PERMASALAHAN KAJIAN
Kajian ini dilakukan dengan tujuan mengkaji serta menyelesaikan beberapa permasalahan seperti berikut :
- Apakah maksud sebenar harta sepencarian dari segi konsep dan ciri-cirinya.
- Menjelaskan konsep sebenar harta sepencarian sama ada ia merupakan amalan (adat) atau ia merupakan ketetapan hukum Syarak.
- Melihat sejauhmana peruntukan undang-undang berhubung dengan harta sepencarian.
- Melihat kadar pembahagian harta sepencarian, ini kerana tiada rujukan khusus peruntukan mengenainya.
- Menjelaskan urus tadbir harta sepencarian yang dijalankan di Malaysia.
BAB II
TEORI DAN KONSEP HARTA SEPENCARIAN
2.1 PENDAHULUAN
Harta sepencarian ini merupakan suatu masalah yang sangat susah dan rumit untuk diselesaikan oleh mana-mana pihak terutamanya Mahkamah Syariah apabila kedua-dua pihak suami isteri telah bercerai atau salah satu pihak meninggal dunia dan tidak terdapat persetujuan di atas harta tersebut secara sulh dan redha-meredhai antara kedua-dua pihak termasuk waris-waris. Bagi suami isteri yang tidak makan gaji, biasanya bersama-sama bekerja seperti menjadi petani, berkebun, menoreh getah berniaga dan sebagainya dan ada juga yang bekerja hanya suami seorang sahaja samada makan gaji atau lain-lain pekerjaan, manakala isteri tinggal di rumah menjaga anak-anak dan membuat kerja rumah seperti memasak, membasuh pakaian suami, anak-anak dan lain-lain kerja rumah dan mengikut kebiasaannya selepas berkahwin beberapa tahun suami isteri memperolehi harta seperti tanah, rumah, motokar dan sebagainya dengan membeli secara tunai atau pinjaman dari kerajaan atau bank dan seumpamanya dan harta-harta tersebut dibuat atas nama salah seorang sahaja dari suami isteri itu dan jarang sekali mereka membuat nama bersama.
2.2 DEFINISI HARTA
2.2.1 Dari Segi Islam
Perkataan māl atau amwāl digunakan dalam al-Quran berulangkali.
Firman Allah S.W.T :
Maksudnya : "kekayaan dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia, dan pekerjaan baik yang kekal lebih baik pahalanya pada sisi tuhan engkau dan pengharapan yang lebih elok" al-Quran, Al-Kahf, 18: 46.
Firman Allah S.W.T :
Maksudnya : "harta benda dan anak-anak mereka tiada akan memberikan pertolongan kepada mereka barang sedikit pun terhadap (hukuman) Allah. Itulah isi neraka dan mereka tetap di dalamnya" al-Mujadalah, 58 : 17
Firman Allah S.W.T :
Maksudnya : "mereka berkata : kami lebih banyak (dari kamu) mempunyai harta dan anak; dan kami tiada akan disiksa" al-Saba' 34 : 35.
Ia adalah perkataan Arab dan mengikut penggunaan umum ia memberi erti kepada perkara yang dimiliki. Ini bermakna setiap perkara yang boleh dimiliki samada dalam bentuk barang atau manfaat maka ia dikira sebagai harta. Ibn al-Athir dalam bukunya al-Nihāyah ada menyatakan bahawa māl (harta) pada asalnya beerti, setiap perkara yang dimiliki daripada emas dan perak kemudian diperluaskan pengertiannya kepada semua jenis perkara yang dimiliki berbentuk harta dan kebanyakkan orang arab menggunakannya kepada harta ternakan unta yang dimilikinya kerana kebanyakkan harta mereka dalam bentuk binatang ternakan.
Fuqaha mengambil perkataan māl ini untuk digunakan dalam perundangan sebagai istilah khusus. Bagi mereka māl beerti, "sesuatu yang diingini oleh manusia dan ia boleh disimpan untuk digunakan apabila perlu". Dan ada yang mentakrifkannya sebagai barang komersil dan boleh dikenakan gantirugi jika ia dicerobohinya. Takrif pertama adalah pendapat ulama Hanafī yang menganggap harta ialah sesuatu yang diingini oleh manusia dan dapat disimpan lama. Takrif ini tidak lengkap dan tidak pula menyeluruh maksudnya kerana ada sesuatu yang ada nilai harta tetapi manusia tidak ada keinginan terhadapnya seperti jenis-jenis racun atau ubat, begitu juga tidak semua jenis harta dapat disimpan lama seperti sayur-sayuran, bawang dan sebagainya tetapi ia termasuk dalam kategori harta. Takrif ini juga tidak mengiktiraf manfaat sesuatu sebagai harta kerana ia tidak berupa fizikal yang dapat disimpan sekalipun ia boleh dimanfaatkan.
Takrif kedua, memberi makna harta dari segi bahasa iaitu setiap barang yang benar-benar dimiliki dan dikawal (hiyāzah) oleh seseorang, sama ada barang itu 'ain ataupun manfaat. Contoh harta manfaat adalah seperti menunggang, memakai dan mendiami rumah. Barang yang tidak dikawal oleh seseorang, tidak dinamakan harta dari segi bahasa. Umpamanya burung di udara, ikan di dalam air, pokok di hutan dan galian di perut bumi.
Takrif ketiga dikemukakan oleh Shāficiyy yang berpendapat bahawa sesuatu itu dianggap harta jika ada nilai komersial padanya samada ia dalam bentuk barang atau manfaat dan ia boleh dikenakan gantirugi jika dicerobohinya. Ini bermakna Shāficiyy menerima sesuatu sebagai harta samada dalam bentuk barang atau manfaat. Madhhab Hanbalī menerima juga takrif ini untuk digunakan kepada harta.
Takrif yang agak lengkap tentang harta ini ialah apa yang diungkapkan oleh al-Hawi iaitu, "harta ialah nama untuk sesuatu selain daripada manusia yang diciptakan Allah S.W.T untuk kepentingan manusia. Ia boleh dimiliki dan diuruskan secara bebas".
Berdasarkan takrif di atas menunjukkan bahawa untuk menentukan sesuatu itu sebagai harta ia memerlukan beberapa ciri, antaranya sesuatu itu mestilah bernilai. Harta yang bernilai adalah harus dimanfaatkan mengikut syarak oleh orang Islam tetapi harta yang bernilai pada pandangan orang bukan Islam dan tidak diharuskan oleh syarak seperti arak dan babi maka ia tidak boleh dimanfaatkan oleh orang Islam, sungguhpun demikian bagi orang-orang bukan Islam kedua-dua barang ini diiktiraf sebagai harta untuk mereka mengikut pendapat Abu Hānifah dan Mālīk. Ini berbeza dengan pendapat Shāficiyy dan Ibn Hanbal yang berpendapat bahawa harta yang diharamkan oleh syarak tidak diiktiraf sebagai harta bernilai untuk kedua-duanya orang Islam dan orang bukan Islam. Selain daripada itu antara cirinya yang lain ialah barang itu hendaklah suci daripada najis mengikut pendapat Shāficiyy dan Hanbalī.
Antara ciri harta itu ialah ia sesuatu yang boleh dimiliki, jika sesuatu itu tidak harus dimiliki seperti udara, lautan dan sebagainya ia tidak diiktiraf sebagai harta, demikian juga ikan di dasar lautan dan binatang burung yang berada di hutan tidak diiktiraf sebagai harta kecuali apabila kedua-dua ini dapat ditangkap oleh seseorang maka apa yang ditangkap itu diiktiraf syarak sebagai haknya.
2.2.2 Dari segi konvesional
Menurut perspektif moden, penakrifan harta adalah begitu luas sekali. Dalam Bahasa Inggeris adalah 'property' dan dalam latin sebagai 'proprietas : proprius' iaitu milik seseorang (one's own) atau dengan makna lain ia adalah merujuk kepada hak tertinggi yang mampu dipunyai oleh seseorang terhadap sesuatu seperti tanah, barang-barang, harta tetap, atau harta yang boleh pindah tanpa bergantung kepada ihsan orang lain. Dalam makna yang lebih luas, harta (property) adalah menunjukkan kepada benda-benda dan hak-hak yang mempunyai nilai wang. Ia bukan sahaja tertakluk kepada pemilikan, hartanah dan kepentingan ke atas harta zahir (corporeal) bahkan termasuk hak-hak seperti tanda perdagangan, hakcipta, paten dan hak yang boleh ditukar seperti hutang. Oleh itu pada asasnya, harta bermakna apa-apa benda yang dipunyai oleh seseorang iaitu yang dipunyai oleh orang itu dengan sewajarnya yang bukan sahaja terdiri dari objek yang berbentuk fizikal tetapi juga mencakupi kumpulan hak-hak di sisi undang-undang yang menerangkan dan menjelaskan batas-batas pemilikan.
Pengertian yang diutarakan oleh Henry Campbell Black, harta (property) ialah berkenaan dengan sesuatu yang khusus kepada mana-mana individu yang mana ianya dimiliki secara ekslusif oleh seseorang. Dalam maksud undang-undang sebenarnya, ia adalah sejumlah hak-hak yang dijamin dan dilindungi oleh kerajaan. Secara lebih khusus, pemilikan harta adalah hak secara ekslusif tanpa batasan ke atas sesuatu hak untuk membuang sesuatu, memilikinya, menggunakannya dan hak untuk mengenepikan sesiapa sahaja daripada campur tangan ke atasnya.
Selain dari itu, harta adalah sesuatu yang paling menyeluruh, meliputi semua bentuk yang boleh digunakan. Oleh kerana itu ia menggambarkan setiap kepentingan yang mungkin semua pihak boleh memilikinya.
Harta juga adalah merujuk kepada, di mana seseorang itu mampu mempunyai dan memiliki, segala bentuk hak-hak yang bernilai dan berkepentingan.
Adapun hak-hak (rights) didefinisikan sebagai tuntutan yang boleh dikuatkuasakan menurut undang-undang oleh individu yang lain di mana pihak yang dituntut akan memenuhi atau tidak tuntutan tersebut.
Sehubungan dengan itu terdapat berbagai-bagai teori yang dikemukakan oleh para sarjana barat tentang harta. Antaranya ialah Grotius dan Pufendorf yang memaparkan teori hukum alam yang lebih tua tentang harta. Menurut Groitus, pada mulanya kesemua benda adalah benda yang tiada pemiliknya (res mullius), namun manusia dalam masyarakat membahagi-bahagikan hampir kesemua benda tersebut dengan persetujuan. Benda-benda yang tidak dibahagi-bahagikan dengan cara yang sedemikian, kemudian apabila ditemui oleh orang perseorangan maka dijadikan sebagai miliknya. Demikianlah benda-benda tersebut tunduk di bawah kawalan individu. Kemudian kuasa pelupusan sepenuhnya dikurangkan daripada pengawalan individu ini, di mana kuasa pelupusan sepenuhnya ini menjadi dasar memperoleh (harta) daripada orang lain.
Pufendorf pula berpendapat terdapat satu masyarakat (community) yang negatif. Pada asalnya semua benda adalah kepunyaan bersama (res communes). Tiada sesiapa pun yang menjadi pemilik benda tersebut. Benda-benda tersebut boleh digunakan oleh semua orang. Masyarakat (community) ini dinamakan masyarakat yang negatif untuk membezakan daripada pemilikan yang sah oleh tuan punya bersama. Beliau menerangkan bahawa manusia menghapuskan masyarakat negatif dengan persetujuan timbal-balik dan dengan demikian membentuk pemilikan persendirian.
Berdasarkan kepada huraian di atas, jelaslah bahawa konsep harta (māl) menurut perspektif Islam berbeza dengan konsep harta (property) menurut perspektif moden. Walaupun Islam dan moden (barat) mengiktiraf harta dan pemilikan oleh individu namun pengiktirafan yang diberikan oleh Islam adalah berdasarkan kepada batasan-batasan yang ditetapkan oleh syarak. Sementara pengiktirafan oleh konvesional (barat) hanyalah berpandukan kepada peraturan-peraturan atau undang-undang yang dicipta oleh akal manusia.
Dari sudut penakrifan pula, harta (property) menurut konvesional adalah mencakupi segala benda yang mampu dimiliki dan amat luas sekali termasuk harta zahir (corporeal) dan tidak zahir (incorporeal), harta ketara ( tangible ) dan tidak ketara (intangible), 'real' dan 'personal' dan segala-galanya yang boleh dinilai dengan wang termasuk dalam bahagian hak-hak (rights) dan kepentingan (interest). Adapun harta (māl) menurut Islam adalah terbatas mengikut garis yang telah ditetapkan oleh syarak dan sekiranya ia bertentangan ataupun bercanggah dengan ketetapan syarak, maka dengan sendirinya ia tertolak.
Harta menurut pandangan Islam merujuk kepada nas-nas al-Qur'an yang menggariskan dasar-dasar pokok tentang harta iaitu pemilik seluruh harta yang hakiki dan alam semesta ini dalam apa jua bentuk dan jenisnya serta segala isinya adalah Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T :
Maksudnya : "Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya"
Firman Allah S.W.T :
Maksudnya : "KepunyaanNya apa yang ada di langit, apa yang ada di bumi, apa yang ada di antara keduanya dan apa yang ada di bawah tanah"
Manusia itu sendiri adalah milik Allah SWT dan hak yang ditentukan oleh Allah kepada manusia hanyalah hak khilafah dan hanya merupakan wakil yang segala tindak-tanduknya tidak boleh terkeluar dari garis panduan yang telah ditetapkan . Allah SWT mengurniakan limpah rahmatNya kepada umat manusia untuk memakmurkan bumi ini dan menggunakan segala kemudahan untuk mereka menerokainya.
Maksudnya : "Dan ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, sebagai rahmat pemberian daripadanya" al-Jatsiyah 45 : 13.
Harta dalam Islam mendapat pengikhtirafan sewajarnya. Jika dalam setengah-setengah agama ia dipandang sebagai punca kerosakan, maka Islam memandang bahawa harta boleh dijadikan alat untuk melaksanakan amalan mulia. Namun, mencari sebanyak mungkin harta itu bukanlah matlamat hidup secara hakiki yang mana segala usaha ditumpukan untuk memperolehinya.
Firman Allah SWT :
Maksudnya : "dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu" al-Nur 24 : 33.Firman Allah SWT :
Maksudnya : "Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan kepada Allah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk)" al-Nur 24 : 42.
Manusia di anugerahkan harta, tetapi ia hanyalah melambangkan hak memanfaatkan kekayaan milik Allah SWT dan disalurkan kepada yang berhak melalui cara yang dianjurkan oleh Syariah.
Penguasaan ke atas harta adalah lebih kepada tanggungjawab dan bukannya hak milik mutlak iaitu tanggungjawab mengurus dan memanfaatkan untuk diri sendri, masyarakat dan agama seperti yang telah diamanahkan demi untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.
Firman Allah SWT :
Maksudnya: "Dan belanjakanlah( pada jalan kebaikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah yang dijadikan kamu menguasainya sebahagian wakil)" Al-Hadid 57 : 7.
Firman Allah SWT :
Maksudnya : " dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadaNya"
Al-Munafiqun 63 : 10.
Firman Allah SWT :
Maksudnya :"Katakanlah, apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan? Maka berikanlah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan" Al-Baqarah 2 : 215.
Berdasarkan kepada huraian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa segala yang ada di alam semesta ini termasuk yang dipunyai oleh umat manusia iaitu segala harta benda yang bermacam-macam jenis, semuanya adalah hak milik mutlak Allah SWT dan bukannya kepunyaan manusia. Manusia hanya dilantik sebagai khalifah atau wakil untuk mengguna, mengawal, mentadbir dan mengurus harta Allah SWT iaitu pemilik yang sebenar-benarnya. Namun telah menjadi lumrah semulajadi manusia yang diciptakan oleh Allah SWT yang dikurniakan hawa nafsu dan akal fikiran ini kadangkala di dalam kehidupan hariannya terlibat dengan pertikaian dan perselisihan terutamanya hal-hal yang bersangkutan dengan harta.
Harta dibahagikan kepada beberapa jenis. Mengikut kenyataan majalah al-Ahkam Adliyyah harta itu ada harta alih dan harta tak alih, harta bernilai dan tidak bernilai, harta sebanding dan senilai, dan harta pakai berterusan dan pakai habis.
2.4.1 Harta Alih ( المنقول)dan Harta Tak Alih ( العقار )
Harta alih (al- manqūl) mengikut takrif yang diberikan oleh Majallah al-Ahkam al-Adliyyah ialah sesuatu yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain. Ia meliputi matawang, barang-barang, binatang dan barang-barang yang bersukat dan bertimbang. Berdasarkan takrif ini perkara yang termasuk dalam harta alih ialah matawang, barang-barang dan juga binatang.
Matawang adalah merupakan satu alat pertukaran dalam kontrak jualbeli dan ia telah digunakan dalam kehidupan manusia sejak zaman berzaman lagi dan ia mudah dibawa dan mudah dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain. Majallah al-Ahkam al-Adliyyah mentakrifkan matawang ialah sesuatu daripada emas dan perak. Jenis emas dan perak yang dileburkan dan diukir dalam bentuk matawang, demikian juga emas dan perak yang tidak dileburkan menjadi matawang diterima sebagai wang jika ia dijadikan bahan pertukaran dalam urusniaga. Bahan-bahan yang lain yang telah diterima oleh masyarakat sebagai alat pertukaran seperti wang kertas dan sebagainya juga ditakrif sebagai wang.
Antara jenis barang yang boleh dialih ialah jenis barang-barang yang boleh ditetapkan kadarnya dengan sukatan dan timbangan, ertinya urusniaga yang dijalankan terhadap barang-barang ini dengan menggunakan sukatan dan timbangan. Demikian juga barang-barang yang diniagakan selain daripada matawang dikira sebagai harta alih mengikut takrif yang diberikan oleh Majallah al-Ahkam al-Adliyyah. Barang yang termasuk dalam kategori ini ialah barang-barang yang selain daripada matawang, binatang dan barang-barang yang bersukat dan bertimbang seperti barang perhiasan dan pakaian, serta buah-buahan yang telah dipetik dari pokoknya.
Manakala harta tak alih (al-'aqār) pula ialah terdiri daripada harta yang tetap seperti bangunan dan tanah. Majallah al-Ahkam al-Adliyyah ada mentakrifkan harta tak alih sebagai suatu harta yang tak boleh dipindahkan ke tempat lain seperti bangunan rumah dan tanah. Maksudnya di sini sesuatu yang tidak boleh dipindahkan ialah jika dipindahkan ia boleh membawa kepada kerosakan dan kemusnahan, tetapi kalau bangunan dan pokok itu berpisah daripada tanah dan dapat dipindahkan tanpa berlaku kerosakan dan kemusnahan maka ia termasuk harta alih.
Harta Bernilai (al-māl al-mutaqawwam) dan Tidak Bernilai (al- māl ghair al-mutaqawwam)
Harta bernilai (al-māl al-mutaqawwam), ialah harta yang dimiliki dan Syarak mengharuskan penggunaannya. Contohnya harta-harta tak alih, harta alih, makanan, tanah dan sebagainya.
Harta tidak bernilai (al- māl ghair al-mutaqawwam), ialah sesuatu yang tidak dimiliki, atau sesuatu yang syarak tidak mengharuskan penggunaannya kecuali ketika darurat. Contoh sesuatu yang tidak dimiliki ialah, ikan di air, burung di udara, barang galian di dalam perut bumi dan barang-barang harus yang lain seperti binatang buruan dan rumput rampai, semuanya itu merupakan harta yang tidak bernilai pada pandangan Curuf'. Contoh sesuatu yang tidak diharuskan oleh Syarak penggunaannya kecuali ketika darurat ialah arak dan babi. Oleh itu, seseorang Muslim tidak boleh mengambil manfaat daripada arak dan babi itu kecuali dalam keadaan darurat. Walaubagaimanapun hanya sekadar yang boleh melepaskan darurat sahaja.
Harta Sebanding (mithliy) Dan Senilai (qīmiy)
Harta Sebanding (mithliy) ialah harta yang ada persamaannya di pasaran atau banyak seumpamanya di pasaran. Jika berbeza pun hanyalah perbezaan yang kecil yang tidak menjejaskan nilai. Berhubung dengan dua jenis kategori harta ini kita dapati penjelasannya daripada Majallah al-Ahkam al-Adliyyah, iaitu harta yang sebanding mengikut takrif yang diberikan oleh Majallah ialah harta yang boleh didapati seumpamanya di pasaran dan tidak ada sebarang perbezaan padanya yang boleh dikesan. Ia adalah termasuk jenis barang-barang yang senang didapati di pasaran seperti jenis-jenis pakaian yang sama jenama dan saiznya, jenis-jenis kenderaan yang sama jenis dan dikeluarkan oleh syarikat pembuat yang sama. Bagi menjelaskan lagi maksud barang yang sebanding ini Imam Ghazali berkata, "barang yang sebanding itu ialah barang yang sebanding dari sudut manfaat dan harganya". Harta yang termasuk dalam kategori ini adalah terdiri daripada barang-barang yang boleh dibilang, disukat dan ditimbang yang hampir sama keadaannya dan juga nilai harganya hampir sama.
Adapun harta yang senilai (qīmiy) ialah harta yang tidak mempunyai bandingan atau keserupaan di pasar, atau mempunyai persamaan di pasar tetapi berlainan harga. Contohnya binatang, tanah, pokok, rumah, kain sejadah buku-buku manuskrip atau buku-buku terpakai.
- Harta Pakai Berterusan (isti'mali) dan Pakai Habis (istihlāki)
Harta pakai berterusan (isti'mali) , iaitu harta yang boleh digunakan dan zatnya tetap kekal. Contohnya harta-harta tak alih, permaidani, pakaian, buku dan sebagainya.
Harta Pakai Habis (istihlāki) ialah harta yang tidak boleh digunakan kecuali dengan merosakkan zatnya. Contohnya seperti makanan, minuman, kayu, kertas dan wang. Barang-barang ini, kecuali wang, tidak boleh digunakan kecuali dengan menghabiskan zatnya. Adapun wang maka istihlākinya
berlaku sebaik sahaja ia terkeluar daripada tangan pemiliknya, walaupun zatnya masih kekal.
berlaku sebaik sahaja ia terkeluar daripada tangan pemiliknya, walaupun zatnya masih kekal.
2.5 Definisi Harta Sepencarian
Perkataan harta sepencarian tidak wujud dalam kamus Arab mahupun dalam kitab fiqh Islam. Di Malaysia, pembahagian harta sepencarian merupakan amalan adat yang kemudiannya diterima pakai di Malaysia sebagai sebahagian dari undang-undang keluarga Islam di Malaysia. Sehubungan itu, bahagian ini akan membincangkan mengenai harta sepencarian yang boleh dituntut oleh pasangan suami isteri.
M.B. Hooker mendefinisikan harta sepencarian sebagai harta yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri dalam masa perkahwinan. Menurut Hakim Briggs harta sepencarian ialah harta yang diperolehi semasa perkahwinan hasil dari sumber-sumber mereka atau hasil daripada usaha mereka bersama.
Nama-nama lain yang digunakan untuk maksud yang sama ialah, carian laki-bini, carian, pencurian, gono-gina, hareuta sihareukat, harta suarang, guna-kaya, druwe bagro dan borang perpantang. Di Malaysia, adakalanya harta sepencarian dikenali sebagai harta syarikat dan harta usaha sama. Masalah tentang harta sepencarian hanya timbul setelah berlakunya perceraian, sama ada cerai hidup atau mati. Walaupun begitu, pemilikan terhadap hak harta tersebut wujud sepanjang perkahwinan.
Prof. Madya Dr. Siti Zalikhah Md. Nor dalam bukunya yang bertajuk "Pemilikan Harta Dan Perkahwinan" mentakrifkan
harta sepencarian sebagai harta yang diperoleh secara usaha sama antara kedua-dua suami isteri dalam masa perkahwinan. Dalam hal ini dua faktor utama yang mesti diberi perhatian. Pertama, sumbangan kedua-dua pihak di dalam mendapatkan harta yang berkaitan. Kedua, harta berkenaan diperolehi dalam tempoh perkahwinan, bukannya sebelum berkahwin atau setelah berlaku perceraian. Walaubagaimanapun jika sesuatu harta itu diperolehi sebelum perkahwinan tetapi berlaku penambahan masa perkahwinan, serta terdapat sumbangan dari pihak suami atau isteri sebagai harta sepencarian. Sumbangan yang dimaksudkan boleh berlaku dalm tiga bentuk :
harta sepencarian sebagai harta yang diperoleh secara usaha sama antara kedua-dua suami isteri dalam masa perkahwinan. Dalam hal ini dua faktor utama yang mesti diberi perhatian. Pertama, sumbangan kedua-dua pihak di dalam mendapatkan harta yang berkaitan. Kedua, harta berkenaan diperolehi dalam tempoh perkahwinan, bukannya sebelum berkahwin atau setelah berlaku perceraian. Walaubagaimanapun jika sesuatu harta itu diperolehi sebelum perkahwinan tetapi berlaku penambahan masa perkahwinan, serta terdapat sumbangan dari pihak suami atau isteri sebagai harta sepencarian. Sumbangan yang dimaksudkan boleh berlaku dalm tiga bentuk :
- Pengumpulan harta atau modal.
- Usaha ke arah menambah harta yang sedia ada.
- Sumbangan lain seperti pandangan, nasihat dan dorongan.
Jika dilihat secara terperinci kes-kes yang telah diputuskan baik oleh hakim-hakim Inggeris pada zaman sebelum merdeka atau selepas merdeka, ternyata harta sepencarian tidak diperjelas kedudukannya. Lantaran itu keputusan berkaitan dengannya sering berbeza.
Keadaan tersebut berpunca daripada kekeliruan terhadap tiga perkara. Pertama, kekeliruan tentang konsep harta sepencarian. Kedua, bentuk sumbangan dan ketiga kadar pembahagian.
Perkembangan undang-undang yang berlaku di Malaysia telah berjaya menempatkan harta sepencarian dalam bentuk peruntukan bertulis. Undang-undang Keluarga Islam Negeri Kedah 1994 telah memperuntukkan bahawa:
"Mahkamah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat suatu perintah perceraian, memerintahkan supaya aset yang diperolehi bersama oleh kedua-dua pihak dalam tempoh perkahwinan dibahagi antara kedua-duanya, atau memerintahkan supaya aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara kedua-dua suami isteri. Ketika membuat pembahagian, mahkamah mestilah mengambil perhatian tentang :
banyaknya sumbangan yang telah dibuat oleh setiap pihak dalam bentuk wang, harta atau kerja bagi memperoleh aset tersebut;
sebarang hutang yang masih ditanggung oleh salah satu pihak yang dibuat atas tujuan usaha sama;
keperluan anak-anak yang belum dewasa hasil daripada pernikahan tersebut jika ada.
Mahkamah hendaklah dengan seberapa boleh membuat pembahagian yang sama banyak. Ternyata ada kesilapan dalam peruntukan tersebut kerana ungkapan itu telah terlebih dahulu mahukan supaya kedua-dua suami isteri diberi habuan yang sama, seolah-olah sumbangan setiap pihak tidak diberi perhatian yang utama. Di samping itu terdapat pula satu peruntukan berhubung dengan aset yang dihasilkan melalui usaha tunggal satu pihak. Dalam hal tersebut mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada :
banyaknya sumbangan yang telah dibuat oleh pihak yang tidak memiliki aset kepada kebajikan keluarga dengan memelihara rumah tangga atau menjaga keluarga;
keperluan anak yang belum dewasa, jika ada.
Mahkamah boleh membahagikan aset tersebut atau hasil jualannya mengikut kadar yang munasabah dengan syarat pihak yang memperoleh aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih tinggi. Peruntukan berkenaan sebenarnya tidak perlu diletakkan dibawah peruntukan harta sepencarian kerana harta tersebut merupakan usaha tunggal satu pihak. Kemudian dikaitkan pula dengan sumbangan yang dibuat oleh pihak yang tidak memiliki aset itu kepada kebajikan keluarga. Berdasarkan keadaan tersebut ternyata harta yang dimaksudkan ialah upah menurut perspektif Madhhab Shāficiyy tetapi masih sebagai harta sepencarian menurut Madhhab Hanafī.
Di Wilayah Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan terdapat peruntukan yang sama dengan Negeri Kedah. Tetapi peruntukan undang-undang di Negeri Pahang, Kelantan dan Perak menyebut bahawa :
"....Mahkamah hendaklah dengan seberapa boleh membuat pembahagian yang saksama mengikut usaha atau modal masing-masing."
Jelas dalam peruntukan tersebut sumbangan dijadikan faktor penentu. Di Sarawak, undang-undang Mahkamah Melayu telah menentukan bahawa tuntutan harta sepencarian dibuat semasa perceraian. Bagi wanita yang turut serta bekerja dengan suaminya (seperti adat orang Melanau) maka dia berhak mendapat ½ daripada harta tersebut. Akan tetapi jika pihak isteri tidak turut serta bekerja (seperti kebanyakan wanita kawasan Kuching), dia berhak mendapat ⅓ sahaja daripada harta tersebut. Jika didapati kedua-dua pihak berhutang dan hutang tersebut tidak boleh dilunaskan dengan harta sepencarian mereka, maka perceraian tidak dibenarkan kecuali jika pihak suami sanggup membayar hutang tersebut. Setelah diteliti peruntukan itu ternyata wujud persamaan antara cara pembahagian harta sepencarian di kawasan perkampungan sepanjang Sungai Perak dengan apa yang diamalkan di Sarawak.
- Menurut Pengamal Undang-Undang dan Keputusan Mahkamah
Menurut M.B Hooker harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri dalam masa perkahwinan.
Dalam kes Hajjah Lijah binti Jamal lwn Fatimah binti Mat
Diah, Hakim Briggs telah mentakrifkan harta sepencarian sebagai harta yang diperolehi dalam masa mereka hidup berkahwin sebagai suami isteri, hasil daripada daya mereka atau melalui usaha mereka bersama. Berdasarkan kes ini Hajjah Lijah merupakan seorang janda kepada Hj. Che Mis bin Samat telah menuntut ½ bahagian daripada tanah yang didaftarkan di atas nama suaminya yang telah meninggal. Beliau telah membuktikan bahawa semasa perkahwinannya dulu dia telah mempunyai sebidang tanah hasil daripada harta pusaka keluarganya, sedangkan suaminya tidak memiliki apa-apa. Kedua-dua suami isteri itu telah bekerja di atas tanah isteri itu dan hasil dari tanah tersebut mereka dapat membeli tanah lain dan mereka bekerja bersama-sama di atas tanah tersebut. Di dalam kes ini Hakim Briggs ketika memutuskan berkata :
Diah, Hakim Briggs telah mentakrifkan harta sepencarian sebagai harta yang diperolehi dalam masa mereka hidup berkahwin sebagai suami isteri, hasil daripada daya mereka atau melalui usaha mereka bersama. Berdasarkan kes ini Hajjah Lijah merupakan seorang janda kepada Hj. Che Mis bin Samat telah menuntut ½ bahagian daripada tanah yang didaftarkan di atas nama suaminya yang telah meninggal. Beliau telah membuktikan bahawa semasa perkahwinannya dulu dia telah mempunyai sebidang tanah hasil daripada harta pusaka keluarganya, sedangkan suaminya tidak memiliki apa-apa. Kedua-dua suami isteri itu telah bekerja di atas tanah isteri itu dan hasil dari tanah tersebut mereka dapat membeli tanah lain dan mereka bekerja bersama-sama di atas tanah tersebut. Di dalam kes ini Hakim Briggs ketika memutuskan berkata :
"Tuntutan oleh seorang janda terhadap harta sepencarian bukan satu tuntutan untuk mendapatkan bahagian dalam harta pusaka si mati. Cawangan Adat Melayu ini telah diiktiraf di seluruh Negeri Kelantan di kalangan petani, pemilik tanah dan bahagian itu biasanya dianggap kepunyaan janda sebanyak ½ selain dari persoalan tuntutannya bahagian pembahagian dalam harta pusaka."
Di dalam kes Roberts Alias Kamarulzaman lwn Ummi Khaltom, harta sepencarian ditakrifkan sebagai harta yang diperolehi dalam masa perkahwinan seorang suami dengan isterinya, hasil daripada sumber-sumber atau dari usaha mereka.
Takrifan di atas sebagaimana yang telah diputuskan di dalam beberapa kes ia hanya melibatkan usaha secara langsung yang diberikan oleh kedua-dua pihak sama ada dalam bentuk modal ataupun tenaga.
Walaubagaimanapun terdapat juga kes yang melibatkan usaha secara tidak langsung. Contohnya, dalam kes Boto' bt Taha lwn Jaafar bin Muhammad. Di dalam kes ini Boto telah menuntut daripada suaminya ½ bahagian dari harta yang diperolehi dalam perkahwinan mereka, harta tersebut termasuklah harta alih dan harta tak alih. Ketika Boto' berkahwin dia telah meninggalkan kerjanya sebagai pembantu kedai di sebuah restoran, apabila suaminya keluar atas urusan perniagaan ikannya, Boto' telah menemani suaminya. Kes ini menunjukkan sumbangan isteri dengan memberi sokongan dan mengiringi suaminya ketika menjalankan perniagaan dapat memberi ketenangan dan kedamaian sehingga berjaya dianggap sebagai sumbangan secara tidak langsung yang telah diberikan oleh isterinya. Di dalam kes ini harta-harta yang diperolehi dalam masa perkahwinan merupakan harta sepencarian dan harta itu dibahagi ⅓ kepada isteri dan ⅔ kepada suami. Bahagian ⅓ yang diberikan kepada isteri menunjukkan bahawa isteri itu telah membantu suaminya dalam menjalankan perniagaan secara tidak langsung. Manakala satu kapal yang didaftarkan atas nama bersama kedua-duanya dibahagi dua.
Begitu juga dalam kes Hamimah Be lwn Samsudin, Haji Hairussani, Qadi Besar Pulau Pinang menjelaskan :
"Hamimah be binti Hassan sepanjang perkahwinannya dengan Samsudin bin Husein telah berlaku sebagai isteri dan telah membuat kerja-kerja yang lazim dilakukan oleh seorang isteri dengan sepenuhnya tanpa mendapat pertolongan dari orang gajian, maka itu segala penghasilan sepanjang hidup perkongsian bolehlah dianggap hasil bersama. Kerja-kerja yang dilakukan oleh seorang isteri yang tidak dibantu oleh orang gajian sekurang-kurangnya telah meringankan beban si suami setidak-tidaknya ⅓ dari tanggungannya."
Di dalam kes ini pula Hakim telah memutuskan bahawa rumah dibahagi dua dengan nilaian wang, sebuah almari kain baju, almari mangkuk dan dapur gas diberikan kepada isteri, kerusi meja set, sebuah kereta, televisyen, peti ais diberikan kepada suami. Pihak isteri berhak ke atas barang-barang yang dibeli dalam perkongsian hidup, kerana dia adalah isteri yang sah kepada suami serta taat dan patuh. Sebagai bukti kepatuhannya, pihak isteri telah sanggup memelihara anak suami dari isterinya yang terdahulu di samping anaknya sendiri bersama suami.
Walaupun kedua-dua kes di atas tidak menunjukkan sumbangan secara langsung kerana isteri tidak mengeluarkan modal dan tenaga untuk menghasilkan harta bersama. Ini tidak bermakna sumbangan secara tidak langsung tidak diambil kira, ini ternyata apabila keputusan kes di atas menunjukkan ada perolehan dan ganjaran yang diterima oleh pihak isteri. Ini bersesuaian dengan kehendak syarak bahawa tugas menguruskan rumah tangga, memasak, menjaga anak bukan menjadi tanggungjawab isteri, jadi tidak wajarlah sekiranya pihak isteri yang terpaksa sehari suntuk menghabiskan masa dan tenaganya dengan kerja-kerja rumah tetapi tidak mendapat sebarang ganjaran. Oleh itu, isteri sebenarnya telah menyumbangkan secara tidak langsung kepada perolehan harta itu, walaupun sumbangan yang diberikan itu agak berlainan, sedikit sebanyak dapat meringankan tanggungan pihak suami. Apa yang penting pembahagian tuntutan iu hendaklah berdasarkan sumbangan yang diberikan oleh pihak masing-masing.
Islam menghormati pekerjaan dan hak milik seorang Islam sama ada kaum lelaki atau kaum wanita. Ini bermakna mereka bebas memilih pekerjaan dan bebas untuk memiliki harta selagi mana ia tidak bertentangan dan bersesuaian dengan tuntutan syariat Islam. Begitu juga semasa perkahwinan suami dan isteri mempunyai harta masing-masing dan kadangkala harta mereka bercampur antara satu sama lain. Harta itu tersebut dapat dibahagikan seperti berikut :
Harta yang diperoleh secara sendirian atau tanpa sebarang sumbangan dari suami atau isteri. Lazimnya harta jenis ini diperolehi sebelum perkahwinan, atau harta tersebut diperolehi setelah berkahwin seperti gaji, pemberian, hadiah dan juga harta yang dipusakai.
Jika berlaku perceraian, harta jenis ini tetap menjadi hak yang memilikinya. Sebaliknya jika pemiliknya meninggal dunia maka ianya hendaklah dibahagikan secara faraid.
Harta perkongsian boleh dibahagikan kepada dua :
- Harta perkahwinan yang dapat dibezakan
- Harta perkahwinan yang tidak dapat dibezakan (harta mushac)
- Harta Perkahwinan Yang Dapat Dibezakan
Apa yang dimaksudkan di sini harta milik suami isteri semasa perkahwinan yang di dapati secara perkongsian dan dapat dikenal pasti bahagiannya. Harta ini dibahagikan kepada dua :
Harta Sepencarian iaitu harta yang diperolehi semasa perkahwinan dengan ada usahasama di antara keduanya sama ada secara langsung atau secara tidak langsung.
Harta Syarikat iaitu harta perkongsian di antara suami isteri, yang masing-masing mempunyai hak terhadap harta tersebut. Bahagiannya dapat ditentukan dengan bergantung kepada berapa kadar penyertaannya. Contohnya ½ dari modal suami dan ½ lagi dari isteri, suami ⅔ dan isteri ⅓ dari modal atau isteri mempunyai sebidang tanah dan suami yang mengerjakannya.
Harta yang diperolehi hasil usaha sama atau sumbangan dari kedua-dua suami atau isteri. Sumbangan tersebut adakalanya sama atau tidak sama, secara langsung atau tidak langsung, dan boleh dikenalpasti. Harta-harta yang dianggap mempunyai hak perkongsian di antara kedua-dua suami dan isteri ialah :
Harta Syarikat – harta perkongsian yang jelas bahagian suami dan isteri umpamanya ½ daripada harta tersebut dari modal suami dan ½ dari modal isteri, atau ⅔ dari modal suami dan ⅓ dari modal isteri. Atau tanah yang menjadi tapak rumah ialah suami dan wang untuk kerja pembinaan rumah adalah hak isteri.
(ii) Harta Sepencarian – harta yang diperoleh hasil dari sumbangan kedua-
dua suami dan isteri, atau sebarang pertambahan kepada harta
persendirian yang diperolehi melalui sumbangan kedua-dua pihak
setelah berkahwin.
Hak perkongsian boleh dituntut semasa berkahwin, setelah bercerai atau setelah berlaku kematian. Bahagian harta perkongsian hendaklah dikeluarkan terlebih dahulu sebelum difaraidkan harta peninggalan si mati, sama seperti hutang.
b) Harta Perkahwinan Yang Tidak Dapat Dibezakan
Harta musha' merupakan harta yang telah bercampur baur antara suami dan isteri semasa perkahwinan sehingga tidak dapat menentukan bahagian atau hak masing-masing apabila berlaku perceraian. Di dalam hal ini apabila berlaku pertelingkahan berhubung dengan harta yang telah bercampur semasa perkahwinan atau perceraian sama ada cerai hidup atau mati, dan ada pihak yang mendakwa harta atau barang tersebut merupakan haknya. Oleh demikian harta tidak boleh dibelanjakan atau digunakan sehingga dapat ditentukan melalui sulh (perdamaian), sekiranya ada pihak di antara suami dan isteri tidak bersetuju dengan cara demikian maka kata-kata pemilik harta tersebut diterima dengan sumpahnya, sebaliknya jika kedua-duanya mengaku ia memiliki harta itu, kedua-duanya perlu bersumpah dan harta itu dibahagikan kepada dua bahagian.
Menurut madhhab Shāficiyy jika berlaku pertelingkahan antara suami isteri berkaitan dengan perkakas rumah mereka atau jika salah satu pihak atau kedua-duanya meninggal maka timbul pertelingkahan antara waris keduanya, oleh demikian apabila mereka tinggal serumah, mereka sama-sama memilikinya ataupun dengan cara kedua-dua pihak bersumpah dan perkakas dibahagi dua. Oleh kerana suami kadang-kadang memiliki perkakas perempuan dengan cara membeli, mewarisi dan sebagainya, begitu juga perempuan kadang-kadang ia memiliki perkakas lelaki dengan cara yang sama.
Bagi pendapat Hanafī apabila berlaku pertelingkahan di antara suami isteri berhubung dengan barang-barang rumah sama ada semasa perkahwinan atau perceraian, sekiranya kedua-duanya mempunyai bukti maka mereka berhak terhadap barang yang mereka dakwa, jika kedua-duanya tidak mempunyai bukti, penetapan di sini dilihat daripada apa yang dapat disaksikan dengan nyata. Ini bermakna barang-barang yang bersesuaian dengan lelaki seperti buku, alat-alat pertukangan dan sebagainya adalah menjadi miliknya dengan bersumpah. Manakala barang-barang yang bersesuaian dengan perempuan seperti barang perhiasan diri dan sebagainya ia akan menjadi hak isteri tersebut dengan cara bersumpah. Bagi barang-barang yang tidak dapat disaksikan secara nyata seperti perabot, peralatan dapur (barang-barang yang boleh dimiliki kedua-duanya), golongan Hanafī berbeza pendapat. Bagi Imām Abu Yusuf menyatakan barang-barang tersebut merupakan hak isteri kerana lazimnya barang itu disediakan untuk isteri dan jika terdapat lebihan, ia akan diberikan kepada suami. Manakala Imam Abu Hanifah dan Muhammad Hassan al Shaybāni suami lebih berhak ke atas barang tersebut kerana segala perbelanjaan di bawah tanggungannya.
KESIMPULAN
Dalam perundangan Islam, seseorang perempuan Islam yang berkahwin dengan seorang lelaki, ia masih diakui mempunyai kuasa memiliki ke atas apa juga harta dan masih boleh terus memiliki harta yang diperolehinya sebelum ia berkahwin dan boleh juga berbuat demikian setelah dia berkahwin samada daripada harta pusaka, pemberian hidup (hibah), usahanya sendiri dan sebagainya dan seterusnya mempunyai tanggungjawab harta di mana dia boleh menuntut dan dituntut di mahkamah.
Kelebihan yang diberikan ini merupakan satu maslahah bagi kedua-dua pihak, lebih-lebih lagi pihak wanita iaitu isteri untuk menjamin kehidupannya setelah berpisah dengan pihak suami. Setiap kali berlaku perceraian, pihak suami khasnya seringkali terlupa bahawa pihak isteri juga telah menyumbangkan tenaganya dalam pembentukan keluarga. Keadaan ini juga ditambahkan dengan kurangnya pengetahuan daripada pihak isteri yang tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai hak untuk menuntut harta sebagai ganti sumbangan mereka terhadap pembentukan keluarga.
Bagi sesetengah pihak, perkara ini seringkali diambil mudah. Sebenarnya, masalah harta sepencarian di antara suami isteri adalah merupakan suatu perkara yang sangat penting dan perlu diselesaikan dengan cara yang adil dan saksama terutama sekali apabila berlaku perceraian.
Khidmat dan kerja seseorang isteri di dalam rumah patut diberi pertimbangan sewajarnya dan diberi nilaian yang patut jika khidmat tersebut tidak ada tanda-tanda yang ianya diberi secara sukarela, sekurang-kurangnya sebagai upah.
BAB III
KEDUDUKAN HARTA SEPENCARIAN MENURUT HUKUM SYARAK
3.1 PENDAHULUAN
Apabila dikaji Islam dari sudut perundangan, menunjukkan ia adalah suatu sistem perundangan yang lengkap dan sesuai untuk dijadikan panduan hidup manusia di dunia ini. Di negara kita "Syariah Islamiyyah" telah diterima dan diamalkan oleh penduduk negara ini sejak tertubuhnya pemerintahan Melayu Melaka terutama dalam soal nikah kahwin dan pembahagian harta. Dengan adanya beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Enakmen-enakmen Kerajaan Negeri maka pelaksanaan Undang-undang Islam dalam beberapa bidang terutama mengenai "Undang-undang Diri" adalah terjamin. Namun begitu pelaksanaan sepenuhnya disesuaikan dengan kehendak-kehendak setempat.
3.2 KEHORMATAN BEKERJA DAN HAK MILIK DALAM ISLAM
Agama Islam menghormati pekerjaan dan hakmilik seseorang Islam juga menghormati pekerjaan, hakmilik masyarakat dan anggota keluarga, khususnya hakmilik dan pekerjaan suami isteri.
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya : " dan apabila selesai mengerjakan sembahyang, kamu boleh bertebaran di muka bumi dan carilah kurnia Allah, dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya, supaya kamu beruntung" al-Jumuah 62 : 10.
Di samping itu Allah SWT melarang keras daripada menceroboh hakmilik seseorang atau masyarakat. Dilarang mengambilnya dengan cara yang tidak sah, menindas, merompak, mencuri dengan cara rasuah dan dengan kuatkuasa undang-undang atau adat-adat yang bertentangan dengan Syariah Islam. Tegasnya mengambil harta seseorang dengan apa cara sekalipun adalah dilarang oleh Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya : "dan janganlah kamu makan harta sesamamu dengan jalan yang tidak halal, dan kamu bawa perkaranya kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian dari harta orang lain dengan cara tidak lurus, sedang kamu megetahui"al-Baqarah 2 : 188
Selain dari apa yang tersebut, Allah SWT telah mengadakan hukuman yang sangat berat ke atas sesiapa yang menceroboh harta manusia dan memakannya dengan cara yang ditegahkan, seperti dikenakan hukuman potong tangan ke atas pencuri bila cukup syarat-syarat, dan dikenakan hukuman bunuh, atau disula atau dipotong tangan dan kaki secara berlainan (berselang) atau dibuang negeri, ke atas perompak-perompak menurut syarat dan keadaan jenayah rompakan yang dilakukan.
Sesungguhnya Islam menghormati pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang dan melarang keras ke atas sesiapa yang cuba menceroboh hak-hak kepunyaan orang lain. Kadang-kadang adakalanya kita berasa sukar untuk menentukan kadar hak-hak seseorang dan dalam hasil pendapatan itu dikira kepunyaan seorang sahaja dan yang lainnya adalah dikira sebagai pembantu sukarela dan tidak berhak mendapat sesuatu daripada hasil pendapatan tersebut kecuali dengan keredhaan dari pihak yang diandaikan dialah sahaja yang berhak, atau hasil pendapatan itu dikira kepunyaan bersama antara pihak yang menyumbang tenaga. Dengan ini hasil pendapatan tidak boleh dibolot oleh seorang sahaja malahan hendaklah dibahagikan antara mereka dan begitulah seterusnya. Kerjasama seumpama ini biasanya berlaku antara anak-anak dan ibu bapanya, antara sahabat dan kawan-kawan, dan juga antara suami isteri dan lain-lainnya.
Disini penulis, tidak akan menyentuh semua bentuk hasil pendapatan dari berbagai bentuk kerjasama itu, tetapi yang akan disentuh ialah mengenai hasil-hasil pendapatan suami isteri yang menjadi salah satu dari masalah-masalah kekeluargaan di Malaysia dan negara Islam yang berjiran sejak dahulu hingga sekarang, yang mana hasil pendapatan seumpama ini dikenali dengan harta sepencarian.
- KEDUDUKAN HARTA SEPENCARIAN DALAM ISLAM
Islam mempunyai sistem yang tersendiri bagi mengatur dan menyelesaikan masalah harta benda dan kekayaan suami isteri berdasarkan kepada dasar-dasar yang kemas dan logik dari Allah SWT, demi untuk menjaga muslihat, kedudukan taraf suami isteri dan juga anggota keluarga yang terlibat terutama sekali anak-anak.
Dengan dasar ini boleh kita sesuaikan kedudukan harta sepencarian di dalam Islam. Di antara dasar-dasarnya ialah :
Dasar perdamaian dan keredhaan. Dasar ini adalah merupakan dasar utama berada dikemuncak hubungan dan kira bicara Islam. Oleh itu segala apa juga pertikaian dan pergaduahn di dalam Islam sama ada dalam segi kewangan, kekeluargaan atau lainnya hendaklah dimulakan dengan perdamaian dan dengan bertolak ansur.
Firman Allah SWT :
Suami berhak memiliki harta sebagaimana isteri berhak memiliki harta. Dengan ini harta yang telah diperolehi oleh masing-masing sama ada sebelum perkahwinan atau selepas, tidak boleh dicantum melainkan dengan keredhaan dan persetujuan kedua belah pihak.
Firman Allah SWT :
Maksudnya : "Janganlah kamu iri hati terhadap pemberian Allah kepada sebahagian lebih banyak dari yang lain. Laki-laki beroleh bagian dari usahanya, dan orang-orang perempuan beroleh bagian pula dari usahanya, mintalah kepada Allah kurniaNya, sesungguhnya Allah itu mengetahui segala sesuatu" al-Nisa' 4 : 32.
Tiap-tiap seorang dari suami isteri berkuasa penuh diatas hak kepunyaannya dan mana-mana pihak tidak boleh mengambilnya tanpa keredhaan dari satu pihak lagi.
Suami wajib memberi sebahagian daripada hartanya kepada isteri sebagai maskahwin, pakaian, nafkah dan menyediakan tempat tinggal menurut keadaan suami dari segi kaya, miskin atau sederhana penghidupannya.
Kepada isteri yang diceraikan, wajib ke atas bekas suaminya memberi nafkah, peluang tempat tinggal yang ia telah tinggal di masa perkahwinan selagi iddah masih ada dan ia tidak melakukan kekejian yang nyata. Suami wajib memberi mut'ah mengikut keadaan suami secara berpatutan menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak.
Firman Allah SWT :
Maksudnya : "Dan berikanlah maskahwin kepada perempuan-perempuan itu sebagai pemberian wajar" al-Nisa' 4 : 4.
Firman Allah SWT :
Maksudnya : "Dan mencukupkan keperluan minum makan dan pakaian ibu yang menyusukan itu, adalah kewajipan ayah dengan cara patut" al-Baqarah 2 : 233.
Firman Allah S.W.T :
Maksudnya : "Berikanlah mereka tinggal di tempat telah kamu tinggal mengikut kemampuan kamu" al-Thalaq 65 : 6.
Firman Allah S.W.T :
Maksudnya : "Dan bagi perempuan-perempuan yang telah diceraikan satu saguhati (mut'ah) dengan berpatutan sebagai suatu hak ke atas orang-orang yang bertaqwa"al-Baqarah 2 : 241
Selain daripada pemberian yang wajib seperti mana yang telah dinyatakan di atas, tiap-tiap suami isteri secara keredhaan dan tolak ansur boleh memberi apa juga pemberian kepada seorang lagi atau menerima daripadanya dan apa yang diberi itu tidak boleh diambil balik oleh mana-mana pihak melainkan dengan cara sepatut dan diluluskan oleh Syarak.
Firman Allah S.W.T :
Maksudnya : "Dan janganlah kamu menyusahkan perempuan-perempuan itu, kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, kecuali jika mereka terang melakukan perbuatan keji " al-Nisa' 4 : 19.
Firman Allah S.W.T :
Maksudnya : " Dan kalau kamu hendak menukar isteri dengan isteri yang lain, dan telah kamu berikan kepadanya sekumpulan harta, janganlah kamu ambil kembali barang sedikit pun " al-Nisa' 4 : 20.
Firman Allah SWT :
Maksudnya : "tetapi jika mereka dengan kesukaan hatinya memberikan kepadamu sebahagian ( mas kahwin ), boleh kamu makan dengan cukup dan puas" al-Nisa' 4 : 4.
Firman Allah SWT :
Maksudnya : " kamu tidak boleh mengambil kembali sesuatu yang telah kamu berikan kepadanya, kecuali jika keduanya merasa khuatir tidak akan menegakkan aturan-aturan Allah. Kalau kamu khuatir keduanya tidak akan dapat menegakkan aturan-aturan Allah tidak mengapa jika perempuan itu membayar untuk dirinya" al-Baqarah 2 : 229
Firman Allah SWT :
Maksudnya : "dan kamu mendapat ½ dari harta peninggalan isterimu, kalau mereka tidak mempunyai anak, tetapi kalau mereka mempunyai anak, kamu mendapat ¼ dari harta peninggalannya, sesudah pembayaran wasiat yang diwasiatkannya atau hutang. Dan isteri-isteri mendapat ¼ dari harta peninggalanmu, kalau kamu tidak mempunyai anak, tetapi kalau kamu mempunyai anak, mereka mendapat ⅛ dari harta peninggalanmu, sesudah pembayaran wasiat yang diwasiatkannya atau hutang". al-Nisa' 4 : 12.
3.4 CURUF' DAN ADAT
3.4 1 Definisi Curuf' Dan Adat
Sebahagian culama' mentakrifkan curuf' dan adat membawa maksud yang sama dan tidak ada perbezaan di antara kedua-duanya. Manakala sebahagian ulama lain berpendapat curuf' dan adat terdapat perbezaan. Namun begitu perbezaan tersebut hanyalah dari sudut ibarat sedangkan skop dan konsepnya adalah sama. Penjelasannya adalah seperti berikut:
Dari segi bahasa
cUruf' ialah perkatan Arab dari kata dasar عرف yang membawa maksud mengetahui. Oleh itu curuf' ialah apa yang diketahui. Sebahagian culama' berpendapat bahawa curuf' adalah adat. Manakala adat dari segi bahasa ialah cara yang sudah menjadi kebiasaan. Ia akan berlaku berulang kali.
b) Dari segi istilah
Terdapat beberapa pendapat para culama' dan sarjana berkaitan dengan pengertian curuf' dan adat dari segi istilah. Menurut Mustafa Ahmad al-Zarqa' adat adalah perkara yang berterusan yang dapat diterima oleh tabiat semulajadi dan berlaku secara berulang kali. Perkara yang diulang-ulang menurut kebiasaan sesuatu golongan mengikut cara tertentu dan diterima secara logik. Manakala pengertian lain curuf' ialah apa yg menjadi amalan kebiasaan orang ramai atau segolongan di kalangan mereka.
Kesimpulan daripada pengertian yang diberikan adat dan curuf' ialah apa yang dikenal oleh manusia dan berlaku padanya iaitu sama ada berbentuk perbuatan atau perkataan. Justeru itu, menurut sebahagian culama' tidak ada perbezaan bahkan ia adalah perkara yang sama.
Manakala ulama yang berpendapat bahawa ada perbezaan tertentu di antara curuf' dan adat. Di mana mereka melihat bahawa adat itu lebih umum daripada curuf' kerana adat kadangkala berlaku kepada seorang atau setengah individu sahaja contohnya berhaid bagi wanita, sedangkan uruf berlaku kepada semua manusia atau tidak berlaku kepada seorang atau setengah individu secara khusus. Lantaran itu, setiap curuf' merupakan adat, sebaliknya bukan semua adat dikira sebagai uruf. Oleh sebab itu jelaslah bahawa adat itu lebih umum berbanding curuf'.
Apa yang penting, adat dan curuf' itu syaratnya ia dilakukan secara berulangkali dan berterusan sehingga menjadi sebati di jiwa mereka serta diterima oleh akal yang waras. Untuk itu apa yang berlaku secara tiba-tiba tidak dikira sebagai adat. Di samping itu adat serta curuf' dapat diterima oleh syarak dan tidak bertentangan dengan nas dan syariat Islam.
3.4.2 Pembahagian Adat
Menurut para fuqaha' adat dan curuf dapat diklasifikasikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:
Adat dari segi bentuk
Adat dari segi jenis
Adat dari segi hukum
a) Adat dari Segi Bentuk
Pembahagian adat dari segi bentuknya dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
curuf' perkataan (qawlī) iaitu yang berbentuk perkataan penggunaannya mudah difahami dan diketahui oleh manusia. Contohnya perkataan daging digunakan untuk lembu, kambing bukan ikan atau burung.
curuf' perbuatan (camalī) iaitu perkara yang sering dilakukan oleh orang ramai. Contohnya menurut adat masyarakat Melayu mas kahwin (mahar musamma) dibayar oleh suami kepada pihak isteri sebelum melakukan persetubuhan.
b) curuf' dan Adat Dari Segi Jenis
i) curuf' am : iaitu kebiasaan yang menyeluruh diamalkan oleh semua orang dalam semua negara pada sesuatu masa seperti amalan " al-istisna' " menempah.
ii) curuf' khas : sesuatu adat yang berlaku khusus bagi negeri tertentu atau di kalangan sekelompok masyarakat tertentu seperti amalan kebiasaan di kalangan peniaga atau saudagar mensabitkan hutang-hutang berdasarkan rekod-rekod atau dokumen khas dan ia akan menjadi bukti dan keterangan bagi mereka.
c) Curuf' dan Adat Dari Segi Hukum
i) curuf'
sahīh : curuf' yang tidak berlawanan dengan mana-mana nas syarak dan qa'idahnya, tidak menghalalkan yang haram dan tidak membatalkan yang wajib.
sahīh : curuf' yang tidak berlawanan dengan mana-mana nas syarak dan qa'idahnya, tidak menghalalkan yang haram dan tidak membatalkan yang wajib.
ii) curuf'
fasīd : curuf' yang bercanggah dengan hukum Syarak
dan juga kaedah-kaedahnya yang tetap seperti kebiasaan bermu'amalah riba, judi, minum arak dan sebagainya.
fasīd : curuf' yang bercanggah dengan hukum Syarak
dan juga kaedah-kaedahnya yang tetap seperti kebiasaan bermu'amalah riba, judi, minum arak dan sebagainya.
3.5 HUKUM ADAT DAN PENYESUAIAN DENGAN HUKUM ISLAM
3.5.1 Syarat-syarat Adat yang di terima dalam Islam
Sebagaimana yang telah digariskan oleh para fuqaha:
Adat tersebut tidak bertentangan dengan nas Syarak. Sekiranya berlaku pertentangan dalil dan hujah maka adat tersebut terbatal. Kedatangan golongan mukallafīn dan bukan sebaliknya iaitu menjalankan adat dengan mengetepikan nas Syarak. Contohnya adat kebiasaan sebahagian manusia yang minum arak atau berurus niaga dengan berasaskan riba' dalam hal sedemikian adat seperti ini tidak dapat diterima oleh Syarak walaupun telah diamalkan oleh sebahagian manusia.
Adat tersebut hendaklah berterusan di kalangan orang ramai. Sekiranya perkara tersebut berlaku secara tiba-tiba, ia tidak boleh dikira sebagai adat.
Adat itu hendaklah wujud sebelum dan semasa terjadinya masalah tersebut.
Adat tersebut tidak bertentangan dengan syarat-syarat yang dibuat oleh dua orang yang berkontrak. Contohnya memperakui beberapa jenis mu'amalat seperti al-mudharabah, syarikah dan sebagainya ketika berurusan dalam perkara tersebut.
3.6 SEJAUHMANAKAH ADAT HARTA SEPENCARIAN BERTEPATAN DENGAN HUKUM SYARAK
Pada dasarnya di dalam Islam harta sepencarian adalah suatu yang tidak termasuk di bawah mana-mana kategori Hukum Syarak yang berkaitan dengannya malah ia sebagai suatu adat di kalangan orang-orang Melayu khususnya di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Namun apabila kita menghubungkait antara pemakaian adat dengan fiqh Islam adakah adat ini bertepatan dengan Hukum Syarak. Di dalam Islam apabila suatu adat telah diakui kebaikannya dan telah diberi pengiktirafan undang-undang, kedudukannya tidak lagi sebagai adat tetapi ianya bertukar menjadi suatu peraturan atau perundangan yang mesti diikuti dan dikuatkuasakan.
Pada Zaman Rasulullah S.A.W. apabila baginda berhadapan dengan persoalan adat ia mengambil sikap yang berbeza-beza antara satu adat dengan satu adat yang lain. Sikap itu boleh dibahagikan kepada :
menerima adat menjadi hukum seperti adat jual beli yang berasaskan persetujuan bersama di antara kedua-dua pihak dan mengelakkan cara mengambil harta orang lain secara tidak wajar (batil). Adat perkahwinan apabila seorang perempuan dilamar melalui walinya dan berhak mendapat mas kahwin serta diijabqabulkan di hadapan dua orang saksi, sistem qasamah sepertimana ia telah diamalkan dan prinsip mesyuarat.
Menolak adat seperti adat jual beli yang berasaskan penipuan dan gharar , perkahwinan secara ramai iaitu lelaki yang boleh menyetubuhi seorang perempuan dan apabila mendapat anak, penentuan keturunan dibuat melalui rupa yang terdekat dikalangan mereka.
Menerima dengan pindaan sesuatu adat untuk menjadi hukum seperti adat qisas terhadap kesalahan membunuh dengan sengaja setelah mengetepikan usul yang tidak sesuai (jahiliyah), pengabdian boleh diterima dengan sebab peperangan.
Peraturan jual beli yang berasaskan persetujuan bersama, sistem qasamah musyawarah yang dahulunya dianggap adat resam, sudah diberi pengiktirafan undang-undang dan perlu diamalkan oleh masyarakat Islam dalam kehidupan mereka. Begitu juga dengan harta sepencarian merupakan adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Malaysia khususnya.
Pengiktirafan ini jelas diberi melalui prinsip-prinsip yang terdapat dalam kaedah perundangan Islam yang dipetik oleh al-Suyūtī :-
العادة المحكمةadat mengambil tempat hukum.
استعمال الناس حجه يجب العمل به iaitu amalan manusia menjadi pegangan (hujah) yang wajib diikuti.
المعروف عرفا كالمشروط شرطاiaitu sesuatu yang diterima mengikut adat seperti sesuatu yang dibuat mengikut syarat.
Daripada kaedah-kaedah yang dinyatakan, kaedah tersebut merupakan salah satu faktor yang boleh meletakkan harta sepencarian ini diakui oleh syarak. Oleh kerana telah menjadi satu yang diakui oleh masyarakat melayu bahawa seorang isteri turut sama menolong suaminya di dalam kerja-kerja sama ada di dalam atau di luar rumah maka apabila berlaku perceraian isteri berhak mendapat bahagiannya dari sumbangan yang diberikan. Jadi apabila adat telah dihukumkan begitu, tidak menjadi suatu kesalahan untuk diamalkan seterusnya. Begitu juga suami yang telah memberikan sumbangan dalam menghasilkan perolehan harta isteri.
Selain itu, harta sepencarian apabila dikaitkan dengan syarat adat, pembahagian adat sebagaimana yang telah dibincangkan nampaknya ia menepati garis panduan yang ditetapkan iaitu tidak mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan nas syarak malah ia membawa kepentingan kepada kedua-dua pihak suami isteri agar apa yang mereka perolehi daripada apa yang mereka usahakan mendapat ganjaran sebagaimana
Firman Allah SWT :
Maksudnya : "laki-laki beroleh bahagian dari usahanya, dan orang-orang perempuan beroleh bahagian dari usahanya"
Islam melarang daripada mengambil hak orang lain, hak suami tetap menjadi hak suami, hak isteri tetap menjadi hak isteri dan apabila membuat sesuatu pembahagian khususnya harta sepencarian hendaklah dibahagikan dengan adil dan saksama.
Firman Allah SWT:
Maksudnya : "dan janganlah kamu makan harta sesamamu dengan jalan yang tidak halal, dan kamu bawa perkaranya kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian dari harta orang lain dengan cara tidak lurus, sedang kamu megetahui" al-Baqarah 2 : 188.
Maka jelaslah di sini bahawa adat harta sepencarian merupakan adat yang telah digunapakai oleh masyarakat melayu memenuhi prinsip-prinsip syariah sebagaimana yang telah ditetapkan.
3.7 KEDUDUKAN HARTA SEPENCARIAN DALAM HUKUM FIQH ISLAM
Di dalam kitab-kitab fikah tidak ada peruntukan khusus membicarakan tentang harta sepencarian. Sungguhpun demikian, cuba kita lihat kepada beberapa kitab fikah yang menjadi rujukan kepada hakim-hakim mahkamah syariah di negeri-negeri dalam Malaysia. Kitab Bughyah al-Mustarsyidin menyatakan :
Maksudnya :
Telah bercampur harta suami isteri dan tidak diketahui harta sesiapa yang lebih banyak, tidak ada tanda-tanda yang dapat membezakan harta salah seorang kemudian berlaku perceraian di antara keduanya atau meninggal dunia, maka tidak sah salah seorang dari mereka (suami isteri atau warisnya) memerintah (mengguna) sesuatu daripada harta itu sebelum dapat dibezakan atau sebelum dibuat perdamaian (al-sulh) kecuali bersama-sama dengan pemiliknya sebab tidak ada murajjih (tidak ada tanda yang membezakan). Seperti mereka berkata, "Jika bercampur burung merpati keduanya (suami isteri) di ketika itu jika boleh diketahui atau dibezakan keduanya, tetapi jika tidak diketahui dan tidak dapat dibezakan, perkara ini hendaklah ditangguh sehingga suami isteri atau waris kedua-duanya berdamai atau pun menyerah (hibah) dengan sama banyak atau berlebih kurang jika mereka (suami isteri) dan waris orang-orang yang sempurna (bukan mahjur a'laihi) dan wajib supaya jangan berkurang pembahagiannya daripada setengah bagi orang yang mahjur (orang yang tidak dibenarkan mentadbir harta). Tetapi jika berlaku kebiasaan yang tetap bahawa salah seorang dari keduanya (suami isteri) mendapat pendapatan yang lebih banyak dari yang seorang lagi maka perdamaian (sulh) dan penyerahan (hibah) adalah berdasarkan demikian (lebih kurang). Jika mereka tidak menyetujui satu pun daripada yang demikian, maka pihak yang memiliki sesuatu dari harta (memegang harta) akan diterima cakapnya dengan sumpahnya ; bahawa harta itu miliknya. Tetapi jika harta itu dimiliki oleh kedua-duanya (masing-masing memegang harta), maka masing-masing boleh meminta pihak yang lain bersumpah, kemudian harta itu dibahagi dua"
Apabila kita perhati kepada nas dalam kitab ini perkataan
(اختلاط مال الزوجين )
maknanya bercampur harta kedua suami isteri dan tidak diketahui harta siapa yang lebih banyak dan tidak ada qarinah yang membezakan antara keduanya. Adakah pengertian ini sama dengan tajuk yang dibicarakan berhubung dengan harta sepencarian yang diperolehi oleh suami isteri hasil daripada masing-masing berusaha atau bekerja, dan harta tersebut bercampur?
(اختلاط مال الزوجين )
maknanya bercampur harta kedua suami isteri dan tidak diketahui harta siapa yang lebih banyak dan tidak ada qarinah yang membezakan antara keduanya. Adakah pengertian ini sama dengan tajuk yang dibicarakan berhubung dengan harta sepencarian yang diperolehi oleh suami isteri hasil daripada masing-masing berusaha atau bekerja, dan harta tersebut bercampur?
Ada yang berpendapat harta yang bercampur itu sebagai harta ( المشاع )
dan tidak sama dengan harta sepencarian. Dan ada pula yang berpendapat bahawa apabila perolehan daripada suami isteri itu bercampur dan tidak diketahui harta siapa yang lebih banyak dan tidak ada qarinah, maka bolehlah diqiyas dan disamakan dengan harta yang bercampur ( المشاع )
itu untuk menyelesaikan mengikut nas dalam kitab tersebut di atas.
dan tidak sama dengan harta sepencarian. Dan ada pula yang berpendapat bahawa apabila perolehan daripada suami isteri itu bercampur dan tidak diketahui harta siapa yang lebih banyak dan tidak ada qarinah, maka bolehlah diqiyas dan disamakan dengan harta yang bercampur ( المشاع )
itu untuk menyelesaikan mengikut nas dalam kitab tersebut di atas.
Kitab al-Ia'natul Talibin menyatakan bermaksud:
Bahawa syarikat itu ada dua jenis :
Pertama – yang dimiliki oleh dua orang yang berkongsi dengan harta pusaka atau dengan cara membeli.
Kedua – terdapat empat bahagian –
Satu bahagiannya yang sah yang dinamakan syarikat al-a'inan di mana dua orang berkongsi dengan masing-masing mengeluarkan modal untuk berniaga, dan yang lain-lainnya itu batal dan ianya ada tiga jenis –
Syarikatul Abdan
Syarikatul Mufawadah
Syarikatul Wujuh
Syarikatul Abdan itu adalah dengan cara dua orang berkongsi melakukan sesuatu pekerjaan dengan masing-masing berusaha dengan tenaga empat kerat tanpa harta atau modal sama ada perusahaan itu sama jenisnya seperti keduanya berjahit atau berlainan seperti seorang tukang jahit dan seorang lagi tukang sulam. Syarikat itu adalah batal tidak sah kerana tidak ada harta. Jadi siapa yang berusaha sendiri, maka keuntungan adalah kembali kepadanya di antara keduanya atas kadar upah yang munasabah ( أجرة المثل )
mengikut kerja.
mengikut kerja.
Ia diharuskan secara mutlak oleh Imam Abu hanifah, manakala Imam Malik dan Ahmad mensyaratkan persamaan kerja. Sebab itulah bagi mereka yang tidak terima syarikatul abdan, semua harta yang diperolehi dari pekerjaan suami isteri yang tidak boleh dibezakan dibahagikan di antara keduanya menurut upah yang munasabah ( أجرة المثل )
dan jika salah seorang atau keduanya meninggal dunia, waris-waris si mati dan kedua-duanya mengambil bahagian yang diperolehi oleh mereka untuk mereka membahagikan menurut faraid.
dan jika salah seorang atau keduanya meninggal dunia, waris-waris si mati dan kedua-duanya mengambil bahagian yang diperolehi oleh mereka untuk mereka membahagikan menurut faraid.
Kitab al-Fatawa al-Fataniah Karangan Al-Sheikh Ahmad bin Mohd Zain bin Mustafa Al-fatani menjelaskan :
Soal : "Masalah setengah daripada beberapa adat negeri-negeri yang dibawah angin bahawasanya apabila mati seseorang dua laki isteri dibahagikan harta peninggalannya dua bahagi maka ditolakkan kepada salah seorang yang hidup itu satu bahagi dan yang tinggal lagi itu dibahagikan antara segala waris yang setengah daripada mereka itu salah seorang yang tersebut dan sebab demikian itu berusaha pada ghalibnya oleh dua laki bini itu bersama-sama maka adakah betul perbuatan itu atau tiada. "Jawab:" jika adalah harta terkata itu bersekutu padanya oleh dua laki isteri bersamaan kadarnya dengan yakin maka dibahagikan sebagai bahagi yang tersebut itu adalah membahagi itu yang sebenar ada pun jika tiada diketahuikan bersekutu atau diketahuikan bersekutunya dan jikalau dengan sama-sama bekerja yang mendapatkan harta itu sekalipun tiada pekerjaan khidmat seperti beternak dan membasuh dan menjahit kain suaminya tetapi tiada diketahuikan bersamaan bersekutu itu seperti tiada diyakinkan bahawasanya bekerja itu sama banyak kadarnya atau tiada maka dibahagikan dua dengan ketiadaan redha-meredhakan segala waris-warisnya pada kadar yang lebih kurang nescaya tiada sah membahagi sebagai bahagi yang tersebut dan tiada harus menolak itu. Maka jika redha-meredha daripada mereka itu nescaya sah tetapi disyaratkan pada sah redha-meredha itu bahawa tiada ada di dalam mereka itu orang yang tiada diiktibarkan redhanya seperti kanak-kanak, si gila dan orang yang dihajarkan atasnya maka jika ada di dalam warisnya itu mereka itu nescaya tiada sah.
3.8 HARTA SYARIKAT
3.8.1 Definisi Harta
Harta Syarikat ialah harta yang telah bercampur dan kedua-dua suami isteri mempunyai hak ke atasnya. Adakalanya percampuran harta-harta tersebut masih boleh ditentukan kadar hak masing-masing. Tetapi adakalanya hak itu tidak boleh ditentukan kadarnya.
3.8.2 Jenis-Jenis Syarikat
Jika dirujuk kedudukan syarikah dalam perundangan Islam, ternyata ia terbahagi kepada dua:
1. Syarikah amlāk – dua orang atau lebih memiliki barang tanpa akad bersyarat
2. Syarikah al-cuqud – dua orang atau lebih berkongsi modal dan keuntungan
berdasarkan perjanjian antara mereka.
Syarikat al-amlak pula terbahagi kepada dua jenis :
a. Syarikah al-Ikhtiyār
b. Syarikah al-Jabr
Syarikah ikhtiyar terdiri daripada usaha dua orang atau lebih membeli sesuatu atau telah diberikan sesuatu kepada mereka berdua atau diwasiatkan kepada mereka berdua sesuatu dan kedua-duanya telah menerima. Maka jadilah barang yang dibeli, pemberian yang diterima atau wasiat yang diterima itu hak perkongsian antara kedua-duanya berdasarkan syarikah al-milk . Manakala Syarikah al-Jabr terdiri daripada dua orang atau lebih mewarisi sesuatu maka harta warisan tersebutmerupakan harta syarikat milik kedua-duanya.
Dalam keadaan kedua-dua bentuk syarikat yang dinyatakan tadi, kedua-dua pihak yang bersyarikat tidak boleh menguruskan atau membelanjakan harta yang dikongsi tanpa izin rakan kongsinya. Begitu juga kedua-dua pihak tidak mempunyai kuasa ke atas hak rakan kongsinya.
Syarikah al-cuqud ialah perjanjian yang berlaku antara dua orang atau lebih untuk berkongsi harta dan keuntungan. Menurut pendapat madhhab Hanafī, harta perkongsian antara kedua-dua suami isteri boleh berlaku samada dalam bentuk syarikah al-milk, iaitu kedua-dua suami isteri secara tidak langsung telah sama-sama berusaha mengumpulkan harta serta menambahnya melalui pelaburan atau perniagaan. Ia boleh juga berlaku dalam bentuk Syarikah al-cuqud , iaitu syarikat perkongsian bedasarkan perjanjian khusus berhubung dengan modal dan keuntungan. Jika perkongsian antara kedua-dua suami isteri berdasarkan Syarikah al-cuqud, maka bahagian masing-masing boleh ditentukan dengan jelas. Satu bentuk harta perkongsian syarikah al-milk yang jelas berlaku pada masa sekarang ialah harta sepencarian antara kedua-dua suami isteri.
3.8 PERSAMAAN HARTA SEPENCARIAN DENGAN HARTA SYARIKAT
Sebagaimana yang telah di tegaskan dalam penulisan ini tidak ada peruntukan yang khusus atau hukum yang khusus di dalam undang-undang Islam. Walaubagaimanapun, ia telah diberi perhatian setelah ia diamalkan di negara ini dan telah diletakkan peruntukan yang khusus di dalam Enakmen-Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia. Oleh itu harta sepencarian telah dikenali di kalangan masyarakat Islam dan sebahagian para culama' mengaitkan dengan harta syarikat bagi mencari kesesuaian hukum.
Daripada jenis-jenis syarikat yang dibincangkan, syarikat manakah yang hampir sama dengan ciri-ciri yang ada pada harta sepencarian. Sekiranya kita katakan harta sepencarian sama dengan harta syarikat cinān tidak ada persamaan antara keduanya. Ini kerana kebiasaannya harta sepencarian di antara suami isteri tidak ada harta yang dijadikan modal untuk menjalankan satu pekerjaan dan tidak ada sebarang akad ijāb dan qabūl di antara kedua mereka. Walaupun syarikat ini merupakan satu-satu syarikat yang diharuskan oleh madhhab Syāficiyy dan di Malaysia merupakan pengamal madhhab Syāficiyy . Ini bukan bermakna harta sepencarian mempunyai persamaan dengan harta syarikat inān.
Sekiranya harta sepencarian mempunyai persamaan pula dengan harta syarikat al-wujūh, syarikat ini tidak mempunyai persamaan kerana asas pembentukan syarikat ini berdasarkan kepada kedudukan ahli syarikat di kalangan masyarakat sedangkan harta sepencarian itu adanya pekerjaan dan sumbangan yang dilakukan oleh kedua-dua pihak.
Begitu juga dengan syarikat mufāwadah perlu memenuhi beberapa syarat barulah terbentuknya syarikat mufāwadah. Syarat-syarat yang disebutkan dalam syarikat ini tidak terdapat dalam harta sepencarian. Berdasarkan kepada kes yang telah diputuskan harta sepencarian tidak disyaratkan sama banyak modal dan tasarruf yang sama sedangkan di dalam syarikat mufāwadah perlu mempunyai persamaan modal dan tasarruf. Ini bermakna harta sepencarian tidak boleh dikaitkan dengan harta syarikat cinān, al-wujūh dan mufāwadah.
Berhubung dengan syarikat al-amlāk boleh kita katakan bahawa ia mempunyai persamaan dengan harta syarikat, syarikat ini tidak memerlukan beberapa kontrak yang biasanya terjadi pada harta sepencarian. Namun pada pandangan saya hanya sesetengah kes sahaja yang sesuai dikaitkan dengan syarikat ini kerana dalam syarikat ia berkongsi dalam memiliki sesuatu barang tanpa ada sebarang akad bersyarikat.
Namun demikian, bagi menentukan bahagian masing-masing dengan jelas kita boleh katakan ia merupakan syarikat al-abdān menurut pendapat yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah bahawa mereka mengiktiraf harta sepencarian sebagai harta syarikat al-abdān sebagaimana dalam madhhab Hanafī. Berhubung dengan pendapat jawatankuasa ini menyatakan harta sepencarian hendaklah dibahagikan mengikut kadar yang berdasarkan kepada upah kerja yang munasabah menurut kelaziman sesuatu kerja atau usaha. Pendapat Jawatankuasa didasarkan kepada nas dalam kitab Quratul Ain bi Fatwa Ulama' al-Haramain. Nas tersebut berbunyi;
"Di dalam kitab Icanah yang ditulis oleh sheikh kami : dua orang bersyarikat telah bertujuan membahagikan pendapatan dari usaha tenaga kedua mereka, sama ada kerja kedua-duanya sama seperti kedua-duanya tukang jahit, atau kerja kedua-duanya berbeza seperti seorang tukang jahit atau seorang lagi tukang sulam adalah dinamakan syarikat al-abdān. Syarikat ini adalah batil kerana tidak ada harta. Jadi sesiapa yang berusaha bersendirian maka keuntungan adalah kembali kepadanya di antara keduanya menurut upah yang munasabah mengikut kerja. Ia diharuskan secara mutlak oleh imam Abu Hanifah. Manakala Imam Malik mensyaratkan persamaan kerja."
Berdasarkan nas ini Jawatankuasa ini telah mengambil keputusan :
mengesyorkan kepada Majlis Agama Islam supaya mengadakan peruntukan bagi undang-undang Pentadbiran Agama Islam yang memberi hak kepada isteri atau waris-warisnya, jika suami ingkar dari memberi haknya yang adil di atas harta sepencarian itu, membuat tuntutan di hadapan mana-mana Mahkamah Qadi dan qadi dengan budi bicara dan timbang tiliknya boleh mengisbatkan hak isteri daripada harta isteri itu dan menentukan kadar yang patut dan yang berhak baginya atau warisnya memperolehinya jika ia telah mati dengan berdasarkan kepada upah kerja yang munasabah menurut lazimnya bagi sesuatu kerja atau usaha.
Oleh kerana muamalah upah suami isteri bagi menghasilkan harta sepencarian itu termasuk di bawah muamalah syarikat al-abdān adalah tiada sah di dalam madhhab Shaficiyy dan sah di dalam madhhab Hanafī dengan tidak menghiraukan jenis pekerjaan sama ada sama atau berlainan dan sah juga di dalam madhhab Mālikī atau Hanbalī dengan syarat sama jenis pekerjaan, maka Jawatankuasa yang memberi pendapat seperti (1) di atas adalah dengan merujuk kepada madhhab Hanafī. Maka tertakluk kepada sek.38 Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam No.9/1962, yang mana hanya madhhab Shāficiyy yang menjadi pegangan dan amalan dan dikuatkuasakan oleh undang-undang tersebut kecuali jika dengan mengikut qaul di dlm madhhab Shaficiyy akan menjadi berlawanan dgn maslahat orang ramai pada ketika itu bolehlah Majlis atau Jawatankuasa Fatwa bersetuju mengesyorkan kepada Majlis supaya pohon keizinan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan untuk perkenankan baginda bagi amalkan menurut qaul madhhab Hanafī yang meluluskan syarikat al-abdān tanpa syarat persamaan dalam jenis pekerjaan yang mana mencari harta sepencarian ini adalah termasuk di bawah syarikat al-abdān.
Oleh kerana harta sepencarian dicari dengan niat untuk melakukan pekerjaan bagi mengumpul harta bersama di antara suami isteri. Walau bagaimanapun, dalam harta sepencarian tidak ada perjanjian atau akad yang berlaku di antara keduanya sebagaimana yang disyaratkan dalam syarikat al-abdān. Namun syarikat ini lebih hampir untuk dikaitkan dengan harta sepencarian, ini kerana syarikat ini dapat membezakan keuntungan dan bahagian masing-masing dengan jelas berdasarkan kepada pekerjaan yang dilakukan, apabila ada sumbangan daripada kedua-dua pihak dan setiap mereka harus mendapat ganjaran atau pulangan daripada apa yang mereka kerjakan. Bagi harta sepencarian pembahagian boleh dilakukan dengan ada sumbangan masing-masing.
Namun demikian ada pendapat menganggap harta sepencarian sebagai muamalah upah yang berkuatkuasa melalui siasah syariah dan ianya bertepatan dengan polisi imam (pemerintah) mengenakan suatu hal ke atas rakyat bergantung kepada maslahat. Bagi isteri-isteri yang bekerja di luar rumah dan membantu suami meringankan bebanan suami, contohnya membantu membiayai pendidikan anak-anak, perbelanjaan dapur dan sebagainya yang sepatutnya di bawah tanggungan suami tidak kurang juga bagi isteri-isteri yang tidak bekerja secara tidak langsung telah meringankan bebanan suami dengan membantu menguruskan rumahtangga, memasak, membasuh dan sebagainya. Hakikatnya, sumbangan isteri di dalam rumah telah mendatangkan manfaat yang besar yang bukan sahaja boleh dinikmati oleh suami malah juga anak-anak dalam perkahwinan tersebut. Walaupun di Malaysia perkara ini dianggap oleh sebahagian masyarakat sebagai satu tugasan yang wajib dilakukan oleh isteri, namun sekiranya kita kembali kepada perspektif Islam ada culama' berpendapat bahawa sepatutnya si isteri dalam menjalankan tugas tersebut mendapat orang gaji. Oleh itu isteri layak menerima upah dan ganjaran daripada suami terhadap tugas yang dilakukan.
3.8 KESIMPULAN
Kedatangan Islam ke alam Melayu telah banyak mempengaruhi aspek kepercayaan, budaya dan adat resam setempat. Adat secara tabi'inya terhad dan sifatnya tidak universal. Dari aspek peraturan atau adat kelaziman, kedatangan Islam dengan sendirinya mengisi lacuna yang dibiarkan oleh adat dan malah dalam beberapa keadaan, hukum Islam mampu mengukuh dan menjelaskan kedudukan adat atau kelaziman yang diamalkan.
Adat harta sepencarian yang diamalkan oleh umat Islam Malaysia dewasa ini tidaklah bercanggah dengan Syarak. Cuma menjadi kewajipan kepada culama' dan cendiakiawan Islam membuat kajian yang lebih mendalam berkaitan adat ini dengan mengambil kira kedudukan pekerjaan isteri dan juga suami supaya suatu keputusan yang jelas dapat diputuskan segera. Kajian ini adalah penting bagi menghalang keraguan umat Islam terhadap adat ini dan juga undang-undang keluarga Islam itu sendiri.
BAB IV
KEDUDUKAN DAN PELAKSANAAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA
4.1 PENGENALAN
Sebelum 1998, iaitu sebelum pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 121 (1A), kedua-dua Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa untuk mendengar pertikaian mengenai harta sepencarian orang-orang Islam. Mahkamh sivil secara am menganggap bahawa harta sepencarian adalah soal adat resam orang Melayu. Dalam Hujjah Lijah binti Jamal lwn. Fatimah binti Mat Diah, Brigss, Hakim memutuskan:
"the rule governing harta sepencarian are not a part of Islamic law proper, but a matter of Malay 'adat' "
Keputusan ini diperkuatkan dalam Roberts lwn. Ummi Kalthom, di mana Raja Azlan Shah, Hakim memutuskan:
"Harta sepencarian is a matter of Malay 'adat' and is applicable only to the case of a divorced spouse who claims against the other spouse during his or her lifetime : this rule of law is local low which the court must take judical notice and it is the duty of the court to propound it…."
Dalam Boto' Binti Taha lwn. Jaafar bin Muhamed, Salleh Abbas, HB. Memutuskan :
"harta sepencarian is not so much based on Islamic jurisprudence as on customs practised by Malays"
Manakala Mahkamah Syariah pula mengatakan harta sepencarian adalah berasaskan Hukum Syarac . dalam Noor Bee Lwn Ahmad Shanusi, Hj Harussani Hj Zakari, Khadi Besar Pulau Pinang, memutuskan:
"Harta sepencarian diluluskan oleh syarac atas dasar khidmat dan perkongsian hidup. Isteri mengurus dan mengawal rumahtangga suami keluar mencari nafkah"
Dalam Kalthom bt Abdul Wahid lwn Nordin bin Othman , Sheikh Ghazali Hj Abdul Rahman, Hakim memutuskan :
Kes harta sepencarian yang telah diputuskan di mahkamah-mahkamah Syariah di Malaysia dibuat berdasarkan kepada pendapat-pendapat ulama dan curuf' bagi negeri ini.
Masalah pertindihan kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah ke atas kes keluarga orang Islam telah diselesaikan pada tahun 1988 oleh Perkara 121 (1A) Perlembagaan Perekutuan yang memperuntukkan:
"Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah"
Kadar pembahagian harta sepencarian di Malaysia tiada ketetapan yang khusus. Oleh itu di awal bab ini penulis cuba mengetengahkan beberapa kriteria dan cara-cara pembahagian yang dibuat dengan melihat kepada keputusan-keputusan mahkamah di samping melihat kepada peruntukan undang-undang berhubung dengan pembahagian harta sepencarian di dalam Akta atau Enakmen-enakmen Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia. Dalam hal ini beberapa kes akan dirujuk untuk melihat keputusan yang telah dibuat oleh pihak mahkamah berhubung dengan harta yang dipertikaikan.
Perbincangan selanjutnya memberi tumpuan kepada pengendalian harta sepencarian di mahkamah. Mahkamah manakah yang mempunyai kuasa untuk membicarakannya. Dalam hal ini penulis juga membincangkan tentang prosedur perbicaran di mahkamah, orang yang berhak terhadap harta sepencarian dan bilakah tuntutan harta sepencarian boleh dibuat.
4.2.1 Kriteria pembahagian
Kriteria yang diambilkira bagi memenuhi maksud harta sepencarian adalah harta yang diperolehi melalui punca bersama atau daya usaha secara bersama oleh pihak suami dan isteri dan hendaklah dalam tempoh perkahwinan. Pemerolehan harta sepencarian ini dilihat dari sudut sumbangan yang dicurahkan samada atas asas tenaga, harta, secara moral atau pun atas dasar khidmat.
Pembahagian harta sepencarian adalah sama banyak sekiranya ada sumbangan positif oleh pihak menuntut, walaupun sumbangannya kurang daripada pihak satu lagi. Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan :
(2) Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang –
takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperoleh aset-aset itu;
apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka;
keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada,
dan tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah hendaklah membuat pembahagian yang sama banyak.
Sekiranya harta yang diperolehi semasa perkahwinan merupakan hasil usaha tunggal satu pihak sahaja, pihak satu lagi mendapat bahagian lebih kecil. Seksyen 58(3)-(4) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan :
(3) Mahkamah adalah mempunyai kuasa, apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat perintah perceraian, memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi dalam masa perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.
(4) Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (3), Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada-
takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh pihak yang tidak memperolehi aset itu, kepada kebajikan keluarga dengan memelihara rumahtangga atau menjaga keluarga;
keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada,
dan tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah boleh membahagikan aset-aset itu atau hasil jualan itu mengikut apa-apa kadar yang difikirkannya munasabah, tetapi, walaubagaimanapun, pihak yang telah memperolehi aset-aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih besar.
4.2.2 Kadar Pembahagian Berdasarkan Kes-Kes Yang Telah Diputuskan
Kadar yang diperolehi dari pembahagian harta sepencarian adalah mengikut setakat mana banyaknya sumbangan daripada suami dan isteri sebagaimana yang dijelaskan dalam kriteria pembahagian harta sepencarian. Kadarnya tidak ditetapkan, ini kerana pihak mahkamah akan mengambil kira beberapa aspek sebelum menentukan kadarnya. Berdasarkan kes-kes yang telah diputuskan kadangkala pihak isteri akan mendapat bahagian ⅓, atau ½ dan kadangkala tidak mendapat apa-apa bahagian. Begitu juga bahagian untuk suami akan ditentukan ½, ⅔ atau ⅓.
Bagi sumbangan yang berasaskan kepada harta dan tenaga, dapat dilihat dalam kes Haji Ramah lwn. Alpha diputuskan bahawa isteri yang kematian suami berhak memperolehi ¼ daripada nilai tanah yang ia menolong mengusahakannya atas dasar upah atau pampasan atas usaha-usahanya selain dari ¼ yang diperolehinya dalam harta pusaka.
Begitu juga dalam kes Mansjur bin Abdul Rahman lwn. Kariah bte Noordin telah diputuskan bahawa pihak isteri berhak mendapat harta sepencarian ke atas tanah yang diperolehi dalam masa perkahwinan dan menolong mengusahakan tanah itu bersama-sama. Dalam kes Wan Junaidah binti Jusoh lwn. Latif bin Mohd Shah telah diputuskan bahawa harta yang didapati atau dibeli semasa perkahwinan walaupun bayaran dibuat secara ansuran oleh suami, sedangkan pendapatan isteri yang bekerja diletakkan di dalam akaun bersama, maka harta tersebut dikira sebagai harta sepencarian.
Sumbangan yang berbentuk tenaga dan wang dapat dilihat dalam kes Haji Abdul Rahim lwn. Isngaton. Isteri yang telah diceraikan menuntut harta sepencarian diatas rumah di Selangor, suami itu datang dari Indonesia berdagang, bekerja menebang hutan keadaannya miskin. Dia berkahwin dengan isteri itu, seorang janda yang kaya yang kematian suami, meninggalkan kebun dan tanah termasuk sawah. Di dalam perkongsian hidup suami isteri, suami itu telah banyak membeli harta dan kebun atas namanya sendiri, isteri itu mendakwa dia ada menyumbangkan wang untuk membeli tanah yang menjadi tapak tanah rumah dan selain dari itu dia telah menanggung sebahagian besar perbelanjaan rumahtangga mereka. Oleh itu, Jemaah Ulang Bicara Syariah Selangor telah menolak rayuan perayu dan mengekalkan perintah Mahkamah Kadi Besar iaitu pihak isteri mendapat separuh daripada harta sepencarian berasaskan kepada sumbangan yang dicurahkan dalam bentuk tenaga dan wang ringgit.
Manakala sumbangan yang berdasarkan sokongan moral ialah dalam kes Tengku Anun Zaharah lwn. Dato Dr Hussien bin Mohamed Yusuf iaitu walaupun pihak isteri tidak memberi apa-apa sumbangan baik yang berupa wang atau tenaga ke atas harta-harta yang diperolehi oleh pihak suami, namun Mahkamah berpendapat pihak isteri ada memberi sumbangan secara moral iaitu melalui perkahwinan dengan keluarga yang menyumbang kepada perniagaan pihak suami. Demikian juga dalam kes Boto' binti Taha lwn. Jaafar bin Mohamed, mahkamah memutuskan bahawa pihak menuntut berhak mendapat harta sepencarian walaupun sumbangan dalam bentuk moral iaitu sokongan dan menemani suami dalam urusan perniagaan yang memberi ketengan fikiran dalam menjalankan perniagaan.
Beberapa kes menunjukkan bahawa bahagian suami dan isteri adalah separuh daripada harta yang dipertikaikan. Contohnya di dalam kes yang telah diputuskan Kamariah lwn Mansjur pasangan ini telah berkahwin pada 13 September 1959 dan telah bercerai pada 11 September 1970. Selepas perceraian seorang anak mereka telah diserahkan kepada ibunya dan empat orang anak tinggal dengan bapanya. Dalam masa perkahwinan itu pihak suami telah diberi hak penerokaan tanah kerajaan rancangan berkelompok di Kampung Sungai Midah. Mereka berdua tinggal di situ sehingga perceraian. Kemudian jawatankuasa itu telah membenarkan Syarikat Perumahan Pegawai-pegawai Kerajaan mengambil alih tanah itu dan tanah-tanah berhampiran untuk dimajukan sebagai rancangan perumahan dan telah memberi persetujuan kepada bekas suami itu menandatangani surat perjanjian dengan syarikat itu dengan syarat pampasan yang diberi hendaklah dibahagi sama antara bekas suami dan isteri. Suami itu telah membuat rayuan terhadap keputusan jawatankuasa tanah itu akan tetapi rayuan itu telah ditolak. Kedua-dua pihak suami dan isteri gagal mencapai persetujuan. Bekas suami itu telah mencadang memberi 2/7 pampasan tanah itu kepada bekas isteri dan 5/7 pampasan itu diberi kepadanya dan empat orang anak yang tinggal dengannya akan tetapi isteri tidak bersetuju. Isteri telah membuat permohonan kepada Mahkamah Syariah untuk mendapatkan ½ bahagian apa-apa pampasan dan harta yang telah diberi oleh syarikat berkenaan kepada bekas suaminya. Keputusan Qadi Besar, tanah itu adalah harta sepencarian dan hendaklah dibahagi dua antara suami dan isteri, pihak suami telah merayu tetapi rayuan ditolak.
Adakalanya mahkamah akan memutuskan kadar pembahagian adalah ⅓ kepada isteri dan ⅔ kepada suami daripada harta yang dipertikaikan ini kerana mahkamah akan mengambil kira setakat mana sumbangan yang diberikan oleh kedua-dua pihak. Contohnya di dalam kes Tengah lwn Ibrahim suami telah menuntut sebahagian harta sepencarian. Fakta kes ini menunjukkan bahawa dia telah berkahwin dengan isterinya pada tahun 1960. Dia bekerja sebagai buruh dan isterinya bekerja mengambil upah mencabut semai dan lain-lain. Dalam masa perkahwinan mereka telah membuat rumah di atas tanah kepunyaan kedua pihak dan rumah itu telah diduduki oleh isterinya. Mereka telah bercerai pada tahun 1975, suami itu telah menuntut harga rumah itu dibahagi tiga, dua bahagian diberi kepadanya dan satu bahagian diberi kepada isterinya. Isteri itu mengaku harta itu harta sepencarian akan tetapi mendakwa tuntutan itu telah diselesaikan dan harta itu dibahagi dua. Di dalam kes ini pihak qadi telah memutuskan bahawa bahagian suami ⅔ dan isteri ⅓ atas alasan tenaga suami lebih daripada tenaga isteri.
Begitu juga dalam kes Rokiah lwn Mohamed Idris Isteri yang telah diceraikan telah menuntut sebahagian harta sepencarian ke atas tanah di Kuala Lumpur, pelaburan, wang simpanan dalam bank dan sebuah rumah. Di dalam kes ini pemangku Qadi Besar telah menolak tuntutan itu kerana jelas bahawa harta-harta itu adalah hak orang yang kena tuntut. Mahkamah telah menolak tuntutan harta sepencarian kerana harta berkenaan dibeli dengan wang yang kena tuntut itu sendiri. Rayuan telah dibawa ke Lembaga Rayuan. Dalam keputusan, Lembaga Rayuan telah mengambil kira sumbangan secara tidak langsung yang diberi oleh isteri bagi perolehan harta dengan tugasnya memasak, membasuh, mengurus rumahtangga dan memelihara anak dalam masa 35 tahun perkahwinan itu. Oleh itu Lembaga Rayuan telah memerintahkan pihak kena tuntut rayuan memberi ⅓ harta itu dan nilainya kepada pihak perayu.
Di antara kes yang menunjukkan isteri tidak mendapat bahagian langsung daripada harta yang dipertikaikan sebagaimana dalam kes Zarah lwn Idris. Isteri yang telah diceraikan telah menuntut sebahagian daripada harta sepencarian. Bekas suami memberi keterangan bahawa rumah itu dibeli olehnya dari duitnya sendiri, wang cengkeram telah dibayar dari gajinya. Dia juga memberi keterangan bahawa isterinya telah meninggalkan rumah mereka atas pilihannya sendri. Keputusan kes ini menunjukkan bahawa isteri tidak mendapat apa-apa bahagian daripada harta sepencarian. Di dalam hal ini tuntutan harta sepencarian tidak sabit, ini kerana tiada bukti yang menunjukkan penyertaan isteri ke arah menambahkan harta atau tiada dorongan yang menyebabkan terkumpul harta tersebut.
Cara pembahagian harta sepencarian di negeri-negeri adalah berlainan menurut pertimbangan budibicara dan kebijaksanaan hakim-hakim dalam menanggapi asas sumbangan yang dicurahkan oleh pihak isteri dan suami ke atas segala bentuk harta yang diperolehi sepanjang tempoh perkongsian hidup mereka.
Sebagai contoh di Selangor, dalam kes Laton lwn. Ramah, telah diputuskan bahawa isteri yang telah diceraikan berhak mendapat setengah dari harta yang diperolehi semasa perkahwinan. Dalam kes Roberts @ Kamaruzzaman lwn. Ummi Khaltom diputuskan bahawa seseorang suami yang bercerai itu mendapat setengah dari harta sepencarian ke atas harta tak alih yang didapati semasa tempoh perkahwinan. Persoalan yang timbul adalah sama ada seorang suami Islam yang bercerai boleh menuntut setengah bahagian sebagai harta sepencarian ke atas harta tak alih yang diperolehi bersama dalam tempoh mereka berkahwin dan telah didaftarkan atas nama isteri. Pihak kena tuntut mendakwa pihak menuntut telah memberikan harta itu sebagai hadiah. Raja Azlan Shah memutuskan harta itu diperolehi melalui usaha bersama dan oleh itu ia adalah harta sepencarian dan pihak kena tuntut telah gagal mempertikaikan dengan jelas bahawa pihak menuntut berniat menjadikan harta itu hadiah dan memberikan kepadanya. Oleh itu seseorang suami Islam yang bercerai boleh menuntut setengah bahagian sebagai harta sepencarian atas harta tak alih yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa mereka hidup bersama.
Di Pulau Pinang, harta sepencarian lebih dikenali sebagai harta syarikat. Dalam kes Haminahbe lwn. Samsudin Mahkamah memutuskan pihak kena tuntut membahagikan sebahagian nilai sebuah rumah berjumlah RM3500 dari RM7,000, iaitu pihak isteri mendapat separuh daripada harta sepencarian tersebut. Kadi Besar Pulau Pinang menyatakan:
"Haminahbe binti Hassan sepanjang perkahwinannya dengan Samsudin bin Husaini telah berlaku sebagai isteri dan telah membuat kerja-kerja yang lazim dilakukan oleh seorang isteri dengan sepenuhnya tanpa membuat pertolongan dari orang gajian, bolehlah dianggap hasil bersama. Kerja-kerja yang dilakukan oleh seorang isteri yang tidak dibantu oleh orang gajian sekurang-kurangnya telah meringankan beban suami setidak-tidaknya sepertiga dari tanggungannya"
Dalam kes Noor Bee lwn. Ahmad Shanusi pihak-pihak dalam kes ini telah berkahwin selama setahun dan pihak yang menuntut telah diceraikan tanpa pengetahuannya. Pihak yang menuntut telah membuat tuntutan harta syarikat sebanyak RM5000 sebagai nilai kepada barang-barang yang dimiliki bersama semasa perkongsian hidup. Mahkamah Kadi Besar Pulau Pinang memutuskan tuntutan harta syarikat (harta sepencarian) pihak yang menuntut telah ditolak kerana barang-barang perkongsian tersebut telah pun dijual dan dibahagikan bahagian masing-masing. Kadi Besar Pulau Pinang telah menyentuh tentang harta sepencarian iaitu:
"Harta sepencarian diluluskan oleh syarak atas dasar khidmat dan perkongsian hidup. Isteri mengurus dan mengawal rumahtangga, suami keluar mencari nafkah. Isteri, menurut syarak berhak mendapat orang gaji dalam mengurus rumahtangga, jika tidak maka kerja memasak , membasuh dan mengurus rumah hendaklah dianggap sebagai sebahagian dari kerja yang mengurangkan tanggungan suami."
Di Kedah, dalam kes Wan Nab lwn. Jasin, mahkamah memutuskan bahawa disebabkan tiadanya suatu kepastian peraturan mengenai harta sepencarian yang boleh dijadikan panduan maka bahagian isteri diberi ⅓ namun dalam kes Habsah bt. Mat lwn. Abdullah bin Jusoh pula telah diputuskan pihak isteri yang diceraikan berhak mendapat separuh daripada harta yang diperolehi bersama dalam tempoh perkahwinan berdasarkan adat yang berlaku di Kedah.
Di Perak, harta sepencarian juga dikenali sebagai harta syarikat. Dalam kes Re Elang Re Kulop Degor dan Lebar lwn. Niat, Hakim menyatakan bahawa berdasarkan pada adat di kampung-kampung sepanjang sungai Perak pembahagian harta sepencarian dibahagikan di antara suami dan isteri bergantung kepada keadaan dengan diaturkan oleh kedua-dua pihak bersama dengan ketua kampung. Bagi isteri yang diceraikan ialah ½ jika terlibat secara langsung mengusahakan tanah tersebut, jika tidak terlibat ia hanya memperolehi ⅓ dan jika suami makan gaji dan memperolehi harta dengan wangnya maka pihak isteri memperolehi ⅓.
Di Terengganu, dalam kes Mohammad lwn. Commisionar of Land and Mines, Terengganu telah diputuskan bahawa tanah yang diperolehi dalam tempoh perkahwinn dikira sebagai harta sepencarian dan isteri berhak mendapat ½ bahagian. Dalam kes Hasnah binti Mat lwn. Hussin bin Musa Mahkamah kadi besar Terengganu memutuskan pihak isteri berhak mendapat ¼ bahagian dari harta sepencarian atas asas pendapatan yang sabit dari tenaga pihak suami adalah lebih dari tenaga pihak isteri.
Di Kelantan dalam kes Hajjah Lijah bt Jamal lwn. Fatimah bt. Mat Diah diputuskan bahawa pihak isteri memperolehi ½ bahagian daripada harta yang didapati semasa perkahwinan sebagai harta sepencarian. Dalam kes Hajjah Saudah bt. Che Mamat lwn. Hanafi b. Hj. Daud dan lain-lain orang, Mahkamah Kadi Besar Kota Bharu memutuskan pihak isteri mendapat ½ daripada tanah-tanah yang telah dipindah milik kepada almarhum Hj. Daud b. Hj. Abdul Rahman sebagai harta sepencarian. Dalam kes Sofiah bte Sulaiman lwn. Abdullah bin Mat Amin, telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu, bahawa pihak isteri mendapat ½ dari bahagian harta sepencarian setelah pihak suami gagal membuktikan bahawa harta tersebut (2 keping tanah) diperolehi melalui pusaka datuk lelakinya.
Di Wilayah Persekutuan, kes-kes harta sepencarian telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah. Dalam kes Khaltom bt. Abdul Wahid lwn. Nordin bin Othman kedua-dua pihak telah berkahwin lebih daripada 35 tahun, pihak yang menuntut telah membuat tuntutan harta sepencarian ke atas tanah yang diperolehi semasa mereka hidup sebagai suami isteri. Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan memutuskan pihak menuntut mempunyai hak harta sepencarian ke atas tanah-tanah tersebut kerana pihak menuntut telah membuktikan sumbangan yang besar ke atas menjaga harta dan kepentingan di atas tanah rancangan yang diperuntukkan kepada mereka. Pihak yang kena tuntut hendaklah memberi setengah bahagian daripada tanah dan pampasan atas tanah tersebut yang telah dimajukan oleh syarikat perumahan kepada pihak yang menuntut.
Di Malaysia, tidak ada peruntukan khusus di dalam undang-undang mengenai pembahagian bagi suami yang berpoligami. Namun demikian sekiranya terjadi hal ini pihak mahkamah akan mengambil kira beberapa kriteria sebagaimana yang telah digariskan di samping mengambil kira beberapa faktor lain yang telah ditetapkan di dalam Akta dan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam di setiap negeri.
Secara umumnya, pihak mahkamah akan membuat keputusan untuk yang berpoligami berdasarkan kepada beberapa perkara seperti berikut:
Harta yang diperolehi itu dalam atau semasa perkahwinan.
Takat sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, kerja, nasihat, dorongan dan sumbangan lain yang dapat menambah harta atau modal.
Di Indonesia, undang-undang tentang Perkahwinan Republik Indonesia telah memperuntukkan bahawa harta yang diperolehi selama tempoh perkahwinan adalah harta bersama, kecuali harta yang diperolehi oleh masing-masing sebagai hadiah atau pusaka. Isteri kedua dan seterusnya tidak mempunyai hak atas harta bersama yang telah ada sebelum berlakunya perkahwinan dengannya. Semua isteri mempunyai hak yang sama atas harta bersama yang terjadi sejak perkahwinan masing-masing. Peruntukan yang sedemikian telah dicadangkan untuk Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia.
Malahan dalam Kompilasi Hukum Islam 1990 terdapat peruntukan yang menyatakan bahawa jika terjadi cerai mati, maka separuh daripada harta bersama menjadi hak pasangan yang hidup lebih lama. Pembahagian harta bersama bagi seorang suami atau isteri atau suaminya hilang harus ditangguhkan hingga ada kepastian matinya yang hakiki atau keputusan pengadilan. Janda atau duda cerai hidup masing-masing berhak seperdua daripada harta bersama sepanjang tidak ditentukan selainnya dalam perjanjian perkahwinan.
Justeru itu, sepatutnya di Malaysia harus ada peruntukan atau garis panduan yang jelas di dalam Akta atau Enakman Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia berhubung dengan pembahagian harta sepencarian bagi perkahwinan yang berpoligami agar tidak ada pertikaian harta atau aset-aset lain di antara isteri-isteri yang menuntut.
4.3.1 Bidangkuasa Mahkamah
Harta sepencarian merupakan salah satu daripada jenis-jenis harta yang di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri yang digubal oleh badan perundangan negeri-negeri. Peruntukan itu memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah.
"Dalam bidang kuasa mal mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan yang berkaitan dengan; pembahagian atau tuntutan kepada harta sepencarian."
Sehubungan dengan itu, Mahkamah Syariah juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan pembahagian harta sepencarian ke atas harta yang diperolehi secara usaha bersama dalam perkahwinan setelah berlakunya perceraian, di bawah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri. Sebagai contoh Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah) Persekutuan 1984 (Akta 303) No.4 tahun 1984 memperuntukkan :
"Mahkamah adalah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat suatu perintah perceraian, memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka, dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.
Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang :
takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperoleh aset-aset itu;
b) apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan
bagi manfaat bersama mereka;
keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu,
jika ada.
Mahkamah hendaklah dengan seberapa segera boleh membuat pembahagian yang sama banyak.
Begitu juga Mahkamah Syariah boleh membuat perintah pembahagian harta sepencarian ke atas harta usaha tunggal satu pihak yang diperolehi dalam masa perkahwinan tersebut.
- Prosedur perbicaraan di mahkamah
Ketika mengendalikan sesuatu tuntutan berhubung denagn harta sepencarian, satu perkara yang perlu dipastikan ialah bidangkuasa mahkamah. Kes yang berkaitan dengan tuntutan dan penentuan harta sepencarian adalah di bawah kuasa Mahkamah Syariah. Tetapi sebelum berlaku pindaan Perlembagaan Perkara 121 (1A) beberapa kes yang berkaitan dengan harta sepencarian telah dibawa ke Mahkamah Tinggi seperti kes Roberts @ Kamarulzaman lwn. Umi Khaltom dan kes Boto' binti Taha lwn. Jaafar bin Muhamed.
Di Kelantan, tuntutan terhadap harta sepencarian telah dibawa ke Mahkamah Tinggi. Akan tetapi jika nilai tersebut kurang daripada RM500.00, Mahkamah Tinggi boleh menolak kes tersebut kepada Mahkamah Kadi Besar. Oleh itu pindaan Perlembagaan Perkara 121 (1A) dan juga Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Perundangan Islam bagi setiap negeri yang memastikan bidang kuasa Mahkamah Syariah dapat meletakkan kes-kes yang berhubung dengan harta sepencarian antara suami isteri yang beragama Islam di tempat yang sepatutnya.
Berhubung dengan bidang kuasa mahkamah, meskipun mahkamah yang mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes-kes yang berhubung dengan harta sepencarian ialah Mahkamah Syariah, pelaksanaan hak milik dan pembahagiannya tetap dikendalikan oleh Pejabat Tanah. Oleh itu terdapat pindaan terhadap Kanun Tanah Negara yang mengiktiraf bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam memutuskan harta sepencarian. Pindaan tersebut menentukan bahawa bagi tujuan Seksyen 417 dan Seksyen 420 perkataan mahkamah termasuk Mahkamah Syariah. Akta pindaan tersebut berkuatkuasa mulai 1 Januari 1993.
Di Selangor, menurut prosedur yang lazim setiap tuntutan berhubung dengan harta sepencarian yang bernilai kurang dari RM 100,000 hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Rendah Syariah. Manakala jumlah yang tidak dapat dianggarkan dengan wang atau melebihi RM 100,000 dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah.
Di Terengganu, tuntutan harta sepencarian yang bernilai tidak melebihi RM 50,000 hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Rendah Syariah dan selebihnya ke Mahkamah Tinggi Syariah.
Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, jika nilai harta tersebut tidak melebihi RM 50,000 atau tidak dapat dianggarkan dengan wang maka kes tersebut hendaklah di bawa ke Mahkamah Rendah Syariah.
Berhubung dengan tuntutan atau dakwaan pula, mengikut hukum syarak, mahkamah mesti melayan setiap tuntutan dan dakwaan yang lengkap. Perkara-perkara yang mesti diberi perhatian dalam kes ialah :
Pihak Menuntut
Pihak Menentang
Keterangan
Pihak Menuntut mestilah mengajukan tuntutannya. Dalam perbicaraan, pihak menuntut hendaklah mengemukakan keterangan iaitu dua orang saksi lelaki atau seorang lelaki dan dua orang perempuan atau empat orang perempuan. Di samping itu bukti-bukti yang lain seperti resit bayaran pembelian harta yang dipertikaikan juga mestilah dikemukakan. Sebagai contoh, dalam kes Overseas Investment Privade Limited Anthony William O'Bmen & Lain-lain, pihak isteri hanya memberi keterangan secara lisan bahawa harta dalam rumahtangganya adalah harta sepencarian. Di samping itu, dia juga menyatakan kedudukan taraf kewangannya sebagai bukti bahawa dia mampu membeli barang-barang tersebut, seperti dia berasal daripada keluarga berada dan mempunyai pendapatan sendiri sebelum dia berkahwin dengan pihak yang kena tuntut pada tahun 1966. meskipun dalam kes tersebut persoalan utama ialah berhubung dengan hak pemberi hutang iaitu Overseas Investment Privade Limited untuk menyita dan menjual harta pihak yang berhutang (Writ of Seizure & Sale), hak isteri sepatutnya dilindungi daripada pihak pemberi hutang suami. Maka dalam kes ini hak isteri ke atas harta terlibat adalah sebagai harta sepencarian.
Jika keterangan daripada pihak penuntut dan penentang sama taraf kekuatannya, maka hakim tidak boleh membuat keputusan sehingga mendapat keterangan yang dapat menyokong dan mengukuhkan lagi keterangan kedua-dua pihak. Jika penafian dibuat terhadap tuntutan maka hendaklah dipastikan penafian tersebut bukan sebagai suatu helah untuk menafikan hak pihak penuntut terhadap harta yang dipertikaikan. Oleh itu sumpah hendaklah dilakukan berdasarkan kaedah.
" Keterangan adalah menjadi tanggungjawab pihak mendakwa dan sumpah menjadi tanggungjawab yang ingkar".
Di samping saksi dan keterangan lain, sumpah juga boleh dipakai.
4.3 KESIMPULAN
Berdasarkan kepada penjelasan dan huraian ringkas di atas, bolehlah dirumus bagaimana berikut :
Masalah harta sepencarian di antara suami dan isteri adalah merupakan sesuatu perkara yang sangat penting dan perlu diselesaikan dengan cara yang adil dan saksama terutama sekali apabila berlaku perceraian.
Khidmat dan kerja seseorang isteri di dalam rumah patut diberi pertimbangan sewajarnya dan diberi nilaian yang patut jika khidmat tersebut tidak ada tanda-tanda yang ianya diberi secara sukarela, sekurang-kurangnya sebagai upah (ujrah al-nisl).
Kedua-dua pihak suami isteri yang masing-masing ada peranan dan usaha bagi memperolehi harta, hendaklah diberi hak masing-masing. Dan dalam menentukan kadar dan bahagiannya terserlah kepada pertimbangan hakim apabila berlaku pertengkaran dan perselisihan.
Adat juga perlu diambil kira sebagai kaedah syariah dalam menentukan hak masing-masing.
Satu perjanjian berhubung dengan harta sepencarian boleh dikaji samada ianya sesuai dibuat atau sebaliknya pada masa ini.
Harta sepencarian merupakan hak suami dan isteri selama mana terdapat sumbangan ke atas harta yang diperolehi. Tuntutan ke atas harta tersebut boleh dibuat pada bila-bila masa. Tuntutan ke atasnya iaitu harta sepencarian tidak menafikan hak-hak yang berbentuk pembiayaan lain seperti mut'ah, upah hadanah dan nafkah iddah.
BAB V
RUMUSAN, PANDANGAN DAN PENUTUP
Konsep harta sepencarian telah lama wujud di bawah undang-undang adat melayu. Ia telah diamalkan di negara-negara seperti Indonesia, Brunei, Singapura dan khususnya di Malaysia. Seterusnya ia telah diakui dan diletakkan peruntukan khusus berhubung dengan harta sepencarian.
Sekiranya kita tinjau dari perspektif Islam, undang-undang ini telah di peruntukkan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam walaupun tidak terdapat di dalam kitab-kitab fiqh Islam. Ini bermakna agak sukar juga untuk mengaitkan harta sepencarian dengan Hukum Syarak.
Harta sepencarian adalah berasal daripada adat melayu dan dahulunya pihak penghakiman terutama di Mahkamah-mahkamah Sivil menerima pemakaian harta sepencarian sebagai adat orang-orang Melayu di Malaysia.
RUMUSAN DAN PENEMUAN KAJIAN
Melalui perbincangan sebelum ini, penulis mendapati telah jelas kepada kita bahawa harta sepencarian ialah harta milik bersama antara suami dan isteri yang diperoleh hasil daripada usaha mereka bersama sepanjang tempoh perkahwinan. Harta ini tidak termasuk apa-apa harta yang diperoleh oleh suami dan isteri samada sebelum perkhwinan atau selepas berlakunya perceraian.
Amalan adat, pembahagian harta ini telah menerima pengiktirafan melalui pengkanunan samada pada sebelum atau semasa kedatangan penjajah atau selepas merdeka. Kini, ia telah dianggap sebagai sebahagian daripada undang-undang Islam setelah ia dikanunkan dan diperuntukkan dengan nyata di dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri. Namun, soal bidangkuasa dan tafsiran harta ini terus dibuat di mana undang-undang yang digubal oleh kerajaan negeri hanya memperuntukkan inter alia tentang perkara-perkara yang berkaitan hal-ehwal agama yang terhad. Sebagai contoh, meskipun sesuatu harta dikumpul dalam tempoh perkahwinan, jika salah satu pihak yang bertikai berjaya membuktikan kepada mahkamah atas anggapan ia sebagai amanah (trust), maka ia tidak temasuk di dalam tafsiran harta sepencarian dalam enakmen yang dikuatkuasakan. Oleh itu perkataan 'perkahwinan dan perceraian' atau 'tuntutan-tuntutan harta yang berbangkit daripada perkahwinan dan perceraian itu' hendaklah berlaku serentak, bukan dalam isu yang tersendiri dan bukan secara insidental berasingan, tetapi sebaliknya perkahwinan dan perceraian itu hendaklah ada unsur dominan dan perkaitan yang begitu rapat dengan apa-apa tindakan dan prosiding. Begitu juga tentang istilah sumbangan secara langsung dan sumbangan secara tidak langsung yang kini mendapat perhatian di Mahkamah Syariah dengan mengambilkira peruntukan-peruntukan yang dibuat dan realiti kehidupan pasangan yang berkahwin kini.
5.3 PERSOALAN YANG TIMBUL
Antara persoalan dan pandangan berkenaan pengaplikasian harta tersebut.
Persoalan yang timbul ialah, apakah semua harta yang diperolehi dari suami isteri di dalam masa perkahwinan di anggap harta sepencarian?
Dari maklumat dan kajian yang dijalankan dan dari apa yang dibincangkan di atas, harta sepencarian boleh diertikan sebagai harta yang sama-sama dicari, harta yang sama-sama diusahakan bagi mendapatnya dan ini tidaklah termasuk harta pusaka, hadiah-hadiah yang diberi kepada suami atau isteri atau kedua-duanya sekali kerana tiada diusaha, atau yang diperolehi dengan diusaha oleh satu pihak sahaja. Maka harta yang diperolehi ini adalah menjadi hak bagi orang yang berusaha.
Firman Allah S.W.T :
Maksudnya : "laki-laki beroleh bahagian dari usahanya, dan orang-orang perempuan beroleh bahagian dari usahanya"
Berdasarkan kepada pengertian ini boleh dibuat kesimpulan seperti berikut :
Kalau harta yang diperolehi oleh suami atau isteri secara tidak berusaha seperti hadiah, pusaka, hibah dan seumpamanya, tidaklah boleh dibahagikan kecuali yang diberi kepada kedua-duanya sekali.
Kalau harta yang diperolehi daripada usaha sebelum perkahwinan, ini tidak termasuk ke dalam harta sepencarian dan dengan ini tidaklah boleh dibahagikan.
Kalau harta itu merupakan hasil daripada apa yang diusahakan secara berasingan dalam masa perkahwinan tetapi hasil itu tidak dicantumkan, umpamanya suami bekerja di Jabatan Kerajaan dan isteri bekerja di rumah sebagai mengambil upah menjahit atau bekerja di kilang dan wang pendapatan disimpan pada tempat berasingan atau masing-masing membeli rumah atau tanah secara berasingan, harta ini tidak boleh dibahagikan. Malahan harta itu menjadi hak kepunyaan masing-masing.
Sekiranya harta itu diusahakan secara berasingan dan hasilnya dicantumkan tetapi dapat dibezakan antara hak masing-masing, umpamanya mereka membeli sebidang tanah menurut saham masing-masing, maka pada masa itu tiap-tiap seorang berhak menurut kadar sahamnya masing-masing.
Sekiranya hasil dari usaha secara ini dicantumkan tetapi tidak dapat lagi hendak dibezakan maka harta jenis ini boleh dikira termasuk ke dalam jenis harta sepencarian yang akan terlibat dengan pembahagian yang akan dicadangkan
Sekiranya suami isteri sama-sama bertanggungjawab dalam satu pekerjaan atau berlainan pekerjaan tetapi hasilnya tidak dipisahkan, atau dari awal-awal lagi dicampuradukkan maka jenis ini bolehlah dikirakan sebagai harta sepencarian laki bini.
Mengumumkan harta sepencarian, nampaknya tidaklah sesuai dengan prinsip Islam, kerana sebahagian daripadanya adalah jelas hukumnya daripada Syarak. Cuma yang kita rasa seakan-akan kurang jelas ialah dua jenis yang terakhir ini, iaitu jenis dimana suami isteri bekerja di satu tempat atau di tempat yang berasingan tetapi hasilnya dicampuradukkan hingga menjadi sebagai satu harta kepunyaan bersama yang tidak dapat dibezakan. Umpamanya suami isteri bersama-sama ke sawah menanam padi atau bersama-sama membuka sebidang tanah dan bercucuk tanam atau bersama-sama bekerja di satu kebun dan hasilnya dicampurkan atau suami bekerja di lombong dan isteri bekerja di ladang dan hasilnya juga dicampuradukkan.
Di sini apakah jenis pekerjaan yang dilakukan oleh suami isteri? Adakah pekerjaan ini suatu pekerjaan bersyarikat, atau suatu jenis pekerjaan mengambil upah? Ada pendapat yang mengatakan pekerjaan itu adalah pekerjaan bersyarikat dalam Islam dan ada pula yang mengatakan pekerjaan mengambil upah dan ada pula yang mengatakan bahawa masalah ini adalah masalah adat yang tidak terlibat dengan Hukum Islam.
Sebenarnya pekerjaan yang diusahakan oleh suami isteri secara ini tidak boleh dianggap sebagai suatu pekerjaan syarikat dalam Islam, begitu juga mengambil upah, kerana syarikat dalam Islam dan juga mengambil upah mempunyai peraturan-peraturan dan syarat-syarat tertentu, sedangkan kalau diperhatikan kepada bekerja bersama dari suami isteri dalam masa perkahwinan tidak mempunyai peraturan dan syarat-syarat yang mesti ada bagi menjadikan kerjasama mereka sebagai bersyarikat atau mengambil upah. Lebih-lebih syarikat secara bersama-sama membanting tenaga, yang diketahui dengan syarikat abdān, tidak lulus menurut madhhab Syāficyyi. Dan pembahagian harta sepencarian ini tidak boleh ditundukkan kepada kaedah 'al-Adah Muhakkamah' atau 'adat menjadi sumber hukum', kerana pembahagian yang dilakukan tidak tetap (ghair muttaridah), di samping tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dan mempunyai syarat-syarat tertentu.
5.4 CADANGAN
Hasil daripada maklumat dan bahan-bahan yang penulis perolehi, penulis mendapati bahawa harta sepencarian suami isteri di masa perkahwinan adalah merupakan hasil dari kerjasama dan tolong menolong dengan jujur dan ikhlas tanpa mengira penat lelah, lebih kurang bekerja dan membanting untuk menjaga dan mendapat maslahah bersama demi kepentingan keluarga dan anak-anak.
Oleh yang demikian kalau berlaku perceraian atau kematian mana-mana pihak dan timbul pergaduhan, maka penyelesaian kes-kes berkenaan ini janganlah di dasarkan kepada kebendaan sahaja. Malahan hendaklah diperhatikan kepada beberapa perkara yang berkaitan, di antaranya :
Bolehkah diselesaikan dengan perdamaian, kalau boleh hendaklah diselesaikan lebih dahulu secara ini dan diminta pihak-pihak yang terlibat supaya bermaaf-maafan.
Maslahah tiap-tiap suami isteri dan anak-anak.
Sejauhmanakah penglibatan tiap-tiap seorang di dalam penyumbangan tenaga dan pencaruman hasil yang diperolehi, termasuk juga penglibatan dari setengah-setengah anak yang turut bekerja dan membantu.
Hendaklah diperhatikan kepada keadaan dan kenyataan yang menunjukkan bahawa hasil yang diperolehi bersama itu telah diberi atau dihadiah oleh mana-mana seorang (dari suami isteri) kepada seorang yang lain. Kalau ada kenyatan itu, maka apa yang diberikan ini tidak boleh diambil balik. Cuma boleh dikira dalam menyelesaikan harta sepencarian.
Hendaklah diperhatikan juga kepada kedudukan isteri yang bekerja makan gaji, kemudian ia berhenti dari bekerja atau yang diberhentikan oleh suami kerana berkahwin. Kemudian ia tidak menyambung kerjanay lagi.
Mengenai dengan mas kahwin, nafkah-nafkah, pakaian, tikar, tilam, bantal, perkakas dapur seperti pinggan mangkuk dan dapur begitu juga alat-alat bersuci dan bersolek yang diberikan kepada isteri dan seterusnya hadiah-hadiah yang diberikan oleh suami kepada isteri adalah kepunyaan isteri. Suami tidak boleh mengambil melainkan dengan keredhaan isteri atau dengan sebab-sebab yang diluluskan oleh syarak, umpamanya harta ini digunakan bagi menebus talak.
Tempat tinggal, segala perkakas perabot dan seumpamanya adalah menjadi hak khusus kepada suami, kecuali kalau ada bukti-bukti yang menunjukkan bahawa perkakas ini diberi kepada isteri atau hak kepunyaannya. Ini adalah kerana tempat tinggal dan perkakas perabot adalah merupakan hak menikmati dan bukan hak memiliki kepada isteri. Oleh itu tidak boleh dibahagi sebagai harta sepencarian.
Hasil kerja-kerja biasa yang dilakukan oleh isteri di rumah tidak boleh dikira dari harta sepencarian kerana itu termasuk ke dalam pergaulan yang baik. Dengan ini tidaklah harus di tetapkan kadar 1:2 iaitu sebahagian untuk perempuan dan dua bahagian untuk lelaki atau ditetapkan kadar 1:3 atau seumpamanya. Adalah tidak logik kalau hasil dari gaji suami umpamanya RM 2000 sebulan dan hasil dari perolehan isteri RM 200 sebulan kemudian manakala hendak diselesaikan sebagai harta sepencarian dibahagi dengan kadar 1:2 atau seumpamanya. Begitu juga tidak logik kalau suami seorang yang kuat bekerja dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya sedangkan isteri seorang yang lemah bekerja dan bekerja sambil lewa sahaja atau sebaliknya.
5.5 PENUTUP
Tuntutan harta sepencarian adalah lebih berdasarkan kepada undang-undang adat Melayu. Oleh kerana prinsip harta sepencarian tidak berlawanan dengan kehendak Syariah Islam maka peruntukan harta sepencarian diterima sebagai sebahagian daripada Undang-Undang Islam di Malaysia.
Konsep harta sepencarian dianggap dapat menjaga kepentingan pihak bekas isteri. Ini kerana tidak semua isteri bekerja. Walaubagaimanapun sumbangan yang diberikan oleh mereka dalam pembentukan keluarga dianggap satu pekerjaan yang mulia disisi Allah S.W.T. Justeru itu, adalah sewajarnya mereka diberikan pengikhtirafan atas sumbangan yang telah diberikan
Berdasarkan kes-kes di atas dapat disimpulkan prinsip yang digunakan dalam menetapkan kadar pembahagian oleh kebanyakan Hakim bicara ialah prinsip sumbangan. Kalau sumbangan secara langsung, baik berbentuk tenaga ataupun wang ringgit maka pembahagian adalah sama banyak. Keadaan ini tanpa melihat isteri, seorang yang makan gaji ataupun tidak. Jika sumbangan itu berbentuk tidak secara langsung, iaitu isteri sebagai suri rumah sahaja, maka mahkamah memutuskan isteri berhak mendapat ⅓. Prinsip kadar pembahagian berdasarkan sumbangan adalah satu prinsip yang adil. Walaubagaimanapun dalam kes tertentu, isteri berhak mendapat ½ walaupun hanya merupakan suri rumah.
Kadar berdasarkan prinsip usaha yang dilakukan oleh pengamal undang-undang adalah satu prinsip yang adil. Berdasarkan prinsip ini kemungkinan boleh diputuskan isteri berhak mendapat kadar yang lebih dari separuh sekiranya mereka memberi sumbangan yang lebih besar.
NOTA KAKI
- Semua terjemahan ayat-ayat al-Quran dalam tulisan ini berdasarkan Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran, edisi ke 12, Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2001.
- al-Quran,
- al-Quran,
- Abdul Halim El-Muhammady, Undang-undang Muamalat dan Aplikasinya kepada Produk-produk Perbankan Islam, Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dasar Cetak (M) Sdn. Bhd.
2001, hlm. 1.
- Wahbah al-Zuhaili, Fiqh Perundangan Islam, Penterjemah Md. Akhir Haji Yaacob et al. , Jilid IV, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1996, hlm. 41.
- ibid., hlm.2.
- ibid., hlm. 3.
- John Burke, Jowitt's dictionary of English law, Sweet and Maxwell Ltd., Londan, 1977, Vol.2, hlm. 447.
- Harold J. Grilliot, Introduction to Law and the Legal Systems, Houghton Miffin Co., Bosto, 1983, hlm. 40.
- M.A Henry Campbell Black, Black's law dictionary, West Publishing Co., Minnesota, 1968, hlm. 1382.
- John S. James, Strouds judical dictionary of words and phrases, Sweet & Maxwell Ltd., London, 1986, Vol.4, hlm 2057.
- William P.Statsky, West legal thesaurus/dictionary, West Publishing Company, Minnesota, 1986, hlm., 611.
- Roger A. Cunningham, William B. Stoebuck & Dale A. Whitman, The Law of Property, West Publishing Co., Minnesota, 1984, hlm. 4
- Roscoe Pound, An introduction to the philosophy of law, Yale University Press, New Haven, 1954, hlm. 115
- al-Quran, al-Maidah 5 : 17
- al-Quran, al-Taha 20 : 6.
- ibid., hlm. 13
- al-Quran,
- al-Quran,
- al-Quran
- ibid., hlm. 15.
- al-Quran,
- al-Quran,
- al-Quran,
- ibid., hlm. 16.
- ibid., hlm. 4.
- al-Zuhaili, 1996, hlm., 44
- ibid., hlm., 45.
- Abdul Halim El-Muhammady, 2001, hlm. 5.
- Ghazali, al-Wajiz, Matba'at al-Mu'abbad wa al-'adab, Misr, 1317H, jil. 1, hlm., 208.
- Tajul Aris Ahmad Bustami, Farid Sufian Shuaib, Mohd Hisham Mohd Kamal, Harta Sepencarian, Prosiding Ex-Parte, Perintah Injuksi, 2003, Pusat Undang-Undang Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, hlm. 67.
- M.B. Hooker, The Personal Laws Of Malaysia, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1976, hlm. 77.
- Lihat keputusan kes Hajjah Lijah bte Jamal lwn. Fatimah binti Mat Diah, (1950), Mlj, hlm. 63.
- Norsidah binti Mat Yusoh, Tuntutan Harta Dan Pembiayaan Selepas Perceraian : Kajian Kes Di Mahkamah Johor Bahru, 2005, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 49.
- Siti Zalikhah Md. Nor, Pemilikan Harta Dalam Perkahwinan, 1996, Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur, hlm.16
- Seksyen 49 (1).
- ibid., Seksyen 49 (2).
- ibid., Seksyen 49 (4)
- Siti Zalikhah Md. Nor, Pemilikan Harta Dan Perkahwinan (Harta Sepencarian), 1998, Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 73.
- Akta Keluarga Islam, 1984 : Seksyen 58 (2).
- Undang-undang Keluarga Islam Selangor, No.4, 1984 : Seksyen 58 (2).
- Undang-undang Keluarga Islam Pulau Pinang, 1985 :Seksyen 85 (2)
- Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan, No.7, 1983 : Seksyen 58 (2).
- Undang-undang Keluarga Islam Pahang, No. 3, 1987, Seksyen 59 (2)
- Undang-undang Keluarga Islam Kelantan, No. 1, 1983, Seksyen 46 (2)
- Undang-undang Keluarga Islam Perak, Bil.13, 1984.
- Lihat Re Elang, Re Kulop Degor, Lebar lwn Niat 15 JMBRAS (1937) Part 1, hlm., 48.
- Azlina bt. Abd. Latiff, Harta Sepencarian : Pelaksanaan dan Penilaian Menurut Hukum Syarak 2004, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 15
- (1950) 16 MLJ 63.
- (1996) 1 MLJj 163
- (1985) 2 MLJ 98
- (1980) 1 Jh 71.
- ibid., hlm., 74.
- Haji Suki, Masalah Perceraian Orang-Orang Islam Dan Peranan Mahkamah Kadi Johor, 1990, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm., 259
- Prof. Madya Dr. Mat Saad Abd. Rahman, Undang-Undang Keluarga Islam Aturan Perkahwinan Suatu Pendekatan Berdasarkan Amalan Semasa, 1993, Hizbi Sdn Bhd Shah Alam, hlm., 258
- Azlina binti abd. Latiff, 2004, hlm. 24.
- ibid., hlm. 24.
- Hj. Abd Kadir Bin Hj. Ismail, Abd Monir Bin Hj Yaacob, Harta Sepencarian Menurut Pandangan Islam, 1988, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 55.
- al-Quran,
- Yang Amat Arif Dato' Haji Daud Bin Muhammad, Harta Sepencarian Dalam Hukum Syarak, 2003, Pusat Undang-Undang Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, hlm., 44.
- al-Quran,
- Hj. Abd. Kadir bin Hj. Ismail, Abd. Monir bin Hj. Yaacob, 1988, hlm.56.
- Hj. Abd. Kadir bin Hj. Ismail, Abd. Monir bin Hj. Yaacob, 1988, hlm. 69.
- al-Quran, al-Nisa' 4 : 128
- al-Quran,
- al-Quran,
- al-Quran,
- al-Quran,
- al-Quran,
- al-Quran,
- al-Quran,
- al-Quran,
- al-Quran,
- al-Quran,
- Azlina bt. Abd. Latiff, Harta Sepencarian : Pelaksanaan dan Penilaian Menurut Hukum Syarak 2004, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 74.
- Ibrāhim Muhammad Salqīnī, al-Muyassar Fī Usūl al-Fiqh al-Islāmī, Dār al-Fikr, Dimashq, 1996, hlm., 164.
- al-Suyūtī Jalāluddin cAbd al-Rahmān b. Abu Bakr, al-Ashbāh wa al-Nazāir, Dār al-Kutub al- Arabi Beirūt, 1998, hlm., 182.
- Kamus Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur, 1994, hlm., 7.
- Sheikh Ahmad b. Sheikh Muhammad al-Zarqa', Sharh al-
Qawācid al-Fiqhiyyah , Dār al-Qalam, Dimashq, 1996, hlm. 219.
- Ibrahīm Muhammad Mahmūd al-Harirī, al-Madkhal ila al-Qawācid al-Fiqhiyyah al-Kuliyyah, dār al-cAqar, Amman, 1988, hlm., 108.
- Mohd. Saleh Haji Ahmad, Pengantar Syariat Islam, 1999, Pustaka Haji Abdul Majid, Kuala Lumpur, hlm., 128.
- ibid., hlm. 78.
- Ustaz Basri Ibrahim, Sistem Kekeluargaan Islam Aturan Perkahwinan Dan Perceraian Serta Kesannya Berasaskan Pandangan Ulama Muktabar Dan Sarjana Islam Masa Kini, 1997, Darul Nu'man, hlm., 324.
- ibid., hlm., 85.
- al-Suyūtī Jalāluddin cAbd al-Rahmān b. Abu Bakr, al-Ashbāh wa al-Nazāir, Dār al-Kutub al- cArabi Beirūt, 1998, hlm., 182.
- Sheikh Ahmad b. Sheikh Muhammad al-Zarqa', Sharh al-
Qawācid al-Fiqhiyyah , Dār al-Qalam, Dimashq, 1996, hlm. 223.
- Yang Amat Arif Dato' Haji Daud Bin Muhammad,
2003, hlm. 52.
- al-Quran, al-Nisa' 4 : 32.
- al-Quran,
- ibid., hlm., 87.
- Tajul Aris Ahmad Bustami, Farid Sufian Shuaib, Mohd Hisham Mohd Kamal, Harta Sepencarian, Prosiding Ex-Parte, Perintah Injuksi, 2003, Pusat Undang-Undang Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, hlm. 48.
- Yang Amat Arif Dato' Haji Daud Bin Muhammad,
2003, hlm., 49.
- Orang yang dikenakan sekatan atasnya seperti orang muflis.
- ibid., hlm. 51.
- Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami wa udillatuh ,1996,
Jilid 4, hlm., 792
- Ustaz Basri Ibrahim, 1997, hlm., 327.
- Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami wa udillatuh ,1996,
Jilid 4, hlm., 792.
- Syarikat pemilikan bersama dua atau lebih terhadap harta yang didapatinya melalui pusaka, wasiat, pemberian, belian dan sebagainya.
- Dua pihak bersetuju mengeluarkan modal secara bersama untuk menjalankan perniagaan dan membahagikan keuntungan yang didapati antara mereka berdua
- Ditakrifkan sebagai syarikat yang dipersetujui oleh dua orang yang mempunyai reputasi yang baik dalam masyarakat untuk menjalankan perniagaan di mana kedua-duanya tidak menyumbangkan modal tetapi mereka mendapat barang untuk diniaga secara hutang dan dijualkan secara tunai dan keuntungan yang didapati dibahagikan antara mereka.
- ibid., hlm., 95.
- Ditakrifkan sebagai persetujuan yang dibuat oleh dua pihak atau lebih untuk menjalankan perniagaan secara usahasama dengan syarikat.
- Syarikat dimana dua pihak atau lebih yang mempunyai kemahiran tertentu bersetuju untuk usaha bersama dalam penerimaan kerja daripada pelanggan dan upah, manakala keuntungan yang didapati dibahagi bersama mengikut kadar yang dipersetujui.
- Lihat kes Kamariah lwn Mansjur, (1989) 7 JH 301
- ibid., hlm., 96.
- Mahmood Zuhdi Abdul Majid & Raihanah Azhari, Undang-undang Keluarga Islam Konsep dan Pelaksanaannya di Malaysia, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1989, hlm., 215.
- ibid. hlm. 97.
- (1950) 16 MLJ 63.
- (1950) 16 MLJ 63, hlm., 64.
- (1966) 1 MLJ 163.
- (1966) 1 MLJ 163, hlm., 165.
- (1985) 2 MLJ 98.
- (1985) 2 MLJ 98, hlm., 100.
- (1981) 1 (2) JH 63.
- (1981) 1(2) JH 63, hlm., 69.
- (1994) 9 JH 178.
- (1994) 9 JH 178, hlm., 189.
- Lihat Mohamed Habibullah bin Mahmood lwn Faridah bt Dato Talib (1994) 9 JH 23.
- Harta yang dituntut sebagai harta sepencarian tersebut hendaklah dapat dibuktikan dan boleh ditentukan secara khusus. Lihat keputusan kes Ningal @ Yang Chik lwn. Jamal bin Abdul Rahman (1989) 4 JH (2) 259.
- Lihat dalam kes Sepiah lwn Abdullah (1984) 5 JH (1) 82.
- ibid., 192.
- Seksyen 58 (2).
- ibid., hlm., 42.
- (1924) 4 FMSLR 179.
- (1989) 4 JH (2) 300.
- (1991) 8 JH (1) 122.
- (1982) 2 JH (2) 264. Dalam kes ini, pihak perayu telah merayu keputusan Mahkamah Kadi Besar Selangor di atas keputusan pensabitan tuntutan harta sepencarian responden ke atas rumah yang perlu dibahagi setengah (½) berasaskan kepada sumbangan tenaga dan wang ringgit responden ke atas harta tersebut. Jemaah Ulang Bicara Syariah Selangor telah menolak rayuan mengenai harta sepencarian dan perintah Mahkamah Kadi Besar dikekalkan.
- (1983) 3 JH (1) 125
- (1985) 2 MLJ 98; (1984) 5 JH (1) 61.
- (1989), 7 JH 301.
- ibid., hlm., 302.
- (1990), 8 JH 112.
- (1984), 5 Jh 186.
- ibid., hlm. 195.
- (1926) FMSLR 116. Kes ini telah dirayu dan keputusan tersebut telah ditolak dan diperintahkan supaya diadakan perbicaran semula.
- (1996) MLJ 163; (1982) 2 JH (1) 82.
- (1981) 1 JH (2) 71.
- (1981) 1 JH (2) 63.
- (1937) 15 JMBRAS Bhg. 1, 20.
- (1950) MLJ 60.
- (1937) 15 JMBRAS bhg. 1, 48.
- ibid., hlm. 198.
- (1968) 1 MLJ 227.
- (1983) 3 JH (1) 90.
- (1950) MLJ 65.
- (1991) 8 JH (1) 66.
- (1977) MLJ 90.
- (1994) 9 JH (2) 178.
- Azlina bt Abd Latiff, Harta Sepencarian : Pelaksanaan Dan Penilaian Menurut Hukum Syarak, 2004, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm., 50.
- No.1, Tahun 1974.
- Undang-undang tentang perkahwinan Republik Indonesia. No. 1 Tahun 1974, fasal 35 (1) dan (2)
- Undang-undang tentang perkahwinan Republik Indonesia. No. 1 Tahun 1974, fasal 65 (1).
- ibid., fasal 65 (1).
- Kompilasi Hukum Islam Tahun 1990 , fasal 96.
- Kompilasi Hukum Islam Tahun 1990 , fasal 97.
- ibid., hlm 191
- Prof. Madya Dr. Siti Zalikhah Md. Nor, Pemilikan Harta Dan Perkahwinan (Harta Sepencarian), Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm., 75.
- Seksyen 58 (1) (2)
- Sek. 58 (1) & (2), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor, No.4, tahun 1984.
- Sek. 58 (3) (4) , Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor, No.4, tahun 1984.
- (1996) 1 MLJ 153.
- (1981) 2 MLJ 98.
- ibid., hlm. 33.
- ibid., hlm. 76.
- Kanun Tanah Negara, S412 A.
- Enakmen Pentadbiran Islam Selangor, No.2, Tahun 1989, Seksyen 43 (2)(b).
- Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam Terengganu, Bil.12, Tahun 1986, Seksyen 32(2)(b)(iv).
- Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993, Seksyen 47
al-Quran.
Abdul Halim El-Muhammady. 2001. Undang-undang Muamalat dan Aplikasinya kepada
Produk-produk Perbankan Islam. Fakulti Undang-Undang. Universiti Kebangsaan Malaysia. Dasar Cetak (M) Sdn. Bhd.
Azlina bt Abd Latiff. 2004.Harta Sepencarian : Pelaksanaan Dan Penilaian Menurut
Hukum Syarak. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ghazali. 1317H. al-Wajiz, Matba'at al-Mu'abbad wa al-'adab. Misr. Jil. 1.
Hj. Abd Kadir Bin Hj. Ismail, Abd Monir Bin Hj Yaacob. 1988. Harta Sepencarian
Menurut Pandangan Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Haji Ab. Kadir Hj. Muhammad. 1996. Harta Sepencarian : Konsep Dan Pelaksanaannya
Di Malaysia. Jurnal Syariah.
Haji Suki. 1990. Masalah Perceraian Orang-Orang Islam Dan Peranan Mahkamah Kadi
Johor. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Harold J. Grilliot. 1983. Introduction to Law and the Legal Systems. Houghton Miffin
Co. Bosto
Ibrahīm Muhammad Mahmūd al-Harirī.1988. al-Madkhal ila al-Qawācid al-Fiqhiyyah
al-Kuliyyah, dār al-cAqar. Amman..
Ibrāhim Muhammad Salqīnī. 1996. al-Muyassar Fī Usūl al-Fiqh al-Islāmī. Dār al-Fikr.
Dimashq.
John Burke. 1977. Jowitt's dictionary of English law. Sweet and Maxwell Ltd. Londan.
John S. James. 1986. Strouds judical dictionary of words and phrases. Sweet & Maxwell
Ltd. London..
Kamus Dewan Edisi Ketiga. 1994. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan
Malaysia Kuala Lumpur.
Minnesota.
Mahmood Zuhdi Abdul Majid & Raihanah Azhari. 1989. Undang-undang Keluarga
Islam Konsep dan Pelaksanaannya di Malaysia. Universiti Malaya, Kuala
Lumpur.
M.B. Hooker. 1976. The Personal Laws Of Malaysia. Oxford University Press, Kuala
Lumpur.
Mohamad Som bin Sujimon, Abdul Basir bin Mohamad. 2006. Fikah Kekeluargaan.
Universiti Islam Antarabangsa
Mohd. Saleh Haji Ahmad. 1999. Pengantar Syariat Islam. Pustaka Haji Abdul Majid,
Kuala Lumpur.
Norsidah binti Mat Yusoh. 2005. Tuntutan Harta Dan Pembiayaan Selepas Perceraian :
Kajian Kes Di Mahkamah Johor Bahru. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Prof. Madya Dr. Mat Saad Abd. Rahman. 1993. Undang-Undang Keluarga Islam Aturan
Perkahwinan Suatu Pendekatan Berdasarkan Amalan Semasa. Hizbi Sdn Bhd
Shah Alam.
Roger A. Cunningham, William B. Stoebuck & Dale A. Whitman. 1984. The Law of
Property. West Publishing Co. Minnesota.
Roscoe Pound. 1954. An introduction to the philosophy of law. Yale University Press.
New Haven.
Sheikh Ahmad b. Sheikh Muhammad al-Zarqa'. 1996. Sharh al-
Qawācid al-Fiqhiyyah.,
Dār al-Qalam Dimashq.
Siti Zalikhah Md. Nor. 1996. Pemilikan Harta Dan Perkahwinan. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Siti Zalikhah Md. Nor. 1998. Pemilikan Harta Dan Perkahwinan (Harta Sepencarian).
Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia
Kutub al- cArabi Beirūt.
Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al- Quran. 2001. Edisi ke 12. Kuala
Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam MalaysiaTajul Aris Ahmad Bustami, Farid Sufian Shuaib, Mohd Hisham Mohd Kamal. 2003.
Harta Sepencarian, Prosiding Ex-Parte, Perintah Injuksi. Pusat Undang-Undang
Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim. Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia.
Ustaz Basri Ibrahim. 1997. Sistem Kekeluargaan Islam Aturan Perkahwinan Dan
Perceraian Serta Kesannya Berasaskan Pandangan Ulama Muktabar Dan Sarjana Islam Masa Kini. Darul Nu'man.
Wahbah al-Zuhaili. 1996. Fiqh Perundangan Islam. Penterjemah Md. Akhir Haji Yaacob et al. Jilid IV. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
William P.Statsky. 1986. West legal thesaurus/dictionary. West Publishing Company.
Minnesota.
Yang Amat Arif Dato' Haji Daud Bin Muhammad. 2003. Harta Sepencarian Dalam
Hukum Syarak. Pusat Undang-Undang Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan