DONATE

Isnin, 13 Mei 2019

Isu-Isu Dalam Permohonan Dan Pengeluaran Sijil Faraid Di Mahkamah Syariah


1.0 Pendahuluan

Faraid dari segi bahasa bermaksud ketetapan. Menurut istilah di dalam syarak faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang islam yang telah di tetetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak seperti anak, isteri, suami, ibu bapa dan lain-lain.Harta yang di bahagikan kepada waris adalah baki harta yang di tinggalkan selepas di tolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang, kepada manusia dan memunaikan wasiat yang di benarkan syarak.

Pembahagian harta pusaka menurut Islam selepas berlakunya kematian seseorang muslim,maka wujudlah hak-hak tertentu terhadap harta yang di tinggalkan. Hak-hak tersebut telahpun ditentuka sendiri oleh Allah secara khusus di bawah hukum faraid.
Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya wajib untuk di tunaikan dan Fardhu kifayah kepada umat islam untukmenyelesaikannya.

Terdapat banyak kesan sekiranya umat islam mengabaikan pembahagian harta pusaka dengan menggunakan sistem faraid, antaranya di khuatiri akan berlakunya  memakan harta anak yatim, memakan harta saudara-mara dan memakan harta baitul mal.

Firman Allah S.W.T “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). (Surah al-Nisa’ 4 : 29) . Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:- “Barang siapa merampas seluas satu jengkal tanah, nescaya ia akan dibelit oleh tanah itu dari tujuh lapisannya”

Terdapat banyak isu dan permasalahan yang timbul dalam proses permohonan dan pembahagian faraid yang akan kami huraikan dalam kertas kerja ini.


2.0 Konsep Faraid (harta pusaka )

Terdapat beberapa definisi harta pusaka dari segi mazhab :

1.     Syafie -Segala apa yg menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya, kmudian ditinggalkan untuk waris-warisnya sama ada harta benda, hak-hak & apa yang termasuk ke dalam miliknya setelah dia mati [1]

2.     Maliki - Hak yang boleh dibahagikan & menjadi thabit kepada orang yang berhak mendapatnya setelah orang yang memilikinya dahulu itu mati

3.     Hanbali - Sesuatu hak yang diambil alih dari si mati 

4.     Hanafi - Apa yang ditinggalkan oleh si mati dari hartanya yang bersih dari bersangkut paut dengan hak orang [2]

5.     Kesimpulannya  Jumhur (Shafi’i, Maliki & Hanbali) Mengatakan  harta pusaka ialah apa yang ditinggalkan oleh si mati dari harta benda & hak-hak . Hanafi pula mengatakan  harta pusaka ialah harta benda yang ditinggalkan sahaja tak termasuk hak-hak kecuali hak berkenaan mengikut harta tersebut.


Secara ringkasnya  harta pusaka ialah semua harta peninggalan si mati iaitu harta yang dimiliki oleh seseorang semasa hayatnya & berkekalan miliknya sehingga dia mati Apabila disebut semua harta peninggalan si mati, maka ia meliputi kesemuanya termasuk dari sekecil-kecilnya seperti pinggan mangkuk sehingga sebesar-besarnya sperti rumah, tanah dan sebagainya.


3.0 Pensyariatan pusaka

Pensyariatan mengenai pusaka dapat dilihat dalam surah al-Nisa’ ayat 11, 12 dan 176. Daripada definisi di atas dapat disimpulkan bahawa rukun-rukun pusaka Islam ialah:

                           i.          al-Muwarrith – pewaris yang mati sama ada mati secara hakiki atau hukmi.
                          ii.          al-Warith – orang yang akan mewarisi harta peninggalan si mati dengan adanya sebab-sebab pewarisan.

                         iii.          al-Mawruth – harta yang ditinggalkan oleh si mati selepas diselesaikan semua hak yang berkaitan dengannya.


Terdapat beberapa kepentingan memahami ilmu faraid. Antaranya kita boleh mengenal pasti sama ada seseorang itu merupakan waris atau bukan waris. Seseorang itu juga boleh mengenalpasti bahagian dan saham setiap waris yang  berhak kepada harta pusaka.peninggalan Si Mati. Antara kepentingan lainnya adalah cara pengiraan (hisab) yang boleh menyampaikan kepada bahagian atau habuan setiap waris melalui kaedah pengiraan (matematik).


4.0 Bidang kuasa

Bidang kuasa Pentadbiran dan Pembahagian Harta Pusaka di Malaysia adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan seperti yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 4(e)(1) Senarai 1, Jadual Kesembilan yang memperuntukkan Undang-Undang berkaitan pewarisan harta berwasiat dan tidak berwasiat adalah terletak di bawah senarai Persekutuan.

4.1 Bidang kuasa mahkamah tinggi

Perkara 1, Senarai 2 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Hukum Syarak dan Undang-Undang diri dan keluarga bagi orang Islam termasuk Hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tidak berwasiat adalah terletak di bawah Senarai Negeri.

Peruntukkan ini sebenarnya terhad kepada penentuan dari segi bahagian-bahagian waris mengikut faraid, kesahihan wasiat serta hibah, nasab, tuntutan harta sepencarian dan sebagainya yang berkaitan dengan undang-undang diri simati yang Islam


4.2 Harta pusaka kecil

Bidangkuasa berkenaan dengan harta pusaka kecil diperjelaskan di bawah seksyen 4(1) Akta berkenaan “Kecuali sebagaimana Akta ini memperuntukkan sebaliknya tiada kepentingan dalam apa-apa harta pusaka kecil hendaklah diturunkan atau terletak hak dalam mana-mana orang menurut kuasa mana-mana instrumen selain daripada suatu perintah atau pemberian yang dibuat di bawah Akta ini.”

 Seksyen 3(3) Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 iaitu Akta 98 mentakrifkan harta pusaka kecil seperti berikut:- “ Bagi maksud Akta ini suatu harta pusaka kecil diertinya suatu harta pusaka simati yang mengandungi keseluruhan atau sebahagian harta tak alih yang terletak dalam mana-mana negeri dan tidak melebihi dua juta ringgit dalam nilai total
Permohonan pembahagian pusaka kecil dibuat mengikut kehendak di bawah seksyen 8 (akta 98) mereka yang layak membuat permohonan adalah waris kadim, pemiutang, pembeli, penghulu atau pegawai petempatan mengikut kehendak seksyen 8 akta 98, amanah raya berhad dan baitulmal (jika simati tiada meninggalkan waris).


5.0 PERINTAH FARAID (dahulunya dipanggil sijil faraid)
Perintah Faraid adalah dokumen akuan pewarisan orang beragama Islam, yang menyatakan kesahihan ahli-ahli waris dan bahagian-bahagian yang diperoleh. Permohonan Perintah Faraid hendaklah dibuat di Mahkamah Syariah kerana hanya Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa untuk menentu sahkan siapakah waris yang berhak kepada harta pusaka Si Mati dan berapakah nilaian pembahagian bagi waris tersebut. Perintah Faraid diperlukan contohnya bagi kes-kes seperti berikut:
1.     Pasangan si mati ingin menuntut harta sepencarian. Perintah Faraid diperlukan terlebih dahulu sebab dengan adanya Perintah Faraid barulah boleh ditentukan siapakah pemohon dan siapakah responden dalam permohonan harta sepencarian.
2.     Waris ingin mengeluarkan harta alih si mati yang disimpan oleh institusi-institusi perbankan, Tabung Haji, amanah saham, dan sebagainya. Sebagai alternatif kepada Surat Kuasa Mentadbir, Perintah Faraid boleh digunakan oleh waris sebagai dokumen bagi mencairkan harta alih si mati yang dibekukan oleh institusi-institusi perbankan, Tabung Haji, amanah saham, dan sebagainya.
3.     Waris ingin menjual harta tak alih si mati. Dalam hal ini, Perintah Faraid hendaklah diekshibitkan (ditunjukkan) oleh pemohon (selalunya pentadbir) dalam permohonan perintah jualan di mahkamah tinggi. Kesemua waris yang dinyatakan dalam Perintah Faraid hendaklah menandatangani afidavit persetujuan bagi menyatakan persetujuan mereka bagi pemohon menjual harta tak alih si mati. Sekiranya ada waris yang tidak dapat dihubungi, maka ARB boleh mewakili waris yang hilang tersebut dan wang hasil jualan harta tak alih si mati akan disimpan oleh ARB sebagai pemegang amanah sehinggalah waris tersebut menuntutnya.Walau bagaimanapun, Perintah Faraid tidak diperlukan sekiranya permohonan bicara pusaka dibuat di Unit Pusaka Kecil di pejabat-pejabat tanah kerana unit pusaka kecil sudahpun mempunyai bidangkuasa dalam menentusahkan waris dan membuat pengiraan faraid

6.0  PROSEDUR PERMOHONAN PERINTAH FARAID

Permohonan perintah faraid boleh dibuat sendiri atau anda boleh melantik peguam syarie untuk membuat permohonan bagi pihak anda. Bagi anda yang tidak biasa dengan prosedur
mahkamah, hal ini akan menjadi sukar kerana anda perlu menyediakan dokumen-dokumen
mengikut tatacara mahkamah syariah dan akan melalui proses perbicaraan.
Secara ringkasnya, prosedur permohonan perintah faraid adalah sebagaimana berikut:
       I.          Menyediakan notis permohonan untuk mendapatkan sijil faraid[3]
     II.          Menyediakan afidavit sokongan bagi menyokong permohonan sijil faraid tersebut;10 [4]
    III.          Mengekshibitkan dokumen-dokumen sokongan seperti salinan sijil kematian si mati,salinan surat nikah pasangan si mati, salinan sijil kelahiran anak-anak si mati, salinan sijil kematian bagi waris-waris fardhu si mati yang telah meninggal dunia lebih awal dari si mati, dan lain-lain dokumen yang sesuai sebagai lampiran kepada afidavit sokongan.[5]
   IV.          Memfailkan notis permohonan beserta afidavit sokongan dan ekshibit-ekshibit tersebut di mahkamah syariah tempat pemohon bermastautin

     V.          Mahkamah syariah akan menghantar notis mengenai tarikh perbicaraan kepada pemohon;
   VI.          Pemohon hadir dengan membawa salinan asal dokumen yang diekshibitkan;
 VII.          Mahkamah akan menyoalsiasat pemohon tentang waris-waris si mati bagi mengesahkan waris-waris yang layak mendapat harta pusaka si mati
VIII.          Mahkamah akan menyoalsiasat saksi-saksi bagi mengesahkan siasatan terhadap pemohon

   IX.          Setelah mahkamah berpuas hati, hakim syarie akan mengeluarkan perintah pengesahan waris dan pembahagiannya mengikut faraid (perintah faraid); Setelah siap perintah faraid dimeterai, pemohon boleh mengambilnya di pejabat pendaftaran Mahkamah

7.0 Isu-Isu Dalam Permohonan Dan Pengeluaran Sijil Faraid Di Mahkamah

7.1 Tiada Jabatan Khusus
Ketiadaan jabatan khusus dalam pengeluaran Perintah Faraid ini boleh menyulitkan waris-waris dan menyebabkan terjadinya kekeliruan dan kesukaran dalam mempercepatkan urusan pembahagian.

Sudah tiba masanya Malaysia mewujudkan satu jabatan yang khusus yang akan menguruskan semua urusan bermula dari permohonan sehinggalah kepada pembahagian harta.

7.2 Ketiadaan statut pusaka
Setakat ini tiada lagi sebarang statut pusaka yang boleh di guna pakai sebagai rujukan dalam bab faraid ini. Rujukan utama Mahkamah Syariah adalah hukum syarak terutama mazhab Shafi’i Keadaan ini menimbulkan kesukaran kepada hakim

7.3. Waris Hilang (Mafqud)
Jika terdapat waris yang tidak diketahui maklumat mereka, sudah tidak dapat dihubungi oleh waris yang lain, tidak diketahui sama ada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia, mengikut hukumnya,mereka dianggap masih hidup (kerana asalnya hidup) kecuali terbukti bahawa mereka sudah meninggal dunia.Peruntukan yang sama juga terdapat dalam enakmen wasiat di Negeri Sembilan, dan Melaka. Dalam perbincangan usul fiqh, prinsip ini dikenali sebagai istishab.

Jika boleh dibuat carian maklumat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) & JPN sahkan bahawa mereka sudah meninggal dunia, maka bolehlah dianggap waris tersebut sudah meninggal dunia mengikut tarikh mati yang disahkan oleh JPN. Satu carian sijil kematian juga boleh dibuat bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang kematian waris tersebut.
 Jika waris yang ada berhasrat untuk menganggap waris yang hilang tersebut sudahpun meninggal dunia berdasarkan bukti-bukti yang dianggap kukuh, mereka boleh membuat permohonan anggapan kematian berdasarkan seksyen 108 Akta Keterangan 1950 di Mahkamah Tinggi. Orang yang hilang tersebut hanya dianggap mati bermula dari tarikh anggapan kematian disahkan oleh mahkamah. Beberapa elemen di bawah seksyen 108 hendaklah dipenuhi oleh pemohon sebelum permohonan ini boleh dibenarkan oleh mahkamah. Selalunya mahkamah mahukan afidavit sokongan dari seseorang yang kali terakhir melihat orang tersebut melebihi tempoh sekurang-kurangnya tujuh (7) tahun, bukti tentang usaha pencarian yang telah dibuat bagi mencari orang yang hilang tersebut seperti iklan di surat khabar, dan lain-lain sebagainya.

Secara alternatif, permohonan anggapan kematian juga boleh dibuat di mahkamah syariah yang mana tempoh kehilangan orang tersebut lebih singkat iaitu selama tidak kurang empat (4) tahun daripada hari terakhir ia dilihat atau diketahui. Walau bagaimanapun, setakat ini  permohonan anggapan kematian di mahkamah syariah setakat ini hanya digunakan oleh pihak-pihak bagi memohon pembubaran perkahwinan sahaja.

Bahagian waris yang hilang tadi (yang dianggap masih hidup) hendaklah diserahkan kepada syarikat pemegang amanah yang dilantik oleh pentadbir tanah atau mahkamah. Selalunya pihak ARB akan dilantik sebagai pemegang amanah bagi waris yang hilang sehinggalah waris tadi datang menuntut hak mereka. Satu fail/akaun akan dibuka oleh ARB & ARB akan merekodkan maklumat setakat yang dimaklumkan kepada mereka.

 Dalam perintah faraid, nama waris yang hilang ini akan ditulis sebagaimana yang diberi dalam keterangan oleh pemohon dan saksi-saksi semasa sesi bicara dalam permohonan sijil faraid, dan bahagian pengenalan diri mereka selalunya akan dicatat sebagai ‘tiada maklumat’


7.4. Bayi Dalam Kandungan/Janin

Bayi dalam kandungan/janin berhak mewarisi harta pusaka dengan syarat memang sah bayi tersebut sedang dikandungkan sewaktu si mati meninggal (walaupun berusia sehari), dan dia sempat hidup sewaktu dilahirkan (walaupun untuk beberapa saat).

Untuk menetapkan kewujudan bayi di dalam kandungan ibunya, maka perlulah dilihat daripada:
(a) Perbezaan waktu antara akad nikah dengan kelahiran anak tersebut;
(b) Perbezaan waktu perceraian dengan kelahiran anak tersebut.


Para ulama bersepakat bahawa perbezaan waktu kandungan mestilah berusia enam (6) bulan dan ke atas.

Bagi bahagian waris yang tidak terjejas sama ada bayi tersebut hidup atau meninggal sewaktu dilahirkan, bahagian pusaka bagi waris tersebut boleh dibahagikan. Tetapi bagi bahagian yang ada kemungkinan perubahan pengiraan bergantung kepada hidup atau mati janin, atau kebarangkalian jantina lelaki atau wanita janin, maka simpanlah bahagian paling maksima atas kebarangkalian-kebarangkalian pengiraan supaya hak janin tetap terpelihara


7.5. Masalah Bahagian Waris Tidak Boleh Didaftarkan

 Ini adalah kerana adanya halangan dari aspek undang-undang:
1.     Hakmilik yang didaftarkan di bawah Akta Tanah Penempatan Berkelompok 1960 yang hanya membenarkan dua orang pemilik bersama.
2.     Halangan memilikki tanah bagi bukan warganegara Malaysia – perlukan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri
3.     Tanah Rezab Melayu yang tidak membenarkan bukan Melayu didaftarkan sebagai pemilik

Dalam keadaan seperti ini ada beberapa pendekatan diambil untuk menjaga hak-hak waris. Bagi kes pertama di atas, seoarang atau dua orang akan dilantik sebagai Pentadbir Harta simati dan Pentadbir Harta diperintah membahagikan segala bentuk hasil keuntungan dari harta tersebut mengikut faraid atau mengikut persetujuan bersama ahli waris. Bagi kes bukan warganegara, waris akan diberi Surat Kuasa Mentadbir untuk tujuan memohon kebenaran dari pihak berkuasa Negeri supaya nama waris yang terbabit boleh didaftarkan atau waris yang lain diberi peluang menebusbeli bahagian waris berkenaan mengikut syarat-syarat yang dipersetujui atau mengikut perintah Pentadbir Tanah. Bagi kes tanah rezab Melayu, waris tiada pilihan untuk menebus bahagian waris berkenaan atau dalam kes tertentu jalan terakhir adalah dengan mendapatkan perintah kebenaran menjual.


7.6. Pentadbir Harta Yang Tidak Amanah

Di dalam kes-kes tertentu seperti contoh di atas, lebih-lebih lagi yang melibatkan rancangan tanah Felda atau Felcra, isu dan masalah yang sering dibangkitkan ialah Pentadbir Harta yang dilantik tidak amanah dan tidak melaksanakan tanggongjawab membahagikan segala hasil keuntungan seperti yang diarahkan. Sikap tamak, tidak menghiraukan hukum, meletak hukum ditangan sendiri dan bergaduh sesama waris, kesemuanya menyumbang kepada masalah Pentadbir Harta yang tidak amanah.

Untuk mengatasi masalah ini, waris yang tidak berpuashati boleh memohon bicara (seksyen 17 Akta 98) supaya dilantik Pentadbir Harta yang baru mengantikan Pentadbir Harta yang tidak amanah. Isu ini tidak terhenti di sini, malah terdapat banyak permohonan dalam harta pusaka yang sama untuk membatalkan dan melantik Pentadbir Harta yang baru. Ini seolah-olah tiada kesudahannya. Hendak membenarkan urusan tebus beli bahagian, nilaian harta agak tinggi dan waris tiada kemampuan. Hendak dilelong atau diperitah jual pula melibat beberapa faktor undang-undang berkaitan. Oleh itu dicadangkan agensi yang berkenaan terutamanya Felda mengambil tindakan yang lebih drastik termasuk meminda undang-undang berkaitan agar pihak Felda sendiri boleh mengambil alih atau mentadbir atau membeli bahagian waris untuk diserahkan kepada peneroka yang baru dalam bentuk pinjaman.


7.7. Meninggalkan Waris Dengan Sengaja

Isu memberi keterangan palsu atau menipu semasa memberi keterangan bukanlah perkara baru di dalam mana-mana proses perbicaraan serta perudangan. Walaupun ada undang-undang dan hukuman yang berat akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang memberi keterangan palsu, kes-kes menipu tetap berlaku.

7.8. Kematian Serentak


Dalam kes kematian serentak / kematian bersama, contohnya dalam kes kemalangan jalan raya, kapal tenggelam, nahas kapal terbang/helikopter, gempa bumi, tanah runtuh, tsunami, kebakaran, dan lain-lain sebagainya, dalam keadaan tidak diketahui siapa yang mati terdahulu dan siapa yang mati terkemudian, maka hukumnya, tiada pusaka-mempusakai di antara mereka yang mati tadi.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-83, pada 22-24 Oktober 2008 di Kelantan telah membincangkan hukum pewarisan bagi kes kematian serentak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

             “Mana-mana ahli keluarga yang meninggal dunia secara serentak dalam kejadian yang sama atau sebaliknya dan tidak dapat ditentukan siapa yang mati terlebih dahulu bagi menentukan hak perwarisan, maka mereka tidak akan saling mewarisi antara satu sama lain. Ini berdasarkan syarat-syarat perwarisan, waris al-warith) hendaklah masih hidup semasa kematian orang yang mewariskan (al-muwarrith). Oleh itu, harta pusaka si mati akan dibahagikan kepada waris-waris yang hidup tanpa mengambil kira bahagian ahli keluarga yang mati bersama-samanya. Bagi merekodkan waktu kematian, perakuan pakar perubatan hendaklah diterima pakai dan dicatatkan dalam sijil kematian[6]


7.9. Isu Baitumal

Tiada keseragaman di antara negeri-negeri dari segi kaedah menebusbeli bahagian baitulmal. Ada yang meminta bahagian baitulmal didaftarkan terlebih dahulu dan urusan tebusbeli dibuat seperti jualbeli biasa. Ada pihak baitulmal negeri yang mengikut jumlah nilaian harta yang ditetapkan oleh Pentadbir Tanah dan ada yang ingin membuat penilaian sendiri. Ada pihak baitulmal negeri yang enggan membuat permohonan walaupun dimaklumkan simati tiada meninggalkan waris dan ada juga yang enggan membuat bayaran perintah walaupun baitulmal mendapat bahagian.


8.0 Penutup


Kesedaran dalam ilmu faraid hendaklah di titikberatkan pada zaman sekarang, Jika di lihat telah banyak pihak-pihak yang menganjurkan seminar bahkan membuka kelas pengajian di masjid-masjid akan tetapi kesedaran individu dalam bab faraid ini menyebabkan penganjuran program-progam ini tidak mendapat sambutan.

Dari segi pengurusan harta pusaka pula, banyak kes pusaka menjadi tergendala dan tidak boleh diselesaikan adalah kerana perangai waris-waris yang tidak boleh bekerjasama. Undang-undang yang ada, walaupun mungkin belum sempurna, sudah pun mampu menyelesaikan kes-kes pusaka secara saksama, dan jika pun ada percubaan penipuan dalam pembahagian harta pusaka, ia bukanlah sesuatu yang mudah jika semua pihak mengikut lunas perundangan yang ada

Kesedaran mengenai ilmu pengurusan harta ini amatlah penting untung di kembangkan agar masyarakat lebih memahami dan menerima ketetapan yang telah di syariatkan dan boleh mengelak berlakunya salahfaham antara ahli waris akibat dari tiada ilmu mengenai pembahagian harta pusaka ini.



[1] Badran Abu al-‘Aynayn Badran, Ahkam al-tarikah, 32.
[2] Ibid., 33.
[3] Borang MS 3 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah
[4] MS 26 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah
[5] MS 27 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah
[6] Lihat Amir Bahari, Soal Jawab Wasiat Islam; Solusi Permasalahan Pewarisan Islam, m/s. 139-140

Isnin, 28 Januari 2019

PERKAHWINAN RENTAS SEMPADAN : WILAYAH SEMPADAN THAILAND



Dr. Abdulroya   Benseng
Head of Islamic Law Branch
Acadimy of Islamic Studies Prince of Naradhiwas University.
Abido_b@hotmail.com

Pendahuluan
بسم الله الرحمن الرحيم
Allah menciptakan manusia dan makhluk makhluk lain dalam bentok pasangan juga Allah menanam dalam diri makhluk itu nafsu jentina ingin kepada perasan, khususnya manusia yang agak berlainan degan makhluk – makhluk lain iaitu degang melalui perkawinan yang bermaksud  proses ikatan lahir diantara dua orang lelaki dan perempuan dimikian itu hanya untuk hidupbersama dalam arti menjaga jenis (zurriyat) manusia dan member kehurmatannya degan perkawin yang disahkan olih syariat allah. Menurut Abdulhalim   al- Sa’di (n.d ) menegaskan bahaea perkawinan yang pada asalnya dihukum sebagai satu amalan dilentaknya atas hukum al- taklif lima  iaitu adakala diharuskan sahaja, tetapi ia terkadang membawa kepada walib,  haram, sunat, makruh, itu mengikut keadaan seseorang. Wajib berkawin adalah apabila seseorang berkemampuan membri nafkah lahir dan batin di samping iai  tidak mampu mengawal dirinya dari melakukan maksiat.
        Perkawinan selalunya berada disetiap mana – mana masyarikat, ia bukan g=hanya masyarokat yang meganuti agama islam sehaja bahkan masyarikat yang bukan islam pun sama kerana itu adaalah fitrah manusia atau dinamakan degan “Sunnatullah” dalam kehidupan manusia yang bermasyarakat. Perkawin iai juga sunnah nabi Muhammad, seperti
mana  beliau menegaskan dalam sebuah hadis menjawab akan soalan - soalan
مَا بَالُ أَقْوَامٌ قَالُوا كَذَا وَكَذَا لَكِنِّي أُصَلِّي وَأَنَامُ وَأَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ ، فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي "
Maksudnya : Alangkah anehnya beberapa kaum berkata bagitu danbegini ? tetapi aku bersolat dan aku tidur, aku berpuasa dan aki berbuka, dan aku berkawin. Sesiapa enggan daripada sunnah aku, maka ia bukan daripada umatku. (Sahih Muslim:140)
        Disini lelas bahawa mecari pasamgan degan melalui perosis perkawinan adalah perkara mahmudah kerana iai sebagai salah satu cara untuk mengekal dan menyebarkan keturunan dan zurriyat  anak Adam di samping itu juga,ia sebagai satu factor bagi melahirkan ketenagan dan kenikmatan bagi hamba Allah dalam hidupnya di dunia ini.
Allah berfirman

   Ertinya :  “Dan di antara tanda – tanda kekuasaan- Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri –istri dari jenismu sendiri, supaya cenderung dan merasa tenteram kepadanyadan di jadikannya di antaramu rasa kasih dan saying. Sesungguhnya pada demikian itu benar – benar tanda – tanda bagi kuam yang berfikir” (al- Rum,ayat : 21)
        Cinta  adalah satu perasan yang harus berlakunya kepada mana – mana manusia di mana –mana Tempat atua  Negara,   olih kerana cinta  perasan tanpa sempadan. Malasia dan Thailand  merupakan sempadan yang unik  dari segi kesamaan curok  kedudukan  bersaman agama dan bangsa degan itu amat senang sekali berlaku antara mereka pernikahan  sesame merekayakni sesama rakyat Malaysia atua rakyat Malaysia degan rakyat Thai, degan sebabnya peraturan yang lebih ketat di Malaysia dalam menjalani perkawinan khasnya bagi rakyat Malaysia yang ada kehandak dalam berpoligami  meraka mistikan syarat – syarat dan peraturan lain mengikut Undang – Undang  negeri dan  Undang – undang Negara  membebankan sebahagian warga Malaysia untuk membuat keputusan berkawin di Malaysia, maka jalan keluar yang agaknya lebih senang bagi meraka itu  ialah berkawin merentas sempadan, merekamemilihkan Majlis Agama Islam Wilayanh du Thailand  yang berdekatan merekauntuk menjalakan acara perkawinan, seperti Majlis Wilayah Islam di Patani, Yala, Nararhiwat, Setul dan Songkhla. Di antara tahun 2000 -2004 M, didapati catatan Majlis Agama Islam Wilayah Pattani jomlah perkahwinan  rentas sempadan terdatat 5,262 pasangan (Kader  Sa-ah,2007)  adapun catatan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla tahun 2015 jumlah 6,000  pasangan,(Hiris asim,2016) jumlah tersebut degan jelasyna meningkat dari setahun kesetahun, begitu jugalah dengan Majlis Agama Islam Wilayah sempadan lain.
Sebab – sebab perkahwinan warga Malaysia rentas sempadan
Isu perkahwinan warga Malaysia rentas sempadan  bukannya baru berlaku akan tetapi dahpun lamanya, yang megebabkan timbul pelbagai masaalah terhadap pehak berkenaan di Malaysia maka kedatangan warga Malaysia untuk hanya berkhawin di wilayah – wilayah sempadan tersebut Kader Sa-ah(2007) meyibutkan antara sebab – sebab itu seperti :
1.    Tidak dapat kebenaran daripada pihak wali perempuan untuk berkhawin.
2.   Mengelakan dari peraturan yang ketat seperti kurusus perkahwinan, soal selidik kemampuan berkeluarga dan lain – lain peraturan.
3.   Perkahwinan isteri kedua, baik bakal isteri dari Malaysia atua dari Thailand.
4.   Wali perempuan adalah warga Thailand.
5.   Warga Malaysia yang dating keselatan Thailand untuk tujuan tertentu dan setuju untuk berkhawin dengan perempuan Thailand, baik perempuan itu beragama Islam atua peganut agama lain kemudian menganut agama Islam.

Kenyataan di atas merupakan sebab –sebab penting berlakunya perkahwinan rentas sempadan di Majlis Agama Islam di Wilayah sempadan Thai, namun demikian setelah selesai perkahwinan juga terdapat  sebahagian daripadamerekaitu megalami masaalah – masaalah yang tidak bolih dielakkan baik dalam aspek kehidupan seharian, kerana suasana  dan undang – undang ynag berbeza  dalam meguruskan urusan pendaftaran, peniktirafan nikah khawin daripada mahkamah syariah, seterusnya peniktirafan hak – hak perempuan dan anak – anak yang lahir daripada perkahwinan itu selain itu hak –hak dalam menirima pesaka.
Masaalah perkahwinan rentas sempadan bagi warga Malaysia  khususnya dalam masaalah berpoligami puncanya dari Akta 303 AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 [CETAKAN SEMULA 2005]  BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
 
Seksyen 23. Poligami

(1) Tiada seorang pun lelaki, semasa wujudnya sesuatu perkahwinan, boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat kontrak perkahwinan yang lain dengan perempuan lain atau perkahwinan yang dikontrakkan tanpa kebenaran sedemikian boleh didaftarkan di bawah Akta ini:
Dengan syarat Mahkamah boleh jika ia ditunjukkan bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah mengikut Hukum Syarak, memerintahkan perkahwinan itu didaftarkan tertakluk kepada seksyen 123.
(2) Subseksyen (1) terpakai bagi perkahwinan dalam Wilayah Persekutuan seseorang lelaki yang bermastautin dalam atau di luar Wilayah Persekutuan dan perkahwinan di luar Wilayah Persekutuan seseorang lelaki yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan.
(3) Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu akuan menyatakan alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut dan perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan dan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan, bilangan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada keizinan atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap perkahwinan yang dicadangkan itu.
(4) Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon dan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati—

(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandang kepada, antara lain, hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;
(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;
(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak; dan
(a)     bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.


Seksyen 123. Poligami tanpa kebenaran Mahkamah

Seseorang lelaki, berkahwin lagi di mana-mana jua pun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu dari Mahkamah maka dia melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.


Pelaksanaan Kahwin Rentas Sempadan di Wilayah Selatan
Perkahwinan  rentas sempadan merupakan salah satu isu yang tidak dapat dielakkan selama mana perkungsian diantara undang – undang keluarga Islam Malaysia degan   dan  Thailand, iaitu`warga Malaysia yang beragama Islam harus mengikuti undang – undang perkahwinan yang di tetepkan olih setiap negeri. Olih sebab undang – undang dan peraturan yang ketap bagi mana lelaki yang ada kehandk berkahwin kali kedua, maka kedatangan mereka kemajlis agama islam Wilayah selatan Thailand menjadikan  jalan keluar yang utama. Merekabersama bakalisteri kemajlis – majlis agama islam dan melangsungkan upacara perkahwinan, selepas kakitagan Majlis Agama Islam memeriksa akan dokumen yang melazimi maka upacara perkahwinan diantara laki – laki perempuan itu dirasmikan maka pehak – pihak berkenaan akan megeluar surat pengesahan dari majlis – majlis agama Islam maka surat – surat itulah akan menjadi bukti penting apabila mereka  pulang  kemalasia degan sangkut mereka membayar denda sejumlah 1,000 RM.

Selain daripada Majlis Agama Islam yang melayarkan perkahwinan tersebut manakala Masjid – Masjid di Wilayah mempadan Thailand juga sudah ambil peranan dalam menyalesaikan permintaan itu dari pasagang lelaki dan perampuan muslim Malasia yang kehandak berkahwin dua  tiga atau empat untuk megelakkan bentang atua halagan dari pehak isteri pertama  degang mengunakang ruang undang – undang. Zakariya bin salih mempertua Majlis Agama Islam Wilayah Sungkhla  menegaskan bahawa kebanyakkan warga Malaysia datang kemajlis agamaislam untuk berkahwin dua   jumlah terlebih banyak daripada perkahwin  pertama, didapati pada setiap hari tidak kurang dari 10 – 20 pasamgan,  mereka datang mengesakan Imam untuk megusur perkahwinan sekiratidak menunaikan  mereka akan melakukan dusa yang terlibih besar iaitu “berzina” demikian ituulah terpaksanya Imam melaksankan perkahwinan megikut syariat islam. Para Imam melaksana perkahwin itu sepaya handak megiluk dari dosa yang lebih besar megikut qaeda Fiqhiyah.


درء المفاسد مقدم من جلب المصالح
dan      
الضرر لا يزال بالضرر
 Seorang warga Malaysia jelakan masaalah mereka degan katanya “kebanyakkan laki- laki warga Malaysia mengunakan ruang undang – undang yang ketat degan berkahwin rentas sempadan memang iai salah degan undang- undang Malaysia tetapi tidak iai salah degan undang – undang Islam” degan itu pihak konsol Malaysia di Wilayah Sungkhla akan megeluar surat akuan kahwin atas surat yang dikuarkan olih Majlis Agama Islam.    
Seksyen 104. Sesuatu perkahwinan yamg dilakukan di luar Malaysia, lain  daripada  Perkahwinan yang diupacarakan di sesuatu kedutaan suruhanjaya tinggi atau Pejabat konsol Malaysia di bawan seksyen 26, hendaklah diiktiraf sebagai sah bagi segala Maksud undang -undang Malaysia

Kemadian kembali kemalaysia mereka sangkut bayar bayaran denda sejumlah 1,000 RM, atua 8,400 baht, perbelajan dalam meguruas perkahwinan itu dalam sekitar 1,200 RM, atua jumlah10,100 baht. Daripada surat pegesahan itu kerajaan Malaysia merima sah perkahwinan itu megekut kejelasan surat yangdikluar olih majlis – majlis agama islam di Thailand itu. Waluapun terdapat perbezaan dari sudut pengurusan atua sebagainya di antara negeri – negeri. Itu merupakan perkara yang sering berlakunya bahkan pada masa kini dapati angka perkahwinan rentas sempadan makin menambah, di Majlis - Majlis Agama Islam Wilayah sempadan selatan Thailand, terutamanya di Wilayah Narathiwat  yang bersempadan degan negeri Kelantan dan Sungkhla yang bersempadan degan negeri Kedah. (Kader  Sa-ah,2007)

Hakikat Majlis Agama Islam Wilayanh – Wilayah sempadan.  
Majlis – majlis agama islam wilayah selatanThailand iaitu Yala, Pattani, Narathiwat, Sungkhla dan Stul sebenarnya iai berfungsi sebagai tempat penyelesaian masaalah – masaalah yangberkaitan dengan hal ehwal keluarga dan harta pusaka bagi kuam muslim di kawasan masing –masing, Selain dari megurus dua urusan ersebut, ia juga bertindak sebagai pengurus masjid dan kakitangan masjid di wilayah masing-masing dan bertindak sebagai tempat mengesahkan dokumen yang berkaitan dengan urusan agama dan dokumen institusi pengajian Islam. Fungsi terbaru bagi majlis agama Islam wilayah iaitu pengesahan bagi tanda “halal” bagi produk makanan di wilayah masing-masing walaupun bagitu urusan baik perkahwinan dari orang tempatan ataupun perkahwinan rentas.

        Majlis agama Islam wilayah tidak ada peruntukan dari pihak kerajaan kerana ia hanya merupakan pertubuhan bukan milik kerajaan Ia pasti mencari sumber ekonomi sendiri dalam menguruskan segala hal. Sumber ekonomi pada keseluruhanya didapati daripada dalam menguruskan segala hal. Sumber ekonomi pada keseluruhanya didapati daripada yuran bayaran, zakat, projek kerajaan, sewa bilik mesyuaray, dan beberapa hasil upahan. Kesemua hasil itu dikumpulkan dalam lingkungan kegiatan-kegiatan masjid termasuk yuran perkahwinan pendapatan yang dikumpul akan digunakan, ahli jawatan kuasa masjid sewa air dan api elektrik, dokomen-dokumen pejabat dan perbelanjaan untuk urusan masjid
          Berhubugan dengan perkara pernikahan pula masjid agama Islam telah megambil berapa tindakan untuk mengatur dan menyusun peraturan dan seyarat-seyarat supaya urusan perkahwinan dapat dilaksanakan dengan teratur dan tidak akan mengalmali masalah yang menyulitkan meskipun demikian, masih lagi terdapat masalah-masalah yang dihadapi  oleh pasagan suami istri Bagi perkahwinan rentas sempadan maksudnya penduduk warga Malaysia yang datang berkahwin di masjid agama Islam wilayah umumnya akan disoal terlbih dahulu semaada kebatangan mereka itu benar-benar untuk berkahwin atau bagaimana
Dalam soalsiasat itu, ahli jawatankuasa masjid atau kakitangan akan bertanya perkara-perkara berkaitan dengan sebab-sebab kedatangan mereka ke masjid agama, latar belakang keluarga lelaki dan perempuan. Dalam hal-hal tertentu perlu juga menunjuk dokumen seperti dalam kes perempuan yang sudah cerai dan ingin berkahwin pula dengan lelaki lain, dia mesti menyatakan dokomen mengatakan dia telah pun sah bercerai dengan suami dahulu dan tempoh masa idah telah tamat. Dokomen-dokomen lain termasuk pengesahan dari makhamah negeri di Malaysia mengesah perempuwan untuk kahwin di Thailand, dokumen membenarkan kahwin perempuwan di bawah umur18 yang terpenting ialah dokumen peribadi seperti paspot atuu Borbor pass dan kad pengenalan diri. Sekiranya bakal pasangan suami isteri itu memenuhi syarat-syarat dalam hokum nikah dan syarat-syarat sampingan, jawatan kuasa atua kakitagan masjid yang mewakili kadi akan meneruskan pernikahan kemudian akan keluarkan surat pengesahan dalam tulisan rumi atua jawi mengikut peraturan masjid masjid-masjid
Sebelum tahun 1998, kuasa melaksanakan perkahwinan rentas sempadan di beberapa wilayah selatan Thai boleh dilakukan oleh imam-imam masjid, samada perkahwinan yang disertai oleh wale bapa atau wale am, serta oleh dilaksanakan akad di rumah perempuan atau imam. Mulai dari 1998 , pihak majlis agama Islam wilayah selatan,telah mengambil alih kuasa itu, para imam tidak ada hak lagi untuk menikahkan pasangan lelaki dan perempuan yang lain dripada ahli kampungnya
Sejak daripada tarikh tersebut, Majlis agama Islam di beberapa wilayah selatan mangambil beberapa langkah untuk mangatur dan mengawanl perkahwinan rentas sempadan jueteru itu, pihak majlis-majlis tersebut telah mengatur pelbagai syarat dan peraturan bagi perkahwinan rentas sempadan supaya lebih menggambarkan di sini akan menyebut syarat-syarat dan peraturan-peraturan itu, iaitu,
Perundangan Islam di selatan Thai.
1.  Perundangan Islam di selatan Thailand buat masa kini
Setelah kerajaan siam dapat menakluk wilayah Pattani, pehak kerajaan Thai masihpun menguna pakai Akta Perundangan Islam dalam urusan keluarga dan pesaka di Empat wilayah sempadan Thailand  iaitu Yala, Pattani, Narathiwat, Sungkhla dan Stul pada tahun 1946 . menurut Akta Pentadbiran Institut  Agama tahun 1997.

2.  Pelaksanan undang – undang Islam di Mahkamah Agama.
Warga Negara di selatan Thai mejoritinya adalah penduduk Muslim, maka pelaksanaan undang – undang Islam degan umumnya masih lagi terhad, tidak kebibasan dalam setiap segi hokum – hokum syariat, kecuali pada Akta perundangan islam tenteng keluarga dan pusaka Tahuh 1946, ada pada seksyen 3 bahawa :
   Dalam memutuskan kes –kes yang berkaitan keluarga dan pusaka Islam di Mahkamah rendah wilayah Pattani, Narathiwat, Yala dan Stul, defendan dan plaintif atua permohonan yang tidak ada dakwaan, handaklah oranf Islam
        Terdapat bahawa  perlaksanaan undang – undang Islam ini hanya dapat di kuatkuasakan di kawasan Empat wilayah Yala, Pattani, Narathiwat, Sungkhla dan Stul sahaja, sedamgkan penduduk muslim berada di senta wilayah Thailand, lagi pun Mahkamah Agama merupakan satu Mahkamah yang beradanya hanya di Empat wilayah sahaja, dan Mahkamah itu berada di bawah Mahkamah Sivilwilayah  yang mana Mahkamah Agama ini dekuai olih ketua Hakim sivil akan tetapi berkenaan degan masaalah keluarga dan pusaka di serahkan ketua Hakim sivil kepada Dato’ Yuttitham atua Qadhi  sebagai qadhi yang membuat ketusan  tentang perkara yang berkaitan degan hak ehwal keluarga dan pusaka islam. (Ibroheng   Dorlah,2018)
3.  Pelaksanaan di perinkat Negara.

Di perinkat ini mulakan pada tahun 1997 kerajaan telah megeluarkan satu Akta yang dikenaki degan Akta “Pentadbiran Institusi Agama Islam tahun 1997, sebagai hasilnya telah muncul beberapa institusi dalam mentadbir hal ehwal islam di Thailand, antara itu iailah Jabatan Chularachmunteri  atua degan nama pejabat Syekh al –Islam, ahlijawatankuasa Islam Pusat dan Ahli Jawatankuasa Masjid Agama Islam Wilayah.  Chularachmunteri merupakan pemimpin tertingi bagi orsng Islam dalam megurus segala urusan Agama Islam, dinyatakan dalam bahagin 1 Seksyen 1 bahawa:
   Baginda Rajalah yang melantik Chularachmunteri, dicadangkan namanya olih Perdana Mentri selepas mendapat persetujuan dari Ahli Jawatan Kuasa Agama Islam Wilayah yang ada di Thailand dan dia merupakan pemimpin bagi orang Islam di Thailand

Bidang kuasa Chularachmunteri itu iailah :
3.1.1 Memberi nasihat  dan cadangan tenteng urusan Agama Islam kepada Kerajaan.
3.1.2 Melantik orang yang ada kebulihan selaku penasihat bahagian undang – undang Islam.
3.1.3 Mengisytiharkan tarikh tertentu yang berpandukan anak bulan mengikut Seksyen 35(11) untuk mennentukan hari – hari yang penting bagi orang Islam.
3.1.4 Menbuat iklan berkaitan ijtihad mengikut Agama Islam.

Bidang kuasa Ahli Jawatan Keuasa Puasat itu ialah :

Ahli Jawatan Keuasa Puasat mereka ini adalah wakil daripada setiap Majlis Agama Islam Wilayah mereka ini dilantikan olih Chularachmunteri,dalam bahagian 3 Seksyen 18, ada nyatakan tentang tugas dan kuasa Ahli Jawatan Keuasa Puasat antaranya:
1.   Selaku penasihat kepada Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pelajaran.
2.   Memberi nasihat dan cadagan kepada ahli jawatankuasa Masjid Agama Islam Wilayah dan ahli jawatankuasa masjid.
3.   Melantik anggota kerja yang akan diarah oleh Ahli jawatankuasa Islam pusat.
4.   Mengeluarkan peraturan dalam mengawasi harta jabatan Ahli Jawatankuasa Islam Pusat mengeluankan peraturan bagi membolehkan jabatan menjana hasil bagi Masjid agama  Islam wilayah dan Masjid.
5.   Mengeluarkan peraturan kerja, mengawasi apa yang dilaksanakan oleh Ahli jawatankuasa Masjid agama Islam wilayah dan masjid.
6.   Menjalankan tugas Ahli jawatankuasa Masjid agama Islam wilayah di wilayah yang tiada Masjid agama Islam atua Ahli jawatan kuasa Masjid agama pusat dan menyerahkannya kepada Masjid agama Islam di wilayah yang berhampiran.
7.   Menilai surat aduan dalam Seksyen 41.
8.   Mengeluarkan surat kenyataan harta, penyata wang masuk dan keluar dari Pejabat Ahli jawatankuasa Islam pusat.
9.   Memberi sokongan atas segala urusan agama dan pengajian Islam.
10.                     Menghubungi pihak kerajaan dalam menjamankan urusan berkaitan hal ehwal agama.
11.                     Menunaikan segala tanggungiawab yang dinyatakan di dalam Akta ini.

4.  Pelaksanaan di perinkat Majlis Agama Islam.
Majlis Agama Islam Wilayah merupakan pusat utama dalam melaksanakan undang –undang Islam di Thailand dan di Selatan Thailand secara khususnya, ia juga merupakan institusi  yang berperanan dalam menegakkan Syariah Islam di Wilayanh sempadan khususnya dalam penyelesaian masalah yang berlaku dalam kalagan masyarakat Islam sebelum dibawa ke Mahkamah Agama,megikut Akta pentadbiran Institusi Agama Islam thun 1997.

Maka kuat kuasa bagi ahli Jawatan kuasa Majlis Agama Islam Wilayah sepertiberikut:
1.   Memberi nasihat dan cadagan berkaitan degan hal ehwal agama kepada Gabnor.
2.   Megawal dan megawasi kerja – kerja yang di laksanakan olih ahli jawatankuasa masjid di wilayah dan wilayah – wilayah lain yang diberi mandat olih Ahli Jawatan Keuasa Pusat.
3.   Mendamaikan atuamemutuskan sebarang rayuan dan aduan olih rakyat tempatan atua makmum Masjid,agar segala proses dapatdijalankan degan lancer.
4.   Mwlantik dan melucutkan Ahlijawatan Keuasa Masjid.
5.   Meyelidik dan meyesat  sebarang kes yang melibatkan perlucutan jawatan Ahli Jawatankuasa megekut seksyen 40(4).
6.    Mengantung tugas Ahli Jawatan Masjid selama dalam tempoh penyesatan.
7.   Memberikan pertimbangan  berkaitan degan pembagunan, perpindahan dan pembatalan insititusi masjid.
8.   Melantik pemangku jawatan imam, khatib dan bilal sekiranya ada kekosongan jawatan.
9.   Mengeluarkan surat akuan perkahwinan dan percerian mengikut peruntukan undang-undang Islam.
10.         Mengurus dan berdaftar harta dengan membuat penyata wang masuk dan keluar pejabat Majlis Agama Islam wilayah agar ianya sah, sempurna dan terkini serta membuat laporan kewangan kepada Ahli Jawatankuasa Islam Pusat pada bulan Mac setiap tahun.
11.         Mengeluarkan surat pernyataan dan perisytiharan mengenai aktiviti keagamaan dalam wilayah.

Perkahwinan Pindah wali di selatan Thailand.
Selatan Thailand adalah merupakan lokasi kunjungan bagi pasangan yang ingin berkahwin secara pindah wali bagi rakyah Malaysia dan Negara berhampiran. Penentuan samada berkahwinan itu diakui oleh syarak atau sebaliknya adalah bergantung sebahagian besarnya kepada wali, samada wali AK’rab atau selain daripadanya. Memamdangkan perkahwinan yang di akad di selatan Thailand kebiyasaannya adalah dari kalangan pasangan yang ingin ber’pindah’wali dari wali Ak’rab ke wali am yang ada di selatan Thailand, oleh itu perlu diperjelaskan di sini siapa kah yang boleh menjadi wali am di Thailand, dan bagaimana bentuk dan cirri-ciri yang menjadikan perkahwinan itu salah

Qadhi Syar’i
Wilayah di sempadan antara Thailand-Malaysia pada ketika era perdana Menteri Phibul Songkram telah menyaksikan perubahan yang ketara dari segi perundangan. Pada ketika itu, pemimpin agama tempatan berpendapat adalah perlu dilantik seorang wali hakim, ini adalah kerana undang-undang Islam, pada tahun 1901 telah terbatal, maka umat Islam pada ketika itu dipaksa mengguna pakai undang-undang sivil yang bercanggah dengan perundangan Islam, demi untuk menyelesaikan masalahmasyarakat Islam yang berkaitan dengan keluarga dan pusaka secara khusus dan masalah agama secara umumnya, para pimpinan tempatan dan ulama telah bersepakat supaya mewujudkan jawatan Qadhi Syar’I di wilayah sempadan Thailand pada tahun 1943, maka mereka telah melantik Tuan Guru Haji Salung bin abdul Qadir untuk memegang jawatan Qadhi Syar’I yang petama di wilayah Pattani, lantaran itu dilantik juga Haji Hasab Tantor memegang jawatan yang sama di wilayah Tala.
Pihak yang melantik Qadhi Syar’I di wilayah Selatan Thailang ini adalah terdiri dari para ulama dalam wilayah, para Imam masjid, berisan pimpinan masyarakat, pegawai kerajaan yang beragama Islam, guru besar di sekkolah agama dan para peniaga Mslim dan pihak yang diamanahkan untuk perlantikan ini dikenali dengan Ahlu al-Hall wa al-Akd.  Persidangan musyawarah mereka ini Majlis Agama Islam Wilayah untuk memilik siapa yang paling layak untuk memegang jawatan Qadhi Syar’I ini dan kemudiannya Ahlu al-Hall wa al-Akd. Akan menbacakan lafaz yang dipimpin oleh pengerusi dengan lafaz berikut :
“aku melantik engkau bertindak kadi syar’I untuk mengurus urusan agama di wilayah Yala bagi tempoh empat tahun”

Maka Qadhi Syar’I yang menerima parlantikan akan menjawab dengan lafaz berikut :
“aku terima perlantikan ini”
Setelah perlantikan itu disempurnakan maka Ahlu al-Hall wa al-Akd. Akan berjabat tangan dengan Qadhi Syar’I menadakan secara rasminya perlantikan itu berlangsung. Bagi memudahkan proses kerja, Qadhi Syar’I akan menyerahkan tugasnya kepada timbalan-timbalannya yang ada antaranya adalah dari kalangan Ahli Jawatan Kuasa Masjid Agama Islam Wilayah dan para imam masjid agar menjadi wali perkahwinan bagi perempuan yang tidak ada wali atau wali yang sudah luput keahliannya. Dari segi bidang kuasanya, Qadhi Syar’I dan timdalannya ini hanya kuasanya di dalam kawasan atau daerah yang dilantik sahaja.
Majlis Agama Islam Pattani semenjak dari era tuan Guru Haji Sulong bin abdul Kadir yang mana pada ketika itu telah berperanan sebagai Qadhi Syar’I Pattani, tetapi setelah mana bumi Pattani dijajah oleh siam maka bentuk perlantikan Qadhi di Majlis Agama Islam turut berubah. Semenjat dari itu jawatan Qadhi Syar’I bidarurah telah dilantik oleh Ahlulhaliwalakdi dan mana-mana perlantikan tiga yang baharu tidak lagi diakui oleh Syariaht Islam dan perlantikan sebegini hanya melibatkan tiga wilayah sahaja iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat manakala perlatikan Qadhi Syar’I di Songkla adalah berbeza kerana Songkla tidak termasuk sebagia wilayah Islam pada masa sebelum penjajahan Siam. Jadi perlantikan Qadhi Syar’I nya adalah melalui Chularatmontri dan ianya diakui oleh Syariat Islam.
Situasi ini berlainan sama sekali di Pattani kerana selepas kejatuhan bumi Pattani ke bawah jajahan Siam, umat Islam pada ketika itu hingga kini telah melantik seorang Islam sebagai Waliyu al-Amri agar dapat berperanan dalam mengurus hal ehwal umat Islam di Pattani dan sebagai Wali am bidarurah, yang memengan jawatan ini pada sekarang ialah Haji Abdul Wahab Bin Haji abdul Aziz, maka melalui Wali am bidarurah inilah pula melantik Ahli Jawatan Kuasa Majlis Wilayah Pattani sebagai Naibnya.
Perlantikan Qadhi Syar’I cara sebagini hanya melibatkan dua wilayah sahaja iaitu Pattani dan Yala di samping Qadhi Syar’I Pattani yang diperuntukkan kuasa untuk mengahwinkan perempuan yang tiada wali begitu juga Dato’ yuttitham yang dilantik oleh Raja Thailand juga diperuntukkan kuasa sepertimana Qadhi Syar’i
Dalam hal ini Abdullah Abu Bakr Bin Ismail Patai telah menyatakan bahawa perlantikan Wali hakim di wilayah Yala dibuat oleh Qadhi Syar’I daruri yang ditualiahkan olrh Ahlulhall wal Akdi yang menjadi wakil bagi orang Islam termasuk Ahlul Shaukanh, pentadbiran badan Islam, badan pernigaan, para imam seluruh wilayah dan wakil-wakil dari seluruh badan wilayah mengikut cara perlantikan Qadhi Syar’I sebagaimana syarak. Oleh kerana jawatan Qadhi dilantik oleh Sultan pada hakikatnya, namum oleh kerana tiada lagi institusi kesultanan di seluruh wilayah yang dijajah Siam, maka perlantikan Qadhi melalui Ahlulhali wal Akdi yang terdiri mereka yang tersebut di atas, adadlah masih menepati syarak berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud:
        Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perampuan, setegahnya mejadi penolong bagi seregahnya yang lain.
Jawatan Qadhi Syar’I di wilayah Yala hanya diperuntukkan tempoh enam tahun  berlainan degan wilayah Pattani adalah sepanjang hayat kecuali adanya halangan – halangan yang lain.
Bidang Kuasa Qadhi Syar’i
        Wilayah yang ada punya Qadhi Syar’I maka sebahagian dari urusan agama yang dilaksanakan olih Qadhi Syar’I seperti :
1.   Menjadi wali perkahwinan perempuan yang tidak mempuynai wali atua walinya sudah luput syarat kewalian.
2.   Menyelesaikan dan mendamaikan pihak  yang bertelingkah.
3.   Mengurus harta Wakaf,harta zakat, harta yang tiada pewaris, harta penemuan (laqitah) ,harta Baitul- mal.
4.   Mengurus anak yatim dan hartanya,orang safih,orang tidak semperna akal dan orang gila yang tidak mempunyai wali.
5.   Mengurus wasiat dan menentukan saksi.
6.   Menjaga maslihat umat  Islam.
7.    Menepatkan anak bulan bagi penentuan hari kebesaran hari kesaran Islam.
 Bidang Keuasa Wali Am.
Sebahagian wilayah di Sempadan Thailand wali am seperti di Narathiwat  sebagaimana diynatakan dalam Manual Undang – undang Keluarga dan Pusaka bolih menkahwinkan perampuan seperti berikut:
1.   Perempuan yang rusak akalnya atua gila.
2.   Wali Akrab engan menkahwinkan deegan lelaki yang sekufu, sedangkan perempuan itu sudah balihg dan mempuanyai akal bukan gila serta sudah membuat permohonan kepada wali.
3.   Wali khas tingal jauh lebih daripada 96 kilvmeter.
4.   Tidak ada wali khas.
5.   Wali khas dalam ihram haji atua umrah.
6.   Wali khas menkahwinkan untuk dirnya, tiada wali khas lain yang setaraf dengannya.
7.   Wali khas dalm penjara.
8.   Lehilangan wali khas dari tempat tingalnya, lagi belum dapat keputusan kematian dari Mahkamah.
9.   Wali khas kehilangan akal ketika akad nikah dan kehilangan akalnya belum cukup tiga hari.
Syarat –syarat wali am dalam menkahwinkan Perempuan
Untuk meyelaras dan memastikan kesempurnaan urusan pagi perkahwinan perempuan – perempuan telah di sebut tadi maka bagi Syarat –syarat wali am dalam menkahwinkan Perempuan itu seperti berikut :
1. Pasangan hendaklah berada ketika akad di dalam daerah di bawah kuasa wali am.
2. Hendaklah perkahwinan itu berlaku di kawasan atua daerah kuasanya.
3. Dapat izin dari pihak perempuan supaya menjadi wali Bgi pihaknya.
4. Lelaki sekufu degan perempuan, kecuali dpat izin dari wali khas.

Peraturan dan Syarat –syarat Perkahwinan Rentas Sempadan
1.  Syarat – syarat Juru Nikah
Bagi juru nokah mesti:
1.1.      bertualiyah. Iaitu mendapat kebenaran daripada Qadhi  wilayah untuk menjalankan perkahwinan.
1.2.      Ditentukan olih Majlis Agama Islam.
1.3.      Dari pada Ahli jawatan kuasa Majlis Agama Islam Wilayah.

2.  Syarat – syarat bagi lelaki.
2.1 Mempunyai Kad Pegenalan.
2.2 Mempunyai Paspot atua dikumen yang menandakan bahawa talah memasuki Negara Thai degan sah.

3.  Syarat – syarat bagi perempuan.
3.1 Mempunyai Kad Pegenalan.
3.2 Wali / Mendapat keizinan daripada wali.
3.3 Mempunyai bukti gadis atua janda, seperti surat kematian suami,(naskhah asli) dan atua surat cerai.
3.4 Wali Am[1], atua Wali Syar’i
4.  Syarat – syarat Bagi Temp at.
Megenai tempat perkahwinan, pihak Majlis Agama Islam telah menentukan beberapa tempat sahaja untuk melaksanakan akad nikah rentas sempadan, megikut tempat datangnya perempuan – peremuan itu dan diantara tempat –tempat itu iailah:
4.1 Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah.
4.2 Rumah ahli jaqatankeuasa   majlis agama Islam wilayah.
4.3 Rumah perempuan.
5.  Dokumen –dokumen yang dikeluarkan setelah perkahwinan.
5.1         Surat akuannikah kahwin.
5.2         Surat pegesahan.
6.  Langkah – lankah sebelum melaksanakan kahwin.
6.1 Soasisat bakal suami isteri.
6.2 Megisi butiran peribadi lelakai dan perempuan dansurat keterangan nikah.
6.3 Sekirnya tidak dapat membuktikan dokumen megatakan masih gadis atua janda,maka disyaratkan supaya bersumpah (setegah wali am mereka tidak melasanakan nikah kepada perempuan yang tidak menhadiri dokumen yang tertentu itu)

Kesempulan
       Perkahwinan rentas sempadan itu memang iai benar – benar berlakunya di selatan Thailand dan bukan baru berlaku bahkan  merupakan satu fenomena trend baru dalam masyarakat Islam melayu di Negeri – negeri Sempadan degan Thailand atua degan mana – mana sempadan, olih kerana bukti – bukti itu sagat  nyata iaitu jumlah perkahwinan rentas sempadan di Wilayah Sungkhla 6,000 pasangan setahun Wilayah Narathiwat 5,000 – 6,000 pasangan setahun dimikian itu juga Wilayah Yala. Merentas sempadan dalam meyelaraskan perkahwinan adalah jalan keluar yang paling senang dan berkesan bagi mereka, kerana hakikatnya dalam perlaksanaannya sagat senang dan mudah dijalankan lagi perbelanjan pun tidak tinggi.
        Pegurusan perkahwin rentas sempapdan bulih melaksanakan di rumah Imam yang dapat tawliyah dari Majlis Agama Isalam, rumah ahlijawatan keuasa Majlis Agama Islam,atu di pejabat  Majlis Agama Isalam wilayah, sekiranya pasangan pekahwin rentas sempadan hanya ada matlamat untuk mehalalkan satu sama lain mereka bulih melaksan di mana Imam atua Ahli jawatankeuasa, dan dsekira perlu kepada dokumen rasmi untuk mekemukakan kepada pehak ynag tertentu di Malaysia mereka megadakan perkahwinan itu di pejabat Majlis Agama Islam. Dalam melaksana kahwin rentas sempadan sekira ada bagi perempuan itu akan dokumen semperna maka terus melaksanakan perkahwinan, dan sekiranya dokumem tidak semperna, seperti kekurangan bukti surat cerai, atua surat kematian suami, disini bagi Imam atua Ahli  Jawatan Keuasa Agama Islam sebayak 30 orang itu megunakan dua cara dalam megelesaikan masalah iaitu: 1) tidak melaksana atua menafi  untuk megurus perkahwinan, 2) melaksanakan perkahwinan degan buka peluang untuk perempuan itu bersumpah bahawa iai sudah janda, suami sudah mati dan sudah lujut edahnya.
        Cara kedua itulah diutamakan dalam meyelesaikan perkahwinan rentas sempadan.


Rujukan
-         Al -  Sa’dee  (n,d)Abdul al – Aleem Abdul al- Rahman Al -  Sa’dee, Zawajuka auhal al- Muslim, al – Ramadi, Iraq.
-          Hiris asim,2016 .Rakyat  Malaysia  berpoligami di  Wilayah sempadan Thai masih menambah. Benar News.
-          Ibroheng   Dorlah,2018. Perkahwinan Secara Pindah Wali di Thailand : Analisi Terhadap Perkahwinan perantaraan Ejen di Selatan Thailand. Universiti Utara Malaysia.
-          Kadar sa-sh ,2007. Perkahwinan Rentas Sempadan di Wilayah Selatan.College of Islamic Studies Prince of Songkla Unoversity , Pattani.
-         Sahih Muslim, Syarah Nwawi, Kitab al- Nikah. Bab: Istihbab ak- Nikah. No 140.



[1] Wali Am iailah Ahli Jawatan Majlis Agama Islam bagi Wilayah Narathiwat, Setul dan Sungkhla  dapat perlatikkan dari pihak Chularacmontri.