DILEMA PUSAKA: PERLUKAH MERANCANG HARTA ??
Ajal maut adalah sinonim kepada kehidupan manusia. Namun apakah kita telah membuat perancangan terbaik dengan harta yang kita cari dan kumpulkan selama ini. Mengapa dibiarkan harta peninggalan kita menjadi dilema yang menyusahkan waris kita sedangkan sepatutnya ia menyenangkan kehidupan mereka ? Kenapa kita tidak meninggalkan panduan kepada mereka untuk memudahkan pembahagian harta yang ditinggalkan kepada mereka ? Bukankah Islam menghendaki kita berwasiat supaya pertelingkahan di kalangan waris dapat dielakkan? Jika kita mampu membuat perancangan untuk mengumpul harta, kenapakah pula kita tidak mampu merancang untuk mewariskan harta dengan pembahagian yang terbaik, agar mereka terselamat dari putus hubungan sillaturrahim atau termakan harta yang batil?!
MERANCANG HARTA DENGAN BERWASIAT
Walaupun Hukum Faraid menjadi panduan ketika hendak membuat pembahagian harta pusaka namun Islam juga memberi ruang kepada kita untuk merancang harta dengan berwasiat, sebagai suatu tindakan terbaik untuk menzahirkan keinginan dan keazaman kita terhadap harta yang kita usahakan semasa hidup agar dapat diagihkan kepada keluarga tersayang untuk dilaksanakan sebagai wawasan, nasihat dan kehendak peribadi selepas kematian agar ianya menjadi kenyataan.
APA ITU WASIAT ISLAM
Wasiat merupakan dokumen penyelesai pusaka berbentuk pengamanahan kepada Wasi dan Pemegang Amanah untuk menyempurnakan segala hasrat pewasiat selama mana tidak bercanggah dengan hukum syara� termasuklah melaksanakan mana-mana strategi perancangan harta yang menjadi pilihan pewasiat.
HUKUM MENULIS WASIAT
Wajib sekiranya kita berhutang samada dengan Allah swt atau manusia.
Sunat sekiranya kita mempunyai niat untuk beramal jariah atau berhasrat untuk memastikan kebajikan anak-anak, isteri dan pewaris kita agar tidak terbiar atau dizalimi.
TUNTUTAN BERWASIAT
�Diwajibkan atas kamu apabila seseorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda kematian), jika dia ada tinggalkan harta, hendaklah dia berwasiat untuk ibubapa dan keluarganya yang terdekat dengan cara yang baik, sebagai suatu kewajipan ke atas orang yang bertaqwa.� (Al Baqarah : 180)
�Wahai orang-orang yang beriman!Apabila salah seorang daripada kamu hampir mati, ketika ia mahu berwasiat hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu atau dua orang yang lain yang bukan seagama dengan kamu jika kamu di dalam pelayaran di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit yang membawa maut.� (Al Maidah 106)
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah saw bersabda : � Bahawa tidak patut bagi seseorang Muslim yang mempunyai harta yang hendak diwasiatkan, kemudian dibiarkan berlalu hingga dua malam melainkan wasiat itu mestilah tertulis di sisinya!�.
Maksud hadis �Adalah lebih baik kamu meninggalkakn anak-anak kamu dalam keadaan kaya daripada kamu tinggalkan mereka meminta-minta ..�
AKIBAT TIADA PERANCANGAN HARTA / BERWASIAT
1. Berlaku persengketaan keluarga.
2. Harta tidak dibahagi dengan adil dan betul sehingga pewaris terdedah kepada memakan harta yang batil yang boleh melahirkan zuriat yang rosak akhlak.
3. Harta dibolot oleh seorang penama / pewaris sahaja.
4. Harta sulit untuk dimiliki oleh pewaris kerana proses penyelesaian memakan masa yang lama.
5. Harta dibekukan.
6. Ruh si mati terseksa.
BAGAIMANA HENDAK MERANCANG HARTA / BERWASIAT ?
Perancangan harta boleh dibuat dengan melantik Amanah Raya Berhad ( ARB ) sebagai Wasi & Pemegang Amanah. ARB bertanggungjawab menulis, menyimpan dan melaksanakan wasiat yang telah dirancang.
KENAPA PERLU MENULIS WASIAT DI AMANAH RAYA BERHAD ?
� Yuran yang rendah dengan hanya RM350.00 sahaja untuk seumur hidup.
� Tiada caj tambahan yang dikenakan jika ingin membuat perubahan pada wasiat.
� Ianya lebih berasaskan perkhidmatan, bukan keuntungan.
� Dipercayai kerana ia milik penuh Kerajaan Malaysia yang diurus secara korporat.
� Memiliki kewibawaan dengan peruntukan kuasa oleh pihak kerajaan dan mempunyai kepakaran dalam mengurus harta pusaka.
� Mentadbir harta dengan penuh tanggungjawab dan amanah dengan mengambil kira kehendak si mati dan hak pewaris yang perlu meneruskan kehidupan.
� Kerahsiaan wasiat dan ketulenannya terjamin kerana wasiat disimpan di dalam bilik kebal.
WASIAT AGAMA (Dibaca / diedar kepada pewaris)
Tujuan : Supaya pewaris & ahli keluarga menjadi insan soleh / solehah yang pastinya akan dapat memberi kebaikan dan kegembiraan kepada si mati yang berada di persemadian.
Konsep : Adalah menjadi fitrah manusia bahawa setiap orang ingin menjadi insan soleh / solehah dan menjadi impiannya juga agar setiap ahli keluarganya juga turut menjadi insan-insan soleh / solehah. Namun, hasrat & impian ini seringkali gagal diluahkan kepada ahli keluarganya semasa hayat kerana beberapa faktor atau keadaan. Justeru itu, ADAB CONSULTANCY mengambil inisiatif membantu pewasiat menyampaikan isi hati & luahan perasaan yang terbuku di hati kepada ahli keluarga (pewaris).
WASIAT AGAMA
Pertamanya ku mohon kemaafan dari kalian semua seandainya ada salah dan silap dariku. Kemaafan yang tidak terhingga sekiranya aku gagal menunaikan tanggungjawabku terhadap kalian semua
Wahai anak-anak, isteri/suami dan keluarga yang ku kasihi sekelian.
Dengarlah baik-baik pesanan dariku ini.
Sekarang tiada lagi keinginan yang kuimpikan melainkan secebis doa dari kalian semua yang masih hidup. Lebih-lebih lagi doa dari anak-anak yang ku kasihi sekelian kerana itulah antara amalan yang menyelamatkan daku dipersemadian ini.
Aku juga berpesan kepada kalian semua agar bertaqwalah pada ALLAH, Tuhan yang mencipta kita semua. Dialah juga yang akan mematikan kita nanti. Kerjakan solat dan taatilah ALLAH s.w.t. di mana saja kalian berada. Tinggalkan kejahatan dan kemaksiatan kerana ia bukan sahaja dimurkai ALLAH tetapi dibenci juga oleh manusia.
Ingatlah, sekali kalian meninggalkan solat dan kewajipan yang lain serta melakukan kemaksiatan pada Tuhan, di kala itu aku juga terseksa di persemadian.
Sedikit harta yang kutinggalkan, jangan sampai kalian bersengketa dan berpecah hati. Langsaikanlah segala hutang piutangku, terhadap ALLAH s.w.t. dan sesama manusia. Ikutlah wasiat aku dalam pembahagian yang telah ku amanahkan.
Ketaatan kalian terhadap semua pesananku adalah kegembiraan bagiku sekaligus merupakan satu hadiah istimewa dari kalian semua. Tetapi seandainya syaitan menguasai hati kalian dengan ketamakan terhadap harta peninggalanku, sehingga pesananku ini tidak lagi diendahkan maka kembalilah kepada hukum ALLAH.
Alangkah gembiranya aku bila harta yang telah kalian miliki itu digunakan sedikit untuk kebajikan dan bersedekah bagi pihak diriku. Janganlah kalian gunakan harta pusaka peninggalan ku ini untuk berbuat maksiat. Kelak, aku juga akan terseksa.
Kepada isteriku/suamiku. Jagalah anak-anak ku dengan didikan agama. Mudah-mudahan ia akan menyejukkan daku dipersemadian.
Kepada anak-anak. Jagalah ibumu/bapamu baik-baik. Jangan sakiti hatinya. Jangan durhaka kepadanya. Muliakanlah dia kerana tiada makhluk di dunia ini yang wajar dimuliakan kecuali kedua ibubapa.
Akhirnya kirimkan setiap hari kepadaku doa dari kalian. Dekatkan diri kalian pada ALLAH. Jangan tinggalkan solat dan jagalah aurat kalian. Dampingilah rumah ALLAH.
Semoga kita tidak terpisah di akhirat nanti dan kita bertemu di dalam syurga. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan