DONATE

Rabu, 12 Julai 2017

Amalan Ilmu Hitam dan Sihir: Suatu Kajian Terhadap Jenayah Syariah (part 2)

Ø Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-33 yang bersidang pada 11 Oktober 1993 telah membincangkan isu berkaitan amalan ilmu hitam dan sihir. Muzakarah telah memutuskan bahawa :

1)   Perbuatan sihir adalah dosa besar dan boleh membawa kepada syirik dan hukum mempelajarinya adalah haram.
2)   Pengamal sihir yang mendatangkan mudharat kepada manusia adalah berdosa besar dan pelaku jenayah, maka wajib dihukum qisas/ hudud.
3)   Pihak berkaitan hendaklah menyediakan peruntukan undang-undang bagi menghukum pengamal-pengamal yang sabit melakukan sihir.

Keputusan yang dicapai ini menunjukkan bahawa isu berkaitan ilmu dan amalan sihir ini perlu dipandang serius oleh pihak berwajib. Malangnya, sehingga ke hari ini, peruntukan undang-undang yang disyorkan oleh pihak Jawatankuasa Fatwa masih belum digubal oleh mana-mana pihak berkuasa negeri. Justeru, ia menimbulkan pelbagai persoalan terutama mengenai kuasa yang dimiliki oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dan sejauh manakah pematuhan kepada keputusan yang dicapai pada tahun 1993 itu. Oleh itu, masanya sudah tiba bagi pihak-pihak berwajib untuk merealisasikan keputusan tersebut.

      Resolusi yang disepakati dalam beberapa muzakarah dan seminar berkaitan jenayah sihir mendesak agar pihak berwajib mengambil tindakan segera bagi menggubal undang-undang yang boleh menghukum pengamal sihir. Antara muzakarah tersebut ialah :

1)   Muzakarah Pakar : Bentuk Sihir Pengasih dan Metodologi Diagnosis yang telah diadakan pada 17 Disember 2009;
2)   Muzakarah Pakar : Cabaran Pendakwaan Ahli Sihir di Mahkamah yang telah diadakan pada 21 Julai 2010;
3)   Seminar Undang-undang Jenayah Sihir yang telah diadakan pada 10 Oktober 2010;
4)   Seminar Isu-isu Semasa Mahkamah Syariah ke-12 yang telah diadakan pada 2 November 2011;
5)   Persidangan Meja Bulat bagi mewujudkan Modul Istitabah Baitul Iman yang telah diadakan pada 17-20 Januari 2012; dan
6)   Muzakarah bagi membincangkan undang-undang sihir yang telah diadakan pada 28-30 April 2013


Satu kajian telah dilakukan oleh William Shaw tentang amalan sihir oleh masyarakat di Malaysia sekitar tahun 1975. Dalam bukunya Aspects of Malaysian Magic yang diterbitkan oleh Muzium Negara, beliau menyatakan bahawa hampir saban tahun, sebilangan masyarakat di Malaysia percaya bahawa mereka telah menjadi mangsa sihir dan telah mendapatkan rawatan dari pengamal perubatan tradisional di samping ‘menghantar balik’ sihir itu kepada tuannya.

Pada tahun 2012, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan menyatakan bahawa kerugian akibat penipuan oleh pengamal perubatan tradisional pada tahun 2012 adalah sebanyak RM12.5 juta iaitu pertambahan sebanyak 63.4%.

Tinjauan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2004 pula menunjukkan bahawa sebanyak 69.4% rakyat Malaysia pernah menggunakan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) sekurang-kurangnya sekali semasa hayat mereka. Justeru, bagi tujuan mengawal selia perkhidmatan pengamal PT&K di Malaysia, Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2013 telah diwartakan pada 7 Februari 2013.

Dari aspek perundangan, terdapat beberapa kes yang mempunyai kaitan dengan penggunaan ilmu sihir telah dibicarakan di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Antara kes-kes yang terkenal ialah :

1)   Kes Pendakwa Raya lwn. Mat Saad Mat Isa & 2 Lagi [2005] 1 AMR 29 dan Sabarudin Bin Non & Ors v. PP [2005] 4 MLJ 37 yang menyebut secara terang-terangan bahawa sihir berbentuk santau telah digunakan sebagai salah satu cara untuk membunuh mangsa.
hazleza trial.jpg
2)   Kes Juraimi Bin Husin v. PP dan Mohd Affandi b. Abdul Rahman & Anor v. PP [1998] 1 MLJ 537 yang menyaksikan seorang pengamal ilmu hitam, Mona Fandey, yang telah didakwa membunuh Allahyarham Dato’ Mazlan.
MONA FANDEY, JURAIMI, rahman.jpg
3)   Kes Safura Bte Ya'cob v. Saripah Raziah Bte Mustafa [2003] MLJU 9 (Malayan Unreported Judgments) melibatkan defendan yang didakwa memfitnah plaintif mendapatkan khidmat ahli sihir untuk menyihir beliau.

4)   Kes Mustafa Batcha lawan Habeeba Abd. Rahman [1410] JH 41 melibatkan dakwaan oleh suami bahawa beliau melafazkan talaq dalam keadaan beliau tidak sedar kerana dipengaruhi sihir.
cerai.jpg
Kes-kes di atas menunjukkan wujudnya penggunaan ilmu sihir dalam kehidupan manusia. Walau bagaimanapun, disebabkan ketiadaan peruntukan undang-undang, maka pengamal-pengamal sihir dan individu-individu yang mendapatkan perkhidmatan mereka terlepas dari sebarang tindakan undang-undang.


DEFINISI SIHIR

“Sihir” ertinya mengucapkan atau menulis apa-apa perkataan yang disifatkan sebagai jampi, mantera, atau mengamalkan apa-apa perbuatan tertentu dengan menggunakan bahan atau peralatan tertentu, atau apa-apa cara lain, yang menyalahi hukum syarak, sama ada untuk tujuan mendatangkan dharar kepada seseorang atau selainnya.


CADANGAN PERUNTUKAN KESALAHAN BERKAITAN SIHIR (MASIH BELUM DILAKSANAKAN)


1. Kesalahan mengamalkan sihir

         Mana-mana orang yang mengamalkan sihir adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan disebat tidak melebihi enam sebatan dan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

         MISALAN

Seseorang itu dikatakan mengamalkan sihir dalam keadaan-keadaan berikut :

(i) A memakai tangkal yang diperbuat dari taring harimau yang telah dijampi dengan tujuan dipandang gerun oleh orang lain. A adalah mengamalkan sihir. 

(ii) A, dengan bacaan jampi, membelah abdomen B dengan tangan kosong dan berjaya mengeluarkan batu karang dari abdomen B. A adalah mengamalkan sihir walaupun B sembuh dari penyakitnya itu.


2. Kesalahan menggunakan sihir terhadap orang lain

         Mana-mana orang yang menggunakan amalan sihir terhadap orang lain adalah melakukan satu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan disebat tidak melebihi enam sebatan dan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.


         MISALAN

Seseorang itu dikatakan menggunakan amalan sihir terhadap orang lain dalam keadaan-keadaan berikut :

(i) A menaburkan pasir kubur yang telah dibacakan mantera di laluan masuk premis perniagaan B dengan niat menutup pandangan pelanggan yang datang ke premis B. A telah menggunakan amalan sihir terhadap B.

(ii) A, sambil membaca mantera, menikamkan pisau yang dibalut kain kuning ke bahagian abdomen patung yang dililit padanya gambar B dengan menggunakan benang tiga warna. A telah menggunakan amalan sihir terhadap B.


3. Kesalahan mendapatkan khidmat pengamal sihir

         Mana-mana orang yang mendapatkan khidmat pengamal sihir untuk mencapai apa-apa tujuan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan disebat tidak melebihi enam sebatan dan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.


MISALAN

         Seseorang itu dikatakan mendapatkan khidmat pengamal sihir dalam keadaan-keadaan berikut :

(i) A mengupah B untuk memasang susuk ke mukanya supaya kelihatan cantik. B memasukkan susuk jarum emas yang telah dijampi ke muka A. A mendapatkan khidmat dari pengamal sihir iaitu B manakala B adalah mengamalkan sihir.

(ii) A meminta B, iaitu seorang bomoh, supaya menyebabkan C dan isterinya D, bercerai berai. B lalu membaca mantera terhadap tulang kucing dan tulang anjing yang dibalut bersama dengan nama C dan D, lalu ditanam di bawah rumah C dan D. B adalah melakukan sihir manakala A mendapatkan khidmat sihir dari B.

4. Kesalahan menyebabkan sesuatu sihir itu diamalkan atau disebarkan

         Mana-mana orang yang menyebabkan sesuatu sihir itu diamalkan atau disebarkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan disebat tidak melebihi enam sebatan dan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.


         MISALAN

         Seseorang itu dikatakan menyebabkan sesuatu sihir itu diamalkan atau disebarkan dalam keadaan-keadaan berikut:
(i) A mengajarkan B ilmu santau bagi tujuan untuk membalas dendam terhadap C. B melakukan seperti yang diajar. A adalah melakukan kesalahan menyebarkan sihir manakala B adalah melakukan sihir.


CADANGAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN


1. ADUAN
Borang 5 Ujian Saringan

2. SIASATAN
Siasatan Lanjut

3. TANGKAPAN
S.O.P. Tangkapan Pengamal Sihir

4. GELEDAHAN
S.O.P.  Geledahan

5. SITAAN



Panduan Penyitaan Bahan Sihir

CADANGAN KEPAKARAN:
1. Pakar perubatan
2. Pakar Psikatrik
3.Pakar Perubatan Islam
4. Pakar Forensik

Y.A.A. PROF. DR. MAHMUD SAEDON dalam kes MUSTAFA BATCHA lwn HABEBA ABD RAHMAN [1410] JH 41 ada menyatakan bahawa:
“Hakim Yang Arif tidak langsung mencatatkan di dalam rekod perbicaraannya fakta kes tersebut dan juga beliau telah tidak memanggil dukun yang mengubati Perayu untuk mendapatkan keterangan untuk mempastikan sama ada Perayu benar-benar sakit kena buatan orang (sihir) yang menyebabkan perceraian.”

Al-Khatib As-Syarbini dalam kitabnya, Mughni Al Muhtaj ila Ma’rifat Ma’ani Alfaz al-Manhaj, juz. 4, hal. 1200 menyatakan :
“...seorang yang dahulunya terkenal sebagai ahli sihir, tetapi telah bertaubat dari mengamalkan ilmu tersebut boleh dipanggil sebagai saksi bagi memberikan keterangan mengenai selok belok ilmu sihir...

FORENSIK SIHIR

Khadam Sihir

Bahan Sihir

Kaedah Sihir

Perjanjian dengan syaitan melalui :
Pemujaan

Bahan-bahan sihir  ini terdiri daripada :
Apa sahaja yang berasal dari tubuh mangsa/ penyihir

Kaedah penyihiran yang tertentu seperti :
Mencucuk/ Menikam

Pematuhan Syarat

Bahan yang mempunyai sifat tertentu

Membakar/ Melayur



METODOLOGI PERLAKSANAAN SIHIR

Kes : Pendakwa Raya lwn. Mr X & 2 Lagi
[2005] 1 AMR 29

Isteri bertemu bomoh untuk memulihkan kasih suami kepadanya. Bomoh letakkan syarat berikut:

1.   Air mineral yang dijampi & dipuja bomoh (Khadam Sihir)
2.   Tali hidung kerbau & kuku jari manis kiri dan kanan kepunyaan isteri pertama (Bahan Sihir)
3.   Bahan diatas dimasukkan ke dalam air mineral dan diberi suami minum (Kaedah Sihir)
Setelah suaminya minum air yang dicampurkan bahan-bahan tersebut,  perhubungan mereka baik semula dan suaminya mula mengikut cakap dan kasih padanya.


MENGENAL PASTI MENS REA PENYIHIR MELALUI BAHAN SIHIR

1. MENENTUKAN NIAT PENJENAYAH

Jika seseorang menikam perut seseorang yang lain dengan pisau sehingga menembusi usus dan tali perut, tidak syak lagi bahawa dia mempunyai niat untuk mendatangkan kecederaan yang biasanya boleh membawa kematian.
-Ratanlal & Dhirajlal’s Law of Crimes, 25th ed., hlm. 1315-1316.

Seseorang tidak akan meletakkan pistol yang dia tahu berisi peluru hidup ke kepala seseorang yang lain, dan menarik picunya, kecuali dia ada niat untuk membunuhnya.
-Coleridge J. dalam kes Reg v. Monkhouse (1849) 4 Cox CC 55 (C)

Untuk jadikan mangsa dibenci / dipinggirkan, maka bahan-bahan kotor dan busuk digunakan:

1. DARAH
2.KAIN KAFAN
3. TENGKORAK
4.  BANGKAI/ NAJIS

Untuk menyakiti organ dalaman dan membunuh mangsa, bahan-bahan yang berbisa dan beracun akan digunakan:

1. AIR LIPAN BARA
2. BISA ULAR KAPAK & ULAR SENDUK
3. KATAK PURU BERTANDUK
4. BISA KALA JENGKING
5. BISA GETAH IPUH

Untuk menyakiti fizikal mangsa dan membunuhnya, bahan-bahan yang tajam dan melukakan akan digunakan:

1. KACA, BERUS BESI, KAWAT BESI
2. TALI SABUT
3. SENJATA TAJAM
4. KUKU HAIWAN LIAR
5. PAKU

Untuk menjadikan mangsa tidak keruan, tidak rasional dan gila, bahan-bahan berbentuk simpulan akan digunakan:

1. TALI & BENANG
2. KAIN BERWARNA
3. RAMBUT MANGSA
4. BUNGKUSAN

Untuk menjadikan mangsa bingung, pening, sentiasa tertanya-tanya, hilang fokus dan gila, bahan-bahan yang diambil dalam keadaan tidak stabil akan digunakan:

1. Daun atau ranting yang berpusing-pusing di tengah air sungai
2. Serangga yang tersangkut di sarang labah-labah
3. Benda-benda bergantung yang sentiasa berpusing ke kanan dan ke kiri

Untuk menguasai dan menundukkan mangsa, bahan-bahan dari tubuh mangsa akan digunakan:

1. PAKAIAN MANGSA/ PENYIHIR
2. CECAIR TUBUH DARI MANGSA/ PENYIHIR
3. RAMBUT MANGSA/ PENYIHIR
4. KUKU MANGSA/ PENYIHIR

Untuk menyebabkan mangsa jadi bodoh, atau jadi pemalu, atau dibenci atau digeruni orang, organ tertentu haiwan akan digunakan:

1. TARING/ KUKU HARIMAU @ BABI HUTAN
2. TARING/ KULIT/ BULU ANJING HITAM
3. TULANG KONGKANG, HATI MAWAS PUTIH
4. HATI KURA-KURA @ TULANG DAGU KERA DUKU

Untuk menyebabkan mangsa menderita kesakitan dan mati secara perlahan-lahan, patung dan gambar akan digunakan:

1. Patung dari tanah liat dipuja, dicucuk duri nibung
2. Patung dibuat dari jerami dipuja, dicucuk jarum
3. Gambar mangsa dipuja, disalai dan dibakar



MENGENAL PASTI MENS REA PENYIHIR MELALUI KAEDAH PENYIHIRAN


1. MEMBAKAR/ MEMANGGANG
         Niat untuk menyakiti mangsa
         Boleh jadi membunuh

2. MENGASAP/ MENIUP
         Menguasai mangsa
         Mengurung mangsa

3. MENIKAM/ MENCINCANG
         Membunuh
         Mencederakan

4. MENGIKAT/ MENYIMPUL
         Menguasai tindak tanduk mangsa
         Menyeksa dan mengurung

5. MENYIMPAN/ MENGURUNG
         Menyekat dan menguasai pemikiran atau tindakan mangsa

6. MENYAPU/ MENGOSOK
         Menguasai mangsa
         Mencederakan mangsa


ACTUS REUS & MENS REA JENAYAH SIHIR

Mens rea boleh dikenalpasti melalui dua cara :

1.   Melalui kaedah sihir yang digunakan
2.   Melalui bahan sihir yang digunakan
Actus Reus boleh dikenalpasti melalui pemakaian konsep “kesan yang terhasil dari perbuatan”


ACTUS REUS : PERBUATAN @ KESAN PERBUATAN

Russel Heaton mentakrifkan actus reus sebagai ‘sebarang perbuatan’…dan ‘apa-apa akibat perbuatan’ yang diperlukan oleh definisi tersebut.

J.C. Smith & Brian Hogan menyatakan undang-undang hanya berminat dengan ‘akibat’ atau ‘kesan’, dan bukannya kelakuan yang membawa kepada akibat itu.


ACTUS REUS JENAYAH SIHIR IALAH KESAN PERBUATAN PENYIHIR

-Perbuatan sihir kelihatan tidak relevan dengan kesan yang timbul.
-Tetapi akibat serta kesannya dapat dilihat, dirasai atau dikenalpasti.

*Jenayah Siber sebagai ANALOGI:

PELAKU :
         Penjenayah menGGODAM akaun bank melalui komputer

ALATAN :
         KOMPUTER DAN TALIAN INTERNET YanG TIDAK KELIHATAN

KESAN :
         DUIT DALAM
AKAUN HILANG



* Jika jenayah sihir sebagai praktikalnya bagi actus reus ialah:

Pelaku:
TUKANG sihir menjalankan upacara sihir

Alatan:
KHADAM SIHIR (toyol) Yang TIDAK KELIHATAN

KESAN:
DUIT dalam simpanan HILANG



KETERANGAN OLEH PAKAR FORENSIK

Menurut Hakim dalam kes Rv. Clarke [1995] 2 Cr App R 425, terdapat 2 kategori barang yang boleh dikesan melalui forensik

Biologi:

         Cap jari
         Cebisan Pakaian
         Darah
         Rambut

Non-Biologi:

         Patung
         Senjata
         Minyak
         Alatan sihir

CADANGAN KETERANGAN DAN PEMBUKTIAN

-Bentuk Keterangan secara:

         Lisan
(Agen Provokator)
         Dokumen
         Fizikal
         Qarinah
         Anggapan
         Pakar