DONATE

Selasa, 31 Mac 2009

PERSAINGAN DI ANTARA DATUK DAN SAUDARA-SAUDARA MENURUT PENDAPAT FUQAHA’ 2


oleh: MOHAMAD AZAMHAN BIN MAMAJAN KHAN

1.1 PENDAHULUAN

Datuk merupakan waris yang menerima pusaka melalui fardu. Dalam pada itu datuk juga termasuk dalam golongan 'asabah. Dengan ini kedudukan datuk sama seperti bapa iaitu memperoleh pusaka melalui fardu, melalui casabah dan melalui kedua-duanya sekali fardu dan 'asabah.

Terdapat perbezaan pendapat tentang pembahagian pusaka datuk bila bersama dengan saudara-saudara seibu sebapa atau sebapa (lelaki atau perempuan), sehinggakan para sahabat merasa bimbang untuk mengeluarkan fatwa atau sebarang pandangan berkenaannya.

Diriwayatkan bahawa Ali bin Abu Talib r.a berkata: Sesiapa yang suka menempah api neraka jahanam, jatuhkanlah hukum berkenaan datuk bersama saudara-saudara.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Tanyalah kami tentang sebarang kes tetapi jangan tanya tentang datuk. Binasalah orang yang bertanya.

Apa yang dimaksudkan oleh beliau ialah kebimbangan beliau kerana kesukaran kes tersebut. Beliau tidak bermaksud mendoakan kecelakaan.

Diriwayatkan setelah Umar bin al-Khattab ditikam oleh Abu Lu’luah dan ketika menghembuskan nafasnya yang terakhir beliau berkata: Peliharalah tiga perkara daripadaku ini: Aku tidak pernah berkata tentang kes datuk, aku tidak pernah berkata tentang kalalah dan aku tidak pernah menentukan siapakah pemerintah selepas aku. Di bawah ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci lagi tentang permasalahan ini.


2.1 PERSAMAAN DATUK DAN PERBEZAAN DATUK DENGAN BAPA.

Dari segi persamaannya antara bapa dan datuk ialah mempunyai tiga keadaan sama seperti bapa iaitu:

i. Mendapat 1/6 jika si mati mempunyai anak lelaki atau anak lelaki kepada anak lelaki atau ke bawah.

ii. Mendapat 1/6 dan casabah (baki) jika si mati mempunyai anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki atau kebawah.

iii. Mendapat 'asabah (baki) jika si mati tidak mempunyai anak secara mutlak (lelaki atau perempuan) atau tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan kepada anak lelaki (cucu) atau ke bawah.

Datuk dalam pembahagian harta pusaka, umumnya sepertimana yang berlaku kepada ahli waris gantian yang lainnya, datuk juga akan gugur apabila terdapat bersamanya bapa atau bapa kepada bapa yang lebih dekat kepada si mati atau tegasnya iaitu yang terdekat akan mengeluarkan yang lebih jauh. Oleh itu, apabila datuk berhak mengambil harta pusaka maka ia akan menduduki tempat bapa sepenuhnya.

Datuk dan bapa berbeza dalam tiga keadaan:

i. Jika saudara-saudara lelaki atau perempuan seibu sebapa (al-ikhwah al-ashiqqa’ atau al-akhawat al-shaqiqat) atau sebapa (al-ikhwah atau al-akhawat li-ab) ada bersama datuk, bapa akan menghijab (menghalang) mereka semua daripada menerima pusaka. Sementara datuk pula hanya akan berkongsi pusaka bersama mereka.

ii. Dalam kes Umariyatain, jika tempat bapa digantikan oleh datuk, maka ibu memperoleh satu pertiga (1/3) pusaka bukannya satu pertiga (1/3) baki sebagaimana jika dia bersama bapa.

iii. Bapa akan menghijab ibunya (nenek) tetapi datuk tidak.

Jika si mati mempunyai bapa dan nenek, iaitu ibu kepada bapa, nenek akan dihijab oleh bapa tetapi ia tidak dihijab oleh datuk kerana dia memperoleh pusaka ini tidak melalui datuk.

Sememangnya datuk adalah seperti bapa kerana dia juga menghijab ibunya kerana ibunya ini memperoleh pusaka melaluinya sama sepertimana ibu kepada bapa memperoleh pusaka melalui bapa.

3.1 DALIL PERWARISAN DATUK

Datuk yang dimaksudkan dalam sistem perwarisan Islam sebenarnya ialah datuk casabiyy atau datuk sahih, iaitu yang sampai kepada si mati atau hubungan perantaraannya dengan si mati bukan melalui perempuan. Maka datuk yang termasuk dalam golongan ini ialah bapa kepada bapa dan seterusnya ke atas. Adapun dalil-dalil mengenai hukum perwarisan datuk adalah seperti berikut:

Maksudnya:
dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak.

Dalam ayat ini datuk dinamakan sebagai bapa menggantikan tempat bapa sebenar ketika ketiadaannya.

Berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh 'imran bin Husin bahawa seorang lelaki telah datang kepada Nabi s.a.w dan berkata: “Sesungguhnya anak lelaki kepada anak lelakiku telah meninggal, maka berapakah bahagian harta untukku?” maka Rasulullah s.a.w bersabda: “Bagi engkau satu perenam”.

Semua para sahabat r.a telah bersepakat bahawa datuk akan mewarisi ketika ketiadaan bapa. Ini merupakan ijma' di kalangan mereka.


4.1 PERSAINGAN DATUK DENGAN SAUDARA-SAUDARA

Sebenarnya tidak terdapat nas yang jelas mengenai perwarisan datuk dalam kitab Allah s.w.t. Bahkan hukum perwarisan diambil daripada nas yang jelas berdasarkan kepada hukum perwarisan bapa. Oleh itu terdapat perselisihan pendapat mengenai hukum perwarisan dan peranan datuk dikalangan sahabat.

Bahagian datuk dalam menerima harta pusaka adalah berbeza bergantung kepada wujudnya saudara lelaki dan saudara perempuan atau dengan ketiadaan mereka.

i. Kedudukan datuk sekiranya saudara lelaki dan saudara perempuan si mati tidak wujud.

Dalam hal ini, datuk akan mengambil tempat bapa dengan syarat ketiadaan bapa. Oleh itu, datuk akan mendapat bahagian mengikut tiga keadaan bapa seperti yang diterangkan sebelum ini. Sekiranya bapa wujud maka datuk akan terhalang (hajb) daripada pusaka.

Kharijah ibn Zayd meriwayatkan daripada bapanya berkata: “Mirath datuk (bapa kepada bapa) adalah tiga bahagian baginya jika terdapat bapa yang lebih hampir. Jika bersamanya anak lelaki atau anak lelaki kepada anak lelaki, maka datuk mendapat satu perenam (1/6). Selain daripada situasi itu, apabila si mati tidak meninggalkan saudara lelaki atau perempuan yang bersambung di sebelah bapa, maka datuk akan mewarisi secara casabah. Pengagihan pusaka akan dimulakan dengan waris ashab al-furud yang bersamanya mengikut bahagian yang ditentukan dan jika berbaki sama ada nilainya satu perenam (1/6) atau lebih maka ia menjadi hak datuk”.

ii. Kedudukan datuk sekiranya saudara lelaki dan saudara perempuan si mati wujud.

Dalam hal ini, fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa datuk berperanan seperti bapa untuk mengalang saudara-saudara seibu sama ada lelaki atau perempuan. Ibrahim meriwayatkan: “Zayd tidak mengagihkan perwarisan kepada saudara lelaki seibu dan saudara perempuan seibu jika bersamanya datuk”. Riwayat ini menunjukkan, saudara sebelah ibu sama ada lelaki atau perempuan akan terhalang (hajb) dengan kewujudan datuk.

Walau bagaimanapun, berlaku perselisihan pendapat tentang peranan datuk dalam menghalang saudara lelaki dan perempuan seibu sebapa atau sebapa. Pandangan ulama berkaitan masalah ini adalah berikut:

i. Pendapat pertama mengatakan datuk berperanan mendinding (hajb) saudara lelaki dan perempuan seibu sebapa atau sebapa daripada mendapat harta pusaka. Ini menunjukkan kedudukan datuk adalah sama dengan kedudukan bapa.

Pendapat ini dikemukakan oleh beberapa orang sahabat seperti Abu Bakar, Ubay bin Ka'ab, Mucadh ibn Jabal, 'Aishah, Abu Hurayrah, Abu Darda’, Abu al-Tufayl, Abu Musa, Imran ibn Husayn, Jabir ibn 'Abdullah, 'Ubadah ibn Samit dan Ibn Zubayr. Pendapat ini turut diikuti oleh al-Hasan, 'Ata’, Tawus, jabir ibn Zayd, Qatadah Ibn Sirin, Abu Hanifah, 'Uthman al-Batti, al-Muzani dan Dawud al-Zahiri.

ii. Pendapat kedua mengatakan datuk tidak berperanan mendinding (hajb) mereka daripada mendapat harta pusaka. Golongan ini bersetuju bahawa bahagian pusaka datuk adalah terjamin iaitu tetap mendapat pusaka jika bersamanya saudara-saudara si mati sama ada lelaki atau perempuan. Kedudukan datuk juga menyerupai saudara lelaki sekiranya berlaku perkongsian iaitu bahagian lelaki adalah menyamai dua bahagian perempuan.

Pendapat kedua ini merupakan ijtihad beberapa orang sahabat seperti Ali, Ibn Mas'ud dan Zayd ibn Thabit. Pandangan mereka telah diambil oleh al-Sha'bi, al-Nakha'i, Ibn Abi Layla, Ibn Shubrumah, al-Zuhri, al-Awza'i, al-Thawri, Malik, Ahmad ibn Hanbal, al-Syafici, Abu Yusuf, Muhammad, Shurayh, Masruq, cAlqamah dan jumhur fuqaha’.

Walau bagaimanapun, golongan kedua ini turut berselisih pendapat dalam menentukan bentuk pengagihan yang sempurna dan lebih adil antara datuk dan saudara lelaki dan perempuan seibu sebapa atau sebapa. Secara umumnya, kaedah pengagihan tersebut merujuk kepada pandangan tiga orang sahabat iaitu 'Ali ibn Abi Talib r.a dan Zayd ibn Thabit r.a dan juga cAbdullah ibn Mascud.

4.1.1 Kaedah Pembahagian Harta Kepada Datuk Menurut Pendapat Zayd bin Thabit r.a.

Pendapat Zayd ibn Thabit dalam hal ini ialah pembahagian perlu dibezakan sama ada terdapat waris-waris ashab al-furud lain bersama datuk dan saudara-saudara tersebut atau tidak. Sekiranya tidak terdapat waris-waris ashab al-furud, maka datuk mempunyai dua pilihan iaitu sama ada mengambil bahagiannya secara berkongsi (muqasamah) atau mengambil sebanyak satu pertiga (1/3). Bahagian satu pertiga (1/3) tersebut diterima apabila kadar yang diperolehinya adalah kurang daripada satu pertiga (1/3).

Terdapat lima contoh keadaan yang menjadikan bahagian datuk secara berkongsi adalah menguntungkan. Ini termasuklah masalah pengagihan yang hanya melibatkan datuk dan seorang saudara perempuan seibu sebapa, datuk dan dua orang saudara perempuan seibu sebapa, datuk dan tiga orang saudara perempuan seibu sebapa, datuk dan seorang saudara lelaki dan datuk bersama seorang saudara lelaki dan seorang saudara perempuan seibu sebapa. Di samping itu terdapat tiga contoh keadaan yang menjadikan bahagian yang menguntungkan adalah sama mengikut kedua-dua cara. Sebagai contoh, datuk bersama dua orang saudara lelaki seibu sebapa, datuk bersama empat orang saudara perempuan seibu sebapa dan datuk, seorang saudara lelaki dan dua orang saudara perempuan seibu sebapa. Manakala bahagian yang menguntungkan datuk sebanyak satu pertiga (1/3) pusaka ialah apabila berlakunya persaingan antara datuk dan saudara-saudara tersebut selain daripada keadaan di atas.

Contoh kes yang melibatkan pandangan Zayd dalam keadaan ini ialah riwayat daripada Ibrahim, iaitu si mati meninggalkan datuk dan seorang saudara lelaki seibu sebapa. Maka penyelesaiannya ialah secara berkongsi kerana ia lebih menguntungkan. Oleh itu, datuk mendapat satu perdua (1/2) bahagian dan saudara lelaki juga mendapat satu perdua (1/2) bahagian.

Dalam kes lain, si mati yang meninggalkan datuk dan lima orang saudara lelaki ialah bahagian datuk sebanyak satu pertiga (1/3) dan selebihnya iaitu dua pertiga (2/3) diagihkan kepada saudara-saudara lelaki. Ini kerana, jika pengagihan dibuat secara perkongsian maka bahagian datuk akan kurang daripada satu pertiga (1/3) dan kadar ini tidak akan menguntungkannya.

Zayd juga berpendapat datuk berperanan mengubah kedudukan saudara perempuan dan menerima pusaka secara casabah walaupun ketiadaan saudara lelaki. Contoh penyelesaian Zayd dalam kes ini ialah si mati hanya meninggalkan seorang saudara perempuan seibu sebapa dan datuk. Bahagian yang diperolehi ialah datuk mendapat sebanyak dua pertiga (2/3) dan saudara perempuan mendapat sebanyak satu pertiga (1/3).

Selain itu juga Zayd berpandangan saudara-saudara sebapa akan tetap dikira dalam pengagihan walaupun bahagiannya akan dikembalikan kepada saudara-saudara seibu sebapa. Hal ini berlaku apabila seseorang yang meninggal dunia dan meninggalkan waris yang terdiri daripada datuk, saudara-saudara seibu sebapa dan saudara-saudara sebapa sahaja. Keadaan ini disebut sebagai al-mucaddah.

Menurut Ibn Abi Shaybah yang meriwayatkan athar daripada al-Sha'bi, terdapat enam masalah yang diselesaikan oleh Zayd yang melibatkan berhimpunnya datuk, saudara-saudara seibu sebapa dan saudara-saudara sebapa sama ada lelaki atau perempuan sahaja.

Dalam hal kedua iaitu sekiranya terdapat waris-waris ashab al-furud bersama mereka, maka datuk mempunyai pilihan untuk menerima kadar pusaka yang menguntungkan. Namun, pilihan tersebut akan diperolehi selepas setiap waris-waris ashab al-furud mengambil bahagian masing-masing. Pilihan-pilihan tersebut ialah:

i. Kadar satu perenam (1/6) secara fardu adalah menguntungkan sekiranya keseluruhan bahagian diagihkan kepada waris atau sekiranya baki selepas agihan kepada ashab al-furud ialah sebanyak satu perenam (1/6) dan kurang daripadanya. Kesannya, saudara-saudara lelaki atau perempuan tidak akan mendapat bahagian mereka terutama apabila tidak terdapat baki daripada harta tersebut kecuali dalam kes al-Akdariyyah.

ii. Kadar satu pertiga (1/3) adalah menguntungkan sekiranya lebihan bakinya sebanyak satu perdua (1/2) atau lebih dan bilangan saudara lelaki adalah dua kali ganda daripadanya.

iii. Secara berkongsi (muqasamah) adalah menguntungkan sekiranya lebihan bakinya sebanyak satu perdua (1/2) atau lebih dan bilangan saudara lelaki adalah kurang dua kali ganda daripadanya.

Antara pandangan Zayd yang melibatkan keadaan ini adalah seperti kes-kes yang diriwayatkan oleh Ibrahim. Sebagai contoh, si mati meninggalkan seorang anak perempuan, datuk dan tiga orang saudara perempuan seibu sebapa. Keputusan yang dikeluarkan oleh Zayd ialah anak perempuan mendapat satu perdua (1/2) (menyamai 5/10), datuk mendapat dua perlima (2/5) baki selepas bahagian anak perempuan (menyamai 2/10) dan tiga orang saudara perempuan mendapat tiga perlima (3/5) baki (menyamai 3/10 iaitu 1/10 seorang). Dalam kes ini, bahagian yang menguntungkan datuk ialah secara berkongsi dengan saudara perempuan selepas diagihkan kepada waris iaitu anak perempuan si mati.

Dalam kes lain, seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan waris iaitu suami, ibu, datuk dan saudara lelaki sebapa. Penyelesaiannya menurut pandangan Zayd ialah suami mendapat satu perdua (1/2) (menyamai 3/6), ibu mendapat satu pertiga (1/3) (menyamai 2/6), datuk mendapat satu perenam (1/6) dan tiada lebihan baki daripada pusaka. Oleh itu, saudara lelaki tidak mewarisi pusaka kerana kedudukannya sebagai casabah. Bahagian yang menguntungkan bagi datuk dalam kes ini ialah satu perenam (1/6) secara fardu. Ini kerana, baki pusaka selepas diagihkan kepada waris selain datuk dan saudara lelaki ialah satu perenam (1/6) sahaja.

Secara amnya, pandangan Zayd berkaitan bahagian dan kaedah pengagihan yang diperolehi oleh datuk adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibrahim:

“Adapun Zayd telah menjadikan bahagian datuk sebanyak satu pertiga (1/3) secara berkongsi jika bersamanya saudara-saudara lelaki atau perempuan. Sekiranya pusaka mencapai satu pertiga (1/3), maka diberikan kepada datuk sebanyak satu pertiga (1/3) dan selebihnya adalah untuk saudara-saudara tersebut. Manakala saudara-saudara seibu sama ada lelaki atau perempuan tiada bahagian jika bersamanya datuk. Saudara-saudara sebapa akan diambil kira apabila bersama saudara-saudara seibu sebapa tetapi mereka tidak mewarisi. Sekiranya si mati hanya meninggalkan saudara lelaki seibu sebapa dan datuk sahaja, maka datuk mendapat sebanyak satu perdua (1/2). Sekiranya si mati meninggalkan dua saudara lelaki seibu sebapa dan datuk sahaja, maka datuk mendapat sebanyak satu pertiga (1/3). Sekiranya saudara lelaki seibu sebapa melebihi dua orang, maka datuk tetap mendapat sebanyak satu pertiga (1/3) dan selebihnya untuk saudara-saudara tersebut. Sekiranya bersama datuk saudara perempuan dan saudara-saudara lelaki, maka bahagian datuk dan saudara-saudara lelaki sebanyak dua pertiga (2/3) dan bahagian saudara perempuan sebanyak satu pertiga (1/3). Sekiranya bersama datuk dua orang saudara perempuan, maka mereka mendapat satu perdua (1/2) dan datuk juga mendapat satu perdua (1/2) selama mana berkongsi lebih baik bagi datuk.

Sekiranya terdapat waris-waris lain seperti isteri, ibu atau suami, maka perwarisan hendaklah diagihkan kepada mereka terlebih dahulu mengikut kadarnya dan lebihan tersebut diagihkan antara datuk dan saudara-saudara lelaki atau perempuan. Sekiranya satu pertiga (1/3) baki adalah lebih menguntungkan daripada berkongsi, maka datuk mendapat satu pertiga (1/3) baki. Tetapi sekiranya berkongsi lebih baik daripada satu pertiga (1/3) baki, maka diagihkan secara perkongsian. Dan sekiranya satu perenam (1/6) lebih baik daripada keseluruhan harta maka diberikan kepada datuk sebanyak satu perenam (1/6). Tetapi sekiranya berkongsi adalah lebih baik daripada satu perenam (1/6) keseluruhan harta, maka datuk mendapat bahagiannya secara berkongsi”.


4.1.2 Kaedah Pembahagian Harta Kepada Datuk Menurut Pendapat CAli bin Abi Talib r.a.

Menurut pendapat yang dikemukakan oleh Saidina 'Ali bin Abi Talib dan juga disetujui asy-Sya'bi dan Ibn Abi Laila bahawa bahagian pusaka datuk akan berubah-ubah menurut kedudukan saudara-saudara yang mempusakai bersamanya, iaitu:

a) Sama ada datuk mewarisi bersama dengan saudara-saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa sahaja.

b) Sama ada datuk bersama dengan saudara-saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa sahaja.

c) Sama ada datuk bersama dengan saudara-saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa dan saudara lelaki yang boleh menta'sibkannya atau ada bersamanya anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki yang juga boleh mentacsibkannya. Oleh kerana datuk itu sendiri tidak berkuasa mentacsibkan saudara perempuan tetapi mengambil bahagian fara’id yang tetap sebanyak 1/6 harta, maka pembahagian yang dipandang adil dalam kes persaingan antara datuk dan saudara-saudara tersebut ialah:

i. Jika datuk mewarisi bersama dengan saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa, maka saudara sebagai ahli waris fardu akan mengambil fara’idnya dan bakinya akan dihabiskan oleh datuk, kecuali ternyata kemudiannya baki harta yang ada adalah kurang daripada 1/6 bahagian setelah diambil oleh saudara-saudara maka ia akan mengambil fara’idnya sebanyak 1/6 bahagian itu.

ii. Jika datuk mewarisi bersama dengan saudara-saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa sahaja, maka datuk akan berkongsi dalam harta peninggalan itu sepertimana yang diterima oleh saudara-saudara casabah tersebut, kecuali ternyata dengan perkongsian itu menyebabkan bahagian datuk kurang daripada 1/6, maka datuk akan mengambil fara’idnya sebanyak 1/6 bahagian dan baki selebihnya akan diambil oleh saudara-saudara tersebut. Bagaimanapun pembahagian kepada saudara lelaki seibu sebapa yang mengeluarkan saudara sebapa kekal seolah-olah saudara sebapa tidak ada bersamanya dan oleh kerana itu bahagian yang diterima oleh masing-masing datuk dan saudara seibu sebapa akan bertambah. Jelasnya bahagian saudara lelaki sebapa yang dikeluarkan itu pada mula lagi tidak diambil kira dalam pembahagian (muqasamah) harta kepada waris-waris berkenaan. Umpamanya si mati meninggalkan:

Datuk 1/2
Saudara lelaki seibu sebapa 1/2
Saudara lelaki sebapa -

iii. Jika datuk mewarisi bersama dengan saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa dan saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa, maka datuk akan mengambil sepertimana dengan bahagian yang diterima oleh saudara lelaki iaitu mendapat dua bahagian harta, sedangkan saudara perempuan mendapat satu bahagian, kecuali apabila ternyata bahagian datuk kurang daripada 1/6 bahagian, maka ia akan mengambil fara’idnya sebanyak 1/6. Kedudukan bahagian datuk tidak berubah sama ada terdapat juga bersamanya waris-waris lain seperti anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki atau ashab al-furud lainnya. Umpamanya si mati meninggalkan:

a) Datuk 1/6
Saudara lelaki sebapa 1/6
Saudara perempuan seibu sebapa 1/2
Ibu 1/6

b) Datuk 1/4 (baki)
Saudara lelaki sebapa -
2 saudara lelaki seibu sebapa 1/4 (baki)
Isteri 1/4

iv. Jika datuk mewarisi bersama dengan anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki dan saudara perempuan kepada anak lelaki dan saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa, maka datuk akan mengambil farai’dnya sebanyak 1/6 bahagian dan bakinya akan diambil oleh maca ghairiha iaitu ia dita'sibkan dengan kehadiran sama ada anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki. Umpamanya si mati meninggalkan:

Datuk 1/6
Anak perempuan 1/2
Saudara perempuan sebapa 1/3 (baki harta)


4.1.3 Kaedah Pembahagian Harta Kepada Datuk Menurut Pendapat 'Abdullah Ibn Mas'ud r.a.

Abdullah ibn Mas'ud r.a berpendapat bahawa cara pembahagian harta pusaka antara datuk ketika mewarisi bersama dengan saudara sama ada seibu sebapa atau sebapa ialah dengan cara penyelesaian bercampur antara pandangan Saidina 'Ali dan Zayd iaitu:

i. Datuk menerima bahagian secara muqasamah dengan saudara seibu sebapa atau sebapa sekiranya dengan cara pembahagian ini bahagian datuk tidak kurang dari satu pertiga (1/3) bahagian. Penyelesaian ini adalah sama dengan pendapat Zayd bin Thabit.

ii. Datuk tidak mentacsibkan saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa tanpa ada waris lain yang boleh mentacsibkannya. Saudara perempuan akan mengambil bahagian mereka secara fardu dan datuk akan mengambil baki harta. Cara ini adalah menyerupai pendapat Saidina 'Ali r.a.

iii. Saudara lelaki dan perempuan sebapa yang didinding oleh saudara seibu sebapa tidak akan diambil kira dalam pembahagian harta. Pendapat ini juga sama dengan pandangan yang dikemukakan oleh Saidina 'Ali r.a. Pendapat ini diikuti oleh golongan tabicin seperti Masruq, 'Alqamah dan Shurayh.


5.1 KESIMPULAN

Wujud dua golongan yang membincangkan tentang pusaka datuk. Golongan pertama mengatakan bahawa datuk boleh mendinding saudara-saudara seibu sebapa atau sebapa (lelaki atau perempuan) dan golongan kedua pula mengatakan bahawa datuk tidak boleh mendinding mereka. Golongan yang mengatakan datuk tidak boleh mendinding saudara-saudara terdapat beberapa perbezaan pendapat. Perbezaan pendapat mereka ialah dari segi kaedah-kaedah pembahagian harta pusaka yang digunakan oleh mereka dan cara pendekatan yang digunakan oleh mereka melalui ijtihad mereka masing-masing.


RUJUKAN

Al-Quran.

Abdul Rashid Hj. Abdul Latiff. 1997. Hukum pusaka dalam Islam; Satu kajian perbandingan. Kuala Lumpur: Penerbitan hizbi dan al-hidayah publisher.


Abu Dawud Sulayman bin al-cAshcath. 1420H/1999M. Sunan Abi Dawud; Bab ma ja’ fi mirath al-jadd. Kaherah. jld 3: Dar al-Hadis.

Ahmad cAbd al-Jawwad. 1419h/1998M. Usul cilm al-mawarith. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.

Al-Bayhaqi, Abu Bakar Ahmad ibn al-Husayn. 1414H/1994M. al-Sunan al-Kubra. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.

Mohd. Redzuwan Awang. Undang-undang & Pentadbiran pusaka, wasiat & wakaf. Bangi: Pendidikan Jarak Jauh UKM.

Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji. 2005. Kitab Fikah Mazhab Syafici; Wakaf, Wasiat, Fara’id. Kuala Lumpur. Jil 5: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Ibn Abi Shaybah, cAbdullah ibn Muhammad. 1409h/1989M. al-Kitab al-musannaf fi al-ahadith wa al-athar. Beirut: Dar Taj.

Ibn Qudamah, Muwaffaq al-Din Abdullah bin Ahmad. 1416H/1996M. al-Mughni, Kaherah. juz 8: Dar al-Hadith.

Ibn Rushd, Muhammad Ibn Ahmad. 1416H/1996M. Bidayat al-mujtahid wa nihayat al-muqtasid. Beirut. jil 5: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.
Al-Kalwazani, Mahfuz ibn Ahmad. 1417H/1996M. Kitab al-tahdhib fi al-fara’id. Jeddah: Dar al-Kharraz.

Al-Sabuni, Muhammad cAli. 1413H/1993M. al-Mawarith fi al-sharicah al-Islamiyyah. Damshiq: Dar al-Qalam.

al-Sibaciyy, Mustafa. 1417H/1997M. Sharh qanun al-ahwal al-shakhsiyyah. al- Beirut. jld 2: Maktab al-Islamiyy.

Jumaat, 27 Mac 2009

Ilmu Tasawuf Pada Abad Kelima: Suatu Kajian Ringkas

1.0 PENDAHULUAN

Jikalau pada abad ketiga-keempat Hijriyah terdapat dua aliran tasawuf di kalangan para sufi, yakni aliran tasawuf sunni, yang menyandarkan tasawuf mereka al-Qur’an dan al-Sunnah, dan aliran tasawuf falsafi, dimana para pengikutnya cenderung pada ungkapan-ungkapan ganjil (shatahiyyah) serta bertolak dari keadaan fana menuju ittihad ataupun hulul.

Dalam abad kelima, aliran tasawuf sunni terus tumbuh dan berkembang. Sebaliknya aliran tasawuf falsafi mulai tenggelam dan baru muncul kembali dalam bentuk yang lain pada abad keenam Hijriyah. Tenggelamnya aliran yang kedua dimungkinkan kerana berjayanya mazhab teologi ahl al-sunnah wa al-jama‘ah, yang disebarkan oleh Abu al-Hasan al-Ash‘ari (w. 324 H) atas mazhab teologi lainnya. Dan juga kerana kritikannya yang keras terhadap terlalu ekstrimnya tassawuf Abu Yazid al-Bustami dan al-Hallaj maupun sufi lainnya yang terkenal dengan ungkapan-ungkapan ganjilnya (shatahiyah).

Pada abad kelima Hijriyah ini, corak tasawufnya senantiasa dipenuhi oleh corak sunni, yang membentengi tasawuf mereka dengan al-Qur’an dan al-Sunnah. Tokoh sufi yang dipandang paling menonjol pada abad ini ialah al-Qushairi dan al-Harawi,yang membawa tasawuf ke arah aliran sunni, dan metode keduanya tersebut akan diikuti al-Ghazali pada penggal kedua abad ini.

2.0 Al-Qushairi

Al-Qushairi adalah salah seorang tokoh sufi utama abad kelima Hijriyah. Kedudukannya begitu penting. Al-Qushairi nama lengkapnya adalah Abdul Karim bin Hawazin. Lahir tahun 376 H di Istiwa, kawasan Naisabur. Disinlah ia bertemu gurunya, Abu Ali al-Daqqaq, seorang sufi terkenal. Dan dari gurunya itulah al-Qushairi menempuh jalan tasawuf. Gurunya menyuruh beliau mempelajari syariat terlebih dahulu. Kerana itulah al-Qushairi kemudian mempelajari fiqh pada Abu Bakr Muhammad bin Abu Bakr al-Tusi (w. 405 H), dan mempelajari kalam serta usul fiqh pada Abu Bakar bin Faurak (w. 406 H). Selain itu dia pun menjadi murid Abu Ishaq al-Isfarayini (w. 418 H) dan menelaah banyak karya-karya al-Baqillani. Dari situlah al-Qushairi dapat menguasai doktri-doktrin Ahl al-Sunnah. Dan al-Qushairi sendiri adalah pembela paling tangguh aliran tersebut pada zamannya dalam menentang mu‘tazilah, karamiyyah,mujassimah dan shi‘ah. Menurut Ibn al-Khallikan, al-Qushairi adalah seorang tokoh yang mampu menggabungkan antara syariat dengan hakikat.

Di dalam kitabnya al-Risalah al-Qushairiyah, dia mencuba mengembalikan tasawuf ke atas asas akidah ahl al-sunnah. Sebagaimana perkataanya bahawa para tokoh sufi membina prinsip-prinsip tasawuf di atas asas tawhid yang benar, sehingga terpeliharalah doktrin mereka dari penyimpangan. Secara implisit dalam ucapan al-Qushairi tersebut terkandung penolakan terhadap para sufi shatahi yang mengucapkan ungkapan-ungkapan penuh kesan terjadinya perpaduan antara sifat-sifat ketuhanan khususnya sifat qidam dengan sifat-sifat kemanusiaan yakni sifat huduth (baharu).

Selain itu al-Qushairi pun mengkritik para sufi pada masa itu kerana kegemaran mereka menggunakan pakaian orang-orang miskin, sementara tindakan mereka tersebut pada masa itu bertentangan dengan mode pakaian mereka. Dia berpendapat bahawa setiap tasawuf yang tidak disertai kebersihan dan penjauhan diri dari maksiat adalah tasawuf palsu serta memberatkan diri.

Menurut al-Qushairi, pada zaman itu telah sirna sifat wara‘ dan kesederhanaan hidup. Ketamakan semakin memaharajalela dan ikatannya semakin kuat. Hilanglah sudah kehormatan agama dari dalam kalbu. Betapa sedikitnya manusia pada masa itu yang berpegang teguh pada agama. Mereka sudah meninggalkan sikap saling menghormati dan membuang jauh rasa malu. Bahkan mereka menganggap ringan pelaksanaan ibadah, merendahkan puasa dan salat dan terbuai dalam kemabukan. Dan mereka jatuh dalam pelukan nafsu shahwat dan tidak peduli sekalipun melakukan hal-hal yang tidak diperbolehkan. Kerana itu pula al-Qushairi menyatakan bahawa dia menulis risalahnya tersebut kerana dorongan rasa sedihnya melihat apa yang menimpa tasawuf. Dari huraian di atas tadi jelas bahawa pengembalian arah tasawuf harus merujuk pada doktrin Ahl al-Sunnah, yang dalam hal ini dengan mengikuti para sufi sunni abad ketiga dan keempat Hijriyah sebagaimana yang diriwayatkan dalam al-Risalah.

2.1 Al-Harawi

Tokoh sufi lain abad kelima yang tasawufnya berasakan doktrin Ahl al-Sunnah ialah al-Harawi. Dia dipandang sebagai pengasas pembaharuan dalam tasawuf dan penentang para sufi yang terkenal dengan ungkapan ganjilnya (shatahiyat) seperti al-Bustami dan al-Hallaj.

Nama lengkapnya Abu Ismail Abdullah bin Muhammad al-Ansari, lahir tahun 396 H di Herat, Khurasan. Dan ia adalah seorang faqih aliran Hambaliyah yang terkenal, dan karya-karyanya dalam bidang tasawuf dipandang bernilai. Namun kerana al-Harawi adalah seorang penganut Hambaliyah, maka permusuhannya terhadap mazbah Asha‘irah cukup keras.

Karya terpenting al-Harawi dalam bidang tasawuf ialah Manazil al-Sa’irin ila Rabb al-Alamin. Dalam kitabnya yang ringkas tersebut, dia menghuraikan maqamat para sufi dimana tingkatan-tingkatan itu mempunyai awal dan akhir.

Al-Harawi adalah seorang penyusun teori fana dalam tawhid yang mirip dengan al-Junaid. Menurut al-Harawi fana itu terdiri dari tiga tingkatan. Fana yang pertama ialah hilang dan luluhnya ma‘rifat di dalam Yang Diketahui, iaitu Allah, sehingga seorang sufi merasakannya tenggelam dalam ma‘rifatnya kepada Allah. Fana yang kedua ialah penolakan terhadap hal yang normal sewaktu dalam keadaan fana. Hal ini bukanlah penolakan atau pengingkaran yang hakiki, sebab terkadang seorang sufi sirna dari alam ini tanpa mengingkari keberadaanya, dan disinalah letak perbazaan pendapat paham ittihad dengan al-Harawi, sebagaimana ucapan Ibn Jawzi: “Penganut paham ittihad menolak sepenuhnya hal yang normal, menurut mereka (penganut paham ittihad) apapun semua itu tidak ada.” Fana yang ketiga ialah keluluhan yang hakiki. Jelasnya, setelah fana dari penyaksian hal yang normal itu, seorang sufi menjadi fana dari ke-fana-an dirinya sendiri.

Dalam kedudukannya sebagai seorang penganut aliran sunni, al-Harawi melancarkan kritik terhadap para sufi yang terkenal dengan keganjilan ungkapannya, sebagaimana dikatakannya: “Diantara mereka (para sufi yang menyimpang) ada yang tidak dapat membezakan maqamat khusus dan keperluan orang awam. Dan diantara mereka ada pula yang menganggap ungkapan ganjil yang menguasai diri sebagai maqam.

Al-Harawi pun mengemukakan bahawa maqam ketenteraman yang timbul dari ridha Allah, sebagai pencegah ungkapan ganjil (shatah).Ketenteraman tersebut boleh mencegah ucapan ganjil yang buruk, dan membuat orang yang mencapainya tegak pada had tingkatannya. Yang dimaksud dengan ‘ungkapan ganjil yang buruk’ disitu adalah seperti ungkapan-ungkapan yang diriwayatkan dari Abu Yazid dan lainnya. Dan itu berbeza dengan al-Junaid dan Sahl al-Tusturi ataupun yang lainnya, kerana kumpulan yang terakhir ini memiliki ketenteraman yang membuat mereka tidak mengucapkan ungkapan-ungkapan ganjil. Ketenteram tersebut menurut al-Harawi tidak diturunkan kecuali pada kalbu seorang nabi atau wali. Jadi berdasarkan hal itu, dapat disimpulkan bahawa al-Harawi menolak pemberian gelar kepada al-Bustami dan al-Hallaj sebagai wali. Penolakannya ini dikeranakan ungkapan-ungkapan ganjil (shatahiyah) yang diriwayatkan kedua tokoh tersebut.

2.2 Al-Ghazali

Dalam Islam, al-Ghazali dipandang sebagai tokoh agung tasawuf sunni. Pandangan tasawuf al-Ghazali seiring sejalan dengan para sufi abad sebelumnya, sebagaimana yang telah dikemukakan dalam bab sebelumnya. Tapi dari segi kepribadiannya, keluasan pengetahuannya, serta tassawufnya, al-Ghazali lebih besar dibanding tokoh-tokoh sebelumnya. Dia dipandang sebagai seorang sufi terbesar dan pengaruhnya atas tasawuf begitu besar.


2.2.1 Perjalanan Hidup al-Ghazali

Nama lengkapnya ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Ahmad. Ia diberi gelar Hujjatul Islam kerana kedudukannya yang tinggi dalam Islam. Ayahnya menurut sebagian penulis bekerja sebagai penenun baju bulu. Oleh itu ia terkenal dengan sebutan al-Ghazzali (penenun), sekalipun dia dikenali pula dengan al-Ghazali sebagaimana yang diriwayatkan al-Sam‘ani dalam kitab al-Ansab, yang dinisbatkan pada suatu kawasan yang disebut Ghazalah. Al-Ghazali lahir di Tus, kawasan Khurasan pada tahun 450 H.

Al-Ghazali belajar teologi pada seorang teolog asha‘irah yang terkenal, Abu Ma‘ali al-Juwaini, yang bergelar Imam al-Haramain. Menurut Ibn Khallikan, dibawah bimbingan gurunya itu dia bersungguh-sungguh belajar dan berijtihad hingga benar-benar menguasai masalah mazhab, perbedaan pendapat, teologi, usul fiqh, mantiq, falsafah, serta menguasai berbagai pendapat tentang semua cabang ilmu tersebut.
Sepanjang kehidupannya, al-Ghazali mendalami banyak cabang ilmu dan juga filsafat. Tapi ternyata ilmu-ilmu itu tidak memberinya ketenangan jiwa. Kegelisahan jiwanya semakin bergelora sehingga berlaku krisis kejiwaan. Akibat keadaan ini, al-Ghazali meninggalkan kegiatan mengajarnya di Al-Nizamiyah dan kemudian hidup menyendiri.

Keadaan itu mendorong al-Ghazali ke arah tasawuf. Lewat karya-karya para sufi dan ucapan-ucapan para tokohnya, al-Ghazali mulai mengkaji ilmu para sufi, sehingga dia benar-benar mengetahui inti tujuan keilmuan mereka. Setelah itu, al-Ghazali mulai menjalani kehidupan yang baru, iaitu kehidupan zuhud, ibadah, penyempurnaan rohani dan akhlak serta pendekatan diri kepada Allah. Menurut Ibn Khallikan, dia diminta untuk kembali mengajar di al-Nizamiyah. Setelah berkali-kali diminta, dia pun bersetuju dengan permintaan itu. Namun dia kembali meninggalkan al-Nizamiyah dan kembali ke rumahnya di Tus dan mendirikan Khanaqah bagi para sufi serta madrasah bagi para penuntut ilmunya, serta menghabiskan waktunya untuk berbuat kebajikan sampai dia menghadap Tuhannya. Dia meninggal hari Isnin 14 Jumadil Akhir 505 H.

Al-Ghazali adalah seorang pemikir yang produktif dalam berkarya serta luas wawasannya. Dia menyusun banyak kitab lebih kurang delapan puluh. Dan ini meliputi berbagai bidang, seperti fiqh, ilmu kalam, akhlak, mantiq, falasafah dan tasawuf. Banyak para pengkaji dari Barat yang menyatakan kekaguman terhadap al-Ghazali. Macdonald dalam makalahnya tentang al-Ghazali yang dimuat dalam Encyclopedia of Islam, menggambarkannya sebagai seorang pemikir paling orisinil yang dilahirkan Islam, dan ahli teologi Islam terbesar

3.2.2 Tasawuf Al-Ghazali

Melalui karya-karya al-Ghazali di bidang tasawuf, nampak oleh kita betapa al-Ghazali telah berhasil menjadikan tasawuf sebagai ilmu dengan pengertiannya yang luas. Di samping itu, dia telah membatasi prinsip-prinsip tasawuf berdasarkan metodnya dan menyusun aturan-aturan praktikalnya secara rinci.
Al-Ghazali boleh dikatakan telah berhasil menggambarkan jalan menuju Allah sejak permulaan dalam bentuk mujahadah, kemudian maqamat serta ahwal, yang akhirnya sampai kepada fana, tawhid, ma‘rifat dan kebahagiaan. Semua itu akan dihuraikan dalam pembahasan berikut.

3.2.2.1 Jalan (al-Tariq)

Dalam Ihya ‘Ulum al-Din yang merupakan karya terbesarnya, Al-Ghazali membagi manjadi empat bab utama, iaitu bab ibadah, adat istiadat, perkara yang mencelakakan, dan perkara yang menyelamatkan.

Al-Ghazali mengemukakan pentingnya bagi seorang salik untuk mengetahui keempat-empat bab dalam karyanya tersebut. Dalam bab pertama, seorang salik akan tahu berbagai ibadah mahupun syarat-syaratnya, sehingga ia dapat menjaga dari keburukan-keburukan dan terhindar darinya. Dalam bab adat istiadat dia akan tahu rahsia-rahsia kehidupan , sehingga dia dapat mengambil apa-apa yang diperlukan baginya dan menjauhkan dari apa-apa yang tidak bermanfaat baginya. Sementara dalam bab perkara-perkara yang mencelakakan, dia akan tahu semua perkara yang menghalangi jalannya kepada Allah, iaitu sifat-sifat yang tercela. Sehingga pengetahuannya terhadap perkara itu akan mendorongnya untuk menghindarinya. Dalam bab perkara-perkara yang menyelamatkan, dia akan tahu sifat-sifat terpuji yang harus dimilikinya, yang dijadikannya pengganti tabiat-tabiat tercela. Semua itu dimaksudkan adar cinta kepada Allah dapat menguasai kalbu, yang bersamanya hilanglah cinta pada perkara duniawi, sehingga itu menjadikan teguhnya kehendak dan lurus niatnya.

Al-Ghazali juga berpendapat bahawa jalan para sufi dimaksudkan sebagai pensucian diri, pembersihan diri serta pencerahannya dan kemudian persiapan dan penantian terhadap ma‘rifat. Dari pendapatnya ini nampak jelas bahawa tujuan jalan para sufi ialah pendakian fasa-fasa akhlak melalui latihan jiwa (mujahadah al-nafs) serta penggantian akhlak tercela dengan akhlak terpuji. Sehingga dengan ini, seorang salik tersebut akan mencapai tahap ma‘rifat kepada Allah. Jadi kesimpulannya menurut al-Ghazali, poros jalan sufi adalah moralitas (al-khulq)

3.3.2.2 Ma‘rifat

Dalam pembahasan ma‘rifat ini, al-Ghazali telah membahasnya secara terperinci, dari segi pancapaiannya, metodnya, objek perbahasannya, dan tujuannya, disertai perbandingannya dengan ma‘rifat para pemikir yang bukan sufi yang menyandarkan dirinya pada metod akal. Bahkan teorinya tentang ma‘rifat dapat dipandang sebagai teori yang lebih komprehensif dan sempurna jika dibandingkan dengan teori para sufi sebelumnya.

Menurut al-Ghazali sarana ma‘rifat seorang sufi adalah kalbu bukannya perasaan dan bukan pula akal. Kalbu menurutnya bukanlah bagian tubuh yang dikenal terletak pada bagian kiri dada manusia. Tapi kalbu adalah percikan rohaniah ketuhanan. Mengenai bagaimana kalbu menjadi sarana ma‘rifat seorang sufi, al-Ghazali menghuraikannya dengan sebuah contoh: “Andaikan kita bayangkan sebuah telaga yang digali yang memungkinkan air keluar dari dalam bumi dan memungkinkan juga mengelirnya air ke telaga tersebut dari sungai-sungai, sehingga airnya lebih jernih dan juga banyak dan deras. Kalbu adalah bagaikan telaga itu. Sementara ilmu seumpama air, dan panca indera bagaikan sungai-sungai. Kadangkala ilmu mengalir ke dalam kalbu melalui sungai-sungai panca indera, melalui berbagai pengamatan, sehingga kalbu pun penuh akan ilmu. Mungkin juga sungai-sungai panca indera tersebut dibendung dengan ber-uzlah dan memejamkan pandangan, sementara relung kalbu dapat digali dengan mensucikan serta menghilangkan berbagai penghalangnya, sehingga dari dalam telaga kalbu yang digali tersebut pun memancarlah sumber-sumber ilmu.

Metod ma‘rifat al-Ghazali dan juga para sufi ialah iluminasi (kashf). Al-Tusi mendefinisikan iluminasi (kashf) sebagai penjelasan tentang apa yang tertutup bagi kepahaman, yang tersingkap bagi seseorang hamba seakan-akan dia melihat dengan mata kepalanya.

Menurut al-Ghazali, iluminasi (kashf) adalah metod ma‘rifat tertinggi, dan dia membagi para arifin (orang yang memperoleh ma‘rifat) berdasarkan ma‘rifat serta metod mereka menjadi tiga peringkat. Pertama, orang awam, dimana metod mereka hanya taqlid sepenuhnya. Kedua, teolog (mutakallim), dimana metod ma‘rifatnya adalah pembuktian yang rasional. Dan menurut al-Ghazali, peringkat ini mendekati peringkat orang awam. Ketiga, orang ‘arif yang sufi, dimana metod ma‘rifatnya adalah penyaksian (mushahadah) dengan cahaya keyakinan (nur al-yaqin)

Ma‘rifat para wali atau para sufi menurut al-Ghazali diperoleh langsung dari Allah tanpa perantara. Namun ma‘rifatnya berbeza dari ma‘rifat kenabian, sebab ia hanya berupa ilham atau inspirasi dalam kalbu yang tidak diketahui para sufi bagaimana memperolehnya dan dari mana datangnya. Sementara ma‘rifat para nabi merupakan wahyu, dan nabi tersebut tahu penyebabnya, iaitu turunnya malaikat kepadanya. Sekalipunn begitu, nabi ataupun wali sepenuhnya yakin bahawa ilmu tersebut datang daripada Allah.

Yang menjadi obejek ma‘rifat tasawuf adalah zat Allah, sifat-sifatNya dan tidakan-tindakanNya, dan objek tersebut adalah objek ma‘rifat terluhur, seperti perkataannya: “Ilmu yang paling mulia adalah ilmu tentang Allah, sifat-sifatNya, dan tindakan-tindakanNya. Dalam ilmu tersebut terkandung kesempurnaan manusia, dan dalam kesempurnaannya pun terkandung kebahagiaan serta kebaikan dirinya.”

Tujuan-tujuan ma‘rifat menurut al-Ghazali adalah moralitas (takhalluq), cinta kepada Allah, fana di dalam-Nya dan kebahagiaan. Dan ma‘rifat adalah tanda-tanda hidayah, setiap kali ma‘rifat bertambah, akhlak yang luhur serta kebeningan kalbu pun semakin meningkat. Dan cinta kepada Allah dipandang al-Ghazali sebagai buah dari ma‘rifat, sebab tidak mungkin jatuh cinta kecuali pada sesuatu yang telah dikenalinya. Dan tidak ada sesuatu yang lebih layak dicintai selain Allah.

3.3.2.3 Fana Dalam Tauhid atau Ilmu Mukashafah

Menurut al-Ghazali, seorang arif tidak melihat yang selain Allah serta tidak mengetahui yang selain-Nya. Yang dia tahu dalam wujud ini hanyalah Dia dan perbuatan-perbuatanNya. Dengan keadaan seperti ini, dia adalah orang yang mengesakan Allah dengan sebenar-benarnya, dan tidak melihat selain Allah. Bahkan dia tidak memandang dirinya dari sisi dirinya sendiri, tapi dari sisi sebagai hamba Allah. Inilah yang dimaksud dengan fana dalam tauhid dan juga fana dari dirinya sendiri. Al-Ghazali menggambarkan pengalaman fana dalam tawhid sebagai buah daripada ma‘rifat.
Al-Ghazali mengklasifikasikan tasawuf menjadi dua bagian. Pertama, tasawuf sebagai ilmu muamalah. Kedua, tasawuf sebagai ilmu mukashafah. Menurutnya ilmu ini tersendiri dan tidak boleh dituliskan. Menurut Al-Ghazali, seseorang yang berhasil mencapai kashaf, telah terjun ke dalam gelombang berbagai hakikat realiti, mengarungi pantai amal, bersatu dengan kesucian tawhid serta mewujudkan keikhlasan yang benar-benar tulus. Sehingga telah tidak ada lagi yang tersisa dalam dirinya. Bahkan naluri kemanusiaannya pun telah padam. Dan telah sirna sifat-sifat kemanusiaannya.

Mengenai hakikat tawhid, al-Ghazali mengemukakan teorinya dalam Ihya. Dia mengklasifikasikan tawhid menjadi empat peringkat. Pertama, tawhid seorang yang menyatakan tidak ada Tuhan kecuali Allah, sementara kalbunya melalaikan makna ucapannya. Maka inilah tawhid orang munafik. Kedua, tawhid seorang yang membenarkan makna syahadat, seperti yang dibenarkan oleh sebagian besar umat Islam, dan inilah tawhid orang awam. Ketiga, tawhid seseorang yang menyaksikan kebenaran ungkapan tersebut secara ilumunasi (kashf), dengan cahaya Allah Yang Maha Benar. Ini adalah tawhidnya para al-Muqarrabin. Keempat, tawhid orang seseorang yang tidak melihat dalam wujud kecuali yang tunggal. Maka inilah penyaksian para al-shiddiqin. Dan hal ini oleh para sufi disebut dengan kefanaan dalam tawhid. Menurut al-Ghazali, peringkat keempat ini adalah yang tertinggi. Sebab seseorang yang mencapai tawhid seperti itu, tidak ada sesuatu pun yang nampak pada penyaksiannya melainkan hal yang tunggal. Dan inilah tujuan tertinggi dalam tawhid.

3.3.2.4. Pengungkapan Ilmu Mukashafah Secara Simbolis.

Al-Ghazali sependapat dengan para sufi lainnya bahawa sukar untuk mengungkapkan hakikat tawhid, dan bahasa biasa tidak cukup mampu untuk mengungkapkannya secara tepat. Sekalipun bahasa al-Ghazali sendiri secara umum mudah difahami. Namun itu hanya dalam batas ruang lingkup ilmu muamalah. Sementara yang menyangkut ilmu mukashafah, sukar untuk dituliskannya. Seandainya pun seseorang sufi terpaksa mengungkapkannya, dia hanya boleh mengungkapkannya secara simbolis. Para nabi pun tidak membincangkan kepada para umatnya kecuali sekadar ilmu muamalah. Sementara ilmu mukashafah, mereka tidak membincangkannya kecuali dengan simbol atau isyarat dalam bentuk misal dan secara global. Menurut al-Ghazali, ilmu mukashafah adalah ilmu yang tersembunyi, dan hanya diketahui oleh mereka yang benar-benar mengenal Allah. Kerana itulah mereka hanya menggunakan simbol-simbol khusus serta tidak membincangkannya di luar kalangan sendiri.

Dengan pernyataan ini barangkali al-Ghazali bermaksud menghindarkan dirinya dan juga para sufi lannya dari kekeliruan al-Bustami dan al-Hallaj yang mengungkapkan hakikat-hakikat tawhid dengan ungkapan yang menimbulkan keraguan.


3.2.2.5 Kebahagian ( al-Sa‘adah)

Al-Ghazali berpendapat bahawa kebahagiaan adalah tujuan akhir jalan para sufi, sebagai buah dari ma‘rifat kepada Allah. Menurut al-Ghazali, jalan menuju kebahagiaan adalah ilmu serta amal, sebagaimana perkataannya: “Seandainya anda memandang kearah ilmu, nescaya anda melihatnya bagaikan begitu lezat. Dan anda pun mencarinya kerana kelezatannya, dan anda pun nescaya mendapatkannya sebagai perantara menuju akhirat dan kebahagiaannya, dan juga sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah. Mustahil mencapai hal itu semua kecuali dengan ilmu. Sesuatu yang paling tinggi derjahnya bagi manusia ialah kebahagiaan yang abadi. Dan sebaik-baik perantara untuk mencapai kebahagiaan ialah ilmu dan amal. Dan amal pun tidak mungkin tercapai tanpa ilmu.” Jadi, asal kebahagiaan di dunia dan di akhirat ialah ilmu.

Kebahagiaan setiap sesuatu menurut al-Ghazali adalah kelezatan. Dan menurutnya kelezatan yang tertinggi dan terluhur adalah ma‘rifat kepada Allah. Apabila seseorang memilih kelezatan lain maka berarti orang tersebut terhalang dari kelezatan ma‘rifat kepada Allah. Menurut al-Ghazali tidak ada ma‘rifat yang lebih agung daripada ma‘rifat kepada Allah, tidak ada kelezatan yang lebih nikmat daripada kelezatan-Nya dan tidak ada pemandangan yang lebih indah daripada pemandangan kehadiran-Nya.

Manusia tidak hanya menikmati kelezatan ma‘rifat terhadap Allah setelah meninggal dunia sahaja, tapi dia pun dapat menikmatinya ketika dalam keadaan sadar, iaitu ketika dia mampu melihat apa-apa sahaja yang biasanya terlihat hanya dalam keadaan mimpi. Dalam keadaan itu, dia akan mampu menyaksikan berbagai hakekat yang tertinggi, dan alam malakut disingkapkan untuknya. Semua itu tidak akan tercapai kecuali dengan berpaling dari berbagai pesona materi, dan kelezatan yang fana.

Penutup


Daripada apa yang kita bincangkan tentang perkembangan Tasawuf Sunni ternyata bahawa sumber utama tasawuf dari Nabi Muhamaad SAW yang man baginda memencilkan diri untuk beribadah serta membersihkan diri , memelihara hati, zuhud dan tidak mementingkan keseronokan dunia. Selepas itu diikuti oleh para sahabat, tabi’in, golongan zahid, nasik, fakir dan ahli tasawuf dengan cara hidup sederhana, wara’ dan menumpukan sepenuh masa kepada ibadah.

Di dalam peringkat awal tasawuf Islam diasaskan ciri-ciri keIslaman semata-mata. Namun demikian akhirnya ia diresapi oleh anasir-anasir luar seperti pemikiran falsafah, kepercayaan dan kebudayaan yang berasal dari India, Parsi, Nasrani dan Yunani.

Kesannya daripada keadaan yang dialami ini , ilmu tasawuf yang menekankan kejernihan hati dan peningkatan keruhanian telah berubah dan bercampur aduk dengan teori-teori falsafah, akhlak, jiwa dan metafizik. Maka lahirlah tokoh seperti Al-Qushairi, Al-Harawi, Imam Ghazali dan lain-lain melakukan pembaharuan dengan mengembalikan tasawuf kepada landasan al-Qur’an dan al-Sunnah.

Ulum Hadis: Kajian Kedudukan Sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di dalam Periwayatan Hadis

1.0 PENDAHULUAN.

Terdapat pelbagai pandangan ulama tentang kedudukan para sahabat dalam sudut keadilannya terutama apabila menyetuh berkenaan kehujahan para sahabat dari sudut periwayatan sesuatu hadis. Ini kerana faktor keadilan para sahabat merupakan sebahagian daripada penerimaan sesuatu hadis di sisi umat Islam apatah lagi para pengkaji hadis. Perkara yang paling jelas ialah para sahabat ini dipandang tinggi oleh golongan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah Jamaah manakala bagi golongan Syiah pula mereka memandang sebaliknya.

Akan tetapi, dalam kertas kerja yang ringkas ini, penulis hanya ingin menyentuh persoalan keadilan para sahabat menurut pandangan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah sahaja dan tidak akan menyentuh sama sekali pandangan dari kelompok Syiah dan yang seumpamanya.

Dalam kertas kerja ini, pengertian Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah yang dimaksudkan adalah golongan yang berpegang teguh dengan pegangan sebagaimana Raulullah s.a.w. dan para sahabat dan menjauhi segala unsur bidaah. Mereka juga adalah berpegang dengan akidah yang benar serta mengikuti metodologi dan petunjuk Nabi s.a.w., para sahabat, tabi’in serta semua generasi yang mengikuti mereka hingga ke Hari Kiamat samada yang digelar sebagai kelompok salaf mahupun digelar sebagai kelompok khalaf.


2.0 TAKRIF SAHABAH

Menurut bahasa di dalam kalimah al-Sihabah ataupun al-Sahabah terbit dari al-Suhbah. Ahli bahasa yang terkenal, al-Fairuzabadi menerangkan: sahabat memberi maksud berkawan atau mengajaknya sebagai teman.

Al-Qadhi Abu Bakar al-Baqilani berkata: tidak menjadi perselisihan dikalangan ahli bahasa dalam menjelaskan bahawa kalimah sahabah adalah terbitan dari al-Suhbah yang tidak menjurus kepada bentuk persahabatan yang khusus malah ia mencakupi kepada bentuk yang sedikit ataupun banyak. Apabila diletakkan nama berkawan ia tidak tertakluk kepada sedikit banyaknya rakan tersebut (al-Baghdadi, T.th, Jld. 1, 51).

Di sisi al-Muhadithin, terdapat beberapa pandangan dalam memberi pengertian makna sahabah ini. Antaranya ialah apa yang dijelaskan oleh Imam al-Bukhari secara ringkas: Sesiapa yang menyertai Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam atau melihat baginda di kalangan kaum Muslimin maka dia adalah sahabat baginda (al-Asqalani, 1379H, Jld. 7, 5).

Al-Qadhi al-Baqilani tetap berpandangan untuk menerima riwayat daripada mereka yang thiqah lagi amanah serta beramal dengan ilmunya sekalipun mereka ini tidak lama berdamping dengan nabi s.a.w. dan tidak mendengar dari mulut baginda s.a.w. kecuali sebuah hadith sahajan (al-Baghdadi, T.th, Jld. 1, 51).

Al-Khatib meriwayatkan dari sanad Abdus b. Malik al-‘Attar berkata: aku mendengar Ahmad Ibn Hanbal menerangkan mengenai para sahabat Rasulullah s.a.w. yang terdiri dari kalangan ahli Badr, beliau berkata: sebaik-baik manusia selepas mereka itu (ahli Badr) dari kalangan para sahabat Nabi s.a.w. adalah mereka yang hidup di kurun itu dan merasai zaman risalah. Setiap mereka yang berdampingan dengan baginda s.a.w. sama ada setahun, sebulan, sehari, sesaat atau sekadar melihat sahaja, maka mereka tergolong dikalangan sahabatnya. Mereka berhak mendapatkan hak persahabatan sekadar perdampingan mereka bersama baginda s.a.w., mendengar perkataannya, dan melihat kearahnya (ibid, Jld. 1, 51).

Ali Ibn al-Madini menjelaskan pengertian sahabah sebagai: sesiapa yang sering berdampingan bersama dengan Nabi s.a.w., melihatnya sekalipun sekadar satu saat pada suatu hari. Maka dia tergolong dari kalangan sahabat Nabi s.a.w. (al-Asqalani, 1379H, Jld. 7, 3).

Menurut Sa’id b. al-Musayyab, para sahabt dapat dijelaskan dengan pernyataan ini: sahabat ini tidak dapat ditentukan melainkan mereka yang berdampingan dengan Rasulullah selama setahun, atau dua tahun serta turut berjuang bersama baginda dalam satu atau pun dua medan peperangan (al-Baghdadi, T.th, Jld. 1, 50).

Daripada pandangan di atas dapat kita rumuskan takrifan sahabat sebagai mereka yang bertemu Rasulullah s.a.w. dengan pertemuan yang wajar sewaktu baginda masih hidup dalam keadaan Islam dan beriman dengannya ( Fath al-Rahman, 1974, 281).

Dengan ketentuan ini, bagi mereka yang bertemu dengan Nabi s.a.w. tetapi tidak mempercayai risalah kenabiannya, mereka ini tidak boleh digelar sebagai sahabat. Begitu juga mereka yang sudah beriman tetapi tidak pernah atau tidak sempat menemui baginda seperti al-Najashi dan seumpamanya. Golongan ini juga tidak dapat digelar sebagai sahabat Nabi s.a.w. Rumusan ini selari dengan takrif yang dibawa oleh al-Hafiz Ibn Hajr al-Asqalani:

“Sahabat ialah mereka yang sempat bertemu dengan Nabi s.a.w., beriman dengan baginda dan mati dalam keadaan Muslim (al-Asqalani, T.th, Jld. 1, 230).

Terdapat satu perkara penting daripada rumusan al-Hafiz sebelum ini berkenaan mati dalam keadaan muslim. Ini kerana, terdapat juga sesetengah sahabt yang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan beriman, namun kemudiaanya kembali murtad dan mati dalam keadaan kufur sepertimana berlaku keatas Abdullah b. Khattal dan Ubaidullah b. Jahsy al-Asadi. Oleh kerana faktor inilah membuatkan al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani melakukan sedikit penambahan iaitu dikira faktor kematian mereka sama ada dalam anutan Islam atau sebaliknya dalam menentukan sahabah (al-Asbahani, 1405H, Jld.9, 50).

2.1 CIRI-CIRI MENGENALI PARA SAHABAH.

Para ulama telah menyebutkan tanda-tanda seseorang itu dalam kategori seorang sahabat sebagaimana berikut:

1)Dikenali secara mutawatir iaitu dikenalpasti kesahihan sebagai seorang sahabat menerusi ramai daripada para sahabat Nabi s.a.w. seperti al-Khulafa al-Rashidin yang empat dan pembesar sahabat yang terkenal dikalangan orang tertentu dan umum.

2)Dikenali secara masyhur seperti Dimam b. Tha’labah dan ‘ukashah b. Mihsan.

3)Dinyatakan oleh sahabat yang lain seperti Humamah b. Abu Humamah al-Dusi, disaksikan oleh Abu Musa al-Asy’ari bahawa beliau mendengar dari Nabi s.a.w.

4)Dinyatakan oleh seorang Tabiin mengikut pendapat yang rajih.

5)Dinyatakan oleh diri sahabt itu sendiri. Pengakuan ini memerlukan pembuktian yang pertama dengan sifat adil orang itu sendiri berdasarkan penilaian orang-orang terpercaya yang sezaman dengannya. Kedua, beliau tidak hidup melebihi seratus tahun daripada kewafatan Nabi s.a.w. daripada kewafatan Nabi s.a.w. (al-Khatib, Ajjaj, 1980, 394).


2.2 ADAKAH JIN YANG DIISLAMKAN OLEH NABI TERMASUK DIKALANGAN SAHABAT?

Para ahli hadith dan sebahagian ulama memperbolehkan makhluk jin dikategorikan sebagai sahabat sekiranya memenuhi syarat-syarat “sahabah” sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini. Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan dalam kitab beliau al-Isabah yang menyenaraikan biodata para sahabat Nabi s.a.w. dan menyebutkan nama dikalangan jin seperti Suriq (al-Asqalani, 11412H, Jld. 3, 45), Syasir (Ibid, 11412H, Jld. 3, 309), Duthar (Ibid, 11412H, Jld. 5, 751) dan khuraqa (Ibid, 11412H, Jld. 7, 607).

Wujud perbezaan pendapat sama ada para Nabi s.a.w. dan malaikat yang ditemui oleh Nabi s.a.w., adakah mereka termasuk dalam kategori sahabat atau tidak. Ibn al-Athir memandang lebih utama dimasukkan golongan malaikat sebagai golongan sahabat berbanding dengan kelompok jin (al-Suyuti, 1417H, Jld. 2, 210).

Namun al-Hafiz al-‘Iraqi menolak saranan Ibn al-Athir tersebut dengan dua alasan:
1) Maksud bertemu dan bergaul dengan Nabi s.a.w. sebagai syarat sah persahabatan adalah pertemuan di alam nyata (Alam al-Musyahadah) secara kebiasaan. Oleh itu pertemuan Nabi s.a.w. dengan para malaikat dan Nabi di langit ketika peristiwa Isra dan Mi’raj tidak boleh dijadikan bukti bahawa mereka itu sahabat.

2) Jin termasuk juga makhluk yang dipertanggung jawabkan dalam menyebarkan dakwah, sedangkan malaikat tidak dipertanggung jawabkan. Dengan kata lain, risalah dakwah yang ditujukan kepada Nabi s.a.w. kepada para jin itu adalah risalah al-Taklif (dipertanggung jawabkan sebagai mukallaf) sedangkan kepada para malaikat hanya sebagai risalah al-Tasyrif (penghormatan) sahaja (Fath al-Rahman, 1974, 284).



3.0 KEADILAN PARA SAHABAT.

Keadilan sahabat atau عدالة الصحابة menurut aspek bahasa merujuk pada kalimah ‘Adalah atau ‘Adl, lawannya Jaur ertinya kejahatan. Rojulun ‘Adl bermaksud seorang yang dianggap adil, diredhai dan diterim kesaksiannya (Mukhtar al-Sihah, 176).

Di sisi ahli hadith seperti al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, sifat ‘adil’ bermaksud:
Maksud adil ialah orang yang mempunyai sifat ketaqwaan dan maruah (kehormatan). Erti taqwa pula ialah dengan menjahui perbuatan buruk seperti syirik, fasiq dan bid’ah (al-Asqalani, Ibn Hajar, T.th., 1).

Merujuk kepada para sahabat, sifat keadilan yang disandarkan kepada mereka bukan sekadar sifat taqwa dan memelihara maruah, tetapi juga kebenaran mereka dalam memperaktikkan agama dan menyampaikannya kepada generasi seterusnya. Sifat keadilan para sahabat menyebabkan mereka tidak akan berdusta di atas nama Allah mahupun Rasulnya Muhammad s.a.w. dalam hal ehwal agama. Keadilan para sahabat memiliki dalil al-Quran, al-Sunnah dan Ijma ulama. Ia akan di bincangkan selepas ini insyaAllah.

Di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah keadilan para sahabat merangkumi mereka yang terlibat dalam fitnah pada zaman tersebut. Fitnah yang dimaksudkan adalah seperti peristiwa pembunuhan Uthman sehinggalah kepada pertempuran sesama sahabat di perang Jamal dan Perang Siffin.

Tidak ada tuduhan atau anggapan buruk terhadap keadilan para sahabat melainkan oleh segelintir kaum yang jahil dan mereka yang sememangnya memusuhi Islam dan umatnya. Untuk membuktikan keadilan para sahabat, berikut dikemukakan dalil-dalilnya daripada al-Quran, al-Sunnah dan Ijma ulama.



3.1 DALIL-DALIL MENUNJUKKAN KEADILAN PARA SAHABAT.

3.1.1 AL-QURAN AL-KARIM

PERTAMA

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

لَقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنْزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا -وَمَغَانِمَ كَثِيرَةً يَأْخُذُونَهَا وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا

Demi sesungguhnya! Allah redha akan orang-orang yang beriman, ketika (mereka) memberikan bai‘ah kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (di Hudaibiyyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahui-Nya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Dia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya. Dan juga dengan banyak harta rampasan perang yang mereka akan dapat mengambilnya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. [al-Fath 48:18-19]

KEDUA

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

وَالسَّابِقُونَ الأوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan, Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. [al-Taubah 9:100]

Ayat yang mulia ini ditujukan kepada golongan awal di kalangan Muhajirin serta Ansar dan golongan yang mengikuti jejak langkah mereka dengan kebaikan dimana Allah redha terhadap mereka dan mereka juga redha terhadap-Nya. Allah telah menyediakan untuk mereka tempat tinggal serta kegembiraan yang kekal abadi iaitu Syurga.




KETIGA

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

لَكِنِ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ جَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ وَأُولَئِكَ لَهُمُ الْخَيْرَاتُ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ -أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Akan tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka; dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan, dan mereka itulah juga yang berjaya. Allah telah menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; yang demikian itulah kemenangan yang besar. [al-Taubah 9:88-89]

Ayat ini diturunkan setelah ayat sebelumnya yang menerangkan tentang golongan munafik serta segolongan dari umat Islam yang tidak menyertai jihad bersama dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tetapi telah meminta izin daripada baginda untuk tinggal di belakang bersama-sama dengan golongan yang lemah, wanita, kanak-kanak serta golongan yang tiada kebaikan bagi mereka (Ahl al-Fasad). Adapun selain dari mereka iaitu golongan yang berjihad pada jalan Allah maka mereka tetap berjihad dengan harta serta diri mereka, maka bagi mereka kebaikan iman serta Islam sebagaimana firman Allah: “…mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan…” dimana Allah akan memberikan ganjaran pahala ke atas jihad yang mereka lakukan dan “…mereka itulah orang-orang yang berjaya.”, iaitu berjaya mendapat kegembiraan di dunia serta di akhirat nanti.


KEEMPAT

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آوَوْا وَنَصَرُوا أُولَئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ -وَالَّذِينَ آمَنُوا مِنْ بَعْدُ وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا مَعَكُمْ فَأُولَئِكَ مِنْكُمْ

Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia. Dan orang-orang yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka dari golongan kamu. [al-Anfal 8:74-75]

Menerusi ayat yang mulia ini Allah Subhanahu wa Ta‘ala memberikan pujian terhadap orang yang beriman di kalangan golongan Muhajirin yang awal serta saudara mereka iaitu golongan Ansar yang telah memberikan tempat kediaman serta pertolongan kepada golongan Muhajirin tersebut. Golongan Muhajirin mempunyai keimanan yang sempurna kerana mereka sanggup berhijrah meninggalkan kampung halaman, memisahkan diri mereka daripada kaum keluarga serta tempat tinggal. Sudah pasti mereka berbeza dengan golongan beriman yang tidak berhijrah serta tetap tinggal di negeri yang berada di bawah naungan kekufuran. Begitu juga dengan golongan Ansar yang sanggup berkorban memberikan pertolongan untuk saudara mereka golongan Muhajirin, mereka juga mempunyai keimanan yang sempurna.




3.1.2 AL-HADITH

PERTAMA

Abu Hurairah radhiallahu ‘anh berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
لاَ تَسُبُّوا أَصْحَابِي فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلا نَصِيفَهُ.
Janganlah kamu mencaci para sahabatku! Sekiranya seorang dari kamu menafkahkan emas sebesar gunung Uhud sekalipun, tidak akan sama ganjaran yang dilakukan oleh mereka walau secupak mahupun setengah.
Hadith ini melarang para sahabat yang terkemudian daripada mencaci para sahabat yang terdahulu memeluk Islam. Ianya menceritakan kisah salah faham yang berlaku di antara ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf dengan Khalid al-Walid radhiallahu ‘anhuma. ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf merupakan sahabat Muhajirin yang awal serta termasuk di kalangan sepuluh orang sahabat yang dijamin masuk syurga. Khalid al-Walid pula merupakan sahabat yang memeluk Islam selepas perjanjian Hudaibiyyah, sebelum pembebasan kota suci Mekah.
Menerusi hadis ini Rasulullah s.a.w. melarang para sahabat yang terkemudian daripada mencaci serta merendahkan para sahabat yang terdahulu daripada mereka. Ini disebabkan golongan yang terkemudian memeluk Islam tidak dapat mengatasi golongan yang terdahulu dari segi amal perbuatan yang mereka lakukan. Oleh itu sekalipun Khalid al-Walid mensedekahkan emas sebesar gunung Uhud, beliau masih belum mampu menandingi perbelanjaan yang dikeluarkan oleh ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf dan orang-orang yang seumpamanya dari kalangan orang-orang Islam yang lebih dahulu memeluk Islam.

KEDUA

Abu Musa radhiallahu ‘anh berkata, kami mengerjakan solat Maghrib bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lalu baginda mengadahkan wajahnya ke langit lalu bersabda:
النُّجُومُ أَمَنَةٌ لِلسَّمَاءِ فَإِذَا ذَهَبَتْ النُّجُومُ أَتَى السَّمَاءَ مَا تُوعَدُ. وَأَنَا أَمَنَةٌ لأَصْحَابِي فَإِذَا ذَهَبْتُ أَتَى أَصْحَابِي مَا يُوعَدُونَ. وَأَصْحَابِي أَمَنَةٌ لأُمَّتِي فَإِذَا ذَهَبَ أَصْحَابِي أَتَى أُمَّتِي مَا يُوعَدُونَ.
Bintang-bintang adalah amanah bagi langit, apabila tenggelamnya bintang-bintang muncullah langit menemui apa yang dijanjikan. Aku pula adalah amanah bagi para sahabatku, maka sekiranya aku pergi (wafat), muncullah para sahabatku menemui apa yang dijanjikan. Para sahabatku adalah amanah bagi umatku, apabila mereka telah pergi nanti, muncul pula umatku menemui apa yang dijanjikan kepada mereka.
Hadis ini menerangkan kelebihan para sahabat dimana mereka, sekalipun berseorang, merupakan penjaga bagi umat ini. Kehadiran mereka akan menyelamatkan umat ini daripada bala seperti kejahatan yang mengatasi kebaikan, terjadinya bid‘ah dan berleluasanya kemungkaran. Keadaan ini jelas terserlah semasa zaman fitnah serta kezaliman pada waktu akhir pemerintahan Bani Umayyah dimana menerusi keberkatan para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, Allah Subhanahu wa Ta'ala mengurniakan kebaikan yang banyak kepada masyarakat sehingga mengatasi segala keburukan yang berlaku.

KETIGA

Imran b. Hushain radhiallahu ‘anh berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
خَيْرُ أُمَّتِي قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ. قَالَ عِمْرَانُ: فَلاَ أَدْرِي أَذَكَرَ بَعْدَ قَرْنِهِ قَرْنَيْنِ أَوْ ثَلاَثًا.
Sebaik-baik umatku ialah yang hidup pada kurunku, kemudian yang mengikuti zaman mereka dan kemudian yang mengikuti zaman mereka. Imran berkata: Saya tidak ingat sama ada (Nabi shallallahu 'alaihi wasallam) menyebut 2 atau 3 kurun selepasnya.
3.1.3 IJMA ULAMA.
Sebenarnya adalah memadai dengan pengiktirafan daripada Allah dan Rasulnya terhadap keadilan para sahabat r.a. Namun untuk melengkapkan perbincangan kita dalam bab ini, berikut dikemukakan beberapa hujah daripada para ilmuan Islam sebagai dalil akan kesepakatan mereka dalam menetapkan sifat adil kepada para sahabat.

Berkata Abu Amru al-Basri:
“Umat Islam bersepakat terhadapkeadilan seluruh para sahabat. Ini termasuk golongan sahabat yang di dalam peristiwa fitnah. Termasuk dalam kesepakatan ini oleh para ilmuan ialah memasukkan mereka ke dalam golongan sahabat yang disepakati sebagai tanda berbaik sangka dan bakti yang telah mereka sumbangkan sebelum itu. Seolah-olah Allah s.w.t. menetapkan yang sedemikian itu sebagai ijma kerana jasa mereka dalam mengembangkan syariat Islam (al-Fihri, 1417H, Jld. 1, 135). Dalam perkara pendapat ini juga di sokong oleh Ibn Solah dalam kitabnya Ulum al-Hadith.


Ibn Hibban al-Busti berkata, sebagaimana yang di nuqilkan oleh Ibn Rushaid Abu Abdullah al-Fihri di dalam kitabnya al-Sunan al-Abyan: Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Hendaklah orang yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir” (riwayat Ibn Hibban).

Ibn Hibban memberi komentar: Hadith ini merupakan sebesar-besar dalil yang menunjukkan bahawa semua sahabat adil dan tidak seorang pun di antara mereka yang tercela dan lemah. Sekiranya hanya sebahagian mereka sahaja yang adil, sepatutnya Nabi s.a.w. akan bersabda: hendaklah sifulan dan si fulan (ini sahaja) yang memberi tahu kepada yang tidak hadir.

Namun apabila baginda menyebutkannya secara umum dengan arahan menyampaikan kepada generasi selepas mereka, ini menunjukkan bahawa para sahabat adalah adil seluruhnya. Cukuplah! Bagi mereka yang diadili sendiri oleh Rasulullah s.a.w. dengan penuh penghormatan (Ibid).

Ibn Abd al-Barr ketika berbicara tentang kewajipan menyemak biodata para perawi dalam sanad hadith berkata:

Sesungguhnya sunnah adalah yang memerlukan kajian keatas seseorang individu tersebut (perawi yang meriwayatkannya) berdasarkan anutannya, khususnya yang berhubung dengan dirinya seperti keluarga dan hartanya. Sepertimana diketahui, mereka dihukumkan bersandarkan kenyataan serta kesaksian tanpa meninggalkan nama, nasab keturunan, sifat keadilan dan latar belakangnya.

Bagi kami, sekiranya perawi tersebut termasuk di dalam golongan sahabat r.a., cukuplah kami hanya mengkaji berkenaan biodata diri mereka berpandukan ijma golongan yang diperakui benar dikalangan ulama muslimin, iaitu golongan Ahl Sunnah Wa al-Jamaah yang menjelaskan bahawa para sahabat itu adil. Justeru menjadi kewajipan bagi kita untuk meneliti nama pengkaji sejarah hidup mereka agar dapat mengikuti petunjuk yang ditunjukkan. Mereka adalah sebaik-baik teladan dan panduan untuk diikuti (Ibn Abd al-Barr, 1412H, Jld. 1, 19).


Al-Hafiz al-‘Iraqi berkata: ijma Ahl al-Haq (pendokong kebenaran) daripada kalangan umat Islam iaitu Ahl Sunnah Wa al-Jamaah bahawa para sahabah kesemuanya adalah adil (al-‘Iraqi, 287).

Al-Khatib Al-Baghdadi beliau berkata : Para sahabat adalah orang-orang yang kuat keimananya, bersih aqidahnya dan mereka lebih baik dari semua orang yang adil dan orang-orang yang mengeluarkan zakat yang datang selepas mereka selama-lamanya. Ini merupakan pendapat semua Ulama (Al-Baghdadi, T.th, 49).

Ibnu Hazm berkata : Semua shahabat adalah adil, menjadi keutamaan di ridhai, maka wajib keatas kita memuliakan mereka, menghormati mereka, memohonkan keampunan untuk mereka dan mencintai mereka (al-Amidi, 1404H, 386).

Ibnu Katsir berkata : Semua shahabat adalah adil menurut Ahl Sunnah Wal al-Jamaah, kerena Allah Subhanahu wa Ta'ala telah memuji mereka di dalam Al-Quran dan al-sunnah Nabi s.a.w. pun memuji kelakuan dan ahlak mereka. Mereka telah mengorbankan harta dan jiwa mereka di hadapan Rasulullah s.a.w., dan mereka mengharap ganjaran yang baik (dari Allah) (Ibn Kathir, T.th,154).

Begitu juga sokongan daripada Amirul Mukminin dalam bidang Hadith ini menyatakan Ahl Sunnah sepakat bahawa semua sahabat itu adil. Tidak ada yang bertentangan kecuali pendapat yang ganjil dari mubtadi’ah (al-Asqalani, 1412H, Jld.1, 10).


Ramai lagi ulama-ulama yang sependapat dalam menyatakan bahawa ijma ulama dalam mensabitkan keadilan para sahabat seperti Imam al-Tabari, al-Ajuri, Abu Uthman al-Shabuni, Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah, al-Syaukani, Ibn Baththah, Ibn Hazm, al-Hafiz al-Nawawi, Izuddin Ibn Abd al-Salam, Imam al-Suyuti, Imam al-Ghazali dan seumanya.

Demikian beberapa nuqilan daripada ilmuan Ahl Sunnah Wa al-Jamaah yang menetapkan keadilan para sahabat. Daripada ayat-ayat, hadith-hadith dan hujjah para ilmuan yang telah dikemukakan dalam bab ini, jelas bahawa para sahabat adalah adil seluruhnya. Keadilan mereka diiktiraf oleh Allah dan Rasulnya serta diperakui oleh para Imam Ahl Sunnah Wa al-Jamaah. Tidak ada yang menolak sifat adil ini kecuali mereka yang juga menolak Allah, Rasulnya dan kesepakatan para ilmuan yang berada diatas kebenaran.

3.2 PARA SAHABAH TIDAK MAKSUM

Perlu dibezakan bahawa pengiktirafan Allah dan Rasulnya terhadap keadilan para sahabat tidaklah bererti menetapkan sifat maksum kepada mereka. Hanya para Nabi dan apara Malaikat yang maksum manakala para sahabat terbuka kepada perbuatan salah atau terkeliru. Dalam sebuah hadith yang masyhur, Rasulullah bersabda:
كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ.
Maksudnya:
Setiap anak Adam (yakni manusia) pasti melakukan kesalahan, sedangkan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat. (Riwayat Ibn Majah)

Para sahabat termasuk didalam keumuman hadith di atas. Justeru mereka juga memiliki kesalahan dan bertaubat daripadanya sepertimana manusia biasa. Oleh itu, Abu Bakar Ibn al-‘Arabi berkata: dosa-dosa (yang dilakukan para sahabat) tidaklah menggugurkan keadilan mereka, apabila selepas bertaubat (al-‘Arabi, T.th, 106).
Semua Ilmuan Ahl Sunnah Wa al-Jamaah sepakat bahawa para sahabat yang ikut serta dalam peperangan Jamal dan Siffin adalah orang yang beriman dan adil. Penlibatan mereka dalam perang Jamal dan Siffin tidak menyebabkan mereka menyembunyikan ajaran agama Islam, menyelewengkan perintah larangan dan mendustakan Nabi s.a.w. tersebut, sama ada bersifat individu atau berjemaah, tidaklah menggugurkan pengiktirafan Allah terhadap sifat adil mereka.


3.2 PANDANGAN AHL SUNNAH WA AL-JAMAAH TERHADAP KONFLIK YANG BERLAKU DIKALANGAN PARA SAHABAT.

Ahl al-Sunnah mengambil jalan pertengahan. Mereka memuliakan para sahabat r.a. sebagaimana yang dimuliakan oleh al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Ahl al-Sunnah juga menyanjung dan berterima kasih kepada para sahabat atas segala pengorbanan mereka dalam menegakkan Islam dan menyebarkannya sehingga tersebar sebagaimana yang disaksikan pada hari ini. Atas dasar inilah Ahl al-Sunnah mencintai para sahabat dan membenci sesiapa yang membenci para sahabat.

Ini termasuk iktiqad Ahl al-Sunnah sebagaimana yang diulas oleh Abu Jaafar al-Thahawi al-Hanafi: kami amat mencintai para sahabat Rasulullah s.a.w., kami tidak membezakan kecintaan kami hanya kepada salah seorang yang tertentu sahaja dan tidak pula mengenepikan salah seorang yang lain dari kalangan para sahabat r.a. kami membenci golongan yang membenci serta mengingati para sahabat dengan segala keburukan. Kami tidak memperingati para sahabat kecuali dengan kebaikan dan mengasihi para sahabat berlandaskan agama, keimanan dan ikhsan, padahal mereka membenci para sahabat ini dengan kekufuran, munafiq dan taghut (Ibn Abi al-Izz, 1391H, 528).

Berkata Abu Zaid al-Qairawani dalam kitab beliau: sesungguhnya sebaik-baik golongan adalah mereka yang sempat bersama dengan Nabi s.a.w. sebaik-baik sahabat adalah Khulafa al-Rashidin yang memberi petunjuk. Tidaklah disebut dan diingati salah seorang sahabat ini melainkan dengan sebaik-baiknya kenyataan dan sebutan. Menjauhkan diri daripada apa yang dipertelingkahkan dan celaan terhadap diri sahabat. Bahkan, merekalah yang paling berhak disebutkan segala kebaikan serta mereka jugalah sebaik-baik teladan dan ikutan (Muhammad Amhazun, 1420H, Jld.1, 132).

Syaikh al- Islam Ibn Taimiyyah menerangkan dalam Fatawanya: Kami menahan diri tentang apa-apa yang terjadi diantara mereka dan kami mengetahui bahwa sebagian cerita-cerita yang sampai kepada kami tentang (keburukan) mereka adalah dusta. Mereka (para shahabat) adalah mujtahid, jika mereka benar maka mereka akan dapat dua ganjaran dan akan diberi pahala atas amal shalih mereka, serta akan diampuni dosa-dosa mereka. Adapun jika ada pada mereka kesalahan-kesalahan sungguh kebaikan dari Allah telah mereka perolehi, maka sesungguhnya Allah akan mengampuni dosa mereka dengan taubat atau dengan perbuatan baik yang mereka kerjakan yang dapat menghapuskan dosa-dosa mereka atau dengan yang seumpamanya. Sesungguhnya mereka adalah sebaik-baik umat dan sebaik-baik masa, sebagaimana sabda Nabi s.a.w. (Ibn Taimiyah,1406H, Jld. 3, 406).

Kata Ibn Kathir: Adapun perselisihan yang terjadi di antara mereka sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w., maka ada yang terjadi secara tidak sengaja seperti Perang Jamal (antara Ali dengan Aisyah) dan adapula yang terjadi berdasar ijtihad seperti Perang Shiffin (antara Ali dengan Mu’awiyah). Ijtihad terkadang benar dan terkadang salah, akan tetapi (bila salah) pelakunya akan diampuni Allah dan akan dapat ganjaran adapun ia salah. Adapun jika ia benar ia akan dapat dua ganjaran. Dalam hal ini Ali dan para shahabatnya lebih mendekati kepada kebenaran daripada Mu'awiyah mudah-mudahan Allah meridhai mereka semuanya (Ali, 'Aisyah, Muawiyah dan para shahabat mereka) (Ibn Kathir, T.th, 154).

Abu Uthman al-Shabuni mengulas lanjut dalam kitabnya Aqidah Salaf Wa Ashab al-Hadith: apa yang terjadi perselisihan dan pertelagahan di antara sahabat nabi s.a.w. perlulah dihentikan. Kata-kata yang keluar dari lisan hendaklah dibersihkan daripada menyebut sebarangan yang mampu membuka aib dan mengurangi kehormatan mereka. Hendaklah mengasihi dan menyokong kepada setiap para sahabat (Muhammad Amhazun, 1420H, Jld.1, 133).


4.0 PANDANGAN AHL SUNNAH WA AL-JAMAAH TERHADAP MEREKA YANG MENCERCA PARA SAHABAT.

4.1 TAKRIF “CELA”.
Menurut al-Qadhi Abu Ya’la: mencela para sahabat ialah menuduh bahawa para sahabat telah melakukan kezaliman ataupun kefasikan selepas kewafatan Nabi s.a.w. ataupun melakukan perbuatan yang salah (Muhammad Amhazun, 1420H, Jld.1, 133).

4.2 HUKUM MENCELA PARA SAHABAT.

Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah berkata:
Para ilmuan berselisih pendapat tentang hukum orang yang mencela para sahabat. Berkata (al-Qadhi) ‘Iyadh, menurut jumhur ilmuan mereka dihukum manakala menurut sebahagian ilmuan Mazhab Maliki, mereka dibunuh. Sebahagian ilmuan Mazhab al-Syafi’e dihukum sedemikian (hukum bunuh) dijatuhkan kepada sesiapa yang mencela Abu Bakar dan Umar serta Hasan dan Husain (dua cucu Rasulullah). Ini dikhabarkan oleh al-Qadhi Husain dan diperkuatkan oleh al-Subki kepada sesiapa yang mengkafirkan Abu Bakar dan Umar (al-Asqalani,1379H, jld. 7, 36).

Abu Zur‘ah al-Razi rahimahullah berkata:
Bila engkau melihat seseorang memburuk-burukkan salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w. maka ketahuilah bahawa orang itu zindik (yang lahirnya kelihatan Islam tetapi hakikatnya kafir). Ini kerana Rasulullah s.a.w.di sisi kita adalah benar, al-Quran adalah benar dan apa yang datang dengannya adalah benar. Al-Quran dan al-Sunnah Rasulullah telah disampaikan kepada kita hanya menerusi para sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka (yang memburuk-burukkan sahabat) mahu mencacatkan saksi-saksi kita dengan tujuan untuk membatalkan (menimbulkan keraguan terhadap) ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah itu sendiri. Oleh kerana tujuan mereka begitu, maka merekalah yang lebih patut dicela dan mereka adalah golongan zindik (al-Bahgdadi, T.th, Jld. 1, 49).

Al-Nawawi mengulas:
Ketahuilah bahawa mencela para sahabat radhiallahu 'anhum adalah haram, ia termasuk perkara keji yang diharamkan sama ada kepada mereka yang terlibat di dalam peristiwa fitnah atau selainnya. Ini kerana mereka adalah para mujtahid di dalam peperangan tersebut. al-Qadhi (‘Iyadh) menambah: Mencela salah seorang daripada sahabat merupakan kesalahan yang besar. Pandangan kami serta pandangan jumhur ilmuan adalah mereka itu dihukum tetapi tidaklah dibunuh. Namun menurut sebahagian ulama’ Maliki mereka itu dibunuh (al-Nawawi, 1392H, Jld. 16, 93).


Berkata Qadhi al-‘Iyahd al-maliki:
Mencela salah seorang sahabat termasuk perbuatan maksiat dan berdosa besar. Menurut mazhab kami (Ma i rahimahullah men
gulas dalam hal yang sama:
liki) dan mazhab jumhur, barang siapa yang melakukan perkara tersebut dikenakan hukuman takzir dan tidak dibunuh. Namun berkata sesetengah ulama Maliki, mereka boleh dijatuhi hukuman bunuh (Ibid, Jld. 12, 93).

Ishaq Ibn. Rahuwaih menyatakan:
Sesiapa yang mencela sahabat Rasulullah s.a.w. akan disenda dan dikurung, inilah pendapat mejoriti dari kalangan kami (Muhammad Amhazun, 1420H, Jld.1, 138).
Ibrahim Ibn. Maisarah pernah berkata:
Aku tidak pernah melihat Umar Abd al-Aziz memukul seorang pun kecuali seorang lelaki yang mencela Mu’awiyah. Beliau sendiri menghukum lelaki tersebut dengan menyebatnya beberapa kali (al-Lalika’ie, 1423H, Jld. 2, 229).

Berkata Abdullah b. Ahmad b. Hanbal:
Aku bertanyakan kepada bapaku (Ahmad b. Hanbal) mengenai orang yang mencela sahabat Nabi s.a.w., dia menjawab: “aku berpendapat beliau harus dihukum sebat”. Aku bertanya lagi: adakah beliau dikenakan hudud? Bapaku tidak menetapkan hudud melainkan hanya berkata: “beliau dikenakan hukuman sebat setimpal dengan kesalahannya menurut anjuran Islam” (Ibid).


Imam al-Zahabi berkata:
Barangsiapa yang mencela mereka dan mengutuk keperibadian mereka, maka sesungguhnya ia telah keluar dari agama Islam dan telah merosak kaum Muslimin. Mereka yang mencela maki (para sahabat) adalah orang yang dengki dan ingkar kepada pujian Allah sepertimana yang disebutkan dalam al-Quran dan juga mengingkari Rasulullah yang memuji mereka dengan keutamaannya. Memaki mereka bererti memaki pembawa syariat (rasulullah). Mencela pembawa syariat bererti mencela kepada apa yang dibawanya (al-Quran) (Ibid).


5.0 PENUTUP.

Setelah dibentang secara ringkas berkenaan keadilan para sahabat mengikut pandangan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah ini, penulis berasa ia sudah mamapu untuk menjelaskan kepada para peneliti kertas kerja ini untuk membuat satu kesimpulan akhir berkenaan kemuliaan dan kelebihan yang ada pada para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. itu.
Apatah lagi, penulis telah memuatkan banyak pandangan-pandangan daripada para ulama dari kalangan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah ini samada dari ulama salaf mahupun dari kalangan ulama khalaf. Kesemua daripada mereka bersepakat dan bersetuju bahawa keadilan parasahabat r.a. ini tidak perlu dipertikaikan lagi.

Rabu, 18 Mac 2009

ISLAM SEBAGAI AD-DIN: KAJIAN PERINTIS


Semoga Allah merahmati segala penulisan dan gerak kerja yang dilakukan oleh pihak-pihak di bawah ini yang berusaha memahamkan umat Islam tentang sistem hidup Islam. Marilah kita semaikan di hati ini bahawa agama Islam merupakan cara hidup kita. Jazakumullah khairan kathira atas usaha keras kajian perintis ini.

Jawatankuasa Penyunting:
S.Salahudin Suyurno (Ketua Penyunting)
Prof. Madya Ahmad Jailani Sidek
Prof. Madya Baharuddin Sayin
Prof. Madya Maznah Daud
Mohd Nor Mamat
Che Kamaruddin Daud
Mashita Abu Hasan
Noor Salwati Sabtu
Che Zaharah Abdullah
Rukiah Muhammad
Rashidah Mahmod

Penulis Asal:
Prof Madya Zulkarnain Yusoff
Prof Madya Mohd Asri Abdullah
Prof Madya Dr Md. Amin Abd. Rahman
Prof Madya Ghazali Sulaiman
Dr Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad
Mohamad Shukran Abdul Razak
Hasbullah Abd. Rahman
S.Salahudin Suyurno
Che Bakar Che Mat
Mohd Nor Mamar
Aiza Budin
Ezani Yaakub
Abdul Shukur Mohd Ali
Wan Ismail Mohamad
Che Zaharah Abdullah
Mashita Abu Hassan
Rashidah Mahmood
Mazlah Yaacob

BAB PERTAMA
IDEA-IDEA, NILAI-NILAI DAN SISTEM-SISTEM MASYARAKAT
1.1 Teras Idea-Idea, Nilai-Nilai dan Budaya Islam


1.1.0 Pendahuluan

Islam sebagai “ad-din” mencakupi segenap kehidupan manusia. Kedatangan
Islam menentang dan menghapuskan segala bentuk fahaman, perbuatan,
amalan yang melampau, keji, zalim, syirik dan seumpamanya. Sebagai
agama yang syumul, Islam telah menggariskan akidah, syariah dan akhlak
sebagai asas yang penting dalam pembentukan ide-ide, nilai-nilai dan budaya
masyarakat Islam.

1.1.1. Asas-asas ide, nilai dan budaya Islam.

• Akidah
• Syariah
• Akhlak

a. Akidah: Berasal dari kalimah Arab “akad” yang bermaksud ikatan atau
simpulan. Akidah merupakan penyaksian dan perjanjian antara manusia
dengan Allah S.W.T. (berkait dengan keimanan, keyakinan dan kepercayaan)
Ilmu yang membahaskan persoalan akidah dikenali sebagai Ilmu Tauhid, Ilmu
Kalam dan Ilmu Usuluddin.

b. Syariah atau “syirah” bermaksud adat atau jalan yang lurus atau sumber
air. Ia sebagai panduan kepada manusia di dalam menjalani kehidupan.
Sumber terasnya ialah al-Quran dan Sunnah nabi. Manakala sumber
sekundernya ialah Ijmak, Qias dan Ijtihad.

c. Akhlak: Kata jamak dari kalimah “khuluq” yang bermaksud tingkah laku,
tabiat, perbuatan, perangai dan membentuk peribadi. Imam al-Ghazali dalam
kitabnya Ihya Ulumuddin berkata akhlak sebagai sifat yang tertanam dalam
jiwa seseorang, yang dengannya menghasilkan sesuatu perbuatan hasil dari
pancaran hati sanubari dalamannya. Ia menjadi dasar dalam hubungan
manusia dengan Allah, Manusia dengan manusia dan manusia dengan alam
seluruhnya.

1.1.2 Sistem nilai dan budaya dalam konteks pemikiran Islam.

Sistem nilai Islam berteraskan kepada Akidah, Syariah dan Akhlak yang
mengatur seluruh kehidupan manusia. Kekuatan sistem nilai Islam ialah
asasnya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Kebudayaan dalam Islam
lahir dari sistem nilai Islam yang mana ia mempunyai piawaian yang standard
berteraskan kepada Hukum Syarak (wajib, sunat, harus, makruh dan haram).
Kedatangan Islam telah membentuk budaya baru yang menentang secara
keras segala bentuk amalan, fahaman atau ideologi yang bersifat jahiliyah dan
mensyirikkan Allah. (khurafat, tahayul, penindasan, pembunuhan, penzinaan,
perjudian, dll)

1.1.3 Keperluan kepada sistem nilai Islam.

• Untuk menjamin dan memelihara kemurniaan akidah manusia.
• Untuk menjamin dan memelihara keselamatan jiwa manusia.
• Untuk menjamin dan memelihara keselamatan akal manusia.
• Untuk menjamin dan memelihara keselamatan keturunan manusia.
• Untuk menjamin dan memelihara keselamatan harta setiap anggota
masyarakat.

1.1.4 Kesan-kesan pengabaian sistem nilai Islam.

Pengabaian sistem nilai Islam akan menyebabkan lahirnya gejala-gejala
sosial yang tidak sihat dan mengundang pelbagai krisis dan masalah-masalah
jenayah dalam sesebuah masyarakat. Contohnya dapat dilihat di negara kita
sendiri yang menunjukkan kadar peningkatan jenayah, rogol, sumbang
mahram, penderaan, kes-kes bunuh, pengedaran dadah dan seumpamanya.
Kegiatan-kegiatan maksiat dan salah-laku ini secara jelas menunjukkan
masyarakat Islam akhir zaman ini sudah tersasar jauh dari asas-asas Islam
yang murni iaitu syariah, akidah dan akhlak.

1.1.5 Kesimpulan

Syariat Islam menghurai dan menjelaskan persoalan-persoalan pokok dalam
kehidupan manusia yang merangkumi ide-ide, nilai-nilai, sistem dan budaya
masyarakat. Penekanan dan penghayatan manusia kepada asas-asas
syariah, akidah dan akhlak akan menjamin kesejahteraan dan keselamatan
agama, nyawa, akal, keturunan dan harta setiap anggota masyarakat.

1.2 Sistem-sistem Masyarakat
1.2.1 Sistem Pendidikan Islam


Pendahuluan

Pendidikan amat dititikberatkan oleh Islam. Perkara ini dijelaskan oleh Allah
S.W.T. di dalam firmanNya yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W.

1.2.1.1 Konsep Pendidikan

Pendidikan bermaksud “satu proses yang berterusan untuk menjaga dan
memelihara pembesaran tubuh badan dan pertumbuhan bakat manusia
dengan rapi supaya dapat melahirkan orang yang berilmu, baik tingkah
laku serta dapat mengekalkan nilai-nilai budaya di kalangan masyarakat”.
Beberapa istilah yang sering digunapakai (Ta’lim, Tarbiyyah dan Ta’dib)
Tarbiyyah sering digunakan sebab berasal dari perkataan “Rab” yang
bermaksud tuhan yang mendidik manusia.

Plato (ahli falsafah Yunani) berkata, pendidikan bermaksud: memberikan
keindahan dan kesempurnaan yang mungkin diberikan kepada jasmani
dan rohani.

Barat hanya menekankan aspek jasmani dan luaran dalam pendidikan
manakala pendidikan menurut perspektif Islam merupakan satu proses
secara berterusan memupuk seluruh potensi semulajadi manusia dari segi
intelek, akhlak, rohani dan jasmani secara bersepadu dan seimbang ke
arah pembentukan insan soleh yang membawa kebaikan di dunia dan
akhirat.

1.2.1.2 Falsafah Pendidikan Islam

Dr. al-Syaibani : ia merangkumi aspek-aspek berkaitan matlamat,
kandungan dan dasar-dasar pendidikan.

1.2.1.3 Matlamat Pendidikan Islam

Mohd Kamal Hassan (Prof.): matlamat pendidikan adalah sama dengan
matlamat hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah.

Dr. al-Syaibani: tujuan pendidikan Islam seperti berikut:

a. Jasad dan akal tidak sempurna tanpa memenuhi tuntutan roh.
b. Pendidikan akhlak menjadi teras kepada pembentukan insan solih
c. Pembentukan individu sebagai intelektual yang serba lengkap
d. Sebagai persiapan dunia dan akhirat

1.2.1.4 Bidang Pendidikan Islam

i. Pendidikan iman (al-imaniyah)
ii. Pendidikan akhlak (al-khuluqiyah)
iii. Pendidikan jasmani (al-jisimiyah)
iv. Pendidikan mental (al-aqliyah)
v. Pendidikan jiwa (al-Nafsiyah)
vi. Pendidikan sosial (al-ijtimaiyah)
vii. Pendidikan seks (al-jinsiyah)

1.2.1.5 Metodologi Pendidikan Islam

Dalam menjaya dan melaksanakan ruanglingkup dan bidang pendidikan di
atas, selain dari melalui proses pembelajaran biasa, Islam telah
menggariskan cara-cara atau metod-metod tertentu bagi mencapai
matlamat pendidikan. Antara metod-metod tersebut:

a. Pendidikan Melalui Ikutan

Allah S.W.T. mengetahui setiap sistem hidup yang direncanakan olehNya
memerlukan kepada seseorang yang boleh dibuat ikutan. Oleh yang
demikian Rasul-Rasul diutuskan bagi memenuhi tujuan ini. Firman Allah
S.W.T. bermaksud:

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu teladan
yang baik bagi orang yang mengharapkan rahmat Allah dan
kedatangan hari kiamat dan dia banyak berzikir”.
[al-Ahzab : 21]

Di samping itu Allah S.W.T. juga telah meletakkan pada diri Rasulullah
S.A.W. suatu gambaran yang jelas tentang personaliti `muslim kamil’ yang
lahir dan dibesarkan dengan ciri-ciri dan nilai-nilai keislaman. Sebagai
ikutan utama Rasulullah S.A.W. memiliki kriteria-kriteria seorang ahli
politik, kepala perang, ketua keluarga, suami, sahabat di samping sifat
tabienya sebagai hamba Allah S.W.T. yang sentiasa mengabdikan diri
kepadaNya.

b. Pendidikan Melalui Penyedaran

Penyedaran yang baik dapat membentuk suatu personaliti muslim yang
taat, insaf dan dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Allah
S.W.T. menerangkan bahawa al-Quran itu sebagai penyedar kepada
orang-orang yang bertaqwa. Firman Allah S.W.T. bermaksud:

“Al-Quran itu adalah penerangan bagi seluruh manusia dan
petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertaqwa”.
[Ali-Imran : 138]

c. Pendidikan Melalui Hukuman

Apabila cara ikutan dan penyedaran tidak dapat mencapai matlamat
pendidikan, maka tidak ada pengubatan yang lebih efektif daripada
hukuman. Menurut manhaj Islam, hukuman yang dikenakan adalah
secara berperingkat-peringkat:

d. Pendidikan Melalui Adat [Membiasakan Diri]:

Di dalam Islam setiap kebaikan [khair] telah dijadikan suatu kebiasaan
dan adat. Sebab itu bila Islam datang segala adat dan tradisi Jahiliah
yang baik dikekalkan, tetapi yang buruk dimansuhkan. Bahkan kalau
dilihat dalam amalan ibadat khusus, terdapat pengesanan adat yang luhur
dan pembiasaan diri kepada cara hidup bersih dan teratur.

e. Pendidikan Melalui Insiden:

Insiden yang berlaku dalam keadaan, masa dan suasana tertentu
hendaklah diambil teladan. Misalnya semasa berada di Mekah Rasulullah
S.A. W. mendidik muslimin agar bersikap sabar menanggung azab dan
mempertahankan diri kerana insiden-insiden yang berlaku membuktikan
bahawa mereka pada masa itu masih lemah. Namun apabila berpindah
ke Madinah mereka tidak lagi dididik agar bersikap defensif, malah ofensif
di mana perlu, kerana mereka sudah memiliki kekuatan dan ketahanan
yang kuat dan cukup. Semua insiden-insiden yang berlalu memberi
pengajaran dan pendidikan yang bukan sedikit dalam mendidik jiwa
muslimin.

1.2.1.6 INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM

i. Peringkat awal Islam

Zaman Rasulullah S.A.W. (609 – 632M), Zaman Khulafa al-
Rashidin (632 – 661) secara tradisional.

a) Dar al-Arqam
Di rumah Arqam bin Abi al-Arqam (al-Safa, Mekah).
Peringkat awal bilangan sahabat hanya sedikit hinggalah
bertambah menjadi 38 orang (golongan bangsawan Quraisy,
pedagang dan hamba sahaya)

b) Masjid
Antara fungsi masjid:
i. Penyebaran dakwah dan ilmu Islam
ii. Penyelesaian masalah individu dan masyarakat
iii. Menerima duta-duta asing
iv. Pertemuan pemimpin-pemimpin Islam
v. Persidangan Qadi
vi. Madrasah bagi kanak-kanak mempelajari ilmu agama
dan fardu ain

Masjid Quba’ merupakan masjid pertama di Madinah,
Rasulullah mengajar dalam bentuk halaqah. Masjid-masjid
lain yang amat berperanan seperti (Masjid al-Haram, Masjid
al-Nabawi, Masjid Kufah, Masjid Basrah dan lain-lain).

c) Suffah
Ruang atau bangunan surau yang bersambung dengan
masjid untuk kegiatan pembelajaran seperti di Masjid al-
Nabawi.

d) Kuttab
Sebagai pusat pra-persekolahan bagi kanak-kanak. Ia mula
ditubuhkan oleh orang Arab sebelum kedatangan Islam
untuk memberi pendidikan kanak-kanak peringkat rendah.
Sebelum kedatangan Islam hanya 17 orang Quraisy boleh
membaca.

ii. Peringkat Kedua / Pertengahan
Zaman kerajaan Umaiyah (662 – 750M) dan Abbasiyah (751 –
1258M)


a) Manazil Ulama dan istana-istana
Contoh: Rumah Ibnu Sina, Muhammad Ibnu Tahir Bahrom
dan Abu Sulayman. Khalifah Muawiyah Abi Sufian kerap
kali menjemput ulama ke istananya untuk membincangkan
sejarah peperangan, sejarah raja-raja Farsi, bangsa Arab
dan sistem pemerintahan negara.

b) Perpustakaan

i. Perpustakaan Umum
Baitul Hikmah merupakan perpustakaan pertama
telah didirikan oleh Khalifah Harun al-Rasyid di Kota
Baghdad. Sebagai gedung buku dari pelbagai
bahasa (Greek, Parsi, Hindu, Latin dan lain-lain)
Darul Hikmah (395M) di Kahirah didirikan oleh
Kahlifah Hakim Amrillah. Contoh lain Perpustakaan
Madrasah Nizamiah oleh Nizam al-Muluk di baghdad.

ii. Perpustakaan Semi-Umum
Kepunyaan Khalifah atau raja dan didirikan di dalam
Istana. Hanya untuk golongan tertentu sahaja.
Contoh, kerajaan Fatimiyah mendirikan perpustakaan
yang besar di istana Kahirah untuk menyaingi
perpustakaan khalifah di Baghdad.

iii. Perpustakaan Khusus
Perpustakaan persendirian contoh perpustakaan al-
Fathu Ibnu Khakam, Jamaluddin al-Qafathi.
Imaduddin Asfahani, Hunain Ibnu Ishaq dan lain-lain.

c) Madrasah
Mula didirikan akhir abad ke 4H (10M). Khalifah pada
zaman Abasiyah mendirikan madrasah seperti di Madinah,
Basrah, Kufah, Baghdad dan Qahirah. Subjek yang diajar
termasuk Matematik, kimia, Falsafah, Mantiq, Astronomi dan
lain-lain.

Madrasah Baihaqiyah merupakan madrasah yang pertama
didirikan oleh penduduk Naisabur.
Antara contoh madrasah ialah Madrasah Nizamiyyah
(Baghdad), al-Nasiriyah (Kahirah), al-Nuriah (Damsyik) al-
Muntasiriyah (Baghdad).

Ia menjadi asas kepada penubuhan Jamiah al-Azhar yang
merupakan universiti pertama yang didirikan oleh orang
Islam pada akhir abad ke 4H (10M).

1.2.1.7 INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA

i. Peringkat Sebelum Kemerdekaan
Pendidikan Islam di Tanah Melayu bermula sebelum abad ke 15.


a) Rumah-Rumah Imam atau Guru
Kanak-kanak berumur 6 tahun di kelas al-Quran. Guru
daripada Arab, Parsi, India dan lain-lain. Bermula selepas
solat Subuh, Zuhur atau Maghrib. Murid diajar membaca al-
Quran.

b) Institusi Pondok
“al-Funduq” bermaksud rumah tumpangan, hotel atau
asrama. Merupakan institusi terawal yang di pelopori oleh
ulama yang berpendidikan dari Patani.
Belajar secara halaqah dan masa pengajian bergantung
kepada kemajuan pelajar. Pondok berkembang di Kelantan,
Terengganu, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Contoh pondok: di Kelantan (Pondok Tok Pulau Chondong,
1820, Pondok Kertam 1937 – 1972, Pondok Tok Bachok
1900, Pondok Ketereh dan lain-lain).
Di Terengganu (Pondok Losong, Pondok Hj. Muhammad
Endut. Pondok Hj. Hussain, Pondok Hj. Abdul Latif dan lainlain).
Di Kedah (Pondok Kubang Kota, Pondok Gajah Mati,
Pondok Sheikh Hj. Abdullah dan lain-lain).

c) Madrasah
Awal abad ke 20 hasil gerakan Islam dari Timur Tengah.
Lebih bersistematik berbanding sistem pondok, Bahasa Arab
sebagai bahasa pengantar, sukatan silibus (rendah
“ibtidaie”, menengah “Thanawi” dan pengkhususan).
Kurikulum termasuk Ilmu fardu Ain dan fardu Kifayah seperti
Bahasa Arab, Ilmu Hisab, Ilmu Alam dan lain-lain.
Contoh madrasah: Madrasah al-Misriyah (Bukit Mertajam),
Madrasah al-Khairiyah al-Islamiyah, Madrasah al-Manshur.

ii. Sekolah-Sekolah Agama

a) Sekolah Agama Kementerian Pendidikan (SMKA)
Di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan, contohnya,
Kolej Islam Sultan Alam Shah, Sekolah Menengah
Agama Simpang Lima dan lain-lain.

b) Sekolah Agama Kerajaan Negeri (SAN)
Dikelolakan oleh Kerajaan Negeri melalui majlis atau
jabatan agama negeri contohnya, Sekolah Menengah
Agama Seri Desa Tg. Karang, Sekolah Menengah
Agama Sultan Salahuddin Bt. 38 Sabak Bernam,
Sekolah Menengah Agama Hishamuddin Klang dan lain-lain.

c) Sekolah Agama Rakyat (SAR)
Didirikan oleh rakyat dan ditadbir melalui lembaga
pentadbiran. Menerima sumber kewangan daripada
Kerajaan Pusat, Negeri, Majlis Agama Islam atau Baitul
Mal. Contohnya ialah Markaz Tahfiz al-Quran wa al-
Qiraat Li al Banat Klang.

Kewujudan sekolah-sekolah agama mendorong kepada
penawaran kursus dan pendidikan Islam melalui
Akademi Pengajian Islam (UM), UKM (1970) Fakulti
Pengajian Islam, serta UIA (1983).

1.2.1.8 ISU-ISU PENDIDIKAN SEMASA

Terdapat pelbagai isu-isu berkaitan pendidikan Islam dari semasa ke
semasa seperti gangsterisma, ponteng sekolah, budaya pukul dan buli,
keruntuhan moral, budaya lepak dan lain-lain. Perbincangan isu-isu ini
lebih menjurus kepada aspek-aspek berikut:

i. Faktor-faktor Penyebab
-Faktor Dalaman
-Faktor Luaran

ii. Kesan-Kesan

-Individu
-Keluarga
- Masyarakat

iii. Langkah-langkah menangani

- Peranan guru / sekolah
- Peranan ibu bapa
-Peranan rakan sebaya
- Dan lain-lain

1.2.1.9 Kesimpulan

Dalam menjayakan aspirasi negara, pendidikan Islam merupakan satu
wadah yang sangat penting ke arah pembentukan warga yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.

1.2.2 SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

1.2.2.1 Pendahuluan

Sistem kekeluargaan yang kukuh menjadi dasar kepada terbentuknya
masyarakat yang jitu. Dr. Abdul Karim Zaidan berkata, keluarga
umpama sel-sel yang membentuk tubuh, jika ianya baik nescaya
masyrakat akan menjadi baik. Begitu juga sebaliknya.

a) Maksud Kekeluargaan

Menurut kamus dewan, keluarga membawa maksud saudara mara,
kaum kerabat. Berkeluarga ertinya mempunyai keluarga (sanak saudara),
bersaudara mara atau berkerabat.
Kekeluargaan pula membawa maksud yang berkaitan dengan keluarga
atau hubungan sebagai anggota di dalam sesuatu keluarga (berasaskan
perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan).

b) Perkahwinan dalam sejarah manusia
Agama-agama Samawi mengiktiraf perkahwinan pertama di kalangan
manusia telah berlaku antara Adam dan Hawa. Tidak setakat Al-Quran
bahkan dalam Old Testement, New Testement begitu juga Bible
menceritakan hal ini.

c) Bentuk-bentuk perkahwinan dalam sejarah manusia

i. Poligami (poligini)
Perkahwinan seorang lelaki dengan ramai wanita. Hampir
semua bangsa di dunia mengamalkannya. Contohnya ada
agama di Cina membenarkan seorang lelaki berkahwin
sampai 130 orang isteri, Agama yahudi, poligami berlaku
tanpa batasan. Agama Islam, tidak lebih daripada 4 orang
isteri sahaja.

ii. Poliandri
Perkahwinan seorang perempuan dengan beberapa orang
lelaki. Contohnya di Tibet, orang-orang bukit di india, dan
Arab pada zaman Jahiliyah. Dalam amalan Kaum
Juansuwaris apabila seorang saudara lelaki yang tua
berkahwin dengan seorang wanita, maka wanita itu menjadi
isteri untuk semua saudaranya, (kitab mahabrata)

iii. Monogami
Perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang
permpuan sahaja. Firman Allah bermaksud “Maka
berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari
perempuan-perempuan (lain) dua, tiga atau empat.
Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil maka
berkahwinlah dengan seorang sahaja” al-Nisa’:3

1.2.2.2 Falsafah perkahwinan dalam Islam

a. Erti perkahwinan

Nikah menurut bahasa berkumpul atau campur. Dari segi
istilah bermaksud: ijab dan qabul yang menghalalkan
persetubuhan antara laki-laki dan perempuan yang
diucapkan dengan kata-kata yang menunjukkan nikah,
menurut peraturan yang ditentukan Islam. Perkataan “zawaj”
yang bermaksud pasangan juga bermaksud perkahwinan.

b. Kedudukan perkahwinan dalam Islam

i. Wajib: Bagi mereka yang nasfunya sangat kuat
sehingga boleh menjatuhkannya ke lembah perzinaan
sedangkan ianya seorang yang mampu.

ii. Sunat: Orang yand mampu tetapi masih mampu
menahan dirinya dari perzinaan.

iii. Harus: Bagi orang yang tidak ada padanya galakkan
atau tegahan yang tersebut.

iv. Makruh: Bagi orang yang tidak mampu memberi nafkah
lahir dan batin, tetapi sekadar tidak memberi
kemudharatan kepada isteri.

v. Haram: Bagi orang yang tidak mampu memberi nafkah
lahir dan batin kepada isterinya dan akan
memudaratkan isterinya, atau perkahwinan yang
berlaku dengan bertujuan untuk memudaratkan
pasangannya.

c. Hikmat-hikmat perkahwinan dalam Islam:

i. Memperoleh ketenangan hidup
ii. Memelihara kesucian diri
iii. Melaksanakan salah satu dari tuntutan syariat
iv. Menjaga keturunan
v. Sebagai medan atau media pendidikan
vi. Mengujudkan kerjasama dan tanggungjawab
vii. Menghubungkan silaturrahim. Dll.

1.2.2.3 Penolakan Konsep Rahbaniyah (Kependetaan)

a) Erti al-Rahbaniyah

“Rahbaniyah” bermaksud kerahiban, kependitaan atau hidup
secara paderi. (tidak beristeri atau bersuami dan mengurung diri
dalam biara). Orang krisrian menganggap “hidup bujang”
sebagai hidup bagi para rahib. Begitu juga dalam ajaran Budha
ada menyebut tiga perkara harus dimiliki oleh seseorang sami
iaitu “kefakiran, ketabahan dan kelanjangan [membujang].

b) Rahbaniyah pada ajaran Kristian

Sejak abad ke 5 lagi sekiranya paderi ingin dihormati dan
mengekalkan kuasa mereka maka mereka mestilah tidak
berkahwin. Menurut golongan pembaharu paderi, yang
berkahwin itu walaupun tidak berdosa namun taraf mereka lebih
rendah dari yang membujang. Akibatnya banyak kes paderi
membuat hubungan sulit dikalangan paderi lelaki dan
perempuan untuk memenuhi fitrah semula jadi mereka.

c) Menolak perkahwinan atas alasan Kerjaya

Sesetengan manusia berpendapat untuk hidup maju dalam
dunia sekarang maka mereka tidak perlu berkahwin dan punyai
keluarga sendiri, namun mereka akan kesunyian akhirnya dan
terdorong melakukan perbuatan keji.

1.2.2.4 Penolakan Konsep Ibahiyah

a) Erti Ibahiyah

“Ibahiyah” bermaksud membolehkan atau kebebasan tanpa
batas.

b) Pergaulan Bebas

Menurut al-Qardawi akibat dari pergaulan bebas maka muncul:

i. Keruntuhan akhlak
ii. Wujudnya anak-anak tidak sah taraf
iii. Merebak pelbagai penyakit kronik
iv. Ramainya “andalusia” serta lelaki yang tidak berkahwin
v. Runtuhnya rumahtangga kerana punca-punca yang
lemah.

c) Amalan sex bebas

Hidup yang “hidonistik” mengakibatkan ramai lelaki dan wanita
barat memilih hidup bersama tanpa nikah selama mana mereka
suka. Gejala bertukar pasangan juga adalah biasa bagi mereka.
Amat menyedihakan apabila perangkaan Kementerian
Kesihatan Singgapura (MOH) sebanyak 18.7% daripa 13,753
kes pengguguran kandungan di singapura tahun 1999
melibatkan orang Melayu / Islam.

1.2.2.5 Homoseksual dan Lesbian

Homoseksual (lelaki dengan lelaki) manakala Lesbian
(perempuan dengan perempuan). Mereka menjalani kehidupan
sebagai suami isteri, amalan ini diterima di Barat. Manakala di
Asia “Human Ringhts Watch” telah menyeru Malaysia supaya
menghalalkan homoseksual dan lesbian. Semasa pelancaran
“Women Agenda For Change” Avy Joseph menyeru agar
dibenarkan lebian sebagai tanda kita sebuah masyarakat
toleran.

1.2.3 SISTEM KEMASYARAKATAN ISLAM

Pengenalan

Fokus perbincangan tajuk ini dihadkan dengan menganalisis aspek ideide,
nilai-nilai dan budaya Islam yang berkaitan dengan hubungan dan
pergaulan hidup dalam masyarakat Islam. Bagi memudahkan
perbincangan, beberapa istilah seperti masyarakat dan kebudayaan akan
disentuh terlebih dahulu.

a) Masyarakat:

Masyarakat merupakan kumpulan terbesar daripada makhluk manusia.
Mereka hidup bekerjasama mengorganisasikan diri dan berfikir mengenai
diri sehingga terjadi satu sistem yang dinamakan kebudayaan.
Sekurang-kurangnya ada tiga faktor penentu dikatakan kumpulan itu
sebagai masyarakat :

i. Ada kelompok manusia
ii) Ada tempat tinggal di kawasan-kawasan tertentu.
iii) Ada peraturan(undang-undang) yang mengatur atau ada
setengah orang diistilahkan sebagai “kebudayaan”

b) Kebudayaan
Kebudayaan dapat dirumuskan kepada dua aspek ;

i) Kebudayaan Material(kebendaan)
Meliputi objek fizikal kebudayaan berserta dengan cara-cara
penggunaannya seperti alat tembikar dan kegunaannya.

ii) Kebudayaan Immaterial(bukan kebendaan).
Meliputi kepercayaan, adat resam, idea, ideologi dan
struktur sosial.

Dalam Islam, kebudayaan adalah sebahagian daripada Islam. Ia bukan
terasing atau tersendiri. Islam membentuk atau mengawal kebudayaan.
Dengan itu Islam mewujudkan masyarakat dan kebudayaan sendiri yang
berbeza dengan masyarakat dan kebudayaan bukan Islam

c) Masyarakat dan Kebudayaan Islam

Islam adalah sistem hidup yang ditanzilkan oleh Allah S.W.T. Masyarakat
Islam ialah kelompok manusia yang mengamalkan cara hidup Islam atau
kebudayaan Islam. Kelompok itu bekerjasama dan hidup bersama
berasaskan Al-Quran dan as-Sunnah dalam setiap aspek kehidupan.
Ini bererti kebudayaan Islam ialah cara berfikir dan cara merasa taqwa
yang menyatukan diri dalam seluruh sesi kehidupan sekelompok manusia
yang membentuk masyarakat dalam satu ruang dan waktu.

Syed Qutb: Masyarakat dan kebudayaan Islam itu ialah masyarakat yang
melaksanakan cara hidup Islam secara total yang bertitik tolak daripada
asas aqidah, ibadah, undang-undang, moral dan cara hidup sebagaimana
yang dikehendaki oleh Syariat Islam. Masyarakat dalam bentuk ini
dikatakan bertamadun.

1.2.3.1 Asas-asas kehidupan bermasyarakat

a. Taaruf (saling mengenali)
Sesuai dengan fitrah kejadian manusia yang suka bergaul,
berkasih sayang, dan saling hubung-menghubungi.

b. Tafahum (persefahaman)
Saling faham-memahami, persetujuan dan permuafakatan antara
satu sama lain di kalangan anggota masyarakat ke arah kebaikan.

c. Taawun (saling membantu)
Tolong-menolong, bekerjasama, atau saling membantu antara satu
sama lain.

d. Ukhuwah (persaudaraan)
Perhubungan dan pertalian yang rapat. Manasua pada asalnya
adalah bersaudara kerana mereka lahir dari keturunan yang sama,
iaitu Adam dan Hawa. Kemudian diperkukuhkan lagi dengan ikatan
iman dan Islam.

e. Mahabbah (saling berkasih sayang)
Bererti saling berkasih sayang. Rasa sayang dan cinta
menyebabkan seseorang individu lebih mementingkan orang lain
daripada dirinya sendiri

f. Thadhamun (saling jamin menjamin)
Saling jamin menjamin, tanggung menanggung dan lindung
melindungi

1.2.3.2 Ciri-Ciri Unggul Masyarakat Islam

Yusuf al-Qardhawi menggariskan sebelas ciri unggul masyarakat
Islam : iaitu aqidah dan keimanan, syiar dan ibadat, pemikiran dan
pemahaman, perasaan dan emosi, akhlak dan kesopanan, adab,
dan budaya, pensyariatan dan perundangan, ekonomi dan harta,
hiburan dan kesenian, nilai-nilai kemanusiaan dan wanita dalam
Islam.

a) Masyarakat Beraqidah dan Beragama
Masyarakat Islam didirikan di atas dasar iman dan taqwa kepada
Allah. ndividu-individu dalam masyarakat dihubung erat
berdasarkan satu aqidah.

b) Masyarakat Seimbang
Masyarakat Islam adalah masyarakat yang menyeimbangkan dunia
dan akhirat. Juga menyeimbangkan pembangunan kebendaan dan
kerohanian.

c) Masyarakat Universal
Masyarakat Islam ialah satu masyarakat yang universal iaitu tidak
berdasarkan ras, etnik, bangsa, budaya, sempadan geografi dan
wilayah.Tidak ada perbezaan warna kulit, keturunan, bangsawan
atau marhein atau proliter.

d) Masyarakat Progresif
Masyarakat Islam adalah masyarakat yang memimpin bukannya
masyarakat yang dipimpin. Umat Islam sebaik-baik umat yang
membawa manusia ke arah cahaya.

e) Masyarakat Merdeka
Islam membawa prinsip kebebasan dan persamaan
yang seluas-luasnya. Islam tidak akan menyekat, menindas dan
menghalang kebebasan yang berdasarkan hak (kebenaran).
Islam telah mengatur hubungan di kalangan manusia, hubungan
antara individu dengan individu dan seterusnya membentuk
keluarga. Komuniti-komuniti keluarga ini akan membentuk
masyarakat dan seterusnya membentuk negara. Pembentukkan ini
dilakukan tanpa mengira warna kulit, keturunan, pangkat dan
kedudukan. Semuanya sama kecuali mereka yang bertaqwa
kepada Allah SWT. Syariat Islam hendaklah dilaksanakan untuk
menjadikan manusia muslim dan masyarakat Islam yang
sempurna. Panduannya adalah al-Quran, al-Sunnah, ijtihad dan
adat yang sesuai dengan kehendak Syariat.

1.2.4 SISTEM PERUNDANGAN ISLAM.

1.2.4.1 Pengenalan

Sistem perundangan Islam berteraskan “Syariat” Allah S.W.T. Perkataan
syariat disebut sebanyak 4 kali dalam al-Quran [as-Syura:13
dan 21, al-Maidah:48, dan al-Jaathiah:18

Syariah secara khusus bermaksud segala hukum yang telah
diperundangkan Allah S.W.T. untuk mengatur segala hidup manusia.
Syariah secara umum bermaksud “Din” atau “Millah”. Kesimpulannya ia
terdapat aspek-aspek, I’tiqadiyah, Amaliyyah, Muamalat dan juga Akhlak.

a. Skop

Segala aspek hubungan antara manusia dengan Allah, sesama manusia
dan manusia dengan alam.

b. Perlaksanaan

i. Kewajipan yang menjadi tanggungjawab individu seperti
Ibadah Khusus [solat, puasa dll]

ii. Kewajipan secara kolektif / umat [dakwah, jihad, amar
makruf, dan tuntutan fardhu kifayah yang lain]

iii. Kewajipan pemerintah dalam negara Islam [hudud, qisas
dan ta’zir]

c. Penguatkuasaan

Tertakluk kepada hukum-hukum taklifi [wajib, sunat, haram, harus dan
makruh]

1.2.4.2 Ciri-Ciri Perundangan Islam

a. Berorentasikan Wahyu [terpelihara daripada kesilapan dan
kekurangan serta adil dan memegang prinsip persamaan di
hadapan hukum Allah]

b. Ganjaran Bersifat Duniawi dan Ukhrawi.

c. Universal

i. menjaga kemaslahatan manusia dulu, kini dan
selamanya.

ii. punyai rukhsah

iii. ayat-ayat hukum bersifat terperinci {tafsili}, umum
{ijmali} dan meyeluruh {kulli}
menerima ijma’ dan qias dan lain-lain sebagai
rujukan.

d. Syumul dan Lengkap [seluruh kepentingan daruriyyat,
hajiyyat dan tahsiniyat]

e. Sepadu dan Seimbang [rohani, jasmani, dunia dan
akhirat].

f. Tetap dan Anjal [prinsip syariat yang tetap, fleksibel dalam
perlaksanaan {terdapat nas-nas umum dan syariat sentiasa
bertolak ansur dengan masyaqqah}]

1.2.4.3 Prinsip-Prinsip Perundangan Islam

a. Beransur-ansur (at-Tadarruj Fi al-Tasyri’) contohnya ialah
pengharaman arak melalui 3 peringkat.

b. Tidak Menyukarkan (Adam al-Haraj) contoh faktor yang
membawa kepada kelonggaran [sakit, musafir, lupa,
terpaksa dan lain-lain]

c. Prinsip Keadilan

1.2.4.4 Sumber-Sumber Perundangan Islam.

a. Asasi [al-Quran dan al-Sunnah]
b. ijtihadi

i. Disepakati [al-Ijma’ dan al-iyas]
ii. Tidak disepakati [al-Masalih al-Mursalah, al-
Istihsan, al-Istishab, al-Urf, Sadd al-Zharai’ dan Shar’u
Man Qablana]

Sumber Asas.

al-Quran
Ciri-Ciri Khusus al-Quran:

1 Berbahasa Arab
2 Diwahyukan secara lafaz dan makna
3 Sebagai mukjizat bagi Rasullulah
4 Disampaikan kepada kita secara mutawatir dan
dengan jalan penulisan dari sisi Rasulullah S.A.W.
hingga ke hari ini.
5 Membacanya adalah ibadah.

Kewajipan Berpegang Kepada al-Quran
“Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk
bagi mereka yang bertaqwa” al-Baqarah:2

Jenis-Jenis Hukum Dalam al-Quran:
i. Hukum Aqidah
ii. Hukum mengenai pembersihan jiwa, akhlak dll.
iii. Hukum-hukum amaliyah [ibadah, mu’amalat,
munakahat dan jinayat]

Methodogi al-Quran dalam Menerangkan Hukum:

i. Secara menyeluruh (kulli) [hanya menyebut kaedahkaedah
atau prinsip-prinsip umum untuk dijadikan
pegangan atau asas kepada hukum-hukum yang
terperinci selanjutnya, cth:
a. Prinsip Syura
b. Prinsip Keadilan

ii. Secara ringkas (ijmali) Kebanyakannya berkaitan
dengan persoalan ibadat, oleh itu memerlukan
keterangan lanjut melalui al-Sunnah. Cth perintah
solat.

iii. Secara terperinci (tafsili) cth ayat-ayat mengenai
pembahagian harta pusaka, cara melakukan talak,
li’an, wanita yang haram dikahwini, hudud spt zina,
menuduh berzina, mencuri, merompak, murtad dan
derhaka kepada pemerintah.

al-Sunnah (Qauliyyah, Fi’liyyah dan Taqririyyah)

Peranan al-Sunnah terhadap al-Quran:
a. Penguat kepada apa yang dibawa oleh al-Quran.
b. Penerang, penjelas dan pentafsir ayat-ayat al-Quran
contohnya:

i. Menghurai perkara yang disebut secara
ringkas dan umum spt kewjipan bersolat.

ii. Menentukan ayat-ayat yang mutlak spt
menerangkan hukum potong tangan pencuri.

iii. Mengkhusus ayat yang umum

c. Membawa hukum-hukum yang tidak dinaskan oleh al-
Quran spt haram memakan binatang liar yang
bertaring.
Kategori al-Sunnah sebagai Sumber Hukum:

a. Sunnah Mutawatirah [jumlah perawi yang begitu ramai dan
tidak memungkinkan mereka berbohong]

i. Perawinya adil dan diyakini kejujurannya

ii. Sanadnya bersambung secara berterusan
tanpa terputus.

b. Sunnah Masyhurah [tidak sampai tahap mutawatir, menjadi
masyhur di zaman tabi’in dan tabi’ tabi’iin.

c. Sunnah Aahad [diriwayatkan oleh seorang atau beberapa
sahabat sjh]

Sumber Ijtihad Yang Disepakati

i. Ijma’
Bermaksud keazaman dan persepakatan. Iaitu persepakatan
para mujtahidin dari umat Muhammad selepas kewafatan
baginda di dalam satu-satu zaman di atas satu-satu hukum
syara’

Ijma’ Sebagai Hujjah Syarak
“Dan sesiapa yang menetang Rasulullah sesudah jelas
kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang bukan jalan orangorang
mukmin nescaya Kami biarkan dia berleluasa kesesatan
yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan dia ke dalam
neraka Jahannam dan Jahanamm itu seburuk-buruk tempat
kembali”
(an-nisa’:115)

Jenis-Jenis Ijmak:
a. Soreh
b. Sukuti

ii. Al-Qias
Bermaksud “menyamakan” iaitu menyamakan sesuatu masalah
yang tidak ada nasnya dengan sesuatu masalah yang sudah
ada nas hukumnya kerana adanya persamaan illah antara
keduannya.

Rukun Qias:

a. Asal (al-asl)
b. Furu’ (al-Far’u)
c. Hukum asal (hukm al-asl)
d. Sebab hukum (‘illah)

Sumber-Sumber Ijtihadi Yang Tidak Disepakati:
i. Masalih-Mursalah
ii. Istihsan
iii. Sadd al-Zhara’
iv. Al-‘Urf
v. Shar’u Man Qablana

1.2.5 SISTEM POLITIK ISLAM

Pendahuluan

Mengikut Kamus Dewan Politik adalah ilmu pemerintahan atau ilmu siyasah
iaitu ilmu kenegaraan1. Dalam bahasa Arab siasah bererti melakukan
kebaikan untuk sesuatu. Pengertian ini dalam Kamus Dewan Bahasa,ed.3.
bererti apa sahaja peraturan yang bertujuan untuk menjaga tata susila,
kepentingan dan sistem hidup.2 Konsep politik atau siasah dalam Islam
sangat berberza dengan pengertian dan konsep yang digunakan oleh orangorang
yang bukan Islam. Politik dalam Islam menjuruskan kegiatan umat
Islam kepada usaha untuk mendukung dan melaksanakan syariat Allah
melalui sistem kenegaraan dan pemerintahan. Hal ini menjelaskan bahawa
politik dalam ajaran Islam adalah suatu yang murni.

i) Asas Politik Islam
Al-Maududi3 menegaskan politik Islam dibina atas tiga perkara:

a. Tauhid
Membawa maksud keyakinan kepada keluasan kekuasaan Allah dalam
semua perkara dan membawa beberapa makna:

i. Konsep “Tauhid Rububiyyah” Allah ialah Tuhan yang mencipta
dan menguasai seluruh alam semesta.

ii. Al-Hakimiyah: Kuasa perundangan dan kedaulatan hukum adalah
hak Allah. Manusia wajib patuh.

iii. Segala sifat-sifat kekuasaan al-Hakimiyyah adalah milik Allah, ini
dijelaskan oleh Allah melalui “Tauhid Asma’ wa Sifat”.

b. Risalah
Bermaksud “kerasulan”, jalan kehidupan para rasul. Melalui landasan
risalah inilah maka para rasul mewakili kekuasaan tertinggi Allah di dalam
bidang perundangan. Para rasul menyampaikan, mentafsir dan
menterjemahkan segala wahyu Allah dengan ucapan dan perbuatan
mereka. Justeru itu sistem politik Islam wajib ditegakkan atas asas risalah
kerana ia membimbing manusia menurut Syariat Allah. Sesungguhnya
Rasulullah S.A.W. tidak memisahkan sistem politik dari syariat Allah.
Konsep risalah dalam konteks sistem politik dan pemerintahan Islam
menurut Al-Maududi ialah :

i. Kepatuhan kepada Allah secara mutlak.

ii. Allah berhak membuat segala peraturan dan ianya wajib
dipatuhi.

iii. Allah Maha Mengetahui hikmah disebalik segala peraturan
yang ditetapkan.

iv. Allah sebagai kuasa perundangan tertinggi.

v. Rasulullah sebagai contoh di dalam sistem politik Islam.

c. Khilafah
Bermaksud “wakil”. Ia bermaksud bahawa kedudukan manusia di atas
muka bumi ialah sebagai wakil Allah,(kekuasaan yang telah diamanahkan
kepadanya oleh Allah). Menurut Ibn Khaldun4 khilafah bermaksud
“keharusan semua orang memikul tugas sesuai dengan pandangan
syariat demi untuk kemaslahatan duniawi dan ukhrawi”. Justeru itu
manusia hendaklah melaksanakan amanah Allah dalam batas-batas yang
ditetapkan. Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di
muka bumi”.
(al-Baqarah :30).

Mengikut Al-Maududi bentuk pemerintahan manusia yang benar ialah
mewujudkan sebuah negara yang mengiktiraf kepimpinan dan kekuasaan
Allah dan Rasul. Manusia hanya sebagai wakil yang memiliki kuasa terhad
samada dalam bidang legislatif, eksekutif mahupun judikatif.

ii ) Siasah Syariyyah
Terdapat beberapa definisi 5, antaranya:

• Ibn Nujaym: Ianya sesuatu yang dilakukan oleh pemerintah kerana
terdapat sesuatu kepentingan meskipun tidak terdapat dalil juz’i
megenainya.

• Al-Shafie: tiada siyasah melainkan apa yang selari dengan syarak.

• Fuqaha’ Muta’khirin: Tindakan-tindakan mengenai hal ehwal awam
ummah yang dibuat untuk mencapai kepentingan [maslahah] mereka.
Secara umum siyasah syar’iyyah ialah sumber hukum yang diaplikasikan
dalam sistem politik dan pemerintahan secara merujuk kepada hukum-hukum
yang boleh menerima perubahan selaras dengan kaedah-kaedah umum,
syariat serta tujuannya.

Ruang lingkup siyasah syar’iyyah adalah amat luas tidak sekadar pelaksanaan
hudud, qisas dan ta’zir bahkan termasuk bidang pentadbiran, pemerintahan,
perundangan, kehakiman, hubungan antarabangsa dan lain-lain.

Contoh siyasah syar’iyyah dalam pemerentahan: Saidina Umar r.a
menubuhkan jabatan-jabatan untuk menyusun dan memantapkan
pentadbiran negara, menyusun polisi baitul-mal dan lainnya dari sistem
pentadbiran, di mana tidak mempunyai nas yang khusus mengenai
kewujudannya. Sesungguhnya para fuqaha’ mengkategorikan perbuatan
Umar itu sebagai Siyasah Syar’iyyah.

Mengikut para fuqaha’ sebelum ianya diterima sebagai asas pembinaan
hukum, perlu melengkapi sekurang-kurangnya tiga syarat6:

i) Ianya suatu kepentingan yang perlu bagi masyarakat
seluruhnya dan bukan segelintir tertentu sahaja.

ii) Ianya harus merupakan suatu kepentingan yang jelas dan
tidak diragui oleh segala pihak yang menilainya.

iii) Ianya tidak bercanggah dengan tujuan asas Syariat Islam
atau dengan mana-mana nas yang terdapat di dalam al-
Quran dan al-Sunnah atau dengan mana-mana ijmak.

Kesimpulan

Segala asas dan prinsip yang berkaitan dengan hal ehwal politik dan
pemerintahan adalah sebahagian dari ajaran Syariat Islam. Siayasah
Syar’iyyah pula adalah satu method dalam mengatasi kekakuan polisi dan
jentera pemerintahan dan pentadbiran negara yang biasanya menjadi satu
masalah dalam masyarakat yang pesat membangun. Melalui cara ini
perlaksanaan dasar dan peraturan dapat diselesaikan dengan licin
berpandukan kepentingan semasa asalkan saja tidak bertentangan
dengan mana-mana nas syarak atau prinsip-prinsipnya secara umum.

1.2.6 SISTEM EKONOMI ISLAM

Pendahuluan

Ekonomi ialah satu pengkajian berkenaan dengan kelakuan manusia dalam
menggunakan sumber-sumber untuk memenuhi keperluan mereka. Dalam
pengertian Islam pula, ekonomi ialah satu cabang ilmu dari ilmu sains sosial yang
mengkaji masalah-masalah ekonomi manusia yang didasarkan kepada asasasas
dan nilai-nilai Islam7. Ekonomi Islam adalah sebahagian daripada sistem
yang ada dalam ajaran Islam. Berdasarkan kepada asas-asas dan nilai-nilai
inilah maka pengertian dan pendekatan ekonomi Islam berbeza dengan ekonomi
konvensional.

i )Asas dan Prinsip Ekonomi Islam

Dua perkara penting perlu difahami bila membincangkan falsafah ekonomi
Islam. Pertamanya, sumber wahyu yang disediakan adalah terhad(manusia
perlu berfikir, berikhtiar dalam apa jua permasalah dengan panduan yang
ditetapkan). Keduanya, manusia sebagai unit bersepadu (akidah berkait
rapat dengan semua aktiviti kehidupan). Di antara asas-asas ekonomi Islam
ialah :

a) Kesemua harta milik Allah

b) Manusia sebagai khalifah untuk mengurus dan memakmurkan
bumi. Dengan cara:

• Melakukan segala suruhan Allah (contoh: mencari harta dan
sebagainya)
• Meninggalkan segala larangan (contoh: larangan riba, judi dan
sebagainya)
• Mencegah segala keburukan yang dilakukan dalam kehidupan
manusia sejagat.

c) Manusia yang paling layak menjadi khalifah ialah orang yang soleh.

ii )Objektif Ekonomi Islam

a) Memajukan dan memakmurkan bumi ini kepada semua manusia,
dengan cara:

• Menyempunakan tugas sebagai khalifah di bumi.
Mesti berusaha untuk mempertingkatkan diri masing-masing.
Sabda Nabi s.a.w bermaksud ;

“Apabila tiba saat hari Kiamat sedangkan di tangan
salah seorang dari kamu ada sebiji benih dan ia
berupaya menanamnya, maka hendaklah ia
menanamnya, usaha itu baginya pahala”

• Berjihad dengan harta.
Termasuk proses pencarian, pengeluaran, penggunaan dan
pengagihan. Kegagalan dalam ekonomi mengakibatkan umat Islam
sentiasa ditekan.

Firman Allah bermaksud :
“….dan kamu berjuang pada jalan Allah dengan harta dan diri
kamu”
(al-Saaf: 11)

Sabda Nabi s.a.w bermaksud:
“Kefakiran boleh membawa kepada kekufuran”

b) Matlamat Kebahagiaan dunia dan akhirat, langkah penting:

• Sentiasa berusaha melakukan kebaikan dan pembaikan
• Menghindarkan diri dari melakukan penindasan dan kejahatan
• Penyertaan nilai akhlak
• Keyakinan dunia sebagai ladang akhirat.

c) Memenuhi tanggungjawab diri

Ia perlu selari dengan tuntutan Syariat, ukuran individu akan
menjelaskan keadaan sebenar ekonomi masyarakat dan negara.
Tanggungjawab ini sangat luas termasuk [tanggungjawab kepada
keluarga, masyarakat, negara dan Islam itu sendiri]

d) Pengagihan peluang dan hasil pendapatan yang adil

• Mengadakan peluang-peluang ekonomi dan pekerjaan dengan
pembayaran upah yang adil dan seimbang.
• Mengujudkan organisasi [contoh: baitulmal, pusat pungutan
zakat ]
• Dasar percukaian yang seimbang dan adil
• Wujudkan badan pengawasan ekonomi [contoh: Jabatan
Hisbah.

e) Bebas dan tidak bergantung kepada pihak lain.

Masa kini tujuan ini lebih tertumpu kepada peranan sesebuah negara
dan pemerintah, ini kerana kesan negatif pergantungan dengan negara
lain ialah:

• Peluang ekonomi yang terlalu sempit
• Harga barangan akan ditentukan oleh negara maju
• Dasar-dasar negara akan terkongkong di bawah telunjuk negara
maju.
• Terdedah kepada pencerobohan secara langsung atau tidak
langsung.
• Peluang untuk terus maju dan berkembang amat sukar, dll.

iii ) Pendekatan Ekonomi Islam dan Konvensional

Pendekatan Islam terhadap kegiatan ekonomi9, di antaranya ialah :

a) Pembinaan manusia berlandaskan akidah - supaya memiliki kualiti-kualiti
manusia yang sempurna, seimbang, dan memiliki konsep hidup yang
jelas dan benar.

b) Kegiatan ekonomi sebagai satu fardhu dan ibadah - Kegiatan ekonomi
adalah sebahagian daripada perhambaan manusia kepada Allah.
Meyakini adanya ganjaran pahala dan balasan dosa di akhirat nanti. Akan
lahirnya pengawasan dari dalam diri manusia itu sendiri.

c) Memenuhi tuntutan fitrah dan mengaturnya - Memenuhi tuntutan naluri
untuk memiliki, mengurus dan menggunakan harta. Seimbangkan antara
keperluan individu dan masyarakat.

d) Beredar dalam lingkungan yang diizinkan syarak - kegiatan ekonomi
beredar dalam batasan halal dan makruf. Termasuklah kegiatan
pengeluaran, penggunaan, perkhidmatan ataupun pengagihan.

e) Menegakkan kepentingan umum manusia - meliputi dharuriyat, hajiyat
dan tahsiniyat.

Pendekatan ekonomi konvensional pula ialah :

a) Hak milik individu adalah mutlak tanpa had.

b) Kebebasan yang sepenuhnya - di mana urusan ekonomi diserahkan
kepada kebijaksanaan individu.

c) Nilai dilihat dari utilitarian - yang beranggapan setiap barangan itu baik
secara moral dan ekonomi selagi ianya mempunyai harga di pasaran.

Umumnya kita dapati unsur-unsur dalam sistem konvensional lebih
membawa kepada beberapa kesan negatif. Di antaranya persaingan bebas
tanpa batasan, semangat berlumba-lumba untuk kepentingan
diri, tersisihnya nilai-nilai moral, status kelas yang agak menonjol,
mengeluarkan apa sahaja barangan yang bernilai komersial, bersifat
kebendaan, merangsang nafsu dan mementingkan kemewahan.

Kesimpulan

Berdasarkan asas, objektif dan pendekatannya, nyatalah bahawa sistem
ekonomi Islam lebih ideal dan praktikal untuk dilaksanakan. Ini kerana
sistemnya menjaga kepentingan semua pihak, memelihara hak-hak individu
disamping menjamin kepentingan umum yang membolehkan tercapainya
matlamat ekonomi yang adil dan seimbang.

1.3 Sains dan Teknologi dalam Islam

Pendahuluan

- Sains dan Teknologi dalam Islam berteraskan Tauhid.
- Sains dalam Islam bermaksud suatu pengkajian akal ke atas alam maya,
di mana segala yang ada di alam maya ini adalah objek yang menjadi
bahan kajian akal manusia.
- Teknologi atau teknik ialah pengetahuan atau kebijaksanaan untuk
mengeluarkan sesuatu produk yang berguna kepada manusia. Hanya
teknologi yang memberi manfaat sebenar sahaja diterima Islam.
-Sains dan agama adalah bersepadu kerana sains tidak dapat dipisahlkan
dari nilai-nilai Islam.

1.3.1 Konsep Sains dan Teknologi Dalam Islam

Sains bukanlah suatu yang asing dari Islam kerana Islam sebagai ad-Din
(way of life) merangkumi semua aspek termasuklah sains dan teknologi.

Menurut Islam sains tidak bebas dari nilai, malah ia memerlukan petunjuk dan
nilai yang didasarkan kepada agama (Islam). Oleh itu agama menjadi
pengawal kepada segala aktiviti sains dan etika saintis.

i. Asas-asas Sains dan Teknologi

Sains dan teknologi dalam Islam mestilah berpaksikan kepada tiga asas
utama iaitu:
• Akidah
• Syariah
• Akhlak

Keimanan kepada Allah s.w.t. menjadi teras kepada semua jenis amalan dan
memainkan peranan yang penting dalam menentukan konsep sains dan
teknologi. Bermula dengan keimanan yang mantap kepada Allah s.w.t.,
berpegang teguh dengan ajaran agama(syariah) dan memiliki akhlak yang
mulia pastinya sains dan teknologi dapat memberi manfaat yang menyeluruh
kepada umat manusia.

ii. Sumber-sumber Sains dan Teknologi

• Al-Qur’an
• Al-Sunnah
• Ijma’
• Qiyas
• Masalih Mursalah dll

Al-Qur’an menjadi asas dan sumber kepada sains dan teknologi dalam Islam.
Ia merupakan kitab petunjuk bagi manusia termasuklah dalam pengkajian
alam tabii. Al-Qur’an amat menggalakkan manusia melakukan penyelidikan
terhadap fenomena alam kerana di sana terdapat tanda-tanda kebesaran dan
keagungan Allah s.w.t. Melalui pengkajian sains dan teknologi, al-Qur’an
adalah benar kerana penemuan sains telah membuktikannya dan al-Qur’an
telah menyentuh ribuan tahun sebelumnya.

iii. Kedudukan Sains dan Teknologi Dalam Islam

• Sebagai bidang fardu kifayah
• Ilmu pelengkap bukannya ilmu fardu ’ain
• Melengkapkan fardu ’ain

Kedudukan sains dan teknologi dalam Islam telah disepakati oleh ulamaulama
Islam tenting kepentingannya. Islam tidak pernah menghalang aktiviti
sains dan teknologi, tetapi persoalannya bagaimanakah sains dan teknologi
sewajarnya diurus agar matlamat kebaikan ummah dapat dipenuhi dan tidak
diselewengkan.

1.3.2 Pendekatan Sains dan Teknologi Dalam Islam

i. Al-Qur’an
Al-Qur’an sebagai kitab maqru’ah (yang dibaca) mempunyai penjelasan
terhadap alam yang terbentang luas ini. Contohnya al-Qur’an menjelaskan
hakikat bahawa penyerapan air adalah menjadi asas wujudnya kehidupan
sebagaimana yang difirmankan oleh Allah s.w.t yang bermaksud:
”... Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka
mengapakah mereka tidak juga beriman”.
(al-Anbiya’ [21] : 30)

Tidak ada cecair lain di atas muka bumi ini yang sesuai untuk tindak balas
kehidupan selain daripada air. Para penyelidik mengenal pasti bahawa
setengah-setengah bakteria boleh hidup tanpa udara tetapi sama sekali tidak
boleh hidup tanpa air. Nyatalah kajian sains yang berpandukan wahyu al39
Qur’an akan mengarahkan manusia kepada tanda-tanda kebesaran Allah
s.w.t.

ii. Kosmos
Kosmos menjadi objek kajian sains di mana ia merupakan sebagai kitab
maftuhah (terbuka) yang dijadikan Allah untuk manusia memerhati dan
mengkaji:

• Kewujudan alam merupakan satu tanda kewujudan dan kebesaran
Pencipta
• Keindahan alam sebagai bukti keindahan Pencipta
• Ketertiban alam sebagai tanda keagungan Pencipta
-Melalui al-Qur’an, penggunaan akal yang rasional dan kosmos sebagai
objek kajian sains maka ia dapat membantu manusia mengenali Allah
s.w.t. sebagai Pencipta Yang Maha Agung dan membuktikan
kebesaranNya.
- Peranan Pencipta tidak dikeluarkan dalam kerangka kajian sains – Allah
sebagai 1 st cause.
-Sepatutnya semakin mendalam kajian sains & teknologi semakin
bertambah iman manusia.
- Al-Quran menjadi sumber pengkajian [cth, fenomena air hujan, langit,
sungai, bulan bintang dll] (Ibrahim:32-34, Taha:53-54, al-Anbiya:30, al-
Rahman:5-7, Yunus:5, al-Zumar:5, dll)
- Contoh-contoh ayat:

“Dan kamu melihat gunung-gunung itu kamu sangka ia tetap
ditempatnya pada hal ia berjalan sebagai jalannya awan” (al-
Naml:88).

“Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam
pun tidak mendahului siang dan masing-masing beredar pada garis
edarnya” (Yaasin:40)

“Dan sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dari suatu
saripati tanah” (al-Mulminun:12)

1.3.3 Kepentingannya Dalam Kehidupan

• Menyingkap rahsia-rahsia kebesaran Allah S.W.T. sebagai Pencipta Yang
Maha Agung.
• Menjadikan manusia lebih mudah mengenal Tuhannya serta membentuk
sifat tawadhu’ dan tafakur.
• Mencari hakikat kebenaran yang sejati; membantu manusia beriman dan
mentauhidkan Allah s.w.t.
• Sebagai satu cabang ibadah untuk mengabdi diri kepada Allah dan
sebagai Khalifah di muka bumi
• Mewujudkan keharmonian jiwa

1.3.4 Etika Islam Dalam Sains dan Teknologi

Sains dan teknologi dalam Islam terikat dengan nilai dan etika Islam. Dalam
apa jua kegiatan sains dan teknologi ia mesti mengambil kira aspek etika
yang berlandaskan ajaran agama. Tanpa etika ia akan membawa kehancuran
dan kemusnahan baik kepada manusia, haiwan mahupun alam sekitar seperti
apa yang berlaku di Hiroshima dan Nagasaki. Saintis yang beretika akan
bertindak melakukan kajian dan menggunakan teknologi berdasarkan prinsip
’melakukan yang baik/ma’ruf dan menjauhi yang mungkar’
Kepentingan etika Islam dalam sains dan teknologi tidak dapat dinafikan lagi
dalam pelbagai aspek misalnya:

• Dalam pembentukan syakhsiah saintis muslim
• Dalam menentukan konsep sains dan teknologi
• Dalam menentukan matlamat penyelidikan sains
• Dalam menentukan penggunaan hasil teknologi
• Dalam menentukan ruang lingkup kerjaya

Adanya etika Islam dalam sains dan teknologi akan menghindari pelbagai
krisis nilai dan etika dalam pelbagai amalan sains dan teknologi. Contohnya
isu pengklonan, pembedahan plastik, bayi tabung uji, GM food dan
sebagainya jika didasarkan kepada etika Islam ianya dapat ditangani dengan
baik dan mampu dimanfaatkan secara menyeluruh kepada umat manusia.

Kesimpulan

- Sains dan Teknologi dalam Islam ialah ilmu pengetahuan yang lahir dari
gabungan unsur fizik dan metafizik atau gabungan antara intelek dan
wahyu.
- Ia mempunyai prinsip yang selari dengan ajaran dan konsep dasar dalam
Islam.
- Sains dan teknologi akan membawa kesejahteraan seandainya diasaskan
kepada etika Islam dan sebaliknya membawa kehancuran jika
mengabaikan etika Islam.


BAB DUA
SISTEM KENEGARAAN ISLAM


2.1 Pemerintahan Rasulullah S.A.W.
2.1.1. Latar Belakang Pemerintahan Rasulullah SAW.


Di lahirkan di Makkah tanggal 12 Rabiulawal tahun Gajah bersamaan 20
Ogos 570 masehi (13 Rabiul Awal). Ibunya bernama Aminah binti Wahab.
Ayahnya bernama Abdullah bin Abdul Muttalib. Berkahwin ketika usianya 25
tahun dan diangkat menjadi Rasul ketika usianya 40 tahun. Mengembangkan
dakwah Islam selama 23 tahun iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di
Madinah.. Berhijrah ke Madinah pada 16 September 622 Masehi (8 Rabiul
Awal). Wafat pada 8 Jun 632 Masehi ( 12 Rabiul Awal 11 Hijrah)
Empat peristiwa penting yang berlaku pada 622 Masehi ialah:

i. Hijrah Nabi dan umat Islam dari Makkah ke Madinah.
ii. Kewujudan Kelandar Hijrah.
iii. Pembentukan Negara Islam Madinah.
iv. Sahifah Madinah berjaya disiapkan.

Negara Islam Madinah dipimpin oleh Nabi Muhammad selama 10 tahun.
Antara kejayaan nabi sebagai utusan Allah:

i. Penyatuan orang Arab di bawah satu akidah.
ii. Pembentukan Negara Islam yang berdisiplin.
iii. Pembentukan sistem ekonomi.
iv. Pelaksanaan undang-undang dan syariat yang sempurna.
v. Pembelaan kaum wanita.
vi. Penyatuan ummah.
vii. Persaudaraan dan persamaan hak dalam masyarakat.

Pentadbiran Negara Islam Madinah

i. Ketua Negara = Muhammad Rasulullah
ii. Menteri = Abu Bakar Al-Siddiq & Umar Al-Khattab
iii. Hakim = Abdullah Naufal
iv. Majlis Perwakilan = Hamzah Abdul Mutalib, Jaafar Abu talib, Abu Bakar
Al-Siddiq, Umar Al-Khattab, Usman Affan, Ali Abu Talib, Abdullah
Mas’ud, Huzaifah Al-Yaman, Abu Zar Al-Ghifary, Miqdad Al-
Aswad, Bilal Rabah & Aishah Abu Bakar.
v. Bendahari = Abu Ubaidah Al-Jarrah.
vi. Jurubahasa = Zaib Thabit.
vii. Setiausaha Negara = Harith Auf Al-Marj.

2.1.2. Masjid: Institusi utama dalam pemerintahan Islam.


Pendahuluan

Umar al-Khattab berkata “Masjid itu ialah Baitullah di bumi, sedang orang
yang bersolat di dalamnya samalah seperti tetamu Allah, maka kewajipan
yang ditemui ialah menghormati dan memuliakan tetamunya”

Definisi Masjid

i. Dari sudut bahasa ia berasal dari perkataan “sajada” al-sujud
bermaksud
sebagai ketaatan, kesetiaan sepenuhnya kepada Allah. Ia juga
bermaksud “tempat menyembah”

ii. Istilah syarak: “Mawdhi’ al-Sujud” iaitu tempat untuk sujud. Al-Imam al-
Zarkasyi berkata semua tempat untuk beribadah ialah masjid. Sabda Nabi
bermaksud “dijadikan untukku bumi sebagai masjid dan suci”

Sejarah Pembinaan Masjid

i. Masjid pertama ialah masjid Quba (selatan Madinah) yang didirikan oleh
Rasulullah atas dasar taqwa. Rasulullah berada di situ selama 4 hari.

ii. Baginda juga membina masjid Nabawi sebagai asas pembentukan
masyarakat madani.

iii. Pada zaman Nabi sahaja ada 10 buah masjid di Madinah.

Fungsi Asal Masjid

Fungsi masjid sejak zaman Nabi:
i. Tempat ibadat
ii. Tempat bermesyuarat
iii. Tempat menyelesaikan masalah masyarakat dan negara juga sebagai
tempat mnjatuhkan hukuman (mahkamah)
iv. Institusi pendidikan
v. Balai pertemuan
vi. Tempat memperdengarkan syair (kegiatan kesusasteraan)
vii. Tempat perbincangan ekonomi dan perdagangan
viii. Memutuskan urusan negara
ix. Mengumumkan hal-hal penting berkaitan kehidupan bermasyarakat
x. Asrama dan hotel pengembara
xi. Perpustakaan
xii. Pejabat Baitulmal
xiii. Markas tentera membincangkan strategi perang
xiv. Melangsungkan perkahwinan dan solat jenazah
xv. Pusat pentadbiran negara, menerima perwakilan luar negara serta
para tetamu.

Masjid dan Amalan di Malaysia

i. Masjid merupakan simbol keagungan Islam
Mengimarahkan Masjid

i. Iktikaf
- Mazhab Hanafi: iktikaf bermaksud menetap dalam masjid yang
didirikan solat jemaah dalam keadaan berpuasa dan disertai niat
iktikaf
-Al-Malikiyah: dilakukan oleh lelaki mumayyiz di dalam masjid
yang mengharuskan penggunaannya untuk semua manusia.
-Al-Shafi’yyah: berada di dalam masjid untuk melakukan
ketaatan kepada Allah.
- Hanafiah: boleh dilakukan di mana-mana masjid yang didirikan
solat berjemaah samaada dilakukan solat 5 waktu atau
sebaliknya.

ii. Aktiviti-aktiviti Keagamaan
�� Spt. Majlis ilmu, sambutan Maulidr Rasul, Israk Mikraj, Nuzul
Quran, Ma’al Hijrah dll.

iii. Beberapa Hukum Berkaitan Masjid
-Fuqaha’ bersepakat mengharamkan mereka yang berhadas
besar/ berjunub dari memasuki dan tinggal di dalam masjid.
Bagaimanapun atas dasar keperluan mereka boleh sekadar
melintasi atau melalui kawasan masjid.
-Al-Syafi’yyah dan al-Hanabilah mengharuskan wanita yang
berhaid dan nifas melintasi masjid jika terjamin tidak
mengotorinya.
- Imam Ahmad Ibn Hambal, Jika seseorang yang berjunub telah
berwuduk, tidak salah berada di dalam masjid.
- Mazhab Hanafi: orang yang berjunub jika ada keperluan
diharuskan memasuki masjid dengan bertayammum.

-Mazhab Daud al-Zahiri dan al-Muzani: wanita yang haid boleh
memasuki dan berada di dalam masjid.

2.1.3 Sahifah Madinah.

Pendahuluan

i. Sahifah al-Madinah [piagam Madinah, Perjanjian Madinah, Perlembagaan
Madinah, Dustur al-Madinah] digubal pada tahun 622M, tahun pertama
Hijrah.

ii. Perlembagaan bertulis pertama di dunia.

iii. 47 fasal [23 fasal berkenaan sesama umat Islam iaitu hubungan Ansar
dan Muhajirin] [24 fasal hubungan umat Islam dan Yahudi]

iv. Sebab-sebab perjanjian:
a. Menghadapi masyarakat majmuk Madinah
b. Membentuk peraturan yang dipatuhi semua penduduk Madinah
c. Menyatukan masyarakat pelbagai kaum
d. Perdamaian dan melenyapkan permusuhan
e. Keamanan di Madinah

Pengertian Sahifah al-Madinah

i. Perlembagaan [Dustur bahasa Arab, berasal dari bahasa Farsi
“Menteri Besar” yg diarabkan]

ii. Aspek Bahasa:
Kumpulan kaedah undang-undang yang mengatur asas kerajaan dan
menentukan pembentukannya yg mengandungi Badan Tertinggi
Pemerintah, Peradilan, Kerakyatan dll.

iii. Aspek Sejarah
Kumpulan kaedah undang-undang yang mengatur kuasa umum dan hak
individu di bawah sistem perwakilan bebas.

iv. Aspek rupa bentuk dokumen
Ia dilaksanakan pada masa tertentu dalam sebuah negara yang di tulis
dalam sebuah dokumen rasmi yang dinamakan perlembagaan.

v. Aspek objektif
Perkara-perkara yg punyai tabiat perlembagaan yang ditetapkan oleh adat
atau konvensyen perlembagaan.

Merangka Sahifah Madinah
Langkah yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.:

i. Mendirikan Masjid
ii. Mempersaudarakan Ansar dan Muhajirin
iii. Perjanjian dengan Yahudi

Landasan utama Sahifah Madinah

i. Rasulullah ketua negara bagi semua penduduk Madinah
ii. Seluruh penduduk Madinah tidak boleh bermusuhan sesama
sendiri
iii. Bebas menjalankan aktiviti keagamaan masing-masing
iv. Mesti bekerjasama dalam masalah ekonomi dan mempertahankan
Madinah dari serangan musuh luar.
v. Keselamatan Yahudi terjamin selagi mereka patuh pada perjanjian

Tujuan Sahifah Madinah

Antaranya:

i. Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi dan penduduk setempat
ii. Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin
iii. Membentuk kesatuan politik dalam mempertahankan Madinah
iv. Merangka persefahaman dgn penduduk bukan Islam (Yahudi)
v. Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yg kehilangan
harta benda dan keluarga di Mekah.

Prinsip utama Sahifah Madinah
Ia memberi beberapa prinsip umum negara sbg cth:

i. Al-Quran dan al-Sunnah sbg sumber hukum negara
ii. Kesatuan ummah dan Kedaulatan Negara
iii. Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah
iv. Hak dan Tanggungjawab dari segi ketahanan dan pertahanan negara
v. Dasar hubungan baik dan saling bantu membantu antara sesama
warganegara.
vi. Tanggungjawab individu dan negara [pemerintah] dalam menegakkan
keadilan sosial
vii. Beberapa undang-undang keselamatan spt [Qisas dll]
viii. Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam
ix. Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.

Prinsip Perlembagaan Islam:

i. Syura
ii. Keadilan
iii. Kebebasan
iv. Persamaan

Kesimpulan.

Sahifah Madinah telah menunjukkan konsep kesatuan yang jitu dan
sepatutnya dijadikan model zaman ini:

i. Kesatuan perlembagaan dan undang-undang [al-Quran dan al-
Sunnah]
ii. Kesatuan kepimpinan [Rasulullah sbg pemimpin]
iii. Kesatuan sikap dan suara [terhadap keadilan, perang, damai dll]
iv. Kesatua matlamat [masyarakat harmoni, bersatu dan teguh]
v. Kesatuan hak dan tanggungjawab.


2.1.4. Dasar Pemerintahan
2.1.4.1 Dasar Politik/Syura


Pengertian:
i. Syura dari segi bahasa [mesyuarat], Istilah:[permesyuaratan yang di
adakan oleh kumpulan ulamak dan umat Islam dalam segala hal
berkaitan kepentingan dan kebajikan berdasarkan keimanan dan
ketaqwaan]

ii. Syura merupakan sistem permesyuaratan yang diasaskan oleh
Rasulullah berdasarkan al-Quran.

iii. Majlis Syura bertindak sebagai majlis penasihat [sebagai majlis
perwakilan dan badan perundangan dengan mempunyai kuasa dalam
membuat dasar-dasar berkaitan kepentingan negara dan warga
negara.

iv. Contoh ayat-ayat Syura [al-Baqarah:233, Ali Imran:159, Maryam:29, al-
Syura:38]

Bidang kuasa Syura menurut al-Quran dan al-Hadis
Tidak boleh terhadap:

i. Perkara yand sudah jelas dinyatakan dalam al-Quran dan al-Sunnah
tentang syariatnya.
ii. Tidak boleh bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah.
Prinsip Majlis Syura

i. Berlandaskan sistem perbincangan dan perundingan dalam
menentukan keputusan dan tindakan.
ii. Keputusan dalam pemerintahan atau pentadbiran dibuat melalui
persetujuan hasil dalam perbincangan.
iii. Kesepakatan dan kesefahaman pendapat dalam menangani sesuatu
isu.
iv. Al-Quran dan al-Sunnah sumber rujukan utama.
v. Menyatakan pendapat dan pendirian semasa perbincangan secara
berhikmah dan lemah lembut.
vi. Keputusan dan tindakan mesti mengutamakan kepentingan umum.
vii. Menghormati serta menghargai pendapat dan nasihat yang
dikemukakan oleh orang lain.

Tugas Majlis Syura:

i. Memilih calon khalifah atau ketua kerajaan kemudian diserahkan
kepada umat Islam untuk pengesahan [bai’ah]. Serta berkuasa
melucutkan jawatan khalifah.

ii. Memberi penafsiran kepada ayat-ayat yang tidak jelas berhubung
dengan hukum untuk mencapai kesepakatan tafsiran yang tepat.

iii. Menasihati kerajaan [seperti mempersoalkan perkara yg tidak betul
dalam pemerintahan]

Penerapan Sistem Syura
Fungsi Majlis Syura [bagi organisasi]

a) Gubal peraturan negara atau organisasi
b) Melaksanakan aktiviti yang berfaedah mengikut syariat
c) Meluluskan program-program kewangan
d) Ulangkaji dasar organisasi dan memikirkan cara terbaik untuk
pentadbiran
e) Berkuasa mengistiharkan darurat
f) Meluluskan sebarang perkongsian dan perjanjian dengan
organisasi luar.

Ahli Syura
Ahli majlis syura dikenali sebagai “Ahlulhilli wal ‘aqdi”. Al-Quran, al-
Sunnah dan ijmak tidak menetapkan bilangan ahli syura cuma bergantung
kepada keperluan semasa contohnya:

-Zaman Rasulullah S.A.W. Majlis Syura dianggotai oleh:
i. Ketua golongan Ansar
ii. Ketua golongan Muhajirin
iii. Panglima tentera
iv. Pegawai awam.

- Zaman Umar al-Khattab, majlis syura dianggotai oleh:
i. Ketua Muhajirin
ii. Ketua Ansar
iii. Ulama
iv. Panglima perang
v. Panglima tentera tertinggi
vi. Khalifah sendiri.

-Al-Mawardi dalam “al-Ahkam Sultaniah” dan Syeikh Rasyid Ridha
dalam “al-Khilafah” menyatakan wajib bagi ahli syura memiliki
[keadilan dalam erti kata yang luas, berilmu pengetahuan dan
kecerdasan dan bijaksana]

-Kretaria ahli syura:
i. Adil
ii. Berilmu tinggi dan mendalam [fardu Ain dan Kifayah]
iii. Bijaksana
iv. Pengalaman profesional yang luas.

Implikasi Syura:
-Menurut Saidina Ali, implikasi syura adalah:
i. mengambil kesimpulan yang benar
ii. mencari pendapat
iii. menjaga kekeliruan
iv. menghindar celaan
v. menciptakan keseimbangan emosi
vi. kesepaduan hati
vii. mengikut teladan para sahabat

- implikasi yang lain seperti:

i. kepentingan keputusan pendapat yang adil dan bijaksana
ii. pentingnya mendengar pendapat yangg berbeza
iii. memahami kehendak syariah dan mengasaskan keputusan
kepada hukum Allah
iv. kerjasama dan tanggungjawab bersama
v. perancangan teliti dibuat bersama
vi. mengurangi daripada melakukan kesilapan besar
vii. pentingnya ilmu sebagai asas kebenaran
viii. mengelakkan kuku besi ketua
ix. melahirkan komitmen yang penuh kepada keputusan yang
dibuat
x. menggalakkan kreativiti
xi. eratkan persaudaran dan bertolak ansur
xii. jauh daripada membuat keputusan berasaskan nafsu.

Etika Mesyuarat Menurut Islam:

i. Mulakan dengan al-Fatihah dan Selawat
ii. Pakaian menutup aurat dan kemas
iii. Percakapan dalam mesyuarat [untuk perkara penting sahaja]
iv. Menepati masa
v. Ikut agenda
vi. Jangka masa yang munasabah
vii. Akhiri dengan tasbih kaffarah dan surah al-Asr.

2.1.4.2. Dasar Sosial

Aspek pergaulan:

i. Etika pergaulan dalam rumahtangga:
a. Suami dengan isteri
b. Ibubapa dengan anak-anak
c. Sesama saudara mara
d. Dan lain-lain.

ii. Etika pergaulan antara golongan tua dengan golongan muda
Yang tua dihormati, yang muda disayangi

iii. Etika perhubungan dengan para ulama dan cerdik pandai

iv. Etika hubungan dengan jiran
Tidak menyakiti jiran, memuliakan jiran dan lain-lain.

v. Etika pergaulan dengan bukan Muslim.

vi. Etika hubungan dengan makhluk lain seperti haiwan dan lain-lain.
Keadaan Sosial di Madinah Zaman Nabi.
Masyarakat majmuk Madinah terdiri daripada kaum Muslimin [Ansar
dan Muhajirin], Musyrikin [Aus dan Khazraj], Yahudi [Bani Quraizah
di Fadak, Bani Qainuqa’ di kawasan Madinah, Bani Nadzir dan
Khaibar di utara].

Penyatuan Masyarakat di Madinah Zaman Nabi.

i. Mendirikan Masjid
Baginda mendirikan Masjid Nabawi, manakala Masjid Quba’
merupakan masjid pertama. Mesjid memainkan peranan yang amat
penting di dalam menyatupadukan umat Islam. Peranan masjid amat
ketara.

ii. Mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhajirin
Ia sebagai asas kesatuan masayrakat Islam yang baru dibina. Sbg cth
Baginda sendiri memilih Ali bin Abi Talib sebagai saudara. Cth lain:
-Hamzah dengan Zaid (bekas hambanya)
- Abu Bakar dengan Kharia bin Zaid
-Umar ibn al-Khattab dengan ‘Itban bin Malik al-Khazaraji
-Abdurrahman bin Auf dengan Sa’ad bin al-Rabbi.

iii. Perjanjian persefahaman dengan golongan Bukan Islam
Antara isi perjanjian:

a. Orang-orang Musyrik Madinah tidak boleh melindungi harta dan
jiwa orang-orang musyrik Quraisy dan tidak boleh menghalang
tindakan orang mukmin ke atas mereka.

b. Orang-orang Yahudi memikul perbelanjaan bersama orang Islam di
saat menghadapi peperangan.

c. Prinsip kebebasan beragama (orang Yahudi dengan agama
mereka orang Islam tetap dengan Islam)

d. Kedua pihak saling berbuat baik dan tidak mengkhianati satu sama
lain.

e. Wajib saling membantu jika terdapat mana-mana pihak yang
dizalimi.

f. Semua pihak wajib mempertahankan Madinah.

g. Setiap orang dijamin keselamatannya untuk tinggal di Madinah.

h. Bahawasanya Allah akan melindungi pihak yang membuat
kebajikan dan taqwa.

iv. Penyusunan Masyarakat:

a. Golongan Muhajirin ditempatkan disekitar masjid yang baru dibina.
b. Para sahabat:diberikan tanah-tanah Madinah di sekitar masjid
mengikut kadar keperluan (keluasan tanah diberikan berdasarkan
kesuburan tanah)
c. Suku-suku lain yang masuk Islam dan berasal dari luar Madinah:
disediakan komplek perumahan. [lebih 20 kabilah luar Madinah yang
memeluk Islam].
d. Membina pasar bagi kegiatan ekonomi Islam. [mampu menyaingi
pasar yang yang dikuasai oleh Yahudi]

2.1.4.3. Dasar Ekonomi

Pendahuluan

i. Abad ke 11 hingga ke 13 sistem ekonomi Islam berada dikemuncak.

ii. Sabda Nabi “Sekiranya seseorang kamu diwaktu pagi pergi mencari
dan memikul kayu api dibelakangnya dan hasil yang diperolehinya itu
disedekahkan kepada orang lain serta bagi keperluan dirinya tanpa
meminta kepada orang lain, adalah lebih baik daripada meminta dan
mengemis yang kadang-kadang diberi atau sebaliknya. Ini adalah
kerana tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang dibawah”
[Muslim]

Seorang ahli ekonomi Islam menyusun hadis-hadis kepada 12 perkara
[pemilikan, harta, usaha dan rezeki, tanah, buruh, modal, gelagat pengguna,
mekanisme pasaran, wang dan kridit, pembiyaan awam, pembangunan
ekonomi dan nilai-nilai ekonomi]

Dasar Percukaian:


i. Tanpa hasil adalah mustahil sesebuah negara dapat ditadbir dengan
berkesan.

ii. Dasar cukai termasuklah [zakat, jizyah, kharaj, fai dan usyur], ia
punyai kaedah yang standard dari segi kutipan, kadar, penggunaan
dan pengagihan.

iii. Dasar cukai secara umum:

a. Demi kepentingan dan kebajikan rakyat dan negara Islam Madinah.
b. Tidak wujud penekanan / penindasan
c. Tidak membebankan dalam ertikata yang objektif
d. Punyai kaedah yang sistematik dan standard [dari segi kutipan,
penggunaan dan agihan]

Dasar Kewangan

i. Dasar keuwangan utama ialah menghapuskan riba. [riba
merupakan amalan jahiliyyah dan penyangak ekonomi]

ii. Pengharaman sistem barter [mengandungi riba al-fadl dan al-yad]
dan digantikan dengan sistem transaksi menggunakan nilai mata
wang.

iii. Kelemahan sistem barter ialah menimbulkan 2 kos dalam ekonomi
selain kemungkinan berlakunya riba.
-Kos pertukaran (transaction cost) : berkaitan dengan
kos pelaksanaan perniagaan.
-Kos menunggu (waiting cost) : akan meningkat apabila
bertambahnya jarak masa pertukaran.

iv. Nabi juga mengarahkan sistem timbangan mata wang yang
digunakan mesti berdasarkan amalan penduduk Mekah.
“timbangan adalah timbangan mata wang penduduk Mekah
manakala sukatan mengikut sukatan Madinah”

v. Sistem ukuran kewangan mengikut kaedah dan prinsip piawaian
standard digunakan dengan berkesan dan adil

vi. Penggunaan mata wang berasaskan emas dan perak adalah suatu
yang telah disunnahkan oleh Nabi.

vii. Tahun ke 2 Hijrah Nabi mewajibkan zakat harta dengan piawaian
dinar dan dirham. Setiap 5 uqiyah perak dikenakan 5 dirham dan
setiap 20 dinar dikenakan setengah dinar.

viii. Polisi mata wang: setiap unit mata wang yang digunakan mestilah
mengikut nilaian semasa.

Dasar Perakaunan

i. Antaranya ialah [kaedah merekodkan aktiviti dalam buku harian
dengan menyatakan tarikh, hari, bulan dan tahun Hijrah. Juga perlu
perubahan akaun keluar masuk wang dan pendapatan, akaun perlu
diaudit oleh pegawai lain yang lebih tinggi dan ada penyaksian]

ii. Dasar perakaunan Islam meliputi:

a. Dasar keseimbangan kira-kira
Termasuklah dalam aspek ekonomi, kewangan dan perakunan.
Keseimbangan antara perbelanjaan dan menafaat dan
keseimbangan antara pendapatandan perbelanjaan.

b. Ketepatan Ukuran
Sejarah tamadun manusia menunjukkan bahawa antara ukuran
kemajuan adalah dengan melihat alat dan kaedah pengukuran
yang digunakan.

c. Ukuran kewangan
Ia bermaksud penggunaan alat tertentu iaitu wang dalam aktiviti
ekonomi. Ia menyampaikan pada kiraan yang paling tepat kepada
harga sesuatu barang. Dinar: [mata wang emas] Dirham: [mata
wang perak]

d. Dokumen Objektif
Ia merujuk kepada bukti-bukti dalam sesuatu transaksi. Data-data
sahih yang diyakini kebenarannya [seperti resit, dokumen-dokumen
pengesahan, cop dan sebagainya.

Contoh:
-pengurusan Baitul Mal memperkenalkan dokumen
“Bara’ah” [pelepasan / rebat] ia diberikan kepada individu yang
telah memberikan sesuatu kepada Batul Mal.

- Dokumen “syahid” digunakan dalam pentadbiran
cawangan-cawangan baitul mal, dimana pengurusan zakat juga
menggunakannya dalam memastikan seseorang itu telah
membayar zakat dan Baitul Mal tidak lagi meminta bayaran.

Dasar Pasaran

Dua Dasar Utama:

i. Mengiktiraf pasar bebas individu
Keadaan pasar yang unit-unitnya perlu tunduk kepada fungsi
mekanisme pasar. Ia menghormati dan menghargai hak individu di
dalam menjalankan aktiviti mereka melalui kebebasan, peluang,
kreativiti, inovasi dan bertindak balas terhadap permintaan dan
penawaran secara bebas dengan panduan tertentu.

ii. Pasar kawalan kerajaan:

a. Kawalan kerajaan ke atas pasar bebas individu
Ia mengawal individu yang telah melanggar garis panduan yang
telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Melibatkan perancanganperancangan
bagi menyusun keadaan ekonomi negara agar
sentiasa harmoni.

a. Pasar kawalan kerajaan sepenuhnya
Melibatkan sesuatu keperluan yang bersifat umum. Barangan
yamg diperlukan oleh orang ramai dan manafatnya juga kepada
umumakan diletakkan di bawah tanggungjawab kerajaan.

Baitulmal

i. Baitul Mal bermaksud “rumah harta/ house of treasury/ institusi
kewangan negara”

ii. Dalam konteks semasa ia boleh disamakan dengan gabungan
perbendaharaan negara, bank pusat, kementerian kewangan dan
kementerian kebajikan.

iii. Sumber Baitul Mal termasuklah [ghanimah, fai, khumus, sadaqah,
kharaj, jizyah dan usyur]


2.2 Pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin

2.2.1 Pendahuluan

Perkataan “khulafa’” adalah kata jamak bagi “khalifah” yang bererti pengganti
iaitu mereka yang dilantik menjadi pemimpin setelah kewafatan Rasulullah
S.A.W.

Khulafa’ al-Rasyidin itu ialah:
i. Abu Bakar al-Siddiq [11 H / 632 M – 13H / 634]
ii. Umar al-Khattab [13 H / 634H – 23 H / 644]
iii. Uthman Affan [23 H / 644 M – 35 H / 656 M]
iv. Ali Abi Talib [35 H / 656 M – 40 H / 661 M].

2.2.2. Dasar Politik/Pentadbiran/Perundangan

a. Perlantikan Ketua Negara

Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. perlantikan pemimpin Islam adalah
melalui cara berikut:

i. Secara lantikan terus (indirect election) setelah melalui 2 tahap:

a. Pemilihan khalifah yang baru
b. Bai’ah [ikrar taat setia dari kalangan para sahabat dan umat Islam.]

ii. Khalifah akan dicalonkan oleh seorang atau lebih daripada para
sahabat Rasulullah S.A.W.
Contohnya:

a. Abu Bakar dicalonkan oleh Umar dan Abu Ubaidah.
b. Uthman dan Ali [perlantikan secara syura dan setelah itu
diistiharkan kepada semua umat Islam, maka semua akan memberi
Bai’ah dan diikuti dengan ucapan pendek dari khalifah yang dilantik]

b. Pentadbiran Negara

i. Pada zaman Abu Bakar al-Siddiq beliau telah membahagikan negara
Islam kepada beberapa wilayah iaitu Madinah, Makkah, Taif, San’a,
Hadramaut, Qayrawan, Zabik, Rima, al-Janad, Najran, Jarsh dan Baharin

ii.Madinah sebagai pusat pemerintahan dan di setiap wilayah dilantik
seorang gabenor.

iii. Jabatan kerajaan yg diwujudkan pada zaman Abu Bakar al-Siddiq
seperti berikut:

KHALIFAH
[KETUA NEGARA]
|
Setiausahasetiausaha
sulit
|
Majlis Syura
|
Gabenor
wilayah
|
Ketua
Turus
Tentera
|
Bendahari
|
Baitul Mal
|
Qadi
Besar
|
Setiausaha Penyelia
Tawanan
Perang,
Pengurusan solat,
dan perang
|
Qadi Urusan ekspot Pengurus Kewangan
Penyimpan
Mashaf,
Urusan Muamalah Urusan harta
rampasan dan
sedekah,
Urusan
pembelajaran al-
Quran

iv. Pada zaman Saidina Umar al-Khattab beliau telah
memperkemaskinikan sistem pentadbiran negara serta membahagikan
wilayah kepada [Makkah, Madinah, Syria, Jazirah, Basrah, Kufah,
Mesir dan Palastin]

v. Beliau telah mewujudkan Institusi Hisbah .

vi. Jabatan yang diujudkan pada zaman Umar al-Khattab adalah seperti
berikut:

KHALIFAH [Ketua
Negara]
|
Setiausaha sulit. Majlis Syura. Juru audit
|
Gabenor
wilayah
|
Ketua
turus
tentera
|
Pengurus
Baitul Mal
|
Qadi Pengajar
kanakkanak
dan
wanita
|
Penguasa penjara
|
Ketua
tentera
wilayah
|
Jabatan
persuratan,
Hisbah ,Jabatan
cukai
|
Jabatan
tentera,
Urusan
Muslimah,
Urusan
Muamalah
|
Jabatan
Persuratan
|
Penulis Mashaf Penyimpan
Perlembagaan

vii. Kewujudan jabatan polis pada zaman Umar al-Khattab misalnya pada
peringkat awal ianya dipertanggungjawabkan kepada semua rakyat
untuk menjaga keamanan tetapi kemudiannya pada zaman Umar al-
Khattab beliaulah orang yang mula memperkenalkan rondaan di waktu
malam.

viii. Manakala pada zaman Ali bin Abi Talib perkhidmatan polis lebih teratur
dan ketua yang mengendalikannya dikenali sebagai “Sahibu al-
Syurtah” [Jawatan ini diberikan kepada orang kenamaan mengikut
kedudukan dan nasab].Pada mulanya ia dibawah pentadbiran
kehakiman, kemudian ianya terpisah dari jabatan tersebut dalam
memeriksa dan menimbangkan kes-kes jenayah.

c. Ketenteraan dan Pertahanan

i. Pada zaman Abu Bakar al-Siddiq angkatan tentera dipimpin oleh
Usamah bin Zaid bagi memulihkan keadaan di Ghassan dan di
sempadan Syam. Mereka memerangi orang-orang Rom yang telah
memberontak dan membunuh ayah Uthamah bin Zaid serta
mempersendakan utusan Nabi S.a.w. dan membunuh beberapa orang
sahabat Nabi.

ii. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah membentuk 11 pasukan kecil untuk
mengawal keselamatan:

a. Khalid al-Walid: menghadapi golongan Tulaihah bin
Khuwailid al-Asadi di Buzakhah, dan menghadapi Malik bin
Nuwayrah di Battah.

b.Akramah bin Jahal: menghadapi Musailamatul Kazzab dari
bani Hanifah di Yamamah.

c.Syurahbil bin Hasanah: membantu Akramah

d.Al-Muhajir Abi Umaiyah: menghadapi tentera al-Aswad al-
Anasi di San’a

e.Huzaifah Muhsin: ke Umman

f.Urfajah Hurtumah: menghadapi kumpulan ahli Mihrah

g.Suwaid Mukrim: ke Tihamah

h.Al-A’la bin Hadrami: ke Bahrin

i.Amru al-As: menghadapi kumpulan Qaza’ah

j. Khalid Sa’id: ke perbatasan Syam.

iii. Pada zaman Umar al-Khattab beliau telah melebarkan wilayah Islam,
pasukan tentera dihantar ke wilayah-wilayah di bawah jajahan Parsi
dan Rom [Parsi: berada di bawah Maharaja Kisra, Rom: Maharaja
Qaisar]

iv. Pentingnya keselamatan dan persenjataan, tentera-tentera Islam
memakai perisai, pedang, lembing dan panah.Manakala pasukan
berkuda memakai baju besi dan topi besi. Pasukan berjalan kaki
berseluar dan berkasut seperti orang-orang Afganistan dan punjab.
Paluan gendang juga digunakan.

v. Markaz tentera di zaman Khalifah al-Rasidin terletak di Basrah, Kufah
[Iraq], Fustat [Mesir], Qairawan [Afrika], Mansurah[Sind]

vi. Kesihatan juga dijaga dan diberikan perhatian

d. Perundangan dan Kehakiman:

i. Perjalanan sistem perundangan dan kehakiman di zaman Khulaf’ al-
Rashidin sama seperti zaman Nabi S.A.W. Al-Quran dan al-Hadis sebagai
kuasa mutlak. Sebagai contoh Abu Bakar al-Siddiq mengistiharkan kufur
bagi mereka yang enggan membayar zakat, dan mengistiharkan perang
ke atas golongan “riddah.” Manakala Umar al-Khattab pula menjatuhkan
hukum sebatan 80 kali ke atas peminum arak.

ii. Apabila wilayah Islam telah luas maka kuasa perundangan yang sebelum
ini berada pada kumpulan ulama’ telah bertukar kepada individu-individu.
Contohnya:

a.Kufah: Ali bin Abi Talib dan Abdullah bin Mas’ud.
b.Basrah: Anas bin Malik dan Abu Musa al-Asy’ari.
c. Syam: Mu’adh bin Jabal
d. Mesir: Abdullah bin Amru bin al-As.

Ada juga khalifah melantik ulama’ yang faqih dalam syariat Islam sebagai
Hakim. Misalnya Syurayh al-Qadi menjadi hakim di zaman Ali.

e. Dasar Perekonomian:

i. Pada zaman Nabi S.A.W. dan zaman Abu Bakar al-Siddiq konsep Baitul
Mal telah pun wujud.

ii. Zaman Umar al-Khattab tertubuhnya “Diwan “ dan “Khazanah” yang
kemudiannya dikenali sebagai Baitul Mal. Sebagai contoh Umar al-Khattab
memerintahkan pengistiharan harta setiap gabenor yang dilantik supaya tidak
berlaku penyelewengan dalam kerajaan. Misalnya yang terlibat ialah Utbah
bin Abi Sufyan [Beliau dikatakan selain menjadi gabenor juga menjalankan
aktiviti perniagaan, setelah diketahui oleh Umar al-Khattab beliau telah
memasukkan harta yang selebihnya ke dalam Baitil Mal ]

f. Dasar Sosial dan Pendidikan:

i. Menekankan pendidikan al-Quran: Pengumpulan al-Quran zaman Abu
Bakar al-Siddiq dan idea ini dari Umar al-Khattab kerana dalam perang
Yamamah [12 H] seramai 70 penghafaz al-Quran telah gugur sahid. Zaid bin
Thabit ditugaskan sebagai ketua untuk pengumpulan dan penulisan tersebut.

ii. Pada zaman Umar al-Khattab sebagai contoh wujudnya pusat pengajian di
kota-kota seperti Basrah, Kufah dan Fustat. Di Kuttab (pra-sekolah)
ditekankan belajar membaca, menghafal Quran, fardu Ain serta berenang,
memanah, menunggang kuda . Di peringkat menengah penekanan bagi
pelajaran al-Quran dan tafsirannya, Hadith dan pengumpulannya. Mewajibkan
umat Islam sekurang-kurangnya mempelajari 5 surah al-Quran iaitu surah al-
Baqarah, al-Nisa’, al-Ma’iadah, al-Hajj dan al-Nur.

iii. Dengan sumber-sumber kewangan yang diperolehi dari Baitul-Mal, maka
banyak program sosial dapat dijalankan seperti pada zaman Umar al-Khattab.
Misalnya memberi elaun-elaun khas kepada rakyat. Umar al-Khattab memberi
keutamaan kepada keluarga Nabi seperti kepada isteri-isteri dan cucu
baginda. Mereka diberikan 12,000 setahun, sedangkan kepada kaum
Muhajirin dan Ansar sebanyak 4000-5000 dirham setahun. Golongan tentera
mendapat antara 500-6000 dirham dan kanak-kanak mendapat 200-400
dirham setahun. Mereka yang kurang upaya diberi imbuhan khas dan
perlindungan, meski pun orang-orang Yahudi. Sistem yang wujud ini
memperlihatkan Umar al-Khattab berjaya melahirkan sebuah negara
kebajikan seperti yang wujud di negara-negara Barat kini.

5. Kesimpulan:

Zaman Khulafa’ al-Rasyidin merupakan penerusan dasar dari zaman Nabi
Muhammad S.A.W. yang kelihatan pada dasar-dasar yang dilaksanakan oleh
mereka. Misalnya ketika zaman Abu Bakar al-Siddiq, beliau telah meneruskan
penghantaran tentera di bawah Usamah bin Zaid. Perancangan rapi dan
tersusun dari sudut pentadbiran pada zaman Umar al-Khattab dapat
dilaksanakan dengan baik disebabkan lama masa beliau memegang jawatan
Khalifah. Zaman Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar al-Khattab suasana
aman, namum di akhir-akhir pemerintahan Khalifah Usman dan Ali bin Abi
Talib keadaan mula menampakkan perpecahan di kalangan umat Islam dan
permusuhan disebabkan lahirnya gerakan-gerakan musuh-musuh Islam dan
fahaman asabiah di kalangan umat Islam Arab.

2.3 Pemerintahan di Malaysia

2.3.1 Pendahuluan

i. Sebelum era penjajahan, Tanah Melayu berada di bawah pengaruh Hindu
dan Buddha yang berasal dari India dan China beberapa abad lamanya.

ii. Dalam abad ke 14 Masihi, Islam tersebar di Tanah Melayu khususnya
Melaka.

iii.Setengah pendapat mengatakan ia tersebar lebih awal iaitu seawal abad 7
Masihi.

iv. Bermula dengan pemelukan Islam oleh Parameswara [Megat Iskandar
Shah], kemudian Raja Kecil Besar [Sultan Muhammad Shah], Islam di
Melaka menempuh zaman gemilang semasa pemerintahan Sultan Mansur
Shah [1459M].

v. Penjajah seperti pihak Portugis, Belanda dan Inggeris telah
meninggalkan kesan negatif kepada perkembangan Islam di Tanah Melayu.
Mereka mengamalkan “divide and rule” atau dasar pecah dan perintah.

vi. Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 yang
kemudian dikenali dengan nama Malaysia.


2.3.2 Islam Dalam Pemerintahan Malaysia

i. Perlembagaan

a. Ia dirangka oleh Suruhanjaya Reid (Lord Reid sebagai pengerusi], Sir
Ivor Jennings [Master of Trinity Hall, Cambridge], Sir William Mckell [Gabenor
General Australia], B. Malik [Hakim Mahkamah Tinggi Allahabad] serta Hakim
Abdul Hamid [Hakim Mahkamah Tinggi Pakistan]

b. Dikuatkuasakan bermula 31 Ogos 1957 melalui Ordinan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu, 1957 dan pada16 September 1963 ia dinamakan
Perlembagaan Persekutuan.

c. Perlembagaan Malaysia mempunyai 14 Bahagian [di dalamnya ada 181
Perkara dan 13 Jadual]

d. Perkara-perkara adalah menjelaskan hak dan kewajipan pemerintah serta
rakyat secara kasar.

e. Jadual pula menerangkan secara terperinci perkara yang tertentu.
Perkara-Perkara Penting Perlembagaan Malaysia:

a. Ia mengistiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Persekutuan.
b. Mengistiharkan tentang sistem Raja Berpelembagaan
c. Mengistiharkan tentang sistem Demokrasi Berparlimen
d. Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan juga mengiktiraf
mana-mana ugama yang lain.
e. Kedaulatan undang-undang dan kedudukannya sebagai undangundang
utama Persekutuan.
f. Peranan Badan Kehakiman dalam memutuskan sebarang
pertikaian yang timbul dari mana-mana undang-undang yang
terpakai di dalam Persekutuan.

Senarai kuasa perundangan Kerajan Pusat dan Negeri:

a. Senarai Pertama: Senarai Persekutuan, diperuntukan kepada Kerajaan
Pusat.
b. Senarai Kedua: Senarai Negeri, berkenaan bidang kuasa Dewan
Undangan Negeri.
c. Senarai Ketiga: Bidang kuasa bersama kerajaan pusat dan negeri.

Antara peruntukan Perlembagaan Malaysia berkaitan dengan Islam:

a. Islam ugama Persekutuan.
b. Kebebasan beragama
c. Pemisahan undang-undang Islam daripada undang-undang Negara.
d. Soal keugamaan dan adat istiadat Melayu diletakkan di bawah kuasa
negeri.

ii. Perundangan:

a. Menurut Syed Naquib al-Attas: ugama yang dimaksudkan oleh
Perlembagaan Malaysia tidak lebih daripada hanya mengikut dan
terpengaruh dengan konsep sekular Barat. [Ugama hanya bermaksud: ibadat
ritual tanpa ada kaitan dengan soal politik, ekonomi dan sosial]

b. Perkara 3 [1] “tiada apa-apa dalam perkara ini mengurangkan kuasa
mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan” membawa erti
walaupun Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan, ia tidak membawa
maksud untuk membolehkan undang-undang Islam dijadikan undang-undang
tertinggi negara.

c. Keadaan ini memberi implikasi negatif kepada Mahkamah Syariah.

d. Berkaitan dengan undang-undang Islam, Perlembagaan Persekutuan telah
memperuntukan kepada Mahkamah Syariah, Senarai [2], Senarai Negeri,
Butiran [1], sebagai asas bidang kuasanya.

e. Melalui Akta Mahkamah Syariah [Bidang Kuasa Jenayah] 1965,
hukuman yang boleh dikena dan dijatuhkan oleh Mahkamah telah ditambah.
Satu pindaan telah dibuat, iaitu Akta Mahkamah Syariah [Bidang Kuasa
Jenayah] [Pindaan], 1984 [Akta A612] untuk membolehkan Mahkamah
Syariah menjatuhkan sehingga 3 tahun penjara atau denda tidak melebihi
RM 5000 atau sebatan tidak melebihi 6 kali sebatan, atau kedua-duanya
sekali.

iii. Pendidikan:

a Sistem Pendidikan Kebangsaan: [pra sekolah, rendah, menengah,
lepasmenengah dan tinggi].

b. Terdapat 3 kategori pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan
iaitu:

Pertama: Institusi Pendidikan Kerajaan.
Kedua: Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan dan
Ketiga: Institusi Pendidikan Swasta.

c. Dasar pendidikan negara diasaskan oleh:

-.Penyata Barnes 1950 dan Penyata Fenn-Wu 1951 yg mewujudkan “The
Education Ordinance 1952”
-.Penyata Razak 1956
-.Laporan Rahman Talib 1960 [menghasilkan Akta Pelajaran 1961]
-.Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979
-.Pindaan Lima Rang Undang-Undang 1995

d. Penyata Razak: Perenggan 121 “..dicadangkan di dalam sekolah yang
muridnya tidak kurang 15 pelajar Islam, maka pelajaran ugama diberikan
kepada mereka dengan belanja kerajaan”

e. Akta Pelajaran 1961: memperuntukan pelajaran Ugama Islam [sekolah
rendah dan menengah] selama 2 jam seminggu.

f. Laporan Jawatankuasa Kabenit: memperkukuhkan lagi kedudukan
pendidikan Islam serta pelajar bukan Islam diajar pendidikan moral dan etika.
g.Pindaan Rang Undang-Undang Pendidikan 1995, bab 10, perenggan 50 [1]
: “jika di dalam sesuatu institusi terdapat 5 orang atau lebih pelajar Islam,
maka hendaklah diajar pengajaran ugama Islam oleh guru yang diluluskan
oleh pihak berkuasa negeri…” Ia juga memperkukuhkan lagi Falsafah
Pendidikan Negara 1987.

iv. Perekonomian

a. Akta Perbankan Islam 1983, dan Akta Pelaburan Kerajaan 1983, melalui
Akta Perbankan Islam 1983, Bank Negara Malaysia telah diberikan kuasa
untuk menyelia dan mengawal bank-bank Islam yang ditubuhkan.

b. Pada tahun 1983, Malaysia negara pertama mengeluarkan bon kerajaan
secara Islam. 1994, sebagai negara pertama memperkenalkan sistem
pasaran wang antara bank secara Islam.

c.Negara pertama membenarkan syarikat-syarikat broker saham
konvensional menawarkan skim pembrokeran secara Islam di samping
mempunyai syarikat broker Islamnya yang tersendiri.

v. Pentadbiran

a.Kerajaan memperkenalkan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam
Pentadbiran Awam [1985]. Ia digagaskan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir
Mohamad, bertujuan:

-.Menanam semangat cintakan nilai-nilai suci Islam.
-.Menghormati kebaikan, membenci keburukan
-.Menghapuskan sikap negatif dalam menjalankan tugas
-.Menghasilkan perkhidmatan bermutu
-.Mendisiplinkan diri dengan niali-nilai positif
-.Menunaikan amanah dengan penuh tanggungjawab.

vi. Sosio Budaya

a. Kongres Kebudayaan kebangsaan (16-20 Ogos 1971) di Universiti
Malaya, merumuskan bahawa Islam hendaklah menjadi unsur penting dalam
pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

b. Islam menyediakan garis panduan yang mampu memandu manusia bagi
mengimbangi tuntutan peradaban dan kemajuan fizikal. Malah dapat
meluaskan lagi pengertian, pemahaman dan pengamalan bahawa Islam
adalah agama resmi negara.

Kesimpulan

Semenjak mencapai kemerdekaan banyak usaha telah dilakukan oleh
kerajaan dalam meningkatkan syiar Islam. Kerajaan juga melaksanakan
beberapa program dalam bidang pentadbiran, ekonomi, sosial dan
pendidikan. Diharapkan dengan peristiharan Malaysia sebagai sebuah negara
Islam akan memberi kesan positif dalam melaksanakan kegiatan kesislaman
terutama dalam perlaksanaan syariah Islam.

BAB TIGA
PENGISIAN ISLAM DALAM AGENDA KEMASYARAKATAN DAN
KENEGARAAN


3.1 Perlaksanaan Agenda Islam di Malysia
3.1.1 Konsep dan Penerapan Nilai Murni


Pengenalan

Nilai dan etika adalah sangat penting untuk mencapi pembangunan serta
kemajuan pentadbiran dan negara. Nilai dan etika menjadi asas dan
pegangan serta menjadi kayu pengukur tanggapan baik dan buruk seseorang
dalam pembentukan tamadun masyarakat.

i. Konsep Nilai Murni

Nilai murni Islam merupakan himpunan akhlak yang membentuk keperibadian
muslim yang unggul, seterusnya berupaya memberikan sumbangan kepada
masyarakat, bekerjasama dan berusaha ke arah pembentukan diri, keluarga
dan negara. Antara nilai murni Islam yang utama ialah: sidq (benar), amanah
(jujur), tabligh (menyampaikan kebenaran) dan fatonah (bijaksana).

ii. Penerapan Nilai Murni

a. SarjanaBarat: Mereka memilih 10 nilai utama bagi “customary
moral codes dan perhubungan sesama manusia. [penyayang,
jujur, akauntabiliti, menepati janji, mengejar kecemerlangan,
setia, adil, integriti, menghormati orang lain serta
bertangungjawab]

b. Jepun : Nilai utama yg dilaksanakan [rajin, setia kepada
organisasi dan negara, ihklas, hormat kepada ketua dan
berdidikasi dalam menjalankan tugas]

c. Malaysia: Masyarakat memandang nilai-nilai murni sebagi sesuatu
yang sangat penting dalam kehidupan terutamanya dalam semua
sektor pentadbiran dan sosial. Perlaksanaan penerapan nilai-nilai
murni di kalangan masyarakat Malaysia dapat dilihat jelas menerusi
Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam 198510, pengenalan 16 nilai murni
dalam kurikulum bersepadu 1989,11 dan penerapan budaya Islam
dalam bidang penyiaran 199012. ini termasuk pengenalan nilai etika
dan pelbagai kod etika oleh pihak swasta dan badan bukan
kerajaan; yang keseluruhannya mencerminkan keprihatinan
masyarakat Malaysia terhadap kepentingan nilai-nilai murni dalam
aplikasi kehidupan.

Antara nilai-nilai murni yang digariskan dalam definisi penerapan
nilai-nilai murni di Malaysia ialah: bersih, cekap, amanah,
tanggungjawab, ikhlas, dedikasi, sederhana, tekun, sabar,
disiplin diri, bekerjasama, berbudi mulia, dan menghargai
masa.

3.1.2 PENJANAAN SIKAP PROFESIONALISME

i. Pengenalan

Memperkatakan etika kerja dan profesionalisme sebenarnya membicarakan
perkara-perkara yang berkaitan dengan soal kepimpinan, motivasi,
produktiviti, profesionalisme dan lain-lain perkara mengurusan yang berkait
rapat dengan pengukuhan dan peningkatan prestasi organisasi. Berbagai
teori dan pendekatan telah dikemukan oleh pemikir pengurusan berhubung
dengan perkara ini.

13 Etika kerja dan profesionalisme tidak kira ditinjau melalui pendekatan mana
pun, ianya menghala kepada satu arah tuju iaitu membina keampuhan dan
kekuatan ciri-ciri dalaman manusia. Melalui etika kerja dan profesionalisme,
setiap organisasi mengharapkan agar lahir suasana peningkatan produktiviti
yang digerakkan oleh budaya kerja yang menekankan efisiensi dan
keberkesanan. Dalam hubungan ini, angkubah yang terpenting ialah manusia
atau pekerja. Manusia atau pekerjalah yang memegang teraju pengendalian
organisasi dan ke atas merekalah terletaknya kecapaian matlamat organisasi.
Matlamat yang realistik14, suasana yang kondusif, peralatan-perealatan yang
termoden, persediaan modal yang yang tidak pernah menimbulkan masalah
tidak akan membawa apa-apa pengertian bagi sesebuah organisasi
seandainya manusia atau pekerja yang mengendalikannya tidak bersedia
untuk memberikan yang terbaik yang ada pada diri masing-masing.

ii. Definisi

Etika kerja bolehlah diertikan sebagai budaya kerja yang di dalamnya
terangkum berbagai perkara yang diperlukan di dalam rangka mencapai
matlamat sesebuah organisasi. Budaya kerja ini termasuklah perkara-perkara
seperti kefahaman mengenai matlamat organisasi, cara-cara mencapai
matlamat, penggunaan sumber-sumber dan faktor pengeluaran mengikut
peraturan-peraturan dalaman dan luaran yang telah dikanunkan, hubungan
manusia di dalam organisasi, hubungan di antara pekerja dengan pihak
pengurusan, perlaksanaan hak dan tanggungjawab, peraturan bekerja,
kelahiran suasana bekerja yang kondusif, peranan disiplin di dalam
menentukan kestabilan organisasi, dan sebagainya. Etika kerja juga
merangkumi faktor-faktor dorongan dan faktor-faktor di luar suasana
pekerjaan seperti keluarga dan masyarakat. Faktor-faktor ini juga memainkan
peranan di dalam menentukan keutuhan organisasi.

Profesionalisme pula ditakrifkan sebagai sebahagian daripada budaya kerja
yang menjurus kepada membina kemampuan dan kebolehan organisasi di
dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan dengan cara yang paling
berkesan. Berkaitan dengan profesionalisme ini ialah soal ilmu kemahiran dan
pengalaman yang jika digandingkan akan membantu wujudnya
kecemerlangan. Profesionalisme menekankan strategi, taktik dan metode
kecapaian matlamat organisasi dengan mengaplikasikan keilmuan dan
kemahiran yang terbaru. Faktor masa juga memainkan peranan terpenting di
dalam menentukan tingkat kecemerlangan. Organisasi hendaklah sentiasa
mengimbangi perkembangan masa di samping mentiasa cuba mengejar dan
menyainginya.

iii. Etika kerja dan profesionalisme Islam

Etika kerja dan profesionalisme Islam bertitik tolak daripada keimanan dan
ketaqwaan. Islam melihat manusia terdiri daripada kesatuan jasad, akal dan
roh. Ketiga-tiganya perlu dibina.

Pembinaan jasad perlu diberi perhatian kerana daripada kesuburan jasad
itulah diharapkan lahirnya kekuatan yang akan digunakan untuk membantu
organisasi yang menjadi alat untuk membantu ummah. Untuk itu Islam
menekankan pentingnya para pekerja diperuntukkan dengan gaji dan
kemudahan yang agak munasabah bagi membolehkan mereka meneruskan
kehidupan dalam keadaan agak selesa. Makanan, pakaian, rumah dan
penjagaan kesihatan yang sederhana adalah merupakan perkara-perkara
asasi yang sangat dititikberatkan.

Akal adalah satu pemberian Allah yang sangat penting. Allah
berkehendakkan setiap manusia menggunakan akal mereka bagi tujuan
terutamanya untuk membuat perbezaan di antara yang hak dengan yang
bathil. Kesihatan akal dapat dipupuk melalui program-program perkembangan
akal dan daya intelek. Setiap anggota organisasi hendaklah diberi
kesempatan yang sepenuhnya untuk membolehkan mereka mencanai akal
dan daya intelek supaya sentiasa dapat memberi sumbangan yang bermakna
kepada oraganisasi yang menjadi mekanisme terpenting di dalam mencapai
kemajuan ummah.

Roh adalah satu komponan penting yang membentuk kemanusiaan
seseorang manusia. Dan Islam adalah satu-satunya agama yang memberi
penekanan yang hebat di dalam aspek ini. Di dalam ruang rohlah tempat
proses membina dan terbinanya aspek positif dan konstruktif yang akan
membantu membangunkan organisasi. Aspek-aspek kemajuan organisasi
seperti pengingkatan profesioanlisme, kecemerlangan bertugas, pembaikan
mutu, peningkatan produktiviti dan sebagainya adalah berbentuk kuantitatif
dan kualitatif dan harus dihadapi melalui cara kuantitafi dan kualitatif. Di
antara cara kualitatif yang sering diutarakan mengikut pandangan Islam tidak
lain dan tidak bukan melalui pembinaan roh. Projek pembinaan roh yang
pertama ialah projek membina sifat-sifat terpuji (mahmudah) dan mengikis
sifat-sifat keji (mazmumah). Di antara sifat-sifat mahmudah yang secara
langsung berkait dengan pembangunan organisasi termasuklah sifat jujur,
sabar, khusyuk, dedikasi, komited, ramah mesra, hormat-menghormati, adil,
bijaksana, matang pemikiran, bertolak ansur, bersimpati, amanah, ikhlas,
bersih, bersopan santun dan sebagainya. Sifat-sifat ini adalah merupakan
sifat-sifat yang perlu ada pada setiap pekerja yang cemerlang. Sifat-sifat ini
bukan fungsi jasad atau akal manusia, tetapi berpusat di dalam lingkungan
persekitaran dan ruang yang disebut sebagai persekitaran roh.

iv. Asas-Asas Pembentukan Etika Kerja dan Profesionalisme Islam:

a. Objektif kehidupan dunia berhubungkait dengan objektif kehidupan
akhirat.
b. Menyedari kepentingan nilai moral dan agama di dalam pekerjaan.
c. Penggunaan masa diperingkat optimum.
d. Menghayati sifat-sifat mahmudah
e. Sentiasa menilai dan meningkat mutu profesionalisme.
f. Tidak membenarkan amalan pilih kasih
g. Sentiasa memberi keutamaan kepada keperluan pekerja
h. Gaji yang berpatutan dan pembayaran segera
i. Bekerja dengan tekun dan cekap
j. Amalan syura.
k. Pembahagian tugas berdasarkan kepakaran dan kebolehan
l. Mementingkan perhubungan awam
m. Mempermudahkan urusan
v. Perbandingan beberapa prinsip etika kerja Barat, Jepun dan Islam

i. Tujuan dan matlamat bekerja
ii. Tanggapan terhadap pekerja
iii. Tanggapan terhadap manusia
iv. Tanggapan terhadap pekerjaan
v. Tanggapan terhadap kualiti dan kuantiti
vi. Konsep ‘a complete follow through’
vii. Falsafah latihan pekerja
vi. Proses Penerapan Etika Kerja dan Profesionalisme Islam

Langkah utama yang perlu diambil untuk menentukan keberkesanan
penerapan Etika Kerja dan Profesionalisme Islam di peringkat organisasi,
ialah dengan menentukan wujudnya suasana pengurusan dalaman dan
luaran organisasi yang digambarkan melalui kecemerlangan bertugas di
tingkat komitment yang tinggi, morale keseluruhan organisasi yang tinggi,
semakin bertambah bilangan ‘high achievers’, tenaga yang sentiasa
terdorong (motivated), gambaran kerja yang padu (group cohesiveness),
menghargai dan bijak menguruskan masa, mutu teknologi yang tinggi dan
hubungan kemanusiaan yang menyamankan.

Faktor-faktor pendorong yang disenaraikan di atas tidak hadir secara
bersendiri tersisih daripada keagungan dan kebesaran Allah s.w.t. Kesemua
faktor-faktor tersebut dipertingkatkan dan diperluaskan oleh setiap anggota
organisasi dengan mengambil satu petunjuk dan melalui satu jalan iaitu
petunjuk dan jalan Allah s.w.t.

Untuk itu beberapa cadangan dalam usaha penerapan Etika Kerja dan
Profesionalisme Islam:

1. Cadangan penghayatan Islam di peringkat individu
2. Cadangan penghayatan Islam di peringkat keluarga
3. Cadangan penghayatan Islam di tempat kerja
4. Rancangan penghayatan Islam di peringkat organisasi

3.1.3 PERLAKSANAAN KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN

i. Pengenalan

Pembangunan merupakan proses meningkatkan taraf hidup manusia dari
peringkat yang rendah kepada peringkat yang tinggi. Taraf hidup yang
dimaksudkan merangkumi aspek jasmani (termasuk material) dan rohani.17
Di tengah-tengah perkembangan pesat dan keghairahan terhadap
pembangunan sekarang, sama ada sedar atau tidak, manusia sedang
menghadapi dua pilihan yang sangat penting. Sama ada mampu
mempertahankan status manusia sebagai manusia yang mengabdikan diri
secara mutlak kepada Allah, atau mencemarkan nama baik kemanusiaannya
itu kepada penghambaan kepada pembangunan. Bagi pilihan pertama,
manusia itu hidup sebagai pemegang amanah Allah untuk menjadi
khalifahNya dan memakmurkan alam ini seadanya, dan pilihan yang kedua
pula menawarkan kelonggaran ikatan yang kadang-kadang menafikan
perhubungan perhambaannya dengan Allah yang seterusnya menjadi hamba
kepada kebendaan.

ii. Asas-asas Falsafah Kepada Pendekatan Islam Terhadap
Pembangunan

-Tauhid (keEsaan dan kekuasaan Allah s.w.t.). Asas ini meletakkan
peraturan-peraturan hubungan Tuhan dengan manusia, hubungan
manusia sesama manusia dan manusia dengan alam.

-Rububiyyah (sifat Allah sebagai Penguasa yang membuat peraturanperaturan
bagi menampung dan menjaga serta mengarahkan
kehidupan makhluk ke arah kesempurnaannya)

- Khilafah (peranan manusia sebagai utusan Allah di bumi). Asas ini
menentukan status dan peranan manusia. Dari sini terbitnya konsep
Islam tentang manusia sebagai pemegang amanah Allah dalam bidang
akhlak, politik dan ekonomi, dan juga prinsip-prinsip pengaturan
masyarakat

-Tazkiah (penyucian dan pertumbuhan yang sewajarnya). Missi semua
nabi-nabi Allah ialah, antara lain, mensucikan manusia dalam semua
hubungannya dengan Allah, dengan manusia, dengan alam sekitar,
dengan masyarakat dan dengan negara.

iii. Ciri-ciri Asas Pembangunan Islam

Berdasarkan asas-asas falsafah di atas, maka beberapa ciri penting
pembangunan Islam dapat dikemukakan

-Mempunyai sifat yang menyeluruh: ia merangkumi aspek-aspek moral,
kerohanian, dan kebendaan. Pembangunan menjadi suatu kegiatan
yang beroreintasikan nilai dan matalamat penyempurnaan
kesejahteraan manusia dalam semua aspek. Aspek moral dan
kebendaan, ekonomi dan sosial, kerohanian dan fizikal tidak boleh
dipisahkan.

- Fokus usaha pembangunan dan terasnya ialah pembangunan
manusia. Dengan demikian pembangunan diertikan sebagai
pembangunan manusia dan alam sekitar fizikal dan sosio-budayanya.
Mengikut konsep semasa, alam sekitar fizikal – yang merangkumi alam
tabi’i dan institusi-institusi itulah yang menjadi daerah sebenar kepada
kegiatan-kegiatan pembangunan. Islam menegaskan bahawa daerah
oprasinya ialah mnusia dalam dirinya dan di luar dirinya.

- Pembangunan ekonomi ialah satu kegiatan yang bersifat multidimensional,
lebih-lebih lagi dalam satu rangka usaha Islam.

-Pembangunan ekonomi melibatkan beberapa perubahan, kuantitatif
dan kualitatif.

- Di antara prinsip-prinsip dinamis tentang kehidupan bermasyarakat
yang ditekankan oleh Islam ialah dua: Pertama, penggunaan sumber
yang dianugerahkan oleh Allah dalam manusia dan dalam alam sekitar
fizikalnya, dan kedua, penggunaan dan pengagihannya secara adil di
samping menegakkan semua hubungan kemanusiaan di atas dasar
kebenaran dan keadilan.

iv. Prinsip-prinsip Asas Pembangunan Islam

-Pelaku pembangunan : manusia sebagai hamba dan khalifah Allah di
bumi. Dengan itu mereka berinteraksi sesama manusia dan sumber
alam dengan penuh rasa tanggunggjawab, amanah, berakhlak dan
penuh etika.
- Skala waktu pembangunan : meliputi dunia dan akhirat, alam nyata
dan alam roh.
- Kerangka pembangunan : berdasarkan ilmu-ilmu fardhu ‘ain.
-Kaedah pembangunan : berbentuk ibadah atau pengabdian kepada
Allah s.w.t.
- Peralatan pembangunan : sumber-sumber alam yang merupakan hak
milik Allah s.w.t.
- Matlamat pembangunan : mendapat keredhaan Allah s.w.t.

v. Matlamat Pembangunan Menurut Islam

-Pembangunan peribadi dan keupayaan manusia. Ini melibatkan usaha
membentuk sikap dan aspirasi yang betul, pembangunan watak,
pendidikan dan latihan untuk melahirkan kemahiran yang diperlukan
bagi berbagai-bagai kegiatan, membangunkan ilmu dan penyelidikan.
- Mengembangkan pengeluaran yang berguna. Pengeluaran tidak
bererti pengeluaran serba serbi yang mempunyai permintaan,
sebaliknya menitik beratkan barangan yang berguna kepada manusia.
- Peningkatan dalam kualiti kehidupan. Usaha-usaha perlu dibuat ke
arah memperbaiki peringkat penghidupan yang sebenar dari semua
orang dan ke arah pencapaian kesejahteraan moral, ekonomi dan
sosial mereka.
-Pembangunan yang seimbang. Pembangunan daerah-daerah dalam
semua negeri tidak berat sebelah. Begitu juga dengan sektor-sektor
yang berlainan dalam masyarakat dan ekonomi.
-Teknologi baru. Mewujudkan teknologi tempatan yang sesuai dengan
keadaan, keperluan dan aspirasi negara.
- Mengurangkan pergantungan negara kepada dunia luar.

vi. Strategi Pembangunan Menurut Islam

Pembangunan haruslah bermula dari manusia. Untuk mencapai
pembangunan manusia yang seimbang antara jasad dan roh, perkaraperkara
berikut menjadi perkara pokok yang harus dipertimbangkan sebagai
keperluan asas bagi manusia:
-Perkara-perkara yang dikira sebagai keperluan asas yang terdiri
daripada agama (ad deen), jasad atau diri berbentuk fizikal (an nafs),
ilmu atau pendidikan (al ‘ilm), keturunan (az zuriat) dan harta (al mal).

- Untuk membandingkan antara satu taraf hidup dengan yang lain, maka
kita melihat kepada tiga peringkat keperluan, iaitu keperluan asas (adh
dharuriat), peringkat yang memperelokkan keperluan asas (al hajiat)
dan peringkat mewah atau menyempurnakan (al kamaliat)
-Islam sebagai cara hidup yang lengkap menyediakan panduan atau
perundangan (syari’ah) yang lengkap bagi semua aspek hidup.

3.1.4 PENGUKUHAN JATI DIRI MELAYU

i. Pengenalan

Semua manusia berasal dari satu keturunan. Darinya lahir pelbagai bangsa
dan puak. Lantaran itu Islam tidak pernah menentang adat dan budaya
sesuatu bangsa. Islam tidak akan mengikis atau menghilangkan kemelayuan
bangsa Melayu meskipun memeluk Islam. Malah menurut Perlembagaan
Negara, Melayu ditakrifkan sebagai orang yang beragama Islam,
berbahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Berdasarkan
takrif yang termaktub di dalam Perlembagaan, maka pengukuhan jati diri
Melayu perlu difokuskan kepada tiga aspek: Agama Islam, Bahasa Melayu
dan adat istiadat Melayu.

ii. Agenda Pengukuhan 1 : Agama Islam

Agama Islam satu-satunya agama yang diridhai di sisi Allah. Ia ditegakkan di
atas lima paksi, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat,
mengeluarkan zakat, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan dan
menunaikan haji jika berkemampuan.Di atas lima paksi ini terbina segala
hukum dalam setiap keadaan umat manusia dalam alam kehidupan ini.

Kelima-lima paksi ini boleh diolah seperti berikut:

-Mengakui kebenaran tiap-tiap perkara yang benar dan melafazkan
“kalimah at-taqwa” atau kalimah syahadah.

- Menggunakan segala anggota berusaha dan mengerjakan dengan
cara yang teratur akan amal-amal bakti sama ada yang diwajibkan
atau digalakkan untuk diri dan masyarakat, bagi mengenang budi
dan mensyukuri ni’mat-ni’mat, dengan harapan mencapai kebaikan
dan menjauhkan perkara-perkara yang merosakkan, serta dengan
sepenuh-penuh kesedaran mengingati Allah dan berdoa kepada-
Nya memohon taufiq dan hidayah-Nya ke jalan yang diridhai-Nya.
-Berkorban dengan harta benda
- Membendung kemahuan nafsu
-Menghadiri tempat-tempat perhimpunan untuk kebajikan.

Pemantapan asas-asas yang dinyatakan di atas tidak akan sempurna jika tidak
dijauhi perkara-perekara yang merosakkannya. Keislaman seseorang boleh
rosak melalui beberapa cara:

- Pertama: i’tiqad kepercayaan yang bertentangan dengan dasardasar
Islam.
-Kedua: perkataan, iaitu tiap perkataan yang mencaci, menghina,
merendah-rendah, mengejek-ngejek dan mempermain-mainkan
nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya, malaikat-malaikat-Nya, rasulrasul-
Nya, kitab-kitab-Nya, ayat-ayat-Nya dan hukum-hukum-
Nya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh Rasul-Nya.
- Dan ketiga: perbuatan, seperti sujud, ruku’ dan seumpamanya
kepada selain Allah.

iii. Agenda Pengukuhan 2 : Bahasa Melayu

Wujudnya kepelbagaian bahasa di kalangan bangsa-bangsa di dunia
merupakan satu daripada petanda kekuasaan Allah Yang Maha Besar.27
Meskipun bahasa yang dituturkan oleh bangsa Melayu telah lama wujud
sebelum kedatangan Islam, namun dengan kemasukan Islam ke
Kepualauan Melayu pengaruh bahasa Arab mula meninggalkan kesan
yang kekal dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu yang sebelum ini ditulis
dengan huruf Sanskrit telah berubah menggunakan huruf-huruf Arab.
Tulisan yang baru ini dikenal sebagai tulisan “jawi”.Daripada hitungan
kasar yang dibuat terdapat lebih kurang 1353 perkataan yang berasal
daripada perkataan-perkataan Arab. Daripada bilangan ini sebanyak lebih
kurang 518 perkataan, iaitu 38%, boleh dikait secara langsung atau tidak
langsung dengan perkara-perkara agama, khasnya bidang usul, tasawuf,
dan fiqh. Daripada baki 62% itu tidaklah dapat dikesan jumlah perkataan
yang tertumpu pada satu-satu bidang dengan begitu banyak. Melihat
kepada kesan-kesan ini kesimpulan yang dapat dibuat adalah bahawa
pengaruh tamadun Islam ke atas tamadun Melayu lebih tertumpu pada
bidang agama.

Oleh kerana Agama Islam dan bahasa Arab mempunyai pengaruh yang
begitu kuat dalam bahasa Melayu, maka pengukuhan jati diri Melayu dari
aspek bahasa, tidak dapat tidak mestilah dengan cara memantapkan
pengajaran bahasa Arab31 dan tulisan Jawi. Bahasa Arab dipilih oleh
Tuhan manjadi alat untuk menyampaikan kebenaran. Kebenaran itu
diterangkan dalam bahasa Melayu untuk orang-orang Nusantara. Semua
tindakan, fikiran dan hasil kerja orang Melayu sebenarnya berpunca dari
bahasanya.


iv. Agenda Pengukuhan 3 : Adat Istiadat Melayu

Adat bermaksud: peraturan yang sudah diamalkan turun temurun (sejak
dahulu kala) di dalam sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan
peraturan yang harus dipatuhi)

Manakala istiadat pula bermaksud : peraturan atau cara-cara melakukan
sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan. Ia juga bermaksud adat kebiasaan
atau resam.

Adat resam Melayu mungkin boleh dihuraikan secara umum sebagai satu
lembaga pola pelakuan kelompok Melayu atau a body of behaviour patterns,
yang termasuklah juga peralatan-peralatan dalam pelakuan itu. Dan
behaviour patterns itu bukan setakat kebiasaan harian, kelaziman atau
istiadat-istiadat dan upacara, tapi juga segala peraturan, hukum, norma dan
undang-undang yang menguasai hidup orang-orang Melayu. Lembaga pola
pelakuan dan peralatannya merupakan hasil timbunan (dengan cara campur
dan tolak) melalui proses penurunan dan peristiwa dari generasi ke generasi.
Ciri yang fundamental dalam pola pelakuan yang dipanggil adat resam itu
ialah antara lain sistem nilainya. (Nilai Melayu secara umum boleh dikatakan
sebagai tanggapan orang-orang Melayu tentang kefaedahan atau
worthwhilness sebagai alat pengukur untuk menentukan susunan pilihan
tentang bentuk, alat dan matlamat tindakan dalam memuaskan keinginan).
Antara nilai yang ulung ialah nilai budinya, iaitu yang mengutamakan
kesopanan, modesty, tolong-menolong tanpa meminta balasan, toleransi,
muafakat dan sebagainya.

Namun semua ciri adat resam Melayu yang dianggap mulia dan benar adalah
yang tidak menyalahi kehendak Islam, seperti yang tercantum di dalam
perbilangan Melayu:

Adat bersendi hukum
Hukum bersendi Kitab Allah.

Oleh yang demikian, ciri-ciri adat Melayu yang menyalahi hukum-hukum Islam
sebenarnya tidak mulia, tidak centeral dan menyeleweng.

3.1.5 Pentadbiran dan Penguatkuasaan Undang-Undang Islam.

Pada peringkat awal undang-undang Islam telah dipraktikkan disamping
disesuaikan dengan undang-undang adat istiadat Melayu tempatan seperti
Undang-undang Melaka, Undang-undang Pahang, Undang-undang Kedah,
Undang-undang Perak dan Undang-undang Johor. Campurtangan Inggeris di
Pulau Pinang (1786) dan Perak (1874) mengakibatkan pemahaman terhadap
Islam disempitkan di mana undang-undang Islam hanya dipakai dalam halehwal
kekeluargaan sahaja. Di dalam Perlembagaan Malaysia, Islam adalah
agama rasmi negara dan sultan dianggap sebagai ketua agama kecuali di
Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak. Badan Perundangan negeri telah
diberikuasa untuk menggubal undang-undang Islam masing masing dalam
bentuk enekmen, akta dan ordinan.

i) Pentadbiran Institusi Islam.

• Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu
Ditubuhkan di bawah bidang kuasa Raja sebagai Ketua Agama Islam dan
merupakan badan pentadbiran formal undang-undang Islam tertinggi selepas
raja atau sultan di sesebuah negeri. Selangor, Pahang, Perak, Terengganu,
Perlis dan Kelantan menggunakan nama Majlis Agama Islam dan Adat
Istiadat Melayu, manakala yang lain tidak memasukkan sama “Adat Istiadat
Melayu” seperti Sarawak menggunakan Ordinan Majlis Agama Islam
Sarawak.

Di antara fungsi Majlis Agama Islam;

a) Penggubal dasar dan badan induk dalam mengawasi pembangunan dan
perkembangan agama Islam.

b) Mengawasi pembangunan masjid, surau, sekolah-sekolah agama, zakat,
baitul mal, wakaf, harta pesaka, nikah kahwin, kekeluargaan,
penguatkuasaan undang-undang, mengeluarkan fatwa dan mengambil
berat pembangunan sosial masyarakat.

• Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam
Ia ditubuhkan pada 17 Oktober 1968 dalam persidangan Raja-Raja bertujuan
untuk meyelaraskan pentadbiran hal ehwal agama Islam di seluruh
Persekutuan Malaysia.Majlis ini ditadbir melalui bidangkuasa Kerajaan
Persekutuan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam.

Di antara jawatankuasa yang dibentuk oleh Majlis ini;

a) Sebuah jawatankuasa bertindak mengkaji kaedah pungutan, pentadbiran
dan pengagihan sumber zakat, fitrah, baitul mal dan wakaf.
b) Sebuah jawatankuasa mengkaji kedudukan kadi dan mahkamah syariah
c) Sebuah jawatankuasa mengkaji dan mengatur undang-undang
perkahwinan dan perceraian.
d) Sebuah jawatankuasa menetapkan hari pertama Ramadhan dan Syawal
serta menyusun kalendar Islam.

Di antara institusi yang ditubuhkan oleh majlis ini:

a) Institut dakwah dan latihan Islam Malaysia (INDAH)
b) Yayasan dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM)
c) Maktab Perguruan Islam (MPI)

• Jabatan Agama Islam
Jabatan ini melaksanakan dasar, program dan projek yang diluluskan oleh
Majlis Agama Islam Negeri. Ia juga membantu pembangunan negara melalui
perancangan 5 tahun kerajaan.

• Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Jabatan ini telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Di antara
fungsi JAKIM;

a). Mengawasi pentadbiran hal ehwal agama Islam.
b). Mengawal tanda halal pada pengeluaran makanan dan minuman.
c). Menyebarkan dakwah Islam melalui anjuran forum, ceramah dan seminar.
d) Menganjurkan pertandingan nasyid dan musabaqah al-Quran di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.

• Mahkamah Syariah
Pada mulanya ia di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam negeri. Melalui
perakuan MAMPU (sekitar 1984), telah dipersetujui untuk mengasingkannya
daripada Jabatan Agama Islam negeri kerana pihak kerajaan melalui Jabatan
Perkhidmatan Awam ingin menaik taraf pentadbiran Mahkamah Syariah serta
menjamin kebebasannya. Bidangkuasa Mahkamah Syariah terdapat dalam
Jadual Kesembilan Senarai 2 Perlembagaan Persekutuan (Senarai Negeri).
Dengan adanya pindaan Perlembagaan Perkara 121 [1A] dan juga Enekmen
Perundangan Islam di setiap negeri dapat meletakkan bidangkuasa
Mahkamah Syariah di tempat yang sepatutnya.

Di antara fungsi utama Mahkamah Syariah;

a) Membicarakan atau memutuskan kes-kes yang diperuntukkan di bawah
enakmen negeri.
b) Bidangkuasa terhad kepada orang Islam dan kuasa yang diperuntukkan
oleh perlembagaan sahaja.
c) Membicara kes-kes yang berlaku di dalam negeri masing-masing sahaja.
Dalam tahun 1986 kerajaan telah bersetuju menyusun semula struktur
organisasinya di mana semua negeri telah mengadakan 3 peringkat
makhamah.

i). Mahkamah Rayuan Syariah
ii). Mahkamah Tinggi Syariah
iii). Mahkamah Rendah Syariah
Pada 1 Mac 1998, Jabatan Kehakiman Syar’ie Malaysia telah ditubuhkan.

• Majlis Mufti dan Fatwa
- Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
Pada 17 Oktober 1968, Majlis Raja-Raja meluluskan Peraturan Majlis
Kebangsaan bagi Hal-Ehwal Agama Islam untuk menubuhkan Majlis
Kebangsaan bagi Hal-Ehwal Agama Islam dan jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan. Di antara tugas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan:

a) Menimbang dan memutus fatwa atas apa-apa perkara agama Islam
yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-Raja.

b) Membincang, memutus dan mengeluarkan fatwa atas inisiatifnya
sendiri mengenai perkara-perkara yang dirujuk kepadanya oleh
kerajaan atau pihak berkuasa negeri tetapi pihak berkuasa agama
negeri-negeri tidak terikat untuk menerima pakai fatwa-fatwa itu.

-Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri
Ia membantu jabatan mufti mengeluarkan sesuatu fatwa bagi pihak Majlis
atau Kerajaan Negeri. Perbezaan nama yang digunakan oleh negerinegeri
di Malaysia;

a) Perak, N.Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
(Jawatankuasa Syariah)

b) Pahang, Selangor dan Wilayah Persekutuan [Jawatankuasa
Perundingan Hukum Syarak)

c) Sabah (Majlis Fatwa)

d) Sarawak (Lembaga Fatwa)

e) Terengganu dan Kedah (Jawatankuasa Fatwa)

f) Johor (Lujnah Fatwa)

g) Kelantan (Jama’ah Ulama)

Dari sudut undang - undang, fatwa ialah apabila ianya telah diwartakan Fatwa
diperingkat kebangsaan merupakan keputusan bersama mufti-mufti negeri.
Berdasarkan mazhab Syafi’e sekiranya pandangan berlawanan kepentingan
umum maka boleh didasarkan kepada mazhab lain. Rujukan (al-Quran, alsunnah,
ijmak, qiyas, istishab, istihsan, masalih al-mursalah, Urf, adat
muhakkamah, syar’u man qablana, sadd al zarai’ dan amal ahl al Madinah
turut digunakan).

ii. Penguatkuasaan Undang-Undang Islam

• Penguatkuasaan undang-undang keluarga Islam
Ia dikawal oleh akta ordinan atau enekmen-enekmen undang-undang
keluarga Islam. Penguatkuasaan merangkumi pertunangan, pernikahan dan
poligami, pembubaran perkahwinan termasuk hal-hal talak, ta’lik, fasakh,
khuluk (tebus talak) dan lain-lain. Di antara isu yang dibicarakan;

-Kawin lari, perceraian (permohonan mesti dibuat di mahkamah).
• Penguatkuasaan undang-undang jenayah
Kesalahan jenayah syariah yang diperuntukkan dalam enekmen pentadbiran
undang-undang Islam di Malaysia termasuklah;

a) Kesalahan berhubung perkahwinan dan perceraian.
b) Bersekedudukan haram seperti berzina berkhalwat.
c) Minum minuman yang memabukkan.
d) Gagal menunaikan kewajipan ibadah khusus seperti solat Jumaat, puasa
di bulan Ramadhan dan tidak membayar zakat.
e) Penukaran agama dan pengambilan anak angkat
f) Mengajar tanpa tauliah, mengajar ajaran sesat, mendirikan surau atau
masjid tanpa kebenaran dan lain-lain.

Enekmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 membahagikan kesalahan yang
boleh didakwa di Mahkamah Syariah kepada:

a) Kesalahan berhubung akidah seperti pemujaan salah, kafir, mendakwa
sebagai orang bukan Islam untuk mengelakkan tindakkan, dakwaan palsu.

b) Berhubung dengan kesucian agama Islam seperti mempersendakan
Islam, ayat-ayat al-Quran atau Hadis, menghina agama, mengajar tanpa
tauliah, minum minuman yang memabukkan dan lain-lain.

c) Berhubung dengan kesusilaan seperti perbuatan sumbang, pelacuran,
persetubuhan luar nikah, persediaan melakukan persetubuhan luar nikah,
khalwat dan lain-lain.

d) Kesalahan pelbagai seperti memujuk lari perempuan bersuami,
menghasut suami-isteri supaya bercerai, menjual atau memberi anak
kepada orang bukan Islam, qazaf, memungut zakat atau fitrah tanpa
kuasa, penyalahgunaan tanda-tanda halal dan lain-lain.

e) Pensubahatan dan percubaan.
• Pihak yg terlibat dalam penguatkuasaan
a) Pegawai penguatkuasa agama
b) Pegawai polis atau penghulu atau imam
c) Orang awam (seksyen 27 Kanun Acara Jenayah memberikan
bidangkuasa kepada orang awam untuk menangkap pelaku kesalahan
yang berlaku di hadapan mereka).

iii. Penguatkuasaan undang-undang Zakat, fitrah, wasiat, harta pesaka,
harta sepencarian, hibah, waqaf dan baitul mal
Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan, didapati terdapat perbezaan yang
ketara di antara negeri-negeri di Malaysia dari aspek harta pusaka contohnya
negeri Kelantan, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang, nilaian harta yang
kurang dari RM 50,000 diletakkan di bawah Mahkamah Rendah dan nilaian
yang melebihi RM50,000 di bawah bidangkuasa Mahkamah Tinggi. Bagi
negeri Terengganu, Pahang dan Selangor pula meletakkan nilaian harta di
bawah RM 100,000 di bawah bidangkuasa Mahkamah Rendah manakala
nilaian harta yang melebihi RM 100,000di bawah bidangkuasa Mahkamah
Tinggi.


Kesimpulan

Undang-undang Islam tidak akan berkuasa melainkan jika umat Islam
meyakini dan menerima hanya Allah s.w.t sahaja mempunyai kuasa
perundangan tertinggi. Di antara cabaran yang dihadapi oleh Mahkamah
Syariah adalah seperti ketidakseragaman undang-undang Islam di negerinegeri
di Malaysia, bidangkuasa undang-undang Islam yang terhad dan
pengaruh undang-undang sivil ke atas undang-undang Islam. Oleh itu,
tindakan yang perlu diambil ialah;

a) Penguatkuasaan pencegahan (al-Tanfiz al-Waqa’i)
b) Penguatkuasaan pentadbiran (al-Tanfiz al-Idari)
c) Penguatkuasaan hukuman (al-Tanfiz al- ‘Uqubi)


BAB EMPAT

CABARAN-CABARAN SEMASA KEMASYARAKATAN DAN KENEGARAAN

4.1 Cabaran Globalisasi


4.1.1 Definisi

“Merujuk kepada perpindahan nilai terutamanya cara berfikir dan gaya
bertindak yang melepasi sempadan nilai, budaya, etnik yang dirangkai
oleh jalinan megamaya [virtual] yang sifatnya langit terbuka [open sky].
Perubahan yang berlaku secepat kilat tersebut telah berkembang dari satu
dunia ke satu dunia yang lain dikenali sebagai “global village”
(Muhammad Uthman el-Muhammaday)

“…a process forced by global flows of people, imformation, trade and
capital. It is accelerated by tecnology, which is driven by only a few
hundred multinational corporations and may be harmful to the
environment. There in lies the conundrum of whether it is wise to leave
globalization in the hands of these few corporations, or might it not make
more sense to seek greater involvement from the global community.”
(Lodge)

4.1.2 Kesan Positif Globalisasi

i. Komunikasi

- Satu sistem komunikasi yang canggih dan pantas yang
berlandaskan teknologi maklumat.
- Jaringan raya internet yang berciri interaktif dapat digunakan
sebagai medan dakwah.
- Penggunaan alat-alat komunikasi canggih yang lain [hand set,
jaringan web, faksimili, satelit dll]

ii. Pendidikan

- Membina rangkaian pembelajaran yang amat kuat [sekolah bestari,
pembelajaran secara fleksibal {flexible learning program} yang
berkonsepkan “virtual classroom”.
-Adanya diskusi elektronik dan pelajar mendapatkan maklumat
dengan berkesan melalui mutimedia.
- Jaringan pendidikan bertaraf dunia.

iii. Perpustakaan

- Konsep maklumat dihujung jari.
- Perpustakaan desa global dapat meningkatkan ilmu dan nilai yang
dapat dikongsi dalam masyarakat beraneka budaya dan etnik.
-Perpustakaan Digital Islam:
- 70 juta bahan rujukan termasuk lebih daripada 62,000 hadis yang
diriwayatkan oleh perawi-perawi besar dimuatkan didalamnya.
- 750,000 analisis hukum-hukum Islam menurut perspektif imam
Hanafi, Maliki, Shafie dan Hambali.
- Bahan rujukan [termasuk tafsiran al-Quran dan al-Hadis, hukum
hakam, fatwa-fatwa, sejarah Islam serta cerita-cerita Islam untuk
kanak-kanak.

iv. Budaya Kerja

-Menyediakan peluang pekerjaan yang beroperasi di rumah sebab:
- Kerja kurang kertas “paperless”. Mengujudkan “paperless
society”.


-Kadar sewa ruang pejabat semakin mahal, untuk
mengelakkanya maka bagi jenis pekerjaan tertentu pekerja
beroperasi dari rumah.

4.1.3 Kesan Negatif Globalisasi

i. Pendidikan

-Menyemai penyakit moral dan rohani melalui sistem pendidikan.
- Sekularisasi ilmu
-Penjajahan pemikiran “alghazwatul fikr”. Jiwa dan minda umat
Islam dicengkam oleh pengaruh asing.

- Ukuran kemajuan tidak lagi berasaskan tamadun Islam.
- Maklumat yang dipaparkan [bersifat lucah, ganas, tidak bermoral dll
spt laman homoseksual, gay, lesbian dan lain-lain]

ii. Politik

- Adanya uasaha negara maju mendominasi negara-nega lain.

iii. Ekonomi

-Wujudnya kapitalisme atau “laissez faire”
- spekulator mata wang mengaut keuntungan daripada mata wang
ekonomi negara yang lemah fundamental ekonominya.
-Negara Islam terperangkap dengan hutang yang banyak lantas
menjerat mereka.
- Daya saing ekonomi negara-negara Islam tercabar

iv Budaya

-Perubahan budaya hidup remaja muslim [rapoh sosial dan buntu
akhlak]
-Berleluasanya budaya keselesaan [complacency], individualistik dan
meterialistik.
- Pengklonan budaya barat [pakaian, muzik, makanan dan lain-lain]


4.1.4 Cara-cara Menghadapi

i. Peranan Pendidikan Islam
-Strategi jangka pendek: mengatasi masalah dualism dalam sistem
pendidikan Islam
-Tidak setakat dalam batas struktural iaitu adanya sistem pendidikan
Islam atau sekular bahkan lebih bersifat substantial iaitu merujuk
kepada kepentingan ilmu atau kurikulum yang menjadi asas
penbentukan diri insan.
- Integrasi ilmu yang seharusnya menjadi agenda umat Islam.
-Mengembalikan tradisi keilmuan Islam.
- Tidak sekadar asas filosopi dan konseptual yang sepadu bahkan
metodologi yang berjaya menjadi pemangkin keilmuan Islam.

ii. Peranan Ulamak

- Ulama’ yang bersikap proaktif dan mampu mendepani era siber.
- Mempelopori kepimpinan era siber dalam pembinaan epistemologi
ilmu Islam.
-Ulama’ fuqaha dan profesional yang punyai tasawwur yang holistik.
iii. Peranan Organisasi Islam
- Menguasai teknologi maklumat serta meningkatkan lagi kualiti
pengurusan.
- Bangun dari “kepenatan dan kelesuan minda”.
- Capai kesepaduan material dan rohani secara bersepadu agar
mampu menyaingi bahkan mendominasi maya.

iv. Peranan Individu

- Jadi seorang individu yang muslim, mukmin, muttakin dan
mukhlisin.
-Kuasai sains dan teknologi agar tidak ditipu “dunia yang kelabu”.
- Fahami kesyumulan agama.

4.2 Cabaran ICT

4.2.1 Definisi

ICT diterjemahkan sebagai “Information Communications and Technology”
ia menggambarkan bagaimana keupayaan manusia menyalurkan
maklumat atau komunikasi mereka dengan menggunakan pelbagai
teknologi canggih. Zaman ICT adalah zaman dimana segala kemudahan
untuk mengakses maklumat, menyebar maklumat atau menggunakan
maklumat itu sendiri secara mudah. Teknologi yang ada di jadikan alat
oleh manusia bagi membantu memudahkan urusan harian mereka.

4.2.2 Kesan Positif ICT

i. Pemangkin Budaya Ilmu
ii. Gedung Maklumat dan ilmu
iii. Mempercepatkan Komunikasi dan Interaksi
iv. Sebagai Media Dakwah

4.2.3 Kesan Negatif ICT

i. Maklumat Palsu
-Teknologi maklumat dan telekomunikasi banyak
menyediakan maklumat palsu dan fitnah
- Cabaran globalisasi dan keterbukaan maklumat tanpa
sempadan menimbulkan kekeliruan bagi umat Islam

ii. Budaya Negatif

- Wujudnya sifat robotik di kalangan manusia lantas
tersasarnya aspek keinsanan dan keihsanan

iii. Dakyah dan Propaganda Anti Islam
• Wujudnya dakyah anti Islam dan “al-Ghazwatul fikri”.
• Risiko sabotaj dan serangan secara teknikal ke atas
negara Islam terbuka luas.

iv. Pornografi dan Hedonisme
- Pelimpahan bahan pornografi dan hedonisme

4.2.4 Cara-cara Menghadapinya

i. Kekuatan Aqidah
ii. Peranan Pendidikan
iii. Pengawasan ibu bapa
iv. Merealisasikan Islam Net
- Mengujudkan Islam Net
- Satu jaringan maklumat antara negara-negara
Islam secara menyeluruh.
-Islam Net yang diimpikan iaitu:

- sistem pangkalan data atas talian [online
dabase] yang menggunakan satelit Tymnet dan
Telenet ataupun Euronet.

- Sistem jaringan maklumat menggunakan
teknologi komputer terkini, teknologi grafik
mikro, teknologi mesin pemprosesan kata serta
mengandungi mel elektronik, videotex dan
bank-bank data. Juga menyediakan
skimpengaksesan teks maklumat secara
percuma untuk umum.

-Langkah-langkah awal penubuhan Islam Net
seperti:
- Jaringan maklumat teluk [gulfnet]
-Jaringan sistem informasi arab
[ARISNET]
- Pusat maklumat perdagangan Negara
Islam [TANIC]
-Pertubuhan Pendidikan Sains dan
Kebudayaan Islam [ISESCO]
- Koridor Raya Multimedia [MSC]


4.3 Cabaran Masyarakat Majmuk

4.3.1 Definisi

Masyarakat majmuk ialah sebuah masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai kumpulan etnik yang tinggal dalam satu unit politik yang sama.
Sungguhpun begitu mereka hidup berasingan dan tidak bersatu. Setiap
kaum mengamalkan kebudayaan, agama, bagasa dan cara hidup yang
berbeza antara satu dengan yang lain.

4.3.2 Sejarah dan Cabaran Masyarakat Majmuk

i. Latarbelakang

orang-orang Cina mula datang ke Tanah Melayu sejak keagungan
kesultanan Melayu Melaka. Puteri Hang Li Po telah berkahwin dengan
sultan Melaka dan menetap di Melaka dengan membawa bersama
pengikut-pengikutnya berpindah ke Melaka. Keturunan mereka dikenal
sebagai Baba dan Nyonya Melaka
Ketidakstabilan politik Di Cina:. Pada kurun ke-19, pemberontakan anti
Macau berlaku di Cina iaitu wilayah Kwantung dan Kwangsi. Pada tahun
1850, Pemberontakan Taiping tercetus di selatan Cina
Faktor ekonomi : Contohnya Imigran Cina singgah di Pulau Pinang atau
Singapura sebelum pergi ke Johor Bahru, kemudian mereka membuka
kawasan pertanian. Manakala di negeri-negeri lain mereka bekerja di
lombong bijih timah.

Kemudahan sistem tiket kredit
Kemasukan imgran India pula melalui Sistem Kangani. Kangani ialah
seorang ketua yang dihantar oleh pengusaha ladang getah ke India untuk
mengambil Buruh lebih daripada 40 etnik yang telah dikenalpasti di Malaysia. 3 kumpulan wilayah dapat dikenalpasti kerana sifat yang menonjol.

i. Semenanjung Malaysia mempunyai kelompok utama yang terdiri
daripada Melayu, Cina dan India.

ii. Sabah terdiri daripada 3 kelompok utama seperti Kadazan-Dusun,
Cina dan Melayu.

iii. Sarawak terdapat 3 golongan utama iaitu Dayak(Dayak Iban,
Dayak Bidayuh dan Dayak Orang Ulu), Melayu-Melanau dan Cina

ii. Cabaran

a) Kebebasan Beragama

o Ia dicontohkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. apabila
baginda tidak menganggu orang-orang yang bukan Islam
selagi mana mereka tidak mengganggu agama Islam.
o Islam juga tidak memaksa mana-mana individu yang bukan
Islam untuk memeluk Islam. Perkara ini dinyatakan oleh
Allah S.W.T. dengan firmanNya yang bermaksud:

“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana
sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari
kesesatan(kufur)”
(al-Baqarah:256)


-Hak berkenaan, tidak setakat terhad kepada kebebasan
menganut sahaja malah ianya meliputi kebebasan beramal,
mendirikan tempat beribadat dan termasuklah aktiviti-aktiviti
lain yang berkaitan dengan keagamaan.

-Cercaan terhadap agama lain, cercaan kepada ketua agama
atau peminpin mereka tidak dibenarkan. Dakwah kepada
mereka hendaklah disampaikan dengan cara yang baik
Kebebasan agama dalam Islam mengandungi:

i. Semua orang berhak menganut dan mengamalkan ajaran
agamanya dengan bebas dan aman.

ii. Tiada sesiapapun boleh diwajibkan menerima ajaran agama
mengenai apa-apa agama upacara agama yang lain dari
agamanya.

iii. Tiada sesiapapun akan dipaksa berkhidmat atau memberi
sumbangan kepada agama lain dari agamanya sendiri.

iv. Setiap kumpulan agama berhak mempunya harta, menubuh
dan menyeggarakan institusi-institusi agamanya.

v. Setiap kumpulan agama berhak mengajar ajaran-ajaran
agamanya kepada anggota-anggota dan anak-anak mereka.
vi. Tiada sesiapapun dilarang menjawat jawatan kerajaan
kerana perbezaan agama, kecuali jawatan ketua negara,
dan beberapa jawatan lain yang hanya boleh dijawat oleh
orang-orang Islam sahaja.• Demikian juga tidak ada pelajar
yang dilarang memasuki mana-mana institusi pelajaran
kerana agamanya.

vii. Setiap kumpulan agama berhak menubuh mahkamah untuk
mebicarakan kes-kes mengenai undang-undang diri dan
• selain dari ketua negara (imam) orang0orang bukan Islam juga tidak dibenarkan menjadi ketua tentera dan
hakim kepada orang-orang Islam.

-beberapa perkara laian yang mahkamah itu diberi kuasa
oleh Majlis Syura.

viii. Orang-orang Islam berhak mendakwah orang-orang bukan
Islam. Orang-orang Islam berhak dan berkewajipan meyuruh
orang-orang Islam melakukan kewajipan agama, mereka
juga berhak memperbetulkan sesiapa yang menyeleweng
dari perintah agama.


Sekatan kepada kebebasan ini hanya dalam perkara-perkara
berikut:

i. Apabila kebebasan agama itu mengganggu ketenteraman
awam, keselamatan negara atau kesihatan awam. Jika ini
berlaku Majlis Syura boleh mengadakan undang-undang
menghadkan kebebasan itu.

ii. Orang-orang bukan Islam tidak dibenarkan mengembangkan
agama mereka dikalangan orang-orang Islam.

iii. Orang-orang Islam tidak boleh menukar agamanya dengan
memilih agama lain. Larangan ini adalah mutlak
Kebebasan agama yang diberi oleh peruntukan 3(1) ini hendaklah
dibaca bersama-sama dengan peruntukan 11

1. Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan
agamanya.

2. Tiada siapapun boleh dipaksa membayar apa-apa culai jika
pendapatan dari cukai itu adalah diuntukkan khas sama ada
kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud-maksud
sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.

3. Tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak:

i. Mengurus hal ehwal agamanya sendiri;
ii. Menubuh dan meyenggara yayasan bagi maksud agama
atau khairat; dan
iii. Memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan
mentadbirkannay mengikut undang-undang.

b) Integrasi Nasional

-Integrasi boleh merujuk kepada proses membina konsensus
di kalangan rakyat pelbagai etnik dan kepentingan. Prinsip
asas yang harus diguna pakai ialah:

i. Perpaduan dan integrasi melalui kepelbagaian.
ii. Saling hormat-menghormati antara satu sama lain
iii. Bersedia bekerjasama dan bertolak ansur
iv. Sederhana dalam tuntutan yang melintasi garis
pemisah.

Firman Allah yang bermaksud:

Hai Manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu
dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan
menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku
supaya kamu saling kenal mengenal, sesungguhnya
orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah
orang yang paling bertaqwa di antara kamu.
Sesungguhnya Allah maha Megetahui lagi Maha
Mengenal”.

(al-Hujarat:13)

c) Hak-hak Istemewa bumiputera/peribumi

-Beberapa contoh hak-hak keistemewaan yang ada ialah:

i. Perkara 152 Bahagian 12 (am dan pelbagai)(1). Bahasa
Kebangsaan. Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Malaysia.

ii. Perkara 153. (Bahagian 12 am dan pelbagai)
Perezapan quota mengenai perkhidmatan, permit dan
sebagainya untuk orang melayu. Adalah menjadi
tanggungjawab Yang diPertuan Agong memelihara
kedudukan istemewaan orang Melayu dan bumiputra manamana
Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah
kaum-kaum lain mengikut peruntukan.

Adalah menjadi tanggungjawab para pemimpin sebagai contoh
untuk menjaga “Tanah Rezab Melayu” supaya tidak jatuh ketangan
bangsa lain.

4.3.3 Kesan Positif

i. Kepelbagaian Budaya

Kepelbagaian budaya yang wujud di Malaysia memberikan
gambaran yang jelas betapa masyarakat dapat bersama
mengamalkan budaya masing-masing. Perkara ini dapat
merancakkan lagi aktiviti pelancongan di negara kita.

ii. Persaingan Sihat

Setiap kaum akan memastikan kelangsungan bangsa mereka
sendiri. Persaingan yang sihat akan muncul sekiranya semua kaum
mengambil kira sensitiviti satu-satu kaum yang ada.

iii. Percambahan Idea

Percambahan idea akan berlaku dalam banyak perkara contohnya,
dari aspek seni, aspek idea baru berkenaan pembangunan
kemanusiaan dan lain-lain lagi.

iv. Pengkayaan Bahasa
Berlakunya perkongsian bahasa dari pelbagai kaum yang ada,
bahkan adanya kemampuan sesuatu kaum menguasai bahasa
ibunda kaum yang lain.

4.3.4 Kesan Negatif

i. Perkauman

Ketidakprihatinan sesuatu kaum terhadap kaum yang lain boleh
menyumbang kepada masalah perkauman yang serius. Perkara ini
boleh dipelajari melalui peristiwa 13 mei 1969.

ii. Pertembungan/Salah Faham Budaya

Remaja melayu misalnya agak mudah terjebak kepada
permasalahan pemakaian budaya yang kurang sesuai dengan
tuntutan agama. Perkara ini mestilah diamati dan diteliti secara
berkesan.

iii. Kesukaran Mewujudkan Perpaduan Nasional

Masih terdapat lagi unsur-unsur kurang sihat yang berlaku yang
boleh mengakibatkan perbalahan kaum. Contohnya masih ada
pemimpin kaum bukan melayu yang mempersoalkan status
Malaysia sebagai sebuah Negara Islam. Juga terdapat rakyat
Malaysia yang tidak dapat bertutur menggunakan bahasa Malaysia.

iv. Jurang Ekonomi antara Kaum
Permaslahan ini agak ketara dengan penguasaan bangsa Cina
terhadap ekonomi Negara. Walaupun pihak kerajaan sedaya upaya
mengurangkan jurang ini namun kejayaannya masih belum
sepenuhnya.

4.3.5 Cara-cara Membentuk Integrasi Nasional

i. Rukun Negara
Majlis Perundingan Negara (MPN) mendapati bahawa masyarakat
Malaysia masih terpisah kerana faktor keturunan, agama dan
pekerjaan, lantas untuk mencapai kesepaduan yang global maka
Rukun Negara dicipta dan ia diistiharkan sebagai Rukun Negara
pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong sempena hari
ulang tahun ke 13 kemerdekaan Malaysia
Diantara objektif Rukun Negara ialah:

i. Mencapai perpaduan yang lebih erat dikalangan seluruh
masyarakat.

ii. Mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran
negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.

iii. Membina sebuah masyarakat progresif dengan
menggunakan sains dan teknologi moden.

Prinsip Rukun Negara
-Kepercayaan kepada Tuhan
- Kesetiaan kepada Raja dan Negara
- Keluhuran Perlembagaan
- Kedaulatan Undang-undang, dan
- Kesopanan dan kesusilaan

ii. Dasar Pendidikan Negara

- Antara matlamat penting dalam dasar ini yang bertujuan
memupuk perpaduan dan integrasi nasional ialah:

a) Peggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa
pengantar di sekolah-sekolah dan institusi pengajian
tinggi, dan

b) Menyediakan sukatan pelajaran yang sama
kandungannya.

Dalam perkara ini Islam telah mewajibkan umatnya supaya
menuntut ilmu, firman Allah yang bermaksud:

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu
Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari
segumpal darah. Bacalah (wahai Muhammad) dan
Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar
manusia dengan kalam.• Dia mengajarkan kepada
manusia apa yang tidak diketahuinya”.
(al-Alaq: 1-5)

iii. Dasar Ekonomi Negara

(a) Dasar Ekonomi Baru

- DEB diperkenal dalam tahun 1970 sebagai
tindakbalas atau reaksi kepada peristiwa 13 Mei 1969.
DEB adalah tercakup dalam RRJPI (1970-1990). DEB
punyai matlamat yang jelas iaitu:
- Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
-Menyusun semula masyarakat supaya
ekonomi tidak dikaitkan dengan mana-mana
kaum atau keturunan.

(b ) Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

-DPN dilaksanakan dalam tempoh Rangka Rancangan
Panjang Kedua (RRJP2) (1991-2000) bagi tempoh 10
tahun sahaja. Falsafah DPN menjadi teras RRJP2,
dimana RRJP2 juga merupakan langkah pwermulaan
bagi Wawasan 20202 iaitu langkah ke arah mencapai
taraf negara maju dari segi ekonomi, politik,
kerohanian, psikologi dan kebudayaan.

• Maksudnya: Allah mengajar manusia dengan perantaraan tulis baca.

- DPN lebih menumpukan kepada strategi membasmi
kemiskinan di kalangan golongan termiskin, tumpuan
juga diberikan kepada mewujudkan guna tenaga dan
pembangunan pesat sebuah masyarakat
perdagangan dan perindustrian bumiputra.

iv. Dasar kebudayaan kebangsaan

- Perpaduan dan integrasi nasiaonal juga dapat dipupuk
melalui dasar ini dengan mengambil kira:

1. Kebudayaan asal rakyat rantau ini.
2. Unsur-unsur budaya yang sesuai dan wajar dari
pelbagai kelompok etnik negara diambil pakai, dan
3. Islam menjadi unsur yang penting.
v. Dasar Sosial Negara

- Dasar ini amat perlu kerana ia mampu membentuk rakyat
yang berjiwa mulia dan menyanyangi Negara

Kesimpulan

Umat Islam seharusnya sedar terhadap cabaran semasa yang sedang
mereka hadapi, oleh itu penguasaan ilmu dan maklumat dalam arus
globalisasi amat perlu dititikberatkan. Penjanaan jatidiri yang kukuh
mampu memberi kekuatan kepada setiap individu bagi menghadapi
realisasi semasa. Akidah yang mantap sudah pasti menjadi satu
kemestian yang harus difahami oleh semua umat Islam. Perpaduan
Negara juga mesti dikukuhkan melalui pelbagai cara dan kaedah.
Contohnya melalui:

-Mewujudkan suasana kondusif

-Iltizam melaksanakan keadilan

- Bina sikap saling percaya

- Tingkatkan persaudaraan dan kasih sayang

-Luaskan amalan syura

-Mendominankan aliran sederhana

- Baiki hubungan ulama-umara.