DONATE

Isnin, 13 Mac 2017

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH DALAM PENTADBIRAN TANAH



Oleh Ab Aziz bin Ismail[1]


PENDAHULUAN
Pindaan Perlembagaan melalui Akta A704 dan berkuatkuasa pada 10 Jun 1988[2]telah memberi kedudukan yang jelas kuasa Mahkamah Syariah dalam perundangan Negara. Kes-kes yang telah di putuskan oleh Mahkamah Syariah yang melibatkan kuasa- kuasa yang di letakkan kepadanya seperti berkaitan dengan harta, jenayah, penjagaan anak- anak dan lain- lain kekal sehingga rayuan di buat di Mahkamah Persekutuan.[3] Perkara ini telah di huraikan oleh Mahkamah Persekutuan dengan jelas dalam kes Azizah Bte Shaik Ismail & Anor V Fatimah Bte Shaik Ismail & Anor[4]. Semasa menolak rayuan ini Mahkamah Persekutuan berpendapat bahawa perkara pokok yang dipersoalkan adalah tentang penjagaan kanak-kanak tersebut dan memandangkan ia dengan jelas dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah, menurut perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Tinggi tiada bidang kuasa ke atas perkara tersebut.
Selaras dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan di atas, Kanun Tanah Negara 1965 (Kanun) telah di pinda pada tahun 1992[5]dalam definasi Mahkamah Tinggi telah di perluaskan termasuk Mahkamah Syariah. Oleh hal yang demikian jika terdapat persoalan tentang bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Tinggi,menurut perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan, jika Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa ke atas perkara tersebut, Mahkamah Tinggi tidak akan mempunyai bidang kuasa.[6]
KTN telah memperuntukkan bidang kuasa yang luas kepada Mahkamah atau seorang Hakim untuk membuat semua perkara yang di fikirkan sesuai untuk memberi kesan kepada sebarang keputusan atau perintah diberi atau di buat dalam mana-mana prosiding yang berkaitan dengan tanah dan menjadi tanggung jawab Pendaftar atau Pentadbir Tanah melaksanakan perintah tersebut.[7] Keputusan atau perintah termasuk di buat oleh Mahkamah Syariah.
KTN juga memberi hak kepada mana-mana orang atau badan yang terkilan dengan sebarang keputusan yang di buat dibawah Kanun ini oleh Pihak Berkuasa Negeri, Pengarah Negeri, Pendaftar atau Pentadbir Tanah, dalam tempoh 3 bulan dari tarikh terakhir berhubung dengan perkara itu, untuk membuat rayuan kepada Mahkamah.[8] Rayuan ke Mahkamah lebih tinggi hendaklah mengikut peraturan-peraturan Mahkamah sedia ada bagi Mahkamah Sivil[9]. Dalam kes Azizah Bte Shaik Ismail & Anor V Fatimah Bte Shaik Ismail & Anor, perayu-perayu mempunyai hak untuk merayu terhadap perintah Mahkamah Syariah tetapi sebaliknya mereka telah pergi ke Mahkamah Tinggi untuk mendapat remedi mereka yang tidak diperuntukkan untuk mereka. Mereka telah ke Mahkamah Tinggi untuk menguatkuasakan satu perintah Mahkamah Syariah melalui satu writ habeas corpus yang dengan jelas tiada bidang kuasa untuk melayan permohonan tersebut.[10]
Pendaftar atau Pentadbir Tanah juga di beri peluang oleh KTN untuk merujuk sesuatu isu ke Mahkamah jika di fikirkan sesuai manfaat dengan syarat mendapat kelulusan terlebih dahulu dari Pengarah Negeri.[11] Kes- kes seperti harta sepencarian, hibah atau pewaris- pewaris perlu mendapat pandangan Mahkamah yang kompetent sebelum di putuskan.[12]
Namun demikian tiada rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah di atas apa- apa keputusan yang buat oleh Pendaftar atau Pentadbir Tanah. Sek 421A KTN tidak memasukkan sek 418 KTN yang berkaitan dengan hak rayuan oleh pihak terkilan dengan keputusan Pendaftar atau Pentadbir Tanah. Begitu juga tiada rujukan ke Mahkamah Tinggi Syariah boleh di buat oleh Pendaftar atau Pentadbir Tanah kerana sek 419 KTN tidak termasuk dalam tafsiran sek 421A KTN di atas.
SISTEM PENTADBIRAN TANAH DI MALAYSIA
Sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan, Malaysia mengamalkan sistem pentadbiran tanah berasingan di mana setiap negeri mempunyai kuasa tersendiri. Pengasingan kuasa seperti di tetapkan oleh Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan di mana hal ehwal tanah berada dalam Senarai II iaitu Senarai Negeri.[13] Walaupun setiap negeri mempunyai kuasa tersendiri, undang-undang berkaitan dengan pentadbiran tanah adalah sama kecuali undang-undang berkaitan dengan rizab Melayu, tanah adat dan peraturan-peraturan tanah negeri.
Selain perkara berkaitan dengan tanah, perkara-perkara di bawah bidang kuasa negeri ialah hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkhawinan, perceraian, mas kahwin,nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, penjagaan, alang, pecah milik dan amanah bukan khairat; Wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat dan agama, pelantikan pemegang amanah dan pemerbadanan orang berkenaan dengan derma kekal agama dan khairat, institusi, amanah, khairat dan institusi khairat Islam yang beroperasi keseluruhannya di dalam Negeri; adat Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam, pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, susunan dan tatacara mahkamah Syariah, yang hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hanya berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan di kalangan orang yang menganut agama Islam; penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin Syarak dan adat Melayu kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya,[14]
Terdapat perbezaan pandangan dan amalan Pentadbiran Tanah Negeri- negeri terutama mengenai urusan pendaftaran yang berkaitan dengan Perintah Mahkamah Syariah.Tuntutan hartatimbul bila berlaku wakaf, kematian, penceraian atau perpisahan suami-isteri.
Dalam Mahkamah Syariah, dalil-dalil dari al-Quran dan hadith telah di rakam oleh YA Hakim mengenai keharusan penceraian dan akhlak kedua pihak mengenainya. Dalam kes Noh bin Atan v Shakila bte Mohamed[15], Kes Rayuan Mal Bil 5/97, Hakim telah menyebut di dalam Al Quran, terdapat banyak ayat mengenai perceraian. Antaranya ialah:
(a)     'Wahai Nabi! Apabila kamu hendak mencerai isteri-isteri kamu maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan 'iddahnya dan hitunglah masa 'iddah itu dengan betul, serta bertaqwalah kepada Allah Tuhan kamu, janganlah kamu mengeluarkan mereka dari kediaman mereka kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Itulah had-had hukumnya yang ditentukan oleh Allah maka janganlah kamu melanggarnya dan sesiapa yang melanggar batasan-batasan hukum Allah, maka sesungguhnya ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri; patuhilah hukum itu kerana engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu suasana yang lain pula.' (Surah Al-Talaq (65): 1)
(b)     'Tempatkanlah isteri-isteri yang menjalankan 'iddahnya itu di tempat kediaman yang sama seperti cara hidup kamu padanya, sesuai dengan kemampuan kamu dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu. Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung maka berikanlah kepada mereka nafkah sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya dan jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya dan berundinglah di antara kamu berdasarkan apa yang adil dan munasabah.' (Surah Al-Talaq (65): 6)
Di dalam Al Quran ditegaskan apabila seorang hendak menceraikan isterinya dia hendaklah membuat demikian dengan cara yang baik. Perundangan di Wilayah-Wilayah Persekutuan, Selangor dan lain-lain negeri di Malaysia telah cuba memperuntukkan demikian dengan memperuntukkan bahawa sebaik-baiknya suami itu yang hendak menceraikan isterinya hendaklah membuat permohonan ke Mahkamah Syariah disertai dengan suatu akuan mengandungi syarat apa-apa perjanjian antara mereka berhubung dengan perceraian yang dicadang itu termasuk pembahagian apa-apa aset yang diperolehi oleh usaha bersama pihak-pihak itu atau jika tidak ada, cadangan pemohon mengenai hal-hal itu. Dengan cara itu, apabila perceraian diadakan, boleh juga diadakan penyelesaian perkara-perkara sampingan antara mereka dengan cara yang baik.
BIDANGKUASA MAHKAMAH SIVILDAN MAHKAMAH SYARIAH
Kedua-dua mahkamah sivil dan syariah adalah ciptaan dandiwujudkan oleh statut, iaitu Perlembagaan Persekutuan,Akta-Akta Parlimen dan Enakmen-Enakmen Negeri mengikutmana yang berkenaan. Oleh itu, bagi menentukan sama adamereka mempunyai bidangkuasa ataupun tidak, merekaharuslah melihat kepada statut-statut tersebut.[16]
Pembahagian bidang kuasa di antara dua Mahkamah ini telah di jelas dalam Pekara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:
Perkara 121. Kuasa kehakiman Persekutuan.
(1) Maka hendaklah ada dua Mahkamah Tinggi yang setara bidang kuasa dan tarafnya, iaitu—
(a) satu di Negeri-Negeri Tanah Melayu, yang dikenali sebagai Mahkamah Tinggi di Malaya dan yang mempunyai pejabat pendaftarannya yang utama di mana-mana tempat di Negeri-Negeri Tanah Melayu yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong; dan

(b) satu di Negeri Sabah dan Sarawak, yang dikenali sebagai Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak dan yang mempunyai pejabat pendaftarannya yang utama di mana-mana tempat di Negeri Sabah dan Sarawak yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong;

(c) (Dimansuhkan),
dan mana-mana mahkamah bawahan yang diperuntukkan oleh undang-undang persekutuan dan Mahkamah Tinggi dan mahkamah bawahan itu hendaklah mempunyai apa-apa bidang kuasa dan kuasa yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan.

(1A) Mahkamah yang disebut dalam Fasal (1) tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah Syariah.
Penubuhan Mahkamah Syariah adalah mengikut Enakmen negeri masing-masing. Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan, penubuhan Mahkamah Syariah mengikut sek 40 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) seperti berikut dan bidang kuasanya mengikut seksyen 46 Akta yang sama:
Section 40. Constitution of Syariah Courts.




(1)              The Yang di-Pertuan Agong, on the advice of the Minister, may by notification in the Gazette constitute Syariah Subordinate Courts for the Federal Territories such places as he considers fit.

(2) The Yang di-Pertuan Agong, on the advice of the Minister, may by notification in the Gazette, constitute a Syariah High Court for the Federal Territories.

(3) The Yang di-Pertuan Agong, on the advice of the Minister, may by notification in the Gazette constitute a Syariah Appeal Court for the Federal Territories.
Section 46. Jurisdiction of Syariah High Court.

(1) A Syariah High Court shall have jurisdiction throughout the Federal Territories and shall be presided over by a Syariah Judge.
(2) A Syariah High Court shall—
(a) in its criminal jurisdiction, try any offence committed by a Muslim and punishable under the Enactment or the Islamic Family Law (Federal Territories) Act 1984 [Act 303], or under any other written law prescribing offences against precepts of the religion of Islam for the time being in force, and may impose any punishment provided therefor;
(b) in its civil jurisdiction, hear and determine all actions and proceedings in which all the parties are Muslims and which relate to—
(i) betrothal, marriage, ruju’, divorce, nullity of marriage (fasakh), nusyuz, or judicial separation (faraq) or other matters relating to the relationship between husband and wife;
(ii) any disposition of, or claim to, property arising out of any of the matters set out in subparagraph
(iii) the maintenance of dependants, legitimacy, or guardianship or custody (hadhanah) of infants;
(iv) the division of, or claims to, harta sepencarian;
(v) wills or death-bed gifts (marad-al-maut) of a deceased Muslim;
(vi) gifts inter vivos, or settlements made without adequate consideration in money or money’s worth, by a Muslim;
(vii) wakaf or nazr;
(viii) division and inheritance of testate or intestate property;
(ix) he determination of the persons entitled to share in the estate of a deceased Muslim or of the shares to which such persons are respectively entitled; or
(x) other matters in respect of which jurisdiction is conferred by any written law.
Sek 47 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) menetapkan bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah dan bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah boleh mendengar kes-kes berkaitan dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah dalam bidang tertentu yang di nyatakan dalam seksyen tersebutseperti dibawah:
Section 47. Jurisdiction of Syariah Subordinate Court.

(1) A Syariah Subordinate Court shall have jurisdiction throughout the Federal Territories and shall be presided over by a Judge of the Syariah Subordinate Court.
(2) The Syariah Subordinate Court shall—
(a) in its criminal jurisdiction, try any offence committed by a Muslim under the Enactment or any other written law prescribing offences against precepts of the religion of Islam for which the maximum punishment provided by the Enactment or such written law does not exceed two thousand ringgit or imprisonment for a term of one year or to both, and may impose any punishment provided therefor;
(b) in its civil jurisdiction, hear and determine all such actions and proceedings as the Syariah High Court is authorized to hear and determine in which the amount or value of the subject-matter in dispute does not exceed fifty thousand ringgit or is not capable of estimation in terms of money.
(3) The Yang di-Pertuan Agong may from time to time by notification in the Gazette extend the civil jurisdiction of the Syariah Subordinate Court.

PANDANGAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN MENGENAI BIDANG KUASA MAHKAMAH SIVIL DAN MAHKAMAH SYARIAH
Dalam kes Latifah Mat Zin v Rosmawati Sharibu dan lain[17], Makamah Persekutuan telah membincang dengan jelas pertikaian perayu, dan buat sekian kalinya menyerlahkanpertembungan bidangkuasa di antara mahkamah-mahkamah sivildan syariah.Mahkamah Persekutuan telah mengambil kesempatan untuk meneliti bidang kuasa dan seterusnya memberi pandangan yang jelas berkaitan dengan pertembungan bidang kuasa tersebut.Untuk faedah bersama di bawah ini di perturunkan pandangan dan keputusan Mahkamah berkenaan:
Bahasa Malaysia translation of headnotes

Pertikaian di sini menyentuh sejumlah wang yang disimpan di dalam dua akaun bersama seorang Dato’ Sharibun (‘si mati’) danisteri ketiganya, perayu, dan buat sekian kalinya menyerlahkan pertembungan bidangkuasa di antara mahkamah-mahkamah sivil dan syariah. Faktanya adalah, ekoran kematian si mati, respondenresponden, iaitu anak-anak perempuan si mati dengan isteri keduanya, telah memfail petisyen bagi mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir bagi mentadbir pusaka si mati yang termasuk wang simpanan di atas. Perayu berkata bahawa wang simpanan tersebut adalah pemberian semasa hidup yang diberikan oleh si mati kepadanya, dan bukan sebahagian pusaka si mati, dan dengan itu telah memfailkan kaveat terhadap pusaka. Di pendengaran  petisyen, Mahkamah Tinggi mengambil pendirian bahawa undang-undang Islam berkaitan hibah atau pemberian inter vivos terpakai, namun memutuskan bahawa, di atas fakta, tiada hibah telah dimeterai untuk manfaat perayu. Perayu merayu dan berhujah bahawa Mahkamah Tinggi khilaf dalam menggunapakai undang-undangIslam berkaitan hibah, dan bahawa, sepatutnya, yang arif hakim menggunapakai undang-undang sivil berkaitan perbankan dan kontrak, ataupun yang berkaitan dengan probet dan pentadbiran. Mahkamah Rayuan bersetuju dengan Mahkamah Tinggi bahawa halperkara pertikaian adalah mengenai hibah di antara orang-orang Islam, namun merumuskan bahawa bidangkuasa ke atasnya tidak terletak pada Mahkamah Tinggi sivil berdasarkan fasal 121A. Perlembagaan Persekutuan. Dengan itu, walaupun ia mendapati hibah telah dibuktikan mengenai wang simpanan, Mahkamah Rayuan telah menolak  rayuan dan mengenepikan perintahMahkamah Tinggi. Perayu merayu seterusnya dan mengajukanuntuk pertimbangan mahkamah tertinggi kes Jumaaton Awang &Satu lagi lwn. Raja Hizaruddin Nong Chik [2004] CLJ (Sya) 100 –suatu penghakiman Mahkamah Rayuan Syariah – dimana ianyadiputuskan bahawa mahkamah syariah tidak berbidangkuasamenangani isu yang menyerupai isu di sini kerana ia suatu isuprobet dan pentadbiran yang termasuk di dalam bidangkuasamahkamah sivil. Persoalan-persoalan yang menuntut pemutusanadalah: (i) sama ada berdasarkan fakta dan halkeadaan kesundang-undang yang harus dipakai adalah undang-undang Islamberkaitan hibah, dan jika begitu sama ada bidangkuasa ke atasnyaterletak pada mahkamah syariah; dan (ii) jika begitu, sama adakeputusan yang dibuat mahkamah syariah tersebut harusditerimapakai oleh Mahkamah Tinggi sivil dalam memutuskanpetisyen di hadapannya.

DIPUTUSKAN (MENOLAK RAYUAN):
OLEH ABDUL HAMID MOHAMAD HMP MENYAMPAIKANPENGHAKIMAN MAHKAMAH

(1) Kedua-dua mahkamah sivil dan syariah adalah ciptaan dan diwujudkan oleh statut, iaitu Perlembagaan Persekutuan,Akta-Akta Parlimen dan Enakmen-Enakmen Negeri mengikutmana yang berkenaan. Oleh itu, bagi menentukan sama adamereka mempunyai bidangkuasa ataupun tidak, merekaharuslah melihat kepada statut-statut tersebut. Walaupunbegitu, cuma disebabkan mahkamah yang satu tidakmempunyai bidangkuasa terhadap sesuatu perkara tidakbererti bahawa mahkamah yang satu lagi semestinyamempunyai bidangkuasa ke atasnya. Maka itu, jika salah satupihak adalah orang bukan Islam, mahkamah syariah tidakmempunyai bidangkuasa terhadap kes, walaupun halperkarajatuh di bawah bidangkuasanya. Begitu juga, cuma keranasalah satu pihak adalah orang bukan Islam tidak berertibahawa mahkamah sivil mempunyai bidangkuasa terhadapkes jika halperkara tidak jatuh di bawah bidangkuasanya.Ianya dengan itu mengikut bahawa mungkin terdapat kes-kesdi mana kedua-dua mahkamah tidak mempunyai bidangkuasadan di mana sebahagian isu-isu terjatuh di bawahbidangkuasa mahkamah sivil sementera isu selebihnya terjatuhdi bawah bidangkuasa mahkamah syariah.

(2) Adalah menjadi tugas Badan Perundangan, dan bukannyamahkamah, untuk membetulkan kelemahan-kelemahan didalam undang-undang (seperti di atas). Namun begitu,sehingga itu, satu-satunya jalan keluar yang ada, nampaknya,adalah – jika di dalam suatu kes sivil, satu isu undang-undangIslam berbangkit, yang termasuk di bawah bidangkuasamahkamah syariah, maka pihak yang membangkitkan isuhendaklah memfailkan kes di mahkamah syariah khusussupaya isu tersebut diselesaikan dan apa jua keputusanmahkamah syariah atas isu tersebut hendaklah digunapakaioleh mahkamah sivil dalam menentukan sesuatu kes. Begitujuga, dalam suatu kes di mahkamah syariah, jika berbangkitsuatu isu undang-undang sivil, maka pihak yangmembangkitkannya hendaklah memfail kes di mahkamah sivilbagi penentuan isu tersebut dan keputusan itu hendaklahdigunapakai oleh mahkamah syariah dalam memutuskankesnya. Ini, bagaimanapun, hanya boleh dilakukan jika keduapihak yang bertikai beragama Islam.

(3) Dengan hormat, Mahkamah Rayuan Syariah di dalamJumaaton, dalam memutuskan kes tidak termasuk di bawahbidangkuasa mahkamah syariah kerana ia suatu kes probetdan pentadbiran, telah sebenarnya mentafsir peruntukanPerlembagaan Persekutuan yang jelas berada di bawah bidangkuasa mahkamah sivil untuk mentafsirnya (fasal 128(2)).Begitu juga, sementara mahkamah tersebut betul dalammemutuskan bahawa probet dan pentadbiran adalah di luarbidangkuasanya, ia khilaf dalam berfikir bahawa isu dihadapannya adalah suatu isu probet dan pentadbiran. Iabukan begitu. Permohonan ketiga di situ (bahawa waris-warisberhak kepada bahagian mereka masing-masing menurutfaraid), umpamanya, adalah jelas suatu isu undang-undangIslam yang jatuh di bawah bidangkuasa mahkamah syariah.Oleh itu, adalah tidak betul untuk mahkamah syariahmengambil pendapat bahawa oleh kerana probet danpentadbiran termasuk dalam bidangkuasa mahkamah sivil,maka ia tidak berbidangkuasa walaupun untuk memutuskanisu-isu undang-undang Islam tersebut.

(3a) Mahkamah Rayuan Syariah di dalam Jumaaton juga telahsalah mengerti keadaan bilamana memutuskan oleh keranapentadbiran belum disempurnakan maka waris-waris “tidakmempunyai kepentingan di dalam pusaka” bagi memberikanmereka locus standi untuk membuat permohonan. Pentadbiranhanya sempurna apabila pusaka telah dibahagikan. Oleh yangdemikian, oleh kerana Pentadbir masih belum dilantik, danMahkamah Tinggi sivil juga masih dalam proses mengeluarkanSurat Kuasa Mentadbir, maka adalah perlu bahawa isu-isuyang berkenaan diputuskan dahulu oleh mahkamah syariahmenurut peruntukan undang-undang Islam. Permohonansedemikian, malah, terserlah dari peruntukan s. 50 AktaPentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-WilayahPersekutuan) 1993. Agak malang bahawa, walaupun seksyenini diberi pertimbangan oleh Mahkamah Rayuan Syariah,mahkamah tersebut telah salah memahami peruntukanperuntukanPerlembagaan sekaligus mengambil pendirianbahawa seksyen tersebut tidak boleh digunakan “selagiterdapat sekatan-sekatan yang telah disebutkan mengenaikuasa mahkamah sivil dalam perkara probet dan pentadbiranharta pusaka yang diberi kepadanya oleh PerlembagaanMalaysia dan Akta Probet dan Pentadbiran 1959.”

(4) Item 4 Senarai Persekutuan di dalam Jadual KesembilanPerlembagaan Persekutuan menyenaraikan perkara-perkarayang Parlimen boleh membuat undang-undang mengenainya.Item 4(a) membolehkan Parlimen membuat undang-undangmengenai penubuhan dan organisasi mahkamah-mahkamahselain dari mahkamah-mahkamah syariah dan di bawah item4(b) untuk memberi bidangkuasa dan kuasa-kuasa kepadamahkamah-mahkamah tersebut. Item 4(e) mengandungi duaperenggan. Perenggan (i) menyenaraikan perkara-perkara yangParlimen boleh membuat undang-undang mengenainya.Bagaimanapun, ia tertakluk kepada per. (ii), yang bermakna,walaupun sesuatu itu menyentuh perkara yang Parlimenboleh membuat undang-undang berdasarkan per. (i), jika iaterjatuh di bawah per. (ii), maka Parlimen tidak ada kuasauntuk membuat undang-undang berkenaan.

(4a) Dalam kes semasa, terdapat petisyen untuk Surat KuasaMentadbir di Mahkamah Tinggi sivil. Satu isu berbangkitsama ada atau tidak akaun bersama menjadi sebahagian daripusaka si mati yang bergantung kepada sama ada terdapatatau tidak pemberian inter vivos atau hibah. Pemberiantersebut membangkitkan isu hibah atau pemberian menurutundang-undang Islam dan ianya dikemukakan ke MahkamahTinggi untuk keputusan. Dalam keadaan sedemikian,mengambilkira per. (ii) item 4(e) Senarai Persekutuan (yangmenolak keluar Undang-undang diri orang Islam mengenaipemberian atau pewarisan), item 1 Senarai Negeri (yangmemperuntukkan Undang-undang Islam …orang-orang yangmenganut Ugama Islam … termasuk pemberian) serta s. 61(3)Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003(yang memperuntukkan Mahkamah Tinggi Syariah hendaklahmempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan memutuskantindakan-tindakan berhubung pemberian inter vivos), adalah jelasbahawa pemutusan sama ada wang di sini telah diberisebagai hibah oleh si mati kepada perayu adalah satu perkarayang berada di bawah bidangkuasa mahkamah syariah. Ianyamengikut bahawa Mahkamah Rayuan betul dalam persoalanini.

(5) Dengan hal yang demikian, mahkamah ini lebih cenderunguntuk menjawab persoalan yang menyentuhi teras kes di sinisekaligus memutuskan rayuan dengan caranya yang tersendiriseperti berikut: di mana persoalan berbangkit mengenai samaada sesuatu harta itu menjadi sebahagian dari aset pusakaseorang Islam yang meninggal dunia dalam suatu petisyenuntuk Surat Kuasa Mentadbir di Mahkamah Tinggi sivil, yangmana jawapankepadanya bergantung kepada sama adaterdapat suatu pemberian inter vivos atau hibah menurutundang-undang Islam, maka persoalan tersebut hendaklahdiputuskan berdasarkan undang-undang Islam mengenaipemberian inter vivos atau hibah. Pemutusan isu tersebut,serta tentang waris atau waris-waris yang berhak kepadanyadan jika begitu bagaimana ia harus diagihkan, sekiranyarelevan, adalah termasuk di bawah bidangkuasa mahkamahsyariah dan mahkamah sivil hendaklah memberi kesankepadanya di dalam Surat Kuasa Mentadbir, dan seterusnyadalam mengagihkan pusaka.

(6) Sekiranya permohonan ke mahkamah syariah dibantah atassebab bahawa mahkamah syariah terikat dengan keputusan didalam Jumaaton, maka jawapannya mudah sahaja, iaitupentafsiran Perlembagaan Persekutuan adalah satu perkarayang diperuntukkan kepada mahkamah ini, bukannya kepadamahkamah syariah. Mahkamah ini menyatakan bahawamahkamah syariah mempunyai bidangkuasa. Maka iaberbidangkuasa.
PERINTAH MAHKAMAH SYARIAH HANYALAH YANG BERKAITAN DALAM BIDANGKUASANYA
1.     Dalam hal harta, sek 46(2)(b) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) memperuntukkan Mahkamah Syariah mempunyai kuasa bidang malnya iaitu mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak  adalah orang Islam. Perkara-perkara di berikan:
A.     Pembahagian Atau Pewarisan Harta Berwasiat Atau Tak  Berwasiat
                    i.    Pembahagian atau pewarisan harta pusaka adalah bidang kuasa Persekutuan. Rosman Roslan Lwn. Kassim Hj Arshad & Yang Lain[18] Mahkamah Rayuan, telah menjelaskan:
“Undang-undang mengenai probet dan pentadbiran pusaka adalah terdapat dalam Akta Probet dan Pentadbiran 1956 dan ia terpakai kepada semua walaupun kepada orang-orang Islam. Surat kuasa tadbir bagi mentadbir harta pusaka si mati hendaklah diperoleh dari Mahkamah sivil. Dalam Jumaaton dan Satu Lagi v. Raja Hizaruddin [1998] 6 MLJ 556, Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur yang terdiri daripada Sheikh Ghazali, Ketua Hakim Syariah (WP),Ahmad Ibrahim dan Harun Hashim HHMRS, di dalam menolak rayuan dalam kes itu telah memutuskan:

(1) Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa dalam perkara probet dan suratmentadbir harta. Ini adalah kerana perkara probet dan surat mentadbir pusaka diletakkan di bawah Senarai Kuasa Perundangan Persekutuan (senarai 1 Jadual Kesembilan Perlembangan Persekutuan) dan tidak dikecualikan bagi orang Islam. Oleh kerana itu, undang-undang mengenai probet dan pentadbiran pusaka terdapat dalam Akta Probet dan Pentadbiran 1959 (lihat ms 561 D-F).
Seorang waris tiada apa-apa kepentingan dalam mana-mana harta yang menjadi atau dikatakan menjadi harta pusaka selama pentadbiran harta pusaka itu belum selesai (lihat ms 564 E-F). Kes Jumaaton di atas telah diikuti oleh Abdul Hamid b Said H dalam kes Per Rosmawati binti Sharibun & Satu Lagi [2002] 4 AMR 4913. Sila lihatjuga kes Re Ex Parte Application Of Ridzwan Ibrahim (Presumption Of Death)[2002] 4 CLJ 502 dimana Heliliah bt Mohd Yusof H di 514 berkata:
… for purposes of probate and administration an applicant will still have toresort to the jurisdiction of a civil court …
Jadi, surat kuasa tadbir adalah penting dan ia hendaklah diperoleh terlebihdahulu dari Mahkamah sivil sebelum seseorang benefisiari hendak memulakansesuatu tindakan untuk menuntut apa-apa kepentingan terhadap harta pusakasi mati. Jika tidak, dia tidak mempunyai locus standi untuk membawa tindakandalam mahkamah.
               ii.       Berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan Syariah dalam Jumaaton dan Satu Lagi v. Raja Hizaruddin[19]di atas bahawa Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa dalam perkara probet dan suratmentadbir harta. Jadi, surat kuasa tadbir adalah penting dan ia hendaklah diperoleh terlebih dahulu dari Mahkamah sivil sebelum seseorang benefisiari hendak memulakan sesuatu tindakan untuk menuntut apa-apa kepentingan terhadap harta pusaka si mati. . Jika tidak, dia tidak mempunyai locus standi untuk membawa tindakan dalam mahkamah.
              iii.       Jika pandangan ini di terima, maka bidangkuasa mahkamah syariah dalam pembahagian atau pewarisan harta berwasiat atau tak  berwasiat hanya terhad dan sebagai pemutus isu tentang waris atau waris-waris yang berhak kepada harta pusaka itu dan bagaimana ia harus diagihkan dan mahkamah sivil hendaklah memberi kesan kepadanya di dalam Surat Kuasa Mentadbir, dan seterusnya dalam mengagihkan pusaka.
              iv.       Ada pihak-pihak berpendapat bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan mengeluarkan perintah pembahagian harta pusaka. Kuasa tersebut di letak di bawah Senarai II (Senarai Negeri)[20] seperti berikut:
Senarai II—Senarai Negeri

1. Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat, ……………….
B.     Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;
                    i.    Mahkamah Syariah boleh mendengar dan memutuskan perkara berkaitan tuntutan harta sepencarian.
                  ii.    Dalam Kes Noh Bin Atan @ Khamis V. Shakila Bte Mohamed[21], Mahkamah Rayuan Syariah, Kuala Lumpur, Sheikh Ghazali, J;   Ahmad Ibrahim, J;   Harun, Hashim, J, Kes Rayuan Mal Bil 5/97, 19 March 1998, telah menolak rayuan ini dan mengesahkan:
“……keputusan hakim Mahkamah Rendah Syariah di Kuala Lumpur bahawa beliau tidak mempunyai kuasa memerintahkan pembahagian harta sepencarian di bawah s 58 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, apabila penceraian itu dibuat bukan di Kuala Lumpur tetapi di Selangor. Untuk mengelakkan kekeliruan, kami mengesahkan keputusan kami berkesan di kes ini dan kes-kes yang berikutnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan akan tetapi tidak menjejaskan keputusan-keputusan yang telah dibuat sebelum ini.”
                 iii.    Keputusan Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur berkaitan kes di atas adalah berlandaskan sek 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 1984. Hakim berkata:
“……. Merujuk kepada s 4 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 yang memperuntukkan kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan nyata selainnya, Akta itu terpakai bagi semua orang Islam yang tinggal dalam Wilayah Persekutuan dan bagi semua orang Islam yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan tetapi tinggal di luar Wilayah Persekutuan, beliau berkata bahawa peruntukan itu adalah sebagai syarat tapi syarat itu tidak boleh diambil kira kerana telah wujud hukum syarak yang nyata memberi kuasa kepada mahkamah Syariah di Selangor di bawah s 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 1984.”
                 iv.    Oleh itu Pentadbir Tanah dalam meneliti Perintah Mahkamah Syariah hendaklah meneliti dua perkara asas:
(a)  Negeri di mana Mahkamah Syariah itu terletak;
Penubuhan Mahkamah Syariah adalah termasuk bidang kuasa Negeri iaitu Senarai 2, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Mengikut sek 40 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505), Mahkamah Rendah Syariah di tubuh dan mempunyai bidang kuasa dalam Wilayah Persekutuan sahaja.Begitu juga dengan Mahkamah Tinggi Syariah.
Oleh kerana itu, Perintah Mahkamah dari Negeri-negeri lain tidak berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan. Hal ini jelas dalam keputusan kes Noh Bin Atan @ Khamis V. Shakila Bte Mohameddi mana Mahkamah menolak rayuan ini dan mengesahkan keputusan hakim Mahkamah Rendah Syariah di Kuala Lumpur bahawa beliau tidak mempunyai kuasa memerintahkan pembahagian harta sepencarian di bawah s 58 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, apabila penceraian itu dibuat bukan di Kuala Lumpur tetapi di Selangor.
(b)  Perintah di keluarkan samada Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah.
Mengikut sek 47(2)(b) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505), Mahkamah Rendah Syariah dalam bidang kuasa malnya mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah di beri kuasa tetapi amaun atau nilai hal perkara yang di pertikaikan itu tidak melebihi RM50,000 atau tidak dapat di anggarkan dengan wang.
Tetapi sek 47(3) Akta yang sama, Yang di-Pertuan Agong boleh dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Wartamemperluaskan bidang kuasa mal Mahkamah Rendah Syariah. Dalam kes Noh Bin Atan @ Khamis V. Shakila Bte Mohamed di atas , Mahkamah menjelaskan:
“……Mungkin boleh timbul masalah oleh kerana kuasa Mahkamah Rendah Syariah hanya membicarakan kes-kes di mana amaun atau nilai perkara yang dipertikaikan tidak melebihi RM5,000 (RM50,000). Dalam kes-kes seperti itu, apabila tuntutan yang dibuat melebihi amaun itu kami mencadangkan perkara itu hendak juga dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah yang membenarkan lafaz talaq atau membuat perintah perceraian itu dan mahkamah itu hendaklah memindahkan kes itu untuk perbicaraan kepada Mahkamah Tinggi Syariah di tempat itu.
Oleh itu Pentadbir Tanah hendaklah mendapat maklumat tambahan jika menerima perserahan Perintah Mahkamah Rendah Syariah bagi memastikan perintah tersebut sesuai dalam bidang kuasanya.
C.     Wasiat atau alang semasa marad-al-maut sesaorang simati Islam
                    i.    Dalam Kes Majlis Ugama Islam Pulau Pinang Dan Seberang Prai Lwn Shaik Zolkaffily Shaik Natar & Lain[22], Mahkamah Persekutuan telah memutuskan berkaitan dengan :
Diputuskan:
Oleh Haidar Mohd Noor HMP
[1] Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan silap apabila mengambil pendekatan yang memutuskan bahawa halperkara-halperkara yang berada di hadapan mereka adalah terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Sivil.
[2] Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa melalui s. 48(2)(b)(v), (vii) & (ix) Enakmen Penang vis-a-vis halperkara-halperkara yang berada di hadapan hakim yang bijaksana. Oleh kerana halperkara-halperkara di hadapan hakim yang bijaksana itu, secara nyata, diletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah oleh Enakmen Penang, ianya silap bagi hakim yang bijaksana untuk mempertimbang kedua-dua dokumen yang dikemukakan dan merumuskan, di bawah prinsip permohonan A. 18, bahawa ‘ianya tidak jelas atau nyata bahawatuntutan adalah secara nyatanya tidak boleh dipertahankan’. Isu utama di hadapan beliau adalah isu bidangkuasa.
                  ii.    seksyen 48(2)(b)(v), (vii) & (ix) Administration of Islamic Religious Affairs Enactment 1993 (Penang) ada persamaan dengan seksyen 46 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505),
                 iii.    Keputusan Mahkamah Persekutuan di atas sebagai jawapan kepada pandangan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan bahawa Majlis Agama Islam Pulau Pinang tiada mempunyai kuasa untuk mendengar bicara wasiat serta suratikatan penyelesaian yang berkenaan.
                 iv.    Pendekatan seperti di ambil oleh kesMajlis Agama Islam Pulau PinangLwn IsaAbdul Rahman[23]tidak lagi di sokong dan pandangan Mahkamah seperti berikut:
[3a] Keputusan dalam Isa Abdul Rahman adalah terbuka kepada kesan tidak diingini, oleh kerana sesuatu pihak, dengan memasukkan permohonan bagi remedi yang tiada peruntukan mengenainya dalam undang-undang yang terpakai kepada Mahkamah Syariah, boleh mengalih sesuatu perkara, halperkara mana termasuk ke bidangkuasa Mahkamah Syariah, ke Mahkamah Sivil. Oleh yang demikian, hakim yang bijaksana seharusnya memakai pendekatan ‘halperkara’ dan tidak pendekatan ‘remedi yang dipohon’.
                  v.    Oleh hal demikian, dalam menentukan persoalan mengenaiwasiat yang dibuat oleh seorang beragama Islam yang sudah meninggaldunia, mahkamah sewajarnya yang mempunyai bidangkuasa untukmemutuskan hal tersebut adalah Mahkamah Syariah. Keputusan Mahkamah Syariah di bawa ke Mahkamah Sivil memberi kesankepada tujuan atau matlamat undang-undang yang dibuat oleh badan-badanperundangan iaitu boleh mengalih sesuatu perkara, halperkara mana termasuk ke bidangkuasa Mahkamah Syariah, ke Mahkamah Sivil. Oleh hal yang demikian, tujuan atau matlamat perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan hendaklah diberikan kesannya.
                 vi.    Pentadbir Tanah akan menerima perintah dari Mahkamah Tinggi mengikut Akta Probet dan Pentadbiran 1959 (Akta 97) atau Pegawai Pusaka Kecilmelalui satu perintah atau pemberian yang dibuat melalui Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta 98)untuk di endos dalam Daftar Hakmilik dimana di dalam perintah tersebut soal wasiat telah di ambil kira.
                vii.    Di Negeri Selangor, mengikut sek 28 Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 (Enakmen No:4 Tahun 1999), Mahkamah (mempunyai erti yang sama yang di berikan kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran), menghendaki Mahkamah menggunakan Hukum Syarak dalam membuat keputusan:
“28. Hukum Syarak
(1)     Mana- mana peruntukan atau tafsiran peruntukan di bawah Enakmen ini yang berlawanan dengan Hukum syarak hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.
(2)     Jika terdapat apa- apa kekosongan atau jika apa- apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini, Mahkamah hendaklah menggunakan Hukum Syarak.
D.     Wakaf
(1)  Pentadbiran tanah wakaf mempunyai kedudukan yang istimewa dalam KTN seperti seksyen 4(2) KTN menyatakan:
4(2) Kecuali setakat mana yang di peruntukkan dengan nyata sebaliknya, tiada apa jua dalam Akta ini hendaklah menyentuh peruntukkan- peruntukkan---
(e) mana- mana undang-undang buat masa itu berkuatkuasa berhubungan dengan wakaf atau bait-ul-mal:
(2)  Pengertian wakaf telah diberi dalam seksyen 5 KTN:
“Amanah” tidak termasuk wakaf yang diwujudkan selaras dengan prinsip-prinsip hukum syarak;
(3)  Dalam kes Majlis Agama Islam Pulau Pinang & Seberang Perai V. Katijah Yoan & 2 Ors[24], Mahkamah menerima keterangan SSM Mufti Pulau Pinang bahawa:
“The evidence of the plaintiff's witnesses as regards the issue of Wakaf was not disputed nor rebutted by the 2nd defendant who did not call any other witness to dispute the views of SP1, Dato' Haji Hassan bin Haji Ahmad, the Mufti of the State of Penang. The court, therefore, accepted his expert evidence. In his evidence, SP1 had explained the meaning of a perpetual Mohammadan Whakoff Endowment and he also confirmed that Wakaf property cannot be sold. At p. he said as follows:-
(1)     "Maksudnya ialah Wakaf tersebut adalah kekal buat selama-lamanya. Ini adalah hukum Wakaf seperti yang dinyatakan di dalam Hasyiah, I'anatul At-Talibin, Juz Ketiga di Halaman 167 karangan As-Syed Al-Bakri, Maksudnya: Dan tidak batal Wakaf setiap keadaan malah adalah berterusan."
(2)     "Harta Wakaf tidak boleh dimiliki oleh sesiapa kerana ianya berpindah kepada Allah. Kenyataan ini adalah berpandukan kitab Mughni Muhtaj karangan Muhammad Khatib As-Syarbini Juz Kedua. Dar Al-Fikir Halaman 389:-
Maksudnya: Pendapat Al-Azhar bahawa pemilikan harta yang diwakaf berpindah kepada Allah yakni tertanggal dari ikhtisas manusia, oleh yang demikian maka tidaklah ia milik pewakaf dan tidak pula milik penerima wakaf, tetapi segala manfaatnya adalah milik penerima Wakaf."
(3)     The "Fatwa" was issued on 8th May 1986. SP1 had confirmed that as a result of the "Fatwa" ruling, the said lands are Wakaf property and that according to Syariah Laws it would be "Haram" for the said lands to be sold and if sold, the sale would be rendered null and void.
(4)  Mengikut sek 46 Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 1999 (Enakmen 7 Tahun 1999) menyebut bahawa:
Seksyen 46. Hukum Syarak.
(1) Mana-mana peruntukan atau tafsiran peruntukan di bawah Enakmen ini yang berlawanan dengan Hukum Syarak hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.
(2) Jika terdapat apa-apa lakuna atau jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini, Mahkamah hendaklah merujuk kepada Hukum Syarak.
(5)  Oleh itu, pentadbiran tanah wakaf mempunyai undang-undang dan tatacara tersendiri dan di kanunkan selaras dengan prinsip-prinsip hukum syarak. Wakaf bukan amanah dan tidak boleh di uruskan sebagai pemegang amanah di bawah Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208] dan peruntukan pemegang amanah dalam KTN. Oleh hal yang demikian apa- apa peruntukan dalam Enakmen berkaitan dengan wakaf adalah terpakai dan mengatasi KTN.
(6)  Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan perkara berkaitan dengan wakaf seperti tekandung dalam Akta/Enakmen Pentadbiran negeri masing- masing.
E.     Hibah
(1)  Dalam kes Kamsiah Yusof Lwn. Latifah Yusof & Yang Lain[25] Mahkamah Tinggi Syariah, Seremban [Kes Mal No: 05100-044-0037-2007] 15 September 2008, memutuskan seperti berikut:
Keputusan Mahkamah
Berdasarkan penjelasan yang dikemukakan tadi, dan setelah meneliti dan menghalusi keterangan-ketarangan dan hujah pihak-pihak, maka mahkamah dengan ini memutuskan:-
Adalah diputuskan bahawa permohonan Plaintif, Kamsiah binti Yusof untuk mendapatkan perintah pengisytiharan hibah terhadap harta-harta tak alih:-
(a) Tanah tapak rumah PM 1342 No. Lot 2912, Mukim Gemas, Daerah Tampin;
(b) Tanah kebun PM 1343 No. Lot 3959, Mukim Gemas, Daerah Tampin; dan
(c) Tanah kebun PM 1344 No. Lot 3960, Mukim Gemas, Daerah Tampin.
Adalah tidak sabit dan ditolak oleh Mahkamah ini
(2)  Dalam menentukan bidangkuasa Mahkamah sebelum kes hibah ini diputuskan, Mahkamah merujuk kepada peruntukan-peruntukan yang sedia ada. Merujuk kepada Seksyen 61(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 yang memperuntukkan tentang bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah, iaitu:-
(3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah:-
(a)...;
(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu ialah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan:-
(i)...;
(ii)...;
(v) Wasiat atau hibah semasa marad al-maut;
(vi) Hibah semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang oleh seseorang orang Islam.
(3)  Manakala di dalam Seksyen 244 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 pula menyatakan perkara yang berkaitan dengan kuasa sedia ada Mahkamah, iaitu:-
Tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini boleh disifatkan sebagai menghadkan atau menyentuh kuasa sedia ada pada Mahkamah untuk membuat apa-apa perintah yang perlu untuk mengelakkan ketidakadilan atau mengelakkan penyalahgunaan proses Mahkamah.
(4)  Seterusnya Mahkamah melihat kepada peruntukkan berkaitan dengan hukum Syarak yang terdapat di dalam seksyen 245 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003, yang menyatakan:-
(1) Mana-mana peruntukan atau tafsiran peruntukan di bawah Enakmen ini yang tidak selaras dengan Hukum Syarak adalah terbatal setakat ketidakselarasan itu.
(2) Jika terdapat lacuna atau jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata oleh Enakmen ini, Mahkamah hendaklah memakai Hukum Syarak.
(5)  Berdasarkan peruntukan-peruntukan yang telah Mahkamah nyatakan di atas, Mahkamah berpendapat bahawa Mahkamah ini adalah berbidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan kes ini.
(6)     Hibah mengikut Hukum Syarakmerupakan suatu pemberian hak milik sesuatu harta kepada seseorang tanpa perlu menukar ganti dengan harta atau benda yang lain, atau dengan wang pada kadar nilaian yang tertentu yang dibuat semasa pemberi hibah masih hidup, dan ia dilakukan secara sukarela.
(7)     Manakala menurut istilah syarak pula, hibah bermaksud suatu akad pemberian (al-atiyyah ) atau pemindahan hak milik ain sesuatu harta kepada seseorang tanpa apa-apa balasan (i'wad ) semasa pemberi milik itu masih hidup, dan ia dilakukan secara sukarela dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul.
(8)  Manakala di dalam Kitab Mughni al-Muhtaj, Juz 2, hlm. 396 pula menyatakan bahawa:
"Hibah ialah suatu pemberian milik sesuatu benda tanpa ada timbal balas atau tukaran sewaktu seseorang masih hidup dan ia dilakukan secara sukarela".
(9)  Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan perkara berkaitan dengan hibah seperti tekandung dalam Akta/Enakmen Pentadbiran negeri masing- masing.
BIDANG KUASA MAHKAMAH DALAM KANUN TANAH NEGARA
2.     Bidang kuasa Mahkamah dalam KTN diberi seperti sek 417 KTN di Bahagian Tiga Puluh Satu dimana Mahkamah atau Hakim boleh dengan perintah mengarahkan Pendaftar atau mana- mana Pentadbir Tanah untuk melakukan segala perbuatan seperti mana yang perlu untuk memberi kuatkuasa kepada apa- apa hukuman atau perintah yang di beri atau di buat dalam mana- mana prosiding yang berhubung dengan tanah, dan ia hendaklah merupakan kewajipan Pendaftar atau Pentadbir Tanah untuk mematuhi perintah itu selepas itu.
3.     Mengikut sek 5 KTN, Mahkamah bermaksud Mahkamah Tinggi Malaya yang mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan sesuatu perkara yang berkaitan dengan urusan tanah:
"Court" means the High Court in Malaya;
4.     Mengikut sek 421A KTN, Mahkamah termasuk Mahkamah Syariah bagi tujuan sek 417 dan 420 KTN:
Section 421A. Interpretation.

For the purposes of sections 417 and 420, "Court" includes a Syariah Court.
5.     Bagi memudahkan perbincangan di turunkan di bawah ini kedua-dua seksyen KTN berkenaan.
Section 417. General authority of the Court.

(1) The Court or a Judge may by order direct the Registrar or any Land Administrator to do all such things as may be necessary to give effect to any judgment or order given or made in any proceedings relating to land, and it shall be the duty of the Registrar or Land Administrator to comply with the order forthwith.

(2) Where, pursuant to any order made by virtue of this section, the Registrar or any Land Administrator -
(a) cancels any instrument relating to land, or any memorial or other entry on any such instrument, or

(b) makes any other amendment of, or addition, to, any such instrument,

he shall note thereon the reason for the cancellation, amendment or addition, and the date thereof, and shall authenticate the same by his signature and seal.

(3) Where the Registrar or Land Administrator takes action under this section in respect of any land or any share or interest therein, he shall cause notice of his action to be served upon any person or body having a claim protected by caveat affecting the land, share or interest. 


Section 420. Registration of vesting orders.

(1) Notwithstanding anything in any other written law, no order of the Court vesting any alienated land, or any share or interest therein, in any person or body shall affect the land, share or interest in question until it has been registered pursuant to this section.

(2) The Court shall, accordingly, cause a copy of any such order to be served on the Registrar or, as the case may be, Land Administrator forthwith after the making thereof; and the Registrar or Land Administrator, upon receiving any such copy, shall give effect to the order by making a memorial of the vesting on the register document of title to the land to which, or a share or interest in which, the order relates.

(3) The Registrar or Land Administrator shall sign and seal every memorial made by him pursuant to this section, and, if able to secure the production of the instrument in question, shall make a copy of the memorial on the issue document of title to the said land or, where the order relates to a lease or a charge, on the duplicate thereof.

(4) Where the Registrar or Land Administrator takes action under this section in respect of any land or any share or interest therein, he shall cause notice of his action to be served upon any person or body having a claim protected by caveat affecting the land, share or interest. 
6.     Adalah jelas bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sama dengan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Malaya. Perintah Mahkamah Syariah yang berkaitan dengan bidang kuasanya hendaklah di kuatkuasakan oleh Pendaftar atau Pentadbir Tanah.
7.     Perintah Mahkamah Syariah seperti perletakhakan atau pembatalan perletakhakan tanah wakaf, apa- apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana- mana perkara seperti pertunangan, perkahwinan, penceraian, harta sepencarian atau berkaitan dengan pembubaran perkahwinan hendaklah di kuatkuasakan oleh Pendaftar atau Pentadbir Tanah.
8.     Berlaku percanggahan pendapat ke atas tuntutan pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat, wasiat, hibah atau nazr samada di keluarkan oleh Mahkamah Tinggi sivil atau Mahkamah Tinggi Syariah. Senarai I Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan probate tidak pernah di pinda oleh Parlimen dan kekal sedemikian.
9.     Daripada huraian diatas adalah jelas dan dapat disimpulkan bahawa Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan telah membezakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Syariah yang di tubuhkan di negeri- negeri. Perintah Mahkamah Syariah, yang berkaitan dengan bidang kuasanya, adalah sama dengan Perintah Mahkamah Tinggi Malaya dan hendaklah di kuatkuasakan oleh Pendaftar atau Pentadbir Tanah mengikut sek 417 KTN. Walaubagaimana pun peruntukkan umum ini terhalang oleh peruntukkan lain yang lebih khusus.
10.  Jika perintah Mahkamah Syariah berkaitan dengan perletakhakan yang dalam bidang kuasanya, maka Pendaftar atau Pentadbir Tanah menguatkuasakan mengikut sek 420 KTN.
KESIMPULAN
Dasar penerapan nilai-nilai Islam dalam Kerajaan pada tahun 1980an telah membawa kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan melalui Akta A704 dan berkuatkuasa pada 10 Jun 1988. Dengan pindaan ini undang-undang pribadi seorang muslim iaitu hukum syara’ boleh di kuatkuasakan dan diberi kesan oleh Mahkamah Syariah dalam hal yang berkaitan dengan harta seorang muslim tersebut. Seorang Hakim yang arif dan pendokong undang-undang lain yang bijaksana menggunakan peluang ini untuk meletakkan hak tersebut berdasarkan al-Quran, hadith dan ijma’ ulama. Fatwa dan pandangan ulama muktabar dalam pelbagai mazhab dan terdiri dari kalangan ahli sunnah waljamaah adalah menjadi rujukan penting dalam keputusan suatu kes. Semoga kita semua kaum muslimin dan muslimat mendapat rahmat dan perlindungan Allah Subhanahu Wataala.
Sekian




[1]Pesara.Jawatan terakhir diTimbalan Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
[2] Fasal (1A): Ditambahkan oleh Akta A704, seksyen 8, berkuat kuasa 10-06-1988.
[3]Senarai kuasa Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan mengikut seksyen 46 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993
[4]Azizah Bte Shaik Ismail & Anor V Fatimah Bte Shaik Ismail & Anor [2004] 2 MLJ 529
[5] Sec 59 National Land Code (Amendment) Act 1992 (Act A832)
[6]Azizah Bte Shaik Ismail & Anor V Fatimah Bte Shaik Ismail & Anor[2004] 2 MLJ 529
[9]Rules of the Court 2012.
[10]Azizah Bte Shaik Ismail & Anor V Fatimah Bte Shaik Ismail & Anor [2004] 2 MLJ 529
[12] Latifah Mat Zin v Rosmawati Sharibu dan lain [2007] 5 CLJ 253.
[13]Jadual Kesembilan, Perlembaggan Persekutuan.
[14] ibid
[15] [1998] 1 LNS 326
[16][2007] 5 CLJ 253 Latifah Mat Zin v Rosmawati Sharibu dan lain
[17][2007] 5 CLJ 253
[18][2005] 2 CLJ 669
[19][1998] 6 MLJ 556
[20]Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.
[21][1998] 1 LNS 326
[22][2003] 3 CLJ 289
[23] ibid
[24] [2009] 1 Lns 1452
[25][2009]  Lns 3

Tiada ulasan: