DONATE

Jumaat, 12 Oktober 2018

PERANGAI KEJI MENGAIBKAN ORANG LAIN DAN DIRI SENDIRI: PERSPEKTIF AKHLAK


Aib yang sifatnya merupakan kejadian Allah seperti kecacatan pancaindera, atau perbuatan yang mengaibkan atau kesalahan yang dilakukan, atau ciptaan yang direka bertujuan mengaibkan dan menjadi aib bagi dirinya, tidak boleh dibicarakan dan disebarkan, lebih-lebih dengan niat jahat dan buruk kerana pandangan majoriti ulama berpendapat bahawa perbuatan itu merupakan satu dosa. Apabila kita menyebarkannya bererti menghina Penciptanya. (Al-Ghazali, Ihya’ Ulum al-Din). 

Lebih teruk lagi ia bersifat menfirnah, berbohong atas dasar mahu menghina, mengeji, sakit hati dan sebagainya. Mungkin berniat baik, dengan mengatakan Allah lebih tahu, niat dan matlamat, Allah lebih tahu, niat untuk memberi nasihat dan sebagainya. Namun, apakah hukuman dilaksanakan terhadap sesuatu yang tidak nampak atau hukuman dilaksanakan pada sesuatu yang zahir? Islam memberitahu, sekali niat yang baik walau tidak dilakukan, maka beroleh satu kebaikan. Tetapi niat jahat, hanya memperoleh satu keburukan apabila dilakukan. Walau ada yang berniat baik, namun mereka sangat keji dari segi akhlak. Imam al-Syafi’i berkata, “Sesiapa yang menasihati saudaranya dengan tetap menjaga rahsianya bererti dia benar-benar menasihatinya dan memperbaikinya. Sedangkan yang menasihati tanpa menjaga rahsianya, bererti telah membuka aib dan mengkhianati saudaranya.” (Syarh Sahih Muslim) 

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat". Kefahaman daripada hadis ini ialah, sesiapa yang menghemburkan kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya nescaya Allah memasukkan ke dalam api neraka pada hari kiamat. 

Firman Allah swt: “Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah (menyiarkan) tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat.” (Surah an-Nûr: 19)  Allah swt mengecam orang yang menyiarkan berita buruk agar diketahui oleh orang mukmin lain, bahkan bagi mereka azab pedih di dunia dan di akhirat. Ini sebagaimana firman-Nya yang bermaksud, “Sesungguhnya orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar dalam kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Dan Allah maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah an-Nur 24:19) 

Memerli, memperolok-olok, mengejek, menghina, mengeji, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan dan mengaibkan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah. Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sesiapa yang melakukan perbutan buruk kepada orang lain, dengan niat sengaja buruk tanpa paksaaan pihak lain, hakikatnya dia sedang menempah keburukan dan melakukan kejahatan terhadap dirinya sendiri. Firman Allah swt: "Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji," (Surah al-Humazah:1)

 Dari Jabir dan Abi Said, Rasulullah SAW bersabda: “Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina. Sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat, maka diterima Allah swt akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yang mengumpat, tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh orang yang diumpatnya itu.”  Seseorang yang melakukan keburukan dan kejahatan ke atas diri orang lain, kesalahan tersebut tiada kemaafan dan keampunan melainkan dimaafkan oleh orang yang menjadi mangsa keburukan tadi. Pelbagai cara dan jalan keburukan yang boleh dilakukan oleh seseorang terhadap orang lain.

 Daripada Abu Musa Al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu dia berkata, aku berkata, “Wahai Rasulullah, orang Islam yang bagaimanakah yang paling utama? Baginda menjawab, “Orang yang kaum Muslimin selamat dari lisannya dan tangannya.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 

Ada yang memburukkan orang alain dengan kelantangan lidahnya menyembur kata-kata makian dan mengaibkan, ada juga yang menggunakan tangan sebagai wasilah daripada dendam kesumat di dalam hatinya. Firman Allah swt: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Surah al-Hujurat: 12)

Orang yang mengumpat diibarat memakan daging saudaranya yang lain. Apatah lagi mengaibkan? Apa yang sedang membarah kini ialah sikap yang suka mengaibkan orang lain. Dalam kata lain suka mendedahkan keburukan orang lain secara terang-terangan, sebar kepada orang lain dengan niat jahat dan tanpa pengetahuan orang yang diaibkan. Islam tidak pernah mengajar perlakuan jahat dan buruk terhadap orang lain bersandarkan tujuan yang baik. Di dalam sebuah hadith, Nabi saw bersabda, "Tiada mudharat dan tiada memudharatkan." 

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barangsiapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan sesiapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi) 

Seandainya keaiban tadi adalah keaiban orang lain pula, maka itu sudah masuk ke dalam kategori mengumpat dan seperti yang Allah fimankan tadi, perbuatan itu diumpamakan seperti memakan daging saudara muslim yang telah mati.  Semua orang ada melakukan kesilapan dalam hidup dan lazimnya mereka akan merahsiakan kesilapan itu bagi mengelakkan rasa malu jika ia diketahui umum. Sedangkan seorang kanak-kanak pun tahu malu jika silapnya ditegur di khalayak ramai, inikan pula orang dewasa. Maka, biasanya kita akan merahsiakan kesilapan itu agar ia tidak mengaibkan diri kira sendiri. Ia sama keadaan dengan aib pada kecacatan dan kekurangan diri. Keaiban yang dilarang untuk diceritakan itu bukan cuma keaiban orang lain. Keaiban diri sendiri juga harus dan perlu ditutup oleh setiap orang. 

 Rasulullah SAW bersabda: "Semua umatku selamat, kecuali orang yang terang-terangan melakukan dosa. Dan termasuk terang-terangan itu adalah seseorang yang melakukan dosa di waktu malam gelap, mendadak pagi-pagi diceritakan kepada orang lain. Padahal semalam Allah telah menutupi dosanya itu tetapi setelah paginya dia membuka apa yang Allah tutup itu" (Riwayat Bukhari dan Muslim). 

Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah saw bersabda: "Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat." ( HR Ahmad). Maka, selagi mana perbuatannya itu tidak dilakukan secara terang-terangan, maka perlakuan itu haruslah dirahsiakan dan dia tidak dihukum disebabkan dosanya itu. 

Aib sendiri merupakan satu rahsia. Ada orang yang berbangga dengan maksiat dan keburukan yang dilakukan. Islam mengajar kita supaya menutup aib sendiri, sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud, “Sesiapa yang melakukan dosa sedemikian (syirik, mencuri dan zina) dan dihukum keranannya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan sesiapa yang melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kepada Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya.” (Riwayat Bukhari) 

Kalaulah Allah ingin membuka aib kita, memang tidak tertanggung malunya. Allah Maha Pengasih, sebanyak mana pun dosa yang kita lakukan, Allah tidak mendedahkannya. Oleh sebab itu, janganlah kita sendiri pula yang mendedahkan keaiban kita. Menutup aib ialah perbuatan yang dianjurkan oleh Islam, sekalipun dosa itu besar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tahukah kamu siapa orang yang muflis?” Jawab mereka, “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan harta.” Sabda baginda memberikan perspektif berbeza bagi perkataan muflis, “Orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah sesiapa yang datang pada hari kiamat kelak bersama pahala solat, puasa dan zakat, namun dia juga pernah memaki dan menuduh seseorang, memakan harta, menumpahkan darah serta memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dan dicampakkan ke atasnya, lantas dia dicampakkan ke dalam neraka.” (Riwayat Muslim) 

Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah saw bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.” (Riwayat Ahmad) Sabda Nabi saw: “Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla.” (Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: “Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya.” Ini dipersetujui oleh al-Zahabi)  


Sabda Nabi saw: “Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri " Sabda Nabi saw: "Barangsiapa yang menutup aib saudara muslimnya, nescaya Allah swt akan menutup keaibannya di akhirat kelak."  Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud: “Barangsiapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat." (Riwayat Tirmidzi) Sabda Nabi saw: "Tiada seorang yang menutupi aurat (keaiban) orang di dunia, melainkan Allah akan menutupi keaibannya di hari kiamat." (Riwayat Muslim) 

Tidaklah seseorang itu banyak bercakap akan aib orang lain, menyebutkan kesalahan dan mendedahkan aib mereka melainkan orang itu orang munafiq yang terhina. Hidup dalam mencari..  Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas حفظه اللهعَنْ عَبْدِ اللهِ بنِ مَسْعُوْد رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : عَلَيْكُمْ بِالصِّدْقِ ، فَإِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِيْ إِلَى الْبِرِّ ، وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِيْ إِلَى الْجَنَّةِ ، وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَصْدُقُ وَيَتَحَرَّى الصِّدْقَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ صِدِّيْقًا ، وَإِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ ، فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِيْ إِلَى الْفُجُوْرِ ، وَإِنَّ الْفُجُوْرَ يَهْدِيْ إِلَى النَّارِ ، وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّابًا

Dari ‘Abdullâh bin Mas’ûd Radhiyallahu anhu, ia berkata: “Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Hendaklah kalian selalu berlaku jujur, karena kejujuran membawa kepada kebaikan, dan kebaikan mengantarkan seseorang ke Surga. Dan apabila seorang selalu berlaku jujur dan tetap memilih jujur, maka akan dicatat di sisi Allâh sebagai orang yang jujur. Dan jauhilah oleh kalian berbuat dusta, karena dusta membawa seseorang kepada kejahatan, dan kejahatan mengantarkan seseorang ke Neraka. Dan jika seseorang senantiasa berdusta dan memilih kedustaan maka akan dicatat di sisi Allâh sebagai pendusta (pembohong).’”  


TAKHRIJ HADITS 


Hadits ini diriwayatkan oleh Ahmad (I/384); al-Bukhâri (no. 6094) dan dalam kitab al-Adabul Mufrad (no. 386); Muslim (no. 2607 (105)); Abu Dawud (no. 4989); At-Tirmidzi (no. 1971); Ibnu Abi Syaibah dalam al-Mushannaf (VIII/424-425, no. 25991); Ibnu Hibban (no. 272-273-at-Ta’lîqâtul Hisân); Al-Baihaqi (X/196); Al-Baghawi (no. 3574); At-Tirmidzi berkata, “Hadits ini hasan shahih.” MUFRADAT HADITSاَلصِّدْقُ : Sesuai antara perkataan dan amalan (perbuatan), lahir dan batin.

يَهْدِيْ : Membawa, maksudnya membimbing dan mengantarkan.

اَلْبِرُّ : Kebaikan, maknanya mencakup semua kebaikan.

يَتَحَرَّى : Menuju, mencari. Maksudnya bersungguh-sungguh mencari dan memilih.

اَلْكَذِبُ : Dusta, bohong, tidak benar.

صِدِّيْقًا : Selalu berbuat jujur, sehingga jujur menjadi akhlak dan perangainya.

اَلْفُجُوْرُ: Keburukan atau kejelekan. Maksudnya perbuatan-perbuatan yang buruk atau jelek.

كَذَّابًا : Selalu berbuat dusta, sehingga dusta menjadi akhlak dan perangainya.

يُكْتَبُ عِنْدَ الله صِدِّيْقًا : Dia berhak memperoleh gelar jujur dan ganjaran orang-orang jujur.

يُكْتَبُ عِنْدَ الله كَذَّابًا : Dia berhak memperoleh gelar dusta dan ganjaran orang-orang dusta, yaitu ia dijuluki dengan tukang dusta atau tukang bohong.

**hanya gambar hiasan. Tiada kaitan dengan artikel ini**

 SYARAH HADITS

 Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam : عَلَيْكُمْ بِالصِّدْقِ ، فَإِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِيْ إِلَى الْبِرِّ ، وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِيْ إِلَى الْجَنَّةِHendaklah kalian selalu berlaku jujur, karena kejujuran membawa kepada kebaikan, dan kebaikan mengantarkan seseorang ke Surga  Dalam hadits ini Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan umatnya berlaku jujur dalam perkataan, perbuatan, ibadah dan dalam semua perkara. Jujur itu berarti selaras antara lahir dan batin, ucapan dan perbuatan, serta antara berita dan fakta. 

Maksudnya, hendaklah kalian terus berlaku jujur. Karena jika engkau senantiasa jujur, maka itu akan membawamu kepada al-birr (yakni melakukan segala kebaikan), dan kebaikan itu akan membawamu ke Surga yang merupakan puncak keinginan, sebagaimana Allâh Subhanahu wa Ta’ala berfirman :إِنَّ الْأَبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍSesungguhnya orang-orang yang berbakti benar-benar berada dalam (surga yang penuh) kenikmatan.” [Al-Infithâr/82:13]

Allâh Azza wa Jalla berfirman :يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَHai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allâh, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar”. [At-Taubah/9:119]         

Allâh Azza wa Jalla meminta para hamba-Nya yang beriman agar jujur dan berpegang teguh dengan kebenaran. Tujuannya agar mereka istiqâmah di jalan kebenaran (orang-orang yang jujur).Jujur merupakan sifat terpuji yang dituntut keberadaannya dari kaum Mukmin, baik laki-laki maupun perempuan. Allâh Azza wa Jalla berfirman : وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ“…Laki-laki dan perempuan yang benar (jujur)…” [Al-Ahzâb/33:35]  فَلَوْ صَدَقُوا اللَّهَ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ “…Tetapi jikalau mereka benar (imannya) tehadap Allâh, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka. [Muhammad/47: 21] 

Allâh Azza wa Jalla memberitahukan nilai kejujuran, bahwa kejujuran itu merupakan kebaikan sekaligus penyelamat. Sifat itulah yang menentukan nilai amal perbuatan, karena kejujuran merupakan ruhnya. Seandainya orang-orang itu benar-benar ikhlas dalam beriman dan berbuat taat, niscaya kejujuran adalah yang terbaik bagi mereka.

Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah (wafat th. 751 H) menerangkan sifat as-shidq (kejujuran), dengan perkataanya, “Yaitu maqam (kedudukan) kaum yang paling agung, yang darinya bersumber kedudukan-kedudukan para sâlikîn (orang-orang yang berjalan menuju kepada Allâh), sekaligus sebagai jalan terlurus, yang barang siapa tidak berjalan di atasnya, maka mereka itulah orang-orang yang akan binasa. Dengannya pula dapat dibedakan antara orang-orang munafik dengan orang-orang yang beriman, para penghuni Surga dan para penghuni Neraka. 

Kejujuran ibarat pedang Allâh di muka bumi, tidak ada sesuatu pun yang diletakkan di atasnya melainkan akan terpotong olehnya. Dan tidaklah kejujuran menghadapi kebathilan melainkan ia akan melawan dan mengalahkannya serta tidaklah ia menyerang lawannya melainkan ia akan menang. Barangsiapa menyuarakannya, niscaya kalimatnya akan terdengar keras mengalahkan suara musuh-musuhnya. Kejujuran merupakan ruh amal, penjernih keadaan, penghilang rasa takut dan pintu masuk bagi orang-orang yang akan menghadap Rabb Yang Mahamulia. Kejujuran merupakan pondasi bangunan agama (Islam) dan tiang penyangga keyakinan. Tingkatannya berada tepat di bawah derajat kenabian yang merupakan derajat paling tinggi di alam semesta, dari tempat tinggal para Nabi di Surga mengalir mata air dan sungai-sungai menuju ke tempat tinggal orang-orang yang benar dan jujur. Sebagaimana dari hati para Nabi ke hati-hati mereka di dunia ini terdapat penghubung dan penolong.”[1]

Kemudian beliau melanjutkan, “Allâh Azza wa Jalla telah membagi manusia ke dalam dua bagian: orang yang jujur dan munafik. Allâh Azza wa Jalla berfirman: لِيَجْزِيَ اللَّهُ الصَّادِقِينَ بِصِدْقِهِمْ وَيُعَذِّبَ الْمُنَافِقِينَ إِنْ شَاءَ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا Agar Allâh memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu karena kebenarannya, dan mengadzab orang munafik jika Dia kehendaki, atau menerima taubat mereka. Sungguh, Allâh Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” [Al-Ahzâb/33:24] 

Iman merupakan pondasi kejujuran, dan kemunafikan merupakan pondasi kedustaan. Iman dan dusta tidak akan berkumpul, karena salah satu dari keduanya pasti memerangi yang lainnya. Allâh Azza wa Jalla telah mengabarkan bahwa tidak ada yang dapat memberi manfaat dan menyelamatkan seorang hamba dari adzab hari kiamat selain kejujurannya. Allâh Azza wa Jalla berfirman : هَٰذَا يَوْمُ يَنْفَعُ الصَّادِقِينَ صِدْقُهُمْ ۚ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ 

Inilah saat orang yang benar memperoleh manfaat dari kebenarannya. Mereka memperoleh surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allâh ridha kepada kepada mereka dan mereka pun ridha kepada-Nya. Itulah kemenangan yang agung [Al-Mâidah/5:119]Dan firman-Nya :وَالَّذِي جَاءَ بِالصِّدْقِ وَصَدَّقَ بِهِ ۙ أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ

Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan orang yang membenarkannya, mereka itulah orang yang bertakwa.” [Az-Zumar/39:33]Yang dimaksud orang yang membawa kebenaran adalah orang yang selalu jujur di setiap perkataan, perbuatan, dan keadaannya.Jujur dalam perkataan adalah lurusnya lisan ketika berbicara seperti lurusnya tangkai dengan batangnya. Jujur dalam perbuatan adalah lurusnya perbuatan di atas perintah dan ittibâ’ seperti lurusnya kepala dan badan. Dan jujur dalam keadaan adalah lurusnya amalan hati dan anggota tubuh dalam keikhlasan, selalu berusaha dan mencurahkan segala kemampuannya dalam menggapai hal tersebut. Kalau sudah demikian, jadilah seorang hamba termasuk orang-orang yang membawa kebenaran. Seorang akan mencapai tingkatan shiddiqiyyah tergantung intensitas dia dalam menjalankan tiga perkara di atas. Karenanya, Abu Bakar as-Shiddiq z menempati puncak shiddiqiyyah, dan dijuluki as-shiddiq secara mutlak. Shiddiq lebih tinggi dari shadûq (selalu jujur), dan shadûq lebih tinggi dari shâdiq (yang jujur). 


Dari keterangan di atas dapat disimpulkan bahwa derajat kejujuran yang paling tinggi adalah as-shiddiqiyyah, yaitu ketundukan yang sempurna kepada Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan keikhlasan yang sempurna kepada Allâh Azza wa Jalla . Di antara tanda kejujuran itu adalah tenangnya hati, sebaliknya di antara tanda kedustaan adalah kebimbangan hati, sebagaimana diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi secara marfu’ dari hadits al-Hasan bin Ali Radhiyallahu anhuma, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam , beliau bersabda :إِنَّ الصِّدْقَ طُمَأْنِيْنَة، وَالْكَذِبَ رِيْبَة

 “… Kejujuran itu ketentraman, dan dusta itu keragu-raguan …” [HR. At-Tirmidzi, no. 2518][2] 


Ketahuilah, bahwa kata “اَلصِّدْقُ” (jujur) bisa digunakan untuk beberapa makna :

 Pertama :Jujur dalam perkataan. Setiap hamba harus menjaga kata-katanya, tidak berbicara kecuali dengan jujur. Jujur ini adalah bentuk kejujuran yang paling jelas dan paling dikenal. Seorang hamba hendaknya menjauhi kata-kata bermakna ganda, karena ia saudara tiri dari dusta kecuali dalam keadaan darurat dan dituntut demi kemaslahatan.

Kedua : Jujur dalam niat dan keinginan. Ini kembali kepada ikhlas. Apabila amalnya tercampuri oleh sebagian ambisi jiwa (terhadap dunia), maka kejujuran niatnya batal, bisa jadi dia dusta sebagaimana dalam hadits tentang tiga orang, yaitu orang berilmu, qâri’, dan mujâhid, manakala qâri’ berkata, “Aku membaca al-Qur’ân karena-Mu.” Allâh Azza wa Jalla menolaknya dan mengatakan bahwa dia dusta dalam niat dan keinginannya bukan dalam bacaannya, demikian juga kedua temannya yaitu orang yang berilmu dan mujâhid.

Ketiga : Jujur dalam tekad dan jujur memenuhinya. Untuk yang pertama, misalnya seseorang mengatakan, “Bila Allâh memberiku harta, maka aku akan menyedekahkannya seluruhnya.” Ini adalah tekad yang bisa jadi jujur dan bisa tidak.Untuk yang kedua seperti jujur dalam tekad. Jiwa mudah berjanji, karena ia memang tidak sulit bila hakikat-hakikat terwujud, tekad terbuka dan hawa nafsu menguasai, karena itu Allâh Azza wa Jalla berfirman : مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ Diantara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allâh … [Al-Ahzâb/33:23] 

Keempat: Jujur dalam amal perbuatan, yaitu antara batin dan lahirnya sama, sehingga amal-amal lahirnya misalnya khusyu’ tidak menunjukkan sesuatu padahal batinnya berbeda.

Kelima: Jujur dalam kedudukan-kedudukan agama. Ini adalah derajat tertinggi, seperti jujur dalam takut dan berharap, zuhûd dan ridha, cinta dan tawakkal (kepada Allâh Azza wa Jalla ). Karena perkara-perkara ini memiliki dasar pijakan, memiliki tujuan-tujuan juga hakikat. Orang yang jujur yang sebenarnya adalah orang yang meraih hakikatnya.[3]

Jika seseorang berlaku jujur, dan membiasakan lisannya untuk selalu jujur, maka itu akan membawanya kepada kebaikan. Dan kebaikan akan mengantarkannya ke Surga.• Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam :, وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَصْدُقُ وَيَتَحَرَّى الصِّدْقَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ صِدِّيْقًاDan apabila seorang selalu berlaku jujur dan tetap memilih jujur, maka akan dicatat di sisi Allâh sebagai orang yang jujurYaitu orang yang selalu berlaku jujur dalam perbuatan dan perkataannya, membiasakannya dan bersungguh-sungguh untuk berlaku jujur, maka Allâh Azza wa Jalla akan mencatat bahwa dia orang jujur.Orang-orang yang jujur itu memiliki kedudukan tinggi. Dia berada setelah kedudukan para Nabi, sebagaimana Allâh Azza wa Jalla berfirman : وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ ۚ وَحَسُنَ أُولَٰئِكَ رَفِيقًاDan barangsiapa menaati Allâh dan Rasul (Muhammad), maka mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allâh, (yaitu) para nabi, para pecinta kebenaran, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang saleh. Mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. [An-Nisâ’/4:69]


Maka orang yang selalu berlaku jujur akan dicatat di sisi Allâh sebagai shiddiq (suka jujur). Dan telah diketahui, bahwa kejujuran itu derajat yang tinggi yang tidak dapat dicapai kecuali oleh segelintir manusia. • Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam :وَإِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَDan jauhilah oleh kalian berbuat dustaNabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga melarang dari perbuatan dusta. Ini mencakup dusta dalam segala sesuatu, jadi tidak benar orang yang mengatakan, “Berdusta itu jika tidak menimbulkan bahaya untuk orang lain maka tidak mengapa.” 


Ini adalah perkataan yang bathil, karena tidak ada nash yang menunjukkan perkataan tersebut. Tetapi yang ada adalah nash yang mengharamkan perbuatan dusta secara mutlak.[4]Berdusta juga akan merusak pengetahuanmu dan orang lain tentang sesuatu. Karena seorang pendusta itu menjadikan yang tidak ada menjadi ada, yang ada menjadi tidak ada, yang benar menjadi bathil, yang bathil menjadi benar, kebaikan jadi kejahatan, kejahatan jadi kebaikan.Seorang yang berdusta itu telah berpaling dari kebenaran yang ada, menjadi ketiadaan, dan berpengaruh kepada kebathilan. Jika perbuatan-perbuatan itu telah merusaknya dan kebohongan telah mempengaruhinya, maka hatinya menjadi hati yang dusta dari lisannya. Dia tidak bisa mengambil manfaat dengan lisannya dan juga amalan-amalannya.Karena itulah berdusta adalah pokoknya kejahatan, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam : فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِيْ إِلَى الْفُجُوْرِ ، وَإِنَّ الْفُجُوْرَ يَهْدِيْ إِلَى النَّارِ Sesungguhnya dusta membawa seseorang kepada kejahatan, dan kejahatan mengantarkan seseorang ke Neraka 


Yang pertama kali terpengaruh oleh perbuatan dusta dalam jiwa adalah lisan, dan itu akan merusaknya. Kemudian berpengaruh kepada anggota badan dan merusak amalan-amalannya sebagaimana dusta itu merusak lisan dalam perkataan-perkataannya. Sehingga ia berdusta dalam perkataan, perbuatan, dan keadaannya. Akibatnya, dia rusak, penyakitnya terus berlanjut sampai binasa. Jika Allâh Azza wa Jalla tidak memperbaikinya dengan obat kejujuran, Dia akan mencabut kejujuran tersebut dari hatinya.

Kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan bahwa berdusta itu membawa kepada kejahatan. Yaitu, jika seseorang berdusta dalam perkataannya, maka dia akan terus dalam keadaan seperti itu sampai akhirnya berbuat jahat. Wal ‘iyâdzu billâh. Dan itu telah keluar dari ketaatan, termasuk kedurhakaan dan maksiat. Berbuat jahat menyeret seseorang ke Neraka, Allâh Azza wa Jalla berfirman : كَلَّا إِنَّ كِتَابَ الْفُجَّارِ لَفِي سِجِّينٍ ﴿٧﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا سِجِّينٌ ﴿٨﴾ كِتَابٌ مَرْقُومٌ ﴿٩﴾ وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ ﴿١٠﴾ الَّذِينَ يُكَذِّبُونَ بِيَوْمِ الدِّينِ Sekali-kali jangan begitu! Sesungguhnya catatan orang yang durhaka benar-benar tersimpan dalam Sijjin. Dan tahukah engkau apakah Sijjin itu? (Yaitu) kitab yang berisi catatan (amal). Celakalah pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan! (yaitu) orang-orang yang mendustakannya (hari pembalasan).” [Al-Muthaffifiin/83:7-11]


 Kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda. وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّابًا Dan jika seseorang senantiasa berdusta dan memilih kedustaan maka akan dicatat di sisi Allâh sebagai pendusta Kita berlindung kepada Allâh dari termasuk orang-orang yang suka berdusta. Karena berdusta itu jika seseorang terbiasa melakukannya, maka dia akan berdusta dalam segala hal. Dan dia akan dicatat di sisi Allâh sebagai kadzdzâb (orang yang banyak berdusta).[6]

Karena inilah, asal amalan hati semuanya adalah dari kejujuran, dan lawannya seperti riya’, ujub, sombong, berbangga diri, lemah, malas, penakut, dan lainnya asalnya adalah dari perbuatan dusta.Maka semua amalan shalih yang tampak maupun yang tersembunyi asalnya dari kejujuran. Dan semua amalan jelek yang tampak maupun yang tersembunyi asalnya dari perbuatan dusta.Allâh Azza wa Jalla akan menghukum orang yang suka berdusta dengan menahan dan menghalanginya dari maslahat dan manfaat. Allâh Azza wa Jalla akan membalas orang yang jujur dengan memberinya taufiq dalam melakukan amal shalih di dunia dan akhirat.[7]


FAWAA-ID HADITS 

1. Perintah dan anjuran untuk berkata dan berbuat jujur. 
2. Perintah untuk senantiasa membiasakan berkata dan berbuat jujur dan berpegang pada kebenaran.
3. Berkata dan bersikap jujur akan membawa kepada kebaikan, dan kebaikan akan membawa ke Surga.
4. Orang yang membiasakan diri jujur, maka sikap itu akan menjadi akhlak dan perangainya.
5. Orang yang terbiasa dengan akhlak dan perangai yang baik dan jujur, maka ia akan diberi julukan yang dikenal yaitu shiddiq (jujur). 
6. Akhlak yang mulia diperoleh dengan karunia Allâh Azza wa Jalla dan usaha yang sungguh-sungguh untuk belajar dan mengamalkannya.
7. Larangan berkata dan berbuat dusta atau bohong 
8. Kedustaan merupakan sarana yang membawa kepada kejahatan, dan kejahatan akan membawa ke Neraka. 
9. Akhlak yang buruk yang paling dibenci oleh Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah dusta atau bohong. 
10. Dusta adalah sifat munafik dan kemunafikan dibangun di atas kedustaan.
11. Dusta atau bohong hukumnya haram. 
12. Dosa berdusta atau bohong bertingkat-tingkat. Orang yang berdusta dalam mu’amalah (misalnya dalam jual beli) lebih besar dosanya dari orang yang sekedar menyampaikan berita. 
13. Berdusta atas nama Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam dosanya lebih besar dibanding berdusta atas nama orang lain dan diancam masuk neraka. 
14. Jujur akan membawa kepada ketenangan dan ketentraman, sedangkan dusta membawa kepada keragu-raguan dan kegelisahan. 
15. Orang yang terbiasa berbohong dan terus menerus melakukan kebohongan maka ia akan dijuluki tukang dusta/bohong. Sumber: https://almanhaj.or.id/4089-berkata-benar-jujur-dan-jangan-dusta-bohong.htmlIslam melarang dan mengharamkan umatnya menipu dalam apa jua keadaan sekalipun. 


Perbuatan menipu merupakan salah satu sifat mazmumah dan membawa kesan besar kepada  keruntuhan akhlak manusia. Oleh itu setiap orang Islam wajib menjauhi perbuatan menipu. Banyak ayat al Qur'an dan hadis yang menerangkan berkaitan hal ini. 
Antaranya

1) Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 42 & 283: “Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (Surah Al-Baqarah, Ayat 42) 
“….Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan". (Surah Al-Baqarah, Ayat 283) 

2) Surah Al-Munafiqun, Ayat 1 pula menjelaskan sifat orang munafik yang suka menipu: “Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-benarnya Rasul Allah”. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.” (Surah Al-Munafiqun, Ayat 1)

3)  Ayat-ayat Al-Qur'an serta hadith di bawah menerangkan kesan serta akibat perbuatan menipu: "…. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta". (Surah Ghaffir, Ayat 28) Rasulullah S.A.W. bersabda, “Sesiapa yang menipu kami, maka ia bukanlah daripada kalangan kami.” (Riwayat Muslim). Wallahu a'lam.

Ahad, 29 Julai 2018

Penilaian Qadhi Berkenaan Masalah Pengesahan Nikah : Sabitan dan Iddah Mu'asyyarah


KAEDAH PENGESAHAN AKAD NIKAH

Merujuk kepada kitabتنوير القلوب في معاملة علام الغيوبKarangan as-syeikh Muhammad  Amin al-Kurdiy  hlm 312  menyatakan:
Rukun Nikah ada lima rukun:
1)    Suami
Disyaratkan bahawa adalah ia
-       Beragama islam
-       Bukan mahramnya
-       Ikhtiar suami bukan dasar paksaan
-       Mengetahui nama isteri ,nasabnya , diri tubuh isteri
-       Seorang lelaki tulen

2)    Isteri
Disyaratkan bahawa adalah ia :
-       Bahawa ia bukan mahram kepada suami
-       Bahawa perempuan tersebut tertentu
-       Sunyi daripada Iddah
-       Bukan isteri orang
-       Perempuan yang asli
-       Islam atau ahli kitab yang diiktiraf oleh syara’

3)    Wali
Disyaratkan bahawa adalah ia:
-       Seorang yang islam
-       Tidak fasiq
-       Atas kerelaan sendiri menjadi wali bukan paksaan
-       Baligh
-       Berakal
-        Merdeka bukan seorang hamba abdi
-       Seorang lelaki yang tulen
-       Tidak dalam keadaan ihram

4)    Dua orang saksi
Disyaratkan bahawa  adalah ia:
-       Islam
-       Baligh
-       Berakal
-       Lelaki
-       Medeka
-       Mendengar
-       Melihat
-       Boleh bertutur
-       Mengetahui bahasa lelaki (suami) dan wali nikah
-       Seorang yang adil

5)    Sighah

Disyaratkan bahawa adalah ia:
-Ijab iaitu berkata wali ( Aku nikahkan dikau atau  aku kahwinkan dikau…. )
- qabul iaitu berkata suami ( Aku terima nikahnya…..)




PENGESAHAN DAKWAAN SUDAH BERKAHWIN
Didalam kitab “  المهذب “ karangan Imam as-Syirazi , jld 5  halaman 543 cetakan Dar al-Qalam Damsyik Syiria ada menyebut :
  و إن كان المدعي نكاحا : فقد قال الشافعي رحمه الله تعالى : لا يسمع حتى يقول : نكحتها  بولي        وشاهدين ، ورضاها.
Seseorang yang mendakwa dia sudah bernikah  ,Menurut pendapat Imam as-Syafei :  Dakwaan ini tidak  boleh diterima sehingga dia berjaya membuktikan seperti katanya ketika memberi keterangan   :
“ Aku telah berkahwin dengan si Dia ( perempuan )  dengan berwalikan seorang wali  ( disebutkan nama  walinya ) dan dua orang saksi nikah  ( nama dua orang saksi ) serta dengan kerelaan perempuan itu.

Didalam kitab “    التنظيم القضائي في الفقه الإسلامي دراسة مقارنة ” karangan  Prof Dr. Muhammad al-Zuhayli  , hlm 477 cetakan Dar al-Fikr al-Mu’aasir Beirut  Lebonan ada mendatang contoh penghakiman Saidina Ali r.a iaitu:

بما روي  عن علي رضى الله عنه  أن رجلا إدعى على إمرأة  نكاحا بين يدي عليّ رضى الله عنه  ، وأقام شاهدين ، فقضى علي بالنكاح بينهما
Riwayat   daripada Saidina  Ali  r.a bahawa ada seorang  lelaki mendakwa dihadapannya bahawa ia sudah berkahwin dengan seorang  perempuan , lelaki itu telah berjaya membawa dua orang saksi pernikahannya , keputusan saidina Ali , beliau  telah mengesahkan pernikahan tersebut.


Merujuk didalam kitab فتح المعين” karangan al-Alim ‘Allamah as-Syeikh Zainuddin al-Malibariy , hlm 143 , cetakan maktabah wa Matba’ah Dar al-Ma’arib Pulau Pinang ad menyebut :
 وفي الدعوى بنكاح على إمرأة ذكر صحته وشروطه من نحو ولي وشاهدين عدول ورضاها إن شرط بأن كانت غير مجبرة فلا يكفي فيه الإطلاق .
Disyaratkan pada  dakwaan pernikahan  dengan  seorang perempuan,pihak pemohon hendaklah membuktikan dihadapan hakim  akan rukun dan syarat sah nikah ,  sepertimembuktikan wali nikah  , dua orang saksi lelaki yang adil dan juga  keredhaan  hati perempuan ( iaitu perempuan yang bukan al-Bikru ( anak dara sunti) adapun anak dara wali mujbir  boleh menikahkan anak perempuannya  tanpa keizinan daripada perempuan tersebut ).Maka tidak diterima dakwaan pernikahan seseorang itu tanpa diperincikan syarat-syarat sah nikah.


PENGESAHAN AKAD NIKAH

 Didalam kitab   تبصرة الحكام في اصول الآقضية ومناهج الآحكام karangan al-‘Alim Qadhi Muhammad ibn Farhun , hlm 125, jld 1 , cetakan Dar al-Kutub al-‘lmiyyah Beirut Lebonan, ada menyebut  seperti berikut :

إذا تداعى رجل و إمرأة في  أمور الزوجية ، وأقرّا بالزوجية ، فإن كانا  طارئين لم يعرض لهما الحاكم ، وإن كانا من أهل البلد وادعيا وقوع الزوجية  ، كلفهما إثبات النكاح ، وسألهما عن الولي العاقد والشهود بذلك عليهما . 

Apabila  pasangan lelaki dan perempuan  mendakwa dan mengaku  bahawa mereka sudah bernikah, jika sekiranya mereka berdua bukan  warga negara  ,maka hakim menerima pengakuan atau dokumen pernikahan mereka..Sebaliknya , jika mereka berdua adalah warga negara  , hakim hendak memerintahkan pihak-pihak membuktikan nya   dan hakim  hendaklah  membuat siasatan tentang   wali dan saksi-saksi pernikahan  tersebut .


PENGIKTIRAFAN  KEPUTUSAN HAKIM SYARIE WILAYAH LAIN

Merujuk didalam kitab “     نظرية الحكم القضائي في الشريعة والقانون  karangan Dr.Abdul Nasir Musa Abu Bashal hlm 73 ada menyebut :

  إذا قدم للقاضي حكم صادر عن القاضي آخر ، فقال القاضي : ثبت عندي أنه ثبت فلان من الحكام كذا وكذا ، ثم قام بتنفيذالحكم ، فهذه المسألة إختلف فيها الفقهاء على مذهبين :
 المذهب الآول : مذهب جمهور الفقهاء ، كالحنفية والمالكية والراجح عند الشافعية ،  ذهبوا إلى أن تنفيذ الحكم ليس حكما من المنفذ
المذهب الثاني : وهو لبعض الشافعية وبعض الحنابلة  إبن الشاط من المالكية ، فالشافعية والحنابلة  يرون أن تنفيذ الحكم يتضمن الحكم بصحة الحكم المنفذ


Apabila dihadapkan dihadapan Hakim akan perintah hakim yang lain,Hakim tersebut berkata :Telah  thabit disisiku bahawa  perintah ini  adalah daripada Hakim (  nama Hakim )  kemudian beliau melaksanakan perintah tersebut.
Permasaalan  ini terdapat dua pandangan  ulama:

1-    Mazhab Pertama : Jumhur  Fuqaha  seperti Hanafi, Maliki, dan qaul Rajih disisi  as-Syafeiyyah  berpendapat  bahawa perlaksanaan hukum tersebut bukan satu perintah daripada  (        القاضي المنفذ) hakim pelaksana.

2-    Mazhab Kedua : Sebahagian as-Syafeiyyah , al- Hambali dan Imam Ibnu as-Syaad dikalangan al-  Maliki , mereka berpendapat bahawa perlaksanaan perintah hakim  diwilayah lain adalah termasuk sebagai perintah yang sah daripada hakim pelaksana القاضي المنفذ

وقد يصبح تنفيذ الحكم حكما بالمحكوم به عند الحنفية والمالكية والشافعية إذا توافرت فيه الشروط التالية :
1-   من حيث الصيغة ، أن يقول القاضي المنفذ : حكمت بما حكم به الأول وألزمت بموجبه ومقتضاه .
2-   أن تصدر الصيغة المذكورة بعد أن تجري بين يدي القاضي الثاني دعوى صحيحة وخصومة صحيحة
Perlaksanaan perintah hakim lain   adalah dikira sebagai perintah  yang  sah dari hakim yang melaksanakan perintah tersebut  apabila memenuhi  syarat-syarat  berikut :

1-    Lafaz 
Hakim yang melaksanakan hukum itu hendaklah berkata  : Aku perintahkan seperti perintah hakim yang mengeluarkan perintah ini.

2-    Perintah ini dikeluarkan setelah pihak-pihak mengemukakan  dakwaan yang lengkap  dihadapan Hakim  yang kedua .


PEMBUKTIAN   PENGESAHAN  AKAD NIKAH

  1. Keterangan pihak-pihak
Didalam kitab Mu’iinul Hukkam’karangan imam Alauddin al-Tarabulsiy  , halaman 23 ada menyebut :
إن أتى بإشكال أمره ببيانه
Apabila dihadapkan dihadapan  Hakim bicara , didapati perkara itu ada kemusykilan maka Hakim hendaklah  memerintahkan pemohon supaya memperjelaskan perkara tersebut,

و إن أبهم جوابه أمره بتفسيره حتى يرتفع الإشكال عنه

Maka jika jawapan yang diberi  oleh pemohon masih ada kesamaran maka Hakim hendaklah  memerintahkan kepada pihak-pihak tersebut supaya menerangkan dengan jelas sehingga hilang kesamaran tersebut.

b.Pemeriksaan kepada saksi dan dokumentar

Merujuk kepada kitab “  بغية المسترشدين “ karangan as-Saiyyid Abdul Rahman Ibnu Muhammad Ibnu al-Husain , halaman 340 menyebut:

   وليس للقاضي أن يقبل الشهادة أو يحكم بمجرد خط من غير بينة مطلقا عن التفصيل ، إحتياطا للحكم الذي فيه إلزام الخصم مع إحتمال التزوير

Seorang Hakim  tidak boleh hanya bergantung kepada Syahadah atau Dokumentar sahaja tanpa melihat kepada keterangan lain dengan lebih teperinci  , ini adalah bertujuan untuk lebih berhati-hati (إحتياطا ) dalam memutuskan satu-satu hukum, kebarangkalian wujudnya penipuan dalam  Syahadah atau  pemalsuan  dalam dokumen yang dikemukakan ke Mahkamah .

c.Keterangan seorang saksi dan sumpah syarie

Menurut didalam kitab “ ضمانات العدالة في القضاء الإسلامي   oleh Syeikh   محمد عايش متوليhlm 107  ada  menyebut bahawa sesungguhnya Para Ulama  bersepakat  bahawa harus dalam pensyabitan hukum dalam kes Mal  dengan  hanya  berlandaskan  keterangan  seorang saksi dansumpah syarie


Dalil  Al-Hadis

  1. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan daripada Abdullah Abbas r.a.h katanya:
  أن رسول الله (ص)"قضى بشاهد ويمين "قال عمرو : في الأموال
Sesungguhnya Baginda Rasulullah s.aw telah berhukum hanya  dengan seorang saksi dan  sumpah
Kata Amru bin Dinar : Hukum ini diharuskan didalam kes-kes Mal sahaja


  1. Diriwayatkan daripada Jaafar bin Muhamad daripada bapanya  daripada saidina Ali r.a.h:
   أن رسول الله ( ص) و أبا بكر وعثمان كانوا يقضون بالشاهد الواحد ويمين المدعي


Sesungguhnya adalah  Baginda Rasulullah s.a.w  , saidina Abu Bakar dan saidina Usman berhukum  dengan seorang  saksi dan sumpah muddaeiy.

Didalam kitab “  البيان في مذهب الشافعي  ” karangan al-Imam Yahya ibnu Abi al-Khair al-Imraniy , jilid 13, hlm313  ada menyebut :


Menurut pandangan Saidina Abu bakar r.a, Saidina umar r.a, Saidina usman, Saidina Ali r.a , Ubaiy B bin Ka’ab , Umar ibnu al-aziz , Abu Salamah ibnu Abdul Rahman , al-Sa’biy , Syuraih , Fuqaha’ Madinah , Rabi’ah , Malik , Ahmad, Ishak ialah :
“ Tia-tiap hak ( kes-kes Mal )boleh disabit  dengan seoarang saksi lelaki dan dua orang perempuan  dan boleh  disabitkan juga  dengan seorang  saksi lelaki dan sumpah plaitif 


Pendapat ini berdasarkan  :

1.    Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan daripada Abdullah Abbas r.a.h katanya:
  أن رسول الله (ص)"قضى بشاهد ويمين "قال عمرو :و كان ذلك في الأموال
Sesungguhnya Baginda Rasulullah s.aw telah mensabitkan hukum  dengan seorang saksi dan  sumpah
                                                                                     Riwayat Imam al-Baihaqi



Kata Amru bin Dinar : Hukum ini diharuskan didalam kes-kes Mal sahaja


  1. Pembuktian dokumentar
Dalil yang menunjukkan bahawa Dokumentar sebagai satu keterangan yang membuktikan ketulinan satu-satu kes , adalah seperti berikut:


1-Dalil  Al-Quran:


Firman Allah Taala:
   ياأيهاالذين آمنوا إذا تداينتم بدين إلى أجل مسمى فاكتبوه
  Maksud: Wahai orang-orang yang beriman , apabila kamu bermuamalah secara tidak tunai untuk waktu yang ditentukan , hendaklah kamu menulisnya
                                                           Surah al-Baqarah :282



Firman Allah Taala:
  والذين   يبتغون الكتاب مما ملكت أيمانكم فكاتبوهم إن علمتم فيهم خيرا

Maksudnya: Dan budak-budak (hamba) yang kamu miliki yang menginginkan perjanjian hendaklah kamu tuliskan perjanjian mereka , jika kamu mengetahui ada kebaikan kepada mereka
                       
                                                                                  Surah an-Nur:33


2-Hadis:

Telah diriwayatkan oleh al-Dahhak bin Sufyan
 كتب إلي رسول الله ( ص) أن ورث إمرأة أشيم الضبابي من دية زوجها
Al-Dahhak menyatakan: Rasulullah s.aw telah menulis kepadaku supaya isteri Ashyam al-Dababi mewarisi diyyah suaminya
Hadis Nabi s.a.w :

عن عبد الله بن عمر رضى الله عنه : أن رسول الله صلى الله عليه وسلّم قال :
 ما حق إمرئ مسلم له شئ يريد ان يوصي فيه يبيت ليلتين إلا ووصيته مكتوبة عنده .         
                                                                                              رواه مسلم

Dari Abdullah bin Umar katanya : Bahawa adalah baginda Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidak tidur seorang muslim itu pada waktu malamnya melainkan ia sudah menulis wasiat disisinya”
                                                                                              Riwayat Imam Muslim

Berdasarkan Hadis diatas Kata Imam Ibnu Qaiyyim :
"لو لم يجز الإعتماد على الخط لم تكن لكتابة وصيته فائدة
“ Sekiranya tidak boleh berpegang kepada tulisan sebagai bahan pembuktian sudah tentu  perintah Rasulullh s.aw  menulis wasiat sebelum tidur tidak memberi faedah

3-Amalan Para Sahabat :

Begitu juga amalan para  al-Khulafa al-Rashidin , diataranya Surat Saidina Umar kepada Abu Musa al-Asharari dan Surat Ali kepada Abdullah bin Abbas
Mahkamah juga merujuk  didalam kitab “Majallah al-Ahkam ‘Adliah “  Madah 69 yang memperuntukkan bahawa tulisan adalah salah satu cara pembuktian
Sebagaimana didalam Madah:
الكتاب كالخطاب
“ Tulisan itu seperti percakapan”

Pembuktian dengan Dokumentar adalah tidak bercanggah dengan hukum syara’
sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Dr. Said abin Darwis didalam kitabnya
(طرائقالحكم المتفق عليها والمختلف فيها في الشريعة الإسلامية ) mukasurat286 sebagaimana katanya:
قد ثبت العمل بالخط بالأدلة المتكاثرة من الكتاب والسنة والإجماع

Sesungguhnya telah sabit boleh berpegang dalam pembuktian dengan tulisan kerana ia  sabit dengan al-quran ;al-hadis dan Ijma’ para ulama

Begitu juga didalam kitab “ بغية المسترشدين “ karangan as-Saiyyid Abdul Rahman Ibnu Muhammad Ibnu al-Husain , halaman 341menyebut:

  و حكي عن الحسن وسوار القاضي وعبد الله العنبري أن للقاضي إذا كان يعرف خط الكاتب وختمه ، له أن يقبله

Pandangan ini dipetik daripada Imam Hassan  dan Shuwar al-Qadhi dan Abdullah al-Anbariy , mereka berpendapat bahawa seorang Qadhi  boleh menerima pembuktikan Dokumentar sekira ia kenal tulisan dan cop rasmi didalam dokumen tersebut.


PERMASALAHAN  WAKALAH

Adakah mesti akad wakalah( ijab dan qabul )  berada didalam satu majlis ?
Untuk menjawab persoalan tersebut Mahkamah  suka  merujuk kepada kitab“أنوار المسالك شرح عمدة السالك وعدة الناسك    karangan as-Syeikh Muhammad al-Zuhriy al-Ghamrawiy , halaman 235:

  ولا يشترط الفور في القبول ولا في المجلس
Tidak disyaratkan qabul akad  wakalah dengan segera dan juga tidak disyaratkan berada didalam satu majlis

Begitu juga didalam  kitabتنوير القلوب في معاملة علام الغيوب"”Karangan as-syeikh Muhammad  Amin al-Kurdiy  hlm 261   menyatakan:

  ولا يشترط هنا الفور ولا المجلس بل يكفي الفعل أو عدم الرد على التراخي ، أما لو ردها الوكيل : فإنها تبطل
Tidak disyaratkan qabul akad wakalah dengan segera dan didalam satu majlis sebaliknya cukup sekadar perbuatan yang menunjukkan qabul atau  tiada wujud  elemen yang menunjukkan keengganan  penerimaan wakalah secara bertangguh, sekiranya wakil menolak wakalah tersebut maka hukum wakalah tersebut adalah  terbatal.


KUASA WALI MUJBIR


Menurut didalam kitab “       مشكاة المصباح في شرح العدة والسلاح في أحكام النكاحkarangan al-Syeikh Muhammad  Ibnu Ahmad Ba Fadhal al-Khadramiy, hlm 169 , cetakan Dar Ibnu Hazam  Beirut   Lebonan  , ada menyebut :

وللأب والجد  المجبرين  التوكيل في تزويج البكر بغير  إذنها ، إن كانت بالغة ، كما يزوجانها بغير إذنها
Wali Mujbir iaitu ( Bapa dan Datuk ) boleh mewakilkan wali kepada sesiapa yang layak pada menikahkan anak daranya yang sudah baligh tanpa perlu mendapat keizinan daripada anak tersebut , hukum  ini adalah sama dengan kuasa  wali mujbir menikahkan anak daranya  tanpa perlu mendapat  keizinan anak  tersebut.

ولغيرهما من باقي الأولياء التوكيل بعد إستئذانها في التزويج ،  إن لم تنه عن التوكيل ، فلو وكل قبل تأذن لم يصح
Adapun selain daripada wali mujbir , sekiranya mereka hendak mewakilkan wali  mestilah mendapat keizinan  terlebih dahulu daripada pihak pengantin  perempuan jika sekiranya ia tidak menghalang berbuat  sedemikian,
Maka sekiranya   wali  mewakilkan pernikahan kepada seseorang  sedangkan tidak  meminta keizinan  terlebih dahulu daripada pihak perempuan  maka perlantikan wakil wali  tersebut  adalah tidak sah




SYARAT WAKIL  WALI


Merujuk didalam kitab “        مشكاة المصباح في شرح العدة والسلاح في أحكام النكاحkarangan al-Syeikh Muhammad  Ibnu Ahmad Ba Fadhal al-Khadramiy, hlm 171 , cetakan Dar Ibnu Hazam  Beirut   Lebonan  , ada menyebut :

   شرط الوكيل عن الولي أن يصح كونه وليا في النكاح ، لأنه قائم مقامه
Syarat wakil  daripada wali  mestilah wakil tersebut seorang yang berkelayakan menjadi wali, ini adalah kerana keadaan wakil tersebut menduduki  tempat wali yang sebenar

 فلا يجوز أن يوكل عبدا - أي -  ولو بإذن سيده ونحوه – أى – كفاسق، لأنه لا يزوج بنته ، فبنت غيره أولى

Oleh sebab itu tidak boleh diwakilkan kepada hamba abdi  sekali pun mendapat keizinan daripada penghulunya  dan tidak sah wakil kepada orang yang fasiqkerana orang fasiq tidak boleh menikahkan anak perempuannya , jikalau anak perempuan sendiri  tidak boleh menikahkannya , sudah tentu anak orang lain  adalah terlebih utama tidak dibenarkan menikahkannya .


SYARAT  WAKIL WALI KETIKA MAJLIS AKAD

Didalam kitab  الوكالة في الشريعة والقانونkaranganProf .DrMuhammad Ridha Abdul Jabbar al-‘Aaniy , halaman 256 ada menyebut :

   عقود النكاح والخلع والطلاق على مال أو العتق على مال ، فإذا تعاقد الوكيل في هذه العقود نيابة عن غيره لزمه إضافنها إلى الموكل

Jenis-jenis akad seperti akad Nikah,khulu’, talaq dengan harta, memerdekakan hamba dengan harta, maka sekiranya wakil mengakadkan akad-akad tersebut mestilah menyandarkan nama pewakil didalam majlis akad itu .

PERKARA  YANG SUNAT  DILAKUKAN OLEH WAKIL WALI

Didalam kitab “        مشكاة المصباح في شرح العدة والسلاح في أحكام النكاحkarangan al-Syeikh Muhammad  Ibnu Ahmad Ba Fadhal al-Khadramiy, hlm 170, cetakan Dar Ibnu Hazam  Beirut   Lebonan  , ada menyebut :
  و يندب للوكيل إستئذانها خروجا من الخلاف
Disunatkan kepada wakil wali meminta keizinan daripada pengantin perempuan terlebih dahulu sebelum majlis akad nikah dilangsungkan kerana mengelakkan daripada  khilaf ulama yang mewajibkan kepada  wakil wali meminta keizinan terlebih dahulu.


BIDANGKUASA HAKIM  MENIKAHKAN ORANG DATANG  KE WILAYAHNYA

As-Syeikh Abi Ya’la menyebut didalam kitabnya” al-Ahkam al-Sultaniyyah “ halaman 68 tentang bidang kuasa seorang hakim seperti katanya:

   فيقلد النظر في جميع الأحكام من البلد، فتنفذ جميع أحكامه في محلة عينت له ، وله أن يحكم فيه بين ساكنيه والطارئين إليه ، لأن الطارئ إليه كالساكنين فيه.

Seorang Hakim yang dilantik  adalah diberi kuasa membuat keputusan dalam semua perkara dalam wilayahnya, Hakim tersebut boleh membuat keputusan yang melibatkan penduduk tempatan dan juga pendatang-pendatang , ini  adalah  kerana pendatang yang datang ke wilayahnya  itu adalah dikira  sebagai  penduduk tempatan

STATUS WALI HAKIM DINEGARA BUKAN ORANG ISLAM

        Menurut pandangan Imam Ibnu Abidin didalam kitabnya “Hasyiah Ibnu Abidin”  jld 4 halaman 369 ada membahaskan tentang pelantikan Hakim yang dibuat oleh orang Islam yang tinggal didalam Negara yang bukan dikuasai oleh orang Islam seperti katanya:

وأما بلاد عليها ولاة كفار ، فيجوز للمسلمين  إقامة الجمع والأعياد ، ويصير القاضي قاضيا بتراضي المسلمين ، فيجب عليهم أن يلتمسوا واليا مسلما منهم.

Negara yang dikuasai oleh orang Kafir ,sedangkan keadaan orang Islam yang tinggal didalam Negara itu  telah diberikan  kebebasan untuk mendirikan solat Jumaat dan  menyambut  Hari raya,
Maka Qadhi yang dipilih oleh orang Islam itu adalah  Qadhi yang sah  dikalangan mereka. Oleh sebab itu  adalah menjadi kewajipan keatas orang Islam menyelesaikan segala permasaalan mereka dihadapan qadhiyang  telah dipilih itu.
Berdasarkan Pandangan Imam Ibnu Abidin diatas , Hakim yang dipilih oleh orang Islam di Selatan Thailand adalah sah mengikut hukum syara’.

HUKUM NIKAH DENGAN WALI HAKIM

Merujuk  kepada kitab          مشكاة المصباح في شرح العدة والسلاح في أحكام النكاحkarangan al-Syeikh Muhammad  Ibnu Ahmad Ba Fadhal al-Khadramiy, hlm 174  cetakan Dar Ibnu Hazam  Beirut   Lebonan  ,  ada  membahaskan masalah ini seperti katanya:

  ولو أراد القاضي نكاح من لا ولي لها زوجه من فوقه من الولاة كالسلطان أي ولا يتولى الطرفين ، كما سبق في إبن العم  ،  أو  خليفته ، أو قاض آخر ،  حيث كانت المرأة في محل ولايته ، والسلطان كالقاضي ، فيزوجه بعض نوابه

Sekira hendak  menikah  dengan  perempuan yang tidak ada wali , maka hendaklah ia menyerahkan  kuasa pernikahan wali hakim   tersebut kepada  mereka yang lebih tinggi kedudukannya daripadanya seperti  Sultan ( Raja) . Maka  hakim tersebut tidak boleh berperanan sebagai wali dan penerima qabul dalam satu masa yang sama  , sebagaimana telah dihuraikan pada bab terdahulu dalam kes   (    إبن العم    )atau khalifah hakim  atau hakim yang lain .sekiramana perempuan tersebut berada dibawah wilayahnya.
 Sultan adalah sama seperti  Qadhi  iaitu  beliau boleh  dinikahkan oleh mana-mana penggantinya .


JARAK YANG MENGHARUSKAN  KEPADA  WALI HAKIM

Didalam kitab   أنوار المسالك شرح عمدة السالك وعدة الناسك    anwar al-Masalik Syarh Umdah al-Salik Wa Uddah al-Nasik” karangan as-Syeikh Muhammad al-Zuhriy al-Ghamrawiy , halaman 288:
   و إن كان غا ئبا في مسافة القصر أو كان محرما زوجها الحاكم

Sekiranya wali itu ghaib jarak  yang  mengharuskan  solat qasar   atau wali berada didalam keadaan ihram maka berpindah kepada wali  hakim

Begitu juga didalam kitab        “ Syarh al-tanbih        شرح التنبيه ” karangan as-syeikh Jalaluddin as-Sayuty “   jilid ke-2  hlm 597 ada menyebut :

  و غاب زوجها الحاكم  بطريق النيابة  عنه لأنه حق تعذر إستيفاؤه منه فقام مقامه
Apabila  wali  bagi seseorang  perempuan  itu ghaib maka hakim akan menikahkannya   sebagai ganti  wali , ini  adalah disebabkan wali tersebut tidak dapat melaksanakan tugasnya  sebagai wali maka ketika itu Hakim adalah  berperanaan sebagai wali  sebagai mengambil tempat  wali yang hakiki

Didalam kitab “ Hasyiah al-Baijuriy  Syarhu Ibnu Qasim    حاشية البيجوري  شرح إبن قاسم  “ jilid 2  halaman 109 ada menyebut :
( ثم الحاكم ) عاما كان أو خاصا كالقاضي
كذالك يزوج الحاكم في غيبة الولي مسافة القصر
Turutan susunan wali  perempuan ketika ketiadaan wali hakiki  ialah Wali hakim  samada  Wali Hakim  tersebut  Wali  Am atau  Wali  Khusus  , hukumnya  adalah  sama seperti hukum Qadhi ( ada Qadhi Am dan ada Qadhi Khusus )

Seterusnya Hakim  boleh menikahkan perempuan yang walinya ghaib  yang  jarak  mengharuskan solat qasar

 “ karangan  al-Imam al-Imraniy البيان في فقه الإمام الشافعيDidalam kitab    
Jilid 9 halaman152  ada menyebut :

  فإن كان  على مسافة تقصر اليها الصلاة جاز للسلطان تزويجها ، لأن في استئذانه مشقة

Sekiranya  wali perempuan berada pada  jarak yang mengharuskan solat qasar  maka harus bagi wali sultan menikahkan perempuan tersebut  , ini adalah disebabkan  kesulitan meminta keizinan  daripada wali  tersebut , dalam keadaan seperti ini  maka  wali itu dikira sebagai wali yang hilang .



WALI TAHKIM : PERMASAALAHAN DAN PENYELESAIANNYA

Didalam kitab “  روضة الطالبينoleh al-Imam al-Nawawi, jld 6   hlm 397 ,cetakan Dar al-kutub Beirut ada menyatakan masaalah Tahkim  seperti katanya :

أن الشافعي رضى الله عنه  قال : إذا كان في الرفقة إمرأة لا ولى لها ، فولت أمرها رجلا حتى يزوجها  جاز
Kata Imam al-Syafei  رضى الله عنه  :

Apabila  terdapat didalam satu rombongan seorang perempuan yang tidak ada wali bersamanya , maka perempuan tersebut telah melantik seorang lelaki  diantara  mereka menjadi wali nikahnya sebagai ganti  walinya yang sebenar lalu lelaki tersebut  menikahkannya , maka hukum pernikahannya adalah sah.”

 لأن أبا عاصم العبادي  حكى هذا النص في طبقات الفقهاء  وقال : إنه تحكيم ، والمحكم قام مقام الحاكم
Kerana perkara ini telah disebut oleh  as-Syeikh Abu A’shim al-I’badi (      الشيخ أبو عاصم العبادي   )  didalan kitab “طبقات الفقهاء    sepertikatanya:  Tindakan perempuan seperti diatas  adalah dikira sebagai hukum تحكيم ”,
“ AdapunMuhakkam kedudukannya adalah seperti hakim ”


Merujuk didalam kitab “   روضة الطالبينoleh al-Imam al-Nawawi, jld 6   hlm 398  ,cetakan Dar al-kutub Beirut ada menyatakan masaalah Tahkim  seperti katanya :

 ونقل  البندنيجي عن داود أنه قال : إن كان بكرا لم يزوجها إلا وليها ، وإن كانت ثيبا جاز لها أن تزوج نفسها

As-Syeikh al-Bandaniji telah memetik pandangan  al-Imam Daud  seperti mana katanya:’
“ Jika sekiranya perempuan itu seorang anak dara maka tidak boleh  seseorang mengakad nikahnya  melainkan  walinya sendiri , manakala jika ia seorang janda maka perempuan tersebut  harus keatasnya menentukan siapakah yang akan mengakadkan nikahnya ( seperti Tahkim dan sebagainya, ini adalah kerana wali mujbir tidak ada kuasa mutlak dalam urusan pernikahan anak perempuan yang sudah berstatus janda ”
Ini berdasarkan  sepotong  hadis yang berbunyi :

وروى عن إبن عباس رضى الله عنهما أن النبى صلى الله عليه وسلم قال:
"الأيم أحق بنفسها من وليها  "
Diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Abbas رضى الله عنهماbahawa Baginda Rasululah s.aw ada bersabda  yang bermaksud :

“ Perempuan yang janda adalah terlebih  berhak keatas dirinya daripada walinya”

Merujuk didalam kitab “       مشكاة المصباح في شرح العدة والسلاح في أحكام النكاح  olehal-Syeikh Muhammad  Ibnu Ahmad Ba Fadhal al-Khadramiy, hlm 321 , cetakan Dar Ibnu Hazam  Beirut   Lebonan  , ada menyebut:

 ولو حكم الزوجان من يصلح للقضاء  ليعقد بينهما النكاح جاز سواء كان هناك قاض أو إمام أم لا ، لأن التحكيم في المال وقع لجمع من كبار الصحابة في وقائع ، ولم ينكره أحد ، فكان إجماعا

Jika sekiranya sepasang  lelaki dan perempuan telah melantik seseorang yang layak memegang jawatan kadhi sebagai Muhakkam pada menikahkan mereka berdua , sama ada ditempat tersebut ada kadhi atau imam ( pemimpim ) maka hukumnya adalah harus , ini adalah kerana “ Tahkim  ” didalam kes-kes Mal banyak berlaku dizaman para sahabat  Nabi  s.aw  dan  juga tidak terdapat seorang pun yang mengingkari perkara tersebut . makaianya  sudah menjadi Ijmak.


PENGESAHAN NIKAH  DENGAN  KHABAR MUSTAFID  DAN  KETERANGAN DENGAR CAKAP ( HEARSAY )

Definisi Keterangan Dengar Cakap:

Dalam bahasa arab dikenali sebagai   Syahadah bi al-Tasamu’ iaitu kesaksian yang diberikan oleh seseorang berdasarkan apa yang didengar dari orang lain atau melalui berita atau khabar yang tersebar yang diketahuinya

Bidangkuasa Mahkamah:

Mahkamah Syariah Negeri Melaka mempunyai bidangkuasa membicarakan kes-kes yang berkaitan dengan Pernikahan  sebagaimana didalam seksyen 49(3) (b)(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam(Negeri Melaka) 2002 memperuntukkan :
“ Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah –
(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu ialah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan –
          (i) Pertunangan , perkahwinan , ruju’ , perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman ( faraq) atau apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan perhubungan antara suami dan isteri.



BIDANG KUASA MENGIKUT HUKUM SYARAK

Kata Imam al-Mawardi  didalam kitabnya “ al-Ahkam al-Sultaniyah “ hlm 72 :
وإن كانت ولايته خاصة فهى منعقدة على خصوصها ومقصورة النظر على ما تضمنته

Jika  bidang kuasa yang diberikan kepada Hakim  itu  bersifat  khusus  maka Hakim tersebut hanya boleh membicara diatas bidang kuasanya sahaja.

Merujuk kepada kitab “al-Ahkam al-Sultaniyyah “ karangan Imam al-Mawardi , hlm 98
dan kitab “ al-Sultah al-Qadhaiyyah Wa Nizam al-Qadha’    Fi  al- Islam
 السلطة القضائية ونظام القضاء في الإسلام karangan Prof Dr Nasr Farid Wasil  Mantan Mufti Mesir   hlm 166-167  , dan kitab Nizam al-Qadha’ karangan Dr Muhammad Ibrahim Abdul Hamid , hlm 77 ada menyebut :
الأختصاص النوعي
معناه تخصيص القاضي في قضائه بنوع معين من القضاء كالجنايات ، أو الأحوال الشخصية    ، أو المعاملات المدنية ، أو التجارية ، أو قضايا الزواج والطلاق ، أو المواريث والوقوف والوصايا أو غير ذلك .

الأختصاص النوعي
Seseorang Kadhi boleh membicarakan kes-kes  yang diberi bidangkuasa keatasnya sahaja seperti kes  jenayah, ahwal syahsiah ( hal-hal kekeluargaan) Muamalat, perkahwinan, talaq, harta pusaka, wakaf dan wasiat dan lain-lainnya.

PANDANGAN ULAMA TENTANG KETERANGAN DENGAR CAKAP ( HEARSAY )

            Menurut pandangan as-syeikh Muhammad Zaid al-Anbani didalam kitabnya     Kitab Mabahith al-Muraffah” hlm 117 cetakan Matbaah al-Sakar Mesir, 1912 cetakan kedua   menyebut:

Keterangan dengar cakap boleh diterima  jika sekiranya  khabar itu  sudah masyhur dan tersebar luas sampai  ketahap mutawatir  kepada orang yang menjadi saksi tersebut

         Merujuk didalam kitab “  النظام القضائي في الفقه الإسلامي  hlm 320 , cetakan Dar al-Bayan Kaherah Mesir  karangan Prof Dr . Muhammad Rafad  Osman  seorang tokoh ulama al-Azhar yang terkemuka ada menyebut :
   وبعض فقهاء الشافعية أن الشهادة بالإستفاضة تجوز على تسعة أشياء:
1.    الزوجية
2.   والملك المطلق ، أى الذي لميبين له سببب من عقده أو غيره
3.   والوقف ومصرفه
4.   والموت
5.   والولاء
6.   والولاية
7.   والعزل
لأن هذه الأشياء تتعذر الشهادة عليها في الغالب  بمشاهدتها أو مشاهدة أسبابها ، فجازت الشهادة عليها بالإستفاضة كالنسب
Sebahagian Ulama Syafie berpendapat bahawa syahadah  dengan khabar istifadah ( khabar yang sudah masyhur diketahui orang ) boleh diterima dalam 9 perkara:
1.    Perkahwinan
2.    Permilikan  secara  Mutlak
3.    Wakaf  serta pengurusannya
4.    Kematian
5.    Perhambaan
6.    Perlantikan Hakim
7.    Perlucutan Hakim
Perkara-perkara diatas adalah sukar dibuktikan dengan kesaksian sebenar , maka diharuskan pembuktiannya dengan syahadah khabar istifadhah seperti Hukum penentuan nasab boleh disabitkan dengan khabar istifadhah  (الشهادة بالإستفاضة    )

Didalam kitab   فتاوى الرملي قي فروع الفقه الشافعي karangan al-Imam Syihabuddin Ahmad ibnu Hamzah al-Ramliy seorang Ulama yang tersohor didalam mazhab Syafei  dihalaman 608- 609 cetakan Dar al-Kutub al-Ilmiyyah  Beirut  berpendapat  bahawa Syahadah Hear say adalah  diterima dalam kes-kes penentuan nasab , wakaf  dan sebagainya  seperti kata beiau :

 الشهادة  بالتسامع صحيحة ويسوغ الحكم بمضمونها وذكر  الشهادة بالتسامع   على الوجه المذكور للتقوية أو حكاية الحال

Syahadah bi al-Tasamu’ adalah sah dan boleh mensabitkan satu-satu hukum pada bab yang  tertentu sahaja  seperti penentuan nasab, wakaf dan sebagainya .

Syahadah bi al-tasamu’ adalah bertujuan sebagai mengukuhkan atau menghikayatkan sesuatu perkara sahaja

Pandangan ini disokong dengan  pendapat Imam al-Isnawi seperti katanya:
 قال الإسنوي :   وحاصله الجزم بجواز ذكر التسامع
Kata Iman al-Isnawi: Secara jazamnya harus disabitkan perkara- perkara  diatas dengan Syahadah bi al-tasamu’

Mahkamah juga merujuk kepada Fatwa Prof Dr. Nasr Farid Muhammad Wasil  Mantan Mufti Mesir di dalam kitab “ الفتاوى الإسلامية
Cetakan Maktabah Taufiqiah Mesir , halaman 579 ada menyebut :

  لا تصح الشهادة   إلا بعلم  ولا يحل لأحد أن يشهد إلا إذا علم والعلم يحصل بالرؤية أو السماع أو الإستفاضة  فيما  يتعذر علمه غالبا بدونها .
و الإستفاضة هى الشهرة التي تثمر الظن أو العلم .

Tidak sah Syahadah melainkan dengan ada pengetahuan , oleh itu tidak harus  bagi seseorang itu memberi kesaksian melainkan ada pengetahuan tentang perkara tersebut .Pengetahuan  tentang sesuatu perkara  adakalanya didapati dengan cara melihat atau mendengar , atau secara  khabar  (   الإستفاضة )  pada perkara yang sukar dibuktikan  dengan dilihat oleh pacaindera melainkan  hanya diketahui  secara  khabar الإستفاضة
pada secara ghalibnya .
Khabar (     الإستفاضة       )  ialah berita yang  masyhur dikalangan orang ramai  yang ketahap  Zhan atau pengetahuan yang menyakinkan
Kata beliau lagi...........
بأن جوازها للإستحسان والتعريفات الشرعية إنما تكون على وفق القياس كما  في تكملة إبن عابدين :
( و لا تصح الشهادة إلا بعلم و لا تحل لأحد أن يشهد إلا إذا علم ، والعلم يحصل بالرؤية أو السماع أو الإستفاضة  فيما يتعذر علمه غالبا بدونها )
Keharusan Syahadah  bi al-Tasamu’ ini adalah  bertepatan  dengan kaedah “ istihsan “ atau kaedah Qias
“ seperti katanya ::تكملة إبن عابدين Sebagaimana yang tercatat  dilembaran kitab   

Tidak sah Syahadah melainkan dengan pengetahuan , dan  tidak harus  bagi seseorang  menjadi saksi  melainkan  ia ada pengetahuan tentang perkara itu, Pengetahuan tentang satu-satu perkara  adakalanya didapati dengan cara melihat atau mendengar atau daripada berita yang sudah masyhur dikalangan orang ramai
Pembuktian dengar khabar “      الإستفاضة   diharuskan disisi syarak  pada   perkara-perkara yang sukar dibuktikandengan dilihat oleh pacaindera pada kebiasaannya.


NIKAH  SHAHIH DAN FASID  MENURUT PANDANGAN ULAMA FEQH

Takrif  Nikah  Shahih :
Menurut  didalam kitab          المبسوط   ” karangan al-Imam al-Syarahsi   jld 17 hlm 99 ada menyebut ;
  يعرف  عقد النكاح الصحيح  بأنه  : كل عقد نكاح إذا استوفى أركانه وشروطه وانتفت موانعه .
Takrif  Nikah shahih : 
Tiap-tiap akad nikah  yang sempurna  rukun nikah  dan syarat-syarat  sahnya serta tidak  terdapat padanya segala bentuk  mawani’  nikah

Takrif Nikah  Fasid:
Didalam kitab “  al-Hukm Bi ithbat al-Nasab     الحكم بإثبات النسب       ” karangan  Seorang Hakim  Kementerian Keadilan  Kerajaan Saudi ‘Arabiah  iaitu al-‘Allamah Abdul Aziz ibn Madawi  al Jabir  ada menyebut  dihalaman 53 :

 يعرف عقد النكاح الفاسد بأنه  :  كل عقد نكاح  إختلف العلماء في جوازه ، بان فقد شرطا من شروط صحته التي يتفق عليها كافة العلماء  كالنكاح بغير ولي أو بغير شهود .
Nikah Fasid  ialah suatu   akad nikah yang para ulam berselisih pada  keharusannya  seperti hilang  satu syarat daripada  syarat-syarat sah nikah yang telah disepakati oleh  jumhur ulama  , sebagai contoh nikah fasid  nikah tanpa wali atau  nikah tanpa  kehadiran saksi –saksi


Didalam kitab yang lain pula seperti kitab بداية المجتهدjld 3 hlm  98  cetakan Dar al-Ma’rifah  Beirut  1420H , ada menyebut
تفسد الأنكحة إما بإسقاط شرط من شروط صحة النكاح ، أو لتغيير حكم واجب بالشرع من أحكامه مما هو عن الله تعالى .
Pernikahan itu dikira fasid apabila  syarat-syarat nikah   tidak dipenuhi , atau mengubah hukum  yang  telah  wajib disisi syarak daripada hukum-hukum nikah .

WATI SYUBHAT :
Mahkamah merujuk didalam kitab “ Hasyiyah al-Dusuki ”  jld 2 ,hlm 252 cetakan Dar ihya’ al-kutub al-‘Arabiyyah  Mesir   ada memberi takrifan :
وطء الشبهة
 الوطء غلطا فيمن تحل له في المستقبل
Wati suyubhah  ialah :
Pesetubuhan yang tersalah  pada  orang yang halal baginya pada masa akan datang.

Manakala ulama as-syafieyyah  ialitu al- Imam as- Syeikh Ramli didalam kitabnya “ Nihayah al-Mukhtaj ” halaman 120 , jld 7 cetakan Dar a- Fikr Beirut   menyebut  takrif  wati syubhah :
كل وطء حرام لا حد فيه
Tiap-tiap persetubuhan haram yang  tidak dikenakan hukuman hudud


Kategori  Syubhat :
Didalam kitab “  al-Hukm Bi ithbat al-Nasab     الحكم بإثبات النسب   oleh  al-‘Allamah Abdul Aziz ibn Madawi  al Jabir  ada menyebut  dihalaman 62 :

 شبهة العقد
هي ما وجد فيها العقد صورة لا حقيقة ، فتثبت الشبهة بالعقد  ، وإن كان العقد متفقا على تحريمه وهو عالم به ، وذلك كالعقد على المحارم المؤبدات كالأم والأخت
Syubhad  Akad  ialah Akad nikad yang didapati padanya  syubhad dari sudut    صورة  ( gambaran zahir ) tetapi tidak pada sudut  حقيقةakad tersebut.

Didalam kitab yang sama  pengarang ada menerangkan hukum nikah syubhat tersebut
حكم هذه الشبهة
 فما دام العقد قد حصل  بإيجاب وقبول ممن هو أهل له ، فإن الوطء في مثل هذا النكاح وطء شبهة ، يدرء به الحد ، ويثبت به النسب

Hukum akad syubhat :
Akad  nikah yang terdapat  padanya  ijab dan qabul daripada orang yang ahli  baginya   , maka hukum persetubuhan pada pernikahan seumpama itu adalah wati syubhah dan hukuman hudud  tidak  dikenakan keatasnya   dan  nasab anak disabit dengan sebab wati shubhat  tersebut .



PENGESAHAN   NASAB

Didalam kitab “   غاية تلخيص المراد من فتاوى إبن زياد “ karangan as-al- Syaid as-Syarif  Abdul Rahman ibn Muhammad ibn al- Husain  ibn Umar  wafat pada Tahun 1320H ada menyebut dihalaman 544 :
نَكَحَ حَامِلاً مِنْ الزِنَا ، فَأَتَتْ بِوَلَدٍ لِزَمَنِ إِمْكَانِهِ مِنْهُ بِأَنْ وَلَدَتْ لِسِتَّةِ أَشْهَرٍ وَلَحْظَتَيْنِ مِنْ عَقْدِهِ وَإِمْكَاِنهِ لَحِقَهُ.
Seorang  lelaki  yang mengahwini  perempuan yang telah hamil daripada zina , Selepas enam bulan qamariah dan dua lahzah daripada tarikh akad nikah lahir anak  dalam tempoh mereka boleh tamkim ( bersetubuh ) maka anak itu  boleh dinasabkan kepada lelaki tersebut.



NIKAH LEBIH DUA MARHALAH

Didalam kitab “   غَايَةُ تَلْخِيْصِ المُرَادِ مِنْ فَتاَوَى إِبْنِ زِياَد“ karangan as-al- Syaid as-Syarif  Abdul Rahman ibn Muhammad ibn al- Husain  ibn Umar  wafat pada Tahun 1320H ada menyebut dihalaman 522 :
أَخَذَ رَجُلٌ إِمْرَأَةً عَنْ أَهْلِهَا قَهْرًا وَبَعَّدَها عَنْ وَلِيِّهَا إِلىَ مَسَافَةِ القَصْرِ وَكَذَا دُوْنَهُ  ، إِنْ تَعَذَّرَتْ مُرَاجَعَتُهُ لِنَحْوِ خَوْفٍ صَحَّ نِكَاحُهَا بِإِذْنِهَا إِنْ زَوَّجَهَا الحَاكِمُ مِنْ كُفْءٍ ، إِذْ لمَْ يُفَرِّقْ الأَصْحَابُ بَيْنَ غَيْبَةِ الوَلِيِّ وَغَيْبَتِهَا وَلا  فِيْ غَيْبَتِهَا بَيْنَ أَنْ تَكُوْنَ مُكْرَهَةً عَلَى السَّفَرِ أَوْ مُخْتَارَةً.بَلْ أَقُوْلُ : لَوْ كَانَ لَهاَ وَلِيٌّ بِالْبَلَدِ وَعَضَلَهَا بَعْدَ أَنْ دَعَتْهُ إِلىَ كُفْءٍ ، وَتَعَسَّرَ لهَاَ إِثْبَاتُ عَضْلِهَا ، فَسَافَرَتْ إِلَى مَوْضِعٍ بَعِيْدٍ عَنْ الوَلِيٍّ ، وَأَذِنَتْ لِقَاضِى البَلَدِ الَّذِي اِنْتَقَلَتْ إِلَيْهِ فِيْ تَزْوِيْجِهَا مِنَ الْكُفْءِ – صَحَّ النِّكاَح ُ.
Jika seorang lelaki  mengambil  seorang  perempuan  secara paksa daripada pangkuan keluarganya dan membawa perempuan  itu lari  jauh daripada walinya kepada jarak yang membolehkan  solat qasar  atau jarak yang kurang daripada itu  , manakala  wali  perempuan  itu pula  sukar mengembalikan anaknya kepangkuannya  disebabkan  ketakutan,  maka  pernikahan yang dilangsungkan oleh Hakim Syarie adalah sah jika mereka berdua  sekufu’ dan  kerelaan  dari perempuan itu., Ini adalah kerana  para ulama as-Syafieyyah tidak membezakan samada wali perempuan yang ghaib  atau perempuan itu ghaib daripada  walinya , dan mereka juga tidak membezakan diantara perempuan itu  dipaksa  bermusafir  bersama  ataupun  dengan pilihannya sendiri  .
Kata Imam ibnu Ziyyad :

 “ Jika wali perempuan enggan ( عاضل ) menikahkan anak perempuannya  dengan  pasangan lelaki yang sekufu’ , dan keengganan wali tersebut sukar dibuktikan ,kemudian perempuan itu bertindak  bermusafir sejauh dua marhalah dari walinya dan mengizinkan   kepada hakim ditempat tersebut menikahkannya, maka pernikahannya  adalah  dihukumkan  sah mengikut hukum syarak.”


WAKTU  YANG BOLEH MEMBUAT   TUNTUTAN MUT’AH

Didalam kitab “ غَايَةُ تَلْخِيْصِ المُرَادِ مِنْ فَتاَوَى إِبْنِ زِياَد  ” karangan as-al- Syaid as-Syarif  Abdul Rahman ibn Muhammad ibn al- Husain  ibn Umar  wafat pada Tahun 1320H ada menyebut dihalaman 522 :
طَلَّقَ زَوْجَتَهُ رَجْعِيًّا لمَ تَجِبْ لَهَا الُمْتعَةُ  في الحَالِ حَتَّى تَنْقَضِيَ العِدَّةُ وَلمَ يُرَاجِعْهَا .
Suami telah mentalaqkan isterinya sebagai talaq rajie, maka tidak wajib mut’aah kepada isteri tersebut  pada waktu itu  sehingga  tempoh eddah tamat dan suami masih tidak merujuk kepadanya.


PENGAKUAN DI HADAPAN HAKIM
Ini berdasarkan didalam kitab “    كتَابُ أَدَبِ القَضَاءِkarangan Qadhi Ibnu Abi  Dam , hlm 93 , cetakan Dar al-Kutub al-ilmiyyah  Beirut  , Lebonan ,Tahun 1987M bersamaan 1407 H ada menyebut:

فَإِنْ كَانَ الإِقْرَارُ عِنْدَ الحَاكِمِ  فَمِنْ شَرْطِهِ أَنْ يَكُوْنَ بَعْدَ سَمَاعِهِ الدَّعْوَى  عَلَيْهِ
Pengakuan   dihadapan hakim  adalah diterima setelah    المُقِرُّ  mendengar pertuduhan dibaca   keatasnya  .


HUKUM MEMBATAL NIKAH SELEPAS BERLAKUNYA DUKHUL

 Didalam kitab “     فقه الأحوال الشحصية عمليا المقارن مع مشروع قانون دول الخليج وبعض الدول العربية
 Karangan al-Mustasyar Anis Muhammad Nuri Musyawwah , Hakim Mahkamah Rayuan Emiriah Arab Bersatu (UAE), hlm 36 cetakan al-Dar al- Muttahidah, menyebut :
وَإِذَا كَانَ لا بُدَّ مِنْ التَقَيُّدِ بِالرَّأْىِ القَائِلِ بِوُجُوْبِ تَوَفُّرِ الوَلِيّعِنْدَ العَقْدِ لا يُمْنَعُ مِنْ إِبْطَالِ العَقْدِ قَبْلَ الدُّخُوْلِ ، وَأَمَّا بَعْدَهُ فَيَجِبُ تَصْحِيْحُهُ لمِاَ عَلَيْهِ الحَنَفِيَّةُ وَرَأْىٌلَدَى المَالِكِيَّةِ وَرَأْىٌ لَدَى الحَنَابِلَةِ عَلَى التَّفْصِيْلِ . فَيَقْتَضِي المُرُوْنَةَ وَالتَّيْسِيْرَ مَادَامَ هُنَاكَ أَصْلٌ مُعْتَبَرٌ فِيْ الفِقْهِ .

Setiap akad nikah  boleh dibatalkan  selagi belum berlaku persetubuhan  sekali pun berpegang kepada pendapat yang mewajibkan setiap akad pernikahan memenuhi  syarat - syarat wali,sekiranya  sudah berlaku persetubuhan, pernikahan tersebut  hendaklah disahkan berdasarkan pendapat  mazhab Hanafi, mazhab  Maliki dalam satu pendapat  dan mazhab Hambali  , Pendekatan seperti ini membawa kepada bersifatالمُرُوْنَة وَالتَّيْسِيْر ( fleksibel  dan memudahkan) selama terdapat pendapat feqh yang muktabar dalam perkara tersebut .




HAKIM BOLEH BERIJTIHAD DENGAN MAZHAB LAIN
Ini berdasarkan didalam kitab “    كتَابُ أَدَبِ القَضَاءِkarangan Qadhi Ibnu Abi  Dam , hlm 54 , cetakan Dar al-Kutub al-ilmiyyah  Beirut  , Lebonan ,Tahun 1987M bersamaan 1407 H ada menyebut:

قَالَ المَاوَرْدِيُّ : إِذَا كَانَ القَاضِي شَافِعِيًّا فَأَدّاَهُ إِجْتِهَادَهُ إِلَى مَذْهَبِ أَبِيْ حَنِيْفَةَ فِيْ حَادِثَةٍ ، جَازَ لَهُ الحُكْمُ بهَِا .
Imam al-Mawardi berpendapat : “ Hakim yang bermazhab al-Syafie dalam kes-kes tertentu memerlukan berijtihat mengikut mazhab Abi Hanifah hukumnya adalah diharuskan.


KEWAJIPAN  HAKIM  MENYEDIAKAN  ALASAN  PENGHAKIMAN

Didalam kitab   تَبْصِرَةُ الحُكَّامِ في اُصولِ الآَقْضِيَةِ وَمَنَاهِجِ الآَحْكَامِ karangan al-‘Alim Qadhi Muhammad ibn Farhun , hlm  83 , jld 1 , cetakan Dar al-Kutub al-‘lmiyyah Beirut Lebonan, ada menyebut  seperti berikut :
فَصْلٌ  فِيْ بَيَانِ مَا يَفْتَقِرُ لِحُكْمِ الحَاكِمِ
لا بُدَّ فِيْهِ مِنْ حُكْمِ الحَاكِمِ ، وَهُوَ مَا يَحْتَاجُ إِلَى نَظَرٍ وَتَحْرِيْرٍ وَبَذْلِ جَهْدٍ فِيْ تَحْرِيْرِ سَبَبِهِ وَمِقْدَارِ مُسَبَّبِهِ ، وَذَلِكَ كَالطَّلاقِ بِالإِعْسَارِ وَالطَّلاقِ بِالإضْرَارِ .

Fasal : Perkara  yang perlu bagi seorang hakim dalam menyediakan alasan penghakiman
Seseorang  hakim  memerlukan kepada penelitiandan  catatan perbicaraan  serta   perlu  ada kesungguhan dalam menyediakan alasan penghakiman ( تَحْرِيْرِ سَبَبِهِ )danmenyebut  sebab-sebab dalam penghakiman  (وَمِقْدَارِ مُسَبَّبِهِ )  sebagai contoh pensabitan dalam kes talaq  dengan alasan suami seorang yang susah  (الإعسار ) atau kerana wujud kemudharatanالإضرار.
         Merujuk didalam kitab فتح المعين” karangan al-Alim ‘Allamah as-Syeikh Zainuddin al-Malibariy , hlm  612 , cetakan Dar Ibn Hazm Beirut Lebonan  cetakan 2004 ada menyebut :

وَصَرَّحَ جَمْعٌ مُتَأَخِّرُوْنَ بِأَنَّ قَاضِيَ الضَّرُوْرَةِ يَلْزَمُهُ بَيَانُ مُسْتَنَدِهِ فِيْ سَائِرِ أَحْكَامِهِ ، وَلا يُقْيَلُ 
قَوْلُهُ : حَكَمْتُ بِكَذَا ، مِنْ غَيْرِ بَيَانِ مُسْتَنَدِهِ فِي سَائِرِ أَحْكَامِهِ .

Sekumpulan Ulama Mutaakhirun menegaskan bahawa adalah wajib keatas seorang hakim قاضي الضرورةmenjelaskan alasan dalam penghakimannya , maka tidak boleh diterima penghakimannya jika ia hanya berkata   “ Aku hukumkan begini-begini … “ tanpa menerangkan sandaran outoriti pada keseluruhan penghakimannya.




PENGHAKIMAN  BERDASAR BUKTI  YANG  ZAHIR

Didalam kitab تَبْصِرَةُ الحُكَّامِ في اُصولِ الآَقْضِيَةِ وَمَنَاهِجِ الآَحْكَامِ      karangan al-‘Alim Qadhi Muhammad ibn Farhun , hlm  83 , jld 1 , cetakan Dar al-Kutub al-‘lmiyyah Beirut Lebonan, ada menyebut  seperti berikut :
لأَنَّ الحَاكِمَ إِنَّمَا يَحْكُمُ ِبمَا ظَهَرَ
Sesungguhnya hakim hanya memberi keputusan berdasarkan kepada yang zahir sahaja .



HAKIM RAYUAN BOLEH MENGUBAH DAN MEMBATALKAN PENGHAKIMAN HAKIMYANG LAIN

Di dalam kitab   تَبْصِرَةُ الحُكَّامِ في اُصولِ الآَقْضِيَةِ وَمَنَاهِجِ الآَحْكَامِ  karangan al-‘Alim Qadhi Muhammad ibn Farhun , hlm  70 , jld 1 , cetakan Dar al-Kutub al-‘lmiyyah Beirut Lebonan,  didalam kitab “نِهَايَةُ المُحْتَاجِ   karangan as-Syeikh Syamsuddin al-Ramli , jld 8, hlm 258 dan didalam kitab  “ ( (  القَضَاءُ فِي الإسْلامِ وَآدَابُ القَاضِي karangan Dr Jabr Mahmud al- Fashilat , hlm 178 , menyebut ada menyebut :
وَقَدْ نَصَّ العُلَمَاءُ عَلَى أَنَّ حُكْمَ الحَاكِمِ لا يَسْتَقِرُّ فِيْ أَرْبَعَةِ مَوَاضِعَ وَيَنْقُضُ ذَلِكَ إِذَا وَقَعَ عَلَى خلافِ الإِجْمَاعِ أَوْ القَوَاعِدِ أَوْ النَّصِّ الجَلِيِّ أَوْ القِيَاسِ .
Para Ulama telah menaskan bahawa perintah seseorang hakimitu  tidak kekal pada empat keadaan dan boleh dibatalkan apabila  :
1- Bertentangan dengan  ijmak ulama
2- Menyalahi  kaedah  @ prosedur
3- Menyalahi Nas yang jelas
4- Bertentangan dengan hukum Qias.


SEMAKAN  KEPUTUSAN  HAKIM
Didalam kitab  “ ( (  القَضَاءُ فِي الإسْلامِ وَآدَابُ القَاضِي karangan Dr Jabr Mahmud al- Fashilat , hlm 178 , menyebut :
اِلْتِمَاسُ إِعَادَةِ النَّظَرِ فِيْ القَضِيَّةِ :
طَلَبٌ يُقَدَّمُ مِنْ أَحَدِ الطَّرَفَيْنِ فِيْ الحُكْمِ دُوْنَ الطَّعْنِ صَرَاحَةً فِيْهِ ، مِثَالُهُ :
قَالَ إبْنُ فَرْحُوْن المَالِكِيّ : إِذَا قَضَى القَاضِي بِقَضِيَّةٍ وَكَانَ الحُكْمُ مُخْتَلَفًا فِيْهِ وَلَهُ فِيْهِ رَأْيٌ حَكَمَ بغَيْرِهِ سَهْوًا ، فَلَهُ نَقْضُهُ .
جَاءَ عَنْ الحَنَابِلَةِ : إِذَا رُفِعَتْ إِلَى الحَاكِمِ قَضِيَّةٌ قَدْ قضَى بِهَا حَاكِمٌ سِوَاهُ ، فَبَانَ لَهُ خَطْؤُهُ ، أَوْ بَانَ لَهُ خَطَأُ نَفْسِهِ ، نُظِرَ ، فَإِنْ كَانَ الخَطَأُ لِمُخَالَفَةِ نَصِّ كِتَابٍ أَوْ سُنَّةٍ أَوْ إِجْمَاعٍ ، نَقَضَ حُكْمَهُ ،لِأَنَّهُقَضَاءٌ لمَ يُصَادِفْ شَرْطَهُ فَوَجَبَ نَقْضُهُ .
Semakan penghakiman sesuatu kes :
Semakan ialah satu  permohonan yang difailkan oleh salah seorang daripada pihak – pihak tanpa  bantahan yang jelas padanya , sebagai contoh :
Kata Ibn Farhun al-Maliki  : “ Apabila seorang Hakim memutuskan satu kes yang perintah tersebut   adalah  ُحكْمٌ مُخْتَلَفٌ فِيْه( hukum yang tidak disepakati disisi ulama ) ,pada hal bagi hakim itu ada pandangan hukum  tentang kes itu , lalu ia menghukum dengan pandangan yang lain dalam keadaan terlupa , maka perintahnya itu  boleh dibatalkan.

Menurut pandangan dikalangan mazhab Hambali  : “ Apabila satu kes dihadapkan dihadapan hakim , kes seperti itu pernah diputuskan oleh hakim yang lain . ternyata keputusan Hakim yang terdahulu tersalah atau penghakimannya  sendiri yang tersalah .. Dalam situasi ini perlu diteliti .. Jika penghakiman itu menyalahi al-Quran  atau sunnah  atau ijmak maka keputusan dibatalkan  kerana penghakiman yang tidak memenuhi syaratnya  adalah   wajib dibatalkan.

IDDAH MU’ASYARAH

Didalam kitab “ إعانة الطالبين“” karangan al-‘Allamah Abu Bakar Satha al-Dumyati al-Bakri , hlm 100, jld 4 ada menyebut :
 فإن إستمرت المعاشرة من حين الطلاق ، إستأنفت العدة من حين زوالها
Jika berterusan Mu’asyarah suami isteri dari tempoh talaq, maka iddah dikira bermula dari tempoh tidak ada bermu’asyarah lagi diantara suami isteri.

أنها لا تستأنف عدة جديدة بعد زوال المعاشرة  إن مضى زمن بعد الطلاق بلا معاشرة
Jika iddah isteri sudah berlalu selepas ia ditalaqkan  oleh suaminya  tanpa  ada hubungan mu’asayarah , maka sesungguhnya ia tidak perlu menjalani ‘iddah yang baru apabila sudah tidak mu’asyarah lagi dengan suaminya.
Didalam kitab “ فتح العلام بشرح مرشد الأنام في الفقه على مذهب السادة الشافعية “” karangan العلامةالشيخ محمد الجرداني , hlm 141, jld 5 cetakan  dar ibn Hazm Beirut , tahun 1998M  ada menyebut :
فإن كانت رجعية  ، أو بائنا  عاشرها بوطء شبهة لم تنقض عدتها ما دام معاشرا لها ، وإن طال زمن العشرة جدا واستمر سنين ،  فإن لم يمض زمن بلا معاشرة  بأن استمرت المعاشرة  من حين الطلاق ، استأنفت العدة من حين زوال المعاشرة
وإن لم تكن المعاشرة  من حين الطلاق ، كأن هجرها عقبه  حتى انقضى من عدتها فرء ، أو شهر ، ثم عاشرها بنت بعد زوال المعاشرة على ما مضى قبلها .
Didalam kitab “ إعانة الطالبين“” karangan al-‘Allamah Abu Bakar Satha al-Dumyati al-Bakri , hlm 1001, jld 4 ada menyebut :
 وكالرجعية في خمسة :
1- في لحوق الطلاق
2- وفي وجوب سكناها
3- وفي أنه لا يحد بوطئها
4- وليس له تزوج نحو أختها
5-  أربع سواها

Perempuan yang bermu’asyarah dengan suaminya selepas  ia ditalaqkan  tertakluk kepada beberapa hukum iaitu:
Lima  hukum seperti perempuan dalam iddah talaq raj’ei selepas eddah asli
1- Boleh disabitkan  berlaku talaq dalam iddah mu’asyarah
2- Suami wajib menyediakan tempat tinggal isteri
3-Tidak  boleh dikenakan hukuman hudud ( had zina ) dengan sebab persetubuhan dalam  tempoh  iddah mu’asyarah
4- Suami tidak boleh berkahwin dengan  perempuan yang  haram dihimpunkan bersama isterinya itu seperti iparnya atau ibu saudara isterinya .
5- Suami tidak boleh berkahwin dengan  isteri yang baru dalam iddah mu’asyarat jika sudah memiliki empat orang  isteri .


كالبائن في تسعة أحكام :
1- لايصح رجعتها
2- ولايصح التوارث بينهما
3- ولا يصح منها  إيلاء
4- ولا  ظهار
5- ولا لعان
6- ولا نفقة
7- ولا كسوة
8- ولا يصح خلعها ، بمعنى أنه إذا خالعها وقع الطلاق رجعيا ولا يلزم العوض
9- إذا مات الزوج عنها لا ينتقل لعدة الوفاة
Sembilan  hukum seperti perempuan yang ditalaq bain:
1- Tidak boleh rujuk selepas iddah hakiki selesai
2-Tidak sabit pusaka  mempusakai , sekiranya mati salah seorang dari bekas suami-   isterinya itu
3- Tidak sah iyla’ keatas perempuan itu
4- Tidak sah zihar keatasnya
5- Tidak sah Lia’an keatasnya.
6- Tidak wajib nafkah baginya selepas ‘Iddah yang asli
7- Tidak wajib diberi pakaian kepadanya
8- Tidak sah khul’ darinya
9- Apabila bekas suami mati , maka iddahnya tidak akan berpindah kepada iddah wafat
Didalam kitab “ فتح العلام بشرح مرشد الأنام في الفقه على مذهب السادة الشافعية “” karangan العلامةالشيخ محمد الجرداني , hlm 141-142 , jld5 cetakan  dar ibn Hazm Beirut , tahun 1998M  ada menyebut :
 أحكام المعاشرة
واعلم أن المعاشرة الرجعية بعد انقضاء عدتها الأصلية من الأقراء أو الأشهر  تكون
 كالرجعية في ستة أحكام  :
1-              وهى أن يلحقها الطلاق
2- وتجب لها السكنى
3- ولا يحد بوطئها بشبهة الفراش
4- وليس له تزوج نحو أختها كخالتها
5-  أربع سواها
6- ولا يصح عقد غيره عليها
Perempuan yang bermu’asyarah dengan suaminya selepas  ia ditalaqkan  tertakluk kepada beberapa hukum iaitu:
Lima  hukum seperti perempuan dalam iddah talaq raj’ei selepas eddah asli
1- Boleh disabitkan  berlaku talaq dalam iddah mu’asyarah
2- Suami wajib menyediakan tempat tinggal isteri
3-Tidak  boleh dikenakan hukuman hudud ( had zina ) dengan sebab persetubuhan dalam iddah mu’asyarah
4- Suami tidak boleh berkahwin dengan  perempuan yang  haram dihimpunkan bersama isterinya itu seperti iparnya atau ibu saudara isterinya .
5- Suami tidak boleh berkahwin dengan  isteri yang baru dalam iddah mu’asyarat jika sudah memiliki empat orang  isteri
6- Tidak sah akad nikah perempuan tersebut dengan orang lain


 كالبائن في تسعة أحكام :
1-وهى أنه لايصح رجعتها
2- ولايصح التوارث بينهما
3- ولا يصح فيها  إيلاء
4- ولا  ظهار
5- ولا لعان
6- ولا نفقة
7- ولا كسوة
8- ولا يصح خلعها ، بمعنى أنه إذا خالعها وقع الطلاق رجعيا ولا يلزم العوض
9- إذا مات الزوج عنها لا ينتقل لعدة الوفاة
Sembilan  hukum seperti perempuan yang ditalaq bain:
1- Tidak boleh rujuk selepas iddah hakiki selesai
2-Tidak sabit pusaka  mempusakai , sekiranya mati salah seorang dari bekas suami-   isterinya itu
3- Tidak sah iyla’ keatas perempuan itu
4- Tidak sah zihar keatasnya
5- Tidak sah Lia’an keatasnya.
6- Tidak wajib nafkah baginya selepas ‘Iddah yang asli
7- Tidak wajib diberi pakaian kepadanya
8- Tidak sah khul’ darinya
9- Apabila bekas suami mati , maka iddahnya tidak akan berpindah kepada iddah wafat