DONATE

Isnin, 13 Mac 2017

PENUBUHAN PUSAT PEMULIHAN UNTUK HUKUMAN ALTERNATIF : SUATU PENGALAMAN DI BAITUL EHSAN, MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR


1.  Abstrak

Kertas kerja ini akan menyorot tentang penubuhan Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan dan peranannya sebagai ganti kepada hukuman terhadap pesalah jenayah syariah terutama di bawah Bahagian vi Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 selain daripada itu kertas ini juga gambaran tentang pelaksanan program pemulihan yang dijalankan agar memenuhi maqasid  syariah.

2.  Pengenalan
Pusat Pelindungan Wanita Baitul Ehsan diwujudkan oleh Majlis Agama Islam Selangor pada tahun 2001. Selaras dengan kewajipan MAIS yang dinyatakan di dalam seksyen 7 ,Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu;
“Maka  hendaklah menjadi kewajipan majlis untuk menggalakkan ,mendorong,membantu dan mengusahakan kemajuan dan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam di dalam negeri Selangor selaras dengan hukum syarak” 
Justeru, Majlis Agama Islam Selangor telah mewujudkan bahagian Al Riqab yang berperanan untuk membebas dan membangunkan sahsiah asnaf al Riqab melalui kaedah merawat,memulih dan memberi perlindungan secara menyeluruh dan berkesan berlandaskan Al Quran dan As Sunnah. Dana zakat yang diperuntukkan dari asnaf riqab digunakan sepenuhnya untuk memulihkan para pelatih yang telah terjebak dengan maksiat tegar. Justeru peruntukan yang sedia ada member ruang untuk peruntukan ini dibelanjakan apabila  mahkamah syariah memperkenalkan hukuman gentian dalam kes jenayah yang tertentu. Istilah ganti kepada hukuman atau hukuman alternative bermasud hukuman selain daripada hukuman yang telah ditetapkan di dalam undang-undang


    SEJARAH PENUBUHAN

Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah dibina di atas tanah lot no 51, 142 dan 143 dalam daerah Sabak Bernam, no pelan SEL.SYIT 5D, yang meliputi keluasan 6 ekar tanah. Ia ditubuhkan dan di wartakan secara resmi pada 1 Februari 2001  bagi menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995  iaitu :
“ Majlis boleh, melalui pemberitahuan dalam warta menetapkan mana-mana tempat menjadi pusat pemulihan diluluskan atau rumah diluluskan bagi maksud Enakmen ini”
Tapak asal Pusat perlindungan Wanita Baitul Ehsan adalah merupakan bangunan Pusat Dakwah Selangor (PDS) sebelum berpindah ke bangunan baru di Sg Lang yang di kenali sekarang sebagai Institut Latihan Dan Dakwah Selangor.
Pada peringkat awal penubuhan Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan adalah di letakkan dibawah pengurusan Jabatan agama Islam Selangor (JAIS) sehingga pada tahun 2004. Pada tahun 2005 pengurusan Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan telah ambil alih oleh Majlis Agama Islam Selangor sepenuhnya setelah berlakunya pemerkasaan Majlis Agama Islam Selangor pada tahun 2005.
Pada tahun tersebut beberapa unit dan bahagian di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah berpindah ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) antaranya Unit Dakwah saudara Kita, Bahagian Dakwah JAIS menjadi Bahagian Pembangunan Insan MAIS, Bahagian Pengurusan Baitulmal ,Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman dan Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan.
Pada tahun 2010 berlaku perubahan struktur organisasi di MAIS dengan kewujudan bahagian baru iaitu Bahagian Al Riqab. Memandangkan Pusat Perlindungan wanita Baitul Ehsan dan Pusat Pemurnian akidah Baitul Iman menggunakan peruntukan zakat dari asnaf al Riqab maka ke dua-dua pusat ini telah di letakkan pengurusan dibawah bahagian yang baru ini.
4.    PENGENALAN KEPADA BAHAGIAN AL RIQAB

a.    Al Riqab Menurut Al Quran dan Hadis

Penjelasan mengenai al Riqab di dalam al quran dinyatakan didalam surah at-Taubah ayat 60
Terjemahan:
“Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir,orang miskin, orang yang bekerja untuk urusan zakat,para mualaf yang dilembutkan hatinya,para hamba sahaya (yang ingin merdeka dirinya),Orang-orang yang dibebani hutang,untuk (usaha perjuangan) di jalan Allah dan untuk orang-orang yang dalam perjalanan.ia merupakan satu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah maha mengetahui lagi Maha Bijaksana”
Manakala di dalam  hadis dinyatakan melalui riwayat Bukhari dan Muslim, yang bermaksud :
“Barangsiapa yang membebaskan Riqab (orang yang terhamba diri mereka), Allah akan membebaskan bagi setiap sendi anggota dari api neraka neraka sehingga selamat dia dengan keselamatanya”
b.    Fatwa Negeri Selangor
Jawatankuasa fatwa telah mendefinisikan riqab sebagai seseorang yang terbelenggu di bawah satu kuasa yang menghalang kebebasan dirinya. Contohnya:
1.     Penagih dadah yang terbelenggu dengan dadah
2.     Anak yang terbelenggu dengan kisah ibubapa yang tidak islamik
3.     Pelacur yang membebaskan diri
4.     Muslim yang terbelenggu dengan cara hidup jahiliyah
Penggunaan wang zakat Asnaf Riqab tersebut adalah berdasarkan mekanisme berikut:
(i) Kriteria
(a) tiada sumber kewangan yang cukup dan/atau tidak mendapat bantuan daripada sumber-sumber lain; dan
(b) seorang yang telah disahkan ingin membebaskan dirinya dari belenggu yang dihadapi.
(ii) Konsep Agihan
(a) pembayaran adalah berasaskan permohonan dan siasatan dan pengesahan;
(b) meringankan bebanan;
(c) pembayaran hanya kepada individu yang bersedia untuk menjalani
pemulihan dan pemantauan yang diaturkan untuk mereka;dan
(d) usaha memulihkan akhlak dan akidah.
c.      Enakmen Jenayah Syariah (Selangor)
Seksyen 54 (2) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor)1995 memperuntukkan:
“Jika mana-mana Mahkamah telah mensabitkan mana-mana perempuan atas sesuatu kesalahan di bawah Bahagian 1V , Mahkamah itu boleh sebagai ganti kepada hukuman yang dinyatakan bagi kesalahan ke suatu rumah diluluskan selama tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu”
Hukuman dalam bahagian iv (kesalahan yang berhubungan dengan kesusilaan) adalah seperti berikut;
Seksyen 22              : Perbuatan sumbang mahram
Seksyen 23              : Pelacuran
(1)  Melacurkan diri
(2)  Melacurkan isteri dan anak
Seksyen 24              : Muncikari (ibu ayam)
Seksyen 25              : Persetubuhan luar nikah
Seksyen 26              :Perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah
Seksyen 27              : Hubungan jenis antara orang yang sama jantina
Seksyen 28              : Persetubuhan bertentangan dengan hokum tabii
Seksyen 29              : Khalwat
Seksyen 31              : Perbuatan tidak sopan di tempat awam
4. Kategori dan jumlah kemasukan Penghuni
Terdapat 3 kategori kemasukan ke Pusat Pelindungan Wanita Baitul Ehsan iaitu kategori mahkamah,sukarela dan perlindungan
4.1 Perintah Mahkamah
Telah diperintahkan atau dijatuhkan hukuman oleh mana-mana Mahkamah Syariah di negeri Selangor  bagi tujuan pemulihan, cubaan akhlak/suaimanfaat, tunggu bicara dan lain-lain mengikut tempoh  sebagaimana yang terkandung dalam perintah tersebut;
1.    Telah dijatuhkan hukuman di bawah kesalahan bahagian 4 EJSS 1995 – Seksyen 22 hingga Sekyen 31.
2.    Perintah pemulihan sebagai ganti hukuman kesalahan Bahagian 4 EJSS 1995
Seksyen 54(2) EJSS 1995*
3.    WaranTahanan Sementara
Seksyen 22(5) ETJSS 2003
4.    Perintah Cubaan Akhlak (berkelakuan baik)
Seksyen 97(2)(b) ETJSS 2003*
Walaubagaimanapun hukuman gentian ini hanya dalam tempoh 6 bulan sahaja.  Perlanjutan tempoh adalah berdasarkan permohonan pelatih atau waris dan kelulusan MAIS.
4.2 Sukarela
MAIS menerima permohonan dari waris atau pemohon untuk memasuki pusat ini secara sukarela bagi mendapatkan perkhidmatan  pelindung dan pemulihan  berkaitan masalah sosial.

4.3 Perlindungan
MAIS menerima permohonan perlindungan dari pelbagai ancaman dan masalah masalah seperti penderaan rumahtangga. Lazimnya pemohon yang ingin mendapatkan perlindungan mestilah tidak terlibat dengan masalah social dan jenayah. Pemohon dalam kategori ini digalakan agar lebih berdikari.

5.  Jumlah kemasukan Pelatih dari tahun 2001 hingga 2011
BIL
KATEGORI
TAHUN
JUMLAH
2001
2002
2003
2004
2005
2006
2007
2008
2009
2010
2011
1
Perintah Mahkamah
-
1
4
12
17
8
5
12
29
33
28
149
2
Sukarela
18
38
19
35
11
29
56
69
88
119
69
551
3
Perlindungan
-
-
1
-
6
2
5
5
5
11
6
41
JUMLAH
18
39
24
47
34
39
66
86
122
163
103
741

Rajah 1  : Statistik bilangan pelatih mengikut  kategori dari tahun 2001-2011

Jadual diatas menunjukkan jumlah pelatih mengikut kategori dari tahun 2001 hingga 2011. Bagi kategori perintah mahkamah jumlah pelatih dari tahun 2001 hingga 2011 seramai 149 orang iaitu sebanyak 20%. Bagi kategori sukarela, bilangan pelatih sebanyak 551 orang iaitu sebanyak 74.4% daripada jumlah keseluruhan. Manakala bagi kategori perlindungan mencatat jumlah sebanyak 41 orang iaitu 5.5% dari tahun 2001 hingga 2011. Berdasarkan jumlah dan peratus pelatih mengikut kategori dapat dilihat bilangan pelatih bagi kategori sukarela mencatat jumlah yang tertinggi,  seterusnya diikuti oleh perintah mahkamah dan perlindungan. Ini menunjukkan bahawa jumlah kemasukan bagi kategori perintah mahkamah kurang berbanding jumlah kes yang dicatatkan di Selangor untuk setiap tahun.

Bil
Tahun/Umur
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
Jumlah
1
2001
-
-
1
3
2
1
2
1
1
1
1
1
4
18
2
2002
-
-
3
3
9
2
1
3
2
4
2
10
39
3
2003
-
-
-
-
5
4
2
1
1
4
1
2
4
24
4
2004
-
-
3
2
5
7
6
4
3
3
3
2
9
47
5
2005
-
1
-
-
4
2
-
3
6
1
2
15
34
6
2006
-
-
-
1
3
9
3
-
4
3
2
1
13
39
7
2007
1
-
9
4
11
10
5
6
5
2
1
1
11
66
8
2008
-
1
8
14
12
5
7
5
6
2
8
3
15
86
9
2009
-
5
11
20
19
16
6
14
13
-
5
1
12
122
10
2010
1
5
16
17
34
17
11
11
12
9
8
2
20
163
11
2011
-
1
6
12
10
11
11
11
3
11
4
6
17
103
JUMLAH
KESELURUHAN
1
12
24
27
51
40
26
23
28
20
18
12
81
741
Rajah 2 : Statistik bilangan pelatih mengikut umur dari tahun 2001 - 2011[2]
Jadual di atas menunjukkan bilangan pelatih mengikut umur dari tahun 2001 hingga 2011. Bagi pelatih berumur bawah 15 tahun mencatat jumlah sebanyak 64 orang bagi tahun 2001 hingga 2011. Manakala pelatih berumur lebih dari 15 tahun mencatat jumlah sebanyak 299 orang. Bagi pelatih berumur bawah 15 tahun, mereka akan diletakkan dibawah bidang kuasa masalah juvana kerana mereka masih dibawah umur.




5.    Modul Pemulihan
Modul Tranformasi Ehsan 1.9.5.7 adalah modul yang menjadi model dan panduan dalam proses pemulihan yang di jalankan di Pusat Perlindungan wanita Baitul Ehsan. Modul ini dibangunkan atas semangat untuk mentransformasikan pelatih daripada keadaan yang kurang baik kepada yang lebih baik iaitu sehingga ke tahap Ihsan. Angka 1.9.5.7 membawa makna 1 itu adalah DIRI iaitu pelatih yang akan di pulihkan. Angka 9 pula membawa makna sembilan pendekatan dan juga falsafah yang di terapkan sepanjang menjalankan modul ini. Sembilan pendekatan tersebut adalah seperti berikut;
1.    IMAN                         : Kepercayaan kepada Allah
2.    MODEL                     : Model Terbaik Nabi Muhammad sa.w
3.    UKHUWAH              : Kasih sayang dan persaudaraan
4.    JATI DIRI                  : Mempunyai sumber dalaman yang kuat untuk berubah
5.    PEDOMAN               : Pedoman dan pengalaman
6.    IKHLAS                     : Keikhlasan dan kejujuran
7.    PRIHATIN                : Perkongsian dan keprihatinan
8.    ILMU                          : Keilmuan dan Penyampaian
9.    RELA & BAHAGIA : Datang dengan kerelaan dan pulang dengan bahagia
Angka 5 pula merujuk kepada lima konsep utama yang dikenali sebagai konsep Rabiatul Adawiyah. Lima konsep tersebut adalah seperti berikut;
1.    TAHU                        : pengetahuan yang benar
2.    .PERCAYA   : keimanan, Pembuktian melalui kajian sains
3.    TAAT            : Peranan, Syukur
4.    JIHAD           : Konsep
5.    CINTA           : Cintakan Allah
Angka 7 pula membawa makna tujuh program utama yang dijalankan iaitu proram kerohanian,program akademik,proram kemahiran,program diplin,program kaunseling,program jasmani dan program hidup bermasyarakat.
Selain daripada itu angka 1957 juga membawa maksud kebebasan dan kemerdekaan daripada belenggu yang ada iaitu sempena tarikh kemerdekaan Tanah Melayu dari penjajah. Dibawah ini adalah gambaran model T.E 1957

6.     TESTIMONI
Pelatih bernama Aminah 26 tahun (bukan nama sebenar). Pelatih berasal daripada Kuala Lumpur. Kelulusan  Diploma, pelatih sebelum ini pernah berkahwin dan bercerai Fasakh pada 1 Januari 2008. Pelatih kini berstatus ibu tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan berumur 10 tahun. Ibu dan ayah pelatih telah bercerai, kini pelatih dan anak tinggal bersama ibu pelatih,
            Kemasukan pelatih ke pusat ini adalah atas Perintah Mahkamah oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Langat, Selangor atas kes khalwat pada 21 November 2012 dan dijatuhkan hukum selama 4 bulan di tahan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan. Pelatih telah ditangkap di rumah sewa bersama seorang lelaki (teman lelaki rakan serumah) tetapi mereka berlainan bilik. Dalam pada masa yang sama rakan sewa tiada di rumah ketika kejadian tangkapan berlaku.
Pada peringkat awal pelatih agak kurang selesa tinggaldi Baitul Ehsan namun setelah sebulan menjalani proses pembelajaran  di pusat ini didapati perubahan positif pada diri . Pelatih memberikan kerjasama dan komitmen dengan pelatih dan juga kakitangan dalam setiap program yang dianjurkan. Kesedaran dalam diri pelatih mula timbul, pelatih juga sudah pandai mengaji dan solat dengan baik. Anak pelatih juga turut serta dalam aktiviti keagamaan yang dianjurkan dan secara tidak langsung ini memberikan kesan yang positif kepada pembentukan sahsiah dan kerohanian anak pelatih.
 7.Kesimpulan
Pembinaan pusat pemulihan seperti Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan  bukan semata-mata memenehi keperluan Enakman Jenayah syariah 1995 dalam seksyen 54 (2) namun mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memulih,merawat dan melindung asnaf ar riqab dari belenggu yang dihadapi.
Penubuhan pusat pemulihan ini juga sebagai alternative kepada  hukunman yang di kenakan keaada pelajku jenayah syariah untuk memperbaiaki kesilapan yang lalu tanpa menjejaskan rekod diri berbanding sekiranya pesalah tersebut dimasukkan ke penjara. Selain daripada itu juga kebanyakan pelaku jenayah syariah adalah dikalangan remaja dan kadangkala menjadi mangsa keadaan mewajarkan diberi peluang kedua kepada mereka
Justeru langkah menubuhkan pusat pemulihan adalah langkah yang baik sebagai salah satu langkah menangani masalah-masalah sossial masa kini. Kewujudan pusat pemulihan seperti Baitul Ehsan memberi peluang untuk merealisasikan agenda tarbiyah dan dakwah kepada golongan sasaran.










Rujukan

1.    Abdullah Bin Muhammad Basmeh, 1994,Tafsir Pimpinan Ar Rahman, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur

2.    Enakmen Jenayah Syariah (Selangor)1995, Enakmen No .9 Tahun 1995

3.    Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003

4.    Perintah-Perintah Tetap Pusat Perlindungan Wanita (Negeri Selangor) 2001, Majlis Agama Islam Selangor

5.    Zainuddin Hamidy 2009,Terjemahan Hadis Shahih Bukhari,Klang Book Centre, Kuala Lumpur

6.    http://www.mais.gov.net, Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan,7 Februari 2012

7.    Irmawati Binti Basri ,2011, Jenayah Rogol: Satu Kajian Kes Di Pusat Perlindungan wanita Baitul Ehsan Sabak Bernam, kajian ilmiah ,Universiti Kebangsaan Malaysia

8.    Nurlia Binti Shaari, 2011, Senario Hamil Luar Nikah Dalam kalangan Remaja Islam: Kajian Di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan Sabak Bernam ,Selangor, kajian Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia





[1] Kertas ini dibentangkan oleh ustaz Mohamad Zamri Bin Mohamed Shapik, Ketua Sektor Pembangunan Sosial, Majlis Agama Islam Selangor di dalam Persidangan Pendakwa Syarie Dan pegawai Penguatkuasa Agama JAWI dari 12 – 15 Mac 2012.
[2] Unit Kemasukan & Rekod Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan

1 ulasan:

Naila salsabella berkata...

Salam...saya mencari baby yg Bru lahir utk dijadikan anak angkat...xksh jantina baby..xkisah status baby...yg penting btul2 ikhlas nk bg...hubungi saya jika ada...0198234285