DONATE

Isnin, 4 Januari 2010

Oksidentalisme: Suatu Kajian Khusus




BAB 1


PENDAHULUAN


1.1          LATAR BELAKANG KAJIAN


Menurut Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (2006), “Occident” bermaksud dunia Barat manakala “Occidental” pula membawa maksud bersifat Barat, orang Barat dan Kebaratan. Oksidentalisme merupakan satu kegiatan penyelidikan yang dijalankan ke atas tamadun Barat yang memandang dari pelbagai aspek yang besar antaranya ialah budaya, falsafah, pemikiran, politik, ekonomi dan sebagainya. Tamadun Barat mula berkembang dengan pesat selepas zaman Kegelapan sehinggalah sekarang. Ramai intelektual-intektual yang tersohor dengan pelbagai teori-teori yang lahir dari Barat yang mewakili pelbagai bidang yang besar sehinggakan idea dan pemikiran mereka dijadikan asas dalam kehidupan kita seharian. Ini merupakan salah satu kelebihan bagi dunia Barat yang mempunyai intelektual-intelektual yang cukup hebat yang terdiri daripada pelbagai bidang. Bagi intelektual-intelektual Islam, kajian Oksidentalisme ini merupakan satu kajian yang baru dalam perbincangan dunia Islam semasa yang mana ia tidak diberi tumpuan yang lebih terperinci. Hanya segelintir sahaja intelektual Islam yang membincangkan Oksidentalisme, namun ia tidak diberi penjelasan yang lebih detail dan lengkap. 

Menurut Shaharom TM Sulaiman, kajian Oksidentalisme bermula apabila para ahli falsafah Jepun mengadakan pertemuan di Kyoto pada tahun 1942.  Di dalam pertemuan tersebut, para ahli falsafah Jepun menyatakan bahawa Jepun memainkan peranan yang cukup penting dalam arena antarabangsa kerana Jepun sudah menjadi kuasa yang besar selepas pihak Jepun berjaya menyerang pengkalan Amerika Syarikat di Pearl Harbour. Peranan yang perlu dimainkan oleh pihak Jepun adalah membuktikan tamadun Jepun juga adalah sebuah tamadun yang hebat dan mampu menandingi tamadun Barat dari pelbagai aspek antaranya ekonomi, sosial, politik, pemikiran, teknologi, pendidikan dan sebagainya. Kajian Oksidentalisme merupakan respon kepada kajian Orientalisme. Oleh itu, apabila membincangkan kajian Oksidentalisme tidak dapat tidak, kita perlu merujuk kepada kajian Orientalisme (Shaharom, Minda, 2003:54-55).


Kajian Oksidentalisme merupakan kajian yang bukan tertumpu kepada tamadun Barat semata-mata berdasarkan aspek sejarah, falsafah, budaya, pemikiran dan sebagainya tetapi kajian ini juga mengkaji acuan-acuan Barat yang diterapkan oleh Barat kepada negara-negara lain. Antara cara yang digunakan oleh Barat ialah dengan membawa dan menyebarkan pelbagai aliran dan kefahaman ke dalam tamadun-tamadun besar di dunia, seperti doktrin sekularisme[1] dan liberalisme[2]. Apabila berkembangnya doktrin-doktrin tersebut, secara tidak langsung mereka berjaya mempengaruhi masyarakat Islam dengan menjadikan doktrin-doktrin tersebut sebagai satu prinsip dalam rutin kehidupan masyarakat Islam.


Melihat kepada perkembangan ilmu di Barat, di dapati intelektual-intelektual Barat telah lama membincangkan kajian Oksidentalisme. Walau bagaimanapun, perbincangan tentang Oksidentalisme dalam Pemikiran Islam Semasa dilihat masih baru. Salah seorang intelektual Islam yang serius membincangkan Oksidentalisme ialah Hassan Hanafi yang menghasilkan sebuah buku yang bertajuk “Oksidentalisme: Sikap Kita Terhadap Tradisi Barat”.


Oksidentalisme menurut Hassan Hanafi ialah suatu bentuk pengkajian hakikat perkembangan Barat yang merupakan satu kemestian untuk menghentikan “Eurocentrism”[3] yang telah menguasai dunia dan untuk menebus sisi negatif dalam kajian Orientalisme. Menurut beliau lagi, kajian Oksidentalisme ini perlu dijadikan satu ilmu yang perlu dimiliki oleh semua negara yang sedar tentang cabaran Barat yang semakin hebat, terutama kepada negara-negara yang sering dijadikan Barat sebagai boneka yang boleh digunakan untuk kepentingan mereka. Kajian ini diharap akan memberikan pendedahan kepada negara-negara yang sedar terhadap cabaran tersebut dengan mengetahui kisah Barat dari segi kekuatan dan kelemahan Barat. Dalam konteks masyarakat Islam, orang Islam tidak semestinya menerima paradigma ilmu pengetahuan moden Barat yang hanya tertumpu kepada materialisme[4], sebaliknya mereka harus menggali kekuatan ketamadunan ilmu yang dibina oleh Islam itu sendiri. 


Di dalam konteks Pemikiran Islam Semasa, kajian Oksidentalisme ini telah membuka ruang kepada intelektual-intelektual Islam melihat ketamadunan Barat mengikut perpektif Islam sebagaimana Hassan Hanafi yang melahirkan sebuah karya yang bertajuk “Muqāddimah fī cilm al-Istighrāb” dan diterjemahkan sebagai “Oksidentalisme: Sikap Kita Terhadap Tradisi Barat” (2000). Sudah kita maklumi bahawa, perkembangan tamadun Barat sebagai suatu tamadun yang berkembang pesat dan maju tetapi di dalam kepesatan yang mereka kecapi, mereka menolak nilai-nilai keagamaan di dalam diri mereka dan menanam nilai-nilai material sehingga mereka tidak mampu menilai baik dan buruk sesuatu perkara.


            Kajian Oksidentalisme ini perlu diberi penekanan bukan untuk mengagungkan ketamadunan Barat sebagai sebuah empayar yang disegani tetapi sebagai perisai kepada negara-negara yang sedar akan cabaran-cabaran Barat. Justeru itu, kajian Oksidentalisme ini harus diperluaskan dan ia amat penting kepada tamadun Islam sebagai langkah pertama untuk mengkaji dan memahami dengan lebih terperinci dari pelbagai sudut mengenai tamadun Barat.


1.2       PERMASALAHAN KAJIAN


Oksidentalisme merupakan aliran penyelidikan terhadap Barat yang mana ia merangkumi pelbagai aspek utama, antaranya budaya, ekonomi, sosial, falsafah dan sebagainya. Pengkajian ini telah lama diperbincangkan oleh para intelektual Barat sebagai satu kajian yang lebih terperinci terhadap perkembangan ketamadunan Barat. Para intelektual Islam juga ada membincangkan kajian Oksidentalisme sebagai satu disiplin ilmu yang perlu diberi perhatian.


            Kajian Oksidentalisme adalah satu bidang ilmu sosial yang baru diperbincangkan di kalangan intelektual-intelektual Islam. Terdapat pelbagai definisi terhadap kajian tersebut, namun secara keseluruhannya fokus kajian Oksidentalisme yang utama ialah kajian terhadap ketamadunan Barat. Melalui kajian Oksidentalisme ini juga dapat dilihat perkembangan tamadun Barat dari zaman pemerintahan gereja terhadap rakyat dan Zaman Skolastik (abad 1-14 M), Zaman Reformasi agama dan kebangkitan rakyat menentang pihak gereja (abad 15-16 M), Zaman Rasionalisme dan Zaman Pencerahan (abad 17-18 M), Zaman Positivisme dan Saintisme (abad 19 M) dan akhirnya Zaman Eksistensisme dan Zaman Analitisme (abad 20 M) (Hassan Hanafi, 2000: 4).


            Bidang disiplin ilmu yang berkait-rapat dengan Oksidentalisme ialah Orientalisme. Bidang pengkajian Orientalisme merupakan kajian terhadap peradaban Islam oleh intelektual-intelektual Barat yang mempunyai struktur emosi yang berbeza dengan struktur peradaban yang dikaji oleh mereka. Justeru kajian Oksidentalisme ini merupakan kajian yang bertentangan dengan kajian Orientalisme. Tanggapan Barat bahawa segala ilmu pengetahuan berakar umbi daripada tamadun mereka, dan menganggap bahawa tamadun lain bergantung kepada tamadun mereka, justeru kemunculan pelbagai aliran dan teori baru juga berasal daripada tamadun mereka dapat disingkirkan. Bagi intelektual-intelektual Islam, kajian Oksidentalisme ini memainkan peranan yang cukup penting.


Pada dasarnya ia diciptakan untuk menghadapi westernisasi yang memiliki pengaruh yang luas tidak hanya kepada budaya tetapi kepada sistem-sistem yang tanpa kita sedari atau tidak telah menjadi budaya dalam hidup masyarakat. Kajian Oksidentalisme ini merupakan satu kajian yang mempunyai ciri-ciri unik yang dapat memberi gambaran yang jelas terhadap tamadun Barat. Kajian ini juga menarik perhatian pengkaji untuk merungkai persoalan-persoalan yang timbul yang perlu diberikan perhatian yang serius.


            Pertama, dalam pemikiran kotemporari Barat, pengkaji ingin mengkaji pandangan yang dilihat dari perspektif intelektual-intelektual Barat sebagai kajian yang komprehensif. Pengkaji ingin meneliti apakah konsep yang digunakan oleh mereka dalam kajian Oksidentalisme sebagai satu kajian terhadap ketamadunan mereka sendiri. Selain itu, pengkaji juga mengkaji konsep yang digunakan oleh Hassan Hanafi yang menjadi fokus utama dalam kajian Oksidentalisme untuk dibuat perbandingan serta pengkaji ingin melihat sejauhmana perbezaan dan persamaan konsep dan pandangan mereka terhadap kajian tersebut. 


            Kedua, setiap kajian yang dijalankan menggunakan metode kajian yang berbeza antara satu sama lain. Ramai di kalangan intelektual Barat dan Islam memberikan pandangan terhadap kajian Oksidentalisme namun matlamatnya hanyalah satu iaitu kajian tersebut merupakan kajian terhadap ketamadunan Barat yang merangkumi pelbagai aspek. Mereka juga menggunakan pelbagai metode dalam pengkajian tersebut, ini juga dapat dilihat kepada para intelektual Islam yang ada membincangkan kajian ini menggunakan metode yang tersendiri. Pengkaji ingin meneliti dan membuat perbandingan antara metode yang digunakan oleh intelektual-intelektual Barat dan Hassan Hanafi yang menjadi perintis kepada kajian Oksidentalisme.


            Ketiga, pengkaji melihat kajian Oksidentalisme ini adalah suatu disiplin ilmu yang perlu diberi perhatian oleh para intelektual yang prihatin dengan cabaran Barat untuk mencari kekuatan dan kelemahan mereka. Dalam Pemikiran Islam Semasa, pengkaji ingin mengkaji sejauhmanakah kajian tersebut diperbincangkan di dalam ruang lingkup Pemikiran Islam Semasa mengikut beberapa orang tokoh intelektual-intelektual Islam seperti Hassan Hanafi, Ziauddin Sardar dan beberapa orang lagi tokoh pemikir Islam yang lain. Menurut beberapa orang intelektual Barat dan Islam, kajian Oksidentalisme lahir ekoran daripada respon kepada kajian Orientalisme. Justeru itu, pengkaji juga ingin mengkaji sejauhmanakah kajian Orientalisme dan kajian Oksidentalisme yang dikatakan sebagai  respon terhadap kajian Orientalisme dan pengkaji juga perlu melakukan perbandingan terhadap kedua-dua kajian tersebut dari beberapa aspek yang utama iaitu konsep, metode dan teori yang digunakan.


Keempat, pengkaji ingin mendedahkan dan menjelaskan kepentingan kajian Oksidentalisme kepada masyarakat Islam khususnya. Secara realitinya, masyarakat Islam masih lagi belum mengetahui mengenai kajian Oksidentalisme apatah lagi matlamat dan objektif kajian Oksidentalisme. Melalui kesedaran tersebut, pengkaji melihat kajian ini adalah sebagai kunci yang utama kepada masyarakat untuk membuka jalan dan memberi kesedaran betapa pentingnya kajian Oksidentalisme kepada masyarakat dan ketamadunan Islam. Kajian ini adalah salah satu perisai kepada masyarakat Islam untuk menangkis pandangan Barat terhadap agama Islam dengan mengetahui kekuatan dan kelemahan tamadun Barat.
           

1.3       MATLAMAT KAJIAN


Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengetahui sejauhmanakah para intelektual Islam membincangkan Oksidentalisme dalam Pemikiran Islam Semasa. Ini kerana Oksidentalisme merupakan sesuatu kajian yang baru di dalam Pemikiran Islam Semasa. Selain itu ada beberapa matlamat yang perlu dicapai didalam kajian ini antaranya ialah :


1.2.1        Menjelaskan secara terperinci pengertian dan maksud Oksidentalisme serta sejarah bermulanya Oksidentalisme.
1.2.2    Menjelaskan maksud Oksidentalisme pada pandangan para intelektual Barat dan para intelektual Islam, khususnya Hassan Hanafi.
1.2.3    Untuk mengkaji sejauhmanakah penglibatan para intelektual Islam, terutama Hassan Hanafi dalam membincangkan Oksidentalisme dan pandangan mereka terhadap perkara tersebut.
1.2.4    Untuk mengkaji sejauhmanakah Oksidentalisme sebagai sebuah ilmu yang perlu dipandang serius di dalam Pemikiran Islam Semasa dan dalam gagasan Hassan Hanafi.
1.2.5    Untuk mengkaji kesan-kesan terhadap perbincangan Oksidentalisme di kalangan para intelektual Islam terhadap masyarakat Islam khususnya.


[1] Sekularisme: Fahaman (doktrin atau pendirian) yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusia (Kamus Dewan, 1993:1137).

[2] Liberalisme: Fahaman yang liberal, fahaman atau pendirian yang mahukan demokrasi serta kebebasan dalam kegiatan ekonomi (Kamus Dewan, 1993:750).
[3] Eurocentrism “Eurocentric” bermaksud pusat ketamadunan Eropah atau Barat yang menitikberatkan nilai-nilai, sejarah, pemikiran dan sebagainya serta yang berkaitan dengan tradisi Barat. Dalam ketamadunan, mereka menolak dan menyingkirkan nilai-nilai budaya lain dalam masyarakat setempat (http://dictionary.reference.com/browse/Eurocentrism22/03/2009).

[4] Materialisme: Fahaman atau falsafah yang mempercayai bahawa hanya benda sahaja yang menyebabkan adanya dan terjadinya segala sesuatu dalam dunia ini (Kamus Dewan, 1993:809). 




BAB 2


KAJIAN OKSIDENTALISME: SUATU PENGENALAN


2.1         PENDAHULUAN


Kajian Oksidentalisme merupakan satu kajian yang dijalankan terhadap tamadun dan masyarakat Barat. Tamadun Barat ini meliputi seluruh negara-negara Eropah dan pengaruh-pengaruh Eropah ke atas negara-negara lain. Kajian Oksidentalisme ini dipopularkan oleh dua orang profesor iaitu Ian Buruma dan Avishai Margalit yang menghasilkan sebuah karya yang bertajuk “Occidentalism: The West In The Eyes Of Its Enemies” (2004)[1].  Kajian Oksidentalisme ini juga dikatakan sebagai respon terhadap hasil karya Sir Edward Said yang bertajuk “Orientalism” (1979). Bidang kajian merangkumi keseluruhan aspek berkaitan dengan tamadun dan masyarakat Barat antaranya dari aspek budaya, pemikiran, sosial, falsafah dan sebagainya serta mengetahui perkembangan aspek-aspek tersebut di dalam ruang lingkup Barat dan di luar Barat. Kajian Oksidentalisme seperti juga kapitalisme, liberalisme dan beberapa aliran –isme ini lahirnya di Barat sebelum ia berkembang keseluruh bahagian di dunia. Perkembangan



[1] Buku ini dihasilkan oleh Ian Buruma dan Avishai Margalit yang bertajuk “Occidentalism: The West In The Eyes Of its Enemies” (2004). Ian Buruma merupakan seorang Profesor di Kolej Bard dan Avishai Margalit meruapakan seorang Profesor Falsafah di Universiti Hebrew Jerusalem.  Oksidentalisme popular setelah berlakunya peristiwa 11 September 2001, sebagai respon terhadap kejadian rempuhan pesawat terhadap bangunan World Trade Center (WTC).  Sebelum ini terdapat beberapa peristiwa yang menunjukan keterlibatan pihak yang “membenci” Barat dalam serangan terhadap kepentingan-kepentingan Barat. Menerusi beberapa peristiwa penting tersebut, maka karya yang menjadi titik tolak terhadap kajian ini diperkenalkan oleh Ian Buruma dan Avishai Margalit. Selain itu, kajian Oksidentalisme ini juga dikatakan sebagai respon terhadap hasil penulisan Sir Edward Said yang bertajuk “Orientalism” (1979). Dalam buku tersebut, beliau tidak menulis dan menghuraikan dengan terperinci mengenai Oksidentalisme.  





tamadun dan masyarakat Barat dari pelbagai aspek mendorong intelektual-intelektual mereka mengkaji dengan lebih terperinci untuk menjelaskan bagaimana mereka  mengalami perkembangan tersebut seiring dengan peredaran masa. Di sini pengkaji akan menjelaskan tentang kajian Oksidentalisme dari beberapa aspek yang penting antaranya definisi Oksidentalisme menurut sarjana-sarjana Barat dan Islam, konsep, sejarah perkembangan, teori dan metode dalam kajian Oksidentalisme. Bab ini juga, akan memperincikan sejarah bermulanya kajian Oksidentalisme dan perkembangan kajian Oksidentalisme di kalangan para sarjana-sarjana Barat.


2.2        DEFINISI OKSIDENTALISME MENURUT SARJANA-SARJANA BARAT


Istilah Oksidentalisme adalah istilah yang dipopularkan oleh intelektual-intelektual Barat untuk menunjukkan bidang kajian yang dilakukan terhadap tamadun dan masyarakat Barat khususnya. Kajian ini merupakan salah satu kajian yang terbaru dari Barat untuk merungkai segala persoalan yang muncul terhadap Barat. Kajian Oksidentalisme juga adalah kajian yang unik dan komprehensif kerana ia satu-satunya kajian yang dapat menjelaskan dengan tepat asal usul perkembangan tamadun dan masyarakat Barat khususnya.


Istilah “Occidentalism” (Oksidentalisme) berasal daripada perkataan Perancis, “occident” yang secara harfiah bermakna “Barat” dan secara etnologis bermakna “bangsa-bangsa di Barat”. Perkataan “occidental” bermakna hal yang berkaitan dengan dunia Barat iaitu bangsa-bangsa dan lingkungannya. Oksidentalisme juga disebut dengan pelbagai nama iaitu “westernism”(westernisasi),orientalism in reverse” (Orientalisme terbalik) dan “Europhology” (ilmu tentang Eropah).Berbeza dengan Orientalisme yang mempunyai pelbagai maksud dan pengertian, Oksidentalisme hampir tidak pernah disebut sebagai satu disiplin ilmu kerana tidak mempunyai ciri khusus yang menempatkannya sebagai satu istilah diskursif (http://khairulnaimsblog.blogspot.com/2009/04/neokolonialisasi-orientalisme-dan03.html  15/03/2009 )


Perkataan Oksidentalisme ini berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu “Occidentalism”. Menurut Kamus Oxford University (2002) terdapat beberapa perkataan yang mempunyai kaitan dengan Oksidentalisme iaitu “Occident”,”Occidental”, “Occidentalism” dan “Occidentalist”. Justeru, dapat disimpulkan bahawa Oksidentalisme ialah :


“Kawasan yang melibatkan bahagian-bahagian tertentu di dunia iaitu Barat seperti Eropah Barat, Eropah dan Amerika atau dalam lingkungan hemisfera Barat, termasuk juga ketamadunan atau negara-negara yang mengamalkan budaya Barat, yang menggambarkan situasi Barat dan juga dikenali sebagai Kebaratan. Oksidental pula adalah yang merujuk kepada beberapa aspek seperti situasi, ciri-ciri bangsa dan penghuni di Barat yang dilihat secara natural dan melihat kepada struktur sosial masyarakat Barat. Dalam kawasan Oksidental tersebut, terdapat golongan Oksidentalis yang memihak kepada penganjur kepada kajian ini menerusi budaya, idea-idea dan pemikiran serta melalui komunikasi Barat dan institusi-institusi yang menggunakan komunikasi Oksidental” (http://khairulnaimsblog.blogspot.com/2009/04/neokolonialisasi-orientalisme-dan03.html15/03/2009).


Ian Buruma dan Avishai Margalit dalam buku mereka yang bertajuk “Occidentalism: The West In The Eyes Of Its Enemies” (2004) mendefinisikan Oksidentalisme sebagai suatu gambaran sifat kemanusiaan masyarakat Barat yang digambarkan oleh musuh-musuh Barat. Mereka menjelaskan bahawa golongan-golongan yang prejudis terhadap Barat menggambarkan masyarakat Barat sebuah masyarakat yang tidak bertamadun dan struktur masyarakatnya tidak bersistematik menyebabkan tamadun Barat tidak boleh dijadikan mentor kepada tamadun-tamadun lain, sedangkan pada pandangan Barat, mereka menganggap bahawa tamadun mereka adalah tamadun yang paling baik untuk dijadikan mentor kepada tamadun-tamadun lain (Buruma dan Margalit: 2004: 1-5).
            Xiaomei Chen menerusi buku yang bertajuk “Occidentalism: A Theory of Counter-Discourse in Post-Mao China” (1995) mendefinisikan, Oksidentalisme sebagai satu cara untuk membatasi sikap kebanggaan terhadap Barat dan mencabar pihak Barat yang disebut orientalis sebagai cenderung terhadap gambaran pertentangan tradisi intelektual “Timur” dan “Barat” sebagai satu yang statik. Oksidentalisme muncul sebagai satu bidang ilmu yang mengkaji tamadun Barat dari perspektif Timur untuk melihat nilai-nilai Barat. Barat senantiasa melihat Timur sebagai saingan mereka dalam apa jua bidang terutama dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. Dalam pembelajaran komprehensif Oksidentalisme pada zaman pasca Mao[1], penulis menawarkan tanggapan yang terus-menerus menyokong budaya Barat dan karakter-karakter negatif budaya di China pada awal pasca Moa di China sekitar tahun 1978-1988. Beliau mengakui bahawa budaya dan politik berhubung kait antara Timur dan Barat, dan daripada hubungan tersebut telah lahir
beberapa teori atau aliran semasa dalam perkembangan imperialisme dan kolonialisme Barat (Xiaomei Chen, 2004:3-4).
 
            Kajian Oksidentalisme ini dikatakan sebagai satu respon terhadap satu karya yang ditulis seorang intelektual yang tersohor iaitu Edward Said yang bertajuk “Orientalism” (1975). Namun penulis sendiri tidak memperincikan Oksidentalisme tetapi hanya menggolongkannya ke dalam isme-isme lain seperti Afrosentrisme[2], Eurosentrisme, Feminisme[3], Marxisme[4] dan Dekonstruksionisme[5]. Beliau meninggalkan istilah itu tanpa penjelasan dan tidak memaksudkannya sebagai perspektif hegemoni balas “counter hegemonic perspective” terhadap Barat sepertimana kata beliau:


“ … the answer to Orientalisme is not Occidentalism. No former “Oriental” will be comforted by the thought that having been an Oriental himself he likely-too likely-to study new “Oriental”-or “Occidentals”- of his own making.” (http://khairulnaimsblog.blogspot.com/2009/04/neokolonialisasi-orientalisme-dan03.html15/03/2009).

 

Menurut James G. Carrier dalam buku beliau yang bertajuk “Occidentalism Images of the West” (2003), beliau mendefinisikan Oksidentalisme sebagai satu penyelidikan atau pengkajian terhadap budaya tamadun Barat. Beliau juga menjelaskan bagaimana gambaran konsep tamadun Barat itu sendiri yang dibentuk oleh mereka sendiri dan masyarakat bukan Barat. Penulis menjelaskan bagaimana ekonomi Barat yang berkembang pesat sehinggakan tamadun lain menganggap Barat sebagai “role-model” terhadap tamadun-tamadun yang lain. Melalui falsafah Barat, pengejaran kekayaan dan kemewahan ekonomi menyebabkan berlakunya penindasan terhadap golongan dan pihak-pihak yang lemah.
           

            Robin D. Gill dalam buku yang bertajuk “Orientalism and Occidentalism” (2004) menjelaskan bahawa, Oksidentalisme berasal daripada perkataan Perancis, “Occident” yang secara harfiah bermakna “Barat”, secara geografis bermakna “dunia belahan Barat” dan secara etnologis bermakna “bangsa-bangsa di Barat”. Perkataan “Occidental” bermakna hal yang berkaitan dengan dunia “Barat” iaitu bangsa-bangsa lingkungannya. Oksidentalisme disebut dengan pelbagai nama iaitu “Westernism” (Westernisasi), “Orientalism in reverse” (Orientalisme terbalik), dan “Europhology” (Ilmu tentang Eropah) (http://khairulnaimsblog.blogspot.com/2009/04/neokolonialisasi-orientalisme-dan_03.html15/03/2009).


2.3       DEFINISI KAJIAN OKSIDENTALISME MENURUT SARJANA-SARJANA ISLAM


Dalam pemikiran Islam semasa banyak perkara yang diperbahas dan diperbincangkan oleh intelektual-intelektual Islam yang melibatkan kepentingan umat Islam dari pelbagai aspek antaranya pemikiran, falsafah, sosial, kehidupan, pendidikan dan sebagainya. Namun dalam pemikiran Islam ini juga perkara yang dibincangkan tidak tertumpu dalam ruang lingkup kepentingan umat Islam sahaja tetapi ia lebih luas yang meliputi seluruh arena dunia. Sesuatu isu yang diperbincangkan akan diperjelaskan oleh masyarakat Islam untuk menilai kembali pandangan-pandangan intelektual-intelektual Islam. Antara isu yang baru dalam pemikiran Islam semasa ini ialah kajian Oksidentalisme. Kajian Oksidentalisme dalam pemikiran Islam semasa ini adalah satu disiplin ilmu yang baru dan perlu kepada penjelasan dan huraian yang lebih teliti dan terperinci.


            Sebuah buku yang bertajuk “The Future of Muslim Civilization” (1987) yang ditulis oleh Prof. Ziauddin Sardar menjelaskan secara umum mengenai definisi “Occidental”. Menurut penulis, istilah “occident” bermaksud pengkajian terhadap tamadun Barat dari pelbagai aspek manakala “occidental”  ini merangkumi pengkajian yang besar yang merangkumi beberapa perkara seperti idea, pemikiran, tabiat atau tingkah-laku yang terdapat di Asia atau Afrika tetapi terpengaruh dengan paradigma dan pandangan dunia (world-view) Barat. Penulis tidak menghuraikan dengan terperinci mengenai kajian Oksidentalisme kerana buku tersebut memfokuskan kepada Masa Depan Peradaban Islam. (Ziauddin Sardar, 1987:1).


            Menurut seorang sarjana dari Indonesia iaitu Azim Nanji dan diterjemahkan oleh Muamirotun melalui buku beliau yang bertajuk “Peta Studi Islam Orientalisme dan arah Baru Kajian Islam di Barat” (2003) tidak menggunakan istilah sepertimana Hassan Hanafi. Di dalam buku tersebut, beliau hanya menjelaskan tentang kajian Islam di Barat meliputi beberapa buah negara yang besar yang dikenali sebagai kawasan Oksidental iaitu Jerman, Perancis, British, Belanda, Rusia dan Amerika. Penulis juga menjelaskan pengkajian Islam adalah merupakan sebagai sebahagian kajian Ketimuran iaitu “Oriental studies” serta dijelaskan juga karakter-karakter pengkajian Islam di beberapa buah negara yang besar. Penulis hanya menggunakan Kajian Islam di Barat yang hanya terfokus kepada bidang perkembangan agama, pendidikan dan juga menghuraikan sifat fizikal yang dikenali sebagai kawasan Oksidental.


2.4        KONSEP OKSIDENTALISME MENURUT SARJANA BARAT


Konsep Oksidentalisme mempunyai dua fokus yang utama yang perlu diberi perhatian, iaitu:


i- Ruang fizikal (yang berkait dengan wilayah geografi).


Ruang fizikal yang diliputi dalam konsep Oksidentalisme ialah Eropah Barat dan Timur, ini tercakup dalam ruang fizikal ini adalah benua Amerika Utara dan Selatan, wilayah Nordik (Denmark, Sweden, Finland, Norway dan Iceland), wilayah Mediterranean (Greece, Itali, Cyprus, Malta, dan lain-lain), wilayah Semenanjung Iberia (Sepanyol dan Portugis), Australasia (Australia, New Zealand, Caledonia dan New Hybrides) dan rantau Rusia termasuk wilayah Asia Tengah). Secara ringkasnya, masyarakat “Occidental” bermastautin di wilayah “Occident” dan dalam wilayah inilah terdapatnya majoriti bilangan “Occidentalist” (Shamsul Amri Baharuddin, Pemikir, 2004:8).


ii- Ruang yang abstrak (berkait dengan perkara bukan fizikal).


Dalam ruang abstrak ini adalah terangkumnya ruang epistemologi, keilmuan, sosial, peradaban, budaya, pasaran dan selainnya yang daripada sebahagian besarnya terikat kepada ruang fizikal tadi. Tetapi ada bahagian-bahagian lain yang wujud dan berkembang di luar kawasan tersebut, seperti dalam ruang sosial yang berbentuk kehidupan bersifat kosmopolitan bandar moden di seluruh dunia. Dalam ruang lingkup fizikal tadi, tetapi kita  tidak dapat mengukur dan menyempadaninya dalam konteks ini dan kadang-kadang ia tidak relevan untuk digunakan. Secara keseluruhannya, kajian Oksidentalisme sebagai suatu yang abstrak, bukan hanya wujud atau terikat kepada wilayah “occident”  semata-mata malah wujud juga di wilayah “orient” dan di kawasan masyarakat non-western (bukan Barat) selainnya. Maka oksidentalis juga terdapat di luar kawasan occident (Shamsul Amri Baharuddin, Pemikir, 2004:8).


            Jika dibandingkan kedua-dua ruang ini, kita dapat melihat bahawa bahawa “ruang fizikal” itu lebih mudah dikenal pasti berbanding dengan “ruang abstrak” yang dicirikan semacam suatu kekaburan dan tidak jelas. Kekaburan dalam ruang abstrak inilah yang sebenarnya memberi nafas kepada pemikiran yang umum mengenai pengertian Oksidentalisme, sama ada di kalangan ahli komuniti ahli akademik mahupun bukan akademik. Dalam lain perkataan, kekaburan itu sebenarnya memaparkan unsur kesementaraan (temporariness), keartifisialan (artificialness) dan sifat subjektiviti serta (constructedness) kandungan serta proses pengisian himpunan ilmu dalam kajian oksidental (Shamsul Amri Baharuddin, Pemikir, 2004:8).


            Tamadun Barat merupakan tamadun yang besar dan mempunyai kuasa serta pengaruh di seluruh dunia. Selama ini Barat melihat sendiri perkembangan ketamadunan dan kebangkitan peradaban mereka. Mereka menilai sendiri dan mengakui tentang kehebatan, kematangan dan sifat kemanusiaannya berbanding dengan tamadun Islam. Tamadun Islam juga tidak dinafikan mempunyai keunikan yang tersendiri, namun Barat melihat bahawa tamadun dan masyarakat Timur memerlukan Barat sebagai tonggak yang utama untuk maju seperti mana aduan Barat.

Minat para intelektual seluruh dunia untuk melakukan kajian Oksidentalisme ini muncul terutama selepas kejadian 11 September 2001[6]. Sebelum kejadian tersebut, kajian ini tidak menjadi perhatian yang serius di kalangan para intelektual. Sebelum berlakunya 11 September, minat Oksidentalisme dan oksidentalis adalah terhadap isu-isu “that revolve around the question of whose experiences and perceptions of Western societies are elevated to the level of public acceptance and whose are denied and why and how”. Oleh itu, fokus utama dalam kajian Oksidentalisme adalah terhadap style gambaran Barat di Timur dan juga gambaran produksi yang sama di Barat. Justeru itu, kajian Oksidentalisme merupakan sebuah himpunan dan bentuk ilmu yang dibina di Barat dan Timur serentak. Ia memberi kesan terhadap ruang abstrak, tokoh serta huraian yang bersifat oksidentalis wujud bukan sahaja di Barat malah di Timur juga (Shamsul Amri Baharuddin, Pemikir, 2004:9).
           

Selepas kejadian 11 September, epistermologi, metodologi, pengertian dan skop Oksidentalisme tidak berubah. Cuma yang jelas berubah ialah perspektif ontologi yang dinyata disempitkan iaitu hanya kepada pengalaman dan persepsi kelompok masyarakat Timur terhadap Barat. Justeru yang dijadikan fokus utama adalah ontologi atau realiti nyata dan abstrak sama ada kolektif atau “self” masyarakat bukan Barat terhadap Barat. Apa-apa perkara yang bukan berkaitan Barat dijurus khusus, iaitu difokuskan lagi kepada masyarakat yang beragama Islam. Skop ontologi Oksidentalisme ini telah disempitkan sedemikian rupa kerana usaha ilmiah itu telah dimotivasikan oleh keinginan, atau sebagai satu ikhtiar untuk cuba memberi huraian kenapa berlakunya peristiwa 11 September yang dianggap sebagai ganas dan luar biasa dari segi intensiti skopnya dan keluasan merebaknya kesan yang timbul daripada peristiwa itu (Shamsul Amri Baharuddin, Pemikir, 2004:9-10).


            Konsep Oksidentalisme menurut Ian Buruma dan Margalit ialah pengumpulan untuk memusnahkan imej Barat seperti sifat yang tidak berperasaan, tidak mempunyai pegangan, mekanikal, tidak berharga, korupsi, ketamakkan, kemewahan, materialistik, pecah amanah, tidak sensitif, pentingkan diri sendiri, bongkak dan sebagainya. Sifat-sifat tersebut dimiliki oleh Barat dan ia menjadi racun yang amat berbisa kepada masyarakat lain menurut mereka:


“Occidentalism is a war against a particular idea of the West, which is neither new nor unique to Islamic extremist. The current jihadis see the West as something less than human, to be destroyed, as though it were a cancer”. (Shamsul Amri Baharuddin, Pemikir, 2004:9-10).


Maksud peperangan bagi Buruma dan Margalit dalam kenyataan di atas ialah aspek permusuhan dan konfrontasi antara Barat dan Timur. Penulis juga turut mengaitkan kisah sejarah antara Barat dan Timur iaitu peristiwa pengeboman Pearl Habour oleh pihak Jepun pada tahun 1942. Kedua-dua penulis ini juga menekankan mengenai reaksi ganas Islam dan bukan Islam terhadap sesuatu persepsi dan idea mengenai Barat, namun yang ditekankan ternyata hanya bersifat negatif. Dalam kajian Oksidentalisme pada 11 September, nilai-nilai baik dan positif juga ditekankan di samping aspek buruk dan negatif yang datang daripada oksidentalisme Timur dan Barat (Shamsul Amri Baharuddin, Pemikir, 2004:9-10).


Dalam kajian Oksidentalisme melalui kajian intelektual-intelektual Barat, mereka melihat kebangkitan non-occident apabila adanya perasaan benci dan sikap permusuhan terhadap Barat. Ini merujuk kepada takrifan yang dibuat oleh Buruma dan Margalit. Secara umumnya kita mengetahui bahawa Barat merupakan asas kepada kepelbagaian pemikiran dan perubahan peradaban dunia seperti Modenisme, Imperialisme dan Kolonialisme. Ketiga-tiga –isme merupakan acuan Barat yang berkembang keseluruh peradaban, selepas berlakunya peperangan dunia pertama dan kedua kita melihat Barat sudah tidak melakukan penjajahan dengan menggunakan senjata untuk memperluaskan empayar mereka tetapi secara halusnya penjajahan Barat masih lagi berkembang melalui idea-idea mereka. Melalui kajian Oksidentalisme, pengkaji akan menghuraikan bagaimana pemikiran Barat berkembang disegenap peradaban-peradaban yang non-“occident” yang secara keseluruhannya mempengaruhi peradaban-peradaban non-oksident.  


            “Zaman Kemodenan” merupakan satu istilah yang sinonim dengan Barat. Perkembangan Barat seiring dengan beredarnya masa yang kita dapat lihat sekarang ini. Pelbagai kemajuan dikecapi oleh seluruh masyarakat dunia yang berakar umbinya daripada kebijaksanaan dan keberanian pihak Barat. Ideologi “Modenisme” disisi pemikiran sekularisme dinisbahkan kepada pemikiran yang berpendapat bahawa segala yang baru (moden) adalah dianggap lebih baik secara umumnya daripada yang lama atau yang tua. Golongan yang tua dianggap ketinggalan zaman dan tidak maju, manakala golongan muda dipuja. Dari sini digambarkan secara halus bahawa golongan tua tidak moden oleh itu orang mudalah lebih cekap dan pandai. Melalui “hero-hero” atau “bintang-bintang” filem sebagai pelakon utama, khasnya filem-filem yang dikelurkan oleh “Hollywood”, golongan muda dijadikan tumpuan perhatian. Akibatnya ialah kebanyakkan golongan muda tidak lagi menghormati golongan yang tua. Sebenarnya apa yang dikatakan moden atau yang baru merujuk kepada alat (kebendaan) atau sains dan teknologi. Wajah atau bentuk cantik dan golongan remaja sepatutnya diperbesar-besarkan. Nilai baik atau buruk tetap sama. Menghormati ibu bapa ibu bapa dan orang tua atau orang lain tidak ada kaitannya dengan rupa zahir atau kemodenan. Menerusi sistem demokrasi, pemimpin wanita dinaikkan sebagai Perdana Menteri di Britain dan ia juga berlaku di negara-negara Islam (Sulaiman Nordin, 1999:125).


Istilah “imperialism” dan “colonialism” digunakan saling bertukar ganti, seolah-olah kedua-duanya mempunyai makna yang sama, ia juga tidak dapat mempunyai kaitan dengan Barat. Walaupun begitu terdapat sarjana Barat yang ingin memberikan pengertian berlainan kepada kedua-dua istilah itu. Takrifan yang diberikan oleh Nadel dan Curtis cukup luas iaitu sesetengah orang kolonialisme bermaksud imperialisme seperti yang dilihat daripada kaca mata penting penjajah; malahan, semua kolonialisme dimengertikan sebagai perkembangan imperialisme, tetapi bukan semua perkembangan imperialisme bererti kolonialisme, dan ini tidak dapat dinafikan. Tetapi kolonialisme kini secara amnya digunakan sebagai seerti dengan penindasan, penghinaan atau eksploitasi orang-orang peribumi. Menurut takrifan yang diberikan oleh Profesor Fieldhouse adalah terhad kepada imperialisme Barat sahaja iaitu kolonialisme kini hanya bererti keadaan orang-orang yang dijajahi dan digunakan khususnya kepada masyarakat apabila berada dibawah kawalan politik sebuah negara Eropah atau negara Amerika Syarikat. Menurut Kamus Dwibahasa menterjemahkan “colonialism” sebagai ‘penjajahan’ atau ‘kolonialisme’. Istilah ‘penjajahan’ dalam Bahasa Malaysia sekurang-kurang membawa dua pengertian: pertama, eksploitasi dan penindasan tanah jajahan oleh sesebuah kerajaan, sama ada Barat atau Asia yang mempunyai tanah-tanah jajahan dan kedua, keadaan kerajaan-kerajaan Melayu lama yang mempunyai tanah-tanah jajahan dan daerah-daerah tertakluk kepada rajanya (Cheah Boon Kheng, 1990:13).

Secara keseluruhannya, konsep Oksidentalisme meliputi dua aspek yang utama iaitu ruang fizikal (yang berkait dengan wilayah geografi) meliputi wilayah-wilayah Barat, dan kedua ruang yang abstrak (berkait dengan perkara bukan fizikal) yang merujuk kepada epistemologi, keilmuan, sosial, peradaban, budaya, pasaran dan selain daripada yang berkaitan dengan ruang fizikal tadi. Melihat peradaban Barat bukan sahaja melihat kepada kekuatan fizikal mereka untuk meluaskan empayar mereka dengan menggunakan senjata tetapi kajian ini juga melihat kekuatan Barat yang mampu merubah beberapa peradaban besar lain melalui aliran-aliran pemikiran seperti modernisme, imperialisme dan kolonialisme.


2.5  SEJARAH PERKEMBANGAN OKSIDENTALISME


Sesuatu bidang kajian ilmu mempunyai sejarah perkembangan tersendiri, begitu juga dengan kajian Oksidentalisme. Kajian Oksidentalisme merupakan bidang kajian ilmu yang dilahirkan di Barat ekoran daripada sikap tidak puas hati masyarakat lain terhadap perkembangan Barat. Kesedaran tentang perkembangan Barat yang membawa pengaruh di seluruh dunia membuatkan segelintir inktelektual-intelektual berminat untuk melakukan kajian terhadap pihak Barat. Apabila disebut Barat maka di dalam ruang lingkup tersebut merangkumi dua aspek iaitu aspek geografi kajian Oksidentalisme dan aspek abstrak yang melibatkan Barat seperti budaya, pemikiran, peradaban dan sebagainya.

      Perkembangan bidang kajian Oksidentalisme ini secara umumnya berakar-umbi di Eropah dalam aliran Romantisme Jerman sebagai satu reaksi kepada zaman     Pencerahan (Enlightement)[7] dan Revolusi Perancis Sejarah aliran ini sama dengan aliran –isme yang lain yang dilahirkan di Barat sebelum ia berkembang di bahagian-bahagian tertentu di dunia. Penentang kemajuan iaitu golongan bangsawan menentang sebarang kemajuan kerana mereka sudah hilang kuasa dan pengaruh serta berhasrat untuk mengembalikan keadaan asal dimana mereka disanjung dan dihormati. Intelektual-intelektual yang berfikiran tinggi dan bersikap angkuh berusaha mengeluarkan masyarakat yang berada dalam hidup kesederhanaan kepada kehidupan yang progresif dan dalam lingkungan idea-idea yang moden. Sebagaimana contoh, cubaan oleh pemerintahan Nazi untuk menghapuskan demokrasi liberal, merupakan satu langkah untuk menghapuskan kajian Oksidentalisme dalam ruangan Barat itu sendiri, daripada tindakan tersebut maka kajian Oksidentalisme ini berkembang di merata-rata tempat. Perkembangan sejarah dapat dilihat dengan serangan yang dilakukan oleh juruterbang Jepun ke atas Pearl Habour, semangat kebangsaan Hindu pada tahun 1920 dengan ciri-ciri fahaman Fasis[8] dan pemikiran daripada keluarga Laden bertentangan dengan pemikiran Barat anti-liberal. Mereka tidak menafikan dengan lengkap sejarah yang berakar-umbi dalam respektif budaya, tetapi mereka menyatakan pandangan bahawa perbuatan membunuh diri sebagai senjata dan ia berasal daripada Eropah. Menurut Ian Buruma dan Avishai Margalit, puak Taliban[9] yang memperjuangkan semangat jihad ia boleh diperkatakan sebagai “ …they love Pepsi-Cola, but we love death” (Boer, 2004: 1542).


Sebelum melihat kepada perkembangan kajian Oksidentalisme secara khususnya, pengkaji melihat juga sejarah bermulanya Revolusi Perancis yang dikatakan antara revolusi yang paling hebat di antara revolusi-revolusi yang lain. Kajian Oksidentalisme yang dikatakan sebagai satu reaksi kepada zaman Pencerahan dan Revolusi Perancis. Secara umumnya, ahli sejarah sering menganggap bahawa Revolusi Perancis sebagai satu titik sejarah yang penting dalam perkembangan masyarakat Barat. Ia dianggap lebih penting daripada Revolusi Amerika (1776) dan Revolusi Inggeris (1688) sebagai garis pemisah di antara peraturan lama dengan peraturan baru; iaitu dengan berlakunya Revolusi Perancis maka feudalisme[10] dikatakan telah diganti oleh sistem masyarakat terbuka. Revolusi Perancis ini juga dikatakan sebagai peringkat kemerosotan pengaruh dan kedudukan agama dalam sistem pemerintahan dan pemikiran. Sebaliknya, pengaruh pemikiran dan falsafah yang menegaskan atau menyanjungi sepenuhnya, keupayaan akal manusia mula bertapak dan membiak. Seterusnya, hasil daripada keupayaan akal lahirlah benih yang kemudiannya membuahkan ideology moden seperti komunisme, fasisme atau totalitarianisme juga dikatakan mula berkembang. Jelaskan bahawa, Revolusi Perancis dapat ditakrifkan sebagai satu tahap pemisah di antara peraturan lama dengan peraturan baru di Eropah (Qasim Ahmad, 1985:1).


Pada abad kelima belas, keenam belas dan ketujuh belas di Eropah merupakan masa percubaan. Ini kerana dalam lingkungan abad ini saat kepercayaan terhadap institusi-institusi dan pemikiran-pemikiran tradisional sangat goyah, akan tetapi jika dikatakan bahawa perubahan-perubahan yang berlaku pada abad tersebut sudah menjurus ke suatu masa yang baru ia kurang tepat. Perubahan-perubahan yang berlaku pada abad tersebut adalah perubahan-perubahan yang mendorong peralihan masyarakat Eropah yang tradisional ke arah suatu masyarakat yang moden. Pada zaman Pertengahan, gerakkan yang bertapak di Barat ialah zaman Renaissance dan zaman Reformasi. Kedua-dua zaman ini bukanlah respon terhadap seluruh pandangan hidup zaman tengah. Zaman Renaissance bertujuan menghidupkan kembali kebudayaan Romawi dan Yunani, supaya orang-orang Eropah mencerminkan diri pada kehidupan ini dan meletakkan ideal-ideal kebudayaan Yunani dan Romawi sebagai tujuan hidup manusia Eropah yang sejati. Manakala zaman Reformasi pula bertujuan menyuburkan kembali agama Kristian dengan mengembangkan kembali kepercayaan yang benar, dengan meneliti kembali Kitab Injil (C. P. F Luhulima, 1992:23).
           

Semasa berlakunya revolusi Perancis, negara Eropah mempunyai banyak persamaan antara satu sama lain. Sebab itulah apa yang berlaku di Perancis dalam tahun 1789 menggemparkan dan mempengaruhi negara Eropah pada keseluruhannya. Sebenarnya negara Eropah yang wujud dalam kurun kelapan belas adalah berbeza daripada negara-negara yang terdapat sekarang ini. Contohnya, negara Belgium pada waktu tersebut masih belum wujud dan ia merupakan sebahagian daripada empayar Austria. Jerman masih merupakan nama yang diberikan kepada beberapa daerah kecil. Seterusnya, banyak negara Eropah yang wujud pada masa itu, dan masih kekal sekarang, dan ada pula yang mempunyai kawasan atau sempadan daerah yang berlainan dari sebelumnya. Pada kurun kelapan belas, satu-satunya cara pemerintahan yang berkesan ialah pemerintahan secara monarki. Sistem monarki atau beraja yang dimaksudkan di sini ialah sistem monarki berkuasa mutlak. Dengan kata lain, rajalah yang merupakan sumber kepada segala kekuasaan dan undang-undang di dalam sesuatu negara. Namun gambaran monarki Eropah sebagai satu bentuk pemerintahan berkuasa mutlak tidak dipersetujui oleh semua sarjana. Menurut Palmer, istilah monarki berkuasa mutlak hanya digunakan oleh ahli sejarah sahaja. Kekuasaan raja Eropah, tegas Palmer sebenarnya adalah terhad. Ia dihadkan oleh pengaruh dan tekanan yang datang dari pelbagai sudut lain. Antaranya pengaruh golongan bangsawan, para peniaga dan juga majlis perwakilan atau parlimen (meskipun pada masa tersebut ahli parlimen terhad kepada golongan yang berada sahaja). Palmer juga turut mengingatkan kepada kita bahawa pemerintahan secara monarki bukanlah terdapat di semua negara Eropah (Qasim Ahmad, 1985:2).


            Kemunculan raja-raja Eropah adalah hasil dari keupayaan mereka menundukkan pesaing lain yang juga mahu mendapatkan takhta pemerintahan. Oleh kerana raja-raja itu sebenarnya tidak dapat menundukan para pesaing mereka seratus peratus, maka banyak di antara pencabar mereka terpaksa dipujuk atau di damaikan dengan penganugerahan gelaran bangsawan, daerah kekuasaan dan juga pelbagai keistimewaan tertentu. Dari aspek ini kita sudah dapt melihat imbangan kuasa yang perlu diawasi oleh pihak raja. Pihak raja juga terpaksa memperhitungkan kepentingan gereja. Contohnya Raja Perancis semasa pertabalannya, perlu berikrar untuk mempertahankan kepercayaan negara iaitu agama Kristian (mazhab Katolik). Pihak raja juga terpaksa mengambil kira akan kepentingan para saudagar. Memandangkan kepada hal tersebut, maka tidaklah salah kalau dikatakan bahawa negara bukan monarki di Eropah pada kurun ke lapan belas juga mempunyai ciri-ciri negara monarki. Negara monarki yang terkenal pada masa itu ialah Perancis, Sepanyol, Sweden, Prusia, Empayar Austria, Britain dan Rusia. Dalam penulisan Rude, monarki Rusialah yang disifatkannya sebagai monarki yang paling autokratik. Beliau menganggap bahawa monarki Perancis, Sepanyol, Sweden, Prusia dan Empayar Rusia sebagai monarki berkuasa mutlak. Kuasa ini diwarisi kepada keturunan masing-masing. Di samping itu, Rude menganggap monarki Britainlah satu-satunya monarki yang paling liberal pada masa tersebut (Qasim Ahmad, 1985:4-5).


Revolusi Perancis adalah revolusi yang paling berjaya dan mempunyai kesan yang hebat terhadap peradaban Eropah. Revolusi inilah yang membawa Eropah kepada kemodenan tamadun Barat sehingga ke hari ini. Seterusnya, kajian Oksidentalisme juga dikatakan sebagai respon awal terhadap revolusi tersebut dan juga terhadap zaman Pencerahan. Perkembangan kajian Oksidentalisme dilihat semakin berkembang ekoran beberapa peristiwa yang melibatkan masyarakat non-occident dengan masyarakat Barat. Ekoran daripada itu, kajian Oksidentalisme mula diperbincangkan di kalangan intlektual-intelektual Barat secara terperinci, bermula pada Julai 1942 apabila pengkalan tentera British di musnahkan oleh pihak tentera Jepun di Pearl Harbour dan kuasa Barat jatuh di tangan pihak Jepun. Selepas tujuh bulan kejadian tersebut berlaku, satu persidangan di adakan yang dihadiri oleh beberapa orang intelektual-intelektual Jepun dan intelektual-intelektual dari negara lain berkumpul di Kyoto. Terdapat juga golongan yang hadir semasa persidangan itu dari golongan Romantisme dan ahli-ahli falsafah Buddha daripda sekolah Hegelian Kyoto. Dalam persidangan ini, topik utama yang diperbincangkan ialah “bagaimana untuk mengatasi pengaruh Barat atau zaman modern (how to overcome the modern) (Ian Buruma dan Avishai Margalit, 2004: 1).


            Semasa perkembangan semangat nasionalis, ramai di kalangan para intelektual yang hadir dalam persidangan tersebut. Salah seorang daripada intelektual yang hadir, Hayashi Fusao yang merupakan seorang pengikut aliran Marxisme yang bersemangat nasionalis kemudian beliau menulis tentang serangan yang dilakukan terhadap Barat membuatkan beliau merasai keseronokannya. Dikatakan bahawa propaganda peperangan bukanlah tajuk perbincangan yang utama dalam pertemuan tersebut, tetapi ia berkenaan kesusasteraan yang melibatkan para ahli falsafah yang lebih berminat untuk membincangkan kemodenan sebelum serangan ke atas Pearl Habour. Dalam perbincangan tersebut, mereka membuat kesimpulan bahawa memadai dengan perkara-perkara yang rasional untuk dijadikan perkara yang berkaitan dengan politik dengan meminjamkan mereka propaganda untuk Aturan Asia (New Asian Order) di bawah kepimpinan Jepun. Peranan tersebut perlu dimainkan oleh golongan intelektual yang berani untuk digelar ahli propaganda dan status mereka adalah pemikir bukannya penulis (Ian Buruma dan Avishai Margalit, 2000:1-2).


            Sejarah Oksidentalisme sememangnya mempunyai kaitan secara langsung dengan Barat di mana ia bermula dengan kejatuhan Barat sehingga Barat mengalami zaman Pencerahan seterusnya mencapai zaman kegemilangannya. Istilah “moden” adalah satu istilah yang berkait dengan ketamadunan Barat. Ia merupakan satu konsep yang sangat halus untuk dihuraikan. Kemodenan yang dimaksudkan oleh Barat ialah dari aspek kemajuan iaitu di antara negara Jepun 1942 digambarkan dengan negara Pakistan pada tahun 2001 tetapi Barat sukar untuk ditanggapi sebagai Kemodenan. Intelektual-intelektual Jepun mempunyai pandangan yang mantap mengenai apa yang mereka tentang dan lawan tetapi mempunyai kesukaran untuk mendefinisikan dengan tepat apakah pertentangan tersebut. Bagi setengah pihak yang lain, “Kemodenan” merupakan penglibatan “masyarakat Barat”. Mereka lebih banyak memperkatakan perkara yang tidak rasional khususnya dalam bidang ilmu pengetahuan seumpama selumbar yang tajam dalam budaya masyarakat Timur dan dari aspek ini, sains dipersalahkan. Kapitalisme pula menyerap ke dalam masyarakat Jepun melalui teknologi moden, bangsa dan kebebasan individu seperti sistem demokrasi dan kesemua perkara ini perlu diatasi (Buruma dan Margalit, 2000:2).


Tsumura Hideo merupakan seorang pengkritik filem, bertindak mengkritik filem Barat dan memuji filem dokumentari mengenai Kebersatuan Nazi oleh Leni Rieffenstahl, dalam filem tersebut banyak menjelaskan bagaimana untuk mencapai kemajuan dalam komuniti kebangsaan. Pada pandangan beliau, peperangan yang berlaku di Barat adalah sebagai “racun kepada ketamadunan Materialisme” yang dibina oleh kuasa kapitalisme komuniti Yahudi. Semua intelektual bersetuju mengenai perkara tersebut, budaya tradisi Jepun lebih berbentuk kerohanian dan tradisional berbanding dengan ketamadunan Barat yang lebih bersifat longgar, tiada pegangan hidup dan distruktif dalam bentuk kekuasaan. Bagi negara-negara Asia dan empayarnya pada masa sekarang menganggap Barat sebagai kolonialisme. Sejak dari abad ke 19, apabila China menghina peperangan candu (Opium War), golongan yang berpendidikan sedar bahawa kehidupan rakyat bergantung kepada pembelajaran, idea-idea dari Barat dan teknologi yang memberikan kuasa kepada kolonial Barat. Jepun tidak pernah mempunyai bangsa yang hebat sebelumnya sehinggalah berlakunya transformasi radikal di Jepun pada tahun 1850 dan 1910. Slogan utama semasa pemerintahan Meiji[11] (1868-1912) adalah Ketamadunan dan Pencerahan (Bunmei Kaika) (Buruma dan Margalit, 2000:2).
 
Oksidentalis memperjelaskan tentang tingkah-laku mereka dan pemikiran-pemikiran mereka, bahkan matlamat dan pandangan mereka terhadap ketamadunan yang asasnya berasal daripada kuasa besar iaitu Barat. Implikasinya, mereka hampir menafikan kretiviti budaya yang mampu mendahului dan seakan-akan sama terhadap respon dan ciri-ciri budayanya. Pengadilan yang dilakukan terhadap Ian Buruma dan Margalit ini merupakan kesimpulan bahawa tidak ada oksidentalis bahkan pahlawan yang hebat mampu membebaskan daripada pengaruh dan kekuasaan Barat. Kemajuan Barat dapat dilihat daripada perspektif sejarah, yang mana Barat mengalami beberapa tempoh masa yang genting antaranya berlaku beberapa Revolusi di Barat.
 

2.6       TEORI DAN METODE DALAM KAJIAN OKSIDENTALISME


Kajian Oksidentalisme merupakan satu topik kajian ilmiah yang penting, dan merupakan satu istilah yang jaggal dalam masyarakat awam bahkan dalam bidang akademik. Kajian ini dikatakan sebagai respon terhadap kajian Orientalisme atau ia sebagai anatomi kepada Orientalisme iaitu pembalikkan kepada kajian Orientalisme. Kajian ini adalah kajian yang mengkaji dari pelbagai aspek terhadap ketamadunan Barat dari kaca mata pihak Barat sendiri yang sebelum ini mereka hanya mengkaji masyarakat asing dan menjadikan mereka sebagai objek kajian utama. Kajian ini berakar-umbi di Barat dan ia adalah sama dengan aliran-aliran –isme yang lain. Namun begitu, kajian ini boleh dikatakan juga sebagai kajian yang baru tidak seperti kajian Orientalisme yang sudah lama bertapak dan menjadi satu disiplin ilmu yang komprehensif sehingga mempunyai Pusat Kajian Afrika dan Masyarakat Timur (School of African and Oriental Studies (SAOS) .

           
Dalam menanggapi teori dan metode dalam kajian Oksidentalisme ini, kita dapat melihat bidang pengkajian Orientalisme yang dikatakan kajian Oksidentalisme respon terhadap kajian tersebut. Biarpun kajian Orientalisme sudah menjadi satu bidang ilmu yang mantap dan terkenal, tetapi teori dan metode kajian tersebut berbeza dengan kajian Orientalisme kerana kajian Oksidentalisme lahir seperti metode linguistik, metode analisis ekperimen subsisten dan ideologi pembebasan tanah air. Namun di sini, pengkaji akan menghuraikan secara ringkas teori dan metode dalam kajian Oksidentalisme mengikut pandangan intelektual-intelektual Barat yang melihat kepentingan kajian tersebut kepada masyarakat Timur. Tugas kajian Oksidentalisme ialah menguraikan sejarah hubungan non-Eropah dengan Eropah, menumbangkan keagungan Eropah dengan menjadikannya sebagai objek yang dikaji dan menghapuskan rendah diri non-Eropah (Timur) dengan menjadikannya sebagai subjek pengkaji.


Melalui kajian Oksidentalisme ini, wajar rasanya kini lahir ramai Oksidentalis-Oksidentalis yang bukan sahaja mampu mempertahankan Islam tetapi membantah dan menafikan pengaruh Barat yang merosakkan dengan kaedah dan metodologi yang bersistematik dan tersusun. Dengan itu, peradaban Timur akan bebas daripada pengaruh Barat yang sudah lama menjadikan Timur sebagai objek kajian untuk mereka. Dengan persoalan, Apakah sejarah peradaban dunia sekarang ini mutlak milik Barat?, Jawapan bagi persoalan tersebut boleh jadi ya tetapi dalam kekaburan tersebut ada satu pemikir yang menanggapinya. Bagi Prof. Dr. Hassan Hanafi dengan memberikan jawapan tidak, kerana bagi beliau ia milik semua anak manusia. Barat hanya satu kuasa yang besar  kerana beberapa abad yang lalu, kita (Arab-Islam) juga pernah menjadi kuasa yang besar selama beberapa abad lamanya.


Menurut Ibn Khaldūn yang merupakan seorang Bapa Sosiologi kelahiran Tunisia pada abad ke 13M, sejarah peradaban setiap bangsa adalah sejarah peradaban yang mirip Piramida. Ia berangkat dati titik nol, kemudian merangkak maju, kemudian sampai pada puncak destinasi dan kemudian dengan sendirinya akan turun kembali. Inilah yang pada gilirannya disebut “Determinism of Civilization” atau Determinisme Peradaban dalam terma Malek bin Nabi. Dahulu Barat nelajar dari kita, dan hingga sekarang mereka mengkaji kita dengan projek Orientalisme, selama beberapa ratus tahun bangsa Muslim menjadi objek kajian Barat.


Dalam kajian Oksidentalisme ini, terdapat beberapa metode yang dikenal pasti antara metode-metode yang digunakan dalam kajian ini ialah :


  1. Metode pembentukan Kesedaran Eropah (sumber-sumber).
  2. Metode analisis ekperimen penghidupan
  3. Ideologi pembebasan tanah air.


  1. Metode pembentukan Kesedaran Eropah (sumber-sumber).

Untuk memahami metode ini dengan lebih jelas, pengkaji memperjelaskan beberapa definisi istilah-istilah pokok dan pengertian-pengertian yang khusus dalam ilmu ini seperti istilah pembentukan “takwīn”, struktur “al-bunyān”, nasib “mashīr”, sumber   “al-mashādir al-muclinah” serta sumber “al-mashādir ghaīr al-muclinah”. Jika sumber kesedaran Eropah adalah kesedaran sejarah murni, maka ia dapat dijelaskan sumber dan proses pembentukan, permulaan, perkembangannya dan keberakhirannya. Maka falsafah sejarah mampu menjelaskan perjalanan ini yang dimulai dari masa lalu, ke masa kini dan kemudian ke masa depan. Sebenarnya “ego” tidak memiliki proses pembentukan umumnya, tetapi ia ada dan kabur. Struktur ego tidak terbentuk selama masa pembentukan kerana “ego” bukan sejarah murni. Ilmu-ilmu yang diciptakan “ego” yang mengalami masa pembentukan dan memiliki proses pembentukan dan struktur. Ini berbeza dengan “the other” yang mengalami masa pembentukan dan memiliki struktur yang terbentuk selama masa pembentukannya sebab “the other” merupakan produk sejarah (Hassan Hanafi, 2000: 123-124).


            Seterusnya peradaban dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu peradaban “centripete” dan peradaban “centrifuge” atau pemisah. Ilmu-ilmu yang diproduksi peradaban “centripete” baik ilmu seperti ilmu Usuluddin dan Falsafah mahupun ilmu pokok usul al-Fīqh dan Tasawuf yang kesemua ilmu-ilmu tersebut mengelilingi satu fokus pusat. Dalam hal ini, “ego” mewakili pusat ini dan berinovasi dalam kapasiti tersebut. Jadi, inovasi mempunyai dua sisi, sisi fokus “ego” dan sisi sejarah linear. Inilah bentuk peradaban “ego” yang menjadi tema agenda pertama projek “Tradisi dan Pembaharuan”. Manakala ilmu-ilmu peradaban centrifuge dihasilkan oleh kekuatan sentrifugatif yang menjauhkannya dari pusat ilmu, setelah diketahui kelemahan-kelemahannya dan setelah tumbangnya ilmu-ilmu yang dihasilkannya akibat ketidakmampuannya menghadapi kritikal akal dan kekuatan eksperimentasi. Inilah peradaban “the other” di abad moden yang setiap penemuan-penemuannya merupakan produk sejarah. Ia memiliki pembentukan dan struktur awal dan akhir, perkembangan dan kematangan, kebangkitan dan keruntuhan. Dengan istilah pembentukan dan struktur, kita dapat mempelajari “the other” yang dijadikan objek kajian oleh “ego” bukan kajian tentang “ego” yang musnah dengan “the other” sebagai objek (Hassan Hanafi, 2000:124-125).


  1. Metode analisis kehidupan

Metode kedua dalam kajian Oksidentalisme ini memfokuskan kepada kajian terhadap kehidupan masyarakat Barat. Selama ini, kehidupan dan peradaban mereka sering dijulang dan disanjung oleh masyarakat bukan Eropah sehinggakan tradisi masyarakat bukan Eropah hilang begitu sahaja. Melalui kajian ini, pengkaji akan melihat ruang lingkup kajian yang dijalankan terhadap masyarakat Eropah yang dicatatkan dalam sejarah melalui beberapa peristiwa sehinggakan mereka menjadi “role-model” terhadap tamadun-tamadun lain serta melihat bagaimana mereka melihat diri mereka sendiri (Barat) sebagai pengawal teraju utama dalam perkembangan tamadun-tamadun lain.

           
            Seterusnya dalam metode ini, ia bertindak untuk menganalisis kehidupan peradaban Barat yang diciptakan oleh Barat sendiri. Kajian ini akan melihat dari awal perkembangan peradaban Barat iaitu perkembangan Yunani dan Romawi, perkembangan agama Kristian di Yunani dan Latin, perkembangan falsafah skolastik dan reformasi agama dan masa kebangkitan. Kajian ini akan menjelas dan mendedahkan kepada masyarakat Timur peradaban Barat sebagai satu peradaban yang dilihat dari perspektif Timur dan pada perspektif Barat sendiri. Selain itu, kajian ini juga akan melihat dan menjelaskan beberapa aliran –isme yang lain yang mempunyai hubung-kait dengan menjadikan Barat sebagai satu kuasa yang digeruni.


     c.    Ideologi pembebesan tanah air.

Dalam penghuraian metode yang ketiga ini, kajian Oksidentalisme dilihat penting kepada masyarakat Timur kerana ia mempunyai satu tugas yang amat besar iaitu sebagai ideology pembebasan tanah air. Sebelum ini, peradaban-peradaban lain dikuasai oleh budaya yang dibawa oleh pihak-pihak Barat samada ia bernilai murni dan sebaliknya. Namun, masyarakat Timur mengikut dan menerima perubahan tersebut dan dari situ Barat melihat masyarakat Timur sebuah masyarakat yang jumud dan kuno.


            Selama ini Barat melihat masyarakat Islam-Timur sebagai sebuah masyarakat yang tidak bertamadun, tidak berkembang dari aspek material, atas kesedaran tersebutlah maka lahirnya ketidakpuasan hati golongan intelektual yang bangkit dan membela masyarakat. Kajian ini akan menjadi satu pendekatan dan konsep yang berguna untuk membuka selubung ketidakjujuran Barat dalam melihat Islam. Ia juga bertindak untuk melindung dan menghalang daripada kemasukan budaya-budaya asing dan sebagai satu bentuk penghalang untuk sebarang bentuk idea-idea dan aliran-aliran pemikiran Barat yang disebarkan.


            Kajian ini juga bukan untuk melawan bidang kajian Orientalisme yang sudah lama bertapak dalam bidang ilmu tetapi kajian Oksidentalisme ini merupakan wacana baru bagi masyarakat Timur-Islam untuk membebaskan pengaruh-pengaruh Barat yang sudah lama bertapak di dalam peradaban Timur. Ini bukanlah suatu tugas yang mudah kerana Barat telah lama bertapak dan menjadi sebahagian daripada kemajuan dan peradaban Timur. Dengan adanya kajian ini, masyarakat perlu menyedari dan memahami ketamadunan Barat daripada pelbagai perspektif yang juga nilai-nilai positif boleh diambil daripada mereka, tetapi perlulah menganalisanya dengan teliti.


2.7       KESIMPULAN


Secara umumnya, kajian Oksidentalisme adalah satu bentuk kajian yang khusus dan merupakan satu bidang ilmu yang baru berperanan mengkaji peradaban Barat. Kajian ini memfokuskan beberapa aspek yang berkaitan dengan Eropah secara fizikal mahupun dalam bentuk abstrak iaitu dilihat dari pengamalan budaya Barat oleh masyarakat yang bukan Barat. Kajian Oksidentalisme ini juga dapat dilihat daripada perjalanan sejarah tamadun Barat yang secara tidak langsung merupakan reaksi terhadap revolusi dan zaman Pencerahan.


            Kajian ini diperkembangkan oleh tokoh-tokoh Barat setelah melihat kebangkitan masyarakat Timur yang tidak berpuas hati terhadap Barat seolah-olah Barat yang paling berkuasa terhadap tamadun-tamadun yang lain. Kebangkitan masyarakat Timur dapat dilihat melalui beberapa peristiwa yang menyebabkan Barat sedar tentang kebangkitan tersebut. Kajian ini bertindak sebagai satu bidang kajian yang baru untuk melihat kekuatan dan kelemahan Barat, dari pelbagai aspek perkembangan peradaban mereka.



[1] Pasca Moa ialah zaman pemerintahan selepas pemerintah yang membawa kepada kemodenan di China iaitu Moa Tse-Tung atau Moa Zedong (26 Disember 18939 September 1976). Semasa pemerintahan Moa ini, beliau membawa China kepada era Kemodenan dan tersebarnya aliran Komunisme di China serta membawa beberapa implikasi iaitu wujud penentangan terhadap Monarki dan memperjuangkan demokrasi yang berasaskan fahaman Liberal dan Sosialis, lahirnya penentangan terhadap pemikiran tradisional dan amalan tradisional, maka munculnya golongan yang dikenali sebagai “Pengkagum Barat, seterusnya,  timbul pula penentangan terhadap keluarga besar tradisional dan perkhawinan yang ditentukan oleh keluarga, kepercayaan terhadap kuasa ghaib dianggap karut maka muncul pula golongan yang mendewakan kepada sains dan teknologi yang ektrem  dan timbul kepercayaan terhadap sistem ekonomi Kapitalis dan mengutamakan sistem ekonomi yang berorientasikan industri (Nik Mohd. Rosdi Nik Ahmad. 2009. Sejarah Munculnya Tamadun China. Bengkel Titas. INTEKMA Resort:t.t).
Selepas Perang Dunia Kedua, China berpecah dua menjadi Republik Rakyat China di Tanah Besar China dan Republik China di pulau Taiwan. Walaupun kedudukan Parti Komunis China (CCP) yang kuat di Beijing, tetapi ia tidak memberi kestabilan di China. Di bawah Mao Zedong, China terlibat dengan peperangan di Korea, India, Kesatuan Soviet dan Vietnam dengan sikap konfrontasi terhadap Taiwan. Sementara sistem ekonomi komunis Mao pula membawa negara itu kepada kehancuran hingga mencapai kemuncaknya pada Revolusi Kebudayaan. Di peringkat awal dan pertengahan pentadbiran Mao, Beijing menyumbang kepada kekacauan dan ketidakstabilan di Malaysia dan Indonesia melalui sokongannya terhadap PKM dan PKI (Nik Mohd. Rosdi Nik Ahmad. 2009. Sejarah Munculnya Tamadun China. Bengkel Titas. INTEKMA Resort:t.t).
.

[2] Afrosentrisme ialah kajian yang memfokuskan kepada negara Afrika dan masyarakat Afrika khususnya dalam hubungan sejarah atau pengaruh budaya (http://dictionary.reference.com/browse/afrocentrism19/04/2009).

[3] Feminisme bermaksud aliran yang memperjuangkan hak-hak wanita dari pelbagai aspek utama antaranya politik, ekonomi dan sosial serta memperjuangkan hak-hak kesamaan antara golongan lelaki dengan wanita (http://dictionary.reference.com/browse/feminism19/04/2009).

[4] Marxisme menurut Allahyarham Ismail Farouqi, fahaman sosialisme (Marxisme) berasal dari falsafah Yunani Plato yang menganggap bahawa Tuhan menjelma dirinya di alam kebendaan dan manusia adalah bayangan Tuhan atau serpihan Tuhan. Manusia (Tuhan dalam bentuk insane) tidak tunduk kepada sebarang kuasa melainkan mengikut kebetulan atau nasib. Menurut fahaman ini juga, apa yang tidak dapat dikesan oleh pancaindera yang lima dianggap tidak ada. Dari segi ilmiahnya tidak betul kerana cara kita berfikir, fahaman atau cita-cita yang lahir dari otak kita adalah satu kebenaran yang ada pada manusia, sungguhpun tidak dapat dikesan oleh pancaindera (Sulaiman Noordin, 1999:219).

[5] Dekonstruksionisme bermaksud pergerakan secara falsafah dan teori kritikan kesusasteraan bahawa anggapan terhadap persoalan tradisi tentang kepastian, identiti, dan kebenaran; menyatakan perkataan itu hanya boleh merujuknya kata-kata lain; dan cubaan-cubaan untuk mendemonstrasikan bagaimana kenyataan-kenyataan tentang sebarang teks memusnahkan maksud-maksud mereka: "Dalam dekonstruksi, tuntutan pengkritik bahawa tiada makna yang dijumpai dalam teks sebenar, tetapi hanya di dalam kepelbagaian, yang tidak mempunyai kaitan, 'teks-teks maya’ yang dibina oleh pembaca-pembaca dalam pencarian mereka sesuatu untuk makna" (Rebecca Goldstein) (http://dictionary.reference.com/browse/deconstructionism19/04/2009).
[6] Peristiwa 11 September 2001 atau juga dikenali dengan 9/11 adalah tarikh bersejarah buat masyarakat dunia khususnya kepada masyarakat Barat. Tanggal tarikh tersebut berlakunya peristiwa iaitu serangan terhadap bangunan gergasi di Amerika Syarikat iaitu World Trade Center (WTC) yang mengakibatkan ribuan orang mati tertimbus dalam runtuhan bangunan tersebut. Serangan tersebut di rancang dengan rapi dan teliti oleh pengganis Islam iaitu al-Qaeda.  Bermulanya pada pagi 9 September 2001, seramai 19 pengganas yang kesemuanya ahli puak Al-Qaeda telah merampas empat pesawat komersial. Setiap kumpulan pengganas itu mempunyai satu juruterbang terlatih. Pengganas-pengganas ini secara sengaja telah menyebabkan dua pesawat (Penerbangan 175 United Airlines dan Penerbangan 11 American Airlines) terhempas dan merempuh ke dalam bangunan World Trade Center di Bandar raya New York, di mana satu pesawat telah melanggar bangunan Utara manakala satu lagi pesawat telah melanggar bangunan Selatan. Ini telah menyebabkan berlakunya runtuhan kedua-dua bangunan tersebut, dan mengakibatkan kerosakan yang banyak kepada bangunan yang berdekatan. Pengganas-pengganas Al-Qaeda itu juga telah menghempaskan pesawat ketiga (Penerbangan 77 American Airlines) ke bangunan Pentagon di Arlington County, Virginia, berhampiran dengan Washington D.C. Penumpang dan anak kapal pesawat keempat (Penerbangan 93 United Airlines) telah cuba mengambil alih pesawat mereka daripada pengganas. Pesawat itu telah terhempas di Shanksville, Pennsylvania. Tidak termasuk 19 pengganas tersebut, 2974 orang telah meninggal dunia sejurus selepas serangan itu dan  24 orang yang lain hilang dan disangka mati (Rudolph Giuliani. 2001. Reaksi terhadap 11 September 2001. London, 3 Oktober). 
[7] Zaman Pencerahan (Enlightement) bermula pada abad ke 18 adalah sering dikaitkan dengan kemodenan Eropah, baik pemikiran mahupun institusi politik dan sosial sebagai contoh Revolusi Perancis yang tercetus pada 1789 dikatakan sebagai pengaruh falsafah pencerahan, termasuk para ahli falsafah Perancis seperti Voltire, Holbach, D’ Alembert dan lainnya. Dimana perubahan pemikiran telah membawa kepada perubahan sosial instusional yang kemudian membawa Eropah pada era moden (http://hadiku.blogspot.com/2005/12/enlightement-kemodernan-eropa-dan.html19/04/2009).

[8] Fasisme menurut Ryder adalah sebagai ideology yang antara lainnya, mempunyai unsure-unsur nyata berikut iaitu nasionalisme, rasa permusuhan terhadap orang asing, penyanjungan ke atas negara, sikap memihak kepada petani dan peniaga kecil, pendewaan terhadap pemimpin, sikap sosial yang regresif (tradisional), kepesonaan terhadap tindakan pantas dan ketenteraan, kesediaan mengikut perasaan; anti Yahudi. Secara umumnya fasisme ini bermaksud penganut fahaman nasional yangg didasarkan kepada pemerintahan yang bertindak atas kekuasaan daripada hak-hak demokratik (Qasim Ahmad, 1985: 294).
[9] Taliban merupakan pergerakan Islam yang memerintah sebahagian besar Afghanistan dari 1996 sehingga 2001, walaupun ia hanya mendapat pengiktirafan diplomatik dari tiga negara (Amiriah Arab Bersatu, Pakistan, dan Arab Saudi). Ahli-ahli paling berpengaruh, termasuk Mullah Mohammed Omar, pemimpin pergerakan tersebut, merupakan ulama madrasah kampung biasa. Taliban bererti "pelajar agama" dalam bahasa Pashto. Selepas kejatuhan Republik Afghanistan Demokratik yang disokong oleh Russia pada tahun 1992, Afghanistan terjerumus dalam keadaan huru-hara, perperangan antara ketua perang mujahidēn yang bersaing. Taliban muncul sebagai kuasa yang mampu membawa kestabilan dalam kekosongan kuasa ini. Ia membawa kebaikan ekonomi dengan menghapuskan pelbagai bayaran yang diperlukan oleh pelbagai ketua perang; ia membawa kebaikan politik dengan mengurangkan pertempuran antara puak (sungguhpun pihak Taliban bertempur sengit dengan musuhnya, kuasa menyeluruhnya mengurangkan jumlah pecahan puak yang bertelagah. Pihak Taliban mendapat sokongan meluas dari puak Pashtun Afganistan dan dari beberapa negara jiran semasa perkembangan awalnya. Sungguhpun Taliban yang semakin radikal akan menjauhi kebanyakan mereka kemudiannya, masyarakat antarabangsa, termasuk Amerika Syarikat, turut menganggap kemunculan Taliban sebagai perkembangan positif semasa awal kemunculannya  (http://www.infoplease.com/spot/taliban.html2/05/2009).
Lagenda Taliban menyatakan bahawa pada musim bunga 1994, apabila mendengar dua orang gadis diculik dan dirogol di pusat pemeriksaan mujāhidīn di perkampungan Sang Hesar berhampiran Kandahar, mullah tempatan, Mohammed Omar, merupakan ketua daripada Harakat-i Inqilab-i Islami, mengumpul tiga puluh taliban lain membentuk pasukan pejuang, menyelamatkan gadis tersebut dan menggantung komander mujāhidīn yang bertanggung jawab. Selapas kejadian ini, menurut lagenda Taliban, perkhidmatan pejuang keagamaan yang alim ini amat dialu-alukan oleh penduduk kampung yang diganggu oleh mujāhidīn liar ini, dan dengan itu terbentuklah Taliban. Berikutan selepas kejadian ini, Omar lari ke Balochistan wilayah Pakistan, dari mana beliau muncul pada musim luruh, dilaporkan dengan 1,500 taliban pasukan bersenjata lengkap dan dibiayai dengan baik, yang akan menyediakan perlindungan untuk satu konvoi perdagangan Pakistan yang membawa barang-barang melalui darat ke Turkmenistan. Bagaimanapun, banyak laporan mencadangkan bahawa konvoi itu sebenarnya dipenuhi pejuang-pejuang Pakistan yang berlakon sebagai taliban, dan pihak Taliban telah memperolehi banyak senjata, latihan ketenteraan, dan bantuan ekonomi daripada Pakistan (http://www.infoplease.com/spot/taliban.html2/05/2009).



[10] Feudalisme ialah sistem kemasyarakatan yang dikuasai oleh kaum bangsawan. Melalui sistem feudalisme ini, tanah-tanah diserah dan dibahagikan kepada kaum bangsawan di Eropah pada zaman dahulu. Manakala golongan petani yang mengusahakan tanah diwajibkan memberikan khidmat kepada kaum bangsawan yang menjadi tuan punya tanah. Dalam sistem feudal ini juga, kedudukan seseorang itu adalah berlandaskan hak, kuasa dan keistimewaan yang diwarisi secara turun-temurun (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996: 351).

[11] Zaman Meiji di Jepun adalah satu masa pemerintahan Jepun dari tahun 1868 sehingga 1912 yang ditandai dengan perubahan-perubahan besar-besaran di semua bidang kehidupan masyarakat. Perubahan paling utama adalah dibukanya kembali negara Jepun terhadap bangsa-bangsa asing kerana sebelum ini Jepun tidak membuka kemasukan warga asing. Jepun menolak kemasukan warga negara asing adalah kerana politik pemeritahan Tokugawa yang akhirnya menyedari bahawa ternyata mereka tertinggal dalam bidang kemajuan akibat politik isolasi yang dijalankan oleh Tokugawa. Pemerintahan Meiji ingin mengadakan pembaharuan terutama dengan merubah Jepun dari negara pertanian menjadi sebuah negara industri. (Ferry Rustam. 2003. Reformasi Pendidikan pada masa Jepun Meiji: Studi tentang peranan politik kekuasaan dalam penerapan pendidikan. Fakulti Ilmu Pengetahuan Budayam Universiti Indonesia). 

Pada masa awal Meiji, bangsa-bangsa Eropah dan Amerika ternyata lebih dahulu menjadi negara-negara industri dan dari sejarah Jepun yang dapat diketahui bahawa kira-kira 100 tahun sesudah masa Meiji, Jepun mengalami kemajuan yang mengikuti negara-negara maju lain di dunia. Langkah-langkah yang menjadi catatan sejarah dunia tentang kemajuan Jepun seperti ini disebabkan oleh satu faktor utama iaitu hasil pelaksanaan pendidikan oleh pemerintahan Meiji. Oleh sebab itu, para ahli menyebutkan bahawa zaman Meiji sebagai sebuah masa reformasi atau pembaharuan. Perkembangan sistem pendidikan yang berlangsung di Jepun pada masa Meiji, tidak terlepas dari pengaruh faktor politik yang berkembang pada masa itu dan faktor perkembangan antarabangsa. Reformasi Meiji bermula dari perubahan masyarakat feudal menuju ke masyarakat kapitalis. Tetapi sebenarnya, pemikiran Sonnojoi yang mengagungkan Kaisar dan mengusir orang Barat yang menjadi tenaga pendorong reformasi tersebut bukanlah berakar pada semangat moden yang non-feudal. Meiji menerapkan kapitalisme sebagai kebijakan membentuk negara kaya untuk mengejar ketertinggalannya dari Barat yang menempuh cara yang amat berbeza dengan penerapan kapitalisme oleh negara-negara Barat yang sudah maju. Pemerintahan Meiji dengan cepat mengadaptasi sistem dan pemikiran-pemikiran Barat, dan dengan menerapkan industri moden secara cepat pula berharap dapat segera menyamakan kedudukannya dengan negara-negara Barat. Untuk itu, pemerintahan Meiji menetapkan dua matlamat utama politik iaitu Fukoku Kyohei dan Bunmei Kaika (Negara Kaya Militer Kuat dan Pencerahan Peradaban). Cara yang dilakukan adalah seiring dengan politik ‘negara terbuka’ iaitu dengan cepat memasukkan sebanyak-banyaknya peradaban dan kebudayaan Barat (Ferry Rustam. 2003. Reformasi Pendidikan pada masa Jepun Meiji: Studi tentang peranan politik kekuasaan dalam penerapan pendidikan. Fakulti Ilmu Pengetahuan Budayam Universiti Indonesia). 







BAB 3


OKSIDENTALISME DALAM PEMIKIRAN HASSAN HANAFI


3.1       PENDAHULUAN


Tamadun yang terbesar berbanding dengan tamadun-tamadun lain adalah tamadun Barat yang berkembang dengan pesatnya. Tamadun tersebut melalui beberapa tahap yang getir untuk mencapai tahap yang dapat dibanggakan oleh mereka. Perkembangan tersebut kerana mereka mempunyai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu perkara dan yakin dengan kehendak serta keperluan mereka. Seiring dengan perkembangan tamadun Barat itu terdapat golongan-golongan yang memainkan peranan yang penting untuk menjadikan tamadun Barat sebagai mentor kepada lain-lain tamadun. Golongan-golongan tersebut adalah golongan intelektual-intelektual yang membawa Barat ke arah pembentukkan tamadun yang mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar. Pelbagai disiplin ilmu yang lahir di Barat yang mana is berkembang keseluruh pelusuk dunia. Antara disiplin ilmu yang paling masyur adalah Orientalisme. Orientalisme (al-Istisyraqiyah) ialah satu gerakan penyelidikan mengenai hal-hal ketimuran khasnya mengenai agama Islam dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya seperti sejarah, agama-agama di Timur, bahasa-bahasanya, falsafahnya, sosio-ekonominya, adat-istiadatnya dan keseniannya. Orientalis (al-Mustasyriqun) pula ialah seorang cendekiawan Barat (ataupun hasil ciptaan Barat) yang menitik-beratkan penyelidikan-penyelidikan dalam kajian Orientalisme khasnya berkenaan agama Islam dan penganut-penganutnya. Dalam bab 3 ini, pengkaji akan menghuraikan idea pemikiran Hassan Hanafi yang menjadi fokus utama dalam kajian ini.

Ini kerana, dalam perkembangan kajian Oksidentalisme, pengkaji akan menjelaskan dengan terperinci mengenai kajian Oksidentalisme dalam pemikiran Islam semasa dengan melihat pendefinisian yang dibuat menurut tokoh-tokoh Islam. 


KONSEP OKSIDENTALISME

Untuk melihat perkembangan idealogi Oksidentalisme dalam pemikiran Islam semasa, pengkaji merujuk kepada penulisan utama intelaktual Islam yang hebat iaitu Hassan Hanafi menerusi karya beliau yang berjudul “Muqāddimah Fī cilm al-Istighrāb” atau yang telah diterjamahkan kepada “Oksidentalisme: Sikap Kita Terhadap Tradisi Barat”. Dalam buku tersebut beliau mengemukakan tiga projek utama yang dikenali sebagai “Tradisi dan Pembaharuan” (al-Turāt wa al-tajdīd) yang terdiri dari tiga agenda penting yang harus dihadapi iaitu: “Sikap kita terhadap tradisi lama”, “Sikap kita terhadap tradisi Barat”, “Sikap kita terhadap realiti” (teori interpretasi). Dalam konteks kajian Oksidentalisme ini, kita akan melihat ketiga-tiga agenda yang diulas oleh penulis.

 
3.2  BIODATA RINGKAS HASSAN HANAFI



Untuk menyusuri idea pemikiran Hassan Hanafi, pengkaji telah melihat dan meneliti sejarah hidup beliau. Dalam kajian Oksidentalisme, beliau merupakan sarjana Islam yang pertama membincangkan kajian ini secara serius sehingga terhasilnya karya yang bertajuk “Muqāddimah fī cilm al-Istigrāb” (t.t).


Hassan Hanafi dilahirkan pada 13 Februari 1935 di Kaherah, iaitu di pinggir Benteng Salahuddin, daerah Al-Azhar. Kota ini merupakan tempat bertemunya para mahasiswa Muslim dari seluruh dunia untuk belajar, terutama di Universiti Al-Azhar. Dari sudut sejarah dan budaya, kota Mesir itu memang telah dipengaruhi peradaban-peradaban besar sejak zaman Firaun, Romawi, Bizantium, Arab, Mamluk dan Turki, bahkan hingga Eropah moden. Hal ini menunjukkan bahawa Mesir, terutama kota Kaherah, mempunyai makna besar dan penting bagi perkembangan awal tradisi keilmuan Hassan Hanafi. Pada zaman kanak-kanak dan remaja, beliau berhadapan dengan kenyataan hidup di bawah penjajahan dan dominasi pengaruh bangsa asing. Kenyataan itu membangkitkan sikap patriotik dan nasionalismenya, sehingga tidak hairanlah meskipun masih berusia 13 tahun, beliau telah mendaftarkan diri untuk menjadi sukarelawan perang melawan Israel pada tahun 1948 (http:www.yadim.com.my/Ulama/UlamaFull.25/05/2009).

Pada tahun 1952 hingga 1956, Hassan Hanafi belajar di Universiti Kaherah untuk mendalami bidang falsafah. Semasa belajar di sana, beliau mengalami beberapa situasi yang amat buruk berlaku di Mesir. Pada tahun 1954 misalnya, terjadi pergolakan yang hebat antara Ikhwan dengan gerakan revolusi. Hassan Hanafi berada di pihak Muhammad Najib yang berhadapan dengan Gamal Abdul Nasser, kerana baginya Najib memiliki komitmen dan visi keIslaman yang jelas. Peristiwa-peristiwa yang beliau alami pada masa itu, terutama yang beliau hadapi di kampus, membuatnya bangkit menjadi seorang pemikir, pembaharu, dan reformis. Seterusnya, Hassan Hanafi berkesempatan belajar di Universiti Sorborne, Perancis, pada tahun 1956 hingga 1966. Di Perancis inilah beliau dilatih untuk berfikir secara metodologis melalui kuliah-kuliah mahupun bacaan daripada karya-karya para orientalis. Beliau sempat belajar daripada seorang reformis Katholik, Jean Gitton, tentang metodologi berfikir, pembaharuan, dan sejarah falsafah. Beliau juga mempelajari fenomenologi daripada Paul Ricouer, analisis kesedaran daripada Husserl, dan bimbingan penulisan tentang pembaharuan Usūl Fīqh daripada Profesor Masnion (http:www.yadim.com.my/Ulama/UlamaFull25/5/2009).



Kemudian Hassan Hanafi mengajar di Universiti Kaherah dan beberapa universiti di luar negara. Beliau sempat menjadi profesor jemputan di Perancis (1969) dan Belgium (1970). Kemudian, antara tahun 1971 hingga 1975, beliau mengajar di Universiti Temple, Amerika Syarikat. Tindakan Hassan Hanafi pergi ke Amerika, berpunca daripada salah faham pemerintah terhadap aktivitinya di Mesir, sehingga beliau diberikan dua pilihan iaitu “apakah beliau akan tetap meneruskan aktivitinya itu atau pergi ke Amerika Syarikat”. Kenyataannya, aktivitinya yang baru di Amerika memberinya kesempatan untuk banyak menulis tentang dialog antara agama dengan revolusi. Sesudah kembali dari Amerika, beliau mula menulis tentang pembaruan pemikiran Islam. Beliau kemudian memulakan penulisan buku “Al-Turāh wā Al-Tajdīd” (http:www.yadim.com.my/Ulama/UlamaFull25/5/2009).



Sementara itu, dari tahun 1980 hingga 1983, beliau sekali lagi menjadi profesor jemputan di Universiti Tokyo dan pada tahun 1985 di Emeriyah Arab Bersatu. Hassan Hanafi sering berkunjung ke Belanda, Sweden, Portugal, Sepanyol, Perancis, Jepun, India, Indonesia, Sudan, Arab Saudi dan beberapa buah negara lain antara tahun 1980 hingga 1987. Pengalaman pertemuannya dengan para pemikir besar di negara-negara tersebut telah menambah wawasannya untuk semakin memahami persoalan-persoalan yang dihadapi oleh dunia Islam. Maka, daripada pengalaman hidup yang beliau peroleh sejak masih remaja membuat beliau memiliki “world view” yang begitu besar terhadap persoalan umat Islam. Oleh hal yang demikian, meskipun tidak secara sepenuhnya mengabdikan diri dalam sesebuah pertubuhan atau pergerakan tertentu, beliau banyak terlibat secara langsung dalam kegiatan-kegiatan pertubuhan-pertubuhan yang ada di Mesir. Sedangkan pengalamannya dalam bidang akademik dan intelektual, baik secara formal mahupun tidak, dan pertemuannya dengan para pemikir besar dunia semakin mempertajam analisis dan pemikirannya sehingga mendorong hasratnya untuk terus menulis dan mengembangkan pemikiran-pemikiran baru demi membantu menyelesaikan persoalan-persolan  besar umat Islam ((http:www.yadim.com.my/Ulama/UlamaFull25/5/2009).



TRADISI DAN PEMBAHARUAN

Sikap Kita Terhadap Tradisi Lama
 
Ø  Dari Teologi ke Revolusi
Ø  Dari Transferensi ke Inovasi
Ø  Dari Teks Ke Realiti
Ø  Dari Kefanaan Menuju Keabadian
Ø  Dari Teks ke Rasio
Ø  Akal dan Alam
Ø  Manusia dan Sejarah


Sikap Kita Terhadap Tradisi Barat
Ø  Sumber Peradaban Eropah
Ø  Permulaan Kesedaran Eropah
Ø  Ahli Kesedaran Eropah


  Sikap Kita Terhadap Realiti
Ø  Metodeologi
Ø  Perjanjian Baru
Ø  Perjanjian Lama



Agenda pertama akan membincangkan dengan meluas jika dibandingkan dengan dua agenda yang berikutnya, kerana di dalamnya mengandungi aspek sejarah yang sangat panjang. Agenda yang pertama ini dimulai lebih dari 1400 tahun yang lalu, kerana ia paling intensif yang hadir dalam kesedaran kebangsaan (qawmīyah: nasional) dan sejarah kebudayaan kita. Sebahagian besar bahagian-bahagiannya merupakan peralihan proses transformatif sari satu tahap ke tahap yang lain, kecuali pada dua bahagian terakhir yang menjelaskan dimensi-dimensi yang hilang dalam kesedaran kebangsaan kita saat ini, iaitu akal dan alam, serta manusia dan sejarah (Hassan Hanafi, 2004:3).


            Melihat kepada perbahasan yang kedua ini pula merupakan perbahasan yang teringkas di antara tiga agenda di atas, kerana ia lebih terfokus kepada struktur objek itu sendiri dari tahap-tahap sejarahnya, iaitu pada abad pertengahan (semasa pendeta gereja, semasa skolastik lama dan semasa skolastik baru), masa reformasi agama dan kebangkitan (abad 15M dan 16M), masa rasionalisme dan pencerahan (abad 17M dan 18M), dan masa keilmiahan serta masa eksistensialisme (abad 19M dan 20M).  Sedangkan perbahasan bahagian-bahagian dari agenda ketiga dimulai dari masa sekarang ke masa silam secara terbalik dan tidak berdimensi waktu. Masa sekarang adalah pengungkap masa lalu, sebagaimana kesempurnaan wahyu itu sendiri; dan juga sebagaimana pendeknya usia menjadikan “metodeologi” untuk mendahului “masa baru” (al-‘ahd al-jadīd) dan “masa lama” (al-‘ahd al-qadīm) (Hassan Hanafi, 2004:4).


            Menurut penulis, ketiga-tiga agenda di atas mengisyaratkan terjadinya proses dialektika antara “ego[1] dengan “the other[2] dalam realiti sejarah tertentu. Agenda pertama yang meletakkan “ego” pada sejarah masa lampau dan warisan kebudayaannya, agenda kedua, “Sikap kita terhadap tradisi Barat”, meletakkan “ego” pada posisi yang berhadapan dengan “the other” kontemporer, terutama kebudayaan Barat pendatang; sedangkan agenda ketiga, “Sikap kita terhadap realiti”, atau “teori interpretasi”, meletakkan “ego” pada suatu tempat di mana ia mengadakan observasi langsung terhadap realitinya yang lalu untuk menemukan teks sebagai bahagian dari elemen realiti tersebut, baik teks agama yang terdapat dalam kitab-kitab suci mahupun teks oral tradisional yang terdiri dari kata-kata mutiara dan pepatah. Dua agenda pertama berdimensi peradaban, sedang agenda ketiga adalah realiti. Ketiga-tiga agenda di atas dapat digambarkan sebagai sisi-sisi segitiga yang mengurung “ego” di tengahnya. Sisi pertama adalah tradisi lama (masa lalu), sisi kedua adalah tradisi Barat (masa depan), dan sisi ketiga adalah realiti kekinian (masa kini) seperti yang dapat dilihat pada gambar rajah di bawah ini:



[1] “ego” di sini merupakan terjemahan dari istilah Arab “al-‘ana” yang secara bahasa bererti “saya”. Apa yang dimaksudkan oleh penulis dengan menggunakan istilah tersebut adalah diri umat Islam.
[2] “the other” merupakan terjemahan dari istilah Arab al-ākbar yang secara bahasa bererti “pihak lain”.








Tradisi Barat                                                                                           
                               
“ego”
                                                                  Tradisi Lama


Realiti

 
3.2 Gambarajah Hubungan antara perkara asas yang dibincangkan oleh Hassan Hanafi.




Jika agenda pertama berinteraksi dengan kebudayaan warisan, maka agenda kedua berinteraksi dengan kebudayaan pendatang. Kedua-duanya tertuang dalam tealiti kehidupan kita. Pada setiap posisi peradaban terdapat tiga faktor bagi terciptanya inovasi, iaitu: faktor warisan, faktor pendatang dan tempat-tempat inovasi atau tempat terjadinya proses asimilasi antara faktor warisan dan pendatang. Ketiga-tiga agenda ini juga mewakili tiga dimensi waktu iaitu agenda yang pertama mewakili masa lalu yang mengikat kita, agenda kedua mewakili masa depan yang kita harapkan dan agenda yang ketiga mewakili masa kini di mana kita hidup (Hassan Hanafi, 2000:6).


            Ketiga-tiga agenda di atas dapat diringkaskan ke dalam dua agenda sahaja: transferensi dan inovasi; waktu (masa lalu dan masa depan) dan ruang (masa kini); pemikiran dan realiti; peradaban dan sejarah. Walaupun agenda pertama dan kedua berbeza dari sumber kebudayaannya iaitu tradisi lama dan Barat, namun keduanya meruapakan hasil transferensi dari pendahulunya iaitu tradisi “ego” atau transferensi dari masyarakat sekarang iaitu tradisi “the other”. Contohnya kita pernah mendengar John Stuart Mill berkata, Ibn Taymīyah berkata, Marx berkata dan al-Ghazālī berkata.
           

Agenda-agenda di atas tidak saling terpisah tetapi saling terkait dan mendukung. Oleh kerana itu, rekonstruksi atas tradisi lama untuk memasuki tentangan zaman, sekaligus dapat menghentikan westernisasi yang memerangkap golongan elit. Mereka tidak mengenal tradisi lama kecuali yang bertentangan dengan kepentingan umat dan yang telah ditetapkan oleh kelompok penguasa. Kesedaran peradaban yang personal kadang-kadang bersikap positif terhadap tradisi Barat tetapi akan menimbulkan sikap negatif terhadap tradisi lama. Sedangkan yang bersifat positif terhadap realiti kekinian boleh jadi bosan terhadap pintu akses kedua tradisi tersebut dan secara tidak benar menuduhnya sebagai hanya mengajukan teori-teori dan saling berebut kekuasaan. Dalam keadaan yang seperti ini, realiti kekinian yang menjadi korban. Seringkali keseimbangan antara tiga agenda ini hilang dalam kesedaran nasional kita. Kesedaran peradaban personal terkadang mempunyai posisi yang menafikan tradisi lama, sehingga memaksa seseorang berpaling kepada tradisi Barat dan menemukan diri di dalamnya. Akibatnya, mereka yang memandang hubungan dengan tradisi lama sebagai hubungan keterputusan; kedua, golongan yang memandang hubungannya dengan tradisi lama sebagai hubungan keterkaitan. Melalui dua keadaan tersebut, maka menurut Hasaan Hanafi masa kinilah yang dirugikan (Hassan Hanafi, 2000: 8).


            Namun penjelasan akan dibuat dengan lebih terperinci mengenai agenda yang kedua iaitu “Sikap kita terhadap tradisi Barat”. Tradisi Barat telah menjadi pendatang utama dalam kesedaran kebangsaan kita dan merupakan salah satu sumber pengetahuan bagi peradaban ilmiah dan nasional kita. Secara terus menerus “the other” selalu hadir dalam kesedaran nasional dan sikap peradaban kita sejak dari masyarakat Yunani sehingga masyarakat Barat sekarang. Selama itu, tidak pernah terputusnya hubungan antara kita dengan “the other” kecuali pada gerakan Salaf. Sampai sekarang pun menurut Hassan Hanafi, belum pernah ada gerakkan yang mengkritik terhadap Barat kecuali dalam batas-batas yang sempit. Itupun dilakukan dengan metode retorik atau dialektik, bukannya dengan menggunakan motode kritik dan logik pembuktian. Permerhatian yang terhadap sumber Barat inilah yang kemudian memunculkan kebudayaan sekular, gerakan reformasi dan modernisasi, pendidikan dan sistem meden kita, demi membela kepentingan atau keyakinan terhadap penguasa (Hassan Hanafi, 2000:8-9).


            Meskipun usia agenda kedua ini lebih singkat iaitu sekitar 200 tahun, dibandingkan dengan usia agenda pertama yang mencapai lebih kurang 14 abad, namun ia telah mengambil ruang yang lebih besar dalam kesedaran nasional kita dari ukuran yang semestinya. Inilah yang disebut oleh golongan intelektual Islam sebagai fenomena westernisasi. Setelah terjadinya kebangkitan Islam, persoalan agenda kedua ini telah menjadi wacana di kalangan generasi kita saat ini. Ada yang menyingkapi Barat dan pembaratan dengan penolakan secara pasif total sebagai bahagian dari pembelaan diri dan penegasan identiti. Pada pandangan pihak yang lain, sikap ini dikritik dengan hujah-hujah bahawa tidak semestinya apa yang datang dari Barat adalah semuanya negatif dan teruk sedangkan dalam setiap masa kita selalu menikmati produk Barat. Secara “de jure” sikap menolak dibenarkan, sebab suatu perjalanan harus dimulai dari titik “ego”. Tetapi secara “de facto” salah, kerana ia meninggalkan Barat sebagai objek kajian. Secara “de jure” sikap menerima adalah salah, kerana hubungan “ego” dengan “the other” adalah hubungan yang bertentangan, bukannya hubungan persamaan. Tetapi secara “de facto” mempunyai kebenarannya yang tersendiri kerana ia memandang pentingnya mempelajari dan mengenal peradaban “the other” tanpa melihat sumber, representasi, implikasi dan kematangan peradaban tersebut. Di samping itu juga sikap menerima juga bererti mengubah objek dari tingkat pasif ke aktif, dari reaktif menuju analisa ilmiah yang mantap (Hassan Hanafi, 2000:9-10).


            Dalam agenda kedua ini juga, ia bukan sahaja membincangkan teori-teori dalam agenda kedua ini, tetapi ia juga mengandungi bahagian-bahagian yang menggambarkan tentang kesedaran Eropah yang bermula dari masa referensi pertama; kemunculan, perkembangan hingga masa kematangan, keruntuhan dan keberakhirannya. Perbezaan antara metodeologi antara agenda yang pertama ialah menjelaskan tradisi lama dan agenda kedua yang membincangkan trasidi Barat disebabkan oleh perbezaan watak peradaban Islam dan peradaban Barat.


            Kajian Oksidentalisme pada dasarnya diciptakan untuk menghadapi westernisasi yang memiliki pengaruh yang luas tidak hanya pada budaya dan konsepsi kita tentang alam tapi juga mengancam kemerdekaan peradaban kita. Ia juga mempengaruhi pada gaya kehidupan kita sehari-hari; dari segi bahasa, manifestasi kehidupan umum dan seni bangunan. Sistem ekonomi kita yang bersifat terbuka memaksa kita untuk menerima ideologi Barat seperti kapitalisme dan demikian juga dalam segi bahasa yang mana kita harus menerima kehadiran pengaruh bahasa asing. Dengan kemasukan kosa kata Barat atau dialihkannya istilah latin dalam huruf-huruf Arab menyebabkan kosa kata Arab berada pada kedudukan yang rendah. Bahasa Arab rasmi hilang atau berbaur dengan bahasa Arab pasaran. Pada saat ini tidak ada seorang masyarakat Arab yang mampu berbicara dengan bahasa Arab yang baik sama ada dari kalangan pemimpin, media masa dan golongan intelektual. Situasi ini berlaku contohnya di Magrib (yang meliputi negara Maroko, Mauritania, Aljazair dan Libia) dan Syam (meliputi Lebanon, Syiria dan Palestin) yang berkomunikasi menggunakan Arab-Mesir bukan dengan bahasa Arab rasmi kecuali dalam membaca al-Quran (Hassan Hanafi, 2000:16-17).

            Hijrah ke Barat mulai menjadi keinginan yang terpendam kepada sesetengah masyarakat. Keterikatan dengan tanah air yang menjadi ciri seorang nasionalis sejati juga pudar. Biasanya westernisasi kebudayaan berubah menjadi keberpihakan politik Barat yang pada gilirannya melahirkan revolusi nasional rakyat untuk menegaskan identiti, kebudayaan dan tanah air.  Dalam proses dialektika sejarah, antara ““ego”” dengan ““the other”” di Mesir tidak muncul persoalan identiti yang serius seperti Arabisme bahasa di Aljazair dan Arabisme tanah air seperti di negara-negara teluk. Persoalan identiti merupakan salah satu soalan pokok dalam menghadapi westernisasi yang berbeza intensitasinya antara satu daerah dengan daerah yang lain sesuai dengan intensiti penjajahan dan pengaruhnya dalam jiwa serta sisa-sisa penjajahan dalam akal kita. Penegasan identiti; penegasan eksistensi “ego” dalam menghadapi “the other” dan penegasan eksistensi “ego” dalam menghadapi modernisasi dan alienasi yang terkait erat dengan westernisasi, dapat menjadi media perlawanan bagi masyarakat yang terkongkong penjajahan dalam menghadapi perubahan. Kerana itulah istilah westernisasi secara etimologi dapat diertikan sebagai alienasi, iaitu berubahnya “ego” menjadi orang lain (Hassan Hanafi, 2000:18-20).


            Tetapi setelah kemerdekaan tanah air, penjajah datang kembali dengan menggunakan jalan kebudayaan dan kemudian tersebarlah westernisasi. Negara telah merdeka namun jiwa kita tetap terjajah. Suatu tindak-balas iaitu berkiblat pada “the other”, telah melahirkan reaksi, iaitu kembali kepada “ego” seperti keadaan revolusi Islam di Iran dan gerakan Islam kotemporeri di berbagai bahagian dunia Arab dan Islam. Oleh kerana itu, Hassan Hanafi telah menyenaraikan tujuh tentangan umat saat ini dan menjadi isu perbahasan dalam agenda yang ketiga “sikap kita terhadap realiti” atau “teori interpretasi”. Ketujuh tentangan yang dimaksudkan adalah :


i.                    Membebaskan tanah air dari serangan eksternal kolonialisme dan Zionisme[1].
ii.                  Kebebasan universal melawan penindasan, dominasi dan kediktatoran dari dalam.
iii.                Perbezaan dari aspek keadilan sosial antara miskin dan kaya.
iv.                Persatuan menghadapi perpecahan dan
v.                  Pertumbuhan melawan keterbelakangan sosial, ekonomi, politik dan budaya.
vi.                Identiti diri menghadapi westernisasi dan kepengikutan.
vii.              Mobilisasi kekuatan massa melawan apatisme[2].


Sesungguhnya tentangan yang paling besar bagi kelompok-kelompok umat sekarang adalah bagaimana mempertahankan identiti tanpa harus terjatuh ke dalam bahaya isolasi diri, dan bahaya menolak saham orang lain; dan bagaimana menghadapi kebudayaan masa kini tanpa terjatuh ke dalam bahaya keterikutan (taqlīd) (Hassan Hanafi, 2000:21).


            Gerakan reformasi agama (al-ishlāh al-dīnī) Afghani, liberalisme politik (al-libralīyah al-thahthāwī) Thahtawī dan rasionalisme ilmiah (al-‘aqlānīyah al-īlmīyah) Syibli Shimel semuanya memandang Barat sebagai model modernisasi dan kemajuan. Mereka juga melihat gambaran dirinya dalam cermin orang lain, hal ini melahirkan gerakan Salafiyah yang kemudian berubah menjadi gerakan reformasi yang membunuh liberalisme dengan mengatas namakan revolusi Arab terakhir. Dengan merebaknya baju keimanan dan mistisisme[3], hilanglah akal dan ilmu dari kehidupan kita. Parti-parti politik yang lahir dari aliran pemikiran moden sekarang telah keliru dalam memandang tealiti dan selalu menghasut media massa sebab tidak ada praktik politik inovatif tanpa adanya orisinaliatas yang jauh dari westernisasi. Parti-parti politik kita terutamanya yang sekular, sampai saat ini masih menyatakan idea persoalan politik dalam gaya kebaratan serta mencari penyelesaian dari “the other” bukan dengan menganalisa “ego”. Pemikiran Islam dapat memberikan keteladanan dalam mempertahankan identity dan memerangi werternisasi seperti hal-hal berikut:

i.                    Larangan al-Qurān untuk tidak berpihak pada orang lain, menjalinkan hubungan dengan musuh. Ini kerana, tujuan musuh adalah untuk menghancurkan identity “ego”, menjatuhkannya ke jurang taqlīd, dan melenyapkannya sehingga tidak ada yang wujud kecuali pihak lain “the other”. Sebenarnya berpegang pada al-Qurān sama dengan berpegang pada tradisi rakyat, sumber kekuasaan dan sumber yang mengawal bagi kesedaran manusia.

ii.                  Penolakan taqlīd kepada siapa pun dalam perilaku dan aqidah serta tanggungjawab peribadi kerana iman seseorang pengikut yang fanatic (muqallid) tidak dibenarkan dan pada hari perhitungan alasan taqlīd tidak diterima.

iii.                Keteladanan pemikiran Islam lama yang mampu mempresentasikan peradaban terdahulu tanpa menafikan identitinya, bahkan mengkritiknya kemudian mengembangkannya serta meyempurnakan keberhasilannya. Upaya ini dilakukan agar pemikiran Islam tetap sesuai dengan zaman serta menjadi dirinya sendiri dan mampu berinteraksi dengan pihak lain “the other” dan pada akhirnya Islam mampu mewakili peradaban umat manusia seluruhnya.

iv.                Meskipun pemikiran Islam moden mengagumi Barat dan menganggapnya sebagai model modernisasi dalam aspek industri, pendidikan, sistem parlimen, perundangan dan pembangunan, namun ia juga mengkritik Barat sebagai peradaban duniawi yang tidak terlepas dari dimensi waktu dan tidak harus selalu diadopsi bangsa lain seperti yang ditunjukkan oleh Jamaluddin al-Afghani, Iqbal dan lain-lain. Pemikiran Islam moden dapat berdiri dengan sendiri juga tidak kehilangan karakteristiknya saat berinteraksi dengan Barat.
v.                  Bersandar pada sikap gerakan Islam sekarang terhadap Barat yang membezakan “ego” dengan “the other”, iman dengan kafir, Islam dengan jāhilīyah, Tuhan dengan syaitan dan kemudian merasionalisasikan hubungan tersebut kepada kritik yang cerdas dan mengubah hubungan menentang antara “ego” dengan “the other” menjadi hubungan seorang pakar dengan ilmu pengetahuan, subjek dengan objek, pengkaji dengan yang dikaji, yang melihat dengan yang dilihat dan pencatat dengan yang dicatat.
vi.                Bersandar pada sikap salaf yang “ego” sentrik dan memusuhi “the other” kerana mengingatkan pengaruh yang pernah dilakukan Barat (pasukan Salib) atau Timur (Tartar dan Mongol) terhadap umat. Keadaan imperialisme tersebut sama dengan keadaan perang imperialisme sekarang (Hassan Hanafi, 2000: 23-25).


[1] Zionisme merupakan suatu gerakan global untuk menghancurkan tamadun manusia secara global. Gerakan ini mempunyai hubungan yang rapi dengan pakatan yang lebih besar dan lebih bahaya iaitu pakatan sulit “Illuminati” iaitu gerakan pakatan sulit yang ditubuhkan pada tahun 1776 di Jerman oleh pemodal-pemodal elit antarabangsa. Kebanyakan ahli anggotanya beragama Yahudi (tetapi bukan semua) menggunakan sekalian cara bertujuan untuk menguasai Dunia. Pakatan Illiminati inilah yang di belakang kewujudan gerakan Zionisme, Komunisme, Kapitalisme, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan peristiwa-peristiwa sejarah khasnya yang berlaku semenjak 200 tahun sebelum ini, seperti Revolusi Perancis, Revolusi Komunis di Rusia dan di China, Peperangan Dunia Pertama dan Kedua.
[2] Apatisme


[3] Mistisisme ialah satu aktiviti keagamaan yang mengamalkan dengan tujuan mencari pengetahuan dan kebenaran untuk mendekati Tuhan melalui meditasi atau sembahyang.







 
3.2.1    Kajian Oksidentalisme dan Reaksi ke atas Eurosentrisme


Tugas Oksidentalisme adalah untuk menghapuskan Eurosentrisme, iaitu menjelaskan bagaimana kesedaran Eropah mengambil kedudukan tertinggi di lingkungan kita khususnya di sepanjang sejarah. Tugas kajian Oksidentalisme ini mengembalikan kebudayaan Barat ke tahap alaminya setelah selama kejayaan imperialisme menyebar keluar melalui penguasaan media informasi, berita dan sebagainya. Tugas Oksidentalisme adalah mematahkan mitos kebudayaan kosmopolit yang menyatukan seluruh bangsa Barat. Ia juga didakwa sebagai satu budaya dan harus diadaptasi oleh seluruh bangsa di dunia seterusnya jika ingin meninggalkan tahap ini imitasi dan mencapai kemodenan. Ini kerana, kesenian adalah kesenian Barat, kebudayaan milik Barat, ilmu pengetahuan dari Barat, kehidupan bergaya Barat dan arsitektur juga model Barat. Sedangkan kebudayaan itu berbagai-bagai dan tidak ada istilah ibu kebudayaan atau anak kebudayaan (Hassan Hanafi, 2000:34). 

            Di sini maka berlakulah akulturasi[1] yang dibincangkan oleh para antropologi kebudayaan. Akulturasi dianggap Barat sebagai menghendaki dialog dan pertukaran kebudayaan atau pencerahan. Sebenarnya akulturasi yang dimaksudkan untuk membunuh peradaban tempatan, menyebarkan kebudayaan Barat ke tahap alaminya, mengawal kebudayaan lain serta membangunkan citra bahawa Barat satu-satunya contoh kemajuan peradaban. Seluruh bangsa di dunia harus mencontoh dan menjejaki pihak Barat. Hal ini mengakibatkan terabainya karakteristik bangsa lain dan bermulalah monopoli Barat atas hak inovasi yang bersifat percubaan baru dan hak sebagai contoh kemajuan. Dengan kata lain, tradisi Barat adalah pemikiran yang merefleksikan lingkungan khusus peradabannya. Sebagaimana contoh penulis Barat sendiri menyatakan keistimewaan tersebut dengan menyandarkan segala sesuatu kepada “kita”, seperti “filsafat kita”, “peradaban kita”, “pemikiran kita”, “kesusasteraan kita”, “kesenian kita”, “sejarah kita”, “muzik kita”, “ilmu pengetahuan kita”, bahkan mereka juga menyatakan “agama kita” dan “tuhan kita”. Para penulis Barat merasakan bahawa mereka bergabung kepada peradaban tertentu dan kerananya mereka selalu berkata “adapun kita”, “kita orang lain”, “bagi kita” dan sebagainya. Hal ini menunjukkan bahawa mereka adalah bangsa yang memiliki peradaban yang berbeza dengan peradaban lain bahkan mereka memiliki kewarganegaraan dan sejarah tertentu yang berbeza dengan peradaban dan kewarganegaraan bangsa lain (Hassan Hanafi, 2000: 34-35).


            Kajian Oksidentalisme juga memainkan tugas untuk menghapuskan pemisahan sentrisme pada tingkat kebudayaan dan peradaban. Pemisahan ini telah diupayakan oleh pelbagai tokoh politik dan ekonomi untuk dihapuskan. Persoalannya, bagaimana upaya politik dan ekonomi dilakukan untuk menghapuskan pemisahan politik dan ekonomi jika tidak diketahui penghapusan pemisahan budaya? Sedangkan imitasi politik dan ekonomi oleh ekstremis terhadap sentries akan tetap terjadi. Selama kebudayaan Barat menjadi pengawal dan kebudayaan non Barat menjadi ekstremis, maka hubungan keduanya akan tetap merupakan hubungan monolitik (pihak tunggal); dan sentries ke ekstremis; hubungan guru dengan murid, hubungan tuan dengan hamba. Barat selalu menjadi guru dan non Barat mejadi murid, non Barat selalu menjadi pihak yang mengambil berat dan Barat selalu menjadi pemberi; non Barat selalu menjadi pengguna dan Barat menciptakan inovasi baru. Tugas kajian Oksidentalisme juga adalah mengambalikan keseimbangan kebudayaan umat manusia, menggantikan timbangan yang tidak seimbang yang hanya menguntungkan kesedaran Eropah dan merugikan kesedaran non Eropah. Selama neraca tidak berimbang, kesedaran Eropah akan tetap mengekspansi kebudayaan bangsa lain dengan produk pemikiran saintisnya. Ia bersikap seolah-olah hanya pihak Baratlah satu-satunya model yang menghasilkan sesuatu. Ketidak adilan sejarah ini akan tetap menimpa kebudayaan-kebudayaan yang tidak istimewa dalam perjalanannya menuju tingkat kebudayaan istimewa (Hassan Hanafi, 2000:36-37).


            Kajian Oksidentalisme merupakan ilmu baru yang bukan sekadar memuat niat dan harapan kita semua, tetapi mencakupi berbagai perbahasan dan kajian tentang konsepsi-konsepsi untuk mendapatkan visi alternative menggantikan visi kesedaran Eropah. Contohnya salah satu konsepsi dalam ilmu ini adalah “penemuan geografi”.  Konsepsi ini mengindikasikan beberapa keadaan:

i.                    Sudut pandangan substansial murni (al-nazhrah al-dzātīyah al-khālishah) yang mengindikasikan rasialisme[2] yang terpendam. Ia seolah-olah peradaban lain bergantung kepada kesedaran Eropah semata-mata contohnya dunia ini wujud jika kesedaran Eropah mengetahuinya dan tidak wujud jika tidak mengetahuinya. Jadi, ia bermaksud pengetahuan sejajar dengan eksistensi.
ii.                  Pengingkaran sejarah peradaban bangsa non-Eropah di Afrika, Asia dan Amerika Latin. Seakan-akan peradaban non Eropah adalah peradaban pra sejarah yang memulai sejarahnya sejak kehadiran imperialisme. Ia bermaksud sejarah adalah pengetahuan tentang objek, bukan sejarah objek seperti ia mengetahui dirinya dan seolah kesedaran sejarah yang mengetahui sama dengan kesedaran sejarah bangsa yang diketahui.
iii.                Awal penemuan geografi adalah awal imperialisme tradisional kuno di mana kesedaran Eropah keluar dari batas geografinya. Dalam peta laut, imperialisme mengelilingi dunia mulai dari Afrika di selatan, ke India di Timur dan Amerika di Barat. Dengan kata lain utara yang merupakan kedudukan geografi Eropah, keluar dari wilayah geografinya menuju ke wilayah peradabannya di selatan Timur dan Barat.
iv.                Awal penemuan geografi adalah penghancuran kebudayaan tempatan setelah dipelajari dan diserap informasi-informasinya, dan penanaman kebudayaan Eropah sebagai satu-satunya pengganti kebudayaan tempatan dan yang mewakili kebudayaan dunia. Dalam antropologi peradaban ini disebut akulturasi.
v.                  Awal perampasan sumber alam dan sumber manusia dari bangsa non Eropah dalam gelombang pencuarian terbesar dalam sejarah. Masyarakat Afrika dibawa ke Amerika dan kekayaan Asia diambil dan dibawa ke Eropah, sehingga kekayaan alam dan tenaga manusia tertumpu pada satu wilayah dan berpindah dari wilayah ekstremis ke wilayah sentri.


Untuk itu, kajian Oksidentalisme ditugaskan untuk memperbetulkan istilah-istilah yang mengisyratkan sentrisme Eropah untuk dilakukan penulisan sejarah dunia dengan kacamata yang lebih objektif dan neutral serta lebih bersikap adil terhadap seluruh peradaban manusia dalam sejarah dunia. Seperti pengertian “dunia” dalam istilah “Perang Dunia I” dan “Perang Dunia II” sebenarnya merupakan perang Eropah murni yang terjadi antara kekuatan Eropah yang berkeinginan menguasai sesama bangsa Eropah atau bangsa non Eropah. Dalam keadaan Perang Dunia I, Rusia termasuk negara Eropah meskipun perluasan geografinya terletak di Asia. Walaupun begitu, Turki secara geografinya terletak di Asia namun secara sejarahnya termasuk dalam negara Eropah. Pada dasarnya, Perang Dunia II adalah perseteruan antara kuasa-kuasa Eropah untuk merebut material utama dari daratan dan lautan. Dalam keadaan ini, meskipun Jepun secara geografinya terletak di Asia tetapi dalam pergaulan antarabangsa ia menggunakan logik negara-negara Eropah untuk merebut Asia Timur, Lautan Atlantik dan Pulau di sebelah Timur Jepun. Sementara Afrika dalam keadaan ini ditarik ke dalam perang dan beberapa wilayahnya yang dikuasai penjajah. Di atas wilayah-wilayah ini terjadi peperangan iaitu Perang Dunia II. Peperangan ini hanya merupakan garis belakang dari suatu medan pertempuran; hanya pertempuran pinggiran yang membantu pertempuran utama (Hassan Hanafi, 2000:39-40).


            Salah satu kesan Eurosentrisme adalah tempoh sejarah ke dalam tiga masa dan menjadikan Eropah sebagai habitatnya. Ketiga masa tersebut adalah abad kuno (Yunani dan Romawi), abad pertengahan (Kristian, Yahudi dan Islam) dan abad moden. Dengan perkiraan paling rendah abad kuno dimulai dari masa Homerus dan Thales iaitu bapa falsafah Yunani hingga munculnya al-Masīh. Sementara abad pertengahan dimulai dari munculnya al-Masīh hingga zaman pencerahan (renaissance) dan terbatas dengan abad kuno pada masa Hellenis serta terbatas dengan abad moden pada masa revitalisasi (abad ke 14), masa reformasi agama (abad ke 15) dan pencerahan (abad ke16). Sedangkan abad moden dimulai dari abad ke 17 hingga abad ke 20. Sedangkan abad moden dimulai dari abad ke 17 hingga abad 20. Tempoh di atas menunjukan beberapa keadaan :

i.                    Menyeragamkan seluruh peradaban dengan sejarah Eropah. Hal ini dapat dilakukan dari kacamata peradaban yang meletakkan Eropah sebagai pusat. Kesedaran Eropah telah melakukan ini semua dan mendapatkan kestabilannya kerana selama ini ia menjadi perintis di abad moden dan ia pula yang mengkodifikasikannya.
ii.                  Mengingkari peradaban lama Cina, India, Persia dan Mesir Kuno. Seakan-akan sejarah peradaban tersebut mendahului sejarah manusia dan seakan-akan pada saat itu belum ada manusia atau masih berada pada tahap kanak-kanak dan belum mencapai tingkat kedewasaannya.
iii.                Peradaban Islam bagi kita tidak berada di abad pertengahan, tetapi memiliki jalurnya sendiri. Peradaban Islam berusia lima belas abad dan terbahagi kepada dua tahap. Setiap tahap terjadi dalam 7 abad. Tahap pertama, peradaban Islam berada pada masa permulaan dan masa kelahiran (abad ke 1 dan ke 2), masa pertumbuhan (abad ke 3 dan ke 4), masa kematangan (abad ke 5 dan ke 6), kemudian masa awal keruntuhan. Pada akhir abad keruntuhan inilah datang Ibn Khaldūn yang mencatat sejarah Islam. Tahap kedua adalah masa pensyarahan, pentakhisan dan kondifikasi eksilopedia besar di masa pemerintahan Turki Uthmani sejak abad ke 12 hingga abad ke 14. Tahap kedua juga mencakupi dua abad terakhir di mana terjadi awal pencerahan (renaissance) baru, gerakan reformasi agama dan gerakan pembebasan tanah air.
iv.                Pada abad pertengahan bagi Barat adalah masa keemasan kita dan abad moden bagi Barat adalah abad pertengahan kita atau tahap kedua perjalanan peradaban Islam di mana inovasi berhenti dan beralih ke peradaban Eropah.
v.                  Keterkaitan, kesamaan dan timbal-balik sejarah Eropah dan Islam muncul dalam kesedaran kita sekarang yang mengakibatkan tersingkirnya kesedaran sejarah Islam dan menguntungkan kesedaran sejarah Eropah. Jika ditanya di era apa kita hidup tentu kita menjawab di era ilmu pengetahuan dan teknologi sedangkan sebenarnya kita masih berada di era pencerahan (renaissance) dan sedang beruapaya keluar dari abad pertengahan serta menjadikan reformasi agama sebagai kebangkitan yang besar (Hassan Hanafi, 2000: 40-41).


Kajian Oksidentalisme ini juga bertujuan untuk mengakhiri mitos Barat sebagai representasi seluruh umat manusia dan sebagai pusat kekuatan. Sejarah dunia                  sama dengan sejarah Barat; dan sejarah falsafah adalah sejarah falsafah Barat. Tempoh sejarah Barat adalah tempoh bagi semua sejarah. Abad pertengahan Barat juga abad pertengahan seluruh bangsa dan abd moden Barat juga abad moden seluruh dunia sedangkan abad pertengahan Barat adalah abad moden kita abad moden kita sama dengan abad pertengahan Barat. Jatuhnya Barat saat ini adalah kebangkitan kita dan kebangkitan kita sama dengan memudarkan Barat. Tugas pemikir dan peneliti kita adalah memformat kembali falsafah sejarah Eropah terutama sejarah abad 18 dan 19 yang membentuk keseluruhan sejarah dan yang yang pada akhirnya sejarah dicurahkan ke dalam peradaban Barat. Tugas lain adalah menletakkan peradaban Barat sebagi salah satu tahap evolusi manusia yang hanya menyerupai “busur kecil”. Namun kesedaran kita tentang sejarah masih menghilang, sedangkan kita belum tahu faktor-faktor apa yang dapat mengembalikan kesedaran tersebut. Tidak ada bangsa yang boleh bangkit atau tenggelam jika tidak memiliki falsafah sejarah yang menyatakan keberakhirannya seperti terjadi dalam falsafah sejarah kotemporeri. Sejarah falsafah yang akan menentukan apakah suatu bangsa akan melangkah maju atau melangkah mundur (Hassan Hanafi, 2000:42).


3.3       SEJARAH RINGKAS OKSIDENTALISME DALAM PEMIKIRAN ISLAM SEMASA

Kajian Oksidentalisme berkembang dengan kabur sehinggakan ada diantara intelektual-intelektual Islam yang tidak menyedari perkembangan kajian ini. Kajian ini bukanlah merupakan suatu kajian baru dipopularkan oleh golongan elit, tetapi ia sudah lama bertapak di kalangan intelektual-intlektual Barat. Ini jelas terbukti selepas peristiwa 11 September 2001 yang menggemparkan dunia apabila bangunan kebanggaan rakyat Amerika (World Trade Center) rebah menyembah bumi apabila 3 buah kapal terbang yang dirampas oleh pihak pengganas merempuh bangunan tersebut. Ekoran daripada peristiwa itu yang  pihak Barat menuduh masyarakat Islam sebagai pengganas kerana peristiwa tersebut melibatkan masyarakat Islam. Selepas peristiwa tersebut, kajian Oksidentalisme ini mula diterokai oleh pihak Barat melihat dari perspektif masyarakat Islam.


            Sejarah Oksidentalisme dalam pemikiran Islam semasa ini menurut Hassan Hanafi bukan merupakan wacana baru, sebab hubungan masyarakat Islam dengan Barat bukan produk generasi sekarang, tetapi sudah dimulai jauh sebelum itu, iaitu sejak lahirnya peradaban “ego” yang diwakili tradisi Islam selama empat belas abad atau lebih. Sejarah kajian Oksidentalisme dapat dikesan sekiranya kita sedar hubungan kita dengan Yunani di masa lalu. Yunani menrupakan sebahagian daripada Barat, sama ada dilihat dari aspek geografi, sejarah ataupun peradabannya. Yunani dan Romawi merupakan sumber kesedaran Eropah sedangkan peradaban baru “ego” yang diwakili tradisi Islam kuno memiliki teras yang lain iaitu lebih tua di masa lampau, iaitu peradaban Timur kuno di Mesir, Kan’an, Asyuria, Babilon, Persia, India, dan Cina. Peradaban-peradaban tersebut adalah peradaban yang diwarisi Islam dan merepsentasikan peradaban “ego”-Islam baru. Sebagai sumber, peradaban-peradaban tersebut merupakan dimensi Timur peradaban baru “ego” dan evolusi tauhid dari agama-agama Cina, ke India, Persia kemudian ke negara-negara antara dua sungai Kan’an dan Mesir. Begitu juga dengan Yahudi dan Kristian yang masuk dalam kategori teras peradaban baru “ego” dari Timur (Hassan Hanafi, 2000:59-60).


            Jadi, seperti yang dijelaskan bahawa peradaban Timur kuno meruapakan salah satu elemen pembentuk peradaban “ego”, bahkan ia merupakan hubungan peradaban Timur sebagai peradaban “ego” dengan Barat sebelum Islam seperti hubungan Mesir dan Yunani. Pengaruh yang dilihat seperti timbal-balik  antara kedua-dua peradaban itu juga tepat kerana ia dikatakan sebagai sumber kesedaran Eropah iaitu sumber Timur yang terkandung dalam sumber Yunani-Romawi. Pengertian yang dibawa tersebut, sumber Timur dapat dikatakan sebagai bahagian dari kajian Oksidentalisme dalam hal yang berkaitan dengan sumber kesedaran Eropah. Walaupun demikian, kajian Oksidentalisme sendiri tidak dimulai dari terasnya yang tersendiri kecuali setelah kebangkitan peradaban “ego” dan representasi dari peradaban (tamatstulī) Yunani pasca masa penterjemahan. Dengan demikian, teras kajian Oksidentalisme dapat dihubung-kait dalam peradaban Islam dengan peradaban Yunani. Ketika peradaban Islam berstatus sebagai subjek pengkaji, ia mampu menjadikan peradaban Yunani sebagai objek yang dikaji. Kemudian terjadi dialektika yang benar antara “ego” dengan “the other”, “ego” sebagai subjek pengkaji dan “the other” sebagai objek yang dikaji. Hal ini terjadi melalui beberapa tahap sebagaimana berikut:

i.                    Tahap transferensi (al-naql). Dalam tahap ini diberikan keutamaan kepada “kata” sebagai perwujudan keinginan untuk memberikan perhatian kepada bahasa buku asli, iaitu bahasa Yunani serta memberikan perhatian kepada munculnya istilah-istilah dalam falsafah.
ii.                  Tahap tranferensi makna (al-naq al-macnawi). Dalam tahap ini keutamaan diberikan kepada makna “makna” sebagai manifestasi keinginan untuk memberikan perhatian kepada bahasa terjemahan iaitu bahasa Arab, serta memulai karya falsafah secara tidak langsung.
iii.                Tahap anotasi (al-syarh). Dalam tahap ini keutamaan diberikan untuk tema atau substansi, dan berupaya menungkapkan tema tersebut secara langsung dengan sedikit redaksi pihak lain ke dalam karya baru ini, serta memberikan perhatian kepada struktur dan pengungkapan tema itu sendiri. Anotasi yang paling ringan dimulai dengan kutipan menggunakan kata yang bersifat particular, diteruskan dengan upaya membangun pandangan baru di atasnya. Anotasi pertengahan pula dimulai dengan konsep-konsep yang diambil secara maknawi yang diberi respon dengan upaya pembuatan konsep inovatif baru yang sempurna, komprehensif dan general. Akhirnya, anotasi yang terakhir dimulai dengan wacana yang diambil secara substansial, kemudian membuang konsep tersebut dan menganalisa substansi tema serta membuat konsep yang setara. Sehingga konsep yang dikutip hanya merupakan suatu sikap falsafah umum dalam konsep inovatif yang baru.
iv.                Tahap peringkasan (talkhīsh) iaitu mempelajari suatu tema dengan memfokuskan kajian pada inti tema tanpa melakukan perdebatan dan pembuktian; penyampaian tema tanpa melakukan penambahan atau pengurangan yang dapat mengakibatkan teks beruabah menajadi substansi dan kata berubah menjadi tema.
v.                  Mengarang dalam lingkup kebudayaan pendatang dengan melakukan presentasi dan penyempurnaan, sehingga kata makna serta tema dalam kebudayaan “the other” dapat dibendung. Tema yang ad adapt dijadikan sebagai tema independent “ego”.
vi.                Mengarang dalam lingkup tema kebudayaan pendatang di samping tema tradisi “ego”. Di sinilah gmbaran “ego” menemukan kesempurnaannya dan kebudayaan “the other” dapat dipisahkan dari kebudayaan “ego”.
vii.              Kritik terhadap kebudayaan pendatang dan menjelaskan kedudukan sesuatu serta keterkaitannya dengan lingkungan. Dengan kata lain, mengembalikan kebudayaan pendatang ke tahap alamiya dan menjelaskan kesejarahannya dan bahawa ia merupakan suatu keadaan khusus dan tidak memiliki secara umum serta komprehensif yang memungkinkan kebudayaan tersebut diwarisi oleh seluruh peradaban manusia, seperti potensi yang dimilki kebudayaan “ego”.
viii.            Menolak sepenuhnya kebudayaan pendatang kerana sudah tidak diperlukan lagi, dan kembali kepada teks “ego” yang masih mentah tanpa ada keinginan untuk meninggalkan sedikit pun atau merasionalkannya serta melakukan interaksi dengan kebudayaan lain. Dan sikap seperti inilah yang diambil ahli fīqh terdahulu dan kelompok salaf kotemporeri.


Pada masa yang sama peradaban “ego” membangun Orientalisme lama dan Oksidentalisme; merepresentasikan peradaban Timur dan Barat; serta membaca teks Timur. Dua contoh yang paling popular tentang hal di atas adalah kajian al-Bīrūnī tentang agama di India dan kajian Ibn Miskawayh tentang ilmu hikmah di Persia. Hubungan peradaban “ego” dengan Timur terus berlanjut pada masa Konstatinopel. Tetapi pada masa terjemah dari bahasa Arab ke Barat pola hubungan tersebut adalah dari “ego” ke “the other”, bukan dari “the other” ke “ego” seperti pada masa terjemah dari bahasa Barat ke bahasa Arab. Setelah perang Salib dan ketika kesedaran Islam sedang dalam pertikaian antara “ego” yang mempertahankan “the other” yang menyerang, lahir tahap baru Oksidentalisme iaitu munculnya gambaran “the other” selama perang dalam kesedaran “ego”. Gambaran tersebut adalah fanatisme kebodohan, perang, fitnah dan lain-lain. Di bahagian lain muncul Orientalisme berlawanan iaitu munculnya gambaran kesedaran Islam dalam kesedaran Eropah. Gambaran tersebut antaranya ialah peradaban, sains, toleransi, keberanian dan kesaksian. Masyarakat Eropah yang datang ke Timur membawa lambing salib dan menggunakan pedekatan agama. Mereka melakukan upaya imperialisme yang pertama bermula di Laut Tengah dan bertolak dari Barat menuju ke Timur Palestin. Perkara inilah yang dilakukan oleh Zionisme pada abad ini. Tahap ini yang mencakup pertukaran gambaran antara “the other” dengan “ego” belum pernah dikaji sebagai buah pemikiran, meskipun sebahagian sisi-sisinya telah dipelajari dalam sejarah dan sastera (Hassan Hanafi, 2000:62-63).



Pada tahap ketiga ini iaitu kesedaran Islam, akhir abad 7 H, ketika Ibn Khaldūn dalam bukunya “Muqāddīmah Ibn Khaldūn” menggambarkan orang-orang utara. Ibn Khaldūn hidup pada masa awal kebangkitan Eropah moden. Dalam karyanya yang membahaskan tentang masyarakat Eropah, negaranya, sejarahnya dan sistem perkotaannya. Bayangan Barat kemudian muncul lagi dengan datangnya pengaruh kolonialisme moden pada tahun 1807 atau revolusi Perancis. Bayangan Barat muncul dalam diri “ego” seperti terlihat dalam “Ajā’ib al-Atsar”, dan pada ulama-ulama al-Azhār seperti Syaikh Hasan al-Aththār. Kemudian berlaku pertembungan aliran kemodenan, dialektika antara “ego” dengan “the other”, peradaban Islam terkebelakang dari kemajuan, dan dari aspek kebodohan dan kepandaian. Peradaban Islam memulai tempoh masa keduanya dan memasuki hubungan dengan “the other” dengan Yunani di masa lalu dan Eropah Moden pada saat ini, dalam posisi kuat di masa lalu dan posisi lemah pada saat ini. Tentera Islam dahulu meanklukkan negara-negara lian, tetapi kini mereka kalh dan tunduk pada kuasa Barat. Pada masa dahulu, ketika Islam mampu mempertahankan keutuhan wilayahnya, bahaya itu mengamcam sisi-sisi akidah dan tauhid masyarakat Islam. Kini bahaya tersebut mengamcam sisi praktis setelah Islam berhasil memelihara keutuhan akidah, namun kehilangan banyak wilayahnya. Dahulu masyarakat Islam mampu melawan “the other” tetapi sekarang masyarakat Islam terkurung dan terlebur dalam “the other”. Keterbukaan budaya pada awal kebangkitan moden kita didukung oleh alasan-alasan sebagai berikut:

i.                             Pada peringkat awal terjadi kegoncangan peradaban dengan sains Barat membuat “ego” kehilangan keseimbangan. Seterusnya, “ego” terpengaruh dan menerima “the other” sehinggakan melupakan dirinya dan berubah menjadi “the other” dan akhirnya teralienasi.
ii.                           Di awal kebangkitan dan kegoncangan imperialisme yang ditandai dengan munculnya seruan untuk menggunakan cara yang ditempuh penjajah dalam menguasai kita. Kita mengharapkan dapat membebaskan diri dari penjajah dengan cara dan ilmu pengetahuan yang digunakan Barat untuk menjajah kita. Dengan demikian, kita dapat menyerang Barat dengan senjata mereka, iaitu ilmu pengetahuan dan peradaban yang tidak mengenal perbezaan antara Islam dan Kristian.
iii.                         Gerakan reformasi dan keinginan untuk melepaskan diri dari kekuasaan Turki Uthmani, tasawuf dan tradisi lama penguasa, serta munculnya seruan untuk mengambil Barat sebagai contoh kebangkitan moden.
iv.                         Dibangunkan negara moden setelah terlepas dari negara elit, dan diperlukannya teoretisi, teknokrat, sarjana dan birokrat untuk mengisi pos-pos pemerintahan. Dalam hal ini dapat bahawa Thahtāwī[3] sebagai pengasasnya.
v.                           Di awal penghantaran gelegasi keilmuan dan warga kita ke Barat untuk belajar di sana, kemudian setelah kembali mereka melakukan modernisasi masyarakat, membangun negara dan mencipta pemikiran baru dan kebudayaan.
vi.                         Hubungan timbal-balik antara Timur-Barat, dan dikenal sebagai the “the other” oleh “ego” yang kemudian dianggap sebagai cermin bagi “ego”. Kebanggaan kepada Barat pun merebak di kalangan kita, sehingga muncul anggapan bahawa Barat adalah satu-satunya model modernisasi.
vii.                       Arus penterjemahan dari Barat yang dimulai sejak berdirinya Madrasah al-Alsun; beralihnya gerakan penterjemahan, seperti yang terjadi pada “Dīwān al-Hikmah” pada masa Macmūn, dari usaha
viii.                     Di awal penulisan tema-tema tentang wacana Barat dalam bidang pemikiran politik, sosial, etika, hukum dan lain-lain yang mengakibatkan tersebarnya mazhab Barat di atas realiti kita dan kemudian menjadi fokus kebudayaan pemikat bagi umat manusia. Dari titik tolak itulah, tersebarlah buku-buku yang membahaskan tentang positivisme, eksistensialisme, pragmatisme dan marxisme serta tersebar juga buku-buku yang ditulis oleh tokoh-tokoh terkenal di Barat seperti Descartes, Kant, Hegel, Barkeley, Russel, Wiliam James, Bergson, Whitehead, Wittgenstein, Hume, Lock dan ramai lagi.


Kemudian muncul gejala Oksidentalisme dalam generasi masyarakat kita. Ramai di kalangan masyarakat kita yang sedar bahawa perlunya membangunkan kajian Oksidenatalisme untuk membantu kita keluar dari wilayah imitasi kebudayaan “the other”. Tetapi kelemahan mereka ialah mereka hanya menyuarakan keinginan tanpa disertakan dengan reaksi untuk menjadikan kajian Oksidentalisme sebagai sebuah ilmu yang sahih dan bermutu. Kajian Oksidentalisme bukan sekadar keterbalikan Orientalisme dan Orientalisme berlawanan tetapi ia merupakan reaksi westernisasi dan suatu upaya untuk mengentaskan “ego” dari ketrasingannya di dalam “the other”. Sebahagian daripada mereka mengeluarkan idea mereka melalui media cetak kerana melalui cara ini dapat melihat respon pembaca terhadap isu-isu yang diterbitkan. Kajian Oksidentalisme telah atau hampir berubah menjadi satu disiplin ilmu yang sahih. Ini adalah tugas kolektif bagi golongan intelektual untuk menyumbangkan beberapa konsepsi; tugas suatu kelompok kerja di mana setiap anggotanya mengeluarkan idea-idea untuk menjadikan kajian ini sebagai satu disiplin ilmu yang penting (Hassan Hanafi, 2000:64-67).


3.4 PERBANDINGAN TEORI, METODE OKSIDENTALISME DAN ORIENTALISME SEBAGAI ASAS KAJIAN OKSIDENTALISME DALAM PEMIKIRAN ISLAM SEMASA


Kini, kita dapat melihat kecaman terhadap Islam kian bertambah dengan pelbagai cara yang digunakan oleh golongan yang dapat dikategorikan sebagai golongan anti-Islam. Kecaman ini bukan sekadar bercambah di Barat sahaja tetapi mula bertapak di negara-negara Islam itu sendiri. Masyarakat Islam peka atau tidak terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka menjadi persoalan atau mereka lena dibuai arus kemodenan yang tidak mengenal usia. Bagi mereka yang peka, mereka hanya mampu melihat dan mengambil sikap berhati-hati terhadap kecaman yang dibuat. Secara umunya, masyarakat berpendapat bahawa tugas dan peranan ini sepatutnya dipikul oleh golongan-golongan intelektual kerana mereka lebih arif terhadap sesuatu isu yang timbul dan mereka inilah yang perlu memperjelaskan keadaan tertentu kepada masyarakat. Sebenarnya, golongan intelektual dan masyarakat masing-masing memainkan peranan yang penting dalam memastikan kita dapat menangkis kecaman-kecaman tersebut dan menyelamatkan umat Islam daripada menjadi sasaran pihak-pihak tertentu.


            Antara beberapa faktor kelahiran kajian Orientalisme adalah pertama, faktor keagamaan seperti untuk menyaingi perkembangan Islam ataupun untuk menyebarkan Islam yang telah diselewengkan oleh Barat dan juga faktor kekalahan mereka di dalam Perang Salib. Kedua, faktor penjajahan iaitu ketika mereka berjaya menguasai masyarakat Timur atau negara-negara Islam. Contohnya kedatangan Portugis ke Melaka pada tahun 1509 (pada 1511 dihancurkan Melaka) kerana rempah-ratus. Persoalannya mengapa mereka datang ke Tanah Melayu bersama dengan 19 pasukan angkatan Laut? Dan juga mengapakah dibawa Paderi Besar daripada Sepanyol?. Maka di sini kita dapat membuat kesimpulan bahawa sejarah juga mempunyai unsur penipuan terhadap perkara yang sebenar. Ketiga, faktor Ilmu kerana Barat pada masa itu masih dalam keadaan “kelam” tidak kenal akan ilmu sains. Dengan mempelajari daripada tamadun-tamadun ciptaan masyarakat Islam khasnya di Sepanyol pada masa itu, mereka boleh membina ketamadunan Barat. Selain itu, pada masa tersebut berlaku konflik yang sengit antara aliran-aliran agama Kristian, lalu mendorong mereka mempelajari bahasa-bahasa Timur yang menjadi bahasa-bahasa kepada kitab-kitab suci mereka seperti Bahasa Hebrew, Sumaria dan juga Bahasa Arab dengan niat untuk menegakkan “benang-benang basah mereka” di hadapan lawan mereka.


            Seterusnya faktor yang keempat, faktor ekonomi iaitu sumber makanan, rempah-ratus dan hasil bumi banyak di Timur. Menguasai Timur bermakna memonopoli kekuatan ekonomi dunia. Selain itu, mereka mahu memecah-belahkan kekuatan ekonomi yang dibina oleh saudagar-saudagar Islam, khasnya dari Tanah Arab. Faktor kelima, faktor politik iaitu semakin banyak tempat yang dijajah semakin gemilanglah nama negara penjajah itu. Di samping hendak mencari nama dan pingat daripada penguasa negara. Faktor yang terakhir, faktor peribadi dan sejarah iaitu kerana dendam kesumat dengan perkembangan Islam semenjak zaman Saidina Rasulullah s.a.w, maka dengan gerakan ini mereka akan belajar segala yang berkaitan dengan umat Islam, lalu akan diserang kembali umat Islam dengan ilmu-ilmu yang berasal daripada mereka. Maka jelaslah faktor-faktor tersebut membawa kepada perkembangan ilmu kajian Orientalisme. Kajian tersebut lebih menjurus kepada meruntuhkan masyarakat Timur dan tamadun Timur. Antara lain kajian-kajian Orientalisme ini mempunyai tujuan-tujuan utama antaranya :

i.                    Menyelewengkan akidah Islam yang sebenar, kerana kekuatan utama umat Islam ialah akidah yang sahih.
ii.                  Mereka cuba meragukan umat Islam terhadap al-Quran, as-Sunnah dan para ulama’ yang sebenar.
iii.                Mereka juga cuba menghina ataupun merendah-rendahkan Rasulullah s.a.w dan tugasnya sebagau utusan Allah s.w.t.
iv.                Melahirkan keraguan-keraguan terhadap sumber-sumber rujukan umat Islam dan ketamadunan yang ditempa oleh umat Islam zaman berzaman.
v.                  Mereka cuba menyerang umat Islam dengan “serangan pemikiran” atau “perang saraf” kerana ini jauh berbahaya daripada perang dengan menggunakan senjata-senjata yang canggih.
vi.                Ia juga sebagai khidmat dengan memberikan laluan kepada Gerakan Kristianisasi (At-Tansir) dan Zionisme Yahudi (As-Sohyunīyah) untuk menjajah umat Islam.


            Jika dahulu kita dapat melihat peranan memburukkan Islam dan membandingkan dengan superior Barat dilakukan oleh para orientalis tetapi kini kerja tersebut disambung oleh mereka yang bergelar Muslim tetapi melihat dari kaca mata Barat. Antara isu-isu yang dicanang oleh golongan orientalis ini ialah isu kebebasan, moral, tanggungjawab dan hak, pluralisme, toleransi gender dan sebagainya. Kesannya, timbul kesedaran di kalangan intelektual-intelektual Barat untuk mengkaji Barat dan menjadikan Barat sebagai objek kajian. Pengkajian ini sebagai lawan kepada Orientalisme yang amat popular sebelum ini, kajian yang dimaksudkan ialah kajian Oksidentalisme. Kajian ini merupakan kajian yang masih baru dan tidak tersusun seperti mana kajian Orientalisme. Kajian Orientalisme merupakan kajian yang sudah lama bertapak dan menjadi racun kepada umat Islam khususnya. Ini kerana, serangan yang dilakukan oleh mereka adalah untuk meracuni pemikiran umat Islam supaya umat Islam meninggalkan agama Islam dan menjadikan umat Islam tersebut seperti gunting dalam lipatan.


            Kaedah imperialisme selain menggunakan kekuatan ketenteraan ialah dengan menggunakan wacana kajian Orientalisme sepertimana yang telah didedahkan secara teoritikal oleh Edward Said melalui bukunya Orientalism (1979). Menurut Edward Said, kajian Orientalisme ialah satu gaya pemikiran yang bersifat ontologikal dan epistemologikal iaitu kajian yang sengaja dirangka untuk membezakan Timur dan Barat. Beliau mencirikan kajian Orientalisme adalah sebagai institusi yang berurusan dengan Timur iaitu membuat kenyataan tentang Timur, menyatakan pandangan secara autoriti, memaparkannya dengan cara mengajar Timur, menjajahnya dan menguasainya. Kesimpulannya, kajian Orientalisme ini merupakan satu kajian Barat untuk mendominasi, menyusun semula dan mendapatkan kuasa terhadap Timur. Dalam wacana kajian Orientalisme ini juga, Timur dan Barat membentuk persetentangan binary yang menyebelahi Barat. Pemerhatian dan tanggapan orientalis tidak objektif tetapi bersifat politikal dengan membezakan yang sudah diketahui umum iaitu Eropah, Barat, “ego” dengan yang lain atau Timur “the other”.


            Struktur pemikiran yang dibina dalam Orientalisme itu menjulang Barat dan merendahkan Timur. Ini bermaksud, masyarakat peribumi diberi imej yang tidak rasional manakala orang Eropah adalah rasional. Masyarakat peribumi bersifat gasar, primitif, sensual, seks yang tidak terkawal dan malas manakala Eropah pula bertamadun, seksualnya terkawal dan etika dominannya ialah mereka mempunyai sifat bekerja keras, Timur bersifat statik manakala Eropah membangun dan bergerak ke hadapan, Timur bersifat kewanitaan manakala Eropah bersifat kelakian. Itulah pandangan mereka terhadap Timur sehinggakan mereka memandang dan menilai mereka sendiri sebagai “role-model” terhadap keseluruhan tamadun yang berada di dunia. Mereka menganggap mereka mempunyai nilai yang tinggi berbeza dengan tamadun-tamadun lain. Menurut Elleke Boehmer (1993:269), pihak Barat melihat masyarakat Timur sebagai sesuatu yang menarik, menggairahkan dan mentah. Oleh itu, masyarakat Timur dilihat sedia ditawan, digunakan, diuruskan, dikelaskan dan seterusnya dimiliki oleh mereka.


            Masyarakat Barat yang menganut falsafah Humanisme[4] menyifatkan Timur dan wanita sebagai “the other” atau pinggiran, manakala Barat disifatkan sebagai lelaki serta pusat. Masyarakat Timur dan alamnya seperti dinafikan daripada ruang dan sejarah. Mereka dianggap tidak mempunyai sejarah dan asal usul tetapi hanya muncul sebagai entity yang terasing dan tidak bertuan. Oleh itu, masyarakat Timur dianggap sebagai mangsa yang tidak mempunyai hak untuk melawan sebarang serangan atau penguasaan. Menurut Edward Said juga, dengan meletakkan Timur sebagai feminine dan Barat sebagai maskulin, pandangan berstruktur patriarki ini menghalalkan tindakan Barat mendominasi Timur. Dominasi itu termasuk dalam segala hal, baik dari segi agama, ekonomi, budaya dan politik. Struktur pemikiran ini diterapkan dalam minda peribumi melalui institusi pendidikan, budaya, media dan teks sastera supaya apabila kuasa kolonial melepaskan hak pegangannya ke atas negara-negara Timur, penguasaan itu masih terus berjalan.


            Penguasaan itu berlanjutan disebabkan minda masyarakat Timur sudah dididik supaya menerima mitos keagungan Barat atau penjajah mereka dahulu. Oleh itu, segala-gala yang bersifat kebaratan akan dipandang mulia, bertamadun dan perlu dijadikan teladan. Penguasaan seperti ini dikenali sebagai hegemoni yang bermaksud penguasaan secara rela hati, tanpa tekanan secara rasmi atau politik. Dalam era neo-kolonialisme, penjajahan tidak lagi memerlukan kuasa ketenteraan kerana pengawalan ekonomi melalui sistem kapitalis dan wujudnya masyarakat Timur yang terdidik dalam sistem Barat dan berfungsi mengekalkan nilai Barat di negaranya sendiri sudah cukup untuk menjerat sesebuah negara dalam jaringan hegemoni. Penguasaan yang paling berbahaya ialah penjajahan minda atau yang disebut oleh Syed Hussein al-Attas sebagai “watak tertawan”. Jika cara berfikir sudah menyempang ke arah ukuran Barat dalam serba-serbi kehidupan, segala-gala tindakan, baik dalam bidang politik, kebudayaan, pendidikan, kemasyarakatan dan sebagainya akan berqiblatkan Barat. Keagungan Barat menjadi acuan dalam setiap sistem yang hendak dirangka untuk kegunaan masyarakat sendiri.


            Penguasaan kolonial terhadap sesbuah negara akhirnya akan tamat tetapi mereka tidak terus hilang sebaliknya meninggalkan sisa yang mewakili hasrat mereka untuk terus menguasai negara dan masyarakatnya. Hegemoni yang berterusan ini dipandang sebagai satu bentuk penjajahan yang direlai. Namun demikian, dalam setiap sejarah, hegemoni seperti itu akan terus ditentang oleh sebilangan masyrakat yang sedar akan bahaya neo-kolonialisme. Golongan yang memiliki kesedaran ini akan menjalankan usaha meruntuhkan neo-kolonialisme atau dengan kata lain mereka melakukan usaha dekolonisasi[5].

           
Pada 1899 sebuah majalah “McClure’s Magazine” keluaran Febuari telah menerbitkan sajak Rudyard Kipling yang berjudul “White Man’s Burden: The United States and the Philipine Island”. Sajak ini ditulis untuk menjelaskan bahawa Kipling merestui penjajahan Amerika Syarikat terhadap Filipina sebagai mengikuti langkah British dalam pembinaan empayar pada abad ke-19 adan awal abad ke-20, kini dirujuk sebagai perbandingan dengan imperialisme baru pada abad ke-21. Penulis menyarankan bahawa, Orang Putih memikul tanggungjawab misi peradaban terhadap penduduk dunia dengan rangkap “membersihkan tanah”. Menjadi bangsa yang digelar “Orang Putih” merupakan satu idea dan realiti dan seseorang menjadi Orang Puith kerana dia dilahirkan sebagai Orang Putih. Hanya orang Barat (Occidental) yang boleh berbicara tentang orang Timur (Oriental), sebagaimana Oang Putih menggelarkan atau menamakan orang bewarna atau orang bukan Orang Putih (Zulkifli Salleh. Dewan Budaya. 2004:61).


Pada 13 Jun 1910 dalam syrahan di dalam Dewan Rakyat, Arthur James Balfour mengingatkan masalah yang perlu dihadapi oleh England dalam menghadapi Mesir. Berdasarkan syarahan itu, hanya England yang tahu tentang Mesir, Mesir ialah apa yang England tahu, England tahu bahawa Mesir tidak boleh berkerajaan sendiri, England mengesahkannya dengan menakluki Mesir. Mesir ialah apa yang England takluki dan perintah. Oleh itu, penaklukan asing menjadi “yang paling asas” tentang peradaban Mesir sezaman, Mesir memerlukan malahan mendesak penaklukan British sebagaimana Kipling bercakap tentang dunia yang beradab dan Barat. Terdapat orang Timur, orang Asia, orang Senit, Muslim, Arab, Yahudi, kaum, mentality, bangsa dan sebagainya dalam karya Ernest Renan. Ia juga sama dengan zaman perbezaan lama antara “Eropah” dengan “Asia” atau antara “Barat” dengan dunia Timur (Orient)”, dan Marx juga melakukan permbahagian yang serupa, iaitu pemisahan kolektif (Zulkifli Salleh. Dewan Budaya. 2004:61).


Menurut Edward Said semua yang dinyatakan di atas tidak ada yang baru dari sudut pandangan Orientalisme, dengan merujuk kepada Duncan Macdonald yang membezakan Timur (tidak mampu dan beban) dengan Barat, daripada Schlegel kepada Renan, daripada Robertson Smith kepada T.E Lawrance, idea ini diulang dan terus diulang. Mereka mewakili keputusan dan menentukan nasib tentang Dunia Timur. Orang Barat tetap Orang Barat sama ada mereka dari British, Perancis atau Amerika Syarikat. Mengenai Orang Timur, Harold Laswell berkongsi pendapat dengan Karl Marx dan Louis Napoleon bahawa orang Timur, Muslim atau Arab tidak mampu mewakili diri masing-masing, mereka mesti diwakili meskipun dari segi pemikiran politik dan kuasa, beliau tidak sealiran dengan Marx. Menurut beliau lagi, Orientalisme menggunakan sikap anti-Arab, anti-Islam, Eurosentric dan ideology rasis untuk menghalalkan penjajahan dan penguasaaan Barat sekurang-kurangnya satu alaf sejak Perang Salib. Sejak akhir abad ke-18, Orientalisme adalah sebagai tindak-tanduk Barat untuk menguasai, menyusun semula dan mempunyai autoriti terhadap Dunia Timur (Zulkifli Salleh. Dewan Budaya. 2004:62).


Kajian Orientalisme meliputi segala-galanya daripada penyuntingan dan terjemahan teks kepada ilmu numismatik, antropologi, arkeologi, sosiologi, ekonomi, sejarah, sastera dan kajian budaya dalam setiap orang Asia dan peradaban Afrika Utara, kuno dan moden yang diketahui. Meskipun sejak akhir Perang Dunia Pertama hingga tahun 1960-an, bentuk prinsip penulisan Orientalis telah berubah secara radikal dan Orientalisme lama dipecahkan menjadi beberapa bahagian dengan kemunculan Ahli Sains Sosial Amerika, tetapi kata Said, “Para sarjana ini masih mendukung dogma Orientalis tradisional.” Misalnya apa yang berlaku sekarang iaitu penaklukan Amerika Syarikat terhadap Afghanistan dan Iraq serta perjuangan negara itu menentang keganasan adalah berpunca daripada prasangka pertembungan peradaban dan kejahilan yang berakar umbi dalam Orientalisme. Oleh itu, beliau menyarankan supaya warga dunia menumpukan usaha bersama terhadap budaya yang saling bertindan, saling pinjam-meminjam antara satu sama lain dan hidup bersama dengan cara yang menarik dan bukannya mereka-reka pertembungan peradaban (Zulkifli Salleh. Dewan Budaya. 2004:62).


Dalam buku Orientalism (1979), Edward Said sebenarnya mahu membebaskan kaum intelektual daripada belenggu sistem, seperti Orientalisme. Beliau mahu para pembaca merujuk kepda buku beliau supaya mereka dapat memperkenalkan kajian baru mereka sendiri yang dapat menyinari pangalaman sejarah Arab dan bangsa-bangsa lain dengan murah hati, iaitu cara yang dibolehkan (Zulkifli Salleh. Dewan Budaya. 2004:62). Kajian Orientalisme merupakan satu bidang kajian akademik yang telah menjadi subjek yang komprehensif berbeza dengan kajian Oksidentalisme yang masih baru. Kebencian mereka yang menebal terhadap Islam dan masyaraka Islam telah menyebabkan mereka melabelkan kajian Orientalisme sebagai suatu bidang akademik yang amat penting dalam memberi interpretasi yang mereka mahu terhadap Islam. Sebaliknya, kita mengetahui bahawa kajian Orientalisme yang pada asalnya bermaksud “ketimuran” telah dikaitkan dengan keseronokan masyarakat Timur, khususnya orang Islam dalam menjalani hidup. Sebagai contoh terdapat beberapa cerita yang masyhur yang berkaitan dengan kehidupan orang-orang Arab Islam seperti “Seribu Satu Malam”, “Ali Baba dan empat Puluh Orang Penyamun” dan sebagainya. Tetapi menurut Edward W. Said, istilah Orientalisme tidak lagi terhad kepada kehidupan orang-orang Timur,


“ Timur merupakan bahagian daripada tamadun Eropah yang bermaterial dan juga merangkumi budaya. Orientalisme menjelaskan dan mempersembahkan bahawa bahagian dari segi budaya bahkan dari segi ideologinya sebagai mod atau cara daripada hujah dengan disokong oleh institusi-institusi, perbendaharaan kata, cendekiawan, perumpamaan, doktrin-doktrin bahkan borikrasi kolonial dan gaya kolonial”. 



“Kebanyakkan para ilmuan dan sarjana telah menerima kajian Orientalisme sebagai satu bidang kajian akademik dan juga menjadikan ia sebagai satu institusi kajian terhadap Timur. Sesiapa yang mengajar, menulis  atau melakukan penyelidikan terhadap Timur .


3.5              HASIL-HASIL DARIPADA KAJIAN OKSIDENTALISME


Menurut Hassan Hanafi, sekiranya kajian Oksidentalisme selesai dibangunkan dan telah dipelajari oleh pada pengkaji dari beberapa generasi, dan menjadikan arus utama (thayyar ām) dalam pemikiran Islam terutama di Mesir dan Timur Tengah serta memberikan faedah dalam membentuk kebudayaan tanah air, maka akan terdapat hasil-hasil di bawah ini:

i.                    Mengawal dan membendung kesedaran Eropah dari awal hingga akhir semenjak kelahiran hingga keterbentukannya. Dengan demikian, pengaruh kesedaran Eropah akan berkurang. Ini kerana, pihak Eropah tidak lagi berkuasa dan kuasanya juga akan berkurang. Kesedaran Eropah yang dahulunya pengkaji akan menjadikan sebagai objek kajian maka ia berubah. Masyrakat Islam tidak mudah lebur dalam kesedaran Eropah dan umat manusia juga dapat melihat masyarakat Eropah dari pelbagai perspektif.

ii.                  Mempelajari kesedaran Eropah dalam bentuk sejarah bukannya sebagai kesedaran yang berada di luar sejarah (Khārij al-tārīkh). Ia tidak diragukan bahawa kesedaran Eropah adalah sejarah yang terbentuk melalui beberapa tahap yang tidak mungkin kita ragukan pada tahap pertengahannya, namun demikian ia tetap sebagai ekperimen manusia dan perjalanan sebuah peradaban seperti ekperimen yang lain. Ia bukan sahaja ekperimentasi semata-mata, bukan juga perjalanan sejarah tetap merupakan salah satu tahap sejarah panjang yang bermula di Mesir, Cina dan peradaban-peradaban Timur Kuno. Peradaban Barat berhasil menciptakan falsafah sejarah, membangunkan metode sejarah, dikuasai kecenderungan sejarah, mengungguli peradaban lain yang memiliki kecenderungan historisisme, memajukan Marxisme sebagai materilisme sejarah dan menciptakan sosiologi ilmu pengetahuan, sosiologi kebudayaan dan antropologi peradaban. Kajian Oksidentalisme membuktikan bahawa kesedaran non Eropah yang dituduh oleh kesedaran Barat sebagai pensejarahan ternyata mampu mempelajari kesedaran Eropah dan mengembalikannya dalam ruang lingkup pensejarahannya. Bangsa yang bersejarah iaitu bangsa Timur, lebih mampu memainkan peranan kesedaran sejarah kerana ia memiliki perjalanan sejarah yang panjang. Lain pula dengan bangsa baru iaitu bangsa Barat yang masih terlalu muda usia sejarahnya.

iii.                Mengembalikan Barat ke batas alamiahnya, mengakhiri perang kebudayaan, menghentikan ekspansi tanpa batas, mengembalikan falsafah Eropah ke ruang lingkungan di mana ia dilahirkan, sehingga pernyertaan Barat akan terlibat. Kajian Oksidentalisme juga dapat mengembalikan kebudayaan dan peradaban Barat ke wilayah geografi dan sejarahnya. Ini kerana, sebab jarak antara lingkungan geografi dan sejarah di satu pihak kebudayaan dan peradaban I pihak lain sangatlah jauh. Aspek geografi mempunyai keterbatasannya manakala kebudayaan pula tidak terbatas.

iv.                Menghapuskan mitos “kebudayaan kosmopolitan”; menemui spesifikasi bangsa di seluruh dunia dan bahawa setiap bangsa memiliki model peradaban serta kesedaran tersendiri, bahkan ilmu fizik dan teknologi tersendiri seperti di India, Cina, Afrika dan Amerika Latin; menerapkan metodee sosiologi ilmu pengetahuan dan antropologi peradaban pada kesedaran Eropah yang selama ini diterapkan pada kesedaran non Eropah, dan merupakan satu penemuan yang sangat berharga yang asasnya dan tidak pernah terjadi sebelumnya.





[1] Akulturasi bermaksud penyerapan unsur-unsur kebudayaan dari satu budaya kepada budaya yang lain.
[2] Rasialisme bermaksud layanan yang berat sebalah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya.
[3] Thahtāwī
[4] Humanisme dari segi takrifnya fahaman humanisme menganggap bahawa manusia adalah pusat segala-galanya dan manusia itulah Tuhan yang Maha Agong. Dialah yang menentukan hokum-hakam. Tuhan tidak berperanan di muka bumi ini. Fahaman-fahaman ini mempunyai sifat-sifat yang tertentu seperti percampuran bebas, penggunaan istilah-istilah yang mengelirukan, penukaran peranan antara lelaki dan perempuan, gerakan pembebasan wanita, kaunseling berkelompok dan pendidikan seks.
[5] Dekolonisasi ialah proses mendedahkan dan merungkai kuasa kolonial dalam semua bentuk termasuklah aspek yang tersembunyi dalam institusi dan budaya yang masih mengekalkan pengaruh kolonial sehingga selepas kemerdekaan.









   



BAB 4


ANALISA DAN RUMUSAN


4.1       ANALISA


Pemikiran Islam semasa merupakan satu ruang yang kompleks membincangkan sesuatu isu yang melanda umat Islam dan juga dunia. Kandungan pemikiran Islam semasa dilihat berkembang mengikut peredaran zaman seperti yang jelas dilihat pada zaman dahulu apabila masyarakat Islam mengkaji ilmu dari tamadun Greek dan melahirkan pelbagai bidang ilmu lain seperti ilmu kalam. Justeru , pemikiran Islam semasa hingga ke hari ini perlu mengambilkira pelbagai isu-isu yang diperbincangkan dalam konteks masyarakat moden, termasuk kajian Oksidentalisme. Secara umumnya kajian ini lahir di Barat, yang berperanan untuk mengkaji ketamadunan Barat itu sendiri. Namun setelah berlakunya beberapa peristiwa yang dilihat kepada kebangkitan masyarakat Timur maka kajian ini dibincangkan oleh intelektual-intelektual Islam dalam emikiran Islam semasa.


            Dalam kajian Oksidentalisme ini, pengkaji membahagikan bab ini kepada tiga bahagian utama iaitu pertama kajian Oksidentalisme sebagai satu bidang ilmu yang komprehensif dipelopori oleh intelektual-intelektual Timur, kedua membebaskan masyrakat Timur yang selama ini menjadi objek kajian kepada pihak Barat agar mereka bebas daripada terus didominasi oleh masyarakat Barat bahagian yang terakhir ialah cabaran-cabaran Barat daripada pelbagai sudut sama ada pemikiran, teknologi, budaya dan sebagainya.

 
a.         Kajian Oksidentalisme sebagai satu bidang ilmu yang komprehensif dipelopori oleh intelektual-intelektual Timur.


Aliran pemikiran –isme adalah aliran yang sememangnya berasal dari Barat yang banyak mempengaruhi masyarakat Timur. Ia tidak lagi dinafikan bahawa pihak Barat memainkan banyak peranan dalam memperkembangkan idea-idea dan aliran mereka sehinggakan menampakkan dunia ini didominasi oleh mereka dari pelbagai aspek. Kajian oksidentalisme adalah satu-satunya kajian yang lahir di sana dan sudah lama bertapak di Asia, namun tiada usaha untuk memperkembangkan kajian tersebut. Walau bagaimanapun sejak akhir-akhir ini, kajian ini mendapat perhatian di kalangan para ilmuan Timur untuk memperkembangkannya dan menjadikan kajian ini sebagai satu bidang yang komprehensif.


            Ini jelas yang mana salah sebuah negara Asia iaitu Malaysia telah membuka sebuah Institusi Kajian Oksidental di Universiti Kebangsaan Malaysia hasil ilham oleh bekas Perdana Menteri yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang mana beliau menyedari bahawa peri pentingnya sebuah institusi untuk mengkaji peradaban Barat menurut perspektif Timur. Selama ini kita melihat pihak Barat yang sering menjadi pengkaji manakala pihak Timur menjadi objek kajian mereka, maka hari ini kita dapat membuktikan bahawa masyarakat kita mampu menjadikan mereka (Barat) sebagai objek kajian dalam kajian Oksidental. Kajian ini juga dilihat paling baik dilihat sebagai usaha positif bangsa Asia untuk memahami baik buruk fenomena Barat.


            Institusi Kajian Oksidental (IKON) ini ditubuhkan untuk tujuan dua tujuan besar iaitu pertama, untuk tujuan analisis ilmiah iaitu:

i-                    Menjana himpunan maklumat dan korpus ilmu yang diperoleh secara sistematik dan langsung oleh manusia non-occidental mengenai manusia dan masyarakat occident yang meliputi wilayah Eropah dan luar Eropah.
ii-                  Meningkatkan kemampuan akademik, intelektual dan profesional sekumpulan pakar dalam bidang kajian Oksidental yang berasal daripada wilayah non-occidental dan berperspektif non-occident.
iii-                Mewujudkan satu pengajian siswazah pada pringkat doktor falsafah dan sarjana untuk melatih sekumpulan tenaga akademik dan profesional dalam bidang kajian Oksidentalisme.
iv-                Menjalankan kajian langsung terhadap masyarakat kajian occident oleh mereka yang non-occident di wilayah occident itu sendiri secara langsung, melalui penemuan kajian berkenaan dan yang kemudiannya dibentangkan dalam konferensi serta berikutnya diterbitkan dalam bentuk penerbitan.


Tujuan kedua IKON ialah kepentingan dasar dan strategi iaitu :

i-                    Membina satu pangkalan data komprehensif mengenai manusia dan masyarakat occident (Pengkalan Data Kajian Oksidentalisme – PAKSI).
ii-                  Membina dan menjalin hubungan serta pertukaran ilmiah, intelektual dan profesional antara occidentalist di Barat dan di luar Barat.
iii-                Merancang untuk menganjurkan kegiatan ilmiah yang berorientasikan dasar dan strategi yang melibatkan para penyelidik IKON, institut pengajian tinggi dan institut penyelidikan negara dan antarabangsa sebagai satu usaha pendedahan dan membina rangkaian.
iv-                Membuka ruang untuk semua pihak yang berminat untuk membincang sebarang penemuan daripada penyelidikan yang dijalankan dengan tujuan akhir menghasilkan pelbagai produk akademik, profesional dan produk untuk masyarakat seperti penerbitan ilmiah (buku, monograf, artikel dan seumpamanya); kertas untuk pembentukan dasar awam.
v-                  Menawarkan pakej latihan dalam bentuk seminar, kursus dan sepertinya kepada pegawai-pegawai kerajaan dan pihak-pihak lain mengenai kajian Oksidentalisme.


Dengan itu, jelaslah bahawa IKON di Malaysia berusaha memperkembangkan kajian ini dengan tenaga pakar dari para intelektual tempatan. Kajian ini menunjukkan bahawa intelektual-intelektual dari kawasan non-occident juga boleh melakukan kajian dan yang penting menjadikan Barat sebagai objek dalam kajian mereka. Selain itu juga, ini menjadikan kemampuan masyarakat Timur setanding dengan masyarakat dalam pemikiran dan menjadikan sebagai satu bidang ilmu yang komprehensif sepertimana kajian-kajian lain yang dilahirkan di Barat.


Dalam kajian ini, IKON memainkan peranan yang penting untuk memperluaskan kajian dalam pelbagai skop dan bidang kepada masyarakat.  Secara umumnya, konsep kajian Oksidentalisme yang dibawa oleh IKON berbentuk “general” dan apa yang diperjelaskan oleh Hassan Hanafi lebih terfokus untuk membebaskan tamadun Islam daripada cengkaman Barat. Namun, jika dilihat secara umum terhadap kedua-dua pandangan ini ia juga mempunyai persamaan matlamat iaitu fokus kajian ini adalah untuk mengkaji Barat dari pelbagai aspek serta perkara-perkara yang berkaitan dengan Barat. Jadi, IKON dan agenda Hassan Hanafi dapat dicanang menjadi satu bentuk kajian Oksidentalisme yang lebih kompleks dan komprehensif.




b.         Membebaskan masyarakat Timur yang selama ini menjadi objek kajian kepada pihak Barat agar mereka bebas daripada terus didominasi oleh masyarakat Barat.


Selama ini masyarakat Timur menjadi bahan atau objek kepada setiap kajian yang dijalankan oleh pihak Barat. Pihak Barat tidak mengakui ketamadunan lain kerana bagi mereka, mereka merupakan “role-model” terhadap ketamadunan-ketamadunan yang lain. Mereka menganggap bahawa mereka adalah pihak yang paling berkuasa dan berpengaruh, dan ketamadunan lain merupakan serpihan kepada ketamadunan mereka. Mereka sudah mengalami pelbagai keadaan sehingga mereka berdiri dengan bangga dan sombong bahawa mereka berjaya dalam membina tamadun. Ini jelas terbukti dengan beberapa peristiwa yang mana memperlihatkan bahawa Barat memperluaskan empayarnya dalam perang Dunia yang kedua. Pihak Barat melebarkan sayapnya dan memperluaskan empayar mereka kerana kepentingan dan ketamakan mereka terhadap hasil bumi negara lain.


Menerusi buku yang ditulis oleh Hassan Hanafi, beliau menjelaskan bahawa kajian Oksidentalisme ini merupakan satu wacana yang penting kepada masyarakat Timur untuk membebaskan mereka daripada pengaruh dan kekuasaan Barat. Kajian Oksidentalisme bukan melihat Barat dari perspektif negatif tetapi mengkaji ketamadunan mereka daripada pelbagai aspek untuk melihat asas dan dasar kepada nilai perkembangan mereka. Dalam kajian ini juga, ia bukan menolak kesemua nilai-nilai yang berkaitan dengan Barat tetapi perlu kepada penelitian dan penilaian terhadap sesuatu yang positif dan negatif agar yang negatif tidak dijadikan suatu amalan dalam kehidupan masyarakat Timur.


c.         Menjadikan masyarakat Timur senantiasa dalam keadaan bersiap-sedia untuk menghadapi cabaran-cabaran Barat daripada pelbagai sudut samada pemikiran, teknologi, budaya dan sebagainya. 


Di dalam dunia yang dikatakan sudah menjadi semacam “kampung sejagat” atau “kampung global”, (istilah global village digunakan oleh Marshall MacLuhan dalam bukunya (Explorations in Comminication [1960]) apa-apa yang berlaku di dalam sesebuah negara tidak akan terlepas daripada perhatian orang luar, iaitu orang daripada benua lain. Contohnya di Malaysia, agenda pemimpin-pemimpin Islam untuk menjadikan agama Islam sebagai wahana atau faktor penting dalam pembangunan manusia atau untuk menjadikan bangsa Melayu di Malaysia sebagai umat Islam “contoh” di dunia, pasti tidak akan disukai oleh musuh Islam sedunia. Dunia Barat memang menganggap Islam sebagai musuh ideologi baru mereka selepas tamatnya sejarah komunisme. Budaya atau tamadun Islam, seperti kata orang Hungtington adalah musuh baru (sebenarnya musuh lama) Barat dan budaya atau tamadun ini mesti ditentang supaya tidak menjadi kuasa baru yang kuat dimerata dunia. Berbagai-bagai cara boleh dilakukan untuk mencapai tujuan tersebut. Cara yang biasa ialah cara terang-terangan, iaitu melalui propaganda memburuk-burukkan Islam melalui media massa, melalui buku dan sebagainya. Cara yang kedua yang lebih ganas ialah melalui sekatan atau larangan dagang. Mereka akan berusaha mencari helah untuk mengenakan sekatan ini untuk melumpuhkan ekonomi negara Islam. Contohnya negara yang menjadi dasar perang anti-Islam ini ialah Iraq, Iran, Libya dan Sudan.


Cara ketiga pula ialah sukar untuk dilihat dan paling sukar dilawan. Mereka berusaha menentang dan memusnahkan sistem nilai Islam (termasuk akidah umat Islam) melalui sistem ekonomi, demokrasi liberal ala Barat, dadah, filem yang ditayangkan, saluran yang mereka kuasai, budaya pop, buku, majalah dan surat khabar. Ejen atau tali barut mereka bergerak dalam selimut. Mereka mungkin menggunakan negara yang ketiga yang berjiran untuk melancarkan gerakan ini. Penyanyi pop Barat boleh jadi “alat” yang boleh dipergunakan oleh penentang Islam walaupun mereka mungkin tidak menyedarinya (Hassan Ahmad, 2002: 111-112).
           

Setelah kajian oksidentalisme ini diperkembangkan maka kajian ini memainkan peranan untuk menjadikan masyarakat Timur lebih bersiap sedia dalam menghadapi cabaran-cabaran oleh pihak Barat daripada pelbagai aspek. Kajian ini seumpama memberi kesedaran kepada masyakat Timur untuk menangkis segala permasalahan dan menyediakan masyarakat Timur dalam keadaan yang lebih berani untuk berhadapan dengan pihak Barat.


4.2       RUMUSAN / KESIMPULAN


Pengkaji melihat perkembangan kajian Oksidentalisme masih lagi di tahap permulaan bagi non-occidental. Ini kerana, golongan intelektual masih lagi tidak menyedari kepentingan kajian ini untuk masa sekarang dan untuk masa hadapan. Melihat di awal perkembangan kajian Oksidentalisme ini yang bertapak di Barat, mereka mengkaji dan menumpukan kajian ini kepada mereka-mereka yang membenci Barat dan melihat pandangan golongan tersebut terhadap masyarakat Barat. Selain itu, kajian ini pada mereka adalah untuk melihat reaksi masyarakat non-occident terhadap beberapa aspek utama yang mempengaruhi mereka dan persoalan yang dirungkaikan oleh mereka ialah “Mengapakah masyarakat non-occident membenci mereka?”. Persoalan tersebut timbul apabila berlakunya beberapa kejadian yang mana keterlibatan non-occident dalam mencabar masyarakat occident dari pelbagai aspek seperti beberapa peristiwa iaitu perang Dunia Pertama dan Kedua, pengeboman Pearl Harbour dan rempuhan ke atas dua buah bangunan gergasi di New York (World Trade Center).


            Dalam pemikiran Islam semasa pula memperlihatkan kajian ini sudah diberi perhatian yang serius oleh beberapa orang intelektual-intelektual Islam antaranya Hassan Hanafi. Beliau memainkan peranan yang penting untuk memperkembangkan kajian ini. Kajian ini dilihat sebagai satu wacana untuk membebaskan masyarakat yang non-occident daripada cengkaman Barat. Beliau juga membuka mata golongan intelektual terhadap kepentingan kajian Oksidentalisme sebagai satu bidang ilmu untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan masyarakat Barat.


4.3       CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA


Kajian Oksidentalisme dalam Pemikiran Islam Semasa menyusuri analisa agenda dan gagasan Hassan Hanafi merupakan langkah pertama untuk memperjelaskan kepada masyarakat betapa pentingnya kajian Oksidentalisme untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan occident. Pada dasarnya, kajian ini adalah respon terhadap kajian Orientalisme yang sudah lama bertapak dan telah lama menjadi bidang ilmu yang komprehensif. Selama ini masyarakat non-occident begitu kagum terhadap occident yang dikatakan sempurna dari pelbagai aspek.


            Kajian Oksidentalisme ini perlu diteruskan dan diperkembangkan untuk masa sekarang dan kepentingannya pada masa hadapan. Kajian ini dapat merungkai segala kekeliruan yang ditimbulkan oleh Barat dan masyarakat non-occident dapat mengenali Barat dengan lebih jelas. Dalam kajian selanjutnya, pengkaji berharap kajian Oksidentalisme dapat dijadikan bidang kajian utama dalam matapelajaran dan mendedahkan kepada golongan generasi muda dan melihat respon terhadap kajian ini. Selain itu, diharap kajian ini lebih terfokus terhadap beberapa aspek antaranya budaya, pemikiran, falsafah, agama dan sebagainya untuk menjadikan kajian ini sepertimana kajian-kajian yang lain seperti Orientalisme. 

4.4       PENUTUP

Alhamdulillah, kajian Oksidenalisme ini dapat disiapkan oleh pengkaji dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Ia merupakan satu kajian yang amat menarik dan perlu dikembangkan lagi untuk menjadikan kajian ini sebagai salah satu bidang ilmu yang komprehensif. Pengkaji berharap kajian ini merupakan langkah pertama dalam pemikiran Islam Semasa sebagai pengenalan kepada masyarakat khususnya tentang pendedahan terhadap kajian Oksidentalisme. Selain itu, kajian ini perlu dilakukan dengan lebih terperinci untuk menjadikan bidang kajian ini setaraf dengan bidang-bidang kajian yang lain tetapi mengikut perspektif Islam.



 BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Hj. Abdullah. 1998. Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norsilawati Sidek. 2004. Oksidentalisme kajian Baru di Malasysia. Berita Harian, 13 April: C3.

Anon. 2005. Oksidentalisme: Peperangan Idea mengenai Barat, Berita Minggu. 26 Julai: C9.

Saidatul Mahiran Rosli. 2005. Perkembangan ilmu Oksidentalisme. Mingguan Malaysia, 7 Mei: 12.

Azim Nanji. 2003. Peta studi Islam Orientalisme dan Arah Baru Kajian Islam di Barat.
Yogyakarta: Fajar Pustaka Baru.

Bessis, Sophie. 2003. Western Supremacy the Triumph of an Idea?. Terj. Patrick Camiller. New York: Zed Books.

Buruma, Ian and Margalit, Avishai. 2004. Occidentalism: The West in the Eyes of Its Enemies. New York: The Penguin Press.  

Cheah Boon Kheng dan Abu Talib Ahmad. 1990. Kolonialisme di Malaysia dan Negara-Negara Lain. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Carrier, James G. 2003. Occidentalism Images of the West. New York: Clarendon Press.

Chen, Xiaomei. 1995. Occidentalism: A Theory of Counter-Discourse in Post-Moa China. New York: Rowman and Littlefield Publishers.

C.P.F Luhulima. 1992. Eropah sebagai Kekuatan Dunia: Lintasan Sejarah dan Tantangan Masa Depan. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.

Churchill, Ward. 2002. White Studies. Pulau Pinang: Citizens International.


Delanty, Gerard. 2006. Europe and Asia Beyond East and West. New York: Routledge.

Ensiklopedia Islam untuk Pelajar. 2005. Jld 2. Kuala Lumpur: Era Visi Publication Sdn Bhd.


Gill, Robin D. 2004. Is the Mistranslation of Culture Inevitable?, Orientalism &
Occidentalism. Florida: Paraverse Press.

Hassan Ahmad. 2002. Imbasan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hassan Hanafi. 2000. Oksidentalisme: Sikap Kita Terhadap Tradisi Barat. Terj. Komaruddin Hidayat. Indonesia: Paramadina.

Kamus Dwibahasa Oxford Fajar 2006.Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Kamus Dewan (Edisi Pertama). 1993. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan (Edisi Ketiga). 1996. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Putaka.

Mohammad Arkoun. 2008. Orientalisme vis a vis Oksidentalisme. Terj. Muhlashon Jalaluddin. Jakarta: Pustaka Firdaus.

Nordin Hussin. 2006. The Easternization of the West: Europe meets Asia. Bangi: IKON Publications.

Qasim Ahmad. 1985. Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Said, Edward W. 1979. Orientalism. New York: Vintage Books.

Said, Edward W. 2008. Budaya dan Imperialisme. Terj. Shamsiah Md.Said. Kuala Lumpur:  Institut Terjemahan Negara.

Said, Edward W. 1993. Kebudayaan dan Kekuasaan Membongkar Mitos Hegemoni Barat. Terj. Rahmani Astuti. Bandung: Penerbit Mizan.

Salim bin I’d Al Hilaly. 2001. Manhaj Salaf Manhaj Alternatif. Indonesia: Pustaka Azzam.

Sardar, Ziauddin. 1987. The Future of Muslim Civilization. New York: Mansell
Publishing Limited.

Sardar, Ziauddin. 2004. Occidentalism: Short history of anti-westerism. Vol. 133: 48-50.

Shaharom TM Sulaiman. 2003. Orientalisme & Oksidentalisme sesudah tragedi 11
September 2001. Minda Disember:54-55.

Shamsul Amri Baharuddin. 2004. Oksidentalisme Pengertian dan Hala Tuju. Pemikir Julai-September:1-20.

Syed Othman Alhabshi. 1993. Cabaran Orientalisme dalam Dunia Keilmuan Islam. Kertas Kerja Seminar Keilmuan Penulisan Islam 1993. Anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur, 4-5 Oktober.

Targhi, Mohamad Tavakoli. 2001. Refashioning Iran: Orientalism, Occidentalism and Historiography. New York: Palgrave.

Varisco, Daniel Martin. 2005. Islam Obscured: The Rhetoric of Anthropological
Representation. New York: Palgrave Macmillan.

Venn, Couze. 2000. Occidentalism: Modernity dan Subjectivity. New Delhi: Sage Publications. 

Wan Salim Wan Mohd Noor. 2003. Orientalisme serang umat Islam cara halus. Agama
Falsafah. Januari:34-35.


Zakariyya, Fuad. 2005. Myth and Reality in the Contemporary Islamist Movement. Terj.
Ibrahim M. Aby-Kabi’. London: Pluto Press.

Zulkifli Salleh. 2004. Jendela Dunia. Dewan Budaya Mac: 61-64.

Hayes, Laura. Brunner, Borgna & Rowen, Beth. Who are the Taliban?: Their history and their resurgence. http://www.infoplease.com/spot/taliban.html [12.05.2009]

Mohd Khairul Naim Che Nordin. Neokolonialisasi, Orientalisme dan Oksidentalisme. http://www.khairulnaimsblog.blogspot.com/ [15.03.2009]

Mohd Khairul Naim Che Nordin. Neokolonialisasi, Orientalisme dan Oksidentalisme 2. http://www.khairulnaimsblog.blogspot.com/ [15.03.2009]

Muhammad Hadi. Enlightement, Kemodenan Eropah dan Kita. http://hadiku.blogspot.com [19.04.2009]

Mustafa Kamal Basri. Keazaman Zionis tubuh Negara. http://www.utusan.com.my/utusan [28/04/2009]

S.Mahadzir. Menyusuri pemikiran Hassan Hanafi. http://www.yadim.com.my [25.01.2009]


 





2 ulasan:

little napolean berkata...

saudara telah menulis sebuah tesis yang menarik dan sangat baik untuk tatapan audien. untuk pengetahuan, saya adalah seorang pensyarah di Institut Kajian Oksidental (IKON). Mohon saudara dapat menghubungi saya melalui email kerana banyak perkara dapat dibincangkan tentang Oksidentalisme.... Terima kasih

mahirdanial berkata...

Terima kasih atas kesudian tuan membaca post ini. Harap akan ada perbincangan diadakan untuk mencambahkan pengetahuan tentang Oksidental :)