DONATE
Jumaat, 15 Mei 2009
PENGARUH FAHAMAN WAHHABI DI KALANGAN MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA
1.1 Pendahuluan
Satu-satunya negeri di Malaysia yang mencatat sejarah kegemilangan dalam gerakan fahaman Wahhabi ialah di Negeri Perlis. Sebagai sebuah dari negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, kelihatannya Perlis semacam tidak ada kisah atau sejarah menarik. Namun jika diteliti dari rentetan sejarah, terdapat banyak keistimewaan yang berkembang di negeri Perlis dari dahulu hinggalah sekarang. Demikian juga mengenai pergerakan fahaman Wahhabi, barangkali tidak ada satu negeri pun yang dapat menandingi kehebatan pengaruh dan kedudukannya seperti yang terdapat di Perlis.
Perlis satu-satunya di antara semua negeri di Malaysia terkenal sebagai negeri tidak bermazhab. Dalam perlembagaannya tercatat: Ahli Sunnah wal Jamacah. Pada pandangan Majlis Agama Islam Perlis, mazhab-mazhab fiqah ialah pendapat ulama, oleh itu majlis tidak terikat kepada mana-mana mazhab. Di dalam mana mazhab mana pun yang jelas dan nyata pendapat mereka itu daripada kitab Allah atau Sunnah RasulNya atau jemaah-jemaah sahabat Rasulullah maka Majlis sedia menerima dan beramal dengannya. Sekiranya pendapat mazhab mana pun yang tidak ada dalil daripada kitab Allah atau sunnah Rasulnya atau jemaah sahabat Rasulullah maka Majlis tidak terikat dengan pendapat mazhab itu.
Wahhabi
Satu fahaman yang diasaskan oleh satu jemaah yang berpengkalan di Arab Saudi pada kurun ke 17. Ini ialah sebuah gerakan yang mahu mengembalikan keaslian Islam dengan kembali kepada al-Qur’an dan al-Sunnah tanpa ada kompromi dalam hal-hal yang bercanggahan dengan dua sumber tersebut.
Pengikut-pengikut Muhammad bin cAbdul Wahhab berpegang kepada tauhid, dan memastikan semua keputusan mesti berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah. Beliau adalah Syeikh al-Islam al-Imam Muhammad bin cAbdul Wahhab bin Sulaiman bin Ali bin Muhammad bin al-Masharif at-Tamimi al-Hanbali an-Najdi. Mereka dipimpin oleh Muhammad bin Sacud, mereka mempengaruhi seluruh Jazirah Arab.
Apa ada pada nama, dan walau dari mana sekalipun gelaran Wahhabi ini dimulai namun ia merupakan satu gerakan yang sentiasa menimbulkan kontrovesi sepanjang zaman.
Menurut Dr Yusuf Qardawi, Wahhabi ialah gerakan Salafiyyah Tajdidiyah yang dibawa oleh Ibnu Taimiyyah dan murid-muridnya. Kelompok ini mempunyai pengaruh yang sangat mendalam dalam masalah aqidah, fiqah, pemikiran dan akhlak sampai sekarang ini.
Mungkin ada pihak yang tidak setuju dengan gerakan Wahabiyyah, yaitu gerakan salafiah yang bersandar kepada peninggalan fahaman Ibnu Taimiyyah tetapi ia tidak dikenali sebagai pembaharuan dan ijtihad. Oleh kerana itu Dr. Muhammad Imarah menyebutnya dengan Salafiyyah al-Nususiyyah. Yang dimaksud dengan nususiyyah ialah memahami nas secara harfiyyah (secara huruf), dan mungkin gerakan inilah yang berpengaruh terhadap banyak orang yang mengaku sebagai penganut salafiah pada masa kita sekarang ini, yang menentang pembaharuan.
Di Malaysia, fahaman Wahhabi ditakrifkan dengan pelbagai taksiran dan fahaman tersendiri seperti fahaman yang banyak menolak amalan sunat golongan Ahli Sunnah wal Jamacah yang diamalkan oleh umat Islam di negara ini seperti talkin, tahlil arwah dan bacaan Yaasin malam jumaat
Ada yang menyatakan ia merupakan satu pendekatan keras semata-mata memberi penekanan kepada ayat-ayat Allah dan sunnah Rasulullah, tawassul, syafaat dan sebagainya.
Tidak semestinya penggerak fahaman ini semestinya mempunyai kaitan dengan Muhammad bin cAbdul Wahhab ataupun menjadikan kitab-kitabnya sebagai rujukan tetapi memadai dengan memakai manhaj akidah dan fiqah yang sama.
Tiada puak yang mahu mengakui mereka adalah Wahhabi walaupun menyetujui dan membenarkan gerakan Muhammad bin cAbdul Wahhab. Ini menimbulkan satu persoalan, kenapa gelaran “Wahhabi” dipandang negatif oleh pengikut manhaj Muhammad bin cAbdul Wahhab sendiri sedangkan mereka bermati-matian mempertahankan akidah dan syariat yang diperjuangkan beliau. Dari segi bahasa sendiri pun ia tidak membawa kepada makna yang negatif bahkan merujuk kepada salah satu nama Allah (Al-Wahhab). Mereka lebih selesa menggelar gerakan mereka sebagai pejuang sunnah, salafi dan sebagainya. Ini makin menjadikan gelaran ‘Wahhabi’ semakin dipandang negatif.
SEJARAH RINGKAS KEMASUKAN FAHAMAN WAHHABI DI PERLIS DAN PERKEMBANGANNYA
Sebelum kemunculan fahaman Wahhabi di Perlis terlebih dahulu berkembang aliran mazhabiyyah, yakni mazhab Shafici baik dari segi akidah mahupun syariatnya. Fenomena ini bukan sekadar berlaku di Perlis malah di seluruh nusantara pada zaman tradisi. Di Perlis sendiri pengaruh Shaficiyyah ini ada hubung kaitnya dengan faktor kepimpinan, iaitu kerana tokoh-tokoh pembesarnya yang berasal dari keturunan Syed Hadramaut yang memang terkenal dengan pendukung mazhab Shafici yang setia.
Bagaimanapun fenomena itu tidak kekal lama apabila sekitar tahun 1920-an, munculnya gerakan pembaharuan agama oleh tokoh-tokoh aliran La-mazhabiyyah, sebagai reaksi terhadap aliran mazhabiyyah yang berpengaruh sejak lama itu . Jika aliran mazhabiyyah dikatakan hanya merujuk kepada mazhab Shafici sahaja, sebaliknya tokoh-tokoh aliran La-mazhabiyyah menyeru agar berpegang kepada al-Qur’an dan al-Sunnah sahaja.
Pada zaman Datok Laksamana Haji Mohd Razalli sebagai Menteri Besar, berlaku satu peristiwa paling bersejarah dalam gerakan Islah di Perlis. Peristiwa itu berlaku pada 26 Mac 1959 dengan terkanunnya ideologi Islah di dalam undang-undang tubuh kerajaan Perlis, iaitu pada Perkara 17 yang menetapkan bahawa seseorang raja yang akan dilantik hendaklah beragama Islam yang beraliran “Ahli Sunnah wal Jamacah”. Demikian juga untuk melantik seorang Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja haruslah juga yang beraliran “Ahli Sunnah wal Jamacah” (Perkara 3:1). Dalam menetapkan syarat seorang waris diraja, dia hendaklah juga beraliran “Ahli Sunnah wal Jamacah” (Perkara 27).
Tokoh-tokoh yang menandatangani Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis ialah seperti berikut:
1. Syed Hussain b. Syed Zain Jamalulail (wakil raja)
2. Datok Laksamana Haji Mohd Razalli b. Haji Ali Wasi (Menteri Besar)
3. Haji Ahmad b. Haji Mohamad (Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis)
4. Wan Ahmad b. Wan Daud (Ahli Majlis Negeri)
5. Syeikh Ahmad b. Mohd Hashim (Ahli Majlis Negeri)
Menurut takrif yang terpakai dan difahami di Perlis, maksud ‘Ahli Sunnah wal Jamacah’ tersebut ialah aliran yang hanya berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah sahaja bukannya berpegang kepada mazhab-mazhab tertentu. Dalam aliran tasyrik ia dikenali sebagai al-La Mazhabiyyah, yakni tidak menganut mana-mana mazhab atau berpegang kepada sesuatu mazhab. Bahkan ada kalanya menolak terus pegangan bermazhab.
Sejarah Ahli Sunnah wal Jamacah amat rapat kaitannya dengan sejarah gerakan pembaharuan ( حركة التجديد ) di seluruh dunia Islam.
Negeri Perlis telah mengorak langkah ke arah pembaharuan seperti yang dipelopori oleh Syeikh Mohd cAbduh (Mesir, 1849-1905) dan Muhammad bin cAbdul Wahhab ( 1703-1787) di Saudi Arabia dan beberapa tokoh pembaharuan di tanah Melayu seperti Syeikh Tahir Jalaluddin (1869-1957), Syed Syeikh al-Hadi dan lain-lainnya.
Setelah angin perubahan bertiup ke seluruh dunia Islam termasuk negeri Perlis , maka secara kebetulan dalam tahun 1345 Hijriah- 1927 Masihi, seorang ulama Wahhabi bernama Syeikh Hassan dari Saudi Arabia datang berkunjung ke negeri Perlis. Kedatangannya tepat pada waktu pembesar-pembesar Perlis mencari tokoh yang boleh membawa perubahan untuk Negeri Perlis seperti yang berlaku di Saudi Arabia.
Syeikh Hassan bin Ahmad menjadi pengasas As-Sunnah yang pertama sekali di Perlis. Beliau berasal dari Surabaya, Indonesia. Beliau tiba di Perlis sebelum tahun 1916. Lagu Amin-Amin yang menjadi Lagu Negeri Perlis adalah ajaran Syeikh Hassan untuk menyambut raja.
Syeikh Hassan pada ketika itu digelar kaum Muda. Dakwah yang disampaikan adalah pengaruh dari Saudi Arabia, Mesir dan juga Indonesia. Tokoh yang bertanggungjawab memperkenalkan Syeikh Hassan Bandung kepada kerajaan Negeri Perlis pada ketika itu ialah Wan Ahmad Wan Daud iaitu penolong Raja Syed Alwi, beliau bertanggungjawab dengan Penasihat Diraja pergi ke Sumatera berjumpa dengan Profesor Hamka dan Syeikh Hassan Bandung.
Raja Syed Alwi bukanlah asal pengikut sunnah dari awalnya tetapi hasil kerja keras Wan Ahmad membantu penyebaran dakwah Syeikh Hassan., beberapa pembaharuan drastik telah dilakukan di Perlis seperti mewujudkan Pejabat Zakat dan Fitrah (yang pertama ditubuhkan di tanah air pada ketika itu). Sebelum itu, zakat tidak dikutip oleh pihak kerajaan. Pada mulanya ia menimbulkan kemarahan masyarakat namun akhirnya dapat diterima sehingga sekarang.
Dakwah pada waktu itu juga meliputi menentang amalan khurafat seperti laga ayam, hutang ceti yang akhirnya mengkayakan golongan Punjabi . Dakwah itu juga berjaya menaikkan tahap ekonomi orang melayu hasil dari penubuhan syarikat kerjasama masyarakat melayu yang bersih dari amalan riba. Gerakan dakwah ini dilihat berjalan kerana berjaya menubuhkan beberapa sistem baru yang mendapat bantuan dari pihak pemerintah dan seterusnya berjaya menambat hati rakyat. Penubuhan Sekolah Menengah Alawiyah Kangar dan pembinaan Masjid Alwi memberi banyak jasanya terhadap perkembangan dakwah Syeikh Hassan Bandung.
Syeikh Abu Bakar al-Shacari merupakan imam pertama dilantik dan dibayar elaun oleh kerajaan negeri. Beliau juga membuka kuliah-kuliah di masjid berkenaan. Di samping itu beliau merupakan seorang wartawan suratkhabar tempatan. Beliau banyak membantu mengembang dakwah ini melalui tulisan di dada akhbar dan mengarang beberapa buah buku.
Beliau dianggap satu-satunya tokoh yang dianggap champion bagi pengembangan fahaman ini. Beliau merupakan bekas penuntut Universiti al-Azhar dari tahun 1925-1932. Dalam perjuangannya, isu besar yang selalu dibawa beliau ialah masalah sunnah dan bidaah, serta masalah ijtihad dan taklid. Baik melalui lisan atau tulisan, soal-soal inilah yang menjadi pokok pemikirannya. Beliau dikatakan tidak putus-putus mengajak mengamalkan sunnah dan ijtihad serta menjauhi bidaah dan taklid.
Di antara fatwa-fatwa yang pernah menggemparkan masyarakat Melayu ialah tentang bolehnya dimakan binatang-binatang yang tidak jelas hukumnya dalam al-Qur’an, seperti biawak misalnya. Baginya binatang-binatang seumpama itu mestilah berdasarkan ketentuan al-Qur’an dan al-Sunnah sendiri bukan berdasarkan selera manusia yang mahu atau tidak memakannya.
Beliau ingin mengajak umat Islam khususnya pemerintah membebaskan diri dari segala yang mengongkong mereka. Beliau menjadi imam Masjid Alwi yang merupakan tempat solat dan mendengar penjelasan agama pembesar-pembesar negeri pada ketika itu. Kesempatan ini digunakan oleh beliau untuk menjelaskan konsep yang dibawanya. Beliau yang berpengetahuan luas dan bersemangat Islam telah menggerakkan umat Islam untuk menghayati Islam dalam setiap aspek. Bukan sekadar dalam ibadat, beliau juga menyeru kembali kepada al-Qur’an dan al-Sunnah dalam hal muamalat ( hubungan antara manusia), munakahat ( perkahwinan ) dan jinayat (jenayah). Lebih jelas lagi beliau mengajak umat Islam mengubah corak negara sekular kepada negara Islam.
Di antara ulama-ulama luar yang lain datang ke Negeri Perlis ialah Hamid b. Baar dan Syeikh Taqiyuddin dari Kaherah. Mereka datang pada tahun 1956, iaitu pada zaman Syed Qutub dan Presiden Mesir sedang kecoh menangkap dan memburu pejuang-pejuang Ikhwan Muslimin.
Pada tempoh awal perkembangan dakwah ini, kebanyakkan pendakwah dan penggeraknya adalah penyokong kerajaan dan berada di bawah Persatuan Melayu Perlis iaitu satu persatuan di bawah UMNO. Walaupun berlaku pertembungan pemikiran dan dasar di antara PAS dan UMNO. Namun ia tidak menghalang dakwah ini dari terus berjalan. Syeikh Abu Bakar sendiri merupakan Pengerusi Dewan Ulamak Pas Perlis pada ketika itu. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat sendiri selalu datang ke Perlis untuk menemui Syeikh Abu Bakar dan mereka sering berhimpun di kedai Pak Hussin.
Pada tahun 1960 an, hadir Syeikh Nur al-Surur seoarang ulamak yang berasal dari Bangkok, Thailand. Beliau pernah berkhidmat sebagai hakim di Saudi Arabia dan banyak menggunakan kitab-kitab karangan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. Beliau datang ke Negeri Perlis iaitu dan berdakwah atas bantuan zakat dari Negeri Thailand. Beliau terkenal dengan ulama yang pemurah. Dakwah beliau lebih meliputi kepada penyucian dari sudut akidah berbanding dengan Syeikh Abu Bakar yang banyak menjurus ke arah syariah.
Sungguhpun negeri asalnya Thailand, tetapi beliau dilahirkan di Pulau Pinang dalam tahun 1911, keturunan Arab Hadramaut. Beliau menetap di Perlis di rumah emak angkatnya Hajjah Tijah yang kemudian menjadi emak saudara isterinya. Beliau membawa diri ke Perlis semata-mata hendak menjaga agama Islam yang terasnya akidah Ahli Sunnah wal Jamacah yang mendapat tentangan hebat dari keluarganya sendiri di Bangkok.
Pegawai-pegawai agama pada ketika itu dicelikkan dengan sumber dari dua tokoh ini iaitu Syeikh Abu Bakar dan Syeikh Nur hingga lahirlah tokoh baru Syeikh cAbdul Rahman (pemangku Mufti dan juga Imam Masjid Kangar). Di waktu itu, Masjid Alwi menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar kerana ceramah-ceramah kerap diadakan. Bagi terus menghangatkan dakwah, Persatuan al-Islah ditubuhkan bertujuan supaya ulama terus mendapat sokongan rakyat di samping meneruskan dakwah. Dewan Islah yang ditubuhkan di Mata Ayer merupakan hasil sumbangan orang ramai. Dewan itu tidak berjaya menarik golongan-golongan muda kerana televisyen mula mendapat tempat di setiap rumah-rumah.
Atas beberapa sokongan dari beberapa murid awal Syeikh Boor seperti Darus Taib, Ali Wahid, Cikgu Man Daud dan Osman Muhammad maka akhirnya tertubuhlah Persatuan al-Islah dengan Yang Dipertua pertamanya ialah Syed Ali bin Syed Osman. Sepertimana persatuan-persatuan yang lain, al-Islah juga telah membuat permohonan untuk pendaftaran kepada Pejabat pendaftar Pertubuhan Kedah/ Perlis. Pihak pendaftaran memberi jawapan tidak boleh dibuat melainkan melalui Jabatan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis namun mereka telah membuat beberapa penapisan dan pindaan. Mereka membuat keputusan tidak membenarkan ditubuh bersama persatuan as-sunnah yang baru kerana sudah ada as-Sunnah Perlis, dan jika hendak diwujudkan juga mestilah dimasukkan di bawah Jabatan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu.. Syeikh Noor tidak berpuas hati dan terus berhenti mengajar as-Sunnah walaupun untuk sekadar mengajar kepada Ahli Jawatankuasanya sahaja. Menurut Syed Ali: Sheikh Noor membelanjakan wangnya, tanahnya dan dirinya sendiri untuk kebaikan persatuan. Persatuan ini dinamakan al-Islah, tujuannya supaya dapat mengajar ilmu as-sunnah dan pelajaran ini dapat disampaikan secara lebih terperinci dan berterusan.
3 AJARAN-AJARAN DAN FAHAMAN WAHABI
‘Wahhabi’ tidak dikenali di tanah Arab kerana kaum Wahhabi sendiri menamakan diri mereka ‘al-Muwahhidun’, yang ertinya para penganut faham ketuhanan yang Maha Esa. Adapun gelaran Wahhabi itu berasal dari golongan yang benci kepada aliran ini. Nama ‘Wahhabi’ itu dilancarkan oleh mereka yang tidak setuju kepada aliran ini dengan maksud untuk propaganda agar orang banyak membencinya.
Ajaran dan fahaman ini membawa supaya kembali kepada keimanan dan amalan kaum salaf yang suci dari segala khurafat dan bidaah yang menyesatkan. Mereka mendakwa bahawa Islam makin rosak dan tidak murni lagi disebabkan oleh unsur-unsur penambahan dan pengurangan yang dilakukan sesuka hati oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Banyak amal ibadah, pekerjaan-pekerjaan dan perbuatan orang Islam sendiri yang menyebabkan keruntuhan umat Islam dan kehancurannnya. Banyak perbuatan-perbuatan bidaah dan khurafat timbul dan bermaharajalela setelah tiga generasi berlaku selepas wafatnya Nabi s.a.w. tindakan-tindakan syirik telah banyak mewarnai tingkah laku, perbuatan dan keyakinan umat Islam yang mana semua itu banyak mendapat pengaruh dari kepercayaan lama yang boleh diragui kesahihannya atau sebagai hasil dari “akulturisasi” atau “adaptasi” dengan kepercayaan-kepercayaan lain. Perjuangan fahaman ini adalah ditujukan untuk membina kembali keyakinan Islam kepada aslinya yang sesuai dengan keesaan Allah dan tauhid yang murni. Ini adalah kerana perbuatan merosak tauhid dan keesaan Allah telah menjadi suatu hal kebiasaan yang tidak terasa syiriknya oleh umat Islam.
Syeikh Muhammad bin cAbdul Wahhab saat itu bangkit mengajak dunia Islam untuk sedar atas kepincangan aqidah ini. Beliau menulis beberapa risalah untuk menyedarkan masyarakat dari kesalahannya. Salah satunya adalah Kitab al-Tauhid, yang hingga kini masih menjadi rujukan banyak ulama di bidang akidah.
Dakwah Syeikh Muhammad bin cAbdul Wahhab ini kemudian melahirkan gerakan umat yang aktif menumpas segala bentuk khurafat, syirik, bidaah dan bermacam hal yang menyeleweng dari ajaran Islam yang asli. Mereka melarang membangun bangunan di atas kuburan, juga mengharamkan untuk menyelimuti kuburan atau memasang lampu di dalamnya. Mereka juga melarang orang meminta kepada kuburan, orang yang sudah mati, dukun, peramal, tukang sihir dan tukang teluh. Mereka juga melarang tawassul dengan menyebut nama orang soleh seperti kalimat bi jaahirrasul atau keramatnya syeikh fulan dan fulan.
Dakwah beliau lebih tepat dikatakan sebagai dakwah salafiah. Dakwah ini telah membangun umat Islam di bidang akidah yang telah lama jumud (beku) akibat kemunduran akidah umat. Dakwah beliau sangat memperhatikan pengajaran dan pendidikan umum serta merangsang para ulama dan tokoh untuk kembali membuka literatur kepada buku induk dan rujukan yang muktabar, sebelum menerima sebuah pemikiran. Mereka meminta agar umat ini lebih jauh meneliti dan merujuk kembali kepada nas-nas dan dalil dari Kitabullah dan sunnah Rasulullah s.a.w. serta pendapat para ulama salaf al-salih.
Di antara tokoh ulama salaf yang sering mereka jadikan rujukan ialah :
i) Imam Ahmad bin Hanbal (164-241 H).
ii) Ibnu Taimiyyah (661- 728 H).
iii) Muhammad Ibnu Qayyim Al-Jauziah (691-751 H).
Secara umumnya dakwah beliau ialah meliputi:
i) Dakwah kepada sebenar-benar tauhid.
ii) Memerangi perkara-perkara bidaah.
iii) Kembali kepada Al-Qur’an dan al-Sunnah.
iv) Membuka pintu ijtihad.
v) Menentang pemujaan kubur .
vi) Menghidupkan kefarduan jihad.
vii) Membahagikan tawassul kepada yang dibolehkan dengan yang tidak dibolehkan.
viii) Memerangi golongan taghut .
Dan demikian juga di antara beberapa tambahan terhadap fatwa dari Wahhabiah
1) Doa dengan tawasul adalah syirik.
2) Perjalanan untuk ziarah makam Rasulullah adalah maksiat.
3) Binaan di atas kuburan adalah haram.
4) Semua amalan tarikat adalah bidaah dan haram.
5) Hisap rokok adalah haram.
Fatwa ini dikatakan bersumber dari fatwa Ibnu Taimiyyah. Bahkan menurut Kamus Munjid, Wahhabiah adalah penerus dari fatwa-fatwa Ibnu Taimiyyah. Perbezaan di antara mereka ialah gerakan Wahhabiah dipengaruhi oleh politik manakala Ibnu Taimiyyah bertujuan untuk membasmi amalan bidaah dan khurafat Islam pada masanya. Fatwa-fatwa Ibnu Taimiyyah nyata menyentuh bidang fiqah, yang berlawanan dengan ijtihad empat mazhab fiqah yang besar, malah dari beberapa segi ia berbeza dengan dasar Ahli Sunnah wal Jamacah.
RUMUSAN MANHAJ AKIDAH DAN FEKAH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB
Manhaj Akidah :
i) Al-Qur’an dan al-Sunnah merupakan asas utama di dalam semua aspek samada akidah, ibadah mahupun akhlak.
ii) Menerima hadis-hadis sahih sahaja di dalam semua perkara tanpa membezakan dalam masalah akidah atau ibadah.
iii) Menetapkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya, dan menafikan apa yang dinafikan oleh Allah dan Rasul-Nya.
iv) Tidak mendahulukan akal dari nas.
v) Beriktikad dengan aqidah ahli Sunnah wal Jamacah.
vi) Menentang keras penggunaan manhaj, metod atau pendekatan ilmu kalam di dalam akidah.
Manhaj Fiqah:
i) Pada umumnya berdasarkan kepada dalil-dalil sahih daripada al-Qur’an dan al-Sunnah.
ii) Di dalam bab ibadat adalah ditunaikan mengikut sifat dan cara yang dilaksanakan dan diajar Rasulullah tanpa menambah atau mengurangkannya.
iii) Dalam bab muamalat (hubungan sesama manusia), adalah dibuka pintu secara luas tanpa disempitkan melainkan perkara yang dilarang oleh Allah.
iv) Dalam bab politik adalah dilaksanakan mengikut cara yang paling aslah (terbaik) walaupun tidak ada nas daripada nas al-Qur’an dan al-Sunnah serta beriltizam dengan hukum-hukum yang disyariatkan.
PERSAMAAN ANTARA FAHAMAN WAHHABI DI PERLIS (AS-SUNNAH) DENGAN FAHAMAN MUHAMMAD BIN cABDUL WAHHAB
Di Negeri Perlis, golongan Wahhabi melabelkan diri mereka dengan gelaran as-Sunnah. Mereka menolak gelaran Wahhabi kerana mereka berpendapat gelaran Wahhabi diberi oleh musuh gerakan pemurnian akidah umat Islam. Walau bagaimanapun pengkaji juga tidak menyalahkan pihak luar memandang golongan as-Sunnah di Perlis adalah Wahhabi kerana ia menepati beberapa aspek fahaman ibadat seperti yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahab iaitu pengasas fahaman Wahhabi ini.
Secara keseluruhan mereka menepati manhaj akidah dah fiqah yang dibawa oleh Syeikh Muhammad bin cAbdul Wahhab.
Ciri-ciri yang terperinci adalah seperti berikut :
i) Mengutamakan dalil dari al-Qur’an dan al-Sunnah demi menjaga ketulenan amalan umat Islam. Ini telah jelas di dalam kitab Akidah Syeikh Muhammad bin cAbdul Wahhab . As-Sunnah di Perlis juga berpendirian demikian. Secara kesimpulan mereka tidak mahu beramal melainkan ada dalil yang kuat.
ii) Menolak taklid mazhab yang empat dengan mendakwa ia adalah taklid adalah sesat dan menganggap imam mazhab laksana paderi dalam ajaran Kristian. Ini
merupakan dakwaan Syeikh al-Albani dan ini juga merupakan pandangan mufti Perlis yang beralasan bahawa ia tidak tulen.
iii) Memahami bidaah dengan makna dalam ruang lingkup yang sempit. Mereka meletakkan setiap perkara yang yang tidak pernah dilakukan Rasulullah adalah bidaah yang menyesatkan dan menggolongkan pengamalnya ke dalam golongan api neraka. Ini merupakan pendapat Imam Syatibi yang dipegang oleh Wahhabi atau salafi di seluruh dunia. Fahaman bidaah seperti ini juga yang disebarkan oleh Institut as-Sunnah.
iv) Mengharamkan majlis sambutan hari kebesaran Islam seperti mengadakan sambutan Maulid Nabi, Israk Mikraj dan lain-lain. Ini pendapat Syeikh cAbdullah al-Harari dan pendapat ini juga satu dipegang oleh as-Sunnah di Perlis.
v) Menafikan sampainya pahala amalan bacaan al-Qur’an kepada mayat. Oleh kerana itu, mereka membidaahkan amalan talkin dan bacaan al-Qur’an kepada si mati.
vi) Majlis bacaan tahlil dan talkin adalah bidaah.
vii) Lafaz Usolli sebelum sembahyang adalah bidaah.
viii) Membidaahkan bacaan Qunut secara berterusan.
ix) Berdoa dan berzikir selepas solat adalah bidaah.
x) Majlis zikir adalah haram.
PERKARA-PERKARA KHILAFIAH YANG MENJADI PERBALAHAN PENDAPAT DI NEGERI PERLIS
Terdapat beberapa masalah khilafiah yang berlaku di Negeri Perlis yang menjadi kecelaruan masyarakat dan juga yang menimbulkan perselisihan dalam menegakkan pendapat masing-masing. Kebanyakkan masalah ini ialah masalah yang sama ditimbulkan dan diperselisihkan oleh Wahhabi di luar Malaysia. Di Perlis, Institut As-Sunnah bertindak sebagai penjelas kepada masalah-masalah berikut dan menegaskan mereka adalah benar dan yang lain dari amalan mereka adalah bidaah. Di antara perkara-perkara khilafiah tersebut adalah seperti berikut :
i) Qunut pada solat Subuh
Bagi mazhab Shafici, bacaan qunut pada rakaat kedua solat subuh adalah sunat.
Bagi Imam Abu Hanifah, qunut tidak disunatkan pada setiap subuh, hanya dituntut qunut nazilah sahaja. Ini kerana beliau berpegang kepada dalil :
قنت شهرا يدعو على قاتلى أصحابه ببئر معونة ثم تركه
Ertinya:
Rasulullah berqunut sebulan atas pembunuhan sahabat-sahabatnya di Bi’ri Macunah kemudian baginda meninggalkannya( qunut).
Inilah yang dipegang oleh Wahhabi di Perlis, mereka membidaahkan bacaan qunut secara berterusan setiap Subuh, kerana menurut mereka hadis yang sahih, Rasulullah hanya qunut selama sebulan sahaja.
Namun disebut juga di dalam Majmuc, qunut yang dilakukan hanya sebulan oleh Rasulullah seperti dimaksudkan di dalam hadis di atas ialah qunut nazilah, yang dilakukan bukan hanya pada solat Subuh, tapi pada setiap akhir rakaat setiap solat fardhu. Berpandukan dalil :
عن عكرمة عنه قال : قنت رسول الله قنت شهر متتابعا فى الظهر و العصر و المغرب و العشاء و صلاة الصبح فى دبر كل صلاة
Ertinya:
Daripada Akramah, beliau berkata: Rasulullah berqunut selama sebulan berturut-turut pada waktu Zohor, Asar, Maghrib, Isya’ dan Subuh di setiap hujung rakaat setiap solat.
ii) Menyebut lafaz niat ketika solat, ‘usalli’.
Menurut fahaman Wahhabi niat yang dilafazkan adalah bidaah kerana lafaz ‘usalli’ itu tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah dan para isterinya serta tidak pernah dikerjakan oleh khulafak al-Rasyidin. Jika lafaz niat ini dihasilkan dari kias hasilnya adalah bidaah. Tambahan pula mengkiaskan lafaz niat dengan talbiyyah di waktu haji itu adalah qiyas yang batal. Alasannya ialah datangnya syariat solat lebih dahulu dari datangnya syariat haji. Solat disyariatkan ketika peristiwa Israk Mikraj manakala disyariatkan haji pada tahun ke 6 Hijrah, adalah satu perkara yang pelik benda diqiyaskan adalah terkemudian dari perkara yang mengqiyaskan. Kaum muslimin sendiri pada ketika itu tidak mengamalkan ‘usalli’, sebab Rasulullah tidak mengamalkannya dan yang manakah yang lebih afdal kita ikut?
Namun jika diperhatikan di dalam kitab Fathu al-Muin karangan Syeikh Zainuddin cAbdul Aziz, beliau meletakkan hukum sunat dilafazkan niat agar mudah mendapat tumpuan.
iii) Bacaan Basmallah di dalam surah al-Fatihah dan tambahan lafaz ‘wabihamdih’ di dalam rukuk dan sujud. Bagi golongan Wahhabi, bacaan Basmalah tidak dikuatkan walau ketika solat yang disunatkan menguatkan bacaan di dalamnya. Menurut pandangan ulama mazhab Shafici, bacaan Bismillah wajib dikuatkan jika Fatihah dibaca dengan suara yang kuat di dalam solat tersebut. Ini adalah kerana Bismillah termasuk di dalam surah al-Fatihah, maka tidak harus cara bacaannya dipisahkan.
Menurut mazhab lain dan yang juga dipegang oleh Wahhabi, Bismillah tidak dibaca dengan kuat, akan tetapi hendaklah dibaca secara israr (disembunyikan). Mereka berdalilkan hadis berikut:
أخبرنا مسلم بن إبراهيم ثنا هشام عن قتادة عن أنس ان النبي صلى الله عليه وسلم وأبا بكر وعمر وعثمان كانوا يفتتحون القراءة بالحمد لله رب العالمين قال أبو محمد بهذا نقول ولا أرى الجهر ببسم الله الرحمن الرحيم
Ertinya:
Dikhabarkan kami oleh Muslim bin Ibrahim dari qatadah dari Anas bahawasanya Nabi S.A.W , Abu Bakar, cUmar dan cUthman adalah mereka memulai bacaan dengan Alhamdulillahi rabbil calamin. Berkata Abu Muhammad dengan ini kami berkata : tidaklah aku melihat dijelaskan bacaan Bismillahhir rahmanir rahim.
حدثنا محمد بن المثنى وابن بشار. كلاهما عن غندر. قال ابن المثنى. حدثنا محمد بن جعفر. حدثنا شعبة. قال:سمعت قتادة يحدث عن أنس قال: صليت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم، وأبي بكر، وعمر، وعثمان، فلم أسمع أحدا منهم يقرأ بسم الله الرحمن الرحيم.
Ertinya:
Menceritakan kepada kami Syacbah, dia berkata: aku mendengar Qatadah berbual dengan Anas dan berkata : aku solat bersama Rasulullas S.A.W , Abu Bakar, Umar dan cUthman. Maka tidak aku mendengar daripada mereka membaca Bismillahir rahmanir rahim.
Bagi pandangan Wahhabi, bacaan di dalam sujud hanya sekadar subhanarabbiyal acla dan bacaan di dalam rukuk ialah subhanarabbiyal cazim. Sedangkan bagi pengikut mazhab Shafici, disebut penambahan wabihamdih. Manakala amalan di negeri lain dan juga yang menjadi ikutan turun temurun dalam pembelajaran fiqah penambahan wa bihamdih.
Ulama hadis sendiri mempunyai pelbagai pandangan mengenai hukum penambahan lafaz wabihamdih. Berdasarkan hadis riwayat Muslim dan beberapa riwayat yang lain, menurut Sayyid Sabiq di dalam kitabnya Fiqh al-Sunnah, lafaz pernambahan wabihamdih yang ada di dalam beberapa riwayat kesemuanya adalah daif.
Namun menurut Imam Nawawi, disunatkan bacaan subhanarabbiyal acla atau subhanarabbiyal cazim dengan penambahan wabihamdih. Di antara yang menyetujui pendapatnya ialah Kadi Abu Tayyib, Kadi Husain, dan Imam al-Ghazali , manakala yang membantahnya ialah Imam al-Rafici.
iv) Bacaan Yaasin secara berjemaah dan membuat air Yaasin.
Bacaan Yaasin secara beramai-ramai yang sering dilakukan masyarakat di Malaysia dengan menganggap ia merupakan satu amalan sunat untuk dilakukan pada malam atau siang hari Jumaat merupakan satu bidaah bagi Wahhabi di Perlis. Begitu juga menyediakan air bacaan Yaasin yang mujarab untuk beberapa masalah.
Jika dilihat kelebihan surah Yaasin, ia banyak disebut di dalam hadis-hadis di antaranya ialah:
أخبرنا محمد بن إسحاق بن إبراهيم مولى ثقيف حدثنا الوليد بن شجاع بن الوليد السكوني حدثنا أبي حدثنا زياد بن خيثمة حدثنا محمد بن جحادة عن الحسن عن جندب قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من قرأ يس في ليلة ابتغاء وجه الله غفر له
Ertinya:
Berkata Rasulullah S.A.W, siapa yang membaca Yaasin pada waktu malam dan mengharapkan redha Allah, diampunkan baginya.
Memang jelas tidak ada dalil khusus Rasulullah mengadakan bacaan Yaasin beramai-ramai dan menyediakan air Yaasin kemudian air itu diminum untuk menyempurnakan hajat-hajat tertentu.
Mengambil keberkatan dengan surah Yaasin adalah tidak salah, saintifik sendiri membuktikan air yang dibaca bacaan ayat-ayat suci molekul-molekulnya akan berubah dan mempunyai beberapa khasiatnya yang tersendiri.
v) Azan dua kali ketika solat Jumaat dan mengira-ngira ahli solat Jumaat .Di negeri Perlis azan pada hari jumaat ialah hanya di kala imam sudah menaiki mimbar. Sebaik sahaja azan itu selesai, khatib terus menyampai khutbahnya.
Bagi negeri-negeri lain, azan dilakukan dua kali, kali pertama dilakukan sebelum khatib menaiki mimbar, azan yang kedua sesudah khatib menaiki mimbar. Mengikut kitab Fath al-Mucin, sunnah azan dua kali untuk solat Jumaat.
Yang mula-mula mengadakan azan dua kali sebelum solat Jumaat dibuat pada zaman Saidina cUthman setelah kaum muslimin semakin ramai. Kesunnahan dua kali azan itu terjadi apabila keadaan memerlukan sebagaimana kaum muslimin berpandukan kepadanya untuk hadir ke masjid dengan azan tersebut.
Kalau tidak demikian, afdal dilakukan azan sekali sahaja mengikut cara Rasulullah. Ketetapan azan pada hari Jumaat dilakukan sekali sahaja oleh Bilal di pintu Masjid Nabawi sesudah duduknya nabi di atas mimbar. Cuma semasa cUthman, ia diperintahkan azan di tempat orang ramai (di luar masjid) untuk memaklumkan bahawa waktu telah pun masuk kerana di antara tujuan azan itu ialah memberitahu sudah masuk waktu solat Jumaat dan memberitahu dekatnya permulaan khatib memulakan khutbah supaya orang ramai tinggal bercakap-cakap. Azan yang dilakukan pada zaman khalifah Uthman mengikut kaedah : Ma la yutimmu al-wajib illa bihi fahuwa wajib (apa yang tidak sempurna wajib melainkan dengannya maka ia adalah wajib). Oleh kerana itu maka ia tidak dikira masuk dalam istilah bidaah. Pada zaman sekarang ia tidak lagi menepati kaedah itu maka ia dianggap bidaah oleh pendukung sunnah di Malaysia.
Andai masih ada kewajaran untuk melaungkan azan sebanyak dua kali maka mestilah menepati cara yang dilakukan pada zaman Rasulullah iaitu :
a) Azan pertama dilaungkan di luar masjid
b) Azan pertama dilakukan lebih awal iaitu setengah jam atau satu jam sebelum masuknya waktu solat Jumaat yang sebenar.
Azan sekali ini juga disukai oleh Imam Shafici di dalam kitab al-Um. Imam Shafici suka azan dilakukan di sisi mimbar dan imam telah berada di atas mimbar. Yang afdal dilakukan dua kali azan ialah pada waktu Subuh, iaitu yang pertama sebelum masuk waktu untuk mengejutkan manusia yang tidur supaya segera bangun untuk mandi hadas dan sebagainya. Manakala azan kedua apabila telah masuk waktu.
أن بلالا يؤذن بليل فكلوا واشربوا حتى يؤذن ابن أم مكتوم
Ertinya:
Bahawasanya Bilal azan pada waktu malam, maka makanlah dan minumlah sehingga azan Ibnu Ummi Maktum.
Di negeri Perlis juga adalah tidak disyaratkan mencukupkan 40 orang sebagai syarat untuk jamaah solat jumaat. Adalah bidaah mengira-ngira ahli Jumaat kerana ia tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah mahupun sahabat baginda.
Sementara bagi negeri-negeri lain yang berpegang kepada mazhab Shafici, disyaratkan mencukupkan bilangan 40 orang yang kesemua mereka itu memenuhi syarat wajib Jumaat ke atas mereka dan tidak sah jika kurang dari 40 orang.
Bagi pendapat Imam Abu Hanifah pula, cukup sekadar bilangan ahli Jumaat sekadar empat orang sahaja.
vi) Angkat tangan semasa berdoa dan makmum mengaminkan doa imam.
Pendapat golongan Wahhabi di Perlis, berdoa dengan menadah tangan serta menyapu muka selesai berdoa dan berdoa beramai-ramai setiap kali selesai solat adalah bidaah. Berbeza dengan pemegang mazhab Shafici yang mensunnahkan amalan berdoa beramai-ramai dan menyapu muka setelah selesai berdoa juga adalah sunnah.
Hadis-hadis yang menceritakan bahawa Nabi mengangkat tangannya ketika berdoa adalah banyak.
وقال أبو موسى الأشعري: دعا النبي صلى الله عليه وسلم ثم رفع يديه، ورأيت بياض إبطيه.
Ertinya:
Berkata Abu Musa as-Shacari: berdoa nabi S.A.W kemudian baginda mengangkat kedua tangannya dan aku melihat putih dua ketiaknya.
Di dalam kitab Fath al-Mucin sendiri ada menyebut, ketika berhajat meminta kebaikan, disunatkan menadah tangan, dan jika meminta ditolak perkara keburukan disunatkan menterbalikkan telapak tangan.
Tidak ada satu keterangan naqli dari rasul yang menerangkan bahawa imam dan makmum berdoa bersama-sama sesudah solat. Dalam masalah ini ulamak mempunyai beberapa pandangan:
Imam dan makmum disukai berdoa beramai-ramai sesudah solat Asar dan Subuh sahaja: pendapat Imam Hanafi, Imam Malik dan Imam Ahmad.
Disukai berdoa beramai-ramai di setiap kali selesai solat: pendapat Imam Shafici. Imam Nawawi sendiri menukilkan bahawa dituntut imam berdoa bersama-sama dengan makmum di setiap kali selesai solat fardhu. Bagi yang mensyaratkan hanya pada Subuh dan Asar sahaja, maka tidak ada asal bagi pendapat mereka itu. Disunatkan juga imam menghadap kepada makmum ketika berdoa.
vii) Majlis zikir.
Menjadi amalan pengikut Shafici di sini ialah mengeraskan zikir pada kebanyakkan waktu terutama solat Maghrib dan Subuh, kuat dengan gaya dan rentak tertentu. Wahhabi di Perlis tidak menyetujuinya dan mereka mengamalkan secara israr (perlahan) dan bersendirian.
Dalil Wahhabi yang berpegang dengan hadis riwayat Dailami yang mengatakan sahabat besar seperti Ibnu Mascud memarahi para sahabat yang sedang berzikir di dalam Masjid Nabawi dengan mengadakan halaqat masing-masing. Kata mereka sekalipun zikir dan tasbih itu baik namun ia adalah bidaah kerana tidak dilakukan oleh Rasulullah.
Kalau diandaikan hadis itu sahih sekalipun tetapi ia tetap tidak boleh menolak terus amalan zikir dan tasbih yang memang digalakkan oleh Rasulullah. Apa yang dilarang ialah caranya iaitu mengadakan halaqat atau kumpulan di dalam masjid juga mengambil alih tugas yang diberikan kepada sahabat besar baginda (Ibnu Mascud) oleh Rasulullah sendiri. Dari sini dapat difahami bukan amalan ibadat yang dihalang tetapi cara dan pendekatan yang diambil yang boleh membawa kepada perpecahan di kalangan umat. Sebab itu ulama besar yang faham seperti Abu Musa sanggup menunggu cAbdullah Ibnu Mascud supaya berada di dalam halaqat beliau kerana beliau diakui Rasulullah sendiri dan ingin mendengar dari mulutnya dan mengarah para sahabat lain supaya mengambil al-Qur’an daripadanya.
Dalil daripada al-Qur’an yang menyuruh kita banyak berzikir adalah:
واذكروا الله كثيرا لعلكم تفلحون.
Ertinya:
Serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
Di dalam kitab Fiqh al-Sunnah ada menyebut, tidak salah membaca surah atau zikir-zikir tertentu, tetapi apa yang dilarang ialah mengeraskan bacaannya kerana dikhuatiri mengganggu orang lain yang sedang bersembahyang.
viii) Bilangan rakaat tarawikh dan witir selepas tarawikh.
Di Perlis menganggap adalah baik mengerjakan tarawikh itu sebelas rakaat sekali dengan witirnya dan tidak boleh menetapkan tarawikh itu 20 rakaat. Pengikut Shafici ada yang menetapkan 11 dan ada 23.
Menurut Sayyid Sabiq, Kamal bin Hamman berkata: menilik dalilnya yang masnun dari yang 20 rakaat itu hanyalah yang lazim oleh nabi, lalu ditinggalkannya kerana khuatir dianggap sebagai solat yang wajib, jadi yang selebihnya adalah mustahab (dituntut). Adapun yang jelas, yang biasa dikerjakan oleh Rasulullah ialah 11 sebagaimana yang disebut dalam sahih Bukhari dan Muslim.
Namun di dalam kitab al-Azkar solat tarawikh sunat dilakukan 20 rakaat menurut sepakat ulama dan ia dilakukan satu salam bagi setiap dua rakaat. Yang disebutkan bidaah ialah mewajibkan bacaan surah al-Ancam sepenuhnya dalam satu rakaat pada malam ke 7 Hijrah kerana surah itu turun sekaligus. Fatwa Ibnu Taimiyyah sendiri pun membenarkan solat tarawikh melebihi 11 rakaat tanpa membidaahkan perbuatan tersebut.
Golongan Wahhabi Perlis juga tidak mengamalkan tahlil atau wirid di antara salam dan rakaat baru dalam tarawikh seperti yang diamalkan kerana ia tidak mempunyai nas dan tidak pula diamalkan oleh golongan salaf dan khalaf.
ix) Bacaan al-Quran utk mayat, doa tahlil dan kenduri arwah.
Di dalam al-Tahzib, disunatkan membaca di sisi mayat surah Yaasin berpandukan hadis dari Sunan Abi daud terdapat hadis yang menyebut mengenai bacaan Yaasin ke atas mayat.
اقرأووا يس على موتاكم
Ertinya:
Bacalah Yaasin ke atas mayat di kalangan kamu.
Kenduri sering diadakan pada hari pertama, kedua, ketiga, ketujuh, keempat belas, keempat puluh dan juga pada hari keseratus. Wahhabi menganggap ini sebagai bidaah kerana kenduri yang diadakan adalah mengadakan syariat baru dan tidak ada pula di masa golongan salaf.
Mereka memandang ia mendatangkan lebih banyak masyaqqah kepada keluarga si mati dan sebaiknya para hadirin yang menjamu makanan kepada keluarga si mati. Perkara ini ada disebut di dalam kitab Fiqh al-Sunnah.
Namun ada juga pendapat lain yang memandang kenduri tahlil oleh keluarga si mati adalah satu amalan yang mahmudah dan termasuk dari amalan-amalan kebaikan kecuali bagi golongan yang kesempitan wang (kerana mengangkat kepayahan bagi keluarga si mati lebih diutamakan). Dan tidak ada beza samada kenduri sebelum jenazah dikebumikan atau selepas jenazah dikebumikan.
Dalil bagi mereka yang mengatakan si mati dapat mengambil manfaat dari amalan orang yang masih hidup untuknya ialah :
والذين جآءوا من بعدهم يقولون ربنا اغفرلنا ولإخوننا الذين سبقونا بلإيمن ولا تجعل فى قلوبنا غلا للذين ءامنوا ربنا إنك رءوف رحيم.
Ertinya:
Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan RahmatMu".
Ayat di atas menceritakan tentang sikap orang-orang yang beriman yang datang kemudian selepas generasi sahabat iaitu mereka yang mendoakan keampunan untuk diri mereka dan juga orang-orang yang sebelum dari mereka. Ayat tersebut menjadi dalil bahawa memohon keampunan untuk orang yang telah mati akan memberi manfaat kepadanya.
عن أم سلمة ؛ قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
"إذا حضرتم المريض، أو الميت، فقولوا خيرا. فإن الملائكة يؤمنون على ما تقولون" قالت: فلما مات أبو سلمة أتيت النبي صلى الله عليه وسلم. فقلت: يا رسول الله ! إن أبا سلمة قد مات. قال: "قولي: اللهم ! اغفر لي وله.. وأعقبني منه عقبى حسنة" قالت: فقلت. فأعقبني الله من هو خير لي منه. محمدا صلى الله عليه وسلم
Pendapat yang menolak manfaat sampai kepada si mati adalah berdasarkan ayat berikut:
ألا تزر وازرة وزر أخرى.
Ertinya:
(dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja).
Namun dijawab oleh ulama-ulama yang berpandangan pertama tadi bahawa ayat di atas ditahsiskan dengan hadis-hadis sahih yang menyebut tentang doa, istighfar dan sebagainya akan sampai kepada si mati walaupun bukan dari usahanya sendiri. Ada ulama berpendapat; ayat tersebut ditujukan kepada orang-orang kafir sahaja iaitu atas balasan siksa terhadap mereka tidak lain akibat dari perbuatan mereka di dunia.
x) Talkin
Talkin sesudah mayat dikebumikan adalah bidaah dalalah (bidaah sesat) pada pandangan Wahhabi di Perlis kerana nas yang dipegang oleh selain mereka adalah tidak kuat. Di negeri-negeri lain, talkin diamalkan dan dianggap sunat oleh Syafice. Ia berdasarkan satu riwayat tabicin, akan tetapi menurut Sayiid Sabiq periwayat-periwayat itu hanya sampai kepada sahabat dan tidak sampai kepada Rasulullah. Mengikut kitab Fath al-Muin ia diulang sebanyak tiga kali. Dan berkata Imam Nawawi jika hadis ini dianggap daif sekalipun, dimaafkan baginya dan sudah sepakat para ulama di dalam membenarkan hadis-hadis di dalam bab menggalakkan perkara baik dan menghalang perkara buruk.
Yang sahih dari Rasulullah ialah :
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ((لقنوا موتاكم: لا إله إلا الله.
Ertinya:
Berkata Rasulullah S.A.W : talqinkan orang mati di kalangan kamu: Lailaha illallah.
Bagi pendapat Wahhabi, mereka mendakwa, si mati tidak mendengar dan tidak ada gunanya mengajar sesudah ia dikebumikan . Namun dijawab semula oleh satu pendapat lain lafaz ‘laqqinu’ bukanlah bermaksudkan taclim atau mengajar tapi ia bermaksud memberitahu dan yang lebih keutamaan sebagai satu peringatan buat mereka yang menghadiri pengkebumian itu.
xi) Menetapkan bacaan zikir tertentu pada waktu-waktu yang tertentu dan majlis zikir.
Pendokong as-Sunnah (Wahhabi) di Perlis membidaahkan menetapkan bacaan tertentu pada hari tertentu seperti membaca surah Kahfi atau surah Yaasin pada malam Jumaat dengan suara keras. Perkara yang disunnahkan ialah setiap muslim dapat membacanya di mana sahaja dan tidak terbatas waktu. Di samping itu hadis yang menyebut membaca surah Kahfi pada hari Jumaat adalah daif bahkan munkar.
Namun ia dapat ditolak setelah kita meneliti dalil-dalil yang terlalu banyak yang ada menyebut mengenai kelebihan hari-hari tertentu, bacaan-bacaan tertentu, surah-surah tertentu dan juga waktu-waktu tertentu. Di antaranya ialah hadis yang menyebut :
حدثنا أبو النعمان ثنا هشيم ثنا أبو هاشم عن أبي مجلز عن قيس بن عباد عن أبي سعيد الخدري قال من قرأ سورة الكهف ليلة الجمعة أضاء له من النور فيما بينه وبين البيت العتيق
Ertinya:
Daripada Abu Sacid al-Khudri berkata : siapa yang membaca surah Kahfi pada malam Jumaat, diterangi baginya cahaya pada apa yang di antaranya dengan Baitul Atiq.
Manakala dalil yang menyebut kelebihan hari-hari tertentu ialah :
عن أبي هريرة،يبلغ به النبيَّ صلى اللّه عليه وسلم: "من صام رمضان إيماناً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه، ومن قام ليلة القدر إيماناً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه".
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah, sampai dengannya dari Nabi S.A.W : siapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan penuh keimanan dan muhasabah, diampunkan baginya dosa-dosanya yang terdahulu, dan siapa yang mendirikan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan muhasabah, diampunkan baginya dosa-dosanya yang terdahulu.
Hadis yang menyebut kelebihan majlis zikir ialah :
إن الله وملائكة يطوفون فى الطرق يلتمسون أهل الذكر, فإن وجدوا قوما يذكرون الله تنادوا : هلموا إلى حاجتكم...
Ertinya;
Sesungguhnya Allah dan Malaikatnya mencari-cari ahli zikir, dan apabila menemui satu kaum sedang berzikir menyebut nama Allah, mereka (Allah dan para Malaikat menyeru: Perkenankanlah hajat-hajat mereka.
Apa yang tegas bidaah menurut Dr Yusuf Qardawi ialah dakwaan bahawa al-Qur’an turun malam nisfu Syacban adalah salah dan menyalahi syarak. Cara berdoa yang dilakukan oleh masyarakat juga tidak ma’thur dari nabi atau dari golongan salaf itu sendiri. Ia adalah bidaah dalalah.
RUJUKAN
cAbdul Halim Ahmad Saising. 2006. Penyebaran ilmu salafi khususnya penulisan Muhammad bin cAbdul Wahhab, Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Mengenai Muhammad bin cAbdul Wahhab. Anjuran kerajaan Negeri Perlis, 16-17 Mac.
cAbdullah al-Husaini al-Hashimi. 1416H/1995M. al-Itbac wa al-Ibtidac. Madinah: Al-Risalah al-Salafiyah.
cAbdul Malik bin cAbd Karim al-Juwaini. 1997. al-Burhan. Jil 1. Cetakan ulang. Mansurah: Dar al-Wafa’ li al-Tibacah wa al-Nasr wa al-Tauzic .
cAbdul Qadir Salleh. 2003M/1424H. Al-cAkaid wa al-Adyan. Beirut: Dar al-Makrifah.
cAbdul Rahman Abdullah. 1989. Gerakan Islah di Perlis, sejarah dan pemikiran, Pulau Pinang: Penerbitan Pena Sdn Bhd.
cAbdul Rashid b. Idris. 2006. Kesarjanaan Sheikh Muhammad bin cAbdul Wahhab Muhammad bin cAbdul Wahhab dan fitnah terhadapnya di alam Melayu, Kertas Kerja Seminar Fahaman Pemikiran Muhammad bin cAbdul Wahhab peringkat Negeri Perlis. Anjuran Institut as-Sunnah, Perlis, 26 Februari.
Abu Bakar Atjeh. t.th. Ilmu fekah Islam di dalam lima mazhab. Kuala Lumpur : Penerbitan Pustaka.
Abu Muhammad cAbd Wahab bin Ali. 1420H/1999M. al-Isyraf cala nakti masail al-khilaf. Jil 1. Beirut: Dar Ibnu Hazim.
Abu Saif. 2006. Isu Wahhabiyyah tingkap yang disangka pintu. Majalah i Ogos : 77.
Ahmad Adnan Fadzil. 2007. 35 Jawapan bagi soalan anda. Changloon: Wawasan Ummah.
Ahmad Ridzuan Mohd Dzambrah. 2005. Mengutamakan khilafiah merupakan satu kekalutan yang merosakkan agenda dakwah. Majalah Dewan Agama dan Falsafah, September.
Anon. Berita Harian. 2005. 9 Disember: 11.
Ariffin Omar et al, 2005. Hadith dacif ciri-ciri dan hukum. Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn Bhd.
Asmadi Mohd Naim, Polemik bidaah masa kini, Berita Harian 5 Disember:13.
al-Darimi, Sunan al-Darimi, Kitab al-Solah, Bab Karahiyah al-Jahr Bibismillah, no 1240.
Fadhul Hay , 1420H/ 2000M, Al-Inkar fi masailil khilaf, Cetakan ulang. Riyadh: Maktabah al-Maarif li al-Nashri wa al- Tauzic.
al-Ghazali Muhammad. 1412H/1991M. Turasuna al-fikri fi mizan al-syarci wa al-aqli. Cetakan 2. USA: The International Institute of Islamic Thought.
al-Ghazali Muhammad. 1424H/2004. Bidaah bukan ajaran Islam. Kuala Lumpur: Cerscent News Sdn Bhd.
al-Hafiz Abi al-Fadl et.al. 1417H/1997M. Itqan al-suncah fi tahkik macna al-bidcah, Kaherah: Maktabah al-Kaherah.
al-Hamid al- Husaini. 1998. Liku-liku bidaah. Terj. Singapore: Pustaka Nasional PTE LTD.
Hamka, Sejarah umat Islam. Cetakan ke 2. 1997, Singapore: Pustaka Nasional PTE LTD.
Haron Din. 1421H/2001. Manusia dan Islam. Jil2. Cetakan ulang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Haron Din. t.th. Sejauh manakah perbezaan amalan keislaman yang terdapat di Negeri Perlis. Bangi: Fakulti Pengajian Islam UKM.
Hersi Mohd Hilole. 14157H/ 1995. Distertasi Sarjana Pengajian Islam : Al- Salafiah wa al-Wahabiyyah baina Muayyidiiha wa Muntaqodiiha. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, UKM.
Ismail Koksal. 1421H/2000M. Taghaiur al-ahkam fi al-syariah al-islamiah. Beirut: Muassasah al-Risalah.
Ismail bin Omar. 1999. Manhaj akidah Ahli Sunnah wal Jamacah, Shah Alam : Access Infotech Sdn Bhd.
Ismail Usman Zain. 1413H/1992M. Qurratul Ain . Darul Rad al-Arabi
Jalal Abu al-Rub. t.th. Siapa Wahhabi. Terj: Kertas Kerja Seminar Fahaman Pemikiran Muhammad bin cAbdul Wahhab Peringkat Negeri Perlis. Anjuran Institut as-Sunnah, Perlis, 26 Februari.
Johari Mat. 1997. Akidah Ahli Sunnah wal Jamacah dan khalaf, Selangor: Badan Perkhidmatan Penerangan Islam, hlm. 8. Lihat Al-Fasl fi al-Milal wa al-ahwa’ wa al-Nihal, 2/113.
Johari bin Mat. 2006. Akidah Muhammad bin cAbdul Wahhab. Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Mengenai Muhammad bin cAbdul Wahhab. Anjuran kerajaan Negeri Perlis, 16-17 Mac.
Manih bin Hammad al-Juhni. 1997M/1418H. al-Mausucah al-muyassarah fi al-adyan wa al-mazahib wa al-ahzab al-mucasirah. Cetakan ulang. Riyadh: Dar al-Nadwah al-cAlimiyah li al-Syabab al-Islami.
Mat Jahya Haji Hussin. 2004. Fatwa dan hubungannya dengan sunnah satu kes kajian kes di semenanjung Malaysia. Perlis : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis.
Mohd Kamil Abd Majid. 1996. Gerakan tajdid: sejarah dan perpekstif masa kini. Jurnal Usuluddin. Bil 4. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Mohd Radzi Osman. 1995. Gerakan pembaharuan Islam, satu kajian di Negeri Perlis dan hubung kaitnya dengan Malaysia. Pulau Pinang: USM.
Mohd. Sulaiman Yasin. 1997. Ahlis Sunnah wal Jamaah. Bangi : Yayasan Salman.
Mohd Yusuf Abas. 2005. Persoalan bidaah. Mingguan Malaysia 25 Februari: 8.
Muhammad bin Abdul Wahab. Rasail Shaikh al-Islam Muhammad bin Abdul Wahab. Terj: Baharuddin Ayuddin. 1993. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai Sdn Bhd. Dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis.
Muhammad bin Alwi al-Maliki. 1995. Mafahim yajibu an tusahhah. Cetakan ulang. Dubai: Dairat al-Auqaf wa al-Syuun al-Islamiyah.
Muhammad bin Sayyid al-cAlawi. 1419H/1999M. Manhaj al-salaf fi fahmi al-nusus baina al-nazariyyah wa al-taqbiq. t.pt.
Muhammad b. Umar. 1415H/1995M. al-Hakikah al-syarciyah fi tafsir al-Quran al-azim wa al-sunnah al-nabawiyyah. Riyadh: Dar al-Hijrah li al-Nasyri wa al-Tauzic.
Muhammad Ahmadi Abu Nur (pnys.).1986. al-Ahadis al-qudsiyyah. Juz 1. Bab Fadh Zikrullah wa kalimah tauhid, Hadis no 1. Cetakan ulang. Kaherah: Majlis al-Akla li al-Syu’un al-Islamiyyah.
Muhammad Fuad bin Kamaluddin. 2004. Wahabisme dari neraca syarak. Rembau: Madrasah al-Taufiqiah al- Husainiah.
Muhammad Hussin b.Mascud al-Baghawi. t.th. al-Tahzib. Jil 2. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiah.
Muhammad Khalil Mascud. 1997. Shatibi’s philosophy of Islamic law, India : Adam Publisher and Distributors.
Muhammad Said Ramadhan Al-Buthi. 1422H/2001. Bahaya bebas madzhab dalam keagungan syariat Islam. Jawa Barat: CV Pustaka Setia.
Muhammad Sulthan al-Ma’shumi al-Khajandi. 1999. Perlukah bermazhab .Terj. Jakarta Penerbit Aras Sarana Widia.
Muhammad Uthman. 2005. Fahaman Wahhabi menular . Utusan Malaysia . 27 Nov: 21.
Muhammad Yusuf Hablas. 1411H/1991M. al-Bahsu al-dalali cinda usulyiyin. Maktabah Alim al-Kitab.
Mustafa Abdul Rahman. 2005. Wahhabi jejaskan perpaduan umat Islam. Utusan Malaysia 28 Nov: 21.
Mustafa Suhaimi. t.th. Imam Asyacari Penyelamat iktikad Ahli Sunnah wal Jamacah. Selangor: Progressivve Publishing House Sdn Bhd.
Nadiyah Syarif al Umri.1405H/1985M. al-Ijtihad fi al-Islam. Cetakan ulang. Beirut: Muasasah al-Risalah
al-Nawawi Mahyuddin bin Syaran. t.th. al-Majmuc. Jil: 3. Madinah: al-Maktabah al Salafiah.
al-Nawawi Mahyuddin bin Syaran. 1375H/1955M. al-Azkar. Cetakan ulang. Kaherah: Maktabah Kaherah.
Noaeldeen Salah Gaberalah.14247H/ 2004. Distertasi Sarjana Pengajian Islam : dorongan-dorongan psikologi sebalik kelahiran puak-puak dan jamaa’h-jamaa’h- al-Tabligh, al-Wahabiyyah, al-Syiaa’h dan Budha. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, UKM.
Rohimi Shafiee, 1984. Perbandingan amalan mazhab khusus antara negeri Perlis dan Kedah, amnya negeri-negeri lain di Malaysia secara umum dan kritis. Bangsar: Fakulti Undang-undang, UM.
Sahidan Kassim. 2006. Kesinambungan perjuangan Perlis Darul Sunnah. Majalah i Disember:33.
Salih bin Abdullah. 1419H/1999M. Akidah Sheikh Muhammad bin cAbdul Wahhab, Madinah : al-Jamicah al-Islamiah.
Salim b. I’d al Hilaly.t.th. Manhaj salaf manhaj alternatif, Terj. Jakarta: Pustaka Azam.
Sayyid Sabiq. 1392H/1973M. Fiqh al-sunnah. Jil 1. Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi.
al-Shafici, Muhammad bin Idris. 1393H/ 1972M. al-Um, Dar al-Makrifah, Beirut: Lubnan,
Shakila Ahmad, 1421H/2002M, Ahli al-Sunnah wal Jamacah, konsep Imam Mahdi, Johor: UITM.
Sheikh Abul Acla al-Maudidi. 1998M/1419H. Gerakan tajdid Islam. Cetakan ulang . Terj. Alor Star: Pustaka Ikhwan.
Shukor Mat. 1422H/2001M. Al-Sunnah di Perlis. Kangar: MediaOne Publication.
Sulaiman al-Asyqar etc. 1419H/1999M. Masail fi al-fiqh al-muqarin. Cetakan ulang. Jordan: Dar al-Nafa’is.
Sulaiman Bin Shalih Al-Khurasyi . 2003. Permikiran Dr Yusuf Alqardawi dalam timbangan, , Terj. Bogor: Pustaka Imam As-Shafici.
Thiblawi Mahmoud Saad. 1415H/ 1995M. Tasauf menurut Ibnu Taymiyyah.. Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
cUmar cAbd Muncim, 1420H/1999M, Difacan can al-salafiyyah, Kaherah: Maktabah al-Tabicin.
Umar Hashim. 2000. Siapa ahli Sunnah wal Jamaah. Cetakan ulang. Selangor: Galeri Watikah.
Wamaid b. Ramzi al-cUmri, 1419H/1999M, al-Minhaj al-farid fi al-ijtihad wa al-taqlid, Jordan : Dar al-Nafa’is.
Yusuf Ahmad Muhammad al-Badwi. 1421H/2000M. Maqasid al-syariah cinda Ibnu Taymiyyah. Jordan: al-Nufus.
Yusuf al-Qardawi Dr. 1409H /1989M. Fatawa al-mucasirah. Cetakan ulang. Kuwait: Darul Qalam.
Yusuf al-Qardawi Dr. 1420H/1999M. Taisir al-fiqh li al muslim al- mucasir. Kaherah: Maktabah Wahbah.
Yusuf al-Qardawi Dr. 2000M/ 1421H. Sunnah: sumber ilmu dan peradaban. Terj: Mohd Firdaus. Gombak: International Institut of Islamic Thought.
Zainal Abidin Syihab Drs. 1997. Gerakan Islah Muhammad bin Abdul Wahhab. Terj: Ibnu Hussin. Kajang: Nuur Publications.
Zainuddin Abdul Aziz, al-Malimbari . Fath al-Mucin. Cetakan ulang. Terj. Selangor: Klang Book Centre.
Zulkifly b. Muda.1420H/ 2000. ThesisPhd : Pertukaran agama dan mazhab; implikasinya terhadap undang-undang diri di Malaysia. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, UKM.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan