DONATE

Jumaat, 18 Julai 2008

PANDUAN SOLAT MUSAFIR-SUATU BIMBINGAN RINGKAS



بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الانبياء والمرسلين وخاتم النبيين سيدنا محمد وعلى أله وصحبه ومن تبعهم باحسان الى يوم الدين

1.0 PENDAHULUAN

قوله تعالى : واذا ضربتم فى الارض فليس عليكم جناح أن تقصر وا من الصلوة ان خفتم ان يفتنكم الذين كفروا ان الكلفرين كانوا عدوا مبينا
Firman Allah bermaksud : “ Dan apabila kamu berpergian di permukaan bumi,maka tidaklah mengapa kamu mengqasarkan ( memendekkan ) solatmu, jika kamu takut diserang orang-orang kafir sesunggunya orang-orang kafir itu adalah musuh yang nyata.
(surah an-nisa’ :101 )

Setiap orang yang ingin melakukan perjalanan tau bermusafirdengan tujuan yang dituntut oleh Islam seperti bermusafir kerana menuntut ilmu,melaksanakan sesuatu urusan keagamaan,menziarahi keluarga,kenalan atau mencari rezeki yang halal untuk memenuhi keperluan keluarganya,mereka tergolong orang-orang yang menempuh perjalanan yang diredhoi Allah atau dikira beribadah kepada Allah swt. Rasulullah saw bersabda : ‘Barang siapa yang bermusafir kerana menuntut ilmu pengetahuan,maka ia adalah dalam perjalanan allah sehinggalah ia kembali.

2.0 PANDUAN BERMUSAFIR

1) Hendaklah niat bermusafir dengan tujuan melaksanakan sesuatu hal yang baik semoga sentiasa diberkati Allah. Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Tidak seorangpun yang keluar dari rumahnya,kecuali ada dua panji-panji,salah satu daripadanya berada di tangan malaikat sedang yang lainnya di tangan syaitan.Maka jika keluarnya itu untuk suatu urusan yang disukai Allah swt ia akan diiringi oleh malaikat dengan panji-panjinya.Demikianlah ia akan selalu berada di bawah panji-panji malaikt sampai ia kembali ke rumahnya. Sebaliknya jika keluarnya itu untuk suatu hal yang dimurkai Allah,maka orang itu akan diiringi oileh syaitan dengan panji-panjinya.Dan demikianlah ia akan selalu di bawah panji-panji syaitan sehingga ia kembali kerumahnya. (Riwayat Ahmad dan Tabrani )
2) Sunat melakukan sembahyang sunat musafir sebelum berangkat.
3) Sunat memulakn musafir pada hari khamis. Diriwayat oleh Bukhaori ( Bahawa Rasulullah saw jika ia bermusafir jarang sekali berangkat bukan pada hari khamis )
4) Elakkan bermusafir seorang diri dan sunat membawa teman ketika bermusafir. Dari Ibnu Umar r.a : ‘ Bahawa Rasulullah saw melarang bersendiri,ertinya bila seseorang itu menginap atau bermusafir ‘ . Riwayat Ahmad
5) Sunat meminta kaum keluarga atau sahabat yang ditinggalkan supaya mendoakan keselamatan kita dalam perjalanan atau musafir.
6) Sunat berdoa ketika berangkat dari rumah.
7) Jika jarak musafir tempat yang dituju itu lebih dari dua marhalah maka Allah memberi kemudahan kepada kiota menajma’ dan mengqosarkan sembahyang fardhu.

3.0 DEFINISI QASAR DAN JAMA’

Dimaksudkan dengan solat qasar ialah solat yang dipendekkan,yakni memendekkan solat yang empat rakaat menjadi dua rakaat seperti solat zuhur,asar dan isyak manakala yang dimaksudkan dengan solat jama’ pula ialah solat yang dihimpunkan kedalam satu waktu iaitu antara solat zuhur dengan solat asar,antara solat maghrib dengan solat isyak.

4.0 HUKUM QASAR

Hukum melakukan solat qasar adalah harus bagi orang yang sedang bermusafir setelah menepati syarat-syaratnya.Sekiranya jarak perjalanan yang smaapi dua marhalah maka hukumnya harus,manakala jarak perjalanan yang samapi tiga marhalah atau lebih maka hukumnya sunat.

5.0 SYARAT-SYARAT SEMBAHYANG QASAR

5.1) Sembahyang yang hendak dipendekkan itu ialah sembahyang yang empat rakaat,kita juga diharuskan mengqasar sembahyang qadha’ yang telah luput pada masa musafir dan tidak diharuskan mengqasar solat subuh,maghrib,solat nazar dan solat sunat.
5.2) Perjalanan atau musafir yang bukan bertujuan maksiat.
5.3) Jarak perjalanan atau musafir yang lebih dari dua marhalah.
5.4) Melakukan solat Qasar setelah keluar dari tempat bermukim.
5.5) Mengetahui hukum serta syarat-syarat memendekkan sembahyang.
5.6) Perjalanan yang dilakukan itu mestilah dengan niat dan masa yang sudah ditentukan serta mengetahui tempat yang ingin ditujui.
5.7) Niat sembahyang qasar semasa takbiratul ihram.
5.8) Tidak boleh mengikut orang atau jemaah ( sembahyang yang sempurna empat rakaat ) tetapi orang yang sembahyang tamam boleh berimamkan orang yang sembahyang qasar.

Peringatan : kalau diikut imam sembahyang tamam (yg sempurna rakaat dan tidak musafir), wajib di tamamkan sembahyang kita. Imam syafie berkata bahawa setiap orang musafir yang mengikut keadaan oarang yang bermukim,hendaklah dia menyempurnakan solatnya sebanyak empat rakaat walaupun orang yang bermusafir itu berniat mengqasarkan solat zuhurnya di belakang imam yang melaksanakan solat jumaat.

5.9) Berbekalkan musafir ( masih dalam musafir ) sehingga selesai atau sempurna sembahyang.

6.0 CARA-CARA MELAKSANAKAN SEMBAHYANG JAMA’

Cara melaksanakan sembahyang jama’ itu terbahagi kepada dua bahagia iaitu ‘jama’ taqdim ‘ dan ‘jama’ ta’khir’.
Jama’ taqdim bermakssud menghimpuan sembahyang asar ke dalam waktu zuhur serat sembahyang isyak ke dalam waktu maghrib,manakala jama’ ta’khir pula bermaksud sembahyang yang terdahulu ke dalam waktu yang terkemudian iaitu menghimpunkan smebahyang zuhur ke dalam waktu asar,menghimpunkan sembahyang maghrib ke dalam waktu sembahyang isya’.

7.0 SEBAB-SEBAB YANG MEMBOLEHKAN SEMBAHYANG JAMA’

7.1 Berada di Arafah dan di Muzdalifah.

Para Ulamak sependapat bahawa menjama’ sembahyang zuhur dengan sembahyang asar secara jama’ taqdim di arafah dan menjama’ sembahyang maghrib dengan sembahyang isya’ di Muzdalifah adalah hukumnya sunat.

7.2 Musafir

Menurut pendapat Imam syafie dan sebahagian Ulamak,menjama’ sembahyang kerana musafir adalah hukumnya harus samada sembahyang itu dilakukan sedang berhenti mahupun sedang dalam perjalanan.

7.3 Hujan lebat

Terdapat khilaf ulama di sini. Namun Para Ulamak Syafieyah membolehkan seseorang yang bermukim menghimpunkan antara sembahyang zuhur dengan sembahyang asar,sembahyang maghrib dengan isya’ secara taqdim apabila hujan lebat ketika mengangkat takbiratul ihram dalam sembahyang yang pertama sehingga selesai, sementara itu masih berterusan hujan ketika ingin memulakan sembahyang yang kedua.
Imam Bukhori meriwayatkan bahawa ‘ sesunggunhya Nabi saw menghimpunkan antara sembahyang maghrib dan isya’ pada waktu malam kerana hujan lebat’.

7.4 Sakit atau uzur

Imam Ahmad bin Hanbal, Qadhi Hussain Al-Khattabi dan Al-Mutawwali membolehkan seseorang muslim menghimpunkan solat baik secara taqdim mahupun secara ta’khir.Mereka mengkiaskan bahawa kesukaran kerana sakit lebih besar daripada kesukaran kerana hujan.
Dalam kitab Al-Mughni dinyatakan bahawa sakit yang membolehkan seseorang menghimpunkan sembahyangnya ialah apabila sembahyang itu dikerjakan pada wkatunya, akan menyebabkan kesukaran dan lemah badan samada seseorang ditimpa sakit teruk seperti sakit kepala , sakit perut ataupun cirit-birit sehingga penyakit yang ddialaminya itu mengahalangnya menunaikan sembahyang pada waktunya, maka ketika itu diharuskan menghimpunkan smebahyangnya.


7.5 Ada keperluan

Dalam kitab ‘syarah muslim’ Imam An-Nawawi sebagai berikut :’Beberapa Imam membolehkan menghimpun sembahyang bagi orang yang tidak musafir, apabila ada keperluan, asalkan hal itu dijadikannya suatu kebiasaan’.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas yang berbunyi :’

sesungguhnya Nabi saw sembahyang di Madinah sebanyak lapan rakaat, iaitu masing-masing menghimpunkan sembahyang zuhur dengan asar serta maghrib dengan isya’ .

8.0 SYARAT-SYARAT SEMBAHYANG JAMA’

8.1 Syarat-syarat jamak taqdim

(1) Berniat untuk sembahyang jamak dalam sembahyang yang pertama ( bermula dari takbiratul ihram atau di tengah-tengah sembahyang,selagi sebelum memberi salam )

Lafaz niatnya seperti berikut :

(a) Lafaz niat sembahyang zuhur

أصلى فرص الظهر أربع ركعات مجموعا اليه العصر ادأ لله تعالى
« Sahaja aku sembahyang fardhu zuhur empat rakaat dihimpunkan asar kepadanya tunai kerana Allah taala. »

(b) Lafaz niat sembahyang maghrib

أصلى فرص المغرب ثلاث ركعات مجموعا اليه العشأ ادأ لله تعالى
“Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat dihimpunkan Isyak kepadanya tunai kerana Allah Taala”

(c) Lafaz niat sembahyang fardhu isyak

أصلى فرض عشأ اربع ركعات مجموعا الى مغريب ادأ لله تعالى
“Sahaja aku sembahyang fardhu isyak empat rakaat dihimpunkan maghrib padanya Tunai kerana Allah Taala”

(2) Tertib

Didahulukan sembahyang yang pertama,kemudian baru ditunaik yang kedua.

(3) Mualat

Mualat bermaksud berturut-turut antara dua sembahyang yang dikumpulkan.Jangan diselangi dengan masa yang panjang.

Peringatan :-
-Selang masa yang dibenarkan ialah tidak melebihi masa kadar dua rakaat sembahyang sunat yang irngkas.
-Setelah mengerjakan solat yang pertama hendaklah kita segera melakukan solat yang kedua tanpa dibatasi oleh suatu perbuatan mahupun sekadar membaca tasbih kecuali untuk mengambil wufhuk sekiranya wudhuk batal.

(4) Masih berkekalan dalam musafir sehingga takbiratul ihram sembahyang yang kedua ( tidak disyaratkan sampai tamat sembahyang yang kedua itu )

8.2 SYARAT-SYARAT JAMAK TA’KHIR

(1) Niat hendak ta’khirkan sembahyang fardhu zuhur ke waktu asar atau ta’khirkan sembahyang fardhu maghrib ke waktu isyak iaitu bermulanya masuk waktu sembahyang yang pertama hinggalah berakhirnya waktu ( dengan kata lain niat untuk ta’khirkan fardhu ke dalam waktu asar hendaklah diniatkan dalam waktu zuhur ).

(2) Sekiranya jamak itu dilakukan semasa musafir,maka hendaklah perjalanan itu berkekalan sehingga selesai melakukan solat yang kedua.

Dalam sembahyang jamak ta’khir ini tidak disyaratkan tartib, kerana Rasulullah saw pernah menghimpunkan sembahyang zuhur ke dalam waktu asara ( jamak ta’khir ) dan beliau menunaikan sembahyang asar terlebih dahulu..

Lafaz niat jamak ta’khir seperti berikut:

(a) Lafaz niat sembahyang fardhu zuhur
أصلى فرض الظهر اربع ركعلت مجموعا الى العصر ادأ لله تعالى
“Sahaja aku sembahyang fardhu zuhur empat rakaat dihimpunkan asar kepadanya tunai kerana Allah Taala.”

(b) Lafaz niat sembahyang fardhu asar
أصلى فرض العصر اربع ركعات مجموعا اليه الظهر ادأ لله تعالى
« Sahaja aku smebahyang fardu asar empat rakaat dihimpunkan zuhur kepadanya tunai kerana Allah Tala »

(c) Lafaz niat smebahyang fardhu maghrib
أصلى فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا اليه العشأ ادأ لله تعالى
“Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat dihimpunkan isyak kepadanya tunai kerana Allah Taala.

(d) Lafaz niat sembahyang fardhu isyak
أصلى فرض العشأ اربع ركعات مجموعا اليه المغرب ادأ لله تعالى
“Sahaja aku smebahyang fardhu isyak empat rakaat dihimpunkan maghrib padanya tunai kerana Allah Taala”.

9.0 SEMBAHYANG QASAR SERTA JAMAK

Bagi orang yang sedang bermusafir,selain daripada dibolehkan menjamak dan mengqasarkan,boleh juga menunaikan sembahyang jamak dan qasar sekaligus.

Perbezaannya ialah apabila seseorang mengqasarkan sembahyangnya sahaja maka dia mesti menunaikan pada waktunya tetapi apabila seseorang itu menunaikan sembahyang secara jamak dan qasar sekaligus, maka sembahyang tersebut boleh dihimpunkan dan dipendekkan rakaatnya,yakin masing-masing sembahyang dijadikan dua rakaat.

Keterangan kedudukan sembahyang yang lima waktu berkenaan dengan jamak dan qasar ini :

1) Sembahyang yang boleh dijamakkan ialah sembahyang zuhur,asar,maghrib dan isyak.
2) Sembahyang yang boleh diqasarkan ialah sembahyang yang empat rakaat sahaja iaitu fardhu zuhur,asar dan isyak.
3) Sembahyang yang boleh dijamak dan di qasarkan sekaligus ialah fardhu zuhur, asar dan isyak.
4) Sembahyang yang boleh dijamakkan sahaja ialah sembahyang fardhu maghrib.
5) Sembahyang yang tidak boleh dijamak mahupun diqasarkan ialah fardhu subuh.

CONTOH LAFAZ NIAT QASAR DAN JAMAK

1) Jamak taqdim

a) Lafaz niat fardhu asar
اصلى فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلى ظهر ادأ لله تعالى
“Sahaja aku sembahyang fardhu asar dua rakaat qasar,dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala.

b) Lafaz niat sembahyangfardhu isyak
أصلى فر العشأ ركعتين قصرا مجموعا اليه المغرب ادأ لله تعالى
“sahaja aku sembahyang fardhu isyak dua rakaat qasar,dihimpunkan maghrib kepadanya tunai kerana Allah Taala.”

10.0 TEMPOH YANG DIHARUSKAN QASAR ATAU JAMAK KETIKA BERMUSAFIR

1) Boleh sembahyang jamak dan qasar di satu tempat ( dalam musafir ) selama empat hari tidak termasuk hari masuk dan hari keluar daripada tempat itu.

2) Jika kita niat hendak berhenti semata-mata disatu tempat ( dalam musafir ) selama empat hari atau lebih, maka putuslah musafir sebaik sahaja sampai ke tempat tersebut dan tidak boleh lagi sembahyang jamak dan qasar. Begitu juga kalau berhenti itu kerana hajat yang tidak boleh selesai dalam masa empat hari,maka putus juga musafirnya. Tetapi kalau berhenti itu kerana hajat yang boleh selesai dalam masa empat hari ( atau hendak berhenti kurang dari empta hari ) maka boleh qasar dan jamak selama empat hari itu.

3) Jika kita niat hendak berhenti terus disuatu tempat, maka berakhirlah musafir apabila sampai ke tempat tersebut.Kita tidak boleh lagi sembahyang jamak dam qasar kerana kita telah niat bermukim di situ.

4) Jika kita berhenti disuatu tempat dalam musafir kerana ada urusan yang dijangka selesai dua atau tiga hari tetapi urusan itu tidak juga selesai dari sehari ke sehari,maka kita boleh terus sembahyang jamak dan qasar sehingga 18 hari.

5) Jika kita bermusafir dalam keadaan tidak tahu tempoh berhenti atau tiada tempat yang tertentu yang dituju,kita tidak boleh sembahyang jamak dan qasar.

6) Jika kita sedang sembahyang qasar dan jamak dalam kenderaan,tiba-tiba sampai ke tempat yang dituju yang itdak boleh jamak dan qasar atau sampai ke tempat asal ( tempat menetap ) kita wajib sudahkan sembahyang fadhu itu secara tamam ( empat rakaat ).

7) Jika bermusafir tetapi tidak tahu hukum dan syarat-syarat mengenai sembahyang jamak dam qasar,maka kita wajib sembahyang tamam ( sempurna ) sepanjang musafir.

8) Jika kita keluar dari rumah sebelum fajar hari jumaat,kita diharuskan mengerjakan sembahyang jumaat. Tetapi jika keluar selepas fajar hari jumaat,kita wajib mengerjakan sembahyang jumaat di mana tempat kita mendengar azan semasa kita bermusafir.

Wallahu a'lam :)

Tiada ulasan: