DONATE

Selasa, 27 Januari 2009

AKIDAH DAN FIRAQ: KESESATAN AGAMA BAHAIE DAN AJARAN AHMADIYYAH

Agama Bahaism(LATAR BELAKANG)

• Agama Bahaism dinisbahkan kepada satu glgn manusia bahaism bernama Bahaullah.
• Di lahirkan pd 12 november 1817 dan mati pada 29 mei 1892.
• Pengasas kpd bahaisme iaitu Bahaullah mendakwa beliau penuhi ramalan iaitu kemunculan manifestasi Tuhan / teori “ Manifestation Of God”.
• Teori “Manifestation Of God” ini mengatakan bahawa:
 Tuhan sentiasa bagi perhatian pada manusia dari semasa ke semasa dengan memanifestasikan wakil Tuhan di dunia ini dengan manusiatertentu dianggap sesuai menjadi Manifestasi Tuhan(MT).
 Teori ini dikatakan bermula dengan Adam itu sendiri, muncul seterusnya beberapa orang lain.
 Pengasas agama-agama dunia seperti Zoroastrinism , India dll juga adalah MT.
 Bahaullah lihat dirinya sebagai pengasas agama baru, namun tidak melihatnya sebagai agama baru tapi sebagai pengemudi satu circle MT.

• Beliau mengarang beberapa kitab antaranya ialah Kitab Al-Aqdas dan Kitab Al-Iqan.
• Beliau dilahirkan di Tehran,Iran dan mati di Bahji, kawasan Israel , Palestin.
• Tehran ibukota Persia, sejarah keturunan Bahaullah dikesan dengan Nabi Ibrahim melalui isterinya Tetura→Zoroaster→ YAzdijer 3(Raja paling akhir dalam dinasti Sasanid).
• Ibunya bernama Khadijah Khanum, ayahnya Mirza Burzurg yang berkhidmat sebagai wazir kepada Imam Mirza Virdi anak lelaki ke 12 kepada Fath Ali Shah Qajar. Mirza Burzurg telah dilantik sebagai gabenor Burujird dan Lorestan.
• Selepas kematian ayahnya, Bahaullah diminta memegang jawatan kerajaan melalui wazir yang baru, Haji Mirza Aqasi namun beliau menolak.
• Bahaullah mempunyai 3 isteri yang dimadukan serentak iaitu Navvab, fatimih dan Gawhar dengan dikurniakan 14 anak, 10 lelaki dan 4 perempuan tapi 5 daripadanya mati lebih awal daripada beliau.
• Pada tahun 1844, seorang berusia 25 tahun dari Syiraz Sayyid Mirza Ali Muhammad telah gelar dirinya sebagai “bab” kepada Mahdi yang dijanjikan.
• Gerakan S.M.Ali Muhammad ini telah tersebar keseluruh Iran dan menerima tentangan daripada ulama Islamyang lain dan beliau telah dihukum mati pada tahun 1850 dengan ditembak.
• Selepas kematiannya muncul idea dia ghaib atau dah mati dan diganti oleh Bahaullah.

• Pada umur 28 tahun Bahaullah terima utusan bernama Mulla Husin bercerita kepadanya tentang cerita yang diterima dari Bab(S.M.Ali Muhammad)
• Bahaullah terima cerita itu bahawa Bab kata penggantinya itu ialah beliau & beliau menyebarkan cerita itu terutama kepada tempat kelahirannya.
• Keturunannnya dianggap notability dan telah sebarkan kepercayaan itu.
• Bahaullah juga beri perlindungan kepada pengikut-pengikut beliau.
• 1848 → beliau menghadiri konferen di Badash, Khurasan di mana 81 orang orang kuat babis bertemu di dalam konferen itu selama 22 hari.
• Dalam persidangan itu, satu diskusi antara babis yang mahu kekalkan undang-undang Islam dengan yang percaya mesej risalah babis sebagai a new mesej.
• Maka Bahaullah menggunakan nama Bahaullah pada tahun yang sama, berlaku violent antara kerajaan Qajar dengan babis yang dianggap sesat.
• 1850 →kumpulan babis ditahan selepas bab buat dakwaan secara terbuka di MT.
• 1852→2 tahun selepas pembunuhan bab Bahaullah menemui kumpulan pemimpin babis yang radikal.
Kumpulan radikal rancang menentang Shah Iran iaitu Shah Nasiruddin sebagai balas dendam terhadap pembunuhan bab. Namun candangan mereka ditentang oleh Bahaullah.
Namun pada 15 ogos 1852 kumpulan tersebut telah meneruskan rancangan mereka tetapi gagal bunuh Shah.
Oleh itu,tindakan kerajaan bertambah keras terhadap mereka dan mereka ini didakwa dan dibunuh termasuk Bahaullah yang ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara bawah tanah.
Mengikut cerita Bahaullah, semasa beliau dipenjara, beliau mengalami beberapa pengalaman mistik & beliau terima cahaya dari Tuhan& terima risalah sebagai utusan Tuhan &dialah yang dijanjikan oleh bab akan muncul .
Selepas 4 bulan dikurung, dia dikeluarkan atas desakan duta Iran kepada Shah Iran supaya berbuat demikian, selepas seorang yang mengaku dia bunuh Shah Iran bertanggungjawab dan menyerah diri.
Walaupun Bahaullah dibebaskan tapi dia tdk dibenarkan berada di Iran & dibuang keluar ke Iraq.
Belaiu sampai di Iran pada awal 1853.
• 1853→ Bahaullah tiba di Baghdad dari Persia dan menemui orang yang sealiran dengannya yang bernama Mirza Yahya yang telah dilantik oleh bab sebagai ketua di Baghdad.
• Mirza Yahya serahkan tugasnya kepada Bahaullah tapi tidak menyambut baik kedatangan Bahaullah.
• Oleh itu, Bahaullah telah pergi ke kawasan lain di pergunungan Kurdistan, satu daerah yang diluar dari Baghdad berhampiran City Sulaymayniah pada bulan april 1854. Tujuannya adalah untuktidak menjadikan masyarakat babis di sana berpecah belah.
• 2 tahun tinggal di pergunungan itu & berpakaian sepeti Darwish(miskin) dan digelar Darwish Muhammad Irani. Walaupun berpakaian seperti itu, beliau masih dikenali oleh orang-orang di situ sebagai menarik perhatian kumpulan-kumpulan sufi di situ seperti Naqsyabandiyyah, Qadariyyah. Malah beliau menjadi tetamu kepada seorang ketua terekat sufi di pergunungan.
• Bahaullah kemudiannya pulang ke Baghdad, lihat kumpulan babis berpecah di bawah Mirza Yahya dan Bahaullah tidak menyukai keputusan yang dibuat oleh Mirza Yahya untuk mengahwini janda “bab”.
• Oleh itu, Mirza Yahya ditentang dan pengikutnya berpaling kepada Bahaullah yang tinggal di Baghdad kemudiannya lebih 7 tahun namun masih belum cerita tentang MT & dia tulis ajaran-ajaran Bab- Kitab Al-Iqan.
• Bahaullah mula berpengaruh dan dapat perhatian para penentang mereka dan ulama-ulama muslim yang menentang mereka.
• Para ulama mendesak kerajaan Uthmaniyyah dan Parsi menyahkan Bahaullah dan pengikutnya dari Baghdad.
• Bahaullah telah dibuang daerah dari Baghdad →Istanbul(Constantinople).
• Sebelum itu, pada 22 April 1863 Bahaullah telah memasuki Taman Ridwan berhampiran Baghdad & berada di taman itu selama 12 hari sebelum ditangkap dan dibuang ke Constantinople. Taman ini menjadi sejarah bagi bahaism. Semasa tinggal di taman ini beliau isytihar dirinya sebagai Pembawa Risalah atau misi Messenger Of God.
• Pada hari inilah, Bahai menyambut 12 hari tersebut sebagai hari-hari perayaan Ridwan.
 Selama 11 tahun sebar ajaran secara rahsia dan akhirnya menyebarkannya secara terbuka. Pada masa penyebaran secara rahsia tempoh itu dianggap sebagai Time Of Consilmen(Sembunyi).
 Beliau berada di Istanbul selama 4 bulan, selepas itu di buang pula Adrianople kerana ditentang oleh penduduk setempat.
 W/Pun tidak menjadi banduan secara formal tapi dianggap tidak bebas dalam kegiatannya kerana duta Iran di Istanbul telah melaporkan kepada Sultan kerajaan Uthmaniyyah mengenai beliau. Oleh itu beliau dibuang ke Adrianople.
 Sebelum berpindah ke Constantinople beliau telah menulis tablet kepada Sultan tapi tidak diketahui kandungannya oleh orang yang membawa tablet itu iaitu Syamsibi “I know not what letter contained”.
 Pada Disember 1863, Bahaullah dan keluarga meneruskan perjalanan ke Andrianople selama 4 setengah tahun. Semasa berada di sini, beliau juga menulis surat kepada pemimpin-pemimpin dunia seperti Pope Pius IX, Napoleon III,dan Queen Victoria, Rusia, Roman Vatican dll.
 Pada 12 0gos 1868 dibuang ke Akka selepas berada di Andrianople. Pada 31 Ogos 1968 beliau tiba di Akka.
 Pada peringkat awal di tiba di Akka beliau dikawal rapi & dibicarakan beberapa kali atas tuduhan sebagai musuh Negara dan salah seorang anaknya mati dibunuh pada usia 22 tahun.
 Selepas beberapa tahun tersiksa, mereka diberi layanan baik dan sekatan dikurangkan terutamanya selepas kematian Sultan AbdulAziz &dibenarkan meninggalkan Akka.
 1877-1879 Bahaullah tinggal di rumah bernama Mazra’ih. Tahun-tahun akhir Bahaullah hidup dihabiskan di Mansion of Bahji di luar Bandar Akka. Semasa di Akka beliau telah tulis beberapa jilid buku termasuk Kitab Al-Aqdas.
 Pada tahun 1890, seorang orientalis(Edward Granville Brown) dari Cambridge telah temuduga Bahaullah & beliau telah tulis satu kisah yang menarik mengenai Bahaullah. Antara tulisannya, menceritakan pertemuannya dengan Bahaullah .
 9 Mei 1892 Bahaullah sakit dan mati pada 29 Mei 1892 dan dikebumikan berhampiran dengan Mension of Bahji.

DAKWAAN-DAKWAAN BAHAULLAH
 Bahaullah dakwa beliau sebagai “The Promised One for all religion” dan memenuhi Prophesy Messianic atau messianic prophecies-telahan-telahan yang bawa penyelamatan.
 Beliau mengatakan dakwaan-dakwaan itu di dalam tulisan-tulisan dan ucapan-ucapan beliau—penyempurna Messinic prophesy dan escatolologikal prophesy.
 Bahaullah Eschathological Claim- terdapat 6 identifikasi Messianic yang berbeza:
• Judaism→ Inkarnasi / penjelmaan semula “everlasting father” Yuletide Phope Isaiah;”Lord of Hosts”.
• Cristianity→ “Spirit of Truth” atau comforter yang diramal oleh Jesus dalam Khutbah Selamat Tinggal dalam John 14-17 dan kembali Christ “In The Glory Of The Father”.
• Zoroastrianisme → Kembali Shah Bahram Varjavand, seorang messiah Zoroastrian diramal dalam pelbagai teks-teks Pahlavi yang terkemudian.
• Shiah Islam→ Kembali Imam ke 3 iaitu Imam Husayn.
• Sunni Islam→ Kembali Jesus/ Isa.
• Babisme → dia yang Tuhan akan tonjolkan.
SEMUANYA INI MERUJUK KEPADA BAHAULLAH DAKWANYA.
 Walaupun Bahaullah tidak dakwa dirinya sama ada messiah Hindu atau Budhist, namun pada dasarnya beliau telah melakukannya melalui tulisan-tulisan beliau. Kemudian Abdul Baha mendakwa dialah Kalki Avatar iaitu dalam tradisi Hindu Klasik Vainavas ialah penjelmaan semula yang ke 10 terakhir Vishnu yang akan datang untuk menamatkan Zaman Kegelapan dan Pembinasaan.
 Bahais juga percaya bahawa Bahaullah adalah penyempurna kenabian kemunculan Maitraya Budha, iaitu seorang Buddha yang akan muncul di bumi mencapai Pencerahan sempurna, dan mengajar ajaran Dharma yang asli, toleransi. Bahais percaya bahawa ramalan Maitraya akan muncul dan cerita itu telah disempurnakan oleh ajaran-ajaran Bahaullah terhadap keamanan dunia.
Karya-karya Bahaullah
•Tablet-tablet, doa-doa dan buku-buku. Sebahagian daripadanya adalah terjemahan B.inggeris dan ada tak diterjemahkan.
 15 ribu tulisannya. Ianya berbentuk buku-buku, surat-surat meliputi ajaran agama, dakwaan-dakwaan dan undang-undang ajaran Bahai yang melibatkan moral dan peerundangan.
 Seorang penganalisis tulisan-tulisan Bahaullah mengatakan beliau tulis dalam perlbagai style termasuk tafsiran agama, undang-undang,sufi dll.
 Juan.I.R COLE-ULASAN- Beliau sangat berminat dengan pelbagai perkara termasuk Bahaisme(rujuk-Bahaullah ,Wikipedia, the free encyclopedia)
UNHDR-Human Right-konsep kemodenan. Untuk alasan kepentingan—Nabi dan pengasas akidah Bahai.
Tokoh-tokoh Bahai semuanya beri komitmen luar biasa kepada jaminan human right tapi tak bermaksud tidak ada konflik scripture Bahai dengan secular human right.
Agama dan hak-hak manusia berada dalam konflik yang penting. Walaupun agama-agama dunia dedicated nilai-nilai spiritual yang utama iaitu respect dan love tapi teks-teks lama di antara tahun 13bc hingga 7 a.d yang kitab-kitab ini berada dalam situasi masyarakat Agraria kuno.dikurniakan beberapa hak peribadi kepada beberapa individu dan hak awam.
Masyarakat pertanian, masyarakat agama yang selalu mengalami masalah akidah.
Penganut agama menghadapi masalah kerana kitab mereka sudah lama.cth abad ke 19-Roman katolik dengan muslim clergy.
Hak-hak kebebasan→particular brand of modern political. Political liberalism pada abad ke 15 untuk tentang 3 brand politik iaitu fessim(rjk nota), anti liberalism dan komunism.
Sebelum perang dunia ke-2-Roman Katolik komited kepada political rights. Melihat ini sebagai 1 kecenderungan.
Revolusi Perancis →feudal & agama Kristian.
Dikalangan orang Islam juga, banyak pihak berkuasa Islam tolak Liberalism tapi Muhammad Abduh tidak tentang Liberalism di Mesir.
Sejak muncul UNHDR yang muncul di United Nation pada 10 Disember 1948, Bahai sejarahnya bermula ketika ada tradisi human rights Amerika. Kedua-dua deklarasi ini jadi batu asas untuk orang Eropah .
Sejarah juga tunjuk apabila UNHDR diterima United Nation, maka berlaku peperangan di Negara-negara cth Soviet Union yang tak undi deklarasi itu. Afrika selatan juga tidak sokong UNHDR. 1948 wakil Pakistan sokong UNHDr dalam PBB.

AJARAN-AJARAN ASAS BAHAULLAH

 Akidah →Percaya pada Tuhan yang satu tapi Tuhan secara silih berganti memberi wahyu kepada kemanusiaan. Wahyu yang diterima dari semasa ke semasa “Divine Manifestation”

 Bahaullah mendakwa 7 ajaran utamanya selepas akidah di atas.
1) Meninggalkan semua bentuk prejudis.
2) Jaminan kepada semua wanita, kesamaan sepenuhnya peluang seperti lelaki.
3) Unity – pengiktirafan kepada kesatuan dan kerelatifan kebenaran-kebenaran agama.
4) Penghapusan kemiskinan dan kekayaan yang melampau.
5) Pengrealisasian pendidikan universal.
6) Tanggungjawab setiap orang untuk secara independen mencari kebenaran.
7) Penubuhan atau pengwujudan atau pembentukan bangsa-bangsa komanwel global.
8) Pengiktirafan bahawa kebenaran agama adalah harmoni dengan akal dan ilmu saintifik.

Huraiannya;-

1) MENINGGALKAN SEMUA BENTUK PREJUDIS:- Bahaullah tekan dan focus,seru manusia supaya punyai fahaman atau tawanan yang tidak dicampuri politik. Semua budaya,bangsa perlu ada pemahaman yang sama. Wujudnya satu bentuk manusia. Pernyataan-pernyataan yang menganggap sesuatu kumpulan atau bangsa tertentu lebih tinggi(superior) daripada yang lain adalah tidak berasas mengikut Bahaullah kerana ianya menimbulkan prejudis. Prejudi berlaku dalam pelbagai bentuk atrnya bangsa, agama, nationality,class dll. Prejudis dalam konteks apapun perlu diatasi jika mahu bentuk masyarakat global yang aman damai. Bahaullah menyeru pengikutnya membuat usaha bersungguh-sungguh untuk bersihkan diri dari prejudis. Karyanya berjudul “ The Hidden words” menggesa manusia beri perhatian terhadap isu prejudis. Manusia tidak boleh prejudis kerana sumber/unsure kejadian manusia itu sama iaitu dari tanah. Perbezaan manusia bukan untuk prejudis tapi untuk kesatuan. Cara untuk sampai kesatuan bukan dengan penindasan tapi kesedaran mengenai asal-usul manusia.
Cara hapus prejudis

Kesedaran bahawa dari unsure yang sama. Menghormati the intrinsic value kerana nilai-nilai intrinsic perlu dihormati. Menghormati value individu dalam budaya berkenaan. Kepelbagaian sepatutnya tidak menjadi konflik tapi sebagai satu pemahaman bersama dan kerjasama bersama.

Bahai ambil pemisalan yang akan menunjukkan meninggalkan prejudis adalah berasas.
“Cuba pandang kepada bunga-bunga di taman, pelbagai jenis, warna dan bentuk sedangkan bunga yang pelbagai diairi dari sumber yang sama, dan mereka juga perlu cahaya matahari yang sama, kepelbagaian bunga itu menambahkan keindahan taman”.
Dianalogikan dengan manusia yang memiliki kepelbagaian bentuk tubuh dll boleh dilihat seperti perbidalan itu.


2) JAMINAN KEPADA SEMUA WANITA KESAMAAN SEPENUHNYA PELUANG SEPERTI LELAKI

Perjuangkan emansipasi wanita yang merupakan syarat paling penting untuk capai keamanan wanita perlu diberi hak yang sama. Penafian hak dan kesamaan wanita dan lelaki adalah satu kezaliman terhadap sebahagian penduduk dunia yang terdiri daripada wanita.

Bahai ajar pengikutnya tidak ada alasan untuk tidak memberikan full equality kepada wanita dari pelbagai sudut hanya apabila wanita dialu-alukan untuk menjadi kawan dalam bidang kemanusiaan maka masyarakat akan capai kedamaian.

Pada 1985, Universal House Of Justice mengeluarkan pernyataan mengenai ajaran Bahaullah “ prinsip persamaan di antara wanita & lelaki”.
Bahaullah mengajarkan pengikut-pengikutnya tentang persamaan gender. Ini merupakan satu prinsip ajaran Bahaullah, bahawa lelaki dan wanita adalah sama “women and man are equal”. Hujahnya:

 Wanita & lelaki sama dan akan sentiasa sama pada mata Tuhan.untuk menghalalkan polisi ini Bahai telah haramkan poligami. Menghapuskan poligami dalam Bahai adalah untuk tentukan prinsipnya bahawa lelaki perempuan sama.
 Institusi Bahai promosi pendidikan wanita setaraf dengan lelaki. Wanita terdiri daripada 30% dipilih untuk berada dalam organisasi Bahai.
wanita Bahai aktif promosikan ajaran Bahai sejak awal lagi(1844 di Iran). Antara pengikutnya wanita bernama:-

1) Tahirih → seorang penyair dan scholar Persian. Tahun 1852 dia menjadi korban musuhnya kerana pertahankan keprcayaannya. Dibunuh pada tahun itu. Antara perjuangnya ialah membebaskan wanita dari tradisi yang mengongkongnya. Bebaskan dari veil.

2) Laura Dreyfus Barney→menjadi ahli yang pertama dalam komuniti Bahai di Eropah. Selepas perang dunia kedua dia pegang peranan yang penting di peringkat antarabangsa di United Nation International Children Emergency Fund-UNICEF. Beliau mendapat pengiktirafan dunia.

3) Martha Root→ seorang jurnalis Amerika. Melalui penulisan-penuliasn beliau memperjuangkan “women equality” dan sebarluas ajaran-ajaran Bahai yang lain.
Bahai International Community(BIC) telah diiktiraf oleh PBB untuk perjuang hak-hak wanita---ECOSOC-economic and social council pada tahun 1970yang mana BIC menjadi ahlinya. 1975 BIC ambil bahagian dalam conference pertama dunia mengenai wanita di Mexico City, 2 wakil BIC adalah wanita. BIC telah menyertai seminar-seminar berkenaan wanita pada tahun 1995.

3)Keesaan Agama/ Kesatuan Agama

Prinsip ini menjadi asas ajaran bahai. Bahai- kemanusiaan adalah satu usaha dan proses dari manusia untuk kemanusiaan berkenaan. Ia perlu dilakukan untuk capai kemanusiaan. Anak yang baru dilahirkan –maturity, begitu juga dengan agama –agama yang ada di dunia ini. Agama yang terakhir adalah agama yang boleh menyatukan semua agama.

Dalam karya Bahaullah Kitab Al-Iqan –menjelaskan bahawa Tuhan Pencipta telah campurtangan,akan campurtangan dalam sejarah manusiadengan pemilihan wakil-wakil yang dipilih. Wakil-wakil yang dipilih ini, Bahaullah namakan “ Manifestation of God”. Mereka ini pada dasarnya adalah pengasas kepada ajaran-ajaran seperti Abraham, BUdha, Moses, Zoroaster, Muhammad s.a.w dll. Mereka ini adalah pengasas agama wahyu.mereka semua didatangkan Tuhan dalam sejarah manusia dan membawa system-sistem social , undang-undang dalam ajaran masing-masing. Membolehkan manusia maju secara kolektif dan evolusi.

Mereka juga sebagai ketua pendidik-pendidik kemanusiaan mengenai kepelbagaian system agama. Bahaullah mengatakan sumber-sumber agama-agama itu adalah satu iaitu dari Tuhan yang memilih Manifestation of God& beliau kiaskan dengan cahaya matahari ---yang datang dari satu sumber yang menerangi alam seluruhnya.

 Oleh itu prinsip kesatuan agama yang ditajaoleh Bahai ini mengatakan bahawa semua pengasas agama datang dari Tuhan.

 System agama walaupun berbagai yang diwujudkan oleh Manifestation of God(M.O.G) adalah plan Tuhan yang Esa kepada semua manusia. Maksudnya ialah KESATUAN AGAMA.
Dalam reality boleh dikatakan bahwa semua agama datang adri Tuhan yang sama. Agama yang satu ini sentiasa berevolusi dan tidak kekal dengan yang sebelumnya. Agama Bahai mewakilisatu tahap evolusi agama berkenaan.

Bahaullah telah menolak pendapat mengatakan ada agama tidak berasal dari Tuhan. Oleh kerana ia datang dari TUhan maka sumbernya adalah satu.

Apa yang disampaikan oleh M.O.G ini adalah kata-kata Tuhan yang tidak salah. Tulisan-tulisan yang berasal dari mereka ini dianggap berasal dari Tuhan.
Sejarah agama dilihat sebagai satu siri penurunan wahyu dari Tuhan yang boleh “progressive …” untuk jelaskan penerusan wahyu.

Mengikut Bahaullah “Progressive Revelation” adalah kuasa motif kepada kemajuan manusia dan manifestasi Bahaullah adalah contoh paling terkini. Tempoh masa antara satu manifestasi Tuhan itu 100 Tahun.

Proses revelasi ini tidak berhenti kerana kalau berhenti Tuhan dikatakan bisu. Dalam proses ini wahyu tak akan berhenti dan akan sentiasa diturunkan.
Untuk menjustifikasikan dakwaannya, maka Bahaullah mengaku dia M.O.G.
Agama itu adalah untuk progressive human.

Oleh kerana dia hubungkan M.O.G, maka dia perlu beri penjelasan tentang kedudukan nabi-nabi. Kenapa dia pilih nabi Ibrahim –kerana mereka ini punya sejarah penting dalam membentuk tamadun manusia pada zaman masing-masing.
Kesan daripada ajaran nabi adalah besar terhadap sejarah manusia. Menikut Bahaullah semua M.O.G punyai metafizik&spiritual nature yang sama. Tidak ada antara mereka ini yang lebih dari yang lain.
تلك الرسل........” dalam Islam. Ia buat satu perbandingan ---seru manusia kepada fenomena alam semesta ini dimana “ Ajaran yang dibawa semua dari Tuhan……….”.
Mengenai perbezaan syariat antara Nabi, Bahai menganggap itu tidak penting.
Walaupun bahai tidak ada satu doktrin mengenai “incarnation”, analogi yang digunakan ialah “ the sun and the mirror” atau “ matahari dan cermin” yang mana ia dianologikan untuk faham the oneness of religion.

Konsepnya,
1) return(kembali)
2)reappearance( muncul kembali).

Sumber cahaya kepada cermin itu ialah matahari walaupun cermin itu lebih dari satu.
Cara analogi ini, Bahais menganggap manifestasi Bahaullah itu memenuhi konsep return &reappearance.
Bahaullah menggunakan manifestasi sbg sign symbol ialah mewakili satu tahap kewujudan di antara Tuhan & kemanusiaan. Manifestation → God Existence & Human Existence.

Apa yang dimiliki oleh manusia tidak dimiliki oleh binatang. Manifestation of god tidak ada pada manusia biasa. Oleh itu mereka yang layak dipilih oleh Tuhan untuk jadi God Manifestation. Mereka ini tidak boleh disamakan dengan ahli falsafah dll kerana kapasiti mereka lebih tinggi.

Ajaran Bahai menegaskan bahawa manusia mempunyai tabie dualism iaitu 1) fizikal 2) non material.

1) Fizikal : terdiri daripada komponen-komponen yang sama dengan binatang. Cth: perlu makan, minum dll.

2) Non Material: rasional dan roh yang kekal dan tidak mati.
Tapi mereka berbeza dengan manusia lain, iaitu mempunyai sifat yang lain dari manusia lain.

• Mampu terima wahyu
• Mampu pindah wahyu dengan tidak salah menyampaikan wahyu.Itu (Infallibility).

 Bahaullah menjelaskan M.O.G berbeza dari yang lain. beliau menjelaskan bahawa setiap roh individu yang diangkat menjadi God manifestation. Dengan ini, belaiu mahu pengikutnya mengiktiraf beliau.

 Kalau lihat fenomena alam, bulan ambil cahaya dari matahari, matahari ambil cahaya dari mana?

4)Penghapusan Kekayaan & Kemiskinan Yang Melampau

Terdapat kezaliman dunia hari ini ketidakseimbangan ekonomi & dalam dunia.
Kekayaan di tangan segelintir manusia majoritinya sangat miskin dan menderita. Ketidakseimbangan wujud dikalangan bangsa-bangsa jurang perbezaan yang melebar( persepsi Bahai mengenai ekonomi) menunjukan sis.ekon yang ada tidak mampu memberikan sesuatu yang adil.

Satu penyelesaian yang dapat diberikan perlu dicari dari sudut pandangan Bahai.
“Pembangunan Ekonomi Yang Menekankan Kepada Penonjolan Materialism Adalah Sangat Salah Konsepnya Dalam Hubungan Dengan Tabiat Manusia Itu Sendiri”.
Bahai menulis dalam karyanya:- “ fundamental of the ….. “Prinsip-prinsip kedudukan ekonomi ada hubungan dengan ketuhanan dan dihubungkan dengan dunia dari sudut hati dan roh”.

Manusia yang hidup di dunia dijangkiti oleh satu penyakit:-

1. Kurang cinta/ketiadaan cinta
2. Ketiadaan altruism---satu konsep yang perlu ada pada manusia : untuk buat sesuatu tidak untuk dapat sesuatu.memberi tanpa mengharapkan balasan.
Bahaullah mengatakan pula ketidakadilan ekonomi adalah suatu “Kejahatan Moral”
“wahai orang-orang kaya di atas dunia, orang miskin di kalangan kamu adalah amanahmu jagalah amanahku janganlah memikirkan kepentinganmu kekayaanmu sahaja”
“wahai anak-anak Adam, beritahu yang kaya, jika mereka tidak memberi kepada yang miskin maka mereka melalui jalan kemusnahan dan mereka tidak akan dapat pokok kekayaan”.

Bahai mengatakan kekayaan digunakan untuk jangka panjang dan bukan untuk faedah jangka pendek.

Kerjasama antara orang-orang kaya dan miskin adalah penting kerana dapat beri kehidupan pada masyarajat dan boleh kurangkan ekstrem poverty.
Bahai menggalakkan kerjasama & tolong menolong. Sebab ketiadaan sikap ini akan binasakan masyarakat.

5) Pengrealisasian Universal Education

Pencarian ilmu. Bahai kata ilmu adalah sayap kepada manusia untuk naik dan wajib atas setiap orang. Ilmu memainkan peranan penting. Merupakan proses pembentukan dan penggunaan ilmu adalah pusat kepada sesuatu tamadun.Kemajuan masyarakat lahir dari ilmu.

Oleh itu “The Universal House Of Justice Pada Tahun 1985 mengeluarkan satu kenyataan berkaitan pendidikan universal.
“ sebab pendidikan universal yang telah disenaraikan sebagai satu sayap untuk manusia dari pelbagai bangsa berhak mendapat universal education dan kerajan-kerajaan dunia perlu berikannya”.

Kejahilan perlu dihapuskan untuk hapus prejudis. Tidak ada satu bangsa yang dapat capai kejayaan melainkan pendidikan diberikan. Kekurangan sumber menghadkan kepentingan ini dilaksanakan. W/bagaimanapun, manusia perlu beri priority kepada manusia kerana dapat bangunkan manusia & elak prejudis.

Faedah-faedah pendidikan sangat penting kepada sesuatu masyarakat. Perlu diberikan seawal mungkin. Kanak-kanak juga perlu diberikan pendidikan awal.

6) Penyelidikan Bebas Untuk Kebenaran

Tanggungjawab utama manusia untuk dapatkan ilmu dengan menggunakan matanya sendiri( persepsinya sendiri). Kenapa idea ini penting bagi Bahai? Kerana kalau orang tidak percaya Bahai maksudnya dia masih terikat dengan persepsi orang lain.

Bahai percaya bahawa kebenaran adalah satu, tidak dapat dibahagikan dan perbezaan yang wujud dikalangan manusia mengenai kebenaran kerana mereka terikat dengan prejudis. Hanya manusia yang mencari kebenaran akan bersatu dibawah satu kebenaran.

7) Pewujudan Global Komanwel Nations

Suatu yang perlu kerana dengannya menyemarakkan keamanan dikalangan manusia & jadi satu ajaran Bahai yang penting.
Seru semua pemimpin dunia supaya meninggalkan perselisihan sesame mereka dan kembali berdamai.

Anggapan “dunia ini hanya satu Negara & manusia adalah rakyat-rakyatnya”. Dengan prinsip ini Bahai merasakan perlu pembentukan Global Komanwel Nations jika ia dapat dibentuk. Struktur tidak pelbagai & tidak berlaku konflik of interest . Oleh itu, ia kan dapat mengurangkan jurang perbezaan dan membentuk uniti kesatuan dalam G.K.N mana satu bentuk perundangan &mahkamah digunapakai untuk selesaikan pertelingkahan di antara bangsa-bangsa.

International executive jalankan tugas-tugasnya di seluruh dunia.
Institusi-institusi ini semua berada pada tahap dunia Global yang menaungi dunia.

AJARAN FEQAH BAHAI MENURUT KITAB AL-AQDAS

1) SEMBAHYANG :→

merupakan tugas dan tanggungjawab pengikut Bahai. Tidak menghadap kiblat Makkah sebaliknya kiblat mereka ialah tempat Bahaullah resting place iaitu Akka.
Diwajibkan ke atas lelaki dan perempuan apabila matang umur 15 tahun. Walaupun ia wajib ke atas mereka ini, tapi ada pengecualian ke atas :

a) Orang sakit
b) Orang yang melebihi 70 tahun
c) Wanita yang datang haid, tapi mereka perlu ambil air sembahyang dan berzikir ayat yang diturunkan sebanyak 95 kali satu hari.

Sembahyang secara individu. Sembahyang boleh dipilih dari 3 waktu yang diberikan
Iaitu pagi, tengahari dan petang.

Jenis-jenis sembahyang wajib: 1) panjang→kena baca panjang, 2) pendek →pendek dalam 24 jam, 1 sembahyang panjang sudah cukup.

CARA BERWUDUK UNTUK SEMBAHYANG:

a) Dahului dengan baca ayat doa sembahyang panjang. Setiap kali sembahyang kena ambil air sembahyang baru.
b) Jika air tidak diperolehi atau jika digunakan ia berbahaya kepada tangan dan muka maka ia boleh diganti sembahyang itu dengan baca ayat lain.
c) Jika cuaca sangat sejuk, dicadangkan penggunaan air suam.
d) Jika wudhuk dilakukan untuk satu-satu tujuan perbaharuan wudhuk untuk solat tidak perlu lagi.
e) Wudhuk penting sama ada satu mandian dilakukan sebelum itu atau tidak.

KETETAPAN WAKTU SEMBAHYANG

a) Bergantung pada jam, dibenarkan di Negara-negara yang terletak jauh yang mana hari malam panjang, maka hendaklah bergantung pada jam, jangan bergantung pada terbit atau jatuh matahari.

b) Dalam keadaan bahaya sama ada mengembara atau tidak, mereka tidak diwajibkan solat tapi bpoleh diganti dengan baca ayat-ayat yang ditentukan sebanyak 18 kali.
Sembahyang jemaah ditegah melainkan atas mayat.
Bacaan untuk sembahyang mayat 6 bacaan keseluruhannya yang perlu dibaca.
Rambut boleh dinampakkan.

2) PUASA
Diwajibkan kepada pengikutnya.
Waktu berpuasa bermula denganhari-hari tertentu dan tamat dengan Nauruz festival.
Cara berpuasa:•meninggalkan makanan
•umur 15 tahun.
Pengecualian berpuasa kepada:-

1. Pengembara lebih dari 9 jam.
2. Berjalan kaki melabihi 2 jam
3. Mereka yang sakit
4. Umur 70 tahun
5. Wanita yang menjaga anaknya
6. Wanita yang menyusukan anak
7. Wanita semasa haid- 95 kali perlu membaca zikir.
8. Orang yang bekerja berat

Puasa kerana sumpah & nazar dinamakan puasa untuk nazar tapi mesti nazar yang berfaedah.

3) PERKAHWINAN

Sangat menggalakkan perkahwinan tapi tak galakkan plurality of wives.
Persamaan hak antara lelaki dan wanita.
Perkahwinan disyaratkan capai tahap matang 15 tahun.
Perkahwinan mesti mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak bukan saja ibubapa tetapi pengantin lelaki & perempuan.

Wajib ke atas kedua-dua pihak untuk membaca ayat-ayat tertentu ketika kahwin.
Berkahwin dengan mak tiri diharamkan.
Semua perkara berhubung dengan perkahwinan mesti dirujuk kepada “ house of justice”.

4) PERTUNANGAN

Tidak melebihi 95 hari.
Melarang bertunang dengan wanita yang belum matang.

Perkahwinan disyaratkan gdhauri(mas kahwin) kepada pihak perempuan ditetapkan pada kadar 19 misqal emas tulen untuk penduduk Bandar. Tapi untuk penduduk kampong 19 misqal silver bergantung pada tempat tinggal suami. Boleh lebih tapi tidak melebihi 95 misqal. Sangat digalakkan lelaki itu member 19 misqal perak.

Jika bayaran tidak dapat dijelaskan maka dibenarkan membayar dengan promissory, note,check bank.

Dalam kes dah setuju nak kahwin tapi tak jadi kahwin, dauri pula sudah dibayar, maka tidak boleh diminta semula dauri tersebut.Tidak perlu menunggu kerana perkahwinan tidak berlaku.

Tempoh eddah bagi wanita yang kehilangan suami ialah 9 bulan. Selepas mendapat berita yang sah dari dua orang lelaki yang dipercayai.
Jika suami yang meninggalkan isteri tidak mengetahui tentang hokum dan peraturan dalam kitab Al-Aqdas maka isteri kena tunggu satu tahun.
Jika sebelum ia pergi, ia bagitau suami/isteri itu tahu tentang peraturan maka isteri tak perlu menunggu setahun.

Pihak suami boleh minta mas kahwin kalau isteri didapati tidak ada dara.
Jika perkahwinan itu diisyaratkan atas kedaraan maka dauri diminta semula dan boleh dibatalkan perkahwinan. Tapi untuk sembunyikan perkara ini adalah sangat baik disisi Tuhan.

5)PERCERAIAN

Perkara ini dikutuk, jika berlaku pergaduhan dan mahu bercerai, itu dibenarkan tapi setelah menunggu penuh selama satu tahun, mesti disaksikan oleh 2 orang saksi atau lebih.

Tindakan perceraian mesti didaftarkan oleh pegawai undang-undang.
Hubungan seks semasa menunggu tempoh perceraian adalah dilarang. Kalau melakukannya juga maka perlu bertaubat& perlu bayar19 misqal emas kepada House Of Justice.Perceraian diharuskan jika suami isteri tidak harmoni hanya selepas setahun penuh.

Tidak perlu tunggu dan boleh terus kahwin.Seorang isteri yang dicerai kerana ketidaksetiaan isteri maka dia tak dapat bayaran dari suami semasa menunggu perceraian.

Perkahwinan semula diharuskan dengan syarat dia belum kahwin lagi, jika dia kahwin dengan orang lain dia perlu ceraikan dulu.Jika pada sesuatu masa menanti, boleh beberapa kali cerai. Tidak ada konsep talak satu, dua atau tiga seperti dalam Islam.

6)HARTA PUSAKA

Dibahagikan kepada 9 kategori. 2 bahagian digunakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pengebumian jenazah. Bakinya dibahagikan seperti berikut:

1) Anak 9/42 atau 540/2520
2) Suami /isteri 8/42 atau 480/2520
3) Bapa 7/42 atau 420/2520
4) Ibu 6/42 atau 360/2520
5) Adik beradik lelaki 5/42 atau 300/2520
6) Adik beradik perempuan 4/42 atau 240/2520
7) Guru-guru 3/42 atau 180/2520

Asalnya bahagian anak-anak lelaki sedikit sahaja, tapi telah digandakan oleh Bahaullah. Apabila ditambah bahagian anak lelaki, bahagian yang lain dikurangkan.
Dalam kes dimana tidak ada bahagian anak, maka diberi kepada House Of Justice untuk digunakan untuk anak-anak yatim dan janda dan lain-lain yang berfaedah.
Jika seorang anak lelaki meninggal dunia, dia akan mewarisi bahagian bapanya- A→B →C. B mati, maka C dapat warisan.
Anak perempuan yang tinggalkan cucu, syernya dibahagi 7 bahagian( sila rujuk Wikipedia).


7)HAJI

Golongan lelaki saja yang diwjibkan haji tidak wanita yang dilaksanakan di tmepat- tempat seperti Shiraz, Akka.

Lain-Lain : Pemansuhan undang-undang tertentu dan ordinan tertentu untuk menonjolkan dirinya seorang yang berjasa. Jangan marah Jiran, jangan tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa, beriskap jujur dll.

100 TAHUN KEPERCAYAAN BAHAI DI EROPAH(Jurnal 1998; Bahai Studies Review)

 Peranan wanita tidak berbeza dengan lelaki.
 Laporan-laporan mengenai pembunuhan babis muncul dalam akhbar eropah dari tahun 1885 dan Bahai telah pergi ke Eropah sekitar tahun 1863-1868.
 Dalam hidupnya, masyarakat Bahai di Eropah wujud pada 1898 di Paris. Bermula dari sekecil yayasan di Paris, BAhai di Eropah telah berbeza dengan masyarakat BAhai antarabangsa.
 Artikel ini menyatakan sumbangan dan perkembangan Bahai di Eropah. Tujuannya →ramalan yang dibuat oleh bab yang eropah menerima agamanya telah terlaksana.
 Bermula dengan beberapa orang individu dan kemudian jadi komuniti.
 Pada 1900 aktiviti terfokus di Paris di mana May Bolles→Maxwell memperkenalkan kepercayaan Bahai kepada orang-orang Bahai.
 Pada tahun 1983 atau 1953, 2 national assembly di eropah ditubuhkan iaitu British & Australia.
 1953 selepas perang dunia ke2, bentuk semua NSA bertempat di Itali & Switzerland.
 Pada akhir 1963, 14 NSA ditubuhkan di beberapa Negara Eropah.

EROPAH DALAM TULISAN-TULISAN BAHAI
Sejumlah raja-raja Eropah terima surat dari Bahai, Soghi Efendi menghubungkan kejatuhan raja-raja Eropah kerana mereka gagal terima seruan Bahaullah. Ada positif& negative dalam tulisan Soghi Efendi.
PERTUBUHAN BAHAI EROPAH
Masyarakat Bahai di Eropah jumlahnya kecil. Pada tahun 1997 dianggarkan 140000, lebih ramai berbanding di Oceania iaitu 73000.
Tapi jumlah di Eropah & Oceania lebih kecil dari di Negara lain. Proposisi Bahai 140/1 juta.
Di Afrika 20 kali lebih dari yang sebelumnya di Oceania 17x.
Akhir tahun 1990—2 komuniti Bahai terbesar di Albania & Romania di Negara-negara lain Ireland dll.
3 perkara penting data demografi.
1. Agama Bahai suatu yang kuat di Pulau-pulau di Eropah.
2. Peranan Imgrasi- penduduk Bahai di Eropah bukan kerana dapat tarik pemeluk baru tapi penghijrahan pemeluk Bahai dari tempat lain ke Eropah.
3. Penubuhan yang impressive di Ireland. Apa yang istimewa sedangkan mereka bejumlah kecil.

SIFAT-SIFAT / SUMBANGAN2 BAHAI EROPAH

1) Wanita memainkan peranan yang berbeza dalam perkembangan agama Bahai, Eropah Patriarki, Bahai samakan Lelaki & perempuan.
2) Menyedarkan masyarakat dunia supaya mempertahankan masyarakat Bahai di Iran.
3) Muzik & seni Bonait Lich –dapat pingat daripada pihak berkuasa British kerana kraftangan.
4) Penerbitan

PERANAN WANITA

Wanita main peranan sangat penting dalam Bahai di Eropah.
wanita dari Amerika sebar Bahai di Eropah.---Denmark, Perancis, Norway.
Salah seorang perintis Maryam Jack yang telah berusaha gigih mewujudkan Bahai di Bulgaria dan dianggap lagenda. Selain beliau ialah Mata Root dan Queen Marie of Romania.
Soghi Efendi beri penghormatan kepada Queen Marie kerana dialah wanita raja pertama memeluk ajaran Bahai.

Pengajian terhadap Bahai
Para pengkaji Eropah telah memerhatikan perkembangan Bahai. Orientalis jadi pelajar kepada agama Bahai seperti Edward Grambil Brown yang mengkaji Bahai dan kaji buku yang ditulis dalam bahasa Perancis 1865 oleh Govino.
Orang-orang Denmark tertarik dengan bentuk budaya yang dibawa oleh Bahai pada pendapat Warburg:

a) Emansipasi
b) Independen
c) Idealistic

CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI BAHAI DI EROPAH

 Antara cabaran-cabaran yang dihadapi mereka di Eropah ialah bagaimana nak membina dari capaian masa silam-perlu mengekalkannya-perlu salur maklumat. Selain itu konsolidasi dan sumbangan Eropah kepada budaya Bahai.


MASA DEPAN AHMADIYYAH(13/8/2008)

Gerakan yang bermula dengan lemah di satu kampong yang terpencil di Qadiyan,India yang akan menyambut 100 tahun di akhir abad ini.
Pada masa ini, ia menjadi suatu gerakan dunia. Sangat terkenal kerana kesungguhan untuk penyebaran Islam & kebangkitan semula Islam.

Merujuk kepada seorang British Muslim, Marmaduk Victal, yang memuji gerakan Ahmadiyah kerana memntingkan revival kerana lima abad umat Islam dalam kemunduran.
Ianya merupakan satu gerakan yang berjuang untuk pertahan & merevivalkan Islam. Tidak sahaja ditentang oleh Kristian kerana gerakan ini akan memusnahkan ajaran-ajaran palsu yang dikenakan gereja. Ia juga menjadi target oleh gerakan Islam yang ganas.

Seluruh media mengandungi propaganda yang jahat terhadap gerakan ini dan tidak beri peluang kepada mereka untuk jelaskan.
Masa depan islam sangat bergantung pada masa depan gerakan Ahmadiyyah. Kenyataan ini satu yang agak mengada-ngada tapi kami(org Ahmadiyah) ada bukti untuk mengatakan ianya benar.

Kita sedar bahawa orang Islam hingga ke hari ini sangat bahawa ketinggian Islam sangat dapat dicapai dengan politik & kuasa.
Pada abad ke 14, Negara-negara Islam menjadi bebas merdeka, dengan kuasa minyak orang Islam muncul sebagai kuasa yang sedang meningkat.
Tiba pada abad ke 15,dunia Islam menjadi mangsa permusuhan sendiri. Mimpi mereka mengenai ketinggian Islam berkaitan politik tidak dicapai.
“ Reading Between The Line”.

Dunia sekarang zaman akal & intelektualisme dan tidak boleh guna kekerasan tapi guna cara berfikir dan kebijaksanaan intelektual.
Dalam konteks ini, HAZRAT MIRZA GHULAM AHMAD menggesa orang islam membuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh untuk tinggikan Islam tapi dia telah ditentang.
w/pun begitu, beliau telah ditugaskan oleh Allah, selepas terima wahyu, belaiu dapat penjelasan Islam akan diterima di Barat.

Beberapa kenyataan mengenai Islam cerah di eropah.Pergerakan di langit untuk penyebaran Islam.Malaikat turun ke hati-hati manusia yang baik.Minda liberal orang eropah lihat Islam.Denyutan jantung orang-orang mati mula berdenyutan dengan kehidupan.Orang-orang cerdik pandai ketepikan agama Trinity. Orang-orang cerdik pandai tidak tertarik kepadanya. Sekali lagi mereka tertumpu kepada bunga cantik mengembang dalam kebun umat ini. Bayu pagi menyebarkan angin ini.

Imaginasi yang menulis tidak tahu bahasa inggeris tapi Eropah akan terima Islam kerana di sana ada :

Intelligence minds
Liberals minds

PERJUANGAN PERTAMA PENGASAS AHMADIYYAH

Sebar Islam kepada orang Eropah.
Melihat Islam diserang oleh penemuan-penemuan sains dan orang melihat serangan ini melemahkan Islam. Tapi Mirza lihat yang akan dikalahkan ialah modern saintific knowledge. Dia harmonikan modern saintific knowledge.

Beliau yakin Islam meningkat di Barat & tidak ada konflik antara kedua-duanya.
Mirza bersyukur dikurniakan dengan ilmu dengan cemerlang. Berterima kasih kepada Tuhan kerana menerima ilmu tentang Islam dengan cemerlang. Dengan ilmu Islam itu, dia bukan sahaja dapat kawal Islam dari serangan bahkan dapat buktikan kepalsuan sains-sains baru.

Islam tidak perlu takut dengan serangan-serangan ini. Mirza Nampak tanda-tanda kemenangan Islam di langit, kemenangan spiritual.
Kuasa ketuhanan Islam akan melemahkan kuasa-kuasa yang menentangnya.
Tuhan sahaja yang jadi kapten kapal ini.

Pengasasnya mahu pengikut-pengikutnya punyai iman yang hidup terhadap Tuhan. Oleh itu, dia gesa pengikutnya mendekati Tuhan dengan itu Tuhan akan beri rahmat dan kasih sayangnya yang jadi pelindung kepada mereka.
Tuhan penentu segala-galanya. Jika jadi hamba Allah yang hina, Allah akan disisi kamu sentiasa.

Jangan hilang hati dari TUhan, maksudnya jangan putus asa, teruskan berusaha mendekati Tuhan.

Tuhan tidak pernah mungkir janji. Tuhan dah janji pada MIrza sendiri,” tuhan telah memunculkan seorang pemberi amaran tapi Tuhan tidak terimanya, tapi Tuhan akan terimanya……”

Tuhan sentiasa melawatnya.

Masa depan Islam bergantung sangat pada gerakan Ahmadiyyah. Hanya gerakan Ahmadiyah yang telah:
mereorientasikan kebenaran ajaran Islam, Sunnah.
menunjukkan kepada dunia, Tuhan Islam Tuhan HIdup.
Tuhan adalah kalimah al-Quran yang terakhir. Islam agama universal truth yang menjamin kebebasan manusia & keharmonian kebebasan berfikir.

Kepercayaan Ahmadiyyah →percaya kepada Allah, Tuhan bercakap dengan manusia. Kalau Tuhan bercakap sekali sahaja dengan manusia maka Tuhan dalam Islam sama dengan Tuhan dalam agama lain. Tuhan sentiasa menjawan doa, beri kefahaman dan ilmu.
Orang-orang Ahmadiyyah sangat cinta dan kuat sembahyang.

INVITATION TO AHMADIYYAH (1980) Ahmad Mirza Bashiruddin Mahmud
Bashiruddin menganggap beliau sebagai Khalifatul MAsih П .


Tujuan menulis buku ialah: menyampaikan kepada anda dan yang lain satu mesej yang Tuhan beri untuk bawa kepada mereka Islam dan kepada Nabinya yang suci.
Baca buku ini mendapat keredhaan Tuhan.
Huraian2 mengenai kepercayaan & ajaran Ahmadi dalam Islam. Penjelasan yang dibuat oleh pengasas Ahmadiyyah & hujah-hujah yang diasaskan kepadanya.
Nama Ahmadi/Ahmadiyyah:- tidak tunjuk kepada satu agama baru, Ahmadis adalah muslim & agamanya Islam. Kalau seleweng w/pun sedikit dari Islam maka adalah menyeleweng. Ahmadi ambil nama Ahmadiyyah tapi pengambilan nama ini tidak tunjuk pengambilan agama baru tapi nama kepada satu pentafsiran semula atau penyataan semula kepada agama Quran.
Pernyataan yang berpandukan Tuhan. Nama Ahmadi beerti bertujuan membezakan Ahmadi Muslim daripada muslim-muslim lain & tafsiran Ahmadi dari tafsiran-tafsiran yang lain.
Nama Islam diberikan oleh Tuhan kepada pengikut Nabi Muhammad s.a.w dalam surah al-Hajj(79). Jika dirujuk Bible ada juga tentang nama Islam.
Islam agama yang diturunkan oleh Allah kepada semua manusia & ia sumber kepada kehidupan kerohanian. Tapi pada masa kini pelbagai kumpulan muslim terima Islam & berbeza dalam beberapa aspek.
Nama yang sempurna ialah Ahmadi atau Ahmadiyyat yang penting kerana berperanan untuk sebarkan Islam kepada seluruh dunia mesej yang universal kepada seluruh dunia.
Bashiruddin menganggap tugas kumpulan ini adalah sebarkan Islam yang mempunyai mesej universal yang dibawa oleh Nabi.
Masa untuk menzahirkan sifat-sifat Ahmadiyyat & sifat Muhammadiyyah telahpun zahir sebelum ini. Muslim dari segi hati & roh.
Berpegang kepada apa yang benar dipegang oleh Muslim.
W/Pun sedemikian sesiapa yang menuduh Ahmadiyyah sebagai kafir mereka adalah kejam & zalim dan akan disoal oleh Tuhan nanti.
Seseorang itu dapat dijatuhkan hukuman terhadap apa yang dilafazkan dengan mulutnya bukan apa yang dipegang dalam hatinya. Siapa yang dapat mengatakan apa yang ada dalam hati manusia? Jika seseorang itu tuduh orang lain, dia mengangkatkan dirinya ke taraf Tuhan(The Status Of God).
Ahmadiyyah mahu menegaskan “ hanya tuhan yang tahu apa yang ada dalam hati manusia” .
Holy Prophet(Nabi Muhammad) mengakui keterbatasan manusia ini.”Nabi sendiri mengakui bahawa dia tak tahu apa yang ada dalam hati manusia jadi, salah beri hak kepada orang yang tak berhak maka orang itu mengambil api neraka untuknya”. Hadis sahih bukhari, Kitabul Ahkam.Muuzatul Iman.
Cerita Usama bin Zaid yang merupakan ketua dalam satu peperangan berdepan dengan orang kafir yang hendak dibunuh & orang kafir itu mengucap dua kalimah syahadah tetapi Usama bunuh juga orang kafir itu dengan alasannya kerana orang kafir itu berpura-pura masuk Islam. Nabi berkata kepada Usama “ Adakah engkau tahu apa yang ada dalam hati orang itu?
Kesimpulannya orang-orang Ahmadiyyah mangatakan perlu mengambil cerita ini supaya jangan tuduh mereka.

KEPERCAYAAN YANG DIPEGANG AHMADIS
Tuhan berkomunikasi dengan manusia dalam bentuk→undang-undang dll.
Daripada semua hubungan Tuhan dengan manusia yang paling sempurna ialah Al-Quran, kandungannya untuk selama-lamanya. Apa yang terkandung tidak boleh dimansuhkan oleh wahyu dari Tuhan masa depan.
Tuhan utus rasul-rasul untuk pandu manusia. Yang mengikut rasul dapat rahmat, pintu rahmat sentiasa terbuka.
Peranan Rasul & kelebihan nabi Muhammad s.a.w yang menjadi ketua kepada nabi-nabi sebelumnya, bumi menjadi masjid( boleh sembahyang dimana-mana sahaj).
Tuhan dekat dengan manusia, bukan buat dunia dan duduk sahaja tapi sentiasa dengar doa-doa & permintaan umat berdalilkan al-Quran surah al-Baqarah ayat 187.
Ahmadiyyah percaya ada 2 undang-undang yang berbeza:-
1) Undang –undang Nature:- yang kuat menang & yang lemah kalah. Dalam pertarungan Musa dengan Firaun, Firaun yang menang dan Musa kalah tapi bukan undang-undang ini yang terpakai, undang-undang Tuhan yang digunakan sebab itulah Musa yang menang.
2) Undang-undang Tuhan/ God Laws:- Tuhan guna kuasa yang ada padanya untuk bantu manusia yang dikasihi & memusnahkan musuh-musuh kepada manusia yang Tuhan kasih itu. Cth:-peristiwa Nabi Musa & peristiwa Nabi Muhammad s.a.w lawan musuh-musuh yang mahu hapuskan baginda. Terpaksa keluar 10 tahun sebelumnya ke Madinah & kembali ke Makkah dengan kemenangan.
Kepercayaan terhadap hari akhirat→ manusia akan dibangkitkan. Manusia akan temui Tuhan di akhirat nanti & mendapat balasan.
Wujudnya neraka untuk orang kafir yang durhaka kepada Tuhan kecuali yang bertaubat. Sangat sejuk & sangat panas seksaan. “Jahat pun tak berkekalan dalam neraka. Neraka akan kosong apabila tiba masanya kerana Tuhan telah mengampunkan penghuninya.
Syurga →ada ketenangan & kedamaian. Penderitaan tidak akan wujud. Di dalam syurga kemahuan-kemahuan yang rendah tak wujud. Kehendak manusia jadi kehendak Tuhan. Mereka akan capai selamanya. Semua orang adalah imej Pencipta. Tuhan telah cipta Adam atas imej Tuhan.
Manusia yang hidup dalam syurga adalah berada dalam imej Penciptanya.

PERBEZAAN AHMADIYYAH DENGAN ORANG ISLAM LAIN

1) Isa Mati Seperti Manusia Biasa→mereka percaya Jesus dari Nazareth mati biasa sahaja. Musuh-musuhnya menganggap itu sebagai penghinaan terhadap Jesus, kesalahan terhadap al-Quran dan tentangan kepada ajaran Nabi yang suci.
 Mereka berpendapat sedemikian kerana kalau berpendapat Nabi Isa masih hidup bererti dia bukan manusia biasa. Sedangkan semua nabi mati termasuk Nabi Muhammad sendiri pun mati, jadi takkan Isa tak mati. Isunya “ siapa yang lebih mulia Nabi Isa atau Nabi Muhammad. Ajaran ini merupakan keagungan Tuhan & kehormatan kepada Nabinya.
2) Kematian Jesus diajar oleh al-Quran dan Hadith→berdasarkan surah al-Maidah ayat 118 & ali –Imran ayat 56.
3) Sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w juga bersetuju tentang kematian Jesus.→cth:peristiwa kewafatan Nabi, saidina Umar boleh menerima pada mulanya namun diterangkan oleh Abu Bakar. Pointnya :-
a) Membuktikan bahawa takde satupun sahabat2 bangun & berkata ada Nabi yang tak mati.
b) Bila Abu Bakar baca al-Quran ( berkaitan ayat ali-Imran 145) takde siapa yang bantah.
c) Umar yang paling sayang Nabi pun tidak ingat tentang Nabi Isa tapi ingat kisah Nabi Musa je dan tak sebut pun tentang Nabi Isa yang tak mati.
4) Ahli bait juga bersetuju tentang kematian Jesus→nabi Muhammad takde sesiapa yang sampai tahap macam baginda.NAbi tak ambil kepentingan untuk diri sendiri.

RINGKASAN KEPERCAYAAN-KEPERCAYAAN AHMADIYAH

1. Percaya bahawa Tuhan wujud-menyakinkan tentang kebenaran yang terpenting.
2. Percaya bahawa Tuhan adalah Esa- tidak ada teman di sini atau di syurga.unik dalam kesatuanNya
3. Percaya bahawa Tuhan adalah suci, bebas dari segala kecacatandan penuh dengan kesempurnaan. kuasaNya sentiasa terbukti dan sifatnya kekal.
4. Percaya bahawa malaikat adalah sebahagian daripada ciptaan Tuhan. Malaikat hanya memanifestasikan Kehendak dan Kebijaksanaan Tuhan.
5. Percaya bahawa Tuhan bercakap kepada hambaNya yang terpilih dan mewahyukan kepada mereka tujuan-tujuanNYa.
6. Percaya bahawa tanpa pertolongan Tuhan adalah sukar untuk manusia melepaskan diri dari Syaitan lantaran kegelapan dunia dan tenggelamnya manusia dalam dosa dan kejahatan.
Dan yang lain-lain seperti tersebut di atas dalam tajuk kepercayaan2 Ahmadiyyah.
Wallahua’lam. Bittaufiq wannajah. Insyaallah .

Isnin, 26 Januari 2009

FALSAFAH PERUNDANGAN ISLAM: Konsep al-hajiyat

1. Pengenalan

Ditinjau dari sudut bahasa syariah bermakna jalan menuju sumber air. Sedangkan makna istilahnya, syariah adalah penerapan seluruh aspek kehidupan sesuai ajaran Islam, yang mengandungi masalah ibadah dan sebagainya yang dinisbahkan pada al-Quran dan sunnah rasulullah s.a.w. Mahmut Syaltut yang mendefinisikan syariah sebagai jalan atau sistem kehidupan yang dibuat oleh Allah bagi manusia dalam hubungan dengan Allah s.w.t, sesama muslim, sesama manusia, kehidupan dan alam semesta. Oleh itu pengertian syariah ialah meliputi seluruh hal dan perkara yang berkaitan dengan ajaran Islam itu sendiri.

Syariah menurut metodologi ilmu Islam bererti apa sahaja yang ditetapkan oleh Allah s.w.t untuk para hambanya baik tentang akidah, ibadat, akhlak, muamalat dan apa sahaja tata hidup di dunia ini. Namun begitu apabila disebut akidah dan syariah, kebiasaannya syariah akan lebih dimengertikan sebagai hal-hal yang melibatkan perundangan atau tata cara hidup manusia di dunia.

Tujuan-tujuan syariat Islam atau maqasid syarie ialah rahsia-rahsia yang diletakkan oleh Allah di dalam setiap ketentuan hukumnya. Pada pandangan al-Syatibi, Allah mencipta syariat dengan tujuan untuk merealisasikan maqasidnya untuk sekalian manusia iaitu untuk memberikan kebaikan (maslahah) kepada mereka dan mengelakkan kerosakan atau keburukan (mafsadah) daripada menimpa mereka (Syatibi. 1996). Dan diantara nas-nas al-Quran yang mengatakan tujuan diturunkan syariat ialah di dalam surah huud ayat 88:

“Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) kebaikan selama aku masih mampu”.

2. Jenis-jenis kemaslahatan

Syariat Islam sebagaimana syariat-syariat yang lainnya adalah bertujuan untuk menjaga dan memelihara lima benda ataupun dikenali sebagai kulliyat al-khams atau al-dharuriyat al-khams. Lima perkara tersebut ialah memelihara agama, jiwa, keturunan, akal dan harta. Ini kerana kelima-lima perkara ini amat penting bagi menjamin umat Islam sentiasa terpelihara, dapat melaksanakan syariat Allah dengan sempurna dan dapat menahan daripada serangan musuh-musuh Islam. Manakala cara untuk memelihara lima kepentingan ini dapat dibahagikan kepada tiga tingkatan, yang mana setiap tingkatan mempunyai keutamaan masing-masing. Dan tingkatan-tingkatan ini dikenali dikalangan ulama dengan istilah al-dharuriyat, al-hajiyat dan al-tahsiniyat.

Al-dharuriyat bermaksud segala sesuatu yang tidak dapat ditinggalkan dalam kehidupan keagamaan dan keduniaan manusia. Dalam erti kata lain, jika ia tidak ada maka kehidupan manusia di dunia ini akan menjadi rosak dan tidak teratur. Contohnya untuk memelihara keadilan dan keamanan manusia, maka telah di syariatkan hukuman hudud. Al-hajiyat pula bermaksud sesuatu yang diperlukan oleh manusia dalam menghindari kesempitan dan menolak kesulitan. Yang mana jika ia tidak ada maka manusia akan mengalami kesulitan dan kesempitan, akan tetapi ia tidak sampai merosakkan kehidupan. Contohnya diberi ‘rukhsah’ kepada orang yang sakit dan bermusafir untuk berbuka puasa di bulan ramadhan. Al-tahsiniyat bermaksud hal-hal yang menjadi tuntutan dari martabat diri dan akhlak yang mulia untuk mendapat kehidupan yang baik. boleh dikatakan bahawa perkara tahsiniyat ini ialah perkara pelengkap untuk mempunyai kehidupan yang lebih selesa. Contohnya telah disyariatkan prinsip mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan kebaikan-kebaikan yang disunatkan berupa sedekah dan amalan-amalan baik yang lainnya (Syeikh Muhammad Tohir Bin ‘Asyur. 1998).

Ketiga-tiga bahagian ini mempunyai martabatnya masing-masing. Di dalam satu-satu masalah, perkara al-dharuriyat akan menjadi keutamaan daripada perkara al-hajiyat. Dan jika terdapat pertembungan diantara perkara al-hajiyat dan al-tahsiniyat, maka perkara al-hajiyat lebih utama dan al-tahsiniyat tidak sekali-kali akan mendahului al-hajiyat. Akan tetapi, perbincangan di dalam kertas kerja ini akan tertumpu kepada al-hajiyat dari segi makna, bahagian dan kepentingannya di dalam kehidupan manusia.

3. Makna al-hajiyat

Makna al-hajiyat menurut Syeikh Muhammad Tohir ialah apa yang diperlukan oleh manusia untuk mendapat kebaikannya dan mengatur semua perkara kepada keadaan yang lebih baik (Syeikh Muhammad Tohir. 1998). Yang mana jika tidak dijaga perkara ini, ia akan menjejaskan aturan kehidupan akan tetapi ianya cuma merangkumi perkara yang kurang penting yang tidak sampai ke tahap al-dharuriyat. Telah berkata Syartibi “al-hajiyat ialah apa yang berkehendakkan dari segi kesenangan dan mengangkat kesulitan. Jika ia tidak dijaga, maka ia akan menyebabkan kesulitan dan kesempitan akan tetapi ia tidak sampai kepada kerosakan yang teruk kepada maslahah umum” (Syeikh Muhammad Tohir. 1998). Iaitu masalah yang tidak sampai ke tahap terdesak, tanpanya tidak menjejaskan lima perkara yang wajib dijaga tadi. Sementara Imam Syatibi menyatakan sekiranya tidak dilaksanakan maslahah ini akan menyebabkan sedikit bebanan dan kepayahan namun tidak membawa kepada kerosakan kepada lima perkara tersebut.

Syarak amat menekankan penjagaan terhadap maslahah ini terutamanya dalam ibadat, muamalat dan jenayah. Kehidupan manusia tidak sempurna dan stabil sekiranya hilang maslahah ini yang akhirnya akan menyebabkan mereka terpaksa hidup dalam keadaan kesempitan. Umpamanya dalam masalah sewaan pada asalnya tidak harus kerana mengambil manfaat pada benda yang tiada,akan tetapi kerana hajat manusia maka dibolehkan dan sebagaimana kata Imam Sayuti “al-Hajah jika secara umumnya seperti dharurah”. Begitu juga dalam masalah mudharabah pada asalnya juga tidak diharuskan kerana keuntungan tersebut majhul akan tetapi sebagai rukhsah untuk keperluan manusia juga dibenarkan. Hal ini dinyatakan oleh Ibn Rusyd: “Sesungguhnya rukhsah pada dharurah adalah untuk memberi rezki (kurniaan) kepada manusia” (http//www.Free.ProHosting.com).

4. Pembahagian al-hajiyat

Di sini penulis akan membahagikan al-hajiyat kepada beberapa bahagian mengikut beberapa aspek;

1) Dari segi muamalat

Islam menuntut usaha pengembangan harta dan memeliharanya agar tidak musnah kerana harta itu adalah salah satu kekuatan bagi umat Islam. Di samping itu disyariatkan juga beberapa transaksi yang mencakupi pengaturan yang tidak ada seperti transaksi pesanan, sewa-menyewa, pengairan dan seumpamanya. Di dalam sewa menyewa misalnya, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah al-Qashash ayat 26 hingga 27:

“Salah seorang dari kedua wanita itu berkata:

"Wahai bapaku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya"(26). Berkatalah dia (Syu'aib): "Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang dari kedua anakku ini, atas dasar bahwa kamu bekerja denganku lapan tahun dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun, maka itu adalah (suatu kebaikan) dari kamu, maka aku tidak hendak memberati kamu dan kamu jika dikehendaki oleh Allah akan mendapatiku termasuk orang- orang yang baik"(27).

Manakala transaksi-transaksi yang lain seperti jual beli seperti rukun dan syarat jualan, maka semuanya telah diatur oleh Islam atas dasar keadilan dan kerelaan (Muhamad Hj. Md. Daud, Ahmad Kamaruddin Hj. Hamzah. 2001).

2) Dari segi hal yang berkaitan dengan agama atau ibadat

Dalam hal yang berkaitan dengan agama dan ibadat pula telah disyariatkan berbagai keringanan seperti dibenarkan mengucapkan kata yang menunjukkan kekafiran ketika dalam keadaan terpaksa sekali. Selain itu, dibolehkan berbuka bagi orang yang sakit dan dalam perjalanan di bulan ramadhan. Allah s.w.t berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 184:

“Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (bolehlah ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain”.

Ayat di atas menunjukkan keharusan berbuka puasa di bulan ramadhan bagi mereka yang tidak mampu. Ini bagi mengangkat kemudharatan dan memberikan keringanan kepada umat Islam. Antara perkara lain ialah mengurangkan jumlah rakaat ketika bermusafir. Gugurnya kewajipan bersolat bagi wanita yang didatangi haid dan nifas. Mengusap dua sepatu (mashu al-khuff) diwaktu terdesak ketika berada di dalam perjalanan.

3) Dari segi jiwa atau adat istiadat manusia

Dalam hal ini, telah dibolehkan berburu dan menikmati kelazatan makanan. Contohnya di dalam masalah buruan, Allah s.w.t berfirman di dalam surah al-Maidah ayat 2:

“dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji, maka bolehlah berburu”...

Ayat di atas membolehkan manusia memburu binatang untuk dimakan (Wahbah al-Zuhaili. 2002). Ini kerana ia adalah kehendak manusia untuk menikmati daging haiwan. Dan dibolehkan berburu menggunakan binatang buruan bagi memudahkan lagi manusia. Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada Adiy Bin Hatim yang bermaksud:

“Jika engkau menghantar atau melepaskan anjing kamu dan kamu dan kamu mengucapkan nama Allah, lalu anjing itu menangkap dan membunuh buruannya,engkau makanlah, tetapi jika ia sendiri memakan tangkapannya maka janganlah engkau memakannya kerana ia menangkap untuknya sendiri”.


4) Dari segi pemeliharaan keturunan

Dari segi pemeliaraan keturunan, syariat telah menetapkan beberapa syarat bagi akad perkawinan seperti adanya dua saksi yang adil dan pemberian mahar bagi memelihara masyarakat daripada berbagai-bagai penyakit yang timbul akibat daripada penzinaan. Selain itu, dibolehkan pula cerai di saat dharurat supaya perkahwinan tetap merupakan jalan untuk memelihara diri, kasih sayang, sikap tolong menolong dan sebagai pusat kedamaian dan ketenteraman.

5. Kepentingan al-hajiyat

1) Al-hajiyat boleh dikatakan sebagai pelengkap kepada al-dharurat kerana tanpanya manusia akan hidup di dalam kesusahan dan kesempitan. Ia juga seakan-akan al-dharurat, Cuma yang berbeza ialah tahap kerosakan yang dihadapi oleh al-hajiyat lebih ringan berbanding al-dharurat.

2) al-Hajiyat ini boleh juga dikatakan sebagai salah satu sifat umum pada syariat Islam. Ini kerana syariat Islam pada asal serta kaedahnya merupakan asas umum dari segi zaman dan tempat. Datangnya syariat Islam itu adalah bersesuaian dengan setiap zaman. Ini kerana ianya bersifat syumul dan selari dengan fitrah manusia. Syariat Islam tidak diturunkan mengikut zaman atau masa-masa tertentu sahaja.


3) Islam sebagai agama fitrah, maka pensyariatannya juga adalah bersesuaian dengan fitrah manusia. Segala apa yang diturunkan kepada umat manusia bukanlah untuk menyusahkan, mengongkong apatah lagi menzalimi, bahkan ia adalah untuk menjaga dan memelihara dengan kadar yang sepatutnya demi kebahagiaan manusia (Munir Hamid al-Bayati. 1994).

4) al-Hajiyat sebagai jalan untuk mendekatkan diri dan mendapat keredhaan Allah. Dengan adanya al-hajiyat maka ia akan memudahkan manusia beribadah kepada Allah. Oleh itu semakin banyaklah ibadah yang mampu dilakukan oleh manusia dan semakin dekatlah manusia itu dengan keredhaan Allah.

6. kesimpulan

Sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan sesuatu itu dengan penuh hikmah. Dan tujuan diturunkan sesuatu itu bukanlah untuk menyusahkan hamba-hambanya. Bahkan untuk menjamin keselamatan dan kebaikan manusia itu sendiri. Untuk tujuan itu, Allah s.w.t telah menurunkan syariat bersesuaian dengan fitrah dan kehendak manusia. al-Hajiyat merupakan keperluan oleh manusia untuk mereka menjalani kehidupan di dunia ini dengan lancar dan menolak kemudharatan. Oleh itu sewajarnya keperluan ini digunakan dengan sebaik mungkin dan bukannya digunakan sehingga menyalahi syarak.


7. Rujukan

al-Quran

Http//www.Free.ProHosting.com

Muhammad Hj. Md daud, Ahmad Kamaruddin Hj. Hamzah. Fiqh Muamalat Dan Jenayah. 2001. Pusat Pengajian Jarak Jauh, UKM.

Munir Hamid al-Bayati. al-Nuzumu al-Islamiyyah. 1994. Dar al-Basyir.

Syatibi. al-Muwafaqat Fi Usul al-Syariah. jil: 2. 1996. Dar al-Ma'rifah, Beirut.

Syeikh Muhammad Tohir Bin ‘Asyur. Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah. 1998. al- Bashair.

Wahbah Zuhaili. Nazariyyah al-Dharurah al-Syar’iyyah. 1997. Muassasah al-Risalah.

Wahbah Zuhaili. terj. Syed Ahmad Syed Hussain. Fiqh Dan Perundangan Islam. Jil. 3. 2002. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

CIRI-CIRI DAN KEISTIMEWAAN PERUNDANGAN ISLAM. ( Ketuhanan-Universal-Menyeluruh-Keaslian dan Keabadian-Memudahkan dan Menghilangkan Kesulitan )

Pendahuluan.

Syariat Islam merupakan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammmad s.a.w sama ada ia berkaitan dengan:

a) Pembaikan aqidah untuk membebaskan akal manusia daripada cengkaman berhala, taklid dan khurafat.

b) Pembaikan aqidah untuk membebaskan akal manusia daripada pengaruh dan penyelewengan hawa nafsu.

c) Pembaikan masyarakat untuk membebaskan umat daripada kezaliman, kacau bilau dan penindasan.

Untuk mencapai semua keperluan diatas, syaricah datang membawa satu sistem sivil yang menyusun hubungan manusia sesama manusia, manusia dengan tuhan, dan memelihara hak-hak mereka di muka bumi. Kenyataan ini menjelaskan kepada kita bahawa syaricah itu terdiri daripada tiga dasar utama, iaitu caqidah caqliyah, cibadah ruhiyyah dan sistem perundangan kehakiman. Firman Allah:

Maksudnya: “Pada hari ini telahKu sempurnakan untuk kamu agama kamu, telahKu cukupkan kepadamu nikmatKu, redha Islam itu menjadi agama bagimu.”

Antara perkara yang diterima dan disepakati oleh ahli fiqh dan undang-undang ialah, setiap sistem yang ada, sama ada yang berasal daripada Allah (rabbani) ataupun ciptaan manusia (wad’iy) mestilah mempunyai kelebihan-kelebihan dan ciri-cirinya tersendiri. Kita perlu memahami dan mengetahui dengan sebenar-benarnya ciri-ciri undang-undang Islam untuk melihat keistimewaannya berbanding dengan undang-undang ciptaan manusia. Oleh yang demikian, penulisan ini akan membincangkan sebahagian daripada ciri-ciri dan keistimewaan perundangan Islam iaitu; ketuhanan, universal, menyeluruh, keaslian dan keabadian, serta memudahkan dan menghilangkan kesulitan.


1.0 Ketuhanan (Rabbaniyyah).

Yang dimaksudkan dengan rabbaniyyah di sini ialah hukum-hukum syaricah serta sistem-sistemnya bukan merupakan ciptaan manusia yang diliputi oleh sifat-sifat kelemahan dan keterbatasan. Ia juga tidak terpengaruh dengan faktor-faktor tempat, masa dan budaya serta faktor warisan, iaitu watak dan hawa nafsu. Tetapi Allah S.W.T adalah penggubalnya serta pemilik makhluk dan pentadbiran ala mini. Dialah Rabb seluruh isi alam yang telah menjadikan segala sesuatu dengan sebaik-baiknya.

Seorang mukmin yang sebenar ketika dia melaksanakan manhaj rabbani ini akan melaksanakan seluruh perintah Allah dengan perasaan gembira dan senang hati berasaskan sifat kejujuran serta keikhlasannya. Ini adalah kerana:

a) Dia benar-benar mengetahui bahawa Allah adalah Pencipta Yang Maha Berkuasa. Dia berhak berbuat sekehendak-Nya terhadap perihal makhluk-Nya. Manusia merupakan makhluk yang yang lemah dan terbatas serta tidak berhak berbuat sesuatu melainkan hanya patuh kepada apa yang telah dipilih oleh Allah baginya tanpa perasaan ragu-ragu dan sangsi. Firman Allah:

Maksudnya: “Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dia kehendaki dan memilih-Nya. Sekali-kali tidak diberi pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi daripada apa yang mereka persekutukan (dengan Dia).”

b) Dia mengetahui dengan yakin bahawa Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Allah lebih mengetahui tentang hukum-hukum yang disyaricat untuk hamba-hamba-Nya dan lebih tahu tentang masalah yang diwujudkan oleh mereka. Firman Allah:

Maksudnya: “Tidakkah mereka tahu bahawasanya Allah mengetahui rahsia dan bisikan mereka, dan bahawasanya Allah amat mengetahui segala yang ghaib.”

c) Dia tahu sebenar-benarnya, bahawa Allahlah Yang Maha Bijaksana tentang apa-apa yang disyariacatkan-Nya. Maksud kebijaksanaan Allah S.W.T ialah Dia meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sesuai dengan bentuk yang dapat membawa kepada kemaslahatan dan menolak kebinasaan. Firman Allah:

“Allahlah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

d) Dia mengetahui dengan sesungguhnya bahawa manusia tetap lemah pada dasarnya dan tidak mampu untuk sampai ke tingkat kesempurnaan walaubagaimana matang ilmu pengetahuan dan tinggi kebudayaannya. Firman Allah:

Maksudnya: “Dan manusia dijadikan bersifat lemah.”

Selain itu, sebagaimana yang telah dinyatakan bahawa manusia dipengaruhi oleh suasana alam sekeliling, hawa nafsu. warisan dan dibentuk oleh aqidah yang dianutinya. Manusia juga mudah dipengaruhi oleh kecenderungan tertentu yang berkaitan dengan dirinya. Realiti antarabangsa, persaingan sosial dan pertentangan pemikiran yang manusia cenderung kepadanya sekarang ini adalah merupakan bukti yang paling nyata bahawa manusia mudah terpengaruh dengan semua faktor tersebut. Akal dan ilmunya adalah terbatas dan ia lemah untuk mencipta undang-undang bagi dirinya walaubagaimana matang dan sempurna dirinya. Firman Allah:

Maksudnya: “Dan diatas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu adalah lagi Yang Maha Mengetahui.”

Oleh kerana itulah kita lihat bahawa seorang mukmin yang mempunyai pandangan yang matang, faham tentang hakikat dirinya akan segera melaksanakan syaricat Allah. Dia bergerak untuk melaksanakan manhaj rabbani dengan keyakinan bahawa pembinaan manusia hanya terjamin dengan mengikut Yang Maha Sempurna, menyerahkan diri kepada Yang Maha Suci daripada kekurangan dan berserah diri kepada Yang Maha Agung, iaitu Allah semata-mata. Firman Allah:

Maksudnya: “Dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang yang yakin?”

Oleh kerana rabbāni inilah seseorang muslim tidak mempunyai pilihan lain untuk menerima atau menolak syaricah kerana menerimanya adalah tuntutan keimanan dan fitrah seorang insan. Benarlah Allah Yang Maha Agung berfirman:

Maksudnya: “Dan tidaklah patut bagi laki-laki mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka.”

1.1 Implikasi Perundangan Allah dengan Perundangan Manusia.

Umumnya, perundangan dibentuk samada perundangan Islam mahupun selainnya, adalah untuk menjaga kemaslahatan umat manusia sejagat. Meskipun ia dilihat seperti mempunyai persamaan, namun ada segi-segi perbezaan yang jauh sekali.

Pertama: Kehendak Tuhan tidak boleh disamakan dengan kehendak manusia yang selalu mengalami kekurangan yang sesuai dengan sifatnya. Oleh kerana itu, undang-undang yang diciptakan oleh manusia tidak dapat memberikan kebahagiaan individu mahupun masyarakat.

Kedua: Nas-nas dari al-Qur’an dan al-Hadith terjamin dari kesalahan, akan tetapi seelok manapun manusia, ia tidak terlepas daripada kesalahan.

Ketiga: Undang-undang manusia tidak memperoleh penghormatan yang tinggi dan suci seperti yang diperoleh oleh hukum Islam, dan hal ini disebabkan kerana hukum Islam bersumberkan pada wahyu Tuhan, sedang hukum manusia bersumberkan kepada sifat dan perbuatan manusia itu sendiri.

Oleh yang demikian, hukum Islam boleh mengalami kestabilan dan perlaksanaannya dapat didasarkan atas kerelaan selam dasar-dasar hokum tersebut dating dari Tuhan di mana semua perbuatan-perbuatan dan perintah-perintah-Nya hanya dimaksudkan untuk mewujudkan kebaikan keatas manusia.


2.0 Universal (Al-'Ālamiyyah).

Syariat Islam dalam semua hukum, sistem dan prinsipnya mempunyai corak kemanusiaan (insāniyyah) dan bersifat universal. Syariat Islam merupakan rahmat bagi seluruh alam, petunjuk dan pedoman kepada semua manusia dan jalan hidup bagi semua manusia. Hukum Syariah diturunkan bukan untuk kawasan atau puak tertentu tetapi adalah untuk manusia seluruhnya tanpa melihat warna kulit, jenis bahasa atau tempat. Oleh itu, tidak ada perkauman dalam dakwah Islam, tidak ada asabiyyah dalam hukum dan tidak ada kasta dalam Islam. Semua manusia adalah sama, tidak ada kelebihan bagi mereka yang berbangsa Arab ke atas bangsa bukan Arab kecuali dengan takwa.

Ciri universal perundangan ini diterangkan oleh Allah dalam beberapa ayat, antaranya firman Allah:

Maksudnya: “Dan tidaklah Kami mengutus kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam.”

Firman-Nya lagi:

Maksudnya: “Katakanlah: Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada semua.”

Firman-Nya lagi:

Maksudnya: “Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya bagi pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan.”

Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Aku berikan lima perkara yang tidak diberikan kepada nabi-nabi sebelumku. Aku ditolong oleh Allah dengan Dia mendatangkan perasaan ru’b (gentar) dalam hati orang-orang kafir selama sebulan, bumi ini dijadiak masjid bagiku dan suci (untuk tayamum), siapa saja daripada umatku apabila masuk waktu solat hendaklah dia solat, dihalalkan bagiku ghanimah (harta rampasan), nabi-nabi dahulu diutus kepada kaum mereka khususnya sedangkan aku diutus kepada seluruh umat manusia dan diberikan kepadaku syafaat.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Disebut dalam hadith sahih bahawa Rasulullah s.a.w menghantar utusan kepada raja-raja dan pembesar-pembesar seperti Al-Najasyi, Heraklius, Kisra dan Muqauqis untuk mengajak mereka kepada Islam. Surat Nabi kepada mereka yang bermaksud:

“Dengan ini saya mengajak tuan menuruti ajaran Islam. Terimalah ajaran Islam, tuan akan selamat, Tuhan akan memberi pahala dua kali ganda kepada tuan. Kalau tuan menolak, maka dosa orang-orang arisiyin menjadi tanggung jawab tuan. Wahai orang-orang Ahli Kitab, marilah sama-sama kita berpegang pada kata yang sama antara kami dan kamu yakni bahawa tidah ada yang kita sembah selain Allah dan kita tidak akan mempersekutukan-Nya dengan apapun, bahawa yang satu takkan mengambil yang lain menjadi tuhan selain Allah. Tetapi kalau mereka menolak juga, katakanlah kepada mereka, saksikanlah bahawa kami ini orang Islam.”

Antara faktor-faktor cālamiyyah (universal) undang-undang ini adalah tugas yang diberikan oleh Allah kepada umat Islam di setiap masa dan tempat untuk menyampaikan dakwah dan risalah Islam agar ia menjangkau ke seluruh pelosok muka bumi. Allah S.W.T berfirman:

Maksudnya: “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu menyuruh manusia berbuat baik, melarang mereka dari yang mungkar dan kamu beriman kepada Allah.”

Firman-Nya lagi:

Maksudnya: “Begitulah kami menjadikan kamu sebagai umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas manusia dan rasul menjadi saksi atas kamu.”

Bertolak daripada arahan-arahan rabbāni mengenai ciri-ciri universal dakwah ini, umat Islam di seluruh muka bumi bergerak menyampaikan risalah Allah sambil merasa takut kepada-Nya dan tidak ada yang mereka takuti selain daripada Allah semata-mata. Slogan-slogan yang mereka laungkan di seluruh dunia ialah:

“Allah mengutus kami untuk membebaskan manusia daripada kesempitan dunia ini kepada kelapangan-Nya dan daripada kezaliman agama-agama kepada keaslian Islam.”

Ciri calamiyyah ini hanyalah merupakan kesan daripada corak rabbani dalam undang-undang Islam. Andaikata penciptanya seorang manusia atau kelompok manusia, nescaya dia akan memihak, secara disedari atau tidak kepada bangsa, kasta dan kepentingan masing-masing. Tetapi penggubalnya adalah Allah, di mana mereka semua adalah hamba-Nya. Tidak ada kelebihan seseorang ke atas yang lain atau suatu kelompok ke atas kelompok yang lain melainkan dengan sifat taqwa.

3.0 Menyeluruh (Syumūliyyah).


Seterusnya, fiqh Islam berbeza dengan undang-undang ciptaan manusia kerana ia mencakupi tiga bidang perhubungan manusia iaitu hubungan manusia dengan Tuhannya, hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan hubungan manusia dengan masyarakatnya. Ini kerana fiqh Islam adalah untuk kepentingan dunia dan akhirat, kerana fiqh ialah agama dan kerajaan serta kerana fiqh adalah untuk seluruh manusia dan kekal hingga ke Hari Akhirat.

Ia mencakupi sistem dan perundangan yang meliputi dalam tiap-tiap aspek kemasyarakatan dan kehidupan sama ada yang berkaitan dengan aqidah, ibadah atau akhlak atau yang berhubung dengan undang-undang umum seperti masalah sivil, jenayah, keluarga, sosial, antarabangsa, pemerintahan, ekonomi dan lain-lain. Semuanya itu terkandung dalam prinsip-prinsip yang terperinci lagi bijaksana dan undang-undang rabbāni yang abadi. Semuanya itu adalah wahyu daripada Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji.

Al-Qur’an sendiri telah menyatakan ciri menyeluruh serta ketinggian prinsip-prinsip dan sistemnya dengan keterangan yang cukup jelas. Allah berfirman:

Maksudnya: “Tidaklah Kami lupakan sesuatupun dalam al-Kitab.”

Firman-Nya lagi:

Maksudnya: “Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang menyerah diri.”

Berdasarkan maksud dan matlamat tersebut, maka hukum-hukum fiqh mengandungi dua jenis:

1) Hukum ibadah yang terdiri daripada sembahyang, puasa, haji, zakat, nazar, sumpah yang lain-lain hukum yang bertujuan untuk menyusun hubungan antara manusia dengan Tuhannya. Al-Qur’an telah menyebut hal-hal yang berkaitan dengan ibadah dan jenisnya dalam kira-kira 140 ayat.

2) Hukum Muamalah yang terdiri daripada kontrak, keseksaan, jenayah, jaminan dan lain-lain yang berkaitan dengan hubungan manusia dengan manusia, sama ada secara individu atau jamacah. Hukum-hukum ini boleh dibahagikan kepada berikut:

a) Undang-undang Keluarga (al-Ahwāl al-Shakhsiyyah), iaitu hukum-hukum yang berhubung dengan kekeluargaan yang bermula daripada pembentukannya hinggalah ke akhir perkahwinan; mengandungi antara lain perkahwinan, talak, nasab, nafkah, perwarisan dan lain-lain. Undang-undang ini bertujuan menyusun hubungan suami isteri dan keluarga.

b) Undang-undang Sivil, iaitu undang-undang berhubung dengan kira bicara seseorang, seperti jual-beli dan sewa menyewa, gadaian, jaminan, syarikat, pinjam-meminjam dan penyempurnaan tanggungan. Undang-undang ini bertujuan untuk mengatur hubungan individu dengan individu dari segi harta kekayaan serta memelihara hak kepentingan seseorang. Al-Qur’an telah menyebutkan hukum-hukum sivil ini lebih kurang dalam 70 ayat.

c) Undang-undang jenayah, iaitu undang-undang yang berhubung dengan kesalahan jenayah yang dilakukan oleh sesorang mukallaf yang menyebabkan ia wajar untuk menerima hukuman. Tujuannya kehormatan dan hak-hak mereka. Ia mengatur juga hubungan di antara penjenayah dengan mangsa dan masyarakat. Ia juga bertujuan menjaga keamanan. Al-Qur’an telah menyebutkan hukum jenayah ini dalam lebih kurang 30 ayat.

d) Undang-undang acara sivil dan jenayah, iaitu undang-undang yang berhubung dengan kehakiman, pendakwaan, tuntutan dan cara pembuktian dengan penyaksian, sumpah, qarinah dan seterusnya. Undang-undang ini bertujuan untuk menyusun acara untuk menegakkan keadilan di antara manusia. Al-Qur’an telah menyebutkan lebih kurang 20 ayat berhubung dengan kehakiman dan kesaksian.

e) Undang-undang perlembagaan, iaitu undang-undang yang berhubung dengan sisitem dan asas pemerintahan. Undang-undang ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara pemerintah dengan orang yang diperintah (rakyat) dan menetapkan kewajipan dan hak-hak individu dan masyarakat.

f) Undang-undang antarabangsa, iaitu undang-undang yang berhubung dengan sistem dan asas hubungan antara negara Islam dengan negara yang bukan Islam semasa damai dan perang, juga hubungan rakyat bukan Islam dengan negara Islam. Undang-undang ini juga meliputi hal-hal yang berkaitan denagn jihad dan perjanjian. Tujuan undang-undang ini adalah untuk menetapkan jenis hubungan, kerjasama dan hormat-menghormati di antara negara.

g) Undang-undang ekonomi dan kewangan, iaitu yang berhubung dengan hak individu tentang kewangan dan harta serta tanggungan mereka dalam sistem dan peraturan kewangan, menentukan hak dan kewajipan Negara dari segi kewangan, mengatur hasil dan pendapatan serta perbelanjaan negara. Undang-undang ini bertujuan untuk mengatur dan menyusun hubungan kewangan dan pembahagian kekayaan diantara yang kaya dengan miskin dan diantara negara dan rakyatnya.

Banyak lagi kaedah dan prinsip lain yang ditetapkan sama ada dalam al-Qur’an, al-Sunnah, al-Ijmac dan al-Qiyas. Semuanya itu tidak lain merupakan dalil yang nyata bahawa Islam adalah agama dan negara serta merupakan penegasan yang pasti bahawa Islam adalah syumul bagi setiap masa dan tempat. Kesyumulan Islam diakui juga oleh para sarjana Barat seperti Dr. Moris (Perancis), katanya yang bermaksud:

“Sesungguhnya adalah sebaik-baik kitab yang dikeluarkan oleh inayah ketuhanan kepada anak Adam dan sebenarnya ia sebuah kitab yang tidak ada sebarang prasangka.”
Henry de Costrie berkata, maksudnya:

“Bahawasanya al-Qur’an menawan fikiran dan lubuk hati manusia, dan ianya telah diturunkan kepada Muhammad yang membuktikan kebenaran risalahnya.”

Alex Loison pula berkata, maksudnya:

“Muhammad telah meninggalkan kepada dunia sebuah kitab yang menjadi lambing keindahan bahasa dan sastera dan dasar akhlak, iaitu kitab suci dan tidak ada masalah-masalah ilmiah yang baru dibongkari atau penemuan-penemuan baru satu masalah pun yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam, maka persesuaian yang sempurna ada di antara pengajaran al-Qur’an dan undang-undang alam.”


4.0 Keaslian dan Keabadian.

Antara ciri-ciri syariah Islam yang nyata sekali ialah ia mempunyai sifat-sifat asli yang tetap serta keabadian yang kekal dalam nas dan sumber-sumbernya tanpa mengalami penyelewengan dan perubahan. Al-Qur’an yang merupakan sumber utama perundangan Islam telah dijamin oleh Allah terpelihara sehingga hari kebangkitan dan tidak dapat dikotori dengan tangan-tangan jahat, dengan penyelewengan atau sebarang perubahan. Itulah al-Qur’an yang telah melalui peredaran masa lebih 14 abad sejak ia mula diturunkan. Ia adalah al-Qur’an yang sama pada hari ini, pada lafaz, makna, tajwid dan bacaannya. Firman Allah:

Maksudnya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Qur’an dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.”

Musuh-musuh Islam telah berusaha sepanjang masa untuk merubah isi kandungan al-Qur’an walaupun dalam satu kalimah. Dunia mengetahui dan sejarah menyaksikan bahawa segala percubaan mereka yang berdosa berakhir dengan kegagalan dan kehancuran, bahkan mereka tidak dapat apa-apa daripada usaha mereka melainkan kehinaan, kenistaan dan celaan semua generasi. Al-quran telah merakamkan ketika mana Allah mencabar golongan yang kafir untuk mendatangkan sesuatu yang lebih baik daripada al-Qur’an. Namun mereka gagal berbuat sedemikian. Firman Allah S.W.T :

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sesuatu yang setanding dengan al-Qur’an ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang setanding dengannya, walaupun mereka saling bantu-membantu sesama mereka sendiri.”

Keaslian al-Qur’an bukan sahaja wajib diyakini oleh setiap muslim bahkan bagi mereka yang bukan Islam seperti sarjana-sarjana Barat yang berfikiran terbuka juga mengakui tentang keaslian dan keabadiannya yang kekal sepanjang generasi. Mereka telah mengatakan sesuatu yang benar secara bersih dan objektif. Mereka menjelaskan kesahihan hakikat al-Qur’an dengan terperinci dan jujur. Antara mereka ialah Prof. Reynold Nicholson yang menyebut;

“Al-Qur’an merupakan dokumen kemanusiaan yang tinggi menerangkan secara terperinci rahsia kelakuan Nabi Muhammad s.a.w pada setiap peristiwa hidupnya, sehingga kita benar-benar menemui di dalamnya suatu unsur unik yang tidak boleh diragui dan diperdebatkan. Kita boleh menyingkap semula al-Qur’an, (sejarah) Islam sejak pertama kali ia muncul dalam sejarah. Ini merupakan suatu yang tidak boleh ditemui dalam agama-agama lain seperti Buddha, Kristian atau apa-apa agama daripada agama kuno.”

Sunnah Nabawiyyah pula merupakan sumber kedua daripada sumber-sumber syaricah. Ia merupakan penjelasan bagi al-Qur’an dan sebagai pelengkap bagi sistem-sistem Islam. Allah telah memilih dikalangan hamba-hamba-Nya yang beriman untuk memelihara al-Qur’an daripda dipermainkan oleh musuh-musuh Islam. Allah menyerahkan kepada ulama-ulama yang tegas, mujahhidin yang berwibawa dan orang-orang yang dipercayai. Sejarah manusia belum pernah menyaksikan kemampuan manusia seperti mereka, ketelitian mereka dalam menerangkan tingkatan suatu hadith, pengetahuan tentang perihal sanad dan matan, asal-usul riwayat dan kefahaman mengenainya sehingga sampailah sunnah kepada kita pada hari ini dalam keadaan bersih dan suci serta tidak dicampuri oleh sebarang subahat. Setiap mereka yang berpengetahuan ketika merujuk kitab-kitab sunnah dan rujukan hadith yang besar akan tahu darjat sesuatu hadith. Mereka dapat memastikan kesahihan atau kelemahannya dan dapat meneliti semula sanad dari segi tacdil (keadilan) atau jarahnya (kecatatan). Semua itu adalah hasil daripada kerja keras ahli hadith yang dipercayai, berwibawa dan kritis di sepanjang masa.

Sekiranya Allah menjamin terpeliharanya al-Qur’an sehingga hari kiamat maka secara tabici juga Allah menjamin terpeliharanya Sunnah Nabawiyyah sampai akhir zaman kerana kedudukannya adalah untuk menjelaskan al-Qur’an. Al-Qur’an juga sebagai penyempurnaan sistem-sistem Islam seperti yang telah disebutkan tadi. Jadi al-Qur’an dan Sunnah adalah pasangan yang rapat yang tidak boleh dipisahkan di antara satu dengan yang lain. Pemeliharaan Allah terhadap al-Qur’an adalah termasuk juga dengan pemeliharaan Sunnah, dan hal ini berlaku terus menerus sehingga Allah mewarisi bumi ini dengan segala isinya. Firman Allah:

Maksudnya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Qur’an dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.”

Kesimpulannya, al-Qur’an dan Sunnah Nabawiyyah adalah pasangan yang rapat bahkan merupakan dua dokumen yang asli dan sumber yang kekal untuk memelihara prinsip-prinsip syaricah dan keabadian hukum-hukumnya sehingga hari kiamat.

5.0 Memudahkan dan Menghilangkan Kesukaran.

Matlamat utama penurunan syaricah adalah bagi memberi kemudahan kepada manusia dalam menyelesaikan segala permasalahan dalam kehidupan di samping menegakkan keadilan di muka bumi.

Demikian juga Muhammad berkata yang bermaksud, “agama itu mudah, tidak mampu seseorang untuk menyusahkan masalah agama melainkan ia akan menghadapi kebuntuan.”

Ciri ini dilaksanakan dalam semua aspek perundangan Islam termasuk dalam jenayah, perhubungan dan sebagainya.

Seseorang yang banyak mengikuti ajaran syaricah akan mendapati ia mempunyai sifat-sifat kemudahan, tidak sukar dan menghilangkan kesulitan. Bahkan mereka mendapati matlamat daripada tasyric (perundangan) itu sendiri bukanlah menimpakan kesusahan kepada manusia, tekanan dan paksaan dengan tugas-tugas tetapi membawa kemaslahatan-kemaslahatan hidup mereka di dunia dan akhirat sesuai dengan kemampuan dan batas-batas fitrah mereka. Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: “Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak mengkehendaki kesusahan bagimu.”

Dalam surah al-Hajj ayat ke-78 firman Allah:

Maksudnya: “Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.”

Surah al-Bāqarah ayat ke-286 firman Allah:

Maksudnya: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.”

Nas-nas ini dan lainnya menguatkan serta membuktikan bahawa Islam yang membawa prinsip yang bertimbang rasa tidak membebankan manusia di luar kemampuan mereka dan tidak membebankan manusia dengan tanggungjawab di luar jangkauannya. Ini adalah untuk menyedarkan mereka bahawa mereka tidak mempunyai alasan dan dalih untuk lari daripada perintah syarac atau meninggalkan larangannya. Bagaimanapun para fuqaha’ telah menggariskan sebab-sebab yang meringankan taklif kewajipan agama disebabkan tujuh perkara, iaitu:

i) Perjalanan (bermusafir)-dibolehkan untuk tidak berpuasa, solat jamac dan qasar, gugur solat Jumaat dan berjemaah.

ii) Sakit-dibolehkan berbuka puasa, tayamum dan solat duduk.

iii) Paksaan-dibolehkan mengucapkan kalimah kufur, meninggalkan yang wajib, membinasakan harta orang lain, memakan bangkai dan meminum khamar.

iv) Lupa-dimanfaatkan makan di siang hari di bulan Ramadhan dan tidak haram sembelihan bagi yang lupa menyebut Basmalah.

v) Jahil-dibolehkan mengembalikan barang kerana ada caib yang tidak diketahui (Ummu Balwa)-dimaafkan percikan najis daripada Lumpur di jalan yang sukar dielakkan.

vi) Kekurangan-dihapuskan taklif orang yang hilang kelayakan seperti kanak-kanak dan orang gila.

Antara bukti-bukti yang menghilangkan kesulitan dalam agama ialah menerima syahadah (kesaksian) perempuan pada hal-hal yang tidak boleh dilihat oleh lelaki seperti kesaksian kelahiran untuk menetapkan keturunannya dan juga dibolehkan dengan kuat sangka (tidak mesti dengan keyakinan yang pasti) dalam menentukan arah kiblat, bersihnya tempat dan air, adilnya seorang saksi dan keputusan qadi.

Perlu diperhatikan bahawa prinsip mudah dan menghilangkan kesulitan ini tidak boleh digunakan sebagai wasilah (cara) untuk menggugurkan pelbagai kewajipan tanpa ada alasan yang dibolehkan oleh syarak.

Penutup.

Seluruh undang-undang pemerintahan dalam dunia hari ini bertujuan untuk mengatur kehidupan duniawi semata-mata. Sedangkan manusia itu adalah makhluk yang akan terus hidup di alam yang lebih luas dan lebih panjang daripada alam dunia ini selepas mereka mati. Kehidupan manusia di alam ini hanyalah buat sementara waktu, iaitu sementara menunggu waktu mati untuk memulakan hidup baru. Undang-undang Islam tidak mengabaikan aspek duniawi seperti yang difikirkan oleh penggubal undang-undang ciptaan. Malah undang-undang Islam lebih mementingkan harga diri insan yang sebenar, iaitu keimanannya kepada Allah Yang Maha Esa. Demi menjaga keimanan itu, Islam menurunkan peraturan dan undang-undang untuk menjaga manusia seluruh keperluannya.

Imam Ghazali ada menyebut dalam kitabnya al-Mustasfa Jilid I halaman 287, yang bermaksud:

“Sesungguhnya menjaga kemaslahatan dan mencegah kerosakan adalah impian dan cita-cita murni seluruh makhluk. Kebaikan dan kebahagiaan sepenuhnya terletak atas tercapainya cita-cita tersebut. Apa yang dimaksudkan dengan maslahah ialah memelihara tujuan syarac iaitu menjaga agama, nyawa akal, keturunan dan harta benda. Apa sahaja yang membawa kepada terpeliharanya lima perkara itu atau seluruhnya, maka itu adalah keburukan dan kerosakan yang mesti ditentang.”

Syariat Islam mengutamakan maslahah manusia, sama ada maslahah duniawi mahupun ukhrawi. Segala peraturan dan perundangan yang dilaksanakan dalam masyarakat manusia adalah untuk menjamin kelima-lima perkara yang tersebut di atas itu supaya terpelihara dengan sebaik-baiknya.

Rujukan.

Al-Qur’an Al-Karim.

Abdul Jalil Borhan. Pengantar Perundangan Islam. 2000. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Abdullah Nasih ‘Ulwan. Pengenalan Syariah Islamiyyah: Fiqh dan Sumber-sumbernya. 1989. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

A. Hanafi M.A. Pengantar dan Sejarah Hukum Islam. 1970. Jakarta: Penerbit Bulan Bintang.

Ali Audah (terj.). Sejarah Hidup Muhammad. 1980. Jakarta: Pustaka Jaya.

Haron Din. Manusia dan Islam. 1988. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd.

Mohd Azam Hamzah, Md. Akhir Haji Yaacoob. Falsafah dan Prinsip Perundangan Islam. 1986. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Reynold Nicholson. The History of Arabic Culture. 1987. Oxford: Oxford University press.

Selasa, 13 Januari 2009

KEPENTINGAN MERANCANG HARTA DAN MELANTIK AMANAH RAYA BERHAD SEBAGAI PEMEGANG AMANAH

DILEMA PUSAKA: PERLUKAH MERANCANG HARTA ??


Ajal maut adalah sinonim kepada kehidupan manusia. Namun apakah kita telah membuat perancangan terbaik dengan harta yang kita cari dan kumpulkan selama ini. Mengapa dibiarkan harta peninggalan kita menjadi dilema yang menyusahkan waris kita sedangkan sepatutnya ia menyenangkan kehidupan mereka ? Kenapa kita tidak meninggalkan panduan kepada mereka untuk memudahkan pembahagian harta yang ditinggalkan kepada mereka ? Bukankah Islam menghendaki kita berwasiat supaya pertelingkahan di kalangan waris dapat dielakkan? Jika kita mampu membuat perancangan untuk mengumpul harta, kenapakah pula kita tidak mampu merancang untuk mewariskan harta dengan pembahagian yang terbaik, agar mereka terselamat dari putus hubungan sillaturrahim atau termakan harta yang batil?!


MERANCANG HARTA DENGAN BERWASIAT


Walaupun Hukum Faraid menjadi panduan ketika hendak membuat pembahagian harta pusaka namun Islam juga memberi ruang kepada kita untuk merancang harta dengan berwasiat, sebagai suatu tindakan terbaik untuk menzahirkan keinginan dan keazaman kita terhadap harta yang kita usahakan semasa hidup agar dapat diagihkan kepada keluarga tersayang untuk dilaksanakan sebagai wawasan, nasihat dan kehendak peribadi selepas kematian agar ianya menjadi kenyataan.


APA ITU WASIAT ISLAM


Wasiat merupakan dokumen penyelesai pusaka berbentuk pengamanahan kepada Wasi dan Pemegang Amanah untuk menyempurnakan segala hasrat pewasiat selama mana tidak bercanggah dengan hukum syara� termasuklah melaksanakan mana-mana strategi perancangan harta yang menjadi pilihan pewasiat.


HUKUM MENULIS WASIAT


Wajib sekiranya kita berhutang samada dengan Allah swt atau manusia.
Sunat sekiranya kita mempunyai niat untuk beramal jariah atau berhasrat untuk memastikan kebajikan anak-anak, isteri dan pewaris kita agar tidak terbiar atau dizalimi.


TUNTUTAN BERWASIAT


�Diwajibkan atas kamu apabila seseorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda kematian), jika dia ada tinggalkan harta, hendaklah dia berwasiat untuk ibubapa dan keluarganya yang terdekat dengan cara yang baik, sebagai suatu kewajipan ke atas orang yang bertaqwa.� (Al Baqarah : 180)

�Wahai orang-orang yang beriman!Apabila salah seorang daripada kamu hampir mati, ketika ia mahu berwasiat hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu atau dua orang yang lain yang bukan seagama dengan kamu jika kamu di dalam pelayaran di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit yang membawa maut.� (Al Maidah 106)

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah saw bersabda : � Bahawa tidak patut bagi seseorang Muslim yang mempunyai harta yang hendak diwasiatkan, kemudian dibiarkan berlalu hingga dua malam melainkan wasiat itu mestilah tertulis di sisinya!�.

Maksud hadis �Adalah lebih baik kamu meninggalkakn anak-anak kamu dalam keadaan kaya daripada kamu tinggalkan mereka meminta-minta ..�


AKIBAT TIADA PERANCANGAN HARTA / BERWASIAT


1. Berlaku persengketaan keluarga.
2. Harta tidak dibahagi dengan adil dan betul sehingga pewaris terdedah kepada memakan harta yang batil yang boleh melahirkan zuriat yang rosak akhlak.
3. Harta dibolot oleh seorang penama / pewaris sahaja.
4. Harta sulit untuk dimiliki oleh pewaris kerana proses penyelesaian memakan masa yang lama.
5. Harta dibekukan.
6. Ruh si mati terseksa.


BAGAIMANA HENDAK MERANCANG HARTA / BERWASIAT ?


Perancangan harta boleh dibuat dengan melantik Amanah Raya Berhad ( ARB ) sebagai Wasi & Pemegang Amanah. ARB bertanggungjawab menulis, menyimpan dan melaksanakan wasiat yang telah dirancang.


KENAPA PERLU MENULIS WASIAT DI AMANAH RAYA BERHAD ?


� Yuran yang rendah dengan hanya RM350.00 sahaja untuk seumur hidup.
� Tiada caj tambahan yang dikenakan jika ingin membuat perubahan pada wasiat.
� Ianya lebih berasaskan perkhidmatan, bukan keuntungan.
� Dipercayai kerana ia milik penuh Kerajaan Malaysia yang diurus secara korporat.
� Memiliki kewibawaan dengan peruntukan kuasa oleh pihak kerajaan dan mempunyai kepakaran dalam mengurus harta pusaka.
� Mentadbir harta dengan penuh tanggungjawab dan amanah dengan mengambil kira kehendak si mati dan hak pewaris yang perlu meneruskan kehidupan.
� Kerahsiaan wasiat dan ketulenannya terjamin kerana wasiat disimpan di dalam bilik kebal.


WASIAT AGAMA (Dibaca / diedar kepada pewaris)


Tujuan : Supaya pewaris & ahli keluarga menjadi insan soleh / solehah yang pastinya akan dapat memberi kebaikan dan kegembiraan kepada si mati yang berada di persemadian.

Konsep : Adalah menjadi fitrah manusia bahawa setiap orang ingin menjadi insan soleh / solehah dan menjadi impiannya juga agar setiap ahli keluarganya juga turut menjadi insan-insan soleh / solehah. Namun, hasrat & impian ini seringkali gagal diluahkan kepada ahli keluarganya semasa hayat kerana beberapa faktor atau keadaan. Justeru itu, ADAB CONSULTANCY mengambil inisiatif membantu pewasiat menyampaikan isi hati & luahan perasaan yang terbuku di hati kepada ahli keluarga (pewaris).


WASIAT AGAMA

Pertamanya ku mohon kemaafan dari kalian semua seandainya ada salah dan silap dariku. Kemaafan yang tidak terhingga sekiranya aku gagal menunaikan tanggungjawabku terhadap kalian semua

Wahai anak-anak, isteri/suami dan keluarga yang ku kasihi sekelian.
Dengarlah baik-baik pesanan dariku ini.

Sekarang tiada lagi keinginan yang kuimpikan melainkan secebis doa dari kalian semua yang masih hidup. Lebih-lebih lagi doa dari anak-anak yang ku kasihi sekelian kerana itulah antara amalan yang menyelamatkan daku dipersemadian ini.

Aku juga berpesan kepada kalian semua agar bertaqwalah pada ALLAH, Tuhan yang mencipta kita semua. Dialah juga yang akan mematikan kita nanti. Kerjakan solat dan taatilah ALLAH s.w.t. di mana saja kalian berada. Tinggalkan kejahatan dan kemaksiatan kerana ia bukan sahaja dimurkai ALLAH tetapi dibenci juga oleh manusia.

Ingatlah, sekali kalian meninggalkan solat dan kewajipan yang lain serta melakukan kemaksiatan pada Tuhan, di kala itu aku juga terseksa di persemadian.

Sedikit harta yang kutinggalkan, jangan sampai kalian bersengketa dan berpecah hati. Langsaikanlah segala hutang piutangku, terhadap ALLAH s.w.t. dan sesama manusia. Ikutlah wasiat aku dalam pembahagian yang telah ku amanahkan.

Ketaatan kalian terhadap semua pesananku adalah kegembiraan bagiku sekaligus merupakan satu hadiah istimewa dari kalian semua. Tetapi seandainya syaitan menguasai hati kalian dengan ketamakan terhadap harta peninggalanku, sehingga pesananku ini tidak lagi diendahkan maka kembalilah kepada hukum ALLAH.

Alangkah gembiranya aku bila harta yang telah kalian miliki itu digunakan sedikit untuk kebajikan dan bersedekah bagi pihak diriku. Janganlah kalian gunakan harta pusaka peninggalan ku ini untuk berbuat maksiat. Kelak, aku juga akan terseksa.

Kepada isteriku/suamiku. Jagalah anak-anak ku dengan didikan agama. Mudah-mudahan ia akan menyejukkan daku dipersemadian.

Kepada anak-anak. Jagalah ibumu/bapamu baik-baik. Jangan sakiti hatinya. Jangan durhaka kepadanya. Muliakanlah dia kerana tiada makhluk di dunia ini yang wajar dimuliakan kecuali kedua ibubapa.

Akhirnya kirimkan setiap hari kepadaku doa dari kalian. Dekatkan diri kalian pada ALLAH. Jangan tinggalkan solat dan jagalah aurat kalian. Dampingilah rumah ALLAH.

Semoga kita tidak terpisah di akhirat nanti dan kita bertemu di dalam syurga. Amin.