DONATE
Jumaat, 18 Julai 2008
FIQH MUAMALAT-BEBERAPA KONSEP PENTING ILMU FEQAH UNTUK DUNIA PERNIAGAAN HARI INI RIBA' DAN KHIYAR
Pendahuluan.
Penulisan ini akan membincangkan secara kasar kedua-dua tajuk yang tersebut di atas dengan membahagikan kertas ini kepada dua bahagian.
1. Riba
Berdasarkan kepada realiti yang berlaku, semasa al-Quran diturunkan, riba adalah merupakan "Lebihan ke atas modal yang disyaratkan atau dijanjikan, atau tiada syarat atau janji, tetapi lebihan itu sudah menjadi kebiasaan dan maklum dikenakan atau diberikan walupun tanpa syarat atau janji, dan kedua-dua lebihan dari modal itu adalah terjamin (wajib dibayar dalam apa keadaan sekalipun yang menimpa penerima modal, sama ada beroleh keuntungan atau kerugian).
Ciri-Ciri Riba
Lebihan yang merupakan sebagai pulangan kepada modal biasanya dalam bentuk material.
Walau bagaimanapun, bukan itu sahaja yang dimaksudkan, bahkan merangkumi segenap manfaat sekalipun bukan berbentuk kebendaan. Contohnya seperti per-khidmatan dalam bentuk apa sahaja perkhidmatan yang diberikan kepada pemodal atas dasar syarat, janji atau maklum.
Ini ialah kerana riba itu luas, berdasarkan hadith yang bermaksud:
" Setiap pinjaman yang menarik manfaat adalah riba’ atau satu bentuk daripada bentuk-bentuk riba".*
Dengan ini, apa sahaja faedah, material atau material, asalkan dikenakan atau diberikan atas dasar syarat, janji atau maklum sebagai disyaratkan atau maklum sebagai dijanjikan maka faedah atau lebihan atau pulangan, atau apa-apa sahaja nama diberikan. Hebahkan, Hadiahkan, Bonoskah, Untung, Bayaran perkhidmatan dan lainnya selama mana modall dan faedah itu terjamin dan sama ada secara langsung denqan nisbah persen tertentu di atas pokok atau tidak langsung seperti diambil lebihan melalui syarat yang di kenakan ke atas suatu yang lain daripada pokok , seperti cagaran dan sebagainya
adalah termasuk dalam riba’ .
Yang disyaratkan atau dijanjikan atau pun tanpa syarat atau janji tetapi maklum.
Ini ialah kerana faedah yang disyaratkan atau dijanjikan itulah riba seperti yang dimaklumi semua, sehinggalah ia adalah suatu yang tidak disyarat atau dijanjikan dan tiada tanda-tanda sebagai "maklum", bahkanyang diberi itu ialah lebihan, atau dengan sukarela oleh penerima modal, maka inilah "Qard Hasan" yang dinyalakan oleh Islam (bukan oleh penerima modal sendiri).
* Catatan
Hadith ini dari segi riwayatnya dait (lemah), tetapi kandungannya (Matan) diterima dengan ijma’. Jadi beramal dengan hadith ini, bererti beramal dengan ijma’ dan tidaklah harus diketepikannya kerana sudah menjadi suatu hukum yang telah diijma’kan ke atasnya.
Tetapi jika ada unsur "maklum" yang merupakan sebagai tekanan ke atas penerima modal jika ia tidak memberi lebihan yang tidak disyaratkan ke atasnya dan tidak dijanjikannya, maka keadaan ini adalah sama dengan syarat, berdasarkan kaedah yang bermaksud :
"Suatu yang telab menjadi ma’ruf (maklum) di kalangan sesuatu masyarakat akan perlu dilakukan dan tidak dapat tidak daripada melakukannya, yang jika tidak, maka suatu ancaman atau tindakan akan dikenakan ke atasnya di masa hadapan, adalah sama dengan yang disyaratkan secara terang-terangan."
Modal dan Lebihan yang terjamin:
Ini termasuklah segala bentuk hutang, pinjaman, saham, bon dan sebagainya dengan apa sahaja nama diberikan, asalkan kedua-duanya terjamin ke atas penerima modal, melalui perakuan sendiri seperti penerbit saham yang menjamin saham dan dividennya, atau jaminan undang-undang seperti hutang dan pinjaman yang walaupun penerima hutang atau pinjaman tidak menjamin, tetapi undang-undang telah mewajibkan ke atasnya bayaran balik.
Jadi hutang dan pinjaman adalah suatu modal yang terjamin. Ianya termasuklah pinjaman bagi memenuhi keperluan hidup sehari-hari dan pinjaman pelaburan Pinjaman pelaburan tidak sah kerana kontraknya dibuat di bawah konsep pinjaman. Tetapi jika dibuat di bawah konsep aqad pelaburan melalui mudarabah atau musyarakah, maka barulah boleh diterima sebagai saham dengan syarat dividennya pun tidak terjamin.
Dengan ini, simpanan pelaburan di institusi-institusi kewangan atau lainnya yang diberi nama dengan nama-nama tertentu, tetapi terjamin, maka adalah terlibat dengan riba, termasuk simpanan di bank, pejabat pos dan sebagainya. Perkara ini walaupun ada setengah (ulama) yang tidak faham konsep riba menghalalkannya, tetapi berbagai pihak yang berwibawa dalam bidang syariah memutuskan sebagai tidak harus seperti Majma Fiqh Islam dan lain-lain.
Prof. Dr. Yusof al-Qardawi dalam bukunya yang terakhir telah menolak fatwa Mufti Mesir, Dr. Mohd. Syed Tantawi, yang menyalahi fatwa-fatwa yang terdahulu daripadanya yang dikeluarkan oleh Darul Fatwa di Mesir berulang kali dan beberapa Mufti sebelumnya dan juga oleh Jawatankuasa Fatwa Azhar Keputusan Majma Buhuth di Azhar, Majma Fiqh Rabitah Alam Islam di Makkah,M.F. Islami, OIC di Jeddah, Seminar Bank-Bank Islam di Kuwait dan lain- lain - Dr. Yusof al-Qardawi menolak dengan mengemukakan alasan-alasan yang tidak dapat dipatahkan lagi oleh Mufti Mesir itu. Demikian juga pandangan Dr. Yusof al-Qardawi terhadap Shaikh Shaltat yang juga pernah mengeluarkan pendapat yang serupa dengan pendapat Dr. Sy. Tantawi, yang mana Dr. Yusof mengharapkan agar Allah mengampuni Shaikh Shaltat di atas fatawnya yang tidak berasaskan kepada kebenaran itu.
Selain daripada itu termasuk dalam modal yang terlibat dengan riba oleh kerana sifatnya sebagai modal terjamin ialah berbagai simpanan yang terlibat dengan faedah, seperti Simpanan Tetap, walaupun dinamakan dengan Bahasa Arab (Wadiah) . Kerana Wadiah apabila diguna oleh pemegangnya, bertukarlah sifatnya daripada Wadiah Tammah kepada Wadiah Naqisah.
Wadiah Tammah (sempurna) bersifat barang amanah yang mana pemegangnya "Yad Amanah", bererti tidak terjamin yang beriuaksud: jika barang amanah itu rosak atau hilang tanpa kecuaian daripada pemegangnya maka ia tidak dipertanggung jawabkan untuk membayar ganti. Tetapi jika sabit ke atasnya kecuaian barulah wajib ke atasnya membayar ganti.
Manakala Wadiah Naqisah ialah barang amanah yang telah bertukar menjadi terjamin oleh sebab-sebab tertentu, di antara digunakan atau dipakai atau dicampurkan dengan harta pemegangnya.
Ini bererti pemegangnya yang dahulunya sebagai "Yad Amanah", kini telah bertukar menjadi "Yad Damanah" yang bermaksud: barang amanah menjadi barang terjamin dan pemegangnya menjadi pihak yang diwajibkan ke atasnya membayar balik dengan sepenuhnya, sama ada rosak, hilang atau tidak, dengan kecuaian atau tidak.
Ketika ini, barang amanah itu telah menjadi suatu hutang keatasnya. Dengan kerana ini, jika pemegangnya itu berjanji akan memulangkannya dengan faedah, maka faedah itu adalah riba. Oleh itu, sesuatu "Wadiah" yang dikempen dan dijanjikan apa-apa pulangan dengan apa nama sahaja, seperti tadi, Ia adalah riba. Dengan ini, tidak boleh dianggap sebagai keuntungan. Kerana ada perbezaan yang ketara di antara keduanya dari segi jaminan dan tiada jaminan, ke atas pokok dan lebihannya.
Demikian juga termasuk dalam modal yang terlibat dengan riba, segala bentuk pinjaman bank dan sebagainya, dengan apa sahaja namanya, asalkan dikenakan faedah, surat jaminan dan lain-lain. Faedah yang dikenakan di sini tidak boleh dianggap bayaran perkhidmatan, sewa, bayaran susut nilai kerana perubahan nilai matawang dan lain-lain. Kerana setiap bayaran ini ada konsepnya yang tersendiri dalam Islam dan berbeza daripada faedah (riba).
Ini semua telah diputuskan oleh berbagai pihaknya berwibawa dalam bidang Syariah Islam, seperti tersebut di atas tadi. Tetapi malang kepada masyarakat Islam yang masih ada setengah penulis atau wartawan yang terbaca dalam setengah-setengah pendapat yang ketinggalan zaman, seperti yang tersebut dalam terjemahan "Quran dalam Bahasa Inggeris oleh Yusof Ali yang mengatakan faedah bank itu tidak riba lalu mencemuh dan mencabar para Mufti dan "ulama".
Umat Islam telah pun menerima keputusan faedah bank itu sebagai riba. Kerana ini bank-bank Islam dan SPTF pun ditubuh. Jika faedah itu bukan riba, maka tidak perlulah kepada Bank Islam dan SPTF. Cukuplah dengan bank dan SPTF sahaja seperti yang sedia ada
sebelum bank-bank Islam ditubuhkan dengan Takaful-Takafulnya.
Sebenarnya gerakan merobohkan kepercayaan umat Islam kepada ulama'nya yang berwibawa itu suatu yang dimainkan dengan hebatnya oleh musuh-musuh Islam sepanjang sejarah Islam, sejak dari dulu sehingga sekarang dan akan berterusan dan sehingga bank-bank Islam dengan Takaful-Takafulnya roboh dan hancur semula seperti yang telah berlaku ke atas Bank Islam pertama di Mit Crhamr, Mesir, tetapi bangkit semula dan peperangan pun bergeraklah semula.
Ini semua diceritakan oleh Dr. Ahmad An-Najjar dalam bukunya "As-Sahwah Al-Islamiyyah.
Dr. Yusof Al-Qaradhawi juga ada berkata : Bank-Bank Islam sekarang sedang diletak di bawah "Mijhar" (Teropong) untuk diperhatikan segala perjalanannya samada benar-benar tepat dengan kaedah-kaedah muamalat Islam, dan juga sama ada musuh-musuhnya sedang bergerak ke arah memesongkannya dan seterusnya menghancurkannya seperti yanq berlaku dulu.
i.Di antara ciri riba ialah berlakunya tukaran di antara dua tukaran yang terdiri daripada barang-barang ribawi yang termasuk segala jenis matawang, walaupun kertas, plastik atau lainnya daripada segala benda yang dijadikan sebagai wang yang sah laku dalam masyarakat bagi mendapatkan segala keperluan hidup dan tujuannya, baik duniawi, mahupun ukhrawi, tanpa melihat kepada cagaran, emas, perak atau lainnya.
Di sini jika berlaku tukaran tanpa menghormati syarat-syarat tertentu dalam Islam, maka timbullah "Riba Buyu’" aau "Riba As-Sarf".
Syarat-syarat yang dimaksudkan di sini ialah:
(a) Jika ditukarkan di antara dua jenis yang sama seperti emas dengan emas atau wang Malaysia dengan wang Malaysia, maka syaratnya ialah:
sama banyak, tunai dan terima menerima. Tetapi jika berlainan jenis, seperti emas dengan perak atau wang Malaysia dengan wang asing, maka diperlukan kepada dua syarat sahaja, iaitu : tunai dan terima menerima.
Syarat terima menerima itu bukan sahaja secara langsung di antara dua pihak yang sama-sama berada dalam satu majlis aqad, bahkan sah dilakukan melalui berbagai alat perhubungan moden ; persuratan, telefon, telex, fax, kredit ke dalam akaun dengan serta-merta selepas terima bayaran dan pihak yang pertama tanpa, bertangguh tanpa sebab yang daruri (terpaksa) bagi urusan yang berkaitan.
Walau bagaimanapun, termasuk dalam riba sarf (tukaran) itu : Baiud-Daim tanpa memenuhi syarat-syarat tersebut. Ini ialah dengan kerana "Daim" yang dijualkan itu adalah "harga" barang-barang yang dijual dengan bayaran bertangguh, iaitu hutang dan ianya adalah wang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
minta share
Catat Ulasan