DONATE
Khamis, 17 Julai 2008
sejarah ringkas tentang kemunculan golongan syiah dan pecah-pecahannya
Makna Syiah dan at-Tasayyuk:
Syiah dan at-Tasyyuk pada bahasanya bererti ahlinya atau para pembantunya dalam menegakkan ajaran yang dibawa (ansaruhu).
Firman Allah:
وَإِنَّ مِنْ شِيعَتِهِ لإِبْرَاهِيمَ
Maksudnya: Dan sesungguhnya di antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim.([2])
Berkata Ibnu Kathir: Bererti ahli agamanya.
Berkata Mujahid: Bererti orang yang mengikuti metod dan sunnahnya.
Dalam kitab Milal wa-Nihal karangan as-Syahrastani: Bererti orang yang menegakkkan ajaran Imam Ali Abi Talib, mengatakan akan Imamnya dengan nas dan mendakwa seluruh keturunannya adalah Imam.
Tentang kemunculan Syiah, ianya lebih merujuk kepada sejarah bahawa kemunculan mereka melalui tiga peringkat iaitu:-
Pertama: Peringkat Sejarah
Sebahagian ahli sejarah (yang mengkaji tentang golongan-golongan dalam islam), berpendapat bahawasanya kelahiran dan pembentukan Syiah lebih merujuk kepada zaman nabi saw ketika hayatnya. Mereka mengatakan bahawa sesungguhnya nabi saw telah menaskan tentangnya keimamanya (Ali Abi Talib) ketika hayatnya. Mereka berdalilkan dengan hadith-hadith nabi, antaranya sabda Rasulullah saw:
من كنت مولاه فعلى مولاه اللهم والى من ولاه وعاد ممن عاداه وانصر من نصره واخذل من خذله وأدر الحق معه حيث دار.
Sabda Rasulullah saw lagi:
أنت منى بمنزلة هارون من موسى الا أنه لا نبى بعدى
Ketikamana nabi saw mempersaudarakan antara golongan Ansar dan Muhajirin, berkata nabi kepada Ali ra: Kamu (Ali) adalah saudaraku.
Antara sabda Rasulullah saw:
أنا مدينة العلم وعلى بابها
Dan katanya lagi kepada Ali ra:
تقاقل على تأويل القرآن كما قاتلت على تنزيله
Hadith-hadith ini adalah lahir daripada para pengikutnya.
Mereka mendakwa nabi telah mewasiatkan agar Ali ra dilantik sebagai khalifah selepasnya. Mereka juga mengatakan bahawa Ali merupakan sebaik-baik umat.([3])
Ini adalah peringkat sejarah dalam pembentukan Syiah.
Kedua: Peringkat politik
Peringkat ini lebih merujuk kepada peristiwa yang berlaku selepas pembunuhan Khalifah yang ketiga iaitu Uthman bin Affan.
Peristiwa tersebut berkesinambungan dengan berlakunya perang Siffin pada tahun 36H antara Ali beserta pengikutnya dengan pengikut-pengikut Khalifah Uthman Affan.
Sebagaimana yang telah maklum perang Siffin antara golongan Aliwiyin (para pengikut Syaidina Ali ra) dengan golongan Umawiyin (para pengikut Muawiyah Bin Sufyan) pada tahun 37H, merupakan sebesar-besar faktor yang telah membawa kepada pembentukan Jemaah Syiah dalam bentuk politik, di mana mereka mengangkat Ali sebagai Imam dan menanamkan semangat tersebut dalam politik mereka manakala golongan Umawiyin mereka anggap sebagai musuh ketat dan patut diperangi. Permusuhan ini telah mengorbankan mangsa seramai beribu-ribu jiwa dikalangan umat Muslimin semaada di pihak Aliwiyin mahupun pada pihak Umawiyin.
Peristiwa ini dinamakan sebagai peristiwa Fitnah Kubro ataupun Mihnatul al-Muslimin.
Punca peristiwa ini adalah kerana campurtangan daripada golongan Yahudi terutamanya Abdullah bin Saba’ yang telah mengapi-apikan suasana.
Akibat daripada sorotan peristiwa ini, telah mendorong para pengikut Ali mengangkatnya sebagai Khalifah yang pertama berdasarkan kepada nas dan penentuan daripada Rasulullah saw sebagaimana tersebut di atas.
Ketiga: Peringkat Aqidah
Peringkat ini pula lebih merujuk kepada pembentukan Syiah sebagai sebuah parti agama (Hizbu ad-Dini), di mana mereka mengambil aqidah ini sebagai asas kepada pembentukan mereka berikutan dengan pembunuhan Syaidina Hussein ra pada tahun 61H.
Mukhtar bin Abi `Abid at-Thaqafi (salah seorang mawali Parsi) sejurus kemudian pembunuhan Syaidina Hussein bertindak membakar dan menaikkan semangat pengikutnya untuk membalas dendam terhadap Umawiyin yang telah melakukan pembunuhan tersebut. Mukhtar mengambil peluang ini dengan mengumpulkan ramai pengikutnya dikalangan penduduk Iraq sehinggalah menjadi seakan-akan satu mazhab agama dan aqidah yang mengaku sebagai golongan ansar kepada Hussein dan keluarganya. Dengan ini jadilah tasayyuk ini sebagai acuan daripada agama.([4])
Inilah tiga peringkat yang di lalui oleh Tasyyuk dan Syiah sehingga membawa kepada pembentukan mereka.
Golongan-golongan Syiah
Setelah kita mengetahui makna Syiah dan Tasyyuk serta peringkat yang di lalui, adalah satu yang wajar bagi kita mengetahui golongan-golongan Syiah itu sendiri (pecahan-pecahan Syiah). Antara sepenting-penting kalsfikasi Syiah adalah terdiri kepada tiga golongan:-
1. Syiah mughaliyah (pelampau)
2. Syiah Rafidah (Imamiyah)
3. Syiah Mu’tadilah (Zaidiyah)
Syiah mughaliyah (pelampau): Adalah mereka yang melampau terhadap dakwaan imamnya Ali. Mereka mendakwa bahawa Ali adalah nabi (nubuwah) bahkan tuhan (uluhiyah) sehinggalah kepada susur galur keturunannya.
Pecahan-pecahan Syiah Mughaliyah.
1. Al-Bayaniyah (Bayan bin Sam`an at-Tamimi).
Puak ini mendakwa bahawa Allah adalah berbentuk manusia, dan semua apa yang ada di alam ini akan binasa melainkan Allah. .
2. Kumpulan Abdullah bin Muawiyah bin Abdullah bin Jaafar zi al-Janahain.
Mereka berkata tentang tanasukh ruh([5]), bahawasanya ruh Allah berada pada Adam kemudian berlakunya tanasukh sehingga berpindah kepada Abdullah bin Muawiyah.
3. Kumpulan Abdullah bin Amru bin Harb.
Mereka mendakwa bahawa ruh Abi Hasyim Abdullah bin Muhammad bin Hanafiah telah berpindah kepada Abdullah bin Harb lalu menetap di situ.
4. Kumpulan Mughairah bin Saad.
Mereka (Syiah) mendakwa beliau adalah nabi yang mengetahi nama Allah yang maha agung. Beliau banyak mentakwil ayat-ayat al-Quran tanpa saluran yang tepat manakala kebanyakan kata-katanya penuh kekufuran..
5. Al-Mansuriyah (Abi Mansur).
Mereka mendakwa sepatutnya imam selepas Abi Jaafar Muhammad bin Hussein Ibn Ali adalah Abu Mansur.
6. Al-Khutabiyah (kumpulan Abi al-Khatab)
7. Al-Ma’mariyah.
Mendakwa dunia ini bukanlah bersifat fana.
8. Al-Bazigiyah (kumpulan Bazig bin Musa).
Mendakwa bahawa Jaafar bin Muhammad adalah Allah dan menyerupai manusia. Mereka juga mendakwa tidak akan mati sebaliknya akan di angkat ke langit.
9. Al-Mumairiyah (kumpulan Umair bin Bayan al-Ajali).
Mereka mengatakan Jaafar adalah tuhan yang patut di sembah.
10. Al-Mufadliyah.
Mereka mendakwa tentang ketuhanan Jaafar dan mendakwa diri mereka sebagai nubuwah dan risalah.
11. Kumpulan yang mendakwa bahawa Ruhul Qudus yang ada pada nabi berpindah kepada Hussein kemudian kepada Muuhammad Ibn Hassan (mereka semuanya adalah Tuhan).
12. Kumpulan yang mendakwa bahawa Ali adalah Allah dan mereka mendustai Nabi saw.
13. Kumpulan yang mendakwa bahawa Allah telah masuk ke dalam lima individu iaitu pada Nabi saw, Syaidina Ali ra, Hassan ra , Hussein ra dan pada Fatimah ra. Mereka adalah Tuhan pada pendapat mereka (kumpulan ini) dan mereka (lima individu) mempunyai lima lawan iaitu Syaidina Abu Bakar ra, Syaidina Umar ra, Syaidina Uthman ra, Muawiyah dan Amru al-As.
14. As-Sabiyah (di nisbahkan kepada Abdullah bin Saba’ yang berkata kepada Ali: “Kamu adalah kamu, Ali bertanya: Siapa saya (yang dimaksudkan) itu? Kata Ibnu Saba’: “Kamu adalah tuhan!!). Ibnu Saba’ juga ada mengatakan bahawa Ali belum mati sebaliknya beliau akan kembali ke dunia sebelum hari qiamat untuk memenuhi dunia dengan keadilan selepas di penuhi dengan kezaliman.
15. Kumpulan yang mendakwa Allah tidak mencipta alam ini..
Pada hakikatnya pendapat mereka telah terpengaruh kepada pendapat-pendapat dan aqidah-aqidah Majusi([6]) khususnya dakwaan ketuhanan individu, hulul dan tansukh, tasybih, kenabian para imam serta ketuhanannya dan mengingkari berlakunya hari akhirat dan hari kebangkitan semula..
Pendapat-pendapat Syiah
Pendapat Mughaliyah:
1. Berkata dengan hulul dan tasybih.
2. Berkata dengan tanasukh.
3. Berkata tentang kenabian dan ketuhanan Ali serta zuriatnya.
4.Mengingkari baath (hari kebangkitan) pada hari akhirat dengan hujah bahawasanya balasan baik dan seksaan berlaku ketika hidup di dunia.
5.Berkata tentang bida’ (iaitu Allah akan mengajar perkara yang belum diketahui)
6. Berkata tentang raj`ah.
Syiah Rafidah (Imamiyah): Mereka adalah merupakan majoriti Syiah yang mengatakan imamnya Ali adalah dengan nas, Ali telah menaskan imamah anaknya Hassan manakala Hassan telah menaskan imamah saudaranya Hussein. Begitulah seterusnya imamah itu berpindah dengan nas kepada anak-anak Hussein iaitu antaranya Muhammad bin Hassan al-Askari (iaitu ghaib muntazar pada pendapat mereka ) dan akan muncul membawa kebenaran dan keadilan ketikamana bumi ini dipenuhi dengan kezaliman, kefasikan dan penindasan.
Mereka ini dinamakan golongan Rafidah kerana mereka menolak imamah Abu Bakar, Umar al-Khatab dan Uthman Affan dengan hujah bahawasanya Nabi saw telah menaskan Ali sebagai khalifah selepasnya. Namun wasiat ini telah di ketepikan oleh kebanyakan sahabat selepas kewafatan Rasulullah saw (pada dakwaan Syiah).
Pendapat-pendapat Syiah Imamiyah.
1. Imamah tidak berlaku kecuali dengan nas dan wasiat, pendapat mereka ini telah menafikan galakan dan kebebasan umat islam dalam urusan melantik khalifah.
2. Mereka melaung-laungkan taqiyah ketika berada dalam ketakutan.
3. Membatalkan ijtihad dalam hukum-hakam, pendapat ini telah menafikan galakan terhadap umat islam untuk membolehkan berijtihad.
4. Mereka mengatakan Imam adalah sebaik-baik manusia.
5. Salah satu pecahan daripada golongan ini yang dinamakan al-Kamiliyah mengatakan: Manusia menjadi kufur meninggalkan tuntutan Ali dan Ali mengkufurkan orang yang meninggalkan tuntutan khulafah.
Golongan ini mempunyai sebanyak dua puluh empat pecahan dan menggelarkan golongan mereka dengan nama al-Imamiyah kerana mendakwa berlaku nas imamnya Ali dan anak-anaknya. Antara individu yang paling menonjol dalam golongan ini ialah al-Baqiriyah pengikut Abi Jaafar (Muhammad bin Ali Baqir), Jaafariyah al-Waqifah, al-Aftahiyah yang berkata tentang imamnya Abdullah al-Aftah bin Jaafar as-Sadiq, Ismailiyah al-Waqifah yang berkata tentang imamnya Ismail bin Jaafar, Musawiyah yang berkata tentang imamnya Musa bin Jaafar as-Sadiq dan Ithna Asyriah yang mendakwa rantaian imamah hingga kepada yang kedua belas iaitu Muhammad bin Hassan al-Askari sebagai Muntazar.([7])
Daripada golongan ini Imamiyah ithnai asyriah (imam dua belas) adalah yang paling menonjol..
Ianya digelar sebagai Imamiyah ithnai asyriah (imam dua belas) kerana iktiqad mereka kepada dua belas imam dan kadang-kadang dengan nama al-Jaafariyah kerana dinisbahkan kepada Imam Jaafar as-Sadiq (Jaafar bin Muhammad) atau Imamiyah kerana berlaku rantaian imamah.
Antara Imam-imam yang dua belas itu adalah seperti berikut:-
1. Abu Hassan: Ali bin Abi Talib (al-Murtadha) 23SH-40H/ 600M-611M.
2. Abu Muhammad: Hassan bin Ali (Zaki) 3H-50H/ 624M-670M.
3. Abu Abdullah: Hassan bin Ali (Syahid) 4H-61H/625M-680M.
4. Abu Muhammad: Ali bin Hussein (Zainal Abidin) 38H-94H/ 658M-713M.
5. Abu Jaafar: Muhammad bin Ali bin Hussein (al-Baqir) 57H-114H/ 676M-732M.
6. Abu Abdullah: Jaafar bin Muhammad (as-Sadiq) 80H-148H/ 699M-765M.
7. Abu Ibrahim: Musa bin Jaafar bin muhammad (al-Kazim) 128H-183H/ 745M-799M.
8. Abu Hassan: Ali bin Musa bin Jaafar (ar-Ridha) 153H-203H/ 770M-818M.
9. Abu Jaafar: Muhammad bin Ali bin Musa (al-Jawad) 190H-220H/ 811M-835M.
10. Abu Hassan: Ali bin Muhammad bin Ali bin Musa (al-Hadi) 214H-254H/ 829M-868M.
11. Abu Muhammad: Hassan bin Ali bin Muhammad (al-Askari) 232H-260H/ 846M-874M.
12. Muhammad bin Hassan bin Ali bin Muhammad (al-Mahdi Muntazar) dilahirkan pada 255H/ 870H, lalu ghaib dengan ghaibah sughra pada 260H/ 875M kemudiannya ghaibah Kubro tahun 329H.
Penganut kepada ajaran Syiah Imamiyah banyak bertebaran di negara-negara Arab dan islam bahkan seluruh dunia. Kebanyakan Imamiyah lebih tertumpu di Iraq seperti bandar Baghdad, bandar Najf, bandar Karbala’, India, Iran, Pakistan, negara-negara CIS seperti di Qaucacus, Lubnan, Kuwait, Bahrain, Syria, Ihsa’ dan sebagainya([8]).
Syiah mu’tadilah (Zaidiyah): Golongan ini di nisbahkan kepada Zaid bin Ali bin Hussein bin Ali bin Abi Talib.
Sepenting-penting pendapat Zaidiyah
Mereka berkata tentang imamah yang al-mafdul (yang diutamakan) beserta wujudnya al-fadhil (yang mengutamakan), kerana Zaid lebih mengutamakan Ali Abi Talib berbanding sahabat-sahabat Rasulullah saw yang lain seperti Abu Bakar, Umar al-Khatab dan Uthman Affan. Mereka juga berpendapat adalah terkeluar daripada imamah orang yang terlibat dalam kefasikan.
Selepas Zaid datang pula anaknya Yahya pada zaman al-Walid bin Abdul Malik. Selepas Yahya Zaidiyah terbahagi kepada enam pecahan mengikut pendapat masing-masing dan teori mereka tentang imamah, adakah ianya dengan nas?? Dan siapakah yang lebih utama digelar imamah??.
NIKAH ATAU PERKAHWINAN (az-zawaj).([9])
Perkahwinan merupakan salah satu daripada sunnah Allah yang dikurniakan kepada makhluknya. Sememangnya tidak disangkal lagi ianya lagi berlaku pada alam manusia, alam haiwan dan alam tumbuh-tumbuhan.
Firman Allah:
وَمِنْ كُلِّ شَيْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Maksudnya: Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dan mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami).([10])
Firman Allah:
سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنْبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لا يَعْلَمُونَ
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.([11])
Perkahwinan merupakan satu uslub yang di pilih oleh Allah untuk tujuan at-tawalud dan at-takathur serta sumber kepada kesinambungan generasi. Allah telah menjadikan pasangan suami dan isteri serta menyediakan pada mereka peranan yang positif untuk merealitikan tujuan tersebut.
Firman Allah:
يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنثَى
Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan.([12])
Firman Allah:
يَاأَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَتَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا
Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.([13])
Allah tidak menciptakan manusia seperti makhluk-makhluk lain yang melakukan sesuatu tanpa kesedaran dengan melakukan hubungan antara jantan dan betina tanpa batasan dan larangan, sebaliknya manusia diciptakan dengan mempunyai sanubari dan kehendak naluri serta menjadikan hubungan antara lelaki dengan wanita dalam bentuk yang bersistem dan teratur demi untuk menjaga kemuliaan dan memelihara kesucian. Lalu dijadikan hubungan antara lelaki dan wanita itu dalam bentuk yang mulia dan terbina dalam keadaan keredhaan Allah SWT.
TAKRIF NIKAH ATAU PERKAHWINAN
Nikah atau perkahwinan: Merupakan `aqad yang menghalalkan antara suami dan isteri melakukan persetubuhan (istimta’).([14])
ISLAM MENGGALAKKAN PERKAHWINAN.
Ajaran islam sememangnya menggalakkan umatnya supaya melangsungkan perkahwinan dengan bentuk galakan yang bermacam-macam. Kadang-kadang galakan itu disebut sebagai sunnah para anbiya dan hidayah daripada para rasul.
Firman Allah:
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلا مِنْ قَبْلِكَ وَجَعَلْنَا لَهُمْ أَزْوَاجًا وَذُرِّيَّةً
Maksudnya: Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul sebelummu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan.([15])
Dalam hadith at-Tarmidzi daripada Abi Ayub ra, bahawa Rasulullah saw telah bersabda:
اربع من سنن المرسلين: الحناء والتعطر والسواك والنكاح
Maksudnya: Empat daripada sunnah para rasul iaitu: Sifat malu, sukakan bau wangi, melakukan siwak dan nikah.
Kadang-kadang nabi menyebut firman Allah untuk menguatkan galakan tersebut:
وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُمْ مِنْ الطَّيِّبَاتِ
Maksudnya: Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal.([16])
Kadang-kadang dengan firman Allah:
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.([17])
Sabda Rasulullah saw:
حَدِيثُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : عَنْ عَلْقَمَةَ قَالَ كُنْتُ أَمْشِي مَعَ عَبْدِ اللَّهِ بِمِنًى فَلَقِيَهُ عُثْمَانُ فَقَامَ مَعَهُ يُحَدِّثُهُ فَقَالَ لَهُ عُثْمَانُ يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَلا نُزَوِّجُكَ جَارِيَةً شَابَّةً لَعَلَّهَا تُذَكِّرُكَ بَعْضَ مَا مَضَى مِنْ زَمَانِكَ قَالَ فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ لَئِنْ قُلْتَ ذَاكَ لَقَدْ قَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ .
Maksudnya: Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a: Diriwayatkan daripada Alqamah r.a katanya: Aku pernah berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah r.a. Kami bertemu dengan Othman r.a yang kemudian menghampiri Abdullah r.a. Setelah berbincang beberapa ketika, Othman r.a bertanya: Wahai Abu Abdul Rahman: Mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda?Mudah-mudahan perempuan itu akan dapat mengingatkan kembali masa lampaumu yang indah. Mendengar tawaran itu Abdullah r.a menjawab: Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w kepada kami: Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu .[18]
Rasulullah juga menegaskan bahawa nikah adalah bertujuan supaya memelihara kesucian seorang wanita daripada berlakunya kemaksiatan.
Sabda Rasulullah saw:
حَدِيثُ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أَحَقَّ الشَّرْطِ أَنْ يُوفَى بِهِ مَا اسْتَحْلَلْتُمْ بِهِ الْفُرُوجَ
Maksudnya: Diriwayatkan daripada Uqbah bin Amir r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Syarat yang paling berhak kamu sempurnakan ialah perkara yang menyebabkan faraj iaitu kemaluan wanita menjadi halal untuk kamu. ([19])
HIKMAT DARIPADA PERKAHWINAN
1. Meneruskan kelahiran generasi baru hasil daripada perkahwinan.
2. Keperluan antara suami dan isteri untuk memenuhi kehendak fitrah.
3. Supaya berlaku kerjasama antara suami dan isteri dalam mendidik anak-anak dan memelihara kebajikan mereka.
RUKUN-RUKUN NIKAH
Nikah yang yang sah, wajiblah memenuhi empat rukun iaitu:-
1. Wali.
2. Mempunyai dua orang saksi.
3. Sighah `aqad.
4. Mas kahwin (mahar).
TANGGUNGJAWAB SUAMI TERHADAP ISTERI
1. Hendaklah suami mengajar isterinya mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan agama, seperti thaharah (bersuci) daripada darah haid, darah nifas, darah istihadah dan lain-lain yang bersangkutan dengannya.
2. Suami hendaklah menggunakan sumber-sumber nafkah yang halal.
3. Suami hendaklah berlaku adil kepada isteri-isterinya sekiranya berpoligami. Keadilan yang dimaksudkan termasuklah dari segi nafkah zahir dan batin.
4. Suami hendaklah menghormati keluarga isterinya apabila datang menziarahi. Suami adalah ditegah samasekali menyebut perkara-perkara yang mengaibkan, sebaliknya dituntut menyebut yang baik-baik untuk menjaga perasaan ibubapanya.
5. Suami hendaklah menggauli isterinya dengan penuh kasih sayang dan sentiasa memelihara perasaannya.
6. Suami berhak menegah isterinya keluar daripada rumah tanpa urusan yang munasabah, sebaliknya adalah menjadi kewajipan suami membenarkan isterinya keluar daripada rumah semata-mata untuk menuntut ilmu-ilmu bersangkutan dengan fardhu `ain.
TANGGUNGJAWAB ISTERI TERHADAP SUAMI
Antara tanggungjawab yang wajib dijaga oleh isteri terhadap suaminya ialah:-
1. Isteri wajib taat kepada suami apa jua arahan kecuali arahan-arahan yang boleh membawa kepada kemaksiatan.
2. Isteri wajib bersedia memenuhi kehendak batin suaminya bila-bila masa sahaja yang dikehendaki
3. Hendaklah bersegera meminta maaf kepada suami sekiranya berlaku kekasaran dalam percakapan.
4. Isteri tidak harus berpuasa sunat kecuali setelah mendapat keizinan daripada suaminya. Walaubagaimanapun isteri boleh berpuasa sunat tanpa meminta keizinan daripada suami sekiranya (suami) berada dalam musafir atau tiada di rumah.
5. Isteri dilarang keluar daripada rumahnya tanpa kebenaran daripada suami.
6. Hendaklah menunjukkan rasa hormat kepada ibubapa suaminya.([20])
JENIS-JENIS PERKAHWINAN YANG TERDAPAT PADA ZAMAN JAHILIAH.([21])
1. Nikah Istibdha’:
Suami menyerahkan isterinya yang telah habis (tamat) edahnya kepada lelaki lain lalu menyetubuhinya sehingga mengandung.
2. Lelaki yang kurang bilangannya daripada sepuluh orang melakukan persetubuhan terhadap seorang perempuan secara bergilir-gilir sehingga mengandung.
Manakala anak hasil daripada persetubuhan itu diserahkan kepada mana-mana lelaki yang difikirkan sesuai oleh perempuan tersebut, dengan itu tetaplah nasab anak tersebut dan mana-mana lelaki yang dinasabkan pada anak tersebut tidak harus menolaknya.
3.Nikah Badal (bertukar-tukar pasangan):
Suami menyerahkan isterinya kepada lelaki lain, di masa yang sama isteri lelaki itu diserahkan padanya.
4. Nikah Syigar (Nikah Percuma):
Seorang lelaki mengahwinkan anaknya ataupun hambanya pada lelaki lain dengan syarat anak atau hamba lelaki tersebut dikahwinkan padanya sebagai mahar (maskahwin). Nikah ini sememangnya mendapat larangan daripada Rasulullah setelah kedatangani islam sebagai mana sabdanya:
عن ابن عمر: أن النبى صلى الله عليه وسلم قال: لا شغار فى الإسلام.
Maksudnya: Hadis riwayat daripada Ibn Umar: Sesungguhnya nabi saw bersabda: “Tidak ada syigar sama sekali dalam islam”.
Manakala dalam riwayat yang lain Rasulullah SAW telah bersabda:
عن ابى هريرة قال رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن الشغار.
زاد ابن نمير : والشغار ان يقول الرجل للرجل: زَوْجَتِى ابنتك وأزَوجُك ابنتى او زَوجنى اختك وازوجك أختى
Maksudnya: Hadis riwayat daripada Abu Hurairah, dia berkata: “Rasulullah SAW melarang daripada nikah Syigar.
Ibn Numair menambahkan: “Nikah syigar itu contohnya seperti seorang lelaki berkata kepada lelaki lain: “Nikahkan anak perempuanmu kepadaku, nanti aku nikahkan anak perempuanku kepadamu”.
Atau “Nikahkan saudara perempuanmu denganku, nanti aku nikahkan saudara perempuanku denganmu.
أخْبَرَنِى ابو الزُّبَيْرِ انَّه سَمِعَ جَابِرَ بْنَ عبد الله يقول: نَهَى رَسُوْلُ اللهِ صَلَى اللهِ عليه وسلم عن الشِّغَارِ.
Maksudnya: Diceritakan oleh Abu Zubair: Sesungguhnya dia mendengar Jabir bin Abdullah pernah mengatakan: “Rasulullah SAW melarang daripada melakukan nikah syigar”.
Dalam hadis yang lain Rasulullah telah bersabda:
حَدِيثُ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنِ الشِّغَارِ وَالشِّغَارُ أَنْ يُزَوِّجَ الرَّجُلُ ابْنَتَهُ عَلَى أَنْ يُزَوِّجَهُ ابْنَتَهُ وَلَيْسَ بَيْنَهُمَا صَدَاق
Maksudnya: Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menegah daripada melaksanakan perkahwinan tanpa maskahwin iaitu seorang lelaki mengahwinkan anaknya dengan seorang lelaki lain supaya lelaki tersebut mengahwinkan pula anak perempuannya dengan dia dan perkahwinan itu tiada maskahwin. ([22])
5. Pelacuran.:
Pelacuran begitu merebak di zaman Jahiliah
6. Nikah Mut`ah:
Iaitu pada pendapat Imam Hanafi:-
Berkata seorang lelaki pada seorang perempuan yang bebas daripada sebarang larangan untuk dikahwini:-
1. Aku ingin bermut`ah denganmu dalam masa sepuluh hari atau beberapa hari. atau
2. Mut`ahkan dirimu padaku selama sepuluh hari atau beberapa hari. Atau
3. Tidak menyebut jangkamasa sebaliknya menyebut jumlah harta yang diberi.([23]) Nikah Mut`ah ini telah diharamkan oleh Ulama Jumhur kecuali Syiah Imamiyah yang mengatakan ianya diharuskan.([24]) Rasulullah sendiri telah mengharamkan nikah mut`ah selepas mengharuskanya pada sebahagian peperangan kerana berada dalam dharurat..
rrrrr
TAKRIF MUT`AH
Nikah mut`ah: Adalah nikah sementara yang ditentukan tempoh tamatnya.([25])
Manakala dalam kitab Feqh as-Sunah, Mut`ah dikenali sebagai perkahwinan sementara dan perkahwinan yang diputuskan (Al-Munqata’), iaitu seorang lelaki melakukan aqad nikah dengan seorang perempuan samaada untuk sehari, seminggu atau sebulan.
Ianya perkahwinan yang diharamkan kerana:-
1. Semata-mata memenuhi tutntutan hawa nafsu (syahwat), bukan bermaksud mencapai tanasul (keturunan), bukan memelihara kebajikan anak-anak (yang merupakan tujuan asal bagi perkahwinan) dan ianya menyerupai perbuatan zina kerana hanya ingin mencapai keseronokan.
2. Memberi mudharat kepada perempuan kerana ianya menjadi seperti barang dagangan yang sering berpindah dari tangan ke tangan. Ia juga memberi mudharat kepada anak-anak kerana tidak mempunyai rumah tempat untuk menetap dan tempat untuk mendidik (tarbiah).([26])
Mazhab Hanafi mentakrifkan Mut`ah itu seperti berikut:-
Iaitu berkata seorang lelaki kepada perempuan yang bebas daripada sebarang larangan untuk dinikahi:-
a. Aku ingin bermut`ah denganmu selama sepuluh hari atau beberapa hari. Atau
b. Mut`ahkan dirimu padaku selama sepuluh hari atau beberapa hari. Atau
c. Tidak menyebut masa, sebaliknya menyebut jumlah harta.([27])
Iaitu bagi pendapat Mazhab Hanafi, hendaklah lafaz itu diambil daripada perkataan mut`ah (المتعة). Sekiranya `aqad tersebut berlaku dengan lafaz kahwin (zawaj) atau lafaz (nikah) dengan tempoh tertentu, ianya menjadi perkahwinan sementara (mua’aqat), tidak menjadi nikah mut`ah.
Dengan ini bagi pendapat Mazhab Hanafi, mut`ah berbeza dengan kahwin sementara (zawaj mua’aqat). Perbezaannya adalah seperti berikut:-
a. Mut`ah tidak berlaku kecuali dengan lafaz mut`ah, sedangkan nikah sementara (nikah mua’aqat) berlaku dengan lafaz nikah atau kahwin.
b. Mut`ah tidak mensyaratkan saksi atau penentuan tempoh, sedangkan nikah sementara disyaratkan padanya saksi dan pembatasan tempoh.([28])
Ulama Jumhur mentakrifkan mut`ah itu dengan takrif yang hampir pada lafaz dan selari pada makna, ianya nikah nikah sementara (nikah mua’aqat) samaada dengan lafaz mut’ah, kahwin atau nikah, selama mana terhad dengan tempoh (masa) yang tertentu.([29])
Dengan ini nikah mut`ah meliputi nikah sementara bagi pendapat Jumhur Ulama.
Imam Syafie menjelaskan nikah mut`ah itu juga meliputi nikah cina buta (muhallil). Semua itu adalah nikah yang diharamkan dalam islam pada pendapat Ulama Jumhur.
NIKAH SEMENTARA (MUT`AH).([30])
Apakah yang dimaksudkan dengan nikah berwaktu/sementara/kontrak ataupun mut`ah yang sering kita dengar?
Iaitu `aqad perkahwinan antara lelaki dan perempuan yang mengandungi syarat-syarat yang telah ditentukan, antaranya;-
1. Ijab dan Qabul
Kata Imam Khomeini, “Ia seperti nikah yang kekal memerlukan kepada akad yang mengandungi ijab dan qabul yang berlafaz, tidak memadai dengan semata-mata redha melalui hati, tulisan dan isyarat”.([31])
2. Penentuan/pembatasan tempoh yang terkandung dalam sighah (lafaz) `aqad.
“Nikah mut`ah adalah diharuskan dalam syariat islam sebagaimana kami menyebutnya daripada aqad seseorang lelaki ke atas seorang perempuan mengikut tempoh yang tertentu dengan mas kahwin yang tertentu. Ciri-ciri nikah Mut`ah ialah aqad, tempoh dan mahar. Dalam nikah Mut`ah ditetapkan tempoh tertentu yang diredhai oleh kedua-duanya, samada sebulan, setahun atau sehari”. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab al-Nihayah Fi Mujarrad al-Feqh Wa al-Fatawa oleh Abu Jaafar Muhammad b. Hassan b. Ali al-Tusi, hal 489.
Adapun tempoh nikah mut`ah ialah mengikut keredhaan pasangan kedua-duanya sama ada sebulan atau setahun atau sehari, juga boleh dilakukan dalam tempoh satu jam atau dua jam, sehari,dua hari atau semalaman. Abu Jaafar bin Muhammad menyebut dalam kitabnya, bahawa Muhammad bin Yaakob daripada Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ibn Faddal daripada Abu Bukair daripada Zararah katanya, “Aku (Zararah) bertanya kepadanya (Abu Jayar) adakah harus seseorang lelaki bermut`ah dengan seorang perempuan sejam atau dua jam. Jawabnya, “Satu atau dua jam tidak terhenti kepada sempadan kedua-duanya, tetapi boleh dilakukan sekali atau dua kali, sehari atau dua hari dan semalaman atau seumpamanya”.([32])
Dalam kitab Al-Furu’ Minal Kafi, satu riwayat yang dikemukakan oleh mereka daripada Abu Hassan Ali Al-Jawad bahawa beliau pernah ditanya, “Berapa lamakah sekurang-kurangnya tempoh mut`ah itu boleh dilakukan? Adakah harus seseorang itu melakukannya dengan syarat sekali persetubuhan?, Beliau menjawab “Ya, tidak mengapa, tetapi bila selesai hendaklah memalingkan mukanya dan tidak memandang lagi kepadanya.([33])
3. Penentuan/pembatasan mahar atau maskahwin.
Juga disebut dalam Kitab al-Nihayah, “Apabila hendak berakad hendaklah disebut mas kahwin dan tempoh yang diredhai oleh pasangan dan sekurang-kurangnya mas kahwin ialah semangkuk gula atau setapak tangan makanan atau seumpama demikian itu”.
4. Mestilah mendapat keizinan daripada wali sekiranya anak dara seperti mana pendapat kebanyakan ulama Fuqaha’.
Mengikut ajaran dan fahaman Syiah, perkahwinan mut`ah tidak memerlukan saksi, wali dan perisytiharan. Disebut dalam Kitab al-Nihayah, “Adapun saksi dan perisytiharan nikah kedua-duanya bukan daripada syarat-syarat mut`ah dalam apa jua keadaan sekalipun, kecuali seseorang itu dituduh berzina, maka disunatkan pada ketika itu mengadakan dua orang saksi ketika `akad.([34])
Dalam kitab Tahriri Wasilah, Khomeini mengatakan mut`ah boleh dilakukan diantara seorang lelaki dan seorang perempuan dimana-mana sahaja, boleh dilakukan dengan perempuan Majusi, Nasrani,Yahudi dan dengan perempuan pelacur.([35]) Juga tidak menjadi keperluan menyoal samada perempuan tersebut itu telah bersuami atau sebaliknya.([36])
5.Tidak harus bagi muslimah bermut`ah dengan orang kafir, begitu juga tidak harus seorang Muslim bermut`ah dengan perempuan yang musyrik dan bukan ahli kitab.
Walau bagaimanapun Imam-imam Syiah yang mutakhir menganggap nikah mut’ah yang diharuskan oleh Rasulullah saw tidak mensyaratkan perempuan yang hendak dimut’ahkan itu islam atau ahli kitab…. Ini satu pendustaan terhadap perkahwinan mut`ah yang sememangnya diharuskan pada peringkat permulaan islam. Pada pendapat mereka, dibolehkan bermut`ah kepada mana-mana perempuan dengan tidak mengira agamanya.([37])
Daripada Jaafar As-Sadiq, sesungguhnya telah berkata: Tidak mengapa seseorang lelaki bermut’ah dengan perempuan Majusi, Nasrani dan Yahudi([38]) atau penzina (pelacur) kerana ianya menghalang daripada terus berzina (melacurkan diri). Kata-kata ini juga disepakati oleh Imam Khomeini naib pada zamannya dengan mengharuskan mut`ah dengan penzina (pelacur).([39])
At-Thusi meriwayatkan daripada Fadhal Maula Ahmed bin Rasyad bahawa dia menceritakan kepada Jaafar As Sadiq as, “Bahawa aku telah berkahwin dengan seorang perempuan secara mut`ah, setelah itu timbul dalam hatiku bahawa perempuan itu telahpun mempunyai suami”, maka aku pun menyelidiki keadaan yang sebenarnya. Tiba-tiba aku dapati memang dia mempunyai suami. Dia (Jaafar) berkata, “Kenapa kamu selidiki perkara tersebut”?.([40])
Walaubagaimana pun dalam kitab Tahriri Wasilah, mengatakan tidak harus perempuan bermut`ah dengan kafir serta seluruh asnafnya manakala bagi lelaki tidak boleh bermut`ah selain ahli kitab…([41])
6. Keluar daripada larangan-larangan syarak dalam nikah seperti keturunan, bersebab, persemendaan, perempuan yang telah berkahwin,perempuan yang beredah dan sebagainya.
Adalah menjadi kewajipan bagi kita mengetahui, kaum bangsawan dikalangan ulama-ulama Syiah tidak merelakan kaum kerabat (wanita) mereka dimut`ahkan kerana mereka tahu ianya membawa kepada mihnah (mudarat) kepada mereka, sebaliknya mereka (lelaki) boleh berbuat demikian terhadap orang lain.([42])
Telah datang Abdullah bin Umair Al-Laithi kepada Abi Jaafar, katanya: “Apa pendapat kamu tentang bermut’ah dengan perempuan?. Kata Abi Jaafar : “Allah telah menghalalkannya dalam kitabnya dan juga melalui lisan (lidah) nabinya saw, iaitu halal hingga hari kiamat”. Berkata Abdullah: Wahai Abi Jaafar seumpama engkau sanggup berkata sedemikian, sesungguhnya mut’ah telahpun diharamkan oleh Umar al-Khatab. Kata Abi Jaafar: “Sekiranya diamalkan?. Kata Abdullah: “Aku meminta dilindungi oleh Allah daripada menghalalkan sesuatu yang telahpun diharamkan oleh Umar. Kata Abi Jaafar: Kamu telah berhujah atas kata-kata sahabat kamu, sedangkan aku berhujah atas kata-kata Rasulullah saw. Sesungguhnya kata-kata yang yang dipegang adalah daripada Rasulullah saw dan terbatallah apa yang dikatakan oleh sahabat kamu. Lalu Abdullah bin Umair menghampirinya dan berkata: Adakah kamu suka sekiranya isterimu, anak perempuanmu, saudara perempuanmu dan anak perempuan saudaramu diperlakukan sedemikian?. Abi Jaafar menghindarkan diri ketikamana disebut isterinya dan anak sepupu-sepupu perempuannya.([43])
Abu Jaafar telah ditanya tentang sekurang-kurang umur perempuan yang boleh dilakukan mut`ah. Beliau menjawab, iaitu kanak-kanak yang tidak tertipu. Berkat perawi aku pun berkata, “semoga Allah mendamailkan engkau, berapakah minima umur perempuan yang tidak tertipu? Beliau menjawab, “sepuluh tahun”.
Al-Hulli dalam kitabnya Syarai`ul Islam, seseorang gadis cerdik yang sudah baligh boleh meng`akadkan mut`ahnya dengan sendiri, walinya tidak berhak membantah, samada ia masih dara atau janda.([44])
Mereka juga telah melakukan pendustaan terhadap Abu Jaafar As-Sadiq bahawa ia telah berkata: “Sesungguhnya mut`ah itu adalah daripada agamaku dan moyangku. Barangsiapa yang beramal dengannya bererti beramal dengan agamaku. Aku percaya pada agama selain agamaku. Mut’ah itu hampir kepada salaf, terhindar daripada syirik, anak hasil mut`ah lebih baik daripada anak nikah (nikah sebenar), engkar kepada mut`ah adalah kafir lagi murtad dan mengakuinya adalah mukmin yang mentauhidkan Allah, kerana dalam mut’ah mempunyai unsur sedekah yang diberikan kepada orang lain yang berhak”.
Mereka juga mendakwa Rasulullah SAW sediri telah berkata: Barang siapa yang meninggalkan dunia sedangkan ia belum bermut`ah, datang pada hari kiamat dalam keadaan kudung (rompong).([45])
Selain daripada itu mereka juga berkata tentang orang yang mendakwa sebagai Syeikh Ali Ibn Abdul Ali dalam risalahnya tentang mut`ah bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Barangsiapa bermut`ah sekali bebas satu pertiga daripada api neraka, barangsiapa yang bermut`ah dua kali bebas dua pertiga daripada api neraka dan barangsiapa yang bermut`ah tiga kali bebas daripada api neraka seluruhnya”.
Seakan-akan seruan bermut`ah itu akan menghindarkan pengamalnya daripada api neraka dan akan dimasukkan kedalam syurga. Ini bererti mereka meninggalkan mujahadah diri, meninggalkan larangan munkar dan sebagainya. Dengan ini mereka mendakwa bahawa untuk menghindarkan diri daripada api neraka serta azabnya dan ingin mencapai syurga (kesenangan akhirat), jalannya hanya dengan berlazat (berseronok) dan tunduk kepada keinginan hawa nafsu.([46])
Manakala dalam Minhajus Sadiqin mereka mendakwa bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Barangsiapa yang bermut`ah sekali, ianya terhindar daripada ketidak puasan yang menebal, barangsiapa yang bermut`ah dua kali termasuk bersama orang-orang Abrar (yang diterima Allah) dan barangsiapa yang bermut`ah tiga kali, hatinya hampir denganku”.
Bukan setakat itu, bahkan mereka melampaui batas dengan dakwaan-dakwaan yang lebih bahaya sebagaimana dalam tafsir Minhajus Sadiqin, mereka mendakwa bahawa nabi bersabda: “Barangsiapa bermut`ah sekali darjatnya seperti darjat Hussein RA (Imam yang ketiga maksum bagi pendapat Syiah Imamiah), barangsiapa yang bermut`ah dua kali darjatnya seperti darjat Hasan bin Ali RA, barang siapa yang bermut`ah tiga kali darjatnya seperti darjat Ali Abi Talib RA dan barangsiapa yang bermut`ah empat kali darjatnya sama dengan darjatku”.
Alangkah mudahnya jalan untuk sampai kepada darjat Rasulullah saw pada pandangan Syiah Rawafidh, iaitu hanya dengan bermut`ah dan melakukan perkara zindik, semudah-mudah taklif. Pendapat ini amat bertentangan dengan ahli sunah yang amat payah untuk sampai kepada darjat
Rasulullah SAW bahkan mustahil.([47])
UNSUR-UNSUR PERSAMAAN DIANTARA NIKAH YANG BERKEKALAN DAN NIKAH MUT`AH.-
1.`Aqad yang berdasarkan syarak mempunyai ijab dan qabul yang berlafaz.
2.Kesan-kesan syarak beraku dalam `aqad kecuali perkara-perkara yang dikecualikan oleh dalil-dalil khusus.
3.Hukum-hakam tentang anak (nasab) adalah serupa dalam suami isteri.
Walaubagaimana pun telah berlaku khilaf dikalangan para `ulama, adakah perempuan yang mengandung melalui nikah mut`ah anaknya akan dinasabkan kepada bapanya?.
a. Al-Qurthubi menyebut bahawa Ibn Athi ada mengatakan anak tersebut dinasabkan kepada bapanya.
b. Manakala Abi Jaafar an-Nuhas, pengarang kitab (An-Nasikh wa al-mansukh) mengatakan perbuatan tersebut adalah salah. Anak hasil daripada nikah mut`ah tidak boleh dinasabkan kepada bapanya.([48])
4.Edah wajib ke atas perempuan yang telah dijimak ataupun tidak, manakala bagi yang kematian suami wajib idah walaupun perempuan tersebut masih kecil atau belum berlaku jimak dengannya.
UNSUR-UNSUR PERBEZAAN ANTARA KEDUANYA([49])
1- Terdapat pembatasan tempoh melalui nikah mut`ah manakala nikah yang berkekalan tidak ditentukan tempohnya.
2- Melalui nikah mut`ah disyaratkan menyebut mahar atau maskahwin manakala nikah biasa tidak disyaratkan sedemikian.
3- Melalui nikah Mut`ah: tidak terdapat talak bahkan dibainkan perempuan tersebut kerana tempoh tamat atau kerana kematian, manakala dalam nikah biasa perempuan tidak di bainkan selain dengan talak atau kerana kematian, kecuali pada perkara-perkara yang terkecuali seperti berlakunya murtad dan fasakh, maka di bolehkan bain tanpa talak.
Pada hakikatnya: Persoalan samaada talak dalam nikah mut`ah tersebut wujud mahupun sebaliknya adalah samasekali tidak penting, kerana asal aqad nikah mut`ah adalah batal. Sedangkan talak hanyalah berlaku dalam aqad nikah yang sahih.([50])
4- Dalam nikah mut`ah tidak berlaku waris mewaris antara suami isteri walaupun disyaratkan oleh sebahagian ulama fuqaha’, manakala dalam nikah biasa suami isteri sama-sama boleh mewarisi harta masing-masing kecuali dengan keadaan tertentu seperti jadi pembunuh atau isteri bukan seorang islam (murtad).
5- Dalam nikah Mut`ah isteri tidak mendapat sebarang nafkah walaupun ada tersebut dalam `aqad, manakala dalam nikah biasa adalah wajib memberi nafkah pada isteri kecuali dalam keadaan tertentu seperti kerana isteri nusyuz (engkar pada suami).
6- Dalam nikah mut`ah: perempuan berhak mengambil semua mahar (mas kahwin) tersebut walaupun belum berlaku jimak sekiranya tidak berlaku halangan sebelumnya, manakala dalam nikah biasa mahar (mas kahwin) itu bukanlah menjadi hak mutlak perempuan kecuali selepas berlakunya jimak.
7- Nikah mut`ah tidak menentukan bilangan wanita yang dimut`ahkan.
Dalam nikah mut`ah tidak ditentukan bilangan wanita yang dimut`ahkan, boleh dilakukan sampai seribu orang wanita. Disebut di dalam Kitab Tahzib al-Ahkam, “Daripada Ubaid bin Zararah daripada bapanya daripada Abdullah a.s katanya, disebutkan kepadanya tentang mut`ah adakah dihadkan kepada empat orang sahaja? Jawabnya, “ Kahwinillah perempuan-perempuan itu walaupun seribu orang kerana mereka itu merupakan perempuan-perempuan yang disewakan”.([51])
Riwayat daripada Jaafar as-Sadiq bahawa beliau telah berkata, “Tidak mengapa seseorang boleh melakukan mut`ah dengan seseorang perempuan seberapa kali yang dikehendakinya”.([52])
Bahkan lebih daripada itu golongan Syiah berpendapat harus menyewakan faraj dan menghadiahkan kepada sahabat handai. at-Tusi meriwayatkan daripada Abu Hassan bahawa dia berkata: Aku bertanya Abi Abdillah as tentang peminjaman faraj, dia menjawab, tidak mengapa!!.([53])
Pembohongan ini sebenarnya mendedahkan kepada kita tentang niat jahat mereka untuk mmenghancurkan islam khususnya sistem kekeluargaan, dimana mereka seolah-olah menghalalkan pelacuran dan amalan seks secara rambang tanpa sebarang sekatan.
Golongan Syiah juga mengharuskan seseorang itu mengamalkan amalan kaum Lut yang telah dibinasakan oleh Allah dengan isterinya atas nama Ahlul Bait. Al-Kulaini meriwayatkan daripada al-Ridha bahawa beliau ditanya oleh Safwan bin Yahya, “Salah seorang hamba bebasanmu menyuruh aku bertanya engkau. Al-Redha berkata , “Apa pertanyaan itu”, Aku berkata, “Bolehkah seseorang mendatangi isterinya pada duburnya? Al-Redha menjawab, “Itu haknya”, berkata Safuan bin Yahya, “Maka aku pun bertanya dia, “Adakah engkau melakukannya”, Jawabnya, “Aku tidak melakukannya”.
Diriwayatkan juga dari Abu Hassan al-Ridha (imam yang kelapan yang dianggap maksum) satu riwayat yang lebih jelas dan lebih jelik daripada riwayat di atas, kerana At-Tusi meriwayatkan bahawa beliau (Al-Redha) ditanya oleh seseorang lelaki tentang seorang yang mendatangi isterinya dari belakang (pada dubur), Ar-Redha menjawab, “Satu ayat dalam kitab Allah menghalalkannya, iaitu kata-kata Nabi Lut as sebagai mana yang dihikayatkan oleh Allah melalui firmannya:
هَؤُلاءِ بَنَاتِي هُنَّ أَطْهَرُ لَكُمْ
Maksudnya: Ini anak-anak perempuanku lebih suci untuk kamu.([54])
Sebahagian mereka meriwayatkan daripada Jaafar as-Sadiq melalui Abdullah bin Abi Yaafur bahawa beliau berkata, “Aku bertanya Abu Abdillah (Jaafar as-Sadiq) tentang seorang yng mendatangi isterinya pada duburnya, Dia berkata, “Tidak mengapa jika isterinya reda dengan perbuatan tersebut”. Aku pun berkata, “Ke mana pula maksud firman Allah:
فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمْ اللَّهُ
Maksudnya: Datangilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu.([55])
Lalu Jaafar bin as-Sadiq menjawab, “Tempat itu untuk mencari anak”.([56])
Perkahwinan Mut`ah atau perkahwinan sementara ini diamalkan pada zaman Rasulullah sebagaiman firman Allah SWT:
وَالْمُحْصَنَاتُ مِنْ النِّسَاءِ إِلا مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ كِتَابَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَأُحِلَّ لَكُمْ مَا وَرَاءَ ذَلِكُمْ أَنْ تَبْتَغُوا بِأَمْوَالِكُمْ مُحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ فَمَا اسْتَمْتَعْتُمْ بِهِ مِنْهُنَّ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةً وَلا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا تَرَاضَيْتُمْ بِهِ مِنْ بَعْدِ الْفَرِيضَةِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
Maksudnya: Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu. Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.([57])
Dan dikatakan bahawa para sahabat dan tabieen seperti Abdullah Ibn Abas, Jabir Ibn Abdullah al-Ansari, Ibn Masuud, Ubai Ibn Kaab, ‘Imran Ibn Hussein mereka telah memberi fatwa bagi mengharuskan mut`ah ini. Mereka mengatakan Umar Al-Khatab-lah yang telah memberhentikan amalan ini dan mengharamkannya, kerana pada pendapatnya mut`ah itu satu amalan yang tidak bermoral...tetapi yang paling rajih dan tepat amalan mut`ah itu telah pun diharamkan pada zaman Rasulullah selepas menasakhkannya.
Bahkan perkahwinan mut`ah ini merupakan salah satu titik perselisihan dikalangan Ahli Sunnah Wal Jemaah itu sendiri kerana setengahnya memberi fatwa mengharuskannya kemudian datang fatwa yang melarangnya.
DALIL-DALIL SYIAH IMAMIAH UNTUK MENGHARUSKAN MUT`AH
Untuk menguatkan pegangan mereka ahli Syiah Imamiah mengemukakan beberapa dalil berdasarkan kepada nas-nas al-Quran dan al-Hadith untuk tujuan tersebut, antaranya:-
Dalil-dalil daripada al-Quran:
Firman Allah S.W.T:
وَالْمُحْصَنَاتُ مِنْ النِّسَاءِ إِلا مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ كِتَابَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَأُحِلَّ لَكُمْ مَا وَرَاءَ ذَلِكُمْ أَنْ تَبْتَغُوا بِأَمْوَالِكُمْ مُحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ فَمَا اسْتَمْتَعْتُمْ بِهِ مِنْهُنَّ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةً وَلا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا تَرَاضَيْتُمْ بِهِ مِنْ بَعْدِ الْفَرِيضَةِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا.
Maksudnya: Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu. Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.([58])
sebagaimana ayat yang tersebut di atas adalah menunjukkan bahawa nikah mut`ah memang diharuskan oleh Allah, kerana makna firman Allah:
(فَمَا اسْتَمْتَعْتُمْ بِهِ)
Maksudnya: Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu).
iaitu menikahi perempuan-perempuan secara mut`ah dengan bayaran. Ini telah dijelaskan dalam qiraat yang lain antaranya riwayat daripada Ubai Ibn Ka’ab, Ibn Mas’uud, Ibn Abas dan Ibn Jubair dengan lafaz, firman Allah:
(فَمَا اسْتَمْتَعْتُمْ بِهِ مِنْهُنَّ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةً )
Maksudnya: Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna).
iaitu nas bemaksud mut`ah yang disebut tempoh.([59])
Telah berkata Ibn Abas tentang qiraat Ubai Ibn Ka’ab (الى أجل مسمى)
Bahawasanya Ubai Ibn Ka’ab telah berkata, “Allah telah merahmati Umar Al-Khatab, bukanlah mut`ah itu melainkan satu rahmat Allah untuk hamba-hambanya, dan seandainya mut`ah itu ditegah oleh Umar nescaya kami telah berhajat kepada zina.([60])
Firman Allah SWT:
(فَمَا اسْتَمْتَعْتُمْ بِهِ مِنْهُنَّ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةً)
Maksudnya: Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna).
Ayat ini tidak dinasakhkan oleh sebarang hadith yang diriwayatkan oleh ahli muhadisin dalam mengharamkan nikah mut`ah, manakala hadith ahad tidak dapat (tidak mampu) menasakhkan ayat al-Quran yang mempunyai mertabat mutawatir, oleh kerana itulah pengharusan nikah mut`ah telah sabit dengan ijmak pada zaman Rasulullah saw mut`ah tidak hanya diqasadkan secara lughawi bahkan diqasadkan secara sebutan syarak, maka jadilah maksud nikah mut`ah itu sama seperti apa yang dilafazkan dalam solat, zakat, puasa dan haji sebagaimana yang di sebut dalam Al-Quran.([61]) Ulama jumhur fuqaha telah menolak pendapat syiah Imamiyah ini dengan mengatakan bahawa firman Allah SWT:
(فَمَا اسْتَمْتَعْتُمْ بِهِ مِنْهُنَّ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةً)
Maksudnya: Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna)
bukanlah bermaksud nikah mut`ah sebaliknya maksudnya ialah nikah biasa, dan ini telah disepakati oleh ayat- ayat yang sebelumnya dan berikutnya, maka jadilah maknanya,
فما انتفعتم وتلذذتم بالجمـاع من النسـاء بالنكاح الشـرعى فآتوهن مهورهن
ini adalah pendapat daripada Hasan, Mujahid dan ulama lain ([62]). Al-Quran telah mengibaratkan mahar itu sebagai ujrah (sewa) dalam kebanyakan ayat, antaranya firman Allah SWT:
(......فانكحوا باذن اهلهن وآتوهن اجورهن فريضة)
Maksudnya: Kahwinilah mereka dengan izin tuannya, dan bayarlah maharnya dengan patut,([63])
Firman Allah SWT:
الْيَوْمَ أُحِلَّ لَكُمْ الطَّيِّبَاتُ وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حِلٌّ لَكُمْ وَطَعَامُكُمْ حِلٌّ لَهُمْ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنْ الْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنْ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ إِذَا آتَيْتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ مُحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ وَلاَ مُتَّخِذِي أَخْدَانٍ وَمَنْ يَكْفُرْ بِالْإِيمَانِ فَقَدْ حَبِطَ عَمَلُهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنْ الْخَاسِرِينَ.
Maksudnya: Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka). Dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya - di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka maskahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina, dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan. Dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah ia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.([64])
Firman Allah SWT:
وَلا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ أَنْ تَنكِحُوهُنَّ إِذَا آتَيْتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ وَلَا تُمْسِكُوا بِعِصَمِ الْكَوَافِرِ وَاسْأَلُوا مَا أَنفَقْتُمْ وَلْيَسْأَلُوا مَا أَنفَقُوا ذَلِكُمْ حُكْمُ اللَّهِ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ.
Maksudnya: Dan tidaklah menjadi salah kamu berkahwin dengan mereka (perempuan-perempuan yang berhijrah itu) apabila kamu memberi kepada mereka maskahwinnya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang Islam) tetap berpegang kepada akad perkahwinan kamu dengan perempuan-perempuan yang (kekal dalam keadaan) kafir, dan mintalah balik maskahwin yang kamu telah berikan, dan biarkanlah mereka (suami-suami yang kafir itu) meminta balik apa yang mereka telah belanjakan. Demikianlah hukum Allah; Ia hukumkan di antara kamu (dengan adil). Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. ([65])
Firman Allah SWT:
يَاأَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَحْلَلْنَا لَكَ أَزْوَاجَكَ اللَّاتِي آتَيْتَ أُجُورَهُنَّ وَمَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ مِمَّا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَيْكَ وَبَنَاتِ عَمِّكَ وَبَنَاتِ عَمَّاتِكَ وَبَنَاتِ خَالِكَ وَبَنَاتِ خَالاتِكَ اللَّاتِي هَاجَرْنَ مَعَكَ وَامْرَأَةً مُؤْمِنَةً إِنْ وَهَبَتْ نَفْسَهَا لِلنَّبِيِّ إِنْ أَرَادَ النَّبِيُّ أَنْ يَسْتَنكِحَهَا خَالِصَةً لَكَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ قَدْ عَلِمْنَا مَا فَرَضْنَا عَلَيْهِمْ فِي أَزْوَاجِهِمْ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ لِكَيْلا يَكُونَ عَلَيْكَ حَرَجٌ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا.
Maksudnya: Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isteri-isterimu yang engkau berikan maskahwinnya, dan hamba-hamba perempuan yang engkau miliki dari apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang; dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu; dan (Kami telah halalkan bagimu) mana-mana perempuan yang beriman yang memberikan dirinya kepada Nabi (untuk dikahwininya dengan tidak membayar maskahwin) kalaulah Nabi suka berkahwin dengannya; perkahwinan yang demikian adalah khas bagimu semata-mata, buka bagi orang-orang yang beriman umumnya; sesungguhnya Kami telah mengetahui apa yang Kami wajibkan kepada orang-orang mukmin mengenai isteri-isteri mereka dan hamba-hamba perempuan yang mereka miliki; - supaya tidak menjadi keberatan bagimu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani..([66])
Semua ayat di atas membawa maksud nikah yang sebenar juga kesemua ayat tentang nikah ini Allah telah mengibaratkan mahar itu sebagai ujrah (bayaran yang mesti). Dengan itu jadilah firman Allah:
(فمااستمتعتم به منهن فآتوهن أجورهن فريضة),
Maksudnya: Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna).
ayat ini menerangkan berlakunya perkahwinan itu dengan mahar dan tujuan mahar itu sendiri adalah ihsan (ikatan perkahwinan yang berterusan) bukan semata-mata melakukan persundalan terhadap perempuan.
Ayat ini juga telah disepakati oleh firman Allah:
إِلا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ. فَمَنْ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الْعَادُونَ.
Maksudnya: Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. ([67])
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ
Maksudnya: Dan mereka yang menjaga kehormatan.([68])
kerana makna mut`ah adalah menuntut perempuan tanpa melalui perkahwinan yang sah dari segi syarak atau ingin memiliki perempuan dengan cara yang melampau dengan meninggalkan peraturan peraturan-peraturan Allah swt kepada mengerjakan perkara-perkara yang diharamkan. Perempuan yang menjadi tempat berseronok itu bukanlah menjadi isterinya yang sebenar, kerana Syiah tidak mengiranya bilamana isterinya yang sah mencapai bilangan empat orang, mereka berhak bermut`ah (berseronok) dengan perempuan sebanyak mana yang mereka kehendaki. Kerana itu mereka yang mengamalkan mut`ah tidak dihukum rejam walaupun berzina kerana tidak dianggap berkahwin iaitu tidak termasuk di bawah firman Allah:
(محصنين غير مسـاحين)
Maksudnya: … sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina.
perempuan yang di mut`ah itu tidak berhak mewarisi harta daripada pasanganya begitu juga lelaki yang yang melakukan mut`ah tidak berhak mewarisi harta perempuan yang yang di mut`ahkannya dan juga tidak berlaku talak.
Dengan ini tidak sah mengihtimal ayat tersebut sebagai mengharuskan perbuatan mut`ah kerana bertentangan dengan maksud firman Allah:
ِبِاذْنِ أهْلِهِنِّ
Maksudnya: Dengan mendapat keizinan keluarga mereka (perempuan).
di mana nikah dengan mendapat keizinan keluarga tidak dapat lari daripada wali dan dua orang saksi, ini adalah nikah sebenar di sisi syarak bukannya mut`ah yang telah jauh menyeleweng peraturan syarak. Perbuatan mut`ah juga menafikan ayat-ayat al-Quran tentang hukum-hakam nikah, talak, edah dan pewarisan (warisan harta).([69])
Qiraat terhadap firman Allah swt:
(فما استمتعتم به منهن الى اجل مسمى فأتوهن أجورهن)
Maksudnya: Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna).
adalah qiraat syazah dan tidak berbentuk Quran kerana tidak sampai mertabat mutawatir, juga dalam keadaan zanni dan boleh dinasakhkan dengan hadis-hadis yang melarang perbuatan mut`ah .
Dalil-dalil daripada al-Hadis.
Pertama:
مارواه عبد الله بن مسعود قال: كنا نغزوا مع رسول الله وليس لنا شىء، فقلنا: ألا نستخصى؟ فنهانا عن ذلك،ثمرخص لنا ان تنكح المرأة بالثوب إلى أجل،ثم قرأ علينا(يا ايها الذين امنوا لاتحرموا طيبات ما احل الله لكم ولا تعتدوا إن الله لايحب المعتدين)
Maksudnya: Diriwayatkan daripada Abdullah r.a katanya: Kami telah keluar berperang bersama Rasulullah s.a.w tanpa membawa isteri. Kami bertanya Rasulullah bolehkah kami mengembiri (kasi) kemaluan kami. Rasulullah segera menahan kami dari melakukannya. Baginda membenarkan kami mengahwini orang perempuan bermaskahwinkan sehelai baju untuk tempoh waktu yang tertentu, kemudian Abdullah membaca firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تُحَرِّمُوا طَيِّبَاتِ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكُمْ وَلا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ ) )
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman jangan sekali-kali kamu mengharamkan benda baik yang telah Allah halalkan untuk kamu dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampau batas”.([70])
Berkata Al-Hazimi selepas hadis ini diriwayatkan: Hadis ini adalah hadis hasan sahih.([71])
Melalui isnad ini pula, Abu Bakar bin Abu Syaibah meriwayatkan sebuah hadis yang senada dengan hadis di atas.
عن عمر بن دينار قال: سمغت الحسن بن محمد يحدث عن جابر بن عبد الله وسلمة بن الأكوع، قالا: خرج علينا منادى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قد أذن لكم ان تستمعوايعنى متعة النساء.
Maksudnya: Daripada Amir bin Dinar, dia berkata: “Aku mendengar Hasan bin Muhammad menceritakan dari Jabir bin Al-Akwa’ yang mengatakan: Juru panggil Rasulullah SAW menemui kami dan berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW sudah merestui kalian untuk mengahwini secara mut’ah kepada kaum perempuan.
Hadis ini secara jelas menunjukkan bahawa para sahabat Rasulullah yang keluar berperang bersamanya tidak ada beserta pada mereka wanita-wanita (isteri mereka). Mereka menuntut daripada Rasulullah supaya diizinkan melakukan kembiri, lalu dilarang oleh Rasulullah berbuat demikian sebaliknya memberi kemudahan bermut`ah dengan wanita dibayar dengan pakaian dan sebagainya.
Berdasarkan qiraat Ibn Masuud terhadap ayat selepas riwayatnya terhadap hadis, maksud hadis tersebut menolak pendapat yang mengatakan haramnya mut`ah, kerana alasannya kalau sekiranya bukan perkara kebaikan tidak mungkin Rasulullah menghalalkannya([72]). Menurut hadis riwayat Bukhari, tidak dapat di tentukan masa atau waktu sebenar mut`ah diharuskan. Walaubagaimana pun kalau ditinjau dalam hadis riwayat Muslim dan Baihaqi yang datang selain daripada lafaz Ibn Masuud telah berkata: kami adalah pemuda, kami berkata pada Rasulullah: Wahai rasulullah adakah boleh kami berkembiri (kasi)? Berkata Rasulullah: tidak, kemudian dipermudahkan (diberi rukhsah) pada kami mengahwini wanita-wanita dengan pakaian dan bertempoh, lalu di baca oleh Abdullah firman Allah swt:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تُحَرِّمُوا طَيِّبَاتِ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكُمْ وَلا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ .
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.([73])
Berkata Baihaqi: Riwayat ini menunjukkan mut`ah diharuskan sebelum pembukaan Khaibar dan Mekah, kerana Abdullah Ibn Masuud ra meninggal dunia tahun 32H dan umurnya enam puluh tahun lebih. Pembukaan Khaibar berlaku pada tahun 7H manakala pembukaan Mekah berlaku pada tahun 8H dan umurnya ketika itu hampir empat puluh tahun, kalau di kira logik zaman pemudanya telah pun berlalu ketika itu.([74])
Pendapat mereka ditolak oleh para Ulama Jumhur dengan mengatakan bahawa hadis tersebut menunjukkan mut`ah diharamkan sebelum kedatangan islam dan sebelum Rasulullah memudahkan (merukhsahkan) kepada sahabat-sahabat yang bertanya tentang pengembirian (pengasian) kalau tidak, pertanyaan tersebut tidak berfaedah. Dengan itu mereka dilarang melakukan kembiri sebaliknya di izinkan bermut`ah dalam masa peperangan dengan kebaikan dan sebagainya mengikut tempoh tertentu. Kemudian ditegah selepas daripada itu, melalui hadis-hadis riwayat daripada Ali bin Abi Talib dan orang lain yang merupakan nasakh bagi hadis Ibn Masuud, dengan ini sempurnalah pendapat yang mengharamkan mut`ah.([75])
Demikian juga terdapat riwayat-riwayat lain daripada Ibn Masuud yang mengandungi rujuk kembalinya (pembatalan semula) terhadap pendapat yang mengharuskan dan menghalalkan mut`ah kerana kata-katanya lebih awal berbanding kata-katanya yang mengharuskan mut`ah lebih awal sebelum ia mengetahui larangan tersebut. Apabila larangan itu sampai kepadanya, pendapat atau kata-kata mengharuskan mut`ah itu ditarik semula olehnya (dibatalkan semula) ([76]).
Berdasarkan pada Qiraat Ibn Masuud untuk ayat selepas riwayatnya terhadap hadis, ianya menolak pendapat yang menolak mut`ah itu diharuskan dengan pengharusan semata-mata (mutlak) kerana ianya ternyata melampau. Rasulullah memberi kemudahan (rukhsah) ketika dalam keadaan darurat (peperangan) kerana ketiadaan wanita dan juga sangat berhajat kepadanya, maka orang-orang yang mengharuskanya secara mutlak sedangkan terdapat ramai wanita yang boleh dikahwininya dengan perkahwinan yang berkekalan (nikah sebenar) ianya termasuk orang-orang yang melampau, dan Allah tidak menyukai orang-orang yang melampau batas.
Kedua:
مارواه جابر وسلمه بن الأكوع قالا: كنا فى جيش، فأتانا رسول الله فقال: إنه قد أذن لكم أن تستمعوا، فاستمتعوا)
Maksudnya: Hadis riwayat Jabir dan Salamah bin Akwa’berkata: Kami adalah dikalangan tentera-tentera, lalu Rasulullah datang kepada kami dan berkata: Aku telah mengizinkan kamu supaya bermut`ah, maka oleh itu bermut`ahlah kamu.( [77])
Ibnu Muslim telah menambah dalam riwayatnya iaitu bererti (bermut`ah dengan perempuan).
Hadis ini kita tidak berdiri atas nama peperangan dan juga bukan atas nama Rasulullah SAW. Hadis ini adalah merupakan dalil yang jelas daripada Rasulullah yang mengharuskan mut`ah dan di izinkan ketika dalam peperangan.
Pendapat ini ditolak oleh ulama Jumhur dengan alasan ketika itu ialah waktu pembukaan Mekah kemudian diharamkan untuk selama-lamanya selepas itu.([78])
Ketiga:
( ما رواه جابر بن عبد الله قال: كنا نستمتع بالقبضة من التمر والدقيق الايام على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم وأبى بكر، حتى نهى عنه عمر فى شأن عمر وإبن حريث)
Maksudya: Hadis riwayat daripada Jabir bin Abdullah telah berkata: Adalah kami pernah bermutaah dengan maskahwin segenggam daripada tamar dan tepung pada hari-hari di zaman Rasulullah SAW dan Abu Bakar sehingga dilarang kemudianya pada zaman Umar Al-Khatab ketika hal tersebut itu dilakukan oleh Amir bin Harith.([79])
Hadis ini menunjukkan mut`ah itu telah di haruskan pada zaman Rasulullah dan Abu Bakar sehinggalah di larang pada zaman Khilafah Umar Al- Khatab. Ini bererti Rasulullah tidak melarang mut`ah sebaliknya ianya hanya dilarang pada zaman Umar Al-Khatab.([80])
Keempat:
(ما رواه عطاء قال: قدم جابر بن عبد الله معتمرا، فجئنا فىمنزله، فسأله القوم عن أشياء، ثم ذكروا المتعة، فقال: نعم، استمتعنا على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم وأبى بكر وعمر)
Maksudnya: Hadis riwayat Ata’ telah berkata: “Jabir telah kembali daripada mengerjakan umrah, kemudian kami datang ke rumahnya. Beberapa orang bertanya tentang beberapa hal. Kemudian mereka menyebut-nyebut tentang mengenai mut’ah. Abdullah bin Jabir menjawab: “memang, pada zaman Rasulullah SAW aku, Abu Bakar dan Umar pernah melakukan nikah mut`ah. ([81])
Hadis ini samalah seperti hadis-hadis yang terdahulu menunjukkan bahawa para sahabat telah bermut`ah pada zaman Rasulullah, Abu Bakar dan Umar al-Khatab. Juga hadith ini menunjukkan mut`ah itu memang tidak diharamkan oleh Rasulullah, kerana kalau sekiranya mut`ah ini diharamkan nescaya para sahabat tidak melakukannya. Ianya terus berkekalan sehinggalah tibanya zaman khalifah Umar Al-Khatab dan mengharamkanya.([82])
Pendapat ini di tolak oleh oleh ulama Jumhur, dengan mengatakan bahawa perbuatan mut`ah oleh sebahagian sahabat selepas kewafatan Rasulullah kerana mereka belum mendapat maklumat larangan daripada Rasulullah sendiri, ertinya larangan tersebut belum sampai pada mereka kecuali pada zaman khalifah Umar Al-Khatab. Ketika mana pengistiharan larangan tersebut dan larangan daripada Umar sendiri, kebanyakan para sahabat yang telah pun mengetahui larangan tersebut pada zaman Rasulullah dan tidak melakukannya lagi.([83])
Khalifah Umar Al-Khatab melarang mut`ah bukanlah dengan menggunakan ijtihadnya semata-mata, tetapi berlandaskan kepada larangan Rasululah. Ini telah dijelaskan melalui hadis riwayat Ibn Majah daripada Ibn Umar telah berkata: Ketika mana Umar dilantik sebagai Khalifah, lalu berkhutbah di hadapan orang ramai, antara kandungan khutbahnya: “Sesungguhnya Rasulullah telah mengizinkan kepada kita bermut`ah sebanyak tiga kali kemudian mengharamkanya, demi Allah aku tidak mahu mendengar seorang pun melakukan mut`ah sedangkan ia telah berkahwin, hukumannya adalah rejaman dengan batu, kecuali di datangkan empat orang saksi yang menyaksikan bahawa Rasulullah menghalalkan mut`ah atau mengharamkannya.([84])
Berkata At-Tahawi: Telah berkhutbah Umar Al-Khatab lalu melarang perbuatan mut`ah, kemudian mengatakan ianya daripada Rasulullah saw sehingga tidak ada seorang pun yang membantah, ini merupakan dalil setujunya mereka terhadap larangan perbuatan mut`ah.([85])
Kelima:
ما رواه الإمام أحمد عن أبىَّ عن يحيى عن عمران العصير عن أبى رجاء عن عمران بن حصين قال: نزتلت آية المتعة فى كتاب الله تبارك وتعالى، وعملنابها مع رسول الله فلم تنزل آية تنسخها، ولم ينه عنها النبى صلى الله عليه وسلم حتى مات.
Maksudnya:Hadis riwayat daripada imam Ahmad daripada Abdullah daripada Ubai daripada Yahya daripada `Imran Al-`Usair daripada Abi Rija daripada `Imran Ibn Hussein telah berkata: “Telah di turunkan ayat mengenai mut’ah dalam kitabullah, lalu kami beramal denganya bersama Rasulullah, tidak turun ayat yang menasakhkannya dan Rasulullah sediri tidak melarangnya sehinggalah kewafatanya.([86])
Hadis ini secara jelas merupakan dalil harusnya mut`ah pada zaman Rasulullah sehinggalah tiba kewafatanya, baginda tidak melarang melakukannya dan tidak turun sebarang ayat yang menasakhkannaya.
Pendapat ini ditolak oleh Ulama Jumhur fuqaha dengan mengatakan larangan perbuatan mut`ah itu telah pun sabit daripada Rasulullah sendiri melalui hadis-hadis yang sahih. (Akan di sebut melalui dalil Jumhur dalam mengharamkam mut`ah).
Ada dikalangan para sahabat yang mengetahui larangan itu daripada Rasulullah selepas ianya di haruskan lalu meriwayatkan hadis-hadis yang melarangnya, sebahagian sahabat yang yang tidak mengetahui maklumat larangan tersebut terus meriwayatkan hadis-hadis yang mengharuskan mut`ah.
Keenam:
ان القول بحل المتعة قال به كثير من الصحابة بعد وفات االرسول صلى الله عليه وسلم منهم أسماء وجابر بن عبد الله بن مسعود وعبد الله بن عباس ومعاوية وأبو سفيان وأبو الخذرى، وكثير من التابعين منهم طاووس وعطاء وسعيد بن جبير وسائر فقهاء مكة، قد أباحها الرسول (ص) فى مواضع متعددة مما يدل على إباحتها.
Bahawa sanya kata-kata yang mengharuskan mut`ah sebagaimana yang disebut oleh sebahagian besar para sahabat selepas kewafatan baginda Rasulullah SAW antaranya, Asma’, Jabir Ibn Abdullah, Abdullah Ibn Masuud, Abdullah Ibn Abbas, Muawiyah, Abu Sufyan, Abu Said Al-Khudri dan sebahagian besar para tabiin antaranya Taaus, `Ata, Said Ibn Jabir dan seluruh fuqaha’ Mekah ([87]). Rasulullah telah mengharuskan mut`ah berdasarkan dalil-dalil yang banyak diriwayatkan.—lihat nil Autar. ([88])
Pendapat ini di tolak oleh Ulama jumhur dengan mengatakan khilaf tersebut telah berlaku sebelum Khilafah Umar al-Khatab, sehinggalah sempurna ijmak untuk mengharamkan mut`ah pada zamannya, selepas Ibn Abbas merujuk (membatalkan) pada riwayat yang mengharuskannya kepada mengharamkannya, katanya semua faraj selain daripada itu adalah haram.([89])
dan katanya lagi ( ما بهذا أفتيت) ([90]). Riwayat-riwayat yang mengharamkan mut`ah itu lebih kuat kerana ianya di riwayatkan pada saat-saat akhir zaman Rasulullah dan wafat selepas itu, oleh itu para sahabat yang mengharuskan mut`ah tidak ada ketika Rasulullah mengharamkannya, sehinggalah tersebar pengharamannya pada zaman Umar Al-Khatab. Sebahagian para sahabat mengetahui pengharaman mut`ah itu pada zaman Rasulullah saw dan membri maklum kepada sahabat yang belum mengetahuinya. Harusnya Mut`ah pada zaman Rasulullah sebagaimana yang banyak tersebut adalah kerana dharurah dalam musafir dan tidak terdapat isteri-isteri bersama mereka, kemudian ianya diharamkan selepas itu kerana hilangnya tuntutan dharurah.([91])
Ketujuh:
ما رواه أبو جمرة قال: سمعت ابن عباس يسأ عن متعة النساء ، فرخص ، فقال له مولى له : إنما ذلك فى الحال الشديد ، وفى النساء قله ، أو نحوه ، فقال ابن عباس :نعم).
Maksudnya: Hadis riwayat Abu Hamzah telah berkata: Aku telah mendengar Ibnu Abbas ditanya tentang bermut’ah dengan perempuan, ia memudahknnya (membenarkan). Lalu berkata seorang hamba kepadanya: Sesungguhnya yang demikian itu apabila berada dalam keadaan terpaksa (dharurah) dan dalam keadaan perempuan sangat kurang atau seumpamanya. Berkata Ibnu Abbas: Ya.([92])
Hadis ini menunjukkan secara jelas mut`ah diharuskan ketikamana berada dalam keadaan terpaksa (ketika sangat berhajat kepada perempuan sedangkan perempuan amat kurang bilangannya) atau seumpamanya, seperti terpaksa memakan darah dan daging khinzir. Keadaan ini ada diperkatakan oleh al-Baihaqi dalam sebuah hadis yang diriwayatkannya.
ما رواه البيهقى ان سعيد ابن جبير قال لإبن عباس: لقد سارت بفتياك الركبان وقال فيها الشعراء، فقال :سبحان الله ،والله ما بهذا افتيت وما هى الا كالميتة لاتحل إلا للمضطر.
Sesungguhnya mut`ah itu dirukhsahkan atas sebab-sebab kepayahan dalam musafir. Hadis riwayat al-Baihaqi daripada Abi Dzar, telah berkata: Adapun mut`ah itu dilakukan ketika kami berada dalam keadaan ketakutan dan peperangan.
Semua hadis-hadis yang tersebut di atas adalah alasan bagi mengharuskan perbuatan nikah mut`ah.([93])
Walau bagaimanapun pendapat mereka ini telah ditolak oleh ulama jumhur dengan mengatakan sememangnya mut`ah diharuskan pada permulaan islam kerana terpaksa sehinggalah dilarang oleh Rasulullah saw melalui hadith-hadith yang lain.
Kelapan:
أن إباحة المتعة متفق عليها ، فهى قطعية ، ونسخها مختلف فيه ،فهو ظني، والظني لاينسخ القطعى، فيلزم العمل باإباحتها، لأنها هى المتيقنة ، فتكون مباحة.
Ertinya: Sesungguhnya hadis yang yang mengharuskan mut`ah adalah hadis yang disepakati (muttafaq ‘alaiha), maka ianya qat’iyah dan hadis yang menasakhkanya adalah bertentangan denganya (iaitu dzanni). Hadis yang dzanni tidak mungkin dapat menasakhkan hadis yang qat’ie, oleh itu menjadi kelaziman untuk mengharuskanya kerana perkara yang di yakini.([94])
Pendapat ini ditolak oleh Ulama Jumhur kerana bahawasanya pengharaman mut`ah itu tidak memerlukan kepada nasikh (yang menasakhkan), kerana Rasulullah saw telah mengharuskannya pada tempoh yang ditentukan, maknanya dilarang selepas tamat tempoh yang ditentukan. Setengah riwayat dalam hadis mengatakan tempoh yang ditentukan oleh Rasulullah saw terhad selama tiga hari.
Pengharaman juga telah sabit dalam al-Quran di mana Ibnu Abbas telah berkata ketikamana turunnya firman Allah swt:
إِلا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ
Maksudnya: Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.([95])
Ayat ini juga menasakhkan ayat, sebagaimana firman Allah:
فَمَا اسْتَمْتَعْتُمْ بِهِ مِنْهُنَّ
Kedua-dua ayat ini adalah qati`e. Kata Ibnu Abbas: “Semua faraj selain daripada keduanya adalah haram. Inilah masaalah yang diperkatakan oleh Syaidatina Aisyah ra dan Qasim bin Muhammad kerana dalam mut`ah tidak akan berlaku nikah (sebenar) dan juga hamba serta tidak berlaku di mana suami mewarisi harta isterinya dan isteri tidak mewarisi harta suaminya.
Ayat ini juga dinasakhkan oleh ayat tentang mirath, sebagaimana firman Allah:
وَلَكُمْ نِصْفُ مَا تَرَكَ أَزْوَاجُكُمْ إِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُنَّ وَلَدٌ فَإِنْ كَانَ لَهُنَّ وَلَدٌ فَلَكُمْ الرُّبُعُ مِمَّا تَرَكْنَ مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِينَ بِهَا أَوْ دَيْنٍ وَلَهُنَّ الرُّبُعُ مِمَّا تَرَكْتُمْ إِنْ لَمْ يَكُنْ لَكُمْ وَلَدٌ فَإِنْ كَانَ لَكُمْ وَلَدٌ فَلَهُنَّ الثُّمُنُ مِمَّا تَرَكْتُمْ مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ تُوصُونَ بِهَا أَوْ دَيْنٍ وَإِنْ كَانَ رَجُلٌ يُورَثُ كَلَالَةً أَوْ امْرَأَةٌ وَلَهُ أَخٌ أَوْ أُخْتٌ فَلِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا السُّدُسُ فَإِنْ كَانُوا أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ فَهُمْ شُرَكَاءُ فِي الثُّلُثِ مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصَى بِهَا أَوْ دَيْنٍ غَيْرَ مُضَارٍّ وَصِيَّةً مِنْ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَلِيمٌ
Maksudnya: Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.
Begitu juga ayat tersebut ternasakh dengan ayat talak, kerana pada mut`ah tidak ada talak. Kesimpulannya jadilah mut`ah tersebut ternasakh dengan ayat al-Quran al-Karim (yang bersifat qati`e).([96])
Kesembilan:
ما روى على ابى طالب أنه قال لإبن عباس (أن النبى (ص) نهىعن المتعة وعن لحوم الأهلية يوم خيبر).
Maksudnya: Hadis yang diriwayatkan daripada Ali Abi Talib, bahawa ia telah berkata kepada Ibn Abas: Sesungguhnya nabi SAW telah melarang daripada bernikah mut’ah dan memakan daging keldai peliharaan pada masa perang Khaibar. ([97])
Pada pendapat Syiah Imamiyah, hadis ini mengandungi unsur-unsur taqiyah (berpura-pura) kerana pengharusan mut`ah itu disebabkan oleh keadaan yang dharurat.
Pendapat ini ditolak oleh kerana bertentangan dengan apa yang diriwayatkan daripada Imam Jaafar As-Sadiq,* telah berkata : Tiga perkara yang tidak boleh seorang pun bertaqiyah padanya: Mut`ah haji, mut’ah terhadap perempuan dan menyapu keatas dua khuf.
Imam tersebut yang tidak boleh ditentang kata-katanya, telah berkata bahawa mut`ah itu tidak berlaku padanya taqiyah seperti mut’ah haji dan menyapu ke atas dua khuf.
Persoalannya sekarang;- Bagaimana berlakunya perbuatan Ali Abi Talib yang bertentangan dengan imam-imam Syiah. Ini bermakna hadis tersebut (riwayat daripada Ali) adalah untuk mengharamkan mut`ah dan mengharamkan daripada memakan daging keldai peliharaan. Ianya bukan membawa maksud taqiyah sebaliknya membawa, maksud pengharaman mut`ah.([98])
Kesepuluh:
ما رواه أبو نضرة قال: كنت عند جابر بن عبد الله ، فأتاه آت ، فقال : إبن عباس وإبن الزبير اختلفا فى المتعتين ، فقال جابر : فعلناهما مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ،ثم نهانا عنهما عمر، فلم نعد لهما.
Maksudnya: Hadis riwayat daripada Abu Nadhrah, dia berkata: “Ketika aku sedang berada di samping Jabir bin Abdullah, lalu datang seseorang dan berkata: “Ibn Abbas dan Ibn Zubair berselisih mengenai masaalah dua macam mut’ah”. Lalu Jabir berkata: “Aku pernah melakukan kedua-duanya bersama Rasulullah SAW, kemudian setelah hal itu dilarang oleh Umar, aku tidak pernah mengulanginya lagi.
Hadis ini juga secara jelas menunjukkan mut`ah diharuskan pada zaman Rasulullah SAW, sehinggalah datang larang daripada Khalifah Syaidina Umar Al-Khatab ra.
RIWAYAT-RIWAYAT DARIPADA `ULAMA-ULAMA MUTA’AKHIRIN SYIAH YANG MENGHARUSKAN MUT`AH.([99])
Terdapat banyak kitab-kitab Syiah yang meriwayatkan kata-kata ulama muta’akhir mereka untuk mengharuskan mut`ah, antaranya:-
Pertama: Kulaini meriwayatkan bahawa Jaafar as-Sadiq ditanya tentang mut`ah, katanya “Diturunkan dalam Al-Quran,([100]) firman Allah:
فما استمتعتم به منهن فأتوهن أجورهن فريضة ولا جناح عليكم فيما تراضيتم به منهن بعد الفريضة
Kedua: Berkata Abi Abdullah, “ Sesungguhnya Allah SWT mengharamkan minuman-minuman yang memabukkan ke atas Syiah, sebagai gantinya diharuskan mut`ah”.
Katanya lagi, “Tidak menjadi mut`ah kecuali dua perkara, iaitu tempoh yang ditentukan dan sewa (mas kahwin) yang di tentukan”.([101])
Ketiga: Berkata Imam Redha, “Mut`ah tidak dihalalkan kecuali bagi mereka yang mengetahui tentang mut`ah dan haram ke atas mereka yang jahil tentangnya”.([102])
Keempat: Berkata Al-Fatah bin Yazid, “Aku telah bertanya Abu Hassan tentang mut`ah, jawabnya, “Ianya halal dan harus mutlak bagi mereka yang tidak mampu melangsungkan perkahwinan, sekiranya mampu maka mut`ah itu juga harus baginya”.([103])
Kelima: Jalaluddin Rakhmat (meskipun tak mengakui sebagai seorang penganut Syiah), mengatakan ramai orang yang salah faham tentang Syiah?.
Ketika ditanya, bagaimana dengan mut'ah?
Beliau menjawab, katanya, “Ada beberapa persoalan tentang masalah mut'ah.
Pertama: Adakah mut'ah dibenarkan dalam agama atau tidak?
Kedua: Amalan mut'ah yang berlaku sekarang. Saya rasa, itu harus kita pisahkan. Kalau mengharamkan mut'ah kerana terbukti ada penyalahgunaan mut'ah, apakah kita juga mengharamkan poligami karena banyaknya penyalahgunaan poligami?.
Sekarang kita bincangkan mut'ah dari konsep keagamaan. Ramai orang mengatakan bahwa mut'ah itu hanya dibolehkan dalam mazhab Syiah. Dalam mazhab Sunni, mut'ah diharamkan. Pandangan ini mengelirukan. Dalam Bidayatul Mujtahid, kitab yang ditulis Ibnu Rusyd, ada bab khusus tentang nikah mut'ah, di antara para sahabat yang menghalalkan nikah mut'ah adalah Abdullah Ibnu Abbas. Penghalalan nikah mut'ah ini diteruskan oleh ulama-ulama Mekkah dan ulama Yaman, sehingga sekarang. Mereka juga adalah ahlusunah.
Di dalam Sahih Muslim, ada bab nikah mut`ah dengan judul yang sangat dramatik: "Bab Nikah Mut'ah". Dihalalkan kemudian diharamkan, dihalalkan, diharamkan, demikian sampai beberapa kali, sehingga kata Imam Syafiie, belum pernah ada satu hukum yang ulang alik halal lagi, haram lagi, halal lagi, kecuali nikah mut'ah. Dalam kitab itu juga disebutkan, nikah mut'ah dihalalkan di zaman Rasulullah. Baru di zaman Umar dilarang. Tapi sebahagian lagi, seperti Ibnu Abbas, terus melanjutkannya.
Mut'ah, dari segi agama, adalah masalah khilafiah. Di kalangan ahlusunah sendiri tak ada kesepakatan, sejak bilakah mut'ah diharamkan. Ada yang salah faham mengenai nikah mut'ah. Ini yang menyebabkan PMII mengusulkan agar nikah mut'ah dijalankan di lokalisasi. Anggapan mereka, nikah mut'ah itu nikah sebentar, kemudian tak berlaku seluruh ketentuan pernikahan. Misalnya, ada ketentuan edah. Seorang perempuan yang dicerai tak boleh menikah lagi sebelum habis masa edah. Jadi, tak mungkin nikah mut'ah dilakukan di lokalisasi, kerana seorang perempuan tak dibenarkan lagi mempunyai pasangan baru, harus menunggu masa edah. Di dalam feqh, mut'ah didefinisikan sebagai pernikahan bersyarat. Kalau dalam nikah kita sebutkan syarat-syaratnya, itu disebut nikah mut'ah, sehingga dalam feqh disebutkan, kalau syarat tak disebut, secara automatik disebut nikah biasa. Tapi kalau ketika nikah disebut syarat-syaratnya, ada semacam kontrak.([104])
Jawapan kepada pendapat Jalaluddin Rakhmat.
Beliau mengatakan bahawa Ibnu Abbas masih meneruskan amalan mut`ah adalah samasekali tidak tepat. Kalau kita tinjau semula hadis-hadis riwayat daripada Ibnu Abbas kita akan dapati Ibnu Abbas telah membatalkan (menarik semula) riwayat-riwayatnya berkenaan dengan pengharusan amalan mut`ah. Menurut Ibnu Abbas pengharusan nikah mut`ah hanya berlaku ketika dharurat pada zaman permulaan islam, tetapi setelah mendapati nikah tersebut diharamkan oleh Syaidina Umar Al-Khatab, lalu Ibn Abbas menarik balik pengharusan tersebut.
Apakah orang yang memberi pendapat di atas tidak menelaah riwayat-riwayat Ibnu Abbas yang menarik balik riwayat-riwayatnya yang mengharuskan mut`ah?. Adakah adil kalau dibandingkan mut`ah itu dengan poligami!!!. Para ulama mengharamkan mut`ah kerana ternyata tiada bezanya dengan perbuatan zina yang hanya untuk memenuhi syahwat semata-mata. Berkata Abu Jaafar Ibn Muhammad (Imam yang keenam dikalangan Syiah Imamiah):
ketika mana ditanya tentang amalan mut`ah: “Ianya zina itu sendiri”.([105]) Sedangkan poligami hanya dilarang oleh `ulama ketikamana tidak berlaku keadilan.
Keenam: Berkata Shufa ad-Deen as-Safi (Penasihat Undang-undang Lubnan).
Tampak jelas mut`ah amat sesuai pada zaman kita sekarang, zaman ledakan kemajuan, meluasnya alat-alat perhubungan, kemudahan pengangkutan, berlakunya keterbukaan mesyarakat dan pengaruh-pengaruh yang bermacam-macam antaranya revolusi parabola dan internet yang menghumbankan manusia ke arah thaqafah dan tingkahlaku yang memerlukan perawat, tidak syak lagi mut`ah adalah yang selaras dengan syarak sebagai ubat.([106])
Jawaban kepada pendapat ini: Alangkah singkatnya pemikiran empunya kata-kata di atas, dengan beralasankan kemajuan dunia mut`ah dihalalkan. Bukankah dengan penggalakan nikah mut`ah sekarang akan membawa kepada penyakit sosial yang lebih meruncing.
Kalau ditinjau akan pendapat umum tentang mut`ah sudah pasti ianya mendapat tentangan mesyarakat terutamanya wanita. Kenyataan ini jelas sebagaimana yang ditimbulkan oleh Ahmad Jannati juga seorang Syiah dalam bukunya bertajuk: Az-Zawaj ad-Daiem wa al-Mua’aqat terbitan Darul Huda 1997. Katanya dalam membentangkan masalah-masalah tentang nikah mut`ah, “Sesungguhnya nikah mua’aqat (mut`ah) tidak lagi mendapat sambutan yang selayaknya daripada wanita-wanita Iran yang berpegang kepada aqidah mazhab Syiah, mereka menganggap nikah ini sebagai alat untuk mengeksploitasi dan menganiaya mereka. Oleh itu, ini bererti nikah tersebut ditolak oleh Syiah sendiri!!. Katanya lagi, “Nikah munqati’ (mut`ah) mencabuli kehormatan wanita kerana pada nikah ini wanita ibarat sebagai barang sewaan juga seakan-akan syarak mengharuskan manusia jual manusia”.([107])
BILAKAH NIKAH MUT`AH DIHARAMKAN?
Dalam tajuk ini akan membicarakan tentang apakah mut`ah yang dihalalkan telah diharammkan oleh Rasulullah saw atau ditinggalkan oleh baginda dalam keadaan (berterusan) halal.
Ketika perlantikan Syaidina Abu Bakar sebagai Khalifah islam yang pertama, ianya (nikah mut`ah) dibiarkan dalam keadaan halal, manakala setelah tiba zaman Khalifah Umar al-Khatab, beliau mengarahkan supaya mut`ah diharamkan.
Persoalannya: Adakah nikah mut`ah tersebut diharamkan pada zaman nabi atau selepasnya (iaitu pada zaman Khalifah Umar al-Khatab)??.
Pada zahirnya, berdasarkan kepada nas-nas yang ada, pengharaman lahir daripada Rasulullah saw sendiri kerana bagindalah yang memiliki kuasa tasyrik (perundangan). Oleh itu setiap nas-nas yang lahir atau datang tentang pengharamannya daripada Rasulullah saw llebih sahih daripada orang lain (pendapat orang awam).
Akan tetapi ada di sana qaul yang mengatakan: Ketika nabi menghalalkannya..belum pernah diharamkan. Baginda wafat dan mut`ah tersebut berada dalam keadaan halal.. Syiah menguatkan pendapat ini dan merekka mencela dan memprotes terhadap orang yang mengatakan tentang pengharamannya, terutama Umar al-Khatab. Mereka menegaskan nikah mut`ah halal hingga ke hari qiamat dan mereka bersandar penuh kepada dalil-dalil seperti riwayat daripada Amran bin Hussein, bahawa tidak turun sebarang riwayat yang menasakhkannya (menasakhkan penghalalannya), nabi tidak pernah menghalang melakukannya sehingga wafat dan juga mereka mendakkwa berlaku riwayat-riwayat yang berkecamuk tentang pengharamannya. Sekiranya nabi mengharamkannya sudah pasti Ibnu Masuud dan orang lain tidak menyatakan tentang halalnya atau sudah pasti tidak berllaku pertentangan pendapat antara Ibnu Umar dengan ayahnya (Umar al-Khatab) dalam soal pengharaman.
Antara riwayat-riwayat mengatakan Umarlah yang mengharamkan nikah mut`ah:-
ما رواه مسلم عن جابر: كنا نستمتع بالقبضة من التمر والدقيق الأيام على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم وابى بكر وفى رواية : وعلى عهد عمر حتى نهى عنها فى شأن عمرو من حديث وقد تقدم
Dan Hadith:-
ما أثبت عن عمر أنه قال: متعتان كانتا على عهد صلى الله عليه وسلم انا انهى عنها متعة النساء ومتعة الحج.
Pada kedua-dua pengiktirafan ini (pengakuan) ini, menunjukkan nikah mut`ah berlaku pada zaman Rasulullah saw dan zaman Abu Bakar.
Manakala orang-orang berkata tentang haramanya mut`ah: Pengharamannya berlaku pada zaman Umar al-Khatab, kerana beliau mempunyai bidang kuasa dalam mengharamkannya dan juga kerana Rasulullah saw menyuruh kami mentaati sunnah Khulafa ar-Rasyidin.
Bagi mereka yang berpegang kepada pendapat yang mengatakan pengharamannya berlaku pada zaman nabi saw, mereka berpegang kepada hadith antara hadith riwayat Sabrah yang mengatakan ianya diharamkan pada tahun pembukaan (pembukaan Mekah), Hadith Salamah yang mengatakan pengharamannya pada tahun Authas, hadith Ali yang meriwayatkan tentang suruhan nabi mengharamkan mut`ah dan banyak lagi riwayat-riwayat yang lain.
Mereka juga menolak dakwaan pengharaman nikah tersebut berlaku pada zaman Umar al-Khatab, dengan alasan bahawa Ibnu Masuud telah pun mendapat maklumat tentang haramnya pada zaman nabi tetapi beliau berpendapat pengharaman tersebut bukan keran tuntutan dharurat. Ini bererti ianya seakan-akan ijtihadnya sendiri mengikut pemahaman nas.
Mengikut zahir hadith Jabir yang mengatakan: Mareka telah bermut`ah pada zaman nabi dan Abu Bakar, hadith ini mengandungi makna maklumat pengharaman tidak sampai kepada mereka atau pengistiharan haramnya tidak meluas sehinggalah tibanya zaman Umar, baharulah jelas pengaharamannya.
Menakala Qaul daripada Umar al-Khatab yang mengatakan ianya pada zaman nabi saw adalah benar dan lebih sahih.([108])
DALIL-DALIL PARA `ULAMA’ JUMHUR MENGHARAMKAN AMALAN MUT`AH.
Para Jumhur Ulama telah mengambil dalil dalam mengharamkan Mut`ah dengan as-Sunnah, ijmak dan aqal;-
DALIL-DALIL BERDASARKAN AS-SUNNAH
Pertama: Hadis yang diriwayatkan daripada Imam Ali Abi Talib, antaranya:-
1.
ما رواه الحسن بن محمد بن على وأخوه عبد الله عن أبيهما (ان عليا رضى الله قال لإبن عباس: إن النبى (ص) نهى عن المتعة وعن لحوم الحمر الأهليه يوم خيبر
Maksudnya: Hadis yang di riwayatkan oleh Hasan Ibn Muhammad Ibn Ali dan saudaranya Abdullah daripada bapanya (keduanya): Bahawasanya Ali RA telah berkata kepada Ibn Abas: Sesungguhnya nabi SAW telah melarang daripada bernikah mut`ah dan memakan daging keldai pada masa perang Khaibar. ([109])
Hadith ini banyak diriwayatkan dengan riwayat yang berbagai bentuk dalam kitab-kitab sunnah. Hadith ini juga pada semua riwayatnya menunjukkan secara nyata bahawa Rasulullah saw telah melarang bermut`ah dan memakan daging keldai pada masa perang Khaibar. Larangan ini menuntut pengharaman kedua-duanya sekali. Telah berkata at-Tarmizi selepas hadis ini di riwayatkan: Amalan ini berlaku dikalangan ilmuan para sahabat nabi dan juga orang ramai.([110])
2.
ما رواه سلمةبن الأكوع عن أبيه عن رسول الله (ص) قال: أيما رجل وامرأة توافقا ما بينهما ثلاث ليال، فإن أحبا أن يتزايد ، أو يتتاركا، فما أدرى أشىء كان لنا خاصة، أم للناس عامة، قال أبو عبيد الله: وقد بينه علىٌ عن النبى (ص) أنه منسوخ.
Hadis ini menunjukkan secara jelas dan nyata bahawa mut`ah dengan bertempoh itu adalah diharuskan, akan tetapi terikat dengan tempoh tiga hari tiga malam sahaja. Sekiranya kedua-duanya berminat untuk menambah tempohnya selepas tamat tiga hari ianya dengan sendiri tertambah,sebaliknya kalu kedua-duanya ingin bercerai maka ianya dengan secara segera berlaku perceraian kerana tamatnya tempoh.
Sesungguhnya perawi berasa syak tentang khususiah mut`ah, adakah ianya semata-mata untuk sahabat ataupun umum untuk seluruh umat islam. Terdapat riwayat al-Baihaqi dengan lafaz:
(إنما احلت لنا أصحاب رسول الله صلى الله وسلم متعة النساء ثلاثة أيام، ثم نهى عنها رسول الله صلى الله عليه وسلم ).
Maksudnya: Sesungguhnya dihalalkan pada kami selaku sahabat SAW bermut’ah dengan perempuan selama tiga hari kemudian ianya dilarang oleh SAW.([111])
Dalam hadith, Ali Abi Talib telah menjelaskan dalam hadithnya tentang nabi saw yang melarang mut`ah selepas didahului dengan keizinan melakukannya. Dengan ini jadilah hukum mut`ah yang sebelum ini halal ‘mansukh’.([112])
3.
ما رواه على بن ابى طالب رضى الله عنه قال: نهى رسول الله صلى
الله عليه وسلم عن التعة. قال: وإنما كانت لمن يجد ، فلما أنزل النكاح والطلاق والعدة والميراث بين الزوج والمرأة نسخت.
Maksudnya: Hadith riwayat Ali Abi Talib RA telah berkata: Rasulullah SAW melarang melakukan mut`ah, katanya: Sesungguhnya yang demukian itu bagi mereka yang ketiadaan isteri-isteri, ianya di mansukhkan apakala diturunkan ayat-ayat tentang nikah, talak,edah dam mirath antara suami dan isteri.
Hadith ini menunjukkan dengan jelas larangan melakukan mut`ah oleh Rasulullah saw selepas mengharuskannya pada mereka yang tidak mempunyai isteri, kemudiannya dinasakhkan dan seterusnya diharamkan selepas turun ayat-ayat tentang nikah, talak, edah dan mirath diantara suami dan isteri.
4.
ما رواه الحسن وعبد الله إبنا محمد عن أبيهما أن عليا رضى الله عنه قال لإبن عباس : أما علمت أن رسول الله (ص) نهى عن لحوم الحمر الأهلية وعن المتعة.
Maksudnya: Hadith riwayat Hasan dan Abdullah bin Muhammad daripada ayahnya, bahawa sesungguhnya Ali Abi Talib RA telah berkata pada Ibn Abbas: Sesungguhnya aku mengetahui Rasulullah SAW melarang daripada memakan daging keldai dan mut’ah.
Hadith tersebut merupakan dalil yang jelas terhadap pengharaman mut`ah dan daging Keldai. Sesungguhnya Ali Abi Talib mengkhabarkan kepada Abdullah bin Abbas tentang pengharaman ini kerana dialah (Abdullah bin Abbas) yang mengatakan harus dan halalnya mut`ah.
Hadith yang pertama menjelaskan larangan mut`ah pada hari Khaibar, manakala hadith yang lain tidak tidak menentukan masa yang tertentu terhadap larangan kecuali dengan kata (sesungguhnya telah dimansukhkan) dan katanya, “Ketika mana diturunkan ayat-ayat tentang nikah, talak, edah dan mirath (sistem waris), maka (mut`ah) pun ternasakh.
Ini menunjukkan larangan yang membawa kepada pengharaman terhadap nikah mut`ah buat selama-lamanya.
Hadith ini juga merupakan sekuat-kuat hujah dalam menghadapi Syiah Imaiah untuk mengharamkan mut`ah kerana ianya merupakan imam bagi imam-imam mereka, kata-katanya merupakan hujah ke atas mereka. Oleh itu adalah menjadi kewajipan bagi mereka beramal dengan kata-katanya (mengharamkan mut`ah), oleh itu tiada hak bagi mereka menolak riwayat yang datang daripada Ali Abi Talib ra dengan alasan hadith ini adalah diriwayatkan dikalangan ahli sunnah.
Sesungguhnya mut`ah itu adalah antara hukum-hukum cabang amali yang penting bagi semua muslim mengetahuinya selepas diyakini sahihnya riwayat hadis itu daripada para sahabat antaranya Ali Abi Talib. Mut`ah bukanlah termasuk di dalam perkara-perkara aqidah atau perkara-perkara usul yang memecah belahkan syiah daripada ahli sunnah. Tiada seorang pun yang mahu meriwayatkan hadith ini kecuali dengan tujuan yang benar dan membetulkan riwayat, kerana mereka adil lagi benar, sangggup berkata benar sekalipun menyalahi dan membelakangi mazhab mereka. Bukanlah kerana mut`ah itu antara alasan dan sebab-sebab yang mendorong mereka melakukan pembohongan terhadap hadith kerana hanya semata-mata meyokong dan membenarkan mazhab mereka.
Kedua: Hadith melarang Mut`ah yang di riwayatkan ketika pembukaan Kota Mekah bulan Ramadhan tahun 8H.
1.
ما رواه الربيع بن سبرة عن أبيه سبرة بن معبد : أن نبى الله (ص) عام فتح مكة أمر أصحابه بالتمتع من النساء ، قال : فخرجت أنا وصاحب لى من بنى سليم، حتى وجدنا جارية من بنى عامر ، كأنها بكرة عيطاء، فخطبناها إلى نفسها ، وعرضنا عليها بردينا، فجعلت تنظر ، فترانى أجمل من صاحبى، وترى برد صاحبى أحسن من بردى ، فآمرت نفسها ساعة ، ثم اختارتنى على صاحبى ، فكن معنا ثلاثا ، ثم أمرنا رسول الله (ص) يفراقهن.
Maksudnya: Hadith riwayat Rabi’ bin Sabrah daripada Sabrah bin Ma’bad, katanya: “Bahawa pada tahun peristiwa pembukaan kota Mekah, nabi SAW menyuruh para sahabatnya untuk menikah mut`ah dengan wanita. Kata Sabrah bin Ma’bad: “Lalu bersama dengan seorang kawanku dari bani Sulaim, aku pergi berjalan-jalan. Kami bertemu dengan seorang wanita muda daripada Bani Amir yang cukup menawan. Kami perlihatkan kepadanya kain selimut yang kami milliki masing-masing. Ketika memandang orngnya, ternyata ia lebih tertarik padaku yang memang lebih menawan daripada kawanku. Akan tetapi ketika memandang kain selimut yang kami miliki, ternyata ia lebih tertarik pada selimut milik kawanku yang memang lebih baik daripada selimutku, seterusnya ia minta supaya diberi tempoh sebentar untuk menentukan pilihannya. Ternyata ia memilih aku daripada kawanku. Setelah tinggal bersamaku selama tiga hari, Rasulullah SAW kemudian menyuruh aku menceraikannya”. ([113])
Hadith ini merupakan dalil yang jelas bahawa Rasulullah saw sesungguhnya pernah mengizinkan pada para sahabat bermut`ah pada tahun pembukaan Mekah, kemudian mengharamkannya selepas tiga hari daripada perisriwa tersebut. Perintah dalam hadith itu adalah semata-mata harus, ianya menunjukkan bahawa mut`ah itu diharamkan selepas dizinkan.
Telah datang satu ibarat melalui riwayat di mana sebahagian para sahabat pernah bermut`ah dengan hanya memberikan selimut pada perempuan, kemudian meninggalkannya selepas tiga hari kerana diharamkan oleh nabi Muhammad saw.
Menakala berdasarkan kepada riwayat hadith yang lain melalui Sabrah bin Ma’bad Al-Juhayni ra iaitu:
حدثنى الربيع بن سبرة الجهينى، أن اباه حدثه, أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: يا أيها الناس إنى قد كنت أذنت لكم فى الإستمتاع من النساء وإن الله قد حرم ذلك إلى يوم القيامة فمن كان عنده منهن ثيء فليحل سبيله . ولا تأخذوا مما أتيتموهن شيئا.
Maksudnya: Diceritakan oleh Rabi’ bin Sabrah Al Juhayni, bahawa ayahnya pernah bercerita padanya, bahawasanya pernah bersama-samaRasulullah SAW . Baginda bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya aku pernah mengizinkan kamu bermut’ah dengan wanita. Sesungguhnya Allah telah mengharamkan perbuatan itu sehingga hari kiamat. Sesiapa yang ada di sisinya wanita mut’ah, maka bebaskanlah ia dan jangan kami ambil sesuatu yang kamu berikan pada mereka.([114])
Hadith ini banyak diriwayatkan dengan riwayat yang berbagai-bagai dalam kitab-kitab Sunnah Rasulullah saw.([115])
2.
ما رواه سلمة بن الأكوع عن أبيه قال: رخص رسول الله (ص) فى متعة النساء عام أوطاس ثلاث أيام ، ثم نهى عنها
Maksudnya: Hadis riwayat Salamah bin Al-Akwa’ daripada ayahnya, katanya: Rasulullah SAW telah memberi rukhsah (kemudahan) bermut’ah dengan perempuan pada tahun Authas selama tiga hari, kemudian melarang daripada melakukannya.) [116])
Hadith ini menunjukkan dengan jelas Rasulullah telah mengharuskan nikan mut`ah pada tahun Authas kemudian melarangnnya selepas tiga hari. Tahun Authas meliputi tahun pembukaan Mekah kerana pembukaan Mekah dan tahun Authas adalah perkara yang satu. Pembukaan Mekah berlaku pada bulan Ramadhan dalam tahun kelapan hijrah, manakala hari Authas berlaku hari kesepuluh daripada bulan Syawal tahun yang sama. Oleh itu maksud larangan mut`ah pada hari pembukaan Mekah adalah kerana masanya yang hampir (masa pembukaan Mekah dan Authas). Apabila berlaku larangan tersebut boleh dikaitkan dengan mana-mana tahun keduanya, dengan demikian ianya dikatakan tahun Authas bukannya hari Authas.([117])
Ketiga: Hadith yang diriwayatkan melarang Mut`ah (diriwayatkan pada hari peperangan Tabuk, bulan Rejab tahun 9H.
ما رواه أبو هريره رضى الله عنه قال: خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم فى غزوة تبوك ، فنزلنا بثنية الوداع، فرأى نساء يبكين، فقال: ما هذا؟ قيل: نساء تمتع بهن أزواجهن ، ثم فارقوهن، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم حرم ــ أو هدم ــــ المتعة النكاح والطلاق والعدة والميراث.
Maksudnya: Hadith riwayat Abu Hurairah ra, telah berkata, “Kami telah keluar bersama Rasulullah daripada perang Tabuk, lalu Rasulullah saw melihat beberapa orang perempuan sedang menangis. Rasulullah bertanya, “Apa yang berlaku” , dikatakan mereka telah dimut`ahkan kemudian diceraikan. Lalu Rasulullah bersabda: Mut`ah telah diharamkan atau dinasakhkan oleh nikah (sebenar), talak, edah dan mirath (sistem waris). ([118])
Hadith ini menunjukkan mut`ah telah diharamkan buat selama-lamanya setelah dinasakhkan oleh nikah, talak, edah dan mirath. Hadis ini tidak menjelaskan mereka telah melakukan mut`ah pada hari tersebut, tetapi diihtimal (dijangka) telah dilakukan pada hari-hari berlalu. Kemudian datanglah larangan dan pengharaman, tetapi ianya tidak tersebar, menyebabkan mut`ah masih diteruskan sebagai satu rukhsah. Dapatlah disimpulakan di sini larangan tersebut adalah berhubungkait dengan kemarahan Rasulullah saw.([119])
Keempat: Hadith yang diriwayatkan melarang Mut`ah (diriwayatkan pada hari haji Wida, bulan Dzulhijjah tahun10H).
ما رواه الربيع بن سبرة عن أبيه ، قال: خرجنا مع رسول الله صلى عليه وسلم فى حجةالوداع ، فقالوا : يا رسول الله ، إن العذبة قد اشتد علينا، قال: فاستمتعوا من هذه النساء، فأتيناهن، فأين أن ينكحنا إلا أن نجعل بيننا وبينهن أجلا، فذكر ذلك النبى رسول الله صلى عليه وسلم ، فقال : إجعلوا بينكم وبينهن أجلا، فخرجت أنا وإبن عم لى ، معه برد، ومعى برد وبرده أجود من بردي، وأنا أشب منه، فأتينا إمرأة ، فقالت : برد كبرد، فتزوجتها، فمكثت عندها تلك الليلة، ثم غدوت ورسول الله صلى عليه وسلم قائم بين الركن والباب ، وهو يقول : أيها الناس ، إنى كنت قد أذنت لكم فى الإستمتاع، ألا وإن الله قد حرمها إلى يوم القيامة، فمن كان عنده منهن شىء فليخل سبيلها، ولا تأخذوا مما آتيتموهن شيئا.
Maksudnya: Hadis riwayat Rabi’ bin Sabrah daripada bapanya, telah berkata: Kami telah keluar bersama Rasulullah saw pada haji wida’. Lalu para sahabat berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya uzbah amat bersangatan ke atas kami. Berkata Rasulullah saw: Bermut`ahlah kalian terhadap perempuan-perempuan ini, lalu kami menemui mereka (perempuan). Mereka tidak menikah dengan kami kecuali kami tentukan tempoh tersebut, lalu hal ini diadukan kepada Rasulullah saw. Sabda Rasulullah saw: Jadikanlah antara kalian dengan mereka satu tempoh. Lalu aku dan anak pakcik ku pun keluar. Dia mempunyai selimut aku pun mempunyai selimut, selimutnya lebih menarik berbanding dengan selimutku tetapi aku lebih menawan (muda) daripadanya. Lalu kami menemui seorang perempuan, dan (perempuan) berkata: Selimut dengan selimut, lalu aku kahwini perempuan tersebut. Ianya berterusan sepanjang malam itu. Kemudian baginda bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya aku pernah mengizinkan kamu bermut’ah dengan wanita. Sesungguhnya Allah telah mengharamkan perbuatan itu sehingga hari kiamat. Sesiapa yang ada di sisinya wanita mut’ah, maka bebaskanlah ia dan jangan kami ambil sesuatu yang kamu berikan pada mereka.([120])
Hadith ini menunjukkan mut`ah tersebut diharuskan kemudian dilarang mengamalkannya ketika haji wida’. Sebahagian ulama mengatakan: Dalam hadis ini berlaku waham dalam riwayat, mereka mengatakan hadis ini berlaku pada ketika pembukaan Mekah dan bukannya ketika haji wida’. Manakala semua riwayat-riwayat yang lain lebih tertumpu kepada hadis riwayat Ibn Sabrah, yang mengatakan ianya berlaku ketika pembukaan Mekah. Sebagaimana yang telah kita sebut sebelum ini, sememangnya riwayat yang mengatakan larangan berlaku ketika pembukaan Mekah adalah lebih masyhur dan lebih sahih, ([121]) kerana adalah satu perkara yang mustahil para sahabat mengadu kepada Rasulullah saw akan masalah `uzbah (ketiadaan isteri) ketika haji wida’, sedangkan mereka melakukan haji tersebut bererta dengan isteri-isteri mereka. Ataupun mereka boleh melakukan nikah di Mekah kerana keadaan mereka tidaklah serupa ketika dalam peperangan-peperangan yang lalu.
Kemungkinan juga Rasulullah saw telah mengharamkan mut`ah itu ketika haji wida’ kerana suasana yang sesuai iaitu berlaku perhimpunan orang ramai supaya membolehkan Rasulullah mengmumkan secara berkesan. Dengan ini tidak lagi berterusan syak halalnya mut`ah. Manakala dalam peperangan diulangi larangan-larangan ini kerana kebanyakan penduduk kota Mekah ketika itu mengamalkan nikah mut`ah.([122]). Semua ini tidaklah bertentangan dengan apa yang telah sabit pengharusannya dan pengharamannya sebelum ini, iaitu harusnya kerana tuntutan dharurat dan haramnya kerana hilang tuntutan tersebut, sehinggalah sempurna pengharamannya yang terakhir ketika haji wida’.([123])
Kelima:
ما رواه نافع عن إبن عمر قال: لايحل لرجل أن ينكح امرأة إلانكاح الإسلام، بمهرها،ويرثها وترثه، ولا يقاضيها على أجل معلوم أنها امرأته، فإن مات أحدهما لم يتوارثا.
Maksudnya: Hadith riwayat Nafi’ daripada Ibn Umar, telah berkata: Tidak dihalalkan seorang lelaki menikahi perempuan kecuali dengan cara islam, dengan maharnya, lelaki mewarisinya(suami) dan perempuan mewarisinya(isteri), tidak dihukum dengan tempoh yang tertentu,lalu mati salah satu daripadanya tidak boleh waris mewarisi.([124])
Hadith tersebut merupakan dalil yang jelas, bahawa seseorang lelaki diharamkan menikahi atau mengahwini perempuan kecuali dengan perkahwinan yang dianjurkan oleh islam, iaitu nikah yang berlaku padanya mahar, waris-mewarisi. Bukanlah termasuk dalam nikah islam yang di tentukan tempohnya yang tertentu, apabila meninggal salah satu daripada keduanya tidak berlaku waris-mewarisi, sebaliknya ia merupakan nikah yang telah dilarang oleh Rasulullah saw iaitu nikah mut`ah.
RIWAYAT-RIWAYAT YANG DISANDARKAN KEPADA UMAR AL-KHATAB TERHADAP LARANGAN AMALAN MUT`AH.
1.
ما روى عن محمد بن خلف العسقلانى عن الفريانى عن آبان بن ابى حازم عن ابى بكر بن حفص عن ابن عمر ، قال: لما ولى عمر بن الخطاب ، خطب الناس، فقال: ان رسول الله صلى عليه وسلم اذن لنا فى المتعة ثلاثا ، ثم حرمها ، والله لا أعلم احدا يتمتع وهو محصن الا رجمته بالحجارة،الا ان يأتينى بأربعة يشهدون ان رسول الله صلى الله عليه وسلم احلها بعد ان حرمها.
Maksudnya: Hadith yang diriwayatkan daripada Muhammad bin Khalaf Al-Asqalani daripada Firyani daripada Aban bin Abi Hazim daripada Abi Bakar bin Hafs daripada Ibn Umar katanya: Ketikamana Umar dilantik menjadi Khalifah, lalu berkhutbah di hadapan orang ramai, katanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah mengizinkan kepada kita akan mut’ah sebanyak tiga hari, kemudian mengharamkannya. Demi Allah tidaklah aku mengetahui seseorang itu bermut’ah sedangkan ia Muhsan kecuali direjam dengan batu, melainkan didatangkan padaku empat orng saksi yang menyaksikan bahawa Rasulullah menghalalkan mut’ah selepas menharamkannya. ([125])
Hadith ini menunjukkan secara terang dan jelas, bahawa Umar Ibn Al-Khatab telah bersandarkan pada keizinan mut`ah selama tiga hari pada hari-hari pada zaman Rasulullah saw kemudian ia juga bersandar pada pegharamannya juga daripada Rasulullah saw. Oleh yang demikian keizinan melakukan mut’ah serta haramnya adalah kedua-duanya datang daripada Rasulullah saw. Syaidina Umar Al-Khatab memberi amaran kepada sesiapa yang melakukan nikah mutah sedangkan ia muhsan maka hukumannya ialah direjam dengan batu, kerana melakukan mut`ah yang telah pun diharamkan oleh Rasulullah bererti melakukan perbuatan zina, kecuali datang empat orang saksi yang bersaksi bahawa Rasulullah SAW menghalalkannya selepas diharamkan.
Dengan ini pengharusan dan pengharaman mut`ah kedua-duanya datang daripada Rasulullah saw, manakala sebahagian para sahabat masih menghalalkan mut`ah sehinggalah tiba zaman Khalifah Umar al-Khatab. Keadaan ini berlaku kerana mereka tidak beramal dengan nasakh dan tahrim, setelah mendengar larangan daripada Umar al-Khatab, lalu para sahabat beramal dengan nasakh dan berkata dengan pengharamannya.([126])
Dalam riwayat-riwayat lain pengharaman mut`ah itu disandarkan kepada Umar al-Khatab sendiri tanpa disandarkan kepada kitab dan as-sunah. Maksudnya Umarlah yang menjelaskannya atau melaksanakannya (larangan mut`ah). Ini terjadi kerana ulama akan menyandarkan hukum samada haram ataupun harus kepada orang menjelaskan dan melaksanakannya, sebagai contoh: Orang mengatakan Abu hanifah mengharuskan begini.., manakala Imam Syafie mengharamkan sedemikian dan sebagainya. Bukanlah bermaksud hukum syarak itu datang daripada diri mereka sendiri, tetapi sebaliknya merekalah yang menerang dan menjelaskan hukum tersebut berdasarkan dalil-dalil.([127])
2.
ما روى عن سالم بن عبد الله عن أبيه عن عمر بن الخطاب رضى الله عنه، قال: صعد عمر على المنبر، فحمد الله ، وأثنى عليه ، ثم قال:ما بال رجال ينكحون هذه المتعة وفد نهى رسول الله صلى عليه وسلم عنها ، ألا وإنى لاأوتى بأحد نكحها إلا رجمته.
Maksudnya: Hadith riwayat daripada Salim bin Abdullah daripada bapanya daripada Umar al-Khatab ra, telah berkata, “Umar telah naik ke minbar lalu bertahmid dan memuji Allah swt, kemudian berkata, “Apa lagi yang lelaki mahu bernikah dengan mut`ah ini, sesungguhnya Rasulullah saw telah melarangnya, tidaklah aku mendatangi seseorang itu (yang mengamalkan mut`ah) kecuali aku merejamnya dengan batu”.([128])
Hadith ini samalah seperti hadith-hadith yang telah lalu menunjukkan dengan jelas, Umar Al-Khatab telah mengharamkan mut`ah setelah mengetahui larangan daripada Rasulullah saw.
3.
ما روى عن ابن عباس : ان عمر بن الخطاب نهى عن المتعة فى النساء ، وقال: إنما أحل الله ذلك للناس على عهد رسول الله صلى عليه وسلم ، والنساء يومئذ قليل، ثم حرم عليهم بعد ، فلا اقدرعلى أحد يفعل من ذلك شيئا، فتحل به العقوبة.
Maksudnya: Hadith riwayat daripada Ibn Abbas: Bahawasanya Umar Ibn al-Khatab telah melarang daripada melakukan mut`ah terhadap perempuan. Katanya lagi: Sesungguhnya Allah menghalalkannya pada zaman Rasulullah saw kerana perempuan ketika itu bilangannya sedikit, kemudian selepas itu ianya diharamkan ke atas mereka. Aku tidak mampu mengatakan seseorang itu boleh melakukan mut`ah kerana hukumannya dihalalkan. ([129])
4.
ما روى عن عاصم بن أبى أبى نضرة ، قال : كنت عند جابر بن عبد الله رضى الله عنهما ، فاتاه آت ، فقال: ابن عباس وابن الزبير اختلفا فى المتعتين ، فقال جابر: فعلنا هما مع رسول الله صلى عليه وسلم ، ثم نهانا عنهما عمر رضى الله عنه فلم نعد لهما.
Maksudnya: Hadis riwayat daripada `Asim bin Nadhrah telah berkata, “Ketika aku berada di samping Jabir bin Abdullah ra, lalu ia didatangi seseorang, lalu berkata, “Ibn Abbas dan Ibn Zubair berselisih pendapat tentang kedua-dua mut`ah (mut`ah dengan perempuan dan mut`ah haji). Berkata Jabir, “Kami telah melakukannya pada zaman Rasulullah saw kemudian kami dilarang oleh Umar al-Khatab ra. Selepas itu kami tidak mengulangi lagi.([130])
Hadith ini menunjukkan bahawa semua sahabat pernah melakukan mut`ah pada zaman Rasulullah saw beserta dengan mut`ah haji, berdasarkan dalil kata-kata Jabir (kami pernah melakukan kedua-duanya). Selepas itu mereka meninggalkannya dengan dalil, katanya (maka selepas itu kami tidak mengulangi daripada melakukan kedua-duanya).([131]) Kesimpulan yang kita dapati di sini ialah, larangan tersebut berlaku pada masa Khalifah Umar al-Khatab.
5.
ما روى عن ابى نضرة قال: قلت لجابر بن عبد الله: إن إبن الزبير ينهى عن التعة، وأن أبى عباس يأمر بها ،قال لى: على يدى جرى الحديث، تمتعنا مع رسول الله صلى عليه وسلم . قال عفان : ومع أبى بكر، فلما ولى عمر خطب الناس، فقال: إن القرأن هو القرأن ، وإن رسول الله صلى عليه وسلم هو الرسول وإنهما كانتا متعتين على عهد رسول الله صلى عليه وسلم ، وانا اتهى عنهما، وأعاقب عنهما ، إحداهما متعة النساء ، ولا أقدر على رجل تزوج امرأة إلى أجل إلا غيبته بالحجارة ، والأخرى متعة الحج. افصلوا حجكم عن عمرتكم، فإنه أتم لحجكم ،وأتم لعمركم .
Maksudnya: ([132])
Hadith ini menunjukkan secara zahir Umar al-Khatablah yang melarang melakukan mut`ah terhadap perempuan dan mut`ah haji. Sesungguhnya Umar al-Khatab akan menjatuhkan hukuman rejam dengan batu terhadap mana-mana lelaki yang akan mengahwini perempuan sedangkan lelaki tersebut berada dalam keadaan muhsan. Ini adalah larangan daripada Umar al-Khatab terhadap amalan mut`ah terhadap perempuan selaras dengan larangan Rasulullah saw. Maka oleh itu jadilah mut`ah tersebut haram buat selama-lamanya. Manakala larangan Umar al-Khatab terhadap mut`ah haji tidaklah didahului dengan larangan daripada Rasulullah saw, oleh yang demikian kata-kata (larangan mut`ah ketika haji) boleh diihtimal sebagai al-karahiatul at-tanzihiyah (makruh tanzih) yang tidak bermakna haram.([133])
6.
ما رواه نافع عن عبد الله إبن عمر رضى الله عنهما: أنه سئل عن المتعة النساء، فقال: حرام، أما ان عمر بن الحطاب رضى الله عنه لو أخذ فيها أحدا لرجمه بالحجارة.
Maksudnya: Hadis riwayat Nafi’ daripada Abdullah Ibn Umar RA : Sesungguhnya telah bertanya tentang bermut’ah dengan perempuan, kata Ibn Umar: haram, sesungguhnya Umar Ibn Al-Khatab RA sekiranya mengetahui seseorang melakukan mut’ah nescaya direjamnya dengan batu.
Hadith ini menunjukkan bahawa mut`ah itu haram, sehingga Umar Al-Khatab sekiranya mendapati orang yang bermut`ah dengan perempuan selepas pengharamannya, penzina muhsan itu akan direjam dengan batu.
7.
ما رواه إبن شهاب بن عروة بن الزبير : أن خولة بنت حكيم دخلت على عمر بن الخطاب، فقالت : إن ربيعة بن أمية إستمتع بإمرأة، فحملت منه، فخرج عمر بن الخطاب فزعا، يجررداءه ، فقال: هذه المتعة، ولو كنت تقدمت فيها لرجمته.
Maksudnya: Hadis riwayat Ibn Syihab bin ‘Urwah bin Al-Zubair: Bahawa Khulah binti Hakim telah menemui Umar Ibn Al-Khatab, lalu berkata: Sesungguhnya Rabi’ah bin Umaiyah telah bermut’ah dengan seorang wanita sehingga hamil. Lalu Umar Al-Khatab keluar dalam keadaan gementar, lalu berkata: Inilah dia mut`ah, sekiranya aku bertemu dengannya pasti aku merejamnya.([134])
Hadis ini menunjukkan, ketika mana Umar Al-Khatab mengetahui bahawa Rabi`ah bin telah Umaiyah bermut`ah dengan seorang perempuan sehingga mengandung, menyebabkan Umar gementar dan keluar dalam keadaan marah lalu berkata : “Inilah dia padah mut`ah (nikah yang diharamkan), sesungguhnya pengamal mut`ah patut direjam sekiranya muhsan”.
Hadith ini (larangan bermut’ah) disandarkan kepada Umar Al-Khatab pada zaman khulafanya. Setengah pendapat mengatakan bahawa Umar Al-Khatab menyandarkan larangan tersebut kepada Rasulullah saw, sebagaimana katanya: “Sesungguhnya Rasulullah saw mengizinkan untuk kita bermut`ah sebanyak tiga kali kemudian mengharamkannya”, dan katanya lagi: “Sentiasalah orang-orang lelaki bernikah mut`ah, sesungguhnya sawtelah pun melarang melakukan mut`ah”.
Umar Al-Khatab menyandarkan larangan bermut`ah dalam kedua-dua hadis di atas kepada Rasulullah saw, bermakna hadis ini meliputi hadis-hadis yang disandarkan kepada Umar Al-Khatab. Ini bererti larangan melakukan mut`ah itu terdapat dalam semua hadis serta muafaqahnya (setujunya) para sahabat terhadap larangan Umar Al-Khatab beserta tindakan Abdulllah Ibnu Abbas menarik balik kata-katanya yang mengharuskan mut’ah, kerana sekiranya mut`ah diharuskan nescaya mereka tidak meninggalkannya dan juga mereka tidak menerima (tidak akur) larangan daripada Al-Khatab.([135])
PEMBATALAN (PENARIKAN SEMULA KATA-KATA) IBNU ABBAS TENTANG RIWAYATNYA YANG MENGHARUSKAN AMALAN MUT`AH.
1.
ما روىعن إبن عباس قال: إنما كانت المتعة فى أول الإسلام كان الرجل يقدم البلدة ليس له بها معرفة ، فيتزوج المرأة بقدر ما يرى أنه يقيم ، فتحفظ له متاعه، وتصلح له شيئه ، حتى نزلت الآيت (إلا على أزواجهم أو ماملكت أيمانهم …..) قال ابن عباس : فكل فرج سوى هذين فهو حرام.
Maksudnya: Hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abas RA, telah berkata: Sesungguhnya adalah nikah Mut`ah pada awal Islam itu, seorang lelaki datang ke sebuah negeri yang tidak mempunyai kenalan di sana, lalu berkahwin dengan seorang perempuan dengan sekadar belanja yang dipatutkan selama mana ia bermukim disana, maka perempuan itu dijadikan sebagai pemelihara hartanya, memberri persediaan pada makandan minum, membasuh pakaian dan sebagainya. Demikianlah berlaku pada awal islam sehingga turun ayat yang maksudnya : Melainkan kepada isterinya atau kepada kepunyaan tangan kanannya (sahaya perempuan).([136]) Kata Ibn Abas semua faraj selain daripada itu adalah haram.([137])
Hadis ini dengan jelas menunjukkan rukhsah terhadap mut`ah berlaku diperingkat permulaan islam disebabkan tekanan `uzbah (ketiadaan isteri) ketika dalam musafir. Kemudian ianya diharamkan selepas itu apabila turun ayat, firman Allah:
إلا على أزواجهم أو ماملكت أيمانهم
Maksudnya: Melainkan kepada isterinya atau kepada kepunyaan tangan kanannya (sahaya perempuan).([138])
Ibn Abbas telah mengharamkannya setekah yang mana sebelum ini beliau menghalalkannya, iaitu setelah mengetahui terhadap larangan daripada Rasulullah saw. Ini jelas sebagaimana katanya, “semua faraj selain daripada itu adalah haram.([139])
2.
ما رواه ابن عباس قال: كانت المتعة فى اول الإسلام، وكانو يقرءون هذه الآية : (فلما استمتعتم به منهن إلى أجل مسمى …) فكان الرجل يقدم البلدة ليس له بها معرفة ، فيتزوج بقدر ما يرى أنه يفرغ من حاجته،لتحفظ متاعه ، وتصلح شأنه ،حتى نزلت هذه الأية (حرمت عليكم أمهاتكم…) . فنسخ الله عز وجل الأولى ، فحرمت المتعة وتصديقها من القرآن (إلا على أزواجهم أو ما ملكت أيمانهم ) وما سوى هذا الفرج فهو حرام
Maksudnya: Hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abas RA, telah berkata: Sesungguhnya adalah nikah Mut’ah pada awal Islam itu, mereka membaca ayat yang bermaksud:……Seorang lelaki datang ke sebuah negeri yang tidak mempunyai kenalan di sana, lalu berkahwin dengan seorang perempuan dengan sekadar belanja yang dipatutkan selama mana ia bermukim disana, maka perempuan itu dijadikan sebagai pemelihara hartanya, memberi persediaan pada makan dan minum, membasuh pakaian dan sebagainya. Sehinggalah turun ayat yang bermaksud:Diharamkan bagi kamu (mengahwini) ibu kamu…….,([140]) maka Allah menasakhkan ayat yang pertama dan mengharamkan mut’ah lalu membenarkan ayat Quran yang maksudnya: Melainkan kepada isterinya atau kepada kepunyaan tangan kanannya (sahaya perempuan). Kata Ibn Abas semua faraj selain daripada itu adalah haram.([141])
Hadis ini seperti hadis-hadis yang lain, menunjukkan secara zahir harus dan halalnya nikah mut`ah pada permulaan islam ketika bermusafir dan dalam keadaan bujang. Apabila seorang lelaki belum beristeri datang ke sebuah negeri, dibolehkan baginya berkahwin secara mut`ah terhadap perempuan selama mana ia bermukim untuk memelihara urusan peribadinya. Sehinggalah Allah menurunkan ayat yang mengharamkannya, firman Allah yang bermaksud: Melainkan kepada isterinya atau kepada kepunyaan tangan kanannya. Abdullah bin Abbas mengharamkan mut’ah tersebut dengan katanya: “semua faraj selain daripada itu adalah haram” selepas terdapat kata-kata yang menghalalknnya.
Manakala maksud lafaz Abadullah Ibn Abbas (Sesungguhnya adalah nikah mut`ah pada awal islam) di dalam hadis, bermaksud selepas hijrah, iaitu ketika umat islam sibuk dengan peperangan dan jihad fisabilillah ta`ala. Lafaz hadis tersebut bukanlah bermaksud fatrah yang telah berlalu itu maknanya sebelum hijrah. Penarikan semula Ibn Abbas terhadap riwayat-riwayatnya yang mengatakan harus mut`ah dan mengatakan haramnya adalah selepas hijrah bukan sebelumnya.
3.
عن سعيد بن جبير عن ابن عباس أنه قال فى المتعة : هى حرام ، كالميتة والدم ولحم الخنزير.
Maksudnya: Daripada Said bin Jubair daripada Ibn Abbas, sesungguhnya telah berkata tentang nikah mut’ah: Haram, seperti bangkai, darah dan daging khinzir. ([142])
Hadis ini juga diriwayatkan daripada Al-Qasim bin Al-Walid daripada Ibn Abbas. Hadis di atas merupakan dalil yang jelas dan nyata terhadap pengharaman nikah mut`ah sebagaimana haramnya bangkai, darah dan daging khinzir (babi).
Hadith ini menunjukkan penarikan semula oleh ibn Abbas terhadap kata-katanya yang menghalalkan mut`ah.
4.
ما روى عن سعيد بن جبير قال: هل تدرى ماضعت ، وبماذا أفتيت ؟ قد سارت بفتياك الركبان، وقال فيه الشعراء قال: وما قلت ؟ قلت ؟ قالوا: قد قلت للشيخ لما طال محبسه ياصاح هل لك فى فتوى ابن عباس وهل ترى رخصة الأطراف آنسه تكون مثواك حتى مصدر الناس فقال ابن عباس: إنا لله وإنا إليه راجعون ، والله ما بهذا أفتيت ، ولا هذا أردت ولا أحللت ، إلا مثل ماأحل الله الميتة والدم ولحم الخنزير
Maksudnya:([143])
Hadis ini juga diriwayatkan daripada Abi Khalid daripada Al-Minhal.([144])
Hadis ini samalah seperti hadis-hadis yang terdahulu, menunjukkan secara jelas dan nyata bahawa sesungguhnya Ibnu Abbas mengingkari terhadap orang-orang yang menaqalkan (meriwayatkan) kata-katanya yang menghalalkan mut’ah, Ibnu Abbas mengatakan ia tidak pernah memberi fatwa menghalalkannya, yang dikehendakinya ialah mut`ah itu telah diharamkan sebagaimana haramnya bangkai, darah dan daging khinzir (babi).
Terdapat banyak riwayat yang mengatakan Ibnu Abbas menarik balik kata-katanya menghalalkan mut`ah, antaranya Muhammad bin Khalaf yang terkenal di Waki’, Al Khutabi, Abu ‘Uwanah dan sebagainya. Mereka meriwayatkannya daripada Said bin Jubair seperti mana riwayat-riwayat yanh lalu.([145])
Berkata Tarmizi: “Dengan ini sabitlah penarikan semula Ibn Abbas tentang kata-kata menghalalkan mut’ah kepada kata-kata mengharamkannya selepas mengetahui larangan daripada Rasulullah SAW . Kebanyakan ahli ilmu yang mengharamkan mut`ah, iaitu seperti kata Al-Thauri, Ibn Mubarak, Imam Syafie, Imam Ahmad bin Hanbal dan Ishak. Dengan penarikan Ibn Abbas terhadap kata-kata yang mengharuskan mut`ah maka ijmak sendirinya terpakai”.([146])
Berkata Ibnu Qayyim: Ibn Abbas mengharuskan mut`ah adalah kerana berada dalam keadaan terpaksa (dharurat), seperti mana bangkai dan darah boleh diharuskan kerana takut pada berlaku musyaqqah (kepayahan). Apabila bebas daripada sebarang perkara-perkara yang membawa daripada dharurat, lalu Ibnu Abbas menarik semula fatwanya (harusnya mut`ah)”.([147])
Berkata Al-Khatabi: Ibnu Abbas menggunakan kaedah qias, di mana ia menyerupakan orang yang amat berhajat kepada perempuan (kerana dalam keadaan bujang) dengan orang yang amat berhajat kepada makanan untuk memenuhi tuntutan jiwa kerana tanpa makanan manusia akan binasa (mati). Walaubagaimana pun tuntutan dalam keadaan bujang adalah untuk syahwat, boleh di atasi dengan puasa atau melalui rawatan, maka ianya tidak termasuk dalam keadaan dharurat seperti keadaanya orang yang berhajat kepada makanan. Oleh itu penyerupaan ini tidaklah sahih (tidak betul)”.([148])
Antara ulama-ulama yang mengharuskan mut`ah ialah Ibnu Juraih seorang Ulama Feqah di Mekah yang berkata menghalalkanya sebanyak sembilan belas kali. Sabitlah (tetaplah) penarikan semula kata-katanya daripada mengharuskan mut`ah di Basrah, dengan katanya: “Kalian saksikanlah sesungguhnya aku telah membatalkan kata-kata yang menghalalkan mut`ah”.([149])
IJMAK PARA `ULAMA DALAM MENGHARAMKAN AMALAN MUT`AH.
Kebanyakan para ulama bersepakat dalam mengharamkan amalan mut`ah, anataranya;-
1. Berkata Ibn Hajar:
“Telah berlaku persepakatan dalam semua hadith yang diriwayatkan bahawasanya zaman mut`ah itu tidak berpanjangan, sesungguhnya telah diharamkan. Telah sepakat semua mengharamkannya kecuali dikalangan rawafidh”. ([150])
2. Berkata Al-Syaukani:
“Sesungguhnya ulama telah sepakat mengharamkannya, harusnya mut’ah tidaklah berkekalan kecuali golongan-golongan Rawafidh yang tidak memakai ijmak serta pendapat mereka bertentangan dengan kitab,sunnah dan umat islam seluruhnya”.([151])
3. Berkata Qadhi `Uyyad:
“Pada permulaannya mut’ah memang diharuskan, kemudian berlaku ijmak semua ulama’ untuk mengharamkannya kecuali golongan-golongan Rawafidh yang merujuk kepada riwayat-riwayat Ibn Abbas tentang kata-kata mengharuskannya. Sedangkan Ijmak telah pun mengharamkannya sekarang”.([152])
4. Bekata Ibn Munzir:
“Nikah mut`ah sememangnya diharuskan pada peringkat permulaan islam. Aku tidak mengetahui seorang pun yang mengharusknnya pada hari ini kecuali sebahagian golongan Rawafidh. Kata-kata yang bertentangan dengan kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw tidak akan bermakna”. ([153])
5. Berkata Al-Maziri:
“Telah sabit berlakunya nikah mut`ah pada permulaan islam kemudian dinasakhkan dengan hadith-hadith yang sahih dan berlaku ijmak ulama mengharamkannya, pengharaman ini tidak ditentang kecuali golongan-golongan yang suka mereka hadith untuk mengharusknnya sedangkan telah pun mansukh. Hujah mereka ini tidak boleh diterima”.([154])
6. Berkata Ibn Battal:
“Para Ulama telah ijmak sekiranya berlaku mut`ah zaman sekarang ianya terbatal, samaada belum berlaku persetubuhan ataupun selepas berlaku”. ([155])
7. Berkata Al-Khatabi:
“Pengharaman mut`ah telah pun disepakati kecuali sebahagian daripada golongan Syiah, oleh itu tidak sah merujuk kepada pelbagai dalil-dalil mereka yang bersumberkan kepada Syaidina Ali r.a dan Ahlul Bait kerana telah jelas ianya telah dimansukhkan”.([156])
8. Berkata Al-Qurthubi:
“Jumhur sahabat,Tabieen dan salafus soleh berkata: sesungguhnya mut`ah haram, kerana ayat yang mengharusknnya telah dimansukhkan”. ([157])
9. Berkata Abu Jaafar Ibn Muhammad (Imam yang keenam dikalangan Syiah Imamiah):
“ketika mana ditanya tentang amalan mut`ah: Ianya zina itu sendiri”.([158])
10. Berkata Imam Malik:
“Ijmak telah menetapkan Mut`ah telah diharamkan kerana keburukannya, ijmak ini tidak mendapat tentangan kecuali satu golongan dikalangan orang-orang yang suka mereka-reka. Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas untuk mengharuskan Mut`ah telah ditariknya semula (telah dibatalkannya sendiri)”.([159])
11. Berkata Akmaluddin Muhammad Ibn Mahmud Al-Babarti:
“(Ulama bagi mazhab Hanafi) : Harusnya mut`ah telah disepakati pada awal islam, kemudian zahirlah hadith-hadith yang menasakhkan dan mengharamkannya yang diriwayatkan oleh para sahabat. Sesungguhnya para sahabat telah sepakat tentang nasakhnya mut’ah pada zaman Rasulullah saw, ianya dinasakhkan dengan hadis, lalu lahirlah ijmak tentang nasakh ini kerana menasakhkan kitab dan sunnah tidak sah dengan ijmak semata-mata. Tetapi selepas Ibn Abbas menarik balik (membatalkan) hadis yang diriwayatkannya maka dengan sendirinya ijmak terpakai.([160])
12. Berkata Abu Hatim Al-Basiti:
“Mut`ah itu telah diharamkan pada peringkat permulaan islam sebelum Rasulullah mengharuskannya ketikamana ditanya oleh para sahabat: “Bolehkah mereka melakukan pengasian (kembiri)” , kalau tidak sedemikian maka tidaklah ada maknanya soalan mereka. Rasulullah melarang mereka daripada melakukan kembiri sebaliknya mengizinkan mut`ah semasa dalam peperangan, kemudian melarangnya pada tahun Khaibar, kemudian mengizinkannya pada pembukaan Mekah seterusnya mut’ah diharamkan selepas tiga tahun sehingga ke hari kiamat”.([161])
13. Berkata Ibnu Rusyd:
“Sesungguhnya pengharaman mut`ah adalah hadis mutawatir, walaubagaimana pun telah menjadi waktu satu khilaf tentang waktu dan tempat pengharamannya.([162])
14. Berkata Imam Syafi`e:
“Aku tidak mengetahui sesuatu perkara dalam islam yang dihalalkan kemudian diharamkan dan dihalalkan kemudian diharamkan selain mut`ah”.([163])
15. Berkata Syeikh Muhammmad Hamid:
“Zahir pengharamannya adalah dua kali: Adapun mut`ah halal sebelum perang Khaibar kemudian diharamkan ketika perang Khaibar dan kemudian diharuskan ketika pembukaan Mekah selama tiga hari, kemudian diharamkan selepas itu buat selama-lamanya”.([164])
Mut`ah sememangnya diharuskan pada peringkat permulaan islam berdasarkan sebab-sebab tertentu sebagaiman yang tersebut di dalam hadis. Mut`ah diharuskan bukan kerana untuk keseronokan semata-mata, tetapi kerana berada dalam musafir dan peperangan. Untuk itu ianya diharamkan lebih dari sekali kemudian diharuskan pada waktu-waktu yang berlainan, sehinggalah sempurna pengharamannya sehingga ke hari kiamat ketika nabi melakukan haji wida’. Pengharaman ini tidak mendapat tentangan daripada ulama Fuqaha’ kecuali sebahagian daripada golongan Syiah.([165])
13.Berkata Imam Muhammad Abduh:
“Adapun pemberian rukhsah itu adalah kerana berada dalam keadaan dharurat bagi mengelakan daripada kepayahan dan menjauhkan diri daripada terjebak dalam perzinaan. Berjauhan dengan isteri merupakan dharurat yang paling ringan kerana bersekedudukan antara lelaki dan perempuan tanpa sebarang aqad sementara adalah lebih hampir kepada perbuatan zina. Oleh itu mut`ah lebih menyerupai satu tolak ansur (tadarruj) untuk mengelakkan daripada berlakunya zina sebagaimana yang berlaku dengan pengharaman arak kerana kedua-dua perbuatan ini berleluasa di zaman Jahiliyah”. ([166])
14. Berkata Al-Syarani:
“Ulama telah ijmak bahawa nikah itu telah terbatal tanpa sebarang khilaf, pembatalan ini tidak ditentang kecuali golongan Syiah yang mengikut hadis riwayat daripada Ibn Abbas”.([167])
DALIL BERDASARKAN AQAL MENGHARAMKAN AMALAN MUT`AH
a. Dari segi aqal: Perkahwinan telah disyarakan dalam keadaan yang berkekalan semata-mata untuk mencapai tujuan dan matlamat masyarakat, seperti ketenangan jiwa, pejagaan anak-anak dan pembentukan keluarga yang hormani.
Semua ciri-ciri yang tersebut di atas tidak terdapat pada nikah mut`ah, kerana pada nikah mut`ah hanyalah untuk memuaskan hawa nafsu syahwat sahaja dalam jangka masa yang sementara, ianya tidak ubah seperti perbuatan zina. Kalau mengikut logik aqal tidak ada faedahnya mengharamkan perbuatan zina sedangkan amalan mut`ah diharuskan dikalangan masyarakat.([168])
b. Berkata sebahagian penulis bahawa ianya halal pada zaman permulaan islam. Ini bererti ianya tidak bertentangan dengan hukum dan terus berkekalan harusnya sehingga sekarang, iaitu harus seorang lelaki bermut`ah dengan perempuan dengan fatrah (jangkamasa) tertentu dengan hanya memberikan sewa (bayaran) yang dipersetujui.
Pada hakikatnya kata-kata ini tidak mempunyai dalil yang kukuh, bahkan kita tidak mendapatinya dari sumber-sumber yang dipercayai. Yang pastinya nikah ini adalah salah satu daripada bahagian nikah yang diamalkan pada zaman Jahilliah sebagaimana yang dikatakan dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Persoalannya sekarang, sekiranya nikah mut`ah itu halal sejak dari awal lagi, sudah pasti para sahabat Rasulullah saw mengamalkannya semasa dalam peperangan ketika mereka memerlukannya. Tetapi mereka tidak mengamalkannya sebaliknya menuntut daripada Rasulullah saw supaya mengizinkan mereka melakukan pengasian dengan tujuan menahan syahwat daripada terjebak kelembah kemaksiatan. Rasulullah tidak mengizinkan mereka melakukan pengasian sebaliknya memberi keizinan melakukan mut`ah. Sebagaimana yang telah dimaklumi mut`ah adalah haram kemudian diharuskan sementara kerana berada dalam dharurah. Dan sekiranya mut`ah ketika itu dalam keadaan halal sudah tentu para sahabat tidak mengemukakan permintaan daripada Rasulullah saw untuk melakukan kasi.([169])
HIKMAT DARIPADA PENGHARAMAN AMALAN MUT`AH
Daripada hikmat amalan mut`ah ini diharamkan kerana ianya tidak dapat merealitikan tujuan-tujuan asal sebagaimana nikah yang dibenarkan oleh syarak.
Nikah mut`ah tidak berkekalan dan tidak mengambil berat terhadap kebajikan dan hak-hak isteri, sebaliknya perempuan bagaikan barang dagangan yang sentiasa berpindah dari tangan ke tangan lelaki untuk melepas nafsu syahwat. Tidak terdapat pada mut`ah sistem mewaris, talak dan nasab terhadap anak-anak yang dilahirkan.
Sememangnya masalah ini disedari oleh sesetengah Syiah walaupun mereka mengatakan ianya harus. dikalangan keluarga Syiah yang sedar keburukannya, tidak meredhai anak-anak perempuan mereka mengamalkan amalan ini, bahkan ada mesyarakat Syiah yang menafi dan mengingkari amalan nikah mut`ah wujud dikalangan mereka.
Musa Jarullah dalam kitabnya (Al-Wasyiah fi naqdi `aqaid as-Syiah) mengatakan: Selepas berlaku keruntuhan akhlak perempuan yang kronik di jalan-jalan Kota Al-`Ajm, sedangkan ianya tidak didapati dikalangan bangsa Komunis, lalu kerajaan Iran membatalkan nikah mut`ah.([170])
FATWA PARA ULAMA.
1. Fatwa daripada mufti Republik Arab Mesir, Berkenaan hukum nikah mut`ah. (Dr. Nasr Farid Wasil).
Nikah mut`ah ialah berkata seorang lelaki kepada seorang wanita, “Aku ingin bermut`ah denganmu dengan tempohnya sekian dan dengan mas kahwin sekian..”
Adanya hadith yang diriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah mengizinkannya ketika dalam peperangan serta manusia ketika itu amat memerlukannya. Kemudian sabitlah secara qat`ie bahawa nabi telah melarang dan menasakhkannya.
Hadis yang mengharamkannya sabit dengan jelas kerana ianya diriwayatkan secara mutawatir yang mana Rasulullah SAW telah mengisytiharkannya sebanyak enam kali untuk menegaskan pengharaman mut`ah di enam tempat yang berlainan, antaranya di Khaibar, Tabuk, Hari Pembukaan Mekah, selepas Pembukaan Mekah, semasa menunaikan umrah qada’ dan ketika menunaikan haji wida’.
Pihak sahabat, tabien dan ahli fuqaha’ juga mengatakan nikah mut`ah itu batal, tidak berlaku pada asalnya kerana berlaku larangan daripada Rasulullah saw. Pembatalan nikah mut`ah itu adalah kerana ianya bukanlah dinamakan ‘perkahwinan’ mengikut persepakatan ulama muslimin.
Firman Allah swt, ketika mana menyatakan sifat orang-orang mukmin:
وَالَّذِيْنَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ. فَمَنْ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الْعَادُونَ.
Maksudnya: Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. ([171])
Para Jumhur `ulama telah berpegang kepada dalil-dalil berikut untuk membatalkan mut`ah.
1. Semua hadith yang diriwayatkan secara jelas menyatakan tentang pengharamannya.
Daripada apa yang dinyatakan oleh Syabrah al-Juhni, bahawasanya telah menyertai tentera Rasulullah saw dalam peperangan ketika pembukaan Mekah. Lalu Rasulullah saw telah mengizinkan bermut`ah dengan perempuan di kalangan mereka. Syabrah al-Juhni berkata, “Kami tidak keluar daripadanya (mut`ah) sehinggalah Rasulullah mengharamkannya”.
Lafaz yang digunakan oleh Rasulullah saw ketika mengharamkan mut`ah, ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, sabdanya, “ Wahai manusia, sesungguhnya aku telah mengizinkan kepada kamu supaya bermut`ah, dan sesungguhnya Allah telah mengharamkannya sehingga hari kiamat.
Begitu juga dengan hadis yang diriwayatkan daripada Syaidina Ali ra, bahawasanya Rasulullah saw telah melarang bermut`ah dengan perempuan dan memakan daging keldai pada hari perang Khaibar.
2. Bahawasanya Umar al-Khatab mengharamkannya
ketika berkhutbah di atas minbar pada zaman khalifahnya. Pengharaman terhadap mut`ah oleh Umar Al-Khatab itu telah diakui oleh para sahabat ra.
c. Sebuah hadith yang dinaqalkan daripada al-Baihaqi daripada Ja`afar bin Muhammad, bahawasanya telah ditanya berkenaan tentang mut`ah. Lalu Ja`afar bin Muhammad menjawab, “ mut`ah itu samalah dengan zina”.
d. Sesungguhnya mut`ah itu hanyalah bertujuan untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu semata-mata. Bukan bertujuan untuk tanasuliyah dan bukan untuk mendapatkan zuriat serta memeliharanya. Mut`ah begitu mendatangkan mudharat kepada perempuan dan menjadikannya sebagai mangsa seperti barang dagangan yang sentiasa berpindah dari tangan ke tangan orang lain.
Manakala anak-anak yang telah dilahirkan hasil daripada perbuatan ini akan mengalami masalah penempatan, kasih sayang dan pendidikan. Masaalah ini kelak semuanya akan membawa kepada suasana yang tidak diingini oleh mesyarakat islam.
Berkata As-Syaukani, “Atas keadaan apa sekalipun, kita hendaklah patuh kepada apa yang disampaikan oleh syarak terhadap pengharaman mut`ah selama-lamanya. Manakala mana-mana yang mukhalafah dengan pengharamannya tidaklah perlu diambil peduli kerana tidak ada nilainya bagi kita mengamalkanya. Ulama Jumhur dikalangan para sahabat telah memelihara pengharaman ini dan mereka mengamalkan apa yang diriwayatkan daripada pihak kita. Sehinggalah Ibnu Umar berkata terhadap hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Majah dengan sanad yang sahih, bahawasanya Rasulullah saw telah mengizinkan mut`ah sebanyak tiga kali kemudian mengharamkannya. Kata Ibn Umar, “Demi Allah, aku tidak mahu mengetahui seorangpun melakukan mut`ah sedangkan ianya ‘musan’ kecuali aku merejamnya dengan batu”.
Atas asas-asas yang telah disebutkan di atas, jelaslah mut`ah itu haram dengan persepakatan dan ijmak para `ulama muslimin. Dengan (mengikut ijmak dan persepakatan ulama) itu hukum melakukan mut`ah samalah hukumnya dengan melakukan zina. ([172])
2. Fatwa daripada Dr. Yusuf al-Qaradawi.
Nikah mut`ah adalah ikatan lelaki dan perempuan dengan tempoh yang telah ditentukan serta sewaan yang tertentu.
Nikah ini pernah diharuskan oleh Rasulullah saw sebelum baginda dituntut supaya menetapkan perundangan dalam islam. Ianya diharuskan ketika berada dalam musafir dan peperangan, kemudiannya diharamkan buat selama-lamanya.
Adapun rahsia disebalik pengharusannya pada zaman Rasulullah saw ialah kerana pada ketika itu boleh kita katakan berada dalam peringkat peralihan daripada zaman Jahiliah kepada zaman islam. Amalan zina pada zaman Jahiliah begitu mudah merebak dikalangan orang-orang arab. Manakala pada zaman islam, para penganutnya dituntut supaya musafir untuk berperang dan jihad di jalan Allah. Ini semuanya menyulitkan mereka kerana terpaksa berjauhan dengan isteri masing-masing. Ada dikalangan mereka yang kuat imannya tidak kurang juga yang lemah imannya. Mereka yang lemah imannya amat takut terjebak ke lembah perbuatan zina, kerana ianya seburuk-buruk perbuatan.
Manakala mereka yang mempunyai iman yang kuat, mereka berazam supaya mengasi atau mengembiri kemaluan masing-masing sebagaimana kata Abdullah Ibnu Mas`ud:
كنا نغزوا مع رسول الله وليس لنا شىء، فقلنا: ألا نستخصى؟ فنهانا عن ذلك،ثمرخص لنا ان تنكح المرأة بالثوب إلى أجل
Maksudnya: Diriwayatkan daripada Abdullah r.a katanya: Kami telah keluar berperang bersama Rasulullah s.a.w tanpa membawa isteri. Kami bertanya Rasulullah bolehkah kami mengembiri (kasi) kemaluan kami. Rasulullah segera menahan kami dari melakukannya. Baginda membenarkan kami mengahwini orang perempuan bermaskahwinkan sehelai baju untuk tempoh waktu yang tertentu. ([174])
Dengan ini pengharusan mut`ah adalah kerana untuk menyelasaikan masalah yang dihadapi oleh pihak tadi (orang yang kuat iman dengan yang lemah imannya).
Sebagaimana al-Quran mengharamkan minuman arak dan amalan riba (yang menjadi adat di zaman Jahiliah), nabi juga mengamalkan sistem tadarruj (beransur-ansur) dalam mengharamkan nikah mut`ah bagi memelihara kesucian wanita. Mut`ah diharuskan kerana tuntutan dharurah kemudian selepas itu ianya diharamkan kerana hilangnya tuntutan dharurah tersebut. Sebuah hadis riwayat daripada Ali Abi Talib dan sekumpulan daripada sahabat nabi, antaranya sebagaimana yang terdapat sahih Muslim: Daripada Sabrah bin al-Juhni: Sesungguhnya telah menyertai tentera dalam peperangan pembukaan Mekah, lalu mereka diizinkan untuk bermut`ah dengan perempuan. Katanya: Kami tidak meninggalkan mut`ah itu sehinggalah ianya diharamkan oleh Rasulullah saw. Daripada lafaz hadis tersebut: Sesungguhnya Allah telah mengharamkannya hingga ke hari Qiamat.
Tetapi persoalannya sekarang, adakah pengharamannya sama dengan pengharaman bangkai, darah dan daging babi (khinzir) yang sememangnya diharuskan ketika berada dalam dharurah dan takut menerima kemudharatan.? Jawabnya: Pandangan umum daripada pendapat para sahabat mendapati ianya haram mutlak (haram sebenar-benar) yang tidak mungkin menerima rukhsah setelah mendapat ketetapan daripada syarak.
Walaubagaimana pun bagi pendapat Ibnu Abbas, mut`ah masih boleh diharuskan ketika berada dalam dharurah. Ketika Ibnu Abbas ditanya tentang bermut`ah dengan perempuan, beliau mengharuskannya. Katanya (orang yang bertanya): Ianya harus ketika berada dalam keadaan mendesak, ketika bilangan perempuan sedikit atau seumpamanya. Jawab Ibnu Abbas: Ya.([175])
Bertolak daripada itu, amalan nikah mut`ah merebak dikalangan orang ramai meskipun berada di luar tuntutan dharurah, ini menyebabkan Ibnu Abbas menarik balik (membatalkan) fatwanya yang mengharuskan mut`ah.([176])
KESIMPULAN
Allah menyifatkan dalam Al-quran bahawa aqad perkahwinan yang sebenar berlaku dengan ikatan yang kukuh sebagaimana firman Allah SWT:
(واخذن منكم ميثاقا غليظا)
Maksudnya: Dan mereka telah mengambil daripadamu janji yang teguh.([177])
Ertinya satu ikatan yang begitu kuat, kukuh, benar-benar terikat dengan hati, bersatunya perasaan dan bersatunya matlamat sebagai suami isteri untuk membina rumahtangga yang kekal abadi.
Suami isteri yang kekal abadi (harmoni) merupakan asas kebahagiaan kepada anak-anak yang bakal lahir, juga sentiasa hidup dalam keadaan bantu membantu dalam segala hal sebagaimana firman Allah SWT:
هُنَّ لِبَاسٌ لَكُمْ وَأَنْتُمْ لِبَاسٌ لَهُنَّ
Maksud: Mereka pakaianmu dan kamu pakaian mereka.([178])
Kehormanian dan kestabilan keluarga sama sekali tidak dapat diperolehi sekiranya dibina berdasarkan nikah mut`ah kerana si suami hanya melepaskan nafsunya semata-mata bukannya bertujuan untuk tanasul dan tawalud.
Sesungguhnya Allah menjadikan hubungan antara suami isteri yang dibina atas dasar kasih sayang serta tolak ansur sebagaimana firman Allah SWT:
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Maksudnya: Dan diantara keterangan-keterangan (kekuasaan) Allah, diciptakanNya untuk kamu pasangan (isteri) dari diri (bangsa) kamu sendiri, supaya kamu diam bersama-sama dengan dia, dan dijadikan cinta dan kasih sayang diantara kamu, sesungguhnya dalam hal yang demikian itu menjadi keterangan bagi kamu yang berfikir.([179])
Ini semuanya tidak terdapat dalam amalan mut`ah kerana tidak dapat di sifatkan sebagai satu aqad yang kuat, kukuh serta berkekalan hingga ke akhir hayat.
Bibliografi
1. Al-Quran Karim
2. As-Sunnah Nabawiyah
3. Aqidah as-Syiah.
Oleh: David M. Ronalds (Dr. Bahagian Lahutiyah dan Falsafah).
Muasasatul Mufid (1990).
4. Bahrul Madzi.
Oleh: Muhammad Idris Abdul Rauf Al-Marbawi Al-Azhari,
Darul Fikri.
5. Mabadie’ `Uqdiyah baina As-Sunnah wa Syiah.
Oleh: Dr. Said Ismail
Darul Haqiqah Lil-`Ilam lid-Dauli (1990).
6. Al-Ahwalus Syakhsiyah, Dirasah Feqhiyah li-ahkamil usrati wama yajri `alaihil `amali qawaninil ahwalis syakhsiyah.
Oleh: Dr. Abdul Fatah Muhammad Nujar (1996).
7. Sahih Muslim, Syarhul Imamil Muhyiddin Abi Zakaria Yahya bin Syarfun Nawawi (631676H).
Oleh: Dr. Wahbah Az-Zuhaili.
Darus Salam (Qaherah).
8. At-Tasayu’:Nasyuhu-MarahiluhuMaqumatuhu.
Oleh: Al-Allamah Abdullahis Sayidil Guraifi.
Darus Thaqlin (Beirut, Lubnan).
9. Usulus Syiahti wa Usuliha: Muqaranah ma`al Mazhabil Arba`ah.
Oleh: Al-Imamus Sheikh Muahammad Al-Hussein AL-Kasyiful Ghita’.
Darul Idwa’ (1993).
10. As-Syiah fil al-Mizan.
Oleh: Muhammad Jawad Mughniyah.
Darul Jawad/ Darut Tayyarirl Jadid.
11. As-Syiah Falsafah wa al-Tarikh.
Oleh: Dr. Ahmad Kamal Sya`at.
Maktabah Madbhouli (Qaherah,1994).
12. Zawajul Mut`ah Halal `inda Ahlis Sunnah.
Oleh: Salleh Wirdani.
Maktabah Madhbouli (Qaherah, 1997).
13. Nikahul Mut`ah wa as’ilatil ukhra.
Oleh: Dr. Abdullah Taufeeq Sabikh.
Maktabah Nur.
14. Zawajul Mut`ah: ma`a bayan hukmi ankihatut tahlil-as-syigar-al-hibah-an-nikah biduna wali-an-nikah minaz zaniyah-az-zawajil `urufi.
Oleh: Abu Sari’ Muhammad abdul Hadi (Prof. Bhg. Feqh dan tenaga pengajar di Universiti Perempuan Riyad).
Darul Zahabiyah.
15. Bahaya Syiah kepada Aqidah Syariah, Akhlak Ummah dan Negara (Seminar Penyelewengan Aqidah).
Oleh: Yang Berhormat Md. Asri Yusof.
16. Penjelasan Terhadap Fahaman Syiah.
Oleh: JAKIM (Ruang internet).
17. Al-Minbaril Islami, edisi disember 1997.
18. Feqh Sunnah.
Oleh: As-Sayyed Sabeeq
Al-fathu lil-`lam al-arabi
19. Feqh al-Islami wa adilatuhu.
Oleh: Dr. Wahbah Zuhaili
Dar al-Fikr
20. Halal wa al-haram fi al-Islam.
Oleh: Dr. Yusuf al-Qaradhawi.
Maktabah al-Wehbah. Kaherah.
21. Dirasat fi al-Qadaya Dakhiliyah `ala al-Firoq al-Islamiyah.
Oleh: Dr. Mubarak Hassan Hussein Ismail. Kuliah Usuluddin wa Dakwah, Jamiatul al-Azhar, Menoufiah, Shibin el-kom, 1987M-1407H.
Mat’bath al-Amanah.
22. Al-Ghulu wa al-Ghulat fi al-islam.
Oleh: Prof. Abdul Rahman Muhammad al-Murakbi.
Kuliah Usuluddin wa Dakwah, Menoufiah, Shibin el-Kom, 1995M-1416H.
23. Zawajul al-Mut`ah fi ahli as-Sunnah.
Oleh: Dr. Sayed Aladdin Sayed Amir Muhammad al-qazuwaini.
Darul Baida 1997.
24. Az-Zawaj ad-Daiem wa al-Mua’aqat
Oleh: Ahmad Jannati
Darul al-Huda 1997.
--------------------------------------------------------------------------------
[1]Lihat: Dirasat fi al-Qadaya Dakhiliyah `ala al-Firoq al-Islamiyah. Oleh: Dr. Mubarak Hassan Hussein Ismail. Kuliah Usuluddin wa Dakwah- Jamiatul al-Azhar, Menoufiah 1987M-1407H.Hal:27-34.
[2]Surah as-Saffat ayat 83.
[3] Lihat: at-Tanbih wa ar-raddu Hal: 25. Oleh: Malta.
[4] Lihat: Al-Firoq baina al-Firoq. Hal: 31-34. Oleh: Al-Baghdadi.
[5]Tanasukh ruh bererti: Perpindahan ruh Ilahi (Tuhan) daripada jasad individu kepada jasad individu lain sehingga selesai kepada individu yang mahu di hululkan padanya.
[6]Agama Majusi: Adalah agama para penyembah api.
[7] Lihat: As-Syak`ah/ Islam bila mazahib. Hal: 169-170.
[8] Lihat: Al-Ghulu wa al-Ghulat fi al-Islam. Oleh: Prof. Abdul Rahman al-Murakbi. Bhg:2 1416H-1995M. Hal:28-29.
[9]Feqh Sunnah. As-sayed Sabeq. Jilid:2. Hal:131.
[10]Surah adz-Dzariyat. Ayat 49.
[11]Surah Yaasin. Ayat 36.
[12]Surah al-Hujurat. Ayat 1.
[13]Surah an-Nisaa’. Ayat 1.
[14]Minhaj al-Islam. Oleh: Abu Bakar Jabir al-Jazairi. Hal: 310.
[15]Surah ar-Ra`ad. Ayat 38.
[16]Surah an-nahl. Ayat 72.
[17]Surah ar-rum. Ayat 21.
[18] Hadis Mutaffaq `ilaih.
[19]Hadis Mutaffaq `ilaih.
[20]An-nikah. Oleh: Syeikh Saad Muhammad Said as-Saghurji. Hal: 51.
[21] Al-Ahwal As-Syakhsiyah, Dirasah li-ahkamil usrati wama yajri wama `alaihil `amal bi-qawaninil Ahwalis Syakhsiyah: Dr. Abdul Fatah Muhammed Nujar, Dekan bahagian Feqh, Kuliah Syariah dan Undang-undang, Tanta 1996.
[22] Hadis Mutaffaq `ilaih.
[23] Al-Hidayatul wa fathul Qadir, Jilid 2 m/s 384.
[24] Al-Hidayatul wa fathul Qadir, Jilid 2 m/s 384 dan Al-Umm Jilid 5 m/s 71.
[25] As-Syiah: Falsafah wa Tarikh- Dr. Ahmed Kamel Sa`ath.
[26]Feqhus Sunnah- Assayid Sabiq, jilid 2, Darul Lil`ilamil `Arabi..
[27] Al-Hidayatul wa fathul Qadir, Jilid 2 m/s 384.
[28] Al-Hidayah wa Fathul Qadir, Jilid 2, hal 384.
[29] Al-Umm Lis-Syafiee, Jilid 5, hal 71.
[30]At-Tasayyu’: Nasyu’uhu-Marahiluhu-Maqumatuhu. Karangan: Al-`Allamat As-Sayid Abdullah
Al-Ghuraifi, hal 428.
[31] Zawajul Mut`ah halal `inda ahlis Sunnah, oleh: Salleh Wirdani, hal 133. Maktabah Madbhuli Shagir.
[32] Kitab al-Nihayah Fi Mujarrad al-Feqh Wa al-Fatawa oleh Abu Jaafar Muhammad b. Hassan b. Ali
al-Tusi, hal 489. Di pindahkan daripada “Penjelasan terhadap fahaman Syiah” terbitan JAKIM
[33]Al-Furu’ Minal Kafi jilid 5 hal 80.
[34] Kitab al-Nihayah Fi Mujarrad al-Feqh Wa al-Fatawa oleh Abu Jaafar Muhammad b. Hassan b. Ali
al-Tusi, hal 489. Di pindahkan daripada “Penjelasan terhadap fahaman Syiah” terbitan JAKIM
[35] Shatab Syaraai`ul Islam, oleh: Jaafar bin Hussein.
[36] Tahrirul Wasilah oleh: Khomeini.
[37] As-Syiah: Falsafah Wa Tarikh. Dr. Ahmed Kamel Sa`ath, Maktabah Madbhouli-Qaherah.
[38] Syatabu Syara`ie Islam- Jaafar bin Hain.
[39] Al-Istibsar wa tahzibul Ahkam.
[40]Tahzibul Ahkam jilid 7 hal 253.
[41] Tahrirul Wasilah.
[42] Mabadie’ `Uqdiyah baina As-sunnah Was Syiah. Dr. Sa`id Ismail. Darul Hakikatul `ilaami Dauli.
[43] Al-Istibsar wa tahzibul ahkam
[44]Tahzibul Ahkam jilid 7 hal 225 dan As-Syiah: Falsafah wa Tarikh hal 231.
[45] Minhajus Sadiqin.
[46]As-Syiah: Falsafah wa Tarikh. Dr. Kamel Sa`ath. Maktabah Madbhouli-Qaherah.
[47] Minhajus Sadiqin- .
[48]Min kitab batlan `aqaid as-Syiah. Oleh: Muhammad Abdul Sattar al-Tunusawi (Minbat al-Islami).
[49]At-Tasayyu’:Nasyuuhu-Marahiluhu-Maqumatuhu. Al-`Allamat As-Sayid Abdullah Al- Ghuraifi. Hal 428.
[50]Min kitab batlan `aqaid as-Syiah. Oleh: Muhammad Abdul Sattar al-Tunusawi (Minbar al-Islami).
[51] Kitab Tahzib al-Ahkam oleh Abu Jaafar Muhammad bin al-Hassan al-Tusi. juzu`1, hal.259. Dipindahkan daripada “Penjelasan terhadap ajaran Syiah” terbitan JAKIM.
[52]Al-Furu’ minal Kafi jilid 5 hal 460.
[53]Al-Istibsar jilid 3 hal 141.
[54]Surah Hud, ayat 78.
[55]Surah Al-Baqarah ayat 222.
[56]Al-Istibsar jilid 3 hal 243 dan As-Syiah: Falsafah wa Tarikh oleh: Dr. Ahmed Kamal Sa`at, hal 250.
[57] Surah an-nisa’ ayat 24.
[58]Surah An-Nisa’ ayat 24.
[59] Tafsir Al-Qurthubi. Jilid 5, m/s 130
[60] Nilul Autar. Jilid 6 m/s 270.
[61] Al-Mut`ah wa atharuha fil Islahil Ijtimaie Lil-fakiki. ms 73-74.
[62] Tafsir Fathul Qadir Lis-Shawkani. Jilid 1, m/s 141, Syarhu kitab An-nil La Taghisy. Jilid 6, m/s 319 dan Al-bahruz Zukhar. Jilid 3, m/s 22.
[63] Surah An-Nisa’ ayat 25
[64] Surah Al-Maidah, ayat 5.
[65] Surah Al-Mumtahinah, ayat 10
[66] Surah Al-Ahzab, ayat 50.
[67] Surah Al-Ma`arij, ayat 29-31.
[68] Surah Al-Mukminun,ayat 5-7,
[69] Tafsir Qurthubi, jilid 5 m/s 129 dan Tafsir Al-Manar, jilid 5 m/s 10-12.
[70] رواه البخارى فى كتاب النكاح: باب مايكره من التبتل والحضاء واللفظ له، ورواه مسلم فى باب نكاح المتعة بروايات المتعددة ،ورواه البيهقى في باب النهى عن التبتل والإحضاء وفى باب نكاح المتعة وينظر زاد المعاد ج2ص205 ونيل الأوطار ج6ص28 والمتعة وأثرها فى إصلاح الإجتماعى للفككى 41-42 والأية رقم 82من سورة المائدة.
[71] Al-`iktibar fin Nasikh wal Mansukh minal Athar Lilhazami, m/s 331.
[72] Zadul Mua`ad jilid2 m/s 205 dan wasa’ilus Syiah Lil`amili jilid 7 m/s 440 dan Al-Mut`ah wa athruha fil Islahil Ijtimaie m/s 42.
[73] Surah Al-Maidah ayat 87.
[74] Sahih Muslim bis-Syarhi An-Nawawi jilid 7 m/s 179-182..
[75] Tafsir Al-Qurthubi jilid 5 m/s 130 dan Sunan Al-Kubro Lil-Baihaqi jilid 7 m/s 179
[76] Fathul Bari jilid 19 m/s 143 dan An-Nawawi `ala sahihi Muslim jilid 7 m/s 179.
[77] Hadis riwayat Bukhari dalam bab “Larangan Rasulullah terhadap nikah Mut`ah.
[78] Zadul Mu`ad jilid 2 m/s 205.
[79] Hadis riwayat Muslim dalam bab “Nikahul Mut`ah” daripada kitab An-nikah jilid 7 m/s 189 dan Wasa’ilus Syiah Lil-Amili jilid 7 m/s 441.
[80] Fathul Bari jilid 19 m/s 207
[81] Hadis riwayat Muslim dalam bab “Nikahul Mut`ah” daripada kitab An-nikah jilid 7 m/s 189.
[82] Zadul Mu`ad jilid 2 m/s 205
[83] Nilul Autar jilid 6 m/s 274.
[84] Hadis riwayat Ibn Majah dalam sunannya, bab “ Larangan terhadap Nikah Mut`ah” jilid 1m/s 631.
[85] Hadis riwayat Al-Baihaqi dalam Sunan Kubro bab “Nikah Mut`ah” jilid 7m/s 206.
[86] Hadis riwayat Imam Ahmad dalam kitabnya Al-Musnad fi Masanid `Imran bin Husain jilid 4 m/s 436 dan Al-Mut`ah wa Athruha Lil-fakiki m/s 42.
[87]Sunan Abi Daud bab “Nikah Mut`ah” jilid 3 m/s 225 dan Zadul Mu`ad jilid 2m/s 205-207 dan Wasa’ilus Syiah jilid 7 m/s 436-441.
[88]Nilul Autar jilid 6 m/s 272.
[89]Hadis riwayat Tarmidzi dalam bab “ Perkara yang datang mengharamkan Nikah Mut`ah” jilid 3 m/s 429-430.
[90]Nilul Autar jilid 6 m/s 273 dan Syarh Sunan Abi Daud jilid 3 m/s 225 oleh: Mahmud Amin Khatab
[91]Fathul Bari jilid 19 m/s 143.
[92]Hadis riwayat dalam bab “ Larangan Rasulullah terhadap amalan Mut`ah”, halaman akhir daripada kitab Nikah, dan Fathul Bari jilid 19 m/s 205 dan hadis riwayat Baihaqi dalam sunan Al-Kubro bab “ Nikah Mut`ah” jilid 7 m/s 204-205.
[93]Hadis riwayat Baihaqi dalam bab “ Nikah Mut`ah”.
[94]Subulus Salam jilid 3 m/s 140, Nilul Autar jilid 6 m/s 273 dan Mut`ah wa Athruha fii Islahil ijtimai’e Lil-Fakiki m/s 67-68.
[95] Surah al-Maarij. Ayat: 30.
[96] Lihat: Tafsir al-Qurtubhi. Jilid: 5. Hal: 129, Tafsir Fathul Qadir oleh Syaukani. Jilid: 1 . Hal: 414.
[97] Hadis riwayat dalam bab “ Larangan Rasulullah terhadap amalan Mut`ah”, halaman akhir daripada kitab Nikah dan hadis riwayat At-Tarmidzi dalam bab “ Perkara yang mengharamkan Mut`ah”.
* Kata-katanya tidak harus ditolak oleh pengikutnya.
[98]Lihat Al-Mut`ah wa Athruha fil Islahil Ijtimai’e: Taufek Al-Fakiki m/s 42 di pindahkan daripada Aslis Syiah wa Usuliha.
[99] Zawajul Mut`ah halal `inda Ahlis Sunnah, oleh: Salleh Wirdani. hal 112, Maktabah Madbhoili Shagir.
[100] Lihat Wasa’ilus Syiah-Furu’.
[101]Lihat Risalah Mut`ah.
[102] Wasa’ilus Syiah.
[103] Lihat al-Faqeh.
[104]Saya Bingung, Apa Saya Syiah, ruangan internet.
[105] Fathul Bari jilid 19 hal 207.
[106]Zawajul mut`ah fi kutub ahli as-sunnah. Oleh: Dr. Sayed Aladdin as-Sayed Amir Muhammad al-Qazuwaini. Darul Baida.1997M-1418H.
[107]Az-Zawaj al-Daiem wa al-Mua’aqat. Oleh:Ahmad Jannati. Hal: 69. Darul al-Huda 1997.
[108] Nikah Mut`ah min kitab batlaan `aqaidi as-Syiah, Minbar al-Islami. Oleh: Muhammad Abdul Sattar at-Tunusawi. Hal: 89.
[109] Hadis riwayat dalam bab “ Larangan Rasulullah terhadap amalan Mut`ah”, halaman akhir daripada kitab Nikah, hadis riwayat At-Tarmidzi dalam bab “ Perkara yang mengharamkan Mut`ah”dan Hadis riwayat Baihaqi dalam sunan Kubro bab “ Nikah Mut`ah” jilid 7 m/s 202.
[110]Sahih Tarmidzi (bab perkara yang datang mengharamkan Mut`ah) jilid 3 m/s 429.
[111]Hadith riwayat Baihaqi dalam sunan Kubro bab “ Nikah Mut`ah” jilid 7 m/s 208.
[112]Fathul Bari jilid 19 m/s 207.
[113] Hadith riwayat Muslim dalam kitab Nikah jilid 7 m/s 187 dengan syarah Nawawi.
[114]Hadis riwayat Muslim dalam kitab Nikah jilid 2 m/s 1025 dengan syarah Nawawi.
[115]Sunan An-Nasaie fi Tahrimil Mut`ah jilid 5 m/s 127.
[116]Hadith riwayat Muslim dalam kitab Nikah jilid 7 m/s 184 dengan Syarah Nawawi.
[117]An-Nawawi `ala Sahih Muslim jilid7 m/s 184 dan Sunan kubro Lil-Baihaqi jilid 47 m/s 204 dalam bab Nikah Mut`ah.
[118]Hadith riwayat al-Baihaqi fi al-s-Sunan al-Kubro fi bab nikah al-mut`ah. Jilid: 7. Hal:207. Wa rawahu al-Hazimi fi al-`iktibar fi an-nasikh wa al-mansukh min al-athar. Hal:335 wa lafzi al-Baihqi.
[119]Lihat Fathul Bari. Jilid:19.Hal:204 dan Nil al-Autar. Jilid: 6. Hal: 273.
[120]Hadith riwayat Ibn Majah fi sunanihi fi bab an-nahi `an nikah al-mut`ah. Jilid:1. Hal: 631 dan hadis riwayat al-Baihaqi fi al-s-Sunan al-Kubro fi bab nikah al-mut`ah. Jilid:7.Hal: 203.
[121]Lihat Sunan al-Kubro (bab nikah al-mut`ah). Jilid: 7. Hal: 203 dan Fathul Bari. Jilid: 19. Hal: 205.
[122]Lihat Tafsir al-Qurthubi. Jilid: 5. Hal: 131-132, Nil al-Autar. Jilid:6 Hal: 273-274 dan Fathul Bari. Jilid: 19. Hal: 204.
[123]Al-Muhli. Jilid: 9.Hal: 520.
[124] Hadith riwayat al-baihaqi fi Sunan al-Kubro fi bab nikah al-mut`ah. Jilid: 7. Hal: 207.
[125]Hadith riwayat Ibn Majah dalam sunannya, bab “ Larangan terhadap amalan Mut`ah” jilid 1 m/s 631
[126]Lihat Zadul al-Mu`ad. Jilid: 2. Hal: 205, Nil al-Autar. Jilid: 6. Hal:269 dan Syarh an-Nawawi `ala Sahih Muslim. Jilid: 7. Hal:183.
[127]Lihat Tafsir al-Manar. Jilid 5. Hal: 13.
[128]Hadis riwayat Baihaqi dalam sunan, bab “Nikah Mut`ah” jilid 7 m/s 207.
[129]Hadis riwayat Dar Qatnie dalam sunannya jilid 3 m/s 208-209.
[130]Hadis riwayat Baihaqi dalam sunan, bab “Nikah Mut`ah” jilid 7.Hal: 207.
[131]Lihat Fathul Bari. Jilid:19. Hal:209.
[132]Hadis riwayat Baihaqi dalam sunanKubro, bab “Nikah Mut`ah" jilid 7.
Hal: 206 dan Imam Ahmad dalam Musnad jilid 2 .Hal: 312-313.
[133]Lihat Sunan al-Kubro lil-Baihaqi. Jilid: 7. Hal: 206.
[134]Hadis riwayat Malik dalam Muwata’ bab “Nikah Mut`ah” daripada Kitab Mut`ah jilid 2 m/s 542, hadis riwayat Baihaqi dalam sunan, bab “Nikah Mut`ah” jilid 7 m/s 206 dan Muntakhab katrul `Ummal fi sunanil `Aqwal wal `af`al bihamisy al-musnad jilid 6 m/s 404.
[135]Al-Ahwal As-Syakhsiyah, Dirasah li-ahkamil usrati wama yajri wama `alaihil `amal bi-qawaninil ahwailis syakhsiyah: Dr. Abdul Fatah muhammed Nujar, Dekan bahagian Feqh, Kuliah Syariah dan Undang-undang, Tanta 1996
[136]Surah Al-Mukminun ayat 5-7 dan Surah Al-Ma`arij ayat 29-31.
[137]Hadis riwayat Tarmidzi dalam bab “ Perkara yang datang mengharamkan Nikah Mut`ah” jilid 3 m/s 429-430.
[138]Surah Al-Mukminun ayat 5-7 dan Surah Al-Ma`arij ayat 29-31.
[139]Hadis riwayat Tarmidzi dalam bab “ Perkara yang datang mengharamkan Nikah Mut`ah” jilid 3 m/s 429-430.
[140]Surah An-Nisa’ ayat 23.
[141]Hadis riwayat Baihaqi dalam sunan Kubro jilid 7 m/s 205 bab “ NikahMut`ah.
[142]Hadis riwayat Baihaqi dalam sunan Kubro jilid 7 m/s 205 bab “ NikahMut`ah”.
[143]Hadis riwayat Al-Hazami dalam `Iktibari fin Nasikh wal mansukh minal athar m/s 331wa lafzu lahu, Hadis riwayat Baihaqi dalam sunan Kubro jilid 7 m/s 205 bab “Nikah Mut`ah”.
[144]Hadis riwayat Baihaqi dalam sunan Kubro jilid 7 m/s 205 bab “Nikah Mut`ah”.
[145]Hadis riwayat Baihaqi dalam sunan Kubro jilid 7 m/s 205 bab “Nikah Mut`ah”dan Ma`alimus Sunan Lil-Khatabi jilid 3 m/s 190.
[146]Sahih Tarmidzi dalam bab “ Perkara yang datang mengharamkan Mut`ah “ jilid 3 m/s 429 –430, Syarah Nawawi terhadap Sahih muslim jilid 7 m/s 181 dan Tafsir Fathul Qadir Lis-Sawkani jilid 1m/s 41.
[147]Zadul Mua`ad jilid 2 m/s 22.
[148] Al-Hazami fil `Iktibar fin Nasikh wal Mansukh minal Athar, hal 336 dan Ma`alimus Sunan Lil-Khatabi, jilid 3 hal 190.
[149] Fathul Bari, jilid 19 hal 717 dan Nilul Autar, jilid 6 hal 271.
[150] Fathul Bari, jilid 19 hal 208.
[151] Fathul Bari, jilid 19 hal 207, Nilul Autar, jilid 6 hal 271, Subulul Jazar Lis-Shawkani jilid 2hal 268 dan Nawawi syarh Sahih Muslim, jilid 7 hal 181.
[152] As-sabilul Jarrar al-Mutaddafaq `ala Hada’ikil Azhar Lis-Sawkani jilid 2 m/s 268.
[153] Fathul Bari, jilid 19 hal 207, Nilul Autar, jilid 6 hal 271, Subulul Jazar Lis-Shawkani jilid 2hal 268
[154] Nawawi syarh Sahih Muslim, jilid 7 hal 179.
[155] Fathul Bari, jilid 19 hal 207.
[156] Nilul Autar jilid 6 271 dan Fathul Bari jilid 19 m/s 207 dan Subulul Jarar Lil-Sawkani jilid 2 hal 268.
[157] Tafsir Qurthubi jilid 5 hal 133.
[158] Fathul Bari jilid 19 hal 207.
[159] Hasyiatud Dasuki jilid 2 hal 239.
[160] Hasyiatul `Inayah `alal Hidayah jilid 2 hal 385.
[161] Tafsir Qurthubi hal 130.
[162] Ibid.
[163] Lihat Zadul Mu`ad jilid 4 hal 8.
[164] Fathhul Bari, jilid 9 hal 21.
[165] An-Nawawi `ala Sahih Muslim jilid 7 hal 179 dan Al-`Iktibar fin Nasikh wal Mansukh minal Athar Lil Hazami hal 331 dan Nilul Autar jilid 6 hal 282 dan Fathul Qadir Ibn Hammam jilid 2 hal 387.
[166] Tafsir Al-Manar Jilid 5 hal 12.
[167] Al-mizan lis-Sya’rani jilid 2 hal 119.
[168]Al-Feqh al-Islami wa adilatuhu. Oleh: Dr. Wahbah Zuhaili. Jilid:7 Hal:70.
[169]Nikah al-Mut`ah, min kitab batlan `aqaid as-Syiah. (Minbar al-Islami)
Oleh: Muhammad Abdel as-Satter at-Tunusuwi. Hal:83.
[170]Al-Mut`ah. Oleh: Al-Fakiki. Hal: 75. (Al-Minbar al-Islami).
[171] Surah Al-Ma`arij, ayat 29-31.
[172] Majalah Minbar Islam, edisi Disember 1997. Hal: 82-83.
[173]Lihat Halal wa al-Haram fi al-Islam. Oleh: Dr. Yusuf al-Qaradawi. Hal: 182
[174]Hadith Mutaffaq `alaih
[175]Hadith riwayat Bukhari
[176]Lihat Zadul al-Mua`ad. Jilid:4. Hal:7. Akhrajahu al-Baihaqi, Sahih al-Muslim, bab nikah mut`ah.
[177] Surah an-Nisaa’, ayat 21
[178] Surah al-Baqarah, ayat 187
[179] Surah Ar-Rum, ayat 21.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan