AHMAD MAHIR BIN ZANIAL
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Kesalahan yang berhubungan dengan ‘aqidah telah termaktub di bawah
Bahagian II seksyen 3 hingga seksyen 6 Akta Kesalahan Jenayah Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) Tahun 1997. Kesalahan-kesalahan itu adalah
terdiri daripada pemujaan salah, doktrin palsu, mengembangkan doktrin agama dan
dakwaan palsu. Pada masa yang lepas hingga kini terdapat sebahagian kes-kes
berhubung dengan kesalahan ‘aqidah berlaku di Semenanjung Malaysia seperti kes
doktrin palsu, contohnya ajaran sesat Al-Arqam, kes ajaran Syiah, kes ajaran
Tuhan Harun, kes dakwaan sebagai Rasul Melayu iaitu Kahar bin Ahmad, dan ajaran
sesat Ayah Pin benar-benar memberi impak negatif kepada masyarakat kita.
Dalam kajian ini, penyelidik menumpukan
perhatian kepada pengendalian kes oleh Pegawai Penguatkuasa Agama, Pendakwa
Syarie, dan Mahkamah Syariah di dalam menangani kesalahan yang berhubung dengan
‘aqidah. Malah penyelidik juga akan menjelaskan dengan lebih teliti
pengendalian Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Negeri di dalam
membuat risikan terhadap aduan awam atau aduan persendirian daripada Bahagian
Penyelidikan Jabatan Agama Islam Negeri berkaitan dengan kes ajaran yang
menyalahi ‘aqidah ahli sunnah wal jama’ah. Selain itu penyelidik akan
mendapatkan penjelasan lanjut daripada Pegawai Penguatkuasa Agama berkaitan
dengan usaha siasatan yang dilakukan bagi memenuhi setiap elemen seksyen yang
termaktub di dalam Akta atau enakmen kesalahan jenayah syariah negeri-negeri.
Berkaitan dengan
pengendalian kes yang dilakukan oleh Pendakwa Syarie pula dilihat dari segi
pembuktian elemen-elemen seksyen yang terdiri daripada eksibit kes dan juga
kekuatan saksi-saksi bagi memenuhi elemen kesalahan orang kena tuduh yang
berhubungan dengan ‘aqidah. Hal ini di mana Ketua Pendakwa Syarie adalah orang
yang bertanggungjawab menjalankan pendakwaan dibantu oleh pegawai pendakwa yang
lain bagi mendapatkan sokongan eksibit yang kukuh dalam memantapkan pertuduhan
pendakwaan mereka. Di dalam kajian ini juga, penyelidik akan mendapatkan
statistik kes berhubungan kesalahan yang berkaitan ‘aqidah di mahkamah syariah
setiap negeri bagi membuat perbandingan dan penilaian hukuman yang telah
dijatuhkan oleh mahkamah adakah mampu membanteras jenayah berkenaan.
Justeru itu,
melalui kajian kes yang dibentangkan di dalam kajian ini mampu memberi
pendedahan berkenaan permasalahan dan cadangan penyelesaian bagi menghadapi
kes-kes yang berhubung dengan ‘aqidah yang semakin meruncing kini. Segala
pengendalian yang dilakukan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama, Pendakwa Syarie,
dan Mahkamah Syariah mampu diperkemaskan lagi bagi menghadapi kes-kes ajaran
sesat yang semakin membimbangkan.
1.2 PERMASALAHAN KAJIAN
Islam merupakan cara hidup yang sempurna. Islam telah menggariskan
panduan melalui Al-Quran dan As-Sunnah yang saling melengkapi tentang hubungan
antara manusia dengan Allah, hubungan sesama manusia, dan hubungan manusia
dengan makhluk lain seperti haiwan dan tumbuhan yang hidup di muka bumi ini.
Islam telah mengajar umatnya untuk mempercayai dengan i’tiqad (kepercayaan)
yang betul agar beriman dengan enam rukun iman diajarkan oleh junjungan besar
Rasulullah Sallallahu ‘Alayhi Wasallam.
Namun pada masa
ini, kita telah digemparkan dengan pelbagai isu ‘aqidah yang menyerang umat
Islam di Malaysia. Pada awalnya kita telah dikejutkan dengan ajaran Qadiani
yang kini telah lama bertapak sejak 15 haribulan Disember 1953 di Kampung
Nakhoda, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan dan Batu 20, Jeram, Kuala Selangor.
Sehinggakan pihak berwajib Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam
Negeri Selangor masih tidak mampu membendung ajaran Qadiani yang benar-benar
membimbangkan ketika ini. Hal ini benar-benar mengejutkan kita tatkala Enakmen
Jenayah Syariah Negeri Selangor Tahun 1995 telah berkuatkuasa sekalipun, namun
penguatkuasaan bagi membanteras ajaran sesat Qadiani masih tidak dapat
dibendung. Malahan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah mengeluarkan fatwa
mengenai ajaran Qadiani ini dianggap sesat dan menghukumkan kafir kepada
pengikut-pengikut ajaran Qadiani tersebut. Namun penguatkuasaan undang-undang
ke atas pengikut-pengikut ajaran Qadiani masih tidak dapat dimplimentasikan
mengikut elemen yang termaktub di dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor
Tahun 1995. Persoalannya, bagaimanakah pengendalian siasatan dan operasi
Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Negeri Selangor bagi membanteras
ajaran sesat yang sangat bertentangan dengan ‘aqidah ahlu sunnah wal jama’ah
ini. Justeru melalui kajian ini jugalah penyelidik cuba merungkai kembali
teknik pengendalian Pegawai Penguatkuasa Agama dan juga pemahaman Pendakwa
Syarie bagi membanteras kes yang berhubung dengan ‘aqidah.
Selain itu juga, pada 11 haribulan November 2013 pula
kita dikejutkan dengan pembunuhan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan
Agama Islam Negeri Pahang yang mana dilakukan oleh penganut ajaran sesat Tuhan
Harun di Kuantan, Pahang. Fenomena pengikut fanatik terhadap ajaran sesat
seperti ini amat merungsingkan tatkala mereka berani mencabar pihak berkuasa
agama. Hal ini juga menampakkan betapa besarnya risiko yang dihadapi oleh
Pegawai Penguatkuasa Agama di dalam mengendalikan kes-kes yang berhubung dengan
‘aqidah. Justeru itu, melalui kajian ini juga penyelidik akan merungkai kembali
permasalahan-permasalahan Pegawai Penguatkuasa Agama di dalam menguruskan kes
ajaran sesat yang masih tidak berkesudahan sehingga kini. Di samping itu juga,
penyelidik juga akan menilai kembali keberkesanan elemen-elemen yang terkandung
di dalam seksyen di bawah enakmen negeri-negeri bagi kes berhubung dengan
‘aqidah. Pemahaman dan penilaian daripada Ketua Pendakwa Syarie dan juga Hakim
Mahkamah Syariah amat penting di dalam kajian ini bagi isu-isu tafsiran setiap
kalimah di dalam enakmen negeri-negeri bagi kesalahan yang berhubung dengan
‘aqidah akan didedahkan melalui kajian tesis ini.
Malah penyelidik menyedari bahawa setiap negeri
mempunyai tafsiran dan kedudukan nombor seksyen yang berbeza mengikut kehendak
enakmen negeri masing-masing. Justeru itu, perbandingan dan penyelarasan
melalui kajian ini diharapkan dapat membantu Pegawai Penguatkuasa Agama,
Pendakwa Syarie, dan juga Pegawai Mahkamah dalam mengendalikan permasalahan
yang berlaku bagi membendung kesalahan berkaitan ‘aqidah dari terus membelenggu
keamanan negara kita. Penyelidik juga melihat pelbagai persepsi (multi
relitive) masalah yang ditimbulkan ketika mana pengendalian risikan,
operasi, dan siasatan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Negeri
apabila menjalankan tugas mencegah kes yang bersalahan dengan ‘aqidah iaitu:
a)
Masalah
kekurangan bahan rujukan bagi kes-kes duluan berkaitan kesalahan yang
berhubungan dengan ‘aqidah yang mampu memandu Pegawai Penguatkuasa Agama di
dalam memperbaiki tindakan kerja menyebabkan sesetengah pegawai tersebut tidak
memahami sepenuhnya cara memenuhi kehendak elemen undang-undang dan cara
mendapatkan qarinah bagi kes itu. Prosedur Operasi Standard (Standard
Operating Procedure) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) kepada kesemua Pegawai Penguatkuasa Agama melalui penerbitan Arahan
Tetap Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri adalah dilihat agak terhad dan
ringkas panduannya.
b)
Kekurangan
peralatan dan prasarana yang lengkap bagi menjalankan risikan seperti ketiadaan
peralatan teknologi ‘camera spy’ yang mampu mengambil gambar qarinah
(bukti) dan video suasana kesalahan yang berhubung dengan ‘aqidah. Di samping itu juga, peralatan Pegawai
Penguatkuasa Agama ketika operasi juga dilihat amat menyedihkan kerana tidak
mempunyai alat perhubungan sesama mereka bagi mengawal keadaan operasi dan juga
merancang penangkapan Orang Yang Disyaki (OYDS).
c)
Pengendalian
operasi dan siasatan yang kurang efisyen bagi kes yang berhubung dengan
kesalahan bertentangan ‘aqidah oleh Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama
Islam Negeri. Hal ini adalah disebabkan kefahaman terhadap kehendak elemen akta
seksyen 3 hingga 6 Akta/enakmen Kesalahan Jenayah Syariah adalah tidak tepat
dan tidak jelas. Selain itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama yang dilantik
tidak memainkan peranan penting sebagai Ketua Operasi. Hal ini jelas melalui
fail-fail kes ajaran sesat mendapati bahawa selalunya Pegawai Hal Ehwal Islam
berskim S41 diarahkan menjadi Ketua Operasi. Sekiranya pegawai tersebut tidak
mempunyai pengalaman yang luas dalam pengendalian operasi, maka sudah tentu
operasi akan menuju kepada kegagalan yang mana setiap pegawai dan kakitangan
yang bertugas ketika itu tidak peka terhadap pendetailan barang-barang kes dan
juga mencatat masa setiap keadaan yang berlaku.
d)
Pegawai
Penyiasat (Investigation Officer) sukar menjalankan siasatan terperinci
bagi kes kesalahan berhubung dengan ‘aqidah akibat tertakluk kepada seksyen 22
(3) Akta/Enakmen Prosedur Jenayah Syariah yang mana siasatan ke atas Orang yang
Disyaki (OYDS) terhad dalam tempoh 24 jam sahaja. Hal ini menyebabkan Pegawai
Penyiasat sukar mendapatkan maklumat latar belakang OYDS dengan agensi lain
akibat birokrasi seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja, dan lain-lain lagi.
e)
Kekurangan
Pegawai Penguatkuasa Agama di setiap Jabatan Agama Islam Negeri adalah suatu
kelemahan utama penguatkuasaan undang-undang. Keterikatan perjawatan Pegawai
Penguatkuasa Agama dengan waran yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam menyebabkan pegawai kerap bwetukar dan berpindah dari satu tempat ke
tempat yang lain. Selain itu juga, ketidak seimbangan bilangan Pegawai
Penguatkuasa Agama di setiap negeri timbul akibat tiada penyelarasan antara
agensi-agensi agama bagi mencegah kesalahan-kesalahan yang berhubung dengan
‘aqidah.
f)
Kurangnya
pendedahan latihan ke atas Pegawai Penguatkuasa Agama di dalam membanteras kes
ajaran sesat dan doktrin pengembangan palsu. Kursus yang memerlukan kepakaran
dan pengalaman amatlah diperlukan di dalam mendapatkan eksibit barang kes yang
benar-benar dapat membuktikan bahawa OYDS terlibat di dalam kancah doktrin
palsu yang bertentangan dengan ajaran ahl sunnah wal jamaah. Contohnya seperti
kursus pengendalian kamera fotografi, kursus mengukur pelan mengikut skala,
kursus prosedur penahanan OYDS, kursus risikan dan psikologi yang berkesan, dan
banyak lagi.
Masalah yang ditimbulkan ketika mana pengendalian
sebutan dan perbicaraan oleh Pegawai Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Negeri
ketika menjalankan tugas mencegah kes yang bersalahan dengan ‘aqidah iaitu:
a)
Kekurangan
bahan rujukan kes terdahulu dan kes terkini berkaitan keslahaan berhubung
dengan ‘aqidah. Hal ini kerana pendakwa syarie hanya bergantung kepada Jurnal
Hukum yang diterbitkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Sedangkan
pelbagai kemudahan sistem carian kes sivil melalui internet, namun bagi kes
jenayah syariah masih tiada rujukan kes secara maya.
b)
Terdapat
sebahagian Pendakwa Syarie tiada pengalaman yang luas di dalam mengendalikan
perbicaraan kes khususnya jika kes yang berhubungan dengan kesalahan ‘aqidah
tersebut dianggap berprofil tinggi (high profile).
c)
Sesetengah
Ketua Pendakwa Syarie di Jabatan Agama Islam Negeri mengambil sikap terlalu
berhati-hati dalam menghadapi kertas siasatan bagi kes yang berat kerana didapati
tidak mahu mengambil risiko kekalahan yang pasti membuang masa dan kerja.
d)
Pelbagai
pemahaman oleh Pendakwa Syarie terhadap elemen di dalam seksyen berkaitan
kesalahan berhubung dengan ‘aqidah yang menyebabkan berlaku ketidak selarasan
pada hujahan yang dibuat oleh mereka.
e)
Pendakwa
Syarie merupakan daripada skim perjawatan Pegawai Syariah yang tertakluk di
bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Kerajaan. Justeru itu skim ini tidak akan
menetap lama di dalam suatu tempat dan kerap bertukar akibat permohonan
perpindahan atau dinaikkan pangkat. Kesannya pertukaran yang kerap pasti
menjejaskan pengendalian kes khususnya bagi kes berhubungan dengan kesalahan
‘aqidah.
f)
Ketua
Pendakwa Syarie dan Pendakwa Syarie sehingga kini masih terikat di bawah
Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri. Hal ini menampakkan
bahawa walaupun Ketua Pendakwa Syarie mempunyai kuasa untuk membuka dan menutup
kes, namun keputusan untuk memutuskan masih di bawah pengaruh Pengarah Jabatan
Agama Islam Negeri yang pastinya melalui arahan politik menteri. Maka Ketua
Pendakwa Syarie bersama Pendakwa Syarie masih tidak mempunyai kebebasan dari
melakukan pendakwaan yang telus dan jauh daripada campurtangan pihak ketiga.
Lebih-lebih lagi kes ini berkaitan dengan kesalahan yang amat besar melibatkan
ahli politik dan orang-orang besar.
g)
Hubungan
kerjasama Pendakwa Syarie dengan Pegawai Penguatkuasa Agama dilihat hambar
kerana Pendakwa Syarie bertegas menginginkan Kertas Siasatan (Investigation
Paper) yang lengkap dipenuhi dnegan eksibit barang kes yang mampu menyokong
hujahan kes. Namun pihak Pegawai Penguatkuasa Agama pula bersikap tidak
menerima teguran Pendakwa Syarie dan mendakwa mereka melakukan tugas mengikut
prosedur ditetapkan.
Masalah yang dihadapi oleh Hakim Syarie Mahkamah Syariah
di dalam menguruskan kes sebutan atau perbicaraan berkenaan kes jenayah
kesalahan berhubungan dengan ‘aqidah iaitu:
a)
Pemahaman
undang-undang oleh Hakim Syarie terhadap kandungan Akta/ Enakmen Kesalahan
Jenayah Syariah khususnya kesalahan yang berkait dengan ‘aqidah adalah
berlainan sesama mereka disebabkan pengetahuan hakim terhadap seksyen-seksyen
tersebut yang berbagai pandangan.
b)
Isu
campurtangan Mahkamah Sivil terhadap keputusan Mahkamah Syariah juga menjadi
permasalahan kerana pemakaian Akta Kehakiman 1964 (Courts of Judicature Act
1964) yang masih berkuatkuasa walaupun Perlembagaan Persekutuan telah
melalui pindaan pada tahun 1988.
Maka jelaslah di sini bahawa masalah-masalah yang
dihadapi oleh Pegawai Penguatkuasa Agama, Pendakwa Syarie, dan pihak Mahkamah
Syariah di dalam menangani kesalahan yang berhubung dengan ‘aqidah adalah amat
mencabar. Segala permasalahan ini akan didedahkan bukanlah untuk mengaibkan
mana-mana pihak. Akan tetapi permasalahan ini sengaja disenaraikan untuk memberi
pengetahuan kepada Kerajaan Malaysia dan juga masyarakat umumnya berkaitan
krisis yang dihadapi oleh agensi-agensi agama Islam di dalam membanteras kes
kesalahan berkaitan ‘aqidah. Penyelidik menegaskan bahawa penyelidikan ini
sangat penting bagi mendapatkan percambahan maklumat dan cadangan idea bagi
penambahbaikkan sistem Kehakiman Islam dan juga Sistem Penguatkuasaan Agama
Islam di seluruh Malaysia.
1.3 PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini mempunyai beberapa persoalan kajian yang perlu ditumpukan
iaitu:
(i) Bagaimana
cara pengendalian Pegawai Penguatkuasa Agama. Pendakwa Syarie, dan Mahkamah
Syariah terhadap kes-kes berhubungan dengan kesalahan ‘aqidah iaitu antaranya
ajaran sesat?
(ii) Apakah
permasalahan yang dihadapi oleh Pegawai Penguatkuasa Agama. Pendakwa Syarie,
dan Mahkamah Syariah terhadap pengurusan kes kesalahan berhubung dengan ‘aqidah
dan cadangan penyelesaiannya?
(iii) Apakah konsep dan elemen-elemen
penting kesalahan yang berhubung dengan ‘aqidah yang mana telah termaktub di
bawah Bahagian II seksyen 3 hingga seksyen 6 Akta dan Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah setiap negeri?
(iv) Apakah terdapat kes-kes duluan kehakiman dan kes-kes
terkini berkaitan kesalahan yang berkaitan dengan ‘aqidah di setiap negeri?
1.4 MATLAMAT KAJIAN
Kajian
tesis ini dilakukan bermatlamat mengkaji pengendalian Pegawai Penguatkuasa
Agama, Pendakwa Syarie, dan juga Mahkamah Syariah di dalam menangani kesalahan
berhubungan dengan ‘aqidah yang mana semakin berleluasa dilihat melalui kajian
kes terdahulu dan kini.
1.5 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum bagi kajian ini ialah:
a. Mengetahui konsep dan elemen-elemen
penting kesalahan yang berhubung dengan ‘aqidah yang mana telah termaktub di bawah Bahagian II seksyen 3 hingga seksyen 6 Akta dan Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah setiap negeri.
Objektif Khusus
bagi kajian ini ialah:
a. Mengenal pasti bagaimana pengurusan dan
pengendalian Pegawai Penguatkuasa Agama, Pendakwa Syarie, dan Hakim Mahkamah
Syariah di dalam menangani isu ajaran sesat di setiap negeri.
b. Mendedahkan permasalahan
yang dihadapi oleh Pegawai Penguatkuasa Agama, Pendakwa Syarie, dan Mahkamah
Syariah terhadap pengurusan kes kesalahan berhubung dengan ‘aqidah dan cadangan
penyelesaian setiapnya di negeri-negeri.
c. Menganalisa kes-kes duluan kehakiman dan
kes-kes terkini berkaitan kesalahan yang berkaitan dengan ‘aqidah di setiap
negeri yang membabitkan analisa kes daripada Jabatan Agama Islam Negeri,
Mahkamah Syariah Negeri, dan juga Jabatan Peguam Negara.
1.6 SKOP KAJIAN
Kajian ini hanya memfokuskan kepada pengendalian Pegawai
Penguatkuasa Agama, Pendakwa Syarie, dan Mahkamah Syariah di dalam menangani
kesalahan yang berhubungan dengan ‘aqidah yang terdiri daripada kesalahan di
dalam seksyen 3 Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah iaitu pemujaan salah,
seksyen 4 pula ialah kesalahan doktrin palsu,seksyen 5 ialah mengembangkan
doktrin agama, dan seksyen 6 iaitu dakwaan palsu.
Kajian mengenai
pemahaman konsep dan elemen penting di dalam undang-undang akan dikupas dengan
lebih teliti di dalam penulisan tesis ini. Perbandingan pandangan Pegawai
Penguatkuasa Agama, Pendakwa Syarie, dan Hakim-Hakim Syarie akan diambil kira
berkenaan dengan tafsiran atau pemahaman mengenai elemen seksyen kesalahan
berhubung dengan ‘aqidah.
1.7 SIGNIFIKAN BIDANG KAJIAN
Kajian ini mengemukakan signifikan penting yang digunakan
berdasarkan tajuk: Kajian Pengendalian Pegawai Penguatkuasa Agama, Pendakwa
Syarie, dan Mahkamah Syariah Di Dalam Menangani Kesalahan Yang Berhubungan
Dengan ‘Aqidah : Kajian Kes Di Setiap Negeri Di Malaysia
1.7.1 Pegawai
Penguatkuasa Agama
Pegawai Penguatkuasa Agama merupakan penjawat awam
di bawah lantikan Majlis Agama Islam Negeri di bawah skim Pegawai Hal Ehwal
Islam ( gred S17 hingga S48) yang menjalankan tugas menguatkuasakan
undang-undang Islam di negeri-negeri. Pegawai Penguatkuasa Agama telah diketuai
oleh Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama di bawah skim Pegawai Hal Ehwal Islam
(Sebahagian negeri adalah terdiri daripada gred S48 dan sebahagiannya gred
S52). Berdasarkan Akta dan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam di bawah
seksyen 58(4) ada menyatakan: “Majlis boleh melantik daripada kalangan
anggota perkhdimatan awam am persekutuan seorang Ketua Pegawai Penguatkuasa
Agama dan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Agama untuk menjalankan penyiasatan
kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen atau di bawah mana-mana undang-undang
bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama
Islam.”
1.7.2 Pendakwa Syarie
Pendakwa Syarie merupakan penjawat awam di bawah
lantikan di bawah skim Pegawai Syariah (terdiri daripada gred LS41 hingga LS48)
yang menjalankan tugas pendakwaan ke atas Orang Kena Tuduh di bawah
Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah di negeri-negeri. Pendakwa Syarie telah
diketuai oleh Ketua Pendakwa Syarie di bawah skim Pegawai Syariah (Sebahagian
negeri adalah terdiri daripada gred S48 dan sebahagiannya gred S52).
Berdasarkan Akta dan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam di bawah seksyen
58(1) ada menyatakan: “Yang di-Pertuan Agong boleh atas nasihat Menteri,
melantik seorang yang berkelayakan menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah,
menjadi Ketua Pendakwa Syarie.” Seterusnya seksyen 58(2) menyatakan: “Ketua
Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi
bicaranya bagi memulakan dan menjalankan apa-apa prosiding bagi sesuatu
kesalahan di hadapan Mahkamah Syariah.” Seksyen 58(3) pula menyatakan: “Ketua
Pendakwa Syarie bolehlah melantik orang-orang yang layak dan sesuai daripada
kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan menjadi Pendakwa-Pendakwa
Syarie yang hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pendakwa
Syarie dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang
terletakhak pada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie
sendiri.”
1.7.3 Mahkamah Syariah
Mahkamah Syariah merupakan tempat bagi orang kena tuduh yang beragama
Islam dihadapkan di hadapan Hakim Mahkamah berkaitan dengan pertuduhan
kesalahan kes jenayah yang dipertuduhkan ke atasnya. Malahan ia juga merupakan
tempat perbicaraan bagi pemohon/plaintif menuntut hak atau faraid bagi kes-kes
berkaitan mal dan ahwal shakhsiyah orang Islam.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan bahawa organisasi dan prosedur
Mahkamah Syariah adalah di bawah bidangkuasa negeri dan negeri mempunyai kuasa
perundangan dan eksekutif, kecuali di Wilayah Persekutuan.
Mahkamah Syariah
ditubuhkan di bawah undang-undang negeri (enakmen). Enakmen negeri
memperuntukkan bidangkuasa mal (sivil) dan jenayah kepada Mahkamah Syariah
juga. Dalam memperincikan bidangkuasa jenayah dan mal, enakmen negeri-negeri
adalah tertakluk kepada senarai sebagaimana yang diperuntukkan oleh
Perlembagaan Persekutuan dalam Jadual Kesembilan, Senarai dua iaitu Senarai
Negeri. Mahkamah Syariah terdiri daripada tiga peringkat iaitu Mahkamah Rayuan
Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, dan Mahkamah Rendah Syariah.
Mengenai bidangkuasa
jenayah, enakmen-enakmen negeri telah menyenaraikan beberapa kesalahan yang
boleh diletakkan di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Secara umumnya, kesalahan-kesalahan
tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu kesalahan berkaitan
dengan perkahwinan dan perceraian (kesalahan matrimonial), kesalahan berkaitan
dengan kesusilaan, kesalahan berkaitan dengan merosakkan akal fikiran,
kesalahan berkaitan dengan aspek kerohanian dan ibadah seseorang muslim,
kesalahan berkaitan dengan ‘aqidah yang bercanggah dengan ahli sunnah wal
jama’ah, kesalahan berkaitan seksual dan salah laku moral, serta
kesalahan-kesalahan lain selain kategori di atas.
Dalam hal jenayah,
bidangkuasa Mahkamah Syariah hanya terhad sebagaimana yang diberikan oleh
Perlembagaan Persekutuan. Parlimen telah menggubal Akta Mahkamah Syariah
(Bidangkuasa Jenayah) 1965 (pindaan) 1984 juga, dan akta ini mengehadkan
bidangkuasa jenayah Mahkamah Syariah yang hanya boleh menjatuhkan hukuman denda
tidak melebihi RM5000.00 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau sebatan
tidak melebihi enam kali sebatan atau gabungan mana-mana hukuman tersebut.
Bidangkuasa Mahkamah Syariah hanya terpakai kepada orang-orang yang beragama
Islam sahaja.
1.7.4 Kesalahan yang Berhubungan dengan ‘Aqidah
Peruntukan mengenai kesalahan yang berhubungan dengan ‘aqidah dibuat
dalam berbagai bentuk. Ada yang nyata dan ada yang hanya dapat difahami setelah
komposisi sebenar elemen kesalahan itu dihuraikan. Kesalahan berkaitan dengan
‘aqidah telah termaktub di bahagian II di bawah undang-undang negeri. Kesalahan
pertama yang dikaitkan dengan ‘aqidah ialah pemujaan salah. Kesalahan ini
merupakan kesalahan yang tertulis di semua negeri dan Wilayah Persekutuan
walaupun terdapat sedikit perbezaan dalam penggunaan ungkapan ayat. Sebagai
contoh, dinyatakan di bawah seksyen 3 Akta Kesalahan Jenayah Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) Tahun 1997 [Akta 559] tentang kesalahan pemujaan
salah iaitu:
3. (1) Mana-mana orang yang memuja alam semula jadi
atau melakukan apa-apa perbuatan yang menunjukkan pemujaan atau rasa hormat
kepada mana-mana orang, binatang, tempat, atau benda dengan apa-apa cara yang
menyalahi Hukum Syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(2) Mahkamah boleh memerintahkan supaya
apa-apa peranti, barang atau benda yang digunakan dalam pelakuan atau yang ada
kaitan dengan kesalahan yang disebut dalam subsekyen (1) dilucuthakkan dan
dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.
Kesalahan
kedua yang dikaitkan dengan ‘aqidah ialah doktrin palsu. Kesalahan ini
merupakan kesalahan yang termaktub di semua negeri dan Wilayah Persekutuan
walaupun terdapat sedikit perbezaan dalam penggunaan ungkapan ayat. Sebagai
contoh, dinyatakan di bawah seksyen 4 Akta Kesalahan Jenayah Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) Tahun 1997 [Akta 559] tentang kesalahan doktrin
palsu iaitu:
4. (1) Mana-mana orang yang mengajar
atau menjelaskan apa-apa doktrin atau melaksanakan apa-apa upacara atau
perbuatan yang berhubungan dengan agama Islam di mana-mana tempat, sama ada
tempat persendirian atau tempat awam, adalah melakukan suatu kesalahan jika
doktrin atau upacara atau perbuatan itu berlawanan dengan Hukum Syarak atau
mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan, dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam
sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
(2) Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana dokumen atau benda
yang digunakan dalam pelakuan atau yang ada kaitan dengan kesalahan yang
disebut dalam subseksyen (1) dilucuthakkan dan dimusnahkan, walaupun tiada
seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.
Kesalahan
ketiga yang dikaitkan dengan ‘aqidah ialah mengembangkan doktrin agama selain
daripada agama Islam. Kesalahan ini merupakan kesalahan yang termaktub di semua
negeri dan Wilayah Persekutuan walaupun terdapat sedikit perbezaan dalam
penggunaan ungkapan ayat. Sebagai contoh, dinyatakan di bawah seksyen 5 Akta
Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) Tahun 1997 [Akta 559]
tentang kesalahan mengembangkan doktrin agama selain daripada agama Islam
iaitu:
5. Mana-mana orang yang mengembangkan doktrin atau kepercayaan agama selain
daripada doktrin atau kepercayaan agama Islam di kalangan orang yang beragama
Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
dua tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan
terakhir yang dikaitkan dengan ‘aqidah ialah dakwaan palsu. Kesalahan ini
merupakan kesalahan yang termaktub di semua negeri dan Wilayah Persekutuan
walaupun terdapat sedikit perbezaan dalam penggunaan ungkapan ayat. Sebagai
contoh, dinyatakan di bawah seksyen 6 Akta Kesalahan Jenayah Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) Tahun 1997 [Akta 559] tentang dakwaan palsu
iaitu:
6. Mana-mana orang yang—
(a) mengisytiharkan dirinya atau mana-mana orang lain sebagai rasul atau
nabi, Imam Mahadi atau wali; atau
(b)menyatakan atau mendakwa bahawa dia atau mana-mana orang lain mengetahui
peristiwa atau perkara di luar pemahaman atau pengetahuan manusia,
sedangkan perisytiharan, pernyataan atau dakwaan itu adalah palsu dan
berlawanan dengan ajaran Islam, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
1.8 METODOLOGI KAJIAN
Dalam proses melaksanakan kajian ini, penulis
telah menggunakan beberapa metod kajian sosio-
perundangan secara kualitatif
antaranya :
1.8.1 Kajian Perpustakaan
Sebagai
sebuah kajian kepustakaan (library research) dan bersifat
deskriptif-analisis, kajian ini tertumpu kepada pemerolehan data-data yang
diperlukan bagi membantu dan memantapkan lagi kajian. Dalam usaha melaksanakan
dan menjayakan kajian ini, penulis telah menggunakan metode pengumpulan data.
Penulis
akan menggunakan penyelidikan perpustakaan untuk memperoleh sebanyak mungkin
maklumat dan data yang berkaitan dengan kajian. Kajian perpustakaan ini penulis lakukan di
Perpustakaan Tun Seri Lanang UKM dan Perpustakaan Fakulti undang-undang serta
perpustakaan yang lain seperti Perpustakaan Peringatan Za’aba Universiti Malaya
untuk mencari maklumat di dalam kitab-kitab turāth dan buku-buku berkaitan
perbincangan pengendalian kes-kes prosiding berkaitan kesalahan berhubung
dengan ‘aqidah. Sebagai
tambahan, artikel yang berkaitan dengan kajian ini juga akan dicari melalui
keratan akhbar dan laman sesawang (website), di samping dapatan maklumat
sokongan dari perisian komputer seperti Maktabat al-Syāmilah 1.5 dan al-Jāmic
al-kabir li kutub al-Islāmi wa al-carabi.
1.8.2 Kajian lapangan
Dalam kajian lapangan ini, penulis memilih untuk menggunakan
instrumen temu bual. Kaedah temu bual ini dilaksanakan secara langsung
(bersemuka) kerana ianya akan memudahkan pemahaman proses penilaian dan
penerimaan terhadap sesuatu data dengan lebih tepat. Bagi mendapatkan lebih
maklumat tentang permasalahan ini, penulis mengambil inisiatif menemubual Ketua
Pegawai Penguatkuasa Agama dan Ketua Pendakwa Syarie di Jabatan Agama Islam
Negeri serta Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri. Ini bertujuan untuk
mengetahui proses pengendalian terkini bagi kesalahan yang berhubung dengan ‘aqidah
serta mendapatkan maklumat yang lebih mudah dan cepat.
1.8.3 Kajian Terhadap Kes-kes Terdahulu (Cases
Study)
Kaedah ini digunakan bagi menyelidik data yang
diperolehi daripada statistik kes dan fail-fail kes berkaitan kes-kes yang
terdiri daripada pemujaan salah, doktrin palsu, mengembangkan doktrin agama dan
dakwaan palsu. Fail-fail kes didapati di Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama
Islam Negeri dan juga Mahkamah Syariah Negeri. Kes-kes tersebut juga akan
dijadikan sebagai contoh dan lampiran. Kajian yang dijalankan lebih menjurus
kepada proses pengendalian yang dihadapi oleh Pegawai Penguatkuasa Agama,
Pendakwa Syarie, dan Hakim Mahkamah Syariah di dalam kes-kes berkaitan ‘aqidah.
1.9 TINJAUAN LITERATUR
1.9.1 Satu Analisis Perbandingan Antara Doktrin-doktrin
Dalam Ajaran Taslim, Ajaran Ahmad Laksamana dan Tarekat Naqsyabandiah
Penulis: Kadirun bin Yahya
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi: 1991
Kajian yang dilakukan oleh penulis tesis sarjana
tersebut telah menyentuh analisis perbandingan doktrin-doktrin yang tersebar di
dalam negara ini yang mana dikategorikan sebagai ajaran sesat. Penulis tesis
sarjana ini cuba merungkai amalan-amalan yang dilakukan oleh peganut ajaran
sesat seperti Ajaran Taslim, Ajaran Ahmad Laksamana, dan Tarekat Naqsyabandiah.
Namun tidak dinyatakan di dalam kajian tesis ini cara pengendalian Pegawai
Penguatkuasa Agama, Pendakwa Syarie, dan Mahkamah Syariah di dalam menangani
kesalahan yang berhubung dengan ‘aqidah.
1.9.2 Fenomena Ajaran Sesat dan Peruntukan
Undang-Undang di Malaysia
Penulis: Zanirah binti Mustafa
Penerbitan Buku
Universiti Teknologi MARA: 2013
Penulisan buku ini menjelaskan berkaitan pelbagai
fenomena ajaran sesat yang berlaku di dalam negara kita yang semakin
membimbangkan. Buku ini juga mengupas latar belakang setiap ajaran sesat yang
tumbuh bak cendawan di dalam negara kita. Antaranya yang menjadi kupasan ialah
ajaran Ayah Pin, ajaran Syiah Imamiyyah, ajarah Kahar bin Ahmad, dan
sebagainya. Selain itu juga, buku ini juga mempersembahkan peruntukan
undang-undang yang terdiri daripada enakmen-enakmen negeri-negeri yang
menyatakan kesalahan berhubung dengan ‘aqidah. Perbezaan penulisan penyelidik
dengan buku karya penulis ini ialah penyelidik lebih menumpukan kaedah
pengendalian yang dilakukan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama di dalam melakukan
operasi dan siasatan bagi mendapatkan sumber maklumat dan juga bukti-bukti
kukuh untuk memenuhi setiap kehendak elemen enakmen kesalahan jenayah syariah
mengikut negeri-negeri. Di samping itu, penyelidik juga akan merungkai segala
pandangan daripada kajian lapangan melalui sesi temu bual dengan Ketua Pendakwa
Syarie dan Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah seluruh negeri di Malaysia untuk
mendapatkan hasil pemahaman mereka terhadap pentafsiran undang-undang serta
kaedah pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang tersebut.
1.9.3 Fatwa : Keberkesanannya Memerangi Ajaran
Sesat di Malaysia
Penulis: Farahwahida binti Mohd Yusof
Penerbitan UTM Press,
Universiti Teknologi Malaysia, 2011
Penulisan buku ini merupakan wadah perbincangan
kepada keberkesanan pengeluaran fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa
Negeri di dalam membanteras ajaran sesat yang semakin berleluasa di negara ini.
Penulis buku ini juga ada menyentuh berkenaan seksyen enakmen negeri-negeri
berkaitan dengan kesalahan berhubung dengan ‘aqidah, namun elemen-elemen
kehendak enakmen tidak diperincikan sepenuhnya. Justeru itu perbezaan penulisan
buku ini dengan kajian yang akan dilakukan oleh penyelidik ialah penyelidik
akan mendapatkan kes-kes terdahulu dan kes-kes terkini berkaitan dengan ajaran
sesat yang semakin meruncing kian hari. Selain itu juga, penyelidik juga akan
mendapatkan kesemua fatwa-fatwa negeri yang mengharamkan ajaran atau doktrin
palsu supaya memastikan setiap negeri menjalankan penguatkuasaan membanteras
ajaran sesat yang semakin berleluasa.
1.9.4 Ajaran Sesat : Mengenali Jalan yang
Terpesong
Penulis: Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam,
Universiti Darul Iman (Kini UNISZA),Terengganu:
2007
Berdasarkan penulisan buku ini, penulis telah
mendedahkan berkenaan sejarah kemunculan ajaran sesat di Malaysia, kategori
ajaran sesat, peruntukan undang-undang mengenai ajaran sesat, daya tarikan
ajaran sesat, dan ajaran-ajaran sesat yang telah diwartakan haram oleh kerajaan
negeri. Di dalam penulisan ini juga penulis buku ada menyatakan faktor pertama
penyebaran ajaran sesat adalah disebabkan penguatkuasaan dan peruntukan
undang-undang serta enakmen-enakmen yang lemah. Di dalam buku ini juga ada
menyatakan kes-kes terdahulu yang masih menjadi isu di mana masih sukar
mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa persekutuan bagi bidangkuasa
mahkamah syariah yang terlalu terhad disebabkan oleh Senarai Dua, Perlembagaan
Persekutuan menyebabkan penguatkuasaan terhadap undang-undang syariah di bawah
negeri sukar dilaksanakan. Justeru itu, perbezaan penulisan buku ini dengan
kajian yang dilakukan oleh penyelidik ialah di mana penyelidik akan mendapatkan
maklumat melalui teknik temubual Pegawai Penguatkuasa Agama, Pendakwa Syarie,
dan Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah bagi memastikan kerjasama pengendalian
kes-kes berkenaan dengan ‘aqidah dapat dilaksanakan dengan teliti. Selain itu
juga, melalui kajian penyelidik juga akan memperincikan segala usaha siasatan
dan operasi yang pernah dijalankan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan
Agama Islam Negeri supaya mematuhi Arahan Tetap Pengarah Tahun 2005.
1.10 LIMITASI KAJIAN
1.10.1 Limitasi Masa
Kajian mengenai kes yang berkaitan kesalahan yang
berhubung dengan ‘aqidah seperti sekitar
tahun 1990-2014.
1.10.2
Limitasi Bidang Kajian
Kajian hanya tertumpu pada lima (5) bidang kajian
iaitu:
- Kajian terhadap kehendak elemen yang diperlukan di dalam seksyen 3 hingga seksyen 6 Akta dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-Negeri.
- Bagaimana pengendalian yang dilakukan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama di setiap Jabatan Agama Islam Negeri terhadap operasi dan siasatan terhadap menangani kes-kes berkaitan kesalahan yang berhubung dengan ‘aqidah.
- Bagaimana pemahaman Pendakwa Syarie setiap negeri di dalam merangka pertuduhan, fakta kes, dan juga jalinan keterangan bagi memenuhi kehendak setiap elemen seksyen berkaitan jenayah kesalahan yang berhubung dengan ‘aqidah.
- Bagaimana pendirian Mahkamah Syariah setiap negeri di dalam mendengar setiap kes dan menetapkan hukuman bagi setiap kesalahan yang berkaitan dengan ‘aqidah agar selari dengan kehendak undang-undang dan maslahah awam.
- Kajian kes terdahulu dan kes terkini berkaitan dengan kesalahan yang berhubung dengan ‘aqidah dilihat di setiap negeri.
1.10.3
Limitasi Lokasi Kajian
Kajian ini hanya tertumpu kepada Bahagian
Penguatkuasaan, Bahagian Pendakwaan, dan Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama
Islam Negeri serta Mahkamah Syariah Negeri di setiap negeri di Malaysia bagi
mendapatkan kajian kes dan pengendalian menyeluruh setiap negeri.
1.11 BAB
I. Pengenalan
1.1
Latar
Belakang Kajian
1.2
Permasalahan
Kajian
1.3
Persoalan
Kajian
1.4
Matlamat
Kajian
1.5
Objektif
Kajian
1.6
Skop
Kajian
1.7
Signifikan
Bidang Kajian
1.8
Metodologi
Kajian
1.9
Tinjauan
Literatur
1.10
Limitasi
Kajian
II.
Sejarah Penubuhan dan Fungsi Agensi
2.1
Pengenalan
2.2
Sejarah
Penubuhan dan Fungsi Agensi-Agensi Islam Mengikut Negeri-Negeri:
2.2.1
Wilayah
Persekutuan
2.2.1.1
Mahkamah
Syariah
2.2.1.2
Jabatan
Agama Islam:
2.2.1.2.1
Bahagian
Penguatkuasaan
2.2.1.2.2
Bahagian
Pendakwaan
2.2.2
Negeri Selangor
2.2.2.1
Mahkamah
Syariah
2.2.2.2
Jabatan
Agama Islam:
2.2.2.2.1
Bahagian
Penguatkuasaan
2.2.2.2.2
Bahagian
Pendakwaan
2.2.3
Negeri Pahang
2.2.3.1
Mahkamah
Syariah
2.2.3.2
Jabatan
Agama Islam:
2.2.3.2.1
Bahagian
Penguatkuasaan
2.2.3.2.2
Bahagian
Pendakwaan
2.2.4
Negeri Sembilan
2.2.4.1
Mahkamah
Syariah
2.2.4.2
Jabatan
Agama Islam:
2.2.4.2.1
Bahagian
Penguatkuasaan
2.2.4.2.2
Bahagian
Pendakwaan
2.2.5
Negeri Melaka
2.2.5.1
Mahkamah
Syariah
2.2.5.2
Jabatan
Agama Islam:
2.2.5.2.1
Bahagian
Penguatkuasaan
2.2.5.2.2
Bahagian
Pendakwaan
2.2.6
Negeri Perak
2.2.6.1
Mahkamah
Syariah
2.2.6.2
Jabatan
Agama Islam:
2.2.6.2.1
Bahagian
Penguatkuasaan
2.2.6.2.2
Bahagian
Pendakwaan
2.2.7
Negeri Johor
2.2.7.1
Mahkamah
Syariah
2.2.7.2
Jabatan
Agama Islam:
2.2.7.2.1
Bahagian
Penguatkuasaan
2.2.7.2.2
Bahagian
Pendakwaan
2.2.8
Pulau Pinang
2.2.8.1
Mahkamah
Syariah
2.2.8.2
Jabatan
Agama Islam:
2.2.8.2.1
Bahagian
Penguatkuasaan
2.2.8.2.2
Bahagian
Pendakwaan
2.2.9
Negeri Kedah
2.2.9.1
Mahkamah
Syariah
2.2.9.2
Jabatan
Agama Islam:
2.2.9.2.1
Bahagian
Penguatkuasaan
2.2.9.2.2
Bahagian
Pendakwaan
2.2.10 Negeri
Perlis
2.2.10.1
Mahkamah
Syariah
2.2.10.2
Jabatan
Agama Islam:
2.2.10.2.1
Bahagian
Penguatkuasaan
2.2.10.2.2
Bahagian
Pendakwaan
2.2.11 Negeri
Kelantan
2.2.11.1
Mahkamah
Syariah
2.2.11.2
Jabatan
Agama Islam:
2.2.11.2.1
Bahagian
Penguatkuasaan
2.2.11.2.2
Bahagian
Pendakwaan
2.2.12 Negeri
Terengganu
2.2.12.1
Mahkamah
Syariah
2.2.12.2
Jabatan
Agama Islam:
2.2.12.2.1
Bahagian
Penguatkuasaan
2.2.12.2.2
Bahagian
Pendakwaan
2.2.13 Negeri Sabah
2.2.13.1
Mahkamah
Syariah
2.2.13.2
Jabatan
Agama Islam:
2.2.13.2.1
Bahagian
Penguatkuasaan
2.2.13.2.2
Bahagian
Pendakwaan
2.2.14 Negeri
Sarawak
2.2.14.1
Mahkamah
Syariah
2.2.14.2
Jabatan
Agama Islam:
2.2.14.2.1
Bahagian
Penguatkuasaan
2.2.14.2.2
Bahagian
Pendakwaan
III.
KONSEP KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN ‘AQIDAH
3.1
Pengenalan
3.2
Bahagian
II : Kesalahan yang Berhubungan dengan ‘Aqidah:
3.2.1
Pemujaan
Salah
3.2.2
Doktrin
Palsu
3.2.3
Mengembangkan
Doktrin Agama
3.2.4
Dakwaan
Palsu
3.3
Pandangan
Pengamal Undang-Undang Berkaitan Kesalahan yang Berhubungan Dengan ‘Aqidah
3.4
Pandangan
Ahli Akademik Berkaitan Kesalahan yang Berhubungan Dengan ‘Aqidah
3.5
Pandangan
Ulama Mutakhir Berkaitan Kesalahan yang Berhubungan Dengan ‘Aqidah
IV.
PROSEDUR PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA MENANGANI
KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN ‘AQIDAH
4.1
Pengenalan
4.2
Tatacara
Risikan Menurut Arahan Tetap Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri
4.3
Tatacara
Operasi Menurut Arahan Tetap Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri
4.3.1
Taklimat
Operasi
4.3.2
Tindakan
Semasa di Lokasi Kejadian
4.3.2.1
Tindakan
Mencatat Maklumat di dalam Diari Siasatan
4.3.2.2
Prosedur
Mengambil Gambar dan Video
4.3.2.3
Prosedur Melukis
Pelan Tempat Kejadian
4.3.2.4
Prosedur
Menggeledah Barang
4.3.3
Tindakan
Semasa Penangkapan
4.3.3.1
Tangkapan
dibuat oleh Pegawai Masjid
4.3.3.2
Tangkapan
dibuat oleh Orang Awam
4.3.4
Tindakan
Selepas Penangkapan
4.3.5
Pengecaman
Barang Kes
4.3.6
Tatacara
Penyerahan Barang yang Disita
4.4
Tatacara
Siasatan Menurut Arahan Tetap Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri bagi Membuka
Kertas Siasatan:
4.4.1
Penerimaan
Maklumat Pertama (First Information
Report)/aduan di dalam Borang 5
4.4.1.1
Melalui Telefon
4.4.1.2
Melalui
Bersemuka
4.4.1.3
Melalui
Surat
4.4.1.4
Melalui
Media Semasa dan Media Elektronik
4.4.1.5
Melalui
Emel dan Faksimili
4.4.2
Rakaman
Percakapan Orang Yang disyaki (OYDS)
4.4.3
Rakaman
Percakapan Saksi
4.4.3.1
Saksi di
kalangan Pegawai Penguatkuasa Agama
4.4.3.2
Saksi di
kalangan orang awam
4.4.3.3
Saksi di
kalangan Polis
4.4.4
Laporan
Polis
4.4.5
Penerimaan
Barang Sita daripada Ketua Operasi
4.4.6
Penandaan
Dokumen fail
4.4.7
Pengesanan
Latar Belakang Orang Yang Disyaki
4.5
Tatacara
Penyitaan Barang-Barang Bukti bagi Kesalahan Berhubung dengan ‘Aqidah
4.5.1
Tatacara
Penyimpanan Barang-Barang Bukti
4.5.2
Tatacara
Pelupusan Barang-Barang Bukti
4.6 Tatacara
Penyerahan Kertas Siasatan Kepada Ketua Pendakwa Syarie
V.
PROSEDUR PENDAKWA SYARIE MENGENDALIKAN KERTAS SIASATAN
KES KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN ‘AQIDAH
5.1
Pengenalan
5.2 Prosedur Penerimaan
Kertas Siasatan daripada Pegawai Penguatkuasa Agama
5.2.1
Pertimbangan
Mengenai Keputusan untuk Mendakwa
5.2.1.1
Bidangkuasa
Mahkamah
5.2.1.2
Keizinan
dan Kebenaran Bertulis
5.2.2
Perbincangan
Sesama Pendakwa bagi Menderaf Kertas Pertuduhan dan Fakta Kes
5.2.2.1
Merangka Pertuduhan
yang Tepat
5.2.3
Semakan
Barang Kes yang Disita
5.2.4
Prosiding
Pendaftaran Kes Jenayah ke Mahkamah Syariah
5.2.5
Prosiding
Pemindahan Kes
5.3 Prosiding
Sebutan di hadapan Hakim Syarie
5.3.1 Penetapan
Bon Jamin Mahkamah
5.3.2 Pelaksanaan
Waran Tangkap Atas Ketidakhadiran Orang Kena Tuduh
5.3.3 Pengesanan Alamat Terkini Orang Kena Tuduh Melalui Kerjasama
Agensi-Agensi Awam
5.3.4 Prosiding bagi Orang Kena Tuduh Mengaku Salah
5.3.4.1 Jika Orang Kena Tuduh Berseorangan
5.3.4.2 Jika Orang Kena Tuduh Lebih Dari Seorang
5.3.5 Permohonan
Pendakwa Menarik Balik Kes
5.3.6 Permohonan Lepas Tanpa Bebas ‘DNAA’
(Discharge Not Amounting To Acquited)
5.3.7 Prosedur
Pengurusan bagi Fail Kes yang telah Selesai
5.3.8 Prosedur
Pelupusan Barang Kes
5.4 Persediaan
Sebelum Perbicaraan bagi Orang Kena Tuduh yang Tidak Mengaku Salah
5.4.1 Memeriksa Dokumen
5.4.2 Membaca Kertas Siasatan Secara Terperinci
5.4.3 Susunan Saksi Mengikut Rantaian Keterangan
5.4.4 Taklimat Memperingatkan Saksi dan Mesyuarat
Sesama Pendakwa
5.4.5 Mengenali Kehendak Hakim Bicara
5.4.6 Melawat Tempat Kejadian Jenayah
5.4.7 Mengeluarkan Sepina kepada Saksi Pendakwa
5.4.8 Mahir Teknik Berhujah dan Cara Membangkitkan
Bantahan
5.4.9 Mahir Menjaga Psikologi Saksi
5.5 Prosiding
Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie bagi Orang Kena Tuduh yang Tidak Mengaku
Salah
5.5.1 Perbicaraan
bagi Mendapatkan Prima Facie Kes
5.5.1.1
Pemeriksaan Soal Utama
5.5.1.2 Pemeriksaan Soal Balas
5.5.1.3 Pemeriksaan Soal Semula
5.5.2 Prosedur
Hujah Peringkat Prima Facie
5.5.2.1 Hujah Pendakwa Syarie
5.5.2.2 Hujah Balas Pembela
5.5.2.3 Hujah Penggulungan Pendakwa
5.5.3 Perbicaraan
Peringkat Pembelaan
5.5.3.1 Keterangan Secara Bersumpah
5.5.3.2 Keterangan Secara Tidak Bersumpah
5.5.3.3 Berdiam diri
5.5.4 Bantahan
Awal
5.5.5 Perbicaraan
dalam Perbicaraan (Trial Within Trial)
5.5.6 Pemeriksaan
Saksi Pakar
5.5.7 Prosedur
Hujah Pembelaan
5.5.7.1 Hujah Pembela
5.5.7.2 Hujah Balas Pendakwa
5.5.7.3 Hujah Penggulungan Pembela
5.5.8 Keputusan
5.6 Prosiding
Rayuan dan Penyemakan kepada Mahkamah Rayuan
5.6.1 Pergantungan
Pelaksanaan Hukuman Sementara Menunggu Rayuan
5.6.2 Jaminan
Sementara Menunggu Rayuan
5.6.3 Notis
Rayuan
5.6.4 Petisyen
Rayuan
5.6.5 Afidavit
Rayuan
5.6.6 Rekod
Rayuan
5.6.7 Hujah
Rayuan
5.6.7.1 Hujah Rayuan Perayu
5.6.7.2 Hujah Balas Responden
5.6.7.3 Hujah Semula Perayu
5.6.8 Keputusan
di hadapan Panel Rayuan
VI. PROSEDUR HAKIM SYARIE
MENGENDALIKAN KES KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN ‘AQIDAH
6.1
Pengenalan
6.2 Pengendalian
Hakim Syarie Terhadap Kes Kesalahan Berhubung Dengan ‘Aqidah
6.2.1
Kuasa
Hakim Syarie Mahkamah Tinggi untuk Memindahkan Kes Jenayah
6.2.2
Penilaian
dan Pensabitan Pengakuan Salah dan Penyubahatan
6.2.3
Faktor
yang Dipertimbangkan bagi Pemberatan Hukuman dan Peringanan Hukuman
6.2.4
Penilaian
Mitigasi Orang Kena Tuduh
6.2.5
Penilaian
Eksibit Bahan Bukti
6.2.5.1
Penilaian
Gambar dan Video Bukti
6.2.5.2
Penilaian
Pelan Lakar
6.2.5.3
Penilaian
Barang Yang Digeledah
6.2.5.4
Dokumen
Awam
6.2.6
Penilaian
Saksi
6.2.6.1
Saksi
Orang Awam
6.2.6.2
Saksi
Pegawai Penguatkuasa Agama
6.2.6.3
Saksi
Pakar
6.3
Prosiding
Hakim Syarie dalam Kamar
6.3.1
Penetapan
Bon Jamin Mahkamah
6.3.2
Tatacara
Pelucuthakan Bon
6.4
Prosiding Memaklumkan Hak Tertuduh
6.4.1
Mendapatkan
Khidmat Peguam Syarie
6.4.2
Hak
Memanggil Saksi
6.4.3
Hak
Mendapatkan Penjamin
6.5
Prosiding
Hakim Syarie Melawat Tempat Kejadian Jenayah
6.6
Prosiding Hakim
Syarie Mendengar Perbicaraan
6.6.1
Memastikan
Rantai Keterangan Tepat
6.6.2
Mengawal
Dewan Bicara dengan Sempurna
6.6.3
Mengenalpasti
Pengecaman oleh Saksi-Saksi
6.7
Penulisan
Alasan Penghakiman oleh Hakim Syarie
6.8
Alasan
Pembebasan
6.9
Penjatuhan
Hukuman
6.9.1
Denda
6.9.2
Penjara
6.9.3
Sebatan
6.9.4
Bon Berkelakuan
Baik
6.9.4.1
Bagi
Pesalah Kali Pertama
6.9.4.2
Bagi
Pesalah Muda
6.10
Penyemakan
6.10.1
Kuasa
Hakim Syarie di dalam Penyemakan
6.10.1.1
Kuasa
untuk Menyemak
6.10.1.2
Kuasa
untuk Memerintahkan Siasatan Lanjut
6.10.1.3
Kuasa
Semasa Menyemak
6.10.1.4
Mendengar
Pihak-Pihak Semasa Penyemakan
6.11
Rayuan
6.11.1
Penghakiman
6.11.2
Pendengaran
Rayuan
6.12 Penghinaan
Terhadap Mahkamah
VII. PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH PEGAWAI
PENGUATKUASA AGAMA, PENDAKWA SYARIE, DAN HAKIM SYARIE MENGENDALIKAN KES
KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN ‘AQIDAH
7.1
Pengenalan
7.2
Masalah yang Dihadapi Oleh Pegawai
Penguatkuasa Agama di dalam Mengendalikan Kes Kesalahan Yang Berhubungan Dengan
‘Aqidah:
7.2.1
Kekurangan
Peralatan dan Prasarana
7.2.2
Pengendalian
Operasi dan Siasatan yang Kurang Cekap
7.2.3
Pegawai
Penyiasat (Investigation Officer) Sukar Menjalankan Siasatan Terperinci Akibat
Tertakluk Kepada Seksyen 22(3) yang mana Siasatan Ke Atas Orang Yang Disyaki
Terhad dalam Tempoh 24 Jam.
7.2.4
Kekurangan
Pegawai Penguatkuasa Agama di Jabatan Agama Islam Negeri bagi Menjalankan Operasi
dan Siasatan
7.2.5
Kurang
Latihan dan Pendedahan bagi Kes Ajaran Sesat
7.3. Masalah yang Dihadapi
Oleh Pendakwa Syarie di dalam Mengendalikan Kes Kesalahan Yang Berhubungan
Dengan ‘Aqidah:
7.3.1 Kurang
Bahan Rujukan Kes Terkini
7.3.2 Ketua Pendakwa Syarie Mengambil Sikap Terlalu Berhati-Hati dalam
Menghadapi Kes Berat Khususnya Berhubungan ‘Aqidah
7.3.3 Pelbagai
Pemahaman Terhadap Elemen Akta
7.3.4 Sesetengah Pendakwa Syarie Tiada Pengalaman Luas di dalam Kes
Perbicaraan
7.3.5 Pendakwa Syarie yang Merupakan Skim Pegawai Syariah Tidak Menetap
Lama Kerana Kerap Bertukar atau Naik Pangkat
7.3.6 Ketua Pendakwa Syarie dan Pendakwa Syarie Terikat di bawah
Jabatan Agama Islam Negeri
7.3.7 Kerjasama Pendakwa Syarie dengan Pegawai Penguatkuasa Agama
Dilihat Tidak Mesra
7.4. Masalah yang Dihadapi
Oleh Hakim Syarie di dalam Mengendalikan Kes Kesalahan Yang Berhubungan Dengan
‘Aqidah:
7.4.1 Kurangnya
Alasan Penghakiman bagi Kes Berhubung dengan ‘Aqidah
7.4.2 Pemahaman Hakim Syarie Terhadap Kandungan Akta Kesalahan Jenayah
Syariah
7.4.3 Isu Campurtangan Bidangkuasa Mahkamah Sivil Terhadap Bidangkuasa
Mahkamah Syariah
VIII. KAJIAN KES TERDAHULU DAN KINI BERKAITAN KESALAHAN
YANG BERHUBUNGAN DENGAN ‘AQIDAH MENGIKUT SETIAP NEGERI DI MALAYSIA
8.1 Pengenalan
8.2 Kes-kes Berhubungan
dengan ‘Aqidah:
8.2.1 Pemujaan Salah
8.2.2 Doktrin Palsu
8.2.2.1 Doktrin Pemikiran Kassim Ahmad
8.2.3 Mengembangkan Doktrin Agama
8.2.3.1 Ajaran Qadiani
8.2.3.2 Ajaran Syiah
8.2.3.3 Ajaran Tuhan Harun
8.2.3.4 Ajaran Millah Abraham
8.2.4 Dakwaan Palsu:
8.2.4.1 Ajaran Kahar (Rasul Melayu)
IX. PENUTUP
9.1 Pengenalan
9.2 Rumusan
9.3 Saranan dan Cadangan Penyelesaian Terhadap Permasalahan yang Dihadapi.
9.4 Kesimpulan
11. PERANCANGAN
KERJA
Tahun
|
2015
|
2016
|
2017
|
2018
|
|||||||
Bulan
|
Jan -Apr
|
May-Aug
|
Sept-Dec
|
Jan -Apr
|
May-Aug
|
Sept-Dec
|
Jan -Apr
|
May-Aug
|
Sept-Dec
|
Jan -Apr
|
May-Aug
|
Item
|
|||||||||||
Hantar Bab
|
Proposal
|
Pembentangan Proposal
|
Bab 1
|
BaB 2
|
Bab 3
|
Bab 4
|
Bab 5
|
Bab 6
|
Bab 7 dan 8
|
Bab 9
|
|
Pindaan Bab
|
Bab 1
|
BaB 2
|
Bab 5
|
Bab 6
|
Bab 4
|
Bab 3
|
Bab 7 dan 8
|
Semua pindaan
|
|||
Pengumpulan Data
|
Temubual dengan Ketua
Pendakwa Syarie Jabatan Agama
|
Temubual dengan Ketua
Penguatkuasa Agama
|
Temubual dengan Ketua
Pendaftar Mahkamah
|
Temubual Bahagian
Penyelarasan Undang-undang JAKIM
|