DONATE

Isnin, 30 Mac 2015

KAJIAN PENGENDALIAN PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA, PENDAKWA SYARIE, DAN MAHKAMAH SYARIAH DI DALAM MENANGANI KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN ‘AQIDAH : KAJIAN KES DI SETIAP NEGERI DI MALAYSIA


AHMAD MAHIR BIN ZANIAL



BAB  I


PENDAHULUAN


1.1       PENGENALAN 

Kesalahan yang berhubungan dengan ‘aqidah telah termaktub di bawah Bahagian II seksyen 3 hingga seksyen 6 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) Tahun 1997. Kesalahan-kesalahan itu adalah terdiri daripada pemujaan salah, doktrin palsu, mengembangkan doktrin agama dan dakwaan palsu. Pada masa yang lepas hingga kini terdapat sebahagian kes-kes berhubung dengan kesalahan ‘aqidah berlaku di Semenanjung Malaysia seperti kes doktrin palsu, contohnya ajaran sesat Al-Arqam, kes ajaran Syiah, kes ajaran Tuhan Harun, kes dakwaan sebagai Rasul Melayu iaitu Kahar bin Ahmad, dan ajaran sesat Ayah Pin benar-benar memberi impak negatif kepada masyarakat kita.

            Dalam kajian ini, penyelidik menumpukan perhatian kepada pengendalian kes oleh Pegawai Penguatkuasa Agama, Pendakwa Syarie, dan Mahkamah Syariah di dalam menangani kesalahan yang berhubung dengan ‘aqidah. Malah penyelidik juga akan menjelaskan dengan lebih teliti pengendalian Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Negeri di dalam membuat risikan terhadap aduan awam atau aduan persendirian daripada Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Negeri berkaitan dengan kes ajaran yang menyalahi ‘aqidah ahli sunnah wal jama’ah. Selain itu penyelidik akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Pegawai Penguatkuasa Agama berkaitan dengan usaha siasatan yang dilakukan bagi memenuhi setiap elemen seksyen yang termaktub di dalam Akta atau enakmen kesalahan jenayah syariah negeri-negeri.

            Berkaitan dengan pengendalian kes yang dilakukan oleh Pendakwa Syarie pula dilihat dari segi pembuktian elemen-elemen seksyen yang terdiri daripada eksibit kes dan juga kekuatan saksi-saksi bagi memenuhi elemen kesalahan orang kena tuduh yang berhubungan dengan ‘aqidah. Hal ini di mana Ketua Pendakwa Syarie adalah orang yang bertanggungjawab menjalankan pendakwaan dibantu oleh pegawai pendakwa yang lain bagi mendapatkan sokongan eksibit yang kukuh dalam memantapkan pertuduhan pendakwaan mereka. Di dalam kajian ini juga, penyelidik akan mendapatkan statistik kes berhubungan kesalahan yang berkaitan ‘aqidah di mahkamah syariah setiap negeri bagi membuat perbandingan dan penilaian hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah adakah mampu membanteras jenayah berkenaan.

            Justeru itu, melalui kajian kes yang dibentangkan di dalam kajian ini mampu memberi pendedahan berkenaan permasalahan dan cadangan penyelesaian bagi menghadapi kes-kes yang berhubung dengan ‘aqidah yang semakin meruncing kini. Segala pengendalian yang dilakukan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama, Pendakwa Syarie, dan Mahkamah Syariah mampu diperkemaskan lagi bagi menghadapi kes-kes ajaran sesat yang semakin membimbangkan.

1.2       PERMASALAHAN KAJIAN

Islam merupakan cara hidup yang sempurna. Islam telah menggariskan panduan melalui Al-Quran dan As-Sunnah yang saling melengkapi tentang hubungan antara manusia dengan Allah, hubungan sesama manusia, dan hubungan manusia dengan makhluk lain seperti haiwan dan tumbuhan yang hidup di muka bumi ini. Islam telah mengajar umatnya untuk mempercayai dengan i’tiqad (kepercayaan) yang betul agar beriman dengan enam rukun iman diajarkan oleh junjungan besar Rasulullah Sallallahu ‘Alayhi Wasallam.

            Namun pada masa ini, kita telah digemparkan dengan pelbagai isu ‘aqidah yang menyerang umat Islam di Malaysia. Pada awalnya kita telah dikejutkan dengan ajaran Qadiani yang kini telah lama bertapak sejak 15 haribulan Disember 1953 di Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan dan Batu 20, Jeram, Kuala Selangor. Sehinggakan pihak berwajib Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Negeri Selangor masih tidak mampu membendung ajaran Qadiani yang benar-benar membimbangkan ketika ini. Hal ini benar-benar mengejutkan kita tatkala Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor Tahun 1995 telah berkuatkuasa sekalipun, namun penguatkuasaan bagi membanteras ajaran sesat Qadiani masih tidak dapat dibendung. Malahan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah mengeluarkan fatwa mengenai ajaran Qadiani ini dianggap sesat dan menghukumkan kafir kepada pengikut-pengikut ajaran Qadiani tersebut. Namun penguatkuasaan undang-undang ke atas pengikut-pengikut ajaran Qadiani masih tidak dapat dimplimentasikan mengikut elemen yang termaktub di dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor Tahun 1995. Persoalannya, bagaimanakah pengendalian siasatan dan operasi Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Negeri Selangor bagi membanteras ajaran sesat yang sangat bertentangan dengan ‘aqidah ahlu sunnah wal jama’ah ini. Justeru melalui kajian ini jugalah penyelidik cuba merungkai kembali teknik pengendalian Pegawai Penguatkuasa Agama dan juga pemahaman Pendakwa Syarie bagi membanteras kes yang berhubung dengan ‘aqidah.

Selain itu juga, pada 11 haribulan November 2013 pula kita dikejutkan dengan pembunuhan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Negeri Pahang yang mana dilakukan oleh penganut ajaran sesat Tuhan Harun di Kuantan, Pahang. Fenomena pengikut fanatik terhadap ajaran sesat seperti ini amat merungsingkan tatkala mereka berani mencabar pihak berkuasa agama. Hal ini juga menampakkan betapa besarnya risiko yang dihadapi oleh Pegawai Penguatkuasa Agama di dalam mengendalikan kes-kes yang berhubung dengan ‘aqidah. Justeru itu, melalui kajian ini juga penyelidik akan merungkai kembali permasalahan-permasalahan Pegawai Penguatkuasa Agama di dalam menguruskan kes ajaran sesat yang masih tidak berkesudahan sehingga kini. Di samping itu juga, penyelidik juga akan menilai kembali keberkesanan elemen-elemen yang terkandung di dalam seksyen di bawah enakmen negeri-negeri bagi kes berhubung dengan ‘aqidah. Pemahaman dan penilaian daripada Ketua Pendakwa Syarie dan juga Hakim Mahkamah Syariah amat penting di dalam kajian ini bagi isu-isu tafsiran setiap kalimah di dalam enakmen negeri-negeri bagi kesalahan yang berhubung dengan ‘aqidah akan didedahkan melalui kajian tesis ini.

Malah penyelidik menyedari bahawa setiap negeri mempunyai tafsiran dan kedudukan nombor seksyen yang berbeza mengikut kehendak enakmen negeri masing-masing. Justeru itu, perbandingan dan penyelarasan melalui kajian ini diharapkan dapat membantu Pegawai Penguatkuasa Agama, Pendakwa Syarie, dan juga Pegawai Mahkamah dalam mengendalikan permasalahan yang berlaku bagi membendung kesalahan berkaitan ‘aqidah dari terus membelenggu keamanan negara kita. Penyelidik juga melihat pelbagai persepsi (multi relitive) masalah yang ditimbulkan ketika mana pengendalian risikan, operasi, dan siasatan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Negeri apabila menjalankan tugas mencegah kes yang bersalahan dengan ‘aqidah iaitu:

a)      Masalah kekurangan bahan rujukan bagi kes-kes duluan berkaitan kesalahan yang berhubungan dengan ‘aqidah yang mampu memandu Pegawai Penguatkuasa Agama di dalam memperbaiki tindakan kerja menyebabkan sesetengah pegawai tersebut tidak memahami sepenuhnya cara memenuhi kehendak elemen undang-undang dan cara mendapatkan qarinah bagi kes itu. Prosedur Operasi Standard (Standard Operating Procedure) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada kesemua Pegawai Penguatkuasa Agama melalui penerbitan Arahan Tetap Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri adalah dilihat agak terhad dan ringkas panduannya.

b)      Kekurangan peralatan dan prasarana yang lengkap bagi menjalankan risikan seperti ketiadaan peralatan teknologi ‘camera spy’ yang mampu mengambil gambar qarinah (bukti) dan video suasana kesalahan yang berhubung dengan ‘aqidah.  Di samping itu juga, peralatan Pegawai Penguatkuasa Agama ketika operasi juga dilihat amat menyedihkan kerana tidak mempunyai alat perhubungan sesama mereka bagi mengawal keadaan operasi dan juga merancang penangkapan Orang Yang Disyaki (OYDS).

c)      Pengendalian operasi dan siasatan yang kurang efisyen bagi kes yang berhubung dengan kesalahan bertentangan ‘aqidah oleh Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Negeri. Hal ini adalah disebabkan kefahaman terhadap kehendak elemen akta seksyen 3 hingga 6 Akta/enakmen Kesalahan Jenayah Syariah adalah tidak tepat dan tidak jelas. Selain itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama yang dilantik tidak memainkan peranan penting sebagai Ketua Operasi. Hal ini jelas melalui fail-fail kes ajaran sesat mendapati bahawa selalunya Pegawai Hal Ehwal Islam berskim S41 diarahkan menjadi Ketua Operasi. Sekiranya pegawai tersebut tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam pengendalian operasi, maka sudah tentu operasi akan menuju kepada kegagalan yang mana setiap pegawai dan kakitangan yang bertugas ketika itu tidak peka terhadap pendetailan barang-barang kes dan juga mencatat masa setiap keadaan yang berlaku.

d)     Pegawai Penyiasat (Investigation Officer) sukar menjalankan siasatan terperinci bagi kes kesalahan berhubung dengan ‘aqidah akibat tertakluk kepada seksyen 22 (3) Akta/Enakmen Prosedur Jenayah Syariah yang mana siasatan ke atas Orang yang Disyaki (OYDS) terhad dalam tempoh 24 jam sahaja. Hal ini menyebabkan Pegawai Penyiasat sukar mendapatkan maklumat latar belakang OYDS dengan agensi lain akibat birokrasi seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, dan lain-lain lagi.

e)      Kekurangan Pegawai Penguatkuasa Agama di setiap Jabatan Agama Islam Negeri adalah suatu kelemahan utama penguatkuasaan undang-undang. Keterikatan perjawatan Pegawai Penguatkuasa Agama dengan waran yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menyebabkan pegawai kerap bwetukar dan berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Selain itu juga, ketidak seimbangan bilangan Pegawai Penguatkuasa Agama di setiap negeri timbul akibat tiada penyelarasan antara agensi-agensi agama bagi mencegah kesalahan-kesalahan yang berhubung dengan ‘aqidah.

f)       Kurangnya pendedahan latihan ke atas Pegawai Penguatkuasa Agama di dalam membanteras kes ajaran sesat dan doktrin pengembangan palsu. Kursus yang memerlukan kepakaran dan pengalaman amatlah diperlukan di dalam mendapatkan eksibit barang kes yang benar-benar dapat membuktikan bahawa OYDS terlibat di dalam kancah doktrin palsu yang bertentangan dengan ajaran ahl sunnah wal jamaah. Contohnya seperti kursus pengendalian kamera fotografi, kursus mengukur pelan mengikut skala, kursus prosedur penahanan OYDS, kursus risikan dan psikologi yang berkesan, dan banyak lagi.


Masalah yang ditimbulkan ketika mana pengendalian sebutan dan perbicaraan oleh Pegawai Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Negeri ketika menjalankan tugas mencegah kes yang bersalahan dengan ‘aqidah iaitu:

a)      Kekurangan bahan rujukan kes terdahulu dan kes terkini berkaitan keslahaan berhubung dengan ‘aqidah. Hal ini kerana pendakwa syarie hanya bergantung kepada Jurnal Hukum yang diterbitkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Sedangkan pelbagai kemudahan sistem carian kes sivil melalui internet, namun bagi kes jenayah syariah masih tiada rujukan kes secara maya.

b)      Terdapat sebahagian Pendakwa Syarie tiada pengalaman yang luas di dalam mengendalikan perbicaraan kes khususnya jika kes yang berhubungan dengan kesalahan ‘aqidah tersebut dianggap berprofil tinggi (high profile).

c)      Sesetengah Ketua Pendakwa Syarie di Jabatan Agama Islam Negeri mengambil sikap terlalu berhati-hati dalam menghadapi kertas siasatan bagi kes yang berat kerana didapati tidak mahu mengambil risiko kekalahan yang pasti membuang masa dan kerja.

d)     Pelbagai pemahaman oleh Pendakwa Syarie terhadap elemen di dalam seksyen berkaitan kesalahan berhubung dengan ‘aqidah yang menyebabkan berlaku ketidak selarasan pada hujahan yang dibuat oleh mereka.

e)      Pendakwa Syarie merupakan daripada skim perjawatan Pegawai Syariah yang tertakluk di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Kerajaan. Justeru itu skim ini tidak akan menetap lama di dalam suatu tempat dan kerap bertukar akibat permohonan perpindahan atau dinaikkan pangkat. Kesannya pertukaran yang kerap pasti menjejaskan pengendalian kes khususnya bagi kes berhubungan dengan kesalahan ‘aqidah.

f)       Ketua Pendakwa Syarie dan Pendakwa Syarie sehingga kini masih terikat di bawah Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri. Hal ini menampakkan bahawa walaupun Ketua Pendakwa Syarie mempunyai kuasa untuk membuka dan menutup kes, namun keputusan untuk memutuskan masih di bawah pengaruh Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri yang pastinya melalui arahan politik menteri. Maka Ketua Pendakwa Syarie bersama Pendakwa Syarie masih tidak mempunyai kebebasan dari melakukan pendakwaan yang telus dan jauh daripada campurtangan pihak ketiga. Lebih-lebih lagi kes ini berkaitan dengan kesalahan yang amat besar melibatkan ahli politik dan orang-orang besar.

g)      Hubungan kerjasama Pendakwa Syarie dengan Pegawai Penguatkuasa Agama dilihat hambar kerana Pendakwa Syarie bertegas menginginkan Kertas Siasatan (Investigation Paper) yang lengkap dipenuhi dnegan eksibit barang kes yang mampu menyokong hujahan kes. Namun pihak Pegawai Penguatkuasa Agama pula bersikap tidak menerima teguran Pendakwa Syarie dan mendakwa mereka melakukan tugas mengikut prosedur ditetapkan.

Masalah yang dihadapi oleh Hakim Syarie Mahkamah Syariah di dalam menguruskan kes sebutan atau perbicaraan berkenaan kes jenayah kesalahan berhubungan dengan ‘aqidah iaitu:

a)      Pemahaman undang-undang oleh Hakim Syarie terhadap kandungan Akta/ Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah khususnya kesalahan yang berkait dengan ‘aqidah adalah berlainan sesama mereka disebabkan pengetahuan hakim terhadap seksyen-seksyen tersebut yang berbagai pandangan.

b)      Isu campurtangan Mahkamah Sivil terhadap keputusan Mahkamah Syariah juga menjadi permasalahan kerana pemakaian Akta Kehakiman 1964 (Courts of Judicature Act 1964) yang masih berkuatkuasa walaupun Perlembagaan Persekutuan telah melalui pindaan pada tahun 1988.

Maka jelaslah di sini bahawa masalah-masalah yang dihadapi oleh Pegawai Penguatkuasa Agama, Pendakwa Syarie, dan pihak Mahkamah Syariah di dalam menangani kesalahan yang berhubung dengan ‘aqidah adalah amat mencabar. Segala permasalahan ini akan didedahkan bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak. Akan tetapi permasalahan ini sengaja disenaraikan untuk memberi pengetahuan kepada Kerajaan Malaysia dan juga masyarakat umumnya berkaitan krisis yang dihadapi oleh agensi-agensi agama Islam di dalam membanteras kes kesalahan berkaitan ‘aqidah. Penyelidik menegaskan bahawa penyelidikan ini sangat penting bagi mendapatkan percambahan maklumat dan cadangan idea bagi penambahbaikkan sistem Kehakiman Islam dan juga Sistem Penguatkuasaan Agama Islam di seluruh Malaysia.


1.3       PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai beberapa persoalan kajian yang perlu ditumpukan iaitu:

(i)         Bagaimana cara pengendalian Pegawai Penguatkuasa Agama. Pendakwa Syarie, dan Mahkamah Syariah terhadap kes-kes berhubungan dengan kesalahan ‘aqidah iaitu antaranya ajaran sesat?

(ii)        Apakah permasalahan yang dihadapi oleh Pegawai Penguatkuasa Agama. Pendakwa Syarie, dan Mahkamah Syariah terhadap pengurusan kes kesalahan berhubung dengan ‘aqidah dan cadangan penyelesaiannya? 

(iii)       Apakah konsep dan elemen-elemen penting kesalahan yang berhubung dengan ‘aqidah yang mana telah termaktub di bawah Bahagian II seksyen 3 hingga seksyen 6 Akta dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah setiap negeri?

(iv)       Apakah terdapat kes-kes duluan kehakiman dan kes-kes terkini berkaitan kesalahan yang berkaitan dengan ‘aqidah di setiap negeri?

1.4       MATLAMAT KAJIAN


Kajian tesis ini dilakukan bermatlamat mengkaji pengendalian Pegawai Penguatkuasa Agama, Pendakwa Syarie, dan juga Mahkamah Syariah di dalam menangani kesalahan berhubungan dengan ‘aqidah yang mana semakin berleluasa dilihat melalui kajian kes terdahulu dan kini.

1.5       OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum bagi kajian ini ialah:

a.         Mengetahui konsep dan elemen-elemen penting kesalahan yang berhubung dengan ‘aqidah yang mana telah termaktub di bawah Bahagian II seksyen 3 hingga seksyen 6 Akta dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah setiap negeri.

Objektif Khusus bagi kajian ini ialah:

a.         Mengenal pasti bagaimana pengurusan dan pengendalian Pegawai Penguatkuasa Agama, Pendakwa Syarie, dan Hakim Mahkamah Syariah di dalam menangani isu ajaran sesat di setiap negeri.

b.         Mendedahkan permasalahan yang dihadapi oleh Pegawai Penguatkuasa Agama, Pendakwa Syarie, dan Mahkamah Syariah terhadap pengurusan kes kesalahan berhubung dengan ‘aqidah dan cadangan penyelesaian setiapnya di negeri-negeri.

c.         Menganalisa kes-kes duluan kehakiman dan kes-kes terkini berkaitan kesalahan yang berkaitan dengan ‘aqidah di setiap negeri yang membabitkan analisa kes daripada Jabatan Agama Islam Negeri, Mahkamah Syariah Negeri, dan juga Jabatan Peguam Negara.

1.6       SKOP KAJIAN

Kajian ini hanya memfokuskan kepada pengendalian Pegawai Penguatkuasa Agama, Pendakwa Syarie, dan Mahkamah Syariah di dalam menangani kesalahan yang berhubungan dengan ‘aqidah yang terdiri daripada kesalahan di dalam seksyen 3 Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah iaitu pemujaan salah, seksyen 4 pula ialah kesalahan doktrin palsu,seksyen 5 ialah mengembangkan doktrin agama, dan seksyen 6 iaitu dakwaan palsu.

            Kajian mengenai pemahaman konsep dan elemen penting di dalam undang-undang akan dikupas dengan lebih teliti di dalam penulisan tesis ini. Perbandingan pandangan Pegawai Penguatkuasa Agama, Pendakwa Syarie, dan Hakim-Hakim Syarie akan diambil kira berkenaan dengan tafsiran atau pemahaman mengenai elemen seksyen kesalahan berhubung dengan ‘aqidah.


1.7       SIGNIFIKAN BIDANG KAJIAN

Kajian ini mengemukakan signifikan penting yang digunakan berdasarkan tajuk: Kajian Pengendalian Pegawai Penguatkuasa Agama, Pendakwa Syarie, dan Mahkamah Syariah Di Dalam Menangani Kesalahan Yang Berhubungan Dengan ‘Aqidah : Kajian Kes Di Setiap Negeri Di Malaysia


1.7.1    Pegawai Penguatkuasa Agama

Pegawai Penguatkuasa Agama merupakan penjawat awam di bawah lantikan Majlis Agama Islam Negeri di bawah skim Pegawai Hal Ehwal Islam ( gred S17 hingga S48) yang menjalankan tugas menguatkuasakan undang-undang Islam di negeri-negeri. Pegawai Penguatkuasa Agama telah diketuai oleh Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama di bawah skim Pegawai Hal Ehwal Islam (Sebahagian negeri adalah terdiri daripada gred S48 dan sebahagiannya gred S52). Berdasarkan Akta dan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam di bawah seksyen 58(4) ada menyatakan: “Majlis boleh melantik daripada kalangan anggota perkhdimatan awam am persekutuan seorang Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Agama untuk menjalankan penyiasatan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam.”


1.7.2    Pendakwa Syarie

Pendakwa Syarie merupakan penjawat awam di bawah lantikan di bawah skim Pegawai Syariah (terdiri daripada gred LS41 hingga LS48) yang menjalankan tugas pendakwaan ke atas Orang Kena Tuduh di bawah Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah di negeri-negeri. Pendakwa Syarie telah diketuai oleh Ketua Pendakwa Syarie di bawah skim Pegawai Syariah (Sebahagian negeri adalah terdiri daripada gred S48 dan sebahagiannya gred S52). Berdasarkan Akta dan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam di bawah seksyen 58(1) ada menyatakan: “Yang di-Pertuan Agong boleh atas nasihat Menteri, melantik seorang yang berkelayakan menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, menjadi Ketua Pendakwa Syarie.” Seterusnya seksyen 58(2) menyatakan: “Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya bagi memulakan dan menjalankan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di hadapan Mahkamah Syariah.” Seksyen 58(3) pula menyatakan: “Ketua Pendakwa Syarie bolehlah melantik orang-orang yang layak dan sesuai daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan menjadi Pendakwa-Pendakwa Syarie yang hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pendakwa Syarie dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang terletakhak pada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri.”

1.7.3    Mahkamah Syariah

Mahkamah Syariah merupakan tempat bagi orang kena tuduh yang beragama Islam dihadapkan di hadapan Hakim Mahkamah berkaitan dengan pertuduhan kesalahan kes jenayah yang dipertuduhkan ke atasnya. Malahan ia juga merupakan tempat perbicaraan bagi pemohon/plaintif menuntut hak atau faraid bagi kes-kes berkaitan mal dan ahwal shakhsiyah orang Islam. Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan bahawa organisasi dan prosedur Mahkamah Syariah adalah di bawah bidangkuasa negeri dan negeri mempunyai kuasa perundangan dan eksekutif, kecuali di Wilayah Persekutuan.

            Mahkamah Syariah ditubuhkan di bawah undang-undang negeri (enakmen). Enakmen negeri memperuntukkan bidangkuasa mal (sivil) dan jenayah kepada Mahkamah Syariah juga. Dalam memperincikan bidangkuasa jenayah dan mal, enakmen negeri-negeri adalah tertakluk kepada senarai sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dalam Jadual Kesembilan, Senarai dua iaitu Senarai Negeri. Mahkamah Syariah terdiri daripada tiga peringkat iaitu Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, dan Mahkamah Rendah Syariah.

            Mengenai bidangkuasa jenayah, enakmen-enakmen negeri telah menyenaraikan beberapa kesalahan yang boleh diletakkan di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Secara umumnya, kesalahan-kesalahan tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu kesalahan berkaitan dengan perkahwinan dan perceraian (kesalahan matrimonial), kesalahan berkaitan dengan kesusilaan, kesalahan berkaitan dengan merosakkan akal fikiran, kesalahan berkaitan dengan aspek kerohanian dan ibadah seseorang muslim, kesalahan berkaitan dengan ‘aqidah yang bercanggah dengan ahli sunnah wal jama’ah, kesalahan berkaitan seksual dan salah laku moral, serta kesalahan-kesalahan lain selain kategori di atas.

            Dalam hal jenayah, bidangkuasa Mahkamah Syariah hanya terhad sebagaimana yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan. Parlimen telah menggubal Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (pindaan) 1984 juga, dan akta ini mengehadkan bidangkuasa jenayah Mahkamah Syariah yang hanya boleh menjatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM5000.00 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau sebatan tidak melebihi enam kali sebatan atau gabungan mana-mana hukuman tersebut. Bidangkuasa Mahkamah Syariah hanya terpakai kepada orang-orang yang beragama Islam sahaja.


1.7.4    Kesalahan yang Berhubungan dengan ‘Aqidah

Peruntukan mengenai kesalahan yang berhubungan dengan ‘aqidah dibuat dalam berbagai bentuk. Ada yang nyata dan ada yang hanya dapat difahami setelah komposisi sebenar elemen kesalahan itu dihuraikan. Kesalahan berkaitan dengan ‘aqidah telah termaktub di bahagian II di bawah undang-undang negeri. Kesalahan pertama yang dikaitkan dengan ‘aqidah ialah pemujaan salah. Kesalahan ini merupakan kesalahan yang tertulis di semua negeri dan Wilayah Persekutuan walaupun terdapat sedikit perbezaan dalam penggunaan ungkapan ayat. Sebagai contoh, dinyatakan di bawah seksyen 3 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) Tahun 1997 [Akta 559] tentang kesalahan pemujaan salah iaitu:
           
3. (1)   Mana-mana orang yang memuja alam semula jadi atau melakukan apa-apa perbuatan yang menunjukkan pemujaan atau rasa hormat kepada mana-mana orang, binatang, tempat, atau benda dengan apa-apa cara yang menyalahi Hukum Syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2)   Mahkamah boleh memerintahkan supaya apa-apa peranti, barang atau benda yang digunakan dalam pelakuan atau yang ada kaitan dengan kesalahan yang disebut dalam subsekyen (1) dilucuthakkan dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

Kesalahan kedua yang dikaitkan dengan ‘aqidah ialah doktrin palsu. Kesalahan ini merupakan kesalahan yang termaktub di semua negeri dan Wilayah Persekutuan walaupun terdapat sedikit perbezaan dalam penggunaan ungkapan ayat. Sebagai contoh, dinyatakan di bawah seksyen 4 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) Tahun 1997 [Akta 559] tentang kesalahan doktrin palsu iaitu:

4. (1)   Mana-mana orang yang mengajar atau menjelaskan apa-apa doktrin atau melaksanakan apa-apa upacara atau perbuatan yang berhubungan dengan agama Islam di mana-mana tempat, sama ada tempat persendirian atau tempat awam, adalah melakukan suatu kesalahan jika doktrin atau upacara atau perbuatan itu berlawanan dengan Hukum Syarak atau mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan, dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

    (2)   Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana dokumen atau benda yang digunakan dalam pelakuan atau yang ada kaitan dengan kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1) dilucuthakkan dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

Kesalahan ketiga yang dikaitkan dengan ‘aqidah ialah mengembangkan doktrin agama selain daripada agama Islam. Kesalahan ini merupakan kesalahan yang termaktub di semua negeri dan Wilayah Persekutuan walaupun terdapat sedikit perbezaan dalam penggunaan ungkapan ayat. Sebagai contoh, dinyatakan di bawah seksyen 5 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) Tahun 1997 [Akta 559] tentang kesalahan mengembangkan doktrin agama selain daripada agama Islam iaitu:

5. Mana-mana orang yang mengembangkan doktrin atau kepercayaan agama selain daripada doktrin atau kepercayaan agama Islam di kalangan orang yang beragama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Kesalahan terakhir yang dikaitkan dengan ‘aqidah ialah dakwaan palsu. Kesalahan ini merupakan kesalahan yang termaktub di semua negeri dan Wilayah Persekutuan walaupun terdapat sedikit perbezaan dalam penggunaan ungkapan ayat. Sebagai contoh, dinyatakan di bawah seksyen 6 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) Tahun 1997 [Akta 559] tentang dakwaan palsu iaitu:

6. Mana-mana orang yang—
(a) mengisytiharkan dirinya atau mana-mana orang lain sebagai rasul atau nabi, Imam Mahadi atau wali; atau
(b)menyatakan atau mendakwa bahawa dia atau mana-mana orang lain mengetahui peristiwa atau perkara di luar pemahaman atau pengetahuan manusia,

sedangkan perisytiharan, pernyataan atau dakwaan itu adalah palsu dan berlawanan dengan ajaran Islam, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.


1.8       METODOLOGI KAJIAN

Dalam proses melaksanakan kajian ini, penulis telah menggunakan beberapa metod kajian sosio- perundangan secara kualitatif antaranya :

1.8.1    Kajian Perpustakaan

Sebagai sebuah kajian kepustakaan (library research) dan bersifat deskriptif-analisis, kajian ini tertumpu kepada pemerolehan data-data yang diperlukan bagi membantu dan memantapkan lagi kajian. Dalam usaha melaksanakan dan menjayakan kajian ini, penulis telah menggunakan metode pengumpulan data.

Penulis akan menggunakan penyelidikan perpustakaan untuk memperoleh sebanyak mungkin maklumat dan data yang berkaitan dengan kajian. Kajian  perpustakaan ini penulis lakukan di Perpustakaan Tun Seri Lanang UKM dan Perpustakaan Fakulti undang-undang serta perpustakaan yang lain seperti Perpustakaan Peringatan Za’aba Universiti Malaya untuk mencari maklumat di dalam kitab-kitab turāth dan buku-buku berkaitan perbincangan pengendalian kes-kes prosiding berkaitan kesalahan berhubung dengan ‘aqidah. Sebagai tambahan, artikel yang berkaitan dengan kajian ini juga akan dicari melalui keratan akhbar dan laman sesawang (website), di samping dapatan maklumat sokongan dari perisian komputer seperti Maktabat al-Syāmilah 1.5 dan al-Jāmic al-kabir li kutub al-Islāmi wa al-carabi.

1.8.2    Kajian lapangan

Dalam kajian lapangan ini, penulis memilih untuk menggunakan instrumen temu bual. Kaedah temu bual ini dilaksanakan secara langsung (bersemuka) kerana ianya akan memudahkan pemahaman proses penilaian dan penerimaan terhadap sesuatu data dengan lebih tepat. Bagi mendapatkan lebih maklumat tentang permasalahan ini, penulis mengambil inisiatif menemubual Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Ketua Pendakwa Syarie di Jabatan Agama Islam Negeri serta Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri. Ini bertujuan untuk mengetahui proses pengendalian terkini bagi kesalahan yang berhubung dengan ‘aqidah serta mendapatkan maklumat yang lebih mudah dan cepat.

1.8.3    Kajian Terhadap Kes-kes Terdahulu (Cases Study)

Kaedah ini digunakan bagi menyelidik data yang diperolehi daripada statistik kes dan fail-fail kes berkaitan kes-kes yang terdiri daripada pemujaan salah, doktrin palsu, mengembangkan doktrin agama dan dakwaan palsu. Fail-fail kes didapati di Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Negeri dan juga Mahkamah Syariah Negeri. Kes-kes tersebut juga akan dijadikan sebagai contoh dan lampiran. Kajian yang dijalankan lebih menjurus kepada proses pengendalian yang dihadapi oleh Pegawai Penguatkuasa Agama, Pendakwa Syarie, dan Hakim Mahkamah Syariah di dalam kes-kes berkaitan ‘aqidah.


1.9       TINJAUAN LITERATUR

1.9.1    Satu Analisis Perbandingan Antara Doktrin-doktrin Dalam Ajaran Taslim, Ajaran Ahmad Laksamana dan Tarekat Naqsyabandiah

Penulis: Kadirun bin Yahya
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi: 1991

Kajian yang dilakukan oleh penulis tesis sarjana tersebut telah menyentuh analisis perbandingan doktrin-doktrin yang tersebar di dalam negara ini yang mana dikategorikan sebagai ajaran sesat. Penulis tesis sarjana ini cuba merungkai amalan-amalan yang dilakukan oleh peganut ajaran sesat seperti Ajaran Taslim, Ajaran Ahmad Laksamana, dan Tarekat Naqsyabandiah. Namun tidak dinyatakan di dalam kajian tesis ini cara pengendalian Pegawai Penguatkuasa Agama, Pendakwa Syarie, dan Mahkamah Syariah di dalam menangani kesalahan yang berhubung dengan ‘aqidah.

1.9.2    Fenomena Ajaran Sesat dan Peruntukan Undang-Undang di Malaysia

Penulis: Zanirah binti Mustafa
Penerbitan Buku
Universiti Teknologi MARA: 2013

Penulisan buku ini menjelaskan berkaitan pelbagai fenomena ajaran sesat yang berlaku di dalam negara kita yang semakin membimbangkan. Buku ini juga mengupas latar belakang setiap ajaran sesat yang tumbuh bak cendawan di dalam negara kita. Antaranya yang menjadi kupasan ialah ajaran Ayah Pin, ajaran Syiah Imamiyyah, ajarah Kahar bin Ahmad, dan sebagainya. Selain itu juga, buku ini juga mempersembahkan peruntukan undang-undang yang terdiri daripada enakmen-enakmen negeri-negeri yang menyatakan kesalahan berhubung dengan ‘aqidah. Perbezaan penulisan penyelidik dengan buku karya penulis ini ialah penyelidik lebih menumpukan kaedah pengendalian yang dilakukan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama di dalam melakukan operasi dan siasatan bagi mendapatkan sumber maklumat dan juga bukti-bukti kukuh untuk memenuhi setiap kehendak elemen enakmen kesalahan jenayah syariah mengikut negeri-negeri. Di samping itu, penyelidik juga akan merungkai segala pandangan daripada kajian lapangan melalui sesi temu bual dengan Ketua Pendakwa Syarie dan Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah seluruh negeri di Malaysia untuk mendapatkan hasil pemahaman mereka terhadap pentafsiran undang-undang serta kaedah pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang tersebut.



1.9.3    Fatwa : Keberkesanannya Memerangi Ajaran Sesat di Malaysia

Penulis: Farahwahida binti Mohd Yusof
Penerbitan UTM Press,
Universiti Teknologi Malaysia, 2011

Penulisan buku ini merupakan wadah perbincangan kepada keberkesanan pengeluaran fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri di dalam membanteras ajaran sesat yang semakin berleluasa di negara ini. Penulis buku ini juga ada menyentuh berkenaan seksyen enakmen negeri-negeri berkaitan dengan kesalahan berhubung dengan ‘aqidah, namun elemen-elemen kehendak enakmen tidak diperincikan sepenuhnya. Justeru itu perbezaan penulisan buku ini dengan kajian yang akan dilakukan oleh penyelidik ialah penyelidik akan mendapatkan kes-kes terdahulu dan kes-kes terkini berkaitan dengan ajaran sesat yang semakin meruncing kian hari. Selain itu juga, penyelidik juga akan mendapatkan kesemua fatwa-fatwa negeri yang mengharamkan ajaran atau doktrin palsu supaya memastikan setiap negeri menjalankan penguatkuasaan membanteras ajaran sesat yang semakin berleluasa.

1.9.4    Ajaran Sesat : Mengenali Jalan yang Terpesong

Penulis: Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam,
Universiti Darul Iman (Kini UNISZA),Terengganu: 2007

Berdasarkan penulisan buku ini, penulis telah mendedahkan berkenaan sejarah kemunculan ajaran sesat di Malaysia, kategori ajaran sesat, peruntukan undang-undang mengenai ajaran sesat, daya tarikan ajaran sesat, dan ajaran-ajaran sesat yang telah diwartakan haram oleh kerajaan negeri. Di dalam penulisan ini juga penulis buku ada menyatakan faktor pertama penyebaran ajaran sesat adalah disebabkan penguatkuasaan dan peruntukan undang-undang serta enakmen-enakmen yang lemah. Di dalam buku ini juga ada menyatakan kes-kes terdahulu yang masih menjadi isu di mana masih sukar mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa persekutuan bagi bidangkuasa mahkamah syariah yang terlalu terhad disebabkan oleh Senarai Dua, Perlembagaan Persekutuan menyebabkan penguatkuasaan terhadap undang-undang syariah di bawah negeri sukar dilaksanakan. Justeru itu, perbezaan penulisan buku ini dengan kajian yang dilakukan oleh penyelidik ialah di mana penyelidik akan mendapatkan maklumat melalui teknik temubual Pegawai Penguatkuasa Agama, Pendakwa Syarie, dan Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah bagi memastikan kerjasama pengendalian kes-kes berkenaan dengan ‘aqidah dapat dilaksanakan dengan teliti. Selain itu juga, melalui kajian penyelidik juga akan memperincikan segala usaha siasatan dan operasi yang pernah dijalankan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Negeri supaya mematuhi Arahan Tetap Pengarah Tahun 2005.


1.10     LIMITASI KAJIAN

1.10.1    Limitasi Masa

Kajian mengenai kes yang berkaitan kesalahan yang berhubung dengan ‘aqidah seperti  sekitar tahun 1990-2014.


1.10.2    Limitasi Bidang Kajian

Kajian hanya tertumpu pada lima (5) bidang kajian iaitu:
  1. Kajian terhadap kehendak elemen yang diperlukan di dalam seksyen 3 hingga seksyen 6 Akta dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-Negeri.
  2. Bagaimana pengendalian yang dilakukan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama di setiap Jabatan Agama Islam Negeri terhadap operasi dan siasatan terhadap menangani kes-kes berkaitan kesalahan yang berhubung dengan ‘aqidah.
  3. Bagaimana pemahaman Pendakwa Syarie setiap negeri di dalam merangka pertuduhan, fakta kes, dan juga jalinan keterangan bagi memenuhi kehendak setiap elemen seksyen berkaitan jenayah kesalahan yang berhubung dengan ‘aqidah.
  4. Bagaimana pendirian Mahkamah Syariah setiap negeri di dalam mendengar setiap kes dan menetapkan hukuman bagi setiap kesalahan yang berkaitan dengan ‘aqidah agar selari dengan kehendak undang-undang dan maslahah awam.
  5. Kajian kes terdahulu dan kes terkini berkaitan dengan kesalahan yang berhubung dengan ‘aqidah dilihat di setiap negeri.


1.10.3    Limitasi Lokasi Kajian

Kajian ini hanya tertumpu kepada Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Pendakwaan, dan Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Negeri serta Mahkamah Syariah Negeri di setiap negeri di Malaysia bagi mendapatkan kajian kes dan pengendalian menyeluruh setiap negeri.







1.11  BAB


I.          Pengenalan
1.1              Latar Belakang Kajian
1.2              Permasalahan Kajian
1.3              Persoalan Kajian
1.4              Matlamat Kajian
1.5              Objektif Kajian
1.6              Skop Kajian
1.7              Signifikan Bidang Kajian
1.8              Metodologi Kajian
1.9              Tinjauan Literatur
1.10          Limitasi Kajian

II.                Sejarah Penubuhan dan Fungsi Agensi 
2.1              Pengenalan
2.2              Sejarah Penubuhan dan Fungsi Agensi-Agensi Islam Mengikut Negeri-Negeri:
2.2.1        Wilayah Persekutuan
2.2.1.1  Mahkamah Syariah
2.2.1.2  Jabatan Agama Islam:
2.2.1.2.1        Bahagian Penguatkuasaan
2.2.1.2.2        Bahagian Pendakwaan

2.2.2        Negeri Selangor
2.2.2.1  Mahkamah Syariah
2.2.2.2  Jabatan Agama Islam:
2.2.2.2.1        Bahagian Penguatkuasaan
2.2.2.2.2        Bahagian Pendakwaan

2.2.3        Negeri Pahang
2.2.3.1  Mahkamah Syariah
2.2.3.2  Jabatan Agama Islam:
2.2.3.2.1        Bahagian Penguatkuasaan
2.2.3.2.2        Bahagian Pendakwaan


2.2.4        Negeri Sembilan
2.2.4.1  Mahkamah Syariah
2.2.4.2  Jabatan Agama Islam:
2.2.4.2.1        Bahagian Penguatkuasaan
2.2.4.2.2        Bahagian Pendakwaan

2.2.5        Negeri Melaka
2.2.5.1  Mahkamah Syariah
2.2.5.2  Jabatan Agama Islam:
2.2.5.2.1        Bahagian Penguatkuasaan
2.2.5.2.2        Bahagian Pendakwaan

2.2.6        Negeri Perak
2.2.6.1  Mahkamah Syariah
2.2.6.2  Jabatan Agama Islam:
2.2.6.2.1        Bahagian Penguatkuasaan
2.2.6.2.2        Bahagian Pendakwaan

2.2.7        Negeri Johor
2.2.7.1  Mahkamah Syariah
2.2.7.2  Jabatan Agama Islam:
2.2.7.2.1        Bahagian Penguatkuasaan
2.2.7.2.2        Bahagian Pendakwaan

2.2.8        Pulau Pinang
2.2.8.1  Mahkamah Syariah
2.2.8.2  Jabatan Agama Islam:
2.2.8.2.1        Bahagian Penguatkuasaan
2.2.8.2.2        Bahagian Pendakwaan

2.2.9        Negeri Kedah
2.2.9.1  Mahkamah Syariah
2.2.9.2  Jabatan Agama Islam:
2.2.9.2.1        Bahagian Penguatkuasaan
2.2.9.2.2        Bahagian Pendakwaan

2.2.10    Negeri Perlis
2.2.10.1            Mahkamah Syariah
2.2.10.2            Jabatan Agama Islam:
2.2.10.2.1    Bahagian Penguatkuasaan
2.2.10.2.2    Bahagian Pendakwaan

2.2.11    Negeri Kelantan
2.2.11.1            Mahkamah Syariah
2.2.11.2            Jabatan Agama Islam:
2.2.11.2.1    Bahagian Penguatkuasaan
2.2.11.2.2    Bahagian Pendakwaan

2.2.12    Negeri Terengganu
2.2.12.1            Mahkamah Syariah
2.2.12.2            Jabatan Agama Islam:
2.2.12.2.1    Bahagian Penguatkuasaan
2.2.12.2.2    Bahagian Pendakwaan

2.2.13    Negeri Sabah
2.2.13.1            Mahkamah Syariah
2.2.13.2            Jabatan Agama Islam:
2.2.13.2.1    Bahagian Penguatkuasaan
2.2.13.2.2    Bahagian Pendakwaan

2.2.14    Negeri Sarawak
2.2.14.1            Mahkamah Syariah
2.2.14.2            Jabatan Agama Islam:
2.2.14.2.1    Bahagian Penguatkuasaan
2.2.14.2.2    Bahagian Pendakwaan

III.             KONSEP KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN ‘AQIDAH
3.1              Pengenalan
3.2              Bahagian II : Kesalahan yang Berhubungan dengan ‘Aqidah:
3.2.1        Pemujaan Salah
3.2.2        Doktrin Palsu
3.2.3        Mengembangkan Doktrin Agama
3.2.4        Dakwaan Palsu
3.3              Pandangan Pengamal Undang-Undang Berkaitan Kesalahan yang Berhubungan Dengan ‘Aqidah
3.4              Pandangan Ahli Akademik Berkaitan Kesalahan yang Berhubungan Dengan ‘Aqidah
3.5              Pandangan Ulama Mutakhir Berkaitan Kesalahan yang Berhubungan Dengan ‘Aqidah

IV.             PROSEDUR PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA MENANGANI KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN ‘AQIDAH             
4.1              Pengenalan
4.2              Tatacara Risikan Menurut Arahan Tetap Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri
4.3              Tatacara Operasi Menurut Arahan Tetap Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri
4.3.1        Taklimat Operasi
4.3.2        Tindakan Semasa di Lokasi Kejadian
4.3.2.1  Tindakan Mencatat Maklumat di dalam Diari Siasatan
4.3.2.2  Prosedur Mengambil Gambar dan Video
4.3.2.3  Prosedur Melukis Pelan Tempat Kejadian
4.3.2.4  Prosedur Menggeledah Barang
4.3.3        Tindakan Semasa Penangkapan
4.3.3.1  Tangkapan dibuat oleh Pegawai Masjid
4.3.3.2  Tangkapan dibuat oleh Orang Awam
4.3.4        Tindakan Selepas Penangkapan
4.3.5        Pengecaman Barang Kes
4.3.6        Tatacara Penyerahan Barang yang Disita
4.4              Tatacara Siasatan Menurut Arahan Tetap Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri bagi Membuka Kertas Siasatan:
4.4.1        Penerimaan Maklumat Pertama (First Information Report)/aduan di dalam Borang 5
4.4.1.1  Melalui Telefon
4.4.1.2  Melalui Bersemuka
4.4.1.3  Melalui Surat
4.4.1.4  Melalui Media Semasa dan Media Elektronik
4.4.1.5  Melalui Emel dan Faksimili
4.4.2        Rakaman Percakapan Orang Yang disyaki (OYDS)
4.4.3        Rakaman Percakapan Saksi
4.4.3.1  Saksi di kalangan Pegawai Penguatkuasa Agama
4.4.3.2  Saksi di kalangan orang awam
4.4.3.3  Saksi di kalangan Polis
4.4.4        Laporan Polis
4.4.5        Penerimaan Barang Sita daripada Ketua Operasi
4.4.6        Penandaan Dokumen fail
4.4.7        Pengesanan Latar Belakang Orang Yang Disyaki
4.5              Tatacara Penyitaan Barang-Barang Bukti bagi Kesalahan Berhubung dengan ‘Aqidah
4.5.1        Tatacara Penyimpanan Barang-Barang Bukti
4.5.2        Tatacara Pelupusan Barang-Barang Bukti
4.6       Tatacara Penyerahan Kertas Siasatan Kepada Ketua Pendakwa Syarie


V.                PROSEDUR PENDAKWA SYARIE MENGENDALIKAN KERTAS SIASATAN KES KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN ‘AQIDAH             
5.1              Pengenalan
5.2       Prosedur Penerimaan Kertas Siasatan daripada Pegawai Penguatkuasa Agama
5.2.1        Pertimbangan Mengenai Keputusan untuk Mendakwa
5.2.1.1  Bidangkuasa Mahkamah
5.2.1.2  Keizinan dan Kebenaran Bertulis
5.2.2        Perbincangan Sesama Pendakwa bagi Menderaf Kertas Pertuduhan dan Fakta Kes
5.2.2.1  Merangka Pertuduhan yang Tepat
5.2.3        Semakan Barang Kes yang Disita
5.2.4        Prosiding Pendaftaran Kes Jenayah ke Mahkamah Syariah
5.2.5        Prosiding Pemindahan Kes
5.3       Prosiding Sebutan di hadapan Hakim Syarie
5.3.1    Penetapan Bon Jamin Mahkamah
5.3.2    Pelaksanaan Waran Tangkap Atas Ketidakhadiran Orang Kena Tuduh
5.3.3    Pengesanan Alamat Terkini Orang Kena Tuduh Melalui Kerjasama Agensi-Agensi Awam
5.3.4    Prosiding bagi Orang Kena Tuduh Mengaku Salah
                        5.3.4.1 Jika Orang Kena Tuduh Berseorangan
                        5.3.4.2 Jika Orang Kena Tuduh Lebih Dari Seorang
5.3.5    Permohonan Pendakwa Menarik Balik Kes
5.3.6    Permohonan Lepas Tanpa Bebas ‘DNAA’ (Discharge Not Amounting To Acquited)
5.3.7    Prosedur Pengurusan bagi Fail Kes yang telah Selesai
5.3.8    Prosedur Pelupusan Barang Kes
5.4       Persediaan Sebelum Perbicaraan bagi Orang Kena Tuduh yang Tidak Mengaku Salah
            5.4.1    Memeriksa Dokumen
            5.4.2    Membaca Kertas Siasatan Secara Terperinci
            5.4.3    Susunan Saksi Mengikut Rantaian Keterangan
            5.4.4    Taklimat Memperingatkan Saksi dan Mesyuarat Sesama Pendakwa
            5.4.5    Mengenali Kehendak Hakim Bicara
            5.4.6    Melawat Tempat Kejadian Jenayah
            5.4.7    Mengeluarkan Sepina kepada Saksi Pendakwa
            5.4.8    Mahir Teknik Berhujah dan Cara Membangkitkan Bantahan
            5.4.9    Mahir Menjaga Psikologi Saksi
5.5       Prosiding Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie bagi Orang Kena Tuduh yang Tidak Mengaku Salah
5.5.1    Perbicaraan bagi Mendapatkan Prima Facie Kes
            5.5.1.1 Pemeriksaan Soal Utama
            5.5.1.2 Pemeriksaan Soal Balas
            5.5.1.3 Pemeriksaan Soal Semula
5.5.2    Prosedur Hujah Peringkat Prima Facie
            5.5.2.1 Hujah Pendakwa Syarie
            5.5.2.2 Hujah Balas Pembela
            5.5.2.3 Hujah Penggulungan Pendakwa
5.5.3    Perbicaraan Peringkat Pembelaan
            5.5.3.1 Keterangan Secara Bersumpah
            5.5.3.2 Keterangan Secara Tidak Bersumpah
            5.5.3.3 Berdiam diri
5.5.4    Bantahan Awal
5.5.5    Perbicaraan dalam Perbicaraan (Trial Within Trial)
5.5.6    Pemeriksaan Saksi Pakar
5.5.7    Prosedur Hujah Pembelaan
            5.5.7.1 Hujah Pembela
            5.5.7.2 Hujah Balas Pendakwa
            5.5.7.3 Hujah Penggulungan Pembela
5.5.8    Keputusan
5.6       Prosiding Rayuan dan Penyemakan kepada Mahkamah Rayuan
5.6.1    Pergantungan Pelaksanaan Hukuman Sementara Menunggu Rayuan
5.6.2    Jaminan Sementara Menunggu Rayuan
5.6.3    Notis Rayuan
5.6.4    Petisyen Rayuan
5.6.5    Afidavit Rayuan
5.6.6    Rekod Rayuan
5.6.7    Hujah Rayuan
            5.6.7.1 Hujah Rayuan Perayu
            5.6.7.2 Hujah Balas Responden
            5.6.7.3 Hujah Semula Perayu
5.6.8    Keputusan di hadapan Panel Rayuan

VI.       PROSEDUR HAKIM SYARIE MENGENDALIKAN KES KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN ‘AQIDAH             
6.1        Pengenalan
6.2       Pengendalian Hakim Syarie Terhadap Kes Kesalahan Berhubung Dengan  ‘Aqidah
6.2.1        Kuasa Hakim Syarie Mahkamah Tinggi untuk Memindahkan Kes Jenayah
6.2.2        Penilaian dan Pensabitan Pengakuan Salah dan Penyubahatan
6.2.3        Faktor yang Dipertimbangkan bagi Pemberatan Hukuman dan Peringanan Hukuman
6.2.4        Penilaian Mitigasi Orang Kena Tuduh
6.2.5        Penilaian Eksibit Bahan Bukti
6.2.5.1  Penilaian Gambar dan Video Bukti
6.2.5.2  Penilaian Pelan Lakar
6.2.5.3  Penilaian Barang Yang Digeledah
6.2.5.4  Dokumen Awam
6.2.6        Penilaian Saksi
6.2.6.1  Saksi Orang Awam
6.2.6.2  Saksi Pegawai Penguatkuasa Agama
6.2.6.3  Saksi Pakar
6.3              Prosiding Hakim Syarie dalam Kamar
6.3.1        Penetapan Bon Jamin Mahkamah
6.3.2        Tatacara Pelucuthakan Bon
6.4          Prosiding Memaklumkan Hak Tertuduh
6.4.1        Mendapatkan Khidmat Peguam Syarie
6.4.2        Hak Memanggil Saksi
6.4.3        Hak Mendapatkan Penjamin
6.5              Prosiding Hakim Syarie Melawat Tempat Kejadian Jenayah
6.6              Prosiding Hakim Syarie Mendengar Perbicaraan
6.6.1        Memastikan Rantai Keterangan Tepat
6.6.2        Mengawal Dewan Bicara dengan Sempurna
6.6.3        Mengenalpasti Pengecaman oleh Saksi-Saksi
6.7              Penulisan Alasan Penghakiman oleh Hakim Syarie
6.8              Alasan Pembebasan
6.9              Penjatuhan Hukuman
6.9.1        Denda
6.9.2        Penjara
6.9.3        Sebatan
6.9.4        Bon Berkelakuan Baik
6.9.4.1  Bagi Pesalah Kali Pertama
6.9.4.2  Bagi Pesalah Muda
6.10      Penyemakan
6.10.1    Kuasa Hakim Syarie di dalam Penyemakan
6.10.1.1                Kuasa untuk Menyemak
6.10.1.2                Kuasa untuk Memerintahkan Siasatan Lanjut
6.10.1.3                Kuasa Semasa Menyemak
6.10.1.4                Mendengar Pihak-Pihak Semasa Penyemakan
6.11      Rayuan
6.11.1    Penghakiman
6.11.2    Pendengaran Rayuan
6.12     Penghinaan Terhadap Mahkamah

VII.     PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA, PENDAKWA SYARIE, DAN HAKIM SYARIE MENGENDALIKAN KES KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN ‘AQIDAH                           

7.1        Pengenalan
7.2        Masalah yang Dihadapi Oleh Pegawai Penguatkuasa Agama di dalam Mengendalikan Kes Kesalahan Yang Berhubungan Dengan ‘Aqidah:
7.2.1        Kekurangan Peralatan dan Prasarana
7.2.2        Pengendalian Operasi dan Siasatan yang Kurang Cekap
7.2.3        Pegawai Penyiasat (Investigation Officer) Sukar Menjalankan Siasatan Terperinci Akibat Tertakluk Kepada Seksyen 22(3) yang mana Siasatan Ke Atas Orang Yang Disyaki Terhad dalam Tempoh 24 Jam.
7.2.4        Kekurangan Pegawai Penguatkuasa Agama di Jabatan Agama Islam Negeri bagi Menjalankan Operasi dan Siasatan
7.2.5        Kurang Latihan dan Pendedahan bagi Kes Ajaran Sesat

7.3.      Masalah yang Dihadapi Oleh Pendakwa Syarie di dalam Mengendalikan Kes Kesalahan Yang Berhubungan Dengan ‘Aqidah:
7.3.1    Kurang Bahan Rujukan Kes Terkini
7.3.2    Ketua Pendakwa Syarie Mengambil Sikap Terlalu Berhati-Hati dalam Menghadapi Kes Berat Khususnya Berhubungan ‘Aqidah
7.3.3    Pelbagai Pemahaman Terhadap Elemen Akta
7.3.4    Sesetengah Pendakwa Syarie Tiada Pengalaman Luas di dalam Kes Perbicaraan
7.3.5    Pendakwa Syarie yang Merupakan Skim Pegawai Syariah Tidak Menetap Lama Kerana Kerap Bertukar atau Naik Pangkat
7.3.6    Ketua Pendakwa Syarie dan Pendakwa Syarie Terikat di bawah Jabatan Agama Islam Negeri
7.3.7    Kerjasama Pendakwa Syarie dengan Pegawai Penguatkuasa Agama Dilihat Tidak Mesra

7.4.      Masalah yang Dihadapi Oleh Hakim Syarie di dalam Mengendalikan Kes Kesalahan Yang Berhubungan Dengan ‘Aqidah:
7.4.1    Kurangnya Alasan Penghakiman bagi Kes Berhubung dengan ‘Aqidah
7.4.2    Pemahaman Hakim Syarie Terhadap Kandungan Akta Kesalahan Jenayah Syariah
7.4.3    Isu Campurtangan Bidangkuasa Mahkamah Sivil Terhadap Bidangkuasa Mahkamah Syariah



VIII.   KAJIAN KES TERDAHULU DAN KINI BERKAITAN KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN ‘AQIDAH MENGIKUT SETIAP NEGERI DI MALAYSIA     

8.1       Pengenalan
8.2       Kes-kes Berhubungan dengan ‘Aqidah:
            8.2.1    Pemujaan Salah
            8.2.2    Doktrin Palsu
                        8.2.2.1 Doktrin Pemikiran Kassim Ahmad
            8.2.3    Mengembangkan Doktrin Agama
                        8.2.3.1 Ajaran Qadiani
                        8.2.3.2 Ajaran Syiah
                        8.2.3.3 Ajaran Tuhan Harun
                        8.2.3.4 Ajaran Millah Abraham
            8.2.4    Dakwaan Palsu:
                        8.2.4.1 Ajaran Kahar (Rasul Melayu)

IX.      PENUTUP
9.1                   Pengenalan                                                                                         
9.2                   Rumusan                                                                                            
9.3                   Saranan dan Cadangan Penyelesaian Terhadap Permasalahan yang Dihadapi.                                                                
9.4                   Kesimpulan                            



11.    PERANCANGAN KERJA


Tahun
 2015



2016


2017


2018
Bulan
Jan -Apr
May-Aug
Sept-Dec
Jan -Apr
May-Aug
Sept-Dec
Jan -Apr
May-Aug
Sept-Dec
Jan -Apr
May-Aug
Item











Hantar Bab
Proposal
Pembentangan Proposal
Bab 1
BaB 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7 dan 8
 Bab 9

Pindaan Bab



Bab 1
BaB 2
Bab 5
Bab 6
Bab 4
Bab 3
Bab 7 dan 8
Semua pindaan
Pengumpulan Data



Temubual dengan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama
Temubual dengan Ketua Penguatkuasa Agama
Temubual dengan Ketua Pendaftar Mahkamah
Temubual Bahagian Penyelarasan Undang-undang JAKIM