DONATE

Khamis, 6 November 2008

Konsep Wahabiyyah: Suatu Perbincangan

1.3 Objektif Kajian

1.3.1 Mengenal pasti pegangan, fahaman, asal usul al-Wahhabiyah.

1.3.2 Mengkaji kedudukan Faham al-Wahhabiyah di dalam Islam menurut perspektif Ulama.

1.3.3 Meninjau pandangan masyarakat Masjid Universiti Teknologi Malaysia terhadap gerakan Salafiyyah Wahhabiyah.




1.4 Limitasi Kajian

Masa : Kajian tentang “Faham Wahhabyiah: Satu Tinjauan Perspektif Masyarakat di Masjid Universiti Teknologi Malaysia” ini di jalankan pada tahun 2008.

Kajian ini akan menfokuskan kepada hakikat fahaman al-Wahhabiyah serta meninjau pandangan masyarakat tentang penganut fahaman Wahhabi.

Lokasi kajian : Kajian ini dlaksanakan terhadap masyarakat di Masjid Universiti Teknologi Malaysia.


1.5 Kajian Terdahulu

Terdapat beberapa bahan seperti buku dan tesis terdahulu yang dijadikan sebagai bahan rujukan. Antaranya seperti tulisan Sayyid Muhammad Aclawi al-Maliki yang bertajuk “ Mafahim Yajib An Tusahhah” tahun 2002. Beliau telah membicarakan tentang pemahaman-pemahaman yang terpesong dari Ahl Sunnah Wal Jamaah antaranya seperti fahaman al-Wahhabiyah. Selain itu juga menerangkan kesalah fahaman al-Wahhabiyah dalam hal Aqidah. Juga membincangkan intipati-intipati pegangan al-Wahhabiyah yang menyanggahi Ijma. Beliau juga menasihati pengikut wahhabi agar kembali berpegang al-Quran dan al-Sunnah yang sebenar secara total.

Selain itu, hasil tulisan Mufti Mesir Dr. Ali Jumcah yang bertajuk kitab “al-Bayan” pada tahun 2007. Beliau menjelaskan bahawa kesesatan fahaman wahhabi terpesong dari pegangan Ijma Ulama. Juga menjelaskan bahayanya fahaman ini. Selain itu, mendakwa akan fahaman ini amat ekstremis dan amat keras serta jamaah ini suka mengkafirkan orang yang tidak sependapat dengan mereka. Di sini juga beliau menerangkan serba sedikit amalan-amalan yang telah di bidaahkan oleh puak-puak wahhabi sebenarnya amalan-amalan itu mempunyai sandaran malah ianya Sunnah yang baik.
Syeikh Sulaiman ibn Abdul Wahhab abang kepada Muhammad ibn Abdul Wahhab bukunya yang bertajuk “Fasl al-Khitob”. Buku ini adalah khas penolakan Syeikh Sulaiaman terhadap fahaman adiknya Muhammad Abdul Wahhab. Beliau menerangkan kesesatan fahaman yang dibawa oleh adiknya Muhammad Abd al-Wahhab adalah bercanggah dengan pegangan Ulama Salaf al-Soleh. Juga di sini, menjelaskan Hujjah-hujjah penolakan terhadap fahaman Syeikh Muhammad Abd al-Wahhab.

Tulisan Muhammad Zaki Ibrahim bukunya yang bertajuk “ al-Salafiyyah Mucasarah Ila Aina” pada tahun 2003. Tulisan ini menggambarkan fahaman Wahhabi ini bukan asal dari Ahli Sunnah Wal Jamaah bahkan adalah salah satu firqah dalam Islam yang bertentangan dengan pegangan Jumhur Ulama dari zaman Salah hingga ke zaman Khalaf. Juga menerangkan siapa sebenarnya kaum Ahli Sunnah yang sebenarnya. Adakah benar golongan Wahhabi ini mengikut Manhaj Salaf al-Soleh yang sebenarnya.

Zamihan Mat Zin al-Ghari tulisan ilmiah beliau ialah “ Salafiyyah Wahhabiyah Suatu Penilaian” pada tahun 2001. Buku ini mennceritakan tentang kedudukan yang sebenar fahaman Wahhabi menurut kaca mata Ulama yang muktabar. Menerangkan manhaj yang diguna pakai dalam Aqidah ialah Manhaj Mujassimah yang dipelopori oleh al-Harawi. Di dalam buku ini juga menyatakan Ulama-Ulama yang muktabar memerangi fahaman Wahhabi ini.

Selain itu, Fuad Kamaluddin al-Maliki telah menghasilkan buku bertajuk “Wahabisme Dari Neraca Syarak “ telah menjelaskan sejarah yang agak terperinci asal usul fahaman Wahhabi ini serta keburukan-keburukan fahaman Wahhabi yang bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah. Perbincangan Bidaah membidaah oleh kaum Wahhabi pada kedudukan yang sebenar menurut kaca mata Ulama. Persamaan kaum Wahhabi ini dengan Khawarij. Pembelaan terhadap amalan-amalan Sunnah yang dituduh amalan yang sesat mengikut acuan perbincangan ke tsabitan hadith dengan amalan-amalan tersebut.


1.6 Metodologi Kajian

i. Kepustakaan
Mendapatkan bahan-bahan perpustakaan yang berbentuk buku-buku, tesis-tesis terdahulu, dokumen, Internet, majalah, jurnal, dan sebagainya.

ii. Metod kajian lapangan dengan membuat soal selidik dan temu bual.
Sebagai tambahan, penulis juga merujuk kepada pandangan dan maklumat daripada pensyarah, guru-guru agama dan rakan-rakan. Segala maklumat yang diperoleh akan dicatat dan kemudiannya diolah mengikut kesesuaian untuk dimuatkan kedalam projek ilmiah ini.

iii. Metod analisis data
Segala data-data yang diperolehi hasil daripada borang soal selidik tersebut akan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS for windows bagi mendapatkan data- data atau angka yang lebih tepat serta memudahkan proses kajian ini dijalankan.


1.7 Kepentingan Tajuk

Pada zaman ini ramai yang tidak mengetahui akan hakikat yang sebenarnya kedudukan fahaman al-Wahhabi ini mengikut neraca syarak. Ada yang menganggap bahawa berpegang kepada fahaman selain dari pegangan al-Wahhabi ini adalah kafir. Malah ada juga yang keliru akan adakah fahaman Salafyyiah al-Wahhabiah ini sahaja yang mengikut pegangan Salaf al-Soleh atau sebaliknya.

Selain itu, pegangan ini juga mendidik pengikut mereka begitu ekstemis dan pelampau sehinggakan sewenang-wenang mengkafirkan orang, menuduh amalan-amalan yang tidak lansung bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah sebagai amalan bidaah yang sesat masuk neraka, syirik dan sebagainya. Dek kerana fahaman ini juga umat Islam berpecah belah tidak kira tempat dimana sahaja. Khususnya bila mana suatu masyarakat telah bersepakat bersatu padu, datangnya puak Wahhabi ini telah membuatkan masyarakat berbelah bahagi serta manjadi pecah belah, bergaduh antara satu sama lain.

Fahaman ini bukan sahaja berlaku pada sesuatu tempat sahaja bahkan ianya juga berlaku pada kawasan-kawasan orang awam seprti orang-orang kampung. Selaian itu golongan professional juga menjadi sasaran, tidak ketinggalan juga masyarakat yang berada di institusi-institusi pendidikan tinggi atau di Masjid-masjid khususnya di Malaysia.

Maka perlulah untuk menjelaskan kedudukan sebenar fahaman Salafiah al-wahabiah serta membuat tinjauan pandangan masyarakat terhadap gerakan Wahhabi di Malaysia.


1.8 Pengertian Tajuk


Definisi al-Wahhabiyah

al-Wahhabiyah adalah satu fahaman atau aliran pemikiran yang dinisbahkan kepada pengasasnya Syeikh Muhammad b Abd al-Wahhab (115H-1206H). mungkin setengah pihak ingkar akan penisbahan ini. Namun, hakikatnya penisbahan sudah diperakui fakta sejarah dan para Alim-ulamak. Buktinya, Syeikh Sulaiman ibn Abd al-Wahhab (abangnya) sendiri menjustifikasikan fahaman Muhammad Abd al-Wahhab ini sebagai al-Wahhabiyah menerusi kitabnya yang berjudul “Sawaciq al-Ilahiyyah Fi Rad Ala al-Wahhabiyah”. Manakalanya ayahnya pula menisbahkan fahaman beliau dengan seuatu kejahatan yang terbit daripadanya.


Penisbahan ini juga munculdari kalangan masyarakat tempatan yang bertentangan dengannya dengan memanggilnya gelaran Ibn Abd al-Wahhab. Dan akhirnya sinonim dengan panggilan al-Wahhabi. Namun apabila beliau memperagakan Aqidah al-Salaf menurut kacamatanya, maka kita katakan al-Salafiyyah al-Wahhabyiah. Dan pengikut kepada fahaman ini dikenali dengan wahhabiyyin.


1.9 Kesimpulan

Sesudah maklum akan kedudukan fahaman Salafiyyah al-Wahhabiyah ini yang mana pegangan ini di jawab oleh ribuan Ulama di seluruh pelusuk dunia zaman berzaman. Sedikit sebanyak dapat mendedahkan kekeliruan pegangan Wahhabi ini yang mana menyanggahi Ijma ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Jelas untuk melihat akan kaedah atau cara pemahaman Wahhabi ini yang berbeza dengan pegangan Ulama Salaf al-Soleh. Malah ia telah dinilai sebagai suatu fahaman yang mengancam Syariat Islam. Selain itu, dapat membezakan dimana fahaman yang sebenar yang diperakui oleh Jumhur mengikut al-Quran dan al-Sunnah. Dapat difahami juga bahawa kaum Wahhabi ini juga adalah salah satu Firqah dalam Islam.

Dapat juga dikenal pasti bahwa fahaman ini juga berlarutan sehingga ke hari ini dan sedikit sebanyak telah mempengaruhi masyarakat di Masjid Universiti Teknologi Malaysia. Akhir sekali dapat disimpulkan bahawa pegangan Salafiyyah al-Wahhabiah ini adalah pegangan yang ditimbulkan oleh Muhammad Abd al-Wahhab serta penngikut-pengikutnya. Malah lebih difahami bahawa fahaman ini adalah bertentangan dengan pegangan Jumhur Ulama serta pengaruhnya meluas sehingga ke hari ini.Manakala gerakan ini telah berleluasa di seluruh bumi Islam khususnya di Malaysia.




2.1 SEJARAH PERGERAKAN WAHHABI

2.1.1 SEJARAH DI ZAMAN MUHAMMAD ABD AL-WAHHAB

Muhammad bin Abd al-Wahhab dilahirkan di perkampungan cUyainah, salah sebuah kampung di Najd di bahagian selatan pada tahun 1115H/1703M. Bapanya, Abd al-Wahhab merupakan seorang qadhi. Muhammad dikatakan pernah mempelajari bidang fiqh al-Hanbali dengan bapanya, yang juga adalah salah seorang tokoh ulama al-Hanabilah. Sejak kecil, beliau mempunyai hubungan yang erat dengan pengkajian dan pembelajaran kitab-kitab tafsir, hadith dan akidah.

Pada masa remajanya, Muhammad selalu merendahkan dan mengabaikan syiar agama yang biasanya bukan sahaja dipegang oleh penduduk Najd bahkan hingga ke penduduk Madinah selepas beliau kembali dari menunaikan haji. Beliau sering mengadakan perubahan dalam pendapat dan pemikiran di dalam majlis-majlis agama dan beliau tidak suka kepada orang yang bertawassul kepada Nabi s.a.w di tempat kelahiran iaitu marqad baginda yang suci itu (Fuad bin Kamaluddin 2004).

Kehidupannya selama beberapa tahun dihabiskan dengan mengembara dan berdagang di kota-kota Basrah, Baghdad, Iran, India dan Damsyik. Di Damsyik, beliau telah menemui kitab-kitab karangan Ibn Taimiyyah al-Harrani 728H/1328M yang mengandungi ajaran-ajaran yang berunsur kontroversi berbanding dengan Ahli al-Sunnah wal-Jamaah (Ramadhan al-Buthy 2004).

Walaupun Muhammad ibn Abd al-Wahhab dianggap sebagai pendiri fahaman Wahhabi, namun sebaliknya Kerajaan Inggerislah yang membiyai pergerakan Wahabi dan memperakui Muhammad ibn Abd al-Wahhab sebagai imam dan pendiri Wahabisme, untuk tujuan menghancurkan Islam dari dalam dan meruntuhkan Daulah Uthmaniyyah yang berpusat di Turki. Selok-belok tentang konspirasi Kerajaan Inggeris dengan Muhammad ibn Abd al-Wahhab ini didedahkan secara terperinci (Mr. Hempher, 1995).

Beliau kembali ke Najd dan kemudian berpindah ke Basrah. Dalam perjalanannya ke Syam, di Basrah beliau mampu memenuhi matlamatnya mencegah banyak orang daripada melakukan syiar agama mereka dan menghalang mereka daripada perbuatan tersebut. Justeru itu penduduk Basrah bangkit menentang dan menyingkirkannya daripada perkampungan mereka. Akhirnya beliau melarikan diri ke kota Zabir.

Dalam perjalanan di antara Basrah dan kota Zabir, akibat terlalu letih berjalan kerana kepanasan sehingga hampir menemui ajalnya, seorang lelaki dari kota Zabir telah menemui beliau lalu membantunya. Dia diberikan minuman dan dibawa balik ke kota tersebut. Muhammad bin Abd al-Wahhab berniat untuk ke Syam tetapi beliau tidak mempunyai harta dan bekalan yang mencukupi, lalu bermusafir ke al-Ahsa’ dan dari situ beliau terus ke Huraymilah yang terletak dalam kawasan Najd juga (Abdullah Mohammad Sindi 2001).

Pada tahun 1139H/1726M, bapa beliau berpindah dari cUyainah ke Huraymilah dan beliau turut serta belajar bersama bapanya tetapi masih meneruskan tentangannya yang kuat terhadap amalan-amalan agama di Najd yang menyebabkan terjadinya pertentangan dan perselisihan di antara beliau dan bapanya di satu pihak dengan penduduk-penduduk Najd. Keadaan tersebut terus berlanjutan sehingga tahun 1153H/1740M apabila bapanya meninggal dunia. Sejak dari itu, Muhammad tidak lagi terikat dan beliau telah mengemukakan akidah-akidahnya yang kontroversi, menolak dan mengenepikan amalan-amalan agama yang dilakukan serta menyeru mereka menyertai pergerakannya. Sebahagian terpengaruh dan sebahagian lagi meninggalkan beliau sehingga beliau mengisytiharkan kekuasaannya di Madinah (Abdullah al-Ghumari 2005).

