KAEDAH PENGESAHAN AKAD NIKAH
Merujuk kepada kitabتنوير القلوب في
معاملة علام الغيوبKarangan as-syeikh Muhammad
Amin al-Kurdiy hlm 312 menyatakan:
Rukun Nikah ada lima rukun:
1)
Suami
Disyaratkan
bahawa adalah ia
-
Beragama islam
-
Bukan mahramnya
-
Ikhtiar suami bukan
dasar paksaan
-
Mengetahui nama
isteri ,nasabnya , diri tubuh isteri
-
Seorang lelaki tulen
2)
Isteri
Disyaratkan
bahawa adalah ia :
-
Bahawa ia bukan
mahram kepada suami
-
Bahawa perempuan
tersebut tertentu
-
Sunyi daripada Iddah
-
Bukan isteri orang
-
Perempuan yang asli
-
Islam atau ahli kitab
yang diiktiraf oleh syara’
3)
Wali
Disyaratkan
bahawa adalah ia:
-
Seorang yang islam
-
Tidak fasiq
-
Atas kerelaan sendiri
menjadi wali bukan paksaan
-
Baligh
-
Berakal
-
Merdeka bukan seorang hamba abdi
-
Seorang lelaki yang
tulen
-
Tidak dalam keadaan
ihram
4)
Dua orang saksi
Disyaratkan
bahawa adalah ia:
-
Islam
-
Baligh
-
Berakal
-
Lelaki
-
Medeka
-
Mendengar
-
Melihat
-
Boleh bertutur
-
Mengetahui bahasa
lelaki (suami) dan wali nikah
-
Seorang yang adil
5) Sighah
Disyaratkan
bahawa adalah ia:
-Ijab
iaitu berkata wali ( Aku nikahkan dikau atau
aku kahwinkan dikau…. )
-
qabul iaitu berkata suami ( Aku terima nikahnya…..)
PENGESAHAN
DAKWAAN SUDAH BERKAHWIN
Didalam
kitab “ المهذب “ karangan Imam
as-Syirazi , jld 5 halaman 543 cetakan
Dar al-Qalam Damsyik Syiria ada menyebut :
و إن كان المدعي نكاحا :
فقد قال الشافعي رحمه الله تعالى :
لا يسمع حتى يقول :
نكحتها
بولي وشاهدين ، ورضاها.
Seseorang yang mendakwa dia sudah bernikah ,Menurut pendapat Imam as-Syafei : Dakwaan ini tidak boleh diterima sehingga dia berjaya
membuktikan seperti katanya ketika memberi keterangan :
“ Aku telah berkahwin dengan si Dia ( perempuan ) dengan berwalikan seorang wali ( disebutkan nama walinya ) dan dua orang saksi nikah ( nama dua orang saksi ) serta dengan
kerelaan perempuan itu.
Didalam kitab “
التنظيم القضائي في الفقه الإسلامي دراسة مقارنة
” karangan Prof Dr. Muhammad al-Zuhayli , hlm 477 cetakan Dar al-Fikr al-Mu’aasir
Beirut Lebonan ada mendatang contoh
penghakiman Saidina Ali r.a iaitu:
بما
روي عن علي رضى الله عنه أن رجلا إدعى على إمرأة نكاحا بين يدي عليّ رضى الله عنه ، وأقام شاهدين ، فقضى علي بالنكاح بينهما
Riwayat daripada Saidina Ali
r.a bahawa ada seorang lelaki
mendakwa dihadapannya bahawa ia sudah berkahwin dengan seorang perempuan , lelaki itu telah berjaya membawa
dua orang saksi pernikahannya , keputusan saidina Ali , beliau telah mengesahkan pernikahan tersebut.
Merujuk didalam kitab “فتح المعين” karangan al-Alim ‘Allamah as-Syeikh Zainuddin al-Malibariy ,
hlm 143 , cetakan maktabah wa Matba’ah Dar al-Ma’arib Pulau Pinang ad menyebut
:
وفي الدعوى بنكاح على
إمرأة ذكر صحته وشروطه من نحو ولي وشاهدين عدول ورضاها إن شرط بأن كانت غير مجبرة
فلا يكفي فيه الإطلاق .
Disyaratkan pada dakwaan pernikahan dengan
seorang perempuan,pihak pemohon hendaklah membuktikan dihadapan hakim akan rukun dan syarat sah nikah , sepertimembuktikan wali nikah , dua orang saksi lelaki yang adil dan juga keredhaan
hati perempuan ( iaitu perempuan yang bukan al-Bikru ( anak dara sunti)
adapun anak dara wali mujbir boleh
menikahkan anak perempuannya tanpa
keizinan daripada perempuan tersebut ).Maka tidak diterima dakwaan pernikahan
seseorang itu tanpa diperincikan syarat-syarat sah nikah.
PENGESAHAN AKAD NIKAH
Didalam kitab “ تبصرة الحكام في اصول الآقضية ومناهج الآحكام” karangan al-‘Alim Qadhi Muhammad ibn Farhun , hlm 125, jld 1 , cetakan
Dar al-Kutub al-‘lmiyyah Beirut Lebonan, ada menyebut seperti berikut :
إذا تداعى رجل و إمرأة في أمور الزوجية ، وأقرّا بالزوجية ، فإن كانا طارئين لم يعرض لهما الحاكم ، وإن كانا من أهل
البلد وادعيا وقوع الزوجية ، كلفهما إثبات
النكاح ، وسألهما عن الولي العاقد والشهود بذلك عليهما .
Apabila pasangan lelaki dan perempuan mendakwa dan mengaku bahawa mereka sudah bernikah, jika sekiranya
mereka berdua bukan warga negara ,maka hakim menerima pengakuan atau dokumen
pernikahan mereka..Sebaliknya , jika mereka berdua adalah warga negara , hakim hendak memerintahkan pihak-pihak
membuktikan nya dan hakim hendaklah
membuat siasatan tentang wali
dan saksi-saksi pernikahan tersebut .
PENGIKTIRAFAN KEPUTUSAN HAKIM SYARIE WILAYAH LAIN
Merujuk didalam kitab “ نظرية الحكم القضائي في
الشريعة والقانون “karangan Dr.Abdul Nasir Musa Abu
Bashal hlm 73 ada menyebut :
إذا قدم للقاضي حكم صادر عن القاضي آخر ، فقال
القاضي : ثبت
عندي أنه ثبت فلان من الحكام كذا وكذا ، ثم قام بتنفيذالحكم ، فهذه المسألة إختلف
فيها الفقهاء على مذهبين :
المذهب الآول :
مذهب جمهور الفقهاء ، كالحنفية والمالكية والراجح
عند الشافعية ، ذهبوا إلى أن تنفيذ الحكم
ليس حكما من المنفذ
المذهب الثاني :
وهو لبعض الشافعية وبعض الحنابلة إبن الشاط من المالكية ، فالشافعية
والحنابلة يرون أن تنفيذ الحكم يتضمن
الحكم بصحة الحكم المنفذ
Apabila dihadapkan dihadapan
Hakim akan perintah hakim yang lain,Hakim tersebut berkata :Telah thabit disisiku bahawa perintah ini
adalah daripada Hakim ( nama
Hakim ) kemudian beliau melaksanakan
perintah tersebut.
Permasaalan ini terdapat dua pandangan ulama:
1- Mazhab Pertama : Jumhur Fuqaha
seperti Hanafi, Maliki, dan qaul Rajih disisi as-Syafeiyyah
berpendapat bahawa perlaksanaan
hukum tersebut bukan satu perintah daripada
( القاضي المنفذ) hakim pelaksana.
2- Mazhab Kedua : Sebahagian as-Syafeiyyah , al- Hambali
dan Imam Ibnu as-Syaad dikalangan al-
Maliki , mereka berpendapat bahawa perlaksanaan perintah hakim diwilayah lain adalah termasuk sebagai
perintah yang sah daripada hakim pelaksana القاضي
المنفذ
وقد يصبح تنفيذ الحكم حكما
بالمحكوم به عند الحنفية والمالكية والشافعية إذا توافرت فيه الشروط التالية :
1- من حيث الصيغة ، أن يقول القاضي المنفذ :
حكمت بما حكم به الأول وألزمت بموجبه ومقتضاه .
2- أن تصدر الصيغة المذكورة بعد أن تجري بين يدي
القاضي الثاني دعوى صحيحة وخصومة صحيحة
Perlaksanaan perintah hakim
lain adalah dikira sebagai
perintah yang sah dari hakim yang melaksanakan perintah
tersebut apabila memenuhi syarat-syarat
berikut :
1- Lafaz
Hakim yang
melaksanakan hukum itu hendaklah berkata
: Aku perintahkan seperti perintah hakim yang mengeluarkan perintah ini.
2- Perintah ini dikeluarkan setelah pihak-pihak
mengemukakan dakwaan yang lengkap dihadapan Hakim yang kedua .
PEMBUKTIAN PENGESAHAN
AKAD NIKAH
- Keterangan pihak-pihak
Didalam
kitab “Mu’iinul Hukkam’karangan
imam Alauddin al-Tarabulsiy , halaman 23
ada menyebut :
إن أتى بإشكال أمره ببيانه
Apabila dihadapkan
dihadapan Hakim bicara , didapati
perkara itu ada kemusykilan maka Hakim hendaklah memerintahkan pemohon supaya memperjelaskan
perkara tersebut,
و إن أبهم جوابه أمره بتفسيره حتى يرتفع
الإشكال عنه
Maka jika jawapan yang
diberi oleh pemohon masih ada kesamaran
maka Hakim hendaklah memerintahkan
kepada pihak-pihak tersebut supaya menerangkan dengan jelas sehingga hilang
kesamaran tersebut.
b.Pemeriksaan
kepada saksi dan dokumentar
Merujuk kepada kitab “ بغية المسترشدين “ karangan as-Saiyyid Abdul Rahman Ibnu Muhammad Ibnu al-Husain
, halaman 340 menyebut:
وليس للقاضي أن يقبل الشهادة أو يحكم بمجرد خط
من غير بينة مطلقا عن التفصيل ، إحتياطا للحكم الذي فيه إلزام الخصم مع إحتمال
التزوير
Seorang Hakim
tidak boleh hanya bergantung kepada Syahadah atau Dokumentar sahaja
tanpa melihat kepada keterangan lain dengan lebih teperinci , ini adalah bertujuan untuk lebih
berhati-hati (إحتياطا ) dalam
memutuskan satu-satu hukum, kebarangkalian wujudnya penipuan dalam Syahadah atau
pemalsuan dalam dokumen yang
dikemukakan ke Mahkamah .
c.Keterangan seorang saksi dan sumpah syarie
Menurut didalam kitab “ ضمانات العدالة في
القضاء الإسلامي” oleh Syeikh محمد عايش متوليhlm 107 ada menyebut bahawa sesungguhnya Para Ulama bersepakat
bahawa harus dalam pensyabitan hukum dalam kes Mal dengan
hanya berlandaskan keterangan
seorang saksi dansumpah syarie
Dalil Al-Hadis
- Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan daripada Abdullah Abbas r.a.h katanya:
أن رسول الله (ص)"قضى بشاهد ويمين "قال عمرو : في الأموال
Sesungguhnya
Baginda Rasulullah s.aw telah berhukum hanya
dengan seorang saksi dan sumpah
Kata
Amru bin Dinar : Hukum ini diharuskan didalam kes-kes Mal sahaja
- Diriwayatkan daripada Jaafar
bin Muhamad daripada bapanya
daripada saidina Ali r.a.h:
أن رسول
الله ( ص) و أبا بكر وعثمان كانوا
يقضون بالشاهد الواحد ويمين المدعي
Sesungguhnya adalah Baginda Rasulullah s.a.w , saidina Abu Bakar dan saidina Usman
berhukum dengan seorang saksi dan sumpah muddaeiy.
Didalam
kitab “ البيان في مذهب
الشافعي ” karangan al-Imam Yahya ibnu Abi al-Khair
al-Imraniy , jilid 13, hlm313 ada
menyebut :
Menurut
pandangan Saidina Abu bakar r.a, Saidina umar r.a, Saidina usman, Saidina Ali
r.a , Ubaiy B bin Ka’ab , Umar ibnu al-aziz , Abu Salamah ibnu Abdul Rahman ,
al-Sa’biy , Syuraih , Fuqaha’ Madinah , Rabi’ah , Malik , Ahmad, Ishak ialah :
“
Tia-tiap hak ( kes-kes Mal )boleh disabit
dengan seoarang saksi lelaki dan dua orang perempuan dan boleh
disabitkan juga dengan seorang saksi lelaki dan sumpah plaitif ”
Pendapat
ini berdasarkan :
1. Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan
daripada Abdullah Abbas r.a.h katanya:
أن رسول الله (ص)"قضى بشاهد ويمين "قال عمرو :و كان ذلك في
الأموال
Sesungguhnya
Baginda Rasulullah s.aw telah mensabitkan hukum
dengan seorang saksi dan sumpah
Riwayat Imam al-Baihaqi
Kata
Amru bin Dinar : Hukum ini diharuskan didalam kes-kes Mal sahaja
- Pembuktian
dokumentar
Dalil
yang menunjukkan bahawa Dokumentar sebagai satu keterangan yang membuktikan
ketulinan satu-satu kes , adalah seperti berikut:
1-Dalil Al-Quran:
Firman Allah Taala:
ياأيهاالذين آمنوا إذا تداينتم بدين إلى أجل
مسمى فاكتبوه
Maksud: Wahai
orang-orang yang beriman , apabila kamu bermuamalah secara tidak tunai untuk
waktu yang ditentukan , hendaklah kamu menulisnya
Surah
al-Baqarah :282
Firman Allah Taala:
والذين
يبتغون الكتاب مما ملكت أيمانكم فكاتبوهم إن علمتم فيهم خيرا
Maksudnya: Dan budak-budak
(hamba) yang kamu miliki yang menginginkan perjanjian hendaklah kamu tuliskan
perjanjian mereka , jika kamu mengetahui ada kebaikan kepada mereka
Surah
an-Nur:33
2-Hadis:
Telah
diriwayatkan oleh al-Dahhak bin Sufyan
كتب إلي رسول الله ( ص) أن ورث إمرأة أشيم
الضبابي من دية زوجها
Al-Dahhak menyatakan:
Rasulullah s.aw telah menulis kepadaku supaya isteri Ashyam al-Dababi mewarisi
diyyah suaminya
Hadis Nabi s.a.w :
عن عبد الله بن عمر رضى الله عنه : أن رسول الله صلى الله
عليه وسلّم قال :
ما حق إمرئ مسلم له شئ يريد ان يوصي فيه يبيت
ليلتين إلا ووصيته مكتوبة عنده .
رواه مسلم
Dari Abdullah bin Umar katanya :
Bahawa adalah baginda Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidak tidur seorang muslim
itu pada waktu malamnya melainkan ia sudah menulis wasiat disisinya”
Riwayat
Imam Muslim
Berdasarkan Hadis diatas Kata Imam
Ibnu Qaiyyim :
"لو لم يجز الإعتماد على
الخط لم تكن لكتابة وصيته فائدة
“ Sekiranya tidak
boleh berpegang kepada tulisan sebagai bahan pembuktian sudah tentu perintah Rasulullh s.aw menulis wasiat sebelum tidur tidak memberi
faedah “
3-Amalan Para Sahabat :
Begitu juga amalan para al-Khulafa al-Rashidin , diataranya Surat
Saidina Umar kepada Abu Musa al-Asharari dan Surat Ali kepada Abdullah bin
Abbas
Mahkamah juga merujuk didalam kitab “Majallah al-Ahkam ‘Adliah
“ Madah 69 yang memperuntukkan bahawa
tulisan adalah salah satu cara pembuktian
Sebagaimana didalam Madah:
الكتاب كالخطاب
“ Tulisan itu seperti percakapan”
Pembuktian dengan Dokumentar adalah
tidak bercanggah dengan hukum syara’
sebagaimana yang telah ditegaskan
oleh Dr. Said abin Darwis didalam kitabnya
(طرائقالحكم المتفق
عليها والمختلف فيها في الشريعة الإسلامية ) mukasurat286 sebagaimana katanya:
قد ثبت العمل بالخط بالأدلة المتكاثرة من
الكتاب والسنة والإجماع
Sesungguhnya telah sabit boleh
berpegang dalam pembuktian dengan tulisan kerana ia sabit dengan al-quran ;al-hadis dan Ijma’
para ulama
Begitu juga didalam kitab ““ بغية المسترشدين “ karangan as-Saiyyid Abdul Rahman Ibnu Muhammad Ibnu al-Husain
, halaman 341menyebut:
و حكي عن الحسن وسوار
القاضي وعبد الله العنبري أن للقاضي إذا كان يعرف خط الكاتب وختمه ، له أن يقبله
Pandangan
ini dipetik daripada Imam Hassan dan
Shuwar al-Qadhi dan Abdullah al-Anbariy , mereka berpendapat bahawa seorang
Qadhi boleh menerima pembuktikan
Dokumentar sekira ia kenal tulisan dan cop rasmi didalam dokumen tersebut.
PERMASALAHAN WAKALAH
Adakah mesti
akad wakalah( ijab dan qabul ) berada
didalam satu majlis ?
Untuk menjawab persoalan tersebut
Mahkamah suka merujuk kepada kitab“أنوار
المسالك شرح عمدة السالك وعدة الناسك” karangan as-Syeikh
Muhammad al-Zuhriy al-Ghamrawiy , halaman 235:
ولا يشترط الفور في القبول ولا في المجلس
Tidak
disyaratkan qabul akad wakalah dengan
segera dan juga tidak disyaratkan berada didalam satu majlis
Begitu juga didalam kitabتنوير القلوب في
معاملة علام الغيوب"”Karangan
as-syeikh Muhammad Amin al-Kurdiy hlm 261
menyatakan:
ولا يشترط هنا الفور ولا المجلس بل يكفي الفعل
أو عدم الرد على التراخي ، أما لو ردها الوكيل : فإنها تبطل
Tidak disyaratkan qabul akad
wakalah dengan segera dan didalam satu majlis sebaliknya cukup sekadar
perbuatan yang menunjukkan qabul atau
tiada wujud elemen yang
menunjukkan keengganan penerimaan
wakalah secara bertangguh, sekiranya wakil menolak wakalah tersebut maka hukum
wakalah tersebut adalah terbatal.
KUASA WALI MUJBIR
Menurut
didalam kitab “ مشكاة المصباح في شرح العدة والسلاح في أحكام
النكاح” karangan
al-Syeikh Muhammad Ibnu Ahmad Ba Fadhal
al-Khadramiy, hlm 169 , cetakan Dar Ibnu Hazam
Beirut Lebonan , ada menyebut :
وللأب والجد المجبرين
التوكيل في تزويج البكر بغير إذنها
، إن كانت بالغة ، كما يزوجانها بغير إذنها
Wali Mujbir iaitu ( Bapa dan Datuk ) boleh mewakilkan wali kepada
sesiapa yang layak pada menikahkan anak daranya yang sudah baligh tanpa perlu
mendapat keizinan daripada anak tersebut , hukum ini adalah sama dengan kuasa wali mujbir menikahkan anak daranya tanpa perlu mendapat keizinan anak
tersebut.
ولغيرهما من باقي
الأولياء التوكيل بعد إستئذانها في التزويج ،
إن لم تنه عن التوكيل ، فلو وكل قبل تأذن لم يصح
Adapun selain daripada wali mujbir , sekiranya mereka hendak mewakilkan
wali mestilah mendapat keizinan terlebih dahulu daripada pihak pengantin perempuan jika sekiranya ia tidak menghalang
berbuat sedemikian,
Maka sekiranya wali mewakilkan pernikahan kepada seseorang sedangkan tidak meminta keizinan terlebih dahulu daripada pihak perempuan maka perlantikan wakil wali tersebut
adalah tidak sah
SYARAT
WAKIL WALI
Merujuk didalam kitab “ مشكاة المصباح في شرح العدة والسلاح في أحكام
النكاح” karangan
al-Syeikh Muhammad Ibnu Ahmad Ba Fadhal
al-Khadramiy, hlm 171 , cetakan Dar Ibnu Hazam
Beirut Lebonan , ada menyebut :
شرط الوكيل عن الولي أن يصح كونه وليا في
النكاح ، لأنه قائم مقامه
Syarat wakil daripada wali mestilah wakil tersebut seorang yang
berkelayakan menjadi wali, ini adalah kerana keadaan wakil tersebut
menduduki tempat wali yang sebenar
فلا يجوز أن يوكل عبدا - أي - ولو بإذن سيده ونحوه – أى – كفاسق، لأنه لا
يزوج بنته ، فبنت غيره أولى
Oleh sebab itu tidak boleh diwakilkan kepada hamba abdi sekali pun mendapat keizinan daripada
penghulunya dan tidak sah wakil kepada
orang yang fasiqkerana orang fasiq tidak boleh menikahkan anak perempuannya ,
jikalau anak perempuan sendiri tidak
boleh menikahkannya , sudah tentu anak orang lain adalah terlebih utama tidak dibenarkan
menikahkannya .
SYARAT WAKIL WALI KETIKA MAJLIS AKAD
Didalam
kitab“ الوكالة
في الشريعة والقانون”karanganProf .DrMuhammad Ridha Abdul Jabbar al-‘Aaniy
, halaman 256 ada menyebut :
عقود النكاح والخلع
والطلاق على مال أو العتق على مال ، فإذا تعاقد الوكيل في هذه العقود نيابة عن
غيره لزمه إضافنها إلى الموكل
Jenis-jenis
akad seperti akad Nikah,khulu’, talaq dengan harta, memerdekakan hamba dengan
harta, maka sekiranya wakil mengakadkan akad-akad tersebut mestilah
menyandarkan nama pewakil didalam majlis akad itu .
PERKARA YANG
SUNAT DILAKUKAN OLEH WAKIL WALI
Didalam kitab “ مشكاة المصباح في شرح العدة والسلاح في أحكام
النكاح” karangan
al-Syeikh Muhammad Ibnu Ahmad Ba Fadhal
al-Khadramiy, hlm 170, cetakan Dar Ibnu Hazam
Beirut Lebonan , ada menyebut :
و يندب للوكيل إستئذانها خروجا من الخلاف
Disunatkan kepada wakil wali meminta keizinan daripada pengantin
perempuan terlebih dahulu sebelum majlis akad nikah dilangsungkan kerana
mengelakkan daripada khilaf ulama yang
mewajibkan kepada wakil wali meminta
keizinan terlebih dahulu.
BIDANGKUASA HAKIM MENIKAHKAN ORANG DATANG KE WILAYAHNYA
As-Syeikh Abi Ya’la menyebut didalam kitabnya” al-Ahkam al-Sultaniyyah “
halaman 68 tentang bidang kuasa seorang hakim seperti katanya:
فيقلد النظر في جميع الأحكام من البلد، فتنفذ
جميع أحكامه في محلة عينت له ، وله أن يحكم فيه بين ساكنيه والطارئين إليه ، لأن
الطارئ إليه كالساكنين فيه.
Seorang Hakim yang dilantik adalah diberi kuasa membuat keputusan dalam
semua perkara dalam wilayahnya, Hakim tersebut boleh membuat keputusan yang
melibatkan penduduk tempatan dan juga pendatang-pendatang , ini adalah
kerana pendatang yang datang ke wilayahnya itu adalah dikira sebagai
penduduk tempatan
STATUS
WALI HAKIM DINEGARA BUKAN ORANG ISLAM
Menurut
pandangan Imam Ibnu Abidin didalam kitabnya “Hasyiah Ibnu Abidin” jld 4 halaman 369 ada membahaskan tentang
pelantikan Hakim yang dibuat oleh orang Islam yang tinggal didalam Negara yang
bukan dikuasai oleh orang Islam seperti katanya:
وأما بلاد عليها ولاة كفار ، فيجوز للمسلمين إقامة الجمع والأعياد ، ويصير القاضي قاضيا
بتراضي المسلمين ، فيجب عليهم أن يلتمسوا واليا مسلما منهم.
Negara yang dikuasai oleh
orang Kafir ,sedangkan keadaan
orang Islam yang tinggal didalam Negara itu
telah diberikan kebebasan untuk
mendirikan solat Jumaat dan
menyambut Hari raya,
Maka Qadhi yang dipilih oleh orang Islam itu
adalah Qadhi yang sah dikalangan mereka. Oleh sebab itu adalah menjadi kewajipan keatas orang Islam
menyelesaikan segala permasaalan mereka dihadapan qadhiyang telah dipilih itu.
Berdasarkan Pandangan Imam Ibnu Abidin diatas , Hakim yang dipilih oleh
orang Islam di Selatan Thailand adalah sah mengikut hukum syara’.
HUKUM
NIKAH DENGAN WALI HAKIM
Merujuk kepada kitab “
مشكاة المصباح في شرح العدة والسلاح في أحكام
النكاح” karangan
al-Syeikh Muhammad Ibnu Ahmad Ba Fadhal
al-Khadramiy, hlm 174 cetakan Dar Ibnu
Hazam Beirut Lebonan
, ada membahaskan masalah ini seperti katanya:
ولو أراد القاضي نكاح من لا ولي لها زوجه من
فوقه من الولاة كالسلطان –
أي – ولا يتولى الطرفين ،
كما سبق في إبن العم ، أو
خليفته ، أو قاض آخر ، حيث كانت
المرأة في محل ولايته ، والسلطان كالقاضي ، فيزوجه بعض نوابه
Sekira hendak menikah
dengan perempuan yang tidak ada
wali , maka hendaklah ia menyerahkan
kuasa pernikahan wali hakim
tersebut kepada mereka yang lebih
tinggi kedudukannya daripadanya seperti
Sultan ( Raja) . Maka hakim
tersebut tidak boleh berperanan sebagai wali dan penerima qabul dalam satu masa
yang sama , sebagaimana telah dihuraikan
pada bab terdahulu dalam kes ( إبن
العم )atau
khalifah hakim atau hakim yang lain
.sekiramana perempuan tersebut berada dibawah wilayahnya.
Sultan adalah
sama seperti Qadhi iaitu
beliau boleh dinikahkan oleh
mana-mana penggantinya .
JARAK
YANG MENGHARUSKAN KEPADA WALI HAKIM
Didalam
kitab “ أنوار المسالك شرح
عمدة السالك وعدة الناسك “ anwar al-Masalik Syarh Umdah al-Salik Wa
Uddah al-Nasik” karangan as-Syeikh Muhammad al-Zuhriy al-Ghamrawiy , halaman
288:
و إن كان غا ئبا في مسافة القصر أو كان محرما
زوجها الحاكم
Sekiranya
wali itu ghaib jarak yang mengharuskan
solat qasar atau wali berada
didalam keadaan ihram maka berpindah kepada wali hakim
Begitu
juga didalam kitab “ Syarh
al-tanbih شرح التنبيه ” karangan
as-syeikh Jalaluddin as-Sayuty “ jilid
ke-2 hlm 597 ada menyebut :
و غاب
زوجها الحاكم بطريق النيابة عنه لأنه حق تعذر إستيفاؤه منه فقام مقامه
Apabila wali
bagi seseorang perempuan itu ghaib maka hakim akan menikahkannya sebagai ganti wali , ini
adalah disebabkan wali tersebut tidak dapat melaksanakan tugasnya sebagai wali maka ketika itu Hakim
adalah berperanaan sebagai wali sebagai mengambil tempat wali yang hakiki
Didalam
kitab “ Hasyiah al-Baijuriy Syarhu Ibnu
Qasim حاشية البيجوري
شرح إبن قاسم “ jilid 2 halaman 109 ada menyebut :
(
ثم الحاكم ) عاما كان أو خاصا كالقاضي
كذالك يزوج الحاكم في غيبة الولي مسافة القصر
Turutan
susunan wali perempuan ketika ketiadaan
wali hakiki ialah Wali hakim samada
Wali Hakim tersebut Wali
Am atau Wali Khusus
, hukumnya adalah sama seperti hukum Qadhi ( ada Qadhi Am dan
ada Qadhi Khusus )
Seterusnya
Hakim boleh menikahkan perempuan yang
walinya ghaib yang jarak
mengharuskan solat qasar
“ karangan
al-Imam al-Imraniy البيان في فقه الإمام الشافعيDidalam
kitab “
Jilid
9 halaman152 ada menyebut :
فإن كان على مسافة تقصر اليها الصلاة جاز للسلطان
تزويجها ، لأن في استئذانه مشقة
Sekiranya wali perempuan berada pada jarak yang mengharuskan solat qasar maka harus bagi wali sultan menikahkan
perempuan tersebut , ini adalah
disebabkan kesulitan meminta
keizinan daripada wali tersebut , dalam keadaan seperti ini maka
wali itu dikira sebagai wali yang hilang .
WALI TAHKIM : PERMASAALAHAN DAN
PENYELESAIANNYA
Didalam kitab “ روضة الطالبين” oleh
al-Imam al-Nawawi, jld 6 hlm 397
,cetakan Dar al-kutub Beirut ada menyatakan masaalah Tahkim seperti katanya :
أن الشافعي رضى
الله عنه قال : إذا كان في
الرفقة إمرأة لا ولى لها ، فولت أمرها رجلا حتى يزوجها جاز
Kata Imam
al-Syafei رضى الله عنه :
“ Apabila terdapat
didalam satu rombongan seorang perempuan yang tidak ada wali bersamanya , maka
perempuan tersebut telah melantik seorang lelaki diantara
mereka menjadi wali nikahnya sebagai ganti walinya yang sebenar lalu lelaki
tersebut menikahkannya , maka hukum
pernikahannya adalah sah.”
لأن أبا عاصم العبادي حكى هذا النص في طبقات الفقهاء وقال : إنه تحكيم ،
والمحكم قام مقام الحاكم
Kerana
perkara ini telah disebut oleh as-Syeikh
Abu A’shim al-I’badi ( الشيخ أبو عاصم العبادي )
didalan kitab “طبقات الفقهاء ” sepertikatanya:
“ Tindakan
perempuan seperti diatas adalah dikira
sebagai hukum “تحكيم ”,
“ AdapunMuhakkam kedudukannya adalah seperti hakim ”
Merujuk
didalam kitab “ روضة الطالبين” oleh al-Imam al-Nawawi, jld
6 hlm 398 ,cetakan Dar al-kutub Beirut ada menyatakan masaalah
Tahkim seperti katanya :
ونقل
البندنيجي عن داود أنه قال : إن كان بكرا لم
يزوجها إلا وليها ، وإن كانت ثيبا جاز لها أن تزوج نفسها
As-Syeikh al-Bandaniji telah memetik pandangan al-Imam Daud
seperti mana katanya:’
“ Jika sekiranya perempuan itu seorang anak dara maka
tidak boleh seseorang mengakad
nikahnya melainkan walinya sendiri , manakala jika ia seorang
janda maka perempuan tersebut harus
keatasnya menentukan siapakah yang akan mengakadkan nikahnya ( seperti Tahkim
dan sebagainya, ini adalah kerana wali mujbir tidak ada kuasa mutlak dalam
urusan pernikahan anak perempuan yang sudah berstatus janda ”
Ini berdasarkan
sepotong hadis yang berbunyi :
وروى عن إبن عباس
رضى الله عنهما أن النبى صلى الله عليه وسلم قال:
"الأيم أحق بنفسها
من وليها "
Diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Abbas رضى الله عنهماbahawa Baginda Rasululah s.aw ada
bersabda yang bermaksud :
“ Perempuan yang janda adalah terlebih berhak keatas dirinya daripada walinya”
Merujuk
didalam kitab ““ مشكاة المصباح في شرح
العدة والسلاح في أحكام النكاح” olehal-Syeikh
Muhammad Ibnu Ahmad Ba Fadhal
al-Khadramiy, hlm 321 , cetakan Dar Ibnu Hazam
Beirut Lebonan , ada menyebut:
ولو حكم الزوجان من يصلح للقضاء ليعقد بينهما النكاح جاز سواء كان هناك قاض أو
إمام أم لا ، لأن التحكيم في المال وقع لجمع من كبار الصحابة في وقائع ، ولم ينكره
أحد ، فكان إجماعا
Jika
sekiranya sepasang lelaki dan perempuan
telah melantik seseorang yang layak memegang jawatan kadhi sebagai Muhakkam
pada menikahkan mereka berdua , sama ada ditempat tersebut ada kadhi atau imam
( pemimpim ) maka hukumnya adalah harus , ini adalah kerana “ Tahkim ” didalam kes-kes Mal banyak berlaku dizaman
para sahabat Nabi s.aw dan juga tidak terdapat seorang pun yang
mengingkari perkara tersebut . makaianya
sudah menjadi Ijmak.
PENGESAHAN NIKAH
DENGAN KHABAR MUSTAFID DAN
KETERANGAN DENGAR CAKAP ( HEARSAY )
Definisi Keterangan Dengar Cakap:
Dalam bahasa arab dikenali sebagai Syahadah bi al-Tasamu’ iaitu
kesaksian yang diberikan oleh seseorang berdasarkan apa yang didengar dari
orang lain atau melalui berita atau khabar yang tersebar yang diketahuinya
Bidangkuasa Mahkamah:
Mahkamah Syariah Negeri Melaka mempunyai bidangkuasa
membicarakan kes-kes yang berkaitan dengan Pernikahan sebagaimana didalam seksyen 49(3) (b)(1)
Enakmen Pentadbiran Agama Islam(Negeri Melaka) 2002 memperuntukkan :
“ Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah –
(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan
semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu
ialah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan –
(i) Pertunangan , perkahwinan , ruju’ , perceraian, pembubaran
perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman ( faraq) atau apa-apa
perkara lain yang berkaitan dengan perhubungan antara suami dan isteri.
BIDANG KUASA MENGIKUT HUKUM SYARAK
Kata Imam
al-Mawardi didalam kitabnya “ al-Ahkam
al-Sultaniyah “ hlm 72 :
وإن كانت ولايته خاصة
فهى منعقدة على خصوصها ومقصورة النظر على ما تضمنته
Jika bidang kuasa yang diberikan
kepada Hakim itu bersifat
khusus maka Hakim tersebut hanya
boleh membicara diatas bidang kuasanya sahaja.
Merujuk
kepada kitab “al-Ahkam al-Sultaniyyah “ karangan Imam al-Mawardi , hlm 98
dan kitab “
al-Sultah al-Qadhaiyyah Wa Nizam al-Qadha’
Fi al- Islam “
السلطة القضائية ونظام
القضاء في الإسلام karangan Prof Dr Nasr Farid Wasil Mantan Mufti Mesir hlm 166-167
, dan kitab Nizam al-Qadha’ karangan Dr Muhammad Ibrahim Abdul Hamid ,
hlm 77 ada menyebut :
الأختصاص النوعي
معناه تخصيص القاضي
في قضائه بنوع معين من القضاء كالجنايات ، أو الأحوال الشخصية ، أو المعاملات المدنية ، أو التجارية ، أو
قضايا الزواج والطلاق ، أو المواريث والوقوف والوصايا أو غير ذلك .
الأختصاص النوعي
Seseorang Kadhi boleh
membicarakan kes-kes yang diberi
bidangkuasa keatasnya sahaja seperti kes
jenayah, ahwal syahsiah ( hal-hal kekeluargaan) Muamalat, perkahwinan,
talaq, harta pusaka, wakaf dan wasiat dan lain-lainnya.
PANDANGAN ULAMA TENTANG KETERANGAN DENGAR CAKAP (
HEARSAY )
Menurut pandangan as-syeikh Muhammad Zaid al-Anbani didalam
kitabnya “ Kitab Mabahith
al-Muraffah” hlm 117 cetakan Matbaah al-Sakar Mesir, 1912 cetakan kedua menyebut:
Keterangan dengar cakap boleh diterima jika sekiranya khabar itu
sudah masyhur dan tersebar luas sampai
ketahap mutawatir kepada orang
yang menjadi saksi tersebut
Merujuk didalam kitab “ النظام القضائي في الفقه الإسلامي” hlm 320 , cetakan Dar al-Bayan Kaherah
Mesir karangan Prof Dr . Muhammad
Rafad Osman seorang tokoh ulama al-Azhar yang terkemuka
ada menyebut :
وبعض فقهاء الشافعية أن الشهادة بالإستفاضة
تجوز على تسعة أشياء:
1.
الزوجية
2.
والملك المطلق ،
أى الذي لميبين له سببب من عقده أو غيره
3.
والوقف ومصرفه
4.
والموت
5.
والولاء
6.
والولاية
7.
والعزل
لأن هذه الأشياء
تتعذر الشهادة عليها في الغالب بمشاهدتها
أو مشاهدة أسبابها ، فجازت الشهادة عليها بالإستفاضة كالنسب
Sebahagian Ulama Syafie berpendapat bahawa
syahadah dengan khabar istifadah (
khabar yang sudah masyhur diketahui orang ) boleh diterima dalam 9 perkara:
1. Perkahwinan
2. Permilikan secara
Mutlak
3. Wakaf serta pengurusannya
4. Kematian
5. Perhambaan
6. Perlantikan
Hakim
7. Perlucutan
Hakim
Perkara-perkara diatas adalah sukar dibuktikan dengan
kesaksian sebenar , maka diharuskan pembuktiannya dengan syahadah khabar
istifadhah seperti Hukum penentuan nasab boleh disabitkan dengan khabar
istifadhah (الشهادة
بالإستفاضة )
Didalam kitab “
فتاوى الرملي قي فروع الفقه الشافعي “ karangan al-Imam Syihabuddin Ahmad ibnu Hamzah
al-Ramliy seorang Ulama yang tersohor didalam mazhab Syafei dihalaman 608- 609 cetakan Dar al-Kutub
al-Ilmiyyah Beirut berpendapat
bahawa Syahadah Hear say adalah
diterima dalam kes-kes penentuan nasab , wakaf dan sebagainya seperti kata beiau :
الشهادة
بالتسامع صحيحة ويسوغ الحكم بمضمونها وذكر
الشهادة بالتسامع على الوجه
المذكور للتقوية أو حكاية الحال
Syahadah bi al-Tasamu’ adalah sah
dan boleh mensabitkan satu-satu hukum pada bab yang tertentu sahaja seperti penentuan nasab, wakaf dan sebagainya
.
Syahadah bi al-tasamu’ adalah
bertujuan sebagai mengukuhkan atau menghikayatkan sesuatu perkara sahaja
Pandangan ini disokong
dengan pendapat Imam al-Isnawi seperti
katanya:
قال الإسنوي : وحاصله الجزم بجواز ذكر التسامع
Kata Iman al-Isnawi: Secara
jazamnya harus disabitkan perkara- perkara
diatas dengan Syahadah bi al-tasamu’
Mahkamah juga merujuk kepada
Fatwa Prof Dr. Nasr Farid Muhammad Wasil
Mantan Mufti Mesir di dalam kitab “ الفتاوى الإسلامية
Cetakan Maktabah Taufiqiah Mesir
, halaman 579 ada menyebut :
لا تصح
الشهادة إلا بعلم ولا يحل لأحد أن يشهد إلا إذا علم والعلم يحصل
بالرؤية أو السماع أو الإستفاضة فيما يتعذر علمه غالبا بدونها .
و الإستفاضة هى الشهرة التي تثمر الظن أو العلم .
Tidak sah Syahadah melainkan dengan ada
pengetahuan , oleh itu tidak harus bagi
seseorang itu memberi kesaksian melainkan ada pengetahuan tentang perkara
tersebut .Pengetahuan tentang sesuatu
perkara adakalanya didapati dengan cara
melihat atau mendengar , atau secara
khabar ( الإستفاضة ) pada perkara yang sukar dibuktikan dengan dilihat oleh pacaindera melainkan hanya diketahui secara
khabar الإستفاضة
pada secara ghalibnya .
Khabar ( الإستفاضة )
ialah berita yang masyhur
dikalangan orang ramai yang ketahap Zhan atau pengetahuan yang menyakinkan
Kata beliau
lagi...........
بأن جوازها للإستحسان والتعريفات الشرعية إنما
تكون على وفق القياس – كما
في تكملة إبن عابدين :
( و لا تصح الشهادة إلا بعلم و لا تحل لأحد
أن يشهد إلا إذا علم ، والعلم يحصل بالرؤية أو السماع أو الإستفاضة فيما يتعذر علمه غالبا بدونها )
Keharusan Syahadah
bi al-Tasamu’ ini adalah
bertepatan dengan kaedah “
istihsan “ atau kaedah Qias
“ seperti katanya ::تكملة إبن عابدين Sebagaimana yang tercatat dilembaran kitab “
“Tidak
sah Syahadah melainkan dengan pengetahuan , dan
tidak harus bagi seseorang menjadi saksi
melainkan ia ada pengetahuan
tentang perkara itu, Pengetahuan tentang satu-satu perkara adakalanya didapati dengan cara melihat atau
mendengar atau daripada berita yang sudah masyhur dikalangan orang ramai
Pembuktian dengar khabar “ الإستفاضة” diharuskan disisi syarak pada
perkara-perkara yang sukar dibuktikandengan dilihat oleh pacaindera pada
kebiasaannya.
Takrif
Nikah Shahih :
Menurut didalam kitab
“ المبسوط ” karangan al-Imam al-Syarahsi jld 17 hlm 99 ada menyebut ;
يعرف
عقد النكاح الصحيح بأنه : كل عقد نكاح إذا
استوفى أركانه وشروطه وانتفت موانعه .
Takrif Nikah
shahih :
Tiap-tiap akad nikah
yang sempurna rukun nikah dan syarat-syarat sahnya serta tidak terdapat padanya segala bentuk mawani’
nikah
Takrif Nikah
Fasid:
Didalam kitab “
al-Hukm Bi ithbat al-Nasab الحكم بإثبات
النسب ” karangan Seorang Hakim
Kementerian Keadilan Kerajaan
Saudi ‘Arabiah iaitu al-‘Allamah Abdul
Aziz ibn Madawi al Jabir ada menyebut
dihalaman 53 :
يعرف عقد النكاح الفاسد بأنه : كل عقد نكاح إختلف العلماء في جوازه ، بان فقد شرطا من شروط
صحته التي يتفق عليها كافة العلماء
كالنكاح بغير ولي أو بغير شهود .
Nikah Fasid
ialah suatu akad nikah yang para
ulam berselisih pada keharusannya seperti hilang satu syarat daripada syarat-syarat sah nikah yang telah disepakati
oleh jumhur ulama , sebagai contoh nikah fasid nikah tanpa wali atau nikah tanpa
kehadiran saksi –saksi
Didalam kitab yang lain pula seperti kitab بداية المجتهدjld 3 hlm 98
cetakan Dar al-Ma’rifah
Beirut 1420H , ada menyebut
تفسد الأنكحة إما
بإسقاط شرط من شروط صحة النكاح ، أو لتغيير حكم واجب بالشرع من أحكامه مما هو عن
الله تعالى .
Pernikahan itu dikira fasid apabila syarat-syarat nikah tidak dipenuhi , atau mengubah hukum yang
telah wajib disisi syarak
daripada hukum-hukum nikah .
WATI SYUBHAT :
Mahkamah merujuk didalam kitab “ Hasyiyah al-Dusuki
” jld 2 ,hlm 252 cetakan Dar ihya’
al-kutub al-‘Arabiyyah Mesir ada memberi takrifan :
وطء الشبهة
الوطء غلطا فيمن تحل له في المستقبل
Wati suyubhah
ialah :
Pesetubuhan yang tersalah pada
orang yang halal baginya pada masa akan datang.
Manakala ulama as-syafieyyah ialitu al- Imam as- Syeikh Ramli didalam
kitabnya “ Nihayah al-Mukhtaj ” halaman 120 , jld 7 cetakan Dar a- Fikr
Beirut menyebut takrif
wati syubhah :
كل وطء حرام لا
حد فيه
Tiap-tiap persetubuhan haram yang tidak dikenakan hukuman hudud
Kategori
Syubhat :
Didalam kitab “
al-Hukm Bi ithbat al-Nasab الحكم بإثبات
النسب ”
oleh al-‘Allamah Abdul Aziz ibn
Madawi al Jabir ada menyebut
dihalaman 62 :
شبهة العقد
هي ما وجد فيها
العقد صورة لا حقيقة ، فتثبت الشبهة بالعقد
، وإن كان العقد متفقا على تحريمه وهو عالم به ، وذلك كالعقد على المحارم
المؤبدات كالأم والأخت
Syubhad
Akad ialah Akad nikad yang
didapati padanya syubhad dari sudut صورة ( gambaran zahir )
tetapi tidak pada sudut حقيقةakad tersebut.
Didalam kitab yang sama
pengarang ada menerangkan hukum nikah syubhat tersebut
حكم هذه الشبهة
فما دام العقد قد حصل بإيجاب وقبول ممن هو أهل له ، فإن الوطء في مثل
هذا النكاح وطء شبهة ، يدرء به الحد ، ويثبت به النسب
Hukum akad syubhat :
Akad nikah yang
terdapat padanya ijab dan qabul daripada orang yang ahli baginya
, maka hukum persetubuhan pada pernikahan seumpama itu adalah wati
syubhah dan hukuman hudud tidak dikenakan keatasnya dan
nasab anak disabit dengan sebab wati shubhat tersebut .
PENGESAHAN NASAB
Didalam kitab “ “ غاية تلخيص المراد من
فتاوى إبن زياد “
karangan as-al- Syaid as-Syarif Abdul Rahman ibn Muhammad ibn al- Husain ibn Umar
wafat pada Tahun 1320H ada menyebut dihalaman 544 :
نَكَحَ
حَامِلاً مِنْ الزِنَا ، فَأَتَتْ بِوَلَدٍ لِزَمَنِ إِمْكَانِهِ مِنْهُ بِأَنْ وَلَدَتْ
لِسِتَّةِ أَشْهَرٍ وَلَحْظَتَيْنِ مِنْ عَقْدِهِ وَإِمْكَاِنهِ لَحِقَهُ.
Seorang lelaki yang mengahwini perempuan yang telah hamil daripada zina ,
Selepas enam bulan qamariah dan dua lahzah daripada tarikh akad nikah lahir
anak dalam tempoh mereka boleh tamkim (
bersetubuh ) maka anak itu boleh
dinasabkan kepada lelaki tersebut.
NIKAH
LEBIH DUA MARHALAH
Didalam
kitab “ “ غَايَةُ تَلْخِيْصِ المُرَادِ مِنْ فَتاَوَى إِبْنِ زِياَد“ karangan as-al- Syaid as-Syarif Abdul Rahman ibn
Muhammad ibn al- Husain ibn Umar wafat pada Tahun 1320H ada menyebut dihalaman
522 :
أَخَذَ
رَجُلٌ إِمْرَأَةً عَنْ أَهْلِهَا قَهْرًا وَبَعَّدَها عَنْ وَلِيِّهَا إِلىَ
مَسَافَةِ القَصْرِ وَكَذَا دُوْنَهُ ،
إِنْ تَعَذَّرَتْ مُرَاجَعَتُهُ لِنَحْوِ خَوْفٍ صَحَّ نِكَاحُهَا بِإِذْنِهَا
إِنْ زَوَّجَهَا الحَاكِمُ مِنْ كُفْءٍ ، إِذْ لمَْ يُفَرِّقْ الأَصْحَابُ بَيْنَ
غَيْبَةِ الوَلِيِّ وَغَيْبَتِهَا وَلا
فِيْ غَيْبَتِهَا بَيْنَ أَنْ تَكُوْنَ مُكْرَهَةً عَلَى السَّفَرِ أَوْ
مُخْتَارَةً.بَلْ أَقُوْلُ
: لَوْ كَانَ لَهاَ وَلِيٌّ بِالْبَلَدِ وَعَضَلَهَا بَعْدَ أَنْ دَعَتْهُ إِلىَ كُفْءٍ
، وَتَعَسَّرَ لهَاَ إِثْبَاتُ عَضْلِهَا ، فَسَافَرَتْ إِلَى مَوْضِعٍ بَعِيْدٍ عَنْ
الوَلِيٍّ ، وَأَذِنَتْ لِقَاضِى البَلَدِ الَّذِي اِنْتَقَلَتْ إِلَيْهِ فِيْ تَزْوِيْجِهَا
مِنَ الْكُفْءِ – صَحَّ النِّكاَح ُ.
Jika seorang lelaki
mengambil seorang perempuan
secara paksa daripada pangkuan keluarganya dan membawa perempuan itu lari
jauh daripada walinya kepada jarak yang membolehkan solat qasar
atau jarak yang kurang daripada itu
, manakala wali perempuan
itu pula sukar mengembalikan
anaknya kepangkuannya disebabkan ketakutan,
maka pernikahan yang
dilangsungkan oleh Hakim Syarie adalah sah jika mereka berdua sekufu’ dan
kerelaan dari perempuan itu., Ini
adalah kerana para ulama as-Syafieyyah
tidak membezakan samada wali perempuan yang ghaib atau perempuan itu ghaib daripada walinya , dan mereka juga tidak membezakan
diantara perempuan itu dipaksa bermusafir
bersama ataupun dengan pilihannya sendiri .
Kata Imam ibnu Ziyyad :
“ Jika wali
perempuan enggan (
عاضل ) menikahkan
anak perempuannya dengan pasangan lelaki yang sekufu’ , dan keengganan
wali tersebut sukar dibuktikan ,kemudian perempuan itu bertindak bermusafir sejauh dua marhalah dari walinya dan mengizinkan kepada hakim ditempat tersebut
menikahkannya, maka pernikahannya
adalah dihukumkan sah mengikut hukum syarak.”
WAKTU
YANG BOLEH MEMBUAT TUNTUTAN
MUT’AH
Didalam kitab “ غَايَةُ
تَلْخِيْصِ المُرَادِ مِنْ فَتاَوَى إِبْنِ زِياَد ” karangan as-al- Syaid
as-Syarif Abdul Rahman ibn Muhammad ibn al- Husain ibn Umar
wafat pada Tahun 1320H ada menyebut dihalaman 522 :
طَلَّقَ
زَوْجَتَهُ رَجْعِيًّا لمَ تَجِبْ لَهَا الُمْتعَةُ في الحَالِ حَتَّى تَنْقَضِيَ العِدَّةُ وَلمَ
يُرَاجِعْهَا .
Suami telah
mentalaqkan isterinya sebagai talaq rajie, maka tidak wajib mut’aah kepada
isteri tersebut pada waktu itu sehingga
tempoh eddah tamat dan suami masih tidak merujuk kepadanya.
PENGAKUAN DI HADAPAN HAKIM
Ini
berdasarkan didalam kitab “ كتَابُ أَدَبِ القَضَاءِ” karangan
Qadhi Ibnu Abi Dam , hlm 93 , cetakan
Dar al-Kutub al-ilmiyyah Beirut , Lebonan ,Tahun 1987M bersamaan 1407 H ada
menyebut:
فَإِنْ
كَانَ الإِقْرَارُ عِنْدَ الحَاكِمِ فَمِنْ
شَرْطِهِ أَنْ يَكُوْنَ بَعْدَ سَمَاعِهِ الدَّعْوَى عَلَيْهِ
Pengakuan dihadapan hakim adalah diterima setelah المُقِرُّ
mendengar pertuduhan dibaca
keatasnya .
HUKUM MEMBATAL NIKAH SELEPAS BERLAKUNYA DUKHUL
Didalam kitab “ فقه الأحوال الشحصية عمليا المقارن مع مشروع
قانون دول الخليج وبعض الدول العربية
Karangan al-Mustasyar Anis Muhammad Nuri
Musyawwah , Hakim Mahkamah Rayuan Emiriah Arab Bersatu
(UAE), hlm 36
cetakan al-Dar al- Muttahidah, menyebut :
وَإِذَا كَانَ لا بُدَّ مِنْ التَقَيُّدِ بِالرَّأْىِ
القَائِلِ بِوُجُوْبِ تَوَفُّرِ الوَلِيّعِنْدَ العَقْدِ لا يُمْنَعُ مِنْ
إِبْطَالِ العَقْدِ قَبْلَ الدُّخُوْلِ ، وَأَمَّا بَعْدَهُ فَيَجِبُ تَصْحِيْحُهُ
لمِاَ عَلَيْهِ الحَنَفِيَّةُ وَرَأْىٌلَدَى المَالِكِيَّةِ وَرَأْىٌ لَدَى
الحَنَابِلَةِ عَلَى التَّفْصِيْلِ . فَيَقْتَضِي المُرُوْنَةَ وَالتَّيْسِيْرَ
مَادَامَ هُنَاكَ أَصْلٌ مُعْتَبَرٌ فِيْ الفِقْهِ .
Setiap akad nikah
boleh dibatalkan selagi belum
berlaku persetubuhan sekali pun
berpegang kepada pendapat yang mewajibkan setiap akad pernikahan memenuhi syarat - syarat wali,sekiranya sudah berlaku persetubuhan, pernikahan
tersebut hendaklah disahkan berdasarkan
pendapat mazhab Hanafi, mazhab Maliki dalam satu pendapat dan mazhab Hambali , Pendekatan seperti ini membawa kepada
bersifatالمُرُوْنَة
وَالتَّيْسِيْر ( fleksibel dan memudahkan) selama
terdapat pendapat feqh yang muktabar dalam perkara tersebut .
HAKIM BOLEH
BERIJTIHAD DENGAN MAZHAB LAIN
Ini
berdasarkan didalam kitab “ كتَابُ أَدَبِ القَضَاءِ” karangan
Qadhi Ibnu Abi Dam , hlm 54 , cetakan
Dar al-Kutub al-ilmiyyah Beirut , Lebonan ,Tahun 1987M bersamaan 1407 H ada
menyebut:
قَالَ المَاوَرْدِيُّ : إِذَا كَانَ
القَاضِي شَافِعِيًّا فَأَدّاَهُ إِجْتِهَادَهُ إِلَى مَذْهَبِ أَبِيْ حَنِيْفَةَ
فِيْ حَادِثَةٍ ، جَازَ لَهُ الحُكْمُ بهَِا .
Imam al-Mawardi berpendapat : “ Hakim yang
bermazhab al-Syafie dalam kes-kes tertentu memerlukan berijtihat mengikut
mazhab Abi Hanifah hukumnya adalah diharuskan.
KEWAJIPAN
HAKIM MENYEDIAKAN ALASAN
PENGHAKIMAN
Didalam kitab “ تَبْصِرَةُ الحُكَّامِ في اُصولِ الآَقْضِيَةِ وَمَنَاهِجِ
الآَحْكَامِ” karangan al-‘Alim Qadhi Muhammad ibn Farhun , hlm 83 , jld 1 , cetakan Dar al-Kutub al-‘lmiyyah
Beirut Lebonan, ada menyebut seperti
berikut :
فَصْلٌ فِيْ بَيَانِ
مَا يَفْتَقِرُ لِحُكْمِ الحَاكِمِ
لا
بُدَّ فِيْهِ مِنْ حُكْمِ الحَاكِمِ ، وَهُوَ مَا يَحْتَاجُ إِلَى نَظَرٍ
وَتَحْرِيْرٍ وَبَذْلِ جَهْدٍ فِيْ تَحْرِيْرِ سَبَبِهِ وَمِقْدَارِ مُسَبَّبِهِ ،
وَذَلِكَ كَالطَّلاقِ بِالإِعْسَارِ وَالطَّلاقِ بِالإضْرَارِ .
Fasal :
Perkara yang perlu bagi seorang hakim
dalam menyediakan alasan penghakiman
Seseorang hakim
memerlukan kepada penelitiandan
catatan perbicaraan serta perlu
ada kesungguhan dalam menyediakan alasan penghakiman ( تَحْرِيْرِ
سَبَبِهِ )danmenyebut sebab-sebab
dalam penghakiman (وَمِقْدَارِ
مُسَبَّبِهِ
) sebagai contoh
pensabitan dalam kes talaq dengan alasan
suami seorang yang susah (الإعسار ) atau kerana wujud kemudharatanالإضرار.
Merujuk didalam kitab “فتح المعين” karangan
al-Alim ‘Allamah as-Syeikh Zainuddin al-Malibariy , hlm 612 , cetakan Dar Ibn Hazm Beirut
Lebonan cetakan 2004 ada menyebut :
وَصَرَّحَ
جَمْعٌ مُتَأَخِّرُوْنَ بِأَنَّ قَاضِيَ الضَّرُوْرَةِ يَلْزَمُهُ بَيَانُ
مُسْتَنَدِهِ فِيْ سَائِرِ أَحْكَامِهِ ، وَلا يُقْيَلُ
قَوْلُهُ : حَكَمْتُ
بِكَذَا ، مِنْ غَيْرِ بَيَانِ مُسْتَنَدِهِ فِي سَائِرِ أَحْكَامِهِ .
Sekumpulan Ulama Mutaakhirun menegaskan bahawa adalah
wajib keatas seorang hakim قاضي الضرورةmenjelaskan alasan dalam penghakimannya ,
maka tidak boleh diterima penghakimannya jika ia hanya berkata “ Aku hukumkan begini-begini … “ tanpa
menerangkan sandaran outoriti pada keseluruhan penghakimannya.
PENGHAKIMAN
BERDASAR BUKTI YANG ZAHIR
Didalam kitab “تَبْصِرَةُ الحُكَّامِ في اُصولِ الآَقْضِيَةِ وَمَنَاهِجِ الآَحْكَامِ ” karangan al-‘Alim Qadhi Muhammad ibn Farhun ,
hlm 83 , jld 1 , cetakan Dar al-Kutub
al-‘lmiyyah Beirut Lebonan, ada menyebut
seperti berikut :
لأَنَّ
الحَاكِمَ إِنَّمَا يَحْكُمُ ِبمَا ظَهَرَ
Sesungguhnya
hakim hanya memberi keputusan berdasarkan kepada yang zahir sahaja .
HAKIM
RAYUAN BOLEH MENGUBAH DAN MEMBATALKAN PENGHAKIMAN HAKIMYANG LAIN
Di dalam kitab “ تَبْصِرَةُ الحُكَّامِ في اُصولِ الآَقْضِيَةِ وَمَنَاهِجِ
الآَحْكَامِ ” karangan al-‘Alim Qadhi Muhammad ibn
Farhun , hlm 70 , jld 1 , cetakan Dar
al-Kutub al-‘lmiyyah Beirut Lebonan,
didalam kitab “نِهَايَةُ
المُحْتَاجِ” karangan
as-Syeikh Syamsuddin al-Ramli , jld 8, hlm 258 dan didalam kitab “ ( ( القَضَاءُ فِي
الإسْلامِ وَآدَابُ القَاضِي karangan Dr Jabr Mahmud al- Fashilat , hlm 178 , menyebut ada menyebut :
وَقَدْ نَصَّ العُلَمَاءُ عَلَى أَنَّ حُكْمَ الحَاكِمِ
لا يَسْتَقِرُّ فِيْ أَرْبَعَةِ مَوَاضِعَ وَيَنْقُضُ ذَلِكَ إِذَا وَقَعَ عَلَى
خلافِ الإِجْمَاعِ أَوْ القَوَاعِدِ أَوْ النَّصِّ الجَلِيِّ أَوْ القِيَاسِ .
Para Ulama telah menaskan bahawa perintah seseorang
hakimitu tidak kekal pada empat keadaan
dan boleh dibatalkan apabila :
1- Bertentangan dengan
ijmak ulama
2- Menyalahi
kaedah @ prosedur
3- Menyalahi Nas yang jelas
4- Bertentangan dengan hukum Qias.
SEMAKAN
KEPUTUSAN HAKIM
Didalam kitab “
( ( القَضَاءُ فِي
الإسْلامِ وَآدَابُ القَاضِي karangan Dr Jabr Mahmud al- Fashilat , hlm 178 , menyebut :
اِلْتِمَاسُ إِعَادَةِ النَّظَرِ فِيْ القَضِيَّةِ :
طَلَبٌ
يُقَدَّمُ مِنْ أَحَدِ الطَّرَفَيْنِ فِيْ الحُكْمِ دُوْنَ الطَّعْنِ صَرَاحَةً
فِيْهِ ، مِثَالُهُ :
قَالَ إبْنُ فَرْحُوْن المَالِكِيّ :
إِذَا قَضَى القَاضِي بِقَضِيَّةٍ وَكَانَ الحُكْمُ مُخْتَلَفًا فِيْهِ وَلَهُ
فِيْهِ رَأْيٌ حَكَمَ بغَيْرِهِ سَهْوًا ، فَلَهُ نَقْضُهُ .
جَاءَ عَنْ الحَنَابِلَةِ : إِذَا
رُفِعَتْ إِلَى الحَاكِمِ قَضِيَّةٌ قَدْ قضَى بِهَا حَاكِمٌ سِوَاهُ ، فَبَانَ
لَهُ خَطْؤُهُ ، أَوْ بَانَ لَهُ خَطَأُ نَفْسِهِ ، نُظِرَ ، فَإِنْ كَانَ
الخَطَأُ لِمُخَالَفَةِ نَصِّ كِتَابٍ أَوْ سُنَّةٍ أَوْ إِجْمَاعٍ ، نَقَضَ
حُكْمَهُ ،لِأَنَّهُقَضَاءٌ
لمَ يُصَادِفْ شَرْطَهُ فَوَجَبَ نَقْضُهُ .
Semakan penghakiman sesuatu kes :
Semakan ialah satu
permohonan yang difailkan oleh salah seorang daripada pihak – pihak
tanpa bantahan yang jelas padanya ,
sebagai contoh :
Kata Ibn Farhun al-Maliki : “ Apabila seorang Hakim memutuskan satu kes
yang perintah tersebut adalah ُحكْمٌ
مُخْتَلَفٌ فِيْه( hukum yang tidak disepakati disisi ulama
) ,pada hal bagi hakim itu ada pandangan hukum tentang kes itu , lalu ia menghukum dengan
pandangan yang lain dalam keadaan terlupa , maka perintahnya itu boleh dibatalkan.
Menurut
pandangan dikalangan mazhab Hambali : “
Apabila satu kes dihadapkan dihadapan hakim , kes seperti itu pernah diputuskan
oleh hakim yang lain . ternyata keputusan Hakim yang terdahulu tersalah atau
penghakimannya sendiri yang tersalah ..
Dalam situasi ini perlu diteliti .. Jika penghakiman itu menyalahi
al-Quran atau sunnah atau ijmak maka keputusan dibatalkan kerana penghakiman yang tidak memenuhi
syaratnya adalah wajib dibatalkan.
IDDAH
MU’ASYARAH
Didalam kitab “
إعانة الطالبين“” karangan al-‘Allamah
Abu Bakar Satha al-Dumyati al-Bakri , hlm 100, jld 4 ada menyebut :
فإن إستمرت المعاشرة من حين الطلاق ، إستأنفت
العدة من حين زوالها
Jika berterusan Mu’asyarah suami isteri dari tempoh
talaq, maka iddah dikira bermula dari tempoh tidak ada bermu’asyarah lagi
diantara suami isteri.
أنها لا تستأنف
عدة جديدة بعد زوال المعاشرة إن مضى زمن
بعد الطلاق بلا معاشرة
Jika iddah
isteri sudah berlalu selepas ia ditalaqkan
oleh suaminya tanpa ada hubungan mu’asayarah , maka sesungguhnya
ia tidak perlu menjalani ‘iddah yang baru apabila sudah tidak mu’asyarah lagi
dengan suaminya.
Didalam kitab “
فتح العلام بشرح مرشد الأنام
في الفقه على مذهب السادة الشافعية “”
karangan العلامةالشيخ محمد الجرداني
, hlm 141, jld 5 cetakan dar ibn Hazm
Beirut , tahun 1998M ada menyebut :
فإن
كانت رجعية ، أو بائنا عاشرها بوطء شبهة لم تنقض عدتها ما دام معاشرا
لها ، وإن طال زمن العشرة جدا واستمر سنين ،
فإن لم يمض زمن بلا معاشرة بأن
استمرت المعاشرة من حين الطلاق ، استأنفت
العدة من حين زوال المعاشرة
وإن
لم تكن المعاشرة من حين الطلاق ، كأن
هجرها عقبه حتى انقضى من عدتها فرء ، أو
شهر ، ثم عاشرها بنت بعد زوال المعاشرة على ما مضى قبلها .
Didalam
kitab “
إعانة الطالبين“” karangan al-‘Allamah Abu Bakar Satha al-Dumyati al-Bakri ,
hlm 1001, jld 4 ada menyebut :
وكالرجعية في خمسة :
1- في لحوق
الطلاق
2- وفي وجوب
سكناها
3- وفي أنه لا
يحد بوطئها
4- وليس له تزوج
نحو أختها
5- أربع سواها
Perempuan yang bermu’asyarah dengan suaminya
selepas ia ditalaqkan tertakluk kepada beberapa hukum iaitu:
Lima hukum
seperti perempuan dalam iddah talaq raj’ei selepas eddah asli
1- Boleh disabitkan
berlaku talaq dalam iddah mu’asyarah
2- Suami wajib menyediakan tempat tinggal isteri
3-Tidak boleh
dikenakan hukuman hudud ( had zina ) dengan sebab persetubuhan dalam tempoh
iddah mu’asyarah
4- Suami tidak boleh berkahwin dengan perempuan yang haram dihimpunkan bersama isterinya itu
seperti iparnya atau ibu saudara isterinya .
5- Suami tidak boleh berkahwin dengan isteri yang baru dalam iddah mu’asyarat jika
sudah memiliki empat orang isteri .
كالبائن في تسعة
أحكام :
1- لايصح رجعتها
2- ولايصح
التوارث بينهما
3- ولا يصح
منها إيلاء
4- ولا ظهار
5- ولا لعان
6- ولا نفقة
7- ولا كسوة
8- ولا يصح خلعها
، بمعنى أنه إذا خالعها وقع الطلاق رجعيا ولا يلزم العوض
9- إذا مات الزوج
عنها لا ينتقل لعدة الوفاة
Sembilan hukum
seperti perempuan yang ditalaq bain:
1- Tidak boleh rujuk selepas iddah hakiki selesai
2-Tidak
sabit pusaka mempusakai , sekiranya mati
salah seorang dari bekas suami-
isterinya itu
3- Tidak sah iyla’ keatas perempuan itu
4- Tidak sah zihar keatasnya
5- Tidak sah Lia’an keatasnya.
6- Tidak wajib nafkah baginya selepas ‘Iddah yang asli
7- Tidak wajib diberi pakaian kepadanya
8- Tidak sah khul’ darinya
9- Apabila bekas suami mati , maka iddahnya tidak akan
berpindah kepada iddah wafat
Didalam kitab “
فتح العلام بشرح مرشد الأنام في الفقه على مذهب السادة الشافعية “”
karangan العلامةالشيخ محمد الجرداني
, hlm 141-142 , jld5 cetakan dar ibn
Hazm Beirut , tahun 1998M ada menyebut :
أحكام المعاشرة
واعلم أن المعاشرة الرجعية بعد
انقضاء عدتها الأصلية من الأقراء أو الأشهر
تكون
كالرجعية في ستة
أحكام :
1-
وهى أن يلحقها الطلاق
2- وتجب لها السكنى
3- ولا يحد بوطئها بشبهة الفراش
4- وليس له تزوج نحو أختها كخالتها
5- أربع سواها
6- ولا يصح عقد غيره عليها
Perempuan yang bermu’asyarah dengan suaminya
selepas ia ditalaqkan tertakluk kepada beberapa hukum iaitu:
Lima hukum
seperti perempuan dalam iddah talaq raj’ei selepas eddah asli
1- Boleh disabitkan
berlaku talaq dalam iddah mu’asyarah
2- Suami wajib menyediakan tempat tinggal isteri
3-Tidak boleh
dikenakan hukuman hudud ( had zina ) dengan sebab persetubuhan dalam iddah
mu’asyarah
4- Suami tidak boleh berkahwin dengan perempuan yang haram dihimpunkan bersama isterinya itu
seperti iparnya atau ibu saudara isterinya .
5- Suami tidak boleh berkahwin dengan isteri yang baru dalam iddah mu’asyarat jika
sudah memiliki empat orang isteri
6- Tidak sah akad nikah perempuan tersebut dengan
orang lain
كالبائن في تسعة أحكام :
1-وهى أنه لايصح
رجعتها
2- ولايصح
التوارث بينهما
3- ولا يصح
فيها إيلاء
4- ولا ظهار
5- ولا لعان
6- ولا نفقة
7- ولا كسوة
8- ولا يصح خلعها
، بمعنى أنه إذا خالعها وقع الطلاق رجعيا ولا يلزم العوض
9- إذا مات الزوج
عنها لا ينتقل لعدة الوفاة
Sembilan hukum
seperti perempuan yang ditalaq bain:
1- Tidak boleh rujuk selepas iddah hakiki selesai
2-Tidak
sabit pusaka mempusakai , sekiranya mati
salah seorang dari bekas suami-
isterinya itu
3- Tidak sah iyla’ keatas perempuan itu
4- Tidak sah zihar keatasnya
5- Tidak sah Lia’an keatasnya.
6- Tidak wajib nafkah baginya selepas ‘Iddah yang asli
7- Tidak wajib diberi pakaian kepadanya
8- Tidak sah khul’ darinya
9- Apabila bekas suami mati , maka iddahnya tidak akan
berpindah kepada iddah wafat