DONATE

Isnin, 30 Jun 2008

FIQH DAKWAH


MUQADDIMAH

108. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, Aku dan orang-orang Yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah Dengan berdasarkan keterangan dan Bukti Yang jelas nyata. dan Aku menegaskan: Maha suci Allah (dari Segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah Aku dari golongan Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu Yang lain."

( Surah Yusuf ayat 108 )

Medan dakwah merupakan satu lapangan yang luas selari dengan objek dakwah yang dibawa oleh para rasul iaitu agama Islam. Justeru itu para duat selaku juru dakwah mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar dalam rangka menyalur dan menyampaikan risalah dakwah dengan lebih terarah dan terencana. Oleh itu pemahaman yang mendalam dan mendasar mengenai “Fiqh Dakwah” adalah perlu agar penyebarluasan risalah ini mencapai tahap yang maksimum.

1. PEMAHAMAN FIQH DAKWAH

Fiqh dakwah merupakan cantuman dua rangkaikata iaitu Fiqh dan Dakwah. Setiap kalimah mempunyai maknanya tersendiri.

FIQH : Mengetahui (tahu) dan memahami (faham).

DAKWAH : Seruan kepada sesuatu iaitu galakkan melakukan sesuatu.

Dakwah ilallah : Seruan kepada beriman kepada Allah Taala dan beriman dengan apa yang dibawa oleh para rasul dengan membenarkan segala perkhabaran yang dibawa, patuh dan tunduk dengan segala titah perintah Allah Taala dan meninggalkan segala larangannya, justeru agama Islam merupakan agama penamat, syumul dan lengkap.

Ini bermakna dakwah ilallah ialah seruan untuk tunduk dan patuh kepada agama Islam secara keseluruhannya (total). Meyakini Islam adalah agama yang benar, yang dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w yang diwahyukan oleh Allah Taala sebagaimana firmanNya :

43. apa Yang dikatakan kepadamu (Wahai Muhammad, dari celaan-celaan golongan Yang ingkar, tidak lain) hanyalah seperti Yang pernah dikatakan kepada Rasul-rasul Yang terdahuhu daripadamu. (oleh itu Bersabarlah Dengan cekal hati menghadapinya), Sesungguhnya Tuhanmu berkuasa penuh melimpahkan keampunannya (kepada orang-orang Yang taat), dan berkuasa penuh menimpakan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya (kepada orang-orang Yang ingkar).

(Surah Fussilat : 43)

Fiqh Daulah merupakan satu proses pemahaman secara mendalam dan mendasar terhadap sejarah dakwah, sebab-sebab dakwah dijalankan, rukun-rukun dakwah, matlamat dan tujuan dakwah, uslub dan method yang digunakan, wasilah yang dipraktikkan dan kesan rangka tuju dakwah tersebut.

Pemahaman yang jelas dan mendasar mengenai Fiqh Daulah ini memungkinkan juru daie mempersiap siagakan diri dengan ‘senjata’ yang mampan, keupayaan diri, kemampuan mengutarakan bukti dan hujjah untuk berhadapan dengan mad’u yang pelbagai, suasana dan iklim yang berbeza, bangsa keturunan dan bahasa yang berbeza.

Justeru itu perkara-perkara di atas wajib dikuasai bagi siapa yang mahu menjadi kemudi risalah, pengikut baginda Rasulullah s.a.w. Lantaran itu, ia menjadi satu kewajiban yang tertanggung di bahu manusia selagi ia bergelar muslim, merialisasikan tugas tersebut berdasarkan kemampuan dan keupayaan.


Sesungguhnya kewajipan menyampaikan dakwah Islamiah merupakan satu tuntutan secara syar’ie. Kewajipan ini tertanggung di atas bahu umat Islam tidak mengira tua atau muda, lelaku mahupun perempuan, kecil atau besar, samada pemerintah atau rakyat jelata secara khususiah atau umum. Tuntutan ini mesti direalisasikan mengikut kadar keupayaan diri, berdasarkan kemampuan tenaga dan darjah kemantapan iman serta rasa sensitiviti terhadap realiti umat Islam di samping iklim persekitaran masyarakat yang dilingkunginya.

Ini jelas berdasarkan firman Allah di dalam Surah At Taubah ayat 71.

71. dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Islam juga menjelaskan kaedah penyebarluasan dakwah ini adalah merangkumi semua golongan muslimin.


110. kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.

( Surah Ali Imran : 110 )

Di dalam ayat di atas para ulama’ menjelaskan ibarat adalah merangkumi seluruh umat muslimin tidak mengira jenis keturunan, bahasa, budaya, warna kulit dan bangsa. Kesemuanya adalah sama menerima tuntutan tersebut.

Tidak syak lagi di sana terdapay banyak nas dari Al Quran dan As Sunah yang menjelaskan kewajipan menyampaikan risalah dakwah Islamiah secara qat’ie (dalil qat’ie).

Nas Al Quran :

104. dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.

(Surah Ali Imran : 104)

Di dalam ayat di atas pada kalimah adalah iaitu menunjukkan kata perintah dan perintah untuk melakukan sesuatu menurut kaedah usul adalah suatu yang wajib dilakukan. Ibarat di dalam ayat yang dimaksudkan daripadanya adalah sekelompok atau segolongan daripada ulamak dan du’at yang bertugas untuk menyeru amar ma’ruf dan mencegah amal mungkar dan menjaga pandangan umum di setiap rantau dan ceruk mujtamak Islam sekalipun kewajipan tersebut pada asalnya tertumpu kepada setiap individu daripada umat Islam mengikut kadar kemampuan, persediaan dan momentum iman.

Ibnu Katsir di dalam mentafsirkan ayat di atas menyatakan perlunya satu kelompok di kalangan umat Islam memikul tugas mencegah kemungkaran dan menyeru kepada ma’ruf sekalipun tugas tersebut terbeban kepada setiap individu muslim, setiap daripada mereka melaksanakan tugas tersebut mengikut keupayaan mereka

Bukankah ia bermakna setiap individu yang berijtima’ dengan jemaah muslimin mesti memberi janji setia dan patuh taat kepada ketua/amir? Anggota mesti mendengar dan patuh kepada setiap arahan di dalam keadaan senang ataupun susah dan tidak sekali-kali bertindak keluar dari jemaah kecuali arahan yang dikeluarkan berbentuk maksiat atau menyeru kepada kekufuran. Justeru ia menyatakan kebenaran di mana sahaja ia berada tanpa menghiraukan celaan dan kejian melainkan hanya takut kepada Allah.

Jelasnya, kewajipan menyampaikan risalah dakwah Islamiah ke serata pelusuk rantauadalah satu tuntutan sebagaimana wajibnya beriltizam terhadap jemaah Islam di atas dasar wajibnya memberi peringatan kepada manusia.

4. RUKUN DAKWAH

Sejajar dengan konsep dakwah iaitu seruan kepada agama Islam selaku penamat yang dibawa oleh junjungan besar Muhammad s.a.w, yang merupakan wahyu daripada Allah s.w.t. Ia selari dengan apa yang dijelaskan oleh Al Quran dan Sunnah Nabawiyyah dengan skop perbincangan yang luas yang merangkumi peristiwa-peristiwa yang terjadi kepada Rasulullah dan sirah perjalanannya yang panjang, maka rukun dakwah yang terbina adalah diasaskan di atas dasar agama Islam itu sendiri.

Rukun dan asas tersebut (secara teori dan praktikal) adalah :

‌أ. Aqidah

‌ب. Ibadah

‌ج. Akhlak

Ketiga-tiga asas di atas terikat dengan ikatan yang kukuh di antara satu sama lain

dimulai dengan asas aqidah yang sahih mencernakan ibadah yang sejahtera. Binaan ibadah yang sejahtera melahirkan peribadi yang luhur dalam konteks individu dan masyarakat. Amal soleh tercetus apabila ibadah yang dilakukan berdasarkan akidah yang murni.

4.1 Aqidah

Aqidah ialah perkara yang wajib dipercayai oleh setiap individu muslim dengan keyakinan yang thabat untuk didirikan di atasnya konsep ibadah, akhlak bagi setiap individu dan masyarakat. Ruang lingkup perbicaraan aqidah adalah :

1. Beriman kepada Allah.

2. Beriman kepada para Malaikat.

3. Beriman kepada para Rasul.

4. Beriman kepada Kitab.

5. Beriman kepada Hari Qiamat.

6. Beriman kepada Qada’ dan Qadar.

4.2 Ibadah

Iaitu penerjemahan daripada aqidah yang murni, merealisasikan konsep aqidah dalam bentuk yang praktikal. Ibadah tersebut ialah yang di fardukan oleh Allah Taala kepada setiap individu muslim. Dasar-dasar ibadah adalah:

1. Dua kalimah syahadah (Syahadatain)

2. Mendirikan solat

3. Mengeluarkan zakat

4. Puasa di bulan Ramadan

5. Mununaian haji bagi sesiapa yang berupaya

6. Ibadah dalam pengertian yang luas

4.3 Akhlak

Iaitu perilaku yang murni dihiasi dengan norma-norma akhlak muslim yang mesti diimplimentasikan dalam kehidupan masyarakat individu muslim adalah seperti berikut:

1. Cabang iman

2. Amar ma’ruf dan Nahi mungkar

3. Al-Adlu Wal-Ihsan

4. Jihad fisabillah

Di dalam hal di atas (konsep akhlak) perkara-perkara di atas kadang-kadang menjadi fardhu di dalam keadaan tertentu, kadang-kadang pula menjadi sunat di dalam keadaan yang tertentu. Dalam keadaan yang lain pula ia terkadang menjadi amalan yang biasa dan pilihan. Namun begitu kesemuanya merupakan akhlak-akhlak Islam yang luhur.

6. USLUB DAKWAH DAN WASILAH

Perbezaan di antara USLUB dan WASILAH :

1. Uslub (Jalan Dakwah) ialah amal yang dilakukan oleh da’ei untuk

menjayakan misi operasi dakwah.

2. Wasilah (Media Dakwah) ialah amal yang dilakukan oleh para da’ei

untuk menjayakan uslub dakwah.

A. Uslub Dakwah.

Di antara uslub dakwah :

‌أ. Menerangkan dan menafsirkan usul dakwah.

‌ب. Membandingkan di antara dakwah yang benar dan bathil.

‌ج. Menolak syubhat dan tipu daya.

‌د. Mengikat persaudaraan, tarbiyyah dan mempersiap siagakan (mad’u)

‌ه. Berita gembira dan balasan kebaikan.

‌و. Pengumpulan, pembikinan, dan perlaksanaan tugas.

vii. Ancaman dan ingatan.


B. Wasilah Dakwah.

Pembahagian Wasilah Dakwah :

i. Menyampaikan dengan perkataan.

ii. Menyampaikan dengan amal perbuatan.

iii. Menyampaikan dengan qudwah hasanah.

USLUB merupakan strategi/cara untuk sampai kepada matlamat dakwah. WASILAH pula merupakan perlaksanaan strategi (amalan perlaksanaan itu sendiri). Garis panduan bagi kedua-duanya adalah Al Quran, Sunnah Nabawiyyah dan Sirah Nabawiyyah. Method/uslub dakwah adalah tidak jumud dan kaku tetapi ia bersifat pragmatif yang berubah mengikut keadaan tuju sasar iaitu mad’u berdasarkan :

i. Watak.

ii. Suasana

iii. Pemikiran.

iv. Kefahaman.

Method dakwah akan berubah berdasarkan watak yang didokongi oleh mad’u, biah yang berbeza-beza, kadar pemikiran yang dimiliki seperti golongan intelektual, golongan pelajar, orang kampung dan lain-lain serta kapasiti kefahaman yang dimiliki oleh kelompok-kelompok tersebut.

Ini merupakan satu realiti yang mesti ditanggapi oleh para da’ei. Lantaran itu para da’ei mesti bersikap rasional dan matang untuk menentukan method mana yang perlu diambil dalam rangka menjayakan misi suci ini.

6.1 Menerangkan dan menafsirkan usul dakwah.

Usul dakwah ialah usul agama itu sendiri iaitu satu ilmu yang menentukan padanya bagi menetapkan hakikat agama dengan mendatangkan dalil dan hujah ke atasnya dan menolak segala syubhat daripadanya. Ia merangkumi :

i. Perkara-perkara aqidah : zat Allah s.w.t, sifat dan nama serta

perbuatan. Percaya kepada malaikat, kitab, rasul-rasul, hari akhirat

serta qada’ dan qadar.

ii. Perkara-perkara ibadah : persoalan tauhid, solat, puasa, zakat dan

haji.

iii. Perkara-perkara muamalat : akad, nikah, talak, jual beli, gadaian,

syafaah, salam, sewa menyewa, wakalah dan kifalah.

iv. Perkara-perkara hudud dan kisas, jihad, harabah.

v. Persoalan fadhilat-fadhilat pada perkara yang diwajibkan

daripadanya dan perkara-perkara sunat seperti sedekah, amanah,

silaturrahim, kasih saying, sabar dan lain-lain lagi.

Uslub Al Quran menjelaskan dan menerangkan perkara-perkara tersebut, di mana

i. Surah-surah yang diturunkan di Mekah menjelaskan perkara

akidah.

ii. Surah-surah yang diturunkan di Madinah menjelaskan perkara

syariat dan manhaj du’at tidak dapat tidak perlu merencanakan

uslub tersebut dengan mengenal pasti mad’u untuk mengeluarkan

mereka daripada kesesatan kepada jalan petunjuk.

6.2 Membandingkan di antara dakwah yang benar dan batil.

Satu uslub yang baik untuk mengiqnakkan mad’u menerima dakwah Islamiah.

Bentuk-bentuk muqaranah :

i. Berhadapan dengan ahli kitab Yahudi dan Nasrani.

ii. Berhadapan dengan golongan yang sesat dan mengikut hawa

nafsu.

Justeru itu dalam berhadapan dengan mereka, para da’ei perlu meraikan perkara-perkara tersebut :

i. Dilaksanakan / berhadapan dengan topik-topik yang ditentukan

dengan adil. Tujuan muqaranah adalah untuk mencari kebenaran.

ii. Jidal dilaksanakan dengan baik, bukan semata-mata untuk

mengalahkan dan membantah hujah. Mengiqnakkan perbalahan

dengan hujah dan dalil.

iii. Melazimkan dengan akhlak-akhlak Islam.

iv. Merupakan orang yang ahli iaitu orang-orang yang betul-betul

fakeh dan alim dalam perbahasan.

Muqaranah yang digambarkan di dalam Al Quran, Sunnah dan Du’at sepanjang zaman dan tempat adalah melingkungi perkara tersebut :

i. Supaya manusia menggunakan akal mereka untuk merenung dan

menghayati sesuatu perkara / fenomena yang berlaku lantas

bersedia menerima kebenaran dan menolak kebathilan.

ii. Memberi peringatan kebada manusia dengan apa yang telah

berlaku kepada umat Islam yang terdahulu dengan menggunakan

pertimbangan akal sehingga mereka menerima cahaya keimanan

bila mana mereka menerima kebenaran tersebut sebaliknya tetap

di dalam kesesatan dan kekufuran bila masih berpegang teguh

dengan kejahilan.

6.3. Menolak syubhat dan tipu daya.

Telah berlaku sejak dibangkitkan para rasul dan nabi-nabi sehingga kini. Di antara bentuk-bentuk syubhat yang dilakukan adalah :

a. Terhadap Al Quran itu sendiri : bukan daripada Allah.

b. Terhadap Islam dari sudut manhaj dan nizam :

- bersifat tempatan dan daerah.

- pemisahan di antara agama dan daulah.

- tersebar dengan pedang, fundamentalis.

- hudud dan kisas – keji.

- poligami – pemuas nafsu.

c. Terhadap Rasulullah :

- mereka Al Quran.

- wahyu bukan daripada Allah.

- kahwin ramai.

d. Terhadap peribadi sahabat dan salafussalih.

6.3 Mengikat persaudaraan dan tarbiyyah dan mempersiap sediakan (mad’u).

Mengikat mad’u dengan hubungan baik, ditaut dengan konsep dakwah di antara da’ei dan mad’u dengan ukhuwahfillah. Seterusnya diikat dengan tarbiah yang selari dengan manhaj Islam dari aspek spritual, mental dan syakhsiah. Justufikasinya mad’u dapat melaksanakan setiap perintah yang dituntut oleh Islam di dalam semua lapangan dan bidang. Justeru itu mereka dapat disediakan untuk melaksanakan tugas dakwah ini. Ini merupakan Uslub Qurani iaitu Allah Ta’ala telah mendidik kesemua para rasul dengan proses tadi sebelum mereka ditaklifkan dengan tugas membawa risalah tauhid. Firman Allah:

14. dan ketika Musa sampai ke peringkat umurnya Yang cukup kekuatanNya dan sempurna, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikian Kami membalas orang-orang Yang berusaha memperbaiki amalannya.

(Surah Al Qisas : 14)

6.2 Pengumpulan, pembikinan dan pelaksanaan tugas.

Uslub ini merupakan pelengkap kepada proses sebelumnya iaitu dalam 3 peringkat :

i. Pengumpulan - proses ta’aruf, taqarrub dan kasih sayang kerana

Allah Ta’ala dari segi ruhiah, jasadiah dan aqliah.

ii. Pembentukan - mengikat kecenderungan untuk diketengahkan bila

diperlukan.

iii. Pelaksanaan - meletakkannya di tempat yang telah ditentukan

sebelum ini berdasarkan pengkhususannya

sebelumnya.

6.3 Berita gembira dan balasan kebaikan.

Merupakan Uslub Qurani untuk mengubati jiwa manusia agar cintakan keamanan dan kesejahteraan, justeru menjauhkan diri mereka daripada kemerbahayaan diri dengan uslub ini (takhwif dan tahdid). Lantaran itu ia mampu menarik manusia untuk menerima kebenaran dan takut akan balasan buruk di samping takut akan hilangnya keamanan dan kesejahteraan daripada dirinya.

Tiada ulasan: