DONATE
Rabu, 16 Jun 2010
KEPIMPINAN RASULULLAH S.A.W YANG PERLU DICONTOHI: PENGKHUSUSAN PENGURUSAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN
PENDAHULUAN
Kepimpinan adalah melibatkan keupayaan seseorang pentadbir atau pengurus (di setiap peringkat pengurusan) untuk mendorong, mempengaruhi, membawa dan menggunakan setiap sumber organisasi(manusia, benda dan perkara) supaya saling berperanan atau masing-masing berfungsi ke arah pencapaian objektif yang telah ditentukan. Kepimpinan juga melibatkan usaha meransang pekerja bawahan untuk berperanan supaya matlamat dapat dicapai, menentukan visi dan hala tuju organisasi dipatuhi dan menjadi penghubung atau juru bicara organisasi.
Justeru itu, kepimpinan yang berkualiti oleh seorang pemimpin dapat mempengaruhi orang bawahannya ke arah gerak kerja yang cemerlang. Maka contoh pemimpin yang berwibawa dan patut dicontohi hanya ada pada pimpinan Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Seperti mana yang kita sedia maklum Rasulullah s.a.w merupakan seorang pemimpin yang berakhlak mulia dan diiktiraf sebagai ketua yang berintegriti. Baginda s.a.w sentiasa bersikap adil terhadap segala urusan pentadbirannya tidak kira di dalam hal ehwal negara, agama, dan keluarga sekalipun. Jadi contoh teladan melalui kepimpinan Rasulullah s.a.w amat perlu kita ikuti sebagai bimbingan ke arah menjadi pemimpin yang adil.
Tidak kira apa jua bidang yang akan dipimpin oleh seorang yang dilantik menjadi pimpinan, maka pemimpin itu perlulah memikul tanggungjawab yang berat untuk membela nasib orang bawahan mereka dan memimpin ke arah jalan diredhai Allah. Penekanan di dalam aspek pendidikan, maka guru-guru yang mengajar murid-murid di sekolah dianggap sebagai “pemimpin” tatkala sesi pengajaran bermula di dalam kelas. Kepimpinan di dalam bidang pendidikan tidak tertumpu hanya di dalam kelas sahaja, namun keperibadian seorang pemimpin khususnya guru-guru di sekolah juga turut dinilai sejauh mana wujudnya toleransi dan integriti mereka di hadapan anak murid. Melalui penulisan ini, maka penulis akan mengambil sebanyak mungkin sifat kepimpinan Rasulullah s.a.w yang boleh kita terapkan di dalam pengurusan bidang pendidikan.
KONSEP KEPIMPINAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Kepimpinan menurut bahasa seperti yang dinyatakan di dalam Kamus Dewan ialah berasal daripada akar kata “pimpin”. Perkataan pemimpin adalah beerti orang yang memimpin, membimbing, menuntun, mengepalai, dan melatih. Manakala pimpinan ialah perihal memimpin.
Di dalam penulisan ini terdapat beberapa definisi telah dinyatakan berkenaan dengan konsep kepimpinan menurut Islam iaitu antaranya:
Definisi Kepimpinan dalam Islam menurut Dr. Siddiq Fadzil ialah kepimpinan bukan hanya mempengaruhi orang, tetapi ia merupakan pemandu umat dalam melaksanakan amanah Allah (devine trust) iaitu berkaitan dengan memelihara agama dan menguruskan dunia dengan adil. Kepimpinan dalam Islam merupakan tanggungjawab dan amanah, dan ia bukannya suatu kebanggaan.
Definisi kepimpinan dalam Islam menurut Dr. Ahmad Redzwan bin Muhammad Yunus merangkumi makna yang luas termasuklah kepimpinan sesama manusia daripada peringkat yang tertinggi sebagai ketua negara kepada kepimpinan yang terendah iaitu mengetuai kerja-kerja yang berpendapatan rendah. Selain daripada itu, menurut beliau lagi menyatakan bahawa kepimpinan dalam Islam juga merangkumi kepimpinan terhadap diri sendiri sebagai hamba Allah dengan mengarah diri ke arah kebaikan, menunaikan amanah kepada Pencipta, manusia, dan alam sekitar. (Ahmad Redzwan Muhammad Yunus, 2000)
Terdapat juga definisi lain berkenaan kepimpinan menurut perspektif Islam iaitu meliputi bidang ilmu pengetahuan, peribadatan, keperibadian yang baik, ketokohan dan kepimpinan melalui teladan.
Islam amat menitikberatkan tentang aspek kepimpinan sehinggakan Rasulullah s.a.w menganjurkan agar dilantik seorang pemimpin walaupun dalam sekumpulan yang kecil sepertimana sabda Baginda s.a.w yang bermaksud:
“Apabila tiga orang keluar bermusafir, maka hendaklah dilantik seorang daripadanya sebagai ketua”
KEPIMPINAN RASULULLAH S.A.W YANG PERLU DICONTOHI DI DALAM PENGURUSAN BIDANG PENDIDIKAN
Pada prinsipnya setiap manusia adalah pemimpin. Pemimpin yang berjaya adalah seseorang yang mengetuai dirinya sendiri, keluarga, organisasi atau pertubuhan, meneraju membuat perubahan ke arah mencapai matlamat yang ditentukan. Tanggungjawab ini bukan mudah kerana banyak cabaran dan ujian yang akan dihadapi.
Peranan penting seorang pemimpin ini pernah dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW dalam sabda baginda yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim:
Mafhumnya: “Tiap-tiap seorang dari kamu adalah pemimpin dan akan diminta bertanggungjawab kepada orang-orang yang berasa di bawah jagaannya. Seorang ketua Negara bertanggungjawab ke atas rakyatnya dan akan disoal oleh Allah akan kepimpinannya. Seorang isteri bertanggungjawab di rumahnya dan akan disoal berkenaan tanggungjawabnya, seorang anak bertanggungjawab ke atas harta bapanya dan dia juga akan disoal, begitu juga seorang hamba atau yang bekerja dengan majikan, setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab kepada apa yang dipimpin”.
Bagi membicarakan soal kepimpinan sudah pasti akan hanya merujuk kepada kepimpinan Rasulullah S.A.W sebagai teladan dan contoh yang terbaik sebagai firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Ahzab ayat 21:
لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ۬ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأَخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا
"Demi sesungguhnya,adalah bagi kamu pada diri Rasulullah S.A.W itu contoh ikutan yang baik,iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) allah dan (balasan baik) hari akhirat,serta ia pula banyak menyebut dan mengingati Allah".
Berdasarkan teladan gaya kepimpinan Rasulullah S.A.W,terdapat perkaitan yang kuat antara kepimpinan yang beramanah dengan keimanan kepada Allah s.w.t,menghayati sunah rasulullah s.a.w dan berakhlak mulia. Penghayatan kepada prinsip-prinsip tersebut mampu mendekatkan pemimpin dengan orang yang dipimpinnya dan mengadakan hubungan yang harmoni di semua peringkat. Gaya kepimpinan yang sebegini akan menyebabkan semua pihak menghormati dan menyanjungi pemimpin berkenaan. Pada prinsipnya,rakyat amat menghormati dan mengagumi ketinggian sikap bertangggungjawab pemimpin dalam melaksanakan tugasnya.Rasulullah S.A.W sendiri telah membentuk dan mewariskan model kepimpinannya kepada para sahabat dan umat islam seterusnya.
Kita melihat hasil kepimpinan rasulullah S.A.W telah diterjemahkan dalam kepimpinan Khalifah Umar Al-Khatab.Khalifah umar adalah seorang pemimpin yang sangat disayangi rakyat kerana tanggungjawabnya yang luar biasa terhadap rakyat jelata.Di dalam suatu peristiwa ketika beliau sedang meronda disekeliling kota pada waktu malam untuk meninjau kehidupan rakyatnya, beliau terdengar tangisan kanak-kanak yang sedang kelaparan, sedangkan ibunya tidak mempunyai apa-apa untuk dimasak.Ibu tersebut terpaksa berpura-pura memasak dengan memasukkan beberapa ketul batu kedalam periuk supaya anak itu akan berhenti menangis. Melihat suasana yang menyayat hati itu, maka khalifah umar al-khatab telah membawa beberapa guni gandum dan memasak sendiri untuk ibu dan anak yang kelaparan tadi. Perbuatan khalifah umar mendapat pujian dari wanita tersebut tanpa mengetahui bahawa orang yang menolongnya tadi adalah pemimpin besar Islam yang disegani ketika itu.Kita yakin sikap bertanggungjawab pemimpin seperti yang ditunjukkan oleh khalifah umar al-khatab sudah pasti dihormati,disanjungi dan disayangi oleh rakyat.
Iktibar yang boleh diambil melalui kepimpinan Rasulullah s.a.w yang telah diterapkan di dalam kepimpinan sahabat baginda yakni Khalifah Umar Al-Khatab dalam menjalankan kepimpinan dalam pengurusan pendidikan ialah sifat bertanggungjawab terhadap orang bawahan perlu wujud pada diri setiap pemimpin yang dilantik. Hal ini perlu kerana melalui sifat tanggungjawab ini akan mewujudkan mahabbah dan kerjasama di antara pemimpin dan orang bawahannya. Contohnya seorang Pengetua sekolah perlulah bertanggungjawab mengambil tahu hal-hal guru dan kakitangan pejabat sekolah. Begitu juga bagi seorang guru perlulah bertanggungjawab mendidik pelajar dengan rasa tanggungjawab serta tanpa keluh kesah. Seorang murid yang menuntut ilmu daripada guru juga perlu bertanggungjawab atas harapan ibu bapa dan guru mereka supaya bersungguh-sungguh di dalam menuntut ilmu.
Rasulullah SAW juga merupakan pemimpin yang memenuhi fitrah manusia sejagat melalui sifat-sifat mulia seperti amanah, siddiq (benar), tabligh (menyampaikan) dan fatanah (cerdik). Menurut perjalanan sirah hidup Rasulullah s.a.w, sebelum dari kerasulannya pemimpin Quraish pernah memberi gelaran ‘al-Amin’ kerana ketinggian sifat integriti dan akauntabiliti baginda dalam memberi perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat. Gelaran ‘al-Amin’ ini telah membangkitkan rasa kasih sayang berterusan sebahagian besar masyarakat Quraish kepada Rasulullah. Walau bagaimanapun cabaran yang dihadapi oleh baginda juga cukup hebat. Misalnya Abu Jahal seorang pemimpin kanan Quraish, pernah menawarkan jawatan Raja, perempuan cantik, dan harta kekayaan supaya Rasulullah SAW tidak meneruskan perjuangan Islam. Namun, berdasarkan kekuatan integriti dan maruah kepimpinan Islam, maka Rasulullah SAW menolak semua tawaran itu. Sikap teladan yang ditunjukkan oleh baginda s.a.w amat perlu diikuti oleh setiap pemimpin yang menjalankan tugasnya.
Di dalam menerapkan teladan sikap kepimpinan Rasulullah s.a.w, maka sikap jujur serta amanah di dalam memimpin amat diperlukan bagi sesetiap pemimpin agar pimpinannya mencapai kejayaan. Demikian juga pengurusan bidang pendidikan, pihak pentadbiran sekolah, guru-guru, serta pelajar-pelajar perlulah menanam sikap amanah di dalam gerak kerja mereka. Contohnya Pengetua sekolah perlu amanah di dalam menjalankan pentadbiran pimpinannya terhadap semua kakitangan kerani yang berkhidmat di sekolah dan semua kakitangan pejabat sekolah juga perlu jujur menjalankan tanggungjawab dengan cekap dan bersistematik. Selain itu juga, guru-guru yang mendidik anak murid perlu amanah dengan masa agar tidak selalu lewat memasuki kelas. Begitu juga bagi pelajar hendaklah jujur terhadap guru ketika mana sesi pembelajaran diadakan.
Seorang pemimpin yang berwibawa juga mengambil berat hal ehwal orang bawahannya. Hal ini dapat dibuktikan melalui kepimpinan Rasulullah SAW yang mengasihi umatnya, sehinggakan di waktu sakaratulmaut pun baginda masih terkenang mengenai nasib umatnya di dunia ini dengan keluhan yang berat. Berulang kali baginda menyebut umatku! umatku! umatku!. Malahan apa yang tidak terjangkau oleh fikiran kita juga segala integriti kepimpinan Rasulullah SAW membawa rahmat sehingga terselamatnya umat Islam dari azab Allah SWT sebagaimana sabda baginda yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:
“Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka”.
Di dalam pendidikan negara, sikap ambil berat seorang guru terhadap pelajar-pelajarnya juga dapat meningkatkan disiplin pelajar-pelajar. Selain itu juga, perasaan muhibbah di antara guru-guru dan pelajar-pelajar akan timbul melalui sikap ambil berat dan kasih sayang yang diterapkan dalam pimpinan. Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya Pendidikan Anak-anak dalam Islam mengulas kaedah pimpinan didikan berkesan kepada kanak-kanak adalah bercirikan lemah lembut, penuh belas kasihan dan berperingkat.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Ajarkan mereka dan jangan mengkasari mereka, sesungguhnya guru itu lebih baik daripada seorang pengeras." – (Riwayat al-Haris, at-Thayalisi dan al-Baihaqi)
Kaedah berperingkat dalam memulihkan disiplin anak adalah disarankan. Ia harus dimulakan dengan menunjukkan kesalahan melalui bimbingan, lemah lembut, memberi amaran sehingga peringkat merotan yang berpatutan. (Dr Rohayah Husain dan Dr Habsah Hassan, 29 Februari 2008 )
Imam Al-Ghazali pernah berpesan mengenai kepimpinan guru terhadap muridnya yang perlu dititik beratkan iaitu:
1. Kasihan dan bertimbangrasa terhadap muridnya supaya terselamat daripada malapetaka.
2. Memandu muridnya ke jalan yang diredhai syara'
3. Tidak membiarkan muridnya menerima sebarang nasihat yang tidak baik dari orang lain.
4. Mengingatkan dengan baik kepada muridnya mengenai bahaya akhlak yang tidak baik.
5. Mengingatkan muridnya jangan merendah-rendahkan ilmu yang lain yang tidak dipelajarinya.
6. Menyampaikan ilmu mengikut kadar kemampuan murid.
7. Kepada murid yang tercicir berilah kepadanya penjelasan yang sesuai sehingga jangan menimbulkan kebosanan belajar kepadanya.
8. Hendaklah guru beramal dengan ilmunya. Jangan lain apa yang dibuat daripada apa yang dikata.
Kepimpinan yang berkesan dalam pendidikan sekolah mencerminkan suasana kepimpinan yang cemerlang. Ini ditegaskan Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 124:
۞ وَإِذِ ٱبۡتَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِـۧمَ رَبُّهُ ۥ بِكَلِمَـٰتٍ۬ فَأَتَمَّهُنَّۖ قَالَ إِنِّى جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامً۬اۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِىۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهۡدِى ٱلظَّـٰلِمِينَ
Maksudnya:
“Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia”. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: “(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)”. Allah berfirman: “(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati.”
Apa yang jelas, terdapat dua perkara asas dalam ayat tadi. Pertama, kepimpinan bukan sekadar perjanjian antara pemimpin dengan orang bawahan, tetapi ia juga merupakan ikatan perjanjian antara pemimpin dengan Allah SWT. Kedua, kepimpinan hendaklah mementingkan keadilan dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab.
Sikap-sikap pemimpin yang perlu diterapkan di dalam pimpinan khususnya di dalam bidang pendidikan berdasarkan contoh kepimpinan Rasulullah s.a.w ialah:
Megwujudkankan pimpinan yang diredhai Allah
Mewujudkan pimpinan yang seumpama itu dituntut oleh syara' berdasarkan kepada sunnah Rasulullah s.a.w, di antara ayat-ayat perintah Allah:
Maksudnya:
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari yang munkar mereka itulah orang-orang yang beruntung" (A1-Imran 104).
Imam Al-Ghazali menerangkan bahawa perkataan "hendaklah ada di antara kamu" merupakan perintah , yang zahirnya menunjukkan wajib, perkataan "mereka itulah orang yang beruntung" menunjukkan Fardhunya tugas tersebut yang merupakan fardhu kifayah iaitu bilamana sebahagian umat melaksanakan terlepaslah kewajipan ke atas yang lain.
Maksudnya:
"Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang maaruf dan menegah yang mungkar. Mendirikan sembahyang ..." (Al-Taubah: 71)
Imam A1-Ghazali menjelaskan: Bahawa orang-orang mukmin itu telah mensifatkan diri mereka untuk menyuruh yang maaruf dan menegah yang mungkar. Bermakna seseorang yang lari dari tugas itu telah terkeluar dari sifat seseorang mukmin yang dinyatakan. Hal ini jelas melalui sabda Rasulullah s.a.w:
"Wahai manusia Allah berfirman menyuruh kamu melakukan yang maaruf dan menegah dari yang munkar, sebelum kamu berdoa di mana tidak dimakbulkan permohonan tersebut " (maksud hadith riwayat Ahmad dan al-Baihaqi.)
Ditanya kepada Khudzaifah r.a. siapakah bangkai bernyawa. Jawab beliau: "ialah orang yang tidak mencegah kemungkaran baik dengan tangannya mahupun dengan lidah dan hatinya.”
Pemimpin Islam menegak yang maaruf dan mencegah yang mungkar
Perkara yang maaruf merangkumi semua perkara yang dituntut dan yang diharuskan oleh syara' meliputi soal-soal akidah, syariah, akhlak dan kemanusiaan seluruhnya zahir dan batin. Perkara yang "mungkar" ialah semua perkara yang bertentangan dengan akidah, dengan syariah, akhlak dan kemanusiaan seluruhnya zahir dan batin.
Amar makruf nahi mungkar adalah bagian dari dakwah Islam. Baik-buruknya masyarakat salah satunya bergantung pada dilaksanakan atau tidaknya amar makruf nahi mungkar. Imam al-Ghazali pernah berkata:
“Sesungguhnya kegiatan amar makruf nahi mungkar adalah usaha yang paling agung dalam agama. Kerana kegiatan inilah Allah mengutus para nabi seluruhnya. Seandainya umat Islam meremehkan amar makruf nahi mungkar, tidak mahu memahami dan mengamalkannya, tentu akan berhenti keNabian ini; kesesatan akan tersebar luas, kebodohan akan menjadi hal yang lumrah, kerusakan akan merajalela, pelanggaran akan semakin meluas, negeri-negeri akan hancur, dan manusia akan binasa.” (Al-Ghazali, Ihyâ’ ‘Ulûm ad-Dîn, jil 2: 306).
Selanjutnya kadi Al Khudah Abdul Jabar bin Ahmad menjelaskan bahawa
"yang maaruf" itu terbahagi kepada apa yang wajib dan kepada apa yang sunat. Menyuruh yang wajib adalah wajib , dan menyuruh yang sunat adalah sunat. Kerana keadaan perintah tidak akan menambakan ; atas hal-perbuatan yang disuruh, pada-wajib. Adapun kemungkaran itu semuanya merupakan satu jenis sahaja di mana semua ianya wajib ditegah. Oleh itu pimpinan Islam dalam mana peringkat dan bahagian pun haruslah menjadi matlamat utamanya menegakkan kemaarufan dan mencegah kemunkaran di mana dan bila-bila masa sekalipun jika berbeza pada cara dan tindakan.
Pimpinan Islam mestilah digerakkan oleh iman dan amal soleh
Satu perjuangan yang diberi nama "perjuangan Islam" hanya dapat diakui bilamana perjuangan itu digerakkan oleh iman dan amal saleh oleh para pemimpinnya samada perjuangan itu dalam bentuk kebajikan, ekonomi, ilmu pengetahuan, politik, kemasyarakatan dan lain-lain. Pimpinan yang digerakkan oleh kepentingan diri, warna kulit, kedudukan, kemewahan dan seumpamanya bukanlah merupakan perjuangan Islam sekalipun diberi nama yang berbentuk keislaman.
Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan di dalam sabdanya dalam peristiwa hijrah daripada Mekah ke Madinah siapa yang berhijrah kepada Allah dan rasulnya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan rasulnya. Siapa yang berhijrah kepada dunia atau wanita yang dicintai olehnya maka ia berhijrah kepada perkara yang menjadi tujuannya.
Maka hadith ini menjalankan bahawa suatu perjuangaan sekalipun sukar dan penuh sengsara seumpama berhijrah tadi. namun bilamana tidak digarapkan oleh iman dan amal saleh tidaklah memenuhi kehendak perjuangan dan pimpinan yang sebenarnya menjadikan perjuangan itu tidak tercapai matlamatnya.
Pimpinan berkesan dapat dilihat bilamana bertambah yang maaruf dan semakin berkurangan mungkar. Itulah tanda-tanda dan kesan-kesan yang menunjukkan sesuatu kejayaan dalam mana-mana pimpinan pada mana-mana peringkat dan bahagian. Keseluruhan kesan-kesan tersebut hanya akan tercapai bilamana terlebih dahulu dapat dicapai pada bahagian-bahagian tertentu samada dalam bentuk peribadi atau jamaah. Umpamanya kesan sembahyang ialah meninggalkan kejahatan dan kemungkaran. Kesan puasa menimbulkan ketakwaan. Kesan tauhid menimbulkan kesabaran dan keberanian. Kesan jemaah merapatkan persaudaraan dan seterusnya. Di dalam keadaan kesan- kesan tersebut tidak dapat dirasakan oleh pemimpin, apatah lagi oleh yang dipimpin maka hendaklah masing-masing mengkoreksi dan merenungi dimanakah kecacatan yang ada dalam pimpinan tersebut. Kerana yang maaruf akan menerbitkan yang maaruf dan yang mungkar menimbulkan yang munkar.
Contoh Allah berfirman:
Maksudnya: "Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman (iaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya dan orang-orang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, Kecuali terhadap isteri- isteri mereka atau budak-budak yang mereka miliki maka sesungguhnya dalam hal itu tiada tercela. Maka barang siapa yang mensari yang dibalik itu mereka itulah orang yang melampaui batas, Dan orang-orang yang memelihara amanah, (yang dipikulnya) dan janjinya: Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang yang mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga firdaus, mereka kekal di dalamnya,' (surah al-Mu'minun ayat 1 - 11)
Contoh-contoh itu adalah kesan-kesan yang maaruf dari pimpinan iman yang seharusnya meresap ke dalam jiwa, rumahtangga, pertubuhan dan sebagainya yang ditanam oleh pemimpin-pemimpin yang berkaitan. Tanpa wujud kesan-kesan yang seumpama ini keseluruhan atau sebahagian darinya adalah menunjukkan kegagalan pimpinan tersebut. Dari aspek itu, kejayaan kebendaan sahaja, sudah pasti tidak mencerminkan kejayaan sebenarnya menurut pandangan Islam dalam satu- satu pimpinan.
Seluruh pemimpin di pelbagai peringkat perlu mempunyai ciri-ciri antaranya:
1. Berpegang teguh dengan dasar hidup dan dasar perjuangan yang benar.
Dalam konteks umat islam,pemimpin islam mestilah mereka yang berpegang teguh dengan akidah dan perjuangan islam sebenar.Mereka bukan pengikut fahaman asabiah jahiliah atau fahaman islam liberal atau fahaman islam yang lain.Allah subhanahu wataala berfirman dalam surah al-zuhruf ayat 43:
فَٱسۡتَمۡسِكۡ بِٱلَّذِىٓ أُوحِىَ إِلَيۡكَۖ إِنَّكَ عَلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬
"Dengan yang demikian,berpegang teguhlah engkau kepada al-quran yang telah diwahyukan kepadamu,kerana sesungguhnya engkau berada diatas jalan yang lurus".
2.Penghayatan budaya ilmu.
Syarat ini amat perlu dipenuhi oleh setiap individu yang bergelar sebagai pemimpin.Segala tindak-tanduk dan corak kepimpinan mestilah bersandarkan ilmu lebih-lebih lagi dalam suasana cabaran globalisasi hari ini.Firman allah dalam az-zumar ayat 9:
أَمَّنۡ هُوَ قَـٰنِتٌ ءَانَآءَ ٱلَّيۡلِ سَاجِدً۬ا وَقَآٮِٕمً۬ا يَحۡذَرُ ٱلۡأَخِرَةَ وَيَرۡجُواْ رَحۡمَةَ رَبِّهِۦۗ قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِى ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
"Katakanlah :" Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?."Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna".
3.Mengikut syariat dan akhlak islam.
Pemimpin terikat dengan peraturan-peraturan islam dan boleh terus memegang amanah kepimpinan selagi ia mengikut perintah allah.Semasa mengendalikan urusannya ia mesti patuh kepada adab-adab islam khususnya ketika berurusan dengan rakyatnya.Firman allah subhanahu wataala dalam surah al-ahzab ayat 36:
وَمَا كَانَ لِمُؤۡمِنٍ۬ وَلَا مُؤۡمِنَةٍ إِذَا قَضَى ٱللَّهُ وَرَسُولُهُ ۥۤ أَمۡرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ ٱلۡخِيَرَةُ مِنۡ أَمۡرِهِمۡۗ وَمَن يَعۡصِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ فَقَدۡ ضَلَّ ضَلَـٰلاً۬ مُّبِينً۬ا
"Dan tidaklah wajar bagi lelaki dan perempuan mukmin apabila allah dan rasulnya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah wajar mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum allah dan rasulnya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata".
4.Keterbukaan dan menerima pandangan yang baik.
'As-samahah' iaitu bersifat terbuka dan mengamalkan dasar bersedia menerima kritikan,bersedia mendengar,menerima pandangan,berbincang,menerima teguran dan mengamal pentadbiran dengan cara ia memiliki keyakinan diri,kental dan tidak merasa terancam dengan pandangan-pandangan-pandangan dan saranan orang lain.Firman allah dalam surah az-zumar ayat 18:
ٱلَّذِينَ يَسۡتَمِعُونَ ٱلۡقَوۡلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحۡسَنَهُ ۥۤۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ هَدَٮٰهُمُ ٱللَّهُۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمۡ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama),mereka itulah orang-orang yang diberi hadiah petunjukkan oleh allah dan mereka itulah orang-orang yang diberi hadiah petunjuk oleh allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna".
5. Pemimpin yang sentiasa bermuhasabah.
Pemimpin yang cemerlang ialah pemimpin yang sangat kerap membuat penilaian terhadap tugas dan tanggungjawab serta memiliki tahap-tahap pencapaian dan natijah atas hasil usahanya.Tujuan penilaian dibuat ialah untuk mencari kelemahan-kelemahan supaya diperbaiki dan untuk melihat kejayaan-kejayaan yang boleh dipertingkatkan.Saidina umar r.a berkata:
"muhasabahlah diri kamu sebelum kamu dihisab".
6. Pemimpin yang sanggup berkorban dan tidak mementingkan diri.
Pemimpin yang cemerlang ialah pemimpin yang perhatian terhadap kepentingan rakyat umum.Dalam melaksanakan tugas beliau dapat membezakan kepentingan diri atau keluarga dengan kepentingan umum.Firman allah dalam surah al-hasyr ayat 9:
وَٱلَّذِينَ تَبَوَّءُو ٱلدَّارَ وَٱلۡإِيمَـٰنَ مِن قَبۡلِهِمۡ يُحِبُّونَ مَنۡ هَاجَرَ إِلَيۡہِمۡ وَلَا يَجِدُونَ فِى صُدُورِهِمۡ حَاجَةً۬ مِّمَّآ أُوتُواْ وَيُؤۡثِرُونَ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ وَلَوۡ كَانَ بِہِمۡ خَصَاصَةٌ۬ۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ
"Dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri,sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat.Dan (ingatlah),sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya,maka merekalah orang-orang yang berjaya".
RUJUKAN
Al-Quran al-Karim
Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti, terj. Ust. Mohd Darus Sanawi. 1983. Fiqh Sirah. Dewan Pustaka Fajar: Kuala Lumpur.
Imam Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad. T.tp. Ihya’ Ulumuddin. jil 2: hlm 306
Dr Rohayah Husain & Dr Habsah Hassan. 2008. Bicara Kalbu: Denda hingga menjatuhkan maruah ganggu sahsiah anak, 29 FEB 2008, JUMAAT, Sudut Agama Berita Harian.
Ahmad Redzuwan Muhammad Yunus. 2000. Pengantar Kepimpinan Islam. Pusat Pengajian Jarak Jauh UKM: bangi.
Sabtu, 1 Mei 2010
Koleksi Kertas Kerja Tentang Takhrij Hadis dan Tafsir
ILMU TAKHRIJ DAN STUDI SANAD
Pengertian Takhrij
Takhrij menurut bahasa mempunyai beberapa makna. Yang paling mendekati di sini adalah berasal dari kata kharaja ( خَرَجَ ) yang artinya nampak dari tempatnya, atau keadaannya, dan terpisah, dan kelihatan. Demikian juga kata al-ikhraj ( اْلِإخْرَج ) yang artinya menampakkan dan memperlihatkannya. Dan al-makhraj ( المَخْرَج ) artinya artinya tempat keluar; dan akhrajal-hadits wa kharrajahu ( أَخْرَجَ اْلحَدِيْثَ وَخَرَّجَهُ ) artinya menampakkan dan memperlihatkan hadits kepada orang dengan menjelaskan tempat keluarnya.
Takhrij menurut istilah adalah menunjukkan tempat hadits pada sumber aslinya yang mengeluarkan hadits tersebut dengan sanadnya dan menjelaskan derajatnya ketika diperlukan.
Sejarah Takhrij Hadits
Penguasaan para ulama terdahulu terhadap sumber-sumber As-Sunnah begitu luas, sehingga mereka tidakmerasa sulit jika disebutkan suatu hadits untuk mengetahuinya dalam kitab-kitab As-Sunnah. Ketika semangat belajar sudah melemah, mereka kesulitan untuk mengetahui tempat-tempat hadits yang dijadikan sebagai rujukan para ulama dalam ilmu-ilmu syar'i. Maka sebagian dari ulama bangkit dan memperlihatkan hadits-hadits yang ada pada sebagian kitab dan menjelaskan sumbernya dari kitab-kitab As-Sunnah yang asli, menjelaskan metodenya, dan menerangkan hukumnya dari yang shahih atas yang dla'if. Lalu muncullah apa yang dinamakan dengan "Kutub At-Takhrij" (buku-buku takhrij), yang diantaranya adalah :
1. Takhrij Ahaadits Al-Muhadzdzab; karya Muhammad bin Musa Al-Hazimi Asy-Syafi'I (wafat 548 H). Dan kitab Al-Muhadzdzab ini adalah kitab mengenai fiqih madzhab Asy-Syafi'I karya Abu Ishaq Asy-Syairazi.
2. Takhrij Ahaadits Al-Mukhtashar Al-Kabir li Ibni Al-Hajib; karya Muhammad bin Ahmad Abdul-Hadi Al-Maqdisi (wafat 744 H).
3. Nashbur-Rayah li Ahaadits Al-Hidyah li Al-Marghinani; karya Abdullah bin Yusuf Az-Zaila'I (wafat 762 H).
4. Takhrij Ahaadits Al-Kasyaf li Az-Zamakhsyari; karya Al-Hafidh Az-Zaila'I juga (Ibnu Hajar juga menulis takhrij untuk kitab ini dengan judul Al-Kafi Asy-Syaafi fii Takhrij Ahaadits Asy-Syaafi).
5. Al-Badrul-Munir fii Takhrijil-Ahaadits wal-Atsar Al-Waqi'ah fisy-Syarhil-Kabir li Ar-Rafi'I; karya Umar bin 'Ali bin Mulaqqin (wafat 804 H).
6. Al-Mughni 'an Hamlil-Asfaar fil-Asfaar fii Takhriji maa fil-Ihyaa' minal-Akhbar; karya Abdurrahman bin Al-Husain Al-'Iraqi (wafat tahun 806 H).
7. Takhrij Al-Ahaadits allati Yusyiiru ilaihat-Tirmidzi fii Kulli Baab; karya Al-Hafidh Al-'Iraqi juga.
8. At-Talkhiisul-Habiir fii Takhriji Ahaaditsi Syarh Al-Wajiz Al-Kabir li Ar-Rafi'I; karya Ahmad bin Ali bin Hajar Al-'Asqalani (wafat 852 H).
9. Ad-Dirayah fii Takhriji Ahaaditsil-Hidayah; karya Al-Hafidh Ibnu Hajar juga.
10. Tuhfatur-Rawi fii Takhriji Ahaaditsil-Baidlawi; karya 'Abdurrauf Ali Al-Manawi (wafat 1031 H).
Contoh :
Berikut ini contoh takhrij dari kitab At-Talkhiisul-Habiir (karya Ibnu Hajar) :
Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata,"Hadits 'Ali bahwasannya Al-'Abbas meminta kepada Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam tentang mempercepat pembayaran zakat sebelum sampai tiba haul-nya. Maka Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam memberikan keringanan untuknya. Diriwayatkan oleh Ahmad, para penyusun kitab Sunan, Al-Hakim, Ad-Daruquthni, dan Al-Baihaqi; dari hadits Al-Hajjaj bin Dinar, dari Al-Hakam, dari Hajiyah bin 'Adi, dari 'Ali. Dan diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dari riwayat Israil, dari Al-Hakam, dari Hajar Al-'Adawi, dari 'Ali. Ad-Daruquthni menyebutkan adanya perbedaan tentang riwayat dari Al-Hakam. Dia menguatkan riwayat Manshur dari Al-Hakam dari Al-Hasan bin Muslim bin Yanaq dari Nabi shallallaahu 'alaihi wasallam dengan derajat mursal. Begitu juga Abu Dawud menguatkannya. Al-Baihaqi berkata,"Imam Asy-Syafi'I berkata : 'Diriwayatkan dari Nabi shallallaahu 'alaihi wasallam bahwasannya beliau mendahulukan zakat harta Al-'Abbas sebelum tiba masa haul (setahun), dan aku tidak mengetahui apakah ini benar atau tidak?'. Al-Baihaqi berkata,"Demikianlah riwayat hadits ini dari saya. Dan diperkuat dengan hadits Abi Al-Bakhtari dari 'Ali, bahwasannya Nabi shallallaahu 'alaihi wasallam bersabda,"Kami sedang membutuhkan lalu kami minta Al-'Abbas untuk mendahulukan zakatnya untuk dua tahun". Para perawinya tsiqah, hanya saja dalam sanadnya terdapat inqitha'. Dan sebagian lafadh menyatakan bahwa Nabi shallallaahu 'alaihi wasallam bersabda kepada 'Umar,"Kami pernah mempercepat harta Al-'Abbas pada awal tahun". Diriwayatkan oleh Abu Dawud Ath-Thayalisi dari hadits Abi Rafi'" (At-Talkhiisul-Habiir halaman 162-163).
METODE TAKHRIJ
Dalam takhrij terdapat beberapa macam metode yang diringkas dengan mengambil pokok-pokoknya sebagai berikut :
Metode Pertama, takhrij dengan cara mengetahui perawi hadits dari shahabat
Metode ini dikhususkan jika kita mengetahui nama shahabat yang meriwayatkan hadits, lalu kita mencari bantuan dari tiga macam karya hadits :
1. Al-Masaanid (musnad-musnad) : Dalam kitab ini disebutkan hadits-hadits yang diriwayatkan oleh setiap shahabat secara tersendiri. Selama kita telah mengetahui nama shahabat yang meriwayatkan hadits, maka kita mencari hadits tersebut dalam kitab al-masaanid hingga mendapatkan petunjuk dalam satu musnad dari kumpulan musnad tersebut.
2. Al-Ma'aajim (mu'jam-mu'jam) : Susunan hadits di dalamnya berdasarkan urutan musnad para shahabat atau syuyukh (guru-guru) atau bangsa (tempat asal) sesuai huruf kamus (hijaiyyah). Dengan mengetahui nama shahabat dapat memudahkan untuk merujuk haditsnya.
3. Kitab-kitab Al-Athraf : Kebanyakan kitab-kitab al-athraf disusun berdasarkan musnad-musnad para shahabat dengan urutan nama mereka sesuai huruf kamus. Jika seorang peneliti mengetahui bagian dari hadits itu, maka dapat merujuk pada sumber-sumber yang ditunjukkan oleh kitab-kitab al-athraf tadi untuk kemudian mengambil hadits secara lengkap.
Metode Kedua, takhrij dengan mengetahui permulaan lafadh dari hadits
Cara ini dapat dibantu dengan :
1. Kitab-kitab yang berisi tentang hadits-hadits yang dikenal oleh orang banyak, misalnya : Ad-Durarul-Muntatsirah fil-Ahaaditsil-Musytaharah karya As-Suyuthi; Al-Laali Al-Mantsuurah fil-Ahaaditsl-Masyhurah karya Ibnu Hajar; Al-Maqashidul-Hasanah fii Bayaani Katsiirin minal-Ahaaditsil-Musytahirah 'alal-Alsinah karya As-Sakhawi; Tamyiizuth-Thayyibminal-Khabits fiimaa Yaduru 'ala Alsinatin-Naas minal-Hadiits karya Ibnu Ad-Dabi' Asy-Syaibani; Kasyful-Khafa wa Muziilul-Ilbas 'amma Isytahara minal-Ahaadits 'ala Alsinatin-Naas karya Al-'Ajluni.
2. Kitab-kitab hadits yang disusun berdasarkan urutan huruf kamus, misalnya : Al-Jami'ush-Shaghiir minal-Ahaaditsil-Basyir An-Nadzir karya As-Suyuthi.
3. Petunjuk-petunjuk dan indeks yang disusun para ulama untuk kitab-kitab tertentu, misalnya : Miftah Ash-Shahihain karya At-Tauqadi; Miftah At-Tartiibi li Ahaaditsi Tarikh Al-Khathib karya Sayyid Ahmad Al-Ghumari; Al-Bughiyyah fii Tartibi Ahaaditsi Shahih Muslim karya Muhammad Fuad Abdul-Baqi; Miftah Muwaththa' Malik karya Muhammad Fuad Abdul-Baqi.
Metode Ketiga, takhrij dengan cara mengetahui kata yang jarang penggunaannya oleh orang dari bagian mana saja dari matan hadits
Metode ini dapat dibantu dengan kitab Al-Mu'jam Al-Mufahras li Alfaadzil-Hadits An-Nabawi, berisi sembilan kitab yang paling terkenal diantara kitab-kitab hadits, yaitu : Kutubus-Sittah, Muwaththa' Imam Malik, Musnad Ahmad, dan Musnad Ad-Darimi. Kitab ini disusun oleh seorang orientalis, yaitu Dr. Vensink (meninggal 1939 M), seorang guru bahasa Arab di Universitas Leiden Belanda; dan ikut dalam menyebarkan dan mengedarkannya kitab ini adalah Muhammad Fuad Abdul-Baqi.
Metode Keempat, takhrij dengan cara mengetahui tema pembahasan hadits
Jika telah diketahui tema dan objek pembahasan hadits, maka bisa dibantu dalam takhrij-nya dengan karya-karya hadits yang disusun berdasarkan bab-bab dan judul-judul. Cara ini banyak dibantu dengan kitab Miftah Kunuz As-Sunnah yang berisi daftar isi hadits yang disusun berdasarkan judul-judul pembahasan. Kitab ini disusun oleh seorang orientalis berkebangsaan Belanda yang bernama Dr. Arinjan Vensink juga. Kitab ini mencakup daftar isi untuk 14 kitab hadits yang terkenal, yaitu :
1. Shahih Bukhari
2. Shahih Muslim
3. Sunan Abu Dawud
4. Jami' At-Tirmidzi
5. Sunan An-Nasa'i
6. Sunan Ibnu Majah
7. Muwaththa' Malik
8. Musnad Ahmad
9. Musnad Abu Dawud Ath-Thayalisi
10. Sunan Ad-Darimi
11. Musnad Zaid bin 'Ali
12. Sirah Ibnu Hisyam
13. Maghazi Al-Waqidi
14. Thabaqat Ibnu Sa'ad
Dalam menyusun kitab ini, penyusun (Dr. Vensink) menghabiskan waktunya selama 10 tahun, kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan diedarkan oleh Muhammad Fuad Abdul-Baqi yang menghabiskan waktu untuk itu selama 4 tahun
PENYELEWENGAN TAFSIR DALAM MASYARAKAT DI MALAYSIA
Oleh : Muhammad bin Haji Ismail
Jabatan Pengajian Al-Qur'an dan As-Sunnah, UKM
بسم الله الرحمن الرحيم
.الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا
Sebelum memperkatakan sesuatu mengenai penyelewengan Tafsir Al-Qur'an di Malaysia terlebih dahulu perlu dijelaskan tentang ta'rif tafsir dan perbezaan antara tafsir dan takwil juga kaedah-kaedah pentafsiran Al-Qur'an menurut cara yang betul serta ilmu-ilmu yang diperlukan bagi seseorang Mufassir (pentafsir). Semoga dengan garis panduan ini akan dapat menilai sesuatu tafsiran itu sama ada betul atau tidak.
Pengertian Tafsir Menurut Bahasa
At-Tafsir menurut bahasa :" كشف لمرا د " (menerangkan sesuatu).
Firman Allah Ta'ala:
" ولا يأتونك إلا جئناك بالحق وأحسن تفسيرا "
yang bermaksud :
"Dan mereka tidak membawa kepada Mu sesuatu kata-kata ganjil (untuk menentangmu ) melainkan Kami bawakan kepada kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya untuk menangkis segala yang mereka katakan itu "
Pengertian Tafsir Menurut Istilah
Setengah ulama' berpendapat ilmu tafsir bukanlah sesuatu yang ilmu yang boleh ditafsirkan seperti ilmu-ilmu yang lain malah ilmu Tafsir lebih merupakan ملكة(باكة) , kerana demikian cukuplah sebagai takrifan : Menerangkan Kalam Allah atau menerangkan lafaz-lafaz al-Qur'an dan mafhumnya.
Walaubagaimanapun setengah ulama' cuba mentafsirkan 'Tafsir' dengan berbagai takrif. Antaranya ialah takrif yang diberikan oleh Abu Hayyan dalam kitabnya 'al-Bahru al-Mahith' sebagai berikut:
"Ilmu Tafsir ialah ilmu yang membicarakan tentang bagaimana hendak menuturkan perkataan-perkataan Al-Qur'an (dari segi tajwid) dan memberikan makna menurut keadaan perkataan dan hukuman-hukuman pada ketika ia satu perkataan (مفرد) dan pada ketika bersusun (مركب) dan makna-makna yang boleh diertikan pada ketika hakikat atau majaz. Juga membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan nasikh dan mansukh dan sabab nuzul.
Dari takrifan yang diberikan oleh Abu Hayyan di atas jelas menunjukkan bahawa mentafsirkan Al-Qur'an itu mengandungi penjelasan, huraian, cara membacanya mengikut tajwidnya, menghuraikan maksud-maksud ayat sesuai dengan keadaan perkataan ketika ( مفرد) dan pada ketika ( مركب) , menghuraikan makna-makna hakiki dan majazi dan menghuraikan ayat-ayat naskh dan mansukh juga sabab nuzulnya.
Pengertian Ta'wil menurut Istilah
Ta'wil menurut bahasa ialah rujuk (kembali). Manakala ertinya dari sudut Istilah ialah memalingkan makna sesuatu perkataan dari makna yang rajih (kuat) kepada makna yang marjuh ( dhaif ) berdasarkan kepada dalil-dalil yang disertakan.
Yang dimaksudkan dengan ta'wil disini ialah memalingkan makna sesuatu perkataan daripada makna asal kepada makna yang lain yang sesuai berdasarkan kepada dalil-dalil yang menunjukkan bahawa ia tidak sesuai diertikan dengan makna yang asal.
Antara Salafussoleh dan Ulamak Islam yang mentakwilkan ayat mutasyabihat :
1. Imam Malik dan Auza’i r.a.-yang mana mereka menta’wilkan ayat-ayat mutasyabihat dalam kondisi-kondisi tertentu:
bahawa, ta’wil bagi nuzul (turunnya) Allah s.w.t. ada dua ta’wil. Salah satunya (ta’wil Imam Malik r.a.) ialah: turutnya rahmat Allah s.w.t. urusan dan para malaikatNya…”
(Syarah Sahih Muslim 6/36-37)
2. Imam Ad-Dhihak r.a. dan Abu Ubaidah r.a. menta’wilkan firman Allah s.w.t.:
“Setiap benda akan musnah kecuali WajahNya”. Wajah Allah s.w.t. dalam ayat tersebut bermaksud: ZatNya.
(Daf’u Syibahu At-Tasybih oleh Imam Ibn Jauzi: 31).
3. Telah diriwayatkan secara ma’thur bahawa tafsiran sebahagian salafus soleh, terhadap ayat “Dia sentiasa bersama kamu di mana kamu berada” dengan makna, bersama makhluk dengan ilmuNya (bukan dengan zatNya).” (Dr Yusuf Al Qardhawi, Fusulun fil Aqidah: 84).
4. Dalam ayat
“Dan langit itu Kami (Allah) dirikan dengan ayydin (tangan-tangan dalam Bahasa Melayu)…”
Imam Ibn Abbas r.a. menta’wilkan aydin dengan makna kekuasaan. (Tafsir At-Tabari: 27/6)
5. Dalam ayat berbunyi: “Telah datang Tuhanmu” (Al-Fajr: 22), Imam Ahmad bin Hanbal r.a. telah menta’wilkannya dengan makna: telah datang pahala (dari) Tuhanmu” (Al-Bidayah wa An-Nihayah: 10/328)
6. Imam Mujahid r.a. menta’wilkan perkataan “janbi” (dalam maksud bahasa bererti pada sisi) Allah s.w.t., dalam ayat surah Az-Zumar ayat 56, dengan maksud: perintah Allah s.w.t.. (Tafsir At-Tabari 24/13).
7. Daripada Abu Hurairah RadiyaLlahu 'anhu bahawa RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :
يضحك ألله إلى رجلين يقتل أحدهما الأخر كلاهما يدخل ألجنة, فقالو كيف يا رسول الله؟ قال : يقاتل هذا في سبيل الله فيستشهد ثم يتو ب الله على القاتل فيسلم فيقاتل في سبيل الله فيستشهد
Ertinya : ALlah merahmati dua orang lelaki; salah seorang di antara keduanya membunuh yang lain, lalu kedua-duanya masuk syurga. Para sahabat radiyaLlahu 'anhum bertanya, Bagaimanakah boleh jadi begitu , wahai RasuluLlah?" Jawab baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam, "Lelaki ini telah terbunuh pada jalan Allah, maka dia mati syahid. Kemudian si pembunuh tadi bertaubat kepada ALlah dan memeluk Islam, maka ALlah menerima taubatnya. Selepas itu dia pergi berperang pada jalan ALlah, maka dia mati syahid.
Imam al Bukhari telah mentakwilkan perkataan الضحك yang pada bahasa adalah ketawa dengan makna الرحمة rahmat (Al Asma' wa As Sifat, H 470, Dar Ihya' Al Turath al Arabi. Fath al Bari bi Syarh Sohih Al Bukhari Jilid 6 H : 123-124. Sahih Muslim bi Syarh Imam An Nawawi Jilid 15 H : 32-33.
Perbezaan antara Tafsir dengan Ta'wil
Para ahli Tafsir tidak sepakat dalam membezakan antara Tafsir dengan Ta'wil. Antara mereka ada yang mengatakan antara keduanya tiada perbezaan. Menurut Abu Thalib As-Sya'labi, Tafsir ialah menerangkan kedudukan sesuatu lafaz samada hakiki atau majazi. Manakala, Ta'wil ialah menerangkan makna Batin.
Dengan ini maka perkataan Ta'wil adalah diambil dari perkataan: al-Awwal, ertinya rujuk. Ertinya, Ta'wil itu ialah merujukkan kepada natijah sesuatu perkataan-perkataan. Contohnya: yadun (tangan) dita'wilkan kepada kekuatan / kekuasaan.
Terjemahan Al-Quran
Terjemahan menurut bahasa mempunyai dua pengertian :
Pertama : memindahkan akan percakapan dari suatu bahasa kepada bahasa yang lain
tanpa memberi keterangan dan penjelasan, serta menjaga susunan dan tertib
ayat. Ia bukanlah menukar makna bagi perkataan tetapi menukar akan lafaz
semata-mata serta mengikut yang asalnya dengan sempurna dan inilah yang
istilahnya dengan terjemahan Harfiah.
Kedua : mentafsirkan akan sesuatu percakapan dengan bahasa yang lain tanpa
menjaga susunan dan tertibnya yang asal dan tidak menjaga kesempurnaan
maknanya tetapi terikat dengan yang asal. Ia hanya sebagai mengulas dan
mentafsirkan perkataan asal dengan bahasa yang lain dan inilah yang
diistilahkan dengan terjemah maknawiah ( terjemah makna ).
Perbezaan Antara Terjemah Harfiah Dan Terjemah Maknawiah:
1) Terjemah Harfiah adalah terpisah dari yang asal dan tidak memerlukan kepada yang asal, kerana terjemahan itu sudah menepati yang asal dari segi makna. Adapun terjemah Maknawiah ia sentiasa terikat dengan yang asal kerana ia sebagai menghuraikan dan mentafsirkan yang asal.
2) Terjemah Harfiah tidak boleh dimasukkan sebarang perkataan yang lain secara istidrod 1. Kerana terjemahan Harfiah ini mestilah menepati yang asal dalam segalanya dan apabila membaca terjemahannya maka seolah-olahnya membaca yang asal.
3) Terjemahan Harfiah mestilah mengandungi makna-makna dan maksud yang asal.
4) Terjemahan Harfiah mestilah dijaga susunan ayatnya seperti yang asal dan juga tertib ayatnya.
Menterjemahkan Quran secara Harfiah tidak mungkin dilakukan, kerana al-Quran mengandungi mkjizzat-mukjizat dari segi lafaz, makna, susunan dan lain-lain. Dengan demikian tidak mungkin dapat dipindahkan ke dalam bahasa yang lain dari bahasa Al-Quran kepada apa-apa yang terkandung dalam ayat-ayat al-Quran.
Adapun menterjemahkan al-Quran secara maknawiah dengan bahawa mentafsirkan al-Quran dengan bahasa yang lain daripada bahasa Arab yang diistilahkan dengan terjemah Tafsiriah maka harus dilakukan bila mencukupi syaratnya.
Terjemahan Tafsir
Apa yang dilakukan oleh para penterjemah al-Quran pada hari ini seperti pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian al-Quran keluaran Jabatan Perdana Menteri (Pusat Islam) dan lain-lain adalah termasuk di dalam erti kata terjemah tafsiriah kerana ia menerangkan maksud al-Quran dengan bahasa yang lain dari bahasa Al-Quran tanpa menjaga susunan asal bagi Al-Quran dan tidak pula merangkum semua makna yang dimaksudkan oleh al-Quran dan ia tidak lebih dari erti tafsiran bagi ayat-ayat al-Quran sekadar kemampuan dan mentafsirkan al-Quran adalah diharuskan bagi mereka yang mencukupi bagi syarat-syarat seorang mufassir.
Muktazilah
Muktazilah adalah satu dari mazhab-mazhab akidah yang diasaskan oleh Wasil bin 'Ata' dalam tahun 80 Hijrah dan wafat dalam tahun 130 Hijrah iaitu dalam masa pemerintahan Hisyam bin Abdul Malik.
Wasil bin 'Ata' adalah murid kepada Hasan al-Basri. Beliau telah menarik diri dari majlis gurunya lalu mengasaskan muktazilahnya.
Beberapa contoh tafsiran Muktazilah
Muktazilah menafikan orang-orang beriman dapat melihat Allah di dunia dan di akhirat. Mereka berdalil dengan firman Allah Ta'ala:
"قال رب أرنى أنظر إليك قال لن ترانى " 2
yang bermaksud:
"Maka Nabi Musa dengan berkata: wahai tuhan ku perlihatkanlah kepadaku zat Mu yang Maha Suci supaya aku dapat memandang kepada Mu, Allah menjawab : engkau tidak sekali-kali dapat melihatku"
Mereka menafikan penglihatan itu berdasarkan kepada tafsiran mereka akan perkataan " لن " yang menafikan masa sekarang dan akan datang.
Dalam perkara menyuruh menyuruh kepada perkara ma'ruf dan mencegah kemungkaran maka tafsiran Muktazilah berbeza dengan tafsiran ulama'-ulama' ahli as-sunnah wal-jemaa'h. Di mana muktazilah berpendapat bahawa menyuruh kepada perkara yang ma'ruf dan mencegah perkara kemungkaran mestilah dengan hati terlebih dahulu, kemudian dengan lidah, kemudian dengan tangan dan sekiranya tidak mencukupi dengan lidah dan tangan maka dengan menggunakan pedang. Mereka tidak membezakan antara yang berkuasa dengan tidak berkuasa 1. Mereka berdalil dengan firman Allah Ta'ala:
" وإن طائفان اقتلوا فأصلحوا بينهما فإن بغت احدهما على الأخرى فقاتلوا التى تبغى حتى تفىء إلى أمر الله " yang
bermaksud:
" Dan jika dua puak dari orang yang beriman berperang maka damaikanlah di antara keduanya dan jika salah satu di antara keduanya berlaku zalim terhadap yang satu lagi maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah "
Mereka mentafsirkan perkataan "الإبل" dengan awan 1 dalam firman Allah Ta'ala:
" أفلا ينظرون إلى الإبل كيف خلقت"
yang bermaksud:
"Mengapa mereka yang kafir masih mengengkari Akhirat tidakkah mereka memperhatikan kepada unta bagaimana ia diciptakan"
Golongan Muktazilah berpegang kepada akal fikiran sebagai asas benar atau salah, baik atau buruk sesuatu perkara malah mereka sanggup menolak hadith-hadith sahih yang bercanggah dengan pemikiran akal mereka.
Dari berbagai-bagai tafsiran yang dibuat oleh golongan mazhab politik, akidah dan pemikiran ternyata bahawa sesuatu idologi yang dianuti oleh seseorang , sangat memberi kesan terhadap tafsiran ayat-ayat al-Qur'an dan inilah yang menjadi saalah satu sebab berlakunya penyelewengan dalam mentafsiran ayat suci al- Qur'an.
QADYANI
Golongan Qadyani telah menyebarkan suatu risalah yang ditulis oleh seorang lelaki yang bernama Muhammad Zain bin Hasan dibeberapa buah masjid di sekitar Kuala Lumpur dua tahun yang lalu. Risalah itu bertajuk "Alam Sebagai Saksi".
Penulis risalah tersebut telah membela Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahadi dengan membawa firman Allah s.w.t:
"ولو تقول علينا بعض الأقاول لأخذنا باليمين ثم لقطعنا منه الوتين"
yang bermaksud:
"Dan sekiranya Nabi Muhammad itu menyampaikan al-Qur'an meperkatakan nama Kami secara dusta (sebarang kata-reka ), sudah tentu Kami akan membentangnya dengan kekuasaan Kami "
Penulis risalah ini mendakwa bahawa berdasarkan kepada ayat ini di atas sekiranya dakwaan Mirza Ghulam Ahmad yang mengatakan bahawa beliau menerima wahyu dari Allah itu dusta, sudah tentu beliau akan menerima hukuman dari Allah dan segala pekerjaan akan dibinasakan oleh Allah.
Penulis risalah tersebut juga mendakwa bahawa bala-bala yang menimpa umat manusia pada hari ini adalah berpunca dari penolakan terhadap Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahadi dan perutusan Allah dan tidak memberi membai'ah kepadanya. Beliau membawa dua potong ayat al-Qura'an sebagai dalilnya.Firman Allah:
وإن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القامة أو بعد يوما عذابا شديدا كان ذلك الكتاب مسطورا "
yang bermaksud:
"Dan tidak satu negeri pun melainkan akan kami binasakan sebelum hari Kiamat atau mengazabnya dengan siksaan yang sangat keras, demikian ini telah tersebut di dalam Kitab."
Dan firman Allah:
" من اهتدى فإنما يهتدى لنفسه ومن ضل فإنما يضل عليها ولا تزرو وازرة وزر أخرى وما كنا معذبين حتى نبعث رسولا"2
yang bermaksud:
"Sesiapa yang mengikut jalan yang benar maka ia ikuti hanya untuk kemanfaatan dirinya sendiri dan barangsiapa sesat maka kesesatan hanya kemudaratan atas dirinya sendiri dan tiada pemikul beban orang lain dan Kami tidak akan menimpakan azab sebelum Kami mengirimkan seorang rasul."
Dengan dalil-dalil yang dibawa oleh penulis risalah tersebut ternyata suatu penyelewengan dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Qur'an. Penulis risalah tersebut mentafsirkan ayat:
" سنة الله فى الذين خلو من قبل ولن تجد لسنة تبديلا "
yang bermaksud:
"Sunnah Allah s.w.t ini tidak berubah-ubah jadi sudah pasti Sunnah Allah s.w.t ini akan berlaku terus-menerus dan sudah pasti Allah s.w.t akan mengutus rasul-rasul lagi."
Penulis tersebut membuat kesimpulan mengenai ayat tersebut dengan berkata:
"Pangkat nabi yang menjalankan syariat Nabi Muhammad s.a.w tentunya sentiasa terbuka kepada umat Islam dan Nabi Isa a.s yang kedua itu adalah dari kalangan umat Islam sendiri. Nabi Muhammad adalah Khatimul Anbiyak. Baginda adalah penghabisan nabi yang membawa syariat, syariatnya yang dipakai sehingga hari Kiamat."
Inilah sebahagian dari tafsiran yang penyelewengan yang dilakukan oleh para pengikut Qadyani di Malaysia.
Selain dari tafsiran-tafsiran yang menyeleweng yang dapat dikesan melalui penulisan yang dilakukan oleh segelintir ahli-ahli Tarikat di Malaysia ini maka terdapat juga beberapa tafsiran yang menyeleweng yang dapat dikesan melalui ceramah-ceramah dan perbincangan yang dilakukan oleh segelintir ahli-ahli politik untuk memperkuatkan kedudukan parti mereka. Antara yang dapat dikesan ialah: Ada di kalangan mereka mentafsirkan firman Allah:
"يا أيها الذين آمنوا "
yang bermaksud:
" Wahai orang-orang beriman"
Dan firman Allah:
" لا تتخذ المؤمنون الكافرين أولياء من دون المؤمنين "
Yang bermaksud:
"Janganlah orang-orang beriman mengambil orang kafir sebagai teman rapat". Perkataan Auliya' di sini ditafsirkan dengan wali nikah.
Dan dipercayai masih banyak lagi tafsiran-tafsiran menyeleweng yang tidak dapat dikesan.
Rumusan
Dari apa yang telah dibentangkan ternyata bahawa penyelewengan dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Qur'an sering berlaku pada setiap masa dan ketika selagi para mufassir terikat dengan suatu ideologi dan tidak takut dengan amaran Rasullah s.a.w yang berbunyi:
" من قال فى القرءان برأيه فليتبوأ مقعدة فى النار"
[ رواه الترمذى ]
Yang bermaksud:
"Sesiapa bercakap tentang al-Qur'an dengan berdasarkan pandangan maka dipersilakan mengambil tempat di dalam Neraka."
Cadangan:
1. Penyelewengan tafsir al-Qur'an perlu didedahkan kepada masyarakat.
2. Pihak berkuasa sewajibnay bertindak terhadap mereka yang mempermainkan al-Qur'an dengan mentafsirkan tanpa menurut kaedah dan syaratnya.
Takhrij al-hadis sahkan kesahihan hadis
Oleh DR. MOHD. NIZAM SAHAD
* DR. MOHD NIZAM SAHAD ialah pensyarah Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia
SEMUA mengetahui secara umum bahawa al-Quran dan hadis sahih adalah sumber pengetahuan dan perundangan Islam yang autentik. Al-Quran merupakan wahyu Allah yang dijamin dan dipelihara daripada diubah-ubah oleh manusia.Sebagaimana firman Allah swt:
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (al-Hijr: 9)
Kebenaran wahyu dalam al-Quran adalah bersifat mutlak dan keimanan kepada ayat-ayat atau kalam Allah adalah wajib. Al-Sunnah pula merupakan perkataan, perbuatan dan taqrir (perakuan) Nabi Muhammad saw. Al-Sunnah juga berfungsi menjadi penjelas, penguat, penghurai nas-nas al-Quran.
Al-Sunnah juga merupakan wahyu daripada Allah swt sesuai dengan firman-Nya:
Dan ia (Nabi Muhammad s.a.w) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. (al-Najm: 3)
Ringkasnya al-Quran dan al-Sunnah merupakan dua sumber perundangan atau syariat bagi umat Islam.
Al-Sunnah dalam sejarah penulisan dan pembukuannya menghadapi cabaran dari sudut campur aduk sehingga melahirkan hadis-hadis palsu atau maudu'. Hadis palsu merupakan hadis yang direka oleh musuh Islam, terutamanya daripada golongan zindiq dan hadis tersebut disandarkan kepada Nabi Muhammad saw.
Perbuatan golongan ini merupakan satu pendustaan dan sikap keji untuk memusnahkan kefahaman umat Islam terhadap agamanya. Hamad bin Raid Ibnu Darham al-Azdi berkata: "Orang-orang Zindiq memalsukan hadis-hadis Rasulullah saw sebanyak 14,000 hadis".
Menurut Ibn 'Addi pula ketika Abd. al-Karim bin Abi al-'Auja' ditangkap dan kemudiannya diserahkan kepada Muhammad bin Sulaiman bin Ali yang memerintahkan supaya dipenggal lehernya, berkatalah ia: "Demi Allah! Aku telah memalsukan hadis sebanyak 4,000 hadis".
Hadis-hadis palsu ini amat bahaya kepada umat Islam kerana ia membuka peluang paling terbuka kepada kesesatan dan syirik kepada Allah. Apatah lagi hadis-hadis palsu yang berhubung dengan akidah dan usuluddin.
Sebab itulah para ulama hadis dalam ilmu mustalah hadis mengkategorikan hadis kepada beberapa jenis. Antaranya ialah hadis sahih, hasan, daif mahupun maudu'.
Bagi menilai kesahihan hadis dan darjahnya serta sanad yang meriwayatkan matannya (teks hadis), para ulama menggunakan satu kaedah yang dinamakan takhrij al-hadis. Ilmu takhrij hadis ini menjadi satu keperluan untuk dipelajari dan diketahui umat Islam bagi menilai kesahihan dan sumber hadis Nabi Muhammad saw.
Definisi Takhrij Hadis
Menurut pakar bidang hadis di Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd. Radzi Othman, takhrij hadis didefinisikan sebagai suatu usaha untuk memastikan asal-usul sesebuah hadis itu melalui kitab-kitab hadis yang muktabar dengan sanadnya yang lengkap daripada pengarangnya hinggalah kepada Nabi Muhammad saw.
Dengan kata lain, ia merupakan suatu proses mengeluarkan semula seberapa banyak maklumat tentang asal-usul sesebuah hadis itu secara bersama apabila setiap hadis itu dinyatakan. Sementara itu, Dr. Abdul Hayei Abdul Shukor pula mendefinisikan takhrij hadis sebagai "menunjukkan tempat adanya hadis dalam sumber-sumber asal yang dikeluarkannya dengan sanad, kemudian menyatakan kedudukannya ketika diperlukan."
Sejarah Takhrij
Sejarah bermulanya takhrij hadis agak lewat. Pada zaman awal Islam terutamanya pada zaman kelahiran kitab-kitab hadis yang bermula pada awal abad ke-2 Hijrah sehingga zaman kecemerlangannya pada abad ke-3 Hijrah, kitab-kitab takhrij hadis masih belum wujud.
Ini kerana para ulama hadis ketika itu tidak memerlukan kitab takhrij hadis lantaran keilmuan mereka yang begitu luas dan ingatan yang mendalam dan kuat mengenai hadis dan kitab-kitab hadis serta metodologi penulisannya.
Mereka berkemampuan mengenal pasti sumber hadis dan kedudukan sesebuah hadis. Apatah lagi hadis-hadis pada ketika itu masih diterima dan diriwayatkan secara bersanad daripada syaikh atau guru-guru mereka. Keadaan ini berterusan sehingga beberapa abad lamanya sehingga sampai kepada satu keadaan yang memerlukan kepada kaedah-kaedah tertentu bagi tujuan memudahkan usaha mendapatkan sesebuah hadis.
Keadaan demikian timbul setelah ramai para ulama dan huffaz hadis meninggal dunia dan pengetahuan mengenai hadis dan kitab-kitab hadis berkurangan. Apatah lagi dengan kemunculan pelbagai karya agama yang memuatkan hadis tanpa sanad dalam pelbagai bidang. Ini menyebabkan usaha untuk mengenal pasti sumber dan status sesebuah hadis menjadi semakin sukar.
Berdasarkan faktor inilah ulama hadis telah berusaha mencipta beberapa kaedah dan metod bagi memudahkan para penuntut ilmu khususnya pencinta hadis untuk merujuk dan mengenal pasti sumber dan status sesebuah hadis. Secara umumnya, ilmu takhrij ini mula diperkenalkan pada abad ke-6 Hijrah. Kitab takhrij yang pertama dihasilkan ialah kitab Takhrij Ahadith al-Muhadhdhab fi al-Fiqh al-Syafi'i li al-Syirazi oleh Muhammad bin Musa al-Hazimi (m.584H).
Kemudiannya kitab-kitab takhrij semakin bertambah khususnya pada abad ke-8 Hijrah. Antara yang paling masyhur ialah kitab Nasb al-Rayah li Ahadith al-Hidayah oleh Al-Hafiz al-Zaili, al-Mughni 'an Haml al-'Asfar fi al-'Asfar fi takhrij ma fi al-Ihya' min al-Akhbar oleh al-Hafiz al-Iraqi (m.806H), al-Talkhis al-Habir fi Takhrij Ahadith al-Rafi' al-Kabir oleh al-Hafiz Ibn Hajar (m.852H) dan Manahil al-Safa fi Takhrij Ahadith al-Syifa' li al-Qadi 'Iyad oleh al-Suyuti (m.911H).
Kemunculan kitab-kitab takhrij ini terus berkembang sehingga lahir pelbagai jenis kitab takhrij berdasarkan kepada kaedah-kaedah tertentu. Antaranya ialah kitab al-Jami' al-Saghir oleh al-Sayuti dan kitab al-Mu'jam al-Mufahras li Alfaz al-Hadith al-Nabawi yang ditulis oleh sekumpulan orientalis diketuai Anderjan Winsenk (m.1939) dengan kerjasama Muhammad Fuad Abd al-Baqi.
Dewasa ini dengan kemunculan komputer dan perisian, para sarjana Islam mengambil peluang menerokai bidang takhrij hadis dengan cuba mengadakan perisian-perisian bagi memudahkan proses mentakhrijkan hadis. Melalui CD-Rom usaha untuk mentakhrijkan hadis pada masa kini menjadi lebih mudah dan cepat.
Kepentingan
Dalam kalangan ahli akademik, terutamanya dalam penulisan ilmiah yang melibatkan penulisan tesis, jurnal, kertas kerja dan sebagainya, aplikasi takhrij hadis memang merupakan satu kemestian. Elok juga, sekiranya kemestian itu dipanjangkan secara sedar dan bertanggungjawab terhadap pengkarya dan penulis dalam penulisan artikel dalam apa jua genre sekiranya mereka memetik hadis-hadis Nabi Muhammad saw. Sekurang-kurangnya mereka hendaklah menggunakan metod termudah dalam takhrij hadis dengan menyatakan sumber ringkas asal-usul dan darjah hadis. Kepentingan takhrij hadis ini amat penting dalam suasana bagi menilai kesahihan sumber hadis rentetan serangan-serangan musuh-musuh Islam dari luar dan dalam yang mencipta hadis-hadis palsu.
Selain itu, mengaplikasikan metod takhrij hadis memberi beberapa manfaat lain seperti dapat mengetahui lafaz sebenar hadis sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Ini kerana kemungkinan hadis tersebut disebut secara ringkas atau dengan maknanya sahaja. Pemahaman terhadap hadis menjadi lebih baik dengan mengetahui sebab timbulnya hadis dan latar belakang peristiwa yang mendasari hadis. Ini kerana perkara tersebut hanya disebut dan diterangkan dalam kitab asal hadis atau syarahnya.
Di samping itu juga, dengan mentakhrij hadis kita dapat mengumpul sebanyak mungkin riwayat hadis yang membicarakan topik yang sama tetapi berlainan lafaz, riwayat dan sanad. Akhirnya, dengan adanya keikhlasan penulis untuk menyatakan sumber petikan hadis dari kitab asalnya setelah melakukan proses takhrij hadis, ia dapat menambah keyakinan umat Islam terhadap apa yang dibahas dan dibicarakan tentang hadis-hadis yang dipetik.
Kesimpulan
Oleh yang demikian adalah disarankan kepada semua pihak terutamanya para penulis artikel sama ada ilmiah atau pun tidak supaya sentiasa berhati-hati dalam menukilkan hadis Nabi saw. Adalah lebih baik dan beramanah kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw, sekiranya kita menyemak terlebih dahulu hadis yang ingin diketengahkan kepada masyarakat agar ia benar-benar bersumberkan dari Nabi Muhammad saw.
Dalam hal ini, pengetahuan tentang ilmu bagaimana mentakhrijkan hadis merupakan satu keperluan kepada mereka yang ingin menutur bicara hadis sama ada melalui lisan mahupun tulisan. Agar dengan sikap hati-hati itu kita terselamat dari dosa yang cukup besar dengan mendakwa sesuatu itu hadis dari Nabi saw, namun sebenarnya tidak sedemikian.