DONATE

Khamis, 16 Mac 2017

ISU-ISU PERTINDIHAN BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH DAN MAHKAMAH SIVIL



Sebelum pindaan Perlembagaan 1988
´  Sebelum pindaan Perlembagaan 1988 dibuat, terdapat beberapa situasi dimana Mahkamah Sivil  membuat keputusan berkenaan isu yang sepatutnya ditangani oleh Mahkamah Syariah.

´  Tidak ada sebarang peruntukan jelas yang memisahkan kuasa antara Mahkamah Sivil dan Syariah

´  Kes-kes melibatkan Mahkamah Syariah kerap dan sering dibawa semula ke Mahkamah Sivil untuk dibicarakan semula.

´  Ketua Hakim Negara Tun Saleh Abas pernah berkata pada tahun 1982, Mahkamah Sivil mesti menghormati mereka yang terdidik dalam bidang Syariah. Ini berdasarkan Mahkamah Sivil tidak ada kepakaran dan pengetahuan bagi menangani masalah yang sepatutnya dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.


Pindaan Perlembagaan 1988

´  Pada  tahun 1988, satu pindaan terhadap perkara 121 di dalam Perlembagaan Persekutuan dibuat dengan memasukkan Artikel 121 (1A) yang memisahkan bidang kuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.

“Maka hendaklah ada dua Mahkamah Tinggi yang selaras bidang kuasa dan tarafnya, iaitu:
(a)    Satu di Negeri-negeri Tanah Melayu yang dinamakan Mahkamah Tinggi di Malaysia dan yang mempunyai ibu pejabat pendaftarannya di Kuala Lumpur; dan
(b)   Satu di Negeri-negeri Sabah dan Sarawak yang dinamakan Mahkamah Tinggi Borneo dan yang mempunyai ibu pejabat pendaftaran di mana-mana tempat di Negeri-negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang ditetapkan oleh yang di-Pertuan Agong; dan di mana-mana mahkamah bawahan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang persekutuan; dan hendaklah mempunyai apa-apa bidang kuasa dan kuasa sebagaimana yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang Persekutuan.
(1A) Mahkamah-mahkamah yang disebut dalam Fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.”

´  Melalui Fasal (1A) ini bidang kuasa kedua-dua mahkamah telah ditetapkan. Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan membicarakan kes-kes yang melibatkan perkara-perkara yang dinyatakan dalam Senarai 1, Jadual Kesembilan.

´  Mahkamah Syariah pula mendengar dan membicarakan kes-kes melibatkan perkara yang dinyatakan dalam Butiran 1, Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.


Kesan selepas pindaan Perlembagaan 1988

´  Pemisahan bidang kuasa yang jelas antara kedua-dua Mahkamah. Sebarang kes yang terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dibicarakan di dalam mana-mana Mahkamah Sivil.

´  Menurut Allahyarham Profesor Ahmad Ibrahim, salah satu kesan besar dari pindaan ialah mengeluarkan kuasa Mahkamah Sivil dari mendengar kes-kes yang melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan mengelak percanggahan di masa hadapan terhadap kes-kes yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

´  Pindaan terhadap Artikel 121 (tetap) tidak membolehkan Mahkamah Syariah di negara ini untuk melangkaui bidang kuasa Mahkamah Sivil”
Tun Abdul Hamid Mohamed , Mantan Ketua Hakim Negara

´  “Tiada konflik – tidak akan berlaku konflik antara perundangan Sivil dengan Syariah kerana artikel ini sudah cukup dan berdiri dengan sendiri di dalam meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Peruntukan perlembagaan 121 (1A) memaksudkan bahawa undang-undang sivil tidak berhak campur tangan Pemisahan bidang kuasa yang jelas antara kedua-dua Mahkamah. Sebarang kes yang terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dibicarakan di dalam mana-mana Mahkamah Sivil”
Prof Dr. Abdul Aziz Bari, Mantan Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan UIAM

´  Ini menujukkan masih terdapat peruntukan undang-undang yang memberi justifikasi kes menjadi sah sekiranya dibicarakan di Mahkamah Sivil berbanding Mahkamah Syariah.


Mengapa masih berlaku pertindihan bidangkuasa?

´  Pemakaian Akta Kehakiman 1964 (Courts of Judicature Act 1964)
v  Kes Shahamin Faizal Kung bin Abdullah lwn Asme bte Haji Junus [1991] 3 MLJ 327
v  Hakim Edgar Joseph berpendapat bahawa Akta Kehakiman 1964 sama sekali tidak terhapus walaupun Perlembagaan Persekutuan telah melalui pindaan pada tahun 1988 .

´  Tiada peruntukan jelas di dalam Undang-Undang Syariah
v  Kes Ng Wan Chan lwn Majlis Agama Islam 3 MLJ 174 dan 487
v  Mahkamah Sivil menyatakan pendapat bahawa Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes tersebut kerana Seksyen 45 (2) dan (3) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Selangor 1952 pada masa itu tidak memperuntukkan undang-undang bertulis (kuasa secara tersirat) untuk memutuskan seseorang itu beragama Islam atau tidak pada waktu kematiannya.

v  Kes Lim Chan Seng lwn Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang 3 CLJ 231
v  Hakim yang membicarakan kes berpendapat kes tersebut seharusnya terletak di dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil kerana Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang 1993 tidak memperuntukkan kuasa Mahkamah Syariah dengan jelas termasuk peruntukan keluar dari agama Islam.

v  Kes Shaikh Zolkafly Shaikh Natar dll lwn Majlis Agama Islam Pulau Pinang 3 MLJ 381
v  “…sekiranya ada pertikaian bidang kuasa di Mahkamah Tinggi Sivil, perkara pokok yang perlu dilihat adalah bukannya Mahkamah Tinggi Sivil mempunyai kuasa atau tidak, tetapi sama ada bidang kuasa itu terletak dalam Mahkamah Syariah...”
v  “…sekiranya perundangan negeri tidak menganugerah bidang kuasa tersebut kepada Mahkamah Syariah, maka dengan sendirinya bidang kuasa Mahkamah Syariah terkeluar dari mengendalikan perkara tersebut, dan bidang kuasa tidak sama sekali diperolehi secara ‘tersirat’”


ISU-ISU YANG MELIBATKAN PERTINDIHAN BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH DAN MAHKAMAH SIVIL MENGENAI PERWARISAN, PENTADBIRAN DAN PERTIKAIAN HARTA PUSAKA

´  Bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam pentadbiran harta pusaka orang Islam hanya boleh membicarakan dan membuat keputusan terhadap semua tindakan dan prosiding yang melibatkan orang beragama Islam sahaja.

´  Mahkamah Syariah dalam pentadbiran harta pusaka umat Islam boleh mengesahkan benefisiari (waris) yang berhak serta kadar bahagian bagi setiap waris.

´  Peruntukan tersebut jelas menunjukkan bahawa bidangkuasa Mahkamah Syariah untuk beberapa perkara tertentu semata-mata.

´  Sebaliknya, Mahkamah Sivil mempunyai kuasa mutlak bagi perkara-perkara selainnya yang menghalang pemakaian Enakmen Undang-Undang Islam di setiap negeri berdasarkan:
v  Akta Probet dan Pentadbiran 1959
v  Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955

´  Masalah bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam pentadbiran harta pusaka orang Islam telah ditentukan dalam Perlembagaan Persekutuan setakat mana undang-undang Islam dapat dilaksanakan di negeri-negeri Melayu.

´  Undang-undang Islam yang dijalankan oleh Mahkamah Syariah dianggap sebagai undang-undang diri (personal law).

´  Justeru itu, kuasa Badan Perundangan Negeri adalah untuk menggubal perkara-perkara mengenai undang-undang Islam sebagaimana yang diperuntukkan dalam Jadual Sembilan, Senarai II.

´  Kes Majlis Ugama Islam Pulau Pinang dan Seberang Perai lwn Shaik Zolkaffily Shaik Natar &Ors[2003] 3 CLJ 289 
v  Diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan
v  Isu – sama ada "dalam menentukan persoalan mengenai wasiat yang dibuat oleh seorang beragama Islam yang sudah meninggal dunia, mahkamah sewajarnya yang mempunyai bidangkuasa untuk memutuskan hal tersebut adalah Mahkamah Syariah“ (isu bidang kuasa)
v  Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa melalui S.48(2)(b)(v), (vii) & (ix) Enakmen Penang vis-a-vis hal perkara – hal perkara yang berada di hadapan hakim yang bijaksana.
v  Oleh kerana hal perkara – hal perkara di hadapan hakim yang bijaksana itu secara nyata, diletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah oleh Enakmen Penang.


v  Abdul Kadir Sulaiman H dalam Md Hakim Lee v. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, "fakta bahawa Plaintif berkemungkinan tidak mempunyai remedi di Mahkamah Syariah tidak bermakna  bidang kuasa tentangnya boleh dilaksanakan oleh MahkamahSivil".

(“When a party may not have his remedy expressly stated in the state law pertaining to Muslims, it is not for the courts to legislate and confer jurisdiction to the civil courts but for the state legislature to provide the remedy”.)

´  Kekangan Akta Probet dan Pentadbiran 1959 pula dapat dilihat didalam kes Jumaaton dan Raja Delila lwn Raja Hizaruddin JH (1419) H Jld. XII Bhg II, 201.
v  Dalam kes ini sungguh pun pertikaian melibatkan pihak-pihak beragama Islam, Pengerusi Panel Rayuan Datuk Sheikh Ghazali menyatakan undang-undang mengenai Probet dan Surat Kuasa Mentadbir dimasukkan dalam Senarai Persekutuan (Senarai 1, Jadual 9) dan bukannya Senarai Negeri (Senarai 2, Jadual 9)
v  Oleh yang demikian Badan Perundangan Negeri dan Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa atau bidang kuasa dalam perkara probet dan surat mentadbir harta itu.

´  Keputusan bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam pertikaian harta melibatkan orang bukan Islam pula dapat dilihat di dalam kes Eeswari Visuwalingam lwn Kerajaan Malaysia [1990] 1 MLJ 86.
v  Dalam kes ini Plaintif menuntut perwarisan harta pencen suaminya yang telah memeluk Islam sebelum meninggal dunia. Seteleh dirujuk kepada Mufti Wilayah Persekutuan, fatwa mufti mengatakan mengikut hukum syarak, seorang bukan Islam tidak boleh mewarisi harta pusaka orang Islam.
v  Selanjutnya Mahkamah Sivil memutuskan Plaintif berhak mendapat pencen kerana pencen adalah satu hak di bawah statut. Oleh itu tidak timbul persoalan mewarisi harta pusaka orang Islam atau bukan Islam.


SEMAKAN KEHAKIMAN

´  Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperbuat di Mahkamah Syariah atau pihak yang bukan beragama Islam boleh membuat permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Sivil.

´  Setiap satu daripada kes-kes tersebut akan menggunakan mana-mana lohong peruntukan undang-undang yang ada untuk memberi justifikasi mengapa kes tersebut sah untuk disemak semula di Mahkamah Sivil.

´  Keadaan ini adakalanya mencetuskan ketegangan dan rasa tidak puas hati oleh pihak yang satu lagi serta masyarakat


´  Semakan kehakiman oleh golongan transeksual di Negeri Sembilan

v  Dalam kes ini telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 tidak sah di sisi Perlembagaan.

v  Perayu dalam kes ini telah mendapat pengesahan daripada pakar perubatan merupakan pengidap GID “Gender Identity Disorder”.

v  Seksyen 66 tersebut memperuntukkan mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya.

v  Hakim Datuk Hishamudin berkata Seksyen 66 tidak memberi pengecualian kepada pengidap GID justeru telah meminggirkan mereka dan secara tidak adil membolehkan mereka diambil tindakan undang-undang.

v  Panel juga telah sebulat suara mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai tidak sah di sisi Perlembagaan Persekutuan kerana bertentangan dengan jaminan kebebasan dan hak setiap rakyat Malaysia.


´  Semakan kehakiman oleh peguam syarie bukan Islam

v  Kes Victoria Jayaseele Martin lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Anor [2013] CLJ JT (6) merupakan rayuan peguam bukan Islam untuk bertindak di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

v  Perayu dalam kes ini adalah pemegang Diploma dalam Undang-Undang dan Amalan Syariah (Diploma Syariah Law Practice) daripada UIAM pada tahun 2004.

v  Persoalan sama ada Peraturan 10 Peraturan-peraturan Peguam Syarie 1993 yang menetapkan hanya orang Islam boleh diterima sebagai peguam syarie adalah ultra vires dengan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

v  Seksyen 59(1) Akta Pentadbiran Undang-undang 1993 menyebut:
“…tertakluk kepada sub-s (2), Majlis boleh menerima masuk sesiapa yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi berkenaan undang-undang Islam sebagai Peguam Syarie”
v  Mahkamah Rayuan memutuskan Peraturan 10 Peraturan-peraturan Peguam Syarie 1993 adalah ultra vires dengan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.


ISU HAK PENJAGAAN ANAK-ANAK

´  Undang-Undang Keluarga di Malaysia

v  Undang-Undang Keluarga di Malaysia wujud dalam dua sistem perundangan, satu untuk penganut Islam dan satu lagi untuk orang bukan Islam.

v  Sistem ini boleh berjalan lancar dalam kes melibatkan pihak-pihak yang menganut agama yang sama dan tidak ada pertelingkahan undang-undang.

v  Bagaimanapun, apabila salah seorang beragama Islam dan yang satu lagi tidak lagi menganut agama Islam, akan berlaku percanggahan antara Undang-Undang Syariah dan Sivil.

v  Dewasa ini banyak kes cerai dan tuntutan penjagaan kanak-kanak telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat baik umat Islam mahupun orang bukan Islam.

v  Suatu cadangan penambahbaikan untuk Akta Keluarga baru pernah dicadangkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri tetapi masih belum berjaya diterjemahkan perlaksanaannya sehingga sekarang.

v  Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad juga pernah menyuarakan cadangan untuk mengharmonisasikan undang-undang sivil dan syariah bagi menyelesaikan konflik antara kedua-dua mahkamah.

v  Konflik antara keputusan Mahkamah Syariah dan Sivil dapat dilihat dalam kes Dr. Sharmala A/P Sathiyasseelam lwn Dr. Jeyaganesh A/L C. Mogarajah [2003] 6 MLJ 515

v  Dalam kes ini Mahkamah berpendapat perkahwinan mereka kekal walaupun si suami memeluk Islam. Ini memberi alasan kuat kepada si isteri untuk menceraikan suaminya dibawah undang-undang Law and Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 .

v  Berikutan keputusan tersebut juga, kedua-dua pihak berhak menjaga anak kerana pindaan kepada LRA pada tahun 1999 menjamin hak sama rata ke atas anak dan kedua-dua penjaga.

v  Undang-undang sedemikian boleh membawa mudharat kepada kanak-kanak terbabit berkenaan yang mana perlu diikuti memandangkan anutan agama ibubapanya kini berbeza.
v  Kes Izwan Abdullah @ N. Viran lwn S.Deepa juga menunjukkan konflik antara keputusan Mahkamah Syariah dan Sivil.

v  Dalam kes ini si suami telah mendapat perintah hak penjagaan anak daripada Mahkamah Syariah Seremban pada tahun 2013. Pada 7 April 2014, isterinya pula mendapat hak penjagaan daripada Mahkamah Tinggi Seremban.

v  Selanjutnya, Izwan bertindak mengambil anak lelakinya daripada jagaan isterinya sehari selepas isterinya mendapat perintah tersebut.

v  Kes ini yang pada asalnya menjadi kes polis menemui jalan buntu kerana pihak PDRM enggan meneruskan siasatan kerana kedua-dua pihak mempunyai autoriti dalam tindakan masing-masing.

v  Biarpun pada masa sekarang Mahkamah Rayuan menolak permohonan Izwan untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban, kes ini menunjukkan kepentingan sifat harmoni dan timbangtara antara kedua-dua mahkamah dalam menyelesaikan pertikaian penjagaan anak antara pasangan berbeza agama.


MURTAD

´  Kes Lina Joy lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Yang Lain[2007] 3 CLJ 557

v  Diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan adalah munasabah bagi JPN mengenakan syarat supaya pemohon mendapatkan perintah mahkamah syariah berkenaan perkara murtad ini kerana ia adalah satu persoalan yang berkaitan dengan undang-undang Islam seperti yang dikatakan oleh Mahkamah Agong dalam kes Dalip Kaur lwn Pegawai Polis Daerah, Balai Polis Daerah, Bukit Mertajam & Anor bahawa jawapan kepada persoalan sama ada seseorang itu adalah seorang Muslim atau telah keluar dari agama Islam sebelum dia meninggal dunia adalah termasuk dalam dunia undang-undang Syariah yang memerlukan pertimbangan-pertimbangan serius dan tafsiran wajar atas undang-undang itu.

v  Tindakan JPN mengeluarkan KP dengan penambahan perkataan "Islam" adalah sah di sisi undang-undang.

v  Apabila ketentuan-ketentuan agama Islam dipatuhi dan pihak berkuasa agama Islam memperakukan kemurtadannya barulah perayu boleh menganuti agama Kristian. Dengan kata lain, seseorang tidak boleh sesuka hatinya keluar dan masuk agama. Tindakan JPN mengeluarkan KP dengan penambahan perkataan "Islam" adalah sah di sisi undang-undang.

v  Adalah sejajar dengan logik untuk Mahkamah Syariah, yang telah dengan jelasnya diberi bidangkuasa untuk mengadili perkara-perkara yang berkaitan dengan pemelukan agama Islam, secara implikasi perlu, juga berbidangkuasa untuk mengadili perkara-perkara yang berkaitan dengan keluarnya seorang Muslim dari agama Islam.

v  Penghakiman majoriti akur bahawa Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) tidak mengandungi sebarang peruntukan mengenai murtad.














Tiada ulasan: