1.0 Pendahuluan
Penggunaan merupakan salah satu daripada faktor kepada jaminan sosial yang lahir dari cabang ekonomi. Dalam erti kata lain, ekonomi yang stabil mampu menjamin kesejahteraan dan menyumbang ke arah jaminan sosial. Maksud jaminan sosial ialah negara memberi jaminan kepada setiap individu mahupun masyarakat di dalam sesebuah negara yang didiami. Yakni mengikut taraf hidup seseorang itu. Sebagai contohnya, ada orang fakir atau miskin, ada individu yang tidak berupaya yakni cacat atau sakit atau usia yang lanjut yang tidak mungkin lagi mencapai taraf hidup ini.
Oleh yang demikian, melalui penggunaan, maka lahirlah konsep pemberian zakat, hibah, wasiat dan pusaka-mempusakai yang akan meningkatkan jaminan sosial kepada individu, masyarakat dan negara amnya. Penggunaan memberi jaminan sosial kerana melalui penggunaan akan lahirlah permintaan. Apabila wujud permintaan maka akan berlaku pengeluaran sekaligus melibatkan proses penawaran. Di sinilah wujudnya jaminan sosial. Ini kerana ia akan mewujudkan peluang pekerjaan, memenuhi keperluan, kehendak dan sebagainya.
Jaminan sosial ini penting kerana ia akan menggambarkan identiti sesebuah negara. Sekaligus, melibatkan penjanaan ekonomi yang akan meyakinkan pihak atau negara lain untuk berurusniaga dengan negara itu.
2.0 Definisi Jaminan Sosial
Jaminan sosial merupakan langkah-langkah lengkap yang dijalankan oleh kerajaan untuk menjaga kebaikan warganegaranya dengan melindungi mereka dari keadaan luar- jangka atau penderitaan ekonomi dalam sesebuah kehidupan.
Persidangan jaminan sosial yang diadakan oleh persatuan buruh sedunia pada tahun 1952, telah menetapkan bahawa keadaan luar –jangka atau penderitaan ekonomi yang dialami oleh buruh yang perlu dilindungi oleh jaminan sosial ialah:
1. Tiada anggota untuk bekerja
2. Kemalangan perusahaan
3. Penyakit khusus kerana jenis kerja
4. Sakit
5. Melahirkan anak
6. Kematian
7. Masa tua
8. Pengangguran
Apabila salah satu daripada lapan keadaan di atas terjadi, orang-orang yang mengalami dan menderita kerananya tidak boleh bekerja dan pendapatan akan berkurangan ataupun berhenti langsung. Orang-orang tersebut juga memerlukan perubatan. Oleh yang demikian, inti jaminan sosial ialah memberi jaminan pendapatan dan rawatan perubatan kepada orang-orang yang mengalami salah satu daripada lapan perkara yang telah disebutkan diatas.
Apabila sesebuah negara mempunyai sistem jaminan sosial seperti di atas , maka negara itu bolehlah dikatakan sebagai negara kebajikan. Diantara negara-negara yang telah digelar sebagai negara kebajikan termasuklah negara Sweden, England dan New Zealand.
Perkataanj jaminan sosial dengan maknanya sekarang pada mulanya digunakan sejak tahun 1933 lagi, ketika mana kerajaan Amerika Syarikat menggubal undang-undang jaminana sosianya. Walau bagaimanapun langkah-lanhkah jaminan sosial yang pertama telah dijalankan adalah di Jerman iaitu pada kira-kira tahun 1880.
3.0 Sebelum revolusi perusahaan
Munculnya konsep jaminan sosial ini adalah akibat daripada berlakunya penderitaan ekonomi yang di bawa oleh revolusi perusahaan iaitu kira-kira pada tahun 1760. Penderitaaan ekonomi telah sentiasa wujud, tetapi cara-cara tradisional untuk mengatasinya telah memadai dalam masyarakat sebelum revolusi perusahaan itu. Dalam cara-cara tradisional, seseorang itu boleh berjimat cermat menyimpan bekalan atau meminjam dari kawan-kawan atau saudara nara untuk keperluan masa susah. Dalam sistem keluarga besar di India, ketua keluarga itu akan mengambil derma dari anggota-anggota yang kaya untuk membantu anggotanya yang miskin dan menderita.
Di Britain, bantuan-bantuan untuk orang-orang menderita diberi oleh badan-badan agama dan persatuan-persatuan pekerjaan yang bertanggungjawab membela orang-orang sakit dan orang-orang yang menderita. Tiap-tiap tempat wujudnya gereja, dan di gereja-gereja inilah bantuan yang tidak berapa teratur diberi. Gereja-gereja ini dibiayai oleh tithes iaitu 10% daripada pendapatan seseorang anggota daerah gereja itu. Gereja-gereja itu juga mendapat pemberian-pemberian orang-orang kaya seperti wakaf-wakaf dalam negeri-negeri Islam.
Persatuan-persatuan pekerjaan pula mandapat yuran dari anggota-anggotanya dang anggota-anggota inilah yang boleh mendapat bantuan. Cara-cara ini adalah memadai dalam masyarakat yang belum barapa ramai orangnya, kehidupan kampung merupakan cara kehidupan yang terbesar dan orang masih merasa bertanggungjawab kepada sanak saudaranya.
4.0 Selepas revolusi perusahaan
Dengan kemunculan revolusi perusahaan pada hujung abad ke-18, maka jelaslah bahawa cara-cara lama tidak mencukupi untuk menampung kjeperluan-keperluan orang yang menderita kerana penderitaan telah bertambah dan berubah corak. Revolusi perusahaan telah menimbulkan tiga keadaan yang belum pernah ada sebelumnya.
Pertama, terdapat pemerasab tenaga pekerja-pekerja perempuan dan kanak-kanak dalam lombong-lombong arang batu dan dalam kilang-kilang. Kaum pemodal ingin mendapat keuntungan besar dan tidak ada halangan dari kerajaan kerana pada masa itu falsafah ekonomi bebas sedang mempengaruhi masyarakat England. Pemodal-pemodal lebih suka menggunakan kanak-kanak dan perempuaqn kerana upahnya kurang dan mereka patuh kepada perintah. Maka terdapatlah keadaan di mana kanak-kanak di bawah umur 9 tahun bekerja 19 jam sehari. Pemerasan seperti inilah yang dilaksanakan oleh Karl Marx dan yang dikecamnya.
Kedua, timbul kawasan sesak di bandar-bandar kerana penduduk-penduduk luar bandar sedang mengalami pertambahan besar dan datang mencurah-curah ke bandar-bandar untuk mencari pekerjaan. Kerajaan tidak membuat apa-apa peraturan untuk mengawal keadaan perumahan di bandar-bandar, maka terdapatlah kesesakan dan keadaan tidak sihat serta penyalit meluas di kalangan penghuni-penghuni kawasan yang sesak itu.
Ketiga, terdapat satu golongan masyarakat yang tidak mempunyai tanah atau tidak berharta yang dugelar sebagai kaum priletar, iaitu orang-orang miskin dari kampung yang datang ke bandar-bandar dan bekerja sebagai buruh dan mengharapkan upah sebagai mata pencarian mereka. Sekiranya mereka ini tidak bekerja kerana sakit atau majikan tidak mahu menggunakan tenaga pekerja, maka mereka ini akan menanggung penderitaan yang lebuh hebat dari orang-orang miskin yang tinggal di kampung kerana mereka yang tinggal di kampung masih memiliki sedikit tanah dan mempunyai sanak saudara untuk membantu ketika dalam kesusahan.
Ketiga-tiga keadaan di atas menggambarkan betapa hebatnya penderitaan masyarakat. Pemderitaan ini tidaklah dapat diatasi dengan menggunakan kaedah-kaedah yang lama. Oleh itu tombullah desakan-desakan yang menggesa supaya kerajaan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki dan mengatasi masalah ini. Dalam jangka pangjangnya timbullah dua cara untuk mengatasi penderitaan masyarakat ini iaitu jaminan sosial leiberal demokrasi dan sistem sosialis. Anatara negara yang menjalankan Jaminan sosial liberal demokrasi ialah England, manakala yang mengamalkan sostem sosialis ialah Rusia.
5.0 Asas-asas jaminan sosial di malaysia
Sebuah sistem jaminan sosial yang lengkah masih belum wujud di Malaysia, namun beberapa rang undang-undang telah pun ada yang mana elaun telah diberikan kepada enam daripada lapan keadaan yang perlu ada dalam mana-mana sistem jaminan sosial. Diantara undang-undang itu ialah:
1. Udang-undang pencen tahun 1951 dan undang-undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tahun 1951 iaitu untuk masa tua dan mati
2. Undang gantirugi pekerja tahun 1952, untuk kemalangan perusahaan dan penyakit yang disebabkan oleh pekerjaan
3. Undang-undang pekerjaan tahun 1955, untuk kelahiran anak
4. Undang-undang kesihatan untuk masa sakit
5. Undang-undang jaminan sosial 1969
Walaupun enam daripada lapan bahagian sistem jaminan sosial itu terdapat di Malaysia tetapi ini belum boleh diambil sebagai ukuran bahawa Malaysia telah hampir menjadi sebuah negara kebajikan. Ini adalah disebabkan oleh perkhidmatan-perkhidmatan yang didapati dari enam bahagian sistem jaminan sosial itu terhad kepada sembilan orang sahaja, terutamanya orang-orang di bandar dan di estet-estet. Manakala orang-orang yang berada di kawasan di luar bandar kebanyakannya adalah di luar perkhidmatan-pekhidmatan ini.
5.1 Sejarah jaminan sosial di Malaysia
Sebelum kedatangan inggeris ke tanah Melayu, tidak ada sistem jaminan sosial dalam erti kata modennya. Masyarakat Melayu kampung dan hubungan keluarga yang erat marupakan jaminan sosial dan ini merupakan sesuatu yang tidak perlu kepada sistem moden kerana dengan hubungan yang erat itu sudah cukup untuk memberi jaminan sosial dalam sesebuah masyarakat tersebut. Oleh kerana ahli-ahli keluarga, ibu bapa, adik beradik dan datuk nenek sama-sama bekerja di ladang dan kalaupun tidak tinggal serumah iaitu tinggal berhampiran, maka sesiapa yang sakit atau ditimpa apa-apa kemalangan ataupun tidak berkeupayaan untuk bekerja akan ditanggung oleh ahli-ahli keluarga yang masih bekerja.
Adat saling bantu membantu anatara satu sama lain ini diperkuatkan pula oleh agama Islam yang menghendaki anak-anak yang masih muda taat serta membantu ibu bapa dan orang-orang tua. Dengan cara ini, sesebuah keluarga itu merupakan badan jaminan sosial yang tersendiri.
Kedatangan penjajah Inggeris telah menimbulkan masalah-masalah baru iaitu dengan kemunculan masyarakat bandar dan estet. Maka hal yang sedemikian telah menyebabkan masyarakat kampung dibiarkan begiru sahaja oleh pentadbiran Inggeris.
Untuk menjalankan urusan ekonomi, orang-orang Inggeris membawa buruh-buruh dari India dan menggalakkan buruh-buruh datang dari Cina. Buruh-buruh ini terputus hubungan keluarga mereka masing-masing dan bekerja di bawah seorang kepala yang kerapkali memeras tenaga mereka. Apabila buruh-buruh tersebut didapati sakit atau mendapat kemalangan dalam pekerjaan, maka mereka dibiarkan begitu sahaja. Dalam waktu yang sama juga masa tua mereka atau anak isteri mereka tidak terjamin ketika mana buruh tersebut itu mati.
Memangdangkan kepada penderitaan yang dialami oleh buruh ini, beberapa orang pegawai Inggeris yang menjaga buruh ini misalnya, pegawai penaung orang-orang Cina dan pesuruhjaya buruh mengemukakan cadangan-cadangan untuk melindungi buruh-buruh ini. Kerajaan Inggeris pun bersimpati kerana ini akan menjamin keadaan buruh yang baik dan menolong pengeluaran ekonomi yang memeberi keuntungan kepada kerajaan Inggeris sendiri.
5.2 Undang-undang pencen
Undang-undang pencen ialah untuk melindungi masa tua dan masa mati pegawai-pegawa kerajaan. Wang pencen ini dibayar dari hasil kerajaan dan hanya pegawai-pegawai kerajaan yang telah bekerja tetap yang diberi pencen
Wang pencen dibayar apabila pegawai itu bersara pada umur 55 tahun bagi lelaki dan 45 tahun bagi wanita. Jumlah wang pencen yang diberi ialah tidak melebihi dari 2/3 daripada gaji pokok terakhir pegawai itu dalam perkhidmatan dahulu. Ia juga boleh meminta ¼ pencennya sebagai bayaran mula dan bayaran bulanan untuk yang selebihnya.
Sekiranya pegawai itu mati, maka isteri dan anak-anaknya akan dibayar kira-kira satu tahun gajinya. Jika dia cedera dalam masa bekerja dan perlu bersara, maka dia dibayar selebih dari pencennya, elaun tahunan antara 5/60 dengan 20/60 dari gajinya masa dia kena cedera itu.
5.3 Undang-undang kumpulan wang simpanan pekerja (kwsp)
Undang-undang ini dikenakan kepada pelerja-pekerja yang bergaji rendah dari RM500 sebulan dan pegawai-pegawai kerajaan yang tidak berpencen. Pekerja membayar caruman sebanyak 5% dari gajinya dan majikan membayar sebanyak itu juga. Wang ini dilaburkan oleh Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan pekerja-pekerja diberi faedah 5 ½% atas jumlah wang carumannya dalam kumpulan itu.
Undang-undang ini bertujuan melindungi masa tua sahaja. Maka wang di sini hanya boleh dikeluarkan apabila ada salah satu dari syarat-syarat ini:
1. Orang itu telah mati
2. Orang itu telah sampai umur 55 tahun
3. Ia tidak boleh bekerja lagi
4. Ia meninggalkan Malaysia untuk selama-lamanya
5. 1/3 dari wang itu bila sampai umur 55 tahun
Orang-orang luar bandar tidaklah termasuk dalam kumpulan rancangan wang ini. Hanya terdapat kira-kira 1 ½ juta ahli kumpulan wang ini daripada jumlah penduduk 6 juta di semenanjung Malaysia.
5.4 Undang-undang gantirugi
Hanya pekerja-pekerja yang bekerja dengan majikan yang terlindung di bawah undang-undang ini. Pekerja-pekerja diberi antara RM9200 dan RM9600 kerana mati yang disebabkan cedera ataupun pekerja itu tidak dapat bekerja lagi oleh majikan-majikan.
5.5 Undang-undang pekerjaan
Salah satu daripada kemudahan undang-undang ini ialah pekerja-pekerja wanita boleh mendapat cuti 30 hari sebelum melahirkan anak dan 30 hari pula selepasnya dan berhak mendapat RM2.20 sehari sebagai elaunnya. Jelaslah asas-asas jaminan sosial telah ada di Malaysia. Kekurangan yang terbesar ialah elaun pengangguran tidak ada.
5.6 Undang-undang keselamatan sosial
Undang-undang ini serupa dengan undang-undang gantirugi pekerja tahun 1952 yang ada pada masa ini. Pertubuhan keselamatan sosial (perkeso) telah ditubuhkan untuk mentadbir undang-undang keselamatan sosial pada tahun 1969. Majikan-majikan dikehendaki membayar caruman kira-kira 1.2% daripada upah pekerja dan dari kumpulan wang ini pekerja-pekerja yang cedera akan diberi bantuan .
6.0 Kesimpulan
Melalui penulisan berkenaan jaminan sosial ini dapatlah kita tahu bahawa jaminan sosial merupakan aspek penting di dalam perkembangan ekonomi. Hal ini dilihat penting kerana jaminan sosial menyumbang kepada kebajikan masyarakat dan sosial di negara kita. Selain itu juga, jaminan sosial dilihat amat penting kerana ia juga menjamin keselamatan sosial seseorang individu daripada masa hidupnya hinggalah masa depannya kelak. Negara kita kini amat mementingkan jaminan sosial ini agar menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia ke arah kemajuan dan kemodenan dari segi ekonomi dan nilai kemasyarakatan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan