DONATE
Khamis, 19 November 2009
ADAB MENGUCAPKAN SALAM
MENGUCAPKAN SALAM
Hati mana yang tidak suka apabila berselisihan atau bertemu, empunya diri disapa dan didoakan dengan kebaikan? Sekalipun daripada individu yang tidak dikenali, sapaan salam dengan wajah manis pastinya mendamaikan jiwa, malah boleh menjadi pencetus untuk bermulanya satu ikatan persaudaraan. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
لا تدخلون الجنة حتى تؤمنوا. ولا تؤمنوا حتى تحابوا. أولا أدلكم على شيء إذا فعلتموه تحاببتم؟ أفشوا السلام بينكم
Tidaklah kalian akan masuk syurga hingga kalian beriman, dan tidaklah kalian dikatakan beriman hingga kalian saling mencintai. Mahukah kalian aku tunjukkan kepada sesuatu yang jika kalian mengamalkannya niscaya kalian akan saling mencintai? yaitu sebarkan salam di antara kalian. [Sahih Muslim – no:54]
Hari ini kita boleh nampak salam yang diberi wujud dalam pelbagai bentuk sebutan. ‘Assalamualaikum’, ‘semekom’, ‘slamekom’, ‘salam ‘alaik’ dan macam-macam ragam. Bagi yang ingin mencontohi tauladan ulung yang diutuskan Allah Subhana wa Ta’ala kepada kita tentu tertanya bagaimanakah petunjuk wahyu dalam mengucapkan salam. Di bawah saya cuba senaraikan mengikut kemampuan saya yang terhad.
ASSALAMU’ALAIKA
Ucapan salam dengan mengunakan kata ganti tunggal samada ‘ka’ (lelaki) atau ‘ki’ (perempuan) ketika individu yang diucapkan itu hanya berseorangan. Sandarannya terdapat dalam hadis daripada Jabir bin Muslim, beliau berkata:
رأيت رجلا يصدر الناس عن رأيه لا يقول شيئا إلا صدروا عنه قلت من هذا قالوا هذا رسول الله صلى الله عليه وسلم قلت عليك السلام يا رسول الله مرتين قال لا تقل عليك السلام فإن عليك السلام تحية الميت قل السلام عليك قال قلت أنت رسول الله قال أنا رسول الله …
Saya melihat seseorang yang mana manusia selalu bersandar kepada pendapatnya, tidaklah ia mengatakan sesuatu kecuali mereka akan bersandar kepadanya. Saya berkata: "Siapa ini?", Maka mereka berkata: "Ini adalah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam"
Saya berkata: “'Alaikassalam wahai Rasulullah”, sebanyak 2 kali. Baginda berkata: "Janganlah engkau berkata ‘alaikassalam, kerana sesungguhnya ‘alaikassalam adalah penghormatan kepada mayit, katakanlah 'assalamu’alaika. Saya berkata: "Engkau Rasullah sallallahu ‘alaihi wasallam?", Baginda berkata: "Aku adalah Rasulullah..." [Sunan Abu Daud - no:3562. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud - no: 4048]
Sebuah lagi sandaran menggunakan kata ganti tunggal adalah ucapan salam malaikat terhadap Adam yang turut menggunakan kata ganti ‘ka’ merujuk kepada Adam. Daripada Abu Hurairah radhiallahu’anh berkata, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
خلق الله آدم وطوله ستون ذراعا، ثم قال: اذهب فسلم على أولئك من الملائكة، فاستمع ما يحيونك، تحيتك وتحية ذريتك، فقال: السلام عليكم، فقالوا: السلام عليك ورحمة الله
Allah menciptakan Adam, dengan tinggi enam puluh hasta, kemudian Allah berfirman: “pergilah dan salamlah kepada para malaikat ini, dengarkan ucapan penghormatan mereka sebagai ucapan penghormatanmu dan penghormatan keturunanmu”, kemudian Adam berkata: "Assalamu’alaikum", maka para malaikat menjawab: “Assalamu’alaika warahmatullah” [Sahih al-Bukhari – no: 3148]
Turut terdapat sandaran daripada atsar-atsar para sahabat. Antaranya, Ibnu ‘Umar radhiallahu’anhuma apabila mengucapkan penghormatan kepada Ibn Ja’far (bin Abdul Muthallib), Ia berkata:
السلام عليك يا ابن ذي الجناحين
“Assalamu’alaika wahai anak pemilik dua sayap.” [Sahih al-Bukhari – no: 3506]
ASSALAMU’ALAIKUM
Ucapan salam menggunakan kata ganti jamak ‘kum’ samada untuk orang yang ramai atau perseorangan kedua-duanya tsabit daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Sandaran pertama adalah hadis daripada Imran Bin Husain radhiallahu’anh:
جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال السلام عليكم فرد عليه السلام ثم جلس فقال النبي صلى الله عليه وسلم عشر ثم جاء آخر فقال السلام عليكم ورحمة الله فرد عليه فجلس فقال عشرون ثم جاء آخر فقال السلام عليكم ورحمة الله وبركاته فرد عليه فجلس فقال ثلاثون
Seseorang datang kepada Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam dengan mengucapkan: “assalaamu ‘alaikum”, maka Rasul menjawabnya, dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sepuluh”.
Kemudian datang lagi orang lain dan mengucapkan: “Assalaamu ‘alaikum warahmatullaah”, maka Rasulullah menjawabnya dan orang itu duduk. Maka baginda bersabda: “Dua Puluh”.
Kemudian datang lagi orang ketiga seraya mengucapkan: “Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh”, maka beliau menjawab, lalu orang tadi duduk. Maka baginda bersabda: “Tiga Puluh” [Sunan Abu Daud – no: 4521. Dinilai Hasan oleh at-Tirmidzi dalam al-Jami’ al-Kabir – no: 2613]
Sandaran kedua sebagai hujah bahawa penggunaan kata ganti jamak ‘kum’ turut boleh digunakan bagi individu perseorangan adalah sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
إذا لقي الرجل أخاه المسلم فليقل :السلام عليكم و رحمة الله
“Apabila seseorang bertemu dengan saudaranya, hendaklah ia mengucapkan assalamu’alaikum warahmatullah” [Sahih al-Jami’ – no: 790]
Berkata Imam an-Nawawi rahimahullah:
اعلم أن الأفضل أن يقول المُسَلِّم : السَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ ، فيأتي بضمير الجمع وإن كان المسلَّم عليه واحداً
Ketahuilah bawa yang afdhal adalah mengucapkan assalamu’laikum warahmatullah wabarakatuh, dengan kata ganti jamak meskipun orang yang diberi salam ke atasnya adalah seorang. [al-Azkar, ms. 356]
BOLEHKAH UCAP SALAM, SALAMUN ‘ALAIKUM ATAU SALAMUN ‘ALAIK?
Boleh, Allah telah menjelaskan dalam firmannya bahawa ucapan salam malaikat kepada penghuni syurga adalah ‘salamun ‘alaik’. Firman Allah Subhana wa Ta’ala dalam al-Quran menyebut:
وَالمَلاَئِكَةُ يَدْخُلُونَ عَلَيْهِم مِّن كُلِّ بَابٍ
سَلاَمٌ عَلَيْكُم بِمَا صَبَرْتُ
Malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (Memberi hormat dengan berkata): Salamun ‘alaikum, disebabkan kesabaran kamu. [ar-Rad 13: 23-24]
Tidak menjadi masalah juga untuk sekadar mengucapkan ‘salam’ kerana tercatat di dalam al-Quran Nabi Ibrahim mengucapkan salam dengan hanya menyebut ‘salam’. Firman Allah Subhana wa Ta’la:
إِذْ دَخَلُوا عَلَيْهِ فَقَالُوا سَلَامًا قَالَ سَلَامٌ
Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: Salaaman! Dia (Ibrahim) menjawab: Salaamun! [ad-Zariyat 51: 25]
Namun pada pandangan Imam an-Nawawi rahimahullah ucapan salam dengan menggunakan alif lam (contoh: Assalamu’alaikum) adalah lebih utama, beliau menyatakan:
قال الإِمام أبو الحسن الواحديّ من أصحابنا: أنت في تعريف السلام وتنكيره بالخيار؛ قلت: ولكن الألف واللام أولى
Imam Abu al-hasan al-Wahidi, salah seorang sahabat kami, berkata: Anda mempunyai pilihan samada menggunakan as-Salam (dengan alif lam) atau sebaliknya. Berkata (Imam an-Nawawi): Tetapi (menggunakan) alif lam adalah lebih utama. [al-Azkar, ms. 358]
Wallahua’lam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan