Dr. Abdulroya Benseng
Head of Islamic Law
Branch
Acadimy of Islamic
Studies Prince of Naradhiwas University.
Abido_b@hotmail.com
Pendahuluan
بسم الله الرحمن
الرحيم
Allah
menciptakan manusia dan makhluk makhluk lain dalam bentok pasangan juga Allah
menanam dalam diri makhluk itu nafsu jentina ingin kepada perasan, khususnya
manusia yang agak berlainan degan makhluk – makhluk lain iaitu degang melalui perkawinan
yang bermaksud proses ikatan lahir
diantara dua orang lelaki dan perempuan dimikian itu hanya untuk hidupbersama
dalam arti menjaga jenis (zurriyat) manusia dan member kehurmatannya degan perkawin
yang disahkan olih syariat allah. Menurut Abdulhalim al- Sa’di (n.d
) menegaskan bahaea perkawinan yang pada asalnya dihukum sebagai satu amalan
dilentaknya atas hukum al- taklif lima iaitu
adakala diharuskan sahaja, tetapi ia terkadang membawa kepada walib, haram, sunat, makruh, itu mengikut keadaan
seseorang. Wajib berkawin adalah apabila seseorang berkemampuan membri nafkah
lahir dan batin di samping iai tidak mampu mengawal dirinya dari melakukan
maksiat.
Perkawinan
selalunya berada disetiap mana – mana masyarikat, ia bukan g=hanya masyarokat
yang meganuti agama islam sehaja bahkan masyarikat yang bukan islam pun sama
kerana itu adaalah fitrah manusia atau dinamakan degan “Sunnatullah” dalam
kehidupan manusia yang bermasyarakat. Perkawin iai juga sunnah nabi Muhammad,
seperti
mana
beliau menegaskan dalam sebuah hadis menjawab akan soalan - soalan
مَا بَالُ أَقْوَامٌ قَالُوا كَذَا وَكَذَا لَكِنِّي
أُصَلِّي وَأَنَامُ وَأَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ ، فَمَنْ
رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي "
Maksudnya : Alangkah anehnya beberapa kaum berkata bagitu
danbegini ? tetapi aku bersolat dan aku tidur, aku berpuasa dan aki berbuka,
dan aku berkawin. Sesiapa enggan daripada sunnah aku, maka ia bukan daripada
umatku. (Sahih Muslim:140)
Disini lelas bahawa
mecari pasamgan degan melalui perosis perkawinan adalah perkara mahmudah kerana
iai sebagai salah satu cara untuk mengekal dan menyebarkan keturunan dan zurriyat anak Adam di samping itu juga,ia sebagai satu
factor bagi melahirkan ketenagan dan kenikmatan bagi hamba Allah dalam hidupnya
di dunia ini.
Allah berfirman
Ertinya
: “Dan di antara tanda – tanda
kekuasaan- Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri –istri dari jenismu sendiri,
supaya cenderung dan merasa tenteram kepadanyadan di jadikannya di antaramu
rasa kasih dan saying. Sesungguhnya pada demikian itu benar – benar tanda –
tanda bagi kuam yang berfikir” (al- Rum,ayat : 21)
Cinta adalah satu perasan
yang harus berlakunya kepada mana – mana manusia di mana –mana Tempat atua Negara, olih kerana cinta perasan tanpa sempadan. Malasia dan
Thailand merupakan sempadan yang
unik dari segi kesamaan curok kedudukan
bersaman agama dan bangsa degan itu amat senang sekali berlaku antara mereka
pernikahan sesame merekayakni sesama
rakyat Malaysia atua rakyat Malaysia degan rakyat Thai, degan sebabnya
peraturan yang lebih ketat di Malaysia dalam menjalani perkawinan khasnya bagi
rakyat Malaysia yang ada kehandak dalam berpoligami meraka mistikan syarat – syarat dan peraturan
lain mengikut Undang – Undang negeri
dan Undang – undang Negara membebankan sebahagian warga Malaysia untuk
membuat keputusan berkawin di Malaysia, maka jalan keluar yang agaknya lebih
senang bagi meraka itu ialah berkawin
merentas sempadan, merekamemilihkan Majlis Agama Islam Wilayanh du
Thailand yang berdekatan merekauntuk
menjalakan acara perkawinan, seperti Majlis Wilayah Islam di Patani, Yala,
Nararhiwat, Setul dan Songkhla. Di antara tahun 2000 -2004 M, didapati catatan
Majlis Agama Islam Wilayah Pattani jomlah perkahwinan rentas sempadan terdatat 5,262 pasangan
(Kader Sa-ah,2007) adapun catatan Majlis Agama Islam Wilayah
Songkhla tahun 2015 jumlah 6,000
pasangan,(Hiris asim,2016) jumlah tersebut degan jelasyna meningkat dari
setahun kesetahun, begitu jugalah dengan Majlis Agama Islam Wilayah sempadan
lain.
Sebab – sebab perkahwinan warga Malaysia rentas sempadan
Isu perkahwinan warga Malaysia rentas
sempadan bukannya baru berlaku akan
tetapi dahpun lamanya, yang megebabkan timbul pelbagai masaalah terhadap pehak
berkenaan di Malaysia maka kedatangan warga Malaysia untuk hanya berkhawin di
wilayah – wilayah sempadan tersebut Kader Sa-ah(2007) meyibutkan antara sebab –
sebab itu seperti :
1. Tidak dapat kebenaran
daripada pihak wali perempuan untuk berkhawin.
2. Mengelakan dari peraturan yang ketat seperti kurusus perkahwinan,
soal selidik kemampuan berkeluarga dan lain – lain peraturan.
3. Perkahwinan isteri kedua, baik bakal isteri dari Malaysia atua
dari Thailand.
4. Wali perempuan adalah warga Thailand.
5. Warga Malaysia yang dating keselatan Thailand untuk tujuan
tertentu dan setuju untuk berkhawin dengan perempuan Thailand, baik perempuan
itu beragama Islam atua peganut agama lain kemudian menganut agama Islam.
Kenyataan
di atas merupakan sebab –sebab penting berlakunya perkahwinan rentas sempadan
di Majlis Agama Islam di Wilayah sempadan Thai, namun demikian setelah selesai perkahwinan
juga terdapat sebahagian daripadamerekaitu
megalami masaalah – masaalah yang tidak bolih dielakkan baik dalam aspek
kehidupan seharian, kerana suasana dan
undang – undang ynag berbeza dalam
meguruskan urusan pendaftaran, peniktirafan nikah khawin daripada mahkamah
syariah, seterusnya peniktirafan hak – hak perempuan dan anak – anak yang lahir
daripada perkahwinan itu selain itu hak –hak dalam menirima pesaka.
Masaalah
perkahwinan rentas sempadan bagi warga Malaysia
khususnya dalam masaalah berpoligami puncanya dari Akta 303 AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN)
1984 [CETAKAN SEMULA 2005] BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Seksyen 23. Poligami
(1) Tiada seorang pun lelaki, semasa wujudnya sesuatu perkahwinan, boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat kontrak perkahwinan yang lain dengan perempuan lain atau perkahwinan yang dikontrakkan tanpa kebenaran sedemikian boleh didaftarkan di bawah Akta ini:
Dengan syarat Mahkamah boleh jika ia ditunjukkan bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah mengikut Hukum Syarak, memerintahkan perkahwinan itu didaftarkan tertakluk kepada seksyen 123.
(2) Subseksyen (1) terpakai bagi perkahwinan dalam Wilayah Persekutuan seseorang lelaki yang bermastautin dalam atau di luar Wilayah Persekutuan dan perkahwinan di luar Wilayah Persekutuan seseorang lelaki yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan.
(3) Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu akuan menyatakan alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut dan perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan dan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan, bilangan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada keizinan atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap perkahwinan yang dicadangkan itu.
(4) Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon dan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati—
(1) Tiada seorang pun lelaki, semasa wujudnya sesuatu perkahwinan, boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat kontrak perkahwinan yang lain dengan perempuan lain atau perkahwinan yang dikontrakkan tanpa kebenaran sedemikian boleh didaftarkan di bawah Akta ini:
Dengan syarat Mahkamah boleh jika ia ditunjukkan bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah mengikut Hukum Syarak, memerintahkan perkahwinan itu didaftarkan tertakluk kepada seksyen 123.
(2) Subseksyen (1) terpakai bagi perkahwinan dalam Wilayah Persekutuan seseorang lelaki yang bermastautin dalam atau di luar Wilayah Persekutuan dan perkahwinan di luar Wilayah Persekutuan seseorang lelaki yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan.
(3) Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu akuan menyatakan alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut dan perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan dan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan, bilangan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada keizinan atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap perkahwinan yang dicadangkan itu.
(4) Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon dan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati—
(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu,
memandang kepada, antara lain, hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan,
keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja
ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak persetubuhan, atau gila di pihak
isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;
(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia
menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syarak, semua isteri dan orang
tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan
dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;
(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada
semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak; dan
(a) bahawa perkahwinan yang
dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri atau
isteri-isteri yang sedia ada.
Seksyen 123. Poligami tanpa
kebenaran Mahkamah
Seseorang lelaki, berkahwin lagi di mana-mana jua pun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu dari Mahkamah maka dia melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Pelaksanaan Kahwin Rentas
Sempadan di Wilayah Selatan
Perkahwinan rentas sempadan merupakan
salah satu isu yang tidak dapat dielakkan selama mana perkungsian diantara undang
– undang keluarga Islam Malaysia degan dan Thailand, iaitu`warga Malaysia yang beragama
Islam harus mengikuti undang – undang perkahwinan yang di tetepkan olih setiap
negeri. Olih sebab undang – undang dan peraturan yang ketap bagi mana lelaki
yang ada kehandk berkahwin kali kedua, maka kedatangan mereka kemajlis agama
islam Wilayah selatan Thailand menjadikan jalan keluar yang utama. Merekabersama
bakalisteri kemajlis – majlis agama islam dan melangsungkan upacara perkahwinan,
selepas kakitagan Majlis Agama Islam memeriksa akan dokumen yang melazimi maka
upacara perkahwinan diantara laki – laki perempuan itu dirasmikan maka pehak –
pihak berkenaan akan megeluar surat pengesahan dari majlis – majlis agama Islam
maka surat – surat itulah akan menjadi bukti penting apabila mereka pulang
kemalasia degan sangkut mereka membayar denda sejumlah 1,000 RM.
Selain
daripada Majlis Agama Islam yang melayarkan perkahwinan tersebut manakala
Masjid – Masjid di Wilayah mempadan Thailand juga sudah ambil peranan dalam
menyalesaikan permintaan itu dari pasagang lelaki dan perampuan muslim Malasia
yang kehandak berkahwin dua tiga atau
empat untuk megelakkan bentang atua halagan dari pehak isteri pertama degang mengunakang ruang undang – undang.
Zakariya bin salih mempertua Majlis Agama Islam Wilayah Sungkhla menegaskan bahawa kebanyakkan warga Malaysia datang
kemajlis agamaislam untuk berkahwin dua jumlah terlebih banyak daripada perkahwin pertama, didapati pada setiap hari tidak
kurang dari 10 – 20 pasamgan,
mereka datang mengesakan
Imam untuk megusur perkahwinan sekiratidak menunaikan mereka akan melakukan dusa yang terlibih
besar iaitu “berzina” demikian ituulah terpaksanya Imam melaksankan perkahwinan
megikut syariat islam. Para Imam melaksana perkahwin itu sepaya handak megiluk
dari dosa yang lebih besar megikut qaeda Fiqhiyah.
درء المفاسد مقدم من جلب المصالح
dan
الضرر لا يزال بالضرر
Seorang warga Malaysia jelakan masaalah mereka
degan katanya “kebanyakkan laki- laki warga Malaysia mengunakan ruang
undang – undang yang ketat degan berkahwin rentas sempadan memang iai salah
degan undang- undang Malaysia tetapi tidak iai salah degan undang – undang
Islam” degan itu pihak konsol Malaysia di Wilayah Sungkhla akan
megeluar surat akuan kahwin atas surat yang dikuarkan olih Majlis Agama Islam.
Seksyen 104. Sesuatu perkahwinan
yamg dilakukan di luar Malaysia, lain
daripada Perkahwinan yang
diupacarakan di sesuatu kedutaan suruhanjaya tinggi atau Pejabat konsol Malaysia
di bawan seksyen 26, hendaklah diiktiraf sebagai sah bagi segala Maksud undang -undang
Malaysia
Kemadian kembali
kemalaysia mereka sangkut bayar bayaran denda sejumlah 1,000 RM, atua 8,400
baht, perbelajan dalam meguruas perkahwinan itu dalam sekitar 1,200 RM, atua
jumlah10,100
baht. Daripada surat pegesahan itu kerajaan
Malaysia merima sah perkahwinan itu megekut kejelasan surat yangdikluar olih majlis –
majlis agama islam di Thailand itu.
Waluapun terdapat perbezaan dari sudut pengurusan atua sebagainya di antara
negeri – negeri. Itu merupakan perkara yang sering berlakunya bahkan pada masa
kini dapati angka perkahwinan rentas sempadan makin menambah, di Majlis -
Majlis Agama Islam Wilayah sempadan selatan Thailand, terutamanya di Wilayah
Narathiwat yang bersempadan degan negeri
Kelantan dan Sungkhla yang bersempadan degan negeri Kedah. (Kader
Sa-ah,2007)
Hakikat Majlis Agama Islam Wilayanh –
Wilayah sempadan.
Majlis – majlis agama islam wilayah
selatanThailand iaitu Yala, Pattani, Narathiwat, Sungkhla dan Stul sebenarnya
iai berfungsi sebagai tempat penyelesaian masaalah – masaalah yangberkaitan
dengan hal ehwal keluarga dan harta pusaka bagi kuam muslim di kawasan masing
–masing, Selain dari megurus dua urusan ersebut, ia juga bertindak sebagai
pengurus masjid dan kakitangan masjid di wilayah masing-masing
dan bertindak sebagai tempat mengesahkan dokumen
yang berkaitan dengan urusan agama dan dokumen institusi pengajian Islam. Fungsi
terbaru bagi majlis agama Islam wilayah iaitu pengesahan bagi tanda “halal”
bagi produk makanan di wilayah masing-masing
walaupun bagitu urusan baik perkahwinan dari orang
tempatan ataupun perkahwinan rentas.
Majlis agama Islam wilayah tidak ada
peruntukan dari pihak kerajaan kerana ia hanya merupakan pertubuhan bukan milik
kerajaan Ia pasti mencari sumber ekonomi sendiri dalam menguruskan segala hal.
Sumber ekonomi pada keseluruhanya didapati daripada dalam menguruskan segala
hal. Sumber ekonomi pada keseluruhanya didapati daripada yuran bayaran, zakat,
projek kerajaan, sewa bilik mesyuaray, dan beberapa hasil upahan. Kesemua hasil
itu dikumpulkan dalam lingkungan kegiatan-kegiatan
masjid termasuk yuran perkahwinan pendapatan yang
dikumpul akan digunakan, ahli jawatan kuasa masjid sewa air dan api elektrik,
dokomen-dokumen pejabat dan perbelanjaan untuk
urusan masjid
Berhubugan
dengan perkara pernikahan pula masjid agama Islam telah megambil berapa
tindakan untuk mengatur dan menyusun peraturan dan seyarat-seyarat
supaya urusan perkahwinan dapat dilaksanakan dengan
teratur dan tidak akan mengalmali masalah yang menyulitkan meskipun demikian,
masih lagi terdapat masalah-masalah yang
dihadapi oleh pasagan suami istri Bagi
perkahwinan rentas sempadan maksudnya penduduk warga Malaysia yang datang berkahwin
di masjid agama Islam wilayah umumnya akan disoal terlbih dahulu semaada
kebatangan mereka itu benar-benar untuk berkahwin
atau bagaimana
Dalam soalsiasat itu, ahli jawatankuasa
masjid atau kakitangan akan bertanya perkara-perkara
berkaitan dengan sebab-sebab kedatangan mereka ke
masjid agama, latar belakang keluarga lelaki dan perempuan. Dalam hal-hal
tertentu perlu juga menunjuk dokumen seperti
dalam kes perempuan yang sudah cerai dan ingin berkahwin pula dengan lelaki
lain, dia mesti menyatakan dokomen mengatakan dia telah pun sah bercerai dengan
suami dahulu dan tempoh masa idah telah tamat. Dokomen-dokomen
lain termasuk pengesahan dari makhamah negeri di
Malaysia mengesah perempuwan untuk kahwin di Thailand, dokumen membenarkan
kahwin perempuwan di bawah umur18 yang terpenting ialah dokumen peribadi
seperti paspot atuu Borbor pass dan kad pengenalan diri. Sekiranya bakal
pasangan suami isteri itu memenuhi syarat-syarat
dalam hokum nikah dan syarat-syarat
sampingan, jawatan kuasa atua kakitagan masjid yang mewakili kadi akan
meneruskan pernikahan kemudian akan keluarkan surat pengesahan dalam tulisan
rumi atua jawi mengikut peraturan masjid masjid-masjid
Sebelum tahun 1998, kuasa melaksanakan
perkahwinan rentas sempadan di beberapa wilayah selatan Thai boleh dilakukan
oleh imam-imam masjid,
samada perkahwinan yang disertai oleh wale bapa atau wale am, serta oleh
dilaksanakan akad di rumah perempuan atau imam. Mulai dari 1998 , pihak majlis
agama Islam wilayah selatan,telah mengambil alih kuasa itu, para imam tidak ada
hak lagi untuk menikahkan pasangan lelaki dan perempuan yang lain dripada ahli
kampungnya
Sejak daripada tarikh tersebut, Majlis
agama Islam di beberapa wilayah selatan mangambil beberapa langkah untuk
mangatur dan mengawanl perkahwinan rentas sempadan jueteru itu, pihak majlis-majlis
tersebut telah mengatur pelbagai syarat dan peraturan bagi perkahwinan rentas
sempadan supaya lebih menggambarkan di sini akan menyebut syarat-syarat
dan peraturan-peraturan
itu, iaitu,
Perundangan Islam di selatan Thai.
1. Perundangan
Islam di selatan Thailand buat masa kini
Setelah kerajaan siam dapat menakluk
wilayah Pattani, pehak kerajaan Thai masihpun menguna pakai Akta Perundangan
Islam dalam urusan keluarga dan pesaka di Empat wilayah sempadan Thailand iaitu Yala, Pattani, Narathiwat, Sungkhla dan
Stul pada tahun 1946 . menurut Akta Pentadbiran Institut Agama tahun 1997.
2. Pelaksanan
undang – undang Islam di Mahkamah Agama.
Warga Negara di selatan Thai
mejoritinya adalah penduduk Muslim, maka pelaksanaan undang – undang Islam
degan umumnya masih lagi terhad, tidak kebibasan dalam setiap segi hokum –
hokum syariat, kecuali pada Akta perundangan islam tenteng keluarga dan pusaka
Tahuh 1946, ada pada seksyen 3 bahawa :
“Dalam memutuskan kes –kes yang berkaitan keluarga dan pusaka
Islam di Mahkamah rendah wilayah Pattani, Narathiwat, Yala dan Stul, defendan
dan plaintif atua permohonan yang tidak ada dakwaan, handaklah oranf Islam”
Terdapat bahawa perlaksanaan undang – undang Islam ini hanya
dapat di kuatkuasakan di kawasan Empat wilayah Yala, Pattani, Narathiwat, Sungkhla
dan Stul sahaja, sedamgkan penduduk muslim berada di senta wilayah Thailand,
lagi pun Mahkamah Agama merupakan satu Mahkamah yang beradanya hanya di Empat
wilayah sahaja, dan Mahkamah itu berada di bawah Mahkamah Sivilwilayah yang mana Mahkamah Agama ini dekuai olih
ketua Hakim sivil akan tetapi berkenaan degan masaalah keluarga dan pusaka di
serahkan ketua Hakim sivil kepada Dato’ Yuttitham atua Qadhi
sebagai qadhi yang membuat ketusan tentang perkara yang berkaitan degan hak ehwal
keluarga dan pusaka islam. (Ibroheng
Dorlah,2018)
3. Pelaksanaan
di perinkat Negara.
Di
perinkat ini mulakan pada tahun 1997 kerajaan telah megeluarkan satu Akta yang
dikenaki degan Akta “Pentadbiran Institusi Agama Islam tahun 1997, sebagai
hasilnya telah muncul beberapa institusi dalam mentadbir hal ehwal islam di
Thailand, antara itu iailah Jabatan Chularachmunteri atua degan nama pejabat Syekh al –Islam,
ahlijawatankuasa Islam Pusat dan Ahli Jawatankuasa Masjid Agama Islam Wilayah. Chularachmunteri merupakan
pemimpin tertingi bagi orsng Islam dalam megurus segala urusan Agama Islam,
dinyatakan dalam bahagin 1 Seksyen 1 bahawa:
“Baginda Rajalah yang melantik Chularachmunteri, dicadangkan
namanya olih Perdana Mentri selepas mendapat persetujuan dari Ahli Jawatan
Kuasa Agama Islam Wilayah yang ada di Thailand dan dia merupakan pemimpin bagi
orang Islam di Thailand”
Bidang kuasa Chularachmunteri
itu iailah :
3.1.1
Memberi nasihat dan cadangan tenteng urusan Agama Islam
kepada Kerajaan.
3.1.2
Melantik orang yang
ada kebulihan selaku penasihat bahagian undang – undang Islam.
3.1.3
Mengisytiharkan tarikh
tertentu yang berpandukan anak bulan mengikut Seksyen 35(11) untuk mennentukan
hari – hari yang penting bagi orang Islam.
3.1.4
Menbuat iklan
berkaitan ijtihad mengikut Agama Islam.
Bidang kuasa Ahli Jawatan Keuasa Puasat
itu ialah :
Ahli
Jawatan Keuasa Puasat mereka ini adalah wakil daripada setiap Majlis Agama
Islam Wilayah mereka ini dilantikan olih Chularachmunteri,dalam bahagian
3 Seksyen 18, ada nyatakan tentang tugas dan kuasa Ahli Jawatan Keuasa Puasat
antaranya:
1.
Selaku penasihat
kepada Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pelajaran.
2.
Memberi nasihat dan
cadagan kepada ahli jawatankuasa Masjid Agama Islam Wilayah dan ahli
jawatankuasa masjid.
3.
Melantik anggota kerja
yang akan diarah oleh Ahli jawatankuasa Islam pusat.
4.
Mengeluarkan peraturan
dalam mengawasi harta jabatan Ahli Jawatankuasa Islam Pusat mengeluankan
peraturan bagi membolehkan jabatan menjana hasil bagi Masjid agama Islam wilayah dan Masjid.
5.
Mengeluarkan peraturan
kerja, mengawasi apa yang dilaksanakan oleh Ahli jawatankuasa Masjid agama
Islam wilayah dan masjid.
6.
Menjalankan tugas Ahli
jawatankuasa Masjid agama Islam wilayah di wilayah yang tiada Masjid agama
Islam atua Ahli jawatan kuasa Masjid agama pusat dan menyerahkannya kepada
Masjid agama Islam di wilayah yang berhampiran.
7.
Menilai surat aduan
dalam Seksyen 41.
8.
Mengeluarkan surat
kenyataan harta, penyata wang masuk dan keluar dari Pejabat Ahli jawatankuasa
Islam pusat.
9.
Memberi sokongan atas
segala urusan agama dan pengajian Islam.
10.
Menghubungi pihak
kerajaan dalam menjamankan urusan berkaitan hal ehwal agama.
11.
Menunaikan segala
tanggungiawab yang dinyatakan di dalam Akta ini.
4. Pelaksanaan
di perinkat Majlis Agama Islam.
Majlis
Agama Islam Wilayah merupakan pusat utama dalam melaksanakan undang –undang
Islam di Thailand dan di Selatan Thailand secara khususnya, ia juga merupakan
institusi yang berperanan dalam
menegakkan Syariah Islam di Wilayanh sempadan khususnya dalam penyelesaian
masalah yang berlaku dalam kalagan masyarakat Islam sebelum dibawa ke Mahkamah
Agama,megikut Akta pentadbiran Institusi Agama Islam thun 1997.
Maka
kuat kuasa bagi ahli Jawatan kuasa Majlis Agama Islam Wilayah sepertiberikut:
1. Memberi
nasihat dan cadagan berkaitan degan hal ehwal agama kepada Gabnor.
2. Megawal
dan megawasi kerja – kerja yang di laksanakan olih ahli jawatankuasa masjid di
wilayah dan wilayah – wilayah lain yang diberi mandat olih Ahli Jawatan Keuasa
Pusat.
3. Mendamaikan
atuamemutuskan sebarang rayuan dan aduan olih rakyat tempatan atua makmum
Masjid,agar segala proses dapatdijalankan degan lancer.
4. Mwlantik
dan melucutkan Ahlijawatan Keuasa Masjid.
5. Meyelidik
dan meyesat sebarang kes yang melibatkan
perlucutan jawatan Ahli Jawatankuasa megekut seksyen 40(4).
6. Mengantung tugas Ahli Jawatan Masjid selama
dalam tempoh penyesatan.
7. Memberikan
pertimbangan berkaitan degan pembagunan,
perpindahan dan pembatalan insititusi masjid.
8. Melantik
pemangku jawatan imam, khatib dan bilal sekiranya ada kekosongan jawatan.
9. Mengeluarkan
surat akuan perkahwinan dan percerian mengikut peruntukan undang-undang
Islam.
10.
Mengurus dan berdaftar
harta dengan membuat penyata wang masuk dan keluar pejabat Majlis Agama Islam
wilayah agar ianya sah, sempurna dan terkini serta membuat laporan kewangan
kepada Ahli Jawatankuasa Islam Pusat pada bulan Mac setiap tahun.
11.
Mengeluarkan surat
pernyataan dan perisytiharan mengenai aktiviti keagamaan dalam wilayah.
Perkahwinan
Pindah wali di selatan Thailand.
Selatan Thailand adalah merupakan
lokasi kunjungan bagi pasangan yang ingin berkahwin secara pindah wali bagi
rakyah Malaysia dan Negara berhampiran. Penentuan samada berkahwinan itu diakui
oleh syarak atau sebaliknya adalah bergantung sebahagian besarnya kepada wali,
samada wali AK’rab atau selain daripadanya. Memamdangkan perkahwinan yang di
akad di selatan Thailand kebiyasaannya adalah dari kalangan pasangan yang ingin
ber’pindah’wali dari wali Ak’rab ke wali am yang ada di selatan Thailand, oleh
itu perlu diperjelaskan di sini siapa kah yang boleh menjadi wali am di
Thailand, dan bagaimana bentuk dan cirri-ciri yang menjadikan perkahwinan itu
salah
Qadhi Syar’i
Wilayah di sempadan antara
Thailand-Malaysia pada ketika era perdana Menteri Phibul Songkram telah
menyaksikan perubahan yang ketara dari segi perundangan. Pada ketika itu,
pemimpin agama tempatan berpendapat adalah perlu dilantik seorang wali hakim,
ini adalah kerana undang-undang Islam, pada tahun 1901 telah terbatal, maka
umat Islam pada ketika itu dipaksa mengguna pakai undang-undang sivil yang
bercanggah dengan perundangan Islam, demi untuk menyelesaikan masalahmasyarakat
Islam yang berkaitan dengan keluarga dan pusaka secara khusus dan masalah agama
secara umumnya, para pimpinan tempatan dan ulama telah bersepakat supaya
mewujudkan jawatan Qadhi Syar’I di wilayah sempadan Thailand pada tahun 1943,
maka mereka telah melantik Tuan Guru Haji Salung bin abdul Qadir untuk memegang
jawatan Qadhi Syar’I yang petama di wilayah Pattani, lantaran itu dilantik juga
Haji Hasab Tantor memegang jawatan yang sama di wilayah Tala.
Pihak yang melantik Qadhi Syar’I di
wilayah Selatan Thailang ini adalah terdiri dari para ulama dalam wilayah, para
Imam masjid, berisan pimpinan masyarakat, pegawai kerajaan yang beragama Islam,
guru besar di sekkolah agama dan para peniaga Mslim dan pihak yang diamanahkan
untuk perlantikan ini dikenali dengan Ahlu al-Hall wa al-Akd. Persidangan musyawarah mereka ini Majlis
Agama Islam Wilayah untuk memilik siapa yang paling layak untuk memegang
jawatan Qadhi Syar’I ini dan kemudiannya Ahlu al-Hall wa al-Akd. Akan
menbacakan lafaz yang dipimpin oleh pengerusi dengan lafaz berikut :
“aku
melantik engkau bertindak kadi syar’I untuk mengurus urusan agama di wilayah
Yala bagi tempoh empat tahun”
Maka Qadhi Syar’I yang menerima
parlantikan akan menjawab dengan lafaz berikut :
“aku
terima perlantikan ini”
Setelah perlantikan itu disempurnakan
maka Ahlu al-Hall wa al-Akd. Akan berjabat tangan dengan Qadhi Syar’I
menadakan secara rasminya perlantikan itu berlangsung. Bagi memudahkan proses
kerja, Qadhi Syar’I akan menyerahkan tugasnya kepada timbalan-timbalannya yang
ada antaranya adalah dari kalangan Ahli Jawatan Kuasa Masjid Agama Islam
Wilayah dan para imam masjid agar menjadi wali perkahwinan bagi perempuan yang
tidak ada wali atau wali yang sudah luput keahliannya. Dari segi bidang
kuasanya, Qadhi Syar’I dan timdalannya ini hanya kuasanya di dalam kawasan atau
daerah yang dilantik sahaja.
Majlis Agama Islam Pattani semenjak
dari era tuan Guru Haji Sulong bin abdul Kadir yang mana pada ketika itu telah
berperanan sebagai Qadhi Syar’I Pattani, tetapi setelah mana bumi Pattani
dijajah oleh siam maka bentuk perlantikan Qadhi di Majlis Agama Islam turut
berubah. Semenjat dari itu jawatan Qadhi Syar’I bidarurah telah dilantik oleh
Ahlulhaliwalakdi dan mana-mana perlantikan tiga yang baharu tidak lagi diakui
oleh Syariaht Islam dan perlantikan sebegini hanya melibatkan tiga wilayah
sahaja iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat manakala perlatikan Qadhi Syar’I di
Songkla adalah berbeza kerana Songkla tidak termasuk sebagia wilayah Islam pada
masa sebelum penjajahan Siam. Jadi perlantikan Qadhi Syar’I nya adalah melalui
Chularatmontri dan ianya diakui oleh Syariat Islam.
Situasi
ini berlainan sama sekali di Pattani kerana selepas kejatuhan bumi Pattani ke
bawah jajahan Siam, umat Islam pada ketika itu hingga kini telah melantik
seorang Islam sebagai Waliyu al-Amri agar dapat berperanan dalam mengurus hal
ehwal umat Islam di Pattani dan sebagai Wali am bidarurah, yang memengan
jawatan ini pada sekarang ialah Haji Abdul Wahab Bin Haji abdul Aziz, maka
melalui Wali am bidarurah inilah pula melantik Ahli Jawatan Kuasa Majlis
Wilayah Pattani sebagai Naibnya.
Perlantikan Qadhi Syar’I cara sebagini
hanya melibatkan dua wilayah sahaja iaitu Pattani dan Yala di samping Qadhi
Syar’I Pattani yang diperuntukkan kuasa untuk mengahwinkan perempuan yang tiada
wali begitu juga Dato’ yuttitham yang dilantik oleh Raja Thailand juga
diperuntukkan kuasa sepertimana Qadhi Syar’i
Dalam hal ini Abdullah Abu Bakr Bin
Ismail Patai telah menyatakan bahawa perlantikan Wali hakim di wilayah Yala
dibuat oleh Qadhi Syar’I daruri yang ditualiahkan olrh Ahlulhall wal Akdi yang
menjadi wakil bagi orang Islam termasuk Ahlul Shaukanh, pentadbiran badan
Islam, badan pernigaan, para imam seluruh wilayah dan wakil-wakil dari seluruh
badan wilayah mengikut cara perlantikan Qadhi Syar’I sebagaimana syarak. Oleh
kerana jawatan Qadhi dilantik oleh Sultan pada hakikatnya, namum oleh kerana
tiada lagi institusi kesultanan di seluruh wilayah yang dijajah Siam, maka
perlantikan Qadhi melalui Ahlulhali wal Akdi yang terdiri mereka yang tersebut
di atas, adadlah masih menepati syarak berdasarkan firman Allah s.w.t yang
bermaksud:
Dan orang-orang yang beriman, lelaki
dan perampuan, setegahnya mejadi penolong bagi seregahnya yang lain.
Jawatan Qadhi Syar’I
di wilayah Yala hanya diperuntukkan tempoh enam tahun berlainan degan wilayah Pattani adalah
sepanjang hayat kecuali adanya halangan – halangan yang lain.
Bidang Kuasa Qadhi Syar’i
Wilayah
yang ada punya Qadhi Syar’I maka sebahagian dari urusan agama yang dilaksanakan
olih Qadhi Syar’I seperti :
1.
Menjadi wali
perkahwinan perempuan yang tidak mempuynai wali atua walinya sudah luput syarat
kewalian.
2.
Menyelesaikan dan
mendamaikan pihak yang bertelingkah.
3.
Mengurus harta
Wakaf,harta zakat, harta yang tiada pewaris, harta penemuan (laqitah) ,harta
Baitul- mal.
4.
Mengurus anak yatim
dan hartanya,orang safih,orang tidak semperna akal dan orang gila yang tidak
mempunyai wali.
5.
Mengurus wasiat dan
menentukan saksi.
6.
Menjaga maslihat
umat Islam.
7. Menepatkan anak bulan bagi penentuan hari
kebesaran hari kesaran Islam.
Bidang
Keuasa Wali Am.
Sebahagian wilayah di
Sempadan Thailand wali am seperti di Narathiwat sebagaimana diynatakan dalam Manual Undang –
undang Keluarga dan Pusaka bolih menkahwinkan perampuan seperti berikut:
1.
Perempuan yang rusak
akalnya atua gila.
2.
Wali Akrab engan
menkahwinkan deegan lelaki yang sekufu, sedangkan perempuan itu sudah balihg
dan mempuanyai akal bukan gila serta sudah membuat permohonan kepada wali.
3.
Wali khas tingal jauh
lebih daripada 96 kilvmeter.
4.
Tidak ada wali khas.
5.
Wali khas dalam ihram
haji atua umrah.
6.
Wali khas menkahwinkan
untuk dirnya, tiada wali khas lain yang setaraf dengannya.
7.
Wali khas dalm
penjara.
8.
Lehilangan wali khas
dari tempat tingalnya, lagi belum dapat keputusan kematian dari Mahkamah.
9. Wali
khas kehilangan akal ketika akad nikah dan kehilangan akalnya belum cukup tiga
hari.
Syarat
–syarat wali am dalam menkahwinkan Perempuan
Untuk meyelaras dan memastikan
kesempurnaan urusan pagi perkahwinan perempuan – perempuan telah di sebut tadi
maka bagi Syarat –syarat wali am dalam menkahwinkan Perempuan itu seperti
berikut :
1.
Pasangan hendaklah berada ketika akad di dalam daerah di bawah kuasa wali am.
2.
Hendaklah perkahwinan itu berlaku di kawasan atua daerah kuasanya.
3.
Dapat izin dari pihak perempuan supaya menjadi wali Bgi pihaknya.
4.
Lelaki sekufu degan perempuan, kecuali dpat izin dari wali khas.
Peraturan
dan Syarat –syarat Perkahwinan Rentas Sempadan
1. Syarat
– syarat Juru Nikah
Bagi juru nokah
mesti:
1.1.
bertualiyah. Iaitu
mendapat kebenaran daripada Qadhi
wilayah untuk menjalankan perkahwinan.
1.2. Ditentukan
olih Majlis Agama Islam.
1.3. Dari
pada Ahli jawatan kuasa Majlis Agama Islam Wilayah.
2. Syarat
– syarat bagi lelaki.
2.1
Mempunyai Kad Pegenalan.
2.2
Mempunyai Paspot atua dikumen yang menandakan bahawa talah memasuki Negara Thai
degan sah.
3. Syarat
– syarat bagi perempuan.
3.1 Mempunyai Kad Pegenalan.
3.2 Wali / Mendapat keizinan daripada
wali.
3.3 Mempunyai bukti gadis atua janda,
seperti surat kematian suami,(naskhah asli) dan atua surat cerai.
3.4 Wali Am[1], atua
Wali Syar’i
4. Syarat
– syarat Bagi Temp at.
Megenai tempat perkahwinan, pihak
Majlis Agama Islam telah menentukan beberapa tempat sahaja untuk melaksanakan
akad nikah rentas sempadan, megikut tempat datangnya perempuan – peremuan itu
dan diantara tempat –tempat itu iailah:
4.1
Pejabat Majlis Agama
Islam Wilayah.
4.2
Rumah ahli
jaqatankeuasa majlis agama Islam wilayah.
4.3
Rumah perempuan.
5. Dokumen
–dokumen yang dikeluarkan setelah perkahwinan.
5.1
Surat akuannikah
kahwin.
5.2
Surat pegesahan.
6. Langkah
– lankah sebelum melaksanakan kahwin.
6.1 Soasisat bakal suami isteri.
6.2 Megisi butiran peribadi lelakai dan
perempuan dansurat keterangan nikah.
6.3 Sekirnya tidak dapat membuktikan
dokumen megatakan masih gadis atua janda,maka disyaratkan supaya bersumpah
(setegah wali am mereka tidak melasanakan nikah kepada perempuan yang tidak
menhadiri dokumen yang tertentu itu)
Kesempulan
Perkahwinan
rentas sempadan itu memang iai benar – benar berlakunya di selatan Thailand dan
bukan baru berlaku bahkan merupakan satu
fenomena trend baru dalam masyarakat Islam melayu di Negeri – negeri Sempadan
degan Thailand atua degan mana – mana sempadan, olih kerana bukti – bukti itu
sagat nyata iaitu jumlah perkahwinan
rentas sempadan di Wilayah Sungkhla 6,000 pasangan setahun Wilayah Narathiwat
5,000 – 6,000 pasangan setahun dimikian itu juga Wilayah Yala. Merentas
sempadan dalam meyelaraskan perkahwinan adalah jalan keluar yang paling senang
dan berkesan bagi mereka, kerana hakikatnya dalam perlaksanaannya sagat senang
dan mudah dijalankan lagi perbelanjan pun tidak tinggi.
Pegurusan perkahwin rentas sempapdan
bulih melaksanakan di rumah Imam yang dapat tawliyah dari Majlis Agama Isalam,
rumah ahlijawatan keuasa Majlis Agama Islam,atu di pejabat Majlis Agama Isalam wilayah, sekiranya
pasangan pekahwin rentas sempadan hanya ada matlamat untuk mehalalkan satu sama
lain mereka bulih melaksan di mana Imam atua Ahli jawatankeuasa, dan dsekira
perlu kepada dokumen rasmi untuk mekemukakan kepada pehak ynag tertentu di
Malaysia mereka megadakan perkahwinan itu di pejabat Majlis Agama Islam. Dalam
melaksana kahwin rentas sempadan sekira ada bagi perempuan itu akan dokumen
semperna maka terus melaksanakan perkahwinan, dan sekiranya dokumem tidak
semperna, seperti kekurangan bukti surat cerai, atua surat kematian suami, disini
bagi Imam atua Ahli Jawatan Keuasa Agama
Islam sebayak 30 orang itu megunakan dua cara dalam megelesaikan masalah iaitu:
1) tidak melaksana atua menafi untuk
megurus perkahwinan, 2) melaksanakan perkahwinan degan buka peluang untuk
perempuan itu bersumpah bahawa iai sudah janda, suami sudah mati dan sudah lujut
edahnya.
Cara kedua itulah diutamakan dalam
meyelesaikan perkahwinan rentas sempadan.
Rujukan
-
Al - Sa’dee
(n,d)Abdul al – Aleem Abdul al- Rahman Al
- Sa’dee, Zawajuka auhal al- Muslim, al –
Ramadi, Iraq.
-
Hiris asim,2016
.Rakyat Malaysia berpoligami di Wilayah sempadan Thai masih menambah. Benar
News.
-
Ibroheng
Dorlah,2018. Perkahwinan Secara Pindah Wali di Thailand : Analisi Terhadap
Perkahwinan perantaraan Ejen di Selatan Thailand. Universiti Utara Malaysia.
-
Kadar
sa-sh ,2007. Perkahwinan Rentas Sempadan di Wilayah Selatan.College of Islamic
Studies Prince of Songkla Unoversity , Pattani.
-
Sahih
Muslim, Syarah Nwawi, Kitab al- Nikah. Bab: Istihbab ak- Nikah. No 140.
[1] Wali
Am iailah Ahli Jawatan Majlis Agama Islam bagi Wilayah Narathiwat, Setul dan
Sungkhla dapat perlatikkan dari pihak
Chularacmontri.