*Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Penulisan kali ini saya peroleh daripada email sahabat saya yang diforwardkan kepada saya. Sebagai muslim yang cintakan Islam adalah menjadi tanggungjawab kita senssetif tentang isu kes murtad yang berleluasa pada hari ini. Penulisan kisah ini dipaparkan bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak, akan tetapi ini adalah sebagai iktibar buat muslimin dan muslimat agar berhati-hati dengan dakyah kuffar. Ini juga iktibar buat diri kita agar menjaga akidah keluarga kita, sahabat-sahabat kita, dan umat Islam agar tetap di jalan Allah. Semoga penceritaan ini menjadi tauladan buat kita agar lebih berwaspada dengan dakyah kuffar. Ingatlah sahabat-sahabat pepatah ini "Kerana nila setitik, maka rosak susu sebelanga" itulah diibaratkan rosak akidah sedikit maka telah jatuh kafir bagi mereka yang tiada pegangan akidah ahli sunnah wal jama'ah. Sekian, selamat membaca dan berfikir..
Kes Hartina Kamarudin heboh diperkatakan sekitar awal tahun 1996 lagi.Bagi mengetahui hal sebenar, pihak majalah Muslimah sempat menemui bapanya, Encik Kamaruddin Abdul Karim, abang sepupunya En Borhan Abd. Aziz dan adiknya Syukur Yazit Kamaruddin yang sudi menceritakan rentetan peristiwa tersebut.
Malangnya ibunya, Puan Kalsom Ghani tidak mahu ditemubual atas sebab peribadi. Berikut adalah penjelasan En. Kamaruddin yang sudah terlalu banyak menempuh dugaan dan ujian dalam memastikan anaknya Hartina dapat dikembalikan kepada Islam.
Hartina dilahirkan pada 15 Mac 1974 di Kampar Perak. Beliau mendapat pendidikan awal pada peringkat rendah dan menengah di Anglo Chinese School A.C.S), Kampar. Hartina merupakan anak kedua daripada empat beradik.Yang pertama meninggal ketika berusia 15 hari , kedua Hartina, ketiga Azliza (17tahun) dan keempat Syukur Yazit (16 tahun). Dari segi kasih sayang, tidak dinafikan Hartina mendapat sepenuh perhatian, mungkin ini salah satu dari kesilapan yang telah kami lakukan.
Perbezaan antara Hartina dan adiknya agak jauh iaitu kira-kira enam tahun. Dia amat manja, maklumlah bagi pasangan seperti kami yang telah merasai kehilangan anak sulung semasa dalam pantang memang menyedihkan. Bayangkan bagaimana perasaan kami setelah kehilangan anak, mendapat penggantinya setahun kemudian. Kehadiran Hartina mengubah hidup kami, kasih kami tertumpah kepadanya ibarat kata pepatah "bagai menatang minyak yang penuh".
Disebabkan sewaktu itu hanya dia seorang anak kami, segala permintaannya kami penuhi. Setelah tamat sekolah, dia mengikuti kursus komputer diKampar.
Tidak lama kemudian dia mendapat pekerjaan di Hock Hua Bank Jalan Klang Lama Kuala Lumpur. Pada tahun 1993 diabertukar ke MayBank, juga terletak di Jalan Klang Lama. Inilah kali pertama kami berjauhan dengannya. Untuk kemudahannya saya telah membelikan sebuah rumah untuknya yang terletak di Sri Sentosa. Dia tinggal bersama rakan-rakannya di rumah itu.Bermula dari situ perhubungan keluarga kami mula renggang kerana kami sudah tinggal berasingan. Walaupun begitu kami sering menziarahinya di Kuala Lumpur.
Segalanya bermula pada 26 Mac 1996. Saya bersama isteri pergi kerumahnya di Kuala Lumpur kerana kebiasaannya pada 15 Mac setiap tahun kami menyambut hari lahirnya. Pada tahun tersebut (1996) dia kata tidak dapat balik kampung. Di sebabkan pada tarikh itu saya ada menerima tempahan sate En.Kamaruddin berniaga sate di Pekan Kampar, Perak), jadi kami tidak dapat pergi ke rumahnya pada tarikh itu.
Kami pergi dua minggu selepas itu iaitu pada 26 Mac 1996. Setibanya di rumahnya, kami dapati rumahnya berkunci, telahan saya mungkin dia belum pulang dari kerja.Kebetulan saya memang ada kunci spare, saya membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. Lebih kurang jam 6.00 petang. Dia pulang bersama seorang lelaki India.
Dia terkejut melihat kedatangan kami dan saya sendiri terkejut kerana tidak menyangka dia pulang bersama seorang lelaki. Memang sebelum ini ramai yang ingin masuk meminang dan dia menyatakan yang dia telah ada seorang kawan, saya kata kalau ada kawan lebih elok terus datang meminang. Setelah melihat keadaannya, baru terlintas difikiransaya kawan yang dimaksudkan ialah lelaki India tersebut.
Walaupun kami datang setiap bulan,kami tidak dapat menghidu langsung pergerakannya dan dia sendiri menyembunyikannya dari pengetahuan kami.
Melihat keadaannya , saya menyoal Hartina "Siapa yang kamu bawa ini? "Baru kami tahu hal sebenarnya, yang lelaki India itulah teman lelakinya. Sebaik saja kami bertanya Rajeswaran (lelaki India tersebut) bila dia ingin memeluk Islam jika benar-benar inginkan Hartina, Hartina terus menunjukkan surat-surat di antaranya surat sumpah bertarikh 1 September 1995 yang mengatakan bahawa dirinya tidak mempraktikkan agama Islam lagi, telah menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran dan surat pendaftaran perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996. Saya mempertikaikan surat sumpah tersebut kerana bagaimana mereka (pihak berkuasa) boleh mengesahkan apa saja kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih dahulu.
Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya yang menyatakan dia tidak mempraktikkan ajaran Islam, ternyata pembohongan semata-mata. Sepanjang zaman tempoh dia tinggal bersama kami dia telah dididik dengan ajaran Islam,sepanjang zaman persekolahannya saya tidak pernah mendengar apa-apa mengenai Hartina tidak mempraktikkan Islam walaupun daripada kawan-kawannya sendiri. Setelah berlaku perkara ini barulah saya tahu rupa-rupanya lelaki India itu bersekolah di sekolah yang sama dengan Hartina dan tinggal di Mambang di Awan,Kampar.
Memanglah di sekolah Hartina ramai kawan lelaki tetapi saya tidak pernah mengesyaki apa-apa, maklumlah zaman sekolah memang banyak bergaul dengan rakan lelaki. Kami juga baru tahu si lelaki ituBekerja di Public Bank di Jalan Kelang Lama.. Ini bermakna sudah lama mereka berkawan yang hairannya kami tidak dapat menghidu langsung perhubungan mereka.
Bermakna sepanjang tempoh berulang dari Kuala Lumpur ke Kampar setiap bulan pun kami tak dapat hidu.Sedangkan pada hari Raya Puasa tahun 1996 iaitu pada 21Feb 1996 Hartina balik kampung dan kami sekeluarga bersembahyang bersama-sama. Bermakna ketika itu dia telah berkawan dengan lelaki India itu dan telah menukar nama dan agamanya, bagaimana kami tidak mengetahuinya langsung? Pada hari itu (26 Mac 1996) selepas bertembung dengan mereka pada 6.00petang, kami telah berbincang mengenai kedudukan mereka sehingga 10.30malam.
Keadaan menjadi tegang kerana si lelaki tetap dengan keputusannya untuk tidak menukar agamanya dan mengatakan Hartina telah menjadi isterinya. Dia mula memegang hand-phone sambil mendail nombor.Tidak lama kemudian seorang demi seorang kawan-kawannya tiba di rumah itu. Mereka sudah ramai sedangkan saya hanya bersama isteri. Yang menghairankan saya Hartina ketika itu membisu sahaja..
Semasa itu saya yakin Hartina masih Islam tetapi telah dipaksa membuat surat sumpah yang mengatakan dia tidak mempraktikkan lagi agama Islam. Berhubung dengan itu mereka (pihak lelaki) telah menukar namanya dari Hartina kepada Nivashiny Rajeswaran.Dalam peraturan perkahwinan India, seseorang yang masih bernama Islam tidak boleh berkahwin dengan lelaki India.Oleh sebab itu Hartina menukar namanya terlebih dahulu kemudian baru membuat pendaftaran perkahwinan.
Saya yang tidak dapat pergi ke Kuala Lumpur pada 15 Mac1996 untuk menyambut hari jadi Hartina dan telah pergi pada 26 haribulan sedangkan pendaftaran perkahwinan telah dibuat pada 24 Mac1996 ini bermaknasaya telah terlewat dua hari. Bermakna hak Hartina sebagai anak sudah tiada kerana dia telah menjadi isteri orang. Bila orangnya sudah ramai di rumah tersebut,baru lelaki itu berani menunjukkan segala dokumen-dokumennya. Bila ditunjukkan kepada saya, saya terkejut, jantung saya berdegup.
Saya sebelum ini memang ada penyakit jantung.Ditambah dengan kejadian hari itu saya benar-benar terkejut.Saya bersama isteri berpandangan sendiri.
Apa yang boleh kami lakukan sedangkan kami hanya berdua sahaja. Saya mencadangkan kepada isteri saya agar kami membuat laporan polis.. Kami terus ke balai polis berhampiran iaitu di Petaling Jaya. Laporan itu tidak diterima kerana polis mengatakan yang perkahwinan mereka sah. Yang menyedihkan polis itu juga orang Melayu dan urusan endaftaran perkahwinan dan tukar nama sebelum ini semua dikendalikan oleh orang Melayu.
Jadi saya kata, kepada siapa saya dapat mengadu ?.Mereka menyuruh saya membuat laporan ke Jabatan Agama Islam Wilayah(JAWI) mengatakan anak saya telah dilarikan. Jadi pada 27Mac 1996 (sehari selepas itu) saya membuat laporan polis. Selepas membuat laporan polis, saya dan isteri pulang ke rumah, kami tunggu Hartina dan lelaki India itu tetapi mereka tidak pulang kerumah pada malam itu.
Selepas itu saya membuat aduan di pejabat Agama Wilayah Persekutuan tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil. Inilah yang mengecewakan saya kerana awal-awal lagi saya telah menemui pegawai Pendaftaran yang bertanggungjawabmen ukarkan nama anak saya, saya kata kepadanya "Tuan sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada saya sebab di dalam kad pengenalannya tecatat alamat saya, kenapa Tuan tidak memaklumkan kepada saya?"
Dia kata yang pihaknya telahpun memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Wilayah.. Bila saya semak di JAWI,pegawai di JAWI berkata mereka tidak menerima apa-apa laporan daripada Jabatan Pendaftaran. Bermakna dalam tempoh yang singkat saya telah berulang-alik kesana kemari tanpa sebarang tindakkan yang diambil ke atas Hartina mahupun lelaki India itu.
Selepas kejadian itu mereka langsung tidak pulang ke rumah di Sri Sentosa itu. Saya cuba mencari seorang rakan si lelaki itu yang turut sama berada pada malam 26 Mac itu. Lelaki itu bekerja di Pizza Hut, Subang Jaya.
Saya meminta bantuan polis mencarinya untuk mengetahui di mana Hartina dan teman lelakinya tinggal. Lelaki yang bekerja di Pizza Hut itu mahu bekerjasama dengan polis dan telah menunjukkan tempat tinggal Hartina iaitu di Jalan Kelang Lama. Polis berjaya menangkap mereka.
Keadaan Hartina tetap seperti dahulu, langsung tidak mahu bercakap dengan saya.Ketika itu saya sudah mahu bertindak tetapi apabila memikirkan orang sebelah pihak lelaki India itu ramai, saya membatalkan niat saya.Saya hairan kenapa Hartina langsung tidak mempunyai perasaan lagi pada ibu bapanya. Saya hairan erangainya benar-benar berubah. Jika pada saya dia tidak sayang tidak engapa tetapi bagaimana dengan ibu yang telah mengandungkannya?
Selepas itu saya telah membawa Hartina ke Pulau Pinang dan tinggal bersama saudara-mara. Sedar-sedar dia telah tiada. Adik saya di Perak telah menelefon saya mengatakan pihak lelaki akan mengadakan majlis makan malam bagi meraikan perkahwinan mereka di sebuah dewan di Perak. Pihak lelaki telah mengedarkan kad jemputan kahwin kepada kaum India.Sebaik sahaja mendapat berita itu, saya terus sahaja bertolak ke Perak.
Setibanya saya di Perak, saya terus membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Perak dengan mengatakan pada 15 hb April 1996 pihak lelaki India itu akan mengadakan majlis makan malam. Pada 14April,kira- kira pukul 12.00 tengah malam, Jabatan Agama Islam Perak membuat serbuan dan berjaya menangkap Hartina dan menahannya di Balai Polis Ipoh.
Keesokannya Hartina dibawa ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah reman selama seminggu. Sebelum sampai tempoh seminggu saya mendapat panggilan telefon dari Jabatan Agama Islam Perak yang mereka ingin menyerahkan Hartina kepada saya.Atas faktor keselamatan saya telah menyerahkan Hartina kepada kawan adik ipar saya yang berada di Kelantan.
Jadi pada 20 April1996 dengan bantuan Jabatan Agama Islam Perak, kami berjaya membawa Hartina ke Kelantan.Kami menetap di sana sehingga 1 Mei 1996. Semasa kami di sana, saya diberitahu bahawa pihak lelaki telah menyaman Jabatan Agama IslamPerak kerana telah memalukan mereka di atas pembatalan majlis perkahwinan mereka.
Pegawai Jabatan Agama Islam Perak meminta kami membuat surat sumpah daripada Hartina .Pada 31 April, kami terus membawa Hartina ke Pejabat Agama Islam Kelantan.Di sana Hartina telah mengaku masih beragama Islam dan kembali mengucap dua kalimah syahadah dihadapan tuan Kadi. Tuan Kadi telah mengeluarkan satu surat pengesahan mengatakan bahawa Hartina telah memeluk agama Islam kembali. Surat itu kami hantar ke Kuala Lumpur.
Bermakna kami telah menang atas tuduhan mencolek Hartina Rupa-rupanya ia tidak berhenti setakat itu.Selepas itu sampai lagi satu surat saman malu daripada si lelaki.Di dalam surat itu mereka menuntut gantirugi sebanyak 30juta daripada KerajaanNegeri Perak, Polis, Majlis Agama Islam Perak dan Jabatan Agama Islam Perak atas dakwaan memalukan mereka pada majlis makan malam meraikan perkahwinan mereka. Ini bermakna mereka tidak berpuas hati dan terus mencari alasan untuk merampas Hartina daripada kami.
Dari Kelantan saya terus kembali ke Pejabat Pendaftaran Petaling Jaya untuk proses penukaran kembali nama kepada Hartina di atas persetujuannya. Setelah segala-galanya selesai, pada 1 Mei 1996 kami sekeluarga telah membawanya ke Pulau Pinang.
Di Pulau Pinang keadaan Hartina seperti biasa, dia tetap bergaul dengan saudara mara seperti biasa. Tiba-tiba di sana kami menerima sepucuk lagi surat saman daripada si lelaki mengatakan kami telah menculikisterinya. Saya membawa Hartina ke Mahkamah Pulau Pinang dan peguam di sana telah mengatakan surat itu adalah afidavit tertuduh jadi kami memerlukan seorang peguam dan satu jawapan bertulis.
Pada 9 Mei 1996 saya bersama anak berjaya mendapat seorang peguam dan saya menetap di BatuCaves untuk enguruskannya. Tiba-tiba saya mendapat berita dari Pulau Pinang yang mengatakan Hartina telah tiada. Saya terus mengesannya di Pulau Pinang tetapi tidak berjumpa.Kemudian saya terus ke Shah Alam dan bertemu dengan polis yang mengendalikan kesnya. Pegawai polis tersebut mengatakan bahawa dia ada menerima laporan daripada Hartina yang mengatakan dia keluar daripada rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang secara sukarela.
Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Ketika itu tidak dapat dinyatakan bagaimana perasaan saya, bayangkanlah dalam tempoh yang singkat dan badan yang sudah uzur, saya terpaksa melalui segalanya seorang diri.Saya tinggalkan rumah dan perniagaan sayaberbulan- bulan. Saya asyik berulang alik sahaja ke Kelantan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Shah Alam.
Walaubagaimana banyak laporan yang saya lakukan,tiada langsung tindakan susulan diambil untuk mengesan Hartina dan lelaki India itu boleh pihak berkuasa. Alasan mereka, mereka tidak tahu di mana anak saya dan lelaki itu berada. Akhirnya saya mengupah seorang kawan saya untuk mengintip mereka.Empat minggu kawan saya mencari, minggu keempat baru jumpa.
Kawan saya itu memerlukan masa yang lama kerana dia menguruskannya seorang diri,tambahan pula dia bekerja di waktu siang. Menurut rakan saya ini,Hartina dan lelaki India itu menetap di Taman Medan, Jalan Klang Lama.
Apabila saya mendapat tahu saya terus ke Balai Polis Shah Alam dan mengadu ke bahagian Penguatkuasa. Saya amat Seterusnya saya ke pejabat Kemajuan Islam (JAKIM), Pusat Islam. Mereka menyuruh saya membuat satu laporan baru.
Menerusi laporan yang saya buat, saya Mengatakan yang pihak si lelaki telah menggugat akidah anak saya. Mereka telah menetapkan 5 September 1996 sebagai tarikh untuk menyerbu rumah itu.
Pada 5 Sept 1996 kira-kira jam 11.00 pagi saya bersama seorang pegawai Pusat Islam, dua orang Pegawai Polis dan seorang Penguatkuasa JAIS telah pergi ke rumah tersebut. Kami meminta kebenaran masuk, setelah masuk, kami meminta mereka memberi keterangan diri pula.Bila mendapat keterangan diri,baru saya mendapat tahu Hartina telah menukar kembali namanya kepada nama Hindunya.
Pada 31 September 1995 dia menukar namanya kepada nama Hindu buat pertama kali, pada 30 April1996 saya menukarkan pula nama Hindunya kepada nama Islamnya dan pada 27 Mei 1996 dia menukarkan Namanya kembali kenama Hindu. Bermakna semasa dia keluar dari rumah bapa saudaranya diPulauPinang pada 9 Mei 1996 hanya pada 27 Mei1996 dia menukar kembali namanya ke nama Hindunya. Ini bermakna proses pertukaran nama hanya dalam masa dua minggu sahaja.
Sebelum daripada itu saya ada menalipon pegawai pendaftaran yang bertugas di bahagian menukar nama dan memberi ingatan kepadanya agar jika ada percubaan dari pihak Hartina dan teman lelaki Indianya itu ingin menukarkan nama Hartina kembali, cuba lengahkan.Saya sentiasa berhubung dengan pegawai ini tetapi hasilnya tetap mengecewakan. Hal yang saya tidak ingini tetap berlaku.
Bermakna jika proses pertukaran tidak berlaku tentu kami akan menang kes ini. Tindakan Hartina dan teman lelaki Indianya lebih cepat, ini bukan bermakna saya tidak bertindak,saya telah melakukan dengan sedaya upaya saya, tetapi seperti apa yang saya nyatakan awal-awal tadi, saya melakukannya seorang diri dan pihak berwajib tidak memberikan sepenuh kerjasama kepada saya sekeluarga.
Kejadian serbuan 5 September 1996 itu benar-benar mencabar kewibawaan saya. Ketika Pegawai Penguatkuasa itu berkata"Kami tak boleh berbuat apa-apa", saya terus naik ke tingkat atas, dalam masa saya naik, si lelaki membawa Hartina masuk ke bilik dan menguncinya dari dalam.Kemudian lelaki itu berdiri di hadapan pintu sambil mencekak pinggang.Tujuan saya naik ketika itu adalah untuk memujuk Hartina, tetapi lelaki India terlebih dahulu telah membawa Hartina masuk ke dalam bilik.
Saya bersuara dengan lembut untuk memujuk lelaki itu supaya memeluk Islam dan selepas itu dia boleh mengambil anak saya sebagai isteri dan saya boleh memberikan rumah saya di Seri Sentosa itu kepada mereka. Itulah perkataan yang saya ulang beberapa kali, tetapi lelaki India itu diam sahaja.
Tidak lama kemudian dia bersuara dalam bahasa Tamil dengan perkataan yang sungguh kesat dan kurang bersopan. Katanya: "kalau hendak mengadu, mengadulah, apa kerajaan Malaysia boleh tolong kamu?" Sambil itu dia mengutuk Islam dengan kata-kata yang lucah.Ketika itu saya tahu bukan dia seorang sahaja yang terlibat, tetapi mungkin ada dalang di belakangnya. Ketika dia menghina Islam, saya tidak dapat menahan perasaan, kesabaran saya tercabar. Hati saya benar-benar panas, saya mengeluarkan pisau lipat dari poket seluar dan saya tidak sedar yang pisau itu saya gunakan untuk mengelar lehernya.
Saya juga tidak menghiraukan polis yang ada di belakang saya yang ketika itu sedang menghubungi ketuanya untuk mendapatkan kebenaran pecah pintu untuk membawa Hartina kebalai.Polis itu terkejut dan segera menahan darah yang memancut keluar dari leher Rajeswaran dan membawanya turun ke bawah.
Berikutan peristiwa itu saya telah ditahan sehingga 16 Sept 1996 dengan jaminan RM3000..00. Setelah dibebaskan, sepanjang bulan September saya tidak ke mana-mana lagi , hanya duduk di rumah sahaja. Pada 1 Oktober 1996 saya mula berniaga. Kegiatan saya selepas itu hanya berniaga dan duduk di rumah sahaja. Kebetulan pada 1Disember 1996 Hartina dan Rajeswaran datang bersama dengan rombongannya dan minum betul-betul dihadapan tempat saya berniaga. Apa niat sebenar mereka ?.
Saya mula berniaga jam 6.00 petang dan saya ditemani anak bongsu saya Syukur Yazit yang ketika itu berumur 14 tahun. Semasa saya baru mengeluarkan barang perniagaan sate saya, lebih kurang empat atau lima meter dihadapan saya, saya nampak mereka semua sedang minum. Saya meletakkan barangan sate saya dan cuba pergi kearahnya (Hartina). Tujuan saya adalah untuk bersembang dan memujuknya sekali lagi.Mana tahu jika hatinya terbuka untuk
kembali semula kepada Islam.
Seelok sahaja saya sampai, Hartina bangun, seorang demi seorang kawan-kawannya bangun. Saya tahu mereka bersedia untuk menyerang saya, saya berpatah semula ke gerai untuk mengambil parang untuk mempertahankan diri.Tanpa saya sedari di belakang saya orangnya sudah menunggu.Lelaki yang bertubuh besar itu menendang saya dari arah belakang. Saya yang sememangnya ada penyakit jantung dan sakit belakang tidak mampu melawan.Saya jatuh tersungkur.Selepas itu kawan-kawannya yang lain datang meluru ke arah saya, ada yang menendang, memijak, menumbuk dan bermacam-macam lagi mereka buat pada saya.
Ada juga yang melemparkan batu ke arah saya.Akhirnya saya pengsan kerana tiada tenaga untuk melawan. Apabila saya tersedar saya dapati, saya berada di Hospital Kampar. Dari Hospital Kampar saya dihantar ke Hospital Ipoh.
Semasa di hospital saya nampak ada seorang polis menuju ke arah saya. Saya ingatkan polis mengawal saya, tetapi rupa-rupanya mereka menjaga saya agar tidak melarikan diri kerana saya disabit melakukan jenayah di atas aduan Hartina yang mengatakan saya menyerang mereka.
Saya menyoal polis itu: "Apakah hanya untuk minum petang sanggup datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk minum di situ?" Berdasarkan lapuran polis yang dibuat oleh Hartina itu, keluar saja dari wad saya terus dibawa ke balai dan ditahan didalam lokap selama lapan hari. Bayangkanlah dari wad saya terus ke balai tanpa pulang ke rumah dahulu.
Bila saya masuk lokap, saya lihat Yazit sudah ditahan. Dia dimasukkan dua hari sebelum saya ditahan.Baru saya tahu rupa-rupanya semasa saya diserang, Yazit telah bertindak mngambil parang dan membelasah orang-orang rajeswaran. Itulah kasih anak, dalam usia14 tahun sanggup menggunakan senjata tajam semata-mata untuk mempertahankan bapa. (En.Kamaruddin terhenti seketika sambil menyapu airmata).
Selepas sembilan hari kami dibebaskan dengan jaminan RM2000.00 seorang.Selepas itu saya hanya berehat sahaja dirumah kerana badan saya masih terasa sakitnya. Walaupun saya berehat di rumah,saya terus berhubung dengan peguam saya untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan Hartina dan Rajeswaran.
Setelah empat bulan berehat, saya mendapat surat dari Mahkamah yang telah menetapkan 4 Mei 1998 sebagai tarikh perbicaraan pertama dijalankan.
Rajeswaran adalah saksi ketiga. Selepas dua minggu daripada tarikh perbicaraan itu, iaitu pada 20 Mei 1998 pada sebelah pagi, Rajeswaran terkena dua das tembakan.
Maknanya sejak dari Mac 1996 Rajeswaran tidak kena apa-apa tembakan pun, tiba-tiba pada 20 Mei iaitu selepas tarikh perbicaraan dia terkena tembakan. Berdasarkan atas apa yang mereka lapor sebelum ini ada mengatakan jika ada apa-apa terjadi ke tasnya, orang pertama yang disyakki adalah saya. Berikutan dengan itu saya telah tahan sekali lagi di Balai Polis Kampar selama tiga jam pada 20 Mei 1998.Saya diheret bersama Yazit yang turut juga disyaki.
Yang menghairankan ialah Yazit turut dituduh terlibat sedangkan ketika itu usianya baru 16tahun.. Jika benar saya melakukan, takanlah budak seusia Yazit yang akan saya babitkan bersama. Kami berdua digari.Polis yang menggari kami juga terkejut melihat saya. Sebenarnya sebelum kejadian itu polis telah berjumpa dengan saya, memberi nasihat agar tidak lagi melakukan kekecohan dan menasihati saya agar melakukan solat hajat dan berdoa.
Saya ikut nasihatnya, tambahan pula saya baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang.Takkanlah saya tergamak melakukan perkara merbahaya itu?
Tetapi saya tidak berkuasa, saya hanya menurut perintah dan arahan pihak polis. Kami telah disoal,Yazit telah dipaksa mengaku bahawa kami yang merancang kejadian tembakan itu.
Selepas seminggu Yazit dibebaskan, saya masih ditahan selama dua minggu.Segala akuan saya disiasat. Mereka bertanya saya telah mengupah siapa dan berapa yang saya bayar untuk mengupah penjenayah itu.Saya tetap tidak mengaku kerana saya tidak tahu apa-apa. Mereka memukul Yazit dengan tujuan supaya saya mengaku setelah melihat Yazit diseksa dengan teruk.
Akhirnya Yazit terpaksa berbohong dan mengaku ada melakukannya kerana sudah tidak tahan dipukul dengan teruk. Saya katakan kepada polis, apabila keadaan semakin teruk, segala yang benar menjadi palsu dan perkara palsumenjadi benar. Saya tetap tidak mengaku sehingga polis menangguhkan kes saya untuk di bicarakan.
Selepas dua minggu saya di bebaskan,sehingga kini ia masih dalam kes. Itulah serba sedikit kejadian dan rentetan peristiwa yang dialami oleh kami sekeluarga. Bukan tujuan saya untuk membuka aib sendiri,bahkan ianya lebih bertujuan sebagai pengajaran dan panduan kepada oranglain.Apa yang saya harapkan agar tidak ada lagi Hartina kedua selepas kejadian yang menimpa Hartina, anak saya itu.
Sebelum tidur macam-macam perkara yang saya fikirkan. Adakalanya timbul persoalan, kenapa begitu kuat ujian yang saya perlu tempuhi?. Kenapa saya yang melalui segala ini? Apabila teringatkan terjemahan ayat dari surah An'am ayat 125 saya beristighfar. Ayat yang bermaksud. "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dan sesiapa yang tidak dikehendaki, maka akan disempitkanNya" .
Apabila sesuatu perkara telah menimpa ke atas kita, kita harus menerimanya sebagai salah satu daripada rukun Iman. Qada dan Qadar dari Allah, itu adalah kehendak Allah. Itulah caranya saya memujuk hati saya.Harapan saya sekarang ialah agar Hartina kembali kepada Islam. Dunia ini luas, duduklah di mana-mana asalkan dalam agama Islam. Tidak perlulah dia kembali kepada kami.
Bukan kami tidak memaafkannya, tetapi cukuplah penderitaan dan penyiksaan yang kami lalui atas perbuatannya itu.
DONATE
Memaparkan catatan dengan label Sekadar Renungan. Papar semua catatan

Rabu, 16 Disember 2009
Rabu, 1 April 2009
Makanan-Makanan Berkhasiat yang Dicadangkan bagi Penuntut Ilmu
1. Madu Lebah : Khazanah Alam yang Termasyhur
"Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."
Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."
Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu Madu dan Al-Qur'an."
Kelebihan Madu dari Sudut Sains
Sebenarnya madu amat banyak faedahnya kepada manusia, antara yang terbukti oleh sains ialah:
* Madu mengandungi vitamin dan antioksidan ("pinocembrin" yang hanya boleh ditemui di dalam madu), tetapi ia bebas lemak, bebas kolesterol dan bebas garam.
*Menurut kajian sains, terdapat 2 peringkat tenaga yang dibekalkan oleh madu. Glukos dalam madu diserap dengan cepat oleh badan dan memberikan tenaga segera. Fruktos pula diserap lebih perlahan lantas membekalkan tenaga berterusan kepada badan manusia.
*Dr. Paul Gold seorang Profesor Psikologi dari University of Virginia berkata , "manusia dapat mengingati sesuatu perkara dengan lebih baik selepas mereka mengambil glukos, sejenis gula yang terdapat dalam madu"
*
Madu juga mengandung vitamin B1, B2, C, B6 dan B3. Komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang diperolehi lebah
2. Kurma : Makanan Paling Digemari Rasulullah S.A.W.
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat istimewa serta kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
"Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". -Kajian Prof Madya Aslah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) - Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001.
*
Prof Madya Aslah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
*
Mengikut pendapat pakar perubatan lain, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Mungkin inilah hikmatnya apabila wahyu diturunkan oleh Allah kepada ibu Nabi Isa a.s iaitu Saidatina Maryam binti Imran menyuruh beliau memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas melahirkan Nabi Isa A.S.
*
Menurut Prof Madya Aslah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. Sebagaimana kita tahu, perbuatan memberi makan kurma kepada kanak-kanak yang baru lahir adalah sunnah Rasulullah S.A.W sebagaimana tersebut dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: "Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma."
3. Habbatus Sauda' - Penawar Berbagai Penyakit
Habbatus Sauda' atau juga dikenali dengan nama Jintan Hitam adalah sejenis herba yang mempunyai banyak khasiat dan kelebihan. Herba ini terkenal sejak zaman dahulu lagi malah dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Tetaplah kamu dengan Al-Habbatussauda’ ini, kerana sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali As-Sam (Maut).” Riwayat Al Bukhary
Kajian moden mendapati Habbatus Sauda’ mengandungi zat-zat mineral yang amat diperlukan untuk meningkatkan daya ketahanan badan manusia. Ia mengandungi bahan-bahan kesihatan sistem jantung seperti lemak tak tepu, Asid Alpha – Linolenic (Omega – 3), Asid linoleic (Omega – 6), 15 jenis asid amino termasuk 8 dari jenis yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh.
Jurnal Saintifik Amerika Syarikat melaporkan Habbatus Sauda’ bermanfaat pada tubuh kerana ia mengandungi bahan antihistimin, antioksidan, antibiotic, antimycotic (basmi kulat) dan kesan pengembangan saluran pernafasan yang penting bagi penyembuhan sakit bronchitis dan batuk.
Secara tradisi Habbatus Sauda' digunakan untuk mendapatkan faedah-faedah berikut:
*
menguat dan menambahkan daya ketahanan badan,
*
mengeluarkan angin dalam badan,
*
melawas kencing,
*
melancarkan kitaran haid,
*
menggalakkan kesihatan kulit dan kuku,
*
meningkatkan pengeluaran susu ibu
*
dan digunakan untuk mengawal kandungan gula dalam darah bagi pesakit diabetes mellitus atau penyakit kencing manis.
4. Kismis (Anggur) : Lambang Nikmat daripada Allah S.W.T
Allah swt telah menyebut mengenai buah anggur di dalam Al-Quran sebanyak 6 kali. Semua perkara yang berkaitan dengan buah anggur di dalam Al-Quran melambangkan nikmat dan kurnia Allah kepada hambanya.
Dinyatakan di dalam kitab "At-Tib An-Nabawi" (Perubatan Nabi) dalam hadis yang bermaksud: "Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis), ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut." Kismis mengandungi mineral (kalsium & fosforus), Vitamin A & B, glukos dan fruktos.
5. Ginkgo : Dinobatkan sebagai 'Tonik Otak'
Para ahli perubatan Cina, tanaman ini kemudian disyorkan sebagai salah satu tanaman yang berkhasiat dan telah digunakan lebih dari 5000 tahun yang lalu. Tanaman yang dapat hidup selama 1000 tahun ini tahan terhadap serangan serangga, penyakit dan pencemaran. Daunnya yang berbentuk seperti kipas dan dapat tumbuh hingga mencapai ketinggian lebih dari 30 meter.
Hasil kajian membuktikan, Ginkgo mampu untuk meningkatkan kesihatan mental dan fizikal. Ginkgo juga mampu meningkatkan aliran darah ke otak termasuk sistem saraf otak serta mampu untuk melindungi sel-sel saraf.
Ginkgo juga berkemampuan untuk merawat penyakit asma di samping mempunyai kandungan anti-oksidan yang tinggi.
Daun pokok GInkgo berupa
kipas besar.
6. Badam - Bukan Sekadar Pelengkap Masakan
Badam mengandungi 59% lemak dan 21% protein yang berkualiti seperti protein susu. Ia juga mengandungi vitamin A dan B disamping mineral-mineral seperti kalsium, magnesium, kalium, fosforus dan ferum. Badam tidak mengandungi bakteria pereputan (putrefactive bacteria). Oleh itu ia tidak mudah mereput walaupun di dalam badan. Dari itu badam boleh dianggap sebagai makan yang bersih dan steril. Setiap 100gm badam boleh memberikan 661 kalori tenaga, hampir menyamai mentega.
Badam berkhasiat di dalam kes diabetes kerana ia tidak mengandungi kanji. Selain dari itu, badam juga berguna di dalam kes-kes riketsia, radang ginjal (nephritis), tifoid, pereputan instestin, cirit busuk (putrid diarrhea), anemia sekunder dan keasidan badan (hyperadcidity). Campuran badam di dalam minuman juga baik untuk mereka yang banyak menggunakan tenaga minda di dalam tugasan harian.

Selasa, 30 September 2008
Khutbah Raya pada 1 Syawal 1429
“ AIDIL-FITRI HARI KEMENANGAN BAGI UMAT ISLAM ”
( 01 Oktober 2008 / 01 SYAWAL 1429H )
*اَللهُ أَكْبَرُ, اَللهُ أَكْبَرُ, اَللهُ أَكْبَرُ, * اَللهُ أَكْبَرُ, اَللهُ أَكْبَرُ, اَللهُ أَكْبَرُ
*اَللهُ أَكْبَرُ, اَللهُ أَكْبَرُ, اَللهُ أَكْبَرُ, *وَللهِ الْحَمْدُ
اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ للهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاَ.
لاَ اِلَهَ إِلاَّّ اللهُ وَحْدَهُ,
صَدَقَ وَعْدَهُ,
وَنَصَرَ عَبْدَهُ,
وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَهَ إِلاَّ الله ُ وَحْدَهُ َلا شَرِيْكَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَالتَّابِعِينَ وَتَابِعِيْهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ, فَيَا عِبَادَ الله إِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَاَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Pada hari yang mulia ini, semua umat Islam di seluruh dunia menyambut hari raya idilfitri yang merupakan hari kemenangan bagi kita semua, kerana telah berjaya menempuh satu ujian yang berat. Sebulan lamanya kita telah berpuasa dengan penuh keikhlasan dan kesabaran dalam menempuh pelbagai ujian dan dugaan, ini semata-mata untuk mencari keredhaan Allah S.W.T.
اَللهُ أَكْبَرُ, اَللهُ أَكْبَرُ, اَللهُ أَكْبَرُ, وَللهِ الْحَمْدُ
Muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian,
Ketahuilah bahawa tidak ada yang lebih menggembirakan kita semua melainkan puasa yang kita laksanakan itu diterima oleh Allah S.W.T. Kita hendaklah sentiasa berdoa semoga Allah S.W.T. menerima segala amalan puasa kita pada tahun ini agar lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Maka pada hari ini kita tambahkan lagi kegembiraan itu dengan ucapan pujian serta kesyukuran kepada Allah, iaitu dengan menunaikan zakat fitrah, melakukan solat sunat hari raya, bersedekah, mengeratkan silaturrahim dan sebagainya. Inilah pengisian penting di hari raya dan inilah yang dimaksudkan kegembiraan bagi orang yang berpuasa. Hal ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:
كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضَعْفٍ, قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ : إِلاَّ الصَّوْمُ فَإِنَّهُ لِيْ وَأَنَا أَجْزِيْ بِهِ, يَدْعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِيْ, لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ : فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ, وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبَّهِ, وَلَخُلُوْفُ فِيْهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ مِنْ رِيْحِ الْمِسْكِ. (رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya:
“Semua amalan anak Adam a.s. digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya sehingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza wa Jalla berkata : “melainkan ibadat berpuasa (sahaja), kerana ianya untukku dan aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanan kerana-Ku ”. Bagi orang yang berpuasa mereka akan mendapat dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah Taala daripada bau kasturi.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Muslimin dan muslimat yang dihormati sekalian,
Setelah selesai kita berpuasa sebulan pada tahun ini, marilah kita berazam agar segala amalan pada bulan Ramadhan dapat kita terus melakukan sepanjang tahun. Kita tidak mahu amalan di bulan Ramadhan itu hanya dijadikan sebagai adat yang akan dilaksanakan setahun sekali sahaja, bahkan bulan Ramadhan itu sebenarnya adalah sebagai latihan untuk kita amalkan sepanjang masa. Amalan berpuasa bukan sekadar sebagai amalan menahan diri dari makan dan minum atau menjauhi tuntutan-tuntutan biologi semata-mata, tetapi ia adalah suatu bentuk pendidikan untuk menyemai dan mengukuhkan kesedaran dan kewujudan Allah S.W.T. Kesedaran berlandaskan ketakwaan inilah membimbing seseorang ke arah menghasilkan tingkah laku yang baik dan terpuji, di samping tampil sebagai seseorang yang berbudi pekerti, mulia dan menjadi teladan kepada semua.

Islam telah mensyariatkan kita semua memulakan pagi hari raya dengan melaksanakan sembahyang sunat hari raya yang mana terkandung di dalamnya ucapan-ucapan syukur, zikir dan doa. Pada hari ini juga, jelas kelihatan semua umat Islam gembira dan riang, dipenuhi dengan suasana ceria dan mesra serta masing-masing saling berkunjungan dan mengucapkan selamat antara satu sama lain. Islam juga menganjurkan umatnya mengambil kesempatan dari hari raya ini dengan memupuk perasaan kasih muhibbah antara satu sama lain, lebih-lebih lagi kepada kedua ibu bapa, kaum keluarga, jiran tetangga, sahabat handai dan masyarakat yang ada di sekeliling kita tanpa mengira pangkat dan usia. Sama-samalah kita manfaatkan kesempatan di hari yang mulia ini untuk bermaaf-maafan dan berbakti sesama manusia yang mungkin jarang sekali kita lakukan di masa-masa yang lain supaya matlamat perayaan hari raya ini akan tercapai.
Di antara amalan-amalan yang sangat dituntut untuk dilakukan dalam kita menyambut hari raya ini ialah:
1. Memperbanyakkan ucapan takbir, tasbih dan tahmid kepada Allah Taala.
2. Amalan ziarah menziarahi bagi mengeratkan hubungan silaturrahim.
3. Memohon kemaafan serta bersedia memberi maaf kepada yang meminta.
4. Amalan bersedekah kepada golongan yang memerlukan.
5. Mengelakkan diri dari melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh agama.
Oleh yang demikian, alangkah rugi serta amat dukacita sekiranya terdapat di kalangan umat Islam pada hari ini yang meraikan hari raya tanpa mengikut panduan yang digariskan oleh Islam. Di antaranya ialah seperti lalai dengan hiburan sehingga lupa mengingati Allah Taala, melakukan pembaziran dalam berbelanja sehingga menyebabkan terpaksa menanggung hutang dan sebagainya.
Oleh kerana itu, Islam mengingatkan kita supaya sentiasa berjimat cermat dengan mewujudkan sifat merancang di dalam berbelanja supaya jangan kita dibebani dengan hutang yang banyak dan menyulitkan untuk membayarnya. Ini kerana kesan hutang yang banyak dan tidak mampu untuk dibayar boleh menyebabkan kita akan diburu oleh pemiutang yang mana boleh mengancam nyawa sendiri dan keluarga.

Islam mengajar umatnya walau di mana sahaja berada supaya taat dalam melaksanakan perintah Allah Taala dan meninggalkan larangan-Nya serta sentiasa menjalinkan hubungan baik sesama manusia. Dalam hal ini sekiranya terdapat di kalangan umat Islam atau sesiapa sahaja yang ditimpa kesusahan atau musibah, maka hendaklah segera dibantu samada dari segi tenaga mahu pun kewangan.
Namun begitu, kita merasa amat dukacita bila masih terdapat di kalangan umat Islam di beberapa pelusuk dunia pada hari ini tidak dapat menyambut hari raya sebagaimana sepatutnya kerana mereka sentiasa terbelenggu dengan peperangan, penderitaan, ditimpa pelbagai musibah, kemiskinan dan bermacam lagi. Bahkan sepanjang Ramadhan yang baru sahaja berlalu, masih terdapat di kalangan umat Islam yang hidup di negara-negara yang ditimpa musibah hanya mampu berpuasa dan menyambut hari raya dalam suasana yang dihimpit oleh rasa ketakutan, kekurangan dan serba kedhaifan.
Oleh itu, sebagai umat Islam di negara ini, marilah kita bersyukur kepada Allah Taala kerana kita tidak merasai semua itu dan dapat menikmati kehidupan yang baik serta dapat berhari raya dalam suasana aman tenteram.
Muslimin dan muslimat yang berbahagia sekalian,
Akhirnya, bersempena pada hari yang mulia ini, marilah sama-sama kita sucikan jiwa dengan kembali kepada fitrah sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Selain itu, kita juga hendaklah mengawasi diri dan keluarga kita agar tidak hanyut dengan perkara-perkara yang melalaikan kerana ianya boleh mencacatkan suasana menyambut hari raya.
Firman Allah SWT. dalam surah Ibrahim, ayat : 7
Maksudnya:
“Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras”.
بَارَكَ اللهُ لِى وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَآنِ الْعَظِيْمِ, وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ, وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ, إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِى هَذَا, وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِى وَلَكُمْ, وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ, وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ, فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.
خطبة كدوا عيد الفطرى
* اللهُ أَكْبَر، اللهُ أَكْبَر، اللهُ أَكْبَر * اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
* اللهُ أَكْبَر، وَللهِ الْحَمْدُ.
الْحَمْدُ للهِ الَّذِى لَهُ مَا فِى السَّمَوَاتِ وَمَا فِى الأَرْضِ وَلَهُ الْحَمْدُ فِى الأَخِرَةِ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَه، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ سَيِّدُ الْخَلائِقِ وَالْبَشَرِ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ ﭐلْمُتَّقُوْن.
مسلمين دان مسلمات يغ بربهاضيا،
سباضايمان كيت سديا معلوم، رمضان دافت ممبنتوق كمولياءن دان كقواتن جيوا، دمكينله جوض دغن مغلواركن زكاة يغ واجب سام اد زكاة فطرة اتاو زكاة هرتا ترماسوق عملن2 لاءين سفرتي صدقة، صلاة سونة دان سباضايث. هندقث هاري اين بوكنله منجادي نقطه كفد عملن2 يغ دلاكوكن دبولن رمضان. سباليقث دتروسكن د بولن2 برايكوتث. نبى محمد صلى الله عليه وسلم ساغت منكنكن تنتغ فواسا سونة انم هاري دبولن شوال برداسركن حديث يغ دروايتكن اوليه امام ابو داود دري ابو ايوب رضي الله عنه:
" مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ بِسِتٍّ مِنْ شَوَّالٍ فَكَأَنَّمَا صَامَ الدَّهْرَ. "
مقصودث: "سسيافا يغ برفواسا دبولن رمضان، كمدين مغيكوتيث دغن برفواسا انم هاري دبولن شوال، مك سأوله-اوله دي برفواسا سفنجغ تاهون."
اضام إسلام مغنجوركن اضر مشاركت إسلام هيدوف برساتو فادو، بركاسيه سايغ، براخلاق مليا دان تيدق اد فراساءن بنخي-ممبنخي، برفواق-فواق، ممندغ فغكت دان درجت. فرمان الله دالم سورة الحجرات ايات 11:
مقصودث: "واهاي اورغ2 يغ برايمان، جاغنله سكومفولن اورغ لاكي2 مرندهكن كومفولن يغ لاءين، بوليه جادي يغ دترتاواكن ايت لبيه باءيق دري مريك. دان جاغن فولا سكومفولن فرمفوان مرندهكن كومفولن لاءينث، بوليه جادي يغ درندهكن ايت لبيه باءيق. دان جاغنله سوكا منخلا ديريمو سنديري دان جاغن ممغضيل دغن ضلرن يغ مغاندوغ ايجيقن. سبورق-بورق فغضيلن اداله (فغضيلن) يغ بوروق سسوده ايمان دان بارغسياف يغ تيدق برتوبة، مك مريك ايتوله اورغ2 يغ ظاليم."
اخيرث، ماريله سام2 كيت مغمبيل كسمفتن عيد الفطرى المبارك اين اونتوق كيت ممفرتيغكتكن هوبوغن دغن الله سبحانه وتعالى دغن ممبريكن كوميتمن يغ فادو كفد فرينته2 الله سبحانه وتعالى، بضيتو جوض هوبوغن سسام ماءنسي دغن مغهيدوفكن عملن برمعاف-معافن دان ممفركوكوهكن هوبوغن صلة الرحيم. سموض كهيدوفن كيت دبركتي الله سبحانه وتعالى ددنيا دان اخيرة. سلامت هاري راي عيد الفطرى.
اللهُ أَكْبَر، اللهُ أَكْبَر، اللهُ أَكْبَر، وَللهِ الحَمْد.
إِنَّ اللهَ وَمَلآئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ، يآأَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
وَارْضَ اللَّّهُمَّ عَنِ الصَّحَابَةِ وَالْقَرَابَةِ أَجْمَعِيْنَ. وَعَنِ التَّابِعِيْنَ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنَ.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اْلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَات. اَللَّهُمَّ أَنْزِلِ الرَّحْمَةَ وَالسَّكِيْنَةَ وَالسَّلاَمَةَ وَالْعَافِيَةَ عَلَى مَلِكِنَا،
سري فدوك بضيندا يغ دفرتوان اضوغ الواثق بالله توانكو ميزان زين العابدين ابن المرحوم سلطان محمود المكتفي بالله شاه. دان راج فرمايسوري اضوغ توانكو نور زاهيره سرتا فوترا فوتريث.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ مَالِيْزِيَّا وَسَائِرَ بِلاَدِ الْمُسْلِمِيْنَ طَيِّبَةً آمِنَةً مُطْمَئِنَّةً رَخِيَّةً.
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَاَهْلِكِ الْكَفَرَةَ وَالْمُنَافِقِيْنَ اَعْدَاءَكَ اَعْدَآءَ الدِّيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرْ اِخْوَانَنَا الْمُجَاهِدِيْنَ فِيْ لُبْنَانِ، وَفَلَسْطِيْن، وَعِرَاق وَأَفْغَانِسْطَان، وَفِي أَيِّ مَكَانِ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِى سَبِيْلِكَ وَالَّذِيْنَ بَذَلُوْا نُفُوْسَهُمْ فِى دِيْنِكَ. رَبَّنَا آتِنَا فىِ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَآئِ ذِى الْقُرْبىَ، وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْىِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوْهُ عَلىَ نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ.
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ.

Khamis, 18 September 2008
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? maafkan diri saya kerana sejak dua menjak ini kesihatan saya kurang stabil..
mungkin ini dugaan yang Allah takdirkan pada diri saya yang lemah ini supaya saya lebih tabah menghadapi dugaanNYA..
sudah lama saya tidak menulis artikel berkenaan tentang fiqh semasa..di samping masa yang makin sempit disibukkan dengan banyak program kerja berkenaan alam sekitar, saya benar-benar tidak berkesempatan untuk menyediakan artikel untuk tatapan kita bersama..
Untuk pengetahuan sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, sejak dua menjak ni saya asyik kena elergic je.. saya tidak tahu sama ada ia berpunca daripada pemakanan saya atau ia berpunca daripada air yang kotor.. namun begitu, ia adalah takdir Allah jua. pasti ada hikmah nya sakit ini.. nak makan pun berpantang hehe.. Allah dah tarik dah nikmat makan makanan laut. namun itulah lumrah hidup, kejap sihat dan ada kala nk mai sakit, sakit la jg hehe..
Doakanlah kesejahteraan saya di dunia dan di akhirat. saya mendoakan kalian sihat walafiat bersama keluarga tercinta.. dah nk raya dah pasni.. bulan Ramadhan makin hampir ingin meninggalkan kita.. saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabat agat tingkatkan amalan ibadah kepada Allah SWT agar kita menjadi hamba yang bersyukur.. amin.. Apa yang baik datangnya daripada Allah.. jika ada salah silap, maafkan saya.. maaf zahir dan batin.. Selamat berpuasa dan Selamat berhari Raya.. Sekian, Wassalam

Jumaat, 4 Julai 2008
Video clip nasyid yg benar-benar menyedarkan saya
Sahabat-sahabat dan para pelawat blog yang dirahmati Allah sekalian, saya ingin berkongsi manfaat daripada video clip nasyid yang saya sediakan di bawah ini sebagai satu pengajaran buat kita semua. Saya amat berharap kesudian anda semua melihat isi video clip lagu nasyid arab ini..
Forgive me from Ahmad Bukhatir
Al-Quds Tunadina (Baitul Maqdis calling us) from Ahmad Bukhatir
Allah Almighty from Ahmad Bukhatir
Oh my son from Ahmad Bukhatir

Langgan:
Catatan (Atom)