DONATE
Rabu, 18 Februari 2009
Ikhwanul Muslimin: Suatu rentetan sejarah
PENULIS : Maryam Jameelah.
TERJEMAHAN : Nazri Mohd. Amin.
Selepas Perang Dunia Yang Pertama, kumpulan yang berhaluan ke Barat bergerak
begitu hebat sekali di Mesir. Kebangkitan nasionalisma di dunia Islam mencapai
puncaknya dengan penggulingan sistem Khalifah Islam Othmaniah di Turki oleh Kamal
Attarturk. Pergerakan Pembebasan Wanita Mesir menjadi bertambah kuat apabila wanita
kelas atasan Mesir memberontak; enggan memakai purdah. Mereka memakai fesyen
Eropah, menghadiri temasya sosial yang bercampur bebas antara lelaki dan perempuan,
samada secara tertutup ataupun terbuka. Mereka juga mendesak supaya wanita
mempunyai hak yang setaraf dengan lelaki di dalam soal kemasukan ke Universiti.
Semuanya ini berlaku di waktu Hassan Al Banna mencatitkan rasa kebimbangan beliau
serta rakannya terhadap kebimbangan ini.
"Hanya Allah yang mengetahui berapa malamkah kita berbincang tentang
keadaan negara dan hubungannya dengan segala lapangan hidup rakyat. Apakah kesan
dari penyakit masyarakat dan bagaimana untuk menyelesaikannya ? Kami berbincang
dengan penuh perasaan sehingga menitiskan airmata. Sebelum kami membuat sebarang
keputusan, kami berbincang dengan panjang lebar sekali, tetapi alangkah terkejutnya
kami apabila kami bandingkan keadaan ini dengan mereka yang tidak kisah kepada apaapa,
yang asyik bersenang-senang di kedai kopi."
Dalam catitan yang sama, Sheikh Hassan Al Banna mengakui bahawa keputusan
menubuhkan Jamaah Ikhwanul Muslimin adalah ekoran dari pemerhatian beliau
terhadap kejahilan Ummat Islam terhadap Agama mereka. Beliau menganggap bahawa
masjid dan khatib khutbah sahaja tidak cukup untuk menyelesaikan masalah ini.
Ulamak-ulamak yang ada tidak terdaya untuk menahan serangan dari Puak Modernist
selain dari melabelkan mereka murtad. Yang malangnya terdapat juga manusia yang
digelar 'ulamak' tetapi terlalu mudah untuk bertolak ansur dengan pemerintah dari segiprinsip agama dengan tujuan untuk memuaskan hati taghut-taghut ini. Ulamak
Khahirah jatuh ke lembah yang paling menghinakan apabila mereka menyetujui fatwa
yang diberi oleh Rektor Universiti al Azhar bahawa Raja Farouk adalah layak untuk
memerintah dan layak digelar Khalifatul Mu'min atas alasan "beliau adalah seorang
Islam dan datang dari keturunan Rasulullah S.A.W.".
Dengan tekad bersungguh-sungguh dan sedaya upayanya Sheikh Hassan al-
Banna terus menubuhkan pergerakan Islam Ikhwanul Muslimin demi untuk
menyelesaikan nasib yang malang itu. Ikhwanul Muslimin ditubuhkan dalam tahun
1928, sebaik sahaja beliau keluar dari Darul Ulum. Pemimpin-pemimpin Islam yang
terkenal seperti Jamaluddin Al-Afghani, Sheikh Muhammad Abduh dan Sayyid Rashid
Ridha' lebih mengutamakan penulisan dan dakwah dalam aktivitinya. Apa yang
dilakukan oleh Hassan Al Banna bercita-cita untuk menubuhkan satu harakah Islam
yang syumul yang akan membimbing seluruh generasi dengan prinsip-prinsip Islam
yang menyentuh semua aspek hidup seperti politik, ekonomi dan sosial.
Al Ikhwanul Muslimin adalah satu harakah yang tersusun rapi dengan ahlinya
yang dibahagikan kepada peringkat-peringkat tertentu.
Terdapat ahli peringkat pertama,
peringkat kedua, penyokong dan pekerja. Seseorang itu tidak dinaikkan peringkatnya,
sebelum diberi ujian tertentu. Apabila ahli sudah dianggap aktif, mereka akan dipanggildalam mesyuarat khas, dimana Sheikh Hassan al Banna sendiri yang menjadi ketuanya.
Bagi mengendalikan ahli, mereka dibahagikan kepada nuklias, sel, usrah dan barisan.
Apabila cawangan-cawangan bertambah, satu yunit pentadbiran ditubuhkan dengan
ahlinya dipilih khas oleh Muktamar (General Assembly). Markas akan menerima tentang
maklumat semua kegiatan ahli 10 hari sebelum Muktamar.
Di Muktamar, semua cawangan menghantar wakil masing-masing. Persetujuan
Markas Pusat diperlukan untuk meluluskan satu-satu keputusan yang dipersetujui oleh
Muktamar Cawangan. Markas Pusat juga berkuasa untuk meluluskan atau menahan
penubuhan sesuatu cawangan atau Jawatankuasa Tadbir. Untuk melicinkan lagi operasi,
Jawatankuasa Pusat menubuhkan Jawatankuasa Kecil bagi department-department
tertentu seperti kebajikan masyarakat, hubungan dengan Dunia Islam dan lain-lain. Di
Khahirahlah letaknya Markas Pusat. Jawatankuasa Pusat terdiri dari 100 orang
Jawatankuasa Pengasas dan 12 orang penasihat, yang dilantik sendiri oleh Hassan al
Banna dari Jawatankuasa Pengasas. Setiap ahli membuat bai'ah atau sumpah setia.
Mereka bersumpah untuk melindungi saudara-saudara Ikhwan hatta dengan
mengorbankan nyawa mereka sendiri, disamping menaruh kepercayaan dan ketaatan
dengan lapang dada terhadap ketua mereka. Mereka sanggup menerima perintah
walaupun bercanggah dengan kehendak mereka. Disetiap perjumpaan mereka akan
memperbaharui sumpah mereka dan mengulangi "Sami'na wa Ata'na".
Hassan al Banna mengetahui dengan terperinci ahli-ahli yang aktif dan dipercayai.
Mereka ini dikehendaki merekodkan aktiviti-aktiviti harian mereka termasuk
penghafalan Qur'an serta kehadiran mereka pada sembahyang berjemaah. Mempelajari
Al Qur'an, Hadith dan Syari'ah diwajibkan ke atas mereka. Mereka diajar menggunakan
bermacam-macam senjata dan pertolongan cemas. Pada akhir pengajian mereka akan
diperiksa apa yang telah mereka pelajari. Satu perjumpaan diadakan dua tahun sekali
diperingkat cawangan apabila diarah oleh Hassan al Banna.
Di dalam tulisannya, Sheikh Hassan al Banna memegang teguh kepada beberapa
prinsip. Pertamanya, beliau melarang keras ahlinya menjadi Ikhwanul Muslimin sebagai
tempat medan percanggahan pendapat. Dalam soal ini, Hassan al Banna mengikut
nasihat dari seorang Ketua Sufi di mana ia masih berada di bangku sekolah. Ketua Sufi
itu telah menasihatkan muridnya supaya jangan berbalah dalam perkara-perkara yang
kecil dan jangan menggunakan kalimah-kalimah orang-orang atheist, murtad dan
missionari kristian di khalayak ramai.
"Buatlah perkara ini semasa kamu berbincang dan bermusyawarah sesama kamu. Di
hadapan orang-orang kampung, gunakanlah perkataan yang berkesan yang dapat
membimbing mereka kepada Islam".
Yang keduanya, Hassan al Banna, begitu kurang mempercayai kalangan orangorang
kaya terkenal yang ingin menyertai Ikhwan. Pada anggapan beliau, mereka
berbuat demikian mungkin untuk kepentingan diri atau mencari kepentingan dunia. Di
dalam penulisan beliau dan pengikutnya terdapat penekanan tentang kepentingan
membentuk harakah secara beransur-ansur. Sesebuah harakah itu mestilah mendapat
sokongan orang ramai yang kuat sebelum dapat menggantikan kerajaan yang ada. Massa
mestilah diberi dengan cukup prinsip-prinsip perjuangan Islam. Al Ikhwan dapat
menjalankan progremnya hasil dari kekuatan Iman dan prinsip-prinsip Islam yang tulin,
perpaduan dan Ukhwah Islamiah di kalangan ahli-ahli harakah dan penyokong. Al
Ikhwan berpendapat bahawa kekuatan hanya perlu digunakan apabila semua cara lain
gagal. Di dalam ucapan dan tulisannya, Sheikh Hassan al Banna menafikan bahawa
Ikhwan mahu mengadakan Revolusi bunuh membunuh atau Coup d'etat. Tidak juga ia
mengatakan langkah tersebut sebagai berkesan.
Aktiviti asas bagi Al Ikhwan ialah soal pendidikan dan pembukaan sekolahsekolah
yang bermacam jenis. Berulang kali Al Ikhwan menyeru kepada Kerajaan Mesir
supaya mengambil berat tentang pengajaran agama dan prinsip-prinsip akhlak yang
mulia kepada generasi muda yang sedang meningkat umur di sekolah-sekolah umum.
Progrem persekolahan yang dilaksanakan sepatutnya mempunyai empat matlamat :
1. Menyebarkan prinsip Agama Islam.
2. Menaikkan taraf moral yang tinggi.
3. Kemegahan terhadap tamaddun Islam.
4. Menyediakan pakar-pakar di dalam semua bidang sains untuk membantu
kebangkitan Islam di Mesir.
Di dalam Kurikulum sekolah, al-Ikhwan menyeru supaya pemerintah memberi
perhatian yang istimewa kepada sejarah Islam, dan Tamaddun Islam. Mereka juga
medesak supaya mata pelajaran Islam diwajibkan di universiti-universiti. Guru-guru
yang tidak berakhlak, tidak mnegambil berat tentang Islam serta tidak jujur dalam
usaha-usaha untuk memperbaiki negara hendaklah dipecat. Sekolah-sekolah yang
bercampur antara lelaki dan perempuan hendaklah diharamkan. Inilah antara contoh
dan peranan aktif yang dimainkan oleh Al Ikhwan.
Di Markas Pusat, sebuah Jawatankuasa Khas mengenai penubuhan sekolahsekolah
diadakan. Sekolah-sekolah rendah, menengah, teknik yang ditubuhkan adalah
lain dari sekolah-sekolah swasta serta lain dari segi penekanan prinsip Islam terhadapmurid-murid. Untuk menghapuskan buta huruf, Ikhwan menubuhkan beberapa sekolahpercuma untuk pekerja-pekerja dan orang-orang kampung. Pada siang hari terdapatkelas menghafal Quran sementara di malam harinya terdapat kursus-kursus untuk
pemuda yang tidak berpeluang belajar pada siang hari. Kelas bimbingan bagi membantu
mereka yang gagal dalam peperiksaan juga diadakan di sebelah malam. Guru-guru yang
mengajar terdiri dari pelajar-pelajar universiti yang telah dilatih khas. Mereka juga
membuka sekolah "Ummul Mu'minin" bagi Muslimat Ikhwan. Itulah contoh-contoh
betapa beratnya perhatian yang diberikan oleh Ikhwanul Muslimin terhadap pendidikan
sehingga boleh dikatakan tiada satu pun cawangan Ikhwan yang tidak mempunyai
sekolah sendiri.
Dari segi kebajikan masyarakat, Ikhwan memberi bermacam-macam
perkhidmatan. Mereka menubuhkan persatuan untuk meningkatkan taraf kehidupan
serta memajukan kampung-kampung di Mesir. Salah seorang ahli Ikhwan al Muslimin
mendirikan sebuah ladang contoh di atas tanahnya. Di kampung yang lain Ikhwan
membina 4 buah kubur untuk digunakan oleh mereka yang miskin. Di tempat lain pula,
Ikhwan menjamu 200 orang miskin tiap-tiap hari sepanjang bulan Ramadhan.
Cawangan-cawangan Ikhwan berlumba-lumba dalam memberi sedekah kepada orangorang
miskin, mengadakan bekalan letrik ke kampung-kampung dan memungut derma
di bulan Ramadhan. Cawangan-cawangan Ikhwan berlumba-lumba dalam memberi
sedekah di bulan Ramadhan. Setengah dari ahli Ikhwan menjadi Hakim bagi
menyelesaikan perselisihan-perselisihan yang berlaku di kampung-kampung. Mereka
membuat bancian bagi mereka yang tidak berumah dan anak-anak yatim supaya
pekerjaan yang sesuai dapat disediakan kepada mereka sejajar dengan umur mereka.
Orang-orang cacat dan orang-orang sakit juga mendapat pertolongan dari segi sara
hidup.
Masjid-masjid dibina di seluruh negara. Setengah kalangan mewakafkan tanah,
sementara yang lain membiayai pembinaannya. Boleh dikatakan semua cawangan
Ikhwan mempunyai masjidnya sendiri. Ikhwan juga mengambil berat tentang kesihatan
masyarakat. Untuk mencapai matlamat tersebut untuk mendirikan hospital serta
gedung-gedung ubat dikebanyakan tempat untuk merawat pesakit-pesakit. Kemuncak
kejayaan Ikhwan ialah dengan terdirinya sebuah Klinik Ikhwan di Tanta di mana beriburibu pesakit dirawat dalam setahun.
Untuk menyebarkan prinsip perjuangan Islam, Ikhwan sangat aktif dalam bidang
penerangan. Mereka menerbitkan akhbar harian dan lebih dari sedozen majallah. Di
antaranya ialah majallah bulanan, Al Manar, Mingguan Al-Taaruf, Al-Shu'a, Al Nadhir,
Ash-Shihah, Al Mabahith, Al Da'awah dan Al Muslimun. Akhbar Harian mereka
mendapat langganan yang paling laris dari semua keluaran. Ini adalah kerana matlamat-matlamatnya:
1. Menerangkan Islam sebagai agenda dan sistem hidup yang paling bagus,
disampaikan dengan cara yang paling sesuai untuk zaman moden.
2. Mematahkan serangan-serangan yang dihalakan kepada Agama Islam.
3. mendamaikan perselisihan pendapat di antara mazhab-mazhab Islam demi
untuk perpaduan Ummat Islam.
Tulisan Sheikh Hassan al Banna dikeluarkan tiap-tiap hari dalam akhbar Ikhwan.
Tulisannya amat bernas dengan ayat-ayat Qur'an, Hadith Rasulullah SAW dan syairsyair
Arab Klasik. Antara tajuknya termasuk :
1. Progrem Ikhwan;
2. Perkembangan dan matlamat perjuangan Islam;
3. Bagaimana kita menarik manusia ke jalan Allah;
4. Menuju ke cahaya;
5. Matlamat dan prinsip kita;
6. Ke mana kita ajak manusia;
7. Harakah Kita;
8. Antara Hari ini dan Hari Esok;
9. Risalah Jihad;
10. Untuk mu Pemuda;
11. Ikhwan Muslimin di bawah Panji-panji Qur'an;
12. Tanggungjawab Muslimat; dan
13. Progrem Rohani.
Buku-buku yang ditulis oleh Ikhwan yang lain termasuk :
1. Ikhwanul Muslimin di mata dunia;
2. Palestin dan Afrika Utara;
3. Keruntuhan Tamaddun Barat Moden; dan
4. Islam terus melangkah ke hadapan.
Ikhwan juga mengeluarkan risalah-risalah dan riwayat hidup Hassan al Banna.
Penerbitan ini bukan sahaja popular di Mesir malah ianya terkenal diseluruh negara-negara yang berbahasa Arab. Tidak terdapat satu pun pergerakan Islam di negara Arab
di zaman moden ini yang dapat menghasilkan minat orang yang begitu kuat terhadap
perjuangan Islam serta mendidik mereka dengan semangat Islam. Ini semua adalah
kesan dari tulisan-tulisan yang gagah yang ditulis oleh penulis-penulis Muslimin dan
Muslimat Ikhwanul Muslimin.
Daripada awal lagi, Ikhwan menerima Muslimat menyertai harakahnya. Sayap
Muslimat Ikhwanul Muslimin mempunyai dasar perjuangan yang sama dengan
Muslimin walaupun terdapat sedikit ubah suai untuk memenuhi sifat kewanitaan
Muslimat. Penekanan yang berat diberi untuk menghasilkan individu-individu Muslimat
yang mulia, berakhlak dan suci. Aktiviti Muslimat berkisar pada pendidikan dan
kebajikan masyarakat berdasarkan Islam.
Di antara ciri yang menonjol bagi Harakah Ikhwanul Muslimin ialah
penekanannya yang berterusan terhadap kepentingan JIHAD. Jihad yang diajar oleh
Ikhwan ialah Jihad yang difahami oleh semua orang Islam iaitu Jihad yang tidak
mempunyai sebarang unsur tolak ansur. Bukannya konsep JIHAD yang direka-reka oleh
Puak Modernist. Ikhwan menganggap bahawa ibadat dan amal soleh seseorang Islam itu
sia-sia jika ia tidak bersedia untuk mengorbankan nyawanya demi untuk
mempertahankan Agama Islamnya. Bersedia untuk mati tanpa mengharapkan sebarang
balasan dunia melainkan semata-mata cintakan Allah dan hari Akhirat. Al Ikhwanul
Muslimin menaikkan semangat jihad dengan cara menggalakkan pemuda Islam
melakukan latihan menguatkan tubuh badan untuk persediaan perang. Akhirnya mereka
menubuhkan Unit tentera mereka sendiri untuk mempertahankan harakah apabila
diperlukan.
Sheikh Hassan al Banna berkali-kali mengajak orang kampung supaya berjihad
menumpas penjajah British dan menghalau mereka selama-lamanya dari Mesir. Beliau
tidak bertolak ansur langsung dalam masalah ini dan beliau tidak mempercayai
langsung pendapat dan fikiran bahawa masalah ini dapat diselesaikan melalui
perbincangan dan mesyuarat yang tidak membawa ke mana-mana. Di dalam
peperangan Palestin pada tahun 1948, pasukan sukarelawan Ikhwan Muslimin adalah
pasukan yang paling berani berperang di pihak Arab. Apabila Bangsa-Bangsa Bersatu
mengiktiraf penubuhan negara Yahudi di Palestin, Sheikh Hassan al Banna menyeru
semua negara Islam meninggalkan Bangsa-Bangsa Bersatu dan berjihad menentang
Yahudi.
Sheikh Hassan al Banna dan penyokongnya dengan terang-terang dan berani
melaungkan bahawa Islam sajalah agama yang terbaik dan penyelesai kepada semua
masalah yang dihadapi oleh Mesir. Matlamat Ikhwanul Muslimin ialah untuk
mendirikan masyarakat dan negara Islam di mana Syariah Islam menjadi undangundang
negara. Hassan al Banna berkata :
"Kita tidak akan berdiam diri dan bersenang hati atau berhenti selagi Qur'an benar-benar menjadi perlembagaan negara. Kita akan hidup untuk mencapai matlamat ini atau mati dalam usaha melaksanakannya".
Al Ikhwanul Muslimin tidak berpuas hati dengan undang-undang negara yang
hanya meletakkan Islam sebagai Agama Negara. Mereka mendesak supaya undangundang
Islam dijalankan sepenuhnya di mana kerajaan dan rakyat tunduk kepada
undang-undang Allah.
Sheikh Hasan al Banna berkata dalam satu ucapannya :
"Al Ikhwanul Muslimin memegang sikap bahwa Islam mempunyai implikasi yang luas
dan menyeluruh. Islam mengawal semua tingkah laku individu dan masyarakat. Setiap
sesuatu mestilah tunduk di bawah undang-undangNya dan mengikut ajaranNya. Sesiapa
yang menurut Islam dari segi Ibadat saja tetap meniru orang kafir dalam semua hal lain boleh dianggap sama taraf dengan orang kafir".
Di dalam jawapan kepada salah seorang pemimpin politik di zamannya, beliau
berkata :
"Kami mengajak kamu kepada Islam, ajaran Islam, undang-undang Islam dan petunjuk
Islam. Kalau ini dianggap politik oleh kamu maka inilah politik yang kami perjuangkan".
Oleh kerana Demokrasi tulin tidak wujud di Mesir, Hassan al Banna memerintah
supaya semua parti politik dibubarkan termasuk Sistem Parlimen kerana ini semua tidak
menghasilkan apa-apa melainkan keruntuhan moral dan perebutan kuasa. Hassan al
Banna dan pengikutnya berkeyakinan bahawa tidak ada satu pun parti politik Mesir
yang wujud di zaman Raja Farouk benar-benar ingin melaksanakan undang-undang
Islam atau cinta kepada Islam. Ikhwanul Muslimin bercita-cita untuk menubuhkan
sebuah negara Islam Mesir yang kuat dan memansuhkan semua parti-parti yang ada.
Begitulah tegasnya sikap al Ikhwanul Muslimin sehinggakan menjadi syarat bagi sesiapa
yang ingin menjadi ahli harakahnya berhenti dari menjadi ahli sebarang parti politik
yang ada di Mesir pada zaman Raja Farouk.
Walaupun al Ikhwanul Muslimin menyokong Nasionalis Arab Sekular dalam soal
membebaskan Mesir dari belenggu Penjajah, dan kesatuan Arab, ini bukanlah menjadi
matlamat tetapi cara saja. Menyatukan bangsa Arab adalah langkah pertama kepada
penyatuan Ummat Islam di negara Arab. Bebas dari penjajahan bermakna Ummat Islam
mempunyai kesempatan untuk menubuhkan sebuah negara Islam.
Malangnya apabila tergulingnya Raja Farouk dalam Revolusi 23hb. Julai 1952,
negara Mesir ditukar kepada sebuah Negara Nasionalis Sekular tulin serta terus
melanjutkan polisi membaratkan Mesir seperti yang dibuat oleh pemerintah dahulu.
Masa telah membuktikan bahawa pemerintah yang baru adalah sama ganasnya terhadap
pergerakan Islam seperti pemerintah yang dulu juga malah mereka lebih tamak, zalim
dan gila kuasa.
Al Ikhwanul Muslimin bukan mahukan kuasa untuk kepentingan diri sendiri,
malah mereka berjanji berkali-kali untuk menyokong sesiapa yang memerintah asalkan
undang-undang Islam dijalankan. Semua ini ditolak mentah oleh diktator Tentera yang
baru berkuasa itu. Presiden Gamal Abdul Nasser pernah berkata :
"Saya telah bertemu dengan Ketua Penasihat Ikhwanul Muslimin yang telah membuat
beberapa tuntutan kepada saya. Perkara pertama yang dia mahu ialah semua wanita
diwajibkan menutup aurat. Dia juga mendesak supaya ditutup semua panggung wayang
dan tempat pementasan. Dengan lain perkataan dia mahu supaya hidup kita gelap dan
mendung. Sudah tentulah menjadi perkara mustahil untuk kita melaksanakannya".
Percubaan untuk menbunuh Presiden Gamal Abdul Nasser pada December 1954,
menjadi alasan yang baik yang ditunggu-tunggu oleh kerajaan untuk menghancurkan
Ikhwan al Muslimin. Ikhwan telah dituduh melakukan penembakan itu walaupun
Ikhwan berkali-kali menafikannya. Beribu-ribu anggota Ikhwan telah ditangkap,
dipenjara dan 6 orang telah digantung hingga mati. Protes dari dunia Islam tidak dilayan langsung. 12 tahun selepas peristiwa itu, iaitu pada tahun 1961, al Ikhwanul Muslimin telah difitnah sekali lagi sebagai penyebab kepada kegagalan dan kemunduran negara.
Akhirnya Presiden Nasser telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas yang penting
untuk 'menghapuskan pengaruh gerakan apa yang dipanggil reaksionari Ikhwanul
Muslimin'.
Beliau (Gamal Abdul Nasser) telah mencadangkan supaya kuasa ketenteraan
dan undang-undang digunakan untuk menghancurkan Harakah Islam ini. Sebahagian
dari cadangan yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Khas itu telah disiarkan dalam An-
Nadwa, Mekah seperti berikut :
1. Mata Pelajaran Deeniyah (agama) mestilah dibuang terus dari sukatan pelajaran
di Institusi Pengajian di seluruh negara. Semuanya itu akan digantikan dengan
kurikulum baru berdasarkan prinsip sosialisma.
2. Komunis mestilah dibantu dan diberi peluang yang luas untuk menghancurkan
agama supaya martabat mereka yang berugamaa di Mesir hancur.
Tanggungjawab ini diberikan kepada kerajaan yang akan mengizinkan komunis
menjalankan aktiviti anti agamanya dengan selantang-lantangnya. Sementara itu
agama akan ditindas dari sebarang peluang untuk bergerak.
3. Selepas kita mengkaji dengan dengan mendalam tentang mereka yang tidak
terikat dengan Ikhwan tetapi memainkan peranan yang sama dengan Ikhwan, kita
merumuskan bahawa kedua-dua kumpulan pendakyah-pendakyah ini bersatu
dari segi fikrah dan amalannya.Oleh itu kedua kumpulan ini mestilah dipisahkan dan pertalian mereka diputuskan. Kalau tidak, harinya tidak akan lama di mana mereka akan berganding bahu untuk memberontak menentang kerajaan secara terbuka. Pada masa itu kita akan susah untuk membezakan antara satu dengan yang lain. Adalah wajar kalau kita elakkan bahaya ini dengan menganggap bahawa kedua kumpulan itu adalah sama. Semua ruang untuk perkembangan mereka serta peluang bagi aktiviti intelektual dan praktikal mereka mestilah dihalang. Penyiasatan yang rapi hendaklah dijalankan bagi mengetahui berkenaan dengan perjumpaan dan hubungan mereka antara satu sama lain. Semua ahli ibadat dari sebarang agama mestilah diharamkan dari menjadi ahli sebarang organisasi. Mereka hendaklah juga diharamkan dari tempat-tempat awam,
propaganda kebangsaan dan keramaian-keramaian negara.
4. Ikhwan dan simpati-simpatinya mestilah ditindas berterusan serta
dipenjarakan. Semua usaha untuk menjaga keselamatan harta benda mereka
hendaklah ditarik balik dan diumumkan bahawa keselamatan mereka pun tidak
akan dijamin. Berbagai-bagai penyiksaan, penghinaan dan penindasan mestilah
dilakukan ke atas mereka supaya mereka tidak akan merasa senang walaupun
sesaat.
Akibat dari polisi ini, beribu-ribu Ikhwan termasuk Muslimat ditangkap dengan
tidak ada peluang membela diri dan mereka diazab dengan penyiksaan yang tidak ada
tolok bandingnya. Hassan Ismail Hudaybi, seorang hakim dan ulamak terkenal yang
menggantikan Hassan al Banna debagai Ketua Penasihat Ikhwan telah disiksa walaupun
umurnya sudah tua dan uzur. Pada 29hb. Ogos, 1966 tiga orang pemimpin Ikhwan telah
dihukum bunuh. Yang paling terkenal di antara tiga itu ialah Ash-Shaheed Sayyid Qutb
yang juga seorang ulamak dan penulis terkenal di dunia Arab. Adiknya Muhammad
Qutb yang juga seorang penulis yang terkenal. Dua orang adik perempuannya, Aminah
dan Hamidah Qutb pun turut dikurung dalam penjara bertahun-tahun lamanya.
Beberapa tahun dahulu. Sheikh Hassan al Banna telah meramalkan mala petaka ini dan
memberi amaran kepada pengikut-pengikutnya bahawa Ikhwanul Muslimin akan
dihina, ditentang, ditahan, dianiaya, disiksa dan akan dikenakan kesusahan yang amat
pahit. Sementara itu beliau berjanji bahawa kemenangan di dunia dan di akhirat akan
tetap bersama Ikhwan akhirnya.
Walaupun Ikhwan al Muslimin ditindas di negaranya sendiri, Ikhwan di Syria,
Jordan, Lebanon dan Sudan terus bergiat dengan aktivitinya. Di Geneva, Dr. Said
Ramadhan mengahwini anak perempuan Hassan al Banna dan menyibarkan prinsip
perjuangan Islam di Barat dengan hebat. Beliau keluar dari Mesir apabila beliau
dijatuhkan hukuman bunuh oleh kerajaan Mesir.
Adalah salah kalau kita menganggap prinsip perjuangan Ikhwanul Muslimin
telah mati. Penulis rencana ini telah pergi ke Mesir dan Syria serta melihat dengan mata kepalanya sendiri kesan dari harakah ini di sana. Kehilangan sementara harakah dari masyarakat kerana situasi tertentu, tidak bermakna ianya telah mati. Pergerakan
berideologi tidak mati dengan cara ini. Mesejnya masih terus berkembang di semua
lapangan hidup termasuk intelektual, sosial dan kebudayaan. Malah prinsip perjuangan
Ikhwan subur dan menjelajahi tanah-tanah baru. Apabila sekatan yang dikenakan oleh
penzalim diturunkan, Ikhwan InsyaAllah akan muncul dengan lebih gagah dan
bersemangat. Inilah keadaan Ikhwan yang sebenarnya. Tetapi, apakah yang telah berlaku
kepada Parti Sekular di Mesir ? Di manakah perginya Wafd Party sekarang ? Ke
manakah juga perginya Sa'adist Party ? Saya harap cerdik pandai dapat pergi ke Mesir
dan mengkaji sendiri keadaan di sana. Apabila berlakunya penindasan dari regim
pemerintah, pergerakan manakah yang lebih gigih menghadapinya ?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan