DONATE

Sabtu, 2 Ogos 2008

Hudud Menafi Hak dan Menganiaya Wanita? (jawapan kepada kekeliruan)


Oleh : Ust. Zaharuddin B. Abd Rahman
Jab. Fiqh & Usul Fiqh, Jordan zaharuddin@yahoo.com

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian ‘alam, selawat dan salam buat junjungan mulia
Rasulullah SAW, ahli keluarganya, para sahabatnya dan seluruh mukiminin dan mukminat yang menurutinya jejak langkahnya dgn kebenaran. Penulisan ini akan menjawab persoalan berikut:

1.Mengapa persaksian wanita dlm kes zina tidak diterima, adakah hak mrk dinafikan dlm hukuman Islam?
2.Adakah wanita yang mengandung tanpa suami akan dikenakan hukuman
hudud walaupun ia dirogol?
3.Apa itu ta’zir ? Adakah hukumannya setimpal dgn kesalahan pelakunya.?
4.Adakah wanita yang dirogol teraniaya, akibat dikenakan hukuman Qazf
apabila ingin menuduh perogolnya?
5.Sekiranya kesalahan melibatkan hudud berlaku di asrama jururawat, bilik air wanita dan seumpamanya, adakah pesalah zina dan lainnya akan terlepas
serta tidak dikenakan hudud ke atas pesalah zina krn semua saksi adalah
wanita.?
6.Bagaimana jika tiada bukti langsung .?

PERSAKSIAN WANITA DALAM KES ZINA DAN HUDUD LAIN SERTA QISAS.

Perlu diketahui bahawa Jenayah zina telah sepakat dikalangan ulama boleh thabit
dari dua perkara :

a) Pengakuan daripada penzina atau Iqrar.

b) Bukti yang jelas iaitu oleh 4 orang saksi lelaki muslim, baligh, merdeka, punyai pengelihatan, boleh bertutur, tidak ditohmah sbg pembohong dan
adil.(al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu, 8/6035-6040, cet kedua, Dar al-Fikr)

Bgmnpun ulama berselisih pendapat dlm persoalan saksi perempuan dalam kes zina
ini. Terdapat 2 pendapat dlm hal ini :
a) Jumhur Fuqaha (Hanafiah, Malikiah, Syafi’iyah, Hanabilah) : Tidak harus wanita menjadi saksi dlm hal ini serta tidak diterima penyaksian mereka.
(Rujuk Al-Hidayah 3/116, Al-Ikhtiyar 2/140; Tabsirah al-Ahkam Ibn Farhun, 1/264
; Bidayah al-Mujtahid, 2/464 ; Rawdah at-Tolibin 9/29 ; Mughni al-Muhtaj, 4/441
; ashbah wa an-Nazair As-Suyuti , ms 260 ; Al-Mughni Ibn Qudamah, 12/5 ; Kassyaf al-Qina’, 6/433 ; At-Turuq al-Hukmiah Ibn Qayyim, 219)

b) Ato’ Bin Abi Rabah, Hammad Bin Sulaiman (guru Imam Abu Hanifah,: 120 H) serta mazhab Zohiriyah, Syeikh Mahmud Syaltut, Sayyid Rashid Ridha dan
Dr. Yusoff Al-Qaradhawi : Harus wanita menjadi saksi.
Bgmnpun Al-Qaradhawi dan Syaltut tidaklah menyatakan harus secara
mutlaq bahkan ada syarat-syarat tertentu.

Mazhab Zohiri menyatakan nisab saksi wanita iaitu spt 3 lelaki dan 2 wanita ,
atau 2 lelaki dan 4 wanita, atau seorg lelaki dan 6 wanita.
Malah Ato’ Bin Abi Rabah (w: 114 H) mengatakan “ sekiranya 8 wanita adil
memberikan persaksian terhdp wanita lain dgn zina, nescaya aku akan
menjatuhkan hukuman” ( Lihat Turuq al-Hukmiyah, Ibn Qayyim, ms 207)

Iaitu dgn kaedah satu lelaki bersamaan 2 wanita, berdasarkan persaksian
dlm hukum hakam harta.
Pendapat ini hakikatnya adalah tidak berapa kuat dari sudut dalil dan byk
bersandar kepada ‘uruf. Walaupun demikian, penulis merasakan pandangan
mereka boleh diterima dalam beberapa keadaan seperti jenayah di bilik air
wanita dan mana-mana tempat yang ketiadaan lelaki kebiasaannya.

Penulis juga menggangap pandangan yang boleh menerima persaksian
wanita, memerlukan syarat yang agak ketat dan tidak harus di letakkan
hukum harus secara ‘am di zaman ini kerana :
1. Akibat kurangnya pendidikan agama dalam masyarakat seluruhnya.
Justeru nisbah waniat yang tidak berkelayakan terlampau amat
besar, malah kebanyakan lelaki juga turut hilang kelayakkan
persaksian di zaman ini akibat kefasiqan dan sebab2 lain.
2. Nisbah wanita yang berkelayakkan serta mememenuhi syarat ‘uruf
yang diperlukan untuk memberikan persaksian terlampau amat kecil,
hinggakan boleh dikatakan bahwa wujudnya seperti tiada.
3. Penerimaan saksi wanita hanyalah dianggap sebagai rukhsoh dalam
keadaan tertentu yang sangat memerlukan.

Penulisan ini tidak sempat untuk mengutarakan dalil mereka serta
munaqasyah terhdp dalil mereka di dalam penulisan ini. Insyaallah penulis
akan memfokuskan isu tersebut dalam penulisan yang berasingan.

