DONATE

Selasa, 21 Mac 2017

ISU-ISU & PERMASALAHAN PELAKSANAAN PERINTAH MAHKAMAH SYARIAH DI KWSP DAN CADANGAN PENYELESAIAN

Oleh: Jabatan Undang-Undang, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja


1)      Penukaran Agama (Conversion)

         (a) Tuntutan oleh Waris Ahli (Muslim atau Bukan Muslim)

Berdasarkan hukum Syara’, seseorang yang telah memeluk Islam, perkahwinan melalui agama lain adalah terbatal. Walaubagaimanapun, Seksyen 51 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) – Law Reform Marriage and Divorce Act 1951 hanya membenarkan pembubaran perkahwinan apabila pihak yang bukan Muslim memfailkan petisyen di Mahkamah Sivil.

Kedua-dua waris telah mengemukakan dokumen untuk pengeluaran simpanan KWSP :

1)   Isteri Bukan Muslim mengemukakan Perintah Administration of Native & Small Estates Ordinance Sabah;

2)   Isteri si mati yang Muslim mengemukakan Sijil Faraid

Pembayaran KWSP dibuat kepada isteri yang Muslim mengikut undang-undang ‘personal’ ahli ketika itu berdasarkan perakuan masuk Islam dan tiada pertikaian tentang pemelukan Islam dan menjadi hak di bawah Perlembagaan Malaysia

Persoalan

Isteri yang bukan Muslim dalam proses memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi sekiranya Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan isteri, bagaimana dengan kedudukan perintah Mahkamah Syariah?

         (b) Penama bukan Muslim

Merujuk Muzakarah Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 61 –bersidang pada 27 Jan 2004 membincangkan Hukum Pembayaran KWSP bagi Ahli yang memeluk Islam

1)   Mengikut Hukum Syara’, orang bukan Islam tidak berhak mewarisi harta orang Islam dan sebaliknya;

2)   Jika seseorang memeluk Islam dan telah menamakan penama bukan Islam maka hendaklah menukar kepada orang Islam. Jika tiada penama orang Islam dan tiada waris Islam yang berhak maka harta itu tidak menjadi hak penama sebaliknya hendaklah diserahkan kepada Baitulmal


Kajian Kes
Cadangan Penambahbaikan
Ahli yang telah memeluk agama Islam tidak menukar penama. Wang KWSP akan dibayar kepada penama walaupun waris bukan Islam kerana beliau akan bertindak sebagai pentadbir untuk membahagikan harta ahli/si mati berdasarkan peruntukan Peraturan 9(2) Peraturan-peraturan KWSP 2001 :
“Jika seseorang ahli beragama Islam mati setelah penamaan dibuat, orang atau orang-orang yang dinamakan hendaklah menerima kredit ahli si mati sebagai wasi dan bukan semata-mata sebagai benifisiari dan hendaklah membahagikan berdasarkan undang-undang Islam”
Kempen Pendidikan dan Kesedaran (Awareness Campaign)
Pihak Baitulmal / PERKIM harus menyampaikan maklumat kepada  muallaf untuk menukar/membatalkan penamaan mereka setelah memeluk Islam



2)      Harta Sepencarian

Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia ke-67 bersidang pada 22 Feb 2005 memutuskan caruman KWSP tidak dianggap sebagai Harta Sepencarian dan menetapkan wang KWSP sebagai harta pusaka yang perlu dibahagikan berdasarkan hukum Faraid

Perkongsian wang simpanan KWSP bukanlah perkongsian berakad dalam bentuk harta. Sekalipun terdapat perkongsian usaha dan tenaga, namun sumbangan isteri atau suami kepada pasangannya di dalam atau di luar rumah bukanlah dari jenis kerja yang sama yang dilakukan oleh pasangan tersebut. Oleh itu, wang simpanan KWSP bukanlah bentuk harta sepencarian tetapi harta pusaka yang wajib diagih-agihkan kepada yang berhak menerimanya melalui hukum faraid.

Merujuk kes Abdul Rahman Bin Ayob dan Timah Binti Sulaiman [Rayuan Mal No. MRYS.NS 8/2000] memutuskan :

“Hasrat penggubal undang-undang juga harus diambil kira semasa mewajibkan caruman seperti ini sebagai persediaan hari tua seseorang pekerja selepas berpencen untuk menyara dirinya dan keluarga...jadi adalah tidak adil apabila sebelah pihak lain baik isteri atau suami untuk menuntut wang simpanan KWSP itu sebagai harta sepencarian. Oleh itu kami menerima rayuan bahawa wang simpanan KWSP bukanlah harta sepencarian.”


Kajian Kes
Cadangan Penambahbaikan
 KWSP menggunapakai Fatwa Kebangsaan dalam isu wang simpanan KWSP adalah harta pusaka dan bukan Harta Sepencarian.

Terdapat keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang menyatakan wang KWSP adalah Harta Sepencarian.

Peruntukan Akta KWSP 1991 membenarkan simpanan ahli dipindahkan kepada pemohon yang mendapat perintah bahawa sebahagian wang simpanan KWSP adalah Harta Perkahwinan (dalam kes bukan Muslim sahaja)

Keseragaman keputusan Fatwa dengan Perintah Mahkamah



3)      Wang KWSP sebagai HIBAH?
Kajian Kes
Cadangan Penambahbaikan
Waris ahli/simati telah memfailkan Permohonan pengesahan Hibah di Mahkamah Tinggi Syariah sama ada wang KWSP boleh dihibahkan atau tidak.

Waris lain telah memperolehi Sijil Faraid . Perintah Injunksi telah diserahkan kepada KWSP untuk menghalang pembayaran kepada waris.

Berdasarkan peruntukan Peraturan 8 (Peraturan-peraturan KWSP 2001) , jika tiada penamaan, pembayaran kepada waris boleh dibuat berdasarkan Sijil Faraid yang dikemukakan

Isu sama ada wang KWSP boleh dihibahkan perlu diputuskan di peringkat Jawatankuasa Fatwa Negeri dan Kebangsaan



4)      Akta KWSP vs. Perintah Mahkamah Syariah

(a) Perintah Pembekuan Akaun KWSP

Permohonan Injunksi difailkan di Mahkamah untuk membekukan akaun KWSP sementara menunggu permohonan kes induk diputuskan oleh Mahkamah.

Contoh Kes Pengesahan Hibah

(b) Prosiding Hiwalah – Garnishee

Kajian Kes
Cadangan Penambahbaikan
Notis Hiwalah Muhal adalah terhalang oleh Seksyen 51 (c) KWSP 1991 dan tidak boleh dikuatkuasakan bagi mendapatkan pembayaran untuk hutang Muhal ke atas Muhil.

Berdasarkan Seksyen 51(c) Akta KWSP 1991, yang memperuntukkan bahawa walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, tiada amaun yang berada pada kredit seseorang ahli Kumpulan Wang boleh diserahhakkan, dipindahkan, kena ditahan, disekuesterkan, dilevikan ke atasnya, bagi atau berkenaan dengan, apa-apa hutang atau tuntutan apa jua pun, dan Pegawai Pemegang Harta tidaklah berhak kepada atau mempunyai apa-apa tuntutan ke atas apa-apa jumlah wang atau amaun tersebut

Dicadangkan untuk permohonan Hiwalah ditolak oleh Mahkamah Syariah kerana bertentangan dengan peruntukan Akta KWSP dan matlamat simpanan hari tua



(c) Perintah Mahkamah Syariah bertentangan dengan Penamaan KWSP


Di dalam satu kes Mahkamah Rendah Syariah di Sabah telah mengeluarkan perintah yang mengarahkan KWSP menguatkuasakan pembahagian harta pusaka ahli secara penghantar serahan harta mengikut perintah pembahagian harta pusaka ahli/si mati, walaubagaimanapun simpanan ahli di KWSP telah ada penamaan.

Permohonan semakan perlu dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah. Perintah ini tidak dapat dikuatkuasakan kerana terdapat penamaan dibuat oleh ahli/simati dan adalah bercanggah dengan undang-undang KWSP

5) Dua Perintah Berbeza di antara Dua Mahkamah Syariah

Kajian Kes
Cadangan Penambahbaikan
Perintah Faraid daripada Mahkamah Tinggi Syariah Hulu Langat dikeluarkan tanpa memasukkan nama isteri sebagai penerima Faraid.

Waris lain mendapatkan Perintah baru daripada Mahkamah Tinggi Syariah Melaka

Dicadangkan mewujudkan Pendaftar berpusat bagi memastikan terdapat kawalan ke atas perintah/Sijil Faraid yang dikeluarkan untuk pusaka simati



Catat Ulasan