KAEDAH PENGESAHAN AKAD NIKAH
Merujuk kepada kitabتنوير القلوب في
معاملة علام الغيوبKarangan as-syeikh Muhammad 
Amin al-Kurdiy  hlm 312  menyatakan:
Rukun Nikah ada lima rukun:
1)   
Suami 
Disyaratkan
bahawa adalah ia
-      
Beragama islam
-      
Bukan mahramnya
-      
Ikhtiar suami bukan
dasar paksaan
-      
Mengetahui nama
isteri ,nasabnya , diri tubuh isteri
-      
Seorang lelaki tulen
2)   
Isteri
Disyaratkan
bahawa adalah ia :
-      
Bahawa ia bukan
mahram kepada suami
-      
Bahawa perempuan
tersebut tertentu 
-      
Sunyi daripada Iddah
-      
Bukan isteri orang
-      
Perempuan yang asli
-      
Islam atau ahli kitab
yang diiktiraf oleh syara’
3)   
Wali
Disyaratkan
bahawa adalah ia:
-      
Seorang yang islam
-      
Tidak fasiq
-      
Atas kerelaan sendiri
menjadi wali bukan paksaan
-      
Baligh 
-      
Berakal
-      
 Merdeka bukan seorang hamba abdi
-      
Seorang lelaki yang
tulen
-      
Tidak dalam keadaan
ihram
4)   
Dua orang saksi
Disyaratkan
bahawa  adalah ia:
-      
Islam
-      
Baligh
-      
Berakal
-      
Lelaki
-      
Medeka
-      
Mendengar
-      
Melihat
-      
Boleh bertutur
-      
Mengetahui bahasa
lelaki (suami) dan wali nikah
-      
Seorang yang adil
5)    Sighah
Disyaratkan
bahawa adalah ia:
-Ijab
iaitu berkata wali ( Aku nikahkan dikau atau 
aku kahwinkan dikau…. )
-
qabul iaitu berkata suami ( Aku terima nikahnya…..)
PENGESAHAN
DAKWAAN SUDAH BERKAHWIN
Didalam
kitab “  المهذب “ karangan Imam
as-Syirazi , jld 5  halaman 543 cetakan
Dar al-Qalam Damsyik Syiria ada menyebut :
  و إن كان المدعي نكاحا :
فقد قال الشافعي رحمه الله تعالى :
لا يسمع حتى يقول :
نكحتها 
بولي        وشاهدين ، ورضاها.
Seseorang yang mendakwa dia sudah bernikah  ,Menurut pendapat Imam as-Syafei :  Dakwaan ini tidak  boleh diterima sehingga dia berjaya
membuktikan seperti katanya ketika memberi keterangan   :
“ Aku telah berkahwin dengan si Dia ( perempuan )  dengan berwalikan seorang wali  ( disebutkan nama  walinya ) dan dua orang saksi nikah  ( nama dua orang saksi ) serta dengan
kerelaan perempuan itu.
Didalam kitab “  
 التنظيم القضائي في الفقه الإسلامي دراسة مقارنة
” karangan  Prof Dr. Muhammad al-Zuhayli  , hlm 477 cetakan Dar al-Fikr al-Mu’aasir
Beirut  Lebonan ada mendatang contoh
penghakiman Saidina Ali r.a iaitu:
بما
روي  عن علي رضى الله عنه  أن رجلا إدعى على إمرأة  نكاحا بين يدي عليّ رضى الله عنه  ، وأقام شاهدين ، فقضى علي بالنكاح بينهما 
Riwayat   daripada Saidina  Ali 
r.a bahawa ada seorang  lelaki
mendakwa dihadapannya bahawa ia sudah berkahwin dengan seorang  perempuan , lelaki itu telah berjaya membawa
dua orang saksi pernikahannya , keputusan saidina Ali , beliau  telah mengesahkan pernikahan tersebut.
Merujuk didalam kitab “فتح المعين” karangan al-Alim ‘Allamah as-Syeikh Zainuddin al-Malibariy ,
hlm 143 , cetakan maktabah wa Matba’ah Dar al-Ma’arib Pulau Pinang ad menyebut
:
 وفي الدعوى بنكاح على
إمرأة ذكر صحته وشروطه من نحو ولي وشاهدين عدول ورضاها إن شرط بأن كانت غير مجبرة
فلا يكفي فيه الإطلاق .
Disyaratkan pada  dakwaan pernikahan  dengan 
seorang perempuan,pihak pemohon hendaklah membuktikan dihadapan hakim  akan rukun dan syarat sah nikah ,  sepertimembuktikan wali nikah  , dua orang saksi lelaki yang adil dan juga  keredhaan 
hati perempuan ( iaitu perempuan yang bukan al-Bikru ( anak dara sunti)
adapun anak dara wali mujbir  boleh
menikahkan anak perempuannya  tanpa
keizinan daripada perempuan tersebut ).Maka tidak diterima dakwaan pernikahan
seseorang itu tanpa diperincikan syarat-syarat sah nikah.
PENGESAHAN AKAD NIKAH
 Didalam kitab “  تبصرة الحكام في اصول الآقضية ومناهج الآحكام” karangan al-‘Alim Qadhi Muhammad ibn Farhun , hlm 125, jld 1 , cetakan
Dar al-Kutub al-‘lmiyyah Beirut Lebonan, ada menyebut  seperti berikut :
إذا تداعى رجل و إمرأة في  أمور الزوجية ، وأقرّا بالزوجية ، فإن كانا  طارئين لم يعرض لهما الحاكم ، وإن كانا من أهل
البلد وادعيا وقوع الزوجية  ، كلفهما إثبات
النكاح ، وسألهما عن الولي العاقد والشهود بذلك عليهما .  
Apabila  pasangan lelaki dan perempuan  mendakwa dan mengaku  bahawa mereka sudah bernikah, jika sekiranya
mereka berdua bukan  warga negara  ,maka hakim menerima pengakuan atau dokumen
pernikahan mereka..Sebaliknya , jika mereka berdua adalah warga negara  , hakim hendak memerintahkan pihak-pihak
membuktikan nya   dan hakim  hendaklah 
membuat siasatan tentang   wali
dan saksi-saksi pernikahan  tersebut .
PENGIKTIRAFAN  KEPUTUSAN HAKIM SYARIE WILAYAH LAIN
Merujuk didalam kitab “     نظرية الحكم القضائي في
الشريعة والقانون  “karangan Dr.Abdul Nasir Musa Abu
Bashal hlm 73 ada menyebut :
  إذا قدم للقاضي حكم صادر عن القاضي آخر ، فقال
القاضي : ثبت
عندي أنه ثبت فلان من الحكام كذا وكذا ، ثم قام بتنفيذالحكم ، فهذه المسألة إختلف
فيها الفقهاء على مذهبين :
 المذهب الآول :
مذهب جمهور الفقهاء ، كالحنفية والمالكية والراجح
عند الشافعية ،  ذهبوا إلى أن تنفيذ الحكم
ليس حكما من المنفذ
المذهب الثاني :
وهو لبعض الشافعية وبعض الحنابلة  إبن الشاط من المالكية ، فالشافعية
والحنابلة  يرون أن تنفيذ الحكم يتضمن
الحكم بصحة الحكم المنفذ 
Apabila dihadapkan dihadapan
Hakim akan perintah hakim yang lain,Hakim tersebut berkata :Telah  thabit disisiku bahawa  perintah ini 
adalah daripada Hakim (  nama
Hakim )  kemudian beliau melaksanakan
perintah tersebut.
Permasaalan  ini terdapat dua pandangan  ulama:
1-    Mazhab Pertama : Jumhur  Fuqaha 
seperti Hanafi, Maliki, dan qaul Rajih disisi  as-Syafeiyyah 
berpendapat  bahawa perlaksanaan
hukum tersebut bukan satu perintah daripada 
(        القاضي المنفذ) hakim pelaksana.
2-    Mazhab Kedua : Sebahagian as-Syafeiyyah , al- Hambali
dan Imam Ibnu as-Syaad dikalangan al- 
Maliki , mereka berpendapat bahawa perlaksanaan perintah hakim  diwilayah lain adalah termasuk sebagai
perintah yang sah daripada hakim pelaksana القاضي
المنفذ
وقد يصبح تنفيذ الحكم حكما
بالمحكوم به عند الحنفية والمالكية والشافعية إذا توافرت فيه الشروط التالية :
1-   من حيث الصيغة ، أن يقول القاضي المنفذ :
حكمت بما حكم به الأول وألزمت بموجبه ومقتضاه .
2-   أن تصدر الصيغة المذكورة بعد أن تجري بين يدي
القاضي الثاني دعوى صحيحة وخصومة صحيحة
Perlaksanaan perintah hakim
lain   adalah dikira sebagai
perintah  yang  sah dari hakim yang melaksanakan perintah
tersebut  apabila memenuhi  syarat-syarat 
berikut :
1-    Lafaz  
Hakim yang
melaksanakan hukum itu hendaklah berkata 
: Aku perintahkan seperti perintah hakim yang mengeluarkan perintah ini.
2-    Perintah ini dikeluarkan setelah pihak-pihak
mengemukakan  dakwaan yang lengkap  dihadapan Hakim  yang kedua .
PEMBUKTIAN   PENGESAHAN 
AKAD NIKAH
- Keterangan pihak-pihak
Didalam
kitab “Mu’iinul Hukkam’karangan
imam Alauddin al-Tarabulsiy  , halaman 23
ada menyebut :
إن أتى بإشكال أمره ببيانه
Apabila dihadapkan
dihadapan  Hakim bicara , didapati
perkara itu ada kemusykilan maka Hakim hendaklah  memerintahkan pemohon supaya memperjelaskan
perkara tersebut, 
و إن أبهم جوابه أمره بتفسيره حتى يرتفع
الإشكال عنه
Maka jika jawapan yang
diberi  oleh pemohon masih ada kesamaran
maka Hakim hendaklah  memerintahkan
kepada pihak-pihak tersebut supaya menerangkan dengan jelas sehingga hilang
kesamaran tersebut.
b.Pemeriksaan
kepada saksi dan dokumentar
Merujuk kepada kitab “  بغية المسترشدين “ karangan as-Saiyyid Abdul Rahman Ibnu Muhammad Ibnu al-Husain
, halaman 340 menyebut:
   وليس للقاضي أن يقبل الشهادة أو يحكم بمجرد خط
من غير بينة مطلقا عن التفصيل ، إحتياطا للحكم الذي فيه إلزام الخصم مع إحتمال
التزوير
Seorang Hakim 
tidak boleh hanya bergantung kepada Syahadah atau Dokumentar sahaja
tanpa melihat kepada keterangan lain dengan lebih teperinci  , ini adalah bertujuan untuk lebih
berhati-hati (إحتياطا ) dalam
memutuskan satu-satu hukum, kebarangkalian wujudnya penipuan dalam  Syahadah atau 
pemalsuan  dalam dokumen yang
dikemukakan ke Mahkamah .
c.Keterangan seorang saksi dan sumpah syarie
Menurut didalam kitab “ ضمانات العدالة في
القضاء الإسلامي”   oleh Syeikh   محمد عايش متوليhlm 107  ada  menyebut bahawa sesungguhnya Para Ulama  bersepakat 
bahawa harus dalam pensyabitan hukum dalam kes Mal  dengan 
hanya  berlandaskan  keterangan 
seorang saksi dansumpah syarie
Dalil  Al-Hadis
- Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan daripada Abdullah Abbas r.a.h katanya:
  أن رسول الله (ص)"قضى بشاهد ويمين "قال عمرو : في الأموال
Sesungguhnya
Baginda Rasulullah s.aw telah berhukum hanya 
dengan seorang saksi dan  sumpah
Kata
Amru bin Dinar : Hukum ini diharuskan didalam kes-kes Mal sahaja 
- Diriwayatkan daripada Jaafar
     bin Muhamad daripada bapanya 
     daripada saidina Ali r.a.h: 
   أن رسول
الله ( ص) و أبا بكر وعثمان كانوا
يقضون بالشاهد الواحد ويمين المدعي 
Sesungguhnya adalah  Baginda Rasulullah s.a.w  , saidina Abu Bakar dan saidina Usman
berhukum  dengan seorang  saksi dan sumpah muddaeiy.
Didalam
kitab “  البيان في مذهب
الشافعي  ” karangan al-Imam Yahya ibnu Abi al-Khair
al-Imraniy , jilid 13, hlm313  ada
menyebut :
Menurut
pandangan Saidina Abu bakar r.a, Saidina umar r.a, Saidina usman, Saidina Ali
r.a , Ubaiy B bin Ka’ab , Umar ibnu al-aziz , Abu Salamah ibnu Abdul Rahman ,
al-Sa’biy , Syuraih , Fuqaha’ Madinah , Rabi’ah , Malik , Ahmad, Ishak ialah :
“
Tia-tiap hak ( kes-kes Mal )boleh disabit 
dengan seoarang saksi lelaki dan dua orang perempuan  dan boleh 
disabitkan juga  dengan seorang  saksi lelaki dan sumpah plaitif  ”
Pendapat
ini berdasarkan  :
1.    Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan
daripada Abdullah Abbas r.a.h katanya:
  أن رسول الله (ص)"قضى بشاهد ويمين "قال عمرو :و كان ذلك في
الأموال
Sesungguhnya
Baginda Rasulullah s.aw telah mensabitkan hukum 
dengan seorang saksi dan  sumpah
                                                                                    
Riwayat Imam al-Baihaqi
Kata
Amru bin Dinar : Hukum ini diharuskan didalam kes-kes Mal sahaja
- Pembuktian
     dokumentar
Dalil
yang menunjukkan bahawa Dokumentar sebagai satu keterangan yang membuktikan
ketulinan satu-satu kes , adalah seperti berikut:
1-Dalil  Al-Quran:
Firman Allah Taala:
   ياأيهاالذين آمنوا إذا تداينتم بدين إلى أجل
مسمى فاكتبوه
  Maksud: Wahai
orang-orang yang beriman , apabila kamu bermuamalah secara tidak tunai untuk
waktu yang ditentukan , hendaklah kamu menulisnya
                                                           Surah
al-Baqarah :282
Firman Allah Taala:
  والذين  
يبتغون الكتاب مما ملكت أيمانكم فكاتبوهم إن علمتم فيهم خيرا
Maksudnya: Dan budak-budak
(hamba) yang kamu miliki yang menginginkan perjanjian hendaklah kamu tuliskan
perjanjian mereka , jika kamu mengetahui ada kebaikan kepada mereka
                                                                                  Surah
an-Nur:33
2-Hadis:
Telah
diriwayatkan oleh al-Dahhak bin Sufyan
 كتب إلي رسول الله ( ص) أن ورث إمرأة أشيم
الضبابي من دية زوجها 
Al-Dahhak menyatakan:
Rasulullah s.aw telah menulis kepadaku supaya isteri Ashyam al-Dababi mewarisi
diyyah suaminya
Hadis Nabi s.a.w :
عن عبد الله بن عمر رضى الله عنه : أن رسول الله صلى الله
عليه وسلّم قال :
 ما حق إمرئ مسلم له شئ يريد ان يوصي فيه يبيت
ليلتين إلا ووصيته مكتوبة عنده .         
                                                                                              رواه مسلم
Dari Abdullah bin Umar katanya :
Bahawa adalah baginda Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidak tidur seorang muslim
itu pada waktu malamnya melainkan ia sudah menulis wasiat disisinya”
                                                                                              Riwayat
Imam Muslim
Berdasarkan Hadis diatas Kata Imam
Ibnu Qaiyyim :
"لو لم يجز الإعتماد على
الخط لم تكن لكتابة وصيته فائدة 
“ Sekiranya tidak
boleh berpegang kepada tulisan sebagai bahan pembuktian sudah tentu  perintah Rasulullh s.aw  menulis wasiat sebelum tidur tidak memberi
faedah “
3-Amalan Para Sahabat :
Begitu juga amalan para  al-Khulafa al-Rashidin , diataranya Surat
Saidina Umar kepada Abu Musa al-Asharari dan Surat Ali kepada Abdullah bin
Abbas
Mahkamah juga merujuk  didalam kitab “Majallah al-Ahkam ‘Adliah
“  Madah 69 yang memperuntukkan bahawa
tulisan adalah salah satu cara pembuktian 
Sebagaimana didalam Madah: 
الكتاب كالخطاب
“ Tulisan itu seperti percakapan”
Pembuktian dengan Dokumentar adalah
tidak bercanggah dengan hukum syara’
sebagaimana yang telah ditegaskan
oleh Dr. Said abin Darwis didalam kitabnya 
(طرائقالحكم المتفق
عليها والمختلف فيها في الشريعة الإسلامية ) mukasurat286 sebagaimana katanya:
قد ثبت العمل بالخط بالأدلة المتكاثرة من
الكتاب والسنة والإجماع
Sesungguhnya telah sabit boleh
berpegang dalam pembuktian dengan tulisan kerana ia  sabit dengan al-quran ;al-hadis dan Ijma’
para ulama
Begitu juga didalam kitab ““  بغية المسترشدين “ karangan as-Saiyyid Abdul Rahman Ibnu Muhammad Ibnu al-Husain
, halaman 341menyebut:
  و حكي عن الحسن وسوار
القاضي وعبد الله العنبري أن للقاضي إذا كان يعرف خط الكاتب وختمه ، له أن يقبله 
Pandangan
ini dipetik daripada Imam Hassan  dan
Shuwar al-Qadhi dan Abdullah al-Anbariy , mereka berpendapat bahawa seorang
Qadhi  boleh menerima pembuktikan
Dokumentar sekira ia kenal tulisan dan cop rasmi didalam dokumen tersebut.
PERMASALAHAN  WAKALAH
Adakah mesti
akad wakalah( ijab dan qabul )  berada
didalam satu majlis ?
Untuk menjawab persoalan tersebut
Mahkamah  suka  merujuk kepada kitab“أنوار
المسالك شرح عمدة السالك وعدة الناسك”    karangan as-Syeikh
Muhammad al-Zuhriy al-Ghamrawiy , halaman 235:
  ولا يشترط الفور في القبول ولا في المجلس
Tidak
disyaratkan qabul akad  wakalah dengan
segera dan juga tidak disyaratkan berada didalam satu majlis
Begitu juga didalam  kitabتنوير القلوب في
معاملة علام الغيوب"”Karangan
as-syeikh Muhammad  Amin al-Kurdiy  hlm 261  
menyatakan:
  ولا يشترط هنا الفور ولا المجلس بل يكفي الفعل
أو عدم الرد على التراخي ، أما لو ردها الوكيل : فإنها تبطل 
Tidak disyaratkan qabul akad
wakalah dengan segera dan didalam satu majlis sebaliknya cukup sekadar
perbuatan yang menunjukkan qabul atau 
tiada wujud  elemen yang
menunjukkan keengganan  penerimaan
wakalah secara bertangguh, sekiranya wakil menolak wakalah tersebut maka hukum
wakalah tersebut adalah  terbatal.
KUASA WALI MUJBIR
Menurut
didalam kitab “       مشكاة المصباح في شرح العدة والسلاح في أحكام
النكاح” karangan
al-Syeikh Muhammad  Ibnu Ahmad Ba Fadhal
al-Khadramiy, hlm 169 , cetakan Dar Ibnu Hazam 
Beirut   Lebonan  , ada menyebut :
وللأب والجد  المجبرين 
التوكيل في تزويج البكر بغير  إذنها
، إن كانت بالغة ، كما يزوجانها بغير إذنها 
Wali Mujbir iaitu ( Bapa dan Datuk ) boleh mewakilkan wali kepada
sesiapa yang layak pada menikahkan anak daranya yang sudah baligh tanpa perlu
mendapat keizinan daripada anak tersebut , hukum  ini adalah sama dengan kuasa  wali mujbir menikahkan anak daranya  tanpa perlu mendapat  keizinan anak 
tersebut. 
ولغيرهما من باقي
الأولياء التوكيل بعد إستئذانها في التزويج ، 
إن لم تنه عن التوكيل ، فلو وكل قبل تأذن لم يصح 
Adapun selain daripada wali mujbir , sekiranya mereka hendak mewakilkan
wali  mestilah mendapat keizinan  terlebih dahulu daripada pihak pengantin  perempuan jika sekiranya ia tidak menghalang
berbuat  sedemikian, 
Maka sekiranya   wali  mewakilkan pernikahan kepada seseorang  sedangkan tidak  meminta keizinan  terlebih dahulu daripada pihak perempuan  maka perlantikan wakil wali  tersebut 
adalah tidak sah
SYARAT
WAKIL  WALI
Merujuk didalam kitab “        مشكاة المصباح في شرح العدة والسلاح في أحكام
النكاح” karangan
al-Syeikh Muhammad  Ibnu Ahmad Ba Fadhal
al-Khadramiy, hlm 171 , cetakan Dar Ibnu Hazam 
Beirut   Lebonan  , ada menyebut :
   شرط الوكيل عن الولي أن يصح كونه وليا في
النكاح ، لأنه قائم مقامه 
Syarat wakil  daripada wali  mestilah wakil tersebut seorang yang
berkelayakan menjadi wali, ini adalah kerana keadaan wakil tersebut
menduduki  tempat wali yang sebenar
 فلا يجوز أن يوكل عبدا - أي -  ولو بإذن سيده ونحوه – أى – كفاسق، لأنه لا
يزوج بنته ، فبنت غيره أولى
Oleh sebab itu tidak boleh diwakilkan kepada hamba abdi  sekali pun mendapat keizinan daripada
penghulunya  dan tidak sah wakil kepada
orang yang fasiqkerana orang fasiq tidak boleh menikahkan anak perempuannya ,
jikalau anak perempuan sendiri  tidak
boleh menikahkannya , sudah tentu anak orang lain  adalah terlebih utama tidak dibenarkan
menikahkannya .
SYARAT  WAKIL WALI KETIKA MAJLIS AKAD
Didalam
kitab“  الوكالة
في الشريعة والقانون”karanganProf .DrMuhammad Ridha Abdul Jabbar al-‘Aaniy
, halaman 256 ada menyebut :
   عقود النكاح والخلع
والطلاق على مال أو العتق على مال ، فإذا تعاقد الوكيل في هذه العقود نيابة عن
غيره لزمه إضافنها إلى الموكل 
Jenis-jenis
akad seperti akad Nikah,khulu’, talaq dengan harta, memerdekakan hamba dengan
harta, maka sekiranya wakil mengakadkan akad-akad tersebut mestilah
menyandarkan nama pewakil didalam majlis akad itu .
PERKARA  YANG
SUNAT  DILAKUKAN OLEH WAKIL WALI 
Didalam kitab “        مشكاة المصباح في شرح العدة والسلاح في أحكام
النكاح” karangan
al-Syeikh Muhammad  Ibnu Ahmad Ba Fadhal
al-Khadramiy, hlm 170, cetakan Dar Ibnu Hazam 
Beirut   Lebonan  , ada menyebut :
  و يندب للوكيل إستئذانها خروجا من الخلاف
Disunatkan kepada wakil wali meminta keizinan daripada pengantin
perempuan terlebih dahulu sebelum majlis akad nikah dilangsungkan kerana
mengelakkan daripada  khilaf ulama yang
mewajibkan kepada  wakil wali meminta
keizinan terlebih dahulu.
BIDANGKUASA HAKIM  MENIKAHKAN ORANG DATANG  KE WILAYAHNYA
As-Syeikh Abi Ya’la menyebut didalam kitabnya” al-Ahkam al-Sultaniyyah “
halaman 68 tentang bidang kuasa seorang hakim seperti katanya:
   فيقلد النظر في جميع الأحكام من البلد، فتنفذ
جميع أحكامه في محلة عينت له ، وله أن يحكم فيه بين ساكنيه والطارئين إليه ، لأن
الطارئ إليه كالساكنين فيه.
Seorang Hakim yang dilantik  adalah diberi kuasa membuat keputusan dalam
semua perkara dalam wilayahnya, Hakim tersebut boleh membuat keputusan yang
melibatkan penduduk tempatan dan juga pendatang-pendatang , ini  adalah 
kerana pendatang yang datang ke wilayahnya  itu adalah dikira  sebagai 
penduduk tempatan
STATUS
WALI HAKIM DINEGARA BUKAN ORANG ISLAM
        Menurut
pandangan Imam Ibnu Abidin didalam kitabnya “Hasyiah Ibnu Abidin”  jld 4 halaman 369 ada membahaskan tentang
pelantikan Hakim yang dibuat oleh orang Islam yang tinggal didalam Negara yang
bukan dikuasai oleh orang Islam seperti katanya:
وأما بلاد عليها ولاة كفار ، فيجوز للمسلمين  إقامة الجمع والأعياد ، ويصير القاضي قاضيا
بتراضي المسلمين ، فيجب عليهم أن يلتمسوا واليا مسلما منهم.
Negara yang dikuasai oleh
orang Kafir ,sedangkan keadaan
orang Islam yang tinggal didalam Negara itu 
telah diberikan  kebebasan untuk
mendirikan solat Jumaat dan 
menyambut  Hari raya,
Maka Qadhi yang dipilih oleh orang Islam itu
adalah  Qadhi yang sah  dikalangan mereka. Oleh sebab itu  adalah menjadi kewajipan keatas orang Islam
menyelesaikan segala permasaalan mereka dihadapan qadhiyang  telah dipilih itu.
Berdasarkan Pandangan Imam Ibnu Abidin diatas , Hakim yang dipilih oleh
orang Islam di Selatan Thailand adalah sah mengikut hukum syara’.
HUKUM
NIKAH DENGAN WALI HAKIM
Merujuk  kepada kitab  “      
 مشكاة المصباح في شرح العدة والسلاح في أحكام
النكاح” karangan
al-Syeikh Muhammad  Ibnu Ahmad Ba Fadhal
al-Khadramiy, hlm 174  cetakan Dar Ibnu
Hazam  Beirut   Lebonan 
,  ada  membahaskan masalah ini seperti katanya:
  ولو أراد القاضي نكاح من لا ولي لها زوجه من
فوقه من الولاة كالسلطان –
أي – ولا يتولى الطرفين ،
كما سبق في إبن العم  ،  أو 
خليفته ، أو قاض آخر ،  حيث كانت
المرأة في محل ولايته ، والسلطان كالقاضي ، فيزوجه بعض نوابه 
Sekira hendak  menikah 
dengan  perempuan yang tidak ada
wali , maka hendaklah ia menyerahkan 
kuasa pernikahan wali hakim  
tersebut kepada  mereka yang lebih
tinggi kedudukannya daripadanya seperti 
Sultan ( Raja) . Maka  hakim
tersebut tidak boleh berperanan sebagai wali dan penerima qabul dalam satu masa
yang sama  , sebagaimana telah dihuraikan
pada bab terdahulu dalam kes   (    إبن
العم    )atau
khalifah hakim  atau hakim yang lain
.sekiramana perempuan tersebut berada dibawah wilayahnya.
 Sultan adalah
sama seperti  Qadhi  iaitu 
beliau boleh  dinikahkan oleh
mana-mana penggantinya .
JARAK
YANG MENGHARUSKAN  KEPADA  WALI HAKIM
Didalam
kitab “  أنوار المسالك شرح
عمدة السالك وعدة الناسك  “  anwar al-Masalik Syarh Umdah al-Salik Wa
Uddah al-Nasik” karangan as-Syeikh Muhammad al-Zuhriy al-Ghamrawiy , halaman
288:
   و إن كان غا ئبا في مسافة القصر أو كان محرما
زوجها الحاكم 
Sekiranya
wali itu ghaib jarak  yang  mengharuskan 
solat qasar   atau wali berada
didalam keadaan ihram maka berpindah kepada wali  hakim
Begitu
juga didalam kitab        “ Syarh
al-tanbih        شرح التنبيه ” karangan
as-syeikh Jalaluddin as-Sayuty “   jilid
ke-2  hlm 597 ada menyebut : 
  و غاب
زوجها الحاكم  بطريق النيابة  عنه لأنه حق تعذر إستيفاؤه منه فقام مقامه 
Apabila  wali 
bagi seseorang  perempuan  itu ghaib maka hakim akan menikahkannya   sebagai ganti  wali , ini 
adalah disebabkan wali tersebut tidak dapat melaksanakan tugasnya  sebagai wali maka ketika itu Hakim
adalah  berperanaan sebagai wali  sebagai mengambil tempat  wali yang hakiki
Didalam
kitab “ Hasyiah al-Baijuriy  Syarhu Ibnu
Qasim    حاشية البيجوري 
شرح إبن قاسم  “ jilid 2  halaman 109 ada menyebut :
(
ثم الحاكم ) عاما كان أو خاصا كالقاضي 
كذالك يزوج الحاكم في غيبة الولي مسافة القصر 
Turutan
susunan wali  perempuan ketika ketiadaan
wali hakiki  ialah Wali hakim  samada 
Wali Hakim  tersebut  Wali 
Am atau  Wali  Khusus 
, hukumnya  adalah  sama seperti hukum Qadhi ( ada Qadhi Am dan
ada Qadhi Khusus ) 
Seterusnya
Hakim  boleh menikahkan perempuan yang
walinya ghaib  yang  jarak 
mengharuskan solat qasar 
 “ karangan 
al-Imam al-Imraniy البيان في فقه الإمام الشافعيDidalam
kitab     “
Jilid
9 halaman152  ada menyebut :
  فإن كان  على مسافة تقصر اليها الصلاة جاز للسلطان
تزويجها ، لأن في استئذانه مشقة
Sekiranya  wali perempuan berada pada  jarak yang mengharuskan solat qasar  maka harus bagi wali sultan menikahkan
perempuan tersebut  , ini adalah
disebabkan  kesulitan meminta
keizinan  daripada wali  tersebut , dalam keadaan seperti ini  maka 
wali itu dikira sebagai wali yang hilang . 
WALI TAHKIM : PERMASAALAHAN DAN
PENYELESAIANNYA
Didalam kitab “  روضة الطالبين” oleh
al-Imam al-Nawawi, jld 6   hlm 397
,cetakan Dar al-kutub Beirut ada menyatakan masaalah Tahkim  seperti katanya :
أن الشافعي رضى
الله عنه  قال : إذا كان في
الرفقة إمرأة لا ولى لها ، فولت أمرها رجلا حتى يزوجها  جاز 
Kata Imam
al-Syafei  رضى الله عنه  : 
“ Apabila  terdapat
didalam satu rombongan seorang perempuan yang tidak ada wali bersamanya , maka
perempuan tersebut telah melantik seorang lelaki  diantara 
mereka menjadi wali nikahnya sebagai ganti  walinya yang sebenar lalu lelaki
tersebut  menikahkannya , maka hukum
pernikahannya adalah sah.”
 لأن أبا عاصم العبادي  حكى هذا النص في طبقات الفقهاء  وقال : إنه تحكيم ،
والمحكم قام مقام الحاكم 
Kerana
perkara ini telah disebut oleh  as-Syeikh
Abu A’shim al-I’badi (      الشيخ أبو عاصم العبادي   ) 
didalan kitab “طبقات الفقهاء    ” sepertikatanya: 
“ Tindakan
perempuan seperti diatas  adalah dikira
sebagai hukum “تحكيم ”, 
“ AdapunMuhakkam kedudukannya adalah seperti hakim ”
Merujuk
didalam kitab “   روضة الطالبين” oleh al-Imam al-Nawawi, jld
6   hlm 398  ,cetakan Dar al-kutub Beirut ada menyatakan masaalah
Tahkim  seperti katanya :
 ونقل 
البندنيجي عن داود أنه قال : إن كان بكرا لم
يزوجها إلا وليها ، وإن كانت ثيبا جاز لها أن تزوج نفسها 
As-Syeikh al-Bandaniji telah memetik pandangan  al-Imam Daud 
seperti mana katanya:’
“ Jika sekiranya perempuan itu seorang anak dara maka
tidak boleh  seseorang mengakad
nikahnya  melainkan  walinya sendiri , manakala jika ia seorang
janda maka perempuan tersebut  harus
keatasnya menentukan siapakah yang akan mengakadkan nikahnya ( seperti Tahkim
dan sebagainya, ini adalah kerana wali mujbir tidak ada kuasa mutlak dalam
urusan pernikahan anak perempuan yang sudah berstatus janda ”
Ini berdasarkan 
sepotong  hadis yang berbunyi :
وروى عن إبن عباس
رضى الله عنهما أن النبى صلى الله عليه وسلم قال:
"الأيم أحق بنفسها
من وليها  "
Diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Abbas رضى الله عنهماbahawa Baginda Rasululah s.aw ada
bersabda  yang bermaksud :
“ Perempuan yang janda adalah terlebih  berhak keatas dirinya daripada walinya”
Merujuk
didalam kitab ““       مشكاة المصباح في شرح
العدة والسلاح في أحكام النكاح”  olehal-Syeikh
Muhammad  Ibnu Ahmad Ba Fadhal
al-Khadramiy, hlm 321 , cetakan Dar Ibnu Hazam 
Beirut   Lebonan  , ada menyebut:
 ولو حكم الزوجان من يصلح للقضاء  ليعقد بينهما النكاح جاز سواء كان هناك قاض أو
إمام أم لا ، لأن التحكيم في المال وقع لجمع من كبار الصحابة في وقائع ، ولم ينكره
أحد ، فكان إجماعا 
Jika
sekiranya sepasang  lelaki dan perempuan
telah melantik seseorang yang layak memegang jawatan kadhi sebagai Muhakkam
pada menikahkan mereka berdua , sama ada ditempat tersebut ada kadhi atau imam
( pemimpim ) maka hukumnya adalah harus , ini adalah kerana “ Tahkim  ” didalam kes-kes Mal banyak berlaku dizaman
para sahabat  Nabi  s.aw  dan  juga tidak terdapat seorang pun yang
mengingkari perkara tersebut . makaianya 
sudah menjadi Ijmak. 
PENGESAHAN NIKAH 
DENGAN  KHABAR MUSTAFID  DAN 
KETERANGAN DENGAR CAKAP ( HEARSAY )
Definisi Keterangan Dengar Cakap:
Dalam bahasa arab dikenali sebagai   Syahadah bi al-Tasamu’ iaitu
kesaksian yang diberikan oleh seseorang berdasarkan apa yang didengar dari
orang lain atau melalui berita atau khabar yang tersebar yang diketahuinya
Bidangkuasa Mahkamah:
Mahkamah Syariah Negeri Melaka mempunyai bidangkuasa
membicarakan kes-kes yang berkaitan dengan Pernikahan  sebagaimana didalam seksyen 49(3) (b)(1)
Enakmen Pentadbiran Agama Islam(Negeri Melaka) 2002 memperuntukkan :
“ Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah –
(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan
semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu
ialah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan –
         
(i) Pertunangan , perkahwinan , ruju’ , perceraian, pembubaran
perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman ( faraq) atau apa-apa
perkara lain yang berkaitan dengan perhubungan antara suami dan isteri.
BIDANG KUASA MENGIKUT HUKUM SYARAK
Kata Imam
al-Mawardi  didalam kitabnya “ al-Ahkam
al-Sultaniyah “ hlm 72 :
وإن كانت ولايته خاصة
فهى منعقدة على خصوصها ومقصورة النظر على ما تضمنته
Jika  bidang kuasa yang diberikan
kepada Hakim  itu  bersifat 
khusus  maka Hakim tersebut hanya
boleh membicara diatas bidang kuasanya sahaja.
Merujuk
kepada kitab “al-Ahkam al-Sultaniyyah “ karangan Imam al-Mawardi , hlm 98
dan kitab “
al-Sultah al-Qadhaiyyah Wa Nizam al-Qadha’   
Fi  al- Islam “
 السلطة القضائية ونظام
القضاء في الإسلام karangan Prof Dr Nasr Farid Wasil  Mantan Mufti Mesir   hlm 166-167 
, dan kitab Nizam al-Qadha’ karangan Dr Muhammad Ibrahim Abdul Hamid ,
hlm 77 ada menyebut :
الأختصاص النوعي
معناه تخصيص القاضي
في قضائه بنوع معين من القضاء كالجنايات ، أو الأحوال الشخصية    ، أو المعاملات المدنية ، أو التجارية ، أو
قضايا الزواج والطلاق ، أو المواريث والوقوف والوصايا أو غير ذلك .
الأختصاص النوعي
Seseorang Kadhi boleh
membicarakan kes-kes  yang diberi
bidangkuasa keatasnya sahaja seperti kes 
jenayah, ahwal syahsiah ( hal-hal kekeluargaan) Muamalat, perkahwinan,
talaq, harta pusaka, wakaf dan wasiat dan lain-lainnya.
PANDANGAN ULAMA TENTANG KETERANGAN DENGAR CAKAP (
HEARSAY )
           
Menurut pandangan as-syeikh Muhammad Zaid al-Anbani didalam
kitabnya     “ Kitab Mabahith
al-Muraffah” hlm 117 cetakan Matbaah al-Sakar Mesir, 1912 cetakan kedua   menyebut:
Keterangan dengar cakap boleh diterima  jika sekiranya  khabar itu 
sudah masyhur dan tersebar luas sampai 
ketahap mutawatir  kepada orang
yang menjadi saksi tersebut
         Merujuk didalam kitab “  النظام القضائي في الفقه الإسلامي”  hlm 320 , cetakan Dar al-Bayan Kaherah
Mesir  karangan Prof Dr . Muhammad
Rafad  Osman  seorang tokoh ulama al-Azhar yang terkemuka
ada menyebut :
   وبعض فقهاء الشافعية أن الشهادة بالإستفاضة
تجوز على تسعة أشياء:
1.  
 الزوجية 
2.  
والملك المطلق ،
أى الذي لميبين له سببب من عقده أو غيره 
3.  
والوقف ومصرفه
4.  
والموت
5.  
والولاء
6.  
والولاية
7.  
والعزل
لأن هذه الأشياء
تتعذر الشهادة عليها في الغالب  بمشاهدتها
أو مشاهدة أسبابها ، فجازت الشهادة عليها بالإستفاضة كالنسب
Sebahagian Ulama Syafie berpendapat bahawa
syahadah  dengan khabar istifadah (
khabar yang sudah masyhur diketahui orang ) boleh diterima dalam 9 perkara:
1.    Perkahwinan
2.    Permilikan  secara 
Mutlak
3.    Wakaf  serta pengurusannya
4.    Kematian
5.    Perhambaan
6.    Perlantikan
Hakim
7.    Perlucutan
Hakim
Perkara-perkara diatas adalah sukar dibuktikan dengan
kesaksian sebenar , maka diharuskan pembuktiannya dengan syahadah khabar
istifadhah seperti Hukum penentuan nasab boleh disabitkan dengan khabar
istifadhah  (الشهادة
بالإستفاضة    )
Didalam kitab  “
 فتاوى الرملي قي فروع الفقه الشافعي “ karangan al-Imam Syihabuddin Ahmad ibnu Hamzah
al-Ramliy seorang Ulama yang tersohor didalam mazhab Syafei  dihalaman 608- 609 cetakan Dar al-Kutub
al-Ilmiyyah  Beirut  berpendapat 
bahawa Syahadah Hear say adalah 
diterima dalam kes-kes penentuan nasab , wakaf  dan sebagainya  seperti kata beiau :
 الشهادة 
بالتسامع صحيحة ويسوغ الحكم بمضمونها وذكر 
الشهادة بالتسامع   على الوجه
المذكور للتقوية أو حكاية الحال 
Syahadah bi al-Tasamu’ adalah sah
dan boleh mensabitkan satu-satu hukum pada bab yang  tertentu sahaja  seperti penentuan nasab, wakaf dan sebagainya
.
Syahadah bi al-tasamu’ adalah
bertujuan sebagai mengukuhkan atau menghikayatkan sesuatu perkara sahaja 
Pandangan ini disokong
dengan  pendapat Imam al-Isnawi seperti
katanya:
 قال الإسنوي :   وحاصله الجزم بجواز ذكر التسامع
Kata Iman al-Isnawi: Secara
jazamnya harus disabitkan perkara- perkara 
diatas dengan Syahadah bi al-tasamu’ 
Mahkamah juga merujuk kepada
Fatwa Prof Dr. Nasr Farid Muhammad Wasil 
Mantan Mufti Mesir di dalam kitab “ الفتاوى الإسلامية
Cetakan Maktabah Taufiqiah Mesir
, halaman 579 ada menyebut : 
  لا تصح
الشهادة   إلا بعلم  ولا يحل لأحد أن يشهد إلا إذا علم والعلم يحصل
بالرؤية أو السماع أو الإستفاضة  فيما  يتعذر علمه غالبا بدونها .
و الإستفاضة هى الشهرة التي تثمر الظن أو العلم . 
Tidak sah Syahadah melainkan dengan ada
pengetahuan , oleh itu tidak harus  bagi
seseorang itu memberi kesaksian melainkan ada pengetahuan tentang perkara
tersebut .Pengetahuan  tentang sesuatu
perkara  adakalanya didapati dengan cara
melihat atau mendengar , atau secara 
khabar  (   الإستفاضة )  pada perkara yang sukar dibuktikan  dengan dilihat oleh pacaindera melainkan  hanya diketahui  secara 
khabar الإستفاضة
pada secara ghalibnya .
Khabar (     الإستفاضة       ) 
ialah berita yang  masyhur
dikalangan orang ramai  yang ketahap  Zhan atau pengetahuan yang menyakinkan
Kata beliau
lagi...........
بأن جوازها للإستحسان والتعريفات الشرعية إنما
تكون على وفق القياس – كما 
في تكملة إبن عابدين :
( و لا تصح الشهادة إلا بعلم و لا تحل لأحد
أن يشهد إلا إذا علم ، والعلم يحصل بالرؤية أو السماع أو الإستفاضة  فيما يتعذر علمه غالبا بدونها ) 
Keharusan Syahadah 
bi al-Tasamu’ ini adalah 
bertepatan  dengan kaedah “
istihsan “ atau kaedah Qias 
“ seperti katanya ::تكملة إبن عابدين Sebagaimana yang tercatat  dilembaran kitab    “ 
“Tidak
sah Syahadah melainkan dengan pengetahuan , dan 
tidak harus  bagi seseorang  menjadi saksi 
melainkan  ia ada pengetahuan
tentang perkara itu, Pengetahuan tentang satu-satu perkara  adakalanya didapati dengan cara melihat atau
mendengar atau daripada berita yang sudah masyhur dikalangan orang ramai 
Pembuktian dengar khabar “      الإستفاضة”   diharuskan disisi syarak  pada  
perkara-perkara yang sukar dibuktikandengan dilihat oleh pacaindera pada
kebiasaannya.

Takrif 
Nikah  Shahih :
Menurut  didalam kitab 
“        المبسوط   ” karangan al-Imam al-Syarahsi   jld 17 hlm 99 ada menyebut ; 
  يعرف 
عقد النكاح الصحيح  بأنه  : كل عقد نكاح إذا
استوفى أركانه وشروطه وانتفت موانعه . 
Takrif  Nikah
shahih :  
Tiap-tiap akad nikah 
yang sempurna  rukun nikah  dan syarat-syarat  sahnya serta tidak  terdapat padanya segala bentuk  mawani’ 
nikah 
Takrif Nikah 
Fasid:
Didalam kitab “ 
al-Hukm Bi ithbat al-Nasab     الحكم بإثبات
النسب       ” karangan  Seorang Hakim 
Kementerian Keadilan  Kerajaan
Saudi ‘Arabiah  iaitu al-‘Allamah Abdul
Aziz ibn Madawi  al Jabir  ada menyebut 
dihalaman 53 :
 يعرف عقد النكاح الفاسد بأنه  :  كل عقد نكاح  إختلف العلماء في جوازه ، بان فقد شرطا من شروط
صحته التي يتفق عليها كافة العلماء 
كالنكاح بغير ولي أو بغير شهود .
Nikah Fasid 
ialah suatu   akad nikah yang para
ulam berselisih pada  keharusannya  seperti hilang  satu syarat daripada  syarat-syarat sah nikah yang telah disepakati
oleh  jumhur ulama  , sebagai contoh nikah fasid  nikah tanpa wali atau  nikah tanpa 
kehadiran saksi –saksi 
Didalam kitab yang lain pula seperti kitab بداية المجتهدjld 3 hlm  98 
cetakan Dar al-Ma’rifah 
Beirut  1420H , ada menyebut 
تفسد الأنكحة إما
بإسقاط شرط من شروط صحة النكاح ، أو لتغيير حكم واجب بالشرع من أحكامه مما هو عن
الله تعالى .
Pernikahan itu dikira fasid apabila  syarat-syarat nikah   tidak dipenuhi , atau mengubah hukum  yang 
telah  wajib disisi syarak
daripada hukum-hukum nikah .
WATI SYUBHAT :
Mahkamah merujuk didalam kitab “ Hasyiyah al-Dusuki
”  jld 2 ,hlm 252 cetakan Dar ihya’
al-kutub al-‘Arabiyyah  Mesir   ada memberi takrifan :
وطء الشبهة 
 الوطء غلطا فيمن تحل له في المستقبل 
Wati suyubhah 
ialah : 
Pesetubuhan yang tersalah  pada 
orang yang halal baginya pada masa akan datang.
Manakala ulama as-syafieyyah  ialitu al- Imam as- Syeikh Ramli didalam
kitabnya “ Nihayah al-Mukhtaj ” halaman 120 , jld 7 cetakan Dar a- Fikr
Beirut   menyebut  takrif 
wati syubhah :
كل وطء حرام لا
حد فيه 
Tiap-tiap persetubuhan haram yang  tidak dikenakan hukuman hudud 
Kategori 
Syubhat :
Didalam kitab “ 
al-Hukm Bi ithbat al-Nasab     الحكم بإثبات
النسب ” 
oleh  al-‘Allamah Abdul Aziz ibn
Madawi  al Jabir  ada menyebut 
dihalaman 62 :
 شبهة العقد 
هي ما وجد فيها
العقد صورة لا حقيقة ، فتثبت الشبهة بالعقد 
، وإن كان العقد متفقا على تحريمه وهو عالم به ، وذلك كالعقد على المحارم
المؤبدات كالأم والأخت 
Syubhad 
Akad  ialah Akad nikad yang
didapati padanya  syubhad dari sudut    صورة  ( gambaran zahir )
tetapi tidak pada sudut  حقيقةakad tersebut.
Didalam kitab yang sama 
pengarang ada menerangkan hukum nikah syubhat tersebut 
حكم هذه الشبهة 
 فما دام العقد قد حصل  بإيجاب وقبول ممن هو أهل له ، فإن الوطء في مثل
هذا النكاح وطء شبهة ، يدرء به الحد ، ويثبت به النسب 
Hukum akad syubhat :
Akad  nikah yang
terdapat  padanya  ijab dan qabul daripada orang yang ahli  baginya  
, maka hukum persetubuhan pada pernikahan seumpama itu adalah wati
syubhah dan hukuman hudud  tidak  dikenakan keatasnya   dan 
nasab anak disabit dengan sebab wati shubhat  tersebut .
PENGESAHAN   NASAB
Didalam kitab “  “  غاية تلخيص المراد من
فتاوى إبن زياد “
karangan as-al- Syaid as-Syarif  Abdul Rahman ibn Muhammad ibn al- Husain  ibn Umar 
wafat pada Tahun 1320H ada menyebut dihalaman 544 :
نَكَحَ
حَامِلاً مِنْ الزِنَا ، فَأَتَتْ بِوَلَدٍ لِزَمَنِ إِمْكَانِهِ مِنْهُ بِأَنْ وَلَدَتْ
لِسِتَّةِ أَشْهَرٍ وَلَحْظَتَيْنِ مِنْ عَقْدِهِ وَإِمْكَاِنهِ لَحِقَهُ.
Seorang  lelaki  yang mengahwini  perempuan yang telah hamil daripada zina ,
Selepas enam bulan qamariah dan dua lahzah daripada tarikh akad nikah lahir
anak  dalam tempoh mereka boleh tamkim (
bersetubuh ) maka anak itu  boleh
dinasabkan kepada lelaki tersebut. 
NIKAH
LEBIH DUA MARHALAH 
Didalam
kitab “  “ غَايَةُ تَلْخِيْصِ المُرَادِ مِنْ فَتاَوَى إِبْنِ زِياَد“ karangan as-al- Syaid as-Syarif  Abdul Rahman ibn
Muhammad ibn al- Husain  ibn Umar  wafat pada Tahun 1320H ada menyebut dihalaman
522 :
أَخَذَ
رَجُلٌ إِمْرَأَةً عَنْ أَهْلِهَا قَهْرًا وَبَعَّدَها عَنْ وَلِيِّهَا إِلىَ
مَسَافَةِ القَصْرِ وَكَذَا دُوْنَهُ  ،
إِنْ تَعَذَّرَتْ مُرَاجَعَتُهُ لِنَحْوِ خَوْفٍ صَحَّ نِكَاحُهَا بِإِذْنِهَا
إِنْ زَوَّجَهَا الحَاكِمُ مِنْ كُفْءٍ ، إِذْ لمَْ يُفَرِّقْ الأَصْحَابُ بَيْنَ
غَيْبَةِ الوَلِيِّ وَغَيْبَتِهَا وَلا 
فِيْ غَيْبَتِهَا بَيْنَ أَنْ تَكُوْنَ مُكْرَهَةً عَلَى السَّفَرِ أَوْ
مُخْتَارَةً.بَلْ أَقُوْلُ
: لَوْ كَانَ لَهاَ وَلِيٌّ بِالْبَلَدِ وَعَضَلَهَا بَعْدَ أَنْ دَعَتْهُ إِلىَ كُفْءٍ
، وَتَعَسَّرَ لهَاَ إِثْبَاتُ عَضْلِهَا ، فَسَافَرَتْ إِلَى مَوْضِعٍ بَعِيْدٍ عَنْ
الوَلِيٍّ ، وَأَذِنَتْ لِقَاضِى البَلَدِ الَّذِي اِنْتَقَلَتْ إِلَيْهِ فِيْ تَزْوِيْجِهَا
مِنَ الْكُفْءِ – صَحَّ النِّكاَح ُ.
Jika seorang lelaki 
mengambil  seorang  perempuan 
secara paksa daripada pangkuan keluarganya dan membawa perempuan  itu lari 
jauh daripada walinya kepada jarak yang membolehkan  solat qasar 
atau jarak yang kurang daripada itu 
, manakala  wali  perempuan 
itu pula  sukar mengembalikan
anaknya kepangkuannya  disebabkan  ketakutan, 
maka  pernikahan yang
dilangsungkan oleh Hakim Syarie adalah sah jika mereka berdua  sekufu’ dan 
kerelaan  dari perempuan itu., Ini
adalah kerana  para ulama as-Syafieyyah
tidak membezakan samada wali perempuan yang ghaib  atau perempuan itu ghaib daripada  walinya , dan mereka juga tidak membezakan
diantara perempuan itu  dipaksa  bermusafir 
bersama  ataupun  dengan pilihannya sendiri  .
Kata Imam ibnu Ziyyad :
 “ Jika wali
perempuan enggan (
عاضل ) menikahkan
anak perempuannya  dengan  pasangan lelaki yang sekufu’ , dan keengganan
wali tersebut sukar dibuktikan ,kemudian perempuan itu bertindak  bermusafir sejauh dua marhalah dari walinya dan mengizinkan   kepada hakim ditempat tersebut
menikahkannya, maka pernikahannya 
adalah  dihukumkan  sah mengikut hukum syarak.”
WAKTU 
YANG BOLEH MEMBUAT   TUNTUTAN
MUT’AH 
Didalam kitab “ غَايَةُ
تَلْخِيْصِ المُرَادِ مِنْ فَتاَوَى إِبْنِ زِياَد  ” karangan as-al- Syaid
as-Syarif  Abdul Rahman ibn Muhammad ibn al- Husain  ibn Umar 
wafat pada Tahun 1320H ada menyebut dihalaman 522 :
طَلَّقَ
زَوْجَتَهُ رَجْعِيًّا لمَ تَجِبْ لَهَا الُمْتعَةُ  في الحَالِ حَتَّى تَنْقَضِيَ العِدَّةُ وَلمَ
يُرَاجِعْهَا .
Suami telah
mentalaqkan isterinya sebagai talaq rajie, maka tidak wajib mut’aah kepada
isteri tersebut  pada waktu itu  sehingga 
tempoh eddah tamat dan suami masih tidak merujuk kepadanya. 
PENGAKUAN DI HADAPAN HAKIM 
Ini
berdasarkan didalam kitab “    كتَابُ أَدَبِ القَضَاءِ” karangan
Qadhi Ibnu Abi  Dam , hlm 93 , cetakan
Dar al-Kutub al-ilmiyyah  Beirut  , Lebonan ,Tahun 1987M bersamaan 1407 H ada
menyebut:
فَإِنْ
كَانَ الإِقْرَارُ عِنْدَ الحَاكِمِ  فَمِنْ
شَرْطِهِ أَنْ يَكُوْنَ بَعْدَ سَمَاعِهِ الدَّعْوَى  عَلَيْهِ
Pengakuan   dihadapan hakim  adalah diterima setelah    المُقِرُّ 
mendengar pertuduhan dibaca  
keatasnya  . 
HUKUM MEMBATAL NIKAH SELEPAS BERLAKUNYA DUKHUL
 Didalam kitab “     فقه الأحوال الشحصية عمليا المقارن مع مشروع
قانون دول الخليج وبعض الدول العربية 
 Karangan al-Mustasyar Anis Muhammad Nuri
Musyawwah , Hakim Mahkamah Rayuan Emiriah Arab Bersatu
(UAE), hlm 36
cetakan al-Dar al- Muttahidah, menyebut :
وَإِذَا كَانَ لا بُدَّ مِنْ التَقَيُّدِ بِالرَّأْىِ
القَائِلِ بِوُجُوْبِ تَوَفُّرِ الوَلِيّعِنْدَ العَقْدِ لا يُمْنَعُ مِنْ
إِبْطَالِ العَقْدِ قَبْلَ الدُّخُوْلِ ، وَأَمَّا بَعْدَهُ فَيَجِبُ تَصْحِيْحُهُ
لمِاَ عَلَيْهِ الحَنَفِيَّةُ وَرَأْىٌلَدَى المَالِكِيَّةِ وَرَأْىٌ لَدَى
الحَنَابِلَةِ عَلَى التَّفْصِيْلِ . فَيَقْتَضِي المُرُوْنَةَ وَالتَّيْسِيْرَ
مَادَامَ هُنَاكَ أَصْلٌ مُعْتَبَرٌ فِيْ الفِقْهِ .
Setiap akad nikah 
boleh dibatalkan  selagi belum
berlaku persetubuhan  sekali pun
berpegang kepada pendapat yang mewajibkan setiap akad pernikahan memenuhi  syarat - syarat wali,sekiranya  sudah berlaku persetubuhan, pernikahan
tersebut  hendaklah disahkan berdasarkan
pendapat  mazhab Hanafi, mazhab  Maliki dalam satu pendapat  dan mazhab Hambali  , Pendekatan seperti ini membawa kepada
bersifatالمُرُوْنَة
وَالتَّيْسِيْر ( fleksibel  dan memudahkan) selama
terdapat pendapat feqh yang muktabar dalam perkara tersebut .
HAKIM BOLEH
BERIJTIHAD DENGAN MAZHAB LAIN 
Ini
berdasarkan didalam kitab “    كتَابُ أَدَبِ القَضَاءِ” karangan
Qadhi Ibnu Abi  Dam , hlm 54 , cetakan
Dar al-Kutub al-ilmiyyah  Beirut  , Lebonan ,Tahun 1987M bersamaan 1407 H ada
menyebut:
قَالَ المَاوَرْدِيُّ : إِذَا كَانَ
القَاضِي شَافِعِيًّا فَأَدّاَهُ إِجْتِهَادَهُ إِلَى مَذْهَبِ أَبِيْ حَنِيْفَةَ
فِيْ حَادِثَةٍ ، جَازَ لَهُ الحُكْمُ بهَِا .
Imam al-Mawardi berpendapat : “ Hakim yang
bermazhab al-Syafie dalam kes-kes tertentu memerlukan berijtihat mengikut
mazhab Abi Hanifah hukumnya adalah diharuskan.
KEWAJIPAN 
HAKIM  MENYEDIAKAN  ALASAN 
PENGHAKIMAN
Didalam kitab “  تَبْصِرَةُ الحُكَّامِ في اُصولِ الآَقْضِيَةِ وَمَنَاهِجِ
الآَحْكَامِ” karangan al-‘Alim Qadhi Muhammad ibn Farhun , hlm  83 , jld 1 , cetakan Dar al-Kutub al-‘lmiyyah
Beirut Lebonan, ada menyebut  seperti
berikut :
فَصْلٌ  فِيْ بَيَانِ
مَا يَفْتَقِرُ لِحُكْمِ الحَاكِمِ
لا
بُدَّ فِيْهِ مِنْ حُكْمِ الحَاكِمِ ، وَهُوَ مَا يَحْتَاجُ إِلَى نَظَرٍ
وَتَحْرِيْرٍ وَبَذْلِ جَهْدٍ فِيْ تَحْرِيْرِ سَبَبِهِ وَمِقْدَارِ مُسَبَّبِهِ ،
وَذَلِكَ كَالطَّلاقِ بِالإِعْسَارِ وَالطَّلاقِ بِالإضْرَارِ .
Fasal :
Perkara  yang perlu bagi seorang hakim
dalam menyediakan alasan penghakiman 
Seseorang  hakim 
memerlukan kepada penelitiandan 
catatan perbicaraan  serta   perlu 
ada kesungguhan dalam menyediakan alasan penghakiman ( تَحْرِيْرِ
سَبَبِهِ )danmenyebut  sebab-sebab
dalam penghakiman  (وَمِقْدَارِ
مُسَبَّبِهِ
)  sebagai contoh
pensabitan dalam kes talaq  dengan alasan
suami seorang yang susah  (الإعسار ) atau kerana wujud kemudharatanالإضرار.
         Merujuk didalam kitab “فتح المعين” karangan
al-Alim ‘Allamah as-Syeikh Zainuddin al-Malibariy , hlm  612 , cetakan Dar Ibn Hazm Beirut
Lebonan  cetakan 2004 ada menyebut :
وَصَرَّحَ
جَمْعٌ مُتَأَخِّرُوْنَ بِأَنَّ قَاضِيَ الضَّرُوْرَةِ يَلْزَمُهُ بَيَانُ
مُسْتَنَدِهِ فِيْ سَائِرِ أَحْكَامِهِ ، وَلا يُقْيَلُ 
قَوْلُهُ : حَكَمْتُ
بِكَذَا ، مِنْ غَيْرِ بَيَانِ مُسْتَنَدِهِ فِي سَائِرِ أَحْكَامِهِ .
Sekumpulan Ulama Mutaakhirun menegaskan bahawa adalah
wajib keatas seorang hakim قاضي الضرورةmenjelaskan alasan dalam penghakimannya ,
maka tidak boleh diterima penghakimannya jika ia hanya berkata   “ Aku hukumkan begini-begini … “ tanpa
menerangkan sandaran outoriti pada keseluruhan penghakimannya.
PENGHAKIMAN 
BERDASAR BUKTI  YANG  ZAHIR 
Didalam kitab “تَبْصِرَةُ الحُكَّامِ في اُصولِ الآَقْضِيَةِ وَمَنَاهِجِ الآَحْكَامِ     ” karangan al-‘Alim Qadhi Muhammad ibn Farhun ,
hlm  83 , jld 1 , cetakan Dar al-Kutub
al-‘lmiyyah Beirut Lebonan, ada menyebut 
seperti berikut :
لأَنَّ
الحَاكِمَ إِنَّمَا يَحْكُمُ ِبمَا ظَهَرَ
Sesungguhnya
hakim hanya memberi keputusan berdasarkan kepada yang zahir sahaja .
HAKIM
RAYUAN BOLEH MENGUBAH DAN MEMBATALKAN PENGHAKIMAN HAKIMYANG LAIN
Di dalam kitab “  تَبْصِرَةُ الحُكَّامِ في اُصولِ الآَقْضِيَةِ وَمَنَاهِجِ
الآَحْكَامِ  ” karangan al-‘Alim Qadhi Muhammad ibn
Farhun , hlm  70 , jld 1 , cetakan Dar
al-Kutub al-‘lmiyyah Beirut Lebonan, 
didalam kitab “نِهَايَةُ
المُحْتَاجِ”   karangan
as-Syeikh Syamsuddin al-Ramli , jld 8, hlm 258 dan didalam kitab  “ ( (  القَضَاءُ فِي
الإسْلامِ وَآدَابُ القَاضِي karangan Dr Jabr Mahmud al- Fashilat , hlm 178 , menyebut ada menyebut :
وَقَدْ نَصَّ العُلَمَاءُ عَلَى أَنَّ حُكْمَ الحَاكِمِ
لا يَسْتَقِرُّ فِيْ أَرْبَعَةِ مَوَاضِعَ وَيَنْقُضُ ذَلِكَ إِذَا وَقَعَ عَلَى
خلافِ الإِجْمَاعِ أَوْ القَوَاعِدِ أَوْ النَّصِّ الجَلِيِّ أَوْ القِيَاسِ .
Para Ulama telah menaskan bahawa perintah seseorang
hakimitu  tidak kekal pada empat keadaan
dan boleh dibatalkan apabila  :
1- Bertentangan dengan 
ijmak ulama
2- Menyalahi 
kaedah  @ prosedur
3- Menyalahi Nas yang jelas
4- Bertentangan dengan hukum Qias.
SEMAKAN 
KEPUTUSAN  HAKIM 
Didalam kitab  “
( (  القَضَاءُ فِي
الإسْلامِ وَآدَابُ القَاضِي karangan Dr Jabr Mahmud al- Fashilat , hlm 178 , menyebut :
اِلْتِمَاسُ إِعَادَةِ النَّظَرِ فِيْ القَضِيَّةِ :
طَلَبٌ
يُقَدَّمُ مِنْ أَحَدِ الطَّرَفَيْنِ فِيْ الحُكْمِ دُوْنَ الطَّعْنِ صَرَاحَةً
فِيْهِ ، مِثَالُهُ :
قَالَ إبْنُ فَرْحُوْن المَالِكِيّ :
إِذَا قَضَى القَاضِي بِقَضِيَّةٍ وَكَانَ الحُكْمُ مُخْتَلَفًا فِيْهِ وَلَهُ
فِيْهِ رَأْيٌ حَكَمَ بغَيْرِهِ سَهْوًا ، فَلَهُ نَقْضُهُ .
جَاءَ عَنْ الحَنَابِلَةِ : إِذَا
رُفِعَتْ إِلَى الحَاكِمِ قَضِيَّةٌ قَدْ قضَى بِهَا حَاكِمٌ سِوَاهُ ، فَبَانَ
لَهُ خَطْؤُهُ ، أَوْ بَانَ لَهُ خَطَأُ نَفْسِهِ ، نُظِرَ ، فَإِنْ كَانَ
الخَطَأُ لِمُخَالَفَةِ نَصِّ كِتَابٍ أَوْ سُنَّةٍ أَوْ إِجْمَاعٍ ، نَقَضَ
حُكْمَهُ ،لِأَنَّهُقَضَاءٌ
لمَ يُصَادِفْ شَرْطَهُ فَوَجَبَ نَقْضُهُ .
Semakan penghakiman sesuatu kes :
Semakan ialah satu 
permohonan yang difailkan oleh salah seorang daripada pihak – pihak
tanpa  bantahan yang jelas padanya ,
sebagai contoh :
Kata Ibn Farhun al-Maliki  : “ Apabila seorang Hakim memutuskan satu kes
yang perintah tersebut   adalah  ُحكْمٌ
مُخْتَلَفٌ فِيْه( hukum yang tidak disepakati disisi ulama
) ,pada hal bagi hakim itu ada pandangan hukum  tentang kes itu , lalu ia menghukum dengan
pandangan yang lain dalam keadaan terlupa , maka perintahnya itu  boleh dibatalkan.
Menurut
pandangan dikalangan mazhab Hambali  : “
Apabila satu kes dihadapkan dihadapan hakim , kes seperti itu pernah diputuskan
oleh hakim yang lain . ternyata keputusan Hakim yang terdahulu tersalah atau
penghakimannya  sendiri yang tersalah ..
Dalam situasi ini perlu diteliti .. Jika penghakiman itu menyalahi
al-Quran  atau sunnah  atau ijmak maka keputusan dibatalkan  kerana penghakiman yang tidak memenuhi
syaratnya  adalah   wajib dibatalkan.
IDDAH
MU’ASYARAH
Didalam kitab “
إعانة الطالبين“” karangan al-‘Allamah
Abu Bakar Satha al-Dumyati al-Bakri , hlm 100, jld 4 ada menyebut :
 فإن إستمرت المعاشرة من حين الطلاق ، إستأنفت
العدة من حين زوالها
Jika berterusan Mu’asyarah suami isteri dari tempoh
talaq, maka iddah dikira bermula dari tempoh tidak ada bermu’asyarah lagi
diantara suami isteri.
أنها لا تستأنف
عدة جديدة بعد زوال المعاشرة  إن مضى زمن
بعد الطلاق بلا معاشرة 
Jika iddah
isteri sudah berlalu selepas ia ditalaqkan 
oleh suaminya  tanpa  ada hubungan mu’asayarah , maka sesungguhnya
ia tidak perlu menjalani ‘iddah yang baru apabila sudah tidak mu’asyarah lagi
dengan suaminya.
Didalam kitab “
فتح العلام بشرح مرشد الأنام
في الفقه على مذهب السادة الشافعية “”
karangan العلامةالشيخ محمد الجرداني
, hlm 141, jld 5 cetakan  dar ibn Hazm
Beirut , tahun 1998M  ada menyebut :
فإن
كانت رجعية  ، أو بائنا  عاشرها بوطء شبهة لم تنقض عدتها ما دام معاشرا
لها ، وإن طال زمن العشرة جدا واستمر سنين ، 
فإن لم يمض زمن بلا معاشرة  بأن
استمرت المعاشرة  من حين الطلاق ، استأنفت
العدة من حين زوال المعاشرة 
وإن
لم تكن المعاشرة  من حين الطلاق ، كأن
هجرها عقبه  حتى انقضى من عدتها فرء ، أو
شهر ، ثم عاشرها بنت بعد زوال المعاشرة على ما مضى قبلها .
Didalam
kitab “
إعانة الطالبين“” karangan al-‘Allamah Abu Bakar Satha al-Dumyati al-Bakri ,
hlm 1001, jld 4 ada menyebut :
 وكالرجعية في خمسة :
1- في لحوق
الطلاق
2- وفي وجوب
سكناها
3- وفي أنه لا
يحد بوطئها
4- وليس له تزوج
نحو أختها
5-  أربع سواها
Perempuan yang bermu’asyarah dengan suaminya
selepas  ia ditalaqkan  tertakluk kepada beberapa hukum iaitu:
Lima  hukum
seperti perempuan dalam iddah talaq raj’ei selepas eddah asli 
1- Boleh disabitkan 
berlaku talaq dalam iddah mu’asyarah 
2- Suami wajib menyediakan tempat tinggal isteri 
3-Tidak  boleh
dikenakan hukuman hudud ( had zina ) dengan sebab persetubuhan dalam  tempoh 
iddah mu’asyarah
4- Suami tidak boleh berkahwin dengan  perempuan yang  haram dihimpunkan bersama isterinya itu
seperti iparnya atau ibu saudara isterinya .
5- Suami tidak boleh berkahwin dengan  isteri yang baru dalam iddah mu’asyarat jika
sudah memiliki empat orang  isteri .
كالبائن في تسعة
أحكام :
1- لايصح رجعتها 
2- ولايصح
التوارث بينهما
3- ولا يصح
منها  إيلاء
4- ولا  ظهار 
5- ولا لعان 
6- ولا نفقة
7- ولا كسوة 
8- ولا يصح خلعها
، بمعنى أنه إذا خالعها وقع الطلاق رجعيا ولا يلزم العوض
9- إذا مات الزوج
عنها لا ينتقل لعدة الوفاة 
Sembilan  hukum
seperti perempuan yang ditalaq bain:
1- Tidak boleh rujuk selepas iddah hakiki selesai
2-Tidak
sabit pusaka  mempusakai , sekiranya mati
salah seorang dari bekas suami-  
isterinya itu
3- Tidak sah iyla’ keatas perempuan itu
4- Tidak sah zihar keatasnya
5- Tidak sah Lia’an keatasnya.
6- Tidak wajib nafkah baginya selepas ‘Iddah yang asli
7- Tidak wajib diberi pakaian kepadanya 
8- Tidak sah khul’ darinya 
9- Apabila bekas suami mati , maka iddahnya tidak akan
berpindah kepada iddah wafat
Didalam kitab “
فتح العلام بشرح مرشد الأنام في الفقه على مذهب السادة الشافعية “”
karangan العلامةالشيخ محمد الجرداني
, hlm 141-142 , jld5 cetakan  dar ibn
Hazm Beirut , tahun 1998M  ada menyebut :
 أحكام المعاشرة 
واعلم أن المعاشرة الرجعية بعد
انقضاء عدتها الأصلية من الأقراء أو الأشهر 
تكون 
 كالرجعية في ستة
أحكام  :
1-             
وهى أن يلحقها الطلاق 
2- وتجب لها السكنى 
3- ولا يحد بوطئها بشبهة الفراش 
4- وليس له تزوج نحو أختها كخالتها 
5-  أربع سواها
6- ولا يصح عقد غيره عليها 
Perempuan yang bermu’asyarah dengan suaminya
selepas  ia ditalaqkan  tertakluk kepada beberapa hukum iaitu:
Lima  hukum
seperti perempuan dalam iddah talaq raj’ei selepas eddah asli 
1- Boleh disabitkan 
berlaku talaq dalam iddah mu’asyarah 
2- Suami wajib menyediakan tempat tinggal isteri 
3-Tidak  boleh
dikenakan hukuman hudud ( had zina ) dengan sebab persetubuhan dalam iddah
mu’asyarah
4- Suami tidak boleh berkahwin dengan  perempuan yang  haram dihimpunkan bersama isterinya itu
seperti iparnya atau ibu saudara isterinya .
5- Suami tidak boleh berkahwin dengan  isteri yang baru dalam iddah mu’asyarat jika
sudah memiliki empat orang  isteri
6- Tidak sah akad nikah perempuan tersebut dengan
orang lain
 كالبائن في تسعة أحكام :
1-وهى أنه لايصح
رجعتها 
2- ولايصح
التوارث بينهما
3- ولا يصح
فيها  إيلاء
4- ولا  ظهار 
5- ولا لعان 
6- ولا نفقة
7- ولا كسوة 
8- ولا يصح خلعها
، بمعنى أنه إذا خالعها وقع الطلاق رجعيا ولا يلزم العوض
9- إذا مات الزوج
عنها لا ينتقل لعدة الوفاة 
Sembilan  hukum
seperti perempuan yang ditalaq bain:
1- Tidak boleh rujuk selepas iddah hakiki selesai
2-Tidak
sabit pusaka  mempusakai , sekiranya mati
salah seorang dari bekas suami-  
isterinya itu
3- Tidak sah iyla’ keatas perempuan itu
4- Tidak sah zihar keatasnya
5- Tidak sah Lia’an keatasnya.
6- Tidak wajib nafkah baginya selepas ‘Iddah yang asli
7- Tidak wajib diberi pakaian kepadanya 
8- Tidak sah khul’ darinya 
9- Apabila bekas suami mati , maka iddahnya tidak akan
berpindah kepada iddah wafat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan