DONATE

Jumaat, 18 Julai 2008

SOLAT FARDHU SEBAGAI WADAH JAMA`AH



1. Pendahuluan:

Solat mengukuhkan iman dan memperisaikan diri dari amalan fahsya' dan munkar. Apabila solat dilakukan secara berjama`ah, sudah pasti ia menghasilkan faedah yang lebih besar seperti perkenalan, persefahaman, tolong menolong serta perpaduan ummah yang sebenarnya di samping hikmat-hikmat lain. Jika solat fardhu yang sehari semalam lima waktu itu dilakukan secara berjama`ah di masjid atau di tempat azan dilaungkan, tentu lebih memantapkan lagi hikmah dan faedah solat tersebut.

Dalam kertas ini akan dijelaskan maksud solat berjamaah, Tuntutan solat fardu berjama`ah menurut Al-Qur'an dan Al-Hadith, pendapat ulamak mengenainya, bagaimana solat fardu berjama`ah menjadi wadah jamaah dan perpaduan ummah yang praktis, kesan solat berjama`ah aspek yarbiyah dan keadaan keuzuran yang diharuskan dari solat fardhu berjama`ah

2. Maksud Solat Berjama`ah:

Solat berjama`ah ialah ikatan yang berlaku antara solat imam dan ma'mum. (Al-Zuhailiyy, Al-Feqh Al-Islamiyy, 2/146).

Diantara solat yang dituntut berjama`ah; solat fardu yang lima, solat Juma`at, solat dua hari raya secara tahunan di tiap-tiap negeri dan kampong.. (Al-Zuhailiyy, 2/146-147)

3. Tuntutan Solat Fardhu Berjama`ah:

Tuntutan berjama`ah pada solat fardhu, thabit dengan dalil-dalil Al-Qur'an, Al-Sunnah dan Ijma`, seperti berikut:

(1) Menurut Al-Qur'an;

i. Firman Allah S.W.T., bermaksud:

أقِيْمُـوْا الصَـلوةَ وَءاتُوْا الزَكَـوْةَ وارْكَعُـوْا مَعَ الرَّاكِعِـيْنَ.

"Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat serta ruku`lah bersama orang-orang yang ruku`." (Al-Baqarah 2 : 43)

Maksud ruku` bersama orang-orang yang ruku` ialah tuntutan supaya solat fardhu di lakukan secara berjama`ah. FirmanNya lagi
وَإذَا كُنْتَ فِيْهِمْ فَأقَمْتَ لَهُمْ الصَّـلاَة َ…

bermaksud: "Dan jika engkau (hadir) bersama mereka, maka dirikanlah bersama mereka solat ..." (Al-Nisa' 4 : 102) Pengajaran dari ayat-ayat di atas ialah bahawa jika solat dalam masa perang dituntut berjama`ah, maka tuntutan dalam suasana damai lebih aula (lebih kuat tuntutannya). (Al-Zuhailiyy Al-Feqh Al-Islamiyy Wa Adillatuh, 2/147) (2) Menurut Al-Hadith: i. Sebda Rasulullah s.a.w. menurut riwayat Abu Hurairah:
صَلاةُ الجَمَاعَةِ أفْضَلُ مِنْ صَلاةِ الْفَذِّ بِسَبِعٍ وَعَشْرِيْنَ دَرَجَةً وَفِىْ رِوَايَةً : بِخَمْسٍ وَعَشْرِيْنْ دَرَجَةً
bermaksud:
"Solat berjama`ah lebih afdhal dari solat seorang diri dua puluh tujuh darjat". Menurut riwayat yang lain: "dua puluh lima darjat". Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain (Al-Zabidiyy, Taisir Al-Wusul, 2/319 ii. Dari Ubai bin Ka`b r.a. katanya: Sabda Rasulullah s.a.w., :

… وَأنَّ صَـلاةَ الرَّجُلِ مَعَ الرَّجُلِ أزْكَىْ مِنْ صَـلاتِهِ وَحْدَهُ، وَصَـلاتَهُ مَعَ الرَجُـلَيْنِ أزْكَىْ مِنْ صَـلاتِهِ مَعَ الرَجُلِ. وَكُلَ مَاْ كَـثُرَ فَـهُوَ أحَبُّ إلَىْ اللهِ عَزَّوَجَـلَّ

bermaksud: "... Solat seseorang lelaki dengan seorang lelaki lain adalah lebih sempurna (azka) dari solat seorang diri, dan solatnya dengan dua orang lebih sempurna dari solatnya dengan seorang, dan setiap yang lebih banyak lebih disukai di sisi Allah A.W.J.." Riwayat Ahmad, Abu Daud, Al-Nasa'iyy, Ibnu Huzaimah, Ibnu Habban dan Al-Hakim. (Al-Manzriyy, Al-Targib Wa Al-Tarhib,1/264).
iii. Dari Abu Musa r.a. katanya: Sabda Rasulullah s.a.w., :

أَعْظَمُ الَّناسِ أجْرًا فِىْ الَّصلاةِ أبْعَدُهُمْ مَمْشَىْ. وَالَّذِىْ يَنْتَظِرُ الصَّلاةَ حَتَّىْ يُصَلِيْهَاْ مَعَ الإمَاْمِ أعْظَمُ أجْرًا مِنَ الَّذِىْ يُصَلِّىْ ثُمّ يَنَـاْمُ.
bermaksud:
"Sebesar-besar pahala solat diperolehi oleh manusia ialah mereka yang paling jauh perjalanannya (untuk menunaikan solat), dan yang menunggu untuk bersembahyang beserta imam adalah lebih besar pahala dari mereka yang bersembahyang kemudian ia tidur." Riwayat Al-Bukhariyy, (Al-Zabidiyy, Taisir Al-Usul, 2/320)
iv. Dari Ummu Darda', katanya: Abu Darda' telah datang kepadaku dalam keadaan marah. Maka aku bertanya:

مَا أغْضَبَكَ ؟ فَقَالَ: وَاللهِ مَا أعْرَفَ مِنْ أمْرِ مُحَمَّدً (ص) إلا أَنَّهُمْ يُصَلُّوْنَ جَمِيْعًـا.
Bermaksud:
"Apa yang menimbulkan kemarahan engkau? Maka jawabnya: Aku tidak tahu perintah Muhammad s.a.w. Sedang mereka semuanya (sama-sama - berjama`ah) melakukan sembahyang." Diriwayatkan oleh Al-Bukhari. (Al-Zabidiyy, Taisir Al-Wusul, 2/321).
v. Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Seorang buta (Ibnu Ummi Maktum) telah datang kepada Rasullullah s.a.w. dan berkata: Wahai Rasullullah, sesungguhnya tiada bagiku pemandu arah yang memandu aku ke Masjid (untuk menunaikan solat fardhu berjama`ah). Kemudian ia meminta Rasullullah s.a.w. melonggarkan tanggungan (solat berjamaah) baginya. Maka setelah ia berpaling untuk pergi, dipanggilnya oleh Rasul-ullah s.a.w. dengan bersabda kepadanya:

هَلْ تَسْمَعُ النِّدَاءَ ؟ قَالَ : نَعَـمْ. قَالَ : فَأَجِبْ
bermaksud:
"Adakah engkau mendengar panggilan (azan)?" Maka jawabnya: "Ya". Maka sabda(nya): "Jawablah (yakni tunaikanlah secara berjamaah)." Riwayat Muslim dan Al-Nasa'iyy. (Al-Zabidiyy, Taisir Al-Wusul, 2/320. Lihat: Imam Muhammad Al-Kahlaniyy, Subul Al-Salam Syarh Bulugh Al-Muram, (Al-Qaherah: Al-Halabiyy, Edisi 4, 1960/1379) Jil. 2, hlm. 20.)
vi. Dari Ibnu Mas'ud r.a. katanya:
وَلَقَدْ رَأيْتُنَـا وَمَا يَتَخَلَّفُ عَنِ الصَّلاةِ إلا مُنَا فِقٌ قَدْ عُلِمَ نِفَاْقُهُ أوْ مَرِيْضٌ. إنْ كَانَ المَرِيْضُ لَيَمْشِى بَيْنَ الرَّجُلَيْنِ حَتَّىْ يَأْتِىالصَّلاةَ.وَقَاْلَ: أنَّ رَسُوْلَ الله (ص) عَلَّمَنَا سُنَنَ الهُدَىْ، وَإنَّ مِنْ سُنَنَ الُهدَىْ الصَّلاةُ فِىْ المَسْجِدِ الذِى يُوْءذَنُ فِيْهِ.
bermaksud:
"Sesungguhnya aku melihat bahawa kita semua tiada yang membelakang solat (berjama`ah) melainkan orang munafiq yang sedia diketahui kemunafiqkannya atau orang sakit. Sekiranya ia sakit ia akan berjalan (memapah) antara dua lelaki se¬hingga mendatangi solat (berjamaah). Kemudian ia berkata: Sesungguhnya Rasullullah s.a.w. mengajarkan kita amalan yang benar (sunan al-huda) dan di antara amalan yang benar ialah melakukan solat di masjid yang diazankan padanya."
Riwayat Muslim dan Abu Daud. Ditambah oleh Abu Daud:
وَمَا مِنْكُمْ مِنْ أحَدٍ إلا وَلَهُ مَسْجِدٌ فِىْ بَيْتِهِ. وَلَوْ صَلَيْتُمْ فِىْ بُيُوْتِكُـمْ وَتَرَكْتـُمْ مَسَـاجِدَكُمْ تَرَكْتـُمْ سُـنَّةَ نَبِيِّكُمْ (ص)، وَلَوْ تَرَكْتُـمْ سُـنَّةَ نَبِيِّـكُمْ لَكَفَـرْتُمْ.
Bermaksud:
"Tidak ada seseorang dari kamu melainkan membuat masjid (tempat solat) di rumahnya, sekiranya kamu sembahyang di rumah kamu dan kamu tinggalkan amalan solat di Masjid kamu, (bererti) kamu meninggal sunnah Nabi kamu s.a.w. dan sekir¬anya kkamu meninggalkan sunnah Nabi necaya kamu menjadi kufur." Riwayat Abu Daud. (Al-Zabidiyy, Taisir Al-Wusul, 2/321).
vii. Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Sabda Rasullullah s.a.w.,:

أثْقَـلُ صَـلاةٍ عَلَى المُنَـافِقِيْنَ صَـلاةُ العِشَـْاءِ وَصَـلاةُ الفَجْرِ.وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيْهِمَا َلأتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا. وَلَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِالصَّـلاةِ فَتُقَـامُ ، ثُمَّ آمُرَ رَجُلا فَلْيُصَلِّ بِالنَّاسِ ، ثُمَّ أنْطَلِقُ مَعِى بِرِجَالً مَعَهُمْ حُزَمٌ مِنْ حُطَبٌ إلَى قَوْمٍ لا يَشْهِدُوْنَ الصَّلاةَ فَأُحْرِقُ بُيُوْتَهُمْ.
Bermaksud:
"Seberat-berat solat ke atas golongan munafiq ialah solat `Isya' dan solat Subuh. Jika mereka tahu kelebihan pada kedua-dua solat tersebut, tentu mereka akan menunainya (secara berjamaah) walaupun dengan cara merangkak (ke tempat solat). Sesungguhnya aku berhasrat (disatu masa) memerintah (sahabat-sahabat) menunaikan solat (fardhu secara berjamaah dengan memerintah seorang lelaki bersolat (menjadi imam) bersama-sama sahabat (yang hadir), kemudian aku akan keluar dengan sekumpulan lelaki bersama beberapa berkas kayu api untuk menemui mereka yang tidak menunaikan solat fardhu (dengan berjamaah) maka aku akan bakar rumah-rumah mereka." Diriwayatkan oleh Priwayat Al-Sittah (yang enam) - Imam Al-Bukhariyy, Muslim, Malik, Abu Daud, Al-Tarmiziyy dan Al-Nasa'iyy. (Al-Zabidiyy, Taisir Al-Wusul, 2/321).
viii. Dari Ibnu 'Abbas r.a.: ... dan ditanya mengenai seorang lelaki yang (selalu) berpuasa disiang hari dan bangun di waktu malam, sedang ia tidak melakukan solat (fardhu) berjama`ah dan solat Jumaat? Maka sabdanya:
هَذَا مِنْ أهْلِ النَّـاْرِ.

bermaksud:

"Ini adalah dari ahl i neraka” Diriwayatkan oleh Al-Tarmiziyy. (Al-Zabidiyy, Taisir Al-Wusul, 2/321). xi. Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Sabda Rasulullah s.a.w.:
مَنْ سَـمِعَ المُـنَادِى فَلَمْ يَمْنـَعْهُ مِنْ إتْبَاعـِهِ عُذْرٌ لَمْ تُقْبـَلْ مِنُهُ الصَّـلاةُ الَّتِىْ صَـلاهَا . قِيْلَ: وَمَا الْعـُذْرُ ؟ قَاْلَ: خـَوْفٌ أوْ مَرَضٌ.
Bermaksud:
"Sesiapa yang mendengar orang memanggil (untuk solat - atau azan), dan tidak dihalangi oleh sebarang keuzuran (untuk menunai panggilan tersebut), tidaklah diterima solat yang dilakukannya. Ditanyakan: Apakah maksud keuzuran itu? Maka sabdanya: Takut (khauf) atau sakit”
Diterbitkan oleh Abu Daud. (Al-Zabidiyy, Taisir Al-Wusul, 2/320).

Menurut Ibnu `Abbas:

أنَّ النَّبِىَّ (ص) فَسَّرَ العُذْرَ بِالْخَوْفِ وَالْمَرَضِ.

Bermaksud:

“Bahawa Nabi s.a.w. mentafsirkan uzur itu dengan (maksud) takut dan sakit.”

Riwayat Abu Daud. (Lihat: Al-Zuhailiyy, Al-Feqh Al-Islamiyy, Jil. hlm. 1169 - 170).)

"Takut" (khauf) terbahagi tiga; takut ke atas diri atau harta atau ahli keluarga (Ibnu Qudamah, Al-Mughniyy, 1/451).
x. Dari Abu Darda' r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

مَاْ مِنْ ثَلاثٍ فِىْ قَرْيَةٍ وَلا بَدْوٍ لاتُقَاُْمُ فِيْهِمْ الصّلاةُ إلا قَدْ إسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمْ الشَّـيْطَاْنِ. فَعَلَيْكُمْ بِالْجَمَـاعَةِ ، فَإنَّمَا يَأْكُلُ الْذِئْبُ مِنْ الْغَنَمِ الْقَاصِـيَةِ.

Bermaksud:

"Tiada dari tiga orang di satu mukim dan kampung yang tidak mendirikan solat (berjama`ah) melainkan diganggu oleh syaitan. Maka hendaklah kamu (melakukan solat fardu) berjama`ah. Sesungguhnya serigala memamah kambing yang terpencil."

Riwayat Abu Daud - hasan. (`Izzuddin Baliq Minhaj Al-Salihein, hlm. 145)

xi. Dari Yazid bin Aswad r.a. bahawa beliau telah bersembahayang Subuh bersama Rasulullah s.a.w. Apabila selesai solat tersebut, beliau mendapati dua lelaki tidak bersembahayang bersama Baginda, maka Baginda memanggil kedua-duanya dan bertanya: “Apa yang menghalang kamu bersembahayang dengan kami?” Jawab kedua-dua mereka: “Kami telah sembahayang di rumah kami.” Maka sabda Baginda:

"فَلا تَفْعَـلْ، إذَا صَلَيْتُـمَاْ فَىْ رِحَالِكُمَـْا ثُمَّ اَدْرَكْتُمَـْا الإمَاْمَ وَلَمْ يُصَـلِّ فَصَلِّيَا مَعَهُ، فَإِنَّهَـا لَكُمَـْا نَاْفِلَـةٌ."

Bermaksud:

“Jangan kamu lakukan. Apabila kamu sembahayang di tempat kamu, kemudian menemui imam sedang ia belum sembahyang, maka sembahyanglah bersamanya, sesungguhnya ia (sembahyang) bagimu adalah kelebihan “nafilah” (sunnah).”

Riwayat Ahmad dan tiga periwayat lain dan disahkan oleh Ibnu Habban dan Al-Tarmiziyy. (Lihat: Al-Kahlaniyy, Subulu Al-Salam, (Al-Qaherah: Al-Halabiyy, 1960/1379), Jil. 2, hlm. 21)

Hadis ini menuntut orang yang telah melakukan solat secara sendirian supaya mengulangi solatnya jika mendapati imam belum mendirikan solat, supaya dilakukan semula bersamanya.

(3). Tuntutan Berjama`ah Menurut Ulamak Feqah: (Di bawah tajuk ini di jelaskan bagaimana ulamak feqh memahami perintah syarak atau amalan Rasulullah s.a.w. mengenai solat berjama`ah?)

Berdasarkan Al-Qur'an dan Al-Hadith, yang di antaranya ialah nas-nas di atas, ulamak berbeza pendapat berhubung dengan hukum solat fardu berjama`ah, oleh sebab percanggahan dalil-dalil pada perkara tersebut (Lihat: Ibnu Rushd, Bidayah Al-Mujtahid, Jil. 1, hlm. 121), seperti berikut:

i. Pendapat pertama:

Kata Al-Hanafiyyah dan Al-Malikiyyah (Al-Zuhailiyy, 2/149) serta sebahagian dari ulamak Al-Shafi`iyyah (Al-Nawawiyy, Al Majmu`, 1/93 dan Al-Zuhailiyy, 2/149): Berjama`ah pada solat fardhu selain solat Jum`at adalah sunat mu'akkad keatas lelaki berakal yang mampu menunainya. Tidak wajib ke atas wanita kanak-kanak, hamba, orang yang tidak berkeu¬payaan berjalan, orang sakit, orang tua, serta orang yang terpotong tangan dan kaki secara timbal-balik.

Ianya sunat kerana merujuk kepada dhahir hadis yang lalu (iaitu hadis yang bermaksud: "solat berjama`ah lebih baik dari solat berseorangan dua puluh lima kali ganda" atau "dua puluh tujuh kali ganda") yang menunjukkan bahawa solat dalam jama`ah adalah dari jenis yang disunatkan sebagai menambah-sempurnakan lagi solat fardhu yang wajib itu, seolah-olah seperti sabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud): "solat berjama`ah lebih sempurna dari solat seorang diri". Keadaan yang "sempurna" adalah perkara yang melebihkan pahala, bukan tuntutan yang dimestikan

Menurut Al-Zaahidiyy (Al-Hanafiyy), dimaksudkan dengan “sunat mu’akkad” dalam mazhab Hanafiyy ialah “wajib” (al-wujub) melainkan pada solat jum`at dan `aid maka ia adalah merupakan syarat (Ibnu`Abidin, Al-Dar Al-Mokhtar, Jil.1, hlm. 552)

ii. Pendapat kedua:

Menurut pendapat yang "asah" dari mazhab Al-Shafi`iyyah (Al-Nawawiyy, Al-Majmu`, 4/184-186, Al-Sharbiniyy, Mughniyy Al-Muhtaj, (Al-Qaherah: 1958/1377), jil. 1, hlm.229) dan Al-Zuhailiyy, 2/150) , hukum berjama`ah solat fardhu adalah fardhu kifayah ke atas lelaki yang merdeka, bermukim dan tidak bertelanjang, di mana solat tersebut menojolkan syi`ar jama`ah dengan mendirikannya di masjid (bukan di rumah) setiap kampung atau mukim. Jika semua enggan mendirikannya, diperangi. Tidaklah dituntut ke atas perempuan seperti tuntutan ke atas lelaki.

Di antara dalilnya, sabda Rasulullah s.a.w (pada hadis Abu Darda’ di atas) yang bermaksud.:

"Tiada dari tiga orang di sesuatu qaryah atau kampung tidak ditegakkan sesama mereka (solat ber) jama`ah, melainkan dirasuk oleh syaitan. Maka hendaklan engkau berjama`ah, maka sesungguhnya serigala memakan kambing yang terpencil"

Riwayat Abu Daud dan Al-Nasaa’iyy dengan diperakukan oleh Ibnu Habban dan Al-Hakin.

Imam Al-Shafi`iyy sendiri menyebutkan bahawa tidak harus seseorang lelaki meninggal solat berjama`ah, samaada bermukim atau bermusafir, beralasan hadis Abu Hurairah mengenai cadangan Rasulullah s.a.w. membakar rumah lelaki yang mengabaikan solat fardhu berjama`ah dan hadis Abdul Rahman bin Harmalah:

بَيْنَنَـا وَبَيْنَ المُنَافِقِيْنَ شُـهُوْدُ الْعِشَاءِ وَالصُّبْحِ، لايَسْتَـطِيْعُونَهُمَا …"

Bermaksud:

“Diantara kita dan golongan munafiq ialah kehadiran solat `Isya’, mereka tidak berupaya …”

(Al-Shafi`iyy, Al-Umm, Jil. 1, hlm. 136)

iii. Pendapat Ketiga:

Menurut pendapat Al-Hanbaliyyah (Ibnu Qudamah, Al-Mughniyy, 2/130-131, Al-Rafi`iyy, Fath Al-`Aziz, Lihat: Al-Nawawiyy, Al-Majmu`, 4/283, Al-Zuhailiyy, 2/150-151) berjama`ah mendirikan solat fardhu adalah wajib_`ainiyy, iaitu wajib ke atas setiap mukallaf.

Dalil mazhab ini dan mereka yang sama pendapat dengannya ialah ayat Al-Qur'an mengenai solat khauf dan ayat perintah ruku` bersama orang yang ruku, hadis Abu Hurairah mengenai solat terberat ke atas golongan munafiq ialah solat `isya' dan solat subuh, hadis Abu Hurairah mengenai Rasulullah bersumpah untuk membakar rumah lelaki yang tidak menunaikan solat fardhu berjama`ah, hadis mengenai orang rabun (seorang sahabat) yang dituntut berjama`ah jika mendengar azan, hadith Ibnu Mas`ud yang menjelaskan bahawa di zaman Rasulullah s.a.w. hanya orang munafiq sahaja yang tidak menunaikan solat fardu berjama`ah dan hadith Jabir serta Abu Hurairah yang menafikan fadhilat jiran masjid yang bersembahyang di rumah sendirian dan hadith-hadith lain-lain.

Mazhab ini, diperkuatkan lagi wajib berjama`ah solat fardhu itu, oleh perintah syarak supaya solat khauf (sembahyang fardhu dalam keadaan perang - keadaan takut) dilakukan secara berjama`ah dan juga harus melakukan solat fardhu secara jama` oleh sebab hujan, yang semua itu tidak lain melainkan kerana keperluan menjaga solat fardu supaya dilakukan secara berja¬ma`ah.

Akan tetapi tidaklah berjama`ah itu sebagai syarat sah solat seperti di naskan oleh Imam Ahmad.

(4) Menurut Ijma`:

Telah sabit ijma` al-sahabah bahawa tuntutan syarak terhadap solat berjama`ah adalah selepas Hijrah. Didalam Al-Ihya', oleh Al-Ghazaliyy, dari Abu Sulaiman Al-Daraniyy katanya: "Tidak luput seseorang dari solat berjama`ah melainkan ia berdosa". Katanya lagi: Golongan Al-Salaf mengurungkan diri mereka tiga hari jika tidak sempat solat bersama imam dengan takbir pertama, dan tujuh hari jika tidak sempat berjama`ah.

4. Keadaan-Keadaan Yang Diharuskan `Uzur Dari Solat Fardhu Berjama`ah:

(1) Sakit; iaitu kesakitan yang menjadi keuzuran untuk hadir berjama`ah di masjid seperti demam panas, lumpuh, orang tua yang uzur dan seumpamanya. Dalil faktor ini ialah hadis Abu Hurairah dan Ibnu `Abbas yang di atas. Selain dari itu, Rasulullah s.a.w. ketika sakit, tidak hadir ke masjid dan berkata kepada sahabat:
..
مُرُّوْا أبَا بَكْرٍ، فَلْيُصَـلِّ باِلنَّاسِ.
Bermaksud:

“Suruhlah Abu Bakar bersembahayang (menjadi imam) dengan manusia.”

Riwayat Al-Bukhariyy dan Muslim. (Lihat: Al-Zuhailiyy, Al-Feqh Al-Islamiyy, Jil. hlm. 169.)

Rasulullah s.a.w. tinggal solat berjama`ah beberapa hari kerana sakit. (Al-Shafi`iyy, Al-Umm, 1/138)

(2) Takut; iaitu takut kemudaratan ke atas diri atau harta atau keselamatan keluarga atau dibimbangi sakit. Dalil harus uzur kerana takut ialah hadis Abu Hurairah dan Ibnu `Abbas yang di atas.

(3) Hujan; termasuk selut, udara terlalu sejuk, atau terlalu panas, angin kencang dan kegelapan yang bersangatan. Dalil uzur pada keadaan tersebut ialah hadis Ibnu `Umar r.a. katanya:

كُنَّـْا إذَا كَاْنَ مَعَ رَسُوْلِ اللَهِ (ص) فِىْ سَفَرٍ، وَكَاْنَتْ لَيْلَةً مُظْلِمَةً أوْ مَطِـَيْرَةً ، نَادَىْ مُنَادِيْهِ : أنْ (أو " ألا " ) صَـلُوْا فى رِحَاْلِكُمْ.

Bermaksud:

“Adalah kami apabila bersama dengan Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan, sedang malam gelap atau hujan, pemanggilnya (mu’azzin) newlaungkan: “Tidakkah kamu bersembahayang di tempat tinggal kamu” (Al-Zuhailiyy, Al-Feqh Al-Islamiyy, Jil. 2, hlm. 171, Lihat: Al-Shafi`iyy, Al-Umm, (Al-Qaherah: Kitab Al-Sha`b, 1968/1388), Jil. 1, hlm. 138)

(4) Mengelak dari dua kekotoran, iaitu kekotoran air kecil dan kekotoran air besar kerana boleh menjejaskan kesempurnaan solat dan kekhusyukkan. (Al-Zuhailiyy, 2/171)

(5) Berhadapan dengan makanan bagi orang berpuasa setelah berbuka atau berbuka puasa atau wujud makanan di saat kelaparan atau kedahagaan yang bersanghatan. .(Lihat: Ibnu `Abidin, Radd Al-Mukhtar, 1/555-556 dan Al-Shafi`iyy, Al-Umm, 1/138)

(6) Kebimbangan ditinggal oleh “qafilah” perjalanan bagi perjalanan bersama orang ramai dan bukan perjalan sendirian.(Lihat: Ibnu `Abidin, Radd Al-Mukhtar, 1/555-556 dan Al-Shafi`iyy, Al-Umm, 1/138)

(7) Terlalu mengantuk seperti peristiwa seorang lelaki berpisah dari berimamkan Mu`az kerana bacaannya yang panjang, dimana Rasulullah diam (tampa melarang) mengenainya selepas diketahuinya. Walaupun demikian, jika sabar untuk dapat berjama`ah atau terus berjama`ah adalah lebih baik. (Al-Zuhailiyy, Al-Feqh Al-Islamiyy, Jil. 2, hlm. 171)

(8) Berada di dalam kurungan, kerana Islam tidak menuntut melaksana sesuatu melainkan sekadar terdaya (Al-Qur’an dan Al-Hadith). (Al-Zuhailiyy, Jil. 2, hlm. 171.

(9) Ditambah oleh Al-Shafi`1iyy; kebocoran atap diparamis perniagaan, gempa bumi, udara yang terlalu panas samaada malam atau siang, usaha mencari binatang hilang yang dijangka boleh ditemui, usaha mendapatkan barangan yang dirompak, gemok yang keterlaluan, keresahan yang menjejaskan kekhusyukan, sebok dengan pengurusan jenazah, ada orang yang boleh menyakitkannya di jalan ke masjid, suasana pengantin baru pada solat malam, imam membaca panjang dari yang sewajarnya atau imam tidak mengikut sunnah atau terlalu cepat bacaan atau imam dari kalangan orang yang dimakruhkan mejadi imam, atau dibimbangi berlaku fitnah baginya atau dengannya.

Pendapat ini disokong oleh Al-Hanabilah dengan menganggap uzur oleh sebab panjang bacaan imam dan sebab pengantin baru. Menurut Al-Maliyyah, gugur kewajipan solat Jum`at dan solat berjama`ah selama enam hari oleh sebab berbulan madu, dan tidak gugur pada hari ketujuh menurut pendapanya yang masyhur.(Lihat: Al-Zuhailiyy, Al-Feqh Al-Islamiyy, 2/170 - 172)

5. Kesimpulan Hukum Solat Fardhu Berjama`ah:

Penyusun kertas ini tidak bertujuan mentarjehkan (memperkuatkan) mana-mana pendapat ulamak fiqh di atas mengenai hukum solat fardu berjama`ah, akan tetapi sekadar mengemukakan nas-nas Al-Qur'an dan Al-Hadith serta pendapat ulamak muktabar seperti di atas, untuk sama-sama ditelitikan. Sehubungan dengan itu, dirumuskan kedudukan hukum dan perintah solat fardhu berjama`ah, seperti berikut:

(1) Dalil tuntutan solat fardhu dilakukan secara berjama`ah amat kuat, sehingga mendorong ulamak memperturunkan hukum, bahawa berjamaa`ah solat fardhu adalah wajib `ainiyy (wajib atas setiap mukallaf) - seperti pendapat Hanabilah dan Hanafiyah - ke atas lelaki atau fardhu kifayah atau sunat mu'akkad (sunat yang kekuatan tuntutannya hampir menyamai wajib `ainiyy).

(2) Rasulullah s.a.w. amat memarahi lelaki yang tidak menunaikan solat fardhu berjama`ah, walaupun orang itu berpuasa dan bangun malam, sehingga disebdakan bahawa mereka dari ahli neraka.

(3) Kemarahan Rasulullah s.a.w. itu sehingga membandingkan bahawa mereka yang tidak menunaikan solat fardhu berjama`ah itu sama seperti orang munafiq dan rumah-rumah mereka layak dibakar.

(4) Tuntutan solat fardhu bejama`ah itu sampai ke peringkat orang buta juga dituntut jika ada pemandu dan orang yang uzur jga dituntut jika ada orang yang boleh dipapahnya sampai ke sof solat.

(5) Keuzuran dari solat fardhu berjama`ah hanya layak bagi mereka yang sakit atau takut (khauf) sahaja atau berada dalam keadaan yang menghalang dari pergi ke tempat solat berjama`ah atau keadaan yang menuntut supaya tidal meninggalkan tempat berkenaan, bukan sebab sengaja.

(6) Syaitan sentiasa berusaha memesongkan masyarakat yang tidak mengambil berat tuntutan solat berjama`ah dengan berbagai-bagt cara.

(7) Semakin besar bilangan anggota jama`ah, semakin banyak kelebihan yang diperolehi.

6 Kekeliruan Mengenai Solat Berjama`ah:

Sering wujud dalam masyarakat anggapan dan tanggapan yang keliru mengenai ibadah solat berjama`ah, seperti berikut:

(1) Solat berjamaah sekadar untuk mendapat pahala lebih semata-mata. Tidak ada apa-apa celaan atau kutukkan Allah S.W.T. atau RasulNya. Oleh yang demikian, siapa yang melakukannya ia mendapat kelebihan dan siapa yang tidak melakukannya ia sekadar tidak mendapat pahala sahaja

(2) Mengagong dan membesarkan Allah S.W.T. hanya pada masa solat, ketika di atas kain sejadah sahaja, terutama pada hari Jum`at. Masa -masa lain tidak begitu penting dan terpulang pada kehendak masing-masing.

(3) Menganggap sembahyang tidak ada hubungan dengan pembentukan akhlak dan peribadi manusia. Seseorang yang menjadi baik tiada kena mengena dengan amalan solat.

(4) Menganggap sembahyang tidak kena mengena dengan penilaian seseorang itu berakhlak atau tidak. Kerana itu penilaian akhlak atau moral yang baik tidak diambil kira samaada seseorang itu melakukan solat atau tidak.

(5) Solat adalah amalan orang-orang dewasa dan orang-orang tua. Orang muda yang masih dalam keadaan yang sentiasa dipengaruhi oleh nafsu tidak sesuai untuk melakukan solat atau beribadat.

(6) Solah fardhu boleh diganti pada masa lapang jika sebok dengan urusan-urusan penting, seperti:

 banyak kerja-kerja sekolah di rumah
 alasan orang lain juga tidak mementingkan sembahayang
 kesukaran mendapat air untuk wudhu’ - seperti dalam perjalanan
 kerja pejabat atau jadual syarahan di IPT terlalu padat atau perlu disegerakan
 ada tamu atau keluarga di rumah
 terlibat dengan sokan program negeri atau negara yang perlu benar-benar dijaga supaya tidak tergendala
 atau lain-lain alasan yang tidak munasabah dari segi syarak.

7. Solat Berjama`ah Sebagai Agenda Tarbiyah:

“Tarbiyyah” bererti pendidikan (education). “Tarbiyyah Islamiyyah” bererti pendidikan yang membina dan membentuk manusia menyedari dirinya sebagai hamba Allah S.W.T. (`abd) dan khalifah di bumi.

Solat lima waktu berjama`ah, selain dari mendapat pahala berganda dua puluh tujuh atau dua puluh lima kali ganda, solat berjama`ah mempunyai kebihan yang banyak, terutama dalam membentuk individu dan masyarakat. Tegasnya solat berjama`ah beperanan besar dalam arina tarbiah Islamiyah, iaitu dalam pendidikan pendidikan Islam peringkat individu maupun pendidikan kemasyarakatan. Di antara peranan solat dalam agenda tarbiyah adalah seperti berikut:

(1) Aspek individu;

i. Mengelakkan dari gangguan syaitan, iaitu dorongan-dorongan yang membawa kepada mengabaikan perintah agama dan melakukan maksiat dan kemunkaran, samaada pada individu itu sendiri atau pada masyarakat. Dalil makksud ini iala hadis Abu Darda’ yang diriwayatkan oleh Abu Daud seperti di atas dan juga hadis Anas r.a. dalam Synan Abi Daud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

وَالَّذِىْ نَفْسِىْ بِيَدِهِ، إنِّىْ لأرَىْ الْشَّـيَاطِيْنَ تَدْخُـلُ فِىْ خَلَلِ الْصَّفِّ كَأنَهَاْ الحَذْفُ.
Bermaksud:

“Demi yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya aku melihat syaitan masuk ke celah sof (sof yang jarang) yang rupanya seperti anak-anak kambing.”

(Lihat: Al-Kahlaniyy, Subul Al-Salam, 1960/1379, Edisi 4, Jil. 2, hlm. 29)

Akibat dari kelaziman seperti itu, ialah godaan dan pemesongan syaitan dan iblis terhadap diri orang yang solat dan kurang keberkesanan solat itu baginya.

ii. Latihan bagi individu untuk mengikut ketua, di mana keupayaan mengikut orang lain adalah merupakan amalan yang menuntut pengorbanan seseorang dari sifat mementing kehendak diri sendiri dan terlalu bertegas dengan pendapat sendiri tanpa keseiaan bnertolak ansur dengan kebenaran.

Imam solat adalah pemimpin yang memimpin pengikutnya ke arah mencari keredaan Allah S.W.T. dan mengikut perintahNya dengan mengikut hukum dan kaifiat pergerakan yang telah ditetapkanNya.

Abu Hurairah menyataka, bahawa Rasulullah s.a.w. bersebda:

"إنَّمَا جُعِلَ الإمَامُ لِيُوءْ تَمَّ بِهِ. فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوْ، وَلا تُكَبِّرُوْا حَتَّىْ يُكَبِّرُ… ".

Bermaksud:

“Sesungguhnya di wujudkan imam adalah untuk diikut, maka apabila ia takbir maka hendaklah kamu takbir, dan janganlah kamu takbir melainkan sesudah ia takbir …”.

Riwayat Al-Bukhariyy dan Muslim serta Abu Daud, dan ini lafadz Abu Daud. (Lihat Al-Kahlaniyy, Subul Al-Salam, 1960/1379, Edisi 4, Jil. 2, hlm 22).

Rasulullah s.a.w. juga menjelaskan keburukan orang yang tidak mengikut displin yang ditentukan olrh Allah S.W.T. itu, seperti disebutkan oleh Al-Kahlaniyy:

أَنَّهٌ (ص) تَوَعَّـدَ مَنْ سَـابَقَ الإمَامَ فِىْ رُكُوْعِهِ أوْ سُـجُوْدِهِ بِأنَّ اللهَ يَجْعَـلَ رَأسَـهُ رَأسَ حِمَـارِ.

Bermaksud:

“Bahawa ia (Rasulullah s.a.w.) menginggatkam orang yang mendahului imam pada ruku` atau sujudnya, bahawa Allah akan menjadikan kepalanya kepala himar.”

(Lihat: Al-Kahlaniyy, Subul Al-Salam, 1960/1379, Edisi 4, Jil 2, hlm 22).

Ini, di samping berdosa kepada Allah S.W.T. walaupun tidak rosak solat.

Perintah mengikut imam di samping mengingatkan akibat buruk mendahului tindakan imam seperti di atas, mengikgatkan akibat buruk boleh berlaku kepada masyarakat Islam apabila ada kalangan mereka tidak mengikut imam atau ketua.

iii.Latihan displin yang tinggi, di mana setiap orang perlu meluruskan sof (barisan), merapatkan antara seorang dengan yang lain dan menyamakan kedudukan bahu, seperti dalaam hadis Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersebda:


"رَصُّـوْا صّثفُوْفَكُمْ وَقَارِبُوْا بَيْنَهَا وَحَاُذُوْا باِلأعْنَـاقِ."
bermaksud:

“Luruskan sof, rapatkan antara satu dengan yang lain dan samakan bahu.dan samakan tengkok.”

Riwayat Abu Daud, Al-Nasai dan Ibnu Habban.

Rasulullah s.a.w. juga menjelaskan keburukan orang yang tidak mengikut displin yang ditentukan Allah S.W.T. seperti dijelaskan oleh Al-Kahlaniyy di atas.

(Lihat: Al-Kahlaniyy, Subul Al-Salam, 1960/1379, Edisi 4, Jil. 2, hlm 22).

iv.Menuntut umat Islam supaya sentiasa bersikap positif dan berani. Hal ini adalah merujuk kepada hadis Abu Sa`id Al-Khudriyy r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan sahabatnya memenuhkan sof yang terhadapan supaya mara ke hadapan dan ikutnya dan mengikut mereka orang yang dibelakang mereka., dan kemudian Baginda bersebda;

"… لا يَزَالُ قَوْمٌ يَتَأخَّـرُوْنَ حَتَّىْ يُؤّخِّرَهُـمُ الله."

Bermaksud:

“…Tidaklah sesuatu kaum itu sengaja mengambil tempat di (sof) belakang melainkan akan dikebelakangkan oleh Allah S.W.T.”

Riwayat Muslim. (Lihat: Al-Kahlaniyy, Subul Al-Salam, 1960/1379, Edisi 4, Jil. 2, hlm 24)

v. Berjama`ah solat membina kesatuan pendapat dan pemikiran di kalangan anggota jama`ah. Dalam hubungan ini, An-Nu`man bin Basyir ada meriwayatkan dasri Rasulullah s.a.w.:

أقْيَلَ رسولً اللهِ (ص) بِوَجَهِْه فَقَاْلَ: أقِيْمُوْا صُفُوْفَكُمْ - ثَلاثًا - وَاللهِ لتُقِيْمَنَّ صُفُوْفَكُمْ أوْ لَيُخَالَفَنَّ الله بَيْنَ قُلُوْبِكُمْ …"

Bermaksud:

“Rasulullah s.a.w. menghadapkan muka kepada sahabat=sahabat (dalam sof solat) dan bersebda: lurus kamu (diulangkannya tiga kali). Demi Allah, samaada kamu luruskan sof kamu atau Allah s.a.w. menjadikan perbedaan di atarahati-hatyi kamu (sentiasa berbeda pendapat.

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim serta Abu Daud.)

Demikkian juga hadis Al-Barra’ bin `Azib, bahawa Rasulullah s.a.w. bersebda:

كَانَ رَسولُ الله (ص) يَتَخَلَلُ الصّفَ مِنْ نَاْحِيَةٍ إلَىْ نَاْحِيَةٍ يَمْسَـح صُدُوْرَنَا وَمَنَاْكِبِنَا وَيَقُوْلُ: لاتَخْلِفُوْا فَتَخْتَلِف قُلُوْبُكُمْ …

Bermaksud:

“Bahawa Rasulullah s.a.w. masuk ke celah-celah sof kami dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain sambil memegang dada dan bahu kami dan bersebda: Jangan kamu berbeda kedudukan (tiada sama sof), necaya akan berbeda hati-hati kamu …”


Riwayat Abu Daud.

(Lihat: Al-Kahlaniyy, Subul Al-Salam, 1969/1379, Edisi 4, Jil. 2, hlm. 29)

vi. Latihan hidup bertolak Ansur; Perkara ini dapat difahami dari perintah menyamakan sofdan merapatkan diri antara satu dengan lain, di mana ia memerlukan sifat tolak ansor.

(2) Kemasyarakatan;


Semua sifat dan faedah dari solat yang dilakukan dalam sof solat berjama`ah menyumbang kepada persaudaraan seagama, pembinaan fikrah dan kesefahaman dan semangat amal jama`iyy yang amat menyumbang kepada perpaduan umat, yang merupakan pra syarat kepada kekuatan. Apa lagi jika solat berjama`ah itu disertai dan diimamkan oleh ketua dan pemimpin yang bertanggungjawab di negeri atau kawasan atau kariah berkenaan. Tentu usaha perpaduan ummah akan lebih berkesan.


8. Solat Berjama`ah Dan Masjid Sebagai Wadah Perpaduan Ummah:

Firman Allah S.W.T.:

ما كان للمشركين أن يعمروا مسـجد الله شـهدين على أنفسهم بالكفر أولـئك حبطت أعـملهم وفى النار هم خـلدون . إنما يعمر مسـجد الله من ءامن بالله واليوم الآخر وأقام الـصلوة وآتى الزكوة ولم يخش إلا الله فعسى أولـئك ان يكونوا من المهتدين.

Bermaksud:

“Tidaklan bagi rrang-orang kafir musrik itu memakmurkan (Manghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengaku) akan kekufuran diri mereka sendiri, mereka ialah orang-orang yang rosak binasa amalan-amalannya, dan mereka pula kekal di dalam neraka. Hanya sanya yang (layak) memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Alla itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat sewrta mendirikan sembahayang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat tersaebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi golongan orang-orang yang mendapat pertunjuk. (Al-Taubah 9 : 17 - 18)

Menurut Al-Qurtubiyy, bahawa ayat ini adalah dalil persaksian keimanan yang saheh bagi pemakmur masjid kerana Allah S.W.T. menghubungkkan keimanan dengan pemakmuran masjid dan orang sentiasa melaziminya. Kata sebahagian salaf bahawa apabila kamu melihat lelaki memakmur masjid maka hendaklah sangka baik kepadanya. Dalah hadis Abi Sa`id Al-Khudri, bahawa Rasulullah s.a.w. bersebda:

إذَا رَأيْتُـمُ الرَّجُـلَ يَعْتَـاْدُ المَسْـحِدَ فَأشْـهِدُوْا لَهُ بِالإيْمَـانِ.

Bermaksud:

“Apabila kamu melihat lelaki sentiasa berulang-alik ke masjid maka persaksikanlah baginya dengan keimanan”

(Al-Qurtubiyy, Al-Jami` Li-Ahkam Al-Qur’an, (Al-Qaherah: Dar Al-Kitab Al-`Arabiyy, 1967/1387) Jil. 8, hlm 90)

Berdasarkan keterangan di atas, ternyata bahawa masjid adalah tempat sebenarnya untuk lelaki menunaikan solat-solat fardhu dan lain-lain aktiviti yang diharuskan untuk umat Islam.

Banyak fadhilat beramal di tempat tersebut selepas Masjid Al-Haram di Makkah, Masjid Al-Nabawiyy di Madinah dan Masjid Al-Aqso di Baitul Muqaddas. Tempat-tempat lain, seperti masjid yang tidak didirikan jum`at atau surau, adalah kurang fadhilat dibandingkan dengan tempat-tempat tersebut.

Berdasarkan nas-nas Al-Quran dan Al-hadith serta pendapat ahli-ahli feqah (ulamak), ternyata tuntutan berjama`ah di masjid atau di tempat azan di azankan amat kuat. Jika solat berjama`ah dilakukan oleh semua muslimin lelaki yang mukallaf di masjid atau paling kurang di tempat azan di azankan dengan cara yang sebaik-baiknya, ia pasti menghasilkan natijah yang berguna untuk diri dan ummah. Antaranya:

(1) Membina Displin Hidup Yang Tinggi:

Penghayatan solat berjama`ah dengan konsep di atas, pasti mendorong ke arah fenomina di mana setiap hari lima kali orang-orang Islam - terutama golongan lelaki - berbaris dalam satu sof yang rapi. fenomena ini sudah pasti melahirkan displin yang tinggi dari berbagai-bagai segi; pengurusan masa, pembersihan anggota badan menurut masa, sentiasa mempastikan berpakaian sentiasa bersih, latihan berhimpun dan berbaris dengan teliti dan lain-lain aspek.

(2) Perhimpunan Yang Terbimbing (Al-Ta`aruf):

Pertemuan lima kali sehari, sentiasa dilakukan di bawah pimpinan seorang ketua, dengan matlamat yang sama mengagongkan Allah S.W.T., dalam displin kepimpinan dan kepengikutan yang menurut syarak, di mana makmum wajib mengikut imam - di samping makmum boleh menegor imam jika ia melakukan kesalahan. Makmum juga perlu mempastikan mereka berada dalan sof yang lurus, bertemu bahu dan bergerak dengan keadaan yang sama. Perhimpunan seperti itu pasti melahirkan masyarakat yang harmunis, hormat menghormati dan bersatu di bawah satu kepimpinan.

(3) Membina Kesefahaman Dan Kesatuan Fikrah (Al-Tafahum):

Solat berjama`ah menuntut perhimpunan umat Islam kariah berkenaan di satu tempat. Keadaan tersebur memudahkan pengisian segala jenis ilmu wahyu bagi sesuatu kariah oleh imam dan guru-guru lain dengan restu dan hasrat dari imam. Ini tidak syak lagi, menjadikan institusu masjid sebagai wadah membina kesatuan fikrah yang berkesan di kalangan umat Islam.

(4) Membina Semangat Persaudaraan Dan Kerjasama (Al-Takaful):

Solat berjama`ah dan institusi masjid juga merupakan wadah perancangan aktiviti sosial, termasuk merancang program gotong royong, ziarah anggota jama`ah yang sakit atau meninggal atau mengalami masalah, bertolong bantu antara satu dengan yang lain. Keadaan ini sudah pasti mendorong ke arah perpaduan ummah dan jihad yang lebih mantap.

Sebenarnya ibadah solat yang sekaligus dihubung dengan institusi masjid, adalah merupakan program dan wadah yang mengukuhkan pembinaan diri dan keluarga, yang sekaligus menyatu dan memantap¬kan perpaduan dan perjuangan umat Islam. Dari sinilah titik bertolak pergerakan mereka yang menginginkan kesejehteraan hidup dunia dan akhirat.

KESIMPULAN:

Dari penjelasan di atas, jelaslah bahawa;

 Tuntan solat fardhu supaya dilaksanakan secara berjama`ah di masjid atau tempat azan di azankan adalah terlalu kuat - sabit dengan penegasan Al-Qur’an, Al-Hadith serta ijtihad ulamak.

 Solat fardhu yang dilaksanakan secara berjama`ah lebih mendorong orang yang bersembahayang supaya melaksananya dengan lebih sempurna dan khusyuk.

 Solat fardhu yang dilakukan dengan sempurna dan berjama`ah, lebih memberi kesan membina kekuatan keimanan dan perpaduan sesama umat Islam serta mencegah dari kejahatan dan kemunkaran (dengan segala bentuk gejala sosial pada semua peringkat umur manusia).

 Solat yang sempurna menurut sunnah Rasulallah s.a.w. pasti mendorong pelakunya ke arah menjana segala perintah Allah S.W. T. sebagai cara hidup yang komplit (syumul) dengan penuh rasa tanggungjawab kepada Nya.

 Keadaan yang membolehkan orang Islam menguzurkan diri dari solat fardhu berjama`ah amat terbatas, yang sekaligud memahamkan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak membenarkan pengabaian solat fardhu berjama`ah dengan sengaja.

 Gambaran suasana masyarakat dan negara Ahlus Sunnah Waljama`ah adalah suasana di mana Rasulullah sebagai ketua masyarakat bersama sahabat-sahabat sebagai masyarakat dan rakyat negara Islam yang sentiasa mengambil berat penghayatan solat fardhu berjamaa`ah sehingga perhimpunan untuk solat fardhu berjama`ah awal waktu menjadi paksi kepada pengurusan masa bagi pergerakan dan pentadbiran urusan peribadi dan masyarakat serta negara umat Islam itu.

Tiada ulasan: