DONATE

Isnin, 15 Jun 2009

HARTA PUSAKA DALAM KOMPILASI HUKUM ISLAM (KHI) INDONESIA

Oleh: Husny Abd Jalil


BAB 1

PENDAHULUAN


1.1 Pengenalan


Salah satu Ugama samawi (Ugama langit) yang diturunkan oleh Allah kepada ummat manusia iaitu Islam. Islam merupakan sesebuah Ugama yang sangatlah sempurna ajarannya. Kesempurnaan ajaran Islam boleh diketahui daripada ciri-cirinya iaitu الربانية bererti ugama daripada Allah SWT), العا لمية bererti ugama yang dinuzulkan kepada seluruh ummat Manusia), الشمول bererti ugama yang lengkap, menyeluruh dan mencakupi segala-galanya iaitu merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan hubungan zhahir manusia dan Allah sang pencipta yang disebut dengan hukum ibadah mempunyai matlamat untuk membina hubungan baik antara sesama manusia dengan Allah SWT yang disebut dengan “Hablum min Allah”. Perkara-perkara yang berhubungkait samada antara sesama manusia atau antara manusia dengan makhluk lainnya yang ada dipersekitaran disebut dengan hukum muamalat ” yang bertujuan untuk membina hubungan positif antara sesama manusia maupun dengan alam persekitaran. Aturan tentang ini disebut “Hablumminallah”.

Di antara perkara yang mengatur tentang hubungan sesama manusia (“Hablumminallah”.) iaitu aturan tentang pembahagian harta pusaka yang disebut dengan hukum kewarisan Islam atau hukum pusaka Islam.

Ilmu Harta Pusaka Islam mengatur seluk-beluk samada perkara harta dan peralihan hak milik daripada orang yang telah meninggal kepada ahli waris yang masih hidup.

Adapun dalam tajuk ini, penulis akan membincangkan secara khas perkara-perkara harta pusaka Islam menurut Undang-undang dan Pentadbiran Pusaka di Indonesia dengan merujuk kepada Kompilasi Hukum Islam (KHI) Indonesia.


1.1.1 Matlamat Kajian

Untuk Mengetahui secara lebih jelas tentang keberadaan hukum Pusaka Islam khasnya menurut Undang-undang dan Pentadbiran Pusaka di Indonesia dengan merujuk kepada Kompilasi Hukum Islam (KHI) Indonesia.

1.1.2 Skop Kajian

Skop kajian menjurus kepada pembahasan tentang Undang-undang dan Pentadbiran Pusaka di Indonesia dengan merujuk kepada Kompilasi Hukum Islam (KHI) Indonesia.

1.1.3 Objektif Kajian

1. Membincangkan Definisi Harta Pusaka Menurut Hukum Islam dan Kompilasi Hukum Islam (KHI) Indonesia.

2. Membincangkan Dalil Pensyari’atan Hukum Harta Pusaka

3. Membincangkan Asas-asas yang ada pada hukum pusaka

4. Membincangkan Rukun dan Syarat Harta Pusaka

5. Membincangkan Pergantian Kedudukan Ahli Waris yang Terdindinng

1.1.4 Metodologi Kajian

Dalam penulisan tugasan ini, penulis menggunakan kajian kepustakaan (library reseach).



1.2 ASAS TEORI

1.2.1 Definisi

Terdapat berbagai-bagai istilah yang digunapakai oleh fuqaha untuk membincangkan perkara-perkara Harta Pusaka dalam Islam, istilah-istilah tersebut iaitu: ilmu Faraidh, Fiqh Mawaris, al-Mirath, Hukum kewarisan Islam, dan Harta Pusaka Islam. Semua istilah itu mempunyai maksud yang sama.

Al-mirath dari segi bahasa bererti kekal, perpindahan sesesuatu daripada seseorang kepada orang lain . Manakala secara istilah bererti sesesuatu yang ditinggalkan oleh si mati daripada harta benda dan hak-hak yang akan diwarisi oleh waris-waris yang disebabkan kematian pewaris .

Manakala Faraaidh ialah jamak daripada Fariidhah yang secara bahasa mempunyai erti sutera, potongan, perkiraan, menurunkan, dan menjelaskan. Adapun secara istilah ilmu yang mempelajari tentang siapa yang berhak mewarisi dan siapa yang tidak berhak, serta bahagian-bahagian daripada setiap ahli waris .

Manakala dalam kitab Kompilasi Hukum Islam (KHI) Indonesia Harta Pusaka disebut dengan Hukum Kewarisan yang mempunyai erti iaitu hukum yang mengatur tentang pemindahan hak pemilikan harta (tirkah) pewaris, menentukan siapa-siapa yang berhak menjadi ahli waris dan berapa bagiannya masing-masing .

Sebagai kesimpulannya daripada definisi Al-mirath dan Faraaidh dalam Islam serta menurut Hukum Kewarisan dalam Kompilasi Hukum Islam (KHI) Indonesia, boleh dipahami bahawa di dalamnya terdapat maksud yang sama dalam mendefinisikan erti daripada harta pusaka iaitu sesuatu perangkat hukum yang membincangkan perkara perpindahan hak pemilikan harta dari seseorang yang telah mati (pewaris) kepada ahli warisnya yang masih hidup dengan mengikuti kaedah-kaedahnya.

Hal ini bererti bahawa harta pewaris tak boleh berpindah kepada ahli warisnya secara hukum kewarisan apabila pewaris masih hidup, baik secara langsung (hibah) maupun terlaksana sesudah matinya (wasiat) tak termasuk ke dalam perbincangan kewarisan menurut Islam.


1.2.2 Dalil Pensyari’atan

Adapun dalil asas pensyari’atan Hukum Kewarisan terdapat dalam Al-Quran, Hadith, dan Ijtihad, berikut ini akan disebutkan iaitu:

A. Al-Quran

Maksudnya:

“Allah perintahkan kamu mengenai (Pembagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah 2/3 dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah ½ (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapak (si mati ), tiap-tiap seorang dari keduanya 1/6 dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak, tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapaknya, maka bahagian ibu bapaknya ialah 1/6. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan utangnya. Ibu bapakmu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepadamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesunggaunya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.



Maksudnya:

“Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pesaka) dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pesaka) itu, maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya, dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata ang baik.”

Dalam kedua-dua ayat di atas secara jelas menunjukkan kepada pensyariatan dan pembahagian harta pusaka daripada si mati kepada ahli warisnya, di mana pelaksanaannya iaitu pada masa meninggalnya pewaris.

B. Hadis

Selain dari ayat-ayat Al-Qur’an, terdapat juga hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang menjelaskan tentang pensyari’atan dan kewajiban pembahagian harta pusaka menurut ketentuanya, iaitu :

عن ابن عباس رضىاالله عنه عن ا لنبي صلى الله عليه وسلم قال: ألحقوا الفر ائص بأهلها فما بقيا فهو لأولى رجل ذكر

Maksudnya:

“Berikanlah Faraidh (bagian-bagian yang ditentukan) itu kepada yang berhak dan selebihnya berikanlah untuk lelaki dari keturunan lelaki yang terdekat.

Kalau kita perhatikan kepada hadis di atas, maka jelaslah bahawa Rasulullah saw juga telah mempertegas tentang pensyari’atan dan kewajiban pembahagian pusaka harta dari si mati kepada para ahli waris yang ditinggalkannya.

C. Ijtihad

Pada prinsipnya, Allah telah mendedahkan secara terperinci dalam Al-Quran mengenai bahagian-bahagian yang akan diterima ahli waris terhadap harta waris yang ditinggalkan pewaris, manakala ayat-ayat yang masih umum telah dirincikan oleh Rasulullah dalam hadis-hadisnya.

Namun demikian dalam pelaksanaan pembahagian secara praktisnya dalam masyarakat terdapat perkara-perkara yang tak diperoleh jawabannya dalam Al-Quran dan Hadis, maka dalam keadaan macam itu dibolehkan bagi mujtahid untuk berijtihad guna mengggali hukum dengan berpedoman kepada garis-garis besar yang telah dijelaskan dalam Al-Quran dan Hadis.

Ijtihad ialah suatu usaha sungguh-sungguh seseorang atau beberapa orang ulamak, yang mempunyai syarat-syarat tertentu, pada suatu tempat dan pada masa tertentu untuk merumuskan kepastian atau penilaian hukum mengenai sesuatu perkara yang tak diperolehi secara khas dalam Al-Quran maupun Hadis .

Hasil ijtihad yang telah dimulakan oleh mujtahid dalam perkara-perkara hukum waris iaitu terdapat dua buah aliran yang telah lahir untuk mengistimbatkan hukum-hukum pusaka Islam adalah aliran Ahlu Sunnah dan Aliran Syi’ah. Perbezaan pokok antara ke dua aliran ini iaitu tentang kedudukan perempuan dalam hukum pusaka Islam, sehingga menimbulkan perbezaan dalam susunan urutan ahli waris dan method pembagiannya.

Hasil ijtihad para ulamak tentang sesebuah perkara, terutamanya perkara Hukum Pusaka Islam, adakalanya terjadi perbezaan pendapat antar mujtahid terhadap hasil instimbat mereka, dan adakalanya mereka sepakat untuk menyepakati suatu hukum yang sama.

Sebagai contoh ijtihad dalam hukum harta pusaka iaitu Apabila Zaid Ibn Tsabit telah berijtihad kepada suatu perkara warisan yang melibatkan beberapa ahli waris iaitu ibu, bapak, dan salah seorang suami isteri telah mati, jadi Zaid Ibn Tsabit membahagikan 1/3 untuk ibu setelh suami atau isteri mengambil bahagiannya .

Kesamaan pendapat semua mujtahid dalam merumuskan sesebuah hukum disebut dengan ijmak. Menurut ulamak Ushul Fiqh Ijmak iaitu kesepakatan mujtahid ummat Muhammad SAW setelah wafatnya, pada suatu masa, kepada suatu perkara ugama pada sesebuah tempat. Sebenar-benarnya prinsip ijmak ialah kesepakatan pendapat para mujtahid yang boleh diperoleh secara tegas dan bersama-sama . Ijmak dibagi kepada dua macam iaitu Kesepakatan para mujtahid atas suatu hukum dari suatu kasus dengan cara masing-masing mujtahid menyampaikan pendapatnya tentang suatu perkara yang sedang diperbincangkan bersama, maka ijmak macam ini disebut dengan Ijmak Sharieh. Sedangkan kalau dalam perbincangan tersebut sebagian mujtahid mengungkapkan pendapatnya, sedang mujtahid lain mengetahuinya dan tidak mengungkapkan serta tak mengikari daripada pendapat mujtahid lain, ini disebut dengan Ijmak sukuti.

Kalau memperhatikan masa modern seperti sekarang ini, dimana ummat Islam tidak lagi tinggal pada suatu tempat yang sama, banyaknya ulamak yang tersebar di berbagai Negara maka sangat sulit untuk boleh melakukan proses ijmak seperti yang telah penulis bincangkan di atas. Oleh karenanya menurut penulis boleh sahaja proses ijtihad seperti itu dilakukan oleh para Ulamak yang mendiami pada sesebuah Negara sahaja dengan memperbincangkan perkara-perkara yang terjadi dalam sesebuah Negara.

Dalam konteks perkembangan hukum Islam di Indonesia, maka usaha-usaha yang penulis maksudkan di atas telah dilakukan oleh Ulama-ulama daripada Indonesia iaitu lahirnya Kompilasi Hukum Islam Indonesia (KHI) adalah hasil daripada kesepakatan para Ulamak seluruh Indonesia dalam lokakarya Alim Ulamak Indonesia pada tarikh 5 januari 1988, sehingga melalui Instruksi Presiden (Inpres) No.1 tahun 1991 Kompilasi Hukum Islam Indonesia (KHI) dinyatakan secara rasmi menjadi pedoman fiqh dan menjadi hukum positif bagi seluruh rakyat Indonesia untuk dipatuhi. Bagi Pengadilan Ugama (mahkamah Syar’iyah) wajib merujuk ke pada Kompilasi Hukum Islam Indonesia (KHI) dalam memutuskan sesebuah perkara.

Kompilasi Hukum Islam Indonesia (KHI) yang menjadi rujukan dan pedoman ummat Islam Indonesia mengatur beberapa perkara iaitu Buku 1 Hukum Perkahwinan, Buku II Hukum Kewarisan (Harta Pusaka Islam), Buku III Hukum Perwakafan. Jadi Penulis akan membincangkan Hukum Kewarisan di Indonesia dengan merujuk kepada kepada Kompilasi Hukum Islam Indonesia (KHI).



BAB II

HARTA PUSAKA DALAM
KOMPILASI HUKUM ISLAM (KHI) INDONESIA



2.1 Asas-Asas Hukum Kewarisan

Berikut ini akan dibicangkan Asas-asas atau prinsip-prinsip Harta Pusaka yang terdapat dalam Hukum Islam dan Kompilasi Hukum Islam Indonesia (KHI), iaitu:

2.1.1 Asas Ijbari

Asas Ijbari iaitu peralihan harta dari orang yang telah meninggal (pewaris) kepada orang yang masih hidup (ahli waris) terjadi dengan sendirinya secara langsung maknanya bukan kehendak dari pewaris atau ahli waris tetapi atas kehendak darpada Allah SWT.

Mengenai asas ijbari ini, telah dinyatakan dalam Kompilasi Hukum Islam Indonesia (KHI) pasal 188 iaitu: “Para ahli waris baik secara bersama-sama atau perseorangan dapat mengajukan permintaan kepada ahli waris yang lain untuk melakukan pembagian harta warisan. Bila ada diantara ahli waris yang tidak menyetujui permintaan tersebut, maka yang bersangkutan dapat mengajukan gugatan melalui Pengadilan Agama untuk dilakukan pembagian harta warisan”.

Jadi, seorang atau beberapa ahli waris boleh meminta kepada ahli waris lainnya yang tak mahu melakukan pembagian harta warisan yang ditinggalkan pewaris, untuk melakukan pembagian kepada seluruh ahli waris. Sedangkan orang-orang yang berhak atas harta pusaka peninggalan tersebut sudah ditentukan secara jelas tentang bahagian-bahagiannya, kalau ada di antara para pihak tak bersetuju untuk melakukan pembahagian berdasarkan yang diatur dalam Hukum Islam atau Kompilasi Hukum Islam Indonesia (KHI) dan melanggar ketentuan seperti di atur dalam Kompilasi Hukum Islam Indonesia (KHI), maka ahli waris yang lain boleh melaporkan kepada Pengadilam Ugama untuk melakukan pembahagian harta warisan tersebut.

Namun demikian sifat memaksa yang terkandung pada asas ijbari seperti mana telah dijelaskan dalam surah An-Nisa’ ayat (7), (11), (12) dan (176) tak di atur secara mutlak dalam Kompilasi Hukum Islam Indonesia (KHI), karena telah diatur dalam pasal 183 dan 189 iaitu: Para ahli waris dapat bersepakat melakukan perdamaian dalam pembagian harta warisan, setelah masing-masing menyadari pembagiannya.

Jadi perdamaian boleh dilakukan oleh para ahli waris untuk melakukan pembahagian harta warisan dengan tetap berpegang pada bahagian yang telah ditentukan atau boleh tak mengikut kepada bahagian-bahagian yang telah ditentukan, tetapi sebelumnya harus disampaikan kepada semua ahli waris tentang bahagian-bahagian sebenarnya yang terdapat dalam hukum Islam.



2.1.2 Asas Bilateral

Asas Bilateral beerti bahawa seseorang akan menerima hak dan kewarisan daripada dua belah pihak iaitu daripada pihak keturunan lelaki dan perempuan.

Asas bilateral ini telah diperbincangkan oleh Allah SWT dalam surah al-Nisa’(4): 7,11,12 dan 176, seperti dalam ayat (7) disebutkan bahawa seseorang lelaki berhak mendapat warisan dari pihak ayahnya dan juga dari pihak ibunya, begitu pula seorang perempuan berhak mendapat harta warisan dari pihak ayahnya dan ibunya.

Kompilasi Hukum Islam Indonesia (KHI) mempunyai aturan yang sama seperti ketentuan dalam surah An-Nisa’ (11), hal ini telah diatur dalam pasal 176 iaitu:

Anak perempuan bila hanya seorang ia mendapat separoh bagian, bila dua orang atau lebih mereka bersama-sama mendapat dua pertiga bagian, dan apabila anak perempuan bersama-sama dengan anak laki-laki, maka bagian anak laki-laki adalah dua berbanding satu dengan anak perempuan .

Jadi, merujuk kepada ketentuan yang telah diatur dalam Kompilasi Hukum Islam Indonesia (KHI) pasal 176, dengan sangat jelas kita boleh memahami bahawa Kompilasi Hukum Islam Indonesia (KHI) juga menganut asas bilateral, di mana seorang ahli waris memperoleh harta pusaka dari pihak keturunan lelaki dan perempuan.

2.1.3 Asas Individual

Asas Individual mempunyai erti bahawa setiap waris berhak atas bagian yang diperolehnya daripada pewaris tanpa sebarang keterikatan dengan ahli waris yang lain. Hal ini didasarkan kepada ketentuan bahawa setiap insan sebagai pribadi mempunyai kemampuan untuk untuk menerima hak dan menjalankan kewajiban. Dalam pengertian ini setiap ahli waris berhak menuntut secara sendiri-sendiri harta warisan yang akan menjadi haknya.

Kompilasi Hukum Islam Indonesia (KHI) pada pasal 171 huruf a telah membenarkan tentang asas individual iaitu:Hukum kewarisan adalah hukum yang mengatur tentang pemindahan hak pemilikan harta peninggalan (tirkah) pewaris, menentukan siapa-siapa yang berhak menjadi ahli waris dan berapa bagiannya masing-masing . Dalam pasal di atas telah dijelaskan bahawa kewarisan ialah pemindahan hal kepemilikan kepada individu-individu yang berhak.

Kepemilikan individual atau perseorangan tiap-tiap ahli waris bagi harta pusaka yang menjadi haknya tidak berlangsung secara mutlak kerana akan dilihat kepada kesempurnaan akalnya berupa kedewasaannya (balig). Hal ini boleh dirujuk kepada Kompilasi Hukum Islam Indonesia (KHI) pasal 184: Bagi ahli waris yang belum dewasa atau tidak mampu melaksanakan Kewajibannya, maka baginya diangkat wali berdasarkan keputusan hakim atas usul anggota keluarga

2.1.4 Asas Kewarisan Akibat Kematian

Asas ini mendedahkan bahawa peralihan harta seseorang kepada orang lain yang disebut dengan nama kewarisan, terjadi setelah orang yang mempunyai harta meninggal dunia. Maknanya bahawa harta seseorang tak boleh beralih kepada ahli warisnya selama orang yang mempunyai harta masih hidup dan segala bentuk perpindahan harta seseorang yang masih hidup kepada orang lain baik secara langsung maupun yang akan dilaksanakan kemudian sesudah kematiannya tak termasuk ke dalam kategori kewarisan menurut hukum Islam.

Manakala di dalam Kompilasi Hukum Islam Indonesia (KHI) dalam mengatur asas ini terdapat pada pasal 171 huruf b iaitu: Pewaris adalah orang yang pada saat meninggal atau dinyatakan meninggal berdasarkan putusan pengadilan beragama Islam, meninggalkan ahli waris dan harta peninggalan .

Dengan demikian hukum kewarisan dalam Kompilasi Hukum Islam Indonesia (KHI) hanya mengenal warisan atau berpindahnya harta kepada ahli waris kalau salah seorang pewaris telah meninggal dunia.

2.1.5 Asas personalitas KeIslaman.

Dalam asas ini disebutkan bahawa peralihan harta daripada pewaris kepada ahli waris hanya terjadi pewaris dan ahli waris sama-sama beragama Islam. Mengenai asas ini terdapat dalam Kompilasi Hukum Islam Indonesia (KHI) pasal 171 huruf C iaitu: Ahli waris adalah orang uang pada saat meninggal dunia mempunyai hubungan darah atau hubungan perkahwinan dengan pewaris beragama Islam dan tidak terhalang kareana hukum untuk menjadi ahli waris .

Jadi, dalam pasal di atas menunjukkan bahawa personalitas ke- Islaman sangat penting, sehinggalah manakala antara pewaris dan ahli waris berbeza Ugama, maka ianya menjadi penghalang, sehingga harta warisan tak boleh diwariskan dan kalau ahli waris dan pewaris sama-sama beragama Islam, maka itu menjadi penyebab kebolehan mewariskan harta pusaka.

2.2 Rukun dan Syarat-syarat Pewarisan

Berikut ini akan dibincangkan rukun-rukun dan syarat-syarat dari pewarisan berdasarkan kepada Kompilasi Hukum Islam Indonesia (KHI), iaitu:

2.2.1 Pewaris

Al-Muwarith atau Pewaris iaitu orang yang telah meniggal dunia dan meninggalkan sesuatu yang boleh beralih kepada keluarganya yang masih hidup. Syaratnya ialah pewaris benar-benar telah meninggal dunia samada secara hakiki iaitu tanpa melalui pembuktian boleh diketahui seseorang telah meninggal dunia, dan meninggal hukmy ertinya seseorang yang secara yuridis dikatakan meninggal setelah mendapat akuan daripada Mahkamah, dan mati taqdir bererti anggapan bahawa seseorang telah meninggal dunia setelah beberapa tahun lamanya tak pasti keberadaanya sehingga melahirkan dugaan yang kuat sangat bahawa yang bersangkutan telah mati .

Dalam Kompilasi Hukum Islam Indonesia (KHI) pasal 171 huruf b disebutkan bahawa pewaris adalah orang yang pada saat meninggalnya atau yang dinyatakan meninggal berdasarkan putusan pengadilan beragama Islam, meninggalkan ahli wasris dan harta peninggalan.

Berdasar kepada pengertian pewaris menurut Kompilasi Hukum Islam Indonesia (KHI), maka boleh diketahui bahawa pembagian harta pusaka mula sekali berlaku pada masa meninggalnya pewaris, menurut penulis bahawa yang dikata dengan meninggalnya pewaris iaitu samada meninggal secara hakiki, hukmi dan takdir seperti mana dimaksud dalam perbincangan fiqh mawaris, karena keputusan meninggalnya pewaris setelah memperoleh keputusan daripada Mahkamah.


2.2.2 al-Warith atau ahli waris

Al-Warith merupakan orang yang berhak atas harta warisan yang ditinggalkan oleh orang yanh telah meninggal dan orang yang mempunyai hubungan kekerabatan samada kerana hubungan darah, sebab perkahwinan dan sebab memerdekakan budak .

Kompilasi Hukum Islam Indonesia (KHI) pasal 171 telah menyebutkan pula bahawa yang dikata dengan al –Warith iatu orang yang pada masa meninggal dunia mempunyai hubungan darah atau hubungan perkahwinan denga pewaris, beragama Islam dan tak terhalang kerana hukum untuk menjadi ahli waris .

Daripada definisi di atas boleh disyarahkan bahawa yang berhak menjadi ahli waris iaitu orang yang mempunyai hubungan darah atau dengan adanya sebab perkahwinan dengan pewaris. Kemudian ada beberapa perkara lain yang mesti terdapat kepada tiap-tiap ahli waris iaitu ianya harus merupakan orang yang beragama Islam seperti mana disebutkan dalam klausul Kompilasi Hukum Islam Indonesia (KHI) pasal 171 iaitu:
orang yang pada masa meninggal dunia mempunyai hubungan darah atau hubungan perkahwinan denga pewaris, beragama Islam dan tak terhalang kerana hukum untuk menjadi ahli wari s.

Jadi, manakala al-Warith atau ahli waris dan pewaris berbeza ugama ertinya ianya bukan beragama Islam maka sudah pastilah bahawa ianya tak berhak atas bagian daripada harta pusaka yang ditinggalkan oleh pewaris.

Manakala yang menjadi ahli waris menurut Kompilasi Hukum Islam Indonesia (KHI) pasal 174 iaitu:

(1) kelompok-kelompok ahli waris terdiri dari:

a.Menurut hubungan darah:

- golongan lelaki terdiri dari: ayah, anak lelaki, saudara lelaki, paman dan kakek;
- golongan perempuan terdiri dari: ibu, anak perempuan, saudara perempuan dan nenek;
b. Menurut hubungan perkahwinan terdiri dari: duda atau janda.
(2) Apabila semua ahli waris ada, maka yang berhak mendapat warisan hanya: anak, ayah, ibu, janda atau duda.

2.2.3 al-Mawruth atau Harta Warisan

Al-Mawruth atau harta warisan merupakan segala sesuatu yang ditinggalkan oleh pewaris yang secara hukum boleh beralih kepada para ahli waris yang masih hidup.

Menurut Kompilasi Hukum Islam Indonesia (KHI) pasal 171 huruf e bahawa al-mawruth atau harta warisan iaitu harta milik si mati ditambah bagian-bagaian harta bersama setelah digunakan untuk keperluan pewaris selama sakit sehinggalah matinya, membiayai pengurusan si mati (tajhiz), pembayaran utang dan pemberian untuk kerabat . Dan pada pasal 171 huruf d disebutkan bahawa harta peninggalan adalah harta yang ditinggalkan oleh pewaris samada yang berupa harta benda yang menjadi miliknya dan hak-haknya.

Dalam definisi pasal-pasal di atas bolehlah dibezakan antara harta peninggalan pewaris dengan harta warisan di mana harta peninggalan iaitu apa sahaja harta peninggalan yang ditinggalkan si mati masa kematiannya, manakala harta warisan iaitu harta yang berhak diterima dan dimiliki oleh ahli waris selepas dipergunakan untuk iuran pengurusan si mati(tajhiz), membayar utangnya jika ianya berhutang dan melunasi wasiatnya jika ianya pernah berwasiat.

Itulah beberapa rukun dan syarat-syarat daripada harta pusaka atau hukum warisan dalam
Kompilasi Hukum Islam Indonesia(KHI) yang telah penulis sebutkan, semua rukun dan syarat di atas sangat penting sekali dan ianya menjadi penentu sah taknya perpindahan harta pusaka daripada pewaris kepada ahli waris.

Manakala terjadi perkara-perkara sengketa antara sesama ahli waris maka para hakim di Mahkamah mestilah merujuk kepada sebarang aturan yang terdapat di dalam Kompilasi Hukum Islam Indonesia (KHI).


BAB III

PERGANTIAN KEDUDUKAN AHLI WARIS YANG TERDINDING
MENURUT KOMPILASI HUKUM ISLAM INDONESIA (KHI)



Apabila kita perhatikan dalam fiqh mawaris, maka ada suatu perbincangan yang sangat menarik iaitu hukum bagi para ahli waris berupa hijab atau terdinding samada terdinding berakibat kepada berkurangnya bagian yang akan diterima oleh ahli waris seperti suami seharusnya mendapatkan bagian sebesar ½ kerana bersama anak perempuan maka bagiannya berkurang menjadi 1/4, ini dinamakan hijab nuqsan .

Manakala yang kedua dinamakan dengan hijab hirman yang bererti terdindingnya ahli waris daripada memperoleh harta pusaka secara total, misal cucu lelaki daripada garis keturunan lelaki terdinding secara hirman/total manakala si mati mempunyai anak lelaki dan cucu perempuan daripada garis keturunan lelaki serta ahli waris juga terdinding secara hirman kalau si mati mempunyai anak lelaki dan anak perempuan dua orang atau lebih .

Adapun dalam aturan Kompilasi Hukum Islam (KHI) Indonesia terdapat konsep yang berbeza dengan aturan fiqh mawaris, bahwa kalau kita melihat Kewarisan Islam dalam Kompilasi Hukum Islam (KHI) Indonesia adalah diberikannya hak seorang ahli waris yang telah mati dunia kepada keturunannya yang masih hidup.

Aturan tersebut teradapat dalam Pasal 185 Kompilasi Hukum Islam (KHI) Indonesia yang bunyi lengkapnya adalah sebagai berikut:

(1) Ahli waris yang meninggal dunia lebih dahulu daripada si pewaris, maka kedudukannya dapat digantikan oleh anaknya, kecuali mereka yang tersebut dalam Pasal 173.

(2) Bagian ahli waris pengganti tidak boleh melebihi dari bagian ahli waris yang sederajad dengan yang diganti .

Jadi, dari aturan Kompilasi Hukum Islam (KHI) Indonesia di atas boleh kita pahami bahawa seseorang yang telah mati dahulu sedang orang tuanya masih hidup, anak-anak dari si mati tersebut akan menggantikan kedudukan bapaknya (si mati) sebagai ahli waris harta benda daripada kakeknya. Misal Ahmad telah mati dahulu dari ayahnya, ianya meninggalkan anak lelaki, maka ketika ayahnya Ahmad mati anak lelaki dari Ahmad akan menggantikan Ahmad untuk menerima harta pusaka walaupun ayahnya ahmad mempunyai beberapa orang anak lelaki. Sedangkan kalau kita merujuk kepada fiqh Mawaris maka anaknya Ahmad akan terdinding secara total ertinya tidak boleh mendapatkan bahagian daripada harta pusaka yang ditinggalkan kakeknya karena terdinding oleh saudara lelaki ayahnya.

Apabila kita perhatikan kembali aturan dalam Kompilasi Hukum Islam (KHI) Indonesia di atas maka dapatlah di ketahui bahawa Ahli waris yang meninggal dunia lebih dahulu daripada si pewaris, maka kedudukannya dapat digantikan oleh anaknya apabila tak bertentangan dengan pasal 173 iaitu:

Seorang terhalang menjadi ahli waris apabila dengan putusnya Hakim yang telah mempunyai kekuatan hukum tetap, dihukum kerana:

(a) Dipersalahkan telah membunuh atau mencuba membunuh atau menganiaya berat pada pewaris.

(b) Dipersalahkan secara memfitnah telah mengajukan pengaduan bahawa pewaris telah melakukan suatu kejahatan yang diancam dengan hukuman 5 tahun penjara atau hukuman yang lebih berat .

Jadi, berdasarkan peruntukan di atas, teranglah bahawa anak yang ayahnya telah mati, maka ianya tidak secara mutlak menggantikan hak waris daripada ayahnya ertinya mestilah ianya tidak terlibat dalam kes-kes samada pembunuhan dan kejahatan lainnya terhadap pewaris.

Namun demikian, Kompilasi Hukum Islam (KHI) Indonesia juga memberikan had bahawa harta warisan yang didapat oleh sang cucu menggantikan hak waris ayahnya tidak boleh lebih dari harta yang semestinya didapat sang ayah.

Menurut Alyasa’ Abubakar, pensyarah pascasarjana Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Ar-Raniry Banda Aceh, istilah penggantian tempat/kedudukan ini hanya dikenal dalam hukum barat (BW) dan hukum adat namun tidak dikenal dalam hukum Islam. Walaupun demikian, dengan adanya pembaharuan penafsiran hukum waris ini, istilah penggantian tempat pun kini sudah dibukukan dalam Kompilasi Hukum Islam, yang kini digunakan dalam setiap penyelesaian sengketa di Mahkamah Syar’iyah .

Pada mulanya istilah “pergantian kedudukan ahli waris yang terdinding” di Indonesia sering disampaikan oleh seorang pakar hukum Islam dan mufassir Indonesia yang bernama Hazairin . beliau memberikan penafsiran tentang adanya penggantian ahli waris dalam hukum Islam dengan merujuk kepada Al-Quran :

Maksudnya: “Bagi tiap-tiap harta peninggalan dari harta yang ditinggalkan ibu bapak dan karib kerabat, Kami jadikan pewaris-pewarisnya (ahli waris). Dan (jika ada) orang orang yang kamu telah sumpah setia dengan mereka, maka berilah kepada mereka bahagiannya. Sesungguhnya Allah menyaksikan segala sesuatu.”


Hazairin menafsirkan ayat di atas bahawa ianya mengandung makna bahawa Allah mengadakan mawali (pengganti) untuk si fulan dari harta peninggalan orang tua dan keluarga dekat (serta allazina ‘aqadat aymanukum) dan bahawa untuk itu berikanlah kepada mawali itu (hak yang menjadi) bagiannya. Fulan dianggap sebagai ahli waris, karena diiringkan dengan kata walidan dan aqrabun yang menjadi pewaris .

Apabila yang menjadi pewaris adalah orangtua (ayah atau ibu), ahli waris adalah anak dan atau mawali anak, demikian menurut Hazairin.. Jika anak anak itu masih hidup, tentu merekalah yang secara serta merta mengambil warisan berdasarkan Ayat 11 Surah an-Nisa.

Jadi sebenarnya, menurut penulis para perumus Kompilasi Hukum Islam (KHI) Indonesia dalam menetapkan aturan tentang pergantian kedudukan ahli waris yang terdinding ini mempunyai dasar pemikiran yang sama dengan alasan dan penafsiran oleh Hazairin terhadap makna ayat 33 surat An-Nisa’, di mana anak boleh menggantikan kedudukan ayahnya sebagai pewaris kalau ayahnya telah meninggal terlebih dahulu.

Di Indonesia, yang kehidupan hukum adatnya sangat kental dengan hukum Islam, kondisi ini memang menjadi persoalan yang masih diperdebatkan. Sebagian ulama, termasuk di Aceh, masih menolak adanya pembaharuan hukum seperti pendapat daripada Hazairin dan yang tertera dalam Kompilasi Hukum Islam (KHI) dengan alasan bahawa istilah penggantian tempat ini tidak ditemukan secara tegas dalam ayat-ayat Al-Quran dan hadist Nabi yang menerangkan tentang hukum faraidh (hukum kewarisan) Namun demikian, mereka yang menerima keberadaan pembaruan penafsiran ini mendasarkan pada bahwa Islam juga membawa nilai keadilan, ukhuwah, persamaan, menjunjung tinggi anak yatim. Karena alasan inilah mereka menganggapnya sebagai suatu yang penting untuk dipraktekkan di Indonesia.



BAB IV

KESIMPULAN



a. Harta Pusaka dalam Kompilasi Hukum Islam (KHI) disebut dengan Hukum Kewarisan iaitu hukum yang mengatur tentang pemindahan hak pemilikan harta (tirkah) pewaris, menentukan siapa-siapa yang berhak menjadi ahli waris dan berapa bagiannya masing-masing.

b. Asas-asas dari Hukum Kewarsisan iaitu: Ijbari, Individual, Bilateral, akibat kematian, personalitas keislaman.

c. bahawa pembagian harta pusaka mula sekali berlaku pada masa meninggalnya pewaris.

d. Kompilasi Hukum Islam Indonesia (KHI) dinyatakan secara rasmi menjadi pedoman fiqh dan menjadi hukum positif bagi seluruh rakyat Indonesia untuk dipatuhi.

e. orang yang pada masa meninggal dunia mempunyai hubungan darah atau hubungan perkahwinan denga pewaris, beragama Islam dan tak terhalang kerana hukum untuk menjadi ahli waris.

f. Dalam Kompilasi Hukum Islam Indonesia (KHI) disebutkan bahawa Ahli waris yang meninggal dunia lebih dahulu daripada si pewaris, maka kedudukannya dapat digantikan oleh anaknya

g. Kompilasi Hukum Islam (KHI) Indonesia juga memberikan had bahawa harta warisan yang didapat oleh sang cucu menggantikan hak waris ayahnya tidak boleh lebih dari harta yang semestinya didapat sang ayah.



Daftar Rujukan

Al- Quran al-karim

Abu Umar Basyir, Warisan, 2006, Rumah zikir, Surakarta.

Abdullah Siddiq, Hukum Waris Islam, 1998, Widjaya, Jakarta.

Abdul Ghofar Anshori, Filsafat Hukum Kewarisan Islam, 2005, UII press, Yogyakarta.

Amir Syarifuddin, Pelaksanaan Hukum Kewarisan Islam dalam Lingkungan Adat Minagkabau, 1984, Gunung Agung, Jakarta.

Amir Syarifuddin, Hukum Kewarisan Islam, 2004, Kencana, Jakarta.

Ahmad Rofiq, Fiqh Mawaris, 1993, PT. RajaGrafindo, Jakarta.

Idris Jakfar & Taufik Yahya, Kompilasi Hukum Kewarisan Islam, 1995, Pustaka Jaya, Jakarta

Idris Ramulyo, Hukum Kewarisan Islam, 1984, IND-HILL.CO, Jakarta.

Mohd. Zamro Muda et al, Undang-undang dan Pentadbiran Pusaka, Wasiat, dan Wakaf Orang Islam Malaysia, 2008, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM.

Muhammad Mustafa, Ahkamul Mawaris baina Fiqh dan Qanun, 1984, Bijami’atul Iskandariyah Wa Bairut Arabiyyah.

Rafiq Yunus Al- misri, Ilmu Faraid wal Mawaris, 1993, Dirasiyyah Bairut.

http://www.idlo.int/bandaacehawareness.HTml

Tiada ulasan: