1. Madu Lebah : Khazanah Alam yang Termasyhur
"Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."
Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."
Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu Madu dan Al-Qur'an."
Kelebihan Madu dari Sudut Sains
Sebenarnya madu amat banyak faedahnya kepada manusia, antara yang terbukti oleh sains ialah:
* Madu mengandungi vitamin dan antioksidan ("pinocembrin" yang hanya boleh ditemui di dalam madu), tetapi ia bebas lemak, bebas kolesterol dan bebas garam.
*Menurut kajian sains, terdapat 2 peringkat tenaga yang dibekalkan oleh madu. Glukos dalam madu diserap dengan cepat oleh badan dan memberikan tenaga segera. Fruktos pula diserap lebih perlahan lantas membekalkan tenaga berterusan kepada badan manusia.
*Dr. Paul Gold seorang Profesor Psikologi dari University of Virginia berkata , "manusia dapat mengingati sesuatu perkara dengan lebih baik selepas mereka mengambil glukos, sejenis gula yang terdapat dalam madu"
*
Madu juga mengandung vitamin B1, B2, C, B6 dan B3. Komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang diperolehi lebah
2. Kurma : Makanan Paling Digemari Rasulullah S.A.W.
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat istimewa serta kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
"Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". -Kajian Prof Madya Aslah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) - Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001.
*
Prof Madya Aslah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
*
Mengikut pendapat pakar perubatan lain, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Mungkin inilah hikmatnya apabila wahyu diturunkan oleh Allah kepada ibu Nabi Isa a.s iaitu Saidatina Maryam binti Imran menyuruh beliau memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas melahirkan Nabi Isa A.S.
*
Menurut Prof Madya Aslah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. Sebagaimana kita tahu, perbuatan memberi makan kurma kepada kanak-kanak yang baru lahir adalah sunnah Rasulullah S.A.W sebagaimana tersebut dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: "Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma."
3. Habbatus Sauda' - Penawar Berbagai Penyakit
Habbatus Sauda' atau juga dikenali dengan nama Jintan Hitam adalah sejenis herba yang mempunyai banyak khasiat dan kelebihan. Herba ini terkenal sejak zaman dahulu lagi malah dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Tetaplah kamu dengan Al-Habbatussauda’ ini, kerana sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali As-Sam (Maut).” Riwayat Al Bukhary
Kajian moden mendapati Habbatus Sauda’ mengandungi zat-zat mineral yang amat diperlukan untuk meningkatkan daya ketahanan badan manusia. Ia mengandungi bahan-bahan kesihatan sistem jantung seperti lemak tak tepu, Asid Alpha – Linolenic (Omega – 3), Asid linoleic (Omega – 6), 15 jenis asid amino termasuk 8 dari jenis yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh.
Jurnal Saintifik Amerika Syarikat melaporkan Habbatus Sauda’ bermanfaat pada tubuh kerana ia mengandungi bahan antihistimin, antioksidan, antibiotic, antimycotic (basmi kulat) dan kesan pengembangan saluran pernafasan yang penting bagi penyembuhan sakit bronchitis dan batuk.
Secara tradisi Habbatus Sauda' digunakan untuk mendapatkan faedah-faedah berikut:
*
menguat dan menambahkan daya ketahanan badan,
*
mengeluarkan angin dalam badan,
*
melawas kencing,
*
melancarkan kitaran haid,
*
menggalakkan kesihatan kulit dan kuku,
*
meningkatkan pengeluaran susu ibu
*
dan digunakan untuk mengawal kandungan gula dalam darah bagi pesakit diabetes mellitus atau penyakit kencing manis.
4. Kismis (Anggur) : Lambang Nikmat daripada Allah S.W.T
Allah swt telah menyebut mengenai buah anggur di dalam Al-Quran sebanyak 6 kali. Semua perkara yang berkaitan dengan buah anggur di dalam Al-Quran melambangkan nikmat dan kurnia Allah kepada hambanya.
Dinyatakan di dalam kitab "At-Tib An-Nabawi" (Perubatan Nabi) dalam hadis yang bermaksud: "Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis), ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut." Kismis mengandungi mineral (kalsium & fosforus), Vitamin A & B, glukos dan fruktos.
5. Ginkgo : Dinobatkan sebagai 'Tonik Otak'
Para ahli perubatan Cina, tanaman ini kemudian disyorkan sebagai salah satu tanaman yang berkhasiat dan telah digunakan lebih dari 5000 tahun yang lalu. Tanaman yang dapat hidup selama 1000 tahun ini tahan terhadap serangan serangga, penyakit dan pencemaran. Daunnya yang berbentuk seperti kipas dan dapat tumbuh hingga mencapai ketinggian lebih dari 30 meter.
Hasil kajian membuktikan, Ginkgo mampu untuk meningkatkan kesihatan mental dan fizikal. Ginkgo juga mampu meningkatkan aliran darah ke otak termasuk sistem saraf otak serta mampu untuk melindungi sel-sel saraf.
Ginkgo juga berkemampuan untuk merawat penyakit asma di samping mempunyai kandungan anti-oksidan yang tinggi.
Daun pokok GInkgo berupa
kipas besar.
6. Badam - Bukan Sekadar Pelengkap Masakan
Badam mengandungi 59% lemak dan 21% protein yang berkualiti seperti protein susu. Ia juga mengandungi vitamin A dan B disamping mineral-mineral seperti kalsium, magnesium, kalium, fosforus dan ferum. Badam tidak mengandungi bakteria pereputan (putrefactive bacteria). Oleh itu ia tidak mudah mereput walaupun di dalam badan. Dari itu badam boleh dianggap sebagai makan yang bersih dan steril. Setiap 100gm badam boleh memberikan 661 kalori tenaga, hampir menyamai mentega.
Badam berkhasiat di dalam kes diabetes kerana ia tidak mengandungi kanji. Selain dari itu, badam juga berguna di dalam kes-kes riketsia, radang ginjal (nephritis), tifoid, pereputan instestin, cirit busuk (putrid diarrhea), anemia sekunder dan keasidan badan (hyperadcidity). Campuran badam di dalam minuman juga baik untuk mereka yang banyak menggunakan tenaga minda di dalam tugasan harian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan