melipatgandakan (pahalanya)."
(Q.S. Ar Rum: 39).


Tahap kedua, riba digambarkan sebagai suatu yang buruk. Allah mengancam memberi balasan yang keras kepada orang Yahudi yang memakan riba.

"Maka disebabkan kezhaliman orang-orang Yahudi, Kami haramkan atas mereka yang (memakan makanan) yang baik-baik (yang dahulunya) dihalalkan bagi mereka, dan karena mereka banyak menghalangi (manusia) dari jalan Allah, dan disebabkan mereka memakan riba, padahal sesungguhnya mereka telah dilarang daripadanya, dan karena mereka memakan harta orang dengan jalan yang bathil. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir di antara mereka itu siksa yang pedih." (Q.S. An Nisa: 160-161)


Tahap ketiga, riba diharamkan dengan dikaitkan kepada suatu tambahan yang berlipat ganda. Para ahli tafsir berpendapat, bahwa pengambilan bunga dengan tingkat yang cukup tinggi merupakan fenomena yang banyak dipraktikkan pada masa tersebut. Allah berfirman :

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat-ganda dan bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan." (Q.S. Ali Imran: 130).


Tahap terakhir, Allah dengan jelas dan tegas mengharam-kan apa pun jenis tambahan yang diambil dari pinjaman. Ini adalah ayat terakhir yang diturunkan menyangkut riba.

"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa-sisa (dari berbagai jenis) riba jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah, bahwa Allah dan rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak pula dianiaya." (Q.S. Al Baqarah: 278-279)


DAMPAK NEGATIF RIBA BAGI PRIBADI DAN MASYARAKAT

1. Dampak Ekonomi

Di antara dampak ekonomi riba adalah dampak inflatoir yang diakibatkan oleh bunga sebagai biaya uang. Hal tersebut disebabkan karena salah satu elemen dari penentuan harga adalah suku bunga. Semakin tinggi suku bunga, semakin tinggi juga harga yang akan ditetapkan pada suatu barang.

Dampak lainnya adalah bahwa hutang, dengan rendahnya tingkat penerimaan peminjam dan tingginya biaya bunga, akan menjadikan peminjam tidak pernah keluar dari ketergantungan, terlebih lagi bila bunga atas hutang tersebut dibungakan. Contoh paling nyata adalah hutang negara-negara berkembang kepada negara-negara maju. Meskipun disebut pinjaman lunak, artinya dengan suku bunga rendah, pada akhirnya negara-negara peng-hutang harus berhutang lagi untuk membayar bunga dan pokoknya. Sehingga, terjadilah hutang yang terus-menerus. Ini yang menjelaskan proses terjadinya kemiskinan struktural yang menimpa lebih dari separuh masyarakat dunia.

2. Sosial Kemasyarakatan

Riba merupakan pendapatan yang didapat secara tidak adil. Para pengambil riba menggunakan uangnya untuk memerintah-kan orang lain agar berusaha dan mengembalikan misalnya, dua puluh lima persen lebih tinggi dari jumlah yang dipinjam-kannya. Persoalannya, siapa yang bisa menjamin bahwa usaha yang dijalankan oleh orang itu nantinya mendapatkan keuntungan lebih dari dua puluh lima percent? Semua orang, apalagi yang beragama, tahu bahwa siapapun tidak bisa memastikan apa yang terjadi besok atau lusa. Dan siapa pun tahu bahwa berusaha memiliki dua kemungkinan, berhasil atau gagal. Dengan menetapkan riba, berarti orang sudah memastikan bahwa usaha yang dikelola pasti untung.

Khamis, 30 Julai 2009

Kedudukan Syariah dalam Perlembagaan Persekutuan

Oleh : ABDUL AZIZ BARI



Abstrak


Kedudukan Syariah di dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam
Perlembagaan Malaysia amnya masih dianggap melukut di tepi gantang atau samar.
Bagaimanapun jika tanggapan itu diteliti dengan lebih lanjut kedudukan Syariah
sebenarnya tidaklah seburuk itu. Yang pasti perlembagaan tidak menafikan secara jelas
kedudukan Syariah. Dokumen awal perlembagaan juga tidak berbuat demikian. Dalam
pada itu keseluruhan kerangka perlembagaan dan sistem perundangan kita sebenarnya
mengizinkan tafsiran dan pendekatan yang boleh dikatakan mesra-Islam; asalkan
prosedur yang telah ditetapkan dipatuhi.


I. PENDAHULUAN


Kertas ringkas ini cuba menghujah bahawa Islam umumnya dan Syariah
khususnya mempunyai tempat yang tertentu di dalam sistem dan kerangka
perlembagaan kita. Ini tentunya memeranjatkan kerana tanggapan umum
beranggapan sebaliknya. Apa pun keadaannya kita harus sedar bahawa
perlembagaan ini beroperasi di tengah-tengah umat Islam yang bilangannya
kian meningkat. Selain itu negara ini juga pernah melaksanakan Islam sebelum
ia dipinggirkan oleh British. Faktor-faktor ini menyebabkan Islam sentiasa
berlegar di sekitar perlembagaan. Dan sebab itulah pengaruh Islam tidak dapat
dielakkan dan ini turut memberi kesan kepada tafsiran perlembagaan.

Walaupun Syariah mempunyai pengertian yang khusus dan tersendiri kertas ini
melihatnya dalam konteks yang luas; yang merangkum peraturan-peraturan
yang berasaskan ajaran Islam. Penulis berpendapat bahawa undang-undang
yang bukan bersumberkan kepada Al-Qur’an dan Sunnah tetapi tidak
bertentangan dengan ketetapan dan maksud umum Syariah harus diterima
sebagai Islamik, walaupun tidak sebagai undang-undang Syariah dalam
pengertian khususnya.

Di dalam kertas ini ungkapan perlembagaan turut merangkum perlembagaanperlembagaan
negeri: tidak hanya Perlembagaan Persekutuan sahaja. Di dalam
negara persekutuan seperti Malaysia perlembagaan-perlembagaan negeri
penting kerana Perlembagaan Persekutuan hanya bersifat utama dan muktamad
dalam hal-hal yang terletak di dalam bidang kuasa persekutuan sahaja.


II. KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN


Kedudukan Islam sering dilihat dalam konteks Perkara 3 Perlembagaan
Persekutuan, khususnya Perkara 3(1)3. Ini kurang tepat kerana kedudukan Islam
– sebagaimana yang akan dibincangkan di bawah - perlu juga dilihat dalam
konteks peruntukan-peruntukan yang lain. Pendapat yang lebih kuat
mensifatkan Perkara 3 sebagai peruntukan yang memberi ciri atau sifat kepada
perlembagaan dan persekutuan.

Melihat kepada ungkapan yang digunakan Perkata 3 seolah-olah membekalkan akidah, ideologi atau sifat bagi perlembagaan dan negara ini. Walaupun ini kadangkala disifatkan sebagai label atau kulit4 sahaja ia tetap bermakna dan signifikan. Inilah peruntukan yang memberi landasan atau hujah untuk amalan-amalan rasmi seperti pembacaan doa di dalam sidang parlimen dan seumpamanya.


Perbahasan mengenai kedudukan Islam di dalam perlembagaan tidak dapat
mengelak dari menyentuh isu-isu kontroversial seperti negara Islam, negara
sekular dan seumpamanya perlu juga disentuh5. Bagaimanapun perlembagaan
tidak mempunyai apa-apa peruntukan untuk menyokong atau menolak konsepkonsep
tersebut. Apa pun tentunya lebih realistik sekiranya perbahasan
mengenai kontroversi-kontroversi itu dilakukan dengan merujuk kepada
kerangka perlembagaan keseluruhannya dan tidak tertumpu kepada Perkara 3
sahaja.


Persoalan negara Islam mungkin boleh dianalogikan dengan kedudukan
Malaysia sebagai negara demokrasi. Walaupun Perlembagaan Malaysia
umumnya hendak melaksanakan demokrasi6 tetapi ada peruntukan-peruntukan
yang boleh mengancam atau menggantung demokrasi seperti Perkara 1497
mengenai subversif, keganasan dll. atau Perkara 150 mengenai darurat8. Ini
menunjukkan bahawa perlembagaan kita sebenarnya tidak mempunyai sifat
atau ciri tertentu yang tetap dan tidak berubah. Dengan itu kita boleh
mengatakan bahawa perlembagaan kita memberi ruang kepada pelbagai konsep
dan gagasan yang dapat disesuaikan dengan kerangka dan batasan yang ada.


Sebab itu kita perlu juga mengambil maklum dasar-dasar tertentu yang dibentuk
dan dilaksanakan oleh kerajaan setakat ini, baik di peringkat pusat dan negeri,
yang dicipta dan dilaksanakan untuk membangun dan mempertahankan Islam.
Ini termasuklah penerapan nilai-nilai Islam9, membangun bersama Islam10 dan
Islam hadhari11. Dari segi hujah dasar-dasar ini mengisyaratkan kepada kita
bahawa ada inisiatif dan perubahan tertentu yang boleh dilakukan tanpa
meminda perlembagaan yang ada sekarang. Dasar-dasar itu juga membolehkan
kita menghujah bahawa perlembagaan turut menyediakan kerangka untuk
pelaksanaan aspek-aspek tertentu Islam. Sama ada ini mencukupi atau
sebaliknya adalah soal yang lain.


Dari segi struktur perlembagaan persoalan Islam di dalam perlembagaan perlu
dilihat dalam konteks Malaysia sebagai negara persekutuan. Dengan itu kita
harus mengambilkira prinsip-prinsip asas konsep federalisme bagi menangani
masalah-masalah yang timbul apabila berlaku konflik di antara pihak berkuasa
pusat dan negeri. Pembahagian kuasa antara pihak berkuasa persekutuan dan
negeri inilah yang turut menjadi punca kepada terbatasnya pelaksanaan undangundang
Syariah dalam bentuk hudud dan qisas.


Perbahasan mengenai kedudukan Islam tidak harus mencemaskan orang bukan
Islam. Mereka tidak harus berasa bimbang apabila umat Islam mengimbau
sejarah masa lalu kerana hak-hak yang mereka nikmati sekarang –
kewarganegaraan, hak sivil dan politik dan sebagainya – juga bersumberkan
sejarah; khususnya tolak ansur ketika negara mencapai kemerdekaan.


Sesungguhnya semua pihak di negara ini perlu memahami dan mengambilkira
sejarah dalam menuntut apa yang mereka dakwa sebagai hak atau kebebasan.
Antara contoh-contoh yang boleh disebut di sini ialah Perkara 3(4)13 dan Perkara
8(5)14. Sementara peruntukan-peruntukan yang mempunyai kesan menggantung
peruntukan-peruntukan perlembagaan tertentu yang lain ialah Perkara 149 dan
Perkara 150.


III. PERUNTUKAN-PERUNTUKAN YANG RELEVAN


Perlembagaan Persekutuan tidak dilengkapi dengan pengenalan umum, objektif
yang hendak dicapai atau dasar-dasar asas sebagaimana perlembagaanperlembagaan
negara-negara tertentu. Yang ada hanyalah beberapa peruntukan
yang menyentuh atau berkaitan dengan Islam. Dengan demikian peruntukanperuntukan
itu perlu dianalisis, terutama dari segi ruang lingkup dan
latarbelakangnya.

Di dalam pentafsiran perlembagaan peruntukan-peruntukan perlu diberi makna yang harfiah kecuali jika pendekatan sedemikian menimbulkan kesan atau implikasi yang tidak munasabah. Penulis berpendapat bahawa tiap-tiap peruntukan perlembagaan berdiri sendiri dan tidak dibataskan oleh peruntukan-peruntukan lain, kecuali sekiranya hal itu dinyatakan secara jelas oleh peruntukan berkenaan.


Peruntukan perlembagaan yang sering dihujahkan sebagai menghalang
pelaksanaan Syariah di Malaysia ialah Perkara 4(1)16 yang mengisytiharkan
Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara. Pendapat ini
tidaklah semestinya benar kerana perlembagaan sendiri turut membenarkan
pelaksanaan prinsip-prinsip Syariah yang tertentu sebagaimana yang kelihatan,
antara lain, dalam Jadual Kesembilan. Dengan kata lain prinsip-prinsip Syariah
turut mengisi peruntukan perlembagaan. Ini juga dapat dihujahkan dalam soal
kelayakan Yang di Pertuan Agong sebagai ketua negara yang diregulisasikan
oleh perlembagaan-perlembagaan negeri. Sementara itu Perlembagaan Negeri
Johor menyebut ungkapan ahl al-hal wa al-‘aqd. Ini menarik kerana ia penting di
dalam konsep pemerintahan Islam. Ini juga secara tidak langsung membawa
masuk prinsip-prinsip Syariah yang terkandung di dalam karya-karya klasik
para ilmuan Islam silam yang dimaktubkan oleh perlembagaan-perlembagaan
negeri. Peruntukan-peruntukan ini harus diteliti. Kita tidak harus melihat
Perkara 3(4), 4(1) atau 160(2)17 semata-mata tanpa melihat kesan dan signifkan
peruntukan-peruntukan yang disebutkan di atas tadi. Walaupun ada pihak yang
mencadangkan supaya Perkara 4(1) dipinda dengan memasukkan Al-Qur’an
dan Sunnah18 satu perbahasan yang mendalam perlu dilakukan untuk
memastikan kesannya di samping mengambilkira pengalaman negara-negara
muslim yang lain yang sudah berbuat demikian.


Selain itu kandungan dan kesan Perkara 11(1) dan (4)19 serta 12(2)20 yang
mengangkat kedudukan Islam melebihi agama-agama lain selalu disebut bagi
menunjukkan kedudukan istimewa Islam. Sebab itu undang-undang murtad
yang bersumberkan undang-undang Syariah boleh diluluskan oleh parlimen
atau dewan-dewan undangan negeri. Kedudukan Islam yang tidak boleh
disentuh oleh parlimen atau kuasa darurat. Ini tentunya turut melindungi
prinsip-prinsip Syariah.


Selain itu sudah sekian banyak undang-undang – walaupun diakui masih belum
mencukupi –yang dibuat oleh parlimen dan dewan-dewan undangan negeri
yang mengkanunkan prinsip-prinsip Syariah. Prinsip-prinsip yang melatari
peruntukan-peruntukan di dalam pelbagai undang-undang keluarga Islam serta
perbankan dan kewangan Islam adalah prinsip-prinsip Syariah. Ini dengan
sendirinya menandakan bahawa Syariah mempunyai kedudukan yang tertentu
di dalam sistem perlembagaan dan perundangan kita. Selain itu di masa akan
dating, kita tidak harus menjangka pengaruh dan kedudukan yang lebih kukuh
sekiranya kita dapat meyakinkan kemampuan Syariah menjadi sumber untuk
reformasi perlembagaan dan undang-undang negara.


IV. KES-KES MAHKAMAH YANG PENTING


Di dalam system undang-undang common law seperti Malaysia dan negaranegara
Komanwel – bahkan di Amerika Syarikat juga – kes-kes yang diputuskan
oleh mahkamah mempunyai peranan penting di dalam menjelaskan ruang
lingkup perlembagaan dan undang-undang yang lain. Ini menyebabkan
perlunya kita membuat rujukan kepada kes-kes mahkamah. Dalam soal
kedudukan Islam kes-kes yang diputuskan setakat ini tidak banyak
menjernihkan keadaan.

Antara sebab mengapa ini berlaku ialah tidak adanya kes yang membuat analisis terhadap kes-kes yang terdahulu di dalam isu berkenaan. Kes-kes yang ada ini juga tidak membuat analisis menyeluruh terhadap peruntukan dan kerangka perlembagaan serta dokumen-dokumen penting termasuk Laporan Suruhanjaya Reid. Setengah daripada kes-kes ini diputuskan di atas pertimbangan semasa – yang mengambilkira sensitiviti
politik – dan tidak seratus peratus di atas dasar perlembagaan dan undang-undang.


Kes yang sering disebut di dalam perbincangan mengenai Islam di dalam
Perlembagaan Malaysia ialah kes Che Omar bin Che Soh22. Kes ini memutuskan
bahawa kedudukan undang-undang Islam terbatas kepada hal-hal peribadi
seperti nikah kahwin, cerai dan penjagaan anak. Mahkamah juga mengatakan
bahawa perlembagaan mengekalkan kedudukan undang-undang sekular.


Keputusan ini dibuat terhadap tindakan mencabar keesahan undang-undang
dadah yang didakwa tidak mengikut ajaran Islam dan dengan itu bertentangan
dengan perlembagaan. Mahkamah menolak hujah ini kerana mahkamah
memutuskan bahawa Syariah bukan undang-undang utama persekutuan.


Kes ini sebenarnya menyamai kes-kes yang diputuskan oleh hakim-hakim
Inggeris sebelum merdeka; contohnya Wong Ah Fook dan Anchom bte Lampong.
Kedua-dua kes ini menolak hujah bahawa undang-undang Islam sebagai
undang-undang negara. Mungkin perlu ditekankan bahawa hanya kerana
undang-undang Islam bukan undang-undang utama ia tidak bermakna bahawa
undang-undang Syariah tidak mempunyai tempat atau merempat. Undangundang
Inggeris pun sebenarnya, jika kita faham maksud peruntukan yang
berkaitan di bawah Akta Undang-undang Sivil 1956, tidak mempunyai tempat
yang terlalu signifikan di Malaysia.


Di dalam Che Omar bin Che Soh Syariah cuba dihujahkan sebagai undangundang
utama untuk mengisytiharkan undang-undang yang diluluskan oleh
parlimen sebagai tidak sah. Mungkin boleh dikatakan bahawa Che Omar bin Che
Soh sebenarnya tidaklah menolak kedudukan Islam umumnya dan Syariah
khususnya. Kes tersebut cuma mengatakan bahawa kedudukan undang-undang
Islam terbatas. Tetapi penghakiman mahkamah yang memutuskan bahawa
perlembagaan mengekalkan dikotomi antara undang-undang sekular dan Islam
boleh dipersoalkan. Ini kerana mahkamah tidak menunjukkan dengan jelas
bagaimana Perkara 160(2) berbuat demikian. Hanya kerana undang-undang
Islam atau Syariah tidak disebut sebagai sumber undang-undang itu tidak
bermakna bahawa Syariah tidak mempunyai tempat. Seperti yang disebutkan di
atas tadi Islam masih boleh diserapkan ke dalam sistem perlembagaan dan
perundangan kita melalui proses pembuatan undang-undang biasa di parlimen.


Selain itu ada beberapa ungkapan di bawah Perkara 160(2) itu yang mungkin
boleh membawa masuk prinsip-prinsip Syariah; seperti “undang-undang
bertulis”, “undang-undang negeri”, “undang-undang persekutuan” dan
“undang-undang yang sedia ada”. Isu ini adalah antara persoalan-persoalan
menarik yang perlu dibahaskan secara mendalam.


Sementara itu ada keputusan-keputusan mahkamah yang menghukumkan
bahawa Islam mengatasi agama-agama lain. Ini mewakili aliran yang lebih
mutakhir di dalam jurisprudens mengenai kedudukan Islam di dalam
perlembagaan. Inilah yang agak menonjol di dalam kes-kes seperti Meor
Atiqulrahman dan Lina Joy. Kes-kes ini bagaimanapun lebih bertumpu kepada
hak kebebebasan beragama dan bukan kedudukan Islam dalam perlembagaan.
Penulis berpendapat bahawa kelebihan yang diberikan kepada Islam memang
ada di bawah peruntukan mengenai kebebasan asasi – yakni Perkara 11(4) - dan
tidak bergantung kepada Perkara 3(1).


Islam dan Syariah juga boleh memainkan peranan secara tidak langsung di
dalam kes-kes tertentu yang melibatkan hak asasi seperti kebebasan beragama.
Ini berlaku dalam kes Fatimah binti Sihi29 apabila Mahkamah Rayuan
memutuskan bahawa hak tersebut perlu dirujuk kepada agama yang berkenaan.
Meskipun keputusan kes ini tidak memihak kepada Islam prinsip yang
digariskan itu amat penting, terutama dalam kes-kes yang akan datang atas
persoalan berkenaan. Bagaimanapun ini banyak bergantung kepada kefahaman
hakim-hakim mahkamah sivil terhadap Islam amnya dan Syariah khususnya.


Apa pun penulis berpendapat bahawa untuk membuat keputusan yang adil dan
selaras dengan perlembagaan para hakim mahkamah sivil perlu mengetahui
prinsip-prinsip Islam dan Syariah. Dan ini tidak terbatas kepada hakim-hakim
yang beragama Islam sahaja: para hakim bukan Islam juga perlu memahami
Islam. Perlu dicatatkan bahawa di dalam sumpah jawatan mereka para hakim
diminta mempertahankan perlembagaan dan di atas tadi kita telah
menunjukkan bahawa prinsip Islam dan Syariah turut dikandung oleh
perlembagaan kita.


V. PENUTUP


Agak jelas bahawa Syariah mempunyai kedudukan tertentu yang signifikan.
Malah boleh dihujah bahawa kedudukan itu agak kukuh. Apa pun kedudukan
itu tidak boleh dipadam oleh proses demokrasi biasa kerana ia melibatkan
kedudukan dan kuasa Raja-Raja31 serta Majlis Raja-Raja32. Kuasa darurat juga
tidak boleh menggugat kedudukan Islam.


Apa yang dipaparkan di atas memerlukan perancangan yang teliti dan untuk itu
ada beberapa persiapan dan pendekatan yang perlu dimulakan. Ini melibatkan
banyak pihak dan sektor. Para hakim di mahkamah sivil – termasuk yang bukan
Islam – perlu mempelajari Islam dan undang-undang Syariah. Selain itu tenaga
yang perlu untuk memacu perubahan dimaksudkan juga perlu dilatih dari
sekarang.


Di kalangan masyarakat terbanyak Islam perlu diperkenalkan. Ini perlu
dipimpin oleh kerajaan dan pihak-pihak lain termasuk NGO dan seumpamanya.
Dalam rangka ini sudah tentulah umat Islam perlu menjadi contoh yang baik
yang menjadi rujukan dan model hidup buat segala kebaikan dan kehebatan
yang dikaitkan dengan Islam.


*Kertas yang dibentangkan dalam Wacana Ilmiah anjuran Bahagian Penasihat, Jabatan
Peguam Negara Malaysia di Hotel Legend, Kuala Lumpur pada 5 Disember 2005.
**Profesor Dr ABDUL AZIZ BARI ialah pensyarah di Kuliah Undang-undang Ahmad
Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau juga adalah
Penyelaras Kursus Undang-undang Perlembagaan dan Editor, IIUM Law Journal.



Rujukan


1 Untuk perbincangan lanjut tentang segala konsep ini lihat Ahmad Hasan, The Early Development of
Islamic Jurisprudence, Islamabad: Islamic Research Institute, 1982, hh. 1-11, Mohammad Hashim Kamali,
Principles of Islamic Jurisprudence, Kuala Lumpur: Ilmiah Publishers Sdn. Bhd., 1998, hh.1-13 dan
Seyyed Hossein Nasr, Ideals and Realities of Islam, London: Acquarian, 1994, hh.93-120.
2 Untuk gambaran yang lebih terperinci lihat Abdul Aziz Bari, Islam dalam Perlembagaan Malaysia,
Petaling Jaya: Intel Multimedia & Publication, 2005.
3 Peruntukan ini berbunyi “Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan”
4 L.A. Sheridan, The Federation of Malaya Constitution: Text, Annotation and Commentary, Singapura:
University of Malaya Press, 1961, hal.4
5 Untuk perbincangan lanjut lihat, umpamanya, Abdul Aziz Bari, Perlembagaan Malaysia: Asas dan
Masalah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, hh.249-255
6 Selain pilihan raya (Perlembagaan Persekutuan, Perkara 113-120), sifat demokrasi kita turut ditekankan
dengan hak sama rata (ibid, Perkara 8) dan kebebasan bersuara (ibid, Perkara 10) kewajipan bertindak
mengikut nasihat ke atas ketua negara dan negeri (ibid, Perkara 40) dan perlunya kerajaan
bertanggungjawab kepada parlimen (ibid, Perkara 43(3).
7 Peruntukan ini – yang menangani soal subversive, keganasan dan seumpamanya - memberi justifikasi
untuk pembuatan undang-undang yang menafikan hak-hak asasi. Lihat Abdul Aziz Bari, Malaysian
Constitution: A Critical Introduction, Kuala Lumpur: The Other Press, 2003, hh.187-197
8 Peruntukan ini memberi kuasa kepada kerajaan persekutuan untuk mengisytiharkan darurat dan
menggantung sebahagian besar peruntukan perlembagaan: lihat Abdul Aziz Bari, ibid, hh.183-187
9 Dasar ini dibuat pada awal 1980an dan di bawahnya dilaksanakan beberapa projek seperti perbankan
Islam, universiti Islam dan seumpamanya.
10 Ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan di bawah Parti PAS sebaik sahaja mereka menguasai
negeri tersebut dalam Pilihan Raya Kebangsaan 1990.
11 Slogan ini diperkenalkan oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sekitar awal 2004, beberapa
bulan selepas beliau menjadi ketua kerajaan persekutuan.
12 Lihat Abdul Aziz Bari, “Enforcement of Shariah in Malaysia: Divine Provisions in Constitutional
Democracy” dlm Hussin Mutalib (ed), Islam and Democracy: The Southeast Asian Experience, Singapore:
CCIS & KAF, 2004, hh.33-52.
13 Peruntukan ini berbunyi “Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini mengurangkan mana-mana peruntukan
lain dalam Perlembagaan ini”.
14 Peruntukan ini menyatakan beberapa pengecualian terhadap hak sama rata; termasuk undang-undang
diri, kedudukan orang asli dll.
15 Lihat Abdul Aziz Bari & Farid Sufian Shuaib, Constitution of Malaysia: Text and Commentary, Kuala
Lumpur: Pearson-Prentice Hall, 2004
11
16 Peruntukan ini berbunyi “Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa
undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah
tidak sah setakat ketidakselarasan itu”.
17 Peruntukan ini memberi beberapa definisi untuk ungkapan-ungkapan tertentu di dalam Perlembagaan
Persekutuan.
18 Lihat Ahmad Ibrahim, Perundangan Islam: Dasar, Matlamat dan Pelaksanaannya di Malaysia, Kuala
Lumpur: Islamic Research Institute, 1981, hh.37-38. Lihat juga, Zainon Ahmad, “Laws must conform with
Syariah: Don”, New Straits Times, 30 September 1987, hal.1
19 Perkara 11(1) menjamin kebebasan beragama; yakni hak untuk menganut, mengamal dan
mengembangkan agama itu manakala Perkara 11(4) pula membenarkan sekatan ke atas penyebaran agamaagama
selain Islam ke atas orang Islam.
20 Peruntukan ini, antara lain, menyediakan landasan bagi pihak berkuasa membelanjakan wang awam
untuk tujuan agama Islam.
21 Lihat komen A.Harding ke atas kes Susie Teoh [1990] 2 MLJ 306: Law, Government and the
Constitution in Malaysia, Kuala Lumpur: MLJ Sdn. Bhd., 1996, hh.202-205
22 Che Omar bin Che Soh v Public Prosecutor [1988] 2 MLJ 55. Lihat komen kes ini dalam L.A. Sheridan,
“Religion of the Federation” [1988] 2 MLJ viii
23 Wong Ah Fook v State of Johore [1939] MLJ 128
24 Anchom bte Lampong v Public Prosecutor [1940] MLJ 22
25 Lihat pemerhatian Reay JC dalam kes Leonard v Nachiappa Chetty (1923) 4 FMSLR 265, 267-268
26 Lihat Ahmad Ibrahim, “The Position of Islam in the Constitution of Malaysia” dlm Sufian, Lee &
Trindade (eds), The Constitution of Malaysia: Its Development 1957-1977, Kuala Lumpur: Oxford
University Press, 1978, hh.41-68, 65.
27 Meor Atiqulrahman bin Ishak v & Ors v Fatimah bte Sihi & Ors [2000] 5 MLJ 375. Lihat ulasannya
dalam Abdul Aziz Bari, “Islam in the Federal Constitution: A Commentary on the decision in Meor
Atiqulrahman” [2000] 2 MLJ cxxxix
28 Lina Joy v Majlis Agama Islam Wilayah & Anor [2004] 2 MLJ 119. Lihat ulasannya dalam Abdul Aziz
Bari, “The Relationship between the Position of Islam in the Constitution and the Scope of Religious
Freedom: A Case Note on Lina Joy v Majlis Agama Islam & Anor” (2004) 12 IIUMLJ 145
29 Fatimah binti Sihi v Meor Atiqulrahman [2005] 2 MLJ 25
30 Lihat Perlembagaan Persekutuan, Jadual Keenam.
31 Lihat Abdul Aziz Bari, Islam dalam Perlembagaan Malaysia, supra, hh.51-76. Lihat juga Abdul Aziz
Bari, The Development and Role of Constitutional Monarchy in Malaysia, Tesis PhD yang tidak
diterbitkan, Universiti Birmingham, England, 1996.
32 Lihat Abdul Aziz Bari, Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002.
33 Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa, Seksyen Syariah di Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam
Negara dan Komuniti Syariah adalah antara langkah-langkah yang relevan dengan hasrat ini. Selain itu
Persatuan Peguam Syarie Malaysia juga kelihatan telah memainkan peranan yang aktif selama ini.