DONATE

Ahad, 2 November 2008

Persaingan Datuk dengan Cucu di dalam Pembahagian Faraid: Suatu Perbincangan Ringkas

1.7.1 Pengenalan

Bab ini menghuraikan tinjauan terhadap kajian-kajian yang berhubungkait dengan fokus penyelidikan ini iaitu berkaitan dengan persaingan datuk dan saudara-saudara dalam menerima harta pusaka dan perbezaan pendapat menurut fuqaha’. Kajian-kajian ini diperolehi dari sumber-sumber berupa buku.

1.7.2 Kajian Literatur

Para ulama’ berselisih pendapat mengenai pembahagian harta pusaka kepada datuk dan saudara-saudara. Perselisihan ini adalah disebabkan tidak terdapat nas yang nyata sama ada al-Quran, hadis atau ijmak mengenai pewarisan mereka. Pendapat mereka boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

i. Menurut pendapat yang dikemukakan oleh saidina Umar ibn al-Khattab, saidina Ali bin Abi Talib, Zaid bin Thabit, Ibn Mas’ud dan beberapa sahabat lainnya bahawa bapa kepada bapa (datuk) tidak dapat mengeluarkan saudara-saudara lelaki dan perempuan yang seibu sebapa atau sebapa, tetapi mereka akan bersama-sama mewarisi dengan bapa kepada bapa (datuk). Pendapat ini adalah juga menjadi pegangan Imam-imam Malik, al-Auza’I, Abu Yusof, Muhammad asy-Syaibani, asy-Syafi’I, ahmad bin Hanbal dan Ibn Laila. Alasan-alasan yang dikemukakan bagi pegangan tersebut ialah:
a) Tidak ada perintah yang jelas (nas) sama ada dari al-Qur’an, al-Sunnah, Ijmak atau Qiyas mengenai kedudukan bapa kepada bapa (datuk) sekiranya timbul persaingan hak dalam mempusakai harta dengan saudara-saudara seibu sebapa atau sebapa, sedangkan hak saudara-saudara tersebut dalam bahagian harta pusaka telah ditetapkan di dalam al-Qur’an.
b) Bapa kepada bapa (datuk) tidak dapat sepenuhnya mengambil tempat bapa sekiranya bapa tidak ada. Ini umpamanya, dalam kes bapa kepada bapa (datuk) mewarisi bersama dengan ibu dan suami/isteri iaitu sepertimana berlaku kepada bapa dalam kes Umariyyatan di mana bapa mentaksibkan ibu dan mengambil dua bahagian dari baki harta tersebut dan meninggalkan satu bahagian untuk ibu, sedangkan bapa kepada bapa (datuk) tidak dapat berbuat demikian kepada ibu.

c) Bapa kepada bapa (datuk) tidak mempunyai keutamaan dalam tingkatan (darjah) kepada si mati kalau dibandingkan sengan saudara-saudara seibu sebapa atau sebapa yang dipertikaikan itu kerana masing-masing adalah dua tingkatan jauhnya kepada si mati.

ii. Menurut pendapat yang dikemukakan oleh saidina Abu Bakar, Abdullah ibn Abbas, Abdullah bin Utbah, Ibn Umar, Abdullah bin al-Zubair, saidina Uthman, saidatina A’isyah, Muadh bin Jabal, Ubai bin Ka’ab, Abu al-Darda’, Abu Musa, Abu Hurairah, Jabir bin Abdillah, Ata’, Ta’us, Qatadah, Jabir bin Zaid, al-Muzani, Ibn Syuraih, Daud, Ibn al-Munzir, Hasan al-Basri, Ibn Sirin dan lain-lain bahawa bapa kepada bapa (datuk) akan mengeluarkan saudara-saudara seibu sebapa atau sebapa dari menerima bahagian harta pusaka iaitu sepertimana halnya dengan kuasa bapa untuk mengeluarkan saudara-saudara tersebut. Pendapat ini adalah juga menjadi pegangan Imam Abu Hanifah. Adapun alasan-alasan yang dikemukakan bagi pendapat tersebut ialah:
a) Dalam bahasa al-Qur’an bahawa bapa kepada bapa (datuk) boleh juga membawa erti bapa iaitu sepertimana terdapat dalam maksud ayat-ayat berikut : “...agama bapa kamu, Ibrahim”. “Dan aku menurut agama bapa-bapaku Ibrahim dan Ishaq dan Ya’qub...” “…sebagaimana ia telah menyempurnakan (nikmatNya) kepada dua orang bapamu (iaitu) Ibrahim dan Ishaq”. Oleh itu apa sahaja yang mungkin berlaku ke atas bapa akan berlaku pula kepada bapa kepada bapa (datuk) manakala bapa tidak ada.

b) Persamaan antara bapa dan bapa kepada bapa (datuk) juga dapat dilihat dari segi hukuman yang boleh dikenakan ke atas mereka. Umpamanya, bapa kepada bapa (datuk) tidak akan dikenakan hukuman bunuh sekiranya ia membunu cucunya atau dikenakan hukuman had kerana kesalahan jenayah terhadap cucunya bahkan bapa kepada bapa (datuk) sepertimana juga dengan bapa adalah berkewajipan menanggung nafqah cucunya dan bertindak sebagai walinya apabila bapa tidak ada. Dari kenyataan-kenyataan ini jelas menunjukkan keeratan hubungan antara bapa kepada bapa (datuk) dan bapa. Bahkan Ibn Abbas pernah menegur Zaid bin Thabit yang meletakkan anak lelaki kepada anak lelaki (cucu lelaki) di tempat anak lelaki manakala anak lelaki tidak ada, tetapi dalam keadaan yang sama enggan meletakkan bapa kepada bapa (datuk) di tempat bapa.

c) Bapa kepada bapa (datuk) boleh mewarisi baki harta pusaka sama seperti bapa dalam hal ketiadaan anak lelaki atau anak lelaki kepada anak lelaki (cucu lelaki) bahkan sepertimana juga bapa ia memegang dua peranan iaitu sebagai penerima faraid dan asabah manakala ia mewarisi bersama-sama dengan anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki (cucu perempuan).

d) Bapa kepada bapa (datuk) hanya boleh dikeluarkan dari menerima pembahagian pusaka oleh bapa sahaja dan oleh kerana itu tidak sepertimana berlaku kepada saudara-saudara tersebut yang dapat juga dikeluarkan oleh anak lelaki atau anak lelaki kepada anak lelaki (cucu lelaki) serendah-rendahnya iaitu di samping mereka akan terdinding atau terkeluar dengan adanya bapa.


kemudiannya dihapuskan. Sistem pusaka Islam bukan sahaja memperteguh ikatan kekeluargaan dan mengeratkan kerjasama dalam lingkungan keluarga secara turun-temurun menerusi sistem perwarisan harta, tetapi juga ia boleh mendorong masing-masing penerima untuk bekerja keras memajukan dan mempertahankan keutuhan harta pusaka sebagai jaminan ekonomi dan ikatan hubungan mereka. Tegasnya, sistem pusaka Islam mengakui hak setiap ahli waris dalam harta peninggalan dengan cara seluas-luasnya membuka kemungkinan untuk mewarisi kepada semua ahli waris yang ada perhubungan darah dan perkahwinan dengan si mati iaitu sama ada lelaki, perempuan, kanak-kanak, orang tua, orang cacat, bahkan kepada bayi yang masih dalam kandungan ibu. Oleh itu jelaslah bahawa sistem pembahagian harta yang dibawa oleh Islam pada hakikatnya mengikis setiap peraturan dan adat pembahagian harta yang menyalahi prinsip pembahagian yang berteraskan hubungan darah dan perkahwinan.

Sumber utama hukum Islam ialah al-Qura’an, al-Sunnah, Ijma dan itihad para sahabat. Al-Qur’an sendiri bagaimanapun hanya meletakkan dasar-dasar umum tentang kedudukan dan pembahagian harta pusaka kepada ahli-ahli waris yang dikenali dengan “ashab al-furud”. Allah telah menyebutkan dalam kitabNya melalui ayat-ayat yang umum dan juga ayat-ayat yang terperinci. Manakala al-Sunnah dan Ijma’ Sahabah kemudiannya secara lebih terperinci menghurai dan menetapkan golongan ahli-ahli waris lainnya dan bahagian harta yang diterima oleh mereka sehingga hampir setiap masalah yang penting mengenai hukum pusaka telah diselesaikan pada masa sahabah lagi, kecuali beberapa persoalan semasa atau masalah yang menghendaki huraian yang lebih terperinci yang timbul kemudiannya iaitu seperti masalah Malikiyyah, Syibhul Malikiyyah, masalah orang hilang, masalah janin, masalah khunsa, beberapa masalah pembahagian kepada ahli waris rahim, persaingan antara datuk dan saudara-saudara seibu sebapa dan sebapa dalam menerima harta pusaka dan lain-lainnya lagi yang perlu di huraikan atau diputuskan oleh ijtihad fuqaha terkemudian.

Datuk dan bapa bila di lihat wujud persamaan dan perbezaan antara keduanya. Persamaannya dan perbezaan ini wujud kerana datuk dalam perrwarisannya adalah mengikut bapa dan ia juga dikatakan adalah pengganti kepada bapa. Apabila bapa tiada, maka datuk akan menggantikan tempatnya akan tetapi bila bapa masih ada, maka datuk di dinding oleh bapa dan datuk terhalang daripada dapat harta pusaka. Keterangan yang lebih jelas lagi akan di sebutkan selepas ini.

2.1 Sistem Pusaka di Zaman Jahiliyyah

Sistem waris merupakan salah satu sebab atau alasan adanya perpindahan kepemilikan iaitu berpinahnya harta benda dan hak-hak metarial dari pihak yang mewariskan setelah yang bersangkutan wafat kepada para penerima warisan dengan jalan penggantian yang didasarkan hukum syara’. Terjadinya proses perwarisan ini, tentu setelah memenuhi hak-hak yang berkait dengan harta peninggalan si mati.

Berkait dengan hal di atas, timbul sebuah pertanyaan: Apakah orang-orang Arab di masa Jahiliyyah mengetahui persoalan waris atau tidak? Apabila mereka mengetahui, bagaimanakah cara mereka melaksanakannya? .

Orang-orang arab di zaman jahiliyyah, pusaka-mempusakai dengan nasab dan Qarabah iaitu hubungan darah dan kekeluargaan. Namun demikian, mereka hanya memberikan pusaka kepada anak-anak lelaki yang sudah dapat menggunakan senjata untuk membela kehormatan keluarga dan dapat memperoleh harta rampasan perang .

Dengan demikian, orang-orang Arab sebelum Islam tidak memberikan pusaka kepada anak-anak yang belum dewasa dan kaum perempuan. Alasan mereka, kaum perempuan dan anak-anak kecil tidak dapat melawan musuh di medan perang dan tidak dapat memiliki harta rampasan perang.

Keterangan tersebut dijelaskan dalam riwayat Ibnu Abbas r.a. iaitu:

“ketika masalah faraid (pusaka) diturunkan, yang di dalamnya Allah mewajibkan bahagian untuk anak lelaki dan perempuan serta bapa dan ibu, seluruh atau sebahagian masyarakat membencinya. Mereka berkata, isteri diberikan bahagian pusaka sebesar seperempat dan seperlapan, anak perempuan mendapat bahagian seperdua dan anak kecil juga mendapat bahagian, padahal tidak seorang pun dari golongan mereka itu yang berperang demi membela suatu kaum dan memiliki harta rampasan perang. Lalu sebahagian dari mereka bertanya kepada Rasulullah, Wahai Rasulullah, apakah kami harus memberikan seorang budak perempuan setengah bahagian harta pusaka yang ditinggalkan bapanya, sedang dirinya tidak boleh menunggang kuda dan tidak boleh membela kaumnya dalam peperangan? Kemudian kami memberikan anak kecil harta pusaka pula, padahal harta itu tidak beerti apa-apa baginya? Orang-orang Arab di masa jahiliyyah melakukan hal seperti itu dan tidak memberikan pusaka kecuali kepada orang yang berperang. Tentunya mereka akan memberikannya kepada yang lebih besar dan seterusnya” .

Orang Arab di zaman jahiliyyah juga puska mempusakai dengan dasar sumpah setia dan ikatan perjanjian. Biasa seseorang lelaki berkata kepada kawannya: “Darahku darahmu, tertumpahnya darahmu beerti tertumpahnya darahku. Engkau menerima pusaka daripadaku dan aku menerima pusaka daripadamu, engkau menuntut belaku dan aku menuntut belamu.” Ucapan ini diterima baik oleh temannya.

Demikianlah kedudukan pusaka mempusakai dengan jalan bersumpah setia dan ikatan perjanjian. Golongan Hanafiah berpendapat bahawa pusaka mempusakai dengan jalan bersumpah setia dan ikatan perjanjian masih tetap berlaku, hanya di kemudiankan dari pusaka mempusakai dengan jalan hubungan darah. Apabila tidak ada seseorang pun yang menerima pusaka dari seseorang yang meninggal, maka diberikanlah harta peninggalannya kepada orang yang telah bersumpah setia dan ikatan perjanjian dengan yang meninggal itu .

Itulah logika orang-orang Arab Jahiliyyah yang masih memberi pengaruh iaitu menhadapkan kewajipan Allah dan pembahagianNya yang adil serta bijaksana dengan logika jahiliyyah masa kini yang memberikan pengaruh pada sebahagian jiwa manusia. Logika orang-orang Arab jahiliyyah itu lebih kurang sama dengan logika jahiliyyah masa kini yakni bagaimana harta pusaka diberikan kepada orang yang tidak termasuk dalam kelompok anak dan cucu? Sesungguhnya logika tersebut menunjukkan orang-orang Arab Jahiliyyah tidak memahami hikmah dan tidak patuh pada etika. Pada keduanya berkumpul kebodohan dan etika buruk .


2.2 Sistem Pusaka di Zaman Islam

Kebanyakan orang Arab di zaman Jahiliyyah beragama dengan sisa-sisa syariat Ibrahim dan Ismail dan dengan adat istiadat yang mereka ada-adakan di masa fitrah (masa tidak ada seseorang Rasul yang membimbing mereka), baik yang merupakan aqidah mahupun yang merupakan adat tradisi.

Diantara yang mereka ada-adakan itu ada yang tidak dapat diterima oleh akal yang sejahtera dan fitrah yang murni seperti mempersekutukan berhala dengan Allah, menyembelih korban-korban untuk berhala, melepaskan binatang-binatang bahirah, saibah, wasilah dan haami), mengambil sempena dengan perantaraan anak panah, dengan mengejutkan burung dan dengan penenungan.

Di samping itu ada pula adat istiadat mereka yang baik yang dipusakai dari orang-orang tua mereka dalam bidang muamalah seperti jual beli, pernikahan dan pembahagian harta pusaka.

Setelah Allah s.w.t membangkit Rasulnya Muhammad s.a.w untuk membawa petunjuk dan agama yang benar, Nabi Muhammad mengajak mereka kepada meninggalkan segala macam kemungkaran dan kebodohan untuk mensucikan akal mereka. Dan Muhammad menyiapkan mereka untuk menerima limpahan ilmu dan hidayah Allah, menyuruh mereka meneruskan muamalah-muamalah yang mengandung kemaslahatan, melarang mereka dari mengerjakan sesuatau yang mendatangkan kemafsadatan.

Muhammad s.a.w menjelaskan kepada mereka secara terperinci berbagai-bagai aneka hukum serta menentukan batas-batas yang tidak boleh mereka lampaui.

Diantara yang ditentukan dan digaris dibawahnya ialah hukum-hukum yang mengenai harta pusaka dan pembahagiannya .

Pada masa awal-awal Islam (awal masa hijrah), mu’akhah atau persaudaraan seperti yang dilakukan Rasulullah s.a.w. terhadap kaum Muhajirin dan Ansar juga menjadi sebab atau alasan terjadinya perwarisan. Kemudian Islam menghapus hijrah dan persaudaraan sebagai sebab-sebab terjadinya perwarisan seperti termaktub dalam firman Allah s.w.t.:


Maksudnya:
Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri; dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka. dan orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak (mewarisi) akan setengahnya yang lain - menurut (hukum) Kitab Allah - daripada orang-orang yang beriman dan orang-orang Muhajirin (yang bukan kerabatnya), kecuali kalau kamu hendak berbuat baik kepada sahabat-sahabat karib kamu. Hukum yang demikian itu adalah tertulis dalam Kitab Allah.

Terjemahan: Surah al-Ahzab (33) : 6

Dengan demikian, persoalan warisan menurut syariat Islam didasarkan atas kekerabatan, sesuai keterangan yang terperinci dalam al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w. serta penjelasan pembahagiannya yang telah diterapkan oleh hukum Islam. Golongan yang masuk dalam kategori boleh menerima warisan adalah kaum perempuan dan anak kecil. Dengan demikian. Islam telah menghapus tradisi atau sistem waris orang-orang Arab Jahiliyyah yang mengharamkan penerimaan warisan kepada kaum perempuan dan anak-anak kecil. Disamping kerana alasan kekerabatan, Islam juga menetapkan perkahwinan sebagai salah satu sebab terjadinya perwarisan. Dengan demikian suami isteri dapat saling mewarisi.

Islam juga memandang wala’ al-‘ataqah (hubungan kekerabatan yang terjadi kerana membebaskan atau memerdekakan hamba sahaya) sebagai sebab terjadinya warisan. Oleh itu, al-mu’taq (orang atau hamba sahaya) yang dimerdekakan dapat mewarisi harta peninggalan al-‘atiq (tuan yang memerdekakannya) dengan cara wala’ al-‘ataqah. Dengan demikian, sesungguhnya Islam telah membatalkan sistem waris yang dibangun bangsa jahiliyyah, baik secara umum mahupun terperinci.

Itulah prinsip dasar hukum waris yang diajarkan Islam kepada perempuan sejak 14 abad lalu. Hukum yang memberi hak waris kepada mereka, seperti hak waris kaum laki-laki. Islam juga memberikan hak waris kepada anak-anak kecil atau yang belum dewasa, yang di masa jahiliyyah mereka dizalimi dan dirampas hak-haknya.

Peraturan atau sistem waris yang diajarkan Islam merupakan sistem yang adil dan selaras dengan fitrah serta realiti kehidupan rumah tangga dan kemanusiaan pada setiap kondisi. Keadilan ini nampak jelas ketika dibandingkan dengan sistem lain yang dikenal manusia, baik pada masa jahiliyyah mahupun masa kini. Sistem waris yang ditetapkan Islam atas dasar kemanusian, berupaya mambentuk asal pembentukan keluarga dari jiwa yang satu. Oleh kerana itu, Islam tidak menghalangi hak waris kaum perempuan dan anak-anak kecil hanya kerana alasan status perempuan dan anak kecil.

Keistimewaan hukum Islam dalam masalah waris seperti keistimewaan hukum Islam dalam setiap peraturan hidup. Seluruhnya nampak jelas di hadapan mata laksana benda yang terlihat di siang hari. Islam menyampaikan hak-hak waris kepada orang-orang yang memang berhak menerimanya (mustahiqqin). Pada masa jahiliyyah, hak waris hanya diberikan kepada kalangan yang kuat, tidak untuk kaum yang lemah. Namun dimasa Islam tidak demikian. Islam memberi golongan yang lemah (mustadh’afin) kerana lebih berhak mendapatkan kasih sayang dan pertolongan, sebagaimana sabda Nabi s.a.w.:

إنك ان تذرورثتك أغنياء خير من أن تدعهم عالة يتكففون الناس

Maksudnya:
Sesungguh, jika kamu meninggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya (cukup) adalah lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan melarat lagi mengemis kepada orang lain.

Islam tidak hanya memberikan harta waris kepada orang-orang yang kuat, tetapi juga kepada setiap orang yang telah memenuhi salah satu sebab untuk menerima warisan. Selama tidak ada sebab yang menghalangi seseorang untuk mendapatkan warisan, dia dapat menerima warisan, baik dewasa mahupun kanak-kanak, baik yang kuat mahupun yang lemah.

Apabila orang-orang Arab Jahiliyyah memberikan hak waris atas pertimbangan kemanfaatan dengan memberikan hak waris hanya kepada orang yang dapat menunggang kuda dan memiliki harta rampasan perang, semestinya nilai manfaat itu juga harus diterima oleh golongan selain mereka kerana boleh saja lebih memiliki nilai manfaat bagi si mati. Hal ini sejalan dengan firman Allah s.w.t. “…(tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) menfaatnya bagimu…” (al-Nisa’ (4) : 11)

Dalam hal warisan, Islam memiliki peraturan atau sistem yang adil, menyejukkan hati, dan penuh kasih sayang . Perhatikan firmanNya iaitu:


Maksudnya:
Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.

Terjemahan: Surah Fushshilat (41) : 42


2.3 Definisi Pusaka


Pusaka di dalam undang-undang Islam disebut sebagai al-mirath. Perkataan al-mirath dalam bahasa Arab merupakan masdar dari perkataan warith-yarith-irthan-mirathan. Dari sudut pengertian bahasa al-mirath bermaksud berpindahnya sesuatu daripada seseorang kepada orang yang lain atau daripada suatu kaum kepada kaum yang lain. Dari segi istilah pula ianya bermaksud perpindahan hak milik daripada orang yang meninggal dunia kepada ahli waris yang masih hidup sama ada yang ditinggal itu berupa harta, tanah atau apa-apa sahaja yang berupa hak milik sah menurut syarak.

Al-Irth juga digunakan dengan makna harta yang di warisi atau warisan. Daripada segi bahasa Arab ia bermaksud asal atau baki. Sebagaimana dalam firman Allah:


Maksudnya:
dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya).

Terjemahan: Surah al-Fajr (89) : 19

Dan sebagaimana dalam sabda Rasulullah s.a.w.:

قفوا على مشاعر كم فإنكم على إرث من إرث أبيكم إبراهيم

Maksudnya:
Kekallah kamu dengan kebiasaan kamu kerana kamu mengikut pusaka bapa kamu, Ibrahim (syariat dan agamanya) .

Dari segi istilah, ia juga bermaksud suatu hak yang boleh diterima oleh seseorang selepas kematian seseorang yang disebabkan hubungan kerabat, perkahwinan dan persaudaraan. Selain itu, al-mirath juga dikenali sebagai faraid. Dari segi bahasa faraid bermaksud menentukan, memastikan, menunaikan, menghalalkan dan memberikan. Manakala dari segi syarak ia bermaksud bahagian yang telah ditentukan bagi setiap waris yang berhak sama ada bahagian itu sedikit atau banyak.

Menurut Kamus Dewan, pusaka ialah segala harta benda yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal dunia atau harta turun-temurun daripada nenek moyang yang boleh digunakan oleh kaum keluarga sahaja dan tidak boleh dijual.

Secara kesimpulannya dapat dikatakan al-mirath atau ilmu faraid adalah merujuk kepada ilmu yang membahaskan tentang perwarisan harta pusaka sama ada dari sudut penentuan ahli waris atau cara pembahagian yang dilakukan ke atas sesuatu harta pusaka menurut Islam.


2.4 Dalil-dalil Hukum Pusaka


Dalam Islam, hukum perwarisan pusaka adalah bersumberkan kepada al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan Ijtihad para sahabat.

i. Sumber daripada al-Quran.

Dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang membicarakan tentang perwarisan pusaka. Ayat-ayat ini terbahagi kepada dua jenis iaitu:

1. Ayat yang menerangkan tentang hukum perwarisan secara mujmal dan umum.

2. Ayat yang menerangkan tentang hukum perwarisan pusaka secara terperinci.

Kebanyakan ayat-ayat al-Quran yang menerangkan tentang hukum perwarisan pusaka sama ada secara umum atau terperinci adalah terkandung di dalam surah al-Nisa’ sebagaimana firmanNya:



Maksudnya:
orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; Iaitu bahagian Yang telah Diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).

Terjemahan: Surah al-Nisa’ (4) : 7

Hukum pusaka secara ringkas juga terdapat dalam firman Allah iaitu:



Maksudnya:
Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka), dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu, maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya, dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.

Terjemahan: Surah al-Nisa’ (4) : 8


Selain itu, penerangan tentang hukum pusaka secara mujmal ini juga terkandung dalam surah al-Anfal sebagaimana firmanNya:


Maksudnya:
dan orang-orang yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka dari golongan kamu. Dalam pada itu, orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya yang (lain) menurut (hukum) Kitab Allah; Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Terjemahan: Surah al-Anfal (8) : 75

Manakala ayat yang menerangkan hukum pusaka secara terperinci antaranya terkandung dalam surah al-Nisa’ sebagaimana firman Allah:



Maksudnya:
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, Iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati. dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang Yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat Yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya Yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti Yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Terjemahan: Surah al-Nisa’ (4) : 11

Selain itu, penerangan secara terperinci berkaitan pusaka juga terkandung dalam firman Allah dalam Surah al-Nisa’ ayat 12 sebagaimana firmanNya:





Maksudnya:
dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.

Terjemahan: Surah al-Nisa’ (4) : 12

Selain itu, keterangan secara terperinci mengenai hukum pusaka juga dapat dilihat dalam Surah al-Nisa’ ayat 176 sebagaimana firman Allah s.w.t:


Maksudnya:
mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalaalah). katakanlah: "Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara Kalaalah itu, Iaitu jika seseorang mati yang tidak mempunyai anak dan ia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh si mati; dan ia pula (saudara lelaki itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak. kalau pula saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga dari harta yang di tinggalkan oleh si mati. dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan". Allah menerangkan (Hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. dan (ingatlah) Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Terjemahan: Surah al-Nisa’ (4) : 17

ii. Sumber daripada hadis Rasulullah s.a.w

Hadis Rasulullah s.a.w juga merupakan sumber yang penting dalam menguatkan dan menyokong nas-nas al-Quran khususnya dalam penentuan hukum perwarisan harta pusaka. Antara hadis Rasulullah s.a.w yang membicarakan tentang hukum perwarisan pusaka adalah seperti berikut:

ابن عباس رضى الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم الحقوا الفرائض يأهلها فما بقي فهو يأولي رجل ذكر

Maksudnya:
diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Berikanlah harta pusaka itu kepada orang yang berhak menerimanya. Sekiranya masih ada bakinya, berikanlah kepada lelaki yang paling dekat nasabnya dengan si mati.

ابن هريره رضى الله عنه: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يؤتى بالرجل الميت عليه الدين فيسأل هل ترك لدينه من قضاء فإن حدث أنه ترك وفاء صلى عليه وإلا قال صلوا على صاحبكم فلما فتح الله عليه الفتوح قال انا اولى بالمؤمنين من انفسهم فمن توفي وعليه ددين فعلى قضاؤه ومن ترك مالا فهو لورثته

Maksudnya:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Bahawasanya pernah ada jenazah seorang lelaki yang mempunyai hutang dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w, maka baginda bertanya: Apakah dia ada meninggalkan sesuatu untuk membayar hutangnya? Sekiranya Baginda diberitahu bahawa orang tersebut ada meninggalkan sesuatu untuk membayar hutangnya, maka Baginda akan mendirikan sembahyang ke atas jenazahnya. Sekiranya dia tidak meninggalkan sesuatu Baginda bersabda: Sembahyangkanlah ke atas temanmu itu. Setelah Allah memberikan kemudahan kepada Baginda dalam menaklukkan negeri, Baginda bersabda: Aku lebih berhak terhadap orang-orang mukmin daripada diri mereka sendiri. Oleh itu, sesiapa yang mati meninggalkan hutang maka akulah yang akan membayarnya dan sesiapa yang mati meninggalkan harta, maka harta itu untuk ahli warisnya.

أسامه بن زيد رضى الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال لايرث المسلم الكافر ولاالكافر المسلم

Maksudnya:
Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Orang Islam tidak dapat mewarisi harta orang kafir dan orang kafir tidak dapat mewarisi harta orang Islam.

iii. Sumber daripada Ijmak.

Hukum pusaka juga diambil daripada Ijmak para sahabat terutamanya dalam masalah yang berkaitan dengan pusaka datuk ketika ketiadaan bapa, bahagian anak lelaki daripada anak lelaki (cucu lelaki) serta bahagian saudara perempuan sebapa.

Para sahabat, tabi’in (generasi pascasahabat), dan tabi’it tabi’in (generasi pasca-tabi’in), telah berijma atau bersepakat tentang legalitas ilmu faraidh dan tiada seorang pun menyalahi ijmak tersebut .


iv. Sumber daripada Ijtihad para Sahabat.

Hukum perwarisan pusaka di dalam Islam juga bersumberkan kepada Ijtihad para Sahabat Rasulullah s.a.w terutamanya yang berbentuk masalah. Contohnya Ijtihad dalam masalah al-‘Awl, al-Radd, sebahagian daripada masalah al-Hajb dan dalam masalah pusaka nabi.



2.6 Persamaan datuk dan perbezaan datuk dengan bapa.


Dari segi persamaannya antara bapa dan datuk ialah mempunyai tiga keadaan sama seperti bapa iaitu:

i. Mendapat 1/6 jika si mati mempunyai anak lelaki atau anak lelaki kepada anak lelaki atau ke bawah.

ii. Mendapat 1/6 dan asabah (baki) jika si mati mempunyai anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki atau kebawah.

iii. Mendapat asabah (baki) jika si mati tidak mempunyai anak secara mutlak (lelaki atau perempuan) atau tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan kepada anak lelaki (cucu) atau ke bawah.

Datuk dalam pembahagian harta pusaka, umumnya sepertimana yang berlaku kepada ahli waris gantian yang lainnya, datuk juga akan gugur apabila terdapat bersamanya bapa atau bapa kepada bapa yang lebih dekat kepada si mati atau tegasnya iaitu yang terdekat akan mengeluarkan yang lebih jauh. Oleh itu, apabila datuk berhak mengambil harta pusaka maka ia akan menduduki tempat bapa sepenuhnya.

Datuk dan bapa berbeza dalam tiga keadaan:

i. Jika saudara-saudara lelaki atau perempuan seibu sebapa (al-ikhwah al-ashiqqa’ atau al-akhawat al-shaqiqat) atau sebapa (al-ikhwah atau al-akhawat li-ab) ada bersama datuk, bapa akan menghijab (menghalang) mereka semua daripada menerima pusaka. Sementara datuk pula hanya akan berkongsi pusaka bersama mereka.

ii. Dalam kes Umariyatain, jika tempat bapa digantikan oleh datuk, maka ibu memperoleh satu pertiga (1/3) pusaka bukannya satu pertiga (1/3) baki sebagaimana jika dia bersama bapa.

iii. Bapa akan menghijab ibunya (nenek) tetapi datuk tidak.

Jika si mati mempunyai bapa dan nenek, iaitu ibu kepada bapa, nenek akan dihijab oleh bapa tetapi ia tidak dihijab oleh datuk kerana dia memperoleh pusaka ini tidak melalui datuk.

Sememangnya datuk adalah seperti bapa kerana dia juga menghijab ibunya kerana ibunya ini memperoleh pusaka melaluinya sama sepertimana ibu kepada bapa memperoleh pusaka melalui bapa .


2.7 Definisi Waris Ashab al-Furud


Waris shhab al-furud bermaksud waris-waris yang mendapat bahagian yang tetap dalam harta pusaka sebagaimana ditetapkan dalam al-Quran, al-Sunnah dan ijmak. Waris ashab al-furud akan menerima bahagian (fardu) yang tetap tanpa berlaku pengurangan atau pertambahan kecuali jika berlaku masalah al-‘awl atau al-radd. Mereka terdiri dari 12 golongan (empat dari kalangan lelaki dan lapan dari kalangan perempuan) iaitu suami, bapa, datuk, isteri, ibu, nenek, anak perempuan, anak perempuan kepada anak lelaki, saudara perempuan seibu sebapa, saudara perempuan sebapa, saudara perempuan seibu dan saudara lelaki seibu.

Waris-waris ashab al-furud akan menerima bahagian (fardu) yang telah ditetapkan (sama ada melalui al-Quran, al-Sunnah atau ijmak) seperti 1/2, 1/4, 1/8, 1/3, 1/6, 2/3 atau 1/3 baki (dalam kes-kes tertentu sahaja). Mereka diberi keutamaan dalam menerima harta pusaka berbanding dengan waris asabah dan dhawi al-arham (mengikut sesetengah pendapat).


2.8 Perubahan Status Waris Ashab al-Furud kepada Waris Asabah


Terdapat sebilangan waris ashab al-furud yang boleh berubah status mereka daripada waris ashab al-furud kepada waris asabah (yang akan menerima baki). Namun demikian, disini hanya akan menyebutkan perubahan yang berlaku kepada datuk, saudara perempuan seibu sebapa, saudara perempuan sebapa dan juga saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa. Perubahannya seperti berikut:

i. Datuk boleh berubah status kepada waris asabah jika si mati tidak mempunyai anak lelaki atau ke bawah.

ii. Saudara perempuan seibu sebapa boleh berubah status kepada waris asabah bi al-ghayr jika bersama-sama dengan saudara lelaki seibu sebapa.

iii. Saudara perempuan sebapa boleh berubah status kepada waris asabah bi al-ghayr jika bersama-sama dengan saudara lelaki sebapa.

iv. Saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa boleh berubah status kepada waris asabah ma’a al-ghayr ketika bersama-sama dengan anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki atau bersama-sama dengan kedua-duanya sekali


2.9 Kesimpulan


Allah telah menerangkan hukum-hukum pusaka melalui nas-nasnya sama ada secara umum dan juga secara terperinci. Panduan yang diberikan itu kemudiannya di huraikan dengan lebih terperinci melalui hadith. Ijma’ dan ijtihad digunakan jika terdapat masalah-masalah berhubungan dengan pembahagian harta pusaka. Dengan panduan yang ada ini dapat mengelakkan daripada berlaku penindasan kepada orang yang berhak dan juga harta peninggalan si mati.

Wujud persamaan dan perbezaan antara datuk dan bapa. Persamaan dan perbezaan ini telah diterangkan melalui al-Qur’an dan juga hadith Rasulullah s.a.w. Persamaan antara mereka ialah melalui fardu dan juga asabah. Akan tetapi perlu diingatkan bahawa datuk hanya merupakan waris gantian. Jika wujud bapa maka datuk terhalang daripada menerima harta pusaka.

yang melibatkan datuk disebutkan disini seperti kes al-Kharqa’, al-Akdariyyah dan kes al-Mucaddah dan cara-cara pembahagiannya menurut pendapat masing-masing.

BAHAGIAN DATUK DALAM PUSAKA

Sebagaimana disebutkan sebelum ini, datuk merupakan pewaris yang menerima pusaka melalui fardu. Dalam pada itu datuk juga termasuk dalam golongan casabah. Dengan ini kedudukan datuk sama seperti bapa iaitu memperoleh pusaka melalui fardu, melalui casabah dan melalui kedua-duanya sekali fardu dan casabah. Walau bagaimanapun datuk berbeza dengan bapa dalam beberapa keadaan .

PERBEZAAN DATUK DAN SAUDARA-SAUDARA

Sebelum ini dinyatakan, jika datuk ada bersama saudara-saudara seibu sebapa atau sebapa (lelaki atau perempuan) pada hukumnya beliau dianggap sama seperti saudara-saudara lelaki. Beliau akan menjadi casabah bersama saudara-saudara perempuan dan akan menerima dua kali ganda bahagian perempuan, jika cara ini lebih baik untuknya.

Walau bagaimanapun terdapat satu perbezaan antara datuk dan saudara-saudara iaitu ketika terdapat ibu dan dan seorang saudara lelaki bersama datuk. Dalam keadaan ini, si ibu mendapat satu pertiga (1/3) bukan satu perenam (1/6), samalah juga jika tempat datuk diganti oleh seorang saudara lelaki.

Ini tidak sama jika ibu bersama dua orang saudara lelaki. Dua orang saudara lelaki akan menghijab ibu daripada menerima satu pertiga (1/3) kepada hanya satu perenam (1/6). Berbeza jika ada datuk bersama seorang saudara lelaki, mereka tidak menghijab ibu daripada satu pertiga (1/3) kepada satu perenam (1/6). Jadi dalam keadaan ini datuk berbeza dengan saudara lelaki.

Begitu juga dalam kes jika terdapat isteri, ibu, datuk dan seorang saudara perempuan. Isteri menerima satu perempat (1/4) dan ibu menerima satu pertiga (1/3). Bakinya dibahagi di antara datuk dan saudara perempuan. Saudara lelaki menerima dua kali ganda bahagian perempuan.

PERWARISAN DATUK KETIKA BERSAMA SAUDARA

Datuk yang dimaksudkan dalam sistem perwarisan Islam sebenarnya ialah datuk casabiyy atau datuk sahih, iaitu yang sampai kepada si mati atau hubungan perantaraannya dengan si mati bukan melalui perempuan. Maka datuk yang termasuk dalam golongan ini ialah bapa kepada bapa dan seterusnya ke atas. Adapun dalil-dalil mengenai hukum perwarisan datuk adalah seperti berikut:

i. Al-Quran surah al-Nisa’ (4):11

Dalam ayat ini datuk dinamakan sebagai bapa menggantikan tempat bapa sebenar ketika ketiadaannya.

ii. Berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh cUmran bin Husin bahawa seorang lelaki telah datang kepada Nabi s.a.w dan berkata: “Sesungguhnya anak lelaki kepada anak lelakiku telah meninggal, maka berapakah bahagian harta untukku?” maka Rasulullah s.a.w bersabda: “Bagi engkau satu perenam”.

iii. Semua para sahabat r.a telah bersepakat bahawa datuk akan mewarisi ketika ketiadaan bapa. Ini merupakan ijmac di kalangan mereka.



PERSAINGAN DATUK DAN SAUDARA-SAUDARA

Sebenarnya tidak terdapat nas yang jelas mengenai perwarisan datuk dalam kitab Allah s.w.t. Bahkan hukum perwarisan diambil daripada nas yang jelas berdasarkan kepada hukum perwarisan bapa. Oleh itu terdapat perselisihan pendapat mengenai hukum perwarisan dan peranan datuk dikalangan sahabat.

Yang dimaksudkan dengan datuk ialah datuk yang sah iaitu hubungannya dengan si mati tidak diselangi oleh orang perempuan seperti datuk sebelah bapa dan ke atas.

Bahagian datuk dalam menerima harta pusaka adalah berbeza bergantung kepada wujudnya saudara lelaki dan saudara perempuan atau dengan ketiadaan mereka.

i. Kedudukan datuk sekiranya saudara lelaki dan saudara perempuan si mati tidak wujud.

Dalam hal ini, datuk akan mengambil tempat bapa dengan syarat ketiadaan bapa. Oleh itu, datuk akan mendapat bahagian mengikut tiga keadaan bapa seperti yang diterangkan sebelum ini. Sekiranya bapa wujud maka datuk akan terhalang (hajb) daripada pusaka.

Kharijah ibn Zayd meriwayatkan daripada bapanya berkata: “Mirath datuk (bapa kepada bapa) adalah tiga bahagian baginya jika terdapat bapa yang lebih hampir. Jika bersamanya anak lelaki atau anak lelaki kepada anak lelaki, maka datuk mendapat satu perenam (1/6). Selain daripada situasi itu, apabila si mati tidak meninggalkan saudara lelaki atau perempuan yang bersambung di sebelah bapa, maka datuk akan mewarisi secara casabah. Pengagihan pusaka akan dimulakan dengan waris ashab al-furud yang bersamanya mengikut bahagian yang ditentukan dan jika berbaki sama ada nilainya satu perenam (1/6) atau lebih maka ia menjadi hak datuk”.

ii. Kedudukan datuk sekiranya saudara lelaki dan saudara perempuan si mati wujud.

Dalam hal ini, fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa datuk berperanan seperti bapa untuk mengalang saudara-saudara seibu sama ada lelaki atau perempuan. Ibrahim meriwayatkan: “Zayd tidak mengagihkan perwarisan kepada saudara lelaki seibu dan saudara perempuan seibu jika bersamanya datuk”. Riwayat ini menunjukkan, saudara sebelah ibu sama ada lelaki atau perempuan akan terhalang (hajb) dengan kewujudan datuk.

Walau bagaimanapun, berlaku perselisihan pendapat tentang peranan datuk dalam menghalang saudara lelaki dan perempuan seibu sebapa atau sebapa. Pandangan ulama berkaitan masalah ini adalah berikut:

i. Pendapat pertama mengatakan datuk berperanan mendinding (hajb) saudara lelaki dan perempuan seibu sebapa atau sebapa daripada mendapat harta pusaka. Ini menunjukkan kedudukan datuk adalah sama dengan kedudukan bapa.

Pendapat ini dikemukakan oleh beberapa orang sahabat seperti Abu Bakar, Ubay bin Kacab, Mucadh ibn Jabal, cAishah, Abu Hurayrah, Abu Darda’, Abu al-Tufayl, Abu Musa, cImran ibn Husayn, Jabir ibn cAbdullah, cUbadah ibn Samit dan Ibn Zubayr. Pendapat ini turut diikuti oleh al-Hasan, cAta’, Tawus, jabir ibn Zayd, Qatadah Ibn Sirin, Abu Hanifah, cUthman al-Batti, al-Muzani dan Dawud al-Zahiri.

ii. Pendapat kedua mengatakan datuk tidak berperanan mendinding (hajb) mereka daripada mendapat harta pusaka. Golongan ini bersetuju bahawa bahagian pusaka datuk adalah terjamin iaitu tetap mendapat pusaka jika bersamanya saudara-saudara si mati sama ada lelaki atau perempuan. Kedudukan datuk juga menyerupai saudara lelaki sekiranya berlaku perkongsian iaitu bahagian lelaki adalah menyamai dua bahagian perempuan.

Pendapat kedua ini merupakan ijtihad beberapa orang sahabat seperti cAli, Ibn Mascud dan Zayd ibn Thabit. Pandangan mereka telah diambil oleh al-Shacbi, al-Nakhaci, Ibn Abi Layla, Ibn Shubrumah, al-Zuhri, al-Awzaci, al-Thawri, Malik, Ahmad ibn Hanbal, al-Syafici, Abu Yusuf, Muhammad, Shurayh, Masruq, cAlqamah dan jumhur fuqaha’.

Walau bagaimanapun, golongan kedua ini turut berselisih pendapat dalam menentukan bentuk pengagihan yang sempurna dan lebih adil antara datuk dan saudara lelaki dan perempuan seibu sebapa atau sebapa. Secara umumnya, kaedah pengagihan tersebut merujuk kepada pandangan dua orang sahabat iaitu cAli ibn Abi Talib r.a dan Zayd ibn Thabit r.a.

Pendapat Zayd ibn Thabit dalam hal ini ialah pembahagian perlu dibezakan sama ada terdapat waris-waris ashab al-furud lain bersama datuk dan saudara-saudara tersebut atau tidak. Sekiranya tidak terdapat waris-waris ashab al-furud, maka datuk mempunyai dua pilihan iaitu sama ada mengambil bahagiannya secara berkongsi (muqasamah) atau mengambil sebanyak satu pertiga (1/3). Bahagian satu pertiga (1/3) tersebut diterima apabila kadar yang diperolehinya adalah kurang daripada satu pertiga (1/3).

Terdapat lima contoh keadaan yang menjadikan bahagian datuk secara berkongsi adalah menguntungkan. Ini termasuklah masalah pengagihan yang hanya melibatkan datuk dan seorang saudara perempuan seibu sebapa, datuk dan dua orang saudara perempuan seibu sebapa, datuk dan tiga orang saudara perempuan seibu sebapa, datuk dan seorang saudara lelaki dan datuk bersama seorang saudara lelaki dan seorang saudara perempuan seibu sebapa. Di samping itu terdapat tiga contoh keadaan yang menjadikan bahagian yang menguntungkan adalah sama mengikut kedua-dua cara. Sebagai contoh, datuk bersama dua orang saudara lelaki seibu sebapa, datuk bersama empat orang saudara perempuan seibu sebapa dan datuk seorang saudara lelaki dan dua orang saudara perempuan seibu sebapa. Manakala bahagian yang menguntungkan datuk sebanyak satu pertiga (1/3) pusaka ialah apabila berlakunya persaingan antara datuk dan saudara-saudara tersebut selain daripada keadaan di atas.

Contoh kes yang melibatkan pandangan Zayd dalam keadaan ini ialah riwayat daripada Ibrahim, iaitu si mati meninggalkan datuk dan seorang saudara lelaki seibu sebapa. Maka penyelesaiannya ialah secara berkongsi kerana ia lebih menguntungkan. Oleh itu, datuk mendapat satu perdua (1/2) bahagian dan saudara lelaki juga mendapat satu perdua (1/2) bahagian.

Dalam kes lain, si mati yang meninggalkan datuk dan lima orang saudara lelaki ialah bahagian datuk sebanyak satu pertiga (1/3) dan selebihnya iaitu dua pertiga (2/3) diagihkan kepada saudara-saudara lelaki. Ini kerana, jika pengagihan dibuat secara perkongsian maka bahagian datuk akan kurang daripada satu pertiga (1/3) dan kadar ini tidak akan menguntungkannya.

Zayd juga berpendapat datuk berperanan mengubah kedudukan saudara perempuan dan menerima pusaka secara casabah walaupun ketiadaan saudara lelaki. Contoh penyelesaian Zayd dalam kes ini ialah si mati hanya meninggalkan seorang saudara perempuan seibu sebapa dan datuk. Bahagian yang diperolehi ialah datuk mendapat sebanyak dua pertiga (2/3) dan saudara perempuan mendapat sebanyak satu pertiga (1/3).

Selain itu juga Zayd berpandangan saudara-saudara sebapa akan tetap dikira dalam pengagihan walaupun bahagiannya akan dikembalikan kepada saudara-saudara seibu sebapa. Hal ini berlaku apabila seseorang yang meninggal dunia dan meninggalkan waris yang terdiri daripada datuk, saudara-saudara seibu sebapa dan saudara-saudara sebapa sahaja. Keadaan ini disebut sebagai al-mucaddah.

Menurut Ibn Abi Shaybah yang meriwayatkan athar daripada al-Shacbi, terdapat enam masalah yang diselesaikan oleh Zayd yang melibatkan berhimpunnya datuk, saudara-saudara seibu sebapa dan saudara-saudara sebapa sama ada lelaki atau perempuan sahaja.

Dalam hal kedua iaitu sekiranya terdapat waris-waris ashab al-furud bersama mereka, maka datuk mempunyai pilihan untuk menerima kadar pusaka yang menguntungkan. Namun, pilihan tersebut akan diperolehi selepas setiap waris-waris ashab al-furud mengambil bahagian masing-masing. Pilihan-pilihan tersebut ialah:

i. Kadar satu perenam (1/6) secara fardu adalah menguntungkan sekiranya keseluruhan bahagian diagihkan kepada waris atau sekiranya baki selepas agihan kepada ashab al-furud ialah sebanyak satu perenam (1/6) dan kurang daripadanya. Kesannya, saudara-saudara lelaki atau perempuan tidak akan mendapat bahagian mereka terutama apabila tidak terdapat baki daripada harta tersebut kecuali dalam kes al-Akdariyyah.

ii. Kadar satu pertiga (1/3) adalah menguntungkan sekiranya lebihan bakinya sebanyak satu perdua (1/2) atau lebih dan bilangan saudara lelaki adalah dua kali ganda daripadanya.

iii. Secara berkongsi (muqasamah) adalah menguntungkan sekiranya lebihan bakinya sebanyak satu perdua (1/2) atau lebih dan bilangan saudara lelaki adalah kurang dua kali ganda daripadanya.

Antara pandangan Zayd yang melibatkan keadaan ini adalah seperti kes-kes yang diriwayatkan oleh Ibrahim. Sebagai contoh, si mati meninggalkan seorang anak perempuan, datuk dan tiga orang saudara perempuan seibu sebapa. Keputusan yang dikeluarkan oleh Zayd ialah anak perempuan mendapat satu perdua (1/2) (menyamai 5/10), datuk mendapat dua perlima (2/5) baki selepas bahagian anak (menyamai 2/10) dan tiga orang saudara perempuan mendapat tiga perlima (3/5) baki (menyamai 3/10 iaitu 1/10 seorang). Dalam kes ini, bahagian yang menguntungkan datuk ialah secara berkongsi dengan saudara perempuan selepas diagihkan kepada waris iaitu anak perempuan si mati.

Dalam kes lain, seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan waris iaitu suami, ibu, datuk dan saudara lelaki sebapa. Penyelesaiannya menurut pandangan Zayd ialah suami mendapat satu perdua (1/2) (menyamai 3/6), ibu mendapat satu pertiga (1/3) (menyamai 2/6), datuk mendapat satu perenam (1/6) dan tiada lebihan baki daripada pusaka. Oleh itu, saudara lelaki tidak mewarisi pusaka kerana kedudukannya sebagai casabah. Bahagian yang menguntungkan bagi datuk dalam kes ini ialah satu perenam (1/6) secara fardu. Ini kerana, baki pusaka selepas diagihkan kepada waris selain datuk dan saudara lelaki ialah satu perenam (1/6) sahaja.

Secara amnya, pandangan Zayd berkaitan bahagian dan kaedah pengagihan yang diperolehi oleh datuk adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibrahim berkata:

“Adapun Zayd telah menjadikan bahagian datuk sebanyak satu pertiga (1/3) secara berkongsi jika bersamanya saudara-saudara lelaki atau perempuan. Sekiranya pusaka mencapai satu pertiga (1/3), maka diberikan kepada datuk sebanyak satu pertiga (1/3) dan selebihnya adalah untuk saudara-saudara tersebut. Manakala saudara-saudara seibu sama ada lelaki atau perempuan tiada bahagian jika bersamanya datuk. Saudara-saudara sebapa akan diambil kira apabila bersama saudara-saudara seibu sebapa tetapi mereka tidak mewarisi. Sekiranya si mati hanya meninggalkan saudara lelaki seibu sebapa dan datuk sahaja, maka datuk mendapat sebanyak satu perdua (1/2). Sekiranya si mati meninggalkan dua saudara lelaki seibu sebapa dan datuk sahaja, maka datuk mendapat sebanyak satu pertiga (1/3). Sekiranya saudara lelaki seibu sebapa melebihi dua orang, maka datuk tetap mendapat sebanyak satu pertiga (1/3) dan selebihnya untuk saudara-saudara tersebut. Sekiranya bersama datuk saudara perempuan dan saudara-saudara lelaki, maka bahagian datuk dan saudara-saudara lelaki sebanyak dua pertiga (2/3) dan bahagian saudara perempuan sebanyak satu pertiga (1/3). Sekiranya bersama datuk dua orang saudara perempuan, maka mereka mendapat satu perdua (1/2) dan datuk juga mendapat satu perdua (1/2) selama mana berkongsi lebih baik bagi datuk.

Sekiranya terdapat waris-waris lain seperti isteri, ibu atau suami, maka perwarisan hendaklah diagihkan kepada mereka terlebih dahulu mengikut kadarnya dan lebihan tersebut diagihkan antara datuk dan saudara-saudara lelaki atau perempuan. Sekiranya satu pertiga (1/3) baki adalah lebih menguntungkan daripada berkongsi, maka datuk mendapat satu pertiga (1/3) baki. Tetapi sekiranya berkongsi lebih baik daripada satu pertiga (1/3) baki, maka diagihkan secara perkongsian. Dan sekiranya satu perenam (1/6) lebih baik daripada keseluruhan harta maka diberikan kepada datuk sebanyak satu perenam (1/6). Tetapi sekiranya berkongsi adalah lebih baik daripada satu perenam (1/6) keseluruhan harta, maka datuk mendapat bahagiannya secara berkongsi”.

KAEDAH PEMBAHAGIAN HARTA KEPADA DATUK MENURUT PENDAPAT CALI BIN ABI TALIB.

Menurut pendapat yang dikemukakan oleh Saidina cAli bin Abi Talib dan juga disetujui asy-Syacbi dan Ibn Abi Laila bahawa bahagian pusaka datuk akan berubah-ubah menurut kedudukan saudara-saudara yang mempusakai bersamanya, iaitu:

a) Sama ada datuk mewarisi bersama dengan saudara-saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa sahaja.

b) Sama ada datuk bersama dengan saudara-saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa sahaja.

c) Sama ada datuk bersama dengan saudara-saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa dan saudara lelaki yang boleh mentacsibkannya atau ada bersamanya anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki yang juga boleh mentacsibkannya. Oleh kerana datuk itu sendiri tidak berkuasa mentacsibkan saudara perempuan tetapi mengambil bahagian farai’d yang tetap sebanyak 1/6 harta, maka pembahagian yang dipandang adil dalam kes persaingan antara datuk dan saudara-saudara tersebut ialah:

i. Jika datuk mewarisi bersama dengan saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa, maka saudara sebagai ahli waris fardu akan mengambil farai’dnya dan bakinya akan dihabiskan oleh datuk, kecuali ternyata kemudiannya baki harta yang ada adalah kurang daripada 1/6 bahagian setelah diambil oleh saudara-saudara maka ia akan mengambil farai’dnya sebanyak 1/6 bahagian itu.

ii. Jika datuk mewarisi bersama dengan saudara-saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa sahaja, maka datuk akan berkongsi dalam harta peninggalan itu sepertimana yang diterima oleh saudara-saudara casabah tersebut, kecuali ternyata dengan perkongsian itu menyebabkan bahagian datuk kurang daripada 1/6, maka datuk akan mengambil farai’dnya sebanyak 1/6 bahagian dan baki selebihnya akan diambil oleh saudara-saudara tersebut. Bagaimanapun pembahagian kepada saudara lelaki seibu sebapa yang mengeluarkan saudara sebapa kekal seolah-olah saudara sebapa tidak ada bersamanya dan oleh kerana itu bahagian yang diterima oleh masing-masing datuk dan saudara seibu sebapa akan bertambah. Jelasnya bahagian saudara lelaki sebapa yang dikeluarkan itu pada mula lagi tidak diambil kira dalam pembahagian (muqasamah) harta kepada waris-waris berkenaan. Umpamanya si mati meninggalkan:

Datuk 1/2
Saudara lelaki seibu sebapa 1/2
Saudara lelaki sebapa x

iii. Jika datuk mewarisi bersama dengan saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa dan saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa, maka datuk akan mengambil sepertimana dengan bahagian yang diterima oleh saudara lelaki iaitu mendapat dua bahagian harta, sedangkan saudara perempuan mendapat satu bahagian, kecuali apabila ternyata bahagian datuk kurang daripada 1/6 bahagian, maka ia akan mengambil farai’dnya sebanyak 1/6. Kedudukan bahagian datuk tidak berubah sama ada terdapat juga bersamanya waris-waris lain seperti anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki atau ashab al-furud lainnya. Umpamanya si mati meninggalkan:

a) Datuk 1/6
Saudara lelaki sebapa 1/6
Saudara perempuan seibu sebapa 1/2
Ibu 1/6

b) Datuk 1/4 (baki)
Saudara lelaki sebapa x
2 saudara lelaki seibu sebapa 1/4 (baki)
Isteri 1/4

iv. Jika datuk mewarisi bersama dengan anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki dan saudara perempuan kepada anak lelaki dan saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa, maka datuk akan mengambil farai’dnya sebanyak 1/6 bahagian dan bakinya akan diambil oleh maca ghairiha iaitu ia ditacsibkan dengan kehadiran sama ada anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki. Umpamanya si mati meninggalkan:
Datuk 1/6
Anak perempuan 1/2
Saudara perempuan sebapa 1/3 (baki harta)




KAEDAH PEMBAHAGIAN HARTA KEPADA DATUK KETIKA BERSAMA SAUDARA CASABAH MENURUT PENDAPAT cABDULLAH IBN MASCUD R.A.

cAbdullah ibn Mascud r.a berpendapat bahawa cara pembahagian harta pusaka antara datuk ketika mewarisi bersama dengan saudara sama ada seibu sebapa atau sebapa ialah dengan cara penyelesaian bercampur antara pandangan Saidina cAli dan Zayd iaitu:

i. Datuk menerima bahagian secara muqasamah dengan saudara seibu sebapa atau sebapa sekiranya dengan cara pembahagian ini bahagian datuk tidak kurang dari satu pertiga (1/3) bahagian. Penyelesaian ini adalah sama dengan pendapat Zayd bin Thabit.

ii. Datuk tidak mentacsibkan saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa tanpa ada waris lain yang boleh mentacsibkannya. Saudara perempuan akan mengambil bahagian mereka secara fardu dan datuk akan mengambil baki harta. Cara ini adalah menyerupai pendapat Saidina cAli r.a.

iii. Saudara lelaki dan perempuan sebapa yang didinding oleh saudara seibu sebapa tidak akan diambil kira dalam pembahagian harta. Pendapat ini juga sama dengan pandangan yang dikemukakan oleh Saidina cAli r.a. Pendapat ini diikuti oleh golongan tabicin seperti Masruq, cAlqamah dan Shurayh.


KES AL-KHARQA’

Gambaran tentang perselisihan pendapat dikalangan para sahabah dalam masalah pembahagian harta kepada datuk dan saudara-saudara seibu sebapa atau sebapa adalah dengan jelas disimpulkan didalam masalah al-kharqa’ berikut ini. Kes ini dinamakan al-kharqa’ kerana pandangan sahabat seolah-olah telah dikoyakkannya ataupun kes ini telah memecah-belahkan pandangan sahabat. Masalah ini dikenal juga dengan al-musabba’ah kerana terdapat tujuh orang yang mengemukakan pendapatnya dan ada juga yang mengatakan sebagai al-musaddah kerana memandang bahawa sebenarnya pendapat-pendapat itu boleh digolongkan kepada enam pendapat sahaja. Disamping itu ada yang mengatakan sebagai al-cUthmaniyyah kerana kes ini timbul bersempena dengan masa pemerintahan khalifah cUthman. Bahkan bermacam-macam gelaran diberikan kepadanya lagi iaitu sama ada dengan berpandukan kepada hasil jawapan yang diberikan atau sifat masalahnya sendiri, seperti antaranya Musaddasah as-Siddiq, Muthallathah cUthman, al-Kharqa’ (tanah luas) dan sebagainya.

Kes ini melibatkan pembahagian harta pusaka kepada datuk (bapa kepada bapa), seorang saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa dan ibu. Penjelasan masalah ini berdasarkan pendapat sahabat seperti berikut:

i. Pendapat Abu Bakar, Ibn Abbas dan pengikut-pengikutnya termasuk Abu Hanifah seperti berikut:

Waris Fardu Asal
Masalah Saham
Datuk (bapa kepada bapa) cAsabah
3 2
Seorang saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa Mahjub -
Ibu 1/3 1
Jumlah 3

ii. Pendapat Zayd bin Thabit yang diikuti oleh Imam Malik, Shafici dan Ahmad dan lain-lain seperti berikut:

Waris Fardu Asal
Masalah Saham Tashih
Datuk (bapa kepada bapa)

cAsabah

3

2 4
Seorang saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa 2
Ibu 1/3 1 3
Jumlah 3 9

iii. Pendapat Saidina cAli seperti berikut:

Waris Fardu Asal
Masalah Saham
Datuk (bapa kepada bapa) 1/6
6 1
Seorang saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa 1/2 3
Ibu 1/3 2
Jumlah 6

iv. Pendapat Saidina Umar dan anaknya, cAbdullah bin Umar seperti berikut:

Waris Fardu Asal
Masalah Saham
Datuk (bapa kepada bapa) cAsabah
6 2
Seorang saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa 1/2 3
Ibu 1/3 baki 1
Jumlah 6

v. Pendapat pertama Ibn Mascud seperti berikut:

Waris Fardu Asal
Masalah Saham
Datuk (bapa kepada bapa) cAsabah
6 5
Seorang saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa Mahjub -
Ibu 1/6 1
Jumlah 6

vi. Pendapat kedua Ibn Mascud seperti berikut:

Waris Fardu Asal
Masalah Saham Tashih
Datuk (bapa kepada bapa)
cAsabah

2
1 1
Ibu 1
Seorang saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa
1/2
1

2
Jumlah 2 4

vii. Pendapat Saidina Uthman menetapkan bahawa semua waris mendapat bahagian yang sama besar. Penyelesaiannya seperti berikut:

Waris Fardu Asal
Masalah Saham
Datuk (bapa kepada bapa) 1/3
3 1
Seorang saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa 1/3 1
Ibu 1/3 1
Jumlah 3



KES AL-AKDARIYYAH

Menurut ulama, saudara perempuan sama ada seibu sebapa atau sebapa hanya ditetapkan bahagian mereka bersama datuk dalam kes al-mua’dah. Walau bagaimanapun ia dikecualikan dalam kes al-akdariyyah.

Kes ini dinamakan al-akdariyyah kerana kes ini mencemarkan mazhab Zayd bin Thabit r.a. ataupun kerana si mati ini berasal daripada Akdar. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Dari segi bahasa ianya adalah berasal dari perkataan kadara yang bererti keruh atau mengelirukan. Sedangkan sebahagian ulama mengatakan bahawa penyebutan masalah ini dengan istilah al-akdariyyah yang ertinya kotor atau mengotori disebabkan masalah ini cukup untuk mengotori mazhab Zayd bin Thabit. Fuqaha’ bagaimanapun berlainan pendapat tentang punca timbulnya masalah ini dan tentang penyelesaiannya. Menurut setengah fuqaha’ bahawa nama kes ini pada asalnya diberikan sebagai gelaran kepada orang yang menimbulkan masalah ini. Ada juga yang mengatakan ianya berpunca dari masalah yang ditimbulkan dalam kes itu sendiri iaitu dinamakan datuk dikatakan telah mengelirukan farai’d saudara perempuan sebanyak satu perdua (1/2) dengan ditacsibkan oleh datuk kemudiannya hingga datuk mengambil lebih banyak dari saudara perempuan tersebut. Tetapi ada juga yang mengatakan bahawa ianya berpunca dari penyelewangan kepada teori asal Zayd yang sebenar, kerana datuk tidak dibenarkan mentacsib saudara perempuan di peringkat awal lagi sepertimana dikehendaki oleh teori Zayd, tapi dilakukan hanya setelah selesai pembahagian yang dicawlkan. Cara sedemikian adalah jelas menyalahi kehendak teori Zayd. Bagaimanapun masalah ini umumnya dikenali sebagai “al-akdariyyah” dan ianya diikuti oleh mazhab-mazhab Syafici, Maliki dan Hanbali.

Masalah al-Akdariyyah ini sebenarnya pernah timbul di masa sahabah lagi iaitu manakala Abu Bakar, cAli, cAbbas, Ibn Mascud dan Zayd bin Thabit masing-masing telah memberi pendapat dan putusan mereka mengenainya. Apa yang dipertikaikan dalam masalah ini ialah tentang kadar bahagian datuk dan saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa apabila baki harta telah kehabisan setelah diambil oleh waris-waris ashab al-furud dan datuk terpaksa mengambil farai’dnya sebanyak satu perenam (1/6) yang jelas kurang dari farai’d yang diambil oleh saudara perempuan tersebut. Menurut teori al-Akdariyyah bahawa soal ini boleh diselesaikan dengan melalui dua peringkat:

i. Dengan berpandukan pendapat Saidina cAli yang menyelesaikan mengikut ketetapan faraid yang diterima oleh masing-masing datuk dan saudara perempuan iaitu satu perenam (1/6) dan satu perdua (1/2), walaupun dengan pembahagian ini mengakibatkan datuk menerima kurang dari saudara perempuan.

ii. Dengan berpandukan teori Zayd yang membolehkan datuk mentacsibkan saudara perempuan seibu sebapa setelah selesai pembahagian faraid kepada semua waris dan dicawlkan, hingga dengan demikian menyebabkan datuk menerima dua bahagian dan saudara perempuan satu bahagian sahaja. Umpamanya si mati meninggalkan:

Datuk i. 1/6
ii. 1/6
iii. 1/9
iv. 8/27 (2/3)

Saudara perempuan seibu sebapa i. 1/2
ii. 3/6
iii. 3/9
iv. 4/27

Suami i. 1/2
ii. 3/6
iii. 3/9
iv. 9/27

Ibu i. 1/3
ii. 2/6
iii. 2/9 = 9/9 (awl) iv. 6/27 = 27/27

Jelaslah bahawa penyelesaian menurut teori al-Akdariyyah ini tidak sepenuhnya berpandukan teori Zayd yang diterima oleh mazhab-mazhab Syafici, Maliki dan Hanbali sendiri, kerana menurut peraturan Zayd apabila timbul persaingan dengan ahli-ahli waris ashab al-furud lainnya lagi di samping saudara perempuan maka hendaklah datuk memilih kadar bahagian yang paling menguntungkannya, tetapi sekiranya tidak ada pilihan lain yang lebih baik maka hendaklah dia mengambil faraidnya sebanyak satu perenam (1/6) bahagian. Kesan yang mendalam dari penyelesaian secara al-Akdariyyah ini ialah bukan sahaja kepada faraid saudara perempuan berkenaan terapi juga kepada faraid waris-waris lainnya yang terpaksa ikut sama menanggung beban pemotongan menurut cawl untuk kemudiannya diserapkan ke dalam faraid datuk melalui tacsib yang dilakukan ke atas saudara perempuan. Oleh itu teori ini dikatakan juga sebagai ikhtiar untuk menambahkan faraid datuk hingga melebihi faraid saudara perempuan, kerana memandang kedudukannya yang lebih penting dalam keluarga.

Untuk dapat membandingkan secara lebih jelas lagi pandangan para sahabat mengenai masalah al-Akdariyyah, maka berikut ini adalah pembahagian mereka masing-masing:

i. Mengikut pendapat Abu Bakar dan Ibn cAbbas yang diikuti oleh Imam Abu Hanifah bahawa seorang saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa didinding oleh datuk dan tidak memperolehi sebarang harta pusaka. Penyelesaiannya seperti berikut:


Waris Fardu Asal
Masalah Saham
Suami 1/2


6 3
Ibu 1/3 2
Datuk (bapa kepada bapa) Asabah 1
Seorang saudara perepuan seibu sebapa atau sebapa Mahjub
-
Jumlah 6

ii. Sebaliknya, mengikut pendapat Saidina cAli bahawa seorang saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa tetap mendapat fardunya dan bahagiannya tidak dicampurkan dengan bahagian datuk. Penyelesaiannya seperti berikut:

Waris Fardu Asal
Masalah Saham
Suami 1/2


6 3
Ibu 1/3 2
Datuk (bapa kepada bapa) 1/6 1
Seorang saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa 1/2 3
Jumlah 9 al-‘Awl

iii. Manakala menurut pendapat Saidina Umar dan Ibn Mascud bahawa seorang saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa mendapat fardunya iaitu 1/2, ibu mendapat 1/6, datuk mendapat 1/6 dan suami mendapat 1/2. Mereka sependapat dengan Zayd bin Thabit bahawa seorang saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa tidak didinding oleh datuk, tetapi bahagian seorang saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa tidak dicampurkan dengan bahagian datuk. Manakala ibu hanya diberikan bahagian 1/6 supaya bahagian ibu tidak melebihi bahagian datuk. Penyelesaiannya seperti berikut:

Waris Fardu Asal
Masalah Saham
Suami 1/2


6 3
Ibu 1/6 1
Datuk (bapa kepada bapa) 1/6 1
Seorang saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa 1/2 3
Jumlah 8 al-‘Awl

Al-Rahabi menyebut dalam syairnya:
Al-Ukht bukan pewaris melalui fardu jika ada datuk bersamanya

Kecuali dalam satu kes yang membezakannya.
Suami dan ibu mendapat bahagian mereka sepenuhnya

Ketahuilah kerana orang yang terbaik adalah orang yang paling mengetahuinya.
Ia dikenali sebagai al-akdariyyah

Iaitu supaya kamu mengetahui hakikatnya
Ditetapkan untuk al-ukht satu perdua pusaka dan untuk datuk satu perenam

Sehinggalah bahagian-bahagian ini diubah semula
Kemudian bahagian mereka akan dibahagikan semula secara saksama

Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, oleh itu peliharalah dan syukurilah penggubalnya.



KES AL-MUCADDAH.

Kes ini juga berkait rapat dengan masalah persaingan antara datuk dan saudara seibu sebapa atau sebapa sama ada lelaki atau perempuan. Kebiasaannya, kes ini melibatkan datuk, sauadara perempuan seibu sebapa dan saudara lelaki atau perempuan sebapa sama ada bersama mereka terdapat waris ashab al-furud lain atau tidak. Tuntutan semula bahagian saudara perempuan seibu sebapa daripada bahagian saudara sebapa sama ada lelaki atau perempuan menyebabkan kes-kes tersebut digelar sebagai al-mucaddah.

Terdapat empat kes al-mucaddah yang digelar dengan al-Zaydiyyat al-arbac. Persamaan antara keempat-empat kes tersebut ialah kesemuanya meninggalkan datuk dan seorang saudara perempuan seibu sebapa. Kes-kes al-Zaydiyyat al-arbac adalah seperti berikut:

i. Al-cAshariyyah:

Masalah ini timbul apabila si mati meninggalkan datuk, saudara perempuan seibu sebapa dan saudara lelaki sebapa. Dalam kes ini, bahagian datuk secara berkongsi dengan saudara-saudara tersebut adalah lebih menguntungkannya. Jumlah asal masalah ini ialah lima kerana bahagian datuk ialah dua perlima (2/5), saudara perempuan seibu sebapa mendapat satu perlima (1/5) dan saudara lelaki sebapa mendapat dua perlima (2/5).

Bahagian saudara lelaki sebapa kemudiannya dikembalikan kepada saudara perempuan seibu sebapa bagi mencukupkan bilangan satu perdua (1/2) seperti kadar fardu yang asal. Oleh itu, kadar yang diperolehi oleh setiap waris ialah datuk sebanyak dua perlima (2/5) (menyamai 4/10), saudara perempuan seibu sebapa sebanyak satu perdua (1/2) (menyamai 5/10) dan bakinya iaitu 1/10 diberikan kepada saudara lelaki sebapa (lihat JADUAL bla..bla..bla..).

JADUAL 1.1 Penyelesaian Zayd dalam al-cashariyyah

Waris Penyelesaian faraid
Kadar
fardu Saham Tashih
Datuk


Muqasamah
2/5 2 x 2 = 4
Saudara perempuan seibu sebapa
1/5 1/2
(fardu)
5
Saudara lelaki sebapa 2/5 Baki 1
Jumlah (Asal masalah) 5/5 5 x 2 = 10

Al-Shacbi meriwayatkan kes ini, daripada Zayd berpendapat: “Asal masalah daripada sepuluh; empat bahagian untuk datuk, empat bahagian untuk saudara lelaki sebapa dan dua bahagian untuk saudara perempuan. Kemudian dikembalikan bahagian yang diperolehi oleh saudara lelaki kepada saudara perempuan sebanyak tiga bahagian bagi mencukupkan 1/2 dan bakinya iaitu satu bahagian adalah miliknya”.

ii. Al-cIshriniyyah:

Kes ini berlaku apabila si mati meninggalkan waris iaitu datuk, saudara perempuan seibu sebapa dan dua orang saudara perempuan sebapa. Bahagian yang menguntungkan datuk ialah dengan mewarisinya secara berkongsi.

Jumlah asal masalah dalam kes ini ialah lima kerana bahagian datuk ialah 2/5, saudara perempuan seibu sebapa mendapat 1/5 dan dua orang saudara perempuan sebapa mendapat 2/5. Bahagian saudara perempuan sebapa kemudiannya dikembalikan kepada saudara perempuan seibu sebapa bagi mencukupkan bilangan 1/2 seperti kadar fardu yang asal. Jumlah asal masalah yang paling minima dua puluh. Oleh yang demikian, kadar yang diperolehi setiap waris ialah datuk sebanyak 2/5 (menyamai 8/20), saudara perempuan seibu sebapa sebanyak 1/2 (10/20) dan bakinya iaitu 2/20 diberikan kepada dua orang saudara perempuan sebapa (1/20 seorang) (lihat JADUAL....).

JADUAL.. Penyelesaian Zayd dalam al--cishriniyyah

Waris Penyelesaian faraid
Kadar
fardu Saham Tashih
Datuk

Muqasamah
2/5 2 x 4 = 8
Saudara perempuan seibu sebapa
1/5 1/2
(fardu)
10
2 Saudara perempuan sebapa 2/5 Baki 2
Jumlah (Asal masalah) 5/5 5 x 4 = 20

Dalam hal ini, Ibrahim dan al-Shacbi meriwayatkan daripada Zayd: “Bahagian datuk ialah 2/5 dan saudara-saudara perempuan masing-masing mendapat 1/5. Kemudian bahagian saudara-saudara perempuan sebapa dikembalikan kepada saudara perempuan seibu sebapa bagi mencukupkan 1/2 dan lebihannya adalah untuk mereka”.

iii. Al-Muktasarah:

Situasi kes ini ialah apabila seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan waris iaitu datuk, ibu, saudara perempuan seibu sebapa, saudara lelaki dan saudara perempuan sebapa. Dalam kes ini, datuk mempunyai pilihan untuk mendapat bahagian yang menguntungkan iaitu secara berkongsi atau 1/3 baki selepas diagihkan kepada ibu. Ini kerana, kedua-dua cara tersebut mempunyai bahagian yang sama. Kedudukan saudara-saudara sebapa tetap dikira terlebih dahulu dan kemudiannya barulah bahagiannya dikembalikan kepada saudara perempuan seibu sebapa untuk mencukupkan 1/2.

Pengiraan asal masalah ini ialah 6 dan kemudiannya didarabkan enam iaitu mewakili jumlah bahagian antara datuk dan saudara-saudara seibu sebapa dan sebapa. Oleh itu bahagian yang diperolehi waris-waris ialah ibu mendapat 1/6 (menyamai 6/36), datuk mendapat 1/3 baki (menyamai 10/36), saudara perempuan seibu sebapa mendapat 1/2 (menyamai 18/36) dan saudara-saudara sebapa mendapat bakinya (menyamai 2/36). Seterusnya, keseluruhan bahagian didarabkan dengan tiga supaya bahagian yang diperolehi oleh saudara-saudara sebapa adalah sempurna secara casabah.

Hasil bahagian setiap waris adalah seperti berikut; ibu (18/108), datuk (30/108), saudara perempuan seibu sebapa (54/108), saudara lelaki sebapa (4/108) dan saudara perempuan sebapa (2/108). Walau bagaimanapun, kadar yang diterima dikecilkan dan dipermudahkan dengan membahagikannya kepada dua. Justeru, kadar terakhir yang diperolehi ialah ibu (9/54), datuk (15/54), saudara perempuan seibu sebapa (27/54), saudara lelaki sebapa (2/54), dan saudara perempuan sebapa (1/54) (lihat JADUAL...). Proses memudahkan kepada nilai terkecil bagi keseluruhan pengagihan menyebabkan kes ini digelar dengan al-mukhtasarah.






JADUAL... Penyelesaian Zayd dalam al-mukhtasarah
Waris Penyelesaian faraid
Kadar
fardu Saham Tashih
Ibu 1/6 6 6 x 3 = 30 30 ÷ 2 = 15
Datuk 1/3 baki 10 6 x 3 = 18 18 ÷ 2 = 9
Saudara perempuan seibu sebapa


Muqasamah
1/2
1/8
18 x 3 = 54
54 ÷ 2 = 27
Saudara lelaki sebapa
Baki
1 : 2
2
2 x 3
= 6
4
4 ÷ 2 = 2
Saudara perempuan sebapa
2
2 ÷ 2 = 1
Jumlah (Asal masalah) 36 36 x 3 = 108 108 ÷ 2 = 54

iv. Al-Tiscinniyyah:

Kes ini berlaku apabila seorang lelaki meninggalkan waris iaitu ibu, datuk, seorang saudara perempuan seibu sebapa, dua orang saudara lelaki sebapa dan seorang saudara perempuan sebapa. Dalam kes ini, kadar yang menguntungkan datuk ialah 1/3 baki selepas diagihkan kepada ibu.

Asal masalah dalam kes ini iaitu enam perlu didarabkan dengan tiga yang merupakan tiga waris yang sama kedudukannya selain ibu. Oleh itu, bahagian yang diperolehi ialah ibu mendapat 1/6 (menyamai 3/18), datuk mendapat 1/3 baki (menyamai 5/18), saudara perempuan seibu sebapa mendapat 1/2 (menyamai 9/18 selepas diperolehi daripada saudara-saudara sebapa bagi mencukupkan 1/2) dan bakinya 1/18 dikongsi secara casabah oleh saudara-saudara sebapa. Seterusnya, keseluruhan bahagian didarabkan dengan lima yang mewakili bahagian saudara-saudara sebapa sama ada lelaki dan perempuan.

Kadar terakhir yang diperolehi oleh setiap waris ialah ibu (15/90), datuk (25/90), saudara perempuan seibu sebapa (45/90), dua orang saudara lelaki sebapa (4/90 menyamai 2/90 seorang) dan saudara perempuan seibu (1/90) (lihat JADUAL....)

JADUAL... Penyelesaian Zayd dalam al-tiscinniyyah
Waris Penyelesaian faraid
Kadar
fardu Saham Tashih
Ibu 1/6 3 3 x 5 = 15
Datuk 1/3 baki 5 5 x 5 = 25
Saudara perempuan seibu sebapa



Muqasamah
12
9
9 x 5 = 45


2 Saudara lelaki sebapa
Baki
1 : 2
1
1 x 5 = 5
4
Saudara perempuan sebapa
1


Jumlah (Asal masalah) 18 18 x 5 = 90

Keempat-empat kes di atas menunjukkan bahagian yang diperolehi oleh setiap saudara-saudara sebapa sama ada lelaki atau perempuan akan dipulangkan semula kepada saudara perempuan seibu sebapa selepas dikira bersama-sama dalam pengiraan. Ia dikembalikan bagi tujuan mencukupkan bahagian saudara perempuan seibu sebapa sebanyak 1/2 sekiranya seorang dan 2/3 sekiranya dua orang atau lebih.

Walau bagaimanapun, dalam keempat-empat kes yang disandarkan mengikut pengiraan Zayd ini hanya melibatkan seorang sahaja saudara perempuan seibu sebapa. Kes-kes ini juga menunjukkan bahawa setiap saudara-saudara sebapa tetap mendapat bahagian yang berbaki selepas dikembalikan bahagian sepatutnya kepada saudara perempuan seibu sebapa.

Secara umumnya, gelaran dalam kes-kes al-Zaydiyyat al-arbac merujuk kepada nilai asal masalah iaitu al-cashariyyah (10), al-cishriniyyah (20), al-tiscinniyyah (90). Manakala, al-mukhtasarah pula ialah gelaran yang diberi kerana proses memudahkan pengiraan dan asal masalah kepada nilai terkecil.

KES AL-HAMZIYYAH

Kes ini melibatkan si mati dan meninggalkan waris iaitu datuk, tiga orang nenek yang sama kedudukannya (ibu kepada ibu kepada ibu, ibu kepada ibu kepada bapa dan ibu kepada bapa kepada bapa) dan tiga saudara perempuan dari setiap kategori (seibu sebapa, sebapa dan seibu).

Penyelesaian mengikut pendapat Zayd adalah nenek-nenek akan mendapat 1/6 dan bakinya dikongsi antara datuk dan saudara-saudara perempuan. Namun, saudara perempuan seibu sebapa akan terdinding (hajb) disebabkan kewujudan datuk.

Dalam hal ini, asal masalah iaitu enam akan didarabkan dengan tiga (bilangan nenek) dan kemudiannya didarabkan dengan empat (bilangan jumlah bahagian antara datuk dan dua orang saudara perempuan). Seterusnya, bahagian saudara perempuan sebapa akan dikembalikan kepada saudara perempuan seibu sebapa yang menyebabkan tiada baki untuknya kerana telah dihabiskan oleh saudara perempuan seibu sebapanya. Bahkan bahagian yang diperolehi oleh saudara perempuan seibu sebapa tidak mencukupi 1/2 mengikut kadar asal secara fardu.

Oleh itu bahagian yang akan diperolehi oleh semua waris ialah tiga orang nenek (12/72 menyamai 4/72 seorang), datuk (30/72) dan saudara perempuan seibu sebapa (30/72). Kesemua kadar tersebut boleh dikecilkan iaitu kesemua nenek mendapat 6/36 (2/36 seorang), datuk mendapat 15/36 dan saudara perempuan seibu sebapa 15/36 (lihat JADUAL..).




JADUAL.. Penyelesaian Zayd dalam kes al-Hamziyyah
Waris Penyelesaian faraid
Kadar
Fardu Saham Tashih
3 nenek 1/6 1/6 1 x (4 x 3) = 12 12 ÷ 2 = 6
Datuk

cAsabah

5/6 30 30 ÷ 2 = 15
Saudara perempuan seibu sebapa 30 30 ÷ 2 = 15
Saudara perempuan sebapa Dikembalikan kepada saudara perempuan seibu sebapa
Saudara perempuan seibu Mahjub (terdinding daripada perwarisan)
Jumlah (Asal masalah) 6/6 6 x (4 x 3) = 72 72 ÷ 2 = 36

Penyelesaian kes ini menurut sahabat-sahabat lain selain Zayd bin Thabit r.a ialah:

i. Pendapat Abu Bakar r.a dan Ibn cAbbas r.a: nenek mendapat 1/6 dan bakinya adalah bahagian datuk yang diambil secara casabah. Tiada bahagian untuk saudara-saudara perempuan kerana terhalang dengan kewujudan datuk.

ii. Pendapat cAli r.a: bahagian nenek ialah 1/6, saudara perempuan seibu sebapa mendapat 1/2, saudara perempuan sebapa mendapat 1/6 bagi mencukupkan 2/3 dan bakinya adalah bahagian datuk.



KESIMPULAN

Wujud dua golongan yang membincangkan tentang pusaka datuk. Golongan pertama mengatakan bahawa datuk boleh mendinding saudara-saudara seibu sebapa atau sebapa (lelaki atau perempuan) dan golongan kedua pula mengatakan bahawa datuk tidak boleh mendinding mereka. Golongan yang mengatakan datuk tidak boleh mendinding saudara-saudara terdapat beberapa perbezaan pendapat. Perbezaan pendapat mereka ialah dari segi kaedah-kaedah pembahagian harta pusaka yang digunakan oleh mereka dan cara penyelesaianya.

Dalam menyelesaikan persoalan tentang persaingan harta pusaka antara datuk dengan saudara-saudara, maka telah timbul kes-kes pengecualian yang melibatkan datuk. Kes-kes ini dinamakan pengecualian kerana terkeluar daripada kaedah-kaedah umum dalam pembahagian harta pusaka atau kes-kes pengecualian yang tidak mengikut kaedah umum dalam pembahagian pusaka.

sesuatu nas dan kandungan nas itu sendiri yang bersifat dhanniyy al-dilalah. Walau apa pun, setiap pandangan mereka sama ada yang disepakati ataupun tidak, diterima dan diguna pakai dalam memahami sesuatu nas.

Dalam kajian ini membincangkan tentang sistem pusaka yang dilaksanakan pada zaman sebelum Islam. Zaman sebelum Islam adalah merupakan zaman jahiliyyah yang mana sistem perwarisannya adalah menurut adat dan kekerabatan. Adat tersebut dilakukan secara turun temurun iaitu di ambil oleh nenek moyang mereka. Nenek moyang mereka hanya memberikan harta pusaka kepada kaum lelaki sahaja dan kaum perempuan dipulaukan malah ditindas tanpa memberikan apa-apa kepada mereka. Mereka beranggapan bahawa kaum perempuan ini hanya akan memberikan masalah dan akan menjatuhkan maruah keluarga serta juga kaum yang lemah yang mana pada mereka seolah-olah tidak memberikan manfaat kepada mereka. Justeru itu, bagi mereka orang yang berhak menerima harta pusaka adalah kaum lelaki yang dapat mempertahankan keluarga. Namun begitu mereka tidak memberikan harta pusaka kepada anak lelaki yang masih kecil, alasannya adalah anak kecil ini tidak mampu untuk memegang senjata dan tidak mampu untuk menjaga atau mempertahankan keluarga.

Zaman jahiliyyah juga memberikan harta pusaka melalui sumpah setia dan perjanjian. Adapun sumpah setia dan perjanjian ini berlaku tanpa ada hubungan nasab dan kekerabatan di anatara mereka. Mereka hanya mengatakan bahawa masing-masing saling menjaga antara satu sama lain atau boleh dikatakan juga bahawa susah senang ditanggung bersama. Jika salah seorang mereka susah, maka pihak yang lagi satu akan membantu dan begitu juga sebaliknya. Menerusi sumpah setia dan perjanjian ini, mereka akan saling pusaka-mempusakai antara satu sama lain iaitu jika salah satu pihak yang bersumpah setia atau melakukan perjanjian ini meninggal dunia, maka pihak yang lagi satu yang telah bersumpah setia atau telah berjanji akan mempusakai harta pihak yang meniggal dunia itu tadi. Ini semua adalah satu penindasan kepada mereka yang berhak dan tidak bertepatan dengan fitrah manusia yang saling hormat-menghormati antara sesama manusia dan memerlukan perdamaian serta keadilan.

Selepas kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, sistem ini telah diubah serta dirombak dengan berpandukan kepada wahyu yang diturunkan kepada baginda oleh Allah s.w.t. Sistem pusaka di masa zaman jahiliyyah yang tidak adil itu telah ditukar kepada sistem pusaka yang dibawa oleh Islam yang tanpa ada keraguan tentang keadlilannya. Sistem pusaka Islam ini mewariskan harta kepada mereka yang berhak tanpa melihat kepada umur, darjat, tingkatan serta kaum (lelaki atau perempuan). Semuanya berhak mendapat harta pusaka jika mereka sabit ke atas nasab dan keturunan. Sistem pusaka Islam juga mengajar akan cara-cara pembahagian harta pusaka serta fardu yang akan diperolehi bagi setiap ahli waris. Antaranya ada yang akan mendapat secara fardu, ada yang mendapat secara casabah dan ada juga yang akan mendapat secara fardu dan casabah sekaligus. Sumber-sumber hukum ini didapati melalui al-Quran, al-Sunnah, Ijmac dan juga ijtihad sahabat melalui dalil-dalil yang dibincangkan di dalam kajian ini.

Fokus utama kajian ini adalah tertumpu kepada persaingan datuk dengan saudara-saudara dalam menerima harta pusaka. Kajian ini berikutan kepada banyaknya percanggahan yang berlaku dikalangan fuqaha’ dalam menetukan bagaimanakah cara hendak membahagikan harta yang di tinggalkan oleh si mati kepada waris yang mana waris tersebut adalah datuk dan saudara-saudara. Jika dilihat kepada pendapat Abu Hanifah dan beberapa pendapat sahabat yang lain, mereka mengatakan bahawa datuk adalah sama seperti bapa di mana bapa boleh mendinding saudara-saudara dalam menerima harta pusaka. Oleh itu, datuk juga boleh mendinding saudara-saudara dan pembahagiannya adalah sama mengikut bapa. Sebelum itu, harus dipastikan bahawa bapa tiada kerana jika bapa wujud ketika itu maka datuk tidak dapat sebarang harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati kerana ijmac ulama telah menetapkan bahawa jika bapa ada, maka datuk akan didinding olehnya.

Namun demikian, jumhur fuqaha’ telah bersepakat bahawa datuk tidak boleh mendinding saudara-saudara sama ada seibu sebapa atau sebapa baik lelaki mahupun perempuan. Malah mereka akan bersama-sama dalam menerima harta pusaka. Namun begitu, mereka bercanggah dalam cara pembahagian harta pusaka di antara datuk dan saudara-saudara. Percanggahan mereka berlaku akibat daripada kefahaman yang berbeza-beza di kalangan mereka. Akan tetapi ia tidak menjadikan satu kesalahan kepada mereka kerana hukum pembahagian ini tidak jelas dan merupakan hukum melalui ijmac dan juga ijtihad. Antara sahabat yang membincangkan tentang cara pembahagian ini adalah Zayd bin Thabit, cAli bin Abi Talib serta Ibn Mascud. Mereka merupakan ulama yang pakar dalam bidang perwarisan harta pusaka. Kajian ini menyebutkan cara-cara pembahagian yang dijalankan oleh mereka serta contoh-contoh supaya lebih mudah untuk difahami.

Namun demikian, kajian ini turut menyentuh kes-kes pengecualian tentang persaingan antara datuk dan saudara-saudara serta pandangan-pandangan fuqaha’ berikutan dengan kes ini serta cara-cara pembahagian pusaka jika kes ini berlaku pada ahli waris dan juga contoh-contoh penyelesaiannya. Antara kes yang melibatkan datuk dan saudara-saudara ialah kes al-Kharqa’, al-Akdariyyah, al-Mucaddah dan juga al-Hamziyyah. Kes al-mucaddah ini terbahagi kepada beberapa cabang lagi iaitu al-cAshariyyah, al-cIshriniyyah, al-Muktasarah dan al-Tiscinniyyah. Nama al-Kharqa’ diperolehi akibat berlaku pandangan sahabat seolah-olah telah dikoyakkannya ataupun kes ini telah memecah-belahkan pandangan sahabat, dinamakan al-Akdariyyah pula kerana si mati berasal daripada Akdar dan dinamakan dengan al-Hamziyyah pula kerana dalam kes ini si mati meninggalkan tiga orang nenek.

Disamping itu juga, turut disentuh dalam kajian ini ialah tentang perbezaan dan persamaan datuk dengan bapa serta kedudukannya. Datuk dan bapa mempunyai perbezaan dan juga persamaan jika diteliti. Persamaan antara datuk dan bapa ialah mempunyai tiga keadaan iaitu mendapat 1/6 jika si mati mempunyai anak lelaki atau anak lelaki kepada anak lelaki atau ke bawah, mendapat 1/6 dan casabah (baki) jika si mati mempunyai anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki atau kebawah dan juga mendapat casabah (baki) jika si mati tidak mempunyai anak secara mutlak (lelaki atau perempuan) atau tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan kepada anak lelaki (cucu) atau ke bawah. Perbezaan antara mereka pula ialah jika saudara-saudara lelaki atau perempuan seibu sebapa (al-ikhwah al-ashiqqa’ atau al-akhawat al-shaqiqat) atau sebapa (al-ikhwah atau al-akhawat li-ab) ada bersama datuk, bapa akan menghijab (menghalang) mereka semua daripada menerima pusak, sementara datuk pula hanya akan berkongsi pusaka bersama mereka, dalam kes Umariyatain, jika tempat bapa digantikan oleh datuk, maka ibu memperoleh satu pertiga (1/3) pusaka bukannya satu pertiga (1/3) baki sebagaimana jika dia bersama bapa dan bapa akan menghijab ibunya (nenek) tetapi datuk tidak. Datuk juga berbeza dengan saudara-saudara dan perbezaan itu juga turut dimuatkan dalam kajian ini.
Catat Ulasan