DONATE
Selasa, 12 Mei 2009
Remaja: Suatu Perspektif Semasa
A. Definisi Remaja
Dalam berbagai buku psikologi terdapat perbezaan pendapat tentang remaja, namun pada intipatinya mempunyai pengertian yang hampir sama. Penggunaan istilah untuk menyebutkan masa peralihan masa anak dengan dewasa, ada yang menggunakan istilah puberty (inggris), puberteit (Belanda), pubertasi (latin) yang berarti kedewasaan yang dilandasi sifat dan tanda-tanda kelaki-lakian dan keperempuanan. Ada pula yang menyebutkan istilah adulescento (latin) iaitu masa muda. Istilah pubercense yang berasal dari kata pubis yang dimaksud dengan pubishair atau mulai tumbuhnya rambut di sekitar kemaluan.
Istilah yang dipakai di Indonesia para ahli psikologi juga bermacam-macam pendapat tentang definisi remaja. Disini dapat diajukan batasan remaja adalah pada masa peralihan dari masa anak dengan masa dewasa yang mengalami perkembangan semua aspek/fungsi untuk memasuki masa dewasa.
Menurut Sarlito (1991), tidak ada profil remaja Indonesia yang seragam dan berlaku secara nasional. Masalahnya adalah kerana Indonesia terdiri dari berbagai suku, adat dan tingkatan sosial ekonomi, maupun pendidikan. Sebagai pedoman umum remaja di Indonesia dapat digunakan batasan usia 11 – 24 tahun dan belum menikah.(Sunarto : 1998 : 56)
Batasan usia 11 – 24 tersebut didasarkan pada pertimbangan-pertimbangan sebagai berikut :
1. Usia 11 tahun adalah usia di mana pada umumnya tanda-tanda seksual sekunder mulai tampak (criteria fizik)
2. Usia 11 tahun dianggap oleh masyarakat Indonesia sebagai masa akil balig, baik menurut adat maupun agama, sehingga mereka tidak diperlakukan sebagai anak-anak. (kriteria sosial ).
3. Pada usia tersebut mulai ada tanda – tanda penyempurnaan perkembangan jiwa seperti tercapainya identitas (ego identity), tercapainya fasa genetik dari perkembangan kognitif maupun moral.
4. Batas usia 24 merupakan batas maksima, yaitu untuk memberikan peluang bagi mereka kriteria sampai pada usia tersebut masih menggantungkan diri pada orang lain, belum mempunyai hak-hak penuh sebagai orang dewasa (secara tradisi)
5. Status perkawinan sangat menentukan, karena arti perkawinan masih sangat penting di masyarakat Indonesia secara menyeluruh. Seorang kriteria sudah menikah diusia berapapun dianggap dan diperlakukan sebagai orang dewasa.
Batasan usia diatas adalah sebagian pendapat dari berbagai pendapat yang dikemukakan oleh beberapa ahli psikologi, pendapat lain tentang batasan usia remaja dikemukakan oleh Hurlock (1964) bahwa batasan usia remaja itu antara 13 sampai 21 tahun, yang terbahagi menjadi dua iaitu ; remaja awal usia 13 – 14 tahun, dan remaja akhir usia 17 – 21 tahun. Sedangkan WHO memberikan batasan usia remaja usia 19 – 20 tahun. WHO menyatakan walaupun definisi remaja utamanya didasarkan pada usia kesuburan (fertilitas) wanita, namun batasan itu juga berlaku pada remaja pria, dan WHO membagi kurun usia dalam dua bagian yaitu remaja awal 10 – 14 tahun dan remaja akhir 15 – 20 tahun.
Masalah Sosial di Kalangan Remaja Kini Makin Meruncing
Pengenalan
Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.
Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun 1995 ,1,895 kes melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%). Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini.
Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan enam belas nilai teras, pendidikan sivik, pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya; masih jauh untuk dapat menangani kegawatan dan kemerosotan dalam bidang ini. Faktor-faktor tertentu seperti mencari kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan,kongsi gelap, dadah, bertelingkah dengan ibu bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk di rumah, trauma akibat perbuatan seks dan sebagainya rupa-rupanya lebih berpengaruh dari asuhan institusi pendidikan yang sedia ada.
Perkembangan akhlak seseorang boleh dibahagikan kepad tiga tahap :
a) Tahap awal kanak-kanak
b) Tahap pertengahan dan akhir kanak-kanak
c) Tahap baligh dan remaja
Peringkat pertama
Dalam peringkat ini kanak-kanak mula membentuk keyakinan kepada persekitarannya. Proses ini amat bergantung kepada belaian ibu yang berterusan di mana ibu memenuhi keperluan emosi dan fisiologinya. Hubungan ibu dan anak dalam peringkat ini perlulah dijaga dan perkukuhkan sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan kepada lingkungan dan alam sekitarnya. Anak-anak yang tidak memperolehi perhatian serta kasih sayang ibu dalam tahap ini perkembangan emosional dan fizikalnya mungkin akan terbantut. Anak tersebut kelihatan lebih kecil dari umurnya yang sebenar.
Dalam peringkat 18 bulan hingga 3 tahun kanak-kanak mula beralih daripada bersandarkan kepada ibu semata-mata. Kanak-kanak mula membentuk keperibadiannya tersendiri, di mana ia bertarung untuk memastikan pilihannya sendiri. Dalam peringkat ini ibu wajar memberikan penuh perhatian. Kegagalan kanak-kanak tersebut dalam merealisasikan kemandiriannya menyebabkannya ia akan ragu terhadap dirinya serta kurang yakin dengan kemampuannya sekaligus mengakibatkan berkurangnya keyakinan kepada orang lain. Anak-anak akan bersifat malu dan merasa serba kekurangan.
Keupayaan anak-anak untuk mandiri serta merasakan kewujudan dirinya yang tersendiri cukup penting dalam peringkat ini. Dalam tahap inilah berkembangnya sifat-sifat personal seperti sayang, benci, ego serta kebebasan untuk mengungkap perasaan. Dalam peringkat umur 3 hingga 6 tahun kanak-kanak tersebut terus mengembangkan kemandirian dengan kegiatan yang lebih meluas; di mana mereka lebih aktif bergerak, mempunyai tahap prihatin yang lebih tinggi, banyak bertanya dan bercakap. Ibu bapa dan pengasuh wajar mengarahkan kanak-kanak dengan bijak agar mereka memperoleh kemahiran-kemahiran mengatur dan menyusun sesuatu sehingga kanak-kanak berjaya melaksanakannya. Layanan yang kasar serta kekerasan yang berlebihan boleh menjejaskan jiwa, mental dan fizikal kanak-kanak.
Ibu bapa tidak wajar menganggap kanak-kanak pada peringkat ini seperti orang tua dalam erti kata meletakkan tanggungjawab moral dan akhlak terhadap perbuatan dan reaksinya kerana kanak-kanak masih belum mampu membezakan dengan tepat dan memahami sesuatu. Mereka hendaklah dikasihi, diperlakukan secara lemah lembut dan sikap toleransi. Rasulullah S.A.W. sendiri pernah menunjukkan sifat-sifat yang demikian. Abu Qatabah meriwayatkan pada suatu hari Nabi keluar menemui kami. Beliau mendokong Umamah Abu 'Asr. Beliau bersembahyang sambil mendokong Umamah, apabila Baginda ruku', beliau meletakkan dan apabila ia bangun ia dukung semula Umamah. Hadis ini membayangkan betapa kasihnya Rasulullah kepada cucunya.Beliau tidak memperlakukannya sebagai manusia yang mengerti segala-galanya.Beliau membenarkan anak tersebut bersamanya ketika sembahyang walhal sembahyang itu adalah ibadah yang suci dalam Islam.
Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak
Dalam peringkat ini kanak-kanak mula memperluas arena hubungan sosial dan pergaulannya dengan orang lain yang sekampung atau sesekolah atau juga rakan sebaya dengannya. Kanak-kanak mula menyesuaikan diri dengan situasi dan kondisi baru dalam hidupnya. Ia mula membezakan perbuatan dan jenis-jenis tindak tanduk yang disukai oleh orang lain atau sebaliknya. Ia gembira jika orang lain puas dengan perbuatannya. Sebaliknya ia kecewa, menyesal jika orang lain marah kepadanya. Ini adalah permulaannya yang betul bagi proses pembentukan akhlak yang luhur.
Perkembangan akhlak yang positif ini menyebabkan kanak-kanak selalu berusaha untuk menyelaraskan antara kehendak dirinya dengan kehendak orang lain. Antara kecenderungan dan motivasi dengan nilai agama, akhlak, tradisi, guru, peraturan dan undang-undang. Dalam peringkat ini terteralah kesedaran tentang tanggungjawab akhlak dalam diri kanak-kanak sehingga ia mencapai tahap perkembangan akhlak yang ke-3. Dalam peringkat ini ibu bapa dan guru perlu perihatin kepada kecendurangan ini dan amat perlu diarahkan secara yang bijaksana sehingga kanak-kanak dapat memperolehi model yang utama (role model) di samping mengembangkan kearah nilai-nilai kebaikan.
Peringkat yang ketiga iaitu peringkat baligh dan remaja
Perkembangan akhlak pada masa ini mula berakar dan mantap. Fizikal kanak-kanak mula berkembang dan membesar. Perkembangan ini diikuti oleh perkembangan sosioemosinya di mana anak tersebut mula memperolehi keperibadiannya yang unik. Ia mula merasakan 'sense of belonging' kepada kelompok yang lebih besar. Peringkat ini adalah peringkat yang amat komplikated (rumit) dan ia disertai oleh pengalaman-pengelaman baru serta peranan dan peluang-peluang yang baru. Menyerlahnya dorongan kejantinaan semakin merumitkan hubungannya dengan orang lain. Keupayaan fizikalnya semakin kukuh dan mencapah. Tanggungjawab persekolahan ikut bertambah, disiplin hidupnya mula terbentuk.
Kanak-kanak mula berubah menjadi manusia yang berupaya mengawal kehendak nalurinya. Ia mula menundukkan diri kepada contoh utama yang telah terserap jauh dalam batinnya. Ia menjadikan contoh utama tersebut sebagai kriteria dalam tingkah laku dan situasi yang bersifat moral. Ia akan beriltizam dengan saranan-saranan dan contoh yang ditunjukkan sama ada wujud dalam bentuk undang-undang, sistem, adat dan budaya sosial atau ketiadaannya.
Kesempurnaan perkembangan akhlak berkaitan dengan kesempurnaan perkembangan akal, kejiwaan dan sosial. Huzaifah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda : "Janganlah kalian menjadi pak turut. Kalian menyatakan kalau orang lain buat baik kalian buat baik. Kalau mereka jahat kalian buat jahat. Akan tetapi mantapkanlah pendirian kalian. Jika orang baik kalian wajar berbuat baik. Jika mereka melakukan kejahatan janganlah pula kalian melakukan."
KELUARGA DALAM PEMBENTUKAN REMAJA SIHAT
Walaupun seorang anak itu telah memasuki alam remaja, masih menjadi tanggungjawab ibubapa untuk mendidiknya, bahkan tanggungjawab itu menjadi semakin berat. Pada zaman ini, terdapat ramai ibubapa yang sudah melepaskan tanggungjawab mereka dalam memberi perhatian dan didikan terhadap anak remaja mereka dengan alasan mereka sudah meningkat dewasa. Inilah yang menyebabkan wujudnya masalah sosial dikalangan remaja-remaja apabila tiada bimbingan yang baik diberikan semasa mereka mula mengenali dunia yang sebenar. Pada usia remaja, mereka cenderung untuk terpengaruh dan mula mencari identiti diri. Selain itu, alam remaja yang penuh kekeliruan menyebabkan peranan ibubapa sejak anak ini lahir lagi belum lagi tamat sehingga mereka sudah memasuki alam dewasa dan dapat membuat penilaian sendiri dengan matang dan baik. Ibubapa perlu menjadi contoh yang baik kepada remaja kerana sebahagian besar sikap remaja berdasarkan kepada kelakuan ibubapa dalam mendidik mereka.
Pada usia remaja, remaja mula menunjukkan sikap memberontak dan menolak kongkongan ibubapa. Walaubagaimanapun, mereka masih dahagakan perhatian dan kasih sayang. Menurut kajian Montemeyer dan Hanson (1985), punca konflik antara remaja dan ibubapa bukanlah disebabkan oleh isu kebebasan, tetapi ia berkaitan dengan isu interpersonal. Apabila terdapat ganguan keatas interaksi remaja dan ibubapa, akan wujud perasaan tidak puas hati ke atas sesuatu masalah menyebabkan keadaan memberontak di jiwa remaja. Jiwa memberontak yang semakin mendalam akan menyebabkan remaja menginginkan kebebasan sebagai helah untuk keluar dari konflik. Ibubapa perlu menyedarkan dan memberi kefahaman kepada anak remaja bahawa kebebasan yang sebenar adalah dengan membuat keputusan yang terbaik untuk diri mereka dan bukan bermakna mereka boleh menentukan segala-galanya tanpa menghiraukan persekitaran.
Masalah konflik dikalangan remaja dan ibubapa, sering berlaku disebabkan oleh zaman yang semakin berubah kearah kapitalis, dimana ibubapa sibuk mengejar kemewahan dan kurang mempunyai masa untuk bersama anak. Akibatnya, remaja keluar mencari perhatian diluar dan menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebaya, kawan istemewa dan sebagainya. Remaja masih memerlukan sokongan dan bimbingan ibubapa dalam membetuk disiplin diri, tetapi mereka juga ingin kebebasan. Oleh itu, ibubapa perlu memahami keperluan anak dan Cuba untuk bersama mereka dalam membangun individu remaja yang sihat dan bersedia untuk menempuh alam dewasa yang memerlukan pelbagai keputusan yang matang dalam mengharungi hidup.
Model ibubapa membentuk sikap remaja
Cara pendidikan yang ditonjolkan ibubapa terhadap anak mereka memainkan peranan dalam pembentukan sikap dan tingkahlaku remaja itu sendiri. Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Diana Baumrind, terdapat empat jenis model ibubapa yang memberikan kesan kepada perkembangan remaja iaitu ibubapa Autoritatif, Autoritarian, Permissif-Responsif dan Permisif-Mengabai.
Ibubapa Autoritatif
Ibubapa jenis ini memberi keyakinan kepada anak-anak untuk melakukan dan membuat keputusan. Anak-anak diajar supaya bijaksana dalam menyelasaikan masalah dan dalam didikan, ibubapa akan berdasarkan kepada didikan kesan dan penyebab. Ibubapa jenis ini menghormati anak dan memberi peluang kepada anak-anak memberi pandangan terhadap sesuatu situasi. Selain itu, mereka menggalakan perembangan tingkah laku berdikari serta menekankan soal tanggunjawab dalam diri anak mereka. Sifat kepositifan dapat dilihat melalui anak-anak yang dididik dengan model ibubapa ini seperti pandai berdikari, bijak menyesuaikan diri, kreatif, mempunyai keyakinan tinggi, ceria dan bijak menyelesaikan sesuatu masalah. Selain itu, anak yang dididik mempunyai kecekapan sosial, intelektual dan peningkatan dalam akademik.
Ibubapa Autoritarian
Model ibubapa jenis ini sering menggunakan arahan ketika mendidik anak. Anak-anak tidak diterangkan dengan situasi kesan dan penyebab menyebabkan anak-anak keliru dan lama-lama kurang berfikiran secara kritis. Anak-anak remaja dalam didikan ini tidak diberi peluang untuk mengutarakan pendapat kerana ibubapa jenis ini kurang percaya pada kebolehan anak, dan anak-anak tidak boleh mempersoalkan tindakan ibubapa. Ibubapa jenis ini kebiasaanya bersikap begini kerana ingin melahirkan anak-anak yang taat kepada ibubapa dan berdisiplin. Walaubagaimanapun, didikan jenis ini mungkin melahirkan anak-anak jenis memberontak dan kurang rapat dengan ibubapa. Terdapat beberapa sifat negetif yang ditonjolkan oleh anak remaja yang dididik oleh ibubapa jenis ini iaitu mereka kurang mahir dalam berinteraksi bersama rakan sebaya, kurang berminat menghadiri aktiviti sosial dan kurang responsif ketika berhadapan dengan sesuatu masalah. Kebiasaan mereka tunduk akur kepada sesuatu arahan daripada ibubapa menyebabkan mereka kehilangan arah ketika perlu berhadapan dengan masalah dengan sendirinya. Walaubagaimanapun, anak-anak ini cekap dalam bidang akademik.
Ibubapa Permissif-Responsif
Ibubapa permissif ini tidak menggunakan kuasanya dalam mendidik anak-anak. Anak-anak dibiarkan tanpa bimbingan dan tanggungjawab sebagai ibubapa diabaikan. Bagi ibubapa jenis permissif-responsif pula, mereka tidak terlibat dalam mendidik disiplin anak-anak mereka tetapi bersikap penyayang dan responsif terhadap keperluan anak-anak. Remaja dari keluarga jenis ini boleh memegang tanggungjawab, cekap di dalam akademik dan mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai suasana dan situasi. Namun begitu, oleh kerana tidak dibimbing oleh ibubapa mengenai baik buruk sesuatu keputusan dan tindakan, anak-anak remaja sering melakukan kesalahan demi kesalahan sebelum mempelajari cara membuat jalan pilihan yang betul. Anak-anak remaja ini cenderung melakukan kesalahan disiplin dan undang-undang seperti menagih dadah, melanggar undang-undang sekolah seperti ponteng dan meminum arak.
Ibubapa Permissif- Mengabai
Ibubapa jenis ini mengabaikan terus tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Mereka tidak menggunakan kausa dalam membentuk peribadi dan disiplin anak, malah mengaibaikan keperluan anak-anak mereka. Berbanding dengan anak yang dididik oleh model ibubapa yang lain, ibubapa dari model ini melahirkan anak-anak yang kurang keyakinan diri, tidak bijak menyesuaikan diri terhadapa persekitaran, memberontak dan tidak cekap di dalam bidang akademik. Mereka kerap melakukan kesalahan di sekolah dengan melanggar disiplin, sering dilihat dalam keadaan murung dan kurang ceria.
Peranan Ibubapa
Peranan ibubapa dalam membentuk peribadi mulia dalam diri anak remaja mereka sangat berat. Ibubapa perlulah lebih banyak mengambil masa bersama anak remaja mereka dan berbincang. Mereka perlu menjadi seorang rakan yang baik kepada anak remaja. Didikan secara autoritif perlu dalam mewujudkan anak remaja yang lebih positif menangi masalah. Ibubapa perlu memberi peluang kepada anak remaja mereka untuk mengutarakan pendapat dan memberi bimbingan mengenai baik buruk, kesan dan penyebab kepada keputusan yang diambil oleh anak mereka. Remaja memerlukan tempat untuk meluahkan hati, mengadu dan bermanja. Remaja mudah terpengaruh dan pada usia ini,mereka belum cukup matang untuk menilai baik buruk sesuatu perkara. Apabila ibubapa menjadi tempat mereka mencurahkan perasaan dan kekeliruan dalam menangani dunia remaja, keakraban dan kepercayaan terbentuk justeru ibubapa dapat mengetahui dan mengawal anak remaja mereka dari terjerumus ke jalan yang salah.
Berikut merupakan perkara-perkara yang diingini oleh remaja dari ibubapanya. Antaranya adalah minat dan bantuan, mendengar dan empati, kasih sayang dan perasaan positif, penerimaan dan persetujuan,kepercayaan, autonomi dan kawan (Jas Laile Suzana Jaafar, 2002:53-58).
Minat dan Bantuan
Remaja dapat mengetahui sama ada ibubpa mengambil berat keatas diri mereka atau tidak. Ia dilihat daripada minat yang ditunjukkan oleh ibubapa mengenai diri remaja itu sendiri berhubung dengan keperluannya, tahap pencapaian akademik, rakan-rakan, kejayaan dalam aktiviti social dan sebagainya. Jika ibubapa tidak menunjukkan sikap minat terhadap diri anak mereka,lama kelamaan remaja ini mula menjauhi ibubapa dan memberontak.
Disebabkan oleh ini, ibubapa perlu meluangkan sejumpal masa yang berkualiti bersama anak remaja mereka dan menjadi pendengar yang baik disambil memberi galakan dan sokongan moral. Apabila ibubapa meluangkan sedikit masa utk bersama anak remaja, anak ini mula merasakan bahawa ibubapa tidak menyayanginya lagi-lagi jika waktu terluang itu diselikan dengan gangguan panggilan dari pejabat dan sebagainya. Ibubapa perlu juga sentiasa sedia untuk membantu kerana sikap ini akan membuat remaja merasa dihargai dan ini akan membantu dalam perkembangan nilai murni remaja tersebut.
Mendengar dan Empati
Empati merujuka kepada keupayaan mengenal pasti fikiran, sikap, dan perasaan orang lain. Empati juga merupakan kepekaan terhadap orang lain serta perkongsian pengalan dan emosi sesorang. Oleh sebab alam remaja penuh dengan pengalaman baru dan kekeliruan, remaja memerlukan ibubapa yang sedia mendengar segala permasalannya, idea dan pendapat yang mereka utarakan. Remaja akan merasa gembira apabila diberi empati dan akan lebih terbuka dalam berkongsi cerita dengan ibubapa mereka.
Kasih Sayang dan Perasaan Positif
Perasaan positif ini merujuk kepada kemesraan, kasih sayang dan kepekaan yang ditonjolkan kepada anak remaja. Kasih sayang dan layanan mesra sangat diperlukan oleh remaja daripada ibubapa mereka. Apabila kerenah mereka dilayan oleh ibubapa, mereka merasakan diri mereka dihargai.
Penerimaan dan Persetujuan
Tidak terdapat seorang pun di dunia yang dilahirkan sempurna, oleh itu amatlah penting bagi ibubapa menerima anak remaja mereka seadanya tanpa syarat. Ibubapa tidak bolehlah meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap anak mereka dan membandingkan anak mereka dengan anak orang lain. Ini akan menyebabkan anak merasa tersisih dan tidak cukup baik untuk ibubapanya. Ibubapa perlu menerima kelemahan diri anak dan perlu membimbing mereka dalam menjadi lagi baik. Ini akan melahirkan anak remaja yang berkeyakinan dan dapat menerima kelemahan diri sendiri dengan cara yang sihat dan membina.
Kepercayaan
Remaja memerlukan ibubapa mempercayai mereka tetapi kepercayaan itu mestilah tidak keterlaluan sehingga anak tidak menghormati ibubapa. Kepercayaan yang diberikan oleh ibubapa mestila ada tahap batasannya diikuti dengan didikan disiplin agar anak remaja itu tahu mengenai kesan dan akibat perbuatan mereka.
Autonomi
Remaja memerlukan keadaan autonomi dan identiti demi menerima peranan dan tanggungjawab orang dewasa. Ibubapa perlu memberikan anak remaja mereka autonomi sikap dan emosi. Kuasa autonomi sikap diperlukan supaya remaja berupaya berdikari tanpa bantuan orang lain. Selain dari itu, kuasa autonomi emosi diperlukan supaya remaja tidak merasakan bahawa mereka masih dilayan seperti kanak-kanak seperti kuasa memilih pakaian dan kawan-kawan. Walaubagaimanapun, autonomi sikap perlu diberi sedikit demi sedikit dan tidak secara sekali gus kerana ini akan memberi impak negetif kepada sikap anak remaja. Remaja menginginkan hak membuat pilihan sendiri, menonjolkan sikap berdikari, memikul tanggungjawab tetapi bukannya kebebasan secara keseluruhan.
Bimbingan dan Kawalan
Walaupun remaja menuntut kebebasan, tetapi mereka masih memerlukan sokongan dan bimbingan ibubapa. Pada usia keremajaan, ibubapa masih belum boleh melepaskan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak dan masih perlu mengawal segala perlakuan anak mereka. Konflik akan berlaku dan masih berterusan walaupun ibubapa memberi kebebasan tanpa kawalan kerana remaja masih belum dapat berfikir secara matang mengenai tindakan mereka terhadap orang lain.
Remaja mahu menyanjungi dan merasa bangga dengan ibubapa mereka. Ciri-ciri orang dewasa yang disukai oeh remaja adalah individu yang bersikap ceria, kelakar, tidak terlalu serius, dapat dipercayai dan jujur. Oleh itu, ibubapa perlu mengelakkan dari bersikap sebaliknya, suka berleter dan hipokrit. Walaupun ciri-ciri ibubapa ini bersifat terlalu ideal, ibubapa tidak seharusnya berputus asa, tetapi
cuba berubah demi masa depan anak-anak mereka.
Anak-anak remaja ini juga wajib mentaati ibubapa kerana ibubapa telah bersusah payah melahirkan dan membesarkan kita dari kecil lagi. Didikan agama penting dalam meletakkan batas nilai-nilai murni bagi mengelakkan anak-anak menjadi tidak terkawal dan merosakkan diri sendiri seperti berzina dan menyalahgunakan dadah. Oleh itu, anak remaja perlu mengetahui tanggungjawab mereka terhadap ibubapa dan menghormati mereka. Ini kerana anak remaja ini juga akan menjadi dewasa dan mempunyai anak-anak mereka sendiri. Allah SWT sendiri berpesan agar anak-anak memperbanyakkan doa dan memohon ampun bagi ibubapa.
Tekanan Emosi Remaja Islam
PENDAHULUAN
Dari perspektif Islam, remaja dianggap sudah cukup umur atau diistilahkan
sebagai baligh. Pada peringkat remaja, golongan ini mengalami peralihan zaman,
antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa. Pada peringkat usia remaja,
berlaku perubahan yang pesat sama ada perubahan biologi, fizikal, mental dan
emosi serta perubahan tanggungjawab dan peranan. Untuk mengimbangi
perubahan-perubahan ini, golongan remaja sering berhadapan dengan masalah
dan konflik. Dengan sebab itu, berlakulah ketegangan dan tekanan emosi dalam
diri remaja.
Bagi remaja yang bersedia dengan kehadiran masalah dan sanggup
menerimanya dengan hati terbuka, mereka berjaya menerima perubahanperubahan
itu sekalipun kadang kala pahit baginya. Tetapi bagi sesetengah
remaja pula, tidak berupaya menyesuaikan atau menerima dengan mudah
perubahan tersebut, lalu menunjukkan gangguan psikologi pada dirinya.
Keadaan ini boleh menimbulkan ketegangan dan tekanan kepada emosi remaja.
Akibat dari tekanan yang dialami, remaja mungkin menunjukkan sikap yang
agresif, mudah memberontak, marah yang tidak dapat dikawal, kemurungan
dan terlibat dengan masalah sosial seperti merokok, lumba haram dan dadah
bagi melepaskan rasa tertekan.
Dari perspektif dakwah, remaja yang mengalami tekanan emosi terdedah
dengan masalah mental sekiranya permasalahan ini tidak ditangani lebih awal.
Golongan remaja ini merupakan golongan yang perlu diberi perhatian dan tidak
boleh diabaikan dalam usaha dakwah. Namun begitu, untuk mendapatkan
keberkesanan dakwah, pendakwah perlu membuat kajian bagi mengenal pasti
masalah yang dihadapi oleh remaja dan faktor-faktor yang menjadi punca
kepada permasalahan tersebut. Di samping itu, pendakwah perlu memahami
perkembangan psikologi remaja supaya dakwah yang disampaikan memberi
kesan jauh ke dalam diri golongan ini. Untuk mendapatkan dakwah yang
berkesan, pendekatan yang digunakan juga haruslah bersesuaian dan menarik
minat kepada golongan ini.
Oleh itu, dari perspektif dakwah kajian ini melihat dari tiga sudut iaitu
mengenalpasti dan memahami permasalahan sasaran dakwah (mad’u) iaitu
golongan remaja, pendekatan dakwah (manhaj dakwah) yang sesuai untuk
remaja yang mengalami tekanan emosi dan sudut pendakwah (da’i), iaitu
bagaimana pendakwah boleh membantu remaja untuk menangani tekanan emosi.
KERANGKA KONSEPTUAL
Apa yang diutarakan dalam kerangka konsep kajian ini ialah dakwah Islamiah
melihat tekanan emosi merupakan salah satu fenomena emosi yang dihadapi
oleh remaja dalam proses perubahan dan perkembangan psikologinya yang perlu
ditangani oleh pendakwah. Tekanan emosi itu pula disebabkan oleh beberapa
faktor sama ada faktor luaran mahu pun dalaman. Faktor luaran seperti faktor
keluarga, persekitaran, akademik dan faktor sosial. Faktor dalaman pula seperti
perubahan biologi, faktor personaliti dan konflik yang dihadapi oleh remaja.
Tekanan emosi yang dihadapi oleh remaja itu pula, boleh dikenal pasti melalui
simptom-simptom atau tanda-tanda tekanan yang dialami oleh remaja. Berdasar
kepada kajian-kajian lepas sama ada perspektif Islam mahu pun Barat mendapati
terdapat tiga kategori tanda tekanan yang boleh dikenal pasti iaitu tanda-tanda
psikologi, fisiologi dan tingkah laku sosial. Berkaitan dengan cara-cara
menangani tekanan pula, perspektif dakwah mengandungi banyak pendekatan
yang boleh digunakan oleh pendakwah. Rencana ini mengemukakan hanya
dua pendekatan utama iaitu sokongan sosial dan sokongan peribadi. Sokongan
sosial seperti melalui bimbingan dan kaunseling, sokongan keluarga dan
motivasi. Sokongan peribadi pula melalui tazkiyah al-nafs.
Walaupun kajian-kajian lepas telah banyak mengkaji tentang fenomena
tekanan remaja, namun kajian tersebut adalah kajian dari perspektif psikologi
Barat dan huraiannya juga hanya dari perspektif dan teori Barat semata-mata.
Oleh itu, dalam rencana ini, penulis akan membincangkan tekanan emosi dari
perspektif dakwah Islamiah dan juga menggabungkannya dengan perspektif
Barat. Perbincangan secara konsep dari kedua-dua perspektif ini membentuk
satu kerangka teori tekanan emosi dalam definisi, faktor-faktor tekanan emosi
dan tanda-tanda tekanan emosi. Penggabungan dua perpektif ini kerana dari
sudut keilmuan, Islam tidak pernah menolak mana-mana pandangan atau teori
selagi ia tidak bertentangan dengan akidah Islamiah.
TEKANAN EMOSI
Terdapat pelbagai takrif yang diberikan oleh pengkaji tentang tekanan dalam
usaha untuk memahami fenomena tekanan. Dalam Lisan al-Arab istilah tekanan
disebut sebagai d.agt.. Mu’jam ‘Ilm al-Nafs telah menjelaskan makna
d.agt. sebagai keadaan jiwa atau emosi yang mengalami pergolakan dan
kegelisahan yang amat dalam (Fakhir ‘Akil 1985: 110).
TEKANAN DIDEFINISIKAN
Definisi ini selari dengan huraian Morstt & Furst (1979: 7) tentang tekanan.
Beliau menyatakan bahawa tekanan adalah suatu keadaan yang dipengaruhi
oleh gangguan mental dan emosional yang boleh mewujudkan keadaan tidak
selesa atau tegang jika situasi tersebut tidak mampu ditanggung oleh tubuh
badan.
Dalam A Dictionary of Human Behaviour (1981: 121) pula, memberikan
definisi tekanan sebagai ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan
untuk suatu masa, yang boleh menggugat keupayaan seseorang untuk
mengendali suatu situasi.
Ahli psikologi Islam pula seperti al-Ghazali, al-Razi, Muhammad Uthman
Najati, Muhammad ‘Izudin Taufik, Samih Atif al-Zin dan Hassan Langgulung
melihat tekanan emosi dari sudut kegelisahan jiwa atau emosi manusia seperti
gelisah, kecewa, bimbang keterlaluan dan takut. Emosi ini wujud kerana hati
manusia tidak beriman kepada Allah. Di samping itu, tekanan juga dikaitkan
dengan penyakit hati seperti hasad dengki, sombong, ujub dan riak. Kisahkisah
dalam al-Quran turut menggambarkan tekanan yang berlaku kepada
masyarakat. Misalnya, kisah-kisah para Nabi ketika menyampaikan dakwah
Islamiah telah menerima tekanan dari masyarakat yang kufur dan juga peristiwa-peristiwa tertentu yang berlaku terhadap orang yang beriman. Keadaan-keadaan
ini ada diceritakan dalam al-Quran seperti dalam surah al-Maidah, 6: 27-30,
Ali-Imran, 3: 38, Maryam, 19: 5 dan 20 dan surah Yusuf, 12: 86.
Hans Selye (1956: 4), seorang Profesor University of Montreal dan pakar
yang banyak mengkaji tentang tekanan, mengatakan tekanan sebagai satu tindak
balas atau reaksi yang tidak spesifik tubuh terhadap sebarang rangsangan atau
permintaan. Ini menunjukkan apabila semua permintaan melebihi daripada
kemampuan badan, ia akan mengakibatkan ketegangan. Pendapat ini selari
dengan pandangan yang diberikan oleh Ma’rof Redzuan & Haslinda Abdullah
(2002: 209) yang turut menyatakan bahawa tekanan sebagai tindak balas
seseorang terhadap sesuatu keadaan dan suasana yang mengganggu serta
memerlukan penyesuaian sama ada untuk sistem badan atau pun pemikiran.
Ada juga ahli psikologi mengaitkan dengan persekitaran dalam
mendefinisikan tekanan. Ini berdasarkan kepada pendapat Kaplan (1983: 296)
yang menyatakan bahawa tekanan wujud akibat daripada kegagalan individu
menyesuaikan diri dengan persekitaran. Tuntutan persekitaran yang melampaui
keupayaan individu dan kegagalan individu menyesuaikan tuntutan tersebut
akan menyebabkan individu rasa tidak puas hati dalam memenuhi keperluannya
sendiri. Seterusnya, ia akan menyebabkan individu mengalami ketegangan.
Emosi pula merupakan bangkitan perasaan dan rasa dalaman hasil tindak
balas seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa yang
berlaku seperti emosi takut, marah, kecewa, gembira, suka dan kasih sayang
(Muhammad Uthman Najati 1993: 73).
Oleh itu, tekanan emosi ditakrifkan sebagai keadaan seseorang dalam keadaan tertekan emosinya akibat daripada peristiwa, pengalaman atau bebanan tugas yang di luar kemampuan mereka. Oleh itu, fenomena tekanan merupakan sebahagian daripada reaksi emosi.
Menurut Richard S. Lazarus (1993: 23), emosi dijuruskan kepada satu set emosi
positif seperti kasih sayang, cinta, kegembiraan dan ketenangan dan juga satu
set negatif seperti marah, cemburu, takut, keluh kesah, sedih, dengki dan benci.
Manakala tekanan emosi pula, menurut beliau berpusat kepada emosi yang
negatif.
Dalam konteks dakwah Islamiah pula, tekanan emosi merupakan suatu
keadaan jiwa manusia yang berada dalam keadaan tidak tenang seperti resah
gelisah, kecewa, sedih, berdukacita, menurut hawa nafsu dan melanggar perintah
Allah. Ahli psikologi Islam seperti Imam al-Ghazali, Muhammad Uthman Najati
dan Muhammad Izzudin Taufik berpandangan, emosi yang tidak tenang ini
adalah kerana manusia tidak mendekatkan atau menghubungkan diri dengan
Allah. Sebaliknya mereka banyak menurut hawa nafsu. Oleh itu, emosi yang
tertekan ini perlu diubati dengan seruan dakwah Islamiah dengan menggunakan
uslub atau pendekatan yang sesuai.
FAKTOR TEKANAN EMOSI
Mengenai faktor atau punca tekanan emosi pula, terdapat pelbagai faktor yang
menyebabkan remaja mengalami tekanan emosi. Adnan al-Sharif (1987: 86),
menyatakan bahawa tekanan bukan sahaja wujud kerana dipengaruhi oleh
gangguan mental dan emosi tetapi tekanan juga wujud apabila manusia merasa
ketidaktenteraman jiwa atau jiwa yang berada dalam keadaan gelisah, keluh
kesah, ketakutan, kecemasan dan was-was.
Gangguan dan ketidaktenteraman jiwa itu pula, sama ada berpunca dari
persekitaran luar mahu pun dalam diri manusia itu sendiri. Kasmini Kassim
(1992: 26), Pakar Psikiatri Kanak-Kanak di Malaysia berpendapat bahawa,
gangguan emosi yang sering berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja
kebanyakannya disebabkan reaksi terhadap tekanan yang dialami oleh
mereka.
Manakala Uthman Najati (1992: 67), pula menjelaskan bahawa manusia
menghadapi gangguan dan ketidaktenteraman jiwa atau emosi apabila
berlakunya konflik psikis atau pertembungan antara dua jiwa manusia iaitu
jiwa yang beriman kepada Allah S.W.T dan jiwa yang menurut hawa nafsu.
Keadaan jiwa manusia seperti ini dapat digambarkan dalam kisah anak Nabi
Adam iaitu Qabil yang telah membunuh saudara kandungnya, Habil. Kisah ini
terdapat dalam surah al-Maidah, 6: 27-30 .
Dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang menceritakan tentang kisah-kisah
manusia yang mengalami tekanan emosi dan faktor-faktor yang menyebabkan
tekanan emosi. Contohnya dalam al-Quran ada menjelaskan bahawa manusia
mengalami tekanan emosi adalah disebabkan faktor biologi atau fitrah kejadian
manusia. Fitrah kejadian manusia yang terdiri daripada aktiviti sistem saraf
dan unsur kimia boleh mempengaruhi perasaan, mental dan jasmani manusia.
Dalam hal ini, Allah telah menjelaskan dalam firman-Nya dalam surah al-
Anbiya’, 21: 37 dan surah al-Ma‘arij, 70: 19-22.
Maksud: Manusia itu diciptakan bersifat tergesa-gesa. Nanti akan Kuperlihatkan kepada
kamu keterangan-keteranganKu; sebab itu, janganlah kamu meminta kepadaKu supaya
dicepatkan (Surah al-Anbiya’, 21: 37).
Maksud: Sesungguhnya manusia itu diciptakan bersifat gelisah. Apabila bahaya
menyinggungnya, dia berkeluh kesah. Dan apabila mendapat kebaikan (kekayaan),
amatlah kikirnya. Bukan begitu orang-orang yang mengerjakan sembahyang (Surah al-
Ma‘arij, 70: 19-22).
Kedua-dua ayat ini menjelaskan bahawa Allah S.W.T telah mencipta manusia
dalam keadaan memiliki sifat tergesa-gesa dan gelisah kerana pengaruh susunan
sistem saraf badan yang sangat peka. Kepekaan itu diperlihatkan melalui emosi
dan tingkah laku yang bertindak balas terhadap faktor dalaman dan luaran yang
mempengaruhinya.
Ibn Kathir (1970: 116) dalam mentafsirkan surah al-Ma‘arij, 70: 19-22,
beliau menyatakan bahawa dalam ayat ini Allah menerangkan tabiat manusia
yang memiliki sifat takut, kurang sabar, selalu berkeluh kesah. Jika ditimpa
bencana dan mala petaka ia selalu mengeluh dan berputus asa, jika mendapat
keuntungan atau kebaikan maka ia amat kikir, kedekut dan bakhil. Kecuali
orang-orang yang tekun melakukan solat, khusyuk dan tenang dalam solatnya.
Dalam menjelaskan faktor yang menyebabkan tekanan emosi, Rohaty
Majzub (1992: 90), seorang pakar psikologi perkembangan remaja di Malaysia,
menyatakan bahawa remaja mengalami tekanan emosi yang memuncak
disebabkan perubahan fisiologi dan psikologi yang berlaku ke atas diri mereka.
Perubahan yang pesat berhubung dengan kematangan seksual juga menyebabkan
remaja tidak pasti tentang dirinya, keupayaan dan minatnya.
Perubahan ketika zaman remaja, menyebabkan jangkaan dan aspirasi
masyarakat terhadap golongan ini semakin tinggi. Keadaan ini menyebabkan
remaja merasa lebih tertekan emosinya apabila mereka cuba memenuhi aspirasi
diri mereka, aspirasi ibu bapa dan aspirasi masyarakat. Jika remaja gagal
mencapai aspirasi-aspirasi ini, remaja akan mengalami kekecewaan.
Tekanan emosi boleh juga disebabkan oleh faktor luaran seperti faktor
persekitaran. Hubungan antara persekitaran dengan tekanan ialah bagaimana
persekitaran yang melingkungi remaja boleh menyebabkan mereka tertekan
seperti persekitaran yang terlalu padat dengan penduduk, pembangunan yang
terlalu pesat, suasana masyarakat yang kurang baik dan suasana yang bising.
Perbandaran yang terlalu pesat berlaku merupakan penyebab kepada tekanan.
Peningkatan kos hidup dalam bandar menyebabkan individu berlumba-lumba
meningkatkan pendapatan keluarga. Di samping itu, perbandaran juga
menyebabkan individu banyak menghabiskan masa di jalan raya kerana
kesesakan lalu lintas. Situasi ini memberi kesan kepada hubungan dalam
keluarga terutama antara ibu bapa dan anak-anak. Ibu bapa tidak mempunyai
masa yang banyak untuk berinteraksi dengan anak-anak, menyediakan masakan,
bermain, mendidik dan berbual-bual dengan anak-anak. Keadaan begini
menyebabkan anak-anak rasa terpinggir, kecewa dan tidak dipedulikan.
Sekiranya ia berlarutan dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan tekanan
emosi kepada anak-anak remaja (Parameshvara 1979: 3).
Mengenai faktor persekitaran, Rasulullah s.a.w pernah merasa tertekan
apabila persekitaran masyarakat yang tidak memberangsangkan ketika baginda
menyampaikan seruan dakwah Islamiah kepada masyarakatnya. Keadaan ini
dapat dilihat dalam firman Allah dalam surah al-H. ijr, 15: 97.
Maksud: Dan sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa dada engkau menjadi sesak
disebabkan ucapan mereka.
Ayat ini menceritakan tentang kisah Nabi Muhammad s.a.w yang
mengalami tekanan emosi disebabkan persekitaran masyarakat yang tidak baik
terhadap dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Baginda telah
dilemparkan dengan pelbagai ejekan yang menyakitkan hati. Penentangan yang
hebat dari kaumnya di Mekah ketika itu, telah menerbitkan rasa dukacita kepada
Rasulullah s.a.w kerana penentangan itu melampaui batas-batas kemanusiaan
dengan menuduh Rasulullah s.a.w sebagai pendusta dan tukang sihir (Ghalwash
t. th: 183).
Konflik yang dialami oleh manusia juga boleh menyebabkan tekanan emosi.
Konflik ini bermaksud ialah apabila manusia terpaksa membuat pilihan dan
pilihan itu pula sukar untuk ditentukan. Al-Quran ada menggambarkan tentang
konflik kejiwaan yang pernah dialami oleh Nabi Zakaria. Nabi Zakaria
menghadapi konflik sehingga menimbulkan tekanan kepadanya kerana baginda
belum mempunyai zuriat yang boleh mewarisi perjuangannya untuk meneruskan
dakwah supaya manusia beriman kepada manusia, sedangkan ketika itu, baginda
sudah semakin tua, dan isterinya pula mandul. Tekanan emosi yang dialami
oleh Nabi Zakaria ini diceritakan dalam surah Ali-‘Imran, 3: 38, surah al-
Anbiya’, 21: 89 dan surah Maryam, 19: 5. Dalam ketiga-tiga ayat ini jelas
menggambarkan tentang keresahan dan tekanan emosi yang dialaminya sehingga
mendorong Nabi Zakaria untuk berdoa dan merayu dengan Allah S.W.T supaya
dikurniakan zuriat walaupun baginda sedar dirinya telah tua.
Konflik di peringkat umur remaja pula seringnya berlaku antara remaja
dengan ibu bapa. Konflik ini timbul mengenai apa yang hendak mereka lakukan
pada masa hadapan, eksploitasi pencapaian akademik yang berbeza antara
remaja dan ibu bapa serta harapan yang terlalu tinggi supaya anak remaja berjaya.
Keadaan perbezaan aspirasi, pandangan dan kehendak menimbulkan konflik.
Menurut Habibah Elias (1997: 144), remaja lebih cenderung untuk bertindak,
berfikir dan berpakaian seperti rakan sebaya, ibu bapa pula tidak bersetuju
dengan kehendak mereka, maka di sini timbul konflik. Konflik yang berterusan
ini boleh menyebabkan emosi remaja merasa tertekan.
Faktor keluarga turut menyumbang kepada tekanan emosi remaja. Sekiranya
keluarga bahagia, maka emosi remaja stabil, tetapi jika keadaan keluarga tidak
bahagia dan berada dalam keadaan kucar-kacir, maka mengganggu emosi
remaja. Berhubung dengan faktor keluarga pula banyak aspek yang boleh
mempengaruhi tekanan emosi remaja seperti kestabilan rumah tangga,
persekitaran keluarga, corak tingkah laku ibu bapa, sosioekonomi ibu bapa,
latar belakang pendidikan keluarga, kualiti hubungan ibu bapa dan anak serta
kualiti hubungan adik beradik. Berdasar kajian yang dilakukan Fatanah
Mohamed (1997: 61) tentang perkaitan pencapaian akademik dengan faktor
personaliti dan persekitaran keluarga mendapati, keluarga yang akrab dan tinggi
dimensi pernyataan perasaan menghasilkan remaja yang kurang tertekan. Remaja
daripada keluarga yang berperancangan adalah lebih stabil, tenang dan selesa.
Selain itu, faktor yang tidak kurang pentingnya, yang boleh memberi
tekanan emosi kepada remaja ialah faktor akademik. Dalam peringkat usia
begini, remaja sedang berhadapan dengan dunia akademik. Oleh kerana, tuntutan
dan harapan diri sendiri, ibu bapa, guru dan masyarakat yang terlalu tinggi
untuk melihat golongan ini berjaya dengan cemerlang, boleh menyebabkan
emosi remaja tertekan.
Kajian Donna Mates dan Kenneth R. Allison (1992: 461), mendapati antara
faktor akademik yang menyebabkan tekanan emosi remaja ialah tahap
pencapaian akademik, persaingan untuk memasuki universiti, menyelesaikan
tugasan atau tugasan yang terlalu banyak, guru yang terlalu tegas, jangkaan
dan harapan guru yang terlalu tinggi terhadap pelajar dan sikap guru yang
prejudis serta tidak meraikan remaja sebagai seorang dewasa.
Personaliti yang dimiliki oleh seseorang turut boleh menjadi punca kepada
tekanan emosi. Personaliti merujuk kepada ciri-ciri keperibadian yang dimiliki
oleh seseorang. Misalnya, penghargaan kendiri, perasaan dan paras kebimbangan.
Menurut Encylopedia Dictionary of Psychology (1992: 874), personaliti
ialah satu konsep yang global yang mempunyai beberapa makna. Pertama, ia
merujuk kepada tingkah laku dan perangai yang biasanya ada pada setiap
individu. Kedua, ia merujuk kepada cantuman kesedaran diri atau ego. Ketiga,
ia adalah topeng bagi sosial. Manakala menurut Uthman Najati (1993: 188)
pula, personaliti bermaksud perangai atau tingkah laku seseorang hasil daripada
faktor luaran dan faktor dalaman yang dipupuk dengan keimanan dan ketakwaan
kepada Allah S.W.T. Faktor luaran seperti kejayaan yang diperolehi, semangat,
pujian dan sebagainya. Faktor dalaman pula, ialah perasaan cinta kepada Allah,
bertakwa, sabar dan segala sifat baik. Hasil daripada gabungan ini akan
mewujudkan seorang muslim yang berpersonaliti berpandukan al-Quran dan
mampu menghadapi dugaan hidup. Dari perspektif Islam, personaliti lebih
dikenali dengan sahsiah atau secara umumnya disebut sebagai akhlak.
Hubungan personaliti dengan tekanan emosi ialah bagaimana tingkah laku
dan peribadi seseorang boleh mempengaruhi cara mereka menghadapi sesuatu
keadaan sehingga menyebabkan tekanan kepada mereka. Misalnya, remaja yang
mempunyai personaliti yang suka memendam perasaan, sentiasa dalam keadaan
takut, rigid dan terlalu sempit fikiran. Hasil kajian menunjukkan bahawa mereka
akan lebih terdedah kepada tekanan emosi. Begitu juga, individu yang
mempunyai personaliti seperti kurang sabar, ganas, tinggi daya saing serta mudah
marah akan menyebabkan mereka lebih mudah mendapat tekanan emosi.
Personaliti negatif seperti terlalu pemalu, bimbang keterlaluan, kurang yakin
diri, pemarah dan kurang sabar boleh menyebabkan remaja mengalami tekanan
emosi apabila mereka berhadapan dengan suatu keadaan yang bertentangan
dengan personaliti mereka atau berhadapan dengan cabaran hidup.
TANDA TEKANAN EMOSI
Mengenai tanda-tanda atau simptom tekanan pula, pernah dikaji oleh beberapa
pengkaji seperti Muhammad Shah Burhan (1993), Kasmini Kassim (1992),
Muhammad ‘Izzuddin Taufik (1998), Ainsah Omar (2001) dan Muhd Mansur
Abdullah (1992). Tanda-tanda atau simptom tekanan boleh dikenal pasti berdasarkan
tiga kategori tindak balas, iaitu fisiologi, psikologi dan tingkah laku.
Dalam konteks dakwah Islamiah pula, pengkajian tentang tanda-tanda
tekanan emosi boleh dikaji dalam al-Quran yang mengisahkan tentang kisahkisah
Nabi dan umat terdahulu. Misalnya, kisah yang diceritakan dalam surah
Yusuf, 12 dan surah Maryam, 19 banyak memaparkan persoalan psikologi
manusia termasuk hal yang berkaitan dengan tekanan. Selain daripada al-Quran,
buku-buku sirah Rasul yang banyak menulis tentang sejarah dan peristiwaperistiwa
yang dilalui dalam penyebaran Islam, boleh juga dilihat dari aspek
psikologi.
Tindak balas fisiologi terhadap tekanan ialah menimbulkan simptomsimptom
kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi dan tahap kolesterol dan
gastrousus seperti sakit perut, cirit-birit, sembelit, loya dan ulser perut.
Rangsangan emosi akibat tekanan boleh menyebabkan pembebasan hormon
katekolamin dan asid urik (Fatimahwati Halim 2002: 312).
Orang yang mengalami tekanan emosi sering menghadapi masalah dari
segi kesihatan. Mereka akan mengalami sakit kepala, lenguh-lenguh badan,
letih dan sesak nafas. Kajian yang dibuat oleh Muhammad Shah bin Burhan
(1993: 57) mengenai tanda-tanda remaja mengalami tekanan dari sudut fisiologi
ialah remaja yang sering mengalami masalah kesihatan seperti sakit perut, sakit
kepala dan bisa-bisa seluruh badan. Tanda-tanda fizikal yang lain menurut kajian
ini ialah kaki dan tangan kerap berpeluh, cepat berasa letih dan tidak bermaya,
tidak nyenyak tidur, berat badan yang menyusut atau berat badan naik mendadak,
berasa sesak nafas dan tangan sering menggeletar.
Tanda-tanda tekanan seperti ini pernah dialami oleh Rasulullah (s.a.w) iaitu,
ketika menerima wahyu yang pertama di dalam Gua Hira’. Dipaparkan bahawa
keadaan Nabi Muhammad (s.a.w) ketika itu dalam keadaan tertekan kerana
ketakutan yang amat sangat sehingga seluruh badannya gementar dan menggigil,
jantungnya berdenyut dan hatinya berdebar-debar. Tubuhnya menggigil seperti
orang demam. (Muhammad Hussain Haekal 1989: 80).
Hasil kajian di atas menyamai tanda-tanda yang dikemukakan oleh Kasmini
Kassim (1992: 31) dalam bukunya Psikiatri Kanak-Kanak, iaitu, rasa loya, sakit
perut, cirit-birit, muntah, pening kepala, mulut rasa kering, degupan jantung
semakin cepat, tapak tangan seram sejuk, berpeluh, kerap kencing dan rasa
hendak pitam.
Tindak balas psikologi pula terhadap tekanan ialah perubahan-perubahan
emosi yang berlaku seperti perasaan tidak puas hati, mudah marah, merasa
kecewa dan berputus asa dan murung. Menurut Kasmini Kassim (1992: 42), antara
tanda-tanda psikologi akibat tekanan emosi ialah tidak boleh menyesuaikan diri
dengan rakan sebaya sehingga menimbulkan masalah untuk bergaul, mudah cemas,
merasa diri terdedah kepada bahaya dan ancaman, cepat marah dan mengalami
kemurungan. Manakala menurut Hamdan Mohd Ali (2002: 30), tanda-tanda
psikologi terhadap tekanan ialah kemurungan dan tidak boleh bertenang .
Manakala menurut Muhammad ‘Izzuddin Taufik (1998: 389 & 396), antara
tanda-tanda psikologi ialah fanatik, ketegangan, cepat marah kerana perkaraperkara
yang remeh temeh, ketakutan yang berlebihan, melarikan diri, lupa
dan sukar memberi tumpuan.
Di dalam al-Quran turut memaparkan kisah manusia yang mengalami
tekanan dan menggambarkan bagaimana tindak balas tekanan dari aspek
psikologi. Di antaranya ialah kisah Nabi Yaakub yang kehilangan anaknya Yusuf
(surah Yusuf, 12), kisah Maryam ibu Nabi Isa yang dicemuh oleh masyarakatnya
kerana hamil tanpa melalui proses perkahwinan (lihat Surah Maryam, 19), kisah
ibu Nabi Musa yang terpaksa menghanyutkan bayi lelakinya ke dalam sungai
bagi mengelakkan dibunuh oleh Firaun (Surah al-Qasas).
Tanda-tanda psikologi yang pernah dialami oleh Nabi Yaakob, ialah ketika
beliau kehilangan Yusuf anak yang disayanginya. Nabi Yaakob ketika itu hidup
dalam keadaan bersedih hati dan murung sehingga badannya menjadi lemah
dan tidak bermaya. Keadaan ini telah dipaparkan dalam al-Quran dalam surah
Yusuf, 12: 84.
Selain daripada itu, simptom tekanan juga boleh dilihat dari aspek tingkah
laku. Antara kategori tingkah laku akibat daripada tekanan emosi ialah peranan
pelajar seperti prestasi dalam pelajaran merosot, penggunaan dadah dan rokok,
ponteng sekolah, kurang berdisiplin, vandalisme, samseng, terlibat gejala sosial
dan lari dari rumah.
Menurut Pakar Psikiatrik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM),
Ainsah Omar (2001: 2), antara tanda-tanda tekanan dari aspek tingkah laku
ialah penyalahgunaan dadah, meminum minuman keras, menghisap rokok dan
bermasalah dalam perhubungan sosial.
Kenyataan ini selaras dengan hasil kajian yang dibuat oleh Shaun Dugan,
Barbara Llyod dan Kelvin Lucas (1999: 870), di sekolah-sekolah menengah di
Selatan Sussex, mendapati bahwa remaja yang mengalami tekanan emosi akan
menunjukkan tingkah laku merokok bagi tujuan meredakan tekanan. Begitu
juga dengan kajian yang dibuat Jacques dan Diana (1990: 217) ke atas 622
remaja yang tinggal di Ladang Midwestern telah mendapati bahawa tanda-tanda
remaja mengalami tekanan ialah kemurungan, personaliti delinkuen dan
penyalahgunaan dadah.
Sebagai kesimpulannya, remaja yang mengalami tekanan emosi boleh
dikenali melalui simptom-simptom tekanan yang dialami oleh mereka sama
ada simptom fisiologi, psikologi atau tingkah laku. Simptom-simptom tekanan
yang dialami tidak semestinya ditunjukkan oleh seseorang remaja itu dalam
ketiga-tiga kategori serentak. Mungkin simptom yang dialami oleh remaja
berbeza dengan remaja yang lain. Kemungkinan juga individu itu hanya
mengalami satu kategori simptom sahaja. Ini semua bergantung kepada tahap
tekanan yang dialami dan juga sejauhmana remaja berjaya menangani tekanan
yang dialami.
KAEDAH KAJIAN
Seramai 403 orang remaja telah dipilih untuk kajian ini. Mereka terdiri daripada
pelajar-pelajar lelaki (174 orang) dan perempuan (229 orang) dari lima buah
sekolah di sekitar Kajang yang berumur antara 16-17 tahun. Responden dipilih
secara rawak mudah. Alat ukuran terdiri daripada soal selidik yang dibentuk
untuk mengetahui simptom-simptom tekanan, faktor-faktor tekanan dan caracara
remaja menangani tekanan. Soalan yang berkaitan dengan simptom tekanan,
penulis telah berpandukan soal selidik Health Opinion Study (HOS) dan soal
selidik Stress Asses V2.1 yang telah diubah suai daripada Bill dan rakan-rakan
(1985) kemudian telah diterjemah oleh Fatimahwati Halim dan Wan Shahrazad
Wan Sulaiman (2002). Beberapa pengubahsuaian telah dibuat oleh pengkaji
dengan memasukkan item-item dari perspektif Islam dengan tujuan untuk
kesesuaian dengan kajian ini. Soal selidik yang berkaitan dengan faktor-faktor
tekanan pula, pengkaji telah membina soal selidik ini dengan membahagikan
item-item kepada lima kategori iaitu item yang berkaitan dengan faktor keluarga,
faktor sosial, faktor personaliti, faktor akademik dan faktor persekitaran. Manakala
soal selidik yang berkaitan dengan cara-cara remaja menangani tekanan,
pengkaji telah berpandukan kepada soal selidik yang telah diperkenalkan oleh
Frydenberg dan Lewis (1997) iaitu Adolescent Coping Scale (ACS) yang kemudiannya
telah diterjemahkan oleh Sim Siew Bee (1998).
Cara-cara ini pengkaji membahagikannya kepada dua bentuk iaitu cara-cara yang positif (produktif) dan cara-cara yang negatif (tidak produktif). Dalam membina soal selidik bahagian ini, pengkaji turut membuat pengubahsuaian terutama dibahagian caracara positif iaitu dengan memasukkan item-item dari perspektif Islam.
Kajian rintis dibuat bagi menguji kefahaman responden tentang soalan yang
dikehendaki dalam kajian ini. Pengkaji telah menggunakan Cronbach’s
Coefficient Alpha (α) dalam mengukur kebolehpercayaan (reliability) itemitem
soal selidik. Indeks nilai kebolehpercayaan cronbach alpha (α) bagi soal
selidik bahagian simptom atau tanda tekanan emosi ialah .8122, bahagian faktor
tekanan ialah .9049 dan bahagian cara-cara menangani tekanan emosi ialah
.8379. Nilai-nilai ini menepati tafsiran nilai cronbach alpha (α) correlation
coefficients yang mengatakan bahawa nilai .80 hingga .90 adalah customary
coefficients/acceptable realibility.
Penganalisisan data adalah dengan bantuan komputer yang diproses
menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Teknik
yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah teknik statistik deskriptif yang
dijelaskan dalam bentuk jadual dengan huraiannya dalam bentuk kekerapan,
peratusan (%) dan mod.
SIMPTOM TEKANAN MENGIKUT KATEGORI TINDAK BALAS
Daripada 30 simptom yang disenaraikan (Jadual 1), simptom tekanan yang selalu
dialami oleh responden yang mencatatkan peratus tertinggi ialah simpton mudah
bosan iaitu seramai 134 orang responden atau 33.3 peratus. Manakala simptom
tekanan yang kadang-kadang dialami oleh responden yang mencatatkan peratus
tertinggi ialah sering lupa iaitu seramai 310 orang atau 76.9 peratus. Simptom
yang tidak pernah dialami oleh responden yang mencatatkan jumlah tertinggi
ialah melakukan hubungan seks yang dilarang iaitu seramai 380 orang atau
94.3 peratus.
Simptom-simptom lain yang selalu dialami oleh responden yang turut
mencatatkan jumlah yang tinggi ialah sering mengalamun (101 orang atau 25.1
peratus), takut gagal (90 orang atau 22.3 peratus), merasa kecewa dan gelisah
(86 orang atau 21.3 peratus), mudah panik (88 orang atau 21.8 peratus) dan
tidak dapat tidur lena iaitu seramai 74 orang (18.4 peratus).
Bagi simptom-simptom lain yang kadang-kadang dialami oleh responden
yang juga mencatatkan jumlah yang tinggi ialah tiada tumpuan dalam kelas
atau ketika belajar iaitu seramai 302 orang atau 74.9 peratus.
Jika dianalisis dari sudut mod (skor yang kerap berlaku dan terbanyak)
pula, didapati simptom yang menjadi mod bagi responden yang menjawab
“selalu” ialah simptom mudah bosan iaitu 134 atau 33.3 peratus. Simptom yang
menjadi mod bagi responden yang menjawab “kadang-kadang” ialah sering
lupa iaitu 310 atau 76.9 peratus. Manakala simptom yang menjadi mod bagi
responden yang menjawab “tidak pernah” ialah terlibat dengan seks yang
dilarang iaitu 380 atau 94.3 peratus.
Berdasar kepada data yang diperolehi melalui nilai peratus dan mod,
menunjukkan bahawa antara simptom yang selalu dialami oleh ramai responden
ialah simptom yang melibatkan kategori psikologi seperti mudah bosan, sering
lupa, tiada tumpuan dalam kelas, merasa tidak tenang, mudah panik ketika
berhadapan dengan masalah, merasa kecewa dan gelisah serta takut gagal.
Simptom dari aspek tindak balas fisiologi pula adalah yang kedua banyak seperti,
responden yang mengalami badan yang tidak bermaya dan mudah letih
merupakan simptom yang selalu dialami oleh responden mencatatkan jumlah
tertinggi. Manakala simptom yang selalu dialami responden dari aspek tingkah
laku yang menunjukkan jumlah tertinggi responden ialah ingin lari dari rumah
dan merokok. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa remaja yang mengalami
tekanan banyak memperlihatkan tanda-tanda atau simptom dari aspek psikologi.
Manakala tanda-tanda tekanan dari aspek tindak balas tingkah laku adalah yang
paling sedikit ditunjukkan oleh responden. Hasil kajian ini juga menunjukkan
remaja yang mengalami tekanan emosi akan memberi kesan kepada
perkembangan psikologinya.
Dapatan kajian ini yang menunjukkan bahawa remaja yang tertekan emosi
lebih memperlihatkan tanda dari aspek psikologi dan keletihan emosi. Hasil
kajian ini tidak mustahil kerana tekanan emosi adalah fenomena yang berkaitan
dengan psikologi manusia. Al-Quran ada menggambarkan tentang fenomena
ini seperti dalam surah Maryam, 19: 22 dan surah Yusuf, 12: 84.
Temubual penyelidik bersama Prof. Dr Sufean Husin (Temubual, 28hb.
Sept. 2004) yang melakukan penyelidikan mengenai tabiat merokok di kalangan
remaja di Malaysia (2003), turut mendapati bahawa faktor utama remaja
merokok adalah untuk melepaskan rasa bosan dan tekanan yang dialami.
Dapatan kajian ini mengesahkan lagi bahawa remaja yang mengalami tekanan
emosi menunjukkan rasa bosan.
FAKTOR REMAJA MENGALAMI TEKANAN
Berdasar kepada kajian terdahulu mengenai faktor-faktor tekanan emosi, didapati
terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan manusia merasa tertekan
seperti faktor perubahan biologi, personaliti, keluarga, persekitaran, konflik
dan akademik. Kajian ini telah menyenaraikan 30 item yang dikenal pasti
menjadi punca kepada tekanan emosi remaja. 30 item ini pula meliputi item
dari aspek keluarga, tingkah laku sosial, personaliti, akademik dan persekitaran.
Aspek-aspek ini yang dipilih kerana didapati aspek-aspek tersebut yang
melingkungi hidup remaja.
Hasil kajian memperlihatkan bahawa setiap faktor ada menyumbang kepada
tekanan emosi remaja. Daripada 30 item yang disenaraikan didapati item
“sekiranya ibu bapa meninggal dunia” dan item “sekiranya ibu bapa bercerai”
paling utama menyebabkan remaja sangat tertekan. Item-item ini adalah
merupakan faktor keluarga. Bagi kategori faktor akademik pula, item “gagal
menunjukkan prestasi akademik yang baik” merupakan perkara yang
menyebabkan remaja merasa sangat tertekan, kemudian diikuti dengan perkara
atau item “harapan yang terlalu tinggi ibu bapa dalam pelajaran”. Faktor sosial
pula, kajian ini mendapati sekiranya remaja terlibat dengan masalah alkohol/
rokok/dadah/gansterisme/pelacuran boleh menyebabkan remaja merasa sangat
tertekan. Manakala perkara yang berkaitan dengan “disisih rakan sebaya” juga
boleh menyebabkan remaja merasa sangat tertekan. Faktor personaliti seperti
merasa berdosa dengan ibu bapa/Allah boleh menyebabkan remaja merasa
sangat tertekan. Manakala bagi faktor persekitaran pula, hasil kajian
menunjukkan persekitaran yang sangat bising menjadi punca utama remaja
merasa sangat tertekan.
Hasil kajian ini turut mempunyai persamaan dengan kajian yang dibuat
oleh beberapa pengkaji mengenai remaja. Misalnya, kajian oleh Fatanah
Mohamed (1997) mendapati konflik dalam keluarga menimbulkan banyak
ketegangan di kalangan pelajar. Ciri-ciri keluarga yang mempunyai tahap
keakraban yang rendah dan tahap konflik yang tinggi menjadi petunjuk kepada
suasana tertekan di kalangan pelajar remaja. Mengenai faktor tingkah laku sosial
pula, dapatan kajian ini mempunyai persamaan dengan hasil kajian Dobson
(1980), Donna Mates (1992), Shamsuddin A. Rahim (1994), Dugan (1999),
Sufean Hussin (2003) dan kajian Rozmi Ismail (2004) yang mendapati remaja
yang mengalami tekanan seringnya adalah yang terlibat dengan masalah sosial
seperti merokok, dadah, lepak, lumba haram, vandalisme, memberontak, kecewa
dan agresif.
Hasil kajian yang menunjukkan faktor personaliti boleh menyebabkan
tekanan telah disokong oleh tulisan Imam al-Ghazali (1967), Mohammad
‘Uthman Najati (1992) dan Harussani Hj. Zakaria (2004) yang mendapati
bahawa ketidaktenteraman jiwa manusia adalah berpunca dari sifatnya seperti
kelemahan hati, kelemahan akal, kelemahan iman, terpengaruh dengan nafsu
dan mempunyai penyakit-penyakit hati. Hasil kajian ini turut menyamai hasil
kajian yang dibuat oleh Rozmi Ismail (2004) mengenai gejala perlumbaan haram
di kalangan remaja. Kajian beliau mendapati remaja yang terlibat dengan
perlumbaan haram mempunyai hubungan dengan jenis personaliti neurotik iaitu
bersifat murung, stress, tidak rasional, cemas dan sentiasa tegang. Oleh itu,
kajian ini menemui faktor-faktor utama yang menyebabkan remaja tertekan
ialah faktor keluarga, persekitaran, personaliti, tingkah laku sosial dan
akademik.
Tujuan cara-cara remaja menangani tekanan dikaji adalah untuk mengetahui
apakah cara-cara atau tindakan yang digunakan oleh remaja bagi mengendalikan
tekanan yang dialami. Aspek yang dikaji ialah sama ada remaja menggunakan
cara positif (produktif) atau cara negatif (tidak produktif) dalam mengendalikan
tekanan emosi. Kajian ini telah menyenaraikan 25 item mengenai cara atau
tindakan dalam menangani tekanan emosi.
Hasil analisis data menunjukkan bahawa mengerjakan sembahyang
merupakan cara positif (produktif) yang selalu digunakan oleh responden dalam
menangani tekanan emosi. Ini kerana keputusan kajian menunjukkan item
bersembahyang mendapat jumlah tertinggi iaitu seramai 238 orang atau 59.1
peratus. Manakala berdoa dan cuba memperbaiki diri merupakan cara kedua
yang selalu digunakan oleh responden dalam mengendalikan perasaan
tertekan.Manakala item yang tidak pernah digunakan oleh responden yang mendapat
jumlah tertinggi ialah lari dari rumah (88.1 peratus). Kemudian diikuti dengan
item mengambil alkohol, rokok atau dadah (85.1 peratus).
Secara keseluruhannya keputusan kajian menunjukkan bahawa remaja
mengambil tindakan yang positif (cara yang produktif) dalam menangani
masalah tekanan emosi seperti yang dipaparkan dalam Jadual 3 tiada dalam
teks. Ini kerana menggunakan cara-cara yang positif dalam menguruskan tekanan
terutama sekali menggunakan pendekatan agama Islam adalah lebih berkesan
turut disokong oleh hasil kajian yang dibuat oleh Mohd Asin Dollah (1988),
Harussani Hj. Zakaria (2004), al-Ghazali (1967) dan Muhammad ‘Uthman
Najati (1992) yang mendapati bahawa dengan bersolat, berdoa, wirid, berzikir
dan mengaji al-Quran boleh mengubat emosi yang tertekan dan resah gelisah.
Manakala kajian Hamdan Mohd Ali (2002) pula mendapati melakukan aktiviti
yang baik seperti bersukan dan bersenam memberi kesan dari aspek psikologi
iaitu boleh mententeramkan jiwa dan mengurangkan tahap kemurungan dan
tekanan.
KESIMPULAN
Kajian ini mendapati secara keseluruhannya remaja ada mengalami tekanan
emosi. Ini berdasarkan kepada dapatan kajian, iaitu hampir semua responden
pernah mengalami simptom-simptom tekanan. Simptom-simptom dari aspek
psikologi adalah yang paling banyak dialami oleh remaja. Kajian dari aspek
faktor tekanan, didapati setiap faktor menyumbang kepada tekanan, tetapi faktor
utamanya adalah faktor keluarga. Ini menunjukkan bahawa, remaja akan
mengalami tekanan sekiranya mempunyai situasi keluarga yang tidak stabil
dan tidak harmoni. Manakala dari aspek cara-cara remaja menangani tekanan
pula, kajian ini mendapati, remaja masih menggunakan cara-cara yang positif
dalam menangani tekanan.
Sebagai satu strategi dakwah jangka panjang, usaha yang sistematik perlu
untuk membentuk kekuatan remaja dari segi mental, emosi, rohani, fizikal,
motivasi, nilai, sahsiah dan semangat remaja sebagaimana acuan yang
dikehendaki agama dan negara. Tekanan emosi tidak boleh diselesaikan dengan
langkah ad hoc. Ia memerlukan satu strategi dakwah yang berhikmah, terancang
dan tersusun. Ini kerana tekanan emosi wujud dari dalam diri remaja dari segi
jiwa yang tidak tenteram kerana keadaan keluarga yang tidak stabil dan harmoni,
kebosanan dengan routine harian dalam dunia akademik, persekitaran yang
tidak selesa dan kurang bimbingan, sokongan serta kumpulan contoh dalam
menuju ke arah remaja yang cemerlang.
Oleh itu, satu program dakwah yang bersepadu perlu dirancang untuk
menangani tekanan emosi remaja. Program ini perlu melibatkan ibu bapa,
organisasi dakwah, pihak sekolah, pemimpin remaja, pembuat dasar, pertubuhan
bukan kerajaan dan agensi-agensi kerajaan. Perlaksanaan dakwah yang ingin
dibuat perlu mengambil kira soal kesesuaian sasaran dakwah iaitu remaja serta
kesesuaian dengan fungsi dan peranan organisasi yang diwakili.
Dalam kajian ini turut menyarankan dua bentuk sokongan yang boleh
diberikan kepada remaja yang mengalami tekanan emosi. Pertama, sokongan
sosial iaitu yang datang dari keluarga khususnya ibu bapa, pendakwah, guru,
kaunselor dan ahli masyarakat. Kedua, sokongan peribadi yang datang dari
dalam diri remaja itu sendiri untuk menangani tekanan. Pendekatan dakwah
yang boleh digunakan dalam memberikan sokongan sosial ialah melalui
bimbingan dan kaunseling, penasihatan, contoh teladan yang baik, perhatian
dan kasih sayang serta motivasi. Sokongan peribadi pula boleh menggunakan
pendekatan tazkiyah al-nafs dan remaja berusaha membentuk sahsiah dan akhlak
yang baik.
RUJUKAN
A Dictionary of Human Behaviour. 1981. Cambridge: Harper & Row Publisher.
Abdullah Basmeih. 1994. Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran.
Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.
Adnan al-Sharif. 1987. Min ‘ilm al-nafs al-Qur’a - n. Beiru - t: Da - r al-‘Ilm Lil-Ma - layi-n.
Ahmad Atory Hussain. 2004. Pengantar Statistik. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd.
Ahmad Ghalwash. t. th. al-Da‘wah al-Islamiyah. Qa-hirah: Da - r al-Kita - b al-Misr.
ukmislamyat[27]1.pmd 21 11/28/06, 3:30 PM
22 Isla-miyya-t 27(1)
Ainshah Omar. 2001. Menangani Tekanan. Kertas Kerja. Wacana Wanita di Yayasan
Dakwah Islamiah Kuala Lumpur 21 Jun 2001.
al-Ghaza- li-, Abu - H.a - mid Muh.ammad bin Muhammad. 1967. Ih. ya-’ ulu-m al-di-n.
Qa- hirah: Matabi’ Subhul al-‘Arab.
Dictionary of Behavioral Science. 1973. New York: Van Nostrand Reinhold Company.
Dugan, S, & Lloyd, B & Lucas, K. 1999. Stress and coping as determinants of adolescent
smoking behavior. Journal of applied social psychology 29(4): 870-888.
Fakhir ‘Akil. 1985. Mu‘jam ‘ilm al-nafs. Beiru-t: Da - r al-‘Ilm Lil-Ma - layi - n.
Fatanah Mohamed. 1997. Perkaitan antara Pencapaian Akademik dengan Faktor
Personaliti dan Persekitaran Keluarga di Kalangan Pelajar Maktab Rendah Sains
Mara. Tesis Ph.D., Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Fatimahwati Halim. 2002. Tekanan di Tempat Kerja. Dalam Pasca Sidang Seminar
Psikologi PSIMA 2, Yahaya Mahamood & et al (ed.). Bangi: Jabatan Psikologi
UKM.
Habibah Elias & Noran Fauziah Yaakub. 1997. Psikologi personaliti. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hamdan Mohd Ali. 2002. “Meredakan Stress Melalui Sukan. Dalam Pasca Sidang
Seminar Psikologi-PSIMA 2, Yahaya Mahamood & et al (ed.). Bangi: Jabatan
Psikologi UKM.
Harussani Hj. Zakaria. 2004. Pengurusan Stress, Satu Tinjauan dari Perspektif Islam.
Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Bengkel Pengurusan Stress Menurut
Perspektif Islam, Institut Pembangunan Pengurusan Johor dan IKIM, pada 27-28
Julai 2004.
‘Ima - d al-Di-n Abi- al-Fida-’ Isma-‘il bin Kathi-r al-Qurshi al-Dimashqi. 1970. Tafsi-r
al-Qur’a-n al-‘Azi - m Tafsi-r Ibn Kathi-r. (cet. 2). Beiru - t: Da - r al-Fikr.
Ibn Manzu - r, Jama - l al-Di-n Abu - al-Fad.
l Muhammad bin Mukarram al-Khazradji al-
Afriqi-. 1996. Lisa-n al-‘Arab. Beiru - t: Da - r al-Fikr.
Kaplan, B. H. 1983. Psychosocial stress trends in theory and research. New York:
Academic Press.
Kasmini Kassim. 1992. Psikiatri Kanak-Kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Lazarus, S. R. 1993. Why we should think of stress as a subset of emotion. Dalam Leo
Goldberger & Shlomo Breznitz(ed). Handbook of Stress Theoritical and Clinical
Aspects. New York: The Free Press A Division Of Macmillan, Inc.
Lempers, D. J & Lempers, C. D. 1990. “Family Economic Stress, Maternal and Paternal
Support and Adolescent Distress”. Journal of Adolescence. vol. 13. hlm. 217-229.
Ma’arof Redzuan & Haslinda Abdullah. 2002. Psikologi. Kuala Lumpur: McGraw
Hill.
Manjula Bhagi & Sunita Sharma. 1992. Encylopedia dictionary of psychology. Vol.
II, New Delhi: Anmol Publication.
Mates, D & Allison, R. K. 1992. Sources of Stress and Coping Responses of High
School Students. Journal of Adolescence. Jil. 27. hlm. 461-475.
Mohamed Asin Dollah. 1988. A Study of Salat in the al-Qur’an: A Critical Review of
Selected Muslim Commentators (Mufassirun) and other Religious Writer, with
Special Reference to its Psychological Value. Tesis PhD.: University of
Birmingham, UK.
ukmislamyat[27]1.pmd 22 11/28/06, 3:30 PM
Tekanan Emosi Remaja Islam 23
Morst, D. R & Furst, M. L. 1979. Stress for success. New York: Van Nostrand Reinhold
Company.
Muhammad ‘Uthman Najati. 1992. Psikoterapi menurut al-Quran. Hj. Abd. Rahman
(ptjh.). Selangor: Human Resourse Enterprise
. 1993. al-Qur’a-n wa ‘ilm al-nafs. Cet. 5. al-Qa-hirah: Da- r al-Shuruq.
Muhammad Hussain Haekal. 1989. Sejarah hidup Muhammad. Ali Audah (ptjh.).
Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.
Muhammad ‘Izzuddin Taufik. 1988. al-Ta’sil al-Islamiyy al-dirasat al-insaniah.
Kaherah: Dar al-Salam.
Muhammad Shah Burhan. 1993. “Kajian Terhadap Tekanan di Kalangan Pelajar
Sekolah Menengah Bandar dan Luar Bandar di Negeri Sembilan”, (Tesis Sarjana,
Fakulti Pendidikan, UKM).
Parameshvara, M Deva. 1979. Psychological Aspects of Stress and It’s Effects on
Society. Kertas Kerja Seminar on Health, Food & Nutrition di RECSAM, Glugor
Pulau Pinang, 15-20 Sept.
Rohaty Mohd Majzub. 1992. Psikologi perkembangan untuk bakal guru. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Rozmi Ismail. 2004. Gejala Perlumbaan Motorsikal Haram di Kalangan Remaja: Satu
Kajian ke Atas Faktor Keterlibatan dan Personaliti. Prosiding Seminar Keb. Ke 3
Psikologi dan Masyarakat. Bangi: FSSK UKM.
Selye, H. 1956. The stress of life. New York: McGraw-Hill Book Company.
Sim Siew Bee. 1998. Hubungan antara tekanan dan sokongan sosial dan daya tindak.
Latihan Ilmiah, Jabatan Psikologi UKM.
Sufean Husin. 2003. Kajian tabiat merokok di kalangan remaja Malaysia. Temubual,
28hb. Sept. 2004.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan