DONATE
Sabtu, 16 Mei 2009
AL-ISTISHAB, MAZHAB SHAHABI DAN 'AMALUL AHLI MADINAH: KAJIAN FALSAFAH PERUNDANGAN ISLAM
BAB 1
PENDAHULUAN
Allah swt telah mewahyukan Al-qur'an kepada Nabi Muhammad SAW yang berisi perintah dan larangan untuk menjadi pedoman hidup ummat manusia, barang siapa yang mengikutinya akan selamat di dunia dan akherat dan bagi manusia yang tidak menundukkan dirinya kepada aturan Al-qur'an akan dimurkai oleh Allah SWT.
Dalam Islam dalil utama yang digunakan oleh fuqaha untuk mengistimbat hokum-hukum adalah Al-qur'an, bila dalam Al-quran tak di atur atau tidak di perdapatkan hokum maka dalil berikutnya yang akan digunakan oleh mufassir adalah Al-Hadis. Sekiranya dalam hadispun tak diperdapatkan ketentuan-ketentuan hokum yang dikaji maka dalil berikutnya adalah Ijma dan Qias.
Al-qur'an, Hadis, Ijma' dan Qias merupakan dalil-dalil syara' yang sudah di sepakati oleh para para jumhur fuqaha untuk menggali hokum-hukum syara' sebagai jawaban terhadap hokum-hukum yang belum ada ketentuannya.
Di samping dalil-dalil syara' yang sudah disepakati oleh jumhur masih terdapat banyak sangat dalil-dalil syara' yang masih di persilisihkan oleh jumhur ulamak apakah boleh menjadi dalil syara' atau tidak boleh seperti Al- istihsan, Al-maslahah mursalah, Al- Istishab, Al-Urf, Al- Mazhahib Shahabi, Al-Ahlul Madinah dan As-Syar'u man qablana.
Dalam tulisan ini akan diuraikan perkara-perkara tentang Al-Istishab, Al-MAzhahib Shahabi dan Al-Ahlul Madinah. Tajuk ini disusun sebagai salah satu tugas subjek Filsafat Hukum Islam.
BAB II
Al-ISTISHAB
1) Pengertian secara Bahasa
Adapun secara bahasanya pengertian Al-Istishab adalah menuntut bersahabat, atau menuntut beserta atau mencari rakan dan menjadikannya sebagai sahabat.
2) Pengertian secara Istilah
Manakala secara istilahnya, Istishab menurut ulama ushul fiqh membawa maksud menetapkan hokum pekerjaan yang ada pada masa yang lepas, karena disangka tidak ada dalil pada masa yang akan datang .
Menurut imam as-syaukani bahawa erti Al-Istishab iaitu menghukumkan sesuatu hokum sama seperti hokum pada masa lalu sehingga ada dalil yang mengubahnya. Sementara itu Ibnul Qayyim memberikan erti Istishab iaitu menetapkan berlakunya suatu hokum yang telah ada atau meniadakan sesuatu yang memang tiada sampai ada bukti yang merubahkan kedudukannya .
Jadi daripada pengertian di atas dapatlah diperkatakan bahawa Istishab adalah menjadikan hokum suatu peristiwa yang telah ada sejak semula tetap berlaku hingga peristiwa yang berikutnya, kecuali ada dalil yang mengubah ketentuan hokum itu.
Misalnya: Harun telah mengahwini Fatimah secara sah, kemudian harun meninggalkan isterinya tanpa proses perceraian selama 10 tahun, lalu ja'far nak mengahwini Fatimah yang menurut zhahir tidak lagi bersuami. Perkahwinan Ja'far dengan Fatimah tidak dapat di langsungkan kerana Fatimah menurut status hukumnya adalah isteri sah Harun. Contoh lainnya seseorang tang telah yakin bahawa dia telah berwudhuk, dianggap tetap berwudhuk selama mana tiada bukti yang membatalkan wudhuknya, keraguan atas was-was tidak dapat membatalkan wudhuk tersebut.
3) Pembahagian Istishab.
Istishab terbagi kedalam empat (4) macam pembahagian, yaitu :
1. Istishab al- Bara'ah al-Ashliyyah ertinya kebebasan dasar yang oleh Ibnul Qayyim diberi istilah : Bara'ah al-'adam al-ashliyyah" seperti bebas diri dari beban dan kewajiban (taklif) syar'I sampai ada dalil yang menunjukan kepada adanya taklif. seperti orang kecil terbebas dari taklif sampai mencapai umur usia dewasa . Sebagaimana firman Allah swt :
Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka Berkata (berpendapat), Sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah Telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. orang-orang yang Telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), Maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. orang yang kembali (mengambil riba), Maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.
Dan firman Allah swt dalam surat yang lain, Iaitu:
Dan Allah sekali-kali tidak akan menyesatkan suatu kaum, sesudah Allah memberi petunjuk kepada mereka sehingga dijelaskan-Nya kepada mereka apa yang harus mereka jauhi Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala sesuatu.
Selepas turunnya ayat tentang hokum haramnya memakan riba orang islam bimbang adakah harta yang didapati melalui cara riba sebelum turunnya ayat ini sama ada haram atau halal. Maka dalam ayat ini telah dijelaskan bahawa perkara jual-beli sebelum turunnya ayat ini tentang pengharaman riba iaitu di bolehkan berdasarkan prinsip bahawa asal sesuatu iaitu terlepas daripada bebanan (taklif).
Ayat kedua pula menjelaskan tentang nabi dan orang Islam yang memohon kepada Allah swt supaya di ampunkan untuk orang musyrikin, tetapi di tegur oleh Allah swt dalam ayat tersebut di atas dan menerangkan bahawa permohonan ampun sebelum teguran daripada Allah swt terlepas daripada kesalahan ini.
Selepas itu Itishab Al-Bara'ah Al-Ashliyyah juga selari dengan kaedah fiqh iaitu :
الاصل في الذمة البر اءة من التلكليف و الحقو ق
Hukum asal pada setiap orang terbebas daripada taklif dan tanggung jawab.
Jadi daripada pengertian-pengertian tersebut dapatlah diperkatakan bahawa tidak berlaku kewajiban kepada hamba, sehinggalah Allah swt dan Rasul saw mengharamkannya.
2. Istishab Al-Ibahah Al ashliyyah iatu berlandaskan kepada prinsip bahawa asal sesuatu itu adalah mubah (harus). Keberadaannya diakui oleh syara' dan akal .
Istishab ini banyak berperan dalam mengistimbatkan hokum dalam perkara mua'malat. Istishab ini mempunyai prinsip bahawa hokum asal sesuatu yang bermanfaat boleh dilakukan dalam kehidupan ini selama ketiadaan dalil yang melarangnya.
Terdapat kaedah fiqh yang selari dengan istishab al-ibahah al-ashliyyah aiatuaa:
الا صل في الا شياء ا لابا حة
Hukum asal sesuatu adalaha harus
Terdapat firman Allah swt yang selari dengan ketentuan istishab al-assliyyah iaitu :
Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. dan dia Maha mengetahui segala sesuatu.
Ayat ini menjelaskan bahawa semua ciptaan Allah swt di dunia ini iaitu untuk kemanfaatan bagi manusia. Maka bolehlah manunsia mengambil manfaatnya seperti untuk di makan, atau di minum selagi ada dalil larangan kepada manusia untuk menggunakannya dan sekiranya ada nas yang melarangnya maka ianya wajib meninggalkan perkara tersebut.
Jadi, dengan berpegang kepada ketentuan di atas maka sama ada semua macam tumbuh-tumbuhan, binatang, minuman,makanan, boleh di makan selagi belum ada dalil yang mengharamkannya.
3. Istishab Al Hukm iaitu Istishab yang berdasarkan atas prinsip bahawa sesuatu hokum tetap berjalan selama mana tidak ada dalil yang mengubahnya . selari dengan itu hokum boleh atau larangan tentang sesuatu tetap akan berjalan sehinggalah ada dalil yang melarangnya untuk yang mubah dan ada yang mengharuskannya perkara yang dilarang.
4. Istishab Al Wasf iatu Istishab yang didasarkan atas anggapan bahawa sifat yang diketahui ada sabelumnya masih tetap ada sehingga ada bukti yang mengubahnya, seperti sifat hidup bagi orang yang hilang . Sifat ini di anggap masih tetap melekat pada orang yang hilang sampai ada indicator atas kematiannya. Kafalah (jaminan/tanggungan adalah sifat syar'i yang melekat pada orang yang menanggung hingga ia membayar hutangnya.
4) Pendapat Fuqaha Tentang Istishab
Ulamak fiqh bersepakat menggunakan tiga macam istishab yang telah dibincangkan di atas. Meskipun pada prinsipnya ketiga macam istishab ini telah diterima secara consensus, namun untuk penerapannya pada kasus-kasus tertentu tetap tak terhindarkan adanya perbezaan pendapat.
Adapun istishab macam yang keempat, yakni istishab Al-wasf, baik merupakan sifat yang melekat pada setiap orang atau sifat yang baru datang, di antara ulamak fiqh masih terjadi perbezaan pendapat mengenai criteria pemakaian istishab tersebut.
Ulamak mazhab Syafi'I dan Hanbali menggunakanya secara mutlak ertinya istishab ini boleh di jadikan sebagai dalil dalam menetapkan hokum, baik dalam perkara yang menimbulkan hak yang baru maupun dalam mempertahankan hak yang sudah ada .
Contohnya ialah orang yang hilang, bahawa menurut istishab al wasf seseorang yang telah hilang dan tidak tahu tempatnya tetpa di anggap hidup sampai ada bukti yang menunjukkan orang tersebut telah meninggal, kalau ia masih tetap hidup maka orang tersebut akan mendapat haknya seperti mana hak orang hidup yang lain seperti harta dan isterinya masih di anggap miliknya dan samada kalau ahli warisnya meninggal maka ia tetap boleh mewarisi harta yang di tinggalkan.
Sementara itu, ulama mazhab Hanafy dan Maliky memakai istishab al-wasf sebagai sifat terbatas pada hal yang bersifat penolakan, bukan yang bersifat penetapan. ertinya istishab itu tidak menerima masuknya hak-hak baru bagi empunya sifatnya, akan tetapi mempertahankan hak-hak yang telah dimilikinya .
Contoh yang paling jelas iaitu kasus orang hilang, selama masa raibnya ia masih tetap dianggap hidup dalam kaitannya dengan harta bendanya hingga masih tetap menjadi hak milikya dan isterinya masih tetap berada dalam tanggung jawabnya sampai ada indikasi yang menunjukkan atas kematiannya. Akan tetapi ia tidak berhak mendapatkan hak-hak baru selama dalam masa raibnya, dengan demikian sama ada apabila di tengah masa raibnya ada seseorang yang meninggal dunia dan ia termasuk ahli waris yang meninggal itu, maka dalam hal ini terdapat dua kemungkinan. Pertama bagian warisan yang hilang ditangguhkan sampai diketahui kabar beritanya. Kalau ternyata ia masih hidup maka ia berhak mengambil bagian itu.
Demikianlah pendapat mazhab Maliky dan Hanafy, Sedangkan mazhab Syafi'I dan Hanafi mengambil dalil istishab sifat secara mutlak, baik bersifat penolakan atau penetapan dalam kasus orang hilang mereka menganggapnya masih hidup selama masa raibnya sampai ada kepastian/keputusan mengenai kematiannya.
Imam Ibnul Qayyim menjelaskan pengertian kata penolakan (daf) dan penetapan (Itsbat)yang dipakai para ulamak yang berbeza pendapat mengenai kekuatan pemakaian istishab sifat sebagai berikut :
Pengertian kata tersebut adalah bahawa istishab bisa dipakai untuk menolak orang yang menganggap adanya perubahan keadaan, karena tetapnya perkara pada keadaan semula. Tetapnya perkara pada keadaan semula disandarkan kepada adanya sebab hokum, bukan kepada tiadanya hal yang merubah .
Jadi dari huraian di atas dapatlah di pahami maksudnya bahawa istishab itu bukanlah menetapkan suatu hokum yang baru, tetapi melanjutkan berlakunya hokum yang telah ada dan bukan untuk menetapkan yang belum ada.
5) Kedudukan Istishab Sebagai Metod Istinbat Hukum
Para ulamak telah berbeza penadapat dalam menyatakan kedudukan istishab sebagai dalil syara' . kalangan ulamak dalam mazhab Maliki, Hambali, dan Syafi'I menjadikan istishab sebagai dalil yang menetapkan hokum yang telah ada selama mana tidak ada dalil dalam menetapkan hokum yang telah ada selama mana tidak dalil yang mengubahnya, baik secara qath'I atau zhanni maka hokum itu tetap berlaku kerana di anadaikan belu ada perubahan terhadapnya .
Manakala kalangan ulamak mutakallimin menyatakan bahawa istishab tidak boleh di jadikan sebagai dalil kerana mereka menyatakan hokum yang telah ditetapkan pada masa lalu mestilah bersandarkan kepada dalil, begitu juga dalam menetapkan hokum dalam perkara sekarang dan yang akan datang.
Pendapat ulamak mutaakhirin menyatakan boleh menerima istishab sebagai hujjah untuk menetapkan hokum yang telah ada sebelumnya dan menganggap hokum itu tetap berlaku pada masa datang sehingga ada dalil mengubahnya, namun istishab tidak bolej digunakan menetapkan hokum yang akan ada (baru).
Jadi berdasarkan pendapat ini sesuatu hokum yang telah berlaku dan tidak ada dalil yang membatalkannya maka hokum tersebut terus berjalan, namun dalam ianya tidak di pakai dalam menetapkan hokum yang baru.
BAB III
MAZHAB SHAHABY
Sepeninggal Rasulullah saw, maka pemberi fatwa dan pembentuk hukum-hukum Islam untuk kepentingan ummat Islam adalah para shahabat yang benar-benar sudah mafhum dengan fiqh dan ilmu agama lainnya serta lantaran lantaran akrabnya mereka dengan Rasulullah di dalam pergaulan sehingga mampu memahami Al-qur'an dan hukumnya. Para sahabat telah mengeluarkan berbagai fatwa mengenai berbagai kejadian dan permasalahan yang sangat banyak.
Dari segi bahasa sahabat bererti berkawan, bergaul, ataupun bersama-sama, sama ada lama atau sekejab .
Manakala pengertian sahabat dari segi istilah iaitu orang yang berjumpa dengan Nabi saw, beriman dan mati dalam Islam .
Menurut ahli hadis iaitu setiap orang yang berjumpa dengan Nabi yang beriman dan mati dalam Islam walaupun sekejab seperti al- Ashath bin Qiis yang memeluk Islam pada tahun 10 hijriah dan Nabi saw meninggal selepas itu, dan pula tidak di syaratkan menyertai peperangan bersama Nabi saw. Walaupun mereka berjumpa dengan Nabi saw dalam masa yang sekejabjuga di anggap sebagai sahabat karena memandangkan kepada kemuliaan dan ketinggian Rasulullah saw sehingga orang yang melihatnya di anggap sebagai sahabat.
Selanjutnya pendapat dari Ulamak Ushuliyyin tentang defenisi sahabat ialah setiap orang yang hidup bergaul dengan Nabi saw dalam jangka yang panjang dan menimba ilmu dari Nabi saw sepertri Abu Bakar, Umar bin Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Aisyah, Abdullah bin Umar, mereka adalah orang berjasa dalam menyampakan Islam kepada genenrasi sesudahnya .
Setelah wafatnya Nabi saw banyak sahabat yang tampil memberi pendapat (fatwa) dalam menjawab berbagai masalah hokum yang timbul, sebagian ahli usul fiqh menyebut pendapat sahabat dengan qaul sahabi, sebagian yang lain menamakan dengan fatwa sahabi dan sebagian lagi menyebut mazahab sahabi.
Mazhab sahabi bermaksud pendapat Nabi saw tentang sesuatu perkara yang tidak dijelaskan hukumnya secara tegas dalam Al-qur'an atau hadis.
Abu zahrah menyatakan mazhab sahabi terdiri dari bebarapa bentuk, iaitu:
a. Apa yang disampaikan oleh sahabat itu adalah berita yang didengarnya daripada Nabi saw, tetapi tidak menyataka bahawa berita itu sebagai sunnah Rasulullah saw.
b. Apa yang di sampaikan sahabat adalah sesuatu yang didengari dari orang pernah mendengarnya daripada Nabi saw, tetapi orag itu tidak pernag menjelaskan bahawa yang didengarnya berasal daripada Nabi saw.
c. Sesuatu yang disampaikan itu itu adalah hasil pemahaman sahabat terhadap ayat Al-qur'an yang orang lain tidak memahaminya.
d. Sesuatu yang disampaikan oleh sahabat itu telah disepakati lingkungannya
e. Apa yang disampaikan oleh sahabat merupakan hasil pemahaman atas dalil-dalil kerana kemampuannya dalam bahasa dan penggunaan dalil.
Dalam menentukan kehujjahan mazhab sahabi sebagai dalil syara' maka dapatlah di bagi ke dalam empat jenis pendapat:
a. Pendapat sahabat yang bukan berasal dari pada hasil ijtihadnya. Ulamak bersepakat bahawa boleh di jadikan sebagai hujjah dalam mentapkan hokum bagi generasi sesudahnya.
b. Pendapat sahabat yang di sepakati secara tegas di kalangan mereka yang di kenali dengan ijmak sahabat, pendapat sahabat seperti ini merupakan hujjah.
c. Pendapat sahabat secara individu tidak mengikat sahabat yang lain, oleh karenanya sudah biasa di kalangan sahabat berbeza pendapat dalam suatu masalah.
d. Pendapat sahabat secara individu yang merupakan hasil ijtihadnya dan tidak mendapat kesepakatan di antara para sahabat, dalam hal ini ulamak berselisih pendapat tentang kehujjahannya.
Menurut imam Abu Hanifah beserta rakan-rakannya berpendapat bahawa perkataan shahabat itu adalah hujjah. Kata Imam Abu Hanifah: Apabila saya mendapatkan ketentuan dari kita Allah dan sunnah Rasullah saw maka saya mengambil pendapat dari shahabat beliau yang saya kehendaki dan meninggalkan pendapat beliau yang tidak saya kehendaki. saya tidak mau keluar dari pendapat shahabat-shahabat tersebut untuk kemudian memilih pendapat selain shahabat .
Beliau membolehkan mengambil pendapat salah seorang shahabat yang di kehendaki akan tetapi tidak boleh melawan keseluruhan pendapat shahabat.
Imam Syafi'I tidak sepakat jika salah seoarang pendapat shahabat menjadi hujjah. Beliau membolehkan melawan pendapat seluruh shahabat untuk berijtihad menetapkan pendapat yang berlainan. Karena pendapat para shahabat itu tidak lain adalah sekumpulan ijtihad perseorangan yang tidak luput dari kesalahan.
Sebagaimana seorang shahabat boleh berbeza pendapat dengan shahabat lain, maka para mujtahid setelah shahabatpun demikian halnya. Oleh karenanya Imam Syafi'I berkata menetapkan hokum atau memberi fatwa tidak boleh melainkan berdasarkan pendapat yang kuat yaitu Al-qur'an, Al-Hadis, pendapat para ahli yang tidak diperselisihkan lagi atau qias kepada salah satu pendapat di atas .
Jadi, berdasarkan keterangan di atas maka Abu Hanifah membolehkan mengambil pendapat salah satu sahabat sebagai hujjah dan tidak boleh meninggalkan keseluruhan pendapat sahabat, sedangkan Imam syafi'I mengatakan tidak boleh menjadikan hujjah pendapat seorang sahabat saja
BAB IV
AMAL AHLI AL-MADINAH
Amal ahli madinah merupakan perbuatan penduduk Madinah pada zaman sahabat dan tabi'in yang di anggap warisan dari Rasulullah saw selama lebih kurang tiga kurun yang pertama selepas hijrah Rasulullah ke Madinah, sebagaimana firman Allah swt:
Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.
Amal Ahli Madinah adalah amalan dan perbuatan yang menjadi kebiasaan bagi penduduk Madinah selepas kewafatan Rasulullah saw seperti : amalan ahli madinah yang mensyaratkan kufu' dalam perkahwinan bagi wali mujbir yang hendak mengahwinkan anak perempuan mereka, amal ahli madinah juga di sebut sebagai ijma' ahli Madinah .
Ulamak berbeza pendapat dalam menyatakan kehujatan berdasarkan amal ahli madinah golongan yang pertama mengambil amal ahli madinah sebagai sumber hokum antaranya iaitu imam Malik r.a, sementara golongan yang kedua menolak Amal ahli Madinah sebagai hujjah syara' . Imam Syafi'I tidak mengakui amal ahli Madinah sebagai sumber hokum kerana mereka juga sama dengan manusia tempat lain .
Imam Malik berpendapat bahawa Madinah ialah Darul Hirah yang mana Al-Qur'an diturunkan, Nabi Muhammad saw dan sahabat hidup di Madinah, pendduduk madinah lebih mengetahui tentang seba-sebab penurunan Al-qur'an, inilah keistimewaan penduduk Madinah, maka dengan sebab ini amal ahli madinah di dahulukan daripada qiyas dan khabar ahad .
Sesungguhnya hadis tentang keutamaan penduduk Madinah dari dari yang lain tidak menafikan keutamaan yang lain dan tidak berarti ijma' khusus bagi penduduk Madinah tetapi juga terbuka bagi untuk yang lain.
Penyaksian mereka terhadap wahyu tidak menunjukkan bahawa ahli ilmu hanya terbatas kepada penduduk Madinah, melaikan juga terdapat di kota atau Negara lain. Sesungguhnya amal ahli Madinah yang berasal dari ijtihad antara penduduk Madinah yang lainnya sama kedudukannya, tetap tidak boleh di jadikan hujjah. Hadis Rasulullah tidak hanya di dengar oleh penduduk Madinah karena kemungkinan orang yang mendengar itu berasal dari penduduk lain dan tidak menetap di Madinah ataupun dia hanya mendengar dari penduduk Madinah kemudian dia pergi ke Negara lain, sehingga muncullahsuatu perkara, mereka tidak mampu memberikan pendapat sesuai hadist yang di dengarnya.
BAB V
PENUTUP
Istishab merupakan ketetapan di masa lampau, berdasarkan hokum asal tetap terus berlaku untuk masa sekarang dan masa yang akan dating, sehinggalah ada bukti yang merubahnya.
Para ulama telah bersepakat menyatakan bahawa tiga macam istishab yaitu al-istishab bara'ah al-ashliyyah, istishab al ibahah al asliyyah, istishab al hukm boleh di gunakan sebagai hujjah dalam menetapkan hokum, sedangkan istishab al wasf masih menjadi perselisihan di kalangan para ulamak tentang kebolehannya sebagai dalil dalam menetapkan hokum.
Mazhab sahabi iaitu pendapat sahabat Nabi saw tentang sesuatu perkara yang tidak dijelaskan hukumnya secara tegas dalam Al-qur'an dan Al-Hadis
Tentang kehujjahan mazhab sahabi sebagai dalil imam Abu Hanifah membolehkan mengambil pendapat salah satu sahabat sebagai hujjah dan tidak boleh meninggalkan keseluruhan pendapat sahabat, sedangkan Imam syafi'I mengatakan tidak boleh menjadikan hujjah pendapat seorang sahabat saja.
Amal ahlul madinah iaitu perbuatan penduduk Madinah pada zaman sahabat dan tabi'in yang di anggap warisan dari Nabi Muhammad saw lebih kurang tiga kurun yang pertama selepas hijrah Rasulullah saw ke MadinahImam Malik mengatakan amal ahli Madinah boleh di jadikan sebagai dalil dalam menetapkan hokum, sementara Imam Syafi'I menolak menggunakan amal ahlul Madinah sebagai sumber dalam menetapkan hokum.
RUJUKAN
Al-Qur'an al-Qarim
Muhammad Al-madani Busaq, 2000, Dar al buhus Liddirasat Al- islamiyat wa ihya itturas, Dubai.
Mukhtar yahya, 1986, Dasar-dasar Pembinaan Huku Fiqh Islami, Bandung, PT. Al-maarif.
Badran Abu A'naini Badran, 1965, Ushul Fiqh, Mesir, Dar al ma'arif.
Abdul wahhab khallaf, 1942, Kaidah-kaidah Hukum Islam, Kairo.
Abu Zahrah Muhammad, 1994, Ushul fiqh, Jakarta, PT. Pustaka firdaus.
Abdul Karim, 1966, Pengantar Ushul fiqh, Jakarta, Djajamurni.
Muhammad Abu Zahra, Ushul fiqh, Kaherah, Darul al fikr al-arabi.
Manna'un qatan, 1989, Tariqh al tasriq al islami, kaherah, maktabah wahbah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan