DONATE
Sabtu, 3 Januari 2009
Sejarah Perang Arab – Yahudi
Pendahuluan
Islam pada abad yang ke 20, mengalami pelbagai peristiwa, samada yang menggembirakan mahupun yang menyedihkan. Antara peristiwa yang berlaku, bermula pada peringkat penggal pertama dalam abad yang ke 20 ialah kejatuhan Daulah Uthmaniyah, dan terdirinya Kerajaan Turki di bawah kepimpinan Kamal At-Turk setelah terlibat dalam Perang Dunia Pertama. Seterusnya Negara-negara Islam berjaya mencapai kemerdekaan tersendiri melalui cara yang tersendiri, diikuti pula dengan berlakunya peperangan Dunia ke 2.. Hampir kepada pertengahan abad ke 20, berlaku pula peristiwa yang mencetuskan kemarahan serta kesedihan seluruh umat Islam dunia, iaitu Perang Arab-Yahudi pada tanggal 15 Mei 1948.
Peperangan Arab-Yahudi, mahupun digelar Perang Arab-Israel mahupun pelbagai nama lain yang pasti menggambarkan peristiwa besar tersebut yang mana telah menjatuhkan kekuasaan Islam di Tanah Palestin yang mana menempatkan kiblat pertama Masjid Al-Aqsa. Melalui kertas kerja yang ringkas ini, kita cuba meneliti keadaan semasa tercetusnya perperangan tersebut secara ringkas, seterusnya memerhatikan juga bagaimana keadaan umat Islam selepas berlakunya peperangan tersebut. Peperangan yang berlaku hanya dalam masa kira-kira sebulan akhirnya memberi kecelakaan sehinggalah ke saat ini.
Peperangan Arab-Yahudi yang berlaku ini turut dibincangkan dalam isu-isu Palestin pada masa kini, ini membuktikan kita prihatin dengan nasib bangsa dan kaum yang seagama dengan kita. Peperangan yang berlaku pada 15 Mei sehinggalah 10 Jun pada Tahun 1948 ini memberikan impak yang berpanjangan kepada kita. Semoga penulisan yang sedikit ini dapat memberikan manfaat yang berguna kepada kita.
Permulaan Konflik
Yahudi pada asalnya tidak memiliki tempat duduk sendiri, mereka hanyalah menumpang di pelbagai kawasan di serata dunia. Bahkan masyarakat Yahudi juga ditindas oleh golongan tentera Nazi ( Jerman ) di bawah kepimpinan Adolf Hitler, layanan buruk terus-terusan diberikan kepada mereka sehinggakan mereka tidak mempunyai tempat untuk berlindung lagi, bahkan mereka tidak memiliki kedaulatan sendiri, tidak ada tempat berlindung yang sewajarnya.
Keadaan mereka yang sedemikianlah menyebabkan migrasi beramai-ramai ke Tanah Palestin pada tahun 1947 oleh kaum Yahudi. Bahkan penghijrahan mereka mendapat restu daripada kuasa besar dunia yang menang pada Perang Dunia Ke 2, iaitu negara Britain, Amerika serta Soviet Union. Menurut mereka, perkara ini dapat menebus kembali keadaan sengsara mereka selama beberapa dekad ini.
Walaupun penghijrahan mereka mendapat restu daripada kuasa besar dunia pada ketika, mereka tetap merasa risau kerana yakin akan mendapat tentangan dari Negara-negara Benua Arab kerana mereka sememangnya menentang pencerobohan ke atas Negara dan apatah lagi ianya dilakukan ke atas sebuah Negara Islam. BAgi menghadapi masalah tentangan ini, perkara ini telah diusulkan kepada Dewan Keamanan PBB ( Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ) supaya berjaya mewujudkan dan menubuhkan sebuah Negara orang Yahudi atau Negara Israel. PBB akhirnya dengan kuasa majoriti yang turut dipengaruhi oleh Amerika yang siap sedia membelakangi tindakan PBB telah bersetuju dengan usul tersebut, dan akhirnya pada tanggal 27 November wilayah Palestin di bahagi kepada dua, sebahagian kepada Palestin dan sebahagian lagi kepada Yahudi.
2. Perang Arab – Yahudi
Perang di dalam kawasan Palestin – Israel yang dikongsi bersama mula tercetus apabila migrasi yang berpindah masuk ke kawasan Palestin itu mula bertindak untuk menopoli kawasan yang telah ditetapkan untuk orang-orang Palestin. Yahudi mula bergerak secara kejam, selepas mempelajari selok belok ketenteraan dari pihak Barat. Selepas Inggeris mengisytiharkan diri untuk keluar daripada kawasan tersebut pada Mei 1948, dalam erti kata lain mereka tidak terabit lagi dengan urusan di kawasan tersebut.
Peperangan mula tercetus apabila beberapa Negara berhampiran campur tangan bagi mempertahankan kaum Palestin yang tidak mampu berbuat sesuatu kerana dikuasai dan di kongkong oleh pihak Rejim Zionis. Antara Negara yang terbabit dalam memberikan bantuan kepada pihak Palestin antaranya adalah Lubnan dan Mesir. Pihak Lubnan dan Mesir yang memberikan bantuan ketenteraan kepada Palestin telah membuat pertahanan di dua kawasan iaitu berdekatan Tel Aviv dan juga wilayah yang berhampiran Sungai Jordan. Dalam keadaan ini telah menyebabkan peperangan terbabit semakin sengit sehinggalah pihak PBB campur tangan dan menjadikan tercetusnya resolusi bagi gencatan senjata di antara kedua-dua pihak. Gencatan senjata diumumkan oleh Dewan Keamanan PBB pada 19 Mei 1948 selepas pertempuran berlanjutan sehingga menjangkau 3 hari lamanya.
Gencatan senjata yang diwartakan oleh pihak PBB akhirnya dicabuli oleh barisan Rejim Zionis. Bermula dengan mengukuhkan keuatan ketenteraan selepas pengisytiharan gencatan senjata tersebut. Pihak rejim sememangnya memanfaatkan gecatan senjata tersebut. Akhirnya pada 8 Julai 1948, pihak Israel mula mencabuli gencatan senjata dengan menyerang kawasan Palestin dari pelbagai sudut yang mana sebelum ini dibawah pantauan pihak Arab. Serangan mereka yang masih dalam tempoh gencatan senjata mengakibatkan pihak Palestin tidak Berjaya mempertahankan kawasan Palestin sebaik mungkin berikutan mereka tidak bersedia sebaik pihak Israel. Akhirnya pertempuran yang berlarutan selama 8 hari tersebut memberikan kerugian besar kepada pihak Palestin, dan kawasan Yahudi semakin diperluaskan.
Keadaan yang menjadi semakin runcing akhirnya menghasilkan resolusi terbaru dari pihak PBB, dengan meletakkan Kota Al- Quds itu di bawah kekuasaan pihak antarabangsa, bukanlah di bawah jajahan mana-mana pihak yang berkongsi bumi Palestin. Cadangan tersebut di bantah oleh pihak Israel dan Jordan. Menurut Israel, pelunag mereka unutk menakluki tanah terbabit akan musnah sekiranya ia diletakkan di bawah penguasaan antarabangsa, dan Jordan pula berpendapat Kota Suci terbabit perlu diletakkan di bawah jagaan mereka. Hanya Negara Arab lain yang bersetuju dengan resolusi terabit kerana dikhuatiri Kota Al- Quds akan dikuasai oleh pihak Israel sekiranya tidak diletakkan di bawah perlindungan antarabangsa.
3. Kesan - Kesan Perang Arab - Yahudi 1948
Peperangan Arab – Yahudi ini sebenarnya meniggalkan pelbagai kesan kepada rakyat Palestin khasnya dan kepada umat Islam umumnya. Umat Islam sendiri pastilah menerima impak emosi apabila umat seagama ditimpa bencana, selain dari itu juga, umat Islam sedunia mungkin akan merasakan jauhnya kesatupaduan antara satu sama lain, walaupun banyaknya Negara Islam yang ada, tapi tidak dapat bersatu padu untuk mempertahankan Palestin, hal ini mungkin mengakibatkan perpecahan yang semakin teruk di kalangan umat Islam sedunia.
Antara kesan zahir lain yang dapat kita lihat berlaku keatas rakyat Palestin adalah antaranya terpaksa keluar dari tanah mereka sendiri. Mereka terpaksa menjadi pelarian ekoran peperangan terbabit bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik atau keadilan dari Negara – Negara jiran seperti Jordan. Keadaan ini menyebabkan berlakunya kemiskinan, kebuluran di kalangan pelarian tersebut, secara jelasnya perlarian ini perlu melalui masa-masa sukar, dan sukar untuk kita perincikan semangat apakah yang membawa mereka keluar dari kepompong Israel, sukar juga kita gambarkan penindasan yang bagaimanakah menjadikan rakyat Palestin sanggup lari dari tanah sendiri, sanggup menjadi pelarian, daripada menjadi hamba di tanah sendiri.
Selain dari itu, kita dapat lihat dari peperangan ini mengakibatkan kemusnahan bumi Palestin. Ianya boleh dilihat dari pelbagai aspek, pertama nya kemusnahan bumi atau hak rakyat Palestin. Kerana bumi mereka telah dibahagikan seterusnya berlaku rampasan yang mengakibatkan tanah mereka semakin mengecil. Antara perkara yang tersirat di sini, dapat dilihat Negara Eropah sememangnya menyokong gerakan Israel, bahkan PBB juga dikawal oleh Amerika Syarikat. Maka umat Islam boleh mengambil pengajaran untuk berhati dengan Negara Eropah, bahkan PBB yang bertopengkan Amerika. Selain dari itu, yang keduanya kemusnahan terbabit bukanlah sahaja terhadap pengecilan kawasan Palestin, bahkan juga kemusnahan alam sekitar tang diakibatkan daripada peperangan terbabit, sitem politik, ekonomi serta sosial masyarakat kucar kacir dan pelbagainya lagi yang merosakkan sistem dalaman bagi wilayah Palestin.
Kerosakan yang dialami oleh Negara, wilayah mahupun rakyat Palestin memberikan kesan yang berpanjangan. Selain dari pembunuhan, berlaku juga pencabulan hak asasi seperti rogol dan lain – lain. Kemusnahan juga turut berlaku, antaranya kemusnahan tempat awam, tempat ibadat orang Islam serta hasil tanaman juga mengalami kemusnahan yang dahsyat. Daripada peperangan ini, kemenangan yang memihak orang Yahudi dan akhirnya terbina Negara dan kediaman yang mereka inginkan selama ini, dan kecelakaan yang besar ke atas rakyat Palestin khususnya. Walaupun begitu, kita juga harus merasa dukacita dan bersimpati dengan nasib umat yang seagama dengan kita.
4. Kesimpulan
Melaui penulisan ringkas ini, kita dapat melihat dengan jelas, Barat atau Eropah mahupun kuasa besar dunia sbenarnya ingin melenyapkan sedikit demi sedikit kekuasaan Islam di atas muka bumi ini. Mereka melakukan penindasan secara tersembunyi melalui kegiatan pihak lain. Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu sendiri juga bukanlah pertubuhan yang telus dalam mendepani masalah yang melanda dunia, mereka ditualangi oleh Amerika pada ketika itu dalam tindakan dan keputusan.
Palestin merana, rakyat sengsara kerana Yahudi yang didalangi kuasa besar dunia berjaya merampas tanah mereka. Perkara in ihanya dapat kita depani dengan mengambil iktibar bersatunya kaum Muhajirin dan Ansar di zaman Rasulullah SAW itu sendiri. Jika semua Negara Islam bersatu padu tidak mustahil kuasa besar dunia akan tunduk di bawah kekuasaan Islam. Akan tetapi resolusi demi resolusi untuk bersatu tidak dapat di dilaksanakan sepenuhnya.
5. Bibliografi
Al Afifi, Abdul Hakim. 2002. 1000 Peristiwa Dalam Islam.
Indonesia. Pustaka Hidayah.
Elie Kedourie. 1982. Zionisme and Arabisme In Palestine and
Israel. Frank & Co Ltd.
Jakarta. Perpustakaan Nasional RI.
Ensiklopedia Islam. Jil 3. Jakarta. PT Ichtiar Baru Van Hoere.
Zaidan Ali Jassem. 1993. Ter:________. Impact of Arab – Israeli
Wars on Language and
Social Change in The Arab World. Jakarta. Pustaka Antara.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan