KONSEP HARTA PUSAKA
2.1 PENGENALAN
Harta pusaka mempunyai definisi dan maksud yang tersendiri mengikut perspektif Islam dan sivil. Ia amat penting untuk membezakan harta pusaka dengan harta-harta yang lain agar jelas dapat dibezakan. Di dalam bab ini akan menyentuh beberapa definisi pusaka atau harta pusaka menurut Islam dan harta pusaka menurut undang-undang ciptaan manusia (civil law). Selain itu juga, di dalam bab ini juga penulis akan menyentuh aspek pensyariatan pusaka di dalam Islam, hak-hak yang berkaitan sebelum dibahagikan harta pusaka, jenis-jenis harta pusaka, dan juga peruntukan undang-undang berkaitan harta pusaka yang digunakan di negara kita kini.
2.2 DEFINISI HARTA PUSAKA
2.2.1 Definisi Harta Pusaka Menurut Islam
Pusaka atau al-mirāth (المراث) dari segi bahasa pada makna al-masdar (المصدر) bermaksud al-baqā' (البقاء) iaitu kekal dan perpindahan suatu daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Al-mirāth (المراث) merupakan ism mafcul (إسم المفعول) yang
bermaksud asal atau baki. Dari segi istilah pula pusaka bermaksud sesuatu yang ditinggalkan oleh si mati daripada harta benda dan hak-hak yang akan diwarisi oleh ahli-ahli waris disebabkan kematian pewaris. Ada pendapat yang lain menyatakan bahawa pusaka atau al-mirāth pada istilah ialah perpindahan pemilikan daripada si mati kepada para warisnya yang masih hidup sama ada yang ditinggalkan itu berbentuk harta yang boleh dipindahkan, harta yang tidak boleh dipindahkan, ataupun sesuatu hak yang ditetapkan oleh syarak (seperti hak khiyār dalam jual beli, hak syufcah, dan hak qisās).
Menurut istilah ilmu farāid, harta pusaka juga dikenali sebagai al-tārikah. Dari segi bahasa, al-tārikah bermaksud segala apa yang ditinggalkan atau dibiarkan oleh si mati. Manakala definisi al-tārikah dari segi istilah syarak pula berlaku perselisihan dalam menentukan maknanya. Perselisihan tersebut dapat dilihat seperti berikut iaitu menurut jumhur fuqaha' (iaitu Al-Mālikiyyah, As-Syāficiyyah, dan Al-Hanābilah) mendefinisikan al-tārikah ialah segala sesuatu yang ditinggalkan oleh si mati termasuklah harta benda atau hak-hak yang sunyi daripada kaitan hak-hak si mati. Kesemuanya ini akan diwarisi sama ada oleh waris atau bukan waris.
Mengikut madhhab hanafi pula telah mendefinisikan al-tārikah sebagai segala harta dan hak-hak kebendaan yang menjadi milik si mati. Harta itu termasuklah harta alih dan harta tak alih serta hutang-hutang yang belum dijelaskan oleh orang lain kepadanya. Namun terdapat sesetengah pendapat mengatakan bahawa al-tārikah ialah segala harta yang ditinggalkan oleh si mati setelah diselesaikan hutang dan wasiatnya. Oleh itu, al-tārikah menurut pendapat jumhur ulama ialah harta peninggalan si mati yang telah bersih dari hutang dan wasiat serta ia akan diwarisi oleh waris-warisnya yang masih hidup.
Menurut Imam Ar-Ramli iaitu ulama madhhab Syafici di dalam kitab penulisannya Nihayāt Al-Muhtaj telah mendefinisikan harta pusaka sebagai "apa-apa yang ditinggalkan (oleh si mati) untuk orang kemudian daripadanya sesuatu hak seperti jenayah, tuduhan zina, atau ikhtisas, atau mal seperti arak yang telah menjadi cuka setelah matinya, diyat yang diambil daripada pembunuhnya kerana diyat termasuk di dalam miliknya. Begitu juga apa yang termasuk ke dalam pukatnya yang telah dipasangnya ketika di masa hidupnya".
2.2.2 Pensyariatan Pusaka Di Dalam Islam
Pensyariatan pusaka di dalam undang-undang pusaka Islam adalah terkandung di dalam Al-Quran. Ia dapat dilihat di dalam surah an-Nisa' ayat 11, 12, 176 yang dikenali sebagai ayat al-Mawārith. Ketiga-tiga ayat tersebut telah menjelaskan secara terperinci (yang juga dikenali sebagai ayat mufassal) tentang pusaka di dalam Islam termasuklah ahli waris, bahagian-bahagian mereka, dan sebab perwarisan. Contoh firman Allah di dalam ayat 11, 12, 176 surah an-Nisa' iaitu:
"Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.".
"Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). Allah menetapkan wasiat itu (sebagai ketetapan dari Allah). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyantun".
"Mereka meminta fatwa kepadamu (wahai Muhammad mengenai masalah Kalālah). Katakanlah: "Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara Kalālah itu, Iaitu jika seseorang mati yang tidak mempunyai anak dan ia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh si mati; dan ia pula (saudara lelaki itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak. Kalau saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan". Allah menerangkan kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
Menurut Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi bin Abdul Majid telah memberikan pandangannya bahawa hukum asal dalam sistem faraid adalah seperti apa yang dinyatakan di dalam Surah An-Nisa' ayat 12. Menurut pandangan Mufti Negeri Perak, Datuk Seri Dr. Harussani bin Zakaria juga menegaskan bahawa pembahagian harta pusaka berdasarkan faraid adalah suatu keutamaan yang perlu dipatuhi tanpa sebarang bantahan kerana ia adalah qatci. Malahan pula menurut Noh bin Abdullah berdasarkan penulisannya di dalam majalah Dewan Masyarakat telah mengambil pandangan Sheikh Mahmud bin Ahmad dalam buku Economic of Islam menyatakan bahawa pembahagian harta pusaka yang ditetapkan Allah adalah adil yang mana dapat membantu ekonomi Islam.
Di samping itu, terdapat beberapa ayat lain yang menjelaskan tentang pensyariatan pusaka, tetapi tidak menyatakan secara terperinci dan hanya berbentuk umum (yang dikenali juga sebagai ayat mujmal). Antaranya ialah firman Allah yang berbunyi:
"Bagi orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabatnya, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan (ditentukan oleh Allah)".
Selain daripada nas-nas Al-Quran di atas, terdapat beberapa hadis Rasulullah S.A.W yang menerangkan tentang waris-waris dan bahagian masing-masing. Antaranya hadis daripada cAbdullah Ibnu Mascūd, Rasulullah S.A.W bersabda:
للإبنة النصف ولإبنة الإبن السدس وما بقي فللأخت
Maksudnya:
"Bagi seseorang anak perempuan ½, seseorang anak perempuan kepada anak lelaki (cucu perempuan) 1/6 dan baki (casabah) itu untuk seorang saudara perempuan".
Hadis yang diriwayatkan daripada cAbdullah Ibnu cAbbas, sabda Rasulullah S.A.W:
ألحقوا الفرائض بأهلهما فما بقي فهو لأولى رجل ذكر
Maksudnya:
"Berikanlah harta pusaka kepada orang-orang yang berhak, sesudah itu bakinya adalah untuk waris lelaki yang lebih utama".
Di samping itu juga, ijmāc ulama saling bersepakat mengenai pensyariatan pusaka. Jika terdapat masalah pembahagian pusaka yang tidak jelas di dalam Al-Qur'an dan As-sunnah, maka ia akan dapat diselesaikan melalui ijmāc ulama dan ijtihad mereka. Contohnya seperti kedudukan saudara-saudara yang mewarisi bersama datuk. Hal ini tidak jelas di dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah. Oleh itu, kebanyakan sahabat-sahabat dan imam-imam madhhab berpendapat bahawa saudara-saudara itu mendapat harta pusaka secara muqasamah (bersama-sama mewarisi) dengan datuk. Ini adalah mengikut pendapat Zayd bin Thābit, cUmar Al-Khattāb, cAlī bin Abī Talib, dan Ibnu Mascud. Pendapat tersebut diikuti oleh Imam Malik, Al-Auzaci, Abū Yūsuf, As-Syafici, dan Ahmad bin Hanbal.
Terdapat juga ulama yang sepakat mengatakan bahawa anak lelaki kepada anak lelaki (iaitu cucu lelaki) adalah seperti anak lelaki tatkala ketiadaan ayahnya (anak lelaki) dan anak perempuan kepada anak lelaki (iaitu cucu perempuan) seperti anak perempuan ketika ketiadaannya.
2.2.3 Definisi Harta Pusaka Menurut Undang-Undang Sivil
Definisi harta pusaka menurut undang-undang sivil pula adalah seperti berikut iaitu menurut kamus Osborn's Concise Law Dictionary telah menyatakan bahawa definisi harta pusaka ialah harta yang mana telah diperturunkan atau diwariskan daripada seseorang kepada warisnya. Menurut Elizabeth A. Martin di dalam kamusnya A Dictionary of Law telah mendefinisikan harta pusaka sebagai penyerahan harta oleh pemunya harta ketika sampai ajalnya kepda warisnya. Tatkala waktu itu, pemilik harta melengkapkan wasiatnya atau mengikut peraturan yang berkaitan dengan pusaka tanpa wasiat untuk ditadbirkan.
Menurut pendapat Jeremy Bentham di dalam sebuah bukunya telah mengatakan bahawa harta pusaka ialah harta seseorang setelah matinya yang mesti dibahagikan mengikut tiga perkara berdasarkan undang-undang sivil Perancis iaitu penghidupan anggota baru, menjauhkan diri dari putus harapan, dan mendekatkan diri kepada persamaan dalam harta.
2.3 JENIS-JENIS HARTA PUSAKA
Berdasarkan undang-undang yang terdapat di Malaysia telah menunjukkan bahawa harta pusaka dibahagikan kepada tiga jenis iaitu harta pusaka kecil, harta pusaka besar (dikenali juga harta pusaka biasa), dan harta pusaka ringkas. Undang-undang yang merujuk kepada ketiga-tiga jenis harta pusaka ialah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955, Akta Probet dan Pentadbiran 1959, dan Akta Perbadanan Amanah Raya 1995.
2.3.1 Harta Pusaka Kecil
Harta pusaka kecil ialah harta yang ditinggalkan oleh si mati tanpa wasiat yang terdiri daripada harta tak alih sahaja atau campuran di antara harta alih dan harta tak alih yang jumlah nilainya tidak melebihi RM 2 juta (sebelum ini jumlah nilainya tidak melebihi RM600,000). Undang-undang yang dipakai dalam pentadbiran harta pusaka kecil ialah Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 dan pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (dahulunya dipegang oleh Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi) mengikut peredaran dari semasa ke semasa. Tuntutan pembahagian harta pusaka kecil bagi orang-orang Islam dan bukan Islam boleh dibuat di Pejabat Pusaka Kecil yang terdapat di dalam Pejabat Tanah Daerah di hadapan Pegawai Penyelesai Pusaka. Terdapat 36 unit pembahagian pusaka kecil di seluruh Malaysia yang mana setiap unit mengawasi dua atau tiga daerah. Terdapat juga daerah yang tidak mempunyai Unit Pusaka Kecil, justeru itu urusan penerimaan permohonan Borang A dan Borang P adalah dibuat melalui Pejabat Tanah di daerah masing-masing. Unit ini diletakkan di bawah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) serta Pembangunan Koperasi. Kebiasaannya tuntutan atau permohonan pembahagian harta pusaka kecil dibuat di Pejabat Tanah di mana harta tak alih si mati terletak. Sekiranya si mati mempunyai tanah yang banyak merata tempat sama ada di negeri yang sama atau negeri yang berlainan, maka daerah yang mempunyai nilai harta si mati yang paling tinggi akan mempunyai bidangkuasa untuk menyelesaikan pembahagian harta pusaka kecil si mati tersebut.
Setiap permohonan untuk pembahagian harta pusaka kecil hendaklah dibuat di dalam borang khas iaitu Borang A. Borang ini boleh didapati secara percuma di Pejabat Tanah ataupun Unit Pembahagian Pusaka Kecil yang berdekatan dengan tempat tinggal pemohon. Setiap permohonan tidak dikenakan bayaran pendaftaran semasa pendaftaran dibuat. Permohonan tersebut akan dihantar ke Pejabat Pendaftaran Pusat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk tujuan merekod dan ia juga bertujuan mengelakkan pertindihan kes. Semasa mengemukakan borang A terdapat beberapa dokumen yang perlu disertakan iaitu:
1) Dokumen bukti kematian si mati yang telah meninggal dunia seperti sijil kematian atau permit pengkebumian, surat sumpah oleh dua orang saksi bebas yang menyaksikan jenazah dikebumikan (terpakai bagi kematian semasa pendudukan Jepun atau sebelumnya) ataupun perintah anggapan kematian yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi (terpakai bagi keadaan di mana kematian tanpa kubur, si mati hilang di laut, hilang semasa pendudukan Jepun, mati ketika tragedi 13 Mei 1969, tragedi Muassem, dan sebagainya). Perintah ini hanya boleh diperolehi selepas 7 tahun dari tarikh orang tersebut hilang dan tiada dengar perkhabaran berita.
2) Salinan dokumen hak milik keluaran seperti contohnya geran tanah bagi harta tak alih dan jika terdapat harta alih mestilah disokong oleh dokumen-dokumen yang menunjukkan pegangan harta alih si mati seperti pegangan buku bank, geran pendaftaran kenderaan, sijil saham, penyata KWSP, dan sebagainya.
3) Salinan Kad Pengenalan waris-waris, surat beranak jika ada, dan surat nikah pasangan si mati.
4) Sekiranya pembahagian hendak dibuat mengikut hukum faraid, pemohon yang terdiri daripada waris-waris si mati perlulah mendapatkan sijil faraid daripada Mahkamah Syariah yang berdekatan.
Menurut seksyen 8 Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955, orang yang berhak memfailkan tuntutan pembahagian harta pusaka kecil ialah:
1) Waris-waris pusaka si mati (benefisiari) seperti suami ataupun isteri, ibu atau bapa, dan Majlis Agama Islam (baitulmal) jika tiada waris yang berhak menerima pusaka si mati.
2) Si Pemiutang (creditors) dan pengkaveat yang telah memasukkan kaveat atau perintah halangan ke atas tanah kerana menuntut kepentingan atau hak ke atas tanah si mati.
3) Si pembeli (yang membeli melalui perjanjian jual beli yang sah ataupun melalui perjanjian lisan yang sah tetapi pindah milik belum dapat dibuat sebelum si mati meninggal dunia).
4) Orang-orang ataupun badan-badan yang berkepentingan dalam tanah kepunyaan si mati seperti pemegang gadaian dan pajakan. Contohnya seperti pihak bank.
5) Penghulu atau pegawai tempatan dengan arahan pentadbir tanah di bawah seksyen 18 Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 terpakai apabila di dalam tempoh enam bulan selepas kematian si mati. Tiada sebarang prosiding diambil untuk mendapatkan probet atau surat kuasa mentadbir pusaka ataupun permohonan untuk pembahagian di bawah Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955.
6) Amanah Raya Berhad (terpakai apabila waris si mati membuat tuntutan melalui ARB).
2.3.2 Harta Pusaka Besar (Biasa)
Harta pusaka besar atau dikenali juga harta pusaka biasa merupakan semua jenis harta peninggalan si mati yang jumlah nilainya RM 2 juta atau lebih sama ada terdiri daripada harta tak alih semuanya atau harta alih kesemuanya atau campuran kedua-duanya ataupun harta pusaka yang jumlah nilaiannya kurang daripada RM 2 juta tetapi si mati ada meninggalkan wasiat. Pentadbirannya tertakluk kepada Akta Probet dan Pentadbiran 1959. Permohonan hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil yang berhampiran dengan tempat tinggal si mati untuk mendapatkan sama ada probet (surat kuasa wasiat bagi orang bukan Islam), surat kuasa mentadbir pusaka (bagi pusaka tanpa wasiat), ataupun surat kuasa tadbir dengan wasiat berkembar (bagi si mati yang meninggalkan wasiat untuk sebahagian hartanya.
Bagi orang yang beragama Islam, si mati hanya boleh mewasiatkan hartanya tidak melebihi 1/3 daripada harta kepada pihak-pihak yang lain selain daripada waris-warisnya kecuali dengan persetujuan di kalangan ahli waris. Dokumen-dokumen yang diperlukan semasa membuat tuntutan harta pusaka besar sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan semasa menuntut harta pusaka kecil termasuklah surat wasiat terakhir si mati. Permohonan boleh dibuat oleh waris-waris si mati atau si pemiutang sama ada secara persendirian, melalui khidmat peguam, ataupun menerusi Amanah Raya Berhad (ARB). Setiap permohonan hendaklah didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Pusat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menentukan sama ada harta pusaka tersebut telah dituntut atau sebaliknya.
Kebiasaannya orang yang diberi probet (wasiat) atau surat kuasa mentadbir pusaka disyaratkan mendapatkan seorang atau dua orang penjamin kecuali bagi Pegawai Penyelesai Pusaka dan ARB. Jika sekiranya pempetisyen mengalami kesulitan mendapatkan penjamin-penjamin yang layak dan sesuai, maka dia bolehlah memohon kepada mahkamah bagi mendapatkan perintah pengecualian daripada mengemukakan penjamin-penjamin atau pendapat khidmat penjamin profesional iaitu seperti syarikat insuran atau institusi-institusi bank dengan bayaran yuran yang telah ditetapkan oleh syarikat atau institusi tersebut berdasarkan jumlah harta pusaka.
Surat kuasa mentadbir pusaka dan surat kuasa probet hanya boleh dikeluarkan apabila perintah pengecualian penjamin telah diperolehi dan bon (surat ikatan ikrar) pentadbiran telah ditandatangani oleh pempetisyen. Setelah pempetisyen telah memperoleh surat kuasa tersebut, maka dia hendaklah mendaftarkan dirinya di pejabat tanah supaya semua surat-surat hak milik tersebut didaftarkan atas nama pempetisyen sebagai wakil peribadi si mati. Pempetisyen juga bertanggungjawab untuk memohon membuat satu perintah pembahagian terhadap harta pusaka mengikut hukum faraid ataupun Ordinan Pentadbiran Harta Pusaka kepada mahkamah sebaik sahaja dia menyenaraikan semua aset harta si mati.
2.3.3 Harta Pusaka Ringkas
Harta pusaka ringkas ialah harta pusaka yang jumlah nilainya tidak melebihi RM 2 juta yang terdiri daripada harta alih sahaja tanpa wasiat seperti wang tunai, saham-saham, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB), kereta, wang simpanan di dalam bank atau lain-lain, dan sebagainya. Permohonan untuk pembahagian harta pusaka ringkas ini hendaklah dibuat melalui Pengarah Perbadanan Amanah Raya Berhad.
Terdapat satu peruntukan khas dalam Akta Probet dan Pentadbiran 1959 yang memberi kuasa kepada pemegang Amanah Raya Berhad untuk mentadbir dan menyelesaikan harta pusaka ringkas tanpa perlu membuat permohonan surat kuasa mentadbir daripada Mahkamah Tinggi Sivil. Pembahagian harta pusaka tersebut dibuat kepada waris-waris yang berhak mengikut kadar tertentu sepertimana yang dinyatakan di dalam sijil faraid daripada mahkamah syariah.
2.4 HAK-HAK BERKAITAN SEBELUM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MENURUT ISLAM
Dalam syariat Islam, sebelum dilaksanakan pembahagian pusaka kepada ahli waris, maka hendaklah terlebih dahulu diselesaikan hak-hak yang berkaitan dengan tārikah. Secara umumnya jumhur ulama berpendapat terdapat lima hak ke atas harta peninggalan yang perlu diselesaikan secara tertib atau berperingkat-peringkat iaitu:
2.4.1 Hak Perhutangan yang Ditanggung oleh Harta Si Mati
Maksud hak perhutangan yang ditanggung oleh harta si mati ialah keadaan harta yang masih terikat dengan orang lain walaupun zahirnya adalah milik si mati. Misalnya seperti barang gadaian dan juga haiwan ternakan milik si mati yang telah merosakkkan tanaman orang lain, maka kedua-duanya tergolong di dalam kategori ini. Sehubungan dengan itu, maka menjadi kewajipan tanggungjawab ahli waris si mati umtuk melunaskan gadaian dan membayar gantirugi kerosakan yang dilakukan oleh haiwan ternakan. Hal ini perlu dilaksanakan dengan segera oleh para waris setelah kematian si mati mengikut pandangan jumhur ulama. Pada pendapat sebahagian ulama madhhab Hanafi berpendapat hak perhutangan yang tertanggung ke atas harta sebagai hak pertama yang wajib dilunaskan oleh para waris. Jika semua harta si mati habis kerana melunaskan perkara tersebut, maka si mati dianggap tidak meninggalkan harta.
Selain daripada dua contoh di atas, sebahagian urusan muamalat semasa juga termasuk di dalam kategori ini iaitu seperti melunaskan caruman takaful sebagai syarat memperolehi manfaat, menjelaskan baki hutang ke atas harta yang digadaikan ketika membeli, membayar gantirugi untuk mendapatkan wang deposit si mati, dan sebagainya. Oleh itu, harta-harta yang pernah digadaikan oleh si mati semasa hidupnya, maka ahli waris si mati mestilah terlebih dahulu menebus harta tersebut sebelum harta itu dijadikan sebagai harta pusaka untuk mereka yang berhak menerimanya.
2.4.2 Mengeluarkan Perbelanjaan Untuk Menyelenggarakan dan Menguruskan Pengkebumian Si Mati
Hak pertama yang perlu didahulukan sebagai hak-hak si mati sebelum membahagikan harta pusaka ialah menggunakan harta peninggalan si mati untuk perbelanjaan bagi menguruskan pengkebumian si mati seperti membeli kain kapan, membayar upah memandikan si mati dan peralatannya, upah menggali kubur, keranda mengusung, serta sebagainya. Pemberian kepada orang yang menyembahyangkan jenazah yang biasanya dua ringgit atau lima ringgit seorang adalah tidak dikira sebagai belanja pengkebumian yang wajib. Oleh itu, ia tidak boleh diambil daripada harta si mati. Begitu juga bagi mereka yang membuat ratib tahlil, misalnya satu hari, tiga hari, tujuh hari, dan sebagainya ia bukanlah satu perkara yang wajib. Oleh itu perbelanjaan mengadakannya tidak boleh dianggap sebagai belanja pengkebumian.
Para ulama fiqh menegaskan bahawa perbelanjaan untuk menyelenggarakan dan menguruskan si mati mulai dari saat kematiannya hingga ke saat pengkebumiannya mestilah diambil daripada harta peninggalannya mengikut ukuran yang sederhana sahaja, tidak berlebih-lebihan, dan tidaklah pula tersangat kurang. Jika berlebih-lebihan di dalam perbelanjaan pengurusan dan penyelenggaraan si mati, maka sudah pasti akan mengurangi hak ahli waris. Sebaliknya jika tersangat kurang, maka sudah tentu pula akan mengurangi hak si mati. Kedua-dua ini adalah berlawanan dengan kehendak syarak. Kesederhanaan dalam membelanjakan harta telah ditegaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya iaitu:
Maksudnya:
"Dan orang-orang (yang diredhai Allah itu) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah berlebihan dan tiada pula kikir; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah di tengah-tengah di antara kedua-duanya demikian".
2.4.3 Membayar Hutang-Hutang Mutlak Si Mati
Hak si mati yang kedua yang perlu diselesaikan oleh ahli-ahli warisnya setelah mengkebumikan si mati iaitu menjelaskan bayaran hutang-hutang yang masih menjadi tanggungan si mati. Hutang-hutang yang masih menjadi tanggungan si mati ada dua kategori iaitu hutang-hutang si mati kepada Allah dan hutang-hutang si mati kepada manusia.
1) Hutang-Hutang Si Mati Kepada Allah
Jumhur ulama telah berpendapat bahawa hutang-hutang Allah adalah berkaitan dengan apa yang ditinggalkan oleh si mati. Mengikut pendapat yang asah (أصح) dalam mazhab As-Syafici telah menyatakan bahawa hutang kepada Allah seperti zakat, kifarat, dan haji hendaklah didahulukan ke atas hutang kepada manusia. Pendapat mereka berdalilkan kepada hadis daripada Ibnu cAbbas R.A iaitu:
Maksudnya:
"Sesungguhnya seorang wanita telah datang kepada Rasulullah S.A.W maka dia berkata: Jika ibuku telah meninggal dunia, adakah ke atasnya puasa (bulan Ramadhan). Maka Rasulullah berkata: Adakah kau berpendapat kalau ke atasnya hutang, adakah kau akan menggantikannya (qadha' puasa). Maka berkata wanita itu: Ya. Maka Rasulullah S.A.W bersabda: Maka hutang Allah berhak diganti".
Setelah si mati telah meninggal dunia, hak yang perlu dilaksanakan oleh ahli warisnya ialah membayar zakat harta-harta si mati yang telah sempurna dari segi haul dan nisab, cukup syarat-syarat untuk dikeluarkan, dan zakat tersebut belum sempat dikeluarkannya. Maka wajib menjadi tanggungjawab ahli warisnya bagi mengeluarkan zakatnya sebelum harta pusaka tersebut dibahagi-bahagikan di antara mereka. Namun bagi pendapat Abu Hanifah bagi Madhhab Hanafi telah berpendapat bahawa telah gugur pembayaran zakat bagi orang-orang yang telah mati. Hal ini disebabkan beliau berpandangan bahawa hutang-hutang kepada Allah merupakan ibadat-ibadat wajib yang mesti wujud niat dan ikhtiar.
Maka si mati tidak dapat lagi melakukan kedua-duanya kerana ia telah gugur tanggungan atas kematiannya. Namun begitu jika si mati ada mewasiatkan kepada waris-warisnya bahawa dirinya masih ada hutang dengan hak-hak Allah, maka itu wajib dilaksanakan oleh warisnya. Jika tidak mewasiat atau tidak sempat mewasiatkan perkara itu, maka segalanya kehendak Allah untuk mengazab atau mengampunkan si mati dengan keadilan-Nya.
Maka si mati tidak dapat lagi melakukan kedua-duanya kerana ia telah gugur tanggungan atas kematiannya. Namun begitu jika si mati ada mewasiatkan kepada waris-warisnya bahawa dirinya masih ada hutang dengan hak-hak Allah, maka itu wajib dilaksanakan oleh warisnya. Jika tidak mewasiat atau tidak sempat mewasiatkan perkara itu, maka segalanya kehendak Allah untuk mengazab atau mengampunkan si mati dengan keadilan-Nya.
Sekiranya si mati mempunyai tanggungan kifarat, contohnya seperti si mati pernah bersetubuh pada siang hari di bulan Ramadhan namun tidak sempat melaksanakan kifarat tersebut, maka wajiblah ke atas waris-waris menyelesaikannya. Jika si mati ketika hayatnya mempunyai nazar untuk melakukan perkara tabarruc, akan tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat menunaikan nazarnya, maka itu juga tanggungjawab para waris untuk menyempurnakan nazarnya. Di samping itu, jika si mati semasa hayatnya masih belum menunaikan haji yang wajib ke atasnya, maka waris-waris hendaklah menguruskan upah haji si mati. Dan sekiranya si mati sepanjang hidupnya pernah meninggalkan puasa fardhu di bulan Ramadhan ataupun tidak sempat mengqadha'kannya akibat sakit, maka wajib ke atas waris-waris si mati membayar fidyah puasa si mati.
2) Hutang-Hutang Si Mati Kepada Manusia
Hutang-hutang si mati kepada manusia adalah merangkumi hal muamalat yang pernah dilakukannya namun tidak sempat menyelesaikannya iaitu seperti berhutang untuk meminjam wang atau harta dan si mati pernah membuat pembelian secara tangguh. Ahli waris mestilah menggunakan harta pusaka peninggalan si mati untuk menjelaskan hutang-hutang si mati yang masih belum dibayar sebelum harta tersebut dibahagi-bahagikan kepada mereka yang berhak menerimanya. Hal ini disebabkan hutang-hutang yang ditanggung oleh si mati akan mengakibatkan rohnya tergantung jika tidak diselesaikan hutang tersebut. Hal ini jelas di dalam hadis Rasulullah S.A.W yang telah diriwayatkan daripada Abū Hurairah iaitu:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah r.a telah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan".
Bagi mereka yang mempunyai piutang pula hendaklah memberitahu dengan segera kepada ahli waris si mati mengenai jumlah hutang si mati dan menunjukkan bukti atau saksi sebelum harta pusaka tersebut dibahagi-bahagikan di kalangan ahli waris tadi. Hal ini sudah jelas di dalam adab muamalat berhutang bagi si penghutang dan pemiutang melalui firman Allah SWT iaitu:
Maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah dia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah dia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
Sekiranya jumlah hutang si mati itu lebih banyak daripada harta pusakanya, maka pembayaran hutang itu hendaklah dicukupkan dengan harta pusakanya yang ada. Dalam masalah ini, jika ahli waris secara bersama ingin untuk membayar hutang si mati itu atau salah seorang daripada mereka dengan kerelaan hati sanggup menjelaskan semua hutang si mati (ataupun sebahagiannya sahaja), maka perbuatan tersebut merupakan kebajikan bagi ahli waris tersebut. Perlulah diingati juga di sini bahawa perbuatan si pemiutang menuntut hutang bukanlah merupakan satu kewajipan hukum yang mesti dituntut olehnya kepada ahli waris si mati. Jika si pemiutang sanggup menghalalkan segala hutang-hutang yang pernah dipinjam oleh si mati, maka tindakan itu adalah lebih baik dan ia merupakan kebajikan bagi si pemiutang tersebut.
2.4.4 Melaksanakan dan Menyempurnakan Wasiat Si Mati
Mengenai wasiat yang dibuat oleh orang yang telah meninggal dunia sewaktu dirinya masih hidup dalam kadar yang dibenarkan oleh syarak, iaitu tidak lebih daripada satu pertiga harta tārikah setelah diambil dan ditolak perbelanjaan menyelenggara serta menguruskan pengkebumian si mati, dan juga setelah dibayar hutang-hutang yang masih menjadi tanggungan si mati. Wasiat menurut pandangan ulama madhhab syafici juga merupakan pemberian atau sumbangan sama ada harta itu sendiri atau manfaatnya oleh seseorang kepada pihak lain setelah dirinya meninggal dunia bertujuan untuk melakukan amal kebajikan (tabarruc). Wasiat (yakni kurang satu pertiga daripada harta) tidaklah memerlukan kepada persetujuan di kalangan ahli waris, bahkan wasiat itu adalah sah tanpa persetujuan mereka.
Akan tetapi jika wasiat itu lebih daripada satu pertiga daripada harta tārikah, maka wasiat yang lebih daripada kadar yang ditetapkan itu tidak diluluskan oleh hukum syarak dan tidak sah, melainkan dengan keredhaan dan izin persetujuan ahli-ahli waris. Hal ini adalah berhujahkan dengan hadis melalui sabda Rasulullah SAW kepada sahabatnya iaitu Sacad bin Abī Waqas mengenai pertanyaan beliau semasa dirinya sakit yang berbunyi:
Maksudnya:
"Diriwayatkan daripada Saad bin Abu Waqqas r.a katanya: Pada waktu Haji Wida' Rasulullah s.a.w menziarahiku ketika aku sedang sakit tenat. Waktu itu aku berkata: Wahai Rasulullah, lihatlah keadaan aku yang berada dalam keadaan tenat ini sebagaimana yang kamu lihat, sedangkan aku ini seorang hartawan dan hanya seorang anak perempuan sajalah yang akan mewarisi harta saya. Adakah saya boleh mengeluarkan sedekah dua pertiga dari harta saya? Baginda menjawab: Tidak! Aku bertanya lagi: Bagaimana kalau sebahagiannya? Baginda menjawab: Tidak!
Tetapi satu pertiga dan satu pertiga itu sudah banyak. Sesungguhnya jika kamu meninggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan papa dan meminta-minta kepada orang lain".
Tetapi satu pertiga dan satu pertiga itu sudah banyak. Sesungguhnya jika kamu meninggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan papa dan meminta-minta kepada orang lain".
Di dalam perbincangan mengenai mendahulukan wasiat terlebih dahulu atau mendahulukan membayar hutang perlu lebih diutamakan, maka timbul kemusykilan mengenainya ketika mana merujuk pada nas firman Allah S.W.T secara zahir. Namun terdapat hadis Rasulullah S.A.W yang menjelaskan mengenai kemusykilan itu:
amp;bk_no=2&ID=1447'>أن النبي صلى الله عليه وسلم قضى بالدين قبل الوصية وأنتم تقرون الوصية قبل الدين قال أبو عيسى والعمل على هذا عند عامة أهل العلم أنه يبدأ بالدين قبل الوصية
amp;bk_no=2&ID=1447'>أن النبي صلى الله عليه وسلم قضى بالدين قبل الوصية وأنتم تقرون الوصية قبل الدين قال أبو عيسى والعمل على هذا عند عامة أهل العلم أنه يبدأ بالدين قبل الوصية
Maksudnya:
Daripada Al-Harith meriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib r.a katanya: "Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W telah memutuskan bahawa membayar hutang itu mendahului wasiat, dan kamu semua membaca (ayat Al-Quran) bahawa menunaikan wasiat itu sebelum membayar hutang". Telah berkata Abu cIsa bahawa telah beramal para ahli ilmu dengan mendahulukan membayar hutang sebelum (menunaikan) wasiat.
Persoalan yang akan timbul mengapa di dalam firman Allah S.W.T mendahulukan wasiat daripada hutang. Hal ini telah diperjelaskan oleh Imam al-Kasaniy di dalam kitabnya Bada'ic As-Sona'ic bahawa adapun hikmah daripada mendahulukan wasiat pada sebutan ke atas membayar hutang di dalam ayat berkenaan merupakan peringatan daripada Allah S.W.T kepada kita supaya wajib melaksanakan wasiat orang yang telah meninggal dunia jika wasiat itu tabarruc.Bagi pendapat Imam al-Sancaniy pula telah menjawab persoalan tersebut dengan berkata:
"Imam al-Suhayliy telah menjawab persoalan ini dengan berkata: Sesungguhnya tujuan wasiat adalah untuk membuat kebaikan dan menghubungkan silaturahim sesama manusia manakala hutang pula adalah untuk melunaskan tanggungjawab si mati, maka mendahulukan wasiat untuk menunjukkan kebaikan si mati itu tentu lebih baik".
Sesungguhnya wasiat merupakan satu perbahasan yang cukup panjang dan teliti sehinggakan para ulama fiqh meletakkannya satu bab khusus di dalam penulisan mereka. Memandangkan penulis hanya ingin mengupas tentang hak-hak berkaitan dengan harta peninggalan, maka apa tang dibincangkan sudah memadai sebagai pendedahan awal untuk mengetahui hak keempat ini.
2.4.5 Hak Membahagikan Harta kepada Para Waris
Sesudah menyelesaikan empat hak harta peninggalan si mati yang telah dibincangkan sebelum ini, maka baki harta yang tinggal tersebut merupakan harta pusaka atau istilah fuqaha' dikenali sebagai al-mīrāth atau al-fara'id. Maka hak kelima ini adalah untuk menentukan bahagian-bahagian yang boleh diwarisi oleh waris-waris si mati sebagaimana yang ditetapkan Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan hadis-hadis baginda S.A.W.
Bagi menepati kehendak syariat dari segi pembahagian pusaka tersebut, maka pihak yang membahagikan harta tersebut hendaklah mengetahui rukun perwarisan, sebab-sebab perwarisan, syarat perwarisan, halangan-halangan perwarisan, ahli waris dan bukan waris, cara pembahagian dan kadar bahagian, serta sebagainya sepertimana yang dijelaskan oleh para ulama di dalam bab al-fara'id.
2.5 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN BERKAITAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA YANG DIGUNAKAN DI MALAYSIA
Terdapat beberapa peruntukan yang telah wujud di negara kita digunakan dalam menguruskan dan mentadbir harta pusaka umat Islam. Antara peruntukan-peruntukan tersebut ada yang digubal melalui parlimen dan melalui dewan undangan negeri. Peruntukan adalah seperti berikut:
2.5.1 Undang-Undang Pusaka Islam (Faraid)
Sehingga kini di Malaysia masih tiada satu bentuk undang-undang pusaka Islam khusus yang telah dikanunkan dalam bentuk undang-undang bertulis oleh setiap negeri sepertimana yang terdapat di negara Mesir iaitu Qānūn al-Mawārīth 1943.Walau bagaimanapun, kaedah pembahagian pusaka secara Islam telah diikuti sepenuhnya oleh mahkamah syariah negeri-negeri. Dalam hal ini, rujukan selalunya dibuat kepada kitab-kitab fiqh Madhhab Syafici untuk menentukan kedudukan waris-waris dan bahagian-bahagian yang sepatutnya mereka terima dalam harta pusaka si mati yang beragama Islam.
2.5.2 Undang-Undang Pusaka Bukan Islam (Akta Pembahagian 1958)
Manakala bagi orang-orang bukan Islam, cara-cara pembahagian harta pusaka mereka ditetapkan dalam Akta Pembahagian 1958. Akta tersebut telah diluluskan bertujuan untuk menjelaskan hak-hak perwarisan harta si mati yang bukan beragama Islam serta bahagian-bahagian setiap seorang daripada mereka. Akta ini terpakai sekiranya si mati tidak meninggalkan wasiat. Bahagian setiap waris mengikut akta ini berbeza-beza mengikut keadaan sesuatu kes itu. Sebagai contoh isteri akan mendapat ½ bahagian jika si mati mempunyai waris lain. Jika si mati masih mempunyai ibu bapa yang masih hidup, maka baki separuh bahagian akan diserahkan kepada mereka. Jika ibu bapa meninggal dunia, maka baki separuh bahagian akan dibahagikan mengikut skala berikut iaitu kepada adik-beradik si mati, datuk neneknya, dan nenek moyangnya. Jika kesemuanya tiada, maka harta tersebut akan diambil oleh kerajaan.
Jika ada waris lain, maka bapa si mati akan mendapat 1/8 dan ibu pula mendapat 1/8 bahagian. Jika si mati meninggalkan bapa, ibu, isteri, dan anak-anak, maka bapa akan mendapat 1/8, ibu mendapat 1/8, isteri mendapat 2/8, dan anak-anak mendapat 4/8 bahagian. Sebaliknya jika si mati hanya meninggalkan suami atau isteri tanpa waris-waris yang lain, maka suami atau isteri akan mendapat kesemua bahagian harta si mati. Jika si mati tidak mempunyai waris, maka harta pusaka si mati diambil oleh kerajaan seperti mana yang telah disebutkan tadi. Peruntukan akta ini juga memperuntukkan bahawa anak yang tidak sah taraf tidak boleh mewarisi harta ibunya jika wujud anak yang sah taraf.
2.5.3 Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955
Akta harta pusaka kecil ini telah diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan (kini dipanggil Parlimen) pada tahun 1955 dan digunapakai untuk negeri-negeri di Malaysia Barat dan pemakaiannya mengikut tarikh-tarikh berikut iaitu Kelantan pada 1 Disember 1955, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu pada 1 Julai 1957, Kedah pula pada 1 Ogos 1962, Pulau Pinang pada 23 Disember 1965, dan Melaka pada 30 Disember 1965. Akta ini mengandungi 34 seksyen yang dipecahkan kepada lima bahagian dan di belakangnya mempunyai empat jadual. Sementara Peraturan No.495 mengandungi 18 peraturan, empat jadual, dan 31 borang-borang. Kesemuanya adalah untuk melengkapkan supaya prosedur pengurusan harta pusaka kecil dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.
Sebelum akta ini berkuat kuasa, di setiap negeri masing-masing mempunyai enakmen sendiri iaitu contohnya bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (yang tersiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang) menggunakan Enakmen Probet dan Pentadbiran Bab 8 (FMS), negeri Johor pula menggunakan Enakmen Harta Pusaka Kecil 1936 (Negeri Johor), negeri Kedah menggunakan Enakmen Pentadbiran Harta Pusaka (Enakmen No.1), negeri Terengganu menggunakan Enakmen Probet dan Pentadbiran (Enakmen No.22 Tahun 1356 hijrah), negeri Kelantan telah menggunakan Enakmen Pentadbiran (Enakmen No.2 1930), negeri Perlis menggunakan Enakmen Pentadbiran Harta Pusaka (Enakmen No.1 tahun 1338 hijrah), serta Pulau Pinang dan Melaka telah menggunakan Ordinan Probet dan Pentadbiran (Negeri-Negeri Selat Bab 51). Bagi negeri Sarawak pula pentadbiran harta pusaka kecil adalah mengikut Administration of Estates Ordinance Chapter 80 yang dipohon melalui Pejabat Daerah. Pegawai yang diberi kuasa untuk melantik pentadbir dikenali sebagai Pegawai Probet. Di negeri Sabah pula, pentadbiran harta pusaka kecil adalah mengikut The Administration of Native and Small Estates Ordinance. Permohonan boleh dikemukakan melalui Pejabat Tanah dan Ukur dalam daerah berkaitan.
Akta ini merupakan undang-undang bersifat tadbiran. Tujuan akta ini diperkenalkan ialah untuk menyelaraskan dan menyeragamkan cara-cara pembahagian dan tadbiran pusaka si mati sama ada beragama Islam atau bukan beragama Islam. Di samping itu, akta ini diluluskan bertujuan untuk menjimatkan perbelanjaan dan mempercepatkan urusan pengendalian serta pengurusan sesuatu tuntutan pembahagian pusaka kecil. Akta ini diguna pakai kepada semua tuntutan harta pusaka seseorang si mati sama ada semuanya mengandungi tanah-tanah sahaja atau sebahagiannya mengandungi tanah bersama dengan harta-harta alih yang lain seperti wang tunai, saham, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Johor (ASJ), dan sebagainya tetapi jumlah nilaian harta itu hendaklah tidak melebihi RM 2 juta pada tarikh permohonan itu dibuat.
Di dalam perbincangan kajian mengenai kes pengurusan harta pusaka di FELDA kemahang nanti akan melibatkan kaitan pengurusannya dengan akta harta pusaka kecil ini di mana tanah-tanah yang ditinggalkan oleh si mati (peneroka) merupakan harta pusaka yang terdiri daripada harta tak alih yang bernilai kurang daripada RM 2 juta. Maka segala apa perbicaraan mengenai pembahagian dan pengurusan harta pusaka akan dibicarakan di Unit Pembahagian Pusaka Kecil di daerah masing-masing. Namun begitu bidangkuasa akta ini hanya tertakluk kepada tanah-tanah pusaka FELDA yang sudah habis dibayar Bayaran Tahunan Disatukan (Consolidated Annual Charge atau dipanggil juga CAC) dan telah didaftarkan tanah tersebut atas nama peneroka tersebut bagi tempoh selama 99 tahun.
2.5.4 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 (Akta 97)
Akta ini dilaksanakan terhadap harta pusaka besar (biasa) dan harta pusaka ringkas. Harta pusaka besar ialah harta pusaka yang jumlah nilaiannya lebih daripada RM 2 juta sama ada terdiri daripada harta alih semuanya atau semuanya harta tak alih ataupun terdiri daripada campuran harta alih dengan harta tak alih, dan juga harta pusaka yang jumlah nilainya kurang daripada RM 2 juta tetapi si mati ada meninggalkan wasiat.
Akta Probet dan Pentadbiran 1959 telah dikuatkuasakan pemakaiannya di seluruh Semenanjung Malaysia pada 1 Februari 1960. Akta ini memperuntukkan cara-cara untuk mendapatkan surat kuasa probet dan surat kuasa tadbir di mana permohonan untuk mendapatkan kedua-dua surat kuasa tersebut boleh dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil. Menurut akta ini terdapat tiga jenis surat kuasa wasiat dan kuasa tadbir iaitu:
1) Surat kuasa wasiat (probet) jika si mati meninggalkan wasiat yang meliputi semua hartanya (bagi si mati yang bukan beragama Islam).
2) Surat kuasa tadbir bagi harta pusaka tanpa wasiat (intestate estate)
3) Surat kuasa tadbir dengan wasiat berkembar apabila si mati meninggalkan wasiat untuk sebahagian daripada harta peninggalannya dan sebahagian yang lain tanpa wasiat.
Akta ini digubal bertujuan untuk mentadbir, mengendali, dan menguruskan mengenai pembahagian harta pusaka orang-orang Islam dan bukan Islam. Undang-undang tersebut digubal berdasarkan Butiran 4 (e) Senarai 1 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Parlimen diberi kuasa membuat undang-undang dalam perkara berikut, tertakluk kepada perenggan (ii) iaitu:
(i) Kontrak, perkongsian, perenjenan dan lain-lain; majikan dan pekerja, rumah inapan dan tuan punya rumah inapan, perbuatan salah yang boleh diambil tindakan, harta, memindah milik harta dan mencagar harta kecuali tanah, bona vacantia, ekuiti dan amanah, perkahwinan, perceraian dan taraf anak, harta dan taraf perempuan bersuami, pentafsiran undang-undang persekutuan, suratcara boleh niaga, akuan berkanun, timbang tara, undang-undang persaudaraan, pendaftaran perniagaan dan mana-mana perniagaan, umur dewasa, remaja, pengambilan anak angkat, perwarisan harta berwasiat dan tidak berwasiat, probet dan surat mentadbir pusaka; kebangkrapan dan tidak berkemampuan, sumpah dan ikrar, batasan, berbalas-balas menguatkuasakan hukuman dan perintah, undang-undang keterangan.
(ii) Perkara yang tersebut dalam perenggan (1) tidak termasuk undang-undang diri orang Islam berhubung dengan perkahwinan, perceraian, penjagaan anak, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, undang-undang keluarga, pemberian atau perwarisan harta berwasiat dan tidak berwasiat.
2.5.5 Akta Tanah (Kawasan-Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960
Akta ini telah digubal pada tahun 1960 selaras dengan peruntukan di bawah artikel 76 Perlembagaan Persekutuan. Ia berkuat kuasa pada 30 Mei 1960 dan pada masa itu ianya hanya diguna pakai bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia sahaja kecuali Pulau Pinang dan Melaka serta kemudiannya dipinda untuk memasukkan kedua-dua negeri yang berkuat kuasa pada 1 Januari 1966. Tujuan penggubalan akta ini adalah bagi menyeragamkan pelaksanaannya bagi semua negeri di Semenanjung Malaysia iaitu dari segi polisi serta kuasa eksekutif yang diberikan kepada Pihak Berkuasa Negeri. Akta ini telah dipinda beberapa kali dengan tujuan menyesuaikan semula peraturan dan sekatan-sekatan mengikut keperluan dan kehendak semasa. Di antara pindaan tersebut yang melibatkan agensi-agensi pelaksana termasuk FELDA iaitu:
i. Pindaan Tahun 1965
– antara lain melibatkan perjanjian antara agensi-agensi pembangunan tanah dengan Kerajaan Negeri, pengisytiharan kawasan penempatan berkelompok, pembangunan tanah oleh koperasi yang dikelolakan oleh agensi pembangunan tanah.
– antara lain melibatkan perjanjian antara agensi-agensi pembangunan tanah dengan Kerajaan Negeri, pengisytiharan kawasan penempatan berkelompok, pembangunan tanah oleh koperasi yang dikelolakan oleh agensi pembangunan tanah.
ii. Pindaan Tahun 1982
– antara lain melibatkan penyerahan hak penduduk dalam menunggu hak milik dan penamatan atau pembatalan kawasan-kawasan penempatan berkelompok.
– antara lain melibatkan penyerahan hak penduduk dalam menunggu hak milik dan penamatan atau pembatalan kawasan-kawasan penempatan berkelompok.
iii. Pindaan Tahun 1994
– Akta ini kemudian menjalani semakan tahun 1994 dan kini dikenali sebagai Akta 530 yang mula berkuatkuasa pada 12.12.1994. Selepas semakan ini, Akta GSA dipinda lagi melalui pindaan A950 yang berkuatkuasa pada tahun 1996.
– Akta ini kemudian menjalani semakan tahun 1994 dan kini dikenali sebagai Akta 530 yang mula berkuatkuasa pada 12.12.1994. Selepas semakan ini, Akta GSA dipinda lagi melalui pindaan A950 yang berkuatkuasa pada tahun 1996.
iv. Pindaan Tahun 2002
– melibatkan pindaan kepada Seksyen 12, 14 dan 15
yang membolehkan pegangan desa diberi milik dan dimiliki
bersama tidak melebihi dari dua orang pemilik. Pindaan ini, adalah
bertujuan bagi membolehkan isteri, bekas isteri atau waris kadim
peneroka dimasukkan dalam pegangan desa sebagai pegangan
bersama atau pemilik bersama.
– melibatkan pindaan kepada Seksyen 12, 14 dan 15
yang membolehkan pegangan desa diberi milik dan dimiliki
bersama tidak melebihi dari dua orang pemilik. Pindaan ini, adalah
bertujuan bagi membolehkan isteri, bekas isteri atau waris kadim
peneroka dimasukkan dalam pegangan desa sebagai pegangan
bersama atau pemilik bersama.
Matlamat utama penggubalan Akta Tanah (Kawasan-Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 ialah bagi mewujudkan satu penempatan baru secara terancang dengan menyediakan sumber-sumber ekonomi melalui pembukaan ladang-ladang oleh agensi pelaksana. Pembangunan terancang ini berlandaskan kepada peraturan dan sekatan seperti yang terkandung dalam akta ini untuk memastikan kawasan yang dimajukan mencapai matlamat pembangunan ekonomi yang maksimum dari segi hasil ladang dan pendapatan peneroka. Matlamat sampingan dari akta ini adalah bagi membasmi kemiskinan dan agihan tanah kepada penduduk yang tidak bertanah, menggalakkan perindustrian berasaskan pertanian, mengatasi masalah tanah terbiar dan tanah yang tidak merata, serta mewujudkan satu masyarakat yang harmoni dan berdaya maju.
Akta ini mengandungi 48 seksyen yang dibahagikan kepada 9 bahagian utama. Di antara aspek dan konsep penting yang menjadi tanggungjawab pelaksana dalam membangunkan kawasan penempatan berkelompok adalah:
i. Pewartaan Kawasan Penempatan Berkelompok
Seksyen 4 berkehendakkan Kerajaan Negeri mengisytiharkan mana-mana kawasan tanah kerajaan sebagai satu Kawasan Penempatan Berkelompok. Seksyen 5 pula membolehkan Kerajaan Negeri membuat pengisytiharan mana-mana kawasan di dalam kawasan yang telah diisytiharkan di bawah seksyen 4, sebagai kawasan penempatan luar bandar yang merupakan kawasan pertanian.
Seksyen 6 pula membolehkan Kerajaan Negeri membuat pengisytiharan mana-mana kawasan di dalam kawasan yang telah diisytiharkan di bawah seksyen 4, sebagai kawasan penempatan dalam bandar yang merupakan kawasan kediaman. Urusan pewartaan kawasan ini melibatkan kerja-kerja pengukuran dan penyediaan pelan-pelan berkaitan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan sebelum satu-satu perisytiharan warta dilaksanakan.
ii. Surat Perjanjian Agensi Dengan Kerajaan Negeri
Seksyen 34 (i)
yang berkehendakkan agensi pelaksana membuat satu perjanjian dengan Kerajaan Negeri apabila satu-satu kawasan telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk dimajukan sebagai kawasan penempatan berkelompok. Surat perjanjian ini disediakan bagi membolehkan mana-mana tanah kerajaan dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Tanah dengan mematuhi beberapa syarat dan peraturan di antaranya termasuk :
yang berkehendakkan agensi pelaksana membuat satu perjanjian dengan Kerajaan Negeri apabila satu-satu kawasan telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk dimajukan sebagai kawasan penempatan berkelompok. Surat perjanjian ini disediakan bagi membolehkan mana-mana tanah kerajaan dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Tanah dengan mematuhi beberapa syarat dan peraturan di antaranya termasuk :
a. Lokasi dan keluasan tanah
b. Pecahan tanah kepada kawasan luar bandar dan keliling bandar
c. Jenis tanaman
d. Kadar bayaran cukai yang ditentukan dan tempoh bayaran
iii. Buku Daftar Pegangan (Register of Holding)
Seksyen 12 (i)
yang berkehendakkan setiap peneroka yang dipilih menyertai pembangunan dalam satu-satu kawasan didaftarkan dalam Buku Daftar Pegangan sebagai pendudukan dalam menunggu hak milik (Expectation of Title). Menjadi tanggungjawab agensi pelaksana mengadakan pengambilan peneroka-peneroka untuk menyertai tanah-tanah rancangan dengan kerjasama Kerajaan Negeri. Pemilihan dibuat berasaskan kepada syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi oleh calon seperti termaktub dalam seksyen 19
iaitu mestilah warganegara Malaysia, tidak mempunyai tanah atau memiliki tanah dengan keluasan tidak melebihi dua ekar termasuk tanah yang dimiliki isteri, dan tidak memiliki lot tanah bandar atau memiliki satu lot tanah bandar untuk kediaman sendiri.
yang berkehendakkan setiap peneroka yang dipilih menyertai pembangunan dalam satu-satu kawasan didaftarkan dalam Buku Daftar Pegangan sebagai pendudukan dalam menunggu hak milik (Expectation of Title). Menjadi tanggungjawab agensi pelaksana mengadakan pengambilan peneroka-peneroka untuk menyertai tanah-tanah rancangan dengan kerjasama Kerajaan Negeri. Pemilihan dibuat berasaskan kepada syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi oleh calon seperti termaktub dalam seksyen 19
iaitu mestilah warganegara Malaysia, tidak mempunyai tanah atau memiliki tanah dengan keluasan tidak melebihi dua ekar termasuk tanah yang dimiliki isteri, dan tidak memiliki lot tanah bandar atau memiliki satu lot tanah bandar untuk kediaman sendiri.
Seksyen 11 (i)
memperuntukkan setiap pegangan luar bandar atau tanah kebun lebih kurang 10 ekar sebagai punca pendapatan dan satu lot tapak rumah lebih kurang ¼ ekar sebagai tempat kediaman. Butir-butir maklumat kawasan ini adalah merupakan sebahagian dari maklumat yang direkodkan dalam Buku Daftar Pegangan. Pindaan kepada nama pegangan ini hanya dibenarkan mengikut seksyen 24
apabila berlaku pemindahan hak kepada pemegang lain yang diluluskan oleh Pemungut atau apabila berlaku kematian yang memerlukan waris simati mengambil alih hak pegangan yang diputuskan oleh Bahagian Pusaka oleh Kerajaan Negeri.
memperuntukkan setiap pegangan luar bandar atau tanah kebun lebih kurang 10 ekar sebagai punca pendapatan dan satu lot tapak rumah lebih kurang ¼ ekar sebagai tempat kediaman. Butir-butir maklumat kawasan ini adalah merupakan sebahagian dari maklumat yang direkodkan dalam Buku Daftar Pegangan. Pindaan kepada nama pegangan ini hanya dibenarkan mengikut seksyen 24
apabila berlaku pemindahan hak kepada pemegang lain yang diluluskan oleh Pemungut atau apabila berlaku kematian yang memerlukan waris simati mengambil alih hak pegangan yang diputuskan oleh Bahagian Pusaka oleh Kerajaan Negeri.
iv. Bayaran Cukai Tahunan Yang Disatukan (Consolidated Annual Charges atau CAC)
Seksyen 20
telah mensyaratkan tanah-tanah yang dimajukan dalam Kawasan Penempatan Berkelompok dibayar cukai tahunan yang disatukan yang meliputi premium cukai tanah, upah ukur, bayaran perkhidmatan dan lain-lain bayaran. Kadar bayaran seperti mana yang ditetapkan dalam surat perjanjian agensi dengan Kerajaan Negeri. Bayaran CAC ini menjadi satu syarat pendudukan pegangan dan menjadi tanggungjawab pemegang untuk menjelaskannya. Walau bagaimanapun tanggungjawab ini diambil alih oleh agensi pelaksana membuat bayaran untuk satu tempoh selama 15 tahun atau sehingga hak milik dikeluarkan ke atas pegangan tersebut. Bayaran CAC yang dijelaskan ini dikutip balik jumlahnya oleh agensi pelaksana melalui pendapatan hasil peserta yang terlibat.
telah mensyaratkan tanah-tanah yang dimajukan dalam Kawasan Penempatan Berkelompok dibayar cukai tahunan yang disatukan yang meliputi premium cukai tanah, upah ukur, bayaran perkhidmatan dan lain-lain bayaran. Kadar bayaran seperti mana yang ditetapkan dalam surat perjanjian agensi dengan Kerajaan Negeri. Bayaran CAC ini menjadi satu syarat pendudukan pegangan dan menjadi tanggungjawab pemegang untuk menjelaskannya. Walau bagaimanapun tanggungjawab ini diambil alih oleh agensi pelaksana membuat bayaran untuk satu tempoh selama 15 tahun atau sehingga hak milik dikeluarkan ke atas pegangan tersebut. Bayaran CAC yang dijelaskan ini dikutip balik jumlahnya oleh agensi pelaksana melalui pendapatan hasil peserta yang terlibat.
Dalam tempoh bayaran CAC ini, status tanah ke atas pegangan tersebut masih menjadi tanah kerajaan. Adalah menjadi tanggungjawab agensi pelaksana, apabila tamat tempoh bayaran CAC ini, menyerahkan hak (Vested) ke atas pegangan tersebut kepada Kerajaan Negeri untuk didaftarkan hak milik. Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk mengisytiharkan kawasan penempatan berkelompok ini bagi membolehkan peraturan dan sekatan-sekatan di bawah akta ini dilaksanakan.
v. Pembahagian Kawasan Pegangan
Seksyen 7 (1)
membenarkan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah membelah bagi mana-mana tanah di dalam kawasan penempatan berkelompok kepada beberapa pegangan yang mana keluasan setiap pegangan seboleh-bolehnya sama. Bersesuaian dengan peruntukan di bawah seksyen ini, menjadi tanggungjawab Lembaga Kemajuan Tanah melaksanakan kerja-kerjapengukuran kawasan sama ada melalui Juruukur berlesen yang dilantik ataupun melalui Jabatan Ukur Negeri.
membenarkan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah membelah bagi mana-mana tanah di dalam kawasan penempatan berkelompok kepada beberapa pegangan yang mana keluasan setiap pegangan seboleh-bolehnya sama. Bersesuaian dengan peruntukan di bawah seksyen ini, menjadi tanggungjawab Lembaga Kemajuan Tanah melaksanakan kerja-kerjapengukuran kawasan sama ada melalui Juruukur berlesen yang dilantik ataupun melalui Jabatan Ukur Negeri.
vi. Pengurus Sebagai Pemungut Hasil Tanah (Land Revenue Collector)
Seksyen 36 membenarkan agensi pelaksana dengan persetujuan Kerajaan Negeri melantik seorang pengurus untuk mentadbir satu-satu kawasan penempatan berkelompok yang juga berfungsi sebagai Pemungut Hasil Tanah dan berkuasa pada menjalankan perubahanperubahan yang sebagaimana yang dibenarkan dalam Seksyen 38.
vii. Undang-Undang Kecil (By Laws)
Seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 37
yang membenarkan agensi pelaksana selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri dan dengan mendapat kelulusan Menteri, membuat undang-undang kecil yang tidak bertentangan dengan Akta bagi tujuan menyempurnakan urusan pembangunan tanah kawasan penempatan berkelompok.
yang membenarkan agensi pelaksana selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri dan dengan mendapat kelulusan Menteri, membuat undang-undang kecil yang tidak bertentangan dengan Akta bagi tujuan menyempurnakan urusan pembangunan tanah kawasan penempatan berkelompok.
viii. Penamatan Kawasan Penempatan Berkelompok
Seksyen 44
– memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri, dengan perundingan Menteri berkenaan boleh mengisytiharkan penamatan mana-mana kawasan yang telah diisytiharkan sebagai kawasan penempatan berkelompok sama ada keseluruhannya atau sebahagian dari kawasan tersebut, untuk tujuan-tujuan tertentu seperti untuk pembangunan semula kawasan berkenaan. Dengan tindakan penamatan ini, kawasan terlibat tidak lagi menjadi kawasan penempatan berkelompok dan urusan pembangunan dapat dilaksanakan tanpa sebarang sekatan.
– memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri, dengan perundingan Menteri berkenaan boleh mengisytiharkan penamatan mana-mana kawasan yang telah diisytiharkan sebagai kawasan penempatan berkelompok sama ada keseluruhannya atau sebahagian dari kawasan tersebut, untuk tujuan-tujuan tertentu seperti untuk pembangunan semula kawasan berkenaan. Dengan tindakan penamatan ini, kawasan terlibat tidak lagi menjadi kawasan penempatan berkelompok dan urusan pembangunan dapat dilaksanakan tanpa sebarang sekatan.
ix. Sekatan-Sekatan Dalam Akta
Seperti termaktub dalam Akta ini, beberapa sekatan dimasukkan bertujuan bagi menjamin pembangunan tanah pertanian dilaksanakan secara berterusan dengan pengeluaran hasil yang maksimum yang memberi keuntungan kepada peneroka. Di antara sekatan tersebut ialah Seksyen 14
tidak membenarkan Pegangan Luar Bandar dikeluarkan kepada lebih dari dua orang pemegang yang dikira sebagai pegangan bersama atau pemilik bersama dan seksyen 15
memeperuntukkan kawasan Pegangan Desa tidak boleh pada bila-bila masa dibelah bagi (subdivided or partitioned). Seksyen ini juga tidak membenarkan pegangan desa dipajak (leased) sebahagian atau kesemuanya.
tidak membenarkan Pegangan Luar Bandar dikeluarkan kepada lebih dari dua orang pemegang yang dikira sebagai pegangan bersama atau pemilik bersama dan seksyen 15
memeperuntukkan kawasan Pegangan Desa tidak boleh pada bila-bila masa dibelah bagi (subdivided or partitioned). Seksyen ini juga tidak membenarkan pegangan desa dipajak (leased) sebahagian atau kesemuanya.
Selain itu juga, terdapat seksyen 17
yang menghadkan penggunaan kawasan Pegangan Luar Bandar hanya untuk tanaman tertentu sahaja seperti yang dipersetujui dalam perjanjian antara Kerajaan Negeri/Agensi pelaksana. Kawasan ini tidak boleh digunakan selain dari tujuan tersebut. Begitu juga wujudnya Seksyen 7(3)
yang menghadkan penggunaan Pegangan Bandar hanya untuk kegunaan perumahan, kegunaan awam, perdagangan, industri atau kegunaan-kegunaan lain seperti yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Di dalam bab yang seterusnya, penulis akan membincangkan dengan lebih terperinci tentang sekatan-sekatan yang menjadi isu di dalam membahagikan dan menguruskan harta pusaka peneroka FELDA khususnya FELDA Kemahang.
yang menghadkan penggunaan kawasan Pegangan Luar Bandar hanya untuk tanaman tertentu sahaja seperti yang dipersetujui dalam perjanjian antara Kerajaan Negeri/Agensi pelaksana. Kawasan ini tidak boleh digunakan selain dari tujuan tersebut. Begitu juga wujudnya Seksyen 7(3)
yang menghadkan penggunaan Pegangan Bandar hanya untuk kegunaan perumahan, kegunaan awam, perdagangan, industri atau kegunaan-kegunaan lain seperti yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Di dalam bab yang seterusnya, penulis akan membincangkan dengan lebih terperinci tentang sekatan-sekatan yang menjadi isu di dalam membahagikan dan menguruskan harta pusaka peneroka FELDA khususnya FELDA Kemahang.
Justeru itu melalui pemahaman peruntukan di atas, akta ini dilaksanakan terhadap tanah-tanah yang dibuka di bawah rancangan pembangunan FELDA. Peneroka-peneroka yang telah berjaya memasuki rancangan FELDA, mereka diberikan sebidang tanah pertanian seluas lebih kurang 6 hingga 10 ekar dan sebidang tanah untuk tapak rumah. Peneroka akan membayar kepada pihak FELDA secara beransur-ansur dengan cara 'Bayaran Tahunan Disatukan' setelah tanah rancangannya mengeluarkan hasil, kebiasaannya selepas 6 tahun. Tempoh 'Bayaran Tahunan Disatukan' adalah selama 15 tahun. Tanah rancangan FELDA itu adalah didaftarkan di atas nama Daftar Pegangan Desa dan hak milik tanah itu belum lagi didaftarkan serta dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah, kecuali setelah semua bayaran dijelaskan sepenuhnya oleh peneroka.
Terdapat petikan ucapan daripada Tun Abdul Razak bahawa dalam ucapannya yang berbunyi:
"Section 16 prohibits, upon the death of a holder, the distribution of a holding among a number of beneficiaries. It will be necessary for the beneficiaries to agree that the interest in the land should be assigned to a single holder and in default of such assignment, collector has the right to close the holding and dispose of the proceeds. I have been advised that the provisior will not infringe the principles of the Islamic Law as the land before alienation is subject to this condition already and therefore the settlers when they take up the land must accept the land together with the condition already attached to the land"
Apa yang boleh diambil daripada petikan pernyataan Tun Abdul Razak ialah beliau menyatakan bahawa apabila berlaku kematian seseorang peneroka semasa tanahnya masih di bawah Daftar Pegangan Desa (Register of Holding), maka seksyen 16 Akta Tanah (Kawasan-Kawasan Penempatan Berkelompok) mengkehendaki supaya tanah itu diturun milik kepada seorang waris yang berhak sahaja daripada kalangan ahli-ahli waris. Jika waris yang berhak lebih daripada seorang, maka mereka perlu memilih di kalangan mereka sesiapa yang layak untuk mewarisi tanah pusaka tersebut. Jika mereka bersetuju secara muafakat memberi kepada seorang sahaja daripada mereka, maka pentadbir tanah ataupun selalunya diuruskan oleh penyelia FELDA boleh menjual tanah pegangan itu dan hasil jualannya dibahagikan di kalangan ahli waris yang berhak mengikut kadar hukum syarak (faraid).
Meskipun kaedah penyelesaian pembahagian tanah pusaka rancangan pembangunan FELDA telah dinyatakan di bawah seksyen 16 Akta Tanah (Kawasan-Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, namun nilai pasaran tanah yang tinggi tidak memungkinkan mana-mana waris untuk membayar bahagian waris-waris yang lain. Lelongan kepada individu di luar waris-waris sebagaimana dibenarkan di bawah seksyen tersebut agak sukar untuk dilaksanakan kerana ianya tertakluk kepada beberapa peruntukan lain akta berkenaan. Apa yang dapat dilakukan adalah sekadar mengeluarkan Surat Kuasa Tadbir kepada seorang waris tertentu untuk suatu tempoh yang tidak terbatas. Maka berkenaan masalah inilah yang sering menjadi isu di dalam membahagikan dan menguruskan harta pusaka penduduk FELDA. Justeru itu, penulis akan mengungkap permasalahan yang terjadi dan isu-isu yang timbul di bab yang seterusnya.
2.5.6 Enakmen Rizab Melayu Negeri-Negeri
Enakmen ini melarang sebarang urusniaga dan pindah milik tanah simpanan melayu kepada orang bukan melayu. Enakmen ini mengehadkan penurunan milik tanah simpanan melayu si mati kepada waris yang bukan melayu, tetapi beragama Islam. Jika dilihat dari segi hukum syarak sebenarnya mereka (orang bukan melayu yang beragama Islam) berhak kepada harta pusaka itu.
2.5.7 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri
Enakmen ini pula mempunyai kuasa untuk memutuskan beberapa perkara yang berkaitan dengan harta seorang Islam terutamanya mengenai harta sepencarian, pusaka, hibah, dan wakaf. Kadangkala dalam kes-kes tertentu fatwa mufti amat diperlukan bagi menentukan harta pusaka dan orang-orang yang berhak terhadap harta tersebut.
2.5.8 Undang-Undang Penama
Melantik penama merupakan satu arahan yang sah mengikut undang-undang sivil dan amalan meliputi seluruh orang-orang Islam. Namun ini berbeza dengan Ordinan Wasiat 1959 yang mana ia hanya dipakai bagi orang-orang bukan beragama Islam sahaja. Persoalan yang timbul bagi hal penamaan (nomination) pada hakikatnya adalah sama dengan wasiat harta benda. Apabila berlaku kematian ke atas seorang penyimpan harta dan wang itu, maka akan menjadi hak mutlak penama akan harta si mati. Sedangkan penama itu kebanyakannya terdiri daripada ahli-ahli waris yang berhak menerima pusaka. Bagi orang-orang Islam, perlantikan penama seperti cara berkenaan jelas bertentangan dengan hukum faraid dan undang-undang wasiat Islam. Apabila membicarakan soal penamaan, ia melibatkan dua jenis harta iaitu:
1) Harta simpanan dalam institusi kewangan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Bank Simpanan Nasional, tabung haji, dan sebagainya.
2) Wang insuran nyawa yang ditinggalkan oleh si mati.
Perlantikan penama sudah lama diamalkan di Malaysia baik tentang harta orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam, tetapi baru-baru ini perkara ini telah mendapat perhatian pihak berkuasa yang mengambil keputusan bahawa amalan penamaan dan undang-undang yang berkaitan dengannya adalah bercanggah dengan hukum dan wasiat Islam. Pihak berkuasa juga meminta agar undang-undang penamaan dipinda supaya tidak membolehkan orang-orang Islam membuat sebarang penamaan dan membolehkan penamaan hanya boleh dibuat oleh orang-orang bukan Islam sahaja.
2.5.9 Customary Tenure Enactment 1909
Pada tahun 1909, Pejabat Tanah di Negeri Sembilan telah memperkenalkan undang-undang khas yang berkaitan dengan urusan tanah adat. Enakmen ini lebih dikenali sebagai Enakmen Pegangan Adat yang memperuntukkan cara-cara pembahagian harta pusaka berkaitan dengan tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka. Enakmen tersebut juga telah dipinda pada tahun 1930 untuk memperbaiki peraturan tersebut di masa hadapan sehinggalah terbentuk Enakmen Pegangan Adat dan Enakmen Pegangan Adat (Tanah Lengkongan) 1960 yang menumpukan pentadbiran tanah adat Kuala Pilah di Negeri Sembilan.
Tanah adat ialah tanah di bawah hak milik Pejabat Tanah yang diwartakan di bawah Enakmen Pegangan Adat dan Enakmen Pegangan Adat (Tanah Lengkongan) 1960 dan ianya diwarisi secara turun temurun oleh sesuatu kaum secara berkelompok. Malahan enakmen ini juga kebih mengutamakan pewaris perempuan seperti ibu, anak perempuan, nenek, dan cucu perempuan di dalam mendapatkan bahagian pusaka. Hal ini dapat dirujuk melalu kes Re Siwok, iaitu berkenaan kes ini Pejabat Tanah Rembau telah memberikan hak perwarisan kepada waris perempuan bukannya kepada waris lelaki. Siwok (perempuan) yang telah meninggal dunia dan si mati mempunyai waris-waris yang terdiri daripada seorang anak lelaki dan dua orang nenek saudara iaitu bernama Neresah dan Taipah. J.S.W Reid yang pada ketika itu seorang Pemungut Hasil Tanah Rembau telah memindahkan kesemua hak milik tanah Siwok kepada Neresah. Anak lelaki kepada Siwok dianggap tidak berhak mendapat apa-apa bahagian daripada harta peninggalan tersebut menurut adat pepatih.
Dalam sijil daftar tanah adat telah tercatat nama suku atau kaum berkenaan. Tanah adat banyak terdapat di daerah Jelebu, Rembau, Kuala Pilah, Jempol, Tampin, dan Gemas di Negeri Sembilan. Sementara di Melaka pula, tanah adat berada di Alor Gajah dan Jasin.
2.5.10 Peraturan-Peraturan Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 dan Pekeliling-Pekeliling Berkaitan
Selain undang-undang di atas, terdapat peraturan-peraturan harta pusaka kecil (pembahagian) 1955 dan pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian di Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi dari semasa ke semasa bagi menyelesaikan pembahagian harta pusaka kecil.
2.6 KESIMPULAN
Setelah kita melihat definisi-definisi harta pusaka menurut undang-undang Islam dan undang-undang ciptaan manusia, maka dapatlah kita lihat di sini bahawa terdapat persamaan dari segi definisi tersebut iaitu harta pusaka merupakan harta peninggalan si mati yang meninggal dunia. Melalui bab ini juga, kita dapat memahami hak-hak si mati sebelum harta peninggalannya dibahagikan kepada ahli waris mengikut pandangan ulama secara umum. Di samping itu juga, kita dapat mengenal beberapa peruntukan yang digunakan berkaitan dalam pengurusan dan pembahagian harta pusaka di negara kita. Hal ini di mana terdapat beberapa konflik undang-undang yang berlaku pada setiap peruntukan tersebut dengan hukum syarak. Di dalam bab 4 nanti, penulis akan mengulas pertentangan yang berlaku terutamanya undang-undang yang berkaitan dengan pengurusan pusaka peneroka FELDA Kemahang serta prosedurnya.
1 ulasan:
Very good ..mcm mna nak contct tuan ni
Catat Ulasan