JAMINAN
MAHKAMAH: BAGAIMANA ANDA MENGURUSKANNYA DAN PROSEDUR PERLUCUTAN HAK BON
1)
APA DIA JAMINAN?
Ialah wang pelepasan sementara
kepada orang tertuduh dengan mengemukakan cagaran yang mencukupi dan akujanji
penjamin untuk mengemukakan orang tertuduh setiap hari perbicaraan.
Perjanjian di antara penjamin dan Mahkamah dipanggil bon jaminan Syarat-syarat
jaminan dan jumlah jaminan adalah terletak atas budi bicara Mahkamah. Ia
bergantung pada latar belakang sesuatu kes.
2) TUJUAN JAMINAN
Seseorang itu adalah dianggap tidak
bersalah sehingga dibuktikan dia bersalah. Oleh itu jaminan akan
diberikan untuk membebaskan orang tertuduh dan pada masa yang sama membuatkan
penjamin memasukkan cagaran untuk menentukan kehadiran orang tertuduh ke
Mahkamah.
3)
JAMINAN DALAM KESALAHAN-KESALAHAN
YANG BOLEH DIJAMIN (BAILABLE OFFENCE)
Bagi kesalahan-kesalahan seperti
ini, orang tertuduh boleh dibebaskan dengan jaminan kerana ia adalah hak orang
tertuduh. Apabila orang tertuduh dipertuduhkan di Mahkamah maka Mahkamah
akan menentukan jumlah jaminan yang ditawarkan. Sesiapa yang layak
bolehlah menjamin orang tertuduh. Jika tidak penjamin orang tertuduh akan
ditahan di penjara sehingga kes selesai dibicarakan.
4)
SYARAT-SYARAT JAMINAN DAN SIAPAKAH
BOLEH MENJADI PENJAMIN
Seorang dewasa (berumur 18 tahun ke
atas) Seorang warganegara (jika bukan warganegara ia tertakluk kepada
syarat yang ditetapkan oleh Mahkamah) Mengemukakan jumlah jaminan yang
ditetapkan oleh Mahkamah. Jumlah jaminan yang cukup seperti yang
ditetapkan oleh Mahkamah bolehlah dikemukakan dalam bentuk: Simpanan Tetap
(fixed deposit)atau suatu jumlah wang yang boleh berada dalam Akaun Simpanan
yang mana jika ada kad ATM hendaklah diserahkan kepada Mahkamah.
Geran tanah(kekal/sementara) tidak
termasuk Lesen Tumpangan Sementara (TOL) dan jika geran tanah dimiliki secara
berkongsi semua pengkongsi mesti memberi persetujuan untuk dijadikan
cagaran. Laporan penilai harta hendaklah dikemukakan untuk
membolehkan Mahkamah menentukan nilai tanah dalam geran tanah itu
mencukupi meliputi jumlah jaminan yang ditetapkan itu.
Faham
semua syarat jaminan yang ditetapkan oleh Mahkamah.
Menandatangani bon jaminan. Pasport
antarabangsa/terhad orang tertuduh jika diperlukan.
5)
CARA MENGURUSKAN JAMINAN
Selepas Mahkamah mengumumkan jumlah
jaminan yang dikenakan ke atas orang tertuduh, penjamin perlu pergi ke kaunter
pendaftaran berkenaan sama ada di Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret. Kad
pengenalan penjamin serta akaun jaminan dalam bentuk yang dinyatakan hendaklah
dibawa bersama-sama. Pihak pendaftaran berkenaan akan mengisikan butiran
peribadi penjamin dan orang tertuduh di dalam sebuah buku jaminan yang
dipanggil bon jaminan. Penjamin dan tertuduh akan diterangkan
syarat-syarat jaminan oleh Pendaftar/Majistret dan kemudian penjamin dan
tertuduh perlu menurunkan tandatangan ke atas bon jaminan tersebut dan satu kad
rujukan akan diberikan kepada penjamin dan ia hendaklah disimpan dengan baik
untuk apa-apa urusan berkait jaminan tersebut.
Jaminan yang diberi akan disimpan
oleh Mahkamah sehingga kes selesai dan tuntutan cagaran boleh dibuat oleh
penjamin dengan mengemukakan kad rujukan tadi.
6) TANGGUNGJAWAB PENJAMIN
Tanggungjawab utama seorang penjamin
ialah menentukan kehadiran orang tertuduh di Mahkamah. Tanggungjawab lain
akan diterangkan sebelum bon jaminan ditandatangani.
7) RISIKO
PENJAMIN
Jika penjamin gagal mematuhi
mana-mana syarat jaminan misalnya gagal memastikan kehadiran orang tertuduh di
Mahkamah atau gagal mengemukakan barang kes pada hari perbicaraan atau sebutan
maka jaminan boleh dilucutkan kepada Kerajaan oleh Mahkamah. Sebelum
merampas wang jaminan Mahkamah akan memberi peluang kepada penjamin
untuk memberi penjelasan mengapa wang jaminan tidak patut dirampas dan
selepas itu adalah terpulang kepada budi bicara Mahkamah sama ada untuk
meranpas keseluruhan wang jaminan atau sebahagiannya ataupun tidak sama sekali
8)JENIS-JENIS JAMINAN LAIN
8.1) Jaminan
Terhadap Barang Kes
Ia melibatkan jaminan barang-barang kes yang akan menjadi eksibit Mahkamah
seperti kenderaan, barang-barang kemas dan sebagainya. Melalui jaminan
ini tuan punya boleh menyimpan barang-barang tersebut sendiri dengan syarat
perlu mengemukakan di Mahkamah apabila Mahkamah memerintahkan berbuat demikian.
8.2) Jaminan
Berupa Hukuman
Ia adalah bagi kes-kes tertentu seperti di bawah Akta Mahkamah Juvana, Kanun
Acara Jenayah dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang
diputuskan oleh Mahkamah supaya hukuman/perintah dalan bentuk pengenaan
syarat jaminan kesalahan kepada Mahkamah oleh pihak yang berkenaan, iaitu
tertuduh atau pesalah dibenarkan jaminan berkelakuan baik atau diletak di bawah
pengawasan seseorang dalam tempoh tertentu.
8.3 Jaminan Bagi Kes Sivil
Ia adalah untuk memastikan kehadiran
penghutang penghakiman ke Mahkamah untuk menjawab tuntutan sivil ke atasnya
setelah beliau gagal hadir di Mahkamah.
8.4 Jaminan Sementara Menunggu
Tempoh Rayuan
Ia adalah merupakan syarat yang boleh
dikenakan oleh sesebuah Mahkamah untuk membolehkan tertuduh, yang telah
dijatuhkan hukuman oleh Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret tetapi tidak
berpuas hati dengan keputusan Mahkamah itu dan ingin membuat rayuan ke Mahkamah
Tinggi, menggantungkan pelaksanaan hukuman itu sehinggalah Mahkamah Tinggi
membuat keputusan atas rayuan tersebut. Jika seseorang tertuduh ingin
merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, maka jaminan ini boleh
dikenakan oleh Mahkamah Tinggi bagi maksud yang sama.
Bagi jaminan eksibit, jaminan di dalam kes sivil,jaminan
berbentuk hukuman dan jaminan sementara menunggu rayuan ia masing-masing
mempunyai bon yang berbeza dan akan diuruskan oleh pihak
Pendaftar/Majistret sementara lain-lain proses adalah sama seperti dalam mengurus
jaminan untuk orang tertuduh.
9) TATACARA JAMINAN
Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1997, seksyen
23 telah memperuntukkan bahawa:
“Tiada seseorang pun yang telah ditangkap oleh Pegawai
Penguatkuasa Agama atau pegawai polis di bawah Akta ini boleh dilepaskan
kecuali atas bon atau jaminan atau di bawah perintah bertulis seorang Hakim
atau Ketua Penguatkuasa Agama atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak
rendah daripada Inspektor”
Terdapat perbezaan yang besar antara Akta Prosedur
Jenayah Syariah 1997 dan Kanun Prosedur Jenayah (Bab 6 ).
Dalam Kanun Prosedur Jenayah, terdapat jadual yang jelas yang menyenaraikan
jenis-jenis kesalahan “boleh dijamin” dan yang “tidak boleh jamin”.
Manakala dalam APJS 1997 tidak ada takrifan mengenai kesalahan boleh jamin dan
tidak boleh jamin ataupun jadual pembahagian seperti dalam Kanun Prosedur
Jenayah. Ini bermakna kesemua kesalahan –kesalahan jenayah Syariah adalah
merupakan kesalahan yang boleh jamin. Kesan daripada itu Pegawai Penguatkuasa
Agama atau pegawai polis yang membuat tangkapan atau penahanan dalam kes
jenayah Syariah dan Mahkamah Syariah
tidak boleh untuk tidak memberi jaminan kepada orang yang ditangkap atau
ditahan atau hadir atau dibawa hadir kepadanya. Kesalahan boleh jamin adalah
kesalahan yang memberi hak kepada orang yang ditangkap dilepaskan atas jaminan.
Walau bagaimanapun, jika jaminan tidak boleh diterima oleh orang yang
ditangkap, misalnya, apabila dia tidak boleh mengemukakan penjamin-penjamin
atau tidak mampu memenuhi syarat-syarat jaminan, maka dia tidak boleh
dilepaskan. Seksyen 185 menggunakan perkataan ;-
` bersedia pada bila-bila masa semasa dalam jagaan pegawai itu atau pada
mana-mana peringkat mahkamah itu memberikan jaminan’ .
Oleh itu, walaupun pegawai itu atau
mahkamah itu `hendaklah’ melepaskannya atas jaminan, orang itu mesti bersedia dan
berupaya untuk menerimanya. Jika orang itu berupaya memenuhi jaminan itu dia
boleh dilepaskan atas jaminan tersebut. Jika dia gagal memenuhinya dia akan
ditahan sehingga perbicaraannya. Oleh itu pilihan yang ada ialah dengan
mengenakan syarat-syarat jaminan yang ketat untuk memastikan orang-orang yang
dijamin itu hadir pada masa yang ditetapkan.
9.1) Akuan tidak bersalah
Apabila
tertuduh enggan mengaku atau membuat akuan tidak bersalah , suatu tarikh akan
ditetapkan untuk perbicaraan.
pendakwa perlu menawarkan jaminan
kepada tertuduh
sementara menunggu
perbicaraan atau tidak. Samamada jaminan dibenarkan bergantung kepada kesalahan
yang dituduh keatas tertuduh .
Secara amnya
,terdapat tiga kategori kesalahan –kesalahan yang berkaitan dengan jaminan .
peruntukan mengenai jaminan dinyatakan dalam seksyen 378 hingga 394 KTJ;-.
9.2) Kesalahan boleh jamin;-
Kesalahan boleh
jamin ditakrifkan dalam seksyen 2.KTJ
seperti berikut;-
Suatu kesalahan
yang ditunjukkan sebagai boleh jamin dalam jadual pertama kepada kanun ini atau
yang dijadikan boleh jamin oleh mana-mana undang-undang lain yang berkuatkuasa
pada masa Ini.
Jika seseorang
tertuduh itu yang telah melakukan kesalahan boleh jamin ditangkap dan dituduh
di mahkamah,dan dia bersedia untuk memberikan jaminan ,mahkamah atau pihak
polis hendaklah melepaskan dengan jaminan.Ini ialah hak automatic tertuduh sama
ada tertuduh adalah warga Negara Malaysia atau orang asing.Dengan ini
dinasihatkan supaya satu jumlah jaminan tunai yang lebih tinggi ditawarkan jika
tertuduh itu merupakan orang asing atau jika tertuduh merupakan seorang warga
Negara Malaysia yang dipercayai secara munasabah akan melarikan diri .mahkamah
tidak boleh mengenakan apa-apa syarat dalam jaminan untuk suatu kesalahan boleh
jamin.contohnya penyerahan passport tertuduh.
9.3 )
Kesalahan tak boleh jamin .
2.1 Terdapat tiga kategori kesalahan tak boleh
jamin yang berkaitan dengan budi bicara mahkamah dalam pemberian jaminan .
1- Jika
terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa tertuduh bukan seorang
yang berumur dibawah 16 tahun atau yang bukan merupakan seorang yang sakit atau
tidak berupaya, telah didapati bersalah atas suatu tuduhan kesalahan yang boleh
dihukum dengan hukuman mati atau hukuman penjara seumur hidup ,mahkamah
mempunyai budi bicara untuk memberikan jaminan
2- Jika
didapati tiada apa-apa alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa tertuduh
bersalah atas kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati atau hukuman
penjara seumur hidup,mahkamah mempunyai budi bicara untuk memberikan jaminan.
3- Semua
kesalahan tak boleh jamin kecuali boleh dihukum dengan hukuman mati atau
hukuman penjara seumur hidup, tertakluk kepada budi bicara mahkamah dalam
pemberian jaminan.
9.4) Kesalahan yang tak boleh jamin sama
sekali;-
Dalam kategori
ketiga, baik mahkamah mahupun pihak polis tidak mempunyai budi bicara untuk
membenarkan jaminan kerana statut tertentu memperuntukkan dengan nyata bahawa
jaminan tidak akan dibenarkan bagi kesalahan tertentu,contohnya,seksyen 12 Akta
Senjata Api(penalty lebih berat)1971 dan seksyen 41 B Akta Dadah Berbahaya
1952.
10) Permohonan
jaminan ;– prosedur
Persoalan mengenai
permohonan jaminan timbul apabila seseorang tertuduh mengaku tidak bersalah
terhadap pertuduhan atau meminta dibicarakan atau apabila tertuduh mengaku
salah tetapi kes ditangguhkan sementara menunggu pengemukaan laporan yang
diperlukan sebelum hukuman dijatuhkan. Prosedur bagi permohonan jaminan adalah
seperti berikut;-
Sebagai rukun am.
semua jaminan di mahkamah rendah dibuat secara lisan di dalam mahkamah terbuka
sama ada oleh tertuduh sendiri atau oleh peguam tertuduh jika dia
(tertuduh)diwakili.(perhatian:pada praktiknya, tertuduh tidak perlu berkata apa-apa
dan mahkamah akan melaksanakan perkara yang perlu sebagaimana dalam 1.2 di
bawah)
Mahkamah akan
bertanya kepada pihak pendakwa sama ada apa-apa jaminan ditawarkan dan
terma-terma tawaran itu.
Pihak pendakwa
akan menjawab seperti berikut:
Pihak pendakwa
akan mencadangkan suatu amaun jaminan berserta bilangan penjamin.Jika jaminan
yang ditawarkan itu terlalu tinggi,tertuduh atau peguamnya akan memohon supaya
amaun jaminan dikurangkan.Kemudianya mahkamah akan memutuskan amaun jaminan dan
bilangan penjamin yang dikehendaki dan apa-apa syarat lain sebagaimana yang
difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Sebagai
alternatif, pihak pendakwa boleh menentang jaminan dan boleh memberikan sebab
bagi penentanganya itu.
11) Bagaimana untuk menjadi
penjamin/bailor?Beberapa garis panduan tentang kehendakkan seseorang penjamin
telah dinyatakan oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam brosur
Mahkamah siri 4 seperti berikut;
11.1) Seseorang dewasa (berumur 18 tahun
keatas).
11.2) Seseorang warganegara (jika bukan warganegara,orang
itu tertakluk kepada syarat yang dikenakan oleh mahkamah).
11.3) Memberikan amaun jaminan yang
ditetapkan oleh mahkamah.
11.4) Amaun jaminan yang mencukupi yang
ditetapkan oleh mahkamah boleh diberikan dalam bentuk berikut;-
11.5) Resit Simpanan Tetap atau mana-mana
buku akaun simpanan yang mempunyai amaun yang mencukupi bersama-sama dengan kad
ATM , jika ada, hendaklah dideposit di mahkamah.
11.6) Hakmilik tanah tidak termasuk Tanah
Pemilikan Sementara .Jika tanah dipunyai bersama ,kesemua pemunya bersama
hendaklah memberikan persetujuan mereka bagi hak milik yang di simpan sebagai
jaminan. Laporan penilaian hendaklah dikemukakan untuk membolehkan mahkamah
memastikan samaada nilai tanah adalah cukup untuk menjelaskan amaun jaminan
yang ditetapkan oleh mahkamah.
11.7) Penjamin / Bailor memahami semua
syarat jaminan yang ditetapkan oleh mahkamah.
11.8) Penjamin/Bailor hendaklah menyerahkan
passport antarabangsa/terhad milikan tertuduh jika perlu.
12) Bentuk Jaminan;-
Jika
jaminan diberikan kepada seseorang tertuduh bagi kesalahan tak boleh jamin, dia
dikehendaki menyempurnakan Bon dengan atau tanpa penjamin, mengikut mana-mana
yang berkenaan dalam borang(mutatis mutandis)yang ditetapkan oleh borang
XXXIX Jadual Kedua KTJ. Mahkamah boleh juga membenarkan tertuduh mendepositkan
sejumlah apa-apa amaun sebagaimana yang telah ditetapkan oleh mahkamah sebagai
ganti kepada penyepurnaan bon itu;seksyen 403 KTJ.
13) Melanggari jaminan ;-
Apabila
seseorang tertuduh yang dilepaskan dengan jaminan tidak hadir di
mahkamah,pegawai pendakwa wajib memohon waran bagi penagkapan tertuduh itu dan
suatu notis tunjuk sebab keatas penjamin / Bailor tertuduh. Sebelum
waran penangkapan dikeluarkan ,pegawai pendakwa hendaklah menyaksikan mahkamah
bahawa tertuduh telah dimaklumkan tentang tarikh pendengaran dengan cara yang
sempurna.
Apabila
tertuduh dibawa ke mahkamah dibawah suatu waran penangkapan dan penjamin/bailor
hadir dibawah suatu notis tunjuk sebab, mahkamah akan meminta tertuduh menjelaskan
sebab dia tidak hadir di mahkamah pada hari yang telah di tetapkan untuk
memutuskan sama ada jaminan yang ditawarkan patut dibatalkan.
14) DARI HAL JAMINAN DAN PROSEDUR MENGENAI
PELUCUTKAN BON SEK199.AKTA PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1997 [AKTA 560]
DARI
HAL JAMINAN
Terdapat beberapa peruntukan khusus dalam
akta prosedur jenayah syariah berhubung dengan jaminan iaitu s.185 sehingga ke
peringkat rayuan s.191. dan s.198 sehingga s.200 iaitu peringkat rayuan
terhadap perintah, namun kertas kerja ini lebih memfokuskan kearah perbincangan
dibawah s.199 iaitu seperti berikut;-
Seksyen
199 APJS 1997[akta 560]
Prosedur
mengenai pelucuthakan bon.
Bilamana :-
(a)dibuktikan
sehingga Mahkamah yang daripadanya suatu bon di bawah Akta ini telah diambil
berpuas hati; atau
(b)jika
bon itu adalah bagi kehadiran di Mahkamah, dibuktikan sehingga Mahkamah itu
berpuas hati,
bahawa
bon telah terlucuthak, Mahkamah itu hendaklah merekodkan alasan pembuktian itu
dan boleh meminta mana-mana orang yang terikat dengan bon itu supaya membayar
penaltinya atau menunjukkan sebab mengapa penalti itu tidak patut dibayar.
Jika
sebab yang mencukupi tidak ditunjukkan atau penalti itu tidak dibayar, orang
yang terikat sedemikian boleh, dengan perintah Mahkamah yang mengeluarkan waran
itu, dipenjarakan di dalam penjara sivil selama suatu tempoh yang boleh sampai
enam bulan.
Mahkamah
boleh, menurut budi bicaranya, meremitkan mana-mana bahagian penalti yang
disebut itu, dan menguatkuasakan pembayaran sebahagiannya sahaja.
Tiada
apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan menghalang penalti, atau
mana-mana bahagiannya, mana-mana bon di bawah Akta ini didapatkan di bawah
peruntukan undang-undang yang berhubungan dengan prosedur sivil yang sedang
berkuatkuasa.
15) Bab Jamin dan Prosedur mengenai
pelucuthakanbon dibawah Kanun Prosedur Jenayah [akta 593]/
Bab
Jamin
Dalam bab ini terdapat
beberapa seksyen yang berkaitan dengan
jamin iaitu s.387,s.388,s.389.s390,s.392,s.393,s.394,Kanun Prosedur Jenayah [Akta
593], namun perkara yang dibincangkan ialah berkaitan s.404 iaitu prosedur
mengenai perlucutan Bon.
Lihat seksyen 404 KTJ.Prosedur mengenai
perlucutan bon;-
Apabila –
(a) dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah
yang sesuatu bon dibawah kanun ini telah diambil;atau
(b) apabila
bon adalah untuk hadir di mahkamah ,dibuktikan dengan memuashati mahkamah ,
Bahawa bon tersebut telah
dilucutkan , Mahkamah hendaklah merekodkan alasan-alasan bukti itu dan boleh
memanggil mana-mana orang yang terikat dengan bon itu untuk membayar penaltinya
itu atau menunjukkan sebab mengapa penalty itu tidak harus dibayar. Jika
ditunjukkan sebab-sebab yang mencukupi dan penalty itu tidak di bayar ,
mahkamah boleh terus mengambil tindakan untuk mendapatkan wang dengan
mengeluarkan sesuatu waran penahanan dan penjualan harta yang di miliki oleh
orang itu.
Waran boleh disempurnakan
dalam had bidangkuasa tempatan mahkamah yang mengeluarkanya dan hendaklah
memberi kuasa bagi distres dan jualan mana-mana harta yang dimiliki oleh orang
itu di luar had itu apabila diendors oleh Majistret dalam had bidangkuasa
tempatan dijumpai harta itu.
Jika Penalti tidak
dibayar dan tidak boleh didapati dengan penahanan dan jualan itu, orang yang
terikat boleh , dengan perintah mahkamah yang mengeluarkan waran itu dikenakan
di penjara dalam penjara sivil bagi tempoh yang boleh sampai enam bulan.
Mahkamah pada bicaranya ,
bolehlah megampunkan mana-mana juga bahagian penalty yang tersebut itu dan
mengenakan bayaran bahagian itu sahaja.
Seksyen ini tidak
mengandungi apa-apa yang boleh menahan penalty atau mana-mana juga bahagian bon
itu dibawah kanun ini daripada didapatkan balik dibawah peruntukan
undang-undang berhubung dengn prosedur sivil yang sedang berkuatkuasa.
16) PROSEDUR PELUCUTHAKAN SESUATU BON
BAGI KEHADIRAN DI MAHKAMAH
(a)
Statut
;404 KTJ.
(b)
Kes-kes:
(i)
PP
v Khor Eve & anor [1964]MLJ 220
(ii)
Ramli
&Anor v PP [1969] 1 MLJ 42
(iii)
Ahmad
Khasiran v PP [1951] MLJ 108
(iv)
Dato
Haji harun bin Idris & Ors v PP Federal court Criminal Appeals Nos 19 of
1976 and II of 1977 [1978] 1 MLJciii
(v)
R
v Chow Fook lay [1951] MLJ 137
(vi)
Khor
Hoon Guan & Anor v R [1950]MLJ 85
(vii)
A
one & Ors v PP [2000] 3 MLJ 614.
c) langkah-langkah
i) bailor
/penjamin dibawa ke mahkamah apabila notis kepada bailor untuk tunjuk sebab
disampaikan . Jurubahasa mahkamah akan memanggil nama bailor itu yang
kemudianya akan berdiri di luar kandang orang salah, seperti mana mana defenden
dalam kes saman.
ii) pada
permulaan prosiding pelucuthakan , majistret /hakim Mahkamah sesyen akan
bertanya kepada bailor itu samaada dia mengaku telah meyempurnakan bon jaminan bagi tertuduh ,jika dia menafikan, keterangan
hendaklah diambil untuk membuktikanya.
iii) sebagai
amalan , pegawai pendakwa membantu Mahkamah dalam prosiding pelucuthakan ini
dengan memanggil saksi yang tertentu, biasanya pendaftar yang meyaksikan
penyempurnaan bon jaminan dan kerani mahkamah yang menterjemahkan dan
menerangkan bon itu kepada bailor/penjamin. Bagi tujuan ini , bon jaminan itu
hendaklah dikemukakan sama ada melalui pendaftar yang menyaksikan penyempurnaan
bon jaminan itu atau kerani mahkamah yang menyediakan bon jaminan itu. Saksi
yang dipanggil oleh pendakwa hendaklah memberikan keterangan bahawa
bailor/penjamin yang hadir di mahkamah itu ialah orang yang menjadi penjamin
bagi tertuduh dan telah menyempurnakan bon jaminan itu. Bahawa kewajipan dan
tanggungjawabnya sebagai penjamin juga telah diterangkan kepadanya oleh kerani
mahkamah,Bon jamin itu akan dikemukakan dan ditanda sebagai barang kes.
d) penjamin/bailor kemudianya diberi
peluang untuk memeriksa balas saksi-saksi yang baru sahaja memberikan
keterangan tentang bon jaminan itu .tujuanya mungkin untuk membuktikan bahawa
bailor/penjamin tidak memahami sepenuhnya kewajipan dan tanggungjawab sebagai
bailor.
e)
Jika mahkamah diyakinkan bahawa ;
i)
bon jamin telah disempurnakan
dengan baik oleh bailor itu;
ii) bailor itu memahami tanggungjawab dan
kewajipan seorang bailor;
iii) dia gagal untuk mengemukakan tertuduh
dimahkamah pada hari yang tertentu , maka bolehlah dikatakan bahawa ia telah
dibuktikan dengan keyakinan mahkamah bahawa bon itutelah dilucuthakan.
f) Mahkamah hendaklah merekod alasan bagi
bukti itu dan boleh memanggil bailor untuk membayar penalty atau tunjuk sebab
mengapa penalty tidak patut dibayar; seksyen 404 KTJ.
g) bailor kemudianya mengambil tempat ,
bersumpah dan memberi keterangan .dia boleh memanggil keterangan lanjut dan
prosedurnya sama dengan mana-mana perbicaraan , walaupun prosiding sedemikian
bukanlah perbicaraan, dan tiada pertuduhan perlu disediakan;
h) di akhir prosiding tunjuk sebab, jika
mahkamah diyakinkan bahawa sebab yang mencukupi telah ditunjukan bagi membantah
pelucuthakan, mahkamaah akan mengetepikan perintah pelucuthakan mahkamah akan
samaada melepaskan bailor itu daripada semua kewajipanya atau terus
membenarkanya memberikan jaminan bagi tertuduh jika jaminan bagi tertuduh tidak
dibatalkan oleh mahkamah sebelumnya.
i) jika tiada sebab yang mencukupi
ditunjukkan ,mahkamah hendaklah mengambil kira semua hal keadaan bagi
menentukan berapa banyakkah dari jumlah jaminan itu yang perlu dibayar oleh
bailor, mahkamah boleh memerintahkan bailor supaya membayar sama ada jumlah
penuh atau sebahaagianya daripada jumlah jaminan itu’.
17) Di bawah
seksyen 405 KTJ .rayuan daripada perintah;-
Semua perintah yang
dibuat di bawah seksyen 404 KTJ oleh mana-mana juga majistret bolehlah dirayu
ke Mahkamah tinggi.
FOCUS
- 1 of 19 DOCUMENTS
©
2008 LexisNexis Asia (a division of Reed Elsevier (S) Pte Ltd)
The
Malayan Law Journal
PDF
Print Format
ROYAYA
BTE ABDULLAH & ANOR v PUBLIC PROSECUTOR
[2005]
2 MLJ 670
CRIMINAL
APPEAL NO 42-49 OF 2002
HIGH
COURT (KUALA LUMPUR)
DECIDED-DATE-1:
19 JANUARY 2004
HELILIAH
MOHD YUSOF J
CATCHWORDS:
Criminal
Procedure - Bail bond - Forfeiture - Accused absconded - Whether sufficient
cause shown - Whether amount to be forfeited
HEADNOTES:
The
two bailors stood surety for one Novel Michael Thomas for the amount of
RM10,000. When the accused failed to turn up in court, the session court judge
had ordered that the sum of RM5,000 be forfeited and the balance returned to
the first bailor. Dissatisfied, they appealed.
Held,
allowing the appeal:
(1)
The breach of the bond must be viewed on a material date, the date
being 5 September 2001 when the bailors knew that they had to be
present in court on 5 September 2001 and still had the responsibility
of securing or at least attempting to secure the attendance. However,
it is noted that prior to 25 July 2001 the bailors had made attempts to
remind the accused of his attendance. The first appellant had
completely entrusted her belief on the second appellant that the
accused was a reliable person (see para 42).
(2)
The delay had also been caused by the various interlocutory
applications for revision and hearing on preliminary objections which
gave the accused even greater opportunity to abscond. Therefore it is
proper to ask whether sufficient reason had been shown. There are
circumstances to consider what a fair amount is to be forfeited. The
first appellant being bound should realise that the obligation of a
surety is very serious. However the rights of the bailors could be
mitigated by the circumstances that on record there was also delay in
the warrant of arrest being issued. The matter is unfortunate as some
of the delay is not attributed to the bailors' efforts (see para 44).
(3)
The amount of RM5000 that has been forfeited be set aside and be
substituted with an amount of RM2500. The first appellant is therefore
to be refunded for the amount of RM2500 (see para 45).
[Bahasa
Malaysia summary(s.404 KAJ) Perlucutan Bon
Dua orang bailor bertindak sebagai
penjamin untuk Novel Michael Thomas bagi jumlah RM10,000. Apabila tertuduh
gagal untuk hadir di mahkamah, hakim mahkamah sesyen telah memerintahkan agar
jumlah RM5,000 dirampas [*671] dan baki dipulangkan kepada bailor pertama.
Berasa tidak puas hati, mereka telah merayu.
Diputuskan,
membenarkan rayuan tersebut:
(1)
Perlanggaran bon hendaklah diteliti pada hari matan, iaitu pada 5[#xA0]
September 2001 apabila bailor-bailor tersebut mengetahui mereka
dikehendaki hadir di mahkamah pada 5 September 2001 dan masih mempunyai
tanggungjawab untuk hadir atau sekurang-kurangnya cuba untuk hadir di
mahkamah. Namun begitu, sebelum 25 Julai 2001 bailor-bailor tersebut
telah berusaha untuk mengingatkan tertuduh berhubung kehadirannya.
Mahkamah berpendapat bahawa perayu pertama meletak kepercayaan
sepenuhnya ke atas perayu kedua yang tertuduh adalah seorang yang boleh
diharap (lihat perenggan 42).
(2)
Kelewatan itu juga disebabkan oleh pelbagai permohonan interlokutori
untuk kajian semula dan perbicaraan berhubung bantahan awal telah
memberikan lebih peluang kepada tertuduh untuk melarikan diri. Oleh itu
adalah betul untuk bertanya sama ada alasan yang mencukupi telah
diberikan. Wujud keadaan untuk meneliti jumlah adil yang patut
dirampas. Perayu pertama yang terikat sepatutnya menyedari bahawa
tanggungjawab penjamin adalah suatu yang serius. Namun begitu hak-hak
bailor tersebut boleh dimitigasikan oleh keadaan-keadaan yang atas
rekod terdapat juga kelewatan dalam pengeluaran waran tangkapan.
Perkara ini dikesali kerana kelewatan ini bukan salah bailor-bailor
tersebut keseluruhannya. (lihat perenggan 44).
(3)
Jumlah RM5000 yang dirampas untuk diketepikan dan digantikan dengan
jumlah RM2500. Perayu pertama oleh itu telah dibayar balik dengan
sejumlah RM2500 (lihat perenggan 45).]
Notes
For cases on bail bond forfeiture, see
5(1) Mallal's Digest (4th Ed, 2004 Reissue) paras 872-889.
[#xA0]
Cases referred to
Fateh Chand Wadhumal v Emperor
41 Cr LJ 802
Khor Ewe Suan v PP
[1964] MLJ 220
PP v Chou Tai Chuan
[1988] 1 MLJ 511
Rv Knightsbridge Crown Court
[1980] Cr LR 715
R v Waltham Forest Justises; ex p
Parfrey [1980] Cr LR 571
Ramlee v PP
[1969] 1 MLJ 42
Legislation referred to
Criminal Procedure Code ss 393(1),(4),
404(1)
Penal Code s 420
Saiful Hazmi (Deputy Public
Prosecutor) (Attorney General's chambers) for the appellants.
Edmund Bon (Chooi & Co) for the
respondent.
LAMPIRAN A
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986
(SEKSYEN 107 (2) )
BON JAMINAN UNTUK HADIR MAHKAMAH
No. .............................
|
No.
Laporan ..............................
|
Saya ..................................... No. Kad Pengenalan
........................... yang duduk di ............................ yang
kena tuduh dengan kesalahan .................................... di bawah
seksyen ............................... dengan ini mengikrar diri saya sendiri
untuk hadir di hadapan Mahkamah Tinggi Syar'iah / Rendah Syar'iah
................................ pada pukul ............... pada ..............
haribulan ............. akan datang ini pada menjawab tuduhan yang tersebut itu,
dan akan terus hadir sehingga Mahkamah itu memberi perintah yang lain dan
sekiranya saya mungkir berbuat demikian maka saya mengikat diri saya bahawa
wang saya sebanyak $ .............. akan menjadi rampasan kepada Duli Yang Maha
Mulia Sultan.
Tarikh : H/M ........................
No. resit .........................
............................................
Pegawai Penguatkuasa Syar'iah/
Pegawai Polis
|
..............................
Tandatangan Orang
yang Kena Tuduh
|
Saya / kami (1) ......................................... No. Kad
Pengenalan ............................. alamat .............................
(2) ................................... No. Kad Pengenalan
............................... alamat .............................. dengan
ini mengisytiharkan diri saya / bersama-sama dan masing-masing kami dan
tiap-tiap seorang dari kami, sebagai penjamin / penjamin-penjamin bagi
.................................. yang tersebut bahawa ia akan hadiri di
hadapan Mahkamah Tinggi Syar'iah / Rendah Syar'iah
................................. pada jam dan hari tersebut di atas untuk
menjawab tuduhan terhadapnya dan akan terus hadir sehingga Mahkamah itu memberi
perintah yang lain, dan sekiranya ia mungkir berbuat demikian maka dengan ini
saya / kami bersama-sama dan masing-masing mengikat diri akan membiayai wang
sebanyak $ ................. sebagai rampasan kepada Duli Yang Maha Mulia
Sultan.
Tarikh: H/M ............................
Tandatangan penjamin
|
(1)
|
................................................
|
atau penjamin-penjamin
|
(2)
|
................................................
|
........................................
Pegawai Penguatkuasa Syar'iah
Pegawai Polis
Bertarikh
15 Oktober 1989.
[MB. TR. (S) 6 / 60 Bhg. 8; PUN. TR. (S) 142/2]
Dengan Titah Perintah,
DATO' SERI AMAR
DIRAJA,
Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad,
Menteri Besar,
Terenggan