Muhammad kembali ke cUyainah yang pada saat pemerintahan Uthman bin Hamad kemudian menerima dan memuliakannya hingga berlakulah ketetapan di antara mereka berdua bahawa setiap orang hendaklah mempertahankan yang lain dengan orang memegang kekuasaan dalam perundangan Islam (al-tasyri`) dan seorang lagi dalam pemerintahan. Pemerintah Uyainah mendukung beliau dengan kekuatannya manakala beliau pula menyeru manusia untuk mentaati pemerintah dan para pengikutnya.

Berita telah sampai kepada pemerintah al-Ahsa’ bahawa Muhammad bin Abd al-Wahhab menjalankan dakwahnya dan lontaran bidaahnya, manakala pemerintah cUyainah pula mendukungnya. Beliau telah memerintahkan supaya suatu risalah peringatan dan ancaman dihantar kepada pemerintah cUyainah. Pemerintah cUyainah telah memanggil Muhammad dan memberitahunya bahawa baginda enggan membantunya. Muhammad ibn Abd al-Wahhab berkata kepada baginda: “Sekiranya engkau membantuku dalam dakwah ini, engkau akan menguasai seluruh Najd”. Pemerintah tersebut menyingkirkan beliau dan memerintahkannya meninggalkan cUyainah dengan cara mengusirnya pada tahun 1160H/1747M. Bagaimanapun, kerana dakwahnya yang keras dan kaku, beliau diusir dari tempat kelahirannya sendiri (Fuad bin Kamaluddin 2004).

Pada tahun itu, Muhammad keluar dari cUyainah ke Daricyyah di Najd yang diperintah oleh Muhammad bin Sa`ud (1179H/1765M) yang kemudian menziarahi, memuliakan dan menjanjikan kebaikan kepadanya. Sebagai balasannya, Ibn Abd al-Wahhab memberikan berita gembira kepadanya dengan jaminan penguasaan Najd keseluruhannya. Dengan cara itu, suatu ketetapan termeterai di antara dua pihak. Penduduk Daricyyah mendukungnya hingga akhirnya Muhammad ibn Abd al-Wahhab dan Muhammad bin Sacud memeterai perjanjian atau memorandum kesepakatan antara keduanya (aqd al-Ittifaqiyyah) (Abdullah Mohammad Sindi 2001).

Berlaku dalam suatu kejadian beliau juga tanpa belas kasihan membunuh seorang penzina penduduk setempat di hadapan orang ramai dengan cara yang sangat liar iaitu menghantuk kepala pezina itu dengan batu besar. Walhal, hukum Islam tidak mengajarkan hal seperti itu kerana terdapat beberapa hadith yang menunjukkan cukup hanya dengan menggunakan batu-batu kecil. Para ulama islam dan ahli sunnah tidak membenarkan tindakan Ibn Abd al-Wahhab yang sangat keterlaluan (Mr. Hempher, 1995).

Ibn Basyr al-Najdi yang dipetik oleh al-Alusi mengatakan: “ Penduduk Darciyyah pada masa itu dalam keadaan sangat menderita dan kesusahan lalu berusaha untuk memenuhi kehidupan mereka. Aku lihat kesempitan hidup mereka ketika pertama kali tetapi kemudian aku lihat al-Darciyyah setelah itu pada zaman Sacud, penduduknya memiliki harta yang banyak dan senjata dibaluti emas, perak, kuda yang baik, para bangsawan, pakaian mewah dan lain-lain. Apalagi sumber-sumber kekayaan sehingga lidah kelu untuk berkata-kata dan gambaran secara terperinci tidak mampu dihuraikan. Aku lihat tempat orang ramai pada hari itu yang dikenali sebagai al-Batin. Aku lihat kumpulan lelaki di satu pihak dan wanita di pihak lain, aku lihat emas, perak, senjata, unta, kuda, pakaian mewah dan semua makanan tidak mungkin dapat digambarkan dan tempat itu pula sejauh mata memandang, aku dengar hiruk-pikuk suara-suara penjual dan pembeli” ( http://www.ummah.net/Al_adaab/wah-36.html).

Walaupun banyak orang yang menentang ajaran Wahhabi yang keras dan kaku serta tindakannya, termasuklah ayah kandungnya serta saudaranya Sulaiman Ibn Abd al-Wahhab, kedua-keduanya benar-benar memahami ajaran Islam.
Selain itu, harta yang banyak yang tidak diketahui dari mana datangnya kerana berdasarkan fakta-fakta sejarah Ibn Basyr al-Najdi sendiri tidak memberikan sumber harta kekayaan yang banyak itu. Ibn Abd al-Wahhab memperolehinya daripada serangan dan serbuan yang dilakukan bersama para pengikutnya terhadap kabilah-kabilah dan kota-kota pada anggapan yang penuh kesyirikan. Ibn Abd al-Wahhab merampas harta dengan kekayaan itu dan membagi-bagikannya kepada penduduk Darciyyah (Hammad Sinan2006).

Ibn Abd al-Wahhab mengikuti kaedah khusus dalam pembahagian harta rampasan dari umat Islam yang meninggalkannya. Ada kalanya, dia membahagikannya kepada dua atau tiga orang pengikutnya. Amir Najd menerima bahagiannya dari ghanimah itu dengan persetujuan Muhammad bin Abd al-Wahhab sendiri. Ibn Abd al-Wahhab melakukan muamalah yang buruk dengan umat Islam yang tidak tunduk kepada hawa nafsu dan pendapatnya seperti muamalah terhadap kafir harbi dan dia menghalalkan harta oranh Islam (Mr. Hempher, 1995).

Ringkasnya, Muhammad ibn Abd al-Wahhab kelihatan menyeru kepada agama Tauhid tetapi tauhid sesat ciptaannya sendiri, dan bukannya tauhid menurut perintah al-Quran dan hadith. Barangsiapa yang tunduk kepada tauhidnya akan terpelihara diri dan hartanya dan barangsiapa yang enggan maka dianggap kafir harbi yang perlu diperangi serta halal darah dan hartanya.

Di atas alasan inilah, golongan Wahhabi menguasai medan peperangan di Najd dan kawasan-kawasan di luarnya seperti Yaman, Hijaz, sekitar Syria dan Iraq. Mereka mengaut keuntungan yang berlimpah dari kota-kota yang mereka kuasai mengikut kemahuan dan kehendak mereka. Jika mereka boleh menghimpunkan kawasan-kawasan itu ke dalam kekuasaan dan kehendak mereka, mereka akan lakukan semua itu, tetapi jika sebaliknya mereka hanya memadai dengan merampas harta kekayaan saja.
Pada 1744M, al-Saud menggabungkan kekuatan dengan Ibn Abdul-Wahhab dengan membangunkan sebuah badan politik, agama dan perkahwinan. Dengan kekuatan ini, antara keluarga Saud dan Ibn Abdul-Wahhab yang hingga saat ini masih segar, iaitu Wahhabisme sebagai sebuah agama dan gerakan politik telah lahir (Mr. Hempher, 1995).

Dengan penggabungan ini setiap pemimpin keluarga al-Saud beranggapan bahwa mereka menduduki posisi pemimpin Wahhabi, sementara itu setiap pendukung keluarga Wahhabi memperoleh autoriti untuk mengawasi ketat setiap penafsiran agama.

Mereka adalah orang-orang jahil, yang melakukan kekerasan, menumpahkan darah, dan keganasan untuk menyebarkan fahaman Wahabi di Jazirah Arab. Sebagai hasil aliansi Saudi Wahhabi pada 1774M, sebuah kekuatan angkatan perang kecil yang terdiri dari orang-orang Arab Badwi terbentuk melalui bantuan para mata-mata Inggeris yang melengkapi mereka dengan wang dan persenjataan. Akhirnya Muhammad Abd al-Wahhab meninggal dunia pada tahun 1206H/1791M (Abd al-Rahman ‘Ammasy 2007).


2.1.2 ERA SELEPAS KEWFATAN MUHAMMAD ABD AL-WAHHAB

Selepas Muhammad meninggal dunia pada tahun 1206H/1791M, para pengikut beliau telah meneruskan mazhabnya dan menghidupkan bidaah dan kesesatannya kembali. Kemudian gerakan ini pun berkembang menjadi sebuah ancaman besar yang pada akhirnya melakukan keganasan di seluruh Jazirah Arab sampai ke Damsyik, dan menjadi penyebab munculnya fitnah terburuk di dalam sejarah Islam.

Dengan cara ini, angkatan perang mereka dengan kejam telah mampu menakluk hampir seluruh Jazirah Arab untuk menciptakan Negara Saudi Wahhabi yang pertama. Sebagai contoh, pada tahun 1216H/1801M, Amir Saud al-Wahhabi mempersiapkan tentera yang besar terdiri dari dua puluh ribu orang dan melakukan serangan ganas ke kota suci Karbala’ di Iraq. Karbala’ merupakan sebuah kota suci dihiasi dengan kemasyhuran dan ketenangan di hati umat Islam. Pelbagai bangsa berhasrat untuk ke sana diantara mereka ada berbangsa Iran, Turki, Arab dan sebagainya. Dalam memperjuangkan apa yang mereka sebut sebagai syirik dan bidaah yang dilakukan oleh kaum Muslim, Saudi Wahhabi telah mengejutkan seluruh dunia Islam pada 1801M, dengan tindakan liar menghancurkan kesucian makam Imam Husayn bin Aliy, kemudian tentara Wahhabi mengepung dan memasuki kota itu dengan melakukan pembunuhan, rampasan, dan kebinasaan. Puak Wahhabi telah melakukan keganasan dan kekejaman di kota Karbala’ dengan jenayah yang tidak mengenal batas perikemanusiaan dan tidak mungkin dapat dibayangkan. Mereka telah membunuh lima ribu orang Islam atau bahkan lebih, sehingga disebutkan sebanyak dua puluh ribu orang (Fuad bin Kamaluddin, 2004).

Mereka dengan sengaja berusaha menghapuskan segala kesan dan tinggalan Islam di kota Makkah dan Madinah dengan memusnahkan kubur para wali Allah, mencemarkan kehormatan kerabat Rasulullah dan lain-lain dengan perbuatan-perbuatan jenayah dan dosa untuk menggoncangkan hati dan perasaan umat Islam.

Apabila Amir Saud menyudahi perbuatan keji dan kejamnya di sana, dia merampas khazanah Imam Husayn bin cAliy yang banyak dengan harta, perhiasan dan hadiah yang dikurniakan oleh raja, pemerintah terdahulu dan lain-lain kepada makam suci ini. Selepas melakukan keganasan yang cukup menjijikkan ini, mereka kemudian menakluki Karbala’ untuk dirinya sehingga para penyair menyusun qasidah-qasidah penuh dengan rintihan, keluhan dan dukacita mereka. Puak Wahhabi mengambil masa selama dua belas tahun tahun membuat serangan ke atas kota Karbala’ dan kawasan sekitarnya, termasuk Najaf. Mereka kembali sebagai perampas, penyamun dan pencuri dengan memulainya pada tahun 1216H/1801M (Abd al-Rahman ‘Ammasy 2007).

Sekali lagi, pada 1810M, mereka, kaum Wahabi dengan kejam membunuh penduduk tidak berdosa di sepanjang Jazirah Arab. Mereka menggasak dan mengancam banyak kafilah penziarah dan sebagian besar di kota-kota Hijaz, termasuk dua kota suci Makkah dan Madinah (Gary Troeller 1976).

Di Makkah, mereka menghalau para peziarah dan di Madinah, mereka menyerang dan menodai Masjid Nabawi, mengacau makam Nabi s.a.w. dengan menjual serta membahagi-bahagikan peninggalan bersejarah dan permata-permata yang mahal dengan alasan bukan dari sebahagian daripada Islam.

Penulis memetik daripada sebahagian ahli sejarah menyebutkan: “ Kemunculan secara tiba-tiba mazhab Wahhabi dan sewaktu mereka memegang kekuasaan di Makkah, operasi pemusnahan secara besar-besaran telah dilakukan oleh mereka dengan memusnahkan pertamanya, apa sahaja yang ada di al-Mucalla’, sebuah kawasan perkuburan Quraisy yang terdiri dari kubah-kubah yang begitu banyak, termasuk kubah-kubah Sayyidina Abd al-Muttalib, datuk Nabi s.a.w, Sayyidina Abi Talib, Sayyidah Khadijah sebagaimana yang telah mereka lakukan kepada kubah-kubah tempat kelahiran Nabi s.a.w, Abu Bakar dan Aliy. Mereka juga turut memusnahkan kubah telaga zamzam dan kubah-kubah lain di sekitar Kaabah, kemudian diikuti oleh kawasan-kawasan lain yang mempunyai kesan dan tinggalan orang-orang saleh. Semasa mereka melakukan pemusnahan itu, mereka membuang benda yang dianggap bidaah ini sambil memukul gendang dan menyanyi dengan mengeluarkan kata-kata mencaci dan menghina kubur-kubur sebagai tempat syirik sehingga dikatakan sebahagian dari mereka sanggup kencing di atas kubur-kubur para salihin tersebut” (Abdullah Mohammad Sindi 2001).
Al-Sayyid Sadr al-Din al-Sadr menyebut : “ Demi usia hidupku, sesungguhnya al-Baqic telah menerima nasib yang sangat malang, kerana hati-hati yang kecewa, mengikut nafsu dan berperangai kebudak-budakkan, maka berlakulah pencetus kepada segala kecelakaan, apabila tiada lagi kedamaian. Bagi umat Islam kepada Allah diadukan, hak Nabi-Nya yang telah memberikan petunjuk dan syafaat.” Katanya lagi: “ Celakalah anak cucu Yahudi dengan perbuatan jahat yang mereka lakukan, mereka tidak mendapat apa-apa darinya dengan membongkarkan khazanah Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat baginda. Neraka wail untuk mereka dengan apa yang mereka tentang terhadap orang-orang yang kuat iaitu al-Jabbar. Mereka musnahkan kubur orang-orang saleh dengan perasaan benci mereka. Hindarilah mereka kerana sesungguhnya mereka membenci orang-orang yang terpilih di sisi Allah” (Abd al-Rahman ‘Ammasy 2007).

Para pengganas Saudi Wahhabi ini telah melakukan tindakan kejahatan yang menimbulkan kemarahan kaum Muslim di seluruh dunia, termasuk Kekhalifahan Utsmaniyyah di Istanbul (Gary Troeller 1976).

Sebagai penguasa yang bertanggung jawab atas keamanan Jazirah Arab dan penjaga masjid-masjid suci Islam, Khalifah Mahmud II memerintahkan sebuah angkatan perang Mesir dikirim ke Jazirah Arab untuk menghukum golongan Saudi Wahhabi.

Pada 1818M, angkatan perang Mesir yang dipimpin Ibrahim Pasha iaitu putra penguasa Mesir menghancurkan pergerakan golongan Saudi Wahhabi dan meratakan dengan tanah ibu kota Dirciyyah.

Pendukung kaum Wahhabi ketika itu, Abdullah al-Saud dan dua pengikutnya dikirim ke Istanbul dengan dirantai dan di hadapan orang banyak, mereka dihukum pancung. Segala saki baki golongan Saudi Wahhabi ditangkap di Mesir (Fuad bin Kamaluddin, 2004).


2.1.3 KERAJAAN SAUDI WAHHABI KE II.

Walaupun pengaruh Wahabisme berjaya dihancurkan pada 1818M, namun dengan bantuan pihak Inggeris, mereka dapat bangkit semula. Setelah pelaksanaan hukuman mati atas Imam Abdullah al-Saud di Turki, saki baki puak Saudi Wahhabi memandang saudara-saudara Arab dan Muslim mereka sebagai musuh dan sebaliknya mereka menjadikan Inggeris dan Barat sebagai sahabat sejati mereka (Abdullah Mohammad Sindi 2001).

Ketika Inggeris menjajah Bahrain pada 1820M dan mulai mencari jalan untuk memperluas kawasan jajahannya, Dinasti Saudi Wahhabi menjadikan kesempatan ini untuk memperolehi perlindungan dan bantuan Inggeris.

Pada 1843M, Imam Wahhabi, Faisal Ibn Turki al-Saud melarikan diri dari penjara di Kaherah dan kembali ke Najd. Faisal kemudian mulai melakukan perhubungan dengan Pemerintah Inggeris. Pada 1848M, beliau memohon kepada Residen Politik Inggeris (British Political Resident) di Bushire agar mendukung perwakilannya di Trucial Oman. Pada 1851M, Faisal kembali memohon bantuan dan dukungan Pemerintah Inggeris (Mr. Hempher, 1995).

Pada 1866M, Dinasti Saudi Wahhabi menandatangani sebuah perjanjian persahabatan dengan Pemerintah Koloni Inggeris, sebuah kekuatan yang dibenci oleh semua kaum Muslim, kerana kekejaman koloninya di dunia Muslim. Perjanjian ini serupa dengan banyak perjanjian tidak adil yang selalu dikenakan koloni Inggeris atas boneka-boneka Arab mereka lainnya di Teluk Arab yang mana sekarang dikenali dengan Teluk Parsi. Perjanjian yang dilakukan Dinasti Saudi Wahhabi dengan musuh paling nyata bangsa Arab dan Islam iaitu puak Inggeris, pihak Dinasti Saudi Wahhabi telah membangkitkan kemarahan yang hebat dari bangsa Arab dan muslim, baik negara-negara yang berada di dalam mahupun yang diluar wilayah Jazirah Arab.

Dari semua penguasa Muslim, yang paling merasa dikhianati atas pengkhianatan Dinasti Saudi Wahhabi ini adalah seorang patriotik bernama al-Rasyid dari bangsa al-Hail di Arab tengah dan pada 1891M. Beliau telah didukung oleh orang-orang Turki, al-Rasyid menyerang Riyadh lalu menghancurkan puak Saudi Wahhabi (Fuad bin Kamaluddin, 2004).

Bagaimanapun, beberapa anggota Dinasti Saudi Wahhabi sudah mengatur untuk melarikan diri, di antara mereka adalah Imam Abd al-Rahman al-Saud dan putranya yang masih remaja, Abd al-Aziz. Kedua-duanya melarikan diri ke Kuwait dengan segera yang ketika itu dibawah Koloni Inggeris untuk mencari perlindungan dan bantuan Inggeris.






2.1.4 KERAJAAN SAUDI WAHHABI KE III SAUDI ARABIA

Ketika di Kuwait, puak Wahhabi antaranya Imam Abd al-Rahman dan putranya Abd al-Aziz menghabiskan waktu mereka meminta bantuan Inggeris dalam memperuntukan wang, senjata serta bantuan untuk keperluan merebut kembali Riyadh. Namun pada akhir penghujung 1800an, usia dan penyakitnya telah memaksa Abd al-Rahman untuk melepaskan Dinasti Saudi Wahhabi kepada putranya, Abd al-Aziz menjadi pendukung Wahhabi yang baru.

Melalui strategi licik oleh koloni Inggeris di Jazirah Arab pada awal abad dua puluh, berhasil menghancurkan Kekhalifahan Islam Utsmaniyyah dan sekutunya bangsa al-Rasyid secara menyeluruh dengan bantuan sokongan koloni Inggeris kepada pendukung baru Wahhabi Abd al-Aziz (Hasnain Abdullah 1996).

Koloni Inggeris memberi sokongan dengan memberi bantuan wang dan senjata kepada pemimpin Wahhabi yang baru ini dan akhirnya dapat menguasai Riyadh pada 1902M. Salah satu tindakan biadab pertama pemimpin baru Wahhabi ini setelah berhasil menduduki Riyadh adalah menggemparkan penduduknya dengan menggantungkan kepala al-Rasyid pada pintu gerbang kota.

Pemimpin Wahhabi Abd al-Aziz yang dikenali di Barat sebagai Ibn Saud, amat disukai oleh puak Inggeris. Dengan memiliki senjata, wang dan para penasihat dari Inggeris, Abd al-Aziz dengan bengis dapat menaklukan hampir seluruh Jazirah Arab di bawah panji-panji Wahhabisme untuk mendirikan Kerajaan Saudi Wahhabi ke tiga, yang ketika ini disebut Kerajaan Saudi Arabia (Abd al-Rahman ‘Ammasy 2007).

Ketika mendirikan Kerajaan Saudi, pemimpin Wahhabi Abd al-Aziz beserta para pengikut taksubnya, dan para “tentara Tuhan” melakukan keganasan yang dashat, khususnya di tanah suci Hijaz. Mereka telah mengusir penguasa Hijaz, iaitu Syarif yang merupakan keturunan Nabi Muhammad s.a.w.

Pada Mei 1919M di Turbah ketika tengah malam, mereka menyerang angkatan perang Hijaz dengan cara pengecut dalam anggaran seramai lebih enam ribu orang.

Dan sekali lagi, pada bulan ogos 1924, sama seperti yang dilakukan orang barbar, tentara Saudi Wahabi menceroboh memasuki rumah-rumah di Hijaz dan kota Taif dengan memberi mengancam kepada mereka dan merompak serta mengmbil senjata mereka. Banyak wanita Taif yang segera meloncat ke dasar sumur air demi menghindari pemerkosaan dan pembunuhan yang dilakukan tentara-tentara Saudi Wahhabi.

Maka ternyatalah adalah intisari-intisari dakwahnya adalah ditegakkan atas dasar mengkufur dan membunuh setiap orang yang tidak sehaluan denganya dan tidak memasuki barisan pergerakannya. Syeikh Zaini Dahlan telah menyebutkan lagi bahawa al-Wahabiyyah apabila berjaya memasuki Makkah, Madinah dan Thaif, mereka telah melakukan pembunuhan terhadap kaum wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua sehingga darah mereka mengalir seperti sungai (Abd al-Rahman ‘Ammasy 2007).




2.2 PERAKUAN NABI S.A.W. MENGENAI PERGERAKAN WAHHABI DI MADINAH.

Nabi saw. Menyebutkan bahwa salah satu tanda akhir zaman adalah pembangunan Bait al-Maqdis di Yerusalem dan penghancuran Yathrib (Madinah)...

حدثنا عبدالله حدثني أبي حدثنا زيد بن االحباب حدثنا عبدالرحمن بن ثوبان حدثني أبي عن مكحول عن معاذ بن جبل قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : عمران بيت المقدس خراب يثرب وخراب يثرب خروج الملحمة وخروج الملحمة فتح القسطنطينية وفتح القسطينطينية خروج الدجال ثم ضرب على فخذه أو على منكبة ثم قال : إن هذا لحق كما أنك قاعد وكان مكحول يحدث به عن جبير بن نفيرعن مالك بن يخامر عن معاذ بن جبل عن النبي صلى عليه وسلم مثله .

Dari Muadz Ibn Jabal, Nabi s.a.w. Berkata (bahwa di antara tanda-tanda akhir zaman adalah ), “Pembangunan kembali Bait al-Maqdis, penghancuran Yathrib dan penghancuran Yathrib, munculnya keganasan (pertempuran dahsyat atau pertikaian berdarah), penaklukan Konstantin dan penaklukan Konstantin, dan kemunculan Dajal”. Lalu Nabi s.a.w. Menepuk Muadz sambil berkata ,”sungguhnya, itu merupakan kebenaran, seperti halnya kenyataan bahwa kamu sedang duduk saat ini”.

Kemungkinan akan beranggapan bahawa untuk membangun Jurusalem (Quds) bermaksud membangun infraktruktur- infraktruktur yang tinggi besama peradabannya yang dapat disaksikan sekarang, dan sebaliknya di Madinah tidak akan ada peradaban. Namun ternyata di Madinah telah dibangunkan infrastruktur tinggi , pusat-pusat beli-belah , hotel-hotel, terowong-terowong yang menuju ke masjid, dan perluasan masjid. Semua ini nampaknya bercanggah secara zahir dengan hadith yang menyebutkan bahwa Madinah akan hancur (Mohammad Hisham Kabbani 2003).
Ketika melihat hadith itu secara lebih teliti dan secara mendalam, didapati bahawa Nabi s.a.w. tidak menyebutkan bahawa seluruh kota Jurusalem akan dibangun, tetapi Bait al-Maqdis akan diperbaiki. Quds mencakupi seluruh jurusalem dan Bait al-Maqdis adalah kawasan suci tempat Nabi Muhammad s.a.w. naik ke langit dalam perjalanan Isra’ dan Mikraj. Ucapan Nabi s.a.w. tidak mencakupi seluruh bangunan di Jurusalem, seperti yang disebutkan dalam hadith, “pembangunan kembali Bait al-Maqdis”, yang secara khusus menyebutkan bait (rumah) untuk menekankan bangunan di sekelilingnya, seperti monumen dan benda-benda sejarah. Kawasan tersebut telah dijaga selama berabad-abad dan dipelihara serta dijaga, termasuk bangunan di sekelilingnya seperti monumen dan benda-benda sejarah. Kawasan tersebut telah dijaga selama berabad-abad, dan dipelihara dalam bentuknya yang asal. Melalui pengetahuan yang dianugerahkan oleh Allah, Nabi Muhammad s.a.w. telah menggambar peristiwa itu seribu empat ratus tahun yang lalu.

Seperti yang disebutkan dahulu, situasi Madinah ketika ini dengan bangunan-bangunannya yang moden, nampak bercanggah dengan hadith yang menyebutkan bahawa Madinah akan mengalami kehancuran. Namun dengan kecermatan yang lebih saksama, mengetahui bahawa Nabi s.a.w. secara khusus menyebutkan bahawa Yathrib bukannya Madinah yang akan akan dimusnahkan. Kenyataan Nabi s.a.w. yang sangat tersirat itu mengungkapkan makna yang boleh difahami dalam konteks zaman moden kini. Yathrib adalah kota Nabi iaitu tempat munculnya cahaya pengetahuan yang menyinari dunia. Ia merupakan tempat berdirinya pemerintahan Islam yang pertama, dan sumber banyak dari peninggalan para sahabat. Kharab Yathrib berarti bahawa peradaban kota tua Madinah (yang dulu dikenal dengan nama Yathrib) akan musnah. Nampaknya adalah bahawa segala peninggalan klasik sejarah dan tradisional dalam Islam akan dihancurkan pada masa-masa sebelum datangnya kiamat.

kemusnahan itu dilakukan oleh golongan orang yang menyebarkan dakwah versi Islam mereka sendiri, yang mempersoalkan dan merendahkan tradisi-tradisi klasik. Kini, dapat menyaksikan kemunculan golongan orang yang menentang setiap aspek Islam tradisional yang telah dipelihara oleh umat Islam selama lebih seribu empat ratus tahun. Golongan tersebut ingin mengubah seluruh pemahaman keagamaan dengan menawarkan Islam “Tajdid” mereka. Golongan tersebut merupakan kelompok minoriti di dunia umat Islam. Gagasan-gagasan mereka yang penuh penyimpangan telah disanggah dan ditolak dari pelbagai sisi para ulama Islam sepanjang zaman (Zaki Ibrahim 2003).

Tidak ada yang Islam itu dimodenkan dan diperbaiki. Islam adalah agama yang sempurna, sejak pertama kali dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. hingga hari kiamat, Allah berfirman :

اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الإسلام دينا
“Maksudnya:Pada hari ini telah kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah kucukupkan atasmu nikmatku, dan telah kuridai Islam menjadi agama bagimu”.

Islam adalah pesan terakhir dan pastilah mampu menjamin semua kehidupan manusia hingga hari kiamat. Islam dapat disesuaikan dengan semua jenis kebudayaan tanpa sedikit pun menambah atau megurangi makna Islam itu sendiri. Oleh kerana itu, tidak ada reformasi, renovasi, penambahan, atau pengurangan dalam Islam. Dalam kesempurnaanya, Islam lebih mirip dengan bulan purnama yang mana bulatnya tidak kurang dan tidak lebih.

Kharab Yathrib disebutkan dua kali dalam hadith di atas. Kali pertama adalah penghancuran peradaban pengetahuan berkaitan tentang Nabi s.a.w., iaitu kemusnahan agama dalam bentuk penyimpangan terhadap pesan-pesan Nabi. Mereka yang mengklaim diri sebagai “pembaharu Islam” berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam perkara-perkara baru untuk menggantikan dan menghapus perkara-perkara klasik dan tradisional dalam Islam. Sejak dari Muhammad ibn Abd al-Wahhab hingga Jamal al-Din al- Afghani, Al-Maududi, Sayyid Quthb, dan yang lain-lain. Para modernis ini berusaha mengubah seluruh tradisi Islam yang diajarkan dan dicontohkan oleh Nabi s.a.w. di Yathrib (Siradjuddin Abbas 2005).

Aliran wahhabi adalah yang kali pertama menimbulkan pemahaman yang sepenuhnya baru tentang Islam dengan slogan “pemurnian” Islam. Ideologi wahhabi ini telah menjejaskan kesan-kesan tradisional Islam atas nama “pemurnian” Islam. Seakan-akan semua orang Islam sebelum munculnya Muhammad ibn Abd al-Wahhab telah tersesat. Alih-alih membawa pemurnian, justeru telah menghancurkan ilmu-ilmu dan amalan-amalan keislaman yang telah berakar selama berabad-abad. Semua perkara yang telah diwarisi oleh Nabi s.a.w. dan generasi Islam terdahulu berzaman-zaman tiba-tiba dicap dan dianggap sebagai bentuk penyembahan berhala dan perkara-perkara syirik yang harus dimusnahkan. Orang-orang Islam yang melaksanakan ibadah haji dieksploitasi dengan bahan-bahan bacaan propaganda mereka, sehingga para jemaah itu menganggap bahawa keyakinan dan amalan tradisional mereka bertentangan dengan Islam. Golongan Wahhabi telah menimbulkan keraguan terhadap tradisi keilmuan yang telah berusia seribu empat ratus tahun tahun, dan melontarkan tuduhan kufur, syirik, bidah, dan haram terhadap berbagai amalan dan pemahaman tradisional Islam (Hasnain Abdullah 1996).

Kemusnahan pertama yang menimpa Yathrib adalah ketika Muhammad Ibn Abd al-Wahhab menghancurkan ilmu-ilmu keislaman dengan cara meracuni pemahaman orang-orang Islam terhadap agama mereka. Ungkapan Kharab Yathrib yang kedua merujuk pada kemusnahan fizik terhadap bangunan dan monumen yang berasal dari masa Nabi s.a.w. di Yathrib, kota Madinah klasik. Di Madinah memang telah terjadi perluasan Masjidil Haram, tetapi kenyataan tersebut dilihat bertentangan dengan ungkapan “kharab Yathrib” kerana hadith tersebut merujuk pada kota tua Madinah yang dikenali dengan Yathrib, dan semua yang mewakilinya. Segala yang berkaitan dengan kehidupan Nabi telahpun dipelihara oleh orang-orang Islam selama bertahun-tahun seperti masjid tua, peninggalan sejarah, atau makam rasul, para sahabat, isteri, dan anak-anaknya. Meskipun orang-orang Islam selama berabad-abad sepakat bahawa perkara tersebut merupakan sebahagian penting dalam sejarah dan tradisi Islam. Semuanya kini dihancurkan oleh aliran wahhabi dengan menggunakan dalih bahawa “ semua itu bukan lagi Islam”. Pemahaman mereka yang janggal terhadap Islam mengakibatkan penghancuran sejumlah besar peninggalan sejarah dan monumen. Kharab bererti “keghancuran,” tetapi lafaz ini juga bermakna “keruntuhan.” Memang beberapa peninggalan tradisi klasik masih ada, dan hendak dibangun kembali oleh umat Islam, tetapi mereka tidak disokongn dalam usaha membangunnya kembali, sehingga yang terdapat adalah sisa-sisa peninggalan sejarah Islam seperti bangunan-bangunan lama yang hendak runtuh (Mohammad Hisham Kabbani 2003).

Tidak ada lagi orang yang dapat mengetahui lokasi sebenar sebahagian besar kubur atau makam para sahabat. Di gunung Uhud Madinah, dengan jelas dapat menyaksikan sisa-sisa bangunan yang terabai pada awalnya merupakan makam yang dilengkapi dengan kubah dan hiasan-hiasan indah. Dengan makam yang kelihatan jelas, bangunan suci itu mengenang para sahabat yang gugur bersama Hamzah di Gunung Uhud. Kini, hanya ada sisa saki baki keruntuhan dinding yang diabaikan oleh para pengunjung. Begitu juga, sudah tidak ada lagi kesan-kesan sejarah yang menunjukkan makam para syuhada Badar. Selain itu juga, tidak dapat dikesan lagi tanda makam isteri Nabi, Khadijah al-Kubra di Jannat al-Muacla, Mekah. Manakala di Jannat al-Baqic (pemakaman yang bersebelahan dengan makam dan Masjid Nabi di Madinah), makam Uthman, A’isyah, dan beberapa orang sahabat telah dipelihara oleh penguasa Uthmaniyyah hingga awal abad ke dua puluh, namun kesannya kini telah dihilangkan begitu sahaja. Itu merupakan pemusnahan fizik terhadap peradaban Islam yang tinggal sejak Nabi s.a.w. berada di Yathrib. Dalam perjalanan sedikit demi sedikit, para pengikut fahaman Wahhabi telah melenyapkan sebahagian perkara yang berkaitan dengan Nabi s.a.w. beserta dengan peninggalan Islam yang berbentuk tradisional sehingga ke hari ini.

Di samping kacbah di Mekah al-Mukarramah terdapat Maqam Ibrahim, yang memuat jejak kaki Nabi Ibrahim ketika beliau membangun kacbah. Allah berfirman :
وإذ جعلنا البيت مثابة للناس وأمنا واتخذوا من مقام إبراهيم مصلى
“Maksudnya: Dan ingatlah ketika kami menjadikan Baitullah sebagai tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebagian Maqam Ibrahim sebagai tempat salah”.

Walaupun demikian, autoriti keagamaan Wahhabi atau salafiyyah Wahhabiyah di Mekah pernah mencuba dalam usaha melenyapkan Maqam Nabi Ibrahim a.s. keadaan itu terjadi pada mzaman al-marhum Syeikh Mutawalli al-Syacrawi dari Mesir yang memaklumkan kepada Raja Faisal tentang rencana mereka. Kemudian raja Faisal memerintahkan mereka agar membiarkan Maqam Nabi Ibrahim di tempatnya asalnya semula. Raja berdiri menentang mereka dalam persoalan serius itu, tetapi banyak kejadian serupa di mana beliau hampir mustahil menampung gelombang kemusnahan terhadap beberapa peninggalan dan tradisi Islam.

Pada 1960 an, makam Nabi s.a.w. di Madinah ditandai dengan tulisan di dinding sebuah rumah berdekatan dengan Masjid Nabawi, tetapi tanda itu kini sudah lenyap. Di Masjid Nabawi, semua dinding dan tiang Masjid awalnya dihiasi dengan puisi-puisi pujaan terhadap Nabi s.a.w. Kemudian para pengikut aliran wahhabi menghilangkan hiasan-hiasan itu, dengan cara mengganti dinding marmar tersebut atau menghapuskannya hingga tidak kelihatan lagi hiasan puisi yang ditinggalkan. Satu-satunya perkara yang tidak dapat mereka yang lenyapkan adalah tulisan di depan mimbar pada mihrab yang berisi pujian kepada Nabi s.a.w. dan dua ratus nama baginda. Pada tahun 1936, orang-orang wahhabi berusaha memisahkan Masjid Nabawi dari Makam Nabi, tetapi negara-negara muslim bersatu menentang rencana tersebut dan berhasil menggagalkan perancangan jahat golongan Wahhabi ini (Mohammad Hisham Kabbani 2003).
Di depan gerbang menuju makam Nabi, pada awalnya terdapat tulisan “Ya Allah! Ya Muhammad!” kemudian pengikut aliran wahabi menghilangkan huruf ya (ي) dalam ungkapan Ya Muhammad, sehingga hanya tersisa hurup alif, A Muhammad atau Muhammad saja. Seterusnya, mereka melangkah lebih jauh lagi dengan menempatkan kembali huruf Ya pada kata Ya Muhammad, dan juga menambahkan titik di bawah huruf ha (ه) sehingga menjadi huruf jim (ج), dan menambahkan dua titik dibawah huruf mim sehingga menjadi huruf ya (ي). Dengan begitu, mereka telah mengubah nama Muhammad menjadi Majid, iaitu salah satu asma Allah. Kini , tulisan tersebut menjadi “Ya Allah! Ya Majid”. Kelakuan seperti melenyapkan makam para sahabat dan keluarga Nabi, mereka kini juga telah melenyapkan nama Nabi dari makamnya sendiri. Ini bertentangan dengan kenyataan bahawa Allah telah memuliahkan Nabi s.a.w. dengan menempatkan nama baginda digandingkan dengan nama Allah s.w.t. dalam kalimah syahadah iaitu la ilaha illa Allah, Muhammad Rasul Allah (Mohammad Hisham Kabbani 2003).

Kharab Yathrib yang disebutkan dua kali dalam hadith di atas telah dijawab dan dibincangkan. Pertama dari segi serangan ideologi oleh Muhammad ibn Abd al-Wahhab dan para pengikutnya. Kedua, dengan kemusnahan fizik yang terus berlaku terhadap sisa-sisa peninggalan Islam tradisional. Pembangunan kembali Bait al-Maqdis yang hanya sekali disebut, juga sedang berlangsung ketika ini. Ungkapan cumran Bait al-Maqdis berarti pembangunan kembali peninggalan-peninggalan sejarah di Yerusalam, sementara ungkapan Kharab Yathrib bererti kemusnahan terhadap cara-cara dan peninggalan klasik di kota Yathrib.





2.3 PERJALANAN AL-WAHHABIYYAH DI ZAMAN SEKARANG

Sesungguhnya kaedah yang digunakan ialah menghapus, membidaah, mengkufur dan menghalalkan darah setiap orang yang menyalahinya. Ini adalah satu cara yang sangat merbahaya, kerana ia adalah merupakan dakwah yang ekstrim atau melampau yang menyeru kepada menumpahkan darah orang yang tidak bersalah dan memecah belahkan umat dan mengugut Negara, individu dan masyarakat. Jika dilihat kesan-kesan pergerakan Wahhabiyah di negara-negara arab dan Islam sejak tiga puluh tahun yang lalu sehingga ke hari ini akan didapati ianya penuh dengan darah orang-orang yang tidak bersalah dan kemusnahan kepada komuniti Islam. Daripada pembunuhan syeikh-syeikh dan tuan-tuan Mufti di Dhakistan dan Negara Soviet Union yang silam kepada meruntuhkan kubur-kubur dan masjid-masjid di Yaman dan lain-lain dengan alasan pemimpin-pemimpinnya adalah menyambut peringatan maulid Nabi al-Syarif, hingga kepada meletupkan kenderaan-kenderaan di tempat-tempat awam, hotel-hotel, kereta-kereta api, pusat-pusat ekonomi di Morocco, Indonesia dan Negara-negara Eropah serta Negara-negara barat, sehingga melakukan penyembelihan anak-anak yang tidak berdosa, pegawai-pegawai keselamatan di Jazair dan Negara-negara arab, yang semuanya dilakukan atas nama Jihad (Abd al-Rahman Ammasy 2007).

Sesungguhnya mereka membangkitkan rasa gerun dihati kebanyakan orang-orang Islam yang hidup aman sejahtera, mereka juga telah menghalang perjalanan roda kemajuan ekonomi, akademik dan memberi hambatan kepada golongan yang ingin campur tangan dalam hal-hal ketenteraan dan politik dalam hal ehwal dalam Negara Islam dibawah simbol memerangi puak-puak pelampau.

Munculnya kesan yang buruk yang membawa percanggahan pemikiran dan timbul huru-hara dikalangan orang awam di dalam Masjid, rumah dan di kampung-kampung. Mungkin diantara pengalaman yang buruk yang terkini disebabkan tersebar pergerakan Wahhabiyyah adalah berlaku di Lubnan sejak sekitar sebulan yang lalu. Iaitu apabila beberapa individu dari kelompok orang-orang Lubnan, Arab dan orang asing yang disatukan dibawah pemikiran Wahhabi berkubu di dalam salah satu perkemahan Palestin sehingga mereka melepaskan peluru dan senjata api dan bahan-bahan kepada tentera Lubnan dan perkampungan Islam di sekitar perkemahan tersebut.

Akibat dari perbuatan itu, tentera Lubnan telah terbunuh sekitar seratus enam puluh orang dan lebih seribu yang lain-lain cedera parah, disamping ramai orang yang tidak berdosa turut terbunuh, ini tidak termasuk kemusnahan yang menimpa kampung-kampung dan kerugian yang melumpuhkan ekonomi lubnan. Segalanya ini dilakukan dengan nama menegakkan kerajaan Salafiyyah di utara Lubnan. Adapun sudut Fiqh dan Aqidah, sesungguhnya apa yang dilontarkan oleh gerakan wahhabiyah tentang isu-isu permasalahan yang ganjil dibawah nama pembaharuan dan adakalanya di bawah nama kembali al-Salaf wa al-Islah dapat menyingkap sejauh mana kesesatan dan kejahilan mereka tentang apa yang menjadi pegangan Ulama-ulama Salaf yang sebenar dan Ijmac (Abd al-Rahman Ammasy 2007).

Aqidah yang murni yang telah mantap diisi mejoriti umat adalah Aqidah al-Ayscariah dan Maturidiah yang tidak ada perselisihan padanya dan yang berdasarkan kepada ijma mensucikan Allah s.w.t. daripada penyerupaan dengan jisim, berarah dan bertempat serta daripada segala sifat lembaga seperti bersambung, berpisah mengmbil tempat dan bergerak. Akan tetapi yang menjadi dasar kepada kepercayaan Wahhabiyah adalah sebaliknya kerana ia mensabitkan berjisim, tempat bergerak dan duduk kepada Allah yang maha suci daripada demikian itu.

Berikut contoh penulis memetik yang menjadi dalil terhadap aqidah mereka didapati antaranya seperti di dalam buku yang terkenal dikalangan orang-orang Wahhabi yang dianggap salah satu rujukan kegemaran dan terkenal merekadalam aspek Aqidah iaitu buku yang dinamakan Fath al-Majid Sharh Kitab al-Tauhid yang diambil kenyataan didalamnya berbunyi : “Apabila Tuhan duduk diatas kursi dengan zatnya” (Hasnain Abdullah 1996).

Selain itu, penulis menaqalkan daripada buku Mufti mereka Ibn Baz iaitu Tanbihat Fi Raaddi Ala Man Taawala al-Sifat yang berbunyi : menfikan lembaga dan kaki, tangan serta anggota daripada Allah adalah tergolong dalam kata-kata yang keji. Kemudian lihat kepada Abi Jacfar al-Tohawi yang merupakan salah seorang Imam-imam Salaf dalam bukunya Aqidah al-Tohawiyyah yang sedia maklum berbunyi: “ Maha tinggi dan Allah terhindar daripada batasan, matlamat, penjuru, anggota, alat perkakas dan arah yang enam seperti segala sifat yang baharu. Sesiapa yang menyifatkan Allah dengan apa jua makna yang berkaitan dengan manusia maka sesungguhnya ia telah kufur (Zamihan Mat Zin 2001).

Ini ternyata menunjukkan adanya percanggahan yang jauh diantara kepercayaan Wahhabi dan kepercayaan al-Salaf yang sebenar. Dan dakwaan mereka yang bahawa mereka adalah orang-orang yang mengikut Salaf hanyalah menunjukkan sama ada kejahilan mereka terhadap Aqidah dan kepercayaan al-Salaf atau hanya untuk mengelirukan Umat Islam supaya terjebak menjadi mangsa pemikiran dan kepercayaan mereka rosak lagi binasa.

Contoh lainnya seperti penulis memetik di dalam majalah yang mereka namakan Haji bilanagn sebelas yang ditulis oleh Ibn Baz mengatakan: “Allah berada diatas Arasy dengan Zatnya”. Didalam buku karangan Salleh Fauzan Nadzarat wa Tacqibat juga menyetujui kenyataan Ibn Baz tersebut. Selain itu, karangan Ibn Uthaimin Tafsir Ayat al-Kursi mengatakan: “ al-Kursi adalah tempat letak dua tapak kaki Allah. Dan dalam notanya ke atas buku Fath al-Bari Syarh Sahih Bukhari, dari al-Hafiz Ibn Hajr hadith al-Nuzul yang menyatakan Maha suci Allah daripada arah dan pihak. Ibn Baz menjawab terhadap kenyataan tersebut: “ulama Salaf sepakat mengatakan bahawa Allah berada dilangit” (Zamihan Mat Zin 2001).

Ibn Taimiyyah yang digelar oleh orang-orang wahhabi dengan gelaran Syeikh al-Islam didalam kitabnya Sayrh al-Nuzul berkata: “ Apabila Allah duduk atas kursi dapat didengarkan baginya seperti kain pelana kuda yang baharu” (Abd Wahid Mustofa 2003).

Jelas kelihatan dalam percanggahan kata-kata mereka, adakalanya mereka mengatakan Allah dilangit, pada masa yang lain mereka mengatakan Allah berada di atas Arasy dan kadang-kala duduk di atas al-Kursi, sedangkan sedia maklum oleh orang yang Alim mahupan yang jahil bahawa Arasy itu bukan al-Kursi dan juga bukan langit.

Kemudian daripada itu, orang-orang Wahhabi menyebar luaskan kerosakan ini bahkan mereka pergi lebih jauh dari itu kepada mengkufurkan sesiapa yang menyalahi mereka dalam kepercayaan ini maka mereka terus bekerja mengkufurkan sebilangan terbesar uman Islam yang dianggarkan setengah trillion manuisa yang terdiri daripada pengikut-pengikut mazhab al-Asycari dan al-Maturidi yang mana pegangannya mensucukan Allah daripada arah dan tempat dan mereka mengmbil berkat dengan Wali-wali Allah dan para solihin serta menyambut hari keputraan Nabi s.a.w. yang mulia.

Malah puak Wahhabi beranggapan bahawa Abu Jahal dan Abu Lahab tergolong dalam orang-orang yang mentauhidkan Allah. Mereka juga menuduh kaum Ahl Sunnah yang mengambil berkat dari Wali dan para solihin dengan tuduhan walaupan mereka bertauhidkan Rububiyyah tetapi mereka tidak mentauhidkan Uluhiyyah. Seorang pendukung Wahhabi bernama Ahmad Basymil berkata dalam kitabnya Kaifa Nafham al-Tauhid: “ Tiada tuhan melainkan Allah dan Abu Lahab lebih mentauhidkan Allah dan lebih ikhlas imannya daripada orang-orang Islam yang mengucapkan tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruhnya di sebabkan mereka bertawasul dengan wali-wali dan orang- orang solihin (Abd al-Rahman Ammasy 2007).

Cara mereka mengkufurkan orang-orang Islam al-Ashacirah dan al-Maturidiyyah adalah suatu Bidaah yang lain yang jelas ketara di dalam buku-buku, majlis dan pidato mereka. Dalam buku karangan Salleh bin Fauzan Min Mashahir al-Mujaddidin Fi al-Islam beliau mengatakan orang-orang berfaham al-Ashacirah dan al-Maturidiyyah tidak layak digelar Ahli Sunnah Wal Jamaah. Selain itu, buku mereka Fath al-Majid menyatakan ramai ahli Sunnah yang mengkufurkan orang-orang Ashacirah. Disebut lagi dalam buku tersebut orang-orang mesir adalah kafir kerana mereka menyembah Ahmad al-Badawi, orang-orang Sham iaitu Syria juga kafir kerana menyembah Ibn Acrabi dan begitu juga orang-orang Najd dan Hijaz dan orang-orang Yaman sebelum lahirnya seruan atau sampainya dakwah al-Wahhabiyah. Di dalam buku mereka al-Tauhid menyatakan orang-orang Ashacirah dan Maturidiyyah adalah murid kepada kumpulan atau golongan al-Jahmiah dan Muktazilah dan juga merupakan anak-anak ayam kepada kumpulan al-Muattilah (Zamihan Mat Zin 2001).

Dalam sebuah buku yang dinamakan al-Tauhid li al-Marahi as-Thanawiyah yang merupakan buku teks rasmi di salah sebuah Negara mensifatkan orang-orang yang berfaham Ashcariah adalah syirik ketika memperkatakan tentang kesyirikan orang-orang terdahulu. Ia menyebut mereka adalah orang-orang Salaf al-Jahmiah, al-Muktazilah dan al-Ashacirah.

Cukup menunjukkan kemuliaan orang-orang al-Asycirah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah mentafsirkan ayat lima puluh empat dalam Surah al-Maidah yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, barang siapa diantara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintainya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang kafir, yang berjihad di jalan Allah dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurniaan Allah, diberikannya kepada siapa yang dikehendakinya, dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui”. Sabda baginda:” mereka adalah kaum ini setelah Nabi mengisharatkan kepada Abi Musa al-Ashcari. Al-Hakim telah meriwayatkan dalm buku al-Mustadrak bahawa ayat ini apabila turun Nabi mengisharatkan kepada Abi Musa al-Asycari r.a. dan mengmbil sabda mereka adalah kaum ini. Al-Khuhari mengatakan pengikut-pengikut Abi al-Hasan adalah daripada kaumnya (Al-Qurtubi 1993).

Imam al-Bukhari telah menyebutkan di dalam buku Sahihnya Bab kedatangan orang-orang Asy’ariyyin Nabi s.a.w. bersabda ketika kedatngan orang-orang Asy’ariyyin yang bermaksud:” mereka adalah daripada golonganku dan aku adalah daripada golongan mereka”. Ini adalah suatu isyarat kepada kesahihan perjalanan cucu mereka Abu al-Hasan al-Asy’ari. Al-Zarkasi telah menukil dalam buku Tasnif al-Masaami dari sebahagian ahli ilmu bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda kepada Abu Musa al-Asy’ari sambil meletakkan tangannya yang mulia ke atas bahunya yang bermaksud:” Engkau telah dianugerahkan suatu perbendaharaan daripada syurga”. Ahli ilmu menyatakan perbendaharaan ilmu adalah suatu yang tinggal selepas kematian tunnya, maka dapat difahamkan daripada Hadith ini bahawa ia adalah menunjukkan kepada yang lahir daripada tulang belakang Abi Musa al-Asy’ari iaitu al-Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari yang menangkis golongan yang sesat seperti Qadariah, Jabariah sekaligus menyusun secara rapi dan mempertahankan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Abdullah al-Ghumari 2005).

Adapun golongan yang terbesar daripada orang-orang Islam di Negara-negara Arab keadaan mereka sama di Negara-negara Islam seprti di Malaysia, Indonesia, Thailand dan sebagainya dalam masalah Fiqh mereka adalah pengikut Mazhab empat yang Muktabarah. Sementara di dalam Aqidah mereka adalah bermazhab al-Asy’ari dan al-Maturidi. Maka orang-orang Islam di Malaysia adalah bermazhabkan Asy’ari Syafie sebagaimana yang telah diasuh oleh Ulama-ulama. Penyebaran agama di kawasan tanah Melayu sebelum ratusan tahun adalah di lakukan oleh golongan Asya’irah yang bermazhab Syafie. Tuduhan golongan Wahhabi kepada mereka sebagai kufur dan Bid’ah tiada sedikitpun memuradatkan mereka kerana suatu kebenaran tidak dikenali dengan sebab pemimpin tetapi pemimpin-pemimpin adalah dikenali dengan kebenaran.


2.2.5 GERAKKAN KAUM MUDA/WAHHABI DI MALAYSIA

Gerakkan Kaum muda di Malaysia sejak tahun 50an sebelum merdeka. Diantara tokoh yang nenonjol gerakkan ini seperti sheikh Abu Bakar Asycari dan Ibrahim al-Aqibi. Abu Bakar Asycari menggerakan gerakkan ini di Perlis Indera Kayangan sementara Sheikh Ibrahim pula di Pulau Pinang.

Ada didengar dari orang-orang tua mereka ini adalah anak murid kepada Hasan Bandung yang menggerakkan Muhammadiyyah di Indonesia. Gerakkan Muhammadiyyah di Indonesia adalah gerakkan yang membawa fahaman Wahhabi.

Fahaman Kaum Muda yang berteraskan ajaran Wahabbi telah bertapak di Perlis dan beberapa tempat di Pulau Pinang sejak tahun 50an hasil dari gelombang Kaum muda yang didokong oleh dua tokoh ini. Para Ulama pada masa itu telah bangun dalam menangani golongan ini ,diantaranya pertemuan dua pihak yang telah dihadiri oleh Syeikh Ghazali Mufti Perak , Syeikh Abu Bakar al-Baqir dan Ulama-Ulama lain bersama tokoh-tokoh kaum muda yang diantaranya Sheikh Abu Bakar al-Baqir. Pertemuan itu berakhir dengan kegagalan Sheikh Ibrahim al-Aqibi menjawab beberapa soalan yang diajukan sehingga beliau jatuh dari kerusi dan meninggal dunia.

Selain itu penulisan para Ulama dalam menjawab serangan golongan ini , diantaranya penulisan Sheikh Abd Qadir al-Mindili yang berjudul Sinar matahari buat penyuluh kesilapan Abu Bakar Asycari yang telah di cetak di Mesir pada Muharram tahun 1379 H beberapa tahun selepas merdeka.

Begitu juga penulisan Abu Qaniah dan Abu Zahidah yang berjodol Senjata Syariah dan dicetak pada 23/7 1953 telah ditashih oleh Sheikh Abdullah Fahim, Hj Ahmad Tuan Hussin Pokok Sena dan Hj Abd Rahman bin Hj Abdullah Merbuk Kedah ,menjadi bahan bukti betapa wujudnya gelombang Kaum Muda yang berpaksikan ajaran Wahhabi mula tersebar di Malaya sebelum merdeka lagi. Bahkan dalam surat wasiat Sheikh Abdullah Fahim juga mengingatkan orang-orang Islam di Malaya agar berhati-hati dengan golongan Khawarij yang telah memasuki Negara.












3.2.1.1 TAUHID RUBUBIYYAH.

Mereka menganggap Tauhid ini diterima oleh seluruh insan di muka bumi ini kecuali golongan Mulhid (Johari Mat,2008).

Orang-orang musyrik itu bertauhid dengan Tauhid Rububiyyah dan mereka tidak bertauhid dengan Tauhid Uluhiyyah kerana mereka itu menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan untuk menghampirkan diri kepada Allah.

Bahkan mereka dari golongan Wahhabi mengatakan kaum Muslimin yang bertawassul dan beristighasah dengan Anbiya dan Salihin serta Tabarruk adalah mereka itu Kuffar bahkan lebih kufur dari Abu Lahab, Firaun dan Hamman.

Dalam hal ini mereka mengiktiraf orang-orang Musyrik seperti Abu Jahal dan Abu Lahab bertauhid Rububiyyah atau dengan kata ahli Tauhid juga. Dalam konteks di Malaysia, mereka kata orang-orang kafir di Malaysia pun bertauhid Rububiyyah.

Kesimpulannya dalam Tauhid Rububiyyah ini di maksudkan semua makhluk di muka bumi tidak kira agama yang mensyirikkan Allah dikira termasuk dalam berpegang dengan Tauhid Rububiyyah atau dengan kata lain yang lebih mudah difahami mereka adalah ahli Tauhid.



3.2.1.2 TAUHID ULUHIYYAH.

Tauhid ini dimaksudkan oleh perspektif Wahhabi adalah Tauhid yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. yang bersifat tulus kepada Allah s.w.t. dengan tidak melakukan perkara-perkara yang membawa kepada syirik seperti ziarah kubur walaupun ziarah makam Rasul, tawassul, istighasah, tabarruk dan lain-lain lagi.

Kaedah yang diguna pakai ini membolehkan sesiapa dari kalangan muslimin yang melakukan amalan seperti ziarah kubur, tawassul, istighasah, dan tabarruk, maka mereka akan dikategorikan bertauhid Rububiyyah. Dalam erti kata lain Tauhidnya tidak sah, maka darahnya halal dan hartanya boleh dijadikan ghanimah.

Dalam masalah ini mereka menyamakan golongan Musyrik yang menyembah berhala-berhala dengan orang Islam yang menziarahi makam Auliya, Solihin dan Anbiya. Mereka juga menyatakan apa bezanya orang Musyrik menyembah berhala untuk sampai pada tuhan yang sebenar antara orang Islam yang datang berkunjung untuk mengambil barakah di Makam Auliya dan Nabi-nabi serta orang-orang Solihin untuk sampai kepada Tuhan (Muhammad Ahmad Basymil).

Kesimpulannya dalam Tauhid ini, khusus terhadap orang Islam sahaja yang terhindar atau tidak melakukan amalan-amalan yang syirik bagi perspektif Wahhabi seperti ziarah makam Rasul-rasul dan sahabat-sahabat, Tawassul, Istighasah, Tabarruk dan seumpama dengannya adalah berpegang dengan Tauhid Uluhiyyah. Manakala bagi sesiapa yang melakukan amalan yang dikategorikan syirik tadi adalah terkeluar dari Tauhid Uluhiyyah dan termasuk dalam Tauhid Rububiyyah.
3.2.1.3 TAUHID ASMA WA SIFFAT ATAU AQIDAH MUSYBBIHAH DAN MUJASSIMAH.

Dalam tauhid ini mereka menyamakan Allah dengan makhluknya. Mereka mengharuskan kepada Allah perbuatan bersentuhan dan bersalaman. Mereka sebenarnya berpegang kepada lafaz-lafaz yang terdapat dalam ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti Istiwa’ yang dimaksudkan mereka adalah duduknya Allah, muka, dua tangan, mata , pinggang, datang, mendatangi, berada di atas dan dibawah dengan semua ini bertunjangkan kefahaman yang berdasarkan zahir ayat terbabit, yang secara mutlaknya difahami kepada benda yang berjisim.

Wajib beriman dengan sifat-sifat Allah sebagaimana Allah s.w.t. menyifatkan dirinya tersebut di dalam al-Quran dan Hadith. Bila mana terdapat ayat al-Quran menyebut “ Allah cArsy al-Istawa” kemudian mereka berpegang maksudnya hendaklah beriman Allah duduk di atas Arasy secara hakikat.

Di antara lain ayat-ayat al-Quran yang menyebut tentang sifat Allah s.w.t. “ yad Allah” mereka menganggap hendaklah beriman Allah memiliki tangan secara hakikat. Selain itu “Ain Allah” juga beranggapan hendaklah beriman Allah s.w.t. memiliki dua mata secara hakikat.

Mereka juga beranggapan bahawa semua sifat Allah s.w.t. itu perlu di imani dan diterima secara bulat-bulat secara zahir yang terdapat dalam ayat-ayat al-Quran tersebut tanpa takwil atau sebagainya. Selain itu, mereka menganggap cara pemahaman Aqidah ini bersamaan dengan cara Salaf. Maka secara tidak lansung, pembawaan ini telah menyebabkan tauhid ini terjerumus ke dalam lembah menjisimkan Allah serta menyerupakan Allah dengan makhluknya. Oleh itu, para Ulama menganggap metod yang digunakan oleh Wahhabi ini serupa dengan metod yang diguna pakai oleh puak-puak Mujassimah atau Musyabbihah yang mana sedia maklum bahawa puak-puak itu terkeluar dari Ahli Sunnah Wa al-Jamaah.

Mereka dengan keras menolak pengajian sifat dua puluh yang dianggap sebagai satu konsep yang bersumberkan falsafah Yunani dan Greek. Dalam masa yang sama menolak serta mengkritik keras terhadap Aqidah Ahli Sunnah Wa al-Jamaah yang di bawa oleh Abu al-Hasan al-Asycari dan al-Maturidi yang mana dipegang oleh mejoriti ulama Islam serta umat Islam dalam perkara Aqidah. Mereka juga sering mengkafir ulama-ulama Asyacirah seperti al-Hafiz al-Muhaddith al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani, al-Hafiz al-Imam Ibn Hajar al-Haitami, al-Imam Izzuddin Ibn Abd al-Salam dan banyak lagi ulama menjadi mangsa tuduhan kafir khususnya Ulama-ulama Asyacirah.

Mereka bergerak dalam penyebaran Dakwah Aqidah Salafiyyah al-Wahhabiyah yang mirip kepada Mujassimah dan Musyabbihah ini sering berselindung di sebalik kata nama Salaf atau Mazhab Salaf. Dengan tiket nama Salaf ini dapat memberi ruang yang seluas-luasnya buat mereka dalam mengaburi orang awam dalam membenarkan Aqidah mereka di guna pakai atau diterima oleh semua orang.

Selain itu, mereka mendakwa bahawa amalan memuliakan Rasulullah s.a.w. boleh membawa kepada syirik. Ini kerana memuji-muji makhluk berlebih-berlebihan selain daripada Allah s.w.t. boleh menyebabkan terjebak ke lembah kesyirikan walaupun makhluk yang dipuji itu adalah yang membawa rahmat di muka bumi ini iaitu Nabi Muhammad s.a.w. mereka juga beranggapan ibu bapa Rasulullah tidak terselamat dari azab api neraka.


Kesimpulannya mereka memahami ayat-ayat mutasyabihat secara zahir tanpa takwil atau sebagainya. Mereka juga menafikan konsep takwil yang dipelopori oleh Abu al-Hasan al-Asycari dalam memahami ayat-ayat Mutasyabihat. Bahkan mereka mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak mengikut metod Aqidah mereka khususnya Ulama-ulama Asyacirah yang sering kali menjadi mangsa kekafiran mereka kerana berbeza dalam hal Aqidah. Mereka memahami ayat-ayat Mutasyabihat secara zahir tanpa huraian terperinci dari Ulama-ulama yang Muktabar.


3.2.2 FIQH

3.2.2.1 TIDAK BERMAZHAB.
Dalam masalah fiqh, mereka lebih menjurus mengamalkan sesuatu amalan itu berdasarkan tidak berpegang kepada empat mazhab. Malah mereka menolak fahaman bermazhab kepada imam-imam yang empat atas alasan keempat-empat Imam tersebut itu tidak maksum. Mereka juga sering menuduh kepada orang yang bermazhab sebagai taasub mazhab. Kadang kala mereka mengadunkan amalan empat-empat mazhab dan pendapat-pendapat lain sehingga membawa kepada Talfiq yang haram. Selain itu mereka juga memandang hal tentang Taqlid sebagai satu perkara bidaah.

Kedengaran juga mereka mewar-warkan bahawa fiqh empat mazhab ini telah ketinggalan zaman. Maka mereka juga mempromosikan mazhab fiqh yang baru dinamakan sebagai Fiqh al-Taysir, Fiqh al-Dalil, Fiqh Mustofa dan seumpamanya yang jelas terkeluar daripada fiqh empat mazhab.


3.2.2.2 BIDAAH.

Mengikut perspektif Wahhabi, bidaah disini adalah sesuatu perkara baharu yang mana perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w dangan tujuan mengurangkan sesuatu atau menambahkan sesuatu adalah dikira bidaah yang sesat.

Mereka menafikan bidaah yang terbahagi kepada dua iaitu Bidaah Hasanah dan Bidaah Sayyiah dengan menyatakan semua perkara baharu itu adalah tergolong dalam Bidaah yang sesat. Ini kerana berpandukan kepada Hadith “kullu bid’atin dhalalah” yang mafhunya: “Setiap perkara yang baru diada-adakan adalah bidaah dan setiap yang bidaah adalah sesat dan setiap yang sesat berada di dalam neraka” sanad yang sahih riwayat Abu Daud.

Pandangan Imam al-Syatibi dalam perkara bidaah adalah pandangan yang diangkat oleh puak-puak Wahhabi yang mana penulis memetik dari buku al-Ictisam, Imam al-Syatibi menolak adanya pembahagian bidaah yang terbahagi kepada Hasanah dan Sayyiah atau terbahagi kepada lima iaitu wajib, sunnat, mubah, haram, mandub seperti ini, dan beliau mendakwa semua perkara baru hanya berkaitan dalam ibadah sahaja adalah bidaah dan semestinya tercela.

Penulis berpandangan oleh kerana metod bidaah yang dipegang puak-puak Wahhabi, maka tidak hairanlah sebahagian umat Islam dituduh sebagai pembuat bidaah hatta Ulama-ulama yang berautoriti seperti al-Imam Sayyid Muhammad cAlawi al-Maliki, Syeikh Sayyid Mamduh, Syeikh al-Hafiz Abdullah al-Ghumari dan tidak ketinggalan ulama-ulama dari Malaysia pun dituduh sebagai pembuat bidaah yang tercela. Mereka memahami konsep bidaah dalam skop atau konteks yang terlampau sempit yang berpunca dari kejahilan mereka sendiri yang tidak mahu berpegang kepada penerangan ulama-ulama yang Mu’tabar dan berautoriti sehingga menyebabkan berlaku tuduh-menuduh bidaah membidaahkan, sesat atau seumpamanya.

Kesimpulannya di sini, fahaman Wahhabi meletakkan takrif bidaah yang tersendiri dan tidak mengikut pendapat mejoriti Ulama-ulama dalam memahami takrif bidaah yang sebenar. Takrif bidaah yang diguna pakai adalah semua bidaah adalah tercela atau keji yang membawa kepada kesesatan yang mana akan dimasukkan ke dalam neraka. Maka timbullah beribu-ribu amalan-amalan warisan yang ditinggalkan para ulama dituduh sesat dan bidaah yang keji seperti amalan maulid Nabi s.a.w, bersalaman selepas sembahyang, berdoa dengan nyaring dan menziarahi makam Rasulullah s.a.w.

3.2.2.3 NAJIS.
Sebahagian dari mereka sering mempertikaikan bagi kedudukan babi sebagai najis Mughalazah. Mereka juga mengatakan enzim babi tidak najis dan halal. Selain itu, terdapat beberapa perkara yang melanggar Ijma Ulama seperti membasuh sesuatu yang telah disentuh oleh anjing atau babi tidak perlu Sama’ atau membasuh menggunakan air tanah, cukup sekadar menggunakan air sabun sahaja.

3.2.2.4 WUDHU’.
Ciri-ciri mereka dalam masalah Wudhu’ antaranya seperti mereka tidak menerima air musta’mal dengan menyatakan ia bukan sebahagian dalam ajaran Sunnah. Selain itu, mereka juga berpegang bahawa bersentuhan lelaki dan perempuan Ajnabiyyah tidak membatalkan wudhu’. Manakala ketika sedang mengangkat wudhu’, bilamana hendak membasuh kedua belah telinga hanya sekadar dengan air basuhan rambut sahaja sudah mencukupi bukan dengan air yang baru.

3.2.2.5 AZAN.

Dalam bab azan ini, puak-puak Wahhabi ini berpegang azan jumaat hanya sekali dan menolak dengan keras bahawa azan Jumaat yang kedua itu dalah bidaah yang keji yang sengaja diada-adakan.

3.2.2.6 SOLAT.

Dalam fahaman Wahhabi selalu mempromosikan ‘sifat solat Nabi s.a.w.’, dengan alasan kononnya solat berdasarkan fiqh mazhab adalah bukan sifat solat Nabi s.a.w yang sebenar. Dalam erti kata lain, solat yang selalu dibuat oleh sebahagian masyarakat Islam adalah bukan dari Sunnah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w dan dituduh sebagai amalan yang diada-adakan tanpa meruju kepada al-Quran dan al-Hadith. Bagi mereka sebenarnya hendak mengatakan bahawa cara-cara solat yang telah diterangkan oleh ulama-ulama empat mazhab ini adalah dusta dan yang benar adalah secara solat yang mereka pelopori tanpa berpandukan kepada pandangan-pandangan ulama empat mazhab.

Antara ciri-ciri solat yang dipelopori oleh Wahhabi seperti tiada lafaz Usolli atau dikenali Talffuz bi al-Niyyat sebelum mengangkat takbir kerana mereka mendakwa lafaz Usolli itu adalah bidaah. Ketika solat pula hendaklah berdiri secara terkangkang. Kemudian tidak membaca Basmalah secara jahar kerana membacanya dengan nyaring adalah dikategorikan sebagai bidaah.

Selain itu, ketika sembahyang, hendaklah meletakkan tangan di atas dada sewaktu qiyam bukan di antara pusat yang empat mazhab putuskan. Menganggap bahawa meletakkan tangan di atas dada itu adalah Sunnah yang sebenar bukannya mengikut empat mazhab. Mereka juga beranggapan bahawa perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam solat sebagai perkara Bidaah.

Mereka juga menganggap Qunut subuh adalah sebahagian dari perkara-perkara Bidaah dengan alasan kerana Nabi s.a.w. tidak melakukan amalan doa Qunut ini secara berpanjangan. Kemudian menganggap penambahan ‘wa bihamdihi’ pada tasbih rukuc dan sujud adalah bidaah. Setelah selesai solat selepas salam, tiada menyapu muka yang dikira sebagai bidaah.

Manakala dalam hal solat Tarawikh, mereka hanya mengamalkan solat tarawikh dengan lapan rakaat sahaja. Bahkan sebilangan mereka juga ada yang mendakwa solat tarawikh itu sebenarnya adalah solat malam seperti solat yang dibuat pada malam biasa. Kemudia mereka juga menolak sekeras-kerasnya hadith-hadith targhib wa tarhib dalam menyebut kelebihan solat tarawikh dengan mengatakan kesemua hadith-hadith ini adalah palsu dan mungkar. Kemudian menganggap sebahagian amalan tradisi dalam solat tarawikh di Malaysia sebagai bidaah seperti zikir jahar di antara rakaat-rakaat solat Tarawikh.

Lebih mengejutkan lagi, fahaman Wahhabi mendakwa bahawa tidak perlu qadha bagi solat yang sengaja ditinggalkan. Menganggap amalan bersalaman selepas solat adalah bidaah. Selain itu, mereka juga menganggap lafaz sayyiduna dalam solat dikira sebagai bidaah.

Akhir sekali fahaman Wahhabi menganggap di bolehkan jamac dan Qasar walaupun kurang dari dua marhalah. Dalam masa yang sama mereka menolak solat sunnat Qabliyyah sebelum jumaat. Banyak lagi penulis hendak senaraikan ciri-ciri fahaman Wahhabi dalam bab solat, akan tetapi cukup sekadar yang penting untuk pengetahuan am dalam mengenali ciri-ciri mereka ini kerana ruangan yang terhad untuk di letakkan semua ciri-ciri fahaman Wahhabi khususnya dalam bab solat.

3.2.2.7 DOA, ZIKIR DAN BACAAN AL-QURAN.

Dalam bab ini penulis mendapati banyak perkara telah dikategorikan bidaah dan sekaligus puak-puak Wahhabi tidak akan melakukan perkara tersebut. Antaranya ialah doa beramai-ramai atau berjamaah selepas solat adalah dikategorikan sebagai bidaah. Kemudian, menganggap zikir dan wirid beramai-ramai atau berjamaah selepas sembahyang atau pada bila-bila masa sebagai bidaah.

Selain itu, terdapat juga pegangan mereka terhadap zikir-zikir, doa dan selawat yang tidak ada dalam al-Quran dan hadith sebagai bidaah. Sebagai contoh mereka menolak Dhal’il al-Khayrat, selawat Shifa, al-Munjiyah, al-Fatih, Nur al-Anwar, al-Taj dan juga zikir isim mufrad iaitu menyebut Allah berulang kali. Mereka juga menganggap penggunaan tasbih untuk berzikir adalah bidaah. Amalan berzikir dengan bilangan tertentu seperti seribu, sepuluh ribu dan bilangan tertentu yang lain pun dianggap sebagai bidaah.

Manakala di dalam perkara-perkara bacaan al-Quran pula mereka berpegang bahawa tidak menyebut ‘Sodaqallah al-cAzim’ setelah selesai mambaca al-Quran kerana bagi mereka amalan itu dikira bidaah. Amalan membaca Yasin pada malam Jumaat dan malam Nisfu Syacban juga dianggap sebagai bidaah yang haram di atas alasan Nabi s.a.w. tidak pernah menentukan hari-hari tertentu dalam membaca Yasin. Akhir sekali dalam perkara doa mereka bertegas bahawa mengangkat tangan sewaktu berdoa selepas sembahyang adalah bidaah.
3.2.2.8 PENGURUSAN JENAZAH DAN QUBUR

Dalam bab ini, banyak perkara yang menjadi pegangan dalam teras kepada fahaman Wahhabi khususnya dalam bab ini iaitu sekitar perkara qubur dan jenazah. Banyak amalan yang telah dikategori bidaah antaranya seperti menganggap amalan menziarahi maqam Rasulullah s.a.w., para sahabat, anbiya, awliya, ulama, solihin sebagai bidaah dan solat tidak boleh dijamac atau qasar dalam ziarah seperti ini. Mereka juga mengharamkan wanita menziarahi kubur walaupun kubur keluarga.

Amalan-amalan yang bersangkutan sekitar jenazah juga banyak dibidaahkan seperti amalan talqin, tahlil dan bacaan Yasin bagi kenduri arwah sebagai amalan yang bidaah yang haram. Tidak ketinggalan juga amalan membaca doa selepas solat jenazah juga dikira sebagai bidaah.
Ada diantara pemuka-pemuka Wahhabi seperti syeikh Nasiruddin al-Bani memberi fatwa dan sebahagian yang lain menyeru agar makam Rasulullah s.a.w. dikeluarkan dari masjid Nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari terjebak kelembah kesyirikan hasil dari perbuatan menziarahi Nabi s.a.w atau bertawassul, tabarruk dan seumpamanya. Selain itu, menganggap kubur yang bersebelahan dengan masjid adalah bidaah yang haram serta membaca doa dan bacaan al-Quran di perkuburan dianggap sebagai bidaah juga. Semua ini dianggap sebagai perkara bidaah yang berlawanan dengan sunnah yang sebenar bagi kaca mata Wahhabi. Mereka melihat amalan-amalan ini dengan tafsiran bidaah yang begitu sempit sehingga puluhan ribu amalan-amalan yang diwarisi oleh ulama telah dituduh bidaah dan sesat.



3.2.2.9 MUNAKAHAT

Pegangan mereka dalam bab munakahat ini antaranya yang masyhur ialah fatwa yang dikeluarkan oleh Syeikh Ibn Taymiyah yang mana telah dipegang oleh puak-puak Wahhabi iaitu apabila berlaku talak tiga dalam satu majlis bermakna baru jatuh talak satu.

3.1.2.10 MAJLIS SAMBUTAN BERAMAI-BERAMAI

Pegangan keras fahaman Wahhabi yang begitu popular mengenai amalan yang bersangkutan dengan majlis sambutan secara beramai-ramai yang telah dituduh sesat dan tuduhan-tuduhan yang melampau seperti mereka menolak sambutan Maulid Nabi s.a.w., bahkan menolak cuti sempena hari Mawlid Nabi s.a.w. dan yang lebih parah lagi menyamakan sambutan Maulid Nabi s.a.w. dengan perayaan kristian bagi menyambut hari nabi Isa a.s.

Selain itu, amalan marhaban dan berzanji juga dikira bidaah diatas alasan didalam amalan tersebut mengandungi pujian-pujian yang melampau kepada makhluk (nabi Muahmmad s.a.w.) sehingga boleh membawa kepada kesyirikan. Amalan sambutan Ma’al Hijrah dan Isra’ Micraj juga dianggap bidaah. Akhir sekali, ketika berada dalam sambutan Maulid Nabi s.a.w., kelakuan berdiri ketika membaca selawat beramai-ramai itu adalah perkara yang bidaah serta bagi mereka perkara ini tidak dilakukan olah Nabi s.a.w. maka secara tidak lansung dikategorikan sebagai keji dan tercela.



3.2.3 MODUL PEMBELAJARAN

Dalam pembelajaran mereka selalu didedahkan dengan suasana pembelajaran bidaah tajaan perspektif Wahhabi sebanyak mungkin agar peka terhadap perkara bidaah ini, seolah-olah perkara bidaah ini adalah masalah terbesar di tengah-tengah dunia Islam.

Antara rujukan-rujukan yang menjadi tempat role model atau dipegang pendapatnya dalam hal-hal Aqidah dan hal Furuciyyah seperti nama-nama besar iaitu Syeikh Ibn Taymiyah, Syeikh Ibn al-Qayyim, Syeikh Muhammad Abd al-Wahhab, Syeikh Abd al-Aziz Ibn Bazz, Syeikh Nasiruddin al-Bani, Syeikh Soleh Ibn Uthaimin dan Syeikh Soleh Fawzan al-Fawzan. Puak-puak Wahhabi sering menggunakan dan mengutamakan pendapat-pendapat ulama-ulama tersebut khususnya dalam perkara Aqidah serta khilafiyyah. Maka tidak hairanlah mereka beraqidah mirip Mujassimah Musaybbihah dan selalu mentabdic amalan-amalan masyarakat Islam kerana ulama-ulama yang mereka pegang pun berpandangan sedemikian rupa.

Konsep mereka dalam pembelajaran agama adalah kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah tanpa menyebut penerangan ulama-ulama yang muktabar. Ini kerana mereka berpandangan bahwa setiap manusia itu tidak maksum serta berkemungkinan terdedah dengan kesalahan, maka al-Quran dan al-Sunnah adalah perkara yang terpelihara kebenarannya yang perlu diikuti tanpa memerlukan kepada pembawaan ulama. Maka timbullah fahaman tidak bermazhab yang bersesuaian dengan konsep fahaman mereka ini.



3.2.4 TASAWUF DAN TAREKAT

Apabila melihat suatu perkara yang timbul dari tasawuf dan tarekat, mereka begitu lantang dalam mentohmah sebagai sesat dan di war-warkan sebagai jenayah besar dalam Islam. Secara keseluruhan fahaman mereka ini amat tidak menggemari tentang tarikat atau tasawwuf.

Tasawwuf ini sering menjadi mangsa kritikan yang amat pedas dari pihak Wahhabi terutamanya pemuka-pemuka tasawwuf yang banyak telah dituduh sesat oleh mereka antaranya seperti Ibn Acrabiy dan al-Imam al-Ghazali.

Menurut kaca mata Wahhabi, tasawwuf adalah ajaran yang terkesan dari ajaran Budha dan Nasrani. Ada juga yang mengumumkan tasawwuf ini adalah jenayah paling besar timbul di dalam Islam atas alasan Tasawwuf mengajar penganut-penganutnya lalai dan leka kepada ashik berzikir menyebabkan timbul tidak menunaikan tanggungjawab Islam seperti berperang di jalan Allah, berdakwah di tengah-tengah masyarakat dan seumpamanya. Mereka tidak rasa segan silu dalam mengkritik aliran Tasawwuf yang diakui dan kitab-kitab sufi yang muktabar

Mereka juga mentohmah seluruh para wali, orang-orang soleh dan menganggap semua orang sufi adalah zindiq lagi sesat, sekalipun terdapat dari kalangan ahli sufi yang terpuji dan diterima baik oleh ulama-ulama yang muktabar. Kemudian menganggap ahli-ahli tarekat adalah wali-wali syaitan yang wajib diperangi.

Kesimpulannya fahaman Wahhabi tidak sehaluan sehaluan dengan aliran Tasawwuf bahkan merumuskan bahawa ajaran dari Tasawwuf adalah tidak benar dan patut dihindari serta danggap sebagai satu aliran yang tersesat dari aqidah Ahli Sunnah Wa al-Jamaah.


3.2.5 SIKAP.

Penulis menemui pelbagai sikap yang ditunjukkan oleh puak-puak Wahhabi sepanjang pergerakan mereka zaman berzaman. Sikap mereka juga dapat dilihat melalui peninggalan sejarah dan contoh-contoh kelakuan mereka yang ekstrim dan melampau yang telah dicatat oleh ulama-ulama di kitab-kitab.

Antara contoh-contoh sikap penganut ajaran Wahhabi ini seperti mereka sering membidaahkan amalan umat Islam bahkan sampai ke tahap mengkafirkan mereka. Oleh kerana pemahaman mereka yang begitu sempit terhadap konsep bidaah, maka terhasillah tuduhan bidaah membidaahkan orang lain. Kemudian disusuli pula dengan tuduhan sesat dan menyesatkan diatas alasan kerana berbeza fahaman dalam hal aqidah sekitar ayat-ayat Mutasyabihat yang perlu ditakwil atau sebaliknya.

Selalunya mereka beranggapan yang diri mereka sebagai taraf Mujtahid dan berlagak sepertinya walaupun kadang kala sebenarnya mereka tidak layak. Maka timbullah fatwa-fatwa yang ganjil serta melanggar ijmac dan dianggap kontroversi. Oleh yang demikian, mereka sering mengambil hukum secara lansung dari al-Quran dan hadith tanpa berpandukan kepada huraian-huraian dan penerangan serta syarahan daripada ulama’. Dalam masa yang sama, sudah menjadi adat kebiasaan mereka memperlekehkan ulama’-ulama’ pondok dan golongan agama yang berasal dari pondok. Ini kerana mereka beranggapan bahawa orang yang belajar di pondok itu tidak mengikut arus zaman dan ketinggalan serta hanya menghabiskan banyak masa dalam mempelajari soal-soal remeh seperti kaifiyyat whudu’, cara-cara solat dan seumpamanya.

Selain itu, berkenaan dengan al-Quran dan al-Hadith yang ditujukan kepada orang kafir kerap ditafsirkan keatas orang Islam. Maka ramailah orang Islam yang kerap dituduh sebagai kufur dan sesat. Ini kerana fahaman orang lain tidak sehaluan dengan fahaman Wahhabi yang menjadi mangsa kekafiran tersebut. Antara lain yang paling jelas ketara sikap yang ditonjolkan oleh puak-puak Wahhabi ialah memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pandangan tersebut kelihatan ganjil atau Shaz.


3.2.6 ULUM HADITH.

Sesi pembelajaran mereka berhubung dengan bab Ulum Hadith banyak perkara berpandukan kepada pendapat Syeikh Nasiruddin al-Bani. Walaupun diketahui umum dan kebanyakan para ulama’ tentang kedudukan Syeikh Nasiruddin al-Bani tidak mempunyai sanad bagi menyatakan siapakah guru-guru beliau dalam bidang Hadith dan diketahui bahwa beliau belajar Hadith secara sendiri dan Ilmu Jarah dan Tacdil beliau banyak mengikut metodologi al-Imam al-Zahabi.

Banyak penilaian Hadith yang dibuat oleh puak-puak Wahhabi tidak sama dengan ulama Hadith yang lain. Hasilnya, mereka sering menganggap Hadith Dhacif sebahagian dari Hadith Maudhuc dan telah membukukan sebuah kitab yang mana telah dimuatkan Hadith-hadith Dhacif dan Hadith-hadith Maudhuc, seolah-olah kedua-dua hadith tersebut adalah sama taraf. Maka terjadinya banyak ibadah yang diamalkan berasaskan Hadith Dhacif telah dituduh sebagai bidcah.

Manakala dari sudut perbahasan mengenai Hadith pula, mereka hanya menumpu kepada perbahasan tentang sanad dan matan Hadith sahaja. Oleh kerana itu, perbincangan terhadap syawahid tidak diambil berat. Begitu juga perbincangan hanya terhad kepada riwayah dan bukan dirayah.


3.2.7 PENGKHIANATAN MEREKA KEPADA UMAT ISLAM.

Antara beberapa perkara yang menjadi tanda kelakuan melampau Wahhabi seperti bersepakat dengan Inggeris dalam menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyyah dalam menguasai tanah arab khususnya tanah haramain iaitu Makkah dan Madinah. Maka sekarang terbukti bahawa tiada lagi kerajaan Khilafiyyah Uthmaniyyah yang berpusat di Turki yang mana semua itu hanya tinggal sejarah pada masa sekarang.

Mereka juga tanpa segan silu melakukan jenayah dalam ilmu seperti melakukan perubahan kepada kitab-kitab turath yang tidak sehaluan dengan mereka seperti penukaran teks asal dalam kitab al-Azkar karangan Imam Nawawi dalam bab bacaan al-Quran di tepi jenazah yang mana didakwa oleh puak-puak Wahhabiy bahawa Imam Nawawi pun mengharamkan amalan tersebut. Bilamana telah disemak oleh ulama-ulama yang amanah, didapati bahawa kenyataan itu ditokok tambah dan menghilangkan beberapa perkataan asal kata-kata Imam Nawawi dalam teks yang asal. Ini menunjukkan ketidak amanahnya dalam menuqil pendapat para ulama dalam membahas sesuatu ilmu.

Akhir sekali penulis dapat senaraikan perbuatan yang melampau Wahhabi yang telah memusnahkan sebahagian besar kesan-kesan sejarah Islam seperti tempat lahir Rasulullah s.a.w. dan kubur para sahabat serta para shuhada di Jannat al-Baqic, maqam para isteri Rasulullah s.a.w. di Baqic dan di Macla Makkah. Tidak ketinggalan juga maqam saiyyidina Abu Bakar pun menjadi mangsa kerakusan Wahhabi yang mana tujuan mereka berbuat demikian dengan mendakwa tempat-tempat tersebut menimbulkan syirik kepada umat Islam di atas kelakuan sebahagian umat Islam menziarahi, bertawassul, beristighasah terhadap maqam-maqam tersebut.


3.3 PANDANGAN ULAMA’-ULAMA’ TERHADAP AL-WAHHABIAH

Terdapat banyak tulisan Ulama Islam dari timur tengah dan nusantara yang menjelaskan secara khusus mengenai fahaman yang dibawa oleh Muhammad Abd al-Wahhab. Tidak kurang juga yang menulis menenai latar belakangnya dan kekerasan yang dilakukannya dalam menyebar luaskan fahamannya. Diantara mereka seperti:

Syeikh Muhammad ibn Abdullah al-Najdi al-Hanbali

Beliau adalah Mufti Mazhab Hanbali di Makkah al-Mukarramah. Beliau wafat pada 1295H. Beliau menyatakan tentang pemuka fahaman Wahhabi:
Beliau Muhammad ibn Abd al-Wahhab adalah anak kepada Abd al-Wahhab adalah seorang pendakwah yang menyebar kejahatannya keseluruh pelusuk bumi. Tetapi diantara bapanya dan Muhammad terdapat perbezaan yang sangat ketara. Muhammad tidak menzahirkan dakwahnya melainkan selepas bapanya meninggal dunia.
Beliau menambah lagi: Dikhabarkan kepada saya oleh sebahagian ulama sezaman dengannya yang pernah saya temui, bahawa bapa Muhammad ibn Abd al-Wahhab amat marah kepadanya kerana beliau tidak redha Muhammad hanya sibuk mempelajari Feqah seperti orang-orang yang terdahulu dan penduduk di tempatnya. Bapanya juga berfirasat bahawa akan terjadi sesuatu yang buruk kepada anaknya. Begitu juga Sulaiman yang merupakan anaknya dan juga saudara kandung Muhammad ibn Abd al-Wahhab. Sulaiman menafikan dakwah adiknya dan menolak fahamannya secara profesional dengan mengetengahkan ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith. Beliau melihat Muhammad tidak merujuk kepada pendapat ulama terdahulu atau mutakhir tetapi hanya merujuk kepada perspektif Syeikh Taqiyyuddin Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim. Muhammad melihat bahawa pendapat kedua-dua orang ulama sebagai suatu nas yang harus diterima bulat-bulat dan tidak boleh ditakwilkan, sekalipun tidak difahami.

Sesungguhnya bapa kepada Muhammad marah kepadanya kerana tidak menumpukan perhatian terhadap pengajian ilmu Feqah. Sahabat-sahabtnya pula terlalu menyanjunginya sehingga mereka menggelarkan Muhammad ibn Abd al-Wahhab sebagai Syeikh al-Islam dan Mujaddid.

Hakikatnya beliau bukan seorang Mujaddid atau Mujtahid Islam seperti yang diperkatakan dan dibanggakan oleh pengikutnya, tetapi beliau hanyalah seorang pembangun fahaman Ibn Taymiyyah yang bertaqlid dengan fahaman yang sesat lagi menyesatkan orang lain.

Mengapa beliau dikatakan seoarang sebagai seorang pejuang fi Sabilillah, sedangkan pada masa tersebut, empayar Kerajaan Turki merupakan sebuah kerajaan Islam yang berdaulat dan diakui oleh dunia Islam. Maka apakah maknanya jika pergerakannya ditentang oleh kerajaan Uthmaniyyah Islam ini.
Tiada satu sebab yang membolehkan Muhammad ibn al-Wahhab dan puaknya melakukan pencerobohan ke atas kerajaan Islam Uthmaniyyah. Jika mereka menggunakan alasan keagamaan dengan menyatakan bahawa umat Islam empayar Uthmaniyyah telah sebati dengan penyelewengan agama seperti perkara bidcah dan khurafat, alasannya mereka adalah tidak benar. Ini kerana mustahil dalam negara bedaulat seperti kerajaan Uthmaniyyah tidak mempunyai ulama yang hebat dan pendakwah kebenaran. Jikalau kita menerima alasan ini bermakna kita telah memfitnah ratusan ulama pada zaman tersebut dengan kesesatan dan menyembunyikan kebenaran.

Syeikh Abdullah al-Harariy

Syeikh Abdullah al-Harariy memberi komentarnya, apakah releven seseorang meruntuhkan Sunnah Rasulullah s.a.w. dan berlaku biadab terhadap rasulullah s.a.w. dan ulama Islam dinobatkan dengan gelaran setinggi itu. Orang-orang yang memfitnah dan tertipu dengannya hanya mengenali beliau kerana gerakan dakwahnya, tetapi tidak pernah seorang pun ahli sejarah yang masyhur pada kurun ke dua belas mencatatkan di dalam kitab Tobaqat (biografi) Ulama kurun ke dua belas tentang kepakarannya di dalam bidang Feqah dan Hadith (Abdullah al-Harariy, 1998).

Antara keburukan puak Wahhabi ini ialah mereka tidak memakai serban kerana mengharamkan Sunnah tersebut. Sedangkan amalan ini adalah thabit daripada Rasulullah s.a.w. dan lain-lainnya. Telah nyata lagi terang, hadith-hadith yang menunjukkan bahwa amalan ini merupakan Sunnah rasulullah s.a.w.



Syeikh Ahmad Zaini Dahlan al-Hasani

Beliau adalah Mufti Mazhab Syafici di makkah al-Mukarramah. Beliau menyatakan di dalam kitabnya tentang Wahhabiy: Zahirnya Wahhabi merupakan bala yang didatangkan oleh Allah s.w.t. kepada hamba-hambanya. Ia merupakan fitnah dari sebesar-besar fitnah yang muncul di dalam agama Islam yang menganggu ketenteraman fikiran, menghangatkan orang-orang yang berakal dan mengelirukan orang-orang yang kurang berakal, lantaran diterjah oleh pemikiran dan ajaran mereka yang meragukan, sedangkan mereka berselindung di sebalik label penegak agama.

Di antara perbuatan mereka ialah menuruh orang-orang yang tinggal di kawasan pedalaman mendirikan solat, memelihara sembahyang Jumaat dan sembahyang berjemaah, menegah mereka daripada melakukan kemungkaran dan kejahatan yang zahir seperti berzina, liwat, memberikan keamanan di jalanan dan menyeru manusia mentauhidkan Allah s.w.t.

Melihat kepada perbuatan zahir mereka, maka tentulah orang-orang yang kurang cerdik akan memandang dan bersangka baik terhadap mereka. Secara tidak lansung, mereka melupakan tindakan golongan ini yang terlalu mempermudah-mudahkan hukum mengkafirkan orang-orang Islam, mereka juga telah mengkafirkan umat Islam semenjak enam ratus tahun terdahulu.

Beliau juga menyatakan kepada pengikut-pengikutnya, bahawa beliau datang dengan membawa agama baru yang dizahirkan melalui perkataan dan perbuatannya. Beliau menemplak mazhab yang empat dan pendapat-pendapat ulama dan tidak menerima daripada agama Nabi Muhammad s.a.w. melainkan al-Quran dan mentakwilkannya mengikut keinginannya. Beliau hanya menerima pada zahir sahaja supaya manusia tidak mengetahui tentang dirinya yang sebenar.

Ulama mendedahkan perbuatan mereka berdasarkan dalil bahwa Muhammad ibn Abd al-Wahhab dan pengikutnya mentakwil ayat al-Quran mengikut hawa nafsu mereka dan bukannya mengikut sebagaimana pentafsiran Nabi s.a.w., sahabat-sahabat baginda s.a.w. dan Salaf al-Soleh dan serta ulama’ tafsir yang muktabar.

Mereka juga mendakwa bersandarkan kepada mazhab Imam Ahmad ibn Hanbal, tetapi mereka sebenarnya berdusta, berselindung dan menipu. Imam Ahmad sendiri berlepas dari mereka. Oleh kerana itu, ramai dikalangan ulama mazhab Hanbali yang berasa kesal diatas perbuatan Muhammad ibn Abd al-Wahhab dan menolaknya sebagai langkah menjaga kebenaran mazhab imam Ahmad ibn Hanbal. Mereka telah mengarang banyak kitab dan risalah untuk menolak fahaman Muhamad ibn Abd al-Wahhab termasuk saudaranya sendiri menolak iaitu Sulaiman ibn Abd al-Wahhab.

Allamah Syeikh Abdullah Fahim

Penulis menaqalkan wasiyat daripada kalam Syeikh Abdullah fahim yang memberi nasihat kepada bangsa Melayu supaya jangan berpecah belah sebagaimana kenyataannya: jangan berpecah belah oleh bangsa Melayu sendiri. Sekarang sudah timbul di Malaya mazhab khawarij (wahhabi) yakni mazhab yang keluar dari mazhab empat mazhab Ahli Sunnah wal al-Jamaah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati.

Disamping itu, Abdullah Fahim juga mengecam Ibn al-Qayyim al-Khariji dengan kenyataan yang berbunyi: hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Huda al-Rasul yang mukhtasarnya kitab Huda al-cIbad dikarang akan dia oleh Ibn al-Qayyim yang segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahli Sunnah wa al-Jamaah.

Beliau menambah dengan menasihati: tuan-tuan bangsa melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum-hukum yang tidak terpakai dalam mazhab Syafici, dan fatwa mereka itu bermasalah yang buruk yang sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa melayu jangan berpecah belah sesama sendiri.

Al-Mufassir Syeikh Ahamad al-Sowi al-Maliki

Beliau mengulas di dalam kitab tafsirnya sebagaimana Nasnya: dikatakan ayat ini diturunkan kepada golongan Khawarij yang memesongkan pentakwilan al-Quran dan Sunnah dan dengan mereka menghalalkan darah-darah orang Islam dan harta mereka sebagaimana yang disaksikan sekarang. Mereka adalah suatu kumpulan yang berada di tanah Hijaz, dipanggil sebagai Wahhabi, dan mereka menganggap bahawa mereka berada di atas suatu pegangan yang benar tetapi mereka adalah pendusta. Mereka telah dirasuk oleh syaitan, lalu mereka telah dilupakan daripada mengingati Allah s.w.t. sesungguhnya mereka adalah kumpulan syaitan dan ingatlah, bahawa kumpulan syaitan adalah orang-orang yang merugikan. Kami memohon kepada Allah agar memusnahkan kumpulan mereka.




Al-Muhaddith Sayyid Abd al-Rahman al-Ahdal

Beliau adalah seorang Mufti Zabid di Yaman dan memaklumkan bahawa untuk menolak Ibn Abd al-Wahhab tidak perlu kepada kitab-kitab karangan, tetapi memadai dengan sabda Baginda s.a.w yang menandakan mereka ialah membotakkan kepala, kerana ia belum pernah dilakukan lagi oleh seseoarang pun pelaku bidaah.

Ini kerana pengikut Muhammad Abd al-Wahhab menyuruh pengikut mereka mencukur kepala dan mereka tidak membiarkan seseorang yang telah menjadi pengikut mereka meninggalkan majlis mereka sehinggalah setelah kepala mereka dibotakkan.

Syeikh Sulaiman al-Kurdi

Diantara ulama yang menolak fahaman Muhammad Abd al-Wahhab ialah gurunya sendiri, Syeikh Muhammad ibn Sulaiman al-Kurdi. Gurunya yang paling besar ini menasihati Muhammad berbunyi:

Wahai Muhammad ibn Abd al-Wahhab! Sesungguhnya aku menasihati kamu kerana Allah s.w.t. agar kamu menahan lidah kamu terhadap kaum muslimin. Sekiranya kamu mendengar seseorang mempercayai bahwa yang memberi kesan keatas sesuatu permohonan adalah wasilah mereka dan bukannya Allah s.w.t., maka hendaklah kamu ajarkan kepadanya perkara yang sebenarnya dan datangkan dalil-dalil kepadanya bahawa tidak ada yang dapat mendatangkan sesuatu kesan melainkan Allah s.w.t.

Sekiranya dia tetap enggan, maka barulah boleh dia dihukum kafir yang dikhususkan kepadanya sahaja. Tidak ada jalan untuk kamu mengkafirkan mejoriti umat Islam, sedangkan kamu hanyalah golongan minoriti daripada sekumpulan besar umat Islam.

TEGURAN SAYYID YUSUF HASYIM AL-RIFAcE TERHADAP ULAMA-ULAMA NAJAD

1- Tidak wajar menuduh sesama muslim yang bersolat , berpuasa , dan berzakat dengan syirik dan kufur.
2- kamu telah mengkafirkan Ulama Sufiyyah dan Asyacirah selain kamu juga menganggap salah bertaqlid kepada Imam yang empat , Hanafi, Maliki , Syafice dan Hanbali.
3- Mengulang-ulang Hadith “kullu bid’atin dhalalah” sedangkan kamu tidak menjelaskan dengan yang sebenar.Banyak yang jelas sebagai bid’ah tetapi kamu tiada mengatakan sebagai bidaah.
4- Kamu menutup Masjid Nabawi selepas Isya’ sedangkan amalan tersebut tidak pernah dilakukan dalam amalan perintahan Islam sebelumnya.
5- Tidak membenarkan mana Ulama untuk memberikan kuliahnya di Masjid al-Haram walaupun seseorang itu dari Ulama yang tersohor seperti Sheikh al-Azhar.
6- Melarang mereka yang mati diluar Tanah haram untuk dikebumikan di Kawasan yang penuh dengan keberkatan itu.
7- Kamu melarang kaum wanita daripada menghampiri bahagian hadapan makam Nabi s.a.w sedangkan amalan itu diamalkan menjadi amalan di zaman Salaf al-Saleh.
8- Kamu juga melarang kaum wanita dari menziarahi perkuburan Baqic dan macla.
9- Kamu telah meruntuhkan kesan-kesan perkuburan para Sahabat sehingga seperti padang jarak padang terkukur. Para penziarah tidak dapat mengenali makam-makam para Sahabat. Hanya yang tinggal batu-batan yang berserakkan.
10- Kamu menegah Imam-Imam daripada membaca qunut pada solat Subuh dengan alasan amalan itu sebagai bidaah.

Tiada ulasan: