DONATE

Sabtu, 7 November 2009

SEJARAH GERAKAN REVOLUSI ISLAM IRAN DAN PENGARUHNYA TERHADAP PARTI ISLAM SE-MALAYSIA

Oleh: MOHD HAZLEE BIN KU SHAARI


BAB 1

LATAR BELAKANG NEGARA IRAN


1.1 PENGENALAN NEGARA IRAN



Iran merupakan salah sebuah negera terbesar di Teluk Parsi. Negara Republik Islam ini merupakan negara Teokrasi terbesar di dunia dan merupakan pusat utama bagi fahaman Islam aliran Shicah terutama Shiach Ithna cAsyara ( Imam Dua Belas ).

Dari segi geografinya, Iran sebuah negara yang terletak diwilayah Timur Tengah Asia Barat Daya belahan utara bumi antara 25º dan 40º garis lintang serta 44º dan 630º garis bujur. Di sebelah utara sempadan dengan Republik Armenia, laut Kaspian dan Republik Turkmenistan. Di sebelah barat laut dengan Turki dan di sebelah selatan dengan Oman dan Teluk Parsi. Di sebelah barat daya dengan Iraq, di sebelah timur laut dengan Afghanistan dan Pakistan. Cuaca di Iran berbeza-beza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Suhu di kawasan pergunungan di barat laut mencecah sehingga -29ºC. Musim sejuknya sangat panjang dan terlalu dingin diikuti musim panas yang sederhana. Suhu musim panas di dataran Khuzistan pula sangat panas dan kering hingga mencapai 35ºC, pada musim sejuk,cuacanya menjadi sederhana dan nyaman.

Cuaca di sebahagian besar Penara Pedalaman secara amnya sangat kering. Tehran yang terletak di kawasan panera di kaki Pergunungan Elburz menerima hujan sekira-kiranya 23 sentimeter setahun. Suhu purata di kawasan bandar pada bulan Januari ialah 2ºC dan meningkat kepada 29ºC pada bulan Julai. Suhu musim sejuk di Gurun Dasht-e Kavir dan Gurun Dasht-e Lut sangat rendah hingga mencapai takat beku. Namun suhu musim panasnya pula terlalu tinggi sehingga mencecah 54ºC . Hujan turun di kawasan gurun kira-kira 5 sentimeter setahun. Persisiran pantai Laut Kaspia adalah satu-satunya kawasan yang menerima banyak hujan, iaitu 100 sentimeter setahun. Suhu kawasan ini jarang sekali melebihi 32ºC atau turun ke takat beku.

Secara umumnya, Iran dapat dibahagikan kepada 4 bahagian utama iaitu dataran tinggi pendalaman, daerah pergunungan, pantai laut Kaspia dan dataran Khuzestan. Umumnya hampir 70 peratus wilayah Iran berupa pergunungan dan padang pasir yang tidak berpenduduk.Baki 30 peratus lagi adalah kawasan subur dan berpenduduk yang terletak di sekitar Laut Kaspia, Wilayah barat laut dan sekitar Tehran.Luas wilayah Iran 1.638.057 KM², terbahagi kepada 24 wilayah, 195 kota besar dan 500 daerah. Wilayah terbesar adalah Khurasan dengan luas 315.687 KM² sedangkan wilayah terkecil adalah Gilan yang luasnya 14.840KM².1

1.2 ASAL USUL BANGSA IRAN

Menurut sejarah asal usul bangsa Iran adalah berasal daripada suku purba Proto Indo Eropah Arya yang turut di kenali Proto Iran.Arya bermaksud “mulia” ( noble ) iaitu satu kumpulan campuran bangsa-bangsa Eropah terutama German dan Scandinavia. Kumpulan ini berpecah kepada beberapa qabilah yang sentiasa mengembara mencari penempatan baru yang sesuai dengan perkerjaan iaitu memburu,menternak, dan bercucuk tanam. Selain kumpulan yang datang ke Iran, terdapat juga yang datang ke India, Asia Kecil, Greece dan kawasan-kawasan Eropah lain.2

Tinggalan arkeologi yang dijumpai di Rusia, Asia Tengah dan Timur Tengah menerangkan kehidupan bangsa ini. Di dalam sejarah manusia, bangsa Iran memainkan peranan penting dalam tamadun-tamadun awal. Empayer Achaemenid, adalah salah satu Empayer Parsi purba dan negara pertama yang menjadi negara majmuk. Kebudayaan Iran banyak di pengaruhi oleh kaum cArab dan bangsa-bangsa lain seperti Yunani. Di kawasan Utara atau Eropah pula, bangsa Iran ini berasimilasi dengan suku Slav dan suku-suku Eropah lain.

Manakala daripada perspektif bahasa, istilah Bangsa Iran pula merujuk kepada mereka yang bertutur dalam bahasa Iran. Kalau di ambil kira daripada perspektif ini, bangsa Iran tidak terbatas kepada etnik Parsi sahaja, tetapi meliputi etnik-etnik yang berdekatan seperti Pashtun, Tujik, Kurdi, Ossetia, Balochi dan beberapa suku lain.Dianggarkan terdapat 150 juta penutur ibunda Bahasa Iran. Kebanyakkan mereka tertumpu di Iran, Afgahanistan, Tajikistan, Pakistan Barat, sebahagian Uzbekistan dan juga wilayah Kurdistan yang menjadi sebahagian daripada negara Turki, Iraq dan Syria. Antara suku-suku yang tergolong dalam bangsa Iran ialah Bakhtiari, Balochi,Gilani, Hazara, Kurdi, Lak, Lur, Mazandarani ( Tabari ), Osseti, Pashtun, Parsi, Talyshi, Wakhi dan Zaza.3


1.3 KEPERCAYAAN DAN AGAMA BANGSA PARSI SEBELUM ISLAM

Orang-orang Parsi dan kebanyakan orang dari keturunan Arya memang terkenal cenderung untuk menyembah fenomena alam seperti kilat, langit, hujan dan lain-lain. Mereka mempercayai wujudnya dua tuhan iaitu Tuhan Baik dan Tuhan Jahat. Tuhan Baik sentiasa berperang dengan tuhan jahat dan amalan-amalan seperti sembahyang, dan seumpamanya merupakan sokongan yang diberikan kepada Tuhan Baik dan untukmemerangi tuhan jahat.Oleh sebab itu mereka menggunakan api sebagai simbol cahaya Tuhan kebaikan. Dengan membantu membesarkan api ini supaya Tuhan kebaikan menjadi gagah dan dapat mengalahkan Tuhan Jahat. Secara garis besarnya
terdapat tiga agama besar yang didapati di Parsi sebelum kedatangan Islam iaitu agama Zoroaster, Mani dan Mazdak.4



1.3.1 Agama Zoroaster

Nama agama ini diambil dari nama pengasasnya Zoroaster. Zoroaster mempunyai dua kitab suci bernama Avesta dan sebuah buku tafsirannya bernama Zandavesta. Jumlah surahnya dua puluh satu surah dan tiap-tiap surah memenuhi dua ratus lambaran. Bahasa penulisannya bahasa Parsi purbakala. Kitab ini membicarakan mengenai bacaan-bacaan yang di baca didalam sembahyang, adat istiadat, undang-undang mengandungi cerita-cerita asal-usul dan kesudahan alam dan setengahnya mengandungi nasihat-nasihat. Namun asal-usul kitab dan siapakah penyusun kitab ini masih lagi diperdebatkan dikalangan ahli-ahli sejarah samalah seperti perdebatan diri Zoroaster sendiri.

Ajaran Zoroaster yang termasyhur ialah bahawa alam ini mempunyai dua sumber ( atau dua tuhan ) iaitu sumber kebaikan “ Ahura” atau “Ahuramazda” dan sumber kejahatan “ Ahriman” . Kedua sumber ini sentiasa bertentangan dan masing-masing mempunyai kuasa mencipta. Kedua-dua ini berperang secara tidak langsung, malah mereka berperang melalui kegiatan makhluk-makhluk yang mereka telah jadikan itu. Dalam pertentangan demikian, manusia memilih satu pihak antara kedua sumber ini.

Ajaran Zoroaster juga mengajar bahawa air, udara, api dan tanah adalah unsur-unsur suci yang tidak harus dicemarkan . Tanda besar dari ajaran ini ialah pemujaan api. Mereka menjadikan api sebagai lambang agama. Agama ini juga menharamkan pengkebumian mayat dalam tanah dan mengharamkan pengotoran air yang sedang mengalir.5

Agama ini tersebar luas di Parsi ketika zaman pemerintahan Dinasti Achaemenid. Namun selepas kejatahun Dinasti Achaemenid di tangan Iskandar Zulkarnain pada tahun 331 S.M , perkembangan dan pengamalan agama ini dihapuskan. Namun setelah naiknya Dinasti Sasan, agama Zoroaster telah dijadikan agama rasmi negara. Dari semenjak itulah agama ini terus menerus menjadi agama bangsa Parsi sehingga penaklukan zaman Islam.6

1.3.2 Agama Mani

Merupakan agama kedua yang mempunyai ramai pengikut. Mani ialah nama pengasas agama ini, menurut al-Biruni dalam bukunya Al-Atharul Baqiyah, Mani telah dilahirkan dalam tahun 215 atau 216 Masehi. Meskipun mengalami tekanan, namun agamanya dapat hidup kekal sehingga abad ketujuh lepas hijrah atau abad ketiga belas masehi.

Ajaran Mani adalah saduran antara ajaran Kristian dan Zoroasterianisme. Secara ringkasnya, agama Mani ini tidak banyak bezanya dengan agama Zoroaster. Ajaran ini juga bersependapat bahawa di alam ini terdapat dua sumber iaitu sumber kebaikan dan sumber kejahatan. Bagi agama Zoroaster, manusia harus hidup secara semula jadi, berkahwin dan melahirkan keturunan, mengawasi pertaniannya, memelihara keturunan dan haiwan-haiwan ternakan, menambah kekuatan tubuh serta jangan berpuasa. Maka dengan cara kehidupan sedemikian dapat membantu Tuhan Baik melawan Tuhan Jahat. Tetapi ajaran Mani ini mempunyai suatu aliran fikiran yang berlainan, ia lebih menyerupai cara-cara kependitaan. Oleh sebab itu, ia mengharamkan perkahwinan, menganjurkan cara-cara hidup zuhud, menentukan penganutnya berpausa tujuh hari sebulan. Perbezaan yang besar ialah ajaran Mani mengakui kenabian Isa dan Zoroaster.7

1.3.3 Agama Mazdak

At-Tabari mengatakan ajaran ini diasaskan oleh Mazdak, yang lahir kira-kira 487 Masehi di Naisabur Parsi. Ajaran ini juga mempercayai kewujudan sumber kebaikan dan kejahatan. Walaubagaimanapun, keistemewaannya yang besar ialah tentang “ajaran-ajaran sosialisme”nya. Ia berpendapat sekalian manusia dilahirkan sama tarafnya dan mesti hidup bersama pula.8

Menurut Syahrustani, ajaran Mazdak melarang manusia berkelahi, saling bermusuhan dan berperang. Oleh sebab perkara ini berlaku kerana sebab-sebab wanita dan harta, maka Mazdak telah menghalalkan semua wanita dan ia mengharuskan segala harta benda, di mana semua orang diberikan sama hak sepertimana mereka sama-sama berhak terhadap air, api dan tumbuh-tumbuhan.Mazdak juga mempunyai ajaran-ajaran lagi mengenai perkara kerohanian. Ia menganjurkan supaya manusia rela menanggung nasib ( Qanacah ) dan zuhud. Memuliakan binatang-binatang dan jangan menyembelihkannya.


1.4 SEJARAH TAMADUN AWAL IRAN SEBELUM ISLAM

Tamadun awal yang kini dikenali sebagai Iran sebenarnya bermula dengan tamadun Elamit yang di percayai bertapak di barat daya Iran seawal tahun 3000 S.M. Pada tahun 1500 M.S orang Arya mulai berhijrah ke Iran dari tengah Asia. Dengan penghijrahan ini wujud dua komuniti di Iran. Kerajaan Medes di barat laut, kerajaan Arya di sebelah di selatan Iran di kawasan yang di beri nama Persis oleh orang Yunani. Nama Parsi di percayai di ambil daripada Persepolis dalam bahasa Yunani. Orang Medis dan orang Parsi menamakan negara baru mereka sebagai Iran yang bermaksud tanah air orang Arya. Menjelang tahun 600 S.M , orang Arya dari suku Medes telah berjaya menguasai tampuk pemerintahan Parsi.

Pada sekitar tahun 500 S.M, suku Parsi yang diketuai oleh Cyrus yang Agung telah berjaya mengusir suku Medes. Cyrus Agung telah mendirikan kerajaan baru di Parsi iaitu kerajaan Achaemenid .Menjelang tahun 539 S.M, Cyrus Agung telah berjaya menguasai Babylonia, Palestin, Syria dan seluruh Asia Kecil. Berikutnya Cambyses, putera Cyrus menggabungkan Mesir ke dalam Empayer Achaemenid pada tahun 525 S.M. Kerajaan ini mencapai puncak kejayaannya pada zaman pemerintahan Darius 1 ( 522-485 S.M ). Wilayah kekuasaannya merentang dari sungai Indus hingga ke bahagian selatan Rusia dan terus sampai ke Yunani, Turki, Cyprus, Mesir dan Libya. Darius 1 telah menwujudkan laluan pengangkutan laut bagi meningkatkan perdagangan, membina jalan raya dan memulakan penggunaan mata wang emas dan perak. Pada pertengahan tahun 1400 S.M, Empayer Achamenid semakin lemah apabila di perintah oleh raja-raja yang lemah.10

Pada tahun 331 S.M , empayer ini telah di takluk oleh Iskandar Agung ( Alexender The Great ) Maharaja Macedonia, Yunani. Iskandar Agung berhasrat untuk menggabungkan Empayer Yunani dan Empayer Parsi menjadi sebuah empayer dunia yang baru. Tetapi baginda telah mangkat pada tahun 323 S.M, sebelum hasratnya tercapai. Salah seorang pemimpin tenteranya, Seleucus kemudiannya telah membentuk kerajaan baru, Dinasti Selecius. Dinasti ini memerintah Iran hingga tahun 250 S.M dan akhirnya dikalahkan oleh Kerajaan Parthia, sebuah kerajaan di tenggara Laut Kaspia. Boleh di katakan, selepas kemangkatan Iskandar Agung, Parsi tidak lagi menjadi satu empayer yang besar, ini kerana wilayahnya telah berpecah dan di perintah oleh kerajaan-kerajaan kecil. Tiada satu kuasa yang dapat menyatukan kembali Parsi di bawah satu kuasa pusat.Keadaan ini berlarutan selama 550 tahun. 11

Namun selepas itu, telah berdiri satu dinasti baru di Parsi yang di kenali sebagai Dinasti Sasanid telah berjaya mempersatukan kembali Parsi dan meninggikan semarak kebudayaan bangsa itu selama 400 tahun lamanya. Ini bermula pada tahun 224 M, orang Parsi yang diketuai oleh Ardashir 1 berjaya mengusir orang Parthia.Sejarah telah melukiskan, ketika Kerajaan Bani Sasan sampai puncak kemegahannya, berlaku beberapa peperangan dengan kerajaan Rumawi di Barat yang telah mengantikan kedudukan Yunani Greek. Setelah bangsa Rumawi memeluk agama Kristian maka terjadilah perebutan kekuasaan di daerah Mesopotamia dan Jurasalem.Ini kerena kawasan tersebut terutamanya kawasan Jurasalem merupakan tanah suci bagi penganut agama Kristian. Kalah dan menang silih berganti diantara dua pihak dan peristiwa peperangan ini juga ada di ceritakan di dalam al-Quran, iaitu dalam surah ar-Rom.12

Firman Allah SWT :

1 Alif laam Miin
2. Telah dikalahkan bangsa Rumawi
3. Di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang
4. Dalam beberapa tahun lagi bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang). dan di hari (kemenangan bangsa Rumawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman,
5. Karena pertolongan Allah. dia menolong siapa yang dikehendakiNya. dan dialah Maha Perkasa lagi Penyayang.


1.5 PARSI DAN ISLAM

Semasa Parsi berada di puncak kegemilangan sebagai sebuah tamadun besar dunia di sebelah Timur,bangsa cArab masih lagi hidup dalam perpecahan dan kemunduran. Bangsa Parsi memandang bangsa cArab sebagai satu bangsa yang masih rendah peradabannya. Namun setelah kedatangan Islam, masyarakat cArab mula berperanan membangunkan ketamadun mereka yang akhirnya bersaing kuasa dengan Parsi.Ini kerana secara teorinya kedatangan pengaruh Islam ke sesuatu tempat itu bersama dengan kuasa politik.

Sejarah persaingan Islam dan Parsi bermula selepas terbentuknya Negara Islam pertama di Madinah yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w ( 622M ).Dengan terbentuknya kuasa politik ini maka timbullah keinginan dan hasrat umat Islam untuk menyebarkan agama Islam ke daerah-daerah lain di luar Jazirah cArab. Ini berpunca dari semangat dakwah yang wujud dalam hati sanubari umat Islam pada masa itu yang merasakan mereka bertanggungjawab untuk menyebarkan Islam keseluruh pelusuk dunia.Tambahan lagi dengan kejayaan-kejayaan awal yang dikecapi oleh umat Islam di semenanjung cArab. Langkah pertama yang dilakukan oleh generasi pertama Islam ini ialah dengan cara menghebahkan seruan Islam kepada negara-negara jiran yang berhampiran dengan semananjung tanah cArab , antara negara awal yang menerima seruan Islam ini ialah Parsi sendiri.

Konfrontasi antara Islam dan Parsi tercetus apabila Nabi Muhammad s.a.w mengutus surat kepada Kisra Parsi melalui utusannya Abdullah bin Hudzafah, meyeru supaya beliau memeluk agama Islam .Perkara ini telah menimbulkan kemurkaan Kisra Parsi sehingga beliau merobek-robek surat Nabi Muhammad s.a.w . Setelah Nabi Muhammad s.a.w mengetahui bahawa suratnya dirobek-robek, maka terlancarlah lidah Nabi Muhammad s.a.w menyatakan bahawa Kerajaan Parsi akan dirobek-robek oleh Allah sepertimana Kisra Parsi merobek-robek surat baginda.

Khalifah Abu Bakar meneruskan usaha menyebarkan Islam di daerah-daerah luar semenanjung cArab. Pergolakkan kembali terjadi dengan Parsi apabila panglima Islam Khalid bin Walid berjaya menguasai kawasan Anbar dan Hirah yang merupakan kawasan kekuasaan Empayer Parsi. Kejatuhan itu menimbulkan kemurkaan Maharaja Parsi yang kemudiannya menghantar ketumbukkan tentera yang besar yang di ketuai oleh Panglima Rustam bagi menentang pasukan tentera Islam. Maka terjadilah pertempuran-pertempuran yang terkenal dalam sejarah Islam seperti peperangan berantai dan peperangan al-Jasr ( Jambatan ). Kebanyakkan peperangan ini dimenangi oleh umat Islam.14

Selepas Saidina cUmar al-Khatab, menjadi Khalifah Rasulullah kedua , beliau menyambung tugas untuk menakluk Parsi. Pada zaman pemerintahan beliaulah Kerajaan Parsi jatuh ketangan umat Islam melalui beberapa siri peperangan. Antara peperangan yang masyhur ialah peperangan an-Nakhīlah yang dipimpin oleh Jarīr Bin cAbdullah dan al-Muthanna bin Harithah.Peperangan Qadisiyyah 637 M yang dipimpin oleh Sacad bin Abi Waqqas, peperangan Madacīn, peperangan Jalujac dan akhir sekali peperangan Nahawand yang menyaksikan seluruh Empayer Parsi Dinasti Sasan jatuh ketangan umat Islam.

Peperangan Nahawand dinamakan Fatuhul-Futuh ( penaklukan yang paling cemerlang mengalahkan penaklukan-penaklukan lain ) Al-Balazury telah menyebut bahawa pertempuran ini telah berlaku pada tahun 19 H, dan menurutnya juga ada yang mengatakan ianya berlaku pada tahun 20H atau 21H. Setelah pertempuran Nahawand seleasai, maka kaum Muslimin meneruskan perjalannya hingga mereka berhasil menundukkan Ahwaz, Qam , Kasyan dan Azrabijan.15

Sebaik sahaja Islam dapat menduduki Parsi,namun tidak bererti bahawa orang-orang dan rakyat bukan Islam di kerah paksa memeluk agama Islam. Layanan berdasarkan syariat turut diberikan kepada penganut agama majusi sama diberikan kepada ahli kitab iaitu Yahudi dan Nasrani. Mereka mendapat kebebasan dalam menyempurnakan amalan cibadah dan kepercayaan mereka tanpa ada larangan dan gangguan daripada mana-mana pihak sekalipun dari pihak pemerintahan Islam. Inilah dasar toleransi yang ditunjuki oleh ajaran Islam. Cuma mereka perlu membayar jizyah iaitu satu cukai yang dikenakan oleh pemerintah Islam sebagai hak menjamin keselamatan dan perlindungan nyawa dan harta benda mereka. Bayaran cukai ini adalah lebih ringan jika dibandingkan bayaran cukai yang diwajibkan keatas kaum Muslim seperti zakat yang pelbagai jenis.

1.6 KEMUNCULAN DINASTI - DINASTI ISLAM DI PARSI

Setelah Parsi jatuh ketangan umat Islam, Khalifah cUmar al-Khatab telah melantik Sacad bin Abi Waqqas menjadi gebenor di sana. Beliau telah telah mendirikan wilayah Basrah dan Kufah. Sejak itu bangsa Parsi sebondong demi sebondong memeluk agama Islam. Di zaman pemerintahan Banu Umayyah ( 41H-132H / 661M-750M )16, Parsi tetap menjadi wilayah yang diperintah oleh gabenor-gabenor yang dikirim oleh Khalifah Banu Umayyah yang berpusat di Damsyik.

Keadaan ini berterusan sehinggalah pada zaman Kerajaan Banu cAbbassiyyah17, wilayah Parsi ditadbir oleh para gabenor yang dilantik oleh pihak pemerintah pusat. Namun pada zaman Khalifah al-Ma’mum, telah berdiri sebuah kerajaan yang agak bersifat Iran, yang di pimpin oleh keturunan cArab iaitu Kerajaan Thaheriyyah yang didirikan oleh Thaher bin Husien seorang panglima perang Banu cAbbassiyyah pada zaman Khalifah al-Ma’mun. Beliau telah diberikan kuasa penuh untuk memerintah di wilayah Khurasān tetapi masih lagi berada di bawah naungan Khalifah di Baghdad, atas jasanya kepada kerajaan Banu cAbbassiyyah.

Semenjak berdiri kerajaan Thaheriyyah ini, telah memberi satu harapan kepada penguasa-penguasa lain untuk membentuk kerajaan sendiri. Apabila kerajaan pusat Banu cAbbasiyyah mulai lemah, lahirlah kerajaan-kerajaan baru di Iran yang melepaskan diri daripada kekuasaan pusat di Baghdad. Antara kerajaan-kerajaan Islam yang berdiri di Iran ialah Kerajaan Thaheriyyah ( 205-259H / 820-872M ) di Khurasan, Kerajaan Shafariyyah ( 254-290H / 868-901M ) di Fars, Kerajaan Samāniyyah ( 261-389H / 878-930M ) di Transoxania, Kerajaan Banu Buwaihiyyah ( 320-447H / 932-1055M ) bahkan menguasai pusat pemerintahan Khalifah di Baghdad. Kerajaan Banu Saljuk ( 447-555H / 932-1160M ) yang mengantikan Kerajaan Banu Buwaihiyyah menguasai Baghdad18 . Jika dilihat,kebanyakkan pemerintah kerajaan-kerajaan ini bukanlah daripada anak tempatan melainkan dari bangsa lain terutama dari bangsa cArab dan Turki . Dalam pada itu juga, kemunculan kerajaan-kerajaan ini menunjukkan bahawa wilayah-wilayah Iran pada masa tersebut berada dalam keadaan berpisah di antara satu sama lain, kerana masing-masing berada di bawah kekuasaan kerajaan yang ada.

Namun pada abad ke 13, dunia Islam telah dikejutkan dengan penyerbuan bangsa Monggol Tartar yang di ketuai oleh Genghiz Khan ke daerah kekuasaan Islam.Ini bermula apabila Genghiz Khan, bertindak menyerang Dawlah Khawarizm di Bukhāra dan memusnahkah kota tersebut pada tahun 1220M. Gengkhiz Khan meneruskan serangannya ke Samarkānd, kemudian menakluki kota yang lain seperti Qinjī, Nisābur, Rayy, Hamazan dan Tibriz. Bermula dari saat inilah wilayah Parsi dikuasai oleh bangsa Monggol. Hulagu Khan ,cucu Genghiz Khan, telah membina kerajaannya di Parsi yang di kenali sebagai Kerajaan Ilkhan yang berpusat di Samarkānd. Bangsa Monggol menguasai Iran selama 3 abad lamanya. Di bawah pemerintahan Monggol, Iran menjadi bertambah mundur. Pada sekitar tahun 1400 M, kerajaan ini telah berpecah menjadi kerajaan-kerajaan kecil dan saling berperang sesama sendiri untuk merebut tahta dan kekuasaan di Iran. Akhirnya secara beransur-ansur pengaruh mereka semakin lemah di Iran.19

Pada tahun 1501 M, setelah sekitar 3 abad di kuasai oleh bangsa Monggol,muncul sebuah dinasti baru di Iran iaitu Dinasti Safavid. Dinasti ini merupakan salah satu kuasa besar dalam dunia Islam selain Dawlah Uthmāniyyah di Turki dan Dinasti Mughal di India. Dinasti Safavid berusaha menyatukan kembali wilayah-wilayah Iran yang berpecah belah di bawah satu kuasa pusat. Bagi bangsa Iran, Dinasti Safavid sangat berjasa besar dalam menentukan corak kebangsaan bangsa Iran dan memberi identiti baru sehingga dapat membezakan diri mereka dengan kaum Muslimin yang lain. Ini kerana dinasti ini telah menjadikan madhab Shiach Imamiyyah Ithanā Asyaraiat sebagai madhab rasmi kerajaan dan khususnya bagi bangsa Iran sendiri, sedangkan kebanyakkan dawlah Islam yang lain majoritinya bermadhab Sunni. Meskipun di Mesir pernah berdiri kerajaan Shiach, iaitu Dawlah Fatimiyyah, tetapi kerajaan tersebut tidak juga dengan tegas menentukan Shicah sebagai madhab rasmi kerajaan. Ini berlainan dengan Dinasti Safavid yang tegas menjadikan fahaman Shicah sebagai rujukan utama bagi penduduk di Iran, sehingga berjaya menjadikannya sebagai pusat Shicah yang utama.20

Dinasti Safavid memerintah Iran sehingga tentera Afghanistan menyerang dan menakluk Isfahan pada tahun 1722M. Namun pada tahun 1730M, Nadir Shah, seorang berketurunan Turki berjaya mengusir orang Afghanistan dan menjadi pemerintah Iran. Pada tahun 1747M, beliau telah di bunuh. Kemangkatannya menyebabkan berlakunya perebutan kuasa di kalangan pemimpin Iran. Pada tahun 1750M, Karim Khan, dari keturunan Kurdis daripada puak Zand berjaya memegang tampuk pemerintahan Iran dengan menubuhkan Dinasti Zand.

Selepas kemangkatan Karim Khan pada tahun 1779M, berlaku pertarungan sengit antara puak Zand dengan puak Qajar, salah satu puak Turkoman yang mendiami kawasan Laut Kaspia. Akhirnya pada tahun 1794M, Qajar berjaya mengalahkan Zand dan berjaya mendirikan kerajaan baru di Iran yang dikenali sebagai Dinasti Qajar. Di zaman inilah, Iran di bawah Dinasti Qajar menghadapi tekanan-tekanan daripada perubahan dunia baru yang berlaku yang banyak memberi kesan terhadapnya. Sejak bangkitnya Napoleon Banoparte, kelemahan Dawlah Turki Uthmāiayyah di barat Eropah. Dengan berakhirnya kuasa Mughal di India maka bertambah kuat dan teguhlah kekuasaan Inggeris di India dan kekuasaan Tsar Russia yang akhirnya menjadi ancaman umat Islam di sebelah timur terutamanya bagi Iran sendiri.

Pada tahun 1826 M, pihak Russia menyerang Iran dalam usaha meluaskan jajahannya hingga ke Teluk Parsi. Pada tahun 1828M, Iran terpaksa menandatangani Perjanjian Turkomanchai yang memberi hak kepada Russia menguasai kawasan di utara Sungai Aras,iaitu sempadan kedua negara ini. Pada tahun 1856M, Iran cuba menakluk semula bekas wilayah di barat laut Afghanistan. Tetapi pihak Inggeris terlebih dahulu menakluk Afghanistan dan mengisytiharkan perang terhadap Iran. Pada tahun 1857M, Iran dan Inggeris menandatangani perjanjian damai menamatkan sebarang tuntutan Iran ke atas kawasan Afghanistan.21

Semasa berlakunya Perang Dunia Pertama ( 1914-1918M ), Iran menjadi sebahagian medan pertempuran walaupun Iran sebuah negara berkecuali. Angkatan tentera Russia menyerang tentera Turki di Barat Laut Iran bagi mempertahankan Baku, kawasan minyak yang terdapat di Laut Kaspia. Sementara angkatan tentera Inggeris cuba mempertahankan kawasan minyak Khuzistan menghadapi serangan Khashakki, sekutu Iran. Tentera Kahashakki di pimpin loleh ajen-ajen tentera Jerman.

Pada tahun 1921M, Seyyed Zia al-Din Tabābāie wartawan politik Iran bersama-sama Reza Khan, pegawai tentera kuda Iran telah berjaya menggulingkan kerajaan Qajar. Pada tahun 1925M, Reza Khan telah dilantik sebagai raja Iran dan menukar nama keluarganya kepada Pahlevi. Reza Khan telah melaksanakan pelbagai dasar dan program bagi memodenkan Iran dan membebaskan Iran daripada sebarang cengkaman kuasa asing.Namun ketika berlaku Perang Dunia П, Reza Khan terpaksa melepaskan tahtanya apabila didesak dan ditekan oleh pihak Bersekutu kerana beliau menyokong pihak Jerman yang menjadi musuh kepada pihak Bersekutu. Tempatnya telah diganti dengan anaknya Shah Muhammad Reza Pahlevi pada tahun 1941 atas dokongan Inggeris dan Russia.22

1.7 PARSI DAN SHIAH

Dalam membicara persoalan tentang sejarah Iran, memang tidak dapat dipisahkan dengan persoalan madhab Shiach. Shiach merupakan salah satu identiti terpenting bagi masyarakat atau negara Iran. Ini kerana negara Iran sekarang ialah negara berfahaman Shiach yang utama di dunia kerana 93 peratus penduduknya bermadhab Shiach. Perlembangaan negara tersebut dengan jelas menyatakan bahawa Syaricat yang diamalkan di negara tersebut ialah berdasarkan madhab Shiach Ithānā Asyaricah atau Shiach Imam Dua Belas. Adalah menjadi persoalan bagaimanakah madhab Shiach menjadi satu elemen penting bagi negara Iran sedangkan kebanyakkan negara Islam yang lain berfahaman Ahl al-Sunnah Wa al-Jamā cah. Maka disini penulis akan membicara secara ringkas mengenai sejarah perkembangan Madhab Shiach di Iran.Ini kerana perkembangan Madhab Shiach di Iran mempunyai latar belakang sejarahnya tersendiri. Bahagian ini , penulis tidak akan membincangkan atau menyentuh persoalan akidah pegangan Shiach dan perkara berkaitan dengannya.

Shiach dari segi bahasa bererti pengikut dan sahabat-sahabat. Menurut pendapat cUlama Mutakallimin, Shiach ialah mereka yang menyokong setia Imam cAli bin Abi Thalib r.a dan keturunannya , melindungi mereka dan berpengang teguh dalam soal keagamaan dengan sandaran-sandaran dari Imam-Imam.23 Secara rumusannya Shiach ialah salah satu aliran madhad dalam Islam yang menyakini bahawa Saidina cAli bin Abi Thalib r.a dan keturunannya merupakan Imam ( pemimpin ) ummat ini selepas Rasulullah s.a.w. dan ketentuan keimamahan mereka adalah berdasarkan nas.
Jika ditinjau, sejarah kemunculan aliran Shiach ini juga bukanlah bermotifkan agama tetapi merupakan gerakan politik yang memperjuangkan keimamahan Saidina cAli bin Abi Thalib dan keturunannya. Namun aliran Shiach itu tersendiri telah berpecah kepada beberapa aliran akibat daripada perselisihan mereka sendiri dalam menetapkan siapa yang layak menganti Imam selepas wafatnya imam yang sebelumnya. Antara aliran-aliran Shiach itu ialah Kaisāniyah, Ismāciliyah, Ithānā cAsyariat, Saba’īyah, Baqiyah, Zaidiyah dan lain-lain.
Penerimaan bangsa Iran terhadap fahaman Shiach ini mula tersebar luas dalam bekas wilayah kekuasaan Dinasti Sasan apabila tiga puteri Kaisar Yezdegird Ш telah ditawan oleh Sacad bin Abi Waqqas dan di bawa ke Madinah. Pada saat ini itulah, Saidina cAli bin Abi Thalib mengaju permohonan kepada Khalifah cUmar al-Khatab supaya diberi tawaran terakhir atas tiap tawaran tertinggi terhadap tiga orang puteri tersebut. Akhirnya tiga puteri tersebut telah dibeli dan dimerdekakan oleh Saidina cAli bin Abi Thalib. Salah seorang dari puteri itu telah dikahwinkan dengan anaknya Saydina Husien. Hasil daripada perkahwinan ini telah melahirkan seorang putera, cAli Zainul cAbidin yang di gelar “ As-Sajjad ” . Melihat keadaan ini, maka bangsa Iran merasakan harga diri bangsa mereka kembali diangkat kerana pada diri cAli Zainul cAbidin itu terpadu dua keturunan yang mulia bagi bangsa Parsi iaitu keturunan Raja Iran dan darah keturunan nabi.

Pada zaman pemerintahan Banu Umayyah, menyaksikan meningkatnya sokongan terhadap aliran Shiah cAli di kalangan masyarakat Islam. Antara faktor perkembangan ini ialah kerana tindakan kekerasan yang dilaksanakan oleh golongan pemerintah terhadap kaum keluarga cAli bin Abi Thalib seperti menghina Saidina cAli di dalam khutbah Jumacat. Namun satu peristiwa yang paling mengemparkan ialah pembunuhan Saidina Husien bin cAli di medan Karbala. Ini menyebabakan perasaan simpati dan perasaan hormat kepada keturunan cAli semakin membara dikalangan masyarakat Islam terutamanya dikawasan Iraq dan Parsi. Dua kawasan ini menjadi tempat kegiatan Shiach kerana Saidina cAli telah menjadikan Kufah sebagai pusat pemerintahan khalifah di zamannya.Sejak dari itu lagi mereka menyokong kuat Saidina Ali dan tidak tertarik dengan kepimpinan Muācwiyah.25 Penduduk di kawasan Iraq dan Parsi juga berasa bersalah di atas tindakan mereka menjemput Saidina Husien ke Iraq dan tidak turut serta membantu Saidina Husien ketika beliau berhadapan dengan tentera pemerintah sehingga berlakunya pembunuhan ngeri terhadap beliau.

Namun pertapakan kukuh Shiach di bumi Iran bermula pada abad ke-15M apabila berdirinya kerajaan Safavid pada tahun 1501. Pembentukkan kerajaan ini di dorong oleh semangat madhab shiach yang tebal. Shah Ismāil l pemerintah pertama kerajaan ini dengan rasmi mengumumkan bahawa madhab shiach Ithānā cAsyariat sebagai madhab rasmi kerajaan. Beliau cuba membentuk identiti baru bagi penduduk Iran,dengan kata lain beliau ingin menerapkan fahaman ,budaya dan cara hidup shiach di dalam diri penduduk Iran yang mana akhirnya akan menjadi identiti mereka daripada bangsa lain.
Antara faktor yang mendorong pemerintah Safavid terutamanya Shah Ismāil l menjadikan madhab shiach Ithānā cAsyariat sebagai madhab rasmi kerajaan ialah

i. Beliau memerlukan satu kuasa pemankin yang dinamik untuk meneguhkan kekuasaannya dan mengembangkan dinastinya keseluruh jajahan Iran. Shicah adalah jawapannya, kerana ia merupakan satu fahaman yang mempunyai keyakinan terhadap wujudnya wakil imam yang wajib di ikuti. Maka beliau sebagai pemerintah boleh mengambil faedah daripadanya.

ii. Oleh kerana jajahan Iran sebelum ini berada di bawah kekuasaan kerajaan madhab Sunni. Maka Shah Ismāil merasakan perlu satu madhab yang memberikan idealogi nasional yang baru kepada rakyat Iran untuk menghadapi dengan identiti negara lain yang berfahaman Sunni.

Untuk menjayakan programnya, Shah Ismāil l telah berusaha menghapuskan apa jua yang menyumbang kepada pertumbuhan sosial-budaya puak sunni. Beliau telah menghapuskan sumber ekonomi culama Sunni dan bertindak keras terhadap mereka. Beliau juga telah mendatangkan culama-culama Shiach yang kuat berpegang tradisi Shiach seperti dari Iraq, Bahrein dan terutamanya dari Jabal cAmil Libenon.

Shah Abbas (996-1038H/1588-1629M ) pemerintah ke-5 Dinasti Safavid lebih ekstrem mengembangkan Madhab Shiach dengan memperluaskan lagi kedatangan ulama-ulama Shiach ke Iran,menberi jawatan-jawatan penting kepada para ulama Shiach terutama dalam bidang pendidikan dan ekonomi yang mana sebelum ini dikuasai oleh golongan sunni , mendirikan lembaga pendidikan Shiach, dan memperbanyakkan sekolah berasaskan teologi Shiach. Hasil daripada ini banyak ulama-ulama sunni yang melarikan diri keluar dari Iran ke daerah lain yang berfahaman sunni.

Perkembangan ini disokong sepunuhnya oleh para ulama Shiach kepada pemerintah Safavid dan mengiktirafkan mereka sebagai wakil khusus Imam ghaib. Shaykh cAli Karāki telah memperkenalkan satu rangka kerja agama yang bertujuan untuk mengesahkan prinsip dan corak pemerintahan Shah Ismāil l. Al-Karāki telah memperkenalkan teori wakil umum Imam, yang merujuk kepada ulama Shiach yang mengendalikan kelas-kelas dan upacara keagamaan dan teori wakil khusus Imam yang secara khususnya kepada pemerintah Safavid. Teori ini telah menjadikan kedudukan para pemerintah Safavid kuat dan kukuh bagi penganut Shiach.28 Ketaatan kepada pemerintah adalah wajib bagi penganut Shiach,kerana para pemerintah adalah wakil Imam ghaib dan menderhakai mereka samalah menderhakai Imam ghaib.

Namun terdapat pendapat yang menyatakan bahawa penerimaan bangsa Iran terhadap fahaman Shicah adalah kerana berlatar belakangkan kepercayaan Iran kuno. Ini kerana bangsa Iran kuno percaya bahawa raja dan golongan agama adalah suci dan wakil Tuhan. Hanya dari golongan ini sahaja yang di bolehkan menduduki kerusi pemerintahan.Selepas mereka menerima Islam, kepercayaan ini masih lagi melekat begitu mendalam dalam diri mereka. Mereka melihat Nabi dan keturunannya adalah manusia suci. Hanya dari keturunan nabi sahaja yang layak menjadi pemimpin manusia.Oleh kerana itu,melihat ajaran Shicah bersamaan dengan fahaman dan kepercayaan lama mereka, maka dengan mudah mereka menerima ajaran Shicah ini.29 Namun perkara ini banyak dibantah oleh kaum culama Shicah sendiri seperti Ayatullah Murtadha Mutahhari.

**Menurut Ayatullah Murtadha Mutahhari, penerimaan bangsa Iran terhadap fahaman shicah adalah berdasarkan ajaran Islam itu sendiri. Ini kerana sumber ajaran Islam itu datang dari Ahlul Bayt Nabi. Ahlul Bayt nabi adalah pusat seluruh ajaran Islam dan sumber keadilan, terutama bagi bangsa bukan cArab. Kewajipan mengikut Ahlul Bayt bukanlah berdasarkan hal kepercayaan kuno bangsa Iran. Bahkan kerana ajaran Islam itu sendiri. Ini kerana telah terdapat ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang menunjukkan keistemewaan Ahlul Bayt dan kewajipan mengikuti mereka dalam persoalan agama dan kehidupan. ( Rujuk Mahmood T. Davari, 2005, hlm 59. )


1.8 KESIMPULAN

Sejarah telah menunjukkan bahawa Iran atau Parsi telah memainkan peranan penting dalam membentuk ketamadunan manusia. Ini kerana Iran merupakan salah satu tamadun terawal yang di bina oleh manusia. Walaupun tidak diketahui siapakah sebenar pribumi asal Iran namun sejarah teleh menunjukkan bahawa peradaban awal Iran ini telah di bina oleh bangsa Aryan yang datang menetap di wilayah-wilayah tertentu di Iran dan akhirnya menguasai seluruh wilayah Iran. Keistemewaan Iran dari segi kedudukan geopolitik yang strategik, demografi yang elok, tanah yang subur dan iklim yang berbagai yang memberikan pelbagai keistemewaan telah menyebabkan Iran sering kali menjadi sasaran para penakluk sama ada dari barat mahupun dari timur sendiri. Antara tamadun-tamadun awal Iran yang masyhur ialah tamadun Archaemenid , Parthia dan Sasanid.
Kedatangan pengaruh Islam yang akhirnya menguasai seluruh wilayah Iran merupakan satu peristiwa yang amat penting dalam sejarah Iran . Ini kerana kedatangan Islam telah mengubah identiti bangsa Iran itu sendiri sama ada dari segi kepercayaan agama, budaya dan politik. Semenjak menjadi salah satu wilayah kekuasaan Islam, Iran telah banyak mencorak sejarah ketamadunan Islam dan dunia umumnya. Ini kerana banyak dinasti-dinasti Islam yang muncul di Iran telah memainkan peranan penting dalam sejarah Islam.Kemunculan Iran sebagai negara yang mengamalkan madhab Shicah telah menjadikan Iran satu identiti yang menarik yang membezakannya dengan negara-negara Islam yang lain.


BAB П

IRAN SEBELUM REVOLUSI


2.1 IRAN SEMASA PEMERINTAHAN DINASTI PAHLEVI



Pada tanggal 17 Desember 1941,Muhammad Reza dinobatkan sebagai Shah ( Raja ) Iran kedua bagi Dinasti Pahlevi dengan gelaran “ His Imperial Majesty, Muhammad Reza Shah Pahlevi, Shah Of Shahs, Light Of The Aryan ( Shahanshah Aryamehr )”, ertinya Yang Dipertuan Seri Maharaja Baginda Muhammad Reza Shah Pahlevi Raja Di Raja Cahaya Orang-orang Aryan.

Pertabalan Muhammad Reza Pahlevi sebagai Shah Iran baru dalam usia 20 tahun merupakan hasil dukungan penuh daripada pihak bersekutu terutama dari pihak Inggeris dan Rusia. Ini dapat dibuktikan apa yang berlaku terhadap ayahanda Muhammad Reza , Reza Khan, yang telah diturunkan tahtanya sebagai Shah Iran pada tahun 1941 hasil tekanan dan ancaman daripada pihak bersekutu.Ini bermula daripada hubungan baik dan sokongan Reza Khan terhadap pihak Nazi German dalam Perang Dunia . Perkara ini telah mengundang kemarahan daripada pihak bersekutu yang menjadi lawan pihak Nazi German. Pihak bersekutu berasa kedudukan mereka di Timur Tengah tergugat dan terancam dengan hubungan ini. Pihak Inggeris dan Rusia telah meminta Iran mengusir orang-orang German yang berada di negaranya , namun hal ini ditolak oleh Iran. Pada tanggal 25 Ogos 1941, pasukan Inggeris dan Rusia memasuki Iran dengan cara paksa dan berhasil mendudukinya. Akibatnya Reza Khan dipaksa turun dari tahtanya dan digantikan dengan anaknya Muhammad Reza Shah sebagai Shah Iran yang baru yang terkenal sebagai pro-sekutu.31 Dengan perlantikan Muhammad Reza Pahlevi sebagai Shah Iran yang baru dan tidak berpengalaman dalam urusan pentadbiran pemerintahan mendorong Iran secara tidak langsung berada di bawah kendali dua kuasa besar tersebut.

Dalam sesebuah pemerintahan negara tiga teras utama yang menjadi tulang belakang iaitu politik, ekonomi dan sosial budaya. Ketiga teras ini saling berkaitan antara satu sama lain. Menyalahgunakan atau melakukan ketidakadilan antara satu teras tersebut akan menyebabkan timbulnya permasalahan di dua teras yang lain.Oleh sebab itulah seorang pemerintah akan bertindak berhati-hati apabila timbulnya permasalahan yang berkaitan dengan salah satu teras ini. Maka bahagian ini akan menbincangkan mengenai perkembangan politik, ekonomi dan sosial budaya pada zaman pemerintahan Muhammad Reza Shah dan melihat permasalahan-permasalahan yang timbul daripada perkembangan ini yang akhirnya timbul penentangan rakyat terhadap pemerintahannya.

2.2 POLITIK

Muhammad Reza menaiki tahta sebagai Shah Iran ke-2 bagi Dinasti Pahlevi pada tahun 1941 selepas perlepasan tahta oleh ayahnya, Reza Khan. Namun pertukaran pemerintahan tidak bermakna bertukarnya cara atau status quo pemerintahan di Iran, ini kerana Shah Muhammad Reza telah mengikut jejak langkah pemerintahan ayahandanya dalam mengurus soal pemerintahan namun lebih lebih berpengaruh lagi dengan menguasai seluruh sistem politik negara Pada asasnya Muhammad Reza Shah menunjukkan dua persamaan dari segi pemerintahan dengan zaman ayahandanya, iaitu bersifat nasionalisme dan memodernisasikan Iran mengikut acuan Barat. Dalam bahagian ini, gaya kepimpinan politik Shah Muhammad Reza dapat di bahagikan kepada dua iaitu kepimpinan polisi politik dalaman dan pengaruh kuasa dari politik luar.


2.2.1 POLITIK KEPIMPINAN SHAH MUHAMMAD REZA

Terdapat dua jalan yang dilaksanakan oleh Muhammad Reza Shah dalam mengukuhkan pemerintahannya. Pertama melalui jalan pewarisan tahta yang dipusakainya dan kedua dengan menjadikan Iran sebagai rakan sekutu kuasa dunia iaitu Amerika Syarikat. Dalam bahagian penguasaan melalui jalan pewarisan tahta mempunyai tiga faktor yang saling berkait rapat, pertama dapat menggunakan kekuasaan politik dengan bebas. Kedua menguasai dan mengawal dalam bidang pengagihan kuasa di peringkat pusat dan berkuasa melantik para jemaah menteri dan ketiga paksaan melalui kuasa ketenteraan dan agen perisikan terhadap golongan yang menentang. Semua ini dapat dilihat dalam kepimpinan politik Muhammad Reza Shah Pehlevi. Beliau mengawal semua peranan Majlis, Kabinet, ketenteraan,parti-parti pembangkang Demi memelihara kekuasaannya, Shah Muhammad Reza telah menubuhkan Polis Rahsia Diraja atau di kenali sebagai SAVAK. Polis rahsia ini bertanggungjawab untuk menghadapi dan membenteras para pembangkang dan penentang kerajaan. 32

Shah Muhammad Reza telah memusatkan kekuasaan politik hanya tertumpu pada lingkungan politik istana semata walaupun tertubuhnya Majlis Senat dan Kabinet Iran. Oleh sebab itu pada zamannya kedua sistem badan ini menjadi kaku. Kabinet dan Majlis tidak diberi kuasa untuk menggubal atau meminda undang-undang. Setiap idea atau dasar perundangan yang di keluarkan oleh kedua badan ini jika tidak seiring dengan idea dan kepentingan politik istana maka akan dihapuskan.Pada bulan Mei 1961, Shah Muhammad Reza telah membubarkan Majlis dan Senat dan menguatkuasakan program pembaharuannya yang dikenali sebagai Revolusi Putih.

Revolusi ini kemudiannya di kenali sebagai “Revolusi Shah dan Rakyat”. Secara umumnya revolusi ini mencamtum aspek utama iaitu politik , ekonomi dan sosial. Revolusi Putih ini merupakan salah satu pemikiran politik Shah Muhammad Reza untuk mengawal semua program pembangunan ekonomi dan sosial budaya Iran di bawah satu kuasa pusat. Perlaksanaan revolusi ini didokong sendiri oleh kekuasaan politiknya dan undang-undang negara. Revolusi ini secara garis besarnya bertujuan untuk mengubah dan memodenkan cara hidup rakyat Iran melalui pembaharuan ekonomi dan sosial. Shah Muhammad Reza cuba mengadunkan prinsip-prinsip demokrasi barat dengan tradisional Iran. Oleh kerana itulah, beliau berpendapat proses demokrasi dan pembaratan rakyat Iran sebenarnya tidak lari daripada konteks fahaman bangsa Iran itu sendiri.33 Revolusi ini mencakupi beberapa prinsip utama mengenai pemerintahan yang mana ianya menjadi tumpuan atau matlamat utama bagi semua jentera atau kakitangan pemerintah. Revolusi ini meliputi enam hal iaitu (1)land reform (2) memiliknegarakan hutan dan padang rumput ( 3) penjualan umum keluaran negara untuk membiayai land reform ( 4 ) pembahagian keuntungan saksama antara pemilik dan perkerja dalam bidang perindustrian ( 5 ) mereformasikan atau memperbaharui undang-undang pilihan raya iaitu memberi hak mengundi kepada kaum wanita ( 6 ) membentuk satu badan organisasi untuk membenteras buta huruf. Daripada enam prinsip ini di tambah lagi dalam program revolusi ini iaitu ( 7 ) membangunkan pusat-pusat kesihatan ( 8 ) membangunkan sistem pembangunan pembandaran negara ( 9 ) membina pusat atau rumah keadilan Khanehha-ye ensaf ( House Of Equity ) di setiap kampung ( 10 ) miliknegarakan sumber air untuk sistem pengaliran dan industri (11) menghapuskan kawasan miskin tegar dan pemulihan serta pemeliharan alam sekitar dan menambahbaikan taraf kehidupan rakyat (12) penyusunan semula semua organisasi pentadbiran kerajaan, sistem pendidikan, pengagihan sistem pentadbiran .34

Shah juga berhasil melemahkan peranan Parlemen, ini dapat dilihat bagaimana setiap pemilihan ahli anggota Parlemen mendapat pengawasan yang ketat daripada pihak pemerintah.. Keadaan ini dilihat kewujudan Majlis, Senat dan Parlemen hanyalah berfungsi sebagai pelengkap demokrasi sahaja. Ini kerana kebanyakkan ahli anggota Parlemen yang dilantik mempunyai hubungan baik dengan Shah dan para pendukung Shah. Begitu juga dengan Parti Politik yang diwujudkan hanyalah sekadar mengkaburi mata rakyat. Ini kerana hanya parti politik buatan pemerintah sahaja yang diakui rasmi oleh pihak Istana Shah.

Sejak tahun 1957 di Iran hanya ada dua kompenan parti politik iaitu Hezb-e-Melliyun ( Parti Kebangsaan ) dan Hezb-e- Mardom ( Parti Rakyat ) Parti Melliyun berperanan sebagai parti Kerajaan yang ditentang oleh parti Mardom sebagai parti pembangkang. Bagi para penentang Shah, kedua kompenan parti ini hanyalah merupakan parti buatan pihak pemerintah., ini kerana sudah diketahui umum ketua kedua parti ini iaitu Asadollah cAlam bagi parti Melliyun dan Manucher Eqbal bagi parti Mardom merupakan sahabat baik kepada Shah, tambahan pula semua anggota calon kedua parti tersebut harus mendapat pengesahan dan persetujuan dari pihak Savak. Sedangkan Savak berada di bawah kawalan pihak pemerintah keseluruhannya. Ini menunjukkan kewujudan kedua parti politik ini hanyalah helah daripada pihak pemerintah untuk menarik perhatian rakyat semata-mata. Namun akhirnya kedua parti ini telah bubarkan oleh Shah Muhammad Reza kerana merasakan kekuasaannya tergugat dan tidak selamat apabila meningkatnya sokongan rakyat terhadap kedua kompenan parti politik tersebut. Tambahan lagi Asadollah dan Eqbal dikatakan bersubahat dan berkerjasama dalam mempertingkatkan pengaruh mereka di kalangan rakyat Iran. Pada Mac 1975, Shah Muhammad Reza berasa perlu membentuk satu sahaja parti politik yang berperanan di Iran. Dasar ini telah mendapat kritikan daripada pihak penyokong demokrasi di Barat dan para pemikir bebas.35

Dalam membentuk satu parti sahaja yang berperanan di Iran, Parti Rastakhiz telah dibentuk pada tahun 1977. Shah Muhammad Reza telah melantik Encik Amaouzegar sebagai Setiausaha Agung Parti Rastakhiz. Parti ini telah berusaha menarik sokongan masyarakat, hasilnya bilangan penyokong parti ini telah meningkat tahun demi tahun. Melalui sistem satu parti, Shah Muhammad Reza berusaha mengawal segala tindak tanduk rakyat Iran sesuai dengan kemahuannya. Shah Muhammad Reza telah mengeluarkan larangan supaya rakyat Iran tidak mengikuti dan memberi sokongan terhadap parti-parti politik lain atau membentuk parti politik yang baru. Bagi beliau tindakkan ini adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap negara. Namun sistem ini akhirnya menemui kegagalan, ini kerana sistem ini tidak sesuai digunakan dalam sistem politik demokrasi yang asal. Hasil daripada tindakan ini akhirnya munculnya gerakan-gerakan politik bawah tanah seperti serpihan daripada Parti Tudeh, Nasional Front,Gerakan Revolusi Islam dan Gerakan Pembebasan Iran36

Dalam itu juga Shah telah memperkuatkan sistem pertahanan dan keamanan ( Hankam ). Anggaran yang di sediakan untuk memodenisasikan sektor Hankam ini memakan perbelanjaan hampir 24 peratus daripada hasil ekonomi negara. Kebanyakkan peralatan ketenteraan dan keamanan ini diperolehi daripada pihak Amerika Syarikat iaitu sebanyak 70 peratus. Tujuan Hankam ini ialah untuk menjamin keselamatan pelayaran tanker minyak di Teluk Parsi dan untuk menghadapi sebarang kemungkinan di sebelah sempadan negara akibat daripada Perang Arab-Isreal dan Perang India-Pakistan. Di dalam negeri, pembangunan sistem Hankam ini bertujuan untuk menghadapi kaum pemberontak dan pemisah di wilayah Azerbaijan, Baluchistan dan Kurdistan. Pembangunan sistem Hamkam ini juga untuk menghadapi musuh-musuh politik yang menentang kekuasaan monarki. Jadi secara garis besarnya, angkatan bersenjata Iran mempunyai dua peranan sekaligus iaitu sebagai penjaga kedaulatan negara dan sebagai penjaga keamanan bagi kekuasaan Shah.

Dalam pada itu juga, Shah Muhammad Reza memiliki pasukan khusus pengawai kerajaan ( The Imperial Guard ) dan polis rahsia Savak ( Sazman e Etelaat Va Amniyat Keshvar atau Organisasi Informasi dan Keamanan Wilayah ) yang sangat di takuti oleh rakyat. The Imperial Guard merupakan pasukan elit yang mempunyai tugas khusus menjaga keselamatan dan keamanan Shah di mana sahaja beliau berada. Di dalamnya terdapat kumpulan berani mati ( Djavidan ), pasukan gerak khas dan pasukan yang khusus menjaga ibukota Tehran. Manakala Savak yang di bentuk pada 1957, merupakan pasukan polis rahsia yang bertugas menidakkan lawan-lawan politik Shah. Pasukan Savak sangat di takuti oleh para penentang Shah dan rakyat kerana tindakannya yang seringkali di luar batas perikemanusiaan.37

2.2.2 PENGARUH POLITIK LUAR

Dalam memperkukuhkan kekuatan politik, Shah Muhammad Reza telah menjadikan Iran sebagai sekutu rapat kepada Amerika Syarikat. Memang tidak dapat dinafikan, Shah Muhammad Reza Pahlevi menaiki tahta sebagai Shah Iran adalah hasil daripada sokongan penuh daripada kuasa politik luar iaitu Inggeris dan Russia. Namun setelah tamatnya Perang Dunia П, Amerika Syarikat telah berjaya menyingkirkan pengaruh Inggeris dan Russia di Iran. Tambahan lagi, Shah Muhammad Reza berusaha menyikirkan pengaruh Russia dari Iran. Bagi Amerika Syarikat, Uni Soviet Russia merupakan penghalang utama bagi mereka untuk menyebar luaskan pengaruh mereka di Timur Tengah Oleh kerana itu tindakan Shah Muhammahd Reza ini dilihat bertepatan dengan kehendak politik luar Amerika Syarikat. Terdapat lapan priseden Amerika Syarikat terdahulu termasuk Jimmy Carter yang mendukung sepenuhnya kepimpinan Dinasti Pahlevi di Iran.Ini boleh dilihat kepada pujian Jimmy Carter terhadap Shah Muhammad Reza dengan mengatakan:

“ Iran Under the great leadearship of the Shah is an island of stability in one of the more troubled areas of the world”38

Hubungan Iran dengan Amerika Syarikat di perkuatkan lagi dalam bentuk bantuan ketenteraan dan ekonomi dengan menggunakan doktrin atau idealogi Eisenhower. Doktrin Eisenhower adalah salah satu idealogi politik luar Amerika Syarikat. Idealogi ini bermaksud memberikan bantuan terhadap negara-negara yang mencari bantuan untuk mempertahankan intergreti dan kemerdekaan mereka daripada pengaruh Komunis dan gerakan pemberontak dalaman terutamanya bagi negara-negara yang pro Amerika Syarikat. Doktrin ini dipergunakan oleh Amerika Syarikat untuk menguasai sesuatu wilayah itu untuk bertindak balas atau melawan pengaruh komunis dan sebagai tempat penempatan ketenteraannya di wilayah tersebut dalam usaha menghadapi negara-negara yang bermusuhan dengan mereka.

Bagi Amerika Syarikat, Iran merupakan wilayah yang strategik untuk di jadikan sebagai Buffer State dalam menghadapi ancaman Uni Soviet Komunis di kawasan Asia Tengah. Ini kerana kedudukannya yang bersempadan dengan Russia. Oleh kerana itu, Amerika Syarikat memberi bantuan ekonomi dan ketenteraan yang sangat besar kepada Iran, dengan harapan agar Iran tidak jatuh ke dalam kekuasaan Komunis Uni Soviet. Pada tahun 1957, Amerika Syarikat telah membantu Iran dalam membentuk satu pasukan tentera elit dan polis rahsia yang di beri nama SAVAK. Pasukan Savak ini mendapat latihan dan peralatan ketenteraan sepenuhnya daripada pihak Amerika Syarikat. Hasilnya Iran telah menyatu ke dalam sistem ketenteraan dan politik Amerika Syarikat. Shah Muhammad Reza menganggap hal ini akan dapat membantu memperkuatkan posisi politiknya dan akan menjadikannya sebagai penguasa yang kuat di wilayah Timur Tengah. Di samping itu, perhubungan erat Iran dan Amerika Syarikat telah menyebabkan pihak Amerika Syarikat dapat ikut campur tangan dalam program pembangunan di Iran sehingga semua bidang kehidupan di Iran ketika itu menjadi terpengaruh dengan hegemoni Amerika Syarikat. Dalam pada itu juga Iran merupakan negara Islam kedua selepas Turki yang mengakui kewujudan negara Yahudi di Palestin39.


2.3 EKONOMI IRAN DI ZAMAN SHAH MUHAMMAD REZA

Pada dasarnya, ekonomi Iran terbahagi kepada tiga sektor utama iaitu sektor kerajaan, sektor koperasi dan sektor swasta. Sektor kerajaan adalah meliputi industri-industri berat, perdagangan antarabangsa, perlombongan, perbankan dan insuran, rangkaian pengairan luas, komunikasi, pengangkutan awam dan lain-lain lagi.Sektor koperasi pula meliputi kerjasama-kerjasama syarikat-syarikat dan perusahaan-perusahaan swasta yang ingin mengembangkan operasi mereka di kawasan bandar dan luar bandar. Manakala sektor yang terakhir ialah sektor swasta yang mana operasi mereka ialah pembinaan, pertanian, industri kecil, perdagangan dan pengkhidmatan. Operasi-operasi ini bertindak sebagai penyokong sektor kerajaan dan koperasi.

Pada zaman pemerintahan Shah Muhammad Reza Pahlevi, industri merupakan projek utama dalam pembangunan ekonomi GNP Iran. Dalam sektor ini terdapat tiga bidang industri yang menonjol iaitu industri mobil, industri eloktronik dan industri peralatan perabut rumah. Modal pembangunan sektor industri ini sepenuhnya dibiayai dari hasil perjualan minyak. Dalam pada itu juga, untuk menampung pembiayaan selebihnya, beliau telah membuka seluasnya untuk pelabur-pelabur asing untuk melabur dan menanam modal di Iran.

Ekonomi Iran berkembang pesat semasa tahun 1960 dan 1970. Shah Muhammad Reza telah menggunakan sebahagian daripada hasil petroleum bagi membiayai rancangan-rancangan perdagangan dan perindustrian baru. Antara tahun 1962 hingga 1977, Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK ) Iran bertambah beberapa kali ganda. Terdapat tujuh sektor KDNK Iran yang membantu peningkatan ekonomi di Iran iaitu Sektor Perkhidmatan menyumbang sebanyak 46 peratus , perlombongan sebanyak 25 peratus, perindustrian sebanyak 17 peratus, pertanian 12 peratus , insdustri perikanan dan perdagangan eksport terutama minyak sebanyak 95 peratus serta pengangkutan dan komunikasi.


Termasuk dalam perusahaan pertanian ialah pertenakkan, perhutanan, perikanan dan pemburuan. Perusahaan industri juga ialah perkilangan,perlombongan, pembinaan bagunan, air dan elektrik. Manakala bagi perusahaan perkhidmatan ialah sistem pengangkutan, perhubungan, perbankan, insuran, perniagaan, perdagagan, rumah sewa, perusahaan peribadi dan perkhidmatan awam. Pendapatan bersih luar negeri termasuklah hasil perusahaan industri kecil rakyat Iran dan perjualan eksport minyak. Pusat-pusat industri terletak dipelbagai kota besar seperti Abadan, Tehran, Isfahan, Tabriz, Arak, Rezaih dan Sar Chesmeh. Kemajuan yang pesat dalam bidang industri memberikan keuntungan yang besar dalam meningkatkan ekonomi Iran.

Pembangunan sektor industri Iran ini direncanakan oleh satu badan organisasi perencanaan pembangunan nasional Iran yang di bentuk pada tahun 1949. Pembangunan tersebut di laksanakan secara dua tahap. Tahap pertama, untuk menjadikan Iran sebagai negara yang berdiri sendiri dalam bidang perindustrian tanpa bergantung dengan keperluan barang-barang industri dari luar. Cara ini dilaksanakan dengan memaju dan mengembangkan sektor-sektor ekonomi dalam negeri,khususnya dalam sektor produksi minyak sebagai sumber modal perindustrian Iran . Namun, strategi pembangunan ini gagal kerana pelaksanaan pembangunan tersebut dilaksanakan secara setengah-setengah, sehingga dapat di simpulkan bahawa pergantungan kepada sektor ekonomi dalam negari tidak mampu mencipta kemajuan industri yang di harapkan secara menyeluruh.41

Pada tahap kedua, dilakukan dengan mengembangkan hasil-hasil petrokimia untuk dieksport ke luar negeri. . Ini kerana Iran merupakan negara pengeluar minyak kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi.42 Sebenarnya penerokaan minyak di Iran telah dimulai semenjak zaman pemerintahan Shah Muzaffarudin, Dinasti Qajar apabila baginda telah menandatangani perjanjian penyerahan ( a concession agreement ) dengan jutawan British, William Knox D’Arcy untuk tujuan penerokaan minyak di kawasan pergunungan Zagros di kawasan Barat Iran pada awal 1901.Pada tahun 1908, proses penggerudian minyak di mulakan pergunungan Zagros dan berhasil menemui telaga minyak yang banyak. Hasilnya lahirlah syarikat perkongsian antara Iran dengan Brtish yang di beri nama Anglo-Persian Oil Company ( AIOC ) pada tahun 190943. Dari itu, minyak menjadi sumber utama pendapatan ekonomi Iran, ini dapat dilihat bahawa minyak Iran menyumbangkan 10% kepada seluruh dunia.

Jumlah produksi yang sangat besar ini menunjukkan kandungan minyak di Iran sangat besar sehingga menjadi kekayaan dan kebanggan tersendiri bagi seluruh Iran. Oleh itu pihak kerajaan menumpukan sepenuhnya dalam perindustrian minyak ,ini dapat dilihat dari produksi minyak yang mencapai sekitar 6 juta barrel setiap hari. Pada tahun 1973, Iran dan Arab Saudi telah memimpin Organisasi Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) dalam menaikan harga minyak mentah. Tindakan ini telah memberi pendapatan yang jauh lebih besar untuk membangunkan ekonominya. Peningkatan hasil minyak ini juga telah meningkatkan keuntungan bagi negara yang memegang peranan penting dalam pembangunan ekonomi Iran secara keseluruhan terutama dalam industri minyak seperti Inggeris dan Amerika Syarikat. Dalam pada itu juga pemerintah Iran mengadakan kerjasama dengan negara-negara barat mahupun timur dalam memajukan sektor perindustrian ini. Di antara negara-negara tersebut adalah negara-negara Eropah Barat seperti Amerika Syarikat, Uni Soviet, Cekoslowakia dan Rumania. Selepas penubuhan gabungan kerjasama antara syarikat-syarikat tempatan dengan syarikat-syarikat asing ini, hasil eksport minyak negara telah meningkat daripada 66.7 peratus pada tahun 1959-1960 kepada jumlah 80 peratus lewat tahun 1970-an . Kenaikan hasil minyak ini telah menyumbang kepada naiknya bajet kerajaan iaitu 50 peratus pada 1972 hingga1973 kepada 83 peratus pada tahun 1975 hingga 1976 .44

Perlaksanaan Revolusi Putih yang dilancarkan oleh Shah Iran pada tahun 1963 juga memberi dampak yang sangat besar dalam proses ekonomi Iran. Kebanyakkan program revolusi ini berkaitan dengan pembaharuan ekonomi di Iran seperti program Land Reform, pembahagian dan pengagihan keuntungan antara pemilik dan pekerja dalam sektor-sektor industri dan memiliknegarakan hutan dan padang rumput. Melihat daripada program revolusi ini, Shah Muhammad Reza cuba memperbaharui atau meningkat sektor pertanian dan perindustrian. Dalam melaksanakan program Land Reform ini, Shah Muhammad Reza telah melaksanakannya secara perlahan dan berperingkat-peringkat. Ini kerana ia tahu bahawa jika dilaksanakan secara mendadak akan mengakibatkan berlakunya penentangan terhadap beliau sepertimana berlaku pemberontakan pimpinan Muhammad Mossadeq sehingga menyebabkan beliau terpaksa lari keluar dari Iran. Terdapat tiga langkah dalam program ini:

1. Langkah Pertama : Kerajaan bertindak membeli kesemua tanah di 16,000 kampung ( 19.5 peratus tanah yang sesuai untuk pertanian ) daripada tuan tanah. Kemudian menyerah tanah secara sama rata kepada 743,406 keluarga petani. Kerajaan bertindak menghadkan hanya seorang sahaja tuan tanah untuk satu kampung.
2. Langkah Kedua : Bermula pada 1965, kerajaan menawarkan lima syarat untuk tuan tanah iaitu
i. Sewa
ii. Menjual kepada para petani
iii. Pembahagian tanah ini hendaklah dikongsi hasil keuntungan bersama
iv. Menubuhkan syarikat kerjasama dalam meningkatkan hasil pertanian
v. Menjual hak-hak petani daripada tuan tanah

3. Langkah Ketiga : Pembaharuan ini dilancarkan pada tahun 1966, langkah ini dilakukan secara rasmi oleh kerajaan bertujuan untuk memperluaskan dan memperbanyakkan produk pertanian selaras dengan keperluan pembangunan industri, kenaikan output perkapita dan kenaikan taraf sara hidup serta keperluan para petani. Pembaharuan ini juga dijalankan untuk membaiki perjalanan perjualan di pasaran-pasaran untuk menstabilkan kawalan harga makanan yang melonjak akibat daripada hasil keluaran produk makanan dalam negeri yang semakin menurun.45

Adapun juga, salah satu ciri penting ekonomi Iran dari tahun 1950 hingga kejatuhan Shah Muhammad Reza ialah pembinaan perhubungan dan kerjasama antara syarikat-syarikat milik Iran dengan syarikat-syarikat negara asing. Sebelum tahun 1950-an syarikat-syarikat asing kebanyakkannya hanya melabur dalam perindustrian minyak sahaja, namun setelah tahun 1953 syarikat-syarikat ini mula bergerak dalam pelbagai sumber industri yang terdapat di Iran terutama dalam perindustrian menyediakan peralatan-peralatan infrastruktur dan barang-barang market. Dari tahun 1960 terdapat 90 syarikat luar yang telah melabur modal di Iran. Pada tahun 1974 jumlahnya semakin meningkat sebanyak 183 syarikat. Walaubagaimanapun, jumlah pelaburan yang dikeluarkan oleh syarikat asing adalah sedikit berbanding jumlah keseluruhan pelaburan yang terdapat di Iran. Tahun 1973-1978 telah menunjukkan jumlah pelaburan asing sebanyak $ 2.8 juta, pelaburan syarikat milik negara sebanyak $ 46.2 juta dan syarikat tempatan sebanyak 23.4 juta.

2.4 PEMBANGUNAN SOSIAL DI ZAMAN SHAH MUHAMMAD REZA

Sturuktur sosial masyarakat Iran pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20 dapat di bahagikan kepada lima kelas masyarakat iaitu ( a ) pihak pemerintah iaitu keluarga Diraja, pihak berkuasa negara seperti menteri dan golongan agama yang mempunyai peranan dalam perundangan negara dan tuan tanah, ( b ) golongan pedagang atau lebih dikenali di Iran sebagai Bazaar dan golongan agama kelas rendah ( c ) golongan kelas menengah yang menjalankan perdagangan dan perniagaan kecil-kecilan seperti peniaga runcit dan perusahaan kraftangan ( d ) para pekerja bawahan seperti orang gaji, petukang, hamba dan pekarja pembainaan. ( e ) masyarakat yang tinggal jauh di pendalaman yang secara langsungnya jauh berbeza dari penghidupan dengan kelas-kelas masyarakat di atasnya. 46

Dalam pemerintahan Shah Muhammad Reza , proses modenisasi dari segi taraf kehidupan dan sosial budaya di pertingkatkan. Shah Muhammad Reza berusaha menjadikan Iran sebagai sebuah negera yang maju setanding dengan negara-negara maju yang terdapat di barat. Beliau berpendapat dengan menjalankan dasar pembangunan mengikut acuan barat sahaja mampu menjadikan Iran sebagai sebuah negara maju, sepertimana ucapan beliau “ proses pembaratan ( westernisasi ) adalah satu cubaan yang besar yang harus kita sambut.” Perlaksanaan pembaharuan sosial kehidupan masyarakat Iran boleh dilihat kepada pembaharuan sistem pendidikan, ekonomi dan perkerjaan, perundangan dan pelaksanaan dasar nasionalis ( kebangsaan ) Parsi di kalangan masyarakat Iran yang dijalankan oleh pihak pemerintah Shah Muhammad Reza.

Sebenarnya proses pembaratan ini merupakan lanjutan daripada program westernisasi dan sekularisme yang dilancarkan oleh ayahandanya lagi, Reza Khan, semasa memengang tampuk pemerintahan Iran. Umumnya diketahui bahawa Reza Khan sangat mengkagumi Mustafa Kamal Attatuk yang berjaya menjadikan Turki sebagai negara moden sekular , bebas dari kongkongan agama yang dikatakan menghambat kemajuan dan kemodenan negara.Antara bidang yang telah menjadi tumpuan pemodenan oleh Reza Khan mengikut pola sekularisme ialah pendidikan, ekonomi dan perundangan negara. Reza Khan telah bertindak menutup madrasah-madrasah agama, melarang pemakaian yang melambangkan ciri Islam seperti jubah dan serban bagi lelaki dan pemakaian hijab bagi perempuan.47 Program modenisasi ini semakin bertambah besar apabila Shah Muhammad Reza Pahlevi mengantikan ayahnya Reza Khan sebagai raja Iran. Shah Muhammad Reza sangat berharap menjadikan Iran sebagai negara maju dan terkemuka di dunia pada tahun 1990 nanti.

Dalam melihat langkah-langkah pembaharuan sosial yang dilakukan oleh Shah Muhammad Reza ini, boleh di lihat kepada program Revolusi Putih yang di lancarkan olehnya pada tahun 1963. Dalam program ini boleh dilihat pemikiran-pemikiran radikal Shah Muhammad Reza dalam mengubah sistem sosial rakyat Iran. Antara isi Revolusi Putih dalam program pembaharuan sistem sosial rakyat Iran ialah mereformasikan atau memperbaharui undang-undang pilihan raya iaitu memberi hak mengundi kepada kaum wanita , membentuk satu badan organisasi untuk membenteras buta huruf. Daripada itu juga di tambah lagi dalam program revolusi itu membangunkan pusat-pusat kesihatan , membangunkan sistem pembangunan pembandaran negara, membina pusat atau rumah keadilan Khanehha-ye ensaf ( House Of Equity ) di setiap kampung , menghapuskan kawasan miskin tegar dan pemulihan serta pemeliharan alam sekitar dan menambahbaikan taraf kehidupan rakyat . Semua ini dapat dilihat bagaimana kegigihan Shah Muhammad Reza dalam mengubah gaya dan sistem hidup rakyat Iran

Dalam usaha membawa pembaharuan dalam sistem kehidupan sosial masyarakat, ilmu pengetahuan dan maklumat merupakan kunci utama. Di Iran, semasa pemerintahan Dinasti Pahlevi, permasalahan buta huruf merupakan salah satu masalah besar yang terpaksa di selesaikan oleh pihak kerajaan.Kerajaan di bawah pimpinan Shah Muhammad Reza berusaha keras membasmi kadar buta huruf di Iran dan berhasrat menjadikan Iran sebagai sebuah maju dalam bidang pendidikan. Iran juga berperanan dalam membanteras kadar buta huruf dan kemunduran dalam bidang pendidikan di peringkat global Kesungguhan beliau akhirnya mendapat pengiktirafan dari UNESCO, yang mana Tehran telah di pilih sebagai tuan rumah bagi Persidangan Antarabangsa yang pertama bagi menbincangkan permasalahan kadar buta huruf di kalangan negara membangun pada tahun 1965

Pada tahun 1966, satu badan kementerian pendidikan ( Vezarat-e Farhang atau Vezarat-e Macāref ) telah ditubuhkan yang mana telah di pecahkan kepada tiga bahagian, pertama kementerian pendidikan dan kementerian persekolahan ( Vezarat-e Amuzesh va Parvaresh ). Kedua kementerian sains dan pengajian tinggi ( Vezarat-e cOlum va Amuzesh-e cAli ) ketiga kementerian seni dan kebudayaan ( Vezarat-e Farhang va Hanor ) . Ketiga kementerian ini bertanggungjawab mempertingkatkan tahap pendidikan negara dan membanteras gejala buta huruf dalam masyarakat Iran. Dalam usaha ini, kementerian pendidikan telah membina pejabat-pejabat pendidikan ( edarah ) di setiap daerah dan di kampung-kampung kecil yang terpencil. Pihak kerjaan telah mengikut sistem persekolahan barat terutama dari Amerika Syarikat, British dan Perancis dan mengubahnya mengikut corak kebudayaan dan kesesuaian dengan sistem pendidikan Iran. Ini dapat dilihat kepada penubuhan institut madares-e duzabani va khareji untuk mengabung dan menyesuaikan kedua sistem pendidikan ini 48

Hasil daripada gabungan ini lahirlah sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi yang beroreintasikan pendidikan barat dan tempatan seperti Dabirestan-e Elboz yang asalnya adalah American Collej, Dabirestan-e Razi beroreintasikan pendidikan Perancis, Debastan-e Doktharaneh-ye Melli-ye Rahmat yang asalnya adalah Kolej British di Isfahan dan di ambil alih pentadbirannya oleh kerajaan Iran. Dalam pada itu juga wujudnya sekolah-sekolah dan institusi pendidikan khusus dalam bidang teknologi dan kejuteraan seperti institut Danesh sara-ye Fanni-ye cAli yang terletak di Babul dekat Laut Kaspia, Sekolah Teknik ( Madrase-ye Sanc āti ) di Tehran. Bagi pihak kerajaan, kewujudan sekolah-sekolah kejuteraan dan teknik adalah sangat penting untuk proses memodenisasi dan perindustrian yang akan dilancarkan di setiap pelusuk negeri Iran. Sekolah Vokational khususnya dalam bidang teknikal dan perindustrian pertanian juga di tubuhkan di Tehran serta di beberapa kota yang lain. Dalam pertengahan tahun 1970 terdapat 133,000 pelajar daripada jumlah 7 juta penduduk Iran dan sebanyak 26,000 adalah pelajar wanita. Banyak universiti-universiti di bina seperti Universiti Kebangsaan ( Daneshgah-e Melli ) di sebelah selatan Tehran. Universiti menempatkan 3000 mahasiswa yang mengikuti pelbagai program pengajian seperti kejuteraan, ekonomi, sains politik, undang-undang, perubatan, bahasa dan sains kemanusiaan. Universiti Aryamehr , Universiti Mashhad ( Daneshghah-e Ferdowsi ), Universiti Pahlevi dan Universiti Isfahan. 49

Salah satu ciri penting dalam program pembaharuan sosial Shah Muhammad Reza ialah rancangan-rancangan untuk menghidupkan semula kebudayaan asli Iran yang agung , melibatkan semua peringkat masyarakat. Shah Muhammad Reza telah memaksakan dasar nasionalisasi diamalkan seluruh Iran. Ini dapat dilihatkan bagaimana penggunaan bahasa Parsi di jadikan sebagai bahasa rasmi negara. Demi menunjukkan kesungguhannya dalam mengembalikan kebudayaan asli Parsi, pada tanggal 13 Oktober tahun 1971, Shah Muhammad Reza telah mengadakan majlis memperingati ulang tahun ke-2500 berdirinya Kerajaan Monarki Iran di hadapan Makam Cyrus Agung ( Pendiri Kerajaan Parsi ). Perbelanjaan upacara ini menelan biaya sekitar US 300 juta dan di hadiri pula oleh sejumlah pemimpin dari pelbagai negara. Dalam upacara tersebut, Shah membanggakan Iran sebagai negara “ Raja-Raja” dan membanggakan dirinya sebagai keturunan Cyrus Agung. Dalam pada itu juga beliau telah bertindak mengubah kalender Hijriyah kepada kalendar penanggalan Parsi yang kemudiannya di kenali sebagai kalendar Shahanshahi pada tahun 1976. Shah Muhammad Reza juga berusaha membangkitkan kembali kepercayaan-kepercayaan kuno Iran seperti Zoroastrianisme dan Nanichisme yang merupakan kepercayaan asli bangsa Parsi. Semua ini dilakukan oleh Shah Muhammad Reza dalam rangka membangkitkan kembali unsur-unsur kebudayaan asli Parsi di sebabkan kerana keinginan Shah Muhammad Reza untuk membangkitkan semangat nasionalisme rakyat Iran.50

2.5 MASALAH-MASALAH YANG TIMBUL

Usaha Shah Muhammad Reza dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai pemerintah tunggal Iran dan kebijaksanaannya dalam mengendalikan perkembangan dan kemajuan ekonomi negara serta proses pembaharuan sosial masyarakat Iran selaras dengan kehidupan moden mengikut acuan barat , telah menimbulkan ketidakpuasan di kalangan rakyat terutama bagi golongan yang merasakan kedudukan mereka tergugat dengan program-program pembaharuan tersebut Dalam bahagian ini,akan membincangkan permasalahan-permasalahan yang timbul dari kebijaksanaan Shah Muhammad Reza dalam bidang politik , ekonomi dan sosial budaya sehingga timbul penentangan rakyat terhadap pemerintahan beliau.

2.5.1 Permasalahan Dalam Bidang Politik

Shah Muhammad Reza Pahlevi telah menjalankan dasar politik yang pada umumnya dilihat hanya berlegar disekitar kepentingan sendiri, bertujuan mengekalkan kedudukannya sebagai pemerintah Iran yang berkuasa mutlak dan untuk menjamin keturunannya untuk terus berkuasa. Tindakan Shah Muhammad Reza melaksanakan dasar kuasa mutlak ini telah menyebabkan ramai dikalangan rakyat tidak berpuas hati terhadap corak pemerintahannya.51

Pada tahun 1948, ketika negara Israel di bentuk, Iran telah bertindak membenarkan orang-orang yahudi di Iraq yang di buru untuk lari ke Israel melalui Iran. Setelah berakhirnya Perang Arab-Israel, Iran merupakan negara kedua selepas Turki mengakui kewujudan negara Israel di Palestin pada tahun 1950. Tindakan ini telah menyebabkan golongan-golongan ulama Iran bangkit membantah tindakan ini. Pengiktirafan ini juga telah menyebabkan hubungan Iran dengan jiran-jiran Negara Arab menjadi rengangan dan tegang. Jamal Nasser, Presiden Mesir, telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran dan meningkatkan propaganda untuk menyerang Shah Iran. Manakala Suriah dan Iraq serta negara-negara Arab lain bertindak menyokong dan mendukung “ Gerakan-Gerakan Pembebasan” di Khusiztan. Negara-negara Arab telah bertindak menaikan semangat perkauman dan kebangsaan kaum Arab yang menetap di wilayah Parsi dengan menyebut Teluk Parsi sebagai Teluk Arab dan Khuzistan sebagai Arabistan.52

Pada tahun 1950-an telah berlaku krisis politik sehingga menyebabkan Shah Muhammad Reza terpaksa lari keluar dari Iran ke Rome, Itali. Krisis ini berlaku akibat daripada dua faktor utama iaitu meminta kebebasan dan hak-hak demokrasi kepada pihak pemerintah dan menentang penempatan berterusan kuasa asing di Iran dan penguasaan mereka terhadap minyak negara Iran. Penentangan ini di ketuai oleh Muhammad Mossadeq dari Parti Front Nasional , di sokong oleh sebahagian ahli Pertubuhan Demokrasi Sosial Iran dan sebahagian organisasi agama yang diketuai oleh Ayatullah Kashani dari organisasi Mujahideen-e Islam dan Mullah Navab Safavi dari parti Fedayeen-e Islam juga dari kelompok Nasionalis yang bergabung penentangan dengan Front Nasional. Bagi Mohammad Mossadeq, tindakan memiliknegarakan industri minyak ini akan menjadikan Iran sebuah negara besar yang bangun sendiri tanpa ada campur tangan dari negara-negara Barat baik di bidang ekonomi mahupun politik Pada tahun 1951, Parlemen yang kebanyakkannya dikuasai oleh golongan pembangkang, telah bertindak meluluskan undang-undang meletakkan industri minyak di bawah kuasa Kerajaan Iran. Apabila Perdana Menteri Iran enggan melaksanakan undang-undang ini maka beliau telah di pecat dan tempatnya digantikan oleh Mohammad Mossadeq..

Akibat daripada undang-undang ini maka Anglo-Parsi Oil Company ( AIOC ) yang mempunyai hubungkait dengan pihak Inggeris terpaksa dibubarkan dan semua yang berhubungan dengan produksi minyak Iran harus dikerjakan oleh rakyat Iran sendiri. Hal ini menyebabkan Inggeris yang merupakan pihak paling berkepentingan terhadap pengelolaan minyak Iran berasa telah di rugikan oleh kebijaksanaan pembaharuan Mohammad Mossadeq ini. Sebagai tindak balasnya, pihak Inggeris telah menutup perdagangan dengan Iran, membeku kewangan Iran dan menegah negara-negara lain agar tidak membeli minyak Iran. Akibat daripada tindakan itu mengakibatkan perpecahan dan pertelingkahan antara kelompok Nasionalis yang menyokong Perdana Menteri Mohammad Mossadeq dengan kelompok Istana, kerajaan dan kalangan tentera yang tidak menyetujui langkah-langkah yang diambil oleh Mohammad Mossadeq53.

Pada tahun 1953, kesan sekatan jualan minyak oleh Inggeris selain lebihan minyak di pasaran antarabangsa menyebabkan Iran mengalami kerugian teruk. Pihak Inggeris dan Amerika Syarikat telah menekan pihak Istana, bangsawan dan tentera untuk menyingkir Mohammad Mossadeq. Percubaan pertama dilakukan pada 16 Ogos 1953 apabila pihak Pertahanan Diraja yang diketuai oleh Kolenal Nasiri cuba menangkap Mohammad Mossadeq diluar pejabatnya namun gagal. Ini kerana pihak Pertahanan Diraja terpaksa berhadapan dengan tentangan daripada tentera-tentera yang tunduk kepada Mohammad Mossadeq. Tindakkan ini menyebabkan Mohammad Mossadeq dan para pengikutnya telah bertindak mengunsir Shah Muhammad Reza dari Iran pada keesokan harinya iaitu 17 Ogos 1953. Singkatnya, melalui gabungan dan bantuan daripada Agen Perisikan Pusat ( CIA ) dan British Intelligence, Mohammad Mossadeq telah dapat dijatuhkan setelah berlakunya peperangan antara Pertahanan Diraja yang diketuai oleh General Zahedi dengan para penyokong Mohammad Mossadeq selama 9 jam yang akhirnya berjaya menahan Mohammad Mossadeq. 54 Mohammad Mossadeq dan para pebantunya seperti Fatemi Menteri Luar dan Lutfi Menteri Pengadilan telah di tahan dan dihukum bunuh. Akibat daripada itu juga, Shah Muhammad Reza telah membersih semua parti-parti politik yang membangkangi beliau dan yang menyokong Perdana Menteri Mohammad Mossadeq.

Selepas jatuhnya perdana Menteri Mohammad Mossadeq, Shah Muhammad Reza kembali ke Iran dan memasuki kembali singahsana istananya. Daripada peristiwa ini, menunjukkan bahawa faktor campur tangan kuasa asing terutama dari kuasa barat sangat memainkan peranan penting membelakangi kuasa politik Shah Muhammad Reza. Peristiwa ini, juga telah memberi pengajaran kepada Shah Muhammad Reza untuk sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan untuk mempertahankan kedudukkannya agar peristiwa rampasan kuasa ini tidak berulang lagi. Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang dilakukan oleh Shah Muhammad Reza dalam menpertahankan kedudukan kuasa politiknya, antaranya ialah:

1. Shah Muhammad Reza berpendapat untuk mengekalkan kekuasaannya, perlu adanya kuasa besar lain yang mendukungi belakangnya terutama kuasa besar dunia, iaitu Amerika Syarikat. Perkara ini berlawanan sama sekali dengan tradisi Timur ( Islam ) yang melihat Amerika Syarikat dan kuasa Barat lain sebagai musuh yang ingin menghancurkan Islam. Kebergantungan Iran terhadap kuasa besar terutama Amerika Syarikat telah mengakibatkan para ahli politik dan teknokrat Amerika Syarikat dapat ikut campur tangan dalam merencanakan pembangunan di Iran. Sehingga semua bidang kehidupan Iran ketika itu menjadi terhegemoni oleh kekuasaan Amerika Syarikat.

2. Shah Muhammad Reza telah menjalankan dasar politik keras ( diktator ) dengan tidak membenarkan rakyat Iran untuk menubuh dan memasuki parti-parti politik bebas. Shah Muhammad Reza berkerja keras membangunkan pusat kekuasaan politik hanya dilingkungan istana sahaja. Ini dapat dilihat selepas beliau kembali berkuasa, iaitu pada tahun 1957 seramai 5000 ahli politik yang menentangnya telah ditahan.

3. Dengan dana yang besar dan bantuan daripada CIA dan Pertahanan Rahsia Israel ( MOSSAD ) Shah Muhammad Reza telah menubuhkan satu unit polis rahsia yang kemudiannya dikenali sebagai SAVAK, yang ditugaskan untuk menghancurkan para penentangnya di dalam negeri . Shah Muhammad Reza juga berusaha memperbesarkan kekuatan tentera dan pertahanan bagi menjamin kedudukannya dan tidak berhenti-henti meminta bantuan ketenteraan dan pertahanan dari Amerika Syarikat. Kesungguhan Shah Muhammad Reza ini dapat dilihat apabila Iran diiktiraf sebagai negara dunia ketiga yang mempunyai bilangan tentera dan unit pertahanan yang besar iaitu sekitar 413,000 orang pada tahun 1978. Manakala bilangan Unit Polis Rahsia ( SAVAK ) mempunyai 30.000 ke 60.000 orang yang bersama dengannya pengintip dan pemberi maklumat diseluruh negara yang dianggarkan berjumlah 3 juta orang.

4. Pengalamannya dengan Mohammad Mossadeq juga telah meyakinkan Shah Muhammad Reza bahawa ia memerlukan wangnya sendiri yang perlu disimpan di luar negeri. Shah Muhammad Reza juga telah membenarkan para ahli kerabatnya untuk mencari dan mengumpul harta sendiri sebagai persediaan untuk sebarang kemungkinan.55

Pada tanggal 30 Mac 1961, apabila Marjac al-Taqlid di Qum Ayatullah al-Uzma Burujerdi wafat, telah terjadi huru hara di kota suci Qum kerana belum dilantik Marjac al-Taqlid yang baru bagi menganti Ayatullah al-Uzma Burujerdi. Melihat situasi ini, pihak pemerintah telah mengambil peluang untuk menghapuskan peranan pimpinan-pimpinan agama di kota suci tersebut dan di Iran umumnya. Ini di mulakan dengan tindakan Shah Muhammad Reza menghantar telegram ucapan tacziah kepada Ayatullah Sayyid Muhsin Hakim di Najaf Iraq, bukan kepada para ulama di kota Qum. Tindakan ini jelas menunjukkan bahawa Shah Iran bertindak mengenepikan autoriti para ulama Qum secara khususnya dan Iran umumnya.Tindakan ini juga bertujuan untuk menukarkan kedudukan Marjac al-Taqlid dari dalam negara ke luar negara. Pada sekitar tahun 1960 ini juga menyaksikan bagaimana Shah Muhammad Reza bertindak memperkenalkan pembaharuan-pembaharuan yang banyak ditentang oleh para ulama, terutama berkaitan dengan undang-undang pilihan raya dan Land Reform. Hasil daripada tentangan ini, banyak ulama yang di penjara dan di buang negeri seperti Hājj Āqā Hasan Qumi, Bahā al-Din Mahallāti, dan Ayatullah Rohullah Mussawi Khomeini. Ini dapat dilihat dalam tulisan buku Shah Iran sendiri yang berjudul “ Singa dan Matahari, terbit tahun 1976 yang beliau menyatakan “ Sekarang tidak ada lagi masalah dengan pemimpin-pemimpin agama di Iran. Khomeini? Tidak ada lagi pengikutnya kecuali para teroris Marxis di Iran”.56


2.5.2 Permasalahan Dalam Bidang Ekonomi

Adalah tidak dinafikan, minyak adalah komoditi yang mudah diperdagangkan namun ia juga boleh menjadi ejen bahaya dalam situasi pasaran bebas. Menurut Profeser Jeffry Sachs dan Andrew Warner, kebergantungan sesebuah negara kepada sumber minyak, berpotensi mewujudkan masalah kemiskinan dan kebuluran dalam jangka masa yang panjang. Kebergantungan hanya kepada minyak juga memberi kesan serius kepada faktor makroekonomi, termasuklah kenaikan inflasi, kadar faedah, serta menguatkan cengkaman pemerintahan autoritarian dalam sesebuah negara.

Semua permasalahan yang di nyatakan oleh kedua-dua tokoh ini sangat bersesuaian sepertimana yang berlaku di Iran. Shah Muhammad Reza telah menjadikan perusahaan dalam bidang industri pemprosesan dan perjualan minyak sebagai sumber utama ekonomi negara. Keuntungan perjualan minyak sebenarnya bukanlah seratus peratus bersih diperolehi Iran tetapi dikongsi dan di bahagi bersama dengan syarikat-syarikat gergasi asing yang telah mengeluarkan modal ,melabur, dan membekalkan peralatan-peralatan pengerudian dan pemprosesan minyak . Pelaburan membangunkan sesebuah kemudahan penggerudian dan penapisan minyak memerlukan jumlah modal yang sangat besar, oleh kerana itu, Shah Muhammad Reza terpaksa berhutang dengan pihak-pihak tertentu terutama bank antarabangsa dan membuka seluasnya kepada syarikat gergasi luar untuk menanam modal dan melabur dalam sektor ekonomi di Iran terutama dalam industri minyak. Umumnya diketahui, segala teknologi-teknologi pengerudian dan penapisan minyak ini di datangkan dari negara-negara maju seperti Inggeris, German, Russia dan Amerika Syarikat. Oleh itu, tidak hairanlah menurut kajian Sachs dan Warner, lebih banyak sesebuah negara itu menghasilkan dan mengeksport minyaknya, lebih banyaklah ia berhutang untuk menbangunkan industri minyak dan gas. Dalam pada itu juga terdapat bukti yang menunjukkan masalah rasuah dan salah gunakan kuasa wang hasil jualan minyak juga kerap berlaku. Akibatnya kebanyakkan dana hasil jualan minyak gagal disalurkan sepenuhnya untuk tujuan kebajikan rakyat dan pembangunan negara tetapi hanya dipegang oleh pihak-pihak tertentu sahaja.57

Dalam pada itu juga secara tidak langsung, pergantungan Iran terhadap bantuan negara-negara barat dalam teknologi pemprosesan dan perindustrian minyak telah memberi kesan yang negatif terhadap politik Iran . Melalui ini, kuasa-kuasa barat terutama Inggeris dan Amerika Syarikat dapat campur tangan dalam hal politik dalaman dan luar Iran .Perkara inilah yang menyebab berlakunya Gerakan Program Nasionalisasi Minyak yang di pimpin oleh Muhammad Mossadeq,seorang pemimpin Front Nasional pada tahun 1950-an . Gerakan ini menuntut supaya di hadkan penguasaan minyak oleh Inggeris dan ingin meletakan industri minyak di bawah kuasa kerajaan Iran.. Krisis ini timbul kerana proses pembahagian hasil keuntungan perjualan minyak negara tidak seimbang disebabkan berlakunya salah urus ( mismanagement ) yang menyebabkan Inggeris memperoleh keuntungan yang besar daripada Iran, sedangkan minyak itu didapati di bumi Iran. 58( Ensiklopedia Dunia 2005 m/s 373 )

Keuntungan Iran hasil daripada perjualan minyak tidaklah semuanya membawa dampak positif terhadap sektor ekonomi Iran. Tindakkan pihak pemerintah yang hanya menumpukan kepada sektor industri pemprosesan dan perjualan minyak telah mengakibatkan sektor-sektor ekonomi di bahagian lain menjadi mundur terutamanya dalam sektor pertanian dan perindustrian kecil. Sedangkan sebahagian besar daripada penduduk Iran menjalankan aktiviti perekonomian dalam sektor pertanian iaitu lebih kurang 75% daripada sekitar 35 juta penduduk Iran. Dengan ini, dengan sendirinya sektor pertanian merupakan sektor yang penting dalam perekonomian Iran. Ini berlawanan dengan kebijaksanaan Shah Muhammad Reza yang ingin membangunkan ekonomi dalam sektor perindustrian. Akibatnya terjadi kepincangan di pelbagai segi kehidupan sosial ekonomi di Iran. Dana yang disediakan untuk membangunkan sektor pertanian juga semakin menurun. Ini dapat dilihat pada tahun 1949 hingga 1956, dana bagi membangunkan sektor pertanian yang disediakan oleh pihak pemerintah ialah 27% sedangkan pada tahun 1973 hingga 1978 hanya di sediakan 7% jauh di bawah dana untuk program perindustrian 18% dan sektor pertahanan 24%. Tindakan ini menyebabkan meluasnya ketidakpuasan hati dikalangan rakyat terhadap pihak pemerintah. 59

Kesan daripada itu juga, bilangan pekerja di sektor pertanian semakin menurun setiap tahun. Ini mengakibatkan hasil pertanian negara semakin menurun. Ini dapat dilihat kepada skala bilangan pekerja sektor pertanian iaitu pada awal abad 20-an bilangan pekerja dalam sektor pertanian ialah sebanyak 90 peratus, jumlah ini semakin menurun pada tahun 1974 kepada 75 peratus. Pada tahun 1966 hanya 46 peratus yang masih berkerja dan aktif dalam perusahaan pertanian. Jumlah ini semakin menurun kepada skala yang teruk iaitu pada tahun 1976 hanya 33.9 sahaja yang mengusahakan bidang pertanian. Kebanyak rakyat Iran beralih berkerja di sektor perkilangan industri. Ini dapat dilihat dengan bertambahnya jumlah pekerja di sektor berkenaan setiap tahun. Skala menunjukkan bahawa pada tahun 1906 terdapat 30.000 rakyat Iran berkerja di sektor perkilangan industri dan jumlah ini meningkat kepada 198,000 pada tahun 1966 dan pada tahun 1970-an menunjukkan seramai 700,000 pekerja. Pada tahun 1977, jumlah keseluruhan pekerja di sektor perkilangan industri di anggarkan 2.5 juta. Keseluruhan jumlah pekerja di pelbagai sektor perkerjaan di Iran pada masa tersebut ialah 10.6 juta pekerja, seramai 6.8 juta pekerja berkerja luar dari pertanian.60

Pada tahun 1963, Shah Muhammad Reza telah menperkenalkan sistem yang dikenali sebagai Land Reform bagi memperbaharui dan memperbaiki sektor pertanian di Iran. Salah satu perkara penting yang terdapat dalam program ini ialah membataskan pemilikan tanah bagi tuan tanah dan menyerahkan tanah-tanah tersebut kepada para petani untuk mengusahakannya. Perlaksanaan Land Reform ini sebenarnya tidak memberikan perubahan kepada para petani bahkan tanah-tanah yang dibebaskan daripada tuan tanah sebenarnya bukan jatuh kepada para petani bahkan jatuh ketangan pihak pemerintah.Pihak pemerintah mengarahkan kepada para tuan tanah yang memiliki dan menguasai sekitar 52% dari keseluruhan tanah yang dapat dipergunakan pertanian.Sedangkan 5% peratus diberikan kepada kerajaan manakala 12-15% dipergunakan untuk kepentingan sosial dan agama, sisanya di miliki para tuan tanah kecil. Pihak pemerintah dengan kuasa mahkamah telah mendesak para tuan tanah supaya menjual kepada pihak kerajaan sebagai usaha menbebaskan tanah dari penguasaan pihak-pihak tertentu.61

Program Land Reform ini ditentang oleh para tuan tanah iaitu golongan kelas menengah yang terdiri daripada kelompok perniaga ( bazari ) dan golongan agama yang kebanyakkan menguasai parlemen Iran. Bagi mereka program Land Reform ini sebenarnya bertujuan merampas tanah-tanah yang telah mereka miliki sama ada secara warisan mahupun pembelian.Untuk menarik perhatian para penentangnya , Shah Muhammad Reza telah membahagi-bahagikan sebahagian tanah yang dimilikinya hasil daripada rampasan ayahnya pada tahun 1925. Namun tindakan Shah ini tetap tidak dapat menghentikan penentangan tersebut sehingga menyebabkan berlakunya demontrasi besar-besaran pada tahun 1963. Akibat daripada demontrasi ini ramai yang terkorban dan Ayatullah Khomeini sebagai salah seorang ulama penggerak demontrasi ini di penjara dan di usir keluar dari Iran.62

Adalah salah jika mengatakan semua Program Revolusi Putih yang dilancarkan oleh Shah Muhammad Reza itu sebagai sesuatu yang merugikan dan tidak manfaat adalah sesuatu yang tidak adil. Ini kerana banyak pembaharuan dan kejayaan dapat dilihat hasil daripada perlaksanaan program revolusi ini. Namun program revolusi ini telah disalah gunakan oleh pihak-pihak pemerintah sendiri sehingga menyebabkan ianya dilihat sebagai alat pihak pemerintah untuk mengukuh kekuasaannya semata. Ini dapat dilihat bagaimana tanah-tanah rakyat diambil atas alasan pembangunan dan pembaharuan. Atas tanah tersebut didirikan rumah-rumah dan kondominium mewah yang tidak dapat di beli oleh penduduk asal tanah tersebut mengakibatkan mereka beransur-ansur terpinggir dan terpaksa berpindah dikawasan lain. Oleh kerana itu, program-program modernisasi di Iran hanya di nikmati dikalangan elit Iran sahaja.

Dalam pada itu juga, rencana pembangunan infrastruktur 5 tahun yang dilancarkan oleh Shah Muhammad Reza yang beranggaran 69 million itu telah menyebabkan berlakunya proses urbanisasi yang besar. Ini dapat dilihat dari tahun 1956 hingga 1971, berjuta penduduk desa berhijrah ke kota. Pada pertengahan tahun 1970-an juga menyaksikan anggaran sebanyak 380,000 orang berhijrah ke kota untuk mencari perkerjaan. Ini kerana program pembangunan ini memerlukan sejumlah tenaga buruh dan pakar . Rakyat desa melihat program ini sebagai satu peluang perkerjaan bagi menampung keperluan hidup mereka memandangkan hasil pertanian kurang memberi pendapatan yang memuaskan. Hal ini menimbulkan kesan yang buruk dalam sektor pertanian dan perternakkan dimana produksinya mengalami penurunan dan harga bahan makanan semakin meningkat. Ini menyebabkan hasil import bahan-bahan pertanian dan makanan semakin menurun. Akibatnya Iran terpaksa membeli bahan-bahan makanan import sedangkan dahulu Iranlah negara pengeluar dan pengeksportnya.63

Dalam pada itu juga, kegiatan ekonomi Iran juga berpusat di Bazar di setiap kota. Tradisi dan eratnya kaitan perdagangan kaum pedagang yang bernama Basari di dalam bazar sudah amat rapi dan kuat sejak dahulu dengan landasan ajaran Islam. Kaum Basari ini mempunyai hubungan erat dengan para ulama. Ini kerana kaum daripada Basari inilah para ulama menperoleh dana untuk menampung kehidupannya dan tempat-tempat suci. Kaum Basari ini memiliki organisasi yang baik untuk membantu golongan basari yang mempunyai masalah dalam hal ehwal pedagangannya terutama dalam masalah kewangan. Pedagang yang jatuh akan dibantu hingga dapat berdiri semula. Akibat daripada Revolusi Putih yang dijalankan oleh pihak pemerintah , kaum Basari merasakan ketidakpuasannya pada kerajaan.Ini bermula apabila pihak pemerintah telah memperkenalkan sistem Bank di pelusuk desa ternyata telah merosakkan sistem organisasi tersebut yang telah dibentuk dan menjadi tradisi kaum Basari. Dalam pada itu juga pihak pemerintah telah bertindak mengawal harga-harga di bazar dengan mengirim pengawal-pengawal regu untuk menyelidik harga barang. Akibat daripada itu, seramai 250,000 ditangkap dan dipenjarakan.64

Salah satu ciri terpenting dalam permasalahan ekonomi di Iran ialah pembelanjaan yang dilakukan oleh Shah Muhammad Reza. Selepas berlakunya rampasan kuasa yang dilakukan oleh Perdana Menteri Mohammad Mossadeq pada tahun 1953, Shah Muhammad Reza telah banyak membelanjakan kewangan kerajaan terutama hasil keuntungan jualan minyak untuk membangunkan sektor ketenteraan dan pertahanan negara bukannya untuk tujuan pembangunan ekonomi negara. Gambar rajah di bawah ini menunjukkan perbandingan perbelanjaan kerajaan Iran dalam sektor ketenteraan dan pertahanan dengan hasil pendapatan minyak negaranya.65


Antara 50 hingga 80 peratus dibelanjakan oleh Kerajaan Iran untuk membeli peralatan-peralatan ketenteraan dan pertahanan daripada negara-negara luar terutama Amerika Syarikat. Antara tahun 1970 hingga 1976, Iran adalah satu-satunya negara Timur Tengah dan blok dunia ketiga yang menerima bantuan ketenteraan daripada Amerika Syarikat, British, Itali dan Netherlands iaitu sebanyak 31 peratus, 26 peratus, 34 peratus dan 28 peratus yang semuanya untuk memperbaharui unit ketenteraan.Hasil daripada itu, Iran merupakan negara yang mempunyai kekuatan dan kehebatan ketenteraan yang terbesar dan terpenting dalam dunia ketiga. Sebenarnya, pembelian senjata bukanlah sesuatu perkara yang mudah sepertimana yang di sangka oleh Shah Muhammad Reza, sebagai contoh, apabila Iran membeli satu peralatan senjata canggih dan berteknologi maka Iran perlu juga membeli perkara-perkara yang berhubung kait dengan peralatan senjata tersebut iaitu perlu membelinya dalam kelengkapan yang lengkap. Ini meliputi teknik-teknik mencuba dan menggunakan senjata tersebut, perkhidmatan nasihat ketenteraan untuk menggunakannya, peralatan untuk membaikinya dan berbagai lagi yang berkaitan dengan peralatan senjata tersebut,yang mana semua ini memerlukan pertambahan kewangan tersendiri.Ini dapat dilihat pada tahun 1950 hingga 1972 Iran telah membuat perjanjian pembelian senjata hampir US 1.5 juta, manakala pada tahun 1973 hingga 1977 sebanyak 11 juta.Amerika Syarikat berkepentingan dalam soal perjualan peralatan perang kepada Iran dan juga penanam modal dalam perusahaan ini iaitu sebanyak 500 perusahaan. Amerika Syarikat mengadakan pertemuan dengan para pemimpin tentera Iran untuk menbincangkan kerjasama kedua belah negara dalam persoalan ketenteraan dan pertahanan. Kerjasama meliputi kerjasama di bidang teknologi persenjataan,strategi perang, kualiti dan bantuan Amerika Syarikat terhadap ketenteraan dan pertahanan Iran. Dengan kerjasama ini, pihak Amerika Syarikat dengan mudah memberi senjata paling moden kepada Iran seperti pesawat F-14 yang pada waktu itu di anggap sebagai salah satu pesawat tempur yang paling terkemuka di dunia. Bahkan antara tahun 1974 hingga 1979 Iran merupakan pelanggan terbesar dari industri persenjataan di Amerika Syarikat. Jadual di bawah menunjukkan pembelian senjata oleh Iran daripada Amerika Syarikat.66


Sebenarnya pengaruh Amerika Syarikat menjadi semakin kuat di Iran apabila mereka berhasil meletakkan kembali Shah Muhammad Reza di atas tahtanya melalui CIA selepas berlakunya rampasan kuasa oleh perdana menteri Mohammad Mossadeq pada tahun 1953. Pengaruh Amerika Syarikat bukan sahaja dalam hal ketenteraan dan pertahanan negara Iran bahkan dalam persoalan kepentingan ekonomi. Amerika Syarikat telah mengantikan kedudukan Inggeris sebagai penguasa asing tunggal di Iran. Pihak Amerika Syarikat telah berjaya mengambil alih terhadap ladang-ladang minyak milik Inggeris di Iran. Ini terbukti apabila Amerika Syarikat mampu menguasai 40% minyak Iran selepas tahun 1953. Mula pada saat itu, Amerika Syarikat menjadi penguasa imperialis yang dominan di Iran.67

Pemborosan kewangan negara yang dilakukan oleh Shah Muhammad Reza sehingga mendapat kritikan pelbagai pihak terutama dari kalangan ulama dan rakyat ialah apabila beliau mengadakan pesta menperingati ulang tahun ke-2500 berdirinya Monarki Iran pada tahun 1971. Majlis ini diadakan selama tiga hari lamanya dan tetamu-tetamunya hanyalah warga-warga asing. Hidangan untuk pesta itu pula disediakan oleh tukang masak yang dibawa khas dari Perancis.Perbiayaan majlis ini menelan belanja hampir US 100 juta sedangkan keadaan pendapatan berkapita tahunan Iran semasa itu masih dalam US 500 juta setahun. Ini merupakan pembaziran terbesar dan singkat yang dilakukan oleh Shah Muhammad Reza yang tiada memberi apa-apa keuntungan kepada rakyat Iran. Lagi pula dalam perayaan tersebut, Shah Muhammad Reza hanya membanggakan dirinya dan kerabatnya bukan untuk semua rakyat Iran.68

Dalam pada itu juga,adalah menjadi satu tradisi lama dalam sejarah Kerajaan Monarki terjadinya kuropsi atau mengumpul kekayaan negara untuk kepentingan diri sendiri, ini termasuklah Dinasti Monarki Pahlevi. Reza Khan dan Shah Muhammad Reza keduanya berusaha mengumpul kekayaan untuk kepentingan dinasti mereka. Ini boleh dilihat, selepas Reza Khan menjadi penguasa Iran, beliau telah menjadi salah seorang yang terkaya di Iran. Beliau telah mengambil alih seluas tanah yang tidak terhingga sehingga menjadi seorang tuan tanah yang terbesar dimana luas tanahnya terdapat 2000 kampung, dianggarkan 235,000 ahli keluarga yang secara langsung berada dibawah kawalannya.

Salah satu cara, keluarga Pahlevi mengumpul kekayaan ialah melalui Yayasan Pahlevi ( PF ) yang didirikan pada tahun 1958. Yayasan ini mempunyai tiga fungsi utama iaitu pertamanya beroperasi sebagai badan yang mengumpul kekayaan untuk dinasti. Keduanya melalui Yayasan ini, kerabat diraja dapat melabur dan mengawal semua ekonomi-ekonomi yang memerlukan perbelanjaan yang besar . Ketiga untuk memberi ganjaran dan saguhati kepada sebahagian orang yang telah memberi sokongan dan bantuan kepada Shah Muhammad Reza. Melihat pada fungsi-fungsi Yayasan ini, menunjukkan bahawa Yayasan Pahlevi ialah bagaikan kerajaan dalam kerajaan yang mempunyai kuasa ekonomi yang besar dalam menentukan perjalanan ekonomi negara. Dalam pada itu juga, keluarga diraja ini juga mempunyai saham dalam bank-bank yang terdapat di Iran. Ini menunjukkan bahawa Kerabat diraja ini cuba menguasai sumber kewangan Iran itu sendiri. 70

2.5.2 Permasalahan Dalam Bidang Sosial

Peralihan kekuasaan dari Dinasti Qajar ke Dinasti Pahlevi pada tahun 1925 oleh Reza Khan sebagai tanda bermulanya proses perubahan sosial dalam masyarakat Iran. Reza Khan telah melaksanakan beberapa program modenisasi secara besar-besaran sama ada dari segi pendidikan , ekonomi dan sosial budaya masyarakat Iran. Dari segi pratik pentadbirannya, Reza Khan telah menjadikan Republik Turki yang didirikan oleh Mustafa Kamal sebagai contoh. Reza Khan sangat mengkagumi idea sekular yang disampaikan oleh Mustafa Kamal yang menganggap bahawa Islam dan kebudayaan Arab sebagai penghalang kemajuan.Oleh kerana itu, untuk memajukan negara, maka proses westernisasi mestilah dilaksanakan.

Westernisasi yang dimaksudkan ialah satu usaha untuk mencipta pola kebudayaan dan cara hidup yang sama sepertimana di miliki oleh negara-negara barat terutama Amerika Syarikat dan Eropah Barat. Westernisasi biasanya berjalan seiring dengan pesatnya pembangunan ekonomi di negara-negara berkembang. Derasnya masuk modal asing menjadi sebab utama terjadinya proses westernisasi. Sebab lain adalah strategi pembangunan yang pada asasnya memang berorientasikan pada negara-negara Barat.71

Perjalanan program westernisasi yang dijalankan oleh Shah Muhammad Reza sudah tentu menimbulkan permasalahan dalam kehidupan sosial masyarakat Iran. Umumnya diketahui Iran merupakan sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam dan bermazhab Syiah. Ajaran Islam Syiah itu sendiri telah berakar kuat dalam masyarkat Iran dalam pelbagai bidang, tambahan lagi kedudukkan para ulama di Iran sangatlah besar dan berperanan penting dalam masyarakat seterusnya bagi negara Iran itu sendiri. Ini kerana dalam struktur sosial masyarakat Islam Syiah terdapat seorang ulama yang di gelar sebagai Marjac al-Taqlid72 yang menjadi rujukan dalam pelbagai permasalahan agama dan kehidupan .Oleh kerana itu ia berlawanan dengan konsep westernisasi yang menidakkan peranan kaum agama dan memisahkan peranan agama dengan soal kehidupan sosial. Tidak hairanlah kenapa golongan agama bersungguh-sungguh menentang proses westernisasi yang dijalankan oleh Reza Khan dan Shah Muhammad Reza. Dalam permasalahan ini sahaja telah memecahkan masyarakat Iran kepada dua kelompok iaitu kelompok yang menerima proses westernisasi dan kelompok yang setia berada di bawah bimbingan kaum ulama.

Memodenkan sistem pendidikan dan undang-undang yang umumnya menggunakan model Barat adalah senjata yang paling efektif yang digunakan oleh pihak pemerintah untuk memperkecilkan pengaruh dan peranan golongan agama ( ulama ) dalam masyarakat Iran.Ini kerana kedua medium ini iaitu pendidikan dan perundangan menpunyai kaitan dan pengaruh yang besar dikalangan para ulama. Pada asasnya, para ulama besar Shiach yang telah mencapai tahap mujtahid banyak mendirikan madrasa-madrasa sebagai pusat pengajian Islam di Iran .Ini dapat dilihat di setiap kota di Iran yang mempunyai ulama mujtahid maka di situ berdirinya pusat pengajian Islam atau madrasa contohnya Madrasa Faydiyya di Qum. Manakala dari segi perundangan, walaupun para ulama tidak terlibat secara umum dalam menggubal undang-undang namun mereka mempunyai autoriti untuk menghapuskan undang-undang yang di wartakan oleh pihak kerajaan jika bertentangan dengan prinsip Islam. Ini boleh dilihat sepertimana berlakunya Gerakan Revolusi Perlembagaan pada tahun 1905-1909 yang diketuai oleh para ulama Mujtahid Iran .Oleh kerana itulah pihak pemerintah menganggap bahawa golongan agama inilah yang menjadi hambatan utama terhadap program-program pembaharuan yang dilancarkan.

Untuk mencapai tujuan westernisasi ini, pihak pemerintah dengan kekuasaan politik telah menpergunakan medium pendidikan dan pembaharuan perundangan sebagai landasannya. Di dalam medium pendidikan ini, madrasa dan maktab ( masjid yang dijadikan sebagai pusat pembelajaran agama )telah menjadi sasaran pihak pemerintah. Pihak pemeritah melaksanakan satu undang-undang yang mana semua intitusi pengajian agama diletakkan dibawah pengawasan kerajaan atau di ambil alih pentadbirannya oleh kerajaan pusat. Tidak dibenarkan mana-mana pihak untuk membina atau menubuhkan maktab dan madrasa tanpa mendapat permit daripada pihak kerajaan dan mengecilkan jumlah guru-guru agama untuk mengajar di madrasa. Tindakkan ini sekaligus telah merosakkan pengajian Islam tradisional yang telah lama dilaksanakan di Iran. Bagi mengantikan madrasa dan maktab ini, pihak pemerintah telah bertindak membina sekolah-sekolah berasaskan pendidikan sekular , ini dapat dilihat apabila terbinanya 59 American Universiti yang mana semuanya terlibat dalam pengurusan Universiti dan Kolej milik tempatan.Kesan daripada semua ini, satu kelompok orang berpendidikan dan lebih banyak rakyat Iran yang berpelajaran telah menjadi pendokong sekular dan westernisasi. Namun, kebanyakkan mereka adalah terdiri daripada golongan elit Iran sahaja. 73

Dalam usaha memperbaharui sistem perundangan, pihak pemerintah melalui Jabatan Kementerian Perundangan telah menperkenalkan satu kod perundangan Iran yang baru, iaitu mengikut kod perundangan Sivil Perancis. Dalam usaha menyusun semula sistem kehakiman dan perundangan negara, pihak pemerintah telah bertindak menukar tempat Mahkamah Perundangan yang diketuai oleh ulama dengan hakim yang berpelajaran moden barat yang tidak berlatarbelakangkan pendidikan agama. Melalui pembaharuan ini, sedikit demi sedikit hak-hak para ulama seperti auwqaf ( pembelanjaan pembangunan agama ) dan pemberian orang ramai untuk pembangunan tempat-tempat suci diambil alih oleh pentadbiran kerajaan pusat.Melalui mekanisme undang-undang ini, banyak pembaharuan sosial telah dilakukan oleh pihak pemerintah terhadap rakyat Iran. Ini boleh dilihat pada tahun 27 Disember 1928, pihak pemerintah telah mengeluarkan undang-undang larangan memakai pakaian bercirikan Islam, seperti larangan memakai jubah dan serban bagi lelaki dan hijab bagi wanita. Perkara ini telah menyebabkan para ulama bangkit menentang undang-undang tersebut. Para ulama melalui Ayatullah al-Uzma Hāiri Yazdi telah mengutus surat bantahan kepada Shah Iran dan menuntut agar undang-undang tersebut dikaji kembali,namun pihak pemerintah tidak mengambil perhatian terhadap tuntutan tersebut. Bahkan berlaku satu peristiwa yang mana Pemaisuri Raja datang menziarah tempat suci di Qum tanpa memakai hijab. Tindakan ini telah menyebabkan berlaku bantahan secara besar-besaran dikalangan golongan agama di Qum. Tetapi di Mashhad, segelintir dari kalangan para Ayatullah telah bersepakat untuk bertemu dengan Shah Iran bagi membincangkan perkara tersebut. Delegasi ini diketuai oleh Hājj Āqā Husain Qumi ke Tehran, namun setelah mereka tiba di Tehran, mereka telah diserang dan di tahan oleh pengawal keselamatan Shah Iran. Rentetan daripada peristiwa ini, telah berlaku pemberontakkan dan demontrasi di persekitaran Masjid Gauharshad, di Mashhad. Pihak pemerintah melalui unit pertahanan dan polis telah bertindak untuk memberhentikan pemberontakkan tersebut. Akibatnya ramai yang mati dan di tahan sementara Hājj Āqā Husain Qumi dan Mirzā Muhammad Āqā-Zādih telah di buang negari ke Najaf dan Yazd.Peristiwa ini berlaku pada 11 Julai 1935. 74

Dalam permasalahan ini juga ialah tindakan pihak pemerintah berusaha mengerahkan para wanita dan pemuda berdiri di belakang kerajaan. Ini dapat dilihat bagaimana Shah Muhammad Reza telah meminda undang-undang pilihan raya dan pentadbiran negara pada tahun 1962. Sebelum ini, menurut artikel 7 dan 9 bagi majlis kerajaan tempatan, syarat-syarat para ahli yang bertanding dalam pilihan raya ialah bahawa ia adalah beragama Islam, mengangkat sumpah dengan menggunakan al-Quran dan lelaki. Namun dalam perundangan baru ini, memberi kelonggaran kepada pelbagai agama untuk boleh bertanding dalam pilihan raya, boleh mengangkat sumpah dengan buku-buku kepercayaan agama lain dan membenarkan para wanita untuk mengundi. yang mana membenarkan dan memberi hak kepada para wanita untuk mengundi atau bertanding dalam pilihan raya. Dengan undang-undang baru ini, membolehkan para wanita menyumbang dan berkongsi tatacara pentadbiran negara. Hasil daripada itu juga, para wanita boleh bergiat cergas dalam perubahan proses sosial-ekonomi dan politik.Selepas undang-undang ini di wartakan kepada umum, empat orang ketua agama di Qum iaitu Ayatullah Khomeini, Ayatullah Gulpāyigāni, Ayatullah Shari75atmadāri dan Ayatullah Murtaza Hāiri Yazdi telah mengutus surat kepada Shah menuntut di batalkan undang-undang tersebut. Pendapat mereka, undang-undang baru ini bertentangan dengan Perlembagaan dan Majlis. Tindakan para Ayatullah ini adalah kerana bimbang berkembangnya kuasa agama-agama minoriti yang lain yang terdapat di Iran. Akhirnya undang-undang ini terpaksa di batalkan kerana kuatnya desakan para pemimpin agama. Namun pada tahun 1963, Shah Muhammad Reza kembali memperkenalkan satu undang-undang baru yang dikenali sebagai Revolusi Putih. Jika di lihat dalam rangka program revolusi ini, memperbaharui undang-undang pilihan raya juga ada.

Dalam Revolusi Putih ini, Shah Muhammad Reza telah meminda undang-undang pilihan raya dengan membenarkan kepada golongan wanita untuk turut serta terlibat dalam proses pilihan raya negara. Shah berpendapat, bahawa golongan wanita perlu dilibatkan dalam proses pilihan raya untuk membolehkan mereka menyumbang dan berkongsi idea dalam tatacara pentadbiran negara. Hasil pada itu, golongan wanita diberi kebebasan untuk bergiat cergas dalam proses perubahan sosial-ekonomi dan politik negara. Perlaksanaan ini telah mengakibatkan timbulnya demontrasi dan protes dikalangan pimpinan agama pada 22 Mac 1963 di Qum dan Tabriz. Pihak polis dan keamanan negara telah bertindak terhadap para demontrasi di kedua wilayah menyebabkan ramai yang terkorban dan di tahan. 76

Sejak awal tahun 1960 lagi Shah Muhammad Reza mulai mendatangkan tenaga-tenaga kerja dan teknikal asing ke Iran. Pintu ekonomi yang di buka luas oleh Shah Muhammad Reza kepada negara luar telah menyebabkan derasnya masuk modal dan pekerja asing ke Iran terutama dari Amerika Syarikat. Ini menjadi salah satu faktor meluasnya pengaruh kebudayaan Barat di Iran. Sehingga tahun 1978 dianggarkan jumlah rakyat Amerika Syarikat yang berkerja di Iran mencapai sekitar 60,000 orang. Meluasnya pengaruh budaya Barat di Iran boleh dilihat dengan meluasnya filem-filem pornografi, tempat-tempat pelacuran, kedai-kedai yang menjual minuman keras, hiburan yang melampau seperti muzik-muzik pop, rock dan bertambahnya tempat-tempat hiburan yang semua ini dapat di rasai dikalangan penduduk kota terutama bagi generasi muda. Perkara ini telah menyebabkan para pemimpin agama menentang cara-cara kehidupan Barat dan pelbagai kebebasan baru yang bertentangan dengan ajaran Islam yang dibiarkan berleluasa oleh pihak pemerintah. Bagi golongan pemimpin agama ini, mereka berpendapat semua ini adalah satu ancaman terhadap nilai-nilai agama Islam di Iran yang selama ini dianggap telah menyatu dengan masyarakat Iran. Keinginan Shah Muhammad Reza untuk menjadikan Iran sebagai negara maju dan moden dengan menetapkan kebijaksanaannya tanpa mempertimbangkan dengan faktor budaya, agama dan aspirasi rakyat Iran telah menimbulkan kekecewaan rakyat terhadap pemerintahannya.77

Tindakan Shah Muhammad Reza mementingkan para teknokrat dan tenaga-tenaga pakar asing dalam program pembangunan ekonomi Iran telah menyebabkan berlakunya pengganguran yang besar di Iran. Rakyat-rakyat tempatan terpaksa berpindah dari desa ke kota untuk mencari peluang kerja di kota-kota besar di seluruh Iran, menyebabkan berlakunya proses urbanisasi rakyat yang besar. Dalam pada itu juga, program pembangunan ekonomi di Iran ini juga telah menarik para pendatang asing untuk mencari peluang perkerjaan di Iran. Ini menyebabkan berlakunya persaingan sengit antara rakyat tempatan dengan rakyat asing dalam mencari peluang perkerjaan. Dalam pada itu juga, proses urbanisasi memberi kesan buruk terhadap faktor sosial dan ekonomi sara hidup di Iran seperti pertanian dan perternakkan. Kos sara hidup di kota yang tinggi dan tampung dengan proses urbanisasi yang besar telah menyebabkan meningkatnya kadar jenayah di Iran. Pentingnya dasar ekonomi Shah Muhammad Reza ini juga telah menciptakan jurang yang besar antara golongan yang kaya dengan golongan rakyat yang miskin.

Dalam pada itu juga , Shah Muhammad Reza telah berusaha membangkitkan kembali unsur-unsur kebudayaan asli Parsi. Tindakan ini tergambar bagaimana Shah Muhammad Reza telah menukar penggunaan kalender Hijrah kepada kalender Parsi yang dikenali sebagai kalender Shahanshani. Tindakan Shah ini dilihat oleh para pimpinan agama sebagai satu langkah pihak pemerintah menjauhkan rakyat Iran dari Islam. Sambutan memperingati ulang tahun ke-2500 keagungan Dinasti Parsi yang di dirikan oleh Cyrus Agung di kawasan runtuhan Kota Persepolis ini juga dilihat sebagai salah satu dasar Shah untuk mengembalikan keagungan bangsa Parsi. Kebanyakkan rakyat Iran mengkritik majlis tersebut dan menganggap bahawa dengan perayaan memperingati Cyrus Agung dan Darius , Shah sepenuhnya dan dengan sengaja mengabaikan satu bahagian dari sejarah Iran yang jauh lebih penting iaitu tarikh masuknya ajaran Islam ke Iran dan hari lahir Nabi Muhammad s.a.w dan para Imam a.s . Bagi rakyat Iran lagi, perayaan ini sebenarnya tidak memberi apa-apa manfaat kepada mereka kerana perayaan ini lebih merupakan majlis puji-pujian bagi keluarga Pahlevi semata-mata bukannya untuk kepentingan negara dan rakyat Iran.Pada masa yang sama, kawasan sekitar Persepolis iaitu wilayah Sistan dan Baluchestan mengalami kemarau yang teruk dan ramai penduduk di kawasan itu dan Iran umumnya hidup dalam kesempitan dan kelaparan.78

Dalam menjayakan usaha ini, Shah Muhammad Reza telah mewajibkan penggunaan bahasa Parsi dalam setiap sektor kerajaan. Dasar perkauman dan kebangsaan Parsi yang telah dijalankan oleh Shah Muhammad Reza telah menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat yang berbangsa Arab, Turki, Kurdish dan lain-lain. Umumnya diketahui bahawa di Iran terdapat di setengah kawasan majoritinya diduduki oleh bangsa Arab, Turki, Kurdish dan lain-lain. Oleh kerana itulah, mereka selalu bertentangan dan memberontak terhadap kerajaan pusat.79


2.6 KESIMPULAN DAN ANALIS

Melihat kepada tiga aspek utama ini,iaitu politik, ekonomi dan sosial budaya, permasalahan di bidang ekonomi merupakan punca utama penentangan rakyat Iran terhadap pemerintahan Shah Iran. Bermula dari kebijakkannya dalam ekonomi telah mengundang permasalahan di bidang sosial dan budaya yang akhir sekali mebawa kerosakan dalam bidang politik. Tindakkan Shah Muhammad Reza yang ghairah untuk mempercepatkan proses modenisasi negaranya tanpa memperdulikan kepentingan rakyat dan menjual kehormatan negara kepada negara-negara asing akhirnya menjadi sebab keruntuhan kekuasaannya.

Strategik untuk mengejar peningkatan dana ekonomi negara, Shah Muhammad Reza telah membuka seluasnya pintu ekonomi Iran kepada negara asing terutama negara barat untuk melabur di Iran. Masuknya modal asing dengan banyak dan cepat menyebabkan berlakunya pelbagai masalah dalaman sama ada dari segi sosial budaya dan seterusnya politik. Ini kerana dengan masuknya pelabur,pekerja-pekerja, penasihat ekonomi dan para peniaga asing di Iran menyebabkan berlakunya krisis sosial di Iran seperti penggaguran kerana banyak sektor kerajaan dan swasta dipenuhi oleh warga asing, berleluasanya pengaruh barat sekular seperti pergaulan bebas, tempat perjudian, rumah pelacuran, kedai menjual minuman keras dan hiburan-hiburan muzik yang keterlaluan. Oleh kerana undang-undang larangan memakai hijab bagi wanita menjadi contoh tepat sekali dalam proses pembaratan ini.

Dalam usaha memodenkan Iran mengikut acuan barat,pihak pemerintah telah mencantas institusi ulama dan menjauhkan rakyat dengan mereka. Dengan menggunakan segala kekuatan politiknya, Shah Iran cuba menghilangkan tanda Islam bagi umat Islam di Iran dengan menukarkan penggunaan kalender Hijriyyah dengan kalender Parsi. Shah Iran juga lebih menghargai dan berbangga-bangga sebagai keturunan Raja Cyrus Agung dari mengharagai Nabi Muhammad dan berbangga sebagai seoarang muslim.Dalam pada itu juga cuba menghidupkan kembali budaya Parsi kuno di Iran. Dalam pada itu juga campurtangan dan pengawasan para teknokrat asing bukan sahaja di bidang ekonomi tetapi juga dilapangan politik pentadbiran.

Dengan luasnya masuk pengaruh para teknokrat asing dalam pelbagai lapangan bidang ekonomi, menyebabkan perekonomian negara Iran dikawal oleh para teknokrat asing ini contohnya dalam perindustrian pemprosesan dan penjualan minyak. Dalam pada itu juga, kebijaksanaan Shah Iran yang hanya mementingakan sesuatu bidang ekonomi dan mengabaikan bidang ekonomi yang lain menyebabkan rakyat berasa di tindas dan diperbudak oleh pihak pemerintah. Contohnya Shah Iran pada mulanya menitik beratkan pembangunan perindustrian tetapi mengabaikan dibidang pertanian dan pertenakkan.Kebijakkan Shah Iran dalam bidang ekonomi hanya menciptakan jurang antara kaya dan miskin ini dapat dilihat bagaimana suasana keadaan penduduk di desa dan perkampungan dengan suasana kehidupan elit dibandar-bandar besar.

Keuntungan hasil jual minyak banyak di bazirkan Shah untuk kepentingan Istananya dan membangun perindustrian dan Hamkam.Sebaliknya hanya sedikit sahaja dipergunakan untuk kepentingan rakyat. Suasana inilah yang menyebabkan para gerakan Rakyat Iran seperti Front Nasional, para ulama dan golongan-golongan parti politik kiri seperti Komunis Marxis bangkit menentang Shah Iran.Untuk menidakkan perlawanan rakyat terhadap program ekonomi dan politiknya, Shah Iran telah menggunakan kekuasaan politik dan kekuasaan angkatan bersenjata untuk membenteras golongan yang menentangnya.Apa yang penting dalam bidang politik Shah ialah kebergantungannya kepada pihak Barat sahaja.


BAB Ш

GERAKAN KHOMEINI DI IRAN


3.1 PENGENALAN

Dalam membicarakan mengenai Revolusi Islam Iran, adalah menjadi satu kemestian membincangkan secara khusus mengenai biodata pemikiran politik dan perjuangan Ayatullah Khomeini. Ini kerana beliau adalah pemimpin yang memimpin gerakan Revolusi Islam Iran ini sehingga jatuhnya Shah Muhammad Reza dari singgahsana kekuasaannya. Dalam bahagian ini, akan memaparkan latarbelakang hidup Ayatullah Khomeini, pemikiran politiknya dan sebab-sebab penentangannya terhadap kerajaan pimpinan Shah Muhammad Reza.

3.2 LATAR BELAKANG KEHIDUPAN KHOMEINI

Nama sebenar Ayatullah a-Uzma Khomeini ialah Sayyid Rohullah al-Musawi al-Khomeini. Nama Khomeini ini sendiri sebenarnya berasal dari nama Kota Khomein iaitu tempat kelahirannya. Ini kerana sudah menjadi satu tradisi di Iran menggunakan nama kota atau daerah sebagai sebahagian daripada nama orang. Perkataan Sayyid pula menunjukkan beliau mempunyai garis keturunan Nabi Muhammad s.a.w. Manakala perkataan Ayatullah al-Uzma ( Tanda Allah yang Agung ) pula merupakan gelaran tertinggi dalam tingkat kepimpinan agama dalam Mazhab Shiach Ithanā cAsyara. Orang yang mendapat gelaran ini dianggap mempunyai pengetahuan agama yang mendalam dalam pelbagai bidang dan mampu berijtihad dengan ilmunya. Oleh kerana itu ia boleh dikatakan seerti dengan gelaran ulama mujtahid dikalangan mazhab Ahl as-Sunnah.Ia biasanya mempunyai pengikut yang ramai.80

Sayyid Ruhullah al-Musawi al-Khomeini di lahirkan di Kota Khomein, 349 km barat daya dari Kota Tehran, pada tanggal 24 September 1902 bersamaan 20 Jamadil Akhir 1320H. Tanggal kelahiran Khomeini sama dengan tanggal kelahiran Sayyidah Fatimah az-Zahra, salah seorang puteri kesayangan Rasulullah s.a.w danjuga isteri kepada Imam Ali bin Abi Thalib r.a. Khomeini lahir dan dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang sangat taat berpengang kepada agama. Ayahnya iaitu Ayatullah Sayyid Musthafa al-Musawi al-Khomeini, datuk sebelah ibunya Sayyid Ahmad Hindi dan datuk belah ayahnya Sayyid Din c Ali Syah merupakan ulama-ulama terkemuka dan di segani pada zamannya. Sementara dari silsilah ibunya Hajar Aqha Khanom, Khomeini merupakan cucu dari Ayatullah Aqha Mirza Ahmad Khwansari, penulis kitab Zubdah A-Tashanif.

Ayahnya, Ayatullah Sayyid Musthafa al-Musawi al-Khomeini sezaman dengan Almarhum Ayatullah Uzma Mirza Syirazi. Selama beberapa tahun, ayahnya menuntut ilmu agama dalam pelbagai bidang di kota suci Najaf,Iraq, setelah sampai pada tahap mujtahid , Ayatullah Sayyid Musthafa kembali ke Iran dan menetap di kota Khomein. Di sana, ia menjadi pelindung dan pemandu masyarakat dalam masalah agama . Namun beliau meninggal dunia pada usia 42 tahun kerana di bunuh oleh agen-agen rahsia Dinasti Qajar. Pembunuhan Ayatullah Sayyid Musthafa ini sangat berkaitan dengan aktiviti-aktiviti perjuangan politiknya yang gigih memperjuangkan hak-hak rakyat miskin yang ditindas oleh para tuan tanah. Ayatullah Sayyid Musthafa meninggalkan tiga orang putera, iaitu Sayyid Murthadhā, yang kenali sebagai Ayatullah Pasandideh, Sayyid Nur Ad-Din dan Khomeini sendiri yang ketika itu baru berumur lapan tahun. Selepas kematian ayahnya, Khomeini di asuh di pelihara oleh ibunya dan nenek dari belah bapanya, Sahiba Khanum.Namun pada tahun 1914, neneknya meninggal dunia kemudian di susuli oleh kematian ibunya. Keadaan ini sangat memberi kesan yang mendalam pada diri Khomeini yang sudah menjadi yatim piatu ketika berumur 16 tahun. Selanjutnya tanggungjawab membesar Khomeini ditanggung oleh abang sulungnya Ayatullah Pasandideh. Ayatullah Pasandideh mengasuh dan sekaligus menjadi guru pertamanya di bidang ilmu-ilmu keislaman, khususnya ilmu logik dan bahasa Arab.81

3.2.1 Latar Belakang Pendidikan

Pendidikan awal Khomeini bermula secara tidak formal dibawah bimbingan dan tunjuk ajar para ahli keluarganya. Pada usia tujuh tahun ia menuntut ilmu pada sepupu dari belah ayahnya iaitu Syeikh Jacfar dalam ilmu bahasa Arab dan kemudiannya mempelajari kitab Jamic Muqaddimat, kitab yang membincangkan mengenai logik dan tatabahasa Arab di bawah bimbingan Mirza Muhammad Mahdi, bapa saudara dari belah ibunya. Setelah itu beliau memdalami pelajaran logik dari Mirza Ridhā Najafi al-Khomeini ipar lelakinya. Khomeini juga mempelajari kitab Muhawwal karya Imam As-Suyuthi daripada abangnya Ayatullah Pasandideh. Dari abangnya juga, beliau mempelajari ilmu bahasa Arab dan logik82

Adalah menjadi tradisi , para ibu bapa akan menghantar anak-anaknya belajar disekolah atau madrasa tradisional yang ada. Khomeini mula belajar secara formal dengan belajar bahasa Arab, Syair Parsi dan kaligrafi di maktab Khaneh, sebuah sekolah tradisional untuk kanak-kanak yang didirikan oleh Akhund Mullah Abu Qasim, yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Di sekolah tersebut juga, Khomeini mempelajari al-Quran.Pada tahun 1920, ketika umurnya 18 tahun, beliau telah melanjutkan pelajarannya di Hauzah Ilmiah ( Lembaga Pelajaran )di kota Arak di bawah asuhan Ayatullah Syeikh Muhammad Golpaygani tentang ilmu mantiq dan pelajaran Syarh-e Lumcah kepada Ayatullah Aqa Abbas Araki, seorang marjac al-Taqlid pada tahun 1920 . Kota Arak pada ketika itu merupakan salah satu pusat ilmu ilmu di Iran yang memiliki banyak ulama terkemuka. Di kota Arak ini juga beliau telah bertemu dengan seorang mujtahid besar pada ketika itu , Ayatullah Syeikh c Abdul Karim Hairi al-Yazdi. Beliau juga merupakan salah seorang ahli fiqh terkemuka dan marjac al-taqlid mazhab Shiach pada abad ke-14 hijrah Khomeini mempelajari ilmu feqah, kharij Fiqh dan ushul daripada beliau. Pada tahun 1922, Khomeini telah mengikuti gurunya, Ayatullah Syeikh c Abdul Karim Hairi al-Yazdi ke kota Qom, lalu beberapa orang ulama kota tersebut berkumpul dan memintanya tinggal di kota tersebut untuk mendirikan sebuah sekolah agama atau Hauza-ye Ilmiye. Dengan berdirinya Hauza-ye Ilmiye, maka muridnya-muridnya pun berdatangan kekota tersebut. Khomeini juga turut mengajar orang-orang yang ingin mempelajari fekah,ushul,falsafah dan akhlak. Pada masa awal Khomeini di Qom telah terjadi peristiwa penting dalam sejarah Iran iaitu hancurnya Dinasti Qajar dan digantikan dengan Dinasti Pahlevi di bawah kekuasaan Reza Khan yang didukung oleh Inggeris pada tahun 1925M.

Di samping itu juga, Khomeini mempelajari pembahasan falsafah melalui kitab al-Manzhumah dan Syarhu al-Manzhumah( terang kitab ) daripada Almarhum Ayatullah al-Rifaci selama 4 tahun. Selepas itu, beliau melanjutkan lagi pelajaran falsafahnya dengan mempelajari kitab al-Asfar( terang kitab ) pada Sayyid Abi al-Hassan al-Qazweini dan Almarhum Sayyid Mirza Khalil Kamari. Namun pada masa itu juga beliau sibuk mengajar kitab al-Manzhumah yang di hadiri banyak mahasiswa.83

Selama dalam masa belajar di Qom iaitu dari tahun 1922 hingga 1936 ( 1340H-1355H ) Khomeini berhasil membentuk keperibadian yang agung di bawah bimbingan sejumlah ulama dan mujtahid yang besar. Antara guru-gurunya ialah:

1. Ayatullah Aqa Mirza Muhammad cAli Adib Tehrani ( 1884-1949M ) Khomeini mempelajari daripadanya kitab Sharf al-Sharf mengenai tatabahasa c Arab, fiqh dan usul.
2. Ayatullah Aqa Mirza Sayyid c Ali Yatsrib Kasyani ( 1893-1959M ) Beliau adalah guru Khomeini dalam bidang ilmu feqah dan usul tingkat awal (Suthuh ).
3. Ayatullah Aqa Mirza Muhammad cAli Syahabadi ( 1875-1953 ).Beliau merupakan guru besar bagi Khomeini dalam bidang ilmu tasawuf dan irfan selama 7 tahun. Melaluinya, Khomeini mempelajari kitab Fushush al-Hikam karya Ibnu cArabī, Syarh al-Fushush karya Qaishari dan Mafātih al-Ghayb karya Muhammad Hamzah serta kitab Manāzil al-Sā cirīn karya Khawajah c Abd Allah Anshari.
4. Ayatullah Hājj Aqa Husain Burujerdi ( 1875-1960M ) merupakan Marjac al-Taqlid di kota suci Qom selepas wafatnya Ayatullah cAbdul Karim Hairi. Khomeini memperdalami ilmu feqah dan ushul daripada beliau.
5. Ayatullah Sayyid Muhsin al-Amin al-c Amili ( 1868-1952M ) merupakan seorang ahli hadits. Beliaulah yang memberi ijazah kepada Khomeini untuk meriwayatkan hadits.
6. Ayatullah Hājj Syeikh c Abbas al-Qummi ( 1887-1940M ) seorang ahli hadits terkemuka dan sejarawan Iran.Daripadanya juga, Khomeini menperdalami ilmu hadits.

Jika di lihat pada senarai guru-guru Khomeini dan pelajaran-pelajaran yang beliau dalami, maka dapat dilihat bahawa keilmuan Khomeini lebih tertumpu dalam ilmu bahasa CArab , logik, akhlak ( tasawuf dan irfan ), hadits, feqah, dan ushul. Seiring itu juga, Khomeini belajar Matematika, Astronomi dan Filsafat di hadapan Almarhum Sayid Abi Hasan Rafi’i Qazwini. Pada usia 27 tahun, Khomeini telah mencapai tingkat ilmu yang tinggi sehingga di benarkan untuk memberi pelajaran falsafah dan akhlak kepada murid-murid yang sudah mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi. Pada masa ini juga, Khomeini dikenal sebagai salah seorang pengajar dan sāhib al- nadzar iaitu orang yang memiliki kuasa untuk menyampaikan pendapat dalam bidang Fiqh, Ushul, Falsafat, cIrfan dan Akhlak. Dalam pada itu juga, Khomeini telah mula menulis buku-buku tentang pelbagai persoalan agama.84

Pada usia 30 tahun, Khomeini telah berkahwin dengan puteri seorang ahli agama dan di kurniakan dua orang putera dan tiga orang puteri. Putera pertamanya bernama Musthafa Khomeini, seorang hujjatul Islam muda terkemuka, yang kedua Ahmad Khomeini juga seorang hujjatul Islam. Manakala puterinya yang pertama Zahra Mustafawi seorang doktor dan pensyarah falsafah di salah satu universiti di Iran, kedua Shiddiqah Mustafawi dan Farida Mustafawi.

3.2.2 Kerjaya Khomeini

Ayatullah Khomeini telah menetap di kota Qom selama 45 tahun iaitu di Madrasah Faydiyyah, salah sebuah pusat pengajian Islam terbesar di Iran. Khomeini menjadi salah seorang tenaga pengajar tetap di sana apabila beliau menamatkan pelajarannya.Di samping sebagai tenaga pengajar di Madrasah Faydiyyah dalam pelajaran Fiqh, Ushul, Falsafah,cIrfan dan Akhlak Islam, beliau juga mengajar di Masjid al-cAzam, Masjid Muhammadiyah, Madrasah Hajj Mulla Shadiq, Masjid Salmasi dan di tempat yang lain lagi. Pengajaran Ayatullah Khomeini pada awalnya lebih tertumpu dalam pelajaran usul Fiqh dan ilmu-ilmu Ahlul Bait As. Walaupun pada ketika itu pelajaran usul fiqh merupakan subjek yang paling dititik berat oleh para ulama di Faydiyyah,namun Ayatullah Khomeini telah memilih untuk mengajar pelajaran akhlak dan cIrfan. Kesungguhan dan kepakarannya dalam membahas ilmu akhlak dan cIrfan telah berjaya menarik para pelajar dalam jumlah yang sangat besar iaitu seramai 1000 pelajar. Tindakan Ayatullah Khomeini memilih untuk mengajar pelajaran akhlak dan tasawuf ini adalah salah satu tindak balasnya menentang program sekularisme masyarakat Iran yang dijalankan oleh Reza Khan. 85

Ini kerana pada masa tersebut, pemerintah Iran, Reza Khan telah berusaha menjadikan Iran sebagai negara sekular sepertimana yang telah dilakukan oleh Kamal Atartuk di Turki. Tindakkan Reza Khan ini telah menyebabkan para ulama Iran bangkit menentang beliau. Perselisihan antara Reza Khan dan para ulama bermula apabila beliau memperkenalkan undang-undang Military Service Law pada tahun 1927.Menurut undang-undang ini, para ulama dan tullab( pelajar agama ) yang ingin menjawat jawatan dalam kerajaan mestilah melalui ujian pentadbiran kenegaraan terlebih dahulu.Dalam pada itu juga Reza Khan telah bertindak menyusun semula badan kehakiman dan perundangan negara dengan mengantikan mahkamah syariah yang di ketuai oleh ulama dengan pengerusi dan hakim yang berkelulusan dari pendidikan barat . Beliau juga bertindak memperbaharui sistem pendidikan negara dan memperkenalkan undang-undang larangan bagi para pelajar agama memakai jubah dan serban dan tudung atau hijab bagi wanita di jabatan kerajaan dan tempat-tempat awam. Undang-undang ini sekaligus telah menyebabkan berlakunya pemberontakan dan demontrasi di persekitaran Masjid Gauharshād di Mashhab pada tahun 1935. Akibat dari demontrasi bantahan tersebut, semua pemimpin agama di setiap kota di tangkap. Madrasah-madrasah agama di tutup dan para pelajar agama di paksa untuk menukar pakaian jubah mereka. Semua khutbah agama, ritual agama dan upacara bergabung, serta perayaan menyambut hari CAsyura dilarang sama sekali. Akhirnya semua kegiatan akedemik dan agama di Madrasah Mashhad dan beberapa madrasah sekitarnya di batalkan dan di tutup.86

Dalam keghairahan pihak pemerintah menghancurkan institusi agama Islam yang dipimpin oleh para ulama di Iran, namun perjalanan aktiviti di Hauze-ye Ilmiye madrasah Faydiyyah di Qom masih berjalan lancar. Ini kerana kepandaian dan pemikiran politik moderat yang dimainkan oleh pemimpin tertinggi Qom, cAyatullah Abdul Karim Hairi dalam menghadapi tindakkan pihak pemerintah.Tindakan beliau ini adalah demi menjamin berterusannya pusat pengajian Islam di Qom yang baru menonjol naik.Walaupun pelbagai asakkan yang dilancarkan oleh pihak pemerintah terhadap Madrasah Faydiyyah namun beliau tetap bersabar, berhati-hati dan dengan bijak menbangunkan kembali kekuatan ulama. Oleh kerana itu Madrasah Fayydiyah telah menjadi tumpuan para ulama dan pelajar di seluruh Iran termasuk pelajar-pelajar dari luar negara seperti Iraq, Yaman, Arab Saudi, Mesir, Pakistan, India dan Indonesia untuk datang belajar disana sehingga akhirnya menjadi salah satu pusat pengajian Islam terpenting di Iran. Dalam pada itu juga, tiga pemimpin besar Shiach pada masa tersebut memberi sokongan terhadap Madrasah Faydiyyah iaitu Ayatullah Sayyid Muhammad Taqi Khunsāri , Ayatullah Sayyid Muhammad Hujjat dan Ayatullah Sayyid Sadr al-Din Sadr. Dalam pada itu juga, Ayatullah Sayyid Abul Hasan Isfahani, pemimpin tertinggi Shiach di Najaf, Iraq, turut memberi sokongan dan bantuan. Atas faktor-faktor inilah berkemungkinan pihak pemerintah terpaksa berhati-hati dalam mengambil tindakan terhadap Hauze-e Ilmiye di Qom87.

Namun pratik politik pasif dan terlalu toleransi yang di amalkan oleh ulama di Qom telah menyebabkan mudahnya bagi pihak pemerintah melaksanakan program-program sekularisme dan pembaharuan di bidang-bidang lain.Dalam pada itu juga terdapat pelbagai serangan tulisan dilancarkan oleh pihak tertentu menghina kedudukan para ulama. Namun para ulama masih berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan, akhirnya muncul fahaman dikalangan ulama dan pelajar bahawa agama dan politik itu berpisah. Peranan ahli agama hanya di hadkan dengan mengajar dan mempelajari kitab-kitab agama dan menjalankan ritual agama sahaja . Pada saat itu juga, para ulama yang melakukan penentangan terhadap pemerintah Shah dianggap memiliki jiwa dan hati membatu. Ini menyebabkan Ayatullah Khomeini bangkit menyedarkan para ulama hal tersebut. Menurut Ayatullah Khomeini slogan pemisahan agama dari politik dan tuntutan agar para ulama tidak mencampuri urusan politik telah dirumuskan dan dipropagandakan oleh kaum imperialisme barat bagi mencuri kekayaan dan mengelak berlakunya penentangan terhadap kepentingan mereka di Iran dan negara Islam yang lain.88

Dalam pada itu juga, walaupun dalam diri Khomeini terdapat perbezaan dan polemik pemikiran dengan dua pemimpin besar Shiach dalam beberapa persoalan agama dan pendirian politik , namun ia tetap mendukung marja ciyyah Ayatullah cAbdul Karim Hairi Yazdi kemudian Ayatullah Burujerdi. Sebagai contoh dalam peristiwa hukuman mati atas Mulla Navab Safavi dan teman-temannya dari anggota gerakan Fedayeen –e-Islam pada tahun 1955, Ayatullah Khomeini marah atas sikap Ayatullah Sayyid Burujerdi dan beberapa marjac lain kerana tidak bersikap tegas dan menekan pemerintah Shah untuk menyelamatkan hidup mereka. Ayatullah Khomeini menganggap hukuman mati terhadap Mulla Navab Safavi sebagai salah satu tanda lemahnya kedudukan politik kaum ulama pada ketika Namun beliau tetap menyokong dan mendukung Ayatullah Burujerdi demi mengelak berlaku perpecahan di kalangan ulama di Qom dan seluruh Iran amnya.Perselisihan ini hanyalah berpunca dari perbezaan pemikiran dan pendapat semata-mata.89

Selepas kewafatan Ayatullah Burujerdi pada tahun 1962,maka tempat marjaciyyah telah tiada dan pada tahun yang sama juga, Ayatullah Kasyani, ulama pejuang telah meninggal dunia. Melihat situasi ini Shah Muhammad Reza dengan segala sikap ketergesa-gesaannya ingin melaksanakan reformasi yang dikehendakinya yang disusun oleh Amerika dan berhasrat memindahkan urusan marjaciyyah ke luar negeri dengan mencalonkan Ayatullah Muhsin Hakim dari Najaf, Iraq, sebagai marjac al-taqlid .Namun ternyata para ulama dan masyarakat Iran telah bersetuju melantik Ayatullah Khomeini sebagai marjac al-taqlid yang baru mengantikan posisi marjaciyyah yang telah dikosongkan oleh Ayatullah Burujerdi. Dengan perlantikan ini gelaran Ayatullah al-Uzma telah di berikan kepada Khomeini sebagai tanda pemimpin agama tertinggi bagi seluruh masyarakat shiach di kota Qom. Sebagai pemimpin tertinggi di Iran dan di bantu oleh beberapa ulama besar yang lain seperti Ayatullah Golpaygani dan Ayatullah Syariatmadari, aktiviti politik Khomeini di mulai dari penentangannya terhadap perlaksanaan pembaharuan dalam sistem pilihan raya seperti penghapusan syarat keislaman bagi calon anggota dewan, penghapusan sumpah dengan al-Quran dan undang-undang yang memberi hak-hak istimewa kepada penasihat dan tentera Amerika Syarikat di Iran. 90

Sejak muda lagi, Ayatullah Khomeini telah memulai aktiviti menulis. Beliau telah menulis buku Misbah al-Hidayah ila al-Khilafah wa al-Wilayah saat beliau berusia 26 tahun kemudian Asrar al-Salah dan Adab as-Salah ketika berusia 27 tahun. Ketika berusia 29 tahun, beliau menulis sebuah buku berjudul Syarh Duca al-Sahar. Antara buku-buku lain yang dikarang oleh Ayatullah Khomeini Anwaru al-Hidayah fi Tacliqat c ala al-Kifayah ( dua jilid ) , Syarh Arbaicn Haditsan, Kitab al-Beic ( lima jilid ), al-Makasib al-Muharramah ( dua jilid ), Kitab Thaharah ( empat jilid ), al-Khalal fi al-Shalah, Risalah fi al-Ijtihad wa al-Taqlid, Bacii al-Durar fi Qacidati Nafyi al-Dharar, Risalah fi Tac adul wa al-Tarjih, Risalah fi al-Thalab wa al-Iradah, Risalah fi al-Qaic dah wa al-Milk, Risalah fi al-Taqiyyah, Risalah fi al-Ishtishab, Tac liqutu cala Wasilah al-Najah,Tac liqat cala Urwah al-Wustqa, Tahriru al-Wasilah ( dua jilid ) Taliqah cala Fushush al-Hikam, Taqliqah cala Misbah al-Uns, Hasyiyah cala al-Asfar, Tafsir Surah al-Hamd, Hasyiyah cala Risalah al-Irtsi, Diwan Syic ri, al-Jihad al-Akhbar, Manasik al-Hajj, Taudhih al-Masail dan Kasyfu al-Asrar serta Hukumate Islami. Disamping itu juga pelajaran-pelajaran yang disampaikan oleh beliau baik dalam bidang Ushul, Fiqh, Irfan dan Falsafah telah dikumpul oleh para muridnya hingga mencapai puluhan jilid. Sebahagian naskah telah diterbitkan oleh Muassasah Tanzhim Wanasyri Turats al-Imam al-Khumayni. Terdapat sekitar 1.100 ceramah, 800 ratus maklumat dan ratusan surat dan fatwa beliau serta puluhan artikel yang mengandungi soal jawab dengan beliau. Sebahagiannya telah dibukukan dengan berjudul Shahifah al-Nur yang berjumlah 22 jilid.91


3.3 PEMIKIRAN POLITIK KHOMEINI

Pemikiran politik dan semangat juang untuk berjihad di jalan Allah S.W.T yang tumbuh bersemi pada diri Ayatullah Khomeini memiliki akar ideologi, pendidikan, lingkungan keluarga dan kemasyarakatan serta keadaan sosio-politik selama masa hidupnya. Perjuangannya di mulai sejak awal remaja yang kemudian secara perlahan mencapai kesempurnaan seiring dan sejalan dengan kematangan jiwa dan ilmunya di satu sisi dan keadaan sosial dan politik Iran serta masyarakat Islam di sisi lain.

Dalam menilai pemikiran politik Ayatullah Khomeini, adalah perlu melihat kepada pegangan idealogi beliau.Sepertimana yang diketahui, Khomeini merupakan salah seorang pengikut mazhab Shiach Imamiyyah Ithanā CAsyara yang alim. Oleh kerana itu adalah baik melihat secara ringkas mengenai aliran Mazhab Shiach Imamiyyah Ithanā CAsyara yang menjadi pegangan Ayatullah Khomeini. Syiah dari segi bahasa bererti pengikut dan sahabat-sahabat. Menurut pendapat Ulama Mutakallimin, Syiah ialah mereka yang menyokong setia Imam Ali bin Abi Thalib r.a dan keturunannya dan berpengang teguh dan melindungi mereka dan berpengang (dalam soal keagamaan) dengan sandaran-sandaran dari Imam-Imam.92 Secara rumusannya Syiah ialah salah satu aliran mazhad dalam Islam yang menyakini bahawa Saidina Ali bin Abi Thalib r.a dan keturunannya merupakan Imam ( pemimpin ) ummat ini selepas Rasulullah s.a.w. dan ketentuan keimamahan mereka adalah berdasarkan nas.

Sesungguhnya latar belakang lahirnya Shiach itu sendiri adalah bermotifkan politik, sehingga persoalan kepimpinan atau Imamah menjadi salah satu rukun iman bagi mereka..Bagi pandangan Shiach Imamiah Ithanā CAsyara , kepimpinan umat selepas kewafatan Nabi s.a.w jatuh kepada sepupu dan juga menantunya Imam Ali r.a dan keturunannya dari isterinya Fatimah az-Zahra puteri Nabi s.a.w. Perlantikan para Imam adalah berdasarkan nas dan wasiat.Ini berlainan dengan pendapat Ahl al-Sunnah wa al-Jamāc ah yang menyatakan pemilihan pemimpin adalah berdasarkan syura dan baiach93.Oleh kerana itu, Shiach mempunyai fahaman dan pegangan politik tersendiri. Bagi Shiach Imamiah Ithanā CAsyara, Imamah adalah lanjutan daripada para Anbiya’, mereka mengantikan para anbiya’ untuk menyebarkan risalah suci Tuhan kepada manusia. Oleh itu ia merupakan satu tugas yang berat dan suci, maka dari segi hukum akal tidak wajar tugas ini dikembalikan kepada pandangan umat banyak kerena mereka tidak lari daripada melakukan kesalahan semasa membuat pemilihan imamah, daripada kesalahan memilih ini boleh mencacatkan atau menjejaskan risalah yang suci ini.Oleh kerana itulah bagi mereka pemilihan imamah ini mestilah berdasarkan kepada nas yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.

Bagi Shiach Imamiah Ithnā CAsyara,setiap zaman mempunyai imamnya tersendiri dan imam-imam tersebut semuanya berjumlah 12 orang iaitu ( 1 ) Imam cAli bin Abi Thalib ( 2 ) Imam Hasan az-Zakī bin cAli ( 3 ) Imam Husain Sayyid al-Shahid bin cAli ( 4 ) Imam cAli Zainal CAbidin as-Sajjad bin Husain ( 5 ) Imam Muhammad al-Baqir bin cAli ( 6 ) Imam Jac afar as-Shadiq bin Muhammad ( 7 ) Imam Musa al-Kazim bin Jac afar ( 8 ) Imam cAli al-Redhā bin Musa ( 9 ) Muhammad al-Jawwad bin cAli ( 10 ) Imam cAli al-Hādi bin Muhammad ( 11 ) Imam Hassan al-Askari bin cAli ( 12 ) Imam Muhammad al-Mahdi al-Muntazir bin Hassan . Para imam ini adalah keturunan Sayyidina cAli bin Abi Thalib dengan Sayyidah Fatimah az-Zahra puteri Rasulullah s.a.w. Bagi mereka, para imam ini bersifat mac sum.94

Semasa zaman imam-imam ini segala permasalahan agama dan urusan keduniaan bagi pengikut Shiach wajib dirujuk kepada para imam ini. Para ulama tidak di benarkan untuk mentafsir ayat-ayat al-Quran dan membuat ijtihad sendiri kerana ia milik mutlak para imam, kerana pada diri imamlah terdapatnya rahsia-rahsia dan ilmu-ilmu Islam yang di warisinya dari imam sebelumnya hingga kepada Rasulullah s.a.w. Namun selepas ghaibnya Imam Muhammad Hassan, yang dikenali bagi penganut Shiach sebagai zaman ghaibah Kubra95 maka bermulalah zaman terbukanya pintu ijtihad bagi para ulama Shiach.Ia merupakan penguasaan khsusus yang diberikan kepada seorang ahli faqih yang dapat menginstinbhat dan mengeluarkan hukum-hukum serta fatwa yang bersumberkan dari al-Quran dan sunnah Rasulullah serta sunnah para Imam melalui kaedah-kaedah telah disepakati. Ulama yang memiliki autoriti mengeluarkan ijtihad ini dikenali sebagai Naib al-Imam.Beliau dianggap sebagai penganti tempat Imam ke-12 dan ketaatan pengikut Shiach terhadap Naib al-Imam ini adalah sama dengan ketaatan terhadap Imam ke-12,hukumnya adalah wajib. 97

Dari segi sejarah politik,munculnya jabatan Naib al-Imam ini semasa pemerintahan Dinasti Safawi di Iran. Pada asalnya, selepas keghaiban Imam Ke-12, masyarakat Shiach terutama para ulama mengambil sikap mengasingkan diri dari arena politik. Ini kerana bagi mereka kepimpinan umat hanya milik Imam Ke-12 yang ghaib, merebut jawatan tersebut adalah suatu yang dilarang sama sekali.Oleh kerana itu politik Shiach menjadi pasif dan amalan taqiyyah menjadi keutamaan. Namun Pada abad ke-16 dalam menghadapi cabaran semasa, terdapat dua aliran Shiach yang saling berselisih pendapat iaitu Akhbāri dan Ushulli. Akhbari berfahaman bahawa pada zaman ghaibah, tidak diperbolehkan menggunakan akal sebagai sandaran atau berijtihad untuk membuat keputusan dalam agama, kesemua keputusan hendaklah berdasarkan hadis-hadis yang telah ada. Kelompok Ushulli pula berpendapat bahawa pada zaman ghaibah ini diperbolehkan ijtihad dengan berpandukan prinsip syaricah. Kelompok Ushulli mendapat dokongan besar dari kebanyakkan para ulama Shiach, dengan berpendapat pintu ijtihad terbuka bagi para mujtahid Shiach. Hasilnya para mujtahid inilah yang mewarnai teologi Shiach, dengan memunculkan pemahaman pembentukkan negara Islam semasa ghaibnya Imam ke-12.98

Para ulama Ushulli ini memiliki peranan penting dalam kehidupan politik dan agama semasa Dinasti Safawi.Mereka telah berjaya mengubah sistem politik Shiach dari gerakan politik yang pasif menuju teologi politik keagamaan yang aktif .Orang yang paling bertanggungjawab atas pengembangan teori Naib al-Imam ini ialah Syeikh Muhaqqiq Syeikh cAli Karaki ( 1533 ) pada zaman Pemerintahan Shah Tahmasp. Menurut Syeikh cAli Karaki,seorang mujtahid dibenarkan untuk berijtihad kerana bertindak sebagai wakil Imam Ghaib. Fahaman ini telah menjadikan para mujtahid berada di kedudukan yang tinggi sehingga tidak dapat ditentang.Oleh kerana itu, segala kekuasaan milik Imam ke-12 yang ghaib jatuh ketangan para mujtahid. Kerana itu juga, para mujtahid dapat melakukan pelbagai peranan dalam urusan agama dan politik yang sebelumnya hanya boleh dilakukan oleh Imam. Kedudukan mujtahid ini hanya diberikan kepada segelintir sahaja, meskipun demikian status para ulama lain juga turut naik kerana dilantik menjadi wakil umum bagi Naib al-Imam kerana memiliki pengetahuan agama yang tidak dimiliki oleh golongan awam. Fahaman baru ini juga telah mendorong masyarakat memandang para mujtahid sebagai wasilah atau penghubung kepada Imam Ghaib.Ketinggian kedudukan mujtahid ini boleh dilihat kepada pengakuan pemerintah Shah Ismail П ketika diangkat menjadi pemerintah Dinasti Safawi oleh mujtahid pada ketika itu “ Kekuasaan ini hakikatnya milik Imam Ghaib, Pemimpin Zaman, dan anda adalah wakil Imam yang ditunjuk untuk menjalankan perintah-perintah Islam dan Syariat.Anda telah mengizinkan saya menduduki diatas singgahsana, serta memerintah sesuai dengan keputusan dan kehendak anda”.99

Peranan ulama dalam politik semakin meningkat apabila lemahnya pihak pemerintah. Para pemerintah terakhir Dinasti Safawi membolehkan para ulama terlibat dalam semua strukur pemerintahan. Ini menyebabkan munculnya gerakan politik ulama yang diketuai oleh Muhammad Baqir Majlisi lebih dikenali sebagai “Majlisi” yang menjadi Syeikh al-Islam di Isfahan pada 1098H/1687M dan ketua ulama ( Mulla Basyi ) pada 1106-1134H/1644-1722M. Sejarah mencatatkan Majlisi adalah seorang ulama yang paling berpengaruh dalam sejarah Dinasti Safawi. Pemerintah Sultan Husain tidak dapat banyak mengawal segala aktiviti-aktiviti sosial politik Majlisi. Hal ini bukan semata-mata lemahnya sistem politik sultan, namun naiknya Sultan Husain mengantikan Sultan Sulaiman sendiri pun mendapat dukungan penuh dari Muhammad Baqir al-Majlisi selaku Syeikh al-Islam.100. Dalam mengawal politik negara, Majlisi mengembangkan lembaga agama dibawah arahan langsung para fuqaha.Gerakan politik Majlisi merupakan lanjutan dari fahaman-fahaman yang diutarakan oleh Muhaqqiq Syakh cAli Naraki. Revolusi politik yang digagaskan oleh Majlisi ialah “ menurut hukum Tuhan, mujtahid sebagai pemimpin rohani yang tinggi, berhak memerintah umat Islam, sedangkan Shah ( Pemerintah ) berkewajiban untuk menjalankan dan melaksanakan fatwa mujtahid tertinggi”. Jika dilihat, di Iran tulisan-tulisan Majlisi sangat masyhur dari abad ke-19 hingga sekarang.101

Sikap ulama semakin kritis terhadap pemerintah, para ulama menganggap diri mereka sebagai pelindung rakyat. Menurut mereka, siapa pun Shah yang memerintah sebelum kembalinya Imam ke-12 adalah tidak sah kecuali mendapat pengiktirafan dan pengesahan daripada para mujtahid terpilih yang dikenali sebagai Marjac al-Taqlid. Jika tidak, para ulama secara sah boleh mengobarkan revolusi menentang pemerintah. Selama berabad-abad rakyat Iran telah biasa mendengar para pemimpin agama mereka mencela kebijaksanaan pemerintah yang dianggap bertentangan dengan Islam. Bagi mereka pendapat-pendapat ulama itulah menjadi panduan bagi mereka bagaimana harus bersikap kepada seseorang pemerintah itu. Oleh kerana itu, pada awal abad ke-19 telah berlaku dua revolusi yang besar iaitu Revolusi mengharamkan penjualan tembakau pada 1892 yang dipimpin oleh Mujtahid Hajj Mirza Muhammad Hassan Shirazi dan Revolusi Perlembagaan 1905-1909 yang dipimpin oleh beberapa orang mujtahid besar Iran seperti Shaykh Hadi Najmabadi, Sayyid Muhammad Thabathabāī, Sayyid C Abd Allah Bihbahani, Muhammad Kazim Khurasani, Shaykh CAbd Allah Mazandrani dan Mirza Husayn Tehrani.102

Perjalanan sejarah politik Shiach yang kebanyakkan didominasi oleh para ulama banyak memberi pengaruh terhadap Ayatullah Khomeini. Bagi Khomeini, konsep kepimpinan ulama selalu dipegangnya dengan teguh. Sepanjang belajar di Qom lagi, Khomeini sangat sedar dan mengambil tahu akan perkembangan-perkembangan politik yang terjadi di Iran dan negara-negara Islam yang lain.Hal ini jelas terlihat dalam tulisan mahupun pidato-pidatonya tentang pemikiran politik yang berkaitan dengan pengetahuan sejarah Islam. Ayatullah Khomeini selalu turut serta dalam pelbagai peristiwa politik baik pada zaman pimpinan Ayatullah cAbdul Karim Hairi al-Yazdi mahupun pada zaman Ayatullah Sayyid Burujerdi. Ini dapat dilihat bagaimana Ayatullah Khomeini mengambil berat terhadap semua permasalahan politik yang berlaku disekeliling beliau dan bertemu dengan pemimpin-pemimpin revolusi pada masa tersebut sama ada berasal dari Iran mahupun luar dari Iran untuk mempelajari dari mereka mengenai perjalanan dan pengerakan revolusi dan cara berhadapan dengan tentangan musuh.

Ayatullah Khomeini pernah bertemu dengan pemimpin Pengerakan Kemerdekaan Labenon Sayyed CAbd al-Husien Sharafeddin yang datang ke Iran apabila beliau menentang pendudukan Perancis di Labenon. Beliau datang dan menetap buat seketika di kota Qom.dan kedatangan beliau disambut oleh para ulama termasuklah Ayatullah Khomeini sendiri. Ayatullah Khomeini juga pernah bertemu dengan Sheikh Mohammad Hasanein Kashef Ghita, seorang tokoh ulama yang gigih menyeru kepada kesatuan Islam dan salah seorang tokoh pejuang pembebasan Palestin dari cengkaman Israel. Dalam pada itu juga,apabila pemimpin-pemimpin ulama di Najaf seperti Ayatullah Asfahani dan Ayatullah Naini serta beberapa orang pemimpin agama Iraq yang lain telah dibuang negera oleh pihak British atas sebab melancar revolusi menentang pendudukan British di Iraq ke kota Qom. Ayatullah Khomeini merupakan salah seorang yang datang bertemu serta belajar daripada mereka mengenai revolusi di Iraq. Semua ini telah memberi aspirasi dan semangat dalam diri Ayatullah Khomeini untuk terus berjuang dan melancarkan penentangan terhadap pemerintah Iran yang ketika itu juga berusaha menghancurkan institusi ulama.103

Sebenarnya mendirikan negara Islam telah tertanam dalam diri Ayatullah Khomeini sejak masih muda lagi. Dalam bukunya yang berjudul Kasyf al-Asrar (1941) telah membuktikan beliau mempunyai pemikiran politik tersendiri yang jauh berbeza dengan ulama-ulama lain yang sezaman dengannya. Dalam buku tersebut, Ayatullah Khomeini dengan berani mengkritik pemerintahan Reza Khan dan menyeru kepada para ulama supaya melibatkan diri dalam bidang politik. Perbezaan jauh antara Ayatullah Khomeini dengan tokoh ulama-ulama lain seperti Ayatullah Kasyani dan Ayatullah Taliqani yang telah memainkan peranan penting dalam sejarah politik Iran dengan bergerak di luar lembaga-lembaga keagamaan dengan menjalin hubungan penyatuan dengan bermacam-macam kelompok bukan ulama . Bagi Khomeini, konsep kepimpinan ulama selalu dipegangnya dengan teguh.Namun pada saat tersebut kehadiran Ayatullah Khomeini masih lagi samar disebabkan dilindungi dengan populariti Ayatullah Burujerdi dan Ayatullah Kasyani109( m/s 21 Mata Air Kecemerlangan-sebuah pengantar untuk memahami pemikiran Imam Khomeini. Oleh -Terjemahan-Zainal Abidin 1991) Pemikiran politik Ayatullah Khomeini boleh dibahagikan kepada dua tahap iaitu :


1. Bermula pada tahun 1941 hingga 1962. Dalam tahap ini, Ayatullah Khomeini lebih menggunakan pendekatan mengkritik dasar-dasar yang dijalankan oleh Kerajaan yang bertentangan dengan Islam seperti melaksanakan dasar sekularisme pendidikan, perundangan dan sosial dan menyokong parti-parti politik yang melancarkan tentangan kepada Shah Iran seperti Front Nasional yang dipimpin oleh Mohammad Mossaadeq, Fedayeen –e-Islam yang dipimpin oleh Mulla Navab Safavi dan Mujahideen-e-Islam yang dipimpin oleh Ayatullah Abul Qasim Kashani.

2. Bermula dari perlaksanaan Revolusi Putih yang dilancarkan oleh pihak kerajaan hingga berjayanya revolusi Islam Iran iaitu bermula dari tahun 1963 hingga 1979. Pada tahap ini Ayatullah Khomeini berada di buangan dan beliau lebih menggunakan pendekatan gerakan revolusi dengan menyeru rakyat Iran bangkit menentang Shah Iran serta membangunkan sebuah negera Islam. Pada tahap ini juga munculnya teori politik Vilayet-e-Faqih iaitu pemerintahan ahli faqih semasa beliau memberi kuliah mengenai Hukumate Islami ( Pemerintahan Islam ) di Najaf. Idea-idea Ayatullah Khomeini ini dihimpun kemudiannya dibukukan dengan judul Hukumate Islami juga. Konsep Vilayet-e Faqih ini melambangkan pemikiran politik Ayatullah Khomeini dalam menterjemahkan konsep Negara Islam

Pemikiran politik Ayatullah Khomeini baru dilihat menonjol di permukaan dengan terbitnya buku Kahsyful Asrar ( menyingkap rahsia ) pada tahun 1941 ketika beliau berumur 39 tahun dan baru bergelar Hujjatul Islam. Kahsyful Asrar berisi kritikan-kritikan tajam terhadap kebijaksanaan Reza Khan yang bertindak seperti seorang diktator, menghancurkan institusi pengajian Islam dan ulama dan menyebar luaskan budaya barat di Iran. Buku ini juga bertujuan menjawab tuduhan buku Secret Of Thounsand Years yang ditulis oleh Ahmad Kasravi yang mencela para ulama Iran dan menanggap para ulama Iran sebab utama kemunduran Iran.Ayatullah Khomeini juga mengkritik pedas para ulama Iran yang tidak mengambil tahu terhadap situasi politik. Beliau menyeru agar para ulama turut terlibat dalam politik demi menjaga integrasi budaya Shiach di Iran. Menurut Ayatullah Khomeini “ para ulama harus mengendali pemerintahan tetapi tidak bererti ulama harus menjadi Shah, seorang menteri atau panglima tentera,namun mereka harus mampu mengawasi badan-badan perundangan dan pelaksana dalam sebuah negara Islam.” 110


Jika dua karya Ayatullah Khomeini, Kasyful Asrar ( 1941 )dan Hukumate Islami ( 1969 ) diperbandingkan, maka akan dapati ada perubahan atau evolusi dalam pemikiran politiknya.Dalam Kasyful Asrar misalnya, Ayatullah Khomeini berpendapat bahawa adalah memadai bagi para ulama berperanan sebagai pengawal lembaga-lembaga politik . Namun dalam Hukumate Islami, dengan tegas menyatakan bahawa para Fuqaha atau ulama mempunyai hak dan kewajipan sebagai penguasa dalam negara Islam. Dalam Islam katanya, empat Khalifah utama berperanan penting dengan menguasai lembaga perundangan dan pentadbiran dalam kerajaan. Menurut Ayatullah Khomeini lagi pemerintahan monarki yang wujud dalam sejarah politik Islam bukanlah bentuk pemerintahan Islam yang sebenar, Islam tidak mengakuai institusi monarki dan sejenisnya.

Ayatullah Khomeini juga berpandangan bahawa tujuan agama tidak akan dapat dicapai tanpa didukung oleh kekuasaan politik. Dengan maksud ini, hanya pemerintahan Islam sahaja yang dapat mengaplikasikan kandungan syariat Islam. Ini berlawanan dengan pandangan tradisional kebanyakkan ulama Shiach yang menyatakan bahawa suatu pemerintahan dianggap sah sepanjang ia memajukan atau setidaknya tidak menghalangi penerapan syariat.Hanya jika pihak pemerintah menghalang atau melarang umat Islam dari mengamalkan ajaaran Islam, maka jalan kekerasan diperbolehkan untuk menjatuhkannya.Bagi Ayatullah Khomeini, konsep ini tidak memadai.Pemerintah Islam sebenar ialah melaksanakan seluruh perundangan Islam.111

Menurut Ayatullah Khomeini perlunya pemerintahan Islam ialah kerana hukum peraturan Allah SWT wajib dilaksanakan.Untuk melaksanakannya mestilah mempunyai orang yang melaksanakannya,kerana alasan inilah, Allah SWT di samping menurunkan sejumlah hukum , juga telah menetapkan bentuk pemerintahan tertentu bersama-sama dengan lembaga perundangan dan lembaga pentadbir. Sifat dan watak hukum Islam serta ajaran syariat sendiri memberikan bukti tambahan tentang perlunya menegakkan pemerintahan. Ini kerana semuanya menunjukkan bahawa hukum-hukum tersebut dibuat dengan tujuan mencipta negara dan mengurus urusan politik, ekonomi, sosial dan budaya masyarakat. Jika diteliti juga, sifat dan watak hukum Islam ini dengan lebih mendalam , kita akan sedari bahawa perlaksanaannya bergantung pada bentuk pemerintahan. Tidak mungkin kewajiban melaksanakan perintah Tuhan dilakukan tanpa terlebih dahulu menegakkan badan-badan perundangan dan pentadbiran secara menyeluruh.

Dalam menerangkan bentuk pemerintahan itu, Khomeini menerangkan bahawa bentuk pemerintahan Islam bukan seperti pemerintahan diktator, monarki dan kekuasaan mutlak tetapi pemerintahan berdasarkan perlembagaan. Maksud perlembagaan di sini tidak sama dengan perlembagaan yang wujud sekarang iaitu berdasar hukum yang di sesuaikan dengan pendapat majoriti. Pemerintahan Islam berdasarkan perlembagaan bermaksud pihak penguasa atau pemerintah tunduk kepada serangkaian pensyaratan yang di tetapkan dalam al-Quran dan As-Sunnah. Hukum-hukum dan ajaran Islam itulah yang harus dijalankan dan dipatuhi. Kerana itu, pemerintahan Islam yang sebenar dapat disebut sebagai pemerintahan hukum Allah SWT atas manusia. Perbezaan pokok antara pemerintahan Islam dengan monarki berpelembagaan atau sistem republik ialah bila wakil-wakil rakyat atau raja dalam pemerintahan tersebut mempunyai kuasa membuat hukum.

Dalam Islam, kekuasaan membuat hukum hanya kepunyaan mutlak Allah SWT. Oleh kerana pemerintahan Islam adalah pemerintahan hukum ( syariat ), maka pengetahuan hukum wajib di miliki oleh pihak penguasa. Bahkan pengetahuan seperti itu bukan sahaja diperlukan oleh pihak penguasa tetapi juga oleh setiap orang yang memengang jawatan dalam jabatan pemerintahan. Pihak pemerintah juga wajib bersifat adil dalam semua perkara. Jika pihak penguasa tidak kenal dengan hukum syariat maka ia tidak berhak memerintah. Jika penguasa berpengang kepada Islam, ia harus tunduk pada faqih dan meminta ia untuk memperjelaskan hukum dan aturan Islam. Dengan demikian penguasa sebenar adalah faqih.Semasa zaman ghaibah, seorang faqih yang adil mempunyai kuasa atau wilayah yang sama dengan Rasulullah s.a.w dan para Imam, maka janganlah hal ini diertikan bahawa status faqih itu sama dengan status Rasulullah s.a.w dan para Imam. Kita bukan membicarakan mengenai status tetapi fungsi kekuasaan tersebut. Wilayah kekuasaan bukan hak istemewa tetapi tanggungjawab yang berat. Dalam melaksanakan syariat, tidak ada perbezaan antara faqih dengan Rasulullah s.a.w dan para Imam.

Misalnya hukuman bagi penzina adalah seratus kali sebatan, apakah Rasulullah s.a.w mengenakan 150 kali, Amirul Mukminin 100 kali dan faqih 50 kali sahaja? Memikul fungsi pemerintahan tidak menunjukkan status atau kelebihan penghormatan.Menjalankan pemerintahan hanyalah alat untuk memenuhi kewajiban melaksanakan ketertiban dan keadilan Islam.Jadi pemerintah dan peraturan hanyalah alat. Jika alat tidak digunakan untuk kebaikan atau untuk mencapai kemuliaan penghormatan disisi manusia, maka alat ini tidak menilai apapun disisi Allah SWT.

3.4 SEBAB-SEBAB PENENTANGAN KHOMEINI

Sebab-sebab penentangan Ayatullah Khomeini terhadap pemerintahan Shah Reza Khan dan Shah Muhammad Reza boleh di bahagikan kepada lima faktor utama iaitu :

1 Bagi Ayatullah Khomeini negara Iran yang dipimpin oleh Shah Muhammad Reza bukanlah sebuah negara Islam dalam erti kata yang sebenar. Oleh kerana itu sebuah negara Islam perlu didirikan bagi mengantikan pemerintahan yang sedia ada.

2 Pengiktirafan dan jalinan kerjasama antara Kerajaan Iran di bawah pimpinan Shah Muhammad Reza dengan negara Israel dan Amerika Syarikat.Ini dapat dilihat daripada petikan kenyataan petikan akhbar Watan,bertarikh 2 Februari 1979 oleh Tusof Harun yang memetik perbualan antara Ibrahim Ali dengan Ayatullah Khomeini. Ayatullah Khomeini berkata, masalah Shah Iran yang terpaksa beliau tentang sehingga di buang negeri selama 15 tahun disebabkan Shah Iran itu adalah alat kepada Yahudi Zionis dan Amerika.Sedangkan Yahudi dan Amerika itu merampas Bait al-Muqaddis dan Masjid al-Aqsa dari tangan umat Islam Palestin.

3 Dasar-dasar kerajaan yang bertentangan dengan ajaran-ajaran Islam seperti mengeluarkan undang-undang larangan pemakaian hijab bagi wanita, menutup madrasah-madrasah dan menyebar luas program pemodenan sosial mengikut budaya Barat yang bertentangan dengan ajaran Islam kepada rakyat.Ini dapat dilihat dalam ucapannya “ Sesungguhnya Rezim yang berkuasa di Iran telah melampaui batas dan melanggar hukum-hukum Islam yang suci dan berniat melanggar hukum-hukum al-Quran yang pasti.Oleh kerana itu, undang-undang kaum muslim berada dalam ancaman yang seriaus ....Sesungguhnya Rezim yang zalim menyuarakan persamaan hak-hak wanita dan lelaki dan melaksanakannya. Ini bererti mereka menghancurkan hukum-hukum Islam dan memaksa wanita-wanita dan gadis-gadis ke tempat-tempat kekejian dengan tekanan dan paksaan “

4 Dasar kerajaan yang dilihat mengancam kedudukan para ulama dan umat Islam di Iran.Sepertimana diketahui Ayatullah Khomeini berusaha menaikkan kedudukan dan pengaruh ulama di Iran sedangkan pihak pemerintah cuba menghapuskan pengaruh ulama di Iran

5 Dasar kerajaan yang menindas rakyat dan melakukan ketidakadilan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial seperti memburu dan menghukum para ahli politik yang memperjuangkan keadilan rakyat. Ini dapat dilihat dalam kata-kata beliau “ Rakyat jelata telah hilang hak-haknya, kelaparan, sementara mereka ( pihak pemerintah ) menghabiskan lapan ratus juta riyal untuk Tehran hanya untuk pesta-pesta kerajaan.Anda ( Shah Muhammad Reza ) memperingati orang mati, tetapi mengabaikan orang hidup. Rezim Shah itu menjarah harta rakyat dan memberi hak kepada orang-orang asing untuk memanfaatkan sepenuhnya sumber-sumber kekayaan negara kita. 115


3.5 PERJUANGAN POLITIK KHOMEINI

Medan perjuangan politik Ayatullah Khomeini dalam rangka menentang Shah Muhammad Reza boleh di bahagikan kepada dua tahap iaitu

1 Penentangan ketika berada di Kota Qom
2 Penentangan ketika berada di buangan terutama di Iraq dan Perancis.



3.5.1 Ketika Berada Di Kota Qom

Ayatullah Khomeini berada di kota Qom selama 42 tahun iaitu bermula dari tahun 1922 hingga 1964. Semasa berada di kota Qom, Khomeini sentiasa mengambil tahu dan prihatin terhadap situasi politik di sekelilingnya..Gerakan politik Khomeini pada tahap ini lebih tertumpu menguatkan politik dalaman iaitu berusaha menjadikan Hauze-ye Ilmiye Qom sebagai pusat utama politik ulama dan mengkritik dasar-dasar dan mendedahkan kelemahan-kelemahan pihak pemerintahan.

Dalam usaha menjadikan Hauze-ye Ilmiye sebagai pusat politik ulama untuk menentang pemerintahan Shah Iran, Khomeini terlebih dahulu berusaha menyedarkan para ulama tentang perlunya mereka terlibat secara langsung dalam politik negara dan bergerak dalam kelompok kekuatan ulama sendiri.Ini kerana pada masa tersebut, ulama di Iran telah berpecah kepada dua kelompok iaitu ulama yang berperanan dalam politik negara tetapi melalui parti-parti politik yang berjuang bukan atas dasar agama seperti Ayatullah Kasyani yang bergabung dengan parti politik Front Nasional pimpinan Mohammad Mossadeq. Kedua golongan ulama yang tidak terlibat langsung dalam gerakan politik dan berpendapat politik dan agama itu berpisah.

Bagi Khomeini, konsep kepimpinan ulama selalu dipegangnya dengan teguh.Oleh kerana itu, beliau berpendapat para ulama harus berjuang dalam gerakkannya tersendiri bukannya bergabung dengan kumpulan-kumpulan yang berlatarbelakang perjuangan selain Islam seperti Nasionalis dan Marxis. Dalam usaha mengembangkan idea politiknya, pada tahun 1941 telah diterbitkan satu buku karangan beliau yang bertajuk Kasyful Asrar. Dalam buku ini Khomeini mengkritik tajam terhadap pelbagai program dan kebijaksanaan Shah Reza Pahlevi dalam pelbagai aspek yang dikatakan bertentangan dengan Islam. Beliau menyebut Shah Reza Pahlevi sebagai pemerintah diktator, bertindak membatasi pergerakan para ulama dan menyebarluaskan budaya sekularisme. Dalam buku ini juga, Khomeini mengkritik para ulama yang jumud dan kaku terhadap permasalahan sosial politik di sekeliling mereka. Khomeini menyeru kepada para ulama agar mereka melibatkan diri dalam arena politik untuk menyelamatkan integriti mazhab Syicah di Iran.Beliau menentang keras konsep pemisahan politik dan negara.116

Pada 5 June 1963, tiga kumpulan gerakan Islam di Tehran telah disatukan di bawah pimpinan Ayatullah Khomeini di atas nama Jamc iyyah hā-yi Muc taliff-i Islami. Kebanyakkan ahli kumpulan ini dianggotai oleh golongan kelas pertengahan iaitu golongan bazar. Antara mereka ialah Hājj Mahdi Iraqi, Habibullah Asgar Auladi, Muhammad Sādiq Islami,Sācid Amāni dan Asadullah Lajivardi.Gerakan ini juga diwakili oleh golongan ulama seperti c Ali Gulzadih Ghafuri, Muhammad Maulaī, Muhyi al-Din Anvari, Ayatullah Sayyid Muhammad Beheshti dan Ayatullah Murthadā Mutahhari. Kalimah “ mengikut garis panduan Imam” dijadikan slogan perjuangan.. Gerakan ini telah dibahagi kepada dua sayap utama Jamc iyat-i Tarbiyat-i Sukhangu yang berperanan menyampaikan pendapat-pendapat Ayatullah Khomeini kepada rakyat Iran mengenai idealogi politik Islam, mencari ahli baru dan melatih mereka berpidato dan mengajar. Sayap kedua lebih kepada ketenteraan dan militant yang di beri nama “ Anti Islamic Figures.

Ayatullah Khomeini mula tampil terpengaruh dan terkenal dikalangan rakyat Iran dalam arena politik , apabila beliau telah mengetuai kumpulan pembangkang menentang keras rancangan Revolusi Putih yang dilancarkan oleh pihak pemerintah pada tahun 1963. Antara perkara-perkara yang diperdebatkan oleh oleh Ayatullah Khomeini ialah hak mengundi untuk perempuan, perubahan undang-undang pilihan raya yang membenarkan kumpulan agama minoriti memegang jawatan tinggi dalam kerajaan dan perubahan dalam undang-undang perkahwinan. Kemudian beliau telah mengeluarkan kenyataan bahawa Shah Iran telah “memulakan program kearah menghancurkan Islam di Iran”.

Disebabkan oleh kenyataan beliau, Khomeini telah ditangkap pada 5 Jun 1963 dan tiga hari selepas itu telah berlaku rusuhan di seluruh Iran meminta pihak pemerintah membebaskan Khomeini. Namun pihak polis telah bertindak balas dengan menggunakan kekerasan terhadap para perusuh. Menurut laporan daripada pihak kerajaan, seramai 86 orang terbunuh. Penyokong Khomeini pula mendakwa sekurang-kurangnya 1500 terbunuh. Khomeini telah di tahan di rumah beliau selama lapan bulan dan kemudiannya di bebaskan. Setelah pembebasan beliau, Khomeini meneruskan kegiatan beliau mengkritik Shah terutama mengenai hubungan rapat Shah dengan Israel.118

Pangkal perpecahan terakhir antara Shah Muhammad Reza dan Ayatullah Khomeini adalah mengenai hubungan Iran dengan Amerika Syarikat. Pada julai 1964, Shah Iran memperkenalkan rancangan undang-undang yang membolehkan penasihat ketenteraan Amerika Syarikat dan keluarganya yang menetap di Iran tunduk kepada pengadilan Amerika bukan Iran. Bagi Khomeini undang-undang ini menghina undang-undang Iran dan bertujuan melindungi kepentingan asing119. Pada tanggal 4 November 1964, Ayatullah Khomeini telah dibuang ke kota Bursah, sebuah kota kecil di Turki. Selama di Turki, beliau telah dijaga dengan ketat oleh pasukan Savak.


3.5.2 Ketika Berada Di Irak dan Perancis

Pada tanggal 5 Oktober 1965 M, Ayatullah Khomeini dipindahkan dari Turki ke Irak. Salah satu faktor yang menyebabkan pemindahan ini adalah tekanan dan protes rakyat Iran dan ulama serta pelbagai masalah yang dihadapi oleh Kerajaan Turki dalam mengawasi aktiviti politik Khomeini. Pemerintahan Iran berpendat, dengan dibuangnya Ayatullah Khomeini di Iraq iaitu di Hauza Ilmiyah Najaf dapat menenangkan para pengikut Khomeini di satu sisi lain, situasi Hauzah Ilmiyah Najaf akan menjadi sebab alami dan penting dalam menghentikan pelbagai aktiviti Imam tanpa pergawasan langsung.

Namun tekaan Shah Muhammad Reza meleset sama sekali, selama di Najaf, Ayatullah Khomeini masih aktif melancarkan kritikan pedas terhadapnya. Di kota Najaf terdapat ulama-ulama besar dan terkenal seperti Ayatullah Muhsin al-Hakim, Ayatullah Sayyid al-Khui’i dan Ayatullah Muhammad Baqir as-Sadr yang menjadi teman dan guru kepada Khomeini secara tidak langsung. Terdapat beberapa langkah diambil oleh Ayatullah Khomeini dalam usaha menentang pemerintahan Iran iaitu :

1 Memperkenalkan konsep dan teori pemerintah Islam berasaskan “ Vilayet-e Faqih” sebagai langkah perlawanan terhadap pemerintahan Shah Iran.

2 Membina figur-figur revolusioner yang bertanggungjawab untuk merealisasikan pembentukkan pemerintahan Islam dan mengerakkan perlawanan terhadap Shah.Hasilnya terbentuk satu kumpulan yang mengelar diri mereka sebagai “Pengikut Garis Imam”.

3 Mengadakan perhubungan dengan gerakan-gerakan Islam lain seperti PLO ( Palestine Liberation Organization ) dan Persatuan Mahasiswa Muslim Iran .

4 Melancarkan serangan-serangan melalui media massa seperti radio, rakaman kaset dan penulisan.

Selama berada di Najaf, Ayatullah Khomeini sentiasa memantau siaran radio, baik berita tempatan mahupun antarabangsa dari radio Baghdad atau BBC dengan siaran bahasa Parsi. Ini bertujuan untuk mendapat maklumat-maklumat mengenai hal keadaan dunia Islam terutama di Iran. Oleh kerana itu, adalah tidak hairan setiap perkara yang dilakukan oleh Shah Iran dapat diulas dan dikritik oleh beliau walaupun berada di luar Iran. Aktiviti politik Ayatullah Khomeini selalu dibantu oleh kedua putranya Hujjatul Islam Musthafa Khomeini dan Ahmad Khomeini, misal membahas kebenaran berita-berita yang disiarkan oleh media massa dan menyalin ratusan salinan surat dan pidato serta khutbah Ayatullah Khomeini yang akan dikirimkan ke Iran dengan tujuan untuk melancar kritikan dan perlawanan terhadap Shah Muhammad Reza atau untuk mempertahankan hubungan dengan sejumlah ulama di Iran.120

Dalam pada itu juga, Khomeini sentiasa menjalin hubungan dengan para muridnya dari Hauzah ye-Ilmiye Qom bagi memastikan jaringan politiknya tidak putus di Iran. Kebanyakkan mereka ini adalah ulama-ulama muda revolusioner seperti Ayatullah Montazeri, Najafi Marcashi, Sayyid Muhammad Bahesti, Murthadā Muthahari, Sayyid Ali Khameini,Hujjatul Islam Hashim Rafsanjani,Sayyid Ismail Firdausi, Muhammad Husain Imlaci, Dr Sayyid Yazdi dan ramai lagi. Melalui mereka inilah seruan Ayatullah Khomeini dapat disampaikan kepada seluruh rakyat Iran dan mereka inilah bertanggungjawab mengerakkan lautan rakyat Iran untuk melancarkan pemberontakkan terhadap pemerintah Iran.Ini kerana kebanyakkan mereka ini merupakan tenaga pengajar di seluruh masjid dan pusat-pusat pengajian di Iran.Dengan itu, mudahlah bagi mereka menyampaikan pesanan-pesanan Ayatullah Khomeini dan menaikkan semangat rakyat Iran menentang pihak pemerintah.

Setelah meningkatnya perjuangan rakyat terhadap Shah Iran, aktiviti politik Khomeini ini dipandang berbahaya bagi Iran dan Iraq juga. Pihak pemerintah Iraq bersekongkol dengan pemerintah Iran telah mengeluarkan dua arahan kepada Ayatullah Khomeini iaitu :

1 Ayatullah Khomeini mestilah menghentikan segala aktiviti politiknya dan menjalani kehidupan normal di Iraq.

2 Jika tidak menghentikan aktiviti politiknya, beliau harus segera keluar dari Iraq.121

Tepat pada tanggal 4 Oktober 1978, Ayatullah Khomeini dipaksa keluar dari Iraq . Pada mulanya, Khomeini berhasrat berpindah ke salah sebuah negara Arab seperti Kuwait. Namun pemerintah Kuwait dan negara-negara Arab lain menolak kehadirannya . Hal ini dilakukan kerana beberapa bulan sebelum pengusiran Khomeini dari Iraq,telah berlaku kerusuhan dan demontrasi besar-besaran di Iran menentang pemerintah Iran dan ada perjanjian rahsia antara Shah Iran dengan negara-negara Arab lain. Tujuannya adalah untuk mengecilkan ‘perlawanan’ dan ‘pergolakkan’ yang terjadi di Iran. Jika Kuwait menolak kehadiran Khomeini, maka sudah tentu Arab Saudi, Libanon, Afghanistan dan Pakistan juga tidak menerima Khomeini masuk ke negara mereka.

Dengan itu, atas cadangan para pengikutnya terutama anaknya Hujjatul Islam Hajj Ahmad Khomeini, Ayatullah Khomeini telah bersetuju ke kota Paris, Perancis.Di Perancis, Khomeini telah menetap di rumah seorang warga Iran di Neauphle-le Chateay. Setibanya Khomeini ke Perancis, utusan daripada pihak Istana Elyse datang menemui beliau. Kedatangan mereka untuk menyampaikan keputusan daripada pihak pemerintah yang menyatakan bahawa beliau tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti politik di Perancis. Mendengar arahan tersebut Khomeini menjawab “ Saya yakin situasi di sini tidak sama dengan Iraq,namun saya tetap akan menyampaikan kata-kata saya kemana pun saya pergi, saya akan pergi dari satu bandar ke satu bandar dan dari satu kota ke satu kota sehingga saya dapat umumkan kepada dunia bahawa seluruh orang zalim di bumi ini telah bersekongkol untuk menghalangi suara kami, orang-orang yang tertindas, namun saya tetap akan melanjutkan suara rakyat Iran yang berani keseluruh penjuru dunia dan saya akan mengatakan kepada dunia apa yang telah terjadi di Iran”

Tidak lama setelah pemerintah Perancis memberi peringatan kepada Ayatullah Khomeini, maka mengalirlah pelbagai telegram dan surat-surat daripada tokoh politik, ulama, organisasi-organisasi, para mahasiswa baik dari dalam dan mahupun luar negeri kepada Presiden Perancis Giscand d’Estaing dan seluruh pejabatnya. Surat dan telegram itu berisi supaya pihak pemerintah memberi kelonggaran kepada Khomeini. Meskipun mereka tidak membuat secara rasmi dan terbuka, namun para pengikut Khomeini terus berupaya meringankan tekanan daripada pihak Perancis.122

Dalam pada itu, Shah Iran menganggap bahawa jauh jarak antara Perancis dan Iran akan meredakan perlawanan rakyat dan Khomeini terhadap pemerintahannya, namun tanpa di duga sebenarnya api revolusi Islam semakin berkobar.Selama Khomeini menetap di Neauphle-le Chateay, beliau terus memimpin gerakan revolusi,mengajar dan pidato-pidato yang beliau sampaikan baik kepada mahasiswa mahupun orang-orang yang mengunjungi beliau mengenai konsep idealogi Islam dan menjelaskan keburukan-keburukan pihak pemerintah Iran. Di sini juga, pelbagai pihak dan organisasi berita-berita antarabangsa datang mengunjugi beliau dan ini memberi kesempatan kepada Ayatullah Khomeini untuk memberi penjelasan keadaan sebenar yang berlaku di Iran dan menyebarkan idea-idea revolusinya. Dengan itu masalah-masalah Iran dan Revolusi Islam telah menjadi berita utama antarabangsa .

Keadaan ini telah memberi kesempatan kepada Khomeini melancarkan serangan propaganda dan diplomasi melawan Shah Iran melalui siaran radio yang di rakam dari khutbahnya untuk diperdengarkan kepada rakyat Iran khususnya sehingga menggobarkan semangat dan daya perjuangan rakyat Iran untuk melawan Shah Iran. Kaset-kaset dan pamflet yang berisi pidato dan pengajarannya mengenai Al-Hukumat al-Islami telah diseludup ke Iran oleh pengikutnya dan disebar luas melalui masjid-masjid.Selain itu juga Khomeini aktif menulis artikel di surat khabar terbitan Paris dan Iran. Hal ini sangat membantu dalam mempengaruhi pemikiran rakyat, sehingga menciptakan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan beliau sehingga di anggap sebagai pelindung mereka.

Selama di pengasingan ini juga, ternyata Khomeini banyak menerima keuntungan terutama simpati daripada dunia antarabangsa khususnya negara-negara Dunia Ketiga. Perjuangan dari pengasingan ini juga telah memberi situasi yang aman kepada Khomeini, kerana adalah sukar bagi rezim Shah Iran menangkapnya dan memberhentikan perlawananya.Setelah lebih empat bulan menetap di Perancis, Khomeini melihat bahawa sesungguhnya Dinasti Pahlevi sudah tidak diterima rakyat dan rakyat Iran sangat menanti kehadirannya ditengah-tengah mereka. Akhirnya Khomeini memutuskan untuk kembali ke Iran.Namun Perdana Menteri Iran ketika itu, Shapur Bakhtiar mengarahkan supaya Khomeini menangguh kepulangannya disebabkan faktor alasan keselamatan dan keamanan. Ini kerana terdapat pasukan tentera yang taat setia kepada Shah Iran yang akan menghalang kepulangan Imam Ayatullah Khomeini ke Iran.Tetapi tekad Khomeini sudah bulat, beliau harus kembali ke Iran untuk berjuang bersama rakyatnya biarpun apa pun berlaku.

Pada tanggal 1 February 1979, Ayatullah Khomeini menapakkan kakinya kembali di bumi Iran setelah sekitar 15 tahun berada di pengasingan.Kepulangan Khomeini yang kini digelar Imam oleh pengikutnya untuk memimpin langsung gerakan rakyat menentang pemerintah Shah Iran, walaupun pada ketika itu Shah Iran dan kerabatnya telah meninggalkan Iran. Dari airport Menhrabad, Tehran, Imam Khomeini langsung menuju ke pemakaman Behesyti Zahra123 untuk memberi pidatonya di hadapan jutaan manusia yang mengalu-alukan pemimpin meraka yang sangat mereka cintai dan dinanti-nantikan.Kembali Khomeini ke Iran menambah semangat dan motivasi perjuangan rakyat Iran dalam menumbangkan Dinasti Pahlevi yang pada ketika itu sudah berada dalam posisi yang sangat tersepit.Perjuangan besar-besaran pada 11 Februari 1979 apabila rakyat Iran berjaya menumbangkan Dinasti Pahlevi di bawah pimpinan Ayatullah Khomeini sendiri. Revolusi ini akhirnya dikenali sebagai Revolusi Islam Iran.


3.5 KESIMPULAN

Dalam membicarakan Revolusi Islam Iran 1979 adalah tidak terlepas membahas secara khusus mengenai peribadi dan perjuangan Ayatullah al-Uzma Sayyid Ruhullah Musawi al-Khomeini atau lebih dikenali sebagai Imam Khomeini. Ini kerana beliaulah pemimpin utama yang memimpin gerakan rakyat Iran menggulingkan Dinasti Pahlevi.

Sumber pemikiran politik Ayatullah Khomeini sangat didominasi oleh kepercayaan dan kefahaman beliau mengenai idealogi yang dianutinya iaitu Shiach.Bagi fahaman Shiach konsep imamah merupakan salah satu daripada usul agama. Oleh kerana itu politik dan agama tidak boleh dipisaahkan.Dalam pada itu juga ketokohan Ayatullah Khomeini dalam berpolitik juga lahir dari pengalaman hidup dan dari tokoh-tokoh revolusi yang ada pada zamannya. Dua elemen ini menjadi pendorong kepada pembentukkan fikrah Revolusi dalam diri Khomeini.

Ayatullah Khomeini berjuang menyebarkan dan mempertahankan fikrah revolusinya kepada rakyat Iran selama hampir 35 tahun. Fikrah revolusinya boleh dilihat dalam buku Kasful Asrar dan Hukumat-i Islami. Hasil karyanya terutama Hukumat-i Islami menjadi dasar perjuangan para revolusioner yang akhirnya berhasil mendirikan Pemerintahan Islam. Gabungan dua kriteria iaitu seorang tokoh ahli politik yang memperjuangkan hak-hak keadilan Islam dan rakyat dan figur ulama mujtahid telah menjadikan Imam Khomeini sebagai seorang pemimpin yang sangat dihormati oleh para pengikutnya dan rakyat Iran secara amnya. Bagi rakyat Iran figur Ayatullah Khomeini adalah simbol keadilan bagi seluruh umat Islam.



BAB IV

KEJAYAAN GERAKAN REVOLUSI KHOMEINI


4.1 PENDAHULUAN


Pada abad kedua puluh,dunia menyaksikan berlakunya kebangkitan umat Islam yang telah mencetuskan idea-idea revolusi dalam pemikiran mereka.Imej ini kelihatannya dinobat oleh banyak pemerhati dan pengkaji kebangkitan Islam sebagai dimulakan oleh negara Iran melalui Revolusi Islam Iran yang dipimpin oleh Ayatullah Khomeini. Revolusi Islam Iran yang terjadi pada tahun 1979 ini merupakan satu fenomena yang menarik pada abad ke-20. Revolusi ini dianggap sebagai kelahiran negara Islam pertama dunia Islam seumpamanya dalam jangkamasa 50 tahun yang bersifat bebas dari pengaruh kuasa Barat. Ini kerana pada masa ini, kebanyakkan negara di dunia Islam didominasi oleh pihak pemerintah yang tunduk kepada kuasa barat dan lebih berasaskan kepada negara Sosialis,Nasionalis, Sekular-Demokrasi dan Monarki-Demokrasi.Pada bahagian ini, penulis akan memberi penumpuan mengenai makna revolusi,bilakah dan bagaimanakah proses semasa berlakunya revolusi Islam Iran dan faktor-faktor kejayaan revolusi Islam Iran yang patut diambil contoh oleh setiap gerakan Islam diseluruh dunia dalam usaha menubuhkan pemerintahan Islam.

4.2 PENGERTIAN REVOLUSI

Revolusi bermaksud perubahan pemerintahan atau keadaan sosial yang dilakukan dengan kekerasan seperti perlawanan ketenteraan dan senjata. Revolusi pada dasarnya bertujuan membawa perbaikkan dan pembaharuan sosial secara relatif radikal dan dratis. Ada dua tujuan utama dalam sesuatu revolusi yang dilancarkan iaitu pertama membersih perilaku pemerintah yang zalim, keduanya memberi alternatif sistem sosial yang baru bagi mengantikan sistem sosial yang lama yang hanya berpihak kepada satu pihak terutama penguasa yang menyebabkan masyarakat hidup menderita.128

Istilah al-Quran bagi revolusi adalah perkataan Taghyiir (تغير ( iaitu perubahan dan mengubah. Ayat al-Quran menyarankan istilah ini yang sangat sesuai dengan konsep revolusi modern iaitu firman Allah S.W.T :

Maksudnya:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum hingga mereka mengubah keadaan mereka sendiri 129.

Ayat ini telah dikutip oleh para ulama Revolusioner seperti Sayyid Jamaluddin al-Afghani, Muhammad cAbduh dan Rasyhid Ridha untuk mendorong umat Islam mengambil langkah revolusi untuk mengubah kehidupan mereka. Istilah Taghyiir banyak digunakan di dalam al-Quran. Namun maksud yang disarankan oleh al-Quran ini ialah “Perubahan sesuatu kaum itu bergantung pada perubahan keadaan pemikiran mereka”130. Istilah Arab lain yang digunakan dalam bahasa Parsi bagi mengambarkan revolusi ialah “Inqilab” ( انقلاب ( perubahan. Menurut Ayatullah Murthadā al-Mutahhari, perkataan revolusi ini diambil daripada kalimah “ inqilab” ( perubahan ). Makna dari segi bahasa dilihat sepertimana Firman Allah SWT :

Maksudnya:

Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridhaan Allah. dan Allah mempunyai karunia yang besar. 131

Menurut beliau konsep “inqilab” ( perubahan ) ini menunjukkan revolusi membangkitkan kesedaran dan kesucian menghadapi dan menentang kerosakkan penyimpangan dan kezaliman . 132

4.3 REVOLUSI ISLAM IRAN

Dalam mazhab Shiah, revolusi sebenarnya telah lama dilakukan oleh para Imam dalam usaha menentang kerajaan-kerajaan yang zalim. Sejarah telah menunjukkan bagaimana berlakunya revolusi melawan kekuasaan monarki Umayyah yang dipimpin oleh Imam Husien sehingga beliau terkorban di medan Karbala. Sumber-sumber Shiach menceritakan bagaimana para Imam mereka semuanya syuhada dalam perjuangan mereka menegakkan Islam sama ada mati dibunuh atau di racuni( Mac asumum Maqtool ) Oleh kerana, perjuangan revolusi sebenarnya telah lama berakar dalam diri penganut Shiach dan Revolusi Islam Iran yang berlaku pada tahun 1979 merupakan lanjutan daripada revolusi-revolusi yang berlaku sebelum ini.

Adalah sukar untuk menentukan dengan tepat bilakah bermulanya atau tercetusnya Revolusi Islam Iran. Namun jika dilihat pada keadaan dan penentangan besar-besaran rakyat Iran terhadap Shah Iran adalah bermula semenjak tahun 1978 lagi . Ini bermula pada 9 Januari 1978 apabila terjadinya demontrasi besar-besaran yang menentang penyataan Menteri Penerangan Iran Darius Humayan yang di nilai sebagai menghina Khomeini. Kebanyakkan para demontrasi ini terdiri daripada daripada pelajar dan mahasiswa Qom. Untuk menguraikan demontrasi dan tunjuk perasaan ini, pihak kerajaan telah mengutuskan pihak tentera, akibatnya menyebabkan ramai dikalangan mahasiswa yang terkorban.

Mengikut tradisi Shiach, satu majlis peringatan akan dilakukan setelah 40 hari kejadian itu berlaku dan ia dilakukan di masjid-masjid di seluruh Iran. Pada 18 Februari, beberapa demontrasi dilakukan di seluruh Iran bagi memberi penghormatan kepada korban-korban mahasiswa-mahasiswa dan untuk memprotes kekejaman Shah Iran. Akhirnya pergeseran tercetus di Tabriz dan ratusan penunjuk perasaan terbunuh. Perkara yang sama. Perkara yang sama turut terjadi pada 29 Mac 1978 dan kali ini di seluruh Iran. Banyak bangunan dan pejabat-pejabat milik kerajaan di roboh dan di musnahkan dan sekali lagi ratusan nyawa terkorban.133

Melihat keadaan ini, Ayatullah Khomeini yang berada di pengasingan di kota Najaf semakin aktif dan gigih menggelorakan hati dan semangat rakyat Iran. Dengan cara merakam pidato-pidatonya yang berisi kritikan, mendedahkan kejadian-kejadian yang berlaku dari tindakan zalim pihak pemerintah Shah Iran dan menaikkan semangat rakyat Iran untuk mendirikan pemerintahan Islam seperti zaman Rasulullah s.a.w dan zaman Imam cAli a.s. Dalam usaha itu maka slogan-slogan “ setiap hari adalah cAsyura dan setiap tempat adalah Karbala”134, perjuangan golongan “ mustadcafin “ ( gologan yang lemah tertindas ) menentang golongan “ mustakbirin” ( golongan sombong pihak pemerintah ) dan slogan “penentangan terhadap kerajaan thagut” dilancarkan oleh Ayatullah Khomeini dalam usaha menaikkan semangat rakyat Iran bagi menentang kekuasaan Shah Iran dan kerajaan pimpinannya. Rakyat Iran menyambut slogan-slogan Khomeini dengan menyebut “ Khomeini adalah pihak pembawa kebenaran, yang mewakili Imam Husien dan Rezim Shah Iran adalah wakil dari kebatilan iaitu Yazid bin Mucawiyah yang harus di hapuskan”.

Pada bulan Mei 1978 beberapa pegawai kerajaan menceroboh masuk rumah Ayatullah Kazem Syariatmadari, salah seorang ulama Iran yang cukup berpengaruh.Pengawai kerajaan itu menembak mati salah seorang daripada pengikut Ayatullah Kazem Syariatmadari,135 sebagai tindak balas, beliau menyertai barisan pembangkang menentang Shah Iran. Dalam pada itu juga, parti-parti politik yang selama ini bergerak di bawah tanah menentang Shah Iran telah menyatakan sokongan terhadap gerakan revolusioner yang dipimpin oleh Ayatullah Khomeini ini seperti Parti Tudeh dan serpihannya Fedayen-e Khlaq.

Melihat keadaan yang semakin parah, Shah Iran berusaha menenang keadaan dengan menurunkan kadar inflasi, memohon maaf kepada para ulama dan memecat ketua SAVAK juga menjanjikan pilihan raya umum bebas pada bulan Jun. Namun rancangan menurun inflasi yang mengurangkan perbelanjaan Kerajaan menyebabkan ramai pekerja-pekerja awam terutamanya dari golongan muda yang kurang mahir di pecat. Pada musim panas 1978, para pekerja ini berarak menunjuk perasaan di jalanan memprotes polisi ini. Pekerja tempatan di pecat sedangkan pekerja-pekerja asing dilayan dan diberi pelbagai kemudahan. Pada bulan November berikutnya, pekerja-pekerja lain pulak melancarkan mogak dan ini menyebabkan ekonomi Iran ketika itu lumpuh.

Dalam kekalutan itu, sebuah panggung wayang di Abadan iaitu Panggung Wayang Cinema Rex Fire telah di bakar menyebabkan 400 ratus nyawa terkorban. Pihak kerajaan mendakwa, pembakaran ini di dalangi oleh pihak revolusi namun pihak revolusi menyalahkan SAVAK dan mendakwa badan itu yang bertanggungjawab terhadap kejadian ini. Mereka juga mendakwa, kebakaran ini sengaja dilakukan untuk menjerat kumpulan revolusi Islam. Keesokannya, hampir 10,000 saudara mara mangsa korban berkumpul di majlis pengebumian sambil melaungkan bantahan mereka terhadap Shah Muhammad Reza.Peristiwa ini berlaku pada bulan Ogos 1978 136Melihat keadaan ini, Shah Muhammad Reza telah melucut jawatan Perdana Menteri Iran pada masa tersebut Amuzghar dan digantikannya dengan Jac afar Syarif Imami. Bagi menghentikan penentangan rakyat, Jac afar Syarif Imami telah menubuh kabinet baru yang bernama Kabinet Keselamatan Nasional. Beliau juga mengakui bahawa beliau merupakan pengikut Ayatullah Kazem Syariatmadari dan pendukung ulama. Kabinet pimpinan Jac afar Syarif Imami telah melakukan pelbagai polisi baru seperti membatalkan kalender rasmi kerajaan dan menggunakan kembali kalender hijriyah sebagai kalender rasmi kerajaan.Namun Ayatullah Khomeini yang berada di pengasingan di Najaf tetap teguh dalam pendiriannya menyeru rakyat Iran kepada gerakan revolusi bagi menjatuhkan pemerintahan kerajaan pimpinan Shah dan mendirikan kerajaan Islam.

Pada 22 Ogos 1978, bertepatan dengan 10 hari terakhir bulan Ramadhan, orang ramai telah berkumpul di rumah Ayatullah Sayyid Abdollah Shirazi dan bergerak menuju ke suatu kawasan lapang untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Sayyid Mohammad Taghi Hashemi Nezhad . Dalam suasana yang tenang tiba-tiba pihak berkuasa telah bertindak menguraikan himpunan tersebut menyebabkan berlakunya penentangan orang ramai dengan pihak berkuasa menyebabkan berpuluh orang terkorban. Peristiwa ini berlarutan dan berlakunya tunjuk perasaan di beberapa kota di Iran yang menyebabkan beratus orang terkorban.Pada 4 September 1978 ,di Masjid Qaethariyah,Teheran, Dr Syahid Mufattah telah memberi khutbah untuk menaikkan semangat rakyat Iran untuk bersatu menentang pemerintahan Shah Iran. Selepas menunaikan solat cIdul Fitri, rakyat Iran turun beramai-ramai mengadakan demontrasi jalanan sambil melaungkan “ Istiqhlal, azadi, hukumat-i Islami”( Kemerdekaan, kebebasan dan pemerintahan Islam ) dan “Marg bar Shah” ( mati engkau Shah ).137

Meskipun di setiap jalanan dan kota dikawal oleh para pasukan bersenjata kerajaan, namun rakyat terus memenuhi jalan dan tetap meneruskan perjuangan mereka dan berdemontrasi. Pada tanggal 8 September 1978, ketika rakyat terus berkumpul dilapangan Kota Teheran bagi melanjutkan demontrasi mereka tiba-tiba angkatan bersenjata kerajaan datang dan menghujani mereka dengan peluru dari empat penjuru kearah himpunan lautan manusia. Akibatnya, sekitar 4000 pejuang syahid. Setelah kejadian tersebut pihak pemerintah mengumumkan keadaan darurat di Kota Teheran dan 12 kota besar yang lain. Peristiwa ini dikenali sebagai peristiwa pembantaian Jumaat Berdarah atau “Black Friday” . Dalam keadaan ini, tidak melambangkan kepimpinan Kabinet Jac afar Syarif Imami yang dikatakan mendukung ulama dan mereaslisasikan Islam dalam pimpinannya . Saat memmberikan penjelasan mengenai peristiwa ini , Ayatullah Khomeini berkata kepada rakyat Iran “ Andai Khomeini ada bersama kalian! Andai dia di bunuh disisi kalian di hadapan pasukan bersenjata ! maka kemenangan hanya milik Allah S.W.T . Wahai bangsa Iran, yakinlah bahawa kemenangan akan bersama kalian, cepat atau lambat”.

Pada tanggal 4 Oktober 1978, dalam rangka memperingati hari pembuangan Ayatullah Khomeini , terjadi demontrasi besar-besaran di jalan sekitar Universiti Teheran. Bersamaan dengan itu juga sekolah-sekolah dan penguruan-perguruan tinggi melakukan pemogokkan massa sehingga menyebabkan krisis pemerintahan menjadi semakin besar dan memuncak. Puluhan ribu pelajar dan mahasiswa meneriakkan slogan mati bagi Shah Iran dan Amerika . Pemerintahan Syarif Imami kembali melakukan pembantaian atas para demontrasi pada saat mereka melaksanakan solat Zuhur. Peristiwa ini berlaku pada 16 Oktober 1978, ketika penduduk Kerman berkumpul di masjid Jamic di kota tersebut bagi memperingati hari ke-40 terkorbannya mangsa peristiwa 8 September 1978 ( Black Friday ) tiba-tiba mereka diserbu oleh angkatan bersenjata dan pertahanan Kerajaan. Akibat daripada pembantaian itu, banyak rakyat yang terkorban dan tercedera. Daripada peristiwa Shah Iran telah bertindak memecat Syarif Imami dan melantik Jeneral Azhari yang terkenal sebagai “ Sang Pembantai Teheran “bagi membentuk Kabinet Kerajaan yang baru, maka terbentuklah pemerintahan tentera di Iran. Dengan jatuhnya Kabinet Syarif Imami, Ayatullah Khomeini mengeluarkan sebuah penyataan sebagai ungkapan rasa syukur kepada Allah S.W.T atas anugerah yang dilimpahkan-NYA kepada rakyat Iran. Beliau berkata “ Wahai sahabat-sahabatku, bersabarlah! Sesungguhnya kemenangan sudah dekat dan Allah S.W.T selalu bersama dengan orang-orang yang bersabar”. 138 Pada masa ini, Ayatullah Khomeini sudah berada di Neauphle-le Chateay, dekat kota Paris, Perancis kerana di halau oleh pihak pemerintah Iraq yang telah bersekongkol dengan pihak pemerintah Iran.

Pada bulan Oktober 1978 juga, Ayatullah Khomeini bersama dengan para pengikut setianya di Neauphle-le Chateay telah menbentuk Dewan Revolusi ( Shura-yi Inqilab ) sebagai langkah awal membentuk kerajaan baru di Iran. Dewan ini dianggotai oleh Ayatullah Murthadā Mutahhari, Baheshti, Bahunar, Musavi Ardibili, Hujjatul Islam Mahdavi Kani, Sayyid Ali Khameini dan Hashemi Rafsanjani. Mereka ini adalah calon-calon yang akan dilantik dalam pembentukkan Kabinet baru selepas jatuhnya kerajaan Shah Iran. 139 Dengan pembentukkan dewan ini, seolah-olah Ayatullah Khomeini mengambarkan perjuangan revolusi yang dilancarnya akan mencapai kejayaan dalam menggulingkan kerajaan Shah dan tiba waktu kepulangannnya ke Iran bagi membentuk kerajaan baru.

Bersamaan datangnya bulan Muharram tahun 1978,rakyat Iran mengungkapkan ikatan batin mereka dengan cita-cita Penghulu Para Syuhada Imam Husein bin Ali maka pada 1 muharram dengan saranan dari ulama dan penolong Ayatullah Khomeini, para pemuda Iran naik ke atap rumah-rumah mereka sambil meneriak takbir dan slogan “ mati bagi Shah”. Melihat keadaan itu, pihak angkatan bersenjata pemerintah telah bertindak menembak secara membabi buta ke arah para penunjuk perasaan, akibatnya ramai yang gugur terkorban dan mati. Berikutan dengan peristiwa ini, Ayatullah Khomeini mengeluarkan sebuah penyataan yang berbunyi “sesungguhnya bangsa yang bangkit dan bergerak serta memutuskan gerakkannya sebagai gerakkan murni syari cat Tuhan akan mampu menundukkan senjata-senjata yang menerintanginya. Para pemuda bangsa ini adalah pengikut Orang Paling Agung ( Imam Huseien ) dalam sejarah yang mengobarkan revolusi cAsyura bersama beberapa orang pengikutnya.Sementara keturunan Banu Umayyah selamanya terkubur di tempat sampah sejarah. Dengan pertolongan Allah S.W.T, bangsa yang berjalan dengan tulus ikhlas di atas jalur Imam Husien a.s ini dan dengan darahnya akan menguburkan keturunan iblis Pahlevi dalam kuburan sejarah serta mengibarkan bendera Islam di angkasa negeri ini, bahkan di seluruh dunia” .

Dengan penyataan tersebut, Ayatullah Khomeini meminta kepada rakyat Iran agar meneruskan pemogokkan dan demontrasi sehingga pemerintahan Shah jatuh. Beliau juga meminta kepada para tentera untuk segera lari meninggalkan kem-kem mereka dan bersama berjuang dengan kumpulan revolusi menentang Shah. Akibatnya ramai tentera yang lari bersatu dengan kaum revolusioner dan berjaya menguasai beberapa pengkalan strategik dan penting. Sehingga pada 10 Muharam iaitu hari cAsyura para tentera revolusioner berjaya mengalahkan beberapa panglima-panglima perang khas Shah di pangkalan tentera Lauzan

Dalam pada itu, seluruh bahagian sumber ekonomi negara seperti industri, perniagaan telah terhenti akibat daripada mogok para pekerja. Demontrasi rakyat dilakukan siang dan malam. Pegawai Bank Negara telah mengeluarkan sebauh pekeliling yang menunjukkan bahawa para pelabur yang memiliki hubungan dengan pihak pemerintah telah mengalih pelaburan mereka ke luar negara sebanyak 130 billion sejak bulan September dan Oktober sebelumnya. Dengan tersebarnya berita tersebut, semua orang menarik kembali pelaburan dan pekeliling mereka dari seluruh bank negara sehingga basis kewangan pemerintahan menjadi lumpuh. Sebelumnya, pihak kabinet Azhari mengumumkan tidak akan memberi gaji kepada para pegawai kerajaan yang terlibat dengan mogok dan demontrasi. Mendengar itu, Ayatullah Khomeini memerintahkan supaya dibentuk sebuah badan bagi menolong memberi sumber kewangan bagi para pegawai kerajaan yang terlibat dengan revolusioner.140

Dalam suasana tegang itu, rakyat menyaksikan penampilan Shah Muhammad Reza di layar television, dengan keadaan yang lemah,penyesalan dan hina, beliau meminta pertolongan kepada pihak Inggeris dan Amerika Syarikat untuk mencari solusi yang dapat menyelesaikan permasalahan ini. Ternyata, pemerintahan tentera yang dipimpin oleh Azhari juga gagal. Oleh itu, sebaris nama dari kelompok pro-Azhari menjadi bahan perbicaraan bagi mengantikannya. Namun Ayatullah Khomeini mengumumkan bahawa sesiapa yang berunding dengan Shah Iran dan menerima pemerintahannya bererti telah mengkhianati rakyat Iran dan harus di perangi.

Tiga pimpinan negara Eropah iaitu Perancis,Inggeris dan German berserta Amerika Syarikat akhirnya mengadakan pertemuan dan secara rahsia di Guadaloupe dan bersetuju melantik Shahpour Bakhtiar sebagai pemegang pemerintahan Shah dan juga harapan terakhir orang-orang Eropah.Setelah itu,pada 3 September Jeneral Heazer ( penasihat ketenteraan Amerika ) datang ke Iran dengan pelbagai rencana untuk “ menyelesaikan” kemelut tersebut di belakang tabir.Sepertimana dipersetujui dalam rundingan rahsia itu, Haezer telah menunjukkan kepada Shah bahawa Shahpour Bakhtiar layak menjadi perdana menteri Iran yang baru bagi mengantikan Azhari. Tindakan ini jelas,menunjukkan bahawa pihak Amerika dan Inggeris hanya mahu menjaga kepentingan mereka sahaja di Iran. Sudah diketahui bahawa Shahpour Bahktiar adalah salah seorang anggota Parti Politik Front Nasional pimpinan Mohammad Mossadeq dan pernah menjawat jawatan menteri dikabinet pimpinan Mohammad Mossadeq.Oleh itu kedua pihak ini iaitu Shah Iran dan Shahpour Bakhtiar saling bertentangan antara satu sama lain. Ini dapat dilihat selepas 13 hari Shahpour Bakhtiar menduduki jabatannya, Shah Iran telah lari meninggalkan Iran. Melihat situasi ini, Ayatullah Khomeini berkata “Shah telah melarikan diri dan pemerintahan kerajaan telah tumbang. Harta milik rakyat telah dibawa keluar oleh mereka ke luar negeri,lalu satu demi satu mereka melarikan diri. Pada kesempatan pertama...rakyat ini akan segera membuat perhitungan..sebentar lagi saya akan bergabung dengan kalian..”

Berita kepulangan Ayatullah Khomeini telah tersebar luas di Iran, ini mengembirakan hati jutaan rakyat Iran. Namun terdapat ancaman bunuh jika beliau kembali ke Iran. Namun Ayatullah Khomeini telah bulat suara untuk kembali ke Iran untuk berjuang bersama rakyat Iran biar apa pun yang berlaku terhadap dirinya. Dari Teheran pada tanggal 25 Januari 1979 dikhabarkan bahawa Perdana Menteri Shahpour Bakhtiar telah meminta agar Ayatullah Khomeini menangguhkan rencana untuk kembali ke Iran. Disaran agar Khomeini menunda kepulangannya itu tiga minggu. Perdana Menteri itu menyarankan penundaan tersebut disebabkan faktor alasan keselamatan dan keamanan. Ini kerana terdapat pasukan tentera yang taat setia kepada Shah Iran yang akan menghalang kepulangan Imam Ayatullah Khomeini ke Iran.

Pada tanggal 25 Januari 1979 dikhabarkan Khomeini menangguhkan keberangkatanya kembali ke Iran setelah pihak penguasa menutup semua lapangan udara selama tiga hari. Pada tanggal 26 Januari meletus demontrasi di seluruh Teheran, beberapa jam setelah dikeluarkan pengumuman bahawa hukum keadaan darurat dinyatakan berlaku secara ketat di ibu kota Iran. Berpuluh-puluh ribu penyokong Khomeini melancarkan demontrasi itu sebagai protes ditutupnya semua lapangan terbang Iran. Massa rakyat berhimpun di lapangan terbang internasional Iran di Maharabad Teheran. Tampak jelas dilandasannya ditempatkan trak-trak tentera untuk menghalang kedatangan Imam Khomeini. Ketika para demontrasi melalui monemun raksasa Shayyad yang didirikan oleh Shah Iran sebagai simbol kemegahan tahtanya , mereka berteriak “ Jika Khomeini tidak kembali ke Iran, kami akan bunuh Shapur Bakhtiar”. Beratus-ratus ribu pendukung Khomeini pada tanggal 27 Januari turun lagi ke jalanan-jalanan di Teheran menantikan pemimpin mereka kembali ke Iran dari tempat pengasingannya dakat Paris. Tidak seperti kelmarin ( 26 Januari ), para pasukan keamanan telah menjauhkan diri dari pusat kota. Sudah tiada laporan mengenai inseden-inseden antara pihak keamanan dengan para demontrasi walupun berjam-jam demontrasi berjalan.141

Para demontrasi membawa beribu-ribu gambar Khomeini. Pemerintah Shapur Bakhtiar menutup semua lapangan Terbang Iran sejak tanggal 25 Januari untuk selama 3 hari untuk mencegah Khomeini dari kembali ke Iran. Sementara itu beliau mengusahakan cara-cara untuk mencegah suatu konfrontasi antara pendukung Khomeini, militer, pendukung Shah dan kelompok-kelompok yang lain.Demontrasi pada tanggal 27 Januari meliputi kaum wanita. Mereka berbaris panjang di sepanjang jalan raya Shah Iran dalam suatu arak-arakan untuk memperingati ulang tahun meninggalnya cucu baginda Rasulullah s.a.w . Para demontrasi memecahkan diri menjadi kelompok-kelompok yang terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka sambil menyanyi meneriakkan “ Khomeini adalah pemimpin kami “ kaum wanita , seraya mengacungkan tangan sarung tangan hitam ke udara menyanyikan lagu menjunjung Khomeini.142

Setelah perjuangan panjang, akhirnya pada pukul 9.30 pagi, tanggal 1 Februari 1979, pesawat yang membawa Khomeini telah berjaya mendarat di lapangan terbang Bandara Maharabad, Teheran. Setelah menyampaikan ucapannya di Bandara Maharabad, Ayatullah Khomeini, kini digelar Imam Khomeini bergerak langsung ke perkuburan Beheshti Zahra untuk menyampaikan pidatonya.Sepuluh hari selepas kedatangan Imam Khomeini,tibalah saat-saat kemenangan Revolusi Islam. Dalam waktu sepuluh hari itu atau disebut dengan cAsyratul al-Fajri, setiap hari Imam Khomeini memanfaatkannya di tempat tinggal beliau di Madrasah al-Ulwi untuk menemui kelompok-kelompok dan gerakan-gerakan politik yang datang menemui dan membaicat(janji taatsetia) kepada beliau.Diantara baicat yang paling menonjol saat itu ialah baicat para angkatan tentera darat dan udara yang terjadi pada tanggal 8 Februari 1979. Ini merupakan tanda bahawa kekuasaan ketenteraan berada di tangan Imam Khomeini dan juga tanda berakhirnya kerajaan Shah Iran.143

Sementara itu, para penasihat tentera dan politik Amerika tetap berusaha menyiapkan rencana akhir untuk mengagalkan revolusi yang tengah terjadi. Pada tanggal 10 Februari 1979, mereka mengumumkan keadaan darurat diseluruh Iran dan menurunkan para pasukan bersenjata mereka untuk menumpaskan para revolusioner. Melihat keadaan ini, Imam Khomeini berucap “ Sesungguhnya pengumuman keadaan darurat yang diumumkan hari ini adalah tidak sah dan merupakan tipu muslihat dan bertentangan dengan syariat. Oleh kerana itu, hendaknya rakyat tidak memperdulikannya”.

Dalam waktu singkat, berkat semangat seluruh rakyat Iran, walaupun terdapat pelbagai rintangan tetapi dapat diatasi dengan baik dan selamat. Kerana itu, dalam waktu kurang dari 24 jam, seluruh pusat pemerintahan runtuh satu demi satu . Kemudian “Gema Revolusi” telah tersebar keseluruh Iran dan dunia amnya sebagai memberitakan tumbangnya pemerintahan Monarki Shah Iran serta menangnya Revolusi yang dipimpin oleh Imam Khomeini dan rakyat Iran. Setelah kemenangan ini, seluruh rakyat Iran sebulat suara bersetuju menubuhkan kerajaan Republik Islam Iran berasaskan prinsip “Vilayat-e Faqih”144 yang dicanangkan oleh Imam Khomeini melalui pungutan suara pada pilihanraya yang diadakan pada 30-31 Mac 1979. 145


4.4 KEJAYAAN REVOLUSI ISLAM IRAN SATU ANALISIS


Kejayaan Revolusi Islam Iran pada 11 Februari 1979 merupakan salah satu peristiwa besar yang berlaku pada abad ke-20. Kejayaan Revolusi ini dalam mendirikan sebuah negara Islam yang merdeka, yang berdiri sendiri atas dasar fahaman Syariat Islam, bebas dari pengaruh kuasa Barat telah menarik minat para pengkaji untuk mengkaji apakah faktor-faktor utama yang menyebabkan revolusi ini berjaya.

Kejayaan Revolusi Islam Iran ini berhasil mengubah semua tatanan dan sturuktur yang ada di Iran baik dari segi politik,ekonomi mahupun sosial budaya. Kejayaan revolusi ini secara umumnya dilihat kerana bersatunya rakyat Iran yang berbilang kaum, gerakan politik, rakyat kelas bawah,kelas menengah seperti para pedagang dan para cendekiawan serta paling utama peranan golongan ulama revolusioner yang berjaya mempengaruhi dan menggerakkan rakyat secara keseluruhan bagi menentang Shah Iran. Namun jika dikaji secara khusus dan dilihat daripada rujukan-rujukan yang menceritakan mengenai kejayaan revolusi ini, boleh dibahagikan kepada 5 faktor utama iaitu:

1 Kepimpinan Karasmatik Imam Khomeini
2 Mewujud dan menyusun organisasi gerakan dengan teratur
3 Kesetiaan dan kesungguhan ahli-ahli gerakan revolusi
4 Idealogi dan sumber perjuangan revolusi
5 Bersatunya para penentang Shah di bawah pimpinan Ayatullah Khomeini


4.4.1 Kepimpinan Karismatik Imam Khomeini

Menurut Max Weber pemimpin Karismatik adalah berdasarkan kepada karisma iaitu kemampuan khusus yang ada pada diri seseorang. Pemimpin berkarisma mempunyai kemampuan untuk menciptakan kesetiaan daripada anak buahnya. Ketaatan dan kesetiaan ini bukan kerana jabatan atau pangkat yang dimiliki oleh pemimpin tersebut melainkan peribadinya sendiri yang dihormati dan dianggap oleh pengikutnya mempunyai kemampuan khusus yang telah terbukti untuk manfaat serta kegunaannya bagi masyarakat. Pemimpin karismatik muncul dalam suatu masyarakat yang mengalami perubahan-perubahan cepat, mendalam dan meluas. Dalam suatu revolusi biasanya ia akan muncul. Ia muncul dalam suatu masyarakat yang sedang mengalami penindasan. 146

Kepimpinan dan sosok peribadi mulia Imam Khomeini memang tidak dapat dinafikan oleh para pengikutnya. Sifat lembut, mengambil berat dan keras dengan pendirian menjiwai dalam diri Imam Khomeini. Beliau merupakan seorang guru yang amat mengambil berat mengenai hal keadaan anak muridnya ini boleh dilihat bagaimana Imam Khomeini berhubungan dengan para muridnya. Imam Khomeini sedia menerima kunjungan dan menghulurkan bantuan kepada setiap murid dan keluarga yang memerlukan. Setiap kali sebelum memulakan kelas pengajiannya Imam Khomeini akan bertanya “ Adakah kita berada dalam himpunan yang menyenangkan”.147 Sikap dan peribadi Imam Khomeini ini telah menyebabkan para muridnya dan rakyat Iran sayang dan hormat kepadanya.

Ketokohan dan kesungguhan Imam Khomeini dalam berpolitik dan menyuarakan keadilan rakyat yang tertindas lahir dari pengalaman hidup dan dari tokoh-tokoh revolusi pada zamannya . Kesungguhan beliau dalam mempertahankan hak dan keadilan rakyat menyebabkan beliau sentiasa diancam dan ditahan oleh pihak kerajaan. Kesengsaraan dan kepahitan yang beliau alami selama berjuang menyuarakan keadilan bagi rakyat Iran sama ada semasa berada di Iran atau ketika berada di pengasingan menyebabkan rakyat Iran membuka mata bahawa Imam Khomeini benar-benar ingin menyelamatkan mereka dari ketidakadilan pihak pemerintah dan bukannya untuk kepentingan peribadi. Atas kesedaran ini, rakyat bangun bersatu dan menyokong Imam Khomeini. Namun tidak dinafikan salah satu sebab ketaatan dan sokongan rakyat Iran kepada Imam Khomeini kerana figurnya sebagai seorang ulama mujtahid iaitu Marjac al-Taqlid. Bagi tradisi rakyat Iran bermazhab Shiach,para ulama memdapat perhatian dan penghormatan yang luar biasa bahkan ketaatan mereka pada ulama melebihi ketaatan kepada pihak pemerintah. Para ulama ini terutama Marjac al-Taqlid adalah wakil Imam ke-12 yang ghaib. Oleh kerana itu wajib taat dan patuh kepadanya kerana mereka mewakili Imam ke-12 yang membezakan antara para Imam dan ulama mujtahid ialah hanya para Imam bersifat mac sum dan dipilih oleh Allah S.W.T manakala para ulama mujtahid tidak .

Gabungan dua kriteria ini iaitu seorang tokoh ahli politik yang memperjuangkan hak-hak Islam dan rakyat dan pangkat ulama mujtahid telah menjadikan Imam Khomeini sebagai seorang pemimpin yang sangat dihormati oleh para pengikutnya dan rakyat Iran secara amnya. Oleh kerana itu, gelaran Imam telah diberikan kepada Khomeini atas kesungguhannya dalam bidang politik dan agama atas persetujuan para ulama.148 Bagi rakyat Iran, Imam Khomeini adalah lambang kemerdekaan, suci, jujur, pengorbanan dan orang yang baik mewakili semua rakyat Iran.


4.4.2 Mewujud Dan Menyusun Organisasi Gerakan Dengan Teratur

Salah satu perkara yang penting dalam sesebuah gerakan revolusi termasuk Revolusi Islam Iran ialah persoalan mengenai pembentukkan organisasi, ahli organisasi dan dasar yang membelakangi susunan organisasi dan perjalanannya. Perorganisasian boleh menyebabkan sesuatu gerakan itu berjaya atau menjadi sebaliknya. Apa yang penting dalam menentukan kejayaan sebuah oganisasi itu ialah dasar yang menjadi ikutan dan peraturan bagi setiap ahli organisasi tersebut.

Dasar gerakan ulama yang dipimpin oleh Imam Khomeini seluruhnya terkunci dalam landasan penorganisasian Islam. Perorganisasian Islam ini ialah menpratikkan fiqh Islam keseluruhannya dan tidak mencampur adukkan gerakan revolusi dengan elemen-elemen yang bukan dari Islam seperti fahaman Marxis Komunis dan Sekular149.

Dalam melancarkan serangan, Imam Khomeini telah membina satu organisasi atau gerakan revolusi diseluruh Iran. Ini dapat dilihat bagaimana Khomeini telah berjaya membina figur-figur revolusioner dikalangan muridnya dan disebarkan di seluruh Iran terutamanya di Madrasah Faidiyyah di Qom dan Mashhad. Terdapat lebih kurang 5000 murid Imam Khomeini diseluruh Iran. Kebanyakkan Mereka ini mempunyai jawatan-jawatan penting di setiap negeri seperti pensyarah, pedagang, kaum bazar dan lain-lain. Kewujudan organisasi ini bagi memudahkan para revolusioner menyeludup masuk kaset-kaset rakaman pidato dan kenyataan Imam Khomeini ke Iran. Imam Khomeini juga berjaya menggerakkan para ulama di Iran melalui basis masjid dan madrasah atau sekolah-sekolah agama di Iran, sehingga dikemudian hari menjadi kekuatan politik yang paling dominan di Iran. Mereka inilah penggerak bagi demontrasi yang efektif menentang Shah Iran dan menggulingkan Dinasti Pahlevi.150


4.4.3 Kesetiaan Dan Kesungguhan Ahli-Ahli Gerakan

Kesetiaan dan kesungguhan ahli-ahli gerakan kepada pemimpin dan organisasi merupakan kunci utama kejayaan sesebuah gerakan. Bersamaan dengan kepimpinan karismatik Imam Khomeini, kesetiaan para pengikutnya telah mendorong tercapainya kejayaan revolusi yang dilancarkannya. Walaupun hampir 15 tahun beliau berada dipengasingan namun pesanan dan arahan-arahannya tetap sampai ditelinga rakyat Iran. Semua ini adalah hasil daripada kesetiaan dan kesungguhan para pengikutnya dalam menyampaikan pesanan-pesanannya tanpa rasa jemu dan takut kepada ancaman pihak pemerintah.

Orang yang paling dekat dan setia kepada Imam Khomeini ialah dua orang putranya iaitu Hujjatul Islam Musthafa Khomeini dan Ahmad Khomeini. Kedua orang anaknya sentiasa menemani dan menbantu menjalankan aktiviti-akitiviti politik Imam Khomeini sama ada berada di Iran mahupun ketika berada di buangan., misal membahas kebenaran berita-berita yang disiarkan oleh media massa dan menyalin ratusan salinan surat dan pidato serta khutbah Ayatullah Khomeini yang akan dikirimkan ke Iran dengan tujuan untuk melancar kritikan dan perlawanan terhadap Shah Muhammad Reza atau untuk mempertahankan hubungan dengan sejumlah ulama di Iran.151

Kesetiaan para pengikut Imam Khomeini ini dapat dilihat dengan tertubuhnya kumpulan “ Pengikut Garis Imam” di Hauzah Najaf 1965 yang banyak memainkan peranan dalam mengumpul ahli-ahli revolusi dan menyebarkan pendapat-pendapat dan kenyataan-kenyataan Imam Khomeini kepada rakyat Iran. Kesungguhan para pengikut Imam Khomeini boleh dilihat bagaimana mereka seringkali ditangkap dan diberi ancaman bunuh oleh pihak berkuasa Iran. Antara pengikut setia Imam Khomeini ialah Sayyid Ali Khameini, Montazeri, Rabbani, Hashim Rafsanjani, Murthada Mutahhari dan lain-lain. Dalam usaha menyebarkan fikrah revolusi ini, maka perjuangan “bawah tanah” dilancarkan demi mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa Iran. Gerakan bawah tanah ini aktif menjalankan gerakan revolusi dan menjadikan masjid sebagai tempat utama penyebarannya. Antara masjid-masjid tersebut ialah Masjid al-Karamah, Masjid al-Hassan dan Masjid Mirza Jac far, kesemuanya terletak di Mashhad. Para pengikut Imam Khomeini yang mengajar di masjid-masjid tersebut telah memberi pengetahuan kepada beribu-ribu rakyat Iran setiap minggu mengenai revolusi Islam dan menyediakan mereka kearah perjuangan dan pengorbanan untuk Islam. Dari sini juga, kaset-kaset rakaman yang berisi pesanan dan pidato Imam Khomeini disebarkan kepada orang ramai.152


4.4.4 Idealogi Dan Sumber Perjuangan Revolusi


Idealogi dan sumber perjuangan merupakan tunggjang utama yang mencerminkan gaya dan tujuan sesebuah gerakan atau organisasi.Ia merupakan perlembagaan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh setiap ahli gerakan atau organisasi tersebut. Sebuah gerakan atau organisasi akan menjadi tempang dan tidak berfungsi jika tiada dasar dan sumber yang melandasi perjuangan mereka. Sumber dan dasar ini merupakan motif dan tujuan sesebuah gerakan dan organisasi ini berfungsi. Dalam pejuangan Revolusi Islam Iran terdapat beberapa idealogi dan sumber yang memayungi perjuangan mereka iaitu:

1 Prinsip Tawhid : Merupakan pemikiran utama Imam Khomeini dalam menterjemahkan makna Islam yang sebenar.Prinsip tawhid ini bermakna hanya Allah S.W.T sahaja yang berkuasa mutlak terhadap semua makhluk. Manusia hanya wajib tunduk kepada Allah S.W.T dan membebaskan diri dari penghambaan sesama makhluk.Prinsip tawhid menentang kezaliman, hidup berkasta, kepalsuan, syirik, kemunafikan, penindasan, feudalisme dan pemerintahan berkuasa mutlak.

2 Prinsip Jihad dan syahadah : Jihad dan syahid merupakan idealogi terpenting dalam gerakan revolusi ini. Imam Khomeini telah berjaya menempatkan konsep jihad dalam sanubari rakyat Iran sebagai penentangan terhadap penindasan daripada pihak pemerintah ( mustakbirin ) dengan kezaliman dan segala bentuk ketidakadilannya itu. Daripada ini konsep dan slogan perjuangan golongan mustadacfin ( golongan tertindas ) menentang golongan mustakbirin ( golongan angkuh dan sombong ) dilaungkan oleh Imam Khomeini di ikuti oleh rakyat Iran.153

3 Prinsip Asyura dan Karbala: Dalam menaikkan semangat rakyat Iran untuk berjihad menentang pihak pemerintah, peristiwa Asyura atau Karbala dijadikan inspirasi perjuangan mereka. Bagi Shiach peristiwa kesyahidan Imam Husien merupakan satu simbol pengorbanan dan keadilan melawan pihak penindas. Slogan setiap hari adalah “Asyura dan setiap tempat adalah Karbala” telah menjadi pegangan rakyat Iran untuk menentang Shah Iran.Para pemuda yang sanggup berkorban syhahid seperti Imam Husien sentiasa berada di bahagian depan barisan demontrasi sambil membawa gambar-gambar pemuda-pemudi yang syahid.154

4 Prinsip Kesatuan Ummah: Imam Khomeini percaya, prinsip kesatuan ummah merupakan salah satu ajaran yang di tekan didalam al-Quran. Slogan-slogan seperti “ tidak sunni tidak shiac h tetapi Islam” dan “tidak barat tidak timur tetapi pemerintahan Islam” menunjukkan keprihatinan Imam Khomeini dalam menyatukan umat Islam di Iran. Dengan penyatuan ini maka akan berhasillah revolusi yang dilancarkan.155

5 Menubuhkan Kerajaan Islam sebenar seperti zaman Rasulullah s.a.w dan Imam cAli bin Abi Thalib156. Ini merupakan manifesto yang diingini oleh rakyat Iran. Mereka mahu menubuhkan kerajaan Islam yang bebas dan adil tanpa wujud dasar dikriminasi dan ketidakadilan sepertimana pemerintahan Shah.


4.4.5 Bersatunya Para Penentang Shah Di Bawah Pimpinan Ayatullah Khomeini


Bersatunya para penentang Shah Iran di bawah pimpinan Imam Khomeini merupakan sebab paling utama kejatuhan Shah Iran. Para penentang Shah Iran boleh dibahagi kepada tiga kelompok pertama kelompok Nasionalis,Liberal Sekular seperti Front Nasional pimpinan Muhammad Mossadeq, kedua kelompok Komunis Marxis seperti Fedayyen-e Khalq dan ketiga kelompok golongan agama seperti Fadayyen-e Islam dan Ayatullah Khomeini sendiri. Pada asasnya, para ulama ini tidak mempunyai parti atau gerakkannya tersendiri, mereka hanya menyokong parti-parti politik yang sedia ada terutama Parti Nasionalis dan Komunis Marxis.Namun Imam Khomeini berkerja keras menyatukan para ulama Iran dan baru menyatukan ulama dengan kelompok-kelompok lain di bawah pimpinan ulama.

Dalam usaha mempersatukan para ulama Iran, Imam Khomeini menyeru kepada mereka “ Kalangan Ulama berjumlah lebih dari 150,000 orang, termasuk para teologi kenamaan dan pemangku urusan keagamaan. Apabila mereka bersatu padu dan menyuarakan apa yang mereka ketahui tentang kezaliman Shah Iran itu, tentulah mereka akan mencapai kemenangan”. 157 Bersamaan dengan tindakkan pihak pemerintah yang menindas dan menidakkan peranan ulama seperti mengambil alih pengurusan auqaf dan menyerang madrasah-madrasah menyebabkan para ulama bersatu dibawah Imam Khomeini menentang pihak pemerintah.Ini dapat dilihat dalam banyak peristiwa seperti bersatunya ulama dibawah Imam Khomeini menentang pembaharuan undang-undang pilihanraya negara pada tahun 1964 dan dalam menggerakan rakyat untuk melakukan revolusi.

Disamping peranan besar para ulama dalam menggerakkan revolusi, terdapat kekuatan lain yang mempunyai peranan yang sangat besar dalam peristiwa ini, iaitu bersatunya mahasiswa dan rakyat untuk menggulingkan pemerintahan Shah Iran. Mereka yang berasa tertekan dan tertindas dengan polisi yang dilancarkan oleh pihak pemerintah bangkit menuntut keadilan kepada pihak pemerintah. Bersamaan dengan itu juga datangnya Imam Khomeini dengan figur ulama yang dilihat boleh membawa keadilan kepada mereka, menyebabkan mereka segera mendukung pimpinan Imam Khomeini. Mereka sedia melaksanakan apa sahaja yang diperintah oleh Imam Khomeini dalam usaha melancarkan revolusi menggulingkan Shah Iran.

Bersatunya rakyat dan mahasiswa menjadi modal utama bagi Imam Khomeini dan para ulama lainnya untuk menggerakkan revolusi. Persiapan demi persiapan dilakukan seperti menanamkan fikrah revolusi kepada mereka, mengambarkan keadilan pemerintahan Islam sepertimana yang terjadi pada zaman Nabi s.a.w dan Imam Ali, kesyahidan Imam Husien di medan Karbala dan kewajiban mendirikan pemerintahan Islam, menyebabkan para mahasiswa dan rakyat terpanggil dan bersemangat menggulingkan Shah Iran. Oleh kerana itu, rakyat dan mahasiswa menjadi kuasa besar dan terkedepan dalam memperjuangkan kemerdekaan.158

Dalam pada itu, melihat sokongan rakyat semakin bertambah dan kuat menyebabkan gerakan-gerakan politik yang lain seperti Sosialis Marxis, Liberal Sekular, Fedayyen-e Khalq dan golongan Nasionalis bergabung dalam barisan Imam Khomeini walaupun mereka tidak bersependapat dengan Imam Khomeini mengenai perihal pemerintahan.Gabungan ini boleh dilihat kepada kata-kata pemimpin Parti Tudeh "Tugas paling utama Parti ini dalam bidang politik adalah untuk bekerjasama dengan kekuatan-kekuatan revolusioner sejati, maka Parti ini dengan jelas mendukung mereka yang berada di belakang Ayatullah Khomeini. Parti juga memutuskan untuk ikut mengambil bagian dalam pemilihan umum untuk majlis dan referendum yang akan datang.159


4.5 KESIMPULAN

Revolusi Islam Iran merupakan salah satu peristiwa yang amat mengejutkan dunia antarabangsa terutama dari pihak barat.Revolusi Islam Iran ini telah berjaya mengubah kerajaan Iran daripada sistem Monarki kepada sistem Republik Islam.Kejayaan revolusi ini sangat unik kerana kejayaannya bukanlah dengan menggunakan cara ketenteraan dan senjata namun dengan cara kuasa rakyat iaitu demontrasi massa rakyat.

Kejayaan revolusi ini dicapai pada umumnya ialah kerana bersatunya para penentang Shah Iran dibawah pimpinan Imam Khomeini. Namun jika dilihat hasil penyatuan ini adalah hasil daripada kepimpinan dan semangat idealogi yang ada pada diri revolusioner yang dididik terus oleh Imam Khomeini. Kepimpinan karismatik yang ada pada diri Imam Khomeini telah berjaya menarik rakyat banyak untuk bersatu dibawah pimpinannya menentang Shah Iran. Bagi rakyat Iran, Imam Khomeini merupakan figur keadilan kepada seluruh rakyat. Kesungguhan para revolusioner dalam menarik hati dan memberi penerangan mengenai fikrah revolusi berjaya menarik rakyat Iran terjun ke medan perjuangan. Perjuangan yang dilaungkan bersama konsep kepercayaan dan keagamaan telah memangkinkan semangat rakyat untuk terus berjuang.Adunan bersama dengan realiti kezaliman pihak pemerintah dan kerinduan kepada keadilan Islam akhirnya rakyat berjaya digerakkan oleh para ulama yang dipimpin oleh Imam Khomeini untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Shah Iran.



BAB V

PENGARUH REVOLUSI ISLAM IRAN TERHADAP PARTI ISLAM SEMALAYSIA ( PAS )


5.1 PENDAHULUAN



Pada abad ke-20, dunia menyaksikan kebangkitan umat Islam di seluruh dunia Islam setelah mengalami zaman kebekuan hampir setengah abad. Timbulnya kebangkitan Islam sebenarnya berkait rapat dengan idea kemajuan yang dipelopori oleh golongan fundamentalis. Golongan Fundamentalis di anggap sebagai kumpulan yang teguh berpegang kepada prinsip bahawa Islam itu sudah lengkap dan sempurna dan ia tidak patut di ubah suai mengikut keadaan atau tuntutan zaman. Maka gambaran kebangkitan Islam dianggap untuk mengembalikan nilai-nilai Islam, amalan Islam, institusi Islam dan undang-undang Islam dalam keseluruhan cara hidup. Tujuannya ialah untuk kembali kepada akar umbi bersumberkan Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.

Ditengah kebangkitan ini, telah berlaku satu peristiwa yang amat memeranjatkan dunia antarabangsa iaitu kemenangan Revolusi Islam Iran yang dipimpin oleh Ayatullah Khomeini.Revolusi ini dianggap sebagai revolusi dunia dalam abad ke-20. Kemunculan dan kejayaan revolusi Islam Iran telah memberi impak ke arah perjuangan Islam dikalangan negara-negara Islam yang lain. Dalam perkembangan ini, Malaysia sudah tentu tidak terkecuali menerima impak dari revolusi ini. Ini tidak menghairankan kerana timur tengah adalah tempat Islam mula bertunas dan sejak dahulu lagi mempunyai hubungannya dengan dunia Islam lain adalah erat. Apabila kemunculan kembali kepada Islam melanda Timur Tengah , ini sedikit sebanyak memberi gambaran positif terhadap kebangkitan Islam di Malaysia. Ini dapat di perhatikan setelah lahirnya gerakan-gerakan Islam yang mirip dengan gerakan Islam di Timur Tengah .

Kejayaan Revolusi Islam Iran dalam membentuk sebuah negara Islam tersendiri sudah tentu memberi kesan dan pengaruh kepada gerakan politik Islam yang seiring dengannya.Di Malaysia, gerakan politik Islam yang bergiat cergas dalam usaha mendirikan sebuah pemerintahan Islam ialah Parti Islam Se-Malaysia( PAS ). Maka bahagian ini, penulis akan mengkaji secara khusus mengenai pengaruh revolusi Islam Iran terhadap Parti Islam Se-Malaysia ( PAS ) ,apakah bentuk pengaruh tersebut dan melihat apakah kesan daripada pengaruh tersebut terhadap parti ini secara khususnya dan politik negara amnya.


5.2 LATAR BELAKANG PENUBUHAN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA

Sejak awal abad ke-20an lagi agama Islam telah memainkan peranan penting dalam membentuk kesedaran sosial-politik Melayu moden. Ia bermula dengan dakwah para reformis dalam dekad 20an-30an, tetapi ia lebih merupakan gerakan sosial dan tidak sampai ke tahap perjuangan politik kerana sentiasa di kawal dan di awasi oleh pihak penjajah. Selepas perang Dunia ke-П dan menjelang kemerdekaan 1957, Islam telah menjadi salah satu dasar perjuangan parti-parti politik Nasionalis Melayu.160

Mengikut satu fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 23 Ogos 1951. Bagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 Walaupun di sini terdapat dua tarikh yang berbeza, namun bagi ahli-ahli sejarah dan tokoh-tokoh lama dalam PAS, fakta kedua 24 November 1951 adalah tarikh kepastian PAS ditubuhkan.Parti Islam Se-Malaysia kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 di Pulau Pinang.

PAS atau Parti Islam Se-Malaya adalah satu-satunya pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan kepada Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul Muslim diharamkan oleh penjajah pada tahun 1948.Semangat kesedaran kepada Islam telah dimulakan oleh golongan reformasi seperti Syeikh Syed al-Hadi,Syeikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Muhammad Taha.Golongan Reformis ini bukan sahaja berjaya menyedarkan masyarakat Melayu tentang betapa pentingnya menghapuskan penjajah barat bagi mewujudkan sebuah negara Islam, tetapi turut menyuarakan pendapat bahawa kelemahan umat Islam sebenarnya adalah berpunca daripada masyarakat Islam yang tidak mahu mengikut ajaran Islam dengan betul sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah.

Dalam usaha mereka menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya kembali semula kepada Islam, pada tahun 1906 mereka telah berjaya menerbitkan sebuah majalah di Singapura yang diberi nama al-lmam. Selanjutnya pada tahun 1925 terbit pula akhbar Edaran Zaman di Pulau Pinang majalah al-Ikhwan pada tahun 1926 dan Suara pada tahun 1928.Dengan terbitnya akhbar dan majalah tersebut, golongan ini telah berjaya mencetuskan Revolusi lntelektual di kalangan masyarakat Melayu dan akhirnya bibit-bibit kesedaran yang ditanamkan itu telah mendorong masyarakat Melayu untuk menubuhkan beberapa kesatuan atau pertubuhan bagi memajukan bangsa Melayu dan umat Islam pada tahun-tahun berikutnya.

Persatuan Melayu pertama bercorak politik secara nyata ditubuhkan di negara ini ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan lbrahim Haji Yaakob. la ditubuhkan pada Mei 1937. Kesatuan ini ditubuhkan atas kesedaran mahu memperjuangkan kemerdekaan negara serta membebaskan Tanah Melayu daripada terus ditindas dan dijajah oleh penjajah British.Malangnya, kesatuan ini tidak dapat bertahan lama kerana ia telah diharamkan oleh Jepun semasa Jepun menguasai Tanah Melayu pada tahun 1941 - 1945.Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah parti politik baru Melayu dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). la ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Pemimpin awalnya ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya berpindah tangan kepada Dr. Burhanuddin al-Helmi - iaitu seorang tokoh agama yang mampu menguasai bahasa Arab dan lnggeris disamping bahasa Melayu. PKMM telah mengisytiharkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara secara penuh.

Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM dan beliau mendapat kepercayaan golongan agama untuk menyertai gerakan politik bagi menentang penjajah.PKMM telah berjaya memperluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menubuhkan pula beberapa sayap atau bahagian dalam struktur organisasinya.Selain Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA) juga merupakan antara sayap atau bahagian dalam struktur organisasi PKMM.MATA merupakan bahagian agama parti berkenaan. Melalui MATA dalam satu mesyuarat agung tahunannya telah berjaya melahirkan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948. Tujuan PKMM melahirkan Hizbul Muslimin sebagai sayapnya adalah bagi mengumpulkan tenaga para ulama.

Sebagai sebuah parti Islam pertama di negara ini, Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman Islam serta mewujudkan sebuah negara Islam atau Darul Islam. Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO.Bagaimanapun, riwayat hidup Hizbul Muslimin berakhir pada Ogos 1948 apabila British bertindak mengharamkannya disamping menahan seramai tujuh orang pucuk pimpinannya, termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Baqir sendiri di bawah Undang-undang Darurat atau Emergency Regulations.Sungguhpun aktiviti Hizbul Muslimin terhenti, namun keghairahan sokongan rakyat khususnya dari alim ulama terhadap perjuangan politiknya amatlah memberangsangkan. Semangat dan sokongan kental inilah yang akhirnya merintis jalan mudah ke arah penubuhan PAS pada tahun 1951.161

Pas ditubuhkan pada 24 November 1951 hasil daripada persidangan ulama kali ketiga yang diadakan di Bagan, Pulau Pinang. Pas lahir dari sayap agama UMNO iaitu dari unit agama UMNO semasa di bawah pimpinan Dato’ Onn. Pada mulanya, nama asal yang cadangkan oleh Penitia penaja ialah Pertubuhan Ulama Se-Malaya. Penitia ini telah berusaha mengadakan persidangan dengan persatuan-persatuan kebajikan Melayu atau Islam, Majlis Agama Islam Negeri, ulama perseorangan, para kadhi dan juga mufti.Walaupun perhimpunan ulama dan orang perseorangan yang dianjurkan oleh Bahagian Agama UMNO itu pada mulanya berjaya menubuhkan Pertubuhan Ulama, tetapi atas inisiatif Ustaz Othman Hamzah, bekas Ahli Jawatankuasa Hizbul Muslimin yang mewakili Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunong Semanggol berjaya melahirkan Persatuan Islam Se-Malaya sebutan ringkasnya (PAS) bagi menggantikan Pertubuhan Ulama Se-Malaya yang dicadangkan pada mulanya.Pindaan ini dibuat kerana meragui berapa ramai ulama sanggup menjadi ahli pertubuhan ini. Pindaan ini mendapat sokongan setelah undian di jalankan.162Adapun Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:


1 Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.

2 Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara

3 Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.

4 Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.


Antara barisan kepimpinan pertama yang dilantik menerajui PAS termasuklah:

1. Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan - Yang Dipertua Agung
2. Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Timbalan Yang Dipertua Agung
3. Tuan haji Hussin Che Dol - Naib Yang Dipertua Agung (Utara)
4. Fakir Muhammad Nor - Naib Yang Dipertua Agung (Tengah)
5. Abdul Rahman Jamaluddin al-Jambuli - Naib Yang Dipertua Agung (Selatan)
6. Tuan Haji Ahmad Maliki - Setiausaha Agung
7. Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Bendahari Agung

Ahli Jawatankuasa Agung pula terdiri daripada:163

1. Tuan Haji Yahya Joned
2. Tuan Haji Uthman Talib
3. Tuan Haji Mohammad Nor
4. Tuan Haji Zabidi Ali
5. Tuan Haji Abdul Wahab
6. Tuan Haji Assaiya
7. Muhammad Mahzub
8. Tuan Haji Ahmad Nadur.


Secara ringkas dalam menimbang perjuangan Pas dari awal penubuhannya iaitu 1951 hingga tahun 1982 boleh dibahagikan kepada empat fasa iaitu:


1) Dari penubuhannya pada 1951-1957 iaitu zaman sebelum merdeka. Dalam fasa ini sumbangan PAS dalam menperjuangankan kemerdekaan tanah air tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak. Nama-nama seperti Abu Bakar al-Baqir , Ahmad Fuad, Dr Burhanuddin al-Helmi, telah mengharumkan perjuangan PAS.

2) Bermula pada 1957-1973 , perjuangan PAS lebih tertumpu dalam memperjuangkan idealogi kebangsaan Melayu. Pas lebih menumpukan perhatiannya kepada soal kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, isu-isu lain yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesejahteraan masyarakat melayu.Tetapi dalam fasa kedua ini, PAS gagal dalam satu hal. Ia gagal membuktikan ketulenan dan keistemewaan Islam sebagai satu fahaman sejagat. Idealogi Islam di masukkan unsur-unsur kemelayuan yang kadangkalanya membawa kepada satu bentuk perkauman. Oleh kerana perjuangan kaum diletak sebagai idealogi parti, disamping perjuangan Islamnya, Pas dapat digodai oleh Umno.

3) Pergabungan PAS dan BARISAN NASIONAL pada tahun 1973 boleh dianggap sebagai fasa ketiga dalam riwayat hidup Pas.

4) Apabila Datuk Asri Hj Muda diganti dengan pemimpin-pemimpin baru seperti tuan Hj Yusuf Rawa, Tuan Hj Fadhil Mohd Noor dan Tuan Hj Abdul Hadi Awang, pada tahun 1982, bermulalah fasa keempat dalam perjuangan PAS. Sifat utama dalam fasa ini ialah satu pendekatan kepada Islam yang jauh lebih sejagat atau univesal jika dibandingkan dengan fasa-fasa sebelum ini. Begitu juga mereka berazam untuk memperjuangkan Islam sebagai satu cara hidup altenatif yang menyeluruh.164


5.3 DASAR DAN PERJUANGAN PAS

Pas merupakan sebuah pergerakan yang memperjuangkan akidah Islam. Cita-cita untuk menegakkan Dawlah Islamiyyah adalah menjadi wadah perjuangan Pas. Wadah perjuangan ini telah diputuskan oleh Dewan Ulama Pas Pusat pada tahun 1958 dimana dewan tersebut telah meluluskan empat resolusi yang mendasari penubuhan Negara Islam iaitu:


1 Bahawa hukum menegakkan Negara Islam yang didalamnya berjalan hukum Allah adalah wajib.

2 Sebagai asas hukum kami ( PAS ) berpegang kepada ayat 13 surah al-Syuura. Perkataan أن أقيمواالدين , ertinya dirikanlah agama Islam dan Negara Islam yang menurut pentafsiran dan pandangan Islam ialah segala yang terdapat dalam kehidupan orang-orang Islam menurut dan mematuhi perintah Allah S.W.T.

3 Oleh kerana agama Islam itu adalah meliputi soal-soal beragama dengan makna perhubungan hamba dengan Tuhan dan Perhubungan hamba sesama hamba.Maka segala-galanya tidak akan dapat dijalankan melainkan dengan adanya Negara Islam yang mempunyai bentuk dan dasar Islam yang menjalankan hukum Allah S.W.T.

4 Keadaan seperti ini telah pun dilakukan oleh Rasul dan dengan yang demikian menjadi satu syarat yang wajib diikuti. 165

Jika dilihat dalam Muqaddimah Perlembagaan Pas menyebut “bahawa sesungguhnya adalah di isyhtiharkan demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah S.W.T dengan kebaktian sesama manusia yang dijadikan dengan menegakkan Amar bi al-Mac ruf wa al-Nahyu ani al-Munkar dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara yang dinamakan Parti Islam Se-Malaysia”. Dalam menilai dasar perjuangan Pas, telah disebut dalam Fasal 3 Perlembagaan Pas yang menyatakan “ Dasar Pas ialah Islam ( Perlembagaan Pas ( Pindaan 1993 ) 1994 : 2 ) dan Fasal ini 5 ( Ceraian 1 ) dasar penubuhan Pas ialah untuk mendirikan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang melaksanakan nilai-nilai Islam seperti melaksanakan hukum-hukum yang di redhai Allah.166

Melihat kepada dasar dan perlembagaan Pas ini, menunjukkan bahawa penubuhan Pas dari mula lagi adalah bertujuan untuk menegakkan Dawlah Islamiyyah di Malaysia.Cita-cita ini telah menjadi perjuangan Pas sebagai gerakan politik Islam di Malaysia yang unik dan membezakannya dengan gerakan-gerakan politik yang lain yang terdapat di Malaysia terutamanya UMNO.


5.4 BENTUK PENGARUH REVOLUSI ISLAM IRAN DALAM PAS

Selepas kejayaan Revolusi Islam Iran pada tahun 1979, telah berlaku sesuatu perubahan dalaman gerakan politik Pas iaitu kearah Era Kepimpinan Ulama pada tahun 1982.Perubahan ini telah menyebabkan timbulnya desas desus menyatakan perubahan tersebut dilakukan adalah disebabkan revolusi yang tercetus di Iran. Ekoran itu, pengaruh gerakan yang dipelopori oleh Ayatullah Khomeini ini telah menular masuk ke Malaysia lantas menyelubungi pemikiran-pemikiran pemimpin Pas. Benarkah dakwaan tersebut? Adakah kepimpinan ulama Pas ini adalah pengaruh dari revolusi Iran dan bias dari fahaman Shiah?.

Untuk mendapat jawapan dari persoalan ini, mari lihat kenyataan dan jawapan yang diberikan oleh Tuan Guru Hj Yusof Rawa, Presiden Pas( 1982-1989 ) dalam temubualnya dengan wartawan Sarina dan Yusuf Harun. Apabila ditanya apakah Pas dikuasai oleh golongan ulama seperti di Iran maka menurut Tuan Guru Hj Yusuf “semua yang memimpin Pas adalah ulama tetapi tidak sama dengan ulama di Iran. Sebenarnya ulama patut memimpin sebuah harakah Islamiah, maknanya gerakan Islam. Soal ulama memimpin ini sudah ditentukan oleh Islam.Tidak timbul soal ulama ambil alih ( pemerintahan-penulis ).Manusia mesti dipimpin oleh orang yang terbaik, orang yang terbaik dikalangan manusia adalah nabi, sesudah ketiadaan nabi ialah ulama. Pointnya, sama ada manusia suka atau tidak suka, pimpinan manusia yang ditentukan oleh ulama. Apa yang Pas buat adalah membetulkan kedudukan...kalau perkara itu berlaku di Iran macam itu maknanya Iran telah membuat satu perkara yang betul. Apa yang dibuat oleh Pas ialah meletakkan gerabak pada rel yang betul..”

Apabila ditanya oleh wartawan apakah sikap Pas terhadap Iran, maka jawab Tuan Guru Hj Yusuf Rawa “ Dasar Pas terhadap Iran ialah kita dalam rangka berbaik-baik dengan semua negara-negara di dunia, maka Iran sebagai anggota pertubuhan OIC , oleh itu hubungan Pas tidak memusuhi Iran. Oleh kerana Iran meletakkan Allah sebagai simbolnya maka kita hormati Iran.”

Apakah Pas bercadang hendak menghantar delegasi ke Iran untuk mempelajari sesuatu berhubung kejayaan Iran menjadikan negara itu sebuah negara Islam? Mendengar soalan tersebut, Tuan Guru Hj Yusuf Rawa menjawab “ Adalah menjadi matlamat Pas untuk mendapat maklumat dari sumber yang paling rapat. Dalam hal ini Iran sendiri kalau boleh kita mahu pergi buat dialog dengan Khomeini sendiri. Cara seperti ini adalah pratikal, kalau kita nak tahu dasar-dasar Amerika, maka kita kena pergi Amerika dan jumpa dengan Reagan. Oleh itu sekiranya kita ada peluang kita hendak berjumpa dengan sumber-sumber yang merancang dasar luar masing-masing. Sebab itu juga Pas sekarang ini sedang meneroka ruang-ruang diplomasi kerana untuk memerintah negara ini kita mesti berbaik-baik dengan negara dunia lain. Langkah-langkah patut di buat untuk menemui tokoh-tokoh dunia supaya mereka kenal Pas..”167

Dari jawapan yang diberi oleh Tuan Guru Yusuf Rawa ini, maka dapat di buat dua ulaan dan rumusan yang berkaitan dengan persoalan-persoalan di atas iaitu mengenai kepimpinan ulama Pas tidak meniru atau terpengaruh dengan Revolusi Islam Iran, kerana kepimpinan ulama telah di tetapkan dan terdapat di dalam Islam bukannya muncul dari fahaman Shiach atau mana-mana aliran. Dalam pada itu juga, adalah tidak menjadi masalah kepada Pas untuk berhubung dengan Iran dan mempelajari apa yang terdapat pada revolusi Islam Iran kerana mempunyai matlamat yang sama iaitu menubuh Dawlah Islamiyyah.

Peralihan politik Pas kepada kepimpinan ulama berlaku apabila pimpinan Pas pada masa tersebut iaitu Mohd Asri Muda gagal menunjukkan kemampuan untuk bergerak sebagai sebuah Parti Politik Islam, malah ia tidak banyak beza dengan UMNO dari segi cita-cita Melayunya dan tambahan lagi beberapa orang pemimpinnya tidak mencerminkan watak Islam. Kepada golongan fundamentalis pada ketika ini, Pas tidak menepati kehendak atau idea sebuah pergerakan Islam. Sewaktu inilah ABIM telah mengambil tempat Pas dalam menyatakan konsep Islam dan menjadi kumpulan pendesak kepada pihak kerajaan mengenai isu-isu Islam. Apabila pemimpin-pemimpin muda PAS yang lebih radikal mengambil alih pucuk pimpinan, pemimpin lama PAS ( di bawah Datuk Asri ) menarik diri. Golongan lama ini menerima tekanan daripada golongan muda ( kebanyakkannya dari ABIM ) yang menyokong pimpinan ulama . Beberapa pemimpin lama PAS ( diketuai oleh Asri ) kembali kepada Umno dibawah pertubuhan HAMIM ( Hizbul Muslimin ) yang menyokong rancangan penerapan-penerapan nilai Islam Dr Mahathir.

Pembawaan Pas dibawah pimpinan ulama adalah menyeluruh.Ia memperjuangkan identiti Islam tanpa mengira keturunan, bangsa, ingin menghidupkan kembali kesedaran Islam yang tulen, mahukan negara Islam, bercita-cita menghidupkan budaya Islamdan melaksanakan undang-undang Islam dalam negara berdasarkan kepimpinan ulama. Pas di bawah Tuan Guru Haji Yusuf Rawa menekankan kepada Islam semata-mata dan menolak nasionalisme Melayu kerana di anggap satu perjuangan yang sempit dan bertentangan dengan Islam. Dalam erti kata lain, Pas mesti meletakkan kepentingan Islam untuk menyelamatkan bangsa Melayu kerana berdasarkan keyakinan bahawa Islam selamat, Melayu akan selamat, tetapi sekiranya Melayu selamat tidak semestinya Islam turut selamat. Menurut Tuan Guru Hj Yusuf Rawa “ Tidak ada perbezaan Pas dahulu dan sekarang, cuma Pas sekarang hendak mempratik undang-undang tubuhnya, dahulu tidak berapa jelas, iaitu mahu menegakkan Syariah Islamiyyah, ini merupakan matlamat utama Pas kearah pembentukkan sebuah pemerintahan Islam” 168

Dalam pada itu, jika dilihat, Murshid al-cAm Pas, Tuan Guru Dato Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat juga memuji dan mencontohi kepimpinan Ayatullah Khomeini.Bagi Nik Aziz, Imam Khomeini lahir bukan kerana shiachnya semata tetapi ia lahir kerana keperibadiannya yang agong.Sebab itu bila sahaja keadaan sekitar memerlukan pemimpin, lahirlah didunia ini orang yang seumpamanya Solehuddin al-Ayubi dengan erti kalaulah Imam Khomeini bermazhab Sunni dan Solehuddin al-Ayubi bermazhab Shiach adakah berubah keadaan perjuangan mereka. Imam Khomeini tetap dengan keagungannya dan Solehuddin tetap dengan keagungannya sama ada mereka sunni atau Shiach.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz, Imam Khomeini juga membuktikan kepada dunia bahawa campur tangan ulama dalam politik bukan untuk sama-sama merebut khazanah negara, bukannya seperti yang ditunjukkan oleh kepimpinan Sekular Shah. Hasilnya, menyebabkan kepimpinan ulama di mana-mana sahaja di dunia sekarang telah di nilai dengan nilaian yang baru dimana peranan ulama dalam politik telah diberi pengetian yang luas, luas dari kawasan masjid dan surau . Semuanya hasil dari keperibadian Imam Khomeini yang telah menerima pendidikan sebagai ulama sejak kecil.169

Dari pujian ini dapat diketahui bahawa, kepimpinan Pas amat menghormati pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatullah Khomeini. Bagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz, kepimpinan dan keperibadian Imam Khomeini telah membersih dan menunjukkan kepada dunia bagaimana kepimpinan sebenar ulama. Nik Abdul Aziz telah menerangkan bahawa kepimpinan yang baik dan sebagai contoh yang boleh di ikuti bukan dilihat pada mazhab anutannya, tetapi kepada kepimpinan dan keperibadiannya. Namun Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak menyetujui tindakkan segelintir yang menyebarkan idea aqidah Shiach di Malaysia dan negara lainnya. Ini dapat dilihat kepada kenyataannya ketika beliau melawat Iran pada tahun 1993 iaitu “ saya minta kekalkan sangkaan baik kita bahawa Revolusi Iran adalah Revolusi Islam bukan Revolusi Shiach. Serta garis panduan atau landasan Khomeini tentang penyatuan ummah tidak di gangu dengan penyebaran Shiach.

Manakala Timbalan Presiden Pas, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang telah mengunjungi Iran selang beberapa minggu sebelum al-marhum Imam Khomeini meninggal dunia. Beliau tidak dapat bertemu dengan Imam Khomeini kerana Imam Khomeini sedang sakit tenat dan sedang di rawat di hospital. Pandangan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang tentang kedudukan yang boleh di berikan kepada Imam Khomeini, adakah beliau seorang mujaddid atau pemimpin politik ulung sahaja? Beliau menjawab “ oleh kerana gerakan yang dibawa oleh beliau ialah gerakan Islam dan beliau tidak menonjolkan soal-soal mazhab sepertimana yang digembar-gembur serta beliau bukan menjadi pemimpin politik semata-mata kerana dalam Islam, politik hanyalah sebahagian dari Islam, maka kita namakan beliau sebagai seorang pemimpin Islam Gerakan Tajdid di awal abad ke-15 hijrah ini.170

Dalam pada itu terdapat kenyataan yang mengatakan Mohd Sabu, Naib Presiden Pas , dikenali ramai sebagai salah seorang yang begitu meminati dan mengkagumi perjuangan Hizbullah di Lubnan dan revolusi Islam Iran sejak dari dulu lagi. Minat, sokongan dan kecenderungan beliau diterjemahkan dengan kerapnya beliau berkunjung ke Lubnan dan Tehran dan seringkali menggunakan contoh perjuangan mereka di dalam ceramahnya. Dalam pada itu juga pada beberapa siri demonstrasi di hadapan kedutaan Amerika Syarikat dan Wisma Denmark semasa membantah penyiaran karikatur yang menghina Nabi s.a.w. terdapat segolongan pengikut Pas datang membawa sepanduk dan poster besar Imam Khomeini dan Ayatullah Khameini sambil membaca selawat cara Iran dengan lahjah Iran.Golongan ini merupakan pengikut Mohd Sabu dan di dalam kelompok tersebut juga terdapat beberapa pemuda PAS daripada Kuala Kedah. Demo ini berlansung pada 10 Feb 06, diketuai oleh Presiden PAS Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang bermula di Masjid Kampung Baru setelah selesai menunaikan solat Jumaat, juga disertai oleh barisan pimpinan Pemuda PAS.

Dalam pada itu sempena Ulangtahun Revolusi Islam Iran ke 28 di Hotel Mandarin Kuala Lumpur, Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar; Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat dan Dr Syed Azman Syed Nawawi, semuanya hadir menyambut ulangtahun tersebut.171Ini semua digambar dan dicontohkan oleh para pemerhati bahawa Pas mempunyai hubungan dan terpengaruh dengan Revolusi Islam Iran dan berkemungkinan terdapat ahli Pas yang telah menganut Mazhab Shiach seperti Mohd Sabu sendiri.

Dalam menilai dan memahami contoh-contoh yang diberikan ini, mungkin terdapat “orang besar” dalam Pas yang terlalu terpengaruh dan tacasub kepada Ayatullah Khomeini dan revolusi Iran sendiri. Namun keadaan ini jika dilihat dalam dunia antarabangsa,umat Islam Lubnan terutama Hizbullah baru sahaja menghadapi serangan daripada pihak Israel dan memperolehi kejayaan. Mungkin peristiwa inilah sangat mempengaruhi minda umat Islam di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Ini kerana perkara ini baru sahaja terjadi di hadapan mereka. Dalam keadaan yang singkat dunia Islam dikejutkan lagi dengan penyiaran karikatur nabi s.a.w. Hasil daripada itu,dilihat semasa bantahan dan demontrasi di lakukan di hadapan kedutaan Denmark, terdapat segolongan demontrasi membawa gambar dan sepanduk Imam Khomeini, Ayatullah Khameini dan Hassan Nasrallah. Melihat situasi keadaan ini, pengaruh revolusi Iran itu kembali mencengkam jiwa umat Islam di Malaysia terutama penyokong Pas memandangkan Hizbullah dan Revolusi Islam Iran adalah dari dari kelompok yang sama. Selepas peristiwa pencerobohan ini juga baru dilihat Mohd Sabu,Naib Presiden Pas berulangkali berkunjung ke Lubnan dan Teheran dan seringkali menggunakan contoh perjuangan mereka di dalam ceramahnya.

Sudah diketahui, sepertimana jawapan yang diberikan oleh Tuan Guru Hj Yusuf Rawa, Pas mengamalkan dasar berbaik dengan semua negara termasuk Iran dan tidak teragak-agak untuk menghantar delegasinya untuk mendalami bagaimana berhasilnya gerakan Revolusi Islam Iran mendirikan kerajaan Islam. Oleh kerana itu, isu Ulangtahun Revolusi Islam Iran ke 28 di Hotel Mandarin Kuala Lumpur, yang dihadiri oleh Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar; Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat dan Dr Syed Azman Syed Nawawi ini sebenarnya telah terjawab. Bagi Pas gerakan Revolusi Islam Iran yang dipimpin Ayatullah Khomeini dan kerajaan pimpinannya adalah sah dan harus di hormati. Sepertimana di ketahui Pas dan gerakan Revolusi mempunyai matlamat yang sama iaitu mendirikan kerajaan Islam, jadi dengan kejayaan Revolusi ini mendirikan kerajaan Islam tersendiri, sedikit sebanyak memberi pengajaran dan motivasi kepada Pas.

Mungkin terdapat golongan yang mempertikaikan dan mengatakan Pas kini telah terpengaruh dengan idaelogi dan fahaman Shiach, itu adalah sukar ditentukan. Namun sepertimana yang diketahui, dasar perlembagaan Pas sendiri menyatakan “ Dasar Pas ialah Islam berlandaskan fahaman Ahlul Sunnah wa al-Jamaah ( Sunni ). Pemimpin utama Pas sendiri seperti Tuan Guru Hj Dato’ Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menentang keras penyebaran fahaman-fahaman selain Ahlul Sunnah wa al-Jamaah dikalangan ahli anggota Pas khususnya dan umat Islam Malaysia amnya walaupun mereka memuji dan menghormati Ayatullah Khomeini dan Iran.Ini dapat dilihat kepada kenyataan Nik Abdul Aziz,bahawa beliau menerima Revolusi Islam Iran atas dasar penyatuan yang diutarakan oleh Ayatullah Khomeini bukan atas dasar mazhab,bagi beliau Revolusi Iran adalah revolusi Islam bukan revolusi Shiach. Beliau memetik kata-kata Khomeini “ Kita sekalian tetap bersaudara, saudara-saudara saya dari Shiach dan Sunni mestilah mengelak diri dari sebarang perpecahan. Perpecahan kita tetap menguntungkan golongan yang menentang Sunnah, menentang Shiach, menentang Hanafi dan menentang semua golongan Islam. Mereka sebenarnya mahu memporokperandakan kita sekalian. Ingatlah baik-baik, kita Muslim pengikut al-Quran dan bertawhid kepada Allah, kita mesti berkerja keras untuk al-Quran dan at-Tawhid..”172.

Oleh kerana itu boleh di katakan bentuk pengaruh yang diambil oleh Pas terhadap Revolusi Islam Iran hanyalah dari semangat politik dan metodoginya perjuangannya sahaja, bukannya mazhab anutan mereka iaitu Shiach.Ini mungkin disebabkan beberapa faktor iaitu keadaan dan situasi sosial budaya di Malaysia adalah berbeza dengan Iran. Faktor pengamalan politik negara iaitu mengamalkan dasar demokrasi perlembagaan bukan autokrasi dan monarki mutlak dan faktor ketiga ialah fahaman pengamalan Islam iaitu anutan mazhab yang berbeza. Disebabkan faktor-faktor ini, adalah sukar bagi Pas menggerakkan Revolusi sepertimana yang berlaku di Iran. Hanya semangat dan beberapa kaedah tertentu sahaja yang dapat Pas contohi dari revolusi ini, contohnya demontrasi massa rakyat.


5.5 KESIMPULAN


Parti Islam Se-Malaysia merupakan gerakan Parti Politik Islam yang tunggal yang terlibat dalam sistem politik negara ini. Pada asas perbezaan ketara antara Pas dan parti-parti politik lain yang wujud di negara ini ialah cita-cita dan tujuannya iaitu ingin menegakkan Dawlah Islamiyyah di negara ini yang menjalankan hukum-hukun bersandarkan al-Quran, As-Sunnah, Ijmac ulama dan Qiyas.

Namun sepanjang perjalanannya sebagai Parti Politik di Malaysia, gerakkan politiknya banyak dipengaruhi oleh situasi masa dan keadaan. Ini dapat dilihat perubahan-demi perubahan yang berlaku dalam pemikiran dan pembawakan parti ini. Ini dapat dilihat kepada dasar-dasar perjuangan dan idealoginya yang boleh dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu menperjuangankan kemerdekaan tanah air, memperjuangkan idealogi kebangsaan Melayu dan kembali kepada satu pendekatan kepada Islam yang jauh lebih sejagat atau univesal jika dibandingkan dengan fasa-fasa sebelum ini.Peringkat ketiga ini lebih dikenali sebagai era kepimpinan ulama.

Oleh kerana, Pas merupakan sebuah Parti Politik Islam, maka parti ini telah dikaitkan mempunyai hubungan dan terpengaruh dengan Revolusi Islam Iran yang dipimpin oleh Imam Khomeini. Adalah tidak dinafikan, sebaik kejayaan revolusi Islam Iran, ramai para pejuang gerakan Islam di dunia termasuk Malaysia mengunjungi Iran.Namun pengaruh disini bukanlah pengaruh dari segi anutan mazhab atau akidah tetapi adalah pengaruh politik. Ini kerana matlamat semua gerakan politik Islam adalah sama iaitu mendirikan pemerintahan Islam yang bebas, namun kaedah dan caranya berbeza. Dalam abad ke-20 hanya Iran sahaja yang berjaya menubuhkan kerajaan Islam yang merdeka maka sudah tentu ianya menjadi contoh dan sedikit sebanyak akan memberi pengaruh dan inspirasi kepada ahli politik tempatan untuk mencontohinya.



RUJUKAN


Al-Quran

Abul Hassan cAli al-Nadwi. 1987. Dua Wajah Saling Bertentangan Antara Sunni Dan Shicah. Terj. Bey cArifin. Yusof cAli Mudlar. Penerbit P.T Bintang Ilmu Surabaya Jakarta

A Ezzati.1981. Gerakan Islam Satu Analisis.Pustaka Hiadayah.Cetakan Pertama Jakarta.

Ahmad Amin. 1980. Fajar Islam. Terj Marzuki Syafie. Dewan Bahasa Pustaka. Kuala
Lumpur

Ahmad Khomeini.Sayyid. 2004. Imam Khomeini. Penterjemah Muhdor Assegof.Penerbit Cahaya. Indonesia.

Ahmad Lutfi Othman.1992. Selepas Mahathir Peluang Pas.Cetakan Pertama. Penerbitan Pemuda Taman Dato’ Senu.Kuala Lumpur.

Ahmad Mughniah.Khomayni Aqwaluhu wa al-Afacluhu. Makhtabah Hadithah Beirut. Lubnan.

Ali Husien Fadhlullah.1966.Fi Dhilal al-Wahyu.Darul Makhtabah Al-Hayat Beirut. Lubnan.

Amin Saikal.1980. The Rise And Fall Of The Shah 1941-1979.National Library Of Austaralia.

Anthony Black.2006.Pemikiran Politik Islam Dari Masa Nabi Hingga Masa Kini.Penterjemah Abdullah Ali, Mariana Ariestawati. Pt. Serambi Ilmu Semesta. Jakarta.

Asaf Husain.1985. Islamic Iran Revolution And Counter Revolution.Frances Pinter Publishers. Landon.

Azimah Mohammad Arifin. 2005. Wilayah al-Faqih Pemakaian Di Dalam Perlembagaan Iran. Tesis Ijazah Sarjana Muda. Jabatan Usuluddin Dan Falsafah. Fakulti Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azran A. Rahman. 1983. Timur Tengah Dan Politik.Cetakan Pertama. Penerbit Media Intelek Petaling Jaya. Selangor.

Badri Yatim. 1993. Sejarah Peradaban Islam.Cetakan Pertama Penerbit Pustaka Hidayah. Jakarta

Basri,Syafiq. 1987. Revolusi Sebuah Reportasi Perjalanan. Penerbit Pustaka Sinar Harapan. Jakarta

Ensiklopedia Islam. 2005. Jil 6. Jakarta

Ensiklopedia Dunia 2005.Jil 9. Terj. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Hamka.1997. Sejarah Umat Islam. Cetakan Kedua.Pustaka Nasional PTE LTD Singapore.

Hamid Algar.1980. The Islamic Revolution In Iran . The Muslim Institut Landon.

Hamid Algar.1991.Mata Air Kecemerlangan-sebuah pengantar untuk memahami pemikiran Imam Khomeini. Terjemahan-Zainal Abidin. Cetakan Pertama 1991. Penerbit Al-Mizan. Bandung. Indonesia

Husein al-Kaff.2004. Kedudukan Wanita Dalam Pandangan Ayatullah Khomeini.Terjemahan.Penerbit Lentera Jakarta.

Ibrahim Ali.1980. Pertemuan Dengan Pemimpin Revolusi Islam Iran. Eddie Colour Com Kompleks Damai Kuala Lumpur.

Homo Katauzian.1990. Mussadiq And The Struggle For Power In Iran. S.T Martin Press New York.

Idris Ahmad.1994. Kepimpinan Islam Satu Analisis Terhadap Kepimpinan Melayu 1957-1988. Tesis Ijazah Sarjana Pengajian Islam. Fakulti Pengajian Islam.UKM.

Ismail Faruqi, Louis Lamya .1992. Atlas Budaya Islam. Penterjemah Mohd Ridhwan Othman, Mohd Sidin Ishaq dan Khairuddin Harun. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Jamal Mohd Lukhman. 1999. Biografi Tuan Guru Dato Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat-Seorang Ulama Serta Ahli Politik Malaysia Abad ke-20.Penerbit Sulfa Human Resources Development. Subang Jaya Selangor.

John L Esposito.Ensiklopedia Oxford Dunia Islam Moden. Jilid 2. Terjemahan. Terbitan al-Mizan Bandong Indonesia

Joe’soef Souy’d.1982. Pertumbuhan Dan Perkembangan Aliran-Aliran Sekte Syiah. Pustaka al-Husna. Jakarta.

Khomeini. Ayatullah Sayyid.1983. Pandangan Tentang Pemerintahan Islam. Penterjemah M Amein Rais, Salim Azzam Dalam Beberapa Tentang Pemerintahan Islam. Penerbit al-Mizan Bandong Indonesia.

Lukhman Ahmad.1994.YB Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Peranan Ulama Dalam Politik. Terbitan GG Edar Kuala Lumpur.

Mahmood T Davari.2005. The Political Thought Of Ayatullah Murtaza Mutahhari An Iranian Theoreticion Of The Islamic State.Taylor And Francis Group. New York.

Majalah Dakwah.1979.Khomeini Kenapa Kita Mahu Negara Islam.Terbitan Yayasan Dakwah Islamiyyah Malaysia.Kuala Lumpur.

Majalah Al-Islam,1978,1979,2004.Penerbitan Utusan Karya Sdn Bhd. Bandar Baru Bangi, Selangor.

Marzuki Hj Mahmood.1994.Isu-Isu Kontroversi Dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa’ Al-Rasyidin.Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur.

Maseh Muhajeri.1983. Islamic Revolution Future Path Of The Nation. Jihad e-Zandagi. Teheran,Iran.

M.Riza Shihbudi.1985. Dinamika Revolusi Islam Iran Dari Jatuhnya Shah Hingga Wafatnya Ayatullah Khomeini.Pustaka Hidayah. Jakarta.

Mohd Hamzah.1985.Al-Ta’lif Baina Al-Farq Al-Islamiyyah.Darul Qutaybah.Damsyik.

Mohd Rashad Shamsuddin.2000. Khulafa’ Al-Rayidun Dan Dawlah Islamiyyah.Cetakan Pertama. Pustaka Hidayah.Kuala Lumpur.

Mohd Sukki Othman,Wan Muhammad Wan Sulong.2001.Sejarah Tamadun Islam.Cetakan Pertama.Pustaka Sarjana Sdn Bhd.Subang Jaya Selangor.

Murthada Mutahhari.Ayatullah.( 1983 ) Sistem Republik Islam.Penterjemah Abdul Rahman Hamid. Islamic Media And Comunication. Kuala Lumpur.

Mushtaqor Rahman.1997.Geography Of The Muslim World.Iqra Internasional Education Foundation.U.S.A

Nasir Tamara.1980. Revolusi Iran. Penerbit Sinar Harapan.Jakarta.

Noor Ariff Maulana.2003. Revolusi Islam Iran Dan Realisasi Vilayat-I Faqih.Cetakan Pertama. Juxtapose Research And Publication Club. Yogyakarta.

Normaliza Abadul Manaf.2005. Sejarah Penubuhan Pas Di Kelantan.Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana. Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam.Fakulti Pengajian Islam.UKM.

Ramy Rima.1983.The Warth Of Allah Islamic Revolution And Reaction In Iran. Pluto Press Limited Australia

Rifanto Ridhwan.2004. Syarat-Syarat Perlantikan Khalifah Dari Perspektif Syiah Dan Sunni.Tesis Ijazah Sarjana Muda.Fakulti Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia.
William Shancross.1992. Perjalanan Terakhir Shah Iran. Terj. Cet Pertama. Al-Mizan,Bandung. Indonesia

Yusof Abdullah Puar.1980. Perjuangan Ayatullah Khomeini.Cet Pertama. PT Pustaka Antara Jakarta.

Zayar.Dr 2002. Revolusi Islam Iran Sejarah Dan Hari Depannya. Pustaka Sumbu Yogyakarta.


Video

Mohammad Dabuq, Spirit Of God Ayatullah Khomeini. Video dokumentari. Munzimah Ahli al-Bait.

Internet

www.wikipedia bebas.com. sejarah penubuhan Pas.

www.ensiklopedia islam.com. Revolusi Islam Iran & Parti Komunis Iran.

Tiada ulasan: