DONATE

Khamis, 30 Julai 2009

Kedudukan Syariah dalam Perlembagaan Persekutuan

Oleh : ABDUL AZIZ BARI



Abstrak


Kedudukan Syariah di dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam
Perlembagaan Malaysia amnya masih dianggap melukut di tepi gantang atau samar.
Bagaimanapun jika tanggapan itu diteliti dengan lebih lanjut kedudukan Syariah
sebenarnya tidaklah seburuk itu. Yang pasti perlembagaan tidak menafikan secara jelas
kedudukan Syariah. Dokumen awal perlembagaan juga tidak berbuat demikian. Dalam
pada itu keseluruhan kerangka perlembagaan dan sistem perundangan kita sebenarnya
mengizinkan tafsiran dan pendekatan yang boleh dikatakan mesra-Islam; asalkan
prosedur yang telah ditetapkan dipatuhi.


I. PENDAHULUAN


Kertas ringkas ini cuba menghujah bahawa Islam umumnya dan Syariah
khususnya mempunyai tempat yang tertentu di dalam sistem dan kerangka
perlembagaan kita. Ini tentunya memeranjatkan kerana tanggapan umum
beranggapan sebaliknya. Apa pun keadaannya kita harus sedar bahawa
perlembagaan ini beroperasi di tengah-tengah umat Islam yang bilangannya
kian meningkat. Selain itu negara ini juga pernah melaksanakan Islam sebelum
ia dipinggirkan oleh British. Faktor-faktor ini menyebabkan Islam sentiasa
berlegar di sekitar perlembagaan. Dan sebab itulah pengaruh Islam tidak dapat
dielakkan dan ini turut memberi kesan kepada tafsiran perlembagaan.

Walaupun Syariah mempunyai pengertian yang khusus dan tersendiri kertas ini
melihatnya dalam konteks yang luas; yang merangkum peraturan-peraturan
yang berasaskan ajaran Islam. Penulis berpendapat bahawa undang-undang
yang bukan bersumberkan kepada Al-Qur’an dan Sunnah tetapi tidak
bertentangan dengan ketetapan dan maksud umum Syariah harus diterima
sebagai Islamik, walaupun tidak sebagai undang-undang Syariah dalam
pengertian khususnya.

Di dalam kertas ini ungkapan perlembagaan turut merangkum perlembagaanperlembagaan
negeri: tidak hanya Perlembagaan Persekutuan sahaja. Di dalam
negara persekutuan seperti Malaysia perlembagaan-perlembagaan negeri
penting kerana Perlembagaan Persekutuan hanya bersifat utama dan muktamad
dalam hal-hal yang terletak di dalam bidang kuasa persekutuan sahaja.


II. KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN


Kedudukan Islam sering dilihat dalam konteks Perkara 3 Perlembagaan
Persekutuan, khususnya Perkara 3(1)3. Ini kurang tepat kerana kedudukan Islam
– sebagaimana yang akan dibincangkan di bawah - perlu juga dilihat dalam
konteks peruntukan-peruntukan yang lain. Pendapat yang lebih kuat
mensifatkan Perkara 3 sebagai peruntukan yang memberi ciri atau sifat kepada
perlembagaan dan persekutuan.

Melihat kepada ungkapan yang digunakan Perkata 3 seolah-olah membekalkan akidah, ideologi atau sifat bagi perlembagaan dan negara ini. Walaupun ini kadangkala disifatkan sebagai label atau kulit4 sahaja ia tetap bermakna dan signifikan. Inilah peruntukan yang memberi landasan atau hujah untuk amalan-amalan rasmi seperti pembacaan doa di dalam sidang parlimen dan seumpamanya.


Perbahasan mengenai kedudukan Islam di dalam perlembagaan tidak dapat
mengelak dari menyentuh isu-isu kontroversial seperti negara Islam, negara
sekular dan seumpamanya perlu juga disentuh5. Bagaimanapun perlembagaan
tidak mempunyai apa-apa peruntukan untuk menyokong atau menolak konsepkonsep
tersebut. Apa pun tentunya lebih realistik sekiranya perbahasan
mengenai kontroversi-kontroversi itu dilakukan dengan merujuk kepada
kerangka perlembagaan keseluruhannya dan tidak tertumpu kepada Perkara 3
sahaja.


Persoalan negara Islam mungkin boleh dianalogikan dengan kedudukan
Malaysia sebagai negara demokrasi. Walaupun Perlembagaan Malaysia
umumnya hendak melaksanakan demokrasi6 tetapi ada peruntukan-peruntukan
yang boleh mengancam atau menggantung demokrasi seperti Perkara 1497
mengenai subversif, keganasan dll. atau Perkara 150 mengenai darurat8. Ini
menunjukkan bahawa perlembagaan kita sebenarnya tidak mempunyai sifat
atau ciri tertentu yang tetap dan tidak berubah. Dengan itu kita boleh
mengatakan bahawa perlembagaan kita memberi ruang kepada pelbagai konsep
dan gagasan yang dapat disesuaikan dengan kerangka dan batasan yang ada.


Sebab itu kita perlu juga mengambil maklum dasar-dasar tertentu yang dibentuk
dan dilaksanakan oleh kerajaan setakat ini, baik di peringkat pusat dan negeri,
yang dicipta dan dilaksanakan untuk membangun dan mempertahankan Islam.
Ini termasuklah penerapan nilai-nilai Islam9, membangun bersama Islam10 dan
Islam hadhari11. Dari segi hujah dasar-dasar ini mengisyaratkan kepada kita
bahawa ada inisiatif dan perubahan tertentu yang boleh dilakukan tanpa
meminda perlembagaan yang ada sekarang. Dasar-dasar itu juga membolehkan
kita menghujah bahawa perlembagaan turut menyediakan kerangka untuk
pelaksanaan aspek-aspek tertentu Islam. Sama ada ini mencukupi atau
sebaliknya adalah soal yang lain.


Dari segi struktur perlembagaan persoalan Islam di dalam perlembagaan perlu
dilihat dalam konteks Malaysia sebagai negara persekutuan. Dengan itu kita
harus mengambilkira prinsip-prinsip asas konsep federalisme bagi menangani
masalah-masalah yang timbul apabila berlaku konflik di antara pihak berkuasa
pusat dan negeri. Pembahagian kuasa antara pihak berkuasa persekutuan dan
negeri inilah yang turut menjadi punca kepada terbatasnya pelaksanaan undangundang
Syariah dalam bentuk hudud dan qisas.


Perbahasan mengenai kedudukan Islam tidak harus mencemaskan orang bukan
Islam. Mereka tidak harus berasa bimbang apabila umat Islam mengimbau
sejarah masa lalu kerana hak-hak yang mereka nikmati sekarang –
kewarganegaraan, hak sivil dan politik dan sebagainya – juga bersumberkan
sejarah; khususnya tolak ansur ketika negara mencapai kemerdekaan.


Sesungguhnya semua pihak di negara ini perlu memahami dan mengambilkira
sejarah dalam menuntut apa yang mereka dakwa sebagai hak atau kebebasan.
Antara contoh-contoh yang boleh disebut di sini ialah Perkara 3(4)13 dan Perkara
8(5)14. Sementara peruntukan-peruntukan yang mempunyai kesan menggantung
peruntukan-peruntukan perlembagaan tertentu yang lain ialah Perkara 149 dan
Perkara 150.


III. PERUNTUKAN-PERUNTUKAN YANG RELEVAN


Perlembagaan Persekutuan tidak dilengkapi dengan pengenalan umum, objektif
yang hendak dicapai atau dasar-dasar asas sebagaimana perlembagaanperlembagaan
negara-negara tertentu. Yang ada hanyalah beberapa peruntukan
yang menyentuh atau berkaitan dengan Islam. Dengan demikian peruntukanperuntukan
itu perlu dianalisis, terutama dari segi ruang lingkup dan
latarbelakangnya.

Di dalam pentafsiran perlembagaan peruntukan-peruntukan perlu diberi makna yang harfiah kecuali jika pendekatan sedemikian menimbulkan kesan atau implikasi yang tidak munasabah. Penulis berpendapat bahawa tiap-tiap peruntukan perlembagaan berdiri sendiri dan tidak dibataskan oleh peruntukan-peruntukan lain, kecuali sekiranya hal itu dinyatakan secara jelas oleh peruntukan berkenaan.


Peruntukan perlembagaan yang sering dihujahkan sebagai menghalang
pelaksanaan Syariah di Malaysia ialah Perkara 4(1)16 yang mengisytiharkan
Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara. Pendapat ini
tidaklah semestinya benar kerana perlembagaan sendiri turut membenarkan
pelaksanaan prinsip-prinsip Syariah yang tertentu sebagaimana yang kelihatan,
antara lain, dalam Jadual Kesembilan. Dengan kata lain prinsip-prinsip Syariah
turut mengisi peruntukan perlembagaan. Ini juga dapat dihujahkan dalam soal
kelayakan Yang di Pertuan Agong sebagai ketua negara yang diregulisasikan
oleh perlembagaan-perlembagaan negeri. Sementara itu Perlembagaan Negeri
Johor menyebut ungkapan ahl al-hal wa al-‘aqd. Ini menarik kerana ia penting di
dalam konsep pemerintahan Islam. Ini juga secara tidak langsung membawa
masuk prinsip-prinsip Syariah yang terkandung di dalam karya-karya klasik
para ilmuan Islam silam yang dimaktubkan oleh perlembagaan-perlembagaan
negeri. Peruntukan-peruntukan ini harus diteliti. Kita tidak harus melihat
Perkara 3(4), 4(1) atau 160(2)17 semata-mata tanpa melihat kesan dan signifkan
peruntukan-peruntukan yang disebutkan di atas tadi. Walaupun ada pihak yang
mencadangkan supaya Perkara 4(1) dipinda dengan memasukkan Al-Qur’an
dan Sunnah18 satu perbahasan yang mendalam perlu dilakukan untuk
memastikan kesannya di samping mengambilkira pengalaman negara-negara
muslim yang lain yang sudah berbuat demikian.


Selain itu kandungan dan kesan Perkara 11(1) dan (4)19 serta 12(2)20 yang
mengangkat kedudukan Islam melebihi agama-agama lain selalu disebut bagi
menunjukkan kedudukan istimewa Islam. Sebab itu undang-undang murtad
yang bersumberkan undang-undang Syariah boleh diluluskan oleh parlimen
atau dewan-dewan undangan negeri. Kedudukan Islam yang tidak boleh
disentuh oleh parlimen atau kuasa darurat. Ini tentunya turut melindungi
prinsip-prinsip Syariah.


Selain itu sudah sekian banyak undang-undang – walaupun diakui masih belum
mencukupi –yang dibuat oleh parlimen dan dewan-dewan undangan negeri
yang mengkanunkan prinsip-prinsip Syariah. Prinsip-prinsip yang melatari
peruntukan-peruntukan di dalam pelbagai undang-undang keluarga Islam serta
perbankan dan kewangan Islam adalah prinsip-prinsip Syariah. Ini dengan
sendirinya menandakan bahawa Syariah mempunyai kedudukan yang tertentu
di dalam sistem perlembagaan dan perundangan kita. Selain itu di masa akan
dating, kita tidak harus menjangka pengaruh dan kedudukan yang lebih kukuh
sekiranya kita dapat meyakinkan kemampuan Syariah menjadi sumber untuk
reformasi perlembagaan dan undang-undang negara.


IV. KES-KES MAHKAMAH YANG PENTING


Di dalam system undang-undang common law seperti Malaysia dan negaranegara
Komanwel – bahkan di Amerika Syarikat juga – kes-kes yang diputuskan
oleh mahkamah mempunyai peranan penting di dalam menjelaskan ruang
lingkup perlembagaan dan undang-undang yang lain. Ini menyebabkan
perlunya kita membuat rujukan kepada kes-kes mahkamah. Dalam soal
kedudukan Islam kes-kes yang diputuskan setakat ini tidak banyak
menjernihkan keadaan.

Antara sebab mengapa ini berlaku ialah tidak adanya kes yang membuat analisis terhadap kes-kes yang terdahulu di dalam isu berkenaan. Kes-kes yang ada ini juga tidak membuat analisis menyeluruh terhadap peruntukan dan kerangka perlembagaan serta dokumen-dokumen penting termasuk Laporan Suruhanjaya Reid. Setengah daripada kes-kes ini diputuskan di atas pertimbangan semasa – yang mengambilkira sensitiviti
politik – dan tidak seratus peratus di atas dasar perlembagaan dan undang-undang.


Kes yang sering disebut di dalam perbincangan mengenai Islam di dalam
Perlembagaan Malaysia ialah kes Che Omar bin Che Soh22. Kes ini memutuskan
bahawa kedudukan undang-undang Islam terbatas kepada hal-hal peribadi
seperti nikah kahwin, cerai dan penjagaan anak. Mahkamah juga mengatakan
bahawa perlembagaan mengekalkan kedudukan undang-undang sekular.


Keputusan ini dibuat terhadap tindakan mencabar keesahan undang-undang
dadah yang didakwa tidak mengikut ajaran Islam dan dengan itu bertentangan
dengan perlembagaan. Mahkamah menolak hujah ini kerana mahkamah
memutuskan bahawa Syariah bukan undang-undang utama persekutuan.


Kes ini sebenarnya menyamai kes-kes yang diputuskan oleh hakim-hakim
Inggeris sebelum merdeka; contohnya Wong Ah Fook dan Anchom bte Lampong.
Kedua-dua kes ini menolak hujah bahawa undang-undang Islam sebagai
undang-undang negara. Mungkin perlu ditekankan bahawa hanya kerana
undang-undang Islam bukan undang-undang utama ia tidak bermakna bahawa
undang-undang Syariah tidak mempunyai tempat atau merempat. Undangundang
Inggeris pun sebenarnya, jika kita faham maksud peruntukan yang
berkaitan di bawah Akta Undang-undang Sivil 1956, tidak mempunyai tempat
yang terlalu signifikan di Malaysia.


Di dalam Che Omar bin Che Soh Syariah cuba dihujahkan sebagai undangundang
utama untuk mengisytiharkan undang-undang yang diluluskan oleh
parlimen sebagai tidak sah. Mungkin boleh dikatakan bahawa Che Omar bin Che
Soh sebenarnya tidaklah menolak kedudukan Islam umumnya dan Syariah
khususnya. Kes tersebut cuma mengatakan bahawa kedudukan undang-undang
Islam terbatas. Tetapi penghakiman mahkamah yang memutuskan bahawa
perlembagaan mengekalkan dikotomi antara undang-undang sekular dan Islam
boleh dipersoalkan. Ini kerana mahkamah tidak menunjukkan dengan jelas
bagaimana Perkara 160(2) berbuat demikian. Hanya kerana undang-undang
Islam atau Syariah tidak disebut sebagai sumber undang-undang itu tidak
bermakna bahawa Syariah tidak mempunyai tempat. Seperti yang disebutkan di
atas tadi Islam masih boleh diserapkan ke dalam sistem perlembagaan dan
perundangan kita melalui proses pembuatan undang-undang biasa di parlimen.


Selain itu ada beberapa ungkapan di bawah Perkara 160(2) itu yang mungkin
boleh membawa masuk prinsip-prinsip Syariah; seperti “undang-undang
bertulis”, “undang-undang negeri”, “undang-undang persekutuan” dan
“undang-undang yang sedia ada”. Isu ini adalah antara persoalan-persoalan
menarik yang perlu dibahaskan secara mendalam.


Sementara itu ada keputusan-keputusan mahkamah yang menghukumkan
bahawa Islam mengatasi agama-agama lain. Ini mewakili aliran yang lebih
mutakhir di dalam jurisprudens mengenai kedudukan Islam di dalam
perlembagaan. Inilah yang agak menonjol di dalam kes-kes seperti Meor
Atiqulrahman dan Lina Joy. Kes-kes ini bagaimanapun lebih bertumpu kepada
hak kebebebasan beragama dan bukan kedudukan Islam dalam perlembagaan.
Penulis berpendapat bahawa kelebihan yang diberikan kepada Islam memang
ada di bawah peruntukan mengenai kebebasan asasi – yakni Perkara 11(4) - dan
tidak bergantung kepada Perkara 3(1).


Islam dan Syariah juga boleh memainkan peranan secara tidak langsung di
dalam kes-kes tertentu yang melibatkan hak asasi seperti kebebasan beragama.
Ini berlaku dalam kes Fatimah binti Sihi29 apabila Mahkamah Rayuan
memutuskan bahawa hak tersebut perlu dirujuk kepada agama yang berkenaan.
Meskipun keputusan kes ini tidak memihak kepada Islam prinsip yang
digariskan itu amat penting, terutama dalam kes-kes yang akan datang atas
persoalan berkenaan. Bagaimanapun ini banyak bergantung kepada kefahaman
hakim-hakim mahkamah sivil terhadap Islam amnya dan Syariah khususnya.


Apa pun penulis berpendapat bahawa untuk membuat keputusan yang adil dan
selaras dengan perlembagaan para hakim mahkamah sivil perlu mengetahui
prinsip-prinsip Islam dan Syariah. Dan ini tidak terbatas kepada hakim-hakim
yang beragama Islam sahaja: para hakim bukan Islam juga perlu memahami
Islam. Perlu dicatatkan bahawa di dalam sumpah jawatan mereka para hakim
diminta mempertahankan perlembagaan dan di atas tadi kita telah
menunjukkan bahawa prinsip Islam dan Syariah turut dikandung oleh
perlembagaan kita.


V. PENUTUP


Agak jelas bahawa Syariah mempunyai kedudukan tertentu yang signifikan.
Malah boleh dihujah bahawa kedudukan itu agak kukuh. Apa pun kedudukan
itu tidak boleh dipadam oleh proses demokrasi biasa kerana ia melibatkan
kedudukan dan kuasa Raja-Raja31 serta Majlis Raja-Raja32. Kuasa darurat juga
tidak boleh menggugat kedudukan Islam.


Apa yang dipaparkan di atas memerlukan perancangan yang teliti dan untuk itu
ada beberapa persiapan dan pendekatan yang perlu dimulakan. Ini melibatkan
banyak pihak dan sektor. Para hakim di mahkamah sivil – termasuk yang bukan
Islam – perlu mempelajari Islam dan undang-undang Syariah. Selain itu tenaga
yang perlu untuk memacu perubahan dimaksudkan juga perlu dilatih dari
sekarang.


Di kalangan masyarakat terbanyak Islam perlu diperkenalkan. Ini perlu
dipimpin oleh kerajaan dan pihak-pihak lain termasuk NGO dan seumpamanya.
Dalam rangka ini sudah tentulah umat Islam perlu menjadi contoh yang baik
yang menjadi rujukan dan model hidup buat segala kebaikan dan kehebatan
yang dikaitkan dengan Islam.


*Kertas yang dibentangkan dalam Wacana Ilmiah anjuran Bahagian Penasihat, Jabatan
Peguam Negara Malaysia di Hotel Legend, Kuala Lumpur pada 5 Disember 2005.
**Profesor Dr ABDUL AZIZ BARI ialah pensyarah di Kuliah Undang-undang Ahmad
Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau juga adalah
Penyelaras Kursus Undang-undang Perlembagaan dan Editor, IIUM Law Journal.



Rujukan


1 Untuk perbincangan lanjut tentang segala konsep ini lihat Ahmad Hasan, The Early Development of
Islamic Jurisprudence, Islamabad: Islamic Research Institute, 1982, hh. 1-11, Mohammad Hashim Kamali,
Principles of Islamic Jurisprudence, Kuala Lumpur: Ilmiah Publishers Sdn. Bhd., 1998, hh.1-13 dan
Seyyed Hossein Nasr, Ideals and Realities of Islam, London: Acquarian, 1994, hh.93-120.
2 Untuk gambaran yang lebih terperinci lihat Abdul Aziz Bari, Islam dalam Perlembagaan Malaysia,
Petaling Jaya: Intel Multimedia & Publication, 2005.
3 Peruntukan ini berbunyi “Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan”
4 L.A. Sheridan, The Federation of Malaya Constitution: Text, Annotation and Commentary, Singapura:
University of Malaya Press, 1961, hal.4
5 Untuk perbincangan lanjut lihat, umpamanya, Abdul Aziz Bari, Perlembagaan Malaysia: Asas dan
Masalah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, hh.249-255
6 Selain pilihan raya (Perlembagaan Persekutuan, Perkara 113-120), sifat demokrasi kita turut ditekankan
dengan hak sama rata (ibid, Perkara 8) dan kebebasan bersuara (ibid, Perkara 10) kewajipan bertindak
mengikut nasihat ke atas ketua negara dan negeri (ibid, Perkara 40) dan perlunya kerajaan
bertanggungjawab kepada parlimen (ibid, Perkara 43(3).
7 Peruntukan ini – yang menangani soal subversive, keganasan dan seumpamanya - memberi justifikasi
untuk pembuatan undang-undang yang menafikan hak-hak asasi. Lihat Abdul Aziz Bari, Malaysian
Constitution: A Critical Introduction, Kuala Lumpur: The Other Press, 2003, hh.187-197
8 Peruntukan ini memberi kuasa kepada kerajaan persekutuan untuk mengisytiharkan darurat dan
menggantung sebahagian besar peruntukan perlembagaan: lihat Abdul Aziz Bari, ibid, hh.183-187
9 Dasar ini dibuat pada awal 1980an dan di bawahnya dilaksanakan beberapa projek seperti perbankan
Islam, universiti Islam dan seumpamanya.
10 Ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan di bawah Parti PAS sebaik sahaja mereka menguasai
negeri tersebut dalam Pilihan Raya Kebangsaan 1990.
11 Slogan ini diperkenalkan oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sekitar awal 2004, beberapa
bulan selepas beliau menjadi ketua kerajaan persekutuan.
12 Lihat Abdul Aziz Bari, “Enforcement of Shariah in Malaysia: Divine Provisions in Constitutional
Democracy” dlm Hussin Mutalib (ed), Islam and Democracy: The Southeast Asian Experience, Singapore:
CCIS & KAF, 2004, hh.33-52.
13 Peruntukan ini berbunyi “Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini mengurangkan mana-mana peruntukan
lain dalam Perlembagaan ini”.
14 Peruntukan ini menyatakan beberapa pengecualian terhadap hak sama rata; termasuk undang-undang
diri, kedudukan orang asli dll.
15 Lihat Abdul Aziz Bari & Farid Sufian Shuaib, Constitution of Malaysia: Text and Commentary, Kuala
Lumpur: Pearson-Prentice Hall, 2004
11
16 Peruntukan ini berbunyi “Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa
undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah
tidak sah setakat ketidakselarasan itu”.
17 Peruntukan ini memberi beberapa definisi untuk ungkapan-ungkapan tertentu di dalam Perlembagaan
Persekutuan.
18 Lihat Ahmad Ibrahim, Perundangan Islam: Dasar, Matlamat dan Pelaksanaannya di Malaysia, Kuala
Lumpur: Islamic Research Institute, 1981, hh.37-38. Lihat juga, Zainon Ahmad, “Laws must conform with
Syariah: Don”, New Straits Times, 30 September 1987, hal.1
19 Perkara 11(1) menjamin kebebasan beragama; yakni hak untuk menganut, mengamal dan
mengembangkan agama itu manakala Perkara 11(4) pula membenarkan sekatan ke atas penyebaran agamaagama
selain Islam ke atas orang Islam.
20 Peruntukan ini, antara lain, menyediakan landasan bagi pihak berkuasa membelanjakan wang awam
untuk tujuan agama Islam.
21 Lihat komen A.Harding ke atas kes Susie Teoh [1990] 2 MLJ 306: Law, Government and the
Constitution in Malaysia, Kuala Lumpur: MLJ Sdn. Bhd., 1996, hh.202-205
22 Che Omar bin Che Soh v Public Prosecutor [1988] 2 MLJ 55. Lihat komen kes ini dalam L.A. Sheridan,
“Religion of the Federation” [1988] 2 MLJ viii
23 Wong Ah Fook v State of Johore [1939] MLJ 128
24 Anchom bte Lampong v Public Prosecutor [1940] MLJ 22
25 Lihat pemerhatian Reay JC dalam kes Leonard v Nachiappa Chetty (1923) 4 FMSLR 265, 267-268
26 Lihat Ahmad Ibrahim, “The Position of Islam in the Constitution of Malaysia” dlm Sufian, Lee &
Trindade (eds), The Constitution of Malaysia: Its Development 1957-1977, Kuala Lumpur: Oxford
University Press, 1978, hh.41-68, 65.
27 Meor Atiqulrahman bin Ishak v & Ors v Fatimah bte Sihi & Ors [2000] 5 MLJ 375. Lihat ulasannya
dalam Abdul Aziz Bari, “Islam in the Federal Constitution: A Commentary on the decision in Meor
Atiqulrahman” [2000] 2 MLJ cxxxix
28 Lina Joy v Majlis Agama Islam Wilayah & Anor [2004] 2 MLJ 119. Lihat ulasannya dalam Abdul Aziz
Bari, “The Relationship between the Position of Islam in the Constitution and the Scope of Religious
Freedom: A Case Note on Lina Joy v Majlis Agama Islam & Anor” (2004) 12 IIUMLJ 145
29 Fatimah binti Sihi v Meor Atiqulrahman [2005] 2 MLJ 25
30 Lihat Perlembagaan Persekutuan, Jadual Keenam.
31 Lihat Abdul Aziz Bari, Islam dalam Perlembagaan Malaysia, supra, hh.51-76. Lihat juga Abdul Aziz
Bari, The Development and Role of Constitutional Monarchy in Malaysia, Tesis PhD yang tidak
diterbitkan, Universiti Birmingham, England, 1996.
32 Lihat Abdul Aziz Bari, Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002.
33 Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa, Seksyen Syariah di Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam
Negara dan Komuniti Syariah adalah antara langkah-langkah yang relevan dengan hasrat ini. Selain itu
Persatuan Peguam Syarie Malaysia juga kelihatan telah memainkan peranan yang aktif selama ini.

Sabtu, 18 Julai 2009

BEBERAPA TOKOH PEMBANGUN PERGERAKAN ISLAM


SYAIKH UMAR TILMISANI
(Mursyid III IkhwanulMuslimin, 1322-1406 H/1904-1986M)

Syaikh Umar Tilmisani adalah salah seorang dari tokoh-tokoh dai dan murabi. Nama penuhnya ialah Ustadz Umar Abdul Fattah bin Abdul Qadir Mushthafa Tilmisani. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin setelah wafatnya Mursyidul ‘Am kedua, Hasan Al-Hudhaibi,pada bulan November 1973.

Tempat, Tanggal Lahir dan Masa Kecil Syaikh Umar Tilmisani.

Garis keturunan Syaikh Umar Tilmisani berasal dari Tilmisan, Al-Jazair. Beliau dilahirkan di kota Cairo pada tahun 1322 H/1904, di Jalan Hausy Qadam, Al-Ghauriyah. Ayah dan datuknya merupakan pedagang kain dan batu permata. Syaikh Umar Tilmisani mendapat pendidikan awal di sekolah yang dikelolai oleh yayasan sosial tingkatan menengah dan atas di Madrasah Ilhamiyah, kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang Fakulti Perundangan.

Pada Tahun 1933, Syaikh Umar Tilmisani tamat pengajian dalam bidang Fakulti Perundangan, kemudian mewujudkan sidang peguam di Syabin Al-Qanathir dan bergabung dengan jamaah Ikhwanul Muslimin.

Syaikh Umar Tilmisani merupakan peguam pertama yang bergabung dengan Ikhwan, mewakafkan pemikiran, dan potensi untuk membelanya. Beliau termasuk salah seorang orang kuat Imam Asy- Syahid Hasan Al-Banna. Beliau sering menyertai Al-Banna dalam beberapa lawatan, baik di dalam mahupun di luar Mesir. Bahkan, Al-Banna sering meminta bantuannya dalam menyelesaikan beberapa masalah.

Syaikh Umar Tilmisani berkahwin ketika masih di bangku Sekolah Menengah Atas. Isterinya wafat pada bulan Ogos 1979, setelah menyertainya selama setengah abad lebih. Dari pernikahan ini mereka dikurniakan empat orang anak; Abid, Abdul Fattah, dan dua orang puteri.

Kesibukan Syaikh Umar Tilmisani sebagai peguam tidak membuatnya lupa memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan. Beliau banyak menelaah berbagai-bagai ilmu, seperti tafsir, hadits, fiqh, sirah, tarikh, dan biografi para tokoh.

Syaikh Umar Tilmisani selalu mengikuti perkembangan berbagai-bagai konspirasi musuh Islam, baik di dalam mahupun di luar negeri. Beliau amat berwaspada, mengkaji, menentukan sikap, menentang konspirasi dengan bijaksana dan nasihat yang baik, membantah tuduhan-tuduhan, mentahkikkan ungkapan-ungkapan, dan mengikis syubhat-syubhat yang dibuatnya, dengan kepercayaan diri orang mukmin yang tahu ketinggian nilai agamanya kehinaan selain Islam. Sebab, tiada penolong setelah
Allah ta’ala dan tiada agama yang diredhai Allah selain Islam. Saya mula mengenali Syeikh Umar Tilmisani pada tahun 1949, ketika saya baru pertama kali tiba di Mesir untuk meneruskan pengajian di peringkat tinggi. Ketika itu ada perhimpunan yang dihadiri oleh para tokoh ikhwan, setelah syahidnya Imam Hasan Al Banna dan sebelum terpilihnya Mursyidul Am Kedua, Hasan Al Hudhaibi. Ketika itu kami sedang mendengar nasihat dan kajian yang dibuat oleh mereka. Dari situ, kami mengenali ketulusan hati budi, sopan santun, tawaddhuk, murah senyuman, serta kasih sayangnya pada setiap ahli ikhwanul muslimin, terutamanya generasi muda yang bercita-cita tinggi memetik buah sebelum gugur dan membalas perlakuan musuh setaraf dengan perlakuannya terhadap jamaah.

Komitmen Diri Syaikh Umar Tilmisani

Syaikh Umar Tilmisani meninggalkan kesan positif pada orang-orang yang mengenali atau berhubungan dengannya. Beliau dikurniai kejernihan hati, kebersihan jiwa, kehalusan ucapan, kepetahan ungkapan yang keluar dari lisannya, lidah yang fasih dengan teknik berdebat, dan dialog yang sangat tersusun. Syaikh Umar Tilmisani menceritakan
komitmen dirinya, “. Kerana itu, saya tidak bermusuhan dengan siapa pun, kecuali dalam rangka membela kebenaran, atau mengajak menerapkan Kitab Allah Ta ‘ala. Kalaupun ada permusuhan, maka itu berasal dari pihak mereka, bukan dariku. Saya menyumpah diriku untuk tidak menyakiti seorang pun dengan kata-kata kasar, meskipun tidak setuju
dengan kebijakannya, atau bahkan ia menyakitiku. Kerana itu, tidak pernah terjadi permusuhan antara diriku dengan seseorang kerana masalah peribadi.”

Tidak berlebihan kalau saya simpulkan bahawa siapa pun yang keluar dari majlisnya, pasti mengagumi, menghormati, dan mencintai dai unik yang menjadi murid Imam Hasan Al- Banna ini, lulus dari madrasahnya, dan bergabung dengan jamaahnya sebagai dai yang tulus dan ikhlas.

Akhlak dan Sifat Syaikh Umar Tilmisani

Syaikh Umar Tilmisani sangat pemalu, seperti diketahui orang-orang yang melihatnya dari dekat. Orang yang sering duduk dan berdialog dengan Syaikh Umar Tilmisani merasakan betapa keras dan lamanya ujian yang beliau alami di penjara, malah mensterilkan dirinya, hingga tiada tempat di dalam dirinya selain kebenaran. Ia mendekam di balik jeruji besi selama hampir dua puluh tahun. Beliau masuk penjara pada tahun 1948, dan masuk lagi pada tahun 1954. Penguasa Mesir memenjarakannya
untuk ketiga kalinya tahun 1981. Namun, ujian-ujian itu tidak mempengaruhi dirinya, dan justeru menambah ketegasan dan ketegarannya.

Dalam wawancara dengan majalah Al- Yamamah Arab Saudi, edisi 14 Januari 1982, Syaikh Umar Tilmisani berkata, “Tabiat yang membesarkanku membuatku benci kekerasan, apa pun bentuknya. Ini bukan hanya sekadar sikap politik, tapi sikap peribadi yang berkait dengan struktur keberadaanku. Bahkan, andai dizalimi, saya tidak akan
menggunakan kekerasan. Mungkin, saya menggunakan kekuatan untuk mengadakan perubahan, tapi tidak untuk kekerasan.” Surat Untuk Presiden Dalam surat terbuka untuk Presiden Mesir yang dimuatkan dalam surat khabar Asy-Sya’b Al- Qahiriyahn, edisi 14 Mac 1986, Syaikh Umar Tilmisani berkata, “Wahai presiden yang mulia, yang terpenting bagi kami, kaum muslimin Mesir, adalah menjadi bangsa yang aman, stabil,
dan tenang di bawah naungan syariat Allah Ta’ala. Sebab kemaslahatan umat ini terletak pada penerapan syariat-Nya. Tidak berlebihan bila saya katakan, bahawa penerapan syariat Allah Ta’ala di Mesir akan menjadi pembuka kebaikan bagi seluruh wilayahnya. Dengan itulah, penguasa dan seluruh rakyat mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan.”

Nasihat-nasihat Syaikh Umar Tilmisani

Dalam untaian nasihat yang disampaikan kepada generasi muda, dai Ikhwan, dan lainnya, Syaikh Umar Tilmisani berkata, “Tentangan yang dialami dai sangat berat dan sukar. Kekuatan material berada di tangan musuh-musuh Islam yang bersatu untuk memerangi umat Islam, meskipun mereka memiliki kepentingan berbeza. Jamaah Ikhwanul Muslimin sekarang menjadi sasaran tembak mereka.

Menurut logik dan akal manusia, pasukan Thalut yang beriman tidak mampu melawan Jalut dan tenteranya. Tapi, ketika pasukan kaum mukmin yakin kemenangan itu datang dari Allah Ta’ala, bukan hanya bergantung pada jumlah dan kelengkapan persenjataan, maka mereka dapat mengalahkan pasukan Jalut dengan izin Allah Ta’ala.

Saya tidak meremehkan kekuatan peribadi, juga tidak meminta dai selalu
membisu, zikir dengan menggerakkan leher ke kanan dan ke kiri,
memukulkan telapak tangan, dan menongkatkan dagu, kerana itu semua
bencana yang membahayakan dan mematikan.

Sesungguhnya, yang saya inginkan ialah berpegang teguh dengan wahyu
Allah Ta’ala, berjihad dengan kalimat yang benar, tidak menghiraukan
gangguan, menjadikan diri sebagai teladan dalam kepahlawanan, bersikap
satria, istiqomah, dan yakin bahwa Allah Ta’ala pasti menguji
hamba-bamba-Nya dengan rasa takut, lapar, kekurangan harta, jiwa, dan
buah-buahan, agar dapat diketahui siapa yang tulus dan siapa yang
munafik. Aspek-aspek inilah yang merupakan faktor-faktor penyebab
kemenangan. Kisah-kisah di dalam Al-Qur’an merupakan argumen paling
baik dalam masalah ini. Semangat pemuda yang diiringi pemahaman
mendalam tidak memerlukan banyak eksperimen,tetapi sangat memerlukan
kesabaran,kekuatan dan komitmen pada aturan Quranul Karim, dan
mengkaji sirah generasi pendahulu yang telah menerapkannya di setiap
aktiviti mereka.Itu penting, agar Allah Ta’ala mengurniakan
kemenangan, kemuliaan, dan kekuasaan yang hampir dianggap mustahil.”
Istiqamah dan Keberanian Syaikh Umar Tilmisani

Ustadz Umar Tilmisani dikenali sebagai seorang yang tegas di dalam
mahupun di luar penjara. Beliau tidak pernah tunduk pada ancaman atau
intimidasi. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang zuhud, iffah
(menjaga kehormatan, pent.), hanya takut kepada Allah Ta’ala, dan
mengharapkan keredhaan-Nya. Syaikh Umar Tilmisani berkata, “Saya tidak
pernah takut kepada siapa pun selama hidupku, kecuali kepada Allah
Ta’ala. Tidak ada yang dapat menghalangku mengucapkan kebenaran yang
saya yakini, meskipun orang lain merasa berat dan saya mendapat
kesusahan kerananya.

Saya katakan apa yang ku yakini dengan tenang, mantap, dan sopan, agar
tidak menyakiti pendengar atau melukai perasaannya. Saya juga berusaha
menjauhi katakata yang mungkin tidak disukai lawan bicaraku. Dengan
cara seperti itu, saya mendapatkan ketenangan jiwa. Andai cara ini
tidak dapat merekrut banyak kawan, maka berdiam diri menjagaku dari
kejahatan lawan.” Sikap tulus, ucapannya, serius bekerja, berani
menghadapi persoalan, istiqomah, dan teguh menghadapi tentangan dari
dalam mahupun dari luar adalah ciriciri khas Ustadz Umar Tilmisani.

Dalam dialog terbuka di kota Isma’iliyah yang dihadiri Ustadz Umar
Tilmisani dan disiarkan secara langsung di radio dan televisyen,
Presiden Anwar Sadat menuduh Jamaah Ikhwanul Muslimin sebagai dalang
fitnah sekretariat. Anwar Sadat juga melontarkan tuduhan palsu lainnya
kepada Ikhwan. Tidak ada pilihan bagi Ustadz Tilmisani kecuali berdiri
menjawab tuduhan Anwar Sadat, “Siapa pun yang berlaku zalim kepadaku,
maka biasanya saya laporkan (adukan) kepada Anda. Kerana Anda rujukan
tertinggi – setelah Allah Ta’ala— buat orang-orang yang mengadu.
Sekarang, kezaliman itu datang dari Anda, kerana itu saya adukan Anda
kepada Allah Ta’ala.”

Mendengar itu semua, Anwar Sadat terkejut dan gementar, kemudian
meminta agar Ustadz Umar Tilmisani menarik kembali pengaduannya.
Ustadz Tilmisani menjawab dengan tegas, sopan, dan menegaskan, “Saya
tidak mengadukan Anda kepada pihak yang zalim, tapi kepada Zat Yang
Maha Adil. Dialah yang mengetahui segala yang saya katakan!”

Gaya Hidup Syaikh Umar Tilmisani
Gaya menawan dalam dialog yang mewarnai setiap tindakan Syaikh Umar
Tilmisani bukanlah tindakan yang dibuat-buat. Itulah ciri khas yang
melekat pada ucapan, perilaku, akhlak, dan interaksinya; baik dengan
individu, jamaah, pemimpin, penguasa, dan majoriti manusia, tanpa
membeza-bezakan orang kecil atau orang besar, orang miskin atau orang
kaya. Syaikh Umar Tilmisani sangat meyakini prinsip Ikhwanul Muslimin
yang diambil dari Al-Qur’an, As-Sunah, dan ijma’ para ulama’.

Jamaah Syaikh Umar Tilmisani
Syaikh Umar Tilmisani berpendapat, Jamaah Ikhwanul Muslimin adalah
gerakan Islam yang tulus dan murni. Syaikh Umar Tilmisani berkata,
“Orang yang menghayati langkahlangkah Ikhwanul Muslimin, semenjak
penubuhannya pada tahun 1347 H./I928 hingga hari ini, tidak akan
menjumpai sesuatu pun kecuali serangkaian pengorbanan berkesinambungan
untuk menegakkan aqidah, potensi optimum yang produktif di semua
sektor kegiatan sosial, berkeupayaan mengukuhkan ikatan persaudaraan
antara berbagai-bagai bangsa muslim, dan usaha menyebarkan perdamaian
di seluruh negara.

Ikhwanul Muslimin diperangi berbagai aliran; baik dari dalam mahupun
luar negara. Meskipun demikian, Ikhwanul Muslimin tidak pernah
sekali-kali berusaha menyebarkan fitnah, memecah-belahkan persatuan,
menghancurkan lembaga-lembaga lain, berdebat secara anarkis, atau
menbuat fitnah untuk menjatuhkan seseorang.”

Ciri khas lain Syaikh Umar Tilmisani ialah menyejukkan, membangunkan
aktiviti, dan dasar interaksinya yang setia, meskipun terhadap orang
yang tidak pernah mahu sepakat, bahkan memerangi Ikhwanul Muslimin.

Syaikh Umar Tilmisani berwasiat, “Muslim tidak mengenal istilah ‘agama
milik Allah Ta’ala dan tanah air milik semua orang.” Setiap muslim
meyakini segala yang ada di alam ini milik Allah Ta’ala semata. Siapa
yang berusaha mengubah makna ini merupakan penipu yang ingin menrampas
sumber kekuatan negara, agar mudah dikhianati. Orang muslim tidak
mengenal pemisahan antara agama dan negara. Mereka yakin sepenuhnya
pemerintah tidak mempunyai hak bersama Allah Ta’ala., sebab apabila
diyakini pemerintah mempunyai hak bersama Allah Ta ‘ala, maka
pemerintah menjadi sekutu bagi-Nya. Sedang muslim tidak mengakui
kemusyrikan dalam bentuk apa pun.”

Sifat Zuhud, Tawadhu, dan Sederhana Syaikh Umar Tilmisani

Ustadz Umar Tilmisani adalah dai, murabi, dan pemimpin yang hidup
secara tulus dengan Allah Ta ‘ala, berjuang untuk menegakkan agama-
Nya, aktif dalam dunia dakwah, bersabar, selalu meningkatkan
kesabaran, berjaga, berjihad, berpegang teguh pada tali agama Allah
Ta’ala yang kukuh, dan bekerjasama dengan mujahid yang tulus, baik
ketika menjadi perajurit atau pemimpin, di penjara atau di luar
penjara.

Beliau tidak pernah mengubah sikap, pembohong, menyimpang, tamak
terhadap keindahan dunia dan kuasa. Beliau meninggalkan kehidupan yang
penuh dengan bunga-bunga dunia, untuk menghadap Allah Ta ‘ala.

Beliau tinggal di apartment yang sangat sederhana dan bersyukur dengan
hidupnya, tanpa memaksakan diri. Saya sedih hingga air mataku ingin
keluar membasahi pipi, tapi saya berusaha menahannya kerana khuatir
beliau menyedarinya. Apalah ertinya kita jika dibandingkan dengan
orang-orang yang telah dibebaskan imannya dari penyakit cinta dunia,
dan mengorbankan apa saja untuk memperjuangkan agama! Apartment Syaikh
Umar Tilmisani berada di lorong sempit Komplek Al-Mulaiji
Asy-Sya’biyah AI-Qadimah, wilayah Ath-Thahir Kairo. Tangga menuju ke
kediamannya sudah tua dan usang, dan perabotnya sangat sederhana.
Padahal beliau berasal dari keluarga yang kaya-raya dan berstatus
tinggi. Ini semua mencerminkan kezuhudan, kesederhanaan, dan
ketawadhuannya.

Syaikh Umar Tilmisani dicintai pemuka masyarakat Mesir di semua
lapisan. Orang-orang Qibthi juga mencintai dan menghormatinya. Bahkan
ahli kerajaan pun amat menyeganinya dan mengakui sifat-sifat mulianya.

Seluruh anggota Ikhwanul Muslimin menganggapnya sebagai contoh
teladan, berlumba-lumba untuk menimba ilmunya, dan berebut untuk
melaksanakan seruannya. Ini kerana cinta kepada Allah Ta ‘ala
merupakan landasan interaksi mereka, penerapan syariatNya merupakan
target mereka, dan keredhaanNya tujuan mereka.

Kunjungan Syaikh Umar Tilmisani ke berbagai-bagai negara Islam; baik
Arab maupun non-Arab, dan kaum muslimin di tempat pengasingan, adalah
penglipur lara luka-luka umat, sekaligus memberi bimbingan untuk kaum
muslimin dalam melakukan apa yang seharusnya dilakukan untuk agama,
umat, dan tanah air mereka.

Seluruh kajian, ceramah, dialog, nasihat, bimbingan, dan ucapan Syaikh
Umar Tilmisani memberi motivasi kepada umat, terutama para pemuda,
intelektual, dan golongan ulama, agar memikul tanggungjawab dan
menunaikan peranan dalam mengembalikan kejayaan Islam, sesuai dengan
posisi dan bakat masing-masing. Inilah tugas dai di setiap masa dan
tempat, sebab inilah risalah yang dibawa oleh para rasul yang
diwariskan kepada ulama, aktivis pergerakan, dai yang tulus, dan kaum
mukminin yang ikhlas.

Karya-Karya Syaikh Umar Tilmisani

Ustadz Umar Tilmisani menyumbangkan khazanah pemikiran Islam menerusi
beberapa karya tulisan dalam beberapa tema. Antara karyanya yang
paling terkenal ialah:

1. Syahidul Mihrab ‘Umar Ibnu Al-Khathab.
2. Al-Khuruj Minal Ma’zaqil Islamir Rahin.
3. Al-Islamu wal Hukumatud Diniyah.
4. Al-Islamu wal Hayah.
5. Araa Fid Din Was Siyasah.
6. Al-Mulhimul Mauhub Hasanul Banna; Ustadzul Jil.
7. Haula Risalah (Nahwan Nur).
8. Dzikrayat La Mudzakkirat.
9. Al-Islam wa Nazhratuhus Samiyab Lil Mar’ah.
10. Ba’dhu Ma ‘Allamanil Ikhwanul Muslimun.
11. Qalan Nasu Walam Aqulfi Hukmi ‘Abdin Nasir.
12. Ayyam Ma’as Sadat.
13. Min Fiqhil I’lamil Islami.
14. Min Sifatil ‘Abidin.
15. Ya Hukkamal Muslimin, Ala Takhafunallah?.
16. Fi Riyadhit Tauhid.
17. La Nakhafus Salam, Walakin
.
Ditambah lagi karya tulisan berupa prakata redaksi didalam majalah
Ad-Dakwah Al-Qahiriyah, makalah tentang persoalan Islam yang dimuatkan
dalam berbagai-bagai majalah dan surat khabar, ceramah di seminar;
baik di negara-negara Arab, Islam, maupun Barat, kajian, dan bimbingan
yang disampaikan dalam program-program Ikhwan. Komentar Umum tentang
Syaikh Umar Tilmisani

Dalam bukunya, ‘Umar Tilmisani Al- Mursyid Ats-Tsalis Lit Ikhwan
Al-Muslimun, Ustadz Muhammad Said Abdur Rahim menyatakan, ” Thaghut
(penguasa zalim; Abdun Naser) meninggal dunia, lalu para tahanan yang
meringkuk di dalam penjara selama bertahun-tahun dikeluarkan, Ujian
yang menimpa mengukuhkan jiwa, dan menguatkan tekad mereka. Fizikal
mereka memang menjadi lemah, tetapi ruh mereka semakin rindu kepada
apa yang ada di sisi Allah Ta ‘ala dan menganggap dunia tidak ada
ertinya. Bahkan, ketakutan hilang dari hati mereka. Mereka keluar dari
penjara menjadi manusia yang istiqomah dan kukuh, laksana
gunung-ganang kerana di penjara mereka menghafal AI-Qur’anul Karim dan
menimba ilmu. Dalam penjara, mereka berjaya menundukkan syahwat dan
mengenal watak asli manusia. Benar, penjara menjadi madrasah dan guru
yang memberi lebih banyak kepada mereka, daripada yang diminta dari
mereka.

Di antara orang yang keluar dari penjara ialah Ustadz Umar Tilmisani.
Allah Ta ‘ala menyiapkannya memimpin Jamaah pada fasa itu. Beliau
merupakan pemimpin yang sanggup menakhodai bahtera yang sedang
mengharungi gempuran badai samudra dengan bijaksana, sabar, tenang,
dan lembut disertai keteguhan iman dan semangat waja.

Pada zaman kepimpinan Syaikh Umar Tilmisani, dakwah berkembang pesat
melebihi masa-masa sebelumnya. Para pemuda yang ingin tahu kepada
Islam, hingga semangat keislaman menjadi warna dominan di berbagai
kampus dan persatuan, bahkan di Mesir secara keseluruhannya. Beliau
mampu menakhodai bahtera secara piawai, tangkas, dan profesional. Dan
hasilnya, bahtera dapat melintasi berbagai-bagai perangkap dan
gelombang bahaya, hingga akhirnya tiba di pantai yang aman. Umar
Tilmisani — rahimahullah- mengalami berbagaibagai ujian dan
menghabiskan sekitar dua puluh tahun umurnya di penjara. Beliau tabah
dan sabar menghadapi penyeksaan dari penjaga penjara. Meskipun
mendapat siksaan keras dan perlakuan kasar dari penjaga penjara,
lisannya tidak pernah bosan berzikir kepada Allah Ta ‘ala dan mengajak
saudara-saudaranya bersabar dan istiqomah. Bahkan, lisannya tidak
pernah mengucapkan kata-kata keji kepada penjaga penjara dan
orang-orang yang menzaliminya. Beliau menyerahkan urusan mereka kepada
Allah Ta ‘ala kerana Dialah sebaik-baik pihak yang diserahi. Kembali
ke Rahmatullah Ustadz Umar Tilmisani pulang ke rahmatullah pada hari
Rabu, 13 Ramadhan 1406, bersamaan dengan 22 Mei 1986 di rumah sakit,
kerana menderita sakit, dalam usia hampir 82 tahun.

Syaikh Umar Tilmisani disolatkan di Masjid Jami’ Umar Mukarram, Cairo,
dengan dihadiri pelawat yang jumlahnya mendekati seperempat juta
manusia. Bahkan ada yang mengatakan setengah juta manusia dari
penduduk Mesir dan utusan yang datang dari luar Mesir. Alhamdulillah,
Allah Ta’ala memberikan kesempatan padaku untuk ikut melawat beliau
bersama beberapa Ikhwan dari negara-negara Arab. Inilah biografi
ringkas Ustadz Umar Tilmisani, Mursyidul Am Ketiga Ikhwanul Muslimin,
Semoga Allah Ta ‘ala menerima dan memasukkannya ke dalam golongan
hamba-hamba- Nya yang shalih, serta menyertakan kita bersama mereka di
sisi-Nya.



Syeikh Muhammad Al-Ghazali; Da’i dan Ulama Kontemporer



Seorang ulama’ yang masyhur di Mesir dan seluruh dunia Islam hari ini. Dididik oleh al-Azhar sejak dari peringkat pengajian rendah hinggalah ke pengajian tinggi dan akhirnya muncul sebagai seorang ulama’ kelahiran al-Azhar yang berwibawa. Kecintaannya pada al-Azhar amat mendalam. Kerana itu beliau sentiasa melazimi pakaian para ulama’ al-Azhar; berjubah dan berserban. Pernah suatu ketika beliau melawat ke satu negeri di Eropah. Semasa dalam keretapi, ada seorang menegur beliau; ‘Tidak bolehkah engkau menanggalkan serban dan jubah engkau dan engkau memakai kot sepertimana orang di sini biasa memakainya”. Beliau menjawab; “Apa salahnya aku memakai pakaian yang biasa dipakai oleh ulama’-ulama’ al-Azhar. Jika seorang anggota tentera, anggota polis dan sebagainya berbangga dengan uniform tentera dan polisnya, maka aku juga berbangga dengan uniform al-Azharku (yakni berserban dan berjubah)”.


Lahir tahun 1917. Semasa mudanya sempat berjumpa dengan Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna dan menjadi anak murid serta pengikut setia beliau hingga saat kematiannya kerana ditembak. Dalam satu tulisannya, Syeikh Muhammad al-Ghazali pernah menulis; “Imam Hasan al-Banna adalah mursyidku yang pertama”. Pernah dalam satu wawancara oleh Radio Mesir secara lansung, beliau ditanya oleh juru-hebah; “Siapakah tokoh yang membentuk keperibadiannya?”. Syeikh Muhammad al-Ghazali menjawab; “Hasan al-Banna”. Terus ketika itu juga siaran secara lansung itu dihentikan gara-gara kerana nama Imam Hasan al-Banna disebut. Kerajaan Sekular Mesir amat memusuhi Imam Hasan al-Banna dan Ikhwan Muslimun. Kerana itu, nama beliau dilarang sama sekali disebut dalam radio mahupun televisyen. Syeikh Muhammad al-Ghazali menjadikan penulisan sebagai medan dakwah utama beliau di samping lisan. Beliau telah menulis lebih 50 buah buku di samping artikel-artikel yang disiarkan dalam majalah-majalah dan akhbar. Buku-buku tulisan beliau mendapat sambutan yang luar biasa umat Islam di seluruh terutama di kalangan Arab. Kesemua buku beliau menjadi best seller di Tanah Arab dan Dunia Islam serta telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia termasuk bahasa Melayu.


Ustadz Muhammad Al-Ghazali adalah seorang dai brilliant, memiliki semangat menggelora, keimanan mendalam, perasaan lembut, tekad membaja, lincah, ungkapan-ungkapan mensastra, terkesan, mengesankan, supel dan pemurah. Ini semua diketahui setiap orang yang pernah hidup bersamanya, menyertai dan bertemu dengannya.

Ia tidak suka memaksakan diri (takalluf), benci kesombongan dan sikap sok tahu, aktif mengikuti perkembangan sosial dengan segala persoalannya, ikut menyelesaikan problematika umat, mengungkap hakikat, dan mengingatkan umat tentang bencana yang ditimbulkan syaitan-syaitan manusia dan jin; baik dari Barat maupun dari Timur.

Beliau juga selalu memberi semangat kepada umat Islam untuk berjuang di jalan Allah, dan membela kaum lemah, menyadarkan mereka perihal konspirasi musuh-musuh Islam di dalam dan luar negeri, mengungkap rencana-rencana busuk mereka untuk memerangi Islam dan kaum muslimin, membongkar kebusukan Komunisme, Sekularisme, Freemasonry, Atheisme, Eksistensisme, Salibisme, dan Zionisme. Ia senantiasa mengingatkan umat tentang persekongkolan kekuatan-kekuatan jahat untuk melawan Islam dan dainya, serta menjelaskan cara melawan serangan kekuatan kufur.

“Syeikh Muhammad Al-Ghazali merupakan salah satu tokoh Islam abad modern. Ia adalah dai yang sulit ditemukan tandingannya di dunia Islam saat ini. Ia jenius dan keindahan katanya menawan hati, hingga saya dapat menghafal beberapa ungkapan, bahkan beberapa lembar tulisannya, lalu mengulang teks aslinya di beberapa ceramah”. Demikian komentar DR. Yusuf Al-Qardhawi di bukunya As-Syaikh Al-Ghazali kama Araftuhu (Syaikh Al-Ghazali yang saya kenal).

Syeikh Muhammad Al-Ghazali lahir pada tanggal 22 September 1917, di kampung Naklal Inab, Ital Al-barud, Buhairah, Mesir. Di dibesarkan di keluarga agamis yang sibuk di dunia perdagangan. Ayahnya hafizh Al-Qur’an. Lalu sang anak tumbuh mengikuti jejak ayahandanya dan hafal Al-Qur’an semenjak usia sepuluh tahun.

Syeikh Muhammad Al-Ghazali menerima ilmu dari guru-guru di kampungnya. Ia masuk sekolah agama di Iskandariah dan menamatkan tingkat dasar hingga menengah atas (SMU). Kemudian pindah ke Kairo untuk melanjutkan kuliah di Fakultas Ushuluddin dan mendapat ijazah pada tahun 1361/1943 M. ia mengambil spesialisasi dakwah wal Irsyad dan mendapat gelar Megister tahun 1362/1943. Para guru yang paling berpengaruh padanya saat studi ialah Syaikh Abdul Aziz Bilal, Syaikh Ibrahim Al-Gharbawi, Syaikh Abdul Azhim Az-Zarqani dan lain-lain.

Syeikh Muhammad Al-Ghazali menikah saat masih kuliah di fakultas Ushuluddin dan dikaruniai sembilan orang anak.


Aktiviti syeikh Muhammad Al-Ghazali

Setelah menyelesaikan studi, syeikh Muhammad Al-Ghazali menjadi imam dan khatib di masjid Al-Atabah Al-Khadra. Setelah itu ia mendapat banyak jabatan yang secara berurutan sebagai berikut; dewan pengawas masjid, dewan penasihat Al-Azhar, wakil dewan urusan masjid, direktur urusan masjid, direktur pelatihan, direktur dakwah wal irsyad.

Tahun 1949 syaikh Muhammad Al-Ghazali mendekam di penjara Ath-Thur selama satu tahun dan penjara Tharah tahun 1965 selama beberapa waktu.

Syeikh Muhammad Al-Ghazali menjadi dosen tamu di universitas Ummul Qura, Mekah Al-Mukarramah tahun 1971. Tahun 1981 ia ditunjuk sebagai wakil menteri, kemudian memegang jabatan ketua dewan keilmuan universitas Al-Amir Abdul Qadir Al-Jazairi Al-Islamiyah.

Awal perkenalan syeikh Muhammad Al-Ghazali dengan imam Hasan Al-Banna

Awal interaksi syeikh Muhammad Al-Ghazali dengan imam Syahid Hasan Al-Banna dikisahkan oleh ustadz Muhammad Majdzub di bukunya ulama wa mufakkirun araftuhum. Ustadz madzub mengutip ucapan Al-Ghazali: “…perkenalan itu bermula saat saya belajar di sekolah menengah (SMU) Iskandariah. Saat itu, saya punya kebiasaan menetap di Masjid Abdurrahman bin Harmuz, daerah Ra’sut tiin selepas shalat Maghrib, untuk mengulang pelajaran. Pada suatu sore, imam Al-Banna menyampaikan nasihat singkat tentang penjelasan: “Bertaqwalah kepada Allah dimana saja ikutilah setiap perbuatan buruk dengan perbuatan baik, tentu yang baik akan menghapusnya..” kata-katanya sangat berkesan dan langsung menembus ke hati yang paling dalam. Setelah mendengar nasihat itu, hatiku tertambat kepadanya. Saya tertarik kepada sosok dan pribadinya. Sejak itu, hubunganku dengannya terjalin erat. Saya senantiasa bersamanya selepas shalat Isya, di majelis yang terdiri dari tokoh-tokoh dakwah. Selanjutnya, saya meneruskan aktivitas dalam perjuangan Islam bersama dai besar ini, hingga ia syahid tahun 1949.

Pada mukadimah buku dusturul wihdah ats-tsaqafiyah lil muslimin, Muhammad Al-Ghazali berkata:”Inspirasi dan tema buku ini berasal dari Imam Hasan Al-Banna; pembaharu abad XIV hijriyah. Ia telah meletakkan prinsip yang dapat menyatukan umat, memperjelas tujuan yang samar, mengembalikan kaum muslimin kepada Al-Qur’an dan As-sunnah, serta menyingkirkan penyimpangan dan sikap santai, dengan halus dan cermat, sehingga kelemahan dan kemalasan tidak terjadi”.

Tentang mursyid am kedua Ikhwanul Muslimin, ustadz Hasan Al-Hudaibi, Muhammad Al-Ghazali menyatakan: “..Sebenarnya ia tidak pernah berupaya untuk memimpin Ikhwanul Muslimi, tetapi ikhwanlah yang minta ia menjadi pimpinan. Ketegasan dan ketegarannya berhak untuk diketahui semua orang. Ia tidak pernah berkeluh kesah atau mundur karena musibah atau ujian. Sampai usia senja ia tetap memiliki keimanan mendalam dan optimisme tinggi. Tidaklah salah bila dikatakan bahwa kesabaran yang mengokohkan imannya itu menjadikannya lebih mulia dalam pandangan saya. Musibah yang menimpa diri dan keluarganya secara bertubi-tubi tidak mengikis sifat jujurnya dalam menghukumi masalah. Bahkan, tidak membuatnya surut dari manhaj jamaah Islamiyah, malah sebaliknya. Saya menemuinya setelah berbagai musibah berlalu untuk memperbaiki hubungan dengannya”.

Komentar orang tentang syeikh Muhammad Al-Ghazali

Satu hal yang membanggakan syeikh Muhammad Al-Ghazali ialah saat menerima surat dari imam Al-Banna, padahal ia masih muda belia tahun 1945. Surat imam Al-Banna berbunyi:

“Saudaraku yang mulia, syeikh Muhammad Al-Ghazali…

Assalamu’alaiku warahmatullahi wabarakatuh.

Saya sudah membaca makalah Anda yang bertema Al-Ikhwanul Muslimin wal Ahzab di edisi akhir majalah Ikhwanul muslimin. Saya sangat kagum dengan ungkapan makalah tersebut yang ringkas, maknanya yang cermat, dan adabnya yang sopan. Seperti inilah hendaknya kalian menulis, wahai Ikhwan! Menulislah dengan dukungan hati yang tulus. Semoga Allah Ta’ala selalu bersamamu.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hasan Al-Banna.





DR. Abdus Shabur Syahin berkata: “Yang saya tulis ini adalah penghormatan bagiku, sebelum menjadi pengantar buku. Sebab, buku yang disampulnya tertulis nama ustadz Muhammad Al-Ghazali tidak lagi membutuhkan pengantar. Menurutku, ia meraih mahkota ilmu yang melimpah. Dunia telah membaca bukunya tentang Islam dan dakwah. Juga menerima karya yang belum pernah diterima dari seorangpun yang sezaman dengannya. Kita dapat mengatakan, zaman kita sekarang ini milik ustadz Muhammad Al-Ghazali.

Syeikh Al-Azhar Abdul Halim Mahmud mengakui kemuliaan dan membanggakan syeikh Muhammad Al-Ghazali dengan mengatakan: “Kita punya Muhammad Al-Ghazali yang masih hidup dan Muhammad Al-Ghazali penyusun kitab Al-Ihya”. (Yakni Muhammad Al-Ghazali dan Imam Al-Ghazali penyusun kitab Ihya Ulumuddin).

Aktivis muda Islam memperoleh manfaat dari ilmu, keberanian, keterusterangan, kejujuran dan kejelasan sikap syeikh Muhammad Al-Ghazali.

Ia punya kader di Al-Azhar Mesir, Ummul Qura di Mekah Al-Mukarramah, Fakultas syariah di Qatar, Universitas Al-Amir Abdul Qadir lil ulum Al-Islamiyah Al-Jazair, dan kader lain yang terbina melalui khutbah, kajian, ceramah, seminar, buku, makalah, pertemuan dan muktamar.

Kader syeikh Muhammad Al-Ghazali yang mencapai ribuan di penjuru dunia Islam setia pada dakwah Islam, mengibarkan bendera Islam bersama syeikh mereka dan menyebar ke berbagai penjuru untuk menyampaikan ajaran Islam, menuntun umat kepada kebaikan, keberuntungan dan kemenangan.

Di antara murid Muhammad Al-Ghazali ada yang menjadi ulama besar, antara lain Prof. DR. Yusuf Al-Qardhawi, syeikh Manna Al-Qattan, DR. Ahmad Assal dan lain-lainnya.

Karya-karya ilmiah syeikh Muhammad Al-Ghazali

Syeikh Muhammad Al-Ghazali mewariskan enam puluh buku lebih dalam berbagai tema, plus ceramah, seminar, khutbah, nasihat, kajian dan dialog yang disampaikan di Mesir maupun di luar Mesir. Khutbah yang ia sampaikan di jami’ Al-Azhar, Amr bin Al-Ash, dan khutbah Ied di lapangan Abidin serta jami’ Mahmud punya arti dan pengaruh sangat besar, sebab dihadiri ribuan pendengar.

Diantara buah karya beliau adalah:

• Minhuna na’lam

• Al-Islam wal istibdadus siyasi

• Aqidatul muslim

• Fiqhus sirah

• Khuluqul muslim

• Laisa minal Islam. Dan lain-lainnya….

Sebagian besar buku-buku beliau telah diterjemahkan ke beberapa bahasa, antara lain: bahasa Inggris, Turki, Perancis, Urdu, Indonesia dan lain sebagainya.

Mayoritas penerjemah adalah murid-murid syeikh Muhammad Al-Ghazali, pengagum dan orang-orang yang mendapat manfaat dari curahan ilmunya.

Sifat-sifat syeikh Muhammad Al-Ghazali

DR. Yusuf Al-Qardhawi berkata: “Mungkin Anda berbeda pandangan dengan Al-Ghazali, atau ia berbeda pendapat dengan Anda dalam masalah-masalah kecil maupun besar, sedikit atau banyak masalah. Tapi, apabila Anda mengenalnya dengan baik, Anda pasti mencintai dan menghormatinya. Karena Anda tahu keikhlasan dan ketundukannya kepada kebenaran, keistiqamahan orientasi dan ghirah nya yang murni untuk Islam.

Memang, Muhammad Al-Ghazali temperamental. Kemarahannya meluap seperti ombak lautan yang menghanyutkan, atau seperti letusan gunung berapi yang meluluhlantakkan. Ia seperti itu karena benci kezhaliman dan kehinaan, baik pada dirinya atau orang lain, tidak suka berlaku zhalim atau dizhalimi, anti merendahkan kehormatan siapa pun dan direndahkan siapa pun, serta tidak menyukai penyimpangan, terutama bila berkedok agama. Ia akan memerangi itu semua dengan sembunyi maupun terang-terangan. Ia berani saat menyerang hal-hal yang diyakininya keliru dan pemberani saat mengakui kekeliruannya.

Pulang ke Rahmatullah

Syeikh Muhammad Al-Ghazali wafat di Riyadh, Arab Saudi, tanggal 9 Maret 1996. Jenazahnya dipindah ke Madinah Al-Munawarah untuk di makamkan di Al-Baqi’. Yang mulia Amir Abdullah bin Abdul Aziz Ali Sa’ud memiliki peran penting dalam memberikan penghargaan kepada Al-Ghazali, baik saat masih hidup maupun setelah meninggal. Juga memberikan bantuan kepada keluarganya.

Semoga Allah ta’ala merahmati syeikh Muhammad Al-Ghazali, memberi balasan yang baik karena jasa-jasanya kepada kaum muslimin. Semoga Allah mengumpulkan kita dan dia bersama para nabi, shiddiqin dan para syuhada dan shalihin. Mereka adalah sebaik-baik teman.


Malik Bin nabi
Tokoh Peradaban Islam (1323-1393 hijrah bersamaan 1905-1973 masihi)


Ustaz Malik bin Nabi lahir di kota Qasanthinah, Algeria, pada tahun 1905. Ayahnya bernama Haji Umar bin Khudar bin Musthafa bin Nabi. Ketika kecilnya keluarganya pindah ke wilayah Tibsah. Sejak di sana, ia menghadiri tempat pengajian ilmu untuk mempelajari Al-Quran. Dalam waktu yang sama, beliau belajar di sekolah Ibtidaiyyah dan selalu mendapat tempat pertama di sekolahnya. Selanjutnya beliau meneruskan pengajian ke sekolah menengah di kota Qasanthinah. Di sana beliau aktif menghadiri pengajian yang disampaikan oleh Syeikh Ibnu Abid dan Sheikh Maulud bin Muhana di masjid besar.

Sejak kecil, Malik bin Nabi gemar membaca. Ia telah membaca syair masa jahiliyyah, bani umayyah, dan bani abasiyyah. Beliau tertarik dengan syair-syair Amrul Qays, Asy-Syanfari, Antarah, Farazdaq, Al-Akhthal, Abu Nuwas, serta penyair moden seperti Hafidz Ibrahim, Ma'ruf Ar-Rashafi, dan penyair-penyair yang hidup dalam pengasingan seperti Gibran Khalil Gibran dan Ilya Abu Madhi.

Rumah Malik bin Nabi berdekatan dengan pejabat Syaikh Abdul Hamid bin Badis, ketua Jam'iyatul Ulama' Muslimin Jazairiyin. Ia pun menerima pendidikan daripada guru dan pengikut Ibnu Badis. Mereka ibarat dua madrasah iaitu madrasah politik dan madrasah pengislahan. Setelah tamat sekolah menengah, Malik bin Nabi bekerja. Pada tahun 1930, beliau berangkat ke Perancis untuk belajar di Lembaga Studi Ketimuran, namun sukar untuk dirinya memasukinya. Maka beliau mendaftar di Universiti Listrik pada tahun 1935 dan beliau lulus dengan gelaran insenior.

Pengajian dan analisa Malik bin Nabi adalah berfokus pada keupayaan mengenali penyakit-penyakit dunia secara umum. Beliau telah mendapati bahawa agama adalah pangkal peradaban sebab suatu peradaban tidak akan muncul kecuali dalam bentuk wahyu yang menjadi syariat dan manhaj bagi manusia. Malik bin Nabi bermukim di Mesir pada tahun 1956 dan beliau kembali ke tempat kelahirannya di Al-Jazair pada tahun 1973. Tak selang beberapa lama, pada bulan oktober tahun selepasnya beliau meninggal dunia di bumi kelahirannya.


Murid-Murid Malik bin Nabi

Banyak pemuda di barat dan di timur terpengaruh dengan gaya pemikiran Malik bin Nabi, antaranya ialah: Ustaz Rasyid bin Isa dari Al-Jazair, Ustaz Umar Masqawi dari Lubnan, Ustaz Jaudat Said dari Syria, Dr. Abdush Shabur Syahin dari Mesir, dan pemikir Islam kontemporer yang lain.

Karya dan Pengaruh Malik bin Nabi

Ustaz Malik bin Nabi menyumbangkan beberapa karya yang mana sebahagian karyanya diterjemahkan di dalam bahasa arab. Hampir keseluruhan karyanya adalah tentang masalah-masalah peradaban seperti:

1.Azh-Zhahirah Al-Qur'aniyyah
2.Wijhatul cAlam al-Islami
3.Al-Fikrah al-Afriqiyah Al-Asiawiyah
4.Syuruthun Nahdhah
5.Yaumiyat Syahidun lil Qarn
6.Musykilatun afkar fil cAlamil Islami
7.Afaqun Jaza-iriyah
8.Al-Muslimu fi 'Alamil Iqtisod
9.Labbaik
10.Bainar Rasyad wat Tih
11.Intajul Mustasyriqin wa Atsaruhu fil Fikril Islami Al-Hadits
12.Taammulat
13.Fi Mahbil Ma'arakah
14.Al-Qadhaya al-Kubra
15.Musykilatun Tsaqafah
16.Miladu Mujtamac
17.Min Ajlit Taghyir
18.dan lain-lain lagi..

Tema-tema buku Malik bin Nabi memberikan pemahaman kepada pemuda tentang penjajah Barat yang menjajahi dunia Islam dan cara-cara mereka menghina bangsa muslim. Beliau juga menerangkan kebangkitan peradaban barat, cara menghadapinya, dan keperibadian muslim serta ciri-cirinya.

Ustaz Malik bin Nabi menyedarkan umatnya bahawa bahayanya menerima penjajahan dan dijajah. Hal ini kerana penjajahan akan membuatkan umat Islam lupa akan zaman kegemilangan Islam masa silam. Beliau menyeru umat Islam agar menjunjung Islam sebagai agama yang Tertinggi dan sebagai cara hidup umat Islam.


Dr. Musthafa Husni As Siba’i (Ulama', mujahid, dan Pendakwah: 1915-1964)


Syekh Musthafa As Siba’i nama lengkapnya adalah Syekh. DR. Musthafa Husni As Siba’i dengan panggilan Abu Hasan, lahir di kota Himsh, Syria, tahun 1915. Beliau anak dari seorang ulama, mujahid dan khatib yang terkenal di masjid Jami’ Himsh, Syekh Husni As Siba’i. Syeikh Husni As-Siba'i adalah pencita kebaikan dan berpendirian teguh dalam beberapa yayasan sosial Islam. Anaknya iaitu Musthafa As-siba'i sentiasa menemani ayahnya Sheikh Husni di majlis-majlis ilmu yang dihadiri oleh ulama'-ulama' Himsh seperti Thahir Ar-Raes, Said Al-Maluhi, Faiq Al-Atasi, dan Raghib Al-Wafa'i. Ketika Musthafa As-Siba'i meminang seorang gadis, keluarga yang mengiringinya telah memberitahu keluarga bakal isterinya bahawa Musthafa As-Siba'i adalah orang yang menyibukkan diri dalam sebahagian waktunya untuk menjalankan tugas dakwah Islam. Hal ini diberitahu agar pihak isterinya tahu akan keadaannya. Maka mereka menerima pinangannya.


Pada tahun 1933, Musthafa As Siba’i pergi ke Mesir untuk menuntut ilmu di Universiti Al-Azhar. Di Mesir beliau bertemu dan berkenalan dengan Imam Hasan Al-Banna, Mursyid Am Al-Ikhwan Al-Muslimin. Ketika menjadi mahasiswa di Mesir, Musthafa As Siba’i tidak hanya sibuk di bangku kuliah mengejar prestasi akademik, beliau juga aktif dalam kegiatan ekstra kampus bersama Al-Ikhwan Al-Muslimin, melakukan pembelaan terhadap umat, dan ikut berbagai demonstrasi menentang penjajah Inggris tahun 1941.


Beliau juga ikut mendukung Revolusi Rasyid Ali Al-Kailani di Irak melawan Inggris. Akibatnya, beliau bersama teman-temannya ditahan pemerintah Mesir atas instruksi penjajah Inggris. Musthafa As Siba’i mendekam dalam tahanan sekitar tiga bulan, kemudian di pindah ke penjara Sharfanda di Palestina dan mendekam di sana selama empat bulan. Pada tahun 1942, beliau mengumpulkan seluruh potensi perjuangan umat Islam di Suriah yang terdiri dari ulama, da’i, aktivis, tokoh-tokoh lembaga Islam dari berbagai propinsi untuk berjuang dalam satu jama’ah yang disepakati, yaitu Jama’ah Al-Ikhwan Al-Muslimin. Delegasi Mesir yang hadir pada pertemuan itu adalah Ustadz Said Ramadhan (menantu Imam Hasan Al-Banna).


Pada tahun 1945, diadakan pertemuan kembali dan para peserta pertemuan sepakat untuk memilih Musthafa As Siba’i sebagai Muraqib ‘Am (Pengawas Umum) Al-Ikhwan Al-Muslimin Syria. Tahun 1948 terjadi Perang Palestin, Musthafa As Siba’i, Muraqib Am Al-Ikhwan Al-Muslimin Suriah memimpin langsung batalion Syria dan bergabung dengan 10.000 pasukan Al-Ikhwan Al-Muslimin dari berbagai negara Arab untuk membantu rakyat Palestin yang sedang berjuang melawan penjajah Zionis Yahudi.


Pasukan Syekh Musthafa As Siba’i dengan semangat jihad yang tinggi, pengorbanan yang besar, berhasil masuk ke kota suci Al-Quds, jika tidak ada pengkhianatan para pemimpin Arab tentu Palestina akan lain ceritanya dengan yang terjadi saat ini, itulah episod sejarah perjuangan yang senantiasa dicemari oleh para pengkhianat penjual umat dan tanah airnya karena cinta dunia dan takut mati.


Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.(QS: Al-Anfaal/8: 27).


Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang berkhianat lagi mengingkari nikmat.(QS: Al-Hajj/ 22: 38).


Syekh Musthafa As Siba’i secara khusus menulis buku tentang jihad di Palestin yang berjudul Jihaduna fi Filisthin. Di dalam buku Al-Ikhwan fi Harbi Filisthin, Syekh Musthafa As Siba’i berkata, “Ketika berada di medan pertempuran Al-Quds, kami merasakan di sana ada manuver-manuver yang terjadi di tingkat internasional dan tingkat pemerintahan resmi negara-negara Arab. Kami yang tergabung di batalion Al-Ikhwan Al-Muslimin memusyawarahkan hal-hal yang perlu kita tempuh, setelah adanya instruksi kepada kami untuk mengundurkan diri dari Al-Quds. Kami sepakat tidak mampu menentang instruksi kepada kami untuk meninggalkan Al-Quds, karena berbagai pertimbangan. Kami juga sepakat sesampainya di Damaskus, kami mengirim sebagian Al-Ikhwan Al-Muslimin ke Al-Quds sekali lagi secara sembunyi-sembunyi, untuk mempelajari apakah ada kemungkinan kembali lagi ke sana secara pribadi, demi melanjutkan perjuangan kami membela Palestin. Kami kembali ke Damaskus bersama seluruh anggota batalion dan komandan-komandannya yang bergabung dengan pasukan penyelamat. Pasukan penyelamat ini melucuti persenjataan kami dan berjanji mengundang kami sekali lagi bila dibutuhkan.”


Tahun 1949, Syekh Musthafa As Siba’i meraih gelar Doktor dari Fakulti At Tasyri’ Al-Islami dan Sejarahnya dari Universiti Al-Azhar dengan disertasi berjudul As Sunnah wa Makanatuha fit Tasyri’ Al-Islami, lulus dengan sama cumlaude. Dalam tesisnya tersebut As Sibaai' menyanggah habis argument kaum Orientalis tentang kedudukan As Sunnah dalam Syariat Islam. Beliau juga menulis buku khusus tentang orientalis dengan judul, Al-istisyraq Wal Mustasyriqun (Orientalisme dan kaum Orientalis). Tahun 1953, Syekh Mustafa As Siba’i menghadiri konfrensi Islam untuk pembelaan Al-Quds yang diadakan di kota Al-Quds dan dihadiri oleh perwakilan Al-Ikhwan Al-Muslimin dari seluruh negara Arab dan para tokoh Islam dunia, termasuk saat itu hadir Dr. Muhammad Natsir sebagai wakil Indonesia.


Selama tujuh tahun Syeikh As Siba’i menderita lumpuh pada sebagian tubuhnya termasuk tangan kirinya, tetapi beliau sabar, pasrah terhadap ketentuan Allah, ridha terhadap hukum-Nya. Walaupun lumpuh sebagian tubuhnya tidak menghalangi beliau untuk berdakwah dan membina umat. Syekh Siba’i, tidak hanya piawai dalam menulis, ahli dalam pidato, beliau juga memperaktekkan kewajiban agama dengan ikhlas dan mengharapkan ridha Allah, padahal keadaan tubuhnya sudah uzur karena lumpuh dan sakit yang diderita.


Dengan menggunakan tongkat, beliau berjalan di pagi hari dan petang hari menuju masjid untuk solat, sujud dan rukuk kepada Allah, pada saat yang sama ada orang yang badannya sehat, berjalan tidak bertongkat, penampilannya memikat, enggan dan tidak mau datang ke masjid untuk melaksanakan solat, terutama sekali solat subuh berjama’ah di masjid.


Hari Sabtu, 3/10/1964, Syekh. DR. Musthafa Siba’i, pembela Palestina dan kota Suci Al-Quds, pejuang yang gigih lagi sabar meninggal dunia di kota Himsh. Jenazahnya diiringi rombongan yang besar dan dishalatkan di masjid Jami’ Al-Umawi, Damaskus. Waktu itu secara bergantian para khatib menyampaikan ucapan takziah yang amat tersentuh jiwa. Di antaranya Dr. Hasan Huwaidi, Ustaz Muhammad Al-Mubarak, Ustaz Muhammad Al-Majdzub, Ustaz Masyhur Hasan, Syeikh Abdul Rauf Abu Thauq, Dr. Muhammad Adib As-Shalih (penyair Muhammad Al-Hasanawi), dan lain-lain lagi.


Mufti Palestin, Syekh Muhammad Amin Al-Husaini juga memberi kesaksian, "Syria kehilangan tokoh besar mujahid agung. Dunia Islam kehilangan ulama besar, ustadz mulia dan dai piawai. Saya mengenalnya dan melihat pada dirinya keikhlasan, kejujuran, keterbukaan, tekad baja, motivasi kuat dalam membela akidah dan prinsip. Ia memiliki kans besar dan peran nyata dalam melayani problematika Islam dan Arab, terutama problematika Suriah dan Palestina. Ia memimpin batalyon Al-Ikhwan Al-Muslimin demi membela Baitul Maqdis tahun 1948."


Semoga Allah mengampuni segala dosanya, menerima segala ibadahnya dan memasukkan beliau ke dalam surga bersama para Nabi, orang-orang yang jujur, para syuhada, dan orang-orang shalih, amin.


Abu A'la Al-Mawdudi (Ulama' yang cerdas: 1321-1399 hijrah/ 1903-1979 M)

Abu A'la Al-Mawdudi dilahirkan pada Tahun 1903 di Kota Aurangabad, Deccan, India (bahagian selatan). Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang dikenali sebagai ahli ilmu dan bertaqwa. Di dalam keluarga inilah beliau mempelajari ilmu bahasa Arab, ilmu Al-Quran dan Hadis. Beliau telah menghafaz kitab Al-Muwatha' karya Imam Malik Rahimahullah. Beliau telah berkecimpung di dalam arena media cetak sejak usia 17 tahun dan bergabung di dalam redaksi akhbar Al-Madinah yang siterbitkan di Bannjur serta menjadi ketua redaksi harian At-Taj yang diterbitkan di Jabalpur.

Abu A'la Al-Mawdudi berangkat ke New Delhi untuk menemui mufti India. Syeikh Kifayatullah Ad-Dahlawi dan Syeikh Sa'id Sabhanul Hind yang mengangkatnya sebagai pemimpin redaksi surat khabar Muslim di New Delhi. Beliau juga menjadi pemimpin redaksi harian Al-Jam'iyyah sejak tahun 1924 hingga tahun 1928.

Pada tahun 1926, Abu A'la Al-Mawdudi mula menulis buku bersiri yang bertajuk Al-Jihad fil Islam. Artikel-artikel yang akhirnya menjadi buku ini merupakan salah satu usaha bantahan terhadap pemimpin besar nasional India iaitu Mahatma Gandhi. Disusuli pula buku kedua berjudul al-Jihad fi sabilillah yang menyedarkan umat Islam agar kembali memahami bahawa jihad itu pertahanan. Buku ini dan buku-buku penulisannya yang lain telah diterjemahkan di dalam bahasa Arab dan menjadi buku yang perlu dibaca anggota Ikhwan Al-Muslimin di dunia Arab.

Ketika berlaku pembahagian India pada tahun 1947, Al-Mawdudi telah berpindah ke Pakistan dan menuntut penerapan syariat Islam di setiap institusi negara melalui khutbah, ceramah, dan penulisannya. Pemerintah Pakistan merasakan tergugat lalu menangkapnya dan memasukkannya ke dalam penjara bersama beberapa orang pengikutnya. Pada Jun 1950, pemerintah telah membebaskan Al-Mawdudi bersama rakan-rakannya setelah 20 tahun ditahan di penjara disebabkan desakan rakyat.

Al-Mawdudi pernah dipenjarakan sebanyak 3 kali. Setiap keluar dari penjara, beliau akan berasa bersemangat dan bertekad untuk meneruskan perjuangan dakwah Islam. Beliau pernah diancam dengan hukuman mati oleh pemerintah yang zalim ketika itu. Namun ancaman itu tidak menggertakkan beliau untuk berhenti berdakwah, malahan beliau semakin aktif bersama jemaahnya beramal dan berdakwah bersesuaian dengan manhaj Islam.

Beliau telah pulang ke Rahmatullah pada 20 September 1979 di sebuah Hospital di New York. Ramai yang menziarahi beliau di antaranya ialah Ustaz Saiful Islam bin Hasan Al-Banna, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Abdul Aziz Ali Al-Muthawwi', Sa'id Hawwa dan tokoh-tokoh lain di setiap penjuru dunia. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi telah mengimamkan solat jenazah bersama sejumlah besar rakyat ke atas jenazah Al-Mawdudi. Semoga Allah merahmati Abu A'la Al-Mawdudi. amin.


Said Hawwa (Pendakwah Pergerakan Dunia: 1354-1410 hijrah/ 1935-1989 M)

Syaikh Sa’id bin Muhammad Daib Hawwa lahir di kota Hamah, Syria, tahun 1935. Ia berusia 2 tahun ketika ibunya meninggal dunia. Ia pindah ke rumah neneknya di bawah asuhan ayahnya, seorang pejuang berani yang berjihad melawan perancis. Pada masa mudanya berkembang pemikiran sosialis,Nasional, Ba’ats, dan Ikhwanul Muslimin. Allah memberikan kebaikan untuknya dengan bergabung ke dalam Jama’ah Ikhwanul Muslimin, tahun 1952, saat ia masih pelajar SMU.

Said Hawwa berguru pada beberapa syaikh Syria. Diantaranya Syaikh dan Ulama Hamah, Syaikh Muhammad Al hamid, Syaikh Muhammad Al Hasyimi, Syaikh Abdul Wahab Dabas, Syaikh Abdul Karim Arrifa’i, Syaikh Ahmad Al Murad dan Syaikh Muhammad Ali Murad. Said Hawwa juga belajar pada ustadz seperti Musthafa As-shiba’i, Mushthafa Az-Zarga, Fauzi Faidhullah, dan lain-lain.

Tahun 1961 ia lulus dari Universitas Syria, megikuti wajib ketenteraan sebagai perwira tahun 1963, menikah tahun 1964, dan dikaruniai empat orang anak.

Aktifitas Dakwah Said Hawwa

Said hawwa memberi kuliah, khutbah, dan ceramah, di Syria, Arab Saudi, Kuwait, Emirate, Iraq, Jordan, Mesir, Qatar, Palestin, Amerika dan Jerman. Ia juga berperanan bahkan mengatur demonstrasi menentang Undang-Undang Syria tahun 1973. Kemudian dia dimasukkan penjara selama 5 tahun. Di penjara dia menulis buku tafsir Al-Asas Fit Tafsir (dua belas jilid) dan sejumlah buku dakwah lain. Ia memimpin di Jama’ah Al Ikhwanul Muslimin, dilingkup nasional dan internasional. Serta berperan aktif dalam dakwah, politik dan jihad.

Said Hawwa punya peranan besar dibidang pendidikan. Ia bekerja sebagai pengajar di luar Syria. Ia mengajar di Arab Saudi selama 5 tahun, kota Al Hufuf wilayah Al Ihsa selama 2 tahun, dan Madinah Al Munawwarah selama tiga tahun.

Jejak-Jejak Kebaikan dan Warisan Ilmiah Said Hawwa

Said hawwa punya jadual memberi pelajaran, dialog, dan ceramah, di Jami’iyah Al Ishlah Al Ijtimia’i di Kuwait dan Madrasah An najah. Ceramahnya mendapat respon positif dari generasi muda kebangkitan Islam.

Antara sifat peribadi Syeikh S’aid Hawa yang menyebabkan beliau disegani kawan-rakan serta ulamak-ulamak sezaman dengannya ialah kezuhudan dan kewarakannya. Ustaz Zuhair asy-Syawisy dalam tulisannya tentang Sa’id Hawwa dalam harian al-Liwa’ yang diterbitkan di Jordan telah menceritakan; “….Saya pernah mengunjunginya di al-Ahsa’ ketika ia menjadi pengajar di al-Ma’had al-‘Ilmi. Saya tidak menemukan perabot di rumahnya kecuali sesuatu yang dapat memenuhi keperluan seorang yang hidup sederhana. Juga tidak saya temukan pakaian yang layak dipakai oleh ulama’ dan pengajar di negeri yang panas itu. Baju jubah yang dipakainya dari buatan Hamat yang kasar. Saya terus mendesaknya hingga ia mahu memakai beberapa pakaian putih dan ‘aba’ah (baju luaran) yang layak bagi orang seperti dirinya, tetapi ia mensyaratkan agar tidak terlalu longgar. Sedangkan makanannya, tidak lebih baik dari pakaian dan perabot rumahnya. Termasuk dalam kategori ini adalah sikapnya yang ‘mudah’ kepada orang-orang yang menerbitkan buku-bukunya baik yang telah mendapatkan izinnya atau tidak. Buku-bukunya telah dicetak berulang-ulang -dengan cara halal dan haram-, tetapi saya tidak pernah mendengar ia mempersoalkan hal tersebut. Ini termasuk sebahagian dari zuhudnya. Sesungguhnya akhlaq dan toleransi Sa’id Hawwa ini merupakan kebanggan dan teladan bagi orang lain. Inilah kesaksian yang dapat saya sampaikan.” (al-Liwa’, edisi 15/3/1989)


Karya-karya Said Hawwa

Said Hawwa memiliki karya tulis berkenaan dakwah dan gerakan, yg diminati para pemuda muslim dinegeri2 arab dan islam. Sebagian besar karya tulisnya diterjemahkan ke bahasa lain.

Diantara karangan yg telah diterbitkan :

1. Allah Jalla Jalaluhu
2. Ar rasul Shallallahu alaihi wassalam
3. Al islam
4. Al asa fit tafsir
5. Tarbiyatuna Arruhiyah
6. Jundullah Tsaqafatan wa Akhlaqan
7. dan lain-lain

Pengaruh Said Hawwa tidak terbatas kepada masyarakat Islam di Syria, Jordan dan Arab Saudi sahaja bahkan telah tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Karyanya tersebar ke seluruh dunia dan berjaya mempengaruhi ramai pendukung gerakan Islam kerana kajiannya yang kontemporari. Menurut Ahmad al-Jawwad banyak gerakan Islam di dunia termasuklah gerakan Islam di Palestin,Yaman, Nigeria dan tempat-tempat lain terkesan dengan hasil karya Sa،id Hawwa.

Adnan Sa'd al-Din pula menyebut bahawa beliau seorang tokoh yang mendalami karya-karya peninggalan Hassan al-Banna sekaligus mengaguminya. Beliau tersohor sebagai penulis yang mengaitkan tulisannya dengan realiti hidup. Buku-buku dan pemikirannya tersebar seperti hujan lebat yang turun. Hasil-hasil karyanya diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa di dunia Islam. Buku-buku karangan beliau adalah setanding dengan karya tokoh-tokoh seperti Sayyid Qutb, ،Abd al-Qadir ،Awdah, Dr.Yusuf al-Qardawi dan Muhammad al-Ghazali. Menurutnya lagi beberapa gerakan Islam di Tanah Arab, Afrika Selatan, benua Afrika dan Asia Tenggara diasaskan berdasarkan pemikiran Sa،id Hawwa dari segi perancangan dan gerakan.

Sa،di Zaydan pula menyebut di dalam kajiannya:

“…Karyanya tersebar ke seluruh dunia Islam dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa menyebabkan beliau terkenal. Beliau seorang pendakwah yang terserlah jika diukur dengan usianya yang pendek. Walaupun begitu hidupnya penuh dengan sumbangan. Lebih-lebih lagi karyanya bukanlah ulangan kepada hasil usaha pengkaji yang lalu tetapi beliau membawa ijtihad yang baru.

Pemikiran dakwah Sa،id Hawwa tersebar di Asia Tenggara melalui buku-bukunya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu atau melalui pelajar-pelajar yang belajar di Timur Tengah. Beberapa gerakan Islam telah menjadikan karya beliau sebagai bahan rujukan mereka. Sebahagian bukunya pula menjadi rujukan di universiti. Kesimpulannya pemikiran dakwah Sa،id Hawwa tersebar ke serata dunia.


Pulang ke Rahmatullah

Pada tahun 1987 Syaikh Said Hawwa terkena stroke, hingga sebagian anggota badannya lumpuh. Ia juga mengalami komplikasi berbagai penyakit. Ini memaksanya jauh dari masyarakat.

Pada tanggal 14 desember 1988 Said Hawwa dimasukkan di rumah sakit dan keadaannya tidak baik , sehinggalah wafat pada hari kamis tanggal 9 mac 1989 di rumah sakit Amman, Jordan.Jenazah Said Hawwa disembahyangkan di Masjid al-Fayha’, al-Syimisyani selepas solat Jumaat. Jenazah beliau disembahyangkan dengan diimami oleh anak sulungnya Muhammad. Dr.،Ali al-Faqir menyentuh di dalam khutbahnya tentang kelebihan ilmu dan ulama serta kesan pemergian ulama terhadap umat. Beliau menyeru sidang Jumaat untuk mengenang jasa Sa،id Hawwa dengan menyebut tentang ilmu al-marhum yang tersebar luas. Selain itu, beberapa orang khatib yang lain turut menyebut kebaikan Sa،id Hawwa di dalam khutbah mereka seperti Dr.Ahmad al-،Uwaysyah , Hamzah Mansur dan Nasir al-Din Mustafa al-Idlibi.

Jenazah beliau telah diiringi oleh lebih daripada sepuluh ribu orang ke tanah perkuburan Sahab. Di sana, beberapa individu telah menyebut jasa-jasa beliau sebagai penghormatan terakhir. Mereka yang memberi ucapan ialah Dr. ،Ali al-Faqir, Yusuf al-،Azam, Abu Sa،id al-Mayadin, ،Abd al-Jalil al-Razzuq dan ،Abd- Allah al-Tantawi.


Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada Al akh Said hawwa yang sabar terhadap komplikasi penyakit, penyiksaan, dan ujian meyakitkan di penjara selama bertahun tahun. Semoga Allah menjadikan itu sebagai pemberat timbangan amal kebaikannya, mengampuni kita, dan mengumpulkan kita di bersama para nabi, orang orang shiddiq, syuhada, dan orang-orang shalih, karena mereka sebaik-baik teman. amin.


As-Syahid Abdul Qadir Audah (Hakim yang Syahid: 1324-1374 hijrah/ 1906-1954)

As-Syahid Ustaz Abdul Qadir Audah merupakan pakar undang-undang dan hakim yang berkeahlian dalam bidang Fiqh. Buku beliau yang terkenal, at-Tasyri’ al-Jina’i fil Islam Muqarrinan bil Qanun al-Wadhi’ telah menjadi fenomena dan mencipta perubahan yang besar pada pemikiran kaum intelektual di Mesir kerana buku ini telah memperlihatkan keunggulan Undang-undang syariat atas undang-undang konvensional. Ianya telah menjadi rujukan ulama’, ahli fikah, pengamal undang-undang dan pensyarah di pelbagai universiti.

Ustaz Abdul Kadir Audah merupakan tokoh gerakan Islam kontemporari, Daei Islam di zaman moden dan pemimpin besar Ikhwanul Muslimin. Kata-katanya didengar semua orang, mempunyai kedudukan yang tinggi pada Ikhwanul Muslimin dan rakyat Mesir secara umum. Beliau berperanan penting dan berpengaruh dalam perjalanan pelbagai peristiwa di Mesir setelah syahidnya Imam Hasan al-Banna pada 12 Februari 1949. Beliau memikul amanah besar sebagai wakil am Ikhwanul Muslimin bersama Mursyidul Am kedua, Ustaz Hasan al-Hudaibi. Ketika itu juga beliau mengundurkan diri daripada profesion kehakiman untuk menumpukan tugas dakwah Islam.

Ustaz Abdul Qadir Audah memiliki kedudukan khusus di hati ahli-ahli ikhwan, mendapat kecintaan, kehormatan, dan kemuliaan. Saya sebagai penulis di sini juga amat menyanjungi pengorbanannya di dalam menjalankan dakwah fisabilillah. Ustaz Abdul Qadir Audah termasuk orang-orang yang paling dicintai oleh Ustaz Imam As-Syahid Hasan Al-Banna dan namanya sering disebut-sebut di hadapan ahli-ahli ikhwan dengan bangga. Beliau juga amat rapat dengan Ustaz Hasan Al-Hudaibi, Mursyidul Am kedua Ikhwanul Muslimin.

Ustaz Abdul Kadir Audah termasuk orang-orang Ikhwan yang menyokong Revolusi 23 Julai 1952 dan berbaik sangka kepada Gamal Abdul Nasir dan memandang baik tindakannya kerana dia adalah perwira dari Ikhwanul Muslimin yang wajib diberi dukungan. Ini kerana beliau mengira Gamal Abdul Nasir merealisasikan kebaikan yang diisytiharkan di depan rakyat. Sokongan beliau ini telah mengundang kemarahan ramai Ikhwan dan para pecintanya. Namun setelah terserlah niat jahat Gamal Abdul Nasir, beliau menjadi orang yang paling lantang menentang segala pembohongan dan kezalimannya.

Ketika terjadi perselisihan antara Ikhwanul Muslimin dengan Gagasan Perwira Revolusi iaitu Gamal Abdul Nasir, Gamal Abdul Nasir telah meluahkan permusuhannya, pembohongannya, mengingakari semua janji dan persepakatan yang dibuat olehnya, mengkhianati amanah serta mengepung Ikhwanul Muslimin. Ustaz Abdul Qadir Audah ketika itu sebagai Wakil Am Ikhwanul Muslimin mengeluarkan manifesto bersejarah yang dpanggil Hadza Bayanu linnaas yang menyatakan menolak semua dakwaan Gamal Abdul Nasir, pembohongan, pendustaan, dan tuduhannya.

As-Syahid Abdul Qadir Audah menjalankan aktiviti dakwah dan tanggungjawabnya di dalam Jemaah Ikhwan Al-Muslimin sehinggalah beliau syahid di tiang gantung pada 7 Disember 1954 atas arahan Gamal Abdul Nasir yang sangat dendam kepada Ustaz Abdul Qadir Audah kerana kedudukannya dan kekuatan peribadi As-Syahid. Abdul Qadir Audah dijatuhkan hukuman mati bersama rakan-rakannya yang mulia iaitu: As-Syahid Muhammad Farghali, As-Syahid Yusuf Thal'at, As-Syahid Ibrahim Ath-Thayyib, As-Syahid Mahmud Abdul Latif, dan As-Syahid Hindawi Duwair.

Pelaksanaan hukuman gantung terhadap keenam-enam Syuhada' ini berlangsung satu demi satu di penjara Mesir selama 3 jam. Pada hari itu, kebencian dan kemurkaan memenuhi penjuru dunia Islam. Gamal Abdul Nasir secara zalim telah memilih untuk membunuh secara zalim keenam-enam pejuang Islam atas dasar kebencian. Ketika Penguasa mengiringi Abdul Qadir Audah bersama rakan-rakan syuhada' yang lain untuk dijatuhkan hukuman mati, Hakim As-Syahid Ustaz Abdul Qadir Audah maju ke tiang gantungan dengan berani dan hatinya mendekatkan diri kepada Allah dengan menerima takdirnya. Perkataan terakhir yang beliau ucapkan sebelum pelaksanaan hukuman mati ialah: "Darahku akan menjadi laknat atas pemimpim-pemimpin revolusi".

Allah mengabulkan doa As-Syahid Abdul Qadir Audah dan tiada seorang pun di antara orang yang zalim ini selamat dari seksaan Allah di dunia. Mereka mengalami tragedi secara berturut-turut. Gamal Salim, yang merupakan Ketua Mahkamah telah menderita penyakit Saraf. Saudara Gamal Salim iaitu Shalah Salim juga dihukum Allah dengan ginjalnya tidak berfungsi hinggakan air kencing tertahan serta mati keracunan. Syamsu Badran dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Kaunselor Abdul Hakim Amir mati bunuh diri. Hamzah Basyuni terlanggar trak hingga tubuhnya koyak-rabak bertebaran di tanah. Al-Askari Ghunaim ditemukan mati di tengah kebun. Ash-Shaul Yasin pula telah diserang untanya sehingga retak tulangnya dan mati. Dan banyak lagi pemimpin-pemimpin yang zalim dihukum Allah atas kezaliman mereka. Kita lihatlah Allah menunjukkan Kekuasaan-Nya terhadap mereka yang berani melakukan kezaliman. Gamal Abdul Nasir yang masih hidup, maka kehidupannya dipenuhi dengan ketakutan dan keresahan tidak kira dalam lena atau terjaga. Bahkan kuburnya digenangi aliran air. Semua ini patut menjadi iktibar bagi orang-orang yang menginginkan kezaliman agar bertaubat kepada Allah.

Kita lihatlah dengan mata kepala kita akan ayat-ayat Allah pada diri orang-orang yang berbuat zalim keji kepada Ikhwanul Muslimin. Raja Faruq yang memerangi Ikhwan pada tahun 1948, akhirnya dipecat dan diusir pada tahun 1952. Gamal Abdul Nasir yang menindas Ikhwan pada 1954, yang terjadi setelah itu ialah peperangan hari Selasa terhadap Mesir oleh Israel yang menduduki Sina' dan Port Said. Mereka (pihak Mesir) menyerang lagi pada tahun 1965 dan hal ini menjadi sebab kekalahan bagi mereka pada tahun 1967 yang menyebabkan kematian Abdul Hakim Amir. Dan setelah itu disusuli dengan kematiannya.

Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada orang alim, aktivis Islam, hakim yang adil, Ahli Fiqh, mujahid, dan As-Syahid Ustaz Abdul Qadir Audah agar mengumpulkan kita semua dengan para Nabi, para Solihin,para Siddiqin, dan Syuhada'.

Jumaat, 17 Julai 2009

IBADAH HAJI DAN UMRAH SEBAGAI RUKUN ISLAM KELIMA


ABSTRAK

Tajuk yang dikemukakan di dalam latihan ilmiah ini adalah bertujuan untuk mengkaji hadith-hadith yang membicarakan berkenaan dengan amalan ibadah haji dan umrah menurut Sunnah Rasulullah s.a.w. Di dalam kajian ini penulis akan mendatangkan hadith-hadith dan juga ayat al-Quran bagi setiap penerangan yang dilakukan berkenaan dengan setiap amalan yang terkandung di dalam mengerjakan atau menunaikan amalan ibadah haji dan umrah ini, hal ini adalah bertujuan membuat sedikit perbandingan dengan amalan ibadah ini yang dilakukan pada masa kini dan seterusnya secara tidak langsung membetulkan amalan-amalan yang tidak sepatutnya dilakukan semasa mengerjakan ibadah haji dan umrah. Disamping itu, penulis juga menerangkan secara lebih terperinci berkenaan dengan definisi serta khikmah atau fadhilat ibadah ini disyariatkan.


PENDAHULUAN


PENGENALAN


kajian ini bertujuan melihat atau menyingkap sejauh mana amalan-amalan yang dilakukan itu bertepatan atau bersesuaian dengan Sunnah Rasulullah s.a.w. Di samping itu, kajian ini cuba untuk mendatangkan hadith-hadith yang berstatus sahih atau yang mempunyai darjat yang boleh untuk dijadikan hujah bagi amalan-amalan yang perlu dilakukan semasa menunaikan ibadah haji dan umrah ini.

Disamping itu, kelebihan atau fadhilat menunaikan ibadah haji dan umrah ini juga akan didatangkan serba sedikit agar dapat menguatkan lagi jasbah umat untuk mengerjakan atau menunaikan ibadah ini. Ini kerana, fitrah manusia dijadikan suka kepada kelebihan atau fadhilat di dalam melakukan sesuatu perkara itu terlebih dahulu. Walaupun perkara ini tidak sepatutnya, tetapi sekurang-kurangnya dapat membantu dalam soal menambah dan menguatkan lagi keyakinan.

Selain itu, sedikit adab-adab semasa menunaikan ibadah haji dan umrah ini juga akan disentuh di dalam kajian ini, ini kerana setiap perbuatan kita adalah sangat penting dilakukan dengan mengikut sunnah agar setiap perbuatan kita menjadi ibadah dan juga mendapat pahala daripadaNya.


PERMASALAHAN KAJIAN


Ibadah haji adalah merupakan salah satu ibadah dan perintah yang terpenting daripada Allah kepada umat Islam, ini adalah kerana ibadah haji itu sendiri adalah merupakan salah satu daripada lima rukun Islam. Sebagaimana yang kita maklum solat itu tidak akan sempurna jika tanpa rukun yang lengkap, begitu jugalah Islam tidak akan sempurna tanpa ibadah haji ini. Oleh itu, adalah sangat perlu dititik beratkan amalan ibadah haji ini dapat dilakukan mengikut tertib atau sunnah yang betul agar ianya diterima oleh Allah s.w.t.

Namun begitu, apa yang hendak dibincangkan sebagai permasalahannya disini ialah berkenaan dengan amalan-amalan yang terkandung atau yang perlu dilakukan semasa mengerjakan ibadah haji dan umrah, dimana supaya umat pada hari ini dapat melakukan amalan-amalan tersebut dengan mengikut sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. hal ini adalah kerana ramai yang menunaikan ibadah ini dengan melakukan amalan-amalan yang bertentangan dengan sunnah atas dasar taqlid semata-mata.



BAB 1

IBADAH HAJI DAN CUMRAH MENURUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W

1.1 PENGENALAN



Kejayaan setiap manusia di atas muka bumi ini adalah terletak pada agama yang mulia iaitu sejauh mana kita dapat mentaati keseluruh perintah Allah dengan mengikut ataupun melalui tariqah yang betul iaitu cara ataupun taraqah Baginda Rasulullah s.a.w, maka inilah yang dinamakan kejayaan yang haqiqi. Tidak kiralah siapa pun seseorang itu, samada dia punya pangkat atau tidak, punya harta atau tidak, jika dia ambil agama dalam kehidupan, dialah orang yang berjaya.


Oleh itu, setiap apa ketaatan yang hendak kita lakukan atau tunaikan mestilah mengikut ataupun dengan cara dan tariqah yang betul iaitu sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Demikian jugalah halnya dengan ibadah haji dan umrah yang hendak kita bincangkan di dalam kajian ini. Apa yang menyedihkan kita pada hari ini ialah ibadah haji yang merupakan di antara ibadah wajib yang terpenting telah ditunaikan dengan tariqah yang salah dan juga dengan jalan taqlid semata-mata.


Sesuatu ibadat khusus yang dilakukan jika tidak didasari oleh ilmu yang jelas adalah sia-sia kerana Allah tidak akan menerima amalan seseorang yang dilakukan tanpa mengikut peraturan yang telah digariskan sama ada dari kitab Al-Quran, Sunnah Nabi, Ijmak Ulama dan Qias.


Haji merupakan perlakuan ibadah umat islam yang mempunyai banyak simbolik yang dikemukakan kepada manusia dalam bentuk penonjolan diri, demostrasi atau perisytiharan, bukan menuntut sesuatu yang bersifat kebendaaan atau keduniaan, tetapi demontrasi untuk menyatakan tauhid dengan slogan dan laungan kalimah suci, Allahhu Akhbar, Allah Maha Besar, berulang-ulang kali dengan keyakinan dan ketaqwaan, pengakuan yang jelas dan tegas sekalipun kufur atau musyrikin tidak menyenanginya.


Pengisytiharan tauhid yang jelas dan laungan yang tegas dilakukan serentak menyebut nama Allah, "Labayk Allah Humma Labbyk, Labbaykka La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al- Ni'mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak", dilaungkan bukan kerana sesuatu kekurangan, tetapi penyataan sesuatu ibadah dalam bentuk demontrasi menentang syirik, kezaliman dan kesesatan yang dilakukan oleh manusia yang tidak mentauhidkan Allah.


Sikap dan pendirian yang tegas dalam perkara 'ubudiah yang menjadi ajaran para anbia' sejak zaman-berzaman perlu diisytihar dengan jelas supaya sekali-kali jangan terlibat dengan syirik atau taghut.

Sebaliknya hendaklah mengabdikan diri semata-mata kerana Allah - diri, pemikiran, fizikal, harta benda dan nawaitunya hanya semata untuk Allah. Segala bentuk kesesatan, syirik atau penyembahan system yang menuju ke arah taghut wajib dijauhi.
Islam tidak menuntut sikap bertindak balas terhadap pihak yang memsongkan akidah, tetapi bersikap Islam, kebaikan dan keamanan. Bagaimanapun, jika mereka sering dan terus berusaha menyelewengkan manusia daripada mentauhidkan Allah maka diwujudkan suatu amalan ibadah dalam bentuk demonstrasi terang-terangan bagi melawan kerja-kerja mereka yang sesat sekalipun orang-orang musyrikin, golongan kuffar dan munafiqun tidak menyenanginya.


Haji adalah merupakan salah satu dari hukum Islam yang lima yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim, lelaki dan perempuan apabila cukup syarat-syaratnya. Menurut jumhur ulama', fardhu haji mula diwajibkan pada tahun ke enam Hijrah kerana pada tahun itulah turunnya wahyu Allah yang bermaksud:
"Dan tunai atau sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah"
(Surah Al- Baqarah ayat 196)


Dalam pada itu Ibnul Qaiyim menguatkan pendapat bahawa mulai diwajibkan haji itu ialah pada tahun ke sembilan atau ke sepuluh Hijrah. Sesiapa yang menafikan hukum wajib haji itu maka bererti kufur dan murtadlah ia dan terkeluar dari Agama Islam.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:-


"Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan diantara mereka. Dan barang siapa yang mengingkarinya, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari sekalian alam"
(Surah Ali Imran ayat 97)


Dari segi sejarah, ibadah haji ialah syariat yang dibawa oleh junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W. sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim A.S. Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah, mengikut haul yang mashur iaitu dengan turunnya ayat 97 surah Al-Imran yang bermaksud :
" Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekelian makhluk".


Pada tahun tersebut Rasulullah S.A.W. bersama-sama lebih kurang 1500 orang telah berangkat ke Makkah untuk menunaikan fardhu haji tetapi tidak dapat mengerjakannya kerana telah dihalang oleh kaum Quraisy sehinggalah mewujudkan satu perjanjian yang dinamakan perjanjian Hudaibiah.


Perjanjian itu membuka jalan bagi perkembangan Islam di mana pada tahun berikutnya ( Tahun ke-7 Hijrah ), Rasulullah telah mengerjakan Umrah bersama-sama 2000 orang umat Islam. Pada tahun ke-9 Hijrah barulah ibadat Haji dapat dikerjakan di mana Rasulullah S.A.W. mengarahkan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq mengetuai 300 orang umat Islam mengerjakan haji.


Nabi kita Muhammad S.A.W telah menunaikan fardhu haji sekali sahaja semasa hayatnya. Haji itu dinamakan "Hijjatul Wada'/ Hijjatul Balagh/ Hijjatul Islam atau Hijjatuttamam Wal Kamal kerana selepas haji itu tidak berapa lama kemudian baginda pun wafat. Baginda telah berangkat ke Madinatul Munawwarah pada hari Sabtu, 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah bersama isteri dan sahabat-sahabatnya seramai lebih 90,000 orang Islam.


Baginda telah menyempurnakan amalan-amalan sunat Ihram, memakai ihram dan berniat ihram di Zulhulaifah, sekarang dikenali dengan nama Bir Ali, 10 km daripada Madinah dan baginda sampai di Makkah pada 04 Zulhijjah setelah mengambil masa 9 hari dalam perjalanan. Baginda berangkat ke Mina pada 08 Zulhijjah dan bermalam di situ.
Kemudian ke Arafah untuk berwukuf pada 09 Zulhijjah yang jatuhnya pada hari Jumaat. Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan semua rukun dan wajib haji hingga 13 Zulhijjah. Dan pada 14 Zulhijjah, Rasulullah S.A.W telah berangkat meninggalkan Makkah Al-Mukarramah menuju balik ke Madinah Al-Munawwarah.



1.2 PENGERTIAN HAJI


Wikipedia



Haji adalah rukun (tiang agama) Islam yang kelima setelah syahadat, shalat, zakat dan puasa. Menunaikan ibadah haji adalah bentuk ritual tahunan yang dilaksanakan kaum muslim sedunia yang mampu (material, fisik, dan keilmuan) dengan berkunjung dan melaksanakan beberapa kegiatan di beberapa tempat di Arab Saudi pada suatu waktu yang dikenal sebagai musim haji (bulan Dzulhijjah). Hal ini berbeda dengan ibadah umrah yang bisa dilaksanakan sewaktu-waktu.

Kegiatan inti ibadah haji dimulai pada tanggal 8 Dzulhijjah ketika umat Islam bermalam di Mina, wukuf (berdiam diri) di Padang Arafah pada tanggal 9 Dzulhijjah, dan berakhir setelah melempar jumrah (melempar batu simbolisasi setan) pada tanggal 10 Dzulhijjah. Masyarakat Indonesia lazim juga menyebut hari raya Idul Adha sebagai Hari Raya Haji karena bersamaan dengan perayaan ibadah haji ini.
Kamus Dewan


Di dalam Kamus Dewan, berkenaan dengan definisi haji ini telah di datangkan bersama-sama atau beriringan dengan istilah-istilah yang mempunyai kaitan rapat dengan perkara haji ini. Pengertian istilah-istilah berikut adalah seperti berikut:
Fardhu: Rukun Islam yang kelima yang memerlukan seseorang Islam (yang cukup syaratnya) pergi ke Mekah dan melakukan beberapa ibadah yang berkaitan dengan fardhu itu.


Mengerjakan: Menunaikan fardhu haji.
Jemaah: Rombongan orang yang pergi ke Mekah menunaikan fardhu haji.
Bulan: Bulan Zulhijah


Secara lughawi, haji berarti menyengaja atau menuju dan mengunjungi. Menurut etimologi bahasa Arab, kata haji mempunyai arti qashd, yakni tujuan, maksud, dan menyengaja. Menurut istilah syara', haji ialah menuju ke Baitullah dan tempat-tempat tertentu untuk melaksanakan amalan-amalan ibadah tertentu pula. Yang dimaksud dengan temat-tempat tertentu dalam definisi diatas, selain Ka'bah dan Mas'a (tempat sa'i), juga Arafah, Muzdalifah, dan Mina. Yang dimaksud dengan waktu tertentu ialah bulan-bulan haji yang dimulai dari Syawal sampai sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah. Adapun amal ibadah tertentu ialah thawaf, sa'i, wukuf, mazbit di Muzdalifah, melontar jumrah, mabit di Mina, dan lain-lain.



1.2.1 Falsafah Haji


Menuju ke jalan Allah



Kita hendaklah sentiasa bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan taufik dan hidayah-Nya kepada kita sehingga dengan berbekalkan iman yang teguh kita telah dapat mencari penentuan hidup yang diredhai Allah. Kita juga harus bersyukur kerana kita telah dan dipilih oleh Allah menjadi tetamu-Nya dengan mengunjungi Baitullah bagi menunaikan fardhu haji. Insya-Allah. Mudah-mudahan Ibadat Haji yang akan dikerjakan menjadi satu ibadat yang boleh memberikan satu pengajaran dan pedoman bagi meningkatkan iman dan amal kita seterusnya bagi menuju jalan yang diredhai Allah untuk kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.


Penggunaan harta


Menunaikan fardhu haji diwajibkan kepada mereka yang berkuasa sampai kepada-Nya, yakni mereka yang mempunyai kemampuan dalam semua aspek, khasnya kemampuan perbelanjaan di mana aspek tersebut jika digunakan bagi tujuan menyampaikan diri ke Tanah Suci untuk menunaikan fardhu haji adalah menepati kehendak kegunaan harta yang sebaik-baiknya.


Ibadah haji bekalan untuk akhirat


Ibadat haji selain daripada berfungsi mensucikan dosa-dosa, ia juga merupakan bekalan yang tepat menuju akhirat setelah sekian lama kita hidup di dunia yang fana ini. Sesungguhnya mereka sanggup berkorban harta benda, wang dan jiwa raga untuk memperhambakan diri dengan sebenar-benarnya kepada Allah, mereka tergolong dalam golongan yang mendapat petunjuk dan hidayah serta ketinggian martabat iman di sisi Allah.



Pengorbanan haji


Setiap ibadat yang sempurna memerlukan pengorbanan dari segi tenaga, masa, wang dan perasaan yang perlu dicurahkan. Ibadat haji khususnya bukan sahaja mengorbankan tenaga, masa dan perbelanjaan yang banyak yang dikumpulkan bertahun-tahun, bahkan ia berkehendakkan seseorang itu menanggung perpisahan dengan keluarga, sanak saudara, sahabat handai, harta kekayaan dan kampung halaman serta menahan kemahuan-kemahuan nafsu semasa dalam ihram. Ia juga merupakan satu pengorbanan yang luarbiasa dari kelaziman menunaikan ibadt-ibadat lain dalam hidup kita sepanjang tahun, umpamanya sembahyang lima waktu boleh dilakukan dalam rumah sendiri, di bilik berkipas atau berhawa dingin, begitu juga puasa boleh berbaring-baring malah tidur pun boleh di bilik yang selesa dengan tidak perlu keluar rumah.


Ibadat haji tidak memungkinkan seseorang itu mencapai kehendak ibadatnya dengan begitu mudah, kita perlu menghadirkan diri kita ke Tanah Suci dengan keadaan yang luar dari kebiasaan. Dalam ertikata lain, kita mesti keluar dari kelaziman dan kesenangan yang diterima selama ini, di mana keadaan di Tanah Suci tidak memberi peluang untuk kita menikmati keselesaan seperti di negara sendiri. Kita terpaksa berkhemah di Arafah dan Mina dengan pakaian putih di atas padang pasir memperkata dan membisikkan sesuatu kepada Allah bagi memohon keampunan dan keredhaan sebelum kembali kepada-Nya. Ibadat haji merupakan kemuncak pengorbanan seseorang hamba kepada Allah sudah tentu mempunyai kelebihan dan ganjaran yang banyak serta hikmah yang besar.

Firman Allah dalam surah Al-Haj ayat 27 hingga 29, maksudnya:


"Dan serulah manusia supaya mereka mengerjakan haji, nescaya mereka akan mendatangimu dengan berjalan kaki dan menunggang kenderaan berjenis-jenis unta yang kurus. Mereka datang dari seluruh pelusuk rantau yang jauh supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah bagi mereka, serta mereka dapat mengingati dengan menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu dengan sebab Allah telah mengurniakan mereka binatang-binatang ternakan untuk dijadikan qurban. Dengan yang demikian makanlah darinya (daging qurban itu) dan berilah makan kepada orang yang susah lagi fakir, (kemudian hendaklah membersihkan diri mereka, dan hendaklah mereka menyempurnakankan nazar-nazar mereka dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu)".

Dalam ayat tersebut Allah memerintahkan supaya haji itu hendaklah disempurnakan sekalipun dengan berjalan kaki atau berkenderaan menunggang unta yang kurus dengan sebab jauhnya berjalan. tah ada balasannya, balasan bagi haji ada dinyatakan dalam banyak hadis Rasulullah SAW.Di antara hadisnya dari Abu Hurairah, maksudnya: "Barangsiapa menunaikan haji ke Baitullah, sedangkan ia tiada melakukan persetubuhan dan perkara-perkara yang dilarang, maka bersihlah ia dari dosanya seperti pada hari ia dilahirkan oleh ibunya".



1.3 Dalil Pensyariatan Haji


Al-Quran



Haji adalah merupakan salah satu dari hukum Islam yang lima yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim, lelaki dan perempuan apabila cukup syarat-syaratnya. Menurut jumhur ulama', fardhu haji mula diwajibkan pada tahun ke enam Hijrah kerana pada tahun itulah turunnya wahyu Allah yang bermaksud:

واتموا الحج والعمرة لله

Terjemahan: Dan sempurkanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah.

Dalam pada itu Ibnul Qaiyim menguatkan pendapat bahawa mulai diwajibkan haji itu ialah pada tahun ke sembilan atau ke sepuluh Hijrah. Sesiapa yang menafikan hukum wajib haji itu maka bererti kufur dan murtadlah ia dan terkeluar dari Agama Islam.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:-

فيه ءايت بينت مقام ابرهيم, ومن دخله كان ءامنا, ولله على الناس حج البيت من استطاع اليه سبيلا, ومن كفر فان الله غنى عن العلمين

Terjemahan: Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim, barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia, mengerjakan haji adalah jewajiban manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah, Barangsiapa mengingkari (kewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.

Oleh kerana orang Islam berulang kali mengunjungi Baitullah, maka ibadah ini dinamakan dengan haji atau nusuk (ibadah), atau kerana Baitullah yang dimuliakan, maka dinamailah pekerjayaan mengunjungi itu dengan haji.

Allah s.w.t menjadikan Baitullah sebagai suatu tempat yang dituju oleh manusia setiap tahun, sebagaimana firmanNya yang termaktub dalam al-Quran yang berbunyi:


واذ جعلنا البيت مثابة للناس وأمنا

Terjemahan: Dan ketika kami jadikan Bait al-Haram itu tempat berkunjung manusia dan tempat yang aman.

Allah s.w.t memerintahkan kepada Nabi Ibrahim a.s untuk membangunkan sebuah rumah di Mekah. Maka Nabi Ibrahim a.s melaksanakan perintah tersebut dengan membangun Kacbah bersama puteranya Nabi Ismail a.s. Setelah mereka berdua selesai membangun Kacbah itu, Allah memerintahkan kepada Baginda agar memberitahukannya kepada seluruh manusia agar mendatangi Bait tersebut.


Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s bermohon kepada Allah supaya diajarkan manasik yang mesti mereka lakukan.

Kacbah adalah rumah yang mula-mula dibangunkan dipermukaan bumi sebagai tampat menyembah Allah s.a.t ketika sebahagian manusia membangun rumah-rumah untuk tempat memuja berhala dan patung-patung buatan mereka.
Sehubungan dengan itu, Allah s.w.t berfirman, sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran:

ان أول بيت وضع للناس للذى ببكة مباركا وهدى للعلمين

Terjemahan: Sesungguhnya rumah yang mula-mula sekali dibangun untuk tempat manusia menyembah kepada Allah ialah rumah yang di Bakkah, yang diberkati dan yang menjadi petunjuk bagi seluruh alam (manusia).

Dan firmanNya lagi, sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran yang berbunyi:
وعهدنا الى ابرهم واسمعيل أن طهرا بيتى للطائفين والعكفين والركع السجود
Terjemahan: Dan telah kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: ‘sucikanlah rumahKu untuk orang-orang yang melakukan tawaf, ictikaf dan untuk orang-orang yang rukuc dan sujud (solat)’.

Al-Sunnah

Seiring dengan itu, marilah kita perhatikan pula sanda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a yang berbunyi:


بني الاسلام على خمس: شهادة أن لا اله الا الله وأن محمدا رسول الله واقام الصلاة واتاء الزكاة وصوم رمضان وحج البيت من استطاع اليه سبيلا

Terjemahan: Islam itu dibangunkan di atas lima dasar. Mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, menunaikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah bagi sesiapa yang sanggup berjalan kepadanya.


1.4 Hukum Menunaikan Haji


Berdasarkan penjelasan yang bersumber daripada al-Quran dan al-Sunnah di atas, maka para ulama’ dan fuqaha’ telah ijma’ menetapkan bahawa menunaikan ibadah haji itu adalah fardhu ain bagi setiap muslimin dam muslimat yang mampu untuk pergi mengunjunginya. Mampu dari segi harta benda, kesihatan, ada kenderaan dan terakhir sekali mampu dari segi mental dan ilmu pengetahuan mengenai manasik-manasik haji tersebut. Dan mengingkari kefardhuan haji itu adalah kafir dan seseorang itu dipandang telah keluar daripada agama Islam.


Di bawah ini saya mendatangkan beberapa hukum yang berkaitan dengan fardhu haji ini:


i-Orang yang wajib menunaikan fardhu haji

Orang yang wajib mengerjakan haji dan umrah ialah orang mukallaf yang berkemampuan iaitu ada perbelanjaan untuk dirinya dan orang yang ditanggungnya sama ada yang pergi bersamanya atau yang ditinggalkan, sihat badan, ada kenderaan, aman perjalanan dan tiudak untuk masa. Orang perempuan perlu ada mahram atau pergi dalam kumpulan ramai wanita. Yang bersuami perlu keizinan suami. Orang yang berhutang yang perlu dibayar pada masa ia hendak pergi perlu membayar hutangnya. Kalau hutangnya bertangguh perlu ada penjamin atau mendapat izin dari yang punya hutang.

ii-Hukum wanita yang menunaikan fardhu haji tanpa diiringi oleh mahram dan hanya di temani oleh sebilangn kumpulan wanita juga

Tidak wajib seseorang wanita itu pergi haji melainkan dengan mahram atau dengan sekumpulan wanita sekurang-kurangnya 3 orang selain dari dirinya sendiri; ini pada haji yang fardu. Pada haji sunat atau haji badal tidak diharuskan melainkan dengan mahram atau suami menurut pendapat yang muktamad. Tetapi bagi haji fardu seseorang wanita boleh (bukan wajib) pergi jika ia yakin akan keselamatan dirinya walaupun seorang diri.

iii-Hak suami melarang isteri menunaikan haji

Menurut mazhab Syafie suami berhak melarang kerana syarak mewajibkan isteri patuh kepada suami. Pemergian isteri ke Makkah tanpa suami boleh menimbulkan kesulitan kepada suami. Sekiranya suami melarang tanpa alasan yang diharuskan oleh syarak maka dialah yang menanggung dosanya.

iv-Hukum haji kanak-kanak yang belum baligh

Kanak kanak yang belum baligh sah hajinya. Tetapi hajinya belum menggugurkan fardunya. Setelah ia baligh kelak dan cukup syarat-syarat hajinya, wajib ia menunaikannya. Pahala hajinya dituliskan untuk kanak-kanak itu, manakala warisnya pula mendapat pahala membantu dalam perkara kebajikan

v-Kewajipan mengerjakan haji hanya sekali

Dalil yang menunjukkan bahawa ibadah haji difardhukan sekali sahaja dalam seumur hidup berasaskan ketentuan syara’ ialah hadith riwayat Abu Hurairah yang mengatakan bahawa satu ketika Rasulullah s.a.w telah berucap dengan bersabda:

خطبنا رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: يا أيها الناس, قد فرض الله عليكم الحج فحجوا

Terjemahan: Wahai manusia, Allah telah mewajibkan keatas kamu kerja haji, oleh itu hendaklah kamu lakukannya.

Kemudian seorang lelaki bertanya: ‘Wahai Rasulullah s.a.w apakah ia diwajibkan pada setiap tahun?’ Rasulullah s.a.w tidak menjawab sehingga ditanya bagi kali ketiga, maka Rasulullah s.a.w pun bersabda:

لو قلت: نعم, لو جبت ولما استطعتم

Terjemahan: jika aku katakan ya tentunya ia menjadi wajib dan kamu pasti tidak mampu menunaikannya.



1.5 Syarat Wajib Haji

Antara syarat-syarat ini ada yang merangkumi lelaki dan wanita. Ada yang hanya terkena kepada wanita sahaja. Apabila telah lengkap syarat-syarat ini baharulah haji wajib dan perlu ditunaikan, jika tidak, maka ia tidak wajib.


1.5.1 Syarat umum bagi lelaki dan wanita


i-Islam: Ibadah haji tidak diwajibkan keatas orang bukan Islam secara tuntutan untuk dilakukan di dunia. Jika mereka melakukan ibadah tersebut hukumnya tidak sah, kerana orang bukan Islam tidak layak untuk menunaikan ibadah ini. Jika seorang kafir mengerjakan haji kemudian dia memeluk Islam, mereka ini wajib juga melakukan haji sewaktu beragama Islam dan haji yang lalu tidak dikira sah.

ii-Mukallaf: Bermakna telah cukup umur dan berakal siuman. Ibadah haji tidak diwajibkan ke atas kanak-kanak dan orang gila. Mereka tidak dituntut untuk melaksanakan hukum-hukum Islam. Mereka tidak wajib mengerjakan haji, jika dikerjakannya, tidak sah kerana mereka bukanlah ahli yang layak untuk melakukan ibadah. Jika seorang kanak-kanak atau orang gila melakukan haji kemudian sampai umur dan sembuh, mereka masih lagi diwajibkan melakukan haji mereka.

iii-Merdeka: Ibadah haji tidak wajib bagi seorang hamba kerana haji adalah ibadah yang panjang masanya, disamping melibatkan perjalanan yang jauh, dia juga disyaratkan ada kemampuan, dengan mempunyai bekalan dan kenderaan. Tentu ini akan menjejaskan kepentingan tuannya yang berkaitan dengannya. Oleh itu, ibadah haji tidak diwajibkan keatasnya sama seperti berjihad.


iv-Keupayaan dari segi fizikal, harta dan keselamatan: Ia bermaksud kemampuan untuk sampai ke Mekah, berdasarkan firman Allah s.w.t:

ولله على الناس حج البيت من استطاع اليه سبيلا

Terjemahan: ...dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengeunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya...
Dalam masalah berkuasa atau berkemampuan untuk mengerjakan haji dan umrah ini adalah berkuasa kepada dua bahagian:-


a) Berkuasa atau berkemampuan dengan sendiri; dan


i) Berkuasa mengeluarkan belanja tambang dan segala perbelanjaan lain untuk melakukan pekerjaan haji dari mula hingga akhir.
ii) Mempunyai bekalan dan perbelanjaan yang cukup bagi saraan nafkah orang yang dibawah tanggungannya,
iii) Ada kenderaan pergi dan balik,
iv) Aman dalam perjalanan, yakni tidak ada marabahaya yang mengancam keselamatan diri dan harta. Ini termasuklah juga tidak ada penyakit yang membahayakan tubuh badan,
v) Sihat tubuh badan,
vi) Berkesempatan masa untuk mengerjakan haji dan umrah.


b) Berkuasa dengan bantuan orang lain.

i) Orang yang mempunyai cukup syarat wajib haji, tetapi tidak dapat mengerjakan hajinya sendiri kerana keuzuran dan sakit yang tidak ada harapan akan sembuh, atau telah terlalu tua umurnya serta telah putus asa tidak dapat pergi sendiri menunaikan hajinya.

ii) Orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hidupnya, tetapi tidak mengerjakan haji, maka terhutanglah fardu haji atasnya sehingga warisnya atau orang yang menerima wasiatnya menunaikan hutang hajinya itu dengan upah atau secara sukarela.


1.5.2 Syarat-syarat khusus haji bagi wanita


i-Hendaklah seorang perempuan itu ditemani, sama ada oleh suaminya atau mahramnya. Jika kedua-duanya tidak ada maka dia tidak wajib mengerjakan haji.

ii-Perempuan tersebut hendaklah tidak dalam berciddah, sama ada oleh sebab penceraian ataupun kematian suami.



1.5.3 Syarat-syarat wakil atau orang mengambil upah haji
Syarat-syarat untuk menjadi wakil atau mengambil upah menunaikan haji orang lain ialah:-



1. Orang itu telah pun menunaikan fardu haji untuk dirinya sendiri dengan sempurnanya, Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:- "Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki berkata ketika mengerjakan haji:

" Aku sahut seruan mengerjakan haji menggantikan Syubrumah". Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya: "Sudahkah engkau mengerjakan haji untuk diri engkau sendiri" ? Jawab lelaki itu, "Belum". Rasulullah s.a.w berkata kepadanya, kalau begitu hendaklah engkau kerjakan haji untuk diri engkau sendiri dahulu, kemudian engkau kerjakan haji untuk Syubrumah pula"

2. Hendaklah melakukan fardu haji untuk seorang sahaja bagi satu musim haji.

3. Mestilah berihram pada miqat orang yang dihajikan itu atau pada tempat yang sama jauhnya dengan miqat itu. Jika ditentukan kepadanya, maka hendaklah dia berihram pada sesuatu miqat yang ditentukan, jika tidak ditentukan, maka haruslah bagi orang yang mengambil upah itu berihram pada miqat yang dilaluinya. Bagi orang yang berada di Mekah yang mengambil upah haji, maka wajiblah dia keluar kepada miqat yang dihajikannya, atau boleh juga pada mana-mana miqat yang lebih hampir kepadanya.
Jika dia berihram daripada miqatnya (di Mekah) nescaya berdosa dan wajib atasnya dam.

4. Hendaklah seorang yang cukup mahir bagi mengerjakan ibadat haji itu dengan sempurnanya, seperti dia mengerjakan haji untuk dirinya sendiri.


1.6 Jenis-jenis Haji


Jenis-jenis haji secara keseluruhannya terbahagi kepada lima bahagian, iaitu:



i-Haji jenis Ifrad: Ifrad maknanya " berasingan" jadi haji ifrad itu ialah mengerjakan haji dan umrah secara berasingan, iaitu dikerjakan haji dahulu hingga selesai dan kemudian baharulah dikerjakan umrah dalam tahun itu atau dikerjakan umrah sebelum menjelang bulan-bulan haji setelah itu barulah dikerjakan haji.


ii-Haji jenis Tamattuc: Tamattuc ertinya bersenang-senag, jadi Haji Tamattuc itu ialah mengerjakan umrah dahulu dalam bulan-bulan haji, setelah selesai mengerjakan umrah lalu bersenang-senang dengan sebab telah tidak terikat lagi dengan pantang larang ihram. Kemudian setelah sampai waktu haji berihramlah untuk mengerjakan haji pula. Haji jenis ini dikenakan DAM mengikut syarat-syaratnya.


iii-Haji jenis Qiran: Qiran ertinya bersama-sama, jadi Haji Qiran itu ialah dikerjakan kedua-dia haji dan umrah dengan serentak, iaitu dengan satu tawaf, satu sa'ie dan satu bergunting, kerana kerja-kerja umrah itu dimasukkan dalam kerja-kerja haji. Haji cara ini juga wajib melaksanakan DAM. Berhubung dengan kebolehan mengerjakan haji Qiran ini sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa mengerjakan haji bersama umrah (iaitu Qiran) maka sahlah dia kerjakan satu tawaf dan satu sai'e sahaja untuk kedua-dua haji dan umrah itu"

iv-Haji sahaja

v-Umrah sahaja



1.7 Hikmah dan Kelebihan Ibadah Haji di dalam Pembangunan Insan


i) Perspektif rohani: Amalan haji ini adalah merupakan suatu jenis amalan pengabdian dan ibadah kepada Allah s.w.t dan setiap amalan ibadah itu mempunyai kaitan yang kuat dengan kerohanian ataupun dalaman seseorang manusia itu khususnya individu muslim itu sendiri, ini adalah kerana sesuatu amalan ibadah itu mempunyai pertalian ataupun hubungan ghaib diantara pencipta dan hamba. Amalan ibadah haji ini adalah merupakan ibadah yang agak berlainan dengan ibadah-ibadah yang lain, ini adalah kerana, ibadah ini merupakan satu bentuk ibadah yang memerlukan pengorbanan atau mujahadah yang agak besar berbanding dengan ibadah-ibadah yang lain, samada dari segi masa, harta, diri dan lain-lain. Oleh itu, ibadah haji ini mempunyai kesan kerohanian yang sangat kuat kepada seseorang individu muslim itu khususnya dan masyarakat umumnya. Dengan melakukan ibadah ini, kita akan dapat rasakan sendiri kemanisan melakukan pengorbanan


ii) Perspektif jasmani: Antara lain perbezaan amalan ibadah haji ini dengan ibadah-ibadah yang lain ialah perbuatan-perbuatan dan amalan-amalan yang terkandung di dalamnya, di mana untuk melakukan iabadah haji ini agak memerluka kekuatan fizikal atau jasmani yang lebih berbanding dengan ibadah lain. Namun begitu, setiap perintah agama itu mempunyai fadhilat khas kepada manusia walaupun ianya nampak susah atau pun memerlukan kekuatan fizikal yang lebih. Sepertimana kita lihat kepada ibadah puasa, jika kita lihat dari sudut zahir ia nampak susah ataupun agak berat untuk diamalkan, namun setelah diamalkan kita akan dapat merasakan kemanisan ibadah itu dan seterusnya terlupa akan keberatan untuk melakukannya, begitu jugalah halnya dengan ibadah haji ini, jika kita lihat dari sudut zahir nampak seperti susah untuk diamalkan, penat, jauh dan sebagainya, namun natijah kemanisan ibadah haji ini hanya dapat dirasa oleh mereka yang telah melakukannya.


iii) Perspektif sosial: Manakala dari aspek sosial pula boleh kita lihat dari sudut umum agama, hari ini mentaliti manusia umumnya, terutamanya golongan pemuda telah menganggap kehidupan beragama telah memisahkan manusia daripada hidup bersosial dan ini adalah pemikiran yang sangat songsang dan menyesatkan, ini kerana Allah bekalkan agama dalam kehidupan manusia adalah bukan untuk menyekat kebebasan manusia untuk hidup bermasyarakat tetapi adalah sebagai petunjuk bagi hidup manusia agar tidak terpesong dari landasan fitrah kehidupan dan menjadi hamba syaitan yang terkutuk. Justeru itu, amalan ibadah haji ini adalah merupakan suatu amalan yang melibatkan sosial yang agak besar, ini kerana, ibadah haji ini merupakan perhimpunan umat Islam yang terbesar dari seluruh pelusuk dunia. Oleh itu, kesan sosial yang dialami oleh umat Islam yang menunaikan ibadah ini adalah besar.


iv) Perspektif ekonomi: seterusnya dari segi ekonomi pula, dengan berlangsungnya amalan ibadah haji ini secara tidak langsung dapat membantu taraf ekonomi umat Islam, ini kerana dengan pembelian kelengkapan-kelengkapan untuk ibadah haji ini secara tidak langsung akan memberikan sumbangan ekonomi kepada umat Islam samada diluar ataupun dalam Negara. Begitu juga ekonomi Negara, dengan adanya ratusan atau ribuan umat Islam yang menunaikan ibadah haji ini setiap tahun maka akan memberikan keuntungan yang besar kepada syarikat penerbangan khususnya dan secara tidak langsung juga kepada Negara umumnya.



BAB II

IBADAH HAJI SEBAGAIMANA YANG DILAKSANAKAN OLEH BAGINDA RASULULLAH S.A.W


2.1 Haji al-Widāc



a-Madinah (Sabtu 26-11-10 A.H. 22-2-632 M)


Rasulullah saw. tinggal di Madinah selama 10 tahun, setiap tahun menyembelih kurban, tidak melaksanakan ibadah haji kecuali pada bulan Zulkaidah tahun 10 H. beliau memutuskan untuk melaksanakannya. Maka diumumkan kepada kaum muslimin hingga didengar oleh mereka yang tinggal di sekitar Madinah. Manusia berbondong-bondong menuju Madinah dengan mengendarai binatang tunggangannya dan ada pula yang berjalan kaki. Dalam perjalanan mereka berkumpul mengelilingi Rasulullah saw. dari segala arah, belakang, depan, samping kiri dan kanan. Jumlah mereka tak terhitung, sejauh pandangan mata. Masing-masing ingin mengikuti Rasulullah saw. dan melaksanakan apa yang beliau lakukan.


Ketika Rasulullah saw. hendak keluar dari Madinah, beliau mengangkat atau melantik Abu Dujanah, Sammaak bin Kharsah As Sa`idi ra. untuk bertanggungjawab atas Madinah. Rasulullah saw. solah Zuhur di Madinah empat raka`at kemudian berpidato di depan jamaah dan mengajarkan kepada mereka tentang ibadah haji.


Rasulullah saw. memanggil untanya dan menggoreskan tanda di bahagian punuk sebelah kanan sampai mengalir darah, lalu mengalungkan perhiasan di lehernya. Penandaan serupa beliau lakukan terhadap binatang kurban lainnya, hal ini diikuti oleh yang lain. Kemudian beliau menyerahkan untanya itu untuk dinaiki Najiah bin Jundub Al Aslami ra.


Rasulullah saw. mandi kemudian memakai wangi-wangian dan memakai dua potong kain ihram kemudian berdoa:

اللهم اجعله حجا مبرور, لا رياء فيه, ولا سمة

Terjemahan: Ya Allah! Jadikanlah haji ini haji yang mabrur, bukan riya dan bukan sum`ah

Rasulullah saw. keluar dari Madinah hari Sabtu siang setelah Zuhur, lima hari sebelum habis bulan Zulkaidah, melalui jalan yang rindang. Ketika keluar dari Madinah beliau melakukan solah di masjidnya.



b-Zul Hulaifah (Sabtu 26-11-10 A.H. 22-2-632 M)


Jarak antara Zul Hulaifah dengan Madinah kira-kira 3 mil. Zul Hulaifah terletak di lembah cAqiq, Rasulullah saw. menuju ke daerah tersebut dan sampai di sana pada waktu cAsar lalu di situ beliau mengqasar solah cAsar.

Rasulullah saw. singgah di Samurah dekat mesjid sebelum Rautsah di sebelah kanan jalan . Rasulullah saw. solah Maghrib dan Isya’ kemudian menemui isteri-isteri beliau setelah mandi. Sebelum menemui isteri-isterinya, Rasulullah s.a.w. diberi wangi-wangian oleh cAisyah, kemudian bermalam di Zul Hulaifah. Setelah salat Subuh Nabi saw. Bersabda yang terjemahannya:


"Telah datang kepadaku malam ini utusan dari Tuhanku (dalam riwayat lain: Jibril) dan berkata: Solahlah di lembah yang penuh berkah ini dan katakan (niatlah) umrah di dalam haji."

Perintah salat di lembah Aqiq merupakan perintah agar tetap berada di Zul Hulaifah sampai salat Zuhur, setelah itu memakai ihram.


Zul Hulaifah – Ihram (Ahad 27-11-10 H. 23-2-632 M)

Selesai solah Zuhur, Rasulullah saw. memakai ihram, Rasulullah saw. mandi yang kedua, bukan mandi yang kemarin, dan membasuh kepalanya dengan (daun) tumbuhan tertentu (khatmy) dicampur garam lembut, serta memakai sedikit minyak rambut dan dia ratakan dengan kedua tangannya. cAisyah memberinya minyak wangi yang dicampur misk (nama sejenis parfum) pada badan dan kepalanya sehingga nampak bekas parfum di lekukan-lekukannya.

Seorang bertanya kepada Rasulullah: "Apakah yang boleh dipakai oleh orang yang sedang berihram?", Rasulullah s.a.w. Bersabda:
"Jangan memakai baju atau tutup kepala, serban, celana, jubah yang bertutup kepala dan khuf (seperti sepatu), kecuali sandal atau sepatu yang tidak menutup kedua mata kaki."



Niat haji


Rasulullah s.a.w. masuk ke masjid Zul Hulaifah dan solah empat rakacat, kemudian membaca niat haji dan didengar oleh orang-orang di dalam masjid dan mereka berkata: "Rasulullah saw. berniat mulai dari Masjid." Beliau juga membaca niat ketika sedang menaiki kenderaannya, berkatalah orang-orang yang berada di luar masjid: "Rasulullah s.a.w. membaca niat ketika kenderaannya telah tegak berdiri." Dan setelah sampai di Baida', Rasulullah s.a.w. juga membaca niat, maka merekapun berkata: "Rasulullah s.a.w. membaca niat dari Baida'." Dan mereka semuanya betul.

Sekali Rasulullah s.a.w. membaca niat haji dan umrah, sekali membaca niat untuk umrah saja dan sekali membaca untuk haji saja, kerana umrah sebahagian dari haji. Kerana itu ada yang mengatakan bahawa, haji Rasulullah s.a.w. itu Qiran, ada juga yang mengatakan Tamattu` dan ada juga yang mengatakan Ifrad. Yang benar adalah mula-mula Ifrad, kemudian beliau berihram untuk umrah di dalam haji, maka menjadi Qiran. Adapun yang mengatakan Ifrad, itu kerana melihat awalnya. Dan yang mengatakan Qiran, adalah kerana mengambil bahagian akhirnya. Dan yang mengatakan Tamattu', yang dimaksudkan adalah Tamattu` (dari segi bahasa) yang bererti beruntung dan berfaedah. (http//:www.al-islam.com)



Talbiah


Rasulullah s.a.w. mengucapkan talbiah:


لبيك اللهم لبيك, لبيك لا شريك لك لبيك, إن الحمد والنعمة لك والملك, لا شريك لك
Terjemahan: "Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah, aku penuhi panggilan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu, aku penuhi panggilan-Mu, sesungguhnya segala puji dan segala nikmat dan segala kekuasaan hanyalah untuk-Mu, tiada sekutu bagi-Mu. "

Rasulullah s.a.w. mengeraskan suaranya hingga didengar oleh para shahabat lalu merekapun ikut membaca talbiah.
Beliau juga membaca talbiah:

لبيك اللهم لبيك وسعديك, والخير في يديك والرغباء, إليك والعمل

Terjemahan: "Telah aku penuhi panggilan-Mu wahai Tuhanku, telah aku penuhi panggilan dan keinginan-Mu, kebaikan itu ada pada kekuasaan-Mu, telah aku penuhi panggilan-Mu, kepergian dan perbuatanku karena-Mu."


Di antara talbiah Rasulullah s.a.w. yang lain adalah:

لبيك حجا حقا، تعبدا ورقا

Terjemahan: "Aku penuhi panggilan-Mu dengan melaksanakan haji yang sesungguhnya dan hanya kepada-Mu aku menghambakan diri. "

Dalam talbiahnya Rasulullah s.a.w. mengucapkan:

لبيك إله الحق لبيك

Terjemahan: "Telah aku penuhi pangilan-Mu wahai Tuhan Yang Maha Benar, aku penuhi panggilan-Mu. "

Selesai membaca talbiah Rasul berdoa agar diampuni dosanya, memohon rida-Nya dan agar dibebaskan dari api neraka. Rasulullah saw. bersabda:
"Jibril datang menyampaikan kepadaku agar aku memerintahkan para shahabat untuk mengeraskan suara dalam membaca talbiah. Ia berkata, Wahai Muhammad, perbanyaklah bertalbiah dan berkorban!"


c-Rauha (Isnin 28-11-10 H. 24-2-632 M)

Jarak dari Rauha ke Zul Hulaifah kira-kira 50 km. Ketika Rasulullah s.a.w. keluar dari Madinah hari Sabtu setelah solah Zuhur, beliau menginap pada malam Isninnya, di tempat antara Zul Hulaifah dan Rauha, paginya Rasulullah s.a.w. melanjutkan perjalanan sambil membaca talbiah seperti di atas.

Sesampinya di Rauha, Rasulullah melihat keldai liar yang telah disembelih. ‎Beliau bersabda kepada para sahabatnya: "Biarkan hingga datang pemiliknya!" Maka datanglah pemiliknya, ia berasal dari daerah Bahzi, berkata: "Wahai Rasulullah! Aku serahkan masalah keldai ini kepadamu." Rasulullah s.a.w. menyuruh Abu Bakar untuk membahagi-bahagikannya kepada para sahabat.

Rasulullah s.a.w. melakukan solah di masjid kecil di sebelah kanan jalan menuju Mekah, masjid ini terletak sebelum masjid besar di Rauha.


d-Utsayah (Selasa 29-11-10 H. 25-2-632 M)


Rasulullah saw. meninggalkan Rauha menuju Arj melewati Utsayah yang jaraknya kira-kira 90 km. dari Rauha, hal tersebut mengharuskan rombongan untuk menginap pada malam Selasa di suatu tempat, sebelum melewati Utsayah.



e-Arj (Selasa 29-11-10 H. 25-2-632 M)

Arj adalah sebuah tempat berhampiran dengan Badar iaitu di mana terjadinya perang Badar. Rasulullah saw. singgah di Arj , yang terletak berhampiran Utsayah, dan menginap pada malam Rabu di Arj. Kurang jelas, apakah bulan Zulkaidah tahun 10 H. berjumlah 29 atau 30 hari.


f-Abwa (Rabu 30-11-10 H. 26-2-632 M)


Kemudian Rasulullah s.a.w. melanjutkan perjalanan, ketika sampai di Abwa, Shaab bin Jatsamah menghadiahkan seekor keldai liar kepada beliau. Dalam riwayat lain, separuh keldai liar. Rasulullah s.a.w. tidak mahu menerimanya dan bersabda yang terjemahannya:

"Kami tidak ingin menolaknya, hanya saja kami sedang berihram."
Rombongan meneruskan perjalanan pada hari Rabu itu juga menuju ke lembah Usfan di Makah Al Mukarramah.


g-Usfan (Rabu 2-12-10 H. 28-2-632 M)


Rasulullah s.a.w. menginap pada malam Khamis di sebuah tempat antara Abwa dan lembah Usfan, kemudian melanjutkan perjalanan pada hari Khamis, dan menginap pada malam Jumaat di sebuah tempat sebelum Usfan lalu melanjutkan perjalanan hari Jumaat sehingga sampai di lembah Usfan.

Ketika Rasulullah s.a.w. melewati lembah Usfan, beliau bertanya kepada Abu Bakar: "Wahai Abu Bakar! Lembah apa ini?", "Lembah Usfan," jawab Abu Bakar. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Nabi Hud a.s. dan Saleh a.s. telah melewati lembah ini dengan menaiki kuda jantan muda berwarna merah, dengan tali kendali yang dibuat dari serabut pelepah kurma, berihram dan berselimut jubah, sambil membaca talbiah menuju Baitullah.".

Rasulullah s.a.w. menginap pada malam Sabtu di sebuah tempat setelah melewati lembah Usfan dan paginya melanjutkan perjalanan menuju Saraf.



h-Saraf (Sabtu 3-12-10 H. 29-2-632 M)


Ibnu Saad dalam bukunya Thabaqat Kubra mengatakan: "Rasulullah s.a.w. melewati Zhahran pada hari Isnin, dan petangnya sampai di Saraf." Yang benar: Bahwa Rasulullah saw. melewati Zhahran hari Sabtu pagi, kemudian melewati Saraf pada hari itu juga dan melanjutkan perjalanan sampai di Dzi Thuwa lalu menginap di sana pada malam Minggu. Wallahu a`lam.


Membatalkan haji di Saraf


Ketika Rasulullah s.a.w. berada di Saraf, beliau bersabda kepada para sahabatnya:
"Barangsiapa yang tidak mempunyai binatang sembelihan (hadyu), maka boleh membatalkan haji dan menggantinya dengan umrah, bagi yang membawanya supaya tidak membatalkan (tetap meneruskan ihramnya)."

Perintah ini oleh para ahli fiqih disebut penasakhan (pembatalan) terhadap haji. Hadis tentang perintah pemfasakhan haji ini diriwayatkan oleh 14 orang sahabat dan hadis-hadis mereka sahih semua.
cAisyah menangis di Saraf


Ketika Rasulullah s.a.w. berada di Saraf, cAisyah r.ha. datang bulan padahal dia sudah berniat umrah. Sewaktu Rasulullah s.a.w. datang menemuinya cAisyah sedang menangis. Rasulullah s.a.w. bertanya: "Apa yang membuatmu menangis wahai cAisyah, apakah kerana datang bulan?" cAisyah menjawab: "Ya." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ini masalah yang telah ditulis oleh Allah kepada setiap wanita anak cucu Adam. Lakukanlah amalan-amalan sebagaimana yang dilakukuan oleh orang yang melakukan haji, kecuali tawaf."


i-Zi Tuwa (Minggu 4-12-10 H. 1-3-632 M)


Zi Thuwa Nabi terus melanjutkan perjalanan sampai ke Zi Thuwa, dahulu lebih dikenali dengan sebutan Sumur Zahi. Beliau bermalam dan solah Subuh di sana, lalu beliau mandi dan melanjutkan perjalanan ke Mekah.


j-Mekah (Ahad 4-12-10 H. 1-3-632 M)


Rasulullah s.a.w. mendaki dan memasuki kota Mekah lewat dataran tinggi, dari bukit di kawasan Hujun. Beliau terus berjalan dan memasuki kota Mekah pada waktu Dhuha. Sampai di pintu masjid beliau mendudukkan untanya dan masuk melalui pintu cAbdi Manaf, orang-orang menyebutnya dengan pintu Bani Syaibah. Sejenak Rasulullah memandang ke Kacbah lalu menghadap ke arahnya, mengangkat kedua tangannya dan bertakbir, seraya berdoa:


أللهم أنت السلام ومنك السلام, فحينا ربنا بالسلام, أللهم زد هذا البيت تشريفا وتعظيما وتكريما ومهابة وزد من عظمه ممن حجه أو أعتمره تكريما وتشريفا وتعظيما وبرا

Terjemahan: Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Damai. Dari Engkaulah perdamaian, kerana itu hidupkanlah kami dengan perdamaian. Ya Allah tambahkanlah kemuliaan, kebesaran, keagungan dan kebaikan kepada Baitullah (Kacbah) ini, dan tambahkanlah kurnia-Mu kepada yang membesarkannya (Kacbah).


Mekah, Tawaf (Ahad 4-12-10 H. 1-3-632 M)


Rasulullah s.a.w. memulai tawaf dari Hajar Aswad dan mengusapnya tanpa berdesak-desakan. Ketika itu Rasulullah s.a.w. air matanya berlinang. Beliau mengencangkan kain ihramnya dan menyampirkannya di salah satu pundaknya dan membiarkan pundaknya yang lain terbuka. Beliau mengelilingi Kacbah sebanyak empat putaran, ketika senggang beliau mencium Hajar Aswad dan mengusapnya kemudian menyapukan kedua tangannya ke mukanya. Beliau berlari-lari kecil tiga putaran pertama, memulai dan berakhir pada Hajar Aswad. Pada kali ketiga putaran ini beliau berjalan cepat, tapi langkahnya pendek-pendek.


Setiap kali melewati Hajar Aswad, beliau menunjuk dan mengacungkan tongkatnya atau mihjan (tongkat yang bahagian atasnya melengkung), kemudian mencium kepala tongkat itu. Pada saat mengacungkan tongkat beliau membaca:

بسم الله والله أكبر
Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Umar ra:


"Wahai Umar, engkau adalah seorang lelaki yang kuat, jangan berdesak-desak untuk mencium Hajar Aswad, kerana akan menyakiti yang lain, kalau ada kesempatan bolehlah engkau menciumnya, jika tidak, cukuplah dengan menghadap ke Kaabah sambil membaca tahlil dan takbir."

Orang-orang menghafal doa yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w. ketika berada di antara dua sudut, yaitu Rukun (sudut) Yamani dan Hajar Aswad:

ربنا أتنا فى الدنيا حسنة وفى الأخرة حسنة وقنا عذاب النار


Terjemahan: "Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jagalah kami dari api neraka."

Ketika selesai tawaf, beliau menuju ke belakang Maqam Ibrahim yang ketika itu letaknya sangat dekat dengan Kaabah, lalu membaca:

واتخذوا من مقام إبراهيم مصلى واتخذوا

Terjemahan: "Jadikanlah Maqam Ibrahim itu tempat salat."
Maqam Ibrahim terletak antara beliau dan Kacbah. Beliau solah dua rakacat, dalam rakacat pertama membaca surat Al Fatihah dan Al Kafirun dan rakacat kedua Al-Fatihah dan surat Al-Ikhlas. Setelah selesai solah beliau menuju ke Hajar Aswad lalu menyampaikan salam lalu keluar melalui pintu Bani Makhzum yang berhadapan dengan Safa untuk memulai Sa'i.


Mekah, Sa'i (Ahad 4-12-10 H. 1-3-632 M)

Ketika mendaki bukit Safa Rasulullah s.a.w. membaca:

إن الصفا والمروة من شعائر الله فمن حج البيت أو اعتمر فلا جناح عليه أن يطوف بهما ومن تطوع خيرا فإن الله شاكر عليم

Terjemahan: "Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebagian dari syi`ar agama Allah, barangsiapa mengerjakan ibadah haji atau umrah maka tidak berdosa untuk mengerjakan Sai antara Safa dan Marwah. Dan barangsiapa yang mengerjakan kebaikan maka sesungguhnya Allah Maha Pemberi balasan dan Maha Mengetahui."



Mekah, perintah pembatalan (Ahad 4-12-10 H. 1-3-632 M)


Ketika berada di Saraf Rasulullah s.a.w. memberi hak memilih kepada para sahabat untuk menukar niat haji ke umrah. Ketika selesai melaksanakan saci, beliau memerintahkan para sahabat untuk bertahallul kubra yang membolehkan segala perkara yang telah dilarang saat berihram seperti: menggauli isteri, memakai wangi-wangian, memakai pakaian yang berjahit serta membenarkan mereka dalam keadan demikian sampai hari Tarwiyah.

Banyak para sahabat yang bertahallul kecuali Rasulullah s.a.w. kerana beliau membawa binatang sembelihan (hadyu) dari Madinah, demikian juga para sahabat yang membawa hadyu seperti Abu Bakar, Umar, Thalhah dan Zubair r.a. Adapun isteri-isteri Nabi s.a.w. mereka semua bertahallul dan melaksanakan haji Qiran, kecuali cAisyah r.ha. belum bertahallul, kerana beliau datang haid sebelum selesai mengerjakan umrah. Fatimah, puteri Rasulullah s.a.w., juga bertahallul kerana tidak mempunyai binatang sembelihan.

Sayidina Ali bin Abi Thalib datang dari Yaman dengan membawa binatang sembelihan. Kemudian melihat Fatimah telah bertahallul dan memakai pakaian yang bercorak dan memakai celak ia menegur Fatimah atas perbuatan tersebut, namun Sayidah Fatimah menjawab: "Ayahku menyuruhku berbuat begini.". Ali langsung menanyakannya kepada Rasulullah s.a.w. dan beliau menjawab: "Dia benar, dia benar. Aku yang menyuruhnya berbuat demikian."


Mekah, khutbah di Mekah (Ahad 4-12-10 H. 1-3-632 M)

Setelah melakukan saci, Rasulullah s.a.w berdiri dan menyampaikan khutbahnya.



Mekah, tinggal di Mekah (Khamis 8-12-10 H. 5-3-632 M)

Setelah selesai melakukan saci antara Safa dan Marwah dan menyuruh para sahabat yang tidak membawa binatang kurban untuk membatalkan haji, Rasulullah s.a.w. berjalan bersama rombongan hingga sampai ke Abthah, suatu tempat di sebelah Timur kota Mekah. Kemudian berhenti di kemahnya yang berwarna merah dan tinggal di sana mulai hari Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu sampai solah Subuh pada hari Khamis.


Rasulullah s.a.w. selama menetap di Abthah mengqasar solah Zuhur, cAsar dan cIsya’ bersama seluruh sahabat dan tidak kembali ke Kacbah pada hari-hari tersebut. Sebelum solah, Bilal r.a. melaungkan azan, kemudian menancapkan tombak kecil ke arah kiblat, Rasulullah s.a.w. solah ke arah itu dan para sahabat solah di belakang beliau. Anjing dan keldai lewat di belakang tombak kecil tersebut.


k-Mina (Tarawiah) (Khamis 8-12-10 H. 5-3-632 M)


Sehari sebelum tiba hari Tarawiah, Rasulullah s.a.w. berkhutbah di Mekah setelah Zuhur. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersama kaum muslimin berangkat menuju ke Mina pada hari Khamis waktu Dhuha. Para sahabat yang telah bertahallul berihram kembali dengan niat haji dan tidak masuk masjid tidak berihram dari dalamnya, tetapi mereka berihram sebelum sampai ke kota Mekah.


Ketika sampai di Mina mereka berhenti sebentar dan menunaikan solah Zuhur dan Asar dan bermalam di sana pada malam Jumaat kemudian solah Subuh dan menunggu sebentar hingga terbit matahari, kemudian Rasulullah s.a.w. berjalan dari Mina ke Arafah. Ketika unta tunggangan beliau yang beralaskan beludru bangkit, beliau berdoa:

اللهم اجعله حجا مبرورا، لا رياء فيه، ولا سمعة


Terjemahan: "Ya Allah! Jadikanlah haji ini haji yang mabrur, bukan ria dan bukan sum`ah." (Ria: mengerjakan sesuatu dengan niat agar dilihat orang dan dipuji. Sum`ah: mengerjakan sesuatu dengan niat agar didengar orang).

Rasulullah s.a.w. menggunakan jalan Dhab, iaitu jalan yang berada di sebelah kanan jalan yang biasa dipakai kaum Muslimin sekarang ini. Sebahagian sahabat ada yang bertalbiah dan ada yang bertakbir. Beliau mendengarkan keduanya dan tidak menegur yang ini dan tidak juga menegur yang itu.


l-Arafah (Jumat 9-12-10 H. 6-3-632 M)


Pada zaman Jahiliyah, kaum Quraisy berhenti wukuf di Masycaril Haram. Ketika Rasulullah s.a.w. bergerak dari Mina menuju Namirah, beliau melihat khemah yang diperintahkannya untuk didirikan sudah siap, beliau singgah di sana. Ketika matahari mulai condong, Rasulullah s.a.w. meminta seorang sahabat untuk mengambil untanya(Qushwaa), mereka meneruskan perjalanan sampai ke tengah lembah Arafah. Beliau berhenti di sebuah dataran tinggi di Arafah dan bersabda yang artinya: "Semua kawasan Arafah adalah tempat wukuf" kecuali lembah Uranah.

Rasulullah s.a.w. meminta salah seorang sahabat yang bersuara nyaring yang bernama Rabiah bin Umaiah bin Khalaf Al Jamhi supaya mengulang-ulang sabda beliau agar semua orang mendengarnya. Rabiah berdiri di bawah leher unta Rasulullah s.a.w. dan beliau bersabda: Berteriaklah dan katakan! "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Rasulullah saw. bersabda: Apakah kalian tahu, bulan apakah sekarang ini؟" Begitulah seterusnya hingga akhir khutbah.


Arafah, wukuf di Arafah (Jum'at 9-12-10 H. 6-3-632 M)


Rasulullah s.a.w. melakukan wukuf sampai matahari tenggelam dan mega kuning mulai hilang sedikit serta bentuk matahari mulai tidak kelihatan.

Para sahabat ragu apakah Rasulullah s.a.w. puasa pada hari ini, mereka menyuruh Ummu Fadhl dan Maimunah r.a. membawa susu untuk beliau, pada saat itu Rasulullah s.a.w. masih wukuf di tempat wukuf. Rasulullah s.a.w. meminum susu tersebut dan para sahabat semua memperhatikan beliau dan mereka mengerti bahwa tidak dibenarkan berpuasa bagi orang yang sedang wukuf di Arafah.


Rasulullah s.a.w. melihat sebahagian sahabat berwukuf di tempat yang jauh dari tempat wukuf, lalu beliau mengutus Zaid bin Murabba` Al Anshari untuk menemui mereka dan berkata: "Sesungguhnya aku adalah utusan Rasulullah s.a.w, beliau bersabda kepada kamu sekalian, "Kamu hendaklah berada di kawasan Masyar. Sesungguhnya kamu mewarisi peninggalan ayahmu Nabi Ibrahim a.s."


Seorang sahabat yang berasal dari Najed, bertanya kepada Rasulullah s.a.w ketika beliau sedang wukuf di Arafah, tentang haji. Rasulullah s.a.w. menjawab:

"Haji adalah wukuf di Arafah, barangsiapa yang telah sampai pada malam Arafah sebelum terbit fajar hari berkumpul (hari Arafah), maka telah sempurnalah hajinya."

Di antara doa yang paling banyak dibaca Rasulullah saw. pada hari Arafah ialah:

لا إله إلا الله وحده لا شريك له, له الملك وله الحمد وهو على كل شىء قدير
Terjemahan: "Tiada Tuhan selain Allah, tiada sekutu bagi-Nya, Dialah yang memiliki kekuasaan, Dialah yang memiliki segala puji dan Dia berkuasa atas segala sesuatu."


Arafah, bertolak ke Mudzalifah (Sabtu 10-12-10 H. 7-3-632 M)


Setelah matahari tenggelam pada hari Arafah, dan telah betul-betul tenggelam iaitu dengan hilangnya ufuk kuning, Nabi s.a.w. memboncengkan Usamah bin Zaid ra. di belakang beliau. Kemudian berjalan, perjalanan tersebut tidak cepat dan tidak perlahan, apabila beliau tiba di kawasan yang luas dan lapang beliau mempercepat perjalanannya dan apabila beliau tiba di kawasan yang berbukit (tempat agak tinggi), beliau mengulurkan tali kekang untanya yang bernama Adhbaa' sehingga untanya bebas mendaki. Beliau senantiasa mengucapkan talbiah selama perjalanan tanpa henti.

Beliau berseru kepada khalayak ramai: "Wahai sekalian manusia, tenanglah! kerana kebaikan itu tidak dicapai dengan tergopoh-gopoh."


Di tengah perjalanan, Nabi s.a.w. berhenti sebentar di lereng bukit yang terletak di sebelah kiri jalan dan berada antara dua tempat yang Nabi s.a.w. pernah berhenti, lalu beliau membuang air kecil dan berwudhu. Lalu Usamah bertanya: "Apakah kita akan solah wahai Rasululla?" Beliau menjawab: "Kita akan solah di tempat yang akan kita lalui nanti."


Mudzalifah (Sabtu 10-12-10 H. 7-3-632 M)


Ketika Rasulullah s.a.w. sampai di Muzdalifah beliau berhenti di dekat api yang berada di Quzah kemudian berwudhu dan menyempurnakan wudhu’nya. Kemudian menyuruh salah seorang untuk melaungkan azan kemudian beliau menunaikan solah Maghrib sebelum menurunkan barang-barang dan mendudukkan unta, maka ketika barang-barang telah diturunkan beliau memerintahkan untuk iqamah kemudian mendirikan solah cIsya’ hanya dengan iqamat saja tanpa azan, tidak menyela-nyela antara kedua solah tersebut dengan solah apapun.

Rasulullah s.a.w. malam itu tidur di Muzdalifah sampai pagi tanpa menunaikan solah malam. Menjelang Subuh, beberapa orang anak-anak dan perempuan yang tergolong berbadan lemah termasuk Saudah dan Ummu Habibah meminta izin kepada beliau untuk berangkat dulu ke Mina sebelum dipenuhi oleh orang ramai. Pada saat itu bulan telah tenggelam tetapi fajar belum menyingsing, Rasulullah s.a.w. mengizinkan mereka.


Rasulullah s.a.w. memerintahkan anak-anak kecil untuk tidak melempar jumrah sebelum terbit fajar dan memberi izin kepada orang-orang perempuan untuk melempar sebelum terbit matahari kerana keadaan mereka yang lebih susah dan lebih utama untuk ditutupi. Di antara yang ikut melempar bersama kaum perempuan adalah Asma binti Abu Bakar dan Ummu Salamah.


m-Mina, kurban (Sabtu 10-12-10 H. 7-3-632 M)


Pada saat fajar menyingsing di Hari Raya Kurban, Hari Haji Akbar (Besar), iaitu hari diumumkan putusnya hubungan antara Allah dan Rasul-Nya dengan setiap orang musyrik, Rasulullah s.a.w. melaksanakan solah Subuh di awal waktu, kemudian menunggang unta yang bernama Qushwaa'. Sesampainya di tempat wukuf di Masycaril Haram, beliau berdiri di Quzah dan berkata: "Seluruh Muzdalifah adalah tempat wukuf (berhenti), kecuali kawasan Muhassir. Kemudian beliau menghadap kiblat lalu berdoa, merintih kepada Allah, membaca tahlil, takbir, dan berzikir." Beliau terus berdiri hingga wajahnya menjadi kelihatan sangat bersinar. Itu semua terjadi sebelum terbit matahari.

Setelah itu beliau berjalan di Muzdalifah sambil membaca talbiah dalam perjalannya dengan membonceng Fadhl bin Abbas, sementara Usamah bin Zaid berjalan kaki mendahului kelompok orang-orang Quraisy. Dalam pada itu Nabi memerintahkan Fadhl bin Abbas untuk memungutkan kerikil-kerikil jumrah sebanyak tujuh butir (dia tidak mencuilnya dari gunung atau memungutnya pada malam hari sebagaimana yang dilakukan orang-orang pada saat ini), dan memungutlah beliau tujuh butir kerikil dari kerikil-kerikil Hazaf, kemudian membersihkannya dari debu dengan meniupnya di telapak tangan lalu bersabda: "Seperti kerikil-kerikil ini, lemparlah! Dan sekali-kali janganlah kalian berlebih-lebihan dalam agama, karena sungguh orang-orang sebelummu telah dirusak oleh sikap berlebih-lebihan dalam agama."

Selanjutnya setelah sampai di pusat Muhassir beliau menggerakkan untanya dan mempercepat jalannya. Demikian kebiasaan beliau di tempat-tempat diturunkannya azab Allah terhadap musuh-musuh-Nya. Rasulullah s.a.w. mengambil jalan tengah di antara kedua jalan yang lain yaitu jalan yang melewati tempat Jumrah Kubra menuju ke Mina.



Mina, Jumrah cAqabah (Sabtu 10-12-10 H. 7-3-632 M)


Jabir bin Abdullah berkata: "Aku melihat Rasulullah s.a.w. di atas untanya pada Hari Raya Kurban dan bersabda kepada kami: "Ambillah amalan-amalan ibadah haji kalian dariku, kerana barangkali aku tiada akan menunaikan haji lagi setelah hajiku ini."


Kemudian Nabi s.a.w. masih terus mengumandangkan talbiah hingga sampai di tempat Jumrah cAqabah. Setelah itu berdiri di bahagian bawah lembah dengan memposisikan Kacbah di sebelah kirinya, dan Mina di sebelah kanannya, dan menghadap ke Jumrah dalam keadaan di atas unta, serta melemparnya setelah terbit matahari, satu demi satu dengan bertakbir pada setiap lemparan. Pada saat itu beliau disertai oleh Bilal, Usamah, bin Zaid, Al Fadhl bin Abbas. Usamah memegangi tali unta, sedang Bilal dan Al Fadhl memayungi beliau dari panasnya matahari dengan kain.

Setelah itu orang-orang ramai berdatangan, dan bersabdalah Rasulullah s.a.w: "Wahai manusia! Jangan sampai sebahagian darimu membunuh sebahagian yang lain, dan apabila kamu sekalian melempar jumrah maka gunakanlah kerikil yang semisal dengan kerikil hadf (lemparan) . " Selanjutnya beliau melempar jumrah yang kemudian diikuti oleh para sahabat.

Akhirnya Qudamah bin Abdullah Al Alla'i menggambarkan arak-arakan Rasulullah s.a.w. dengan berkata: "Rasulullah s.a.w. melempar Jumrah Aqabah di pusat lembah pada Hari Raya Kurban dengan menunggang unta betina beliau yang berwarna cerah dengan tanpa memecut, menyuruh lari atau mengatainya, "Ilaik-ilaik! (maksudnya menghardiknya)."


Mina, kembali ke Mina (Sabtu 10-12-10 H. 7-3-632 M)


Rasulullah s.a.w. tidak menetap di tempat Jumrah Aqabah, melainkan langsung pergi ke Mina, dan berpidato dengan pidato yang sangat bagus, serta membagi tempat-tempat mereka, beliau bersabda: "Kaum Muhajirin agar bertempat di sini," beliau menunjuk ke arah sebelah kanan tanda kiblat: "Sedang Kaum Anshar di sini," beliau menunjuk ke arah sebelah kiri tanda kiblat, kemudian beliau melanjutkan: "Sedang yang lain agar bertempat di sekeliling mereka." Kemudian mengajari mereka tata cara amalan-amalan ibadah haji. Pada saat itu, atas kehendak Allah, pendengaran-pendengaran penduduk Mina dibuka sehingga mereka mendengar sabda-sabda Nabi s.a.w. dari rumah-rumah mereka.


Mina, berkurban di Mina (Sabtu 10-12-10 H. 7-3-632 M)


Kemudian Rasulullah s.a.w. kembali untuk berkurban di Mina dan memberi tahu para sahabat beliau bahawa seluruh Mina adalah tempat penyembelihan binatang kurban, serta lorong-lorong Mekah adalah jalan dan tempat penyembelihan kurban. Kemudian Rasulullah saw. kembali untuk berkurban di Mina dan memberi tahu para sahabat beliau bahwa seluruh Mina adalah tempat penyembelihan binatang kurban, serta lorong-lorong Mekah adalah jalan dan tempat penyembelihan kurban. Selanjutnya beliau menyembelih dengan tangannya sendiri memakai pisaunya sebanyak 63 tiga ekor unta, iaitu sejumlah tahun umur Nabi. Unta-unta itu beliau sembelih dalam keadaan berdiri dengan kaki kirinya terikat.

Setelah itu beliau berhenti menyembelih dan memerintahkan Ali untuk menyembelih sisa dari jumlahnya yang semula seratus, kemudian menyuruhnya pula untuk menyedekahkan pakaian, kulit, dan dagingnya kepada orang-orang miskin serta melarangnya untuk memberikan bahagian daging kepada jagal di tempat penyembelihannya, sambil berkata: "Kita akan beri mereka dari milik kita." Beliau bersabda: "Barangsiapa menghendakinya maka ia akan membahagikan sebahagian barang kepada yang bukan pemiliknya’.

Kemudian beliau memerintahkan agar setiap binatang kurban diambil sebahagian, dimasukkan ke dalam periuk dan dimasak, Nabipun memakan sebahagian dagingnya serta meminum kuahnya .Allah a`lam. Nabi s.a.w. ketika itu berkurban untuk isteri-isterinya berupa satu ekor sapi . Beliau ditawari untuk dibuatkan bangunan di Mina yang dapat melindunginya dari panas matahari, namun beliau menjawab: "Tidak, Mina adalah cuaca buat siapa yang mendatanginya."


Mina(kurban), bercukur (Sabtu 10-12-10 H. 7-3-632 M)

Selesai menyembelih binatang kurban, Nabi s.a.w. memanggil seorang tukang cukur bernama Muammar, yang kemudian mencukur rambutnya. Pada saat tukang cukur berdiri di samping kepala beliau dengan memegang pisau, datang kaum muslimin meminta sebahagian rambutnya. Rasulullah s.a.w. memandangi wajah tukang cukur sambil berkata:

"Wahai Muammar,Rasulullah s.a.w. telah mengizinkanmu untuk memegangi daging telinganya saat di tanganmu ada pisau cukur." Muammar menjawab: "Demi Allah wahai Rasulullah, sungguh hal itu merupakan nikmat dan anugerah Allah untukku." Rasulullah s.a.w. berkata lagi:

"Ambil ini (menunjuk ke sebelah kanan kepalanya)." setelah selesai mencukur bahagian itu beliau membahagi-bahagikan rambutnya kepada yang datang kepadanya. Kemudian beliau memberi isyarat kepada tukang cukur, untuk mencukur bahagian kirinya. Setelah selesai, beliau menyeru Abu Thalhah, "Ke sini kau Abu Thalhah! Kemudian memberinya potongan rambut untuk selanjutnya ia bahagi-bahagikan kepada yang lain."

Demikianlah, beliau mencukur rambut sampai bersih, memotong sebahagian kumis dan kedua jambang serta memotong kuku dan memerintahkan menanam rambut dan kuku itu. Kemudian pada saat itu, Khalid bin Walid ra. meminta rambut yang berada di atas dahi beliau, Rasulullah memberikan kepadanya, selanjutnya Khalid meletakkan rambut tersebut di bahagian depan serbannya sehingga setiap kali bertemu dengan sekelompok musuh dalam peperangan selalu dapat mematahkannya.

Kebanyakan sahabat mencukur bersih rambut mereka, sedang sebahagian yang lain hanya memendekkan saja. Kemudian Rasulullah s.a.w. berdoa:

اللهم أغفر للمحلفين

Setelah selesai bercukur, beliau memakai wangi-wangian dan baju. Seterusnya orang-orang lainpun bertahallul. Setelah itu Nabi s.a.w. mengutus Abdullah bin Hudzafah As Sahmi ra. (dalam riwayat lain Kaab bin Malik) untuk menyeru orang-orang yang berada di Mina bahwa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Sesungguhnya hari ini adalah hari makan, minum, kahwin dan mengingat Allah Tacala’ .


n-Masjidilharam, Tawaf Ifadah (Sabtu 10-12-10 H. 7-3-632 M)


Kemudian Rasulullah s.a.w. bertolak ke Mekah sebelum waktu Zuhur dengan menunggang unta serta diiringi oleh Muawiah bin Abu Sofyan dari Mina hingga ke Mekah. Kemudian beliau melakukan tawaf Ifadah iaitu tawaf ziarah yang dinamai juga dengan Tawafus Shadr (Tawaf permulaan).

Rasulullah s.a.w. melakukan tawaf di Baitullah ketika haji Wada' dengan menunggang unta dan menyalami Rukun (Hajar Aswad) dengan menggunakan tongkat beliau sehingga dapat dilihat oleh orang banyak. Mereka bersesak-sesak mengerumuni beliau untuk bertanya sesuatu .

Rasulullah s.a.w. solah Zuhur di Mekah, kemudian kembali ke Mina dan menjumpai orang ramai sedang menunggu beliau. Beliau mengimami para shahabat di Mina pada akhir waktu Zuhur. Rasulullah s.a.w. bermalam di Mina pada malam Ahad untuk menunggu hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah).

Beliau pergi ke sumur Zamzam, selesai melakukan tawaf. Ketika itu orang-orang sedang minum. Beliaupun bersabda: "Kalaulah bukan kerana orang-orang itu akan mengalahkanmu dalam mengambil air Zamzam, wahai anak Abdul Mutalib, niscaya aku akan turun, minum bersamamu."

Kemudian Rasulullah s.a.w. pergi ke tempat air lalu meminta agar diberi minum. Abbas berkata: "Fadhl! Pergilah kau menemui ibumu, kemudian ambilkan untuk Rasulullah air minum daripadanya." Nabi s.a.w. bersabda: "Beri aku minum!" Ibu Fadhl menjawab: "Wahai Rasulullah s.a.w. orang-orang telah mencelupkan tangan-tangan mereka ke dalam air itu." Beliau menyambung: "Beri minum aku dengan air yang diminum oleh orang-orang!" Kemudian beliau minum dari air itu lalu pergi ke Zamzam dan minum sambil berdiri.


o-Mina, Jumrah (Minggu 11-12-10 H. 8-3-632 M)

Setelah kembali berada di Mina, Rasulullah s.a.w. menunggu tergelincir matahari, kemudian beliau berjalan kaki menuntun haiwan tunggangannya ke tempat jumrah tanpa menaikinya. Rasulullah s.a.w. mulai melontar dari Jumrah Ula (pertama) yang terletak setelah Masjid Khaif dengan tujuh biji batu, satu demi satu, dengan mengucapkan, الله أكبر pada setiap lemparan. Kemudian beliau maju ke depan di lembah yang lebih rendah, berdiri menghadap kiblat sambil mengangkat tangan, beliau berdoa dengan doa yang sangat panjang, sepanjang bacaan surah Al Baqarah.

Kemudian terus menuju ke Jumrah Wustha (tengah) dan melempar sebagaimana sebelumnya. Beliau membelok ke sebelah kiri, di tempat sesudah Wada', lalu berdiri menghadap kiblat dan membaca doa hampir sepanjang doa yang pertama. Seterusnya beliau menuju ke Jumrah Aqabah lalu turun ke lembah dengan menghadap ke arah jumrah dengan menjadikan Baitullah berada di sebelah kiri dan Mina di sebelah kanan, dan melempar sebanyak tujuh kali pula.

Menurut perkiraan yang paling kuat, dahulu Nabi s.a.w. melempar sebelum solah Zuhur, setelah matahari condong, kemudian kembali ke Mina dan menunaikan solah (Zuhur).

p-Masjidilharam, Tawaf Wada (Rabu 14-12-10 H. 11-3-632 M)

Rasulullah s.a.w. memasuki Mekah pada malam hari, tepatnya waktu dini hari, lalu melakukan Tawaf Wada dengan berjalan kaki, tanpa menunggang kenderaan dan tanpa berlari-lari. Itu adalah masa terakhir beliau di Kaabah.

Kemudian keluar menuju dataran rendah Mekah, berjalan pergi ke Muhassab lalu memanggil para sahabatnya untuk pulang ke Madinah Munawwarah (Kota yang bersinar).
q-Madinah, kembali ke Madinah (Rabu 14-12-10 H. 11-3-632 M)
Ketika melihat Madinah, Rasulullah saw. bertakbir tiga kali dengan membacakan:

اللهم أكبر, الله أكبر, الله أكبر, لا إله إلا الله وحده لا شريك له, له الملك وله الحمد وهو على كل شىء قدير, ايبون عابدون ساجدون, لربنا حامدون, صدق الله وعده, ونصر عبده, وهزم الأحزب وحده, اللهم إنا نعوذ بك من وعتاء السفر وكابة المنقلب وسوء المنظر فى الأهل والمال والولد, اللهم بلغنا بك بلاغا صالحا, يبلغ إلى الخير بمغفرة منك ورضوان


Terjemahan: "Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala pujian dan Dia berkuasa atas segala sesuatu. Kami adalah orang-orang yang kembali, orang-orang yang beribadat, orang-orang yang sujud, dan hanya kepada Tuhan kami, kami memuji. Maha menepati janji, menolong hamba-Nya, dan mengalahkan musuh-musuh dengan sendirian Ya Allah! Aku berlindung kapada-Mu dari segala susahnya perjalanan, kesedihan, dan pandangan buruk terhadap keluarga, harta benda, dan anak. Ya Allah! Sampaikanlah kami dengan kesampaian yang baik, yang akan sampai kepada suatu kebaikan karena ampunan dan ridha-Mu."


BAB III

3.1 DEFINISI UMRAH


Wikipedia

cUmrah (ﻋﻤﺮﻩ) ialah mengunjungi Baitullah di Mekah dan melakukan ihram, tawaf, sa'i dan bertahallul mengikut tertib.
cUmrah adalah fardhu seperti Haji. Ini adalah pendapat al-Imam as-Syafci rah.a. yang al-Azhar. Ijmak Ulama mengatakan bahawa hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya.
Dalil daripada al-Quran ialah firman Allah s.w.t:

واتموا الحج والعمرة لله

Terjemahan: Dan sempurkanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah


Sabda Nabi yang diriwayatkan Ibnu Majah, Al-Baihaqi dan sanad yang sahih daripada Aisyah r.ha. katanya: Aku berkata : "Wahai Rasullah,apakah wanita wajib berjihad?". Sabda Baginda: "Ya, jihad yang tiada peperangan padanya iaitu haji dan umrah".

Niat Ihram, Tawaf dan Sa'i tidak boleh dilakukan di mana-mana tempat lain melainkan di tempat yang ditetapkan. Iaitu niat ihram di Miqat, tawaf 7 pusingan mengelilingi Kaabah di dalam Masjidil Haram dan bersa'i 7 kali bermula di bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah. Terakhir sekali bertahallul iaitu bercukur atau mengunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai selepas itu, segala larangan dalam Ihram menjadi halal sepertimana sebelum beliau berihram.

Beza Umrah dengan Haji ialah Umrah boleh dilaksanakan sepanjang tahun tetapi Haji hanya boleh dilakukan pada bulan haji iaitu bulan Zulhijjah sahaja, dan hari kemuncaknya ialah pada hari Tasyrik 9,10,11,12 dimana jemaah berkumpul di Padang Arafah dan Mina.

Pada zaman sekarang Kerajaan Arab Saudi menetapkan mana jemaah umrah mestilah mengikut muassasah umrah dan memohon visa umrah melalui agensi umrah. Tiada lagi permohonan Visa umrah dapat dilakukan di Kedutaan Arab Saudi secara individu.


3.2 DALIL PENSYARIATAN CUMRAH

AL-QURAN


cUmrah adalah mempunyai kaitan rapat dengan ibadah haji, ini kerana ibadah cUmrah ini tersangat mirip dengan ibadah Haji, samada dari segi perbuatan, tempat dan cuma berbeza dari segi masa atau waktu mengerjakannya. Kaitan ini juga telah disebut oleh Allah s.w.t di dalam Kitab suciNya. Diantara dalil yang al-Quran yang membahaskan berkenaan dengan amalan ibadah cUmrah ini ialah:

واتموا الحج والعمرة لله

Terjemahan: Dan sempurkanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah
Antara dalil al-Quran lain yang menyentuh soal ibadah cUmrah ini ialah:

وعهدنا الى ابرهم واسمعيل أن طهرا بيتى للطائفين والعكفين والركع السجود
Terjemahan: Dan telah kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: ‘sucikanlah rumahKu untuk orang-orang yang melakukan tawaf, ictikaf dan untuk orang-orang yang rukuc dan sujud (solat)’


AL-HADITH

Manakala, dalil-dalil hadith yang berkaitan dengan ibadah cUmrah ini pula ialah seperti berikut:


Ibnu Umar berkata:

“Tiada seorang pun melainkan atas dirinya ada kewajiban mengerjakan haji dan umrah.”
Antara dalil al-Hadith lain ialah:

Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya ibadah haji itu kawan seiring dengan Umrah, sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab Allah yang artinya, ‘Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah itu karena Allah’.”


3.3 HUKUM IBADAH UMRAH


Umrah ertinya mengunjungi Baitullah untuk melaksanakan ibadah Tawaf, Sa`ei serta amalan lainnya demi mematuhi perintah Allah dan mengharap keredaannya pada waktu yang tidak ditentukan.

(1)Menurut Kamus Istilah Fiqh, hukumnya fardu ain bagi orang yang mampu, untuk pertama kali melaksanakannya atau kerana nazar. Dan hukum sunat apabila umrah itu dilaksanakan untuk yang kedua kalinya dan seterusnya.

(2) Umrah, mengikut pendapat yang terkuat dalam Mazhab Hanafi dan salah satu pendapat yang lebih diakui dalam Mazhab Maliki, ia adalah sunat mu`akad. Ini berdasarkan Hadis Rasulullah dari riwayat Jabir bagaimana seorang lelaki mendatangi Rasulullah s.a.w. meminta penjelasan adakah umrah itu wajib? Rasulullah menjawab tidak tetapi jika dilakukan adalah baik.

(3)Di kalangan ulama Syafi`i dan ulama Hanbali, hukum mengerja umrah adalah fardu seperti fardu haji kerana berdasarkan firman Allah:

واتموا الحج والعمرة لله

Terjemahan: Dan sempurkanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah


Selain dari berpegang pada firmah Allah di atas, ulama yang berpegang pada hukum tersebut pastinya berpegang juga pada satu hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah. Menurut riwayat, Aisyah telah bertanya kepada Rasulullah adakah orang perempuan wajib berjihad? Rasulullah menjawab ya tetapi tidak secara berperang sebaliknya mengerja haji dan umrah.

(4)Apa yang sebenarnya berlaku tentang umrah ini? Mengenai turunnya ayat 196 surah Al-Baqarah , beberapa peristiwa telah berlaku, di antaranya seorang lelaki memakai jubah yang harum semerbak dari wangian Za’faran mengadap Rasulullah s.a.w. dan berkata: Ya Rasulullah, apa yang harus aku lakukan dalam menunaikan umrah? Maka turunlah ayat tersebut dan Rasulullah pun bersabda menyuruh lelaki yang bertanya tadi menanggalkan baju wanginya, membersihkan hidung, mandi kemudian kerjakan apa yang biasa dikerjakan pada waktu haji.

(5) Bagaimana pun dalam kitab empat mazhab, di dalam mana-mana tafsir, kitab-kitab hadis dan di dalam buku Tabung Haji dalam bab haji dan umrah: haji dan umrah adalah ibadah fardu ain sekali dalam seumur hidup, seperti juga wajib menunaikan haji sekali dalam seumur hidup.

Tidak ada satu mazhab pun mengatakan umrah mahupun haji ‘wajib’ diulang- ulang.
Tetapi umat Islam mutakhir ini terutama dari golongan yang berpendapatan sederhana hingga golongan mewah, umrah sudah menjadi trend ibadah yang melampaui dari mengerja haji, menyonsang sunat kepada wajib. Golongan artis kerana rezeki ‘show’ yang bertalu-talu, sering berbelanja mengerjakan umrah, kemudian pulang dengan cerita-cerita yang karut marut, yang menggambarkan mereka adalah insan istimewa menjadi tetamu Kaabah. Golongan korporat, elit sering juga berumrah kerana di sanalah tempat mereka meminta. Orang-orang politik yang hampir muflis politiknya juga menjadikan umrah destinasi ‘bernazar’ dan pulang seolah-olah menjadi ‘insan kamil.’
Sebenarnya golongan ini, jauh terkeliru antara sunat dan tuntutan, tanggung jawab sesama umat. Golongan ini berpegang dengan melakukan sunat individu lebih penting dari tuntutan sejagat.

Dasar agama menurut Qur`an, haji dan umrah diwajibkan sekiranya mampu. Melalui surah Al-Imran ayat 97, Al-Haj ayat 27,28,29, Al-Baqarah ayat 196, 197 adalah hujahnya. Ada sembilan hadis yang menganjurkan mengerja umrah tetapi tidak disuruh mengulangi setiap tahun.

Bagaimana pun ramai umat Islam telah tersalah sasar, keliru dengan hukum ini sehingga ternyata teralpa tentang keperihatinan, tidak bersifat ehsan, tidak merasa tanggung jawab. Tuan-tuan guru masih bermain dengan ceramah dan kuliah bagaimana hendak melakukan ibadah ini untuk melipat gandakan pahala sedangkan pahala itu semuanya dalam bentuk pahala ‘individu.’


3.4 PERLAKSANAAN IBADAH UMRAH

Tata cara pelaksanaan ibadah umrah adalah: mandi, berwudhu, memakai pakaian ihram di miqat, solah sunah ihram 2 rakacat, niat cumrah dan membaca:

Labbaik Allâhumma umrat(an)

Terjemahannya: (Aku datang memenuhi panggilan-Mu ya Allah, untuk umrah)
Membaca talbiah serta doa, memasuki Masjidil Haram, tawaf, saci, dan tahalul.

3.4.1 Syarat, Rukun dan Wajib cUmrah

Syarat untuk melakukan cumrah adalah sama dengan syarat dalam melakukan ibadah haji. Adapun rukun cumrah adalah:

1. Ihram
2. Tawaf
3. Sa'i
4. Mencukur rambut kepala atau memotongnya
5. Tertib, dilaksanakan secara berurutan
Sementara itu wajib cumrah hanya satu, iaitu ihram dari miqat.


3.4.2 Tatacara perlaksanaan ibadah cUmrah


(1) Disunnahkan mandi sunat ihram sebelum ihram untuk cumrah.

(2) Memakai pakaian ihram. Untuk lelaki 2 kain yang dijadikan sarung dan selendang, sedangkan untuk wanita memakai pakaian apa saja yang menutup aurat tanpa ada hiasannya dan tidak memakai cadar atau sarung tangan.

(3) Niat cumrah dalam hati dan mengucapkan Labbaika 'umrotan atau Labbaikallahumma bi'umrotin. Kemudian bertalbiyah dengan dikeraskan suaranya bagi laki-laki dan cukup dengan suara yang didengar orang yang ada di sampingnya bagi wanita, yaitu mengucapkan: Labbaikallahumma labbaik labbaika laa syarika laka labbaik. Innal hamda wan ni'mata laka wal mulk laa syarika laka.

(4) Jika sudah sampai kota Makkah, disunnahkan mandi terlebih dahulu sebelum memasukinya.

(5) Sesampai di kacbah, talbiyah berhenti sebelum tawaf. Kemudian menuju hajar aswad sambil menyentuhnya dengan tangan kanan dan menciumnya jika mampu dan mengucapkan Bismillahi wallahu akbar. Jika tidak bisa menyentuh dan menciumya, maka cukup memberi isyarat dan berkata Allahu akbar.

(6) Tawaf sebanyak 7 kali putaran. 3 putaran pertama jalan cepat dan sisanya jalan biasa. Tawaf diawali dan diakhiri di hajar aswad dan ka'bah dijadikan berada di sebelah kiri.

(7) Solah 2 rakaat di belakang maqam Ibrahim jika bisa atau di tempat lainnya di masjidil haram dengan membaca surah Al-Kafirun pada raka'at pertama dan Al-Ikhlas pada raka'at kedua.

(8) Sa'i dengan naik ke bukit Shofa dan menghadap kiblat sambil mengangkat kedua tangan dan mengucapkan Innash shofa wal marwata min sya'aairillah. Abda'u bima bada'allahu bihi (Aku memulai dengan apa yang Allah memulainya). Kemudian bertakbir 3 kali tanpa memberi isyarat dan mengucapkan Laa ilaha illallahu wahdahu laa syarika lahu. Lahul mulku wa lahul hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qodiir. Laa ilaha illallahu wahdahu anjaza wa'dahu wa Wa nasoro 3abdahu wa hazamal ahzaaba wahdahu( 3 kali).

Kemudian berdoa sekehendaknya.

(9) Amalan pada poin 8 diulangi setiap putaran di sisi bukit Shofa dan Marwah disertai dengan doa

(10) Sa'i dilakukan sebanyak 7 kali dengan hitungan berangkat satu kali dan kembalinya dihitung satu kali, diawali di bukit Shofa dan diakhiri di bukit Marwah.

(11) Mencukur seluruh rambut kepala bagi lelaki dan memotongnya sebatas ujung jari bagi wanita

3.5 LARANGAN DALAM HAJI DAN UMRAH


Hal-hal yang tidak boleh dilakukan oleh orang yang sudah memakai pakaian ihram dan sudah berniat melakukan ibadah haji/cumrah adalah:

1. Melakukan hubungan seksual atau apa pun yang dapat mengarah pada perbuatan hubungan seksual.
2. Melakukan perbuatan tercela dan maksiat.
3. Bertengkar dengan orang lain.
4. Memakai pakaian yang berjahit (bagi laki-laki).
5. Memakai wangi-wangian.
6. Memakai khuff (kaus kaki atau sepatu yang menutup mata kaki).
7. Melakukan akad nikah.
8. Memotong kuku.
9. Mencukur atau mencabut rambut.
10. Memakai pakaian yang dicelup yang mempunyai bau harum.
11. Membunuh binatang buruan.
12. Memakan daging binatang buruan.


3.6 BEBERAPA PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN IBADAH CUMRAH BERDASARKAN HADITH RASULULLAH S.A.W


(1) Kewajiban Mengerjakan Umrah dan Keutamaannya
Ibnu Umar berkata:



“Tiada seorang pun melainkan atas dirinya ada kewajiban mengerjakan haji dan umrah.”

Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya ibadah haji itu kawan seiring dengan cUmrah, sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab Allah yang artinya, ‘Sempurnakanlah ibadah haji dan cumrah itu kerana Allah’.”

Abu Hurairah r.a. mengatakan bahwa Rasulullah bersabda:

“Umrah ke umrah yang lain adalah menghapuskan dosa di antara keduanya. Haji yang mabrur itu tidak ada balasannya melainkan syurga.”


(2) Mengerjakan cUmrah sebelum mengerjakan Haji

Ikrimah bin Khalid mengatakan bahwa dia bertanya kepada Ibnu cUrnar tentang cumrah sebelum haji, lalu Ibnu cUmar menjawab: “Tidak mengapa.” Ikrimah berkata: “Ibnu Umar berkata, ‘Nabi berumrah sebelum haji’.”


(3) Berapa kali Rasulullah s.a.w mengerjakan Umrah?

Mujahid berkata:

“Saya dan Urwah Ibnuz Zubair pernah masuk ke masjid, tiba-tiba di sana ada Abdullah bin Umar sedang duduk bersandar kamar Aisyah, dan orang-orang melakukan solah dhuha di masjid. Lalu, kami bertanya kepada Ibnu cUmar tentang solah mereka itu. Dia menjawab, ‘Bidcah.’ Kemudian aku bertanya kepadanya: ‘Berapa kalikah Nabi berumrah?’ Ia menjawab: ‘Empat kali, salah satunya dalam bulan Rajab.’ Maka, kami tidak mau mengulangi lagi, dan kami mendengar bunyi gosok gigi Aisyah Ummul Mukminin di dalam kamar. Kemudian Urwah berkata: ‘Wahai ibunda, tidakkah engkau mendengar apa yang dikatakan ayah Abdur Rahman?’ Aisyah balik bertanya: ‘Apa yang dikatakannya?’ Urwah berkata: ‘Ia berkata, ‘Sesungguhnya Rasulullah berumrah empat kali, salah satunya dalam bulan Rajab.’ Aisyah berkata: ‘Semoga Allah memberikan rahmat kepada Abu Abdurrahman (Ibnu Umar). Setiap beliau berumrah, ia selalu menyaksikannya. Beliau tidak pernah umrah dalam bulan Rajab.”

Qatadah berkata:

“Saya bertanya kepada Anas, ‘Berapa kali Nabi mengerjakan umrah?’ Ia menjawab: ‘ (Beliau mengerjakan umrah) empat kali, (semuanya pada bulan Dzulqai’dah, kecuali yang bersama hajinya), iaitu umrah dari Hudaibiyah pada bulan Dzulqai’dah ketika beliau dihalang-halangi kaum musyrik. Umrah pada tahun berikutnya dalam bulan Dzulqai’dah, sesuai dengan perjanjian damai dengan mereka, dan umrah Jira’nah, yaitu ketika membagi rampasan Hunain, (dan umrah bersama hajinya).’ Saya (Qatadah) bertanya: ‘Berapa kali beliau mengerjakan haji?’ Ia menjawab: ‘Satu kali.’
Abu Ishaq berkata: “Aku bertanya kepada Masruq, Atha’, dan Mujahid, lalu mereka berkata, ‘Rasulullah melakukan umrah pada bulan Dzulqai’dah sebelum beliau mengerjakan haji.’ Ia berkata: “Saya mendengar Bara’ bin Azib berkata, ‘Rasulullah berumrah dua kali pada bulan Dzulqai’dah sebelum beliau berhaji.’


(4) Amalan-Amalan yang Dilakukan dalam Umrah Adalah Sebagaimana yang Dilakukan Dalam Haji

Ya’la bin Umayyah mengatakan:

‘ bahwa seorang laki-laki datang kepada Nabi ketika beliau berada di Ji’ranah (waktu itu beliau mengenakan kain untuk berlindung, dan beliau disertai oleh beberapa orang sahabat) (Dalam satu riwayat: Tiba-tiba datanglah seorang Arab dusun) dengan mengenakan jubah dan di jubahnya ada bekas minyak, atau ia berkata: kekuning-kuningan [dalam satu riwayat: berlumuran dengan wewangian]), kemudian orang itu berkata, “Bagaimanakah yang engkau perintahkan kepadaku mengenai apa yang harus kukerjakan di waktu aku mengerjakan umrah?” (Nabi diam sejenak) tiba-tiba Allah menurunkan wahyu kepada Nabi (dan dalam satu riwayat: lalu datanglah wahyu kepada beliau), lalu ditutuplah wajah Nabi dengan sehelai pakaian. Ya’la berkata, “Aku sendiri sebenarnya ingin sekali melihat wajah Nabi di saat beliau mendapatkan wahyu itu. Maka, Umar bertanya, ‘Apakah engkau ingin melihat Nabi pada saat Allah menurunkan wahyu kepada beliau?’ Aku menjawab, ‘Ya.’ (Lalu Ya’la datang sedang Rasulullah mengenakan pakaian yang digunakan untuk berlindung, lalu beliau memasukkan kepala beliau). Lalu, beliau menyingkap ujung pakaian itu dan aku melihat beliau. Tiba tiba wajah Nabi menjadi merah, mengeluarkan suara (saya kira ia berkata, “Bagaikan dengkur orang tidur”). Hal itu terjadi sesaat. Sesudah beliau sadar, beliau bertanya, ‘Manakah orang yang bertanya tentang umrah tadi?’ Lalu dicarilah orang itu, kemudian dibawa kepada beliau. Lalu, beliau bersabda, “Jika engkau hendak berumrah, maka lepaskanlah jubahmu dan bersihkanlah bekas wangiwangian dari dirimu dan pakaianmu. Bersihkanlah bekas kekuning-kuningannya. (Dalam satu riwayat: Adapun wewangian yang ada padamu, maka cucilah tiga kali, dan lepaskanlah jubahmu). Kemudian kerjakanlah dalam umrahmu itu sebagaimana apa yang engkau kerjakan dalam hajimu.” (Saya bertanya kepada Atha’, “Apakah yang beliau maksudkan dengan mencuci tiga kali itu membersihkannya?” Dia menjawab, “Ya.”)

(5) Bilakah Seseorang yang Bercumrah Itu Bertahalul?

Atha’ berkata dari Jabir:

“Nabi menyuruh para sahabatnya agar haji mereka diubah menjadi umrah, dan agar mereka melakukan thawaf, lalu memendekkan (menggunting) rambut, dan bertahalul.”
Abdullah bin Aufa berkata:

“(Kami bersama Nabi ketika) mengerjakan umrah, dan kami pun mengerjakan umrah bersama beliau. Ketika beliau memasuki kota Mekah, maka beliau mengerjakan thawaf dan kami berthawaf pula bersama beliau (dan beliau mengerjakan dan kami pun solah bersama beliau). Kemudian beliau menuju (dalam satu riwayat: mengerjakan sa’i antara) Shafa dan Marwah, dan kami menuju ke sana bersama beliau. Kami menutupi (melindungi) beliau dari anak-anak kaum musyrikin dan dari kaum musyrikin itu sendiri kalau-kalau mereka mengganggu Rasulullah. Seorang kawanku bertanya kepada Abdullah bin Abi Aufa, ‘Apakah Nabi masuk ke dalam Ka’bah?’ Ia menjawab, ‘Tidak.’ Sahabatku berkata, ‘Ceritakanlah kepada kami apa yang beliau sabdakan mengenai Khadijah.’ Ia berkata, “Beliau bersabda, ‘Berilah kabar gembira kepada Khadijah bahwa ia akan memperoleh sebuah rumah di dalam surga yang terbuat dari bambu yang tidak beruas. Di dalamnya tidak terdapat keributan dan tidak pula ada kelelahan.’


BAB IV

4.1 KESIMPULAN



Hampir dua juta umat Islam dari seluruh dunia termasuk kira-kira 26,000 jemaah Malaysia berwukuf di Arafah semalam, ibadat haji terpenting dalam melengkapkan Rukun Islam kelima itu. Mereka mula meninggalkan Makkah menuju ke padang Arafah selepas waktu Zuhur kelmarin untuk mengerjakan ibadat wukuf manakala Aidiladha disambut di Tanah Suci pada hari ini.

Bagi jemaah Malaysia, mereka bergerak dalam tiga peringkat iaitu selepas Zuhur, selepas Asar dan selepas Isyak. Waktu wukuf bermula dari gelincir matahari (Zuhur) pada 9 Zulhijjah semalam hinggalah terbit fajar (Subuh) 10 Zulhijjah hari ini, waktu yang dikatakan paling mustajab untuk berdoa.

Aidiladha di negara ini tetap disambut esok seperti diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah, Ahad lalu dan ketetapan tarikh berkenaan dibuat berdasarkan hisab dan rukyah di negara ini. Sebelum ini Majlis Kehakiman Tertinggi Arab Saudi mengumumkan bahawa tarikh 1 Zulhijjah 1428 Hijrah ialah pada Isnin, 10 Disember, iaitu sehari lebih awal daripada yang dijangkakan, selepas anak bulan Zulhijjah kelihatan berdasarkan penentuan tarikh secara rukyah. Berikutan itu, hari wukuf bagi musim haji tahun ini ditetapkan semalam manakala Aidiladha di Arab Saudi disambut pada hari ini.

Sepanjang di Arafah, jemaah haji melakukan ibadat seperti berwirid, berdoa dan membaca al-Quran. Padang Arafah adalah tempat dipertemukan Nabi Adam dan Hawa serta tempat pertama di bumi di mana Allah menerima taubat umatnya. Di Padang Arafah juga adalah tempat Nabi Muhammad SAW menyampaikan khutbah terakhirnya sebagai syarat untuk melengkapkan ibadat haji masing-masing.

Bumi Arafah berhampiran kota suci Makkatul-Mukarramah, bukanlah sebarang tempat. Ia dikunjungi hanya setahun sekali dan begitu juga dengan sebuah masjid indah di situ yang hanya dibuka setahun sekali, khas untuk jemaah haji dari seluruh dunia berwukuf serentak. Bagi mereka yang pernah menunaikan Rukun Islam itu atau menontonnya di kaca televisyen, akan kelihatan ratusan ribu jemaah haji berpakaian ihram serba putih berbaris-baris menaiki pelbagai jenis kenderaan seperti bas, van, kereta dan teksi sambil menjinjing beg kecil masing-masing.

Jemaah haji akan terus bermabit di Mina dan melakukan ibadat melontar pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah sebelum mereka kembali semula ke Makkah untuk menyelesaikan ibadat haji dengan mengerjakan Tawaf iaitu mengelilingi Kaabah sebagai simbolik perjuangan manusia dalam pelbagai lapangan untuk meneruskan hidup di dunia dan Sa'ie.

Umat Islam dari seluruh dunia tanpa mengira bangsa, darjat dan warna kulit, akan bersama-sama memuji kebesaran Illahi ketika ini, sekali gus menyerlahkan perpaduan jitu dan kukuh di kalangan sesama ummah. Dengan kekuatan itulah umat Islam akan dihormati dan dikenali serta boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan warga dunia lain.

Dari situ juga lahirlah keinsafan pada diri betapa kelebihan manusia di sisi Allah bukan semata-mata kerana kekuatan dari segi kewangan, kuasa, pangkat atau kecantikan tetapi perlu ditambah nilai dengan takwa, iman dan amal soleh. Ibadat Haji adalah Rukun Islam kelima. Ia menjadi fardu sebaik saja umat Islam berkuasa atau berkemampuan untuk melaksanakannya.

Ibadat yang wajib ini bukan saja mampu membentuk keperibadian mulia umat manusia sesudah bertaubat serta insaf terhadap kebesaran dan keagungan Allah malah menjanjikan beberapa ganjaran kebaikan yang sewajarnya menjadi rebutan masyarakat Islam. Sesungguhnya ibadat haji adalah kemuncak kehidupan seseorang Muslim yang mengabdikan diri kepada Allah.


4.2 PENGAJARAN DAN CADANGAN


Sepanjang menunaikan ibadat haji, terserlah pelbagai pengajaran dan hikmah untuk membolehkan umat Islam berjaya di dunia dan akhirat. Antara lain, jemaah haji dididik supaya lebih bertakwa sekali gus menjana minda lestari.

Makna minda lestari ialah fikiran, anutan dan fahaman proaktif dengan meletakkan ekosistem dan seluruh komponen kosmos pada kedudukan sesuai dengan tabii kejadiannya. Sebagai contoh, sumber hutan perlu diurus selestarinya, sama ada pembalakan, penerokaan sumber asli atau eko-pelancongan tanpa menjejaskan peranan hutan sebagai pengimbang ekosistem dari segi kepelbagaian biologi, penyerap gas karbon dan penyejuk suasana.

Sepanjang ibadat haji, proses penjanaan minda lestari berlaku sekurang-kurangnya menerusi tiga amalan penting. Pertama, menerusi kewajipan berihram. Selepas berniat haji, lebih tiga juta jemaah haji bergerombolan meninggalkan Makkah untuk wukuf di Arafah, kemudian mabit di Muzdalifah, melontar jamarat, bermalam di Mina, dituruti tawaf di Baitullah dan saei antara Safa ke Marwah, diakhiri dengan bercukur.

Pakaian ihram adalah simbol kesucian diri dan keputihan jiwa, sesuai dengan fitrah insaniah. Pakaian ihram juga adalah simbol betapa mudahnya keperluan hidup duniawi dalam perjalanan menuju destinasi akhirat. Ketika berihram, jemaah wajib meninggalkan 13 larangan bertujuan mengawal hawa nafsu dan keinginan bersifat haiwani. Larangan itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu mengawal jiwa supaya tidak terpesona dengan keindahan duniawi, mengawal nafsu seksual dan melestarikan alam sekitar.

Ketika berihram, jemaah dilarang memakai wangi-wangian, pakaian bersarung, menutup kepala dan muka, menggunting kuku, memakai minyak rambut, mengerat kuku dan rambut atau bulu, serta bersarung tangan. Larangan itu adalah simbolik betapa manusia sama taraf di sisi Allah. Faktor pembeda bukan kecantikan paras, pangkat, darjat atau kekayaan, tetapi tahap ketakwaan. Proses penjanaan minda lestari juga berlaku ketika perjalanan ritual penuh simbolik bermula dari Makkah ke Mina, kemudian ke Arafah, kembali ke Mina dan berakhir di Makkah. Sepanjang perjalanan itu, jemaah haji sentiasa berzikir dan bertalbiah membesarkan Tuhan Pencipta Alam.


Pada saat ini terasa betapa kerdil dan lemahnya manusia sehingga ada jemaah keletihan dan tidak bermaya biarpun menggunakan bas dengan jarak perjalanan tidak jauh. Apatah lagi untuk mengelilingi cakerawala ciptaan Tuhan Maha Besar!. Ketika berihram, jemaah haji dilarang memotong, menebang, mengerat atau mencabut tumbuhan. Begitu juga memburu binatang buruan yang halal dimakan, apatah lagi membinasakannya. Larangan itu, antara lain, adalah simbolik untuk mendidik jemaah haji supaya melestari alam sekitar sebagai Kitab Tersirat yang menyerlahkan keagungan Tuhan Maha Bijaksana.

Dalam konteks lebih luas, tidak terhad ketika berihram, umat Islam ditegah melakukan amalan bukan lestari lain yang boleh mencemarkan air, udara, tanah dan komponen ekosistem. Kemuncaknya, larangan itu sepatutnya mendorong kita mengurangkan tahap penggunaan dan kebergantungan kepada sumber alam yang ketika ini semakin pupus.

Kedua, minda lestari juga terbina menerusi ibadat korban. Secara ritual dan prinsipnya, ibadat korban ialah penyembelihan binatang pada hari tasyrik. Ibadat ini tidak khusus kepada jemaah haji dan boleh dilakukan di mana saja, dan tidak terhad kepada binatang. Nabi Ibrahim AS diperintah mengorbankan anaknya, Nabi Ismail AS. Pengorbanan juga membabitkan jiwa, harta, kedudukan dan kemewahan semata-mata mencari keredaan Allah. Ibadat haji juga mendorong kita berkorban untuk meringankan bebanan masyarakat menerusi pelbagai cara, misalnya membantu mereka dalam kesusahan dan musibah.

Selain itu, pengorbanan juga merangkumi langkah mengurangkan risiko hal yang memudaratkan. Secara teknikal, ia disebut pengurusan risiko, misalnya menerusi pelestarian ekosistem seperti hutan, sumber air dan mengurangkan pembebasan gas karbon ke ruang udara. Dalam konteks ini seperti dianjurkan menerusi hikmah ibadat korban, pengorbanan membabitkan masa, wang, kepakaran, idea dan keringat untuk memastikan dasar dan amalan lestari dilaksanakan dalam konteks keluarga, komuniti, lapangan kerja dan negara.

Ketiga, minda lestari terjana dengan memahami hikmah dan sejarah Makkah menerusi Nabi Ibrahim AS, anaknya Nabi Ismail AS dan isterinya Hajar. Di situlah terpancarnya air zam zam menerusi hentakan kaki Ismail, ketika ibunya kehausan berulang-alik dari Safa ke Marwah mencari sumber air. Dengan air zam zam itulah bermulanya kehidupan keluarga Ibrahim dan tamadun Islam di halaman Kaabah di bumi Makkah.

Sesungguhnya jemaah haji, sebagai tetamu Allah, dididik mengenai kepentingan sumber air sebagai sumber kehidupan dan asas kemajuan. Oleh itu sumber air di mana saja, perlu dilestari untuk keperluan jasad, penyucian diri, pembersihan rohani dan sumber ekonomi. Pelestarian sumber air bermakna memastikan bekalan air mengalir seadanya dengan kualiti air bersih dan penggunaannya dioptimumkan tanpa pembaziran.

Demikian manifestasi di sebalik amalan dan penghayatan ibadat haji dalam konteks pembinaan minda lestari. Kesannya menyuci dan memutihkan jiwa seperti putihnya pakaian ihram. Impaknya menjernihkan minda seperti jernihnya air zam zam. Dan kemuncaknya ialah penghayatan hidup penuh taqwa seperti hampirnya diri kepada Ilahi ketika khusyuk bertawaf mengelilingi Baitullah.


4.3 PENUTUP

Sememangnya umat Islam sedar dan peka kelebihan ibadat korban yang setiap kali kedatangan Aidiladha, amalan korban diadakan di masjid, surau, sektor awam dan swasta. Malah, tidak kurang juga mengadakan ibadat korban secara persendirian di rumah masing-masing. Dengan adanya amalan ibadat korban sedemikian, jelas membuktikan wujudnya suasana kerjasama dan saling membantu antara semua pihak.
Ibadah korban disunatkan Rasulullah sebagai latihan dan ujian bagi kaum Muslimin untuk memupuk semangat berkorban dengan cara mengeluarkan sebahagian kecil nikmat dan rezeki yang dilimpahkan Allah untuk dirasai golongan fakir miskin, sekali gus memanifestasikan syiar Islam itu.

Antara hikmah dan nilai murni pensyariatan korban adalah untuk melatih dan membentuk sahsiah peribadi umat Islam supaya sentiasa bersedia berkorban dengan sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Tuhan demi kepentingan orang lain. Ia juga sebagai satu cara mendekatkan diri kepada Allah, at-taqarrub seperti yang kita ikrarkan dalam sembahyang lima waktu: "Sesungguhnya solatku, hidupku, ibadahku dan matiku adalah untuk berbakti kepada Allah.’ Dengan penyembelihan binatang korban itu, boleh dinikmati oleh diri orang yang berkorban itu sendiri, kaum keluarga jiran tetangga dan sahabat handai seluruhnya.

Junjungan kita bersabda dalam hadis yang masyhur maksudnya:
"Perbandingan dan perumpamaan orang beriman itu dari sudut saling berkasih dan bertimbang rasa sesama mereka adalah seumpama satu tubuh badan manusia apabila suatu anggotanya berasa sakit maka seluruh tubuh badan itu akan menderita tidak lelap tidur dan diserang demam."

Oleh itu, berkorban adalah sebagai tanda syukur kepada Allah Taala terhadap nikmat yang dikurniakan-Nya kepada kita dan menanamkan nilai murni yang digalakkan Islam ke dalam jiwa seperti sifat belas kasihan, sikap penyayang, bekerjasama, suka menolong dan bersedekah.Antara fadilat berkorban adalah menambah amal kebajikan.


RUJUKAN


Al-Qur’an al-Karim.
Kamus Dewan (Edisi ketiga). 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Haji Dusuki bin Haji Ahmad. 1980. Kamus Pengetahuan Islam. Kuala Lumpur: Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia.
Azwira cAbd cAziz dan Ahamad Asmadi Sakat. 1999. Metodologi Hadith. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Sheikh cAbdullah Basmeih. 2001. Tafsir Pimpinan ar-Rahman (30 juz). Kuala Lumpur: Darul
Fikir.
Ibnu Muhammad al-Fandahani. 2006. Kaifiyat Haji dan Umrah. Selangor: Crescent News (KL)
Sdn. Bhd.
Haji Abu Mazaya al-Hafiz. 2002. Panduan Haji, cUmrah dan Ziarah. Kuala Lumpur: Al-
Hidayah Publishers.
Mokhtar Petah. Falsafah Ibadah cUmrah dan Haji. Kuala Lumpur: Mata Publication.
Haji Othman Mukim Hasan. 1994. Bimbingan Ibadah Haji, cUmrah dan Ziarah. Selangor:
Pustaka Ilmi.
Muhammad Nashiruddin al-Bani. 1995. Haji dan cUmrah mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn. Bhd.
Zulkifli Khair, Khair cAbdul Salam dan cAbdul Ghani Jalil. 2008. 501 Soal Jawab Tentang Haji
dan cUmrah. Selangor: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
http//:www.wikipedia.com.my
http//:www.al-azim.com