Dalil Para Jumhur Ulama’ :

1. Firman Allah :
Mafhum : “Maka mestilah bersaksi ke atasnya ( kes zina) dgn empat saksi dr kamu” (
An-Nisa’ : 15)

Wajh ad-Dalalah (pendalilannya): perkataan ‘Minkum’ dlm ayat adalah ditujukan
kepada Lelaki, tidak termasuk perempuan di dalamnya. (Lihat al-Jami’ li ahkam al-
Quran, Imam Qurtubi, 5/83)

Bantahan : Hujjah dari pihak yang membenarkan saksi wanita, mengatakan bahawa
seperti lazimnya, apabila disebutkan lafaz umum seperti di atas di dalam al-Quran,
lalu akan ia ditujukan kepada lelaki dan perempuan sekaligus, maka tidak harus utk
dipinggirkan wanita dalam hal ini, dana mengapa disisihkan.
Jawapan Bantahan ini : ALLAH tidak akan membiarkan ‘khitab’ kpd perempuan
tidak dijelaskan dalam semua halhal yg penting sbgmn ia boleh dilihat dalam ayat-
ayat yang menyebut perihal sama taraf ibadat , amal soleh, harta, pembahagian
pusaka dan sebagainya, maka dalam perkara sepenting (Persaksian Hudud) ini
apabila Allah tidak menyebut dengan lafaz yang khusus bagi wanita, maka ia beerti,
hal persaksian hudud tidak termasuk wanita. Malah ‘qias’ nisbah saksi wanita dalam
perihal harta yang digunakan oleh Ibn Hazm adalah qias ma’al fariq.

2. Firman Allah :
Mafhum : “Bagi mereka yang menuduh wanita2 baik (dgn zina) kemudian tidak
membawakan empat org saksi” ( An-Nuur 4)

Wajh ad-Dalalah : Menurut kaedah bahasa Arab. Angka 3 sehingga 9 apabila di
‘muannas’ kan maka ma’dud (perkataan selepasnya) adalah ‘muzakkar’. Maka
Allah menggunakan kalimah ‘arba’ah’ yang bermaksud empat dgn mua’annas lalu
semestinya ia ditujukan kpd saksi lelaki.

3. Firman Allah SWT :
Mafhum : Hendaklah kamu bersakasi dgn mrk yg adil dr kalangan kamu ( At-Talaq :2)

Wajh ad-Dalalah : Sekali lagi perkataan ‘minkum’ ditujukan kpd lelaki dan bukan
perempuan. Umum sebutan ini telah diterangkan oleh perbuatan Nabi SAW yang
mana Nabi tidak menerima saksi wanita dlm hal hudud dan Qisas..

Menurut Imam Shihabuddin Az-Zuhri (Ulama’ besar Tabi’ al-Tabi’en wafat thn 124 H) :
Telah diamalkan oleh Rasulullah SAW, Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab,
sesungguhnya mereka tidak menerima penyaksian wanita dlm kes Hudud dan Qisas.
(Rujuk Nasb ar-Rayah, Imam Az-Zaila’ie , 4/79 ; Musannaf Ibn Abi Syaibah 4/128 Kitab
an-Nikah )

4. Sabda Nabi SAW :
Mafhum : “Empat saksi lelaki atau hukuman sebat ke atas belakangmu” (Riwayat al-
Bukhari dari Ibn Abbas lihat Nasb ar-Rayah 3/306, dan Abu Ya’l al-Mausili dr anas bin
Malik)

MENGAPA PERSAKSIAN WANITA TIDAK DITERIMA?

Berikut adalah fitrah semulajadi yang ada dlm diri wanita (ia juga ada dlm diri lelaki tapi tidak sebyk wanita) yang menyebabkan persaksian mereka dalam hal Hudud dan Qisas menjadi ragu, lalu tidak diterima: Ringkasnya akibat aqal yang kurang, sifat lalai dan lupa serta tidak mampu menguasai perkara dgn tepat. (Al-Fiqh al-Islami, Dr Wahbah Az-Zuhayli, 8/6044): Dalilnya seperti berikut:

a) Hal Hudud dan Qisas yang melibatkan jenayah, maksiat yang kotor dan
sebagainya, adalah sangat bertentangan dengan fitrah asas wanita, malah wanita
pada adatnya tidak sanggup melihat kejnadian sedemikian berlaku dihadapan
matanya. (Dr. Yusof Al-Qaradhawi, Markaz al-Mar’ah, Syeikh Syaltut,Aqidah wa
syari’ah)

b) Kekurangan aqal wanita ini disebut oleh Allah SWT yang menciptakannya iaitu:

Firman Allah :
Mafhum : “Dalam kes hutang…Hendaklah kamu bersaksi dgn seorg saksi atau dua org saksi lelaki ( dlm menulis hutang) maka sekiranya tidak ada dua lelaki, maka cukuplah ada seorg lelaki dan 2 org perempuan..” ( Al-Baqarah : 282)

Ayat ini jelas menunjukkan wanita sememangnya dijadikan kurang aqalnya
berbanding lelaki, iaitu diperlukan 2 orang wanita bg menyamai kemampuan aqal seorg lelaki (Lihat At-Tafsir al-Kabir, Imam Fakhr Addin ar-Razi, 4/16).

Hal ini juga disebutkan oleh Nabi SAW.: Mafhumnya : Dari Abdullah Bin ‘Umar ra “….Sesungguhnya kurangnya aqal wanita krn penyaksiannya 2 orang wanita menyamai seorg lelaki, maka inilah tanda kurang aqalnya, manakala ia duduk tidak solat dan serta tidak berpuasa pd bulan Ramadhan (ketika Haid), maka inilah tanda kurang agamanya.”(Riwayat Bukhari 2/941, Kitab As-Shahadat no hadith 2515 ; Muslim 2/58 , Kitab Iman ; Abu Daud 5/59 ; Ibn Majah 2/1326 ; Ahmad 7/186 )

c) Sifat lalai serta lupa yg wujud dlm diri wanita dalam hal yang tidak bertepatan dgn bidang fitrahnya seperti keganasan pembunuhan dan semua jenayah hudud, ini mengakibatkan mereka cepat lupa lalu tidak harus menjadi saksi. Keadaan adat pelupa dalam hal yg bertentangan dgn fitrah ini adalah majority terdapat dalam diri
wanita seluruh dunia. Allah SWT dalam firmanNya :
Mafhumnya : “…maka apabila seorg darinya (saksi wanita) itu lupa maka yg seorg lagi akan mengingatkannya” ( Al-Baqarah : 282 )

Selain menyebutkan tentang sifat lupa wanita teruatama dlm hal penyaksian, ayat di
atas juga memberikan hukum bhw penyaksian wanita diterima dlm hal kewangan
dan harta. Cuma dlm hal Hudud dan Qisas, penyaksian mrk ditolak krn hal ini
memerlukan ketepatan dan mengelakkan campur tangan perasaan wanita yang
amat cepat bergolak maka, Rasulullah SAW, Abu Bakar dan Umar serta dituruti Jumhur ( Majoriti) ulama’ Islam TIDAK MENERIMA PENYAKSIAN WANITA DLM KES HUDUD DAN QISAS, TETAPI MENERIMA DLM KES HARTA, MELIHAT ANAK BULAN, PENYUSUAN DAN BEBERAPA YG LAIN.

d) Tidak diterima penyaksian wanita dlm kes hudud dan qisash krn ia
melibatkan tubuh, badan, nyawa dan kematian, maka para ulama’ sepakat
menyatakan ia tidak sesuai dgn fitrah wanita utk menelitinya juga tidak sesuai utk
diminta campur tangan dlm perkara sebesar ini. (Lihat al-Ma’unah, Al-Qadhi abd Wahab, 3/1385). Yang mana kesannya amat besar.

Ia adalah seperti hak menjatuhkan talaq yg hanya terletak pd lelaki, menurut aqal
yg sohih, sekiranya diletakkan kuasa kpd wanita nescaya akan tersgt mudah wanita
menjatuhkan talaq, ini adalah krn sifat semulajadi ciptaan wanita yg amat cepat
sensitive dan terkesan dgn persekitaran. Adapun ‘khuluq’ bukanlah bermakna kuasa
talaq di tangan wanita, kerana ia adalah kuasa qadhi yang yang menentukan.

Maka akibat sifat2 yang diketahui melalui Nas Al-Quran dan hadith2 Nabi, wanita
tidak boleh dijadikan saksi dlm kes berat spt hudud qisas. Jika melibatkan wanita
maka persaksian tersebut menjadi syubhat (ragu) krn bimbang persakasian dibuat
bukan krn kebenaran tetapi perasaan dsbgnya. Lalu Hudud tertolak dgn adanya
syubhat.

Penyaksian selain hudud diterima krn hal yg disebutkan di atas masih boleh
menerima ‘zann yang kuat’ (sangkaan yg kuat). Penyaksian wanita sememangnya
boleh sampai ke tahap itu, tetapi tahap ini dikira ‘syubhat’ dlm hudud dan qisas, dan
hudud tertolak dgn adanya ‘syubhat’.

Adakah ini mengenepikan Haq wanita?

Sudah tentu tidak, benar pernyataan “Persaksian bukan hak tetapi tanggungjawab”
kerana itulah wajib bg mereka yg mempunyai bukti utk ke hadapan hakim
menerangkan dalil dan haram hukumnya tidak memperbuat demikian dan haram
juga sesiapa yang menghalang saksi dr memberikan penyaksiannya. Ini disebut dlm
Al-Quran Surah at-talaq ayat 2 dan al-baqarah ayat 282. serta 283. Justeru ia wajib
menurut Syafiyyah, Zohiriyah dan Ibn Farhun Al-Maliki. Manakala Mazhab lain
menyatakan Fardhu Kifayah. (Rujuk al-Muhazzab 3/435 ; Fath al-Wahab 2/392 ; al-
Muhalla Ibn Hazm 8/526)

Jelas, ia tidak mengenepikan hak wanita, bahkan ia menjaga hak wanita, iaitu dgn
mengtaklifkan wanita hanya yg dgm perlkara yang dimampui oleh mereka,
bertepatan dgn kelayakan dan kesesuaian fitrah wanita.

JENAYAH BERLAKU DI ASRAMA WANITA DAN SEUMPAMANYA

Jika berlaku di asrama jururawat, adakah pesalah zina akan terlepas serta tidak
dikenakan hudud pesalah zina semua saksi adalah wanita.?


Sekiranya jenayah bunuh, pukulan hingga cedera (iaitu semua kes yg melibatkan
hudud dan qisas) juga zina, berlaku di bilik air wanita atau perkara yang melibatkan
urusan dalaman wanita spt kelahiran, tanda dara, aib pd kemaluan wanita,
kecederaan di tempat ‘aurat dan yg seumpama dgnnya, yang mana kesemua
tempat tersebut tidak mungkin boleh dilihat lelaki atau terdpt lelaki, penyaksian
wanita dlm hal ini terdapat perselisihan di kalangan ulama’ :

a) Penyaksian mereka tetap tidak diterima, cukup sekadar ta’zir. Demikian
pandangan Ulama Hanafiah. (Al-Mabsut, As-Sarakhasi 16/ 136 ; Hashiyah Ibn
‘Abidin 8/195 )
b) Diterima penyaksian wanita ketika itu akibat dharurat. Iaitu di tempat atau
keadaan yg tidak mungkin dilihat atau terdptnya lelaki. Dan disyaratkan
terdpt 4 org paling kurang sbg saksinya menurut Mazhab Syafie, seorg
menurut mazhab Hanafi, ada juga yg mengatakan 2 org. Demikianlah
pandangan Mazhab Malikiyah, Syafi’yyah dan Hanabilah yang lebih shohih.
(Kassyaf al-Qina’, 6/436 ; Ar-Rawd al-Murabba’ 7/614) .
Dalil ulama di peringkat ini adalah daripada Imam Az-Zuhri berkata : "Telah
berlalu sunnah bhw harus penyaksian wanita dalam perkara yg tidak boleh
dilihat kecuali oleh wanita, spt kelahiran dan keaibannya dlm mereka” (Lihat
Musannaf Abd Razak, Musannaf Ibn Abi Syaibah, lihat Nasb ar-Rayah 4/80 –
di naqal drpd Al-Fiqh al-Islami wa adilatuhu, 8/6045) Pandangan ini ditarjihkan
(dianggap sesuai dan lebih waqi’e) oleh Prof. Dr Fathi Uthman Al-Qafa dari
Universiti Al-Azhar.

Bgmnpun ulama’ tidak pula menyebut persoalan asrama wanita kecuali
ianya disebut oleh Dr Yusof al-Qaradhawi, qias antara menjaga kepentingan
wanita di atas boleh diguna pakai dalam hal asrama wanita. Ulama’ sepakat
menerima penyaksian wanita dalam kes mengesahkan dara seseorg wanita
lain dalam kes zina, rogol. Iaitu kiranya saksi wanita tadi mengatakan,
tertuduh masih mempunyai dara, maka jelaslah ia tidak melakukan zina
(Rujuk al-Mughni, Ibn Quddamah, bab syubaht fil ishbat). Kerana zina tidak
mungkin berlaku dgn mengekalkan dara. Justeru, perlu diingat, ini bermakna
penyaksian wanita telah terlibat dlm hal hudud, iaitu dgn pengakuan saksi
wanita, had boleh tertolak krn syubhat atau boleh sabit. Wallahu a’lam.
(Lihat al-‘Uqubah, Imam Muhd Abu Zuhrah, hlm 223)

Begitupun, paling kurang, pesalah tidak akan terlepas, hukuman ta’zir akan
dilaksanakan kiranya thabit kesalahan melalui perbicaraan dgn bukti2 yg
dikemukan, malah hukuman ta’zir boleh mencecah tahap yang lebih berat dr
hudud malah sehingga ke tahap BUNUH, demikian menurut pandangan Mazhab
Hanafi iaitu apabila diyakini mafsadah (keburukan) akan merebak sekiranya tidak
dilaksanakan hukuman Ta’zir dgn bunuh.

Lalu tidak ada ruang bg mengatakan wanita diketepikan dlm Islam, bahkan
penyaksian beramai2 tersebut mesti dihadapkan ke mahkamah, lalu perbicaraan
dan bukti2 dibawakan. Ianya boleh thabit dan si pesalah dijatuhkan hukuman
menurut peruntukan hudud (bg yg menerima pandangan kumpulan kedua) atau
paling kurang melalui peruntukan ta’zir. Bukannya si pesalah akan terlepas begitu
sahaja krn disaksikan oleh wanita.!.

Penjelasan Berkenaan Hukuman Ta’zir

Takrif Ta’zir

Menurut Ulama’ Hanafiah : Ta’dib ( Hukuman Pengajaran) selain Hudud. ( Fath al-
Qadir, Ibn Humam 5/112 ; At-Ta’rifat , Al-Jurjani ms 55, Ad-Durru al-Muhtar, Ibn ‘Abidin
3/117)

Menurut Malikiah : “Hukuman yang tiada had tertentu drpd Allah, ianya dijatuhkan
krn ma’siat yg dibuat kpd Allah ataupun mencabul hak manusia” ( Al-Syarh al-Kabir,
Ad-Dardir 4/354)

Menurut Syafi’iyyah : Hukuman Pengajaran ke atas dosa seseorg, dan bukan
kaffarah (Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini , 4/191 )

Menurut Hanabilah : Hukuman yang disyariatkan ke atas jenayah yang tiada
peruntukan hudud padanya ( al-Mughni, Ibn Quddamah, 8/324 )

Hukuman ta’zir adalah masyru’ (disyari’atkan) di dalam Islam berdasarkan ayat al-Quran iaiatu ( ayat 24 surah An-Nisa’, serta hadtih dari Abu Bardah (riwayat Bukhari dan Muslim) , dari Ibn Abbas (riwayat al-Baihaqi dan at-Tirmizi) , dari Muadz Bin Jabal(riwayat Ahmad , al-Hakim dan Nuruddin al-Haithami dlm Majma’ az-Zawaid) dan dari Amru Bin Syuaib (riwayat Al-Hakim, Ad Darul Qutni dan As-Sayuti).

Kadar Hukuman Ta’zir

Terdapat 4 jenis hukuman yang utama, bgmnpun kadarnya diperselisih di kalangan
ulama.

4. Sebatan atau pukulan
Bilangan sebatan diperselisihkan di kalangan ulama’ spt berikut:
a) Tidak boleh lebih dari 10 pukulan shj. Ini adalah pandangan Imam Ishak
Rahawaih, Al-Laith bin Sa’ad, Setengah ulama’ Syafie spt al-Balqini dan al-
Adzra’ie, majority ulama’ Hanbali dan Zohiri.
b) Harus lebih drpd 10 sebatan dlm ta’zir, tetapi kurang dari kadar hudud.
Demikian pandangan Jumhur Hanafiah, pendapat yang lebih tepat bg
mazhab Syafi’e dan salah satu riwayat dr Imam Ahmad.

Semua mazhab mempunyai dalil tersendiri yang panjang untuk
didedahkan disini. Pendapat yang ditarjihkan (dianggap terkuat) oleh
Prof. Dr Abd Fatah Idris ( Prof. Fiqh Perbandingan di Universiti Al-Azhar dan
kini di Universiti al-Yarmouk) adalah pandangan mazhab pertama iaitu
sebatan tidak melebihi 10 sebatan.
Kekuatan pukulan adalah dgn pukulan yang kuat, demikian menurut
mazhab Hanafiah malah lebih kuat drpd pukulan hudud zina. (al-Hidayah
wa syuruhiha, 5/117 )

Manakala pandangan Jumhur dari Mazhab Malikiah, Syafi’iyyah dan
Hanabilah menyatakan sebaliknya. (Pukulan yg tidak mencederakan).
Bgmnpun pendpt Hanfiah disokong oleh tindakan oleh Saidina Umar yang
memukul dgn kuat semasa menjatuhkan hukuman ta’zir. (al-Hidayah wa
syuruhiha, 5/117 Ad-Durr al-Mukhtar 3/178). Justeru, pandangan Mazhab
Hanafi lebih tepat sekiranya pukulan biasa tidak mampu memberi
pengajaran kpd si penzina dan penjenayah. Krn matalamat pukulan ini
adalah pengajaran.

5. Kurungan atau penjara
Mazhab Jumhur (Hanafiah, Malikiah, Syafi’iyyah dan Hanabilah)
menyatakan harus memenjarakan atas nama ta’zir, serta tidak ditetapkan
kadar masanya. Ia bergantung kpd tercapainya matlamat pengajaran terhdp si pesalah. (Rujukan yg sama ) . Hal ini berdalilkan kdp Hadith dari
Bahaz bin Hakim (riwayat Al-Hakim, Abu Daud(3/314) , An-Nasaie(2/255), At-
Tirmidzi (4/28) ) dan dari Abu Hurairah (riwayat al-Hakim 4/102) dan dari
Yahya Bin Said al-Ansari.

6. Rampasan harta
Hal ini juga diperselisihkan di kalangan ulama’ . Pandangan yang lebih kuat
menurut Prof. Dr Abd Fatah Idris setelah meneliti setiap dalil adalah, harus
mengambil harta pesalah atau menghapuskan pemilikan harta pesalah
sbg ta’zir. (Lihat Ahkam at-Ta’zir, hlm 85)

7. Hukuman Bunuh.

Mazhab Jumhur (Maliki, Syafi’e dan Hanbali serta Zohiri) : TIDAK HARUS
menjatuhkan hukuman bunuh ke atas pesalah. Melalui peruntukan
hukuman ta’zir.

Mazhab Hanafi : Iaitu hukuman bunuh boleh dijatuhkan bagi kesalahan
yang berat spt Zina berulang2 kali, iaitu dijatuhkan secara politik. Atau
mencuri berulang2 sehingga membawa kemudaratan yang besar. Dan yg
seumpama dgnnya. (Fath al-Qadir, 5/113 ; Radd al-Mukhtar 3/180)

Prof. Dr Muhammad ‘Uqlah al-Ibrahim (Prof. Fiqh Muqaran dari Univ. Jordan
dan Univ. al-Yarmouk) mentarjihkan pandangan yang mengharuskan ta’zir
ke tahap bunuh bila ada maslahat. Hukuman ini sebenarnya biasa menurut
perundangan sivil yg ada skrg ini, spt menjatuhkan hukuman mati
mandatory bg pengedar dadah, atau pembocor rahsia negara kpd
musuh. Perlu diingat menurut Islam mendedah dan menegur kesalahan
pemimpin negara yg dianggap rahsia bukanlah bermaksud membocor
rahsia negara! (dgn cara mendedah kejahatan pemimpin agar rakyat
tidak terpedaya). Berdasarkan hadith Nabi yang membenarkan merebut
kuasa.

Ini berdasarkan Hadith yang soheh diriwayatkan daripada Abi al-Walid dari
Ubadah bin Somit r.a. katanya: “Kami telah berbai’ah kepada Rasulullah
untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka
ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan
dunia melebihi kami.(Kami juga berbai’ah) untuk tidak merebut kekuasaan
dari pemerintah melainkan jika kami melihat ‘Kufr Bawwah’ (kekufuran yang
jelas) yang kami mempunyai alasan disisi allah (kami juga berbai’ah) untuk
menyatakan al-Haq dimana saja kami berada dan kerana allah kami tidak
takut kepada celaan sesiapa yang mencela. (Riwayat al-Bukhari hadith ke
7199, Muslim hadith ke 1836) dlm riwayat Ibn Hibban disebut. Apabila jelas
pemimpian mengajak kamu ke arah kemaksiatan. ( al-Minhaj syarh Shohih
Muslim, Imam An-Nawawi)

Ta’zir2 yang lain spt berikut :
a. Buang negeri/daerah.
b. Diruntuhkan rumahnya.
c. Dikeluarkan dr rumahnya.
d. Diiklankan sbg pelaku maksiat atau jenayah atau saksi palsu kpd umum.
e. Dicat hitam wajahnya atau disapu tepung dsbg.
f. Dicukur rambutnya.
g. Diikat hidup2 dgn diberi makan dan minum dan hak utk solat . Tetapi
tidak lebih 3 hari.
h. Dipulaukan.

Demikianlah antara bentuk lain ta’zir yang disebut di dlm kitab fiqh bg keempat2
mazhab. ( Rujuk Fath al-Qadir, 5/112 ; Ad-Durr al-Mukhtar 3/178 ; As-Syarh al-Kabir
Ad-Dusuqi 4/141 ; Jawahir al-Iklil 2/296 ; Mawahib al-Jalil 4/381 ; Rawdah al-Tolibin,
10/174 ; Muhgni al-Muhtaj 4/192 ; Al-Mughni Ibn Qudamah 8/236 )


PERSOALAN BERKAITAN WANITA TERANIAYA

Berikut ingin diperjelaskan beberapa persoalan yang sering kedengaran di kalangan
wanita awam di Malaysia :

Persoalan Pertama

Perempuan yang hamil / lahirkan anak tanpa suami boleh dijadikan qarinah (tanda)
perbuatan zina dan boleh didakwa melakukan zina kecuali beliau boleh
kemukakan bukti bahawa dia tidak berzina.

Ada yang mengatakan: “ Ini jelas menganiayai wanita - sudahlah hamil kena tuduh
zina pula dan dikenakan hukuman.”

Penjelasan:
Ini tidak benar, hukuman hudud hanya akan dijalankan sekiranya wanita tersebut
mengaku berzina, lalu hukuman thabit dgn iqrar atau pengakuan. Tetapi sekiranya
wanita ini menyatakan bhw ia dirogol (tanpa menuduh sesiapa) atau tidak sedarkan
diri semasa berlaku hubungan seks itu akibat termakan ubat tidur berlebihan atau
apa jua kenyataan yang menolak bhw dia berzina. Maka Hukuman hudud TIDAK
BOLEH DIJALANKAN SAMA SEKALI. Walaupun wanita tersebut menipu. Ini adalah krn
berlaku syubhat (ragu) dlm pen’thabit’an jenayah zina nya. Perkara ini telah
disahkan oleh As-Syeikh Prof. Dr Abd Malik As-Sa’di bekas Mufti Iraq kepada penulis,
Justeru, perbicaraan akan dilakukan sbgmn perbicaraan mahkamah syariah.
Hukuman akan diputuskan berdasar dalil2 dlm perbicaraan. Sabda Nabi SAW :
Mafhum : “Tertolak pelaksanaan Hudud dgn adanya keraguan, cubalah sedayamu
untuk tidak menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Muslim ” (Ibn ‘Adi dari Ibn Abbas,
Musaddid dlm musnadnya mawquf atas Ibn Mas’ud. Hadith di dalam bab ini terdpt
yg mawquf dan dhoif pd sanadnya, bgmnpun menurut Imam As-Syawkani, byknya
jalan periwayatan hadith yang sama maknanya menyebabkan ia boleh
digunapakai sbg hujjah, juga melihat bhw ia telah diamalkan oleh Saidina Umar dan
Saidina Uthman ra – Nailul Awtar, 7/117, cet Dar al-Khair)

Jelasnya, wanita tidak langsung dianiaya dlm hal ini, tidak pula dgn mudah
dilepaskan, krn telah mempunyai tanda hamil tanpa suami.maka semestinya telah berlaku hubungan seks di luar nikah. Kalau thabit ia dirogol, maka sudah tentu tidak dijatuhkan hukuman. Tapi kiranya gagal menolak qarinah (bukti) ia berzina ( krn Hamil tanpa suami ) dgn sbrg dalil yg kuat, barulah ia akan dikenakan hukuman, iaitu dgn ta’zir.

Malah sekiranya thabit dia berzina dgn qarinah dan baiyinah, maka hukuman hanya
akan dijatuhkan selepas bersalin, Ini jelas dr perbuatan Rasullah SAW yang tidak melaksanakan hukuman hudud ke atas wanita yang mengaku berzina dan minta utk
direjam, sehinggalah wanita tersebut selesai melahirkan kandungannya, malah Rasul
juga mengambil berat tentang hal penyusuan anak yang dilahirkan itu. Iaitu hanya
selepas seorg lelaki bersedia mengurusakn hal penyusuan bayi tersebut, barulah Rasulullah SAW melaksanakan hukuman rejam. (Hadith ini daripada Sulaiman Bin Buraidah diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Ad-Dar Qutni. Lihat Nailul Awtar 7/123). Ia merupakan hadith yang shohih. Begitulah betapa toleransinya Islam.


Persoalan Kedua

Timbul dari Kesalahan qazaf perkara 9 (1). Dlm Sebahagian daripada(Draf) Rang
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas)

Mereka mengatakan : Kalau tak ada bukti alangkah teraniaya wanita itu. Iaitu tidak
dpt menuduh lelaki yang dikenalpasti merogolnya. Akibat tidak mempunyai 4 saksi.

Sbgmna tercatat d dalam Enakmen Hudud yang di bawakan oleh Kerajaan
Terengganu iaitu :

BAHAGIAN III

QAZAF

Maksudnya : “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada
perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak
membawa empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan; dan
janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka
adalah orang-orang yang fasiq.”( Surah al-Nur, 24 :4)

Qazaf

7. (1) Qazaf ialah membuat tuduhan zina yang tidak dibuktikan oleh empat orang
saksi lelaki terhadap seseorang Islam yang mukallaf dan dikenali sebagai seorang
yang bersih diri daripada kelakuan zina.

(2) Qazaf juga boleh dilakukan dengan membuat suatu pernyataan dengan cara
yang nyata seperti menyatakan bahawa seseorang tertentu telah melakukan zina
atau dengan cara tersirat seperti menyatakan bahawa seseorang itu bukannya
bapa ataupun bukannya anak kepada seseorang yang tertentu.

(3) Pernyataan di bawah subseksyen (2) adalah dianggapkan sebagai qazaf
melainkan ia dibuktikan dengan empat orang saksi lelaki, dan jika pernyataan itu
tidak boleh dibuktikan sedemikian maka orang yang membuat tuduhan itu adalah
melakukan kesalahan qazaf; tetapi sekiranya pernyataan itu dibuktikan, maka orang
yang terhadapnya kenyataan itu dibuat adalah melakukan kesalahan zina.

(4) Sesuatu pernyataan di bawah subseksyen (2) adalah dianggap tidak terbukti,
sekiranya seseorang atau beberapa orang saksi yang berempat yang dipanggil
untuk memberi keterangan menyokong pernyataan itu enggan memberi keterangan
itu atau jika keterangan itu diberi keterangan itu bercanggah dengan pernyataan
itu; dan dalam hal yang seperti itu maka tiap-tiap orang saksi yang memberi
keterangan yang menyokong pernyataan itu hendaklah dianggapkan telah
melakukan kesalahan qazaf.

Hukuman Qazaf

8. Sesiapa yang melakukan kesalahan qazaf hendaklah dihukum dengan
hukuman sebat sebanyak lapan puluh kali sebatan dan keterangannya sebagai
saksi tidak boleh diterima lagi sehingga dia bertaubat atas perbuatannya itu.

Kesalahan Yang Dikira Kesalahan Qazaf

9. (1) Seseorang yang mengadu dirinya dirogol oleh orang tertentu dengan tidak
mengemukakan bukti (nyata) yang dikehendaki oleh syarak berkait dengannya
atau dengan tiada sebarang qarinah bagi menyokong dakwaannya itu telah
melakukan kesalahan qazaf.

(2) Aduan oleh seorang perempuan yang dia dirogol oleh orang tertentu tanpa
berupaya membawa saksi yang disyaratkan tetapi ada qarinahnya, hendaklah
disiasat dan jika syarat-syarat yang dikehendaki syarak tidak dipenuhi untuk
menghukum pesalah di bawah hukuman hudud dan sebaliknya ada cukup bukti
yang tidak boleh disangkalkan dengan keterangan sama ada secara langsung atau
tidak langsung yang menunjukkan pesalah telah melakukan persetubuhan ke
atasnya dengan kekerasan dan tanpa kerelaannya maka pesalah itu hendaklah
dihukum dengan hukuman takzir dan perempuan itu tidak boleh dikatakan telah
melakukan qazaf. - TAMAT Enakmen

Penjelasan Terhdp Persoalan Di atas:

Persoalan menuduh individu tertentu sbg perogol atau berzina adalah kesalahan
yang serius di dalam Islam. Malah Islam meletakan Maruah di dalam salah satu
Dhaaruriyat al-Khams ( Lima keperluan asasi yang mesti dijaga) di dalam Islam.
Manakala menuduh sesorg zina tanpa bukti adalah salah satu drpd tujuh dosa besar
: Sbgmn Sabda Nabi dlm hadith daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim (Rujuk talkhis al-Khabir, Ibn Hajar , Naylul Awtar 7/252).

Justeru, Tidak ada sesiapa boleh menuduh zina seseorg yang lain tanpa
mengemukakan 4 org saksi lelaki adil yg melihat dgn jelas kejadian zina atau rogol
berlaku, sehingga mrk dpt melihat sbgmn pen dimasukkan kdlm tutup pen. Barulah
boleh dianggap saksi. Jika sekiranya hanya ‘berbaring di atas’ tanpa dpt melihat yg
dinyatakan tadi, maka tidak dianggap saksi.

Perkara ini sememangnya sukar, krn Hudud tidak boleh dilaksanakan walaupun
terdpt hanya 1 % keraguan. Tetapi ini tidaklah bermakna si pesalah boleh berseronok
tanpa hukuman, kerana, jika jenayahnya ‘thabit’ melalui bukan jln saksi, ia akan
dikenakan ta’zir sbgmn yg telah diterangkan bentuk2nya tadi. Bukankah ta’zir juga
cukup berkesan utk mengajar dan menghukum si pesalah.

Cuma, wanita tanpa mempunyai saksi, tidak dibolehkan menuduh sesiapa kecuali
dgn kaedah membawa bukti2 (qarinah2) terkuat mengikut cara perundangan ke
mahkamah atau ke qadhi dan hakim. Ia mesti dilakukan dgn teliti agar tidak sabit
hukum qazf ke atasnya. Antara kaedahnya:-
a) Tanpa melakukan tuduhan rambang, terbuka kpd umum dsbgnya, krn ia
mungkin tersilap lalu menyebabkan maruah yg dituduh tercalar teruk pd
pandangan umum.
b) Dgn membawa bukti2 itu ke muka pengadilan, wanita tersebut tidak
dikenakan qazf. Ini jelas disebut di dalam enakmen di atas, Perkara 9(2). Iaitu
ayatnya “dan perempuan itu tidak boleh dikatakan telah melakukan qazaf.”
c) Wanita tersebut tidak boleh menyatakan dgn yakin nama lelaki terbabit, ia
mesti menyebut “berkemungkinan lelaki A telah merogol saya berdasarkan
qarinah dan bukti yg saya bawa”. Perkataan ini tidaklah sabit hukum qazf krn
terdpt syubhat pada perkataannya. Iaitu tuduhannya tidak jelas. Lelaki A,
juga masih belum sabit merogolnya hinggalah qarinah di kaji, dan sudah
tentu qarinah tidak mampu membawa sesorg utk dihukum dgn peruntukan
Hudud. Tapi ia cukup untuk dijatuhkan hukuman ta’zir.
d) Wanita tersebut juga boleh bertawbat kpd Allah dan mesti juga meminta
ampun kpd lelaki yg dituduhnya. Kiranya dimaafkan oleh lelaki tadi, maka
menurut pandangan yg rajih, terlepas hukuman qazf ke atas wanita itu.
JELASNYA WANITA TIDAK TERANIAYA LANGSUNG.

Bagaimanapun, perlu diingat, brp ramai pula hari ini, muncul wanita yang berzina
dgn teman lelakinya, tetapi akibat ditinggalkan teman lelaki maka mendakwa
dirinya dirogol, atau terdpt juga wanita jahat yang diupah dsbg, yang sengaja mahu
menjerat individu tertentu maka menuduh diri nya dirogol individu sasarannya, tanpa
bukti langsung. Justeru dgn adanya hukuman qazf ini, perkara ini akan terhalang.

Maka, keadilan hukum Islam ini menyelamatkan kedua-dua pihak, samada pihak
wanita yang dicabuli (dgn hukuman hudud atau ta’zir ke atas lelaki yg
mencabulinya) dan pihak lelaki (boleh dithabit hanya dgn 4 saksi atau bukti yang
nyata tanpa boleh dituduh sebarangan) Jelas, Islam menjaga kedua2 belah pihak
tanpa sedikit pun menzalimi mereka.

Apa itu Qarinah ?

Bukti2 ini disebut qarinah di dalam Islam, ia terbahagi dua iaitu qarinah yang kuat
(qat’ie) dan yang lemah (zanni). Qarinah yang kuat, cukup utk mengharuskan
hukuman dilaksanakan. (Rujuk Al-Fiqh alI-Islami wa adillatuhu, 8/ 6128, cet ke 4 , 1997
) Bgmnpun sekuat mana pun qarinah, ia masih sebenarnya tidak lepas dari syubhat.
Cthnya: mengandung tanpa suami, mungkin sahaja dgn memasukkan air mani ke
dlm rahimnya dgn alat moden. Justeru, utk menjatuhkan hukuman hudud ke atas
sesorg dgn berpegang kpd qarinah amat amat tipis. Amat sukar utk menwujudkan
qarinah qat’ie.

Di dunia hari ini contoh qarinah spt kesan air mani, bulu-bulu kemaluan dan lainnya,
darah dan cap jari boleh dianalisa dan dipastikan kepunyaan lelaki atau individu
tertentu. Kiranya sabit, ia hanya cukup utk dilaksanakan ta’zir krn qarinah ini bersifat
Zanni. Bgmnpun perlulah melalui perbicaraan yang lengkap terperinci. Demikian
juga bau arak di mulut bg menthabitkan hukuman krn minum arak. Mengandung
tanpa suami juga adalah qarinah.

Bagi mereka yang menyatakan : “Bgmn Jika tiada bukti?”

Maka soalan ini sepatutnya ditujukan juga kpd undang-undang yang ada hari ini,
adakah undang-undang yang ada hari ini membenarkan si lelaki dijatuhkan
hukuman tanpa bukti.? Maka mengapa ingin disalahkan hukuman Islam kerana
memerlukan bukti, tanpa dilihat semua undang-undang memerlukan bukti untuk
dithabitkan kesalahan. Hanya undang-undang rimba ciptaan manusia tertentu,
tidak memerlukan bukti atau cukup dgn saksi pembohong. Telah disebut tadi
bahawa qarinah( bukti) boleh didapati dgn mudah bagi mereka yg dirogol spt air
mani, air liur, cap jari dsbgnya. Adalah sukar utk tidak meinggalkan tanda secara
total.

KESIMPULANNYA :

1. Penyaksian wanita tidak diterima hanya dlm kes hudud dan Qisas atas sebab
fitrah semulajadi yg dijadikan Allah SWT. Ia juga diakui oleh Nabi SAW. Ia adalah sebenarnya suatu keadilan iaitu melatakkan wanita hanya di tempat yg mampu baginya.Bgmnpu penyaksian wanita diterima dlm perkara harta
dan beberapa yg lain.
2. Hudud tidak akan dikenakan ke atas wanita yg mengandung tanpa suami, sekiranya ia menyatakan ia dirogol, krn syubhat, tetapi hukuman haqiqi di akhirat adalah terlebih amat berat, kiranya ia berbohong.
3. Wanita yg dirogol tidak boleh menuduh sebarang lelaki sbg perogolnya,
kecuali setelah mempunyai 4 saksi lelaki muslim aqil, baligh dan adil. Kiranya
tiada bolehlah wanita membawa bukti2 lain yang ada ke muka pengadilan,
tanpa membuat tuduhan. Kiranya ia menuduh juga tanpa 4 saksi, ia dihukum
qazaf lalu disebat dgn 80 sebatan tanpa cedera.
4. Walaupun si perogol lelaki tidak dikenakan hukuman hudud akibat tidak
mempunyai 4 org saksi, tetapi ia tetap dikenakan hukuman ta’zir menurut
kadar keseriusan jenayahnya (kiranya thabit kesalahan melalui perbicaraan
dgn bukti2). Hukuman Ta’zir juga cukup berkesan dlm menghukum pesalah.
5. Wanita langsung tidak teraniaya dan dizalimi dalam peruntukan hukuman
hudud, demikian juga lelaki yang diberi hak seadilnya.
6. Mereka yang sering memprotes hukuman Islam ini tidak lain hanyalah akibat
kurang ilmu dan kefahaman atau kerana benci terhdp Islam atau kurang
imannya. Juga akibat sebab2 politik sempit perkauman tanpa di dasari Islam.
7. Sebenarnya protes terhdp hukuman hudud, (kononnya menganiaya wanita
dirogol dan hak wanita) adalah isu lapuk dan tradisi pemimpin kerajaan, ia
dibuat akibat benci dan jahil terhdp kandungan Perundangan Islam.
Padahal, lebih utama jika mrk selaku pemimpin negara membanteras sebab2
berlakunya jenayah rogol dlm masyarakat Malaysia yang semakin menggila
kadarnya. Bukankah itu lebih relevan dgn tugas mereka.?!

Demikianlah perbincangan serba ringkas tetapi cuba dipadatkan, semoga memberi
menfaat utk semua golongan yang masih merasai rungsing dan tidak yakin dgn
hukuman adil ciptaan Allah Rabbul Jalil, ia hanya diolah dlm bentuk perundangan
semasa oleh panel khas yang pakar lantikan kerajaan Negeri Terengganu dan
Kelantan, terdiri drpd kumpulan ulama’ dan cendiakawan bertauliah.

Akhirnya, Islam tidaklah beria2 menggalakkan umatnya dijatuhi hukuman hudud jika
tidak mempunyai kepastian 100 % , ini dijelaskan oleh Nabi SAW :


Mafhum : Cubalah sedaya upayamu untuk tidak mengenakan hukuman hudud
keatas Muslimin, sekiranya kamu dapati jalan keluarnya maka lepaskanlah ia,
sesungguhnya Imam tersilap dalam menjatuhkan hukuman lepas adalah lebih baik
dari tersilap dlm menjatuhkan hukuman denda’ (Riwayat oleh at-Tirmidzi , al-Hakim,
Al-Baihaqi dari A’isyah, Ali dan Ibn Mas’ud, terdpt dhoif dlm sanadnya tetapi
mempunyai byk cabang sehingga menguatkannya. Yang tershohih dalam bab ini
adalah hadith daripada Sufyan at-Thawry dari Asim bin Abi Wail dari Abdullah Bin
Mas’ud. Lihat Nailul Awtar, Imam As-Syawkani, 7/116)

Segala yg baik dan benar hanya dari Allah SWT, yang silap dtgnya dari kelemahan
diri, penulisan ini terbuka untuk menerima komentar kiranya terdpt kesilapan.

Al-Faqir ila afwi rabbih,
1 Jamadil awal 1423 H bersamaan 12 Julai 2002 , Irbid, Jordan

Tiada ulasan: