DONATE

Jumaat, 17 Julai 2009

IBADAH HAJI DAN UMRAH SEBAGAI RUKUN ISLAM KELIMA


ABSTRAK

Tajuk yang dikemukakan di dalam latihan ilmiah ini adalah bertujuan untuk mengkaji hadith-hadith yang membicarakan berkenaan dengan amalan ibadah haji dan umrah menurut Sunnah Rasulullah s.a.w. Di dalam kajian ini penulis akan mendatangkan hadith-hadith dan juga ayat al-Quran bagi setiap penerangan yang dilakukan berkenaan dengan setiap amalan yang terkandung di dalam mengerjakan atau menunaikan amalan ibadah haji dan umrah ini, hal ini adalah bertujuan membuat sedikit perbandingan dengan amalan ibadah ini yang dilakukan pada masa kini dan seterusnya secara tidak langsung membetulkan amalan-amalan yang tidak sepatutnya dilakukan semasa mengerjakan ibadah haji dan umrah. Disamping itu, penulis juga menerangkan secara lebih terperinci berkenaan dengan definisi serta khikmah atau fadhilat ibadah ini disyariatkan.


PENDAHULUAN


PENGENALAN


kajian ini bertujuan melihat atau menyingkap sejauh mana amalan-amalan yang dilakukan itu bertepatan atau bersesuaian dengan Sunnah Rasulullah s.a.w. Di samping itu, kajian ini cuba untuk mendatangkan hadith-hadith yang berstatus sahih atau yang mempunyai darjat yang boleh untuk dijadikan hujah bagi amalan-amalan yang perlu dilakukan semasa menunaikan ibadah haji dan umrah ini.

Disamping itu, kelebihan atau fadhilat menunaikan ibadah haji dan umrah ini juga akan didatangkan serba sedikit agar dapat menguatkan lagi jasbah umat untuk mengerjakan atau menunaikan ibadah ini. Ini kerana, fitrah manusia dijadikan suka kepada kelebihan atau fadhilat di dalam melakukan sesuatu perkara itu terlebih dahulu. Walaupun perkara ini tidak sepatutnya, tetapi sekurang-kurangnya dapat membantu dalam soal menambah dan menguatkan lagi keyakinan.

Selain itu, sedikit adab-adab semasa menunaikan ibadah haji dan umrah ini juga akan disentuh di dalam kajian ini, ini kerana setiap perbuatan kita adalah sangat penting dilakukan dengan mengikut sunnah agar setiap perbuatan kita menjadi ibadah dan juga mendapat pahala daripadaNya.


PERMASALAHAN KAJIAN


Ibadah haji adalah merupakan salah satu ibadah dan perintah yang terpenting daripada Allah kepada umat Islam, ini adalah kerana ibadah haji itu sendiri adalah merupakan salah satu daripada lima rukun Islam. Sebagaimana yang kita maklum solat itu tidak akan sempurna jika tanpa rukun yang lengkap, begitu jugalah Islam tidak akan sempurna tanpa ibadah haji ini. Oleh itu, adalah sangat perlu dititik beratkan amalan ibadah haji ini dapat dilakukan mengikut tertib atau sunnah yang betul agar ianya diterima oleh Allah s.w.t.

Namun begitu, apa yang hendak dibincangkan sebagai permasalahannya disini ialah berkenaan dengan amalan-amalan yang terkandung atau yang perlu dilakukan semasa mengerjakan ibadah haji dan umrah, dimana supaya umat pada hari ini dapat melakukan amalan-amalan tersebut dengan mengikut sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. hal ini adalah kerana ramai yang menunaikan ibadah ini dengan melakukan amalan-amalan yang bertentangan dengan sunnah atas dasar taqlid semata-mata.



BAB 1

IBADAH HAJI DAN CUMRAH MENURUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W

1.1 PENGENALAN



Kejayaan setiap manusia di atas muka bumi ini adalah terletak pada agama yang mulia iaitu sejauh mana kita dapat mentaati keseluruh perintah Allah dengan mengikut ataupun melalui tariqah yang betul iaitu cara ataupun taraqah Baginda Rasulullah s.a.w, maka inilah yang dinamakan kejayaan yang haqiqi. Tidak kiralah siapa pun seseorang itu, samada dia punya pangkat atau tidak, punya harta atau tidak, jika dia ambil agama dalam kehidupan, dialah orang yang berjaya.


Oleh itu, setiap apa ketaatan yang hendak kita lakukan atau tunaikan mestilah mengikut ataupun dengan cara dan tariqah yang betul iaitu sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Demikian jugalah halnya dengan ibadah haji dan umrah yang hendak kita bincangkan di dalam kajian ini. Apa yang menyedihkan kita pada hari ini ialah ibadah haji yang merupakan di antara ibadah wajib yang terpenting telah ditunaikan dengan tariqah yang salah dan juga dengan jalan taqlid semata-mata.


Sesuatu ibadat khusus yang dilakukan jika tidak didasari oleh ilmu yang jelas adalah sia-sia kerana Allah tidak akan menerima amalan seseorang yang dilakukan tanpa mengikut peraturan yang telah digariskan sama ada dari kitab Al-Quran, Sunnah Nabi, Ijmak Ulama dan Qias.


Haji merupakan perlakuan ibadah umat islam yang mempunyai banyak simbolik yang dikemukakan kepada manusia dalam bentuk penonjolan diri, demostrasi atau perisytiharan, bukan menuntut sesuatu yang bersifat kebendaaan atau keduniaan, tetapi demontrasi untuk menyatakan tauhid dengan slogan dan laungan kalimah suci, Allahhu Akhbar, Allah Maha Besar, berulang-ulang kali dengan keyakinan dan ketaqwaan, pengakuan yang jelas dan tegas sekalipun kufur atau musyrikin tidak menyenanginya.


Pengisytiharan tauhid yang jelas dan laungan yang tegas dilakukan serentak menyebut nama Allah, "Labayk Allah Humma Labbyk, Labbaykka La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al- Ni'mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak", dilaungkan bukan kerana sesuatu kekurangan, tetapi penyataan sesuatu ibadah dalam bentuk demontrasi menentang syirik, kezaliman dan kesesatan yang dilakukan oleh manusia yang tidak mentauhidkan Allah.


Sikap dan pendirian yang tegas dalam perkara 'ubudiah yang menjadi ajaran para anbia' sejak zaman-berzaman perlu diisytihar dengan jelas supaya sekali-kali jangan terlibat dengan syirik atau taghut.

Sebaliknya hendaklah mengabdikan diri semata-mata kerana Allah - diri, pemikiran, fizikal, harta benda dan nawaitunya hanya semata untuk Allah. Segala bentuk kesesatan, syirik atau penyembahan system yang menuju ke arah taghut wajib dijauhi.
Islam tidak menuntut sikap bertindak balas terhadap pihak yang memsongkan akidah, tetapi bersikap Islam, kebaikan dan keamanan. Bagaimanapun, jika mereka sering dan terus berusaha menyelewengkan manusia daripada mentauhidkan Allah maka diwujudkan suatu amalan ibadah dalam bentuk demonstrasi terang-terangan bagi melawan kerja-kerja mereka yang sesat sekalipun orang-orang musyrikin, golongan kuffar dan munafiqun tidak menyenanginya.


Haji adalah merupakan salah satu dari hukum Islam yang lima yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim, lelaki dan perempuan apabila cukup syarat-syaratnya. Menurut jumhur ulama', fardhu haji mula diwajibkan pada tahun ke enam Hijrah kerana pada tahun itulah turunnya wahyu Allah yang bermaksud:
"Dan tunai atau sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah"
(Surah Al- Baqarah ayat 196)


Dalam pada itu Ibnul Qaiyim menguatkan pendapat bahawa mulai diwajibkan haji itu ialah pada tahun ke sembilan atau ke sepuluh Hijrah. Sesiapa yang menafikan hukum wajib haji itu maka bererti kufur dan murtadlah ia dan terkeluar dari Agama Islam.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:-


"Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan diantara mereka. Dan barang siapa yang mengingkarinya, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari sekalian alam"
(Surah Ali Imran ayat 97)


Dari segi sejarah, ibadah haji ialah syariat yang dibawa oleh junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W. sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim A.S. Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah, mengikut haul yang mashur iaitu dengan turunnya ayat 97 surah Al-Imran yang bermaksud :
" Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekelian makhluk".


Pada tahun tersebut Rasulullah S.A.W. bersama-sama lebih kurang 1500 orang telah berangkat ke Makkah untuk menunaikan fardhu haji tetapi tidak dapat mengerjakannya kerana telah dihalang oleh kaum Quraisy sehinggalah mewujudkan satu perjanjian yang dinamakan perjanjian Hudaibiah.


Perjanjian itu membuka jalan bagi perkembangan Islam di mana pada tahun berikutnya ( Tahun ke-7 Hijrah ), Rasulullah telah mengerjakan Umrah bersama-sama 2000 orang umat Islam. Pada tahun ke-9 Hijrah barulah ibadat Haji dapat dikerjakan di mana Rasulullah S.A.W. mengarahkan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq mengetuai 300 orang umat Islam mengerjakan haji.


Nabi kita Muhammad S.A.W telah menunaikan fardhu haji sekali sahaja semasa hayatnya. Haji itu dinamakan "Hijjatul Wada'/ Hijjatul Balagh/ Hijjatul Islam atau Hijjatuttamam Wal Kamal kerana selepas haji itu tidak berapa lama kemudian baginda pun wafat. Baginda telah berangkat ke Madinatul Munawwarah pada hari Sabtu, 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah bersama isteri dan sahabat-sahabatnya seramai lebih 90,000 orang Islam.


Baginda telah menyempurnakan amalan-amalan sunat Ihram, memakai ihram dan berniat ihram di Zulhulaifah, sekarang dikenali dengan nama Bir Ali, 10 km daripada Madinah dan baginda sampai di Makkah pada 04 Zulhijjah setelah mengambil masa 9 hari dalam perjalanan. Baginda berangkat ke Mina pada 08 Zulhijjah dan bermalam di situ.
Kemudian ke Arafah untuk berwukuf pada 09 Zulhijjah yang jatuhnya pada hari Jumaat. Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan semua rukun dan wajib haji hingga 13 Zulhijjah. Dan pada 14 Zulhijjah, Rasulullah S.A.W telah berangkat meninggalkan Makkah Al-Mukarramah menuju balik ke Madinah Al-Munawwarah.



1.2 PENGERTIAN HAJI


Wikipedia



Haji adalah rukun (tiang agama) Islam yang kelima setelah syahadat, shalat, zakat dan puasa. Menunaikan ibadah haji adalah bentuk ritual tahunan yang dilaksanakan kaum muslim sedunia yang mampu (material, fisik, dan keilmuan) dengan berkunjung dan melaksanakan beberapa kegiatan di beberapa tempat di Arab Saudi pada suatu waktu yang dikenal sebagai musim haji (bulan Dzulhijjah). Hal ini berbeda dengan ibadah umrah yang bisa dilaksanakan sewaktu-waktu.

Kegiatan inti ibadah haji dimulai pada tanggal 8 Dzulhijjah ketika umat Islam bermalam di Mina, wukuf (berdiam diri) di Padang Arafah pada tanggal 9 Dzulhijjah, dan berakhir setelah melempar jumrah (melempar batu simbolisasi setan) pada tanggal 10 Dzulhijjah. Masyarakat Indonesia lazim juga menyebut hari raya Idul Adha sebagai Hari Raya Haji karena bersamaan dengan perayaan ibadah haji ini.
Kamus Dewan


Di dalam Kamus Dewan, berkenaan dengan definisi haji ini telah di datangkan bersama-sama atau beriringan dengan istilah-istilah yang mempunyai kaitan rapat dengan perkara haji ini. Pengertian istilah-istilah berikut adalah seperti berikut:
Fardhu: Rukun Islam yang kelima yang memerlukan seseorang Islam (yang cukup syaratnya) pergi ke Mekah dan melakukan beberapa ibadah yang berkaitan dengan fardhu itu.


Mengerjakan: Menunaikan fardhu haji.
Jemaah: Rombongan orang yang pergi ke Mekah menunaikan fardhu haji.
Bulan: Bulan Zulhijah


Secara lughawi, haji berarti menyengaja atau menuju dan mengunjungi. Menurut etimologi bahasa Arab, kata haji mempunyai arti qashd, yakni tujuan, maksud, dan menyengaja. Menurut istilah syara', haji ialah menuju ke Baitullah dan tempat-tempat tertentu untuk melaksanakan amalan-amalan ibadah tertentu pula. Yang dimaksud dengan temat-tempat tertentu dalam definisi diatas, selain Ka'bah dan Mas'a (tempat sa'i), juga Arafah, Muzdalifah, dan Mina. Yang dimaksud dengan waktu tertentu ialah bulan-bulan haji yang dimulai dari Syawal sampai sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah. Adapun amal ibadah tertentu ialah thawaf, sa'i, wukuf, mazbit di Muzdalifah, melontar jumrah, mabit di Mina, dan lain-lain.



1.2.1 Falsafah Haji


Menuju ke jalan Allah



Kita hendaklah sentiasa bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan taufik dan hidayah-Nya kepada kita sehingga dengan berbekalkan iman yang teguh kita telah dapat mencari penentuan hidup yang diredhai Allah. Kita juga harus bersyukur kerana kita telah dan dipilih oleh Allah menjadi tetamu-Nya dengan mengunjungi Baitullah bagi menunaikan fardhu haji. Insya-Allah. Mudah-mudahan Ibadat Haji yang akan dikerjakan menjadi satu ibadat yang boleh memberikan satu pengajaran dan pedoman bagi meningkatkan iman dan amal kita seterusnya bagi menuju jalan yang diredhai Allah untuk kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.


Penggunaan harta


Menunaikan fardhu haji diwajibkan kepada mereka yang berkuasa sampai kepada-Nya, yakni mereka yang mempunyai kemampuan dalam semua aspek, khasnya kemampuan perbelanjaan di mana aspek tersebut jika digunakan bagi tujuan menyampaikan diri ke Tanah Suci untuk menunaikan fardhu haji adalah menepati kehendak kegunaan harta yang sebaik-baiknya.


Ibadah haji bekalan untuk akhirat


Ibadat haji selain daripada berfungsi mensucikan dosa-dosa, ia juga merupakan bekalan yang tepat menuju akhirat setelah sekian lama kita hidup di dunia yang fana ini. Sesungguhnya mereka sanggup berkorban harta benda, wang dan jiwa raga untuk memperhambakan diri dengan sebenar-benarnya kepada Allah, mereka tergolong dalam golongan yang mendapat petunjuk dan hidayah serta ketinggian martabat iman di sisi Allah.



Pengorbanan haji


Setiap ibadat yang sempurna memerlukan pengorbanan dari segi tenaga, masa, wang dan perasaan yang perlu dicurahkan. Ibadat haji khususnya bukan sahaja mengorbankan tenaga, masa dan perbelanjaan yang banyak yang dikumpulkan bertahun-tahun, bahkan ia berkehendakkan seseorang itu menanggung perpisahan dengan keluarga, sanak saudara, sahabat handai, harta kekayaan dan kampung halaman serta menahan kemahuan-kemahuan nafsu semasa dalam ihram. Ia juga merupakan satu pengorbanan yang luarbiasa dari kelaziman menunaikan ibadt-ibadat lain dalam hidup kita sepanjang tahun, umpamanya sembahyang lima waktu boleh dilakukan dalam rumah sendiri, di bilik berkipas atau berhawa dingin, begitu juga puasa boleh berbaring-baring malah tidur pun boleh di bilik yang selesa dengan tidak perlu keluar rumah.


Ibadat haji tidak memungkinkan seseorang itu mencapai kehendak ibadatnya dengan begitu mudah, kita perlu menghadirkan diri kita ke Tanah Suci dengan keadaan yang luar dari kebiasaan. Dalam ertikata lain, kita mesti keluar dari kelaziman dan kesenangan yang diterima selama ini, di mana keadaan di Tanah Suci tidak memberi peluang untuk kita menikmati keselesaan seperti di negara sendiri. Kita terpaksa berkhemah di Arafah dan Mina dengan pakaian putih di atas padang pasir memperkata dan membisikkan sesuatu kepada Allah bagi memohon keampunan dan keredhaan sebelum kembali kepada-Nya. Ibadat haji merupakan kemuncak pengorbanan seseorang hamba kepada Allah sudah tentu mempunyai kelebihan dan ganjaran yang banyak serta hikmah yang besar.

Firman Allah dalam surah Al-Haj ayat 27 hingga 29, maksudnya:


"Dan serulah manusia supaya mereka mengerjakan haji, nescaya mereka akan mendatangimu dengan berjalan kaki dan menunggang kenderaan berjenis-jenis unta yang kurus. Mereka datang dari seluruh pelusuk rantau yang jauh supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah bagi mereka, serta mereka dapat mengingati dengan menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu dengan sebab Allah telah mengurniakan mereka binatang-binatang ternakan untuk dijadikan qurban. Dengan yang demikian makanlah darinya (daging qurban itu) dan berilah makan kepada orang yang susah lagi fakir, (kemudian hendaklah membersihkan diri mereka, dan hendaklah mereka menyempurnakankan nazar-nazar mereka dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu)".

Dalam ayat tersebut Allah memerintahkan supaya haji itu hendaklah disempurnakan sekalipun dengan berjalan kaki atau berkenderaan menunggang unta yang kurus dengan sebab jauhnya berjalan. tah ada balasannya, balasan bagi haji ada dinyatakan dalam banyak hadis Rasulullah SAW.Di antara hadisnya dari Abu Hurairah, maksudnya: "Barangsiapa menunaikan haji ke Baitullah, sedangkan ia tiada melakukan persetubuhan dan perkara-perkara yang dilarang, maka bersihlah ia dari dosanya seperti pada hari ia dilahirkan oleh ibunya".



1.3 Dalil Pensyariatan Haji


Al-Quran



Haji adalah merupakan salah satu dari hukum Islam yang lima yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim, lelaki dan perempuan apabila cukup syarat-syaratnya. Menurut jumhur ulama', fardhu haji mula diwajibkan pada tahun ke enam Hijrah kerana pada tahun itulah turunnya wahyu Allah yang bermaksud:

واتموا الحج والعمرة لله

Terjemahan: Dan sempurkanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah.

Dalam pada itu Ibnul Qaiyim menguatkan pendapat bahawa mulai diwajibkan haji itu ialah pada tahun ke sembilan atau ke sepuluh Hijrah. Sesiapa yang menafikan hukum wajib haji itu maka bererti kufur dan murtadlah ia dan terkeluar dari Agama Islam.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:-

فيه ءايت بينت مقام ابرهيم, ومن دخله كان ءامنا, ولله على الناس حج البيت من استطاع اليه سبيلا, ومن كفر فان الله غنى عن العلمين

Terjemahan: Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim, barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia, mengerjakan haji adalah jewajiban manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah, Barangsiapa mengingkari (kewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.

Oleh kerana orang Islam berulang kali mengunjungi Baitullah, maka ibadah ini dinamakan dengan haji atau nusuk (ibadah), atau kerana Baitullah yang dimuliakan, maka dinamailah pekerjayaan mengunjungi itu dengan haji.

Allah s.w.t menjadikan Baitullah sebagai suatu tempat yang dituju oleh manusia setiap tahun, sebagaimana firmanNya yang termaktub dalam al-Quran yang berbunyi:


واذ جعلنا البيت مثابة للناس وأمنا

Terjemahan: Dan ketika kami jadikan Bait al-Haram itu tempat berkunjung manusia dan tempat yang aman.

Allah s.w.t memerintahkan kepada Nabi Ibrahim a.s untuk membangunkan sebuah rumah di Mekah. Maka Nabi Ibrahim a.s melaksanakan perintah tersebut dengan membangun Kacbah bersama puteranya Nabi Ismail a.s. Setelah mereka berdua selesai membangun Kacbah itu, Allah memerintahkan kepada Baginda agar memberitahukannya kepada seluruh manusia agar mendatangi Bait tersebut.


Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s bermohon kepada Allah supaya diajarkan manasik yang mesti mereka lakukan.

Kacbah adalah rumah yang mula-mula dibangunkan dipermukaan bumi sebagai tampat menyembah Allah s.a.t ketika sebahagian manusia membangun rumah-rumah untuk tempat memuja berhala dan patung-patung buatan mereka.
Sehubungan dengan itu, Allah s.w.t berfirman, sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran:

ان أول بيت وضع للناس للذى ببكة مباركا وهدى للعلمين

Terjemahan: Sesungguhnya rumah yang mula-mula sekali dibangun untuk tempat manusia menyembah kepada Allah ialah rumah yang di Bakkah, yang diberkati dan yang menjadi petunjuk bagi seluruh alam (manusia).

Dan firmanNya lagi, sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran yang berbunyi:
وعهدنا الى ابرهم واسمعيل أن طهرا بيتى للطائفين والعكفين والركع السجود
Terjemahan: Dan telah kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: ‘sucikanlah rumahKu untuk orang-orang yang melakukan tawaf, ictikaf dan untuk orang-orang yang rukuc dan sujud (solat)’.

Al-Sunnah

Seiring dengan itu, marilah kita perhatikan pula sanda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a yang berbunyi:


بني الاسلام على خمس: شهادة أن لا اله الا الله وأن محمدا رسول الله واقام الصلاة واتاء الزكاة وصوم رمضان وحج البيت من استطاع اليه سبيلا

Terjemahan: Islam itu dibangunkan di atas lima dasar. Mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, menunaikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah bagi sesiapa yang sanggup berjalan kepadanya.


1.4 Hukum Menunaikan Haji


Berdasarkan penjelasan yang bersumber daripada al-Quran dan al-Sunnah di atas, maka para ulama’ dan fuqaha’ telah ijma’ menetapkan bahawa menunaikan ibadah haji itu adalah fardhu ain bagi setiap muslimin dam muslimat yang mampu untuk pergi mengunjunginya. Mampu dari segi harta benda, kesihatan, ada kenderaan dan terakhir sekali mampu dari segi mental dan ilmu pengetahuan mengenai manasik-manasik haji tersebut. Dan mengingkari kefardhuan haji itu adalah kafir dan seseorang itu dipandang telah keluar daripada agama Islam.


Di bawah ini saya mendatangkan beberapa hukum yang berkaitan dengan fardhu haji ini:


i-Orang yang wajib menunaikan fardhu haji

Orang yang wajib mengerjakan haji dan umrah ialah orang mukallaf yang berkemampuan iaitu ada perbelanjaan untuk dirinya dan orang yang ditanggungnya sama ada yang pergi bersamanya atau yang ditinggalkan, sihat badan, ada kenderaan, aman perjalanan dan tiudak untuk masa. Orang perempuan perlu ada mahram atau pergi dalam kumpulan ramai wanita. Yang bersuami perlu keizinan suami. Orang yang berhutang yang perlu dibayar pada masa ia hendak pergi perlu membayar hutangnya. Kalau hutangnya bertangguh perlu ada penjamin atau mendapat izin dari yang punya hutang.

ii-Hukum wanita yang menunaikan fardhu haji tanpa diiringi oleh mahram dan hanya di temani oleh sebilangn kumpulan wanita juga

Tidak wajib seseorang wanita itu pergi haji melainkan dengan mahram atau dengan sekumpulan wanita sekurang-kurangnya 3 orang selain dari dirinya sendiri; ini pada haji yang fardu. Pada haji sunat atau haji badal tidak diharuskan melainkan dengan mahram atau suami menurut pendapat yang muktamad. Tetapi bagi haji fardu seseorang wanita boleh (bukan wajib) pergi jika ia yakin akan keselamatan dirinya walaupun seorang diri.

iii-Hak suami melarang isteri menunaikan haji

Menurut mazhab Syafie suami berhak melarang kerana syarak mewajibkan isteri patuh kepada suami. Pemergian isteri ke Makkah tanpa suami boleh menimbulkan kesulitan kepada suami. Sekiranya suami melarang tanpa alasan yang diharuskan oleh syarak maka dialah yang menanggung dosanya.

iv-Hukum haji kanak-kanak yang belum baligh

Kanak kanak yang belum baligh sah hajinya. Tetapi hajinya belum menggugurkan fardunya. Setelah ia baligh kelak dan cukup syarat-syarat hajinya, wajib ia menunaikannya. Pahala hajinya dituliskan untuk kanak-kanak itu, manakala warisnya pula mendapat pahala membantu dalam perkara kebajikan

v-Kewajipan mengerjakan haji hanya sekali

Dalil yang menunjukkan bahawa ibadah haji difardhukan sekali sahaja dalam seumur hidup berasaskan ketentuan syara’ ialah hadith riwayat Abu Hurairah yang mengatakan bahawa satu ketika Rasulullah s.a.w telah berucap dengan bersabda:

خطبنا رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: يا أيها الناس, قد فرض الله عليكم الحج فحجوا

Terjemahan: Wahai manusia, Allah telah mewajibkan keatas kamu kerja haji, oleh itu hendaklah kamu lakukannya.

Kemudian seorang lelaki bertanya: ‘Wahai Rasulullah s.a.w apakah ia diwajibkan pada setiap tahun?’ Rasulullah s.a.w tidak menjawab sehingga ditanya bagi kali ketiga, maka Rasulullah s.a.w pun bersabda:

لو قلت: نعم, لو جبت ولما استطعتم

Terjemahan: jika aku katakan ya tentunya ia menjadi wajib dan kamu pasti tidak mampu menunaikannya.



1.5 Syarat Wajib Haji

Antara syarat-syarat ini ada yang merangkumi lelaki dan wanita. Ada yang hanya terkena kepada wanita sahaja. Apabila telah lengkap syarat-syarat ini baharulah haji wajib dan perlu ditunaikan, jika tidak, maka ia tidak wajib.


1.5.1 Syarat umum bagi lelaki dan wanita


i-Islam: Ibadah haji tidak diwajibkan keatas orang bukan Islam secara tuntutan untuk dilakukan di dunia. Jika mereka melakukan ibadah tersebut hukumnya tidak sah, kerana orang bukan Islam tidak layak untuk menunaikan ibadah ini. Jika seorang kafir mengerjakan haji kemudian dia memeluk Islam, mereka ini wajib juga melakukan haji sewaktu beragama Islam dan haji yang lalu tidak dikira sah.

ii-Mukallaf: Bermakna telah cukup umur dan berakal siuman. Ibadah haji tidak diwajibkan ke atas kanak-kanak dan orang gila. Mereka tidak dituntut untuk melaksanakan hukum-hukum Islam. Mereka tidak wajib mengerjakan haji, jika dikerjakannya, tidak sah kerana mereka bukanlah ahli yang layak untuk melakukan ibadah. Jika seorang kanak-kanak atau orang gila melakukan haji kemudian sampai umur dan sembuh, mereka masih lagi diwajibkan melakukan haji mereka.

iii-Merdeka: Ibadah haji tidak wajib bagi seorang hamba kerana haji adalah ibadah yang panjang masanya, disamping melibatkan perjalanan yang jauh, dia juga disyaratkan ada kemampuan, dengan mempunyai bekalan dan kenderaan. Tentu ini akan menjejaskan kepentingan tuannya yang berkaitan dengannya. Oleh itu, ibadah haji tidak diwajibkan keatasnya sama seperti berjihad.


iv-Keupayaan dari segi fizikal, harta dan keselamatan: Ia bermaksud kemampuan untuk sampai ke Mekah, berdasarkan firman Allah s.w.t:

ولله على الناس حج البيت من استطاع اليه سبيلا

Terjemahan: ...dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengeunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya...
Dalam masalah berkuasa atau berkemampuan untuk mengerjakan haji dan umrah ini adalah berkuasa kepada dua bahagian:-


a) Berkuasa atau berkemampuan dengan sendiri; dan


i) Berkuasa mengeluarkan belanja tambang dan segala perbelanjaan lain untuk melakukan pekerjaan haji dari mula hingga akhir.
ii) Mempunyai bekalan dan perbelanjaan yang cukup bagi saraan nafkah orang yang dibawah tanggungannya,
iii) Ada kenderaan pergi dan balik,
iv) Aman dalam perjalanan, yakni tidak ada marabahaya yang mengancam keselamatan diri dan harta. Ini termasuklah juga tidak ada penyakit yang membahayakan tubuh badan,
v) Sihat tubuh badan,
vi) Berkesempatan masa untuk mengerjakan haji dan umrah.


b) Berkuasa dengan bantuan orang lain.

i) Orang yang mempunyai cukup syarat wajib haji, tetapi tidak dapat mengerjakan hajinya sendiri kerana keuzuran dan sakit yang tidak ada harapan akan sembuh, atau telah terlalu tua umurnya serta telah putus asa tidak dapat pergi sendiri menunaikan hajinya.

ii) Orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hidupnya, tetapi tidak mengerjakan haji, maka terhutanglah fardu haji atasnya sehingga warisnya atau orang yang menerima wasiatnya menunaikan hutang hajinya itu dengan upah atau secara sukarela.


1.5.2 Syarat-syarat khusus haji bagi wanita


i-Hendaklah seorang perempuan itu ditemani, sama ada oleh suaminya atau mahramnya. Jika kedua-duanya tidak ada maka dia tidak wajib mengerjakan haji.

ii-Perempuan tersebut hendaklah tidak dalam berciddah, sama ada oleh sebab penceraian ataupun kematian suami.



1.5.3 Syarat-syarat wakil atau orang mengambil upah haji
Syarat-syarat untuk menjadi wakil atau mengambil upah menunaikan haji orang lain ialah:-



1. Orang itu telah pun menunaikan fardu haji untuk dirinya sendiri dengan sempurnanya, Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:- "Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki berkata ketika mengerjakan haji:

" Aku sahut seruan mengerjakan haji menggantikan Syubrumah". Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya: "Sudahkah engkau mengerjakan haji untuk diri engkau sendiri" ? Jawab lelaki itu, "Belum". Rasulullah s.a.w berkata kepadanya, kalau begitu hendaklah engkau kerjakan haji untuk diri engkau sendiri dahulu, kemudian engkau kerjakan haji untuk Syubrumah pula"

2. Hendaklah melakukan fardu haji untuk seorang sahaja bagi satu musim haji.

3. Mestilah berihram pada miqat orang yang dihajikan itu atau pada tempat yang sama jauhnya dengan miqat itu. Jika ditentukan kepadanya, maka hendaklah dia berihram pada sesuatu miqat yang ditentukan, jika tidak ditentukan, maka haruslah bagi orang yang mengambil upah itu berihram pada miqat yang dilaluinya. Bagi orang yang berada di Mekah yang mengambil upah haji, maka wajiblah dia keluar kepada miqat yang dihajikannya, atau boleh juga pada mana-mana miqat yang lebih hampir kepadanya.
Jika dia berihram daripada miqatnya (di Mekah) nescaya berdosa dan wajib atasnya dam.

4. Hendaklah seorang yang cukup mahir bagi mengerjakan ibadat haji itu dengan sempurnanya, seperti dia mengerjakan haji untuk dirinya sendiri.


1.6 Jenis-jenis Haji


Jenis-jenis haji secara keseluruhannya terbahagi kepada lima bahagian, iaitu:



i-Haji jenis Ifrad: Ifrad maknanya " berasingan" jadi haji ifrad itu ialah mengerjakan haji dan umrah secara berasingan, iaitu dikerjakan haji dahulu hingga selesai dan kemudian baharulah dikerjakan umrah dalam tahun itu atau dikerjakan umrah sebelum menjelang bulan-bulan haji setelah itu barulah dikerjakan haji.


ii-Haji jenis Tamattuc: Tamattuc ertinya bersenang-senag, jadi Haji Tamattuc itu ialah mengerjakan umrah dahulu dalam bulan-bulan haji, setelah selesai mengerjakan umrah lalu bersenang-senang dengan sebab telah tidak terikat lagi dengan pantang larang ihram. Kemudian setelah sampai waktu haji berihramlah untuk mengerjakan haji pula. Haji jenis ini dikenakan DAM mengikut syarat-syaratnya.


iii-Haji jenis Qiran: Qiran ertinya bersama-sama, jadi Haji Qiran itu ialah dikerjakan kedua-dia haji dan umrah dengan serentak, iaitu dengan satu tawaf, satu sa'ie dan satu bergunting, kerana kerja-kerja umrah itu dimasukkan dalam kerja-kerja haji. Haji cara ini juga wajib melaksanakan DAM. Berhubung dengan kebolehan mengerjakan haji Qiran ini sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa mengerjakan haji bersama umrah (iaitu Qiran) maka sahlah dia kerjakan satu tawaf dan satu sai'e sahaja untuk kedua-dua haji dan umrah itu"

iv-Haji sahaja

v-Umrah sahaja



1.7 Hikmah dan Kelebihan Ibadah Haji di dalam Pembangunan Insan


i) Perspektif rohani: Amalan haji ini adalah merupakan suatu jenis amalan pengabdian dan ibadah kepada Allah s.w.t dan setiap amalan ibadah itu mempunyai kaitan yang kuat dengan kerohanian ataupun dalaman seseorang manusia itu khususnya individu muslim itu sendiri, ini adalah kerana sesuatu amalan ibadah itu mempunyai pertalian ataupun hubungan ghaib diantara pencipta dan hamba. Amalan ibadah haji ini adalah merupakan ibadah yang agak berlainan dengan ibadah-ibadah yang lain, ini adalah kerana, ibadah ini merupakan satu bentuk ibadah yang memerlukan pengorbanan atau mujahadah yang agak besar berbanding dengan ibadah-ibadah yang lain, samada dari segi masa, harta, diri dan lain-lain. Oleh itu, ibadah haji ini mempunyai kesan kerohanian yang sangat kuat kepada seseorang individu muslim itu khususnya dan masyarakat umumnya. Dengan melakukan ibadah ini, kita akan dapat rasakan sendiri kemanisan melakukan pengorbanan


ii) Perspektif jasmani: Antara lain perbezaan amalan ibadah haji ini dengan ibadah-ibadah yang lain ialah perbuatan-perbuatan dan amalan-amalan yang terkandung di dalamnya, di mana untuk melakukan iabadah haji ini agak memerluka kekuatan fizikal atau jasmani yang lebih berbanding dengan ibadah lain. Namun begitu, setiap perintah agama itu mempunyai fadhilat khas kepada manusia walaupun ianya nampak susah atau pun memerlukan kekuatan fizikal yang lebih. Sepertimana kita lihat kepada ibadah puasa, jika kita lihat dari sudut zahir ia nampak susah ataupun agak berat untuk diamalkan, namun setelah diamalkan kita akan dapat merasakan kemanisan ibadah itu dan seterusnya terlupa akan keberatan untuk melakukannya, begitu jugalah halnya dengan ibadah haji ini, jika kita lihat dari sudut zahir nampak seperti susah untuk diamalkan, penat, jauh dan sebagainya, namun natijah kemanisan ibadah haji ini hanya dapat dirasa oleh mereka yang telah melakukannya.


iii) Perspektif sosial: Manakala dari aspek sosial pula boleh kita lihat dari sudut umum agama, hari ini mentaliti manusia umumnya, terutamanya golongan pemuda telah menganggap kehidupan beragama telah memisahkan manusia daripada hidup bersosial dan ini adalah pemikiran yang sangat songsang dan menyesatkan, ini kerana Allah bekalkan agama dalam kehidupan manusia adalah bukan untuk menyekat kebebasan manusia untuk hidup bermasyarakat tetapi adalah sebagai petunjuk bagi hidup manusia agar tidak terpesong dari landasan fitrah kehidupan dan menjadi hamba syaitan yang terkutuk. Justeru itu, amalan ibadah haji ini adalah merupakan suatu amalan yang melibatkan sosial yang agak besar, ini kerana, ibadah haji ini merupakan perhimpunan umat Islam yang terbesar dari seluruh pelusuk dunia. Oleh itu, kesan sosial yang dialami oleh umat Islam yang menunaikan ibadah ini adalah besar.


iv) Perspektif ekonomi: seterusnya dari segi ekonomi pula, dengan berlangsungnya amalan ibadah haji ini secara tidak langsung dapat membantu taraf ekonomi umat Islam, ini kerana dengan pembelian kelengkapan-kelengkapan untuk ibadah haji ini secara tidak langsung akan memberikan sumbangan ekonomi kepada umat Islam samada diluar ataupun dalam Negara. Begitu juga ekonomi Negara, dengan adanya ratusan atau ribuan umat Islam yang menunaikan ibadah haji ini setiap tahun maka akan memberikan keuntungan yang besar kepada syarikat penerbangan khususnya dan secara tidak langsung juga kepada Negara umumnya.



BAB II

IBADAH HAJI SEBAGAIMANA YANG DILAKSANAKAN OLEH BAGINDA RASULULLAH S.A.W


2.1 Haji al-Widāc



a-Madinah (Sabtu 26-11-10 A.H. 22-2-632 M)


Rasulullah saw. tinggal di Madinah selama 10 tahun, setiap tahun menyembelih kurban, tidak melaksanakan ibadah haji kecuali pada bulan Zulkaidah tahun 10 H. beliau memutuskan untuk melaksanakannya. Maka diumumkan kepada kaum muslimin hingga didengar oleh mereka yang tinggal di sekitar Madinah. Manusia berbondong-bondong menuju Madinah dengan mengendarai binatang tunggangannya dan ada pula yang berjalan kaki. Dalam perjalanan mereka berkumpul mengelilingi Rasulullah saw. dari segala arah, belakang, depan, samping kiri dan kanan. Jumlah mereka tak terhitung, sejauh pandangan mata. Masing-masing ingin mengikuti Rasulullah saw. dan melaksanakan apa yang beliau lakukan.


Ketika Rasulullah saw. hendak keluar dari Madinah, beliau mengangkat atau melantik Abu Dujanah, Sammaak bin Kharsah As Sa`idi ra. untuk bertanggungjawab atas Madinah. Rasulullah saw. solah Zuhur di Madinah empat raka`at kemudian berpidato di depan jamaah dan mengajarkan kepada mereka tentang ibadah haji.


Rasulullah saw. memanggil untanya dan menggoreskan tanda di bahagian punuk sebelah kanan sampai mengalir darah, lalu mengalungkan perhiasan di lehernya. Penandaan serupa beliau lakukan terhadap binatang kurban lainnya, hal ini diikuti oleh yang lain. Kemudian beliau menyerahkan untanya itu untuk dinaiki Najiah bin Jundub Al Aslami ra.


Rasulullah saw. mandi kemudian memakai wangi-wangian dan memakai dua potong kain ihram kemudian berdoa:

اللهم اجعله حجا مبرور, لا رياء فيه, ولا سمة

Terjemahan: Ya Allah! Jadikanlah haji ini haji yang mabrur, bukan riya dan bukan sum`ah

Rasulullah saw. keluar dari Madinah hari Sabtu siang setelah Zuhur, lima hari sebelum habis bulan Zulkaidah, melalui jalan yang rindang. Ketika keluar dari Madinah beliau melakukan solah di masjidnya.



b-Zul Hulaifah (Sabtu 26-11-10 A.H. 22-2-632 M)


Jarak antara Zul Hulaifah dengan Madinah kira-kira 3 mil. Zul Hulaifah terletak di lembah cAqiq, Rasulullah saw. menuju ke daerah tersebut dan sampai di sana pada waktu cAsar lalu di situ beliau mengqasar solah cAsar.

Rasulullah saw. singgah di Samurah dekat mesjid sebelum Rautsah di sebelah kanan jalan . Rasulullah saw. solah Maghrib dan Isya’ kemudian menemui isteri-isteri beliau setelah mandi. Sebelum menemui isteri-isterinya, Rasulullah s.a.w. diberi wangi-wangian oleh cAisyah, kemudian bermalam di Zul Hulaifah. Setelah salat Subuh Nabi saw. Bersabda yang terjemahannya:


"Telah datang kepadaku malam ini utusan dari Tuhanku (dalam riwayat lain: Jibril) dan berkata: Solahlah di lembah yang penuh berkah ini dan katakan (niatlah) umrah di dalam haji."

Perintah salat di lembah Aqiq merupakan perintah agar tetap berada di Zul Hulaifah sampai salat Zuhur, setelah itu memakai ihram.


Zul Hulaifah – Ihram (Ahad 27-11-10 H. 23-2-632 M)

Selesai solah Zuhur, Rasulullah saw. memakai ihram, Rasulullah saw. mandi yang kedua, bukan mandi yang kemarin, dan membasuh kepalanya dengan (daun) tumbuhan tertentu (khatmy) dicampur garam lembut, serta memakai sedikit minyak rambut dan dia ratakan dengan kedua tangannya. cAisyah memberinya minyak wangi yang dicampur misk (nama sejenis parfum) pada badan dan kepalanya sehingga nampak bekas parfum di lekukan-lekukannya.

Seorang bertanya kepada Rasulullah: "Apakah yang boleh dipakai oleh orang yang sedang berihram?", Rasulullah s.a.w. Bersabda:
"Jangan memakai baju atau tutup kepala, serban, celana, jubah yang bertutup kepala dan khuf (seperti sepatu), kecuali sandal atau sepatu yang tidak menutup kedua mata kaki."



Niat haji


Rasulullah s.a.w. masuk ke masjid Zul Hulaifah dan solah empat rakacat, kemudian membaca niat haji dan didengar oleh orang-orang di dalam masjid dan mereka berkata: "Rasulullah saw. berniat mulai dari Masjid." Beliau juga membaca niat ketika sedang menaiki kenderaannya, berkatalah orang-orang yang berada di luar masjid: "Rasulullah s.a.w. membaca niat ketika kenderaannya telah tegak berdiri." Dan setelah sampai di Baida', Rasulullah s.a.w. juga membaca niat, maka merekapun berkata: "Rasulullah s.a.w. membaca niat dari Baida'." Dan mereka semuanya betul.

Sekali Rasulullah s.a.w. membaca niat haji dan umrah, sekali membaca niat untuk umrah saja dan sekali membaca untuk haji saja, kerana umrah sebahagian dari haji. Kerana itu ada yang mengatakan bahawa, haji Rasulullah s.a.w. itu Qiran, ada juga yang mengatakan Tamattu` dan ada juga yang mengatakan Ifrad. Yang benar adalah mula-mula Ifrad, kemudian beliau berihram untuk umrah di dalam haji, maka menjadi Qiran. Adapun yang mengatakan Ifrad, itu kerana melihat awalnya. Dan yang mengatakan Qiran, adalah kerana mengambil bahagian akhirnya. Dan yang mengatakan Tamattu', yang dimaksudkan adalah Tamattu` (dari segi bahasa) yang bererti beruntung dan berfaedah. (http//:www.al-islam.com)



Talbiah


Rasulullah s.a.w. mengucapkan talbiah:


لبيك اللهم لبيك, لبيك لا شريك لك لبيك, إن الحمد والنعمة لك والملك, لا شريك لك
Terjemahan: "Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah, aku penuhi panggilan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu, aku penuhi panggilan-Mu, sesungguhnya segala puji dan segala nikmat dan segala kekuasaan hanyalah untuk-Mu, tiada sekutu bagi-Mu. "

Rasulullah s.a.w. mengeraskan suaranya hingga didengar oleh para shahabat lalu merekapun ikut membaca talbiah.
Beliau juga membaca talbiah:

لبيك اللهم لبيك وسعديك, والخير في يديك والرغباء, إليك والعمل

Terjemahan: "Telah aku penuhi panggilan-Mu wahai Tuhanku, telah aku penuhi panggilan dan keinginan-Mu, kebaikan itu ada pada kekuasaan-Mu, telah aku penuhi panggilan-Mu, kepergian dan perbuatanku karena-Mu."


Di antara talbiah Rasulullah s.a.w. yang lain adalah:

لبيك حجا حقا، تعبدا ورقا

Terjemahan: "Aku penuhi panggilan-Mu dengan melaksanakan haji yang sesungguhnya dan hanya kepada-Mu aku menghambakan diri. "

Dalam talbiahnya Rasulullah s.a.w. mengucapkan:

لبيك إله الحق لبيك

Terjemahan: "Telah aku penuhi pangilan-Mu wahai Tuhan Yang Maha Benar, aku penuhi panggilan-Mu. "

Selesai membaca talbiah Rasul berdoa agar diampuni dosanya, memohon rida-Nya dan agar dibebaskan dari api neraka. Rasulullah saw. bersabda:
"Jibril datang menyampaikan kepadaku agar aku memerintahkan para shahabat untuk mengeraskan suara dalam membaca talbiah. Ia berkata, Wahai Muhammad, perbanyaklah bertalbiah dan berkorban!"


c-Rauha (Isnin 28-11-10 H. 24-2-632 M)

Jarak dari Rauha ke Zul Hulaifah kira-kira 50 km. Ketika Rasulullah s.a.w. keluar dari Madinah hari Sabtu setelah solah Zuhur, beliau menginap pada malam Isninnya, di tempat antara Zul Hulaifah dan Rauha, paginya Rasulullah s.a.w. melanjutkan perjalanan sambil membaca talbiah seperti di atas.

Sesampinya di Rauha, Rasulullah melihat keldai liar yang telah disembelih. ‎Beliau bersabda kepada para sahabatnya: "Biarkan hingga datang pemiliknya!" Maka datanglah pemiliknya, ia berasal dari daerah Bahzi, berkata: "Wahai Rasulullah! Aku serahkan masalah keldai ini kepadamu." Rasulullah s.a.w. menyuruh Abu Bakar untuk membahagi-bahagikannya kepada para sahabat.

Rasulullah s.a.w. melakukan solah di masjid kecil di sebelah kanan jalan menuju Mekah, masjid ini terletak sebelum masjid besar di Rauha.


d-Utsayah (Selasa 29-11-10 H. 25-2-632 M)


Rasulullah saw. meninggalkan Rauha menuju Arj melewati Utsayah yang jaraknya kira-kira 90 km. dari Rauha, hal tersebut mengharuskan rombongan untuk menginap pada malam Selasa di suatu tempat, sebelum melewati Utsayah.



e-Arj (Selasa 29-11-10 H. 25-2-632 M)

Arj adalah sebuah tempat berhampiran dengan Badar iaitu di mana terjadinya perang Badar. Rasulullah saw. singgah di Arj , yang terletak berhampiran Utsayah, dan menginap pada malam Rabu di Arj. Kurang jelas, apakah bulan Zulkaidah tahun 10 H. berjumlah 29 atau 30 hari.


f-Abwa (Rabu 30-11-10 H. 26-2-632 M)


Kemudian Rasulullah s.a.w. melanjutkan perjalanan, ketika sampai di Abwa, Shaab bin Jatsamah menghadiahkan seekor keldai liar kepada beliau. Dalam riwayat lain, separuh keldai liar. Rasulullah s.a.w. tidak mahu menerimanya dan bersabda yang terjemahannya:

"Kami tidak ingin menolaknya, hanya saja kami sedang berihram."
Rombongan meneruskan perjalanan pada hari Rabu itu juga menuju ke lembah Usfan di Makah Al Mukarramah.


g-Usfan (Rabu 2-12-10 H. 28-2-632 M)


Rasulullah s.a.w. menginap pada malam Khamis di sebuah tempat antara Abwa dan lembah Usfan, kemudian melanjutkan perjalanan pada hari Khamis, dan menginap pada malam Jumaat di sebuah tempat sebelum Usfan lalu melanjutkan perjalanan hari Jumaat sehingga sampai di lembah Usfan.

Ketika Rasulullah s.a.w. melewati lembah Usfan, beliau bertanya kepada Abu Bakar: "Wahai Abu Bakar! Lembah apa ini?", "Lembah Usfan," jawab Abu Bakar. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Nabi Hud a.s. dan Saleh a.s. telah melewati lembah ini dengan menaiki kuda jantan muda berwarna merah, dengan tali kendali yang dibuat dari serabut pelepah kurma, berihram dan berselimut jubah, sambil membaca talbiah menuju Baitullah.".

Rasulullah s.a.w. menginap pada malam Sabtu di sebuah tempat setelah melewati lembah Usfan dan paginya melanjutkan perjalanan menuju Saraf.



h-Saraf (Sabtu 3-12-10 H. 29-2-632 M)


Ibnu Saad dalam bukunya Thabaqat Kubra mengatakan: "Rasulullah s.a.w. melewati Zhahran pada hari Isnin, dan petangnya sampai di Saraf." Yang benar: Bahwa Rasulullah saw. melewati Zhahran hari Sabtu pagi, kemudian melewati Saraf pada hari itu juga dan melanjutkan perjalanan sampai di Dzi Thuwa lalu menginap di sana pada malam Minggu. Wallahu a`lam.


Membatalkan haji di Saraf


Ketika Rasulullah s.a.w. berada di Saraf, beliau bersabda kepada para sahabatnya:
"Barangsiapa yang tidak mempunyai binatang sembelihan (hadyu), maka boleh membatalkan haji dan menggantinya dengan umrah, bagi yang membawanya supaya tidak membatalkan (tetap meneruskan ihramnya)."

Perintah ini oleh para ahli fiqih disebut penasakhan (pembatalan) terhadap haji. Hadis tentang perintah pemfasakhan haji ini diriwayatkan oleh 14 orang sahabat dan hadis-hadis mereka sahih semua.
cAisyah menangis di Saraf


Ketika Rasulullah s.a.w. berada di Saraf, cAisyah r.ha. datang bulan padahal dia sudah berniat umrah. Sewaktu Rasulullah s.a.w. datang menemuinya cAisyah sedang menangis. Rasulullah s.a.w. bertanya: "Apa yang membuatmu menangis wahai cAisyah, apakah kerana datang bulan?" cAisyah menjawab: "Ya." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ini masalah yang telah ditulis oleh Allah kepada setiap wanita anak cucu Adam. Lakukanlah amalan-amalan sebagaimana yang dilakukuan oleh orang yang melakukan haji, kecuali tawaf."


i-Zi Tuwa (Minggu 4-12-10 H. 1-3-632 M)


Zi Thuwa Nabi terus melanjutkan perjalanan sampai ke Zi Thuwa, dahulu lebih dikenali dengan sebutan Sumur Zahi. Beliau bermalam dan solah Subuh di sana, lalu beliau mandi dan melanjutkan perjalanan ke Mekah.


j-Mekah (Ahad 4-12-10 H. 1-3-632 M)


Rasulullah s.a.w. mendaki dan memasuki kota Mekah lewat dataran tinggi, dari bukit di kawasan Hujun. Beliau terus berjalan dan memasuki kota Mekah pada waktu Dhuha. Sampai di pintu masjid beliau mendudukkan untanya dan masuk melalui pintu cAbdi Manaf, orang-orang menyebutnya dengan pintu Bani Syaibah. Sejenak Rasulullah memandang ke Kacbah lalu menghadap ke arahnya, mengangkat kedua tangannya dan bertakbir, seraya berdoa:


أللهم أنت السلام ومنك السلام, فحينا ربنا بالسلام, أللهم زد هذا البيت تشريفا وتعظيما وتكريما ومهابة وزد من عظمه ممن حجه أو أعتمره تكريما وتشريفا وتعظيما وبرا

Terjemahan: Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Damai. Dari Engkaulah perdamaian, kerana itu hidupkanlah kami dengan perdamaian. Ya Allah tambahkanlah kemuliaan, kebesaran, keagungan dan kebaikan kepada Baitullah (Kacbah) ini, dan tambahkanlah kurnia-Mu kepada yang membesarkannya (Kacbah).


Mekah, Tawaf (Ahad 4-12-10 H. 1-3-632 M)


Rasulullah s.a.w. memulai tawaf dari Hajar Aswad dan mengusapnya tanpa berdesak-desakan. Ketika itu Rasulullah s.a.w. air matanya berlinang. Beliau mengencangkan kain ihramnya dan menyampirkannya di salah satu pundaknya dan membiarkan pundaknya yang lain terbuka. Beliau mengelilingi Kacbah sebanyak empat putaran, ketika senggang beliau mencium Hajar Aswad dan mengusapnya kemudian menyapukan kedua tangannya ke mukanya. Beliau berlari-lari kecil tiga putaran pertama, memulai dan berakhir pada Hajar Aswad. Pada kali ketiga putaran ini beliau berjalan cepat, tapi langkahnya pendek-pendek.


Setiap kali melewati Hajar Aswad, beliau menunjuk dan mengacungkan tongkatnya atau mihjan (tongkat yang bahagian atasnya melengkung), kemudian mencium kepala tongkat itu. Pada saat mengacungkan tongkat beliau membaca:

بسم الله والله أكبر
Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Umar ra:


"Wahai Umar, engkau adalah seorang lelaki yang kuat, jangan berdesak-desak untuk mencium Hajar Aswad, kerana akan menyakiti yang lain, kalau ada kesempatan bolehlah engkau menciumnya, jika tidak, cukuplah dengan menghadap ke Kaabah sambil membaca tahlil dan takbir."

Orang-orang menghafal doa yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w. ketika berada di antara dua sudut, yaitu Rukun (sudut) Yamani dan Hajar Aswad:

ربنا أتنا فى الدنيا حسنة وفى الأخرة حسنة وقنا عذاب النار


Terjemahan: "Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jagalah kami dari api neraka."

Ketika selesai tawaf, beliau menuju ke belakang Maqam Ibrahim yang ketika itu letaknya sangat dekat dengan Kaabah, lalu membaca:

واتخذوا من مقام إبراهيم مصلى واتخذوا

Terjemahan: "Jadikanlah Maqam Ibrahim itu tempat salat."
Maqam Ibrahim terletak antara beliau dan Kacbah. Beliau solah dua rakacat, dalam rakacat pertama membaca surat Al Fatihah dan Al Kafirun dan rakacat kedua Al-Fatihah dan surat Al-Ikhlas. Setelah selesai solah beliau menuju ke Hajar Aswad lalu menyampaikan salam lalu keluar melalui pintu Bani Makhzum yang berhadapan dengan Safa untuk memulai Sa'i.


Mekah, Sa'i (Ahad 4-12-10 H. 1-3-632 M)

Ketika mendaki bukit Safa Rasulullah s.a.w. membaca:

إن الصفا والمروة من شعائر الله فمن حج البيت أو اعتمر فلا جناح عليه أن يطوف بهما ومن تطوع خيرا فإن الله شاكر عليم

Terjemahan: "Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebagian dari syi`ar agama Allah, barangsiapa mengerjakan ibadah haji atau umrah maka tidak berdosa untuk mengerjakan Sai antara Safa dan Marwah. Dan barangsiapa yang mengerjakan kebaikan maka sesungguhnya Allah Maha Pemberi balasan dan Maha Mengetahui."



Mekah, perintah pembatalan (Ahad 4-12-10 H. 1-3-632 M)


Ketika berada di Saraf Rasulullah s.a.w. memberi hak memilih kepada para sahabat untuk menukar niat haji ke umrah. Ketika selesai melaksanakan saci, beliau memerintahkan para sahabat untuk bertahallul kubra yang membolehkan segala perkara yang telah dilarang saat berihram seperti: menggauli isteri, memakai wangi-wangian, memakai pakaian yang berjahit serta membenarkan mereka dalam keadan demikian sampai hari Tarwiyah.

Banyak para sahabat yang bertahallul kecuali Rasulullah s.a.w. kerana beliau membawa binatang sembelihan (hadyu) dari Madinah, demikian juga para sahabat yang membawa hadyu seperti Abu Bakar, Umar, Thalhah dan Zubair r.a. Adapun isteri-isteri Nabi s.a.w. mereka semua bertahallul dan melaksanakan haji Qiran, kecuali cAisyah r.ha. belum bertahallul, kerana beliau datang haid sebelum selesai mengerjakan umrah. Fatimah, puteri Rasulullah s.a.w., juga bertahallul kerana tidak mempunyai binatang sembelihan.

Sayidina Ali bin Abi Thalib datang dari Yaman dengan membawa binatang sembelihan. Kemudian melihat Fatimah telah bertahallul dan memakai pakaian yang bercorak dan memakai celak ia menegur Fatimah atas perbuatan tersebut, namun Sayidah Fatimah menjawab: "Ayahku menyuruhku berbuat begini.". Ali langsung menanyakannya kepada Rasulullah s.a.w. dan beliau menjawab: "Dia benar, dia benar. Aku yang menyuruhnya berbuat demikian."


Mekah, khutbah di Mekah (Ahad 4-12-10 H. 1-3-632 M)

Setelah melakukan saci, Rasulullah s.a.w berdiri dan menyampaikan khutbahnya.



Mekah, tinggal di Mekah (Khamis 8-12-10 H. 5-3-632 M)

Setelah selesai melakukan saci antara Safa dan Marwah dan menyuruh para sahabat yang tidak membawa binatang kurban untuk membatalkan haji, Rasulullah s.a.w. berjalan bersama rombongan hingga sampai ke Abthah, suatu tempat di sebelah Timur kota Mekah. Kemudian berhenti di kemahnya yang berwarna merah dan tinggal di sana mulai hari Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu sampai solah Subuh pada hari Khamis.


Rasulullah s.a.w. selama menetap di Abthah mengqasar solah Zuhur, cAsar dan cIsya’ bersama seluruh sahabat dan tidak kembali ke Kacbah pada hari-hari tersebut. Sebelum solah, Bilal r.a. melaungkan azan, kemudian menancapkan tombak kecil ke arah kiblat, Rasulullah s.a.w. solah ke arah itu dan para sahabat solah di belakang beliau. Anjing dan keldai lewat di belakang tombak kecil tersebut.


k-Mina (Tarawiah) (Khamis 8-12-10 H. 5-3-632 M)


Sehari sebelum tiba hari Tarawiah, Rasulullah s.a.w. berkhutbah di Mekah setelah Zuhur. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersama kaum muslimin berangkat menuju ke Mina pada hari Khamis waktu Dhuha. Para sahabat yang telah bertahallul berihram kembali dengan niat haji dan tidak masuk masjid tidak berihram dari dalamnya, tetapi mereka berihram sebelum sampai ke kota Mekah.


Ketika sampai di Mina mereka berhenti sebentar dan menunaikan solah Zuhur dan Asar dan bermalam di sana pada malam Jumaat kemudian solah Subuh dan menunggu sebentar hingga terbit matahari, kemudian Rasulullah s.a.w. berjalan dari Mina ke Arafah. Ketika unta tunggangan beliau yang beralaskan beludru bangkit, beliau berdoa:

اللهم اجعله حجا مبرورا، لا رياء فيه، ولا سمعة


Terjemahan: "Ya Allah! Jadikanlah haji ini haji yang mabrur, bukan ria dan bukan sum`ah." (Ria: mengerjakan sesuatu dengan niat agar dilihat orang dan dipuji. Sum`ah: mengerjakan sesuatu dengan niat agar didengar orang).

Rasulullah s.a.w. menggunakan jalan Dhab, iaitu jalan yang berada di sebelah kanan jalan yang biasa dipakai kaum Muslimin sekarang ini. Sebahagian sahabat ada yang bertalbiah dan ada yang bertakbir. Beliau mendengarkan keduanya dan tidak menegur yang ini dan tidak juga menegur yang itu.


l-Arafah (Jumat 9-12-10 H. 6-3-632 M)


Pada zaman Jahiliyah, kaum Quraisy berhenti wukuf di Masycaril Haram. Ketika Rasulullah s.a.w. bergerak dari Mina menuju Namirah, beliau melihat khemah yang diperintahkannya untuk didirikan sudah siap, beliau singgah di sana. Ketika matahari mulai condong, Rasulullah s.a.w. meminta seorang sahabat untuk mengambil untanya(Qushwaa), mereka meneruskan perjalanan sampai ke tengah lembah Arafah. Beliau berhenti di sebuah dataran tinggi di Arafah dan bersabda yang artinya: "Semua kawasan Arafah adalah tempat wukuf" kecuali lembah Uranah.

Rasulullah s.a.w. meminta salah seorang sahabat yang bersuara nyaring yang bernama Rabiah bin Umaiah bin Khalaf Al Jamhi supaya mengulang-ulang sabda beliau agar semua orang mendengarnya. Rabiah berdiri di bawah leher unta Rasulullah s.a.w. dan beliau bersabda: Berteriaklah dan katakan! "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Rasulullah saw. bersabda: Apakah kalian tahu, bulan apakah sekarang ini؟" Begitulah seterusnya hingga akhir khutbah.


Arafah, wukuf di Arafah (Jum'at 9-12-10 H. 6-3-632 M)


Rasulullah s.a.w. melakukan wukuf sampai matahari tenggelam dan mega kuning mulai hilang sedikit serta bentuk matahari mulai tidak kelihatan.

Para sahabat ragu apakah Rasulullah s.a.w. puasa pada hari ini, mereka menyuruh Ummu Fadhl dan Maimunah r.a. membawa susu untuk beliau, pada saat itu Rasulullah s.a.w. masih wukuf di tempat wukuf. Rasulullah s.a.w. meminum susu tersebut dan para sahabat semua memperhatikan beliau dan mereka mengerti bahwa tidak dibenarkan berpuasa bagi orang yang sedang wukuf di Arafah.


Rasulullah s.a.w. melihat sebahagian sahabat berwukuf di tempat yang jauh dari tempat wukuf, lalu beliau mengutus Zaid bin Murabba` Al Anshari untuk menemui mereka dan berkata: "Sesungguhnya aku adalah utusan Rasulullah s.a.w, beliau bersabda kepada kamu sekalian, "Kamu hendaklah berada di kawasan Masyar. Sesungguhnya kamu mewarisi peninggalan ayahmu Nabi Ibrahim a.s."


Seorang sahabat yang berasal dari Najed, bertanya kepada Rasulullah s.a.w ketika beliau sedang wukuf di Arafah, tentang haji. Rasulullah s.a.w. menjawab:

"Haji adalah wukuf di Arafah, barangsiapa yang telah sampai pada malam Arafah sebelum terbit fajar hari berkumpul (hari Arafah), maka telah sempurnalah hajinya."

Di antara doa yang paling banyak dibaca Rasulullah saw. pada hari Arafah ialah:

لا إله إلا الله وحده لا شريك له, له الملك وله الحمد وهو على كل شىء قدير
Terjemahan: "Tiada Tuhan selain Allah, tiada sekutu bagi-Nya, Dialah yang memiliki kekuasaan, Dialah yang memiliki segala puji dan Dia berkuasa atas segala sesuatu."


Arafah, bertolak ke Mudzalifah (Sabtu 10-12-10 H. 7-3-632 M)


Setelah matahari tenggelam pada hari Arafah, dan telah betul-betul tenggelam iaitu dengan hilangnya ufuk kuning, Nabi s.a.w. memboncengkan Usamah bin Zaid ra. di belakang beliau. Kemudian berjalan, perjalanan tersebut tidak cepat dan tidak perlahan, apabila beliau tiba di kawasan yang luas dan lapang beliau mempercepat perjalanannya dan apabila beliau tiba di kawasan yang berbukit (tempat agak tinggi), beliau mengulurkan tali kekang untanya yang bernama Adhbaa' sehingga untanya bebas mendaki. Beliau senantiasa mengucapkan talbiah selama perjalanan tanpa henti.

Beliau berseru kepada khalayak ramai: "Wahai sekalian manusia, tenanglah! kerana kebaikan itu tidak dicapai dengan tergopoh-gopoh."


Di tengah perjalanan, Nabi s.a.w. berhenti sebentar di lereng bukit yang terletak di sebelah kiri jalan dan berada antara dua tempat yang Nabi s.a.w. pernah berhenti, lalu beliau membuang air kecil dan berwudhu. Lalu Usamah bertanya: "Apakah kita akan solah wahai Rasululla?" Beliau menjawab: "Kita akan solah di tempat yang akan kita lalui nanti."


Mudzalifah (Sabtu 10-12-10 H. 7-3-632 M)


Ketika Rasulullah s.a.w. sampai di Muzdalifah beliau berhenti di dekat api yang berada di Quzah kemudian berwudhu dan menyempurnakan wudhu’nya. Kemudian menyuruh salah seorang untuk melaungkan azan kemudian beliau menunaikan solah Maghrib sebelum menurunkan barang-barang dan mendudukkan unta, maka ketika barang-barang telah diturunkan beliau memerintahkan untuk iqamah kemudian mendirikan solah cIsya’ hanya dengan iqamat saja tanpa azan, tidak menyela-nyela antara kedua solah tersebut dengan solah apapun.

Rasulullah s.a.w. malam itu tidur di Muzdalifah sampai pagi tanpa menunaikan solah malam. Menjelang Subuh, beberapa orang anak-anak dan perempuan yang tergolong berbadan lemah termasuk Saudah dan Ummu Habibah meminta izin kepada beliau untuk berangkat dulu ke Mina sebelum dipenuhi oleh orang ramai. Pada saat itu bulan telah tenggelam tetapi fajar belum menyingsing, Rasulullah s.a.w. mengizinkan mereka.


Rasulullah s.a.w. memerintahkan anak-anak kecil untuk tidak melempar jumrah sebelum terbit fajar dan memberi izin kepada orang-orang perempuan untuk melempar sebelum terbit matahari kerana keadaan mereka yang lebih susah dan lebih utama untuk ditutupi. Di antara yang ikut melempar bersama kaum perempuan adalah Asma binti Abu Bakar dan Ummu Salamah.


m-Mina, kurban (Sabtu 10-12-10 H. 7-3-632 M)


Pada saat fajar menyingsing di Hari Raya Kurban, Hari Haji Akbar (Besar), iaitu hari diumumkan putusnya hubungan antara Allah dan Rasul-Nya dengan setiap orang musyrik, Rasulullah s.a.w. melaksanakan solah Subuh di awal waktu, kemudian menunggang unta yang bernama Qushwaa'. Sesampainya di tempat wukuf di Masycaril Haram, beliau berdiri di Quzah dan berkata: "Seluruh Muzdalifah adalah tempat wukuf (berhenti), kecuali kawasan Muhassir. Kemudian beliau menghadap kiblat lalu berdoa, merintih kepada Allah, membaca tahlil, takbir, dan berzikir." Beliau terus berdiri hingga wajahnya menjadi kelihatan sangat bersinar. Itu semua terjadi sebelum terbit matahari.

Setelah itu beliau berjalan di Muzdalifah sambil membaca talbiah dalam perjalannya dengan membonceng Fadhl bin Abbas, sementara Usamah bin Zaid berjalan kaki mendahului kelompok orang-orang Quraisy. Dalam pada itu Nabi memerintahkan Fadhl bin Abbas untuk memungutkan kerikil-kerikil jumrah sebanyak tujuh butir (dia tidak mencuilnya dari gunung atau memungutnya pada malam hari sebagaimana yang dilakukan orang-orang pada saat ini), dan memungutlah beliau tujuh butir kerikil dari kerikil-kerikil Hazaf, kemudian membersihkannya dari debu dengan meniupnya di telapak tangan lalu bersabda: "Seperti kerikil-kerikil ini, lemparlah! Dan sekali-kali janganlah kalian berlebih-lebihan dalam agama, karena sungguh orang-orang sebelummu telah dirusak oleh sikap berlebih-lebihan dalam agama."

Selanjutnya setelah sampai di pusat Muhassir beliau menggerakkan untanya dan mempercepat jalannya. Demikian kebiasaan beliau di tempat-tempat diturunkannya azab Allah terhadap musuh-musuh-Nya. Rasulullah s.a.w. mengambil jalan tengah di antara kedua jalan yang lain yaitu jalan yang melewati tempat Jumrah Kubra menuju ke Mina.



Mina, Jumrah cAqabah (Sabtu 10-12-10 H. 7-3-632 M)


Jabir bin Abdullah berkata: "Aku melihat Rasulullah s.a.w. di atas untanya pada Hari Raya Kurban dan bersabda kepada kami: "Ambillah amalan-amalan ibadah haji kalian dariku, kerana barangkali aku tiada akan menunaikan haji lagi setelah hajiku ini."


Kemudian Nabi s.a.w. masih terus mengumandangkan talbiah hingga sampai di tempat Jumrah cAqabah. Setelah itu berdiri di bahagian bawah lembah dengan memposisikan Kacbah di sebelah kirinya, dan Mina di sebelah kanannya, dan menghadap ke Jumrah dalam keadaan di atas unta, serta melemparnya setelah terbit matahari, satu demi satu dengan bertakbir pada setiap lemparan. Pada saat itu beliau disertai oleh Bilal, Usamah, bin Zaid, Al Fadhl bin Abbas. Usamah memegangi tali unta, sedang Bilal dan Al Fadhl memayungi beliau dari panasnya matahari dengan kain.

Setelah itu orang-orang ramai berdatangan, dan bersabdalah Rasulullah s.a.w: "Wahai manusia! Jangan sampai sebahagian darimu membunuh sebahagian yang lain, dan apabila kamu sekalian melempar jumrah maka gunakanlah kerikil yang semisal dengan kerikil hadf (lemparan) . " Selanjutnya beliau melempar jumrah yang kemudian diikuti oleh para sahabat.

Akhirnya Qudamah bin Abdullah Al Alla'i menggambarkan arak-arakan Rasulullah s.a.w. dengan berkata: "Rasulullah s.a.w. melempar Jumrah Aqabah di pusat lembah pada Hari Raya Kurban dengan menunggang unta betina beliau yang berwarna cerah dengan tanpa memecut, menyuruh lari atau mengatainya, "Ilaik-ilaik! (maksudnya menghardiknya)."


Mina, kembali ke Mina (Sabtu 10-12-10 H. 7-3-632 M)


Rasulullah s.a.w. tidak menetap di tempat Jumrah Aqabah, melainkan langsung pergi ke Mina, dan berpidato dengan pidato yang sangat bagus, serta membagi tempat-tempat mereka, beliau bersabda: "Kaum Muhajirin agar bertempat di sini," beliau menunjuk ke arah sebelah kanan tanda kiblat: "Sedang Kaum Anshar di sini," beliau menunjuk ke arah sebelah kiri tanda kiblat, kemudian beliau melanjutkan: "Sedang yang lain agar bertempat di sekeliling mereka." Kemudian mengajari mereka tata cara amalan-amalan ibadah haji. Pada saat itu, atas kehendak Allah, pendengaran-pendengaran penduduk Mina dibuka sehingga mereka mendengar sabda-sabda Nabi s.a.w. dari rumah-rumah mereka.


Mina, berkurban di Mina (Sabtu 10-12-10 H. 7-3-632 M)


Kemudian Rasulullah s.a.w. kembali untuk berkurban di Mina dan memberi tahu para sahabat beliau bahawa seluruh Mina adalah tempat penyembelihan binatang kurban, serta lorong-lorong Mekah adalah jalan dan tempat penyembelihan kurban. Kemudian Rasulullah saw. kembali untuk berkurban di Mina dan memberi tahu para sahabat beliau bahwa seluruh Mina adalah tempat penyembelihan binatang kurban, serta lorong-lorong Mekah adalah jalan dan tempat penyembelihan kurban. Selanjutnya beliau menyembelih dengan tangannya sendiri memakai pisaunya sebanyak 63 tiga ekor unta, iaitu sejumlah tahun umur Nabi. Unta-unta itu beliau sembelih dalam keadaan berdiri dengan kaki kirinya terikat.

Setelah itu beliau berhenti menyembelih dan memerintahkan Ali untuk menyembelih sisa dari jumlahnya yang semula seratus, kemudian menyuruhnya pula untuk menyedekahkan pakaian, kulit, dan dagingnya kepada orang-orang miskin serta melarangnya untuk memberikan bahagian daging kepada jagal di tempat penyembelihannya, sambil berkata: "Kita akan beri mereka dari milik kita." Beliau bersabda: "Barangsiapa menghendakinya maka ia akan membahagikan sebahagian barang kepada yang bukan pemiliknya’.

Kemudian beliau memerintahkan agar setiap binatang kurban diambil sebahagian, dimasukkan ke dalam periuk dan dimasak, Nabipun memakan sebahagian dagingnya serta meminum kuahnya .Allah a`lam. Nabi s.a.w. ketika itu berkurban untuk isteri-isterinya berupa satu ekor sapi . Beliau ditawari untuk dibuatkan bangunan di Mina yang dapat melindunginya dari panas matahari, namun beliau menjawab: "Tidak, Mina adalah cuaca buat siapa yang mendatanginya."


Mina(kurban), bercukur (Sabtu 10-12-10 H. 7-3-632 M)

Selesai menyembelih binatang kurban, Nabi s.a.w. memanggil seorang tukang cukur bernama Muammar, yang kemudian mencukur rambutnya. Pada saat tukang cukur berdiri di samping kepala beliau dengan memegang pisau, datang kaum muslimin meminta sebahagian rambutnya. Rasulullah s.a.w. memandangi wajah tukang cukur sambil berkata:

"Wahai Muammar,Rasulullah s.a.w. telah mengizinkanmu untuk memegangi daging telinganya saat di tanganmu ada pisau cukur." Muammar menjawab: "Demi Allah wahai Rasulullah, sungguh hal itu merupakan nikmat dan anugerah Allah untukku." Rasulullah s.a.w. berkata lagi:

"Ambil ini (menunjuk ke sebelah kanan kepalanya)." setelah selesai mencukur bahagian itu beliau membahagi-bahagikan rambutnya kepada yang datang kepadanya. Kemudian beliau memberi isyarat kepada tukang cukur, untuk mencukur bahagian kirinya. Setelah selesai, beliau menyeru Abu Thalhah, "Ke sini kau Abu Thalhah! Kemudian memberinya potongan rambut untuk selanjutnya ia bahagi-bahagikan kepada yang lain."

Demikianlah, beliau mencukur rambut sampai bersih, memotong sebahagian kumis dan kedua jambang serta memotong kuku dan memerintahkan menanam rambut dan kuku itu. Kemudian pada saat itu, Khalid bin Walid ra. meminta rambut yang berada di atas dahi beliau, Rasulullah memberikan kepadanya, selanjutnya Khalid meletakkan rambut tersebut di bahagian depan serbannya sehingga setiap kali bertemu dengan sekelompok musuh dalam peperangan selalu dapat mematahkannya.

Kebanyakan sahabat mencukur bersih rambut mereka, sedang sebahagian yang lain hanya memendekkan saja. Kemudian Rasulullah s.a.w. berdoa:

اللهم أغفر للمحلفين

Setelah selesai bercukur, beliau memakai wangi-wangian dan baju. Seterusnya orang-orang lainpun bertahallul. Setelah itu Nabi s.a.w. mengutus Abdullah bin Hudzafah As Sahmi ra. (dalam riwayat lain Kaab bin Malik) untuk menyeru orang-orang yang berada di Mina bahwa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Sesungguhnya hari ini adalah hari makan, minum, kahwin dan mengingat Allah Tacala’ .


n-Masjidilharam, Tawaf Ifadah (Sabtu 10-12-10 H. 7-3-632 M)


Kemudian Rasulullah s.a.w. bertolak ke Mekah sebelum waktu Zuhur dengan menunggang unta serta diiringi oleh Muawiah bin Abu Sofyan dari Mina hingga ke Mekah. Kemudian beliau melakukan tawaf Ifadah iaitu tawaf ziarah yang dinamai juga dengan Tawafus Shadr (Tawaf permulaan).

Rasulullah s.a.w. melakukan tawaf di Baitullah ketika haji Wada' dengan menunggang unta dan menyalami Rukun (Hajar Aswad) dengan menggunakan tongkat beliau sehingga dapat dilihat oleh orang banyak. Mereka bersesak-sesak mengerumuni beliau untuk bertanya sesuatu .

Rasulullah s.a.w. solah Zuhur di Mekah, kemudian kembali ke Mina dan menjumpai orang ramai sedang menunggu beliau. Beliau mengimami para shahabat di Mina pada akhir waktu Zuhur. Rasulullah s.a.w. bermalam di Mina pada malam Ahad untuk menunggu hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah).

Beliau pergi ke sumur Zamzam, selesai melakukan tawaf. Ketika itu orang-orang sedang minum. Beliaupun bersabda: "Kalaulah bukan kerana orang-orang itu akan mengalahkanmu dalam mengambil air Zamzam, wahai anak Abdul Mutalib, niscaya aku akan turun, minum bersamamu."

Kemudian Rasulullah s.a.w. pergi ke tempat air lalu meminta agar diberi minum. Abbas berkata: "Fadhl! Pergilah kau menemui ibumu, kemudian ambilkan untuk Rasulullah air minum daripadanya." Nabi s.a.w. bersabda: "Beri aku minum!" Ibu Fadhl menjawab: "Wahai Rasulullah s.a.w. orang-orang telah mencelupkan tangan-tangan mereka ke dalam air itu." Beliau menyambung: "Beri minum aku dengan air yang diminum oleh orang-orang!" Kemudian beliau minum dari air itu lalu pergi ke Zamzam dan minum sambil berdiri.


o-Mina, Jumrah (Minggu 11-12-10 H. 8-3-632 M)

Setelah kembali berada di Mina, Rasulullah s.a.w. menunggu tergelincir matahari, kemudian beliau berjalan kaki menuntun haiwan tunggangannya ke tempat jumrah tanpa menaikinya. Rasulullah s.a.w. mulai melontar dari Jumrah Ula (pertama) yang terletak setelah Masjid Khaif dengan tujuh biji batu, satu demi satu, dengan mengucapkan, الله أكبر pada setiap lemparan. Kemudian beliau maju ke depan di lembah yang lebih rendah, berdiri menghadap kiblat sambil mengangkat tangan, beliau berdoa dengan doa yang sangat panjang, sepanjang bacaan surah Al Baqarah.

Kemudian terus menuju ke Jumrah Wustha (tengah) dan melempar sebagaimana sebelumnya. Beliau membelok ke sebelah kiri, di tempat sesudah Wada', lalu berdiri menghadap kiblat dan membaca doa hampir sepanjang doa yang pertama. Seterusnya beliau menuju ke Jumrah Aqabah lalu turun ke lembah dengan menghadap ke arah jumrah dengan menjadikan Baitullah berada di sebelah kiri dan Mina di sebelah kanan, dan melempar sebanyak tujuh kali pula.

Menurut perkiraan yang paling kuat, dahulu Nabi s.a.w. melempar sebelum solah Zuhur, setelah matahari condong, kemudian kembali ke Mina dan menunaikan solah (Zuhur).

p-Masjidilharam, Tawaf Wada (Rabu 14-12-10 H. 11-3-632 M)

Rasulullah s.a.w. memasuki Mekah pada malam hari, tepatnya waktu dini hari, lalu melakukan Tawaf Wada dengan berjalan kaki, tanpa menunggang kenderaan dan tanpa berlari-lari. Itu adalah masa terakhir beliau di Kaabah.

Kemudian keluar menuju dataran rendah Mekah, berjalan pergi ke Muhassab lalu memanggil para sahabatnya untuk pulang ke Madinah Munawwarah (Kota yang bersinar).
q-Madinah, kembali ke Madinah (Rabu 14-12-10 H. 11-3-632 M)
Ketika melihat Madinah, Rasulullah saw. bertakbir tiga kali dengan membacakan:

اللهم أكبر, الله أكبر, الله أكبر, لا إله إلا الله وحده لا شريك له, له الملك وله الحمد وهو على كل شىء قدير, ايبون عابدون ساجدون, لربنا حامدون, صدق الله وعده, ونصر عبده, وهزم الأحزب وحده, اللهم إنا نعوذ بك من وعتاء السفر وكابة المنقلب وسوء المنظر فى الأهل والمال والولد, اللهم بلغنا بك بلاغا صالحا, يبلغ إلى الخير بمغفرة منك ورضوان


Terjemahan: "Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala pujian dan Dia berkuasa atas segala sesuatu. Kami adalah orang-orang yang kembali, orang-orang yang beribadat, orang-orang yang sujud, dan hanya kepada Tuhan kami, kami memuji. Maha menepati janji, menolong hamba-Nya, dan mengalahkan musuh-musuh dengan sendirian Ya Allah! Aku berlindung kapada-Mu dari segala susahnya perjalanan, kesedihan, dan pandangan buruk terhadap keluarga, harta benda, dan anak. Ya Allah! Sampaikanlah kami dengan kesampaian yang baik, yang akan sampai kepada suatu kebaikan karena ampunan dan ridha-Mu."


BAB III

3.1 DEFINISI UMRAH


Wikipedia

cUmrah (ﻋﻤﺮﻩ) ialah mengunjungi Baitullah di Mekah dan melakukan ihram, tawaf, sa'i dan bertahallul mengikut tertib.
cUmrah adalah fardhu seperti Haji. Ini adalah pendapat al-Imam as-Syafci rah.a. yang al-Azhar. Ijmak Ulama mengatakan bahawa hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya.
Dalil daripada al-Quran ialah firman Allah s.w.t:

واتموا الحج والعمرة لله

Terjemahan: Dan sempurkanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah


Sabda Nabi yang diriwayatkan Ibnu Majah, Al-Baihaqi dan sanad yang sahih daripada Aisyah r.ha. katanya: Aku berkata : "Wahai Rasullah,apakah wanita wajib berjihad?". Sabda Baginda: "Ya, jihad yang tiada peperangan padanya iaitu haji dan umrah".

Niat Ihram, Tawaf dan Sa'i tidak boleh dilakukan di mana-mana tempat lain melainkan di tempat yang ditetapkan. Iaitu niat ihram di Miqat, tawaf 7 pusingan mengelilingi Kaabah di dalam Masjidil Haram dan bersa'i 7 kali bermula di bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah. Terakhir sekali bertahallul iaitu bercukur atau mengunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai selepas itu, segala larangan dalam Ihram menjadi halal sepertimana sebelum beliau berihram.

Beza Umrah dengan Haji ialah Umrah boleh dilaksanakan sepanjang tahun tetapi Haji hanya boleh dilakukan pada bulan haji iaitu bulan Zulhijjah sahaja, dan hari kemuncaknya ialah pada hari Tasyrik 9,10,11,12 dimana jemaah berkumpul di Padang Arafah dan Mina.

Pada zaman sekarang Kerajaan Arab Saudi menetapkan mana jemaah umrah mestilah mengikut muassasah umrah dan memohon visa umrah melalui agensi umrah. Tiada lagi permohonan Visa umrah dapat dilakukan di Kedutaan Arab Saudi secara individu.


3.2 DALIL PENSYARIATAN CUMRAH

AL-QURAN


cUmrah adalah mempunyai kaitan rapat dengan ibadah haji, ini kerana ibadah cUmrah ini tersangat mirip dengan ibadah Haji, samada dari segi perbuatan, tempat dan cuma berbeza dari segi masa atau waktu mengerjakannya. Kaitan ini juga telah disebut oleh Allah s.w.t di dalam Kitab suciNya. Diantara dalil yang al-Quran yang membahaskan berkenaan dengan amalan ibadah cUmrah ini ialah:

واتموا الحج والعمرة لله

Terjemahan: Dan sempurkanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah
Antara dalil al-Quran lain yang menyentuh soal ibadah cUmrah ini ialah:

وعهدنا الى ابرهم واسمعيل أن طهرا بيتى للطائفين والعكفين والركع السجود
Terjemahan: Dan telah kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: ‘sucikanlah rumahKu untuk orang-orang yang melakukan tawaf, ictikaf dan untuk orang-orang yang rukuc dan sujud (solat)’


AL-HADITH

Manakala, dalil-dalil hadith yang berkaitan dengan ibadah cUmrah ini pula ialah seperti berikut:


Ibnu Umar berkata:

“Tiada seorang pun melainkan atas dirinya ada kewajiban mengerjakan haji dan umrah.”
Antara dalil al-Hadith lain ialah:

Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya ibadah haji itu kawan seiring dengan Umrah, sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab Allah yang artinya, ‘Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah itu karena Allah’.”


3.3 HUKUM IBADAH UMRAH


Umrah ertinya mengunjungi Baitullah untuk melaksanakan ibadah Tawaf, Sa`ei serta amalan lainnya demi mematuhi perintah Allah dan mengharap keredaannya pada waktu yang tidak ditentukan.

(1)Menurut Kamus Istilah Fiqh, hukumnya fardu ain bagi orang yang mampu, untuk pertama kali melaksanakannya atau kerana nazar. Dan hukum sunat apabila umrah itu dilaksanakan untuk yang kedua kalinya dan seterusnya.

(2) Umrah, mengikut pendapat yang terkuat dalam Mazhab Hanafi dan salah satu pendapat yang lebih diakui dalam Mazhab Maliki, ia adalah sunat mu`akad. Ini berdasarkan Hadis Rasulullah dari riwayat Jabir bagaimana seorang lelaki mendatangi Rasulullah s.a.w. meminta penjelasan adakah umrah itu wajib? Rasulullah menjawab tidak tetapi jika dilakukan adalah baik.

(3)Di kalangan ulama Syafi`i dan ulama Hanbali, hukum mengerja umrah adalah fardu seperti fardu haji kerana berdasarkan firman Allah:

واتموا الحج والعمرة لله

Terjemahan: Dan sempurkanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah


Selain dari berpegang pada firmah Allah di atas, ulama yang berpegang pada hukum tersebut pastinya berpegang juga pada satu hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah. Menurut riwayat, Aisyah telah bertanya kepada Rasulullah adakah orang perempuan wajib berjihad? Rasulullah menjawab ya tetapi tidak secara berperang sebaliknya mengerja haji dan umrah.

(4)Apa yang sebenarnya berlaku tentang umrah ini? Mengenai turunnya ayat 196 surah Al-Baqarah , beberapa peristiwa telah berlaku, di antaranya seorang lelaki memakai jubah yang harum semerbak dari wangian Za’faran mengadap Rasulullah s.a.w. dan berkata: Ya Rasulullah, apa yang harus aku lakukan dalam menunaikan umrah? Maka turunlah ayat tersebut dan Rasulullah pun bersabda menyuruh lelaki yang bertanya tadi menanggalkan baju wanginya, membersihkan hidung, mandi kemudian kerjakan apa yang biasa dikerjakan pada waktu haji.

(5) Bagaimana pun dalam kitab empat mazhab, di dalam mana-mana tafsir, kitab-kitab hadis dan di dalam buku Tabung Haji dalam bab haji dan umrah: haji dan umrah adalah ibadah fardu ain sekali dalam seumur hidup, seperti juga wajib menunaikan haji sekali dalam seumur hidup.

Tidak ada satu mazhab pun mengatakan umrah mahupun haji ‘wajib’ diulang- ulang.
Tetapi umat Islam mutakhir ini terutama dari golongan yang berpendapatan sederhana hingga golongan mewah, umrah sudah menjadi trend ibadah yang melampaui dari mengerja haji, menyonsang sunat kepada wajib. Golongan artis kerana rezeki ‘show’ yang bertalu-talu, sering berbelanja mengerjakan umrah, kemudian pulang dengan cerita-cerita yang karut marut, yang menggambarkan mereka adalah insan istimewa menjadi tetamu Kaabah. Golongan korporat, elit sering juga berumrah kerana di sanalah tempat mereka meminta. Orang-orang politik yang hampir muflis politiknya juga menjadikan umrah destinasi ‘bernazar’ dan pulang seolah-olah menjadi ‘insan kamil.’
Sebenarnya golongan ini, jauh terkeliru antara sunat dan tuntutan, tanggung jawab sesama umat. Golongan ini berpegang dengan melakukan sunat individu lebih penting dari tuntutan sejagat.

Dasar agama menurut Qur`an, haji dan umrah diwajibkan sekiranya mampu. Melalui surah Al-Imran ayat 97, Al-Haj ayat 27,28,29, Al-Baqarah ayat 196, 197 adalah hujahnya. Ada sembilan hadis yang menganjurkan mengerja umrah tetapi tidak disuruh mengulangi setiap tahun.

Bagaimana pun ramai umat Islam telah tersalah sasar, keliru dengan hukum ini sehingga ternyata teralpa tentang keperihatinan, tidak bersifat ehsan, tidak merasa tanggung jawab. Tuan-tuan guru masih bermain dengan ceramah dan kuliah bagaimana hendak melakukan ibadah ini untuk melipat gandakan pahala sedangkan pahala itu semuanya dalam bentuk pahala ‘individu.’


3.4 PERLAKSANAAN IBADAH UMRAH

Tata cara pelaksanaan ibadah umrah adalah: mandi, berwudhu, memakai pakaian ihram di miqat, solah sunah ihram 2 rakacat, niat cumrah dan membaca:

Labbaik Allâhumma umrat(an)

Terjemahannya: (Aku datang memenuhi panggilan-Mu ya Allah, untuk umrah)
Membaca talbiah serta doa, memasuki Masjidil Haram, tawaf, saci, dan tahalul.

3.4.1 Syarat, Rukun dan Wajib cUmrah

Syarat untuk melakukan cumrah adalah sama dengan syarat dalam melakukan ibadah haji. Adapun rukun cumrah adalah:

1. Ihram
2. Tawaf
3. Sa'i
4. Mencukur rambut kepala atau memotongnya
5. Tertib, dilaksanakan secara berurutan
Sementara itu wajib cumrah hanya satu, iaitu ihram dari miqat.


3.4.2 Tatacara perlaksanaan ibadah cUmrah


(1) Disunnahkan mandi sunat ihram sebelum ihram untuk cumrah.

(2) Memakai pakaian ihram. Untuk lelaki 2 kain yang dijadikan sarung dan selendang, sedangkan untuk wanita memakai pakaian apa saja yang menutup aurat tanpa ada hiasannya dan tidak memakai cadar atau sarung tangan.

(3) Niat cumrah dalam hati dan mengucapkan Labbaika 'umrotan atau Labbaikallahumma bi'umrotin. Kemudian bertalbiyah dengan dikeraskan suaranya bagi laki-laki dan cukup dengan suara yang didengar orang yang ada di sampingnya bagi wanita, yaitu mengucapkan: Labbaikallahumma labbaik labbaika laa syarika laka labbaik. Innal hamda wan ni'mata laka wal mulk laa syarika laka.

(4) Jika sudah sampai kota Makkah, disunnahkan mandi terlebih dahulu sebelum memasukinya.

(5) Sesampai di kacbah, talbiyah berhenti sebelum tawaf. Kemudian menuju hajar aswad sambil menyentuhnya dengan tangan kanan dan menciumnya jika mampu dan mengucapkan Bismillahi wallahu akbar. Jika tidak bisa menyentuh dan menciumya, maka cukup memberi isyarat dan berkata Allahu akbar.

(6) Tawaf sebanyak 7 kali putaran. 3 putaran pertama jalan cepat dan sisanya jalan biasa. Tawaf diawali dan diakhiri di hajar aswad dan ka'bah dijadikan berada di sebelah kiri.

(7) Solah 2 rakaat di belakang maqam Ibrahim jika bisa atau di tempat lainnya di masjidil haram dengan membaca surah Al-Kafirun pada raka'at pertama dan Al-Ikhlas pada raka'at kedua.

(8) Sa'i dengan naik ke bukit Shofa dan menghadap kiblat sambil mengangkat kedua tangan dan mengucapkan Innash shofa wal marwata min sya'aairillah. Abda'u bima bada'allahu bihi (Aku memulai dengan apa yang Allah memulainya). Kemudian bertakbir 3 kali tanpa memberi isyarat dan mengucapkan Laa ilaha illallahu wahdahu laa syarika lahu. Lahul mulku wa lahul hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qodiir. Laa ilaha illallahu wahdahu anjaza wa'dahu wa Wa nasoro 3abdahu wa hazamal ahzaaba wahdahu( 3 kali).

Kemudian berdoa sekehendaknya.

(9) Amalan pada poin 8 diulangi setiap putaran di sisi bukit Shofa dan Marwah disertai dengan doa

(10) Sa'i dilakukan sebanyak 7 kali dengan hitungan berangkat satu kali dan kembalinya dihitung satu kali, diawali di bukit Shofa dan diakhiri di bukit Marwah.

(11) Mencukur seluruh rambut kepala bagi lelaki dan memotongnya sebatas ujung jari bagi wanita

3.5 LARANGAN DALAM HAJI DAN UMRAH


Hal-hal yang tidak boleh dilakukan oleh orang yang sudah memakai pakaian ihram dan sudah berniat melakukan ibadah haji/cumrah adalah:

1. Melakukan hubungan seksual atau apa pun yang dapat mengarah pada perbuatan hubungan seksual.
2. Melakukan perbuatan tercela dan maksiat.
3. Bertengkar dengan orang lain.
4. Memakai pakaian yang berjahit (bagi laki-laki).
5. Memakai wangi-wangian.
6. Memakai khuff (kaus kaki atau sepatu yang menutup mata kaki).
7. Melakukan akad nikah.
8. Memotong kuku.
9. Mencukur atau mencabut rambut.
10. Memakai pakaian yang dicelup yang mempunyai bau harum.
11. Membunuh binatang buruan.
12. Memakan daging binatang buruan.


3.6 BEBERAPA PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN IBADAH CUMRAH BERDASARKAN HADITH RASULULLAH S.A.W


(1) Kewajiban Mengerjakan Umrah dan Keutamaannya
Ibnu Umar berkata:



“Tiada seorang pun melainkan atas dirinya ada kewajiban mengerjakan haji dan umrah.”

Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya ibadah haji itu kawan seiring dengan cUmrah, sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab Allah yang artinya, ‘Sempurnakanlah ibadah haji dan cumrah itu kerana Allah’.”

Abu Hurairah r.a. mengatakan bahwa Rasulullah bersabda:

“Umrah ke umrah yang lain adalah menghapuskan dosa di antara keduanya. Haji yang mabrur itu tidak ada balasannya melainkan syurga.”


(2) Mengerjakan cUmrah sebelum mengerjakan Haji

Ikrimah bin Khalid mengatakan bahwa dia bertanya kepada Ibnu cUrnar tentang cumrah sebelum haji, lalu Ibnu cUmar menjawab: “Tidak mengapa.” Ikrimah berkata: “Ibnu Umar berkata, ‘Nabi berumrah sebelum haji’.”


(3) Berapa kali Rasulullah s.a.w mengerjakan Umrah?

Mujahid berkata:

“Saya dan Urwah Ibnuz Zubair pernah masuk ke masjid, tiba-tiba di sana ada Abdullah bin Umar sedang duduk bersandar kamar Aisyah, dan orang-orang melakukan solah dhuha di masjid. Lalu, kami bertanya kepada Ibnu cUmar tentang solah mereka itu. Dia menjawab, ‘Bidcah.’ Kemudian aku bertanya kepadanya: ‘Berapa kalikah Nabi berumrah?’ Ia menjawab: ‘Empat kali, salah satunya dalam bulan Rajab.’ Maka, kami tidak mau mengulangi lagi, dan kami mendengar bunyi gosok gigi Aisyah Ummul Mukminin di dalam kamar. Kemudian Urwah berkata: ‘Wahai ibunda, tidakkah engkau mendengar apa yang dikatakan ayah Abdur Rahman?’ Aisyah balik bertanya: ‘Apa yang dikatakannya?’ Urwah berkata: ‘Ia berkata, ‘Sesungguhnya Rasulullah berumrah empat kali, salah satunya dalam bulan Rajab.’ Aisyah berkata: ‘Semoga Allah memberikan rahmat kepada Abu Abdurrahman (Ibnu Umar). Setiap beliau berumrah, ia selalu menyaksikannya. Beliau tidak pernah umrah dalam bulan Rajab.”

Qatadah berkata:

“Saya bertanya kepada Anas, ‘Berapa kali Nabi mengerjakan umrah?’ Ia menjawab: ‘ (Beliau mengerjakan umrah) empat kali, (semuanya pada bulan Dzulqai’dah, kecuali yang bersama hajinya), iaitu umrah dari Hudaibiyah pada bulan Dzulqai’dah ketika beliau dihalang-halangi kaum musyrik. Umrah pada tahun berikutnya dalam bulan Dzulqai’dah, sesuai dengan perjanjian damai dengan mereka, dan umrah Jira’nah, yaitu ketika membagi rampasan Hunain, (dan umrah bersama hajinya).’ Saya (Qatadah) bertanya: ‘Berapa kali beliau mengerjakan haji?’ Ia menjawab: ‘Satu kali.’
Abu Ishaq berkata: “Aku bertanya kepada Masruq, Atha’, dan Mujahid, lalu mereka berkata, ‘Rasulullah melakukan umrah pada bulan Dzulqai’dah sebelum beliau mengerjakan haji.’ Ia berkata: “Saya mendengar Bara’ bin Azib berkata, ‘Rasulullah berumrah dua kali pada bulan Dzulqai’dah sebelum beliau berhaji.’


(4) Amalan-Amalan yang Dilakukan dalam Umrah Adalah Sebagaimana yang Dilakukan Dalam Haji

Ya’la bin Umayyah mengatakan:

‘ bahwa seorang laki-laki datang kepada Nabi ketika beliau berada di Ji’ranah (waktu itu beliau mengenakan kain untuk berlindung, dan beliau disertai oleh beberapa orang sahabat) (Dalam satu riwayat: Tiba-tiba datanglah seorang Arab dusun) dengan mengenakan jubah dan di jubahnya ada bekas minyak, atau ia berkata: kekuning-kuningan [dalam satu riwayat: berlumuran dengan wewangian]), kemudian orang itu berkata, “Bagaimanakah yang engkau perintahkan kepadaku mengenai apa yang harus kukerjakan di waktu aku mengerjakan umrah?” (Nabi diam sejenak) tiba-tiba Allah menurunkan wahyu kepada Nabi (dan dalam satu riwayat: lalu datanglah wahyu kepada beliau), lalu ditutuplah wajah Nabi dengan sehelai pakaian. Ya’la berkata, “Aku sendiri sebenarnya ingin sekali melihat wajah Nabi di saat beliau mendapatkan wahyu itu. Maka, Umar bertanya, ‘Apakah engkau ingin melihat Nabi pada saat Allah menurunkan wahyu kepada beliau?’ Aku menjawab, ‘Ya.’ (Lalu Ya’la datang sedang Rasulullah mengenakan pakaian yang digunakan untuk berlindung, lalu beliau memasukkan kepala beliau). Lalu, beliau menyingkap ujung pakaian itu dan aku melihat beliau. Tiba tiba wajah Nabi menjadi merah, mengeluarkan suara (saya kira ia berkata, “Bagaikan dengkur orang tidur”). Hal itu terjadi sesaat. Sesudah beliau sadar, beliau bertanya, ‘Manakah orang yang bertanya tentang umrah tadi?’ Lalu dicarilah orang itu, kemudian dibawa kepada beliau. Lalu, beliau bersabda, “Jika engkau hendak berumrah, maka lepaskanlah jubahmu dan bersihkanlah bekas wangiwangian dari dirimu dan pakaianmu. Bersihkanlah bekas kekuning-kuningannya. (Dalam satu riwayat: Adapun wewangian yang ada padamu, maka cucilah tiga kali, dan lepaskanlah jubahmu). Kemudian kerjakanlah dalam umrahmu itu sebagaimana apa yang engkau kerjakan dalam hajimu.” (Saya bertanya kepada Atha’, “Apakah yang beliau maksudkan dengan mencuci tiga kali itu membersihkannya?” Dia menjawab, “Ya.”)

(5) Bilakah Seseorang yang Bercumrah Itu Bertahalul?

Atha’ berkata dari Jabir:

“Nabi menyuruh para sahabatnya agar haji mereka diubah menjadi umrah, dan agar mereka melakukan thawaf, lalu memendekkan (menggunting) rambut, dan bertahalul.”
Abdullah bin Aufa berkata:

“(Kami bersama Nabi ketika) mengerjakan umrah, dan kami pun mengerjakan umrah bersama beliau. Ketika beliau memasuki kota Mekah, maka beliau mengerjakan thawaf dan kami berthawaf pula bersama beliau (dan beliau mengerjakan dan kami pun solah bersama beliau). Kemudian beliau menuju (dalam satu riwayat: mengerjakan sa’i antara) Shafa dan Marwah, dan kami menuju ke sana bersama beliau. Kami menutupi (melindungi) beliau dari anak-anak kaum musyrikin dan dari kaum musyrikin itu sendiri kalau-kalau mereka mengganggu Rasulullah. Seorang kawanku bertanya kepada Abdullah bin Abi Aufa, ‘Apakah Nabi masuk ke dalam Ka’bah?’ Ia menjawab, ‘Tidak.’ Sahabatku berkata, ‘Ceritakanlah kepada kami apa yang beliau sabdakan mengenai Khadijah.’ Ia berkata, “Beliau bersabda, ‘Berilah kabar gembira kepada Khadijah bahwa ia akan memperoleh sebuah rumah di dalam surga yang terbuat dari bambu yang tidak beruas. Di dalamnya tidak terdapat keributan dan tidak pula ada kelelahan.’


BAB IV

4.1 KESIMPULAN



Hampir dua juta umat Islam dari seluruh dunia termasuk kira-kira 26,000 jemaah Malaysia berwukuf di Arafah semalam, ibadat haji terpenting dalam melengkapkan Rukun Islam kelima itu. Mereka mula meninggalkan Makkah menuju ke padang Arafah selepas waktu Zuhur kelmarin untuk mengerjakan ibadat wukuf manakala Aidiladha disambut di Tanah Suci pada hari ini.

Bagi jemaah Malaysia, mereka bergerak dalam tiga peringkat iaitu selepas Zuhur, selepas Asar dan selepas Isyak. Waktu wukuf bermula dari gelincir matahari (Zuhur) pada 9 Zulhijjah semalam hinggalah terbit fajar (Subuh) 10 Zulhijjah hari ini, waktu yang dikatakan paling mustajab untuk berdoa.

Aidiladha di negara ini tetap disambut esok seperti diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah, Ahad lalu dan ketetapan tarikh berkenaan dibuat berdasarkan hisab dan rukyah di negara ini. Sebelum ini Majlis Kehakiman Tertinggi Arab Saudi mengumumkan bahawa tarikh 1 Zulhijjah 1428 Hijrah ialah pada Isnin, 10 Disember, iaitu sehari lebih awal daripada yang dijangkakan, selepas anak bulan Zulhijjah kelihatan berdasarkan penentuan tarikh secara rukyah. Berikutan itu, hari wukuf bagi musim haji tahun ini ditetapkan semalam manakala Aidiladha di Arab Saudi disambut pada hari ini.

Sepanjang di Arafah, jemaah haji melakukan ibadat seperti berwirid, berdoa dan membaca al-Quran. Padang Arafah adalah tempat dipertemukan Nabi Adam dan Hawa serta tempat pertama di bumi di mana Allah menerima taubat umatnya. Di Padang Arafah juga adalah tempat Nabi Muhammad SAW menyampaikan khutbah terakhirnya sebagai syarat untuk melengkapkan ibadat haji masing-masing.

Bumi Arafah berhampiran kota suci Makkatul-Mukarramah, bukanlah sebarang tempat. Ia dikunjungi hanya setahun sekali dan begitu juga dengan sebuah masjid indah di situ yang hanya dibuka setahun sekali, khas untuk jemaah haji dari seluruh dunia berwukuf serentak. Bagi mereka yang pernah menunaikan Rukun Islam itu atau menontonnya di kaca televisyen, akan kelihatan ratusan ribu jemaah haji berpakaian ihram serba putih berbaris-baris menaiki pelbagai jenis kenderaan seperti bas, van, kereta dan teksi sambil menjinjing beg kecil masing-masing.

Jemaah haji akan terus bermabit di Mina dan melakukan ibadat melontar pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah sebelum mereka kembali semula ke Makkah untuk menyelesaikan ibadat haji dengan mengerjakan Tawaf iaitu mengelilingi Kaabah sebagai simbolik perjuangan manusia dalam pelbagai lapangan untuk meneruskan hidup di dunia dan Sa'ie.

Umat Islam dari seluruh dunia tanpa mengira bangsa, darjat dan warna kulit, akan bersama-sama memuji kebesaran Illahi ketika ini, sekali gus menyerlahkan perpaduan jitu dan kukuh di kalangan sesama ummah. Dengan kekuatan itulah umat Islam akan dihormati dan dikenali serta boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan warga dunia lain.

Dari situ juga lahirlah keinsafan pada diri betapa kelebihan manusia di sisi Allah bukan semata-mata kerana kekuatan dari segi kewangan, kuasa, pangkat atau kecantikan tetapi perlu ditambah nilai dengan takwa, iman dan amal soleh. Ibadat Haji adalah Rukun Islam kelima. Ia menjadi fardu sebaik saja umat Islam berkuasa atau berkemampuan untuk melaksanakannya.

Ibadat yang wajib ini bukan saja mampu membentuk keperibadian mulia umat manusia sesudah bertaubat serta insaf terhadap kebesaran dan keagungan Allah malah menjanjikan beberapa ganjaran kebaikan yang sewajarnya menjadi rebutan masyarakat Islam. Sesungguhnya ibadat haji adalah kemuncak kehidupan seseorang Muslim yang mengabdikan diri kepada Allah.


4.2 PENGAJARAN DAN CADANGAN


Sepanjang menunaikan ibadat haji, terserlah pelbagai pengajaran dan hikmah untuk membolehkan umat Islam berjaya di dunia dan akhirat. Antara lain, jemaah haji dididik supaya lebih bertakwa sekali gus menjana minda lestari.

Makna minda lestari ialah fikiran, anutan dan fahaman proaktif dengan meletakkan ekosistem dan seluruh komponen kosmos pada kedudukan sesuai dengan tabii kejadiannya. Sebagai contoh, sumber hutan perlu diurus selestarinya, sama ada pembalakan, penerokaan sumber asli atau eko-pelancongan tanpa menjejaskan peranan hutan sebagai pengimbang ekosistem dari segi kepelbagaian biologi, penyerap gas karbon dan penyejuk suasana.

Sepanjang ibadat haji, proses penjanaan minda lestari berlaku sekurang-kurangnya menerusi tiga amalan penting. Pertama, menerusi kewajipan berihram. Selepas berniat haji, lebih tiga juta jemaah haji bergerombolan meninggalkan Makkah untuk wukuf di Arafah, kemudian mabit di Muzdalifah, melontar jamarat, bermalam di Mina, dituruti tawaf di Baitullah dan saei antara Safa ke Marwah, diakhiri dengan bercukur.

Pakaian ihram adalah simbol kesucian diri dan keputihan jiwa, sesuai dengan fitrah insaniah. Pakaian ihram juga adalah simbol betapa mudahnya keperluan hidup duniawi dalam perjalanan menuju destinasi akhirat. Ketika berihram, jemaah wajib meninggalkan 13 larangan bertujuan mengawal hawa nafsu dan keinginan bersifat haiwani. Larangan itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu mengawal jiwa supaya tidak terpesona dengan keindahan duniawi, mengawal nafsu seksual dan melestarikan alam sekitar.

Ketika berihram, jemaah dilarang memakai wangi-wangian, pakaian bersarung, menutup kepala dan muka, menggunting kuku, memakai minyak rambut, mengerat kuku dan rambut atau bulu, serta bersarung tangan. Larangan itu adalah simbolik betapa manusia sama taraf di sisi Allah. Faktor pembeda bukan kecantikan paras, pangkat, darjat atau kekayaan, tetapi tahap ketakwaan. Proses penjanaan minda lestari juga berlaku ketika perjalanan ritual penuh simbolik bermula dari Makkah ke Mina, kemudian ke Arafah, kembali ke Mina dan berakhir di Makkah. Sepanjang perjalanan itu, jemaah haji sentiasa berzikir dan bertalbiah membesarkan Tuhan Pencipta Alam.


Pada saat ini terasa betapa kerdil dan lemahnya manusia sehingga ada jemaah keletihan dan tidak bermaya biarpun menggunakan bas dengan jarak perjalanan tidak jauh. Apatah lagi untuk mengelilingi cakerawala ciptaan Tuhan Maha Besar!. Ketika berihram, jemaah haji dilarang memotong, menebang, mengerat atau mencabut tumbuhan. Begitu juga memburu binatang buruan yang halal dimakan, apatah lagi membinasakannya. Larangan itu, antara lain, adalah simbolik untuk mendidik jemaah haji supaya melestari alam sekitar sebagai Kitab Tersirat yang menyerlahkan keagungan Tuhan Maha Bijaksana.

Dalam konteks lebih luas, tidak terhad ketika berihram, umat Islam ditegah melakukan amalan bukan lestari lain yang boleh mencemarkan air, udara, tanah dan komponen ekosistem. Kemuncaknya, larangan itu sepatutnya mendorong kita mengurangkan tahap penggunaan dan kebergantungan kepada sumber alam yang ketika ini semakin pupus.

Kedua, minda lestari juga terbina menerusi ibadat korban. Secara ritual dan prinsipnya, ibadat korban ialah penyembelihan binatang pada hari tasyrik. Ibadat ini tidak khusus kepada jemaah haji dan boleh dilakukan di mana saja, dan tidak terhad kepada binatang. Nabi Ibrahim AS diperintah mengorbankan anaknya, Nabi Ismail AS. Pengorbanan juga membabitkan jiwa, harta, kedudukan dan kemewahan semata-mata mencari keredaan Allah. Ibadat haji juga mendorong kita berkorban untuk meringankan bebanan masyarakat menerusi pelbagai cara, misalnya membantu mereka dalam kesusahan dan musibah.

Selain itu, pengorbanan juga merangkumi langkah mengurangkan risiko hal yang memudaratkan. Secara teknikal, ia disebut pengurusan risiko, misalnya menerusi pelestarian ekosistem seperti hutan, sumber air dan mengurangkan pembebasan gas karbon ke ruang udara. Dalam konteks ini seperti dianjurkan menerusi hikmah ibadat korban, pengorbanan membabitkan masa, wang, kepakaran, idea dan keringat untuk memastikan dasar dan amalan lestari dilaksanakan dalam konteks keluarga, komuniti, lapangan kerja dan negara.

Ketiga, minda lestari terjana dengan memahami hikmah dan sejarah Makkah menerusi Nabi Ibrahim AS, anaknya Nabi Ismail AS dan isterinya Hajar. Di situlah terpancarnya air zam zam menerusi hentakan kaki Ismail, ketika ibunya kehausan berulang-alik dari Safa ke Marwah mencari sumber air. Dengan air zam zam itulah bermulanya kehidupan keluarga Ibrahim dan tamadun Islam di halaman Kaabah di bumi Makkah.

Sesungguhnya jemaah haji, sebagai tetamu Allah, dididik mengenai kepentingan sumber air sebagai sumber kehidupan dan asas kemajuan. Oleh itu sumber air di mana saja, perlu dilestari untuk keperluan jasad, penyucian diri, pembersihan rohani dan sumber ekonomi. Pelestarian sumber air bermakna memastikan bekalan air mengalir seadanya dengan kualiti air bersih dan penggunaannya dioptimumkan tanpa pembaziran.

Demikian manifestasi di sebalik amalan dan penghayatan ibadat haji dalam konteks pembinaan minda lestari. Kesannya menyuci dan memutihkan jiwa seperti putihnya pakaian ihram. Impaknya menjernihkan minda seperti jernihnya air zam zam. Dan kemuncaknya ialah penghayatan hidup penuh taqwa seperti hampirnya diri kepada Ilahi ketika khusyuk bertawaf mengelilingi Baitullah.


4.3 PENUTUP

Sememangnya umat Islam sedar dan peka kelebihan ibadat korban yang setiap kali kedatangan Aidiladha, amalan korban diadakan di masjid, surau, sektor awam dan swasta. Malah, tidak kurang juga mengadakan ibadat korban secara persendirian di rumah masing-masing. Dengan adanya amalan ibadat korban sedemikian, jelas membuktikan wujudnya suasana kerjasama dan saling membantu antara semua pihak.
Ibadah korban disunatkan Rasulullah sebagai latihan dan ujian bagi kaum Muslimin untuk memupuk semangat berkorban dengan cara mengeluarkan sebahagian kecil nikmat dan rezeki yang dilimpahkan Allah untuk dirasai golongan fakir miskin, sekali gus memanifestasikan syiar Islam itu.

Antara hikmah dan nilai murni pensyariatan korban adalah untuk melatih dan membentuk sahsiah peribadi umat Islam supaya sentiasa bersedia berkorban dengan sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Tuhan demi kepentingan orang lain. Ia juga sebagai satu cara mendekatkan diri kepada Allah, at-taqarrub seperti yang kita ikrarkan dalam sembahyang lima waktu: "Sesungguhnya solatku, hidupku, ibadahku dan matiku adalah untuk berbakti kepada Allah.’ Dengan penyembelihan binatang korban itu, boleh dinikmati oleh diri orang yang berkorban itu sendiri, kaum keluarga jiran tetangga dan sahabat handai seluruhnya.

Junjungan kita bersabda dalam hadis yang masyhur maksudnya:
"Perbandingan dan perumpamaan orang beriman itu dari sudut saling berkasih dan bertimbang rasa sesama mereka adalah seumpama satu tubuh badan manusia apabila suatu anggotanya berasa sakit maka seluruh tubuh badan itu akan menderita tidak lelap tidur dan diserang demam."

Oleh itu, berkorban adalah sebagai tanda syukur kepada Allah Taala terhadap nikmat yang dikurniakan-Nya kepada kita dan menanamkan nilai murni yang digalakkan Islam ke dalam jiwa seperti sifat belas kasihan, sikap penyayang, bekerjasama, suka menolong dan bersedekah.Antara fadilat berkorban adalah menambah amal kebajikan.


RUJUKAN


Al-Qur’an al-Karim.
Kamus Dewan (Edisi ketiga). 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Haji Dusuki bin Haji Ahmad. 1980. Kamus Pengetahuan Islam. Kuala Lumpur: Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia.
Azwira cAbd cAziz dan Ahamad Asmadi Sakat. 1999. Metodologi Hadith. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Sheikh cAbdullah Basmeih. 2001. Tafsir Pimpinan ar-Rahman (30 juz). Kuala Lumpur: Darul
Fikir.
Ibnu Muhammad al-Fandahani. 2006. Kaifiyat Haji dan Umrah. Selangor: Crescent News (KL)
Sdn. Bhd.
Haji Abu Mazaya al-Hafiz. 2002. Panduan Haji, cUmrah dan Ziarah. Kuala Lumpur: Al-
Hidayah Publishers.
Mokhtar Petah. Falsafah Ibadah cUmrah dan Haji. Kuala Lumpur: Mata Publication.
Haji Othman Mukim Hasan. 1994. Bimbingan Ibadah Haji, cUmrah dan Ziarah. Selangor:
Pustaka Ilmi.
Muhammad Nashiruddin al-Bani. 1995. Haji dan cUmrah mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn. Bhd.
Zulkifli Khair, Khair cAbdul Salam dan cAbdul Ghani Jalil. 2008. 501 Soal Jawab Tentang Haji
dan cUmrah. Selangor: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
http//:www.wikipedia.com.my
http//:www.al-azim.com

Tiada ulasan: