DONATE
Sabtu, 5 Julai 2008
Tokoh Pemikir Islam: Ismail Al-Faruqi.. Syahidnya dia kerna Penulisannya
Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian, mungkin di kalangan kita ada yang pernah mengenali tokoh pemikiran Islam Ismail Al-Faruqi. Dan mungkin segelintir kita yang tidak pernah mendengar kisah pengorbanan Ismail Al-Faruqi. Saya pernah mendengar nama ini sejak saya kecil lagi apabila ibunda saya sering suka memanggil saya "Ismail Al-Faruqi". Masa itu saya tidak mengerti siapakah Ismail Al-Faruqi?.. Saya pelik juga kenapa ibu saya suka memanggil saya dengan gelaran itu.. Saya pun biarkan saja sebab saya pun tidak kesah dan gembira dengan gelaran itu.
Namun setelah saya berada di Fakulti Pengajian Islam UKM dan mempelajari Pemikiran Islam Semasa yang diajar oleh Ustazah Anisah, akhirnya saya kembali bertemu dengan nama tokoh ini dan berminat mengetahui latar belakang dirinya dan jasanya terhadap Agama Allah yang tercinta. Akhirnya saya memahami kembali siapakah tokoh Islam ini. Jasa beliau adalah lebih kepada penulisan. Mari kita susuli secara ringkas latar belakang hidup tokoh ini. Semoga sama-sama mendapat pengajaran.amin.. :)
Nama sebenar Ismail al-Faruqi ialah Ismail Raji bin Abd al-Huda al-Faruqi. Beliau dilahirkan di Jaffa, Palestin pada 1 Januari 1921M. Ayah beliau merupakan seorang ulama dan alim dalam bidang syariah. Maka tidak hairanlah jika Abd al- Huda telah diamanahkan menjawat jawatan qadi pada ketika itu.
Ismail al-Faruqi menerima pendidikan awal di masjid dan kemudian di sebuah sekolah convent bernama College des Freres di Lubnan sejak tahun 1936. Sekolah ini menggunakan bahasa Perancis sebagai bahasa pengantar. Meskipun perubahan dari masjid ke convent adalah sesuatu yang mengharu-birukan,lantaran percanggahan antara kedua-duanya,namun keadaan ini sedikit pun tidak mengubah pendirian al-Faruqi terhadap barat. Malah perbezaan aliran pembelajaran ini telah memberi peluang kepada beliau memahami budaya yang berbeza-beza dan membentuk pemikiran yang lebih kritis untuk menganalisa ilmu-ilmu yang diperolehi.
Seterusnya al-Faruqi mengikuti kuliah pertama di American University di Beirut hingga mendapat ijazah sajanamuda pada tahun 1941. Setelah itu beliau dilantik menjadi pegawai pemerintah Palestin dibawah mandate Inggeris selama emopat tahun (1941- 1945). Keamudian pada tahun 1945, ketika berusia 24 tahun, al-Faruqi al-Faruqi telah menjadi gabenor wilayah Galilee yang terakhir. Namun pada tahun 1947M, wilayah yang dipimpinnya jatuh ke tangan Israel dan memaksa beliau berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1948M.
Penghijrahannya ke Amerika Syarikat telah mengubah haluan hidupnya.Beliau telah terlibat dalam dunia akademik. Pada tahun 1949, beliau telah mendapat ijazah MA dalam bidang falsafah dari Universiti Indiana. Seterusnya beliau mengikuti kursus di Universiti Havard,tetapi disebabkan masalah kewangan telah memaksa beliau menamatkan pengajiannya di Harvard setelah memperolehi ijazah sarjana buat kali ke 2 pada tahun 1951M.
Namun demikian, hal ini tidak melemahkan semangatnya. Pengalamannya di Harvard menyakinkannya bahawa jalan untuk mencapai sesuatu yang bukan kebendaan ialah menerusi kemantapan kedudukan kewangan seseorang itu sendiri. Dengan wang seribu dolar yang diperolehi dari American Council of Learned societies kerana menterjemahkan karya-karya dari bahasa Arab, al-Faruqi menceburi bidang pembinaan, khususnya pembinaan rumah kediaman yang bermutu dengan perhiasan dan perabut ciptaannya sendiri. Hasil perniagaannya sungguh lumayan, namun wang ringgit bukanlah menjadi matlamat al-Faruqi. Sebaliknya, beliau lebih meminati dunia keserjanaan.Beliau kembali melanjutkan pengajiannya, sekali lagi ke Universiti Indiana di Bloomington dan menamatkan pengajian kedoktoran dalam bidang falsafah Barat pada tahun 1952M.
Ternyata setelah 10 tahun al-Faruqi menceburkan diri dalam arena penerokaan ilmu telah berjaya menyerlahkan ketokohan dan keserjanaan beliau terutamanya dalam bidang falsafah klasik. Malahan, sepanjang beliau menjalani liku-liku kehidupan di beberapa buah Negara di Barat telah memberi banyak pengalaman dan pengetahuan kepada beliau mengenai budaya, pemikiran dan social masyarakat Barat. Oleh itu dalam usaha mendalami bidang ilmu dan pemikiran Islam telah membawa beliau kembali semula ke dunia Islam dengan menghabiskan masanya mendalami pengajian Islam di pelbagai buah Negara Islam sekitar Afrika dan Timur Tengah termasuk universiti tertua di dunia iaitu Universiti al-Azhar. Al-Faruqi telah berusaha mendapatkan khidmat tunjuk ajar dan bimbingan daripada para ulama' dalam pelbagai disiplin ilmu.
Kegigihan al-Faruqi meneroka bidang ilmu di institusi-intitusi pengajian sama ada di Timur ataupun di Barat berserta kombinasi pengalaman hidup yang dilalui dalam pelbagai keadaan telah maembentuk daya intelektual beliau yang terserlah melalui penghasilan pelbagai karya ilmiah beliau. Umat Islam telah menerima faedah yang besar daripada kesarjanaan al-Faruqi,apabila beliau telah memberi sumbangan besar kepada perkembangan ilmu ini. Sepanjang lebih kurang 30 tahun profesion kesarjanaan beliau, al-Faruqi telah menulis, menyunting serta menterjemahkan sebanyak 25 buah buku selain turut berjaya menerbitkan lebih daripada seratus artikel yang menyentuh pelbagai bidang ilmu dan pemikiran Islam.
Ketokohan al-Faruqi dalam bidang akademik terserlah apabila beliau dilantik sebagai Prof. jemputan dalam bidang pengajian agama Islam di Universiti Mc Gill (1958-1961) sebagai Prof. dalam bidang pengajian Islam di Institut Pengajian Islam di Karachi (1961-1963). Seterusnya sebagai Prof. jemputan dalam bidang sejarah agama di Univ. Chicago, Prof. Kanan dalam bidang Pengajian Agama di Univ. Syracuse (1964-1968) dan Prof. dalam bidang Pengajian Agama di Univ. Temple (1968-1986), hingga akhir hayatnya
Ketokohan al-Faruqi dalam bidang kepimpinan dapat dilihat sejak dari tahun 1970an di mana beliau memulakan pelbagai usaha untuk memantapkan program pengajian dan pendidikan Islam dengan bertindak sebagai ketua lembaga penasihat dan pemeriksa luar di pelbagai institut pengajian sama ada di Barat mahupun di negara-negara sebelah Timur termasuk Malaysia iaitu di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (sekarang Universiti Darul Iman). Al-Faruqi juga turut menyumbang tenaga dan idea membimbing pelajar-pelajar Islam serta mengetuai dialog-dialog agama antara Islam dengan agama-agama lain di dunia.
Al-Faruqi juga turut menyumbang peranan penting sama ada sebagai pengasas mahupun penggerak dalam beberapa organisasi dan institusi Islam di Barat seperti The Muslim Students Associations (MSA) dan The Association of Muslim Social Scientist (AMSS). Beliau juga merupakan presiden pertama bagi American Islamic College di Chicago dan seterusnya pada tahun 1981 beliau telah mengasaskan International Institute of Islamic Thought (IIIT) di Virginia. Walaupun penulisan beliau banyak berkisar dalam organisasi Islam yang bersifat intelektual berbeza dengan pemikir Islam yang lain seangkatan dengannya yang menjadikan Jamaah Islam sebagai wadah dan harakah perjuangan, al-Faruqi tetap dijadikan rujukan bagi sebahagian gerakan Islam yang menyanjung tinggi pemikiran moderate (sederhana) beliau dalam bidang dakwah dan budaya serta pemikiran Islam.
Al-Faruqi juga telah berjuang untuk menyatukan umat Islam seluruhnya melalui aspirasi ummah yang berteraskan tauhid dalam tulisan-tulisan, kuliah-kuliah dan kegiatan-kegiatan beliau sebagai pemimpin persatuan-persatuan pelajar yang dianggotainya. Jelasnya al-Faruqi telah menempatkan “Tauhid” sebagai asas utama kehidupan Muslim dan tamadunnya. Tanpa tauhid segala-galanya akan hancur,termasuk agama Islam itu sendiri, kewajipan manusia terhadap Tuhan, pelaksanaan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Kerana dengan mengingkari tauhid bermakna kita meragui kenyataan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah S.W.T. Dengan mengingkarinya bererti kita menyamakan makhluk-makhluk lain dengan Yang Maha Esa. Ini akan terjadi sekiranya kita meragui pengertian serta kewajipan kita terhadap Allah. Oleh itu Tauhidlah sebagai nadi agama Islam dan kehidupan Muslim.
Metod penulisan Al-Faruqi lebih menekankan Tauhid kerana beliau yakin bahawa kesatuan akidah yang mantap dapat mengembalikan kegemilangan tamadun Islam. Sebenarnya melalui pengukuhan akidah Tauhid saja yang dapat memberi ancaman besar kepada orang-orang yang mensyirikkan Allah Ta'ala. Saya yakin sahabat-sahabat sedar bahawa tokoh yang kita bincangkan sebelum ini iaitu Sultan Salahuddin Al-Ayyubi juga telah menekankan aspek akidah Tauhid dalam mempersediakan tentera-tenteranya untuk menghadapi kaum kafir di dalam Perang Salib. Dan kita sendiri dapat lihat betapa hebatnya keredhaan Allah kepada tentera Islam pada masa itu dengan menghadiahkan kemenangan besar terhadap Umat Islam ketika itu. Jadi tidak mustahil kafir laknatullah begitu gerun dengan kalimah Tauhid yang kita julang selama ini.
Perkahwinan dan Kematian al-Faruqi
Cinta al-Faruqi berputik di Amerika dengan isterinya Lois Lamya yang berasal dari Montana dan pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan mereka di Indiana ketika masing-masing masih lagi di alam pengajian; pada tahun 1944M. Hasil perkahwinan mereka, telah dikurniakan lima orang cahaya mata. Sikap saling sokong menyokong dalam segenap aspek kehidupan sama ada atau kerjaya menyebabkan mereka berjaya membariskan nama di kalangan sarjana-sarjana terkemuka Islam yang lain ketika itu. Walaupun al-Faruqi telah memilih memperjuangkan Islam melalui bidang penulisan keintelektualan tanpa mengangkat senjata, beliau tetap menghadapi pelbagai ujian dan tribulasi dari musuh-musuh Islam. Kemuncak perjuangan Islam beliau diakhiri dengan pembunuhan pasangan ini di rumah mereka sendiri di Wyncote PanSylvania pada 27 Mei 1986M. Dunia Islam kehilangan tokoh sarjana dan intelektual Islam yang telah berjihad menyumbang idea dan buah fikiran demi menegakkan kebenaran Islam sepanjang hayatnya.
P/S: Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, melalui kisah Ismail Faruqi ini maka tidak mustahil juga selama ini musuh-musuh Islam amat gerun dengan sesiapa yang berani memperjuangkan Islam melalui apa jua cara. Mereka akan mencari apa jua cara untuk menghapuskan penyebaran dakwah serta semangat memperjuangkan Islam dengan pelbagai taktik kotor yang digunakan oleh mereka. Sekarang ini pun kita dah dilanda gejala Hendonisme (gejala hiburan yang keterlaluan), ini juga agenda yahudi dan nasrani untuk melemahkan kita dan mendodoi kita dengan hiburan yang melekakan.. apa yang baik di sini, jadikanlah iktibar. saya menyeru pada diri saya dan kalian agar meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.. Salam Ukhuwah Fillah :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan